SETELAH meluahkan rasa cintanya kepada Rozita Che Wan menerusi akaun sosial Twitter baru-baru ini, Zain Saidin akhirnya mengakui berhasrat menyunting aktres itu sebagai suri hidupnya.
Zain berkata, jika ada rezeki dan jodoh, dia dan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. "Saya sudah berbincang dengan Che Ta berkaitan perkara ini dan dia menyerahkan segalanya kepada saya.
"Jadi saya perlu membuat persiapan dengan menyimpan wang yang cukup untuk majlis perbelanjaan perkahwinan kerana saya adalah lelaki.
"Bagaimanapun, semuanya terletak kepada rezeki, jika ada rezeki, kami akan berkahwin mengikut perancangan," katanya kepada Sinar Harian Online, kelmarin.
Jejaka kacukan Melayu-Inggeris ini berkata, dia berharap pengakuannya ini akan menutup segala cerita negatif berkaitan Che Ta, termasuk mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
"Saya dan Che Ta memang serius. Jadi saya harap, tidak ada lagi cerita mengarut mengaitkan dia dengan lelaki itu dan ini, kerana dia dan saya memang serius sekarang," katanya.
KE MANA sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar negara, saya akan ditanya bila pilihan raya akan diadakan.
Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh lima tahun hayat Parlimen.
Soalan seterusnya ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan menang. Jawapan saya BN akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung parliament) atau sebuah kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
Ramai yang berkata Perikatan/BN telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh diguna pakai untuk semua keadaan.
Ini kerana alternatif kepada BN adalah sesuatu yang menakutkan. Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa dia menyertai UMNO dan bukan Pas. Sekarang saya faham. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak Pas, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, dia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO dia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian dia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka dia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
Sekarang dia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk negara. Begitu juga dengan koleksi cacamarba pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihan raya sahaja. Selain parti "Saya mahu jadi Perdana Menteri", turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihan raya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.
Memang benar BN sudah lama berkuasa. Begitu juga Pas di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecapi di negara ini dicapai dalam tempoh pemerintahan BN. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian Pas di Kelantan.
Dinasti
Kepimpinan Pas dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding BN dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan BN tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap di tempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
Kepimpinan Pas juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin BN.
Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza di antara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikatakan walaupun nama adalah sama, kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
BN yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan sama dengan BN di bawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah BN yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
Namun begitu BN tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif daripada sektor swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil di antara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
Ia terbuka kepada inovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi kerajaan BN.
Ini bukanlah negara satu parti. BN itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan BN memerintah negara. Sesetengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan kerajaan. Yang lain seperti sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihan raya. Pas kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihan raya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan BN dan menubuh kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
Pilihan raya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 BN kehilangan lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihan raya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99 peratus. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan BN memenangi semua Pilihan Raya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demokratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan sistem dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihan raya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan sistem dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihan raya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
Barack Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi dia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Dia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya, tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
Sangsi
Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP). Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan kerajaan tidak meningkatkan kemajuan Jepun.
Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Dia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
Terdapat kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakannya tiada perubahan yang berlaku hasil daripadanya. Amat sedikit contoh menunjukkan apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Seperti dikatakan oleh orang Perancis "Plus ca change, plus c'est la meme chose" (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
Tidak perlu menukar kerajaan semata-mata untuk menegak sistem dwi-parti. Negara yang mempunyai sistem dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis ekonomi dan kewangan, mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
Saya telah nyatakan sebelum ini "better the devil you know than the angel you don't." BN bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan BN. Bila kejayaan tidak berlaku, BN cepat menukar pemimpin yang gagal.
Pilihan raya memberi kita peluang menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
Jangan perjudi negara ini dengan pihak yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjukkan kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
Pilihan raya untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi sama ada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
Akibatnya, pilihan raya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk kerajaan.
Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengingatkan orang Melayu agar tidak alpa atau berdepan dengan risiko kehilangan kuasa di negara sendiri sekiranya semua hak yang dimiliki mereka akhirnya terlepas.
Menurutnya, tidak mustahil orang Melayu menerima nasib seperti kaum Red Indian yang sebenarnya penduduk asal Amerika Syarikat tetapi terlepas sedikit demi sedikit kuasanya kepada pendatang pada zaman dahulu.
Katanya, orang Melayu perlu mempertahankan ketuanan Tanah Rizab Melayu sebagai hak tetapi tidak mustahil ia boleh terlepas jika cuai dan terlupa.
"Jangan jadi seperti bangsa Red Indian di Amerika yang akhirnya hanya tinggal di tanah rizab puak itu dan jika tanah itu pun ditarik balik, maka secara perlahan-lahan kaum Red Indian pun hilang.
"Samalah dengan orang Melayu. Sekarang, masih ada lagi tanah Rizab Melayu tetapi jika sedikit demi sedikit (hilang) maka penempatan Melayu pun mengecil dan suatu hari nanti nasib kita malang seperti Red Indian," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama konvensyen Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang anjuran Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di sini semalam.
Konvensyen sehari di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara cawangan Permatang Pauh itu dirasmikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan dihadiri kira-kira 5,000 orang.
Dalam pada itu, pada sidang akhbarnya, Mahathir menyelar sesetengah pihak di negara ini yang tidak tahu bersyukur malah mempertikaikan hak serta kepentingan orang Melayu walaupun telah mendapat banyak yang dihajati.
Tegas beliau, orang Melayu sanggup mengurangkan banyak kepentingan dan hak mereka serta berkongsi kuasa dengan pihak-pihak lain atas semangat muafakat tetapi masih terus dipertikaikan sesetengah pihak. - kosmo
Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.
Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.
Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.
Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.
Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.
Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.
"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.
Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.
Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.
Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas. - Beruang Biru
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini.
Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
"Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi 'fenomena'.
"Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.
"Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.
"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik," katanya.
Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti 'listen, listen, listen'.
"Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga," katanya.
Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.
"Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.
"Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak," katanya.
KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.
Apa kejadahnya gambar Guan Eng dan Ramasamy tertera di banner Maulidur Rasul kerajaaan negeri? Kalau banner Selamat Hari Raya Aidilfitri itu boleh diterima la tapi ini dah kira melampau.
Dulu pernah bila tiba hariMaulidul Rasul,kerajaan Dap telah keluarkan surat tak benarkan perarakan diadakan . Sekarang ini di banner Maulidul Rasul pun nak ditempek mukanya. Memang muka tak malu! !
GPB dimaklumkan satu laporan polis akan dibuat oleh jawatankuasa kariah sebuah masjid di Butterworh berkenaan banner yang didakwa mereka menghina Islam ini.
Akibat hujan tanpa henti selama lebih 12 jam, kawasan selatan Johor telah dilanda banjir. Berikutan itu lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan. Tidak dipastikan sama ada perubahan hidrologi kesan dari kerja-kerja menambak oleh Singapura sekali lagi menjadi punca kepada masalah ini.
KUALA LUMPUR: Setelah Kelantan, Pahang dan Terengganu, kini Johor pula dilanda banjir. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat 11.30 pagi tadi bilangan mangsa banjir adalah seramai 1,318 orang. Mereka dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara.
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu, Kampung Baru Sungai Mas di Penawar, Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.
Mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan Kota Tinggi iaitu Dewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia manakala satu di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Johor Bahru.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan penduduk sekitar Batu Pahat agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Ini kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.63 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan.
Berita mula diterbitkan pada: Januari 20, 2013 15:07 (MYT) Astro Awani
Motonation labur RM30 juta bina kilang motosikal KTM di Jitra
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir (kanan) diberi penerangan tentang enjin oleh Ketua Bahagian Teknikal, Phillipp Moeller (kiri) ketika melawat dalam kilang pemasangan tempatan motosikal KTM di Motonation Manufacturer Sdn. Bhd di Jitra. UTUSAN/KAMAL BASIR
KUBANG PASU 20 Jan. - Walaupun baru tiga tahun beroperasi sebagai pengeluar dan pengedar motosikal mewah termasuk pengedar unggul jenama terkemuka, KTM, di negara ini, Motonation Manufacturer Sdn. Bhd. (Motonation) kini maju setapak dengan memiliki kilang sendiri.
Motonation melabur sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kilang seluas 1.21 hektar terletak di kawasan Perindustrian Darulaman Jitra Kubang Pasu itu sejak Julai tahun lalu.
Menurut Pengarah Kewangan Motonation, Yeoh Teik Poh, dua jenis model motosikal terkenal dari Austria itu iaitu KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke akan dipasang di kilang tersebut.
"Pembinaan kilang itu juga akan menjadikan harga motosikal tersebut lebih murah antara 20 dan 30 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang tersebut yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. - UTUSAN
Kamu sibuk dengan perjuangan Kamu kutuk si polan itu dan si polan ini Konon hendak menegakkan keadilan Kawan! Allah Taala memerhati, Rasul juga melihat Orang mukmin sezaman menilai Engkau boleh melaungkan: Tegakkan keadilan! Engkau boleh bertempik: Mari tumpaskan penzaliman! Engkau boleh berslogan: Mari perjuangkan reformasi! Engkau boleh berkata: Demokrasi sudah mati! Engkau berjuang boleh bercakap apa sahaja Untuk menarik perhatian
Tapi ingat, tidak semua orang bodoh Perlu diingat masih ada lagi orang yang Allah bantu Yang boleh berfikir dan menilai Yang mereka diberi petunjuk Mereka tidak mudah dipesona oleh kata-kata muluk Mereka tidak mudah dikeliru dengan kata-kata semangat Mereka tidak terpengaruh dengan pidato membelah bumi Mereka tidak mudah terikut dengan kata-kata main bahasa Mereka faham, mereka ada pendirian
Mereka tidak ramai, memang pejuang-pejuang kebenaran tidak ramai Tapi perlu ingat Apabila Allah Taala taqdirkan hendak diberi kemenangan Kepada merekalah Begitulah yang berlaku sepanjang sejarah Perlulah ambil ingatan
Posted: 20 Jan 2013 06:24 AM PST
Berjuang Dengan Mengata-ngata
Berjuang dengan mengata-ngata
Luahkan perasaan hati apa sahaja yang terasa
Mereka tidak adil!
