Heboh di blog umno kononnya Ustaz Kazim mengatakan artis yang baru berhijrah baru 2 3 hari terus nak jadi ustaz atau ustazah.
Ustaz ni dengar nada memperli artis-artis yang ingin berubah. Begini ke perangai orang agama jika ada sesiapa baru nak berhijrah?
Ustaz Azhar telah mengulas tetapi lebih kepada isu post perkara yang berkaitan agama dalam facebook.
Orang agama, tunjukkan lah cara orang agama yang sering mengajak ke arah kebaikan. Kalau begitu la caranya, orang akan takut nak berhijrah. Mereka fikir kalau berhijrah, ustaz-ustaz akan perli dan kutuk.
KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.
Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:
1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;
3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.
Pentadbiran Umno/Barisan Nasional yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian, yang disahkan oleh laporan tersebut apabila 71.9% dari seluruh isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta sebagai pengangkutan.
Oleh itu, dasar automotif Umno/Barisan Nasional yang menyebabkan harga kereta melambung tinggi adalah penyebab kepada tekanan hutang yang ditanggung oleh rakyat. Peningkatan hutang kenderaan persendirian yang kini dibiayai oleh sektor perbankan negara juga perlu dipantau supaya tidak melonjak naik pada kadar yang membimbangkan.
Makanya, satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.
Rakyat Malaysia tahu bahawa harga kereta di Malaysia yang mahal adalah akibat dasar Umno/Barisan Nasional yang mahu melindungi kepentingan kroni mereka dengan menindas rakyat. Walaupun hanya 2 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai kerana pendapatannya melebihi had minima yang ditetapkan, hakikatnya setiap keluarga di Malaysia membayar cukai yang tinggi dalam bentuk pelbagai cukai yang dikenakan terhadap kenderaan persendirian.
Harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan Umno/Barisan Nasional iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.
Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%.
Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar.
Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan kerajaan Umno/Barisan Nasional ini, bermakna rakyat dibebankan dua kali.
Isu ini adalah isu rakyat yang akan diperjuangkan oleh KEADILAN.
Pimpinan muda di dalam KEADILAN akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13.
KEADILAN juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan politik supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN
YB SIM TZE TZIN TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.
Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.
Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.
"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya. Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.
Harga tinggi kerana cukai, duti eksais Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.
Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.
Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.
"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.
"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.
Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.
"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.
"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.
KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
SHAH ALAM 24 JULAI : Gaji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dicadang dipotong RM10 dalam sesi bajet parlimen pada masa akan datang ekoran kenyataan berbelit-belitnya berhubung soal PAS dan DAP diresapi penganas.
Cadangan ini dikemukakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan media.
Ia merujuk kepada kenyataan Hishamuddin yang seakan-akan mempertahankan dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Sofian Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Kit Siang menyifatkan tindakan Hishamuddin itu sebagai tidak relevan apatah lagi beliau langsung tidak menegur atau mendisiplinkan Sofian atas penyalahgunaan jawatannya.
Sebaliknya, tegas Kit Siang, Hishamuddin hanya menganggap tuduhan itu hanyalah 'fakta semata-mata' dan tidak mengancam keselamatan negara.
"Apakah maksud 'fakta semata-mata' yang Hishammuddin katakan dengan merujuk kepada dakwaan Sofian bahawa pengganas JI sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP?
"Hishammuddin dan Sofian dicabar untuk memberikan nama pengganas JI yang telah meresap ke dalam PAS dan komunis ke dalam DAP, dan sekiranya mereka tidak dapat berbuat demikian, maka dakwaan ini adalah fitnah yang berpucuk daripada imaginasi liar Sofian," selarnya.
Tambah Kit Siang, Hishamuddin juga cuba kelihatan seperti 'Menteri serba tahu' sejurus selepas dakwaan liar dan tidak berasas ini dipertikaikan.
Menurutnya, Hishamuddin sebelum ini menegaskan beliau 'tidak pasti' berhubung dakwaan resapan pengganas dan komunis ke dalam Pakatan Rakyat dan menganggap ia adalah isu sensitif.
Bagaimanapun hanya dalam tempoh 24 jam, Hishamuddin bertindak menukar kenyataannya dengan mengatakan penembusan idelogi (dalam pembangkang) tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini.
Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Tak tahu dari mana datangnya, tapi sememangnya design ini menimbulkan rasa tidak senang kepada para designer di luar sana. Ianya tak layak dinamakan "logo" sebenarnya. Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan.
Anda sendiri pun boleh buat dalam masa tak sampai 5 minit. Rasanya masih sempat kalau nak tukar logo lain. Come on lah! Berikut adalah lakaran logo oleh rakan blogger, Abdus Fauzi di mana kami rasakan, jauh lebih baik jika ianya digunakan berbanding logo sekarang.
Kaedah umum dalam Mazhab Syafie adalah: Jika permusafiran bertujuan melakukan maksiat, maka tiada rukhsah yg boleh diambil. Jika permsuafiran tujuannya baik tapi maksiat dilakukan ketika bermusafir itu, maka masih boleh mengambil rukhsah.
Itupun kalau boleh namanya rukhsah ya, bukan tangguh puasa. Kalau tangguh kerjakan haji kerana sebab tertentu (seperti perkahwinan, pilihanraya dsb) memang boleh pasal haji ni kewajipannya lapang (muwassa').
KAHERAH - Pegawai pemeriksa keselamatan lapangan terbang di Mesir, semalam memaklumkan kerajaan kini membenarkan penduduk Palestin untuk memasuki negara itu tanpa memerlukan permit.
Keputusan itu bertujuan untuk menamatkan sebahagian daripada sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza sejak lima tahun lalu.
Difahamkan, sekatan tersebut dikenakan selepas kerajaan Hamas menguasai Gaza pada 2007.
Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat
KOTA BHARU: Mahasiswa Malaysia di luar negara khususnya United Kingdom (UK) dan Ireland turut menyumbang untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat oleh kerajaan Kelantan.
Sebanyak RM8,000 dikumpul oleh pelajar jurusan perubatan untuk diserahkan pada kerajaan negeri untuk menjayakan pembinaan jambatan itu yang bakal dibina tidak lama lagi.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil pelajar berkenaan, Mohammad Azli Omizi, 21, Mohd Azam Omizi, 23 dan Azri Che Hassan, 21 kepada anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Azli ketika ditemui memberitahu, sumbangan berkenaan sebahagian besarnya diberikan oleh pelajar Kelantan jurusan perubatan di dua universiti tersebut.
"Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik," ujarnya.
Sementara itu, Husam pada sidang medianya semalam berkata, sumbangan orang ramai melalui online untuk pembinaan lebuhraya itu sudah meningkat RM1 juta.
Menurutnya pelbagai pihak telah menyalurkan sumbangan untuk menjayakan pembinaan itu, termasuk individu, syarikat koprat, anak Kelantan di perantauan, golongan artis dan berbagai lagi.
Semalam kita juga menerima sumbangan daripada KGT sendiri.
"Malah pada 4 Ogos ini dengan kerjasama dengan kumpulan media dengan dibantu anak Kelantan di perantauan akan menganjurkan program memungut derma untuk tujuan yang sama," ujarnya.
Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. -Hrkh
Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.
Di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.
Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...
Ia kelihatan seperti pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada kitaran ganas politik Umno-BN telah menjadi selepas 5 dekad hegemoni politik.
Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan perjanjian tersirat untuk skor pemimpin BN yang setakat ini telah membawa kedua-dua negeri Malaysia Timur pemimpin mereka ganas merampas sumber semulajadi secara besar-besaran dan memperkayakan diri mereka selagi mereka juga memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.
Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO dan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia ialah kerana membuat pengumuman "penting pada hari Ahad nanti . Lajim Ukin , Beaufort MP, akan segera menyusul.
"Saya mempunyai dengan ini bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletak jawatan dari jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan BN baru Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam nota surat peletakan jawatan, yang disediakan kepada media, di sini hari ini. Blok bebas
Walau bagaimanapun, berita, yang telah dijangkakan selama berbulan-bulan sekarang, telah menghantar gelombang kejutan merentasi jurang politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki adalah pemimpin kanan Sabah, yang telah wakil rakyat melalui tahun.
Mereka dijangka untuk membentuk Rakyat blok bebas pro-Pakatan Rakyat dan bukannya serta merta menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.
"Wilfrid akan membawa dan berkumpul bersama-sama kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya akan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa adalah betul, mereka akan membuat yang pengumuman perlu. Peranan Pakatan akan untuk membantu ini pertandingan kumpulan dalam GE-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai satu-satu persefahaman, "naib presiden PKR Tian Chua, yang bertindak sebagai ketua perunding dalam mendapat persetujuan dari akar umbi di Sabah.
Keluaran bermula dengan bersungguh-sungguh
Bukan sahaja akan di berita terkini, ini telah lama terpendam didalam hati pemimpin BN, terutama Perdana Menteri Najib Razak, yang telah cuba keras menghalang pemergian Wilfrid, sebagai ia adalah dijangka untuk mencetuskan sebilangan besar daripada gabungan beliau ke dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Spekulasi terakhir pada bulan Jun bahawa 6 pemimpin Sabah akan melompat kepada parti PKR ,Anwar telah hilang begitu saja selepas pembantu Najib membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap selepas Bajet 2013 telah dibentangkan pada 28 September. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa GE-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha untuk menyejukkan keinginan untuk meninggalkan BN.
Walau bagaimanapun, yang tidak lagi kelihatan cukup untuk menghalang Bumburing dan lain-lain yang berfikiran seperti pemimpin, yang nampaknya telah berkembang kita tahu politiking UMNO yang bergantung kepada bangsa memperjuangkan dan ketaksuban agama. Ramai juga terkejut dengan jumlah rasuah pada perbelanjaan orang-orang yang biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno 5 dekad yang lalu telah tidak dapat berbuat banyak atau risiko ditinggalkan sekali di dalam sejuk.
"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya meniup melalui Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu Parti yang buruk. Ini adalah perkara yang kita memberi amaran kira-kira 3 tahun yang lalu dan mereka akan datang benar kerana UMNO telah tidak mampu untuk berubah dan Najib adalah terlalu lemah untuk membuat partinya melaksanakan reformasi menyakitkan, "kata Tian.
Keluaran dan BN berpecah juga akan berlaku di Semenanjung
Ahli Parlimen PKR bagi Batu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah hanya permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan mengambil tempat di Semenanjung.
"Semua orang sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan dan Umno sendiri semua menunggu dan akhirnya bebas dari belenggu," meramalkan Tian.
"Saya tidak pasti jika GE-13 akan berada pada bulan September atau tahun depan tetapi akhir adalah sangat jelas. Apa yang rakyat mahu adalah sangat jelas, maka tidak perlu takut. Malah, jika mereka terus melekat dengan Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk mengundi mereka. "
Pastinya, GE-13 akan menjadi undi yang paling hangat dipertandingkan selama-lamanya, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dimenangi. Sudah, penganalisis politik telah dipanggil Ibu semua Pilihanraya Terkotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa ia akan menjadi PR yang bersih.
Walau bagaimanapun, memandangkan bukti dokumentari besar yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas penipuan besar-besaran seperti nama pengundi yang berserabut dan hantu, ramai rakyat Malaysia mempunyai sebarang keraguan bahawa Najib akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia memberitahu bahawa pengerusi SPR dan timbalannya seperti memihak kepada Umno .
Tunggu dan lihat!
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing yang ditinjau 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran untuk BN dengan majoriti 6622 undi terhadap terdekat Ansari Abdullah saingan daripada PKR, yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya 879 undi.
Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang merupakan Ahli Parlimen Beaufort, beliau juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua Kerambai Kebatu cawangan Umno, berkata beliau tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.
Lajim telah bertemu Penasihat AM PAS dan Kelantan MB Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabat yang kali kedua di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin menjadi kunjungan hormat daripada beliau menyertai parti.
"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua ialah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat, "Lajim dipetik sebagai berkata oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. -M'kini
KUALA LUMPUR, 23 JULAI - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos 2012, bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam, sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.
Bertemakan agenda "Maknakan Kemenangan", DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan serta Ahli Parlimen dan ADUN Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna ini, sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.
Menurut Saudara Khairul Faizi, Setiausaha DPPM, program ini akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.
"Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi", ujar Khairul Faizi.
Antara agenda menarik pada program ini adalah sesi "Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS" yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang Syariah, Ekonomi, Undang-Undang, Kesihatan, Sains & Teknologi, Pendidikan, Budaya & Kesenian, dan Luar Negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.
Seterusnya, peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam slot "Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang".
"Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS", tambah Khairul Faizi.
Program ini terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara. Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut,http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.
"Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak", akhiri Khairul Faizi.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
Nampaknya kenyataan Zahid Hamidi itu telah menyerlahkan kebenaran dari apa yang Tun Mahathir kata " Hanya orang-orang bodoh bersama UMNO kini.."
Mungkin Zahid yakin bahawa semua rakyat Malaysia adalah sebodoh pencacai-pencacai UMNO yang dengan mudah boleh diperbodohkannya..
Atau mungkin juga Zahid Hamidi sendiri yang bodoh hinggakan sebagai juga Menteri Pertahanan Malaysia beliau gagal menyedari bahawa UMNO sendiri telah menandatangani Mou dengan Parti Komunis China (CPC).
Menurut Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memorandum Persefahaman antara UMNO dan Parti Komunis China (CPC) sepatutnya ditandatangani lebih awal lagi tetapi bencana alam yang melanda China telah melewatkannya.
Tujuan Memorandum ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah parti iaitu CPC dan UMNO.
Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beliau difahamkan bukan semua parti dalam dunia ini ada menandatangani memorandum seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan CPC.
Ini kerana Communist Party China memilih parti-parti yang mereka hendak adakan memorandum persefahaman.
Apa hal beb..tetiba saja air jadi cukup..nak menipu agak-agak la..Ahli Umno yang tolol boleh lah lu orang tipu beb..Tetiba saja TPM pusing U-Turn,ingatkan dengan gertak air nak dicatu boleh jadikan rakyat bangkit dan marah..rupa-rupa taktik bodoh makan diri sendiri..Memang tak layak langsung Umno memimpin,sbb makin lama makin terserlah kebodohan pimpinan mereka..
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet yang diketuainya hari ini. Keputusan tersebut adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat hari ini, katanya.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di Lembah Kelang yang terjejas dan Syaribat Bekalan Air Selangor telah diarahkan untuk memastikan bekalan air di kawasan tersebut.
Adakah Farid Ismeth termasuk dalam senarai madu tiga Rosmah seperti yang terdapat dalam satu blog...baca petikan di bawah:-
Aku Yang Cantik
Aku Yang Manis
Aku Yang Manja
Selalu Tersipu
Rawan Sikapku
Di Balik Kemelutku
Di Remang Kabutku
Di Tabir Mega-megaku
Ku Lihat Dua Tangan
Di Balik Punggungku
Madu Di Tangan Kananku
Racun Di Tangan Kiriku
Aku Dah Tahu Racun Yang Akan Kuberikan Padamu
MADU TIGA
DSRM-Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut DSRM membuatkan semua rakyat serba ghairah dibuatnya untuk mendengar, melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia untuk mengata DSRM. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa? Dimanakah Silapnya? Apakah "Misteri" yang menghantui dirinya..
Lirik lagu diatas cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.Terlalu banyak sejarah hitam yag menghantui DSRM dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang tidak kesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang diperdendangkan oleh DSRM yang mengaibkan tiga (3) lelaki dan bukannya dua (2) yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Kita akan bongkar identiti sebenar cerita MADU TIGA..
(Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini)
KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.
Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.
"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.
(Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi)
"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.
Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.
Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.
Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.
"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.
Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.
"Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya.
Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.
Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini. -Hrkh
Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita.
Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?
FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.
Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu.
Layakkah mangkuk haramjadah ini di gelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara?
penyapu sial
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama', apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama' bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma' dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya.
Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan.
Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama' sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.Golongan ulama' ini sepatutnya bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama'.
Jadi memang celaka sungguh ulama amno nie aku pun tak tau nak kata pa haramjadah punya ulaqmamak nie.dapat ilmu saja tapi tapi letak tak kena tempat celaka bulan posa pun berani wat fitnah aib kan orang.bertaubat lah woiiii
Fitnah kerja syaitan, wahai ulardalamsemak......anda suku sakat syaitan?
jangan terperanjat kalau UMNO guna PDRM untuk cetus huru hara yang lebih besar lagi....!!!!
riak riak kecil pencetus huru hara yang di taja UMNO....!!!
dalang dalang seperti dalam bulatan ini yang teruja melakukan huruhara bila UMNO kalah....!!!!
Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai “national unity” tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya Umno untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.
Umno tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang. Umno harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.
Perasaan sakit hati kita apabila pimpinan Umno membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman kekecuhan jika PR memerintah. Kita tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rasional nya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya Umno sahaja yang membuat andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.
Sebenarnya pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecuhan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.
Jangan mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.
Pada tahun 1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita lihat kekecuhan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara kearah kekecuhan dan mengambil keadaan itu secara “expedient” untuk mengistiharkan dharurat seperti yang berlaku semasa itu.
Perayaan kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu di ambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan dharurat di isyhtiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecuhan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti “menepuk air di dulang” seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.
Semasa itu perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah sahaja.
Oleh yang demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecuhan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Didalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecuhan kerana BN memang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan kerajaan.
Dalam situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan itu kerana Umno sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.
Oleh itu pihak Umno dan pimpinannya lah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU yang akan datang. Umno dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian. Begitu jugalah Umno, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah dengan penuh ‘gentleman’.
BN tahu yang kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu di ingat dialam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.
Rakyat tidak mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh Umno untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak kemana juga… asyik tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang hayatnya.
Oleh itu besarlah harapan kita agar kita semua kembali bermula dipangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu “perpaduan national”. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara. Mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang “senior” untuk duduk dan berbincang bab masa depan negara.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)
7 tahun tiada air di kawasan PM
PEKAN: "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak).
"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."
Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.
Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.
"Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain.
"Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat.
(Tangki ada tetapi air yang takda di kawasan PM ini)
"Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya.
"Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini.
"Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi.
Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan.
Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka.
Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP.
"Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan.
"Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya.
Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal.
Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan.
Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan.
Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan.
"Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat," tegasnya.- Harakahdaily
Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara.
Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya.
Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya, beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri.
Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya.
Sejak itu Mahathir tidak pernah mengurangkan keaktifannya. Ditambah sekarang ini di mana kedudukan UMNO cukup genting dan Najib sendiri kelihatan amat lemah untuk mempertahankan kuasa BN, Mahathir seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib.
Beliau kini bercakap tentang Melayu, pengundi Cina, menghentam pembangkang, menilik tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya dan pelbagai lagi. Bahkan apa saja yang ditanya oleh wartawan, beliau dengan senang hati memberikan jawapannya.
Beliau juga kerap bercakap soal ekonomi dan menguruskan negara. Bahkan kedengaran juga ada pihak yang berjumpa dengan Mahathir untuk melobi sebagai calon pilihanraya.
Dalam hal ini Mahathir nampaknya tidak mahu menjadi seperti rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia yang benar-benar bersara apabila mengumumkan untuk bersara. Pemimpin lain apabila bersara, mereka tidak lagi mencampuri urusan dalam negara dan hanya menumpukan kepada keluarga atau hanya sesekali bercakap di peringkat antarabangsa. Mahathir sebaliknya, hanya mengumumkan untuk bersara tetapi tetap mahu dilihat berkuasa.
Mahathir bukan sahaja mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa tetapi juga mahu kemenangan yang dicapai nanti disumbangkan oleh pengaruh yang ada padanya. Sebagaimana beliau merasakan kemenangan tipis pilihanraya 2008 adalah disebabkan serangan berterusannya terhadap Pak Lah ketika itu, beliau juga sebenarnya mahukan sahamnya turut ada jika ditakdirkan BN terus berkuasa lagi.
Mahathir sebolehnya mahu mengelakkan kekalahan UMNO dan BN ialah kerana tidak mahu musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim memperolehi kuasa semula setelah beliau memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Jika itu berlaku bukan saja egonya tercabar, malahaan legasi Mahathirisme yang dibanggakannya selama 22 tahun berkuasa juga pastinya akan musnah sama.
Itulah sebenarnya yang cuba dipertahankan oleh Mahathir. Dan dalam usaha mempertahankan semua itu, beliau kini menjadi seperti Perdana Menteri semula.
Bagi Rosmah pula, di awal era pentadbiran Najib lagi kemunculannya sudah diperkatakan oleh banyak pihak terutama berkaitan kekerapannya muncul di media dan merasmikan pelbagai perkara. Kadangkala pula kekerapannya melebihi Perdana Menteri sendiri.
Selain kerap muncul di majlis rasmi, Rosmah juga beberapa kali diminta oeh Najib mewakilinya di beberapa majlis dan ini memperlhatkan bahawa beliau gemar kepada kuasa. Lantaran itu, muncul pula pelbagai persepsi bahawa Rosmah sebenarnya turut berkuasa dalam pentadbiran negara. Beliau dikatakan bukan sahaja berkuasa dalam menentukan pengagihan peluang perniagaan dan kontrak kerajaan bahkan kedengaran juga desas-desus bahawa "First Lady" ini turut mempunyai pengaruh dalam penentuan calon-calon piliharaya.
Dikhabarkan ramai pemimpin UMNO pelbagai peringkat yang berhajat untuk menjadi calon pilihanraya turut melobi dan mendekati Rosmah bagi mencapai hasrat yang diidamkan itu.
Akhir-akhir ini beberapa stesen TV pula tersasul menulis kemunculan Rosmah sebagai Perdana Menteri dan bukan lagi sebagai isteri Perdana Menteri. Orangramai mula bercakap apakah ianya suatu kesilapan atau disengajakan? Tambah mengelirukan apabila stesen TV terbabit tidak pula mengeluarkan permohonan maaf atau membuat pembetulan meskipun ianya suatu kesilapan yang nyata.
Apa pun isu yang berlegar di sekitar Rosmah ini, hakikatnya beliau suka kepada kuasa dan tidak peduli apa pun percakapan orangramai mengenainya. Asalkan dilihat berkuasa dan menyamai pengaruh Perdana Menteri, katalah apa saja.
Sama seperti Mahathir, Rosmah juga sebenarnya sedang berkongsi kerusi Perdana Menteri dengan Najib melalui apa yang ditunjukkannya selama ini.
Sebagaimana Najib yang sibuk saban hari dengan jadualnya, Mahathir dan Rosmah juga sibuk dengan aturcara sendiri dalam negara. Kesibukan mereka berdua menyamai, bahkan kadangkala melebihi kesibukan Najib sendiri.
Bukan saja tidak pernah berlaku di mana-mana negara seorang Perdana Menteri yang sudah bersara tetapi ingin terus dilihat berkuasa tetapi juga tidak pernah berlaku jawatan Perdana Menteri sampai dikongsi tiga.
