ANGKAT KERIS : HIDUP MELAYU PERJUANGAN SEMPIT – harakag daily
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan 'mengangkat keris' dan melaungkan 'Melayu' adalah perjuangan sempit.
Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.
"Pada saat pihak lain 'mengangkat keris' dan melaungkan-laungkan 'hidup bangsa' dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat 'persamaan darah' dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum," ujarnya.
Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.
"Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan 'khazanah' di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu," jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS.
MB: DUN SELANGOR TAK AKAN DIBUBAR HINGGA JUN 2012 - mkini
Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.
"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.
"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.
"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit....KANTOI... MANTOI... kah kah kah..
kah kah kah....RANCANGAN PAK HAJI NAKEMPRU GAGAL.... kah kah kah..
kah kah kah...NANTI KITA BUAT PILIHAN RAYA ADUN LEPAS SATU SATU.... kah kah kah..
kah kah kah...MULAKAN DENGAN TANJUNG... KEMUDIAN KEDAH.... KEMUDIAN KELANTAN.... DAN AKHIR SELANGOR..... kah kah kah..
kah kah kah...LEPAS SATU SATU ....BARU KITA ADA MASA.... kah kah kah
kah kah kah...UNTUK KITA TENGOK MUKA MAT INDON DAN MUKA MAT BANGLA... kah kah kah
NOTA: bomoh guru ji dari bombay telah meramalkan bahawa: kalau rosmah tak hilang 20 kilo maka barisan nasional jamin akan kalah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible'.
Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...KALAU NAK MASUK GEROMBOLAN.... MASUK SAJE LAAAA..... kah kah kah..
kah kah kah... TAK PAYAH BUAT SIBUK SIBUK DENGAN SOLAR POWER.... kah klah kah..
kah kah kah...PENGUNDI GOMBAK KATA PERGI... GEROMBOLAN KATA MARI.... kah kah kah..
woit... INI MACAM PERANGAI ZOO BERDENG.... kah kah kah..
kelmarin hampeh – kapalterbang lewat ada member kata syarikat ini macam bus ha haa ha tapi ok lepas jam 7 baru sampai dalam peswat ramai cik mek molek mungkin mahasiswi yang pulang bercuti -memang cun tapi balak balak semuanya pecah pecah kah kah kah
menginap tepi sungai – dah pernah duduk di hotel yang sama satu masa dulu dg adman adam – masa jalan jalan cari makan tapi dulu bila buka tingkap belakang ada bising bunyi suara dan nyanyian burung walit kali ini dah TUTUP
makan makan : gagal –ini kerana ada orang yang ajak tuan yang jemput bawa tempat chick/style milo tapi aku tak minat masakan aji no moto tom yam siam aku nak cari masakan mek Kelantan – gagal
PAGI INI Wow! minum pagi terbaik – untuk pertama kali aku dapt menikmati kopi yang hampir setaraf dengan kopi dapor aku – ini kedai kopi tiam kita ini kedai makan MESTI DATANG – kerana kalau tak ada masa panjang semua masakan pagi – nasi kerabu nasi belauk – nasi dagang – nasi lemak yang terbaik di keliling kota bahru semua terkumpul dlm kedai ini – hanya nasi kang kang tak ada kopi tiam ini pust makanan pagi – cukup popular – penuh aku makan nasi berlauk ikan dari pasir mas – nak hormat pada braheng – aku tambah dengan makan nasi tumpang - dua dua ikan tongkol – orang sini panggil ikan ayooo tapi aku tak makan sangat nasi takut membadak – kemudian minta telor setengah masak. telor dicapur kuah ikan – jawabnya : hahah… cubalaa
PASAR KHADIJAH
siapa sampai ke kota bahru wajib masuk ke pasar ini yang aku cari kulat kering – cendawan kukur cakap orang n9 aku beli budu terbaik dari ketereh –daging lembu : batang pinag pan peha - bukan daging epok – ini daging ori – beras hitam ,rempah rampai kampong – dan satu kilo daging kambing kampong – setiap kali aku datang aku beli pada mek ini dia cun – hinggakan dia ingat dulu aku dtaang pakai topi seluar pendek dan ada jaket kah kah kah
kali ini aku tak beli ikan – aku tanya harga sekilo ikan patin agak mahal dari pasar chow kit – di chowkit 5- 7 ringgit di temerloh 14RM di sini 12 RM - di miri ikan patin lebih mahal hamper sama dg harga di termerloh
KUEH MUEH aku juga melintasi kedai kueh mueh wow! manis manis bukan lalat yg berterbang tetapi lebah
aku melintasi juga warong makan wow! udang besar – aku tanya 1 udang25 RM 1 sotong 12 RM 1 ketam 10 RM aku juga ampak banyak gulai untuk makan tengah hari paling menarik lala yang kecil nak beli tapi takut lala ini mati
NOTA: daging lembu dan kambing yang kau beli sedang berehat di dapr hotel
NOTA: untuk semua jantan yang tak tahu masak mula la belajar memasak kalau di eropah sesiapa tahu memasak dia kan punan sesiapa pandai memasak maka katilnya tidak pernah kosong kah kah kah
BN MUNGKIN LETAK CALON KITAR SEMULA DI PERLIS PADA PRU-13 - meloya
KANGAR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon "kitar semula" pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, . Md Isa Sabu hari ini.
Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu.
"Mungkin akan berlaku "re-cycle" atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat.
SKANDAL NFC: SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:
1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.
Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.
Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:
2008(tahun pertama) 2009 Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor - Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor - Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor - Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor - Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor (nisbah 1:1) 137 ekor (nisbah 1:11) Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897
Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.
Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.
Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:
1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.
Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI
18 NOVEMBER 2011
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bercakap berkenaan pilihanraya, saham dan daging yang hebuh diperkatakan sejak beberapa minggu ini dapat saya buat kesimpulan begini:
1. ada penipun pada rakyat 2. ada pembohongan terhadap rakyat 3. ada rasuah yang dilakukan secara berterusan 4. ada riba yang dikatakan sama dengan jualbeli 5. ada pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan 6. ada penyelewengan yang jelas disengajakan
Maka teringat saya kalam Al-Quran "barangsiapa yang buat baik masuk syurga dan barangsiapa yang buat jahat masuk neraka".
Pendek kata ia suatu berlaku itu adalah kejahatan yang mungkin sukar mendapat keampunan miskipun bertaubat "nasuha".kerana mereka bukan saja berdosa dengan Allah malahan telah berdosa dengan rakyat yang mahu tak mahu mesti mendapat keampuanan orang ramai terlebih dahulu.
Mengapa tidak? mereka berdosa dengan rakyat (manusia). Jika rakyat tak memaafkan amatlah malang. lebih lebih lagi pada rakyat yang telah meninggal dunia.Macam mana tak minta ampun dengan yang sudah tiada di bumi ini.
Demikian juga dengan persoalan riba yang Allah jelaskan pada ayat 275 surah Baqarah yang bermaskud:
" Orang orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka menyatakan bahawa sesungguhnya jualbeli itu sama saja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjualbeli(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal didalamnya."
Demikian besarnya dosa Memakan "riba". Dosa yang paling kecil, jika lelaki seperti ia berzina dengan ibunya dan jika ia perempuan sperti ia berzina dengan bapanya, maka ia tak berhenti dan tak tak sempat bertuabat, sah kekal dalam neraka. Demikian juga bagi yang berhutang, jika tak dapat lansai hutang nya maka ia tak dapat masuk syurga.Rasulullah SAW tak solat jenazah orang yang ada hutang.
Apa pun mereka sejak dulu hingga kini sering beramal dengan amalan ahli neraka yang jelas telah putus dengan rahmat Allah.Bukan setakat itu saja malahan Allah jauh darinya.
Oleh itu, Allah mengingatkan orang yang beriman sepertimana ayat 9 surah Munafiquun yang bermaksud:
"wahai orang orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya) Dan( ingatlah) lah sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itu orang orang yang rugi" Peringatan itu dibuat atas sebab manusia tidak tahu ajal mereka sepertimana yang dinyatakan oleh Allah pada ayat 11 surah munafiquun yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) Allah tidak sekali kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan".
Dia hanya memakai sepasang stoking, reben merah di rambutnya dan sepasang kasut yang bertumit rata merah. Bahagian tubuhnya yang lain didedahkan untuk tatapan pengunjung blog. Aksi berani-mati aktivis feminis Mesir ini sudah tentunya mendatangkan mnasalah kepada dirinya sendiri.
Aliaa Magda Elmahdy, pelajar universiti berusia 20 tahun dari Kaherah, telah mencetuskan kemarahan di Timur Tengah apabila mengirimkan gambar bogelnya di blognya minggu lepas. Gambar kontroversi itu berjaya menarik hit sebanyak 1.5 juta pengunjung ke blognya dalam masa yang singkat.
Di balik jumlah pengunjung yang luar biasa, blog itu turut menerima kecaman daripada sebilangan pengunjungnya. Ada yang mengecam Aliaa sebagai 'pelacur' dan 'sakit mental' dan ada yang meminta polis menangkapnya.
Menjawab kecaman masyarakat, Aliaa mempertahankan tindakannya dengan menulis: "Sembunyikan semua buku-buku seni dan hancurkan patung-patung arkeologi telanjang.
"Kemudian tanggalkan pakaian dan lihat diri kamu di cermin. Bakar badan yang kamu hina untuk menyingkirkan kompleks seksual kamu selama-lamanya, sebelum kamu menghina dan menafikan kebebasan bersuara saya."
Berani? Namun pihak liberal takut tindakan Aliaa akan merosakkan imej mereka pada mata orang Mesir yang amat konservatif. Percubaannya membantah usaha mengehad kebebasan bersuara mungkin telah memakan diri sendiri. Tindakannya itu mendorong pihak liberal menjauhkan diri daripada jurublog itu untuk menghadapi pilihan raya umum pada 28 November ini.-DCM
P/s: Kalau anda google di internet, gambar gadis Arab ini memang dalam keadaan telanjang bulat. Gila!
Saya nak ulas pendek sahaja kerana pemberian projek lembu kepada keluarga Senator Sharizat TETAP tidak beretika, berunsur kronisme, dan mengundang pelbagai persoalan, walaupun cuba dipusing dan diputar oleh pelbagai pihak. Tatkala ini, jurublog UMCO sedang bermati-matian mempertahankan Shahrizat di blog masing-masing. Situasi ini mengesahkan tulisan sebuah blog yang mengatakan bahawa blog-blog pencacai diarah untuk mempertahankan Shahrizat. Ada yang mengepos gambar lembu dan ada yang mengulas jawapan NFC semalam. Namun, seorang pun tidak menyentuh soal etika dan kronisme, serta kemungkinan penglibatan Shahrizat yang mempunyai jawatan dalam Kabinet dan parti mempengaruhi keputusan ini.
Hakikat yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan atau jawatan dalam sesebuah kerajaan ialah mereka tidak boleh memperoleh apa-apa projek kerajaan. Mana-mana kerajaan yang beretika akan berpendapat begitu. Oleh sebab itu, kerajaan yang telus akan memastikan hal-hal yang boleh mengundang rasa tidak puas hati dan fitnah ini tidak berlaku. Namun, realitinya kes-kes seumpama ini kerap dibangkitkan di negara kita sejak zaman Che Det lagi.
Apabila suami Shahrizat mengatakan bahawa mereka sekeluarga tidak membincangkan isu NFC dengan Shahrizat, sampai nak termuntah saya tergelak. Katanya, apabila mereka bersuara tentang projek NFC, Shahrizat dengan segera meminta mereka menghentikannya. Anda percaya retorik ini? Siapa yang percaya? Sampai sekarang gelak saya belum habis apabila mengenangkan kata-kata suami Shahrizat yang cuba mempertahankan diri di samping peguam terkenal. Jika kenyataan itu langsung tidak masuk akal untuk diterima, bagaimana pula isu kemungkinan Shahrizat menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender projek itu. Senaraikanlah 10 syarikat penyaing sekalipun, namun bolehkah menghilangkan keraguan orang ramai? Lagi menimbulkan curiga apabila projek ini diberikan kalau tidak silap secara tender terhad.
Selepas mendiamkan diri daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan, akhirnya NFC melalui suami Shahrizat mengeluarkan kenyataan. Anda boleh baca kenyataannya melalui 9 jawapan NFC yang menjadi bahan olahan blog UMCO di sini. Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam artikel itu termasuklah kenyataan suami Shahrizat bahawa "NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan". Jika tidak semestinya menguntungkan, siapa yang akan membayar duit rakyat yang anda dan keluarga anda belasah itu? Selain itu, suami Sharizat mendakwa kondo yang dibeli itu boleh disewa dengan harga RM30 000 ribu sebulan. Saya mahu bertanya, siapa yang mampu menyewa kondo itu semahal itu? Jika mampu pun berapa lama mereka akan menyewa kondo itu? Adakah selama 12 bulan yang boleh memberikan pulangan sebanyak RM360 000?
Persoalan selebihnya berkaitan dengan poenjelasan itu ada diulas oleh Rafizi seperti yang disiarkan oleh Keadilan Daily. Beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sewaktu penganugerahan projek ternakan lembu kepada syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, National Feed Corporation (NFC). Rafizi Ramli, berkata pendedahan itu perlu supaya rakyat dapat menilai sejauh mana Shahrizat terlibat dalam memperoleh kontrak berkenaan. Seterusnya, sila baca pautan ini:
Selain itu, Rafizi mendakwa kenyataan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di media arus perdana, sebenarnya mengesahkan pendedahan berkaitan penyelewengan wang rakyat RM250 juta dalam skandal NFC.
"Saya ingin tegaskan, semua kenyataan beliau langsung tidak menafikan pendedahan yang dibuat KEADILAN.
"Malah, tiga pengakuannya mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada syarikat milik keluarga menteri kanan ada unsur penyelewengan.
"Beliau mengakui NFC tiada kepakaran dan pengalaman mengendali projek hingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti petang ini.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Mohamad Salleh di New Straits Times bertajuk "I am not angry but the bull claim better stops" semalam.
Rafizi turut mendedahkan, NFC hanya membawa masuk lembu dari Australia pada tahun pertama operasi iaitu 4,141 ekor dan tidak membawa masuk lagi pada tahun kedua operasi.
Katanya, Mohamad Salleh dalam pengakuannya juga mengesahkan hujah KEADILAN apabila mengakui pinjaman RM250 juta kepada NFC tidak disertakan jadual pembayaran balik.
"Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berbentuk geran kerana NFC tiada jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa," katanya.
Kata Rafizi, pengakuan Mohamad Salleh turut mengesahkan pendedahan KEADILAN apabila suami Shahrizat itu mengaku membayar jumlah lebih tinggi untuk membeli dua unit kondominium mewah di Tingkat 1, Blok B One Menerung Bangsar.
"Saya terkejut beliau bukan sahaja membuat penafian tetapi dengan bangganya mengesahkan membayar RM13.8 juta," kata Rafizi.
Sebuah artikel di Malaysia Chronicles juga mengulas penjelasan suami Shahrizat dengan menarik sekali.
Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, menerima RM250 juta untuk membangunkan industri lembu di Malaysia tetapi menggunakan dana tersebut untuk pembelian dua pangsapuri mewah di Bangsar.
Terperangkap dengan perbuatannya itu, beliau mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum akhirnya muncul hari ini bagaikan cacing keluar dari bawah batu yang lembap, cuba untuk mempertahankan diri terhadap penyalahgunaan ini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai berikutan skandal NFC. Beliau dengan diiringi oleh peguam kegemaran Umno, Shafee Abdullah, yang mana kehadirannya itu menjadi 'tanda' beliau seorang yang bersalah.
Berdasarkan alasan dan logik Salleh ia mendapatkan pinjaman beratus juta ringgit dari dana awam, yang didakwa untuk menjalankan beberapa projek demi kebaikan awam. Kemudiannya ia berbelanja besar dengan sesuka hatinya.
Mengapa kerajaan Malaysia akan memberi kekuasaan penuh kepada NFC untuk mengeluarkan dana awam yang kemudiannya akan disalurkan kepada tujuan selain daripada tujuan asal ia dikeluarkan. Bukankah ianya merupakan jenayah pecah amanah?.
Terdapat fakta bahawa RM800,000 telah dibelanjakan untuk perjalanan 'pengarah' NFC, yang juga adalah anak kepada Shahrizat. Salleh Ismail mengumumkan bahawa mereka tidak menaiki penerbangan Kelas Pertama. Adakah ini bermakna mereka telah menaiki penerbangan Kelas Perniagaan dengan dana awam?. Ini menimbulkan kemarahan ramai. Eksekutif MNC yang berpendapatan berbilion-bilion ringgit pada hari ini juga menaiki penerbangan ekonomi. Sudah tentu, lebih banyak penyelewengan 'derma' kepada ahli-ahli politik Umno ini dengan wang yang dibayar oleh Shahrizat Jalil di antara mereka.
Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan projek NFC sebagai satu kegagalan. Walaubagaimanapun Salleh sendiri mengaku ia membeli lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini adalah apa yang NFC lakukan. NFC memberi lembu makan sebelum ia dijual. Inilah 'rahsia' kaedah untuk membangunkan industri lembu Malaysia.
Sepanjang Salleh memberikan alasan, dia turut membandingkan projek lembunya dengan pokok-pokok sawit. Beliau juga mendakwa akan berjaya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015. Sudah tentu boleh, dengan membeli lembu dari Australia, tidak syak lagi.
Lembu yang ditunjukkan dalam TV juga kelihatan bersesakan, berlumpur, kelihatan tidak selesa dan sengsara. Jelas jabatan perkhidmatan veterinar perlu menyiasat NFC terhadap penganiayaan haiwan, serta masalah kebersihan. Seperti mana SPRM sepatutnya perlu juga menyiasat NFC berkaitan isu rasuah.
Malah, ia seolah-olah hanya akan dapat diselesaikan dengan diwujudkan satu Suruhanjaya Siasata Diraja untuk menjawa semua persoalan yang dilemparkan oleh skandal NFC ini.
Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan pengawasan. Bagaimana Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang semua skandal terhadap NFC ini?. Bagaimana Kementerian Kewangan tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?
Menteri Kewangan adalah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau adalah dua kali ganda bertanggungjawab. Akhirnya Najib juga yang bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dilakukan ke atas pembayar cukai Malaysia.
Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai sedikit pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau jika masih mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang. Tapi nampaknya ia tidak akan berbuat demikian. Pernahkah anda dengar mana-mana Menteri BN yang mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dan meletak jawatan?- Terjemahan Pulak Dah!, versi Inggeris boleh dibaca di sini. - DCM
P/s: Jangan sampai masa, KJ mengadu "sakit perut"! Di balik ghairah KJ mempertahankan Shahrizat, kita pelik mengapa Shahrizat sendiri atau orang penting NFC yang menyambut cabaran debat itu. Mengapa Pak Lah dan KJ bersungguh-sungguh mempertahankan skandal ini?
JERTIH: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.
Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.
Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.
Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.
"Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.
"Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa," katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.
"Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya," katanya.
Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.
Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
KUALA LUMPUR: Semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta didesak meletakkan jawatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes-kes yang membabitkan penyelewengan dana awam adalah kes yang telah mencemarkan integriti pentadbiran negara.
Katanya, desakan untuk letak jawatan bukan sahaja membabitkan Menteri Pembang2unan Wanita, Dato' Shahrizat Abdul Jalil bahkan semua menteri yang terbabit.
"Kementerian dan kabinet yang meluluskan projek kepada suami Shahrizat sepatut bertanggungjawab sama, bukan Shahrizat seorang," katanya.
Merujuk kes pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), jelasnya walaupun tidak ada pendakwaan berlakunya penyelewengan tetapi beliau meletak jawatan apabila didesak berbuat demikian.
Malangnya, jelas Ustaz Tuan Ibrahim, projek feedlot yang ternyata gagal dan diagihkan pula kepada kaum keluarga Shahrizat masih lagi dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.
Tegasnya, Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut
"Apa yang berlaku masing-masing cuba mempertahankan, mereka termasuklah Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menunjukkan mereka seolah-olah menyokong dana awam disalahgunakan," katanya.
"Apabila sistem pentadbiran negara kita sudah korup, berlaku penyelewengan di mana golongan yang tidak betul akan terus mempertahankan tindakan yang tidak betul. Inilah budaya dalam Umno," katanya.
Sebelum ini, desakan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat BN, Dato' Bung Mokhtar Radin agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.
Kemudian sehari selepas itu, Muhyiddin pula mempertahankan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam projek NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti.
Muhyiddin berkata, gesaan Timbalan Pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan "orang sendiri."
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan.
Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:
1) Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
2) Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
3) Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
4) NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
5) Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
6) Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
7) NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
8) NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
9) Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.
Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.
Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:
2008 (tahun pertama) 2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor -
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor -
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor -
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor -
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor 137 ekor (nisbah 1:1) (nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati RM542,201 RM613,897
Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.
Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.
Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:
Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil; Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya. Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.
Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.
Hasil kajian Ilham Centre menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”
“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.
Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.
“Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno,” katanya lagi.
Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara ‘one-off’ sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit,” katanya lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata beliau masih perlu mengendalikan urusan berkaitan dengan parti sementara pemimpin-pemimpin Gerakan yang lain akan bersedia menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Senator (gambar) itu memberitahu langkah meletakkan jawatan merupakan "jalan mudah" untuk dibuat, di sebalik desakan berterusan pelbagai pihak agar berbuat demikian, tetapi mahu mengetuai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langkah itu perlu diambil untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda.
Kerabu: Apa lagi yang Koh tunggu? Tak kan tak faham, dalam umno dan bn perangai macam ni memang dari dulu lagi diamalkan. Selagi Mahathir dok ada, sesiapa pun tak boleh buat kerja dengan senang dalam parti.
Tolak Rosmah, bermakna rakyat akan dapat pakej iaitu tolak Najib dan Mahathir. Ayuh rakyat, kita semua mesti berani!
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.
Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.
Kaum guru mesti ingat, Muhyiddin arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut kerana bimbang kaum guru tidak mengundi Umno/BN dalam PRU ke-13 nanti.Lepas PRU nanti tengoklah, Umno/BN akan berlagak macam dapat cek kosong sahaja dan akan buat sesuka hati mereka.
Bukankah Muhyiddin sendiri bertegas mengatakan, "Tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran." Ingatlah kata-kata Muhyiddin ini wahai kaum guru!
Kaum guru mesti ambil perhatian bahawa Pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia telah menjalani projek rintis kerja sembilan jam sehari yang sudah dijalankan 3 tahunlalu.Awas, kaum guru akan menerima nasib yang sama jika meneruskan memberi mandat kepada Umno/BN mengurus tadbir negara ini.
Saya menyeru kaum guru supaya menggunakan kesempatan dalam PRU ke-13 nanti untuk menumbangkan Umno/BN.-RujukanMalaysian Insider
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sangka orang ramai adalah bahalol sama sepertinya.
Korang percaya ke? Bila dia kata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Korang percaya ke? Menurutnya, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
Korang percaya ke? Dia kata sejumlah besar senjata api dan bahan letupan ditemui , bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar.
Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin itu berkata, justifikasi beliau dalam usahanya mahu penahanan tanpa bicara itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.
"Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.Jika betul ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka? , kata Surendran,
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, "maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia." sumber Malaysian Insider.
Menteri Dalam Negeri yang balaol, Hishammuddin Hussein menganggap Suhakam yang mendesak supaya kesemua 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah awal minggu ini dibebaskan sebagai cukup berbahaya. Begitulah cakap menteri yang balol ini di sini
Walhal tuntutan Suhakam itu adalah selaras dengan langkah kerajaan yang sedang dalam proses memansuhkan ISA .
Penahanan ISA ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA.
Suhakam bukan minta mereka yang ditahan itu bebabs begitu sahaja tetapi suruhanjaya itu menggesa agar mereka diberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Ini punya senang pun menteri bahalol itu tidak boleh fahamkah?
Najib kena beri penjelasan jangan mudah diperkotak katikan oleh sepupunya yang bahalol ini!
Sebuah kedai di Beijing, China - telah membuat fitnah kononnya Rosmah adalah isteri kepada seorang 'Presiden'! Tapi pasal berbelanja besar beli barang hiasan yang mahal-mahal adalah benar...Baca cerita berikut :
Malaysia Today - Saya berada di Beijing pada 16hb untuk mesyuarat di Hotel Shangri-la, Zizhuyuan Road, Beijing dan berjalan ke kedai mutiara di ruang legar hotel dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang untuk isterinya. Dia mengambil gelang berlian yang indah ini hanya untuk mengetahui bahawa kosnya US $ 55,000. Gadis penjual itu kemudian menunjukkan kita ke arah gambar di dinding dan berkata bahawa isteri Presiden membeli gelang yang sama. Dan ia tidak lain daripada Rosmah.
Oleh Ah Cheong
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan pendengaran dalaman berhubung projek ternakan lembu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minggu depan ekoran kerugian dan dakwaan salah guna dana awam RM250 juta.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan daripada kerajaan dan agar kesemua minit mesyuarat Kabinet diumumkan kepada publik.
Anggota PAC Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa inkuiri akan diadakan Rabu ini, bermula pukul 11.30 pagi.
Ahli Parlimen Umno itu berkata PAC akan menentukan pihak yang perlu dipanggil untuk memberi keterangan ketika pendengaran dalaman itu minggu depan.
"Kami kemungkinan memanggil Kementerian Kewangan, Khazanah, ia bergantung. Secara peribadi, saya juga tiada masalah untuk memanggil pengurusan NFC bagi memberi keterangan," kata Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Kota Belud berkata tarikh bagi sesi pendengaran pertama diputuskan minggu lepas dan jawatankuasa memutuskan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan ekoran kepentingan awam dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai.
Masalah menyelubungi projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.
Antara lain pembangkang khususnya PKR mendakwa dana NFC juga digunakan untuk membeli kondominimum mewah di Bangsar.
Dalam penjelasan kepada media terpilih kelmarin pengurusan NFC mengaku dakwaan itu dengan berkata lebih RM13 juta digunakan untuk membeli dua unit kondominium.
Pengurusan NFC juga mendakwa pelaburan itu adalah sesuatu yang strategik.
Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.
Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.
"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.
"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.
Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".
"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.
"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.
"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.
Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.
"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
NUSA DUA (BALI): Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan saja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala.
Pemimpin Amerika itu berkata "kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia".
"Saya menghargai kerjasama luar biasa yang sudah kami terima dalam pelbagai isu...terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama dalam ucapannya pada mesyuarat dua hala dengan Najib di sini hari ini menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan esok.
Presiden AS itu berkata, mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.
Obama berkata, mesyuarat itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memperluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala mereka, menyifatkannya sebagai "kukuh" serta kerjasama yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Beliau turut menyentuh mengenai interaksinya dengan Najib di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii baru-baru ini.
"Saya hanya ingin menyatakan betapa saya berbesar hati dapat sekali lagi bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kami sudah berbual dan mengadakan perundingan yang baik pada persidangan APEC yang kami hoskan di Honolulu," katanya.
Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya berkata AS adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan secara asasnya masih pelabur terbesar di Malaysia.
"Kami amat mengalu-alukan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan. Dan menerusi TPP, diharapkan, kami dapat memenuhi tarikh akhir tahun depan," katanya.
Najib berkata, Kuala Lumpur melihat terdapat banyak prospek daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Dan pastinya kami bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkenaan," katanya. - BERNAMA
Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib
KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.
"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.
Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.
Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.
"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.
PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.
"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.
"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.
Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.
Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. -HD
Ulasan GB
Apakah pengumuman Najib sebelum ini bahawa "ISA akan dihapuskan" hanya sebagai satu retorika kosong supaya beliau mendapat publisiti murahan dan dan untuk menerima perhatian dunia seperti Presiden Amerika Barrack Obama semasa persidangan APEC yang lalu?
Semasa pengumuman penghapusan ISA itu dilakukan, beberapa pemimpin dunia termasuk Obama memuji langkah Najib sebagai satu usaha ke arah pematangan demokrasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.
Namun tindakan polis dan kerajaan Malaysia tiba-tiba menggunakan semula ISA untuk menahan 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia adalah jelas satu penipuan Najib mengenai penghapusan ISA.
Bukankah ia perlu di khabarkan kepada pemimpin dunia juga bahawa Najib itu sudah memungkiri janjinya dan tindakan beliau mengumumkan "ISA dihapuskan" hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik peribadinya supaya dijulang?
