dollah yankee - Berapa kali dah pesan ... "Jangan minum 'ayaq' daun ketum banyak sangat. Ini lah kesan atau side effect bila terlebih ambil 'ayaq' daun ketum ...
Penulis dimaklumkan ada lagi permasalahan yang masih belum selesai dalam pakatan rakyat, sedangkan pilihanraya umum ke 13 akan pada 5 Mei 2013.
Jika benar ada beberapa permasalahan yang belum selesai beterusan juga dalam menghadapi PRU 13 sudah tentu untuk menang menjejak kaki putrjaya gagal
Permasalahan yang dimaklumkan itu tidak lain tidak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Tan Sri Khalid Ibrahimnya. Azmin Ali dengan Azmin Alinya. Kahalid Samad dengan kalah khlida Samadnya.
Masing masing ada perancangan tersendiri. Maklum sahaja di Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang punya kuasa untuk menentukan calon, manakala Azmin Ali pula nak tunjuk kuasanya kerana beliau adalah Tilmbalan presiden Parti Keadilan rakyat.
Yang penulis hairan apa pula dengan Khalid Samad membuat Dr Mohd Rani pesuruhjaya Pas Selangor pening kepala dan risau dibuatnya.
Mustahil tak setuju dengan PAS Pusat melantik Dr Mohd Rani sebagai pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang di pecat itu.
Atau ada yang tak kena dilakukan oleh Dr Mohd Rani sepanjang menjadi pesuruhjaya Pas Selangor saehingga membuat Khalid Samad bertindak menzahirkan sikap "kekitaan" yang disebut Khalid samad dengan khalid Samadnya.
Bermakna aku lebih baik atau aku lebih lama dalam PAS berbanding dengan Dr Mohd Rani merupakan orang baru dalam PAS sudah diberi kepercayaan untuk megepalai Pas Selangor.
Setahu penulis PAS tidak pernah mengambil kira sama mada kamu lama dalam pas atau baru. Demikian juga soal calon, miskipun dalam perlembagaan dinyatakan seseorang calon sekurang kurang istiqamah dengan parti selama lima tahun.
Akan tetapi harini, macam Fauzi Shaari yang baru sahaja menyertai PAS sudah diberi bertanding sebagai calon parlimen P 056 Larut Perak.
Sepatutnya PAS kena awasi dan berhati hati. Jangan ikut macam parti Keadilan rakyat yang meletakan KPT (B)Osman Jailu yang lompat parti punca kerajaan Perak dirampas semula BN pada PRU 12 lalu.
Kini nampaknya parti keadilan rakyat telah mengulangi kes sama iaitu meletakkan Laksamana pertama (B) Imran Abdul Hamid bertanding di parlimen Larut, Perak (P074) dan Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab bertanding di parlimen Tanjong Malim yang dikatakan belum diumumkan lagi.
Penulis barani mengatakan bahawa parti Keadilan rakyat tidak mengambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Sepatutnya awasilah dan jadikanlah pengajaran dengan apa apa yang telah berlaku.
PAS juga harus mengawasi. Jangan pakai serah bulat bulat pada takdir, sedangkan sudah banyak kali telah dipatuk ular dalam satu lubang.
Jangan sekali kali ukur dahulu tak betul sekarang ini Nampak sudah betul semula sepertimana suatu masa dahulu pernah tertipu dengan spesies Tun Mahathir yang serang Tun Abdullah dan berkata, Alhamdulillah Tun Mahatir sudah sedar dan insaf
Terbaru Subky Latif telah menilai Zaid Ibrahim yang dahulu tak betul tetapi sekarang sudah betul semula tanpa buat kajian terlebih dahulu sepertimana yang diperintah oleh Allah jika kamu menerima berita dari orang munafik selidik dahulu.
Orang Muhyiddin, Mahathir berebut jadi calon PRU – Johari
KUALA LUMPUR 10 Apr: Perebutan kerusi antara kem Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad antara punca Najib Razak lewat mengumumkan senarai calon pilihan raya umum, kata Johari Abdul.
Beliau berkata, ia bermaksud Umno kini berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kem Mahathir, Najib dan Muhyiddin.
Najib dalam taklimat tertutup kepada pimpinan komponen BN hari ini memberi ingatan kepada ahlinya yang tidak terpilih sebagai calon supaya mematuhi keputusan pimpinan dan 'hanya merajuk' dalam 24 jam sahaja.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...INI MAKLUMAT TAK CUKUP...kah kiah kah
kah kah kah...ADA SATU LAGI SENARAI.... kah kah kah..
woit...JANGAN :LUPA.... kah kah kah..
kah kah kah... INI SENARAI ROSMAH MANSOR.... kah kah kah...
Gombak: Muhyiddin Yassin menempelak pembangkang kerana menciplak sebahagian besar dasar yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan manifesto mereka.
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata tidak timbul isu BN menciplak idea pembangkang, sedangkan mereka secara jelas ketandusan idea baru dan menggunakan dasar kerajaan untuk dijadikan janji kepada rakyat.
Katanya, jika dibuat perbandingan antara manifesto BN dan pembangkang, ia jelas menunjukkan mereka mencedok idea BN, tetapi memanipulasi isu dengan mendakwa BN menciplak idea mereka.
MALIKUL SEMBAB
NAK TIKAM MAT MONGOL
tapi
PAKAI PISAU PLASTIK
BANGANG
kah kah kah
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit....APA SUDAH JADI DENGAN BAKAL PM INI?.... kah kah kah...
kah kah kah.. CAKAP BAKAL PM INI MEMALUKAN.... kah kah kah..
kah kah kah...RAMAI PENYOKONG BAKAL PM INI AMAT KECEWA.,... kah kah kah..
MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.
Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju, Lim Choon Hong berkata Shafie telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami". Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... CUKONG SUDAH MARAH.... kah kah kah...
kah kah kah... KALAU CUKONG MARAH .... GEROMBOLAN TAK ADA FULUS.... kah kah kah..
kah kah kah... TAPI INI BERITA BAIK UNTUK PAKATAN.... kah kash kah..
kah kah kah.... TAK LAMA LAGI LAGI BANYAK CUKONG MARAH.... kah kah kah....
kah kah kah...TAK LAMA LAGI .... ALONG PULAK AKAN MARAH.... kah kah kah..
kah kah kah..TAK LAMA LAGI LIM GOH TONG PULAK MARAH.... kah kah kah..
kah kah kah...BILA LEBAI VINCENT TAN MARAH... ERTINYA ROSMAH CARI LAKI BARU... kah kah kah
KOMENTAR TUKAR TIUB jika ibrahim ali bertanding dan united malays national organisation memberi laluan maka ini bermakna senarai siapa calon dalam geronbolan ditentukan oleh mahathir anak lelaki iskandar kutty jika ada laluan gerombolan kelantan akan beramok jika tak ada laluan gerombolan kelantan akan beramuk NOTA kita lihat dan tunggu kah kah kah kah kah kah
SEBUAH BUKU HISHAMUDDIN RAIS buku ini sedang dicetak dalam masa satu minggu buku ini akan bertemu dengan para pembaca tunggu dan nanti pengumuman akan dibuat bila buku ini akan dilancar di mana buku ini boleh di beli dan berapa harga buku ini buku 400 muka surat ini adalah sebuah kitab untuk jadi ingatan sejarah pru13 untuk anak muda
KUALA LUMPUR, 10 April — Pengundi muda lebih mudah dipengaruhi oleh klip video menjelang Pilihan Raya 2013 berbanding pengiklanan oleh kerana klip seperti itu lebih dekat dengan mereka, kata pengananlisis komunikasi hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 April — Pengundi muda lebih mudah dipengaruhi oleh klip video menjelang Pilihan Raya 2013 berbanding pengiklanan oleh kerana klip seperti itu lebih dekat dengan mereka, kata pengananlisis komunikasi hari ini.
Kenyataan Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.
Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.
Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.
Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.
Sebab itu, apabila Muhyiddin Yassin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.
Makanya, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:
1.Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau
2.Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta
Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia.
2 days ago – Pada minit ke 4;11:00 wakil Ahli Parlimen PJS menentang keputusan Nik Nazmi untuk merobohkan jambatan tersebut, ini membuatkan Adun ...
Video Perbincangan Jambatan Besi Desaria
Baru-baru ini video perbincangan mengenai Jambatan Besi Desaria telah disiarkan di internet. Jambatan yang menyeberangi Sungai Penchala ini menjadi jalan pintas dalam menghubungkan Pangsapuri Desaria Fasa 1 dan Pangsapuri Desaria Fasa 2. Terdapat sebuah kuil berhampiran Pangsapuri di Fasa 2 ini dan sebahagian penduduk dari Fasa 1 akan menggunakan jambatan ini sebagai laluan untuk ke kuil tersebut dan beberapa kawasan lain di Fasa 1. Jambatan ini pada asalnya hanyalah merupakan binaan sementara ketika projek pembinaan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) kira-kira lebih 10 tahun yang lalu.
Perbincangan ini diadakan beberapa tahun yang lalu di pejabat lama saya di SS6 Kelana Jaya, dipengerusikan oleh saya sendiri dan dihadiri oleh beberapa pihak lain. Video tersebut dirakam secara diam-diam ketika perbincangan sedang berjalan, dan kemudiannya disunting dan digambarkan dalam bentuk yang jauh berbeza daripada tujuan asal perbincangan itu. Tindakan bersifat khianat ini bertujuan memberi gambaran buruk terhadap diri saya dan merupakan suatu usaha untuk mencemar imej saya.
Sebagai rekod, pihak NPE telah menimbulkan isu keselamatan jambatan ini kepada saya apabila saya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada tahun 2008. Setelah berbincang bersama penduduk setempat dan mereka yang berkepentingan, saya walaubagaimanapun mencadangkan agar kerja meroboh jambatan tersebut ditangguhkan kerana beberapa upacara penting akan berlangsung di kuil pada ketika itu.
Saya kemudiannya ada mengadakan beberapa siri perbincangan lanjutan dan menelan masa yang lama dalam mencapai kata putus kerana terpaksa mengambil kira aspek keselamatan penduduk dan pada masa yang sama harus menyediakan kemudahan untuk mereka menyeberangi Sungai Penchala.
Video ini dirakam dalam salah satu perbincangan yang telah diadakan. Tapak penempatan baru kuil tersebut telah dipersetujui oleh mereka yang berkepentingan dan saya telah melawat kuil tersebut beberapa kali termasuk bersama Hindu Sangam.
Dalam pada video ini menggambarkan perbincangan yang berlangsung adalah 'panas' dan rancak, ia turut jelas memaparkan yang saya ada menekankan bahawa perkara pokok adalah keselamatan penduduk itu sendiri. Saya mengambil kira tanggungjawab ini secara serius.
Akhirnya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat rasmi MBPJ dan dihadiri oleh antaranya, Timbalan Datuk Bandar Puasa Md Taib, Pengarah Kejuruteraan Cheremi Tarman, Ahli Parlimen Kelana Jaya YB Gwo Burne Loh dan Ahli Majlis MBPJ Halimey Abu Bakar. Wakil NPE dan pemaju kawasan sekitar seperti Masteron dan PJCC juga turut hadir.
Kata putus akhirnya berjaya dicapai dimana pemaju bersetuju untuk membina jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama sebagai sebahagian daripada syarat-syarat kelulusan pembangunan mereka. Pada masa sama, Jalan PJS 2 harus dinaik taraf. Jambatan Besi sedia ada juga dibenarkan untuk kekal beroperasi sehingga jambatan baru siap dibina. Semua pihak yang hadir bersetuju dengan keputusan ini termasuk diri saya sendiri.
Saya kesal jambatan baru masih belum dibina sehingga kini. Saya dengan ini beriltizam untuk bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk memastikan pembinaan jambatan baru ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin untuk kegunaan penduduk setempat dan saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai isu ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
JAM 4:00 PETANG
PASTILAH
DI TV BANGSAR UTAMA
--------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat.
Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR.
"Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor disebut-sebut akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Putrajaya.
Pada tahun 2004, Tengku Adnan telah menumpaskan calon PKR, Abdul Rahman Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya seramai 5,079 orang. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4,086 undi.
Lima tahun lalu, Tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad yang mendapat 1,304 undi. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi.
Kajian Merdeka Center menunjukkan Tengku Adnan boleh memperoleh sehingga 60 peratus undi berbanding Husam 40 peratus.
Mengulas lanjut, Husam juga mengakui kawasan yang bakal ditandinginya adalah kawasan yang 'kebal' dan ia menunjukkan keazaman Pas dan PR untuk mendapatkan Putrajaya.
Exco Kerajaan Kelantan ini juga berkata, walaupun kawasan itu pusat bagi BN tetapi tidak mustahil untuk PR menembusinya dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat.
"Inilah yang kita nak tunjuk kita mampu bertanding di mana sahaja," katanya yang semalam disahkan akan bertanding di Putrajaya.
Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia.. APA ITU KERAJAAN Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.
SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia.
APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.
UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.
Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang selalu membuat kita bingung dan merasa 'fed-up' ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancang sendiri pula, amat mengaibkan.
