Isu Pengosongan DUN Kajang, pada mulanya ditulis oleh wartawan politik The Star Jocelyn Tan. Wartawan itu malah menulis, tujuan pengosongan itu adalah untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding.
Sehari selepas tulisan itu tersiar, Anwar dengan pantas menafikan dakwaan itu, malah Khalid Ibrahimpun menafikannya.
Akan tetapi, terbukti bahawa dakwaan JT itu benar, sebab pada Isnin, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan, bahawa ADUN Kajang Lee Chin Cheh datang sendiri ke pejabatnya untuk menyerahkan surat letak jawatan. Dalam perkara ini, siapa yang bercakap betul?? Malah hari ini MPP PR telah menamakan Anwar sebagai calon PR bagi PRK Kajang, Khalid Ibrahim yang mengumumkannya, turut hadir Lim Kit Siang dan Salahudin Ayub.
Masih segar dalam ingatan bagaimana Anwar mengumumkan Gerakan 16 Septembernya pada tahun 2008. Kata-kata popularnya.. "We have the numbers" dan dalam gerakannya itu, kononnya beberapa MP daripada Sabah dan Sarawak akan menyertai PR, untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6; malah kereta peribadinyapun sudah bernombor 6. Selain itu, bagaimana Anwar menuduh kerajaan Jepun berkonspirasi dengan kerajaan Malaysia, sehingga beliau dihalang masuk ke negara matahari terbit itu. Anwar sebenarnya terlupa, bahawa Jepun melarang bekas banduan memasuki negara itu.
Najib kena hati-hati terperangkap dengan ajakan Anwar berkaitan dengan permufakatan nasional, kerana sebenarnya sebelum PRU-13 telahpun ada persetujuan antara Anwar dan Najib yang diatur oleh mantan Naib Presiden Indonesia J.Kala; bahawa apa sahaja keputusan PRU-13 perlu diterima dengan lapang dada, namun apa yang berlaku? Anwar dan koncoh-koncohnya menolak, sambil berdemonstarsi selama sebulan melalui jelajah 505; malah berbagai dakwaan kepada SPR termasuk menuduh terdapatnya 40,000 orang bangla mengundi dalam PRU itu; yang akhirnya semua palsu dan penipuan.
Tetapi AYT agak terkejut, apabila Naib Presiden Umno pertama yang juga Menteri Dalam Negeri- Datuk Zahid Hamidi, memberi pandangan, bahawa seharusnya pemimpin Bn perlu menerima/mempertimbangkan saranan Anwar berkaitan permaufakatan Nasional. Dalam isu ini, AYT agak terkejut juga, kerana Zahid yang begitu steady dan garang, tetiba menjadi lunak. Apakah beliau masih teringat nostalgia semasa mentornya masih dalam Umno?
Dua pemimpin Sabah yang AYT terbaca komen mereka, yang pertama komen Speaker DUN Sabah- DSP Dr Salleh Tun Said, dan kedua MP Kota Belud yang juga Mneteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan- Dato Rahman Dahalan. Menurut Salleh, Anwar bercakap berkaitan kemelut/masalah yang berlaku di negeri Selangor dan Pulau Pinang, kenapa melibatkan seluruh negara? Mengapa melibatkan Perdana Menteri? manakala Rahman pula, Anwar perlu selesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri yang diperintah PR, sebelum cuba mengajak kerajaan Persekutuan berdailog.
Nampaknya, Anwar mahu mengajak orang lain dalam hal ini Najib untuk menyelesaikan masalah mereka; untuk itu, sebaiknya Najib jangan melayan saranan Anwar itu, kerana jangan lupa peribahasa.. melepas anjing tersepit.
Pakatan Rakyat bersetuju bahawa calon pakatan tiga parti itu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dun N25 Kajang Selangor adalah Ketua Umum PKR- Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu mesyuarat MPP PR seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada selesa, pimpinan PR sebulat suara, memilih calon PR pada PRK itu adalah Anwar Ibrahim.
Desas desus sebelum ini, bahawa Anwar akan bertanding pada PRK untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid, bertujuan untuk menamatkan konflik antara MB Selangor itu dengan Azmin Ali.
Semalam ADUN kawasan itu Lee Chin Cheh meletakan jawatan sebagai ADUN yang dipilih pada PRU-13 lalu, bagi memboleh PRK diadakan, bagi membuka ruang kepada Anwar bertanding.
Lebih 10 pertubuhan Islam seperti Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Perkasa, Squad Rejam, GPMS, Al Ehsan dan lain-lain berkumpul berhampiran Masjid Bayan Baru dan berarak ke balai polis untuk membuat laporan. Ini ekoran terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat Masjid yang akan diserang malam ini. Ini berikutan kes gereja kristian yang dibaling dengan bom tangan beberapa hari lepas kerana memaparkan banner berbentuk provokasi bertajuk, "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah".
Ini kenyataan yang baru diemail kepada pihak media oleh NGO BERSIH 2.0 dalam pukul 8.00 malam tadi. Macam tidak percaya apabila BERSIH 2.0 mempertikaikan keputusan Anwar Ibrahim dicalonkan bertanding di kerusi DUN N25 Kajang. Tidak dapat dipastikan sama ada ini juga adalah untuk sandiwara PR untuk menipu Rakyat Malaysia. Takkan BERSIH 2.0 hanya keluarkan kenyataan tidak puas hati sahaja? Tak mahukah mereka berarak di jalan raya menegakkan hak mereka dan menentang penipu Rakyat?
Jika benar kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan supaya Anwar Ibrahim boleh bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor untuk selesai masalah dalaman kemelut kepimpinan PKR, kesemua 15 orang wakil rakyat PAS sepatutnya berasa malu kerana dianggap tidak layak untuk jadi MB Selangor. Satu tamparan hebat kepada kewibawaan ADUN-ADUN PAS di Selangor. Sekiranya mereka betul-betul ada telur sewajibnya ianya dipotong dan diberi anjing makan. Baca kenyataan BERSIH 2.0 seperti di bawah:
Bersih 2.0: Elected representatives should not betray the people's mandate
BERSIH 2.0 finds it wholly unacceptable that a State Assemblyperson has resigned "to benefit" his political party. Kajang ADUN Lee Chin Cheh's resignation is nothing short of a betrayal of trust, given that less than eight months ago, the people of Kajang voted him in on the premise that he would remain the state assemblyperson for the next five years.
The reason for Lee's resignation on 27 Jan 2014, reported in the media as to "benefit PKR as a whole", reflects poor judgement on the part of the candidate as well as the party he belongs to. It is shocking that PKR consented to Lee's resignation and is fielding its de facto leader Dato' Seri Anwar Ibrahim in the by-election. This reeks of dirty politics and should be condemned.
It must be reminded that the first and foremost duty of an elected representative is towards the people in his/her constituency and not to his/her political party. Thus, the only acceptable reason for elected representatives to resign is when he/she is not able to carry out the mandate given to him/her - i.e. to serve the people. Lee's reason for stepping down does not put the people's interest at the forefront.
There is little difference between the actions of Lee and the actions of former DAP Assemblyperson Hee Yit Foong in the 2009 Perak Constitutional Crisis. Both actions are equally deplorable. It is disappointing that PKR, one of the victims of the 2009 Perak Constitutional Crisis, is the key player in this sorry saga.
BERSIH 2.0 is appalled that a by-election would have to be called and public funds would be unnecessarily wasted because of the whims and fancies of a few. No amount of political spinning will hide the fact that on 27.1.2014, the interest of the Kajang people took a backseat.This is a regressive step for democracy because it supports the mistaken notion in Malaysia that elections are about political parties and politicians rather than about the people.
BERSIH 2.0 would like to remind all politicians and their parties that the people's trust should not be up for manipulation. The mandate given to an elected representative by the people is something that should not taken for granted. It is disappointing that in the midst of this political merry-go-round, the people's interest, like many times before, is forgotten.
Salam BERSIH!
Issued by:
The Steering Committee of BERSIH 2.0 which comprises:
Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew and Farhana Halim.
Saya tersengih-sengih baca "amaran keras" Sam Ketot pada Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, supaya tak keluar kenyataan terburu-buru tentang kemelut kepimpinan PKR, Khalid Ibrahim VS Azmin di Selangor...rujuk kat sini...
"Hebat" jugak Sam Ketot ni, kan? Tak padan dengan "tak cukup inci"...ada hati nak "sound" Ketua Pemuda PAS...heh! Lepas tu dia boleh pulak keluar statement mengatakan kenyataan Suhaizan tu adalah kenyataan peribadi dan tak mewakili pandangan Pemuda PAS... heh!
Suhaizan "terburu-buru"? Suhaizan tidak mewakili "suara Pemuda PAS"? Pulakkkk..! Siapa yag sebelum ni suka buat benda secara terburu-buru? Siapa Suhaizan dalam Pemuda PAS? Sam Ketot nak cari gaduh ke?
Pada saya, Sam Ketot la yang selama ni suka buat perkara terburu-buru dalam semua hal. Terbaru, dia buat demo depan Kedutaan Jepun secara terburu-buru. Lepas tu Anwar Berahim marah dia, kan? Heh! Tak buat perancangan rapi, lepas tu buat demo secara biadap... kan dah kena marahhh...
Bro.. Suhaizan tu Ketua Pemuda PAS la bro... Dia ada hak bersuara mewakili suara Pemuda PAS. Apa yang keluar dari mulut dia pada media, memang akan di"quote" sebagai Ketua Pemuda PAS. Tak caya? Rujuk la mana-mana media pun, depa akan sebut...
"Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat,...bla..bla...bla..."
Kan? Maka dah jelas la apa yang keluar dari mulut Suhaizan tu merupakan "suara mewakili Pemuda PAS". Sama la macam Sam Ketot yang mewakili "suara AMK", kan? Walaupun Sam Ketot tu memang "ketot", dia Ketua AMK tau... Chegu Bard yang lebih cukup inci pun kalah lawan dia..heh!
Betul la apa yang Suhaizan kata. Kalau Khalid atau Azmin nak gaduh, tak payah la gaduh kat luar, buat malu Pakatan Haram je. Gaduh la dalam meeting, orang tak tahu, kan? Macam budak kecik je gaduh kat luar tu...kan? Takkan itu pun nak kena ajar kot?
Kalau la saya ni Pemuda PAS...dah kena dah Sam Ketot tu.. Cuma saya yakin, blogger PAS tak berani nak "titik" Sam Ketot... depa berani ke? Heh!
Nasib baik tak kena Guan Eng... kalau kena camana? Puas pulak PAS nak cari "khalifah" baru, Betty jadi janda, "Rainbow" hilang boypren, Kit Siang meraung hilang "putera maharaja"... kan susah tu...!
Saya dah kata dah... jangan cuba cabar Islam kat Malaysia ni... Tapi ada pulak yang degil, depa cuba "jolok sarang tebuan"... kan dah kenaaaa... Nak tahu cerita, sila rujuk kat sini...
