Sebenarnya, saya pelik dengan kerenah seorang artis dan selebiriti wanita yang merasakan dirinya bagus, intelek, seolah-olah 'berkasta tinggi' dan sentiasa menganggap pandangannya itu betul. Siapa lagi artis wanita itu jika bukan Wardina Safiyyah.
Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan tindakan Wardina tersebut.
Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.
Namun malangnya, penghijrahan identiti Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina. Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.
Suatu ketika dahulu, Wardina pernah mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan seolah-olah mencabar Menteri itu untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Komen "retweet"nya di laman twitter Shahrizat menggambarkan dia seolah-olah mahu menceburi bidang politik dengan bercita-cita untuk duduk ditempat Shahrizat di Parlimen.
Ekoran itu, dia "dibelasah" teruk oleh beberapa blogger politik semasa yang mempertikaikan tindakan bodohnya itu. Tidak tahan dengan serangan blogger tersebut, Wardina bertindak mengadakan sidang media menjelaskan bahawa dia tidak punya kaitan atau minat dengan dunia politik! Munasabahkah kenyataan Wardina itu jika dibandingkan dengan kenyataannya pada Shahrizat?
Setelah insiden itu reda, Wardina sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mengecam sebilangan artis yang ditanya wartawan mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kata Wardina, selain mengutuk wartawan yang berartis-artis tersebut tidak layak memberikan komen mengenai perkara itu kerana tidak berilmu.
Saya tertanya-tanya, dengan penghijrahan Wardina dari sudut pakaian, apakah dia berhak menghukum rakan-rakan artisnya sebagai tidak berilmu? Apakah semata-mata kerana Wardina kini bertudung maka dia berhak untuk menafikan rakan-rakan artisnya memberikan pandangan? Jika benar pun rakan-rakan artisnya itu tidak berilmu, apakah mereka diharamkan oleh hukum Islam untuk memberikan pendapat mengenai hudud dari perspektif mereka? Siapa Wardina untuk menafikan hak mereka bersuara?
Terbaru, Wardina yang sering rasa dia semua betul itu telah dibidas oleh anak gadis Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyiddin. Dalam insiden di twitter itu, Wardina sekali lagi turut campur soal politik dengan mengandaikan bahawa anak-anak Menteri tidak ada seorang pun yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.
Meskipun Wardina meletakkan tanda soal dalam andaiannya itu, kenyataan di twitter tersebut jelas cuba memburuk-burukkan keluarga Menteri-Menteri. Setelah di"terjah" Najwa, baru dia "terbongek" dan "cover" malu! Pada pandangan saya, jika Najwa tidak bersuara, sudah tentu Wardina akan tersenyum puas!
Begitulah Wardina Safiyyah. Seorang wanita cantik bertudung yang menafikan terlibat atau menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini. Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak "belang" sebenar pendiriannya.
Tak payah takut, Wardina. Kalau berpihak kepada DAP sekali pun, saya akan hormati pendirian Wardina itu, tapi tak perlulah hipokrit untuk menafikan sesuatu yang kini menjadi "open secret". Ramai yang dah tahu…
Jika merujuk kepada perjanjian damai yang berat sebelah kepada rejim zionis Yahudi, antara Israel dan Palestin tajaan Amerika Syarikat yang dinamakan The Annapolis Summit, anda tentu akan dapati nama Anwar ada tersenarai di dalam golongan yang menyokong penuh perjanjian tersebut.
Terkejut atau tidak, nama Anwar sebagai "former deputy Prime Minister of Malaysia" memang menyokong penuh perjanjian yang ditentang seluruh negara Islam timur tengah, Hamas, Kerajaan Palestin dan semua dunia Islam!
Selain itu, apa yang menjadi rahsia PAS selama ini mengenai Anwar mendedahkan bahawa Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar "berhati-hati dengan Anwar Ibrahim" sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.
Pesanan ini tidak didedahkan kepada umum supaya kredibiliti Anwar tidak terjejas.
Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk "Building Moderate Muslim Network" terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.
Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari'ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.
Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003.
Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah 'kemaruk' nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada 'sponsor' dari luar sana.
Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah… Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan 'dosanya terhadap PAS'.
Selepas kerajaan memperkenalkan Restoran Rakyat 1Malaysia bagi membantu rakyat menikmati makanan berkualiti dengan harga yang minimum, kini parti Barisan Nasional melangkah setapak ke hadapan apabila memperkenalkan pula bantuan Roti 1Malaysia.
Jika makanan di Restoran Rakyat 1Malaysia dikenakan bayaran, Roti 1Malaysia pula diberikan secara percuma kepada mereka-mereka yang terpilih. Buat permulaan, Rumah-rumah anak yatim, Rumah orang-orang tua serta Tuna Wisma (orang tak berumah) diberikan bantuan ini.
Dibawah sumbangan Breadstory Group, Pengerusi program Roti 1Malaysia, Datuk Anne Eu menjelaskan bantuan ini adalah salah satu cara bagi membuktikan kerajaan amat prihatin kepada rakyat yang kurang bernasib baik. DS Najib terbukti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat.
Program Roti 1Malaysia ini secara keseluruhannya adalah dibawah naungan Datuk Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan beliau berharap penyertaan bagi menjayakan program ini akan dipertingkat melalui penyertaan bakery lain serta hotel.
Setiap program mengutamakan rakyat sebegini jelas membuktikan bahawa kerajaan pimpinan DS Najib amat mementingkan rakyat dan sememangnya berhasrat membantu menaikkan taraf hidup mereka yang kurang bernasib baik. Inilah visi 1Malaysia yang diilhamkan selama ini oleh Perdana Menteri.
Tidak dinafikan bahawa usaha pihak yang terlibat menjayakan Roti 1Malaysia ini amatlah baik dan harus dipuji. Selain membantu mereka yang kurang bernasib baik, program-program sebegini juga dapat menjadi sebahagian usaha pembangunan bangsa.
Sebelum ini, pihak DAP dan Pakatan Rakyat memperkenalkan Menu Rakyat bagi menyaingi Restoran Rakyat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Bagaimana pun, usaha pihak DAP tersebut mendapat kecaman daripada penyokong-penyokong kerajaan kerana ianya terang-terangan meniru pendekatan Barisan Nasional.
Apakah dengan wujudnya Program Roti 1 Malaysia ini, ia juga akan turut menjadi mangsa ciplak oleh DAP dan juga para pemimpin Pakatan? Jika mereka menawarkan harga yang lebih murah didalam sajian Menu Rakyat, adakah ada yang lebih murah dari Roti 1 Malaysia yang percuma ini?
Apapun, populariti DS Najib Razak serta kerajaan Barisan Nasional ternyata semakin meningkat dan segala program kerajaan sentiasa mendapat sambutan baik dari rakyat. Ini tentunya membuatkan gerombolan Pakatan tak lena tidur memikirkan strategi selanjutnya untuk menjatuhkan imej kerajaan.
Yang pasti, rakyat kini semakin nampak bahawa DS Najib serta seluruh kepimpinan Barisan Nasional sedang berusaha merealisasikan slogan Rakyat didahulukan menerusi program 1Malaysia. Tak mustahil selepas ini DS Najib akan menerajui kemenangan bergaya kerajaan di PRU akan datang.
Apakah anda kenal nama-nama dan wajah dalam gambar di atas?
Mereka semua adalah bekas pemimpin dunia Islam yang sebahagian besar dipercayai mati dibunuh sama ada secara langsung oleh ejen Yahudi atau ejen Amerika Syarikat atau secara tidak langsung dengan cara membakar emosi rakyat bangun memberontak menentang kepimpinan mereka.
Jika kita membaca sejarah, banyak perkara buruk yang diketengahkan media dan ahli sejarah barat mengenai diri mereka semua.
Dialog dan lirik yang sama didendangkan…kononnya mereka semua adalah korup dan memiliki harta yang banyak.
Namun hakikatnya, semua mereka adalah antara wira-wira Islam yang berjuang dan membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Dan akhirnya…imej mereka dimusnahkan media-media barat. Mungkin itu cara untuk mengekang kebangkitan Islam.mynewshub.my
Mungkin anda boleh menyenaraikan beberapa lagi nama pemimpin Islam yang gugur disebabkan permainan Yahudi dan Amerika di zaman moden ini?
Persoalannya, apakah salah seorang pemimpin Kerajaan di Malaysia ini juga akan turut menjadi mangsa komplot agen Yahudi atau agen Amerika Syarikat?
Siapa proksi sebenar Yahudi di Malaysia yang baru-baru ini bertemu dengan AlGore dan bersahabat baik sering berpelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang lain?
Di dalam satu forum wacana yang bertajuk 'Belia: Antara Seni dan Maksiat' sempena Karnival Belia Muslim di Taman Kubang Gajah semalam, Mohd Hakim Lokman atau yang lebih dikenali dengan nama Bob Lokman menyifatkan istilah Melayu itu Islam adalah salah.
Bob yang tidak sampai setahun menyertai PAS mengaku bahawa selama 47 tahun dia terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam sehingga tak dapat membezakan antara betul dan salah.
Diatas sebab istilah tersebut, Bob Lokman mendakwa dirinya tidak pernah terdetik untuk menilai semula tauhid serta menuntut ilmu berkaitan dengan Islam sebelum dia mengenal PAS. Bob juga menegaskan bahawa istilah Melayu itu Islam juga melalaikannya untuk kembali kejalan yang benar.
"Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar…tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam", kata Bob.
Agak mengejutkan apabila Bob Lokman juga menyalahkan institusi keluarga apabila dia menyifatkan sebahagian keluarga melayu tidak peka kepada agama. Kata Bob lagi, kebanyakan keluarga melayu rasa tidak kisah jika pergi konsert buka, aurat dan pergaulan bebas. Semuanya kerana selesa dengan pegangan Melayu itu Islam.
Disini nampak seperti Bob Lokman mahu menyalahkan ibubapanya sendiri diatas kelewatannya menyertai PAS. Apa bezanya keluarga Bob jika dibandingkan dengan keluarga-keluarga melayu yang ditohmahnya itu? Dari satu segi, Bob Lokman secara tak langsung mengatakan bahawa PAS itulah adalah Islam yang sebenar.
Mengikut definasi Bob Lokman, hanya PAS lah yang mampu membawa kembali manusia ke jalan yang benar dan PAS sajalah yang mampu menyekat gejala sosial dari berlaku dikalangan anak muda generasi sekarang.
Dengan ucapan dari Bob itu, kita sebenarnya patut bersimpati kepada kedua-dua ibubapa Bob Lokman kerana sudah jelas mereka mempunyai anak yang tak tahu bersyukur. Bob Lokman sendiri mengaku yang selama 47 tahun dia sesat akibat tak diajar mengenai dimana letaknya Islam yang sebenar.
Bob secara tak langsung menyalahkan ibubapa sendiri telah diatas sebab kekurangan tersebut. Dan ibubapa Bob Lokman juga seolah-olah dipertanggung jawabkan sebagai gagal didalam memberikan ajaran tauhid kepada anak mereka sendiri.
Semua ini bukti bahawa ajaran PAS bukan saja mampu menyelewengkan aqidah, tetapi ajaran PAS juga mampu menjadikan seorang anak menidakkan jasa serta pengorbanan ibubapanya hanya kerana terlampau taksubkan sifat kepartian yang bertopengkan agama.
Jika beginilah keadaannya.., PAS ternyata lebih berbahaya dari ajaran-ajaran sesat lain yang terdapat didalam negara. Rakyat Malaysia harus berhati-hati terhadap tipudaya PAS yang amat licik ini. Bob Lokman telah membuktikannya dengan mengibaratkan PAS itu sebagai Islam yang sebenar.