Inilah yang dilakukan oleh Muhyidin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbaga-bagai cemuhan. UMNO mengatakan tindakan Pakatan itu merbahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi kata-kata nesta yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin sendiri.
Semalam Muhyiddin pula mengatakan Pakatan Rakyat meniru dan menceduk idea BN kerana BN sudah lama hendak menurunkan harga kereta di negara ini. Sesiapa yang boleh menasihatkan Muhyiddin ini, elok memberi ingatan kepada beliau yang rakyat yang ramai-ramai ini bukanlah bodoh seperti yang beliau fikir itu. Sudah pasti beliau beranggapan yang kita semua ini bodoh dan tuli. Kalau beliau tidak beranggapan begitu masakan beliau boleh tergamak menuduh perancangan untuk menurunkan kereta itu adalah usaha BN, bukan Pakatan Rakyat.
Kita tidak kisah siapa yang berniat hendak menurunkan harga kereta itu, tetapi mengaku yang pelan itu datangnya dari BN adalah satu usaha menghina rakyat seolah-olah rakyat ini tidak sekolah belaka. Ini lah dia siapa UMNO selama ini yang tidak tahan ditanggung oleh sesiapa yang sudah boleh membaca dan menulis sedikit sebanyak dan tidak mempunyai masalah pendengaran.
UMNO termasuk Muhyiddin telah membidas pihak Pakatan Rakyat, apabila rancangan itu disebut oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR beberapa bulan dahulu. Kami di bawah ini tahu dan sedar, kami ini bukanlah pemimpin atau menteri, tetapi ingatlah Muhyiddin, yang kita ini pergi juga sekolah sikit-sikit dan sudah pandai menulis dan membaca sikit-sikit.
Kami masih lagi mempunyai daya ingatan dan isu ini adalah isu yang baru dan masih segar dalam ingatan kami. Kami mungkin bukan orang pandai, tetapi kami tidaklah sebodoh yang anda sangkakan. Tolonglah Muhyiddin, jangan memperbodohkan kami. Kami sedar yang saudara mahukan undi dan sokongan dalam pilihanraya ini.
Tetapi bercakap lah dengan jujur yang saudara juga boleh menurunkan kereta seperti yang dijanjikan oleh PR itu. Janganlah pula usaha menurunkan harga kereta yang disebutkan oleh PR itu adalah 'copy cat' dari manifesto BN pula. Kalau hendak berbohong itu janganlah sampai orang ramai tahu. Berbohonglah sekendak hati, tetapi jangan bohong saudara itu nampak 'menenggek' sangat.
Apabila Muhyiddin cuba berbohong kepada orang ramai yang tahu isu sebenarnya ini, mereka merasa tersinggung. Takkanlah mereka semua ini tidak berotak, buta dan tuli pula. Muhyiddin mesti ingat, di bawah ini masih ada orang yang boleh berfikir dan keramaian mereka yang boleh berfikir ini bertambah dari hari ke hari.
Muhyiddin sendiri pernah memberi kenyataan yang hanya 1% sahaja rakyat negara ini yang masih buta huruf, tetapi kenapa Muhyiddin berani berbohong dan cuba mengelirukan pihak lain?
Banyak perkara telah ditiru dan diusahakan oleh BN mengikut apa yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat itu. Tak apalah, tetapi berilah penilaian kepada Pakatan Rakyat yang telah membuatkan BN melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu.
BN sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berusaha melaksanakan terlebih dahulu apa yang dicadangkan oleh PR itu. Tetapi janganlah meremehkan pihak yang memberikan 'idea' yang BN tiru dan cuba untuk melaksanakannya.
Jagalah sedikit 'dignity' kepimpinan BN, sementara masih ada saki baki kuasa itu. Kalau dikaji dari sudut moral dan undang-undang, BN tidak lagi mempunyai kuasa pada hari ini, kerana sekarang ini negara ditadbir oleh pentadbiran kerajaan 'care-taker' sahaja.
Selepas ini tidak pula diketahui isu mana pula yang Muhyiddin akan tuduh Pakatan Rakyat meniru dan menceduk 'idea' BN. Muhyiddin! berkempen lah sekuat mana pun. Itu hak saudara. Tapi jangan berkempen macam budak-budak. Bukan saudara sahaja yang pernah ke sekolah
Semakin hampir detik pilihanraya, semakin aktif Mahathir bersuara. Siapa saja menjemputnya, pasti diterimanya dengan hati yang terbuka. Pintu pejabatnya juga lebih terbuka luas. Sesiapa pun boleh menemuinya, termasuk Dr Sidek Baba dan seorang penyokong Pas yang mahu meminta maaf kerana kononnya pernah suatu ketika dahulu menyeru supaya membunuh bekas Perdana Menteri itu kerana kononnya juga disebabkan terpengaruh dengan amanat Haji Hadi.
Malah beberapa pengikut Anwar yang dulunya memaki hamun Mahathir juga, ada yang kerap bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Mahathir. Topiknya tidak lain ialah bagaimana mahu menumbangkan Anwar Ibrahim.
Menjelang pilihanraya akan datang, keaktifan Mahathir disedari oleh semua orang. UMNO peringkat cawangan pun menjemputnya, beliau akan hadir. Yang penting dia dapat bercakap dan menyerang orang yang tidak disukainya. Bahkan menurut Lim Kit Siang, keaktifan Mahathir kini melebihi semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.
Mahathir gemar bercakap mengenai apa saja, tetapi kegemarannya adalah politik. Kalau mengenai pembangkang dan Anwar Ibrahim, aliran darahnya bergerak lebih laju lagi. Walaupun secara umum orang melihat Mahathir ingin mempertahankan kuasa UMNO dan BN tetapi sebenarnya mempertahankan kepentingan anak-anaknya adalah lebih utama. Anaknya Mirzan dan Mokhzani terlibat dalam perniagaan yang melibatkan banyak kontrak dengan kerajaan manakala Mukhriz pula baru dua tiga tapak mengukuh dalam UMNO dan kerajaan dan perlu dipastikan lebih melonjak lagi. Ketika bercakap mengenai politik, Mahathir kerapkali menyusahkan UMNO dan Najib. Kritikan dan pandangan yang dilontarkan kadangkala menyebabkan Najib susah membuat keputusan. Seruannya agar Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya akan datang ini tentunya menimbulkan banyak persoalan dan kerumitan dalam UMNO sendiri.
Ini kerana Ibrahim bukanlah ahli UMNO lagi, beliau pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan Pas. Lebih dari itu NGO yang diterajuinya pula menimbulkan banyak masalah dengan pengundi bukan Melayu. Jika Najib memiih Ibrahim, ia mungkin merupakan kesilapan Najib yang paling besar dalam pilihanraya akan datang ini kerana ia tentunya akan menyebabkan pengundi bukan Melayu lebih menjauhi BN, selain menyebabkan ramai ahli UMNO yang selama ini setia akan berkecil hati.
Tetapi kerana Mahathir baik dengan Ibrahim Ali, maka beliau sanggup berkempen bagi Ibrahim Ali. Mahathir juga jelas merapu apabila memberi hujah bahawa Malaysia akan lebih selamat jika ada ramai orang seperti Ibrahim Ali. Tidak tahu di mana selamatnya negara ini dengan kehadiran Ibrahim Ali tetapi yang jelas sejak berpuluh tahun lalu, banyak caca marba dan huru-hara dalam politik adalah disebabkan gaya politiknya yang tidak setia dan suka melompat-lompat.
Mahathir juga mendendami Pak Lah yang tidak mahu mengikut telunjuknya. Dendamnya masih membara dan sindirannya terhadap Pak Lah yang lemah masih kedengaran hingga kini. Kedudukan Mahathir yang makin menghimpit Najib juga bakal menyusahkan Najib memilih mereka yang pernah dikenali sebagai orang Pak Lah sebagai calon pilihanraya kali ini.
Tidak hairan jika KJ selaku Ketua Pemuda UMNO pun bagai sudah angkat "bendera putih" dan dapat merasakan namanya tidak terpilih lagi. Sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pangkatnya bertaraf Naib Presiden, Najib mungkin masih mahu mengekalkan KJ atas kedudukannya itu tetapi terus memilihnya boleh pula mengundang masalah beliau dengan Mahathir terutama selepas keputusan pilihanraya nanti.
Najib akan serba-salah dalam hal ini, tetapi bagi Mahathir menggugurkan KJ dan orang-orang Pak Lah bukan saja untuk memuaskan hatinya tetapi juga bagi menyediakan laluan yang lebih mudah untuk Mukhriz, anaknya.
Mahathir juga cuba menyerang Lim Kit Siang yang berpindah bertanding di Gelang Patah, Johor dengan menyarankan pemimpin DAP itu sepatutnya sudah bersara seperti beliau. Sebelum itu beliau juga pernah meminta Nik Aziz supaya segera bersara semata-mata kerana Menteri Besar itu sudah memimpin Kelantan lebih lama daripadanya. Ternampak bahawa Mahathir ada perasaan cemburu terhadap orang-orang lama dalam politik Malaysia yang masih boleh bertanding, bersifat "winnable" dan diterima rakyat berbanding dirinya yang ditolak oleh UMNO Kubang Pasu sendiri untuk menjadi perwakilan G7 tidak lama selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Hakikatnya, Mahathir hanya kuat kerana bersandarkan kuasa.
Selepas pengumuman calon BN nanti dan jika Najib terus mengekalkan beberapa tokoh lama yang masih "winnable" seperti Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin lainnya, besar kemungkinan Mahathir juga akan bersuara lagi. Beliau mungkin bersuara bahawa orang-orang ini sepatutnya sudah bersara sebagaimana dirinya. Jika keputusan BN tidak baik dalam pilihanraya nanti, perkara ini mungkin salah satu asasnya untuk menyerang Najib pula.
Walaupun proses peremajaan dan memberi peluang kepada orang muda merupakan hakikat yang ideal dalam politik masakini tetapi sebahagian orang lama wajar juga dikekalkan selagi mereka diterima rakyat dan masih bersifat "winnable".
Dalam tempoh kempen yang makin rancak beberapa hari lagi, suara Mahathir mungkin lebih kerap kedengaran. Selain menyokong BN dan menyerang Anwar serta pembangkang, beliau juga pastinya akan bercakap mengenai Ibrahim Ali lagi. Sama ada Najib memilih Ibrahim Ali atau melupakannya, Mahathir pasti akan bersuara.
Jika beliau berkempen dan menyokong Ibrahim Ali sebagai calon BN, akan banyak hati yang terguris dan terasa. Jika beliau menyokong Ibrahim Ali sebagai calon Bebas pula, keadaannya mungkin lebih rumit dan menyusahkan BN.
Dalam hal ini, sepatutnya Mahathir sudah lama berehat dan menjadi negarawan sejati. Beliau tidak perlu masuk campur lagi dan membiarkan saja masa depan negara ini ditentukan oleh pemimpin-pemimpin lain berdasarkan kebolehan dan keupayaan masing-masing. Lagi banyak beliau bercakap dan campurtangan, tidak semuanya membantu BN, kadangkala juga lebih menyusahkan Najib dan BN. Mungkin dalam UMNO pengaruhnya masih bersisa tetapi majoriti rakyat biasa dan pengundi atas pagar tidak lagi mengendahkannya. Hujah dan pandangannya lebih banyak mengundang kritikan dan sanggahan berbanding anggukan.
UMNO dan BN tanpa cengkaman Mahathir lebih diterima dan keputusan pilihanraya 2004 adalah buktinya.
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com
Anda sudah selesai membacanya? Beruntung bukan Nasir Yusof yang tiada bezanya dengan anda, anda di sini kerana beliau adalah warganegara Malaysia. Malahan, Nasir Yusof sudah pun berjaya mengundi di 3 siri Pilihanraya Umum. Hebat… Nasir Yusof dan juga anak-anaknya sekarang ini yang pastinya sudah membesar dengan sihat juga layak menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan atas nama warganegara Malaysia.
Sukar atau tidak jika mahu mendapat keistimewaan yang dimilki Nasir Yusof sekarang ini?
Tidak sudah mana pun sebenarnya. Kata kunci yang perlu dipegang adalah :
"Kesetiaan"
Cukup sekadar anda "setia", kalangan yang bergolok gadai memecah masuk perarairan Sabah contohnya ada peluang untuk menjadi seperti Nasir Yusof sekarang ini. Nasir Yusof perlu berterima kasih dengan kejayaan "Projek IC Sabah"
Sabah pada tahun 1970 : 636,431
Sabah pada tahun 2000 : 2,2449,389
Kadar kenaikan penduduk di Sabah : (285%)
Sarawak pada tahun 1970 : 976,269
Sarawak pada tahun 2000 : 2,012,616
Kadar kenaikan penduduk di Sarawak : (285%)
Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 : 10,439,430
Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 : 22,202,614
Kadar kenaikan penduduk di Semenanjung Malaysia : (113%)
Walaubagaimanapun, Nasir Yusof tidak keseorangan. Ini kerana Harisa Binti Mahadi pun telah pun berjaya diterima sebagai warganegara Malaysia
Inilah situasi yang berlaku di Sabah hari ini. Yang pelik dan hairannya, walaupun bukan status warganegara tetapi berjaya layak mendapat kad pengenalan biru.
