Ahad, 2 Februari 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Feb 2014 11:35 AM PST

PEJUANG BANGSA


HOT ! SELEPAS WAN AZIZAH , RAFIZI JAMBU PULAK MENANGIS UNTUK ANWAR RAIH UNDI #PRKKAJANG

Posted: 02 Feb 2014 08:00 AM PST




Dulu Wan Azizah dok menangis depan rakyat Permatang Pauh  supaya tolong undi PKR dan Bang Nuar yang dizalimi BN ..

Hari ini Rafizi Jambu pulak sanggup menangis untuk undi   kononnya  telah melukakan hati rakyat Kajang dengan  membuat lagi satu Pilihanraya Kecil dengan alasan tak munasabah .

Lepas ni sapa lagi ye nak berlakon menangis untuk Bang Non ...




 





LANGKAH Rafizi Ramli menjelaskan mengapa PKR pilih langkah itu akan membolehkan PR mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

Kepada Rafizi cukuplah berlakon apatah lagi mengaitkan strategi PRK Kajang bertujuan mengekang politik perkauman yang kononnya mainan Umno.

Adakah beliau tidak sedar Lee Chin Cheh letak jawatan dan meminta maaf serta mengakui tindakannya itu adalah demi kepentingan PKR atau PR di Selangor.

Beliau langsung tidak mengaitkan peletakan jawatannya dengan Umno.

Mungkin Rafizi dan PKR sudah silap strategi dan cuba berlagak baik demi menutup kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memburu kuasa.
Rafizi, Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – watak watak besar dalam strategi PRK Kajang masing-masing mengakui bahawa Kajang adalah laluan ke Putrajaya buat PKR dan pakatan rakyat.
Malangnya, Umno dan BN juga dijadikan kambing hitam.
PKR harus bersedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi Dun demi memberi laluan kepada Anwar dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya.

HOT ! CERAMAH ANWAR DI PERMATANG PAUH SEMALAM TERUS BOHONG LAGI PENYOKONGNYA !!

Posted: 02 Feb 2014 06:17 AM PST






Semalam Anwar Ibrahim telah turun ke Permatang Pauh untuk main wayang  lagi   penyokong tegarnya  mengenai tindakan bertanding di PRK DUN Kajang .  Malah beliau mengaku juga bahawa PRK berkenaan adalah dirancang tetapi didakwanya ada rundingan !!


Persoalannya sejak bila ada rundingan untuk mengosongkan DUN Kajang ?? Awal- awal lagi pimpinan PAS  negeri mahupun Pusat & Guan Eng sendiri mengesahkan  tidak diberitahu oleh Anwar mengenai perancangan ini .






Jadi di  sini membuktikan Anwar  balik semalam hanya semata mata untuk BOHONG macai tegarnya di Permatang Pauh .  Patut la ramai tak hadir ke program semalam yang hanya dihadiri 200 orang walaupun dihebahkan begitu meluas  oleh AMK diketuai Dr Afif Bahardin .




Selain itu , alasan Anwar  tak munasabah  lagi oleh beliau  yang merancang PRK Kajang adalah mahu membantu Khalid Ibrahim selesai isu kontroversi di Selangor .

Selama ini Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR  tak  boleh bantu  Selangor &  Khalid ke ??

 Adakah  perlu ada jawatan Adun di Selangor baru boleh Anwar bantu Khalid ??  Atau Anwar nak jatuhkan Khalid dan melantik dirinya   jadi MB Selangor  ?? 



Beberapa masalah besar yang wujud di Selangor, terutama melibatkan isu nasional perlu ditangani lebih tegas agar mampu diselesaikan pimpinan PKR, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pelbagai isu yang timbul seperti penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, masalah Bible dan gereja termasuk isu air yang berlarutan sejak lima hingga enam tahun lalu yang masih belum diselesaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Setakat ini, beliau (Abdul Khalid) boleh uruskan masalah negeri tetapi bila banyak isu nasional yang timbul, ada pandangan yang mengatakan kami perlu masuk campur untuk membantu.

"Selangor ditadbir dengan baik setakat ini tetapi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah nasional yang berlaku," katanya pada sidang media selepas program Penerangan Isu PRK N25 Kajang di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, semalam.

MESTI BACA ! TEORI KONSPIRASI ANWAR DI PRK KAJANG DIDEDAHKAN !!