Nah amik hang Teresa Kok!!! Kan dah kena penampar sebijik! Tu laaa..tak sedar diri tu kafir harbi tiba-tiba nak jadi JAKIM suka-suka bagi status halal! Padahal, halal tu pun dia tak tahu apa makna sebenarnya...
Menu Rakyat "Halal": Hanya JAKIM Tentukan Hukum
Golongan bukan Islam di negara ini digesakan untuk tidak bercakap mengenai soal hukum halal dan haram bagi sesuatu makanan bagi umat Islam di negara ini memandangkan ia mampu menyebabkan kekeliruan dan penghormatan kepada agama tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sama ada makanan itu halal atau haram dimakan oleh umat Islam, ia bukanlah ditentukan sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Tak boleh la letak hukum begitu saja, sepatutnya kenalah rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu.
"Siapa mereka nak tentukan (makanan) tu halal atau haram? JAKIM saja yang berhak dan diberi kuasa dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Myneshub.my di sini hari ini.
Mufti Perak itu dihubungi bagi mengulas mengenai sebuah restoran sayur-sayuran milik bukan Islam yang dikatakan 'halal' oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mempromosikan 'Menu Rakyat'nya yang lebih murah berbanding 'Menu 1Malaysia', semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan dan mencuba 'Menu 1Malaysia' yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk semua golongan rakyat.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniyal Don Biyajid pula berkata, golongan bukan Islam perlu menghormati soal hukum hakam agama Islam sebagaimana umat Islam di negara ini yang menghormati agama mereka.
"Saya sendiri tidak berhak untuk menentukan soal halal atau haram di negara ini, yang berhak hanyalah satu badan kerajaan yang diberikan kuasa tersebut iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tidak wajarlah Teresa Kok 'halal'kan…
"Oleh itu, saya minta agar mereka yang bukan Islam jangan bercakap mengenai halal atau haram makanan tersebut, tanya, belajar dan fahami dahulu tentang soal itu, barulah bercakap," katanya kepada Mynewshub.my.
Menurut Don Daniyal, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis di mana Baginda menegaskan bahawa makanan yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, serta terdapat perkara-perkara yang menimbulkan was-was di antara keduanya.
Lanjutan dari sabda Rasulullah SAW itu juga katanya meminta seluruh umat Islam untuk menjauhi makanan yang menimbulkan rasa was-was tersebut, termasuklah makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam.
Don Daniyal menjelaskan bahaw bukanlah beliau bermaksud untuk mencurigai makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam itu tidak bersih, namun memberitahu bahawa umat Islam digalakkan untuk memilih makanan yang disediakan oleh umat Islam untuk menghilangkan rasa was-was tersebut.
"Memang Islam mementingkan kebersihan dalam pemakanannya, namun tidak dinafikan bahawa makanan yang disediakan umat Islam juga kadang kala kurang bersih.
" Namun jika difikirkan, sedangkan makanan yang disediakan oleh umat Islam pun kadang kala diragui kebersihannya dari segi hukum, apatah lagi makanan yang disediakan oleh bukan Islam," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenainya, beliau meminta agar umat Islam memahami konsep hukum makanan yang halal dan haram menurut Islam dan tidak memakan sesuatu yang belum disahkan halal oleh pihak JAKIM.
"Konsep halal dan haram bukan sekadar terhad kepada daging itu (khinzir) sahaja, ia merangkumi segala aspek sumber makanan tersebut seperti tukang masaknya, bahan-bahan, barang-barang yang digunakan dan sebagainya," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa mana-mana pihak perlu merujuk terlebih dahulu dengan JAKIM sebelum menyatakan sesuatu makanan itu halal atau haram untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. –Mynewshub.my
Jauh bezanya antara MEMPERKASA dan MEMPERKOSA...hehehehe...teruk betul Anwar ajar rakyat dan penyokongnya..!!! Cissss..!!! Jangan harap kitorang akan terpengaruh dengan dakyah Anwar tuuuu...!
You are subscribed to email updates from Duke of UMNO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KONONnya Alastair Campbell rakyat British yang juga mantan penasihat komunikasi mantan PM Britin Tony Blair pada PRU-1990 negara itu kini sedang berkerja dengan pentadbiran Najib untuk menaikan imejnya baik di dunia mahupun dalam negara.
Sarawak Report, yang berpengkalan di Britin melaporkan, kononnya Campbell telah beberapa kali bertemu Najib baik di luar negara mahupun di Kuala Lumpur untuk menasihatkan PM ke-6 itu, cara-cara mengambil hati rakyat bagi memenangi PRU-13 akan datang.
Namun, apa yang peliknya, Campbell dalam twitternya menafikan semua tuduhan tersebut dan seterusnya berkata, bahawa beliau sebenarnya belum pernah melawat Malaysia.
Sejak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009, PM ke-6 itu telah memperkenalkan berbagai pendekatan transformasi, termasuk slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Najib juga adalah Perdana Menteri yang mengiktiraf hari pembentukan Malaysia dengan mengistiharkannya sebagai cuti umum seluruh negara. Sebelum ini, hanya Sarawak dan Sabah merayakan hari malaysia.
Najib juga adalah Perdana Menteri yang berani memansuhkan ISA dan usul pemansuhan itu akan dikemukakan ke Parlimen pada Mac depan.
Dalam usaha mendekati rakyat untuk memberi respon kepada isyarat rakyat melalui PRU-12, Najib mengistiharkan bahawa semua pemimpin termasuk wakil rakyat harus Turun Padang sekerap mungkin untuk berdampingan dengan rakyat jelata.
Selain itu, Najib juga mengarahkan seluruh jajaran kepimpinan UMNO agar turun padang melalui program UMNO JUARA RAKYAT.
Pendekatan Najib yang senantiasa COOL dalam menghadapi berbagai masalah dalam negera, termasuk Himpunan Bersih2.0 pada 9 Julai lalu, dengan menubuhkan Jawatan Kuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji SPR, merupakan tindakan awal terhadap tuntutan BERSIH.
Najib juga melalui Bajet 2012 yang berjumlah RM230.8 bilion untuk tahun depan, telah mengumumkan saguhati kepada bekas-bekas anggota keselematan. Selain itu, saguhati juga dibayar kepada Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bayaran RM500 secara one-off.
Melalui Bajet 2012 juga telah diumumkan bahawa untuk pertama kalinya proses persekolahan bagai semua murid daripada sekolah rendah ke sekolah menengah adalah percuma, selain itu, semua murid daripada tahun satu hingga tingkatan 5, diberi saguhati RM100 setiap seorang bermula tahun depan.
Mengingat semua pendekatan Najib itu untuk kepentingan rakyat, maka pihak pembangkang tidak mempunyai kaedah untuk membalasnya. Justru itu, mereka mempergunakan pendekatan menghina, kononnya semua pendekatan yang diilihamkan oleh Najib tersebut, bukan daripada pemifikirannya, melainkan daripada pemikiran orang lain termasuk APCO dan Alastair Campbell.
Dengar kata Anwar mengamuk gila sekarang ni, marah benar dia dengan blogger pro UMNO yang dikatakan tak sekolah ni. Apa dah jadi Anwar? Mana blogger2 dan cybertroopers Pakatan yang banyak2 tu?
Pakatan telah mengupah seramai 500 orang cybertroopers (blog,fb,tweet) untuk menyerang kembali blogger, facebookers dan tweeters yang pro UMNO ni. Masalahnya Pakatan memperuntukan serangan sampai berjuta-juta bagi membayar belaan mereka untuk mengalahkan kami yang dok sokong UMNO ni.
Tengoklah betapa hebatnya blogger tak sekolah ni (gelaran yang diberi oleh akhbar cina rasis). Hinggakan pemimpin Pakatan termasuk pemimpin-pemimpin tertingginya kecut perut bila mendengar nama blogger tak sekolah ni.
Tengok dalam video You tube pun kita dah boleh tahu betapa risaunya Anwar dengan blogger tak sekolah ni. Hinggakan dia sampai tahap memaksa jenteranya bergerak. Hakikatnya cybertroopers Pakatan ni lemau, lagi lemau dari biskut marie yang kena air kopi. he he..
Dah bagi duit pun malas nak buat kerja. Tak boleh pakai punya orang.
McTheory: Nampak sangat Anwar takut dengan blogger tak sekolah ni..
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
"London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu", kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.
Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.
Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.
Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).
Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.
"Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan", kata Al Gore
Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.
Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk 'melarikan aset/wang' miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan. sambung baca SINI.
Patut la Anwar suka sangat kawan dengan Al Gore ni, ada kaitan rupanya. he he..
McTheory: Anwar, hai Anwar, bila la ko nak berubah!
Mutu bola sepak baru naik sikit. Pasukan negara baru dua tapak naik ranking, tapi cara FAM berlagak serupa pasukan Malaysia dah masuk Piala Dunia.
Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. "Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi.
Tempat duduk stadium kan ada beberapa peringkat. Ada grandstand, ada biasa, ada sipi-sipi. Kan boleh tetapkan harga tiket yang berasingan. Jangan paksa orang beli rm50 semua. Ini jenis manusia tak fikir orang lain.
Baru pegang persatuan bola sepak dah berlagak semacam. Jawapan yang diberikan pun tak mesra rakyat langsung.
Padan dengan muka bila laman web FAM kena GODAM (www.fam.org.my).. he he.. Walaupun Mc tak sokong pasukan N. Sembilan atau Terengganu, tetapi cara FAM menjawab harga tiket tu, bagi Mc serupa takdak adab.
Perlu fikir perasaan penyokong sama, bukan semua kaya macam ko tu wahai Azzuddin!
Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah.
Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan.
Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya.
Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap?
Tepuk dada, tanya Iman.
McTheory: Khalifah Umar Abdul Guan Eng.. tu yang mereka sanjung..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Artis seni kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh, yang baru-baru ini menarik perhatian dunia kerana melakonkan watak pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady.
Tetapi yang paling menarik perhatian sekarang ini ialah khabar angin yang menyatakan bahawa dia akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi. Jika benarlah dakwaan tersebut, parti manakah yang akan menjadi pilihannya?
Menurut sina.com, pelakon superstar dari Malaysia itu sedang menimbangkan akan melibatkan diri dengan serius di dalam politik Malaysia dan akan menyertai pilihan raya umum akan datang.
Bekas gadis Bond tersebut masih belum membalas jawapan kepada Daily Chilly yang meminta penjelasannya mengenai perkara itu.
Tetapi ketika ibu bapanya dihubungi, Datuk Yeoh Kian Geik dan Datin Janet Yeoh menafikan mempunyai apa-apa maklumat tentang cita-cita politik anak perempuan mereka itu.
"Saya tidak fikir dia akan (menceburi politik)," menurut bapa kepada Datuk Yeoh, yang merupakan seorang ahli politik yang dihormati di Ipoh, Perak. "Dia tidak pernah menceritakan apa-apa kepada saya, tetapi saya akan tanya kepadanya."
Menyuarakan pandangan yang sama, Datin Janet berkata sambil ketawa: "Saya telah mendengar berita ini daripada kawan-kawan saya, dan saya rasa ia lucu. Saya tidak tahu bagaimana cerita itu muncul. Anak perempuan saya tidak pernah membincangkan mengenai politik dengan saya...."
Untuk makluman, ibubapa kepada selebriti terkenal ini merupakan penyokong kuat kerajaan dan merupakan ahli parti gabungan Barisan Nasional. UTARANEWS
Bila kecoh Ketua Pemuda PCM mengunci kereta kerajaan DAP yang menghalang lalulintas dengan rantai ketika sidang DUN lepas , bukan main angkuh lagi Adun Tong GAS marah dan telah membuat laporan polis .
