Selasa, 20 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 20 Jan 2015 01:33 PM PST

tun faisal dot com


Teks Penuh @NajibRazak - Langkah Intervensi, Pengubahsuaian Dasar Ekonomi Negara

Posted: 19 Jan 2015 07:17 PM PST


PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI
TENTANG
PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA DAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA


1.          Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2.          Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan.  Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini. 

3.          Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4.          Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5.          Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6.          We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7.          This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure the development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8.          Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9.          Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10.      Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11.      Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12.      Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13.      Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14.      Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15.      Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar tersebut di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16.      Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17.      Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia. 

18.      Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19.      Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20.      Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21.      Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin. 



Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22.      Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23.      Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24.      Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25.      Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26.      Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah   bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27.      Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28.      Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29.      Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit.  Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30.      Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global.  Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31.      Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutama bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32.      Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera dan polis.

33.      Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34.      Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 diumumkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35.      Lantaran itulah, Kerajaan telah menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36.      Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37.      Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015 tersebut, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38.      Namun begitu, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39.      Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40.      Jelasnya, jika dibiarkan, paras defisit, akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41.      Keadaan ini, memerlukan Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42.      Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43.      Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus.

44.      Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45.      Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46.      Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan oleh kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47.      Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform and consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48.      Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49.      Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50.      Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51.      Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52.      Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53.      Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54.      Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55.      Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56.      Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak benar.

57.      Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkiraan ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58.      Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59.      Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60.      Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding  pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61.      Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.  Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama:Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua:Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga:Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62.      Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama,mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua,menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport  serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga,menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara; 

Keempat,mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima,mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam,visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama,memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua,mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga,meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat,mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima,menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama,menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua,menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga,mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat,memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima,mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63.      Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama,meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua,meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama,mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua,menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga,mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat,menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64.      Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65.      Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS serta perusahaan mikro.

66.      BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67.      Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan  perbankan.

68.      Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69.      Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70.      Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.


(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama,kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua,Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga,Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat,Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima,Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71.      Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72.      Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73.      Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74.      Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.


Sekian, Wabillahiitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Apa Yang Tersirat

Posted: 20 Jan 2015 01:26 PM PST

Apa Yang Tersirat


Siapa Anwar Berbanding Daim?

Posted: 20 Jan 2015 01:06 AM PST

SIASATAN badan pencegah rasuah Malaysia keatas Tun Daim seawal tahun1996 lagi dan mendapati TIADA sebarang bukti yang menjurus kepada unsur unsur rasuah di sebalik kekayaan yang di miliki nya.

Fakta yang tidak di ketahui ramai ialah sewaktu Anwar sibuk berdemonstrasi menentang kerajaan pada tahun 70 an, Tun Daim telah pun menjadi pemilik kepada dua buah bank tempatan iaitu Malaysian French Bank dan UMBC yang di lepaskan nya sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1984.

Bagi yang faham selok belok perbankan ianya adalah suatu perniagaan yang memerlukan modal yang besar tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka waktu yang singkat serta mampu berkembang dengan cepat. Cuba kita kira berapa ramai Melayu yang memiliki bank pada tahun 70 an dan 80 an?. Dan cuba lihat betapa kayanya Tan Sri Azman Hashim yang cuma memiliki sebuah bank iaitu Arab Malaysian?

Seperkara lagi, kebanyakan bank bank yang di milki oleh Tun Daim selepas persaraan nya adalah di LUARNEGARA. Setakat ini Tun Daim memiliki 59 cawangan International Bank of Commerce (ICB) di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Timur Eropah. Tun Daim juga menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) yang memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Dan ini bagi BO adalah suatu PENCAPAIAN yang patut kita BANGGAKAN kerana hakikat nya bukan mudah untuk bersaing di peringkat global terutama dalam industri perbankan. Tun Daim secara tak langsung dah menaikan taraf Melayu dari bangsa yang suka MEMINJAM kepada bangsa yang dah mampu MEMBERI PINJAMAN.

Yang patut kita HAIRAN dan RAGUI ialah bagaimana seorang individu seperti Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa apa perniagaan mahupun pengalaman dalam apa jua bentuk perniagaan selain dari RETORIK POLITIK mampu memiliki kekayaan yang begitu luarbiasa bagi membiayai gerakan politik nya sejak 15 tahun yang lalu.

Yang patut di siasat oleh SPRM ialah KEUNTUNGAN yang di buat oleh Anwar melalui syarikat Abrar Discount yang di uruskan oleh anak didiknya Wan Hasni dan Rahim Ghouse semasa serangan matawang ringgit pada tahun 1997. Kalau Azman Hashim dan Rashid Hussain boleh untung berbillion masa tu, berapa pulak keuntungan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang mengawal Bank Negara ketika tu? ( Sumber daripada FB BO)

Daim and His Banks-Nothing Unusual

Posted: 19 Jan 2015 03:43 PM PST

After several aborted plans to own banks in Malaysia, former finance minister Tun Daim Zainuddin gets a promising banking network in place with his Swiss-based ICB Group.

Stories by Halim Wahab

THE International Commercial Bank Group (ICB) is as much a mystery as the man behind it.

It carries his traits and pursues his ambitions, but little is known about the group except that it is closely linked to former two-time finance minister Tun Daim Zainuddin.

Despite lacking the size of top players, the achievements of the Swiss-based banking group have been quite impressive in their own way, with total assets growing at an average of 60% per year.

It traces its history to the opening of its first bank in the Czech Republic in 1993. Anchored by this, a decade later the group spread its wings to eight countries spanning cities like Prague and Budapest in Eastern Europe and Conakry and Accra in Africa.

Yet, ICB's network of banks in these emerging markets did not attract media attention until late last year, when it teamed up with Singapore's Temasek Holdings in a Sorak Financial Holdings Pte Ltd consortium to acquire Indonesian bank PT Bank Internasional Indonesia.

The partnership has put the spotlight on both ICB and Daim, whose foray into Indonesia includes a controlling stake of 57.9% in another Indonesian bank, PT Bank Bumiputera Indonesia.

It appears that while Daim has gone low profile since his resignation as finance minister in 2001, conversely ICB has been building its reputation as a credible global player, teaming up with major foreign partners to expand into the Southeast Asian region.

As former Prime Minister Tun Mahathir Mohamad's chief economic trouble-shooter, Daim was credited with pulling Malaysia out of the recession in the mid-80s, then by slashing public debts and relaxing investment rules, and again in the late 1990s.

Being the entrepreneur that he is, is there more than meets the eye with ICB expanding its banking empire closer to home?

Stamping its mark

Daim's close associates describe him as a person 'who is in love with banks'. But, as the man operates his ventures very much like his nature, privately, there is scant information on the past performance of the banking group. Nonetheless, this is set to change soon.

In a rare insight into ICB's operations, Malaysian Business reveals for the first time why Daim picked Eastern Europe and Africa as the launching pad for his international banking business. We also provide a glimpse of the group's growth prospects, future direction and plans.