Tetapi selagi Najib membiarkan ada orang lain yang turut berkuasa sebagai Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah.- sumber
PAS itu Parti Ajaran sesat.. Sesat di dunia dan juga sesat di akhirat.
PAS sesat sebab menjalinkan Tahalul Siasi dengan Kafir Harbi DAP.
Allah Besama UMNO.. UMNO menjalankan Tahalul Siasi dengan 12 komponen Parti bukan islam Dalam BN..
PAS sesat kerana memperjuangkan agama semata-mata PAS sesat kerana menentang perjuangan Bangsa Melayu..
PAS sesat kerana mahu memberi hak yang sama rata kepada ke semua bangsa dalam negara kita..
Allah Bersama UMNO Kerana UMNO memperjuangkan Agama dan BANGSA
Saksikan Rakaman Video di bawah ini sebagai bukti bertapa sesatnya PAS
Perjuangan Ikhwanulmuslim di Mesir adalah sama seperti Perjuangan UMNO di Malaysia..
Wakil Ikhwanulmuslim telah diutuskan oleh Presiden baru Mesir saudara Morsi ke Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil bersama PM kesayangan kita Dato` Seri Najib Tun Razak..
========================================
Ehh.. Silap Video kerr..?? Aku Ingat Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO.. Rupanya Ikhwanulmuslim sama dgn PAS lah pulak..
Yang mana satu betul ini...?? Dalam TV UMNO dakwa Perjuangan Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO..
Panas! Video bukti Ning Baizura tidak difitnah sertai PAS
BEBERAPA hari lalu Ning Baizura dikatakan mengamuk di twitter sambil menuduh kononnya PAS memfitnahnya dengan mengatakan beliau telah menyertai parti pembangkang.
Sampai dua kali dia tweet kata dia kena fitnah dengan PAS.
Ning Baizura turut menyiarkan keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyebut Ning Baizura bakal menjadi ahli PAS.
Kalau dilihat di sini, Ning Baizura pula fitnah PAS, sedangkan Sinar Harian melaporkan, Salahuddin sebagai berkata beliau bakal menjadi ahli PAS.
Bakal dengan sudah masuk lain maksudnya. Bakal ertinya belum berlaku, manakala sudah masuk ertinya sudah berlaku.
Sekarang kita dengar pula apa sebenarnya yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Pada 13 Jun yang lalu, kira-kira dua minggu (15 hari) sebelum Ning Baizura mengamuk di twitter Salahuddin Ayub ada menyebut tentang Ning Baizura menyertai PAS namun ayatnya lebih kurang begini:
"Kita doalah mudah-mudahan besok Shahrifah Aini pulak masuk PAS dengan Ning Baizura, mana tahu..."
"Datuk Shahrifah Aini, anak dia belajar dalam satu pusat pengajian tinggi di Kelantan, sekolah di Kelantan. Dia nak belajar di sekolah di Kelantan, kemudian melanjutkan pelajaran di Jordan"
"Kemudian dia balik, mungkin dia beri... bisik kat mak dia... Alhamdulillah paling tidak pun hari ini kita lihat Shahrifah Aini dengan penampilan yang berbeza daripada dulu..."
"Kita doalah barangkali ramai yang bakal bersama dengan PAS".
Sila tonton sendiri video rakaman ucapan beliau di bawah ini.
Ning Baizura adalah salah seorang juri profesional dalam BN Youth Music, dan barangkali inilah sebabnya beliau begitu sensitif sehinggakan diminta agar didoakan beliau untuk sertai PAS pun boleh buat dia mengamuk.
Jadilah hamba Allah, bukan hamba syaitan!! Jangan kerana duit dan kerana nak jaga periuk nasi, kita menjadi penentang Agama serta takut menyatakan kebenaran..!
Hiburan bukannya tak dibenarkan langsung dalam Islam....
Tapi nak berhibur kena ikut la landasan Islam, kena ikut la garis panduan Islam..
Bukan berhibur cara K-Pop untuk nak hilangkan stress...
Isu seperti ini pun mahu di spin oleh Umno, tetapi yang lebih malang isu ini di spin oleh golongan yang di gelar sebagai Ulama Muda Umno. Tetapi apa nak heran.. jikalau dah terjebak dalam Umno sikit sebanyak pasti ikut perangai buruk orang Umno yang sudah lama sebati iaitu FITNAH!!
Addin harap golongan ini di berikan hidayah oleh Allah SWT supaya kembali ke pangkal jalan.. Ikuti pendedahan yang berlaku ketika debat Sinar baru-baru ini..
KUALA LUMPUR, 24 Julai - Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya. Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. "Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya," kata Lee.
Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
"Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan," jelasnya.
Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka. ~keadilandaily
Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam. Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat. Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.
Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).
Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.
Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.
Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.
Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen 'Save Maryam'.
Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.
Kempen 'Save Maryam' sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.
Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.
Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.
Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.
Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.
Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.
Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.
SHAH ALAM - Rata-rata keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapat sokongan banyak pihak.Bancian atas talian kendalian Sinar Harian Online menunjukkan 85 peratus menyokong pendekatan referendum.
Bancian itu dibuka kepada pengunjung portal Sinar Harian Online lewat malam tadi susulan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, yang antara lain berkata, pihaknya kesal apabila Kerajaan Pusat lebih optimistik menyerahkan pengurusan kepada Syabas daripada memberinya kepada Kerajaan Negeri Selangor.
"Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengadakan referendum rakyat, di mana rakyat boleh mengundi dan memberi pendapat sama ada menerima atau tidak usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya.Daripada 558 yang menyertai bancian itu setakat 11 pagi tadi, 85 peratus mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor menimbang mahu mengadakan referendum berhubung isu air-Syabas.
Baki 15 peratus tidak setuju.Bagaimanapun tidak pasti berapa ramai daripada peserta bancian itu adalah kalangan warga Selangor dan Wilayah Persekutuan.Rata-rata pandangan menerusi teks dan bertulis, yang diberikan oleh pembaca berita berkenaan juga menyokong usaha itu. Malah ada yang juga mengkritik pertimbangan Kerajaan Negeri itu.Beberapa pembaca mengambil pendirian berkecuali.
Berikut adalah sebahagian daripada pandangan yang dipetik dari portal ini setakat pagi tadi:
Orangsama Ben Laden: "Sokong Kerajaan Negeri Selangor. MB Selangor buat yang terbaik untuk rakyatnya bukan seperti mantan MB dulu yang hanya tau beri hadiah penyapu kepada pegawainya dan akhirnya dia sendiri disapu keluar dari pejabatnya.
"DzulSharif Dzul: "Satu langkah proaktif kerajaan PR Selangor... teruskan dengan referendum, biar rakyat Selangor menentukan hak mereka dari terus dibaham lintah-lintah darat.
"Mohamad Ramlan, "Nak ambil alih tak kasi pulak. Apa niat sebenar kerajaan pusat ini. Adakah sengaja untuk menyulitkan keadaan seperti apa yang Israel yang sengaja lakukan terhadap rakyat palestin.
"Shibima Mohdrm: "Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Cukai-cukai rakyat negeri Selangor kerajaan pusat dah kutip, kerajaan negeri nak peruntukan tunggu dulu Najib nak kena semek buku kira-kira dulu.
"Taib Bin Nasirudin: "Baik suruh MB Khalid buktikan kemampuan dia seperti menjaga kebersihan (sampah) barulah mungkin cakap dia itu boleh pakai sikit.
"Mustafa Bakri: "Aku dah letih, lantak ko lah.. at Mano ajolah."Faiz Voo Fasirul: "Aahhahhahahah (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ingat Selangor itu Umno yang berkuasa... jom kita tengok kehebatan MB Khalid.
"Fallguy Syarrom: "MB Khalid lebih handal (business minded) dari Muhyiddin.. go Khalid go...
"Muhammad Noor Zamani: "Isu air selangor akan menjadi pukulan maut buat Umno BN. Selamat tinggal Umno BN PRU13.
"Nasir Adnan: "Elok Selangor ambil pentadbiran air... BN dah 54 tahun ta lah selesai hal air.
"Shamsul My: "Inilah bola tanggung yang diharap oleh Umno untuk menghentam kerajaan negeri... akhirnya rakyat tahu niat busuk Umno.
"Sukri Mustapha: "Sebab Muhyiddin, cita cita Pok Jib tawan Selangor akan gagal, Muhyiddin selalu bagi Pok Jib susah lepas satu, satu, Langat Dua, tidak akan settle sebelum PRU13, nampak gaya Pok Jib kena ganti Muhyiddin dengan Hishammuddin.
"DzulSharif Dzul: "Nampak gayanya makin susahlah Najib nak rampas Selangor... putih mata la Najib...dan kedudukan PR makin mantap..lambat lagilah PRU13.
"Ustazah Lgbt: "... Xavier turut menegaskan, krisis kekurangan air untuk Selangor sebenarnya tidak berlaku seperti didakwa Syabas dan Kerajaan Pusat yang hanya bertindak menakutkan rakyat. Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Maknanya air kat Selangor memang kurang... bulat-bulat kena tipu...
"Mandarin Lagend: "Aku rakyat Malaysia, tidak duduk Selangor. Aku nak yang terbaik. Aku berdiri tengah-tengah sekarang ini. dengar dua-dua pihak.
"Yusmelaka Pikear: "Air anugerah Tuhan dan Malaysia bershukur kerana negara ini lengkap dengan dengan anugerah hasil bumi. Perlukah air dipolitikkan. Dan, ada pihak yang menjadi kaya raya semata-mata jadi Pengerusi dan CEO. Kita minta Majlis Fatwa membuat kenyataan berkenaan perniagaan air ini. Apa kata Selangor tak perlu membekalkan air pada wilayah, wilayah sepatutnya menyediakan sumbernya sendiri...
"Mohamed Dzariff Ziyad Wazilah: "Kerajaan Selangor ini memag main politik, pura-pura minta dari Kerajaan Pusat konon, bukankah jelas Kerajaan Pusat tak akan bagi kebenaran? Ni main wayang apa pulak ni? Saja konon nak bagi nampak yang, Kerajaan Selangor konon mengambil usaha, lepas itu ditolak Kerajaan Pusat. Saya PR lebih bijak dari itu.
"Farhan Azlan: "Kalau kerajaan negeri Selangor tiada kemhiran.... tak perlulah ambil risiko... lihat sahajalah Alam Flora yang telah diambil alih... lebih banyak masalah yang wujud... dari menyelesaikan masalah yang timbul... jangan ikut rasa hati...
"Saleh Abim: "Kerajaan Pusat kena ambil ali jangan sampai jadi cerita sampah. Dah busuk gila baru nak selesai itu pun beli lori juta-juta.
"Aqyun Firdani: "Rakyat Selangor melihat ini adalah isu yang sepatutnya tidak diambil oleh sesiapa termasuklah Kerajaan Pusat Sebagai isu politik atau dipolitikkan. Kepentingan rakyat Selangor yang ditumpang oleh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Walaupun Selangor ditakbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga ada kewajipan terhadap rakyat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Seharusnya Kerajaan Persekutuan memandang ini sebagai isu segera yang perlu disegerakan. Kelemahan Syabas mengeluarkan produknya iaitu air bersih mestilah mendapat perhatian serius dari Kerajaan Selangor dan Pusat. Melaksanakan amanah rakyat untuk kedua-dua kerajaan sewajibnya mendahului kepentingan rakyat.Saya senaraikan beberapa faktor kegagalan Syabas dan Kerajaan Pusat menangani isu ini.