Semalam kecoh pasal gereja kat Penang yang dilempar molotov koktel. Sampai terbakar gereja tu. Mujur la takde yang cedera atau mati. Kalau ada macamana? Betul, saya tak setuju dengan tindakan macam tu diambil.. sekarang dah jadi kes polis...
Apa yang dilakukan sebelum ni ialah "provokasi" dari pihak yang tidak dikenali. Mungkin dari puak pelampau Kristian. Jangan ingat puak Kristian ni takde "puak pelampau"... Lebih kurang geng "Kluk Kluk Khan" la jugakkk...
Bila buat "provokasi" dalam bentuk poster, maka pada saya masih belum lagi sampai ke tahap fizikal. Provokasi tu hanya libatkan "hati dan emosi". Patutnya, kalau nak balas provokasi tu, balas la dengan cara yang setimpal atau timbal balas...
Maksud saya, tak wajar pun lempar molotov koktel. Kalau depa baling molotov kokel kat masjid atau surau lepas ni, apa yang kita rasa? Lebih menyala marah kita, kan? Lepas tu mula la nak asah parang... lepas tu menjawab la dengan pihak polis.... kan dah jadi kes jenayah...
Negara kita ni ada undang-undang. Walaupun KDN agak "lembab" bertindak, kita perlu patuh juga pada undang-undang. Kita tak boleh bertindak sendiri...
Untuk membalas provokasi terhadap Islam oleh puak pelampau tu, rasanya ada cara lain untuk dibalas. Cuba "brain storming" sikit. Mungkin ada ilham untuk kita bagi pengajaran setimpal yang akan membuat depa serik nak buat provokasi kat kita selama-lamanya...
Dari sudut Islam, rasanya belum sampai lagi ke tahap "angkat senjata" atau "qital", kot? Cuba rujuk sirah Rasulullah SAW dan cari tahap mana yang membenarkan kita "angkat senjata"...
Lepas tu, rujuk pulak undang-undang negara... kita tak pakai undang-undang rimba. Kalau nak bertindak, gunakan otak dan cari "kelemahan" tertentu yang membolehkan kita bertindak...
Tak payah la lempar molotov koktel... takde kesan positif pun rasanya selain menimbulkan persepsi buruk kat umat Islam... kita perlu jaga imej Islam dan kita perlu tiru akhlak yang diajr Rasulullah SAW... bertindaklah dengan bijaksana, insyaAllah Allah akan bantu kita...
Sinar Harian memang suka buat forum kontroversi. Saya dah banyak kali hadir saksikan forum anjuran Sinar Harian sebelum ni... terbaru, depa nak buat forum berhubung kalimah "Allah", tapi terpaksa dibatalkan...
Sinar Harian ni sebelum ni saya lihat sebagai "neutral". Tapi bermula sebelum PRU ke-13, Sinar Harian ni saya lihat agak "condong" dan "berat sebelah", menyebelahi pihak Pakatan Haram. Mungkin sebab HQ depa terletak di Selangor.. Selangor kan negeri Pakatan Haram.... takut office kena pindah la tu kot...
Berbalik pada forum terbaru yang terpaksa dibatalkan, kat bawah ni alasan Sinar Harian...
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Karangkraf, Datuk (Dr) Hussamuddin Yaacub menegaskan, pembatalan debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH dibuat betul-betul atas faktor keselamatan.
Katanya, perkembangan terkini, terutama insiden kain rentang bertulis ALLAH di sebuah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad mewujudkan keadaan semasa amat tidak sesuai untuk debat keagamaan itu diteruskan.
"Itu keputusan kami tanpa desakan dari mana-mana pihak," kata beliau selepas menerima kunjungan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang merupakan salah seorang peserta dalam debat tersebut.
Seorang lagi pendebat dalam acara bulanan berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad.
Debat tersebut sepatutnya dipengerusikan oleh seorang pensyarah undang-undang, Profesor Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.
Noh datang ke ibu pejabat Sinar Harian di sini petang tadi bagi mendapatkan penjelasan mengapa debat yang menjadi perhatian umum itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
Hussamuddin memberitahu pemberita, memang tujuan debat tersebut untuk membincangkan secara akademik mengenai isu kalimah ALLAH dari sudut Perlembagaan, dan hanya dalam ruang lingkup keadaan di negeri Selangor.
"Walaupun untuk perbincangan akademik, kami bimbang perkembangan situasi terkini mungkin mencetuskan emosi dalam kalangan hadirin, sebab itu pengurusan Sinar Harian memutuskan debat dibatalkan," katanya.
Mengenai kemungkinan meneruskan semula debat berkenaan, beliau menjelaskan: "Kita akan memikirkan format dan syarat-syarat yang lebih sesuai, sekiranya ada keperluan, untuk mengadakan debat berkenaan dalam waktu terdekat, insya-ALLAH," katanya.
Pesan saya, tak payah la nak cari "glamour" melalui anjuran forum yang sentuh isu sensitif. Ada banyak lagi cara nak jadi "juara". Cara "murahan" macam ni silap-silap mengundang padah... Sinar Harian dah habis idea nak bodek Pakatan Haram ke?
Kita tahu nasib MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bagaikan "telur dihujung tanduk", kan? Anytime saja dia boleh di"bye bye" Azmin dan konco-konconya. Makin teruk depa bergaduh sakan berebutkan jawatan dan kuasa...
Bila Anwar dijangka bertanding di PRK DUN Kajang, ramai jugak yang berpandangan bahawa Papa Nurul Izzah tu pun "gila kuasa" nak jadi MB Selangor. Kata seorang kawan, "tak dapat jadi PM, jadi MB pun boleh laaaa..".
Itu pandangan seorang kawan... pandangan saya pula...
Berkemungkinan besar Anwar takkan jadi MB Selangor. Dia mungkin hanya jadi ADUN saja. Kalau nak dilantik jadi Exco pun rasanya dia tak nak. Nak ke Anwar jadi MB Selangor?
Pada saya, Anwar tak mau jadi MB Selangor. Apa kellassss jadi Menteri Besar? Anwar nak jadi PM la... dari dulu lagi dia ni "gila" nak jadi PM. Berangan nak jadi PM sampai berani tipu penyokong sendiri sebut tarikh 16 September dia nak jadi PM..!!!
Peliknya, penyokong dia percaya pulak tu! Tapi dah berapa kali 16 September berlalu setiap tahun, Anwar masih lagi tak jadi PM..kan? Tu pun dia masih lagi sanggup tebalkan muka depan rakyat? "Muka tembok" betul..! Orang macam tu korang nak percaya lagi?
Saya berpandangan bahawa Anwar hanya jadi "master mind" dalam DUN Selangor. Dia nak jadi "puppet master". "Puppet"nya mungkin Azmin dan mungkin orang lain. Tapi tak mungkin Anwar sanggup rendahkan ego "nak jadi PM"nya rebutkan jawatan MB Selangor...
Entahlah. Itu hanya pandangan saya saja. Semuanya terletak di tangan Allah SWT. Cuma saya tertanya-tanya, siapa bakal MB untuk rakyat Selangor pula lepas ni? Kalau Khalid digulingkan nanti, ia hanya ibarat "keluar mulut buaya, masuk ke mulut naga", "sudah jatuh, ditimpa tangga"!
Nasib laaaa...kan? Siapa suruh pangkah Pakatan Haram? Sekarang ni kat DUN-DUN tertentu depa dah "import" askar-askar "tembok besar", penuh dengan "pengundi Cina" yang misteri.. Tiba-tiba saja berpuluh ribu ada kat tempat depa... entah datang dari mana... Lingkup la Selangor selamanya...
Memang kecoh semalam bila ADUN (PKR) Kajang letak jawatan. Lee Chin Cheh dikatakan meletak jawatan untuk beri laluan kat Anwar Berahim atau Rafizi bertanding kat situ, sekaligus jadi ADUN kat Selangor...
Betul ke alasan macam tu? Suka-suka hati saja letak jawatan, lepas tu SPR kena buat pilihanraya kecil kat situ? Baru je jadi ADUN selama 6-7 bulan, suka-suka hati letak jawatan? Dia tahu tak kos harga yang perlu ditanggung Kerajaan bagi sesebuah PRK?
Buang masa dan buang duit betul laaaa... Menyusahkan orang! Suka-suka hati letak jawatan. Kalau macam tu kenapa dia bertanding pada PRU ke-13 hari tu? Kenapa tak suruh Anwar atau Rafizi saja yang bertanding kat DUN Kajang?
Lagipun, betul ke Anwar nak bertanding kat situ? Anwar ada rumah dalam Parlimen tu tak? Anwar pakai alamat rumah sapa untuk bertanding di DUN Kajang? Anwar mengundi kawasan mana? Atau Anwar baru beli rumah kat sana?
Sejak bila Anwar jadi "orang Kajang" pulak?
Sam Ketot awal-awal lagi nak bodek Anwar. Kononnya AMK tak mahu calon lain selain Anwar? Hahahaaa... bodek gila mamat ni. Poyo! Tuu... kes bodek Anwar depan Kedutaan Jepun pun belum habis kena marah... kali ni bodek nak kasi reda marah Anwar pulak ke? Heh!
Kalau betul Anwar nak lawan di DUN Kajang, saya berpandangan keadaan ini adalah "malapetaka" besar bagi MB Selangor, Khalid Ibrahim. Kalau Anwar menang, berkemungkinan besar Anwar akan campur tangan dalam hal pentadbiran Negeri Selangor...
Dalam ertikata lain, saya yakin Anwar akan lobi Azmin sebagai MB Selangor dan gulingkan Khalid pada bila-bila masa saja. Anwar boleh buat "undi tak percaya" kat sidang DUN dan siapa berani ingkar usul Anwar tu? Khalid berani sanggah Anwar? Heh! Nak kena "liwat"? Heh!
Sebentar tadi satu demo aman oleh beberapa NGO Melayu & Islam di P.Pinang diadakan di depan Masjid Bayan Baru yang membantah banner dipasang di depan gereja & penggunaan Kalimah Allah yang mahu digunakan Kristian .
Selain itu , mereka turut mengecam berita khabar angin menyatakan masjid akan diserang .Ini berikutan kes gereja kristian yang dibaling dengan bom tangan beberapa hari lepas kerana memaparkan banner berbentuk provokasi bertajuk, "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah".
Selepas itu mereka berarak beramai-ramai ke Balai Polis bagi membuat laporan berhubung dakwaan itu .
Perkongsian Isu Politik Semasa Negara: Apa Sebabnya Anwar Ibrahim Hendak Bertanding Di Kajang ?
Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim. Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim?
Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014.
Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?
Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.
Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor.
Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?
Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor.
Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei.
Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jgn dengar titah Sultan & Agong. Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja?
Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam.
Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar?...
Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor. KLIK DI SINI
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor.
Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia
Begitu gelojoh betul PKR , tak sampai 24 jam perletakkan jawatan Adun Kajang Lee Chin Chen , terus mengumumkan calon PKR untuk bertanding tidak tak bukan ialah pemimpin kesayangan macai iaitu Anwar Ibrahim . Selalunya pengumuman calon dalam beberapa hari sebelum penamaan calon tapi kali ini sebelum SPR bersuara , calon parti penyandang dah umum !! hahaha.. Sebabnya ini game politik tahap tertinggi pengkhianatan kepada rakyat Selangor demi menjatuhkan Khalid & menobatkan pemimpin agong mereka menjadi MB Selangor . Tak kan Anwar nak bertanding Kajang hanya semata-mata nak menduduki kerusi wakil rakyat DUN itu kerana beliau sudah pun menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh . Sudah tentu beliau " aim " jawatan MB Selangor yang menawarkan gaji lumayan puluhan ribu. Cuma yang kelakar , Anwar nasihatkan BN jangan bertanding kerana membebankan pengundi .. siapa sebenarnya yang bebankan pengundi ? Tak sampai setahun jadi wakil rakyat ..sudah khianat rakyat di situ dengan meletakkan jawatan hingga terpaksa dibuat Pilihanraya Kecil . Kita tunggu apa lagi drama PKR .... Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.
"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.
UMNO Pulau Pinang mendakwa lebih 200 gerai milik peniaga Bumiputera dirobohkan dan diberi notis mengosongkan tempat oleh pihak berkuasa tempatan di 22 kawasan di negeri itu sejak 2010.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa kerajaan negeri tidak mengadakan rundingan sebelum membuat sebarang keputusan untuk merobohkan gerai milik Bumiputera di negeri itu.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga tidak menyediakan kawasan berniaga baharu untuk peniaga Bumiputera selepas merobohkan gerai mereka.
"Tindakan kerajaan negeri merobohkan gerai tentunya menyusahkan rakyat untuk mencari pendapatan menyara kehidupan mereka dan keluarga," katanya pada siding media selepas mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan UMNO Negeri di sini pada Ahad.
Zainal Abidin berkata pihaknya akan memohon peruntukan kerajaan pusat untuk membina gerai baharu sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan tapak untuk tujuan itu.
UMNO BIADAP KE DENGAN KAUM LAIN MENURUT WARTAWAN CHINA PRESS ??
ATAU ANDA INGIN MENYATAKAN PARTI DAP LEBIH BERJIWA RAKYAT DAN BIJAK MENJAGA HATI KAUM LAIN TERUTAMA CINA ?
UMNO DIMINTA WARTAWAN INI AGAR HORMATI SENSITIVITI KAUM LAIN. PERASAAN ORANG MELAYU NEGERI INI BILA SENSISTIVITI DAN AGAMANYA DIHINA ..ADAKAH KAUM LAIN ITU AKAN HORMAT ??
Akhbar China Press
Perkara: Tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)
Tajuk:
Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu
Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.
Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.
UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.
Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.
UMNO Pulau Pinang biadab
Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.
Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.
Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx
SPR kena gubal undang undang pilihanraya memandangkan insiden letak jawatan semata mata nak bagi laluan pada calon lain tanpa asas kukuh amat menjijikan. Bukan sekali Anwar Ibrahim buat pekara ni dan ikut yang terbaru ni dah 4 kali benda ni berlaku akibat politik jijik Anwar Ibrahim.
Parlimen Permatang Pauh
Dun Bukit Selambau
Dun Penanti
Dun Kajang
Pembaziran wang rakyat untuk mengadakan PRK Dun Kajang ni. Rakyat Selangor jadi mangsa uji kaji Anwar Ibrahim. Bodoh!!!
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya pilihan raya kecil diadakan.Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan pagi Selasa."Kita telah adakan perbincangan untuk tentukan calon bagi pertandingan kerusi tersebut (Kajang) dan telah dipersetujui bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon PKR bagi pilihan raya kecil Kajang."PKR bersetuju meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.Hadir sama Anwar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Pengumuman itu dibuat selepas kerusi DUN Kajang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada Isnin.Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat dengan harapan untuk mempertingkatkan prestasi parti dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat pada masa hadapan.
Sibuk nak umum sangat nak calonkan anwaribrahim untuk tanding di #PRKkajang dedahkan agenda sebenar Pakatan Rakyat. SPR belum dapat notis dan belum putuskan akan ada Pilihan Raya Kecil lagi, mereka dah umum calon kunyit.
Petang semalam seluruh negara bagaikan dipukau oleh kebijaksanaan Pemimpin yang dijulang sebagai harapan rakyat dalam menangani pelbagai masalah negara termasuklah kenaikkan harga barang yang dilihat semakin meruncing.
Sedar atau tidak, demi menyelamatkan Selangor yang dihimpit pelbagai krisis kepimpinan Khalid Gagap dan Azmin, satu tindakan secara drastik terpaksa dilakukan. Buktinya ADUN Kajang melepaskan jawatannya kononnya demi menguatkan lagi Pakatan Rakyat.
Apa rasionalnya kuatkan Pakatan Rakyat di Selangor? Adakah Pakatan Rakyat di Selangor telah mengalami zaman kemerosotannya? Berapakah yang telah dioffer Pucuk Pimpinan Pakatan Rakyat kepada bekas ADUN Kajang sehingga begitu mudah melepaskan jawatan yang ditandinginya pada PRU13 dahulu.
Umum tahu, Khalid Ibrahim kambing hitam bagi menaikkan gaji berganda-ganda speaker dan Menteri besar di Selangor. Belum pun sempat merasai nikmat kenaikkan gaji yang dibuatnya sendiri, hasilnya bakal dirasai orang lain yang cuba untuk menggantikan tugasannya.
Bagi rakyat Malaysia terutama rakyat yang memberikan untuk kepada PKR, tentunya mereka melihat wayang perletakkan jawatan ADUN Kajang ini sebagai pencabulan Demokrasi negara dan mengkhianati undi rakyat yang diberikan pada PRU yang lepas.
Walaupun siapa yang akan bertanding di DUN Kajang, atas niat hendak menggantikan Khalid, keputusan diambil itu sungguh berani. PKR dan Anwar khususnya berani bermain dengan api politik di Selangor. Mungkin tindakan ini satu keterpaksaan yang terpaksa.
Dari segi teorinya nampak senang dan simple untuk dilakukan. Kosong kerusi, Anwar tanding menang dan kemudian angkat sumpah jadi MB. Riwayat politik Khalid Ibrahim pun berlalu begitu sahaja bagaikan kulit pisang dilontar dari atas komuter. Itulah yang difikir dan dikira. Bagi mereka yang benci Khalid mungkin sudah bertepok tangan sambil ramai-ramai menyanyikan lagu 'lenggang kangkung'.
Namun ianya bukan semudah yang disangka. Apakah PKR dan Anwar sendiri mengira hal-hal dan halangan yang bakal ditempoh. Memang ya, Khalid dilihat dungun dan gagap dalam politik. Tetapi kita kena ingat Khalid kini berada dalam dunia politik. Jawatan disandangnya jawatan diperolehi menerusi politik. Ia bukan jawatan lantikan seperti CEO di mana-mana GLC. Sebagai jawatan politik dan berada dalam politik Khalid pasti akan ikut bermain politik dan telah memahami sepak teranjang politik.
Dr Asri Zainul Abidin membidas sesetengah pihak yang suka membazirkan wang rakyat untuk pilihan raya kecil yang perbelanjaannya agak banyak tanpa sebab-sebab yang munasabah.
..pilihanraya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan..kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan kawan maka itu satu pembaziran..kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?!! – FB DrMAZA
Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR gagal dihubungi susulan sidang media tergempar diadakan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, semalam.
Difahamkan, kesemua media cuba mendapatkan komen Chin Cheh bagaimanapun tidak berjaya.
Bagaimana pun lewat malam tadi beliau mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook dengan melahirkan penghargaan kepada semua pengundi di Kajang yang memberi peluang kepada beliau sepanjang menjadi wakil rakyat.
Adakah Lee Chin Cheh sedang menuntut ilmu spin MEDIA dengan Anwar?
Jika Benar Lee Chin Cheh Letak Jawatan Kerana Mahu Kuatkan Pakatan Rakyat, Mengapa dia membisu?
Dimanakah Bekas Adun Kajang sekarang?
Untuk rekod semalam, hanya Shamsul Ketot dan Azmin Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan media, itupun berkenaan calon yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Kecil nanti :
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon
Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.
Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.
Shamsul Ketot
Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.
Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.
Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.
Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.
Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.
Gempar Kejadian Berlaku Semalam Kajang Selangor.. Mungkin Ultraman Dapat Hidu ada Banduan Nak Bertanding Disana
Lee Chin Cheh ADUN Kajang dari Pakatan Rakyat letak jawatan dengan alasan mahu kuatkan Pakatan Rakyat di Selangor!
Untuk rekod, sebelum ini 2008 Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen kerana beri laluan kepada Anwar Ibrahim. Selepas itu Timbalan KM Pulau Pinang letak jawatan ADUN beri laluan kepada calon yang Anwar Ibrahim suka!
Spekulasi bertiup kencang ADUN Kajang letak jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor dan telahpun mendapat persetujuan dari PAS dan DAP dan grassroot PKR.
Portal pembangkang bercakap begitu. Pemuda PKR menyokong Anwar menjadi MB baru Selangor. Lim Chin Cheh juga merupakan Bendahari Pemuda PKR. Timbalan Speaker Selangor yang nama macam orang Kelantan sudah buat kenyataan bahawa orang luar boleh bertanding sebarang ADUN di Selangor.
Kenyataan Perlembagaan Tubuh Negeri Selangor jelas MB mesti dipilih dari anak jati Selangor. Kalau di Pahang juga MB mesti anak jati Pahang.
Tuanku Sultan Selangor sudah tentu lebih prefer anak jati Selangor jadi MB.
Rakyat Selangor bertanya jika prestasi dan KPI Khalid MB sekarang tip top kenapa mahu tukar MB?
Di media sosial ramai komen mengaku dulu mengundi Pakatan Rakyat di DUN Kajang tapi dalam kes sebegini tidak berpuas hati kerana rakyat seolah-olah dipermainkan kerana wang rakyat banyak dibazirkan bila PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari.
Perletakan jawatan ADUN yang unnecessary tiada apa-apa masalah kesihatan dsb.
Rakyat akan fed up dan bosan dengan permainan politik caca marba begini. Akhirnya rakyat di DUN Kajang tidak akan mengundi Pakatan kerana mahu mengajar Pakatan?
Makan Satay Kajang lagi sedap dari melayang puak PR yang banyak muslihat..
Kenapa tidak seluruh Pakatan Rakyat letak jawatan di semua kerusi parlimen dan ADUN seluruh Malaysia demi mahu menguatkan Pakatan Rakyat di mata rakyat? Buat PRU lain. Yerla duit dah banyak. Nak buat apa lagi kan?
After GE 13, many Malaysians became angry because of baseless allegations unproven until today. However, as revelations and news are unraveled daily, Malaysians are awakened to the reality that perhaps their beliefs in the fairy tale ending of 'Malaysians will live happily ever after if PR wins' is fast going up in smoke. Painful but true is the realization that they have been hoodwinked by propaganda and had misused the democratic space in Internet to construct a reality that may never come true under PR. Regardless of its weaknesses, the thought of BN winning GE is more comforting than that of PR coming to power and then throwing Malaysians into a flux of uncertainty.
