BLOG - BLOG PARTI PKR

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 4 Oktober 2013 at 7:10 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Oct 2013 11:11 PM PDT

Suara Sri Andalas


Pelantikan Semula ADUN Sebagai Ahli Majlis PBT Permudah Usaha Selesai Masalah Rakyat

Posted: 03 Oct 2013 09:11 AM PDT

Keberkesanan untuk menyelesaikan masalah dan aduan rakyat terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memerlukan penglibatan para ADUN. Ini adalah kerana kebanyakan aduan oleh rakyat dibuat di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN bagi sesebuah kawasan itu sendiri. Maka adalah perlu bagi ADUN yang menerima aduan rakyat membawa isu untuk dikemukakan secara proaktif di peringkat PBT untuk penyelesaian.

Sekiranya ADUN yang menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih tidak dibenarkan bersuara mahupun terlibat sama dalam proses membuat keputusan dan perubahan diperingkat PBT, bolehkah aduan rakyat diselesaikan secara berkesan? Adalah tidak memadai untuk para ADUN hanya hadir diperingkat eksekutif dan juga PBT sebagai pemerhati.

Saya melihat kekangan yang menghadkan penglibatan ADUN dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah tempatan serta melakukan perubahan adalah suatu langkah yang terbelakang dan merugikan rakyat. Saya mencadangkan supaya para ADUN diberikan semula tempat di PBT sebagai Ahli Majlis yang mewakili rakyat. Ini adalah penting sekiranya kemajuan dan perubahan yang diinginkan hendak dicapai dengan lancar dan berkesan.

YB Dr Xavier Jayakumar
Ahli Dewan Negeri Selangor
N49 Seri Andalas

Gantirugi Tiada Air: Tribunal Nasihat Failkan Kes ke Mahkamah Sivil

Posted: 03 Oct 2013 02:49 AM PDT

SHAH ALAM, 3 OKT: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

Sebaliknya pihak penuntut gantirugi dinasihat agar memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya berkata tuntutan yang dibuat lapan pelanggan Syabas itu merupakan tuntutan gantirugi bukan wang.

"Kes ini bukan ditolak tetapi cuma dibatalkan, bermakna pengadu boleh failkan ke Mahkamah Sivil.

"Saya cadangkan agar ambil peguam dan failkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

"Saya memang ingin mendengar dan memutuskan kes ini tetapi dengan berat hati saya buat keputusan bahawa tribunal ini tiada kuasa," ujar beliau.

Sementara itu beberapa penuntut ganti rugi menyifatkan keputusan itu sebagai mengecewakan.

"Kalau mahkamah tribunal batalkan, di mana lagi pengguna boleh dapat pembelaan?" Soal pelanggan Syabas yang hanya mahu diikenali sebagai Lee sahaja.

Selvamayahi yang menetap di Apartment 16 tingkat di Ampang pula menganggap keputusan itu mendorong Syabas berterusan mengabaikan penderitaan yang ditanggung sejak Ogos 2012 lagi.

"Saya buat tuntutan ini bukan kerana wang, tetapi supaya Syabas dan semua pihak mengambil teladan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna," kata beliau.

Adamulhasza Mohd Noor pula berkata masalah ketiadaan air menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kerugian bagi mendapatkan bekalan air.

"Kami terpaksa makan di luar, beli air mineral, menumpang rumah saudara dan ada yang terpaksa menyewa hotel," ujar beliau.

Selain itu masalah itu turut menyebabkan pemilik hartanah kehilangan penyewa.

Hari ini Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna di sini mula mendengar lapan dari 300 kes yang difailkan terhadap Syabas yang gagal memberikan perkidmatan bekalan air dengan memuaskan.


Sumber: SelangorKu

Anwar : PR Akan Teruskan Bantahan Besar-besar Pindaan PCA

Posted: 03 Oct 2013 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 OKTOBER :  Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mempergiatkan penerangan kepada rakyat pindaan PCA melalui penganjuran kempen, forum dan dialog ke seluruh negara kesan pelaksanaannya kelak.

"Kita akan terus membantah baik dalam Parlimen mahupun di luar untuk memberi penerangan kepada rakyat betapa terdesaknya kerajaan tentang pelaksanaan akta ini.


"PR berpendirian undang-undang ini rakus dan akan disalahgunakan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Anwar, langkah kerajaan meluluskan PCA terbukti satu tindakan yang angkuh serta mengenepikan prinsip-prinsip keadilan sejagat.

Katanya lagi, pindaan PCA ternyata melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak asasi manusia.

Anwar turut menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian tetap dan lemah menghadapi tekanan sehingga terpaksa bersetuju dengan undang-undang baru ini.

"Ini pembohongan terang-terangan yang kedua terhadap janji Perdana Menteri pada 16 September 2011 apabila Datuk Seri Najib Razak mengatakan untuk memendekkan tempoh tahanan pencegahan dan memperluaskan peranan mahkamah.

"Termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang sekaligus menamatkan penahanan tanpa bicara," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, kerajaan sebelum ini meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan kini pindaan PCA 2013.

Jelasnya, undang-undang sekalipun bertujuan baik untuk mencegah jenayah tidak boleh dipertahankan apabila ia mengenepikan prinsip-prinsip keadilan dan mencabul hak-hak asasi yang diperakui dunia.

"Pindaan PCA kini memperuntukkan Seksyen 19A yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Malah Seksyen 15A dilihat menafikan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah.

"Hakikatnya masalah jenayah di Malaysia memang serius, Pakatan Rakyat tiada berkompromi dalam soal pembanterasan jenayah, namun ia perlu ditangani dengan berkesan secara profesional oleh pasukan polis.

"Langkah-langkah paling berkesan ialah melaksanakan 125 syor-syor yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005," katanya.

Sumber: SelangorKu

Anwar Ibrahim

Posted: 03 Oct 2013 07:37 PM PDT

Anwar Ibrahim


Cops’ MISSING GUNS the mystery source of supply to the triads, gangsters?

Posted: 01 Oct 2013 11:55 PM PDT

Malaysia-Chronicle

The 2012 Augitor-General’s report showed that at least RM1.3 million in assets, including firearms, vehicles and handcuffs were lost by the Malaysian police over the past three years.

The report, which highlighted many instances of wastage, was presented to Parliament on Tuesday.

The news especially as regards the ‘missing’ firearms can be expected to anger and even alarm Malaysians, who have been frightened by a spate of violent crimes and shootings.

It is telling that the Auditor’s report did not state exactly what sort of firearms were involved but guns are the obvious inference. Some even warn that it could include high-performance machine guns and not just hand revolvers.

“We have been asking where did the gangsters get their guns? The Inspector General of Police and the Home Minister have even put up draconian amendments to the Prevention of Crime Act because they say they need to be able to detain people without trial in order to combat crime. They also launched Ops Cantas which I understand has rounded up more than 10,000 bad hats. Now it is laughable that the guns missing from the police armory may have fallen into wrong hands,” MP for Wangsa Maju Tan Kee Kwong told Malaysia Chronicle.

“The police must not only explain to the public but also tighten up their operations. Where are the checks and balances? The armory must surely have a log of details. Why wasn’t there discipline in maintaining what went in and out? How can we have guns disappearing without a trace? It is clear the police have been lax and they must close up the loopholes.”

Poor internal system of detection

The missing ‘firearms’ formed 14.2% of the total RM1.33 million losses recorded during the period 2010 to 2012. Handcuffs formed the largest portion of missing items at 50.5%.

In his report, the Auditor-General also noted delays in the discovery of the missing assets as well as in the reporting of the losses to the department head, and in preparing an initial report on the missing assets.

The report also stated that there were still many missing cases in 2010 and 2011 that had yet to be solved, as well as surcharges that have yet to be collected.

“Besides that, records in Bukit Aman and state police contingent headquarters containing information on missing assets and the status of investigations need to be coordinated,” it added.

Customs also slip-shod

Malaysia’s Customs Department was also not spared. The Auditor General found that RM602,089 worth of shoes bought for its staff were destroyed because of wrong specification.

Customs department destroyed the 7,659 pairs of new footwear purchased in 2009 for staff after finding that the quality of the shoes and boots had degraded after being kept in its store for three years.

The report said the sizes also did not meet the needs of the officers.

Sample tests conducted by the Science Technology Research Institute of Defence found that the soles of the shoes had turned brittle and split, said the Auditor-General.