Tapi bila kereta milik rakyat parkir & menghalang lalulintas, terus dikenakan saman . Terbaru PCM dedahkan bukti gambar sebuah kereta ADUN DAP yang parkir sesuka hati di Lebuh Pantai . Mungkin sebab bangga bergelar wakil rakyat & ada logo ADUN Kerajaan negeri di keretanya , sudah boleh dianggap sebagai lesen besar untuk meletak kereta mewahnya di mana beliau suka .
Mereka telah membuat aduan kepada MPPP tetapi tidak ambil sebarang tindakan . Nampak jelas MPPP bersikap double standard dalam menguatkuasakan undang-undang . Bila terkena dengan pemimpin DAP , terus dilepaskan sewenang-wenangnya atau pun mereka takut ditengking oleh wakil2 rakyat haprak ini .
** GPB cam kereta mewah ADUN ini ...memang mulutnya macam sial setiap kali di sidang DUN ..
Tidak pelik………Itulah perkataan awal yang keluar daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir berhubung keengganan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud pada sidang DUN baru-baru ini.
Ini kerana katanya bukankah terdapat persetujuan bersama di dalam satu mesyuarat sulit pembangkang sebelum ini yang dikatakan berakhir dengan "DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang".
Atas dasar itulah ujar beliau lagi pihaknya tidak terkejut dengan setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
"Itu juga kita boleh gambarkan ianya adalah pendirian sebenar DAP dalam Hukum Hudud….Kalau mereka setuju dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pas, maka sudah pasti Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco agama yang terlibat akan menjawab dengan penuh konsisten.
"Bukannya susah……jawab ya atau tidak sahaja, namun oleh kerana itu adalah pendirian mereka maka, mereka gunakan jalan berlapik dan berbengkang bengkok dalam usaha mengelirukan penyokong Pas terutama penyokong totok yang kononnya gembira DAP sudah boleh menerima dakwah Pas.
"Seingat sayalah…bukankah dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira kononnya DAP boleh menerima apa yang dibawa oleh Pas tetapi melihatkan apa yang berlaku di sidang DUN semalam, jelas Pas menjadi bahan mainan kepada sekutu mereka itu," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Anggota pembangkang baru-baru ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.
Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
Sebelum ini juga, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.
Katanya keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan "DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang" memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.
Musa seterusnya menegaskan, DAP selama-lamanya akan konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu berkenaan, namun gerak lentok badan dan gaya bahasa sahaja yang berlentok akan digunapakai dalam usaha mengelirukan umat Islam khususnya penyokong totok Pas.
"Percayalah…mereka selama-lamanya akan berpegang kepada pendirian mereka itu dan hanya Pas yang akan bergerak seumpama lalang demi mencapai cita-cita politik untuk merasai Putarajaya walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang diagungkan sejak berpuluh tahun dahulu.
"Jika Pas konsisten, kenapakah mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan dan tidak berani membuka mulut pada sidang DUN Semalam…Paling kurang pun berilah sedikit penjelasan untuk orang ramai tahu pendirian mereka dalam soal berkenaan," katanya. -MediaUMNO
Urutan gadis genit SS14 terbengkalai bila kantoi,kelam-kelibut nak pakai baju.
Seorang lelaki yang hanya menutupi alat sulitnya dengan tuala ketika menikmati urutan gadis genit di sebuah premis di SS14, dekat sini kelam-kabut mengenakan pakaian sebaik menyedari premis terbabit diserbu pihak berkuasa lewat petang kelmarin.
Dia sebelum itu dipercayai mendapatkan khidmat urutan batin ditawarkan pengusaha rumah urut terbabit dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 mengikut pakej diambil.
Bagaimanapun, tempoh kenikmatan diurut gadis berusia lingkungan 20-an itu tidak lama apabila dia bersama tukang urut berkenaan dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama 19 orang anggota MPSJ dan 11 anggota Jais itu, empat lagi tukang urut wanita termasuk pemilik premis beragama Islam ditahan.
Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di premis berkenaan sebelum ini. Hasil siasatan ke atas premis mendapati terdapat empat pekerja wanita beragama Islam bekerja sebagai tukang urut.
"Pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah daripada MPSJ, tetapi pengusaha melanggar syarat-syarat lesen pusat kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan majlis dengan menawarkan khidmat urutan batin kepada pelanggan.
"Pengusaha premis dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat lesen dengan menjalankan perniagaan tidak mengikut sekatan lesen yang dikeluarkan MPSJ," katanya pemilik berdepan tindakan denda maksimum sebanyak RM 1,000.
Beliau berkata, tindakan sitaan dan penutupan premis dikenakan ke atas premis tersebut. Manakala kesemua tukang urut wanita yang bekerja di premis diserahkan kepada Jais dan bakal dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cubaan berkhalwat.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM3,000 setiap seorang," katanya.
Late Gadafi quoted - "I am amaze how United State and the whole world who has been in aliens with us against Al-Kaeda...and when we start fighting against Al-Kaeda they start imposed sanction against us"
You are subscribed to email updates from AbangTuah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has questioned whether PAS' plans for hudud can serve justice to Malaysia's multi-religious population. "They have a stand (on hudud), they say hudud is for Muslims only. "So, if you happen to go stealing with a non-Muslim friend, they'll chop off your hand but your Chinese or Indian friend will get two months' jail. "To PAS, that is justice. Of course, if you do something else, they'll chop off your head," he told a press conference Thursday. The former prime minister was responding to reports that the Kelantan government announcing the setting up of a hudud technical committee headed by Deputy Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob.
tunku : that is what we call it pas's hudud not the real hudud. the actual hudud applies to all but pas's hudud is created to suits them ( to get non muslim support/vote). if a couple of muslim and non muslim is caught for khalwat, how can justice be done when only one person get the punishment.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akibat tidak faham bahasa, orang suruh pergi sekolah belajar bahasa kebangsaan, degil...inilah akibatnya Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SHAH ALAM - KEMALANGAN MAUT.....Pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat salah seorang dari tiga mangsa yang maut di Kilometer 4.4 lebuhraya NKVE Kuala Lumpur-Klang selepas kemalangan antara dua buah van, sebuah kereta Myvi dan sebuah treler. - foto BERNAMA
Nik Aziz dalam ceramah pada 22 Oktober di Taman Melawati menyatakan bahawa beliau tak mampu menulis lagi. hanya mampu bercakap sahaja,
Ini termasuklah menulis dalam facebook, twitter dan blog, mungkin juga surat-surat resmi jabatan. Ini lah wajah yang melakonkan watak Nik Aziz dalam media sosial.. hehehe...
Mana mungkin Nik Aziz mampu ber twitter dan ber FB....dan mengantuk jer,,,24 jam.
Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan. Menteri Besar, OSTAT KITA berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.
"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.
"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini.
Tapi hairan jugak no kenapa OSTAT KITA masih dok minta bantuan dari Kerajaan Pusat. Nak tanya juga dekat OSTAT KITA tentang lebihan RM93 juta yang tidak dibelanjakan untuk pembaikan serta penyelenggaraan jalan-jalan raya di seluruh Kedah. Daripada RM147 juta, kerajaan Kedah hanya membelanjakan RM54 juta.
Anehnya, jalan-jalan raya di seluruh Kedah terutama sekali di kawasan yang agak terkeluar dari jajaran bandar seperti Mahang-Kulim, Labu Besar-Sungai Petani, Selama-Serdang, keadaan jalanrayanya tidak ubah seperti MUKA SAIFUDDIN NASUTION TERLUPA BUBUH BEDAK!!! Berlekuk-lekak di sana-sini. Malah sekali imbas, seolah-olah kita berada pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua!
Dengan keadaan jalan raya yang sangat daif, untuk apa sebenarnya lebih wang peruntukan berkenaan dimasukkan ke dalam tabung amanah seperti yang cuba diterangkan oleh OSTAT KITA? Belanja berdasarkan bajet tetapi keadaan jalan raya di Kedah, semakin lama semakin buruk. Seperti juga keadaan jalan raya di Selangor, terutama sekali di Pandan Indah dan Ampang!
Lepaih tu OSTAT KITA dok pi merayu lagi kata duit tak ada! Hairan juga no! OSTAT KITA nak menipu ka apa? Tak baik menipu OSTAT KITA oiii..!!!
By Juragan Malawati.. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berikut adalah senarai dan maklumat pengedar barangan anti LYNAS seperti baju, car sticker, bag dan sebagainya:
Talk Communication Centre (Behide Sky Net) No. B16, Ground Floor, Jln Bkt Ubi, 25200 Ktn. 012-5025290/ 016-9333399
Chan Cheong Jewellery Lot 1-63 A, (1st Floor) (2nd concourse) Berjaya Megamall, Ktn.
Lim Copy Centre S/B No. 44, Jln Haji Abdul Aziz, Ktn (Opposite Public Bank in town) 012-9881992
East Coast Animal Medical Centre. No. A615, G.Flr. Jln. Beserah 25300 Kuantan. 09-5687168
Ng Choon Fong Optician. No. 45, Jln Mahkota, Ktn. (same row as Hamid Bros Bookstore) 012-9092031
Sehimaju S/B (infront of St. Thomas School ) No. 26, Jln Gambut, 25200 Ktn. 09-5177768/ 09-5177412
Kong Chan Goldsmith& Jeweller (infront of The Store,Pasar Besar ) No. 49, Jln Tun Ismail, Ktn. 016-9336912
BOIKOT !!! BOIKOT !! BOIKOT !! Mereka bersekutu dengan Fuziah Toron. Mengapa anti Lynas ? Kerana Lynas milik melayu. Andai ia milih taico Dap sudah tentu tidak ada bantahan. Fuziah Toron balaci Dap yang mendapat upah dari mereka yang anti Melayu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penerbangan MH3183 dari Kota Kinabalu ke Sibu mendarat cemas sejurus berlepas dari LTAKK 9 pagi tadi, 22 penumpang dan anak kapal selamat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gempa bumi kuat 6.0 magnitud gegar Fiji, tiada laporan segera berhubung kemalangan jiwa atau kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Harga tiket perlawanan akhir yang berharga RM 50 adalah wajar.
Ramai yang masih berharap mutu bolasepak meningkat dan untuk itu kos bola sepak turut meningkat.
Sedar atau tidak, kita lupa bahawa sekali lepak di restoran bill makan mencecah berbelas malah puluh ringgit, begitu juga kos rokok dan top up telefon.
Toll juga sudah meningkat, jika mahu menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi kita harus bersedia untuk membayar harga tiket RM 50 untuk perlawanan akhir.
Kos lampu limpah, air dan kos pembersihan stadium semakin meningkat. Dengan itu kalau nak boikot, silakan, ramai lagi yang sedia untuk membayar harga tiket tersebut. Stadium akan tetap penuh. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lima pelancong asing sesat di Hutan Lipur Sungai Bantang, Johor sejak semalam, seorang dipercayai maut dan usaha mencari masih dijalankan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRU 1995 saya diamanahkan sebagai Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota. Kesempatan ini saya gunakan untuk mempraktikkan apa yang saya fikirkan selama ini iatu MEMPRAKTIKKAN SATU PROGRAM PENCERAPAN YANG CEPAT, TEPAT, BERKUANTITI dan BERKUALITI SERTA SENANG, RINGKAS SERTA CEPAT UNTUK DITERJEMAHKAN. Program yang saya gunakan pakai semasa itu adalah "FORMTOOL". Setelah selesai saya memberi taklimat dengan menggunakan PPSP ASAS, Mantan MB Perak mengamanahkan kepada saya "MENANGKAH WAN AINON KAMU". Dalam arahan Mantan MB ini sejumlah RM50,000.00 diarahkan "BERI KEPADA CIKGULIN" ..... "TAPI YANG SAMPAI .... HANYA RM200.00 SAHAJA" .... "LAPORAN KEPADA MANTAN MB ... CIKGULIN DAH AMBIL RM30,000.00". (TRAJEDI PALING SEDIH DALAM HIDUP SAYA .....selepas itu saya DIHINA, TERHINA, TERPINGGIR ... hingga saya MEMBAWA DIRI KE MANJUNG ..... TURUN PANGKAT kemungkinan disebabkan KES MAHKAMAH ... gunapakai duit untuk PRU 1995 berkenaan).
