CINA ISLAM (林川興) Posted: 06 Feb 2013 01:29 AM PST Pakatan lancar manifesto PRU 13 pada konvesyen ke-4, 25 Feb Posted: 05 Feb 2013 11:43 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 6 Feb: Pakatan Rakyat akan melancar dan membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada konvensyen kali keempat pada 25 Februari ini.
Kerusi PRU 13 yang akan dipertandingkan turut diumum pada konvesyen yang bakal berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu.
Menurut Pengarah Konvesyen, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, persiapan siap dilakukan dan hanya menunggu kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Saya sudah bagi arahan kepada semua, tapi secara rasmi mengenai isi kandungan, siapa yang hadir, format ucapan, semua itu saya akan nyatakan dalam sidang media selepas diperaku oleh Majlis Presiden.
"Ia dipersetujui di peringkat Majlis Presiden. Tapi dalam minit (mesyuarat), mereka kena luluskan dahulu, sebelum kita mulakan kerja. Ini mengambil kira jika ada perbezaan dalam tempoh mesyuarat lepas dengan mesyuarat terbaru," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Saifuddin berkata, walaupun draf mengenai persiapan konvensyen siap sepenuhnya, ada beberapa keperluan yang perlu diperinci dan diberi tumpuan sebelum diumum.
"Ada pandangan daripada pemimpin Pakatan supaya selesaikan dahulu, baru buat pengumuman. Kalau masih sangkut, bagaimana mahu buat kerja-kerja konvensyen. Keputusan mesti disepakati oleh semua gabungan parti, ini dasar kita.
"Kalau saya umum bermakna saya mendahului," kata Ahli Parlimen Machang itu. Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek memberitahu, kehadiran perwakilan dan delegasi setiap komponen berdasarkan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berlaku dalam masa terdekat.
"Kita masih tidak dapat tentukan sebesar mana majlis kerana bergantung kepada pembubaran Parlimen. Skiranya dibubarkan sebelum 25 Februari, sudah pasti konvesyen ini akan diadakan secara besar-besaran. "Konvesyen itu nanti kita akan lancarkan manifesto dan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dalam PRU 13, bukannya calon," katanya ketika dihubungi.
Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga.
harakah/- | Banner Nurul Izzah Diturunkan Oleh Balaci UMNO Sempat Dirakam Posted: 05 Feb 2013 11:25 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Cerita ajaib | Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik. Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.
Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!
Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.
Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban.. -M Fakhrurrazy M Ariff
Banner Kak Izzah diturunkan
Di Jalan Pantai Baharu.
Di Kerinchi. Kalau banner kak izzah dipotong kononnya alasan tak ada permit, barang2 yg ini pula ada permit tak?
- pakat-pakat kalih
| Antara import Psy-Korea dengan kebajikan rakyat Posted: 05 Feb 2013 11:22 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari ini.
"Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka," Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, kos membawa artis Psy - yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.
Baginya, sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran.
Tambahnya lagi, apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat.
"Daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya 1 malam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini," ujarnya.
Menurutnya, masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan, justeru lebih baik pula syarikat tersebut melabur kepada perniagaan lain yang mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
"Membelanjakan RM1 juta bukan suatu nilai yang kecil untuk satu malam dan hanya untuk seorang artis popular," katanya lagi.
harakah/-
| Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula Posted: 05 Feb 2013 10:49 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana. Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam. Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan. "Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan. "Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu. "Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek," ujarnya. Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng. Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015. Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas. "Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ. "Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula," katanya. Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras. "Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN. "Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan," katanya. Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.
harakah/- | Kes Gobala vs Saifuddin: Dia Yang Saman Tapi Dia Yang Takut Untuk Hadir Di Mahkamah Posted: 05 Feb 2013 10:44 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital. Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala. Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.
"Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
"IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya," kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.
Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.
Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama.
Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.
Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.
Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN. -KDMbr>
| Sindiket ubah suai cek dibongkar, rugi RM1 juta Posted: 05 Feb 2013 09:06 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Mohmad Salleh (tengah) menunjukkan peralatan khas digunakan untuk membuka peti pos dan mengubahsuai cek pada sidang media di ibu negara semalam. KUALA LUMPUR - 'Mencuri' surat di peti pos sebelum mengasingkan yang berisi cek untuk diubahsuai dan mengaut keuntungan lebih RM1 juta sejak empat tahun lalu. Itu dilakukan satu sindiket pengubahsuaian cek yang dilumpuhkan polis apabila seorang suspek diberkas pada 29 Januari lalu ketika sedang berurusan mengambil wang hasil cek yang ditunaikan daripada seorang individu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sindiket itu dipercayai didalangi lapan individu termasuk dua adik beradik yang menjadi perancang utama kegiatan yang beroperasi di sebuah premis rumah kedai terletak di Jalan Shelly, Cheras, di sini sejak 2009.
