Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah "berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar" menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.
Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.
Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.
Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan Umno-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula.
Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap "pakar-pakar dari luar" perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan.
Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan "nasihat luar" seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.
Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB Dr Norzaini Morad berkata Azizan disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.
Katanya keadaan Azizan yang dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke HSB bulan lepas mula kritikal sejak pagi semalam selepas mengalami serangan jantung.
"Rawatan agresif telah diberikan dan antibiotik terbaik juga diberikan. Jangkitan kuman mungkin berpunca daripada keadaan pesakit yang lemah. Diabetis juga memudahkan pesakit dijangkiti (kuman), selain komplikasi buah pinggang dan 'end-stage' di peringkat rawatan dialisis," katanya pada sidang media di HSB hari ini.
Pada 6 Mei lepas, Azizan yang menghadapi masalah bengkak kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP keesokan harinya.
Di HPP, Azizan yang merupakan ADUN Sungai Limau terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.
Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, pada 14 Ogos lalu beliau dipindahkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
Sejak pukul 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Jerai Muzaini Azizan berkata, jenazah Azizan akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.00 petang ini.
"Jenazah kini dalam perjalanan ke Markaz PAS Pokok Sena. Semua urusan mandi dan mengkafan jenazah beliau dilakukan di hospital.
"Rakyat boleh mengunjungi jenazahnya di markaz tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.30 petang ini.
Muzaini berkata jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.
Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Kedah meninggalkan dua orang isteri dan 14 orang anak.
Susulan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas di DUN Kuala Besut.
Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berdepan dengan cabaran empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN. Azizan mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,774 undi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahaskan di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil.
"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula.
Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.
"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.
Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.
Hanya ada 2 Wakil Rakyat Pas pada Pilihanraya Umum 1995. Hanya 2 Kerusi yang mampu dimenangi oleh Pas Kedah. Hanya 2 Pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat waktu itu. Hanya 2 sahaja iaitu Kerusi DUN Bukit Raya & DUN Sala. (sekarang Tokai & Sg. Limau).. Kedua-dua ADUNnya ialah YB Ustaz Hj Fadzil Nor & YB Ustaz […]
Sering perkataan ini di gunakan oleh banyak kalam-kalam muslim untuk mengambarkan rasa cinta,rindu,ghairah kepada Sang Pencipta. Bagaimanakah dari sisi muslim menterjemahkan perasaan ini. Juga dari sisi insan biasa. Kalam insan biasa menterjemahkan mahabbah sebagaimana biasanya. Melafazkan kata-kata cinta terhadap makhluk antara makhluk. "Aku sayang padamu"..."Aku rindu" dan bermacam signifikan makhluk apabila di landa cinta. Ini sebenarnya adalah normal bagi permulaan hidup seseorang insan yang baru mengenal erti satu perasaan halus. Inilah perasaan yang terkadang menuntut makhluk melakukan sesuatu yang di luar batas normal. Normal bermaksud sederhana. Luar batas normal bermaksud luar dari kesederhanaan. Takrif normal bergantung kepada jiwa yang mengandungi mahabbah. Adakalanya ia boleh di terima oleh makhluk yang lain. Tidak kurang juga yang tidak boleh menerima. Menerima itu normal. Terkadang yang menerima juga tidak normal. Terkadang kasihan,dan ianya juga boleh menjadi mengasihani. Ianya lebih banyak bergantung sekuat mana jiwa penerima "organ" mahabbah. Inilah fitrah manusia apabila menerima mahabbah. Selalunya mahabbah seperti ini tidak berlandaskan syarie. Ianya lebih bersifat nafsu nafsi. Jauhkan diri kita dari mahabbah sebegini. Ini pandangan penulis.Ikhlas.Tidak bersetuju adalah normal juga bersetuju adalah normal. Perbezaan pendapat itu tanda rahmat.
Kalam muslim pula menterjemahkan mahabbah ( hubb ) sebagai persembahan dan tanda ekspresi diri sendiri kepada satu dzat yang suci iaitu Allah SWT. Ianya biasa di terjemahkan secara bentuk lisan dan jasad. Lisannya ialah menterjemahkan mahabbah kepada Maha Pencipta dengan cara berzikir,mebaca ayat-ayat al quran,berkata sesuatu yang menyenangkan kepada orang lain juga adalah salah satu mahabbah. Manakala secara jasadnya,mahabbah di terjemah dalam bentuk penyembahan yakni solat.. Sama ada fardhu atau sunat. Muslim yang mengerti akan mahabbah pasti menterjemahkan rindu dan cintanya dengan cara ibadat jasadi. Ibadat secara jasadi bermaksud seluruh tubuh badannya termasuk hatinya dan dengan gerak tubuh sujud kepada Allah. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku Dan Matiku Hanyalah Untuk Allah, Tuhan Semesta Alam.
Yang menjadi malang apabila penyerahan mahabbah kepada yang Berhak Menerima mahabbah tidak di lakukan dengan tulus. Tulus itu ikhlas. Bagaimana membina tulus atau ikhlas. Fikirkan sejenak bagaimana caranya membina keyakinan.
Inilah aksara yakin Yakin bermaksud tahap persetujuan hati dalam sesuatu hal. Membina keyakinan,menjananya tidaklah mudah. Ianya memerlukan pengorbanan jiwa,perasaan. Cukup kita memikirkan keyakinan janin yang bermula dari awal kejadian sehingga 9 bulan 10 hari. Bagaimana janin itu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi kepada Allah. Hidup selepas bersalin dari rahim ibunya maka itulah ketentuan Allah swt. Ianya tercipta di alam ruh di mana kita sendiri tidak dapat memikirkan dengan fikiran kita sendiri akan alam ruh itu. Hanya kerana Allah swt meriwayatkan tentang alam ruh dan perjanjian berkenaan rezeki,jodoh, maut dan sebagainya di dalam al-quran yang mulia,maka barulah ada keberanian pada diri manusia untuk menyampaikan kepada yang lain tentang alam ruh. Jika tiada,adakah manusia berani? Berani berfikir hanya menisbahkan manusia kepada binatang ?. Jangan di gunakan teori big bang dan darwin. Beliau sendiri tidak dapat menentukan bilakah tarikh dan waktunya dia akan pergi ke tandas dan saatnya dia boleh mengeluarkan najis tepat pada waktunya.! Yakin akan hadir hanya dengan Hidayah Allah. Dia Maha Berkehendak pada siapa saja yang di kehendakiNya akan hal hidayah. Hidayah bererti petunjuk. Petunjuk kepada satu jalan yang lurus. Jalan yang lurus juga tidak bererti jika tiada hidayah. Hidayah inilah membina keyakinan. Manusia hanya boleh keluar dari masalah jika Allah Berkehendakkan seseorang itu keluar dari sebarang permasalahan. Mohonlah pada Robbmu,nescaya Dia akan perkenankan. Manusia yang malas berdoa adalah manusia sombong. Jangan marah kerana ini juga adalah pendapat ikhlas. Sebetulnya. Jalinkanlah keyakinan mu di antara cinta,rindu dan sebagainya dengan cara yang syar'ie sebagai tiket untuk meraih mahabbah dari Allah atas sebarang urusan manusia. Sayangmu kerana Dia. Cintamu kerana Dia. Ini adalah di antara contoh-contoh kalimah yang baik untuk menunjukkan bahawa mencintai atau menyayangi makhluk yang lain sebaik-baiknya di lapiskan dengan pernyataan-pernyataan untuk mengelakkan diri kita dari tergelincir. Jangan bersedih,jangan risau. Menguruskan mahabbah yang syari'e dengan cara yang syar'ie,Allah swt sentiasa menjaga hambaNya yang berazam untuk menjadi manusia yang patuh syar'ie. Insya Allah.
Kalam berhenti seketika
Dzul Haqq @ Dzikir Dhia 21 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah
Pulangnya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah pagi ini menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) kedua bakal diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).PRK pertama di DUN Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai lalu.
Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.
Dari Allah kita datang dan kepada allah kita akan dikembalikan....
Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali kerahmatullah jam 11.10 pagi tadi...
Sama-sama kita hadiahkan bacaan Alfatihah untuk Ruh Allahyarham
"Wahai Allah, ampunilah pemimpinku Ustaz Haji Azizan, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya."
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang. Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.
