Apa gunanya sokong Pas yang mana rela kalimah Allah dijual kepada puak2 kristian evengelis Dap demi undi pilihanraya ??
Kalau kalimah Allah pun mereka sanggup jual , boleh ke parti ini boleh perjuang dan pertahan kesucian Islam.
Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.
Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)-Harakah Daily
Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.
Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.
Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.
"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.
Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan pada Ahad.
Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.
"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.
Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Februari lepas, gagal.
Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.
Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.
Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. BERNAMA
- Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.
"Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain. "Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu.
Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. "Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. "Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya. Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana. "Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya. Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13. "Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. - Bernama
Muhyiddin hari ini menolak laporan media sosial mengaitkan Umno dengan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan membidas pembangkang kerana mempolitkkan semua hal yang berlaku dalam negara.
"Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi Umno, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi Umno," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat.
"Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang.
"Mereka bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah Umno... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPPK, Datuk Hamzah Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat serta ADU NJorak, Datuk Dr Shahrudin Md Salleh.
Balasubramaniam, 53, atau lebih dikenal sebagai PI Bala, meninggal dunia semalam di Rawang, Selangor, semalam, akibat sAkit jantung setelah mengalami sesak nafas.
Bala menjadi perhatian media pada 2008 apabila membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006. BERNAMA
Kabinet telah bersetuju untuk membolehkan agensi berita asing terutamanya dari Filipina mendapatkan gambaran sebenar berkenaan tindakan pasukan keselamatan terhadap militan Sulu di Sabah. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media asing kini boleh meletakkan petugas mereka di pusat media di Felda Sahabat. "Anggota keselamatan ini juga boleh mengiringi wartawan asing ke Ground Zero bagi mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai operasi yang berterusan," katanya kepada pada sidang akhbar di bangunan Umno Bagan Datoh di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, pengganas yang masih berkurung di Sabah didapati berada dalam keadaan kelaparan. Beliau menambah bahawa semangat mereka juga semakin rendah berikutan ketua mereka meninggalkan Sabah.
Orang Melayu diingatkan untuk menggunakan kuasa satu undi dengan sebaiknya agar masa depan negara yang gemilang di bawah Barisan Nasional (BN) terus terjamin.
Menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, orang Melayu perlu belajar daripada pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyebabkan lima negeri dikuasai pembangkang dan hak istimewa orang Melayu terhakis sedikit demi sedikit.
"Jangan kerana marah kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan kita tidak mahu mengundi parti kita, hingga menyebabkan BN hilang dua pertiga (majoriti).
"Perkara kecil sebegini perlu diketepikan oleh orang Melayu kerana jika kita tidak mengundi BN kali ini maka kemungkinan parti pembangkang mendapat majoriti mudah di Parlimen lebih cerah," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Online selepas menyampaikan ceramah bertajuk Lahad Datu Bukan Wayang - Hukum Si Dalang di Kampung Bukit Kuda di sini semalam.
Zulkifli berkata, lebih menakutkan jika pihak pembangkang menggunakan majoriti yang ada untuk melaksanakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjemput negara lain bagi mencapai majoriti dua pertiga.
"Di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan perkara ini tidak mustahil dilakukan jika pembangkang mendapat majoriti mudah 112 dan BN 110.
"Mereka boleh memanggil Sidang Parlimen untuk mengusulkan kemasukan negara lain yang mempunyai banyak kerusi Parlimen untuk melengkapkandua pertiga, ia tidak mustahil berlaku jika kita tidak mengundi BN pada PRU kali ini,"ujarnya.
Mengulas mengenai insiden Lahad Datu, beliau berkata, jika pihak musuh mempunyai pembiaya khusus operasi mereka, sudah pasti konco-konco mereka tidak akan berdiam diri dan mungkin akan membuat serangan gerila bagi membalas dendam.
Katanya, Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dalang sebenar di sebalik insiden terbabit terutama penglibatan pemimpin pembangkang yang didedahkan Wikileaks dan media antarabangsa lain. - UTUSAN ONLINE
Hari ini dalam blog2 pencacai Pakatan menafikan individu yang bermesra dengan seorang lelaki dalam beberapa keping gambar yang disebarkan semalam adalah bukan Anwar. Mereka menyatakan individu lelaki dalam gambar berkenaan adalah berbadan tegap dan tidak mungkin berusia 60 an . Selain itu , gambar berkenaan didakwa agak kabur . Seperti yang diramal , mereka terus menuduh ini konspirasi fitnah Umno yang terbaru dengan mengupah pelakon upahan untuk membuat aksi ranjang ini. Sama-sama kita nantikan apa jawapan mereka dalam isu ini..
Gambar 'Anwar' bercumbu dengan lelaki mula beredar Harakahdaily,16 Mac 2013KUALA LUMPUR: Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah. Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi. Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja. Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang. Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun. "Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat," tulis blogger Erapasca.
Semalam berlaku kekecohan bila Barua Tian Chua menghadiri majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Perhimpuan Cina P.Pinang.
Lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di P.Pinang berkumpul untuk bertemu pemimpin biadap ini bagi membantah kehadirannya ke negeri ini.
Memang tak senang duduk la Tian Chua ke mana2 lepas ini disebabkan kebiadapannya yang masih lagi enggan memohon maaf kerana menuduh insiden Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.
Menerusi laman Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Dato' AC Mizal beberapa minit yang lalu, pelakon ini telah melahirkan rasa sedih atas khutbah yang diberikan oleh Imam di masjid yang dihadirinya sebentar tadi kerana mengutuk artis tempatan dan perkara tersebut dikatakan turut mengaibkan dirinya yang berada di dalam masjid pada ketika itu.
Twitnya yang pertama jelas menggambarkan kekecewaannya sebagai insan seni yang sering dipandang negatif oleh kebanyakan pihak yang ekstrim beragama.
AC yang menyedari tubuhnya agak besar dan mudah menjadi perhatian berasa amat malu dan segan apabila khatib mengutuk sambil jemaah lain memandang ke arahnya. Dalam pada itu, Dato AC Mizal turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ada sesetengah masjid menyampaikan khutbah Jumaat yang berunsurkan politik dan pengacara ini turut mempersoalkan, apakah akan berlaku sekiranya makmum di sesebuah masjid berkurangan kerana topik khutbah yang disampaikan berbaur politik sehingga membuat makmum lari? Sumber : Twitter Dato' AC Mizal
Salam tak berani nak ulas banyak-banyak takut salah ulas. Lebih baik tengok sendiri dan nilai sendiri. Fanatik Pakatan pasti akan kata ini video tipu seperti video-video yang seblum ini. Fanatik Barisan akan pasti kata ini confirm macam muka Anwar sepelaku seperti dalam video-video sebelum ini. Kepada yang atas pagar jadi confuse hanya tuan badan sahaja yang tahu kebenaran video ini.
Kalau sebelum ini video bersama baby doll china tapi kali ini dengan papa doll pulak.
Nak tengok video sila klik SINI dan nilaikan sendiri.
Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Abdul Gani Patail, yang juga merupakan rakyat Sabah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu untuk menghentikan pembayaran wang penyerahan Sabah ke atas waris Sultan Sulu demi kepentingan rakyat Sabah.
Dia berkata bahawa bayaran tersebut adalah hasil perintah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1938 dan baginya adalah merepek untuk kerajaan Malaysia terus membayar kepada waris Kesultanan Sulu setelah Sabah merdeka dan menubuhka Malaysia pada tahun 1963. Bahkan Filipina sendiri mengakui kedaulatan Sabah-Malaysia dengan membuka Kedutaan di negara ini.
Katanya lagi, bayaran tersebut adalah berbeza dengan royalti tahunan yang sedang di bayar Pulau Pinang kepada Kedah kerana kedua-duanya berada dalam negara Malaysia yang berdaulat. Katanya lagi walaupun pembayaran dibuat selama 131 tahun, tidak bermakna kes tidak boleh dibuka untuk menghentikan pembayaran tersebut.
Dia juga menyatakan bahawa DAP menentang keras mana-mana pihak yang mencaci pasukan keselamatan dan sentiasa berdiri teguh dengan seluruh rakyat dalam menentang pencerobohan ke atas negara berdaulat ini. "DAP bersatu menentang pencerobohan ini. Pengorbanan pasukan keselamatan kita mestilah dihormati, dihargai dan disanjungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Adalah salah untuk menghina peranan pasukan bersenjata kita." katanya.
GEORGE TOWN: The DAP has urged the Attorney General Abdul Gani Patail to obtain a High Court order in Kota Kinabalu to discontinue Malaysia's cessation payment to heirs of Sultan Sulu over Sabah.
Chairman Karpal Singh called on Gani, who hails from Sabah, to spring to action immediately and file the necessary application as public interests demanded him to do so.
Senior parliamentarian Karpal noted that the cessation payment was on the authority of a 1938 order by then High Court of North Borneo.
The order allowed a petition of nine Sulu heirs to receive and share among themselves RM5,000, or now RM5,300, as annual payment.
The 1938 order actually has reinforced the payment that commenced very much earlier when the British took over Sabah.
Belum pun Utusan Malaysia atau 'akhbar paling dibenci pencacai PR' melaporkan kegemparan malam tadi, Harakahdaily dah laporkan dulu. Bila Utusan Malaysia buat follow-up, para burung kakatua PR akan menghentam Utusan Malaysia kononnya akhbar porno. Nah, sekarang siapa yang jaguh porno?
Menyedari hakikat itulah juga, gamaknya, Harakahdaily bersegera memadam artikel tersebut. Sayang semuanya sudah terlambat, tak guna, engkau padamkan lagi.
>
>
>
Lihat pula Berita Terkini Utusan Malaysia untuk setakat ini, 3:50 petang.
Many could not help but to sigh as they read press statement made by PKR Communications' Director, Nik Nazmi Nik Ahmad who urged official charges made against PKR Vice President, Tian Chua to be withdrawn due to the existence of media manipulation. Who does he want to lie to? The statement made by Tian Chua which belittles Lahad Datu insident was not even published by Utusan Malaysia, Berita Harian or TV3, it was published in PKR's own portal. In the article dated March 1, 2013, Tian Chua was quoted saying: "The intrusion in Lahad Datu was only a drama of the government to intimidate the people to make it seem that Sabah is not peaceful. There is a conspiracy by the Umno government to divert the attention of the Sabah people, particularly from the issue of giving identity cards to foreigners." Meanwhile, the first paragraph of the article mentioned:- "The shooting in Lahad Datu is believed to be a planned conspiracy of the Umno government to divert attention and intimidate the people, said KEADILAN Vice President, Tian Chua." Whoever reads the statements above obviously realize that they belittles the intrusion issue in Lahad Datu. Claiming that mainstream media manipulated and twisted Tian Chua's statement is nonsense. As the country is under attack by Jamalul Kiram III's followers, Tian Chua's comments should not be taken lightly. Even though Tian Chua is an MP, that does not mean he could make fun of the bloody incident in Sabah. Tian Chua's statement shows that he is unpatriotic, it even puts him as a traitor. How can this man be acknowledged as leader! The charges and trial made against Tian Chua should go on. Anyone who breaks the law in this country, no matter if they are leaders or normal citizens, should obey the law.