According to the report, the goods were part of the department’s uniform distributed to its staff with each person allocated two pairs of shoes before the end of April every year.

Obama CANCELS trip to KL: ‘US in a mess, M’sia in a BIGGER mess’

Posted: 01 Oct 2013 11:51 PM PDT

Malaysia-Chronicle

In a move that is bound to disappoint many Malaysians who had hoped to catch a glimpse of him, US president Barack Obama has cancelled his trip to Kuala Lumpur next week.

According to Malaysian Prime Minister Najib, he received a call from Obama early this morning and was told the bad news.

The US president offered his regrets and promised to make the visit on a later date, revealed Najib.

The Malaysian PM also told reporters that Obama had cited his wish to remain in the US to tackle the partial shutdown of the US government after hitting a constitutional debt ceiling.

Speaking to reporters at an event in Sepang, Najib said US secretary of State John Kerry will still be coming to Kuala Lumpur next week. Obama was initially scheduled to address the Fourth Global Entrepreneurship Summit on October 11 here.

While generally viewed in this region as a positive influence and as reformist, Obama has also drawn some flak from some Malaysians, who feared his visit was to influence Najib into signing the controversial Trans Pacific Partnership Agreement later next year.

The global free trade agreement would require Malaysia to open key economic sectors, a move that has been resisted by many in the country including Opposition Leader Anwar Ibrahim and former premier Mahathir Mohamad, mainly because the terms and conditions for which are shrouded in secrecy and can only be made known 4 years after the agreement has been signed.

But pushing the TPPA to the sidelines is the brewing storm over the US debt, the biggest in the world.

“The US is in a mess, we are in a bigger mess. This is a good wake-up call to Najib that there is no free lunch. Whatever is spent must be paid and when you keep borrowing, one day your lenders will sit up and say, ‘sorry  no more, limit is up’,” Opposition MP for Wangsa Maju Tan Kee Jwong told Malaysia Chronicle.

“At least, US is a world leader in many integral fields like technology, finance, banking, the sciences. Many experts say it cannot be allowed to go bankrupt even though it may already be technically so. Somehow the rest of the world will have to adjust for the US because it contributes so much to the world economy.

“But not Malaysia, I am afraid. For us, the lenders will not be forgiving at all. We have to be responsible for our debt and this is something that Najib and his Umno-BN coalition don’t seem to get. Maybe Najib imagines himself to be the Obama of the East but wait and see what happens if he doesn’t cut out the wastage and excesses. Already Fitch has put Malaysia on negative outlook. If there are no reforms, the others will follow.”

 

Get Muhyiddin, Anwar and AG to investigate wrongdoings in report, says opposition

Posted: 01 Oct 2013 11:50 PM PDT

TMI

The Public Accounts Committee (PAC) will not do justice investigating the Auditor-General’s Report the opposition said today and suggested that a high-powered, three-man panel be set up to take on the task instead.

This panel, they said, can investigate and act against those found to have misused taxpayers' money.

“The panel must be made up of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Auditor-General himself,” DAP secretary-general Lim Guan Eng said today.

He added that the three men named are powerful enough to do the job.

“At the end of the day, PAC is controlled by the government given the 9:5 ratio. What type of enforcement can we expect in the wake of too many cases of misappropriation of government funds?” asked Lim, who is also DAP’s Bagan MP.

“We are offering a genuine suggestion and we are not always out to criticise,” Lim told a press conference at Parliament.

He added that the PAC is only responsible for compiling investigation reports and is therefore seemingly useless.

He was accompanied by PAS vice-president and Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar, Kulai MP and DAP assistant national publicity secretary Teo Nie Ching and PKR deputy president and Gombak MP Mohamed Azmin Ali.

In an immediate response, PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed said it was unfair of the Opposition to describe the committee as “useless” and “irrelevant”.

“The Auditor-General’s report was only made public yesterday and the committee members are still going through it before deciding on the next course of action,” he told The Malaysian Insider.

“They are not being fair to PAC. We are still in the midst of reading the report and one cannot expect a response this fast.”

He added that the next course of action would take a long time as further inquiries needed to be carried out.

“We have to be fair to those involved… in Penang itself, there are still many unresolved issues,” he added, in a reference to the Pakatan Rakyat-ruled state.

The Auditor-General’s Report, a tale of greed from top to bottom

Posted: 01 Oct 2013 09:22 PM PDT

TMI

One really troubling fact about the Auditor-General’s Report released yesterday is that the poison of corruption, wastage and negligence has seeped right down to the lowest levels of government.

Not only have Malaysians got to be worried about corrupt politicians but also civil servants from the top to the bottom. How else do you explain nearly RM200 million being spent on incinerators without the know-how to operate the technology or RM3,000 on wall clocks or custom-made shoes left to rot because they did not meet the specifications?

Money is being spent and wasted like water. And the disease has infected every ministry, government-linked company and institution across the nation. Perhaps it was inevitable given that civil servants have witnessed politicians milking the system for decades and getting away with it.

So why not also jump on the gravy train? After all it is public funds, and it belongs to them to waste it as they see fit. Even more troubling is that no heads have rolled over the years for such sheer wastage and corruption. When was the last time anyone took responsibility for purchasing expensive printers, inks, shoes, clocks and scanners?

Which minister or secretary-general or director-general or even chief clerk has admitted they slipped up and quit to take responsibility for such negligence. Is there any concern that policemen can lose guns or even police cars without anyone having their knuckles rapped for it? Or that money is still being paid out to dead people? One can suppose these dead people are still on the electoral roll.

Is there any shame that clocks are bought for such a hefty price? Or that money is spent despite work not done? The quick answer is no. If a government servant can claim RM300,000 for a four-day trip to study the 999 system, and no one bats an eyelid, what more the millions that are wasted in the name of the people?

The Auditor-General’s Report is now just another book trotted out annually for the government to lament and promise to do better and for the people to anguish over the sheer audacity of such extravagance. The ruling government can claim to do its best and set up more panels to look into the waste or ask the Public Accounts Committee to analyse the Auditor-General’s Report but if nothing is done, the trust deficit gets wider.

It is no use to assuage the people with BR1M cash aids or affordable housing if that comes with closing an eye on the corruption and wastage in Putrajaya and every government department or public agency or state firm. The cancer of corruption is very deep that it has become institutionalised and all we can do is read about the sheer pillage by those who say they work for the people of Malaysia.

The question to ask is simple. Are there any honest people left in the government or civil service that will do anything about the Auditor-General’s Report?

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 03 Oct 2013 11:33 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Penduduk Kampung Hakka minta MB campurtangan

Posted: 03 Oct 2013 12:03 AM PDT

dipetik daripada FMT.com

SEREMBAN: Seramai 50 penduduk Kampung Hakka, Mantin berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menyerahkan sebuah memorandum yang meminta Mohamad agar campurtangan dalam isu Kampung Hakka yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk projek pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Chong Tza Yaw, berkata penduduk Kampung Hakka datang dengan harapan bahawa Menteri Besar akan mengambil tindakan sewajarnya untuk campurtangan dan menggunakan kewibawaan politik (political will) dalam isu ini.
"Kami meletakkan harapan yang tinggi agar Menteri Besar menggunakan kuasa beliau untuk campurtangan dalam isu ini dan menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
"Kami sedar kes kami ini berada di mahkamah. Walaubagaimanapun kami mendapati kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk campurtangan serta boleh menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
"Menteri Besar boleh memberi tekanan atau berunding dengan pemaju untuk menyediakan tanah pampasan kepada kami untuk kami mendirikan kediaman yang baru.

"Saya mewakili penduduk kampung amat berharap Menteri Besar mempertimbangkan tuntutan yang kami utarakan demi masa depan penduduk kampung Tradisi Hakka," kata Chong.
Walaubagaimanapun memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Sembilan, Shahrulfaizal Tahar. Mohamad tidak dapat menerima memorandum kerana sedang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada waktu yang sama.
Chong turut menyerahkan satu lagi memorandum yang serupa kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (ADUN Chennah – DAP).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang menemani penduduk untuk menyerahkan memorandum itu berkata, isu Kampung Hakka, Mantin mirip kepada kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.
"Untuk makluman, isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, kesnya mirip dengan kes Kampung Hakka, Mantin.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah perkampungan itu kepada pihak pemaju. Walaubagaimanapun kerajaan Pulau Pinang berunding dengan pihak pemaju dan menuntut pampasan untuk penduduk kampung dengan meminta pemaju menyediakan rumah kepada penduduk kampung.
"Maka Kerajaan Negeri Sembilan juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mendapatkan pampasan kepada penduduk kampung dalam bentuk tanah lot kosong atau kediaman baru," jelas Arutchelvan.
Sementara itu Loke berkata beliau telah membawa isu Kampung Hakka, Mantin di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan sebentar tadi.

