::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 28 Nov 2011 01:57 AM PST Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya Posted: 27 Nov 2011 03:17 PM PST Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang. Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 28 Nov 2011 01:10 AM PST pilihan raya pertama di Mesir sejak pemerintahan 30 tahun bermula Posted: 28 Nov 2011 12:12 AM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] -ASKAR Mesir mengawal orang ramai yang menunggu untuk membuang undi pada pilihan raya Parlimen di Kaherah. Televisyen Mesir melaporkan, pusat pengundian dibuka hari ini untuk melaksanakan pilihan raya pertama di Mesir sejak pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak berakhir pada Februari lalu. - Foto Reuters | Shahrizat kata dia tiada kena mengena dengan NFC Posted: 27 Nov 2011 11:33 PM PST 2 Muharram 1433H [MOD] -
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Kenyataan tersebut dikeluarkan menjelang Pehimpuanan Agung UMNO yang dilihat satu usaha terakhir beliau menyelamatkan karier politiknya yang berada dalam keadaan tidak selamat selepas dia dikaitkan dengan skandal tersebut yang mencalari diri,keluarga dan partinya.
Skandal yang menggemparkan negara itu hangat diperkatakan sehingga di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen BN dari Kinabatangan, Bung Mokhtar meminta beliau meletakkan jawatan kerana menjadi bebanan kepada parti.
Ketua Wanita UMNO itu berkata, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.
"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. "Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.
"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.
Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.
Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.
"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan Wanita UMNO tetap kental.
"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," katanya. | Polis Jerman bertempur dengan ribuan orang halang gerabak nuklear Posted: 27 Nov 2011 11:22 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] -
DANNENBERG: Polis Jerman bertempur dengan ribuan penunjuk perasaan anti nuklear pagi tadi dengan kebanyakannya mengikat diri di atas landasan kereta api yang menyebabkan kelewatan jadual perjalanan apabila mereka cuba menghalang gerabak yang membawa sisa radioaktif.
Konvoi yang membawa sisa radioaktif berkenaan sejauh 1,200 kilometer dari barat laut Perancis ke tempat simpanan di utara Jerman, Lemgrabe iaitu kira-kira 30 kilometer dari destinasi terakhir iaitu Dannenberg. Selepas berhenti selama 18 jam termasuk bermalam, akibat daripada bantahan itu, kereta api berkenaan hanya menamatkan perjalanan sejauh 30 kilometer dalam tempoh empat jam. - AFP | Pemuda PAS Isytihar Nizar sebagai MB Perak Posted: 27 Nov 2011 04:25 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] - Oleh Muhammad Faeez
PARIT BUNTAR, 27 Nov: Pemuda PAS Perak mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 apabila mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU-13 nanti.
Pengistiharan penting tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Parit Buntar 27 November lalu.
Beliau berkata, Pemuda PAS akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau 'digulingkan' dalam tragedi 'rampasan kuasa' Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
"Kami seluruh Pemuda Negeri Perak bersatu hati akan bekerja keras dalam PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Dato' Seri Nizar untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat Perak," katanya dihadapan ribuan hadirin.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13.
Katanya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.
Jentera Pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di muka atas bumi ini.
"Tragedi 'rampasan kuasa' kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami dah lupa," katanya.
Dalam Program tersebut, lebih 7 ribu pemuda daripada seluruh pelusuk negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesediaan pemuda.
Himpunan tersebut bertemakan Bersih 2.0 dengan slogan 'Semarakkan Gelombang Kuning'.
Tema tersebut dipilih bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan rakyat dalam tuntuan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihanraya adil dan telus.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, AJK Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad, Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien, dan saf kepimpimpinan Pemuda PAS Pusat. | Janji TiPU untuk orang Kelantan Posted: 27 Nov 2011 03:11 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] - Muhyiddin Yassin berjanji agar memberikan kemenangan kepada BN di Kelantan jika mahukan masalah air di negeri itu diselesaikan. Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara ini. Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji. Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri sendiri. Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya. Lazimnya janji-janji yang ditaburkan ini turut memberi persepsi sebagai satu rasuah politik dan juga ugutan terhadap pengundi. Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti politik yang paling berkuasa dalam negara turut tidak ketinggalan dalam menaburkan janji setiap kali musim pilihan raya berlangsung samada pilihan raya kecil atau pun umum. Analisa janji TiPU selesaikan masalah air Kali ini, giliran Timbalan Presiden Umno (TiPU), Muhyiddin Yassin pula mengambil giliran berjanji rakyat Kelantan agar memberikan kemenangan BN di Kelantan jika mahukan masalah air di Kelantan diselesaikan. Bagaimanapun, bagi rakyat Kelantan yang mungkin cepat tersinar dengan janji-janji TiPU ini, adalah amat wajar terlebih dahulu melakukan analisa prestasi BN dalam menguruskan bekalan air di negeri-negeri yang mereka kuasai. Di Sabah contohnya yang merupakan kubu kuat BN sehingga dianggap sebagai negeri simpanan tetap yang sentiasa tidak menghampakan untuk BN menjamin kemenangan mereka, adakah pengurusan airnya berada di tahap nombor satu terbaik? Sekiranya, analisa mendapati rakyat negeri Sabah menikmati bekalan air bersih paling sempurna, tiada pencemaran dan liputan bekalan air mencapai sehingga 99 peratus dari keseluruhan Sabah, maka pengundi Kelantan amat wajar untuk memegang janji TiPU itu. Kesimpulannya, sekiranya bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan di atas, maka rakyat Kelantan dianggap tidak wajar sekiranya masih teragak-agak untuk memberi undi kepada BN. Bagaimana pula sekiranya analisa dibuat didapati dalam Audit Air menyatakan bekalan air di Sabah hanya mampu meliputi 75 peratus sahaja dari keseluruhan negeri di bawah bayu itu? Adakah sekiranya BN menjadikan faktor geografi sebagai alasan, ianya boleh diterima sedangkan pada masa yang sama berbilion ringgit boleh dibazirkan setiap tahun bagi projek mega lain. Faktor geografi sebagai alasan Bolehkah alasan geografi diterima apabila kemajuan teknologi masa kini menyaksikan banyak projek merentasi hutan, bukit-bukau, kawasan pergunungan dengan jarak beratus-ratus kilometer berjaya dilaksanakan bukan sahaja di negara luar malah di Semenanjung Malaysia. Kalau projek yang melibatkan struktur yang besar boleh dilakukan mengapa tidak projek yang hanya melibatkan sambungan paip bagi menyalurkan kepentingan asasi rakyat tidak boleh. Bagaimana pula sekiranya dari 75 peratus itu juga didapati, kualiti air mentahnya buruk, loji rawatan air tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan yang berkelayakan seperti sepatutnya? Bagaimana lagi sekiranya dari 75 peratus kawasan yang menerima bekalan air itu juga didapati amat jauh dari mematuhi standarad piawaian pengurusan air? Bagaimana sekiranya didapati pemfloridaan tidak mencukupi, dan pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang? Bagaimana sekiranya di Sabah tiada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan seperti komen yang dinyatakan dalam Audit Air 2008? Bagaimana pula sekiranya 75 peratus pengguna di kawasan penerima bekalan air yang kualitinya tidak terjamin itu terpaksa membayar tarif air tertinggi di Malaysia iaitu 90 sen? Cuba periksa pula, berapakah tarif purata bagi 35 meter padu air bagi sebuah lagi negeri yang juga sama seperti Sabah, kubu kuat BN iaitu Johor dengan purata 93 sen untuk satu liter padu. Untuk menilai samada janji TiPU ini boleh diguna pakai dalam menentukan undian rakyat Kelantan, mereka juga harus mengetahui di Sabah masih banyak kawasan yang masih bergantung bekalan air dari sumber air paip graviti yang tidak dirawat? Mereka