Since Daim declined to be interviewed, we spoke to the general manager of ICB Global Management Sdn Bhd, Harith Harun, who oversees ICB's global network from Kuala Lumpur. (See excerpts of interview on page 31)

'ICB will continue to expand in markets where it sees ample opportunities for growth. We are fairly strong in Africa, in six countries now, and we plan to open in several more countries in the next few years,' Harith says.

Consequently, in the next five years, ICB aims to consolidate its operations worldwide into a successful and respected global banking group and be identified as a key player in emerging markets.

Going by the extensive network that Daim has built up in the past 10 years, it looks like it's just a matter of time for this plan to reach fruition. In any case, with stakes in two banks in Indonesia and a total of 24 branches in Hungary, Albania, the Czech Republic, Ghana, Guinea, Tanzania, Mozambiqueand Sierra Leone, ICB already earns recognition as the first Malaysian-owned global bank.

Harith declines to provide profit and asset figures, but says the return on equity (ROE) of the respective banks has ranged from 5% to 20 % on average over the past three years. Likewise, growth in assets, revenue and income has been within expectations, with total assets growing at an average rate of 60% a year.

'It has to be noted that the loan growth was funded entirely by customers' deposits. Hence, the substantial increase in deposits indicates that the public has confidence in us,' he says.

Interestingly, while the investment holding company of the banking group, ICB Financial Group Holdings Ltd, is located in Zurich, Switzerland, the hub and nerve centre of its sprawling network is in Kuala Lumpur, where ICB Global Management is located.

For the group, this is about logistics and strategy. Harith says the company was set up in 2001 to provide technical support and consultancy services to the banks under the group. It acts as liaison between the management of the banks, its shareholders and directors and conducts feasibility studies, manages the establishment of new banks and seeks new business opportunities for the group. The company has 10 employees.

A year ago, following the steady expansion of his international banking network, Daim set up ICB Financial Group as an investment holding company to rationalise his investments in the respective banks. According to Harith, Daim wholly owns ICB Financial Group.

'Daim is principle shareholder of these banks. In some countries, the law sets a certain limit on the maximum shareholding by a single shareholder and in such instances, other Malaysian shareholders have taken up stakes in the bank,' he says.

A check reveals the presence of several Malaysian shareholders in some of these banks. For example, IC Banka in the Czech Republic, in its FY2003 annual report, lists Daim's long-time associate Robert Tan Hua Choon, or the Casio King, as a shareholder together with former Czech Prime Minister Dr Marian Calfa.

The 'interrupted' banker

For the record, before ICB came into the picture, the 66-year-old Daim had already owned stakes in two banks, albeit briefly as he had to dispose of them when he was made finance minister.

Perceived as an influential player due to his close ties with top party officials and businessmen, Daim took control of Malaysian French Bank in 1982 when it was incorporated to take over Banque Indosuez, a privately owned French bank in Malaysia.

The French Government had then nationalised all French banks, but as Malaysian laws did not allow banks owned by foreign governments to operate in the country, Daim bought it from its owners. He later sold the bank to Multi-Purpose Holdings Bhd in 1984.

The other bank was United Malayan Banking Corporation (UMBC), then Malaysia's third largest bank, which Daim acquired the same year. However, his appointment as finance minister soon after gave rise to allegations of conflict of interest. He subsequently sold his UMBC stake.

But Daim's association with local banks did not end there. In 1997, he was linked to the acquisition of a controlling stake in Hock Hua Bank (Sabah) by Langkah Bahagia Sdn Bhd. One of Langkah Bahagia's shareholders, Mohd Nasir Ali, had then publicly declared that he was acting on behalf of Daim, who was at that time Economic Adviser to the Government. Daim later sold the stake when he was appointed finance minister in 1999 for the second time.

Despite Daim's assertion that he was no longer linked with Langkah Bahagia, the market still sees his fingerprint on the company. In the years that followed, Hock Hua Bank, which became International Bank Malaysia, merged with Multi-Purpose Bank that was later renamed Alliance Bank Malaysia.

Langkah Bahagia has since sold its 15.37% stake in the bank's holding company, Malaysian Plantations, to Temasek. Interestingly, the Singaporeinvestment company had teamed up with ICB in a consortium that acquired PT Bank Indonesia in November last year.

Why Eastern Europe and Africa?

As Daim had little success in owning a Malaysian bank in the past two decades because of the interruption by calls to serve the country, his involvement in ICB may be a natural progression.

A close associate offers an explanation for Daim's decision to focus on the Eastern European and African markets. 'Daim is shy and he doesn't like crowded places. So, Eastern Europe and Africa are natural destinations as hardly anybody knows him there,' he notes.

Still, they are not exactly traditional financial centres where Malaysian banks are willing to tread. A case in point is that one of the biggest banks in the country has branches in Cambodia, Vietnam and Papua New Guinea, to name a few, but not in Eastern Europe or Africa. Unless properly managed, retail banking is a high-risk leverage business and this is true in Malaysia or anywhere else.

An industry observer says although it usually takes one to two years for a new branch to break-even in Malaysia, the gestation period differs from country to country based on the customer profile, make-up of business and economic growth.

'Local banks generally do not blaze the trail, but tend to follow the client to provide support to their existing customers who have expanded overseas. It is tough especially if it is a single-bank operation,' he says.

Thus, he contends that despite ICB's modest size, the banking group should be commended for being able to build up its business over the years.

Aptly, the group's model in these countries has been to set up banks rather than to acquire them. For this reason, Harith says, ICB is able to exercise control over the cost, recruitment of staff and policy and direction of the banks. It also does not inherit the work culture or bad-loan portfolios. 

He underscores ICB's optimism in these markets, which he feels provide relatively greater opportunities for growth in the long term.

'Of course there are risks operating in these new, non-traditional markets. But we are selective in terms of the countries in which to invest. Based on the performance of the banks in the ICB Group, we can say that we have made the right choice,' he observes.

From a different perspective, Harith points to one of ICB's primary objectives, which is to help promote the development of bilateral trade and investment between Malaysia and the host countries.

'In this instance, we have assisted some of our customers in Africa and Central Europe to find new suppliers as well as buyers in Malaysia. Their Malaysian counterparts feel more comfortable knowing they are dealing with a Malaysian-owned bank in these countries,' he says.

In April 1997, Daim led a private visit of Malaysian businessmen to nine countries across Africa in an effort to enhance bilateral and trade relations as well as to seek investment opportunities. Guests included close friends and the London-based New Straits Times correspondent. There were many follow-up visits by Daim since.

Inadvertently, those visits have given rise to the perception that Daim had used his influence to meet with the leaders of these countries to set up businesses there. But a banker downplays such talk. 