"Saya berharap esok Menteri Besar akan memberi penjelasan atau respon terhadap isu tersebut.
"Sementara peguam yang DAP sediakan untuk penduduk kampung berjaya mendapatkan arahan interim (interim order) untuk menangguhkan tindakan merobohkan rumah penduduk sehingga pendengaran kes tunggu perintah pengantungan pelaksanaan (stay of execution) didengar pada 17 Oktober di Mahkamah Tinggi Seremban," ujar Loke.
Sementara itu FMT difahamkan ke semua individu yang ditahan polis semalam telah dibebaskan semalam juga.
Turut hadir ADUN Nilai, J Arulkumar (DAP).

Polis hilang aset RM1.33 juta termasuk senjata api, gari

Posted: 03 Oct 2013 12:00 AM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan sekaligus kerugian RM1.33 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara.
Kehilangan aset tersebut direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM itu mendapati, aset paling banyak hilang adalah gari iaitu 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan, masing-masing 44 dan 29 unit.
"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.
"Pengurusan aset yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutama senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dipetik daripada laporan itu.
POLIS
Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis, Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset, Jawatankuasa Penyiasat Kes Kehilangan Aset lewat ditubuhkan, dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan laporan akhir.

Ekoran itu, Ambrin menegur dan mengesyorkan pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya kes kehilangan aset berkenaan dapat dikesan.
"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai/anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," tegur Ketua Audit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55897

Kerajaan bayar RM1.6j untuk K-Pop hari belia

Posted: 02 Oct 2013 10:22 PM PDT

Kerajaan pada tahun lalu bersungguh-sungguh menafikan bahawa usaha untuk membawa masuk kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 ditanggung dengan wang rakyat.

NONE
Laporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.

Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.

Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.

Laporan Audit dedah kecurangan kerajaan, salah urus tadbir

Posted: 02 Oct 2013 10:20 PM PDT

Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan.
Fuziah Salleh"Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja," ujarnya kepadaKeadilan Daily.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu.
"Bayangkan aset penting seperti itupun gagal dikendali dengan baik. Adakah keselamatan rakyat terjamin di bawah kawalan polis yang jelas mempunyai kelemahan.
"Itu belum termasuk Jabatan Kastam yang menempah kasut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kemudian membakarnya. Tindakan ini seolah-olah membakar duit rakyat," katanya.
Beliau mempersoal kegagalan kerajaan mengambil tindakan konkrit untuk memastikan ketirisan wang rakyat tidak berulang.
"Harus difahami bahawa Laporan Audit itu membabitkan banyak aspek termasuk pemerolehan, tender yang tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya sehingga membolehkan pemberian projek dan tender kepada kroni.
"Siasatan perlu untuk membasmi aktiviti yang merugikan aset rakyat seperti ini," tegas Fuziah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55945

SPR: Pilihanraya kecil DUN Sg Limau 4 Nov 2013

Posted: 02 Oct 2013 10:17 PM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah akan diadakan pada 4 November.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober - yang memberi peluang kepada calon untuk berkempen selama 12 hari termasuk pada hari penamaan.
azlanAbdul Aziz mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, SPR membuat pertimbangan agar pilihan raya itu diadakan sebelum peperiksaan SPM, pada 6 November, kerana banyak pusat pengundian dan dewan dimiliki sekolah.

"Kita tidak mahu ganggu susunan meja sekolah," katanya lagi yang menambah, anggota Umno memerlukan masa selepas mengadakan pemilihan parti pada 17 Oktober.

SPR juga mempertimbangkan keperluan penganut agama yang menyambut Deepavali pada 2 November dan Awal Muharram pada 5 November.

Keperluan PAS untuk mengadakan muktamar pada 17 November juga diambil kira, katanya lagi.

Ketika ditanya, Abdul Aziz menafikan bahawa SPR mengambil kira tarikh untuk perdana menteri membentangkan Belanjawan 2013 di parlimen.

Pilihan raya kecil kali ini tidak melibatkan pemilihan awal kerana tiada pengundi polis atau tentera didaftarkan di situ.

Pengundi pos bagi petugas media dan warga Malaysia di luar negara untuk kawasan tersebut boleh mula mendaftar hari ini.

Pegawai daerah Abdul Rashid Othman dilantik sebagai pegawai pengurus pilihan raya, dan borang pencalonan akan mula dijual pada 10 Oktober.

Penyandang kerusi tersebut, bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu akibat masalah kesihatan.

Menurut Abdul Aziz, seramai 27,222 individu layak mengundi dalam pilihan ray akecil tersebut, yang terdiri dari 93 peratus Melayu, tujuh peratus Cina dan hanya 57 orang pengundi dari kaum minoriti lain.

SPR akan menggembleng kekuatan seramai 492 orang untuk mengadakan pilihan raya tersebut, yang dijangka melibatkan kos lebih RM1.3 juta. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Aziz berkata, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
 rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
    
Sementara itu, beliau berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 10 Oktober.

Beliau berkata para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman sesawang SPR, www.spr.gov .my dan melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 10 Okt ini.
    
"Para Pengundi boleh menelefon Ibupejabat SPR di Putrajaya 03-88856565 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah 04-700 1313," katanya.
    
Bagi maksud permohonan undi pos pada pilihan raya kecil ini, Abdul Aziz berkata warganegara Malaysia yang berada di luar 

negara, pegawai dan petugas pilihan raya serta petugas media boleh membuat  permohonan undi pos mulai 3 Oktober dengan memuat turun borang permohonan dari lamanweb SPR.   
"Tarikh tutup permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia di luar negara ialah pada Hari Penamaan Calon.
    
"Bagi petugas pilihan raya dan petugas media, tarikh tutup permohonan undi pos ialah dua hari selepas Hari Penamaan Calon," katanya.
    
Mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz  berkata jenis dakwat dan cara penggunaan adalah sama seperti dalam pilihan raya kecil Kuala Besut.
    
"Pengalaman penggunaan dakwat kekal di sana begitu baik dan kita tidak menerima sebarang aduan. Jadi cara dan dakwat yang sama akan digunakan pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya.i.

BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On at 3:28 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Oct 2013 01:45 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ops Bubar: Ceramah bantu OKZ di Melewar esok

Posted: 03 Oct 2013 03:50 PM PDT

20 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
PAS  Perak akan menganjurkan satu program ceramah bagimenyatakan solidariti terhadap 13 peserta 
demontrasi Ops Bubar dihadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik perak 2009 lalu.

Kesemua Orang Kena Zalim (OKZ) itu telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar.

Namun kesemua 13 mereka telah dilepaskan setelah hampir seminggu meringkuk dalam Penjara Tapah apabila Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk ditangguhkan hukuman sementara proses rayuan dijalankan.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ceramah tersebut dijadualkan akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli  Muhammad (Kuizm), Taman Melewar, Kuala Lumpur jam 9.00 malam pada hari Jumaat ini (esok).

Katanya, ceramah tersebut adalah kemuncak program setelah menjelajah ke seluruh negeri Perak dalam masa dua minggu lalu.

Ceramah tersebut katanya bertujuan untuk mengumpul dana bagi bersama-sama membantu mengurangkan beban terhadap mereka.

"Kesemua 13 OKZ terpaksa menanggung sebilangan kos yang agak tinggi termasuklah denda RM5 ribu yang dijatuhkan, jaminan pelepasan dan kos perbicaraan.

"Malah ada dari kalangan 13 tahan itu kehilangan pekerjaan disebabkan hukuman yang telah disabitkan ke atas mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Ceramah tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, peguam, Hanipa Maidin, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Mantan Speaker Dun Perak, V Sivakumar, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Beberapa OKZ juga katanya akan turut hadir ke majlis itu disamping sokongan daripada beberapa NGO termasuklah Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

"Saya mengajak seluruh rakyat khususnya anak Perak disekitar Lembah Klang untuk hadir ke program ini dan dalam masa yang sama dapat membantu kami mengumpul dana bagi membela nasib 13 pejuang ini," jelasnya.