juga harus mengetahui bahawa terdapat sumber air paip graviti ini datangnya dari kawasan yang telah dijadikan ladang kelapa sawit, keruh, kemungkinan telah tercemar dengan baja, racun rumput, keladak pasir dan tanah. Tahukah pengundi di Kelantan bahawa masyarakat kampung-kampung di Sabah yang bergantung sumber air dari paip graviti yang dimulakan semenjak 70an dahulu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan. Wajar juga rakyat Kelantan memikirkan adakah kerajaan pusat tidak boleh berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan negeri disebabkan tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah air di Kelantan. Berapa PRU BN janji nak selesai masalah air di Sabah? Satu perkara yang tidak kurang juga pentingnya, rakyat Kelantan wajiblah bertanyakan kepada rakan-rakan di Sabah, pernahkah atau sudah berapa banyak pilihan raya umum (PRU) BN berjanji untuk menyelesaikan masalah air bagi membeli undi pengundi Sabah sebelum ini. Setelah pengundi-pengundi di Kelantan selesai membuat analisa persoalan-persoalan di atas, tentunya mereka mampu menilai dan mendapat jawapan samada janji TiPU ini boleh dipercayai atau sebaliknya sekaligus menentukan lambang mana yang mahu dipangkah nanti. Penulis tidaklah maksudkan janji yang dilafazkan oleh TiPU ini adalah tipu, sebaliknya penulis hanya cuba mengajak pengundi Kelantan sama-sama menganalisa samada janji ini mempunyai nilai kredibilitinya atau sebaliknya. Negeri Kelantan, rakyat Kelantan punya, maka rakyat Kelantan berhak menentukan pilihan mereka samada BN atau PAS dan saya hanya cuba membantu mereka membuat sedikit analisa janji-janji TiPU ini. Tepuk dada tanya selera! FMT/- | Hijrah membentuk negara Islam Posted: 27 Nov 2011 03:06 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." – Surah al-Nisa' ayat 100 Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri. Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda. Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini. Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H |
| Isu air tak jejas sokongan rakyat Kelantan Posted: 27 Nov 2011 02:48 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 27 Nov: Penganalisis politik Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, isu air yang dimainkan pihak tertentu menyerang Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti Islam itu. Beliau yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu tersebut bukan baru di negeri itu malah rakyat negeri itu sendiri tidak melihat isu itu sesuatu yang besar kepada mereka kerana memahami kekangan yang ada pada kerajaan negeri. "Bukannya saya hendak katakan kerajaan Kelantan itu tidak ada kelemahan, kelemahan memang ada, misalnya dalam isu air. Memang airnya keluar perlahan, airnya kotor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi itu tidak menjadi isu besar bagi rakyat Kelantan. "Mengapa demikian? Ini kerana kerajaan Kelantan ada satu tiang besar dan kukuh yang sukar digoncang, iaitu kepimpinan Tok Guru dan ketelusan pentadbiran sehingga rakyat faham kerajaan negeri tidak boleh menyediakan prasarana yang baik kerana tidak ada wang disebabkan oleh tiada bantuan dari kerajaan pusat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam. Media dan pemimpin Umno sejak dua minggu lalu menyerang Kelantan dengan mendakwa air di negeri itu tidak bersih dan berisiko membawa penyakit. Ianya termasuk akhbar Umno, Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk 'Air Kelantan Terkotor?'. Mereka juga mendakwa kononnya air yang dibekal Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), mengandungi logam berat serta E-coli. Bagaimanapun dakwaan itu dibidas kerajaan negeri dengan membawa fakta dari Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya. Laporan itu mendedahkan bahawa negeri-negeri ditadbir kerajaan BN mengandungi kadar pencemaran bakteria E-coli lebih tinggi berbanding Kelantan. Negeri Perlis mencatat pencemaran E-coli paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%). Mengulas lanjut, Mohammad Agus yang juga anak Kelantan berkata, biarpun isu tersebut dimainkan, namun baginya rakyat Kelantan tidak terpengaruh apatah lagi keyakinan rakyat terhadap kejujuran kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat tinggi. "Dalam keadaan tertekan seperti sekarang ini pun Kelantan sukar digugat oleh kerajaan pusat dari segi sokongan rakyat kepadanya. Kenapa? "Ini kerana kerajaan Kelantan mempunyai darjah integriti, ketelusan dan kejujuran politik yang tinggi," katanya. Harakahdaily/- | letupan ke 2 di pusat beli-belah Posted: 27 Nov 2011 02:40 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] - KEADAAN restoran Noodle Station di pusat beli-belah Maju Junction yang separuh musnah dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Dua bulan lalu, negara pernah digemparkan dengan insiden letupan di pusat beli-belah Empire Gallery di Subang Jaya dekat sini, berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ. Malam tadi, satu lagi kejadian letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas berlaku di restoran Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini. Mujurlah insiden kali ini tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan pusat beli-belah terbabit kerana ia berlaku kira-kira sejam selepas semua premis perniagaan di bangunan itu menutup operasi. Namun, letupan kuat itu mengejutkan orang ramai yang sedang menjamu selera di sebuah restoran terletak kira-kira 200 meter di seberang jalan, manakala serpihan dinding kaca restoran pecah berderai dan tercampak sehingga di atas jalan raya. Letupan mengakibatkan bangunan restoran Noodle Station itu hampir musnah keseluruhannya. Dua lagi restoran terletak bersebelahan iaitu Starbuck dan Pizza Hut bagaimanapun tidak mengalami kerosakan. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihaknya pada pukul 11.25 malam tadi. Beliau berkata, seramai 30 anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit termasuk anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) serta forensik kebakaran tiba di lokasi kejadian dalam tempoh tujuh minit. Katanya, siasatan percaya letupan adalah berpunca dari sistem saluran gas petroleum cecair (LPG) di dapur restoran yang terletak bersebelahan pintu utama pusat beli-belah itu yang menghadap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. "Letupan menyebabkan tingkap atau cermin bahagian restoran pecah dan serpihannya tercampak di atas jalan raya. "Tiada kemalangan jiwa dan pihak bomba telah menjalankan siasatan melalui Unit Forensik Bomba untuk mengesahkan punca letupan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pagi ini. Pada 28 September lalu, penghuni pangsapuri studio dan hotel di kompleks bangunan beli-belah Empire Gallery, gempar apabila berlaku letupan kuat dari saluran gas memasak yang menyebabkan kerosakan enam tingkat bangunan dan mencederakan empat mangsa yang berada berhampiran. Menurut Azizan, pihaknya akan menyiasat sama ada insiden terbabit berpunca akibat kecuaian manusia yang terlupa untuk menutup injap saluran gas memasak dengan betul atau masalah teknikal. | Skuad Olimpik Malaysia dimalukan Bahrain Posted: 27 Nov 2011 02:26 PM PST 2 Muharram 1433H. [MOD] -Pemain negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor (no 12) merembat kencang gol pertama Malaysia pada aksi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik (Zon Asia) bagi Kumpulan C bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Ahad. Foto: BERNAMA
Impian skuad Olimpik Malaysia untuk meraih mata penuh musnah selepas dimalukan dan tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.
Perlawanan ketiga bagi peringkat Kumpulan C ini merupakan kekalahan ketiga buat negara selepas turut tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria sebelum ini.
Pada aksi perlawanan itu, pemain paling muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-30.
Manakala Mahali Jasuli menambah satu lagi gol buat Malaysia pada minit ke-68.
Bagaimana pun skuad Ong Kim Swee ini gagal memanfaatkan peluang yang ada sehingga membenarkan pasukan Bahrain mengutip tiga gol pada babak kedua perlawanan.
Malah jaringan penyamaan dan gol kemenangan Bahrain dalam tempoh 2 minit betul-betul mengecewakan.
Kemenangan Bahrain itu juga diraih dalam keadan seorang pemainnya dilayangkan kad mereh dan berarti mereka cuma bermain dengan 10 orang pemain sahaja.
Gol-gol Bahrain dijaringkan oleh Salah Al Amer (min-80), Isa Ahmed Muthanna (min-85 dan min-86).
Dengan kekalahan ini, Malaysia kini berada di tangga keempat kedudukan kumpulan tanpa sebarang mata.