Political Secretary to Selangor Chief Minister, Faekah Hussin, has made an open letter to former Premier, Tun Dr. Mahathir Mohamed, to deny his statement saying that Malays' rights as well as the sanctity of Islam could be under threat if Pakatan Rakyat remain in power in Selangor. Faekah said, the statement is too much, rude, and it shows that Tun Mahathir is far behind in terms of the current political development, other than insulting Religious Institution and King in Selangor. What is more interesting, Faekah also seem to be concerned that the statement would be a liability to the 1Malaysia slogan promoted by BN. Faekah began her letter by expressing her utmost respect towards all Sultan as the guardians for the sanctity of Islam, while stressing the status of Klang as a Royal City, the lace where Tun Mahathir made the statement, to show how Pakatan Rakyat respects Malay Royal Institution. She said, PR leaves all matters involving Islam to Selangor Islamic Religious Council and the Selangor Islamic Religious Department without any political intervention. Faekah brought out evidence for budget in developing mosques, religious schools, KAFA teachers' allowance to strengthen the point of saying that PR does not ignore the sanctity of Islam. Besides that, Faekah also accused Tun Mahathir as being in contempt of religious learning, belittles qiamullail activities but acts like a saint. Faekah also insulted the word 'mantan' (former) by saying that it is no longer relevant. Who knows which 'ulama' taught her this. Allah SWT reminded us how before we push aside messages given by the prophet, to learn from history and the consequences for those who did not listen to prophets at their time, how they end up in destruction thanks to their arrogance. Those who are lost are among those who always ignore history and opinions given by experienced people. It is clear that these kind of people are just a bunch of idiots and arrogant. It is clear that Faekah is one of them. By looking down upon Tun Mahathir, who is acknowledged as a world-class leader, it is not surprising why Faekah is lost, caused by her stupidity. We would like to ask Faekah, when did PR ever respect Sultans, or even YDP Agong? Wasn't it ADUN PKR who blasted Sultan by claiming that the post of Secretary of State (SUK) does not require any consent from Selangor Sultan, and asked the Sultan to just follow the decision made by State Executive Council (SEC)? If it is true that PR do respect Royal Institution, why did Selangor government fail to follow protocols when not even Senior Government Officials including Chief Minister himself, welcomed the Queen during the launch of International Islamic Songs Festival in July 4, 2010? Selangor government did not even promote the event that the event did not get much attendance? On April 2010, Sultan Selangor ordered that serious actions should be taken against those who uses mosques for political reasons. However, Sultan's orders were crushed by Nik Aziz in a press conference made the next day, by saying,"Who says we cannot talk about politics in mosques. This is the kind of teachings brought by those Englishmen and practiced by Muslims. Sad, this is politics, this is the work of Western colonialists, separating religion and politics." This is few of the evidence to show how PR often goes against Sultan. Why would Faekah lie about this, saying as if PR will always defend Malay Royal Institution? Does she think that rakyat do not know that few of DAP's main objective is to abolish Malay Royal Institution> Or she's the only one unaware of this? So, is it wrong for Tun Mahathir to warn about the dangers of PR for Malays and Islam? Tun Mahathir is not a religious graduate, but so does Faekah. However, Tun Mahathir should be given 'ulama' title which means 'knowledgeable person', while Faekah is far from getting the title. This is because all the service and wisdom given by Tun Mahathir can be seen clearly, around the country. Faekah should understand that not all people with religious credentials cannot be criticized and not all of them are good. Religious schools during Tun Mahathir's era has proven to be a factory producing stupid extremists which does not even bring any benefit to the country. Sauk and Memali are few of the clear evidence to be used as reference. What is worse, product of these schools are the ones who destroys all goods. This is because, most of these schools did not teach religion, instead, they brainwash children with political understandings of PR's ally, PAS, which is often misleading. The basic elements of Islam, values of courtesy, as well as learning worldly things to prepare these children to become khalifah (leaders), were ignored by these religious schools. Thus, even if they memorized all kinds of prayers and the contents of the Quran, we have no choice but to accept the fact the products of these schools are also involved in social issues such as gangsterism, adultery, abandoning babies and even homosexual activities. These kind of schools should be stopped before the country is filled with people who are confused. Why? Because most of their product often fail to fill requirements to further their studies. And for those who did manage to get through, they would fail halfway in universities. As for those who studies in countries which suffer the same issue, decides to mix up culture with religious studies. When they go back to Malaysia, they do not have any credentials to work in any sectors. The only industry they can go is religious-politics. In the end, they had to become religious school teachers, or open up their own school and teach according to what they were taught when they were small. If Faekah could think a little more, she might just understand that issues involving apostate in Selangor somewhat happens due to the confusion brought by the products of these political religious schools. Even if Faekah could not see it that far, she does not need to pretend to not know that her boss, Khalid Ibrahim did not think twice to slam the Islamic Religious Department and defended the church when the apostate case was revealed. And Faekah does not need to pretend to not know how Datuk Dr. Hasan Ali, one of the ones who really defend Islam, was pushed from various angles that he ended up getting kicked out from PAS and PR Selangor, just because he wanted to defend Islam. The issue on kalimah Allah also show how PR is unable to stop threats given by DAP towards Islam. PKR openly support the use of kalimah Allah in Bible even though they know the reason to this is so that it would make it easier for the Christians to convert Muslims. PAS is unable to say much about this, only thing they could do was be nice with DAP and say otherwise in front of their followers and in mainstream media. We still do not know what is PAS; decision on this matter, because according to Syura Council, the ban is only subjected to PAS members only. DAP or anyone who are not part of PAS, can use kalimah Allah in Bible, or any religious books. However, when asked about the statement, PAS denied it. That is why, Faekah do not have to look out for numbers to show that PR defends Islam. It would be better if she explain how the increase in budget for those religious schools contributes to the increase in apostate case, and the growing numbers of nightclubs in Selangor.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sempat bercakap buat kali terakhir dengan Utusan Malaysia semalam, sebelum meninggal dunia hari ini.
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Sebelum itu, dia dikatakan mengalami sesak nafas ketika sedang makan di sebuah restoran berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor.
Dalam wawancara itu, beliau meluahkan berasa 'sangat letih' menjadi alat politik pihak tertentu dan ingin berehat bersama keluarganya.
Menurutnya, sejak terjebak dalam kontroversi politik beliau seolah-olah hidup seperti pelarian di negara sendiri selain melalui penderitaan yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini.
Tambahnya, beliau juga sudah tidak berminat berceramah kerana faktor kesihatannya yang tidak lagi mengizinkan.
"Lagipun saya bukan orang politik, saya tidak minat berpolitik.
"Keluarga saya juga turut menjadi mangsa, kini tumpuan saya hanya untuk kesihatan dan keluarga saya. Itu lebih penting, cukuplah (berpolitik)," katanya.
Balasubramaniam sebelum ini juga pernah menafikan disihir seperti didakwa portal propembangkang, KeadilanDaily.com.
"Mengarut sahaja perkara itu, saya kuat meditasi. Saya rasa ini mengarut," katanya. – UTUSAN
Kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada majlis makan malam parti itu di sini malam tadi telah mencetuskan kekecohan.
Kira-kira 100 anggota badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling seawal pukul 8 malam untuk membantah kenyataannya sebelum ini bahawa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sebagai sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.
Keadaan mula menjadi kecoh semasa Anggota Parlimen Batu itu beredar dari majlis tersebut selepas memberi ceramah kira-kira 30 minit, apabila keretanya dihalang dan ditumbuk oleh anggota-anggota NGO terbabit.
Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan sementara seorang lelaki turut ditahan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan penahanan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Antara NGO yang membuat bantahan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Muka Buku dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia.
Timbalan Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata tujuan perhimpunan itu ialah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kebiadapan Tian Chua.
"Kami tak puas hati kerana kebiadapan Tian Chua yang sanggup kata pencerobohan di Lahad Datu itu adalah satu sandiwara hasil permainan politik," katanya yang juga bekas anggota tentera.
Beliau berkata kenyataan itu jelas menunjukkan Tian Chua tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dan dia tidak layak menjadi seorang pemimpin politik.
Kerajaan diminta mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila suruhanjaya tersebut dibentuk, komposisinya perlu melibatkan semua pihak yang terdiri daripada golongan yang mempunyai integriti termasuk wakil daripada parti pembangkang, profesional dan pihak keselamatan.
"Dan penyiasatan yang dibuat oleh suruhanjaya ini mestilah dibuat secara terbuka seperti inkues di mahkamah kerana kita tidak mahu politikkan isu ini.
"Kita hanya hendak mencari kebenaran. Kalau ada dakwaan (mengenai) golongan ini, golongan itu terlibat, itu dakwaan. Bagi pandangan kita, yang penting adalah mendapatkan kebenaran berasaskan fakta dan maklumat yang boleh diterima oleh semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Gerakan Rakyat Menolak Pengkhianat di hadapan Masjid Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Turut hadir Mursyidul Am Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dan Presiden GAPS Hamidzun Hamid.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, selepas penubuhan Suruhanjaya Diraja, kerajaan boleh menyusulinya dengan kertas putih untuk memperincikan lagi dari segi hal-hal yang berkaitan dengan teknikal.
Ini kerana katanya, timbul persoalan apabila segelintir pihak bahawa kumpulan Sulu menceroboh Lahad Datu tetapi kerajaan mengambil masa tiga minggu untuk bertindak.
"Ada pihak mengatakan kononnya kerajaan lemah lambat bertindak. Jika kerajaan bertindak cepat, berlaku sesuatu yang tidak diingini, ada pihak antarabangsa atau pihak lain yang mengambil kesempatan akan menuduh kita zalim.
"Kita kena lihat senario secara fakta, maka sebab itu susulan kertas putih adalah penting bagi rakyat memahami," katanya.
Beliau menambah, timbul pelbagai persepsi mengenai insiden Lahad Datu maka ia perlu dijawab oleh pihak keselamatan dan mana-mana pihak supaya isu berkenaan tidak sepatutnya dipolitikkan atau disensasikan.
"Terserah kepada pihak yang dicadangkan (dalam Suruhanjaya Diraja) untuk menentukannya. Cuma kita mesti melakukan penerangan dan kesedaran untuk rakyat seluruh negara mengenai betapa pentingnya kita dengan pihak keselamatan dan kerajaan menjaga kedaulatan negara, serta menyeru rakyat untuk bersatu," katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, mengenai dakwaan dalang di sebalik insiden Lahad Datu, terdapat plot-plot individu yang mempunyai kaitan dengan ketua pemberontak Filipina, Nur Misuari.
"Tetapi ia hanya sekadar plot-plot macam itu sahaja maka tiada yang konklusif. Tetapi yang tiada konklusif itu timbulkan persoalan maka kita perlu mendesak Suruhanjaya adakan kertas putih untuk menghilangkan sebarang keraguan yang pastinya akan timbul.
"Jika di luar daripada Suruhanjaya dan kertas putih, saya yakin pelbagai tohmahan dan tuduhan akan terus berlaku dan menimbulkan masalah," katanya sambil menambah bahawa gerakan yang menolak pengkhianat negara itu melibatkan lebih kurang 30 NGO dari seluruh negara.
Sebelumnya, ratusan orang awam berkumpul di hadapan Masjid Negara selepas selesai solat Jumaat bagi menggesa semua rakyat bersatu untuk mempertahankan kedaulatan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menurut Dr Hasan Ali setiap rakyat tanpa mengira bangsa perlu menjalinkan hubungan bersama dalam memberikan sokongan dalam usaha menjaga keamanan negara.
"Berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada anggota keselamatan yang memperjuang negara.
"Bagi pihak Jati yang memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, kami tidak reda dengan apa yang berlaku...tidak reda dengan tindakan kumpulan pencerobohan yang mahu menjajah Sabah," katanya.
Mengenai dakwaan wujudnya dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu, beliau menggesa agar 'penyuntik kuman' yang menggugat kedaulatan negara dihapuskan dengan segera.
"Kita nyahkan individu-individu yang menyuntik kuman-kuman keganasan,pertempuran sesama sendiri dan membawa kepada perpecahan umat Islam.
"Jika ada pencuri masuk ke rumah kita, kita halau...tapi ada kumpulan yang menceroboh masuk ke negara kita. Mari kita sama-sama tentukan mereka dapat balasan sepatutnya," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru Datuk Zulkifli Nordin turut menyeru rakyat Malaysia supaya menjadikan peristiwa di Lahad Datu sebagai satu pengajaran dan bersama membangkitkan solidariti dalam mempertahankan negara.
"Kita sedang berdepan dengan keadaan yang mengancam kedaulatan negara ekoran pencerobohan di Lahad Datu. Jadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran kepada kita," ujar beliau.
Memang geli bila tengok gambar ini... Gambar-gambar ini di sebarkan di internet sejak semalam lagi...
