7.Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a.Perkembangan penyiasatan kes dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini Mohamed.
JAWAPAN : YB. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Tuan Yang Di-Pertua,
Hasil daripada Ops 3B yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama beberapa agensi penguatkuasa lain, sebanyak 85 Kertas Siasatan telah dibuka yang melibatkan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini Mohamed.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 Kertas Siasatan telah diperakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya
untuk diambil tindakan tataterbit ke atas pegawai Kastam yang berkenaan, 2 kes disyorkan untuk dilucuthak dan 25 Kertas Siasatan masih dalam kajian. Sementara 7 Kertas Siasatan pula sedang diambil tindakan selepas menerima arahan lanjut daripada Timbalan Pandakwa Raya.
Selain itu satu Surat Nasihat juga diberi kepada Ketua Jabatan supaya memperbaiki dan mengambil langkah sewajarnya agar salah laku dan ketidakpatuhan peraturan tidak berulang.
Manakala sebanyak 27 Kertas Siasatan yang telah dikemukakan, pihak Timbalan Pendakwa Raya setelah meneliti kes-kes tersebut mendapati tidak cukup keterangan untuk meneruskan pendakwaan dan mengarahkan supaya ianya ditutup.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan daripada mana-mana pihak kerana ia skrip ulangan yang telah pun dipatahkan melalui laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), laporan perubatan dan juga keputusan mahkamah.
Isu fitnah tentang saham RM8.5 juta itu muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.
"Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.
"Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya "The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief" di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.
"Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran," kata kenyataan Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.
Mengenai tuduhan persoalan anak kandungnya, Azmin berserta isteri Shamsidar Taharin dan anaknya telah membuat ujian DNA dua kali, yang pertama di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998.
Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, peguambela Anwar.
Ujian DNA
"Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah ".
"Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; "The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."
"Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama," katanya.
Walau bagaimanapun menurut Hilman keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr Zahari Noor dan Dr Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.
Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan penemuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.
Katanya, melalui jalan undang-undang juga, Azmin telah membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang dan pada Jun 2005, Datuk Khalid Jafri didapati bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM'.
Hakim dalam hujahnya telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.
"Maka Ummi Hafilda (Ali) , Datuk Dr Hasan Ali atau sesiapapun tidak boleh dipercayai kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini," kata Hilman Idham.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi, termasuklah:
Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;
Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;
42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;
Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.
Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan "minority report" pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.
"Demi Pilihanraya Yang BERSIH"
Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN N Surendran – Naib Presiden KEADILAN
Money may have been funneled to UMNO officials through Hong Kong incorporated company
French investigating magistrates probing the US$1.2 billion sale of submarines to the Malaysian Defense Ministry are targeting, among other things, a Hong Kong-based company called Terasasi (Hong Kong) Ltd., whose principal officers are Prime Minister Najib Tun Razak's close friend and the friend's father.
Investigators believe that at least some of the €36 million funneled through Terasasi ended up in the pockets of Najib, who was Malaysia's defense minister and deputy prime minister when the two Scorpene submarines were purchased from Thales International or Thint Asia. The state-owned defense giant DCN, later known as DCNS, and Thales established a joint company named Armaris to manufacture the submarines in 2002.
The two Armaris Scorpenes, named for the first prime minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, and Najib's father, Tun Abdul Razak, are on duty in Malaysian waters.
Abdul Razak Baginda, the former head of a Malaysian think tank who was at the center of a 2006 investigation into the death of Mongolian translator and party girl Altantuya Shaariibuu, is listed as one of the two directors of the company, which was previously incorporated on June 28, 2002 as Kinabalu Advisory and Support Services Ltd according to the Hong Kong Companies Registry. The other director is Abdul Malim Baginda, Baginda's father.
The Terasasi offices are located on the 19th floor of an office at 3 Lockhart Road in the Wan Chai district of Hong Kong. There is no indication in Hong Kong government records of what Terasasi's business is. It is only listed as a "local company." However, French authorities say Terasasi apparently received regular payments from Thint Asia. One payment was for €360,000 accompanied with a handwritten note saying "Razak wants it to be paid quickly."
The magistrates have documents that show that the money was funneled from Thint Asia to Terasasi — €3 million of it when Terasasi was still domiciled in Malaysia, and €33 million after it was incorporated in Hong Kong. There is no indication at this point where the money went. French investigators, however, theorize that it was part of €146 million that may have been funneled to officials of the United Malays National Organization and Najib, who traveled with Abdul Razak Baginda several times to France as defense minister at the time the Malaysians purchased the submarines from DCNS.
On at least one trip in 2004, Altantuya, then Razak Baginda's lover, accompanied him to France as a translator. He later jilted her, impelling her to come to Kuala Lumpur to demand US$500,000 from him. In a handwritten letter found after her death, she wrote that she was attempting to blackmail him, although she didn't say why. Two of Najib's bodyguards were convicted of shooting her in the head and blowing up her body with plastic explosives in September 2006, possibly to hide the fact that she was pregnant when she was killed. Because her killing does not appear to be connected to the scandal, French investigators are not looking into the causes of her death or the reasons behind it.
Although Razak Baginda was charged with abetting her murder, he was released without having to put up a defense and fled to the UK, where he remains. Najib's former bodyguards remain on death row in Malaysia. Their appeal against the death penalty has been delayed, presumably until after national elections expected in May or June this year.
It was previously revealed on the floor of the Dewan Rakyat, Malaysia's parliament, that Perimekar received another €114 million as a commission on the sale of the vessels. Perimekar at the time was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was also controlled by Razak Baginda and Mazalinda. Perimekar is now 20 percent each owned by the military retirement system LTAT and Boustead Holdings.
Two years of police investigation at the behest of the Malaysian NGO Suaram into the sale of the submarines culminated recently with the appointment of investigating magistrates Roger Le Loire and Serge Tournaire at the Paris Tribunal de Grande Instance, according to Agence France Press, which said the probe involves three contracts for the submarines which were signed on June 5, 2002.
According to the documents, the contracts had two components: the sale of two submarines built by Thint and the Spanish shipbuilding firm Izar, for €920 million; and the delivery of "logistical support" from Perimekar Bhd – the €114 million — to train the first 200 Royal Malaysian Navy personnel although there is no indication that the company had the wherewithal to train them.
Under the bribery conventions of the 32-member Organization for Economic Cooperation and Development, the French defense contractors could be liable for criminal sanctions if it is proven that no real services were delivered by the companies. Under French law, violators are liable for up to 10 years in prison.
Joseph Breham, a lawyer with Solicitors International Human Rights Group which was engaged by Suaram, said in October last year that DCNS often budgeted as much as 8 to 12 percent of its total receipts as “commissions” to grease sales of armaments in third-world countries. Breham said Perimekar had received the commission for “supporting the contract,” which he said was a euphemism for unexplained costs, and also for “housing the crew” of the submarines in France.
In France, before 2002, any money used to bribe foreign officials was tax deductible. When the former finance director of DCN made a claim for €31 million allegedly used to bribe the Malaysians for the purchase of the Scorpenes, Breham said, the Minister of Budget questioned such a large bribe, although he did eventually authorize the tax break.
The contracts cited by AFP included the €114 million one paid by the Malaysian government to Perimekar. The second, called "C5 contract of engineering business," was concluded in August 2000 between DCNI, a subsidiary of DCN, and Thales International Asia worth some €30 million. The third was the "consulting agreement" signed in October 2000 between Thint Asia and Terasasi.
The French investigators are also studying one of the invoices issued by Terasasi in August 2004 for €359,450 sent to Thint Asia. For investigators, "it appears that… the amounts paid to Terasasi ultimately benefited Najib, the defense minister, or his adviser Razak Baginda."
Olivier Metzner, a lawyer for Thales, told the French daily Le Parisien that "we have already demonstrated to investigators that there was no corruption in this case." However, a confidential memorandum made available to Asia Sentinel and the Malaysian website Free Malaysia Today states that: "The beneficiaries of these funds are not difficult to imagine: the family clan and Razak Baginda relations. In addition, these funds will find their way to the dominant political party (Umno)."
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) hari ini berharap pilihan raya umum di Malaysia – yang dijangka berlangsung tidak lama lagi – dapat berjalan dengan adil, jujur dan telus.
Dengan keadaan itu, kata setiausaha agungnya Fahri Hamzah (lihat foto), ia membolehkan rakyat Malaysia memilih “kepimpinan yang sejati” dan memberikan pentadbiran yang baik.
Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak secara jelas, beliau bagaimanapun memuji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya mampu “menganyam kepimpinan masa lalu dan sekarang” demi kebaikan negara serumpun. “Figura Bapak Anwar boleh menjadi pemimpin transisi yang boleh memimpin negara dan seluruh polisi untuk maju ke depan,” katanya dalam majlis dialog delegasi tokoh politik Indonesia bersama kerajaan Selangor di Shah Alam.
Turut hadir dalam majlis itu barisan exco negeri dan mantan menteri koperasi dan usahawan kecil dan menengah Indonesia Adi Sasono.
Fahri turut mengakui “hubungan terbaik” Indonesia-Malaysia sewaktu Anwar menjadi timbalan perdana menteri yang menjalin kerjasama dengan presiden Indonesia ketika itu BJ Habibie.
“Saya bersetuju sebagai anak muda, kami merasakan hubungan kemesraan (diplomatik) yang luar biasa,” katanya.
Fahri turut mengakui sering diajak bertemu dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi daripada Malaysia ketika itu.