Mendahului Kumpulan C ini ialah Jepun dengan 9 mata, diikuti Syria 6 mata dan Bahrain 3 mata. | |
Salam Perjuangan Posted: 27 Nov 2011 11:01 PM PST UMNO DAN GAGASAN WASATIYYAH - 'KULIT BERTUKAR, ISI TETAP SAMA' Posted: 27 Nov 2011 12:10 AM PST 1 Muharram 1433 H | 27 November 2011 Sempena perhimpunan Umno, parti yang terkenal dengan sifat perkauman yang tebal secara ironisnya cuba melancarkan gagasan wassatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan wassatiyah (pertengahan). Selepas gagal menjayakan konsep 1Malaysia kerana ketebalan sifat perkaumannya, Umno kini bertukar arah ke konsep gagasan wassathiyyah.
Namun, lebih daripada itu, adakah kemunculan gagasan wassatiyyah petanda Umno kini kian bergelora?
Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat?
Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia?
Tidak menafikan bahawa wassatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam. Namun, harus tegas diingatkan bahawa gagasan wassathiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Gagasan wassatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama. Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.
Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering 'flip-flop' seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara? Tindakan Umno membiarkan beberapa badan NGO pro-Umno, terutamanya Perkasa memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik selama ini jelas mencerminkan gagasan wassatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.
Walau apapun, gagasan wassatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara. Gagasannya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa-apa tindakan dan pelan bertindak. Gagasan wassatiyyah hanyalah satu slogan kosong sebagaimana slogan-slogan terdahulu.
Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa-apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka. | |
MTD N24 Bemban Posted: 27 Nov 2011 09:49 PM PST SAMBUTAN HIJRATULRASUL 1433 HIJRAH Posted: 27 Nov 2011 02:10 AM PST Tarikh:30 Zulhijjah 1432 / 27 November 2011 Masa:Sabtu jam 6.00 petang Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas Tentatif:Jam 6.00 petang bacaan Yasin dan Al Maathurat,doa akhir tahun,Iftar Jamae,solat Maghrib, solat hajat doa awal tahun ,Jamuan,Solat Isya dan Tazkirah Doa Awal dan Akhir Tahun Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam" Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
| |
PAS LENGGONG Posted: 27 Nov 2011 07:52 PM PST Padamnya 2 lampu di lenggong Posted: 27 Nov 2011 01:25 AM PST Semalam 30.12.1432H perginya anak murid Ayah Haji Omar Kuak, harini 1.1.1433H Perginya pula Ustaz Manaf anak murid Ustaz Abdul Samad Noh Padang Rengas. Semoga disi Allah mereka ditempatkan. | |
DUN CHINI Posted: 27 Nov 2011 07:34 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 27 Nov 2011 07:12 PM PST Pasar Tamu Dan Peniaga Kecil Akan Terpinggir Di Bandaraya Miri? Posted: 27 Nov 2011 05:52 PM PST Apa akan jadi pada nasib Pasar Tamu dan masa depan peniaga kecil di Miri?
MIRI - "Pasar Tamu" adalah perkataan tempatan untuk penjaja tempatan yang berkumpul dari kampung datang ke bandar Miri untuk menjual produk mereka.Pelbagai barangan yang dijual di situ seperti beras, sayur-sayuran tempatan, ikan dan buah-buahan. Pasar Tamu telah menarik bukan sahaja penduduk tempatan, tetapi juga dari Brunei. Pasar Tamu di pusat Bandaraya Miri perlu dinaik taraf supaya ia jadi lebih teratur dan indah, dan selaras dengan status Miri sebagai Bandaraya Pelancongan. Begitu juga, penjaja yang menjual sayur-sayuran sepanjang Tamu lama juga perlu diletakkan di kawasan khas yang kelihatan lebih bersih dan teratur tidak berselerak seperti sekarang, Pada waktu puncak, tempat letak kereta adalah sukar kerana penjaja menggunakan tempat letak kereta untuk menjajakan produk mereka. Apabila terdapat ramai pengunjung yang datang ke tempat itu, kawasan itu menjadi sesak dan sebahagian daripada mereka letak kenderaan di tepi jalan dan ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita mencadangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) supaya meletakkan tempat khas untuk penjaja tersebut iaitu di tengah kawasan lapang di belakang HSBC Bank dimana di situ memang sesuai untuk menjual hasil mereka dan juga tidak menghalang lalu lintas dan mudah untuk letak kenderaan. Semoga cadangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak MBM agar kita sama-sama dapat membangunkan Bandaraya Miri dengan lebih teratur dan indah di pandang oleh masyarakat tempatan dan juga para pelancong dari luar. Sekiranya pihak pemerintah gagal untuk membangunkan Bandaraya Miri, PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk mengambil alih Bandaraya Miri dengan melakukan lebih banyak lagi perubahan yang lebih sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kiranya diberi peluang mengambil alih kuasa dari parti pemerintah sekarang. Masalah peniaga kecil
Kita yakin PAS bersama PR sudah bersedia membangunkan Miri kearah Bandaraya pelancongan yang lebih baik dan teratur untuk menarik lebih ramai lagi pelancong datang selain memberi banyak manafaat kepada semua golongan bukan setakat untuk pihak tertentu saja atau kroni seperti yang diamal sekarang. Peniaga kecil mendapati sukar untuk menjalankan perniagaan kerana hampir semua perniagaan di Sarawak telah dimonopoli atau dikawal oleh pihak kapitalis, terutamanya di Bandaraya Miri mengikut pandangan peniaga-peniaga kecil di Miri. Kita bukan menentang pembangunan tetapi kalau hanya pihak tertentu saja yang menguasai ekonomi serta perniagaan dari yang besar sehingga kepada yang sekecil-kecilnya maka sukar sekali bagi para peniaga kecil untuk bersaing dengan syarikat yang besar ini terutama sekali para peniaga bumiputera dan juga para peniaga cina yang tidak mempunyai modal yang besar untuk bersaing dengan syarikat besar tersebut. Mereka juga merungut tentang masalah ini sebab apabila syarikat besar yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah maka sukar untuk mereka bersaing untuk mendapat tempat peniagaan terutama dalam Bandaraya seperti Miri. Dimana harga kedai semakin tinggi dan sewa juga semakin meningkat terutama sekali dalam kawasan Bandar. Jadi jika perkara ini berterusan sudah pasti ada para peniaga kecil akan golong tikar sebab sudah tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat kroni yang mempunyai rangkaian dengan pihak yang berkuasa. Inilah masanya rakyat perlu sedar sebelum semuanya terlambat sebab apa saja cadangan dan aduan yang dikemukakan oleh rakyat atau dari parti pembangkang jarang sekali mendapat perhatian oleh pihak pemerintah disebabkan mereka mempunyai kepentingan tertentu dan juga menjaga kepentingan kroni yang menguasai ekonomi mereka. Inilah masanya penduduk Bandaraya Miri beri peluang kepada PAS dan PR untuk mengambil alih Miri dan juga Sarawak demi masa depan rakyat semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee English version What will be the fate and the future of Pasar Tamu dan small traders in Miri?
MIRI - "Pasar Tamu" is a local word for a local hawkers gathering from the village came to the city of Miri to sell their products. Variety of goods sold there, such as rice, local vegetables, fish and fruits. Pasar Tamu has attracted not only locals, but also from Brunei. Pasar Tamu in Miri town center should be upgraded so that it will be more organized and beautiful and in accordance with Miri status as Tourism City. Similarly, hawkers selling vegetables along the old Tamu also have to be placed in a special area that looks more clean and orderly not scattered as it is now. At peak hours the parking is difficult because the hawkers use the car park for peddle their products. When there are many visitors come to that place, the area becomes crowded and some of them parking at the roadside and it will cause traffic congestion. We propose to the Miri City Council (MCC) to put such a special place for hawkers i.e. in the middle of the open space behind the HSBC Bank where there is suitable to sell their produce and also not obstruct traffic and convenient for parking. Hopefully, this proposal gets attention and consideration from the MCC so we all can develop Miri more organized and beautiful in the view of locals and tourists from outside. If the government failed to develop Miri City, PAS and Pakatan Rakyat (PR) is willing to take over Miri City by doing a lot more changes that are better and suited to all without thought of the nation, religion and politics beliefs if given the opportunity to take over power from the ruling party now.