Harakahdaily/-

Ribuan penyokong Mursi berjaya berhimpun di Dataran Tahrir

Posted: 03 Oct 2013 03:49 PM PDT

20 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,03 Okt 2013


Kaherah - Mesir: Kumpulan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi buat pertama kalinya berhimpun di Dataran Tahrir, kelmarin.

Dataran Tahrir yang sebelum ini merupakan kawasan kubu kuat anti Mursi itu dikatakan lengang sejak tentera mengisytiharkan rampasan kuasa pada 3 Julai lalu. 

Media melaporkan, pada malam kelmarin, dataran itu dipenuhi ribuan penyokong Mursi sambil melaungkan "turun segera pemerintahan tentera!"

Perhimpunan disertai penyokong Mursi, penduduk tempatan dan penjaja itu juga dikatakan bertempur dengan anggota keselamatan. 

Wartawan Al Jazeera di Kaherah berkata, bantahan yang dilakukan di dataran terbabit adalah simbolik penting kerana sebelum ini mereka tidak pernah ke kawasan terbabit. 

"Sebelum ini, dataran itu dipenuhi penyokong Tamarod. Kini, kawasan menjadi tumpuan seluruh rakyat Mesir tidak kira penyokong atau pembangkang Mursi. Mereka ke sini bersepakat menolak pemerintahan tentera," katanya. 

Perhimpunan itu dilakukan selepas ketua tentera Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan kerajaan sementara supaya segera membentuk kerajaan bagi memulihkan kestabilan. 

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 04 Oct 2013 01:44 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Lagi Foto Mesyuarat Agung Ke-19

Posted: 03 Oct 2013 11:37 PM PDT












Mesyuarat Agung Ke-19

Posted: 03 Oct 2013 11:33 PM PDT

Berlangsung 22 September 2013 di Kompleks Tarbiah PAS Kawasan, Bukit Kerang.
Telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden, PAS, Mohamad Sabu.











Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 03 Oct 2013 11:28 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Majlis Serahan Tugas Komander AMAL Indera Mahkota

Posted: 02 Oct 2013 04:59 PM PDT


Pada 02 Oktober 2013 bertempat di Dewan PUTRA, Balok telah diadakan Majlis Serahan Tugas Komander Amal Indera Mahkota.

Majlis ini diadakan bagi meraikan al-Fadhil Saudara Sh Azlan bin Sh Abd Aziz yang telah menamatkan tugas beliau berkuatkuasa pada pada tarikh tersebut. Ini berikutan beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan diperingkat negeri iaitu sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Negeri Pahang.

Sepanjang beliau bertugas sebagai Komander Amal Indera Mahkota banyak program dan aktiviti yang telah diadakan bagi memperkenalkan dan menaikkan nama Jabatan Amal di tengah masyarakat. 

Antara ucapan terakhir, beliau mengingatkan semua warga Amal IM agar sentiasa berkerja dengan lebih gigih dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah SWT untuk kepentingan organisasi dan PAS khususnya. Ini selaras dengan motto Jabatan Amal itu sendiri iaitu "BERAMAL KERANA ALLAH".

Disamping itu juga, majlis ini turut mengalu-alukan kedatangan pengganti beliau iaitu al-Fadhil Saudara Mohd Hassan bin Syamsuddin dalam simbolik acara penyerahan fail tugas kepada pengantinya itu.

Saudara Mohd Hassan Syamsudin dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Amal IM agar sentiasa membantu beliau dalam menjalankan tugasnya.

Terdahulu majlis ini turut mendapat suntikan motivasi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPIM, al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin Mohammad.  

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 03 Oct 2013 09:38 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Hilangnya permata; Tuan Guru Ustaz Mustapha Hussin

Posted: 02 Oct 2013 11:13 AM PDT


Bersemadinya seorang pejuang yang tidak henti mencurahkan ilmu dan mewafatkan dirinya untuk perjuangan Islam.

SESUNGGUHnya mati seribu orang yang kuat beribadah setiap malam kepada ALLAH dan berpuasa setiap hari lebih ringan daripada mati seorang alim atau mengetahui perkara-perkara yang halal dan haram kerana kehilangannya sangat berharga.



Jasindaily Online

Posted: 03 Oct 2013 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


Kepincangan Kewangan: PAS Gesa Demo Ala Bersih

Posted: 02 Oct 2013 09:56 PM PDT

PAS mendesak satu himpunan seperti BERSIH diadakan bagi menuntut penyiasatan dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung ketirisan seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam.
NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata rakyat perlu terus memberi tekanan berhubung perkara itu sehingga kerajaan BN mengaku bahawa "mereka boros".

"Media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan ketua audit negara.

"Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat mempersoalkan mengapa tiada tindakan setiap kali laporan itu dibentangkan dan mempersoal transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong. Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," katanya.

Bidas Ahmad Maslan
Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang membidas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataannya bahawa laporan tersebut menunjukkan ketelusan pentadbiran negara.

Dengan nada menyindir, pemimpin PAS itu mahu Ahmad menggunakan "kepintarannya" dengan menyifatkan ketirisan itu "menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya".
NONE"Di sini perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan.

"Ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya," katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata tidak adil kerajaan menyuruh rakyat membayar lebih RM0.20 untuk seliter untuk minyak sedangkan agensi kerajaan terus meneruskan kerja borosnya./ Mkini

Jabatan Audit Buka Pekung ROS

Posted: 02 Oct 2013 09:51 PM PDT

NONEPendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap 90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula.

Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum menyerahkan sebarang laporan kepadanya.
Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu.

Kerajaan Hanguskan Duit Rakyat 1.6 Juta Untuk KPOP

Posted: 02 Oct 2013 09:48 PM PDT

Kerajaan pada tahun lalu bersungguh-sungguh menafikan bahawa usaha untuk membawa masuk kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 ditanggung dengan wang rakyat.
NONE
Laporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.

Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.

Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Oct 2013 07:02 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


AUDIT NEGARA : UNTUK K-POP RM 1.6 JUTA DEMI BELIA NEGARA ?

Posted: 02 Oct 2013 06:04 PM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 03 Oct 2013 01:31 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ijtimak Tarbawi 2013

Posted: 02 Oct 2013 07:54 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Oct 2013 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Korban bukan sekadar tumpahkan darah.

Posted: 02 Oct 2013 11:08 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Korban dalam bahasa Melayu boleh difahami dalam banyak maksud. Orang yang terinaya oleh sesuatu keadaan dikatakan korban. Mangsa yang terlibat dalam kemalangan juga dikatakan korban. Memberi sesuatu demi agama juga dikatakan korban. Tetapi kalau perkataan korban dirujuk kepada bahasa Arab bermaksud dekat – dekat dengan Allah.

Sungguhpun begitu kalau korban itu dirujuk kepada ibadah menyembelih binatang ternakan pada hari-hari 10-13 Zulhijah diistilahkan sebagai "udhiyah". Namun dalam bahasa Melayu masih menggunakan istilah korban. Ibadah ini akan bermula selepas solat hari raya Aiduladha sehingga hari ke 13 Zulhijah sebelum terbenam matahari.

Ibadah ini disebut korban kerana untuk melakukan penyembelihan binatang ternakan perlukan pergorbanan. Maknanya sebelum boleh menyembelih seseorang itu perlu korbankan wang untuk membeli binatang tersebut. Atau perlu korbankan perasaan sayang kepada binatang yang dipeliharanya sekian lama. Yalah, kalau dia jual dapat hasil keuntungannya.

Walau apapun makna korban, ada pihak terseksa atau terkorban kecuali mereka beriman kepada Allah dan Rasul. Bayangkan kalau orang yang terinaya kerana sesuatu keadaan lalu dia berserah kepada Allah kerana akur dengan takdir Allah pasti jiwanya tentang. Begitu juga dengan yang terkorban dalam sesuatu kemalangan, jika redha dengan takdir ini tentu besar pahala. Apatah lagi kalau dia korbankan kambing kesayangannya tentu besar nilaian Allah.

Korban Zaman Rasulullah
Jika kita lihat kepada amalan ibadah korban pada zaman Rasulullah, hanya melibatkan kibas dan unta. Hal ini kerana pada zaman itu kibas dan unta sahaja yang dipelihara untuk tujuan perdagangan selain untuk makanan mereka sendiri. Selain itu setiap individu dipercayai memelihara kibas dalam kadar yang kecil untuk kegunaan sendiri.

