Isnin, 1 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 01 Oct 2012 01:14 PM PDT

waadat


Kepiah putih cuma RM2.50

Posted: 01 Oct 2012 12:36 AM PDT



Agak sukar untuk keluar dari simpang. Kenderaan bergerak perlahan, bertali arus dan belum ada tanda mahu reda. Jenuh Demang menunggu.

Pada suatu ketika Demang lihat ada sedikit ruang untuk mencelah. Di sebelah kiri ada sebuah kereta dipandu seorang lelaki berkepiah putih.

Ada peluang nampaknya, fikir Demang.

Demang menekan minyak dan cuba untuk keluar.

Namun rupa-rupanya tidak semudah itu. Lelaki berkepiah putih melajukan keretanya sekaligus menutup ruang.

Demang mengundur semula dan kereta lelaki itu masih tidak bergerak sebab jalan sedang jem.

Benar lah kata teman Demang, "apa nak heran, kepiah putih cuma berharga RM2.50!"

Cucu Tok Selampit

Posted: 01 Oct 2012 01:11 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Fitnah Terhadap GAPS - Ini Jawapan Dari Presiden GAPS @Hamidzun

Posted: 01 Oct 2012 01:20 AM PDT


Pakatan Haram terutamanya di Selangor sudahpun mula panas dengan pembongkaran-pembongkaran yang dilakukan oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah membuat strategi kotor mereka dengan memfitnah GAPS. Fitnah berkenaan disiarkan di Selangor Kini, sebuah buletin Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan wang Rakyat. Berikut adalah jawapan balas yang diberikan oleh Saudara Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS yang juga merupakan sahabat blogger terawal yang CTS kenali.
Khabar Fitnah, Tohmah dan Mehnah terhadap GAPS
Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.
Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.
Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan. Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.
Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.
Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.
Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi "budak suruhan politik" yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.

Yang Benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012

Dr Anwar Ibrahim? Sejak Bila Anwar Ambil Kursus Kedoktoran Atau Perubatan?

Posted: 30 Sep 2012 06:00 PM PDT


"Screenshot" di atas CTS perolehi daripada laman sosial Facebook. Betapa bangganya Anwar Ibrahim meletakkan banner jemputan ceramah beliau pada 04 October 2012 ini di Paris, Perancis. CTS tidak ambil perduli di mana beliau akan berceramah. Cumanya CTS tertanya-tanya apakah yaang dibohongkan kepada pihak penganjur sehinggakan beliau dipanggil Dr? Sejak bilakah beliau melanjutkan pelajarannya sehingga Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Setahu CTS, Ijazah Sarjana Muda beliau di dalam bidang bahasa sahaja hanyalah sekadar cukup makan - Ijazah Am atau Ijazah Kelas Tiga!

Atau apakah semasa beliau berada di Penjara Sungai Buluh, beliau telah mengambil Ijazah di dalam bidang kedoktoran, untuk menyaingi mantan mentornya Tun Dr Mahathir Mohamed. Ishh! Kalau betullah Anwar Ibrahim seorang doktor perubatan, CTS lah orang terakhir yang akan datang berjumpa dengannya sekiranya sakit. Manakan tidak, bayangkan kalau kita datang mengadu demam, doktor suruh buka seluar. Kita datang mengadu selsema, doktor suruh buka seluar. Orang Kedah kata "jerluih" lubang kalau selalu berjumpa dengan Dr Anwar Ibrahim!

Duke of UMNO

Posted: 01 Oct 2012 01:01 PM PDT

Duke of UMNO


PEDAS BERAPIII..!!! TONY PUA "RACIST" SERANG SYED MOKHTAR LAGI..!!!

Posted: 01 Oct 2012 07:32 AM PDT

tony silap

Naik menyampah pula apabila melihat kemarahan dan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang beriya-iya mendesak Kerajaan Pusat untuk mendedahkan hutang tokoh perniagaan Melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan syarikatnya.

Tony Pua semalam sekali lagi mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk menyatakan status perniagaan Syed Mokhtar, kononnya tokoh korporat Bumiputera terkaya di Malaysia itu berhutang sehingga RM34 bilion ringgit.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, hutang yang puluhan bilion ringgit yang dimiliki oleh Syed Mokhtar itu akan menyebabkan negara dilanda "malapetaka ekonomi" dan ia kononnya Kerajaan Pusat cuba melindungi akaun perniagaan taikun Melayu tersebut.

Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian individu perseorangan?

Mengapa Tony Pua mendesak agar akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?

Sedangkan, begitu ramai taikun sebangsa dengannya seperti Robert Kuok, Teh Hong Pow dan Lee Shin Cheng yang jauh lebih kaya dari Syed Mokhtar tapi langsung tidak disentuh atau didesak untuk didedahkan akaun perniagaan mereka.

Mengapa Tony Pua tidak bertemu Robert Kuok atau Ananda Krishnan dan minta mereka mendedahkan akaun perniagaan masing-masing memandangkan mereka juga taikun di dalam dunia perniagaan di negara ini?

Manalah tahu kalau-kalau tokoh-tokoh perniagaan itu juga memiliki hutang yang mencecah ratusan bilion ringgit, kan?

Selain itu, dari mana Tony Pua mendapat maklumat secara tepat bahawa syarikat milik Syed Mokhtar berhutang sebanyak RM34 bilion sedangkan maklumat mengenai akaun syarikat persendirian sepatutnya menjadi rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Jika benar Tony Pua berani dan mempunyai fakta tersebut, dia sendiri boleh kemukakan kepada khalayak ramai melalui sidang media.

Cuma, selepas pendedahan tersebut dilakukan, Tony Pua perlu bersedia untuk menerima surat saman dari pihak Syed Mokhtar atas kepalsuan yang didedahkan dan Ahli Parlimen DAP itu juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kemudian, Tony Pua juga terpaksa menanti dakwaan yang sama sebagaimana yang dihadapi oleh Rafizi Ramli sekarang di mana Pengarah Strategik PKR itu sedang bergelut dengan tuduhan melanggat akta BAFIA di mahkamah.

Persoalannya, mengapa pula Tony Pua cuba mendesak kerajaan untuk mendedahkan akaun perniagaan Syed Mokhtar?

Apakah pemimpin DAP yang selalu menuduh menggunakan angka palsu itu cuba mengalihkan kesalahan melanggar akta BAFIA itu kepada Kerajaan Pusat? Tolonglah, Kerajaan Pusat tidak bodoh seperti Rafizi…

Sewajarnya, jika Tony Pua benar-benar ikhlas dalam pertikaiannya itu, dia perlu mendesak taikun-taikun selain dari Syed Mokhtar untuk menyatakan akaun peribadi mereka. Itu pun kalau Tony Pua berani lah, kan?

Kalau benarlah fakta yang dikemukakan Tony Pua itu, dia sebenarnya boleh mendedahkan maklumat berkenaan kepada rakyat Malaysia tanpa mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang itu.

Pada saya, Tony Pua sebenarnya mungkin sengaja "menyerang" Syed Mokhtar dan perniagaan tokoh Ma'al Hijrah 1429H itu bagi pihak Guan Eng memandangkan kerisauan Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap pengambil alihan Penang Port.

Khabarnya, Guan Eng benar-benar takut jika Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port memandangkan pelabuhan di Pulau Mutiara itu dikuasai oleh beberapa ahli perniagaan Cina yang begitu banyak membantu dana DAP di negeri itu.

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada Syed Mokhtar memandangkan beliau begitu digeruni oleh para pemimpin DAP yang begitu terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasunya itu.

Harapnya, beliau sentiasa "cool" dan terus menolong rakyat melalui Yayasan Al-Bukhari yang begitu banyak membantu umat Islam di negara ini. Usahlah dipedulikan dengan puak-puak DAP yang sememangnya tidak pernah suka melihat bangsa Melayu Muslim lebih maju dari mereka…

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! ANWAR PAKSA LAJIM KELUARKAN RM50K UNTUK BELI SURAT CINTA DIA..???

Posted: 01 Oct 2012 05:32 AM PDT

lajim_surat

Meriah betul majlis "lelong melelong" barangan peribadi para pemimpin Pakatan Haram yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini di mana hasil jualan lelongan itu akan disumbangkan kepada tabung dana PRU ke-13 gabungan parti pembangkang itu.

Antara yang berjaya dijual malam itu ialah "teddy bear" milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000, gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster "filem" Karpal Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.

Selain itu, karikatur yang dilukis oleh kartunis Zunar pula berjaya dijual dengan harga kedua tertinggi sebanyak RM32,000.

Zunar merupakan "raja kartunis" di mana hanya dia boleh lukis kartun provokasi pemimpin BN dan kartunis lain "diharamkan" melakukan provokasi kepada pemimpin Pakatan Haram, kan?

Namun yang paling panas ialah mengenai "surat cinta Anwar kepada Wan Azizah" yang dikarang ketika bekas banduan itu berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa menzalimi mereka yang menentangnya semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Surat berkenaan telah berjaya dijual dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Apakah Anwar mengarahkan Lajim Ukin untuk membeli surat cintanya itu dengan harga RM50,000 sebagai menjaga "air muka"nya supaya dilihat lebih "bernilai" berbanding para pemimpin Pakatan Haram yang lain?

Pada pandangan saya, "surat cinta Anwar – Wan Azizah" itu sebenarnya tidaklah semahal harga yang dibeli oleh Lajim Ukin tersebut. Lagipun, saya yakin bahawa Lajim membeli surat berkenaan bukanlah bertujuan untuk dibaca.

Nak dijual pada Apek "surat khabar lama" pun tak ada harga berbanding "teddy bear" Teresa Kok, tongkat dan gambar Nik Aziz, poster "filem" Karpal dan kartun yang dilukis Zunar yang mungkin ada sedikit nilai kormersilnya.

Setidak-tidaknya, barangan itu boleh dijual dengan harga lebih kurang RM10 di tepi jalan berbanding surat cinta Anwar yang hanya beberapa keping kertas kajang tersebut.

Pada saya, mungkin Anwar tahu surat cintanya itu akan dilelong dan dia mahu seseorang membelinya dengan harga yang mahal bagi menunjukkan bahawa dia "begitu berharga" berbanding pemimpin lain di dalam Pakatan Haram.

Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli sesuatu yang layak "dibakul sampahkan" itu?

Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.

Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir wang rakyat!

Namun kerana Lajim kini berada di dalam kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai "suci" dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.

Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13, Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar para pemimpin Pakatan Haram…

Pun begitu, mereka sering mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka "miskin" tidak berduit sehingga terpaksa mengedarkan karung dan peti bagi mengutip derma dari para penyokong mereka di ceramah-ceramah setiap malam.

Itu belum lagi disenaraikan lagi dana-dana yang dibawa masuk dari luar negara yang dipercayai telah diterima dari agensi-agensi Yahudi yang sebelum ini begitu terkenal membiayai siri-siri konfrontasi menggulingkan para pemimpin di negara Islam yang menentang kuasa zionis Israel – US.

Persoalannya, sampai bilakah segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Haram ini akan terus tertipu dengan "mainan jiwa" dan penipuan para pemimpin pembangkang yang hanya pandai "auta" tapi tak  tahu buat kerja ini?

Para penyokong Pakatan Haram bergolok bergadai membiayai perjuangan pembangkang, tapi pemimpinnya bermewah-mewah tinggal di banglo jutaan ringgit, berkempen dengan jet eksekutif dan helikopter.

Mahukah anda terus menerus ditipu hipokrasi para pemimpin pembangkang itu? Tepuk dada, tanyalah Islam yang sewajarnya menjadi pegangan kita untuk membuat penilaian yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara…

Sumber: Mykmu.net

TU DIAAA..!!! PAS KATA UMNO PUNCA MELAYU PECAH BELAH...

Posted: 30 Sep 2012 11:15 PM PDT

dap ganti pas

Memang meloyakan apabila mendengar tuduhan bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, baru-baru ini di Harakahdaily yang menuduh kononnya UMNO merupakan penyebab utama Melayu hilang kuasa di Malaysia.

Idris Ahmad yang dikenali sebagai seorang yang "gila glamour" telah menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang dikatakan cuba menyemai rasa takut di kalangan bangsa Melayu di negara ini dengan bercakap mengenai Melayu kehilangan kuasa pada PRU ke-13.

Kata Idris Ahmad, UMNO telah berkuasa selama 55 tahun di negara ini dan menyebabkan banyak tanah rezab Melayu yang hilang dari pegangan bangsa, khususnya ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Idris juga menuduh bahawa UMNO merupakan bapa pepecahan Melayu apabila muncul parti-parti Melayu serpihan seperti Parti Negara dan Semangat 46. Peliknya, Idris tidak pula menyebut nama PAS dan PKR yang juga merupakan parti serpihan dari UMNO!

Dia berhujah, Melayu dahulu mempunyai parti yang lebih awal iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin al-Helmi dan Ahmad Boestamam, serta mempersoalkan mengapa UMNO perlu diwujudkan kemudiaannya?

Kemudian, dia mendakwa PAS ditubuhkan kerana golongan ulama yang dikatakan tidak berpuas hati dengan isu judi yang tidak diharamkan oleh pemimpin UMNO dan memaksa mereka menubuhkan parti baru.

Saya ingin bertanya kepada Idris Ahmad, apakah dia terlalu bodoh untuk melihat tentang satu kebenaran yang berkemungkinan akan terjadi sekiranya Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti?

Saya yakin, majoriti rakyat akan setuju jika saya katakan bahawa DAP adalah parti paling berkuasa di dalam Pakatan Haram sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan memandangkan tindakan PKR dan PAS yang tunduk begitu patuh pada "Abang Besar" mereka itu.

Mungkin Perdana Menteri akan dilantik dari PKR memandangkan itu cita-cita "De Facto"nya, Anwar Ibrahim, manakala PAS hanya sekadar pak turut yang dilihat sebagai parti kelas bawahan yang dinafikan hak dasarnya secara mutlak.

Lihatlah saja pada "pilot kes" di dalam Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor di mana Khalid Gagap terpaksa tunduk dengan kehendak Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong sehingga PAS dihenyak dengan teruk dalam isu mempertahankan aqidah umat Islam dan pusat-pusat hiburan.

Begitu juga dengan tekanan yang diterima oleh parti Idris Ahmad apabila pucuk pimpinannya membenarkan Azmin dan Anwar campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti itu sehingga menyebabkan Hasan Ali dipecat dengan begitu mudah.

Jadi, rasanya budak sekolah rendah pun tahu menilai kedudukan bangsa Melayu dan Islam sekiranya Pakatan Haram memerintah negara ini. Dan itulah yang cuba diingatkan oleh seorang pemimpin yang terkenal "ultra Melayu"nya, Tun M.

Berkenaan dengan tanah rezab Melayu, cuba perhatikan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang bagaimana Azizan Razak, Khalid dan Guan Eng telah menukar status tanah rezab Melayu menjadi hak milik bukan Melayu. Dan apakah UMNO juga wajar dipersalahkan dalam angkara ini?
"Mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"!

Apakah Idris Ahmad lupa bahawa PAS adalah parti pertama yang memecah-belahkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini? Dengan "skim direct selling" menjual nama Islam, PAS telah berjaya meracun dan memesongkan sebahagian dari bangsa Melayu.

Begitu juga dengan PKR, demi kuasa dan mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menubuhkan PKR. Sekiranya Anwar memikirkan tentang perpaduan dan perpecahan orang Melayu, sudah tentu dia akan menyertai PAS dan tidak menubuhkan PKR!

Idris Ahmad takut untuk "belasah" Anwar, kah? Takut nasibnya jadi seperti Hasan Ali?

Idris Ahmad tahu atau tidak tentang erti "United" yang ada di dalam UMNO? United tu maknanya parti UMNO telah menyatukan pelbagai parti-parti Melayu kecil yang begitu banyak ditubuhkan sebelum merdeka itu dan sebab itulah nama UMNO digunakan berbanding PKMM!

Takkalah Idris Ahmad begitu bebal untuk tidak dapat berfikir secara rasional tentang itu?

Idris Ahmad menuduh UMNO ditubuhkan atas restu penjajah British untuk sistem pecah dan perintah? Bagaimana saya hendak bersetuju dengan kenyataan Idris ini memandangkan UMNO bertanggungjawab menyatukan banyak parti Melayu ketika itu?

Sebaliknya, siapa pula yang meluluskan penubuhan PAS ketika itu? UMNO atau British? Secara tidak langsung, penubuhan PAS yang direstui oleh British itulah yang menjayakan dasar pecah dan perintah yang disukai penjajah!