Penzaliman berleluasa, hak asasi kita sudah tiada!
Maksiat, kemungkaran berlaku merata-rata!
Nipotism, kronism, rasuah amalan pihak berkuasa!
Diskriminasi, politik wang mesti dibasmi!
Kita menuntut keadilan
Kita mahu kebebasan
Demokrasi sudah mati
Reformasi, reformasi, reformasi!
Begitulah laungan yang selalu didengar terutama di waktu demonstrasi
Apakah cara ini perjuangan yang hakiki?
Bolehkah cara ini menyelesaikan segala masalah?
Rasulullah SAW dahulu menanamkan iman atau aqidah lebih dahulu
Hingga setiap orang cinta atau takut dengan Maha Pencipta
Cinta Syurga, takutkan Neraka
Setiap orang mendisiplinkan diri dengan syariat
Nampak syiarnya di mana-mana
Dihiasi diri dengan akhlak mulia
Kelihatan indah laksana bunga di taman bunga
Kasih sayang begitu nyata, bertolong bantu begitu ketara
Sepatutnya para pejuang mengusahakan ini semua
Pejuang yang berjaya boleh mendidik manusia sekalipun tiada kuasa
Apatah lagi jika ada kuasa
Allah Taala cinta agungnya, Rasul pemimpinnya
Akhirat menjadi matlamat hidupnya
Syahid menjadi cita-citanya
Mana? Mana? Pemimpin yang boleh buat ini semua?
Mana? Mana? Pemimpin peribadi dan pengikutnya menjadi role-model?
Kalau ada pasti Allah Taala bantu
Walaupun kena uji selalu, akhirnya kepada mereka akan diberi kuasa
Mana mereka itu? Siapa mereka itu?
Manusia sedang menunggu
Kerana manusia sudah jemu dengan pejuang-pejuang yang ada
Masalah dan ujian mendorong kita kembali kepada Tuhan.Ia menyedarkan dan menginsafkan kita. Ia dapat membantu kita kembali kepada rasa berTuhan, mengadu, bergantung harap, merintih dan meminta tolong kepada Tuhan. Ujian dan masalah boleh menyuburkan sifat-sifat hamba kita. Masalah dan ujian meningkatkan iman. Malahan ia adalah syarat untuk mendapatkan iman. Oleh itu, kalau kita benci atau tidak suka diuji dan kita tidak senang dengan masalah,takut-takut kita tidak termasuk golongan orang yang Tuhan akan campakkan iman ke dalam hati-hati mereka. Ini kerana Allah SWT ada berfirman:
Maksudnya: "Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan `Kami telah beriman,` sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan dia mengetahui orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)
Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.
Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.
Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?
Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.
Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.
Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.
Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.
Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.
Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?
Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.
Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.
Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.
Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.
Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.
Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong. Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng. Bak kata seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini.
Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong!
Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, wakil JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menjadi majikan rakyat Malaysia berkenaan, memaklumkan kepada kedutaan itu mengenai perkara terbabit. "Kedutaan Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria dan JGC Construction Pte.Ltd bagi mendapat pengesahan tentang perkembangan terkini dua rakyat Malaysia itu," katanya.
Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di Algiers sudah berjumpa dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi tebusan dalam serangan itu dan dipindahkan ke ibu negara Algeria itu.
"Persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang ke tanah air dan Wisma Putra sudah memaklumkan tentang keadaan mereka kepada keluarga masing-masing," kata kenyataan itu. -Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh umat Islam di negara ini menolak model pemikiran ekstremis parti politik tertentu seperti sanggup mengkafirkan insan seagama dan mengeluarkan pelbagai amanat yang membawa perpecahan. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, pendekatan liberalisme dan keterbukaan tanpa batas yang kini diperjuangkan golongan tertentu perlu ditentang kerana boleh memberi masalah kepada interpretasi dan syiar Islam.
Sebaliknya menurut beliau, umat Islam di negara ini perlu menghayati dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang menjadi model pemikiran kerajaan dalam mendepani cabaran mendatang.
Menurutnya, Malaysia sejak 80-an lagi sudah diancam politik ekstremis berikutan parti politik tertentu sanggup mengkafirkan pihak lain dan mengeluarkan pelbagai amanat semata-mata mahu meletakkan mereka di puncak kuasa.
"Mereka menggunakan agama untuk menampilkan diri kononnya sebagai kumpulan paling makmum, bersih dan diredai Allah. Bagi mereka, keahlian politik boleh mengesah tiket sama ada mahu ke syurga atau neraka.
"Kerajaan pula digambar dalam keadaan paling buruk seperti 'maha zalim', 'maha firaun', kafir zalim dan rasuah," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Nusantara-Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu.
Dalam pada itu Najib berkata, pendekatan wasatiyyah merupakan model kecemerlangan yang terbukti kerana banyak kerajaan Islam sebelum ini terutama di Asia Tenggara mencapai kegemilangan melalui konsep tersebut.
Berhubung seminar berkenaan beliau berkata, rantau Asia Tenggara mempunyai potensi sangat besar dan luas menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam tetapi memerlukan pendekatan kolektif semua pihak.
Jelas beliau, untuk mencapai kegemilangan itu semua pihak perlu bersungguh-sungguh mewujudkan masyarakat Islam yang celik pengetahuan dengan menggabungkan ilmu wahyu dan ilmu-ilmu baharu.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan turut dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin.
Dalam majlis itu, Jamil Khir turut mewakili Perdana Menteri melancarkan buku bertajuk 'Fiqh: Mentaati Pemimpin' yang menghimpunkan tulisan tokoh-tokoh agama tersohor hasil susunan Persatuan Generasi Bistari.
Kata orang penyakit jangan dicari... Ni lah padahnya bila terikut-ikut sangat perangai pemimpin pembangang pakatan pembangkang... sekarang sapa yang dapat susah.. ingat Mat Sabu nak tolong ke... sendiri mau ingatla.....Seterusnya klik pada tajuk entri....
Bernama: Kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga daripada 27 syarat perhimpunan anjuran parti pembangkang di Stadium Merdeka minggu lepas, dijangka siap minggu depan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata laporan itu dijangka siap selepas polis mengambil keterangan penganjur himpunan yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semalam.
"Selepas ini, mungkin akan ada lagi individu yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kepolisan Komuniti anjuran JSJ (D7) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Sabtu.
Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang.
Ditanya sama ada peserta yang membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun akan dipanggil memberi keterangan, Mohd Bakri berkata buat masa ini, polis melihat perkara itu dari sudut tanggungjawab penganjur berkaitan syarat yang telah dipersetujui.
"Kemudian baru kita akan lihat sama ada perlu atau tidak untuk memanggil individu berkenaan," katanya.
Mengulas kes dua tahanan yang masih bolos di Pulau Pinang, Mohd Bakri berkata polis telah mendapat petunjuk berhubung lokasi suspek bersembunyi hasil kerjasama orang ramai.
"Maklumat orang awam banyak memberi petunjuk sehingga tertangkapnya tujuh daripada sembilan suspek itu, dan kini kita telah mengesan lokasi baki dua suspek tersebut," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Dua tahanan itu ialah Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39. Dalam kejadian dua minggu lepas, sembilan tahanan dalam perjalanan dari penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul serta menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas berhampiran van itu, yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi, iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati selepas cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu, Bukit Mertajam.
Polis juga menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai di Kampung Petani, Kubang Semang dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, yang menyerah diri di Pasar Awam Penanti manakala Mohd Khairulnizam Abd Rani, 26, pula ditahan di sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam.
Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.
"Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.
"Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.
"DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.
Tindakan tepat telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru yang telah membuat siasatan keatas Patrick Teoh ekoran menghina Islam dalam laman Facebook. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Diberitahu Sekumpulan pegawai penyiasat SKMM telah selesai mengambil rekod dan keterangan daripada Patrick Teoh. Harap Patrick Teoh dikenakan tidakan tegas diatas tindakan bodohnya yang telah menguris hati umat Islam.
Terdahulu dalam kekecohan dan kehangatan masyarakat memperkatakan isu kalimah Allah dan Amanat Hj Hadi, tiba-tiba muncul Patrick Teoh menyuarakan pendapat yang sangat bertentangan, menghina Islam dan menghiris hati orang-orang Melayu Islam khasnya.
Beliau yang memberi komen mengenai peraturan yang dibuat oleh kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan kandungan, susunan, cara serta pengisian sambutan Tahun Baru Cina yang hendak diadakan di Alor Setar sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari ini.
Dalam kenyataannya Patrick Teo mempersoalkan tentang etika berpakaian di kalangan peserta yang bakal menjayakan majlis itu, lagu bersifat motivasi dan dengan lantang mempersendakan solat lima waktu, wanita bertudung dan menghina Al-Quran.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura Ulama, Nik Aziz berkata, itu terpulang kepada mereka untuk membuat dakwaan.
Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Abdul Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.
Abdul Hadi dipetik berkata, Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:
"Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas."
Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.
"Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak," katanya.
Tergempar Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat pendedahan berkaitan dua pemuda mengedar buku yang di percayai bible kepada pelajar-pelajar di hadapan sekolah di Pulau Pinang. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Pengedaran berlaku di perkarangan Sekolah Menengah Jelutong Jalan Penaga Pulau Pinang apabila sebuah kereta berhenti dan menurunkan dua orang lelaki cina sambil memakai beg penyandang meluru masuk ke kawasan sekolah tersebut tanpa rasa bersalah.