PRU 1999, saya sebagai PENYELARAS PERLIMEN LUMUT (Lantikan Secara Peribadi oleh Ketua Bahagian). PPSP telah menggunakan Program EXCELL. Taklimat untuk Wakil BN Pusat menggunakan Program ini. Pencerapan untuk Calon BN (Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor) saya lakukan setiap AKHIR MALAM dengan MEMINDA DAERAH MENGUNDI TERTENTU SAHAJA (jika ada POSITIF or NEGATIF).
Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor dapat diselamatkan dengan MENGKAJI PROGRAM PPSP INI SECARA TERPERINCI.
Malangnya, Parlimen Parit, DUN Bota dan DUN Bota yang saya tinggalkan ... KALAH SEMUA. Apabila digunakan Program PPSP ini, Daerah Mengundi Telok Bakong merupakan DAERAH MENGUNDI "DEFISIT TERUK" ... ( > - 70% berbanding PRU 1995).
Tahun 2002, saya dijemput oleh Ketua Bahagian Parit agar menjadi PENYELARAS OPERASI TEBUS untuk seluruh Parlimen Parit. Jadi, satu kajian telah saya lakukan dengan menggunakan Program PPSP ini, saya dapat menyimpan semua maklumat SETIAP DAERAH MENGUNDI dan AKHIRNYA ..... MENANG DALAM PRU 2004.
Cuba pembaca tengok macam mana peguam PAS ini mengayat peneroka Felda dalam sesi ceramahnya bersama Mazlan Aliman:
"Saya yakin pakcik dan makcik akan berdosa dan malu kepada anak dan isteri kita jika pakcik dan makcik meninggalkan bumi ini dengan mewariskan hutang kepada anak-anak keturunan kita...Pakcik dan makcik akan menjadi orang paling tidak berguna kalau dalam keadaan sedar masih memilih untuk memeluk tubuh dalam keadaan kita tahu bahawa kita ditipu dan kita ditindas memilih untuk rela dengan kezaliman yang dilakukan secara terus-terusan oleh penyamun yang bernama FELDA".
"Satu hari saya turun ke Kemahang, saya tengok sendiri rumah peneroka yang daif. Bila saya tengok rumah peneroka, tangga pun takde....potong batang kelapa buat tangga. Nak tengok kereta jangan harap....".
"Bila kita failkan kes...tersiar surat khabar supaya ramai pihak ambil perhatian betapa daifnya peneroka. Anak sepuluh, tujuh jadi penyamun, tiga jadi mat rempit...sebab mak bapak takde wang. Mak bapak takde duit nak menyara pendidikan. Sebab itu jenayah sosial tinggi di FELDA seluruh Malaysia sebab kehidupan peneroka yang daif".
Pejuang Bangsa shared the following link and had this to say about it:
Kronologi :
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan. Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.
5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.
8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...
10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.
11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).
16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.
17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jelutong MP Jeff Ooi, who has been raising the issue of housing within his constituency, has concurred with the Auditor-General's Report 2010 that the state failed to build a single low-cost unit in Penang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Video diatas menjelaskan mengenai kewujudan Kem Latihan Ketenteraan buat Ahlol PAS terutama yang menjawat jawatan Pengawal Keselamatan PAS di Selatan Thailand.
Mengikut apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi, mereka yang mendapat latihan dikem tersebut diberi latihan pertempuran dan juga Senjata.
Apakah pihak Keselamatan Malaysia terlepas pandang dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Saidi ini? APakah kita sebagai kerajaan yang berdaulat membiarkan pekara ini wujud?
Al Maunah merupakan ahli PAS yang juga mendapat latihan ketenteraan di Selantan Thai sebelum bergiat aktif dan kemudiannya melakukan peperangan ke atas YDP Agong dan Kerajaan Malaysia.
Apakah kita lupa? Isu Al Maunah turut disokong PAS dengan menyatakan sokongan mereka ke atas Al Maunah. Apakah kerajaan terutama pihak Keselamatan seperti PDRM, TENTERA, MKN, dan lain lain agensi hanya menutup mata diatas apa yang dilakukan PAS ini?
Gomo yakin jika Kelantan Tumbang pada PRU 13 ini dan negeri tersebut berada dibawah pentadbiran Barisan Nasional adalah tidak mustahil akan wujud persekentaan yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa. Pohon Pihak Keselamatan Negara PDRM,TENTERA, MKN dan mana mana agensi yang berkenaan menyiasat secara detail apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi sepetimana didalam Video diatas. Jangan Biarkan Pekara Ini Membawa Musibat kepada negara Malaysia.
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pelajar-pelajar luar seperti KUIS dan juga parti dari Pakatan Rakyat ( AMK) yang campur tangan dalam urusan penggantungan Aziz Bari.
Tindak tanduk budak-budak bangang bengap bahlol ini tidak mencerminkan diri mereka sebagai golongan terpelajar.
Pelajar menuntut agar universiti bebas daripada campur tangan parti politik, tetapi mereka sendiri yang membiarkan diri mereka dirosakan oleh parti politik pembangkang. Salah satu aktiviti Solidariti Mahasiswa Malaysia ialah membawa masuk penceramah Pas iaitu Us Azhar Idrus.
Sudah sekian lama Aziz Bari menonjolkan diri sebagai penentang kerajaan dan kebiadapan semakin terserlah dan semakin berani dari sehari ke sehari.
Aziz Bari hanya berani dalam gelanggang sendiri tetapi penakut dan bacul apabila berada dipentas sebenar. Pernah dalam program wacana anjuran Gempita di PWTC apabila beliau bercakap mengenai perlembagaan persekutuan ,
Beliau menggunakan pemudah cara untuk mengawal soalan-soalan dari khalayak. Tidak ramai yang dapat menyoalnya, hanya beberapa orang saja yang berjaya menyoal beliau , termasuk peguam Dato Salehudin. Beliau gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukan dan tergesa-gesa meninggalkan majlis.
Aziz Bari adalah golongan penentang kerajaan sama standard dengan Azmi Sharom yang bersekutu dengan parti pembangkang, cuma tak tahu parti mana yang beliau akan sertai jika ditawarkan kerusi untuk bertanding oleh Anwar.
KUALA LUMPUR, Oct 26 — Malay rights group Perkasa is asking its members to boycott chicken, backing a similar proposal the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) made yesterday.
Cuepacs had called on the country's 1.6 million civil servants to look for cheaper alternatives to pricey items, especially chicken, starting next month.
The move was to protest unreasonable price hikes made on everyday items by unscrupulous traders, according to TV3.
"Do we know who the chicken taukeh (tycoon) is? Can we refrain from eating chicken for a month or two?" Ibrahim said to cheers from the crowd at the second Perkasa general assembly here today.
"I, as the president of Perkasa, support the proposal made by the Cuepacs president to boycott chicken so that these chicken taukehs realise (their error) and repent."
Perkasa, kumpulan hak Melayu meminta ahli-ahlinya untuk memboikot ayam, menyokong cadangan yang sama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang dibuat semalam.
Cuepacs menggesa 1.6 juta penjawat awam di negara ini untuk mencari alternatif yang lebih murah untuk barang mahal, terutamanya ayam, bermula bulan depan.
Langkah itu adalah untuk membantah kenaikan harga yang tidak munasabah yang dibuat ke atas barang-barang setiap hari oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, menurut TV3.
"Adakah kita tahu siapa ayam tauke (jutawan)? Bolehkah kita menahan diri dari makan ayam selama sebulan atau dua? "Kata Ibrahim kepada sorakan dari orang ramai di perhimpunan agung Kuasa, yang kedua di sini hari ini.
"Saya sebagai presiden Perkasa, menyokong cadangan yang dibuat oleh Presiden Cuepacs untuk memboikot ayam supaya taukehs ayam sedar (kesilapan mereka) dan bertaubat."
Al-kisahnya bila si bapak dah semakin panas apabila kes anaknya meramas tek-tek anak orang lain sudah semakin menarik perhatian orang...
Khabar terkini, si bapak peramas nak buat laporan polis, 48 jam diberikan kepada UMNO-Online untuk memohon maaf di atas penyiaran berita mengenai perihal laku anaknya....
Berani ke si bapak nak gi report polis atau sekadar nak gegar sahaja... kalau betul nak buat report, kenapa tak buat awal-awal.... sejak berita nie keluar lagi....
Kalau nak report, kenapa nak tunggu sampai 48 jam ..... alahai si bapak nie....
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan semua peringkat BN menjulang dan mengukuhkan lagi semangat bekerja berpasukan untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
Tambahnya,bekerja dalam satu pasukan dalam Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat bahagian adalah teras kepada kelangsungan parti dalammembentuk kerajaan persekutuan dan negeri.
"Dalam bola sepak ada satu pasukan, dalam politik pun mesti ada satu pasukan. Kalau ada dua pasukan, jadi masalah...kalau tiga pasukan,boleh hancur.Jika satu pasukan, ia kuat dan untuk hadapi cabaran akan datang, ia lebih genting.
Suasana dan proses politik yang mencabar pada pilihan raya umum akan datang boleh dilalui oleh BN jika UMNO dan semua komponen yang lain bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu pasukan," katanya ketika berucap pada jamuan tengahhari bersama 400 pemimpin dan anggota BN di kawasan Parlimen Parit di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.
Katanya BN mempunyai kekuatan yang perlu dijaga dan dalam masa yang sama menyedari pihak pembangkang juga mempunyai kelemahan yang cuba 'disorok' mereka daripada pengetahuan rakyat.
"Semua pemimpin dan anggota BN perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon pada pilihan raya dan mengelak daripada berbalah sesama sendiri yang boleh menjatuhkan parti.
Katanya BN perlu mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas serta berusaha untuk mendapatkan semula kerusi yang ia kalah," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Tidak pelik………Itulah perkataan awal yang keluar daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir berhubung keengganan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud pada sidang DUN baru-baru ini.
Ini kerana katanya bukankah terdapat persetujuan bersama di dalam satu mesyuarat sulit pembangkang sebelum ini yang dikatakan berakhir dengan "DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang".
Atas dasar itulah ujar beliau lagi pihaknya tidak terkejut dengan setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
"Itu juga kita boleh gambarkan ianya adalah pendirian sebenar DAP dalam Hukum Hudud….Kalau mereka setuju dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pas, maka sudah pasti Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco agama yang terlibat akan menjawab dengan penuh konsisten.
"Bukannya susah……jawab ya atau tidak sahaja, namun oleh kerana itu adalah pendirian mereka maka, mereka gunakan jalan berlapik dan berbengkang bengkok dalam usaha mengelirukan penyokong Pas terutama penyokong totok yang kononnya gembira DAP sudah boleh menerima dakwah Pas.
