Dr Pop memohon maaf daripada ibu bapa Athitiya Eiamyai.
[HM] BANGKOK: 'Doktor' kosmetik tanpa lesen, Thanat Natveerakul, 24, yang dikenali sebagai Dr Pop, membuat pengakuan dia menyuntik sejenis bahan pengisi di punggung Athitiya Eiamyai, 33 tahun yang menyebabkan mangsa koma.
Thanat menyerah diri kepada Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak, semalam.
Dia mengaku tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu tetapi berkata pernah bekerja sebagai pembantu di klinik kulit dan diberi tugas untuk membuat suntikan. Selepas mendapat pengalaman, dia meletak jawatan dan mula mencari pelanggan sendiri yang datang kepadanya melalui hebahan mulut ke mulut.
Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual.
Perkhidmatan yang biasa diberikan termasuk suntikan untuk pemutihan kulit dan suntikan membesarkan saiz punggung pada harga antara 500 dan 1,000 baht (RM50 dan RM100) tetapi dia mengenakan bayaran 40,000 baht (RM4,000) kepada Athitiya kerana dia menggunakan bahan pengisi yang diimport, sebelum ini dilaporkan sebagai kolagen.
Thanat berkata dia menyesal menyebabkan Athitiya koma dan akan membayar kos rawatan perubatannya. Dia turut meminta maaf kepada ibu bapa Athitiya yang berkata mereka tidak menyalahkan Thanat sepenuhnya kerana anak mereka secara sukarela mendapatkan perkhidmatannya. - Bangkok Post
Abdul Khalid: Dari Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Ke Menteri Besar Selangor
[Selangorku] PETALING JAYA, 20 SEPT: Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.
Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.
Pada 1979, 21 tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.
Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.
Ini atas kejayaan mengetuai operasi 'dawn raid' di Bursa Saham London dengan 'membawa pulang' syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).
Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan 'dawn raid', anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.
Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, 'Fearless: From Kampung Boy To CEO'.
Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.
Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tip-tip berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.
Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.
Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
"Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
"Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik," katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.
Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.
[KD] Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.
"Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini.
SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.
Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.
Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida.
Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedahan itu.
"Saya masih menunggu saman daripada mereka.
Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya.
Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang," tegasnya.
Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf.
Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang.
[HM] JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.
Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi.
Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.
"Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa," katanya.
Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.
"Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.
"Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu," katanya.
Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.
Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.
Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486.
[TMI] KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof "penipu besar" kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. "Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat," kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
"Gambar itu telah diubah," kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.
"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar," kata Saifuddin. "Saya tunjuk gambar ini.
"Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
"Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal," kata Saifuddin lagi.
Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang.
Pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah seorang “penipu besar” kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.
Menurut setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. “Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat,” kata ahli parlimen Machang itu
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
“Gambar itu telah diubah,” kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.
Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar,” kata Saifuddin. “Saya tunjuk gambar ini.
“Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
“Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal,” kata Saifuddin lagi.
Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang.
betul kata si sembab tu....lembu pun boleh...negara luar mana boleh..kah kah kah....!!!!
PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH BAIK DARI NEGARA MAJU KATA MUHYIDDIN - INI BUKTINYA!!
Timbalan Perdana Menteri kita...merangkap Menteri yang bertanggungjawab memberikan projek fidlot bernilai RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat mengumumkan bahawa Generasi muda negara ini mendapat pendidikan LEMBU yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman...dan aku setuju dengan kenyataan beliau itu...
Berikut adalah pengumuman beliau yang dengan rasa tidak bersalahnya berbangga dengan kenyataan tersebut...
Jom mari kita lihat pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah seliaanya terhadap pendidikan bagi rakyat negeri Sabah....
Yang ini adalah.. Sekolah kebangsaan Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia
Yang ini pulak adalah..Sekolah Kebangsaan Pula Bait,SempornaSabah,Malaysia
Sabah selama ini dianggap sebagai deposit tetap BN setiap kali pilihanraya... tempat BN yang paling selamat selain Sarawak..
Tetapi...
inilah balasan yang diberikan kepada rakyat Sabah.. kehidupan rakyat Sabah tidak dijaga seperti yang sepatutnya.. tidak berbaloi dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah terhadap BN...
Maknanya....
sekolah kat amerika ,Britain dan jerman lagi teruk lah dari yang ni yer..?
pandai sungguh menteri UMNO ini ... beri pendidikan di negara ini sampai LEMBU pun boleh duduk di kondo dan berkata kata...
Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.
Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.
Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.
Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.
Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : " Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian".
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : " Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya".
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi'ie berpendapat : " Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh 'Ala al-Mazahib Al-Arba'ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..
Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...
"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )
KUALA LUMPUR: Kumpulam Pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.
Kesemua kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.
Kerusi tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.
Menurut Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada Aspirasi.
Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi hari penamaan calon.
"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik Mahasiswakini.
Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
Dengan kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang tempoh kempen kali ini.
Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini. -Hrkh
KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
Bantahan yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. ~harakahdaily
Kumpulan antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.
Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.
"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.
Syis membuat laporan itu di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur tengah hari semalam. PMIUM dianggap sebagai antara persatuan "tulang belakang" dalam gabungan longgar Pro-Mahasiswa.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Edikuop Lakip Sediyanto berkata, usaha mereka mendapatkan penjelasan berhubung penerimaan enam calon pada Khamis malam (hari pencalonan) juga tidak mendapat layanan sewajarnya.
Pilihan raya kampus UM akan berlangsung pada 25 September ini, serentak dengan 14 universiti lagi, termasuk di beberapa universiti utama di Lembah Klang.
Pada pilihan raya kampus lalu, Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, Penggerak Mahasiswa memperoleh 16 kerusi, sementara calon bebas dua kerusi.-M'kini
TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN
05 Dzu al-Qa'idah 1433 bersamaan 21 September 2012
Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.
Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.
Tahniah kepada ribuan peserta "Xpresi Cintakan Nabi" yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka-mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan Islam.
Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada cina dan india.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua [PKR] yang mewakili rakyat cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden [PKR] yang mewakili rakyat india di Malaysia. Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi antaranya ;
YB Salahuddin Ayub
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dr Dzulkifli Ahmad
Ustaz Idris Ahmad
Saudara Hanipa Maidin
YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
Cikgu Azmi [MAPIM]
Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
Abby Abadi [Artis]
Pihak Polis
Wartawan [Media]
Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.
Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen "Cinta Nabi" pada jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu 'alaihi wasallam.
Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.
Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.
Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.
Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama
SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?
Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.
Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.
Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Sila baca:
Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!
Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Ada pembunuh dalam parti itu!
Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini. Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat.
Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.
Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.
Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.
Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.
Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.
Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.
Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.
Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.
Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou.... ~mso
Najib!! ko ingat negara nih mak bapak ko yang punya ke?Najib nih sekolah sampai setakat darjah berapa ha?? Sampai boleh keluar statement yang bodoh macam nih?
Hang ingat pembangkang ni sapa.. penjenayah ke? lanun ke? Sampai berpantang serah negara kepada pembangkang. Yang pasti ramai dari kalangan ko yang perangai macam penjenayah dan lanun.. rasuah, seleweng kuasa dan pecah amanah menjadi darah daging...
Najib!! jangan ko cuba ajar kami... biar kami yang buat pilihan sewajarnya PRU akan datang.. Biar kami rakyat Malaysia yang merdeka buat pilihan siapa yang layak menjadi pemimpin di negara yang kami cintai ini..
Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan
JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.
"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).
"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.
Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk
Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.
Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.
"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.
"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.
Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.
Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.
Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.
Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.
"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.
Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.
"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya. ~sinarharian
Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
"Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud.
"Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja," katanya kepada Suara Keadilan.
Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).
Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana 'terputus ditengah jalan' oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud.
"Hampir di setiap bahagian di Sarawak mengalami masalah kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Sebagai contoh, di kawasan Batang Ai tiada bekalan elektrik, sedangkan di Batang Ai terdapat empangan penjana elektrik.
"Perjalanan antara satu rumah panjang dengan yang lain terpaksa menggunakan bot ,yang kadang kala memakan masa sehingga 9 jam. Jalan Raya tidak ada.
"Begitu juga dengan kawasan luar bandar sepertii di Sadong, Batang Lupar, Kapit dan lain-lain. Ini kawasan pertanian yang penduduknya berpendapatan rendah.
"Agensi kerajaan negeri langsung tak berperanan. Wakil rakyat jarang turun padang. Tidak ada usaha pengembangan ekonomi yang tersusun," jelas Nazib.
Tambahnya, dasar gaji minima RM800 sebulan bersamaan RM3.85 sejam oleh kerajaan pusat tidak adil untuk rakyat Sarawak kerana barangan keperluan harian di negeri itu lebih mahal dari Semenanjung.
"Tapi gaji pekerja, termasuk buruh kerajaan sangat rendah. Saya pernah berjumpa tukang kebun DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) yang berpendapatan RM550 sebulan. Tak cukup untuk sebuah keluarga.
"Pelancongan pula tak lagi jadi industri utama di Sarawak. Kalau dulu ramai pelancong Eropah datang untuk melihat hutan, gua dan Taman Negara di Sarawak, sekarang tidak lagi. Balak habis disapu. Bandar yang bergantung kepada sumber ini malap, mati.