Lebih 25 barang rampasan termasuk mesin pencetak pelbagai jenama, komputer riba, kad pencetak, 'paymaster', ultra violet, mesin taip, pemutar skru berbentuk T, botol cecair dalam botol dan 1,321 keping cek pelbagai bank termasuk dua bank luar negara turut dirampas hasil serbuan itu. Menurutnya, sindiket itu akan bertindak menukar nilai cek, serta beberapa perkara lain untuk ditunaikan melalui pemilik akaun bank berbeza. "Mereka terlibat dipercayai mencuri surat dari peti pos dan peti pos awam di bangunan kedai dan pejabat menggunakan peralatan khas untuk mencari surat yang mengandungi cek, manakala surat lain dibuang. "Sindiket ini juga disyaki memohon buku cek untuk pelbagai nama syarikat daripada bank untuk diubahsuai segi nama penerima, nombor akaun dan nilai cek, yang kebiasaannya diletakkan dalam jumlah yang rendah tidak melebihi RM5,000 mengelakkan dikesan bank," katanya pada sidang media di Balai Polis Pudu, di sini, semalam. Katanya, sebanyak 107 laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berhubung kes kehilangan cek melibatkan kerugian lebih RM1 juta, namun polis percaya kegiatan turut dijalankan di kawasan lain sekitar Lembah Klang. Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan terdapat penglibatan penghantar surat dan percaya Pos Malaysia tidak mengetahui kegiatan itu berikutan tiada laporan diterima daripada pihak berkenaan. Namun, beliau tidak menolak andaian terdapat penglibatan bank dalam kes yang dikategorikan beliau dilakukan dengan profesional. "Bagaimanapun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana kita masih lagi siasat berhubung kes ini, dan ianya akan diberi perhatian disebabkan ramai mangsa terlibat," katanya. Katanya, polis sedang mengesan dua suspek yang menjadi perancang utama dalam sindiket tersebut juga adik beradik. "Kedua-dua individu itu adalah Lau Chee Chun dan Lau Chee Chong berusia lingkungan awal 30-an dengan alamat terakhir masing-masing di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Bandar Hilir, Melaka," katanya.
sinar/-
| Tak sedar kereta masuk longkang Posted: 05 Feb 2013 07:30 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Taiping: Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam longkang besar di Jalan Air Kuning di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sariah, 74, dipercayai gagal mengawal Perodua Kancil dipandunya menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang. Mangsa berasal dari Kamunting di sini, mendakwa sedang memandu menuju ke Air Kuning apabila kenderaannya hilang kawalan.
"Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak," katanya. Menurutnya, dia yang kemudian menyedari terbabit dalam kemalangan merangkak keluar dari kereta sebelum dibantu orang ramai tanpa kecederaan.
Sementara itu seorang saksi, Omar Ahmad, 47, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya berikutan sering berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal dan kereta.
KEADAAN Perodua Kancil yang terperosok masuk ke dalam longkang, tengah hari semalam. Menurutnya, longkang besar yang terbuka dan tiada penutup itu seolah-olah mengundang kemalangan dan meminta pihak berwajib menutup longkang berkenaan sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa.
metro/- | Ceramah Anak di Felda Teloi Timur disekat lagi Posted: 05 Feb 2013 07:20 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah. Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan! Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula. Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat. Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik. Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya! Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini. Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini. Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad! Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.
harakah/- | Deepak di Pejabat Agung PAS, bincang imuniti Posted: 05 Feb 2013 07:20 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bertemu dengan Deepak Jaikishan di Pejabat Agung PAS hari ini. Ia berkaitan dengan permohonan Deepak untuk mendapat imuniti dari Pakatan Rakyat bagi membolehkannya mendedahkan lebaih banyak lagi berhubung isu yang turut mengaitkan pemimpin kanan negara.
Deepak, yang berkemeja kelabu dilihat tiba bersorangan di sini kira-kira jam 10.55 pagi.
Pertemuan secara terbuka di depan wartawan ini akan diadakan kira-kira jam 11 pagi ini.
Turut serta dalam pertemuan ini adalah Peguam PAS Asmuni Awi dan juga Dr Syed Azman Nawawi di samping beberapa pegawai kanan PAS.
Satu sidang media berhubung hasil perbincangan dan tidakan lanjut akan dibuat selepas pertemuan itu nanti.
harakah/-
| Perogol bersiri dipenjara 115 tahun Posted: 05 Feb 2013 07:18 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
| RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat. |
Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.
Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.
Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.
Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.
Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.
Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.
Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.
Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.
Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu. sinar/-
| Kenali Gajus Posted: 05 Feb 2013 07:00 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
GAJUS (Anacardium occidentale) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ANACARDIACEAE yang dipercayai berasal dari Brazil dan boleh tumbuh dengan baik di Malaysia. Pokok Gajus atau di pantai timur di panggil 'Ketereh' ini ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pernah di tanam secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada tahun 1980'an sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu. Kini tanaman gajus di Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun 2011.
Nama lain gajus adalah seperti Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana (English), Buah Gajus, Ketereh (Malaysia) dan sebagainya. Artikel ini saya akan bincang teknologi dan maklumat tanaman gajus berasaskan beberapa buah buku dan kajian persendirian dalam laman sesawang serta pengalaman penulis dalam pengembangan pertanian selama 30 tahun.
Pokok Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah 12 meter (30 kaki). Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dan agak tebal serta mempunyai susunan bersilang dimana daun muda berwarna ungu kemerahan serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati di Malaysia. Bunga Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak dan bwerarna kemerahan. Batang bajus adalah kayu keras yang berkulit tebal berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji berada di luar buah. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan.
Biji Gajus merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan (snack) yang di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g), Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin - Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi.
Penanaman gajus lazimnya menggunakan biji benih dari kultivar terpilih. Kultivar gajus tidak banyak di buat kajian dan penulisan kerana tanaman ini bukan tanaman penting walau pun di negara pengeluar utama. Pertumbuhan pokok gajus adalah lambat dan perlahan. Beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak benih tumbuh baru di buang yang kurang subur. Ada juga kaedah pembiakan menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan. Mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah kejayaannya. Jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m dimana kemudian dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok sebanyak 250 pokok sehektar.
Pokok Gajus lazimnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit untuk pertumbuhan. Bagi tanaman gajus digalakan penanamann selingan dengan tanaman kontan seperti pisang, kacang tanah, sayur-sayuran, jagung dan sebagainya untuk menambah pendapatan sementara pokok gajus membesar. Pembajaan dan kawalan musuh dan perosak dijalankan bersama penjagaan tanaman selingan. Bagi tanaman gajus di kawasan tanah Bris perlukan pembajaan tambahan dengan baja organik untuk meningkatkan kesuburan kerana tanah bris sangat kurang mengandungi baja organik.
Pokok Gajus akan mula berbuah selepas 3 tahun penanaman jika dijaga dengan baik. Pada masa sama dahan di bahagian bawah pokok perlu dibuang dan buah boleh di kutip. Anak pokok atau 'suckers' yang tumbuh di keliling pokok juga perlu di takai. Penghasilan akan menjadi optima pada pokok berumur 10 tahun sehingga pokok berumur 30 tahun jika di uruskan dengan baik (Bukan Tanam-Tinggal-Tuai). Bunga lazimnya aktif keluar pada cuaca atau musim panas dan selalunya buah akan matang secara berperingkat2.
Kajian menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3 bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah (Bahagian 'apple') akan jadi kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak - roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed) untuk menjamin kualitinya.
Laporan di negara pengeluar utama gajus dunia sperti di Tanzania, India, Mozambique, Kenya dan Sri Lanka mendapati potensi hasil dicapai antara 800 - 1,000 kh sehektar biji gajus. Kaedah pembajaan yang diurus dengan baik mampu meningkatkan hasil kepada 1,600 kg sehektar seperti dkjalankan di India dan Tanzania. Pokok yang menghasilkan buah yang banyak lazimnya memberikan biji gajus bersaiz kecil dan agak rendah kualitinya. Kajian di Brazil pula menunjukkan potensi penghasilan sebanyak 17.8 kg sepokok dapat di tingkatkan kepada 48.7 kg sepokok dengan aplikasi baja yang betul dan pengurusan tanaman yang sempurna.
Kegunaan biji gajus memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Harga pasaran biji gajus juga agak tinggi iaitu USD 0.33 satu kilogram dan satu paket 100 gram di Langkawi dijual RM 10.00 atau (RM 100/kg). Satu yang unik di Malaysia makan pucuk daun muda gajus untuk djadikan 'Ulam Gajus' yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan (Foto kiri). Memang sedap dan menyelerakan ulam pucuk gajus. Kayu pokok gajus juga digunakan di kampung sebagai bahan kayu api untuk masak dan juga bileh diproses untuk dijadikan perabut dan sebagainya. Ada juga produk gajus dibuat alkohol seperti di India untuk kegunaan penduduk tempatan.
Tanaman gajus memang tanaman yang masih ada potensi untuk di tanam di negara kita jika betul-betul ingin melihat tumbuhan ini di menafaatkan.
BUAH GAJUS .... PELIK BUAHNYA .... ISI DIDALAM....BIJI LUARNYA.... BIJI GAJUS....;SEDAP RASANYA.... PUCUK GAJUS...ULAM TENTUNYA.... Blog Anim Agro | Ketirisan wang cukup untuk beri pendidikan percuma – Anwar Posted: 05 Feb 2013 06:00 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah lebih dari mencukupi.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.
"Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.
"Contohnya kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat lebih 30 peratus," katanya dipetik Media Selangorku. Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pendidikan Percuma di Malaysia: Suatu Realiti' di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013, Universiti Selangor (Unisel), di sini, pagi tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil perhatian serius.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
keadilandaily/- | RM1 juta untuk Psy, RM120 juta untuk Syabas Posted: 05 Feb 2013 05:45 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KALAU dibelek-belek berita semasa, angka RM yang muncul kebelakangan ini menjadi kontroversi kerana semuanya juta-juta belaka. RM yang dimaksudkan ialah Ringgit Malaysia, bukan singkatan nama insan yang mengaku 'wanita pertama'.
Kembali kepada angka juta-juta dalam berita semasa. Minggu ini saja ada dua. Yang pertama, pada 2 Febuari lalu Perdana Menteri, Najib Razak daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang katanya sebagai bantuan mengatasi masalah air di Selangor.
Maknanya RM120 juta lagi dikorek dari kocek rakyat dan ditaburkan kepada Syabas, syarikat swasta yang masyhur dengan gaji CEOnya yang amat besar itu dengan belanja hebat untuk ubah suai pejabat serta membeli kereta mewah.
Menurut laporan Sinar Harian, suntikan RM120 juta itu kerana Najib Razak "mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera".
Anehnya, jika suntikan lebih duit kepada Syabas boleh mengatasi masalah air Selangor, ini bermakna masalah air Selangor berpunca daripada Syabas yang kekurangan duitkah? Kalau dengan suntikan lebih banyak duit boleh menamatkan masalah air seperti yang berlaku baru-baru ini, apa yang propagandis dan pemimpin Umno BN hebohkan mengenai Loji Langat 2?
Satu lagi cerita juta-juta RM minggu ini ialah BN di Pulau Pinang bakal membelanjakan lebih daripada RM1 juta untuk menjemput Psy ber'gangnam' tarik undi. Lebih lucu kelihatan tindakan ini serampang dua mata membalas dendam kepada parodi Ubah Rocket Style DAP. Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Wong Mun Hoe berkata:
"If we want Gangnam Style, we bring the original, unlike some who only copy." (Jika kita mahu Gangnam Style, kita bawa yang asli, bukan seperti yang hanya ditiru)
Tak tahu beza parodi dan meniru, ada hati nak jadi cool dengan Gangnam Style
harakah/ | Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan Posted: 05 Feb 2013 05:30 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.
Bukan untuk menimbulkan isu perkauman di sini kerana mereka ditempatkan di sekolah namun terdapat sedikit situasi yang kurang senang kerana ada sebahagian daripada guru pelatih yang sepatutnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) telah ditarik ke SJKC/T.
Malah ada dalam kalangan guru pelatih yang tidak fasih bahasa ibunda mereka juga turut ditarik ke SJKC meninggalkan kami yang perlu ke SK terkapai-kapai menunggu penempatan ke SK yang entah bila berkunjung tiba. Menteri berkenaan juga turut mengatakan bahawa guru-guru pelatih yang ke SK perlu ditemuduga terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang wajib dilalui oleh setiap penjawat awam tidak seperti kumpulan ke SJKC/T yang diberikan interim terlebih dahulu.
Di sini wujud ketidakadilan dalam penempatan guru. Slogan 1 Malaysia tidak dipraktikkan di sini kerana tidak berlaku penempatan di SK. Ada juga aduan dalam kalangan kami iaitu dalam satu kelas, hanya dua orang daripada rakan mereka diinterimkan dan selebihnya terpaksa menunggu.
Masalah kekurangan guru bukan sahaja di SJKC/T malah di SK juga. Ada segelintir guru-guru sekolah daripada senior kami yang tertunggu-tunggu bila kami akan ditempatkan di sekolah mereka bertugas sebagaimana sebelum ini iaitu seawal Januari dan awal Februari guru baru ditempatkan.
Jika masalah ini berlanjutan maka kami akan menjadi kumpulan terlambat dalam sejarah kumpulan PISMP keluaran IPG ditempatkan di sekolah. Kumpulan kami tidak seperti dua kumpulan terdahulu (Ambilan Januari 2007 dan Januari 2008). Kumpulan Pertama mula diserap lebih awal iaitu sebelum temuduga lagi. Begitu juga Kumpulan Kedua diserap seawal Januari 2012 (temuduga sejurus tamat kursus) tanpa masalah yang besar. Kemungkinan Pilihan Raya Umum yang menjelang tiba ini menjadi puncanya.