Jikalau sebelum ini rakyat Sabah kerapkali merintih ibarat mereka menumpang di negara lain apabila melihatkan lambakan warga asing di Sabah saban tahun, akhirnya satu demi satu dokumen berjaya diselongkar.
Saudari Harisa Binti Mahadi juga tidak akan akan ketinggalan bersama-sama para pengundi sah yang lain menunaikan kewajipannya dan tugasnya untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13…..
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA) mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen Putrajaya pada PRU nanti.
Menurut Setiausaha Agong Persada, Razali Mat Ail pencalonan Husam dilihat sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau.
Katanya, Husam telah mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas.
Tambahnya, Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini.
"Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan, seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau," katanya.
Persada juga akan mengambil langkah membantu Husam menawan Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen mereka secara aktif.
Persada juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama mereka bagi memastikan kemenangan kepada Husam yang merupakan kebanggaan anak Kelantan seluruhnya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi parlimen antaranya Husam Musa di Putrajaya, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu di Pendang, dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing di Pokok Sena dan Pulai.
KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.
Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.
"Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka," kata Muhyiddin.
Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.
Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.
Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh PR meniru manifestonya.
"Selama ini BN serang manifesto PR akan bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak manifesto dia yang bakal bankrapkan negara? Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara? Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang bakal bangkrapkan negara?" tulis Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Fbnya.
Mengambil sudut tawaran turun harga kereta, Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada inisiatif untuk menurunkan harga kereta.
"Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang kata tawaran itu akan bankrapkan negara.
"BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan benda yang bakal bankrapkan negara dalam manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk sehingga ayat "BN ciplak manifesto PR" turut diceduknya.
"Hebat BN ini. Ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun kena ceduk menjadi 'PR ciplak BN'," sindir Tuan Ibrahim.
POKOK SENA: Pakatan Rakyat Kedah baru-baru ini mendedahkan beberapa dokumen menunjukkan terdapat warga asing mendapat taraf warga negara lebih awal iaitu sebelum masuk ke negara ini lagi.
Salah satu dokumen itu mempunyai maklumat seorang individu berasal dari negara Myanmar memasuki Malaysia pada 22 Disember 1993, tetapi pengesahan taraf kerakyatan Malaysia telah diberi 2 Disember 1993.
"Bermakna sebelum datang ke negara ini, individu berkenaan telah diberikan taraf kewarganegaraan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena di sini baru-baru ini.
Oleh sebab itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan termasuk tindakan memperguna dan mengugut serta mengongkong kebebasan mereka ini.
Pada sidang media sama, Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, Dr Syed Araniri Syed Ahmad berkata, warga asing tersebut dipercayai memasuki negara ini melalui Ranong, Thailand menuju ke Phuket dan Saturn sebelum mendarat di Bukit Malut, Langkawi.
Jelasnya, jumlah kemasukan melibatkan puluhan ribu dan tentunya dalam tempoh ini mereka telah beranak-pinak.
"Mereka lahir di Burma, jadi sepatutnya kod nombor pada kad pengenalan ialah 64 tetapi dicatat dalam kad pengenalan 02 iaitu kod negeri Kedah.
a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan isu hak milik tanah di Taman Sedia, Tanah Rata.
b. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah liputan (coverage) telefon di Pos Betau, Jelai.
2. Parlimen Raub:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina sekolah di Sega, Raub.
3. Parlimen Jerantut:
a. BN gagal menunaikan janji kepada hampir 20,000 penduduk untuk membaiki jalan antara Jerantut dan Benta yang dijanjikan sejak 2004. Tempat-tempat yang dibaiki hanya di kawasan-kawasan yang sangat kritikal dan ia kembali rosak.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina kawasan sesuai untuk pemasaran hasil pertanian penduduk di persimpangan ke Pulau Tawar.
c. BN gagal menunaikan janji untuk Pusat Latihan Lanjutan Teknologi (ADTEC) di Pulau Tawar.
d. BN gagal membina jalan masuk ke kubur penganut Hindu di Batu 1, Jerantut.
4. Parlimen Indera Mahkota:
a. BN gagal memenuhi permintaan penduduk supaya membina dewan pelbagai guna di Taman Indera Mahkota.
b. Walaupun parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh PKR, BN sejak 10 tahun yang lalu telah berjanji untuk membina gerai-gerai di kawasan rekreasi Pantai Balok, Beserah, dan masih belum tertunai.
c. BN juga gagal menunaikan janji sejak PRU tahun 2004 untuk membina rail keretapi dari Mentakab ke Kuantan yang akan melalui kawasan Indera Mahkota.
5. Parlimen Kuantan:
a. Walaupun parlimen Kuantan dimenangi PKR, dalam PRU yang lalu BN berjanji untuk membina jambatan dari Kampung Cherok Paloh ke Tanjung Kosong yang diperlukan oleh sekitar 15,000 orang penduduk, tetapi gagal ditunaikan.
6. Parlimen Temerloh:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina MRSM di Kampung Lintang berhampiran Lebuhraya Pantai Timur.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberi bantuan begi projek pembenihan ikan di seluruh kawasan parlimen Temerloh.
c. BN gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus di seluruh kawasan parlimen Temerloh.
7. Parlimen Bentong:
a. BN gagal untuk menunaikan janji membina jalan lurus dari Jalan Karak ke Simpang Pelangai.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina PULAPOL terbesar di negara ini di Simpang Pelangai, Bentong.
8. Parlimen Kuala Krau:
a. BN gagal memenuhi tuntutan rakyat untuk membaiki kualiti perkhimatan Pusat Kesihatan di seluruh kawasan parlimen ini terutama di Pusat Bandar Jengka.
b. BN gagal memenuhi kehendak rakyat menaiktaraf perbekalan air di kawasan ini yang bertekanan rendah.
c. BN gagal memenuhi tuntutan hampir 10,000 belia kawasan parlimen ini untuk peluang pekerjaan dan usahawan pertanian sehingga menyebabkan ramai yang berhijrah.
9. Parlimen Maran:
a. BN gagal menunaikan janji mempercepatkan penyelesaian masalah bekalan air di Chenor disebabkan projek menaiktaraf infrastruktur bekalan air sangat perlahan walaupun telah dimulakan.
b. BN gagal memenuhi tuntutan penduduk di Ulu Luit menyediakan kemudahan bas sekolah terutama bagi kanak-kanak sekolah rendah.
PKR mencabar pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota jemaah menteri sementara untuk memulangkan kenderaan rasmi masing-masing.
Naib presiden Nurul Izzah Anwar juga mencabar kerajaan persekutuan interim agar tidak menggunakan jentera kerajaan untuk kempen BN.
"Ini termasuk (menggunakan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan kempen," katanya dalam satu sidang media.
Kerajaan Selangor pada Februari lalu mengeluarkan surat pekeliling yang mengarahkan agar anggota exco memulangkan kenderaan rasmi mereka sebaik pembubaran DUN.
Anggota exco Pulau Pinang pula mengembalikan kenderaan berkenaan pada minggu lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata garis panduan dan tatacara untuk kerajaan sementara di peringkat negeri dan persekutuan tidak sah di sisi undang-undang.
"Tiada hukuman mengikut undang-undang. Terpulang kepada kerajaan masing-masing untuk mematuhi garis panduan atau tatacara ini," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan pemangku menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mempertahankan tindakan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Rais secara langsung namun menegaskan bahawa tempoh kempen masih belum bermula.
Maka, SPR tidak boleh bertindak mengenai dakwaan bahawa jentera kerajaan digunakan untuk kempen, katanya.
KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.
Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut.
"Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka.
"Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini pula menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan tidak melanggar undang-undang selagi belum masuk tempoh berkempen yang sebenar.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerajaan sementara hanya tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan bermula tarikh penamaan calon 20 April ini hinggalah hari mengundi pada 5 Mei.
Ia bermakna semua ahli politik masih ada 10 hari lagi untuk berkempen secara bebas sebelum terikat dengan undang-undang waktu kempen sebenar.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan ketika majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.
Bagaimanapun banyak pihak melihat tindakan BN menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka itu satu tindakan tidak wajar.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan senarai calon pilihan raya umum kerana tidak mampu menyenaraikan calon yang bebas dari isu rasuah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
"Najib tidak mampu menawarkan calon yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan penyelewengan.
"Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menampilkan calon terbaik dan barisan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah," ujarnya ketika dihubungi.
Justeru beliau mencabar Najib segera mengumumkan calon berwibawa dari BN, selari dengan manifesto dibentangkan mereka baru-baru ini.
"Jika gagal berbuat demikian, ia membuktikan laungan transformasi beliau hanya retorik bagi meraih undi terutama orang Melayu,"
"Pengumuman perlu segera dibuat bagi memudahkan rakyat menilai tawaran dan calon dari setiap parti," katanya yang akan mewakili KEADILAN di parlimen Tambun dalam PRU ini.
Antara pimpinan BN yang dilihat akan mengekalkan kerusi ialah Tan Sri Taib Mahmud, yang sebelum ini didedah mengumpul kekayaan RM64 bilion dan dikaitkan skandal pembalakan di Sarawak.
Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang terbabit dengan skandal RM40 juta wang haram yang dibawa masuk oleh ahli perniagaan, Michael Chia.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin turut menjadi perhatian apabila Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada syarikat milik anaknya, Istijuara Sdn Bhd.
Hingga kini, hanya Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini terlibat dengan skandal projek ternakan lembu fidlot bernilai RM250 juta, mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU.
Sementara itu, BN masih belum mengumumkan senarai calon, ekoran kebimbangan berlaku perebutan di peringkat bahagian dan tindakan boikot dari mereka yang tidak terpilih sebagai calon.
Ia nyata berbeza dengan Pakatan yang telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN.
PETALING JAYA : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meminta semua parti politik yang ingin memaparkan iklan pilihan raya supaya mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.
Sekretariat media MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan itu perlu dibuat melalui penyelarasan parti mengikut Adun dan Parlimen masing-masing.
Menurut kenyataan itu, permohonan ini perlu dibuat sebagai langkah pengawalan pemasangan iklan pilihan raya di kawasan Petaling Jaya.
"Ingin dijelaskan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memastikan semua iklan pilihan raya yang dipamerkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak majlis.
"Di samping itu, pihak MBPJ ingin menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan." katanya. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut ;
1. Perlu mengisi borang iklan pilihan raya yang boleh didapati daripada Bahagian Pelesenan, Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah , 46200 Petaling Jaya.
2. Menjelaskan bayaran cagaran pemasangan iklan dan pembersihan seperti berikut : i. RM 1,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ii. RM 2,000 bagi setiap Dewan Rakyat iii. RM 3,000 bagi pembersihan sampah
3. Parti politik perlu mengalihkan segala iklan pilihan raya yang dipamerkan dan segala papan tanda atau struktur lain yang didirikan dalam masa 14 hari selepas hari mengundi.
4. Cara mempamerkan iklan pilihan raya di mana sesuatu iklan pilihan raya hendaklah dipamerkan mengikut mana-mana cara yang berikut:- i. Dengan melekatkan pada suatu papan tanda atau struktur lain yang didirikan atau diletakkan oleh pemegang permit ii. Dengan menggantungkan iklan pilihan raya itu sepanjang mana-mana lebuh pada pancang yang didirikan oleh pemegang permit. iii. Dengan menanam penopang iklan pilihan raya itu ke dalam mana-mana paras tanah selain laluan jalan kaki yang diubinkan atau kaki lima, atau iv. Dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar dalam permit
5. Terdapat larangan terhadap mempamerkan iklan pilihan raya di tempat tertentu : i. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya atau membina atau mendirikan apa-apa papan tanda atau struktur lain mengikut apa-apa cara sehinggakan ia meliputi atau melindungi apa-apa isyarat lalulintas, tanda arahan, lampu jalan atau lampu perhiasan. ii. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya atas atau merintangi mana-mana lebuh; atau iii. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya pada mana-mana bangunan awam atau struktur lain dengan menggunakan paku, gam atau pelekat lain, atau dengan apa-apa cara lain yang akan merosakkan atau mencacatkan permukaaan bangunan atau struktur itu.
6. Pihak Majlis boleh melucuthakkan deposit sekiranya pihak tuan/puan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan risiko di bawah tanggungan pihak tuan/puan.
7. Perlu diingatkan bahawa pejabat Ahli Majlis tidak boleh dijadikan bilik gerakan parti atau stor simpanan barang parti dan dilarang meletak kabin sebagai stor atau bilik gerakan parti di dalam mana-mana kawasan lapang Majlis.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urusetia Permit Iklan, Bahagian Pelesenan, Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7960 4667, 03- 7960 9026.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan merobohkan semua pondok panas yang didirikan pada hari pengundian dan peraturan ini berkuatkuasa kepada semua parti politik.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pondok panas didirikan sepanjang tempoh berkempen.
"Kalau ada pondok panas, kami robohkan. Dibawah peruntukkan undang-undang tidak boleh.
"Buatlah pondok panas seberapa banyak yang dimahukan tetapi pada hari pengundian jangan gunakan," tengasnya pada sidang media PRU-13 selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya.
Jelas Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa berhubung pemasangan bendera yang sedang rancak berlaku sekarang dan peruntukkan undang-undang kempen PRU SPR hanya berkuatkuasa pada hari penamaan calon.