Menurut sumber beberapa blog tempatan menyatakan gambar-gambar ini diambil dari video simpanan kerajaan Singapura yang melibatkan Anwar Ibrahim?
Walaubagaimana pun video atau gambar itu besi… pembangkang kata tak boleh diterima sebagai bukti… tapi apakah kita harus menutup mata dengan perkara-perkara songsang seperti ini dihalalkan di negara kita?
Hanya Wan Azizah sahaja yang boleh kenal perut Anwar Ibrahim...
Kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi Majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.
Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki ditahan.
Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.
Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.
Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.
Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.
Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.
Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu.
Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama
Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.
Menurut beliau kempen berkenaan adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa pembangkang sudah ada 'track record' dalam melaksanakan kempen fitnah sedemikian rupa sebelum ini dan segala pembohongan mereka terkandung di dalam GEMPAK.
"Kita telah kumpulkan bahan dan fakta berdasarkan kepada kajian kita yang ambil beberapa kes pembohongan serta fitnah yang dilakukan oleh pembangkang sebagai contoh bahawa inilah antara contoh bagaimana mereka akan menjaja fitnah dalam pilihan raya kali ini.
"Kita kumpulkan dalam GEMPAK ini semua fitnah yang telah dibuat oleh pembangkang. Kita akan buat dalam bentuk flyers, dalam bentuk cd dan juga dalam bentuk 'content' yang akan kita muat naik dalam facebook dan juga tweeter supaya rakyat tahu dan waspada tuduhan yang datang daripada pembangkang.
"Justeru Pemuda BN akan bergerak di setiap kawasan menerusi komponen kita untuk ingatkan rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang telah diamalkan pembangkang selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran GEMPAK di sini, hari ini. Turut serta Ketua-Ketua Pemuda parti komponen BN yang lain. Terdahulu sebelum itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media antara contoh pembohongan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini.
Antaranya pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkana ada tol di lebuhraya berkenaan, pembohongan kos perkhwinan anak PM, felda ada urus niaga di israel, manipulasi imej dan sebagainya.
Tambah Khairy lagi turut dimuatkan dalam GEMPAK adalah janji yang telah dibuat oleh pembangkang pada 2008 yang lalu.
"Keduanya adalah mengenai pembohongan pembangkang mengenai janji-janji. Ada dua kategori. Satu kategori adalah fitnah dan satu lagi janji-janji 2008 yang tak tertunai. Kita kena ingatkan rakyat bahawa janji mereka dalam manifesto mereka kali ini tidak boleh dipakai disebabkan majoriti janji 2008 baik diperingkat negeri pun tidak tertunai.
"Ini kita namakan sebagai siri Janji Mungkir janji..(JAMUNJI) iaitu janji pada PRU 2008 iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Ini semua kita tahu tetapi kita ingatkan rakyat janji yang tidak tertunai oleh kerajaan di negeri yang diperintah oleh pembangkang.
"Saluran yang akan kita guna saluran rasmi Pemuda BN……cd, flyers. Material ini akan kita edarkan di seluruh negera bermula sekarang sebagai satu mesej. Saluran kedua BN Youth Cyber Team (BNYCT) iaitu menerusi unit media baru kita.
"Ketiganya melalui Pentas Pemuda, mahasiswa, selain BN Youth Volunterss (BNYV) untuk golongan profesional dan Utusan Pemuda iaitu jentera baru yang kita tubuhkan untuk edar bahan seperti flyers di kawasan tumpuan awam dan sebagainya," Katanya.
Pada sidang media itu juga Khairy turut memberitahu Pemuda BN menyatakan sokongan yang berterusan secara rasmi kepada pasukan keselmatan yang berjuang di Lahad Datu dan sentiasa berada di belakang.
"Dan kita juga tidak akan berkpromi dengan mana-mana pihak yang memperlekehkan peranan anggota keselamatan kita serta 'respons' kerajaan kita terhadap pencerobohan yang berlaku di Sabah," katanya. -MediaUMNO
LAHAD DATU: Anggota keselamatan negara telah menemui tiga kubur baru di Kampung Tanduo.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.
Hamza berkata dengan penemuan ini, jumlah pengganas Sulu yang telah ditembak mati oleh anggota keselamatan negara mencatat 61 orang.
"Statistik setakat ini, kita telah berjaya menembak mati 61 orang. Kita telah keluarkan 27 mayat dari tempat pertempuran dan membuat 97 tangkapan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Lain-lain tangkapan yang dibuat mencatat 233 orang," kata beliau semasa satu sidang media di sini.
Sementara itu, Hamza berkata polis percaya ada hanya 10 lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu.
"Mayat-mayat itu berada dalam keadaan yang teruk tetapi kita akan keluarkan juga."
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islamdi negara ini.
Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
Menyentuh mengenai PAS mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.
Katanya jika dahulu PAS menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa. Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.
"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.
"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.
Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan. "Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.
Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. -BERNAMA
Pembohongan demi pembohongan Pembangkag didedahkan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) #GEMPAK
Kepimpinan Pemuda BN memegang poster dan bahan-bahan yang akan diedarkan Gempak untuk diedarkan kepada rakyat di seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat akan fitnah dan pembohongan yang telah dan akan dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
Ini Sudah Pasti Kerja Jahat UMNO. Semua yang jahat itu adalah UMNO dan semua yang baik itu adalah Pakatan Rakyat.
Kami boleh buktikan bahawa ini bukan dia ! ... Errrr, errr, nanti kami kasi buktinya .... HAAA ! Dalam capture video tu, dia tak pakaipun jam Omega !!! ... Itulah buktinya !!!! ...
Blog rajagoyang360 yg menyiarkan gambar anwar bersama pasangan gay dipercayai didalangi oleh orang2 pas yang menolak anwar sbg PM. Mereka nak buktikan kepada ahli2 pas dan rakyat malaysia bahawa anwar seorang yg tidak bermoral dan tidak layak diangkat sebagai PM. Dengan tujuan supaya pemimpin dari PAS akan dilantik sebagai PM. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PI Bala sebenarnya tidak MATI tapi sekadar menyambung penyiasatan untuk berjumpa dengan Altantuya utk minta buat pengakuan bersumpah baru iaitu SD3. Beliau dihantar ke alam barzah oleh Anwar utk Mission Imposible 3.0 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selepas beredar dari UPU Kurnia Jaya, kini KCD 77 telah tiba di Pekan Selasa Batu Kurau.
Semestinya Anwar tidak berani menyanyi lagu Tanya Sama Najib sebab tembelangnya sudah pecah.
Hari ini Perkasa mendesak agar kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat pembabitan orang dalam, dalam isu serangan di Sabah.
Serangan di Lahad Datu dilakukan sebaik saja RCI sedang menyiasat Projek IC.
Anwar menuduh Tun Mahathir terlibat dalam projek IC, tetapi selepas Tun bersedia untuk dipanggil oleh RCI, tiba-tiba serangan berlaku. Apakah hubung kait serangan ke atas Sabah dengan RCI Projek IC?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lari dari Taman Mewah 'A' ke Kampung Kurnia Jaya 'B'
Anwar sudah meninggalkan Kamunting dengan kereta mercedes hitam mata belalang bernombor KCD 77. Selamat jalan pengkhianat negara. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar lari dari lokasi A ke lokasi B secara senyap.
Si Bacul Anwar Ibrahim ketika ini sedang beredar dari UPU Pas Kg Kurnia Jaya dengan kereta Nissan X-Trail dan lokasi yang dituju adalah Batu Kurau.
Beberapa buah kereta hitam jenis mewah kelihatan mengawal ketat pergerakan Anwar Ibrahim. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk bertazkirah kepada penduduk Taman Mewah atau lebih tepat lagi kepada pesara-pesara tentera telah melencong ke tempat lain.
Dari tinjauan Taipingmali dan The Krew, Anwar singgah di surau UPU Pas Kampung Kurnia Jaya, berhampiran Kampung Rahmat.
Anwar masuk dengan kereta biasa bukan dengan bas seperti yang dirancang.
Ternyata Anwar takut akan bas Jelajah Rakyat dilontar dengan telur tembelang.
Kira-kira 100 orang dari beberapa kumpulan NGO ( Melayu, Cina dan India) bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Anwar dan kira-kira 200 pemerhati telah membanjiri sekitar jalan masuk ke taman tersebut untuk melihat drama dan peperangan yang bakal meletus, tetapi semua kecewa kerana Anwar Si Bacul melencung ke tempat lain.
Ramai juga ahli-ahli Pas yang datang dari luar Taman Mewah kecewa kerana Anwar gagal hadir untuk bertazkirah di Surau Istiqlal, taman tersebut.
Twitter Anwar menyatakan mereka berada di Bidor, padahal sedang bertazkirah di Kpg Kurnia Jaya. Malam ini rombongan Anwar akan berceramah di Batu Kurau.( lokasi tidak diketahui)
Penceroboh yang ditembak mati seramai 61 orang dan berjaya ditahan seramai 233 orang. - Pesuruhjaya Polis Sabah Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.
"Mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di Sabah, sama ada di pihak Filipina atau dalang di pihak Malaysia atau pihak ketiga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya Setiausaha Pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan Malaysia menghapuskan saki-baki penceroboh militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain di Sabah.
"Kerajaan Filipina juga telah berjanji untuk melakukan siasatan sepenuhnya terhadap mana-mana penceroboh militan yang telah dapat ditangkap dan mereka semua akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, Malaysia percaya Filipina mempunyai bukti pembabitan pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram dalam insiden pencerobohan itu.
"Bukti sedang dikumpulkan termasuk anak perempuannya yang kita dapat tahu bergerak menggunakan pesawat peribadi. Saya diberitahu Setiausaha Pertahanan Filipina ada seorang tokoh pembangkang dari Filipina yang membiayai kos perjalanan itu," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang ditemui selepas berjumpa warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, turut memakaikan pangkat baharu kepada pegawai dan anggota tentera.
Sebanyak 203 pegawai dan anggota terlibat dalam kenaikan pangkat itu. - Bernama Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu, anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan.
Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan 'alhamdulillah' dan 'terima kasih PM'.
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan 'sujud syukur' tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.
Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/Umno.
Ekoran kenyataan tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Malah tragedi yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara itu juga juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama.
Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR yang di temui mengatakan, ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno, sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.
Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka, menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari 'Pusat Media, Ops Daulat' semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.
Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari, majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata. Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu, mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan.
"Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam, dengan linangan air mata, mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh"
"Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan, tidak langsung mematahkan semangat juang mereka, malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh" katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana, Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu?
Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.
Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.
PI Bala baru saja �dipulangkan� dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana �diancam� oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.
PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.
Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah �watak penting� iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.
Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.
Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.
Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.
Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.
Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.
Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar. Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.
Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.
4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.
Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.
Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.
Blog rajagoyang360 yg menyiarkan gambar anwar bersama pasangan gay dipercayai didalangi oleh orang-orang PAS yang menolak anwar sbg PM.
Mereka nak buktikan kepada ahli-ahli PAS dan rakyat malaysia bahawa anwar seorang yg tidak bermoral dan tidak layak diangkat sebagai PM. Dengan tujuan supaya pemimpin dari PAS akan dilantik sebagai PM. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam ..
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..hahahahahhaha
Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura
"Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."
Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.
Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.
Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan.
"Mereka memang berperangai seperti binatang, tiada hati perut dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan kita cukup-cukup.
"Tetapi kami tidak boleh terburu-buru walaupun semangat kami amat berkobar-kobar mahu menumpaskan mereka. Segala perancangan perlu dilakukan dengan berhati-hati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber itu, kira-kira pukul 4.20 petang pada hari kejadian, Supritendan Ibrahim Lebar yang terkorban dalam serang hendap tersebut mendapat maklumat beberapa buah rumah di kampung berkenaan dipercayai dijadikan markas pengganas.
Katanya, Allahyarham Ibrahim yang dibantu oleh beberapa anggota pasukan keselamatan kemudiannya ke kampung itu dan memeriksa dua buah rumah, namun mendapati kedua-duanya kosong.