Seorang lelaki berbangsa cina terus masuk ke perkarangan sekolah dan menemui beberapa pelajar perempuan Melayu bertudung yang sedang menunggu bas dan menyerahkan bible-bible tersebut.
Tanpa disedari perlakuannya telah dirakam oleh seseorang lelaki cina itu terus bercakap-cakap dengan beberapa pelajar Melayu lelaki kemudiannya menyerahkan juga beberapa bible tersebut.
Difahamkan juga menurut sumber lelaki cina itu berkata bahawa "bila selesai membaca buku ini hubungi dia seperti nombor yang tercatat di bible untuk mendapatkan wang saguhati". Lelaki cina itu juga telah diawasi oleh dua orang lain yang dipercayai adalah 'bodyguard'.
Laporan Polis telah dibuat di balai Polis Jelutong dan pihak polis sukar untuk menyiasat kerana perbuatan ini ada kaitan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Dalam hal ini umat Islam perlu bersatu menangani isu tersebut dan jika tidak ada tindakan dari pihak Polis mungkin boleh menggugat keharmonian antara Agama di nagara ini.
Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang Melayu. Tidak terfikir di kepala kita ada pimpinan Muslim yang latarbelakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.
Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut :
1. Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam struktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;
2. Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu ini. Gambaran yang diberi seolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidak boleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy ini seharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci. Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;
3. Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Dalam sistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;
4. Azmin gagal memahami perasaan, citarasa, hatikecil dan komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuh kepada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;
5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidak mudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam. Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus di dalam Majlis Presiden kecuali pimpinan PAS, yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.
Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :
1. Apakah kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang telah sebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?
2. Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?
3. Sehingga ini pimpinan PKR dan DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.
4. Di kalangan saf pimpinan PAS sendiri diluar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.
5. Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan seperti apa yang ada sekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabul keluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.
Gambaran yang ada di hadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili parti dalam hal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama. Tidakkah ini akan mewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadi sesuatu yang boleh dilindungi dan dipertahankan.
Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.
Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belum selesai termasuk isu yang dibincangkan ini?
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI Kuala Lumpur 18 Januari 2013
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on the South-East Asian region to be a catalyst for the revival of the golden era of Islam. However, he said Islamic Revivalism had to be of a wide scope and holistic, and that it should not be defined by just form but also substance. "Islamisation should not just be superficial, but encompass the basis and fundamentals of the society at large. "This includes economic growth, the preservation of the Syariah, political integrity and a more meaningful and positive regional cooperation," he said at the Nusantara seminar titled "Islam in South-East Asia: Challenges and Hopes" on Saturday. The text of his speech was read out by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Najib also called for a second wave of Islamic renaissance which was independent and with an economic fortitude reflective of the current times. "We cannot be sentimental and nostalgic about with Islam's past glories without looking forward at new challenges in an open market." At the same time, he said reviving Islamic values in South-East Asia meant going back to spirit of wasatiyyah (moderation) that the region was long known for. "Extremism, radicalism and terrorism are all concepts that are very foreign to this region," he said. He added that, while Islam in South-East Asia had been moderate in character, it was undergoing a process of revivalist change in some segments of society. "Some South-East Asians returning from Islamic religious schools and Pakistan have returned with a new, radical, militant, and extremist form of Islam that is more likely to be anti-American or anti-Western in character," he said, adding that Malaysia, too, was not spared from it. Najib said that since the 1980s and 1990s, Malaysians were already exposed to extreme and antagonistic politics that had contributed to the split of the Muslims. "The Arab Spring is used as a new political template in the South-East Asian landscape. In the name of democracy and the freedom of expression, they would rather bring the political debate to the streets."
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.
Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.
Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.
Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.
Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.
Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.
"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.
Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.
Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.
Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini ( 19 Januari) telah merekodkan kenyataan pelakon tanah air Patrick Teoh ekoran kenyataannya dalam laman Facebook yang mempertikaikan garis panduan kerajaan negeri Kedah sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, menurut sumber.
Harap tindakan tegas dikenakan kepada beliau, jika tidak akan ada lebih ramai lagi yang akan meniru gelagatnya, Mula-mula buat statement bodoh dan bila orang bising, mereka memohon maaf tetapi maaf dibuat secara tidak ikhlas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Malam tadi di sebuah masjid pro Pas penceramahnya menempelak titah Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam bible di Selangor.
Kata ularmak Pas, dengan arahan berikut maka lagu-lagu kebangsaan negeri yang menggunakan kalimah Allah juga tak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
Maknanya kalau lagu Perak yang mempunyai empat kali kalimah Allah orang bukan Islam tak boleh sebut dan perlu digantikan dengan Dewa, God dan sebagainya.
Begitulah perangai putar belit ularmak Pas yang memutar belit isu kalimah Allah dalam bible.
Ularmak sesat Pas sanggup menipu rakyat dengan mainan bahasa. Lain orang cakap, lain pulak kelentong mereka yang bergelar ustaz Pas.
Dan ustaz Pas ini menyamakan agama Kristian sama seperti ahli kitab yang halal dikahwini dan halal dimakan sembelihan mereka.
Alangkah bodohnya ustaz Pas ini, sekali lagi beliau mengelirukan jemaah masjid dengan menyamakan ahli kitab Injil dengan kristian hari ini.
Jelas menunjukkan ustaz ini tidak belajar habis tentang perbezaan kristian hari ( new testament) dengan ahli kitab zaman Nabi Isa.
Nampaknya ramai ustaz Pas yang masih senada dengan Mat Sabu, Khalid Samad dan Hadi Awang bersetuju dengan kalimah Allah digunakan dalam Bible.
Bagaimanapun kita berbangga dengan pendirian Dr Harun Din yang mempertahan kalimah Allah daripada digunakan oleh Kristian dalam bible.
Beliau mahukan sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah.
Baca laporan berikut,
SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.
"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.
"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.
Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.
"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.
"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar," tegasnya.
Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah.
"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.
"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.
"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak. Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pagi tadi selepas selesai membuat liputan pelancaran Bilik Gerakan Belia 4B di Kamunting, TM ke bandar Taiping untuk membeli spare part kerusi pejabat.
TM tertarik dengan caretaker kedai tersebut yang penuh dengan surat khabar Barita Harian, The Star, Harakah dan berita Keadilan. (Akhbar Roket kini tak ada dalam senarai dia).
Kata lelaki tersebut, "ini kali Anwar habis lah, semua orang sudah tidak percaya dia lagi."
Tanya TM " macam mana MCA? Haiya MCA lancau lah" terkejut beruk juga lah, sampai macam tu sekali tak sukanya dia kepada MCA.
TM tanya lagi," apa pasai suka baca harakah?"
"Harakah tulis betul tak tipu, tak macam surat khabar lain, manyak tipu".
"Yakah? Lu tau kah , pagi-pagi itu harakah punya office, baca utusan, baca berita harian, belakang dia cali itu hot news dia kasi komen negative point punya lor".
"Lu tengok sendiri lah mana ada berita dalam Harakah tunjuk Pas tolong orang miskin, kasi duit orang miskin. Mana ada tunjuk gambar projek Pas? Mana ada? Talak loor. Yang ada semua kerajaan bikin talak betul, orang Pas sendiri, harakah banyak cerita tipu, fitnah dan bohong "
"Itu macam kah? Mana lu tau"
" Gua tau lah sebab gua pun baca harakah hari-hari, itu CEO Harakah, Dato Tarmizi pun tipu punya orang, hari-hari baca news paper cari point mahu hentam kerajaan juga".
" Lu umno kah? " Tanya cina tuuu.
"Tarak lah, gua bukan Umno, gua suka baca juga macam lu juga lah" kata Tm.
" Lu tau ka, Jepun sana, gua duduk 12 tahun, PM sana selalu tukar, sini Mahathir berapa lama dia jadi PM? Dia manyak kaya ooo, 30 tahun jadi PM berapa billion dia sapu! Lu tau ka? Semua olang politik mana ada betui punya"
" Kalau itu macam Anwar Ibrahim 16 tahun pun billion-billion lah dia sapu duit, Nik Aziz 22 tahun jadi MB pun sapu banyak duitlah, itu pasai Penang punya budget sudah deficit 3 tahun oooo, betui lah lu cakap, Guan Eng pun sama makan duit" kata Tm.
Terkedu sekejap cina tu, lalu dia bertanya bila PRU 13?
Jawab TM, sekarang pun boleh, tapi itu 4 negari tak mau bubar Dun sebab kalau bubar Dun dia olang tatak boleh guna state government punya wang dan state punya jentera, lu tengok dulu PRK di Galas, Hulu Selangor, 4 state semua turun guna kereta, lori, van state government punya pergi tolong. So gua ingat ini kali undi jatuh bulan Mei atau June looor. Kasi tamat road tax la." lu mau undi apa?
" Gua mau undi Pas loooor! "
" Apa pasai lu mau undi Pas, lu cina mesti undi Dap laa!" Tambah TM
" Gua punya tempat, Pas punya kawasan loo, Dap tatak bertanding punya, itu melayu punya tempat"
" Kawasan mana? " Tanya TM lagi.
" Larut laaaa sana Raja Ahmad punya kawasan" tambahnya.
Sekian, Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.
Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.
Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.
Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.
Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.
Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.
"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.
Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.
Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.
Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.
Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.
Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.
Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?
Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.
Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.
Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.
Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.
Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.
Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?
Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.
Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.
Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.
Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.
Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Karpal dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.
Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
KEBODOHAN ANWAR IBRAHIM mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah apabila mengeluarkan kenyataan dari sumber jalanan. Anwar Ibrahim menyerlahkan sifat sebenarnya, seorang yang ganas dan rakus, sesuai dengan makna perkataan Anwar; seorang yang terburu-buru, nak cepat sahaja, kemarahan yang melampau, kerakusan dan keterlanjuran, itulah antara ketibaan makna nama dia menurut seorang ahli sufi muda di negara kita. RCI di Sabah, Anwar pula menuduh kononnya di Selangor juga wujud pemberian IC atas alasan mengapa pengundi di Selangor bertambah. Anwar nak respon SPRM, tak perlu SPRM budak sekolah pun boleh jawab! Inilah kebodohan yang melampau.