Berhubung tempoh berkempen yang disifatkan panjang, Abdul Aziz menyatakan 15 hari tersebut merupakan keputusan yang ditetapkan SPR meskipun syor Jawatankuasa Pilihan Raya Peringkat Parlimen sebelum ini hanya mencadangkan 10 hari.
PETALING JAYA: KEADILAN akan melancarkan 'Video Kempen Wanita' sebagai bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang hanya berbaki 25 hari bermula hari ini.
Pelancaran oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 12.30 tengahari.
Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail akan mengadakan sidang media harian KEADILAN sejurus selepas itu.
Beliau akan membangkitkan berkenaan isu ibu tunggal dijanjikan RM5,000: pendedahan modus operandi edaran borang ibu tunggal saman Kerajaan Selangor.
MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.
Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju, Lim Choon Hong berkata Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".
Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.
Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.
Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.
Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.
Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.
Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak - akan "dipinjamkan" kepada MIC.
Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.
Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.
Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.
Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.
Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.
"Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi.
"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN.
"Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran.
"Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi.
Antara bekas wakil rakyat pembangkang yang menjadi wakil bebas dan dilihat cenderung menyokong BN ialah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru).
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad.
Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya.
Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata:
"Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN.
"Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.
Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.
KUALA LUMPUR : Sempena siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini, akan mengumumkan calon KEADILAN bagi Wilayah Persekutun.
Pengumuman itu akan diadakan di Padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ceramah dan pengumuman calon akan diadakan serentak bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Manakala antara barisan penceramah yang akan bergandingan dengan beliau bagi menyampikan ceramah pada malam ini terdiri daripada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga penyandang Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Selain itu turut sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad, calon KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.
PETALING JAYA : KEADILAN menegaskan, penyandang Parlimen Batu, Tian Chua layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertulis pada 17 Jun 2010 mengenepikan hukuman asal, iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu.
"Tian Chua layak bertanding walaupun denda RM2,000 dikenakan terhadapnya sebelum ini dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan sutu perhimpunan awam.
"Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika denda tak dibayar.
"Beliau memutuskan Tian kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan tidak hilang kelayakan," menurut kenyataan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Nurul Izzah Anwar.
Merujuk perenggan 42 penghakiman, Hakim Ghazali menyatakan keputusan diambil untuk tidak menjadikan Tian hilang kelayakan secara automatik.
Ini kerana denda untuk menjadikannya hilang kelayakan adalah RM2,001.00 ke atas, bukannya bermula daripada RM2,000.00.
Tegas Izzah, Parlimen juga sedia maklum tentang fakta kes dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghilangkan kelayakan Tian sebagai Ahli Parlimen.
"Jelas kedua-dua Parlimen dan SPR bersetuju dengan penghakiman Ghazali atau sekurang-kurangnya melihat tiada keperluan untuk berbeza pendapat dalam hal ini.
"KEADILAN menjangkakan bahawa SPR akan mengarahkan pegawai pengurus di Parlimen Batu untuk bertindak sewajarnya dalam hal ini," kata Nurul Izzah. – SDQ
PAHANG : Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.
"Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.
"Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata," katanya.
Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.
Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.
Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.
Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.
"Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah," katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan sedemikian.
Untuk tonton rakaman sidang media, KLIK INI. (FZL)
Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia.
Apa dia blok B4?
Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi.
Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya?
Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.
Adakah ini kerja orang PAS?
Ini contoh banner yang mengelirukan orang ramai,Siapa punya kerja ni? ni la kerja kerja B4 ...gambar ni diambil di sekitar Meru. Dap tak bertanding sini dun meru! Kecuali sungai pinang! " banyak baner provok Hudud & Dap. Itu BN punya. . lokasi sekitar Meru & tinjau kawasan dun meru."
Lokasi cetak dalam satu bilik lokasi -4..separuh bilik tu bawah tanah. Kat situ jugak ada tempat musnahkn dokumen..bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti documen tak ada,Sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.Ini akan diceritakan dalam part 2 nanti.
Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.
Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.
Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.
Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanye untuk kegunaan PM dan TPM je.
Ds Anwar mesti taw fungsi jabatan ni.Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.
Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara. Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.
Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.
Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.
Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.
Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.
Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.Kebanyakkan banner or risalah ni diorang packing dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kete2,lori2 kat opis B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun keta kerajaan. Keta, lori2 ni tak berlogo langsung..
Bahagian ni jugak ada kem askar. Yang gua taw kem Changkat dekat Batu Gajah. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Gua pernah riky2 kt sane. Bukan kem askar biasa tapi semuanya adalah perisik yang berselindung. Kenderaan kat kem tu bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam cam biasa didaftarkn atas nama orang lain.
Risikn kem ni gua tak taw camane yang pasti ada satu bukit berbentuk busut yang tersimpn sejumlah senjata. Senjata2 ni kalo nak keluarkan diorg akan gunakn lori2 biasa yang orang tak kan terfikir pun ada senjata.
Apa tujuan busut senjata kat kem tu?
Tujuannya
kalo ada delagasi luar negara datang selalunya diorg bagi senjata atau wang tunai. dan kadang2 bahgian ni yang bagi diorang tunai or senjata. Bab ni gua tak bape taw sangat. Yang jaga senjata ni askar pencen pangkat pegawai waran 1..
Tak semua SB or askar taw fungsi jabatan ni. Lagi satu kem dekat Johor yang gua terlupa nama tempat kat mane dan memang ceruk. Kem Johor ni untuk pegawai2. Kat sini kebnyakan staf adalah pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..kalo ada 500 staf, pegawai hampir 400 orang..
Peta jalan ketempat penjahat negara
Pengarah CIA pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy. Ape2 ops selalunya diaorg buat kat situ. Banyak rumah2 operasi kat area kat yg bak pernah dgr rumah mukhlis, rumah hamid. Tu nama org yang jaga rumah tu. Nama Jln gua tak ingat plak. Yang jln Bellamy tu adalah sekolah latihan aka rumah operasi jugak.
Kemungkinan diorg akan pantau pru13 dan arahan arahan jahat ni dekat situ.
p/s : Apa tujuan gua dedahkan rahsia besar kerajaan BN? tujuannya ialah untuk menyelamatkan negara dari diperintah oleh orang orang jahat yang menunggang kekayaan negara demi kepentingan sendiri tampa memikirkan hak hak rakyat yang telah dicabuli.Sama samalah kita tumbangkan kerajaan jahat BN ini dan kita penjarakan mereka akibat jenayah yang mereka lakukan selama 55 tahun menjadi pemerintah! -kingofgoblok
SABAH : Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh ditahan-tahan lagi.
Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program.
Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu.
"Sebilangan besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat," kata Nazlin.
Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak muda.
Dalam majlis sama, Pengarah Media dan Perang Saraf Jentera Pilihan raya KEADILAN Sulaman, Ghulabdin Enjih, berkata anak muda hilang keyakinan terhadap pimpinan Umno di Tuaran.
"Kepimpinan Umno Tuaran mengabai kepentingan rakyat, contohnya penyusunan rumah di Kampung Mengkabong yang dibina secara semberono dan sambil lewa.
"Lebih ketara lagi pembangunan perumahan itu dibuat tanpa sistem kumbahan dan pusat pembentungan najis, malah ada penduduk yang masih tidak mendapat rumah mereka," katanya pada kenyataan media. (FZL)
Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.
TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.
Laporan bertajuk "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.
"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.
Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.
"Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.
Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
"Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.
"Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA," katanya.
Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar "melepas batuk di tangga" dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari ini tarikh pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ialah pada Ahad, 5 Mei, dan penamaan calon pada 20 April, 2013.
Hari pengundian awal untuk anggota pasukan keselamatan dan pasangan dan pengundi di luar negara pula ditetapkan pada 30 April.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan tempoh kempen yang agak panjang, selama 15 hari, bermula selepas penamaan calon dan berakhir tengah malam 4 Mei.
Hari Ahad ialah hari bekerja di dua negeri dikuasai PAS; Kelantan dan Kedah, dan juga di Terengganu, yang menjadi sasaran PAS untuk ditawan dalam pilihan raya kali ini.
Sebelum ini, Pilihan Raya Umum ke-11 diadakan juga pada hari Ahad, 21 Mac, 2004, yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac, 2008.
Hari berikutnya, Isnin ialah hari bekerja di negeri-negeri lain termasuk di Lembah Kelang, kawasan yang didiami ramai pengundi di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Kesan mengundi pada hari Ahad ini bakal menyumbang kepada keterbatasan pergerakan ramai pengundi, terutama di negeri-negeri utara semenanjung - dan juga di Sarawak dan Sabah - disebabkan faktor seperti masa yang terhad dan kemungkinan kesesakan jalan raya.
Wujud kemungkinan jumlah pengundi yang akan merosot disebabkan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad, terutama di negeri-negeri yang bekerja pada hari tersebut, dan memerlukan pengundi balik mengundi dari jauh.
Hari bekerja selepas hari mengundi juga bakal menyaksikan kegiatan politik yang terhad pada hari pengundian, tidak seperti biasa apabila hari mengundi ialah hari Sabtu.
Kegiatan seperti aktiviti parti dan penyokong dan kemungkinan juga protes pada malam hari pilihan raya boleh menjadi terhad akibat faktor hari bekerja keesokannya.
Hari mengundi diikuti hari Isnin juga bermakna urusan pejabat yang diperlukan boleh dilaksanakan segera pada hari berikutnya, sama ada oleh kerajaan yang baru dipilih atau yang mengekalkan kuasa.
Faktor hari bekerja selepas hari mengundi dalam pilihan raya umum kali ini bakal memberi kesan kepada jumlah yang keluar mengundi, terutama yang memerlukan perjalanan jauh, dan memerlukan strategi baharu parti-parti yang bersaing, terutama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PRU13: Bekas Pemimpin Pembangkang Boleh Bertanding Atas Lambang BN
[Mstar] KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang boleh bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih untuk bertanding, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dia (bekas pemimpin pembangkang) akan guna lambang BN jika dipilih untuk bertanding mewakili parti," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Najib berkata pencalonan mereka akan ditentukan jika terdapat ruang dan boleh diterima pengundi di kawasan tersebut.
"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, kita juga boleh memikirkan mereka untuk bertanding.
"Tak semestinya masuk mana-mana parti tapi bertanding atas tiket BN," katanya.
Jelas Najib, bilangan tersebut agak kecil kerana tidak berlaku sebarang penambahan kerusi pada pilihan raya kali ini.
"Bilangan kerusi sama dengan Pilihan Raya Umum 2008...sebab itu kita kena buat penyesuaian," katanya.
P/s: Ada katak politik di Perak sudah secara terbuka mengisytihar diri tidak bertanding, katak politik Gobala sudah merayu Najib agar mencalonkan dirinya atau isterinya dalam PRU kali ini. Katak politik seperti Ibrahim Ali, Zul Kulim juga sudah bersungguh-sungguh berkhidmat untuk BN. Sudah tentu, mereka juga berhajat besar untuk menjadi calon BN. Nasharuddin Mat Isa bagaimana? Sia-sialah dipecat kerana bersikap mesra UMNO kalau tidak dicalonkan sebagai wakil BN! Jangan lupa Hasaang Ali yang sanggup menuduh bini orang berzina dengan lelaki lain demi kepentingan politiknya!
Namun, Najib sudah mengumumkan bahawa tempat adalah terhad. Katak politik mana yang bertuah? Tunggu dan lihat!
[SH] SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.
Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.
"Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.
Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.
Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.
Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.
Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan.
[MK] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
P/s: Tarikh luput BN sudah diumumkan, anda sudah bersedia untuk mengundi?
PRU13: Bekas Menteri Besar Perak Bakal Sertai PAS?
[Mstar] LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.
Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.
Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.
"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.
Nama Zambry kita tolak ke tepilah sebab dalam PRU kali ini beliau akan cuba mempertahankan kedudukannya habis-habisan. TM yakin bekas MB itu bukan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Jika benar laporan di atas, kemungkinan besar bekas MB itu ialah Tajol Rosli. Hal ini berdasarkan beberapa laporan yang mendakwa bekas MB itu cenderung menyokong beberapa perkara yang melibatkan PR di Perak.
Semoga penyertaannya membawa manfaat kepada PR dan rakyat Perak!
[SH] SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.
Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.
Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.
"Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras, pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.
"Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.
"Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.
MANILA, Filipina --- Empat batalion pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bersedia untuk dikerahkan ke Sabah untuk memperkukuhkan pengikut bersenjata Kesultanan Sulu dan Borneo Utara yang kini berada di wilayah yang dipertikaikan untuk menuntut "rumah nenek moyang mereka .
Komander MNLF , Lito Dicay mendedahkan Selasa ini, dengan berkata pemimpin MNLF sedang berbincang kontinjen saiz brigad untuk berjuang bersama-sama Raja Muda Agbimuddin Kiram dan tenteranya. Beliau berkata, brigad MNLF terdiri daripada empat batalion.
"Batalion saya telah menamatkan latihan gerila dan kami bersedia untuk pergi bila-bila masa arahan yang diberikan," kata Dicay, yang berpusat di wilayah kecil Iranun Maguindanao yang meliputi Barira, Buldon, Matanog, parang dan bahagian-bahagian Sultan Kudarat dan bandar-bandar Mastura, serta dalam Kapatagan, Lanao del Sur.