Jelas sumber itu, disebabkan pemeriksaan ke atas dua buah rumah tersebut tidak menemui hasil, Ibrahim mengarahkan kesemua pasukan keselamatan beredar dan berkumpul di kawasan lapang.
"Kira-kira pukul 7.20 malam, Ibrahim mendapat maklumat suspek berada di sebuah rumah sebelum mengarahkan pasukan kami bersiap sedia untuk masuk semula dalam keadaan gelap.
"Ketika membuka pintu rumah tersebut, Allahyarham Ibrahim ditembak beberapa das sebelum ditetak dengan parang," katanya.
Tambah sumber itu, semangat cintakan negara jelas terpancar dalam diri Allahyarham Ibrahim yang tetap ingin meneruskan operasi menjejak pengganas tersebut walaupun dimaklumkan mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
"Kita cukup rasa kehilangan rakan pasukan dan seorang pegawai yang berdedikasi serta mempunyai semangat kental dalam menghadapi musuh," katanya sambil menahan sebak.
Sultan Bantilan Esmail Kiram II, Sultan Jamalul Kiram III Misi pengganas Sulu untuk menakluk Sabah, termasuk menagih pengiktirafan Kesultanan Sulu telah lama dirancang, namun dikatakan semakin serius akhir tahun lalu dengan beberapa kali pemimpinnya mengadakan pertemuan di sini.
Menurut sumber, perjumpaan pertama mereka pada akhir tahun lalu dan dikatakan disertai oleh Esmail Kiram II sebelum diikuti beberapa lagi pertemuan.
Katanya, mereka menjadikan Kampung Simunul, iaitu lokasi enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban pada 2 Mac lalu, sebagai markas utama mereka.
Kata sumber itu, tindakan Esmail datang ke kampung tersebut dipercayai bagi memantapkan perancangan dan menghebohkan bahawa dia akan melakukan sesuatu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu pengiktirafan kesultanan serta pengambilalihan semula Sabah.
"Esmail memang ada datang ke Sabah untuk berjumpa dengan orang Sulu dan meyakinkan mereka mengenai rancangan beliau.
"Semua orang Sulu diminta bersatu hati dan bersama-sama beliau selain mereka akan mendapat habuan serta ganjaran sebaik sahaja rancangan itu berjaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mereka ini mendakwa keturunan Sultan Sulu. ( Duduk dari kiri ) Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II and ( Berdiri dari kiri ) Datu Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram and Datu Baduruddin Kiram.
Tambah sumber itu, selain Esmail, beberapa 'panglima' atau 'orang berpengaruh' turut turun padang dalam beberapa pertemuan selepas itu bagi meyakinkan masyarakat Sulu mengenai rancangan ketua mereka itu.
Difahamkan, 'panglima' atau 'orang berpengaruh' pengganas Sulu itu bukanlah dalam kalangan mereka yang terlatih dalam bidang ketenteraan, sebaliknya terdiri daripada individu yang sudah berusia, dikenali dan mereka yang dihormati oleh masyarakat Sulu.
"Pada pertemuan itu juga mereka ada berkumpul dalam satu majlis Maulidur Rasul dan ketika majlis itu berlangsung, 'panglima' mereka menyebarkan berita bahawa rancangan mereka untuk mendapat pengiktirafan pasti akan berjaya," ujarnya.
Sumber itu memberitahu, pemilihan Kampung Simunul sebagai markas pergerakan pengganas Sulu adalah disebabkan kawasan tersebut mudah untuk dibina rumah selain ramai masyarakat Sulu tinggal dan menetap di kampung tersebut sejak perang di selatan Filipina pada 1974.
"Masyarakat ini telah menjadikan kampung tersebut sebagai koloni mereka yang berkembang daripada satu kampung kepada tujuh kampung dan turut bergaul dengan masyarakat tempatan," ujar beliau.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai penerima anugerah kali ke-12," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel Anugerah Sastera Negara ke-12 di sini hari ini. Muhyiddin berkata, dengan penganugerahan itu, Baharuddin akan dikurniakan watikah penghormatan negara, wang tunai RM60,000, penerbitan 50,000 naskah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. "Beliau juga akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, kemudahan menerbitkan karya dan penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing," katanya.
Baharuddin dilahirkan di Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939 dan mendapat pendidikan awal di Sabak Bernam, Selangor hingga tahun 1949. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada 1963, beliau bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Pada tahun 1966, beliau menyambung pengajian di Fakulti Sastera, Universiti Indonesia, Jakarta. Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011). - UTUSAN
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini."Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu," kata Americk kepada The Malaysian Insider. Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya. Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: "Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah". "Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh," katanya. Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi "pulang ke rumah untuk berehat". Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik. "Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki," kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku. "Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah," kata Deepak Jaikishan dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
It appears to be a targetted attack. The woman, who is an assistant to M. Kula Segaran, the Ipoh Barat DAP Member of Parliament, was assaulted as she was leaving his service centre.This is not like a case of the woman suffering injuries as a result from random snatch theft. The assailants seemed to have marked and lain in wait for her.
Gangland connections?
Such thuggery is a very serious business and may involve underworld elements. The attack on the woman came amidst the escalating rift between Kula and his rivals the DAP Perak evangelical warlords. A couple of days ago, Kula repeated his allegation of "corruptive practice". We know who he is referring to but the MCA-owned media, which has been silent on the developments with regard to the DAP Perak bitter feud, has refused to cover the story.
Nampaknya percakaran dalaman DAP Perak semakin meruncing.
Ada pihak yang tidak senang dengan ketrampilan M. Kula sebagai pemimpin kaum India dalam DAP yang mempunyai pengaruhnya yang sendiri. Pihak-pihak yang berkepentingan hanya mahukan pak turut dari kaum India, bukannya seorang pemimpin seperti M. Kula. Mungkinkah ini antara penyebab Lim Kit Siang tak berani bertanding di Perak? Takut kerana sokongan dari kaum India tidak lagi menyebelahi DAP kerana kaum India sedar bahawa selama ini mereka hanya melukut di tepi chauvinis. *Makin ganas politik dalam parti yang mengaku MULTI-RACIAL. Sesama sendiri pun dah serang sampai tahap macam ni!
MyMassa pernah keluarkan video ini bila Pemuda UMNO dituduh samseng.
Bila membaca artikel di Jering Daily, MyMassa yakin sudah tibanya fail lama dibuka kembali bagaimana Tian Chua dan pemimpin-pemimpin pembangkang membantu memerdekakan Timor Leste dari Indonesia.
Tidak mustahil jika cara yang sama digunakan untuk memisahkan Sabah dari Malaysia kerana individu tersebut masih lagi dalam kumpulan yang sama iaitu dari kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Penaja mereka masih lagi sama iaitu NED, NDI dan IRI.
Masihkah kita ingat dengan nama Timor Timur? Pasti ramai mengingatinya, ia adalah sebuah wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976 hingga 1999. Bermula tahun 2002 ia kemudiannya secara rasmi terpisah dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik Demokratik Timor Leste.
Bagaimana wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab persoalan itu, elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita, ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna.
Sebahagian punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996. Sebelumnya, Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
Tujuan penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.
Berikutan tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II, seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari Indonesia.
Salah satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.
Watak lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa. Kebetulan yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Kira-kira dua tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto.
Setahun kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan Kristian.
3 tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara.
Ringkasan sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
LAPAN RAKYAT ASING MENAIKI BOT LAJU DITAHAN DI SUNGAI BILIS - HAMZA
Lahad Datu, 15 Mac - Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi.
"Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas.
BERNAMA
Nampaknya berita adik Jamalul Kiram berjaya meloloskan diri telah menggemparkan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.
Rakan MyMassa di Sabah memaklumkan bahawa ramai yang agak kecewa kerana pasukan keselamatan tidak berjaya menangkap ketua penceroboh Lahad Datu hidup-hidup. Dalam masa yang sama, banyak pula teori yang terkeluar. Antaranya adalah sememangnya Azzimudie tiada di Lahad Datu tetapi dicipta senario seolah-olah dia ada di situ.
TIPU muslihat Rajah Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari.
Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri.
Di sebalik berita lolosnya ketua penceroboh Kiram, ada satu maklumat yang mungkin ramai tak perasan iaitu bagaimanakah pengganas Kiram boleh mempunyai wang sebanyak PHP369,000 (RM28,375) . Tidak mustahil jika ada tangan-tangan luar yang membantu pengganas Kiram untuk menceroboh Lahad Datu kerana umum mengetahui bahawa Jamalul Kiram merupakan seorang yang miskin. Sehinggakan rawatan dialisisnya pun mendapat ehsan orang lain.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.
"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh. - BERNAMA
Menariknya, selepas pengganas Kiram menyerag Lahad Datu, 'Puteri' Jacel Kiram (anaknya) mampu menaiki jet mewah!!!
Di sini MyMassa ingin mengajak semua rakyat Malaysia supaya penubuhan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat insiden Lahad Datu ini kerana terdapat bukti yang jelas bahawa pengganas Kiram ini ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan kekacauan di bumi Malaysia.
KAMI MAHUKAN SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH LAHAD DATU!
Eloklah kita tanya mamat yang bercita-cita tinggi tu, sampai bila dok ulang kesalahan yang sama.
Umur tu pun bukan muda lagi. Rumah kata pergi, kubur kata mari. *Kalau sebelum ni Haji Hadi kata video bukan besi, mari kita tunggu apa lagi alasan pemimpin PAS untuk pertahankan mamat kat atas.
Gerakan Penceroboh Militan Lumpuh, Azzumudie Dipercayai Melarikan Diri Ke Filipina
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat malam.
Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.
Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.
Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.
Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu.
Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera.
POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN
Semporna, 15 Mac - Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.
"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.
Ditanya mengenai dakwaan penduduk tempatan berhubung ramai pendatang asing meninggalkan pekan Semporna, Mohd Firdaus berkata perkara itu akan disiasat bagi memastikan tiada anggota pengganas yang meloloskan diri dari pekan itu.
Mari kita sama-sama menyokong penubuhan #rci4lahaddatu. *Yang ni kita kena tanya Anwar kenapa tak desak Kerajaan buat RCI macam kes-kes yang lain (Video Linggam, Teoh Beng Hock).
Dr Mahathir Sokong Tubuh RCI Cari Dalang Insiden Pencerobohan Lahad Datu
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat keperluan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari dalang di sebalik insiden pencerobohan di Sabah.
"Kita mempunyai kerajaan yang terbuka. Kita boleh siasat siapa dalang di sebalik insiden ini. Semua boleh ditubuhkan," katanya selepas menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM80,000 daripada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDRM diwakili Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.
Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan mencadangkan perlunya kertas putih atau RCI diwujudkan bagi mencari dalang insiden pencerobohan di Sabah.
Hishammuddin juga dilaporkan berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
Artikel agensi berita Reuters sebelum ini memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh datang atas jemputan seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.
Akhbar The Manila Times pula dilaporkan mendakwa pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang.
Dr Mahathir turut mempersoal sumber kewangan yang diperoleh penceroboh yang mendakwa mereka mewakili 'Kesultanan Sulu' sedangkan kerajaan Filipina memaklumkan mereka bukan golongan berada.
"Secara peribadi saya mahu tahu dari mana mereka mendapat wang sebanyak itu (untuk membeli senjata dan datang ke Sabah). Rakyat pun hendak tahu.
"Saya tidak fikir dia (Jamalul Kiram) orang kaya. Semua operasi itu melibatkan wang yang banyak.
"Jika dia betul-betul bangkrap, macam mana dia boleh memiliki wang itu," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF berkata tuntutan penceroboh kononnya Sabah milik mereka memang tidak berasas kerana Malaysia ialah sebuah negara merdeka yang telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan penduduknya berhak mempertahankan negara ketika diancam musuh.
"Kita mempertahan negara kita, kita mempunyai hak yang sah untuk mempertahankannya. Dalam hal ini kita dapat melihat orang berkorban nyawa dalam mempertahan negara.