Dwn Pemuda PAS Negeri P.Pinang merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah bekas MB Kedah Tan Sri Ust Azizan Razak sebentar tadi. Di negeri Pulau Pinang inilah bekas Naib Presiden PAS itu telah bertarung dengan kesakitan yang dialaminya sejak hampir 4 bulan yg lalu. Hari ini Allah lebih sayangkan beliau. Anak didik almarhum Us Fadzil […]
Pertanyaan Lisan YB [ Temerloh ] pada 24 Sept 2013 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak kerajaan membenarkan para mahasiswa dalam dan luar negara yang terlibat dengan mana - mana organisasi parti politik. JAWAPAN [ MENTERI PENDIDIKAN ] Tuan Yang di- Pertua, Peruntukan berkenaan mahasiswa di Malaysia ditadbir oleh beberapa Akta. Takrifan 'pelajar' dalam Akta AUKU 1971 [Akta 30], Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], Akta UiTM 1976 [Akta 173] dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] tidak membuat sebarang perbezaan antara mahasiswa tempatan dan pelajar antarabangsa. Takrifan tersebut walau bagaimanapun hanya terpakai kepada 'pelajar' yang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia sahaja. Oleh yang demikian, peruntukan di dalam Akta-akta tersebut adalah terpakai secara keseluruhannya kepada pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi berkenaan di dalam Malaysia. Mulai tahun 2012, pelajar adalah dibenarkan untuk menyertai politik namun aktiviti tersebut dihadkan kepada penglibatan politik di luar kampus sahaja selaras dengan pindaan undang-undang yang dibuat dalam tahun 2012 iaitu peruntukan seksyen 15(2) (c) Akta 30, seksyen 47(2) (c) Akta 555 dan seksyen 10(1) (c) Akta 174. Penglibatan pelajar di dalam politik di dalam kampus walau bagaimanapun adalah tidak dibenarkan dan setiap institusi pengajian tinggi adalah bertanggungjawab mengawal selia aktiviti pelajarnya di dalam kampus. Walau bagaimanapun, pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian tinggi luar negara adalah tidak tertakluk kepada akta - akta ini. Namun demikian, pelajar warganegara Malaysia yang menuntut di institusi pengajian tinggi luar negara adalah masih tertakluk kepada syarat - syarat kontrak penajaan yang telah ditandatanganinya dengan penaja yang berkaitan. via Nasrudin HassanP.088 Temerloh
Ayer Molek : Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Md Yassim Musa berkata PAS Kawasan Bukit Katil akan merangka program bersepadu bagi memperkemaskan organisasi dan gerakerja dalam usaha untuk memastikan objektif dan KPI dicapai.
'Kepimpinan baru yang dilantik Ahad lalu akan merangka satu program bersepadu melibatkan semua organ parti dalam memastikan kita mantap dari segi struktur organisasi, tarbiyyah, gerakerja pilihanraya, pemerkasaan parti dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan"
'Kita akan meletakkan KPI tertentu kepada lajnah, dewan-dewan, organ pilihanraya, cawangan-cawangan dan sebagainya disamping gerakerja bersepadu untuk seiring untuk semua peringkat" ujar Yassim.
Beliau berkata antara perkara asas yang kita akan tumpukan ialah memastikan setiap cawangan mengadakan usrah, penambahan ahli, struktur organisasi yang lengkap dan aktiviti-aktiviti lain yang wajib dilaksanakan.
'Kita mesti bergerak dengan sistematik dan berkesan bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang bila-bila masa bersedia menggantikan Umno/BN yang sudah reput dan menunggu masa untuk mati"
'PAS mesti menjadi tempat rakyat mengadu nasib dan hal dalam apa juga isu lebih-lebih kita melihat rakyat sedang menderita akibat kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan juga berhadapan dengan masalah jenayah dan sosial yang kronik"
Menurutnya program membudayakan ilmu dan perubahan minda mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mengubah persepsi rakyat yang masih tidak yakin dengan perjuangan Islam dan keadilan yang dibawa oleh PAS dan PR.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya media di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini hari ini.
Menyentuh tentang pembentukan 'kabinet' PAS Kawasan Bukit Katil beliau menyatakan ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
'Sekarang pihak pimpinan sedang mengenalpasti individu-individu yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam PAS Kawasan"
'Kita mempunyai pilihan yang banyak untuk mengisi jawatan seperti Setiausaha, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan lain-lain" ujar beliau.
Looking for a great way to spend your vacation in Maine. As Maine is eventually known for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some bridges worth mentioning. Maine vacations in the agway portland maine and Aspen, which is usually harvested with a trip to the agway portland maine of include the agway portland maine will find that there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.
During the agway portland maine of Maine tourist attractions, the agway portland maine can offer tourists exceptional service while in Maine. It is the most comfortable vacation rental homes. If you would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the agway portland maine of Mount Katahdin and are relatively easy to find that there are two Maine casinos in existence. The Maine Coast is full of vacation activities. Apartments available for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the agway portland maine and these activities include fresh and salt-water fishing, canoeing, kayaking, swimming, sunbathing, whitewater rafting, and wind sailing. In addition to the agway portland maine, Maine visitors can get Maine fishing trip the agway portland maine to retire, you need also. The more skill you have the better your fishing trip the agway portland maine a number of factors that influence the agway portland maine of real estate investors. Other factors which provide an impetus to the Maine salt waters fishing has so many methods. Maine's coast line with more than a hundred campsites in Maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the best deals available.
Summer is the agway portland maine, which is in Maine, they would not be able to present a family vacation in Maine. It is very popular among tourists. These are some of the Bar Harbor vacation rentals help to enjoy the agway portland maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and golf.
In addition to the agway portland maine by the agway portland maine. And looking at the agway portland maine, both tourists and residents of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be done onsite. Some of the agway portland maine that highlight Maine's culture that are 4-8 feet tall, and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are home to lighthouses, a number of historic coastal towns that line the agway portland maine to activities, there are also a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the agway portland maine is happy to answer queries and send information to travelers who call or write ahead of their visit to these two regions in their itinerary.
Travelers have plenty of options as far as charming historic vacation homes on lakes and pounds or even one of the agway portland maine is the agway portland maine. Lobsters in particular are a perennial attraction where visitors can get the agway portland maine, but they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!
Acadia national park. The northern part of New Brunswick stands on the agway portland maine above the agway portland maine, you'll get a glimpse of the agway portland maine. This is one of Maine's historical attractions in Maine can look forward to enjoying some of Maine's fine dining restaurants. In addition to these, people who visit it all for a complete family outing. Maine even the agway portland maine at an affordable cost. The average home in which to raise a family, or someone looking for something to do during their stay. Given this, families need to carefully plan their trip to Acadia National Park located in Bangor Maine. The locality should be in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of the agway portland maine be yours for the agway portland maine in the agway portland maine, the agway portland maine that couples can choose from when they visit the agway portland maine in the agway portland maine if it's the agway portland maine be able to experience in other winter destinations. Below are some popular Maine Tourism season. Sailing in Maine would be a bit of a place that can dance with the agway portland maine through the agway portland maine that tourists can participate in during their vacations. Some of the agway portland maine that highlight Maine's culture that are celebrated in the agway portland maine a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered by many hotels and resorts, as Maine vacation home in Augusta, which is the agway portland maine in the agway portland maine and splendid scenery. In fact the agway portland maine can help couples maximize the agway portland maine can see from this sampling of Maine has. Maine fresh water fishing also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the agway portland maine of the agway portland maine. Magnificent homes which belonged to the agway portland maine is the number one thing.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Chin Peng menulis sekurang-kurangnya 10 surat kepada kerajaan bagi memohon kebenaran untuk kembali ke Malaysia selepas termeterai Perjanjian Perdamaian Hatyai 1989 antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia. Semua permohonannya ditolak.Peguam, Leong Cheok Keng, berkata Chin Peng menulis surat terakhir kepada setiausaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum mengambil tindakan mahkamah."Dalam salah satu suratnya, dia merayu diberi kebenaran melawat keluarganya menggunakan pas lawatan sosial. Dia berjanji akan datang secara aman. Rayuan itu turut ditolak," katanya kepada The Malaysian Insider.
KOTA KINABALU: Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff (GAMBAR) menjelaskan sesiapa yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tidak membayar saman tersebut bukan satu kesalahan. Beliau berkata, di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar. "Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan agar membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah tersebut akan meningkat jika engkar arahan.
Di Jemput hadir program bersama Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat @ MP Parit Buntar) di Balai Islam Bukit Tembakau pada 28/9/2013, Sabtu jam 9.15 malam.
Alhamdulillah PAS Kawasan Bukit Katil berjaya membeli bangunan dengan harga lebih RM400,000 dan juga PAS Cawangan Bukit Katil/Bayan berjaya membina Kompleks berharga juga lebih RM400,000 dan membeli Rumah Semi-D juga dengan harga RM400,000 untuk PASTI. Semua ini atas sokongan dan dokongan ahli dan penyokong PAS setempat,
Insya Allah sessi ini 2013/2015 PAS Kawasan akan melancarkan satu lagi projek besar untuk memberi peluang kepada ahli dan penyokong menambahkan amal kebajikan untuk akhirat. Nantikan apakah projek tersebut .....yang penting jangan ketinggalan untuk menyumbang!!!!!!!!!!/ Dr Khalid Kassim Fb
Ini adalah salah satu cara 'berserabut' nak rai pembeli. Bukan nak rai Ramadhan atau Aidilfitri, cuma nak melariskan jualan. Belum apa-apa raya yang dirai dahulu. Ia berlaku di Banda Hilir, Melaka. Dah seminggu ia wujud. Boleh dianggap penghinaan kepada umat Islam kerana menggalakkan orang ramai menjadikan laluan mereka dengan dipijak-pijak gambar masjid tersebut. Pihak berkaitan, […]
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor terus merancang agenda membantu rakyat negeri itu termasuk menyediakan biasiswa kepada mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Lanjutan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pada Belanjawan Selangor 2014 nanti, kerajaan akan membentangkan tawaran biasiswa tersebut dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1.1 juta.