Kumpulan ketiga ini diibaratkan menjadi 'tikus makmal' kementerian. Cukuplah kami menjadi tikus makmal KPM dalam dasar-dasar sebelum ini yang akhirnya entah ke mana seperti PPSMI. Kami berpendapat kalau hendak memberikan interim sekalipun tidak perlulah hanya untuk SJKC/T sahaja, SK pun kritikal juga keperluan guru.
Kami juga guru pelatih PISMP terikat dengan kontrak Perjanjian Pendidikan Guru (PPG) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dipatuhi sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap undang-undang yang termaktub oleh kerajaan. Di bawah fasal 2.7 (a) di mana kami dikehendaki untuk berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Maka kelewatan Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan penempatan kepada kami telah menyulitkan kehidupan kami secara amnya.
Kami tidak dapat bekerja sambilan untuk menampung kehidupan selama pengangguran kerana terikat dengan kontrak tersebut. Rasa serba salah turut menyelubungi diri kami. Malahan ada di antara kami yang sudah berkahwin memerlukan wang untuk menyara isteri dan anak. Ketiadaan pekerjaan menganggu kelangsungan hidup kami. Kami selaku guru pelatih keluaran IPGM yang telah dilatih untuk menjadi seorang guru selama 5 tahun setengah sudah tidak sabar lagi untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Kami sangat bersemangat dan amat berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa berkat usaha didikan para pensyarah kami di 27 IPG seluruh negara.
Oleh sebab itu kami amat berharap dengan tersiarnya surat aduan ini di dalam akhbar pihak tuan, ia dapat membuka mata pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil tindakan segera terhadap masalah kami ini. Tidak timbul isu lambakan guru seperti disiarkan akhbar baru-baru ini sedangkan IPG masih lagi mengadakan pengambilan secara berterusan setiap tahun. Memang benar rezeki daripada tangan Allah yang mengurniakan tetapi kalau kami tidak berusaha, tidak ada gunanya juga. Pendidikan Perguruan bukan untuk diniagakan dan kami juga sebagai guru pelatih tidak mahu dilelong sebagaimana watak di dalam filem '3 Abdul' yang dilelong di pasar untuk masuk sebagai guru di sekolah.
harakah/-
| Sayangilah Sebelum Terlambat Posted: 05 Feb 2013 05:00 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pernah saya menemani seorang teman yang menangis tersedu-sedu mengiringi jenazah ibunda tercinta ke liang lahat. Satu hal yang sangat membuatnya bersedih dan perih selama ibundanya masih hidup, dia kurang memperhatikannya. Bahkan sekedar mendengarkan keluh kesah atau bertegur sapa. Dirinya terlalu sibuk dengan mengejar karier. Selama satu bulan lalu dia baru mengetahui karena ibundanya sakit kronis setelah dirawat di Rumah Sakit sampai akhirnya ibunda menghembuskan napas. Penyesalan tiada terperih. Tiada lagi kesempatan kedua kali. Masih terbayang ibundanya selalu memeluk dan mencium ketika dia masih kecil sedang sakit. Selalu membisikkan kata betapa sayang ibundanya kepada dirinya. Anak laki-laki kesayangannya. Air matanya menetes deras. Senyumnya yang tulus selalu menyambutnya sewaktu pulang sekolah. Cinta dan kasih sayang ibundanya yang begitu besar sejak ayahnya meninggal dunia diusia balita. Tangisan dan air mata penyesalan karena belum mampu membalas cinta dan kasih sayang ibunda tercintanya.
Sahabatku, Maknanya bagi kita adalah betapa berartinya kita menghargai, membahagiakan dan mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai. Kepada ayah, ibu kita, pasangan, anak dan orang-orang yang kita cintai. Jangan kehilangan kesempatan, jangan pernah menunda-nundanya, akan membuat penyesalan seumur hidup kita sebab bila orang yang kita cintai sudah menghembuskan napasnya yang terakhir, tidak akan ada yang bisa kita lakukan, kesempatan tidak akan pernah datang kembali, yang ada hanyalah penyesalan.
posted by :agussyafii
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 05 Feb 2013 09:21 PM PST Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan Posted: 05 Feb 2013 07:05 PM PST
6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin.
Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi.
Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.
"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.
"Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan.
"Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.
"Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.
| Pertikai status wakil rakyat Posted: 05 Feb 2013 12:40 AM PST
Sinar Harian 5 Februari 2013
SEREMBAN – Pas mempertikaikan tindakan seorang wakil rakyat Umno di negeri ini yang dikesan mengaut keuntungan dari anak syarikat kerajaan negeri menerusi syarikat miliknya.
Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad mendakwa, pemimpin terbabit memiliki 50 peratus saham menerusi syarikatnya yang jelas menunjukkan beliau menggunakan kesempatan sebagai wakil rakyat untuk mendapat keuntungan dengan mudah.