Walau bagaimanapun unta ini tidak dipelihara kecuali untuk tujuan komersial sama ada dijual atau untuk sewaan kenderaan. Oleh sebab unta tidak mampu dimiliki oleh semua orang, maka unta dianggap bahan mewah. Berdasarkan kedudukan itu orang Islam dicabar supaya berkorban dengan menyembelih unta atau kibas dalam sabdanya yang bermaksud:

"Barang siapa mempunyai kesanggupan dan kemampuan (untuk berkorban) tapi tidak mahu berkorban maka janganlah dia mendekati Musholla kami."
Tentu dengan cabaran ini semua sahabat boleh berkorban dengan menyembelih kibas. Hal ini kerana mereka masing-masing memelihara kibas.  Tetapi kalau semua menyembelih seekor kibas, kepada siapa pula daging itu boleh diagihkan. Ya, kalau mereka memikirkan hak dan kepentingan sendiri tentu mereka akan sembelih dan makan sendiri. Tetapi dalam ajaran Islam setiap korban, pemilik hanya boleh makan sendiri sebanyak 1/3 sahaja.
Berdasarkan hukum itu, mereka akur dan mengagihkan daging korban itu sesama mereka dengan tukar menukar daging korban. Jadi, mereka dapat merasai daging korban orang lain. Di sini tidak timbul isu pembaziran kerana lazimnya seekor kibas boleh dimakan oleh satu keluarga orang Arab.
Tetapi bagaimana dengan korban unta? Tidak semua sahabat mampu memilik unta. Maka di sini orang yang layak berkorban untuk ialah orang yang memelihara unta terebut. Tetapi kalau orang lain mampu membeli unta tentu mereka boleh lakukan. Tapi bolehkah mereka lakukan perintah korban kalau mereka tidak ada wang?

Falsafah korban lebih besar

Sebenarnya amalan korban yang direalisasikan pada zaman Rasulullah SAW berdasarkan falsafah yang ditetapkan. Berdasarkan korban zaman Rasulullah dapat kita fahami falsafah korban iaitu suatu tuntutan perjuangan untuk mengenepikan rasa cinta kepada wang, perasaan, dan nyawa. Mungkin dalam hal ini pengorbanan seseorang tidak sama antara satu sama lain.

Mungkin pada orang kaya mereka perlu korbankan perasaan. Mereka banyak harta, banyak unta dan kibas tetapi untuk menyahut seruan korban, mereka perlu korbankan perasaan sayang kepada harta tersebut. Namun mungkin pada orang miskin lain pula cabarannya. Mereka perlu korbankan wang yang sentiasa tidak cukup. Maka mereka perlu mencari wang tambahan untuk membolehkan mereka mendapat kibas dan sembelih.

Falsafah korban yang berjaya dilakukan oleh golongan kaya mahupun miskin adalah tanda mereka redha dengan cabaran Allah. Sungguhpun begitu bentuk pengorbanan ini adalah cabaran awal yang merupakan latihan ke arah pengorbanan yang lebih besar. kalau umat Islam boleh melakukan korban wang dan perasaan tentulah suatu hari nanti mereka mampu melakukan korban yang melibatkan nyawa dan darah.

Lihatlah sahabat Rasulullah seperti yang telah disebut di atas, apabila mereka mampu korbankan wang dan perasaan dengan menyembelih kibas dan unta, maka tiada halangan untuk mereka turun ke medan perang melawan musuh bagi mempertahankan Islam dan negara. Tawaran sukar ini disambut dengan baik.  Mereka tidak sayangkan nyawa dan darah mereka, malah terus mengejar syahid.

Keadaan itu kalau kita bawa ke zaman ini tentu jauh bezanya. Lihatlah berapa ramai umat Islam yang kaya boleh korbankan perasaannya? Biasanya orang kaya sekarang sanggup berkorban adalah kerana wang sudah banyak, lalu dengan itu dia tidak ada rasa sayang dengan berkurangan wang mereka. Manakala orang miskin pula, mereka bukan sahaja tidak sanggup berkorban wang ringgit malah menjadi alasan kuat untuk mereka tidak melakukan korban.

Kalau begitulah kedudukan kita pada hari ini mampukah kita sahut cabaran untuk korbankan nyawa dan darah di medan perang? Inilah realiti umat Islam pada hari ini. Mereka tidak sanggup untuk korbankan nyawa dan darah untuk mempertahankan Islam dan negara. Percayalah mereka yang sanggup masuk angkatan tentera, asalnya bukan kerana mahu berkorban tetapi kerana jaminan gaji tetap dan pencen sepanjang hidup.

Sudahkah kita berkorban?
Tahun ini kita akan menempuh hari-hari korban lagi. Kalau orang di Kelantan dan Terengganu amalan membuat korban adalah secara keluarga. Tetapi kalau orang negeri-negeri lain mereka buat korban melalui anjuran masjid. Walaupun sesebuah masjid membuat korban lebih 10 ekor lembu, namun kalau hendak dibandingkan dengan peratus penduduk sekitar kariah tersebut adalah masih kecil mereka yang sanggup berkorban.

Oleh sebab tidak ramai yang berkorban, maka agihan kepada anak kariah tidak boleh merata dan tidak boleh dalam kadar yang banyak. Persoalannya, adakah mereka yang tidak berkorban itu kerana tiada wang atau sayangkan wang? Kalau jelas mereka tiada wang kenapa tidak usahakan untuk mendapatkan wang tambahan untuk membolehkan mereka membeli lembu atau kambing korban?

Kalau kita sedar pentingnya seruan supaya berkorban tentu mereka akan usahakan untuk mengumpul wang secara bulanan untuk membolehkan mereka berkorban. Kalau cara ini boleh dilakukan sudah layaklah mereka dianggap telah melakukan korban. Ingatlah orang kaya yang sanggup berkorban kerana wang banyak belum tentu boleh dinilai sebagai telah berkorban.

Sebenarnya orang kaya yang hendak berkorban seharusnya bertindak atas dasar hendak korbankan perasaan sayangkan terhadap harta atau wang. Kalau dia sanggup korbankan perasaan sayang kepada wang ringgitnya lalu wang itu dibelinya binatang korban, barulah nilai korbannya tercapai. Saya percaya kita semua mampu berkorban pada tahun ini berdasarkan falsafah korban di atas.

Dalam hal ini Rasulullah memberi jaminan dengan sabdanya yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Riwayat al-Tirmizi)

Yakinlah kalau Allah redha dengan pengorbanan yang kita laku apa lagi yang kita harapkan dengan korban ini. Oleh sebab itu sewaktu kita melakukan korban dengan sembelihan binatang ternakan redhalah dengan wang yang dikeluarkan, lepaskan rasa sayang kepada harta yang dimiliki dengan ketentuan Allah. Saya yakin dengan cara ini kita akan mampu tingkatkan korban kita ke arah korban nyawa dan darah.

RM28.8 juta sewa pesawat untuk PM

Posted: 02 Oct 2013 10:13 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta setahun bagi menyewa pesawat untuk kegunaan Perdana Menter (PM).

Selain itu sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaran pesawat jet VVIP tersebut.

Ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan dalam tempoh tiga tahun dari 2010 kerajaan telah berbelanja RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta bagi penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk  penambahbaikan jet tersebut.

Mengulas perkara itu, Kor Ming, dalam tempoh tiga tahun kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi kegunaan PM.

"Sebagai bandingan rakan sejawat PM di Singapura, Lee Hsien Loong, beliau hanya menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan luar negara dan ini menjimatkan wang rakyat.

"Teladan ini haru dicontohi oleh PM untuk membuat pertimbangan menaiki tiket kelas pertama Penerbangan Malaysia (MAS) dan bukannya pesawat jet mewah," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, ketika Malaysia mengalami defisit 17 tahun berturut-turut dan ledakan hutang negara sehingga mencecah paras RM516.3 bilion, kerajaan Barisan Nasional (BN) disaran menunjukkan teladan baik berhemah dari segi pengurusan kewangan.

"Pada tahun ini kerajaan terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di parlimen kerana kegawatan kewangan.