'There is no need to use influence to set up banks in these countries. There is no conflict of interest as anyone can open a bank in those countries,' he says.

Generally, ICB's ventures in the emerging markets are seen in a positive light by the host countries. Foreign embassy officials from countries where ICB operates not only praise the group, but also say ICB helps boost bilateral trade between their countries and Malaysia.

'ICB is an example to other Malaysians who may want to consider investing in Ghana. Many think Ghana is a backward country but it is not,' says an embassy official in Kuala Lumpur.

He feels Daim's investments in Ghana, including those in social development projects that benefit both parties, reflect his support of the country and Africa in general. 'People consult him if they want to go to Ghana,' he says.

It is the same in Albania. An official from the embassy says it is important for a Malaysian-owned bank like ICB to be in Tirana as it acts as a platform to enhance trade and investment between the two countries.

Bracing for competition

ICB set up its first two banks in Prague and Budapest respectively in 1993, at a time when both the Czech Republic and Hungary were emerging from the shadows of the communist empire and were opening up their economies to foreign investors.

Likewise, the group expanded to Africa in 1996 when the Malaysian Government was actively encouraging local companies and businessmen to invest there.

As such, according to Harith, ICB has acquired a fairly good knowledge of the local business conditions and practices, having invested substantially in people and systems.

In Hungary, the group made some strategic changes in the bank to prepare for the continuing consolidation and rising competition in the banking industry in anticipation of the country's entry into the European Union (EU) in May 2004.

It acquired several branches of a savings cooperative to expand the branch network and customer base, replaced the old IT system with an integrated on-line system, hired a new and skilled workforce and introduced new products such as bankcards and Internet banking.

Although the larger than usual expenditure had contributed to a loss in FY2002, the bank' performance has improved markedly since then, with total assets increasing by 100%. The bank is expected to return to the black this year.

The respective banks under the group have generally performed to expectations. A few have achieved recognition for their excellent performance. ICB Guinea, for instance, has won The Banker magazine's annual award for 'Bank of the Year in Guinea 2004', while the bank in Ghana is a member of the 'Ghana Club 100', which gives recognition to successful organisations based on growth and profitability.

Still, there are challenges looming over the horizon, particularly in the Eastern European market.

'The entry of Hungary and the Czech Republic into the EU has to a certain extent changed the banking landscape. Large multi-national banks are squeezing out the smaller ones to the periphery. To survive, we have to be an efficient and innovative niche player,' says Harith. But, he contends that ICB has anticipated these changes and has already put in place strategies to face the challenges.

In view of the changing trends, Africa will be the thrust of ICB's expansion drive. The group will be operating in two more countries in the continent soon, in Sierra Leone this month and The Gambia in November. It also expects to receive licences to operate in three other countries in Africa later this year.

Harith says based on the performance in recent years, growth will be more significant from the African operations, which, it is understood, offers a lot more scope and better margins.

Today, at group level, ICB employs over 1,100 people in 10 countries. However, for Eastern Europe and Africa, due to the lack of experienced personnel, ICB still relies on Malaysians to manage the banks. Hungary and the Czech Republic are exceptions, as operations there have reached a level where local managers are now capable of taking over.

The future

It looks like while Daim prefers to remain low key, ICB may take a higher profile in the near future following its partnership with Temasek, and its foray into Indonesia. 

Incidentally, Temasek is now seen as a serious investor in the country following the warmer relations between Malaysia and Singapore. Temasek noted recently it would co-invest with companies that are interested to invest internationally, away from their home bases.

This has heightened speculation that there is a good chance of ICB teaming up with Temasek again, or any other foreign players for that matter, as the former is already seen as a reputable and credible player given its extensive network and international relationships.

'Indonesia will not be ICB's last bus-stop. There is more to come,' says an observer.

Perhaps, his remarks will ring true sooner than expected as the banking group is already eyeing new opportunities.

'Indonesia is our first investment in Southeast Asia. However, we are not limiting our expansion to the region but are also looking for opportunities in other parts of Asia,' Harith says.

Analysts feel ICB would do well to look at China, Asia's fastest growing economy.

This notwithstanding, Daim seems to be having better luck with ICB so far, having maintained a tight grip on the group for the past 10 years. It will be interesting to see if he will continue to do so over the long haul, in view of the big plans that have been laid out for the group.

( This article appeared in the September 2004 issue of Malaysian Business magazine. )

Cucu Tok Selampit

Posted: 20 Jan 2015 01:19 PM PST

Cucu Tok Selampit


Why Must PM @NajibRazak Visit Davos?

Posted: 19 Jan 2015 10:05 PM PST


10 things you should know about Malaysia's participation in the 2015 World Economic Forum in Davos:

1. Malaysia will lead the conversation and buzz on ASEAN economic integration.

2. To highlight Malaysia's role as Chair of ASEAN, with special emphasis on a people-centred ASEAN.

3. As the chair for ASEAN Chairman, Malaysia commands global attention and has a clear mandate to demonstrate business leadership through the establishment of the ASEAN Economic Community (AEC).

4. The delegates, spearheaded by the Ministry of International Trade and Industry (MITI), will promote Kuala Lumpur as a premier location for multinational companies to set up their regional headquarters.

5. To showcase Malaysia's economic transformation success.

6. Malaysia will be part of the prestigious international conference - attended by over 40 heads of state and government together with 2,500 delegates from business and society - from 21 to 24 January in Davos, Switzerland under the theme of "The New Global Context".

7. MITI will lead the business contingent at WEF2015 attended by, among others, Petronas, Felda, YTL, QL Group, Sapura Kencana, MIDA, InvestKL and Khazanah Nasional.

8. Among the agenda scheduled to be discussed in this year's conference are matters affecting the world today:

·      Environment and resource scarcity,
·      Employment skills and human capital,
·      Gender parity,
·      Long-term investing,
·      Infrastructure and development,
·      Food security and agriculture,
·      International trade and investment,
·      Future of the internet,
·      Global crime and anti-corruption,
·      Social inclusion and future of financial systems,
·      Escalating geopolitical conflicts,
·      Pandemics,
·      Diverging growth and
·      The new energy context
9. Prime Minister, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, will participate in three sessions:

Asean Regional Business Council; Informal Gathering of World Economic Leaders (IGWEL): 'Defining the Imperatives for 2015'; and ASEAN Leader session-Channel NewsAsia-TV Debate: "Creating the ASEAN Economic Community".

10. Delegates from Malaysia will highlight the investment climate and business opportunities available in Malaysia.

Why I'm writing these agendas? To avoid PR's macai out there spreading lies and defamation. Period!