Rakyat juga mengesyaki apakah pengumuman menghapuskan ISA itu adalah sebahagian dari "nasihat" konsultan luar, APCO khususnya, demi membolehkan hubungan Najib dengan negara maju dapat diperbaiki?
Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..
Boleh dikatakan semalam kebanyakkan blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mempunyai akaun bank di Israeli National Bank, Berbagai tajuk diberikan mereka antaranya seperti printscreen diatas "Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?"
Ada dengan tajuk "MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??" seperti printscreen di bawah..
Ada pula dengan tajuk"Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel" seperti dibawah..
Dan banyak lagi Blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah ini..
Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.
Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..
Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.
Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.
Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..
Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.
Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.
Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.
Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.
Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..
Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..
Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..
Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : ME-3138-5144-219 (A) Amount : USD 10,000,000.00 Date of opening account : 08/09/97 Date of Maturity : 08/09/00
Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.
7. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : C-719-418-210 (M) Amount : USD 13,000,000.00 Date of opening account : 17/06/96 Date of Maturity : 17/06/99
Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah fitnah terhadap Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity
12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir
Post : Son of Prime Minister Passport No. : R 719325 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : ME-3138-5144-219 (A) Amount : USD 10,000,000.00 Date of opening account : 08/09/97 Date of Maturity : 08/09/00
12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : ME-3138-5144-219 (A) Amount : USD 10,000,000.00 Date of opening account : 08/09/97 Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?
Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : F-817-200-11 (C) Amount : USD 12,500,000.00 Date of opening account : 03/12/96 Date of Maturity : 03/12/99
8. Name : Ms Marina Bte Mahathir Post : Malaysia AIDS Council President Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : F-817-200-11 (C) Amount : USD 12,500,000.00 Date of opening account : 03/12/96 Date of Maturity : 03/12/99
Dan juga yang ini..
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israel National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 5 years Account No : G-211-922-718-2 (D) Amount : USD 15,000,000.00 Date of opening account : 12/07/97 Date of Maturity : 12/07/02
9. Name : Ms Marina Bte Mahathir Post : Malaysia AIDS Council President Passport No. : R 671918 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 5 years Account No : G-211-922-718-2 (D) Amount : USD 15,000,000.00 Date of opening account : 12/07/97 Date of Maturity : 12/07/02
Hanya nama dan post yang ditukar mereka..
Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan pihak-pihak tertentu yang masih mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan sistem biometrik dengan bayaran RM750 walaupun tempoh mendaftar berakhir pada 26 Ogos lepas.
Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam berkata, siasatan KD Nmendapati pihak-pihak berkenaan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk melakukan kegiatan haram itu.
"Dua syarikat pengurus sedang disiasat. Kementerian tidak menolak kemungkinan terdapat pihak dalaman juga terlibat di dalam kegiatan ini sama ada berpunca dari pegawai imigresen, syarikat pembekal sistem atau syarikat pengurus.
"Satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu, katanya satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan semalam dengan dipengerusikannya.
Mahmood menambah, siasatan awal yang dilakukan dengan dua syarikat dan pegawai-pegawai imigresen yang disyaki dipanggil memberikan keterangan kepada jawatankuasa siasatan itu.
Pendaftaran biometrik sebahagian daripada Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.
Kira-kira 2 juta PATI telah mendaftar di bawah program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, sejak dilaksanakan pada 13 Julai lepas. -BERNAMA
KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.
Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.
"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di sini, Sabtu.
Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.
Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.
Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.
Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.
"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.
Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act.BERNAMA
Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat kelmarin bahawa seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan dari 2008 hingga 2010 adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.
Antara punca gejala tersebut menular menurut kajian, adalah disebabkan beberapa faktor; antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks, ujar Seai Kie ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.
Timbalan Menteri terbabit Datuk Heng Seai Kie memaklumkan kepada sidang Parlimen, daripada jumlah itu, Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang)
Enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup, tambah beliau.
Respon PMUKM
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ketika merespon isu ini menegaskan kepentingan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di samping kemahiran mendekati golongan remaja sebagai kaedah mencegah gejala yang kian membarah ini.
" Undang-undang kena (perlu) diperketat. Setahu saya, tiada tindakan (peruntukan) undang-undang terhadap pelaku yang melakukan seks bebas ini, kecuali di bawah kanun syariah. Itupun sekiranya (berlaku) hamil," respon MPP Noraini ketika diminta mengulas isu anak tidak sah taraf ini.
" (Peruntukan) Undang-undang yang terdekat merujuk kepada jenayah rogol. Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur, baru boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dengan sebatan.
" Di sini kita melihat ada kelonggaran (peruntukan undang-undang) untuk memantau dan mencegah gejala seks bebas ini. Sebab itu saya melihat isu ini perlu ditangani dengan penguatkuasaan undang-undang.
"Juga tidak harus ditiinggalkan hukuman melalui kanun syariah bagi pesalah beragama Islam. Ini demi menjaga maruah dan agama Islam itu sendiri yang dicemarkan pelaku maksiat tersebut," tambah saudari Noraini yang juga merupakan Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM merangkap MPP GMUKM bagi kerusi Umum tahun 1/2.
Naib Presiden 2 PMUKM, saudari Muslimah bt Marsi pula ketika dihubungi melalui talian menggesa pihak berkenaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mempelbagaikan kaedah menangani gejala tersebut.
Antara yang dicadangkan saudari Muslimah adalah pendekatan bengkel kemahiran mendekati golongan remaja yang didapati kelompok teramai terbabit dengan gejala seks bebas dan melahirkan anak luar nikah tersebut.
"Pihak penguasa dan mana-mana pihak tidak boleh terus menghukum pelaku, tanpa kita selidiki sebenarnya isu (masalah) ini berpunca daripada siapa. Jangan terus menghukum, (tetapi) sebaiknya mendekati dan mengenalpasti serta mengadakan kajian mengapa gejala anak luar nikah ini semakin meningkat.
" Di sini kemahiran mendekati, selain menguasai pelaku khususnya golongan wanita yang mungkin tertipu atau teraniaya perlu diaplikasi. Saya percaya ramai wanita yang terperdaya dengan pujuk rayu golongan lelaki 'hidung belang' ini. Mereka akhirnya menanggung (kesusahan).
" Maka di sini yang perlu segera diselidiki dan dicari lelaki-lelaki tidak bertanggungjawab tersebut," saran saudari Muslimah Marsi yang juga MPP GMUKM bagi kerusi Umum tahun 3/4.
Tindakan Kementerian
Untuk rekod, semasa sidang Dewan Rakyat kelmarin juga, pihak kementerian memaklum telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.
Turut dilancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. yang bermula April tahun lalu.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ikut pintu belakang. Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda.
DPP Malaysia hairan bagaimana Tan Sri Isa Samad boleh diangkat menjadi Pengerusi KPF sedangkan beliau tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan peneroka dan bukan kakitangan Felda. Mengapa kerajaan tidak memikirkan seorang tokoh lain yang ada kaitan rapat dengan Felda untuk diangkat sebagai Pengerusi Felda dan KPF. Tindakan ini mungkin boleh mengelakkan pertikaian banyak pihak DPP Malaysia mempersoalkan mengapa perlu campurtangan Perdana Menteri sedangkan KPF mempunyai Ahli Lembaga Pengarahnya sendiri dan mereka mempunyai ahli jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat agung melalui saluran yang betul?
Sepatutnya Perdana Menteri atau mana-mana Menteri Kabinet yang lain menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung KPF yang telah melantik Datuk Dzulkifli Wahab sebagai Pengerusi. Tan Sri Isa Abdul Samad tidak perlu dilibatkan dalam hal ini kerana beliau tidak ada kena mengena dalam isu KPF.
Bagi DPP Malaysia, campurtangan politik dalam sesuatu urusan yang berkaitan dengan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) amat menyusahkan organisasi tersebut. Ia juga mengundang keresahan rakyat jelata. Inilah yang menyebabkan banyaknya birokrasi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, tidak telus, kronisme, campurtangan 'orang luar' dan lain-lain lagi.
Dalam keadaan banyak skandal pemimpin negara dibongkarkan termasuk penyelewengan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta pembelian kondominum mewah bernilai RM 9.8 juta, dan banyak lagi isu lain, DPP Malaysia mengingatkan agar PM mengambil iktibar dan pengajaran berharga. Biarkan Felda dan Koperasi Permodalan Felda diuruskan oleh mereka yang benar-benar berhak dan layak bagi menjaga kepentingan semua pihak.
RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah.
"Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat," kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan.
Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.
Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.
[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini.
Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti.
Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu.
Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].
KUALA LUMPUR - Seorang blogger pro kerajaan Papa Gomo melalui blog beliau mendedahkan kepincangan dakwat kekal untuk digunakan pada pilihanraya umum ke-13 dan sebagaimana salah satu dari lapan asas tuntutan Bersih 2.0.
Beliau mendedahkan bagaimana dakwat kekal mudah dibersihkan dengan menggunakan air, sabun dan bahan kimia tertentu dalam tempoh masa kurang dari lima minit.
Dalam rakaman video yang dimuatkan dalam blog tersebut, beliau menunjukkan cara-cara bagaimana hasil gabungan bahan-bahan yang disebutkan mampu melunturkan dakwat kekal.
Beliau juga mendakwa tuntutan penggunaan dakwat kekal oleh Bersih 2.0 merupakan agenda jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui manipulasi penggunaan dakwat tersebut.
Sebelum itu, penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada tuntutan Bersih 2.0 bagi memastikan pilihanraya di Malaysia akan berlangsung dalam situasi telus dan adil.
Anwar menyelar Perdana Menteri, datuk Seri Najub Tun Razak kerana sibuk memfokus kepada politik sampah sedangkan banyak lagi penjenayah seperti yang terlibat dengan kes bunuh dan skandal lembu nampaknya sedang lepas bebas.
De-facto Ketua Pembangkang yang berusia 64 tahun itu yang dijangka berpeluang menumbangkan kuasa BN yang sudah pun berusia 5 dekad tidak menyatakan secara spefifik siapakah penjenayah yang dimaksudkan beliau.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini skandal-skandal politik di Malaysia, sudah tentu boleh meneka bahawa beliau merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib.
Skandal lembu pula tidak lain tidak bukan adalah Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Keluarga beliau telah dituduh menggunakan RM83 juta daripada dana projek ternakan lembu negara, NFC. Menyalahgunakan kuasa mereka dengan membeli kondo mewah bernilai RM10 juta disamping mengenakan kos percutian RM800 000 untuk keluarga beliau.
"Inilah kerja mereka. Kita tiada pilihan lain selain berhadapan dengan mereka dan berusaha keras dalam pilihan raya seterusnya. Mereka sebenarnya takut berhadapan dengan kita jadi mereka gunakan pelbagai taktik kotor dan jahat ." Beritahu Anwar kepada wartawan di luar balai polis Kepong, Rabu.
Sandarkan harapan pada laporan yang dakwa lelaki dalam video adalah 99% sahih Anwar untuk menumbangkannya
Anwar telah dipanggil untuk menjawab dakwaan bahawa beliau telah menyedari bahawa beliau memberi maklumat palsu berkenaan kes video seks Datuk T. Polis menyandarkan harapan pada laporan dari AS yang mendakwa bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar untuk memerangkap beliau memandangkan pilihan raya mungkin diadakan dalam beberapa bulan lagi.
Siasatan dimulakan setelah pegawai penyiasat DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan bahawa Anwar telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 182 di bawah kanun keseksaan. Jika disabit, Anwar boleh berhadapan dengan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM 2000. Polis Malaysia adalah dibawah jagaan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu Najib.
Hishammudin pernah menyatakan bahawa siasatan telah pun selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi, menurut Anwar, kes itu telah dibuka semula dengan memasukkan keterangan beliau.
Polis tidak boleh dipercayai
Anwar turut menyelar pihak polis kerana gagal bertindak atas laporan yang beliau buat atas Trio Datuk T. Anwar mendakwa mereka bertindak atas dasar ingin melakukan jenayah intimidasi.
Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Umno iaitu Shazryl Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim telah pun mengaku bahawa mereka telah membuat tayangan umum video itu dengan niat untuk meyakinkan Anwar dan isterinya Wan Azizah supaya berhenti daripada politik dalam masa 7 hari. Walaupun mereka telah mengakui niat mereka itu, pihak polis tidak mengendahkan tuntutan anwar untuk mendakwa trio Datuk T katas tuduhan jenayah intimidasi.
"Laporan saya adalah mengenai ancaman politik, jenayah fitnah dan intimidasi tetapi sekarang mereka hendak siasat saya semula hanya untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut. "ujar Anwar.Malaysia Chronicle
SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.
Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.
Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.
Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.
Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.
Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.
Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.
Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.
Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.
Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.
Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.
Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.
Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.
Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri. http://msomelayu.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Sekali lagi, Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membawa anggotanya ke permainan teka-teki.
Persoalan yang menyelubungi mereka kali ini ialah siapakah pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengambil alih sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
Soalan itu muncul berikutan pengumuman Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Khamis lalu yang beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang penggalnya tamat pada 2013.
Selepas memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, dapat dirumuskan bahawa Dr Koh pada prinsipnya sudah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
Selain memegang jawatan presiden GERAKAN dan pengerusi BN Pulau Pinang, Dr Koh juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang, kepada sesetengah pihak, adalah jawatan mencabar dengan tanggungjawab besar untuk mengambil alih semula negeri itu daripada pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang pimpinan DAP.
Jawatan itu juga dilihat sebagai peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan untuk membuktikan keupayaan kepimpinan seseorang.
Orang dalaman parti berkata, persetujuan dicapai dalam GERAKAN mengenai siapa yang akan dicadangkan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baru beberapa jam sebelum pengumuman Dr Koh untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, tiada nama didedahkan kerana Dr Koh berkata, perkara itu perlu dibincangkan lebih lanjut dan Perkara 23(2) perlembagaan BN menetapkan ia adalah kuasa mutlak pengerusi Dewan Tertinggi BN untuk melantik pengerusi BN negeri.
"Lebih baik ikut prosedur dan menghormati kuasa mutlak ini," kata Dr Koh kepada pemberita Khamis lalu.
Namun, timbul spekulasi mengenai siapa yang bakal dilantik ke jawatan itu, dengan teka-teki menjurus kepada dua individu - setiausaha agung GERAKAN, Teng Chang Yeow dan setiausaha politik Dr Koh, Ong Thean Lye.