PKS yang ditubuhkan pada 1998 antara parti Islam paling popular di Indonesia dengan penguasaan 57 daripada 560 kerusi dalam parlimen di republik itu.
Datuk Bandar Wilayah Riyadh Putera Dr Abdul Aziz Bin Mohammed Bin Ayyaf Al Horny telah menerima Anugerah Timur Tengah bagi Ketua Eksekutif dalam sektor kerajaan, yang diberikan oleh Institute of Middle East Award for Excellence. Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah diberikan penghormatan dan menjadi sumber inspirasi pada anugerah tersebut berdasarkan kecemerlangan rekod beliau sewaktu berada didalam pentadbiran Kerajaan.
Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada pemimpin dan eksekutif dalam bidang kerajaan dan sektor swasta untuk menghargai prestasi kecemerlangan bagi menjadi motivasi dan insentif kepada peribadi ataupun institusi yang membangunkan dirinya dalam prestasi kerja serta meningkatkan tahap sektor . Berikut adalah petikkan berita tersebut:
Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.
Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.
Razak Baginda – bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu – disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengikuti dan memantau secara serius laporan-laporan media yang dikuasai oleh UMNO-Barisan Nasional yang sejak akhir-akhir ini begitu giat menyerang peribadi serta anggota keluarga Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Merujuk kepada beberapa tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap Azmin oleh individu seperti Ummi Hafilda Ali dan Datuk Dr. Hasan Ali, AMK berpandangan adalah tidak menjadi keperluan untuk Azmin menjawab tuduhan serta dakwaan ini memandangkan ianya adalah fitnah lapuk yang diulang kembali dan sebetulnya telah pun dijawab serta dijelaskan menerusi fakta berupa laporan perubatan serta keputusan mahkamah.
Berikut adalah butiran penjelasan berkaitan tuduhan dan dakwaan yang telah pun dijelaskan oleh Timbalan Presiden KEADILAN sebelum ini namun secara sengaja 'digelapkan' oleh media UMNO-Barisan Nasional:
a) Status ujian DNA ke atas anak beliau, Farah Afifah Binti Mohamed Azmin
Azmin, isteri beliau Shamshida Taharin dan anak perempuan mereka, Farah Afifah telah menjalani ujian DNA sebanyak dua (2) kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 manakala ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh YB Mohamed Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Allahyarham Raja Aziz Addruce, peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan isterinya Shamshida adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah. Laporan daripada Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura tersebut menyebut;
“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”
Laporan DNA yang dikeluarkan oleh HKL atas arahan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Musa Hassan (kini Tan Sri) juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian tersebut yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia Danial tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini. Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kandung (biological father) kepada Farah Afifah.
Ahli Parlimen Gombak iitu telah membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Ampang dan pada 25 Jun 2005, mahkamah telah memutuskan bahawa Dato’ Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara satu (1) tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan menyebabkan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh Farah Afifah.
Perihal kes DNA ini telah dirakamkan dalam buku “Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim” yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar (IKD).
b) Dakwaan pemilikan saham berjumlah RM8.5 juta
Berkaitan fitnah tentang pemilikan saham bejumlah RM8.5 juta yang dikaitkan dengan Azmin, isu tersebut muncul sejak tahun 1995 dan beliau telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu di atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Walaubagaimanapun, Azmin telah terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan tersebut.
Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk membantu siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan serta melindungi Setiausaha Sulit-nya (iaitu YB Mohamed Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa pihak polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.
Tuduhan terhadap Anwar tersebut juga telah digugurkan. Perkara ini turut diulas oleh bekas Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato’ Shafee Yahaya di dalam biografi beliau yang berjudul “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di halaman 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.
Fitnah lapuk inilah yang kini kembali diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran serta beberapa orang individu berkepentingan dan turut dilaporkan oleh media milik UMNO-Barisan Nasional.
Justeru, AMK melihat bahawa serangan serta dakwaan usang yang kini giat dilemparkan terhadap Azmin hanyalah sebahagian dari kempen politik jahat oleh media UMNO-Barisan Nasional untuk memburukkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempengaruhi sokongan rakyat terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat meskipun serangan serta fitnah sama turut dilemparkan setiap hari ke atas Anwar dan isteri beliau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
NAJWAN HALIMI Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
“Azhari Mohd Dahlan (Azhari), a highly experienced engineering professional with a sound knowledge of the aviation industry, joins MAS Aerospace Engineering (MAE) as chief executive officer effective Feb 1, 2012.” in The Star HERE. Presumably Azhari must be one of “the special individuals” that has been identified by PlaneConsult to head the MAE. Yours truly is extremely [...]
KUALA TERENGGANU, 6 April: PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan besar-besaran 24 April ini bagi menyerahan memorandum isu tanah negeri kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Himpunan yang dijangka disertai lebhih 50,000 orang itu akan diadakan di hadapan Wisma Darul Iman, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ia merupakan jalan yang terakhir yang terpaksa diambil setelah perlbagai kaedah sebelum ini gagal menyelesaikan masalah tersebut.
"Isu-isu rampasan tanah rakyat yang membabitkan pembinaan kolam udang dan jelapang padi di Setiu, kes rampasan tanah Kampung Banggol Donas, rampasan tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya dan tanah Sekolah rendah Islam Darul Bayan yang dirampas 5 JKKK,
"Pelbagai kaedah telah diambil termasuk perbincangan, perundingan, usaha menyerahkan memorandum telah gagal," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Beliau berkata demikian pada sidang media (gambar) di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu semalam.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah PegarahJabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.
GEORGE TOWN – Sebuah klinik pergigian di Lebuh Raya Batu Lanchang di sini kerugian lebih RM10,000 dalam bentuk wang dan barang-barang selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pesakit petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timut Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kejadian berlaku pada 4 petang apabila dua lelaki itu datang ke klinik berkenaan kononnya untuk mendapatkan rawatan.
"Semasa itu seorang doktor dan pembantunya, kedua-duanya wanita, berada dalam klinik berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
"Sebaik dalam bilik rawatan, lelaki itu bertindak mengeluarkan pisau dan meminta doktor serta pembantunya menyerahkan beg duit, telefon bimbit dan barang berharga," katanya.
Kong Meng berkata, doktor terbabit hanya menyerahkan telefon bimbit kerana beg duitnya berada di bilik lain sebelum lelaki berkenaan mengarahkan mangsa mengambilnya.
"Selain sejumlah wang tunai, dua lelaki itu turut melarikan sebuah komputer riba, sebuah iPad, seutas jam tangan dan alat pencabut gigi," katanya. – BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 April: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius berkenaan isu perbicaraan tatatertib terhadap 3 orang pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3(a)(i) dan Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009).
Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) berkata, pihaknya mendapati bahawa pihak Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Pelajar UTHM telah melanggar banyak prosedur pertuduhan sebelum perbicaraan yang dijadualkan berlangsung hari ini.
"Pihak Juham telah menghantar representasi dan bantahan awal kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM memaklumkan kecacatan prosedur dan hak asasi yang tidak dipatuhi oleh pihak universiti," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, selain daripada terdapat banyak kecacatan pada kertas pertuduhan itu sendiri, perkara asas kepada bantahan Juham adalah kaedah yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah Kaedah yang ultra vires dan jelas bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 2009.
Selain itu juga, jelasnya lagi kertas pertuduhan yang diserahkan kepada pemimpin pelajar terbabit juga tidak mempunyai tarikh dan tidak dinyatakan secara spesifik butir-butir kesalahan yang dilakukan oleh mereka bertiga selain daripada pertuduhan yang bercanggah dengan Kaedah yang digunakan ke atas mereka.
Beliau berkata, ruang untuk mereka membela diri juga tidak diberikan, malah mereka terus dipanggil untuk menghadapi perbicaraan tersebut dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penggantungan atau dibuang daripada universiti.
Juham , katanya lagi melihat tindakan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib UTHM adalah bersifat terburu-buru dan pra matang.
"Asas kepada isu ini ialah bantahan mahasiswa terhadap program Umno yang dipaksa ke atas pelajar-pelajar UTHM yang diadakan pada 18 November 2011 dengan kehadiran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan," ujarnya.
Mahasiswa di dua kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Tun Dr. Ismail dipaksa hadir dengan menutup lampu-lampu mereka.
Ini, katanya adalah satu tindakan yang sangat tidak matang dan pihak universiti pula ingin mengambil tindakan terhadap 3 mahasiswa tersebut bagi melindungi kepentingan politik Umno semata-mata.
"Walaupun prosiding tata-tertib tersebut telah ditangguhkan, pihak Juham akan terus membantu 3 mahasiswa UTHM ini bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya buat mereka," katanya.
Beliau menambah, Juham akan memberikan sokongan, nasihat dan bantuan perundangn secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswa yang ditekan, diugut dan dizalimi seperti ini.
Tegasnya, mahasiswa adalah pewaris kepada kepimpinan masa depan negara dan sumbangan mereka amat bermakna, mereka tidak patut ditindas dan dilayan sebegini rupa oleh kerajaan Umno BN.
KUALA LUMPUR, 6 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan syabas kepada Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau yang telah merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bertujuan untuk membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.
Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.
"Beliau telah mengingatkan kita, isu Lynas ini sepatutnya menjadi sensitiviti rakyat Malaysia bukan hanya rakyat Pahang sahaja," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas menyokong Himpunan Hijau bakal dilaksanakan pada 13 April ini.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa para pemuda Malaysia untuk hadir beramai-ramai di peringkat negeri masing-masing pada 13 April ini.