Apakah rakyat Selangor yang baru berumur 21 tahun tidak pergi mengundi? Adakah ahli-ahli DAP dan PKR yang berumur 21 tahun tidak dikempenken pergi mengundi? Bukankah statistik SPRM tahun 2012 menunjukkan DAP paling banyak mendaftar pengundi diikuti UMNO, PAS dan paaaaaaling terperosok PKR! Kenapalah Anwar Ibrahim menjelang umurnya yang ke-65 tahun semakin kurang menyengat mindanya? Di Sabah, Anwar Ibrahim mula merosakkan USNO apabila dia datang ke Sabah pada tahun 1986 sebagai Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Hampir 10 tahun kemudian, Anwar datang semula ke Sabah dengan Modus untuk menjatuhkan Kerajaan PBS secara membeli Lajim dan kawan-kawan Lajim. Lajim yang ketika itu hanyalah bekas pekerja Disko dan Tukang Pukul berjaya mendapat sejumlah tidak kurang RM3 Juta dari Anwar dengan syarat tinggalkan kerajaan PBS. Kemudian Anwar membeli semua Ketua-Ketua Bahagian ketika percaturan dia melawan Tun Ghafar Baba. Bagaimana Tun Ghafar hendak menang apabila Anwar melalui orang-orangnya memasukkan wang dalam sampul ke dalam semua bilik-bilik hotel perwakilan UMNO. Bagaimana Ketua-Ketua Bahagian di Sabah tidak kelabu apabila Anwar yang kebetulan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengedarkan Lot-Lot Saham kepada semua Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan, Ketua-Ketua Pemuda dan Wanita, di mana Lot-Lot Saham itu bawa sahaja ke Bank Bumiputera dan tukarkan kepada Wang Ringgit.
Anwar turut terlibat memberi bajet, menambah pengundi dan mempermudahkan pendatang di Sabah. Kalau tidak, bagaimana Badrul Amin yang dilahirkan di Indonesia itu boleh bla bla bla, kamu cari sendirilah. Ini semua kerja Anwar, merosakkan UMNO, merosakkan Bank Bumiputera tapi menguntungkan Hong Leong Bank, merosakkan Integriti Negara. Nasib baiklah Tun Dr. Mahathir bijak dengan perbuatan Anwar di belakang tabir. Seorang Pengawal Peribadi Anwar semasa Anwar menjadi TPM berkata kepada kami, katanya, "antara 8.00pagi hingga 5.00petang memanglah kami menjaga dan mengawal Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri di aman sahaja. Tetapi selepas pukul 5.00 petang, " Anwar akan dijemput oleh Taukeh Judi Nallakarupan dengan kereta hitam entah ke mana", "Mereka pergi mana kami tidak tahu, sebab Anwar kata kepada kami cukup sampai di sini sahaja (5.00petang), esok pagi jumpa lagi macam biasa". Sekarang Anwar sudah rosakkan PAS, Bible Melayu Kitab Kristian sudah mula diedar di sekolah-sekolah di Pulau Pinang, dan PAS langsung tidak boleh berkata-kata walau sepatah pun. Perumpamaannya, Walaupun Hadi Awang berkahwin 2 dan 3, namun batangnya layu tak mampu nak menegak-negak lagi, gara-gara takutnya berkata tidak kepada Lim Guan Eng! artikel di atas merupakan emel terpilih pembaca.
Adoi... kerisauan bukan jer pada aktiviti Geng Bertudung tanoa Dara, sebaliknya mak bapak yang tengah tunggu keputusuan periksa anak-anak SPM yang nak keluar pun dah mula berkira-kira tak akan benarkan dema belajor di Kelantan walaupun sebelum ini dengan tanggapan Serambi Mekah adalah terbaik untuk anak-anak dihantar belajar tinggi disana dengan berharap tingkah laku serta anak-anak lebih berhemah dan bermoral.
Beberapa siri pendedahan dalam blog-blog menceritakan bagaimana sekumpulan pelajar tinggi yang makin terkenal dengan geng tudung yang tak berdara, dalam kumpulan nie dema akan menganggap sapa saja yang masih dara sebagai budak kampung dan memaksa hilangkan dara dema untuk bersama dalam group dema
Benda ni jadi di Kota Bharu Kelantan beb.. Yang gua heran, bukan ke Kelantan tu dikatakan negeri paling kuat agama dan dianggap sebagai negeri Serambi Mekah oleh puak-puak jumud Pas? Apa komen Nik Aziz yang selama ni dok sibuk kutuk negeri lain sebagai tak islamik? Takkan benda ni pun dia nak salahkan Mahathir kot?
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan. Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Puak lembu PAS suka fitnah yang kononnya UMNO bertanggungjawab dengan pengunaan kalimah Allah dalam Bible di Sarawak dan Sabah, bukan untuk menghalang serta memurnikan sebaliknya lebih suka dengan tiada tindakan untuk memudahkan UMNO dipersalahkan, kita akur sebab ikut tok guru dema ler, Kalau tak ada sebut UMNO dalam cermah Aljubri nie nampaknya sampai ada yang sanggup bagi telinga kalau dia tak sebut, caci, maki, hina dan fitnah, jadi tak heran ler apabila lembuan nya juga bercakap ikut tok guru yang HEbat dalam kekalkan hobi sukakan barangan Made in china, thailand dan the group listed of Coffee boyZ
Allah dalam bible sebenarnya sudah terhasik dari pengaruh mubaligh imdonesia yang rata-rata menggunakan bahasa indonesia , bangsa dema kalau kita perhatikan bukanlah menunjukan bangsa sebenarnya, Negara antara asia yang pernah dijajah dan berkesudahannya pengaruh yang ditinggalkan akhirnya menjadi resam baru, seperti Fhilipina yang dijajah oleh spanyol yang kita bahas ayang digunakan pun telo spain, begitu juga indonesia yang akhirnya bahasa digunakan oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, kalau dilihat tidak ada nama bangsa cina, hindu, sekalipun bangsa manoriti, hampir semua nya menggunakan nama dalam Bahasa indonesia, cuma ada satu dua nama yang kekal kerana kelebihan, seperti Lim Swee King yang menggunakan nama Cina sekalipun tidak ada bengsa cina yang boleh menggunakan seperti di Malaysia nama mengikut kaum.
Dalam apa bentuk juga pun dari segi bahasa dan aliran yang agak longgar bahasa indonesia makin menular termasuk diSabah maupun Sarawak yang paling hampir dengan satu dataran kepulauan Borneo ini. maka bukan sahaja Bible sahaja yang didalam bahasa indonesia sebaliknya kita punya banyak lambakan kitab dalam bahasa indonesia sebagai rujukan, sehingga ada masanya kecoh bila diragui kitab yang ditulis oleh beberapa Ulama dan ustaz diragui kesahihannya sebelum ini, bukan setakat itu malah AlQuran juga dibaca dalam Gereja disana (KLIK DAN TONTON dlm FB TEMAN)
Teman tertarik menghuraikan isu ini bila nampaknya futnah makin menjadi oleh PAS err... maksud teman lembu pakartun roket nie, setiap ceramah dijadikan punca untuk menyalahkan UMNO dan paling ramai yang jadi cacai dema di FB dan twitter , yang oelik kalau dah nak selesai mestilah dengan satu cara muzakarah atau tindakan untuk jalan penyelesaian, sebaliknya semacam dema suka pulak senang dijadikan alasan untuk memfitnah UMNO macam bapak Lembu dema yang nak nampak warak tapi hobi membalun tak jugak selesai
Teman tertarik kupasan blogger sahabat semut hitam tentang pembongkaran yang sebenarnya kejadian ini terjadi, biasalah bro, tang salah nie dalam dunia kalau Pakatan Rakyat nie mana ada yang lain apa jer yang tak betui dan salah dah tentulah UMNO, hehehe mana buatnya pakai otak kat lutut dan pungkok, Baka baru aljubri hasilkan...
Selama 18 tahun, Sabah dan Sarawak 'digodam' oleh Indonesia dan berbagai input kenegaraan berorientasikan Indonesia dipupuk ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak.
Ini termasuklah di bidang agama, hiburan, berita dan politik. Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak membawa masuk kitab-kitab Injil terjemahan bahasa Indonesia secara pukal ke Sabah dan Sarawak.
Dari sinilah datangnya penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab Injil versi Indonesia yang digunakan dengan meluas di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.
Justeru, tiada siapa melarang penggunaan ALLAH oleh Kristian di Sabah dan Sarawak kerana ia berlaku sebelum mereka menyertai Malaysia lagi. Eksklusifnya mereka dalam hal ini adalah seeksklusifnya mereka menggubal undang-undang imigresen mereka sendiri.
Ia berlaku di kalangan umat Kristian yang menggunakan Al-Kitab, Injil versi bahasa Indonesia, sebagai rujukan agama Kristian mereka. Hasil Al-Kitab inilah juga, pribumi Sabah dan Sarawak semakin mahir berbahasa Melayu.
Apa yang ditentang ialah, niat puak Kristian di Semenanjung yang terdiri dari kaum Cina dan India yang bukan pengguna bahasa Melayu ini. Mereka malah sebelum ini tidak pernah mendaulatkan bahasa Melayu sesama mereka. Tidak pernah pula menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pergaulan sesama keluarga dan komuniti mereka.
Tiba-tiba, tentu sahaja dengan niat provokasi dan mendatangkan sakit hati, Kristian-kristian di Semenanjung, tanpa sebab musabab yang utuh, merebut kata nama khas 'Allah' untuk Al-Kitab bahasa Melayu yang mahu dicetak oleh mereka.