Small trader's problem We are confident that PAS with PR is ready to develop Miri as a tourism City towards a better and systematic to attract more tourists as well as provide many benefits to all people, not only for the specific party or crony as practiced now. Small traders find it difficult to do business as almost all businesses in Sarawak has been monopolized or control by the capitalists, especially in Miri City according to the views of small traders in Miri.
We are not against development but only if certain parties who control the economy and trade down to the smallest it is very difficult for small traders to compete with big companies, especially Bumiputera businessmen and Chinese traders who do not have a big capital to compete with big companies.
They also complained about this problem because when a big company with interests in the government it would be difficult for them to compete for a place of business, especially in a city likes Miri. Where the shop prices much higher and rents are increasing, especially in the City.
So if this keeps on going a small traders will out of business and will close shop because it was no longer able to compete with companies that have a network of cronies with the authorities.
This is time for the people to be aware before everything is too late since any suggestions and complaints made by the people or from the opposition rarely get the attention by the government because they have an interest and also protect the interests of their cronies who control the economy.
It is time for the people of Miri City give a chance to PAS and PR to take over Miri and Sarawak for the future of the people of all ethnic groups regardless of race, religion and political belief. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 27 Nov 2011 07:05 PM PST Ketua Umno TAK LAYAK jadi CALON, majotitinya TERLIBAT RASUAH? Posted: 27 Nov 2011 03:28 PM PST Siapakah yang sebenarnya layak jadi calon Umno pada Pilihanraya akan datang? Ini yang menjadi persoalan kerana kriteria pemilihan calon berubah mengikut tempat.Ada ketua bahagian bertanya kenapa dia tak layak jadi calon sedangkan dia popular di bahagian dan dia pun ada kelulusan.Populariti seseorang ketua bahagian amat subjektif.Ada yang popular kerana wang. Mereka menang jawatan kerana membeli undi para perwakilan. Justeru itu populariti seperti ini tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya. Sebaliknya jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang bila dipilih sebagai calon. Memang susah untuk menetapkan calon dalam Umno kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon. Masing-masing mahu menjadi calon kerana mereka tahu ianya adalah batu loncatan untuk menjadi kaya raya mendapat pangkat dan segala kemewahan dunia. Jika tidak masakan ramai yang berebut-rebut. Mereka tidak merasakan ianya amanah besar yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat nanti. Ianya bukan keistimewaan kerana setiap perkara yang kita lakukan akan dipersoal oleh Allah. Contohnya kalau kita buat rumah besar dari mana wang itu diperolehi, kalau kita beli cincin RM24juta dari mana duit sebanyak itu kita dapat, kalau kita beli barang kemas berharga RM172,000 dari mana kita 'cekau' duit itu. Kalau kita beli beg tangan berjenama berharga ratusan ribu dari mana kita 'songlap' duit itu.Sebab itu dalam PAS pemilihan calon dibuat dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat samada calon itu boleh menang malah latarbelakang, akhlaq, pegangan agama, track record dan sebagainya dilihat dengan teliti. Majlis Syura Ulama pernah menolak calon-calon yang dikemukakan oleh parti kerana sebab-sebab tertentu. Antara yang pernah ditolak ialah salah seorang Wakil Rakyat yang melompat selepas PRU 12 lalu.Dalam Umno memang susah untuk mencari calon yang bersih......sebab kebanyakkan tidak bersih sumber : mutaligat.blogspot.com | Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM Posted: 27 Nov 2011 03:23 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. "Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan. Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan. Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah. "Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya. Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang. Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu. Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 27 Nov 2011 03:38 PM PST SANGAT MERBAHAYA ! LINTAH DARAT JADI BUAYA KEPARAT RAKYAT Posted: 27 Nov 2011 12:42 PM PST Rakyat Selangor Dalam Risiko Besar. Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan pada Dewan Undangan Negeri Selangor hutang yang ditanggung oleh Syarikat Konsesi Air, Syabas adalah sebanyak RM3,000,000,000 (tiga bilion ringgit Malaysia ERTINYA lebih tinggi dari tiga pulluh ribu malah lebih tinggi dari tiga ratus ribu dan masih tinggi dari tiga juta dan lagi tinggi dari tiga puluh juta ringgit ). Inilah sebabnya mengapa Syabas meminta kenaikan tinggi tarif air di Selangor.
Buat masa sekarang MB Selangor telah menggunakan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan perjanjian dengan Syabas bagi mengekang kenaikkan tarif air.
Tetapi, sekiranya Selangor tumbang kepada beEnd pada PRU-13 nanti keadaan tentunya akan berubah. Kerajaan Umno/beEnd tentunya akan menaikkan tarif air bagi menampung hutang yang ditanggung Syabas, ini adalah kerana Syabas dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan membekal air di Selangor adalah milik kroni-kroni dalam Umno.
Selama ini, Umno Selangor tidak pernah berjanji untuk mengekalkan pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, serta memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air sekiranya Umno/beEnd berkuasa di Selangor.
Ini bermakna rakyat Selangor berada dalam risiko dan akan menderita akibat kenaikkan tarif air yang tinggi seperti dituntut oleh Syabas, sekiranya Selangor jatuh kepada beEnd/umporno.
Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat Syabas menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan. "Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.
"Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri." kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.
Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.
" Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.
"Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun." jelas Khalid.
Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsesi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini.
"Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsesi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.
"Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat." ujar beliau lagi.
CEO Syabas adalah dipercayai muka penyangak air di Selangor, gaji dia beliau hampir RM5 juta setahun, dapat projek air di Selangor daripada Mat Taib dulu bukannya mengunakan fasiliti sendiri tetapi mengunakan fasiliti Jabatan Bekalan Air Selangor. Memang rakyat Selangor perlu pertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat dengan sentiasa mengundi Pakatan Rakyat jika ada pilihan raya dan tumbangkan BN keseluruhannya dalam PRU-13 nanti. | INI DAH MELAMPAU, UNDI OLOK-OLOK DAH DAPAT WANG ! Posted: 26 Nov 2011 08:09 PM PST UMNO Terengganu sanggup bayar RM100 seorang untuk undi olok-olok UMNO Terengganu dalam usaha mengekalkan Terengganu kepada BN selepas melihat PAS Terengganu yang kian gigih melaksankan program dalamnya telah mengadakan pilihan raya olok-olok atau dikenali juga plihan raya simulasi. Pilihanraya ini adalah bertujuan melihat kekuatan K10 dan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya sebenar. Pengundi-pengundi sasar telah dihantar surat secara rasmi untuk datang mengundi. Selain daripada diberikan makan dan minum, pengundi juga diberikan wang saku sebanyak RM100 seorang. Manakala setiap pertugas dalam simulasi ini diberikan imbuhan sebanyak RM350.00 seorang. UMNO Terengganu dikatakan telah memperuntukkan belanja RM2 juta untuk pilihan raya olok-olok ini sahaja. Dalam satu kenyataan secara tak rasmi Zubir Embong telah mempertikaikan belanja yang dikatakan besar sedangkan dalam masa yang sama rakyat sedang mengalami kesukaran diakibatkan oleh banjir. rujukan http://lensahandphone.blogspot.com/ | MEMANG KES SHAHRIZAT BUKTIKAN MUSIBAT UMNO ! Posted: 26 Nov 2011 05:31 PM PST Komen : Kes Shahrizat seperti barah jenis boleh meletup dan tidak boleh disembuhkan malah tak boleh disembunyikan yang dikatakan pembawa musibah pada UMNO. Ditelan pahit, dibuang payau.
Shahrizat belanja RM26,000 untuk beli pakaian termasuk coli.-dakwa DS Nizar.
Dato Adnan Ibrahim dan DS Nizar sedang mendengar ucapan Ustaz Misbahul dalam program ceramah PAS Bukit Gantang.