"Sebelum ini kita berdepan dengan pemberontakan, kita menghadapi banyak situasi termasuk cubaan menggulingkan kerajaan, tapi kini situasinya berbeza," katanya.
Beliau berkata kerajaan mengiktiraf kewujudkan orang Sulu di Sabah yang telah pun menjadi rakyat Malaysia sejati dan mereka ini sememangnya menolak idea penceroboh untuk menakluki Sabah.
"Dia tidak patut cuba menuntut negara kita, tapi bila dia menggunakan kekerasan, kita tiada pilihan lagi.
"Orang kita bersedia untuk mati kerana negara dan saya fikir kita perlu menghantar mesej ini kepada semua rakyat Malaysia.
Dalam pada itu Khalid ketika ditemui berkata sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban lapan keluarga anggota polis yang terkorban sebelum ini.
"Setiap persatuan telah bersama-sama dengan kita dalam semua krisis termasuk pencerobohan ini.
"Sumbangan ini akan menaikkan semangat kita dan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan keamanan di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
*Tun Dr. Mahathir dah bersuara, Anwar Ibrahim bila lagi?
Breaking News: PI Bala yang menjaja kisah kematian Altantuya di serata Negara telah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini pada pukul 2.50 petang hari ini.
Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' di Parit Sulong, Johor.
Ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit. "Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)" dimaklumkan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Beliau yang kembali ke Malaysia pada 24 Februari lalu telah sambut dengan begitu meriah oleh wakil rakyat pembangkang. mendiang dikatakan telah bersumpah dengan menggunakan kitab Agama Hindu bahawa beliau akan mendedahkan segala apa yang beliau ketahui tentang kematian Altantuya Syaribu.
Bagi MyMassa, Kematian PI Bala tidak boleh dikaitkan dengan apa-apa konspirasi ataupun menuduh pihak lawan kerana setibanya PI Bala di Malaysia, semuanya telah diatur oleh Pihak Pembangkang. PI Bala sentiasa didamping oleh pemimpin-pemimpin Pakatan. Maka, timbul satu persoalan yang begitu besar,
Ramai sebenarnya yang geleng kepala bila membaca kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa pendakwaan rasmi ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua digugurkan atas alasan wujudnya manipulasi oleh media.
Entah siapa yang nak ditipunya tak tahulah, namun realitinya kenyataan asal Tian Chua yang memperolokkan insiden di Lahad Datu, Sabah bukannya disiarkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian atau TV3, sebaliknya terpampang jelas dalam portal milik PKR.
Dalam artikel bertarikh 1 Mac 2013 itu, Tian Chua dipetik sebagai berkata;-
"pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing."
Manakala dalam perenggan pertama artikel itu pula menyebut;-
"Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua."
Siapa sahaja yang membaca kenyataan di atas tentunya faham betapa terang lagikan bersuluh maksudnya menjurus kepada memperolokkan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Sama ada di baca secara tersurat atau tersirat, pengertiannya tetap sama.
Menuduh media perdana memanipulasi dan memutar belitkan kenyataan Tian Chua memang semudah ABC, sama sebagaimana mudahnya Tian Chua menuduh kejadian di Sabah adalah sandiwara dan konspirasi UMNO & Kerajaan. Tapi imaginasi dan realiti banyak perbezaannya.
Nik Nazmi itu mungkin bermaksud mahu membuktikan solidaritinya sesama rakan seperjuangan dalam PKR, tapi ia nyata tidak bijak sama sekali sebaliknya mengundang lebih banyak cemuhan umum terhadap parti itu.
Di saat genting sebegini di mana negara sedang diancam pencerobohan dan keganasan oleh kumpulan pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III, memang tidak wajar dibiarkan begitu sahaja komen negatif sebagaimana diungkapkan oleh Tian Chua.
Sekalipun Tian Chua adalah Ahli Parlimen, ia tetap bukan satu lesen untuknya meremehkan peristiwa berdarah yang berlaku di Sabah, malah sebagai Ahli Parlimen juga bukannya alasan kukuh untuk pemimpin kanan PKR itu di beri keistimewaan untuk bebas dari sebarang pendakwaan di Mahkamah.
Kenyataan Tian Chua itu tidak hanya menunjukkan dirinya tiada semangat patriotisme malah meletakkannya setaraf seperti pengkhianat. Orang sebegini layakkah diangkat sebagai pemimpin? Tentu sekali tidak!
Proses pendakwaan dan perbicaraan terhadap Tian Chua wajib diteruskan, desakan atau gesaan supaya kes ini digugurkan jangan sesekali dilayan. Negara kita ada undang-undang, pemimpin atau rakyat, orang kenamaan atau orang biasa, jika terbukti bersalah wajib dihukum.Kiriman email
P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.
Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.
PI Bala baru saja 'dipulangkan' dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana 'diancam' oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.
PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.
Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah 'watak penting' iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.
Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.
Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.
Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.
Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.
Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.
Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar. Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.
Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.
4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.
Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.
Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya. Kiriman Email
KUALA LUMPUR, March 14 – Educating the public about the May 13th race riot through screenings of movies like Tanda Putera would be good for the nation, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today. "If we can we should educate the public about what had happened during May 13, it would be a good lesson if not the country would be unstable," he told reporters after speaking at a forum in University Malaya here. "If only one race controls a certain interests while another race doesn't, there is anger and this is bad for the country," added the former prime minister(picture), referring to the mainstream argument behind what sparked the bloody clashes – that the Malays were angered by Chinese control of the economy. The film has raised the ire of opposition politicians who say some scenes are not historically accurate. But the film's director had stressed that the film is not a documentary, but a movie "with dramatic elements and creative licence responsibly exercised in its making" and with research done beforehand. On Saturday, the movie was privately shown to a group of 600 students in an "invite-only" screening at Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), in what the opposition had described as a brainwashing programme. According to a student group, it was mandatory for Police Undergraduate Voluntary Corps and Air Force Reserve Officer Training Unit (PALAPES) members to attend, while UIA's residential colleges have been asked to send six members each.
Operasi 'Sabah Nak Hilang', Antara Pendekatan Anwar Cetus Huru-Hara
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan pemimpin 'anugerah tuhan' (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.
Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?
Walhal secara rational dan warasnya senario di 'arab spring' amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh 'apple-to-apple comparison'. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut 'don't judge a book by its cover' yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.
Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam 'manifesto bukan janji' yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.
Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian 'Sabah Nak Hilang', perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.
Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.
Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam
Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak.
Gambar-gambar 'aksi berahi' seseorang yang mungkin kita pernah nampak dan kenali ini, tetapi dimana ya..! diambil dari sebuah sebuah blog baru yang diberi nama Aksi Si Raja Goyang! Artikel pertamanya sehingga pagi ini, 14/3/2013 yang mendapat hits sebanyak 25,010 pengunjung bertajuk "3...2...1... Action!!! (Part I)" telah memaparkan gambar-gambar "night vision" yang berbentuk hitam putih.
Oyabun sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut mengenai gambar-gambar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seseorang yang bernama 'lelaki', namun apakan daya apabila nafsu yang melawan fitrah manusia sudah menguasai segala-galanya! Biarlah gambar-gmbar ini menceritakan segala-galnya..!!!
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat malam.
Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.
Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.
Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.
Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu.
Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera.
Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-
"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"
Di atas surat perjanjian itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...
Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997)menyatakanKesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck.
Kuasa mentadbir Timur Sabah berada di tangan Baron von Overbeck pada 1877.
Menyedari pihak Sulu juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.
Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Sulu hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada 1878.
Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.
Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei
Seperti yang kita semua tahu apa yang tersebar malam tadi....
Sehingga ke saat ini belum ada lagi mana-mana media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia insider atau Free Malaysia Today yang menyiarkan berita berkenaan. Tiba-tiba media rasmi Pas, harakah daily menjadi media pro pembangkang yang pertama menyiarkan berita berkenaan pagi ini.
Maknanya mereka memang nak bunuh karier politik Anwar....mereka nak supaya orang-orang mereka supaya terus menolak Anwar daripada diangkat sebagai PM, dan dalam masa yang sama nak beritahu orang-orang PKR bahawa ketua kamu tak layak jadi PM.
Anwar sendiri pun belum ulas apa-apa lagi tetapi media Pas cepat-cepat dah sebar berita berkenaan....
Walaupun tulisan mereka menghentam Umno , tetapi biasalah kita boleh faham apa maksud mereka. Ibarat kata pepatah, pukul anak sindir menantu....
Apabila ingat Kelantan maka orang akan ingat Pas...
Apabila ingat Pas pula maka orang akan ingat Kelantan...
Kerana Kelantan digambarkan sebagai kubu kuat Pas. Tapi kini semenjak Husam & The Gang melancarkan R kubu Pas sejang menuju menjadi kubuR Pas...
Setiap kali Husam buka mulut melancarkan projek-projek mimpi dia maka setiap kali itulah tanah akan terkorek sedalam 1 kaki untuk menjadi kubuR Pas.
Saya nak kongsi dengan anda gambar di bawah yang dihantar oleh seorang pembaca kepada saya malam tadi yang menunjukkan jumlah orang yang menghadiri ceramah Pas malam tadi di Pulai Chondong , Machang.
Campur tangan Ilahi dan malaikat pelindung telah menyelamatkannya daripada kematian yang dekat.
Begitu bekas penyiasat persendirian kontroversi P Balasubramaniam menyifatkan kejadian pada 3 Mac lalu di wad jantung di sebuah hospital swasta selepas dia disahkan mempunyai penyakit saluran koronori tersumbat.
Balasubramaniam, 53, percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.
Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.
"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala kepada Malaysiakinidalam wawancara eksklusif pada Isnin lalu.
Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.
Sama ada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.
Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.
Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.
Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.
Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.
Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.
Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.
Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.
Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?
Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.
Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.
Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.
Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.
Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?
Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.
Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.
Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.
Mari kita lupakan seketika pertelingkahan antara pelantun lagu dangdut Dewi Perssik dan Julia Perez yang terjadi ketika rakaman filem Arwah Goyang Karawang pada tahun 2010 yang lalu.
Apa kata kalau kita intai fantasi seks Dewi Perssik pula. Wanita yang berasal dri Jember ini selalunya jujur dan terbuka ketika berbicara mengenai persoalan peribadi kehidupannya termasuklah perihal seks.
Tanpa segan silu, pada malam Khamis yang lepas, Depe menceritakan fantasi seksnya kepada beberapa orang wartawan.
Berbeza dengan wanita-wanita lain, Dewi Perssik sudah terbiasa menonton filem porno atau filem lucah. Beliau juga berkata, adalah biasa manusia memiliki nafsu. Dek kerana itu, keperluan seks harus dipenuhi. Namun begitu, oleh kerana beliau tidak mempunya pasangan untuk tujuan itu, maka beliau memilih untuk beronani.
"Saya suka menonton filem porno, dan saya suka 'main' sendiri. Itu satu keperluan, saya tidak berbohong, saya akan terus beronani dan adakalanya saya merakamkan ia melalui web cam. Buka yang couple ya, single sahaja," kata Depe seperti mana yang dilaporkan Tabloid Bintang.
Jika perasaan ghairah itu datang, aksi nakalnya akan lebih hebat. Dengan diiringi muzik, dia akan membuka bajunya satu persatu sambil bergelek.
Bagi keperluan seks, Depe mengakui keinginannya amat kuat. Dia juga mengaku setiap satu kali 'main', boleh bertahan hingga tiga jam, non-stop!
Lihatlah sendiri perangai budak-budak PAS ini. Seorang bukan Islam yang mati kerana menyebarkan fitnah dianggap kematiannya semulia syuhada.
Sungguh tinggi gelaran yang diberikan kepada PI Bala yang mati hari ini kerana menderita sakit jantung. Gelaran yang sama tidak pernah diberikan kepada pahlawan-pahlawan negara yang terkorban mempertahankan bumi berdaulat di Lahad Datu.
Kita tidak hairan apabila selepas ini berduyun-duyun juak-juak PAS beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada PI Bala sambil membawa lilin untuk upacara vigil.
Islam Khalid Syiah sudah terpesong jauh.
