Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Rabu, 10 Oktober 2012 at 1:19 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 10 Oct 2012 03:38 AM PDT

Politik Harian


Bos-Bos PAS Hala 'Senapang Gajah' Ke Arah Nasharuddin Mat Isa...

Posted: 10 Oct 2012 03:00 AM PDT


Agendadaily - Seperti yang diduga muncung senapang gajah dari 'kawan-kawan seperjuangan sendiri' mula dihalakan ke arah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berikutan kenyataannya berhubung perpaduan ummah di PWTC semalam.

Pada Rabu, di lobi Parlimen, beberapa pemimpin PAS (geng Erdogan) mula buat macam-macam kenyataan balun Ahli Parlimen Bachok itu. Yang paling lantang siapa lagi kalau bukan Khalid Samad, dalam sidang media di lobi Parlimen, Khalid tuduh Nasharuddin mengamalkan pendekatan politik murahan dengan menimbulkan isu khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

"Bagi saya ini adalah tindakan yang direncanakan dan dirancang oleh Umno dengan tujuan nak timbulkan masalah dalam PR dan Pas,

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mendakwa Nasharuddin mengikut telunjuk "orang luar".

"Bagi saya tindakan direncana dan dirancang oleh orang luar PAS... Letak sajalah UMNO... (Untuk) timbulkan masalah dalam Pakatan dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan apa-apa tindakan jika bercanggah dengan Islam majlis syura akan bersuara," katanya.

Nasharuddin dalam ucapan di Seminar Dakwah Nasional semalam menyeru perpaduan ummah dan pelik melihat perpaduan antara dua parti politik Melayu UMNO-PAS seolah-olah 'taboo' pada sesetengah pihak.

Nada yang sama juga diluahkan oleh Naib Presiden PAS Mahfuz omar yang mendakwa kenyataan Nasharudin telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, PAS memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya.

Nasaruddin dalam ucapan selama 20 minit di Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah itu mengingatkan pemimpin PAS agar jangan terlalu kejar kuasa hingga meminggirkan prinsip perjuangan.

Ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pulak nampak berlembut ketika mengulas kenyataan Nasharuddin semalam.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata komen Nasharuddin agar PAS tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua itu bukan sesuatu yang pelik.

"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," katanya dipetik sebuah portal berita.

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan PAS.

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Justeru, beliau turut tidak menafikan berbeza pendapat dengan orang lain juga sebagai perkara biasa.

"Saya memberikan contoh, dasar PAS tidak pernah berganjak, berbeza pendapat dengan parti lain akan terjadi," tambah beliau.

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharuddin itu.

-Agendadaily

PAS Retak Semakin Terbarai.... Khalid Samad Mengelupur Dengan Kenyataan Nasha

Posted: 10 Oct 2012 01:39 AM PDT


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mempunyai agenda politik tertentu sehingga sanggup mengeluarkan beberapa kenyataan, yang dianggap akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Nasharudin mengamalkan pendekatan politik murahan dengan menimbulkan isu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

"Bagi saya ini adalah tindakan yang direncanakan dan dirancang oleh Umno dengan tujuan nak timbulkan masalah dalam PR dan Pas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Nasharudin dilaporkan telah mendakwa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menolak hudud dan anti-Islam sekali gus perkara itu memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menghentam PR.

Nasharudin juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan Pas tidak mengikut landasan Islam seperti mana menjadi dasar perjuangan mereka sebelum ini.

Terbaru, beliau mengeluarkan kenyataan mengenai majlis kesyukuran DAP Sarawak berdoa untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan Pas mendakwa itu adalah kenyataan peribadinya.

Nota kaki: Hehe! Kita tengok sapa yang kena!! Elok la ahli PAS blah dari parti yang semakin terbarai ini...

Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah

Posted: 10 Oct 2012 12:00 AM PDT


Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.

Jom kita dengar apa kata blogger Kedah klik di sini...

Nasha Dakwa Anwar Cenderung Fahaman Liberal

Posted: 09 Oct 2012 10:00 PM PDT


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

"Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam," katanya.

Ahli Parlimen Bachok ini menambah: "Walaupun Anwar tidak pernah berkata beliau liberal, tapi tindak-tanduknya yang banyak kali itu boleh dilihat bertentangan."

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Pas berkata demikian pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC.

Sementara itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menyatakan sokongan kepada kenyataan pemimpin veteran Pas, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mendakwa Pas menyimpang dari amalan politik Islam.

Katanya, kenyataan Shahnon itu mungkin dalam konteks pemimpin-pemimpin DAP yang semakin berani mempersoalkan hudud dan undang-undang Islam hari ini.

"Kenyataan Shahnon perlu diberi perhatian serius oleh Pas, tentangan-tentangan dari pemimpin bukan Islam secara terbuka perlu dihentikan," katanya merujuk kepada kenyataannya dipetik Bernama semalam.

Mahfuz Mengamuk Nasharudin Mat Isa Masuk Rumah UMNO!

Posted: 09 Oct 2012 08:49 PM PDT


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu.-SH

Nasharudin Mat Isa 'Langgar Tembok'...