Dicay, bagaimanapun, enggan untuk mengenal pasti yang akan bertanggungjawab dalam memberikan perintah penempatan, selain daripada berkata "ia adalah dari Bangsamoro."
Walau bagaimana pun,Beliau menyatakan dengan jelas, bahawa dia adalah di bawah kepimpinan pengasas Pengerusi MNLF Nur Misuari.
Pada awal Mac, Misuari mengakui kehadiran pejuang MNLF di kalangan pengikut Raja Muda, tetapi menjelaskan kehadiran mereka tidak berada di bawah perintahnya.
Dicay berkata batalionnya ini ialah " Batalion Iranun " MNLF adalah terdiri daripada keturunan pahlawan Maguindanao Sultan Kudarat, yang membantu Sultan Sulu memadamkan pemberontakan terhadap Sultan Brunei.
Berdasarkan rekod Kesultanan Sulu itu, Sultan Brunei menghadiahkan Sultan Sulu dengan Borneo Utara (kini Sabah) sebagai balasan membantu tenteranya. Rekod sejarah ini adalah asas kebangkitan Sultan Jamalul Kiram III menuntut hak ke atas Sabah.
Dicay berkata mereka mempunyai saudara mara Iranun di Sabah yang telah tinggal di sana selama bertahun-tahun.
Beliau berkata, kira-kira 800 tentera MNLF telah mendarat di pulau itu untuk berperang dengan Raja Muda itu.
Dicay berkata bahawa jika perintah itu adalah bagi mereka untuk menjadi sebuah pasukan pengaman, mereka bersedia untuk menerimanya sebagaimna mereka juga bersedia untuk berperang bersama-sama kumpulan Kesultanan Sulu.
Apabila diberitahu bahawa sampai ke Sabah melalui jalan laut adalah sukar kerana Filipina dan Malaysia rondaan Tentera Laut, beliau berkata, "Kita tahu cara kita, dan kita akan pergi dalam kumpulan."
Perkembangan terkini, Acmad Bayam, bekas ketua propaganda daripada MNLF dan bekas pelatih Pulau Jampiras Island dekat tanah besar Malaysia, meramalkan bahawa masalah Malaysia dengan Kesultanan Sulu di bawah Sultan Jamalul Kiram III tidak akan hilang dengan mudah.
"Saya meramalkan krisis yang lebih besar perkara: Sabah kerana saya percaya Kiram dan pengikut setia mereka berazam untuk meneruskan tuntutan mereka," kata Bayam.
Pada peringkat awal pencerobohan Sabah, ia adalah Bayam yang mendedahkan penyertaan MNLF.
Pada hari Selasa, beliau berkata beliau juga diberitahu oleh komander MNLF milik "OCZA" (Operasi Komander Zapata) bahawa pemimpin MNLF juga telah mencipta "Pasukan Petugas Iliji" yang sedang dirancang untuk Sabah.
Beliau berkata OCZA adalah nama kod bagi komander MNLF yang mendapat latihan ketenteraan di Libya dan Syria, manakala "Iliji" adalah nama nenek moyang Misuari yang bersama pejuang-pejuang sultan Sulu yang berjuang bersama-sama pengikut sultan Brunei
Abraham J. Idjirani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata beliau juga mendengar tentang pembentukan Pasukan Petugas Iliji MNLF itu.Sumber Manila buletin
Syukurlah kalau berita yang diwarwarkan dalam beberapa blog sahabat yang menyatakan tentang adanya bekas Menteri Besar yang pernah mentadbir negeri Perak, bakal menyertai PAS ....
Tentu banyak rahsia yang bakal didedahkan olehnya nanti.Habis bogellah Umno bila dilondehkan oleh bekas Menteri Besar ini.
Berita dipetik dari mulut Nizar yang berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, kelmarin.
Aku terbayangkan Tajol Rosli....Aku pun tanyakan hal tersebut kepada pembantu Nizar, Amran Harun samada cerita itu benar atau nak buat gempaq ajer...Amran kata berita tu betul!
" Betul! Betul! Betul!," kata Amran ikut telo budak Ipin , kembar si Upin tuh.
"Tapi ianya bukan di Perak, tetapi di Selangor," jelas Amran lagi."
Siapa ? Tanyaku yang teruja sangat-sangat.
"Muhammad Hj Muhd Taib!" Sambungnya lagi.Baguslah kalau dia dah insaf dan bertaubat. Allah pastinya menerima taubat hambanya. Korang pencacai tukang pacak bendera BN tu bila pula nak bertaubat?
Bukan main suka lagi penyokong PAS bila Mursyidul 'Am PAS kata , sembahyang orang Umno tidak dapat pahala....
Padan muka korang orang PAS! Mursyidul 'Am dah naik hangin! Nik Aziz dah hentam penyokongnya sendiri...
Patutlah orang-orang Umno kata Nik Aziz ni nyanyuk! Kah! kah! kah!
Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu, Kelantan, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.
Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli PAS yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.
"Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong PAS pun, kalau sokong PAS, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.
"Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah," katanya.
Kata beliau, PAS menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.
"Kita (PAS) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam?
Cer korang dengar molek-molek video berikut :
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor) 2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok) 3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding) 4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang) 5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas) 6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut) 7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah) 8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang) 9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar) 10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang) 11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan) 12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara) 13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang) 14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau) 15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin) 16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol) 17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas) 18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu) 19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang) 20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar) 21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar) 22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya) 23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)
kita sama-sama tunggu, mungkin ada perubahan di minit terakhir. doakan kehancuran umno bn!
Korang kenal Matlutfi? anak muda yg 'hot' di alam cyber serta memenangi trofi "Shout! Aloud Award" yang mengiktiraf individu berbakat menerusi YouTube di Shout! Awards 2012??...Ahaa...ini mesej dia...tak kan korang tak faham kot?..ini zaman orang yang BERANI!!!!...ini kali lah!! =D
Husam: Tidak mustahil PR boleh atasi BN di Putrajaya
JAMILAH HAMZAH
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat.
Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR.
"Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor disebut-sebut akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Putrajaya.
Pada tahun 2004, Tengku Adnan telah menumpaskan calon PKR, Abdul Rahman Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya seramai 5,079 orang. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4,086 undi.
Lima tahun lalu, Tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad yang mendapat 1,304 undi. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi.
Kajian Merdeka Center menunjukkan Tengku Adnan boleh memperoleh sehingga 60 peratus undi berbanding Husam 40 peratus.
Mengulas lanjut, Husam juga mengakui kawasan yang bakal ditandinginya adalah kawasan yang 'kebal' dan ia menunjukkan keazaman Pas dan PR untuk mendapatkan Putrajaya.
Exco Kerajaan Kelantan ini juga berkata, walaupun kawasan itu pusat bagi BN tetapi tidak mustahil untuk PR menembusinya dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat.
"Inilah yang kita nak tunjuk kita mampu bertanding di mana sahaja," katanya yang semalam disahkan akan bertanding di Putrajaya.
BBB, 28 Jamadil Awwal 1434 = 09 April 2013 (Isnin):
Memasuki pilihanraya kali ini Pakatan Rakyat melangkah lebih gagah dan lebih yakin. Keyakinan kerana percaya rakyat makin memberi sokongan dan gerakerja lebih berfokus, berstrategi dan berwawasan. Jika strategi pilihanraya sebelum ini ialah menguasai negeri-negeri yang dari segi perkiraan boleh dikuasai seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, maka strategi pada kali ini ialah mengukuh penguasaan negeri-negeri yang telah dikuasai dan memfokus negeri-negeri yang dianggap kubu dan kebal bagi parti-parti lawan. Dua dari kawasan sedemikian ialah Johor dan Putra Jaya. Memang kedua tempat dianggap benteng kebal bagi BN yang merasa amat selamat, tetapi jika metos kekukuhan ini dapat dtembus dan dipecah, maka watak sebagai legenda keyakinan akan hilang dan mereka tiada lagi sandaran sebagai asset kekuatan. Pihak pimpinan dalam Pakatan telah lama memeriksa dan meneliti peta strategi sedemikian, bahkan mengambil tindakan. Misalnya menurut Mantan YB. Salahuddin Ayob sejak setahun yang lepas beliau telah mengatur strategi bagi menggempur wilayah Kebal di Johor. ``Saya anak jati Johor, mula mengenal politik di Johor, tetapi oleh kerana kawasan tradisi Umno ini amat kebal untuk ditembusi, maka saya mengambil pendekatan berhijrah mencari pengalaman dan bekalan untuk kembali berjuang di tanah kelahiran sendiri.`` Menurutnya, ``Kepulangannya adalah dengan keyakinan dan tidak mungkin menoleh kembali ke belakang.`` Mantan YB Salahuddin berpantun,
Nyiur gading puncak mahligai Anyam ketupat berisi inti Pecah pending tulang berkecai Pantang melihat ke belakang lagi.
Mantan YB Salahuddin Ayob dijangka bertanding bagi kerusi Parlimen Kulai Johor. Usaha bagi memecah benteng kekuatan BN di Johor ini secara strategi juga diambil tindakan oleh Penasihat Umum DAP Mantan YB Lim Kit Siang rela meninggalkan kawasan selesa baginya di Ipoh untuk terjun bersilat politik dengan sebarang lawan di Gelang Patah. Sudah tentulah kepulangan dan pemergian dua pahlawan Pakatan Rakyat ini menggemparkan seluruh bala tentera politik BN di Johor. Bahana kemaraan bala tentera Pakatan yang bergerak dengan penuh keyakinan ke selatan mengecut perut dan mengharubirukan pertahanan. Sejak pecah berita ini Abdul Ghani dan Chua Soi Ah Lek tidak senang duduk, Dato` Seri Najib di Putrajaya sama menerima hangat tempias, tetapi pimpinan di Johor terpaksa berlagak anak jantan mempersilakan kehadiran mereka. Kita menunggu untuk melihat titanic pertempuran agung, juga menunggu keputusan, siapa yang kalah, siapa yang menang dan siapa pula yang kecundang.
Bagai strategi yang diatur rapi dan secara bersiri ialah mencabar kekebalan BN di Putrajaya. Ianya adalah fokus puncak bagi Pakatan Rakyat. Tanpa azam dan keberanian tiada siapa berani untuk masuk ke medan pertempuran politik yang diawas rapi setiap pengundi oleh Dato` Tengku Adnan. Cabaran ini diambil oleh Mantan YB Dato` Husam Musa salah seorang Panglima dalam Pas sendiri. Sudah tentulah Tengku Adnan yang selama ini releks dan yakin tempatnya tiada siapa berani mencabar, tersentak dan mulai diserang bimbang yang kemungkinan benteng kekuatan yang selama ini dibina di Putrajaya akan terdedah, bahawa apa yang dibina adalah semata-mata istana pasir ! Dia mungkin teringat pepatah, Sekali air bah sekali pasir berubah.
Sengaja diatur di Bangi ibarat Markaz Utama Strategi. Di sini diadakan pertemuan antara Mantan YB Salahuddin, Mantan YB Dato` Husam Musa, ditambah kehadiran dengan Mantan YB Mahfuz Umar Mantan Ahli Parlimen Pokok Sena yang sengaja datang dari utara ke Bangi, maka di sini melalui Program Makan Malam yang ditaja Pas Bangi ketiga-tiga Naib Presiden Pas ini bertemu mengatur strategi bagi menggempur Kota Selatan dan Putrajaya. Pihak penganjur bernasib baik kerana berhimpunnya tiga Naib Presiden secara serentak di Bangi – sukar berlaku. Dana yang dipungut malam ini akan diagih-agih kepada beberapa pihak – termasuk Dun Bangi yang amat memerlukan kewangan bagi menggerakkan strategi seterusnya menguasai dan menawan medan perang musuh.
Sebelum dari itu Ustaz Shafie Ngah sebagai Pengerusi Majlis menjemput Mantan Adun Bangi menyampaikan kata-kata aluan dan berterima kasih di atas kehadiran semua pihak dan derma yang dihulurkan. Mantan YB Salahuddin yang menggalurkan perjungan politiknya bermula dari Johor dan kini kembali ke Johor, Mantan YB Husam yang sedia menerima arahan untuk ke Putrajaya dan mengharapkan sandaran kewangan bagi menggerakkan jentera dan tenaga parti. Mantan YB Mahfuz juga secara bergurau menyatakan, ``Kawasannya juga memerlukan dana dan jika ada lebihan, Pokok Sena mengalu-ngalukan.`` Bangi nampaknya bukan saja tempat strategic bagi mengatur pergerakan, tetapi juga menjadi tempat sumber kewangan.
Program makan malam bagi memungut dana ini bermula dari jam 8.00 malam bertempat di Restoran Asam Pedas, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Para tamu sampai secara berperingkat-peringkat, bermula dengan kesampaian Mantan YB Salahuddin, diikuti Mantan YB Dato` Mahfuz dan Mantan YB Dato` Husam Musa. Makan malam bermula sebaik sampai Tetamu Kehormat pertama dan makan berterusan hingga ke masa majlis dimulakan. Hadirin yang merupakan penderma dan penyokong Pas tegal itu mendekati dan merapati tempat tetamu bersalam, bercakap dan bergurau secara santai. Ruang restoran Kedai Asam Pedas yang terletak bahagian tepi yang ada ruang, tetapi tidak mampu menampung kebanjiran hadirin.