"Kebersihan bumi kita perlu dipelihara, kesihatan kita perlu dijaga," tegasnya.
PAKA - Seramai 50 pekerja di tapak binaan di kawasan industri minyak dan gas dekat sini, berdepan detik cemas setelah mengalami sesak nafas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor.
Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 8.15 pagi, ketika kira-kira 100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia Petronas dekat Kerteh, Paka melakukan kerja teknikal.
Beberapa pekerja dikatakan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas, pening, loya selain muntah-muntah dan terdapat beberapa pekerja turut pengsan.
Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja diarahkan berpindah ke lokasi lain termasuk ada yang menyelamatkan diri masuk ke dalam bangunan sebelum mangsa dipindahkan secara berperingkat ke lokasi lain yang difikirkan selamat.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas serta Hospital Dungun dengan ambulans dan kenderaan persendirian.
Sehingga jam 2 awal pagi semalam, lebih 20 mangsa menerima rawatan di Hospital Dungun, dua daripadanya, Mohd Zawawi Lokman, 26, dan Mohd Sarjun Abdullah, 48, terpaksa ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawa-tan lanjut, manakala yang lain dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.
Sehingga jam 8 pagi semalam, semua mangsa yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan dan sehingga jam 9 pagi semalam, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan berkaitan insiden yang disifatkan kes terpencil itu.
Pintu pagar berkunci
"Ketika menyedari ada sesuatu yang tidak kena, saya dan rakan terus keluar dari bangu-nan untuk menyelamatkan diri, namun kami tidak dapat keluar kerana pintu pagar yang dikunci," kata salah seorang mangsa yang dipercayai terhidu gas beracun di kawasan industri petroleum dan gas dekat Paka, Kerteh, Shahrul Fitri Mohmmad, 21, malam kelmarin.
Ketika kejadian Shahrul Fitri dikatakan baru memulakan tugasnya sebelum tiba-tiba berasa pening lalu sesak nafas.
Menurutnya, menyedari keadaan yang tidak selamat itu, dia cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam bangunan, namun dia bersama rakan lain diarahkan keluar semula dan mencari lokasi lain yang lebih selamat.
"Kami cuba untuk keluar daripada kawasan tersebut, namun keadaan pintu pagar utama yang berkunci menghalang kami berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah arahan dikeluarkan pihak atasan, pintu pagar mula dibuka dan kami bergegas keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.
Kata Shahrul Fitri, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat beberapa rakan sekerjanya tiba-tiba tidak bermaya dan lebih teruk ada yang pengsan.
"Saya bersyukur kerana selamat, namun tragedi yang berlaku ini amat mengejutkan saya," katanya yang baru sebulan bekerja di kawasan berkenaan.
Mangsa loya, muntah
Mangsa gas beracun, Mohd Saiful Rizal Saidin, 24, memberitahu, dia mengalami rasa loya lalu muntah beberapa kali sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, ketika itu, dia mendengar ada pengumuman supaya semua pekerja yang berada di lokasi berpindah ke tempat lain kerana ada kecemasan.
"Tiba-tiba, kepala saya rasa pening lalu terus muntah. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam tragedi tidak diduga itu," katanya yang sudah setahun bekerja di syarikat berkenaan.
Pemimpinn Pas ziarah mangsa
Tragedi kebocoran gas beracun yang hampir meragut nyawa lebih 50 pekerja kontrak di kawasan Industri Petroleum dan Gas dekat Paka Kerteh turut mendapat reaksi segera daripada beberapa pemimpin politik.
Sebaik menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit, rombongan beberapa pemimpin Pas Kawasan Dungun diketuai Yang DiPertua Pas Kawasan, Wan Hassan Mohd Ramli meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar keadaan mangsa, selain mendoakan agar kesemua yang terlibat kembali stabil selepas melalui detik mencemaskan itu.
Hadir sama, beberapa pemimpin Pas lain termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Satiful Bahari Mamat dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Azman Shapawi Abdul Rani.
Bomba kerah dua jentera
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba negeri Roslan Mat Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam.
"Dua jentera bersama lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke tempat kejadian bagaimanapun pihak bomba gagal mengesan kebocoran gas di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata pihak bomba percaya gas ammonia tersebut adalah dipercayai bawaan angin, namun mereka masih memantau keadaan di loji terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sementara itu, Petronas menafikan kejadian pelepasan ammonia berpunca dari mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum Petronas di Kerteh.
Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.
Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.
Kejadian itu melibatkan 23 kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa pusat perubatan di Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu.
Sehingga tengah hari tadi, 22 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan pihak Petronas telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat.
Menurut kenyataan itu, keadaan di kawasan loji Petronas adalah terkawal dan selamat serta pihak syarikat telah mengambil segala langkah-langkah kawalan yang diperlukan.
KUALA LUMPUR, 6 April — Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menegaskan cara laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya dibentang dan diluluskan menimbulkan persoalan.
"AMANAH menyambut baik kenyataan Najib yang mahukan pilihan raya akan datang dijalankan dalam situasi yang adil dan bersih, dan menolak untuk dipilih berdasarkan penipuan.
"Namun begitu, cara PSC membentangkan laporannya di Parlimen dan diluluskan tanpa bahas dan juga cara di mana laporan minoriti yang dibentangkan pula ditolak mentah-mentah adalah sesuatu yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan yang serius tentang keikhlasan kerajaan," jelas Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, situasi berkenaan telah menambahkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mana kemudiannya menjurus kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan pada 28 April.
"Tambahan pula tiada had waktu ditetapkan dalam laporan PSC tersebut tentang bilakah cadangan-cadangan tersebut akan dilaksanakan.
"Semuanya ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang amat sangat yang mana memberi justifikasi untuk diadakan Bersih 3.0," katanya.
Beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila dua daripada cadangan AMANAH berkenaan kebebasan media arus perdana, dan menolak penggunaan agensi keselamatan dan entiti berkaitan kerajaan seperti GLC untuk berkempen tidak mendapat perhatian Putrajaya.
"Mustahil kita boleh mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih dalam keadaan sekarang ini, dalam suasana sekarang ini," tegasnya.
"AMANAH yakin cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah jika terdapat kesungguhan dan keikhlasan dari pihak kerajaan. Ianya tidaklah rumit untuk dilaksanakan," tambahnya.
Malah, beliau sekali menegaskan, pilihan raya akan datang tidak seharusnya dijalankan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya, PSC, dan Putrajaya belum selesai mengkaji cadangan tersebut sepenuhnya. - themalaysianinsider
Terima kasih diucapkan kepada laman web Mykmu dan Tepak Bersulam kerana memberi respon pantas dengan mengatakan ADUN Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai bodoh dan bangang dalam isu kos RM 4.36 bilion PLKN boleh menaja 622,857 orang penuntut ijazah pertama di IPTA selama setahun.
Semoga ini akan membuka mata rakyat untuk meneliti banyak isu dan permasalahan rakyat yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi sebelum ini antaranya isu pampasan tanah orang kampung di Rembau sebanyak RM 52,272 seekar untuk beberapa projek kerajaan sedangkan PKNS menawarkan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM958,320 seekar.
Begitu juga isu perumahan terbengkalai di Parlimen Rembau sejak tahun 2005. Isu janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina kampus UiTM dan Landasan Kapal Terbang di Rembau pada tahun 2008.
Juga isu pembaziran apabila pelatih PLKN yang akan mula mendaftar pada 1 Mei 2012, ada diantaranya yang akan mendaftar di IPTA pada 27 Mei 2012. Begitu juga pembaziran modul khas untuk pelatih PLKN yang 8 peratus adalah buta huruf dan ada yang mempunyai masalah kegemukan.
Begitu juga dalam isu pemotongan elaun RM 1,500 setiap bulan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Juga pengorbanan 50 peratus elaun ADUN Paroi untuk kepentingan rakyat di DUN Paroi.
Semua isu-isu ini dihuraikan secara panjang lebar sebelum ini di bawah ini :
Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinjaman PTPTN
Harakahdaily, 06 Apr 2012
SEREMBAN, 6 April: Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini. Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun. Selanjut di http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn
Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta? Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kos-tanah-hospital-rembau-rm-4264-juta.html
Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong
PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html
Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.
Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN.
Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf.
MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di Rembau selepas 4 tahun
Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html
ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan berkorban demi rakyat
Sebaik sahaja kerajaan BN hampir tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri.
Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar.
Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.
"Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.
"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim.
Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar.
Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar) pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.
Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.
"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.
"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.
KUALA LUMPUR, 5 April — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 harus diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).
Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.
"Ini kerana dari lapan tuntutan tanya satu ditunaikan iaitu celup jari.
"Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor," katanya menambah parti Islam itu menyokong penganjuran himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka di sini.
Selain dakwat kekal, tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihan raya berbanding negara itu yang telah mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.
Menurut Mohamad atau lebih mesra dengan penggilan "Mat Sabu" himpunan kali ketiga itu akan menjadi medan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara Bersih yang belum dipenuhi kerajaan.
Perhimpunan dengan tema "Duduk dan Bantah" ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.
Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.
......AKU TAK SETUJU ... MANA BOLEH ABG MAT KATE 'HARUS'... NIE DAH DIKIRA WAJIB SEBAB MENENTANG KETIDAKADILAN PEMERINTAHAN BE END....
Undian ini adalah solid memandangkan bancian online dilakukan oleh akhbar Sinar Online, bukan Harakah mahupun Utusan Online. Ia cukup berbeza jika bancian dilakukan oleh akhbar yang condong kepada kepartian masing-masing berbanding di Sinar yang dilihat lebih neutral.
