MALAYSIA KINI
Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.
Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri.
Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.
LAPORAN LANGSUNG 5.42pm: SPR mengumumkan seramai 80 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Ia diumumkan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menurut laporan Bernama.
Ia menyebut, sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.
Jumlah berkenaan mencipta rekod peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah dan mengatasi jumlah 78.9 peratus dalam pilihan raya 1964.
Menurut laporan itu lagi, dua pusat mengundi bagi DUN Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
5.30pm: Pejabat kempen PKR Lembah Pantai memaklumkan kepada parti bahawa kesemua ejen penjumlahannya di SM Seri Pantai diminta untuk meninggalkan premis berkenaan buat sementara waktu.
SPR memberi arahan tersebut selepas tempoh pengundian tamat dengan alasan bahawa kakitangan suruhanjaya itu perlu berehat.
Kesemua 15 orang ejen penjumlahan berkenaan bagaimanapun enggan beredar dengan alasan bahawa mereka berhak memerhati kesemua proses pengundian terutama kertas undi berikut.
PKR menasihati SPR agar menggesa pegawainya supaya mematuhi peraturang berhubung pilihan raya.
5pm: Tempoh pengundian secara rasminya berakhir. SPR menjangkakan keputusan dapat diketahui seawal jam 7 malam.
4.44pm: Segamat, Johor - Satu pusat pengundian di Dewan Serbaguna Jementah yang hanya mempunyai satu saluran pengundi terputus bekalan elektrik.
"Orang-orang kami sedang berkawal. Kami berharap kertas undi dapat dikira menjelang jam 6 atau 7 petang," kata calon DAP Jementah Tan Chen Choon yang bimbang perkara tidak diingini berlaku sebelum pengiraan tersebut.
4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar.
Petugas-petugas di bilik gerakan PKR negeri yang ditemui juga berkata mereka tidak menerima sebarang aduan insiden luar biasa sepanjang pengundian berlangsung hari ini.
4.40pm: Alor Setar, Kedah - Di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani melalui kawasan Pengkalan Kundor, anak-anak muda bermotosikal membawa bendera PAS seolah-olah meraikan kemenangan.
Kelihatan juga anak-anak muda dan perayu undi PAS mengibarkan bendera PAS dan parti Pakatan Rakyat ke arah kenderaan lalulinta di sepanjang jalan tersebut. Malah kenderaan, sebagai respon, mereka membunyikan hon.
Kenderaan menuju ke arah Alor Setar pula, bergerak perlahan-lahan, mereka membunyikan hon tanpa henti dan kebanyakan kereta turut mengibarkan bendera PAS, PKR dan DAP, melekatkan bendera pada bonet kereta, sebagai tanda sokongan.
Di Sekolah Men Keb Datuk Wan Mohd Saman, anak-anak muda merayu undi pada saat akhir. Mereka juga menayangkan "Turunkan Harga Kereta" sebagai rayuan terakhir mereka sebelum pusat pengundian di tutup.
Sementara pondok BN pula, tidak semeriah penyokong PAS, sekalipun terdapat penyokong di dalamnya.
Kedai-kedai makan di sepanjang jalan ini kelihatan hampir penuh dengan orang ramai.
4pm: Air Putih, Pulau Pinang – Tiga individu dilaporkan cedera dalam satu pergaduhan yang tercetus di antara satu kumpulan memakai baju 1Malaysia dan orang awam di pusat pengundian di SRJK(C) Kong Min pada tengahari.
Menurut saksi mata, kumpulan 1Malaysia itu mencabar beberapa orang untuk bergaduh.
Polis menahan seorang suspek dalam kejadian tersebut.
Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tiba di lokasi tersebut pada kira-kira jam 3 petang meminta orang ramai bertentang.
Lim bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan, yang terletak dalam kawasan parlimen Bukit Bendera.
3.40pm: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam laporan Star Online berkata beliau berharap jumlah keluar mengundi meningkat berbanding 2008.
Katanya, jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus atau lebih tinggi akan mencatat rekod sebagai antara jumlah yang paling tinggi di dunia.
Menurut laporan itu lagi, jumlah keluar mengundi di Kelantan juga mencatat 62.02 peratus sejak tengahari.
Ia diikuti Kedah (61.88%), Terengganu (60.9%), Johor (60.01%), Perlis (59.27%), Penang (59.04%), Pahang (59.02%), Selangor (58.9%), Negri Sembilan (58.35%), Sarawak (58.26%), Perak (58.08%) Sabah (57.1%), Putrajaya (55.82%), Malacca (55.67%) dan Labuan (45.82%).
3.30pm: Segamat, Johor - PKR mendakwa ejennya diarah meninggalkan pusat pengundian di Felda Palong Timur selepas mendapati pengundian dijalankan dengan tidak mengikut peraturan di situ.