Mungkin bagi mereka yang hadir, jamuan bukan menjadi tujuan utama kehadiran mereka, tetapi lebih kepada pernyataan sokongan. Pernyataan ini perlu sebagai sokongan bagi meningkatkan semangat perjuangan. Kehadiran ketiga-tiga tokoh pimpinan Pas tertinggi yang menjadi tarikan utama kehadiran hadirin dan hadirat di samping menyampaikan derma. Kita berpendapat kiranya pada majlis pelancaran derma mereka datang, mungkin bila tiba episod-episod pertempuran, mungkin tiada masalah bagi mereka turun memikul dan masuk sama ke dalam pertentangan politik sengit bagi menentukan keputusan muktamad.
Nik Mohamad Abduh Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan;
1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat hari ini.
2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.
3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?
4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.
5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.
6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.
7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.
8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan.
9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?
Bukankah pelik, menyokong umno sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan.
10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.
chegubard3"Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.
"Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.
Tadi lepas keluar dari HUKM,saya memandu di Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Kuching,tetiba ada sebuah motosikal India memotong sebelah kiri sambil menunjukan kan tayar depan kiri saya,dia berhenti kan motosikal nya,sambil bg isyarat suruh saya berhenti.
Bila saya berhentikan kereta dan turun tengok apa yg berlaku,ingatkan pancet.Rupa2 nya minyak kemerahan mcm minyak brek basah di Rim dan tayar.
Dia kata saya tak blh jalan sbb brek saya bocor,bahaya kalau jalan jugak,blh meragut nyawa. Apa yg saya tahu kereta saya pakai minyak brek dot 4,warna jernih,yg warma merah tu minyak dot 3. Dia minta saya keluarkan jek,nak buka tayar,saya kata jek tak bawa,dia minta saya ikut dia perlahan ke workshop dia,saya menolak.Dia minta sebatang rokok,saya pun bagi.
Kemudian saya memandu ke Bulatan pahang,singgah di station Caltek,nak bertanyakan makenik di situ.Dia tengok jer,terus bg tau saya yg keta saya telah di sembur minyak brek semasa berhenti tadi.Kes ini banyak berlaku pada kereta2 plat luar dan juga pada pemandu wanita yg sendirian.Mereka ada beberapa kumpulan yg melakukan aktiviti ini sekitar lembah klang.
Kata makenik itu lg,mereka bkn merompak tapi buatkan pemandu penik dan minta derang betulkan,kos yg mereka akan kenakan sampai lebih seribu ringgit.
Inilah di antara penipuan di Bandaraya Kl,awas pada rakan2 semua,hebahkan!!
Allahuakbar! Video ini menunjukkan suasana untuk pertama kalinya pembunuhan Syaikh Ramadhan al-Buthi di Masjid, Damsyik.
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI`UN ...... Telah kembali ke Rahmatullah ulama dunia Al'Alim AL`ALLAMAH ASY SYAIKH SAID Ramadlan AL Buthi rahimahullahuta`alaih tepat saat beliau memberi kuliah di Masjid Al Iman di Bandar Damsyik, Syria, Selepas maghrib Khamis, 21 Mac 2013. Beliau wafat kerana serangan bom bunuh diri yang diduga dilakukan oleh kumpulan pengganas Salafi di Syria.
Maklumat awal menyebut bahawa 23 murid Syeikh Al Buthi yang juga sedang menghadiri majlis itu terbunuh dan 40 lain cedera. SUNGGUH BELIAU ADALAH ULAMA YANG SOLEH MASA KINI daripada Ahlissunnah WAL JAMAAH. Semoga Allah meredhainya dan beliau ditempatkan di Syurga Nya bersama Rasululllah SAW .....Amin! Amin! Amin!
Berikutan penyebaran sebuah klip video buli seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah, pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut , agar melaporkannya di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan dijalankan.
Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan polis di balai polis terdekat.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.
"Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi.
"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN.
"Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran. "Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi.
Antara bekas wakil rakyat pembangkang yang menjadi wakil bebas dan dilihat cenderung menyokong BN ialah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru). Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad.
Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya.
Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata:
"Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN.
"Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya.
Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.
Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.
Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.
"Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.
Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).
Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.
Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.
Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.
Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.
Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.
Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.
Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.
Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.
Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.
Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
Daftar pemilih induk 2012 akan digunakan untuk pilihan raya ini.
379 pegawai SPR akan memantau pilihan raya ini dengan 243,000 petugas akan mengendalikan pilihan raya ini.
RM400 juta telah diperuntukkan untuk mengendalikan pilihan raya ini. -Hrkh
contoh salahguna kuasa kerajaan sementara haramjadah UMNO-BN...!!!!
salahguna kuasa rais sampai rogol amah...dah di buat laporan polis...pengadu pulak yang kena dakwa...!!!
KUALA LUMPUR, 10 April — Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh berkempen barulah alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.
"Tetapi penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna," katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini semalam.
Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.
"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud...semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa," katanya.
Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik.
Rais juga berkata tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanya sekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.
Katanya berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.
Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.
"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya.
Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.
"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.
Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawah tiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka, walaupun terhadap pihak yang tidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.
Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama.
"...ini perkara besar...mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu. Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa membuat sesuatu yang beri panduan jelas," katanya.
Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada persatuan Karyawan dan 80 buah netbook 1Malaysia kepada para penghibur jalanan.
Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.
"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.
Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup. – Bernama
penyapu sial
Berbilion ringgit telah di curi dari rakyat oleh pemimpin-pemimpin BN, jadi tiada masalah besar apabila mereka mengambil kesempatan daripada aset kerajaan. rakyat buta dan pekak badak masih terus memilih semula mereka bermakna mereka diberi lampu hijau untuk mencuri dan merompak negara. Jika anda tidak mahu untuk melihat perampas terus mencuri, sila membuang mereka keluar dari Putrajaya dan humbankan ke dalam penjara Kajang.
Kita mencadangkan agar PR mengumpul semua contoh-contoh pemimpin BN menggunakan jentera kerajaan dan apabila PR mengambil alih Putrajaya, mereka perlu menghantar saman kepada BN pemimpin-pemimpin yang boleh dikenakan dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa.
Sementara itu, seseorang perlu merekodkan semua lawatan ke luar negara dan juga pelawat rasmi yang telah memberi hadiah kepada isteri Najib - ini semua mesti kembali ke perbendaharaan negara ini kerana ia adalah harta kerajaan.
Rakyat perlu menentang ini dalam skala yang besar dengan melancarkan demo terhadap penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan parti.
Bekas pegawai khas bapak syaitan yang di kenali Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.
Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.
Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.
Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.
Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.
Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.
“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.
Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.
Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun
penyapu sial
jangan lupa papagomo ialah aset berharga UMNO..tak mustahil orang lain akan diupah untuk mengaku sebagai papagomo dan bertanding di PR.. seterusnya menyelamatkan wan azri daripada disaman.. kemudian blog papagomo akan ditutup oleh SKMM, manakala orang yang diupah tadi akan dihukum penjara beberapa bulan/tahun.. papagomo yang sebenar pula akan memulakan blog baru dan terus menyebarkan fitnah..
Chittt.. ader hati nak jadi YB. Anak bini sendiri tak leh jaga nak jaga rakyat..phuiii
kalau setakat lulus SRP.... tak payah lah ada hati nak jadi ahli politik.... agak2 le.... mangkuk oiiii....
takpa kalau tak boleh bertanding disini papagomo jangan risau pi lah bertanding kat pilihanraya umum bangladesh, lagipon muka papagomo pon dah seakan muka bangla
KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata PRU13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding, sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk memastikan kemenangan BN.
"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau memulakan kerjaya dalam arena politik pada 1982 apabila dipilih sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Kepong Baru dan kemudian dipilih sebagai Ketua Wanita Umno bagi penggal 2008/2011 setelah mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz.
Pada PRU12 yang diadakan pada 2008, Shahrizat yang bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai dikalahkan Nurul Izzah Anwar daripada PKR dengan majoriti 2,895 undi.
Beliau bagaimanapun dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 dan menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum meletakkan jawatan pada 11 Mac 2012. - Bernama
penyapu sial
ha ha ha...lembu betina sudah nampak realistik ....takut kena sembelih sekali lagi...isu lembu duduk kondo masih tak settle lagi macammanan nak tunjuk berani sebagai jenderal betina....
cakap berbelit mamak celup nie ...ikut tradisi jeneral memang kena bertanding...isu untuk menguat jentera UMNO...alasan takut kena sembelih...dan liabiliti terhadap kekalahan UMNO-BN semakin teruk akibat projek ternak lembu di kondo yang dah kantoi...
baguihh macam tu la..kak ijat ooiiii...tahu diri bersalah...tapi janganlah cakap berbelit...adanya lembu betina bertanding ke tak bertanding....UMNO-BN tetap ke lubang taik di PRU 13 nanti jika tidak menipu di pilihanraya....!!!!
Mukhriz Mahathir berkata janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus jauh lebih bijak berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
sebelum ini segala macai penjilat burid rosmah ,najib dan umno meracau bagai di rasuk azazil
Kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais kereta diturunkan seperti yang mahu dilaksanakan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Selain itu, ia mendedahkan rakyat khususnya yang terlibat dengan industri automotif kepada situasi muflis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penghapusan cukai kereta akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion.
Muhyiddin Yassin berkata, penurunan harga kereta secara mendadak akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, malahan langkah tersebut juga akan memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negara.
Manifesto pakatan pembangkang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara yang kini berkembang pesat, kerana pelaksanaan manifesto itu melibatkan implikasi ekonomi yang besar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Khairy jamaluddin kata: ' 'Jika kurangkan harga kereta, ia bermakna kita akan menghapuskan cukai. Apabila hapus cukai, ini akan memberi kesan kewangan sebanyak RM4.6 bilion setiap tahun iaitu cukai yang tidak dapat dipungut kerajaan. Janji ini merupakan sebahagian daripada janji-janji yang lain. Persoalannya bagaimana pembangkang nak biayai janji-janji itu?
''Jika satu janji tak mengapa. Tetapi jika ditambah dengan janji menghapuskan tol, pendidikan percuma, royalti minyak tambahan kepada Sabah dan Sarawak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan nak beri gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, ini akan bankrapkan negara,'' katanya.
Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pembangkang yang mahu menurunkan harga kereta disifatkan sebagai janji tidak realistik dalam keadaan ekonomi semasa negara.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan besar ekoran penghapusan cukai bagi kenderaan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno: "Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional."
Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ismail Sabri kata: "Kalau semuanya hendak diturunkan dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?"
penyapu sial
Bukankah Umno/Bn terpaksa menelan kahak sendiri?
Jika tidak, mengapa Manifesto Aku Janji Umno/BN turut meniru menurunkan harga kereta?
Ini membuktikan Manifesto Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan dan sesuatu yang realistik!
ha ha ha...jenis manusia terdesak kepala butoh kuat meniru...terlalu banyak nonton MR.Bean = sampai jadi bingai x tau malu telan kahak sendiri...ha ha ha ...!!!
Setelah lebih lima tahun berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-12, akhirnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen Malaysia yang ke-12, membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-13
Semua Dewan Undangan Negeri juga akan dibubarkan, melainkan DUN Sarawak yang melangsungkan pilihan rayanya pada tahun 2011. Sebenarnya tidak ada undang-undang atau peruntukan yang mewajibkan pilihan raya Parlimen dan negeri-negeri dijalankan bersama. Pilihan raya serentak diamalkan bagi menjimatkan kos dan masa semua yang terlibat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan Perlembagaan yang ditugaskan ( yang sepatutnya tidak berat sebelah menyokong BN ) untuk mengendalikan pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang pembubaran Parlimen dan DUN, akan bertemu dan berbincang bagi menetapkan tarikh hari pencalonan dan hari pengundian. Ramai beranggapan Perdana Menteri yang menetapkan tarikh pengundian, tetapi ini tidak tepat kerana Perdana Menteri hanya mempunyai kuasa memohon untuk membubarkan Parlimen, bukannya menetap tarikh pilihan raya.
Apabila Parlimen dan DUN dibubarkan, apa akan jadi dengan kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri yang sedia ada? Apabila Parlimen dan DUN terbubar, mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lepas juga akan lupus dengan sendirinya. Kerajaan yang sedia ada akan bertukar secara automatik menjadi kerajaan sementara atau dalam bahasa Inggeris, caretaker government. Inilah amalan konvensyen di negara-negara yang mengamalkan sistem Parlimen Westminster, sama seperti Parlimen dan DUN kita. Amalan konvensyen perlu dirujuk kerana Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri tidak memperuntukkan tentang kerajaan yang mentadbir semasa tempoh dewan perundangan terbubar dan sehinggalah terbentuknya kerajaan yang baru.