Saya percaya Utusan tidak punya keberanian untuk memaparkan bancian terutamanya berkisar Perhimpunan Aman BERSIH 3 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April Ini. Walaupun Utusan boleh menipu bancian (sepertimana yang diusahakan oleh SPR?) , tetapi menyebut apa jua berkaitan BERSIH adalah satu jenayah dan mari kita lihat sampai bila bancian di Sinar Online akan bertahan.
Setakat jam 5.35pm, bancian menunjukkan 77% pembaca Sinar Online menyokong BERSIH 3 wajar diadakan. Sila ke laman www.sinarharian.com.my untuk membuang undi dan lakukan sepantas mungkin sebelum bancian ini diharamkan serta merta dek ketakutan melampau.
Setelah ruang yang cukup diberi kepada kerajaan untuk perbetul kepincangan sistem pilihanraya, kesempatan ini tidak dimanfaat oleh kerajaan untuk buktikan mereka berusaha ke arah membersihkan sistem pilihanraya, malah menjadi lebih meragukan dari semasa ke semasa.
Justeru, BERSIH 3 adalah wajar sama sekali apabila kertas kerja PSC diluluskan tanpa perbahasan di Parlimen, dan laporan 'Minority Report' turut tidak diendahkan. Demokrasi dicabul, BERSIH 3 adalah jawapan!!
Seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.
Mohd Shujaa yang ditemui pemberita berkata tiga defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&L Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Johor.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan.
Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.
Terdahulu, sebahagian daripada nelayan berkenaan berhimpun secara aman di pekarangan menara itu sebelum proses penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan.
Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.
Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.
Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk ""People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan
" kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia."
Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian
yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween.
Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.
Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-
"Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam.
Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama
orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat
provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan
mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan."
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-
" Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka .
Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha
untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan 'Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata " Jika Allah mengkehendaki" ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang
kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..
Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai 'ugly Americans" ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain."
Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut " Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan." Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Rabu, 4hb April 2012:
Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang akan mendedahkan UMNO Pulau Pinang sebagai parti rasis
Kerajaan PR Pulau Pinang akan mendedahkan UMNO Pulau Pinang sebagai parti rasis yang jelas tidak menghiraukan undi bukan Islam dalam pilihan raya umum yang akan datang, dengan hanya mempersoalkan kehilangan tanah masjid dan bukan tanah bukan Islam dalam projek Bayan Mutiara. UMNO Pulau Pinang telah menyalakan api kebencian agama terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam dengan menyebarkan fitnah bahaya bahawa saya telah menjual atau melenyapkan tanah masjid dan sekolah dengan penjualan tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka kepada Ivory Property Group Bhd (Ivory).
Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. BN tidak membuat apa-apa pemecahan sempadan ke atas geran tanah semasa mereka berkuasa. Ivory akan membuat pecah sempadan hanya selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP dan Pejabat Tanah untuk kelulusan. Pelan baru dan pemecahan sempadan geran tanah belum lagi diserahkan oleh Ivory kepada pihak-pihak berkuasa, maka bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?
UMNO harus berasa malu jika mereka betul-betul tidak tahu mengenai syarat-syarat pihak berkuasa tempatan di mana setiap projek diwajibkan untuk memperuntukkan tanah untuk kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, jalan, taman, perumahan kos sederhana rendah, sekolah dan tempat-tempat beribadat bukan Islam. Syarat-syarat ini adalah biasa bagi semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia. Mengikut logik sesat UMNO, jika tanah masjid telah dilenyapkan akibat penjualan tanah kepada Ivory walaupun Ivory belum lagi menyerahkan pelan baru kepada MPPP, maka tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam juga telah dilenyapkan.
Jika begitu, kenapakah UMNO tidak menggembar-gemburkan "kehilangan" tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam tetapi hanya menekankan tanah masjid? Adakah rakyat bukan Islam tidak penting untuk UMNO atau tidak berhak kepada tanah untuk tempat beribadat mereka? Kerajaan Negeri PR akan menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan UMNO, terutamanya kawasan parlimen Nibong Tebal, untuk memaklumkan pengundi bukan Islam bahawa UMNO tidak ragu-ragu untuk membiarkan kehilangan tanah bukan Islam.
Adalah jelas bahawa UMNO telah mengambil pendekatan rasis dan bahaya yang mengapi-apikan permusuhan antara kaum dan agama melalui fitnah-fitnah terdesak untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Kerajaan Negeri PR akan menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah fitnah semata-mata, dan UMNO tidak memerlukan undi bukan Islam dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Kutuk Keengganan Utusan Malaysia Dan Berita Harian Untuk Menyiarkan Penafian Kerajaan Negeri Dan Ivory Dan Saya Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Utusan Malaysia Dan Berita Harian Atas Fitnah-Fitnah Mereka.
Utusan Malaysia dan Berita Harian dikutuk kuat kerana keengganan mereka untuk menyiarkan penafian Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang dan juga Timbalan Pengerusi Ivory Datuk Seri Nazir Ariff atas isu ini. Kerana keengganan mereka, saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk menyaman kedua-dua suratkhabar itu serta Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin atas fitnah mereka bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.
Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah bahawa saya telah menjual tanah masjid.
Sebelum itu, Shaik Hussein dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar melalui tender terbuka. Beliau telah meneruskan fitnah itu walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju telah kemukakan bukti bahawa tanah tersebuat telah dijual secara tender terbuka.
Kemudian, Shaik telah terus memfitnah dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.
UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid, sekolah atau tanah untuk bukan Islam. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja. Ini akan menjadi jelas dalam mahkamah apabila tindakan saman fitnah diambil.
KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dicabar menyatakan pendidiriannya samada beliau dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun mahu menjaga 'binatang'.
Cabaran tersebut dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad berikutan Ahmad yang didakwa berbelanja besar membina dan menguruskan Zoo Bukit Takal.
"…perbelanjaan nak beli bintang-binatang ni belaka, hampir RM10 juta, (hanya) nak beli 'natang' ni saja, dalam keadaan rakyat lapar, rakyat miskin, nelayan, petani, tukang kayuh beca, (susah) nak cari RM1, kita berbelanja nak beli binatang saja RM10 juta,
"maka malam ni saya cabar kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said, mu nak jaga rakyat, ke nak jaga binatang? Mu nak jaga rakyat Terengganu ke nak jaga natang hok ada kat zoo bukit takal?,"tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai dekat sini pada Khamis 5 April.
Sebelum itu, beliau mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman, pembinaan Zoo tersebut dilaporkan mencecah RM100 juta.
"Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,
"tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,"jelasnya.
Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.
Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.
Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.
"harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.
"Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,"katanya.
Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh T,balan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Bagi DPPM, kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan 'kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu'.
Sepatutnya, Datuk Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau. Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia. Yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis. Kenyataan beliau menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.
Datuk Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman. Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau 'silap mata'. SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan ini rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU ke 13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan. Ini kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU ke 13 adalah pilihanraya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.
Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan? SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihanraya. Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihanraya. Hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.
Himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai 'loceng amaran' kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. Himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara. Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba. Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU 13.
Ekoran kes ugutan bunuh terhadap suami kepada seorang surirumah di Bukit Baru ini khamis lepas, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Khoo Poay Tiong, dan Kamaruddin Sidek mengeluarkan satu kenyataan akhbar di rumah mangsa yang terletak di Bukit Baru semalam.
YB Khoo Poay Tiong Adun Ayer Keroh (DAP) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menyatakan pendirian beliau terhadap kejadian tersebut. Beliau juga berharap pihak Polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak terbabit, supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi
Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan beliau memandang serius terhadap ugutan ini, kerana ugutan sebegini jarang-jarang diterima, iaitu adanya unsur ugutan bunuh. Beliau meminta kepada pihak Polis supaya laporan ini dipandang serius kerana ada unsur ugutan bunuh yang mana menurut seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugutan jenayah.
"Saya turut mencabar Ketua Menteri Melaka ambil sikap yang gentlemen dan masuk ke dalam pilihanraya serara beradab, dan menggunakan saluran yang demokratik." ujar beliau lagi.
Kamaruddin Sidek yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka turut mengulas jika pihak Polis lambat bertindak, ini akan melahirkan penjenayah baru. Beliau bimbang insiden sebegini berulang pada masa akan datang, dan akhirnya orang ramai akan menyalahkan pihak seselamatan kerana mengambil sikap tunggu dan lihat.
A member of the Negeri Sembilan royalty is now touring the state with the opposition to drum up support for the coming general election.
REMBAU: Pakatan Rakyat has received the backing of a Negeri Sembilan royalty, who believes that the curtain must fall on Umno and Barisan Nasional's protracted reign.
Tunku Harmy Tunku Hannan, 57, cousin of current Yang DiPertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, also vowed to campaign for opposition candidates in the coming general election.
"Enough is enough! Umno and BN have been in power too long. Corruption is getting out of control," he told a ceramah here.
"When corruption is beyond control, crime will also increase. Umno also encourages the slandering culture and this is very dangerous. If we don't change, then nobody else can change us," he said, drawing thunderous applause from the village folks gathered.
Tunku Harmy was once the chairman of the economic advisory committee of the Narathiwat Islamic Council in Thailand from 1998 to 2000.
'Anwar's sacking was my turning point'
During his speech, the 57-year-old royalty also explained why he left Umno and decided to back the opposition, led by former deputy premier Anwar Ibrahim.