Tahniah kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana melahirkan pewaris-pewaris anak-anak muda yang sesat.
Namun begitu, buat pembaca-pembaca, janganlah kita hina PI Bala ini walaupun Bala bukan Islam.
Ingat sunah junjungan kita sebagaimana Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?". Riwayat Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).
Apa sudah jadi dengan isu Lynas? Mutakhir ini terdapat pendirian yang berbeza-beza antara pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO Himpunan Hijau terhadap projek tersebut.
PKR misalnya nampak berlembut dalam isu Lynas apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kawasan Perindustrian Gebang, Kuantan itu boleh diteruskan jika terbukti ia selamat. Kenyataan Anwar ini ditempelak oleh Ahli parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden PKR sendiri Fuziah Salleh.
Dalam satu kenyataan kepada media, Fuziah mendakwa Pakatan Rakyat tetap akan tutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia.
Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng. Kenyataan Fuziah ini seolah-olah "melawan tokey" dan sengaja mahu menjatuhkan imej Anwar Ibrahim sebenarnya.
Kini Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas.
Dalam laporan itu, Anwar ada berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru. Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu.
"Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya," Anwar memberitahu The Age.
Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu.
Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelak. Sementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan Anwar tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji Lynas.
Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui "pintu belakang", seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan.
"Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali," katanya.
Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram. Wong sebelum ini telah dinamakan oleh DAP untuk menjadi calon parti itu bertanding di kerusi parlimen Bentong pada Pilihanraya Umum akan datang.
Kini, kedua-dua pemimpin politik dan NGO mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah itu.
Ingatkan hanya Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sahaja yang bodoh dan tak sensitif apabila mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah konspirasi UMNO.
Rupanya ada lagi yang sewaktu dengannya…
Terkini, seorang artis yang tidak berapa nak laku, Hairie Othman pula tampil membuat kenyataan yang sama melalui akaun twitter miliknya.
"Kalau awal2 lagi sudah tuduh @anwaribrahim dalang isu Lahad Datu ini buat apa nak RCI?? Terang2 ini teori konspirasi jahat Umno!".
Tidak mungkin Hairie maksudkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sebagai konspirasi kan kerana RCI jika dibuat sudah tentu akan membincangkan tanpa boleh sembunyi sebarang fakta akan kejadian di Lahad Datu.
Takkan benda yang membincangkan secara terbuka adalah konspirasi.
Sudah tentulah merujuk kepada kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu kan.
Satu lagi yang Hairie tak faham ialah RCI akan ditubuhkan oleh kerajaan dan kerajaan setakat ini tak keluar sebarang kenyataan rasmi bahawa Anwar adalah dalang di sebalik kejadian itu.
Pihak perisikan Filipina, Reuters, media Filipina, Wikileaks yang mendakwa Anwar adalah dalang.
Dan apa pulak kena mengena UMNO dalam isu ni? Sama tahap pemikiran Tian Chua jugak.
Rasanya orang ramai perlu tampil membuat laporan polis ke atas Hairie agar dia jugak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
Satu pelusuk kecil negara sedang diserang, sebagai warganegara kita harus tampil bersatu memberikan sokongan moral kepada perajurit kita yang menyabung nyawa di sana…bukannya melemparkan tuduhan tanpa bukti.
Sebelum itu, penulis hendak mintak Hairie pergi berjumpa dengan waris-waris perajurit negara yang terkorban dan membawa bukti kukuh jika ada bagi membuktikan apa yang berlaku di Sabah adalah konspirasi.
Jangan bawak air liur atau analisis bodoh teori konspirasi jahat sebagai modal bicara.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, negara tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Katanya, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku…ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Menerusi laman Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Dato' AC Mizal beberapa minit yang lalu, pelakon ini telah melahirkan rasa sedih atas khutbah yang diberikan oleh Imam di masjid yang dihadirinya sebentar tadi kerana mengutuk artis tempatan dan perkara tersebut dikatakan turut mengaibkan dirinya yang berada di dalam masjid pada ketika itu.
Twitnya yang pertama jelas menggambarkan kekecewaannya sebagai insan seni yang sering dipandang negatif oleh kebanyakan pihak yang ekstrim beragama.
AC yang menyedari tubuhnya agak besar dan mudah menjadi perhatian berasa amat malu dan segan apabila khatib mengutuk sambil jemaah lain memandang ke arahnya. Dalam pada itu, Dato AC Mizal turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ada sesetengah masjid menyampaikan khutbah Jumaat yang berunsurkan politik dan pengacara ini turut mempersoalkan, apakah akan berlaku sekiranya makmum di sesebuah masjid berkurangan kerana topik khutbah yang disampaikan berbaur politik sehingga membuat makmum lari? Sumber : Twitter Dato' AC Mizal
PENYIASAT persendirian P Balasubramaniam dikhabarkan sebentar tadi telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Laman ini difahamkan, turut bersama-sama dengan beliau semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan Chegubard.
Beberapa hari sebelum ini, Bala telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya kerana masalah jantung tetapi telah keluar tidak berapa lama selepas itu setelah doktor yakin dengan keadaan kesihatannya.
Laman ini yakin, walaupun sakit jantung dipercayai sebagai punca kematian Bala, tapi ia tetap menimbukan persoalan dikalangan rakyat Malaysia berikutan status Bala sebagai orang yang paling aktif terlibat dalam pembongkaran misteri pembunuhan model Mongolia, Altantunya Sharibuu pada 2006 yang turut membabitkan nama-nama besar dalam politik negara kita.
Apatah lagi sebelum ini, Chegubard pernah mendakwa Bala disihir pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kepulangannya dari India setelah beberapa tahun menghilangkan diri. Kenyataan itu dibuat beliau ketika Bala dimasukkan ke hospital buat kali pertama pada 10 Mac yang lepas. Bala bagaimanapun menafikan beliau dimasukkan ke hospital kerana disihir, sebaliknya kerana masalah jantung.
Bagaimanapun, dengan kematian mengejut Bala hari ini, laman ini merasakan teori bahawa Bala disantau atau disihir itu perlu diperhalusi semula. Rakyat jangan lupa, ahli perniagaan Deepak Jaikirshan sebelum ini pernah menulis di dalam buku 'Black Rose' bahawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur memang terlibat dengan perkara-perkara melibatkan sihir dan ilmu hitam sebelum ini.
MARANG 15 Mac - Seorang bekas ahli Pas, Ramli Abdullah mempersoalkan keikhlasan dan pendirian parti itu yang berubah-ubah berkaitan mati syahid dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.
Ramli, 54, yang baru sahaja menyertai UMNO bersama-sama 80 lagi bekas ahli Pas pada 4 Februari lalu berkata, beliau pelik dengan sikap 'keluk-kelik' Pas yang sebelum ini menyokong kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kononnya insiden di Sabah itu sandiwara kerajaan dan UMNO.
Menurutnya, pada masa sama parti berkenaan turut mempertikaikan pengorbanan kesemua pegawai dan anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terbunuh dalam insiden itu, sekali gus menolaknya sebagai mati syahid.
Bagaimanapun, katanya, pendirian Pas itu tiba-tiba berubah apabila dua mangsa terbaharu membabitkan dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden itu kelmarin, disifatkan sebagai mati syahid.
"Sebelum ini Tian Chua kata insiden pencerobohan di Sabah adalah satu sandiwara kerajaan dan UMNO, dan Pas pula sokong kerana mereka berada dalam satu pakatan.
"Tetapi kenapa pula Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berkata dua anggota tentera dari Kelantan yang terkorban dalam insiden itu sebagai syahid serta jihad ke jalan Allah.
"Apabila kena pada orang Kelantan sendiri, boleh pula kata mati syahid. Sebelum itu, lapan anggota keselamatan kita gugur dalam insiden serupa tidak pula kata syahid," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerong Seberang dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas itu sebelum ini bahawa dua anggota tentera Malaysia yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah sebagai mati syahid.
Ramli yang sebelum ini bersama Pas selama lebih 30 tahun dan pernah menganggotai Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) ketika sepenggal pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004) kini beralih kepada UMNO setelah tidak lagi selari dengan dasar dan perjuangan Pas.
Pada 4 Februari lalu, beliau bersama-sama 80 lagi ahli Pas di Kampung Bukit Chempedak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Berangan mula menyertai UMNO dan kini dilantik sebagai Ketua Penaja Cawangan UMNO Bukit Chempedak.
Ramli seterusnya berkata, Pas perlu memandang serius perkara berkaitan syahid atau jihad ke jalan Allah demi kepentingan dan perpaduan umat Islam serta mengelak timbul kekeliruan.
"Ini jelas, Pas sanggup main politik murahan dalam insiden yang berlaku di Sabah ini. Sebelum ini, pakatan kata kejadian itu sandiwara UMNO sedangkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan Pas sebenarnya yang lebih bersandiwara terutama dalam hubungannya dengan DAP dan PKR," ujarnya.
Suspek seorang guru dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
"Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai 'anjing-anjing' yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."
Muhyiddin menerima cenderahati daripada Dr Md Salleh Yaapar (kanan) sambil disaksikan Dr Awang Sariyan pada sidang akhbar mengenai Anugerah Sastera Negara Ke-12 di Bangunan Perd
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tindakan seorang guru di Kelantan mengeluarkan kata-kata menghina pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial, Facebook.
Timbalan perdana menteri dan juga menteri pelajaran itu berkata sebagai rakyat, guru itu sepatutnya menghargai pengorbanan wira-wira negara seperti mana rakyat lain dan bukannya menghina pasukan keselamatan negara yang sedang bertugas di Lahad Datu, Sabah, bagi mempertahan kedaulatan negara yang tercinta.
"Ini bukan suatu perkara yang remeh, satu perkara cukup serius yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan.
"Rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara, yang cintakan negara sepatutnya menghargai pengorbanan besar yang telah dibuat oleh pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini, hari ini.
Lelaki berkenaan dalam laman Facebooknya dan dipetik oleh beberapa penulis blog menggelar polis 'anjing' dan menyifatkan kematian mereka yang terkorban sebagai 'mati katak'.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tindakan akan diambil terhadap guru berkenaan mengikut peraturan tatatertib di bawah Kementerian Pelajaran.
"Tindakan akan diambil mengikut peraturan disiplin iaitu pertama, meminta tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau," katanya.
Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Kelantan telah diarah menyiasat kenyataan guru terbabit.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, imej dan reputasi warga pendidik turut terjejas akibat tindakan guru itu.- Bernama
Hilang sekejap kehangatan cerita Lahad Datu dan lanun-lanun Sulu. Terlupalah sekejap kehebatan anggota komando Malaysia yang berjaya menggertak Jamalul Kiram III dengan sekeping duit lima puluh sen yang diberikan kepada seorang anak kecil selepas merakamkan gambar-gambar rumah Jamalul Kiram III di sarangnya sendiri.
Kematian P.I Bala yang cukup terkenal dengan cerita kosongnya, benar-benar mengejutkan. Lebih mengejutkan lagi ialah apabila kematian tersebut berlaku ketika Anwar Ibrahim benar-benar memerlukan satu kekuatan untuk meneruskan usahanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sama ada ianya disebabkan TEORI KONSPIRASI sepertimana yang cuba dikarang dan dipopularkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, atau kerana mautnya datang sebagai hikmah di atas pembohongan dan pendustaannya demi mendapatkan duit, atau sebagai pengajaran dan petunjuk kepada manusia yang mahu mencari kebenaran dalam hal ini, Balasubramaniam a/l Perumal telah membawa segala rahsianya ke liang lahad. Dia tidak boleh lagi berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dia juga tidak boleh lagi disoalsiasat, disaman mahupun digertak. Bahkan dia juga tidak dapat melarikan diri ke luar negara sepertimana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.
Namun ada sesuatu yang sangat menarik tentang kematiannya!!!