Pakatan Rakyat component parties are united and divided as and when circumstances suit the whims and fancies of component parties. Making inconsistent statements on issues is the trademark of the coalition.
During the recent controversy where Anwar was denied entry to Japan, only Lim Kit Siang made a statement in his capacity as DAP Adviser. The coalition, PAS and DAP remained silent. Until today, Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has refused to apologize for his supporters' act of stomping on and burning the Japanese flag, a move that does not augur well for international relations.
On 24th January 2013, The Star reported Pakatan Rakyat stand on the use of the word "Allah" remains unchanged despite PAS Syura Council's decision that the word cannot be used to describe God in any non-Muslim publications. However, that stand was only for pre-GE13 gimmicks. Naturally, many Malaysians voted Pakatan Rakyat to govern Selangor. However, Pakatan Rakyat has shown its true colors with its silence on the JAIS raid in early January, as it does not seem to have courage to use its mandate to handle the 'Allah' issue.
Anwar Ibrahim failed to show leadership quality while it was urgently required in the 'Allah' issue. MB Khalid took SIX days to make a statement about the unconstitutional and illegal raid on BSM "despite Jais having no jurisdiction over non-Muslims and the absence of evidence that the over 300 Malay and Iban-language Bibles confiscated from a storeroom were being used to proselytize to Muslims.
Khalid Ibrahim's request for JAIS to consult the Home Minister to see if their actions were inconsistent with the BN Federal government's 'ten-point solution' (a policy rather than a law), is a clear evasion of his duties and responsibilities and a subtle case of passing the buck. Note how Khalid's earlier promise that JAIS would in future have to seek the state government's approval before conducting raids was ignored by JAIS.
All it takes is for PR to repeal or amend laws or state legislation that are not harmonious with its 'declared' stand but it prefers to drag its feet, blame others, and zip up hoping that in time, the issue will cool down. Responsible governance? If it cannot resolve basic issues, how can it rule Malaysia?
Many have yet to realize that with more voting for PR in GE 12 and13, there is now a lack of representation for Chinese, Indian and other ethnic groups in the government. The ethnic coalition component parties within BN have very little influence and akin to toothless tigers because of the lack of respect for these parties and low morale in the face of dwindling ground support. Who suffers? The rakyat – who go on a moral crusade against corruption without realizing they are killing the goose that lays golden eggs.
If any student or group has problems, who can help them? PR reps? With lack of majority rule, they cannot do much. Former BN reps cannot help either as the mandate has been given to PR, especially in Penang and Selangor. Few realize the ramifications of the swing to opposition – which has yet to show they have leaders of substance. Worse still, is the fact that PR is fanning racial tension making the gap wider and more difficult to bridge and making use of differences to further their own selfish aims.
The PR Leadership Council at its meeting at PAS Hqrs in Kuala Lumpur on Wednesday, 22nd January 2014, decided to give full support to the Johor PR objective to fulfill the Johor Dream to make Johor the front-line state of PR in Peninsular Malaysia in the 14th General Elections in the march of PR towards Nusajaya and Putrajaya. They have yet to resolve inherent problems and yet, dare dream of marching to Putrajaya. Without offering Malaysians constructive proposals in education or even settling the JAIS issue, or putting forth concrete proposals to rectify problems, all they want to do is to rant, claim superiority, and chase their selfish pipe dreams of taking Putrajaya. From before GE 13, Anwar has been talking about a shadow cabinet and its Orange Book. The fact remains that PR cannot even agree on education policies and its key leaders are righting within their respective parties with and no consensus as to who will be the Prime Minister should PR win GE 14. These are just some of the key issues, which have not been resolved for the past 5 years. That being the case, are they competent and experienced to rule the country?
BN is not blooming in perfection but it has its mechanisms and systems at work. Its leaders have experience and most importantly, the support of the civil service. It is not the same story where PR is concerned so what will happen if they do come to power in GE 14?
The Instant Society
Malaysians are an instant-gratification society. They want BN to produce instant remedies when BN has implemented policies that can only show results in the end. Yet, most are willing to make excuses and close one eye for PR when they flip-flop and then lambaste BN mercilessly when unable to deliver.
In the light of all these uncertainties caused by PR inherent weaknesses, there will be a swing towards BN in GE 14. By then, BN will win with a bigger margin. If that happens, Malaysians would then have exercised wisdom in their voting for it is better with the devil we know (which is a devil only because it is painted as such by PR) than to be drowning in the deep blue sea of uncertainty if PR comes to power.
Undoubtedly, the winds of change are blowing but they are not all the same type of wind. Some are tornadoes and typhoons bringing destruction to all who stand in their path whilst some are gentle and help in growth such as in wind pollination. Hence, Malaysians must move in tandem with correct type of wind - not the destructive ones that will undermine all built by our ancestors.
BN is still the preferred choice for stability, growth and unity even though there are enemies within who are plotting and working against the PM and the government, painting lies and distortions of truth. After GE 14, PM Najib enjoyed a period of unchallenged authority during which he implemented his manifesto. Malaysians are not only an instant society but they are also impatient. The more radical the manifesto for change, the greater the likelihood to abandon it in the absence of positive results.
However, results HAVE been positive because PM had the guts to implement the changes he passionately believed are necessary to develop Malaysia. That is the mark of a leader of courage and conviction but Malaysians are faulting him on the minutest issues such as kangkungs and whatnots.
It is time Malaysians give our government recognition and support instead of running down our leaders, which is the opposition's favorite game. With respect, support and unity for and within the ruling government, the course of leadership and development in this nation can be charted positively with commitment and conviction.
Datuk Huan Cheng Guan President of Centre For Political Awareness Malaysia ( CPAM )
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jika pada PRU13 lalu, berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia....
Kini, mungkin selepas sedar impiannya nak jadi PM semakin sukar .... Anwar Ibrahim sedang melaksanakan impian baru untuk menjadi Menteri Besar Selangor....
MB pun MB lah.....
Mungkinkan impian ini akan menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut berkuatkuasa serta-merta pada Isnin.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang tadi.
Persoalannya, boleh ker Anwar Ibrahim nak bertanding di DUN Kajang bagi membolehkannya menjadi MB Selangor..... Rasanya Kad Pengenalannya bukan beralamat di Selangor ....
Opsss !! Esok dia boleh gi Pejabat Pendaftaran Negara untuk menukar alamat Kad Pengenalannya.... Betul tak bro Anwar?
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia
Apa Pun tahniah la dgn tindakan terhadap guru yg lembukan murid dan sekali gus lembukan imej jabatan Pelajaran dsbg... cuma terfikirkah keberkesanan tindakan dengan hanya memindahkan guru tersebut ke sekolah yg lain? Cuba kita sorotkan tauladan berpandukan apa yg terjadi sebelum ini...
Namwee yg menghina Lagi negaraku termasuk rakyat dan imej negara tak akan takut berbuat lagi dan lagi. Semuanya tindakan akan luput dgm memohon maaf jer... dan boleh buat lagi, mungkin lebih kreatif dgn pembikinan filem dan menarik artis sebagai pendinding jika ada cemuhan... Kontrovesi penting... teramat penting, selain boleh melonjakan nama jadi mahsyur target kebiasaannya lumayan. Lagi kuat kontroversi lagi kuat masyukkk...
Dan pekara yg amat tersirat... bila roket yg akan angkat mereka-mereka ini sebagai Ikon. Namwee akhirnya menjadi ikon kepada golongan muda terutama kaum cina yg berhati busuk terhadap negaranya Malaysia. Walaupun tak semua tetapi ia boleh mencetuskan kumpulan yg tidak sihat berpuak dan bersentimen pelampau dalam hal perkauman...
Jadi wajarkah cikgu tetsebut hanya ditukarkan sebaliknya yg patut tindakan berat yg akan menjadi tauladan kepadanya seumur hidup... bukan kah kalau dia diberi tempaoh 5 tahun berkelakuan baik dan mesti menjelajah keserata pelusuk sekolah berpesan kepada semua supaya tidak bertindak sepertinya.. itu baru dikira penyesalan belum lagi kesedaran sepatutnya...
Kita tunggu jer kalau tak percaya pakartun Roket yg sekarang nie tgh mengintai ikon baru mereka dikalangan guru pulak... ia juga bernakna mereka sudah ada dikalangan guru yg boleh menjadi punca ketidakpuasan hati dikalangan guru pulak... amacam lu ada fikir ini.mcam ka?
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Drama menjatuhkan MB Selangor, Khalid Ibrahim oleh ahli PKR sendiri membuatkan politk di negeri itu semakin terus bergolak. Hari ini Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tanpa memberikan sebarang sebab .
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini. Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.
"Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
Menurut sumber PKR, Anwar Ibrahim disebut-sebut akan bertanding mewakili PKR di DUN Kajang dalam Pilihanraya Kecil ini sekaligus membolehkan beliau dinobatkan MB Selangor yang baru menyingkirkan Khalid Ibrahim?
Ternyata PKR a.k.a Parti Kangkung/Kangkang Rakyat hanya mementingkan diri mereka dan bukannya rakyat. Tatkala rakyat terpaksa mengharungi sara hidup rakyat yg semakin meningkat.
Wakil Rakyat Pakatan Rakyat sewenang wenangnya meletakkan jawatan untuk diadakan Pilihanraya Kecil sekali lagi. Sepertimana yang kita kethui, setiap kali PRK diadakan, bukannya sedikit belanja yang perlu digunakan SPR . Ini jelas membuktikan PAKATAN telah membazir wang rakyat.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.
Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.
Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.
Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.
Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.
Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.
Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.
Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia". Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.
Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.
Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.
Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.
Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana "makan di tandas" semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.
Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.
Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.
Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.
Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.
Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.
Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.
Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.
Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.
Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.
"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.
Saya Tiada Cakap Anwar Gila, Dia Perasan Kah? Saya Hanya Cakap Orang Gila Saja, Itu Macam Orang Hisap Dada(h) Pun Orang Gila Juga, Dadah Musuh Nombor Satu Negara
AKHIRNYA Usaha Azmin Ali menggagalkan sandiwara MB Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim menemui kegagalan yang menyayat hati. Amaran Azmin Ali kepada Sam Ketot supaya tidak campur tangan urusan PKR Selangor tidak berjaya, sebaliknya Sam Ketot potong jalan dan berjaya mencuri hati Anwar Ibrahim.
Semuanya berlaku kurang 24 jam. Kasihan Azmin Ali, dia ingat dia dah kuat sebagai Pengerusi PKR negeri, rupanya Anwar ada team luar yang boleh potong sepantas kilat.
Persoalan kini, adakah BN akan meletakkan calon? Letak Calon dikata gila, tak letak calon dikata gila, orang gila sahaja yang suka-suka bubar dewan, kerana tiada pun kematian dan tiada pun keputusan mahkamah. Yang ada hanyalah perebutan hawa nafsu ingin menjadi MB dan seterusnya mengaut jutaan ringgit wang rakyat untuk simpanan diri sendiri.