Posted: 02 Feb 2014 12:19 AM PST


Isu PKNS , Khalid dihentam PKR , isu cerai fasakh Izzah , perletakkan jawatan Adun Kajang & pelan damai nasional kepada BN oleh Anwar...  ini semua sebahagian teori konspirasi luar tabiee Bang Non memperbodohkan rakyat..
jom kita buka minda dan pencerahan membaca pendedahan dibuat Zul Nordin 

Salam 2 all.
Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!
SEJARAH BERULANG – KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!
Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain – yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya – Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' – begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa – almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid – pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!
STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid.
Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.
TAKTIK AKHIRUL KALAM – VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu…tunggu dan lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua'alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara.
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya.
Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
zul4kulim.blogspot.com/

tunku

Posted: 02 Feb 2014 03:34 AM PST

tunku


Teresa Kok's video clip an insult to Sabah and Malaysian security forces

Posted: 02 Feb 2014 03:18 AM PST

A 12-minute "humorous" Chinese New Year video on You Tube by Seputeh MP Teresa Kok way has fallen flat on a senior Sabah minister who said that the clip was an insult to the state and Malaysian security forces
.
Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said on Sunday that stern action should be taken against the DAP for ridiculing Sabah and Malaysian security forces in the video.

In the clip, Kok took on the role as a "Feng Shui" talk-show host with three guests with one of them making a snide remark connected to last year's Sulu gunmen intrusion in the east coast Lahad Datu and Semporna districts that resulted in 10 security personnel losing their lives.

In the video, various snide remarks were also made about the national education system as well as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor.

"Issues of national security should not be lampooned. Our fellow Malaysians sacrificed their lives in defending the country," said Shafie, who is the Umno vice-president, after attending the Liberal Democratic Party (LDP) open house here.

Also present were Sabah Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

bumiyang

Posted: 02 Feb 2014 03:23 AM PST

bumiyang


PRK Bukan Untuk Lantik Anwar Jadi MB Selangor???

Posted: 01 Feb 2014 06:23 AM PST

PRK Bukan Untuk Lantik Anwar Jadi MB Selangor???

Posted: 01 Feb 2014 06:22 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 02 Feb 2014 01:12 AM PST

Taipingmali (tm)


Sendaloka Kajang Berlipat

Posted: 01 Feb 2014 01:59 AM PST

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;

Mohamad Hazmi Dibok
Ahli Pas 
Kawasan Paya Besar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panglima Perang Cyber

Posted: 01 Feb 2014 11:40 PM PST

Panglima Perang Cyber


Artikel Pilihan : Bahaya Sukan Waktu Malam

Posted: 01 Feb 2014 07:26 PM PST

UMNO Online - @NajibRazak Ucap Terima Kasih Kepada Sweden Benarkan Anak Pasangan Malaysia Pulang

Posted: 01 Feb 2014 05:51 PM PST

Syabas kepada semua pihak yang berjaya menyelamatkan anak anak ini pulang ke Malaysia dengan selamatnya. 

Dalam hal ini hubungan baik memungkinkan ia berlaku. Namun ia akan hancur bila ada rakyat sokong pembangkang membakar bendera negara tersebut sehingga mencemarkan maruah negara di mata dunia.

Harap kejadian ini tidak akan berulang lagi berkat bantahan rakyat kepada pembangkang sehingga memadamkan perasaan kesian untuk memberi undi kepada mereka. Berita seterusnya :

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden di atas pertimbangan khas yang diberikan bagi membolehkan keempat-empat anak pasangan Malaysia yang ditahan di negara itu, dibawa pulang ke tanah air.

"Saya difahamkan sebelum ini amat sukar perolehi (kebenaran untuk membawa pulang), tetapi atas hubungan baik di antara Malaysia dan Sweden dan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditanda tangani kedua-dua negara, mereka beri persetujuan," katanya.

najib-anak-malaysia-ditahan-sweden-putrajaya

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dan bertanya khabar dengan keempat-empat anak pasangan itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7,  tiba di kediaman perdana menteri kira-kira 1 tengah hari dengan ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara-mara mereka..

Mereka yang tiba di tanah air pagi ini kelihatan lesu dan letih selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Stockholm, namun kelihatan ceria apabila bertemu Najib dan Rosmah yang menyambut ketibaan mereka.

Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan pada 18 Dis lepas atas dakwaan memukul tangan seorang daripada anaknya kerana tidak solat.

Mereka tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di Sepang dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Hamzah kerana menjalankan tugas dengan baik sehingga berjaya membawa balik kanak-kanak tersebut agar kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin dan psikologi mereka tidak terganggu dengan tekanan yang dihadapi di negara itu.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ibu bapa mereka bersetuju supaya anak-anak mereka ditempatkan bersama ibu saudara mereka di Kelantan, kita akan uruskan mereka untuk pergi ke Kelantan dan sekiranya ada apa-apa keperluan kita akan bantu," katanya.

Beliau berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat pemantauan secara berkesan agar keempat-empat beradik itu dijaga dengan baik dan terlepas daripada mengalami sebarang tekanan perasaan akibat kesukaran yang dialami sepanjang penahanan ibu bapa mereka.

Najib berkata kerajaan juga akan berusaha sedaya-upaya membantu ibu bapa mereka yang masih dalam tahanan reman oleh pihak berkuasa Sweden dalam mempertahankan kes mereka mengikut undang-undang yang diamalkan di negara itu.

