1. Kes liwat antara Dato Seri Anwar yang di bawa oleh bekas pembantunya yang berlangsung selama 7 tahun telah berakhir. Beliau telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dan beliau telah menggunakan semua ruang yang tersedia untuknya dalam sistem Kehakiman negara.
2. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan Anwar bersalah seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. Kita berharap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah.
3. Dengan keputusan penjara 5 tahun, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah hilang kelayakan dan akan menyebabkan kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh; dan pilihanraya kecil perlu diadakan untuk memilih seorang Ahli Parlimen yang baru.
4. UMNO Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah perlu dalam mengadakan persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya PRK di Permatang Pauh sejak Mahkamah Rayuan memutuskan pada tahun lalu yang Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Berikutan dengan perkembangan terkini, UMNO dan BN Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh akan terus meningkatkan persiapan dan persediaan jentera parti untuk menghadapi PRK P44.
5. Kita perlu menunggu kenyataan rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum membincangkan perkara-perkara lain susulan daripadanya.
YBhg Datuk Seri Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi.
Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.
Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.
Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.
Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.
Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.
Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.
Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000. Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.
Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.
Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1. Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku.
Khutbat Jumaat sekali lagi terus menjadi bahan kritikan dan hinaan oleh pemimpin DAP yang kini semakin biaDAP dan kurang ajar .
Kali ini oleh Exo Kerajaan DAP P.Pinang iaitu Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat JAIS yang menyentuh tentang aurat wanita bagi mengelakkan menjadi mangsa rogol .
Sebagai seorang bukan Islam, beliau tidak layak untuk berhujah atau memberi kenyataan tentang hukum-hakam Islam apatah lagi untuk mengkritik secara terbuka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mencapuri urusan agama Islam dengan mengkritik kandungan bacaan khutbah di dalam solat Jumaat. Menutup aurat adalah wajib di dalam Agama Islam .
Cerita bahawa Anwar Ibrahim popular dan disokong di Indonesia hanyalah warwar kosong semata-mata.
Tinjauan di portal Detik, yang dilawati purata 8 juta kali sehari, setelah 4 jam berita Anwar dihantar ke penjara diterbitkan, tiada komentar diterima pun...
Mahkamah Agung Malaysia menolak kasasi dan memperkuat hukuman terhadap pemimpin oposisi Anwar Ibrahim dalam kasus sodomi. Selasa, 10/02/2015 13:59 WIB - detikNews
Kasus sodomi yang menjerat tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim telah mencapai putusan akhir. Pengadilan Federal Malaysia menyatakan Anwar Ibrahim bersalah. Selasa, 10/02/2015 13:32 WIB - detikNews
Begitu juga di Kompas yang dilawati purata 5.5 juta kali sehari.
Pasca rayuan Anwar Ibrahim atas penjara 5 tahunnya yang ditolak, beberapa ekor bajingan setianya mengeluarkan kenyataan yang memaksa Ketua Polis Negara memerintahkan penahanan ke atas mereka untuk siasatan.
KPN sebelum ini menyeru semua pihak menerima apa juga keputusan mahkamah tetapi seperti biasa, ada puak yang konon mahu mereka diangkat menjadi pemerintah, melakukan sesuatu yang tidak selandas dengan jiwa beraspirasi contoh sebuah pemerintah.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Adalah dimaklumkan bahawa mulai tanggal 10hb Februari 2015 salah satu sel akan dihuni oleh pesalah yang menerima hukuman dari keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya tengahari ini.
Mohon disiarkan Notis Peringatan buat semua penghuni sel sel di Pusat Tahanan Penjara Kajang agar tidak membongkok untuk mengutip sabun sekiranya terjatuh diatas lantai ketika mandi demi mengelakkan sebarang kejadian LIWAT berlaku.
Notis peringatan ini amat penting kerana pesalah yang akan menghuni salah satu sel disini menjalani hukuman penjara atas kesalahan MELIWAT.