Penangguhan PLKN 2015 - Pengerusi PLKN Bersikap Positif Dan Menyambut Baik Hasrat Kerajaan

Posted: 19 Jan 2015 09:49 PM PST

Berikutan pengumuman Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Pengerusinya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, bersikap positif dengan pengumuman tersebut. Perdana Menteri ketika membentangkan perkembangan ekonomi semasa dan kewangan negara pagi ini, menyatakan bagi langkah Kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan, Kerajaan antara lain akan menangguhkan PLKN tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program berkenaan dikaji semula dan ditambah baik.

Pengerusi PLKN, Datuk Ehsan yang ditemui selepas majlis tersebut, menyambut baik langkah Kerajaan untuk berjimat cermat. Menurut Datuk Ehsan, sessi pertama PLKN sudah berjalan. Penangguhan ini hanya melibatkan sessi kedua dan ketiga. Beliau berkata langkah penangguhan ini adalah satu langkah yang baik bagi PLKN untuk mengukuhkan struktur yang ada. Penangguhan ini, menurut beliau hanya melibatkan aktiviti latihan kepada pelatih. Kem berjalan seperti biasa. Penangguhan ini dapat memberi peluang untuk transformasi yang dirancang sebelum ini dengan mengukuhkan modul-modul yang sedia ada serta meningkatkan kemahiran jurulatih. 

Datuk Ehsan berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein, untuk memperincikan langkah-langkah yang akan dilakukan sepanjang penangguhan PLKN sessi 2015. Tinjauan ke laman sosial Twitter mendapati, DS Hishammuddin turut menyuarakan pendapat yang sama mengenai penangguhan ini seperti di bawah:

Tahniah MCA Kerana Berani Mencungkil Bakat Kepimpinan Baru

Posted: 18 Jan 2015 05:00 PM PST


Berani membuat transformasi politik dan berani berubah. Itulah kesimpulan yang dapat CTS lakukan apabila membaca laporan BERNAMA, di sini, mengenai kesediaan parti komponen BN, MCA untuk membuat perubahan yang dianggap kritikal dan radikal bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di dalam PRU ke 14 yang akan datang. 

Bukan mudah untuk membuat keputusan ini, memandangkan MCA sama seperti UMNO turut mempunyai ahli-ahli veteran yang dianggap 'warlords' yang mungkin menentang cadangan ini. Namun pujian harus diberikan kepada Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana berani mengambil tindakan tidak popular untuk memastikan MCA masih lagi relevan di kalangan Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.

MCA yang sejak kebelakangan ini agak ketinggalan dari segi memenangi hati masyarakat Cina berbanding parti DAP kelihatan bersungguh-sungguh mahu berubah. Mereka tahu PRU-14 adalah detik penting bukan sahaja bagi parti berkenaan malah parti komponen BN. Tokoh kepimpinan muda yang agresif, mesra Rakyat, sedia berkhidmat untuk Rakyat serta berperibadi tinggi adalah antara ciri-ciri penting di dalam usaha parti berkenaan untuk memenangi hati Rakyat. Tidak apa yang mustahil bagi MCA untuk menjadi juara masyarakat Cina seperti mana yang pernah mereka buktikan dulu.

BERNAMA mempunyai laporan penuh isu berkenaan:
MCA kini sedang dalam proses mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini juga adalah sebahagian daripada transformasi parti.
"Seperti yang saya katakan dahulu bahawa transformasi parti kita adalah terbuka dan apabila perkara mengenai memilih calon, kita akan membuat kajian melalui proses parti dan juga proses komuniti, yang komuniti juga boleh memberi pandangan mereka mengenai calon kita. 
"Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan tetapi proses mengenal pasti calon berwibawa dan berkaliber berjalan berterusan. Ini sebagai sebahagian daripada persediaan parti bagi menghadapi cabaran PRU14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat MCA Parlimen Seremban di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Wee Ka Siong. Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata antara kriteria penting pemilihan calon ini ialah mereka yang berkualiti, komited dan berkeperibadian baik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Katanya dalam masa sama, MCA perlu memberi perkhidmatan berterusan di peringkat komuniti dan ini memerlukan kerja berpasukan yang kuat. "Saya tahu calon itu penting dan kita sentiasa mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan anggota parti dan juga mana-mana individu atau wakil yang boleh kita tonjolkan."
"Tapi struktur parti juga penting dan perlu sentiasa berada di akar umbi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kalau struktur itu tidak kuat dan kukuh, maka susah untuk kita mendapat sokongan. Jadi, kita memerlukan komitmen di semua peringkat," katanya.
Katanya sejak mengambil alih kepimpinan parti, beliau meletakkan PRU14 sebagai agenda utama."
"Malah saya telah tubuhkan satu jawatankuasa induk di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Untuk itu, semua kawasan MCA yang dikenal pasti telah diwujudkan bilik gerakan dan telah pun kita laksanakan apa yang patut kita buat untuk kita hadapi cabaran PRU14."
"Bagi MCA dan Barisan Nasional (BN), PRU14 adalah sangat penting. Oleh itu, kita perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah misi penting untuk kita pastikan kekuatan parti. Kerana itu kita hendaklah sentiasa mendampingi rakyat serta membantu dan memenuhi kehendak mereka," katanya.

Majlis "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" Anjuran Yayasan Mesra Meriah

Posted: 17 Jan 2015 07:00 PM PST

Masyarakat sekitar Felda Pasak Parlimen Kota Tinggi semalamamat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri dalam program yang melibatkan keselamatan dan kesihatan diri mereka. Program anjuran Yayasan Mesra dengan penajanya FGV mendapat kerjasama daripada JKKK Felda Pasak serta agensi-agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.

Program Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera ini padat dengan acara-acara seperti:

Pemeriksaan kesihatan percuma ...


Senamrobik ...


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak ...


Pertunjukan masakan secara sihat ...


Ada ceramah kesihatan ...


dan juga pemeriksaan gigi percuma.


Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi dan isteri, Datin Zubaidah Kassim turut meluangkan masa hadir pada program ini. Mereka berdua meluangkan masa melawat pameran, melakukan pemeriksaan kesihatan dan melawat pusat derma darah. Datuk Ehsan juga turut menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada golongan yang layak serta menyampaikan hadiah kepada peserta cabutan bertuah.







Duke of UMNO

Posted: 20 Jan 2015 01:03 PM PST

Duke of UMNO


TOPIK YANG ORANG MUDA TAK MINAT, TAPI SUKA PERTIKAI... HEH!

Posted: 20 Jan 2015 05:13 AM PST


Yang depa tau ialah suka perjatuh orang...perlekeh...persoal itu dan ini...bila diterangkan, dijelaskan, sikit pun depa tak mau baca... tak mau teliti...

Cuba baca la dulu biaq terang...fahami betul-betul... kalau tak faham, mintak pencerahan dari mereka yang faham... ni kira nak kondem saja nihhhh... heh!

Adil ka bersifat lagu tu? Kalau kes Hang Tuah, Sultan Melaka dengan Hang Jebat dulu pandai pulak depa tuding jari kata hukum tak usul periksa...tapi depa ikut perangai yang sama...