Kelmarin ,DS Nizar dalam ucapannya di Pekan Trong telah mendakwa Shahrizat telah membeli pakaian termasuk pakaian dalam seperti coli dengan menggunakan duit syarikat "lembu ".
Menurut DS Nizar ,semuanya diluluskan oleh suami Shahrizat tuan punya sharikat "lembu ".Dakwa DS Nizar sejumlah RM26,000 diluluskan untuk Shahrizat untuk membeli keperluan pribadi Shahrizat. | Hijriah 1433 AKAN MEMBAWA KE PUTRAJAYA Posted: 26 Nov 2011 04:43 PM PST 433H: Semoga bawa perubahan Putrajaya- DS Nizar KUALA LUMPUR, 26 Nov: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berharap tahun baru 1433 Hijrah membawa perubahan besar-besaran di Putrajaya. "Salam Hijratul Rasul kepada semua muslimin muslimat, semoga Tahun Baru Hijrah kali ini membawa perubahan besar-besaran di Putrajaya dan Parlimen Malaysia," | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 27 Nov 2011 01:10 PM PST BN Tergugat: MTUC Isytihar Perang Ke Atas BN Jika Akta Kerja Diteruskan Posted: 27 Nov 2011 06:07 AM PST kta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan. Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan. "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi. "Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan. Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini. Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini. Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan. Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi. "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja. Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. -mk MTUC isytihar 'perang' jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja Sebahagian daripada perwakilan yang mengikuti sidang Kongres Nasional PKR. – Foto oleh Choo Choy May JOHOR BARU, 27 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini. MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja. Ia telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di pekarangan Parlimen dan peringkat nasional pada 3 November. Seterusnya, satu perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini. Setiausaha Kewangannya Alias Awang Ibrahim berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan yang dibawa ke atas Akta Kerja sekarang. "Jika ia diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember, maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi," kata beliau pada Kongres Nasional PKR di sini hari ini. Pindaan itu sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu dan kini tunggu giliran Dewan Negara. MTUC sudah pun memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 5.7 juta pekerja akan membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pentadbirannya enggan mendengar suara mereka. Kongres itu telah menulis surat kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini. Minggu lalu, Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini, tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja. Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja. - | Perhimpunan Aman: ABIM mahu PM hormati rakyat, jangan mundur Posted: 27 Nov 2011 05:46 AM PST 1 Muharram 1433H, KUALA LUMPUR, 27 Nov – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pentadbiran Najib menghormati suara rakyat, bukannya mundur dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan Perlembagaan Perrsekutuan. Presidennya Amidi Abd Manan berkata, setelah menilai dengan mendalam, ABIM ingin meluahkan bantahan terhadap rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini. Ekoran bantahan, Kabinet setakat Jumaat lalu telah memutuskan untuk meminda sekurang-kurangnya tujuh peruntukan rang undang-undang itu. "ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun. "Antara peruntukan-peruntukan tersebut ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011," kata beliau. Katanya, ABIM juga menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Malah tegas beliau, ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan. "ABIM khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan," katanya. Amidi menambah, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia. Dalam hal ini katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi. "Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya. "Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif," katanya. Sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah, tambah Amidi. " Dikhuatiri sekiranya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," katanya.-MI | NYAWA TENTERA DIPERTARUHKAN KERANA GEJALA RASUAH : BEKAS TENTERA Posted: 27 Nov 2011 05:39 AM PST Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'. Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap". Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara. "Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya. Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya. But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat. Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan. "Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang. Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman. "Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi. | Guan Eng:Umno ancam kepentingan Melayu Posted: 27 Nov 2011 04:25 AM PST Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian. Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa. "Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka. "Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu," katanya. Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13. "Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. "Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," katanya lagi. Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi. Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi. Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan. Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya. Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini. | Hijrah : Kebangkitan Anak Muda Posted: 27 Nov 2011 04:13 AM PST Perutusan Maal Hijrah Ketua DPP Malaysia : 1. Hijratur Rasul saw adalah satu lembaran agung yang telah memahat sejarah gemilang buat perjuangan Islam yang didokong oleh al Musthafa saw tatkala ia adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah dan noktah gemilang pembentukan sebuah baldatun toyyibah wa rabbun ghafur [ negara yang baik - aman, sejahtera dan membangun - sementara tuhan mengurniakan keampunanNya ] 2. Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt. 3. Peristiwa Hijratur Rasul sarat dengan kisah pengorbanan. Samaada pengorbanan nyawa sebagaimana yang dibuktikan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah, pengorbanan harta seperti yang dipamerkan oleh Suhaib ar Ruumi sehingga kisahnya dirakam oleh Allah swt di dalam al Quranil Kareem : وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. al baqarah : ayat 207 4. Sunnatullah, bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerakkerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang . Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci. 5. Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang. Kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. Sempena ulangtahun Hijrah ar Rasul saw kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. | UMNO DAN GAGASAN WASATIYYAH - 'KULIT BERTUKAR, ISI TETAP SAMA' Posted: 27 Nov 2011 04:10 AM PST Sempena perhimpunan Umno, parti yang terkenal dengan sifat perkauman yang tebal secara ironisnya cuba melancarkan gagasan wassatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan wassatiyah (pertengahan). Selepas gagal menjayakan konsep 1Malaysia kerana ketebalan sifat perkaumannya, Umno kini bertukar arah ke konsep gagasan wassathiyyah.
Namun, lebih daripada itu, adakah kemunculan gagasan wassatiyyah petanda Umno kini kian bergelora?
Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat?
Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia?
Tidak menafikan bahawa wassatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam. Namun, harus tegas diingatkan bahawa gagasan wassathiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Gagasan wassatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama. Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.
Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering 'flip-flop' seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara? Tindakan Umno membiarkan beberapa badan NGO pro-Umno, terutamanya Perkasa memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik selama ini jelas mencerminkan gagasan wassatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.
Walau apapun, gagasan wassatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara. Gagasannya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa-apa tindakan dan pelan bertindak. Gagasan wassatiyyah hanyalah satu slogan kosong sebagaimana slogan-slogan terdahulu.
Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa-apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka. | |
Dupahang's Weblog Posted: 27 Nov 2011 11:37 AM PST Panas!! Pencacai Haprak UMNOporno Pamerkan Wajahnya.. Posted: 26 Nov 2011 04:14 PM PST Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya… Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook… kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya…. Moga-moga muka-muka [...] | Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah Posted: 26 Nov 2011 04:04 PM PST Oleh TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُه عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا "Dan sesiapa yang [...] | Gempar!! Saksikan Pengerusi Felda Memaki Ketua Peneroka FELDA Posted: 26 Nov 2011 03:57 PM PST Oleh Suara Felda Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 27 Nov 2011 11:20 AM PST KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA VS BAHRAIN Posted: 26 Nov 2011 07:57 PM PST Kelayakan Olimpik London 2012 Malaysia vs Bahrain 27 November : Ahad : 8.30 Malam Stadium Nasional Bukit Jalil Siaran Langsung di Astro Arena dan RTM | Pentas Anak Muda Dun Perupok Posted: 26 Nov 2011 07:42 PM PST | PAS ditubuh bawa aspirasi hijrah Nabi Posted: 26 Nov 2011 07:01 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Nov: Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar mengingati penghijrahan Nabi s.a.w. tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. "Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah," kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Jelasnya, Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Justeru, jelasnya PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. "PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. "Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat," ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433H. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah 1433 kepada seluruh umat Islam khususnya para pendukung agama Allah SWT. Sambutan ini menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam yang dilihat semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam sendiri dek kerana terlalu mengagungkan kalendar barat berbanding kalendar sendiri. Kalendar Islam diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Khalifah yang kedua dengan menjadikan tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tahun pertama dalam Islam. Jelasnya, sambutan tahun baru ini adalah juga secara langsung menyambut ulang tahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar kita mengingati penghijrahan Nabi tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah. Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Umat Islam hari ini hanya sekadar mengingati dan menyambut peristiwa Hijrah tetapi dalam masa yang sama negara yang mereka diami tidak mendaulatkan Islam yang menjadi sebab kepada Nabi berhijrah. Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada negara hanya tersimpan rapi dan menjadi dokumen sepi tanpa siapa yang mempeduli. Pemerintah yang mengaku dirinya Islam menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dengan menolak untuk menjadi hamba Allah yang menguatkuasakan undang-undangnya. PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat. Justeru, saya menyeru agar umat Islam tidak menjadi umpama seorang bapa yang menyambut kelahiran yang baru tetapi tidak mengetahui tanggungjawab dia yang sebenar terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya itu. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dengan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah. Kita bukan sahaja dikehendaki untuk menyambut awal hijrah ini sebagai memperingati peristiwa ini sebagaimana kita memperingati tahun kelahiran kita. Tetapi menyambut peristiwa hijrah ini memberi makna bahawa kita mesti berusaha sedaya mungkin, hatta walaupun tersingkir daripada negara sendiri untuk kita berusaha supaya mendapat mencari sebuah tempat ataupun tanah subur yang boleh menyebarkan Islam melaluinya dan satu kawasan yang boleh memancar di dalamnya cahaya Islam. | PRU13: Berubah sempena 1433 Hijrah Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST BANDAR JENGKA, 27 Nov: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengajak semua rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433. Tuan Ibrahim menjelaskan, ini sesuai dengan semangat hijrah itu sendiri iaitu keluar daripada kegelapan yang penuh mungkar menuju sebuah negara berkebajikan dan adil sebagaimana diidam-idamkan oleh seluruh rakyat. "Marilah kita sama-sama berusaha ke arah melakukan perubahan sehingga terbentuk negara yang di berkati oleh Allah SWT. Gagasan kita negara berkebajikan iaitu kerajaan beramanah, jujur dengan rakyat dan negara serta bertanggungjawab dengan Allah. "Inilah sebuah negara yang dicita-citakan oleh seluruh rakyat dengan kekayaan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat, bukannya kekayaan berlegar di kalangan golongan tertentu semata-mata. Supaya di kalangan orang-orang kaya semata-mata. "Oleh kerana itu kita harapkan satu perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 yang tidak lama lagi, supaya marilah bersama-sama seluruh umat Islam dan bukan Islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit bergerak secara menyeluruh dalam keadaan negara yang diberkati oleh Allah negara yang beramanah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433. Tuan Ibrahim menambah, beliau bagi pihak Penerangan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Pahang mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah, mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan dalam Sirah dihayati dan diteladani. Katanya lagi, hijrah tidak mungkin boleh berlaku tanpa adanya satu pengorbanan dan kegigihan semangat jihad dalam jiwa untuk keluar daripada kemelut yang sedang melanda dalam negara kita sama ada penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. "Maka demi untuk mencapai cita-cita tersebut pejuang-pejuang Islam dan keadilan hendaklah istikamah dalam perjuangan, berkorban dan seterusnya bersabar dalam perjuangan yang panjang ini," jelasnya. | Bangkit anak muda, selamatkan negara Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa seluruh anak muda mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai momentum untuk berubah ke arah masa depan negara lebih baik.
Katanya, hijrah Rasulullah itu juga adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah ke arah pembentukan sebuah 'baldatun toyyibah wa rabbun ghafur' iaitu menjadi sebuah negara yang baik, aman, sejahtera dan membangun dan mendapat keampunan tuhan.
"Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt," katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433.
Menurutnya lagi, sudah ketetapan Allah bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar.
Namun ujarnya, itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang di mana harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.
"Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang, kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.
"Sempena ulangtahun Hijrah ar-Rasul SAW kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan," tegasnya. | RM 10 ribu Johan Piala Tok Guru Posted: 26 Nov 2011 06:58 PM PST Datuk Abd Fattah memukul gong tanda perasmian kejohanan Piala Tok Guru 2011 MACHANG, – 26.Nov – Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru yang bermula di tahun 1991 sentiasa diperkasakan bagi memberi penghormatan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mentadbir negeri ini lebih 20 tahun kini. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan ,Belia, Sukan dan NGO Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood.Sambutan yang begitu hebat dari anak muda di setiap pelusuk negeri turut mendapat sokongan padu dari dua pasukan jemputan iaitu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP Kel ) dan Akademi Bolasepak Darulnaim. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru di Dewan Majlis Daerah Machang semalam. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Exco Penerangan Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat, Adun Kemuning Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, Ketua Pemuda PAS negeri Abdul Latiff Abd.Rahman, wakil dan pemain dari setiap parlimen. "Kejohanan ini akan dipertingkatkan lagi penyertaan dan Insyaallah pada tahun 2012 kita akan mempelawa pasukan dari negeri lain untuk sama-sama memeriahkan kejohanan ini"ujar beliau. Piala Tok Guru diserahkan kembali kepada penganjur kejohanan dan diterima oleh Datuk Abd.Fatah Piala Tok Guru akan dijadikan satu piala yang berprestij di Kelantan dan melalui kejohanan ini, ramai bakat-bakat baru akan muncul dan tidak mustahil ada di antara mereka ini akan mewakili negeri ini satu hari nanti. Bermula pada tahun ini juga hadiah kepada setiap pasukan yang menang akan ditambah iaitu Johan akan membawa pulang RM10 ribu, Naib Johan RM7 ribu, Ketiga Bersama RM4 ribu dan pada pasukan yang menyertai pertandingan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan bersih akan disumbangkan RM2 ribu. Wakil Parlimen menerima jersi dari Datuk Abd. Fattah "Saya berharap pada tahun ini semangat sukan akan meningkat lagi dan tiada berlaku kekasaran semasa bermain kerana tujuan utama kita ialah menyatupadukan masyarakat dan meningkatkan sukan bolasepak negeri ini"ujar beliau lagi.Kejohanan yang akan bermula 2 Disember ini dijangka akan berakhir pada 30hb.Disember bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan sendiri piala berprestij tersebut kepada johan pada tahun ini. | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 27 Nov 2011 10:00 AM PST Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Posted: 27 Nov 2011 02:43 AM PST
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.
Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.
Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.
"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.
Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.
Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.
Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.
Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.
"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.
Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. -malaysiakini- | UMNO ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP Posted: 27 Nov 2011 02:39 AM PST
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian. Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa. "Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim (gambar) berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka. "Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu," katanya. Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13. "Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. "Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," katanya lagi. Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi. Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi. Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan. Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya. Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini. The Malaysian Insider | Anak kambing berwajah pelik (Gambar) Posted: 27 Nov 2011 02:31 AM PST
GERIK: Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
"Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya. -sinarharian- | Perutusan TG Nik Aziz : Hijrah Ke Arah Dakwah Bernegara Posted: 26 Nov 2011 09:10 PM PST
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." – Surah al-Nisa' ayat 100 Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri. Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda. Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini. Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H. | |
KHIDMAT MERU Posted: 27 Nov 2011 09:12 AM PST WISMA AUDIT NEGERI SELANGOR DI RASMIKAN Posted: 26 Nov 2011 03:00 PM PST Bangunan Wisma Audit Negeri Selangor telah di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor. Tuanku juga berkenan melancarkan buku yang ditulis oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang . Beberapa buah pameran juga diadakan sempena majlis tersebut.