BN tidak perlu meletak calon kerana lebih baik BN tumpukan perhatian memajukan negara dan mensejahterakan rakyat menjelang 2020. Cukuplah PRU13 penuh dengan politik, marilah kita fokus kepada usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Apatah lagi dalam keadaan ekonomi dunia kusam telah memberi kesan kepada rakyat negara kita, eloklah kerajaan BN tumpu kepada usaha mengurangkan beban rakyat.
Lagipun PRK Kajang bukannya terpaksa diadakan atas sebab kematian atau faktor munasabah melainkan semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu sarakah PKR yang berebut-rebut sekarang ini.
Adakah Lee Chee Leong sudah mati ?
Adakah Lee Chee Leong sudah mati? Adakah Lee Chee Leong diisytihar Bankrap atau dipenjara atau didenda RM2001.00?
Semua orang tahu, kini PKR dalam krisis dalaman paling terokk di dunia, malangnya untuk lari dari krisis itu sanggup pula menjadikan PRK Kajang sebagai jalan penyelesaian kemelut mereka walaupun selama ini menuduh SPR tidak telus.
Siapa Gila tuan-tuan? Mari dengar apa Sammy Vellu punya cakap. Klik play video di atas.
Rakyat Selangor terperanjat besar apabila Menteri Besar (MB) Selangor membuat 'U-Turn' memberi kelulusan bagi pembinaan Loji Langat 2.
MB memberi alasan ianya disebabkan Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 yang lalu.
Sambung bacaan anda di laman internet Ulasan oleh DR XAVIER JAYAKUMAR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas.
Kesimpulannya, MB Khalid sudah kaya raya selepas 2 penggal menjadi MB. Kini giliran Anwar pula untuk mengumpul dana dari kerajaan Selangor untuk persediaan PRU14. Ramai rakyat Selangor tidak sedar permainan mereka.
Kepada Semua Ahli - Ahli MPN, Ahli Ahli Dewan Negeri Ahli Ahli Parlimen Ketua Cabang Ketua Wanita Ketua AMK
Adalah dengan ini diarahkan Saudara / Saudari diarahkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan media berkenaan isu Selangor sehingga selesai perbincangan YB Mohamed Azmin bersama YB Dato' Seri Anwar esok.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.
Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com
"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.
"Saya setuju," jawab Anwar.
Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com
Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.
Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.
Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.
"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya
Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog termasuk laman web PapaGomo.
Saman difailkan Anwar pada 21 Mac 2013.
Sementara itu, 'Saya Tiada Masalah Dengan Anwar' - Wan Azri!
Ketua Pegawai Eksekutif portal media Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan mempunyai masalah dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Menurut Wan Azri, beliau selaku pengamal media mempunyai hubungan erat dengan ahli politik samaada dari pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tiada masalah dengan plaintif (Anwar). Tapi sekarang marah sedikit sebab kena saman," katanya ketika menjawab pertanyaan dari N Surendran di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.
Wan Azri diwakili Peguam Jasbeer Singh merekodkan kenyataannya dihadapan Hakim Rosilah Yob.
N. Surendran yang mewakili Anwar kemudiannya mempertikaikan hubungan rapat Wan Azri dengan pemimpin UMNO dan cuba memainkan isu gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jasbeer dalam hujah balasnya menjelaskan kepada mahkamah bahawa bergambar bersama pemimpin negara bukanlah suatu kesalahan mengikut undang-undang.
Salah satu kepakaran politik yang ada pada pakatan pembangkang ialah mengalihkan sesuatu isu yang melumuri mereka. Sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP mahupun Pas, masing-masing mempunyai seni politik tersebut dalam usaha menutupi segala kepincangan yang berlaku.
Oleh itu, kita tidak perlu terkejut apabila tahun 2014 dianggap tahun untuk mereka mengatur pelbagai demonstrasi bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam masa yang sama berusaha menutupi pekung politik mereka yang semakin terdedah dan 'menanah'.
Difahamkan, pada Ahad ini, 'ayam sabung' PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan turun ke Bukit Mertajam untuk mengetuai 'perbuatan melolong' di tepi jalan kononnya bagi membantah harga barangan naik, menolak GST dan menuduh UMNO rasis.
Sememangnya, inilah taktik politik alih isu yang cuba dilakukan oleh Rafizi yang dijulang oleh penyokong-penyokong pembangkang sebagai pakar strategik politik pakatan tersebut bagi menutupi kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok daripada PKR, Lee Khai Loon yang menyumbat kangkung ke mulut patung wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbuatan itu dikatakan bukan sahaja dikecam oleh orang ramai malah dalam kalangan pemimpin sekutu PKR pun tidak bersetuju dengan demonstrasi biadab itu.
Menyedari keadaan itulah, Rafizi cuba menunjukkan 'jaguhnya' dengan turun ke Bukit Mertajam. Mungkin impian beliau ialah mengalihkan isu Khai Loon.
Tetapi Rafizi terlupa dalam masa yang sama, PKR bukan sahaja berhadapan dengan isu kebiadapan wakil rakyat tersebut, malah parti itu juga sedang berada 'di ambang perang saudara' berikutan isu pengguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menegaskan pengguguran itu bukan keputusan kerajaan negeri yang diterajui oleh beliau tetapi ini tidak bermakna perbalahan politik antara beliau dan Azmin sudah berakhir.
'Pertembungan' antara kedua-dua pemimpin kanan PKR ini di Selangor bukan lagi rahsia, malah pengguguran Azmin dikaitkan pula dengan mainan politik berikutan pemilihan PKR yang bakal diadakan pada Mei nanti. Sekali lagi Abdul Khalid menafikan dakwaan itu tetapi dalam masa yang sama semakin tertekan apabila desakan semakin kuat di dalam PKR agar beliau dipecat.
Perkara ini diakui oleh Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution semalam yang mengesahkan terdapat 'desakan keras bukan usul' daripada empat hingga lima anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) parti itu supaya Abdul Khalid dipecat.
Walaupun menegaskan desakan itu tidak menjadi keputusan mesyuarat tetapi Saifudin mengakui ini kali pertama berlaku 'satu cadangan keras' dikemukakan. Apa pun seperti biasa PKR tidak akan mengaku wujudnya masalah dalaman sebaliknya akan cuba mencari jalan bagi menutupi kepincangan tersebut bagi menggambarkan seolah-olah merekalah parti terbaik di muka bumi Allah ini.
Tindakan yang dilakukan oleh PKR untuk mengadakan demonstrasi bagi mengalih isu ini juga sekali gus akan membantu DAP yang masih lagi terpalit dengan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Sehingga hari ini DAP masih belum meminta Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menjawab desakan supaya beliau mendedahkan 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.
Politik alih isu ini kemudiannya diikuti pula oleh Pas yang difahamkan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan ia 'pak turut' setia dalam pakatan pembangkang apabila merancang menggerakkan ahli-ahli turun ke jalanan pada 1 Mei ini.
Difahamkan, seorang pemimpin kanan parti itu sudah mengarahkan setiap Pas negeri melaksanakan dua strategi bagi membangkitkan momentum untuk memastikan sokongan rakyat pada perhimpunan tersebut.
Dua strategi itu adalah mengadakan majlis ceramah isu kenaikan harga barang, sara hidup dan GST, manakala strategi kedua pula mengadakan flash mob atau perhimpunan kecil setiap minggu sehingga perhimpunan 1 Mei berlangsung.
Pas terpaksa berbuat demikian ketika imej politik mereka semakin merudum apabila dilihat tidak tegas sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor.
Walaupun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersuara mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mempunyai kalimah Allah di premis Persatuan Bible Malaysia tetapi secara organisasi, Pas terus membisu demi menjaga hati sekutunya, PKR dan DAP.
Pemimpin-pemimpin Pas amat memahami isu kalimah Allah ini ibarat meletakkan parti itu 'ditelan mati emak diluah mati bapa', kalau mereka bertegas senada dengan Harun atau organisasi Islam lain, Pas bimbang PKR dan DAP akan 'berkecil hati'. Bagi Pas, menjaga hubungan politik dengan kedua-dua parti itu lebih penting bagi memastikan mereka tidak 'dicicirkan' dalam usaha memburu impian menawan Putrajaya.
Demikianlah amalan politik alih isu dalam pembangkang. Mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi menutupi kepincangan sendiri kerana dari semasa ke semasa tembelang mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan BN semakin menemui jalan buntu atau dalam istilah lebih tepat semakin tidak dipedulikan oleh rakyat.
Ia memandangkan dalam isu kenaikan harga barang contohnya, rakyat bukannya pekak atau buta untuk menilai bagaimana kesungguhan kerajaan dalam menangani perkara tersebut. Hanya penyokong-penyokong tegar mereka sahaja yang sengaja membuta mata dan hati bagi menolak kesungguhan kerajaan dalam soal itu.
Sememangnya politik pembangkang terus tidak menampakkan kematangan dalam usaha bersama-sama membangunkan negara, sebaliknya mereka kekal dengan politik memburu kekuasaan melalui cara memainkan sentimen rakyat supaya membenci kerajaan yang memerintah.
Atas sebab itulah, pelawaan pembangkang kononnya, mereka ingin berbincang dengan kerajaan BN berhubung isu perkauman tidak perlu dilayan dan hanya membuang masa kerana kerajaan mempunyai banyak lagi isu rakyat yang perlu ditangani.
Tambahan pula selama ini, apa juga usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan mensejahterakan negara tidak pernah mendapat sokongan apatah lagi pujian pembangkang, sebaliknya kerja pembangkang hanya membangkang sepanjang masa.
Apa pun percayalah politik alih isu pembangkang ini tidak perlu diharapkan dan tidak akan mungkin berubah kerana itu sahaja caranya untuk mereka terus bertahan dalam arena politik negara.
Sebab itulah sebelum ini biarpun pelbagai isu melumuri pemimpin mereka termasuk dari segi moral, pakatan pembangkang tetap dilihat 'ampuh'. Bukan kerana kewibawaan sebuah pakatan yang mantap dari segi semua segi tetapi gara-gara kebijaksanaan mereka mengalih isu dan memanipulasikan fakta sehingga ada rakyat terpedaya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Isu rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula berkait rapat dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 yang menghalang penggunaan nama Allah dalam penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan kenyataan. Walaupun serbuan JAIS sah dari segi undang-undang, namun ia telah menimbulkan polemik kerana melibatkan hal yang agak sensitif dan mungkin kaedah lain boleh digunakan.
Akta yang digunakan dalam rampasan terbaharu JAIS adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya Kerajaan Pusat. Pakatan pembangkang selaku ketua pentadbir negeri yang telah diberi mandat oleh rakyat Selangor tidak seharusnya lepas tangan dan cuba melontarkan tanggungjawab ini kepada Kerajaan Pusat, KDN, Jakim dan pelbagai pihak lain.