"Sepatutnya, jika ada keuntungan, ia akan disalurkan kembali kepada rakyat.
"Tapi apa yang dikesalkan apabila wakil rakyat ini telah mengambil kesempatan dengan memiliki kepentingan dalam syarikat kerajaan negeri melalui syarikatnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.
Selain itu, Nor Azman turut mempertikaikan kedudukan wakil rakyat terbabit apabila dikesan sebagai salah seorang pemegang saham dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.
Menurutnya, tidak menjadi isu apabila seorang wakil rakyat terlibat dalam bidang perniagaan, namun yang menjadi persoalan apabila ia melibatkan aktiviti perniagaan di bawah kerajaan negeri.
"Jika seorang wakil rakyat mendapat tender kerajaan pun sudah menjadi satu amalan yang ditolak, apatah lagi dalam kes seperti ini iaitu seolah-olah dia memiliki keuntungan dengan mudah.
"Kedudukan ini mewujudkan situasi 'konflik kepentingan' dan sesuatu yang mengecewakan," katanya.
Berikutan itu, beliau mencabar wakil rakyat berkenaan mengisytiharkan harta dan kepentingannya kepada umum.
"Jika tiada tindakan sehingga Jumaat ini, kita akan mengambil tindakan susulan dengan membuat satu laporan polis dan dikuti dengan laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
| CERAMAH UMUM Posted: 05 Feb 2013 12:39 AM PST | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 05 Feb 2013 07:18 PM PST Pengundi Muda Terpelajar, Nightmare Untuk Umno Posted: 04 Feb 2013 09:32 PM PST Generasi muda dan terpelajar hakikatnya menjadi igauan ngeri kepadaUmno/BN dalam pilihanraya umum akan datang. Apatah lagi fakta menunjukkan, pengundi yang pertama kali akan memangkahkertas undi dalam PRU 13 ini akan memberikan saham besar dalammenentukan hala tuju politik negarapasca pilihanraya nanti. Memperbodohkan rakyat dengan pelbagaigula-gula disaat-saat akhir sebegini akan terusmenjadi taktik lapuk Umno dalamrangka untuk memastikan mereka terus kekal ditampuk kuasa.
Walaupun berhadapandengan pelbagai ketidak adilan, sekatan serta aksesmaklumat yang tak sama rata tetapianak-anak muda yang bersemangat dan cintakan kebenaran tidak akan menjadikansemua halangan ini alasan yang membantutkan cita-cita murni mereka untukmelihat perubahan berlaku dalam PRU 13 nanti.
Tanggungjawab balik untuk mengundiparti yang memperjuangkanIslam adalah wajib. Dengan istilah lain, satu undi kita adalahjihad dan sangat berharga serta akan dipertanggungjawabkandi hadapan Allah. Pemerhatian dalam perkara pentingsebegini perlu dalam bentuk yang bersungguh-sungguh dan penuh keprihatinan. Jika sebaliknya maka bersiaplah rakyat untuk menerima bahana besar andainyakelangsungan kuasa BN berterusan.
Allah telahmemberi peringatan dalam al quran bahawa bukanlah orang-orang yang beriman itu kesemuanya perlu keluar berjihadke medanperang. Mengapa tidak ada segolongan dari mereka yang berangkat untuk menuntut ilmu supaya merekamemahami addin dan pulang nantiuntuk memberi peringatan kepada manusia.
Inilah antara intipati ucapan yang saya sampaikan di dalam MajlisTemu Mesra Siswa/i Dun Jabi, petang semalam 4 Februari 2013 yang diadakan di Ma'ahad TahfizWa Tarbiyyah, Matla'in Badrain, Jabi. Seramai 45 Mahasiswa danmahasiswi anak-anak Jabi yang sedang menuntut dalam pelbagai jurusan di IPTA dan IPTS di seluruh negarahadir mengambil bahagian.
Semasa sesidialog berlangsung, jelas ketara kesemuanya menunjukkan komitmen dan kefahaman tinggiserta tahap kepekaan dengan apa yang berlakudalam situasi tanahair sekarang. Tentunya suatu fenomena yang sangat memberansangkan sedang melanda anak-anak muda seperti mereka.'Nightmare' untuk Umno!
| |
Rembau Hari Ini Posted: 05 Feb 2013 07:12 PM PST Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan Posted: 05 Feb 2013 07:08 PM PST
6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin.
Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi.
Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.
"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.
"Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan.
"Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.
"Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 05 Feb 2013 03:33 PM PST MB JOHOR TERSENTAK! Posted: 05 Feb 2013 02:36 AM PST KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.
"Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13), kita pasti boleh menang," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu.
Chua Jui Meng"Kalau dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan masih di takuk lama," kata Jui Meng.
"Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 12 Februari ini akan berlangsung forum 'Isu Tanah Johor: Masalah dan Penyelesaiannya' di Hotel Garden, Batu Pahat bermula jam 3 hingga 6.30 petang.
Panelis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Mereka akan membentangkan kaedah dan pengalaman menguruskan tanah di negeri masing-masing.
Turut menjadi panel, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim dan Jimmy Phuah, peguam yang sering mewakili penduduk Melayu tertindas kerana tanah dirampas.
"Kita akan ke Nusa Jaya hari ini, untuk menjemput Ghani, supaya hadir dan merasmikan forum tersebut sekaligus mempertahan isu dasar tanah Johor," kata Jui Meng.
"Rakyat yang ada pengalaman dirampas tanah juga dijemput hadir, agar dapat sama-sama bentangkan kepada MB," tambahnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44439 | BN GUSAR SOKONGAN FELDA PR HULU SELANGOR MENANG BESAR ! Posted: 04 Feb 2013 06:05 PM PST Sebelum ini BN melalui UMNOnya sering membuat onar dengan menghalang rombongan penerangan Pakatan Rakyat semasa masuk ke kawasan peneroka FELDA. Sedemikian budaya ganas dan samseng inilah satu-satu cara yang ada pada UMNO/BN.Mereka sudah tahu dan sedar keterbukaan peneroka-peneroka FELDA tidak dapat dihalang lagi hanya cara ganas yang boleh menakutkan pengundi di FELDA. Mereka tidak sedar jati diri peneroka sudah ditahap normal dan tinggi untuk mendapatkan maklumat yang sahih buka berita gula-gula yamg sering digunakan propaganda BN/UMNO. http://milosuam.blogspot.com/2012/12/video-samseng-upahan-umno-menyerang.html Terkini di Sg. Tengi malam tadi mereka(BN/UMNO) melalui samseng yang disabkan melalui NGOK PERKASA dan penyangak MIC berjaya menunjukkan kesamsengan dan kebodohan mereka kepada rakyat Malaysia terutama peneroka bahawa mereka(BN/UMNO) memang sah penipu rakyat, penyangak harta rakyat/negara dan penjahat NO 1 rakyat Malaysia. Alhamdulillah Ahli Pakatan Rakyat dn penyokong mahu pendokong terutama dari Bukit Beruntung/Bukit Sentosa termasuk unit amal telah berjaya menguasai suasana dan mengawal keadaan agar tiada insiden yang tidak diingini. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 05 Feb 2013 01:01 PM PST Kerjasama mantap Pakatan di Melaka Posted: 05 Feb 2013 06:53 AM PST KUALA LUMPUR: Gabungan serta persefahaman jitu merupakan intipati terpenting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan dan 'meruntuhkan' keangkuhan Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa Melaka akan kekal bernaung di bawah Kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Mat berkata, Pakatan Rakyat di Melaka berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah landskap politik negeri tersebut, akibat daripada pelbagai permasalahan yang melanda Kerajaan Negeri pimpinan Ali Rustam khususnya berkenaan dengan rasuah, korupsi dan pembaziran.
Katanya, pimpinan muslimat PAS di Melaka khasnya telah bersama-sama dengan kepimpinan wanita DAP dan KeADILan untuk turun padang bagi menerangkan masalah-masalah yang telah ditimbulkan oleh Ali Rustam dan implikasinya terhadap rakyat.
"Kami bersama kepimpinan wanita dari DAP dan KeADILan kerap mengadakan pertemuan bersama rakyat berkenaan pelbagai isu dan masalah yang telah dilakukan Ketua Menteri. Kami di pihak muslimat sendiri telah gunakan 'tagline' 'sutera kasih tautan hati' bagi dekatkan diri rakyat bersama kami", katanya kepada Harakah pada 7 Januari lalu.