"Kita terpaksa terima hakikat undang-undang khas telah wujud di Sweden, jadi kita terpaksa mengambil apa-apa tindakan untuk pertahankan ibu bapa mereka berdasarkan kepada tuntutan undang-undang dan kaedah tertentu yang diamalkan di sana.

"Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya-upaya untuk membantu ibu bapa mereka," kata Najib dan menurutnya kisah malang empat beradik itu amat menyentuh hati dan perasaannya sebagai seorang bapa.

Dalam pada itu, selaras dengan sifat keibuannya, Rosmah dalam menyatakan kebimbangannya ke atas kesejahteraan anak-anak itu sebelum ini turut membayangkan kesediaannya untuk menghadap Raja dan Permaisuri Sweden untuk meminta bantuan mereka, sekiranya empat beradik itu tidak dapat dibawa pulang ke negara ini.

"Saya ada terfikir hendak ke sana (Sweden) menghadap Raja dan Permaisuri Sweden untuk meminta bantuan mereka, tetapi alhamdulillah, sebelum saya sempat ke situ, Hamzah berjaya bawa mereka balik.

"Saya harap saudara mereka akan menjaga mereka dengan baik seperti anak sendiri, dan saya akan bantu sekiranya ada masalah," katanya.

Anak sulung pasangan itu, Aishah berkata beliau gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Hamzah dan Najib serta isteri kerana berjaya membawa mereka pulang ke Malaysia.

"Kami berasa amat gembira apabila (pesawat) kami mendarat, kami berterima kasih kepada Datuk Seri dan Datin Seri kerana membantu membawa kami pulang ke  Malaysia," katanya ringkas mewakili adik-adiknya.

Ibu saudara mereka iaitu adik kepada Shalwati, Shaleena Norshal, 42, yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu berkata mereka akan pulang ke Kelantan sama ada hari ini atau esok.

"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat yang tidak putus-putus berdoa dan mengadakan solat hajat untuk mereka sekeluarga," katanya.

Tahanan reman Azizul Raheem yang merupakan pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan kes itu.

Keempat-empat beradik itu sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden menyebabkan mereka meluahkan rasa tidak selesa akibat perbezaan agama dan budaya.-MediaUMNO


Berita Bertarikh Pada 1 February 2014 4:47 PM





Sent from my iPhone

50 Gambar Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Selangor PENA @AhmadMaslan Dirasmi DS @Zahid_Hamidi Petang Tadi

Posted: 01 Feb 2014 06:55 AM PST





 bacaan doa oleh rakan panglima Ust Rosdi Long

 Ucapan pembukaan oleh DS Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan Selangor




 Ust Rosdi Long

Sedikit kecacatan pada gambar latar belakang yang mungkin boleh diperbaiki masa hadapan


Skrin besar disediakan memudahkan peserta menyaksikan wajah atas pentas


Muka serius DSZH ketika memberikan ucapan perasmian



 
Reaksi DSZH berucap yang diselangi lawak tentang keturunan Jawa dan Banjar

Kehadiran penuh dewan walau cuti panjang bukti kesungguhan orang Melayu 
untuk perkasakan ekonomi mereka

Berlatar belakang ekonomi, seminar ini sesuai dengan DS Zahid Hamidi 
untuk menyentuh isu berkaitan dengannya.

'Sori bang, saya ambil gambar abang ye' hehe

Kumpulan media di penjuru pentas merakam aktivit dijalankan

Idea YAB PM ini wajar dihayati dengan mendalam oleh rakyat agar matlamat tercapai



   


Antara tetamu VVIP yang turut hadi, MP Kuala Selangor Datuk Irmohizam (kiri sekali)


Kepada botak ialah Dato Ismail Kijo yang aktif di media baru




Ucapan jujur akan disukai pendengar dan bukan retorik kosong tanpa sebarang tindakan


  

Penyampain hadiah dan cenderahati

Kepada DS Noh Omar disampaikan oleh DS Zahid Hamidi

Kepada DS Zahid oleh Datuk Ahmad Maslan

Kepada penceramah disampaikan oleh DS Zahid Hamidi

Senyum kegembiraan pemimpin bertemu yang dipimpin  

Pemimpin rajin bersalam akan diingati sentiasa oleh bawahannya

Posing istimewa Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi di sidang akhbar

Pemimpin Pusat dan Negeri di sidang media

Lawan tetap lawan !!! jawab DS Zahid Hamidi isu PRK Kajang

Keputusan akan dibuat selepas mesyuarat BN tentang penyertaan PRK Kajang

Datuk Ahmad Maslan menerangkan tentang program PENA kepada wartawan 

Bakal pemimpin besar sedang dilahirkan dan dipuji kerajinannya oleh Naib Presiden DS Zahid Hamidi

Pimpinan PDRM turut serta seminar 

Ketawa besar menzahirkan hubungan erat sesama pemimpin

Senyum itu sedekah..