"Pegawai kami memberitahu bahawa tugasnya sudah berakhir dan beliau perlu beredar," kata pegawai media Ong Jing Cheng.
"Kami diberitahu bahawa pegawai SPR di sana tidak mencetak daftar pemilih dan hanya merekodkan maklumat pengundi dairpada komputer di atas satu kertas dengan logo 1Malaysia," katanya.
Pusat pengundian tersebut ialah Palong Timur 140/01/03 di SK Palong Timur 1.
3.07pm: Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan untuk menghimpunkan penyokong bagi meraikan kemenangan atau mencetus kekecohan selepas tamat proses pengundian malam ini.
"Dakwaan itu semua tipu, satu pembohongan semata-mata. Ia adalah tohmahan dan fitnah untuk memburukkan nama saya. Dakwaan itu bertujuan mengganggu perjalanan demokrasi yang sedang berlangsung.
"Saya pakai telefon 'cap ayam' dan tidak berupaya menghantar mesej seumpama itu," katanya kepada
Malaysiakini.
Dakwaan berkenaan, yang tersebar luas di kalangan petugas media dalam bentuk emel, mula dikesan sejak lewat petang semalam.
Maklumat mengenai perarakan berkenaan dipandang serius oleh polis yang menyatakan bahawa pasukan itu mendapat maklumat seperti itu, berdasarkan risikan.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan semalam berkata semua perarakan, sama ada untuk meraikan kemenangan atau untuk memprotes keputusan, dilarang sama sekali.
3.15pm Kota Darul Aman, Kedah - Suasana di Sekolah Ren Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa, Kampung Perak tidak seperti ditempat-tempat lain. Di sebelah pagi, pengundi mjoritinya Cina ramai lebih ramai berbanding di sebelah petang.
Cuaca di Alor Setar mendung sedikit, dan ada terasa rintik-rintik hujan.
Sementara itu, seorang pengundi yang merupakan seorang pelajar PHD di Universiti Malaya ditemui di sekolah berkata beliau sangat bersmangat danm teruja kerana kali pertama mengundi.
"Saya nak kepada perubahan (kerajaan Pusat) daripada BN kepada Pakatan. Saya jelas, tak mahu simpan-simpan. Saya hapuskan PTPTN. Sokong Pakatan, saya nak pendidikan percuma," katanya yang enggan namanya didedahkan.
Penuntut wanita itu mengundi di DUN Alor Mengkudu, menemani rakannya yang membawa neneknya mengundi di sekolah ini.
Katanya, 90 peratus rakannya di fakulti pengajiannya pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.
3:00 pm Kota Damansara - Hujan lebat tidak menghalang pengundi untuk ke pusat mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka.
Malah, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas tetap ingin mengundi walaupun hujan.
Bagi penyokong parti BN dan Pakatan, masing-masing tidak mahu kalah sorak. Sambil berpayung, mereka melaungkan "Ubah" dan "BN" dengan bersemangat sebelum masa mengundi tamat dalam masa lebih kurang sejam sahaja lagi.
3pm: Air Putih, Pulau Pinang – Setiausaha kepada ketua menteri sementara Cheong Yin Fan melaporkan bahawa orang awam menahan seorang warga Bangladesh untuk keluar mengundi di Air Putih.
Pengundi berkenaan JJ Choo berkata beliau mengesan perkara yang tidak kena mengenai seorang lagi pengundi, yang kemudiannya didapati sebagai keturunan Bangladesh dengan kad pengenalan Malaysia.
Choo yang membuat semakan di laman SPR mendapati nama individu berkenaan didaftarkan di satu lagi pusat pengundia – di Sekolah Tinggi Chung Ling di kerusi DUN Air Itam.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada sukarelawan DAP di lapangan, yang memaklumkan perkara itu kepada calon DAP Air Itam, Wong Hon Wai.
Bagaimanapun, mereka tidak boleh mengambil tindakan lanjut memandangkan individu berkenaan merupakan pemegang kad pengenalan yang sah.
3pm: Pulau Pinang – calon DAP Tanjong, Ng Wei Aik membuat aduan kepada SPR kerana kertas undinya tidak dicap dengan cap rasmi.
Ng, yang merupakan setiausaha DAP Pulau Pinang berkata aduan turut diterima dari tiga lokasi atau pusat pengundian:
- SJK(T)) Jalan Sungai (bawah kawasan parlimen Jelutong)
- SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua (bawah kawasan Bukit Gelugor)
- SK Taman Sejahtera bawah kawasan Bukit Mertajam
Timbalan pengarah SPR Pulau Pinang Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin berkata sesetengah kertas undi tersebut tidak dicap ekoran "kecuaian" pegawai tertentu.