Tidakkah PAS dan Idris Ahmad boleh buka kotak fikiran mereka secara rasional berbanding menuduh musuh politiknya secara sihat, berfakta dan realistik? Tidak hairanlah tidak ada mana-mana pihak pun yang menghormati PAS di zaman ini…

Sumber: Mykmu.net

ISU AIR SELANGOR: CEO "TERKEMUKA" TAK PAHAM ERTI "SYARIKAT SDN BHD" KE..?

Posted: 30 Sep 2012 09:14 PM PDT

Fearless From Kampung Boy To CEO
Ni nak tiru Memoir Tun M le ni.. Si gagap ni berjaya macam Tun M ke jasanya? Heh!
Saya agak teruja dengan berita yang tersiar di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, mengenai sebuah buku baru karya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" Ibrahim, yang bertajuk "Fearless: From Kampung Boy To CEO".

Dengan terbitnya buku tersebut, maka jelaslah bahawa Khalid merupakan seorang yang amat arif dalam selok belok pentadbiran perniagaan, apatah lagi dia pernah mengemudi sebuah badan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Khalid juga pernah dilantik menjadi CEO syarikat gergasi, Kumpulan Guthrie Berhad, dan kini dia telah menjawat jawatan nombor 1 di Selangor sebagai Menteri Besar.

Peliknya, setelah Khalid berjawatan Menteri Besar Selangor, dia seolah-olah lupa dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat di negara ini apabila "memaksa" Kerajaan Pusat untuk "menekan" syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Ia adalah sebagai usahanya untuk menjalankan penstrukturan air semula yang sering disalak siang dan malam apabila negeri Selangor dilanda bibit-bibit krisis air yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Langkah pertama penyusunan semula ini sepatutnya melibatkan kerajaan negeri membeli empat syarikat konsesi — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KeTTHA sebagai wakil Kerajaan Pusat telah memberikan kebenaran kepada Khalid untuk membeli syarikat-syarikat konsesi air tersebut. Sebelum ini kerajaan negeri telah pun membuat dua tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi tetapi telah ditolak.

Justeru itu, takkanlah seorang CEO yang "berjaya" tak tahu apa langkah seterusnya?


Khalid baru-baru ini telah menjemput TPM berbincang mengenai penyusunan semula air.  Nak bincang apa lagi?

Khalid masih "mengada-ngada" dan tidak mampu mencapai persetujuan dengan syarikat-syarikat itu, maklumlah harga tawarannya tidak diterima.   CEO yang begitu arif dalam dunia korporat patut tahu apa itu konsep "willing buyer willing seller".

Jadi, dengan mengajak TPM berbincang, adakah Khalid mahu memperkenalkan satu lagi konsep "baru" iaitu "willing buyer, seller to force sell".  Khalid tentu faham istilah penjualan saham "force sell", bukan?

Persoalannya, apakah wajar Khalid memaksa Kerajaan Pusat untuk campur tangan di dalam urusniaganya dengan syarikat-syarikat itu dan memaksa pemiliknya menjual syarikat-syarikat mereka mengikut harga kemahuannya?

Sebagai seorang tokoh korporat, takkanlah Khalid tidak tahu bahawa memaksa mana-mana pihak untuk menandatangani kontrak yang sah dengan kerajaan negeri, dan sekaligus menjual syarikat mereka kepada kerajaan negeri adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Pusat?

Kerajaan Negeri Selangor memiliki 30% saham di dalam SYABAS dan sudah tentu Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Khalid di dalam syarikat berkenaan tahu nilai sebenar syarikat konsesi air tersebut.

Lagipun, saham 30% milik kerajaan negeri adalah milik rakyat dan sudah tentu  rakyat Selangor pun mahukan harga yang berpatutan untuk saham mereka itu!

Sewajarnya, jika Khalid mahu membeli SYABAS dan tiga lagi syarikat konsesi air yang lain, dia patut berunding terus dengan mereka dan menggunakan kepakarannya sebagai tokoh korporat untuk mendapatkan "harga patut" bagi mencapai persetujuan urusniaga itu.

Selain itu, isu pembinaan loji Langat 2 dan urusniaga penstrukturan air itu adalah dua isu berbeza.

Loji Langat 2 adalah sumber air mentah alternatif bagi menampung permintaan air yang meningkat dimana ia merupakan kata kunci bagi memastikan rakyat Selangor tidak dilanda krisis air yang teruk pada tahun 2014.

Lagipun, loji itu perlu dibina segera memandangkan ia memakan masa sekurang-kurangnya empat tahun untuk siap dan apakah Khalid mahu melihat rakyat Selangor terus dilanda krisis air sebagaimana yang terjadi pada tahun 1998 dulu?

Saya rasa, sudah masanya Khalid mengenepikan ego politiknya demi memastikan kebajikan rakyat di Selangor terjamin dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang pemimpin yang mementingkan rakyat berbanding diri sendiri.

Sekurang-kurangnya, jika Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 nanti sekali pun, tidaklah nanti nama Khalid menjadi "busuk" dan tidak menjadi kutukan "CEO paling tidak berguna" di kalangan rakyat Selangor zaman berzaman, kan?

Saya khuatir jika selepas ini terbit pula buku untuk Khalid berjudul "From CEO To The Most Disastrous Selangor's MB In History" dan digunakan musuh politiknya, Azmin Ali, untuk memaksanya "pencen" dari arena politik!

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! "GUA BIRAS MB TAUUU..", MAHFUZ SINDIR MB KEDAH..???..???

Posted: 30 Sep 2012 07:35 PM PDT

mahfuz bdb

Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah, Mahfuz Omar, hari ini menyindir hebat syarikat yang diberikan kontrak LRT Ampang, George Kent (M) Sdn Bhd, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu.

Mahfuz mencadangkan agar syarikat itu menukar mottonya kepada "Gua Kawan Perdana Menteri", menjadikan potret Najib sebagai logo korporatnya dan menukar nama pejabat korporatnya kepada "Wisma Najib".

Selamba saja Mahfuz menyuruh George Kent meletakkan kepakaran korporatnya iala bermain golf bersama Perdana Menteri di dalam profil syarikat berkenaan dan utamanya, Naib Presiden PAS paling banyak meroyan itu mempersoalkan kelayakan syarikat itu mendapat kontrak LRT tersebut.

Mahfuz menggunakan pertikaian Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dalam hujahnya untuk menghentam syarikat berkenaan dan kononnya Perdana Menteri telah campur tangan dalam hal pemberian kontrak itu.

Persoalannya, apakah Mahfuz sudah ketinggalan keretapi dan tidakkah dia tahu bahawa Rafizi telah pun membuat permohonan maaf terhadap Perdana Menteri bahawa  dia tersilap dalam pertikaiannya itu?

Rafizi mulanya mempersoalkan perkara yang sama dengan Mahfuz, namun dia kemudiaannya menyedari bahawa Najib langsung tidak campur tangan dalam hal ehwal pemberian projek berkenaan dan kemudiaannya meminta maaf atas tuduhan tersebut.

Mungkin dia takut disaman Najib setelah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkaitan BAFIA.
Tapi Mahfuz yang "cerdik" sangat ini nampaknya cuba menjolok sarang tebuan dan apakah dia tidak takut muflis disaman atas persepsi yang cuba dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat itu?

Saya ingin bertanya Mahfuz, apakah dia fikir pihak kerajaan akan memberikan projek membuat jalanraya kepada syarikat Perusahaan Rempeyek Che Som? Dan apakah dia fikir syarikat George Kent itu tidak punya kepakaran dan kebolehan untuk menyiapkan projek LRT tersebut?

Sekiranya benar pun syarikat itu tidak mampu datau gagal menyiapkan projek berkenaan dengan baik, apakah dia fikir kerajaan tiada hak untuk menuntut sebarang kerugian atas kontrak yang telah ditandatangani?

Kalau benarlah Kerajaan BN hanya memberikan kontrak kepada rakan Perdana Menteri, sudah tentu banyak syarikat di negara ini yang akan lingkup dan bungkus memandang majoriti mereka tidak pernah bermain golf dengan Najib!

Jahat sungguh persepsi yang cuba dilontarkan Mahfuz kepada Perdana Menteri dan dia fikir niat jijiknya untuk memburuk-burukkan Najib dan BN itu akan berjaya?

Sepatutnya, Mahfuz perlu bertanya kepada Azizan Razak di Kedah tentang pemberian-pemberian kontrak "direct nego" yang diberikan kepada syarikat Quartzcity Global Resources Sdn Bhd, di mana "biras" Menteri Besar Kedah itu merupakan Pengarah Kedua di dalam syarikat tersebut.

Begitu juga dengan Khalid Gagap yang terang-terang meletakkan nama abangnya, Abdul Rahman Ibrahim sebagai "boss besar" Kumpulan "Penyangak Pasir" Selangor sehingga ditakuti oleh ramai kontraktor bumiputera di Selangor.

Mengapa Mahfuz tidak menghantar sms kepada Khalid untuk meletakkan motto "Gua Abang Khalid Gagap" sebagai motto syarikat "Raja Pasir" Selangor? Mengapa tidak letakkan gambar "Khalid & Brothers" sebagai logo korporat dan mengapa tidak tukar nama pejabatnya sebagai "Wisma Khalid"?

Atau Mahfuz perlu pulang ke Kedah dan bertanya Azizan Razak mengapa dia tidak ambil tahu tentang pemberian projek-projek mineral MBI kepada birasnya, Ikhram Shafiee?

Sedangkan khabarnya saudara Menteri Besar  itu langsung tidak tahu tentang mineral sebelum PAS mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah!

Seperkara lagi, tidak ingatkan kemarahan Mahfuz kepada Azizan Razak berkenaan pemberian projek membina Kampus KUIN di Kuala Ketil kepada syarikat luar sehingga menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kedah Sato sebelum ini?

Apakah dia fikir Azizan pernah main golf dengan pemilik syarikat yang mendapat kontrak pembinaan kampus tersebut dan apakah syarikat itu sudah menukar nama pejabatnya kepada "Wisma Azizan Razak"?

Rasanya, Mahfuz perlu fikir 1,000 kali sebelum menyerang kerajaan, Najib mahupun UMNO/BN kerana segala hujahnya itu begitu bodoh untuk dilayan…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...POK NIK LUPO MAKE BUDU KE PAGI NI?

Posted: 30 Sep 2012 06:08 PM PDT


Marah benar Pok Nik hari tu pasal kes orang pijak gambar Najib tu...heh!

Kes tunjuk bontot pun Pok Nik marah gak...nyaris la dia tarik balik tiket ke syurga tu...

Tapi peliknya, kes main bontot dia tak marah pulakkkkk..!!! Kan?

Hari tu masa Guan Eng dengan bapak dia, Kit Siang, pijak gambar ADUN Perak dia tak marah pulak!

Gua no mu ni Pok Nik wehhh...dok make budu ke hari ni?

THE FLYING KICK

Posted: 01 Oct 2012 01:01 PM PDT

THE FLYING KICK


DAP RANCANG BUBARKAN REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA UNTUK GULINGKAN RAJA-RAJA MELAYU!!!

Posted: 01 Oct 2012 07:10 AM PDT

BORANG BRIM 2 DAH KELUAR, PENYOKONG PAKATAN TAK MAHU MENDAHULUI KE?

Posted: 01 Oct 2012 04:59 AM PDT

PEGUAM-PEGUAM DAP SIAP SEDIA MEMPERTAHANKAN REMAJA JINJANG TEMBAK POLIS YANG BARU MENYERAH DIRI!!!

Posted: 01 Oct 2012 03:34 AM PDT

CELAKA PUNYA NGEH KOO HAM, KAKI KATAK JADI MENU OLDTOWN WHITE COFFEE UNTUK PELANGGAN MELAYU!!!

Posted: 01 Oct 2012 12:37 AM PDT

NIAT JAHAT PAKATAN RAKYAT TERHADAP PDRM TERSERLAH MENERUSI BAJET ALTERNATIF MEREKA!!!

Posted: 30 Sep 2012 11:02 PM PDT

BENARKAH BAJET ALTERNATIF PAKATAN RAKYAT, BAJET MOSSAD ISRAEL YANG BERPANGKALAN DI SINGAPURA?

Posted: 30 Sep 2012 09:16 PM PDT

PENING! PENING! TAHUN DAH NAK MASUK BARU, JANJI PAKATAN RAKYAT SELANGOR MASIH BERTERABUR!!!

Posted: 30 Sep 2012 07:58 PM PDT

BAJET JANJI DITEPATI BERBANDING BAJET SYOK SENDIRI!!!

Posted: 30 Sep 2012 05:00 PM PDT

DIMENSI

Posted: 01 Oct 2012 11:23 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Lepas zuraidah pancing kat jamban...kini giliran anuwar plak nak pancing kat padang pasir >XD

Posted: 01 Oct 2012 05:59 AM PDT

"Ada dia (Najib) senaraikan siapa Menteri Besar Selangor, dia umum siapa akan jadi Menteri Kewangan selepas menang, tidak ...," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas selesai membahaskan Bajet 2013 dan bajet alternatif hari ini, di sini. - SH

kehkehkeh anuwar memancing lagi!..itu pun selepas mak lampir memalukan dirinya di khalayak ramai apabila misi untuk mengetahui siape bakal menteri besar selangor jika BN berjaya menguasai semula kerajaan negeri telah gagal sekaligus memusnahkan tugasan yang di beri oleh anuwar pandikutti!

tentu anuwar tak puas hati kerana ini akan merencatkan agenda mereka nak memburuk2kan bakal MB selangor. siapa pun yang akan di lantik sebagai mb kelak tetap menjadi misteri yang menghantui anuwar & the geng. namun tak mustahil jentera2 fitnah di kalangan balaci2 anuwar pandikutti telah menyediakan pelan B dengan mensasarkan beberapa calon yang di lihat sebagai 'winnable candidate'

yang lebih mengekelakarkan lagi anuwar seperti peliwat gila bayang. anuwar marah kerana najib meminta beliau memberikan nama2 barisan kabinet bayang. sebaliknya mempersoal kenapa najib sendiri tak menamakan barisan kabinet beliau jika menang?..

anuwar tau dengan memancing najib untuk menamakan barisan kabinet bakal membolehkan jentera2 pemfitnah fuckatan membuat persediaan awal mencari kelemahan serta menyerang kredibiliti akan bakal calon2 winnable candidate BN.

biar sekuat mana pun anuwar nak melalak biarkan jek. biar dia memancing sepanjang hari..lantak dia lerr..dia nak letak umpan ape pun kite bolayankan ajek!...jadi najib pasti dah tau apa yang perlu dia buat...buat bodoh jekkkk huhuhuhu

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Oct 2012 11:08 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Khairy malukan lagi Anwar kat Parlimen dengan fakta !

Posted: 01 Oct 2012 09:04 AM PDT



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
  
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
  
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
  
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
  
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
  
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
  
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
  
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
  
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
  
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
  
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
  
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
  
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
  
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
  
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
  
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
  
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama

Mengapa Blogger Pakatan sendiri dedah skandal Guan Eng !

Posted: 01 Oct 2012 05:18 AM PDT


Hari ni gua dimaklumkan oleh sumber dalaman Pakatan di Penang bahawa TKM1 Mansor Othman akan meletakkan jawatannya tak lama lagi akibat tekanan dari pemimpin tertinggi dorang.. Ah Beng yang marah bila dilabelkan sebagai cocky & Arrogant oleh Mansor, menyifatkan pemimpin PKR tu tak layak berada dalam barisan kepimpinan negeri..

 Sumber gua memberitahu, Mansor diberi kata dua samaada letak jawatan, ataupun dipecat kerana 'menderhaka'.. Jadi jalan yang paling profesional, Mansor dikatakan dah pilih untuk bersara..

 Sekarang ni apa yang gua tahu, pengganti Mansor sebagai TKM1 yang baru sedang dicari.. Nama Malik itik antara yang tertinggi menjadi bualan..

 Dengarnya, Malik 'direstui' oleh Ah beng untuk ganti tempat Mansor.. Tapi gua diberitahu bahawa ada bantahan dari Ramasamy TKM2 dan konco-konconya..

 So.., tekanan supaya meletakkan jawatan yang dihadapi oleh Mansor ni telah membuatkan penyokong dan pencacainya dalam PKR meroyan marah pada Ah beng.. Pasal tu lah gambar Ah Beng bersama sorang amoi cun memegang gelas BEER didedahkan didalam blog-blog Pakatan.. (Sila rujuk blog Anak Sungai Derhaka dan Milosuam)

 Semua ni dilakukan bagi memalukan imej Ketua Menteri yang berimej islamik dan warak tu dimata penyokong Pakatan khususnya Pas..

 Gua rasa, blogger-blogger PKR ni marah pada Ah Beng sebab mahu memecat pemimpin dorang dari barisan kepimpinan negeri Penang..