"Jumlah defisit kerajaan tahun ini sahaja sebanyak RM69.2 bilion, jadi atas angka yang merunsingkan kita ini PM perlu mengamalkan perbelanjaan yang berhemah, jangan membazir," sambung beliau.

Katanya lagi, Ketua Audit Negara turut menyarankan agar Jabatan Perdana Menteri supaya mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan.

harakahdaily.net

Israel ciplak slogan dari Malaysia ?

Posted: 02 Oct 2013 10:09 PM PDT


19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.


Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.



Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.



Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai "produk ciplak" dari kempen Mongolia dan Israel.

PRK DUN Sungai Limau: Tarikh tiada kaitan dengan Bajet 2014 - Abdul Aziz

Posted: 02 Oct 2013 10:05 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan pengumuman tarikh PRK Sungai Limau tiada kaitan dengan Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini. 


"Dalam pertimbangan mesyuarat sebentar tadi, kita hanya mempertimbangkan isu penggunaan dewan oleh sekolah bagi kegunaan peperiksaan SPM dan cuti Deepavali," katanya pada sidang media ketika mengumumkan tarikh pengundian PRK Sungai Limau di sini, sebentar tadi. 


Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan pihak pembangkang bahawa SPR sengaja memilih tarikh selepas pengumuman bajet bagi mempengaruhi undian. 

PRK DUN Sungai Limau: SPR akan guna dakwat kekal seperti PRK Kuala Besut

Posted: 02 Oct 2013 10:02 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PRK DUN Sungai Limau: SPR akan guna dakwat kekal seperti PRK Kuala Besut
PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) ketika mengadakan sidang media berkenaan PRK Sungai Limau di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, hari ini. - Foto BH Online
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan menggunakan dakwat kekal yang sama ketika PRK Kuala Besut.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengumumkan tarikh pengundian PRK Sungai Limau di sini, sebentar tadi. 


Sementara itu, Abdul Aziz turut menyerahkan writ PRK Sungai Limau kepada Pegawai Pengurus yang juga Pegawai Daerah Yan, Abdul Rashid Osman. 

Sg Limau: Mengundi 4 Nov, penamaan calon 23 Okt

Posted: 02 Oct 2013 09:51 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November adalah hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon pada 23 Oktober.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, sebentar tadi.


PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Masalah Domin Idhamlim.com

Posted: 02 Oct 2013 09:46 PM PDT

27 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Pihak kami buat sementara ini meminta maaf kepada semua pengunjung blog cina islam atas masalah teknikal yang sudah berlanjutan sehingga hari ke 8 pada hari ini.

InsyaAllah idhamlim.com akan dipulihkan secepat mungkin dalam masa terdekat dan kembali menemui pengunjung.

Untuk sementara waktu blog ini kembali dapat dilayari pada URL
http://idhamlim.blogspot.com/


Jenazah Ustaz Azizan selamat dikebumikan

Posted: 26 Sep 2013 05:51 AM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Bashir Ishak,26 Sep 2013
POKOK SENA:Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.



Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.


Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir;  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi;   Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.


Solat jenazah dilaksanakan  di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar  jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham (gambar).


Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).


Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.


Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.


Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.


Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14  anak.

Ribuan tunai solat jenazah Ustaz Azizan

Posted: 26 Sep 2013 05:49 AM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Bashir Ishak,26 Sep 2013

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.


Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.


Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.


Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.



Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.  



Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.



Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.


Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.



Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.



Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak.

Harga petrol RON95 akan naik lagi?

Posted: 26 Sep 2013 05:48 AM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.


Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.



Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.



Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.



Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.



Biarpun kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang terpaksa dihadapi rakyat bawahan.



Dalam pada itu, Bernama melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.



Laporan yang memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata, langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

Agong turut ziarah, penghormatan terakhir buat Allahyarham Ust. Azizan

Posted: 26 Sep 2013 05:47 AM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,26 Sep 2013

[GAMBAR & VIDEO] Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ust. Azizan, Agong Turut Ziarah


Yang di-Pertuan Agong ziarahi jenazah Ustaz Azizan 
POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.


Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang. 



Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat. 



Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar. -HD



132 maut, 53 hilang ribut tropika landa Mexico

Posted: 25 Sep 2013 10:12 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


MEXICO CITY: Angka korban akibat dua ribut tropika berkembar yang melanda Mexico kini meningkat kepada 130 orang menakala 53 lagi masih dilaporkan hilang selepas perkampungan mereka ditimbus lumpur dan tanah runtuh. 

Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong, berkata beberapa negeri dilanda dua ribut tropika iaitu Ingrid dan Manuel sejak seminggu lalu. 

Tragedi paling besar ialah di La Pintada, apabila sebuah kampung ditenggelami lumpur dan tanah runtuh dari gunung yang berhampiran di barat saya negeri Guerrero. 



Pihak penyelamat masih melakukan kerja menggali untuk mencari mangsa yang tertimbus di La Pintada dengan 68 masih dilaporkan hilang. 

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto sebelum ini berkata, harapan untuk menyelamatkan mereka yang masih bernyawa adalah amat tipis. - AFP 

Gempa kuat 7.0 magnitud gegar Peru

Posted: 25 Sep 2013 10:11 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

LIMA: Gempa kuat berukuran 7.0 magnitud menggegarkan selatan Peru ari ini sehingga mencetuskan keadaan panik di beberapa bandar berdekatan. 


Gempa yang paling kuat direkodkan di Peru tahun ini turut dirasai gegarannya di lapan negeri di sebelah selatan dan barat tengah negara itu. 


Gegaran yang berlaku jam 11.42 pagi waktu tempatan itu berpusat di 46 kilometer di selatan Bandar Acari di pesisir Lautan Pasifik di kedalaman 46 kilometers, demikian lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 


Pegawai Institut Pertahanan Awam Peru, Alberto Bisbal memberitahu stesen  Eadio RPP, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa tsunami. 



Sejurus kejadian, beberapa kawasan berdekatan Gunung Berapi Nevado Chachani berdekatan Bandar Arequipa berlaku tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya. - AFP

Ustaz Azizan: Perginya seorang tokoh Islam

Posted: 25 Sep 2013 10:04 PM PDT


19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah.


"Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin," ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.



Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.



"Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar," katanya lagi.



Mohd Azmi menambah, sebagai  ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.



"Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi," katanya.



Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri. 



Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.



"Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam. 



"Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat," katanya lagi.

PAS Pusat rakam takziah buat keluarga Ustaz Azizan

Posted: 25 Sep 2013 10:03 PM PDT


19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat negeri Kedah khususnya. 

"Beliau merupakan Ahli Majlis Syura telah berjaya memimpin parti sehingga berjaya menawan negeri Kedah dalam PRU ke-12," ujarnya dalam satu kenyataan, selanjutnya sebagaimana di bawah.

Kesihatan beliau mulai merosot dalam kempen menghadapi PRU13 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong. 

Namun, kesihatan beliau mulai pulih sehingga beliau dibawa pulang ke Kedah, namun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Alor Setar. 

Kegagalan PAS mengekalkan kemenangan di Kedah merupakan suatu tamparan besar bagi parti. 

Beliau masih sempat berpesan kepada Datuk Muhriz, Menteri Besar baru agar mempastikan Kolej Insaniah dapat dijaga dan dijayakan. 

Beliau sepanjang menjadi Menteri Besar banyak menumpukan usaha membangunkan kolej tersebut di samping pelbagai kemajuan yang telah dilaksanakan. 

Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya. Al-Fatihah.

Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah

Posted: 25 Sep 2013 10:02 PM PDT

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -



ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.

Surendan MP pertama diarah keluar dewan

Posted: 24 Sep 2013 08:05 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Naib Presiden PKR N Surendran hari ini menjadi anggota Parlimen pertama diarah keluar daripada Dewan Rakyat kerana cuba membangkitkan petisyen bawah Arahan Tetap.

Wakil Padang Serai yang baru pertama kali terpilih itu cuba membangkitkan kes kematian dalam tahanan P Karuna Nithi, selepas ditolak oleh speaker Pandikar Amin Mulia sebelum sesi soal-jawab.

Malaysiakini


Kerajaan taja Kelab Cardiff City lebih RM15 juta

Posted: 24 Sep 2013 08:01 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perbelanjaan Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi Front of Shirt Sponsorship adalah tidak wajar dan membazir. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian(gambar) berkata, penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City untuk tempoh satu tahun. 


Baginya, perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat. 