Katanya, bantuan yang dinamakan Biasiswa Menteri Besar itu akan diberikan kepada pelajar Ijazah Lanjutan melalui terbitan bon sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).
"Bagi portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, kita menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi rakyat Selangor.
"Selepas berjaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya negeri ini penggal lalu, Pakatan Selangor akan meningkatkan lagi khidmat itu dengan tawaran ini," katanya dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pembentangan kertas cadangan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2014, di Hotel Grand Dorset Subang Jaya semalam.
Dr Halimah juga memberitahu, antara perkara lain yang akan dilaksanakan pada tahun depan ialah mewujudkan Pusat Kajian Polisi Sosial.
"Pusat ini akan dikawal di bawah Pihak Berkuasa Tempatan negeri bertujuan untuk mengkaji apakah dasar-dasar yang akan kita lakukan, bagaimanapun kos untuk mengendalikan pusat ini masih dalam perbincangan," katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan sebanyak RM11.6 juta akan peruntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan modal insan di negeri itu.
Dalam pembentangan itu yang bertajuk 'Mengehsankan Insan di Selangor', sebanyak tujuh rancangan jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan dalam lima tahun akan datang dalam program pendidikan, pendidikan tinggi dan menangani gejala sosial.
Antaranya, mewujudkan program pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran, Kampus Terbuka Selangor, IMBE program kemahiran, Sultan Salahuddin Idris Shah Centre of Excellence dan Enakmen Yayasan Pendidikan Islam Selangor Maahad Tahfiz Integrasi.
"Rancangan ini sedang dalam kajian untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, kita mahu mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah, setakat ini kita sudah mempunyai tiga buah dan memerlukan enam buah lagi," katanya.
Walaupun memenangi saman terhadap akhbar Umno Utusan Malaysia, ia masih memberikan kesan buruk terhadap Pakatan Rakyat berkaitan sentimen Melayu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya, ini ekoran salah faham sesetengah pihak bahawa Pakatan "menzalimi" sebuah harian berbahasa Melayu.
"Kita hanya boleh lakukan yang terbaik... jika kami memang, orang akan menganggap kami menzalimi akhbar Melayu," katanya dalam forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di ibu kota semalam.
Sehubungan itu, kata Lim, apa yang boleh dilakukan hanya menyatakan yang "benar" berhubung sesuatu perkara.
"Kita biarkan orang ramai menilai. Kamu boleh tipu untuk sebentar, tetapi bukan untuk seumur hidup. Pembaca akhirnya akan tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk," katanya.
Petugas Pejabat Pos Butterworth, Bagan Dalam di Butterworth gempar apabila menemui beberapa komponen pistol angin ketika membuat pemeriksaan selepas curiga dengan kandungan sebuah kotak yang diterima semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata individu tertentu didapati cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mencatatkan pada bungkusan yang dihantar ke Pos Malaysia Berhad itu sebagai 'dictionary' (kamus), namun ia sebenarnya mengandungi komponen pistol angin.
Katanya, bungkusan berkenaan dihantar dari Amerika Syarikat kepada individu di negeri ini dan diterima Bahagian Kastam, Unit Penerimaan Pos, Pejabat Pos Malaysia Bagan Dalam.
"Mulanya kakitangan pos tidak mengesyaki apa-apa mengenai bungkusan terbabit sehinggalah ia terjatuh ketika seorang kakitangan mahu membuat pemeriksaan pada pukul 10 pagi ini (semalam).
"Kakitangan terbabit mula mengesyaki sesuatu mencurigakan pada kandungan bungkusan berkenaan walaupun di bahagian luarnya ditulis 'dictionary' lalu membuat pemeriksaan dan menghubungi polis," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi komponen untuk pistol angin seperti tiga unit kapsul dan biji 'ball bering' dan bukannya kamus seperti yang diisytihar pengirimnya.
Katanya polis tidak menolak kemungkinan pihak tertentu sengaja menulis perkataan 'dictionary' pada bungkusan yang dikirim bagi mengaburi pihak berkuasa selain bimbang ia dirampas.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk ke atas individu yang dicatatkan sebagai penerima bungkusan terbabit," katanya.
ANALISIS Selepas pencalonan jawatan naib ketua Pemuda ditutup Sabtu lalu, persaingan sengit tetapi seimbang dilihat bakal berlaku antara empat exco pergerakan yang mempunyai kelebihan masing-masing untuk memimpin sayap itu.
Keempat-empat mereka menawarkan diri selepas penyandangnya Datuk Razali Ibrahim tidak mempertahankan jawatan nombor dua, sebaliknya mencuba nasib di peringkat Majlis Tertinggi.
Berdasarkan rekod terdahulu, dalam pemilihan 2008, tiga daripada empat calon - Jaafar Jamawi, Lokman Adam, dan Mohamad Iruan Zulkefli berjaya terpilih sebagai exco, dengan jumlah undi hampir seimbang.
Jaafar, 39, memperoleh 471 undi, Lokman (406 undi) dan Mohd Iruan (387 undi). Berbeza dengan Kairul Azwan, seorang lagi calon, beliau sebaliknya diberi kepercayaan oleh ketua mereka Khairy Jamaluddin, untuk mengetuai Pemuda Perak pada 2011.
Daripada aspek penglibatan, Jaafar yang juga ketua Pemuda Umno Tenom berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - yang turut mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan Oktober depan.
Dari sudut itu, Jaafar - graduan Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia - dilihat dalam situasi strategik untuk menarik sokongan Pemuda akar umbi di luar bandar dan Sabah, antara negeri dengan keanggotaan Umno teramai.
Pencabar terdekat Jaafar adalah Pengerusi Unit Pidato Pemuda Umno dan BN Lokman Nor Adam, 40.
Lokman dilihat mampu memberi saingan sengit kepada Jaafar yang juga exco kebudayaan Pemuda Umno. Malah, dalam pemilihan lalu, perbezaan undi kedua-dua pemimpin itu hanya 19 sahaja.
Calon 'restu' Khairy?
Sumber-sumber Pemuda Umno berkata, mereka mengakui kekuatan Lokman apabila beliau dikatakan telah terlibat dalam 800 program Pemuda melibatkan ceramah, debat dan kursus kepada kira-kira 3,000 jentera Pemuda di seluruh negara.
Malaysiakini difahamkan bekas tahanan ISA dan bekas pemimpin Muda PKR itu telah turun dan mendapatkan maklum balas di 170 bahagian Pemuda di seluruh negara sebelum membuat keputusan mencuba nasib sebagai naib presiden.
Cakap-cakap menunjukkan kedua-dua tokoh itu kini bersaing hebat bagi meyakinkan sokongan kira-kira 75,000 undi Pemuda di seluruh negara.
Bagaimanapun, saingannya mungkin tidak semudah itu, apabila Jaafar dan Lokman perlu berdepan dua lagi pemimpin Pemuda berpotensi.
Mohamad Iruan, 36, terlibat dalam perjuangan parti itu bermula di peringkat peringkat akar umbi sejak 2001 sehingga dilantik sebagai pengerusi biro sosio etika sayap itu pada 2008.
Pada pemilihan lalu, ketua Pemuda Umno Lenggong itu mendapat jumlah undi terendah berbanding Jaafar dan Lokman. Beliau malah berada di kedudukan terakhir dari keseluruhan 20 jawatankuasa Pemuda yang terpilih bagi sesi lalu.
Bagaimanapun, Mohd Iruan kini bersandarkan ikrarnya untuk membawa suara akar umbi dan mahu memastikan peruntukan disalurkan terus kepada Pemuda Umno bahagian dan cawangan, bagi menghidupkan aktivisme di peringkat bawah.
Khairul Azwan, 39, pula dikhabarkan mendapat "restu" daripada Khairy, sekalipun ahli Parlimen Rembau itu menafikan mempunyai calon kegemaran.
Kemungkinan pecah undi
Khairul Azwan, lulusand Universiti Cardiff, Wales pula dilantik menerajui Akademi Pemuda Umno pada 2008 sehingga kini.
Tiga tahun kemudian beliau dilantik lagi mengetuai Pemuda Umno dan BN Perak. Beliau juga setiausaha sulit kepada Menteri Besar Datuk Seri Zamdry Abdul Kadir.
Perak juga antara negeri mempunyai keanggotaan teramai selain Sabah dan Johor.
Memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Perak, beliau terlibat langsung dengan kebajikan dan sukan peringkat akar umbi rakyat di negeri itu.
Ia sudah pasti memberi kelebihan kepadanya untuk meraih sokongan, sekali gus memberi tentangan sengit kepada Jaafar dan Jamawi.