"Seingat sayalah…bukankah dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira kononnya DAP boleh menerima apa yang dibawa oleh Pas tetapi melihatkan apa yang berlaku di sidang DUN semalam, jelas Pas menjadi bahan mainan kepada sekutu mereka itu," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Anggota pembangkang baru-baru ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.
Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
Sebelum ini juga, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.
Katanya keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan "DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang" memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.
Musa seterusnya menegaskan, DAP selama-lamanya akan konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu berkenaan, namun gerak lentok badan dan gaya bahasa sahaja yang berlentok akan digunapakai dalam usaha mengelirukan umat Islam khususnya penyokong totok Pas.
"Percayalah…mereka selama-lamanya akan berpegang kepada pendirian mereka itu dan hanya Pas yang akan bergerak seumpama lalang demi mencapai cita-cita politik untuk merasai Putarajaya walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang diagungkan sejak berpuluh tahun dahulu.
"Jika Pas konsisten, kenapakah mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan dan tidak berani membuka mulut pada sidang DUN Semalam…Paling kurang pun berilah sedikit penjelasan untuk orang ramai tahu pendirian mereka dalam soal berkenaan," katanya. -MediaUMNO
1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki serta dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NF Corp @ Shahrizat & Family Corp) yang diberi status Projek Berimpak Tinggi telah menyasarkan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.
2. Projek ini dilancarkan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kenaikan harga barang makanan yang ditanggung rakyat kesan daripada ketidakstabilan ekonomi global.
3. Sasaran yang ditetapkan oleh Pusat Feedlot Kebangsaan di tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan sebagai projek Lembah Daging Negara adalah seperti berikut;
Sasaran pengeluaran lembu pada 2015 = 60,000 ekor
Sasaran pengeluaran lembu setiap tahun bermula 2008 = 8,000 ekor
Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran = 350 ekor sehari
4. Maklumat awal yang diperolehi menjelaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd setakat ini hanya mencapai sasaran seperti berikut:
Jumlah pengeluaran lembu setakat tahun 2010 = kurang 3,500 ekor setahun
Anggaran purata lembu disembelih setiap hari = 10 ekor
Pasaran daging lembu hanyalah di Hypermarket dalam negara
Anggaran purata daging lembu dikeluarkan sehari = 1,500 kg
Anggaran pegeluaran daging lembu setahun = 41.1%
5. Selain aktiviti pengeluaran lembu, National Feedlot Corporation juga dilantik kerajaan untuk melakukan perkara berikut TETAPI masih belum dilaksanakan:
Membangunkan 130 penternak kecil dengan konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
Membangunkan pengeluaran makanan lembu berkualiti
Membangunkan pengeluaran baja melalui operasi penternakan lembu
Nampaknya, bukan Shahrizat saja yang kena jawab perihal 'keluarga lembu'nya, malah mantan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 2008 juga perlu sama menjelaskan BAGAIMANA projek NFC ini boleh dikurniakan kepada keluarga Menteri Kabinet. Bab kegagalan projek bolehlah bagi pelbagai alasan, tapi bab nepotisme ni payah la sikit. Nilai projek RM73.64 juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit.
Rasanya Wanita UMNO bakal dapat Ketua Wanita baru akan datang; dan Najib bolehlah mula usya 'winnable candidate' baru di Lembah Pantai.
Mengapalah agaknya akhir-akhir ni barisan kabinet Najib suka terkentut di tahiyat akhir...
Dalam bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahala di sisi Allah SWT. Ibadat tersebut ialah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun Islam pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah SAW bersabda:
"Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga" (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi umat Islam yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, Allah SWT tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk mereka supaya direbut terutama pada 10 hari yang pertama bulan ini.
Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."
Para sahabat bertanya: "Walaupun berjihad di jalan Allah?"
Rasulullah SAW bersabda: "Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid)."(HR al-Bukhari)
2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa pada hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
"Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang." (HR Muslim)
3. Solat Eidul Adha
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha" - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
"Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Hari Raya Aidiladha." - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4. Menyembelih haiwan korban (waktunya bermula selepas solat Eidul Adha sehingga hari ketiga belas)
Rasulullah SAW bersabda:
"Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu." - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412
Begitulah antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita umat Islam dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
Buat la macam mana, kalau jenama tu dipercayai, orang akan beli jugak.
Begitulah jenama 1Malaysia yang dipercayai rakyat.
Walaupun wujud usaha-usaha dari pembangkang (termasuk ahli Parlimen dan cybertrooper) untuk memburuk-burukkan inisiatif Kerajaan ini, rakyat di akar umbi lebih kenal mana kaca, mana permata.
Tahniah Dato' Sri Najib. Malaysia akan lebih maju di bawah kepimpinan anda.
*Skim 1Malaysia dengan Buku Jingga, mana lebih popular sekarang?
Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan agama, para ulama telah bersepakat akan kewajipan taat kepada penguasa yang ada, baik bagi seorang imam (pemimpin) yang berkuasa terhadap seluruh negeri bagi kaum Muslimin atau ramai pemimpin yang menguasai negeri-negeri tertentu.
Dalam konteks sesebuah negara yang stabil, maka setiap orang yang berada di bawah kekuasaannya adalah wajib meyakini bahawa penguasa (pemerintah) berhak dibai'at oleh mereka. Ini merupakan kewajipan syariat. Orang yang tidak meyakini kewajipan bai'at kepada penguasa di negerinya yang menjadi kewajipannya ia terancam dengan ancaman yang keras. Berhubung perkara ini Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa melepaskan ketaatan (daripada penguasa), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barangsiapa meninggal tanpa ikatan bai'at, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah."(Riwayat Muslim)
Dan harus diingatkan bahawa bai'at kepada penguasa bukan seperti kalung yang boleh diletakkan dan ditanggalkan sesuka hati; jika ia suka dipakainya, dan apabila tidak suka ditanggalkannya. Tetapi kewajipan bai'at tetap berlaku selagi kekuasaan penguasa masih ada atau bertapak di negeri tersebut. Seseorang Muslim tidak boleh menarik diri daripada bai'at ini.
Dasar kedua yang perlu dipatuhi terhadap pemerintah ialah mengenai bagaimana cara pendekatan yang harus diambil dalam menasihati pemerintah kerana mereka adalah manusia yang berhak menerima penghormatan daripada seluruh rakyat jelata. Islam menyaran umatnya menjauhi sikapkhuruj(memberontak, penderhakaan atau lain-lain cara penentangan yang salah). Adanya kesalahan pada diri peminpin, bukan pula bermakna kita boleh memijak kehormatan mereka. Kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesalahan mereka dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi yang dibenarkan oleh agama. Perbuatan menegur dengan cara penderhakaan atau caci maki akan menimbulkan rasa benci dan marah di kalangan rakyat yang cintakan keamanan. Teguran yang membina terhadap pemerintah adalah teguran dan nasihat yang ikhlas, bukan perasaan hasad dengki atau berbentuk meruntuhkan segala apa yang ada di hadapannya tanpa mengira buruk baiknya atau untung ruginya .
Oleh kerana pemerintah tidak selalunya benar dan tidak mencapai darjat maksum, maka mereka yang ingin menasihatinya atau memperbetulkan kesilapannya perlulah mengikut mekanisme yang dibenarkan oleh syariat. Ini sesuai dengan panduan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda bermaksud:"Sesungguhnya Allah s.w.t meredai untuk kamu tiga perkara, antaranya kamu menasihati mereka yang diangkat untuk menjaga urusan kamu."(Riwayat Ahmad)
Sesunguhnya Allah s.w.t meredai di kalangan hamba-Nya yang dapat menasihati pemimpin supaya bersikap jujur dan perlulah bermuamalah dengan menjelaskan mana-mana kesalahannya melalui cara yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung perkara ini, Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umat baginda mengenai tiga perkara penting yang hati orang mukmin tidak sanggup untuk berlaku curang apabila melakukannya. Pertama, ikhlas beramal kepada Allah s.w.t. Kedua, dalam menasihati pemerintah, dan ketiga, dalam kesetiaan terhadap jemaah.
Tiga hal ini sepatutnya menjadi panduan bagi mukmin agar tidak mengkhianatinya, iaitu dalam melakukan ibadat dan semua urusan terutamanya semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Perkara ini penting untuk dipraktikkan ketika ingin menasihati pemerintah dan hendaklah diasaskan di atas rasa kasih sayang, ikhlas dan demi memperoleh keredaan-Nya semata-mata, bukan kerana sebarang kepentingan yang lain. Di atas keikhlasan itulah menyebabkannya mukmin seharusnya tidak sanggup keluar daripada ikatan taat setia kepada pemerintah, malah sentiasa mendekati bersama kumpulan jemaah pemerintah (ulil amri) tersebut. Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri."(Riwayat Tarmizi)
Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sesiapa yang ingin menasihati sultan (raja) atau pemerintah, tidak harus secara terbuka atau di hadapan umum secara terang-terangan atau di atas pentas di tengah-tengah perhimpunan umum. Demikianlah ajaran yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, ramai yang lupa kerana keghairahan ingin menonjolkan sebagai jaguh masyarakat di samping bertujuan menarik perhatian ramai supaya disanjung atau dipilih sebagai ketua.
Prinsip ketiga ialah kita harus mendengar dan taat kepada penguasa pada perkara yang bukan maksiat kepada Allah. Tidak ada kebaikan bagi masyarakat kecuali dengan jemaah. Dan urusan jemaah tidak akan berjalan lancar melainkan dengan adanya 'imamah' (kepimpinan). Dan tidak akan lurus atau bergerak lancar sesuatu kepimpinan kecuali dengan ketaatan. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w menegaskan dalam suatu hadis yang bermaksud:"Barangsiapa taat kepadaku, sungguhlah ia taat kepada Allah. Barangsiapa bermaksiat (melakukan kesalahan dari sisi agama) kepadaku, sungguhlah ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa taat kepada Amir (penguasa), sungguhlah ia taat kepadaku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada Amir, sungguhlah ia bermaksiat kepadaku."(Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya, apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yang melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat dengan pedang atau mengunakan sebarang kekerasan. Nabi s.a.w menjawab menerusi sabda baginda yang bermaksud:"Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dengan kamu. Ketahuilah, orang yang dikuasai oleh seorang penguasa, dan melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci maksiat kepada Allah yang dilakukannya itu dan tetap tidak melepaskan ketaatan kepadanya."(Riwayat Muslim)
Meskipun apa yang diperintah atau dilaksanakan oleh umarak tidak menyenangkan hati kita, kita tidak sepatutnya menentang atau tidak mahu menerimanya selagi apa yang diperintah dan dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda baginda yang bermaksud:"Seseorang Muslim wajib memperkenankan (menerima) dan taat berkaitan apa sahaja (yang diperintahkan oleh ulil amri), suka atau tidak suka.Tetapi apabila ia (orang Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima), tidak juga taat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perhatikan bagaimana perseimbangan yang indah ini jika berlaku kepincangan di mana-mana, tentu kita tidak menyukainya kerana Allah tidak memerintah dengan perkarafahsyadan juga mungkar dan tetap menegaskan kepadanya bahawa perkara tersebut adalah tetap dilarang keras dalam agama dan perlu dijauhi dan ditinggalkan tanpa sebarang kompromi lagi. Ia bermakna, perlu dipisahkan antara amalan jahat pemerintah dan perbuatannya, barulah tindakan kita akan seimbang dan adil serta ada batasannya. Tidaklah sampai rakyat akan membenci dan memusuhi pemerintah. Dan prinsip yang keempat ialah kita tidak harus sewenang-wenangnya 'mengkafirkan' penguasa Muslim.Takfirmerupakan hak Allah, tidak boleh dilontarkan begitu sahaja atau sewenang-wenangnya kepada orang tertentu kecuali kepada orang yang berhak dikafirkan dengan bersandarkan syariat.
