Tak pernah GPB tengok pramugari menari dalam kapal terbang ketika menunjukkan cara memakai alat keselamatan . Mungkin ini adalah satu promosi syarikat kapal terbang berkenaan untuk menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka .
Jangan sampai buat Tiger Show sudah dalam kapala terbang ..hahaha
Satu soalan aku nak tanya juak2 pencacai ini ... Tabung Haji siapa yang tubuhkan ?? Bukan kah ia hasil usaha kerajaan diterajui UMNO . Malah Tabung Haji tanggung kos pemergian setiap jemaah ke sana .
Jadi apa masalahnya bila PM bersama rombongan termasuk menteri & pemimpin lain pergi menunaikan haji . Sebab layanan saja yang menjadi puak2 pakatan ini meroyan ?? Yang pemimpin mereka nak pergi sana ditaja itu tak pulak dipersoalkan .
Mulut depa kalau mengatak PM memang cukup bangsat sekali . Hinggapkan PM pergi haji di Mekah digelarkan sebagai HAJI EKSKLUSIF..klik di sini
Sebabnya Tabung Haji didakwa mereka diperkudakan UMNO dan menyediakan kemudahan istimewa serta kawalan ketat pihak keselamatan terhadap Najib . Setiap pemimpin negara Islam sentiasa dikawal pihak keselamatan , jadi tak perlu puak2 bangsat ini fitnah .
"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah satu cadangan yang baik, laksanakan dulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.
"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," ujar Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Ab Samad, mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Tony Pua dalam kenyataannya seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu berkata kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak effisen seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Menurut Shahrir apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang besar dan kerajaan BN sekarang ini adalah kerajaan Melayu.
"Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
"Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.
"Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu", ujarnya.
Beliau seterusnya yakin sekiranya perkara ini dilaksanakan, ianya akan mendedahkan negara kepada masalah-masalah lain dan menyebabkan huru hara serta menyusahkan rakyat.
Anwar membebel panjang sebelum menyertai mesyuarat strategik pilihanraya PKR kelmarin. Kenyataan Tony Pua kepada China Press – bahawa Pakatan Rakyat akan mengecilkan jumlah kakitangan awam membuatkan Anwar pening kepala. Anwar selalu pesan kepada jentera PKR, jangan sampai hati kakitangan awam terhentak walaupun kita sibuk bermain politik. Anwar memang mahu pastikan majoriti pengundi perkhidmatan awam akan diberikan kepada pembangkang.
Malahan, dalam manifesto yang sedang direncana oleh Anwar dan Team Strategik Pilihanraya PKR akan menggariskan halatuju kakitangan awam yang lebih baik dan jelas. Banyak yang Anwar hendak tawarkan kepada kakitangan awam. Termasuk mengambil contoh bagaimana beberapa Negara Arab memberikan kemudahan kepada kakitangan awam. Model negara Arab yang kaya dengan minyak menjadi rujukan Anwar. Sumber? PETRONAS.
Apabila sahaja Anwar mendapat laporan media mengenai kenyataan Tony Pua, dia tersentak dan terus menzahirkan perkataan BODOH. Anwar tahu, jika UMNO menggunakan isu itu secara strategik, kakitangan awam akan pantas menidakkan sokongan kepada PR. Ini yang Anwar katakan sebagai BODOH.
Undi kakitangan awam adalah sama dengan undi Melayu. Hati mereka perlu dijaga. Strategi 2008 akan Anwar gunakan semula.
Satu email khas akan Anwar sampaikan kepada semua kakitangan awam. Menggunakan data yang sudah disediakan oleh kumpulan strategik pilihanraya; e-mail kakitangan awam memang sudah ada di pejabat PKR. Tak ada masalah. Email blasting akan digunapakai. Kalau ikut cadangan, siap dengan video klip manifesto PR.
Pengambilan Perkhidmatan Awam 1 Januari – 30 Jun 2007
Anwar tahu, hampir 85 % kakitangan awam adalah orang Melayu. Kalau hilang semua undi kakitangan awam, jawabnya memang demam lah strategi pilihanraya yang Anwar sedang rancang.
Anwar faham sangat dengan pemikiran kakitangan awam. Mudah percaya dengan janji. Kalau kali ini Anwar janji langit sekalipun, mereka akan undi Pakatan Rakyat. Mentaliti kakitangan awam, termasuk guru inilah yang mahu Anwar gunapakai. Anwar percaya dia boleh.
Tapi DAP janganlah kacau daun. Kalau Tony Pua buat lagi kenyataan nak kecilkan perkhidmatan awam – jawabnya akan melingkuplah undi yang Anwar anggap sebagai 'fixed deposit' Pakatan Rakyat ini.
"Dijelaskan : (saya) tidak setuju", katanya ketika menjawab twitter @MZuhairy yang menjemput Ketua Pembangkang itu bersama-sama menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011
"Datuk Seri kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ?", kata @MZuhairy dalam twitternya kepada Anwar.
Mesti Zuhairy ini berang dengan jawapan rasmi Anwar Ibrahim tak setuju halang program Seksualiti Merdeka 2011 . Hang pa ingat Pak Sheikh nak pi bantah ke kegiatan puak2 LGBT ini ...
Undi golongan ini juga penting untuk kemenangan Pakatan dan bukannya akidah ataupun songsang !
Malah beliau juga tidak menjelaskan kenapa beliau tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang mahu menghalang program acara tahunan Kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk mendapatkan pengiktirafan hak mengamalkan seks bebas mengikut takrifan mereka itu.
Program 'Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear' yang bermula 1 November hingga 13 November 2011 dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga, pada 9 November 2011, jam 8 malam di The Annexe Gallery, bersebelahan Central Market, Kuala Lumpur.
Mengikut jadual semasa acara perasmian itu, Azwan Ismail seorang lelaki Melayu-Islam yang pernah membuat pengakuan secara terbuka sebagai seorang gay di youtube akan turut mengadakan persembahan.
"Sebagai organisasi hak Asasi manusia, pengiktirafan terhadap gerak kerja demokrasi bermakna demokrasi untuk semua pihak termasuk rakyat yang berbeza orientasi seks dan identiti gender.
"Sebagai dunia sekeliling yang mula menghapuskan satu persatu polisi-polisi dan undang-undang mendiskriminasi, sebagai orang awam yang bercakap tentang kumpulan minoriti tertindas, kami percaya Malaysia juga akan tiba masanya untuk memberi kepada kita 'kemerdekaan' yang selayaknya kita dapat.
"Masa untuk kita dapatkan hak-hak kita akan datang. Mari kita berdiri teguh bersama-sama : Queer Tanpa Ketakutan", lapor plancast.com ketika mempromosi kehadiran Ambiga sebagai perasmi acara tahunan kumpulan LGBT itu.
Sementara itu Free Malaysia Today melaporkan Pang Khee Teik, penganjur bersama Seksualiti Merdeka dan salah seorang pengasas The Annexe Gallery percaya tindakan polis mengharamkan penganjuran program mereka disebabkan imej dua tokoh iaitu Pengerusi BERSIH 2.0, S Ambiga dan Anwar Ibrahim.
"Saya rasa ia adalah kerana daripada Ambiga. Ia sedang dipolitikkan.
"Agensi-agensi kerajaan telah menggunakan setiap peluang untuk membangkitkan sentimen terhadap Ambiga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim", katanya.
Tidak dapat dipastikan kenapa penganjur Seksuliti Merdeka menamakan faktor Anwar Ibrahim yang menjadi punca penganjuran program itu diharamkan pihak polis kerana penganjur hanya menjemput Ambiga sebagai perasmi dan bukannya Ketua Umum PKR.
Apatah lagi, Anwar kelihatan amat berhati-hati untuk mengulas isu tersebut, walaupun pada hakikatnya Ketua Pembangkang itu telah menemui Amnesty International , salah satu badan hak asasi antarabangsa yang menaungi Seksualiti Merdeka di London minggu lepas.
Penganjuran Seksuliti Merdeka mendapat sokongan penuh daripada sebuah badan LGBT Malaysia The Annexe Gallery yang dilancarkan pada tahun 2007 dengan bantuan daripada Kedutaan Amerika Syarikat, Goethe Institut, Japan Foundation dan British Council.
Selain itu, beberapa NGO pro LGBT tempatan dan antarabangsa turut menyokong penganjuran program itu, antaranya; Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, Amnesty International dan beberapa NGO lain.
Jika SEKSUALITI MERDEKA ini dapat diterima UMUM dan digazetkan sebagai hak individu yang tidak boleh diganggu atau dihalang, maka ianya tidak membataskan atau menghalang sesiapa sahaja membuat perlakuan seks yang bebas sama ada sama jantina atau sebaliknya malah akan terlepas dari tindakan undang-undang. Maka dengan ini kes LIWAT ANWAR IBRAHIM secara langsung akan menjadi tidak relevan dibicarakan di mahkamah dan ANWAR IBRAHIM boleh menjadi PM GAY pertama di ASIA..satu rekod baru yang berjaya dihasilkan oleh RAKYAT MALAYSIA...banggakah SAYA atau ANDA selepas ini??????
Peter Yap:
UNTUK MERAYAKAN ANWAR MENJADI PM GAY YANG PERTAMA DI DUNIA ,SUDAH PASTI S. AMBIGA AKAN MEMBUAT GAY PARADE PALING BESAR DI DUNIA DARI KL KE PUTRAJAYA !! MALAYSIA AKAN MASUK GUINNESS BOOK OF RECORDS KIKIKIKIKI..............
Isu kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa Arab Saudi ke atas PM DS Najib Tun Razak pun difitnah oleh puak-puak pencacai blogger Pakatan . Mereka pertikaikan mengapa Najib dikawal sebegini ketat dan membandingkan dengan sebuah gambar Presiden Iran yang didakwa tiada bodyguard menjaganya .
Sebenarnya gambar Presiden Iran itu telah diedit cantik oleh pencacai Pakatan sebagai menunjukkan perbezaan pemimpin negara kita dengan negara Islam lain . Lagi satu fitnah terhadap Najib yang sedang menunaikan haji di Mekah .