DSZH Melambai sebelum pulang



berita Utusan Malaysia :

SHAH ALAM 1 Feb. - Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding padapilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA, namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

"Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140201/po_14/PRK-DUN-Kajang-BN-pegang-prinsip-tetap-lawan---Zahid-Hamidi#ixzz2s5AhGsBN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesti Tonton : 9 Video Hangat Teressa Kok

Posted: 01 Feb 2014 12:23 AM PST

1. Pendedahan Skandal Rasuah Teresa Kok http://youtu.be/6gZJJN96I8Y

2. Teresa Kok Dibogel Bekas Pembantu Peribadi http://youtu.be/DYZ0zagcnQU

3. Teresa Kok Songlap Duit Ibu Tunggal https://www.youtube.com/watch?v=h09IEYONtLA&feature=youtube_gdata_player

4. Teresa Kok Biadap Menghina Islam!! http://youtu.be/-L4oo6Nulno

5. Teresa Kok Kata Perajurit Lahad Datu Dimangsakan https://www.youtube.com/watch?v=tRUDv7KTu2A&feature=youtube_gdata_player

6. Terjah YB No Complaint No Help https://www.youtube.com/watch?v=virV0j9ycLE&feature=youtube_gdata_player

7. Teresa Kok Tak Tepati Janji
http://youtu.be/7G5Y7jsY8r0

8. Wajah Sebenar Teresa Kok Yang Pemalas!!! http://youtu.be/CSjv4sJRiCY

9. Teresa Kok Hina Pemimpin Malaysia "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip https://www.youtube.com/watch?v=JtsRcId70bk&feature=youtube_gdata_player

Sent from my iPhone

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 01 Feb 2014 11:33 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


PRK KAJANG ALAH MENANG PKR DAN PR TETAP HANCUR

Posted: 31 Jan 2014 11:41 PM PST

ANWAR LUPA BAHAWA TAMAK ITU SELALU RUGI.

Setelah Ustaz Hassan Ali dipecat dlm pas dan Pesuruhanjaya Pas Selangor, nampaknya PR semakin bercelaru. Sdh tentu byk pengajaran yang pas dapat pelajari.  Anwar begitu terkejut dgn kenyataan tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Selangor yg awal2 lgi menyatakan tdk akan mrmberi sokongan terhadap Anwar jika beliau bertanding diPRK DUN Kajang.

Anwar gagal mengurus PKR dgn baik walaupun beliau berjaya menambat hati Nik Aziz, Mat Sabu dlm Pas bagi menyokong setiap tindakan yg beliau lakukan dlm PR untok menjadi PM.

Sebelum ini sdh dua kali rakyat dimangsakan oleh Anwar. Kita sdh tentu masih ingat PRK Permatang Pauh juga PRK Penanti. 

Bagaimana tercetusnya idea untok mengosongkan kerusi N25 Kajang begitu jugalh yg berlaku kpd Permatang Pauh dan Penanti. Semuanya atas dasar kepertingan pribadi yang tamak kuasa dan harta rakyat dimangsakan. Anwar tdk dpt menjadi org tengah yg adil bila sahaja bersabit dgn Azmin Ali di Selangor. 

Belantan

Posted: 01 Feb 2014 11:32 PM PST

Belantan


Pas jangan jadi Lebai Malang?

Posted: 01 Feb 2014 12:25 AM PST


Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.

Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.

Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.

Bagi kumpulan ini, tindakan PKR yang dimulakan dengan peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.

Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.

Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.

Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.

Semua itu dilakukan dengan hanya satu kepentingan iaitu untuk mendudukkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dirasmikan sebagai korban politik.

Ya, Anwar malah Khalid sendiri menafikan.

Tetapi apa lagi yang boleh diharapkan pada penafian Anwar kerana sehari sebelum Khalid mengumumkan Penasihat PKR itu diputuskan sebagai calon PRK Dun Kajang, Anwar sendiri menafikan beliau akan bertanding pada pilihan raya itu.

Itu belum lagi dikira sekian banyak dustanya sebelum ini daripada cerita arsenik, 16 September, 40 ribu pengundi warga Bangladesh dan bermacam-macam lagi.

Apa yang berulang-ulang pun kemudian dinafikan, inikan pula yang tidak sampai pun 24 jam!

Ironinya, Pas sudah terbahagi dua. Pada hari sidang media pengumuman Anwar sebagai calon itu pun, dua Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa mengatakan mereka tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu sedangkan sidang media tersebut dihadiri oleh seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.


Tergesa-gesa

Ini jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan dalam suatu gabungan yang dinamakan Pakatan!

Dan lagi, senario ini menunjukkan keputusan dan tindakan yang diambil berhubung pengosongan kerusi Dun Kajang, juga Anwar sebagai calon PRK dibuat dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.