Beliau menyatakan perkara itu merujuk kepada jawaban Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalannya di Dewan Rakyat semalam.


"Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?" tanya beliau dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Cardiff.


Katanya, peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada kementerian yag bertanggungjawab  dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.


Soalan: Hee Loy Sian minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan:-

a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan
b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.


Jawapan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Tuan Yang di-Pertua,


a) Kos keseluruhan bagi menaja Front of Shirt Sponsorship ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.


Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:

i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;
ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan
iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.

Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan. 


b) Melalui penajaan jersi kelab bola sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong.


Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada Negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia.


Harakahdaily

AES: Adakah wang bayaran saman akan dikembalikan?

Posted: 24 Sep 2013 07:55 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mengapakah dalam keadaan Peguam Negara telah memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan ke atas mereka yang dikeluarkan saman AES, saman AES masih terus-menerus dikeluarkan?

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) kepada Menteri Pengangkutan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.



Beliau yang juga AJK PAS Pusat juga menteri berkenaan menyatakan adakah kementerian bersedia untuk memulangkan kembali wang saman yang dibayar oleh pengguna setelah Peguam Negara memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta Menteri
Komunikasi Dan Multimedia menyatakan berapakah blog yang
menghina Islam, apakah tindakan yang telah dan akan diambil
terhadap pemiliknya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta Menteri Luar

Negeri menyatakan:-
(a) apakah peranan Malaysia dan setakat mana tindakan
yang telah dilakukan sebagai perantara dalam
penyelesaian konflik di Selatan Thailand; dan
(b) apakah kekangan terhadap penyelesaian krisis
berkenaan.


Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan
apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk
meningkatkan hasil tangkapan nelayan-nelayan pantai di negeri
Kelantan. Adakah hasil laut negeri ini semakin berkurangan dan jika
berkurangan apakah sebabnya.


Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan adakah
satu kajian hidrologi (hydrology study) dijalan dan diluluskan oleh pihak
Kementerian sebelum kerja-kerja penambakan tanah yang sedang
dijalankan oleh Kumpulan Liziz Sendirian Berhad secara reka bina di
dalam Sungai Terengganu di hadapan kawasan Istana Maziah Pejabat
Pos Besar Kuala Terengganu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta

Menteri Belia Dan Sukan menyatakan jumlah peruntukan yang
telah diluluskan di bawah Bantuan Pengupayaan Pertubuhan Belia dan
jumlah persatuan belia yang telah mendapat bantuan daripadanya
mengikut negeri.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta Menteri Luar

Negeri menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia tidak membuat
pendirian tegas mengutuk rampasan kuasa tentera di Mesir yang
menjatuhkah Kerajaan pimpinan Presiden yang dipilih secara
demokratik.

Wan Hasan Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Luar

Negeri menyatakan kenapa Duta Besar Malaysia ke Mesir belum
dilantik sedangkan ianya sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi
dalam perkembangan semasa di negara Mesir.


Idris Ahmad [ Bukit Gantang ] minta Menteri

Kewangan menyatakan berapakah nilai Saham Bumiputera di Bursa
Saham sehingga Julai 2013.


Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] minta Menteri

Dalam Negeri menyatakan status penyiasatan kes tembak
Pengerusi My Watch.


Ahmad Marzuk Shaary [ Bachok ] minta Menteri

Pendidikan menyatakan apakah sudah terdapat cadangan untuk
memusatkan kampus UMK di Bachok sahaja untuk memastikan
pentadbiran lebih baik dan keselesaan staf dan pelajar.


Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta Perdana

Menteri menyatakan perkembangan terkini perlaksanaan Standard
Pengurusan Keselamatan IT (IT Security Management (ISMS)) atau
MS ISO/IEC 27000 dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan
data-data sektor Kerajaan dan swasta negara terjamin.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta Menteri

Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil
oleh kementerian untuk penempatan semula pelajar-pelajar Malaysia
yang telah kembali daripada Mesir ekoran krisis rampasan kuasa, dan
bagaimana pula penempatan pelajar-pelajar baru yang terhalang untuk
memulakan pengajian di sana.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta

Menteri Kerja Raya menyatakan nama penuh dan latar belakang
jurutera yang bertanggungjawab daripada syarikat pemborong rekabina
yang mereka bentuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal
Abidin Terengganu yang telah runtuh dua kali pada tahun 2009 dan
2013.


Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta

Perdana Menteri menyatakan apakah rujukan yang diterima pakai
oleh Kerajaan dalam konsep Wasatiyah yang diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri.


Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta

Perdana Menteri menyatakan apakah kemudahan asas yang
telah dibina dan berada di bawah penyenggaraan Kerajaan
Persekutuan dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian.


Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta Menteri

Komunikasi Dan Multimedia menyatakan kos perbelanjaan
promosi 1Malaysia sejak ia dilancarkan.


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta

Perdana Menteri menyatakan statistik pemilikan Perumahan
Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari golongan muda mengikut negeri.


Datuk Takiyuddin Hassan [ Kota Bharu ] minta Perdana

Menteri menyatakan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
Pengkalan Chepa, Kelantan akan menjalankan operasi penerbangan
terus jemaah Haji ke Tanah Suci, khususnya bagi menjimatkan kos
kepada jemaah haji dari Negeri Kelantan dan sekitarnya.


Idris Ahmad [ Bukit Gantang ] minta Menteri

Pendidikan menyatakan apakah rasional Sekolah Vokasional
ditukar kepada Kolej Vokasional.


Nasrudin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri

Pendidikan menyatakan jumlah pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia dan Program Asasi yang tidak diterima
masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.


Dr. Izani Husin [ Pengkalan Chepa ] minta Menteri

Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan halanganhalangan
yang menyebabkan peserta-peserta KESEDAR belum
diberikan hak milik (geran tanah) bagi tanah yang mereka usahakan.


Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta Menteri

Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mengubah sistem perjawatan kakitangan pihak berkuasa tempatan
daripada sistem tertutup kepada satu sistem yang lebih terbuka dan
fleksibel. Jika tidak, apakah alasan dan kebaikan sistem tertutup ini.

Harakahaily

M'sia terus garang di sukan perpaduan Islam

Posted: 24 Sep 2013 07:52 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Perpaduan Islam ketiga semakin 'garang' apabila berjaya mengumpul tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada hari ketiga kejohanan.

Kutipan itu membolehkan Malaysia menduduki tangga kelima carta pingat dari 46 negara yang mengambil bahagian.


Mesir terus mendahului di tangga teratas carta kutipan pingat selepas memungut tujuh emas, lima perak dan lima gangsa hari ini diikuti tuan rumah Indonesia di tempat kedua dengan enam emas, satu perak dan lapan gangsa.


Turki kekal di tangga ketiga dengan mengumpul tiga emas, empat perak dan sebelas gangsa.


Iran mendahului Malaysia di tempat keempat selepas mengutip tiga emas, empat perak dan dua gangsa.


Skuad renang negara menjadi penyumbang terbesar pingat apabila meraih dua pingat emas dan dua perak pada hari pembukaan di Kompleks Renang Jakabaring, Palembang semalam.


Dua emas acara renang disumbang Yap Siew Hui menerusi acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita dan Yap See Tuan menerusi 200 meter kuak dada lelaki.


Pingat perak pula diraih Khoo Cai Lin yang beraksi dalam acara 200 meter gaya bebas wanita dan Nadia Adriana Redza Goh menerusi 400 meter gaya bebas wanita.


Dua lagi pingat gangsa negara dikutip kem angkat berat menerusi Franceay Titus yang beraksi dalam kategori wanita 58 kilogram dan Azizah Fadzil bagi kategori wanita 52 kilogram.


Hari ini tumpuan pingat terarah kepada acara renang, angkat berat dan karate.



- Bernama

Takziah pada keluarga Koperal Zal-Azri dari PM

Posted: 24 Sep 2013 07:49 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Koperal Zal-Azri Abd Somad yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas Isnin lepas.

"Jasa beliau sepanjang perkhidmatan akan sentiasa dihargai," kata Najib menerusi laman Twitter beliau.

Zal-Azri, 31, maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek curi besi buruk dalam satu operasi di Taman Teknologi dan Industri Cheng, Melaka.

Allahyarham yang merupakan anggota Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, dilaporkan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.