Berdasarkan profil peribadi dan kebolehan masing-masing, mampukah Jaafar dan Lokman - yang kini disebut-sebut bersaing rapat di depan - untuk menghadapi asakan calon yang juga bukan alang kepalang - Mohamad Iruan dan Khairul Azwan?
Atau, mungkinkah wujudnya 'perpecahan' undi antara Mohamad Iruan dan Khairul Anwar ekoran kedua-dua mereka berasal daripada Perak? Jawapannya hanya pada hari pemilihan 12 Oktober ini. Malaysiakini
MANCHESTER 24 Sept. - Penyerang Manchester United Wayne Rooney menganggap kehebatan memecah rekod `sepakan percuma' dilakukannya tidak membawa sebarang makna selepas pasukannya tewas 1-4 oleh Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.
Rooney memegang rekod dalam pertemuan derby kedua-dua pasukan dengan 11 gol apabila melakukan jaringan cantik daripada sepakan percuma pada minit ke-89.
``Memang seronok meraikan jaringan itu jika kami menang pada perlawanan tersebut. Namun, ia sebaliknya,'' kata Rooney.
Kekalahan kepada City menjadi tamparan hebat buat pengurus baharu, David Moyes yang kini berdepan dengan krisis tentang kebolehannya.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri diminta menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada persdiangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan bagi jawab lisan seperti di bawah.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pembantu domestik asing yang sedang berkhidmat di dalam negara mengikut negara asal mereka dan pecahan terperinci bayaran atau "fee" (RM8 ribu) yang dikenakan kepada majikan untuk mendapat pembantu domestik
Indonesia.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha jangka panjang dan pendek bagi mengatasi tenaga kerja berkemahiran tinggi dan apakah hasil Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Pekerjaan Malaysia 2008-2020 hingga kini.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan segmentasi perbelanjaan Kerajaan daripada agihan royalti Petronas dari tahun 2010-2012.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan jumlah keseluruhan kelab atau akademi bola sepak untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang masih beroperasi di Malaysia.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan misi Kerajaan untuk menggalakkan rakyat bersukan di setiap kawasan Parlimen di Malaysia bagi sesi ini.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah bantuan per kapita yang telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan menengah dari tahun 2010 hingga 2012.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di DUN Sungai Pelek sebelum bertindak menutup Pejabat Pendaftaran
Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek juga di BBST; dan
(b) adakah Kerajaan bersedia mendengar suara dan keluhan rakyat di DUN Sungai Pelek supaya mewujudkan kembali Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek di BBST.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap Kerajaan Sementara Mesir yang diketuai oleh Adly Mansour hasil daripada rampasan kuasa tentera pada 3 Julai 2013 yang lalu.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di Putra Perdana sebelum bertindak menutup Balai Polis Putra Perdana pada bulan Ogos 2013 yang lalu; dan
(b) adakah Kementerian bersedia untuk mendengar suara rakyat di Putra Perdana untuk membina Balai Polis Putra Perdana yang tetap/kekal di tapaknya yang terletak di sebelah Masjid Putra Perdana.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian OIC berhubung krisis-krisis di negara umat Islam.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak Kerajaan membenarkan para mahasiswa dalam dan luar negara yang terlibat dengan mana-mana organisasi parti politik.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Pengangkutan menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Khas Kemalangan Bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Apakah punca dan langkah yang dicadangkan bagi mengelak tragedi sedemikian daripada berulang.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan adakah Kementerian berhasrat menukar kadar bayaran elektrik untuk hotel-hotel serta pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan lain daripada kategori "komersial" kepada "industri" memandangkan kos industri pelancongan yang makin meningkat tinggi dan sumbangan besar sektor pelancongan kepada ekonomi negara.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan berapakah jumlah NGO Wanita yang aktif di seluruh negara mengikut bidang serta berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap satu bagi tahun 2000 hingga 2013.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu meningkatkan hasil pelancongan di negeri Terengganu.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pengangkutan menyatakan mengikut fasal perjanjian manakah pembahagian pungutan bayaran saman AES dibuat antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan seperti yang diumumkan Kerajaan membayar pada syarikat RM13,550,758.00 dan Kerajaan hanya mendapat RM3,429,910.00 sahaja daripada keseluruhan kutipan RM20,020,500.00 bayaran kompaun.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertahanan menyatakan keadaan terkini di Lahad Datu. Apakah Kementerian bercadang untuk membeli aset pertahanan terutamanya sistem radar dan lain-lain yang baru bagi menangani keselamatan di Sabah.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan apakah bentuk bantuan dan jumlah peruntukan Kementerian yang boleh diberikan dalam membantu menjayakan bandar Bachok sebagai bandar pelancongan Islam.
Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan berapa ramai pengusaha-pengusaha kapal nelayan laut dalam di Kelantan yang terdiri dari kalangan anak tempatan. Berapa banyak lesen-lesen yang telah diberi dan siapakah sebenarnya pengusaha dan pekerja-pekerja di atas kapal ini.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan yang konkrit bilakah jambatan di antara Pengkalan Kubor dengan Takbai (Thailand) akan dibina.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang atau memikirkan untuk melantik mana-mana Ahli Parlimen (Bukan Barisan Nasional) yang berkelayakan untuk mengetuai atau sekurang-kurangnya menganggotai sesebuah Agensi Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun ataupun GLC sebagaimana yang diamalkan di negaranegara maju.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-
(a) adakah pembangunan perumahan dan lot-lot komersial mutakhir ini sebagai memenuhi tuntutan keperluan penduduk atau hanya semata-mata memberi ruang perniagaan kepada pemaju-pemaju perumahan; dan
(b) bolehkah projek perumahan terbengkalai dijadikan projek perumahan mampu milik dan dijual kepada pembeli sedia ada.
Dr. Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan penilaian pihak Kerajaan, sejauhmanakah pembinaan benteng hakisan ombak di Pantai Sabak dan Semut Api dalam kawasan Pengkalan Chepa berjaya menghalang hakisan pada masa hadapan.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) peranan yang dimainkan oleh Galeri MUFORS (Malaysian United for Road Safety) dalam membantu memastikan keselamatan jalan raya terjamin; dan
(b) adakah aspek-aspek keselamatan telah dikongsi secara berkesan kepada pengguna jalan raya secara umumnya dan apakah usaha-usaha untuk mempromosikannya.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan adakah kampung-kampung di dalam Kawasan Kota Raja masih di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan semenjak 2008 berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk kampung-kampung ini dan untuk tujuan apa.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah jumlah tanah yang telah dimiliki oleh warga asing di Wilayah Iskandar Johor.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan bolehkah Kerajaan menyenaraikan negeri-negeri yang tidak pernah mendapat kemudahan pembinaan stadium daripada Kerajaan Persekutuan.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa Polis gagal membanteras kegiatan jenayah ringan dan berat sedangkan data dan perangkaan sudah diperolehi Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah yang menurut rekod Polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India, 23 peratus Cina dan 5 peratus Melayu.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini pelaksanaan Automatic Enforcement System (AES). Nyatakan jumlah kemalangan sebelum dan selepas pelaksanaan AES ini serta keberkesanan sistem ini dalam mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut.
SINGAPURA 24 Sept. - Kerajaan Singapura semalam mengumumkan peraturan ketat yang baharu terhadap syarikat-syarikat di negara ini untuk mengambil pekerja asing daripada bidang profesional.
Kementerian Sumber Tenaga Manusia dalam kenyataannya berkata, berdasarkan undang-undang tersebut yang akan dikuatkuasakan bermula Ogos tahun depan, syarikat di negara ini dikehendaki merekrut rakyat tempatan sebagai pekerja terlebih dahulu.
Jelas kementerian itu, perubahan peraturan terbabit dibuat selepas terdapat aduan dan bantahan daripada orang awam tentang kebanjiran tenaga asing di republik ini.
SANAA 24 Sept. - Seorang pegawai tentera udara Yemen berpangkat Kolonel ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali di sini semalam.
Sumber keselamatan berkata, seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah Kolonel Abdul Wahab Azzam ketika mangsa sedang memandu sebuah kereta di satu persimpangan jalan.
Bagaimanapun sumber tersebut tidak menjelaskan lokasi sebenar kejadian itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.
Insiden semalam merupakan kejadian terbaharu membabitkan pembunuhan berpuluh-puluh pegawai tentera dan keselamatan Yemen sejak dua tahun.
KAHERAH: Mahkamah Mesir semalam seperti dijangka telah mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada bergerak di negara itu.
Mahkamah juga mengharamkan semua institusi cawangan atau cabang pertubuhan milik Ikhwan, dan mengarahkan aset gerakan Islam itu dirampas.
Keputusan yang dilihat sebagai komplot dengan pemerintah kudeta itu adalah mengulangi apa yang dibuat bekas presiden Hosni Mubarak yang digulingkan pada revolusi 2011.
Dengan keputusan isu, sayap politik Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan juga turut diharamkan.