Teng disebut-sebut sebagai tokoh yang paling sesuai untuk mengisi jawatan ketua menteri Pulau Pinang menjelang hari pengundian pilihan raya umum lalu pada 2008, tetapi prestasi teruk GERAKAN dalam pilihan raya itu, termasuk kekalahannya, membantutkan idea itu.
Tumpuan kali ini sekali lagi berpusat kepada Teng, dengan desas-desus bahawa beliau adalah pilihan paling sesuai bagi mengisi jawatan pengerusi BN Pulau Pinang berikutan sesi perbincangan panjang lebar di kalangan pemimpin parti pada Rabu lalu.
Orang dalaman parti berkata, Teng patut dicadangkan untuk memegang jawatan itu.
Teng, 47, anak kelahiran Batu Pahat berasal daripada keluarga pemimpin politik yang memegang jawatan dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Abangnya, Datuk Teng Chang Khim ialah pemimpin DAP Selangor dan speaker Dewan Undangan Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR.
Bapanya yang lebih senang dengan sikap enggan menonjolkan diri, ialah penyokong kuat dan pemimpin peringkat akar umbi MCA di Batu Pahat, kampung halaman presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bapa saudaranya, Datuk Teng Boon Soon ialah anggota Parlimen Tebrau dan orang kuat MCA yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Lebih penting lagi, Teng Chang Yeow paling diingati oleh pemimpin dan anggota parti sebagai ahli politik yang mengalahkan pengerusi DAP, Karpal Singh di kawasan Dewan Undangan Negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500.
Penganalisis politik yang berpangkalan di Pulau Pinang, Datuk Dr Cheah See Kian, berkata sekiranya Chang Yeow dilantik sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baru, ia akan membawa semangat baru kepada keseluruhan jentera negeri kerana beliau terkenal sebagai seorang pejuang dan akan mampu memberi saingan kepada kerajaan negeri sedia ada.
"Bukan lagi rahsia bahawa adalah sukar bagi BN untuk mengambil alih semula Pulau Pinang pada ketika ini, tetapi dengan meletakkan Chang Yeow (menerajuinya), ia sekurang-kurangnya meningkatkan peluang BN dalam perjuangannya itu," katanya.
Chang Yeow mungkin bukan tokoh popular dalam GERAKAN tetapi keberaniannya dalam isu-isu tertentu menarik perhatian kalangan pemimpin sama ada di dalam dan di luar parti. - BERNAMA
Ladang lembu moden era baru yang mempunyai kemudahan serba lengkap. Ladang lembu bertingkat dengan setiap tingkat ada kemudahan seperti bilik air/tandas, ruang tamu, bilik tidur berhawa dingin serta ruang makan dan dapur sepertimana kemudahan yang dinikmati oleh orang awam juga.
NAJIB MASIH MAHU MENERUSKAN AKTA KEJAM DAN TAK BERTAMADUN SEDANGKAN DIA PERNAH BERJANJI MAHU MEMANSUHKANYA, ADAKAH AKU BOLEH GELAR NAJIB SI MUNAFIQ?
Kerana ISA bapa ini hanya mampu melihat tubuh anaknya terbujur kaku tak bernyawa. Dan anaknya pula meninggal dunia sambil merindu kelibat seorang bapa berada disisinya tatkala mahu menghembus nafas terakhir.
Adakah Najib seorang manusia yang tiada peri kemanusian?
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah:
1.Bila berbicara selalu bohong. Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Boleh jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
2.Bila berjanji, tidak ditepati Orang munafik sukar untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya.
3.Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
Orang munafik sukar diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dijaga dengan baik.
Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib
KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.
"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.
Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.
Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.
"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.
PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.
"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.
"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.
Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.
Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. Hrkh.
Mantan Timbalan Presiden KEADILAN Syed Husin Ali menceritakan pengalaman politiknya menerusi bukunya "Memoir Perjuangan Politik" menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.
Dalam bab yang dinamakannya, 'Alasan Ezam keluar parti' – ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.
"Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup."
"Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isteri saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti," tulisnya dalam buku itu.
Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha KEADILAN Selangor.
"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya," Ezam didakwa berkata.
Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".
"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.
"Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali," tulis Syed Husin lagi.
Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.
"Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkan terlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang," katanya.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.
DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.
Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.
DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.
Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Timbalan Ketua Dewan pemuda PASWilayah Persekutuan
Dalam rencana "Siapa layak jadi pemimpin" oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir melontarkan persoalan….Kalau hanya warak menjadi pilihan, kenapa Allah SWT tidak memilih malaikat untuk menjadi khalif. Rujuk link di sini. Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.
Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin.Adakah Pemimpin BN kini menjaga betul-betul solat mereka?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda,
"Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.'
Terdapat sebahagian pemimpin Muslim melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat.
Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud,
"Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".
Di Malaysia kita dapati ramai pemimpin BN amat suka kepada perkara mungkar seperti program muzik, pesta dan konsert. Memang mereka tak layak langsung jadi pemimpin selepas PRU-13.
Sifat perkauman adalah parut paling hodoh yang mencacatkan 'wajah' sebuah masyarakat sivil. Perkauman juga merupakan racun paling berbisa yang akan melumpuhkan 'tubuh' masyarakat itu sendiri, 'tubuh' - dalam konteks ini ialah sistem kemasyarakatan yang menjadi penggerak kepada semua bentuk pembangunan yang relevan untuk sesebuah masyarakat itu. Sifat perkauman yang jelik ini juga bisa meletakkan masyarakat dalam sebuah daerah kebodohan yang penuh dengan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain, biarpun sudah 54 tahun berkongsi langit yang sama.
Saya juga musykil dengan persekitaran yang kita sedang hadapi. Apakah yang membuatkan kita terlalu sukar untuk meruntuhkan tembok perkauman ini? Mengapa masih kedengaran dari mulut-mulut kita bahawa bangsa itu dan ini adalah pendatang? Mengapa masih terdengar celuparnya perkataan kita bangsa selain Melayu harus dihantar pulang ke negara asal mereka? Mengapa ada yang biadab mengaku bangsa mereka menjadi tuan kepada satu bangsa yang lain? Apakah ini yang kita cerminkan selaku sebuah masyarakat yang mengaku melalui proses tamadun yang ulung?
Tidak salah untuk kita mengakui dan berbangga dengan kehebatan bangsa masing-masing. Saya seorang Melayu, secara peribadi saya berbangga sebagai Melayu. Cuma, yang menjadi masalah kepada negara ini ialah apabila segelintir daripada kita mendokong ideologi yang berorientasikan ekstrem dan taksub kepada bangsa. Ideologi sampah beginilah yang akhirnya membenihkan barah assabiyah yang kronik.
Ideologi sampah berteraskan ketaksuban kepada bangsa telah membuatkan kita lupa bahawa Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Isu bangsa itu dan ini sebagai pendatang tidak pernah timbul. Setengah abad telah berlalu dan kita semua tahu, semua bangsa yang lahir di tanah ini, adalah warganegara dan mereka yang terus memainkan isu pendatang ini nyata defisit ilmu serta berfikiran tumpul. Tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang bergelar warganegara Malaysia perlu dihantar pulang atau dihalang dari menetap di sini. Ini adalah rumah mereka. Rumah yang kita kongsi tanpa mengira jenis baka atau keturunan.
Selain itu, lahir juga sebahagian pelampau yang tanpa segan silu mengaku bangsa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Ketahuilah, tidak ada satu pun bangsa di dunia ini layak mengangkat diri mereka menjadi tuan kepada bangsa yang lain. Tuhan yang Maha Menciptakan telah menjadikan kita semua setaraf dan sedarjat. Tidak seorang pun daripada kita mempunyai kelebihan ke atas seorang yang lainnya. Justeru, sesiapa yang masih tegar memperjuangkan Ketuanan Bangsa, nyata telah melawan ketetapan yang ditetapkan Allah. Jelaslah bahawa, konsep Ketuanan Bangsa yang digembar-gemburkan kepada kita selama ini adalah jijik dan sangat terhina di sisi agama yang dibawa oleh utusan-Nya yang benar.
Saya nukilkan artikel ini setelah melihat elemen perkauman yang semakin membarah dalam negara kita. Ya, mungkin saya dilabel pengkhianat bangsa tetapi saya percaya kepada prinsip kesaksamaan dan berdiri teguh di belakang prinsip tersebut.
Jadi, tugas yang terpikul di atas bahu kita sekarang ialah untuk memecahkan tembok kedinginan yang telah lama meletakkan kita dalam keadaan berpecah dan saling merasa prejudis antara satu sama lain. Saya tekankan, Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Inilah masa untuk kita bersatu tanpa mengira bangsa mempertahankan bumi bertuah ini daripada petualang-petualang sebenar yang telah sekian lama berselindung di sebalik topeng pejuang.
Malaysia perlukan nafas perubahan yang segar. Nafas perubahan segar itu hanya dapat ditiup jika kita sebagai rakyat dan anak semua bangsa bersatu dan menjadikan ia satu realiti.
Sudah tiba masanya seluruh Anak Muda di negara ini bangkit untuk menuntut hak mereka mengenai gaji minima sebanyak RM1,500 yg sudah dibuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Sudahlah kelmarin Pembangkang dari puak Umno BN di DUN Selangor buka mulut busuk diorang melaung-laung suara marahkan kerajaan negeri pimpinan Khalid ibrahim… sekarang ni MCA pulak mahukan RM1, 500 gaji minimum diperluaskan kepada semua kakitangan awam S'gor.
Oiii Be End…. Persatuan Pekerja MTUC dan affiliate mereka yang lain, sudah lebih 30 Tahun meminta dan mendesak kerajaan BN agar menetapkan gaji minimun kepada mereka yang bergaji rendah, namun sampai sekarang tiada respon daripada Kera Jaan Be End. Masa itu apa yang pemimpin mulut busuk ni bertindak?!! Bila Pakatan Rakyat laksanakan.. baru nak bercakap.
Inilah menunjukkan tahap pemikiran & IQ pemimpin Umno BeEnd… yang hanya tahu menipu rakyat selama lebih 50 tahun.
Khalid Ibrahim dah berkata bahawa kenaikan gaji minimun kepada pekerja perkhidmatan awam adalah atas urusan kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri. Kalau dah banyak cakap…mintak kerajaan pusat BeEnd laksanakanlah gaji minima untuk semua kakitangan… Ini barulah adil untuk semua.
Sebab itu Reformis Anak Muda mengajak seluruh Anak Muda mengundi Pakatan Rakyat untuk mendapat hak mereka bergaji minima RM1,500… Pasti !!!
Jangan apabila Be End menang balik.. sudah pasti seluruh rakyat MENDERITA ditekan dengan pelbagai kos kehidupan yang melambung dengan perlaksanaan GST, kenaikan harga barang, Tol, harga petrol dinaikkan.
Sekarang ni UmnoBN akan memainkan Hidup Melayu! untuk menipu anak muda, sama seperti mereka sudah lakukan selama lebih 50 tahun…
That is all I want to say, Yang Berhormat Datuk. I am sorry if I sound very blunt and abrasive but that is how I do things and even Tuanku can tell you that I spare no one, not even Sultans. I just hope that my message gets through to you so that you can spare me the agony of having to launch a campaign to send you into retirement in a most unceremoniously and inglorious manner.
Yang Berhormat Datuk Dr Hasan Haji Mohamed Ali,
I trust you still remember me. We first met probably ten years or so ago in the royal town of Kelang.
I thought I should write to you because I feel, as a member of Kerabat Selangor, it is my duty to save Pakatan Rakyat Selangor, PAS Selangor, the Selangor Malays, and you, further embarrassment. Furthermore, it is my duty as a cousin to His Highness the Sultan to raise this issue as it is my personal opinion you are putting Tuanku in a very dicey situation with your continued irrational antics.
I say this because if Tuanku were to remain silent it would be perceived as Tuanku is not upholding Islam when it his duty as head of religion in Selangor to do so and, on the other hand, if Tuanku responds to your so-called revelations it would make Tuanku appear outdated, small-minded, easily-manipulated, hypocritical, and much more.
Sometimes I wonder whether all your so-called revelations are done in good faith or whether there is an element of mala fide with a hidden agenda to force Tuanku into a corner so that if Tuanku responds Tuanku is damned and if Tuanku does not respond Tuanku is also damned.
I have a deep-rooted suspicion that this is a conspiracy to embarrass the monarchy and put it under attack so that there would come a time when people would question the relevancy of the monarchy and ask whether Malaysia is better off as a republic. I am aware that many Islamists such as you favour an Islamic republic over what you perceive as a corrupt and un-Islamic monarchy. I would not be surprised if this is a very subtle plan to bring down the monarchy.
I am fully aware that you are a politician standing on the platform of Islam and that makes you a politician, period. I, for one, do not consider you a theologian because, if you were, you would not become a politician. You would instead serve God rather than serve your own very personal and narrow interest of seeking power.
Politics is dirty. So it would be very difficult to serve God when your motivation is the quest for power. You need to be un-Islamic and do many things contradictory to Islam if you want to gain power. That is the reality of the situation. Clean or Islamic politics are as rare as virgin prostitutes. If you were to resign from PAS and retire from politics then maybe what you say would sound credible. Now I can only assume that you have a dark and hidden agenda for what you are doing.
Yang Berhormat Datuk, let me be blunt. In politics, you serve the devil, not God. That is the bottom line and there are no two ways about it. And you, Yang Berhormat Datuk, are worse than a 'normal' politician. At least normal politicians are honest about their dishonesty. You exploit God's name while doing the devil's work.
We must not forget you were once a Director of BTN, the government-owned propaganda and brainwashing arm that is the cause of much of Malaysia's racial problems today. In other words, if you were really motivated by Islam, and if your agenda was to serve God, you would have distanced yourself from BTN. How can a man of the cloth be involved in racism and discrimination, the very thing that the Prophet Muhammad forbade in his sermon in Arafah the final year of his life?
Yang Berhormat Datuk, the world has changed. You need to drag yourself screaming and kicking into the real world and not remain stuck in a world of fantasy that you appear to have difficulty extricating yourself from.
Today, people talk about human rights, freedom, and civil liberties. I know it is a hard concept to grasp for someone like you who feels that the world must dance to your tune and live the life as you see it. But that is the reality of what is happening in the world today and is something that can't be avoided and something you cannot prevent.