"Zamri Ahmad: "Bila air dah kering.....nanti barulah kata betullah apa Umno cakap dulu.... macam Felda di bursa saham... bila bawa keuntungan...betullah apa Umno cakap... pembinaan UiTM... baru sekarang semua dah kata rugi... sebelum ni benar-benar tolak tak mau bina kat selangor lagi....tapi akhirnya betullah kata Umno,....dulu nak tubuh Petronas...biasalah pembangkang dengan buat demo kata membazirlah dan siap demo lagi, tapi sekarang akhirnya betullah apa Umno kata, sekarang pembangkang pula menyibuk dengan Petronas, Dulu nak bina bina Putrajaya... puak pembangkang nilah buat demo dan kata membazir... sekarang betullah kata Umno... macam-macam lagilah... sekarang ini air di Selangor.
"Aqyun Firdani: "Saya dan rakyat Selangor menyokong referendum ini jika Kerajaan Pusat gagal memberi kerjasama, Syabas akan menghadapi masalah menabur pasir di periuk nasi sendiri. Ingatlah Rakyat Selangor semakin bijak menilai yang mana intan atau kaca. Ini adalah hidup mati kami. Kerajaan Pusat dan Syabas jangan buat seperti mainan catur!!!! 'Check met' hanya ada pada kami rakyat Selangor.
"Mohd Amran Che Abdullah: "Penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna." ~sinarharian
Apa hal beb..tetiba saja air jadi cukup..nak menipu agak-agak la..Ahli Umno boleh lah lu orang tipu.. Tetiba saja TPM pusing U-Turn,ingatkan dengan gertak air nak dicatu boleh jadikan rakyat bangkit dan marah..rupa-rupa taktik kotor tersebut makan diri sendiri..Memang tak layak langsung Umno memimpin,sbb makin lama makin terserlah ketidak ikhlasan pimpinan mereka..
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini.Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet yang diketuainya hari ini.
Keputusan tersebut adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat hari ini, katanya.Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di Lembah Kelang yang terjejas dan Syaribat Bekalan Air Selangor telah diarahkan untuk memastikan bekalan air di kawasan tersebut.
ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin. Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.
"Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya, ketika dihubungi.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan.
Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan," katanya. Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya. "Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya.
Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu," katanya. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.
Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali. ~sinarharian
KOTA BHARU – Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim muncul di Kota Bharu hari ini - mengunjungi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat beliau di sini.Pada perjumpaan tengah hari itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra.
Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan, lapor Harakahdaily.Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu."Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.
Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Lajim berkata, beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.Difahamkan dalam pertemuan semalam itu, kedua-dua pemimpin tersebut berbincang pelbagai isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.Nik Aziz berkata, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan Kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincangkan di peringkat kerajaan terlebih dahulu.Katanya, taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada Kerajaan Negeri sebelum keputusan diambil.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan Kerajaan Negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah-sarap."Setakat ini semua Kerajaan Negeri yang di bawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia," katanya.
KUALA LUMPUR 23 Julai - Pembaca berita, Farid Ismeth Emir mengakui yang beliau melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurutnya, spekulasi itu (mengaitkan dirinya dengan Rosmah) membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
"Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya. "Bila saya menghadiri kenduri, ada saje orang yang akan berbisik- bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yangs sedang mereka bisikkan," katanya ketika ditemubual oleh pengacara Radio Televisyen Malasysia (RTM), Zam Zarina. [VIDEO DI SINI] Penjelasan beliau dilaporkan menerusi blog pengacara RTM itu, memaparkan video rakaman temubual bersama pembaca berita yang dikaitkan dengan Rosmah.
Menurut Farid Ismeth, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri perdana menteri itu dan keliru bagaimana cerita dirinya boleh dikaitkan. "Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi dan saya mengakui yang saya hormatkan beliau sebagai seorang isteri perdana menteri. "Saya hormat beliau dan saya sokong beliau kerana sifat intergritinya dan isu ini tidak boleh dijadikan mainan," katanya.
Tambahnya, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah selepas berita ini tersebar. "Isteri sangat memahami siapa saya, cuma anak- anak saya yang sering bertanya kepada saya adakah perkara itu betul atau tidak, dan saya akan menafikan perkara itu kerana ia memang tidak benar," ujarnya. ~klpos
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rakyat Singapura yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.
Pada masa sama, hasil kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan atau rantau Asia seperti mee atau 'dumpling', tidak memberi risiko yang sama.
Disebabkan fenomena globalisasi, makanan segera ala-Amerika kini menjadi sesuatu yang biasa bagi kebanyakan penduduk di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kajian dilakukan terhadap lebih 60,000 penduduk Singapura berketurunan Cina.
"Banyak masyarakat asing menerima (makanan segera Barat) kerana ia satu petanda mereka membangunkan ekonomi," kata ketua kajian itu, Andrew Odegaard dari Kajian Kesihatan Awam Universiti Minnesota.
"Makanan Barat mungkin diterima lebih baik dari sudut kebudayaan tetapi daripada perspektif kesihatan ia mungkin kesan buruk," katanya.
Peserta yang mengambil bahagian dalam kajian ditemubual pada 1990-an dan tabiat pemakanan mereka dipantau selama satu dekad. Mereka berusia antara 45 hingga 74 tahun pada permulaan kajian itu.
Ketika masih dalam tempoh kajian, 1,397 peserta meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan 2,252 lagi menghidap kencing manis jenis kedua. Kajian mendapat, mereka yang makan makanan segera dua kali atau lebih seminggu berisiko 27 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis dan 56 peratus berisiko tinggi mendapat sakit jantung berbanding mereka yang makan sedikit atau langsung tidak mengambil makanan segera.
Daripada 811 peserta yang makan makanan segera gaya Barat empat kali atau lebih seminggu, risiko kematian akibat sakit jantung meningkat sehingga 80 peratus.
Hasil kajian itu tidak berubah sekalipun penyelidik mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi kesihatan termasuk umur, jantina, berat, status merokok dan tahap pendidikan.
Selain itu, rakyat Singapura yang makan makanan segera ala Barat kebanyakannya adalah golongan muda, berpendidikan dan aktif secara fizikal dan mungkin tidak merokok berbanding mereka yang terikat dengan diet tradisional.
Umno/Bn berterusan menerima tekanan dan terbaru Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.
"Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012."
Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang.
Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno.
"Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang," kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO.
Bumburing, 60, telah meminta mereka yang 'tidak sibuk dan mempunyai masa' untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KDN timbang rayu keputusan batal pengharaman BERSIH
Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.
"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat yg berpuasa di Bulan Ramadhan. Sesiapa yang dengan sengaja tak mau puasa, harap sebelum bulan ini berakhir, anda semua insaf la...
You are subscribed to email updates from Laman Nurani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semasa Mahathir berkuasa dulu kita sering mendengar beliau menyerahkan projek kepada kroni-kroninya tanpa diadakan sebarang tender terbuka.
Kemudiannya Pak Lah.. pun sama apa yang diamalkannya cuma beza Pak Lah dengan Mahathir ialah Mahathir mempunyai kroni yang ramai tetapi Pak Lah pula kebanyakkannya berkisar disekitar anak dan menantunya KJ.
Bila tiba giliran Najib pula.. masih lagi kroni yang diutamakan tetapi kroni Najib pula hanyalah sekitar beliau dan Rosmah..
Sebenarnya Aamalan Kronisma ini sebenarnya bukan hanya dipraktikkan dalam UMNO sahaja malah MIC juga mengamalkannya.. bacalah..
PKR persoal kontrak jutaan ringgit MIC kepada syarikat kroni
PETALING JAYA, 24 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempersoalkan kontrak yang dianugerahkan kepada Jaya Cafe Sdn Bhd — syarikat yang dimiliki oleh Bendahari Pemuda MIC, J Dhinagaran sebagai kafetaria di Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST).
Menurut setiausaha strategi dan polisi PKR, S Gobikrishnan, Dhinagaran yang merupakan Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang memiliki syarikat Jaya Cafe Holdings Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak dua hari selepas beliau dilantik sebagai Pengarah syarikat tersebut.
"Mana mungkin sebuah syarikat yang Pengarahnya baru dilantik pada 3 Januari 2007, mendapat kontrak pada 5 Januari 2007.
"Ini adalah tender tertutup dan penyelewengan dalam AIMST," kata Gobikrishnan dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Kafetaria sebelum ini bernilai sebanyak RM10 juta setahun, yang dijalankan oleh AIMST sendiri.
Sehingga 31 Disember 2006, AIMST telah menguruskan kafetaria untuk staf dan pelajarnya sendiri dengan mencatat pendapatan sebanyak RM3.2 juta pada tahun 2006.
Kemudiannya perkhidmatan ini ditamatkan dan kontrak diberikan kepada Jaya Cafe tanpa tender terbuka pada 5 Januari 2007.
Jaya Cafe dimiliki oleh Dhinagaran bersama adiknya dan dua rakan yang lain.
Jaya Cafe mencatat RM20.4 juta pendapatannya dalam tahun 2007, 2008 dan 2009 dimana AIMST telah mengalami kerugian pada tahun-tahun tersebut.
Jaya Cafe juga, menurut kontrak telah dibenarkan untuk menyewa kawasan seluas 1,224 kaki persegi, namun semakan mendapati mereka telah mendapat kawasan seluas 8,652 kaki persegi tetapi hanya membayar sewa bagi 1,224 kaki persegi sahaja.
"Pada 2007, 2008 dan 2009 mereka hanya membayar sebanyak RM151,470 sahaja sedangkan mereka sepatutnya membayar RM1,019,079 menyebabkan AIMST kerugian sebanyak RM867,609 dalam bentuk sewa dalam tiga tahun tersebut.
"Lebih memeranjatkan lagi, Jaya Cafe telah dibayar lebih sebanyak RM498,185 untuk perkhidmatan kafetaria tersebut pada tahun 2007 dan 2008," kata Gobikrishnan pada sidang media pada pagi ini.
"Kenapa kontrak jutaan ringgit ini ditawarkan tanpa kontrak terbuka? Ini kerana AIMST dibina dari geran yang diberikan oleh kerajaan.
"Bermakna ini adalah penyelewengan wang rakyat," kata Gobikrishnan lagi.
Dia juga memberitahu juru audit bebas yang dilantik oleh MIC juga mempersoalkan tindakan AIMST, yang dimiliki oleh MIC, melantik pihak ketiga dan terus menerus menghadapi kerugian.
Juru audit itu juga menyarankan agar Maju Institute Educational Development (MIED) melalui MIED Capital Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki MIC agar mengambil alih kafetaria itu dari Jaya Cafe.
Sehari dua ni kecoh mengenai foto sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.
Kerana di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.
Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...
Kalau aku tahu Vios powerfull macam ni... sudah tentu dulu aku beli Vios... he..he..he.. siapa tahu kisah sebenar Vios terbang ni?
DUNGUN – Hari kedua sambutan Ramadan menjadi ujian getir buat lebih 20 peniaga yang mencari rezeki di bazar Ramadan dekat sini, apabila mereka nyaris menjadi korban selepas khemah yang menempatkan tapak gerai diterbangkan angin dalam kejadian ribut, kira-kira jam 2 petang kelmarin.
Kejadian luar dugaan yang berlaku dalam sekelip mata itu bukan sahaja menyebabkan peralatan dapur rosak malah menyebabkan dua peniaga turut cedera terkena serpihan besi khemah berkenaan.