Balasubramaniam dikatakan tidak bersetuju dan tidak mahu meneruskan cerita-cerita fitnahnya terhadap Perdana Menteri dan isterinya. Bagaimanapun, desakan daripada Anwar Ibrahim serta tekanan daripada konco-konco Anwar Ibrahim, membuatkan Bala terpaksa meneruskan lakonan dan siri pembohongan berkenaan.
Tekanan itulah yang membuatkan Bala berada dalam keadaan stress dan tidak tenang. Penyakit jantung dan tekanan darah tingginya pula begitu memuncak apabila dia sudah terdengar tentang KORBAN yang perlu dilakukan demi untuk menarik simpati masyarakat.
Bala dikatakan sangat sedar, dia merupakan liabiliti terbesar dalam PKR. Dia terhutang budi dan telah mendapat banyak laba daripada perbuatannya. Dia tidak boleh lari dan terpaksa meneruskan siri lakonan walaupun di luar kehendaknya.
Sumber dalaman memberitahu, beberapa hari selepas dia keluar dari Pusat Perubatan Subang akibat serangan jantung pada 5 Mac, dia telah bertengkar dengan beberapa orang konco Anwar Ibrahim yang mahu memaksanya meneruskan kerja-kerja jahat menfitnah Najib dan Rosmah.
Chegu Bard dan R.Sivarasa Rasaiah dikaitkan dengan insiden berkenaan!
Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan tentang butir perbincangan antara Chegu Bard dan R.Sivarasa dengan Balasubramaniam. Yang pasti, menurutnya ada pertengkaran yang didengar dan ada nada mengancam terhadap Bala!
Barangkali juga, kerana itulah kut terdapat kesan lebam pada leher mayat Bala?
Dah macam cerita Teoh Beng Hock dan seorang Ahli Majlis Kajang yang juga merupakan pemimpin DAP ler plak yang kemudian dialihkan kesalahan tersebut kepada PDRM dan SPRM serta UMNO-BN. Apakah kali ini, UMNO-BN akan dipalitkan dengan kesalahan yang serupa sekalipun semua orang tahu, Balasubramaniam a/l Perumal berada dalam JAGAAN PKR SEPANJANG MASA?
Sehingga setakat ini, punca kematian Balasubramaniam adalah SERANGAN JANTUNG!
MELAKA - Objek berbentuk keranda beserta foto Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dihadapkan di mahkamah semalam, ditemui di hadapan pejabat parti itu di sini, awal pagi tadi.
Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, percikan darah turut dilihat di samping objek tersebut.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, kejadian berkenaan yang berunsur ugutan bunuh adalah yang pertama diterima Pakatan Rakyat negeri Melaka.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang semalam mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
Semalam kita baru dihidangkan dengan perkhabaran terbaru mengenai pelakon Fasha Sandha yang dikhabarkan bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.
Tetapi kali ini timbul pula isu yang lain apabila kebanyakan peminat mempersoalkan usia sebenar kandungan dalam perut pelakon cantik itu.
Fasha sebelum ini mendedahkan dia bunting pelamin apabila sudah disahkan mengandung dua minggu selepas daripada tarikh perkahwinannya pada 27 April tahun lalu.
Peminat di sebuah portal mula membuat perkiraan apabila dia memberitahu peminat bahawa dia mengandung dua minggu pada 14 Mei tahun lalu dan jika dibuat kira-kira sepatutnya dia sudah bersalin pada akhir Januari atau bulan Februari lalu.
Sebaliknya, Fasha menyatakan dia bakal melahirkan puteranya itu pada akhir Mac atau awal bulan April.
Hmmm, tak kan sampai 11 bulan pula anak yang dikandungya itu pulak kan?
Tetapi penulis tak tahu lah mungkin ada juga kes sebegini yang pernah berlaku.
Apa-apapun kita doakan semoga Fasha dan kandungannya selamat semasa proses bersalin itu nanti.
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.
Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.
Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.
Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.
Pelakon Versatil Datin Paduka Umie Aida atau lebih dikenali sebagai Umie Aida memberitahu pengalaman berlakon dibawah araha Khabir Bathia adalah pengalaman baru baginya cuma memakai silikon ketika penggambaran adalah menyakitkan.
"Silikon itu ialah satu benda yang menguji kami sebagai pelakon, ini kerana masa yang diambil selama 2 jam untuk make-up sahaja".
"Silikon ini tidaklah sampai luka-luka kulit kita tetapi ianya mengambil masa yang agak panjang untuk touch-up semula apabila dia terkopek dan ini amat menyukarkan kami sebagai pelakon"
Namun begitu Umie Aida berasa bertuah kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan pengarah kreatif seperti Kabir Bhatia yang sangat membantu dan memahami situasinya sebagai pelakon yang terpaksa memakai silikon sehingga tamat penggambaran.
Dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil ini, Umie Aida turut melakonkan watak sebagai Ibu Yani.
Bagi anda peminat-peminat filem seram jangan lupa untuk menyaksikan lakonan terhebat Remy Ishak, Diana Danielle, Datin Paduka Umie Aida, dan Sharnaaz Ahmad pada 28 Mac ini
Sebahagian jentera MTD yang ditemui sempena ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.
IPOH – Belumpun tiba tempoh penamaan calon, Pemuda Pas Perak mengambil langkah berani dengan membuat pendedahan berhubung peletakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad Nizar yang sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan kerusi parlimen dan hanya akan bertanding untuk kerusi Dun, diisytiharkan sebagai calon Dun Changkat Jering.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada satu ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.
Dalam ucapannya, Raja Ahmad memaklumkan, pencalonan itu dilihat tepat dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan kemenangan setelah wakil rakyat sebelum ini mengisytiharkan diri sebagai calon bebas.
Menurutnya, personaliti Bekas Menteri Besar Perak yang dilihat sebagai ikon masyarakat itu mampu mengukuhkan kepercayaan pengundi yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat (PR).
"Tindakan Adun sedia ada melompat parti tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PR.
"Jentera Majlis Tindakan Dun (MTD) khususnya di kalangan pemuda berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi misi mempertahankan kerusi ini," katanya.
Pada PRU 2008, Kapten (B) Mohd Osman Jailu yang mewakili PKR menang di Dun Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasiional (BN), Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.
Bagaimanapun, kejayaan merampas kerusi yang sebelum ini disandang BN, tidak kekal lama apabila pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon bebas bersama tiga wakil rakyat lain.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Salman Saleh pula berkata, Nizar merupakan pilihan terbaik sebagai calon Pas untuk bertanding di Dun Changkat Jering setakat ini.
"Kami yakin beliau dapat menggalas tugas ini dengan baik dan diharap, pengumuman ini dapat mengembalikan beliau sebagai menteri besar," katanya.
Pendedahan Pemuda Pas ini dianggap masih kabur berikutan tiada pengumuman rasmi berhubung peletakan calon dikeluarkan Majlis Pimpinan PR Negeri dan Pusat.
Bagaimanapun, kemungkinan itu ada kerana Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhamad Nur Manuty ada menyatakan bahawa semua pembahagian kerusi PR sudah dimuktamadkan kecuali Dun Changkat Jering yang menjadi pertikaian antara PKR dan Pas.
Changkat Jong - Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih sedang berasmara di dalam sebuah rumah di Kampung Batu 9, di sini, dicekup penduduk, polis dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, pagi kelmarin. Gambar Hiasan.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Batu 9, Ahmad Baharom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki yang menjadi port melepaskan nafsu mereka.
Menurutnya, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihannya tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.
"Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah, memaksa kami memecahkan pintu depan rumah yang dikunci dari dalam kerana pasangan itu enggan beri kerjasama.
"Lelaki berusia 30-an adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun berasal dari Terengganu, adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Setapak Kuala Lumpur" katanya ketika ditemui pemberita.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukkan dokumen mengatakan mereka pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jaipk Hilir Perak.
Pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan akhbar hanya boleh dibuat Pegawai Penguatkuasa di lbu pejabat Jabatan Agama lslam Perak di lpoh.
KOTA BHARU- "Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya," kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.
"Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.
"Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital," katanya.
Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.
"Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.
"Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,"katanya.
Foto kontroversi yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab
Kelmarin, laman sosial facebook 'neposan' menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.
Video dibawah ini boleh dijadikan bukti bahawa Tian Chua "tak pernah" mengatakan pencerobohan di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara Umno. Walaupun lelaki berbangsa cina didalam video berkenaan menyerupai Tian Chua, tetapi jika mengikut teori Anwar, ia bukan Tian Chua.
Malah jika mengikut pandangan Presiden Pas Hadi Awang, video ini hanyalah sekadar "besi" dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai bukti di mahkamah bagi mendakwa Tian Chua.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa Tian Chua menjadi mangsa jenayah media kawalan Umno yang memanipulasi kenyataan asalnya berkaitan Tragedi Lahad Datu.
Katanya, kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily, sebuah portal berita rasmi KEADILAN, diputar belit dan disebar secara terancang oleh media arus perdana.
Nik Nazmi juga menggesa kerajaan menggugurkan pendakwaan terhadap Tian Chua, apatah lagi ia dibuat mengikut Akta Hasutan yang jelas berniat jahat atas kepentingan politik.
Beliau menyifatkan kerajaan yang menjadikan Tian Chua sebagai kambing hitam bagi menutup kegagalan mereka menangani isu keselamatan negara di Lahad Datu, sebagai zalim.
Ahli NGO Masyarakat Prihatin Buntong bertindak membakar patung setinggi 1.2 meter yang bertopengkan Koo Ham di Bulatan Buntong, di sini, semalam.
IPOH - Lebih 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Masyarakat Prihatin Buntong bertindak membakar patung bertopengkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akibat tidak puas hati dengan kenyataan yang didakwa berbaur penghinaan terhadap kaum India dalam akaun Twitternya pada 3 Mac lalu.
Patung setinggi 1.2 meter itu dibakar berhampiran Bulatan Buntong kira-kira jam 7 petang semalam.
Demonstrasi yang sepatutnya bermula jam 6 petang itu terpaksa ditangguhkan selama satu jam kerana hujan lebat.
Sebelum ini, Koo Ham dalam akaun Twitternya didakwa mengeluarkan kenyataan berbunyi,'For too long Beruas Indias hv been cheated of their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry and beers' (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).
Pengerusinya, V Subramaniam berkata, kenyataan itu dianggap keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan martabat kaum India.
Menurutnya, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia menyentuh sensitiviti kaum terbabit.
"Berikutan itu, dia (Koo Ham) perlu membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media rasmi dan mengaku akan kesilapannya.
"Bagaimanapun, jika dia gagal berbuat demikian, tidak mustahil dia serta pemimpin DAP lain tidak akan mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13" katanya.
Katanya, pemimpin DAP perlu ingat bahawa undi kaum India juga turut dikira.
"Jika dia meneruskan sikap demikian mungkin dia tidak akan mendapat sokongan kami (kaum India) pada PRU13," tegasnya.
IPOH - Kedudukan Malaysia ke perlawanan akhir belum terjamin apabila seri 2-2 dengan Pakistan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-22 di sini, semalam.
Malaysia yang mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam empat perlawanan berjaya mengutip lapan mata berada di tangga kedua.
Australia kekal menghuni tangga teratas berbekalkan lapan mata tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol berbanding Malaysia.
Kesungguhan skuad negara untuk menumpaskan Pakistan terpancar apabila semua pemain negara melakukan asakan sejak minit pertama permainan.
Anak-anak buah Paul Revington memerlukan kemenangan bagi membolehkannya layak ke perlawanan akhir bagi kali keempat sejak piala itu diperkenalkan pada tahun 1983 lalu.
Malaysia pernah layak ke perlawanan akhir pada tahun 1985, 2007 dan 2009 tetapi gagal menjulang piala tersebut.
Skuad negara akan berdepan India dalam perlawanan terakhir, esok.
Anak buah Revington mengambil masa enam minit sahaja untuk membolosi pintu gol Pakistan melalui rembatan kencang Faisal Shaari.
Pukulan sudut penalti yang deras oleh Faisal berjaya menumpaskan penjaga gol Pakistan, Imran Butt bagi membolehkan Malaysia berada di hadapan.