 Lagipun, kalau Mansor letak jawatan.., habislah periuk nasi blogger satu Parlimen dengan gua tu.. Gua difahamkan, selama ni Mansor lah yang payroll dia..

 Jadi.., sebelum Mansor di'bersara'kan.., blogger-blogger macai termasuk Milosuam tu berusaha untuk bagi tekanan pulak pada Ah Beng.. Kira macam balas dendam lah beb... SETERUSNYA


Komen GPB

Patut la mereka marah kat Ah Beng ..sebab marah pasal isu Mansor rupanya ...haha...

Bekas pemimpin PKR dedahkan DAP ada rahsia besar Anwar !!

Posted: 01 Oct 2012 04:45 AM PDT




PKR tidak akan mampu berbuat apa-apa termasuk mempertahankan pemimpin mereka sendiri apabila berdepan dengan DAP kerana kunci kelemahan PKR sudah berada dalam genggaman DAP, demikian pandangan Anuar Shaari bekas pemimpin PKR yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Jelas beliau walaupun PKR sekarang sudah terjerat tetapi mereka terpaksa berdolak dalih demi menjaga perhubungan mereka dengan DAP sebab 'fail besar' Anwar kini dipegang DAP.

 "Sebab itu saya tidak hairan dan tidak terkejut pun kalau ada orang bertanyakan kenapa DAP seolah-olah berani buli PKR…dan kenapa itu berlaku rasa-rasanya semua dah boleh jawab dengan sendiri melalui pemerhatian yang jelas," katanya kepada UMNO-Online di sini.

 Beliau seterusnya menambah bukan satu senario yang mengejutkan seandainya menjelang pilihan raya umum nanti, PKR akan mengalah dalam soal pembahagian kerusi baik di peringkat Parlimen mahu pun negeri. "Ini soal pakatan yang tidak ikhlas.

 Masing-masing ada agenda tersendiri dan saling guna dan mempergunakan. Sebab itu kalau kita lihat sampai sekarang mereka tak berani tunjuk kabinet bayangan mereka. Dalam PRU 13 ini masing-masing akan membolot kawasan yang pada perkiraan mereka kawasan selamat.

 "Masing-masing idam jawatan-jawatan penting sebab itu perkara pertama baik DAP, PKR atau Pas akan pastikan mereka bertanding di banyak kawasan terutama kawasan selamat buat mereka kerana parti yang menang banyak kawasan akan menjadi tuan besar.

Pendek kata dalam hal pakatan pembangkang yang penting siapa dapat makan daging, siapa pula yang akan dapat tulang. Soal membela rakyat hanya sekadar retorik kosong dan palsu", ujarnya.

 Untuk rekod pada tahun 1997, pemimpin DAP adalah yang pertama meragui peribadi Anwar Ibrahim tapi sekarang pemimpin DAP itu mengetuai pembelaan bagi membela kes yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

 Menurut Hansard Parlimen bertarikh 6 Oktober 1997, Karpal pernah bertanya soalan ringkas, 

soalan No 29 :

Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya. 

  Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal mencabar Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat salah lakunya

 : Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu kereta (Azizan Abu Bakar) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau (Ummi Hafilda Ali). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam membahaya.

 Mereka jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang telah dilafazkan oleh kedua-dua mereka ini merupakan isi kandungan dalam dua surat yang dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah serius terhadap maruah seorang pemimpin dalam negara ini, 'bad warning', kerana Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. 

Oleh itu, tidak ada pilihan lain kecuali satu pilihan iaitu membersihkan namanya. Jika itu, bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini, berlaku dalam surat layang. 

Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang telah diberkas oleh polis. (Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar) Jika tidak ada apa-apa asas, dan yang ditulis dalam surat itu tidak ada benar dalam pertuduhan ini, terdapat peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation. Jika seorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan, seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.

 Kenapa Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang telah dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat laporan polis.

 Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mengaku diliwat serta mendesak Azizan dipanggil di parlimen membuktikan kata-katanya benar. Ini adalah satu perkara yang telah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini.

 Ini mengenai dua surat yang ditulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satunya adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, 'Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.' 

Pada 22 Oktober, Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika surat ini tidak benar. Bolehkan Timbalan Perdana Menteri membiarkan dakwaan serius seperti dalam surat bersumpah berlaku ?

 Butir-butir surat sumpah ini dan saya merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau (Anwar) jawab adalah perkara ini dalam tangan Peguam Negara. Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa penjelasan daripada Peguam Negara. 

Tohmahan yang dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini: 'Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya.

 Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah…

 Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa? Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini….

Saya hanya pergi bercuti bukan buat maksiat -Black

Posted: 01 Oct 2012 03:00 AM PDT




Sebenarnya kami sendiri tidak pasti sama ada kekasih yang beliau maksudkan dalam akhbar mingguan hujung minggu lalu sama dengan gambar yang kami paparkan disebelah.

Namun khabarnya gadis disebelah ini merupakan kekasih Black atau kalau menurut pengakuan terbaru penyanyi ini, kini sudah pun bergelar bekas kekasih semenjak Aidilfitri lalu.

Cerita utama yang disampaikan Zubir di Berita Harian adalah gossip yang mengatakan Black pergi bercuti ke sebuah pulau berduaan dengan kekasih beliau & ianya hampir benar.

Black mengakui yang beliau memang ada bercuti bersama kekasih tetapi bukan berduaan seperti yang didakwa tetapi ditemani oleh tiga orang rakan mereka sekali ketika itu.

"Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu," ujar Black.


"Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu & agama Islam saya. saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan," tambahnya lagi.-ROTIKAYA_

Persamaan antara Dr Maza & Anwar Ibrahim...

Posted: 01 Oct 2012 01:55 AM PDT




1. Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, Maza juga orang Pulau Pinang..

 2. Anwar Ibrahim lahir dan membesar dalam keluarga UMNO, bapanya seorang Ahli Parlimen UMNO dan ibunya, Ketua Wanita UMNO di Pulau Pinang sebelum nampak seperti Pro-PAS sewaktu di kampus dan zaman ABIM. MAZA pula adalah proksi PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) sewaktu di asrama sekolah menengah dan juga ketika mengambil ijazah di Jordan sebelum nampak seperti Pro-UMNO sewaktu memegang jawatan Mufti.

 3. Anwar Ibrahim rapat dengan Dato' Asri Muda sewaktu Pro-PAS dan sebelum Anwar isytihar masuk UMNO sehinggakan Asri Muda offer jawatan Presiden PAS pada Anwar. MAZA pula rapat dengan Shahidan Kassim dan UMNO Perlis sewaktu nampak Pro-UMNO sehingga dapat jawatan Mufti Perlis dan title Dato'.

 4. Anwar dulu antara pengasas awal Badan Revolusi Ugama di MCKK dan ABIM, MAZA pengasas PAS di KIK dan Jordan. MAZA juga tubuh dan asaskan Ilmuwan Muda UMNO (ILMU).

 5. Anwar Ibrahim cipta masalah kepada UMNO dengan demonstrasi dan kebangkitan Islam, MAZA cipta masalah kepada PAS dengan idea taat kepada pemerintah walaupun zalim sewaktu jadi Mufti sehingga digelar Bapak Setan oleh Dr Badrul Amin.

 6. Anwar Ibrahim jadi hero kepada UMNO lawan idea kebangkitan Islam yang dulu dia mulakan sewaktu pimpin ABIM guna penerapan nilai-nilai Islam, MAZA jadi hero sekarang ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk lawan ulamak muda UMNO pasal idea taat pemerintah walaupun zalim, (sebelum dia jadi Mufti, ustaz mana pun tak pernah sebut benda ni, MAZA yang mula promote taat pemerintah zalim di Utusan dalam kolum Minda Mufti sekarang dia pulak konon tunjuk hero tak setuju fahaman ni).

 7. Anwar Ibrahim hantar kawan-kawannya seperti Tuan Haji Mohamad Sabu, Arwah Ust. Fadzil Noor dan Haji Hadi dalam ABIM masuk PAS, MAZA hantar Fatul Bari dan Fazlan Osman masuk UMNO melalui ILMU.

 8. Anwar Ibrahim hantar orang sahaja masuk PAS, tapi dia sendiri pun tak masuk PAS, MAZA hantar orang saja masuk UMNO tapi dia sendiri pun tak masuk UMNO.

 9. Anwar Ibrahim tak rujuk ulamak ABIM untuk tidak masuk PAS dan lepas tu masuk UMNO, MAZA tak rujuk ulamak Wahabi untuk tidak masuk UMNO, dan kemungkinan besar tidak rujuk ulamak Wahabi jika mau masuk PAS.

 10. Anwar Ibrahim mula-mula nampak Islamik, selepas itu nampak pro-Amerika Syaitan Besar dan pro-Barat bila dah berkuasa. MAZA mula-mula nampak Islamik dan sekarang mula cenderung kepada Barat bila dah popular.

 Inilah 10 persamaan antara Anwar Ibrahim dan MAZA.

Seharusnya, pencinta ahlul bayt, pendokong UMNO dan juga penyokong PAS mesti berwaspada. Penyokong PAS boleh berasa gembira kejap, tapi mereka mesti lihat huru-hara dicetuskan oleh Anwar kepada UMNO bila Anwar tidak dapat apa yang dia nak dan mencantas siapa-siapa yang menghalang kenaikan pantasnya dalam UMNO. Sebelum datang bahaya, perlu dicantas dulu apa yang patut.

 Ali Reza Ahmed Askari

sumber : GAP

DAP kata PKR hanya mimpi di siang hari tawan Putrajaya !

Posted: 30 Sep 2012 07:44 PM PDT




Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari. Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian. "

PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam. Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

 "Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul," katanya.

Bajet 2013: Kajian pengundi muda meningkat sokong BN @khairykj @dzainalabidin

Posted: 30 Sep 2012 05:00 PM PDT



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan jumlah kehadiran golongan muda pada pelancaran majlis itu adalah kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut. Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh pergerakan itu 48 jam selepas pembentangan Belanjawan 2013 Jumaat lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali.

 Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.

 "Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara. 

Katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno akan sentiasa turun padang selepas ini bagi memperjelaskan dasar-dasar kerajaan dan belanjawan itu kepada generasi muda. - Bernama


Komen GPB 

Lepas ini kajian UMCEDEL tak boleh cari makan la .. ...hahaha..

Bajet 2013: Suara orang muda didengar kerajaan BN @Zahid_Hamidi @dzainalabidin

Posted: 30 Sep 2012 01:00 PM PDT




Pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 Beliau berkata sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukan dalam belanjawan untuk golongan muda menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.

 "Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

 Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan. Ini dapat diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh BN, katanya.-BERNAMA-

IPOHMALAY

Posted: 01 Oct 2012 09:04 AM PDT

IPOHMALAY


Cina Pula Mudah Lupa

Posted: 01 Oct 2012 06:12 AM PDT

Ramai bukan UMNO selalu mencela parti itu sehingga ke setengah abad sejarahnya menjadi tunjang pemerintahan Malaysia. Paling tidak reti berhenti, para chauvinis Cina. Tetapi mereka lupa, Anwar Ibrahim yang mereka sanjung itu sebenarnya hanya bertindak dalam mode mengkarung yang bertukar warna sebelum cita-citanya terlaksana. 

Dia pernah menafikan kenaikan pangkat seorang pegawai kanan pendidikan berbangsa Cina atas alasan dia bukan Melayu pada tahun 1997. Tetapi demi meruntuhkan UMNO, chauvinis Cina juga menjadi mengkarung apabila berpura-pura menyukai Anwar Ibrahim hari ini. Kelakar sungguh, sang Napoleon Kechil yang menindas mereka, di angkat sebagai wira setelah Napoleon Kechil ini ditumbangkan.

Tsu Koon dedah tembelang Anwar 
2012/10/01 - 07:00:40 AM
Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengetepikan kenaikan pangkat seorang Timbalan Pengarah Pelajaran negeri berketurunan Cina di Pulau Pinang ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1997. Pendedahan itu dibuat Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam. Tsu Koon ketika itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Tsu Koon membantah keputusan Anwar melantik pegawai tujuh tahun junior untuk mengisi jawatan itu kerana menyifatkannya sebagai tidak adil. Ketika mengesahkan pendedahan Presiden GERAKAN itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau selaku Menteri Pelajaran ketika itu turut sependapat dengan Tsu Koon. "Pegawai itu (Timbalan Pengarah) sudah kanan dan amat kompeten. Dia (Anwar) hendak menahannya daripada menjadi Pengarah Pelajaran Pulau Pinang hanya kerana dia bukan Melayu. Bagi saya itu tidak adil. "Sebab itu apabila saya semak perkara berkenaan, saya ambil risiko. Dia (Anwar) Timbalan Perdana Menteri, saya Menteri Pelajaran. Saya kata, tidak, pegawai itu mesti diberi jawatan Pengarah Pelajaran. "Saya bersedia menghadapi risikonya kerana sehingga hari ini saya percaya kepada prinsip pemimpin mesti sentiasa adil dan saksama," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN 2012 di sini, semalam. Terdahulu, Tsu Koon dalam ucapan berkata, Anwar bersikap angkuh dan enggan mendengar penjelasannya supaya memberi peluang kenaikan pangkat kepada Timbalan Pengarah itu yang hanya berbaki tempoh perkhidmatan satu setengah tahun. "Apabila Anwar tolak, saya tiada pilihan dan merujuk perkara itu kepada Menteri Pelajaran (Najib). "Beliau memberitahu akan menelitinya. Empat hari kemudian, Najib menghubungi saya memberitahu sudah menaikkan pangkat Timbalan Pengarah itu. Ini contoh janji Najib ditepati. "Bagaimanapun, Anwar amat marah dan menghubungi saya. Dia kata: 'Saya adalah Timbalan Perdana Menteri.' Saya jawab balik: 'Tapi anda tidak berlaku adil' dan dia terus menghempas telefon," katanya. Sementara itu, Najib ketika menyentuh isu Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, berdolak-dalih berhubung tindakannya melabel Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai angkuh, berkata: "Jelas beliau (Mansor) membohongi penduduk Pulau Pinang. Anda tidak boleh ada kerajaan yang menipu rakyat. Anda tidak boleh ada kerajaan yang berjanji tetapi tidak menunaikannya. Di Selangor, 75 peratus janji (kerajaan PKR) tidak ditunaikan."

Kate Middleton kononnya memanjangkan hayat Zakwan Anuar

Posted: 01 Oct 2012 04:32 AM PDT

Kate Middleton dikisahkan hari ini bersedih atas kematian Zakwan Anuar Sabtu lalu. Remaja 15 tahun yang menghidap Leukemia itu, yang diziarahinya ketika di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun Facebooknya yang dikendalikan oleh entah siapa merumuskan lawatan Kate telah memanjangkan usia remaja itu selama dua minggu dinilai agak keterlaluan.

Lawatan itu pula dibuat untuk Zakuan yang diramalkan akan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. 

Apapun, itulah kisahnya.





THE Duchess of Cambridge was last night "saddened" by the death of a boy who gave her his last smile.


Kind-hearted Kate paid special attention to leukaemia patient Zakwan Anuar, 15, during her recent Far East tour with Prince William. Doctors had expected the tragic lad to die within 48 hours of their meeting, but his 15-minute chat with the Duchess gave him the strength to battle on for two more weeks. Kate was told of Zakwan's death after mum Norizan Sulong contacted The Sun. Norizan said: "We were next to him when he had his last moment. He was surrounded by his brother, sister, father, grandfather, grandmothers and school mates. I miss him terribly." A St James's Palace spokeswoman said: "The Duke and Duchess of Cambridge are saddened to hear of Zakwan's death. Their thoughts are with his family." Kate was compared to the late Princess Diana after her emotional meeting with Zakwan at a hospice in Kuala Lumpur, Malaysia. She tenderly laid a hand on his cheek and said: "Are you in pain? You're a brave boy." Before the visit, Zakwan spent his days asleep or crying with pain. But his face lit up when he saw Kate. He grinned and told her she was "very pretty" as she signed his birthday card. She said he was "very handsome". Norizan, 47, said the "overwhelming" encounter lifted Zakwan's spirits. She added: "I hope William and Kate will have beautiful and healthy children of their own one day."- THE SUN


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 01 Oct 2012 07:46 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Noh Omar yakin BN menang 32 kerusi DUN di Selangor

Posted: 01 Oct 2012 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER — Pemimpin veteran Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula negeri terkaya tersebut dengan memenangi 32 daripada 56 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ahli Parlimen Tanjung Karang tersebut berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat di Selangor mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah negeri.

"Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi Insya-Allah saya yakin BN mampu kembali menawan Selangor, sekurang-kurangnya 32 buah kerusi," kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut Noh yang juga menteri pertanian, calon menteri besar adalah tidak penting, kerana kemenangan adalah menjadi perkara yang utama.