Difahamkan ketika kejadian, peniaga sedang membuat persiapan bagi memulakan perniagaan di tapak bazar Ramadan yang menjadi salah satu lokasi tumpuan penduduk setempat di daerah ini setiap kali tibanya bulan mulia untuk mencari juadah berbuka.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Pasar Minggu dan Pasar Malam Daerah Dungun (Keppamim), Hassan Abdul Aziz berkata, kejadian hujan lebat yang disertai angin kencang selama hampir satu minit itu menyebabkan lima khemah peniaga ranap selepas diterbangkan angin dan dua daripadanya rosak teruk.
Kepala cedera terkena tiang
Dalam usaha sekumpulan peniaga itu menyelamatkan diri, seorang peniaga ayam goreng, Zulfahmi Ariffin, 27, terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat terkena tiang khemah yang terbang.
Zulfahmi yang ditemui berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja lain sedang menyusun peralatan dapur.
"Apabila melihat khemah saya terangkat, saya cuba berpaut sekuat tenaga pada tiang untuk mengelakkannya terbalik.
"Namun tenaga saya ternyata tidak mampu menghalang angin kuat itu daripada terus menerbangkan khemah saya," katanya.
Zulfahmi berkata, sebaik angin berhenti, tiba-tiba kepalanya terasa pedih sebelum melihat darah mengalir keluar.
Dia cuba menekup luka di kepala itu dengan tangan namun darah terus mengalir sebelum seorang rakannya menghulurkan sehelai kain.
"Walaupun saya mengalami kerugian kerana banyak peralatan rosak termasuk van, namun saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu," katanya.
Sembunyi bawah meja selamatkan diri
Sementara itu, seorang lagi peniaga ayam tempayan, Ahlina Abdullah, 30, yang cedera ringan di lengan kanan berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi pekerja berada di bawah khemah sedang melakukan persiapan untuk memulakan perniagan.
Ahlina yang berasal dari Kampung Che Lijah berkata, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri.
"Ketika kejadian, saya baru sampai dan kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja, saya rasa macam nak terbang, jadi saya cepat-cepat pegang tiang,
"Tapi tiang tu bergerak juga dan saya terpaksa lepaskan kerana angin terlalu kuat. Akibat terlalu takut, saya menyorok bawah meja dan apabila angin berhenti saya lihat semua khemah sudah ranap," kata Ahlina yang buat pertama kali berniaga di bazar berkenaan.
Beberapa peralatan milik peniaga seperti tempayan, dapur serta meja turut mengalami kerosakan teruk dihempap khemah menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak dapat meneruskan perniagaan yang sepatutnya bermula jam 3 petang.
Pusaran angin terbangkan khemah
Dalam pada itu, Gustina Mohd Ali, 40, berkata, dia melihat pusaran angin menuju ke tapak gerainya.
"Sebaik tiba, saya lihat pusaran angin menuju ke sini, seketika kemudian khemah bergoyang, tanpa berlengah saya terus berlari menyelamatkan diri selepas melihat khemah mulai terbang," katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.
Menurutnya, dia yang mula berniaga di tapak bazar itu dua hari lalu baru tiba untuk melakukan persiapan bagi memulakan perniagaan.
Bagaimanapun, sebelum sempat berkemas di gerainya, Gustina tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran pusaran angin berwarna gelap yang secara tiba-tiba melalui lokasi berkenaan sebelum menerbangkan beberapa khemah milik peniaga.
Gustina berkata, dia mulai panik apabila melihat khemah serta peralatan dapur berterbangan seperti dalam filem aksi.
Katanya, detik hitam itu merupakan kali pertama dihadapinya dan ia benar-benar membuatkan dia rasa trauma selepas melalui situasi menakutkan itu.
"Bila lihat situasi itu, saya terus melarikan diri ke kawasan lebih selamat.
"Saya tahu, kalau saya terus berada di sini, mungkin saya turut menjadi mangsa," katanya.
Gustina turut mengalami kerugian apabila beberapa peralatan dapurnya rosak teruk selepas dihempap khemah yang diterbangkan angin dalam kejadian angin kencang itu.
Jumlah kerugian lebih RM 2,000
Dalam kejadian itu, Sinar Harian difahamkan jumlah kerugian yang dialami peniaga berkenaan lebih RM2,000.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Keppamim menghulurkan bantuan segera dengan membaiki beberapa khemah yang rosak bagi membolehkan peniaga dapat meneruskan operasi seperti dijadualkan.
Pihak Keppamim juga akan bermesyuarat Khamis ini untuk menimbangkan bantuan sesuai yang mungkin boleh disalurkan kepada mangsa terlibat - Sinar Harian
Mungkin disebabkan terdesak untuk mencari duit raya, pencacai UMNO sanggup melakukan apa sahaja hatta menabur fitnah didalam bulan Ramadhan ini.
Ahad lalu hari kedua seluruh ummat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa sebuah Blog Pro UMNO yang bernama 'Padi Jantan' telah menyebarkan satu fitnah.
Pemilik Blog tersebut menyiarkan sebuah berita kononnya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah telah ditangkap kerana rasuah dan rentetan dari itu kebanyakkan blog Pro UMNO yang lain menggunakan laporan yang berbentuk fitnah oleh 'Padi Jantan' itu untuk menyerang PAS.
Bukan saja Blogger Pro UMNO, malah Blogger Pro PR pun ada yang percaya dengan fitnah dari 'Padi Jantan' itu dan membidas pihak PAS..
Berikut adalah jawapan dari Setpol MB Kedah sendiri dalam hal ini..
Setpol MB Kedah difitnah rasuah
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin.
Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.
"Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya, ketika dihubungi.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan. Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan," katanya.
Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya.
"Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya. Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.
Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali - Sinar Harian
Kalau terdesak sangat nak cari duit raya sekalipun.. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni..
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada syarikat konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata exconya Dr Xavier Jayakumar. Untuk menamatkan krisis air antaran kerajaan pusat dan negeri, Dr Xavier berkata kerajaan negeri Pakatan juga bersedia mengadakan referendum di mana rakyat negeri itu boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu. "Kami bersedia jika perlu untuk mengadakan referendum di mana rakyat boleh mengundi dan mempunyai hak untuk bersuara sama ada menerima atau menolak niat kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Sg Semenyih di sini Isnin. Turut hadir, Pengurus Besar (Operasi)loji itu, Basar Ishak. Dr Xavier berkata loji itu yang dimiliki dan diuruskan oleh ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd, 50 peratus dimiliki Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, kerajaan negeri Selangor) mempunyai kapasiti pengeluaran 546 juta liter sehari tetapi pada masa ini mengeluarkan 665 juta liter sehari. Beliau berkata kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi air (menyediakan infrastruktur yang perlu)melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), tetapi kelulusannya masih belum diperoleh. "Kerajaan Selangor bersedia mengeluarkan dana sendiri untuk melaksanakan projek mitigasi ini yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat bagi memastikan rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi," katanya. Katanya kerajaan negeri juga bersedia memperuntukkan perbelanjaan tambahan RM200 hingga RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan itu menggunakan teknologi 'membrane water filter' untuk membekalkan air yang dirawat tanpa gangguan kepada bekalan sedia ada. Dr Xavier berkata penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas, menurut beliau, gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUANTAN, 24 Julai - Pendedahan kami tentang kekecewaan majoriti kakitangan IKIP Internantional College terhadap sikap pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terbabit berhubung isu salah guna kuasa untuk memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan kolej terbabit. Susulan pendedahan itu, artikel Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College telah mendapat jumlah komentar yang tertinggi daripada para pembaca yang sebahagian besarnya adalah kakitangan kolej terbabit. Sebanyak 273 komen telah diterima dan berbagai rahsia dibongkarkan oleh mereka yang mungkin sudah lama menyimpannya. Ada arahan daripada pihak tertentu agar ruangan komen bagi artikel terbabit dihentikan kerana ia memalukan IKIP sendiri. Namun, atas dasar keterbukaan dan kebebasan hak untuk bersuara maka ruangan tersebut diteruskan dan pihak kami tidak bertanggungjawab atas apa jua komen yang dibuat itu sebenarnya. Buat masa ini, kami sendiri tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Pahang mengambil perhatian atas isu yang didedahkan itu agaknya. Apapun, diharapakan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hendaknya. Selepas pendedahan tersebut banyak isu-isu lain telah dimaklumkan kepada pihak kami. Antara yang paling panas ialah isu berkaitan penyelewengan tender IKIP Advanced Skills Centre (IASC).
IKIP Advanced Skills Centre (IASC) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang (100% saham) yang telah ditubuhkan sejak 1998. IASC menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Misi penubuhan IASC adalah untuk menjadi sebuah institut pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya. Untuk mencapai hasrat itu, IASC akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya. IASC beroperasi di dua buah kampus iaitu Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan juga Kampus Bentong (K14027).
Pegawai Pengurusan Di Percayai Seleweng Tender
Berdasarkan maklumat dalaman, Kerja-kerja penyelewangan telah berlaku antaranya pengubahsuaian Kampus Kubang Buaya. Masalah timbul apabila iklan dan tender projek terbabit hanya dikeluarkan kepada kroni-kroninya sahaja. Lebih mengejutkan tender tersebut dianggarkan sebanyak RM700 ribu sedangkan nilai asalnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja. Difahamkan juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat tetapi sehingga kini kes tersebut masih tergantung dan tiada tindakan susulan. Lebih memalukan menurut laporan, pegawai terbabit dipercayai telah terlibat memberikan pembelian terus kepada adik kepada salah seorang pegawai yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau. Malah, penyertaan Pertandingan memasak di peringkat Antarabangsa di Singapore dan Bali telah ditaja oleh kontraktor atas tiket bersukaria dan melancong kepada pegawai-pegawai yang memberikan kelulusan tender pengubahsuaian dapur dan kampus. Memandangkan kes ini seolah-olah dirahsiakan untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, maka ia terpaksa didedahkan demi keadilan untuk semua. Kami akan mendedahkan nama pegawai berkenaan pada laporan seterusnya.
[Susulan pendedahan ini, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau masalah yang melibatkan anak syarikat mereka ini. Jika isu penyelewengan terus berleluasa dan sukar dibendung, maka dikhuatiri imej IKIP akan terus merudum selepas ini. Orang ramai takut dan tidak yakin lagi untuk menghantar anak-anak mereka belajar di IKIP dek kerana masalah dalaman ini. IKIP sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya sudah lama naik taraf menjadi sebuah Universiti. Namun sehingga kini mereka masih bertaraf kolej dan ini amatlah memalukan sebenarnya. Kehebatan IKIP sukar menyaingi Shahputra Universiti College yang kini menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM di negeri ini. Malah, Shahputra dilihat begitu cepat berkembang jika mahu dibandingkan dengan IKIP. Apakah IKIP boleh bangkit selagi ada isu penyelewengan sebegini?. IKIP lebih berdaya maju di zaman Sato' Shariff Shamsuddin, namun kini prestasi dan imej IKIP kian tercalar. Kerajaan Negeri digesa lebih memberi perhatian kepada anak tempatan (Jati Pahang) untuk menerajui tampuk utama IKIP demi masa depannya. Jika situasi yang ada hari ini dikekalkan, maka sudah pasti IKIP akan terus tenggelam untuk bersaing dengan IPTS lain di negara ini. IKIP perlu bangkit dari lamunan!].