Kita cenderung untuk percaya keputusan itu dibuat dalam dua atau tiga perbincangan yang berbeza yang kedua-duanya juga melibatkan empat mata secara berasingan, Anwar dengan Azmin Ali dan satu lagi, Anwar dengan Khalid.

Isunya adalah untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar Selangor yang yang selama beliau berada di situ sejak lima tahun lalu, bermacam-macam konflik melibatkan beliau dengan kem Azmin telah dilaporkan secara terbuka.

Ini antara lain dikaitkan dengan stail pengurusan korporat Khalid yang dikatakan cukup teliti dengan aliran keluar masuk wang negeri. Selain itu, pentadbirannya juga dikatakan kurang mesra dengan kontraktor daripada kalangan penyokong parti yang dikatakan mengharap habuan daripada kuasa pemerintahaan Kerajaan Pakatan untuk mendapat projek.

Manakala di pihak yang menentang pula, Khalid didakwa membawa masalah kepada PKR dan juga Pakatan kerana sering membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk kepada konsensus parti dalam pentadbirannya termasuk dalam isu projek Langat 2.

Meneropong ke dalam rumah tangga PKR, Khalid dikatakan proksi Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Selangor.

Itulah sebab Faekah Hussin, bekas Setiausaha Politik Wan Azizah dihantar untuk menjadi Setiausaha Politik Khalid sebelum dilantik ke jawatannya sekarang. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Incorp).

Ini sekali gus memperlihatkan bahawa konflik Khalid dengan Azmin, juga boleh dianggap konflik Azmin dengan Wan Azizah.


Maka, itulah juga dikatakan puncanya Anwar terpaksa campur tangan secara langsung hingga menurunkan darjat keinginannya daripada menjadi Perdana Menteri hanya kepada Menteri Besar Selangor meskipun ada yang memperolok-olokkan penyertaannya dalam PKR Dun Kajang disebabkan gaji Menteri Besar Selangor lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar bersungguh-sungguh mahu jadi MB Selangor ataupun ini hanya helah untuk menurunkan Khalid?

Anak jati

Meskipun tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bahawa jawatan menteri besar hanya untuk anak jati negeri itu namun seperti juga negeri beraja yang lain, pelantikan menteri besar adalah bawah bidang kuasa Sultan Selangor, sekurang-kurangnya perlu mendapat perkenan baginda dan baginda juga mempunyai budi bicara untuk melantik mana-mana Adun yang diyakini mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini selaras dengan Perkara 53 dan Perkara 55 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam kata lain, keputusan muktamad untuk melantik menteri besar adalah pada Sultan Selangor dan kecenderungan baginda difahamkan adalah pada anak Selangor.

Anwar bukan anak Selangor walaupun sudah menukar alamatnya ke Country Heights, Kajang.

Dengan ini, kita boleh menjangka bahawa sekalipun Anwar menang kerusi Dun Kajang pada PRK ini, beliau belum pasti akan mendapat laluan mudah untuk ke Bukit Megawati. Sebagai ahli politik berpengalaman malah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, apakah Anwar tidak boleh membaca sifir pentadbiran yang semudah ini?

Mungkin tidak!

Justeru bagi pemerhati, inilah apa yang disifatkan sebagai strategi atau taktik politik yang disebut Azmin tempoh hari.

Sebagaimana yang difahamkan bahawa Khalid bersetuju untuk undur dari kerusi menteri besar hanya jika bukan Azmin yang dinamakan sebagai penggantinya, Anwar adalah orang yang paling tepat untuk diletak bagi tujuan pengaburan sementara itu.

Dan apabila berlaku konflik pelantikan dengan pihak istana sebagaimana yang djangka, Azmin akan dinamakan sebagai pilihan kedua.

Apa mungkin impian Azmin akan mampu dicapai dengan strategi ini?

Dalam keadaan ini, pemerhati melihat Pas tidak akan kehilangan peluang jika pemimpinnya bersikap lebih tegas.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi.

Sehubungan itu, langkah Pas Selangor menamakan calonnya bagi jawatan menteri besar jika berlaku kekosongan (konflik) dilihat sebagai tindakan yang tepat sekali gus menunjukkan keraguan mereka bahawa isu itu akan berakhir tenang selepas PRK ini.

Pas Selangor menamakan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad yang juga anggota Exco sebagai calon utama selain dua lagi calon, Mohd Yunus Hairi dan Adun Paya Jaras yang juga Setiausaha Perhubungan, Khairuddin Othman.

Namun perkembangan terkini yang ditunjukkan menerusi kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bahawa perbuatan mempertikaikan tindakan Anwar dan PKR bukan daripada Pas Pusat dan hanya keputusan pucuk pimpinan tertinggi bersama Majlis Pimpinan PR yang sah lagi rasmi, dilihat sebagai tindakan menolak pandangan akar umbi terutama pimpinan Pas Selangor sendiri.