Maka pada masa ini, negara kita dan negeri-negeri (kecuali Sarawak) sedang ditabdir oleh kerajaan sementara. Perlembagaan juga tidak menyatakan apa-apa tentang kuasa dan had kerajaan sementara, sebab itu kita sekali lagi harus merujuk amalan konvensyen. Menurut konvensyen, kerajaan sementara adalah bagi memastikan urusan seharian negara dapat dijalankan tanpa gangguan dalam tempoh ini. Pada dasarnya, sebuah kerajaan sementara tidak wajar mengambil apa-apa tindakan yang dapat mengikat kerajaan yang akan datang, kerana ia adalah kerajaan tanpa mandat. Jika biasanya Kerajaan bertanggungjawab kepada Parlimen atau DUN, kerajaan sementara pula tidak mempunyai sesiapa untuk sekat dan imbang.
Kerajaan sementara tidak boleh mengumumkan inisiatif baru, membuat keputusan dasar, inisiatif atau perbelanjaan baru. Kerajaan sementara juga tidak boleh menandatangani perjanjian baru atau memberi akujanji baru. Juga tidak boleh membuat pelantikan penting sebagai kerajaan sementara. Lawatan rasmi dalam atau luar negeri juga tidak wajar dibuat oleh kerajaan sementara. Akhir sekali, kerajaan sementara harus pastikan bahawa sumber dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk kempen politik.
Kerajaan sementara akan menjalankan berterusan sehinggalah keputusan pilihan raya umum diketahui dan kerajaan baru dibentuk. Pada ketika itu, “nyawa” kerajaan sementara akan secara automatik berakhir.
Hari-hari yang mendatang akan menyaksikan suhu politik negara semakin hangat. Setiap fasa yang kita lalui menuju Pilihan Raya Umum ke-13 adalah menurut peruntukan Perlembagaan atau kehendak undang-undang. Jika dahulu ramai yang tidak mengambil peduli, kali ini kita dapat saksikan bagaimana rakyat bahagia, semakin dahagakan pengetahuan dan ilmu tentang proses undang-undang dan Perlembagaan negara, menjelang pilihan raya yang begitu penting buat negara.
TAWAU, 9 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak begitu fokus membangunkan bidang pendidikan dan menjaga kebajikan para pendidik sehingga para pensyarah dan guru merupakan antara golongan yang paling terasa sentuhan kasih sayang kerajaan.
Menurut tokoh akademik disegani di Sabah, Datuk Mary Yap Kain Ching, kebajikan pendidik dijaga dengan baik dengan pemberian pelbagai insentif seperti pembangunan profesionalisme secara berterusan dan elaun kritikal untuk guru teknik vokasional serta guru bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk memotivasi mereka.
“Selain itu, warga pendidik juga mempunyai peluang baik naik pangkat hingga ke tahap tinggi tanpa perlu meninggalkan sekolah sama ada dihantar bertugas ke pejabat pelajaran atau ke kementerian berdasarkan konsep ‘naik pangkat tanpa berpindah’,” katanya kepada Bernama di sini.
Mesra dengan nama Mary Yap, beliau berkata insentif kenaikan pangkat melalui konsep ini tidak terhad kepada para pengetua sahaja malah turut dinikmati guru-guru lain melalui pengenalan ‘Guru Cemerlang’ di samping kenaikan pangkat menurut kaedah ‘time-based’.
“Jadi ini sudah menunjukkan satu justifikasi cukup jelas bahawa BN bersikap penyayang kerana apa yang sangat penting ialah kebajikan warga pendidik dijaga dengan baik,” katanya.
Mary Yap, bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Teknik Tawau, menyifatkan kerajaan BN sebagai kerajaan penyayang kepada semua rakyat dan memberi perhatian berat terhadap keperluan dan kepentingan pendidikan secara merata termasuk sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan.
“Semua sekolah ini juga termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional Malaysia (PPPN) yang dilancarkan perdana menteri untuk tahun 2013 hingga 2025,” katanya yang juga Pengerusi Persekutuan Majlis Sekolah-Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.
Mary Yap, yang pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan atas sumbangannya dalam bidang pendidikan, menangkis tanggapan pihak tertentu kononnya pelbagai inisiatif dan sentuhan kasih sayang BN bertujuan memancing undi, memandangkan ia sememangnya perancangan kerajaan melalui belanjawan negara.
Katanya kerajaan BN juga tidak mengambil ringan soal pembinaan modal insane berkualiti untuk masa depan negara melalui usaha berterusan menambah baik sistem pendidikan menjadikannya bertaraf dunia.
Kementerian Pelajaran sekarang, menurutnya, bukan sahaja terus berusaha menjaga kebajikan warga pendidik malah berusaha mewujudkan sistem atau dasar pendidikan yang boleh memacu kecemerlangan pendidikan dan modal insan negara pada masa depan.
“Sebagai seorang pendidik, saya melihat Kementerian Pelajaran memang menjaga warga pendidik dengan baik. Pelbagai aliran sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama juga wujud dan mendapat perhatian besar kerajaan BN,” katanya.
Mary Yap berkata di bawah kerajaan BN pelbagai program dan inisiatif melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan untuk membawa kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat.
“Jelaslah BN merupakan parti yang bersikap penyayang. Rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak mungkin mendapat perhatian sebaik ini jika bukan BN yang memerintah,” katanya memetik pelbagai contoh program yang sudah dilaksanakan dan memberi manfaat besar kepada rakyat jelata.
Ia termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, pemberian baucer buku kepada pelajar pengajian tinggi, skim rumah pertama, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dijanjikan diberi berterusan dengan pelbagai penambahbaikan.
Mary Yap yang juga anggota Majlis Penasihat Wanita Sabah berkata kerajaan BN juga melaksanakan banyak program ekonomi dan sosial untuk membantu mempertingkat taraf hidup dan menjaga kebajikan wanita termasuk ibu tunggal dan warga emas.
Beliau yakin kerajaan BN berada di landasan yang betul bagi memacu pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, namun menegaskan bahawa rakyat perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi atas kesungguhan dan komitmen tinggi pemimpin BN untuk membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara. — Bernama
penapu sial
bapak penipu syaitan yang di kenali...time pru aje kunun kunun nak tunjuk perangai penyayang yang palsu...lepas pru kalau menang...semuanya di buat buat lupa ....yang penting pulus masyukkk , kroni di utama...rakyat mampos pun tak apa...time sekali lagi pru datang lagi kepada rakyat dengan muka pemintak sedekah...jenis manusia tak tau malu..
kalau x percaya...tengok nanti lepas pru kalau barisan najis penipu ini menang...AES ,GST dan pelbagai cukai menunggu....adakah dia berjanji nak mansuh...tidak sekali bukan..itulah tanda penyayangnya BN kepada rakyat ...dengan menjerat leher rakyat....minyak naik sudah tentu...tunggu meletup ajer lepas pru...semua barang naik sinonim dengan nama BN itu sendiri barang naik setiap kali lepas menang pru...bila dah terdesak datang merayu...
dasar pendidikan yang hancur...dengan keruntuhan moral di sana sini...inikah yang sangat2 di banggakan oleh BN....bullshittt...PPSMI pun dah terlingkup...bila islam jadi alat BN melepaskan nafsu...segala nasihat ulamak dan cerdik pandai islam di bangkul sampahkan...dan di jadikan alat tunggangan syaitan...
kakitangan kerajaan terutama di bidang pendidikan jangan lupa bagaimana kerajaan BN mengencingkan mereka...
sumbangan EPF sepatutnya di kekalkan sampai kita bersara nanti telah di pendekkan kepada 10 tahun dan kemudian semakin lama BN memerintah di pendekkan pula menjadi 3 tahun...dan yang terkini akaun EPF dalam akaun kedua di rembat semua kunun dengan alasan di masukkan skim pencen...ini merompak dan menipu kakitangan kerajaan namanya..
kalau di singapura potongan EPF kakitangan kerajaan di sumbang sampai bersara...tu pasal kakitangan mereka mewah dan tak perlu rasuah...lepas bersara boleh beli rumah sebijik di malaysia...
sedar sedar lah wahai kakitangan kerajaan....anda sememangnya kena kencing selamanya...jika tidak berani buat perubahan....inikalilah.....tukar....kerajaannnn....!!!!
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin akan menjadi calon Pas mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor.
Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dijangka akan ditentang calon Umno/BN Shabudin Yahya yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.
Pak Chad
calon Tasek Gelugor Rahman Maidin
Shabudin juga adalah mantan Adun Permatang Berangan.
Sementara bagi kerusi DUN Permatang Berangan, PAS akan mencalonkan Arshad Salleh yang tewas kepada Shabudin pada PRU2008. Arshad atau dikenali sebagai Pak Chad adalah anak jati di kawasan Permatang Berangan.
cikgu zahadi
Arshad adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negera dan merupakan Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Permatang Berangan sejak 4 tahun lepas. Beliau amat disenangi pengundi kawasan berkenaan.
Sementara itu, bagi kerusi DUN Sungai Dua pula, PAS akan diwakili Cikgu Zahadi..iaitu PPK Sungai Dua yang mengambil alih teraju daripada arwah Fahmi (PPK).
Satu lagi kerusi DUN dalam parlimen Tasek Gelugor adalah Teluk Air Tawar yang akan diwakili PKR.
PAS juga kan mencalonkan Sdr Afnan Taib Azimudiin untuk kerusi Parlimen Kepala Batas, manakala Roshidi Hussin untuk kerusi Dun Penaga. Bagi Kerusi Bertam pula, PKR akan meletakkan Sdr Johari Kassim (ketua Penerangan PKR Negeri P Pinang) dan Sdra Ir Haji Zaki untuk Dun Pinang Tunggal
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rupanya patutlah bekas perdana menteri, Najib hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi.
Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya.
Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu:
a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik
b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan
c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua
Mendahului senarai adalah bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti bekas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.
Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.
SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:
1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor) 2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok) 3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding) 4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang) 5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas) 6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut) 7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah) 8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang) 9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar) 10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang) 11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan) 12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara) 13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang) 14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau) 15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin) 16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol) 17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas) 18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu) 19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang) 20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar) 21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar) 22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya) 23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)
SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:
1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas) 2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)
KEKAL TIADA DALAM SENARAI:
1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM) 2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA) 3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar) 4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)
Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:
1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)
Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini.
Besar kemungkinan lebih banyak bekas penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib yang menyebabkan dia kini dalam dilema. ~jalan pulang
Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.
Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.
Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.. Lihat di SINI
Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat..
Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca.
Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik..
Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda"..
6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat..
Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'..
Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri..
Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi...
Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini.. ~anak sungai derhaka
PETALING JAYA 10 APRIL: KEADILAN menegaskan, penyandang Parlimen Batu, Tian Chua layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertulis pada 17 Jun 2010 mengenepikan hukuman asal, iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu.
"Tian Chua layak bertanding walaupun denda RM2,000 dikenakan terhadapnya sebelum ini dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan satu perhimpunan awam.
"Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika denda tak dibayar.
"Beliau memutuskan Tian kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan tidak hilang kelayakan," menurut kenyataan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Nurul Izzah Anwar.
Merujuk perenggan 42 penghakiman, Hakim Ghazali menyatakan keputusan diambil untuk tidak menjadikan Tian hilang kelayakan secara automatik.
Ini kerana denda untuk menjadikannya hilang kelayakan adalah RM2,001.00 ke atas, bukannya bermula daripada RM2,000.00.
Tegas Izzah, Parlimen juga sedia maklum tentang fakta kes dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghilangkan kelayakan Tian sebagai Ahli Parlimen.
"Jelas kedua-dua Parlimen dan SPR bersetuju dengan penghakiman Ghazali atau sekurang-kurangnya melihat tiada keperluan untuk berbeza pendapat dalam hal ini.
"KEADILAN menjangkakan bahawa SPR akan mengarahkan pegawai pengurus di Parlimen Batu untuk bertindak sewajarnya dalam hal ini," kata Nurul Izzah. ~keadilandaily
Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.
Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.
Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.
"Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.
Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).
Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.
Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.
Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.
Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.
Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.
Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.
Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang
Mengikut maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat, undi Melayu tidak berganjak hasil dari pelancaran Manifesto Barisan Nasional. Malah, para pemerhati menjangka manifesto Barisan Nasional itu bakal makan tuan dan kesan psikologi yang diharapkan tidak akan menjadi.
Sokongan orang Melayu pada Pakatan Rakyat tidak berganjak walaupun telah dilancar manifesto BN dengan gilang gemilang sekali. Soalnya sekarang hari mengundi itu masih jauh.
Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjaga disiplin mereka dan tidak mengeluarkan kenyataan2 yang merugikan Pakatan Rakyat?
Tulang Besi masih ingat bagaimana kenyataan TEngku Razaleigh di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang dimainkan oleh media milik UMNO secara berulang-ulang kali.
Apabila ditanya kepada Tengku Razaleigh apakah tindakan berjumpa PBS itu satu tindakan yang bijak, antara respon Tengku Razaleigh adalah "don't ask stupid questions" (jangan tanya soalan2 bodoh).
Kejadian itu diulang-ulang oleh TV3 dan media2 milik UMNO sehingga menampakkan Tengku Razaleigh ini seorng yang bongkak dan sombong.