A warrant of arrest has been issued for a woman named "Doris Jones'' who operates a social media-based secession movement called Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).
Sabah Police Commissioner Datuk Jalaluddin Abdul Rahman said that the woman "Doris Jones'' is wanted for seditious activities as she was promoting secession through a Facebook page SSKM and other social media networks.
Jalaluddin said that they have put up an alert for her at all entry points in the country.
However, he did not say for sure if she was operating the page from United Kingdom or other countries.
"I don't know, some say she in London, or may be Europe. We are on the alert for her if she enters the country,'' he said, adding that he was not sure if she was still holding Malaysian citizenship or some other nationality as she had been overseas for sometime.
It is understood that the little known Sabahan, who is believed to be from Penampang, with her family settled in Labuan, is believed to be married in United Kingdom and works in a "legal circle".
She is believed to be keeping in touch with local NGO networks through various social media channels including Skype to communicate with SSKM.
Jalaluddin said that police have set up a special task force and investigating various SSKM-linked postings on Facebook and other social media groups which holds weekly meetings to study the postings under the Seditious Act.
"Each week we meet, a total of 126 investigating papers have been opened over the postings. We have forwarded them to the Deputy Prosecutor,'' he said, in urging Sabah NGOs not to get to involved in such activities.
He said police also believe that certain opposition figures were behind the NGOs linked to the activities of SSKM.
"These NGOs are going around with petitions asking people to support secession,'' Jalaluddin said, adding that the five arrested in Lahad Datu on Sunday were released on Tuesday after investigations were completed.
In separate issue, Jalaluddin said the dusk-to-dawn sea curfew in the east coast of Sabah that has been in placed since last July would be extended to another two weeks from Feb 11 to Feb 26.
The Federal Court has upheld the Court of Appeal's five-year prison sentence on Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomising former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.
The apex court earlier on Tuesday upheld the Mar 7, 2014 decision against the Opposition leader.
Anwar, 67, was sentenced to five years' jail for sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari, 30, at the Desa Damansara condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.
Anwar had filed 35 grounds in his petition of appeal asking the Federal Court to overturn the Court of Appeal's ruling.
The trial judge was correct in dismissing impeachment proceedings against Mohd Saiful Bukhari Azlan, the Federal Court has held.
Chief Justice Arifin Zakaria, who leads a five-member panel of the Federal Court, held Tuesday that Mohd Saiful was a credible witness, and that the appellate court should be wary of disturbing the evaluation of the trial judge.
Justice Arifin further held that the DNA evidence taken from Anwar's cell which was used to compare against samples of his semen were legally obtained.
The Court said that there was no break in the chain of evidence and no tampering.
Anwar, 67, looked downcast as the judge continued delivering the court's judgment.
Proceedings in Datuk Seri Anwar Ibrahim's appeal against a sodomy conviction began 10.10am Tuesday with Justice Arifin Zakaria reading through a summary of the case.
The judge began by focussing on the issues of consent and whether or not there was evidence of penetration.
The Federal Court delivers its decision Tuesday in Anwar's appeal.
The Opposition leader is charged with sodomising his former aide Mohd Saiful.
Anwar was sentenced to five years' jail on Mar 7 last year by the Court of Appeal for sodomising his former aide Mohd Saiful, 30, at the Desa Damansara condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.
In its 85-page written judgment, the Court of Appeal overturned an earlier acquittal by the High Court. Anwar had filed 35 grounds in his petition of appeal asking the Federal Court to overturn the Court of Appeal's ruling.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.
"Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah)," kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.
Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.
Dalam pada itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan perkarangan Istana Keadilan selepas keputusan itu diketahui, laporan bernama
kenapa la dari dulu tak jaga keluarga... sebaliknya apa pulak yg keluarga rasa bila disahkan disabit dalam kejadian liwat?