Paling sedih, hal ini berlaku setelah mereka berjaya menakluk dan menjinakkan PAS , sebuah parti yang tidak diterima di Sarawak dan Sabah, supaya terkurung dalam kandang mereka dan mudah pula untuk di anjingkan.
Adakah tuntutan mereka bersifat intelek atau provokatif? Tidakkah ia lebih kepada kurang ajar? Tetapi oleh kerana kebodohan abadi kekal subur dalam Pakatan Rakyat, pembohongan Abby Abadi tak akan diperbetulkan sesiapa.
TAHNIAH KEPADA PAKARTUN ROKET! Akhirnya dapat juga melahirkan gen baru ataupun BAKA baru hasil didikan serta usaha keras bagi melahirkan baka yang menganggap itu adalah baka terbaik! bukan susah sangat nak penuhkan kehendak yang diilhamkan
Baka baru nie akan lebih kurang ajar dan kin kecoh tentang Datin Rosmah yang tak bertudung sebaliknya kalau dema pulak pakai seluar katok pun tak apa kerana johad. Bukan setakat tunjuk rambut tapi siap tunjuk kepala botak dengan pompuan yang dianggap JIHAD dengan style dan bergaya apatah lagi rokok ditangan
Bukan setakat itu sahaja kalau kita perhatikan makin ramai Bloggers dan facebooker upahan yang setia dilembukan sampaikan Kiblat berlainan pun dikatakan boleh dalam islam, yang peliknya yang pandai cakap dan guna hadis nie semuanya yang biasanya kerling dan sepet. ikut suka mak bapak dema selagi boleh
hari nie lebai yang nampak macam bersunah paling aktif dan cukuo celupar dalam ceramah caci maki hina dan fitnah ikut suka bapak dema, rosaknya anggapan sunnah dari mata masyarakat. Dema dah tak peduli siapa dia ulama dan mufti sepatutnya menjadi panduan dan rujukan akhir zaman dihina bagai lembu dan dicercakan, memadai setakat tak laku sebagai artis yang diiktiraf oleh parti ajaran sesat sudah boleh hina caci sapa saja termasuk mufti maupun ulama. memang benarlah telah dikatakan semua kejadian diakhir zaman...
Koleksi gambar sorotan HERO PR sepanjang tahun 2012...
berhemah... tak ganas
tak pa aurat tak penting, Rosmah salah jer?
janji sokong PAS... tak pa
Aljub memang nak ganaz, kalah kalu boleh ganaz lagi!
Mulut jelabai, kalau tak tipu mana ada stim, peduli ler sultan pun...
Anjing pun bukan maalah! uncle sick ker kalu takpa!
Komunis ler HERO, POLIS pengkhianat ler!
Komunis kita kata hero! Israel kita kata sokongler!
Peduli mak bapak nak malu !
tanggang pun tak per, Janji sokong aljub!
khalifah lantikan PAS?
mabuk hina Quran dan Islam?
tak pa bleh ma!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai penasihat ekonomi, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang.
Dalam rakyat Selangor kalut mengangkat air dengan baldi hingga ke tingkat lapan pihak pembangkang masih dengan agenda politik yang tidak sudah-sudah seolah-olah kuasa politik lebih penting daripada membantu rakyat Selangor yang terputus bekalan air.
Di Stadium Merdeka penyokong pembangkang berpuluh-puluh ribu berkumpul untuk mendengar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya 'dibelasah' hingga lembik dengan ucapan berapi-api, namun bak kata orang anjing menyalak bukit tak ada maknanya jika hati rakyat semakin sangsi dengan perjuangan pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Kemelut antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mana mereka mempunyai saham di dalamnya menjelaskan satu perkara kepada rakyat. Jika Syabas bermasalah ini bermakna kerajaan negeri turut mempunyai saham ada masalah yang sama.
Sepatutnya kerajaan negeri Selangor berterima kasih kepada Syabas kerana membenarkan mereka berhutang duit subsidi air (jika masih ada yang tertunggak) yang diberikan 20 meter padu kepada setiap rumah yang ada meter individu.
Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membantu Syabas dan rakyat membuat migrasi dari meter pukal ke meter individu bukannya menyalahkan Syabas dalam soal ini. Jika bantuan sedemikian telah diberi tidaklah rakyat yang merasa diri mereka tertipu dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaman kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar dan Syabas sekali gus.
Rakyat Selangor tidak meminta banyak kepada kerajaan negeri, jika benar komited ingin menjadi kerajaan - berlaku adil lah kepada rakyat tanpa mengira parti dan kelompok tertentu.
Sepatutnya tempoh lima tahun diberi mandat soal kebajikan rakyat dan air, pungutan sampah dan jalan raya telah diselesaikan bukannya memberi pelbagai alasan dalaman yang tidak relevan dengan rakyat itu sendiri.
Isu air dan kemungkinan bekalannya tergganggu telah kedengaran hampir 20 tahun lalu. Ini disebabkan negeri seperti Selangor ibarat semut menghurung gula. Di mana rakyat Malaysia bertumpu di negeri ini untuk mencari sesuap nasi.
Soal air tidak boleh dikompromi kerana ia mencakupi semua aspek kehidupan dari kelahiran, pekerjaan hingga ke proses kematian. Walaupun ketiadaan air disebabkan masalah pam kenyataannya kerosakan pam disumbang oleh tekanan air yang amat rendah kerana kolam takungan air di Semenyih berada pada paras sederhana.
Justeru, pemimpin seperti peringkat exco dan Menteri Besar Selangor sendiri perlu sedar kepentingan mengatasi masalah air dengan pembinaan Langat 2 yang mampu menampung keperluan bagi jangkamasa panjang.
Ulasan intelek dan akademik telah diperdengarkan, dan ternyata Langat 2 adalah jawapan bagi menampung segala kekurangan air. Biarlah air berlebih dari tidak cukup kerana kurang hujan atau fenomena El-Nino yang entah bila akan muncul kembali.
Namun dalam rakyat mengeluh ketiadaan air di beberapa tempat di Cheras dan Ampang mereka diajak pula ke Stadium Merdeka untuk bangkit menentang Kerajaan BN seolah-olah kerajaan yang ada menindas rakyat tahap maksimum. Apa yang menyedihkan duit rakyat yang hadir dikerjakan oleh pemimpin pembangkang yang bersenang-lenang menaiki kenderaan canggih di darat dan di udara, untuk kononnya membayar sewa stadium.
Persoalan yang ingin dilontarkan dan perlu dijawab oleh pemimpin pembangkang siapa yang menindas siapa dalam soal air di Selangor. Syabas adalah sebuah syarikat umpama timun dan kerajaan negeri Selangor sebagai durian yang besar merupakan entiti yang ada suara dalam Syabas. Jika timun menggelek durian ibarat mereka mencari nahas.
Namun jika durian menggelek timun maka timun tak mampu berbuat apa-apa. Buktinya, disebabkan kerajaan negeri mempunyai kuasa, mereka tidak mengeluarkan Arahan Pembangunan (DO) pembinaan Langat 2 dan Syabas tidak mampu untuk mempengaruhi keputusan tersebut.
Secara kesimpulan Kerajaan Negeri Selangor lebih mengutamakan politik dari menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit akibat air tidak dapat meleleh keluar dari lubang paip.
Ini dibuktikan dengan perhimpunan di Stadium Merdeka yang hanya memfokuskan kepada agenda politik walaupun ada yang hadir dengan bau ketiak masam kerana tidak mandi asal mereka dapat menumbangkan kerajaan dengan budaya politik enau dalam belukar langsung tidak mempedulikan pihak lain asal ia dapat melepaskan pucuknya.
Masanya telah tiba untuk rakyat memilih semula kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka. Kepada Syabas, anda telah melakukan yang terbaik sebagai sebuah syarikat yang diberi amanah untuk membekalkan air.
Benarlah kata pepatah, orang yang sentiasa berada dalam kerugian adalah orang yang tidak menggunakan masa dengan bermanfaat demi agama, bangsa dan negara. Baru dengar guruh di langit air di tempayan menjadi korban dibuang ke tanah begitu sahaja. Lima tahun yang penuh demonstrasi dan hipokrasi.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terdapat satu lagi isu yang kini hangat diperkatakan menerusi laman sosial. Isu tersebut melibatkan Patrick Teoh seorang pengamal seni dunia hiburan yang terkenal di negara ini.
Dalam kekecohan dan kehangatan masyarakat memperkatakan isu kalimah Allah dan Amanat Hj Hadi, tiba-tiba muncul Patrick Teoh menyuarakan pendapat yang sangat bertentangan, menghina Islam dan menghiris hati orang-orang Melayu Islam khasnya. Beliau yang memberi komen mengenai peraturan yang dibuat oleh kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan kandungan, susunan, cara serta pengisian sambutan Tahun Baru Cina yang hendak diadakan di Alor Setar sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari ini.
Dalam kenyataannya Patrick Teo mempersoalkan tentang etika berpakaian di kalangan peserta yang bakal menjayakan majlis itu, lagu bersifat motivasi dan dengan lantang mempersendakan solat lima waktu, wanita bertudung dan menghina Al-Quran. Beliau seolah-olah mencemuh dan meremehkan peraturan yang dikeluarkan dan menganggap peraturan sedemikian tidak selari dengan selera masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang menakjubkan manusia yang berhemah itu mengguna dan mengulang-ulang perkataan lucah pada darjah tertinggi yang tidak sanggup saya turunkan.
Setakat yang saya layari laman-laman sosial yang ada, di kalangan artis-artis sendiri terdapat mereka yang menempelak pendapat Patrick Teoh seorang yang bukan Islam cuba mempersoalkan peraturan-peraturan yang sedikit mencerminkan unsur-unsur keislaman yang didapati begitu serasi dengan masyarakat yang majoriti besarnya adalah Melayu Islam seperti di Kedah.