Apakah Pas akan menolak peluang yang terbuka luas ini sekali lagi sedangkan parti itu adalah yang paling stabil dalam Pakatan, termasuk di Selangor.

Iskandar juga antara anggota Exco yang paling senior dan dihormati dalam pentadbiran negeri.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 01 Feb 2014 11:18 PM PST

The Unspinners


Behaviour unbecoming of a church activist

Posted: 01 Feb 2014 10:30 PM PST

Tak ada pula Star pertahan bila peribadi PM dijadikan berita

Posted: 01 Feb 2014 07:30 PM PST

Manchester United perlukan Anwar Ibrahim

Posted: 01 Feb 2014 04:38 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 01 Feb 2014 09:38 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Gambar Eksklusif Dato Seri @NajibRazak & Dato Seri Mukhriz Di Langkawi

Posted: 01 Feb 2014 09:10 PM PST









Ini Sebenarnya Matlamat Anwar Ibrahim Tanding #PRKkajang

Posted: 01 Feb 2014 06:39 PM PST



Inilah Rumah Tempat Alamat Baru Anwar Ibrahim Tanding Di Kajang #PRKkajang

Posted: 01 Feb 2014 04:43 AM PST



Chong Wei Bakal Calon MCA Di DUN Kajang? #PRKkajang

Posted: 01 Feb 2014 01:00 AM PST




KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut. Apakah ini bermakna Chong Wei setuju untuk bertanding di Kajang?

MCA Akui Lee Chong Wei Calon Berpotensi Tumpaskan Anwar Ibrahim Di Kajang #PRKkajang

Posted: 31 Jan 2014 10:00 PM PST


 


KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.

"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu sini hari ini.

Pilihan raya kecil bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Rentetan daripada peletakan jawatan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan.

Mengenai cadangan meletakkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Liow enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun menyifatkan terdapat kemungkinan populariti atlet itu dapat menandingi populariti Anwar.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata Liow perlu bertegas untuk meletakkan calon MCA bagi bertanding di kerusi DUN itu kerana ia merupakan kerusi tradisi MCA.

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan untuk memenangi kerusi DUN itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.

Dalam pada itu, Heng berkata jentera pilihan raya kecil Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita diletakkan sebagai calon MCA pada pilihan raya kecil itu.

-- BERNAMA

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 01 Feb 2014 03:12 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nasi lemak 'telanjang', Malaysia Airlines jawab kritikan Chef Wan

Posted: 01 Feb 2014 06:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.

Video ucapan TBC Teresa Kok sarat hasutan dan kebencian

Posted: 01 Feb 2014 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tegas mengutuk keras tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menghasilkan video ucapan Tahun Baru Cina yang bersifat sindiran.

Ketuanya, Muhammad Rafii dalam satu kenyataan menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas mahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan Tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya dari Ahli Parlimen berbangsa Cina.

"Kami juga berpandangan bahawa video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia" kata Mohd Razlan dalam satu kenyataannya kepada media.

Tegas Mohd Razlan lagi, Teresa perlu diberi pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang cuba disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan Teresa sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina untuk tahun ini.

Barisan tetamu undangan di dalam rakaman video tersebut turut mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Cuba rogol isteri orang, Bangla ditetak dengan parang

Posted: 01 Feb 2014 04:02 AM PST

Gambar hiasan
ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.

Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.

Sewaktu pergelutan, suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Wanita berkenaan ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lepas.

Katanya sewaktu kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian.

Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah.

Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama

Melayu Islam turut beratur mengemis di tokong sempena TBC

Posted: 01 Feb 2014 12:27 AM PST

ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

"Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.

"Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur," katanya.

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

"Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami," katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

"Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

Dua kali dicabul bapa tiri durjana

Posted: 31 Jan 2014 09:00 PM PST

Gambar biasa
SEREMBAN – Seorang pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul anak tirinya pada Jun 2012 dan Disember lalu.

Tertuduh, Hanip Hassan, 50, yang memakai pakaian lokap mengangguk faham dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak tirinya berusia 15 tahun pada pertengahan Jun 2012 dalam kejadian kira-kira 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Ampangan, dekat sini.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, Hanip didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan terhadap remaja yang sama pada awal Disember lalu, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, juga di rumah yang sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

Siti Khairiah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,700 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 28 Februari depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkifli.

Isma kecewa Najib diam isu kalimah ALLAH

Posted: 31 Jan 2014 08:31 PM PST

SHAH ALAM – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah ALLAH.

Naib Presiden II (Isma), Abdul Rahman Mat Dali berkata, sebagai Perdana Menteri beliau perlu tegas dalam menangani isu ini.

"Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini, membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau," katanya yang dipetik dari Ismaweb.