Lihat gambar sebenar Presiden Iran semasa di Mekah yang disembunyikan pencacai Pakatan ..
untuk lihat banyak lagi gambar pemimpin Islam ketikan
Kehadiran di luar jangkaan orang Permatang Pauh hadir untuk mendengar amanat Ahli Parlimen mereka yang sentiasa sibuk ke luar negara setiap bulan pasti tidak tidak dilepaskan . Ceramah Perdana Demi Rakyat ini dianjurkan oleh PKR Prmtg Pauh di Pusat Khidmat Adun Penanti menampilkan Joe Bedul dari Sg Petani dan DSAI dari cherok Tok Kun .
Suasana ceramah macam biasa la macam pasar malam . Orang yang hadir pun hang pa boleh la nilai sendiri gambar di bawah ini .
Patut la berulang kali pengerusi majlis mengajak yang berdiri di atas motor di tepi jalan masuk ke dalam khemah . Dalam fikiran GPB yang berada di sana semalam , baik dok di motor sebab nak duduk pun tak disediakan kerusi dan hanya berdiri saja dalam khemah .
GPB anggarkan 300 orang sahaja yang hadir ke ceramah perdana PKR ini jika dicampur berdiri di motor . Sambutan hambar ceramah Anwar di kubu kuat PKR pasti membuatkan Pak Sheikh tak senang duduk . Mana pergi habis yamg taksub menggila dulu penyokong2 mereka semasa PRK di Prmtg Pauh ini .
** Ada yang menarik Anwar dedahkan dalam ceramahnya ...tunggu video akan menyusul ..
Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin.
Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 50-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.
Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. "Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.
"Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu," katanya.
Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.
"Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.
"Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa," katanya
Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain. Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.
Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.
Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.
Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.
Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.
Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.
Tinjauan Sentral pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.
Sentral turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.
Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.
"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.
"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.
Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.
"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.
Blog ini menyertai majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan pihak polis dalam menghalang Program Seksualiti Merdeka yang bakal dianjurkan pada 9/11 ini. Kita tidak bersetuju dan menentang program yang sebegini disuburkan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Penganjuran program yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam di sebuah negara yang umat Islam menjadi majoriti penduduk dan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, adalah satu perkara yang mendukacitakan.
Walau apa pun alasan digunakan untuk menghalalkan program sebegini tidak akan dapat diterima, kerana objektif program ini jelas bertentangan bukan sahaja dengan ajaran agama Islam dan apa jua agama, malahan bertentangan juga dengan budaya dan norma masyarakat.
Untuk itu, kita berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap penganjur program ini. Sebarang percubaan mempromosi budaya hidup songsang yang bertentangan dengan akidah Islam dan melawan tabii manusia mesti dihalang dan digempur ke peringkat akar umbi.
Program seksualiti merdeka 2011 anjuran berberapa NGO pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak pasangan sesama jenis (gay, lesbian, bapuk). Sampaikan ada gay non muslim yang kasihan dengan gay yang beragama islam.
Mungkin ini salah satu cara bagi menarik gay-gay dilaknati ini untuk keluar islam? kerana Islam menpunyai batas-batas hukum agama yang terang-terang mengutuk pasangan sesama sejenis ini. Bukan Islam sahaja, bahkan kristian, Hindu, Buddha, Cina juga melarang.
Hebat majlis peguam & ambiga. ambil kesempatan dari kepincangan politik semasa. Syukurlah masih ada NGO & Pemimpin Islam yang menentang keras program ini, Selamatkan Malaysia dari anasir-anasir negatif yang boleh menjejaskan Imej Negara. ini bukan budaya kita.
SEBELUM PERGI SOLAT JUMAAT AKU NAK LUAH DULU PERKARA NI, BARU HATI AKU AMAN DAN TENANG BILA BERSOLAT.
INGAT SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN, INI KATA KATA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TONY PUA YANG JUGA PEMIMPIN TINGGI DAPIG, "SEKIRANYA PAKATAN PEMBANGKANG PERINTAH NEGARA, SEPARUH KAKITANGAN KERAJAAN AKAN DIPECAT"
BUKTI SELAMA INI PEKATAN PEMBANGKANG TIDAK MENGHARGAI SEGALA PERGORBANAN DAN KERJA YANG DILAKUKAN OLEH ANDA SEMUA, LAHIR DARI BENAK HATI BUSUK DAN KOTOR MEREKA BAHAWA MEREKA AKAN KELUAR PARANG SAMURAI UNTUK PANCUNG ANDA SEMUA DARI JAWATAN MASING MASING KERANA ANDA SEMUA TIDAK PRODUKTIF SEPERTI KATA NGEH KO HAM DAN KONONNYA MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT SMA JUGA ERTINYA JIMAT WANG RAKYAT KATA TONY PHUA
AKU NAK CABAR TONY PHUA, DESAK PULAU PINANG, SELANGOR, KELANTAN DAN KEDAH UNTUK PECAT DULU KAKITANGAN MEREKA, JANGAN CAKAP KELUAR DARI LUBANG TAIK, KATA ORANG PERAK LABUN JE BERDEGOR DEGOR TAPI APA PUN TAK BUAT, KALU BERANI BUKTIKAN DULU DI NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG, BARU GENTLEMEN.
AKU NAK TANYA APA RASA KORANG KAKITANGAN KERAJAAN, PEKAK KE, BUAT TAK KESAH KE, SERONOK KE, MALU KE, MARAH KE DENGAN KENYATAAN DARI TONY PHUA??????
KALAU MARAH DAN MALU AMBIL LAH PENDIRIAN UNTUK TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG, BANDINGKAN DENGAN KERAJAAN BN, TAK PUTUS PUTUS MEMBELA NASIB KAKITANGAN KERAJAAN BERBANDIGN DENGAN KAKITANGAN SWASTA.
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has clarified that his daughter was not in Australia while he was attending the Commonwealth Heads of Government (CHOGM) meeting in Perth recently. He said people should not fall for or indulge in spreading lies. "Don't believe and spread lies. My daughter was not even in Australia and my wife (Datin Seri Rosmah Mansor) did not buy any jewellery," Najib said in his Twitter update. His comments came on the heels of the publication of an article in an Australian newspaper which alleged that his daughter had spent A$60,000 at a shopping centre in Perth, the venue of the CHOGM gathering. The report also mentioned about "one first lady known to have bought A$150,000 worth of WA (Western Australian) pearls". However, it did not name the person in question. Najib and Rosmah are currently performing the haj in Saudi Arabia. - Bernama
tunku: malaysia's opposition has third class mentality and a very dirty mind.they just spread lies as they wish and make people believe in it.God will curse them all.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hah! kantoi lagi.... Dalam kegairahan Elizabeth Wong mengkritik Menteri Belia dan Sukan kononnya membawa dan membenarkan warga Israel, Ilya Grad masuk ke Malaysia, akhirnya membogelkan dirinya sendiri sekali lagi....
Kekalutan Eli Wong terlondeh apabila didapati Kerajaan Negeri Selangor yang bersungguh-sungguh menaja dan membawa yahudi ini datang ke Malaysia sebenarnya.
Kantoi beb.... Cerita sebenarnya Tourism Selangor telah bersetuju menaja RM 5,000,000.000 (5 JUTA) kepada penganjur Contender Asia Musim ke dua perlaksanakan program tersebut di Selangor yang turut disertai oleh peninju Yahudi itu.
Nak cuci tangan konon.. Petikan kenyataan di Harakahdaily terdahulu Eli Wong menafikan kerajaan Negeri Selangor terbabit..
Mustahillah kerajaan negeri Selangor tidak tahu yang peserta dari Israel akan hadir, memandangkan tajaan telah dipersetujui pada 2 Disember 2009 lagi dan surat diatas dikeluarkan pada 3 Disember...
Meh tengok Eli Wong membogelkan dirinya sendiri...
Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.
"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.
Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.
Dato' Seri Najib dan isteri kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.
Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.
Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.
PKR KELDAIANdaily perlu memohon maaf kepada Dato' Seri Najib!
Pada 22 Oktober yang lalu, berlangsungnya Parti Bikini Buih di K Club, Kuala Lumpur. Pada asalnya, penganjur ingin membuat Parti Buih di Teratak Angah, (zoo negara) di Ampang... Tetapi Akhirnya terpaksa ditukar ke K Club sebab mendapat bantahan daripada pihak pengurusan Teratak Angah...
Penganjur meminta peserta memakai bikini dan sebagainya sambil main-main buih... Arak semuanya disediakan.. janji buat maksiat!
Jahanam betul.. Semakin rosak anak Malaysia di bawah pentabiran Pakatan Haram ni! Zuraidah aka Mak Lampir memang suka main buih ni...
Tengok gambar ini betul-betul dan camkan! inilah wajah-wajah pembangang PR yang menyokong kebebasan seks songsang!
SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT – Lesbianisma, Bisexuality, Gay dan Transgender.
Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!
LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;
BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;
GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;
TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina di mana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid dan maknyah!
Tuduhan anak PM menghabiskan duit rakyat dengan berbelanja sebanyak $60,00.00 untuk tujuan membeli belah di Perth semasa persidsngan CHOGM yang dilemparkan keatas anak perempuan Perdana Menteri ternyata satu fitnah.
Di atas adalah salinan surat rasmi dari Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Western Australia kepada Editor The West Australian untuk menafikan fitnah yang telah disiarkan oleh tabloid tersebut.
Guan Eng, mana berani buat macam ni! tapi bila kena kepada anak Guan Eng sendiri, tau pulak melenting tuduh politik fitnah jahat UMNO terhadap keluarga mereka! Piraahhhh Mabooook!
Tak habis-habis Cik GuBard nak buat fitnah bodoh! Patutlah sampai sekarang tak dapat jadi Ketua AMK!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.
Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.
"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.
Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.
Pembangkang bagaikan sudah kehilangan modal untuk berpolitik apabila terus mengamalkan politik fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas pembangkang kini gentar dengan sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri, sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk memburuk-burukkan Datuk Najib sehingga sanggup membuat fitnah terhadap keluarganya.
Menjelang pilihan raya nanti, sudah pasti banyak berita sebegini akan disiarkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Jika ingin mendapatkan sokongan, membuat cerita bohong atau fitnah bukanla caranya, sepatutnya buktikan kemampuan mereka dan barulah boleh dapat sokongan, bukannya menipu rakyat.