"Kemudian, apabila tidak ada kerja, jenayah meningkat sekaligus memberi impak sosial yang negatif. Ini yang sedang berlaku di Sarawak," jelasnya. ~kd
KUALA LUMPUR 22 Sept - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.
Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.
Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.
Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran.
Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri.
"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.
"Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik.
Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara.
Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang. ~kd
KUALA LUMPUR 22 Sept: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali.Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim."Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis," kata Ammar ketika dihubungi.Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang.
Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.
Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN."Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin ditolak rakyat," jelas Ammar. ~kd
KUALA LUMPUR - Kumpulan Pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.Kesemua kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.Kerusi tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.
Menurut Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada Aspirasi. Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi hari penamaan calon.
"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik Mahasiswakini.Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
Dengan kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang tempoh kempen kali ini.Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini. ~harakahdaily
KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
Bantahan yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. ~harakahdaily
Addin:
Jikalau buat demo macam ni, mungkin Yahudi Apco gertak tidak mahu bekerjasama..
Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya. Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO?
Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?
UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?
Lepas solat Jumaat semalam, Umno Melaka telah mengadakan himpunan di Masjid Al-Azim. Pada mulanya ramai beranggapan Umno Melaka mengadakan himpunan bantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Namun, sangkaan mereka meleset kerana himpunan yang disertai oleh beberapa wakil rakyat Umno di antaranya Ahli Parlimen Bukit Katil, Speaker DUN Melaka dan Ahli Parlimen Tangga Batu bertujuan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Di katakan Umno mendapat tempat istimewa untuk melakukan himpunan iaitu di perkarangan masjid Al-Azim.
(Gambar) Bulatan dari kanan, Hj. Mat Sirat-MP Bkt. Katil, Hj. Othman bin Muhamad-Speaker DUN Melaka dan Idris Haron-MP Tangga Batu.
Umno Melaka mengadakan bantahan terhadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berikutan kenyataannya di Tweeter.
Apa relevannya Umno Melaka membuat bantahan terhadap Ngeh Koo Ham sedangkan kebanyakan parti-parti politik dan NGO mengadakan bantahan terhadap filem menghina nabi "Innoncence Of Muslim" pada hari semalam. Ini termasuklah Umno yang mengadakan bantahan filem hina nabi di KL.
Ramai yang mengetahui Umno Melaka nih merupakan pencetus idea bodoh. Menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan melakukan ceramah bersebelahan adalah idea bodoh yang dibawa oleh Umno Melaka. Dan sekarang hampir semua Umno negeri mengikuti idea bodoh ini.
Addin tidak berapa setuju apa yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham tetapi sekuarang-kurangnya beliau telah memohon maaf berkenaan tweetnya.
Jikalau betul Umno Melaka ni pejuang Islam. Kenapa ketika Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam, Umno Melaka hanya menikus ketakutan, tiada siapa berani bersuara.
Ini membuktikan Umno hanya menggunakan segala isu termasuklah agama untuk kepentingan politik mereka sahaja.
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akad nikah yang dilangsungkan selepas Zohor semalam.
Pada waktu malamnya pula, majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri.
Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzaini pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. Berikut beberapa gambar perkahwinan diraja kedua pasangan ini…hmmm…Bertudung je semua, kalau kat Malaysia, mesti dewan penuh ngan rambut kembang mak2 datin.
Fakta!! Presiden MCA Pernah Jadi Perdana Menteri Malaysia Selama 10 hari
Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur. UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988,
Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik.
Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari (10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan.
Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.
Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari tersebut Barisan Nasioanl melantik Ling Liong Sik (Presiden MCA) dan telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun tidak mendapat watikah perlantikan dari Yang Di Pertuan Agong.
Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.
Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara. (Tulisan saya di ruangan ini keluaran lalu perlu dibaca untuk memahami isu sebenar).
1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu?
2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan 'kroni boleh makan lama'?
3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini?
4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato' Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini?
5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD?
6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan 'kroninya' didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara?
7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok?
8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah?
9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya?
Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan.
Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini.
Jika berlaku situasi ini, apakah 'bakal Menteri Besar selangor' ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab.
Samseng Umno melucah sambil bertakbir depan pejabat DAP
UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yanggemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu.
Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam.
Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali.
Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik.
Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan.
Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang dikalangan mereka memakai baju Barisan Nasional.
Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali.
APA?? Rosmah Mansor pakai jam tangan bernilai RM350,000?
Beberapa ketika dahulu rakyat 1Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa acessories milik Rosmah Mansor antaranya bag tangan 'Birkin' yang mencecah ratusan ribu RM dan juga 'Bangle' atau gelang tangan yang bernilai jutaan RM dan cincin RM24Juta.
Rosmah Mansor dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin dianggarkan Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.
Bagi beg edisi terhad miliknya pula harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu...
Cincin berlian yang dikenali sebagai 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut" miliknya itu berharga lebihkurang RM24 Juta...
Kali ini kita akan melihat lagi koleksi barangan mewah milik Rosmah Mansor iaitu jam tangan pula..
Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lensa kamera…
Ianya dikatakan dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duti import lagi...
Atau dalam nilai RM lebih kurang RM350,000 hingga RM500,000 sahaja..
Dengan mengambil kira gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM900 manakala di Sabah dan Sarawak diletakkan pada paras RM800.. rakyat Malaysia perlu mengambil masa selama seperti perkiraan di bawah untuk memilikinya..
RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400
Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama untuk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini..
*perkiraan itu berdasarkan gaji minima dimana rakyat Malaysia yang punya gaji minima itu dianggap tidak makan dan minum* he..he..he.. boleh ke?
Harga jam tangan Rosmah Mansor sahaja sudah menyamai 1-2 buah harga rumah yang agak selesa..
Perlu kita ketahui bahawa Jenama Franck Muller merupakan salah satu jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.
Persoalannya di sini ialah..
1~ Bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?
2~Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.
3~Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi "Pendapatan Sampingan"? Mungkin?
Walaubagaimanapun, carian untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin? - ASD
1MDB beli saham IPP untuk isi tabung pilihanraya BN?
Malaysiakini melaporkan: PKR mempersoalkan tindakan kerajaan mendapatkan pegangan dalam stesen janakuasa bebas (IPP) melalui pembelian saham Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd melalui 1MDB.
Tanjung Energy dan Mastika Lagenda dimiliki oleh hartawan Ananda Krishnan dan Genting Bhd.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kos pembelian saham Tanjong pada Mac bernilai RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula sebanyak RM2.55 bilion (untuk pegangan 75 peratus) bulan lalu.
"Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion," katanya.
Yang pertama sekali yang aku mushkil pasai apa pulak tiba-tiba 1MDB beli saham syarikat IPP ni. Kalau atas alasan untuk 'pegangan kerajaan' patutnya saham tu dibeli masa cerita pasai betapa celakanya IPP ni riuh dulu.
Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB beli dengan harga yang tinggi. Keadilan daily melaporkan:
Genting pula mengumumkan bahawa mereka mendapat keuntungan bersih kira-kira RM1.9 bilion daripada penjualan saham mereka kepada 1MDB. Ini merupakan satu keuntungan besar, apatah lagi apabila mengambil kira keuntungan yang dibuat Genting sejak mereka beroperasi pada 1995.
Mastika memiliki dana pemegang saham sebanyak RM422 juta, bermakna pembelian RM2.5 bilion oleh 1MDB mewakili nisbah harga-buku sebanyak 6 kali. Ini adalah lebih tinggi daripada nisbah harga-buku purata saham-saham penjana kuasa di rantau ini.
Malah, lebih murah untuk membina penjana kuasa saiz yang sama baru daripada membeli penjana kuasa milik Genting yang sudah berusia 17 tahun.Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB yang beli. Apa kaitan pembelian saham ni dengan tujuan penubuhan 1MDB. Najib sendiri sebut tujuan penubuhan 1MDB macam kat bawah ni.
Bagi merapatkan jurang sosio ekonomi ke arah memenuhi nilai aspirasi 1Malaysia, Najib turut mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menguruskan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM100 juta pada 11 Januari lalu.
Aku tak nampak relevannya pembelian sahm syarikat IPP ni dengan tujuan penubuhan 1MDB melainkan kalau boleh jual elektrik kepada TNB dengan harga lebih murah dan tarif elektrik jadi lebih murah.
Tapi aku cukup yakin itu bukan tujuannya pasai kalau itu tujuan pembelian tu, tentu punya cerita tu akan disensasikan sejak dari awal lagi. Takkan Umno BN terlalu bangang nak sorok cerita yang cukup baik macam tu.
Aku yakin pembelian saham ni tentu punya ada kaitan dengan PRU13, salah satu usaha untuk Najib cari duit untuk hadapi pilihanraya.
Kalau Ananda Krishnan boleh dapat untung 1.6billion dari penjualan saham tu agak-agak berapa 'komesyen' yang akan masuk tabung pilihanraya BN.