Today, people no longer accept faith based on dogma but demand faith based on reasoning. In fact, faith itself has been placed under the microscope and people no longer accept faith based on theological arguments but expect tangible evidence to support belief.
Actually, Yang Berhormat Datuk, this is not a Muslim problem. This problem is not confined to just Islam. This is a universal problem faced by all religions the world over.
You will be surprised that in Iran, the seat of the Islamic Revolution of 1979 that changed the way the world perceives Islam and triggered what historians 100 years from now will call 'The Period of Islamic Revival', Muslims are leaving Islam in droves. Even Iran has to accept this fact and there is nothing the mullahs can do about it. I have personally met Iranians who scoff at religion as old wives' tales, folklore, myths, and so on.
We have to accept one very basic fact: and that is humankind today is free-spirited, is able to contemplate and rationalise issues, and is brave enough to take a stand based on what they believe is the truth. In this type of situation you can only explain but you will have to allow them to decide what they wish to accept and what they wish to reject. You can no longer force them to accept what you consider to be the truth. They will decide the truth and falsity of the information and will come to their own conclusion and decision.
So, Yang Berhormat Datuk, it is time you toned down your religious rhetoric. You are beginning to look like a court jester. No one takes what you say seriously any longer. In fact, if you were to conduct a poll, the majority being polled would vote that you are a Trojan horse working for Umno whose job is to hurt Pakatan Rakyat.
Please rest assured I am not in the least concerned about your image, if you still have some left. My concern is Tuanku. If you continue this way you are going to place Tuanku in jeopardy. Tuanku just can't ignore you considering you are the EXCO Member in charge of Islam. However, if Tuanku were to act on your so-called revelations, it would not augur well for Tuanku.
That is all I want to say, Yang Berhormat Datuk. I am sorry if I sound very blunt and abrasive but that is how I do things and even Tuanku can tell you that I spare no one, not even Sultans. I just hope that my message gets through to you so that you can spare me the agony of having to launch a campaign to send you into retirement in a most unceremoniously and inglorious manner.
Dalam rencana "Siapa layak jadi pemimpin" oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir melontarkan persoalan….Kalau hanya warak menjadi pilihan, kenapa Allah SWT tidak memilih malaikat untuk menjadi khalif. Rujuk link di sini. Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.
Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin.Adakah Pemimpin BN kini menjaga betul-betul solat mereka?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda,
"Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.'
Terdapat sebahagian pemimpin Muslim melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat.
Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud,
"Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".
Di Malaysia kita dapati ramai pemimpin BN amat suka kepada perkara mungkar seperti program muzik, pesta dan konsert. Memang mereka tak layak langsung jadi pemimpin selepas PRU-13.
KLANG, 19 Nov ― Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.
"Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet)," kata beliau kepada pemberita di sini.
Noh, bagaaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.
Amin Iskandar Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.
Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.
Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).
Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.
As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.
Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.
Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.
Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.
Siapa Ibrahim Libya?
Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.
Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.
Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.
Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.
Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.
Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.
Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.
Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.
'Dosa' Ibrahim Libya
Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.
Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.
Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.
Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.
Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.
Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.
Simbol perlawanan terhadap ISA
Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.
Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:
"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."
Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.
Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.
Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.
Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.
Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.
Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.
Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.
Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.
SKANDAL NFC: SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:
1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.
Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.
Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:
2008 (tahun pertama) 2009 Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor - Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor - Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor - Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor - Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor (nisbah 1:1) 137 ekor (nisbah 1:11) Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897
Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.
Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.
Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:
1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.
Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.
Apa sudah jadi dengan wanita dan gadis Malaysia, terutama gadis dan wanita Melayu. Malah pemuda Melayu berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun hampir 52 peratus terlibat dengan dadah, seks bebas, dan gejala sosial yang cukup menakutkan. Malah laporan terkini kaum lelaki menjadi kaum mainoriti dalam IPTA. dan IPTS.
Wanita Melayu dan gadis Melayu adalah yang paling ramai dalam kes buang bayi. Hampir 200 ribu anak luar nikah yang didaftarkan dalam tahun 2008 hingga 2010. Yang bagusnya BANGSA MELAYU PALING RAMAI. HEBAT,HEBAT BANGSA KU.
Berita terbaru yang dipetik dalam akhbar arus perdana, lagi hebat. Gadis Melayu tayang tubuh dan berlagak seksi dan adegan ghairah dipertontonkan dan bertanding dalam "lady Nite" disebuah kelab hiburan di Bandar Kuantan
Gadis berusia antara 15 tahun hingga 18 tahun majoritinya bangsa Melayu bertanding separuh bogel dan adegan sesksi. YANG BAGUSNYA HADIAH JUARA PERTANDINGAN IALAH SATU BOTOL ARAK DAN WANG TUNAI RM600.00
Gadis dan wanita yang ditangkap oleh pehak berkuasa beasal dari KEMAMAN, MARAN DAN SEKIRAT BANDAR KUANTAN.Cubalah fikir bersama, dimana silapnya. Bangsa Melayu kian hancur, kuasa politik UMNO dan Melayu dilacur oleh pemimpin yang bernama UMNO. "
'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'
Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible' sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.
"Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.
"Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup." kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.
Kebenaran hakiki
"Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.
"Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran," kata Dr Asri.
Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.
Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.
"Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .
"Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana," katanya.
Mendapat tauliah
Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa "alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas".
Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.
Sebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.
Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.
Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.
"Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.
"Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri," katanya.
Perlekehkan umat
Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.
"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.
"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.
Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.
"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.
"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.
"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.
Jumaat 18 November 2011 YB Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong, Perak) dijadualkan menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pihak masjid amat berbesar hati menerima tawaran menyampaikan khutbah oleh YB Khalil melalui seseorang yang menguruskan kehadiran beliau ke Terengganu. Pada Khamis 17 November 2011 wakil yang menguruskan YB Khalil telah menghubungi pihak masjid bagi mengesahkan kehadiran YB Khalil menyampaikan khutbah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Tiba waktu Jumaat 18 November sehingga masuk waktu Zohor jam 12.55 tengahari dan azan dikemundangkan YB Khalil belum muncul. Iman dan bilal bertugas masih menunggu kehadiran beliau dengan harapan beliau akan tiba walaupun mungkin agak lewat. Jam 1.07 tengahari beliau belum muncul. Tuan imam membuat panggilan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali supaya YB Khalil hadir kehadapan dengan andaian beliau hadir tapi mungkin berada bersama jemaah di bahagian belakang. Imam, bilal dan makmun mula resah dengan keadaan yang berlaku. Oleh kerana waktu sudah terlewat daripada kebiasaan maka tuan imam masjid tanpa persediaan yang cukup terpaksa menyelamatkan keadaan untuk naik keatas mimbar bagi meneruskan rukun-rukun solat Jumaat hingga selesai.
Selesai solat Jumaat imam, bilal dan pengerusi masjid masih setia menunggu YB Khalil takut-takut beliau muncul kehadapan untuk memaklumkan apa sebenar yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak masjid. Namun beliau tidak muncul sampai ke sudah walaupun beberapa ahli jemaah yang mengenali beliau memaklumkan ternampak kelibat beliau turun dari masjid bersama-sama jemaah lain.
Walaupun solat Jumaat berlangsung tanpa kecacatan namun pihak masjid merasa amat terkilan serta kecewa di atas kegagalan beliau hadir sebagaimana dijanjikan. Pihak masjid menghubungi wakil yang menguruskan kehadiran beliau dan diberitahu bahawa YB Khalil terlewat hadir dan ketika beliau sampai imam sudah naik ke atas mimbar menyampaikan khutbah. Oleh kerana itu dia terus berada di saf belakang bersama jemaah lain.
Sepatutnya YB Khalil lebih maklum bahawa khutbah Jumaat tidak seperti ceramah, kuliah maghrib, forum dan sebagai. Kegagalan hadir pada waktu ditetapkan untuk program sedemikian masih boleh dimaafkan. Amat berbeza dengan khutbah Jumaat yang mana ketiadaan khatib boleh menyebabkan solat Jumaat tidak dapat ditunaikan. Andaikata ini berlaku adakah YB mahu bertanggungjawab ? Seseorang khatib sewajibnya berusaha hadir selewat-lewatnya setelah azan zohor berkumandang. Sekiranya tidak yakin boleh hadir tepat pada waktu baik tarik diri awal-awal dari menjadi khatib daripada menimbulkan masalah kepada seluruh jemaah.
Pihak masjid juga amat terkilan kerana YB Khalil gagal menampilkan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar. Sewajarnya beliau tampil bersua muka dengan imam dan pengerusi masjid bagi memohon maaf atas kegagalan berkhutbah sebagaimana dijadual. Beliau tidak sepatutnya merasa malu untuk memohon maaf malah ianya akan membuang prasangka dan anggapan negatif terhadap beliau susulan insiden tersebut.
Kami berharap ini kegagalan mendisiplinkan waktu yang pertama dan terakhir bagi YB Khalil. Kami selaku ahli bawahan mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh semua pimpinan Pas agar kita tidak mempermainkan peringatan dalam surah Al-Asr yang selalu dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.
APABILA kita meneliti cerita lisan silam – Lebai Malang, tentu ada kalangan kita yang bertanya dari mana timbulnya ungkapan kata 'pak lebai' ini? Ia watak agama. Kononnya beliau dijemput membaca doa selamat untuk kenduri di dua buah kampung yang terletak di hulu dan di hilir sungai.
Dengan ketamakan itu, beliau memilih menongkah arus ke hulu sungai terlebih dahulu, supaya nanti dalam perjalanan pulang ke hilir akan lebih cepat sampai.
Akibatnya dia berkayuh perlahan kerana menongkah arus ke hulu dan ketika tiba saja di majlis kenduri itu, juadah telah tiada. Demikian juga ketika dia ke hilir sungai. Walaupun dia mendayung laju kerana perahunya sealiran dengan arus sungai, namun tetap sahaja beliau kesuntukan waktu untuk mendapat juadah kenduri yang baharu sahaja selesai itu.
Persoalan awal yang boleh kita bangkitkan di sini, dari manakah asal-usul kalimat lebai itu? Ia pasti kalimat baharu kerana ia hadir pada zaman Islam. Ia tidak wujud ketika zaman Hindu-Buddha di Alam Melayu purba ini. Jadi, bagaimanakah kalimat 'lebai' itu terbentuk?
Salah satu andaian baharu yang boleh kita bahaskan di sini adalah – lebai ini sekumpulan manusia yang pergi menunaikan fardu haji. Lalu haji melaung, "LABBAIkallahumma LABBAIK!..." Dan seterusnya. Maka, lebai pun muncul dengan sebab golongan pak haji ini telah pergi ke Mekah, menunaikan fardu haji lalu melaung-laungkan kalimat 'Labbai' itu. Maka, perlahan-lahan teruslah masuk terseludup dan terserap perkataan Pak Lebai dalam kaum Melayu.
Jika perkara ini boleh disahkan atau boleh diterima buat sementara waktu, maka rumusan awal yang boleh disusun adalah seperti berikut:-
Pertama, persuratan kesusasteraan mengenai haji bukan hal baharu dengan novel Di Bawah Lindungan Kaabah dan lain-lain travelog haji. Lebai Malang, walau dia tidak pergi menunaikan haji dalam sastera lisan yang demikian ringkas itu, namun cukup membuktikan bahawa ada sejenis karya yang sudah memperihalkan gelagat dan tabiat-tabiat buruk orang-orang haji yang masih kekal tamak dan tidak berubah sikap kelakunya itu.
Kedua, kisah Lebai Malang juga menunjukkan bahawa suatu bentuk luahan protes, bantahan orang Melayu ke atas golongan agamawan juga. Hal protes ini tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama sebab memang jelas ada kisah-kisah ulama su' (ulama jahat) dan mereka yang alim tapi membisukan diri ke atas kejahatan pemimpin negara.
Melayu itu rupanya pandai menegur dan sudah terlebih awal melantun kritik ke atas ulama dengan jalan persuratan.
Ini bermaksud, telah wujud fahaman bahawa golongan agamawan juga boleh dikritik, ditegur dan dibantah-bantah, sesuai dengan sikap perilaku mereka yang tamak dan jelek itu.
Dan, sastera lisan Melayu sudah pun membuktikan kemajuan fikiran Melayu yang memang sudah bersikap revolusioner apabila mahu bersikap keras terhadap penyelewengan agama oleh para ustaz-ustaz itu.
Maka, bagaimanakah kedudukan sastera dan persuratan haji, travelog haji yang meluas cetakannya pada zaman kita ini? Adakah ia mengandung kritikan ke atas golongan agamawan Raja Saud di Makkah dan menyiarkan kisah kecurangan orang yang berhaji semata-mata mahu mendapat penghargaan diri?
Tidak semua yang pergi berhaji itu dipandang terhormat kerana ada juga yang tidak sabar.
Misalnya, Najib Razak yang pergi berhaji untuk bertemu rakan politiknya di Arab Saudi itu.
Walhal, jelas termaktub di dalam Al-Quran; Al-Baqarah ayat 196, "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah itu KERANA ALLAH.."
Buat Najib Razak, usah disibukkan diri berbicara tentang iktisad dan pelaburan ekonomi Malaysia dengan pembinaan LRT, KTMB itu. Tumpu sepenuhnya hal-ehwal ibadat dan berdoalah di depan pintu Kaabah; Multazam supaya anda tidak digulingkan rakyat di Putrajaya sehingga mati beragan!
Parlimen Jerman: Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai "proses menyingkirkan seteru politik", kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
"Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.
"Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik," kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.
Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.
"Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.
"Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.
"Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia," kata mereka dalam kenyataan media.
Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam.
Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.) - KD
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."
Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika di kedai Mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yg duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indon vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa org Indonesia x hormatkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Jawapan yang dapat.. " Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami.
Bukannya melodi itu utk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu Aku Cinta Padamu milik Siti dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat? Malahan bapak akan ejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala admin mendengarnya.
kbbut
Addin :
Apa pun penyokong Indonesia sepatutnya hormat lagu Negaraku semasa dikumandangkan. Walaupun apa alasan, tindakan Indonesia seperti manusia tidak bertamadun. Gelagat segelintir rakyat Indonesia telah mengguris hati rakyat Malaysia. Kita serumpun dan seagama.. apa perlu berpelakuan sebegini hanya kerana permainan yang di namakan bola sepak, sungguh dangkal!!
Mahkamah Kejahatan Internasional (ICC) mengaku sudah mendapat konfirmasi pihak Kementerian Kehakiman Libya kalau putera mendiang Moammar Khadafy, Saif al-Islam tertangkap.