KUANTAN,24 Julai - Orang ramai kecewa dengan ketiadaan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang ditugaskan untuk memantau aktiviti maksiat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Menurut salah seorang pengadu yang menghubungi kami malam tadi, beliau datang ke pejabat JAIP untuk membuat aduan dan laporan mengenai aktiviti maksiat tetapi tidak ada mana-mana pegawai yang dapat mengambul berat laporan yang dibuatnya. "Saya agak hairan, adakah penguatkuasa JAIP bercuti pada bulan Ramadhan?. Saya datang ke pejabat JAIP untuk mengadu tentang aktiviti maksiat di Jalan Kg.Tengah berhampiran Restoran Hj.Lee & Dah, dimana terdapat pasangan muda mudi yang tinggal bersama di situ tanpa ada sebarang halangan. Mereka menyewa bilik di kawasan itu dan tinggal berdua-duaan. Saya ada bukti dan saksi yang melihat kejadian itu. Maka saya datang atas keprihatinan untuk menegakkan syiar Islam di bulan Ramdhan. Namun agakl kecewa apabila saya hanya dilayan oleh pengawal bangunan terbabit sahaja. Beliau cuba memberikan nombor pegawai untuk dihubungi. Namun semua panggilan tidak berjawab seolah-olah semua penguatkuasa bercuti bulan ini", katanya dengan nada kecewa. Beliau juga hairan kenapa JAIP tidak membuka operasi 24 jam, sedangkan aktiviti maksiat sebenarnya berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu.
[Pihak kami akan cuba menghubungi JAIP untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. Jika benar dakwaan mereka tidak mengadakan operasi di bulan Ramadhan kerana memikirkan mereka yang mahu membuat maksiat menghormati bulan puasa, maka ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Mereka yang membuat maksiat tidak mengira bulan puasa atau pun tidak. Sepatutnya, setiap aduan perlu dilayan dengan sebaik mungkin dan JAIP perlu meletakkan pegawai yang bertugas sepanjang masa untuk memantau aktiviti maksiat ini sebenarnya. Jika dilihat hari ini, orang ramai sebenarnya boleh tahu masa bila JAIP membuat operasi dan masa bila "line clear". Jika ini keadaannya, ia amat berbahaya dan aktiviti maksiat sukar untuk dibendung. Nantikan, laporan seterusnya dari JAIP].
KOTA BHARU, 23 Julai - Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam UMNO, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu."Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha UMNO Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan berkenaan diambil.
Lajim Ukim ceria semasa beramah mesra dengan Tok Guru Nik Aziz hari ini
"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. "Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya. Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat belanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis-majlis daerah di negeri ini. sumber
[Perkembangan ini sungguh mengejutkan sebenarnya dan pastinya membuatkan UMNO BN semakin risau dan bimbang dengan situasi yang berlaku. Lajim Ukin kini semakin menjadi bualan di kalangan rakyat di Sabah. Beliau kini dilihat liabiliti untuk BN mengekalkan penguasaan di negeri itu pada PRU-13 akan datang. Jika benar, beliau akan menyertai PAS maka hancurlah harapan orang-orang seperti Shafie Afdal yang bertempik kononnya kerajaan pusat sudah membela nasib rakyat Sabah. Walhal, hakikat yang berlaku Sabah kini masih lagi dibelenggu kemiskinan yang kronik disamping kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum nanti. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu Lajim Ukim ini hendaknya. Jika benar dia akan bersama Pakatan Rakyat, maka ia satu tamparan cukup hebat buat UMNO BN pada kali ini. Harapan besar untuk menakluki Putrajaya pasti akan tercapai jua nampaknya kini].
Berikut kenyataan Ahli Majlis Syura PAS, Dato Dr Mahfodz Mohamed berkenaan isu hudud yang disentuh oleh Pengerusi DAP Karpal Singh baru –baru ini ekoran debat antara Ketua Dewan Pemuda PAS dan wakil Umno. Kenyataan ini dikeluarkan oleh akhbar NST hari ini:
……having Islamic laws and setting up an Islamic state were high on Pas' agenda. (…..melaksanakan uperundangan Islam danNegara Islam adalah agenda utama PAS)
Dr Mahfodz turut dipetik berkata:
"Although it was decided during the last (Pas) muktamar that the party will now carry on with its welfare state manifesto, Karpal should remember what Pas is all about and what we stand for.
"But at the same time we do not want to shock people as we also respect their needs and beliefs. We can always talk and discuss for the betterment of our alliance."
Sebelum itu Ketua Penerangan PAS Pusat Dato Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan rekasi kepoada MStar Online dalam isu yang sama dengan berkata:
"PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam."
MStar turut melaporkan:
Sambil menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang memartabatkan Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal 'tutup mulut' daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu.
Kesimpulannya ini bermakna PAS kekal dengan agenda Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaannya Fasal 5 (1) yang berbunyi:
5. (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Dan kesimpulannya juga kenyataan Karpal dalam hal ini adalah salah, wallahualam.
Kalau satu ketika dahulu isu berkenaan "murtad" di Malaysia hangat diperdebatkan hari ini ia diam begitu sahaja. Barangkali sudah tidak ada lagi kes "murtad" di sini dan kita boleh duduk selesa.
Pernahkan anda mendengar atau membaca atau menonton kempen "SAVE MARYAM" ? Ia membicarakan kes murtad tetapi bukan di Malaysia. Ia berlaku di Negara jiran Indonesia. Indonesia adalah Negara yang mempunyai penduduk Islam yang teramai di dunia. Kira-kira 200 juta penduduknya beragama Islam.
Walaubagaimanapun menurut statistik sekitar 2 juta penduduk Islamnya meninggalkan Islam dan murtad memeluk Kristian setiap tahun! Bukan 20 bukan 200 bukan 2000 tetapi 2 juta!
Sekiranya fenomena murtad beramai-ramai ini tidak dibendung bermakna menjelang tahun 2035iaitu 23 tahun dari sekarang Indonesia bukan lagi sebuah Negara majoriti umat Islam!
Sudah pastilah hakikat ini membimbangkan. Soalnya jika ia boleh berlaku di Indonesia, apa istimewanya Malaysia?
Kempen "SAVE MARYAM" ini dilancarkan bagi membendung fenomena murtad beramai-ramai ini di Indonesia. Saya kebetulan dimaklumkan berkenaan kempen ini melalui facebook, ternyata ia suatu kempen yang perlu disokong dan diberi perhatian tambahan kita dalam bulan Ramadhanyang mulia ini.
Semoga ada juga usaha diperingkat kita bagi memastikan Malaysia tidak ditimpa nasib yang sama.
Ini bukan isu politik tetapi ini isu bersama sesama Muslim. Mudah-mudahan semua pihak yang berkepentingan dapat mengembeling tenaga melakukan sesuatu seumpama "SAVE MARYAM" ini bagi memastikan anak cucu kita terselamat.
Aku tak tidur sejak malam tadi dan berpuasa dalam keadaan mata lebam dan kepala melayang. An-Nur batuk-batuk sesak. Dikunjungi kawan-kawan yang membawa anak mereka untuk mendapatkan khidmat akupunktur dari Wooyoung. Kami hanya berbuka lauk semalam- pucuk paku masak lemak, ayam goreng, ulam kacang panjang dan sambal belacan. Kurma wajib ada dan teh cina. Lauk sambal tempoyak ikan bilis campur petai aku tinggal sedikit. Minah Korea ini sudah pandai makan petai. Sham dengan ditemani budak-budak Rimbabara (Ruzan dan Mior) menyiapkan kerja pemasangan di kedai jubah dan kurta kami di tempat yang sama seperti tahun-tahun lalu di Bazar Ramadhan Siar kaki plaza Metro Kajang. Beeha bbm Sham berharap dapat berbuka puasa sama-sama nanti. Ya! Harap punya ruang untuk meluangkan masa berbuka atau bersahur dengan adik beradik kesayangan aku.
Dan mulai hari ini hingga Ahad jam 10.30 malam di RadioBangsarUtama sandiwara radio 'kuah dan sebat' dimainkan. Layanlah selepas tarawih
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.
Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.
"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.
"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersamaBERSIHDatuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."
Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.
Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).
Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.
"Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawaiBERSIH," kata Shanmuga.
Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.
Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.
"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkanBERSIHsebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi "Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa(apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaanBERSIHuntuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.
Jebat Berani : Akhirnya terbukti BERSIH adalah bersih dan tidak kotor sebagaimana 'pengotor' 2 yang memerintah di Putrajaya hari ini.Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan buat rakyat yang memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia.
Jebat Berani : Perkara yang ditakuti oleh golongan 'peneroka celek' kini hampir pasti menjadi kenyataan..Saham FGVH yang kononnya berdaya saing dan tidak akan mengalami kerugian kini telah jatuh dibawah paras harga ketika mula mula ianya disenaraikan.
Dengan situasi ini apakah para peneroka dan juga generasi ke2 masih lagi ingin menyokong penyenaraian saham FGVH ini? Masihkah lagi mereka mahu terus memberikan sokongan kepada UMNO/BN walaupun nasib mereka kini ibarat telur dihujung tanduk? Dan masih adakah lagi suara suara sumbang golongan peneroka yang menyokong UMNO/BN hendak mempertikaikan usaha sekretariat Perhimpunan OREN?
Dengan nilai RM5.28 mampukah saham FGVH ini kembali bangkit agar nasib peneroka tidak tergadai?? Dan ketika ini apakah jawapan Isa Samad terhadap kejatuhan harga saham FGVH ini? Apakah konco konco UMNO/BN masih boleh mendabik dada sebagaimana ketika mula mula saham FGVH ini disenaraikan...Pastinya ada yang mengaru kepala yang tidak gatal..hehehe
Buat para peneroka,berdoalah..berdoalah moga moga saham ini kembali naik...Dan pada PR13 lakukankanlah perubahan moga moga nasib para peneroka ini dapat diselamatkan oleh Pakatan Rakyat..Insyaallah
'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf
Mohd Sabri Said,
24 Jul 2012
PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf.
Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.
Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.
Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.
Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.
Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
(Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini)
KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.
Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.
"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.
(Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi)
"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.
Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.
Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.
Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.
"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,"ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.
Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.
"Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan,"ujarnya.
Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.
Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini.
Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga sistem itu diterima rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan terus mendapatkan maklum balas dan input daripada pelbagai kumpulan untuk memastikan GST difahami secara keseluruhannya.
Menurut beliau, kumpulan fokus yang diberi tumpuan adalah sektor swasta dan ahli-ahli perniagaan.
"Kita masih meneruskan usaha memastikan lebih ramai memahami GST. Kita akui bukan mudah untuk orang ramai menerima perkara-perkara baru, sudah tentu ia memerlukan masa.
"Yang penting kerajaan memberi keadilan kepada mereka sebelum pelaksanaan GST diputuskan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2012 di sini hari ini.
P/S : Hahahahaha...ayat penyedap hati jer...macammana pulak janji Najib GST akan dilaksanakan selepas PRU....sebab belum PRU maka keluarlah janji-janji manis....lepas PRU kau taulah kena GST - GASAK SAMPAI TERTONGGENG
MADU DITANGAN KANAN MU - PAKATAN, RACUN DITANGAN KIRI MU - BN, AKU DAH TAU MANA SATU PILIHAN KU...
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Diantara tanggungjawab yg mesti disempurnakan oleh FELDA sebagaimana dalam perjanjian antara FELDA dengan FGVH ialah ' memastikan FGVH di beri kenikmatan aman sentosa(quiet enjoyment).
Justeru, Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGVH wajib diberi segala layanan bertaraf lima enam bintang sesuai dengan peruntukkan perjanjian sedia ada.Elaun ratusan ribu sebulan, saham FGVH 180,000 unit, pemandu, pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dan semua nikmat yg membawa kepada aman sentosa!!!
Boleh baca sendiri segala hak atas komoditi sawit dan getah yg dikuasai sepenuhnya oleh FGVH. Ketika ini semua signboard di 150 Ladang Felda Plantation telah ditukar nama kpd Felda Global Ventures Mempaga(contohnya). Anak2 Peneroka jadi penonton sahaja. Apa nak buat, dah takdir Allah....