"Sama ada dicap atau tidak, kita menerima kertas undi tersebut menurut peraturan SPR," katanya.
2.47pm: Tamparuli, Sabah – Seorang wanita berpakaian seperti seorang pengawal keselamatan berjalan keluar dari bilik pengundian di SK Pekan Tamparuli dengan kertas undi yang belum ditanda.
Beliau yang ditahan oleh ejek pengundian dan pegawai polis selepas itu berkata: "Oh saya kena isi yang ini juga? Saya tidak tahu!".
Pegawai SPR membenarkan beliau masuk semula untuk menanda kertas undi tersebut walau jarinya sudahpun ditanda dengan dakwat.
2pm: Air Putih, Pulau Pinang – Satu pergaduhan dilaporkan tercetus di pusat pengundi SRJK(C) Air Putih, dilaporkan melibatkan individu berpakaian baju biru 1Malaysia.
Penyandang Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi tersebut kini bergegas ke lokasi berkenaan selepas melawan kawasan parlimen Bagan.
2pm: Sekumpulan 18 orang pemantau memerhati proses pengundia di lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur sejak pagi ini, lapor Bernama.
Seramai 12 orang daripada mereka merupakan wakil dari negara Kemboja dan Thailand yang diiringi setiausaha SPR Kamaruddin Mohamed Baria.
Pemerhati dari Indonesia, Myanmar dan sekretariat Asean turut menjadi pemerhati atas undangan SPR.
2pm: Seremban - Pegawai SPR di St Paul Institution berkata jumlah yang keluar mengundi semakin berkurangan. Ada di kalangan pengundi yang terpaksa beratur sehingga dua jam untuk mengundi, pada sebelah pagi.
1:40pm: Segamat, Johor – Polis akhirnya campur tangan selepas Chua mempersoalkan tindakan seorang wanita yang menerima kad pengenalan daripada pengundi.
Anggota polis yang tiba kira-kira lima minit kemudian bersetuju bahawa ia merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Kami akan menyiasat sebaik laporan polis dibuat. Sepatutnya, orang yang dibenarkan masuk hanya orang dengan pas SPR," kata pegawai polis tersebut.
1.33pm: Koordinator Malaysians for Beng Hock Ng Yap Hwa yang mengundi di SK Sri Tangkak pada 11 pagi mengadu bahawa pegawai SPR memintanya menanggalkan riben kuning dengan logo BERSIH yang dipakai di tangannya.
Beliau memberi alasan, hanya logo dan warna parti yang tidak dibenarkan dibawa di pusat mengundi.
1.30pm: Johor – Beberapa kawasan di negeri ini juga dilanda hujan, dari kawasan Kulai hing Batu Pahat di sepanjang lebuhrajaya PLUS.
Beberapa kemalangan jalan raya di kedua-dua hala di antara Machap dan Ayer Hitam menyebabkan kesesakan lalulintas yang besar.
1pm: Putrajaya - Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari ini, kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, lapor Bernama.
"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.
"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.
1.00 tengahari: Seremban - Hujan mulai turun di Labu dan Seremban 2, tetapi ia tidak dijangka akan memberi kesan kepada proses pengundian.
12.15tengahari: Seremban - pemantauan di pusat-pusat pengundian menunjukkan bahawa ramai pengundi sudah keluar mengundi, tetapi jalan raya sesak di sekitar bandar.
12.01am: Kota Kinabalu, Sabah - Berbanding dengan pagi tadi, tiada lagi barisan pengundi yang panjang di bawah sinar matahari, kecuali di saluran pengundian 3 dan 4 untuk pengundi muda.
Seorang ejen tempat mengundi dari SAPP di pusat mengundi Maktab
Sabah di Luyang berkata, pihaknya berharap lebih ramai pengundi akan datang apabila keadaan tidak panas lagi.
SAPPP menganggarkan bahawa kira-kira satu perempat daripada jumlah pengundi, telah hadir mengundi.
"Ia begitu panas saya terpaksa buka tudung saya!" keluh seorang ejen mengundi di SMK Sanzac, dalam kerusi DUN Tanjong Aru.
11.50am: Kulai, Johor - Chua Siew Pin, 42, pengundi di kerusi Parlimen Kulai dan DUN Bukit Batu, mendapati seseorang telah mengundi atas namanya.
Beliau menyedarinya apabila tiba di tempat mengundi di SJK (C) Batu pada kira-kira pukul 10 pagi.
"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memberjuangkan hak saya," kata beliau.
Dia mendakwa petugas SPR telah mengisi Borang 10 untuk membatalkan kelayakannya, tetapi dia berkeras Borang 11 digunakan - borang pengisytiharan untuk membolehkan mengundi sekiranya berlaku pertikaian.