 

Betoi ka Malaysia ada krisis kewangan?


Dah baca? Lepas tu baca kat sini pulak....

Apa makna "pre emptive"? Kalau taktau...rujuk dulu kamus ka...orang yang belajaq bahasa omputih ka....

Bak kata Usop Wilcha... itu la pentingnya English Education...kannnnn..? Heh!

DIMENSI

Posted: 20 Jan 2015 11:54 AM PST

DIMENSI


Download Antivirus Avast Terbaru 2015 Gratis Full Version

Posted: 19 Jan 2015 10:02 PM PST

Download Antivirus Avast Terbaru 2015 Gratis Full Version - Pada kesempatan kali ini Admin akan memberikan download link Antivirus Avast 2015 disini. Antivirus Avast 2015 ini sudah sangat terkenal dan banyak dipakai oleh juataan user dari berbagai negara karena keampuhannya dalam menjaga keamanan dan kebersihan PC/Laptop Anda dari berbagai serangan virus yang mengancam dan berbahaya. Antivirus Avast 2015 ini memiliki interface yang menarik namun tidak mencolok sehingga enak dilihat dan user friendly. Namun Admin sendiri telah menguji Antivirus Avast 2015 ini dan memberikan nilai 9/10 untuk pengoperasiannya. Antivirus yang tidak berat dan membebankan RAM namun efektif dan juga selalu ada update setiap harinya, sehingga update tidak menumpuk dan berat untuk didownload, update avast hanya memerlukan waktu bahkan beberapa detik saja. Menarik bukan ? Tentu karena saya sendiri telah mencobanya. silahkan dicoba dibawah ini :

Antivirus Avast Terbaru 2015
Cara Install :
  • Download Antivirus Avast Terbaru 2015 melalui link yang ada dibawah
  • Setelah download selesai ikuti instruksi penginstallan akan berjalan, kemudian tunggu hingga proses selesai
  • Jika Anda belum memiliki akun Avast silakan daftar terlebih dahulu melalui link ini: klik disini, caranya dengan mengisi form registrasi dengan email dan password akun yang ingin Anda buat.
  • Setelah selesai buka pada bagian Akun di antivirus yang telah selesai diinstal dan masukkan Akun Anda.
  • Jika ada pertanyaan silahkan komentari di bawah, trimakasih :)
Download Link : Avast Terbaru 2015 Gratis Full Version

PEJUANG BANGSA

Posted: 20 Jan 2015 11:43 AM PST

PEJUANG BANGSA


NEGARA KITA BELUM GAWAT EKONOMI LAGI @NajibRazak

Posted: 20 Jan 2015 12:19 AM PST





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri

YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

sumber najibrazak.com 

GUAN ENG DEDAHKAN LAGI RAHSIA ISU KG BUAH PALA !

Posted: 19 Jan 2015 04:00 PM PST





Agak mengejutkan kelmarin bila di kamar mahkamah di mana Guan Eng mendedahkan satu lagi rahsia disebalik perobohan Kg Buah Pala iaitu di mana beliau  langsung tak tahu ikrar /janji Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan kampung itu .

Betul ke tak tahu ?? Nampak sangat bebenor menipu ...

Tak kan langsung tiada wakil Ketua Menteri turun ke kampung buah pala selepas menang sebab ini dijanjikan Anwar .

Atau pun Guan Eng cuba tuding jari menyalahkan Anwar dalam isu Kg Buah Pala dan dia seolah-olah suci  tak tahu apa berlaku isu kampung ini . 







GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak tahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berikrar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala.


   
"Saya tidak sedar mengenainya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP semasa disoal peguam Baljit Singh yang mewakili defendan pertama Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Jimmy Lim Cheok Siang.
   
Guan Eng juga berkata beliau tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya umum 2008, Anwar telah membuat ikrar itu kepada penduduk kampung berkenaan.
   
Kepada satu lagi soalan Baljit Singh sama ada Adun Seri Delima RSN Rayer dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy menjanjikan penduduk Kampung Buah Pala bahawa mereka boleh tinggal di kawasan itu buat selama-lamanya, Lim juga menjawab "saya tidak sedar mengenainya."
 



Guan Eng berkata demikian ketika memberi keterangan dalam pendengaran saman fitnah beliau terhadap Jimmy, Mtoday News Sdn Bhd dan wartawannya Athi Shankar.
   
Sementara itu, Guan Eng menegaskan hanya Georgetown diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
   
"Artikel itu ditulis tanpa mendapatkan komen serta penjelasan saya dan cuba untuk memfitnah saya sebagai ketua menteri dan sebagai individu," katanya.
   
Pada Januari tahun lepas, Lim selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan mendakwa Jimmy telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadapnya dalam satu sidang akhbar pada 6 Disember 2013.
   
Menerusi pernyataan tuntutan pindaan itu, Lim mendakwa defendan kedua dan ketiga juga telah secara sengaja, salah dan berniat jahat menerbitkan artikel berjudul 'Guan Eng has failed, says NGO' pada tarikh sama dan disiarkan dalam laman web Free Malaysia Today.
 
Guan Eng mendakwa artikel itu menunjukkan bahawa beliau seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak berkaliber kerana cuba memusnahkan status warisan dunia yang dianugerahkan kepada negeri itu.
 
Beliau mendakwa artikel berkenaan juga menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin atau individu yang tidak prihatin terhadap kesejahteraan rakyat berbangsa India dengan cara mengakibatkan dan membenarkan pemusnahan kawasan yang dikenali sebagai Kampung Buah Pala.
   
Guan Eng menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, perintah untuk pihak defendan menarik balik artikel fitnah itu dan memohon maaf kepadanya atas penulisan dan penerbitan artikel tersebut, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.
   
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan bersambung 27 Februari depan. - Bernama

IPOHMALAY

Posted: 20 Jan 2015 09:52 AM PST

IPOHMALAY


Semporna, Tawau digegar gempa bumi

Posted: 19 Jan 2015 04:41 PM PST

Satu gempa bumi sederhana berhampiran Semporna menggegarkan bandar tersebut dan juga Tawau.

Berkekuatan 5.5 pada skala Richter dan berlaku pada kedalaman 11 km, ia berlaku jam 1:19 pagi tadi dan menggemparkan warga tenggara Sabah.

Pusat gempa bumi dikesan di Pulau Bungao dalam wilayah Filipina dengan kedudukan 148 km dari Semporna.



tunku

Posted: 20 Jan 2015 03:02 AM PST

tunku


Budget Revision: Highlights

Posted: 20 Jan 2015 12:52 AM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced key measures to sustain development and economical growth on Tuesday.

According to him, the Government will continue to seek ways to ensure the country continues to grow as well as protecting the people's well-being.