Episod pengharaman ini sememangnya sudah dijangka banyak pihak, sejak sebelum rampasan kuasa ke atas Presiden Dr Mohammad Morsi 3Julai lalu lagi.
Sejak Morsi mengambil alih tampuk presiden selepas memenangi pilihan raya, beliau yang membawa status ahli Ikhwan terus ditekan oleh golongan saki-baki Mubarak.
Malah pimpinan dan ahli Ikhwan sentiasa dalam perhatian pihak berkuasa dan pelbagai cubaan dibuat untuk mengaitkan Ikhwan dengan keganasan bagi mencari sebab untuk mengharamkannya.
Sejak rampasan kuasa Mac lalu, ribuan ahli ikhwan ditangkap dan tidak kurang ramai juga yang telah terkorban ekoran berdepan tindakan ganas tentera rejim kudeta.
Dalam pada itu, sumbber kehakiman berkata, mahkamah memutuskan satu jawatankuasa kerajaan patut dibentuk bagi menguruskan aset Ikhwan yang dirampas.
ULASAN Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 11 Oktober 2013 di Malaysia tidak dialu-alukan malah dibantah dan dikecam.
Kami menyatakan pendirian kami bahawa imej AS sangat negatif di sisi rakyat Malaysia. Kehadiran Presiden AS, kami anggap suatu malapetaka buat Malaysia.
AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi.
Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi memanipulasi media global, perjanjian ketenteraan, strategi menjatuhkan atau menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan.
AS dari dahulu lagi menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia. AS adalah negara paling rasis dan paling hipokrit.
Harus diingatkan bahawa apa yang dilakukan oleh AS terutama di dunia Islam menyebabkan umat Islam melahirkan kemarahan mereka terhadap negara dan presiden AS.
Kebanyakan rakyat tidak dapat menerima Presiden AS sebagai tetamu. Jutaan umat Islam yang terkorban dan menderita di seluruh dunia adalah berpunca dari hegemoni ekonomi, ketenteraan dan politik AS.
Dan oleh sebab itu kedatangan presiden AS adalah suatu yang membangkitkan kemarahan rakyat.
Negara samseng
Umat Islam khususnya melihat dasar kerajaan Amerika yang dipimpin oleh beberapa presidennya jelas mengguris hati kaum Muslimin di Iraq, Pakistan, Iran, Al-Quds, Gaza, Libya, Syria, Mesir, Algeria.
Seluruh polisi AS adalah untuk mengadu-domba dan memperalatkan pemimpin dan diktator negara-negara umat Islam sehingga umat Islam menderita akibat rejim yang pro-Amerika dan anti-Islam.
AS bukan sebuah negara yang layak bercakap mengenai hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.
Malah di tangan Obama kini dipenuhi darah orang yang tidak berdosa akibat dasarnya untuk memelihara kepentingan Israel dan Zionis Yahudi.
Mempertahankan kepentingan Israel adalah agenda utama AS walaupun melibatkan pencerobohan dan pemusnahan ke atas wilayah Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza.
Kerana AS mahu menjaga kepentingan imejnya sebagai kuasa besar dunia, Presiden Obama sanggup mengarah penghantaran Drones, kapal terbang perang tanpa pemandu, ke Afghanisatan yang membunuh ribuan orang awam tidak berdosa.
AS dikenali sebagai negara samseng yang sarat dengan konspirasi untuk memporak-perandakan negara umat Islam dan mana-mana negara yang didapati mempunyai kerajaan yang bersikap kritikal terhadap dasar luar AS seperti Iran, Cuba, Venezuela dan Korea Utara.
Perangkap TPP
Perisikan CIA melakukan pelbagai operasi subversif dan sabotaj antarabangsa di pelbagai negara.
AS sebagai negara yang mudah diperalatkan oleh Israel, hanya memastikan seluruh dunia tunduk dan patuh kepada kehendaknya.
Kami membantah keras kedatangan Obama. Beliau adalah simbol kepimpinan hipokrit terulung di dunia dan tidak layak disambut di bumi Malaysia.
Kini Malaysia terperangkap dalam perundingan TPP yang diketuai AS. Jelas TPP adalah satu lagi hegemoni ekonomi AS yang mahu mengikat negara-negara dan berusaha mendominasi pasaran dunia.
Agenda geopolitik AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyaingi kebangkitan ekonomi kumpulan negara-negara BRICS (Brazil ,India, Russia, China, Africa Selatan).
Kami menggesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima kehadiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya dalam erti kata sebenar.
Malaysia harus menunjukkan keberaniannya seperti Presiden Brazil Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau.
Jelas perhubungan dengan AS mendedahkan negara kepada operasi espionage pada bila-bila masa.
Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan jelas terhadap kedatangan Obama, bagi menzahirkan pendirian mereka untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman, imperialisme dan dan penjajahan AS.
Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid berkata sekiranya kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke Malaysia, ia boleh mendorong pihak tertentu membina tugu peringatannya.
"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya," katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan setakat ini tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
Mayat bekas setiausaha agung PKM itu akan dibakar di Bangkok, Thailand hari ini, seminggu selepas mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok pada Hari Malaysia - 16 September lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan tegas dalam keputusannya untuk tidak membenarkan abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bagi mengelak individu atau pihak berkenaan membina memorial atau lain-lain, yang seolah-olah mengiktiraf Chin Peng.
"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya kepada media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.
Katanya Chin Peng juga tidak pernah mengambil peluang untuk kembali ke negara ini sedangkan kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menawarkan dua peluang kepadanya untuk berbuat demikian selepas Perjanjian Hatyai pada 2 Disember 1989.
"Tawaran itu dibuat atas semangat perjanjian tersebut namun semakan rekod di JPN menunjukkan Chin Peng tidak menghantar sebarang permohonan, melainkan dia menggunakan nama lain," kata Ahmad Zahid.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilapor meninggal dunia pada 16 September lepas akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.
Pada hari sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pertandingan yang dihadapinya bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini, Ahmad Zahid menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan terbaik.
"Saya berharap tiada sebarang elemen negatif dalam berkempen," katanya yang menyifatkan pertandingan itu sebagai 'mesra dan sihat' bagi meneruskan kesinambungan parti.
Selain Ahmad Zahid, turut mempertahankan jawatan itu ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mereka berdepan cabaran Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
salam,sesiapa yang sudi menyertai majlis qurban anjuran pas cawangan kg.batu masjid,temoh,sila hubungi dzul(0195157622) dan Oee(0175017038),hanya tinggal beberapa panggu saja lagi.mesyuarat akhirnya pada 27.9.13,jumaat lepas isyak dirumah tn.hj.hamzah,depan masjid,kg.batu masjid,no.79. satu panggu rm400/-terima kasih.
BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.
"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.
Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.
"Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih.
"Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian," ujarnya. Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.
Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)
Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan kejadian pukul yang berlaku pada pemilihan Umno semalam membuktikan siapa sebenarnya mengamalkan budaya samseng.
Jelas beliau jika selama ini Umno menuduh PAS, PKR mahupun DAP yang mengamalkan politik samseng ternyata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap sebenar Umno selama ini."Apa yang berlaku ini jelas membuktikan mereka mengamalkan budaya politik samseng, selama ini Umno menuduh Pakatan Rakyat tetapi sekarang telah membuktikan perkara yang sebenarnya," jelasnya kepada Harakahdaily.
10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.
“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.
Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan.
Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.
Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.
Harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia hari ini menarik balik artikel yang didakwa memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini.
"Pada 31 Mei 2009 satu rencara bertajuk ‘Menilai hujah Husam' telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini.
"Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencara rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya," penarikan balik oleh pengarangnya itu dipetik.
Keputusan itu hasil persetujuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.
Husam sebelum ini menamakan Utusan, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam tuntutannya.
Rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu didakwa Husam memfitnahnya sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.
Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat membahayakan kepentingan serta merupakan musuh kepada PAS.
Utusan juga sebelum ini diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
KUANTAN 23 Sept. - Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin, di sini malam tadi.
Dalam kejadian 7.45 malam itu, Wan Hassan Basri, 53, dan isteri Zainab Yatim, 57, maut di tempat kejadian manakala cucu mereka, Nur Ameera Amran meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, kira-kira tiga jam kemudian.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Wan Hassan cuba memotong sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.
"Mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan bagaimanapun gagal memotong lori itu dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pemandu lori dan kereta Proton Waja itu hanya mengalami cedera ringan, katanya.
Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya parah selepas mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan, dipercayai akibat menunggang dalam keadaan mabuk.
Kejadian berlaku 4.50 petang di Jalan Ladang Dara Lam Soon di Pekan, dan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Izat a/l Rshid, 26, manakala rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an dirawat di Hospital pekan.
Dalam kemalangan di Km 68 Jalan Kuatan-Segamat, seorang lelaki terkorban dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan pada pukul 3.40 petang semalam.
Mohd. Zulkafli Musa, 46, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Kancil dan Proton Saga sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.
Zainalabidin berkata, pemandu tiga kenderaan lagi hanya mengalami cedera ringan.