Anwar harus bersihkan namanya sama seperti yang Dato' Seri Najib lakukan, buat penafian dari Mekah.... Kalau tidak bersalah nak takut apa Datuk Seri Anwar Ibrahim!!
Kerajaan hari ini di desak agar bertindak tegas menghalang Festival Seksualiti Merdeka bagi mengelakkan golongan berkenaan berterusan melakukan perbuatan yang akan merosakkan masyarakat.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff berkata perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana kesannya amat besar selain dibimbangi akan dilaknat Allah s.w.t.
Menurut beliau kerajaan perlu bertindak tegas menghalang dan menyekat usaha tersebut seberapa segera, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang dikenali di peringkat antarabangsa, yang mana undang-undang negara dengan jelas menyatakan seks songsang adalah salah dari segi undang-undang.
"Program yang berlangsung sehingga 13 November ini di Annex Gallery KL membuktikan bahawa penganjur telah kehilangan arah tuju. Objektif festival tersebut ternyata untuk mendesak penerimaan masyarakat ke atas golongan LGBT (Lesbian, gay, Biseksual dan Transeksual) agar amalan seks songsang ini dihalalkan oleh masyarakat.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, jika pihak berkuasa berdiam diri tanpa apa-apa tindakan, golongan ini akan semakin berani, besar kepala dan gejala LGBT akan semakin berleluasa sehingga suatu hari nanti boleh menenggelamkan masyarakat kita, kerana kegilaan kepada budaya LGBT bukan sahaja ancaman kepada anak-anak generasi akan datang, tetapi bahaya yang pasti akan melanggar jati diri bangsa dan Negara yang tertegak diatas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
Rasulullah bersabda : " Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulamak yang menyesatkan"… (Riwayat Abu Daud)
Rasullullah bersabda lagi : " Para dai'e yang berada dipintu-pintu jahannam, barangsiapa yang menerima ajakan mereka, nescaya mereka jerumuskan ke dalam neraka" .. (Riwayat Bukhari)," katanya dalam satu kenyatan kepada umno-online, di sini hari ini.
Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menyeru agar seluruh rakyat bangkit membantah program yang menjurus ke arah budaya yang tdiak sihat untuk masyarakat.
"Kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bangkit menentang habis-habisan kumpulan ini, bersama kita menolak budaya songsang ini, bahkan budaya ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu dan Budha.
"Kita bimbang, sekiranya budaya ini tidak dibenteras sehingga ke akar umbi, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai ketua Negara atau Perdana Menteri dari golongan LGBT," katanya.
Beliau seterusnya membidas sikap berdiam diri pembangkang khususnya Pas berhubung isu berkenaan.
"Persoalan yang timbul pada hari ini, kenapa pembangkang, khususnya Pas tidak keluar berdemonstrasi membantah usaha jijik sekutu rapat mereka Datuk Ambiga Sreevanasan?
Pemuda UMNO melihat isu ini amat memalukan pembangkang yang hanya mampu berdiam diri ibarat "syaitan bisu" yang tidak mampu berkata apa-apa dalam memperjuangkan kebenaran.
"Sepatutnya semua pihak termasuk pakatan pembangkang menempelak penglibatan Ambiga yang nyata menyimpang dari norma-norma kemanusiaan dan juga ketamadunan.
"Adalah wajar jika pembangkang terlebih dahulu menilai semula hubungan akrab pembangkang dengan Datuk Ambiga Sreevanasan yang telah diberi penghormatan oleh golongan LGBT untuk merasmikan festival mereka kali ini. Walaupun suatu ketika dahulu pakatan pembangkang pernah menjulang Ambiga sebagai seorang imam, bahkan wira agung yang berprinsip dan berani berkata benar ketika menerajui BERSIH, tetapi kini beliau juga dikenali sebagai pejuang golongan songsang," katanya.
Beliau seterusnya berpedapat perlu ada usaha untuk mendidik golongan berkenaan agar mereka tidak terus terjebak dengan gejala tersebut.
"Kami mengakui, bahawa golongan ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan, perlu ada usaha mendidik dan membimbing mereka secara berhikmah ke arah yang lebih positif.
"Umpamanya membuka ruang dialog secara tertutup, agar suara dan pandangan mereka dapat didengar. Sekiranya dibuka ruang sehingga ianya diarus perdanakan, ia suatu tindakan tidak bijak," katanya. -MediaUMNO
Program Seksualiti Merdeka yang telah cetuskan bantahan ramai kerana dianggap sebagai kempen sayangi golongan seks songsang – gay,lesbian dan sebagainya akhirnya kantoi.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar petang Khamis umum semua aktiviti berkaitan dengan festival berkenaan yang bakal dilancar oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November ini DIHARAMKAN.
Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau mengarahkan penganjur menghentikan serta merta semua program mereka yang berkaitan dengannya atau berdepan tindakan polis.
Semua mereka yang terlibat dengan penganjuran festival itu termasuk Ambiga akan dipanggil untuk beri keterangan pada polis.
Khalid menjelaskan polis terpaksa bertindak bila terdapat sesuatu yang mengancam ketenteraman awam.
Lepas ni Ambiga nak buat secara haram pulak! Puak Pakatan Haram BERSIH 3.0 tak nak join ka?
Selama tiga malam, ana berada di Pusat Rawatan Syisyar yang ala hospital pakar yang diurus Tabung Haji dan dijaga oleh doktor, pharmacist, dan jururawat hospital kerajaan dari Malaysia.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana sudah berunsur pulih. Insya Allah, besuk ana akan bersama jemaah Malaysia untuk ke padang Arafah. Hari sabtu ini wukuf.
Sempat ana bersembang-sembang dan bertanya-tanya jururawat-jururawat ini yang turut sama mengambil peluang mengerjakan Haji.
Mereka ini dipilih dari ribuan yang memohon untuk berkhidmat ikhlas untuk memastikan semua bakal haji dapat berada dalam keadaan sihat untuk mengerjakan haji. Teruk juga mereka kerja - 7 jam kerja, 7 jam rihat - sepanjang masa.
Jadi janganlah ada buruk sangka, petugas-petugas ambil kuota haji.
Bila hari wukuf, mereka pun akan pergi ke padang Arafah pada hari Sabtu tetapi sebentar saja. Mereka akan kembali segera bertugas dan melontar jumrah akan dibuat bergilir-gilir.
Orang kata Padang Arafah itu meyurupai Padang Mahsyar. Ini buat ana terfikir.
Kalaulah Tabung Haji ada buka permohonan untuk mejadi petugas jururawat di Padang Mahsyar, Husin ingin nak pohon. Jadi sekejap saja di Padang Mahsyar.
Pasal masa keliling tawaf, ana pun ada mohon doa diberikan balasan syurga tanpa perlu hisab.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahril Samad menyifatkan kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua bhw DAP akan membuang separuh dr kakitangan kerajaan sbg langkah menjimatkan bajet kerajaan sbg satu sentimen rasis. Katanya jika DAP berani lakukan dulu di negeri pakatan pembangkang terutama di Pulau Pinang dan tengok apa akan terjadi. Baca & lihat rakaman sepenuhnya wawancara eksklusif Datuk Shahril di umno-online.com Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Baru terima nota dari seorang sahabat dalam bidang kewartawanan yang melibatkan pegawai khas TPM. Dia izinkan saya berkongsi cerita beliau.
Minaq Jinggo SESUATU YANG MEMALUKAM... Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah.Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar.Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media
Minaq Jinggo Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu.Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu.Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan.Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm.
Minaq Jinggo Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja...Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai.Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya...Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya...
Minaq Jinggo sahabat saya ni bukan budak baru dan amat dikenali dikalangan menteri kabinet kepimpinan umno malah peminpin pembangkang sekalipun. Dia berani mengutarakan soalan walau sekronik mana sekalipun kepada sesiapa pun dalam sidang akhbar. Saya yakin posting ini akan sampai kepengetahuan Hafiz. Kalau tak settle jugak lagi mungkin ada baik dipaparkan gambar dia supaya kawan2 wartawan yg junior dapat cam dan lebih waspada dengan karektor ini....especially tomorrow when DPM visits S'gor...
Terlebih dahulu TM mengucapkan sekalong tahniah kepada En Shahrom bin Dato' Abd Malik yang dinaikan pangkat dan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping yang baru dan berkuat kuasa 17 Oktober 2011. Beliau Menggantikan En Omar Saad Yang Bertukar Kepejabat Tanah dan Galian Perak Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat.
Nampaknya beliau telah memulakan tugasnya dengan baik. Hari ini sebahagian penduduk telah menerima surat seperti di bawah.
En Shahrom bin Dato' Abd Malik
"Blogger TM! Kita dpt surat mpt psl tong smph d rmh ie mesti kemas & ikut spek. Bagus tu, siap bg kod undang2 tu! Ni ada soalan: bgaimana if lori yg kutip smph dok lempaq tong sampah og? Lori sampah kutip ikut suka depa? Sampah selerak d sklong jaafar, dekat kuil kmtg, smpg 3 tmn desa jaya dll? Longkang sumbat lak? Rmpt pnjng? So how.....?"
YDP nampaknya fokus kepada isu sampah. TM amat bersetuju dengan beliau. Bandar Taiping kini bukan semakin cantik tetapi semakin kotor.
Penduduk suka membuang sampah sesuka hati, di mana sahaja seperti ke dalam kebun kelapa sawit [rujuk Taman Ria dan Taman Damai] . Membuang sampah ke dalam sungai [ rujuk Tmn Tupai Emas dan Kg Boyan dan taman atau kampung yang bersebelahan sungai].
Seperti mesej di atas, keadaan lori sampah juga amat menjijikan. Walaupun kenderaaan baru berusia setahun jagung tetapi bau busuknya dapat menusuk hidung jika kita berada 100- 200 meter di belakang lori tersebut.