Pakatan pembangkang senantiasa mengambil kesempatan atas isu yang memberi keuntungan kepada mereka. Mereka ialah orang pertama yang akan mendakwa apa yang baik adalah daripada mereka tetapi yang buruk adalah kerana kesilapan Kerajaan Pusat.
Selain itu, Lim Guan Eng pula jangan cuba untuk menjadi paderi masyarakat Kristian dengan mempolitikkan isu ini dan menyalahkan UMNO dalam kenyataan terbaharu beliau. Paderi Lawrence sendiri juga tidak pernah sesekali melibatkan UMNO dalam isu ini.
2. Dari sudut perundangan
Sekiranya sebelum ini Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald, maka secara akademiknya kita perlu menyokong penggunaannya. Apatah lagi dalam hal ini pihak gereja sendiri yang membawa kes ini ke mahkamah.
Keputusan terbaharu Mahkamah Rayuan bahawa penganut Kristian di Semenanjung tidak boleh menggunakan kalimah Allah tetapi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakannya.
Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh memetik Article 11 (3) berkaitan dengan frasa: to manage its own religious affairs. Namun begitu, Karpal Singh lupa untuk menyebut tentang Article 11 (1) iaitu: every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.
Fasal (4) memperuntukkan: Federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Oleh itu, sekiranya pihak gereja sendiri meletakkan bidang kuasa: to manage its own religious affairs to the court, maka segala keputusan mahkamah perlu dihormati berlandaskan kedaulatan undang-undang negara.
Sehubungan itu, isu ini memerlukan toleransi antara dua pihak iaitu satu pihak perlu menghormati penggunaan Allah di Sabah dan Sarawak, dan satu lagi perlu menghormati bahawa pengunaan kalimah Allah adalah tidak dibenarkan di Semenanjung Malaysia.
3. Pakatan pembangkang tidak bersatu
Seperti yang kita sedia maklum pendirian pakatan pembangkang sering berubah-ubah. Sebelum ini Anwar Ibrahim mewakili suara pakatan pembangkang bahawa penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Namun begitu, pendirian terbaharu Pas dan Anwar sendiri bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini.
Dalam isu ini jelas menunjukkan wajah sebenar pakatan pembangkang yang tidak pernah bersatu. Pihak DAP mencadangkan penggubalan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988. Tetapi Anwar dan Pas pula tidak bersetuju dengan cadangan DAP. Oleh itu, apa sebenarnya pendirian pakatan pembangkang dalam isu ini? Bagaimana rakyat Malaysia masih boleh terus mempercayai individu yang sering tidak konsisten dengan perjuangan mereka selama ini?
4. Menyelesaikan isu ini dengan nilai keagamaan
Masyarakat tidak seharusnya menggunakan sentimen dan ideologi politik dalam menyelesaikan masalah ini. Tambahan pula, penglibatan parti politik hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Kita perlu kembali kepada nilai keagamaan masing-masing demi mencapai keharmonian dan perpaduan yang sebenar.
Untuk masyarakat Kristian pula mereka perlu mengikut jejak langkah pemimpin tertinggi mereka pada 29 Jun 2008 . Pope Benedict menyarankan supaya tidak menggunakan perkataan tetragrammaton dalam Catholic Liturgy kerana dipercayai bercanggah dengan nilai tradisi masyarakat Yahudi.
Nilai agama Kristian juga amat mementingkan tentang melupakan dan memaafkan (forget and forgive). Masyarakat Islam pula seharusnya menggunakan cara dan nilai kesederhanaan, kesabaran dan kesejahteraan dalam menangani isu ini.
Oleh itu, diharapkan perkongsian persamaan nilai antara agama akan merapatkan rakyat pelbagai kaum di negara kita dan bukan berpecah belah disebabkan kewujudan sentimen politik yang dimainkan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, kita juga tidak mengharapkan isu ini sengaja dicetuskan untuk mengalih pandangan masyarakat berkaitan isu Mercedes yang melibatkan seorang ahli politik.
Syarat utama menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Turut menarik perhatian ialah Artikel 51 (1A) yang menyebut Sultan Selangor juga berhak memilih seorang Timbalan Menteri Besar Selangor.
PRU13 menghasilkan keputusan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala PKR memperoleh 14 kerusi (sekarang 13 kerusi) daripada 56 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi.
Semua pihak sibuk menyoal tentang ADUN Kajang bakal bertanding adalah pengganti Khalid Ibrahim di kerusi MB. Namun di pihak PAS, mereka layak meminta jawatan Timbalan Menteri Besar kerana kedudukan kerusi mereka lebih banyak berbanding PKR. Apakah PAS akan diberikan peluang untuk bertanding di DUN Kajang?
Beberapa situasi boleh berlaku di DUN Kajang :
1) Jika PAS bertanding, bermakna PAS akan jadi majoriti dan layak mendapat tempat sebagai MB Selangor.
2) Jika PKR bertanding lagi, maka sudah tentu kedudukan Khalid tidak selamat. Bakal MB akan digantikan dari PKR.
3) Atau mungkin calon Melayu akan diberikan peluang bertanding atas tiket DAP untuk menjadi MB Selangor?
Selama ini merekalah yang menuduh kerajaan membazirkan wang rakyat, membazirkan wang negara, mengkhianati amanah rakyat dan bla…bla…bla…Jika air liur pemimpin-pemimpin mereka yang tersembur keluar sewaktu berceramah boleh dikumpul, hari ini sudah pasti ianya setinggi Gunung Kinabalu .
Kita semua tahu apa yang terjadi semalam. Adun PKR Kajang meletak jawatan tanpa sebarang sebab. Sedangkan PRU baru berlalu tidak sampai setahun. Sekarang SPR terpaksa menguruskan satu pilihanraya baru di kawasan berkenaan. Apabila hendak uruskan pilihanraya sudah pasti ianya melibatkan wang yang besar.
Apakah itu bukan pembaziran wang rakyat yang kamu laung-laungkan selama ini ?
Apakah meletak jawatan tanpa sebarang sebab dalam masa 9 bulan selepas PRU bukan mengkhianati amanah rakyat ?
Apa yang terjadi di Kajang ini adalah sebahagian daripada permainan politik sesama PKR. Khalid Ibrahim diminta untuk meletak jawatan sebagai MB selewat-lewatnya hari Rabu, 29 Januari 2014. Mereka mencanangkan Anwar mengambil alih jawatan berkenaan dan satu PRK akan diadakan, untuk terus memberi tekanan kepada Khalid. Dengan harapan Khalid akan berundur pada hari Rabu.
Untuk menunjukkan kepada Khalid bahawa cerita-cerita yang tersebar adalah betul dan dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada Khalid, lalu Adun Kajang dibawa masuk sebagai pelakon utama untuk menjayakan drama politik PKR Selangor.
Ada satu sumber PKR memberitahu saya bahawa PRK akan berlaku di dua tempat di Selangor. Satu di Kajang dan satu lagi di Pelabuhan Klang. Selain meletak jawatan sebagai MB, Khalid juga difahamkan akan meletak jawatan sebagai Adun. Itu kata mereka….
Namun saya merasakan…Khalid tidak akan meletak jawatan sebagai Adun walaupun PKR memecat keahliannya dan beliau tidak boleh menjadi MB lagi.
Di Kajang pula…mereka dan kita turut canangkan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon PKR di sana. Percayalah cakap saya bukan Anwar calon disana. PKR Selangor akan mencalonkan seorang cina yang menjadi ahli majlis sebuah PBT di Selangor dan pernah bertanding di salah satu kerusi Dun di Selangor dalam PRU 2004. Orang itu bukan orang Kajang atau Hulu Langat. Dia datang daripada daerah atau parlimen lain.
Apa yang berlaku antara Shamsul Iskandar dengan Azmin Ali yang berbalas kenyataan media malam tadi, hanyalah lakonan semata-mata. Shamsul diminta buat kenyataan AMK sokong Anwar sebagai calon. Sejam kemudian Azmin pula buat kenyataan media membelasah Shamsul supaya jangan campur hal calon. Semua itu drama… Sedangkan Shamsul, Azmin, Anwar, Saifuddin dan yang satu kem dengan mereka semua sudah sepakat bahawa calon yang saya katakan diatas akan dipilih sebagai calon Dun Kajang.
Apa yang terjadi pada hari ini menunjukkan kepada kita mereka sanggup membuat apa sahaja demi menjayakan permainan politik mereka. Berjuta wang rakyat (pinjam ayat mereka) akan dihabiskan untuk uruskan satu pilihanraya kerana hendak memuaskan politik mereka.
Dalam penggal yang lalu pun kita lihat bagaimana Adun mereka meletak jawatan satu persatu. Bermula daripada Permatang Pauh dan diikuti dengan Dun Bukit Selambau, kemudian dituruti pula dengan Dun Penanti. Nasib baik BN mengambil keputusan bijak dengan tidak bertanding di kerusi Dun Penanti kerana tidak mahu melayan lagi permainan politik mereka. Jika BN terus melayan permainan mereka, maka setiap bulan mereka akan atur Adun atau MP letak jawatan supaya PRK dapat diadakan agar mereka dapat mengekalkan momentum dan kedaaan sentiasa panas.
Untuk kerusi Dun Kajang ini juga adalah lebih baik BN mengambil ketetapan yang sama sebelum ini. Iaitu BN tidak bertanding di kerusi-kerusi yang dikosongkan kerana wakil rakyat letak jawatan. Biarkan mereka dengan permainan politik mereka. Jangan kita jadi tukang sorong bantal kepada orang yang mengantuk. Ataupun jangan kita pula yang menjadi pelengkap permainan mereka.
Jika saya berada di tempat Khalid Ibrahim hari ini, apa yang saya buat adalah dengan memanggil satu sidang Dun tergempar untuk diadakan satu undi sulit dikalangan Adun-Adun samada mahu terus mengekalkan beliau sebagai MB atau menolak beliau. Percayalah, Khalid akan mendapat sokongan majoriti adun untuk dikekalkan sebagai MB. Dan saya yakin Adun-Adun BN juga akan menyokong Khalid.
Jika dulu tanpa majoriti 2/3 di Dun Khalid berani panggil sidang Dun tergembar untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan beliau mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Sedangkan semua orang tahu tanpa sokongan 2/3 ahli-ahli dewan sesuatu perlembagaan tidak boleh dipinda. Tapi itulah Khalid….gilanya semacam.
Sekarang kita tunggu dan lihat samada dia berani atau tidak buat gila untuk panggil sidang Dun tergempar bagi membolehkan satu undian sulit diadakan samada Adun-Adun Selangor masih menyokong atau menolaknya sebagai MB.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Karangkraf, Datuk (Dr) Hussamuddin Yaacub menegaskan, pembatalan debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH dibuat betul-betul atas faktor keselamatan.
Katanya, perkembangan terkini, terutama insiden kain rentang bertulis ALLAH di sebuah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad mewujudkan keadaan semasa amat tidak sesuai untuk debat keagamaan itu diteruskan.
"Itu keputusan kami tanpa desakan dari mana-mana pihak," kata beliau selepas menerima kunjungan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang merupakan salah seorang peserta dalam debat tersebut.