"Semasa tahun 2008, mereka (Pakatan) pun tak tahu siapa calon menteri besar untuk mereka, jadi adalah lebih baik untuk BN memberi fokus untuk kemenangan untuk menawan kembali Selangor," katanya.

Kerusi-kerusi di negeri Selangor dikatakan merupakan kerusi panas kerana negeri ini mempunyai pengundi baru yang ramai disamping merupakan negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

Pada 8 Mac 2008, BN memenangi 20 buah kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PR memenangi 36 kerusi dengan 15 kerusi dimenangi PKR, 13 DAP dan 8 dari PAS.

Noh juga menolak kemungkinan beliau akan menjadi menteri besar Selangor walaupun desas desus mengatakan beliau dicalonkan sebagai jawatan tertinggi di negeri tersebut.

"Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu mendahului takdir, saya masih lagi ahli parlimen Tanjung Karang, tetapi semuanya bergantung pada pucuk pimpinan.

"Yang penting kita gerakkan jentera parti untuk memenangi negeri ini, soal siapa menteri besar tidak penting," kata Noh lagi, yang juga merupakan timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri Selangor.

Bekas menteri besar, Dr Mohammad Khir Toyo juga menolak dari bertanding dalam pilihan raya akan datang, setelah mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pecah amanah.

Noh cabar ADUN Sekinchan buka balik fail exco

Posted: 01 Oct 2012 05:59 AM PDT

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menempelak anggota dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim kerana mendakwanya mendapat tanah untuk projek ternakan udang di kawasan Tanjung Karang selepas menjadi ahli parlimen.

Bahkan, timbalan ketua Umno Selangor itu menyifatkan tindakan Ng membangkitkan isu tersebut sebagai "menampakkan kebodohannya" dan tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.

Noh menjelaskan, permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon ahli parlimen pada April 1995.

"Saya nampak bila ADUN DAP bercakap, nampak sangat kebodohan dia sebagai ADUN. Dia hanya tengok borang 5A (yang mengesahkan pemilikan tanah) keluar.

"Nak dapat tanah dia mesti memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa tanah lulus, baru masuk mesyuarat exco.

"Exco lulus, baru keluar borang 5A. Jadi saya nak cabar ADUN Sekinchan, sekarang dia jadi kerajaan, buka balik, tengok bila exco lulus permohonan tanah saya itu," katanya.

Justeru, Noh menggesa Ng menghentikan mempolitikkan isu itu kerana ia cuma menampakkan "kebodohan" diri sendiri.

"Lebih banyak dia bercakap tentang tanah udang lebih banyak nampak kebodohannya. Saya dah kata projek udang ini dah mula 16 tahun dulu, bukan sekarang... Projek mula, saya belum jadi menteri lagi," katanya. [selanjutnya..]

Sumber - Malaysiakini

BENARKAH DI KEBANYAKAN HOSPITAL TIADA DOS PENAWAR BISA ULAR.?

Posted: 01 Oct 2012 02:13 AM PDT

Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun terpaksa dibuang sebahagian daging yang rosak di bahagian betis kaki kanannya di Hospital Sungai Buloh akibat dipatuk ular dipercayai ular tedung.

Sebelum itu, kanak-kanak ini telah dibawa oleh ibu bapanya bagi mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang setelah dipatuk ular ketika bermain di sekitar rumahnya di Parit 4 Sungai Burong.

Menurut cerita dari penduduk di situ, setelah bertarung nyawa hampir 4 jam kanak-kanak tersebut terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima suntikan anti venom untuk menawar bisa ular tersebut, berikutan ketiadaan bekalan dos penawar itu di Hospital Tanjong Karang.

Apa yang difahamkan ubat anti venom adalah sejenis vaksin antidote (penawar racun) kepada toksin ular dan ianya perlu diberikan segera kepada mangsa yang dipatuk ular berbisa seperti ular tedung, ular kapak, ular ketam tebu, ular orok-orok dan ular tedung selar. Dan jika terlewat member ubat tersebut kemungkinan mangsa akan mati, mengalami gangren (kerosakan tisu) dan pembekuan darah.

Jika benar penawar bisa ular tersebut dalam kawalan dan hanya diletakkan di hospital tertentu sahaja. Namun, kepentingan ia ditempatkan di hospital-hospital daerah juga seharusnya diberi perhatian dan keutamaan, terutama di kawasan luar bandar yang kawasan sekitar penduduknya adalah petani dan peladang. Walaupun tidak berlaku setiap hari, tetapi risiko untuk berlaku kejadian seperti ini adalah amat tinggi.

Jesteru diharapkan agar pihak Kementerian Kesihatan serta pihak-pihak yang berkaitan dapat memberikan perhatian dan pertimbangan cadangan ini bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

MAJLIS MAKAN MALAM PIBG SKJC KHAI TEE BERSAMA AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG

Posted: 01 Oct 2012 02:02 AM PDT

PASIR PENAMBANG, 29 SEPTEMBER - Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Khai Tee meriah dengan kedatangan Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, yang berlangsung di Dewan SJKC Khai Tee, Pasir Penambang Kuala Selangor di sini, Sabtu malam.

Di majis itu, Datuk Seri Haji Noh turut memberi ucapan serta meluluskan peruntukan sebanyak RM18K untuk membeli peralatan pembelajaran di sekolah itu.

Turut hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tn. Haji Sulaiman Bin Abdul Razak.

tunku

Posted: 01 Oct 2012 03:49 AM PDT

tunku


Alternative Budget Contradicts With Buku Jingga

Posted: 01 Oct 2012 01:30 AM PDT

The budget which was announced by Dato' Seri Najib seems too concrete that Pakatan Rakyat has to keep on talking about it just so that they could find loopholes to raise doubt. PR also has to keep on questioning the Budget to divert rakyat's attention from the Empty Budget which they presented. Generally, the amount of both budgets does not have that much difference. The things that separate these two would be first, the scope. BN's Budget benefits all rakyat from OKU untuk corporate but PR's Budget only involves rakyat as a general. The second thing is that BN's planning clearly too the consideration on long-term effects by PR only focused on immediate effect. The third thing is that BN's Budget focuses on the wellbeing of rakyat and the country's development but PR only focuses on direct benefit to rakyat without even considering the effect which would cost the country's economy. Fourth, BN's Budget has never slipped or went against the national policy but PR's budget is more towards challenging it, and that it is not even consistent with their own Buku Jingga. Few of them include the abolishment of 20% of vehicle excise duty, free education and scraping off PTPTN. According to Suara PR, the reason why it is inconsistent with Buku Jingga is because all of the incentives are more of a long-term process when Buku Jingga is their 100 day deadline for them to fulfil all promises if Pakatan Rakyat claims Putrajaya. The website also confirmed that abolishing PTPTN would not happen in a blink of an eye but it might take two years, the same thing goes to abolishing tolls which was promised in Buku Jingga, would not be done instantly, but it is just 'immediate action' (within 100 days)to order Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) and other government linked companies (GLC) who own highway concessions to complete the highway asset transfer by the government in order to scrape off tolls. The answer which was given by PR regarding the clash between Alternative Budget with Buku Jingga showed that they do have the intention to confuse rakyat. To ensure that rakyat would not know about their 'twists', PR then made this rumor by saying that the budget which they present would allow rakyat to have additional income of RM930 monthly, resulting from all the costs which rakyat could save up which include RM70 for cars, RM50 from abolishing tolls, RM200 from abolishing PTPTN, special teaching allowance as promised by Buku Jingga (RM500), Government's contribution to Caruman Wanita Nasional (RM50) and savings from lower food and goods prices due to lower fuel and transportation charges (RM60). We are certain that rakyat could not simply be fooled with this RM930 saving-scheme. Not all rakyat would be involved with PTPTN loans, and not all rakyat work as teachers where they would get RM500 allowance each month and not all rakyat use toll-ed roads, except for those who live in major cities. The fact is, majority of Malaysians live in kampungs and small towns. Thus, how could the scheme apply to them? Besides that, the RM70 which rakyat could 'save' from vehicle cost would not bring as much difference. Meanwhile, reducing price of fuel and food would depend on the global market, not on the hands of PR. But, lets say if PR government could really fulfill all of the above, rakyat might be happy, but it might just last for a while. This is because free education, abolishing PTPTN and tolls, reducing fuel, food price and vehicle excise duty would put this country into crisis within a few years of its implementation. Free education and abolishing tolls and PTPTN would mean that the government would have to coverall costs, hence, effecting the budget in order to fund other programs which could benefit rakyat. Other than bringing other effects such as bad quality students which then could lead to social issues. The same thing might go to highway maintenence. The vehicle excise duty would then cause vehicle industry to suffer increased production cost to maintain their operations and that could just kill the automobile industry in the near future. The fact is, rakyat could see that PR do not really look that far in planning their budget because their Alternative budget is merely an Election Budget. That is why everything which they presented was 'election friendly' instead of really providing huge long-term wellbeing both for rakyat and the country.

A BUDGET THAT CATERS FOR MALAYSIANS FROM ‘CRADLE TO GRAVE’

Posted: 01 Oct 2012 12:20 AM PDT

Its budget for the people that was planned for the people – a budget that caters from the cradle to the grave – no one was left out and obviously no single profession and business was not thought of. Premier Najib Tun Razak had on September 28 unveiled the most beautiful budget that has been described by many as the most practical given the current slow economic growth worldwide that of course affect our country Malaysia. I remember when I was in Helsinki years ago, and there was this middle age gentleman who was proud of his country Finland because the government took care of its small population from birth to death. And when Najib presented the budget last Friday and after going through all the pertinent points, I remembered the exact word the man told "the government takes care of us from cradle to the grave", litterally means Najib's budget ahs everything for evevrybody which means he cares. Most importantly is that the budget stressed on the needs of the population that will give yield for them in the future which were housing, education utilities and employment. These are the need of all Malaysians that can spur economic activities from within and drive the country to a developed nation by 2020. Najib's budget made Pakatan Rakyat's (PR) budget that was announced a day before his tabling as 'kids play', a mere arithmatic, not even to the level mathematics, chart that even a layman on the street could pen. Now, three days after Najib table the budget, the opposition called for debate between none other than Bajib and of course PR's idol Anwar Ibrahim. A debate on this is already set in Dewan Rakyat, no need to go on stage because that is right and proper platform and not street debate as budget is something that is very, very important that affect the very soul of a country – the population. Of course the opposition PR would want to show to the voting population that their budget is more reliable when every sane, rational and right thinking Malaysian knows PR's budget was a mere propaganda. Like a carrot placed in front of the donkey where the donkey cannot even have a lick at it what more to eat it – literally means the PR's budget was just a dream out of a wild or childish imagination which is reality is not even worth a thought. So Malaysians from all walks of life, since Friday rejoice at the new budget which gives them real hope –not make believe hope – their future and that of their children are well taken care of. And financially, despite the increase in cost of living, Malaysians can still live a comfortable life with the new budget as they can now, at the very least, afford to save a little. Not so much but as the saying goes the reality of a better life is worth thousand times more of a dream that can never be achieved

PM to Pakatan: Why didn't you form shadow cabinet?

Posted: 30 Sep 2012 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat should not talk about taking over the government when it has not even form its own shadow cabinet, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. He said having a shadow cabinet is fundamental in being in the opposition which Pakatan failed to do. "Why didn't they do it? Are they afraid that they do not know what posts to give to (DAP parliamentary leader) Lim Kit Siang, (PAS president Datuk Seri Abdul) Hadi Awang or (PAS deputy president) Mohamad Sabu? "Don't talk about forming the government, form the shadow cabinet first," he said when addressing the Gerakan national delegates conference on Sunday. Citing an example, Najib said PR could not even agree on the implementation of hudud, resulting in the open squabble between PAS and DAP chairman Karpal Singh. "If you don't have a common position or policy on something so fundamental, how are you going to administer the country? You don't have the credibility to run the government," he said. On PR's common policy framework Buku Jingga, Najib said it is "not worth the paper it is printed on." He said PR's plan to restructure subsidies and abolish tolls would spell the end of Bursa Malaysia. "That is why Buku Jingga is not worth the paper is printed on," he added.

tunku : just imagine if pakatan wins and forms the new goverment, they will fight each other for the cabinet posts. it is very important for pakatan if they are really serious to capture the federal government to form a shadow cabinet. it will be easy for them and easy for rakyat to judge their cabinet too. the problem is they can't, they just don't know who to put where and from which party.this clearly shows that they are not capable to be the government. they are best as opposition and we hope the remain a strong opposition side.

RIDHUAN TEE

Posted: 01 Oct 2012 03:49 AM PDT

RIDHUAN TEE


Bolehkah Gangnam mengenyangkan perut?

Posted: 30 Sep 2012 03:57 PM PDT



(Sinar Harian 1.10.12)

Saya begitu teruja dengan pendapat seorang bergelar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (India), supaya menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda. Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan, PSY, yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

Menurut beliau,  "Gangnam dan Kolaveri" ini lebih popular dari lagu Negaraku. Persoalan saya, bolehkah gangnam atau kolaveri ini disamakan tarafnya dengan lagu kebangsaan? Martabat 'negaraku' begitu tinggi berbanding Gangnam. Apakah lagu kebangsaan sesuai dengan rentak sedemikian? Budaya apa yang hendak dipupuk?

Sepanjang kajian saya terhadap lagu kebangsaan negara, tidak ada satu lagu kebangsaan berentak sedemikian gila bunyinya. Begitu juga lagu 1M4U, sudah tentu jauh bezanya dengan Gangnam. Kenapa kita terlalu terikut dengan rentak dan cara hidup orang lain? Maka tidak hairanlah kalangan remaja kita kurang semangat patriotik, rupa-rupanya kalangan pemimpinpun tidak mencanangkan budaya kebangsaan, malah lebih memuji budaya luar yang tidak ada kena-mengena dengan cara hidup kita?

Apakah kita sudah ketandusan untuk mempropagandakan budaya sendiri yang lebih sesuai? Sebagai rakyat yang mempunyai jati diri, saya tidak akan terpengaruh dengan 1000 kali Gangnam atau kolaveri. Saya masih mengagumi budaya dan muzik tempatan yang terserlah jati dirinya dan tidak terenjak-enjak seperti orang tidak sedar diri. Jika tarian itu mahu juga diterima, perlu ada  garis panduan supaya tidak terkeluar daripada norma-norma ketimuran?

Banyak cara lain kerajaan mendekati remaja, selain daripada muzik, terutama pendekatan pengisian spiritual dan muzik bersesuaian. Barat hari ini sedang mengalami keruntuhan akibat muzik yang terlalu menggila sehingga lupakan Tuhan. Hiburan pada mereka hanyalah pada muzik, berpeleseran dengan sesama mahram (LGBT) dan bukan mahram (seks bebas).

Bukti ini menunjukkan pengaruh barat begitu cepat meresap ke dalam masyarakat timur tatkala orang barat sendiri telah menolak budaya tersebut. Hari ini, barat telah mencanangkan staying up, up, up in a down, down, down world (Ziglar, 2000) dan raising positive kids in a negative world (Ziglar, 1985). Kita pula terlalu sibuk dengan hiburan dan muzik.

Pengalaman berada di Brisbane Australia beberapa hari, menjadikan saya terfikir, apakah ini sebenarnya kehidupan? Apa sebenarnya kemahuan manusia? Pada mereka bahagia adalah dengan bekerja keras, mempunyai wang yang banyak dan kemudian membelanjakannya bagi tujuan hiburan dan berpeleseran pada waktu lapang. Kehidupan berkeluarga sudah tidak penting lagi.

Maka tidak hairanlah, bandar-bandar mereka agak sepi pada malam hari antara hari isnin dan jumaat. Malam-malam bandar ini kembali meriah pada hari sabtu dan ahad. Pada pandangan mereka, selepas penat bekerja, tibalah masanya untuk bergembira dan bersukaria tanpa batas. Mereka boleh melakukan apa sahaja, tanpa halangan, termasuk seks bebas, seks sesama jantina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Hidup berkeluarga dianggap sesuatu yang menyusahkan dan menghalang keseronokan individu. Persoalannya, adakah ini yang diindekskan sebagai bahagia? Perlukah bandaraya kita hidup selama 24 jam mengalahkan barat?

Jika inilah indikatornya maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tempat ke 51 daripada 156 negara yang dikaji oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indeks 'Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan PBB di New York mungkin tidak sesuai untuk kita di sini.

Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara selepas Singapura, dikatakan negara paling gembira di rantau itu. Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut, yang paling bahagia di dunia. Indikator lain yang digunakan adalah kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap, ketiadaan amalan rasuah.