Akhirnya hukuman penjara 5 tahun. Kalau diikutkan kes pun berlansung lebih 6 tahun lamanya... kalau dikutkan hukaman pun dah habis dan berbaki setahun lebih... apa pun kebenaran hari nie tercapai dan terbukti lah segala yang amat diharapkan kebenaran akhirnya memgatasi segala kerunsingan rakyat kerana dihuru harakan segala malaya semasa adanya dia didunia luar...
Apa pun segala yang terinaya hari ini nampaknya terbela... Rasanya kalau sebelum inilah rakyat tak mengira berapa la dia dipenjara. Kali ini ramai yg cukup lega malah ada yg kurang bersetuju dengan tempoh yg tak semana lamanya... Alhamdulillah... nasib la kita tak mengangkat dia sebagai pemimppin utama.... bye byeee jumpa 5 tahun lagi...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulahkan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.
Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.
1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.
1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.
Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.
Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.
1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.
1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.
Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.
Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.
Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.
Sah dia meroyan aku PM! AKu PM! Macam orang gila ....
Berikut adalah nota yang diterima tentang kes ini.
Prosecution led by Tan Sri Dato Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah Defence led by Datuk Seri Gopal Sri Ram
Chief Justice Tun Ariffin:
1) Saiful Bukhari found to be credible witness 2) No impeachment of Saiful B's evidence 3) There were corroborative evidence to support Saiful B evidence (cctv recording, DNA evidence of Anwar, medical experts, lubricant KY used, no scar or tears in Saiful's anus etc) 4) On DNA evidence, Anwar used the items retrieved from lockup he stayed overnight for DNA profiling. 5) DNA of Anwar was not illegally obtained. Even if it was, in law, it was admissible. 6) DNA profiling shows Anwar sodomised Saiful B. 7) DNA evidence by prosecution corroborates Saiful's testimony on factum of penetration. 8) DNA evidence was not compromised. No contamination of DNA samples. 9) There is no break in chain of custody. Integrity of samples was not compromised. 10) Defence argument that Anwar's DNA was planted was not sustainable. 11) DNA profile Male Y is Anwar's. 12) Sperm heads observed without tails consistent with Saiful's evidence that he was sodomised few days ago before examination was conducted on Safiul's anus. 13) Prosecution medical/ DNA experts found to be credible. 14) On Anwar's defence of alibi, Anwar submitted 13 alibi witnesses but abandoned it later. In Anwar's unsworn statement, he merely said 'it never happened' Anwar never denied sodomising Saiful. 15) Unsworn statement by Anwar was of little value as it was not tested through cross examination. 16) On political conspiracy raised by Anwar, it was not substantiated by any evidence. 17) Anwar never disputed he was there at the same condominium. He was seen entering car park, elevator etc. 18) High Court judge was wrong in acquitting Anwar. High Court imposed 100% test of burden, which was too high. 19) Defence medical experts evidence rejected. They never carried out any practical tests. 20) Compelling evidence ie DNA establish sperm cells of Anwar in Saiful's anus. Anwar failed to cast any reasonable doubt. Prosecution therefore establishes it's case beyond reasonable doubt.
Anwar's appeal dismissed.
(Maklumat dari Whats App)
Itulah hakikatnya Nurul.
Janganlah nangis ye ... cantik ko bila nangis.Macam penari k POP pakai tudung
Setakat testimoni Gopal Sri Ram dan Surendran, ia tidak ada isu langsung. Keterangan konspirasi dan dibbuat di dalam kandang saksi tidak membawa apa makna langsung.
Massuk atau bebasnya Anwar terletak pada bukti DNA. Setakat apa yang telah dibentangkan DNA dari semen yang mengandungi sperma Anwar di 4 cm dalam dubur Saiful adalah DNA sma dengan barang yang ada kesan Anwar ketika di dalam lokap.
Adakah mahkamah akan terima hujah pembelaan dalam mempersoalkan kredibiliti saksi-saksi, bahan-bahan, proses dan prosedur, analisa, testimoni pakar pembelaan dan lain-lain isu yang semuanya berusaha untuk menimbulkan keraguan.