Semalam, Najib dalam satu pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah ALLAH kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.

Kata Najib, beliau merupakan seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.

Tambah Abdul Rahman, jawapan Najib sangat mengecewakan kerana gagal memberi perhatian kepada rakyat beragama Islam.

"Ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.

"Beliau juga dilihat tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam demi kepentingan bangsa Melayu pada masa akan datang," katanya.

Sebelum ini, isu penggunaan nama ALLAH telah menimbulkan pelbagai provokasi.

Bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Katolik The Herald menggunakan nama ALLAH dalam penerbitan mereka.

Namun, selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan itu.

Pengundi #Kajang mudah diperbodohkan - Pembangkan

Posted: 31 Jan 2014 08:00 PM PST

SITIAWAN - Tindakan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas membuktikan pembangkang beranggapan rakyat boleh diperkotak-katikkan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri kerana mereka menganggap apa pun yang dilakukan, rakyat akan akur dan percaya.

"Soal pembaziran wang (bagi mengadakan pilihan raya kecil) bagi mereka tidak ada masalah. Jika BN (Barisan Nasional) buat begitu, (bagi mereka) ia suatu dosa dan kalau mereka yang buat, itu pahala besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di kediamannya di sini, hari ini.

Lee memenangi kerusi Dun Kajang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Pada 28 Jan lepas, Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Di BEAUFORT, Sabah, Naib Ketua Wanita Umno pusat Datuk Azizah Mohd Dun berkata tindakan Lee jelas tidak menghormati kepercayaan rakyat dan merupakan permainan politik pembangkang.

"Belum pun sempat menunaikan tanggungjawab (kepada rakyat), sudah nak letak jawatan. Inilah permainan politik pembangkang. Selesai sahaja PRU13, kita lihat ada perebutan jawatan untuk menjadi menteri besar Selangor," katanya.

Rakyat, khususnya di Kajang, kini sepatutnya dapat menilai jenis pemimpin terbaik untuk mereka, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Pengerusi Persatuan Peladang Sabah Datuk Nazri Abdullah sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Azizah, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Wanita Umno akan menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh BN pada pilihan raya kecil itu nanti. - Bernama

PRK #Kajang: Anwar terlalu hebat untuk ditandingi - Penganalisis

Posted: 31 Jan 2014 07:00 PM PST

SHAH ALAM – BN perlu menampilkan calon yang setanding dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ingin mencabar pemimpin itu dalam PRK Dun Kajang.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, ini kerana keupayaan Anwar sebagai pemimpin terkemuka telah diakui bukan saja di dalam negara tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, keyakinan PKR meletakkan beliau sebagai calon juga menunjukkan kontroversi yang melanda Ketua Pembangkang itu bukan penghalang.

"Keputusan PRU13 lalu menunjukkan tidak mudah untuk BN menghakis sokongan terhadap PKR di Kajang. Melainkan mereka menampilkan calon yang benar-benar setanding dengan Anwar dari segi kewibawaan, pengaruh dan populariti.

"Saya tidak boleh menamakan siapakah calon yang sesuai, namun saya percaya BN tidak ketandusan pemimpin berwibawa. Pastinya BN akan menyaring calon boleh menang yang dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekuatan Anwar sebagai calon bagaimanapun masih belum menjamin kemenangan mudah buat PKR.

Sebaliknya, kata beliau, pemilihan Anwar bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Lee Chin Cheh juga boleh 'menjerat diri' beliau kembali.

"Penduduk Kajang pastinya tertanya-tanya alasan di sebalik pengosongan kerusi dan pemilihan Anwar sebagai calon. Sekiranya PKR gagal menjelaskan isu ini kepada pengundi, ia akan menggugat kewibawaan Anwar.

"Di pihak BN pula, isu ini akan menjadi kelebihan kepada mereka untuk berkempen walaupun tidak mempunyai calon yang hebat," katanya.

(Video) Kesal video klip dianggap lucah

Posted: 31 Jan 2014 06:00 PM PST

PENYANYI Lily Allen pernah mencipta kontroversi apabila membicarakan soal organ intim dalam video muzik Hard Out Here.

Namun, dalam satu temuramah dengan majalah Elle, dia memberitahu bahawa maksud kata-katanya telah disalahertikan.

Katanya, dia tidak bercakap tentang perkara lucah sebaliknya soal sifat wanita.

Jelas Lily, ramai wanita yang tidak yakin dengan ukuran bahagian peribadinya selepas bersalin.

Dalam video tersebut dia ingin kaum wanita tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu masalah yang besar.

"Saya mengerti semua orang akan ada pandangan sendiri dan saya terkejut dengan maklum balas dan fahaman pendengar terhadap video tersebut," katanya.