Di kalangan individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah faktor yang diambilkira.  Amerika Syarikat menduduki tangga ke-11, Jepun (44), China (111), Iran (84) dan Syria di tempat ke-106. Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. Analisis ini ada yang boleh diterima, ada yang tidak.

Ramai sarjana dan agamawan (terutama Islam), bersetuju bahawa kesejahteraan dan kebahagiaan tidak terbatas kepada perasaan peribadi (subjective feelings) atau kegembiraan atau keseronokan (pleasure), walaupun unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan dari makna pengalaman tersebut. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat alam semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik (Wan Mohd Nor, 2011).  

Justeru, apa yang kita perlu fikirkan hari ini bukan budaya terlalu suka berhibur atau bergangnam, tetapi fikirkan keadaan bagaimana nak keluarkan manusia dari belenggu kemiskinan dan kehidupan yang terlalu menghimpit. Misalnya di Singapura, saiz negara ini begitu kecil, tetapi membina rumah pangsa (flat) dalam skala yang cukup selesa dengan tiga bilik, dalam keadaan ruang saiz tanahnya amat terhad, lengkap dengan kemudahan awam dan rekreasi. Manakala, kita pula, saya agak pelik, dengan tanah yang begitu luas, kita membina rumah (flat) begitu kecil sehingga masih ada flat satu bilik. Akibatnya, anak-anak tidak berasa selesa untuk berada di dalam rumah. Mereka lebih suka berpeleseran di luar rumah yang lebih bergangnam. Faktor kemiskinan, ditambah dengan tidak ada sokongan awam menjadikan keadaan lebih buruk.

Justeru, saya amat hairan, kenapa kita terlalu ghairah dengan gangnam dan kolaveri? Apakah Gangnam boleh mengenyangkan perut kita? Bila perut lapar kita akan cari nasi, bukannya Gangnam.

anakbukitgantang says

Posted: 01 Oct 2012 03:24 AM PDT

anakbukitgantang says


PETRONAS ARAHKAN RAFIZI RAMLI LETAK JAWATAN

Posted: 30 Sep 2012 03:51 AM PDT

 


 
Selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat penasihat kerajaan Selangor pada bulan Jun yang lalu dan bakal dihadapkan dengan hukuman yang cukup berat dibawah Akta BAFIA 1989 kerana menceroboh dan menyebarkan akaun peribadi pelanggan bank, kini Rafizi Ramli bakal dihadapkan dengan satu lagi tuduhan.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua... Kali ini budak suruhan Anwar ini dikatakan telah 'KANTOI' dengan membuat tuntutan palsu kepada majikannya Petronas.
Petronas telah mengarahkan Rafizi Ramli supaya meletakkan jawatan serta merta ... Tuntutan palsu dari segi apa, taklah pula diberitahu.. 
 
Bagaimana Rafizi boleh berada dalam Petronas? HR Petronas kena siasat siapa lagi yang menyebarkan maklumat rahsia dalaman Petronas dan bekerja untuk musuh negara!
 
Berita ini saya petik dari Merah Mato 29 September 2012 di SINI.
 
 
Nota penulis -p/s kesah tuntutan palsu dan kakitangan diarah meletak jawatan dari Petronas bukan baru, palsukan maklumat peribadipon diarah meletakkan jawatan!..

Politik Harian

Posted: 01 Oct 2012 03:24 AM PDT

Politik Harian


Bajet Alternatif Bercanggah Dengan Buku Jingga

Posted: 01 Oct 2012 02:15 AM PDT


Bajet yang dibentangkan oleh Dato' Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan. PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza. Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi 'tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol'.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan. Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar. Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini?

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma. Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah. Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang. Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain 'menjerut' peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya. Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Dewan Rakyat Live - @Khairykj Pembahas Belanjawan

Posted: 01 Oct 2012 12:20 AM PDT


Sekali lagi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diberi ruang untuk menjadi pembahas Belanjawan pertama dari BN selepas perbahasan dari Ketua Pembangkang.



Streaming live video by Ustream

Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini

Posted: 30 Sep 2012 11:22 PM PDT


Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

"Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satuhingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudahtersedia," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak InsuransMalaysia 2012 di sini, Isnin.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlumendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakanmereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajardiperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

"Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucarbuku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambilmenyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belumbekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.-Media UMNO

Khairy: Pengundi Muda Menunjukkan Lonjakan Luar Biasa Sokong BN Selepas Bajet

Posted: 30 Sep 2012 08:37 PM PDT


Kajian pergerakan Pemuda Umno 48 selepas pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.

"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.

Katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno akan sentiasa turun padang selepas ini bagi memperjelaskan dasar-dasar kerajaan dan belanjawan itu kepada generasi muda.

Malah, katanya, peningkatan jumlah kehadiran golongan muda di majlis pelancaran program 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri Pulau Pinang semalam adalah kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program tersebut, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda.

Beliau berkata sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukan dalam belanjawan untuk golongan muda menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.

"Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan.

Ini dapat diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh BN, katanya.

- Bernama

Bajet 2013: Kerajaan Prihatin Rakyat

Posted: 30 Sep 2012 07:33 PM PDT


Pemberian pelbagai insentif terhadap orang muda menerusi Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas menunjukkan kerajaan prihatin terhadap golongan tersebut.

Sehubungan itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak hairanlah pola sokongan golongan itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

"Dakwaan sesetengah pihak kerajaan BN tidak mempedulikan suara orang muda adalah salah malah, pelbagai program yang memanfaatkan golongan itu diadakan secara berterusan.

"Dalam Bajet 2013 juga, dua buah kementerian yang dekat dengan belia iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mendapat peruntukan besar, berjumlah RM51.7 bilion yang kali pertama diberikan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam konteks di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng tidak mendengar suara dan permintaan orang muda menyebabkan mereka berasa terpinggir.

"Sebelum ini, golongan muda di negeri ini tidak memihak kepada BN, namun, suasana itu semakin berubah apabila pakatan pembangkang yang memerintah tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan golongan itu.

"Dalam Bajet 2013, golongan muda turut menerima pelbagai faedah seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon bimbit pintar dan diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.

Menurutnya, semua insentif tersebut membantu golongan muda dan jika BN terus berusaha tidak mustahil sokongan diterima semakin meningkat.

Ahmad Zahid berkata, golongan muda yang mewakili 37 peratus atau 307, 000 daripada 826, 000 jumlah pengundi keseluruhan di negeri ini akan terus diberi perhatian.

"Gelombang sokongan semakin meningkat terutamanya bagi yang kali pertama mendaftar menjadi pengundi kerana mereka tahu DAP tidak pedulikan nasib mereka," katanya.

Beliau berkata, jika formula 3331 digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berjaya, BN mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

"Formula itu merujuk kepada pertambahan kemenangan tiga kerusi untuk UMNO, MCA, dan Gerakan manakala satu MIC di samping mengekalkan 11 kerusi dimenangi sebelum ini.

"Saya percaya jika kita bekerja keras, sasaran tersebut mampu dicapai," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, selepas 48 jam bajet diumumkan, tinjauan yang dilakukan pihaknya menerusi media sosial mendapati, sokongan diterima meningkat secara mendadak.-Utusan

bumiyang

Posted: 01 Oct 2012 03:21 AM PDT

bumiyang


Untuk Menjadi Manusia Yang Zuhud, Kita Perbanyakkan Bermuhasabah Diri...

Posted: 01 Oct 2012 01:30 AM PDT

Boleh Ke Orang Melayu Islam Menerima Bantuan TOKONG???

Posted: 30 Sep 2012 07:00 PM PDT

Belanjawan Najib Banyak "Gula", Kurang Rohani - Nik Aziz

Posted: 30 Sep 2012 05:32 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Oct 2012 01:08 AM PDT

Taipingmali (tm)


Ahli Pas yang sakit otak..

Posted: 30 Sep 2012 11:05 PM PDT


Sahabat-Gunung

Posted: 01 Oct 2012 01:05 AM PDT

Sahabat-Gunung


Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana Dalam Bajet 2013

Posted: 30 Sep 2012 06:31 PM PDT


Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato' Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling 'tercabar' untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya 'berfungsi' dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih 'selesa'.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

Air Percuma: Tuntutan rakyat Selangor semakin memuncak

Posted: 30 Sep 2012 05:20 PM PDT


Tuntutan rakyat negeri Selangor kepada kerajaan negeri yang sehingga kini masih gagal melaksanakan skim air percuma seperti yangdijanjikan pada manifesto pilihan raya umum lalu kepada penghuni flat dan pangsapuri semakin hari  semakin memuncak.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membukakan mata.

"Mereka langsung tidak  simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya berpendapatan rendah yang menhuni rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu dilaksanakan.

Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan  sebenarnya omong kosong – sekadar 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum.

Rakyat sebenarnya sudah boleh membuka mata dan boleh menilai sendiri jenis apakah kepimpinan yang diamalkan oleh  pakatan pembangkang di Selangor ini kerana sejak daripada awal lagi kerajaan negeri sudah membuka tembelang mereka," ujarnya selepas

Tambahnya, sikap membisu Abdul Khalid itu juga menunjukkan kerajaan negeri Selangor hari ini langsung tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami permasalahan rakyat marhaein.

Hari ini satu lagi siri demonstrasi secara aman dilakukan oleh penghuni Apartment Putra Perdana, Puchong yang menuntut agar mereka juga diberi hak untuk menikmati air percuma  20 meter padu setiap bulan atau kerajaan negeri membayar rebat bermula pada 2008.
Terdapat  11 apartment iaitu Siantan, Rista Villa, Kekwa, Kenanga, Teratai, Dahlia, Anggerik, Semarak, Kiambang, Ruvena dan Rozana yang mengandungi lebih 5,000 unit rumah yang telah dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun selepas menang di Selangor, pakatan pembangkang hanya melaksanakan skim tersebut dalam 'keadaan tidak sepenuh hati' itupun  selepas mendapat desakan pelbagai pihak yang menuntut janji tersebut dilaksanakan.

Namun begitu, pelaksanaanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana hanya pengguna yang menggunakan meter individu sahaja menerima skim sir percuma itu, manakala pengguna meter pukal dinafikan hak itu.

Pelaksanaan skim air percuma ini sahaja kerajaan negeri sekarang tidak adil walau parti mereka bernama Parti Keadilan Rakyat kerana kediaman berharga RM3 juta memperoleh keistimewaan itu tetapi kediaman flat dan apartmen terpaksa membayar 20 meter padu air.

"Sebelum ini, tiga demonstrasi secara aman menuntut air percuma telah dibuat oleh penduduk Apartment Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender dan Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras.

Justeru saya mendesak agar Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat oleh penduduk Apartment Putra Perdana ini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam," ujarnya lagi.

Terkini, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri telah mengadakan bantahan secara aman bertempat di Rista Villa, semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan meter pukal.

Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan dapat merealisasikan  manifesto PRU12.

 "Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor, dan bukan sekadar janji air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu, kalau janji tidak di kota kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,"katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa,semalam.

Peguam yang mewakili penduduk, Tetuan Kamarudin dan Partners melalui  peguam Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman telah difailkan terhadap ketiga-tiga defenden  tersebut iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau turut menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan mereka untuk memenangi kes tersebut dan mendakwa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula.

 "Semua kes telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk di adili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),"katanya.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Sep 2012 11:39 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Bila Orang UMNO Sendiri Perlekeh Usaha Najib...

Posted: 30 Sep 2012 10:00 PM PDT



Kata Ezam, kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah".

Baca cerita selanjutnya di putra merdeka.

Politik Gampang PAS Jadi Ikutan Calon Pro-M

Posted: 30 Sep 2012 07:00 PM PDT

Nilah dia hasil politik gampang puak-puak syiah pas, segala apa sahaja kegiatan politik mereka, mereka akan cuba kaitkan dengan agama, walau pun ketika salah seorang adun mereka kantoi berzina dengan bini orang dalam gerabak keretapi, agama jugalah di jadikan sandaran oleh mereka untuk menghalalkan perbuatan zina itu, gampang kan.

Punca kekalahan calon-calon pro mahasiswa dalam pilihanraya kampus yang lepas adalah kerana mahasiswa sudah mula muak dan jelak dengan politik gampang yang digunakan oleh puak pro-m yang didokong oleh pas dan pembangkang, mereka jelak dengan politik gampang pembangkang, maka mereka bersepakat menolak anak-anak gampang itu...

Lihatlah video di bawah bertapa gampangnya cara mereka berpolitik...

The Unspinners

Posted: 30 Sep 2012 11:36 PM PDT

Belantan

Posted: 30 Sep 2012 11:32 PM PDT

Belantan


Buku jingga, Kabinet bayangan dan bajet alternatif Pakatan Haram?

Posted: 30 Sep 2012 09:04 PM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pakatan pembangkang sebenarnya berhadapan dengan risiko besar apabila membentangkan Bajet Alternatif 2013, sehari sebelum bajet sebenar.

Dengan mengusung nama bajet pakatan rakyat, tanpa dapat dielak Anwar meletakkan di depan kepentingan parti politik. Tentu teruk bunyinya jika kerajaan juga memilih menamakan bajet kali ini sebagai Bajet Barisan Nasional (BN).

Begitulah, mereka yang mengaku telus, adil dan saksama yang menentang hal-hal politik dicampuradukkan dengan urusan rasmi kerajaan, telah melakukan sebaliknya.

Walaupun bajet berteraskan politik pakatan pembangkang bukan hal baharu tetapi kali ini Anwar terlihat begitu kemaruk mahu menandingi keabsahan bajet kerajaan. Maklumlah, ini merupakan hari-hari terakhir perjuangannya menuju ke Putrajaya.

Mungkin atas sebab itu, tanpa memerah fikiran dengan enteng gerombolan, pakatan pembangkang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik dan membeli undi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka saban tahun apabila bajet dibentangkan - politik dan politik.

Mencitrakan diri sebagai pemimpin super hebat memang penting bagi orang seperti Awnar yang berhasrat besar mahu menjadi Perdana Menteri. Malangnya Anwar lupa mencermin diri walaupun telah gagal beberapa kali.

Kegagalannya mendapatkan jawatan itu dalam cubaan nekad pada September 2008 tidak pun memberi pengajaran kepadanya. Saban waktu, beliau lebih sibuk mengurus hal ehwal rumah orang lain sehingga mengabaikan urusan di rumah sendiri.

Dalam riuh rendah pembangkang mahukan pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi Anwar sendiri bertindak sebaliknya. Tiada pula rakan-rakan sekutu dan NGO propembangkang yang mahu menegur.

Jika benar bagai dikata, tentu Anwar tidak akan bertindak ala Menteri Kewangan. Jika benar menurut kata akar umbi, tentu Anwar akan menyerahkan tugas penting membentangkan bajet alternatif itu kepada pemimpin lain yang ada wibawa. Tetapi, siapakah orang itu?

Anwar dan PKR sendiri tidak berani menyenaraikan Kabinet bayangan mereka. Tiada alasan diberikan, kecuali mereka menganggapnya sebagai tidak perlu. Begitulah hipokrasi pakatan pembangkang.

Memporak-perandakan

Bajet alternatif berani mereka bentangkan tetapi kecut perut apabila diminta menyenaraikan Kabinet bayangan. Tidak lain ini kerana mereka tahu senarai Kabinet bayangan akan memporak-perandakan pakatan pembangkang.

Realitinya mereka tidak boleh bekerjasama sehingga orang selalu umpamakan mereka sebagai tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini belum lagi dibahas bagaimana mahu melaksanakan cadangan-cadangan dalam bajet alternatif itu, sedangkan banyak janji dalam manifesto 2008 pun belum ditunaikan.

Jadi, jika beginilah tingkah laku mereka bagaimana kita sebagai pengundi yang ada tanggungjawab boleh menyerahkan kekuasaan kepada kumpulan seperti ini? Jika Anwar berani mengangkat sebuah bajet yang muluk-muluk, kenapa pula takut untuk menamakan barisan anggota Kabinet mereka?


Sebagai penganut sistem demokrasi, kita seharusnya menghormati pandangan pihak lawan. Cuma yang jadi masalahnya ialah kehadiran politikus pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang tidak benar-benar dirasakan.

Mereka lebih berminat untuk berpolitik - ceramah dan ceramah. Apabila berasakan bajet alternatif gagal menyaingi bajet kerajaan, Anwar dengan ringan mulut mengajak berdebat.

Beliau mencabar itu dan ini sehingga kesan yang selalu dirasakan ialah kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Pembangkang, yang diterajui Anwar itu lebih sibuk mahu mengurus negara, sedangkan di negeri yang ditadbir penuh cacat cela.

Dalam riuh rendah janji pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bajet alternatif dan buku jingga mereka, kepimpinan pakatan pembangkang terlupa di negeri sendiri.