Sepanjang saya mengikuti kerjaya Patrick Teoh dalam bidang seni, beliau bukan merupakan seorang yang bermasalah. Dalam banyak hal beliau banyak menyumbang kepada kemajuan dunia seni dan perfileman Melayu khasnya. Sudah tentu majoriti peminat Patrick Teoh ialah dari kalangan masyarakat Melayu Islam sendiri.
Saya cenderung mempercayai bahawa perubahan yang agak mendadak dari segi pemikiran dan sikap Patrick Teoh itu adalah disebabkan oleh penglibatan beliau dalam dunia politik diakhir-akhir ini. Beliau dikatakan terlibat secara langsung dalam program-program politik anjuran DAP. Sesetengah pimpinan DAP memberi sanjungan yang tinggi terhadap Patrick Teoh sehingga beliau dikatakan berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa.
Jelas kelihatan bagaimana contoh seorang yang tidak ada kecenderungan politik (a-political) sebelum ini yang telah mengukir nama dibidang profesionalnya, tiba-tiba menjadi begitu lantang, cauvinis dan rasis dalam menyuarakan pandangan mengenai sesuatu isu hingga lupa dan lalai memberi pertimbangan terhadap kewajaran pandangan sedemikian.
Inilah bahananya jika seseorang merelakan dirinya dijadikan alat politik oleh parti politik yang cauvinis dan rasis yang sememangnya membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berbakat untuk dijadikan orang-orang hadapan (frontliners) untuk menyuarakan ideologi parti tersebut.
Saya berpendapat tindakan yang tidak bijak oleh Patrick Teoh akan mengudang padah dan akan mencalarkan imej baiknya dikalangan peminat-peminat masyarakat Melayu Islam. Kedua, saya yakin parti yang cuba menunggangi Patrick adalah untuk kegunaan terdekat terutama menjelang PRU ke 13.
Mereka tidak mengambil banyak perhitungan kepada karier dan sumber rezeki Patrick Teoh. Ketiga, saya tidak fikir parti berkenaan berupaya mempertahankan Patrick Teoh daripada serangan berbagai pihak kerana parti berkenaan sudahpun mempunyai timbunan isu yang sebahagian besarnya belum ditangani.
Saya berharap pihak-pihak yang berwajib tidak memandang ringan isu ini dan perlu segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kelancangan Patrick dalam menghina Islam supaya tidak akan tumbuh lagi anakbenih-anakbenih seperti Patrick Teoh yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan keamanan di negara ini.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI, Kuala Lumpur
Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai penasihat ekonomi, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang.
Dalam rakyat Selangor kalut mengangkat air dengan baldi hingga ke tingkat lapan pihak pembangkang masih dengan agenda politik yang tidak sudah-sudah seolah-olah kuasa politik lebih penting daripada membantu rakyat Selangor yang terputus bekalan air.
Di Stadium Merdeka penyokong pembangkang berpuluh-puluh ribu berkumpul untuk mendengar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya 'dibelasah' hingga lembik dengan ucapan berapi-api, namun bak kata orang anjing menyalak bukit tak ada maknanya jika hati rakyat semakin sangsi dengan perjuangan pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Kemelut antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mana mereka mempunyai saham di dalamnya menjelaskan satu perkara kepada rakyat. Jika Syabas bermasalah ini bermakna kerajaan negeri turut mempunyai saham ada masalah yang sama.
Sepatutnya kerajaan negeri Selangor berterima kasih kepada Syabas kerana membenarkan mereka berhutang duit subsidi air (jika masih ada yang tertunggak) yang diberikan 20 meter padu kepada setiap rumah yang ada meter individu.
Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membantu Syabas dan rakyat membuat migrasi dari meter pukal ke meter individu bukannya menyalahkan Syabas dalam soal ini. Jika bantuan sedemikian telah diberi tidaklah rakyat yang merasa diri mereka tertipu dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaman kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar dan Syabas sekali gus.
Rakyat Selangor tidak meminta banyak kepada kerajaan negeri, jika benar komited ingin menjadi kerajaan - berlaku adil lah kepada rakyat tanpa mengira parti dan kelompok tertentu.
Sepatutnya tempoh lima tahun diberi mandat soal kebajikan rakyat dan air, pungutan sampah dan jalan raya telah diselesaikan bukannya memberi pelbagai alasan dalaman yang tidak relevan dengan rakyat itu sendiri.
Isu air dan kemungkinan bekalannya tergganggu telah kedengaran hampir 20 tahun lalu. Ini disebabkan negeri seperti Selangor ibarat semut menghurung gula. Di mana rakyat Malaysia bertumpu di negeri ini untuk mencari sesuap nasi.
Soal air tidak boleh dikompromi kerana ia mencakupi semua aspek kehidupan dari kelahiran, pekerjaan hingga ke proses kematian. Walaupun ketiadaan air disebabkan masalah pam kenyataannya kerosakan pam disumbang oleh tekanan air yang amat rendah kerana kolam takungan air di Semenyih berada pada paras sederhana.
Justeru, pemimpin seperti peringkat exco dan Menteri Besar Selangor sendiri perlu sedar kepentingan mengatasi masalah air dengan pembinaan Langat 2 yang mampu menampung keperluan bagi jangkamasa panjang.
Ulasan intelek dan akademik telah diperdengarkan, dan ternyata Langat 2 adalah jawapan bagi menampung segala kekurangan air. Biarlah air berlebih dari tidak cukup kerana kurang hujan atau fenomena El-Nino yang entah bila akan muncul kembali.
Namun dalam rakyat mengeluh ketiadaan air di beberapa tempat di Cheras dan Ampang mereka diajak pula ke Stadium Merdeka untuk bangkit menentang Kerajaan BN seolah-olah kerajaan yang ada menindas rakyat tahap maksimum. Apa yang menyedihkan duit rakyat yang hadir dikerjakan oleh pemimpin pembangkang yang bersenang-lenang menaiki kenderaan canggih di darat dan di udara, untuk kononnya membayar sewa stadium.
Persoalan yang ingin dilontarkan dan perlu dijawab oleh pemimpin pembangkang siapa yang menindas siapa dalam soal air di Selangor. Syabas adalah sebuah syarikat umpama timun dan kerajaan negeri Selangor sebagai durian yang besar merupakan entiti yang ada suara dalam Syabas. Jika timun menggelek durian ibarat mereka mencari nahas.
Namun jika durian menggelek timun maka timun tak mampu berbuat apa-apa. Buktinya, disebabkan kerajaan negeri mempunyai kuasa, mereka tidak mengeluarkan Arahan Pembangunan (DO) pembinaan Langat 2 dan Syabas tidak mampu untuk mempengaruhi keputusan tersebut.
Secara kesimpulan Kerajaan Negeri Selangor lebih mengutamakan politik dari menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit akibat air tidak dapat meleleh keluar dari lubang paip.
Ini dibuktikan dengan perhimpunan di Stadium Merdeka yang hanya memfokuskan kepada agenda politik walaupun ada yang hadir dengan bau ketiak masam kerana tidak mandi asal mereka dapat menumbangkan kerajaan dengan budaya politik enau dalam belukar langsung tidak mempedulikan pihak lain asal ia dapat melepaskan pucuknya.
Masanya telah tiba untuk rakyat memilih semula kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka. Kepada Syabas, anda telah melakukan yang terbaik sebagai sebuah syarikat yang diberi amanah untuk membekalkan air.
Benarlah kata pepatah, orang yang sentiasa berada dalam kerugian adalah orang yang tidak menggunakan masa dengan bermanfaat demi agama, bangsa dan negara. Baru dengar guruh di langit air di tempayan menjadi korban dibuang ke tanah begitu sahaja. Lima tahun yang penuh demonstrasi dan hipokrasi.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika keluarga bergembira nampaknya anak Mak Yam yang 'derhaka' teruk menghina Ulama Pas demi halalkan kalimah Allah untuk Bible Bhasa Melayu.
Akhir sekali beliau juga jadi mangsa hingga ditempelak oleh Ketua Majlis Syura Ulama berhubung kenyataannya yang mahu bersandarkan perkataan Hj Hadi berhubung isu kalimah Allah.
Info memberitahu kemungkinan Anwar Ibrahim akan bersumpah malam pengundiaan untuk membersihkan namanya. samada tepat info ini, wallahu A'lam.
Semoga semua yang sesat akan kembali ke pangkal jalan dan terus bertaubat.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh umat Islam di negara ini menolak model pemikiran ekstremis parti politik tertentu seperti sanggup mengkafirkan insan seagama dan mengeluarkan pelbagai amanat yang membawa perpecahan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, pendekatan liberalisme dan keterbukaan tanpa batas yang kini diperjuangkan golongan tertentu perlu ditentang kerana boleh memberi masalah kepada interpretasi dan syiar Islam.
Sebaliknya menurut beliau, umat Islam di negara ini perlu menghayati dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang menjadi model pemikiran kerajaan dalam mendepani cabaran mendatang.
Apakah Haron Din akan dicadangkan oleh Azmin Ali untuk disingkirkan daripada PAS kerana kenyataan beliau ini? Azmin Ali tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura dan masih lagi senada dengan Karpal Singh mahu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible. Yang menjadi persoalannya, beranikah Hadi Awang dan Nik Aziz menentang kenyataan Azmin Ali yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura?
Biarpun sudah diputuskan oleh Majlis Syura tetapi Karpal Singh tetap Karpal Singh. Masih berdegil dan berpegang kepada prinsipnya.
Yang gugur prinsip dengan DAP adalah Hadi Awang dan Nik Aziz bila bersama-sama membenarkan kalimah Allah sebagaimana yang dimahukan oleh DAP.