Jawatan MB Khalid akan dibincang selepas PRK #Kajang - Azmin

Posted: 31 Jan 2014 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu hanya akan membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan PAS selepas pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketika ditemui selepas beliau menunaikan solat di Masjid Qariah Batu 10 di sini, Azmin bagaimanapun berkata, PAS telah bersetuju untuk membantu mendapatkan sokongan bagi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS dilaporkan tidak berpuas hati ke atas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)-PKR Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba yang telah memaksa pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu
.

Parti Islam itu, terutamanya Dewan Ulama turut membidas PKR terhadap dakwaan percubaan untuk menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar sekiranya Anwar memenangi PRK itu.

"(Mesyuarat itu) amat memberangsangkan. Ramai pemimpin PAS termasuk (Setiausaha PAS negeri) Khairuddin Osman dan Ahli Parlimen PAS-Hulu Langat, Che Rosli Che Mat menunjukkan sokongan mereka kepada kami.

"Saya juga mengadakan mesyuarat ringkas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan akan bertemu pengerusi DAP Selangor, Tony Pua. Kami juga akan mempunyai siri perbincangan untuk mengukuhkan jentera kita di kajang," katanya.

Ditanya sama ada perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan Menteri Besar, Azmin yang juga Ketua PKR negeri berkata, "Tidak apa-apa lebih dari itu."

"Kita akan lihat (apa yang berlaku) selepas itu. Kita mahu memastikan Anwar dan Pakatan memperoleh majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya kecil ini. Itu yang akan menjadi tumpuan kita sekarang," katanya.

Rumah Adun Batu Caves Dipecah Masuk

Posted: 31 Jan 2014 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR – Rumah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves di Taman Templer Suasana, Rawang dipecah masuk awal pagi semalam dan beberapa barangan berharga dilarikan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kejadian hanya disedari Amirudin Shari, 33, apabila beliau bangun kira-kira 8 pagi dan mendapati pintu belakang rumahnya terbuka.

"Hasil pemeriksaan mendapati barangan yang hilang ialah seutas jam tangan, wang tunai RM500, dua buah telefon bimbit, dompet beliau dan isterinya, kad ATM serta beberapa dokumen pengenalan diri.

"Jumlah kerugian dianggar bernilai kira-kira RM1,500," katanya hari ini.

Dilaporkan tiada pengawal keselamatan yang betugas ketika kejadian.

"Bagaimanapun kami berjaya mengesan tiga cap jari di tempat kejadian yang dipercayai milik perompak," kata Abdul Rahim.

Dalam laman Facebook, Amirudin berkata kehilangan telefon bimbit dalam kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi rakan-rakannya.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat dihubungi sehingga lepas Tahun Baharu Cina sebab telefon saya hilang bersama beberapa barang lain selepas kejadian kecurian di rumah saya pada awal pagi 30 hb.

"Insya-Allah, lepas cuti Tahun Baharu Cina semuanya akan kembali sedia asal," katanya. – BERNAMA

Justin Bieber diusir dari Amerika Syarikat

Posted: 31 Jan 2014 04:33 PM PST

WASHINGTON 30 Jan. - Penyanyi Justin Bieber, mungkin akan diusir ke negara asalnya, Kanada, selepas lebih 100,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen We The People semalam, menggesa supaya dia dihantar pulang.

Petisyen itu bakal dikemukakan kepada White House yang sebelum ini berjanji akan mengkajinya jika ditandatangani lebih 100,000 orang dalam tempoh 30 hari, namun tanda tangan itu dapat dikumpul hanya dalam masa enam hari.

Menurut TMZ, tindakan itu dibuat selepas Bieber ditahan di Miami, Florida, baru-baru ini.

"Kami rakyat AS mahu melihat Bieber yang membawa kesan bahaya dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dihantar pulang selain status penduduk tetapnya dibatalkan.

"Dia bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk negara ini, tetapi juga membawa pengaruh negatif dalam kalangan belia," jelas penduduk AS dalam petisyen tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Bieber, 19, semalam didakwa atas kesalahan menyerang seorang pemandu limousin dalam satu kejadian pada 30 Disember lalu di Kanada.

Penyanyi lagu Baby itu tiba di sebuah balai polis di Toronto bagi berdepan dakwaan, ketika berpuluh-puluh wartawan, jurugambar dan peminatnya berkumpul bagi merakamkan wajahnya.

Mengikut dakwaan, Bieber dilapor memukul lelaki itu di bahagian belakang kepalanya sebanyak beberapa kali ketika bertengkar sebelum pemandu itu memberhentikan kenderaan tersebut dan menghubungi polis.

Pemandu itu difahamkan menjemput Bieber serta lima lagi rakannya dari luar sebuah kelab malam berhampiran Peter Street and Adelaide Street kira-kira pukul 2.50 pagi waktu tempatan.

Sebutan kes penyanyi itu akan diadakan pada 10 Mac ini di Toronto. -AGENSI