Lori juga tidak pernah dicuci, balik saja ke depoh di Pokok Assam , pekerja bergegas untuk balik ke rumah. Semasa bertugas keadaan lori amat memalukan. sekeliling lori penuh kotak-kotak, plastik, botol dan bermacam-macam benda yang telah diasingkan oleh pekerja untuk dijual dikedai barangan lusuh selepas selesai menghantar sampah yang di kompres ke tempat pelupusan sampah di Matang.
Sekeliling lori penuh dengan guni-guni yang berisi barang kitar semula, yang ini YDP kena siasat sendiri.
Berkenaan dengan tong sampah pula, sejak dahulu lagi pihak MPT tidak pernah membekalkan tong sampah secara percuma kepada penduduk. Di bandar-bandar besar dan kecil di Sarawak pihak perbandaran telah membekalkan tong sampah secara percuma kepada penduduk. Ini belum pernah berlaku di Taiping dan bandar-bandar lain di semenanjung.
Kita dpt surat mpt psl tong smph d rmh ie mesti kemas & ikut spek. Bagus tu, siap bg kod undang2
Ikut mesej di atas penduduk perlu mempunyai tong sampah ikut spect yang standard dan ukuran itu tentulah memudahkan lori memindahkan sampah ke dalam mesin untuk dikompres. Persoalannya bagaimana lori nak kompres kerana dibelakan lori penuh dengan karung pengumpulan barangan kitar semula.
Satu perkara lagi, kalau nak beli tong yang ikut spesifikasi yang betul, nak dapat dari mana? MPT bagi free atau kena beli sendiri?
Satu perkara lagi ialah perangai buruk pemungut sampah, setiap kali tong dikosongkan, mereka akan melemparkan sesuka hati sehingga pecah. Dalam setahun sekurang-kurangnya 3 tong pecah akibat sikap dan perangai pekerja pemungut sampah.
Tindakan YDP bagus tetapi perlulah mengikut langkah-langkah yang tersusun dan terancang, rumah-rumah yang dijadikan kilang dan bengkel perlu diambil tindakan segera.
Pengusaha lori dan bas sekolah yang menyimpan kenderaan mereka sesuka hari juga perlukan perhatian YDP. Cuba lihat di kawasan perumahan kos rendah di Jalan Stesen Kamunting yang penuh dengan bas sekolah , begitu juga dengan Taman Asamara Ayer Kuning.
YDP juga perlu menambah pekerja untuk menjaga kebersihan rumput, longkang dan sebagainya, setiap kali penduduk mengadu, jawapan yang diberi ialah pekerja tak cukup.
Sebut bab cuci longkang ini memang menyakitkan hati. pekerja lebih banyak mengular daripada bekerja. datang ke lokasi lewat dan balik awal.
TM cukup tabik kepada seorang tukang sapu yang bekerja dengan penuh dedikasi. beliau kerap dilihat menyapu sampah dari pagi hinggalah ke waktu petang. Pada masa yang sama rakan-rakan setugas dengan beliau sudah nyenyak tidur di depan tv di rumah masing-masing. Pak cik tukang sapu yang banyak kali menerima APC kini sudah bersara. Kami warga Taiping merinduinya.
IPOH, 3 Nov: PAS Perak kecewa dengan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail kerana menjadikan majlis pertemuan khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik Sekolah Agama Negeri Perak baru-baru ini sebagai medan menghentam dan memfitnah PAS.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin Endut berkata, Abdul Rahman telah menayang video kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilanggar ketika himpunan aman Bersih 2.0 sedangkan isu tersebut telah pun di bawa ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.
Malah, katanya Abdul Rahmani juga ingin melibatkan Mohamad dan PAS dalam menyokong perjuangan komunis yang mana dasar yang dibawa komunis jelas sekali bertentangan dengan dasar Islam yang didukung PAS.
"Kami mendesak Abdul Rahman agar lebih bersikap profesional dan tidak mempolitikkan isu yang kini telah dibawa ke mahkamah agar menghormati undang-undang negara," tegasnya.
Sikap seperti itu, katanya jelas boleh memberikan gambaran buruk terhadap pihak polis yang dilihat turut sama berpolitik bagi memastikan sokongan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
TM_Note:
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengadakan pertemuan dengan guru-guru sekolah agama seluruh Perak di UTP , Tronoh.
Memang ramai guru-guru agama yang juga orang kuat Pas kena getah dalam majlis tersebut. Ia berikutan taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail.
TM sendiri pernah mendengar taklimat ini di PWTC sebelum puasa yang lalu. Memang ceramah beliau tidaklah menghentam sesiapa terutama parti Pas. Beliau hanya memberi penerangan yang benar dan dalam masa yang sama menjawab tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak PDRM.
Memanglah seperti pepatah melayu menyatakan , siapa makan lada dia berasa pedas. Ini kerana ramai guru-guru yang hadir dalam perjumpaan hari itu terlibat dengan demo bershit 2.0 pada 7 Julai lalu.
Mereka nak lari tak boleh, nak menjawab takut dan tak ada hujah yang kuat, oleh itu melalui Pas Perak mereka menyatakan kekesalan mereka terhadap taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Polis Bukit Aman.
Padanlah muka puak-puak Pas yang hadir dalam majlis itu. Sedarlah bahawa gaji mereka pun dibayar oleh kerajaan. Jangan lah sombong dan bongkak menfitnah dan mengutuk kerajaan bukan-bukan. Tak elok tu.. Orang yang mengaku Islam dan serban besar bakul mestilah bersangka baik. Jangan tuduh polis menghentam Pas. Yang menghentam Pas ialah Taipingmali.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yg dilakukan mana2 penganjur berkaitan dgn program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, DS Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yg terlibat dlm penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga utk dirakam keterangan mereka.
Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Kanun Keseksaan utk menghalang sebarang penganjuran majlis itu, katanya pada sidang media di sini, hari ini. -MediaUMNO
Bekas ADUN Teratai, Yap Soo Sun dipenjara dua tahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan gunakan dokumen palsu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Warga Paneh Miang baru-baru ini telah menyertai ekspedisi berkereta dalam program "Jelajah Kenegaraan" anjuran Kelab Melayu Negeri Sembilan (KMNS) bersama lebih kurang 30 orang belia/beliawanis sekitar Negeri Sembilan.
Jika sebelum ini warga Paneh Miang pernah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan kelas tuisyen untuk pelajar Melayu yang bakal menduduki peperiksaan, bengkel kemahiran teknikal, bengkel blogger baru, kembara Ramadhan, ekspedisi berakit, siri motivasi etc; program jelajah kali ini adalah yang pertama seumpamanya kami sertai dan sekaligus memperoleh maklumat langsung serta feedback berguna terutama daripada generasi muda akan situasi semasa yang berlaku di Negeri Sembilan.
Program jelajah yang bermula jam 9.30am dan berakhir pada jam 2.00pm keesokan harinya, banyak membantu peserta jelajah menimba ilmu dan maklumat bermanfaat akan sejarah dalam negara yang kurang dihayati oleh generasi muda hari ini.
Terima kasih kepada YDP Kelab Melayu Negeri Sembilan iaitu Saudara Abdul Halim Lokman atas penganjuran ekspedisi ini serta pelbagai lagi program kemasyarakatan yang telah dianjurkan KMNS selama ini demi survival anak-anak Melayu Negeri Sembilan. Berikut antara sebahagian gambar yang sempat dirakam di sepanjang program "Jelajah Kenegaraan" ini berlangsung;
Persinggahan pertama program jelajah adalah di Replika Istana Raja Melewar. Penerangan diberikan oleh wakil Muzium, Encik Norizan.
Raja Melewar atau nama asalnya ialah Raja Mahmud. Baginda merupakan Raja Pertama yang memerintah Negeri Sembilan dan telah ditabalkan di Penajis, Rembau pada tahun 1773 dengan memakai gelaran Raja Melewar sebelum berangkat ke Seri Menanti. Sebelum memerintah, baginda terlebih dulu terpaksa berperang serta mengalahkan Raja Khatib (seorang Putera Raja yang diutuskan untuk membuat persediaan keberangkatan Raja Melewar) yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Setelah menang dalam peperangan, Raja Melewar kekal memerintah di Negeri Sembilan. Baginda gering dan mangkat pada tahun 1795 di Astana Raja semasa melawat Luak Rembau dan di makamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam permaisuri baginda.
Persinggahan kedua program jelajah adalah di Makam Dato Dol Said yang berasal dari suku Semelenggang. Daerah Dol Said asalnya dalam jajahan Nagari Nan Sambilan sebelum persempadanan negeri yang dilakukan oleh British, sekaligus menjadikan Dol Said sebagai rakyat Negeri Sembilan pertama yang menubuhkan pasukan bagi melakukan serangan terhadap British dalam Perang Naning. Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-Negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Persinggahan ketiga program "Jelajah Kenegaraan" adalah di Masjid Kampung Hulu, Melaka Tengah, Melaka. Serangan Portugis ke atas Melaka pada 1511 telah memusnahkan kesemua masjid yang dibina di zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan sekaligus menjadikan Masjid Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak warisan Masjid Tertua di Malaysia yang hanya dibina pada 1728 pada zaman Belanda oleh seorang muallaf China, Shamsuddin bin Arom.
Pemandangan kawasan perkuburan yang terletak di bahagian belakang Masjid Kampung Hulu. Di sini turut bersemadi Allahyarham Sayyid Abdullah Al–Hadad, seorang guru agama yang terkenal di Melaka dan menurut sesetengah pendapat, beliau dianggap sebagai "Wali" oleh penduduk tempatan.
Tempat berwuduk yang terdapat di dalam kawasan Masjid Kampung Hulu. Ramai pengunjung yang membawa keluarga serta anak-anak mereka untuk mandi di sini, dan terdapat juga pengunjung yang turut membawa bekas minuman untuk mengambil air dari kolah ini yang dipercayai kononnya mempunyai pelbagai khasiat.
Empat tiang seri yang menggunakan kayu berlian serta konsep asal masjid yang dibina pada 1728 tetap dikekalkan. Ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan dalam binaan Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan bumbung membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti "iman manusia kepada Tuhan", lapisan kedua, "hubungan manusia dengan manusia" dan yang ketiga membawa maksud "alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta". Walaupun binaan masjid ini dipengaruhi senireka Jawa, hiasan dengan pengaruh China turut digunakan untuk menghiasi masjid. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching turut digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid, menara batu yang menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, turut juga dipengaruhi rekabentuk pagoda China. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina serta ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid berkenaan. Di hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur mahkota dan awan larat.