Apa jadi kepada RM30 juta yang kononnya berjaya dikumpulkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu pengajian pelajar Unisel setelah pihak PTPTN membekukan sementara pinjaman? Setakat ini tiada khabar berita dan tiada apa-apa yang berlaku. Dana RM30 juta itu pula entah ke mana.

Malah Unisel terus dihimpit masalah demi masalah. Terbaharu pihak pengurusan pula gagal membayar kepada syarikat konsesi yang menguruskan asrama pelajar dan penyelenggaraan kampus.

Di KUIN juga masalah terus bertimpa-timpa daripada soal yuran, gaji, asrama sehingga status sijil yang dikeluarkan. Semuanya berkait soal kewangan. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pelajar dan golongan muda, generasi yang kononnya mahu mereka bela.

Anwar sebagai Ketua Pembangkang mempunyai ruang untuk mengutarakan buah fikiran semasa sesi perbahasan bajet 2013 bermula Isnin ini. Jika dilihat terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini, jangan harapkan buah fikiran atau kritikan yang konstruktif dan bertanggungjawab.

Fokus Anwar bukan untuk memperbaiki apa yang ada di negara ini. Jika tidak, contohnya mana mungkin boleh timbul masalah-masalah remeh tetapi perkara asas di Unisel dan KUIN.

Fokus sebenar Anwar ialah bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menjadikan beliau Perdana Menteri. Tetapi jangan lupa sejarah telah membuktikan beliau telah gagal sehingga hampir-hampir meranapkan ekonomi negara.

Benar seperti kata Najib dalam ucapan Bajet 2013 pada Jumaat itu: 'Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala janji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang,"?

Suara Politik
Taminsari

PRU-13 : Pas Bakal Tersungkur Di Kelantan?

Posted: 30 Sep 2012 06:56 AM PDT



Pilihanraya yang bakal menjelang, PAS Kelantan akan tersungkur. Bagi seorang penyanyi, di dalam setiap album yang dirakamkan mesti ada 'killer song', iaitu lagu 'membunuh' yang boleh membuatkan albumnya meletup di dalam edaran. Begitu juga halnya dengan strategi BN/UMNO di Kelantan. Pilihanraya akan datang ini, PAS akan tersungkur. Ini bukan suatu spekulasi politik yang angkuh atau sengaja dibuat untuk melemahkan semangat politik penyokong PAS atau bagaimana?

Apapun yang sedang dibicarakan tentang spekulasi politik, golongan rakyat bawahan dan perbualan di kedai kopi, UMNO Kelantan masih terlalu jauh untuk menewaskan PAS malah ada juga pendapat mengatakan untuk mengekalkan kerusi yang sedia ada juga UMNO belum tentu dapat melakukannya.

Alasan yang diberikan mudah dan sederhana saja, sebilangan rakyat Kelantan masih mahukan pemerintahan Islam mendominasi Darul Naim. Malah lebih jauh dari itu, ada pendapat mengatakan majority rakyat Kelantan masih mahukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.


Pun begitu ada juga mengatakan 'enough is enough', sudah cukup bagi PAS memerintah Kelantan, tidak ada satupun sumbangan besar yang diberikan kerajaan pimpinan PAS ke arah peningkatan sosio-ekonomi rakyat negeri itu.

Lebih jauh dari itu, ada juga pendapat mengatakan PAS tidak akan mendapat keyakinan dari rakyat negeri ini kerana PAS ketandusan isu untuk diketengahkan bagi menagih undi simpati dari rakyat negeri ini.

PAS tidak ada modal politik yang cukup kuat untuk kesekian kali bagi meraih simpati dan emosi rakyat agar memberi undi mereka kepada calon-calon PAS yang akan bertanding di setiap 43 DUN Kelantan tidak lama lagi.

Keadaan ini barangkali ada persamaan dengan senario politik Sabah lebih sepuluh tahun yang lalu. Sebelum BN diumumkan memenangi 31 kerusi DUN dan PBS memenangi 17 kerusi DUN, tidak sedikit di kalangan penganalisis politik, wakil berita asing meramalkan BN akan kalah teruk pada PBS tapi spekulatif ternayata gagal kerana keadaan bertukar sebaliknya.

Lalu di dalam senario politik Kelantan, hal-hal Sabah, apa yang terjadi di Sabah barangkali juga akan berlaku di Kelantan kerana 'politic is the art of impossible'. 'Politic is the art of mission impossible'!

Sebagai manusia politik yang politiknya sudah lama berakar umbi dalam jiwa, penulis melihat dengan tajam bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS tidak mempunyai arah tuju dan orientasi perjuangan PAS terhadap rakyat negeri ini. Dalam soal air Kelantan, jelas PAS sudah tunduk. Walaupun masih ada pemimpin PAS cakap besar, itu dinamakan politik.


Jika dalam tempuh dua puluh tahun, PAS gagal untuk mengemukakan suatu gagasan meningkatkan sosio ekonomi rakyat negeri ini, apakah pemimpin yang ketandusan idea ini wajar lagi diberi undi? Ini merupakan suatu pertanyaan politik dan boleh membelah degup jantung penikmat dan pencandu politik negeri Kelantan.

Di sini diturunkan sebab-sebab dan alasan yang tertentu kenapa PAS perlu berundur dan perlu kalah kepada BN dalam pilihanraya kali ini.

1. UMNO hari ini bukan UMNO yang telah dilahirkan PAS dalam dua pertandingan pilihanraya 1990 dan 1995 lalu. UMNO hari ini sudah bertukar wajah. UMNO Kelantan hari ini bukan saja mahu merampas kerusi dari kerajaan pimpinan PAS malah UMNO mempunyai perancangan yang jauh lebih rapi untuk direalisasikan menjelang musim pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.

2. Golongan neutral, yang akan memberi sumbangan 30 peratus kepada jumlah undian juga dijangka akan memberikan undi mereka kepada BN. Ini adalah kerana mereka sudah tahu, sepanjang sembilan tahun di bawah pemerintahan PAS, PAS tidak mampu berbuat banyak ke arah memoden dan memajukan Kelantan. Sebagai alternatif politik, mereka terpaksa memilih BN.

3. Golongan generasi baru, khususnya golongan belia berumur antara 21 hingga 25 tahun, yang telahpun mendaftar sebagai pengundi dikatakan akan memberikan undi mereka kepada BN. Harapan golongan ini, mereka akan mendapat peluang pekerjaan jika lebih banyak kilang-kilang dibina di negeri ini. Bagi golongan ini perjuangan yang dilaungkan PAS tidak penting.

4. Apa yang penting bagi mereka adalah perjuangan 'menjaga perut', jika perut lapar mereka tidak dapat berjuang! Berdasarkan tinjauan semasa, golongan ini tidak terpengaruh dengan PAS kerana PAS tidak mampu memberikan mereka apa yang dinamakan 'perjuangan mengisi perut'!

5. Kaum wanita bekas ahli PAS sendiri akan berjuang habis-habisan memastikan kemenangan calon BN di dalam pilihanraya kali ini. Ini adalah kerana sebagai orang lama dan berpengaruh dalam politik, mereka juga akan bekerja keras bagi memastikan BN akan kembali memerintah di negeri ini. Kemenangan BN di bumi Kelantan nanti adalah kemenangan bersama.

6. Pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), juga diramalkan akan bermain politik secara senyap dan diam bagi memastikan BN menawan Kelantan dari PAS. Sebagai manusia terpelajar, sudah tentu mereka akan dapat menilai bahawa PAS adalah parti politik yang tahu bercakap dan tidak mampu berbuat apa-apa.

7. Golongan IPT, IPTS juga dilihat sudah letih akan perjuangan PAS. Mereka dilihat akan memilih BN dalam pilihanraya kali ini kerana BN mampu berbuat sesuatu untuk Kelantan. Dan golongan ini yang menjadi penasihatkepada orang tua mereka, akan menasihatkan orang tua mereka supaya memberikan undi kepada BN.

8. Pengundi baru yang baru mendaftar juga dilihat mempunyai kecenderungan untuk memilih BN. Bagi mereka hanya BN yang mampu dan mentadbir negeri dengan baik. Di samping mempunyai peruntukan kewangan besar dari pusat, pemimpin-pemimpin BN juga terbukti mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

BN mampu mengubah, Janji Ditepati..!!!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

RANGKUMAN DAN FAKTA BAJET 2013.

Posted: 30 Sep 2012 12:13 AM PDT

















Sumber : sohaimi-shahadan.blogspot.com.

Suara Politik
Taminsari

oyabun

Posted: 30 Sep 2012 11:27 PM PDT

oyabun


Kata dua DAP kepada PKR : 'Jangan bermimpi disiang hari'?

Posted: 30 Sep 2012 09:30 PM PDT



Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.

Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

"PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.

Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

"Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.

"Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding.

Wasabi Oyabun..

Suspek pijak gambar Nik Aziz,Guang Eng ditangkap! Suspek yang pijak gambar bekas pemimpin PR bagaimana pula?

Posted: 30 Sep 2012 12:45 AM PDT



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri mengesahkan pihak polis telah menahan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu, penahanan telah dibuat bagi melengkapkan siasatan dan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Tangkapan sudah dibuat ke atas mereka yang terlibat, manakala siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Tidak kiralah siapa mereka, tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang. Jadi, biar polis siasat perkara itu,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, sebelum ini.

Beliau berkata, samada mereka yang terlibat akan didakwa atau tidak itu terpulang kepada pejabat Peguam Negara apabila siasatan kes itu selesai nanti.


TETAPI bagaimana pula dengan 'SUSPEK' yang memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Rakyat! Masih bebas ke mereka tanpa apa-apa tindakan susulan?

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Sep 2012 11:22 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PANAS! Gambar Karpal Singh Tidur Dalam Sidang Parlimen Tersebar?

Posted: 30 Sep 2012 11:00 PM PDT

Adakah ini gambar Karpal Singh tidur di Parlimen?


Atau En. Karpal sedang sarat memikirkan masalah dalaman Pakatan Pembangkang?


Klik untuk besarkan imej

*Untuk makluman pembaca, gambar ini dirakam oleh rakan MyMassa ketika pembentangan BAJET 2013. Sesiapa yang belum tengok video ni, dijemput untuk menontonnya.

Dokumen Bocor: MB Mana Yang Renovate Rumah Sampai RM2.5juta?

Posted: 30 Sep 2012 08:08 PM PDT

Pengubahsuaian rumah pemimpin tertinggi negeri di utara yang dikatakan mencecah RM2.5juta.


Berikut adalah dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengubahsuaian ini.


Untuk penerangan lebih terperinci, sila ke blogger otai ini di  sini.

*Rafizi tak berminat ke nak jadi hero bongkar penyelewengan ni?

GEMPAR! Video DAP Kantoi Ajar Rakyat Supaya Jadi Perasuah

Posted: 30 Sep 2012 05:30 PM PDT

Video dari DAP Pusat.


Dalam video ini, DAP cuba nak fitnah kerajaan bahawa Kerajaan sekarang korup.

Namun dengan izin Allah SWT, pengarah dan penulis skrip tersebut tersilap dan dalam video ini jelas menunjukkan rakyat yang menyokong pembangkang merasuah untuk memudahkan urusan mereka. Dan dalam video ini juga tiada langsung tanda-tanda penjawat awam tersebut meminta rasuah.

Kalau benar senario sekarang ni berlaku di bawah, adakah salah penjawat awam atau salah rakyat yang merasuah mereka? Jika ianya salah rakyat (terutamanya kaum DAP) maka kenapa perlu kita tukar Kerajaan? Sepatutnya kita tolak parti yang cuba mengajar rakyat supaya menjadi perasuah!

Perlu diingat bahawa jika TIADA PEMBERI RASUAH, MAKA TIADA PENERIMA RASUAH.

Dalam hal ini, MyMassa rasa SPRM perlu bersuara. Apa gunanya mereka berbelanja duit rakyat untuk KEMPEN ANTI RASUAH tapi DAP boleh sesuka hati ajak rakyat merasuah penjawat awam.

DAP selalu menuduh penjawat awam yang kebanyakannya adalah orang Melayu sebagai punca rasuah. Tapi perlu diingat bahawa ada satu kaum yang memperkenalkan istilah KAWTIM. Dan kaum itulah senantiasa cuba menggoda penjawat awam dengan pelbagai habuan supaya urusan mereka dipermudahkan.

Apa yang ajaibnya, video yang dibuat oleh DAP sendiri mengiyakan budaya KAWTIM yang diamalkan oleh kaum DAP apabila terdesak.

*Kantoi. Sebenarnya DAP mendedahkan cara bagaimana mereka beli jiwa pemimpin-pemimpin PAS terutamanya di Pulau Pinang. Hanya dengan jawatan dan wang pemimpin PAS boleh tunduk kepada DAP. Gejala rasuah dalam pakatan pembangkang menular dengan sebegitu teruk sampai Nik Aziz pun dah pandai bagi rasuah.

 

DEMO DI PENGERANG HANYA UNTUK PERTAHAN TANAH ORANG SINGAPURA SAHAJA

Posted: 30 Sep 2012 08:07 AM PDT

RAKYAT SINGAPURA


DI PENGERANG, Johor, YB Salahudin Ayob dilapor berkata tidak menentang Projek RAPID, katanya hanya menentang pengambilan tanah untuk pojek tersebut. Isunya kini, Tanah siapa? Tanah rakyat Singapura yang menggunapakai nama rakyat Malaysia ker? 

Dalam tinjauan mymassa awal tahun 2012, kami mendapati penduduk kampung di sana sangat gembira dengan pembangunan Rapid kerana bagi mereka jika bukan sekarang, Pangerang tidak akan membangun dan jika anda balik semula ke Pengerang 20 tahun akan datang maka tiada perubahan yang besar.





YB Salahudin hendaklah bercakap benar, dia mempertahan tanah siapa? Jika dia mempertahan tanah rakyat Singapura itu, itu tidak patutlah. 

Kerajaan mempunyai hak untuk menggunakan mana-mana tanah di dalam Malaysia untuk tujuan jalanraya, sekolah, masjid dan seumpamanya. Dalam peraturan tanah negara, kerajaan boleh mengganti tanah lain atau rumah lain atau bayaran yang sewajarnya demi kepentingan rakyat Pangerang keseluruhannya.

Jika hanya hendak mempertahan kepentingan Rakyat Singapura, itu sudah tidak kena? YB Salahudin perlu berterus-terang tanah yang mana yang dia hendak pertahankan?




LAJIM DIPAKSA BERHUTANG BELI SURAT CINTA ANWAR JIKA MAHU DICALONKAN

Posted: 30 Sep 2012 06:01 AM PDT

BEOUFORT BANJIR MENUNGGU LAJIM UKIN
Berita yang baru kami terima daripada orang kanan Datuk Lajim Ukin (Lajim), bahawa Lajim dipaksa Anwar untuk membeli surat penjara anwar kepada Wan Azizah. Lajim belum membayar wang itu,Lajim hanya bersetuju beli atas pentas politik, tetapi pembayarannya dibayar dengan cek kosong.

Menurut orang kanan Lajim, dia dipaksa Anwar untuk membeli surat tersebut jika mahu dicalonkan oleh PR dann jika mahu dibantu semasa PRU13 kelak. Inilah kelemahan Lajim, takut dengan ugutan, apatah lagi ugutan itu dari Anwar sendiri.

Semua orang tahu sebab Lajim keluar UMNO kerana tidak dapat projek di Beoufort. Lajim sangat marah kepada Ketua Menteri Sabah karena menahan projek-projek untuk Parlimen Beoufort. malah Lajim juga marah-marah kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya kerana projek-projek yang diharap-harapkan di Beoufort tidak sampai-sampai. Sehingga di hari-hari terakhir Lajim masih mengharap.

Lajim kini semakin terperangkap dan diperangkap, di mana nak cari RM50,000...

Khabar dari Beoufort, Penduduk Beoufort terkejut dengan kegilaan Lajim dan ketakutan Lajim membeli surat tak bererti kepada penduduk Beoufort itu.

Lawatan kru mymassa mendapati Penduduk Kampung Suasa, kampung Pintas, Kampung Padas, Kampung Berangkok dan banyak lagi meluahkan rasa marah dengan berita itu.


Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Sep 2012 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Skandal Rumah RM2.5 Juta Ini Perlu Diulas @Anwaribrahim Di Parlimen Semasa Bahas #Bajet2013

Posted: 30 Sep 2012 09:36 PM PDT




Skandal tanah Taman Manggis adalah bukti pembabitan Lim Guan Eng yang membabitkan keuntungan berjuta ringgit masuk kedalam poket beliau membabitkan individu digelar Cik P dan Datuk JP.