Oleh hal yang demikian itu, adalah menjadi hak kita untuk mentaati umarak (pemerintah). Meskipun terdapat kecacatan atau kesalahan yang dilakukan oleh mereka, namun kita tidak harus menghukumnya dengan cara penderhakaan yang ditegah oleh syariat Islam. Adalah penting bagi kita untuk memahami cara bermuamalah dengan umara bagi meluruskan sesuatu perkara atau keadaan yang telah bengkok akibat perbuatan atau tindakannya. Mempraktikkan sikapkhurujbukanlah jalan penyelesaian yang bijak dan adil.
Rupa-rupanya perjuangan PAS telah 'disembelih' oleh DAP awal-awal lagi.
Tak tau bahagian mana yang kena sembelih, tengkok atau telur. Patutlah PAS sekarang ni sanggup tunduk dan jadi balaci kepada DAP.
Tak hairan jika mana-mana pemimpin yang menentang DAP pula akan disembelih oleh PAS Pusat kerana takutkan DAP. Contohnya Datuk Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Bila PAS Selangor dapat dekat Dr. Rani lagi penakut nak tegakkan hudud. Macam biasa, UMNO jugak yang salah.
*Kat Padang Mahsyar nanti try la salahkan UMNO. Ada berani?
Menurut Malaysian Insider, kenyataan ini dipetik dari Harakah.
Cuma MyMassa nak ingatkan Haji Hadi dan puak PAS bahawa PAS dulu pernah anjurkan Perhimpunan Menentang Kristianisasi. Kalau lupa boleh tengok dokumen ini.
*Bila banyak sangat keluarkan kenyataan kontroversi macam tu lah jadinya. Sampaikan amanatnya sendiri dia langgar semata-mata nak gabung dengan DAP.
Ada sebab kenapa kami ulang tayang dokumen ini iaitu Khalid Samad telah mencabar kami dalam twitternya.
Jadi kepada Khalid Samad, bukti dokumen ini amat jelas bagaimana kamu telah murtad perjuangan kamu yang kamu laungkan waktu muda mu. Jika dulu kamulah pejuang yang memainkan isu ini, bila berkuasa, kamu pula menjadi pelindung kepada gerakan Kristianisasi.
Sedarlah wahai Khalid Samad. Riwayat politik kamu makin pendek. Rakyat Shah Alam kini sudah kenal siapa sebenarnya Khalid Samad. Jangan lupa bahawa Khalid Samad juga membiarkan anaknya sendiri pergi umrah menggunakan duit zakat.
*Pukul 9 lebih nanti, MyMassa akan membalun Haji Hadi pulak.
Kata Aziz Bari....."pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja"
Haji Hadi bukan alim ulama ke?
Apa maksud Islamic laws will eventually cover non-Muslims?
Itulah jadinya kalau orang yang banyak makan duit NGO Kristian macam Konrad Adenauer Foundation (KAF) nak cakap pasal Islam. Otak sekular macam ni tak payah la ulas pasal hudud.
Kata pakar perlembagaan tapi kes sendiri dengan UIA pun pasang peguam. Pastu nak ulas pasal undang-udang Islam pulak. Sudah-sudah la Aziz Bari woi.
*Bangang punya orang PAS. Presiden parti sendiri tak diiktiraf sebagai ulamak pun diorang sokong.
PUTRAJAYA, 25 OKT : Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes pertikaian sivil antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan itu selepas panel berkenaan menolak untuk menjawab isu-isu perlembagaan kepada mahkamah tertinggi tersebut untuk memutuskannya.
Hakim Arifin dipetik Bernama Online berkata, panel itu berpandangan bahawa sebarang isu perlembagaan yang timbul dalam kes itu tidak akan diputuskan dengan cara merujuk kepada Mahkamah Persekutuan.
Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong.
Mahkamah Tinggi merujuk lima persoalan perundangan berhubungan permohonan Abdul Khalid.
Satu daripada persoalan itu adalah sama ada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Majlis Penasihat Syariah yang diberi kuasa untuk menentukan undang-undang Islam.
Seksyen 56 menyatakan jika di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah dan penimbang tara, apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, hendaklah mempertimbangkan mengikut mana-mana keputusan Majlis Penasihat Syariah atau merujuk persoalan itu kepada majlis untuk keputusannya.
Panglima sedang mencari maksud apa dalam nama yang tertera di atas. Kebetulan terjumpa di FB oleh Buzze Azam.
Pertama kali tengok memang nak tergelak. Tetapi serius jika sesiapa tahu nama boleh komen di bawah.
Rendahnya pengetahuan kita hingga nama GLASSKOTE pun dah tak tahu erti. Tentu ada maksudnya dalam bahasa bukan Melayu pastinya perkataan di atas.
Jadi (moralnya) kenapa kita mahu mendabik dada membangga diri dengan sejemput ilmu yang dimiliki ?
Kan agama memberitahu : Sesiapa merendah diri pasti diangkat (maruahnya) oleh Allah...
Mari kita berubah dari gelap kepada cahaya.
Bukan sempenan Pesta Cahaya tetapi kerana ingin berada dalam Cahaya ( NUR ) Allah dan Nur Rasulullah saw.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Gambar ini pernah Panglima perolehi semasa menghadiri majlis himpunan penulis maya bersama Perdana Menteri beberapa minggu lepas.
Diedar kepada semua penulis maya yang hadir semasa ceramah oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara YM Raja Arif Raja Ali dan itulah kali pertama para penulis alam maya mendapat gambar pokok tersebut ( tidak silap panglima ).
Pohon 1Malaysia menurut KP BTN dalam ceramah hari tersebut - diambil dari salah satu ibarat dalam quran - iaitu surah Ibrahim ayat 24 - 26 :
Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)
Kerana itu logo BTN yang baru hari ini dicontohi dari pokok di atas menurut Datuk Raja Arif . Selepas disemak rupanya di web BTN ada berita tentang pemasyhuran logo baru tersebut sekali dengan perasmian baju korporat mereka.
Sesiapa berminat meneliti berita tersebut sila klik di sini http://www.btn.gov.my/v2/ dan juga berita berita lain termasuk gambar 1Malaysia versi terkini (gambar kanan) yang sedikit berbeza dari apa yang diguna oleh orang awam hari ini. Alhamdulillah group FB1Malaysia sudah menggunakannya.
Meskipun dalam carian di google ada sedikit komen sinis oleh blog tertentu tentang logo baru BTN tetapi ia adalah perkara biasa dalam dunia blog hari ini. Semua orang bebas bersuara dan semua orang juga bebas untuk menerima atau menolaknya bergantung kepada fakta di dalam tulisannya.
Yang jelas ia bukan bentuk cendawan dan bentuk lain yang terlintas di fikiran. Apatah lagi bentuk yang kotor dan lucah. Jika perkara kotor dan lucah keluar di fikiran anda bermakna fikiran anda sebenarnya telah dicemari dan perlu dibersihkan dengan selawat, zikir dan bacaan quran. Kan ? ; )
Logo baru BTN ( yang panglima baca dari info FB YB Datuk Ahmad Maslan ) dua hari lalu semasa berjalan-jalan di alam maya. Panglima yakin masih ramai tidak tahu logo baru BTN yang kerap dikatakan membuat transformasi demi transformasi. Ketika itu status FB YB Tok Mat agak panas di mana ada individu tertentu mengkritik YB Datuk Ahmad Maslan isu penerangan 1Malaysia.
Status beliau di bawah sungguh panjang seperti berikut :
(Zaharin Yasin bantai saya dlm FB tuduh saya tak faham 1Msia..Sblm ini dia bantai TPM & ramai lagi..Ini jawapan saya kpd dia semoga dia faham ttg 1Msia) Saya beri banyak ceramah 1Msia bersama Penerangan, ceramah Juara Rakyat, seminar BTN JPM dll majlis..Dlm 9 Majlis Penerangan Perdana MPP di 9 negeri bulan Sept & Okt ini yg dihadiri ribuan peserta setiap tempat, saya juga syarahkan hal yg sama..Ada multimedia presentation ttg 1Msia dll..Menyanyi lagu 1Msia adalah mesti dlm MPP..
Saya sebut 1Msia yg diilham PM adalah gagasan perpaduan yg menjadi kekuatan negara..Melayu kena anggap Cina & India sbg kawan & bukan lawan..Cina anggap Melayu & India sbg kawan..India anggap Melayu & Cina sbg kawan..Begitulah dgn kaum lain di Sabah & Swak..Anggap masing2 sbg aset bukan liabiliti..Konsep penerimaan & meraikan kepelbagaian sbg kekuatan bukan kelemahan..Walau masih belum tercapai tapi usaha mesti dimantapkan..Melayu Cina India sama2 berkawan dlm negara ini bagi berlawan dgn negara2 luar utk menjual produk & perkhidmatan yg terbaik dlm persaingan pasaran global yg mencabar..
Saya juga sebut India di sini bukan India India tapi India Msia..Cina di sini bukan Cina China tapi Cina Msia..Terlalu ramai yg mendengar ungkapan2 itu dlm ceramah2 saya..BTN di bawah perhatian saya sudah menukar logo & prgm2 skrng ini bertema Bersama Jayakan Gagasan 1Msia..Ratusan Seminar 1Msia telah dibuat & puluhan ribu pelbagai bangsa telah menghadiri atas panduan & arahan saya, BTN laksana dgn baik..lihat website BTN & ahmadmaslan.com..Tkasih
Sudah lama sebenarnya niat di hati Panglima mahu menerbitkan gambar pokok 1Malaysia yang diperolehi (pertama kali ialah semasa program dengan artis di Banghuris Homestay Sepang klik sini ) di atas.
Rasanya sekarang masa yang sesuai untuk melakukannya. Ramai antara kita sebelum ini lebih tertumpu isu isu semasa samada mencari atau menjawabnya, sehingga agak tercicir isu tentang dasar penting negara seperti 1Malaysia dan juga program-program yang dihadiri PM dalam atau luar Malaysia.
Mohon maaf jika pihak Biro Tatanegara tidak benarkan logo ini disiarkan dalam web atau blog. Sila email kepada panglima jika ia tidak boleh disiarkan di sini.
Seterusnya, gendang Perang PRU 13 sudah nampak bahawa ia akan tiba tidak lama lagi tanpa sebarang tanda, bila-bila masa sahaja.
Maka wajarlah kita sebarkan semua benda yang kita ada selain membuka kembali kes-kes lama puak Pakatan serta melipatgandakan usaha di dalam menerangkan dasar dasar negara dan parti untuk alif ba ta.
Juga mohon jasa baik diedarkan video GTP NKRA (yang telah disiar juga di TV) mengikut tajuk demi tajuk di blog sahabat pejuang siber sekelian selain video dan gambar terbaru Perdana Menteri.
Semoga Allah memberkati setiap saat anda korbankan untuk keutuhan alif ba ta.
Alif - Agama - Islam
Ba - Bangsa - Melayu
Ta - Tanah Air - Malaysia
Tentunya di bawah naungan pokok 1Malaysia gagasan YAB Perdana Menteri kita.
kemaskini : 12.33 tengah hari Jumaat 28 Oktober 2011 bersamaan 30 Zulkaedah 1432 Hijrah
Akhir zaman yang benar dikata fitnah. Dan yang fitnah dikata benar.