"Kami berkoordinasi dengan Kementerian Kehakiman Libya untuk meyakinkan terkait penangkapan Saif al-Islam sesuai dengan undang-undang," kata Juru Bicara ICC Florence Olara. Sebelumnya, pihak ICC, sebagaimana warta AP dan AFP pada Sabtu (19/11/2011), sempat salah mengumumkan soal penangkapan Saif pada Agustus silam. Saif muncul ke publik dua hari lalu. Sementara, ICC tidak mendapat kofirmasi hal tersebut.
Pada Juni 2011, ICC mengeluarkan jaminan bagi Saif dan Ketua Badan Intelijen Libya Abdullah al-Senussi agar keduanya diadili sesuai hukum kejahatan kemanusiaan. Bulan lalu, ICC mengatakan Saif al-Islam sedang dalam kontak dengan pihak penengah terkait kemungkinan putera Khadafy itu menyerahkan diri./kompas
Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno. Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar.
Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam.
Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.
Jaguh palsu
Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.
"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.
"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud."
Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.
Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan
Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.
Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti daripada pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.
Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.
"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini.
Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada media./mc
Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka. Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.
Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini. Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia.
Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan.
Tuan yang saya muliakan,
Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?
Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang.
Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.
Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70'an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini.
Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.
Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.
Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA.
Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.
Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis.
Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.
Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.
Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.
Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik.
Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.
Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya./tukartiub
JAKARTA - Cara pihak keamanan mengevakuasi para pemain sepak bola Malaysia dengan "menyembunyikan" mereka di dalam baracuda usai menghadapi tim tuan rumah Indonesia di Stadion Utama Gelora Bung Karno membawa kesan tersendiri buat pelatih Malaysia Ong Kim Swee.
Ong menilai pengalaman di dalam barracuda itu sangat unik. "Bagi saya itu satu pengalaman yang sangat unik," kata Ong dalam jumpa pers di Hotel Sultan, Jumat, 18 November 2011. Pelatih berkacamata yang sukses membawa tim besutannya menjuarai Grup A SEA Games ini cukup mafhum dengan kefanatikan para pendukung tim Indonesia yang malam tadi takluk 0-1 dari Malaysia.
Ong mengatakan kendaraan taktis polisi untuk mengevakuasi para pemainnya memang demi keamanan dan keselamatan para pemain. Barangkali, kata dia, itu yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya. "Kami terima (perlakuan) ini karena ini isu yang amat penting karena menyangkut keselamatan," katanya.
Namun lain yang diungkapkan kepada wartawan, lain pula yang terjadi saat manager meeting di Hotel Sultan. Dalam pertemuan antarmanajer tim yang akan bertanding dalam semifinal besok, pihak Malaysia justru memprotes sikap aparat yang memaksa para pemain Malaysia naik barracuda. "Mereka berharap di semifinal dan final tidak ada lagi barracuda," kata staf panitia penyelenggara sepak bola untuk SEA Games, Bobby Mubarak.
Bobby mengatakan dalam pertamuan para manajer dan pelatih tersebut Malaysia komplain karena mereka sebelumnya juga pernah dipaksa naik barracuda saat Final Piala AFF 2010 lalu. Kali ini mereka minta para pemain Malaysia bisa masuk dan keluar dari stadion dengan bus biasa, tapi tetap terjamin keamanannya. "Akan ada rapat khusus untuk pengamanan," kata Bobby./tempo
Sarawak Report menemui beberapa dokumen yang mengejutkan berhubung kempen perladangan yang dijalankan oleh syarikat perladangan gergasi, Sime Darby, sebagai suatu usaha mereka melantik seorang pakar ekonomi paling popular di dunia, untuk menjadi 'duta' mereka. Jeffrey Sachs adalah seorang professor ekonomi di sebuah universiti di New York yang pernah disenaraikan namanya dalam majalah Time sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh di dunia.
Bukti-bukti yang kami temui bahawa Sime Darby didapati mengupah FBC Media untuk mempersembahkan Sachs sebagai agen promosi kegiatan perladangan mereka. Sebagai contoh, pada iklan eksklusif dalam akhbar Herald Tribune, Sachs didapati memuji-muji kerajaan Malaysia dan syarikat Sime Darby dalam tahun 2008 kerana usaha mereka dalam kegiatan perladangan. Di samping itu, Sime darby juga dipuji-puji kerana penglibatannya dalam zon pembangunan Iskandar.
Sime darby yang dikawalselia penuh oleh kerajaan Malaysia merupakan sebuah syarikat perladangan yang terbesar di dunia, dan ladang-ladang mereka di Malaysia telah mengeksploitasi alam sekitar di kawasan Miri dan Bintulu.
Kegiatan terbaharu Sime Darby adalah pergerakan mereka dari Sarawak ke daerah Liberia di Afrika di mana mereka didapati berladang di kawasan seluas 47,000 hektar yang telah menyebabkan orang-orang asli di situ telah bangkit menentang syarikat itu kerana merampas tanah-tanah milik orang asli.
Di Sarawak, kaum asli yang miskin yang memiliki tanah yang telah dirampas hak ke atas tanah untuk bercucuk tanam, bukannya kerajaan yang menyediakan tanah untuk rakyatnya. Hanya segelintir sahaja individu yang tahu cherita ini sebagai mana disampaikan oleh FBC Media.
Siasatan Bank Dunia ke atas kegiatan perladangan di Sarawak telah memperlihatkan kegiatan itu mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi papa kedana kerana kehilangan tanah sendiri setelah diambil syarikat-syarikat perladangan seperti Sime Darby.
Hasil siasatan kami juga mendapati Professor Sachs merupakan salah seorang dari beberapa individu yang digunakan Sime Darby mempromosikan nama syarikat itu./sarawakreport
Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya. Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut. Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.
Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara. Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.
Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.
"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu. "Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.
"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama. Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.
Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku. Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.
De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital. Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.
Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan. Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas./Agensi
Addin :
Najib akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya.. jika tidak, nasibnya akan menjadi seperti Arroyo ataupun lebih teruk lagi.
Di manakah agaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada sekarang? Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!Adakah beliau sebenarnya hos kepada rancangan yang merantau dunia? Sama ada beliau adalah versi cantik atau hodoh hos Asha Gill bergantung kepada sama ada anda adalah sebahagian daripada 59% daripada rakyat Malaysia yang menyukai beliau (tetapi peratusan merosot dengan cepat) , atau sebahagian daripada 41% yang tidak!
Dan dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam. Bersama beliau dan yang terus mejadi bebanan pembayar cukai, adalah isteri beliau yang juga tidak popular, Rosmah Mansor.
Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab. Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu.
Sebagai contoh, dia boleh telah menghantar Muhyiddin Yassin timbalannya, yang tidak begitu diperlukan di Malaysia, selain daripada menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada Sistem Pendidikan kita.
Percutian pada kos tidak munasabah
Selepas CHOGM, di mana Najib telah diambil gambar tertidur semasa pemimpin lain sedang berucap, dia kemudiannya kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Sekarang, mengetahui bahawa dia akan pergi ke mesyuarat APEC sejurus selepas itu, mengapa Najib tidak menangguhkan perjalanannya? Beliau bukan pergi sebagai individu persendirian tetapi kakitangan kerajaan yang dibiayai kerajaan pada kos yang tidak munasabah.
Malaysia pula terkapai-kapai tanpa pemimpin. Greece telah pun gagal, Itali di bawah pengepungan, Sepanyol menggeletar dan ekonomi global adalah di bawah ancaman. Najib pula telah hilang dan bercuti. Beliau mempamirkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga Menteri Kewangan tetapi tidak melakukan apa-apa dan meninggalkan ekonomi dalam tangan Ahmad Husni, yang telah membuktikan dirinya tidak lebih daripada seorang akauntan.
Malaysia telahpun dikejutkan dengan pendedahan pembaziran yang dilakukan kerajaan dan juga rasuah dalam laporan Ketua Audit Negara. Najib tidak sedikit pun mengelipkan mata dengan berita kondo mewah RM10 juta yang dibeli untuk keluarga menteri Kabinet kanan dengan menggunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk projek pengeluaran daging lembu negara. Adakah ianya tradisi dalam BN? 'Anda bantu saya, saya bantu anda?
Sementara itu, rakyat Malaysia merintih dengan beban inflasi 5 hingga 8% untuk makanan, disebabkan oleh dasar tidak cekap yang dilaksanakan Najib. Perbelanjaan diluar kawalan Najib bertambah dengan signifikan sekali. Mungkin beliau dan Umno berfikiran bahawa, apalah sangat beberapa ratus berjuta-juta lagi apabila sudah berbilion-bilion tidak pun trilion yang menjadi taruhan. Secara seriusnya, kos menyembuhkan Malaysia akan mencecah menjadi angka trillion. Masa adalah faktor penentu.
Masa adalah amat berharga. Lebih lambat Malaysia melakukan reformasi, sedang Umno memburu tinggi dan rendah langit untuk bakat-bakat yang tidak wujud untuk membantu kita keluar daripada lubang yang kita gali sendiri ini; LEBIH teruklah kita membahayakan anak-anak kita dan lebih dekat kita membunuh ekonomi kita.
Terpaksa berundur
Hanya satu sahaja penjelasan terhadap sikap tidak ambil peduli Najib. Beliau telah berputus asa.
Kemungkinan beliau tidak dapat menghadapi tekanan politik ke atasnya oleh golonganMuhyiddin-Mahathir. Beliau tidak mempunyai akal dan tidak boleh menarik orang-orang yang boleh menguruskan ekonomi. Reformasi palsu beliau telah terbukti gagal begitu sahaja. Mengapa tidak ambil jalan mudah dan menikmati percutian yang tidak berkesudahan?
Terus terangnya, pada peringkat ini dalam sejarah Umno, bukan menjadi perkara pokok siapa yang menerajui parti itu. Tidak seorang pun pemimpin-pemimpinnya akan akan bekerja. Seperti bisul buruk, Umno haruslah dicucuk dan nanah mesti dibebaskan sebelum proses penyembuhan boleh berlaku. Tetapi dalam masa yang sama, seperti kata-kata seorang rakan penulis, PERGI JAHANAM SAHAJA DARI SINI dan biarkan Malaysia pulih. Jangan membawa negara sekali sekiranya ingin bunuh diri!
Si pelawak di negeri orang
Di Perhimpunan UMNO pada bulan Disember nanti, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain boleh menyalak dan berteriak semahu mereka tetapi ini tidak akan merubah hakikat bahawa perubahan akan tiba juga. Doktor akan memberitahu anda, nanah sentiasa akan mencari jalan keluar. Jadi bagi orang-orang yang mahu mengambil alih selepas Najib, buatlah secepat mungkin. Hentikan segala tipu daya atas angin! Walau siapapun yang menang, UMNO tetap kalah. Ia tidak mempunyai pemimpin berkaliber untuk terus hidup. Jadi, berundurlah sementara Malaysia masih lagi wjud dan kembali SAHAJA, jika sudah sembuh.
Samalah dengan ahli Umno lain yang masih waras, dan juga rakyat Malaysia, mulalah berjuang sekarang. Ini sememangnya bukan masa untuk pergi bercuti. Berbeza dengan Najib,kita tidak lahir dengan harta kekayaan. Kita perlu bekerja untuk hidup dan untuk menggerakkan ekonomi. Hanya masa ini, kita perlu memastikan bahawa apa sahaja yang kita buat,mereka tidak dapat ambil daripada kita dengan senang. Kita sudah serik walaupun sekali digigit!
Mungkin Najib akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan beliau selepas ini yang bertajuk, "Bagaimana saya dan isteri saya pergi cuti dan bermesra dengan pemimpin-pemimpin dunia dan pada masa yang sama tidak mengambil berat mengenai ekonomi Malaysia".
Sky TV perlu mengikuti Najib dalam perjalanan beliau di seluruh dunia, dan mereka akan mempunyai musim kedua untuk rancangan mereka "Pelawak di Luar Negara". Cuma kita rakyat Malaysia tidak akan ketawa dengan seluruh dunia. Kita akan terlalu sibuk membayar untuk semua itu./ismail dahlan
PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.
"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
Serah memo ke Suhakam
Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini.
Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen.
Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu. Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.
Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan. "Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami.
"Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu.
Keadilan dan hak yang sepatutnya diperolehi oleh isteri dan keluarga mangsa tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhatian PAS Sabah. Justeru, PAS telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tahanan ISA di Kota Kinabalu, kelmarin. Setiausahanya, Laiman@Ag. Laiman Bin Ikin berkata, PAS memandang berat soal kebajikan dan kesengsaraan yang akan dihadapi oleh isteri-isteri mangsa tahanan.
"Suami mereka ditahan tanpa pembelaan dan pendakwaan yang betul. Mereka ditahan tanpa bicara. Bagaimana nasib keluarga mereka?," jelasnya.
Menurutnya, kos sara hidup yang meningkat dan kemasukan sesi persekolahan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi memerlukan kewangan yang kukuh untuk menampung perbelanjaan harian yang lain.
"Hari ini, semua barang keperluan naik harga. Ada anak-anak tahanan ini masih bersekolah. Sekarang musim cuti, lepas ni dah nak masuk sekolah. Sudah tentu banyak pengaliran kewangan akan berlaku.
Ada di antaranya, suami sahaja yang bekerja, isteri tidak. Kalau suami ditahan, makanya isteri terpaksa tampung tugasan mencari rezeki," katanya.
Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA). Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan pelbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman yang diketuai oleh DSP Azman Omar.
PAS Sabah mengalu-alukan sumbangan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi, pertubuhan, NGO, wakil parti politik, ahli perniagaan dan sumbagan orang ramai yang prihatin terhadap keluarga mangsa tahanan ISA ini.
"Kami dengan rasa rendah diri, mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi meringankan bebanan mereka," ujarnya Laiman yang juga pengerusi tabung bantuan tersebut.
Oleh itu, sesiapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menghubunginya di talian 016-8436511 atau secara terus ke akaun Bank Islam: 10-016-01-008285-5 atas nama Badan Perhubungan Pas Sabah./sabahkini
ZURICH - Presiden FIFA Sepp Blatter mengaku salah mengeluarkan pernyataan soal rasisme. Dia pun meminta maaf kepada publik. Namun, dia menolak mundur dari jabatannya. Blatter memancing reaksi keras dari banyak pihak saat diwawancara televisi.