"I was once held various positions in Negeri Sembilan Umno at the branch and division levels including in the Seremban Umno Youth Economic Bureau in the 1980s.
"When there was a crisis in Umno in 1987, I supported the Tengku Razaleigh Hamzah and Musa Hitam faction (against then party president Dr Mahathir Mohamad)," he said.
However, Tunku Harmy said he decided to quit Umno when the party was dissolved and re-registered as Umno Baru by Mahathir.
During the 1990 general election, he had backed the Tengku Razaleigh-led Semangat 46 and later rejoined Umno when Semangat 46 was dissolved.
"The turning point was when Anwar was sacked as deputy prime minister and charged with sodomy in 1998. That was when I decided to support the opposition because I sympathised with Anwar and I hate slander," he explained.
Tunku Harmy said that during the 1999, 2004 and 2008 general elections, he had supported the opposition but in a low-key manner.
"But this time I will campaign publicly and support Pakatan candidates," he stressed.
Under the "Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan" roadshow campaign, Tunku Harmy has teamed up with Seremban PKR deputy chief Dr Mohamad Rafie Abdul Malek, Port Dickson state assemblymen (PKR) M Ravi and Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin.
Two more key members of the team are Sikamat state assemblyman Aminuddin Harun (PKR) and coordinator of Majlis Permuafakatan Keadilan Negeri Sembilan Norizam Ali Yassin.
They would be joined by Negeri Sembilan PAS state commissioner and Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani and other state PAS and DAP leaders.
Meanwhile, Badrul said the roadshow would be held throughout the state and the final event would be on April 19 in Seremban.
"We want to focus on the real issues plaguing the people. We will expose all the scandals and mismanagement by the government during this campaign," he added.
Lorry drivers feel they are being targeted by RTD April 6, 2012
Disgruntled lorry drivers in Negeri Sembilan want to meet with the state Road Transport Department director to air their grievances.
SENAWANG: Unable to withstand the constant harassment and summonses issued by the state Road Transport Department (RTD), more than 70 tipper lorry drivers protested outside the office here in Senawang yesterday.
A spokesman for the lorry drivers, IP Svapragasam said they were fed up with the frequency of summons issued to them by RTD enforcement officers.
Svapragasam said the lorry drivers were among those who transported coal from Port Dickson to a cement factory in Jeram Padang near Bahau.
"Our main complaint is that we are being unnecessarily summoned by the RTD enforcement officers.
"Most of the drivers have been summoned for offences which they did not commit.
"For instance, they parked the lorry at proper parking at the road side of the main road and the lorry driver goes for his lunch, but the vehicle is still summoned.
"There are cases where the lorry was parked in the palm oil estate, but was still summoned. How is that possible?"asked Svapragasam.
He however admitted that there times when the lorry drivers were summoned for carrying loads over-and -above the approved weight.
A lorry driver N Ragunathan, 38, who has been driving for the past 20 years, claimed he had been issued with 20 summonses in the past three months.
"Each offence carries a fine of RM220.00. I parked my lorry on the side of the main road and went for lunch but the RTD enforcement officers summoned my lorry. He said my lorry was obstructing the traffic.
"But it is not. How come my lorry obstructed the traffic when I parked my lorry only at the side of the main road?" asked Ragunathan, who claimed he had already settled 10 summonses out of 20 summonses issued to him so far.
Unnecessary targets
Another lorry driver P Mano, 52, claimed the RTD enforcement officer were purposely targetting lorry drivers and summoning them.
He cited an incident when he was summoned because rain water was dripping from his lorry.
"Why was I summoned for rain water dripping from the main rear body of my lorry? What offence is this?" he asked.
Meanwhile Senawang assemblyman, P Gunasekaran when contacted, said RTD enforcement officers should practice discretion.
"We appreciate that RTD officers are just discharging their duties according to the law, but in some cases the lorry drivers are being penalised for minor offences and in most cases there is hardly any basis to their find fault against them.
"I don't understand how a lorry parked at the adjacent of the main road, when the lorry driver went for lunch, seem as obstructing the traffic.
"If the lorry driver can't park the lorry at the side of the main road, where else do they want them to park? They are human being too.
"These lorry drivers earn a very minimal commission per trip when they transport the coal", said Gunasekaran.
Earlier Gunasekaran lead Svapragasam; Paroi state assemblymen Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) and Port Dickson state assemblymen M Ravi (PKR) to meet the Negeri Sembilan RTD director, Saiful Azzri Hamzah to air their grievances.
Saiful Azzri however was not available and instead they met with deputy state RTD director Saiful Nur Saad.
The lorry drivers were told that a dialogue would be arranged soon between them and state director Saiful Azzri.
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.
Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menapis peserta PLKN?
Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Pelajaran untuk menapis peserta PLKN yang buta huruf?
Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang kegemukan. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Kesihatan untuk menapis peserta PLKN yang kegemukan?
"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193
8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf Utusan Malaysia 11 Jan 2012
PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
SEREMBAN - "Sudah tiga hari lori saya tidak beroperasi, rezeki pun terjejas. Semuanya kerana takut disaman lagi oleh pihak berkuasa kerana masih ada saman belum dijelaskan."
Itu luahan seorang pemandu lori, Kassim Mohamad 45, yang mengakui terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman yang dikenakan kepadanya kebelakangan ini.
Rintihan Kassim itu turut dirasai 100 pemandu lori lain yang turut menerima nasib sama dan mahu pihak berkuasa memandang berat kemelut yang dihadapi mereka sejak tiga bulan ini dengan melonggarkan sedikit penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.
Bapa kepada tujuh anak yang sudah 25 tahun menjadi pemandu lori berkata, dia mengetahui menjadi kesalahan jika membawa lebih muatan, tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka sering disaman kerana melakukan kesalahan kecil.
"Disebabkan masalah ini, kami terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman.
"Baru-baru ini misalnya, saya disaman hanya kerana terdapat sedikit lubang pada badan lori ketika dalam perjalanan menghantar muatan," katanya yang perlu menjelaskan tiga kompaun saman dikenakan terhadapnya.
Kalau kita melalui Jalan Linkaran Tengah Seremban atau Seremban Middle Ring Road (MRRS) berhampiran Taman Bukit Chedang, kita pasti akan tertanya-tanya kenapa projek ini seolah-olah terbengkalai apabila dilihat terdapat satu jambatan tergantung dari Taman Bukit Chedang menghala ke Kg Baru Rasah.
Situasi ini berlaku sejak tahun 2010 lagi. Apakah punca masalah ini berlaku? Adakah ianya disebabkan oleh masalah kewangan kontraktor atau sumber kewangan kerajaan? Ataukah mungkin masalah pampasan kepada penduduk di Kg Baru Rasah yang rata-ratanya orang Cina? Atau mungkin ada sebab lain?
Di Rembau, penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Landasan Keretapi Berkembar , ada yang menerima pampasan cuma RM 1.20 sekaki atau RM 52,272 seekar, sedangkan tidak jauh dari situ untuk Projek Hospital Rembau, kerajaan Negeri Sembilan melalui PKNNS menawarkan tanah pada harga RM 22.00 sekaki atau RM 958,320.00.
Harap kita sebagai rakyat, khususnya pengguna jalanraya di Jalan Linkaran Tengah Seremban akan mendapat jawapan dari kerajaan Barisan Nasional dalam masa terdekat.
Construction on Chedang Interchange has come to a halt Wednesday October 20, 2010
The Chedang, KGV and Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) interchanges and radial roads will only be completed under the 10th Malaysia Plan.
While work is being done on the KGV and HTJ interchanges and the new RM26mil Taman Permai-Jalan Sungei Ujong link, the Chedang interchange linking the Rasah New Village has come to a halt.
Motorists heading to the Rasah New Village and the town centre from Seremban 2, Bukit Chedang, Senawang and Kuala Pilah are now forced to drive to the Bukit Chedang roundabout and make two U-turns before reaching their destinations.
The bridge to link Seremban 2 to Rasah New Village is also not completed because there is not enough allocation. If the bridge is completed together with other projects, traffic dispersal in Seremban will improve.
Bukit Kepayang assemblyman Cha Kee Chin said motorists wanted the Seremban 2-Rasah New Village link completed instead of concentrating on the Taman Permai-Jalan Sungai Ujong link.
He said because of this there was a bottleneck at the Bukit Chedang roundabout and at both the U-turns during rush hours.
He added that the matter was brought up at the last Negri Sembilan state assembly sitting.
"The Taman Permai-Sungei Ujong link can wait and the allocation could be used to complete the Seremban 2-Rasah New Village stretch because it will help ease traffic flow on the highway,'' said Cha.
However, it is learnt that the Seremban 2-Rasah New Village stretch will cost much more than the Jalan Permai-Sungei Ujong link as it involves widening the Kepayang river and land reclamation at the new village.
"So until that is sorted out, projects that have been started will continue while motorists will have to bear with the inconvenience,'' added Cha.
The RM500mil MRRS, which is a 28.8km two-lane dual carriageway, is toll-free with 16 interchanges.
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Ini bermakna setiap pelatih PLKN memerlukan kos RM 6,931 seorang untuk menamatkan kursus yang hanya selama 3 bulan di PLKN.
Sedangkan pelajar kita yang yang menuntut di IPTA boleh mendapat pembiayaan penuh pinjaman PTPTN ialah sebanyak RM 7,000 setahun untuk Ijazah Pertama Sains dan RM 5,000 untuk Diploma Sains/Sastera.
Ini bermakna kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.
RM 4.36 bilion boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi.
**************
"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193
Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.
Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.
Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.
KABUL: Polis Afghanistan berkata seramai tujuh orang awam telah meninggal dunia selepas kapal tangki bahan api terbalik dan terbakar di selatan Afghanistan.
Ketua Polis wilayah Kandahar Jeneral Abdul Razaq berkata tiga orang awam lain mengalami kecederaan serius dalam kejadian pagi Jumaat di daerah Panjwai.
Taliban mendakwa mereka melepaskan roket ke kapal tangki bahan api, menyebabkan ia meletup.
Tetapi Razaq berkata tiada roket telah dilepaskan.
Beliau berkata kapal tangki telah terbakar selepas terbalik.
SAKDAWUT menghisap rokok sambil mengacukan pisau dekat leher isterinya di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.
BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.
Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.
Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.
Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.
Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.
Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. - Agensi
KUALA LUMPUR, 6 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini sekali lagi mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana kecewa terhadap tindakan kerajaan melengah-lengahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana kerajaan belum membentangkan usul memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) di Dewan Rakyat meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan berbuat demikian pada Oktober tahun lalu.
"GMI hari ini menyerahkan memorandum ini juga bagi memohon pihak Suhakam menimbangtara beberapa tuntutan GMI seterusnya dipanjangkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabatnya, dekat sini hari ini. (Gambar oleh Wan Zahari)
Memorandum tersebut antara lain menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti anti keganasan dan membentuk mekanisme baru menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan.
"GMI menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi menegakkan keadilan untuk setiap tahan ISA dan membolehkan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Selain itu, Syed Ibrahim turut meminta Suhakam mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya berhubung ISA.
Detta dalam respon balasnya bersetuju dengan tuntutan GMI itu dan berkata, media juga memainkan peranan untuk memberi maklumat kepada rakyat berhubung ISA.
"Media juga harus memainkan peranan melaporkan berkaitan ISA dan seumpamanya.
"Kalau semua pihak diam, nanti kerajaan ingat rakyat setuju dan gembira dengan keadaan sekarang, dengan apa yang mereka buat," katanya.
Protes di Parlimen
Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu, GMI akan mengadakan protes menuntut pemansuhan ISA di bangunan Parlimen, Isnin ini jam 11 pagi.
"Melalui protes ini juga GMI akan menyerahkan memorandum menuntut Perdana Menteri mengotakan janji bagi memastikan ISA segera dimansuhkan.
"GMI menyeru sokongan dan solidariti daripada rakyat, NGO, Suhakam, NGI, parti politik, ahli parlimen, Adun, media dan masyarakat antarabangsa untuk menuntut perkara di atas demi keadilan semua pihak," katanya.
KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.
Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam.
"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.
Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam.
Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah.
"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.
ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.
Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.
"Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.
"Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.
Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
"Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.
"Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama," kata Mazlan.
KABUL (Afghanistan): Seorang pengembom berani mati meletupkan dirinya di luar gedung di timut laut Afghanistan, mengorbankan seramai dua orang dan 12 lagi cedera.
Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb berkata, letupan itu berlaku pada Khamis di dearah Kishim.
Beliau berkata, pengebom itu mensasarkan Nazok Mir, seorang ketua yang menerauji perjuangan Afghanistan dalam menentang Soviet pada tahun 1980-an.
Pemberontak membunuh saudara Mir pada tahun lepas.
Pemberontak mensasarkan tokoh-tokoh pemimpin di utara negara itu bagi menghapuskan pembangkang kepada Taliban, yang mempunyai kubu yang kuat di selatan. - AP
Wakil dari Hutan Melintang, YB. Kesavan memulai ucapan perbahasan dengan memetik terjemahan sepotong ayat Al Quran dan memohon semua ahli dewan mengambil iktibat dan pengajaran dari ayat itu.
Beliau juga yang menyokong Titah Ucapan pemangku raja perak mengingatkan mengenai semua pihak mengambil perhatian dengan kemunculan ngo yang mengapi-apikan semangat perkauman.
Dewan juga digamatkan dengan sindiran beliau kepada speaker DUN yang kerap turun di Hutan Melintang yang disifatkan sebagai menyalah gunakan segala kemudahan speaker untuk berkempen.
ARAU – Dua pekerja binaan cedera parah apabila sebatang palang konkrit patah sehingga menyebabkan mereka melambung setinggi 10 meter ketika pembinaan jejantas untuk penjalan kaki bagi bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar, kelmarin.
Mangsa, Sutrino Kamaruddin Aknar, 43, dari Jakarta, Indonesia dipercayai patah tulang belakang manakala rakyat tempatan, Fadhli Abdul Rahman, 21, yang berasal Terengganu cedera di badan, kedua-dua mereka dirawat di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar Kedah.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika dua pekerja terbabit berada di atas binaan besi semasa palang konkrit berkenaan dipasang.
Menurutnya, semasa palang konkrit itu diletakkan pada tiang jejantas berkenaan palang tersebut tiba-tiba retak dah patah lalu mengenai binaan besi di mana dua pekerja binaan itu berada.
"Palang itu dipasang dengan menggunakan sebuah kren, tiba-tiba palang itu patah dua semasa kerja-kerja meletakkannya di tiang jejantas lalu mengenai binaan besi yang diduduki dua pekerja terbabit.
"Selepas terjatuh dua pekerja binaan itu masih sedar namun cedera parah dengan badan yang berlumuran darah , mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) oleh majikan mereka," katanya.
Katanya, kini mereka telah dipindahkan ke PMC, di mana Fadhli telah dipindahkan ke wad biasa untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pekerja warga Indonesia masih dalam penjagaan rapi.
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), enggan mengulas lanjut mengenai kemalangan terbabit kerana siasatan sedang dijalankan.
Penduduk Cameron Highland akan turun ke pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini dan berkhemah di sana sehingga mendapat jawapan konkrit daripada perdana menteri terhadap enam isu utama yang mereka hadapi.
kg berembang third demolition 050307 aru"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.
Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.'
Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali.
"Sudah hantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.
Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit.
Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah:
Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
Arutchelvan berharap rakan-rakan seperjuangan akan turun bersama penduduk Cameron Isnin ini dan meneruskan sokongan sehingga mendapat satu kata putus dari perdana menteri.
Marilah kita sentiasa memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menjadikan hidup dan mati, untuk menguji hamba-hamba-Nya sehingga dapat dibezakan siapakah yang paling baik amalannya di antara mereka. Maka berbahagialah orang-orang yang bertakwa dan rugilah orang-orang yang berbuat maksiat kepada-Nya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Ketahuilah, bahwa kehidupan dunia ini ibarat jambatan yang sedang dilalui oleh orang-orang yang hidup di dalamnya. Setiap orang akan melewati dan meninggalkannya, lalu menuju ke destinasi yang ditujui.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan dunia ini sebagai tempat beramal dan akhirat sebagai menuai hasilnya. Maka setiap orang yang beramal, pasti akan menerima balasannya. Dan orang yang lalai pasti akan menyesali perbuatannya. Bagi membolehkan balasan ini diterima maka kehidupan dunia ini mesti ditamatkan. Oleh kerana kematian pasti akan datang, maka apa sahaja yang mendatang adalah sesuatu yang dekat hakikatnya. Maka, janganlah kita terpedaya dengan gemerlapnya kehidupan dunia yang sementara ini, sehingga melalaikan dari kehidupan hakiki di akhirat nanti.
Saudara-saudaraku kaum muslimin rahimakumullah,
Kematian akan memisahkan kita dari keluarga, harta, serta kehidupan dunia kita. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
"Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, 'Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih dan berbahagialah dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.' Kami adalah penolong-penolong kalian dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalam (syurga) kalian akan memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kalian minta." (Surah Al-Fusilat: 30-31)
Muslimin yang dihormati, Kebahagiaan yang abadi bermula di saat malaikat maut datang mencabut nyawa kita. Orang yang beriman akan diberikan gambaran tentang bagaimana kesudahannya di akhirat. Kebahagiaan ini akan berterusan di alam Barzakh dengan segala bentuk kenikmatan di dalam kuburan. Kemudiannya mereka akan menempuhi alam Hisab di padang mahsyar dengan tenang sementara menanti hari Pembalasan. Bagi mereka kenikmatan syurga dan segala isinya buat selama-lamanya.
Adapun orang-orang yang menyerahkan dirinya kepada selain Allah Subhanahu wa Ta'ala, menjalani kehidupan tanpa tanpa tunduk kepada panduan Allah, maka dia akan menanggung siksa yang sangat pedih. Bermula di saat kematiannya dan berterusan sehingga kekal di dalam neraka Alllah.
Sidang Jumaat rahimakumullah, Ingatlah bahwa kita semua pasti akan dihimpunkan pada hari kebangkitan. Seluruh manusia, sejak yang pertama kali diciptakan hingga yang terakhir diciptakan akan dibangkitkan dari kuburnya, lantas akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Manusia akhirnya akan terbahagi kepada dua kelompok besar ; penghuni syurga dan penghuni neraka. Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran:
كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَآ أَسْلَفْتُمْ فِى ٱلْأَيَّامِ ٱلْخَالِيَةِ ﴿٢٤﴾ "Makan dan minumlah kalian dengan penuh ketenangan disebabkan amal yang telah kalian kerjakan pada hari-hari yang telah lalu (saat di dunia)." (Al-Haqqah: 24)
Manakala mengenai ahli neraka Allah menyatakan : أَن تَقُولَ نَفْسٌۭ يَـٰحَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِى جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّـٰخِرِينَ ﴿٥٦﴾ "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya dahulu aku termasuk termasuk dalam golongan orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)." (Az-Zumar: 56)
Hadirin yang dirahmati Allah,
Tidak ada satu pengecualianpun yang disebutkan oleh Allah dalam ayat-ayat yang dibacakan tadi. Ketika di dunia kita boleh mengatakan bahawa kita tidak perlu sesiapa, kita tidak mengganggu sesiapa, dan jangan ada sesiapa yang patut mempersoalkan apa yang kita lakukan. Di alam barzakh hingga ke hari pembalasan, tidak ada disediakan tempat menunggu atau pihak tengah antara kebenaran atau kebatilan.