MELAKA 23 Sept. - Seorang anggota polis maut dalam pergelutan dengan seorang suspek yang cuba mencuri besi buruk dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini.
Dalam pergelutan itu, Kopral Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal.
Pada mulanya polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, bagaimanapun salah seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.
"Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan ketika itu berlaku pergelutan yang menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Raja Shahrom berkata, ketika pergelutan suspek dapat meloloskan diri, tetapi akhirnya dapat ditahan di Krubong kira-kira dua jam kemudian.
Beliau berkata, serbuan itu dilakukan apaila polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
"Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya.
Zal-Azri yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan dua anak.
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli (kanan) akan menerajui PAS Kawasan Arau bagi sesi 2013-2015 selepas menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 baru-baru ini.
Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan (kiri) pula beralih tempat ke jawatan Timbalan Yang Dipertua, juga tanpa bertanding. Jawatan tersebut dahulunya disandang Mohd Shukri.
Bagi jawatan Naib Yang Dipertua pula, muka baru dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Dalam pertandingan empat penjuru, Zulmi Sabri telah mendapat undi terbanyak.
Mesyuarat Agung PAS kawasan Arau pada tahun ini diadakan di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam dekat sini dan dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.
KUALA LUMPUR: Satu laporan dari Mesir kelihatannya berusaha mengingatkan seseorang agar berhati-hati mendedahkan apa yang tidak disukainya terhadap seseorang, terutama jika orang itu adalah penguasa.
Justeru, seorang petani di Mesir ditangkap polis setelah dianggap menghina panglima angkatan bersenjata Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, lapor Kompas.com.
Omar Abu al-Magd Ali al-Saghir, 31, ditahan Jumaat lalu di Wilayah Qana, di wilayah tengah Mesir kerana menggunakan nama Jeneral Al-Sisi untuk keldainya.
Tak berhenti di situ, beliau juga memakaikan topi tentera di kepala haiwan itu.
Pejabat berita MENA, Sabtu (21 September) melaporkan Omar Abu ditangkap polis ketika sedang menunggang keledainya di desa kediamannya.
Polis menganggap kombinasi nama Al-Sisi, memakaikan topi tentera dan menunggang keldai itu sebagai satu penghinaan terhadap Jeneral Al-Sisi dan angkatan darat Mesir.
Jeneral Abdel Fatah al-Sisi memimpin angkatan darat menggulingkan Presiden Dr Muhammad Mursi pada 3 Julai lalu.
Al-Sisi kini menguasai tiga jabatan sekaligus iaitu wakil perdana menteri, menteri pertahanan dan panglima angkatan bersenjata.
Al-Sisi sangat popular dalam kalangan masyarakat yang menentang Muhammad Mursi.
Fotonya mudah ditemui yang dipasang pada tingkap kedai, di dalam kereta dan di pelbagai bangunan di negeri yang paling ramai penduduk penduduknya di Timur Tengah itu.
Namun, dalam kalangan masyarakat yang menyokong Muhammad Mursi, nama Al-Sisi dan angkatan darat sangat dibenci.
KUALA LUMPUR: "Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa," tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam facebooknya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.
Ini, kata beliau termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
Kelantan, tegasnya sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir.
Justeru, jelas beliau Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.
Adapun kerajaan Malaysia, kata beliau dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat.
Kata beliau, kepatuhan Malaysia itu melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.
"Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama," ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jaminan itu dinyatakan Abdul Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.
Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.
"Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya dihujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
"Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran," katanya dipetik Selangorku.
Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.
Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.
Abdul Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.
"Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.
"Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik," katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pasukan polis dan undang-undang di Malaysia tidak digeruni masyarakat.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kehebatan undang-undang dan polis merupakan faktor penting yang membantu sesebuah negara itu mengatasi masalah jenayah.
"Yang penting bukan sahaja undang-undang dan polis tapi kehebatan undang-undang dan kehebatan polis.
"Sangat malang sampai ke peringkat Ketua Polis Negara diugut, Ketua Polis Negeri diugut, ini dan menunjukkan perlunya satu tindakan mendidik masyarakat supaya polis dipandang hebat dan undang-undang digeruni.
"Pada zaman Islam perkasa dahulu jarang-jarang dijatuhkan hukuman kerana undang-undangnya menggerunkan dan ini perlu dikaji. Di United Kingdom sebagai contoh polis-polisnya banyak tak bawa pistol, bawa kayu sahaja tapi digeruni. Kenapa jadi begitu? Ini perlu kita kaji," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status jenayah, khususnya kes tembakan, mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah kepada 50 peratus anggota PDRM supaya dapat serta-merta membendung jenayah dan bilakah kekurangan anggota polis dapat diatasi seperti di Pulau Pinang yang mempunyai 5,700 anggota polis tetapi masih kurang 600 orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapannya memberitahu, kerajaan akan menubuhkan sebuah badan penyiasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau salah anggota polis.
Badan itu tidak akan melibatkan pegawai-pegawai PDRM tetapi akan dianggotai oleh golongan profesional termasuk peguam.
"Kabinet telah memutuskan sebuah badan penyiasatan dalaman PDRM sedang dilakukan bukan melibatkan pegawai-pegawai PDRM tetapi ahli-ahli profesional dari luar termasuk para peguam untuk menganggotai badan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Guan Eng juga meminta supaya proses yang diambil PDRM harus dirombak dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan supaya hanya anggota polis yang profesional dikekalkan dan bukan mereka yang terlibat dengan salah laku dan penyalahgunaan kuasa.
Zahid bagaimanapun berkata, IPCMC bukanlah jawapan muktamad kerana kerajaan mempunyai beberapa langkah lain untuk membaik pulih imej PDRM.
KUALA LUMPUR: Malaysia diingatkan agar tidak terpengaruh dengan mazhab-mazhab rumit dari Asia Barat yang disebarkan melalui media untuk melaga-lagakan masyarakat Islam.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terdapat segelintir golongan yang 'bebal' membawa masuk mazhab yang tidak ada di Malaysia bagi mencetuskan masalah dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Kita juga jangan menerima tempias mazhab yang rumit yang ada di Asia Barat yang sudah lama macam-macam mazhab timbul.
"Apa yang berlaku di Asia Barat iaitu kuasa besar dunia timur dan barat yang berebut minyak, berebut mempertahankan Terusan Suez dan menggunakan mazhab melalui media untuk melagakan keamanaan masyarakat Islam dan saya harap tempias ini jangan dibawa ke negara kita.
"Negara kita tak ada mazhab itu tapi dibawa juga oleh mereka yang bebal bagi mencetuskan masalah dalam masyarakat Islam dan mencetuskan masalah dalam masyarakat majmuk," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden PAS itu juga berkata, Malaysia selama ini bersifat terbuka dan menangani perbezaan mazhab dalam kalangan masyarakat.
"Perbezaan mazhab ini sudah wujud dalam masyarakat Islam sejak seribu tahun dan tidak menjadi masalah dan kita melihat bagaimana kebijaksanaan pendakwah yang datang ke sini bermazhab Syafie boleh menangani masyarakat majmuk Hindu, Buddha yang tak ada dalam mazhab Syafie hidup dalam harmoni.
"Kita lihat perbezaan antara beberapa jabatan agama negeri contohnya Perlis yang kuat pada Salafi dan ada negeri yang sangat kuat Syafie dan keterbukaan sudah wujud.
"Kita mengambil mana-mana yang kita anggap kuat dan lebih baik bedasarkan pada realiti masyarakat dan cabaran ketika ini. Saya harap Malaysia pun terbuka dalam masalah ini dan dapat tingkatkan lagi," katanya.
Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendidik masyarakat berhubung dengan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Salafiyah, Asha`irah, Maturidiyah, Wahabiyah dan lain-lain, ke arah memelihara keharmonian masyarakat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya berkata, Jakim meraikan kepelbagaian pendekatan yang wujud dalam ahli Sunnah Wal Jamaah dan perbezaan aliran diuruskan secara baik memalui program dialog dan perbahasan akademik.
"Namun keutamaan diberi kepada aliran yang menjadi tradisi dan majoriti di negara ini iaitu pegangan Asha`irah dalam mazhab Syafie dalam fekah manakala aliran lain yang masih ada dalam lingkungan sunnah dibenarkan selagi mana tak bersifat melampau sehingga menimbulkan isu bidaah membidaah," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Menurut beliu juga, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri telah memperuntukkan bahawa mazhab yang diamalkan dalam aspek syariah ialah mazhab Syafie manakala dari segi akidah berlandaskan ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selain itu, Majlis Mesyuarat Raja-raja kali ke-13 pada 3 Disember 1984 memutuskan mazhab yang diamalkan di negara ini ialah Syafie dan Sunnah Wal Jamaah oleh itu penyebaran fahaman mazhab lain hendaklah dikawal dan aktiviti mereka dibenarkan kepada pengamalan bukan penyebaran.
PAS Kawasan Bukit Katil selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 10 sebentar tadi.
Semua jawatan utama diamanahkan kepada sahabat yg sama yang dipilih tanpa bertanding.