Yang Di Pertua Kelab Melayu Negeri Sembilan telah diberi penghormatan oleh pihak pengurusan Masjid Kampung Hulu untuk menyampaikan ucapan beserta sumbangan ikhlas.
Noja (Tok Siak) Masjid Kampung Hulu, Tuan Haji Abdullah, turut menceritakan satu kisah benar yang berlaku di masjid ini. Pernah seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) bersumpah mubahalah dalam masjid ini kerana dituduh menodai seorang wanita yang diubatinya. Si bomoh bersungguh menafikan tuduhan walaupun wanita yang menjadi mangsa berkeras mengatakan bahawa si bomoh telah menodainya. Malah si bomoh sebaliknya menuduh pula wanita itu sebagai perempuan murahan. Namun, mungkin secara kebetulan atau ikhtibar yang diberi Allah SWT kerana mempermainkan sumpah, bomoh tersebut telah mati dilanggar kereta dihadapan rumahnya sendiri genap 7 hari setelah dia bermubahalah. Dikhabarkan juga, kaum Cina dan India yang tinggal di sekitar Melaka Tengah turut takut untuk bersumpah di Masjid Kampung Hulu disebabkan karamahnya. Agak-agaknya Anwar, Saiful dan Eskay berani tak bermubahalah di masjid ini? Hehehe...
Persinggahan terakhir kami dalam program "Jelajah Kenegaraan" pasti tidak lengkap jika tidak ke Bukit Kepong. Memorial Balai Polis Bukit Kepong kini dikelilingi pagar batu umpama kubu yang jauh berbeza semasa serangan komunis di rumah pasong tersebut pada 23 Februari 1950. Namun replika bangunan balai, rumah kelamin, dapur dan bilik pasong etc. masih dikekalkan bagi memelihara kesan sejarahnya.
Peserta jelajah diberi penerangan mengenai peristiwa sebenar yang terjadi semasa serangan komunis di Bukit Kepong. Kronologi peristiwa, situasi peperangan, kaedah mengundur diri etc. diterangkan secara terperinci di sini. Jika ada yang masih menganggap Mat Indera itu pejuang, bolehlah datang sendiri ke sini untuk mendapatkan fakta sejarah sebenar. Dengarnya warga Bukit Kepong memang tertunggu-tunggu kedatangan Mat Sabu ke situ. Ada bran?
Program "Jelajah Kenegaraan" berakhir di rumah salah seorang penduduk Kampung Tui, Bukit Kepong. Kami disambut sendiri oleh Ketua Kampung Tui, yang mengisahkan bagaimana penduduk Kampung Tui adalah antara yang terawal menghulurkan bantuan semasa serangan komunis di Bukit Kepong pada 1950. Banyak jasa penduduk Kampung Tui ini. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjamu kami makan tengahari yang enak walaupun makan di bawah renyai-renyai hujan. Ada rezeki insyaAllah kami akan berkunjung lagi.
*********
Warga Paneh Miang turut mengalukan mana-mana blogger Negori yang ingin melibatkan diri dalam gerak kerja sosial bersama NGO's di Negeri Sembilan. Jika berminat untuk sertai aktiviti akan datang, bolehlah email kami seperti yang tertera di atas. Semoga lebih ramai blogger yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di luar alam maya dan tidak hanya sekadar berbicara di blog. Supaya tidaklah orang mengata yang kita ini hanya pandai bercakap dan menulis saja...
"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah satu cadangan yang baik, laksanakan dulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.
"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," ujar Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahril Ab Samad, mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Tony Pua dalam kenyataannya seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu berkata kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak effisen seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Menurut Shahril apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang besar dan kerajaan BN sekarang ini adalah kerajaan Melayu.
"Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
"Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.
"Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu", ujarnya.
Beliau seterusnya yakin sekiranya perkara ini dilaksanakan, ianya akan mendedahkan negara kepada masalah-masalah lain dan menyebabkan huru hara serta menyusahkan rakyat.
Dato' Lilah Yassin berkata di Dewan Rakyat baru-baru nie, PM Malaysia bawa Isteri salah, bawa keluarga salah ..... Mereka lebih suka melihat seorang pemimpin yang tidur dengan pelacur, tidur dengan jantan ....." siapa yang dimaksudkan Datuk Lillah tu?
Ketua UMNO Bahagian Parit, YB. Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan berpendapat gelombang sokongan rakyat kepada UMNO dan BN semakin bertambah kuat khususnya di Parlimen parit ini berdasarkan beberapa program yang telah diaturkan oleh pihak UMNO dan BN Parlimen Parit.
"Contohnya program Hari Raya yang dibuat baru-baru ini dan ketika kedatangan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Shaabery Chik ke Parit baru-baru ini, kira-kira 10,000 orang telah hadir termasuk di kalangannya yang telah kita kenal pasti mereka yang berada 'di atas pagar', ini menunjukkan sokongan kepada BN kembali kukuh berbanding sebelum-sebelum ini.
Dalam masa yang sama, dasar-dasar ataupun transformasi yang dibuat Datuk Seri Najib kini memberi kesan yang amat besar kepada rakyat. Contohnya, bila kerajaan umum RM100 kepada semua anak-anak yang bersekolah dalam pembentanan bajet baru-baru ini, rakyat menerima dengan baik cuma tertanya-tanya bila dan bagaimana caranya untuk mendapatkan sumbangan tersebut termasuk sumbangan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah," ujarnya yang juga ADUN Blanja, Perak ketika ditemui di Pusat Khidmatnya di pekan Parit baru-baru ini.
Tambahnya, dasar-dasar mesra rakyat inilah yang membuka hati rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN termasuk di negeri Perak ini.
Namun beliau berharap agar UMNO dan parti-parti kompenan BN agar terus bekerja kuat khususnya mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN menjelang PRU13 kelak.
Dalam masa yang sama, beliau melihat pakatan pembangkang yang berlindung di balik nama pakatan rakyat merupakan satu pakatan yang rapuh kerana pakatan ini tidak mempunyai asas yang kuat dan kukuh untuk 'hidup bersama'.
"Penyatuan mereka hanya atas kepentingan, bukannya atas dasar perjuangan dan sebagainya. Jika sehingga hari ini, mereka gagal untuk mengagihkan kerusi untuk ditandingi oleh parti-parti dalam pakatan pembangkang, ini merupakan kelemahan mereka
Rakyat harus sedar dan menilai kelemahan puak pakatan ini, seterusnya tidak menyokong mereka. Mereka akan gagal, "tambahnya mengulas kemelut pembahagian kerusi-kerusi oleh pakatan pembangkang yang sampai hari ini masih mencari-cari formula terbaik untuk membahagi-bahagikan kerusi antara mereka.
Beliau memberikan contoh di Perak, DAP bertanding 18 kerusi Dun sebelum ini, namun ada khabar angin mengatakan pada PRU akan datang, DAP akan bertanding 25 kerusi DUN, pertambahan 5 kerusi berbanding PRU yang lalu.
"Dua daripada calon tersebut, DAP akan meletakkan calon orang Melayu dengan andaian jika DAP mendapat kemenangan sebagaimana PRU2008, orang Melayu inilah yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar.
Mereka bukanlah satu pakatan yang murni, mereka adalah pakatan rapuh yang akan musnah bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi yang berkeyakinan BN akan dapat mengekalkan DuN Perak pada PRU yang akan datang
Terima kasih kepada teman blog ku kerana mengizinkan aku menyiarkan satu coretan kisah benar dari pengunjung blognya. Semoga kisah beliau bolehla kita jadikan sempadan dan tauladan dalam mengharungi hidup.
Coretan ini bermula.......
Salam buat Saudara AHP dan semua. Ribuan maaf dari saya buat saudara AHP kerana lewat untuk kongsikan kisah Bagaimana saya menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF.
Pertama sekali aku kongsikan kisah aku bukan untuk menagih simpati atau berbangga diri. Bukan juga untuk mengaibkan diri dan keluarga serta membuka ruang untuk dicemuh oleh orang lain.
Tapi aku hanya ingin berkongsi kisah suka dan duka menjadi PEMBAWA HIV POSITIF sebagai pedoman dan hidayah buat orang lain supaya tidak dijangkiti HIV.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, elok aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Afiq. Berumur 26 tahun dan berasal dari negeri Utara Semenanjung. Keluarga aku tidak pernah mengabaikan pegangan dan didikan agama untukku. Dari kecil aku diasuh menjadi seorang Islam yang sempurna. Dosa dan pahala semuanya diceritakan kepada aku.
Mungkin ini dugaan kerana aku terlalu alpa dan lalai dihanyutkan nikmat duniawi. Mungkin juga ini titik permulaan bagi aku untuk sujud kepada yang MAHA ESA.
Kisah bermula apabila aku melanjutkan pelajaran ke negeri Selatan Semenanjung. Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Inilah kali pertama aku berasa bebas daripada keluarga. Perasaan seumpama burung baru lepas dari sangkar. Aku bebas untuk melakukan apa saja. Aku bebas keluar pada bila-bila masa.
Di Kolej ini, baruku kenal erti dunia. Dunia yang penuh pancaroba. Dunia yang hipokrit. Dunia yang terlalu asing buatku. Aku mula didekati kaum-kaum nyah, lelaki-lelaki gay dan terutamanya perempuan.
Atas prinsip datang untuk menuntut ilmu, aku berjaya menghindarkan diri daripada perbuatan terlarang. Aku menganggap mereka sebagai kawan-kawan yang sama-sama menuntut ilmu. Aku tidak pernah menyalahkan diri mereka menjadi begitu. Aku terima mereka seadanya. Bagiku, aku tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa saja.
Kisah bermula pada satu cuti semester. Selalunya cuti semester aku tidak balik ke kampung disebabkan kekangan kewangan. Malam itu aku tidur awal kerana keletihan. Kemudian aku terjaga kerana terasa ada seseorang melakukan sesuatu padaku. Rupa-rupanya aku telah diliwat oleh seniorku. Aku terkejut dan marah bahkan sehingga bertumbuk dengan beliau.