Bila Karpal Singh buat begini, nescaya PAS tidak akan berani berbuat apa-apa Karpal Singh. PAS cukup takut dengan Karpal Singh daripada tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Patrick Teoh perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia kerana kata-kata nista yang sudah dikeluarkan dalam Facebook beliau. Apa motif kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Patrick Teoh? Tujuan politik?
Memang nampak seolah olah ianya disengajakan untuk mencuit sensitiviti umat Islam. Sudah hilang adab dan sopan sebagai mana yang tertulis dalam prinsip Rukun Negara yang kelima.
Patrick Teoh ketika hadir dalam program yang diberi nama "Leading The Change 2012 Dinner" pada 7 April 2012 di One World Hotel. Program anjuran ADUN Bukti Lanjan, Elizabeth Wong. Patrick secara jelas bercakap dan berkempen untuk parti PKR dalam program tersebut. Patrick turut diberi liputan dalam Media Rakyat, antara saluran Youtube yang tegar pada PKR.
Gambar di bawah ini pula menjadi bukti hubungan Patrick Teoh dengan beberapa orang pemimpin PKR. Apakah hubungan Patrick Teoh dan pemimpin pemimpin PKR ini? Ketika Patrick Teoh menghina agama Islam, apa pendirian pemimpin PKR tersebut? Mengapa tidak gesa Patrick Teoh mohon maaf secara terbuka dalam media mereka?
KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.
Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari sudut penerimaan rakyat.
"Dalam menghadapi PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.
"Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara tersebut telah pun ada. Namun kita belum buat keputusan lagi bila masa yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut," kata beliau kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC, Khamis semalam.
Maka sudah jelas lah pendirian pemimpin PAS tidak menyokong penggunaan kalimah Allah bagi kaum kafir. Pendirian PAS ini berubah se mate2 kerana takutkan akan hilang sokongan dari akarumbi ahli2 dan penyokong2 PAS.
Pemimpin2 PAS sedar tentang akibat buruk yang menimpa parti itu jika menyokong kehendak DAP supaya kalimah Allah di benarkan digunakan dalam bible bahasa melayu. Sebelum ini Hj Hadi Awang nampak nya tidak menolak kalimah Allah di guna pakai oleh kaum kafir.
Dengan kenyataan Tn Guru Hj Nik Aziz di dalam klip VDO di bawah ni, ada kemungkinan besar PAS akan hilang sokongan dari kaum kafir iaitu DAP dan PKR. PAS sudah tiada jalan lain kecuali keluar tinggalkan Pakatan Rakyat. Se tidak2 nya penyokong PAS atas pagar pasti akan menyokong PAS.
Tok dah banyak kali cakap, PAS memang takde pendirian. Pemimpin2 PAS tahu dan sedar bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat tu tidak ikhlas samesekali. Mereka berkerjasama cume untuk kemenangan dalam PRU sahaja. Tentang perjuangan mereke sangat ber beza2.
DAP hanya ada satu tujuan utama dalam perjuangan nya - memperkokoh dan memperkasakan kuasa politik kaum cina dan seterus nya menguasai ekonomi dan pentadbiran negara. Cita2 kaum ini sudah bermula dari semenjak pemerintahan British sebelum merdeka dulu.
Kaum melayu/islam harus sedar tentang hasrat dan niat jahat mereka. Sangat malang bagi kita kerana pemimpin2 PAS sanggup bersengkokol membantu kaum yang sudah terkenal dengan sikap dan sifat anti melayu/islam itu.
Pada PRU-12, PAS telah berjaya melaksanakan hajat kaum yang anti melayu/islam itu menguasai Pulau Pinang. Malang nya PAS telah di 'anjing kurap' kan oleh parti yang di bantu nya itu. Walaupun PAS berjaya memnangi satu kerusi DUN tetapi parti yang anti melayu/islam itu tidak memberi kan sebarang post dalam EXCO kerajaan P Pinang.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terkejut apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet "menipu" tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat "syaitan"nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB). Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?
Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.
Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?
Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.
Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?
Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan "Khalifah tak sunat", Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?
Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?
Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!
Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali. Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!
Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.
Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan "cantik" dan "sedap didengar"?
Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.
Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang "syok sendiri".
Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.
Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung "kapal"nya yang semakin besar bocornya di sana sini?
Saya tertanya-tanya, apakah bajet "karamkan Kedah" ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet "widaq" yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?
Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai "Bajet Perpisahan Azizan" sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?
Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah "dikaramkan" bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…
Sumber: Mykmu.net
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nabi Muhammad saw bertanya kepada kaum Quraisy Mekah, "Adakah kamu percaya jika saya kata ada musuh di sebalik bukit sana sedang bersiap untuk menyerang kamu"
Semua menyatakan mereka "percaya" kerana Muhammad Al Ameen yang dikenalinya tidak pernah berbohong.
"Keyakinan tanpa perlu kepada bukti" sebegini hanya layak diterima dan diberi kepada Nabi Muhammad saw. Akhlak dan keperibadian baginda adalah "cagar ganti" kepada keyakinan bagi kaum Quraisy tanpa baginda perlu membuktikan musuh benar-benar berada di balik bukit.
BN mendapat keyakinan rakyat selama lebih 55 tahun bukan disebabkan keyakinan buta tuli mereka kepada BN. Keyakinan ini bersandarkan kepada asas yang sangat kukuh, iaitu testimony atau rekod kejayaan pemerintahan BN.
Rakyat selama ini memilih BN bukan disebabkan kejayaan UMNO memperbodohkan rakyat sepertimana yang sering dimomokkan pembangkang. Rakyat bukan sekarang baru nak cerdik dan tak boleh ditipu lagi.
Rakyat zaman mak bapak dan datuk nenek kita lebih bijaksana dan lebih susah ditipu dari rakyat pada hari ini.
Apakah kita hari ini mahu mendabik dada mengatakan bahawa kita lebih bijaksana dari ibubapa kita? Jangan angkuh dan sombong. Taada mano eh doh!!
Orang putih tak berjaya tipu dan bodohkan Mak bapak dan datuk nenek kita. Jepun pun tak berjaya tipu mereka.
Tapi, budak-budak sekarang cukup senang kena tipu dengan orang asing. Cuba lihat budak-budak PKR. Orang putih ulam duit sikit atas nama demokrasi dan atas nama kebebasan bersuara, terus ambil duit yang sah-sah didalangi yahudi Amerika.
Mak bapak, datuk nenek termasuk Hj. Sabu, dulu tak terpengaruh langsung dan tak beri langsung ruang kepada komunis untuk memperbodoh dan mempengaruhi mereka. Tapi, tiba-tiba (komunis dah pencen pun), anak Hj Sabu pulak mengiktiraf musuh bapak dia dulu sebagai hero.
Mak-bapak dan datuk-nenek kita dulu bertanggungjawab "menjagakan mata dan membangkit jiwa raja-raja melayu" supaya bangkit pertahankan negara dan jangan tandatangan pembentukan Malayan Union.
Tapi, budak-budak sekarang, khusus yang memimpin PKR, dan terkhususnya Anwar Brahmi "tanpa wisdom" dan "tanpa silu" menjemput orang asing campurtangan dalam urusan negara sendiri. Jemput Australia atas nama pembelaan demokrasi dan pilihanraya bersih. Jemput Habibie Ya Habibie mempertahankan pluralisma Islam yang menjadi anutan serong Anwar.
Mak-bapak dan datuk-nenek kita cukup bijaksana melindungi kesucian Islam dan kepentingan anak bangsanya. Mereka "letak siap-siap"dan pastikan semua klausa penting berkaitan kepentingan agama Islam dan bangsa melayu "dibubuh" dalam perlembagaan negara. Nak bagi supaya lebih selamat, mereka "amanahkan" pula kepada seluruh raja-raja melayu menjaga kepentingan agama dan bangsa tanpa ada sesiapa pun boleh menyentuh atau mengungkitnya.
Tapi "kerja" budak-budak sekarang, khususnya yang memimpin PKR mendesak pula segala privilege yang berkaitan agama dan keistimewaan bangsa yang "sudah elok disimpul mati" ini dicabut dari perlembagaan yang datuk nenek kita buat. Konon atas nama meritokrasi, kebebasan dan keadilan sejagat. Konon dah mampu sangat bersaing tanpa tongkat, tapi siang malam desak kerajaan beri pendidikan percuma, desak tol free dan hapus kos itu dan ini.
Jadi sebenarnya siapa yang bodoh? Kenapa sombong bodoh sangat mengatakan diri lebih bijaksana dari mak bapak dan datuk nenek sendiri hingga UMNO dikatakan dah tak boleh perbodohkan mereka lagi.
Tiada sebab rakyat hari ini "tidak mengakui atau mempercayai UMNO" untuk terus memimpin negara kerana semua testimony dan rekod baik sudah jelas terbukti.
DAN, tiada sebab untuk rakyat mahu mempercayai dan meyakini pakatan pembngkang secara buta tuli hanya berdasarkan kepada "janji" semata-mata, tanpa ada apa-apa testimony sebagai sandaran. Malah segala janji pakatan dalam PRU12 dulu sebahagian besarnya sudah dimungkiri.
Kerajaan pakatan hanya ada "testimony kegagalan" pemerintahan mereka di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan. Pengurusan air gagal, mengurus universiti peninggalan kerajaan BN gagal, tanah milik orang melayu Penang "dikendurikan". Baru perintah Perak sekejap sudah lulus tanah 999 tahun "secara rasis" yang tak pernah dibuat orang.
Rekod terburuk pemerintahan pakatan ialah sensitiviti dan hubungan antara penganut agama semakin tonggang-langgang dan sifat menghormati anutan agama lain yang diutamakan semasa pemerintahan BN sudah luput.
Saat bahagia perkahwinan Katie Price yang ketiga sedikit kecoh gara-gara wardrobe malfunction yang agak memalukan (ye ke memalukan?).