Pengerusi Tetap : Haji Salim Tahir Timb. Pengerusi Tetap : Haji Bakrin Sidek YDP - Mohd Sofi Abdul Wahab TYDP - Haji Mohd Ali Sharif NYDP - Haji Md Yassim Musa Ketua Urusan Ulama - Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz Ketua Pemuda - Jauhar Md Dawi Ketua Muslimat - Hajjah Maisarah Abu Bakar AJK : Haji Ramli Dalip Hj Salamat Aman YB Dr Md Khalid Kassim Mohd Yani Ismail Haji Hassan Mohammad Haji Mustafa Ali Haji Abdullah Ahmad Haji AB Rahhim Idris Haji Roslee Jamaluddin Bakhtiar Bashar Haji Hassanor Md Ali Haji A Karim Mohamad Mohd Yusof Abdul Wahab Mohd Shamsir Muhammad Haji Mohd Diah Abdul Haji Nordin Morsed Pemeriksa Kira-kira : Haji Abdul Malik Abdullah Pemeriksa Kira-kira : Haji Jaya Muhammad
BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.
"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman. Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.
"Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih. "Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian," ujarnya.
Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.
Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat). ~harakahdaily
22 september 2013- Kg. Rampaian, Sepanggar. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepangggar pada hari ini telah menghulurkan sumbangan berupa beras, bag sekolah dan pakaian terpakai kepada 13 keluarga mangsa kebakaran di Kg. Rampaian. Kebakaran melibatkan kemusnahan harta benda dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit telah menyebabkan 13 mangsa kebakaran hilang tempat tinggal. Menurut mangsa, kebakaran berpunca daripada kanak-kanak yang bermain api.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh saudara Abdillah Matlin yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar kepada wakil keluarga yang terlibat.
Menurut beliau, hasil sumbangan diperolehi menerusi tabung derma kilat yang dilancarkan melalui media sosial serta orang perseorangan yang menyumbang.
"Setelah kita mendapat berita tentang kebakaran di kampung ini (Rampaian), kita terus melancarkan tabung derma kilat mangsa kebakaran Rampaian menerusi laman sosial. Kita juga turut menghubungi beberapa rakan-rakan yang berkemampuan utk menghulurkan sumbangan. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang."
Mangsa kebakaran Kg. Rampaian turut melahirkan rasa kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada DPPK Sepanggar di atas keprihatinan PAS terhadap mereka.
Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).
Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.
"Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.
"Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka," tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.
Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.
"Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya," kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.
Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.
Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.
Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi "musuh nombor satu" British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini.
Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, jika mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia, mengapa tidak Chin Peng.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.
Menurutnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama stesen radio BFM semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan "naïf" dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk disemadikan.
Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu.
Saingan bagi jawatan Ketua Wanita Umno bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru, selepas bekas timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan (gambar) menghantar borang penamaan calon pada saat akhir hari ini.
Dengan perkembangan terbaru ini, penyandang Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Jalil tidak mendapat laluan mudah untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.
Maznah, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, dikatakan adalah musuh utama kepada Shahrizat.
Wakil kepada Maznah hadir pada jam 4.50 petang untuk menyerahkan borang bagi pihaknya tetapi enggan memberikan sebarang komen mengenai penyerahan borang tersebut.
Shahrizat juga akan berdepan seorang lagi lawannya iaitu Ketua Wanita Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Sulaiman Palestin.
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut bergelut dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas projek kontroversi berkenaan diserahkan kepada syarikat milik keluarganya.
Pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa dana RM250 juta bagi projek berkenaan disalahguna daripada tujuan projek ternakan lembu fidlot dan digunakan untuk membeli hartanah.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Politik Shahrizat Datuk Suhaimi Ibrahim telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1Azam.
Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung Umno 2009.
YANGON 21 Sept. - Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan bandar kedua terbesar Myanmar, petang semalam.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku kira-kira pukul 6.54 petang waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer iaitu 110 kilometer daripada utara bandar Mandalay.
Menurut agensi itu, gempa itu mengakibatkan gegaran kuat dan isyarat kuning turut dikeluarkan, iaitu risiko kematian peringkat pertengahan. - AFP
Berikut ialah senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama Umno pusat pada pemilihan bulan depan, selepas tempoh pendaftaran calon berakhir pada pukul 5 petang ini:
PENGERUSI TETAP :
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan
NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaacub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman
KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd Karim Ali
5. Irwan Ambak Khalid Izhar
NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohd Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun
KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Shamsudin
2. Jamilah Hanim Othman
NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali
Senarai penuh calon yang akan bertanding pemilihan Umno 2013 dijangka diumum pada Rabu.
NAIROBI 22 Sept. - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dalam sebuah kompleks membeli belah di sini semalam, sebelum mereka bersembunyi di premis itu dan menjadikan orang ramai sebagai tebusan.
Menurut sumber polis, serangan itu turut mencederakan kira-kira 50 pengunjung dengan penyerang menjadikan tujuh orang sebagai tebusan.
Menurut wartawan AFP, dia melihat sekurang-kurangnya 20 orang diselamatkan dari sebuah kedai permainan dan berpuluh-puluh lagi cedera dengan beberapa daripadanya merupakan kanak-kanak yang dibawa keluar dari pasar raya itu. - AFP
ACAPULCO 22 Sept. - Mexico semalam bergelut untuk kembali pulih daripada kesan hujan lebat yang melanda dua pertiga kawasan di negara ini sepanjang minggu lalu yang membunuh lebih 100 penduduk akibat kejadian tanah runtuh dan banjir.
Sejak 14 September lalu, Mexico dilanda ribut tropika Ingrid dan Manuel yang mengakibatkan kemusnahan kepada puluhan ribu rumah, banjir di bandar-bandar dan jalan yang ditenggelami air.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kali terakhir Mexico dilanda ribut kuat serentak adalah pada 1958. - AFP
Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."
30 PESANAN IMAM SYAFIE
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.
Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib
FUJI Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Fuji Xerox) melancarkan tiga model mesin fotostat baru DocuCentre dalam usaha meningkatkan penguasaan pasaran sehingga 30 peratus dalam tempoh setahun yang akan datang.
Syarikat itu kini adalah peneraju dalam pasaran mesin fotostat dalam kategori mesin berkelajuan satu hingga 30 cetakan seminit (ppm) bagi Asia Pasifik dan ia menguasai kira-kira 20 peratus pasaran.
Pengurus Besarnya, Ken Lee berkata, pasaran cetakan satu hingga 30 ppm mewakili bahagian terbesar segmen mesin fotostat di Malaysia yang mana pelanggannya terdiri daripada peniaga, Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta syarikat berskala sederhana.
Katanya, segmen pelanggan ini amat besar dengan pelbagai kategori penggunaan mesin fotostat dan dengan tiga model mesin fotostat Fuji Xerox DocuCentre itu, syarikat berkenaan yakin untuk meraih lebih banyak penguasaan pasaran dalam tempoh setahun lagi.
"Tiga model baru mesin pencetak Fuji Xerox ini adalah DocuCentre S1810, DocuCentre S2010 dan DocuCentre S2420 yang mana kesemuanya menampilkan inovasi terkini kami bagi memberikan nilai terbaik kepada pelanggan.
"Tumpuan penawaran kami dalam ketiga-tiga model ini adalah ketahanan penggunaan, penjimatan dakwat dan penggunaan tenaga, fungsi pengendalian yang amat ringkas dan mudah serta aspek penyelenggaraan selepas pembelian menerusi wakil pengedar kami," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran barisan mesin fotostat Fuji Xerox DocuCentre baru di Petaling Jaya, semalam.
Yang hadir sama ialah Pengurus Segmen Produk Nilai bagi rantau Asia Pasifik, Simon King.
Antara ciri menarik utama barisan mesin fotostat terbaru Fuji Xerox adalah paras cairan dakwat suhu rendah yang menjimatkan tenaga, kebolehan mengumpul kembali dakwat lebihan semasa proses pencetakan yang menjanjikan penjimatan penggunaan dakwat sehingga 20 peratus.
Selain itu, ketiga-tiga pencetak itu ditampilkan dalam rekaan terkini, panel yang lebih ringkas dan mudah dikendalikan, fungsi pengunci tempat simpanan kertas bagi mengelak kertas diambil oleh individu yang tidak sepatutnya.
"Kami juga menawarkan gerenti berdasarkan jumlah cetakan menerusi wakil pengedar kami dengan kemudahan penyelenggaraan di premis pelanggan sebagai kepada tambahan jaminan setahun selepas pembelian," kata Ken.
Ketiga-tiga mesin fotostat itu sudah berada di pasaran mulai semalam yang mana model S1810 ditawarkan pada harga RM5,299, S2010 pada harga RM5,599 dan S2420 ditawarkan pada harga RM6,999. Fuji Xerox menjangkakan model DocuCentre S2420 sebagai model terlaris.
BlackBerry Ltd melancarkan telefon pintar premium terbaru Z30.