Aku tidak pernah menjangka dia juga beminat terhadap kaum sejenis. Bagiku dia seorang lelaki macho, berbadan tough dan sudah mempunyai awek. Malam itu bermacam-macam perasaan timbul. Takut, sedih, marah dan semuanya ada.
Aku sangkakan selepas kejadian tersebut, dia tidak berani melakukan lagi perbuatan terkutuk itu. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku diliwatnya sekali lagi. Pada masa itu aku mula rasa satu perasaan yang tidak pernah aku alami. Satu perasaan yang membuatkan aku terangsang dan aku merelakan sahaja dia melakukannya.
Setelah beberapa bulan diliwat, aku mula terasa gian untuk mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Aku mula menyukai kaum sejenisku. Tetapi perasaan aku terhadap perempuan tetap wujud, tidak pernah hilang.
Bermula daripada senior aku itu juga, aku mula belajar pergi ke club-club gay. Dari Selatan tanah air sampailah ke club-club di Kuala Lumpur, semuanya aku telah masuk. Di club gay, aku tidak sangka terlalu ramai lelaki yang meminati kaum sejenis. Kalau dilihat dari mata kasar kita memang tidak menjangka mereka begitu. Terlalu ramai dan tidak boleh dipercayai melalui mata kasar.
Setelah beberapa tahun mengunjungi club, aku mula menjinakkan diri pula dengan najis-najis dadah seperti pil-pil estacy, syabu, ganja dan sebagainya. Semua telah aku rasa dan cuba. Aku mula ketagih untuk mengambil najis-najis dadah tersebut. Habis beribu-ribu duit simpanan aku. Aku mula alpa dengan kemewahan dunia. Inilah akibatnya apabila aku mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru yang merosakkan masa depan aku.
2 tahun kemudian, aku rasa diriku telah jauh terpesong. Aku mula menyesal dan berazam untuk berhenti daripada perkara-perkara tersebut. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia baru aku itu dan pulang ke negeri asalku. Aku sangkakan aku dapat berhenti daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Rupa-rupanya makin banyak dugaan yang datang...
Aku kembali mengambil najis-najis dadah, malahan aku mula belajar minum arak. Club-club masih ku jejaki. Aku terlanjur dengan perempuan dan juga lelaki. Aku menjadi seorang bisexsual. Kedua-duanya aku sapu.
Untuk melepaskan nafsu aku mula berjinak-jinak dan mencari kenalan di dalam chat MIRC. Dari laman chat MIRC, aku mula berkenalan dan berjumpa dengan sesiapa saja yang menarik minat aku. Bila nafsuku songsang aku mula mencari lelaki tapi bila nafsuku normal aku mula mencari perempuan. Bagi aku, dunia adalah untuk berhibur dan tidak pernah memikiran AKHIRAT.
Tahun 2007, sekali lagi aku menyesali dan tersedar dengan perbuatan burukku. Kali ini aku nekad untuk berhenti daripada semua perbuatan tersebut. Keterlanjuranku sudah terlalu jauh tersasar. Aku mula meninggalkannya sedikit demi sedikit. Najis-najis dadah dan arak aku cuba hindari.
Tetapi bukan mudah untuk meninggalkannya. Terlalu banyak dugaan sehingga aku jatuh sakit disebabkan terlalu gian. Berkat pertolongan sahabat baikku, aku berjaya menghindarinya. 5 tahun berlalu, akhirnya aku 'clean' daripada perkara-perkara tersebut.
Awal Mac 2011, aku telah dicabar oleh rakanku untuk menderma darah. Buat pengetahuan semua, aku allergic sikit dengan doctor, ubat, darah, hospital dan klinik. Apa-apa saja berkaitan hospital semua aku tidak suka. Sakit pun aku tidak pernah pergi hospital. Rehat di rumah, kemudian semuanya akan baik.
Akhirnya buat pertama kali, aku telah menderma darah. Niatku hanya satu, untuk membantu orang lain yang memerlukan darah.
Awal April 2011, aku menerima sepucuk surat dari pihak Hospital meminta supaya datang segera ke hospital untuk temujanji dengan PAKAR PATOLOGI. Perasaanku mula berasa tidak tenteram. Aku mula bertanya rakan-rakan dan search internet mencari apa itu PAKAR PATOLOGI. Akhirkan aku mendapat tahu pakar patologi adalah pakar dalam mengenal pasti virus-virus di dalam darah.
Aku mengambil keputusan pergi ke hospital. Sekali lagi darah aku diambil dan diuji. Doktor bertanya padaku tentang sexsualityku. Aku mula tertanya-tanya kenapa doktor bertanya soalan sensitif begitu kepadaku.
Akhirnya doctor dengan tenang memberitahu yang aku merupakan PEMBAWA HIV POSITIF. Dengar saja perkataan itu, luluh, hancur dan pedih hatiku. Perasaanku bercampur aduk antara sedih, menyesal, pilu dan blur… semuanya ada sehingga aku tidak sedar aku menangis di hadapan doctor.
Aku tidak menjangka aku akan menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Bagaimana kehidupan aku? Bagaimana keluarga aku? Adakah saat kematian aku sudah datang? Bermacam-macam andaian aku buat. Aku tidak tenteram.
Aku mula menyalahkan diri aku. Aku menyesal apa yang aku telah buat dan lakukan. Aku mula hilang semangat dan berasa ingin lari dari dunia ini. Rasa dunia ini semakin gelap. Adakah orang akan menerima aku? Adakah ini balasan untuk aku? Arghhhhhhh... otak aku buntu memikirkannya.
Aku mula search internet mencari maklumat berkaitan HIV. Akhirnya aku terjumpa blog saudara AHP. Aku mula membaca maklumat dari mula hingga akhir. Aku mula mendapat kekuatan, keyakinan dan semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan. Aku tidak boleh mengaku kalah. Masih banyak benda yang aku belum lakukan dan belum sempat aku membalas jasa keluargaku.
Sekarang, kes aku telah dirujuk ke HOSPITAL SUNGAI BULOH. Setiap bulan aku akan berada di sana untuk check status dan tahap kesihatanku sebagai PEMBAWA HIV POSITIF. Bacaan cd4 pertama aku adalah 515 sel. Aku harap bacaan cd4 aku tidak turun dengan cepat.
Sekarang, aku telah meninggalkan semua perkara-perkara terkutuk dan terlarang itu. Sembahyang tidak pernah aku tinggalkan. Dulu aku tidak pernah sembahyang. Mungkin ini ingatan ALLAH supaya aku berubah dan bertawakal kepada-Nya.
Ya Allah, kalau ini dugaanmu aku terima dengan hati yang tenang dan tabah. Sekarang aku tidak akan sesekali melakukan perbuatan larangan-Mu. Aku mesti mendekatkan diri kepada-Mu.
Terima kasih buat sahabat karibku yang banyak membantu dan menerima aku seadanya. Aku bertuah kerana sahabat karibku dpt menerima aku dan menjaga makan minum dan kesihatan aku. Mereka merupakan orang kuatku untuk aku teruskan kehidupan ini. Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama golongan orang-orang beriman.
Sekarang, aku menerima dugaan ini dengan hati yang tabah dan tenang. Aku mula mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini dan aku berharap orang-orang di luar sana tidak terjerumus dan tidak menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Semuanya bermula dari anda.
Buat Saudara AHP. Terima kasih tidak terhingga kerana membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. Sebahagian semangatku datang daripada blog ini.
Setiap hari aku akan membaca Blog Saudara AHP. Semoga Saudara AHP sihat sentiasa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Aku akan sentiasa menyokong Saudara AHP. (Sambung bacaan anda di sini).
ALOR SETAR 3 Nov. - Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad) mencadangkan agar pihak penganjur dan penyokong program seks bebas Seksualiti Merdeka 2011 dihalau keluar dari Malaysia kerana mengancam nilai dan budaya negara ini. Yang Dipertua Pemikad, Abdul Ghani Mehat berkata, golongan itu jika dibiarkan boleh merosakkan rakyat dan generasi akan datang.
"Mereka ini tidak perlu ditahan, sebaliknya wajib dihalau sahaja keluar dari Malaysia.
"Kalau mereka ini di luar negara maka terpulanglah kepada negara yang menerima kehadiran mereka untuk membenarkan penganjuran program tidak bermoral seperti itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris semalam yang mendesak Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan terhadap Datuk S. Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program Seksualiti Merdeka 2011.
Abdul Ghani berkata, tindakan menghalau golongan berkenaan tidak akan menjadi satu bebanan kepada kerajaan berbanding jika mereka ditahan dalam negara ini. Menurutnya, golongan itu juga telah banyak menyusahkan negara dan cuba mempromosikan budaya yang bertentangan dengan hukum Allah. Sementara itu, katanya, Pemikad 'angkat topi' kepada Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan yang mengingatkan orang Melayu agar bersatu padu demi menjaga keamanan dan keharmonian Malaysia.
"Bagi Pemikad, beliau adalah satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang menghargai pengorbanan orang Melayu dan begitu prihatin terhadap perpecahan orang Melayu di negara ini," katanya. Abdul Ghani ketika mengulas kenyataan Nallakaruppan kelmarin yang mengingatkan orang Melayu berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab mahu melihat orang Melayu berpecah demi kepentingan peribadi mereka.
Entri kali ini khas untuk kakitangan Kerajaan yang masih tidak bersyukur berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Jika mereka merasakan pembangkang dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan akan hilang pekerjaan. (Klik di sini)
Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
'Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.'
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
"Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Mereka mengurangkan jawatan terutamanya di GLC negeri dengan menamatkan pekerja-pekerja kontrak atau memecatnya. Kononnya untuk mengurangkan kos operasi. Dalam masa yang sama, mereka tambah jawatan-jawatan lantikan politik (melantik ahli DAP, PKR dan PAS) yang lebih tinggi grednya. Silap mata mudah untuk menipu rakyat.
Mahukah anda perkara ni berlaku kepada diri anda atau keluarga anda? Hilang mata percarian dek sikap tamak DAP yang menggunakan dasar Kerajaan untuk meraih undi kaum tertentu.