Bukan itu sahaja pengendalian tanam semula dan insentif tanam semula dari Kerajaan pun dibolot sepenuhnya oleh FGVH. Lebih hebat lagi, mengendali dan membina infrastruktur pun milik FGVH. Berbilion nilai projek setiap tahun. Terpulang kpd Isa Samad nak beri projek kepada kroni2nya.
Peneroka dan Gen 2 Felda tak boleh marah; nanti kena jual, kata Sadeq Sigaraga dlm filem 3 Abdul.
Kita kena bersyukur, jangan kufur nikmat. Itu dah rezeki Isa Samad...
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar mesej di fanpage MiLo SuaM di facebook berkenaan namanya yang didaftarkan di SPR tanpa pengetahuannya.
Difahamkan baru-baru ini beliau telah ke pejabat pos untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih, namun hasil semakan di dalam sistem SPR mendapati namanya sudah didaftarkan tanpa pengetahuannya.
Tambahnya lagi, beliau mengesyaki namanya diperolehi kerana pernah memohon bantuan BR1M sebelum ini. Rujuk printscreen mesej beliau di bawah ini.
Kita tak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini, namun jika anda pernah memohon BR1M sebelum ini dan tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih, cuba semak nama anda di SPR, adakah anda senasib dengan pengirim mesej ini?
Jika ya, pastikan anda pulang mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, jangan benarkan hantu-hantu dan jembalang mengundi menggunakan nama anda.
Periksa status daftar pemilih anda di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR klik sini [SPR]
Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.
Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.
Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.
"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.
Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.
Harga tinggi kerana cukai, duti eksais
Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.
Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.
Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.
"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.
"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.
Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.
"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.
"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.
Ini ialah satu teknik yang bakal meranap software mencipta logo bahkan pakar2 yang hebat dalam mendesign juga akan tergolek sejurus teknik neh dibongkarkan oleh aku.
Don't worry geng. Aku takan bongkarkan teknik neh menggunakan ebook. Ia adalah percuma untuk korang seme. Khusus untuk pembaca belog neh. Teknik neh akan memudahkan korang dalam mencipta logo. Sudah semestinya korang tak perlu lagi susah2 nak perah otak + tenaga untuk create logo kerana ia kini boleh dilakukan semudah
A
B
dan
D!
Bukan ABC geng. ABD! Maksudnya tanpa C korang boleh terus pergi ke D! Secepat itulah korang boleh mencipta logo neh. Langkah dan langkau.
Mula2
GOOGLE.
Faham tak
GOOGLE?
Sudah GOOGLE?
BAGUS!
Lepas tue
COPY.
Faham tak?
COPY.
COPY mana2 gambar yang korang sukai.
Dah COPY?
Bagus juga!
Lepas tue
PASTE.
Faham tak?
PASTE.
Sudah PASTE?
Bagus lagi.
Lepas tue
Tacap = Touch Up.
Dah tacap?
GOOOOOOOOD!
Akhirnya inilah hasil yang korang bakal pamerkan. Logo segera untuk kita semua.
Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Tak tahu dari mana datangnya, tapi sememangnya design ini menimbulkan rasa tidak senang kepada para designer di luar sana. Ianya tak layak dinamakan "logo" sebenarnya. Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan.
Anda sendiri pun boleh buat dalam masa tak sampai 5 minit. Rasanya masih sempat kalau nak tukar logo lain. Come on lah! Berikut adalah lakaran logo oleh rakan blogger, Abdus Fauzi di mana kami rasakan, jauh lebih baik jika ianya digunakan berbanding logo sekarang.
Setpol MB Kedah perjelaskan FITNAH blogger anak didik Yahudi APCO
Heboh Seantario Tanahairku...
EPISOD 2:
Maka hebohlah seantario tanah airku... aku telah ditangkap SPRM. Sedang disiasat gara- gara mengsonglap duit RM1.3 juta. Aku pun diberitakan sedang dilokap di lokap SPRM di Kedah, kerja dibuat team SPRM dari Ibu negara... Masa membaca berita itu di FB aku ada di rumah bersiap mahu ke malis bersama MB di Masjid Alor Semela. Panggilan masuk bertalu- talu...aku hanya mampu ketawa dalam puasa... Macam mana hang boleh jawab telepon dalam lokap? Saya akhirnya berjaya 'dilokapkan' oleh Sobri anak lelaki Sudin!
Fakta: SPRM tiada lokap sendiri, tahanan terakhir yg mencetuskan grand design sekarang ini ditahan di lokap Polis Jitra...kalau ikut padijantan... Saya mungkin satu-satunya tahanan yang berjaya mendiami lokap SPRM...
Sasaran seterusnya ialah Hj Mohd Puat Md Ali, sepupu MB Kedah..lebih tepat lagi Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang sedang bertembung dengan rakan-rakan dalam KCS Kedah gara-gara berebut jawatan SS. Lebih dahsyat lagi keluar lagi cerita SPRM dibenarkan tangkap, gari dan lokap sepupu MB, Hj Puat. Semua cerita karut ini dimulai oleh blog UMNO dalam Team Media Kedah- TMK. padijantan.blogspot.com.......
Lama dulu aku pernah menulis perihal padijantan yang lebih layak dipanggil padihantu, pokoknya besar, tak rebah waktu ribut, tapi tiada isi yang boleh menjadi beras walaupun pokoknya tegap. Padi hantu sebenarnya musuh kepada padi- padi yang lain dalam petaknya.
Di sebalik nama padi jantan yang bersifat hantu itu tersembunyi satu susuk berkepala botak, tetapi bergeliga dalam bab memfitnah, memcari peluang mencipta wang dan nama, mencekik darah dan maruah, memanipulasi kesusahan dan kesempitan manusia lain, mencipta konspirasi dan memutar fakta.
Modus operandinya simple, dampingi orang yang kesempitan gara-gara kesilapan sendiri, berpura- pura jadi peneyelamat dengan idea dan putar belitnya hingga orang itu rasa selamat, dan dihisap darah semahunya hingga orang itu mati kering.
Dia pernah mendampingi Adun KN yang menghadapi kes kebankrapan, agak lama juga mereka bersama, macam- macam tindakan rescue dibuat seperti demontrasi, cat merah, ugutan, jumpa musuh politik supaya dilihat mahu melompat... Upahnya lumayan hingga si padi hantu tak perlu bekerja lain mencari wang, semua kehendaknya dipenuhi hingga akhirnya Adun KN benar-benar muflis dibuatnya dan terlucut dari kedudukannya.
Dia mencari pokok tumpang baru. Kali ini betul- betul orang itu tersepit dengan siasatan SPRM dalam kes di jabatannya sekarang dan satu kes lama di Sungai Petani- Bangunan baru MPSPk yang melibatkan kehilangan wang RM10 juta, dalam satu pembayaran pada 4 Mac 2008, ke atas satu kerja yang tidak dilaksanakan, kepada syaikat yang salah dan tiada lesen! Mungkin masih ada sisa yang masih boleh dihisap oleh padi hantu daripada orang itu.
Saya tak mahu menyentuh kes itu lebih lanjut kerana ia berlaku sewaktu zaman BN, dalam siasatan SPRM dan ulasan saya akan menjayakan konspirasi yang dirancang oleh padi hantu!
Dia menulis teorinya kepada Zaini Hasan, pakar spin di Utusan Malaysia, bagi mencipta pertembungan KCS dengan pemimpin kerajaan yang sangat harmoni sejak 2008. Keharmonian inilah yang dicemburui oleh BN, kerana sepanjang sejarah negeri ini di bawah BN, KCS sentiasa bertembung dengan pemimpin kerajaan. Hanya di zaman PR inilah profersionalisme KCS dihargai dan diraikan oleh pemimpin kerajaan. Ini bahaya untuk BN dan bahaya untuk orang yang sentiasa hidup dalam konflik dan krisis.
Matlamat konspirasinya ialah KCS kembali bekerja memenangkan UMNO/BN, bermusuh dengan PAS dan PR dan mengkucar kacirkan negeri. Adakah orang lain tidak lulus sekolah menengah untuk mempercayai teori jahat padihantu?
Dia mahu orang ramai terutama KCS mempercayai ada usaha di kalangan pimpinan kerajaan sedang memperkudakan SPRM untuk mengenakan KCS semahu-mahunya. Dia mahu mencipta kaitan MB yang dituduh berpakat dengan sepupunya Dato' Puat untuk berperang dengan kumpulan satu lagi. Peperangan sesama mereka yang bukan lagi rahsia mahu ditokok tambah dengan penglibatan pemimpin politik- yang tidak pernah sama sekali berlaku. Sejak awal, MB tidak pernah campurtangan dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Ketenangan MB dalam hal ini telah menstabilkan kerajaan ini sejak awal mengambilalih kuasa.
Pendedahan grand design padi hantu ini melondehkan semua rancangan mereka, malah KCS mula amat sedar mereka tidak mungkin terseret dalam pertembungan dengan pemimpin politik PAS atas satu kepalsuan yang diapksa ke atas mereka oleh orang yang sedang tersepit dari rancangan si kepala botak padi hantu.
EPISOD 1:
Pada awal 2008, susuk botak ini mengepalai satu demontrasi di depan Wisma Darul Aman atas isu perumahan awam yang menerima notis tunggakan. Setelah disiasat, si botak ini juga turut terlibat dalam kegagalan membayar ansuran perumahan awam itu. Saya mendedahkannya di blog dan dia marah berapi-api, mencabar saya berdebat.
Dalam banyak isu di Kedah yang dicipta oleh susuk ini, dia akan muncul dibarisan depan menjerit pekik melolong 'membela' orang ramai dengan hujjah dan teori yang dicedok dari orang lain. Kelakunya macam Ghani di Penang dan Kalai di Selangor sekarang. Beberapa pendedahan yang dibuat sejak awal mengkudungkan kepalanya, dean menimbulkan dendam. Tabiaatnya, putar alamnya, krebilitinya, sejarahnya pernah didedahkan oleh beberapa pihak yang bimbang dengan honarnya. Pernah mencabar saya berdebat, mencabar bertumbuk- dia anak jati Titi Siam katanya- dan berazam akan memusnahkan reputasi saya sedaya upaya.
Di pasang jarum dan panah membawa racun fitnah di kampung halaman saya di Sik, di Jeneri, di Belantek dan di kalangan kenalan dan seteru politik saya dalam parti dan luar parti, sehingga ramai yang percaya dan menjaja saya punya banyak tanah, ada kuari batu dan pasir dan ada ban balak! Sampai sekarang saya masih mencari di mana 'harta-harta' saya itu berada, tiada siapa yang dapat menunjukkan lokasi, maupun jalan untuk sampai ke sana... Sampai ke Kuala Lumpur jarum dan panah racun ini bergerak, dari mulut musuh, disambung oleh lidah dan tangan kawan-kawan satu jemaah! Sekarang saya ada RM1.3 juta...kalau saya tahu di mana wang itu...boleh belanja tujuh keturunan...
Tak ada pulak yang bertanya tentang kesahihannya, ramai pulak yang hanya menjadi penyambung fitnah dari musuh ini hinggalah sekarang. Patutlah bila saya kalah dalam pemilihan parti di Sik, orang paling gembira membuat ulasan dan liputan ialah susuk ini melalui blog2 UMNO. Dia hampir berjaya dalam misinya... tapi belum tentu saya tewas dengan kejahatannya!