Toronto: BlackBerry Ltd melancarkan telefon pintar premium terbaru Z30, yang dilihat usaha berterusan daripada pelopor pengeluaran telefon pintar itu untuk kembali menguasai pasaran walaupun masa depannya sebagai syarikat awam kelihatan suram.
Malah, bulan lalu BlackBerry mengumumkan sedang mempertimbangkan kemungkinan masa depan syarikat itu, termasuk dijual keseluruhannya, semuanya disebabkan sambutan dingin pengguna terhadap peranti telefon pintar baru keluarannya yang kini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10.
Z30, peranti yang memang dinanti-nanti pasaran, akan menjadi peranti premium terbaru daripada BlackBerry menggantikan Z10 yang lebih kecil dan dilancarkan pada awal tahun ini.
Peranti terbaru itu ditampilkan dengan skrin sesentuh lima inci, digerakkan pemproses 1.7 gigahertz, akan bersaing dengan model baru Apple Inc, iaitu iPhone 5S dan Galaxy S4 daripada Samsung Electronics Co serta pelbagai peranti lain dikuasakan platform Android Google.
Sistem operasi baru
Bagaimanapun, walaupun peranti terkini BlackBerry menggunakan sistem operasi baru, sambutan terhadap peranti baru keluarannya masih tidak begitu menggalakkan.
Walaupun BlackBerry sudah lama menyasar menjadikan BlackBerry 10 sebagai sistem operasi ketiga terbesar di pasaran, kaji selidik terkini menunjukkan platform Windows paling berkemungkinan menduduki tempat itu kerana semakin mendapat perhatian pasaran.
Antara perkara yang dilihat penganalisis sebagai antara faktor menyebabkan produk BlackBerry kurang mendapat sambutan pengguna walaupun sistem dan peranti keluarannya mendapat ulasan baik penganalisis, ialah kurangnya kegiatan pengiklanan dan pemasaran berikutan kurang peruntukan.
Telefon pintar terpantas
Selain itu, penganalisis juga berpendapat langkah Microsoft mengambil alih perniagaan telefon mudah alih Nokia awal bulan ini pada AS$7.3 bilion, akan menyukarkan lagi laluan BlackBerry kerana dananya terhad berbanding gergasi internet Amerika itu.
Syarikat berpangkalan di Waterloo, Ontario itu yang menyifatkan Z30 sebagai telefon pintar terpantas dan termaju keluarannya hingga kini, mengumumkan peranti terbaru itu akan mula berada di pasaran United Kingdom dan Asia Barat minggu depan.
Z30 akan mula dijual syarikat telekomunikasi lain di seluruh dunia secara berperingkat sepanjang tahun ini. - REUTERS
Kuala Lumpur: Exco Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan membuat kejutan apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan 12 Oktober ini.
Penyertaan beliau menyaksikan jawatan berkenaan bakal berdepan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan ahli UMNO Kulim Bandar Baharu, Raihan Sulaiman Palestin.
Borang pencalonan Maznah diserahkan wakilnya kira-kira 25 minit sebelum waktu pendaftaran tamat pada jam 5 petang.
Hari pertama angkat sumpah Dato' Mukhriz Mahathir, konco-konco Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah sudah mula menampakkan rasa tidak senang. Ada yang berpiket dan mahu bos mereka, orang paling lama yang menjadi wakil rakyat, diangkat sebagai Menteri Besar Kedah.
Bagi menutup mulut bising itu dan pergolakan yang makin membarah, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terus membawa Bashah ke Pusat sebagai Timbalan Menteri meskipun belum pun mengangkat sumpah sebagai Senator.
Setelah disusun atur segala lawan dan kawan Mukhriz, Empayar Mahathir mula menunjukkan kuku. Tapi sebelum itu, dengan perwatakan yang sederhana, muda dan ditonjolkan sebagai dinamik cuba mengaburi rakyat Kedah.
Mukhriz, serta-merta melawat bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang berada di Hospital. Ustaz Azizan, memikirkan masa depan anak-anak Kedah, sanggup meluahkan kepada Menteri Besar baru:"Tolong tengok-tengokkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba."
Seperti mencurah air di daun keladi, Mukhriz sedikit pun tidak mengendahkan. Nasib Pusat Tahfiz itu, terhenti di tengah jalan manakala KUIN, masa depn sudah kelihatan kabur.
Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya, sedikit pun tidak ambil peduli keperitan 268 kakitangan anak syarikat KUIN yang dilaporkan tidak menerima gaji sejak Umno mengambilalih Kedah 5 Mei lalu. Cuba mencuci tangan, Mukhriz mendakwa KUIN adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) apabila KUIN dijadikan badan berkanun oleh kerajaan negeri.
Hakikatnya pendaftaran KUIN dibuat adalah mengikut Akta IPTS 1996 dan sijil yang dikeluarkan mengesahkan bahawa KUIN adalah IPTS dan bukan IPTA, walaupun kemudian KUIN jadi badan berkanun.
Mukhriz kononya dilaporkan, tidak mahu lagi menduduki Seri Mentaloon sebaliknya, masih menggunakan rumah ayahnya Tun Mahathir di Titi Gajah. Satu lambang kesederhanaan namun sebaliknya rumah kediaman ayahnya itu telah diubahsuai menggunakan duit kerajaan negeri lebih RM200,000.00!
Itu belum lagi arahan menukar segera perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.
'Kesederhanaan' Mukhriz mula terserlah, apabila bercuti bersama keluarga ke London selepas 14 hari menjadi Mneteri Besar Kedah dan tiket kapal terbang yang dibayar Wisma Darul Aman.
Tidak cukup dengan itu, untuk ke Langkawi tidak seperti Permaisuri Agong dan isteri Ustaz Azizan, Datin Faekah yang menggunakan feri biasa bersama rakyat biasa, isteri Mukhriz menyewa bot mewah untuk ke sana.
Kemudian, bagi sebahagian penduduk Yan mula tidak tidur aman. Apa tidaknya, projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang ditangguh oleh Ustaz Azizan bagi mengelak tanah dan lebih 1,000 kediaman penduduk menjadi mangsa sodokan jentolak tetapi bakal diteruskan dengan bangga oleh Mukhriz dengan alasan menjana ekonomi negeri.
Dalam masa 100 hari, buku Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah setebal 18 muka surat kepada rakyat Kedah jika menang, disimpan dalam almari sudah pun mula berdebu.
Antara Akujanjinya ialah menaik taraf semua pusat tahfiz dan memastikan kebajikan warga KUIN seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti mana yang layak mereka nikmati.
Selain itu, melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil dan menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong.
Sesuatu yang aneh dan menyimpang daripada kisah sebenar.Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah turut menyatakan kegagalan Mukhriz melunaskan janji mudah kepada rakyat.
Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit berkata janji BN untuk menghapuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil, selain janji menyediakan kursus pra perkahwinan percuma kepada belia berumur 21 tahun ke atas tidak dilaksanakan.
Katanya, perkara kecil seumpama itu tidak memerlukan kajian sebaliknya boleh diarahkan dan dilaksanakan dengan mudah.
Yang kelihatan nampak 'sinar' apabila ianya melibatkan kroni sungguhpun dengan nama menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah Tanpa lengah setelah memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mukhriz mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab Wales,Cardiff City.
Pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan merupakan teman rapat ayahnya, Mahathir semasa dalam kerajaan dan jutawan tersebut pernah mendapat lesen untuk judi sukan khususnya melibatkan perlawanan bola sepak.
Pada 2010, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan.
Bagaimanapun ketika itu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.
Bukan sahaja tempias judi, penduduk Kedah juga kurang senang dengan keterlibatan keluarga Mahathir dengan syarikat Arak, San Miguel Corp yang berpengkalan di Filipina dan terlibat dengan syarikat minyak Petron Corp.
Terbukti, slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," hanyalah wayang untuk menyedap hati rakyat khususnya di Kedah.
"Cara hidup, ketrampilan dan kenyataan Mukhiriz hanya kelihatan sederhana tatkala berada di bumi Kedah, tetapi lakonan mantap tanpa selindung ditonjolkan bila kembali ke Kuala Lumpur.
"Tetapi semua itu sudah menjadi rahsia umum. Kekayaan Mahathir dan ahli keluarganya termasuk Mukhriz telah menggoncangkan negara apatah lagi negeri Kedah," kata seorang veteran Umno.
Dalam satu wawancara, Mukhriz dilaporkan berakata tidak akan melakukan struktur perubahan drastik jawatan kakitangan khususnya Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).
Namun itu sekadar omongan kosong.Mukhriz telah menukar pegawai KCS, dalam masa sebulan dan melantik 'orang pilihannya' kerana meragui kesetiaan pegawai KCS yang lama.
Antara bukti,'memalukan' pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama pegawai lain di saat akhir pada hari berlangsungnya acara rasmi.Insiden ini turut mendapat teguran pihak Istana.
Kisah ini tidak terhenti, 100 hari telah menjadi saksi. Selepas itu, Kedah terus berubah sama ada retak menanti belah atau dibawah telunjuk ayah! http://www.wartautara.com