*MyMassa melihat janji yang ditaburkan oleh DAP kepada masyarakat Cina ini sesuatu yang berbaur perkauman. DAP memainkan sentimen orang Cina yang marah dengan kakitangan Kerajaan dengan berjanji seperti ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pas bantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 03/11/2011 6:45pm
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.
"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.
Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama
Polis haramkan semua program Seksualiti Merdeka - Khalid 03/11/2011 8:14pm
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program "Seksualiti Merdeka" demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.
"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27A (1)(C) dan juga 298A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
"Polis menerima banyak bantahan dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. – Bernama
2011/11/03KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan pihak yang menganjurkan Seksualiti Merdeka 2011 dan menganggap amalan itu bercanggah dengan ajaran agama serta budaya masyarakat di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penganjuran acara itu tidak berfaedah dan tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.
"Negara ini mempunyai nilai dan sistem yang perlu dipatuhi. Bahkan amalan luar tabii itu sangat ditegah dalam Islam malah agama lain juga melarang perbuatan itu," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan guru bahasa Inggeris SMR Group di Hotel The Gardens, sebentar tadi.
Muhyiddin mengulas laporan akhbar mengenai program itu yang dikatakan menghalalkan hubungan sejenis di negara ini.
Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka yang bermula semalam hingga 13 November depan.
Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan terbabit supaya diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Sebelum ini MyMassa ada komen mengenai pembatalan demo yang dikatakan nak buat hari ini.
Kali ini, MyMassa tunjukkan laporan dari Malaysiakini yang menunjukkan pembatalan demo tersebut.
Lepas tau Seksualiti Merdeka ni Ambiga punya program, Pemuda PAS terus operate untuk buang telor masing-masing sebab nak join program Ambiga. Magik. Dalam masa satu hari, telor pemuda PAS dah hilang.
PONDAN!
Dah dua kali Pemuda PAS gagal berdemo untuk menegakkan yang HAQ. Kali pertama semasa HIMPUN. Yang kedua adalah hari ini.
Yang MyMassa pelik, semasa BERSIH 2.0, kenapa pula ribuan yang datang sampai import dari negeri lain. Adakah PAS sekarang lebih mementingkan undi dari menegakkan KEBENARAN?
*Sebenarnya....PAS hanya berani dengan UMNO. Bila berdepan dengan DAP, PKR, Majlis Peguam, Ambiga dan kumpulan lesbian dan gay serta geng murtadkan orang Melayu, PAS akan jadi anjing kepada mereka. Takut dengan tuan, menyalak kepada lawan.
1. SEMALAM = Semalam, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyatakan dengan Tegas, dengan Berani, dengan Semangat Berkobar-kobar, Dengan Rasa Marah kepada Ambiga, dengan rasa Insaf, dengan Riak Egois, berkata mereka akan Berarak, mereka akan Berdemo, Di Seluruh Negara membantah Disco Lesbian, Gay, Seks Bebas anjuran Majlis Peguam diketuai kawan baik Mat Sabur Al-Komunis dan Anwar Al-Jubbur.
Penuh Bersemangat!!!
2. HARI INI = Hari ini, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan Lembiknya, dengan Takutnya, dengan hilang Telornya, dengan Malunya, berkata mereka memmmmmmmmmbatalkankankan hasratnya untuk berdemonstrasi membantah program 'Seksualiti Merdeka' selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru.
Isu kedua...ehem ehem kenapa pemimpin PAS seperti Mat Sabu Al-Komunis dan Salleh Man Tidak Menentang Disco Seksualiti Merdeka??? ehem ehem
Hizbur Tahrir (HT) Malaysia bertanyakan mengenai HAMAS yang didakwa oleh HT Palestin sebagai sombong.
Antara jawapan HAMAS adalah HT suka berdemo tak tentu hala, tanpa minta keizinan dari HAMAS sebagai parti pemerintah.
Jawapan yang diberikan oleh HAMAS memang tepat kena batang hidung PAS yang gemar berdemo secara haram.
Contohnya, walaupun BERSIH 2.0 tak dapat keizinan pemerintah (sebab tak nak buat di stadium luar K.L), PAS tetap lakukannya dan telah menyusahkan ramai orang.
*Itu pun kalau PAS paham bahasa la. Kalau orang yang tak paham bahasa, kena sound pun dia buat jugak.
1. Tian Chua pernah berkata, 'oh Indian issues dont give to me '. Tian Chua yang terkenal kerana kebodohannya membuat gambar super impose dan duplicate gambar Altantunya dengan gambar DS Najib, adalah Cina PKR yang tak tahu malu, tak dak harga diri. Apabila Tian Chua memohon maaf, Najib memaafkannya. Kalau kena pada Anwar Ibrahim yang terkenal dengan Raja Saman, sudah tentu Tian Chua sudah disaman beratus juta. Itu cerita lama.
2. Semalam Cina Tian Chua yang tak tahu malu tu mencadangkan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri. Hari itu buat gambar super impose, kalau bebudak yang buat tak apalah, ini taraf wakil rakyat, boleh turunkan otak dia samapi ke lutut pi buat gambar super impose. Ini YB pun ada dalam Malaysia kah?
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam termasuk Pembela mahu meneruskan demonstrasi berkaitan Seksualiti Merdeka di Masjid Negeri Shah Alam petang ini manakala Pemuda PAS pula memutuskan untuk membatalkan tindakan mereka yang dirancang untuk diadakan di Kampung Baru di sini. Demonstrasi (di Masjid Negeri) tetap diteruskan, kata Pembela dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Dalam kenyataan terdahulu, Pembela berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penaja dan penyokong program yang telah merencanakan agenda gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama. Antara dijangka berucap sempena demonstrasi 2 petang ini ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Dalam pada itu Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sayap parti Islam itu meminta kepada setiap Pemuda PAS negeri di Malaysia membatalkan himpunan aman bagi membantah program tersebut.
komen aku: kan aku dah kata, dalam kes seksualiti merdeka ni, bantahan pas cuma berskala cap ayam je, kalau pun polis dah haramkan, tak bermakna ambiga dan kuncu-kuncunya nak batalkan program tu, hassan ali sanggup turun berdemo nak tunjuk pada umat islam lain yang seksualiti merdeka menyimpang dari ajaran islam.
Nallakaruppan satu nama yang cukup menghatui anwar, azmin ali dan shamsidar, segala cerita dalam seluar anwar dan azmin juga cerita dalam panty victoria secret milik shamsidar semua dalam kocek dia. nalla dah terima hukuman, hukuman yang dia terima hampir-hampir membuatkan dia mati di tali gantung, dalam istilah kita sebagai orang islam, dia dah bertaubat, taubat nasuha...
Pasti orang-orang pas akan maki aku pasal tajuk ini, biarlah, memang hati nalla lebih mulia dari hati nik ajis, nalla seorang india beragama hindu, bangsa melayu bukan bangsanya, tapi dia sebangai rakyat malaysia yang tak mahu melihat negara ini hancur di sebapkan bangsa melayu bergaduh dek kerana ideologi politik bodoh, sungguh pun nalla ni hindu, pesanannya supaya melayu beringat-ingat tak harus kita tolak ke tepi.
Sungguh pun nik ajis seorang muslim, tapi sifat dan perangai nik ajis tak ubah seperti kafir, salam perpaduan yang dihulurkan oleh umno, diludah oleh nik ajis, pada dia, salam perpaduan itu dilihat sebagai satu salam yang penuh dengan muslihat dan agenda jahat politik umno yang ada dalam kepala otak nik ajis ialah, politik..politik dan politik, hidup nik ajis langsung tak fikir pasal penyatuan ummah dan akidah, hidup nik ajis hanya untuk menang pilihanraya, jadi adun dan jadi menteri besar sampai mati.
Jadi tak keterlaluan kalau tajuk aku akhlak nallakaruppan lebih mulia dari nik ajis. baca kenyataan nalla yang meminta melayu supa beringat-ingat klik sini.
Setakat ini tak dengar lagi arahan atau apa-apa tindakan dari pas dan pemudanya untuk turun berdemo menentang usaha menghalalkan perkahwinan sesama jantina, pas dan pemudanya dok diam membisu, hanya bantahan-bantahan berskala ayam yang mereka keluarkan kenapa?
Kalau pasal undi (perhimpunan bersih) pas jadi jagoan, merekalah yang terpekek terlolong menjerit-jerit nakkan juga perhimpunan itu di adakan walau pun polis kata jangan... malah tak ada seorang pun ayam sabung pas seprti mahposs, mat sabu dan berberapa ustaz pas mengutuk tindakaan ambiga dan bar council yang menyokong seksualiti merdeka.
Tak di nafikan pas memang perlukan golongan lbgt itu untuk mengundi mereka dalam pru akan datang, seperti mana pas terpaksa bersekongkol dengan puak-puak kristian dengan menghalalkan penggunaan kalimah ALLAH. dek kerana terlalu kemaruk undi golongan yang nabi tak mengaku ummat itu, pas terpaksa menutup mata, walau pun mereka tahu, isu itu melibatkan akidah umat islam.
Atas dasar solidariti, aku terpanggil untuk mengutuk tindakan dan perangai setiausaha akhbar dan pegawai khas timbalan perdana menteri malaysia yang cukup kurang ajar dan biadap dengan wartwan, cerita tentang kekasaran dan maki hamun pegawai dan press sec tpm itu korang boleh baca di blog papa gomo.
Cerita pasal press sec tpm kurang ajar, biadap dan tak respect orang ni dah banyak aku dengar, aku pernah juga kena dengan dia sewaktu buat liputan program tpm di ampang campuran, sesudah program lawatan tu, aku bertanya dengan cara yang aku rasa amat tertib, tak pernah aku se tertib ini, maklumlah benda yang aku nak tanya ni pada press sec tpm, so kena susun ayat betul-betul, soalan aku simple je, "datuk lepas ni tpm ke mana"? dengan muka berminyak, rambut berserabai, dia jawab, "mane aku tau, dia balik" tak ke haram jadah punya jawapan tu, macam tu jawapan press sec, ooo... mentang-mentang aku blogger dia tak pandang aku ekk... (gambar program tpm di ampang)
Lepas aku dapat jawapan macam haram jadah dari press sec tpm, aku dengan sorang lagi rakan blogger pun blah, nasib aku baik aku jumpa dengan ketua umno bahagian ampang, datuk ismail kijo, dia yang arahkan aku dan kawan blogger ke sebuah gerai di bandar baru ampang, katanya tpm nak pekena teh tarik kat situ.