Gaun yang dikenakan beliau pada hari itu telah melorot hingga menampakkan puting payudaranya. Seperti yang dikutip dari The Sun, model beruisa 34 tahun itu secara diam-diam telah menikahi dengan seorang penari bogel, Kieran Hayler, dan ianya dilangsungkan di Kepulauan Bahamas.
Entah di mana silapnya, ketika Katie mengangkat tangannya melambai kepada orang ramai, tiba-tiba gaun pengantin yang dipakainya tidak dapat menahan saiz buah dadanya yang terlalu besar!
Dah tahu saiznya XXL, dipakainya pula baju bersaiz S...
Sekali lagi kami utarakan persoalan dari tajuk diatas, apakah persamaan di antara kedua-dua individu ini? Tubuhnya kah? Wajahnya kah?
Hmmm..tak aci la kalau dah tengok gambar-gambar di bawah.
Oklah, saja kami mahu berkongsi dengan anda aktiviti kedua-dua selebriti ini pada pagi tadi di SANTAI BICARA HIJRAH bersama selebriti Diana Amir, Dato' Malek Noor & Nazrey Johani di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Air Terjun Dusun Sg. Meru, Taman Meru 2C, Jelapang, Ipoh, Perak.
Ini baru perkongsian ilmu tanpa membabitkan isu politik, perkongsian pengalaman untuk jadi iktibar, bukan sekadar datang mengutuk orang itu, orang ini...
GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini berkata beliau berharap kerajaan Kedah yang diterajui Pas tidak 'mengocak keadaan" dengan cuba menetapkan peraturan berpakaian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Beliau berkata, keputusan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan pada majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina adalah melampaui norma biasa.
"Cara berpakaian adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sesuatu yang ditentukan sendiri oleh seseorang.
"Ia bukan sesuatu yang boleh ditetapkan dan disuruh di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Setelah mendapat bantahan berhubung perkara itu, kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Januari dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha.
Karpal Singh juga menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Malaysia kerana gabungan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mencapai persetujuan bahawa perkataan itu boleh diguna dalam Bible bahasa Malaysia. -Bernama
GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).
Beliau menyeru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas."
Sekali terbaca tajuk ini, maka musnahlah segala impian dan harapan vip-vip di luar sana. Kami pasti, ramai juga lelaki biasa diluar sana yang sedang patah hati sekarang, kan?
Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beza umur 10 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini. Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.
"Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini," ujar Zain kepada portal Gua.
Menurut pelakon kacak ini lagi, Che Ta sendiri telah pun memberikan kata putus dan mengaku mereka berdua serius antara satu sama lain.
"Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin.
Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini."
Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta.
Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai 'dikenakan' rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting, dekat sini.
Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.
Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.
Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.
Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh.
Kuala Lumpur: PKR hanya mengutamakan kepentingan politik kerana tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali harus menyerahkan aspek berkaitan agama, terutama kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab berkenaan kepada ulama dan bukannya bersikap memandai-mandai menolak keputusan Majlis Syura PAS. Hormati Majlis Syura
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menegaskan, pemimpin politik bukan ulama seperti Azmin tidak boleh mengetepikan keputusan Majlis Syura PAS itu, sebaliknya harus menghormatinya bukan untuk kepentingan politik, malah yang lebih penting ialah untuk memelihara akidah umat Islam.
Beliau berkata, Majlis Syura PAS sudah memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu, sekali gus membatalkan pandangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum itu dilaporkan bersetuju supaya kalimah Allah boleh digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh diterjemahkan dalam semua bahasa.
"Saya baru kembali dari menunaikan umrah semalam (kelmarin). Saya berdoa di depan Kaabah supaya Islam di negara ini terpelihara dan begitu juga dengan umatnya.
"Apa-apa perkara berkaitan agama, serahkan kepada ulama. Azmin jangan memandai-mandai bercakap hal berkaitan kalimah Allah. Apa perasaan kita kalau satu hari nanti kita tengok ada lambang salib diletakkan pada kalimah Allah? "Jangan main-main dengan kalimah Allah. Saya bimbang kalau perkara ini tidak dibendung akan menyebabkan pertelingkahan agama di negara kita," katanya kepada BH semalam.
Beliau mengulas kenyataan Azmin kelmarin yang mendakwa mewakili keputusan semua pemimpin pakatan pembangkang berdasarkan kenyataan Abdul Hadi yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh menterjemahkannya.
Azmin memberi alasan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu sepakat bersetuju kalimah Allah boleh digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh menterjemahkannya dan Majlis Syura hanyalah satu organisasi dalam PAS, sekali gus tidak menggambarkan keputusan pemimpin pakatan pembangkang.
Tak hormati Majlis Syura
Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata: "PAS harus meneliti semula kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang. PKR sama sekali tidak akan menghormati pendapat ilmuwan Islam dalam PAS kerana yang lebih penting bagi parti itu ialah menang pilihan raya,".
KUALA TERENGGANU –"Saya tidak akan tinggalkan Pas. Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti ini!"
Demikian tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan Pas.
Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana Pas adalah platform beliau untuk memperjuangkan agama Islam sejak dulu lagi.
"Mana boleh tinggal Pas. Pas perjuangan saya, wadah perjuangan saya," kata Adun manir itu.
Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.
Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.
Sementara Harun Taib telah dinasihatkan rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas, walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka juga berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.
Artikel bertajuk 'Dua Harun bakal tinggalkan Pas?' itu dipercayai diterbitkan semasa kontroversi isu kalimah ALLAH, sebelum ia diputuskan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Injil pada 13 Januari lepas dan mendapat lebih 150 komen daripada pelawat blog.
Mengulas isu kalimah ALLAH, Harun berkata, kenyataan yang dibuat beliau sebelum keputusan Majlis Syura dikeluarkan langsung tidak bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi dan juga Nik Aziz.
IPOH – Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.
"Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan," katanya.
Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12 Perak, 21 Disember lalu apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan.
Tidak padan dengan usia sudah lebih separuh abad, seorang janda berstatus nenek kerap bertukar pasangan, membawa teman lelakinya pulang ke rumah di flat Larkin di sini.
Malah, anak sulungnya, wanita berusia awal 30-an, dipercayai bersekedudukan dengan teman lelaki hingga melahirkan seorang anak berusia dua tahun manakala anak keempatnya, juga wanita berusia awal 20-an, melarikan diri dari rumah itu selepas mengandung anak luar nikah.
Difahamkan, janda beranak empat yang juga ahli perniagaan itu tidak mempedulikan teguran anak lelakinya.
Dua anak lelakinya, iaitu anak kedua dan ketiga yang sudah berkahwin serta tinggal bersamanya, hanya mampu menasihatkan ibu, kakak serta adik perempuan mereka.
Seorang kenalan keluarga berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azimah, 40-an, berkata, perbuatan itu diketahuinya sejak beberapa tahun lalu.
"Saya tidak berniat mencampuri urusan keluarga mereka, tetapi sebagai umat Islam, saya tidak mahu bersubahat selepas mengetahui perkara sebenar.
"Apa yang saya tahu, baru-baru ini wanita berkenaan menjalin hubungan dengan seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pekerjanya sendiri," katanya.
Azimah mendakwa, anak sulung dan anak bongsu keluarga terbabit (kedua-duanya wanita) mencontohi kelakuan ibu mereka kerana turut berkelakuan sedemikian.
"Bagaimanapun, dua anak lelakinya tidak merestui perbuatan itu dan mereka berkahwin secara sah.
"Saya juga difahamkan anak lelaki terbabit serta isteri masing-masing beberapa kali menegur ibu mereka, namun tidak diendahkan, malah diingatkan supaya jangan menderhaka," katanya.
Menurut Azimah, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Zamri Kambari berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung keluarga berkenaan dan kini mengumpul bukti.
Menurutnya, risikan perlu dijalankan, termasuk waktu wanita terbabit membawa pulang pasangannya ke rumah serta mengumpul bukti lanjut sebelum serbuan.
Beliau bagaimanapun berkata, sebagai ibu, wanita terbabit seharusnya menjadi contoh baik kepada anak.
SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai petugas media sebuah stesen televisyen swasta yang bertujuan menyamun dan merogol mangsa-mangsanya.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Kluang, Johor, kira-kira jam 7 malam, 9 Januari lalu.
Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk menjerat mangsa terutama remaja yang ingin terlibat dalam industri hiburan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja perempuan, berusia 16 tahun, 18 Disember lalu.
Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, mangsa dan rakannya bertemu suspek, kira-kira jam 3 petang, di sebuah pasar raya di Kajang untuk ditemu duga sebagai pelakon tambahan.
"Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa pergi ke sebuah kedai untuk disolek. Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit dan duit ditinggalkan bersama suspek.
"Bagaimanapun, selepas hampir beberapa jam menunggu, mangsa mendapati suspek tidak munculkan diri seperti yang dijanjikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Mohd Adnan berkata, siasatan mendapati suspek terlibat dalam tujuh kes jenayah di negeri ini antaranya melarikan remaja bawah umur, curi, pecah premis dan rogol.
"Kita percaya suspek menjalinkan hubungan cinta sebelum menjadikan mangsanya sebagai tempat memuaskan nafsu," katanya.
Mohd Adnan berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek menggunakan kad perakuan media semasa memperdayakan mangsa-mangsanya.
Dalam pada itu, beliau percaya masih ada wanita terutamanya remaja yang menjadi mangsa dan mereka diminta tampil bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi persandingan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri.
Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indah menjadi penyeri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.
Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.
Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.
Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.
Pasangan mempelai ketika diarak masuk ke dalam dewan.
Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringi paluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pengantin lelaki yang mengenakan sut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.
Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lain serta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78.
Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.
Tetamu 'tercuit' apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Ketika makan beradab.
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.
Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.
Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.
Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.
Mstar
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.