Ia mengatakan, rasisme di sepak bola bisa diselesaikan dengan jabat tangan setelah pertandingan. Ucapan ini dianggap menyederhanakan atau meremehkan masalah rasisme yang sebenarnya sangat serius.
Rio Ferdinand dan David Beckham termasuk yang mengecamnya. Menurut mereka, ucapan itu tak pantas disampaikan oleh Blatter karena tak sejalan dengan semangat memerangi rasisme yang amat serius.
Banyaknya kecaman mulai memunculkan desakan agar Blatter mengundurkan diri. Namun, menurut Blatter, tindakan itu tak adil.
"Saya tak bisa mengundurkan diri. Kenapa harus mundur? Ketika menghadapi masalah, Anda harus menghadapinya. Meninggalkannya (masalah) justru merupakan tindakan tidak adil dan tidak sesuai dengan semangat juang, karakter, dan energi saya," ungkap Blatter kepada BBC.
Blatter menegaskan, dia tak pernah berniat menyederhanakan dan meremehkan masalah rasisme di sepak bola. Dia justru sangat sedih dan prihatin melihat kenyataan masih adanya rasisme di sepak bola.
"Ketika telah melakukan sesuatu yang tidak benar, saya hanya mengatakan minta maaf kepada semua orang yang tersinggung atas ucapan saya. Ini menyakitkan dan saya juga masih sakit. Perjuangan saya memerangi rasisme dan diskriminasi akan tetap berlanjut," ungkapnya./kompas
Kegelojohan polis menangkap 13 orang aktivis Islam di Tawau Sabah ternyata melalaikan mereka sehingga sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, kini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi.
Beliau melahirkan rasa kesal di atas insiden yang memalukan ini kerana sebelum ini terlalu banyak desas desus bahawa barang bukti penting telah hilang daripada simpanan polis termasuk wang tunai, dadah dan senjata api.
"Kini ternyata Allah subhanawataala membalas kezaliman polis menangkap aktivis Islam tanpa diberi hak membela diri dengan insiden yang memalukan institusi kepolisan di Malaysia," ujar Haji Hamzah yang mendesar agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggung jawab dan meletakkan jawatan kerana kecuaian tersebut berlaku di Ibu Pejabat Polis Balai Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam yang dikawal ketat.
Haji Hamzah secara sinis membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang gagal memastikan sistem simpanan bukti dalam siap guna dan selamat; turut menggesa agar beliau meletakkan jawatan. "Tidak keterlaluan kalau kita kata, SPRM rompak, PDRM curi!," ujar Haji Hamzah secara berseloroh tetapi bernada tegas.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700; beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis.
"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes," katanya ketika dihubungi media semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.
Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.
Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.
Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara./sabahkini
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran.
Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.
Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.
Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik.
Selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".
Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.
Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.
Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada.
Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.
Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.
Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
(QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
NizarBlog
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor.
Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.
Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.
Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita.
Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020.
"Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang.
Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan.
"Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara.
"Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol.
Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu.
"Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga.
Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama.
"Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya.
Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja.
"Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal
Presiden Barack Obama telah menyatakan harapan agar Malaysia dapat memainkan peranan yang produktif bagi membantu ke arah kestabilan dan kemakmuran dunia.
Perkara ini dinyatakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika kedua-dua pemimpin Malaysia dan Amerika Syarikat mengadakan pertemuan dua hala di Bali, di luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang dijadual berlangsung hari ini.
"Obama melihat Malaysia berpengaruh di rantau ini dan juga dengan negara-negara Islam.
"Beliau berharap Malaysia dapat mainkan peranan yang produktif dan membantu ke arah penyelesaian konflik dan boleh membantu ke arah kestabilan dan kemakmuran dunia," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Bali malam tadi.
Obama, kata Najib melahirkan penghargaannya terhadap Malaysia yang telah dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan AS selain mengalu-alukan peranan Malaysia dalam konteks sebuah negara Islam yang progresif.
"Juga peranan kita untuk menangani beberapa isu tertentu seperti isu pengawalan senjata, yang mana Malaysia telah memainkan peranan yang amat positif," katanya.
Sehubungan itu, Presiden Amerika itu telah meminta Malaysia mengkaji kemungkinan menyertai Inisiatif Keselamatan Pengawalan Senjata (PSI), yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat.
"Kita sedang mengkaji inisiatifnya, tetapi saya maklumkan kepada Presiden Obama meskipun kita belum atau tidak menyertai PSI, Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai pusat transit dalam perdagangan bahan-bahan senjata pemusnahan meluas, termasuk juga apa yang boleh digunakan untuk membuat senjata nuklear," katanya.
Perdana Menteri berkata dengan terlaksananya Akta Perdagangan Strategik, yang telah diluluskan, Malaysia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak termasuk sebarang kenderaan seperti kapal dan kapal terbang yang digunakan untuk membawa masuk atau keluar barang-barang atau bahan-bahan yang digunakan, yang bertentangan dengan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Pendengaran saman RM1.47 juta oleh Rizana Mohamad Daud memperlihatkan bagaimana Naluri Corporation Bhd yang dahulunya memiliki Malaysia Airlines, diuruskan oleh hartawan Tajudin Ramli. Rizana, 46, ipar kepada Tajudin - bekas pengerusi Naluri dan MAS - mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak mempunyai latar belakang undang-undang atau kelayakan, tetapi dibenarkan mengetuai unit korporat dan undang-undang Naluri antara 2002 hingga 2005. Rizana yang sebelumnya menjadi setiausaha Naluri sejak 1996 dan mendapat gaji RM20,000 sebulan, juga mengakui bahawa peguam peribadinya menderaf surat lantikannya sendiri dengan Naluri dan bukan daripada jabatan sumber manusia. Ekoran itu, klausa 18 dalam kontraknya menjadi pertikaian kerana tidak ada dalam kontrak pekerja Naluri yang lain. Peguam Naluri Ben Chan Chong Choon mencadangkan bahawa kontrak itu menyimpang, hasil daripada naungan khas kerana berkahwin dengan Bistamam Ramli, bekas pengarah Naluri yang juga adik Tajudin, yang mana Rizana segera menafikannya. Mengikut kontrak, penamatan sebagai ketua perundangan dan sekretariat korporat membolehkannya menerima pampasan gaji selama 36 bulan, yang mencecah angka RM1,469,774.04.
Majlis Peguam hari ini melancarkan tabung khas untuk menanggung kos mahkamah bagi kes melibatkan Orang Asli. Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tabung berkenaan bertujuan menanggung kos untuk memfailkan kes dan juga kos perundangan lain. Ambiga berkata, peguam yang menangani kes berkenaan bagaimanapun tidak akan mengenakan yuran guaman, katanya lagi yang turut merasmikan Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam hari ini. Halangan besar untuk Orang Asli mengemukakan kes mereka ke mahkamah, terutama berhubung hak ke atas tanah mereka adalah kos mahkamah. Antara lainnya adalah kes melibatkan penempatan sekumpulan masyarakat Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Ogos lalu. Ketua kampung kumpulan masyarakat Semai itu, Kadir Ahsan ketika membentangkan kesnya dalam seminar selepas itu berkata kerajaan telah memujuk mereka untuk berpindah. "Kerajaan suruh kita pindah banyak kali, tapi kita memang tak mahu pindah. Walau berisiko pun kita akan duduk di situ juga," katanya. Jelasnya, mereka enggan berpindah dari kawasan yang didiami itu kerana bimbang tanah berkenaan akan diambil oleh pemaju. Beliau memberi alasan, lereng bukit yang didiami itu bernilai tinggi kerana kedudukannya yang mengadap satu kawasan padang golf. "Sebab itulah kita perlukan bantuan peguam," katanya lagi yang mahu hak anggota masyarakatnya ke atas kawasan berkenaan dikekalkan.
PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Serah memo ke Suhakam Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini. Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen. Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu. Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan. "Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami. "Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen yang mapan mengenai pertahanan merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk membersihkan perolehan pertahanan Malaysia, yang sering dihantui pembelian meragukan, kata pakar antarabangsa.
Mark Pyman, pengarah pertahanan dan program keselamatan Transparency International UK (TI-UK), mencadangkan satu pakej inisiatif untuk memulakan pembaharuan dalam perolehan pertahanan Malaysia:
Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen pertahanan yang melibatkan kedua-dua pihak; (1) Kementerian Pertahanan perlu menerbitkan maklumat lanjut berkenaan perolehan. (2) Masyarakat sivil menuntut maklumat lebih terperinci daripada belanjawan perolehan pertahanan. (3) Kerajaan memastikan integriti perolehan pertahanan dalam program transformasi.
Jawatankuasa pertahanan parlimen - amalam biasa dalam sistem demokrasi berparlimen - salah satu struktur asas dalam mengawal akaun Kementerian Pertahanan, kata Pyman ketika diwawancara Malaysiakini.
Ketelusan perbelanjaan pertahanan Malaysia dikelaskan dalam kategori 'sederhana hingga rendah' dalam indeks antarabangsa 2010. Menurut Laporan Ketelusan Perbelanjaan Pertahanan oleh Transparency International yang dilancarkan di Subang Jaya hari ini, Malaysia memperoleh mata 4.5, dengan 12 paling telus.
Ia meletakkan Malaysia bersama negara seperti Afghanistan, Thailand, Georgia dan Azerbaijan.
Malaysia juga antara yang ketinggalan di belakang Indonesia, Bangladesh dan Papua New Guinea, yang mempunyai ketelusan sederhana dalam perbelanjaan pertahanan.
Pakatan Rakyat dilihat negatif di mata orang Melayu Pulau Pinang tetapi dalam masa yang sama BN pula masih diragui di negeri itu, demikian tinjauan badan penyelidik bebas.
Selain imej "kerajaan Cina" yang membelenggu DAP, PKR dilihat parti pelbagai kaum yang tidak berideologi Melayu dan PAS pula tidak memberi kesan dan dianggap sebagai boneka.
Tinjauan kelolaan Ilham Centre juga mendapati, walaupun Umno dilihat pilihan terbaik untuk masa depan Melayu, namun dakwaan dominasi golongan India Muslim dikatakan menjadi penghalang sokongan pengudi.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan dapatan yang menunjukkan bahawa 25.3 peratus responden setuju DAP akan terus memerintah.
Sebaliknya, pengundi merasakan peluang BN merampas semula Pulau Pinang hanya sebanyak 18.6 peratus.
Kebanyakan pengundi, kira-kira 60 peratus memberi jawapan tidak pasti.
Antara dapatan menarik dalam tinjauan itu:
Faktor parti paling mempengaruhi pengundi (50 peratus).
Isu tempatan lebih mempengaruhi undi daripada isu nasional (26.7 peratus).
Isu PAS boneka merupakan isu nasional paling mempengaruhi pengundi (55 peratus).
Isu Melayu tertintis merupakan isu tempatan yang paling mempengaruhi pengundi (55 peratus).
Peka dan prihatin masalah rakyat merupakan ciri kepimpinan yang paling mempengaruhi undi (91.4 peratus).
Kajian pada awal Oktober itu dijalankan di tiga kubu kuat BN - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas - melibatkan 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar.
Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.
Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.
"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.
"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.
Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".
"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.
"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.
"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.
Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.
"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.
Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.
"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.
"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.
Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.
Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.
Beliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.
"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.
"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya (Pak Lah)," katanya
Dokumen arahan dari Kementerian Pelajaran sila lihat diakhir entry..
Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.
Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.
"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.
"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.
Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".
"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.
"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.
"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.
Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.
"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.
Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.
Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.
Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?
Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?
Pembelian kondo tidak boleh diterima
Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.
Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.
Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?
Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.
NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti
Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?
Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..
Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.
Projek 'berjaya' satu ilusi
Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6
Disember 2007 bahawa "operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan." Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.
Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, "mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu". Salah.
Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan "diternak", kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.
Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai "pengeluaran".
Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.
Seterusnya Salleh berkata, "dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010."
Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.
Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.
Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, "kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara."
Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk "lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran."
Untuk perladangan kontrak, NFC akan "membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.
Ekuiti yang cukup?
Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.
Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?
Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.
Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?
Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.
Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.
Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.
Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.
Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku?
Gambar di atas ialah gambar Rosmah disebuah kedai permata di Beijing, China pada tahun 2009.
Ianya bukanlah datang dari laporan akhbar dari negara China.. tapi dikirimkan oleh seorang rakyat Malaysia yang telah berada di Beijing untuk satu mesyuarat..
Menurut beliau jurujual kedai barang kemas itu telah mengatakan Rosmah Mansor telah membeli Bracelet bernilai USD$55,000.00 pada tahun 2009 dan gambar Rosmah diletakkan di dinding kedai tersebut sebagai kenangan...
Baca surat ringkas dibawah ni..
ROSMAH'S US$55,000 BRACELET
I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.
By Ah Cheong
Dibawah ini ialah video Rosmah di Beijing pada tahun 2009..
PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.
Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
"Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik".
"Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa," katanya.
Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.
Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.
Surat debat kepada Khairy
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.
Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan.
Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12 Disember depan.
Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3 Disember depan.
"Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat," kata Rafizi.
Parti KITA, parti kacau daun Merata tempat nak letak calon [sini]
Ahli tak banyak mana dan mereka tahu calon-calon mereka susah nak menang. Realiti tu beb!! Tapi.... mengapa KITA beriya-iya nak tanding juga??
Pastinya mereka akan bertanding di kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh PKR untuk wujudkan pertandingan tiga penjuru bagi pecah undi. Ini adalah untuk memberi kesan kepada strategi satu lawan satu yang akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat.
You see.... Nampak sangat, busuk hatinya KITA ini. Sebab tu, banyak pendapat mengatakan yang mereka ini parti trojan horse. Trojan horse UMNO@BN untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, especially daripada PKR. Wallahua'lam...
Hahahaha.... Dendam kesumatnya masih membara. Gila-gila punya membara. Kesian dia... buat kerja gila.
Apa-apa pun... aku rasa rakyat takkan terbodoh dengan strategi gila KITA ini. Masa depan kita tanggung jawab kita. TOLAK KITA.... kita bahagia. TOLAK KITA.... kita sejahtera. TOLAK KITA... UMNO derita dan merana. Biar mampoohh mereka!!
Dalam kesibukan kerja... masing-masing terlupa akan aniversary kami berdua. Then... hari ini terbaca ungkapan ini dalam facebook anak buah.