Timbul persoalan kat sini, dia sebagai press sec takan dia tak tahu apa program boss dia lepas ni, atau pun perangai dia memang berlagak nak mampos... tpm perlu tengok-tengokkan la sikit perangai press sec dan pegawai dia yang maki hamun wartawan agenda daily hari tu, perangai semacam ini akan menyebapkan orang benci pada tpm.
Bak kata husin lempoyang" dunia-dunia meniaga manusia lebih bagus dari unta" apa yang husin lempoyang cakap 40 tahun dulu terbukti benar, dia bukan suka-suka cakap macam tu... jual manusia lebih untung dari jual barang lain.
Pelacuran dan pemerdagangan orang selalu kita dengar dalam akhbar dan berita, tapi jual blogger ni tak pernah kita dengar pun, memang la korang tak pernah dengar pasal korang bukan blogger dan benda ni hanya di ketahui oleh blogger dan pemainnya sahaja.
Makan duit haram dari hasil orang lain, yang kena tipu hidup-hidup tu bukan orang lain, pak-pak menteri yang terlalu percaya sangat dengan orang umno, pegawai dan orang kanannya yang buat kerja-kerja tu, bagai mana mereka menipu? senang je... copy segala artikel yang budak-budak blogger ni tulis selama seminggu, kemudian dia print, cek ranking di laman web alexia, ambik nama blogger yang ngetop, kemudian jumpe menteri kata " datuk saya jaga budak-budak blogger ni" dan mereka-mereka tu akan tambah ajinomoto, serbuk cili secukup rasa supaya menteri yang dia jumpe tu terpengaruh.
Bila menteri tu dah terpengaruh, dia mula letak satu amaun yang cukup berbaloi untuk makan anak beranak dia dua -tiga tahun, dan bergitulah proses seterusnya sehingga apa yang dia hajati dia boleh beli dengan menggunakan duit hasil titik peluh orang lain, jangan terkejut beb, ada di antara mereka yang buat kerja ni sudah boleh memiliki berberapa biji rumah dan berkereta mewah, bukan semua orang umno buat macam tu, tapi kebanyakan mereka memang berperangi macam tu, bukan semua pegawai menteri macam tu, tapi adalah dua tiga orang yang berperangai macam hantu.
Sialkan bila ada orang sanggup rembat rezeki orang lain... di saat budak-budak blogger ni bermati-matian mempertahankan bn, ada pulak orang bn sendiri yang tibai blogger dari belakang, tapi apa nak buat memang nasib kami macam ni, sapa pun tak ambik peduli, sial punya orang...
Aku akan sambung lagi cerita ni... banyak yang aku nak dedahkan, pasal dah lama sangat terperap dalam hati aku... tunggu.....
Pas bantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011
03/11/2011 6:45pm
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.
“Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.
Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama
Ustaz merasakan tindakan PAS ini walaupun lambat, sangat wajar sekali. Kerana ia jelas mempromosikan kecenderungan seks yang songsang dan tidak boleh diterima oleh sesiapa pun yang waras akal dan imannya.
Keberanian ini wajar didasari keikhlasan dan juga tindakan untuk segera bercerai dari Pakatan yang sekian lama telah mengancam dan menidakkan Islam dan bangsa Melayu sepanjang pemerintahan mereka selepasPRU12 pada Mac 2008.
Kalau sekadar bercakap, kita khuatir ia permainan persepsi demi menjamin undi bukan kerana Ilahi.
Semoga ada sinar perpaduan Islam dan juga Melayu di bumi bertuah Malaysia yang aman nan indah ini. Salam AidilA dha 1432 Hijrah dari Ustaz dan maaf zahir batin.
Sister in Islam (SIS) menghentam pihak polis dan kerajaan BN kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka atas nama kebebasan bersuara dan seks bebas.
Barangkali Islam versi SIS menghalalkan hubungan seks sejenis maka ia harus diberikan ruang atas hak seorang manusia maka bebas melakukan apa saja.
SIS mempertikaikan pengharaman ini kononnya ia dilakukan secara bijak sana,sedarkah mereka bahawa JAKIM dan pertubuhan agama sendiri mengambil inisiatif memberi kaunseling dan memberi pendidikan kefahaman agama agar mereka yang terlibat LGBT berubah kerana ia melanggar norma seorang manusia dan hukum agama.
KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
"Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.
"Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.
"Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa," kata SIS lagi.
Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.
"Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.
"Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka," kata pertubuhan ini.
Pisau kata " khawarij PAS tak takut dosakah bangkang Nabi Ambiga korang?"
Isu 3R… Raba, Ramas dan Rasuah. Selain memberi kenyataan berbeza berhubung isu tersebut, nampaknya sehingga kini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menyaman pihak blogger yang didakwa membuat fitnah terhadap tuduhan tersebut.
"Hairan kerana Lim Guan Eng melenting. Apakah beliau yang makan cili itu?", demikian lontaran pemilik blog MiM terhadap tindak tanduk Guan Eng dalam berhadapan isu berkenaan.
Kata pemilik blog MiM adalah sungguh menghairankan kerana di dalam keadaan 'sugul kecewa' kerana anak beliau dikaitkan, Lim Guan Eng masih ada hati untuk membuat fitnah.
MiM telah difitnah oleh Setiausaha Agung DAP yang mendakwa bahawa MiM adalah 'vice-chairman' UMNO Bukit Gelugor padahal, MiM tidak pernah langsung menjawat jawatan tersebut.
MiM juga dikaitkan oleh Setiausaha Agung DAP dan portal-portal pro-pembangkang yang terkenal dengan putarbelit mereka dengan menuduh MiM mengaitkan entri awal MiM dengan nama Lim GuanEng.
"Ini adalah satu pembohongan besar tahap fitnah. Padahal, MiM hanya menyebut VVIP sahaja dan mengaitkannya dengan peribahasa 'siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya'.
"Hairan kerana Lim Guan Eng melenting. Apakah beliau yang makan cili itu?", katanya kepada UMNO-Online di sini.
MiM ingin tekankan di sini bahawa sungguh memalukan apabila seorang pemimpin yang berjawatan tertinggi seperti Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang sanggup menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau dengan menabur fitnah. [Blog GPB]
Pelaksanaan kerjasama komprehensif MAS-AirAsia yang menyaksikan pertukaran saham kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak akan mewujudkan situasi monopoli seperti mana yang dibimbangkan oleh pihak tertentu.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, keadaan itu tidak akan berlaku kerana industri penerbangan negara tertakluk kepada undang-undang anti monopoli.
"Pertukaran saham antara pemegang saham kedua-dua syarikat penerbangan tidak akan mengakibatkan sebarang tingkah laku dan amalan yang boleh melanggar undang-undang tersebut.
'Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kebimbangan (monopoli) tidak akan berlaku, akta tersebut adalah begitu tegas diamalkan di Malaysia dan luar negara dan Malaysia akan memperkenalkan Akta Persaingan pada tahun depan,'' kata beliau yang juga Pengerusi AirAsia.
Rafidah sebaliknya berkata, kerjasama itu akan memberi banyak faedah kepada para penumpang kerana mampu mengurangkan kos melalui perkongsian perkhidmatan.
Sementara itu, beliau berkata, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Malaysia Airlines System (MAS) tidak mempunyai pilihan lain kecuali segera 'turun padang' untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dibangkitkan oleh lapan kesatuan pekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Katanya, pihak pengurusan kanan yang terbabit tidak boleh memandangkan ringan rasa tidak puas hati yang dibangkitkan oleh Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) kerana ia adalah serius.
Beliau yang mengikuti perkembangan itu turut melahirkan rasa hairan mengapa isu tersebut dipandang sepi oleh Khazanah dan pengurusan kanan MAS.
''Saya sendiri tertanya-tanya mana jalan penyelesaiannya. Dalam apa-apa perkara pun, kesatuan pekerja MAS perlu diberi keutamaan. Bawa mereka berbincang dan saya yakin mereka boleh memahami kesulitan dan masalah yang berlaku dalam syarikat penerbangan tersebut.
''Khazanah dan pengurusan kanan perlu pandai menyelesaikannya dalam suasana kekeluargaan MAS dan bukannya antara pekerja dan majikan,'' katanya ketika ditemui selepas perjumpaan Forum Malaysia-Eropah di sini hari ini. Hadir sama bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Munir Majid.
Rafidah berkata, beliau pernah berdepan dengan permasalahan yang sama ketika MISC dilanda kerugian berterusan sehingga mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan kesatuan sekerja.
''Kalau hendak tahu macam mana kami menyelesaikannya ialah dengan berjumpa kesatuan sekerja.
''Kami berbincang dari hati ke hati dan pertemuan itu berlangsung dengan lebih kerap supaya mereka tahu perkembangan terkini. Itu caranya.
''Tindakan pengurusan MAS yang senyap tanpa apa-apa perkembangan sudah tentu membimbangkan kesatuan sekerja. Kalau saya pun, saya rasa bimbang,'' jelas beliau.
Beliau juga menasihatkan agar kesatuan-kesatuan pekerja MAS tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh merosakkan nama baik MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan negara.
''Sebab itulah saya katakan tadi, Khazanah dan pengurusan kanan MAS mesti menemui mereka supaya kesatuan pekerja ini mengetahui realiti yang berlaku dan bukan apa yang difikirkan realiti oleh mereka,'' tambah beliau.
Syukur kepada Allah tokwan dapat melihat wajah muazzin kota suci Mekkah malam ini. Semoga ia memberi satu perkara menarik dalam hidup cucu tokwan untuk hari ini.
Sebarkan di facebook dan twitter cucu semua. Tokwan tak ada fesbok tak reti nak bermukabuku hihihi.