The highlights of his announcement include: 

*  The 2015 National Service Training Programme stopped this year to save RM400mil; programme to be reviewed and enhanced.

*  Electricity tariff will not be increased this year.

*  Free visa for tourists, among them from China, in a strategy to boost the country's tourism industry.

*  Levy on foreign workers to be reviewed.

*  Priority given in project tenders to local contractors registered with the Construction Industry Development Board - Class G1 (Class F), G2 (Class E) and G3 (Class D) contractors.

*  Local contractors to be given the task of carrying out repair works on flood-hit areas.

*  Increasing the frequency and duration of mega sales nationwide.

*  Extending the period of mega sales nationwide.

*  Intensify domestic tourism promotions by offering competitive airfares.

*  Scheduled gas price hike for the industrial sector postponed.

*  Projects such as the MRT Line 2, LRT 3, Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail will be continued.

Najib also said that the Government has revised the fiscal deficit forecast to 3.2% for this year from 3% projected earlier.

He said the notion that declining oil prices and a subsequent contraction in export revenue would result in a deficit current account was not true.

With the reduction in the retail price of petrol and diesel by 35 sen and 30 sen, respectively, Najib said the rakyat's gross disposal income now stands around RM7.5bil.

Najib said the current account balance is expected to remain in surplus, adding that although the ringgit has depreciated, it is expected to stabilise over time to reflect the strong economic fundamentals.

He noted that the development expenditure of RM48.5bil for this year will be maintained and spent, with operating expenditure expected to be reduced by RM5.5bil.

Najib is adjusting Budget 2015, with both proactive and pre-emptive measures, in bid to ensure sustainable development and the resilience of the economy.

His announcement at a special function, Tuesday, focuses on actions and policy interventions to handle the changing economic scenario caused by the oil price slump.

When Najib, who is also Finance Minister, tabled Budget 2015 last year with an expected expenditure of RM273.9bil against an expected revenue of RM235.2bil, oil price averaged around US$90 (RM355) per barrel.

But the price has been falling and is expected to drop to as low as US$40 (RM140) in the first six months of this year.

Belantan

Posted: 19 Jan 2015 11:39 PM PST

Belantan

Belantan


Isu Betty: Guan Eng 
diminta henti salah BN?

Posted: 19 Jan 2015 12:39 AM PST


Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak kerana terus menyalahkan pihak lain ter­utama Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana setiap kali ter­babit dalam isu yang tidak menye­belahi beliau.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.

Dalam isu membabitkan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Betty Chew, Chang Yeow berkata, perkara tersebut banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang, bukannya media arus perdana.

"Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Isu pelantikan Betty sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC dipertikai beberapa pihak kerana status beliau sebagai isteri kepada Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.

Pelantikan Betty itu juga menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.

Kok Ping sebelum ini pernah didenda sebanyak RM30,000 oleh mahkamah selepas syarikatnya, General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah kerana menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam pada itu, difahamkan Betty sudah menolak jawatan yang ditawarkan PCCC tersebut ekoran kontroversi yang tercetus.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

Posted: 19 Jan 2015 11:23 PM PST

APANAMA


A simple advice for idiots...

Posted: 19 Jan 2015 06:19 PM PST

The Unspinners

Posted: 19 Jan 2015 11:20 PM PST

The Unspinners


Dok cakaq sama sendiri, tak sedaq ada nasi kandaq LGE terhidang

Posted: 19 Jan 2015 04:40 PM PST





Patutnya, benda ni boleh viral  berbulan. Tapi kita dok bercakar sama sendiri.

Malah yang terbaru ni pun baek punya isu...







Adakah TV3 akan guna PKR untuk "meliwat" lagi malam ini?

Posted: 19 Jan 2015 03:30 AM PST



Ini telah menarik perhatian ramai dengan pandangan dan reaksi berbeza.


Malam sebelum itu, TV3 menyiarkan komen dari seorang Timbalan AMK Cabang Merbuk.

Menjadi buah mulut kenapa seorang yg begitu rendah kedudukan dalam parti PKR diberi liputan.

Sebelum itu, Shamsul Iskandar pula diberi liputan berkali2 hingga diminta beri ulasan melalui talipon.

Ketika PAU, tuduhan Shsmsul pertama kali.keluar.

Unspinners persoal kenapa cara TV3 memberi liputan adalah cara yang diketahui pengamal media sebagai strategi propaganda yg murah.

Tuduhan terhadap Tun Daim itu sudah disiasat BPR dua kali dan Anwar yg konon ada 6 kotak bukti masih tidak ada kemukakan bukti.

Jika betul Tun Daim disiasat, biarlah laporan dari sesuatu yang asli dan bukan sesuatu yg olok2 diada-adakan dari kenyataan pemimpin parti peliwat PKR

Kami tak halang Tun Daim disiasat jika benar ada salahlaku tetapi bukan yang buat2 seperti didedahkan Saiful Bohari berikut:



Saiful yg jadi mangsa liwat nampak nya mual dengan tatacara TV3 yang serupa tindak tanduk Anwar meliwat dari belakang hingga osterinya berhenti kerja dan ambil MSS.

Tindakan sedemikian hanya memecah belahkan UMNO. Maka agaknya adakah TV3 akan guna PKR untuk meliwat lagi malam ini?






Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 19 Jan 2015 11:12 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS BERMULA PARTI ISLAM, BERAKHIR PARTI LIBERAL SEKULAR

Posted: 19 Jan 2015 11:00 PM PST


YB Ustaz Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat meminta ahli parti mengambil iktibar kes Parti Istiqlal di Maroko yang bermula sebagai parti Islam, akhirnya kecundang sebagai Parti Liberal Sekular.

Menurutnya, Parti Istiqlal yang ditubuhkan pada tahun 1940-an sebagai Parti Islam, akhirnya menjadi Parti Liberal Sekular pada tahun 2012 akibat kemasukan pimpinan berfikrah liberalisme mengambil alih pentadbiran parti.

"Maklumat yang sama seperti disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, disampaikan sendiri kepada saya oleh Dr Abd Salam Ballahi, ahli parlimen daripada Parti Keadilan dan Pembangunan Morocco/Harakah Islah Morocco ketika Konvensyen Ahli Parlimen Islam di Turki pada 9-10 Jan 2015, katanya dalam satu coretan ketika menghadiri program Nadwah Memperkasakan Du'at (NEKAD) Anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat, di Tawau, Sabah pada 17 Jan.


Menurutnya, Parti Istiqlal Maroko bermula seawal 1937, ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 adalah sebuah parti Islam, parti yang berkongsi pemerintahan di negara itu sepanjang tahun 60-an hingga 80 an.

"Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulamak dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 – meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.

"Namun, kemasukan pemimpin yg berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular.

"Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Maroko terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 – 2007,"katanya.

Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, sekitar tahun 1973, pengasas Parti Istiqlal, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi sudah dapat mengesan mara bahaya pengaruh liberalisme yang menyusup dalam parti Islam itu.

"Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang," pesan Syeikh Allal kepada ulama yang lain, namun usaha membendungnya gagal kerana kemaraan liberalisme amat kuat melanda parti itu kerana dinaungi oleh timbalan partinya sendiri.

"Selepas pemergian beliau (Syeikh Allal) pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.

"Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002," kata Dr. Khairuddin at-Takiri.

Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, kesan daripada perpecahan itu, kumpulan ulama membentuk parti baharu pada tahun 1970-an.

"Kesannya pada pertengahan 70-an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Maroko sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996.

"Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baharu dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya'biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan).

"Parti Islam yang baharu ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen.

"Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baharu Maroko atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini, 2015,"katanya.

RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR MANGSA KERAJAAN DAP PULAU PINANG

Posted: 19 Jan 2015 09:00 PM PST



JIKA ke Pulau Pinang, kunjungan pastinya kurang lengkap jika tidak datang ke restoran Nasi Kandar Line Clear (NKLC) yang cukup tersohor di negeri itu.

Terletak di sebuah lorong sempit di Jalan Pulau Pinang, George Town, restoran itu sudah beroperasi sejak tahun 1932 dan cukup terkenal dengan kesedapan nasi dan lauknya di kalangan pelanggan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4 pagi tadi, pemilik restoran tersebut, Hashim Abdul Hamid terkejut apabila meja, kerusi dan peralatan dapur di premis perniagaannya diangkut oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tiba dengan dua buah lori.

Memetik The Rakyat Post, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang menikmati nasi kandar di premis berkenaan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menurut Hashim, pihak MPPP langsung tidak menjelaskan tujuan tindakan apatah lagi memberikan sebarang notis awal dan mereka hanya mampu melihat sahaja.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Timur Laut berhubung insiden itu.

Namun, menerusi laporan Berita Harian, pihak MPPP telah membuat penjelasan bahawa serbuan dan rampasan dilakukan kerana restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Salah seorang pemilik restoran NKLC, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, dikatakan mengakui mereka tidak memiliki lesen tetapi pernah memohon sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada tahun 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan restoran tersebut bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah lesen akibat perebutan giliran berniaga antara ahli keluarga pemilik restoran tersebut – mynewshub

ANWAR BUAT JANJI BERAT SEBELAH BERKENAAN HUDUD

Posted: 19 Jan 2015 07:05 PM PST



Walaupun sebelum ini, Ketua Pembangkang pernah berjanji akan mengadakan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat pada awal Januari, namun sehingga kini mesyuarat tersebut masih gagal dilaksanakan.

Pada 12 Dis tahun lalu, Anwar membuat janji secara sebelah pihak dengan mendakwa isu hudud yang dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dibincangkan pada mesyuarat PR akan diadakan pada awal Januari tahun ini.

"Dia (Kit Siang) menyatakan mengenai kelewatan mesyuarat dan saya telah sampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) supaya kami dapat menetapkan tarikh yang sesuai pada awal Januari untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat," kata Anwar, lapor Mstar yang turut menafikan PR pimpinannya bermasalah.

Semalam, Anwar dilaporkan Antarapos sekali lagi membuat janji akan menyelesaikan masalah perselisihan faham antara DAP dan PAS pada mesyuarat PR tetapi tidak menyebut secara spesifik bilakah mesyuarat tersebut akan diadakan.

"Saya dapat penjelasan daripada DAP semalam dan saya setuju supaya perkara ini dirujuk dalam mesyurat Pakatan yang akan datang. Dan ia akan ditetapkan setelah mendapat persetujuan dari semua rakan pimpinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Dialog Anak Muda bersama Anwar di Petaling Jaya pada Ahad.

PAS pada Ahad menyelar DAP kerana "cakap tidak serupa bikin" ketika mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), sedangkan DAP sendiri melakukan perkara sama dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ianya tidak pernah dipersetujui PR.

"Sedangkan Pakatan sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk 'agree to disagree' dan mengakui hudud melampaui Pakatan Rakyat kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja," kata Mustafa.

"Sedangkan isu pilihan raya kerajaan tempatan tidak pernah dibawa kepada Pakatan Rakyat, tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui tetapi DAP tetap mahu meneruskan pelaksanaannya di Pulau Pinang. Ini cakap tidak serupa bikin," katanya mengulas tulisan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang mempertikaikannya dalam wawancaranya bersama sebuah akhbar berbahasa Cina.

KERANA BANGGANGGGGG MILO SUAM AKHIRNYA MASUK PENJARA...

Posted: 19 Jan 2015 04:45 PM PST


Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Pro pembangkang Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013.
Dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 2 tahun mengikut pendakwaan itu atas dakwaan "menyebabkan rasa takut" kerana menyiarkan artikel di blognya  bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah".

Artikel fitnah telah menjerat bloggers bangang ni...tahniah PDRM, SKMM dan Peguam Negara kerana buat kerja yang sepatutnya demi melindungi negara

Krisis pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013 oleh pengganas Kiram hampir-hampir memanaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. 
Mujurlah atas kebijaksanaan Najib dan rakan sejawatannya dari Filipina; Benigno Aquino insiden ini dapat ditangani dengan baik.
Puak-puak pencacai pembangkang pula terpaksa melopong apabila gagal menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara bersengkongkol dengan puak pengganas.
Yang menariknya kes di sini siapa yang membocorkan identiti Milo Suam?
Tak lain tak bukan adalah janda meletop Ostadjah Abby Aaaaabodi sendiri...howttt you!!!

Milo Suam bersama Abby Abodi: pandai mengaji, pandai azan, pandai tulis jawi dan juga pandai buat fitnah sebar kepalsuan atas hujah agama...itulah ciri-ciri khawarij...Apa jadi pada mereka sekarang ni yer?
Meroyan takut dipenjara lalu menyamakan diri dengan Nabi Yusuf plak...bengong sah pengikut ajaran khawarij ni buat salah guna hujah agama minta simpati.
 Alhamdulillah semoga kurang sedikit perosak dalam negara ini...



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Jan 2015 09:49 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BATU API : DAIM, SULTAN JOHOR, MB PAHANG, TS MUHYIDIN ANTARA YANG BERJAYA DIBURUKKAN IMEJNYA.

Posted: 19 Jan 2015 12:14 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 19 Jan 2015 09:30 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Penyokong Khalid Ibrahim "Kacau" Isteri Guan Eng

Posted: 19 Jan 2015 04:26 PM PST

Apakah Cukai Di Kelantan Haram Dibayar?