11.50am: Pulau Pinang, Pantai Jerejak - PKR Calon PKR di Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, beliau telah menerima beberapa aduan daripada pengundi di Pantai Jerejak bahawa dakwat kekal pada kertas undi mereka.
"Apabila saya periksa dengan Pegawai Pengurus, saya diberitahu bahawa jika kesan dakwat itu pada belakang kertas, ia masih okay. Tetapi jika di bahagian depan di mana undian dilakukan, maka ia akan dianggap sebagai undi rosak," katanya .
Sim, penyandang kerusi Pantai Jerejak penyandang, berkata isu-isu lain telah timbul - sebagai contoh, kertas undi yang diletakkan di dalam kotak yang salah
"Masalah ini telah diselesaikan selepas bercakap kepada pegawai berkenaan," tambahnya.
11.37am: Segamat, Johor - Ejen pilihan raya calon PKR, Datuk Chua Jui Meng berkata, dua pengundi membantah perbezaan dalam nama Chua pada kertas undi.
"Stesen mengundi utama menunjukkan kepada kita kertas undi, yang menyatakan 'Datuk Chua Jui Meng," kata Victor Chu.
"Tetapi kita juga mendapat laporan bahawa kertas undi yang lain telah dicetak namanya sebagai Dr Chua Jui Meng."
Satu laporan polis telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.
11.23am: Alor Setar, Kedah - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dikerumuni orang ramai ketika tiba untuk mengundi di Sekolah Kebagsaan Titi Gajah, menurut New Straits Times.
Mereka adalah antara 29,056 pengundi di kerusi DUN Anak Bukit di bawah Parlimen Kuala Kedah.
11.00am: Seri Delima raya, Pulau Pinang - Dua pondok panas - satu didirikan oleh BN dan satu lagi oleh DAP - terletak beberapa meter di luar pusat mengundi di SMK Hamid Khan.
Seorang penyelia SPR yang enggan namanya disiarkan, berkata selagi pondok tidak berada dalam kawasan sekolah, ia "sepatutnya ok".
Ketika ditemui selepas mengundi, pesara Kua Chan Peng, 57, mengadu bahawa prosedur pengundian itu menyulitkan
"Saya mencetak butiran saya dari lamanweb SPR dan sepatutnya tidak perlu lagi mendapatkan slip mengundi. Saya terus ke saluran saya tetapi mereka memberitahu saya mesti mempunyai slip itu. Selepas saya menegaskan, mereka membenarkan saya mengundi"
Jururawat bersara Jenny Chong, 78, berkata, dia berkeras meminta kertas undi baru kerana kertas undi yang diberikan kepadanya "tercemar".
"Terdapat satu garisan pada kertas undi parlimen," katanya sambil menambah, bahawa selepas bertekak dengan petugas SPR, kertas undinya diganti.
"Mereka memberitahu saya jangan kotorkan kertas, tetapi saya jawab ia sudah kotor dan saya tahu bagaimana hendak mengundi, kerana saya telah melakukannya sejak tahun 1960-an."
10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.
Calon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.
Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.
Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.
10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.
Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.
Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.
Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.
Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas.
10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek
merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.
Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.
Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu
Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.
"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.
10.20am: Selayang, Selangor - Walaupun dakwat kekal di jarinya telah 'pudar', namun calon BN di Selayang, Datuk Donald Lim tidak fikir ianya satu masalah.
"Terdapat dua proses mengundi - satu ialah proses pengenalan MyKad dan yang satu lagi ialah memeriksa untuk dakwat," katanya
kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di SK Selayang Baru 2.
"Ia bukan mudah untuk membawa MyKad palsu ... (Lagi pun) kedua-dua pihak mempunyai pemerhati untuk menyemak nama (dalam daftar pemilih)."
Lim sebelum ini mengundi di Petaling Jaya Selatan.
Dia tetap yakin bahawa MCA Selangor akan memenangi separuh daripada tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN yang ditandatanganinya.
"Dalam kehidupan kita perlu bercita-cita tinggi ... sekurang-kurangnya di peringkat ini, ya (kita akan menang 50 peratus)."
10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.
Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).
9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.
Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar.
9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.
"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.
Rafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."
Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.
Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.
Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.
Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.
9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.
Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.
Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.
Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.
9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.
Seorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang
dakwat itu atas rasa ingin tahu.
Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.
Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya beliau telah hilang.
"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya.
9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.
Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.
9.33am: Pekan, Pahang: Star Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah.
Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.
Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.
9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.
Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.
"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.
"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."
9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.
Katanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.
Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.
"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.
9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.
Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.
"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.
Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.
Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.
9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.
Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.
Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.
8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.
Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.
"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.
8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.
"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.
Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.
Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.
Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.
8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.
Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.
Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang. Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.
8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.
Kira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi. Sub-Editor
Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.
Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.
8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.