Hujah-hujah DBA di mahkamah persekutuan telah dibawa oleh anak-anak mendian Karpal SIngh iaitu Ram Karpal dan Sangeet Kaur. Dari rekod mahkamah, ternyata keedua-dua mereka telah dipersoalkan oleh pihak hakim-hakim.
Jika ada deal, lain cerita la .... maknanya mahkamah yang begitu adil pada pembangkang sebenarnya korup atau ada kuasa asing masuk campur dalam proses mahkamah
Khas utk para mahasiswa, para belia, anak2 muda & penyokong taksub Anwar & pembangkang!
Ikuti kupasan 7 fakta mengapa Anwar wajib tidak disokong, malah wajib dihukum dan disumbat dalam penjara!
(Layari blog zul4kulim utk kupasan penuh) .....
Dan rumusannya:
Anak-anak muda, para mahasiswa, para belia dan penyokong taksub pro-Anwar dan kumpulan pro-pembangkang sepatutnya menggunakan akal fikiran untuk menimbang segala dakwaan dan tohmahan pembangkang.
Janganlah diperlekeh akal fikiran yang Allah berikan.
Yang membezakan kita dengan haiwan ialah akal. Janganlah sama-tarafkan diri kita setaraf dengan haiwan yang hanya bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa menggunakan akal.
Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.
Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!
Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!
Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?
Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!
Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?
Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.
Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.
Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.
Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.
Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan.
Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!
Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.
Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju.
Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.
Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.
Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!
Hormati Hakim-Hakim, institusi Mahkamah & keluhuran Undang-Undang Negara!
Yang baik datang daripada Allah, sebarang kelemahan atau kesilapan adalah daripada saya sendiri, dan kepada Allah kita mohon pengampunan.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin Sabtu 17 Rabi'ul Akhir 1436 07 Feb 2015
Sekitar pukul 9 pagi ini, panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan masuk ke Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya dan duduk di kerusi masing-masing.
Selepas berbasa-basi, salah seorang daripada panel tersebut akan mula membacakan penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Panel hakim tersebut turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Keputusan mahkamah tertinggi negara itu adalah berikutan rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan terhadap sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012.
Ketetapan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini adalah muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.
Kes liwat berkenaan merupakan pertuduhan kali kedua yang pernah dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Kali pertama, Anwar didakwa meliwat pemandu keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar, di apartmen milik adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar di sini antara Januari dan Mac 1993.
Beliau bagaimanapun dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut di peringkat Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1.
Penghakiman majoriti tersebut ditulis oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara (kini bersara).
Dalam penghakiman itu, Abdul Hamid berkata:
"Kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ..."
Semestinya, pada ketika penghakiman dalam kes terkini yang dihadapinya dibacakan, Anwar mengharapkan keputusan akan berpihak kepada dirinya.
Sekiranya gagal di peringkat ini, Anwar bakal berdepan pula dengan kemungkinan bahawa hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini dipanjangkan.
Selain itu, beliau menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dipegangnya kini.
Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.-UMO
Kedudukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkang akan ditentukan selepas keputusan kes liwat beliau diketahui pada 10 Februari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai kes liwat Ketua Umum PKR itu.
"Majlis pimpinan (pakatan pembangkang) bersetuju untuk bermesyuarat semula sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari," kata Guan Eng.
Guan Eng berkata demikian kepada media dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang, yang diadakan di ibu pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, yang menghadiri mesyuarat berkenaan bersama-sama Guan Eng dan Anwar, bagaimanapun tidak kelihatan dalam sidang akhbar berkenaan.
Anwar yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut memberikan alasan bahawa Presiden Pas itu mempunyai hal lain yang perlu dihadiri sejurus mesyuarat berkenaan selesai.
"Abdul Hadi hadir mesyuarat dari awal hingga akhir dan mohon maaf kerana terpaksa pulang sebelum sidang media.
"Dia sampaikan salam. Dia terpaksa tangguhkan program. Dia sepatutnya pulang awal tetapi dia kekal sampai akhir mesyuarat," kata Anwar.
Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang bermula lada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 3.30 petang itu turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Mesyuarat tersebut bersetuju mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enekmen Jenayah Syariah 2 dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagi memperbaharu sokongan penyokong, pakatan pembangkang akan mengadakan konvensyen pada 10 Mei ini.-UMO
Kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kononnya penduduk yang membantah Projek Datum Jelatek bersifat perkauman adalah tidak berasas dan jelas melanggar aku janjinya sendiri untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad berkata, semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar, Mohamed Azmin telah melafazkan 10 ikrar aku janji dan antaranya adalah menjaga kepentingan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Namun, apa yang dilakukan Mohamed Azmin kini langsung tidak menepati aku janjinya dahulu dan beliau sebenarnya adalah pengkhianat orang Melayu.
Salleh Samad
"Beliau seolah-olah menjual hak orang Melayu kepada orang luar dengan membangunkan projek mega Datum Jelatek yang dijual kepada warga asing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mohamed Azmin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan meneruskan projek mega Datum Jelatek meskipun mendapat bantahan penduduk di kawasan tersebut.
Mengulas lanjut, Salleh berkata, seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.
Sehubungan itu katanya, beliau bersama-sama penduduk Taman Keramat akan mengadakan program menentang Mohamed Azmin secara bergerak (road show) di sekitar Selangor bermula minggu depan.
"Dalam program tersebut kita akan dedahkan siapa Mohamed Azmin sebenarnya. Ia akan dimulakan di Taman Keramat dahulu dan akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain di Selangor," ujarnya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Itu tempoh yang diambil dari mula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hingga ke peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan.
Sepanjang tempoh tersebut, ratusan penangguhan dan puluhan permohonan telah dibuat. Ada yang dibenarkan dan ada yang ditolak.
Pelbagai bahan bukti dikemukakan sepanjang perbicaraan sejak 3 Februari 2010, bermula daripada seluar dalam Levi's sehingga ke waran tangkapan.
Pelbagai isu juga ditimbulkan termasuk 'kisah percintaan' mangsa yang juga bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan salah seorang ahli pasukan pendakwaan dan kes poligami salah seorang Timbalan Pendakwa Raya.
Yang turut dibangkitkan ialah ketidakupayaan Anwar untuk melakukan sebarang aktiviti dengan 'laju dan rakus' ekoran masalah tulang belakangnya.
Tidak lupa juga, ayat 'keramat': "Can I f*** you today?" dan karipap daging serta air Nescafe tiga dalam satu.
Namun semua itu tidak lagi memberi sebarang erti kerana semua tumpuan kini adalah keputusan akhir yang bakal diterima oleh Anwar.
Beliau sebelum ini bernasib baik apabila dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.
Walau bagaimanapun, berikutan rayuan pihak pendakwaan, Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan dengan Anwar diikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.
Pada 10 Februari ini, keputusan muktamad yang akan dibuat oleh mahkamah tertinggi negara dan tidak boleh dirayu lagi, bukan sahaja menarik minat pihak media tempatan, malah media luar negara juga berusaha untuk mendapatkan pas liputan kes liwat tersebut.
Jika dibebaskan, maka benarlah beliau lelaki dengan 'nyawa 9'.
Jika sabitannya kekal, maka Penjara Kajanglah perginya. Kebetulan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
(Anwar boleh membuat pilihan untuk ke penjara lain sekiranya enggan ke Penjara Kajang dan mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan atau sebaliknya).
Namun, satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang adalah rayuan pihak pendakwaan untuk menambah tempoh Anwar dipenjarakan.
Sewaktu rayuan Anwar didengar selama lapan hari mulai 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu, rayuan pihak pendakwaan itu tidak didengar bersama.
Rayuan tersebut hanya akan didengar sekiranya sabitan bersalah ke atas Anwar kekal.
Sekiranya sabitan itu kekal, Anwar juga menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen yang dipegangnya.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat boleh tersingkir daripada kerusinya jika didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih dari setahun.
Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.
Wasabi Oyabun...
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Port Dickson: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) dengan cuba merekrut dan mendapatkan pembiayaan melalui media sosial.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM sudah memperoleh senarai syak dan pihak terbabit memantau serta mengekori pergerakan mereka.
"Kita memantau mereka bukan saja dalam soal merekrut tetapi juga soal pembiayaan dan pengumpulan dana bagi menghantar bakal pengganas ke Iraq dan Syria.
"Berikutan itu, kita melaksanakan kerjasama dengan negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Myanmar untuk memastikan rantau Asia selamat dan juga tidak menghantar bakal pengganas ke negara berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Meja Bulat Dasar Keselamatan Dalam Negeri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Zahid berkata, kerajaan turut mengutuk tindakan kejam kumpulan militan IS membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordan yang ditawan apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.
Katanya, tindakan kejam itu bukan cara Islam dan ia sungguh memalukan, malah negara juga tidak merelakan mana-mana agamab dan keturunan menjadi mangsa pengganas.
Ditanya mengenai tindakan negara yang berusaha keras menghalang kewujudan individu menyertai kumpulan IS, beliau berkata, langkah itu diambil demi keselamatan negara.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:29 AM
ZAHID bermesra bersama peserta selepas merasmikan penutup RTD di AIMM Port Dickson.
KENA SAWAN, TERKEJUT AGAKNYA ASYIK LIHAT MAIN BONTOT
RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MATANG, ZAMAN DEMONSTRASI AJARAN ANWAR SUDAH BERAKHIR TIDAK SAMPAI 500 HADIR.
Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin Utama PAS tidak hadir memberi sokongan. Kehadiran segelintir ahli PAS hanya bersifat peribadi. Terkenang semasa Hj Hadi dikandang tertuduh dahulu, tiada siapa pun pemimpin PR hadir memberi sokongan.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.
Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.
Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."
Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.
Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.
Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.
AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.
Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.
Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.
Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. – 9 Februari, 2015.
CIKGU PA DI PORNOGRAFI OLEH KUMPULAN AJK PAS PUSAT SENDIRI
Berita-berita di dalam media utama hari ini dipenuhi dengan berita Dato' Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mencabar Lim Guan Eng berdebat isu PBT. Lebih panas apabila Cikgu Pa menyebut Lim Guan Eng sebagai celupar. Saya sangat bersetuju dengan Cikgu Pa tentang Lim Guan Eng sebagai mulut celupar, bahkan saya lebih suka sebut sebagai mulut tempayan atau lidah biawak yang bercabang. Sekali begitu, sekali begini. Persis lidah biawak.
Lebih menggeramkan saya apabila Lim Guan Eng telah memberi 1.5 juta kepada PASMA sebagaimana yang dilaporkan oleh Raja Petra Kamarudin di dalam Malaysia Today. Pemberian duit tersebut adalah bagi tujuan melakukan kempen melawan Tuan Guru Presiden (www.malaysia-today.net/pasma-pas-baru). Ini bermakna, satu pengkhianatan yang sangat jahat dilakukan oleh LGE terhadap pemimpin parti sekutu. Kalau benar Raja Petra bohong, maka samanlah sebagaimana beliau tanpa berlengah mengeluarkan saman terhadap YB Nasarudin Tantawi beberapa bulan yang lalu.
Apa yang lebih jahat lagi, sebagaimana difahami daripada laporan Malaysia Today tersebut, golongan PASMAisme yang dibajai oleh DAP dengan dana RM1.5 juta ini, dijaga dan dibela oleh Kumpulan yang yang disertai oleh AJK PAS Pusat sendiri. Anda semua dapat lihat dengan jelas bagaimana PASMA dibela, dipuji, diberikan ruang dan peluang. Lebih dahsyat, sehingga hari ini penggerak-penggerak PASMA terutamanya Pahrolrazi sendiri langsung tidak diambil tindakan. Bukan setakat tidak dipecat daripada parti, bahkan satu amaranpun tidak dikeluarkan oleh PAS Pusat. Presiden dilihat terkontang kanting mempertahankan parti daripada PASMA. Selain Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, mana pergi Naib-Naib yang dipilih oleh muktamar menerajui parti?