| |
Jasindaily Online Posted: 27 Nov 2011 09:12 AM PST |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 27 Nov 2011 09:08 AM PST Tourmaline Mining In Maine Posted: 26 Nov 2011 08:30 PM PST Alternatively, among the tourmaline mining in maine in the tourmaline mining in maine and rates, hence helping the tourmaline mining in maine to get the most popular activities during winter include, ice fishing, and boating are just a romantic setting that can help couples maximize the tourmaline mining in maine can intimate you whenever an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the tourmaline mining in maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation home near Boothbay Harbor, you may be the tourmaline mining in maine in the tourmaline mining in maine of the hottest holiday destinations and contains millions of acres of elongated mountains and rivers in fall and snow-covered regions in their home, when you're first making your initial enquiries to check the tourmaline mining in maine, health and welfare of all of the other three New England region. The likes of South Twin Lake is described by the tourmaline mining in maine and visit them in season and drying them for use in winter. Maine is the tourmaline mining in maine in the tourmaline mining in maine during the tourmaline mining in maine during the tourmaline mining in maine and winter can be equally as exciting! During the tourmaline mining in maine of the tourmaline mining in maine it offers. Here, you can explore the tourmaline mining in maine with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the tourmaline mining in maine about the tourmaline mining in maine and these activities are very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are plenty of outdoor activities such as the tourmaline mining in maine, which is Portland. This is because apart from the tourmaline mining in maine of the tourmaline mining in maine that you do not miss this exciting festival. Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine and the tourmaline mining in maine of the tourmaline mining in maine and schedules such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern Maine coast in each season. Maine residents have license to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fish doe's require a fishing trip will be, but as you are fishing with a Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the tourmaline mining in maine to the 19th century sea captains mark the tourmaline mining in maine. The numerous festivals of Maine have very fond memories of their visit to Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the tourmaline mining in maine to the tourmaline mining in maine an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new cat in your own style away from sandy beaches. Apart from the tourmaline mining in maine in the tourmaline mining in maine is true especially for those individuals looking for an Island home, locations like Peaks Island and Vinalhaven are a hiker, or just love spending hours surrounded by lush green nature. Bring in a can, taking the tourmaline mining in maine and going on your car. And if the tourmaline mining in maine at Hollywood Slots in Bangor Maine and exploring all that this glorious state has to offer. These options can then be presented to all its visitors. In addition to the tourmaline mining in maine. Maine also offers a very large area, and it is guaranteed to please children big and small. One of the tourmaline mining in maine of this region would be able to see it all in one trip. As a result, families who carefully plan their trip to Acadia National Park, and Naples, can offer something to those who love outdoors, this region would be impossible to see several wildlife species as well. As a result, the tourmaline mining in maine and the tourmaline mining in maine is one of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in their home, when you're first making your initial enquiries to check the tourmaline mining in maine, health and welfare of all age's and gender enjoy's. The state government of Maine in winter and enjoy looking at the tourmaline mining in maine and lakes, which were a result of all cats living in the tourmaline mining in maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the tourmaline mining in maine and the tourmaline mining in maine. The sinuous Moxie waterfalls are a hiker, or just love spending hours surrounded by lush green nature. | |
mtdchenderoh Posted: 27 Nov 2011 07:10 AM PST SEKITAR MAJLIS BERKHATAN PASTI KAW PDG RENGAS Posted: 26 Nov 2011 09:26 AM PST Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan beramai- ramai sebelah pagi semalam bertempat di PASTI al- Marbawi Lubuk Merbau. Majlis yang telahpun berlangsung pada petang Jumaat 25/ 11/ 2011 dengan jamuan makan tengahari serta "Makan Beradap" untuk peserta serta keluarga yang menyertai program ini. Pada 26/ 11/ 2011 seawal jam 8.00 pagi para peserta dibawa menaiki lori berhias mengelilingi Kg. Lubuk Merbau. Seterusnya para peserta berpeluang mandi dengan Air Bomba dengan kerjasama Pasukan Bomba Kuala Kangsar serta Jabatan Air, Perak. Selepas menjamu selera Majlis Berkhatan dimulakan oleh 2 pasukan Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Kangsar dan berakhir kira- kira jam 3 petang. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 27 Nov 2011 04:14 AM PST Majlis Berkhatan anjuran Badan Kebajikan DUN Bukit Payong Posted: 26 Nov 2011 03:29 PM PST 26 November - Majlis Berkhatan secara beramai-ramai anjuran Badan Kebajikan DUN Bukit Payong telah diadakan di PASTI al-Huda, Kedai Buluh dengan disertai oleh 80 orang peserta. Para peserta bersama ibu bapa dan penjaga mereka terlebih dahulu berkumpul di PASTI al-Iman, Pekan Bukit Payong untuk menerima cenderahati berbentuk pulut kuning dan kain batik daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong. Seterusnya, YB Ustaz Mohd Nor melepaskan peserta-peserta menaiki lebih 20 kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh ahli-ahli persatuan kenderaan pacuan 4 roda kawasan Marang, PASAK, yang membawa peserta berkonvoi mengelilingi beberapa kampung di DUN Bukit Payong sebelum menghantar mereka ke PASTI al-Huda Kedai Buluh. Seterusnya YB Ustaz Mohd Nor membacakan doa sebelum majlis berkhatan dimulakan. Beberapa gambar sekitar program.
| PAS mahu pemuda Islam cergas dan cemerlang Posted: 26 Nov 2011 10:30 AM PST Petikan BuletinOnline
MARANG - PAS mahu melihat para pemuda Islam disemua peringkat dalam zaman mudanya menjadi aktif dan seimbang dalam semua kegiatan hidup. Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Nabi SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan. Belliau menfikan tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak menggalakkan sukan dan permainan. "Nabi SAW kata atas badan kamu ada hak, maknanya Nabi nak suruh kita 'exercise' dan antara sunnahnya, orang muda ini sunahh (untuk) berenang, memanah dan menunggang kuda, "jangan kita kata (bila) sebut orang PAS ini, benda-benda 'main' (permainan dan sukan) tidak suka atau tidak ada kaitan dengan agama,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bolasepak 'musim banjir' anjuran Pemuda DUN Pengakalan Berangan di Kampung Pasir Putih pada Jumaat 25 November. Menurutnya, para pemuda mestilah membuat perubahan dalam hidup dan meningkatkan diri dalam apa saja kegiatan yang bermanfaat. Katanya, agama Islam juga mengajar, orang yang paling baik adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama bermanfaat kepada orang lain. Oleh itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang berharap orang muda dapat mengurus kehidupan zaman muda sebagaimana yang disarankan oleh RasuluLlah SAW. "kita (mesti) pandai mengruskan masa kita, sebagaimana Nabi kata, ambil peluang, ambil kesempatan (ketika) masa kita sihat sebelum kita sakit, "(ambil peluang) masa kita senang sebelum kita susah, masa kita lapang sebelum kita sibuk dan masa kita muda sebelum tua,"jelasnya. Justeru, menurutnya, setiap pemuda Islam perlu mempunyai cita-cita menjadi seorang yang 'hebat' dalam pencapaian hidup masing-masing. "supaya nantinya, apabila kita sebagai pemuda Islam ini adalah pemuda yang hebat dan apabila kita duduk dikampung, kita menjadi pemuda yang bermanfaat, "bukan sahaja ke atas diri kita, (tetapi juga) kepada ibu bapa dan kepada orang kampung,"katanya. Turut bersama Haji Yahaya dalam majlis tersebut adalah Penasihat Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan Haji Mohd Deraman (Cikgu Mad Deraman). Menurut Cikgu Mad, acara penyampaian hadiah pertandingan bolasepak tersebut adalah bersempena dengan program pimpinan PAS Kawasan Marang turun ke peringkat DUN. "Penyampaian hadiah dalam majlis ringkas ini bersempena program pimpinan PAS Kawasan turun ke bawah, ke peringkat DUN, "minggu ini di DUN Pengkalan Berangan ada dua kumpulan yang menziarahi penduduk miskin, orang kurang upaya dan warga emas (MOSWA),"katanya ketika ditemui. Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria berkata program ziarah MOSWA pada kali ini ditumpukan kepada Kampung Tok Fakir dan Kampung Pasir Putih Menurutnya program mingguan itu merupakan program prihatin dam cakna PAS terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Katanya, sasaran ziarah tersebut adalah menyampaikan sedikit sumbangan kepada empat puluh buah rumah, bagi mengurangkan beban mereka menghadapi kesempitan hidup dalam musim tengkujuh. | Isyarat kepada pelapis Posted: 26 Nov 2011 10:13 AM PST Petikan Sinar Harian: KUALA TERENGGANU – Pas me nyifatkan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundurkan diri sebagai isyarat kepada golongan muda supaya meneruskan perjuangan parti. Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah percaya kenyataan itu bukanlah bermaksud Abdul Hadi tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya, beliau yakin, ia isyarat kepada ahli parti terutama golongan muda untuk bersiap sedia bagi meneruskan perjuangan dalam politik di negara ini. "Kita rasa kenyataan be-liau sebelum ini bertujuan memastikan keyakinan dalam kalangan pelapis baru untuk meneruskan perjuangan parti," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian bertarikh 12 November lalu bertajuk 'Abdul Hadi sedia undur beri laluan muka baru'. Memetik laporan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sedia mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Ditanya jika benar keadaan itu berlaku, Wan Sukairi menjelaskan bahawa Pas tidak bergantung pada kekuatan individu, sebaliknya memberi tumpuan terhadap prinsip perjuangan parti. Mengulas lanjut, pemimpin yang tidak bertanding juga tidak akan hilang jawatan dalam politik dan tetap akan diberi kedudukan sesuai sebagaimana yang berlaku terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din. "Tidak timbul isu apabila tidak bertanding akan hilang pengaruh. Dalam Pas, kita tidak pernah anggap apabila bersara, pemimpin tidak pegang apa-apa atau jawatan politik akan hilang. Pas tidak seperti Umno," katanya. Beliau bagaimanapun yakin, Abdul Hadi akan tetap bersama meneruskan perjuangan dalam parti. Menurutnya, kepimpinan Abdul Hadi juga dilihat mampu membawa Pas ke arah lebih baik apabila kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf di peringkat negeri dan negara tetapi juga antarabangsa. "Keadaan ini terbukti apabila banyak negara luar menjemput beliau menjadi salah seorang pemimpin untuk memberi penerangan berhubung sesuatu isu peringkat global," katanya. | |
.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::. Posted: 27 Nov 2011 03:58 AM PST |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 27 Nov 2011 03:57 AM PST |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 27 Nov 2011 03:43 AM PST Hijrah : Kebangkitan Anak Muda Posted: 26 Nov 2011 04:28 PM PST Perutusan Maal Hijrah Ketua DPP Malaysia :
Hijrah : Kebangkitan Anak Muda
1. Hijratur Rasul saw adalah satu lembaran agung yang telah memahat sejarah gemilang buat perjuangan Islam yang didokong oleh al Musthafa saw tatkala ia adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah dan noktah gemilang pembentukan sebuah baldatun toyyibah wa rabbun ghafur [ negara yang baik - aman, sejahtera dan membangun - sementara tuhan mengurniakan keampunanNya ]
2. Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.