Itu ja sebenarnya tujuan urusniaga ni dan sangat tepat macam sorang member aku bagitau, 1MDB sebenarnya ditubuhkan untuk memudahkan Najib mentiriskan duit rakyat masuk poket pemimpin Umno BN.
Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis.
Beliau berkata permintaan maaf Ngeh wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam.
"Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin.
Asri turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut. Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri.
"Pakatan perlu seimbang dalam berpolitik. Jangan hanya menegur kesalahan pihak lawan tetapi berdiam diri apabila rakan mereka buat salah. Ini bukan satu politik yang sihat.
"Saya harap Umno juga sama dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam Barisan Nasional," katanya.
Asri juga mendakwa pengerusi DAP Perak itu tersilap membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar lain seperti Pakistan.
"Perbandingan demonstrasi ganas oleh Ngeh di Pakistan dengan Malaysia adalah salah. Rakyat disini matang dan tidak akan bertindak ganas seperti di negara lain," katanya lagi.
Kenyataan Ngeh dalam laman sosialnya mencetuskan kritikan dan ada gesaan supaya PDRM menyiasat beliau ekoran kenyataan tersebut.
Tulisan Ngeh yang dipertikaikan itu antara lain menyebut: "(Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini."
Perdana menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat.
"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.
"Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam laporan The Star baru-baru ini ~ The Malaysian Insider
Selain dari Najib yang tidak boleh menerima permohonan maaf dari Ngeh itu sedangkan beliau sendiri secara jelas dan terang telah menghina Islam dengan mempertikaikan perlaksanaan Hukum Hudud di negara ini..
Pencacai-pencacainya juga bengitu.. lihat di bawah..
Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.
Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.
Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.
Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.
Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : " Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian".
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : " Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya".
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi'ie berpendapat : " Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh 'Ala al-Mazahib Al-Arba'ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..
Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...
"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.
Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.
Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama
Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang mesra-UMNO.
Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menggesa TG Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan TG Nik Abdul Aziz sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan." katanya..
Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya.
Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO? Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?
UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?
PARIS: Sebuah majalah Perancis semalam menyiarkan karikatur provokasi, menunjukkan Nabi Muhammad berbogel.
Ia sudah pasti menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam selepas bantahan terhadap sebuah filem anti-Islam yang diterbitkan di Amerika Syarikat, (AS).
Lebih 30 orang terbunuh dalam serangan atau tunjuk perasaan ganas terhadap filem 'Innocence of Muslims', termasuk 12 orang dalam serangan oleh seorang pengebom wanita di Afghanistan, Selasa lalu.
Kebimbangan kemarahan itu merebak ke Eropah semakin meningkat semalam selepas majalah Perancis, Charlie Hebdo menyiarkan empat karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) dengan satu daripadanya menunjukkannya punggungnya terdedah.
Perancis meningkatkan langkah keselamatan di kedutaannya di beberapa negara.
Menteri Luarnya, Laurent Fabius mengaku beliau bimbang mengenai tindak balas yang mungkin berlaku.
Kedutaan, konsulat, pusat kebudayaan dan sekolah antarabangsa Perancis di sekitar 20 negara diarah tutup esok kerana bimbang menjadi sasaran tunjuk perasaan selepas solat Jumaat.
Pemimpin masyarakat Islam di Perancis mengecam majalah berkenaan tetapi akan merayu supaya kaum muslimin di negara itu bertenang.
Pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang asalnya kartunis dengan menggunakan nama Charb berkata, karikatur itu akan 'mengejutkan mereka yang inginkan kekejutan.'
"Kebebasan akhbar. Adakah ia satu provokasi? Saya tidak meminta masyarakat Islam membaca Charlie Hebdo, sama seperti saya tidak ke masjid untuk mendengar ceramah yang bertetangan dengan segala yang saya percaya," katanya.
Tahun lalu majalah berkenaan menyiarkan edisi menghina Islam berjudul Sharia Hebdo, menyebabkan pejabatnya di Paris diserang dengan bom api.
Perdana Menteri, Jean-marc Ayrault berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan karikatur berkenaan boleh membawa kes itu ke mahkamah.
Beliau menyelar tindakan majalah berkenaan tetapi pada masa sama, menegaskan mengenai kebebasan bersuara yang diamalkan di Perancis.
"Innocence of Muslims,' filem yang diterbitkan oleh pelampau Kristian di Amerika Syarikat dengan menggambarkan Rasulullah sebagai samseng yang gilakan wanita, mencetuskan tunjuk perasaan di 20 negara selepas trelernya disiarkan di Youtube. - AFP
2-3 hari sebelum ni memang badan teman rasa letih lesu sungguh! 2-3 minggu yang sibuk dan menyesakkan!
Alhamdulillah.. balik daripada demo semalam terasa macam ada tenaga baru dalam diri! Memang hebat kerja-kerja jemaah neh! Kesatuan hati dan fikrah dalam memperjuangkan Islam yang Unggul..
Sebab tulah kita diwajibkan sebenarnya menunaikan solat Berjemaah.. Untuk re-generate tenaga! Allahuakbar! budakbalun 22092012
Dalam dok nak start berarak kat Demo Anti-hina Nabi semalam teman pun terperasan gak group dok bawak gambo Imam dari iran dan bendera hitam tulisan 'Hussein' tu.. Tapi tak perasan lak yang itu melambangkan Syiah.. Ada gak bertanya brader sebelah menyebelah.. depa pun macam ragu-ragu..
Tapi tetiba ada Pak Syeikh dok jerit "woi! Nabi Muhammad laaa.. apsal Hussein pulak??" Dan dengan pantasnya selepas itu geng Unit Amal merampas bendera dan bunting gambo Imam Syiah tu..
Dalam pikiran teman.. kalaulah tak dihalang.. semacam ada lah nanti yang akan amik gambo.. dan silap-silap muka depan Utusan hari ini adalah "Bukti PAS Sokong Syiah!"
hahahahah.. UMNO jugak jadi suspek dalam hal ni!
p/s: bebudak yang bawak bendera dan gambo Syiah tu pun macam blurrr je teman nengok? upahan ka apa ka Wallahua'lam..
Alhamdulillah... Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah murahan... budakbalun 22092012
Bencilah macam mana pun dengan UMNO.. Menyampahlah macam mana pun dengan UMNO.. Jijiklah macam mana pun dengan UMNO...
Sang Saka Perosak Bangsa?
Nak tak nak.. Mahu tak mahu.. Kena akui jugak bahawa UMNO adalah parti terhebat di dunia!
Masakan tidak?
UMNO adalah satu-satunya parti yang menerima kemerdekaan dan masih memerintah hingga kini didunia! Makna kata.. hanya Malaysia yang masih mengekalkan parti penerima kemerdekaan memerintah.. Semua negara lain dah tukar beb!
Disebabkan itu.. Korupsi... Pecah Amanah... semakin tidak terkawal malahan menjadi barah yang sangat-sangat dahsyat!
Apakah rahsia kejayaan UMNO?
Hanya satu.... MEDIA!
Bukan satu kerahsiaan.. Media Utama Malaysia terlalu-lalu dikongkong.. Seolah-olah negara komunis sebenarnya.. Dan inilah satu-satunya 'taliah hayat' UMNO yang utama di samping menggunakan Duit dan Jentera Kerajaan..
Dan kini UMNO berhadapan dengan kuasa Internet!
Malang buat Najib kerana terpaksa berhadapan dengan Internet yang sangat-sangat berkuasa tetapi tidak 100% meluas..
Apa pun... Tugas kita sebenarnya semakin berat untuk menumbangkan regim yang zalim dan tidak mengenal kemanusiaan ini...
KUALA LUMPUR, 22 Sept - Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat dakwaan tersebut berkata sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram. "Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini. "Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi."Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan segera kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan juga sosial di negara kita," katanya. BERNAMA
ALOR SETAR,22 Sept -Belanjawan 2013 bakal menyaksikan beberapa pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan kekuatan ekonomi negara di samping memastikan kebajikan rakyat terbela.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah(foto) bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun menegaskan kerajaan akan terus menjaga kebajikan rakyat seperti sebelum ini. "Kita sedang memperkemas (belanjawan) di peringkat akhir... kita akan mengetengahkan pendekatan baru demi kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah, dekat sini semalam. Dalam perkembangan lain, beliau meluluskan peruntukan RM100,000 kepada bahagian itu bagi membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU). Beliau berkata bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini, usaha perlu dilipat gandakan dan tumpuan perlu diberikan kepada pengundi terutamanya yang pertama kali akan mengundi. Husni berkata, walaupun sudah banyak kali menghadapi pilihan raya, kali ini semua pihak perlu berusaha lebih daripada yang pernah dibuat dalam sejarah pilihan raya sebelum ini. "Bagi negeri-negeri di bawah pembangkang, kita kena kerja lebih kuat, kena tawan balik kerana kita nak menuju kepada negara berpendapatan tinggi, ini adalah hasrat kerajaan. "Jadi mesti pastikan semua negeri ikut proses yang sama, kita tidak mahu ada mana-mana negeri ketinggalan," kata beliau.BERNAMA
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.
Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.
Ustaz Huri Alias
Kerana tercengangnya totok itu, macam biasa Ustaz ni kena tukar ke pendalaman. Tapi depa silap besar, habis pendalaman juga tahu ditarbiyahkan, pengaruh ustaz ni menjadi sebutan. Aku dapat tahu dia juga ditukar ke tempat lain, dan kini jadi Imam Masjid Jalan Hospital Ipoh. Sabar je la Ustaz! Aku juga pernah ikut dia pergi jamming, layan beb! Skang dah semakin popular tapi bukan 'glamour' yg dicari sebab aku kenal dia, humble dan terbuka.
Semalam ada jemaah masjid bagitau aku, orang2 tua yg totok umno di masjid Daerah Manjung juga menganggap belia masjid tak wujud. Woit! sijil kelulusan belia pun dah keluar terbentang, lagi tak mahu akui ke?! Sian la budak-budak tu, esok korang takde depa yg akan teruskan mengimarahkan masjid ni dan mereka buat program utk orang muda ke masjid bukan ajak berpolitik! Bab ni pun aku peringatkan kat orang PAS, jangankan sebab politik korang abaikan depa ni. Tapi aku tahu program yg depa anjurkan hari tu, ramai org PAS yg turun termasuklah dari ABIM, AADK dan UiTM Perak.
Pameran UiTM Perak
Berbalik kpd isu program belia masjid manjung, aku cuba buat kronologi kejadian sebenar. Jika ada kesilapan, aku minta mat-mat belia masjid manjung perbetulkan dan jika ada ugutan atau apa desakan, korang jangan takut. Kerja baik tak perlu takut tambahan korang ada fakta dari aku yang cuma dapat dari sumber dalaman yg turut tak puashati dengan karenah Umno Lumut. Dan aku juga simpati Pegawai kerajaan di jabatan belia Manjung yang pada awalnya menyokong belia-belia masjid ini tapi pada akhir2 ini dia seolah tertekan dr pihak atasan, dan aku dengar khabar dia akan kena tempias, silap hari bulan dia kena tukar ke ceruk pendalaman mcmana bekas Imam masjid kena. Nasib lu lah bro!
Pameran AADK
Penceramah Jemputan
Kronologi program yang mendapat halangan:-
Oktober 2011
- Mohon Pendaftaran Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung. (PBMDM)
Februari 2012
- Sijil kelulusan dikeluarkan
Mac 2012
- Sijil diterima oleh PBMDM & mesyuarat dijalankan utk acara perasmian
April 2012
- Awalnya dicadangkan utk perasmian tapi sebab kertaskerja masih dlm proses ditunda
May 2012
- awal may menyampaikan kertaskerja program, jadual acara, penceramah dan bajet kpd Ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha dan turut disampaikan direct kpd MB Zambry Kadir ketika Pesta Laut Pangkor 3 May. Zambry bersetuju secara 'percakapan'diadakan pada tarikh cadangan 26 May namun peruntukan yg dikemuka tidak dipersetujui kerana terlalu tinggi, PBMDM setuju utk kaji balik kos program. Pejabat Belia juga maklumkan bajet dari MB pun problem dalam pertimbangan dr kerajaan negeri, juga diperingatkan segala sponsor berpihak kpd kepimpinan semasa dan teguran bermula dimana jika menjemput penceramah 'orang sebelah' (Ustaz Akhil Khai) ibarat support pihak parti pembangkang dan dianggap isu beasr. Sehingga 21 May tiada sebarang maklumbalas dari Pejabat MB & rujuk Pejabat Belia dimaklumkan 26 May adalah Hari Himpunan Belia di Putrajaya (membabitkan persembahan K-POP) dan dinasihatkan postpone sebab Zambry tak mungkin hadir. 24 May PBMDM buat keputusan postpone ke 30 Jun dan memaklumkan sekali lagi ke Pejabat MB dan dipersetujui tarikh cadangan itu. Pejabat Belia menyatakan Cikgu Rashidi orang kanan Zambry dah maklum pasal perubahan penceramah dan tarikh tapi bajet belum diputuskan. Maka PBMDM mula menempah Banner promosi Karnival & Perasmian PBMDM bertarikh 30 Jun dan membuat jemputan rasmi.
Tak habis lagi.... banner dah tempah, pelbagai agensi kerajaan yg terbabit juga dah setuju walaupun bertukar tarikh. Bermulalah sekatan & dan macam karenah birokrasi yg dihadapi PBMDM. Aku akan dedahkan perbincangan antara Pejabat belia & orang kanan zambry iaitu Cikgu Rashidi yang memaksa PBMDM menukar penceramah dan pebagai desakan seperti segala peralatan yg diperlukan mesti diberikan kpd orang-orang umno dan pelbagai sekatan dgn mengharamkan jemputan kpd orang2 pas serta DS Nizar termasuklah tidak boleh menerima sebarang sumbangan dr ADUN Pasir Panjang.
Aku tak tahu samada Cikgu Rashidi ni bercakap atas keputusannya sendiri mengikut perkiraan akal politiknya tapi yg jelas dia pegawai yg bekerja dgn Zambry. Dan apa yg diucapkan berdasarkan keputusan dari zambry sendiri. Cuma sahabat aku di Pasir Panjang Laut yang juga pemuda umno cawangan sana kata dia ckp tak serupa bikin, salah satu isu yg dia duk kecoh kat kampung perihal Non Muslim masuk masjid (isu adun selangor masuk surau) walhal kata depa dia 'deal' dgn mamat india mana entah pun dalam masjid! Lepas tu nak panggil pemuda mesyuarat siap tipu org muda kampung kata meeting pasal bola walhal nak meeting umno, kalau ckp meeting umno mampuih org muda tak dtg! wakakaaaaaaa............ licik sungguh game dia, patutlah zambry angkat dia ni, bijak menipu! sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga beb!
Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno! Dan jgn jadi umno lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!
Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai umno lumut punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.
Vale janji dgn kehadiran depa di Manjung akan bantu org tempatan, sekali semua kena kencing, yg kaki kencing pun kena kencing, yek yek je buat demo sokong Vale, lastnye tak dpt tender bising! aku dengar satu kepala rm80, fuh patut org umno sendiri bising...pigi dah bab duit korang bising, bab tanah tergadai kpd syarikat warga asing korang siap sokong! Ini semua duit punye perjuangan! Alam digodam umno tak ambil port pun. Ceh! Mcmana aku nak harapkan umno memerintah lagi! Org PR kalau korang buat mcm ni jugak, maknanya korang pun tak mau belajar dr kesilapan umno!
Berbalik kpd isu yg aku nak bongkarkan dlm beberapa siri nanti, buat masa ni aku bagi hint sahaja dan kalau tak betul, sumber aku akan tampil untuk buat kejutan kalau ada yg tak puashati. Acara ini berlangsung pada bulan Julai 2012 yang lalu, perasmian Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung yang mempunyai kisah disebaliknya.
Aku wakil MediaPerak sempat merakamkan pada hari berkenaan dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila Pengerusi Belia Masjid & para jemputan menyebut ada beberapa halangan terhadap program ini.
Program ini ditunda sebanyak 3 kali, namun J/kuasa Persatuan Belia masjid daerah manjung atas sokong J/Kuasa Masjid Daerah Manjung meneruskan program ini walaupun tanpa bantuan Jabatan Belia & Kerajaan Negeri. Ia sepatutnya berlangsung pada hari Belia, namun disebabkan ada himpunan Belia di Putrajaya yg dipersembahkan oleh hiburan K-Pop yg menelan jutaan ringgit, program ini terpaksa ditunda.
Sebelum itu Belia Masjid akur dan menunda kepada satu tarikh dengan merujuk kepada Jabatan belia & kerajaan negeri Perak iaitu sekitar penghujung Jun. Pada awalnya program ini akan dirasmikan oleh YAB Zambry kadir dan peruntukan ditaja oleh kerajaan negeri melalui Pejabat menteri besar Perak.
Sumber menyatakan jumlah peruntukan yang dipohon berjumlah Rm16000 bagi persiapan tapak pameran, sumbangan kpd jemputan & beberapa fasiliti berkenaan. Namun disebabkan J/Kuasa Belia Masjid daerah menjemput ustaz Akhil Khai sebagai penceramah, berlakunya beberapa halangan dalam merealisasikan program ini pada saat akhir. Selain Ustaz Akhil Khai, mereka juga menjemput Imam Muda Nazrul bergabung dalam forum pada sebelah malamnya.
J/kuasa dinasihatkan agar menukar penceramah atasan alasan 'orang sebelah sana' (berkaitan politik), tidak menjemput (diharamkan) ADUN Pasir panjang iaitu YB Nizar dan jangan menerima sebarang sumbangan dari Pejabat ADUN berkenaan. Program ini telah disalah anggap oleh orang kanan Zambry Kadir iaitu Cikgu rashidi yang menyatakan "Zambry kata politik first dalam sebarang keputusan' tambahan untuk memberi peruntukan. Bukan itu sahaja, segala peralatan dan penyediaan hendaklah diberi kepada 'orang-orang umno', jika tidak tiada peruntukan diberikan.