Kenyataan Cikgu Pa semalam sangat mengembirakan saya kerana sudah agak sekian lama saya tidak melihat jati diri PAS mempertahankan dasarnya apabila diserang oleh rakat Pakatan Rakyat. Rasa hina apabila pemimpin tertinggi parti bukan sahaja tidak mempertahankan parti sendiri, bahkan mempertahankan parti lain dan menghentam Presiden sendiri. Hari ini saya lihat Cikgu Pa bangkit mempertahankan Tuan Guru Presiden.
Syabas!!!
Tetapi, saya turut menyimpan kebimbangan kalau Cikgu Pa melakukan U-Turn sebagaimana sebelum ini, justeru golongan PASMAisme ini mungkin mengugut beliau dengan video porno. Saya mempunyai maklumat tentang video tersebut, dan saya tahu Cikgu Pa tidak bersalah, sebagaimana tidak bersalahnya Ustaz Azhar Idrus.
Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, video jahat itu dimainkan semula oleh golongan PASMAisme justeru orang yang terlibat di dalam kumpulan penyebaran ini adalah dikalangan AJK PAS Pusat sendiri, pemimpin kanan dan berada di dalam Dewan Harian PAS Pusat. Sebab itu saya menggesa supaya 'pemimpin khianat' letak jawatan secara terhormat atau tampil menyatakan sebab yang jelas kenapa beliau sanggup melibatkan diri di dalam kumpulan yang menyebarkan video porno Cikgu Pa.
Jika tindakannya menyebarkan video porno tersebut bermoral dan mempunyai sebab yang kukuh, bertepatan dengan syarak, maka tangan ini akan pangkah dan kempen beliau sebagai Naib Presiden di dalam muktamar akan datang. Jika tidak, tangan ini juga akan gerakkan kempen sehingga pengkhianat ini tersungkur dan rebah.
*Inilah punca kenapa kumpulan yang mempertahankan ulama berhimpun untuk mendedahkan komplot jahat Anwarinas dalam PAS. Demi rakan dalam Pakatan, Anwarinas dalam PAS sanggup lakukan apa sahaja termasuk memusnahkan PAS dari dalam.
Mohd. Saiful Bukhari Azlan menerima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini
Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, beliau berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini dengan bebas, seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.
Menurutnya, jika ditakdirkan keputusan tidak berpihak kepadanya, beliau akan tetap istiqamah dan mempersiapkan diri berhadapan dengan senario yang paling teruk.
Mohd. Saiful Bukhari, 30, menyatakan demikian dalam entri terbaharu dalam blognya, mohdsaifulbukhari.blogspot.com berhubung keputusan yang akan diumumkan oleh mahkamah tertinggi negara itu terhadap rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan memutuskan demikian ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun 2008.
Mohd. Saiful Bukhari berkata, kes tersebut telah berlanjutan selama hampir tujuh tahun sejak Jun 2008.
Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri, seluruh ahli keluarganya serta semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersamanya selama ini.
Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.
Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.
Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?
Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.
Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.
Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.
Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.
Jitra: Seorang wanita ditemui dalam selimut tanpa seurat benang di tubuhnya dalam serbuan di dalam bilik sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), wanita lingkungan 20-an dari Baling itu dikatakan menyewa bilik berkenaan bersama pasangannya yang menetap di Alor Setar dipercayai untuk memadu kasih kerana tinggal berjauhan.
Ketika disoal siasat, pasangan terbabit mendakwa menyewa bilik di hotel bajet itu kerana dianggap sebagai 'port' selamat disebabkan terletak di kawasan perumahan malah penjaga hotel terbabit turut memberi maklumat kepada penyewa jika didatangi penguat kuasa agama.