EPISOD 3:
Secara kebetulan, ramai kenalan dan bekas rakan susuk botak ini adalah kenalan saya... Banyak yang saya tahu perihal susuk ini daripada mereka. Banyak juga namanya tersenarai dalam dokumen-dokumen penerima wang dari beberapa GLC atas tugasan yang tidak diketahui sejak 2006 hingga 2008. Dialah sebenarnnya takut dengan sapaan SPRM. Tidak ada apa yang dari sudut percakapan dan penampilannya....Tapi sangat bahaya dari kelicikannya...dia diberi nama Sobri Sudin!!! a.k.a Dr Sobri Sudin a.k.a padi jantan a.k.a padi hantu...pakat berjaga-jaga... Antara penglibatan yang pernah dicatatkan oleh sejarah sejak 2008:
1. Kepala Demontrasi perumahan awam untuk memburukkan imej kerajaan negeri di kalangan penghuni perumahan awam- dia juga antara yang berhutang. Taukenya sekarang adalah pengeluar notis menuntut hutang, mengusir, menyerah kepada bank untuk memungut hutang.
2. Menerbitkan beberapa siri risalah haram memfitnah MB dan Exco dalam bebeapa isu. juga melagakan sesama KCS dalam pertembungan jawatan. Dia pakar menambah rempah cabai. Risalah berwarna dengan kertas yang bermutu itu dibiayai oleh pihak2 yang berkepentingan.
3. Demontrasi dan hasutan menentang pengambilan tanah dan tapak surau Solihiyah, Kancut untuk projek Aman Central.
4. Menulis analisa palsu dan memfitnah kerajaan di Utusan Malaysia, blog Kedah Times, dan blog padijantan.
Banyak lagi .... pernah saya tulis dan saya akan menulis lagi tentang bahayanya manusia ini...
SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.
Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.
Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-
1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.
2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.
3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. (Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)
4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.
5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.
7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .
Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.
"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor
Kalau Syabas terus tindas rakyat, tak mustahil rakyat akan berhimpun seperti perhimpunan Bersih. Pada waktu itu, mahukah beberapa pemimpin PAS yg mendapat habuan dari Tan Sri Rozali Ismail sama2 dgn rakyat berdemonstrasi menentang penindasan Syabas?
Apakah Sufian Makinuddin tidak menjumpai 'anasir jahat' dalam isu mencatu air yang mencukupi di Selangor?
Perlu diketahui bahawa air adalah survival rakyat. Ia sangat penting demi untuk hidup dan mati rakyat. Menjadikan air keperluan rakyat sebagai mainan politik murahan untuk menghasut rakyat menyusahkan kerajaan pilihan rakyat demi kepentingan keuntungan peribadi dan kroni parti pemerintah adalah perbuatan zalim.
Lebih zalim dan kejam malah penipuan yang tidak wajar dimaafkan apabila pihak yang diamanahkah menyediakan air terawat bertindak mencatu keperluan air yang terbukti cukup dan banyak. Keperluan air terbukti mencukupi apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan keperluan air tidak perlu dicatu di Selangor, WP dan Putrajaya. Penipu ini membahayakan keselamatan negara!
Perbuatan zalim ini (mencatu air yang sebenarnya cukup) sangat mengancam keselamatan negara. Maka itu, tidakkah perangai zalim yang cuba menyusahkan hidup rakyat ini adalah akibat daripada mungkin 'diresapi' perangai komunis atau pengganas?
Siapakah sebenarnya yang diresapi perangai jahat komunis atau pengganas sekarang?
Inilah yang sebenarnya antara yang perlu disiasat dan didedahkan oleh Sufian Makinuddin kepada umum bukan merapu dan merepek tanpa bukti macam pak pandir!
Hanya Iblis dan syaitan sebenar yang dirantai di bulan Ramadhan, tetapi 'syaitan' di kalangan manusia tidak dirantai.
Mereka masih diberi ruang untuk melakukan kejahatan. Mereka yang Tok Non maksudkan ialah sebahagian blogger pro UMNO yang terus melakukan kerja memfitnah tanpa henti.
Dengan sedikit upah mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun akibat yang bakal diterima kelak ialah bakaran api neraka yang hangat membakar... waliyazubillahiminzaalik.
TN hanya memetik dua contoh berita fitnah (di bawah) yang dipetik dari dua buah blog pro UMNO. Pembaca nilailah sendiri apakah blog-blog UMNO layak dipercayai?
Mereka sudah setaraf dengan Utusan Malaysia Pemfitnah Nombor 1 Malaysia!!!
Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.
''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.
"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.
Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor. Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.
Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.
Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.
Di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.
Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. -mk
Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.
Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.
Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. -HD
Ulasan GB
Menteri KDN, Hishamuddin Tun Hussein, ROS & KPN yang sebelum ini menyatakan BERSIH adalah entiti yang haram sehingga menyebabkan PDRM mengambil tindakan melulu ke atas para peserta BERSIH sepatutnya merasa malu dan dikenakan tindakan.
Macam-macam hal dilakukan untuk burukkan BERSIH, sehingga, khutbah Jumaat, Mufti dan Majlis Fatwa pun diperkudakan untuk menyatakan ia "haram".
Sekarang "haramjadah" menimpa ke atas mereka yang menyatakan haram itu.
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih saying Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
Nigeria – Seorang ahli perniagaan meninggal dunia setelah dikepung dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh kesemua enam isterinya secara bergilir-gilir dua hari lepas.
Siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku disebabkan kesemua isteri ahli perniagaan berkenaan berada dalam keadaan 'marah dan cemburu'.
Menurut polis, kejadian terjadi kira-kira pukul 3 petang sewaktu Uroko Onoja, dari Ugbugbu Owukpa, baru saja pulang ke rumahnya dan hendak beristirahat di bilik isterinya yang paling muda.
Namun, tiba-tiba saja, lima orang isterinya yang lain datang ke bilik tidur mereka berdua sambil membawa pisau.
Mereka menuntut agar Uroko 'melayan' mereka semua secara bergilir-gilir.
Giliran itu juga sudah ditentukan, mereka memaksa Uroko melayan kesemua daripada mereka bermula dari isteri termuda hingga yang tertua.
Menurut polis, pada awalnya semua 'berjalan lancar', tetapi ketika tiba giliran isteri kelima Uroko sudah tidak bernafas.
"Tiba-tiba, suami saya berhenti bernafas, dan mereka (isteri-isteri yang lain) terus ketawa, tapi ketika mereka melihat saya gagal membangunkannya kembali, mereka semua panik dan terus berlari ke dalam hutan, " kata salah seorang isteri Uroko.
Polis Nigeria sehingga kini telah menahan dua orang isteri Uroko untuk membantu siasatan. (Agensi)
Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimie Shafie mendakwa syarikat itu cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.
"Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk -burukkan kerajaan negeri," katanya di hadapan kira-kira 100 demonstran yang berkumpul di Wisma Rozali di sini tengah hari tadi.
Mereka yang berkumpul sejak jam 12.00 tengah hari bergerak ke pintu utama Wisma berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap cadangan Syabas untuk mencatu air di beberapa kawasan di Selangor.
Memorandum itu diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail melalui Pengarah Eksekutif Pengurusan dan Sumber Manusia, Ismail Hashim.
Demonstrasi yang diadakan pada hari ketiga Ramadhan ini dianjurkan bersama AMK Selangor dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.
Selain Shuhaimie, mereka yang turut serta bagi menyerahkan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamarudin; Naib Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu. -FMT
Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS
Sekumpulan lebih 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.
Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".
Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.
"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.
Lima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.
Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.
Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.
Memorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.
Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.
"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.
"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.
Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.
Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik. -mk
Gempar! 30 tahun menanti kemudahan asas air paip! Abd Hamid Eiman menagih janji pemimpin Barisan Nasional. Lokasi Kampung Sri Tanjung Benut. Parlimen Pontian, Wakil Rakyatnya adalah YB Ahmad Maslan.
Ahli keluarga berkenaan menyatakan beliau terpaksa bergantung kepada air hujan selama ini.
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September ini. Ini boleh berlaku sebelum Hari Malaysia, jika rancangan membubarkan parlimen bulan depan menjadi kenyataan, kata sumber-sumber dalaman dan para penganalisis. Laman berita The Malaysian Insider (TMI) semalam melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa penasihat dan pembantu perdana menteri Malaysia itu telah memberitahu beberapa orang mengenai rancangan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia - tempoh antara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos ini dengan hari pembentangan bajet pada 28 September ini. Hari Malaysia pula adalah pada 16 September ini.
"Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup bagi membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN (Barisan Nasional) masih menguasai Putrajaya," kata seorang sumber kepada TMI.
Bagaimanapun, beliau menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia, yang secara tradisinya diadakan pada Jumaat dan pada akhir Oktober, kali ini dipercepatkan disebabkan oleh perayaan Aidilfitri. Lebih 60 peratus daripada penduduk Malaysia beragama Islam, manakala Islam pula adalah agama rasmi di negara itu.
Sumber lain pula memberitahu laman beria yang sama bahawa mengadakan pilihan raya pada September ini juga membolehkan penganut Islam menunaikan fardu haji, yang dijadualkan pada 26 Oktober ini. "Kami dengar pilihan raya mengejut pada September ini dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami," kata seorang penganalisis pasaran saham Singapura kepada TMI, sambil menarik perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dengan wakil-wakil parti politik di negara itu, minggu lalu.
Bagaimanapun, seorang tokoh politik veteran Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, berbeza pandangan dengan andaian tersebut, apabila beliau menjangkakan pilihan raya umum itu bakal diadakan pada tahun depan dan bukan dalam tempoh terdekat ini. "Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," kata beliau kepada agensi berita rasmi Bernama, di Jasin, Melaka. Tan Sri Abdul Aziz, 89 tahun, menjelaskan bahawa jadual waktu itu akan dapat dimanfaatkan Umno dan BN bagi menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.
Datuk Seri Najib kelihatan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya tersebut, walaupun beliau sering meluahkan keyakinannya untuk terus menguasai kerajaan pusat Malaysia dan semua negerinya. Ketika ini, BN menguasai Putrajaya dan sembilan negeri di Malaysia manakala Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Di Pekan, Datuk Seri Najib kelmarin berkata BN masih belum selesai menyiapkan senarai calonnya bagi pilihan raya akan datang. -- Agensi
PULAU PINANG- Tiga 'pelakon' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun akhirnya tampil memohon maaf.
Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut Ustaz Bakar lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.
Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.
Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.
Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.
Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.
Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.
Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.
Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).
Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).
bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.
Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.
Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.
KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
Kota Bharu - Ahli Parlimen Beufort Dato Lajim Ukim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di sini.
Dalam pertemuan mesra ini Dato Lajim Ukim telah melahirkan hasratnya kepada Menteri Besar Nik Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan memohon restu daripada Mursidul Am PAS agar penyertaan beliau selepas ini dapat membantu pakatan semasa kempen PRU13 nanti.
Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa berbesar hati dan bersyukur apabila seorang lagi pemimpin Umno sedar akan perjuangan pakatan adalah untuk rakyat dan demi Islam secara keseluruhannya. Katanya lagi penyertaan Datuk Lajim adalah sebahagian daripada hidayah Allah dalam memberi jalan kemenangan kepada pakatan pada PRU13 nanti.
Pertemuan ini adalah rentetan daripada perancangan Dato Lajim Ukim untuk mengerahkan lebih 10 ribu orang penyokongnya di Parlimen Beufort agar bersama sama beliau menyertai PKR tidak lama lagi.
Kehadiran beliau diiringi oleh 20 orang pemimpin dan ahli PKR Kelantan,menurut jurucakap rombongan Dato Lajim kepada Utaranews ,rombongan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini satu lagi pertemuan diantara Dato Lajim Ukim bersama barisan pimpinan pakatan diadakan selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.