Setiap kita akan berada sama ada di syurga atau neraka selama-lamanya. Maka kita wajib menentukan di manakah kita berada ketika di dunia untuk mempastikan di manakah kita di akhirat kelak. Kita akan berada di atas paksi Syariat Allah, atau sentiasa membantu para pendokong Syariat Allah. Sebaliknya jika kita hanya memikirkan kepentingan dunia, meremehkan sagala titah perintah Allah, malah masih berterusan menentang Syariat Allah
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ﴿٣٧﴾ وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ﴿٣٨﴾ فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٣٩﴾ وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾ "Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)." (An-Nazi'at: 37-41)
Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang beruntung, sehingga mendapatkan syurga-Nya dan diselamatkan dari siksa api neraka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak
SEREMBAN - "Sudah tiga hari lori saya tidak beroperasi, rezeki pun terjejas. Semuanya kerana takut disaman lagi oleh pihak berkuasa kerana masih ada saman belum dijelaskan."
Itu luahan seorang pemandu lori, Kassim Mohamad 45, yang mengakui terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman yang dikenakan kepadanya kebelakangan ini.
Rintihan Kassim itu turut dirasai 100 pemandu lori lain yang turut menerima nasib sama dan mahu pihak berkuasa memandang berat kemelut yang dihadapi mereka sejak tiga bulan ini dengan melonggarkan sedikit penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.
Bapa kepada tujuh anak yang sudah 25 tahun menjadi pemandu lori berkata, dia mengetahui menjadi kesalahan jika membawa lebih muatan, tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka sering disaman kerana melakukan kesalahan kecil.
"Disebabkan masalah ini, kami terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman.
"Baru-baru ini misalnya, saya disaman hanya kerana terdapat sedikit lubang pada badan lori ketika dalam perjalanan menghantar muatan," katanya yang perlu menjelaskan tiga kompaun saman dikenakan terhadapnya.
Seorang lagi pemandu, N Ragunathan, 38, sejak tiga bulan ini, sebanyak 20 kompaun saman dikenakan terhadapnya.
"Saya sudah menjelaskan 10 kompaun. Saya banyak terima saman kerana kesalahan meletakkan lori di tepi jalan ketika saya sedang makan dan rehat," katanya.
KOTA BARU: Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini malam Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, DSP Ahmad Zaki Ibrahim berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Tan Phei Shia, 24, bersama dua rakan lelaki, Eyu Win Lee, 30, dan Wee Wai Hwa, 24.
Ahmad Zaki berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan akibat tersepit di dalam kereta yang remuk selepas terperosok di bawah badan lori berkenaan.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Eyu Win Lee, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
"Bagaimanapun, pemandu lori itu bertindak melarikan diri dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini Khamis.
Ahmad Zaki berkata ketiga-tiga mangsa yang tersepit itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.
Katanya pihak polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan dan kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.29 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 13 anggota dari Balai Ketereh dan Machang.
Wan Ngah berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dengan menggunakan bantuan kren bagi mengalihkan lori yang menghempap kereta mangsa.
Salah seorang anggota keluarga Wee Wai Hwa yang enggan dikenali berkata, Wee yang sedang belajar di Universiti Malaya akan menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang, pulang ke kampung untuk satu upacara menghormati nenek moyang.
Wee juga sepatutnya menghadiri jamuan makan malam keluarga, namun keluar dari rumah selepas dua rakannya itu tiba.
"Dia keluar rumah tanpa memaklumkan kepada keluarga. Selepas itu kami dapat berita mengenai kemalangan ini," katanya.
Anggota keluarga dua lagi mangsa yang ditemui di rumah mayat HUSM bagaimanapun enggan ditemu bual kerana masih bersedih. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Pengurangan ketara penggunaan air sebuah premis hiburan di Jalan Loke Yew, Cheras di sini sejak setahun lalu membongkar kegiatan sambungan air secara haram yang dilakukan dan membawa kepada tindakan pemotongan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam.
Jumlah caj bil air yang kebiasaannya RM800 hingga lebih RM1,000 menurun kepada RM100 hingga RM300 sahaja sejak penyambungan haram itu dilakukan.
Lebih mengejutkan, jumlah kapasiti air yang dicuri iaitu 411.21 meter padu sehari, adalah bersamaan dengan penggunaan lebih 20 keluarga sehari.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kegiatan itu bukan sahaja menafikan hak lebih 20 keluarga setahun tetapi juga menyebabkan kerugian sebanyak RM378,898.64 kepada Syabas.
Menurutnya, maklumat berhubung penyambungan air secara haram itu diterima hasil aduan daripada orang awam awal tahun ini dan siasatan mengenal pasti ia berlaku sejak Februari 2011 lagi.
"Semakan mendapati syarikat terbabit mempunyai akaun bekalan air dan meter yang sah dan berstatus aktif.
"Namun siasatan mendapati pihak terbabit membuat sambungan secara 'by pass' daripada sambungan 'tee off' sebelum meter milik premis dengan menggunakan paip 'poly' berukuran 50 milimeter," katanya pada sidang media ketika operasi berkenaan, semalam.
Beliau berkata, aktiviti membanteras kegiatan mencuri air giat dijalankan Syabas dengan kerjasama Span dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berkenaan.
Katanya, ia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang tidak membenarkan sesiapa selain pemegang lesen membuat sebarang sambungan sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.
"Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya," katanya.
Untuk rekod, sejak 1 Januari 2011 sehingga kini, sebanyak 4,766 aduan berhubung kes curi air diterima di mana 4,740 disiasat, 796 disahkan sahih dan 10 kes dihadapkan ke mahkamah.
Saya ada baca mengenai UMNO Putrajaya mengoyak akbar Harakah di Presint 8 Putrajaya ( http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9351-umno-putrajaya-mahu-bakar-harakah) dan dapat maklumat dari rakan terdekat yang berkhidmat sebagai penjawat awam kumpulan sokongan, terdapat seorang pegawai kumpulan Profesional join upacara ini(rujuk attachment yang disertakan).
Kalau boleh mendapatkan gambar/video yang lebih jelas lagi bagus sebab saya nak emel kepada bahagian admin MAMPU untuk diambil tindakan tatatertib sebab dah langgar akta pegawai kerajaan 1993. boleh emel kepada saya tak?
Kalo camni lah pegawai kerajaan sekarang, nanti Barisan Alternatif menang, sure dia buat perangai time berkhidmat walaupun dah jelas cakap pegawai kerajaan kena setia kepada kerajaan yang memerintah (tak kira la sapa pon)
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan projek RAPID Petronas yang bernilai RM 120 bilion di Teluk Ramunia. Kami sebagai penduduk sangat-sangat menyokong projek ini. Tetapi kami sangat runsing dengan syarikat subcontraktor yang menyedut pasir daripada laut untuk menambak lot tanah lebih daripada 500 ekar untuk projek perumahan penempatan semula penduduk.
Dengan menyedut pasir dihadapan pantai Teluk Ramunia / Desaru semua pantai yang cantik sekarang akan hapus disebabkan oleh hakisan. Ratusan ekar tanah tepi pantai kami akan tenggelam jika pengambilan pasir laut ini diteruskan.
Pengambilan pasir ini juga akan merosakkan pendapatan nelayan di kawasan Pengerang yang bergantung pada hasil sumber laut. Tidak ada sebarang kajian Enviomental Impact Assesment (EIA-Kajian Alam Sekitar). Pengambilan pasir laut ini dilakukan secara semborono dan boleh memusnahkan keseluruhan ekosistem pantai Johor.
Kami mengharapkan pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengambil tindakan segera untuk menghentikan pengambilan pasir ini.
Di kawasan Teluk Ramunia ada banyak bukit yang boleh ditolak untuk menambak tanah rendah tanpa merosakkan ekosistem laut dan pantai yang indah ini.
Apa akan jadi kepada projek Theme Park/Hotel Desaru bernilai RM6 bilion oleh Khazanah Nasional jika kesemua pantai Desaru musnah dihakis disebabkan pengambilan pasir laut ini?
Sekali lagi kami merayu kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri untuk campur tangan sebelum malapetaka alam sekitar yang besar ini melanda pantai Desaru dan Pengerang.
Saya bukan hendak pertikaikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jauh sekali untuk 'menderhaka' dengan keputusan yang dibuat itu.
Tetapi rasa amat terkilan bukan sahaja diri saya tetapi juga seluruh peminat bola sepak negara yang masih setia dengan perkembangan bola sepak kita walau pun kedudukan pasukan negara semakin hari semakin jauh merosot diperingakat dunia.
Tan Sri Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM dan juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang telah dijatuhi hukuman dimana beliau telah digantung jawatannya selama 2 tahun 6 bulan olih Jawatankuasa Tatatertib FAM sendiri itu pada pendapat saya atas budi bicara eloklah ditarik balik.