Seorang lagi pendebat dalam acara bulanan berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad.
Debat tersebut sepatutnya dipengerusikan oleh seorang pensyarah undang-undang, Profesor Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.
Noh datang ke ibu pejabat Sinar Harian di sini petang tadi bagi mendapatkan penjelasan mengapa debat yang menjadi perhatian umum itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
Hussamuddin memberitahu pemberita, memang tujuan debat tersebut untuk membincangkan secara akademik mengenai isu kalimah ALLAH dari sudut Perlembagaan, dan hanya dalam ruang lingkup keadaan di negeri Selangor.
"Walaupun untuk perbincangan akademik, kami bimbang perkembangan situasi terkini mungkin mencetuskan emosi dalam kalangan hadirin, sebab itu pengurusan Sinar Harian memutuskan debat dibatalkan," katanya.
Mengenai kemungkinan meneruskan semula debat berkenaan, beliau menjelaskan:
"Kita akan memikirkan format dan syarat-syarat yang lebih sesuai, sekiranya ada keperluan, untuk mengadakan debat berkenaan dalam waktu terdekat, insya-ALLAH," katanya.
KOTA BHARU 26 Jan. - Seorang remaja lelaki menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan dan beraksi lucah di hadapan ibu kandung sendiri, Disember lalu.
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab. Manan, 19, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selain didakwa atas satu lagi pertuduhan baharu kerana gagal mengemukakan kad pengenalan semasa diminta pihak polis.
Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember lalu, tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dilakukan terhadap ibunya yang merupakan seorang guru berusia 54 tahun.
Pada sebutan kes lalu, mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM5,000 namun dia tidak membayar jamin tersebut.
Bagi pertuduhan pertama, remaja terbabit didakwa menyebabkan kecederaan ke atas ibu sendiri dengan menggunakan sebatang kayu penyapu bersalut plastik berwarna merah berukuran 57 sentimeter kira-kira pada pukul 6.30 petang, 21 Disember lalu di rumah mereka di Lundang, di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendawa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mahu mengaibkan kehormatan ibunya dengan kata-kata sambil menunjukkan aksi lucah di lokasi sama pada pukul 8 malam, 20 Disember lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan baharu yang dihadapi hari ini, tertuduh didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pegawai polis di tepi rumahnya pada pukul 8 malam, 21 Disember lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah bagi pertuduhan baharu tetapi dia tidak membayar jaminan tersebut.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Februari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini
Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.
"Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.
Saya berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.
Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.
Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.
Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.
Lis, Selangor.
Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.
Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada 'cukup syarat' contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.
Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.
Labia minora memainkan peranan dalam membantu 'menutup' bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman. disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page Pakar Sakit Puan @ Harian Metro disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera menafikan spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Spekulasi...Terdapat cadangan ini sejak 2008 lagi," jawabnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Isnin.
Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media.
"Saya bertemu beliau (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa kami bertemu di pejabat atau di rumah," kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.
Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja.
Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar.
"Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.
Sebelum itu, portal berita The Star Online melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini.
Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.
Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad.
Polis sedang giat memburu suspek yang melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat Balik Pulau awal pagi ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.
"Kita telah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek," katanya kepada pemberita di Balik Pulau hari ini.
Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
Umno gesa exco bertindak
Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 gereja di sekitar Daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.
Semalam kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.
Sementara itu, Pemuda Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling 'molotov cocktail' itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadab dan kurang ajar.
Ketuanya Rafizal Abdul Rahim menggesa kerajaan negeri terutama Exco bertanggungjawab dalam hal agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim supaya mengambil tindakan segera agar perkara itu tidak berlarutan dan menimbulkan ketegangan.
"Semalam, Pemuda Umno Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung isu kain rentang berkenaan dan bersamanya kita turut kepilkan maklumat mengenai kejadian itu yang mana ada orang nampak tiga hingga empat lelaki mengantung kain rentang tersebut.
"Kita harap polis dapat segera menjalankan siasatan serta mengumumkan tindakan penyiasatan mereka bagi memuaskan hati semua pihak dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan," katanya.
PETALING JAYA: Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan debat Kalimah Allah yang sepatutnya diadakan hari ini dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad dibatalkan pada saat akhir.
"Saya dah bersedia dengan hujah-hujah tetapi amat kesal kerana debat ini dibatalkan pada saat akhir.
"Saya rasa ini peluang untuk saya nak 'sekolah'kan Khalid Samad yang selalu mempertikaikan kalimah Allah untuk orang islam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pihaknya tetap akan pergi pada pukul 2.30 petang ini dan bersemuka dengan Editorial Kumpulan Media Karangkraf bagi mendapatkan penjelasan.
Katanya, tiada sebab untuk membatalkannya kerana ini ruang kebebasan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut undang-undang Malaysia.
Antaranya tafsiran Artikel 11 Perlembagaan, enakmen kedaulatan undang-undang termasuk resolusi 10 perkara Sabah dan Sarawak yang diputuskan Kabinet.
Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan tidak akan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan polemik.
"Dari segi hukum akidah kita tak perlu nak debat sebab jawatankuasa fatwa negeri dan kebangsaan dah nyatakan pendirian.
"Kita hanya akan fokus hujah dari segi undang-undang, nak bagi terang Khalid sebab dia tak faham apa yang dia cakap, dia tiada latar belakang undang-undang.
"Kita juga nak bawa perpaduan Melayu yang menyebabkan seolah-olah Melayu berpecah, itu tujuan kita," katanya.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen yang menjaga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah sepenggal serta bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN).
Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata debat itu sepatutnya dilihat sebagai peluang membetulkan persepsi orang ramai mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan orang bukan Islam.
"Inilah peluang mereka untuk patahkan hujah saya dan buktikn 'kejahilan' saya serta kononnya saya 'gadai' Islam. Kenapa batal?
"Saya mahu semua tahu kalimah Allah boleh digunakan untuk semua orang.
"Pernahkah Nabi Muhammad menghalang bukan Islam menyebut Allah," soalnya.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara didunia yang mengharamkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan ia tidak wajar dihalang.
Katanya, tindakan mengharamkan penggunaan kalimah Allah adalah tindakan politik, begitu juga dengan keputusan membatalkan anjuran debat pada saat akhir.
"Islam bukan milik Melayu untuk dicorakkan ikut suka mereka," katanya.
Debat 'Isu Kalimah Allah: Dari Perspektif Perundangan' anjuran akhbar Sinar Harian itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang ini di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir dibuat setelah mengambil kira pandangan dan nasihat yang disuarakan pelbagai pihak.
"Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini.
"Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,"katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Minggu lalu, beberapa NGO termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) menggesa agar debat itu dibatalkan kerana bimbang membawa kemudaratan kepada umat Islam.
PETALING JAYA: Jawatan Menteri Besar (MB) Selangor tidak semestinya dijawat oleh anak jati Selangor sendiri.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, rakyat Malaysia dari mana-mana negeri boleh menjawat jawatan tersebut sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di Selangor.
"Tak ada masalah untuk (individu bukan rakyat Selangor) menjadi MB," katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Mengulas mengenai kemungkinan Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengambil alih jawatan tersebut, Nik Nazmi berkata beliau mengakui tidak mengetahui mengenai perkara itu.
"Saya tak tahu ia akan dilakukan atau tidak tetapi ia tiada masalah (untuk perkara itu berlaku). Cuma kena cari orang untuk meletakkan jawatan,"katanya lagi.
Bagi membolehkan Anwar mengambil alih jawatan tertinggi Selangor itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu mengundur diri bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan untuk membolehkan Anwar bertanding dan seterusnya memenangi satu kerusi tersebut.
Minggu lalu, blogger popular Raja Petra Kamaruddin mendakwa Anwar telahpun mencapai persetujuan dengan DAP dan PAS negeri untuk berbuat demikian.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai rancangan untuk berbuat demikian.
"Setakat ini, tak ada lagi," tambah Adun Seri Setia itu.
Sementara itu, Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz berharap rakyat membuka mata tentang siapa Pakatan Rakyat (PR) yang sebenar dalam episod pergelutan kuasa ini.
"Saya pun ada menerima berita ini menerusi SMS yang mengatakan Anwar akan bertanding di pilihan raya kecil. Soal kelayakan itu kita tak hiraukan cuma perkara ini menunjukkan yang PR ni memang bermasalah.
"Mereka ini cakap tak serupa bikin. Kita tak peduli pun siapa yang nak gantikan tempat MB sebab jika soal setuju atau tak setuju, beberapa isu sebelum ini seperti isu air yang kita gesa supaya tidak dipolitikkan pun, mereka jalankan juga," katanya apabila dihubungi.
Tegas, Adun Semenyih itu, PR tidak seharusnya menimbulkan isu yang akhirnya akan membebankan rakyat sendiri.
"Bila dah jadi macam ini, bila ada bangkangan di sana-sini rakyat yang akan terhimpit. Jadi saya harap rakyat dapat buka mata siapa PR yang sebenar," tegasnya.
Che Ta sebelum ini dikhabarkan berbulan madu bersama si suaminya yang kacak, Zain Saidin di Bali. Che Ta juga mengaku agak teruja untuk mengandungkan anak Zain walaupun di usia yang agak lewat.
Melalui akaun Instagramnya, Che Ta memuatnaik beberapa keping gambar beliau dan Zain ketika di Bali.
Di dalam gambar tersebut, Che Ta hanya memakai skirt pendek yang kembang hingga menampakkan kakinya yang cantik dan panjang. Ada satu ketika, skirt Che Ta terselak ditiup angin hingga hampir menampakkan punggungnya.
Ada peminat yang menegur gambar tersebut, tetapi ada juga yang mempertahankannya.
Moga Che Ta meredakan pertelingkahan peminat-peminatnya dengan memuatnaik foto yang lebih sopan.
MELAKA: Gara-gara didakwa berpakaian ketat, seorang wanita yang memasuki kawasan sekolah untuk bertemu guru besar hampir diserang seorang pengawal keselamatan, lapor mStar Online.
Wanita tersebut yang merupakan seorang eksekutif pemasaran, Fatimah Abdullah, 28, dari Desa Ria, Tangga Batu mendakwa pengawal dalam lingkungan umur 40-an itu memarahinya kerana memakai yang menampakkan susuk tubuh.
Dia juga mendakwa pengawal itu cuba memukulnya sebelum dihalang oleh guru dan kerani sekolah yang melihat insiden itu.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku Khamis lalu, fatimah berkata dia ke sekolah berkenaan untuk menemui guru besar bagi membincangkan mengenai hal pelajaran dua anaknya yang berumur 10 dan lapan tahun.
"Saya memakai pakaian seragam kerja ketika pergi ke pejabat sekolah. Namun pengawal keselamatan itu menuduh saya mendedahkan bentuk badan saya kerana memakai pakaian ketat.
"Saya terkejut kerana saya tidaklah berpakaian yang tidak sopan. Dia juga menyuruh saya pulang ke rumah dan menukar pakaian," katanya.