 Cik P terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng  menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.

anda kena baca di blog Pisau untuk laporan seterusnya !

 

Aduan Rakyat @nanihasan77 di Twitter DS @Zahid_Hamidi Diambil Berat Serta Merta !!!

Posted: 30 Sep 2012 09:07 PM PDT


Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi nampaknya maju selangkah lagi ke hadapan apabila menggunakan medium maya untuk berinteraksi dengan pengundi di tempat beliau Bagan Datoh. Beliau sebelum itu mendapat aduan tentang rumah dilanda ribut di twitter beliau :





Selepas itu YB AHli Parlimen merangkap Naib Presiden UMNO telah ke sana bersama dengan bantuan kepada mangsa. Bukti rakyat didahulukan. Lihat gambar lokasi Matang Kunda, Bagan Datoh.



Embedded image permalink


Meskipun baru aktif dengan twitter sebulan dua namun sehingga kini 18,032 follower sudah mengikuti beliau di twitter.

Inilah watak pemimpin yang disukai rakyat..



Penipuan Suara Keadilan Buku Latihan Gambar PM @NajibRazak Dibongkar TMK !!!

Posted: 30 Sep 2012 08:30 PM PDT


June (right) with the 'Najib schoolbook' at the Gerai 1Malaysia event.
June Low (Kanan)

Menurut JUNE LOW  buku berkenaan bukannya di hasilkan oleh kerajaan, ianya di hasilkan oleh seorang artis grafik di pertandingan seni grafik yang di adakan di Galeri Annexe di Pasar Seni pada 22 September lalu.



Mari kita lihat artikel yang telah di padamkan oleh portal rasmi PKR namun sempat di print screen sebelum di padamkan.






Suasana Solat Subuh di Gaza, Palestin Mesti Ditiru Umat Islam Malaysia

Posted: 30 Sep 2012 08:28 PM PDT




terima kasih FB https://www.facebook.com/kudenhasim atas gambar ini

Terima Kasih @RealDrMaza Kerana Blok Twitter @Panglima_Cyber Seperti @Anwaribrahim

Posted: 30 Sep 2012 07:12 PM PDT



imej disalin semalam lihat tarikh di sebelah bawah kanan sekali


Ingatkan pemimpin pembangkang sahaja blok orang. Nampak ahli agama seperti MAZA yang suka kritik rupanya tidak tahan dikritik juga sama. 

Semasa ditahan kerana mengajar tanpa tauliah dia sebut di sini http://www.malaysiakini.com/news/116699  bahawa Tauliah cabul hak bersuara ! 



Kata beliau : 

"Kita hendaklah memulakan (mengiktiraf) hak kebebasan bersuara, bukan menghalang kebebasan bersuara.  Nampak sekali beliau seakan pejuang kebebasan bersuara namun hari ini beliau sendiri tidak bebas dan membebaskan suara-suara yang kritikal terhadapnya. 

Jika ada salahguna sila beritahu di mana, jika tidak tahan dikritik maka beritahu anda tidak suka dkritik tetapi suka dipuji sahaja.

Dr Asri  juga sebenarnya mengamalkan perkara yang serupa, menyekat di ruang maya yang sangat luas ini, orang yang menegur tindakannya.

Lalu mengunci pintu kebebasan bersuara di twitter dengan blok akaun twitter panglima.

Sama juga seperti Wardina Safiyyah yang turut membuat tindakan yang sama.

Sama juga dengan pemimpin Pakatan termasuk Anwar Ibrahim yang kuat menghentam tetapi terlalu sensitif bila dihentam balik sehingga menggunakan kuasa untuk memblok orang yang tidak sehaluan. Termasuk panglima sendiri.

Kepada yang terlalu sayangkang MAZA nasihat Panglima elok biarkan sahaja dia sertai pembangkang.

Orang seperti ini tidak ada gunanya jika kita jaga demi kepentingan politik semasa. Namun keputusan pemimpin kita menjaga MAZA tetap kita hormati walau kita tidak bersetuju dengannya.

Dalam politik elakkan mencari musuh tetapi musuh kena jelas  walau kita mendekatinya serapat yang mungkin.

Kenapa saya selalu 'serang' MAZA ? Kerana dia seorang yang 'bahaya' pemikirannya dan sering 'menghina Agensi termasuk Agensi jaga Agama' dengan kata-kata yang tidak diterima pun majoriti ahli agama negara kita. 

Melainkan segelintir puak yang menyokong aliran salafi wahabi dan sewaktu dengannya.

Moralnya : jangan hentam orang jika anda tidak sedia dihentam.

Dahsyat Kata-Kata Ust Kazim Elias Yang Boleh Merobek Jantung Ahli Fanatik PAS

Posted: 30 Sep 2012 06:52 PM PDT




Fikir fikirkanlah dan selamat beramal.

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Posted: 30 Sep 2012 04:44 PM PDT

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Madad Diri Pagi Ini"

Thanks,
The Instagram Team

Pemimpin DAP Termasuk @NgaKorming Tolak 1Malaysia Perdana Menteri @NajibRazak Mahu Lihat Negara Huru-Hara ??? Lihat Gambar

Posted: 30 Sep 2012 08:00 AM PDT



apakah yang dimaksudkan Gagasan 1Malaysia ? Sila baca kupasan lengkap di sini http://www.btn.gov.my/v2/HTML/index.html

Apakah maksud Budaya Ilmu dalam Gagasan 1Malaysia ? Anda bacalah e-book ini



Selepas membaca barulah anda akan sedar seakan benar dakwaan ramai orang bahawa DAP parti komunis yang mahu hancurkan Malaysia.

SILA PASTIKAN PARTI INI YANG JUGA HINA MELAYU ISLAM DULU HINGGA KINI AKAN DITOLAK TERMASUK OLEH CINA DAN INDIA YANG SAYANGKAN NEGARA.


KEBIADAPAN PEMIMPIN POLITIK MELAMPAU BATAS INI WAJAR DIPROTES DENGAN UNDI KITA PRU 13 NANTI.

SEKIAN, SALAM PERJUANGAN DAN SELAMAT MALAM.


Punca Kate Middleton Dimalukan Kerana Imej Mesra Islam Seperti Mendiang Diana ?

Posted: 30 Sep 2012 05:24 AM PDT


Berita oleh Harian Metro di sini http://www.hmetro.com.my/articles/SkandalgambarKateberterusan/Article/artikelMA




ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.

LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.

Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.


Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: "Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

"Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya."

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer.

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og Hør. - DM



Panglima : Kenapakah Kate Menjadi mangsa ? Adakah sesiapa mengetahui kisah di sebalik kejadian ini?

Selepas membuat semakan didapati ia mungkin berkaitan dengan imej mesra Islam oleh Kate Middleton yang menyamai apa yang dilakukan Puteri Diana yang menggerunkan musuh Islam.

Wajah mereka berdua juga tidak jauh bezanya.


Media-media Britain menyifatkan persamaan keduanya yang mungkin memberi imej positif terhadap Islam sehingga perlu dihapuskan dengan penyebaran gambar bogel paparrazi rakam untuk memalukannya. 

Laporannya :

Skandal gambar Kate berterusan


LONDON - Umum mengetahui bahawa ketika ini Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.

Mereka hadir ke Malaysia bagi melaksanakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Putera William dan Kate telah melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang, semalam.

Menarik perhatian Media dan rakyat Britian, apabila penampilan Kate dalam lawatan mesra itu secara tidak langsung mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana pada 20 tahun yang lalu. 


Baca lagi laporannya di sini http://www.forblogger.net/2012/09/media-britain-sifatkan-imej-bertudung-kate-di-msia-imbas-memori-diana.html







Kisah Ibu Diuji Allah Dengan Tujuh Anak Penagih Dadah

Posted: 30 Sep 2012 03:07 AM PDT


7 anak penagih


Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my





KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak.

Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu.

Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya itu meninggal dunia satu persatu kesan pengambilan dadah secara berlebihan.



"Saya tidak segan berkongsi pengalaman duka dialami kerana inilah takdir dalam hidup saya. Berat mata memandang, berat lagi bebanan jiwa yang saya tanggung selama ini.

"Walaupun semua anak mak cik penagih dadah, naluri keibuan dan kasih sayang saya kepada anak tidak pernah luntur. Mak cik tetap mengambil berat dan menjaga mereka," katanya ketika ditemui pada sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pada sesi itu, Zawiyah membawa seorang anaknya, Fauzi, 30-an, untuk mendapatkan rawatan pemulihan daripada pihak AADK.

Dia yang juga seorang ibu tunggal mendakwa anaknya tidak pernah menyusahkan atau mencuri barang berharga miliknya walaupun bergelar penagih dadah.

"Walaupun mereka penagih tegar, semua mereka tidak pernah menyusahkan saya atau penduduk kampung.

"Mak cik tidak pernah berhenti menasihati mereka untuk berubah dan kembali menjadi manusia normal. Malangnya hati mereka tidak terbuka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum ini," katanya.

Dia mendakwa terpaksa mengorbankan segala yang dimiliki demi menjaga anaknya terutama membabitkan kos rawatan pemulihan supaya anaknya menjadi insan berguna.

"Namun, hajat mak cik tidak kesampaian apabila empat anak mak cik meninggal dunia satu persatu akibat bahana dadah. "Bagaimanapun, mak cik bersyukur kerana masih ada tiga lagi anak yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah. Makcik harap mereka dapat berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu," katanya.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui berkata, dia menyesal dengan penagihan dilakukan itu dan mendakwa ia berpunca daripada hasutan rakan yang juga penagih dadah.

Dia yang baru melangsungkan perkahwinan lima bulan lalu berhasrat untuk berubah demi ibu dan isteri tercinta.

"Saya sudah muak menjadi penagih dadah dan mahu kembali ke pangkal jalan. Hanya ini saja cara saya membalas jasa dan kesabaran ibu selama ini," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28

http://www.hmetro.com.my/articles/2012092807575020120928075750/Article

Panglima : kerana itu dadah merosakkan bukan sahaja diri tetapi keluarga. Ketagihan akan membuatkan manusia merosakkan diri sehingga mati akibat dadah ini. Jangan sesekali kita menghampiri atau membiarkan penagih mendekati ahli keluarga kita. Seseorang akan mengikut budaya atau agama sesiapa yang dijadikan teman rapatnya sabda Nabi saw.

Afdlin Shauki Akan Berhenti Berkarya Selepas 'Tiga Hari' ?

Posted: 30 Sep 2012 03:00 AM PDT

Kiraan berhenti Afdlin



DALAM hitungan sejarah pengarahan filem seorang sutradara bernama Afdlin Shauki, mungkin Untuk Tiga Hari telah membidik cerita yang tersendiri.
Diselang seli jiwa dan keghairahan para peminat filem sedang membuat perhitungan untuk menonton filem karya anak tempatan sendiri, Untuk Tiga Hari datang dengan pelbagai ragam bahasa dan cerita.
Suka atau tidak, kita harus akur dengan satu kenyataan bahawa pawagam tempatan sedang sepi dengan filem bermutu. Untuk Tiga Hari muncul di kala gersang karya.
Mesej suami isteri
Membayangkan sebuah buku novel tulisan Ahadiat Akasyah, sebagai sutradara, Afdlin menganggap naskhah ini adalah sebuah kehidupan yang bergerak dengan cinta. Sebuah topik yang menarik untuk diketengahkan serta mempunyai pengajaran tersendiri.
Masuk hari kelima tayangan, Untuk Tiga Hari dihimpit sedikit kontroversi tentang hukum agama. Adegan perbualan watak bawaan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak menjadi topik bahas dan perbincangan. Banyak yang bersuara, malah kontroversi itu turut menjadi penarik penonton ke panggung. Bagi Afdlin, dia positif.
Baca lanjut : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Terkini : ASTRO Pula Siar Filem Haram Tayang di Malaysia

Posted: 29 Sep 2012 08:17 PM PDT


Astro sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu menghormati sensiviti umat Islam. Dengan menayangkan cerita menghina Agama yang telah diharamkan Kerajaan kita sejak dari 2003.

Kita tidak tahu apakah mesej tersirat mereka buat? Samada tidak sengaja atau sengaja untuk dimohon maaf kemudian seperti Ngeh Koo Ham ?

Baca lagi kupasannya oleh Cucu Tok Selampit di sini






CTS mendapat maklumat filem kontroversi, Bruce Almighty telah mendapat tempat penayangan di saluran 413 Fox Movie bermula tayangannya pada 28/09/2012 bermula jam 10.00 pm selama 105 minit. Sewaktu posting ini disiarkan filem ini sedang ditayangkan di saluran yang sama bermula 8.45 pm. Filem lakonan Jim Carey ini telah diharamkan penayangannya oleh Kerajaan pada penghujung bulan Julai 2003. Perkara pengharaman berkenaan telah diumumkan oleh akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia, (lihat sini) dan lain-lain, oleh Timbalan Menteri Kemeneterian Dalam Negeri pada waktu itu, Datuk Chor Chee Heung. 

Sebelum ini, stesen radio MIX FM milik ASTRO pernah ditegur kerana mengajurkan peraduan di radio itu yang berlangsung bersama Buena Vista International (pengedar filem itu) pada tahun yang sama bersempena promosi tayangan pawagan filem itu. Filem Hollywood lakonan Jim Carrey itu mengisahkan seorang lelaki diberi tanggungjawab untuk menjadi Tuhan dalam tempoh seminggu. CTS berharap pihak SKMM dan KDN lebih peka dengan isu ini. Tambahan pula, sehari dua ini kita dilonggokkan dengan pelbagai isu yang menghina Agama. Pihak ASTRO harus meminta maaf dan menghentikan siaran ulangan filem berkenaan yang ditetapkan waktu tayangnya pada 01 Oktober 08.45 pm, 04 Oktober 12.30 pm dan 05 Oktober 06.00 pm.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/09/astro-tidak-peka-menayangkan-filem-yang.html#4z8PXO2OAP6LQMoq.99 

UM Dimenangi Pro #AspirasiMahasiswa - Tahniah !!!

Posted: 29 Sep 2012 08:01 PM PDT


Kemenangan milik proaspirasi
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kumpulan proaspirasi diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) sesi 2012/2013.

Kemenangan itu diperoleh apabila satu daripada dua kerusi yang ditandingi semula pagi ini dimenangi kumpulan proaspirasi.

Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, pengundian semula itu diadakan membabitkan dua fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) setelah mencatat undian seri pada hari pengundian MPP Selasa lalu.

"Di Fakulti Pendidikan, kemenangan berpihak kepada calon promahasiswa iaitu Maiyamin Md. Nor apabila meraih undi sebanyak 136 menewaskan saingannya, Malik Syam Mohammed Latif (129).


"Bagi FSKTM pula, Neo Yew Boon yang bertanding atas tiket proaspirasi memenangi kerusi berkenaan setelah mendapat undian sebanyak 112 berbanding calon promahasiswa, Mohd Alif Jamaluddin (73)," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Semasa pengundian pada Selasa lalu, daripada 43 kerusi yang dipertandingkan, kumpulan proaspirasi menguasai 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (dua) dan dua kerusi lagi mencatatkan undian seri.

Calon memperoleh undian sama tersebut ialah Maiyamin dan Malik Syam yang mendapat 163 undi manakala Muhammad Alif dan Yew Boon (93).

Menurut Ghauth, UM memperuntukkan dua kerusi bagi setiap fakulti, akademi dan pusat.

"Baki satu kerusi di Fakulti Pendidikan telah dimenangi Zulaikha Zulkifli manakala Safwan Marwan memperoleh kemenangan di FSKTM," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Penggerak Mahasiswa, Marwan Kahar Baharuddin berkata, kemenangan menjadi milik proaspirasi berikutan dua calon bebas yang menang sebelum ini merupakan perwakilan bersekutu.

"Sehubungan itu, dengan kemenangan pagi ini, kumpulan proaspirasi memperoleh 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan," katanya.

Komen Mangsa Gulung Tikar Kerana Cukai Kereta & Motor Dinaikkan Ketika Anwar Berkuasa !!!

Posted: 29 Sep 2012 06:59 PM PDT


Isu kenaikan harga kereta disebabkan perbuatan Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan.
Tulis seorang rakan FB Panglima yang amat marah tentang perkara ini bernama


Jay Naz :



SIAPA YANG MENAIKAN CUKAI IMPOT KERETA?

Cuba penyokong-penyokong pembangkang mengimbas kembali pada tahun 1996 ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia, tidak kah beliau yang bertanggungjawab di atas kenaikan cukai kereta import sehingga 300% dan cukai motorikal kuasa tinggi juga di naikan sehingga 150% dengan alasan mengurangkan pengaliran dan tukaran wang akan keluar dari negara. Dan alasan untuk motorskal adalah bersebabkan ianya adalah hobi orang-orang yang berada. oleh demikian kata Anwar Ibrahim kedua-dua nya harus di kenakan cukai yang tinggi untuk menambahkan pendapatan negara. 