Ini kerana adalah satu kerugian besar kepada negara kerana beliau adalah tokoh yang bersemangat waja yang mampu membawa pasukan bola sepak negara ketahap antarabangsa dan terbukti apabila KAFA dibawah kepimpinannya terserlah dengan memenangi beberapa kejohanan sama ada diperingkat negara ataupun dunia.
Kalau hukuman gantung itu tetap dikenakan selama 2 tahun 6 yang mana beliau difahamkan akan digantung juga jawatannya sebagai Presiden KAFA sudah tentu akan menjejaskan prestasi pasukan bola sepak Kelantan yang kini sedang dikemuncak kejayaannya dan berkemungkinan dengan hukuman itu juga Tan Sri Annuar akan tawar hati untuk menyambungkan jawatannya dalam FAM atau KAFA selepas tamat tempuh pergantungannya nanti.
Kritikan membina dan luahan sesiapa sahaja walaupun mereka yang berjawatan didalam FAM sendiri yang mahukan atau ingin melihatkan pasukan bola sepak negara maju setapak demi setapak hingga berjaya pergi jauh sehingga keSukan Olimpik, Asia atau Piala Dunia disuatu hari nanti sudah dikira suatu perjuangan untuk negara juga.
Diharap pihak pucuk pimpinan FAM kaji semula akan hukuman itu demi sukan untuk negara.
Untuk majukan sukan kita mahukan tokoh saperti Tan Sri Annuar Musa dan adalah satu kerugian besar kepada negara apabila kita sisihkan orang yang berpotensi yang mampu mengharumkan nama negara terutama sekali didalam sukan yang digemari rakyat saperti bola sepak.
Inilah kelemahan kita kerana selalu sangat dan lazimnya orang yang berani kerana kebenaran dan mampu buat kerja ditindas tetapi mereka yang putar alam dan kaki bodek mendapat kedudukan yang tinggi didalam sesuatu organasasi itu.
BELGRADE (Serbia): Speaker Parlimen Serbia menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk pilihan raya bagi memilih presiden itu, berikutan peletakan jawatan Boris Tadic.
Slavica Djukic-Dejanovic mengumumkan bahawa pilihan raya itu akan diadakan pada hari yang sama dengan pilihan raya umum.
Pemilihan presiden baru itu berikutan peletakan jawatan secara rasmi pada Khamis apabila Tadic menamatkan tempohnya sebagai presiden, meskipun tempohnya itu sepatutnya tamat pada awal tahun depan.
Bagaimanapun, berdasarkan undian awal, Tadic memutuskan untuk memberi peluang kepada Parti Demokratik yang kalah dalam pemilihan pra-pilihan raya baru-baru ini dengan Parti Progresif yang dipimpin oleh Tomislav Nikolic.
Dalam pemilihan itu, Tadic yang merupakan pro-Barat berhadapan dengan cabaran yang kuat dari Nikolic, yang mempunyai sokongan daripada Rusia. - AP
KUALA TERENGGANU - Walaupun hubungan mereka baru berstatus kekasih, namun seorang pemandu lori sudah berani bertindak kejam dengan menampar dan menolak teman wanitanya itu sehingga cedera di muka dan lengan kanan dalam satu kejadian di sebuah inap desa, di sini, hujung bulan lalu.
Gara-gara sikap panas barannya itu, Mohd Asrul Aswadi Yusof, 29, menerima pembalasan setelah dia dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Pengkalan Arang, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi jika dia gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa, Shafinaz Ismadi, 21.
Mohd Asrul Aswadi mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah inap desa di Taman Semarak, Batu Enam, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 30 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala Mohd Asrul Aswadi pula tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menginap di inap desa berkenaan bersama mangsa telah bertengkar kira-kira jam 10 malam pada 30 Mac lalu.
Dalam pertengkaran itu, tertuduh bertindak kasar memukul mangsa dengan menampar muka serta menolak mangsa menggunakan kaki sehingga dia terbaring.
Berikutan pertengkaran itu, mangsa bengkak di bahagian muka sebelah kiri dan lebam di lengan kanannya sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.
Susulan laporan itu, tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di kediamannya kira-kira jam 4 pagi pada 2 April lalu.
KOTA BHARU - Tiga sahabat maut, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dan terperosok bawah lori dalam kejadian di Kampung Cina, Kok Lanas, di sini malam kelmarin.
Kejadian pada jam 7 malam itu, menyebabkan pemandu kereta, Eyu Win Lee, 30, yang bekerja sebagai mekanik dan dua penumpang, Tan Phei Shia, 24, dan Wee Wai Hwa, 24, mati di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.19 malam.
"Dua jentera dari balai Ketereh dan Machang dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.
"Bomba mengambil masa 25 minit bagi mengeluarkan mayat mereka kerana keadaan kereta yang remuk dan terperosok di bawah lori menyukarkan kerja-kerja menyelamat,"katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Supritendan Ahmad Zaki Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Daihatsu Charade yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Win Lee, dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
"Akibat pertembungan itu, kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terperosok ke bawah lori dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat,"katanya.
Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang.
Ahmad Zaki berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUNGAI SIPUT (U) - Seorang ahli perniagaan bukan sahaja diikat, malah diugut dengan parang sekiranya bertindak melawan dalam satu kejadian pecah rumah di kediamannya di Taman Heawood, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, tiga lelaki bertopeng dipercayai menceroboh masuk rumah mangsa an dengan memotong kunci pintu hadapan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, ketika kejadian semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur, kecuali mangsa yang terkejut dengan kehadiran tiga penjenayah itu.
Menurutnya, mangsa yang berusia 50 tahun itu kemudiannya diikat menggunakan besi penyangkut baju dan diarah supaya tidak membuat bising.
"Bimbang dicederakan, mangsa hanya menyerah dan membiarkan tiga perompak itu menggeledah rumahnya.
"Perompak hanya memasuki dua bilik sahaja iaitu bilik mangsa dan bilik ibu mangsa tetapi sewaktu kejadian ibunya tidak menyedari kehadiran tiga lelaki itu. Manakala bilik anak-anak dan isterinya tidak di ceroboh memandangkan ia dikunci dari dalam," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian termasuk kehilangan kad pengenalan, sebuah telefon bimbit, sebentuk cincin dan wang tunai sebanyak RM2,000.
Azman berkata, mangsa dan ahli keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan dan sebaik sahaja penjenayah melarikan diri, mangsa dapat membuka ikatan di tangannya sebelum segera membuat laporan polis.
Katanya, meskipun rumah mangsa mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV), tetapi tidak berjaya merakam kejadian itu.
"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut serta kes ini disiasat sebagai samun bersenjata," katanya.
GEORGE TOWN - Sebuah klinik pergigian di Lebuh Raya Batu Lanchang di sini kerugian lebih RM10,000 dalam bentuk wang dan barang-barang selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pesakit petang semalam. (Gambar Hiasan)
Ketua Polis Daerah Timut Laur ACP Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku pada 4 petang apabila dua lelaki itu datang ke klinik berkenaan kononnya untuk mendapatkan rawatan.
"Semasa itu seorang doktor dan pembantunya, kedua-duanya wanita, berada dalam klinik berkenaan. Pembantu klinik itu meminta kad pengenalan mereka untuk direkodkan bagaimanapun dua lelaki terbabit tidak memberikannya dan menulis nama di atas borang. " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selepas selesai mengisi borang, pembantu klinik berkenaan membawa seorang daripada lelaki itu ke dalam bilik rawatan.
"Sebaik sampai dalam bilik rawatan, lelaki itu bertindak mengeluarkan pisau dan meminta doktor serta pembantunya menyerahkan beg duit, telefon bimbit dan barang berharga," katanya.
Gan berkata doktor terbabit hanya menyerahkan telefon bimbit kerana beg duitnya berada di bilik lain sebelum lelaki berkenaan mengarahkan mangsa mengambilnya.
"Selain sejumlah wang tunai, dua lelaki itu turut melarikan sebuah komputer riba, sebuah i-Pad, seutas jam tangan dan alat pencabut gigi," katanya.
Klinik yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 7 petang itu memiliki kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun dua lelaki terbabit turut melarikan perakam berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dua lelaki berkenaan merupakan suspek yang sama menyamun sebuah klinik pergigian di Jelutong pada Rabu lepas.
"Operasi mengesan dua lelaki berkenaan sedang giat dilakukan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya.
JOHN Terry menyatakan kegembiraan dengan perubahan yang dilakukan oleh Roberto Di Matteo sejak beliau mengambil alih jawatan Andre Villas-Boas sebagai pengurus Chelsea.
Melihat Di Matteo berjaya membimbing The Blues yang melalui detik suram ke separuh akhir Liga Juara-Juara, mengakui pasukannya tidak beraksi seperti diharapkan, namun kemenangan ke atas Benfica memberikan kelegaan kepada pasukan dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan.
Dalam masa sama, berharap mampu mengatasi Barcelona dalam usaha menempah tiket ke pusingan akhir di Munich, Didier Drogba percaya kejayaan tersebut mampu mengubah waktu suram Chelsea.
MENYIFATKAN hukuman penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan bantahan.
Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku jika ingin melihat perubahan dalam industri bola sepak negara.
"Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.
"Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Katanya, Ultras Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman berkenaan dalam masa terdekat.
"Kita akan mengadakan perbincangan bersama ahli untuk mendapatkan pandangan dan sokongan sebelum sebarang keputusan diambil.
"Buat masa ini kita masih belum menetapkan bila dan dimana bantahan akan diadakan," katanya.