Bagaimanapun, pasangan itu gagal melarikan diri apabila anggota penguat kuasa PADKP sudah mengepung premis terbabit selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, anggotanya diketuai Abd Karim Abu membuat pemeriksaan di hotel bajet itu sebaik menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang dilakukan pasangan itu.
"Ketika anggota kami mengetuk pintu dan memberi salam berkali-kali, seorang lelaki hanya bertuala keluar dari sebuah bilik dalam keadaan tergesa-gesa dan cuba melarikan diri, tetapi gagal.
"Seorang wanita berselimut dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik turut ditemui dan selepas disoal siasat, pasangan itu mengaku bersekedudukan tanpa sebarang ikatan sah," katanya.
Seramai 28 orang banduan berjaya melepaskan diri dari Penjara Awam Nova Mutum selepas tiga wanita seksi berpakaian seragam polis berjaya menggoda pengawal penjara tersebut, baru-baru ini. – AGENSI
CUIABA, Brazil 8 Feb. - Seramai 28 orang banduan berjaya melepaskan diri dari sebuah penjara di sini selepas tiga wanita seksi berpakaian seragam polis berjaya menggoda pengawal penjara tersebut, baru-baru ini.
Portal berita Mail Online melaporkan, kejadian yang berlaku di Penjara Awam Nova Mutum itu turut menyaksikan tiga pengawal terbabit digari dan dibiarkan dalam berkeadaan bogel di dalam penjara.
Penyiasat berkata, pengawal penjara pengsan selepas diberi minuman keras mengandungi dadah setelah suspek berjaya memujuk mereka untuk turut serta dalam satu parti kecil.
Polis berkata, suspek datang kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) dan bertanya sama ada mereka dibenarkan masuk untuk `berbual dan minum' bersama pengawal yang bertugas.
"Selepas berjaya meracun dan menggari pengawal tersebut, suspek bertindak merampas kunci dan membebaskan semua banduan. Polis yang telah diberikan dadah tidak mengingati apa yang berlaku.
"Berpuluh-puluh banduan berjaya melepaskan diri sambil membawa senapang dan peluru yang diambil dari penjara," kata ketua polis, Angelina de Andrades Ferreira.
Susulan daripada kejadian itu, polis melancarkan usaha memburu secara besar-besaran, dengan lapan banduan berjaya diberkas, semalam. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tiga-wanita-seksi-goda-pengawal-bertugas-penjara-1.57442#sthash.k7ltTUPT.dpuf
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KEPUTUSAN sodomi II dijadualkan akan diputuskan esok 10 Februari. Mengintisipasi keputusan itu, ramai sangat penganalisis bukan berlatar peguam, terutama penulis barat, berhujah, kononnya berasas fakta, Anwar Ibrahim bakal dibebaskan.
Sejak dua minggu yang lalu, bukan sahaja Anwar yang bermain psikologi, mendakwa bahawa beliau akan dibebaskan, malahan rata-rata penyokongnya dan pemimpin pembangkang.
Mereka cuba mempengaruhi pendapat ramai, bahawa jika keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014, kononnya Mahkamah tidak bebas aka dipengaruhi tangan-tangan ghaib terutama orang politik.
Pihak Anwar mencuba mempotretkan, bahawa Kerajaan Pimpinan Najib Razak akan berada dibelakang keputusan Mahkamah, jika keputusan itu tidak berpihak kepada beliau.
Ramai rakyat atau majoriti rakyat negara ini mahu melihat, bahawa mahkamah perlu membuat keputusan berasaskan undang-undang, berasaskan bukti-bukti, bukannya atas keputusan kepetahan peguam bela mempatahkan hujah pendakwaraya. Hakim perlu melihat bukti-bukti yang dikemukakan di depan mereka. Jangan gentar, membuat keputusan, kerana jika keputusan membebaskan Anwar, undang-undang negara ini terutama yang berkaitan seks luar tabii, akan lintang pukang.