Posted: 19 Jan 2015 02:26 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Jan 2015 03:13 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Labu 'seksi' Mak Andam jadi bahan perbuatan tidak senonoh

Posted: 19 Jan 2015 03:01 PM PST

SATU kejadian 'pelik tapi benar' telah berlaku di sebuah perkampungan di selatan tanah air apabila hasil tanaman di sana mengeluarkan buah bersaiz luar biasa!

Memetik laporan Harian Metro, kebun tersebut yang merupakan milik mak andam, Amira Mukri, 53, terletak di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Labu air di kebun tersebut didapati mengeluarkan tiga labu bersaiz luar biasa iaitu kira-kira satu meter panjang dan seberat 7 kilogram.

"Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun sejak dua tahun lalu. Labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.

"Beberapa penduduk datang ke kebun kami merakamkan gambar dan menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini," kata Amira.

Namun demikian, dia kesal apabila 'keajaiban' dikurniakan Allah SWT itu disalahgunakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Amira, dia dan ahli keluarganya terkejut kerana pernah terserempak sekumpulan lelaki membakar kemenyan di kebunnya bagi melakukan aktiviti khurafat. -MYNEWSHUB.CC

Pengacara Selamat Pagi Malaysia dicabul pengurus ketika tidur

Posted: 19 Jan 2015 12:01 AM PST

Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.

"Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu," katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

"Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.

"Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi," katanya.

Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

"Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.

"Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu," katanya.

Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.

"Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang," katanya.

Iesya sibuk buat persiapan kahwin Sebelum ini, Iesya sering digosipkan menjalinkan hubungan dengan golongan kenamaan mahupun VIP. Namun, semua gosip dan kontroversi yang melanda diri tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Hakikatnya hati pengacara manis ini sudahpun dimiliki seorang jejaka yang dikenali lebih setahun lalu.

"Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri.

"Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya," katanya.

Bercerita lanjut perkembangan karier seninya, Iesya yang turut tersenarai dalam pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 turut tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan nyanyian.

Terbaru, mini showcasenya turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada September tahun lalu. Antara lagu disampaikan ialah Kaulah Segalanya, Menghitung Hari, I will survive, Akhirnya Kini Pasti dan Gadis Dan Bunga.

Apa yang menarik, Iesya juga membuat 'tribute' buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.

Selain itu, dia turut membuat 'tribute' untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.

Manakala, dalam segmen terakhir pula, Iesya memilih untuk menyampaikan lagunya sendiri iaitu Anak Adam, Semanis Janji dan Kasih dengan iringan 'live band' kumpulan Klutz dari Singapura.

Sebelum ini, dia pernah buat 'showcase' di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (2011) dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang (2012). Album sulungnya berjudul Impian bukan saja mendapat sambutan di Singapura, sekali gus lagu Semanis Janji yang dipertaruhkan turut menjadi lagu tema drama bersiri tempatan di sana.

sumber : Harian Metro

Aksi sumbang dalam kereta, penyanyi Ainan Tasneem jelas perkara sebenar

Posted: 18 Jan 2015 10:01 PM PST

Penyanyi Ainan Tasneem, 23, menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Bercakap kepada mStar online, pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan ini berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnyayang kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

sumber : mStar online

(Foto) Mahasiswa ditemui lemas di tasik UPSI

Posted: 18 Jan 2015 09:47 PM PST

Tanjung Malim: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Haqim Ishak, 24, berasal dari Pokok Sena Kedah ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 8 malam.

Katanya, pihaknya menerima panggila kira-kira jam 5.33 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai lemas di tasik berkenaan.

"Setibanya di tempat kejadian komander operasi mendapati terdapat seorang lelaki telah lemas di tasik berkenaan.


"Pasukan penyelamat kemudian menjalankan operasi mencari dan mengenalpasti lokasi mangsa sehingga mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8. malam," katanya.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Rahim Shaari tamat kira-kira jam 8.10 malam.

Jelik menyampah tonton Qu Puteh di #AJL29, Chef Wan tutup tv

Posted: 18 Jan 2015 09:22 PM PST

Kami rasa kami boleh faham perasaan Chef Wan yang meluahkan rasa jelak dengan kaedah iklan yang digunakan oleh jenama kecantikan Qu Puteh di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang berlangsung malam tadi. Naik muak juga mendengar.

Menerusi akaun Instagram beliau hari ini Chef Wan berkongsi pendapat beliau tentang pengiklanan produk Qu Puteh yang berlebihan ketika AJL 29 berlangsung sehingga beliau mengambil keputusan untuk menutup televisyen selepas hanya beberapa minit siaran.

"I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that become a huge turn off that I actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all," tulisnya.

Chef Wan juga menceritakan pengalaman beliau bersama sebuah jenama makanan sebelum ini yang memaksa beliau untuk menyebut jenama tersebut setiap kali bahan atau produk digunakan dalam program masakan beliau beberapa tahun lalu.

"There this penyakit with Malaysian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do! Pekak ke atau buta ke kita penonton jika diajukkan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again"

"So distasteful," tambah Chef Wan lagi. Ada benar juga apa yang dikatakan chef selebriti popular ini. Semoga Qu Puteh selepas ini boleh ambil iktibar supaya menggunakan kaedah pemasaran yang tidak terlalu menjengkelkan khalayak ramai selepas ini. (rtky/m)

(Foto) Fesyen pelik, seksi di karpet merah #AJL29

Posted: 18 Jan 2015 08:01 PM PST

Seperti biasa, penampilan selebriti di karpet merah sesuatu majlis anugerah dalam dunia hiburan pasti menjadi perhatian ramai dan untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) malam ini ianya tidak terkecuali.

Mengambil tempat di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil, barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke 28 tampil bergaya di karpet ungu kali ini sejajar dengan tema Game On yang menjadi mantra majlis berprestij itu malam ini.

Bukan sahaja finalis AJL 28 yang boleh kita lihat, rakan rakan artis dari pelbagai bidang juga hadir memberikan sokongan mereka kepada majlis ini dan juga barisan penyanyi dan komposer yang diraikan malam ini.

Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', kutuk juri #AJL29

Posted: 18 Jan 2015 07:31 PM PST

AJL 29 telah melabuhkan tirai nya semalam.. Ramai yang tidak menyangka keputusan para juri dengan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai juara.. kebanyakan penonton lebih memilih Mojo sebagai pemenang..

Sultan Melaka juga turun menyaksikan AJL29 dan tidak ketinggalan memberi komen pedas dalam laman sosial Facebook milik nya..

Ternyata Sultan Melaka murka dengan lagu apa khabar. apa yang dilihat sultan lebih suka mojo

Jurutera Malaysia Rakam Aksi Seks Dengan 31 Kanak-Kanak Lelaki

Posted: 18 Jan 2015 05:01 PM PST

SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.

Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebook menggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan.

Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun. - The Straits Times/ANN