Nantikan pendedahan seterusnya........ program berlangsung dgn jayanya, siapa disebalik halangan dan bagaimana belia mengatasi utk merealisasikannya walaupun terpaksa menanggung kos sendiri. Aku salute kepada Pak Toh Timbalan Pengerusi masjid sebab bersetuju utk teruskan program ini dan sekalung tahniah kpd belia-belia masjid yang terlibat dan aku minta maaf jika perkara ini akan menggugatkan korang. Tapi bagi aku kebenaran tidak boleh disembunyikan, kalau bukan aku yg bongkarkan, orang lain akan pecah tembelang!
Nasib koranglah sebab korang patutnya panggil K-POP, baru kerajaan umno pandang korang..... wakakakakakaaaaaaaaaaaa! Lagipun korang takleh mengundi lagi, takde kepentingan bagi mereka.
Nota: Sumber bersedia untuk memberi kerjasama jika ada pihak yang menidakkannya. Gambar sekitar program di SINI - Page MediaPerak
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas Jumaat tadi telah berlangsung dua tunjuk perasaaan oleh dua puak atau kumpulan berbeza secara serentak. Sekali pandang tujuan tunjuk perasaan itu mempunyai tujuan sama untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kedurjanaan rakyat Amerika yang menghina Nabi Muhammad s.s.w. menerusi sebuah filem yang berjudul "Innocence of Muslims"
Cuplikan tunjuk perasaan. Foto dari tv internet.
Penerbitan film ini mendapat bantahan dan kecaman di kalangan orang Muslim di seluruh dunia. Sejak minggu lepas lagi sampai ke hari ini tunjuk perasaan dan bantahan dilakukan dengan pelbagai cara, sehingga ada yang telah terkorban dalam ledakan amrah isu ini.
Kononnya kedua-dua puak itu juga marah dan kesal atas penghinaan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Satu kumpulan dipelopori Dewan Pemuda Pas yang diketua sendiri oleh ketuanya Nasharudin Hasan. Mereka menanakam tunjuk perasaan itu sebagai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi"
Tunjuk perasaan oleh Pas diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di jalan Tun Razak. Ia berlangsung sebaik selepas solat Jumaat. Menurut laporan lebih 5,000 menggabung diri dimana dua pemimpin tertinggi mereka, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir sama.
Sementara tunjuk perasaan satu lagi dipelopori Pemuda Umno. Ia berlangsung di perkarangan masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia juga diketuai sendiri oleh ketuanya yang tidak diberikan kuasa oleh Najib, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut laporan 3,000 yang hadir. Bagaimana pun tidak ada pemimpin tertinggi Umno yang dilaporkan hadir sama.
Ikut sama bergabung dengan Pemuda Umno ialah beberapa Ngo termasuk Perkasa(m) dan Ngo senama dengan sejenis beras kampit. Sebenarnya jumlah kehadiran 3,000 itu tidak 'tanggung' berbanding dengan penglibatan berbagai Ngo dalam himpunan rasa itu. Sepatutnya jumlah kehadiran di lokasi pemuda Umno itu mencecah 40,000 ataupun 150,000 kerana ia melibatkan lebih 30 buah Ngo. Ngo itu juga sebelum ini obses memperjuangkan akidah umat Islam.
Apabila kehadirannya tidak sampai 4,000 ianya sama ramai dengan pengunjung pasar Chow Kit saja, ini menunjukkan jelas bahawa tunjuk perasaan itu kuat talun dari laung. Ia juga menjelaskan anggota Ngo berkenaan yang sesetengahnya mendakwa sampai mempunyai 100,000 ahli tidak peka dan prihatin terhadap agama dan Nabi mereka. Atau pun dakwaan itu sebagai dakwaan Lebai Kedaun saja.
Begitu juga melihat kepada lokasi diadakan tunjuk perasaan itu, ternyata tunjuk perasaan pemuda Pas lebih berani dan relevan berbanding dengan pemuda Umno. Kenapa pemuda Umno adakan di Kampung Baru? Bukankan tunjuk perasaan itu untuk dinyatakan kepada Amerika, bukannya penduduk kampung baru. Atau Khairy sememangnya untuk menarik perhatian penduduk kampung baru bagi menunjukkan pemuda Umno berani. Kalau hendak dikira pemuda Umnolah sepatutnya 'rukah' pagar dan 'baling batu' kepada keduataan Amerika bukannya melakak dari jarak 3 km.
Bukankah pemuda Umno dan juga pemuda Perkasa(m) berani. Sebelum ini mereka melontar cat merah kepada bas PKR dan juga menyerang orang sedang memberi tazkirah dalam masjid di Kedah. Apabila hanya menjerit dan berani menjadi beruk (pinjam istilah Khairy yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai beruk) di kampung Baru, ternyata pemuda Umno dan Ngo itu jenis bungkus telor dalam kain pelikat sahaja.
Bagaimana pun saya tidak hadir di kedua-dua lokasi hari ini. Saya rasa tunjuk perasaan itu tidak banyak memberi keuntungan. Saya setuju dengan apa ditulis oleh Ngeh Koo Ham dalam twitternya sehingga menimbulkan kemarahan Pemuda Umno itu dan menyebabkan beliau dilaporkan kepada polis, tunjuk perasaan itu membuang masa. Nampak sangat tunjuk perasaan itu bukan bertolak dari nawaitu unntuk membela maruah dan kedudukan Nabi s.a.w. tetapi lebih untuk menjual suara politik. Kali ini insiden berkenaan diambil untuk menggoreng rakyat.
Mengapa saya berkata begitu. Kalau baik Pas atau Umno benar-benar concern kepada apa yang berlaku mereka tidak perlu berada dalam keadaan terasing. Mereka tidak payah berpisah dan menunjukkan kekuatan masing-masing. Mereka seharusnya berpadu dan bergabung menjadi satu gerombolan menghayun langkah ke kedutaan Amerika. Apabila mereka masih berasingan, dalam soal ini Pemuda Umno... jelas bantahan itu bukan ikhlas untuk membela maruah Rasulullah tetapi hendak menunjuk gagah, menjual minyak angin dan menganggu di antara satu sama lain.
Apa yang dilakukan pemuda Umno lebih terserlah akan kemunafikannya. Kenapa di himpunan untuk membantah rakyat Amerika tetapi diambil kesempatan mengecam Pas. Seperti mana ucapan Khairy dipetik, beliau mempersoalkan Pas yang masih terus bergabung dengan Pakatan Rakyat. Baginya Pas gagal mempenagruhi DAP walaupun dalam perkara asas seperti itu. Kecerdikan Khairy untuk melaga-lagakan Pas dengan DAP terjeluah di masjid.
Khairu jenis bercakap tidak menggunakan mulut, dia lupa... yang Umno juga gagal mempengaruhi rakan-rakan MCA, MIC dan Gerakan untuk sama-sama berdemon membantah Amerika di atas isu yang dikatakan asas itu. Apakah Khairy merasakan anggota MIC dan MCA tidak perlu hadir sama? Kalau macam itu mengapa bersusah payah kalau Pas tidak berjaya menarik DAP agar sama-sama mengecam Amerika dan filem berkenaan.
Kerana saya tidak pergi maka saya hendak tanya Khairy berapa orang pemimpin dan ahli MCA, MIC atau komponen lain BN yang hadir. Apakah beliau mengambil kira kehadiran ahli Parkas(m) itu sudah mewakili komponen BN? Hohoho..
Kalau hendak diambil kira Pas lebih anggun dari Umno. Katanya Naib Presiden PKR Tiang Chua ikut sama menunjuk perasaan bersama Pas di depan Kedutaan Amerika. Molek kalau Khairyu lain kali sebelum bercakap dan membuat dakwaan pandang kiri dan kanan dulu. Sebarnya dalam kes ini saya kurang bersetuju dengan kedua-dua pihak mengadakan tunjuk perasaan itu. Baik dipihak Pas maupun di pihak Umno serta Ngo terlibat. Malah kalau mereka bergabung pun saya tidak sokong. Kepada saya tunjuk perasaan tanpa memilih isu sebegitu membuang masa sahaja. Tunjuk perasaan hari ini lebih kepada 'main-main tunjuk' untuk tunjuk-tunjuk kejantanan politik saja.
Kenapa saya kata ia membuang masa dan tidak memberi kesan. Siapa yang hendak dengar bantahan yang dilakukan itu. Amerika tidak akan pedulikan apa yang dilakukan Pemuda Umno bersama Ngo itu, kerana ia awal-awal lagi tidak relevan bila mana ruang awam itu digunakan untuk mengkritik Pas.