Pelik apabila bukti video seks pun tidak mampu menggugat keimanan penyokong Anwar lantaran mental mereka tidak bisa menerima hakikat bahawa pemimpin yang bakal dijulang ke Putrajaya akan terpenjara hanya kerana skandal 'kon*knya'
Kerana itu Anwar Ibrahim terpaksa berucap berapi-api untuk memastikan semua penyokongnya bangkit untuk mempertahankan Pakatan khususnya dirinya dalam video di atas.
Ini membuktikan serangan bertali arus oleh pejuang keBeNaran telah merimaskan puak kebatilan yang pandai bermuka-muka demi kemenangan.
Alhamdulillah moga kita terus bangkit dan terus menentang demi Islam Melayu dan Malaysia yang tercinta ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Beberapa saat tadi Panglima baru membaca komen blogger PAS Greenboc yang menghentam Hassan Ali menyertai HIMPUN 2011 pada 22hb lalu di blog Jentayu Abaka. Beliau merujuk kepada tulisan blogger PAS GB atau Greenboc http://greenboc.blogspot.com/
Perhimpunan rakyat berugama Islam di Stadium Shah Alam pada Sabtu 22 Oktober 2011 yang dibuat untuk mempertahankan akidah dari cubaan murtad dalam majlis bernama HIMPUN 2011 patut disokong dan dibuka kepada semua tidak mengira fahaman politik.
Bahkan penganjur menafikan pihak tertentu seperti UMNO yang mendalangi perhimpunan mereka dan tindakan pihak mengkritik usaha individu seperti Hassan Ali menyertainya adalah sangat bodoh dan bengong pada pandangan Panglima.
Kita tidak ada masalah jika ia dianjur oleh parti politik seperti UMNO dan PAS enggan menyertainya. Tetapi bukankah sebelum ini kita pernah bersatu atas nama PALESTIN lalu kita boleh duduk bersama menunjukkan kekuatan akidah sesama Islam dalam majlis tersebut ?
Adakah persoalan undi dan kepentingan politik menjadi halangan dan perlu diberi kritikan pedas oleh blogger PAS ?
Kata Datuk Hassan Ali yang dipertahan Sultan Selangor isu DUMC :
"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."
Itulah kata-kata Datuk Hassan Ali dan ia jelas tidak melibatkan parti PAS. Ketinggian moral beliau untuk sanggup hadir dalam HIMPUN 2011 patut dipuji bukan dikeji.
Tetapi komen blogger Greenboc (GB) yang bodoh ini :
" GB dah kata dulu, Hassan Ali dan kumpulan UG ini memang jahatlah. Dia menongkah arus, tidak menghormati keputusan pimpinan PAS untuk tidak terlibat di dalam HIMPUN.
Beberapa blogger pro-UMNO telah bertepuk sorak dengan keputusan Hassan Ali tersebut. Apa maknanya jika blogger pro-UMNO bersikap demikian? Anda endiri boleh manjwabnya. "
Lagi memanaskan ialah komen yang diterbitkan di blog tersebut tentang Hassan Ali :
Komen 1
Anonymous said...
Aku setuju cadangan itu, pecat jer duri dalam daging nih. Nampak tak ada kebergunaan Hasan Ali dalam PR. Sebelum parah ambil tindakan pemecatan dengan segera. Jelaslah dia ni berperwatakan talam dua muka.
Komen 2
Anonymous said...
bersih 2.0 langsung tak nampak muka....bab yg ni semangat pulak nak pegi.
Sepatutnya Hasan Ali mengutamakan jemaah dan partai yang beliau sertai.
Ikutilah arahan pimpinan partai bukan desakan blogger UMporNO.
Sekor lagi yang kalah timbalan presiden tak joint sekali ke?
Mujurlah ada juga komen penyokong HIMPUN yang marah Datuk Hassan Ali dihentam kerana sertai perhimpunan seperti di bawah :
Komen 4
Anonymous said...
Salah ke kami di HIMPUN nak bersatu dan berhimpun atasa aqidah yang sama?
salah ke kami orang islam nak bersatu, tanpa kira bendera politik?
salah ke?
Saya bawa anak ke sana, tanpa di suruh, tanpa tiket se siapa pun, tanpa ddesak oleh manamana pihak atau parti.
Jadi, wahai kawan2, adakah kamu masih nak kata HIMPUN ini menyebelahi pihak politik tertentu???
Cuba guna akal dan iman, dan hapuskan lah rasa dengki-mendengKi se sama saudara islam, samadA PAS mahupun UMNO, wahai kalian.
SHINA@BANGI
Adakah sindiran tajam Datuk Hassan Ali ini menyebabkan blogger PAS mengamuk sakan :
Dr. Hassan Ali berkata,
"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."
Nasihat Panglima : kalau tidak mahu menyertai HIMPUN, usahlah menentang atau menentang orang yang menyertainya demi menyelamatkan agama.
Kalau nak tenggelam pun, tak perlulah menarik orang lain sama !!!
Baca peringatan Allah tentang orang-orang munafik yang enggan berjuang jalan Allah ( seperti mempertahankan akidah ) oleh web Halaqah di bawah :
"Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya,sepeninggalan Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah s.w.t dan mereka berkata:'Janganlah kamu keluar berjuang waktu panas,'Katakanlah:'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu jika mereka mengerti.""(At-Taubah:81) Firman Allah s.w.t:
"mereka meminta uzur kepadamu apabila kamu kembali kepada mereka(dari medan perang).Katakanlah."'Jangan kamu minta uzur,kami sekali-kali tidak percaya kepadamu.Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberitahu kami tentang perkhabaranmu." (At-Taubah:94)
Ertinya: "Tiadalah sama orang yang duduk di antara orang-orang mukmin dengan orang-orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t dnegan harta dan jiwanya,kecuali orang yang ditimpa kemelaratan." (An-Nisa':95)
Info tentang sifat munafiq yang jelas ada dalam golongan Khawarij Moden seperti PAS
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Alhamdulillah pagi ini ustaz sempat menghadiri ceramah Ust Ismail di Jabatan Perdana Menteri. Tajuk fatamorgana kehidupan. Ceramah sempena program penerapan nilai nilai Islam bulan Oktober. Dihadiri ratusan kakitangan JPM. Ustaz moden diajak oleh kawan.
Ada kisah harta jutaan ringgit di Baitul Mal yang tertunggak lebih 10 tahun kerana dinamakan kepada isteri dan isteri hamba Allah itu lebih awal meninggal dunia. Akhirnya menjadi rebutan antara keluarga isterinya.
Ceramah beliau sangat menarik.
Hadirin sangat teruja mendengar ceramah beliau.
Lawak dan bersahaja.
Antara inti ceramah yang lain :
Harta yang baik untuk lelaki yang baik.
Tips menjadi isteri solehah turut disentuh oleh beliau.
Payung emas turut disebut oleh Ust Ismail.
Pagi tadi dalam Sinar FM juga ada disentuh payung emas. Tetapi dj wanita seperti memperlekeh perkara agama seperti payung emas dan syurga walau dalam nada jenaka.
Bagus jika ceramah Ust Ismail ini ada dalam youtube seperti Ust Azhar Idrus.
Penceramah juga memberitahu suami perlu berterima kasih kepada isteri yang bekerja.
Tugas isteri ada tiga iaitu taat suami,solat dan puasa.
Keutamaan ilmu berbanding harta juga disebut.
kata Saidina Ali : ilmu menjaga kita dan harta kita menjaganya.
Isu rasuah juga dikupas oleh beliau.
Ramai pesakit di hospital tidak menunaikan solat ketika sakit.
hadis “sungguh telah celaka hamba dinar dan hamba dirham. Sungguh dia akan celaka dan tidak akan bahagia. Bila dia terlungkup nescaya tidak boleh terselamat lagi.
Ada kisah seorang imam diuji RM 4 juta untuk bina sekolah tahfiz tetapi gagal mengawal nafsu dan minta RM 2 juta untuk dirinya kerana tamak. Lalu projek tidak berjaya walau sudah ditawar oleh jutawan arab.
Bukan semua orang mampu tahan ujian harta. atau kuasa dan ujian wanita.
Siapa tidak percaya ustaz Ismail memang menghiburkan dalam ceramah, boleh jemput beliau.
Dengki dengan menu 1malaysia yang di perkenalkan oleh pm, teresa cock pulak nak buat benda yang sama, dia tawarkan menu rakyat dengan harga rm 2, Teresa berkata, menu yang berkonsepkan 'vege' (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal.
"Menu yang Najib makan itu sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran yang teresa mendakwa ia 'halal' untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.
"Restoran ini adalah restoran sayur-sayuran, ia halal dan sesuai untuk semua golongan.
Tapi yang malangnya, owner kedai tu sendiri mengaku yang dia tak pernah memohon sijil perakuan halal dari jakim, macam mana teresa cock boleh kata restoran tu halal?
Kalau teresa bawa hadi awang dan nik ajis makan kat situ pun, pada aku tetap restoran tu tak halal pasal dia tak ada sijil halal, malaun todi dua ekor tu apa kira, politik punya pasal yang haram pun jadi halal.
Anwar ke london jupe perancang yahudi, al-gore, biasa la tu kalau tak mintak duit yahudi untuk fund parti dia, mesti minta nasihat macam mana nak lepaskan diri dari kes liwat, dia nak pi mana pun pergi mampos sama dia la...
Tapi aku nak tanya anwar dan juak-juak pkr kat sini, anwar pergi ke london siapa yang sponsor? atau anwar pergi nak kapal terbang dan sewa hotel pakai duit dia sendiri, tapi aku yakin yahudi kawan anwar tu yang sponsor.
Anwar dalam twitternya kata dia bertemu al gore untuk bincang mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu, kahh...kahh...kahh... dia tu menteri pelajaran ke?
Kahhh...kahh...kahhh korang tengok sendiri macam mana naik hantu anwar dengan bloggers pro bn, walau pun kami tak di bayar, tapi serangan yang di buat oleh bloggers pro bn lebih menyengattt dari bloggers pas dan pkr yang mendapat gaji bulanan. maklumat terbaru, pas memperuntukan sejumlah dana yang cukup besar kepada komentar-komentar dalam blog dan facebook, harga yang pas pusat letakan ialah rm 2.00 untuk komen dalam blog dan rm 1.50 untuk komen dalam facebook. soalnya halal ke rezeki mempertahankan seorang kaki liwat ???
Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Saya merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda yang mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.
Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan.
Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.
Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.
Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.
Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa.
Kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian. Sila klik sini.
Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti, bantuan kapur, kawalan serangga perosak, menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara.
Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.
Kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif.
Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.
Suka saya cadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.
Kepada semua rakyat selangor, dengar sini baik-baik, mb selangor khalid ibrahim akan menunaikan segala janji-janji dalam manifesto pakatan yang di buat sewaktu pilihanraya umum lepas.
Antara janji-janji yang akan di tunaikan oleh mb dan kerajaan negeri ialah,
1. bantuan rm 75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ker nurseri.
2. bantuan rm 50 kepada seorang anak yang di hantar ke tadika.
3. menghadiahkan rm 1000 kepada setiap anak selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke ipta dan ipts.
4. memberi bantuan kepada anak muda selangor yang nak berkahwin.
5. mencarum kedalam takaful untuk warga emas sebanyak rm 2500, sila bawa kad pengenalan.
6. elaun kepada ibu tunggal.
7. memberi elaun kepada suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa.
8. memberi rumah kepada setiap rakyat selangor masih tidak memiliki rumah.
Segala janji-janji dalam manifesto pilihanraya itu akan di bayar secara back dated bermula dari tarikh kerajaan pakatan memerintah negeri selangor sehingga tarikh 31 oktober 2011, tuntutan bayaran boleh di buat di kauter-kauter yang akan di buka di ruang legar suk.