Fatimah Abdullah, 28, dari Desa Ria, Tangga Batu
Bagaimanapun menurut wanita itu, dia tidak mengendahkan larangan berkenaan dan meminta agar pengawal itu tidak menjaga hal peribadinya.
"Dia kemudiannya meluru ke pejabat dan saya percaya dia mahu memukul saya. Walau bagaimanapun tindakannya berjaya dihalang oleh guru dan kerani," tambahnya.
Fatimah yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling berkata, beliau turut mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
"Saya berasa dihina kerana kejadian itu berlaku dalam perhatian guru-guru dan kakitangan sekolah.
"Saya hairan dengan tindakan pengawal itu kerana saya tidak memakai skirt pendek atau bikini ke sekolah," katanya.
"Kedua-dua anak saya juga berasa malu kerana kejadian itu menjadi buah mulut orang sekolah," katanya.
ALOR SETAR - Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM148,500 atas lima tuduhan salah guna kuasa membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah pada 2008 dan 2009 bernilai RM32,400.
Hakim Mohd Rosli Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakaria Md Lazim, 56, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar (SKTB), Kuala Nerang dekat sini.
Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR Kuala Nerang Enterprise (ZNR), sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 yang dia mempunyai kepentingan kerana pemilik ZNR merupakan adiknya sendiri, Ros Adimas Md Lazim.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Zakaria juga dituduh menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bernilai RM6,300, set pakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bernilai RM8,200 dan set pakaian Pengakap bernilai RM8,700 pada November 2008.
Zakaria juga didakwa bagi pertuduhan kelima, menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian seragam PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan TKRS bernilai RM5,900 di SKTB pada September 2009.
Zakaria didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kesemua pertuduhan.
Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan (hari ini), manakala tertuduh akan dipenjara 15 bulan lagi jika gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan. Dia tidak membayar denda itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nizan Azdahari. - Bernama
Hancur ego lelaki Zain Saidin dengan tajuk sebegini. Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru baru telah terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama sama dengan beberapa orang rakan mereka.
Itu cerita sampingan, maklumlah pengantin masih baru bercuti ke luar negara begini masih boleh dianggap berbulan madu. Rozita Che Wan dalam kenyataan terbaru beliau kepada media berkongsi rasa teruja untuk hamil lagi.
"Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun," ujar Rozita Che Wan kepada portal GUA baru baru ini.
"Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata," tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.
Rozita Che Wan turut berkongsi yang beliau berasa kekok sehingga tidak boleh tidur malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama suami, Zain Saidin.
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.
Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.
Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.
Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.
"Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.
"Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya," katanya.
Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.
"Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan," katanya.
Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.
Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.
Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.
"Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.
"Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang," katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai yang bertindak melampau dengan menggantung loceng dan memaksa dua murid memakan rumput telah ditukarkan ke sekolah lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak yang mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.
"Tindakan guru berkenaan juga didapati telah memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan dan sehubungan itu kementerian telah bersetuju untuk mengenakan tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam insiden Khamis lalu, guru berusia 26 tahun itu menggantung loceng dan memaksa dua murid Tahun Empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan dua pejuang parti itu, Allahyarham Datuk Harun Taib dan Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai individu yang 'degil'.
Mengenali kedua Allahyarham ini secara dekat, Nik Aziz berkata, kedua-dua pemimpin itu sanggup bersusah payah mengikuti program yang dianjurkan Pas walaupun dalam keadaan uzur.
"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil.
"Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Tambah Nik Aziz, pemergian Harun ke rahmatullah masih memberi kesan kepada dirinya ekoran sifat gigih yang ditunjukkan bekas pemimpin parti itu.
Kelmarin, Harun, 71 telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 12.17 pagi.
Anak Allahyarham, Hilmi Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir berkata, bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ dalaman disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.
"Arwah sudah menghidap penyakit strok sejak 2010, tapi tahun terakhir ini kencing manis makin teruk dan serangan kuman sudah semakin merebak dan boleh dikatakan merebak ke buah pinggang walaupun keadaan darah dan jantungnya stabil," katanya.
Sementara Azizan pula meninggal dunia September lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Menerusi Facebooknya, Nik Aziz turut meminta masyarakat mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin itu yang telah kembali mengadap Ilahi.
"Saya harap semua pendokong perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.
"Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT," katanya lagi.
KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah ALLAH di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini adalah cubaan untuk mewujudkan keresahan dan ketegangan antara agama di negeri ini.
Sambil mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya percaya kain rentang itu adalah tindakan provokatif paling tinggi dan sangat biadap.
"Kami mengambil ketetapan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin timbulkan suasana tidak sihat di negeri ini.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan Pemuda Umno telah membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan Umno Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah ALLAH di beberapa pagar gereja di kawasan pulau di negeri ini.
Difahamkan kain rentang yang bertulis 'ALLAH is Great (ALLAH Maha Besar), Jesus is the son of ALLAH' (Jesus adalah anak lelaki ALLAH) digantung di luar pekarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor, dekat sini.
Berikutan kejadian itu, Zainal Abidin berkata orang Islam dan Kristian di negeri ini diminta bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan melulu atau marah sebagai reaksi kepada tindakan itu.
"Kita biarkan polis menyiasat secara terperinci dan ambil tindakan terhadap pihak yang begitu biadap bertindak sedemikian," katanya. - Bernama
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program 'Perutusan Khas Untuk Rakyat' pada Ahad.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.
"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.
Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.
"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.
Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.
"Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DSD Adnan Yaakob ketika menyerahkan watikah kepada
calon-calon BN yang bertanding dalam PRU13 lalu
Terpanggil untuk menulis apabila terbaca laporan disebuah laman blog yang cuba membuat provokasi jahat mengenai jawatan MB Pahang yang kononnya akan digantikan.
Kononnya 3 nama disenaraikan sebagai pengganti. Spekulasi juga dibuat dengan menyatakan DSD Adnan akan dipindahkan ke pusat bersama seorang ADUN senior yang juga AMT dilantik bagi memperkuatkan barisan kabinet dalam rombakan yang akan dibuat nanti.
Umum sedar blog pro pembangkang berkenaan memang gemar membawa isu-isu kontroversi bagi menarik pembaca dan mendapat sokongan pemimpin pembangkang. Bagaimanapun kita pasti bahawa rakyat sedar mainan politik pencacai pembangkang ini hanya untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu perbalahan dan perebutan kuasa di Selangor diantara DS Khalid dan YB Azmin.
Seperti biasa pembangkang akan sentiasa menuding jari kearah lain apabila masalah dalaman mereka diketahui umum. Sebagaimana Ketua Pembangkang dalam kenyataannya baru-baru ini yang meminta rakyat untuk bersatu padu dan pemimpin jangan menghasut rakyat, namun semua rakyat tahu dan sedar bahawa dia sendirilah penghasut dan pemecahbelah perpaduan rakyat.
Pendapat saya; Benar DSD Adnan sudah lama dikerusi MB namun beliau sedang menyelesaikan tugasnya, kenapa tak dibiarkan beliau habiskannya dengan sebaik mungkin. Kita pasti beliau lambat laun akan juga pergi meninggalkan jawatan ini dengan rela hati, justeru kenapa tidak kita berikan sokongan sehingga ke akhirnya.
Lee Kiri dikatakan sudah menghantar surat pengosongan DUN N25 Kajang
Bagi menamatkan konflik antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Negeri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Anwar terpaksa meminta salah seorang ADUN parti itu untuk mengosongkan kerusi bagi memboleh pilihanraya kecil (PRK) diadakan dan Ketua Pembangkang itu bakal bertanding untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.
Dikhabarkan ADUN PKR bagi DUN N25 Kajang dalam Parlimen P101 Hulu Langat Lee Chin Cheh sudahpun menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh bagi maksud mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.
Pada PRU-13 lalu, Lee mengalahkan calon barisan nasional dengan memperolehi undi 19,571 dengan majoriti 6,824 undi. N25 Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar pada PRU-13.
DUN N25 Kajang dikatakan kawasan yang selamat bagi Anwar, kerana Parlimen Hulu Langat adalah diwakili Pas melalui Che Rosli Bin Che Mat. Pada PRU-13 lalu, Rosli mendapat 64,127 undi mengalahkan calon Bn Adzhaliza Mohd Nor yang mendapat 46,860 undi.
P/s Terkini: Hannah Yeoh sahkan Lee Chin Cheh sah mengosongkan DUN N25 Kajang bermula hari ini.
Anwar menawarkan permufakatan Nasional, bagi membendung gejala yang boleh menjurus kepada kehancuran negara.
Perbalahan antara umat islam dan penganut kristian berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, desakan pelampau melayu Perkasa, selain ugutan kononnya ada usaha menukar agama persekutuan daripada islam kepada agama lain; antara faktor yang dilihat Ketua Pembangkang itu untuk mengwujudkan permaufakatan nasional.
Sejak Anwar melontar pelawaan itu dua hari lalu, hanya seorang pemimpin Bn atau Umno yang memberi kenyataan bersetuju dengan pelawaan itu. Pemimpin Bn atau Umno itu adalah Dato Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dan mempunyai kedudukan Naib Presiden Umno.
Zahid memang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, semasa Anwar masih dalam Umno.
AYT masih muskil, mengapa hanya Zahid yang memberi reaksi positif terhadap pelawaan Anwar itu? Apa kah pemimpin lain, masih meragui pelawaan itu? kerana latar belakang Anwar, walaupun perjuangannya jelas, namun banyak keraguan atau tidak ikhlas.
Para pemimpin Umno yang ada sekarang pernah berkhidmat semasa Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Perdana Menteri, kecuali pemimpin muda seperti Dato Rahman Dahalan, Dato Razali Ibrahim atau Khairy Jamaluddin.
Sejak Anwar melontar idea itu, tiada seorangpun pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri memberi kenyataan menyokong atau menolak, sebaliknya semua berdiam diri; sama halnya dengan pemimpin Bn.
Atau ramai yang menganggap bahawa pelawaan Anwar itu dianggap sebagai gimik politik oleh setengah pihak; kerana Anwar mahu menuntup aibnya sendiri ekoran larangan kerajaan Jepun memasuki negara itu, sehingga aibnya yang dipenjarakan pada tahun 1999 dikorek semula.
Atau para pemimpin lain merasa bahawa pelawaan Anwar itu mendahului pemikiran mereka, sehingga mereka menganggap pelawaan itu tidak perlu dilayan, kerana ianya memberi merit positif kepada Anwar?
AYT melihat, jika pelawaan Anwar itu disambut baik oleh BN atau pemimpin PR, maka akan menjadi catatan sejarah bahawa punca huruhara politik yang berlaku di negara ini sejak tahun 1998 yang disebabkan oleh Anwar, maka mengembalikan keadaan aman damai dalam negara juga disebabkan oleh Anwar sendiri.
Di sini lah akan terlihat ego masing-masing pemimpin dalam negara ini; apa kah mereka akan mengorbankan ego mereka demi kemakmuran, keamanan negara yang didiami berbilang kaum dan agama.