Begitu juga tunjuk perasaan dan bantahan Pas itu. Amerika tidak pun mendenagrnya. Apabila Amerika menghantar pengawal pintu pagar, yang juga (mungkin) warga negara Malaysia, itu menunjukkan negara itu tidak merasa harian sedikit pun dengan aksi itu. Sebuah negera jahat dan berstatus tinggi begitu, Amerika tidak akan peduli. Mungkin bagi pegawai di kedutaan itu melihat '"hoha-hoha" di luar itu sebagai satu keributan yang tidak tentu hala sahaja.
Kita boleh mengadakan tunjuk perasaan dan membuat bantahan, bukan kepada pihak yang tidak ada kuasa atau tidak mendengar kuasa kita. Tunjuk perasaan boleh dilakukan kalau ia berkaitan isu-isu berkepentingan dengan kita secara bersama dan kuasa mendengar isu itu juga dari negara kita. Tunjuk perasaan dalam keadaan dan kondisi begini barulah tidak membuang masa, kerana apa yang kita bangkitkan itu didengar langsung.
Tetapi apa yang kita bantah itu tidak berkepentingan kepada kita secara bersama, ia tidak ada guna. Benar, isu Nabi itu adalah isu kita sebagai orang Islam, tetapi ia bukan isu sejagat untuk seluruh rakyat negara ini. Makanya untuk menghereknya menjadi isu nasional tidak berapa tepat dan kurang berimpak tinggi.
Sebab itu isu-isu sebegitu akan dilihat sebagai isu terpencil hanya untuk satu kaum saja. Mungkin ada yang menyoal bukankan isu agama itu penting dan ia merupakan isu hidup dan mati. Iya.. benar, tetapi kalau pun ia isu hidup dan mati tetapi kalau perbuatan itu sia-sia tidak ada gunanya, apa lagi kalau menyebabkan kita mati katak?
Isu penghinaan film itu tidak seperti isu dibawa oleh Bersih, Lynas ataupun isu-isu kenaikan harga barang, isu NFC, isu royalti petroleum dan sebagainya. Isu ini adalah isu langsung dengan rakyat dan negara kita. Pihak kerajaan atau berkuasa akan meneliti dan mengambil kira bantahan kita itu. Ia berbeza dengan isu soal penghinaan itu, di mana kerajaan tidak ada kuasa untuk mendengar dan bertindak. Apakah kita mahukan kerajaan kita memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika?
Kepada saya lebih kita tidak begitu bising dengan isu seumpama itu. Pertamanya ia bukan berlaku di negara kita. Ia bukan ditayang di negara kita.Makanya dalam kita rasa moden dalam tindakan politik menerusi aksi tunjuk perasaan kita perlu memilih isu yang tepat dan relevan dengan kita bagi memastikan tindakan kita bermutu. Apabila ia tidak tepat maka apa yang disuarakan oleh Nyeh Khoo Ham itu sebagai benar.
Sekiranya kita benar-benar kasih dan ingin memuliakan Rasulullah marilah kita bersalawat ke atasnya serta mempraktikan apa yang dibuat oleh baginda. Berbaik-baik sesama Islam adalah antara suruhan dan tuntutan baginda. [wm.kl.8: 27 pm 21/09/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.
"Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini.
SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.
Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.
Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida.
Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedaha itu.
"Saya masih menunggu saman daripada mereka.
Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya.
Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang," tegasnya.
Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf.
Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang.
Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.
Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.
Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.
Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.
Ini atas kejayaan mengetuai operasi 'dawn raid' di Bursa Saham London dengan 'membawa pulang' syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).
Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan 'dawn raid', anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.
Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, 'Fearless: From Kampung Boy To CEO'.
Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.
Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.
Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.
Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
"Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
"Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik," katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.
Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.
Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kesal berikutan pentadbiran universiti itu menyalah guna kuasa dalam proses pencalonan Pilihan Raya Kampus (PRK).
Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Edikuop Lakip Sediyanto, berkata ia berikutan pentadbiran UM menerima pencalonan Pro-Aspirasi walaupun mereka tidak layak bertanding.
Bercadang mendapatkan injuksi mahkamah bagi membatal pencalonan itu, beliau ketika bercakap kepada Suara Keadilan, berkata, tujuh calon Pro-Aspirasi yang dicalonkan sudah memasuki pengajian tahun akhir.
"Mengikut Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPP-UM), calon yang bertanding mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya setahun pengajian atau dua semester.
"MPP perlu dilantik selama setahun.
Calon Pro-Aspirasi akan tamat pengajian pada Jun 2013 manakala penggal MPP kali ini tamat pada September 2013.
Ini bermakna mereka berkhidmat tidak sampai setahun "Apabila calon tamat pengajian, ia akan memberi masalah kerana tiada siapa yang berkhidmat untuk mahasiswa," katanya selepas membuat laporan di balai polis Pantai, tengah hari ini.
Laporan itu dibuat bersama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa Nasional dan Solidariti Mahasiswa Malayisa (SMM).
Kata Edikuop, Pro-Mahasiswa sebelum ini membuat bantahan kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan tetapi hanya satu diterima manakala enam bantahan lagi ditolak.
Katanya, jawatankuasa memberi alasan 'tafsiran' buku Tatacara Pemilihan MPP sudah berubah dan menerima pencalonan walaupun mahasiswa sudah memasuki tahun akhir pengajian.
"Jawatankuasa juga mengatakan mereka berhak menerima atau menolak sesuatu bantahan atas budi bicara.
"Tindakan jawatankuasa itu bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Perkara 48 (4) yang menyatakan setiap MPP perlu dilantik selama setahun," katanya.
Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.
Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.
Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama
SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?
Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.
Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.
Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Sila baca:
Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!
Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Ada pembunuh dalam parti itu!
Di dalam perarakan umat Islam membantah dan mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw, ada pula puak Syiah yang cuba mengambil kesempatan dan cuba membuat onar dengan membawa bendera tertera "Ya Husin". Namun ada peserta Unit Amal yang perasan dan berlaku sedikit pergelutan bagi gpemuda Syiah itu daripada cuba untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kekecohan.
Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.
Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com/ pada atau sekitar Januari 2010.
Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana di atas.
Dan beliau juga menulis antara lain "Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan 'God' kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini."
Beliau juga menulis "Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."
Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.
Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.
Subang: Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata, fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran.
Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu.
Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis.
"Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat.
"Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta)," katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden Keadilan, N Surendran dan Ketua Biro Keselamatan Keadilan, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Justeru, beliau persoal bagaimana Kementerian Pengangkutan dan DCA boleh melulus dan membenarkan sistem tersebut beroperasi tanpa sokongan sistem interim dan lewah (redundancy).
Tegasnya, kegagalan sistem ini menimbulkan syak jutaan ringgit yang dibelanja dalam pembangunan sistem di KLIA2 mungkin mengalami nasib sama yang menjejaskan keselamatan orang ramai.
"Kita mesti pastikan semua projek berkaitan keselamatan dalam sektor penerbangan tidak dianugerah kepada syarikat tidak memiliki kemampuan teknikal, pada waktu ini dan masa hadapan," kata Izzah.
AGAK menghairankan apabila Pergerakan Pemuda Umno, yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam, "Inocence of Muslim" di Kampung Baru.
Amerika Syarikat yang mereka marahkan, sepatutnya mereka pergilah ke kedutaan Amerika yang juga terletak di ibu negara, tidak begitu jauh dari tempat mereka mengadakan himpunan tersebut.
Ini tidak, Amerika yang mereka tentang, kerana dikatakan telah menghasilkan filem anti-Islam, tapi makcik jual nasi lemak di kampung baru pula yang mereka serang kah kah kah...
"Marahkan ular anak sendiri pula dipijak-pijak"
Kalau kita lihat semalam, Dewan Pemuda Parti Islam, PAS menganjurkan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Malah dengan lantang mereka mengutuk dan mengecam Amerika di depan bangunan kedutaan itu.
Satu memorandum kecaman dan bantahan juga turut dihantar kepada kedutaan Amerika namun pihak kedutaan itu enggan turun untuk menerimanya sebaliknya hanya menghantar Ketua Keselamatan rujuk sini [Amerika enggan terima memorandum]
Akhirnya terbongkar niat sebenar Pergerakan Pemuda Umno membantah filem anti-Islam dengan cara berhimpun dan menyerang makcik jual nasi lemak di Kampung Baru.
Himpunan yang kononnya diadakan sebagai bantahan terhadap filem anti-Islam, rupa-rupanya tidak lain hanyalah perhimpunan anti-DAP. Kononnya memperjuangkan Islam, rupanya mereka berhimpun demi "political mileage"
Konon berhimpun marahkan filem "Innocence of Muslims" tapi suruh Parti Islam, PAS keluar Pakatan Rakyat dan sertai Umno supaya mereka dapat menang mudah pada pilihanraya umum yang akan datang kah kah kah...
LIHAT printscreen di bawah ini baik-baik. Inilah tweet yang menjadi bahan propaganda diulang-ulang oleh TV3 Suku dan Utusan Syaitan sejak kebelakangan ini untuk menanam kebencian orang Islam kepada DAP.