Selain itu, Kintan yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, menerangkan bahawa daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan di Melaka, 13 diberikan kepada PAS, lapan DAP dan tujuh KeADILan. Tambahnya lagi, daripada 13 kerusi Dun yang diberikan kepada PAS, salah satu kerusi iaitu di Dun Sungai Rambai akan diisi oleh dirinya selaku Ketua Muslimat PAS Melaka. Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013 | Pembunuh upahan di Melaka ? OKT mati ditembak Posted: 04 Feb 2013 02:41 PM PST 4 Februari 2013 MELAKA - Seorang lelaki yang baru selesai menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh mati ditembak di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh di sini, hari ini. Mangsa, S. Saravanan, 39, yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama seorang rakan berusia 28 tahun dipercayai ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini kira-kira 10.20 pagi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata sebelum kejadian, mangsa dari Butterworth, Pulau Pinang hadir di mahkamah berkenaan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) dalam satu kes samun pada 2002. Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta menuju ke arah tol Ayer Keroh didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal dari arah sama sebelum pembonceng motosikal terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian tempat pemandu kenderaan itu. "Motosikal terbabit kemudian bergerak ke bahagian depan kereta sebelum melepaskan lagi tembakan ke arah mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Salehhudin berkata, ekoran tembakan itu, kereta mangsa hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di hadapannya. Mangsa ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dan bahu ketika polis tiba di lokasi kejadian, katanya. Bagaimanapun, katanya, rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini berada dalam jagaan polis bagi membantu siasatan. Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, polis menjumpai tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian namun polis masih menunggu laporan penuh daripada unit forensik bagi memastikan jumlah tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa. Salehhudin meminta saksi kejadian agar tampil membantu siasatan. - Bernama Sumber : Sinar Harian | |
Dupahang's Weblog Posted: 05 Feb 2013 11:47 AM PST INNALILLAH… Gambar TERKINI dari Rusila Posted: 05 Feb 2013 07:00 AM PST TERKINI dari Rusila Assalamualaikum, Takziah diucapkan kepada semua… pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Insya’Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin. Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank [...] | Ingatkah Ust. Nasha dua Tuan Guru hampir berpecah kerana mempertahankannya? Posted: 05 Feb 2013 06:52 AM PST Oleh: Khairi Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tiba-tiba menjadi begitu popular dan kerap mendapat tempat di muka depan media Umno. Lihat, bagaimana seseorang ahli PAS boleh popular apabila diambil tindakan. Bahkan dijadikan 'peluru' untuk menembak jamaahnya sendiri! Saya tidak membaca penuh apa yang dikeluhkan oleh Ustaz Nasha kepada media Umno, cuma pada [...] | Umno konon menjadi wira kepada Ust Nasa Posted: 04 Feb 2013 07:56 PM PST Umno kembali lemah, kini sesudah semua kerja tembelangnya ditelanjangkan serta dibongkarkan. Umno masih lagi mahu menyatakan bahawa dia betul, dialah yang paling sayang rakyat, dialah yang paling banyak berjasa (kerana tiada parti lain sejak 56 tahun berjaya rapas daripadanya). Semuanya didakwa adalah kerananya. Modal dikira terakhir dan besar selepas isu kalimah ALLah adalah soal Ust [...] | |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 05 Feb 2013 09:36 AM PST Menantu SU PAS Pahang meninggal kemalangan Posted: 05 Feb 2013 01:20 AM PST
TEMERLOH: Menantu Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal, iaitu Hajrah Mustafa, 24, isteri kepada anak keduanya, Muhammad Syahid meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Hajrah dan suami koma selepas terlibat kemalangan kereta berhampiran R&R Benta, Kuala Lipis kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Kedua-duanya kritikal dan koma selepas kereta jenis Toyota Avanza dinaiki mereka, terbabas lalu melanggar kereta lain dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat sepanjang hari.
Turut menziarahi di hospital ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jenazah allahyarham yang berasal dari Tawau, Sabah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berchang selepas Zohor hari ini.
Sementara itu, Muhammad Syahid masih tidak sedarkan diri dan berada di Wad ICU Hoshas, Temerloh
Menurut sumber, pagi semalam, Syahid dan isterinya yang mendirikan rumah tangga pada 1 Disember lalu sempat menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Lipis.
Beliau selepas itu bertolak ke Kuala Lumpur untuk urusan mengambil sijil diplomanya di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis). - Harakahdaily | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 05 Feb 2013 09:34 AM PST PENDAFTARAN SUKARELAWAN PRU13 Posted: 05 Feb 2013 02:58 AM PST Anda dipersilakan mendaftar sebagai sukarelawan PRU13 DI SINI | RIBUAN PEMINAT PSY RAYU USAH JADI ALAT BN Posted: 04 Feb 2013 09:10 AM PST Peminat rayu Psy: Jangan jadi alat BN Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang. Ramai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan. Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini. "Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik. Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi "Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.-malaysiakini | |
KHIDMAT MERU Posted: 05 Feb 2013 09:07 AM PST EDARKAN LIMAU DAN KAD RAYA CINA Posted: 04 Feb 2013 07:45 PM PST YB Dr Rani dan datuk-datuk Ketua Kampung telah turun padang di Pasar Besar Klang untuk peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung Pasar Besar Klang. | PTRS BERJALAN LANCAR Posted: 04 Feb 2013 07:34 PM PST YB Dr Rani melancarkan Program Tiusyen Rakyat Selangor di Masjid Meru yang melibatkan lebih dari 110 pelajar dari golongan miskin dan pelbagai bangsa. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 05 Feb 2013 09:04 AM PST |
PAS Kulaijaya Posted: 05 Feb 2013 07:21 AM PST |