- Bernama


2 ditahan miliki bahan berkaitan Chin Pheng

Posted: 24 Sep 2013 07:44 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Seorang lelaki Malaysia dan Thai ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang lewat malam tadi kerana didakwa membawa masuk barangan berkaitan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ketua Polis Negeri Abdul Rahim Hanapi berkata, mereka ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat pada malam itu ketika mereka tiba dengan penerbangan Thai Airways dari Bangkok.


Katanya, lelaki berumur 66 dan 59 tahun itu kemudian dibawa ke balai polis Bayan Baru untuk disoal-siasat.


Malaysiakini difahamkan, keluarga terdekat bekas setiausaha agung PKM Ching Peng yang menghadiri upacara pengebumiannnya di Bangkok semalam memasuki kembali negara ini tanpa diberhentikan, diperiksa atau disoal oleh pegawai imigresen.


Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada Hari Malaysia 16 September ketika umur 90 selepas menderita sakit yang lama.


Dalam sidang media balai polis Bayan Baru hampir tengah malam tadi, Abdul Rahim berkata, polis merampas 8 CD, 11 cenderahati dan 12 buku berkaitan Chin Peng dan PKM.


Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim sebagai berkata, bahan itu, termasuk buku dalam bahasa Melayu dan Cina itu mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran. 


Kepada satu pertanyaan, Abdul Rahim berkata polis tidak menjumpai abu mayat mendiang Chin Peng dalam bagasi yang diperiksa.


Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.


Malaysiakini

Belanjawan jujur lagi berani diperlukan

Posted: 24 Sep 2013 07:42 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Keadaan kewangan negara berada dalam keadaan lemah lagi rapuh dengan penurunan 'rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch, diganding dengan unjuran penunjuk negatif perkembangan ekonomi sedunia memestikan kerajaan mengusulkan sebuah belanjawan yang jujur lagi berani (an honest and brave budget).

Negara telah masuk tahun ke-16 dengan belanjawan defisit sejak tahun 1998 walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan surplus yang membanggakan.

Pakatan Rakyat memandang dengan penuh prihatin pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada:

(1) RM14.13 billion untuk "perbelanjaan bekalan"; dan

(2) RM888.46 juta untuk "perbelanjaan tanggungan"


Andaikan jika tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, perbelanjaan pembangunan, pemulihan pinjaman dan KDNK (dalam harga terkini), nisbah belanjawan kepada KDNK untuk 2013 akan melonjak kepada 5.5 peratus. 

Nisbah defisit kepada KDNK 5.5 peratus ini menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan pimpinan BN gagal mencapai sasaran defisit 4 peratus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September 2012. 


Harus diingatkan kerajaan pimpinan BN juga telah gagal mencapai sasaran defisit 4.5 peratus dalam tahun 2012.

Dalam laporan The Star 17 Ogos 2013, pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata:

"Pengurangan lebih pesat ke atas defisit fiskal dan hutang negara perlu menjadi keutamaan... sekiranya kita tidak melakukan ini, berkemungkinan ekonomi negara akan terus jatuh mendadak."


'Bailout' ranapkan negara

Perbelanjaan tambahan untuk 2013 ini berkemungkinan akan menyebabkan nisbah hutang awam kepada KDNK akan melebihi sempadan 55 peratus (naik dari 45 peratus pada Julai 2009 dan dari 40 peratus pada April 2008) di hujung 2013, selepas melangkaui 53.3 peratus pada hujung 2012 - antara rekod tertinggi di Asia Tenggara.
Sekiranya kita mengambil kira pinjaman yang dijamin kerajaan yang dianggarkan bernilai RM147 bilion, juga dikenali sebagai 'liabiliti luar jangka' - pendedahan pinjaman berkemungkinan bakal mencecah 70 peratus daripada KDNK hujung tahun ini. 

Ini mempunyai suatu risiko yang tinggi, yang akan menekan akaun kerajaan persekutuan sekiranya gagal dibayar. Kos menyelamat atau 'bailout' yang tinggi akan terus meranapkan kewangan negara.

Rakyat memerlukan 'belanjawan jujur dan berani' yang akan membina daya saing, melebarkan sumber pendapatan negara dan menstrukturkan ekonomi agar meninggalkan amalan ekonomi kronisme, pembaziran dan pengherotan pasaran dengan kadar segera.
Justeru, Pakatan berhasrat membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang akan tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mampan melalui reformasi struktur belanjawan seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran serta ketirisan dan kos yang melampau. 

Ia juga akan mengukuhkan dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

Akhir sekali, kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa masa depan perkembangan ekonomi negara bukan sahaja akan terjamin malah akan berkembang dengan teramat pesat sekali jika reformasi politik dilaksanakan.

Ia akan menjadi penimbang tara dan penentu dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan semua rakyat dan bukan segelintir kecil rakyat terpilih.


Malaysiakini

Bantah Obama, pengganas berselindung senyuman

Posted: 24 Sep 2013 07:40 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Group FB Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibah Indiamuslim Malaysia (Imim) sepakat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia.

Pengerusi Group FB MM, Mohd Razali Yusof berkata, ia sebagai satu bentuk perpaduan MM dan Imim kepada saudara-saudara seagama yang mengalami penderitaan akibat ditindas AS dan kroninya. 


"Obama adalah simbol dari kekejaman dunia barat terhadap umat Islam. Dunia barat hingga saat ini masih terus aktif menyiksa dan membunuh Islam di seluruh dunia. 


"Tidak ada hari yang berlalu tanpa pembunuhan umat Islam," ujarnya dalam kenyataan bersama.


Justeru, tegasnya, bagi MM dan Imim, Obama tidak layak memijak kakinya di tanah air umat Islam kerana tangannya masih berlumuran darah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh kejam di Afghanistan, Iraq dan jutaaan di negara-negara Islam lain. 


"Obama tak ubahnya seperti Bush. Pengganas yang berselindung dengan senyuman manis," katanya. 


Sehubungan itu, katanya umat Islam harus bersatu untuk menolak kedatangan Obama ke Malaysia.


"Apakah kita sudah melupakan siapa Amerika? Kami tidak akan lupa kekejaman AS terhadap rakyat Palestin yang mana AS menyalurkan senjata-senjata kepada negara haram Israel. 


"Kami masih ingat ribuan kanak-kanak di bom di Iraq, masih segar dalam ingatan kami pembunuhan beramai-ramai rakyat Lubnan oleh Israel dengan bantuan AS," katanya lagi. 


Katanya, MM dan Imim tidak mungkin akan lupakan apa yang dilakukan oleh AS terhadap Chechnya, Bosnia, Macedonia, Kosovo, Kashmir, Filifina, dan negara-negara Muslim lain.


"Jika kita lihat, pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dilarang memasuki negara ini disebabkan pembunuhan rakyat negara ini oleh PKM satu masa dahulu dan kini abu mayat beliau pun tidak dibenarkan memasuki negara ini," ujarnya. 


Dalam konteks ini, ujar beliau Obama yang memimpin Amerika Syarikat juga harus dihalang dari memasuki Malaysia disebabkan kekejaman AS terhadap umat Islam. 


Harakahdaily

Menteri kata jangan tetapi 'sambut' Obama diteruskan

Posted: 24 Sep 2013 07:38 PM PDT

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak peduli terhadap gesaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar menghentikan siri jelajah anti Obama dan anti TPPA.

Sebaliknya jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, mobilasi rakyat bagi 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata, mereka mahu Obama melihat sendiri aksi rakyat yang tidak bersetuju dengan TPPA.

"Menteri (Mustapa) bukan sahaja keliru dan tak faham tujuan kita tapi cuba mengelirukan dewan.

"Kita bantah TPPA yang masih dalam rundingan kerana orang Umno sendiri pun tak tahu isi kandungan perjanjian sebaliknya selepas empat tahun baru boleh dedah isi kandungan perjanjian.

"Jadi siri mobilisasi dan himpunan akan diteruskan bagi menunjukkan bantahan kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Bercakap di Dewan Rakyat pagi semalam, Mustapa meminta supaya kehadiran Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.

Beliau turut berkata, siri jelajah juga tidak wajar diteruskan memandangkan Malaysia masih berunding dengan negara-negara yang terlibat dengan TPPA.

SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.

Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:

26 September: Kompleks Pendidikan ISlam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober   : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober   : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober   : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober   : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober   : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober  : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA di Kelab Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama iatu Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA.

Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan faks.

Harakahdaily