Berkekalkan sepotong ayat soalan "Are muslims wasting too much time & energy on this?" tweet daripada Ngeh Koo Ham, beliau dilabel sebagai anti Islam siang malam pagi dan petang oleh gerombolan United Malays No Otak, Umno. Media gerombolan menuduh kononnya Ngeh Koo Ham menyifatkan perhimpunan membantah Filem anti-Islam "Innocence of Muslim" sebagai membuang masa dan tenaga. Anda ada mata lihat sendiri beliau sedang bertanya bukan mendakwa atau menuduh.
Jika sepotong tweet ini dikira menghina Islam, bagaimana pula dengan kenyataan dan tulisan panjang lebar dikeluarkan oleh Syed Akbar Ali, Presiden Blog House Malaysia, yang juga merupakan penulis upahan Najib Razak?
Beliau tanpa rasa bersalah menulis panjang lebar menyifatkan Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin sekadar membuang masa menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam di ibu negara [TMI]. Gerombolan samseng United Malays No Otak, Umno sanggup melucah dan mencarutsambil melaungkan takbir dan "Hidup Islam" kerana sepotong tweet rujuk sini [Takbir sambil mencarut]. Samseng-samseng ni taknak ke mencarutkan si Syed Akhbar Ali ni?
Kalau kerana sepotong tweet pertanyaan, samseng Umno sanggup berdemo melucah sambil melaungkan takbir, patutnya mereka akan berbogel dan menonggeng sambil bertakbir pula akibat artikel panjang lebar yang menyifatkan demonstrasi bantah filem anti-Islam sebagai membuang masa.
Sifirnya mudah, mana-mana isu yang mempunyai elemen 3R (Religion, Race dan Royal) akan menjadi bahan propaganda siang malam pagi dan petang di media-media gerombolan.
SEBENTAR tadi berlangsung sebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Islam, PAS membantah penerbitan filem anti-Islam "Innocence of Muslim" di ibu negara.
Ribuan rakyat, dianggarkan oleh portal Malaysiakini, 5000 berarak menuju ke Kedutaan Amerika dan berhimpun di situ bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Rasulullah itu.
Namun pihak kedutaan Amerika enggan turun untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh Pemuda Parti Islam, PAS sebaliknya sekadar menghantar ketua keselamatan mereka.
Turut hadir pemimpin KEADILAN, YB Nurul Izzah serta pimpinan bukan Islam daripada KEADILAN, YB Tian Chua, YB Sivarasa dan N Surendran.
Pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam Filem Gerak Khas, Abby Abadi turut menyertai himpunan ini.
Lagi gambar-gambar himpunan ini boleh didapati di [Liang Lahad]
Malam ini (22/9.12) mulai jam 08.30 malam pakat kita semua ke majlis jamuan rakyat di Temerloh, perkarangan Pej KEADILAN Temerloh, Simpang Taman Saga, Mentakab.
Lepas itu, kita boleh mendengar ceramah dari beberapa pimpinan dari PR. Paling kita nantikan, apakah pendedahan terbaru atau isu-isu panas yang akan dibawa oleh Chegu Bard, Penyelaras SAMM malam nanti. Aku rasa isu jam tangan Bik Mama tidak akan dilupakan oleh Chegu Bard di samping isu pemberian komisyen yang begitu teruk melanda di kalangan pak-pak menteri dan kroni Umno sekarang.
GEORGETOWN - Musim pilihan raya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah pun bermula semalam dengan penamaan calon di Kompleks Cahaya USM.
Penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari itu berlangsung dalam keadaan lancar.
Antara yang menarik perhatian kali ini ialah penyertaan parti Cap Ayam yang mana memecah tembok tradisi penglibatan Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa.
Calon kerusi umum parti Cap Ayam, Kew Si Cheng berkata, kewujudan kumpulan Aspirasi dan Pro-Mahasiswa sejak beberapa pilihan raya lepas membuktikan pentadbiran universiti menghargai perbezaan pendapat politik secara demokratik dalam kalangan mahasiswa kampus.
Tegasnya, atas semangat itu parti Cap Ayam yang mahu dikenali sebagai "Kualiti Bukan Sekadar Nama" mahu turut memeriahkan demokrasi kampus.
"Mengapa kami menggunakan Cap Ayam ataupun logo ayam? Jawapannya mudah kerana kami percaya kualiti bukanlah sekadar nama, tidak perlu gah.
While coffee-shop politicians are gung-ho and firm in their convictions that Pakatan Rakyat (PR) will sweep to power in the 13th General Election, there is an undeniable possibility that they might have to wait for the 14th GE for all their dreams to come true. While more Malaysians now definitely hope to witness a change of government and this has caused a groundswell of support to surface for PR, the possibility and likelihood of upstaging the 55 years of Barisan Nasional rule, in the relatively brief period of the emergence of PR, may need a longer period of adjustment and acceptance by many Malaysians. No doubt this is a conservative view and based on the pessimism that Malaysians are still afraid to step out of their shells. But in the political scenario, Malaysians do tend to be creatures of habit and are very slow and suspicious and wary of making changes. They generally find themselves comfortable and don't want to or will want a long period of time to be convinced to make changes to the political environment in the country. So it might be prudent for PR to assume the worse and redouble its efforts rather than rest on its laurels just yet. The hard work is paying off The good news for PR is that all their good and hard work is paying off. But to wrest the federal government might prove tougher than anticipated. They should, however, maintain their growing momentum and work patiently and diligently to come to power in the 14th GE and they may not even have to wait 5 years if there are snap polls conducted after GE13.. Some political analysts are of the view and opinion that a "hung" parliament might emerge. This most definitely will be a tricky, quirky issue to deal with by both sides of the political divide. But BN may emerge a narrow winner in GE13 holding on to a reduced majority majority compared to GE12 in 2008.
Sabah BN secretary Abdul Rahman Dahlan has given the opposition one month to announce who their chief minister will be.
KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional has thrown the opposition,namely Pakatan Rakyat, a challenge – "announce your shadow cabinet within a month". Aware that this will be a singularly impossible immediate feat for Sabah Pakatan which is grappling with seething resentment over newcomers – defectors from BN – flexing their muscles, Sabah BN secretary Abdul Rahman Dahlan said that Sabahans had the right to know who will be the state's chief minister if the opposition came into power. "We're giving them a month, ample time for their members to meet and discuss who should be made chief minister. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof "penipu besar" kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.
Saifuddin: "Laporan kita adalah tepat." — Foto fail
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. "Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat," kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider. Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor. Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini. "Gambar itu telah diubah," kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz: "Gambar itu telah diubah." — Foto fail
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya. "Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar," kata Saifuddin. "Saya tunjuk gambar ini. "Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah. "Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal," kata Saifuddin lagi.
PENGERANG – Kehadiran Kira-kira 200 penduduk sekitar Parlimen ini dalam Perhimpunan Rakyat Pengerang berjaya menarik perhatian ramai untuk mengetahui kesan daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang akan dibangunkan di kawasan itu.
Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, selain bertujuan mengumpulkan suara penduduk yang tidak berpuas hati dengan projek, ia turut mendesak kerajaan memberikan rumah percuma kepada mereka yang terlibat dalam projek tersebut.
"Suara orang Pengerang pada hari ini bukan dsampaikan di sini sahaja, malah suara-suara ini akan dibawa dan dibentang ke Parlimen nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Umno is always trying to ambush and put up red herrings to divert people's attention. Why, for example, is the hudud issue between PAS and the DAP being made into a big thing? This is a sideshow being elevated to a premier status complete with intellectual gloss from Uncle Tom-ing academics. PAS and the DAP — they operate on different principles. PAS champions Islamic principles and an Islamic agenda. The DAP champions secular democratic principles as in justice and equality and good governance and all that. Both co-operate on common grounds. Why is Umno driving a wedge between the two? Umno should be looking out for the MCA which has ridiculed Umno's stance on an Islamic agenda. Not very bright at all Sometimes I think Umno religious luminaries are not that bright. Umno is in power now. The MCA, which is a party of infidels, works closely with Umno, so Umno labels them friendly infidels (kafir zimmi — infidels who accept the authority of Muslims in power). What does that prove? It proves the classification of infidels is a function of who is in power. That is how Umno plays the game. Suppose now a new government comes into power. The leaders of the government are also Muslims. The DAP, which will emerge as the dominant Chinese supported party, works closely with PR. The DAP represents the new infidels who accept the authority and leadership of the new PR government. It makes them friendly infidels. The DAP now becomes kafir zimmi. So ustaz-ustaz, the branding of infidels is therefore a function of which side is in power at that particular time. And by that time, if we were to apply the Umno stance, the MCA will become kafir harbi, which makes the slaughter of MCA people permissible? No agenda for hudud
Wan Nor Fatihah menunjukkan pakaiannya yang terbakar baru-baru ini.
KOTA BHARU - Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah 'gadis api' di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.
Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.
"Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. 'Benda' itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, 'dia' pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.
"Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini," katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi. Read More / Baca Lagi >>
Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia... Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...
P/S : Kita mungkin terlupa tetapi admin tak pernah lupakannya.... bahawasenya dah lama dah orang kat Malaysia ni menghina Rasulullah dan Islam...