Saya adalah salah satu manusia yang mempunyai kedai motosikal berkuasa tinggi yang terpaksa gulong tikar bersebabkan tiada pembeli bersebabkan kos harga motorsikal terlalu tinggi untuk anak-anak muda memilki nya dan juga keadaan global ekonomi yang teruk ketika masa itu.

Dan sekarang beliau pusing pulak kononnya nak menurukan cukai kereta pulak. podahhhhhhhh, memang lah kaki pembohong "of the highest order"....





@bharianmy : #Bajet2013 Paling Seimbang - DS @Zahid_Hamidi

Posted: 29 Sep 2012 05:23 PM PDT

Berita Harian (@bharianmy)
30/09/12 8:07 PG
Bajet paling seimbang fb.me/1dnorFqVi

Bagan Datoh: Bajet 2013 jauh lebih adil berbanding bajet bayangan pembangkang yang hanya menabur janji.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dakwaan kononnya bajet itu untuk pilihan raya adalah tuduhan berulang yang sering disuarakan setiap kali bajet dibentangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, hakikat sebenar Bajet 2013 adalah bajet paling seimbang dengan defisit hanya empat peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbanding bajet yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat lebih awal, tetapi kurang penelitian. 




Tidak praktikal

Mereka cuba menabur janji yang tidak dapat dilaksanakan kerana tidak praktikal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas peringkat negeri di sini, semalam.

Ahmad Zahid memberi contoh empat negeri dikuasai pembangkang gagal melaksanakan bajet yang dibentangkan di negeri masing-masing.
Malah, manifesto pembangkang pada pilihan raya lalu juga tidak dilaksanakan kerana mereka beranggapan manifesto bukan perjanjian tetapi momokan meraih undi rakyat, katanya.

Nilai sendiri

Justeru, beliau mengajak rakyat menilai keprihatinan Perdana Menteri menyediakan Bajet 2013 hingga manfaatnya dirasai bermula golongan miskin tegar hingga ke peringkat perdagangan antarabangsa.

Bajet ini memperlihatkan perimbangan atau susunan lapisan sosial dan lokaliti. Mereka yang berada di pedalaman juga diambil kira dengan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan, katanya.
Sent from my iPad

@bharianmy : Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion

Posted: 29 Sep 2012 05:18 PM PDT

Berita Harian (@bharianmy)
30/09/12 8:07 PG
Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion fb.me/1ujUkfyhu

Putrajaya: Nilai harta pusaka terbeku, iaitu yang tidak diwasiatkan, di Malaysia, sebahagian besar milik orang Islam dianggarkan mencecah RM45 bilion.

Penemuan itu adalah hasil kajian sebuah syarikat milik Bumiputera yang mengkhusus dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.
Sebahagian besar harta berkenaan dalam dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank dan harta tetap.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin, berkata pelbagai faktor menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk waris kurang pengetahuan mengenai pengurusan harta si mati.




Kurang pengetahuan

Kekurangan pengetahuan mengenai pengurusan dan prosiding harta pusaka menyebabkan waris tidak berminat untuk menguruskan harta berkenaan.

Masalah pengumpulan dokumen untuk pengurusan harta pusaka juga menjadi penyumbang kepada isu ini dan secara umumnya waris tidak tahu untuk bermula daripada mana, sekali gus menyekat usaha untuk menuntut harta pusaka, katanya kepada media selepas Konvensyen Pewarisan Harta Syariah di sini, semalam.
Tak tahu hukum

Selain itu, katanya, isu itu juga timbul kerana pertelagahan mengenai hak waris terutama dalam aspek faraid kerana tidak ramai yang tahu secara mendalam mengenai hukum itu serta tidak berusaha merujuk kepada yang pakar.

Justeru katanya, penyediaan dokumen tepat atau hibah (hadiah) serta melantik pegawai agensi pengurusan harta pusaka mampu menyelesaikan isu perebutan harta pusaka, selain mengelak harta itu terbeku akibat pewaris enggan memberi kerjasama.

Kesan hibah

Hibah jauh lebih berkesan dan fleksibel dari segi undang-undang syariah bagi tujuan pembahagian harta yang mana melaluinya pemilik harta boleh menentukan pewaris mengikut yang dikehendakinya.

Harta yang dihibah tetap akan menjadi hak pemiliknya selagi dia masih hidup dan berhak menikmati manfaat dari harta tersebut sepanjang hayatnya. Ia hanya bertukar milik kepada penerima hibah selepas kematian pemilik harta.

Selain itu, harta yang dihibah tidak akan menjadi harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris mengikut hukum faraid, katanya. 
Sent from my iPad

g a R a m a N i s

Posted: 30 Sep 2012 11:06 PM PDT

g a R a m a N i s


Rapat Nasional PKR: Perbanyakan Billboard dan Dekati Pengundi Atas Pagar

Posted: 30 Sep 2012 07:10 PM PDT


Rapat Nasional PKR telah diadakan pada sabtu lepas. Gathering yang diadakan di SACC, Shah Alam itu untuk memfokuskan strategi menjelang PRU. Rata-rata yang hadir sudah tahu apa yang akan diucap akan Anwar Ibrahim. Dialah yang hebat dan dialah yang terbaik.

Dalam kehangatan Bajet 2013 yang dibentangkan PM dihijcak pula Bajet Anwar 2 hari sebelum itu, langsung tidak diperkatakan dalam gathering ini. Buat pertama kali perhimpunan PKR serius membincangkan persiapan untuk menghadapi gelombang perubahan yang dibawa Najib.

Bagi yang rapat mengikuti perkembangan PKR, gathering ini sama seperti gathering sebelum ini. Tidak nampak perubahan melainkan membentangkan beberapa strategi menjurus pilihan raya. Sebab itu, kalu kita alert jentera psywar rasmi PKR seperti MKini tidak mengolah langsung gathering kali ini.

Entahlah mungkin pas media tidak dibekalkan kali ini.

Bagaimanapun, bagi menambah kehebatan gathering kali ini menampilkan beberapa muka lama yang dibranding Anwar sepertimana kehadiran 'istimewa' Lajim Ukin [Mr. 8 million] dan Wilbert Bamburing. Kehadiran orang kuat Suaram, Cynthia Gabriel seolah penyeri kebosanan bagi memberi penerangan mengenai projek Scorpene 2.0 yang akan tersadai.

Wakil dari Sabah dan Sarawak seperti Thamrin Mohd dan Baru Bian juga mengharapkan Anwar Ibrahim boleh menjadi messiah untuk memberi kuasa autonomi jika pembangkang berkuasa kelak.

Dalam pada itu, PKR telah mengemukakan beberapa strategi yang perlu kerajaan alert dan ambil peduli. 
  • Ahli perlu membaca buku yang boleh membuka minda untuk merangka strategi yang lebih mantap. 
  • Membuat bai'ah dan taat setia pada setiap ahli di Cabang dan Ranting. 
  • PR akan menwujudkan akhbar harian 13 siri dan akan disebarkan pada PRU nanti dan isi kandungannya memburuk-burukkan polisi kerajaan. 
  • Kerajaan Selangor akan terus memasang billboard untuk menyampaikan mesej dan maklumat untuk menarik sokongan pengundi atas pagar. 
  • Menyeru semua Ketua Cabang untuk membuat persedian untuk mencari tempat pemasangan billboard. 
  • Mensasarkan pengundi India dan orang asli yang tidak mempunyai IC kerana kumpulan ini lebih mudah didekati. 
  • Mengangkat darjat wanita dalam perjuangan dengan peruntukkan RM3.3 billion dalam Bajet PR. 
  • Dalam kempen di negeri yang ditadbir, perhebatkan isu program ekonomi dan merakyatkan ekonomi.
Buat pertama kalinya, Kak Wan memuji Azmin Ali yang dianggap pengarah pilihan raya yang berjaya. Kerja keras Azmin Ali diakui Kak Wan mungkin kerana skrip ucapan dikarang Anwar bagi memberi mesej keutuhan kerjasama dua manusia yang berkongsi kasih sayang dari lelaki yang sama.

Ini mesej jelas kepada perwakilan bagi memberi gambaran isu 'rumahtangga' telah selesai dan mereka amnya gandingan yang telah bersedia untuk mengambilalih Putrajaya.

Disini juga kedengaran suara yang menzahirkan kebosanan dengan pendekatan rapat nasional yang gagal. Melainkan cerita gempak gempita kehebatan Anwar Ibrahim yang mahu digambarkan pemimpin marhaen, maksum dan penyelamat negara.

Jangan lupa Husam Musa juga turut melempiaskan angannya yang akan mewujudkan Kota Bahru International Airport [KBIA] jika Anwar Ibrahim menjadi PM akan datang.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Sep 2012 09:36 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


KEBIADAPAN PELAJAR IIUM ! INI HASIL DIDIKAN PEMBANGKANG !

Posted: 30 Sep 2012 05:25 AM PDT

KERANDOT PAS HILANG DICABAR AZALINA !

Posted: 30 Sep 2012 03:44 AM PDT

FAKTA BAJET/JANJI NIK AJIS.

Posted: 29 Sep 2012 11:24 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 30 Sep 2012 09:35 PM PDT

PISAU.NET


Makan Aiskrim Dalam Jamban Bermoral -Azmin

Posted: 30 Sep 2012 08:30 PM PDT



PKR melalui naib presidennya Azmin Ali perlekehkan BN apabila mendakwa calon yang bakal bertanding apda PRU 13 nanti ketandusan moral....

Pisau bersetuju sangat dengan kenyataan Azmin memandangkan moral para pemimpin BN tak terjangkau dengan kehebatan para pemimpin pakatan.Apa tidaknya apa yang dikatakan bermoral dalam tafsiran kepala otak haprak pakatan kesemuanya dihalalkan.

1.Anwar,Mat Sabu,Ostad Bad Ngentot dengan bini orang  = Bermoral

2.Azmin Ngentot dalam jamban = Bermoral

3.Anwar Ngentot China Doll = Bermoral

4. Tian Chua Buntingkan Anak pemimpin politik melayu = Bermoral

5. Gambar Eli Wong yang diambil teman lelaki dengan pemandangan hutan belantara =Bermoral

6. Apek Brylcream hantam 4 perempuan,2 cina 2 melayu = Bermoral

Banyak lagi yang Pisau tak senaraikan..seperti Adun PAS di Kedah ,Kelantan ...

Ini bukan Azmin kan?
Ini bukan Anwar kan?


mamat ni ngaku kena belasah 20 orang tapi tak lebam...
Korang mesti ingat lagi bagaimana Zuraida  terpaksa menafikan beliau bukan wanita yang beraksi dengan aksi Azmin kerana mahu menyelamatkan diri..


sengih jer apahal!...dia dah ngaku tak buat..jangan buruk sangka pulak..yang ni bermoral kan?
Pisau kata "makan eskrim dalam jamban bermoral kan?"

Orang Muda Tolak BN Di Penang ? @Zahid_Hamidi @dzainalabidin

Posted: 30 Sep 2012 06:00 PM PDT

BUTTERWORTH 30 Sept. - Pemberian pelbagai insentif terhadap orang muda menerusi Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas menunjukkan kerajaan prihatin terhadap golongan tersebut.


Sehubungan itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak hairanlah pola sokongan golongan itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.


 "Dakwaan sesetengah pihak kerajaan BN tidak mempedulikan suara orang muda adalah salah malah, pelbagai program yang memanfaatkan golongan itu diadakan secara berterusan.


 "Dalam Bajet 2013 juga, dua buah kementerian yang dekat dengan belia iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mendapat peruntukan besar, berjumlah RM51.7 bilion yang kali pertama diberikan," katanya.


Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam konteks di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng tidak mendengar suara dan permintaan orang muda menyebabkan mereka berasa terpinggir.


"Sebelum ini, golongan muda di negeri ini tidak memihak kepada BN, namun, suasana itu semakin berubah apabila pakatan pembangkang yang memerintah tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan golongan itu. "Dalam Bajet 2013, golongan muda turut menerima pelbagai faedah seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon bimbit pintar dan diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. Menurutnya, semua insentif tersebut membantu golongan muda dan jika BN terus berusaha tidak mustahil sokongan diterima semakin meningkat.


Ahmad Zahid berkata, golongan muda yang mewakili 37 peratus atau 307, 000 daripada 826, 000 jumlah pengundi keseluruhan di negeri ini akan terus diberi perhatian. "Gelombang sokongan semakin meningkat terutamanya bagi yang kali pertama mendaftar menjadi pengundi kerana mereka tahu DAP tidak pedulikan nasib mereka," katanya.







Beliau berkata, jika formula 3331 digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berjaya, BN mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang. "Formula itu merujuk kepada pertambahan kemenangan tiga kerusi untuk UMNO, MCA, dan Gerakan manakala satu MIC di samping mengekalkan 11 kerusi dimenangi sebelum ini. "Saya percaya jika kita bekerja keras, sasaran tersebut mampu dicapai," katanya. Sementara itu, Khairy berkata, selepas 48 jam bajet diumumkan, tinjauan yang dilakukan pihaknya menerusi media sosial mendapati, sokongan diterima meningkat secara mendadak-Utusan

PenangWasabi

Posted: 30 Sep 2012 09:27 PM PDT

PenangWasabi


Nakoula dipenjara bukan kerana filem anti-Islam?

Posted: 30 Sep 2012 05:44 AM PDT



Akhirnya semalam Nakoula Basseley Nakoula dipenjarakan.

Namun jangan salah sangka. Dia bukannya dipenjarakan kerana menerbitkan filem Innocence of Muslims, tetapi di atas tuduhan melanggar syarat-syarat pengawasan atau parol kerana menipu bank.

Lelaki berusia 55 tahun dan penganut Kristian Qibti itu menjadi terkenal kerana menerbit filem anti-Islam yang mendapat kecaman seluruh dunia Islam.

Segalanya bermula pada 11 September apabila filem tersebut dimuatkan dalam Youtube milik Google Inc. sehingga menyebabkan empat rakyat AS dibunuh termasuklah Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Chris Stevens.

Tunjuk perasaan yang bertukar menjadi ganas membantah filem itu telah mencederakan berpuluh-puluh yang lain dalam beberapa siri serangan di Kedutaan AS di Tunisia, manakala di Sudan pula kedutaan AS, Jerman dan Britain diserang pada 14 September.

Pada awalnya, filem selama 14 minit itu didakwa diterbitkan oleh kumpulan agama di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Media for Christ, tetapi akhirnya kumpulan itu mengakui ditipu oleh Nakoula.

Laman gosip Gawker yang menemubual pelakon filem itu sebelum ini menyatakan bahawa senarai watak utama dalam filem itu adalah George, Condalisa dan Hillary tetapi dalam versi akhir filem, skrip diubah untuk menjadikan mereka sebagai Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam lain.

Usaha mendapatkan pelakon-pelakon dan krew bagi filem itu yang pada mulanya diberi nama Desert Warrior telah dibuat dalam majalah Backstage yang berpangkalan di Los Angeles dan New York sejak Mei dan Jun 2009.

Iklan dalam majalah itu menyifatkan projek filem itu sebagai satu filem 'sejarah pengembaraan orang Arab di padang pasir' dan menyenaraikan nama "Sam Bassiel" sebagai penerbit.

Semasa temubual dengan AP, Nakoula menafikan dia adalah Sam Bassiele, tetapi mengaku mengenali lelaki itu.

Malah, apabila tercetusnya bantahan terhadap filem itu telah menyebabkan para pelakon filem tersebut mengakui telah ditipu oleh Nakoula.

Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.

Nakoula pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank.

Terdapat rekod menunjukkan pembikinan filem Innocence of Muslims mungkin dijalankan ketika Nakoula berada dalam tahanan lagi.

Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman dan P.J Tobacco.

Walaupun dikecam hebat hingga menjejaskan imej AS, namun Nakoula tetap bongkak dengan menyatakan dia tidak pernah menyesal dalam menerbit filem tersebut.

Malah, dia cuba mencetuskan kontroversi lagi apabila mahu menyiarkan filem penuh Innocence of Muslims ketika diwawancara dalam siaran radio bahasa Arab AS, Radio Sawa pada 14 September lalu.

Setelah Nakoula dipenjarakan, walaupun bukan kerana menerbit filem itu, yang tinggal ialah Google Inc, pemilik Youtube yang sehingga kini mempertahankan filem tersebut atas dasar kebebasan bersuara.

Jangan lupa, di AS kebebasan bersuara dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang.

Penang Wasabi..