Selepas itu, Pakistan mendapat tiga pukulan sudut penalti berturut-turut menyebabkan pertahanan Malaysia terpaksa bekerja keras mempertahankan pintu golnya.
Bagaimanapun, pukulan sudut pendek oleh Muhammad Imran pada minit ke-15 berjaya menumpaskan penjaga gol, S. Kumar untuk gol penyamaan.
Dalam pada itu, jentera serangan Malaysia yang terdiri Faisal, Chua Boon Huat dan Mohd Shahrun Nabil Abdullah terlepas beberapa peluang cantik untuk menambah jaringan gol.
Awal separuh masa kedua, Malaysia memperolehi dua pukulan sudut penalti tetapi ketangkasan penjaga gol Pakistan, Imran Butt menyebabkan skuad negara gagal menambahkan jaringan.
Akhirnya, Malaysia kembali ke depan apabila pukulan sudut penalti yang kencang oleh Muhammad Razie Abd Rahim gagal ditepis oleh Imran Butt pada minit ke-52.
Walaupun lebih 12,000 penyokong tempatan memberi sokongan padu kepada pemain negara tetapi mereka gagal menambahkan jaringan.
Sebaliknya, Pakistan berjaya menyamakan kedudukan melalui kuisan Ali Shan setelah berlaku pergelutan di depan pintu gol Malaysia pada minit ke-62.
Sebelum itu, Australia gagal mengutip mata penuh setelah seri 3- 3 dengan Korea Selatan.
Juara bertahan, New Zealand mencatat kemenangan kedua menumpaskan India 2-0 bagi menduduki tangga ketiga.
Selepas berhempas pulas selama 40 minit, New Zealand mendapat gol yang dinantikan melalui pukulan sudut yang disempurnakan oleh Andy Hayward pada minit ke-40.
Pukulan sudut penalti Cory Bennett mengukuhkan lagi kedudukan New Zealand dengan gol kedua pada minit ke-57.
KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.
"Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan," kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.
Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.
Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.
"Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Teka-teki PRU13 yang diberikan oleh PM semakin tak terjawab dek pembangkang.
Pembangkang sudah "letih-litak". Stamina pun sudah kehabisan dan seluruh badan sudah terasa lenguh dan sakit-sakit. Pinggang tak boleh nak cakaplah sakitnya. Lutut pun sudah sengal. Nak bangun pun orang kampong cakap "berpiaut", terasa nak rebah-rempah.
Apa yang boleh dilakukan oleh pembangkang untuk mengekalkan stamina hingga berlangsungnya PRU13 hanyalah dengan mengambil steroid tanpa berjadual dan ini bertentangan dengan peraturan samada peraturan demokrasi mahupun peraturan yang ditetapkan oleh agama, demi untuk mengembalikan kekuatan dan stamina sokongan rakyat.
Berbagai jenis "pain killer" dimakan tanpa jadual untuk menghilangkan penyakit hilang kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin dirasai.
Serangan penyakit yang dibawa dari Lahad Datu sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa pembangkang. Sehingga kini pihak pembangkang sedang bertungkus lumus mencari pain killer yang sesuai dan lebih tinggi dosnya untuk ditelan kerana pain killer sediada tidak mampu menahan kesakitan yang dibawa akibat dari Taufan Lahad Datu yang menghempap dan memusnahkan kekuatan sokongan rakyat secara begitu drastik terhadap mereka.
Pelbagai "steroid penambah tenaga" ditelan bagi mengembalikan kekuatan sokongan. Asal saja ada tertulis "ubat kuat" dan "boleh menambah tenaga luar biasa", terus saja dibedal. Sah atau tidak, lulus atau tidak, memudaratkan atau tidak terhadap masa depan negara dan rakyat bukan pertimbangan mereka, asal saja boleh memberi semula kekuatan.
"Steroid sumpah Bala" yang digunakan sudah jelas bukan saja menambah mudarat buat pembangkang, malah steroid ini sendiri sudah expired dengan sendiri.
Pengkorporatan Kalimah Allah yang disangka boleh dijadikan "Steroid" menambah kekuatan sokongan pelbagai penganut agama, akhirnya telah menyebabkan "pembangkang mati mengejut" dan membuka kembali mata para pendokong mereka yang merasa politik pembangkang sudah keterlaluan.
Ke dua-dua kaedah rawatan pemulihan sokongan rakyat, melalui preskripsi pengambilan pain killer dan mencucuk steroid kekuatan ini ternyata telah mendatangkan lebih banyak mudarat daripada khasiat terhadap pembangkang.
Hari ini, sokongan terhadap PAS yang selama ini segar bugar sudah semakin uzur sokongan.
DAP yang begitu lantang mahu berkongsi memakan steroid Kalimah Allah sudah tersedak sendiri. Ditambah lagi dengan penyakit "tidak patriotik" yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan umum sudah terdedah akibat dari Taufan Lahad Datu yang melanda negara secara tiba-tiba.
Hari ini baru rakyat Malaysia sedar betapa kroniknya "Penyakit tidak patriotik yang dihidapi oleh DAP. Jika tidak kerana Taufan Pencerobohan Asing ini, sudah pasti penyakit "tidak patriotik DAP" ini tidak akan diketahui oleh rakyat. Ramailah rakyat akan tertipu dengan sikap "pura-pura" patriotik DAP.
PKR pula tak perlu dipertikaikan lagi. PKR dan Anwarlah yang bertanggungjawab bukan saja menjadi pengguna tegar, malah turut menjadi "pengedar haram" terbesar pain killer dan steroid ini sehingga DAP dan PAS turut menerima musibah.
Sindiket haram mengedar segala "bahan merbahaya di dalam bentuk preskripsi ubat" ini bukan saja boleh memusnahkan hidup pakatan pembangkang, malah ia hampir memusnahkan seluruh kehidupan rakyat dan negara yang selama ini begitu aman dan dikagumi dunia.
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini, kata peguam R Sivarasa.
Beliau menyiasat kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Kedua-dua naib presiden PKR N Surendran dan Subang MP R Sivarasa mengesahkannya.
"Saya dalam perjalanan saya ke hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai butiran lagi, "Sivarasa.
Balasubramaniam telah mengalami masalah jantung pada 5 Mac dan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya.
Dalam akuan berkanun pertama, beliau telah dikaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.
Beliau kemudiannya menarik balik dakwaannya itu dalam SD kedua, berikutan yang dia meninggalkan negara ini.
Sekembalinya beliau ke baru-baru ini, Balasubramaniam bersumpah pada buku Bhagavad Gita suci Hindu bahawa kandungan SD pertama beliau adalah benar.
Dua hari lepas, PI Bala berkata Altantuya tidak izinkan saya mati dulu...
Nota: Ingatan: lain kali jangan bercakap besar!
Berita di atas dipetik sepenuhnya dari brojinggo.blogspot.com.
Nota kaki: Fikir-fikirkanlah. Bersumpah dengan kitab suci hindu Bhagavad Gita menyatakan SD pertama benar dan SD ke dua palsu.
Saiful Bukhari sudah bersumpah dengan lafaz wattalahi...
Dato Eskay sudah bersumpah dengan watallahi...
Dato Seri Najib sudah bersumpah dengan watallahi...
Datin Seri Rosmah sudah bersumpah dengan watallahi...
Sesiapa yang mahu bersumpah lagi dipersilakan. Jika anda berada di pihak yang benar, anda akan terpelihara. Tetapi jika anda di pihak yang salah dan batil, anda mungkin akan menerima nasib seperti mendiang di atas, walaupun anda bersumpah dengan menyebut demi batu, demi pokok atau demi busut jantan sekali pun.
Dato Seri Anwar Ibrahim.... silalah bersumpah jika benar sdr tidak melakukannya. Tapi, bukan bersumpah "demi Allah semua ini adalah konspirasi UMNO untuk mengaibkan keluarga saya. "itu tak betul ye"... Jangan sumpah taklid macam tu.
Siasatan pencerobohan Lahad Datu sudah pasti akan dijalankan secara rapi. Cadangan kemungkinan menubuhkan RCI atau pun Kertas Putih khusus bagi mengenal siapa dalang sebenar di sebalik pencerobohan asing dan kemungkinan pengkhianatan di peringkat dalaman perlu diketahui oleh seluruh rakyat.
Hukuman setimpal wajib diterima oleh penceroboh, pengkhianat dan siapa saja yang turut menghulur mengotorkan tangan hingga membawa kepada ancaman terhadap kedaulatan negara.
Penyiasatan wajib dilakukan hingga ke akar umbi termasuk pihak-pihak di Filipina dan di negara ini dan segala apa yang ada hubungkait hingga membawa kepada "pencerobohan dan pengkhianatan" walaupun sekelumit.
Sebarang isu-isu berkait, peristiwa dan latar belakang sejarah, individu penting di ke dua-dua negara dan faktor lain, semuanya harus dikaji dan disiasat bagi mencari punca yang membawa kepada pencerobohan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan negara ini
Hubungan Anwar-Misuari harus diketahui sejauh mana, untuk apa, bagaimana dan kenapa.
Hubungan antara Kiram dan Misuari juga amat penting untuk diketahui sejauh mana.
Status terkini isu MNLF dan MILF serta masalah dan hubungkaitnya dengan kerajaan Manila harus juga dipadankan dengan isu pencerobohan ini.
Hubungan Keluarga Kiram dengan pihak tertentu di Amerika juga harus diketahui sejauh mana wujud dan benarnya.
Hubungan keluarga, urusniaga dan apa saja kaitan yang wujud di antara kaum Sulu yang telah bermastautin di Sabah dengan keluarga atau jaringan mereka di Filipina juga amat penting untuk diselidiki.
Status kewangan keluarga Kiram juga wajib disiasat.
Siapa yang menyumbang dana dan pembelian senjata canggih tentera Kiram III ini juga sangat penting untuk diketahui.
Siapa yang melatih dan membangunkan tentera Kiram dan sejauh mana keterlibatan Misuari dan MNLF dalam ketumbukan tentera Kiram juga amat penting disiasat dari segenap sudut.
Nama-nama Individu yang "terpacul" samada melalui pendedahan kabel Wikileaks, media barat, media Filipina, lapuran risikan asing dan dari mana juga sumber nama-nama ini boleh "terpacul" wajib disusuri jejaknya kenapa nama-nama ini timbul.
Sehingga kini telah disebut nama-nama dari kalangan warga Malaysia di dalam pelbagai versi yang mengaitkan mereka dengan insiden pencerobohan ini.
Antara nama warga Malaysia yang "terpacul" termasuklah warga yang bernama Anwar bin Ibrahim, Jefri Kitingan, Tian Chua, Sivarasa, SUARAM, Ahmad Melano, Hasan Basri dan beberaoa nama lagi.
Mahu tidak mahu nama-nma yang telah "terpacul" ini harus disiasat macam mana nama mereka boleh "terpacul".
Sekarang bukan isu mereka ini bersalah atau tidak. Bukan juga isu mereka ini terlibat atau tidak di dalam apa-apa kapasiti yang berkait.
Isunya ialah nama-nama ini terpaksa dimasukkan dalam pakej siasatan kerana nana-nama ini sudah "terpacul" di dalam pelbagai versi lapuran.
Jika pihak polis ingin mencari atau menahan suspek bunuh atau rompak melalui sekatan jalanraya, kita juga berkemungkinan akan turut ditahan jika dijumpai dalam bonet kereta kita pisau kesan darah, walaupun kesan darah di pisau itu berpunca dari kita baru saja sempat menyembelih ayam yang terlanggar ditepi jalan.
Individu-individu ini tak perlu takut dan nereka wajib memberi kerjasama dengan pihak berkuasa demi mencari dan membantu negara menyelesaikan kemelut dan ancaman terhadao kedaulatan negara sendiri.
Jika benar-benar tidak terlibat dan tidak bersalah, apa yang harus ditakutkan. Kenaoa mesti melatah dan gelabah. Kebenaran akan muncul juga jika benar kita tidak terlibat.