Kemuncak penipuan adalah apabila digambarkan Tengku Razaleigh ini seorang yang pro Kristian dengan membawa gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang digambarkan sebagai salib (walaupun hakikatnya ia adalah tengkolok daun ubi).
Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh tidak perlu ke Sabah sebelum hari mengundi. Pada hakikatnya Tengku Razaleigh boleh mengadakan pertemuan dengan Pairin Kitingan selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh cuma perlu menunggu 4 hari sahaja lagi untuk membuat apa-apa perbincangan dengan PBS. PAda hakikatnya Tengku Razaleigh sudah tidak perlu bertemu dan bercakap lagi dengan media pada masa itu.
Namun, Tengku Razaleigh telah berdegil dan berkeras kepala. Nasihat Haji Mustafa Ali supaya jangan ke Sabah tidak diendahkan sama sekali.
Cabaran kepada Pakatan Rakyat adalah jangan ada mana2 pemimpin Pakatan Rakyat yang berbuat atau berkata perkara2 bodoh dan tidak berfaedah.
Mampukah pemimpin2 PAkatan Rakyat mempelajari kesilapan Tengku Razaleigh?Tulang Besi mencadangkan kesemua pemimpin2 utama Pakatan Rakyat berhenti bercakap atau bertemu dengan media mulai dari hari ini sehinggalah hari membuang undi kelak.
Terlalu banyak risiko dan jurangnya bagi mereka untuk bertemu dengan mana-mana media tidak kira media yang pro PR atau anti PR.
Lebih baik masa digunakan untuk berkempen dan bertemu pengundi.Kalau tiada kenyataan2 yang bodoh dan merugikan dari mana-mana pemimpin PR, inshaalah kemenangan adalah dalam tangan kita. ~tulang besi
Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.
Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.
"Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.
Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.
Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. ~bernama
Teka teki berhubung kedudukan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang disebut-sebut akan mengisi kerusi Kemaman malam tadi musnah.
Sebaliknya Naib Pengerusi KEADILAN negeri, Kamaruddin Chik diumumkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam ceramah sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Chukai malam tadi.
Azan dijangka diletakkan bertanding di kerusi lain namun belum dapat dipastikan menurut sumber dalaman parti itu lewat malam tadi.
Manakala bagi kerusi bagi parlimen di Pahang, Anwar mengumumkan Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa dicalonkan untuk berhadapan dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya dan pengerusi Gerakan Mahasiswa 13 (GM13), Syis Abdul Kadir.
Kerusi parlimen Bera pula bakal ditandingi ahli majlis pimpinan pusat, Zakaria Abdulhamid yang dijangka ditentang BEKAS menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun beberapa sumber memetik pencalonan Zakaria ditentang beberapa pihak dalam PAS walaupun parti itu bersetuju bertukar kerusi Temerloh yang diberi laluan untuk PAS bertanding.
Tetapi kem Barisan Nasional (BN) juga tidak kurang masalahnya apabila Ismail Sabri bakal digantikan dengan timbalannya, Mustafa Yasin membuatkan jentera BN masih belum melakukan gerak kempen di parlimen itu.
Iklan C (ii)
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ade payung di atas lampu traffic light??????......ape ke hal nye ni...macam ade satu isyarat aje ni...tak pernah tengok payung hitam di letakkan sebegitu rupe,baik kite guna masa hujan aje lagi baik.Ditengah-tengah kerancakkan bendere BN dan PR berkibar disekeliling disimpang empat Bote kiri dan kanan ni tetibe ade pulok payung ditengah-tengahnye..
Payung Hitam Yang Berterbangan Di Hembus Pawana
Yang teman dapat tengok payung ni ade 2 lokasi letaknye,lagi,di simpang empat bote kiri dan Bota kanan.Letaknye same juge diatas lampu traffic light letaknye.
Menurut kate beberape orang otai di Bote Kiri ni,itu adalah isyarat dari calon bebas yang akan turut serta bertanding di DUN Bota atau Parlimen Parit.Payung itu mungkin simbol yang akan digunakan oleh calon bebas tersebut.
Entah ler,mungkin ye atau mungkin tidak,kite tengok aje ler mase penamaan calon nanti jike ade lawan tiga penjuru maka betul ler tu......siapa orangnya,mungkin disini dapat menghuraikan segala persoalan.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak faham struktur cukai kereta yang dilaksana Barisan Nasional nampaknya..
Ini ekoran dari kenyataannya yang cuba untuk memperbodohkan rakyat olehnya semalam..
Dalam kenyataannya beliau mengatakan bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya.
Padahal sekarangpun Sekarang pun, AFTA sudah dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import.
Di bawah kenyataan penuh Rafizi:
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh BN.
Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import.
AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar Asean.
Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta.
Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara Asean.
Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara Asean.
Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan KEADILAN.
Sebab itu, apabila Muhyiddin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada BN betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta.
Lebih membimbangkan, kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh BN sekiranya menang nanti.
Makanya, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:
1. Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau
2. Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta.
Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN.
Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia ~ Keadilandaily
Fuh!! nasib baiklah ada pilihanraya.. kalau tidak kekallah Malaysia diperintah oleh orang-orang yang dungu yang hanya tahu bercakap tetapi tidak faham apa yang dicakapkannya itu sendiri..
Tapi.. yang aku hairannya masih ada lagi yang menyokong manusia sebegini untuk menjadi pemimpin mereka..
Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.
Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.
Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.. Lihat di SINI
Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat..
Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca.
Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik..
Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda"..
6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat..
Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'..
Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri..
Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi...
Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini..
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.
Badan pengendali pilihan raya itu juga menetapkan 20 April 2013, Sabtu bagi tarikh penamaan calon dan 30 April untuk pengundi awal.
Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, genap empat tahun perdana menteri keenam itu menggalas tanggungjawab sebagai perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Kedua-dua parti politik di negara ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN.
Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu.
Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun ~ The Malaysian Insider
Baca juga siapa yang bakal dicalonkan sebagai TKM1 Pulau Pinang di SINI
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shahrin sebagai calon parti itu bagi kerusi DUN Sungai Aceh dalam pilihan raya umum akan datang.
Lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sudah menjadi rahsia umum bahawa PAS dan PKR berebut kerusi luar bandar majoriti Melayu itu yang terletak dalam kawasan pilihan raya Nibong Tebal sejak beberapa bulan yang lalu.
Malah terdapat spekulasi bahawa penyandang Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahd Rawa Yusuff akan diletak bertanding di situ.
Bagaimanapun, Mansor berkata PAS dan PKR Pulau Pinang telah menyelesaikan rundingan untuk kerusi Sungai Acheh dengan merestui calon PKR bertanding di situ.
"Kami percaya Chegu Bard akan membawa kemenangan kepada Pakatan dan perubahan kepada kawasan Sungai Acheh," katanya.
Chegu Bard kalah tipis ketika bertanding menentang Khairy Jamaluddin di Rembau dalam pilihan raya 2008.
Faiz Musa tentang PM di Pekan
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama.
Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu. Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.
Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera.
Di majlis pengumuman calon di sebuah hotel di Kuantan, Anwar menegaskan semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti ~ Malaysiakini
Sebagai sahabat.. Aku ucapkan TAHNIAH buat kedua-duanya..
Ini pesanan ringkas buat Chegu Bard.. Taman dalam hati tu.. tebaslah sikit... he..he..he..
Buat Cikgu Fariz pula..samada kalah atau menang, yang penting Lawan Tetap Lawan!!!
Semua telah mengikutinya. Tidak perlu lagi meramal, membuat spekulasi dan tekaan. Hari penamaan calon Sabtu 20 April dan Hari Mengundi Ahad 5 Mei bagi Pilihanraya Umum ke 13.
Mulai hari ini masing-masing parti pasti mengemukakan senarai penuh calon masing-masing untuk pengetahuan rakyat khasnya para pengundi di kawasan masing-masing. Sehingga kini pun masing-masing parti telah pun mula memperkenalkan beberapa calon yang bakal bertanding dengan yang paling panas setakat ini adalah bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor dimana penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka bertempur dengan MB Johor (caretaker) Ghani Othman.
Pasti ada lagi beberapa kerusi panas yang akan menarik perhatian ramai apabila nama-nama calon mula masuk selepas ini.
Apa pun kita raikanlah Pilihnaraya Umum ke 13 buat Malaysia merdeka ini dengan baik. Semoga ia berjalan dengan aman dan lancar dan lebih penting lagi calon-calon yang terbaik antara yang baik-baik naik dan dimenangkan oleh rakyat insyallah.
Saya sendiri tidak sabar untuk mengundi di kawasan yang saya didaftarkan, selamat mengundi semua 13 268 002 rakyat Malaysia, pengundi berdaftar.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.
Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.
Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.
Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.
Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya.
Bagaiaman pun sumber lain menyebut hasrat Mahathir itu sudah pun dimaklumi Najib dan Najib sendang mempertimbangkan permintaan berkenaan. "Saya tidak fikir Najib sedia untuk memberi kebebasan begitu sekali kepada Dr M, sehingga menerima permintaanya untuk menjadi calon," kata sumber itu. Masa ini Mahathir adalah pengarah atau master mind Umno untuk pilihan raya ini. Katanya semua tindakan ataupun strategi berkaitan dengan pilihan raya ini Najib terlebih dahulu mendapat arahan atau signal dari Mahathir.
Dari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas.
Mengenai kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah pula, semalam Teuku Adnan Teuku Mansor telah menghadap Tengku Razaleigh untuk menyampaikan watikah sebagai calon BN di parlimen Gua Musng. Najib dan Umno tidak ada pilihan lain melainkan 'terpaksa' mengambil Tengku Razaleigh sebagai calon untuk menyelamatkan kerusi berkenaan. [wm.kl.1:15 pm 10/04/13]
Baru sekejap tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusuf telah mengmumukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Hari penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari mengundi ialah 5 Mei. Ini bermakna tempoh berkempen selama 14 hari. Pilihan raya kali ini melibatkan seramai 13,268,002 pengundi. [wm.kl.12:35 pm 10/04/13]
Kita semua sedang menanti pengumuman hari penamaan calon dan hari mengundi oleh SPR yang kini masih bermesyuarat membincangkan perkara itu. Hari ini dijangka tarikh-tarikh keramat itu akan diketahui menjelang lewat petang ini.
Sementara itu mari kita lihat dan meninjau ke mana dan di mana orng-orang penting dari kalangan Pakatan Rakyat akan bertading ataupun diletakkan bertanding. Saya mulai dengan ketua SAMM Badrul Hisham Sharin atau Che'guBard yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding, tetapi semalam diumumkan beliau akan diletakkan di DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang.
Pencalonan Badrul itu diumum sendiri oleh Timbalan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman.
Pencalonan Badrul itu telah menyenangkan hati anak-anak muda yang merasakan beliau adalah antara orang muda terlayak untuk menjadi salah seorang calon. Kebimbangan atau protes kalau Badrul Hisham tidak dicalonkan sudah tidak berbangkit lagi.
Selain itu seorang lagi tokoh muda PKR, Fariza Musa juga turut dicalonkan. Beliau disandarkan harapan untuk berdepan dengan Najib Razak di Parlimen Pekan Pahang. Faiz yang dilihat seorang anak muda agresif sudah tentu akan memberi tentangan sengit kepada Najib. Khabarnya Faiz akan melondehkan beberapa skandal Najib dan kelemahan perdana menteri itu yang dihimpun sejak beberapa tahun lalu termasuk yang belum didedahkan.
Kerakusan isteri Najib, Rosmah Mansor yang memiliki berbagai harta juga akan turut sama dibongkar di sepanjang kempen pilhan raya.
Manakala semalam juga PAS telah mengumumkan tokoh-tokoh pentingnya untuk bertanding dalam PRU-13. Naib Predien PAS, Husam Musa akan bertanding di parlimen Putrajaya. Manakala kedudukan Husam di kerusi Salor di Kelantan masih belum menentu. Namun pengundi di Salor enggan melepaskan Husam dan menuntut exco kanan itu turut diletakkan di Salor.
Apa yang menariknya pengumuman Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya dilihat sebagai langkah ke depan PAS dan penerimaan Husam untuk akur kepada arahan parti satu keberanian. Khabarnya Husam tidak berkluk klik dengan arahan itu dan menerima dengan reda dan penuh bersemangat. Walaupun beliau tahu Putrajaya bukan kerusi mudah tetapi dipikulnya sebagai amanah. Husam tidak menghantar sesiapa untuk melobi agar beliau hanya kekal di Salor.
Apa dilakukan Husam sepatutnya menjadi ikutan dan contoh kepada yang lain.
Sementara Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan bertanding di kerusi Parlimen Marang. Kerabat di Raja Terenggnu Raja Baharin pula di parlimen Kuala Terengganu. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tidak dicalonkan di mana-mana kerusi. Khabarnya hampir separuh pemimpin "Van 20" di Terengganu tidak dicalonkan.
PAS masih belum mengumumkan sepenuhnya calon-calonnya di kalangan Jawatankuasa PAS Pusat. Dijangka semua calon PAS akan diumumkan Jumaat ini atau selewat-lewatna Sabtu.Khabarnya bebeapa kerusi masih lagi belum diputuskan calon dan rombakannya juga berlaku dua kali sehari. [wm.kl.12:15 pm 10/04/13]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.