Sebenarnya pembayaran ini terhad untuk ahli dan suku sakat pemimpin dan penyokong pakatan sahaja, tapi di sebapkan banyak juga orang yang tak berparti duduk dalam negeri selangor, maka aku dedahkan juga la.
KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.
Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.
"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.
Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.
"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.
Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.
Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.
Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.
Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.
"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.
Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.
Tak serik-serik lagi Profesor serba tahu ini. Selepas membuat "kacau" terhadap Sultan Selangor, sekarang cuba pula membela institusi raja - kononnya selama ini, Tun Mahathir la yang telah menghancurpunahkan institusi warisan umat Melayu itu. Jawapan saya..poooorah la. Kalau benar puak-puak ini sayangkan institusi raja, mengada tidak dijadikan agenda bertulis di dalam Buku Jingga yang diagung-agungkan oleh puak-puak ini? Kalau selama ini UMNO dituduh sebagai perosak dan mengurangkan kuasa raja-raja, mengapa tidak pula kita dengar puak-puak ini bertempik ke hulu dan ke hilir bagi mengambalikan semula kuasa raja-raja yang kononnya telah dihancurkan oleh UMNO?
Sudahlah..yang membenci sultan dan institusi raja di negara ini atau puak-puak Pakatan Rakyat. Kalau boleh hendak dihapuskan sahaja institusi tersebut, tetapi berpura-pura kononnya mengasihi sultan dan raja. Sultan Selangor disanggah, Sultan Perak dicaci dan Sultan Johor tidak dihormati - Kesimpulannya, sangat jelas yang mahu menghancurkan institusi raja di negara ini adalah Pakatan Rakyat - tidak pernah kita dengar walau pun satu baris ayat, bahawa Pakatan Rakyat mahu memperkasakan institusi raja Melayu. Yang kita dengar, mereka tidak henti-henti menyalahkan UMNO, kononnya telah melumpuhkan kuasa raja-raja Melayu. Rakyat sudah menyampah dengan berita seperti ini.
Sepatutnya kerajaan PAS Kelantan telah lama menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya.
Mengikut Utusan Malaysia 19.01.1998 PAS membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS.
Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan sifat 'ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.
Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah Saidina Umar r.a kepada orangramai di Masjid Pulau Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji.
Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru, malah ada yang sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi. Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengistiharkan harta masing-masing dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?
Adakah ini wajah Chinadoll yang dikatakan melakukan adegan seks bersama Ketua Pembangkang yang di rakamkan melalui cctv tidak lama dahulu. Difahamkan Chinadoll ini akan tampil tak lama lagi untuk membuat pengakuan berkenaan hubungan seksnya bersama Ketua Pembangkang tersebut.
Terdahulu Harian Metro melaporkan Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.
Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.
"Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu," katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.
"Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan," katanya.
Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.
Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu. Kita tunggu dan lihat apakah perkembangannya selepas ini!
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenapa regim DAP mendesak MPPP meluluskan projek sPICE sedangkan pihak ahli majlis sendiri tidak tahu menahu mengenai rundingan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng?
Kenapa hingga perlu didesak dan dipaksa MPPP sedangkan projek tersebut belum di bentangkan kepada ahli majlis MPPP.Apa kepentingan Lim Guan Eng dengan pemaju hingga tergesa gesa melaksanakan projek ini hingga tidak dibuat secara telus?
Projek ini dikaitkan dengan kerugian yang besar kepada pihak majlis MPPP,:klik sini dan sini
Ahli Majlis PKR sendiri turut mempersoalkan penyelewengan yang dilakukan oleh regim DAP.
More Spicy Details Emerge On SPICE
Councillors were kept in the dark over details of contract and arm-twisted into going ahead with the RM300 million-project, claims PKR's Lim Boo Chang.
GEORGE TOWN: The state government's bulldozing of the subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) has undermined the autonomy, independence, credibility, dignity and integrity of the island municipal council (MPPP).
PKR's MPPP councillor Lim Boo Chang is upset and sad that the council was forced to go ahead with the RM300 million-project without the knowledge and approval of councillors.
He alleged the state government had 'misused' the Section 9(1) of the Local Government Act to issue a directive to the MPPP to rubber stamp the project.
"The state government can direct the council on general policy matters, not on specific projects. The MPPP is an autonomous and independent policy decision-making body, not just another government department.
"The state government's conduct has undermined the council's credibility, dignity and integrity," said Lim, after objecting to sPICE during the tabling of MPPP's Budget 2012 here today.
Lim also officially recorded the objection of another councillor Dr Lim Mah Hui, a NGO representative who was absent.
Lim's revelation of councillors' lack of information on the project contract details lends credence to rumours that the MPPP never formally approved sPICE.
Council members only agreed in principle to the sPICE project in December 2010, seeing that the state needed an international class convention centre to boost George Town's image.
"They never deliberated or approved the contract details when it was signed between MPPP and sPICE developer Eco-Meridian Sdn Bhd (EMSB), a subsidiary of SP Setia Bhd," said Lim.
He said that Chief Minister Lim Guan Eng's government had put aside its own CAT principles of competency, accountability and transparency to force through the project.
During the budget management committee meeting held five days before the contract signing on Aug 19, 2011, Lim said councillors asked for a copy the contract draft.
They also asked for a special session to deliberate on sPICE before the signing ceremony.
The special session on Sept 22 was held after the contract signing, but until today the councillors have not officially received any documents pertaining to the contract.
"We were always kept in dark over the contract details of sPICE since we approved the project in principle last year," said Lim, the PKR Bukit Gelugor division chief.
Developer stands to pocket RM100 million
Under the contract, EMSB/Setia was allowed to build 450 low cost houses (LMS) at price of RM72,500 and above per unit on the free land and pocket all the proceeds from the sales.
The developer is also to build an extra 1,500 houses each in the various projects it would undertake in Penang island and again pocket all the proceeds.
Development charges and quit rent will be waived for the project. MPPP will invest RM50 million by stages for the project.
In Budget 2012, the council will set aside RM29.25 million to top up its earlier RM10 million for the project. The council is expected to allot the remaining sum in Budget 2013.
"The council will invest heavily but gets nothing in return," said Lim.
The sPICE project was to transform and refurbish the 24-acre Penang International Sports Arena (PISA) site in Relau, and turn a public sports facility to an exclusive club for the rich.
Once built, sPICE would have an international convention centre, an aquatic centre and a posh hotel. The developer is being given a 30-year leasehold ownership.
According to another councillor, the developer would pocket a net RM100 million profit during lease period.
"All these contract details never out for the councillors perusal and deliberation, let alone for approval," said Lim.
Under fire, Chief Minister Lim claimed sPICE would be a worthy investment in tandem with his administration's goal of turning George Town into an "international and intelligent" city.
But critics, including state opposition Barisan Nasional and a coalition of NGOs, have slammed the project as waste of public funds-FMT
Pisau kata " kenapa ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri tak jawap!?"
Memalukan nama mahasiswa,kononnya mereka ini golongan bijak pandai,tetapi realitinya banggang.Mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka bantah.Mempertahankan tindakan Aziz Bari menghina Sultan mengenai isu murtad DUMC adalah satu tindakan membuta tuli.
Kebodohan mereka tidak berhenti disitu saja apabila mengadakan candle light vigil. Orang Islam bukan begini caranya. Sudahlah menyokong isu Murtad DUMC kemudian ciri ciri menyerupai golongan itu pun sudah terserlah.
Kebebasan Akademik yang dipinta tetapi budaya kristian yang ditonjol oleh mereka
Sekumpulan mahasiswa berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap.
Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".
Inilah mereka ini nak tunjuk pandai tak bertempat,kononnya menyokong kebebasan bersuara sebaliknya lebih banyak menyokong gereja evengelis memurtadkan umat Islam.Tindakan mereka ibarat seperti kelompok evengelis .Sila baca dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam. 2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam
1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut. 2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim) 3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud: "Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).
Seperti biasa Lim Guan Eng,reject dari Melaka tidak pernah bercakap benar.Setiap patah yang keluar dari mulutnya pasti akan ada pembohongan. Regim DAP membuat road tour dalam siri ceramah kononnya mereka membina rumah murah untuk rakyat.
Dalam masa yang sama menghabiskan wang rakyat mencetak risalah pembohongan yang diedarkan diseluruh pelusok negeri.
Buletin lidah bercabang yang memperbodohkan rakyat Pulau Pinang ternyata terlalu banyak berbohong. Inilah yang dikatakan Cekap putar belit,Auta Sana Sini dan Terus Berbohong .
Pisau percaya dengan buletin ini seluruh rakyat Pulau Pinang tertanya tanya dimanakah lokasi 11 ribu rumah murah yang dikatakan dibina oleh regim DAP.
Taman Sungai Duri Permai dan Taman Sungai Duri Indah dirancang dan diluluskan oleh kerajaan BN. Jadi dimanakah yang dikatakan rumah murah yang dibina oleh regim DAP?
Guan Eng kata telah bina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah sahaja yang telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.
Tapi pembaca nampak dan tau tak kat mana lokasi? Guan Eng tak pernah bagi tau di manakah perumahan terbabit dibina.- selanjutnya klik sini
Pembohongan regim DAP dibuktikan apabila laporan audit membongkar bahawa selama ini Lim Guan Eng dan regimnya berbohong kepada rakyat.
State govt fails to construct low-cost houses between 2009 and 2010
GEORGE TOWN: Not a single low-cost house has been built by the Penang Government from 2008 to 2010.
The Auditor-General's Report stated that all low-cost housing projects in the state had been built by private developers during this time.
"From 2008 to 2010, a total of 14,059 applicants for low-cost housing and Public Housing Projects have been registered, with the total number of applicants standing at 152,702," the report said.
Stating that the management of low-cost housing in the state could be improved, the report listed late approvals as well as arrears and rent collection as weaknesses of the State Secretary's Office's Housing Division.
"A total of 141,497 low-cost housing applicants and 4,146 PPR applicants have been delayed as of Dec 31, 2010.
"The collection of RM0.85mil in rent arrears, RM5.97mil in hire purchase and RM4.95mil in maintenance fees needs immediate action to reduce the sums," the report said.
"As a result of the outstanding arrears, house maintenance has suffered with the maintenance fund balance shrinking from RM2.65mil in early 2008 to RM0.78mil at the end of 2010," it added.-Starproperty
AIDCNews – 27/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
"London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu", kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.
Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.
Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.
Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).
Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.
"Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan", kata Al Gore
Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.
Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk 'melarikan aset/wang' miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan.
Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat GIM di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore, yang melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.
Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan
Al Gore sebagai pengerusi GIM turut melantik penasihat-penasihat antarabangsa, termasuklah, Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB; Jonathan Lash, bekas Presiden World Resources Institute; Mitch Kapor, pakar teknologi maklumat dan aktivis hak asasi; John Doerr, venture capitalist dan Anwar Ibrahim.
Anwar dilantik penasihat antarabangsa GIM pada Februari 2005 setelah bermesyuarat semula dengan Al Gore di pejabatnya di One Vine Street, London.
Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, GIM yang dianggotai Anwar telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Klik di sini
Sejarah persahabatan Anwar dan Al Gore dibina sejak akhir tahun 1990-an, diperteguhkan lagi persahabatannya selepas Anwar berhijrah ke United Kingdom dan AS selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.
Untuk memahami bagaimana konspirasi Anwar, Al Gore dan George Soros dari akhir tahun 1990-an hingga sekarang, sila klik di sini, sini, sini, sini dan sini-aidc