"One day you will ask me which is more important? My life or yours? I will say mine and you will walk away not knowing that you are my life." - Khalil Gibran
Uisy....!! Anniversary kita orang dah lepas dah. Ulang tahun perkahwinan ke 28 tahun, weh... But, it's never too late to wish 'Happy Anniversary' to my dear.... father of my three Mohammad.
Yes... you are my life. But.... I'll never walk away from you dear. Thank you so much for being such a loving, caring and understanding husband and father.
I'll love you forever and may Allah bless you always. Happy anniversary!!
Tahniah, pasukan bolasepak negara akhirnya berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir acara bolasepak di Sukan SEA XXVI Indonesia bila berjaya mengalahkan Myanmar 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta petang tadi. Gol Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-85 hasil hantaran silang Izzaq Faris Ramlan, yang kemudiannya disudahi beliau menerusi rembatan yang menewaskan penjaga gol Myanmar, Thihasthu.Malaysia yang agak tenggelam pada separuh masa pertama, menukar rentak dan berjaya mengekang kemaraaan pemain Mynamar pada babak kedua. Jaringan Fakri melegakan seluruh peminat bolasepak di negara kita dan ia berjaya membantu pasukan negara untuk mempertahankan pingat emas yang telah dimenangi dua tahun lalu.
[Pasukan negara akan bertemu dengan tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir, bila pasukan negara itu menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. Ini bermakna, ulangan perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan skuad negara menewaskan Indonesia 1-0 dua hari lalu akan diulangi. Pastinya satu perlawanan yang cukup bersejarah akan dapat disaksikan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta nanti apabila dua musuh tradisi dipertemukan. Apa yang menarik, Malaysia berjaya berhadapan dengan dua pasukan tuan rumah pada dua perlawanan akhir Sukan SEA. Harapan rakyat Malaysia agar pasukan negara akan dapat mempertahankan pingat emas kali ini].
KUALA LUMPUR, 19 Nov - PAS hari ini mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman(foto) berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari Perdana Menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suhakam Kota Kinabalu pada 21 November ini. Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri di Parlimen. Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta ISA tersebut.
[Sementara itu, agak mengejutkan bila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan. Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah. Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu. Persoalannya sekarang, Hishamuddin sebenarnya lupa bahawa Perdana Menteri yang juga sepupu beliau sendiri iaitu Najib Razak telah dengan beraninya mengumumkan pemansuhan ISA sebelum ini. Mengambil kira kepada menunggu ia dimansuhkan secara rasmi maka apa perlunya ada lagi tahanan ISA. Katanya, undang-undang baru akan digubal dan dibentangkan pada Mac 2012 nanti. Maknyanya, jika ada yang ditahan ISA sekarang maka mereka terpaksa dibebaskan pada tarikh itu. Untuk apa lagi ditahan, lebih baik 13 individu terbabit dibawa ke muka pengadilan. Nampak benar ISA tetap akan diteruskan sebenarnya!].
KUALA LUMPUR, 19 Nov -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. "Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat," kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan. Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.
Nilai sendiri kenyataan Najib ketika beliau umumkan pemansuhan ISA
[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini. Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti. Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu. Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].
KUALA LUMPUR 19 Nov - Pemain wanita negara, Low Wee Wern (foto) meneruskan kejutan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong apabila berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir hari ini. Bekas juara remaja kebangsaan itu terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain pilihan ketujuh Camille Serme dari Perancis 11-7, 9-11, 11-9, 5-11, 11-4 dalam masa 54 minit. Semalam, Wee Wern menyingkirkan pemain nombor dua dunia Jenny Duncalf dari England pada pusingan kedua. Wee Wern, pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu akan berdepan dengan pemain pilihan ke-10 kejohanan, Raneem Wl Weleily dari Mesir pada perlawanan separuh akhir.
Selamat Untuk Majlis Saya, Kadar Shah Meninggal Dunia
HARI ini majlis perkahwinan anak perempuan saya. Sejak kelmarin sibuk dan gaduh tidak dapat menghantar apa-apa catatan. InysaAllah selepas ini catatan untuk blog seperti biasa. Di kesempatan ini dikhabarkan juga Subuh tadi saya menerima sms dari Datuk Mazlan Harun yang memperpanjangkan mesej daripada Pn Azmin PA kepada Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninan Shah yang memalumkan khabar dukacita pengembalian Kadar Shah ke alam akhirat.
Menurut sms Mazlan, Kadar meninggal jam jam 2:30 pagi di Pantai Medical Center. Jenazahnya akan dibawa ke kediamannya di KGSAAS No 8 Jalan 13/16, Greenville, Sultan Abdul Aziz Shah, Golf Club Shah Alam, Selangor.
Jenazah akan disembahyangkan di masjid Bukit Jelutong selepas Zohor dan akan ke tanah perkuburan Muar. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah.[wm.kl.7:18 19/11/11]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Wahai PEMUDA lembUMNO dan semua lembu lembu ternakan NFC... Ingin aku mencanangkan bahawa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah menghantar surat jemputan untuk berdebat tentang lembUMNO lembUMNO yang dibela dalam Kondominium One Menerong.
Tarikh yang dicadangkan untuk lembUMNO berdepan dengan FAKTA adalah pada 12 Desember ini. Surat telahpun SAH dihantar ke Ibu Kandang lembUMNO dan tertera dengan jelas namanya. Kalau buat esok nanti kelam kabut pulak, x pasal kene penyakit lembUMNO gila. terus merundum ekonomi akibat pasaran daging di Malaysia x mencukupi..
Apa cher? Ada Bran? Jom aaarr.. SAHUTLAH CABARAN demi GEROMBOLAN SONGKOK TINGGI KETUANAN lembUMNO. Berdepan dengan pengganas di negara orang berani, takkan dengan kengkawan sesama bangsa sendiri tak berani?
Menteri Lemboo tak pandai jaga Lemboo... Penjaga keselamatan Negara tempat sindri leh tak selamat... Itu macam kaa? Belum citer ada orang leh mati dalam tahanan Polis.. tak abis citer nanti...
Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam
Aku rasa POLIS bab perabih duit OK...! Jaga duit KO!!
2011/11/17
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes," katanya ketika dihubungi semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.
Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.
Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.
Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara.
Thanks so much!! My bf and I are going crazy arguing about this.
Hugs and Kisses,
~~Naomi
Answer on Which of these countries was NOT a part of the Allies in World War II?
Actually you might be able to argue that the answer is
E) All of the Above
France surrendered to the Germans in the first 6 weeks of the War. The only thing France knows about War is how to retreat and surrender. They haven't won a War since before The Battle of Waterloo.
Italy was an Axis country under Moussolini that was allied with the Germans. B is the answer you're looking for but all apply.
China fought independently against Japan. We did pay China to build and use landing strips though, but no real collaborative effort.
Russia received billions of dollars of American goods, supplies, military equipment, etc through the Lend-Lease Programs, but we didn't coordinate war efforts and battles with them.
I have already posted, but some parts had poor tense or pronunciation, please no translators it is a letter i need to send: 10 points up>?;
Could somebody please translate this into Italian for me, its a letter i am sending?
Please no translations, means a great deal to me! 10 points to proper :)
I was very sad to hear that you will all be going back home to Italy. You both are wonderful people and you have two truly amazing daughters. I just wanted to say thank you for letting me feel a part of the family for so long. I hope that i get the opportunity to see you before you go, because I won't really get the chance to say goodbye. Thank you for the holiday in Sardinia, I really enjoyed it, and it's a place I would love to go in the future.
Giulia, thank you for all the times that you cooked for me (even though I am picky and dont like most things!), I must try bear (as in the animal) again sometime haha!
Michele, thanks for all of the advice that you have given to me recently. You have taught me a lot, and from a different perspective than my own.
I have tried at university, but I am not doing as well as last year, I am just not enjoying it anymore, and have very little motivation for it. I hope this ends up making sense, and i hope to try and stay in touch once you go, because for 18 months things were much better than they have been for the past 6 months, especially right now... I will miss you all, Thank you all for everything.
Answer on Could someone translate this into italian for me!?
I'm italian so.. Io ero molto triste del fatto che voi tornerete a casa in italia.Entrambe siete persone meravigliose e avete due figli veramente incredibili. Voglio solo dirvi grazie per avermi permesso di sentirmi parte della vostra famiglia per cosi tanto tempo. Spero che avro l'opportunita di vedervi prima che andiate, perche in verita non voglio avere la possibilita di dirvi addio. Grazie per le vacanze in Sardegna, Mi sono divertito/a davvero, e vorrei ritornarci in futuro.
Giulia, grazie per tutte le volte che hai cucinato per me (anche se sono pignolo e non mi piacciono molte cose!), devo provare dinuovo l'orso (come l'animale) qualche volta! ahah
Michele, grazie per tutti consigli che recentemente mi hai dato. Mi hai insegnato molto. Cose lontane dalla mia prospettiva.
Ho provato all'universita, ma non sono bravo come l'anno scorso, non mi sto divertendo molto, e ho qualche motivazione per questo. Spero che questo finisca per avere un senso e spero di mantenermi in contatto con voi quando partirete, perche per 18 mesile cose sono andate moto meglio di come andarono sei mesi fa, soprattutto in questo momento... Mi mancherete, Grazie di tutto.
Im recently talking to this guy and we have been in the process of getting to know one another.He recently went on vacation to italy for a month and said he hoped i have a great summer and he mananged to keep in contact with me while he was there.He has asked me lots of questions such as whats my major? my hobbies? how many classes im taking this summer? etc. We met a few times at church and he wanted to hang out during this summer but i been busy with summer school and work that it was not possible. He recently moved to texas for med school. I asked how his new home is? he said its a little empty it could use a women's touch. So i said well dont worry you will make friends soon. So he said that wasnt the anwser he was hoping for.I also suggested making friends in church since he hardly knows anyone there. He replied by saying im sure things will work out but if they dont can we still chat..what did he mean? Oh and the other day he texted me saying hey how are you? so i was like good you? So he said he was a little bored at a club he was watching tv with a friend/cousin. So i said sounds like your making friends? I asked him no dancing? Hes like well i usually dance with a female friend since your not here...so i said well dont let me stop you from enjoying yourself. He also asked what i consider a nice birthday gift? I asked why do you ask hes like just curious. He also asked me how well do we know each other? He aked me how my last few days of summer has been? He also asked how well i think we know each other? The other day he texted me saying hey i was like whats up? hes like just thinking about you. i asked how school was and his new home? hes like good and we talked about his orientation and about my classes and he asked if i made some new friends? He asked me " I cant believe im saying this but how is your last month of being a teen"? im like why can you believe it? hes like well because of your maturity level i would think your already 21. When i texted him the other day he asked me how im going to celebrate my birthday and what i usually ask for.
For my birthday he sent me a text at midnight wishing me saying hope you have a great birthday and congrats your no longer a teen.
Answer on HELP!!!!!! How does he sound to you?
sounds like a guy who is interested in you, whether as a friend or something more is hard to tell at this stage. just enjoy it for what it is, a friend.
You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya dan kawan-kawan aktivis GMI telah mendapat berita penahanan ni beberapa hari lebih awal dari pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, kelmarin.
Berita penahanan itu telah keluar lebih awal di media alternatif FMT....agaknya, sebab tu lah KPN terpaksa buat pengumuman di media arus perdana...
Saya masih dalam keadaan terkejut kerana amat sukar dipercayai....dalam jangkamasa dimana rakyat Malaysia sedang menunggu proses dan langkah pemansuhannya,tiba-tiba akta tahan tanpa bicara ini rupanya masih digunakan lagi......
Apa erti semua ni????
Mana janji PM untuk mansuhkan ISA?
Adakah PM berbohong lagi?
Apakah nasib smua mangsa terbaru ISA tu? dimanakah mereka semua sekarang? Bagaimana dengan keselamatan mereka?
to be continued......
p/s:kami dalam proses menjejaki semua keluarga mangsa terbaru ISA.
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AKTIVITI boros Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Najib Tun Razak terbongkar lagi. kali ini melibatkan pembelian seutas gelang bernilai US$55,000 (RM172 397.58).
Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang berada di Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing telah pergi sebuah kedai mutiara dengan seorang rakan yang ingin membeli gelang buat isterinya.
Rakannya itu telah tertarik dan mengambil seutas gelang berlian mewah yang bernilai US$55,000 (RM172 397.58) untuk melihatnya.
Gadis pengurus kedai tersebut telah menunjukkan kepada mereka sebuah gambar yang terpampang di dinding kedai. Gadis tersebut memberitahu bahawa sebelum ini isteri kepada Presiden Malaysia pernah membeli gelang yang sama.
Wajah wanita di dalam gambar tersebut saling tak tumpah seperti wajah Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.
Carian di YouTube membuktikan bahawa Rosmah Mansor pernah berada di Beijing pada sekitar bulan Jun 2009 khabarnya atas lawatan program Permata yang memperolehi peruntukan kerajaan sebanyak RM111 Juta pada Budget 2011.
Berbelanja boros sesuka hati bagaikan tiada hari esok. Persoalannya betulkah duit Rosmah sebanyak itu? Adakah beliau mengumpul duit dari kecil? Dari mana dapat duit?
BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.
Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].
Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.
Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.
Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.
Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.
Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".
SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM merungut, mendakwa terpaksa membayar cukai sebanyak 6% apabila membuat "servis" untuk keretanya di salah sebuah kedai 11 Nov 2011 yang lalu.
Di dalam sekeping bil yang dikirim beliau melalui email ke MiLo SuaM, menunjukkan bahawa beliau terpaksa membayar tambahan Rm1.20 sebagai cukai (Government taxes) apabila berbelanja sebanyak RM20.00 di kedai tersebut.
Lepas ini cuba anda perhatikan berapa banyak cukai yang telah anda bayar tanpa disedari seperti ini? Sejak bila kedai servis kereta dah pandai kutip cukai untuk kerajaan?
Lihat bagaimana duit anda "dicuri" barangkali tanpa anda sedari. Pendapatan rakyat semakin hari semakin berkurang, cukai pula semakin hari semakin banyak.
Tidak lama lagi apabila Najib mengumumkan perlaksanaan cukai baru, iaitu GST (Goods and Services Tax), setiap rakyat perlu menyediakan 6% duit tambahan setiap kali berbelanja di mana-mana sebagai cukai untuk kerajaan.