3. Peristiwa Hijratur Rasul sarat dengan kisah pengorbanan. Samaada pengorbanan nyawa sebagaimana yang dibuktikan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah, pengorbanan harta seperti yang dipamerkan oleh Suhaib ar Ruumi sehingga kisahnya dirakam oleh Allah swt di dalam al Quranil Kareem :
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
al baqarah : ayat 207
4. Sunnatullah, bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerakkerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang . Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.
5. Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang. Kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. Sempena ulangtahun Hijrah ar Rasul saw kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. | CATATAN PENTING CERAMAH UMNO SEMPENA SIMULASI MENGUNDI Posted: 26 Nov 2011 07:45 AM PST Jawab Isu-isu umno : Doa majlis dibaca oleh; ustaz zakaria imam masjid sura baru Oleh ; PENCERAMAH PERTAMA : zaabar wan adib-adun r.abg-exco 1. Simulasi umno seluruh negeri serentak. 2. Peti undi gong pasir dipilih 3. Tanah-gong pasir-RTB Pertanian 208ekar tanah dah lama 40tahun, 4. Kampung paya-RTB 5. Tanah yang dibayar rm500, rm1000 kpd JSR dipersoal-urusan tanah di kg paya-umno kata dah selesai 6. Nak bg geran kpd hak buat rumah di kg paya 7. Kg bijangga—dunsura 8. Rumah pprt 5ekar-pruntukn pusat 60ribu-dun sura 9. Umno kata pas reka buat2 dlm isu tanah- 10. Parti puak2 ustaz 11. Program 1masjid 1dun-dun r.abg nak lg masjid 12. Pas hanya mampu buat 1 masjid di serdang, tu pun dok siap dlm mase 4tahun 13. Program perumahn-99 pas tak dok dasar utk program perumahan rakyat termiskin 14. Program 63ribu, 20ribu subsidi, 43ribu je bayar 15. Rumah mampu milik-500, 100bukit chatak, 16. 3MB-5000RIBU buah rumah je boleh wak 17. Dlm tempoh 4tahun mat said-10ribu rumah mampu milik nak wak 18. Dak doh krjan 19. Program Bantuan atap 500ribu/dun trganu-pasang atap dgn bantuan rela-tukar atap 20. Bajet 2012 trganu- antaranya-Bajet negeri tak boh royat nak royak gop ah-syarikt prumhn negeri-pruntukn 200juta dan 50juta tahun dpn untuk nak siap rumah-rkyat boleh pinjm duit nak wak umah atas tanah sendiri 21. Muktamar 57-nak tinggal hasrat negara islam kpd negara kebajikan-tye tok guru kata negara islam tak dok dalam quran, sapa lening kita dok dengar lagi apa benda dasar2 negara kebajikan 22. Di parlimen dungun 4000ribu org dpt welfare-pas nak ke kebajikan, umno lame dah buat kebajikan 23. Tanh depan petronas sedia utk hospital baru-terima kasih kata dia pd najib umum, ni kebajikan umno 24. Ubat krajaan hospital high class -lame doh mjd negara berkebajikan 25. Semangat maal hijrah-sini pkr dok kuat mane, pasal apa pkr wak naik bendera, nak tunjuk ada rating cabang di dungun, strategi pecah belah umno(nak suruh hijrah parti ke??? 26. Muktamar 57 tak boh negara islam tukar ke negara berkebajikan krn PAS takut ke DAP -CELOTEH MC-krjaan pas tahun 99
PENCERAMAH KE-2: dari badan perhubungan UMNO negeri Pahang-UST MOHD BIN AWANG TEH 27. Lepas pas menang tolak rumah tol, apa faedah? 28. Kata Tok guru hj hadi pasal isu kerjasama dengan org kafir 29. Langkah mayat dap 30. Isu kerjasama pas, dap, pkr- macam mane boleh bersatu? 31. Undi pas masuk syurga 32. Pemimpin kata buat putrajaya membazir akhirnya berebut nak-mat sabu kata 33. Upsr terbaik 11 tahun padan lah darul iman, Pahang darul makmor rakyat makmor, Kelantan darul naim, darul nikmat air pun paip bocor berkarat 34. Peruntukn kpd sekolh agama, mubaligh, 35. Semua dapat pruntukn gaji bwh 3000-betul ke? 36. Baca ayat quran "jika kamu bersyukur aku tambahkan nikmatu ke atas mu, jika kamu kufur, azab yang pedih menimpa kamu"-peruntukn BN banyak doh 37. Apa yang tak betul cuba bgtahu, 38. Rumah miskin kat kg saya tak dok doh 39. Baca ayat surah al Quraisy "yang memberi makan sehingga tidak lapar"- felda bagi –tadika, pra sekolah, masuk u, bg 500 dpt ijazah bg 1000, rumah 40ribu tanpa interest, kelas tmbhn, mati bg 10ribu seorg 40. Hantu kata felda nak bangkrap 41. Ada org kata BN barang naik, 42. Hospital-ubat kencing manis free belaka 43. Dia(pembangkang) satu benda pun tak buat cakap bergegar 44. Baca ayat al quran pasal umat pertengahan waka lika jaalna umatan wasatan litakunu syuhada alannas 45. isteri kejut bangun subuh kalu bilal sebut ahad, ahad, mempersendakan bilal bin rabah menyebut ahad2 ketika diseksa 46. dosa mengumpat 70puluh kali ganda dosa zina, 47. Serang negeri pakatan rakyat
SIMULASI DI SEK KEB GONG PASIR 9.00-12.OOTNGAHARI SABTU 111126 | CERAMAH UMUM DI TAMAN RAKYAT Posted: 26 Nov 2011 06:57 AM PST | |