Oleh: mohdnoorawang Najib Razak dan seluruh Kabinet kerajaan BN/UMNO bertahan sampai tamat tempuh 24 April 2013. Maka genaplah lima tahun kerajaan syaitan yang dikenali BN/UMNO berkuasa.
Risikan syaitan BN/UMNO jika diadakn sekarang BN/UMNO hanya mendapat 120 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Najib cukup takut. Tapi yang paling takut BN/UMNO kalah ialah ketua syaitan yang dikenali Tun Mahathir. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Mahathir cukup takut jika Pakatan rakyat menawan Putrajaya dan Parlemn Malaysia?. PRU12 pada 8 March 2008 Pakatan Rakyat (PKR,DAP,PAS) dapat mengurangkan dua pertiga majoriti dalam Parlmen Malaysia. BN/UMNO mendapat 140 kerusi Parlimen. Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen.
Dr Mahathir berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu di arahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar. Apabila beliau di tegur dan di tandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri.
Apabila sistem dan undang-undang yang masih baik semasa itu mampu untuk memulihkan parti yang beliau haramkan itu, maka sistem itu di bunuhnya dengan menceroboh Badan Kehakiman yang sepatutnya bebas dari pengaruh eksekutif. Empat orang hakim Mahkamah Agung telah di pecat termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas melalui penubuhan 'tribunal' yang amat tercemar cara penubuhannya.
Kita sememangnya sedang berkongsi nilai-nilai baik anjuran agama, pengetahuan dan falsafah yang disumbangkan menerusi usaha, amalan dan penemuan oleh generasi terdahulu, inilah yang telah membentuk kesedaran kita dalam aspek bermasyarakat. Di dalamnya terkandung aktiviti ekonomi, komunikasi dan kebudayaan. Aktiviti ekonomi pastinya bermula apabila wujud permintaan dan penawaran. Asas ini wujud dalam setiap aspek kehidupan kita, Cuma barangkali bahasa yang digunakan dalam kehidupan harian agak berbeza, seperti faktor penolakan yang wujud bersekali dengan faktor penarikan, atau adanya keinginan atas sesuatu peluang yang terbuka. Faktor luar dan dalam Tidak mungkin akan wujud yang dikatakan sebagai 'aktiviti' jika hanya ada satu faktor sahaja. Sebagai contoh, rasuah tidak akan berlaku jika yang memberi tidak menawarkannya dan dipihak penerima tidak meminta. Begitu juga dengan aktiviti salahguna kuasa. Seseorang pengarah tidak akan cuba menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk satu tujuan yang salah jika tidak wujud sama sekali ruang dalam sistem urustadbir itu. Ini bermakna, jika korupsi kerap berlaku, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut. Ini menunjukan bahawa, keinginan dan keupayaan seseorang untuk melakukan korupsi akan menjadi lebih kecil atau tertutup jika sistem kita telus. Ini adalah objektif disebalik faktor-faktor lain iaitu faktor kelemahan manusia yang sangat kompleks. Kawalan dan uruselia Read More / Baca Lagi >>
Kelembapan ekonomi dunia dan permintaan pembelian kereta import berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memberi kesan kepada pemegang permit import (AP).
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors Sdn Bhd, Ahmad Kemin menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa syarikat menjual kereta import dengan senang memperoleh untung sehingga RM60,000 untuk sebuah kenderaan.
"Mana untungnya RM60,000. Perkara ini tidak logik. Dengan keadaan sekarang, kami penjual kereta import dalam keadaan yang tenat. "Jika dikira, sebuah kereta untung RM24,000, namun ia perlu ditolak bagi bayaran AP sebanyak RM10,000. Ini tidak termasuk kos baik pulih dan cat, untung (yang dapat) tidak seberapa pun," katanya kepada Sinar Harian.
Bukankah "jangan derhaka" itu hanya pada ibubapa, Allah dan Rasul?
"Derhaka" bermaksud menentang atau mengengkari perintah.Dalam kehidupan seorang muslim termasuk masyarakat Melayu, hanya Allah dan Rasul, serta ibubapa saja yang tidak boleh diderhakai (dilawan).
Bagaimana kalau dikatakan derhaka kepada pemimpin? derhaka kepada Raja atau Sultan? Usahkan pemimpin, Raja sekali pun, istilah "derhaka" ini tak boleh pakai!!memang tidak kena !Sebab ketiga-tiga individu ini wajar dan harus ditentang jika mereka melakukan kesalahan atau kezaliman.
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.
"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.
"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.
Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru.
Kumpulan antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.
Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.
"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.
Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim ,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur.
UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988,
Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional.
Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari(10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik. Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari tersebut BARISAN NASIONAL MELANTIK Ling liong sik(President MCA)Dan telah di serahkan tugas sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA,WALAUPUN TIDAK MENDAPAT WATIKAH PERLANTIKAN YDP AGONG
Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini
The Barisan Nasional must not go overboard in its campaign of intimidation against the opposition.
Those in power can be said to be bullying the rakyat and the opposition Pakatan Rakyat one way or other. First and foremost is the bullying of the rakyat by Prime Minister Najib Tun Razak in regard to the date of the 13th general election. Not too long ago he has strongly hinted that the polls will be held in November, but only recently he has said, "Let them speculate. I like them to speculate." This is a very irresponsible conduct coming from the leader of the nation. Not sticking to the November date shows that he is afraid of losing. Just as Barisan Nasional has said the Selangor Pakatan-led state government is afraid of losing when the latter announced that it would not be holding the state polls this year, the same yardstick can also be applied to the BN. Perhaps Najib wants to have the election next year so that he can regain Selangor at one go. It must be noted, too, that he has said guessing the election date is a national past-time. "In the first place, the election date is definitely not a game and should not have been made into a game. Therefore it is time to put a stop to it. This has gone on long enough," said M Manogaran, DAP MP for Teluk Intan. Read More / Baca Lagi >>
Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya.
Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO? Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?
UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?
APAKAH hadiah yang teristimewa kepada rakyat Sook selepas 47 tahun mengharungi kemerdekaan?
Jawapannya kira-kira lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kg Linsudan Baru, Kg Namadan Baru dan Kg Bambangan Baru masih bergelumang dengan jalanraya berlumpur dan bermandi debu.
Menurut mereka, janji-janji untuk menaiktaraf jalanraya sudah lama dizahirkan oleh pemimpin kerajaan semasa melakukan lawatan ke kampung mereka khususnya ketika musim berkempen dalam pilihanraya, tetapi malangnya selepas itu janji tinggal janji ibarat 'janji terang bulan'.
Justeru, mereka sekali lagi menggesa kerajaan agar tidak melengah-lengahkan pelaksanaan untuk menaiktarafkan jalan raya utama menuju ke simpang Batu 16, kerana ketika ini jalanraya berkenaan telah rosak teruk dan sukar dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.
PENGERUSI Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Mujilip Bumburing berkata, kehidupan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Labuk-Sugut di Sabah terus dibelenggu kemiskinan tegar dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan Sabah sejak 49 tahun lalu.
Ini jelas terbukti, kata Bumburing kerana para penduduk Kampung Kobambangan dan Kampung Pinangkau dalam Zon Paitan di Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang majoritinya suku kaum Sungai terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan negara seperti jalan kampung, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan juga bekalan air paip bersih.
Walaupun Sabah sudah merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi kehidupan rakyatnya termasuk keadaan kampung masih tidak berubah sehingga masih ada mereka berumah berbumbungkan atap rumbia, berlantai dan berdindingkan kulit kayu, masih minum air perigi atau air sungai yang tercemar dan tidak dirawat.
. "Kalaupun ada projek dan kemudahan-kemudahan lainnya yang disalurkan oleh kerajaan UMNO/BN ke satu-satu kampung, hanya berfokus kepada kroni-kroni ADR dan ADUN atau kepada penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja; sementara penduduk yang tidak menyokong atau bukan menjadi ahli parti komponen BN/UMNO terus terpinggir dan dianak tirikan oleh ADUN Sugut Datuk Surady Kayung dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee," ujarnya.
Tidak hairanlah tambah Bumburing, kerana budaya rasuah dan kroni ini memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin UMNO/BN yang mengutamakan sistem pilih kasih dalam pengagehan kek pembangunan dan kesejahteraan. (sila baca pendedahan oleh Ahli Umno sendiri disini)
KAKITANGAN Unit Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuh Sentosa, Putrajaya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok. Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara. Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Read More / Baca Lagi >>
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai 'mandian buih naga'. Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks. Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.
Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.
PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam. Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: "Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita."
Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: "Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu." (Surah Al-Maidah, 5 : 3)
PETALING JAYA, 20 SEPT: Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api. Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja. Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun. Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat. Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya. Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya. Read More / Baca Lagi >>
Komponen BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).
"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (atas).
Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.
"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.
"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.
Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru
.... Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti, kita merelakan pemimpin UMNO masuk ke dalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita.
Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelakunya bangsa Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
KUALA LUMPUR 21 Sept: Selepas gempar dengan kemewahan 'aksesori' Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.
Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.