Posted: 09 Oct 2012 07:38 PM PDT


Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.

Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.

Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.

Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.

Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).

Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.

Baca lagi...

NGO Desak SPRM Siasat Isu Bas Mewah MB Selangor

Posted: 09 Oct 2012 06:00 AM PDT


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu bas mewah yang digunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam siri kempen pilihan raya, yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid masih berhadapan dengan proses mahkamah kerana gagal melunaskan pinjaman bank berjumlah RM67 juta dan tidak mungkin terdapat bank lain yang mahu membiayai beliau untuk membeli sebuah bas mewah berharga kira-kira RM900,000.



"Kami mengesyaki terdapat elemen-elemen penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas ini.

"Kami mencadang dan mendesak SPRM supaya menyiasat dan mendakwa kes ini seadanya," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, Selasa.

Laporan yang dibuat oleh Hamidzun bersama beberapa NGO itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Roslan Derauh.

Hamidzun berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan mengenai pembelian bas mewah tersebut sewajarnya sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

"Kami memberi tempoh selama 30 hari untuk kes ini diselesaikan. Jika tidak, kami NGO-NGO di Selangor akan mengadakan 'lawatan sambil belajar' dengan bilangan yang sangat ramai untuk belajar dengan SPRM tentang bagaimana membuat siasatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.

Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

Menurut Hamidzun, beliau menuntut jawapan daripada Abdul Khalid berhubung isu bas mewah itu seperti yang pernah didesaknya sebelum ini.

"Pertama, apabila lori kompaktor sampah itu dibeli, kenapa tidak dibuat secara tender terbuka. Kedua, kenapa lori sampah itu dibeli daripada syarikat yang membekalkan bas itu?

"Ketiga, kenapa lori sampah ini tidak dibeli terus dengan ejen syarikat berkenaan yang mempunyai kilang di Rawang. Keempat, beliau perlu menyatakan nama bank yang menyediakan pinjaman untuk bernilai kira-kira RM900,000 untuk membeli sebuah bas," katanya.

Hamidzun menambah, tuntutan kelima ialah penjelasan Abdul Khalid yang sebelum ini menyatakan bahawa bas tersebut disewa sedangkan pemilik bas itu adalah beliau sendiri.

"Oleh itu, kami mencabar Tan Sri Khalid untuk bersikap telus dalam soal pentadbiran negeri Selangor," katanya.

Selain GAPS, empat NGO lain yang turut serta adalah Waris Malaya, 4Justice, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP).-Mstar

bumiyang

Posted: 10 Oct 2012 03:32 AM PDT

bumiyang


Nepotism dan Pakatan Rakyaat - Memang Tak Boleh Dipisahkan???

Posted: 09 Oct 2012 08:11 PM PDT

Anda Yakin dan Pasti Bawa DAP Akan Membantu Pas Untuk Menegakkan Negara Islam???

Posted: 09 Oct 2012 06:53 AM PDT

tunku

Posted: 10 Oct 2012 03:19 AM PDT

tunku


OPEN WAR WITH PAS, ANWAR IS DESPERATE TO STRENGTHEN DAP’S TRUST

Posted: 09 Oct 2012 10:30 AM PDT

Now it is an open war between PAS and PKR, the two parties that had worked together to deprive BN of several Malay seats in the 2008 general election. The war is expected due to the differences in their political ideologies – one is Islamic fundamentalism and the other liberal – two ingredients that cannot mix even in a cooking pot. The fundamentalists in PAS, comprising the veterans, have been quietly defending the fort while watching closely Anwar Ibrahim's men, who have been planted to undermine the party, taking positions of authority in the party during past party elections. Along the way, these liberals, who are supposed to steer the party struggles from fundamentalism to lslamic liberalism, knocked out several die-hards such as Datuk Hassan Ali and Nasharuddin Mat Isa. The fundamentalists, headed by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, have been putting up with the liberals, knowing who is behind them and knowing what they are aiming for. For sometime, they waited and watched, hoping for the liberals to have some respect towards them, have some decorum in scrambling for positions, but what they saw is 'hungry intellectuals side-stepping religious and normal Malay culture scrambling to turn take over the party' to achieve their 'master's' objective. PAS deputy Ulamak council chief Dr Haron Din's open statement about Anwar and his ways which PAS would not follow is considered an open war…a declaration that may see the two parties parting ways soon. Anwar would now try to tone down and console PAS leaders as he needs the party's support so much to achieve his ambition to head Putrajaya. With only DAP support, Anwar may not even managed to win one-third of the total parliament seats to lead him to Putrajaya. As war with PAS is inevitable, Anwar's party PKR is having problem with DAP in Penang as the DAP views PKR with distrust after knowing the minds of PKR state chief Mansor Othman in the leaked minutes of a meeting in April. This has affected their co-operation and also created silent animosity between the Chinese and Malay members in PKR as the leaked was certainly done by a Chinese member to gain favour from DAP's Lim Guan Eng. Thus the scenario in Penang is volatile for PKR while in Selangor, the party is facing an internal squabbles that may see no ending because the 'bad blood' started two years ago during the party election and drags until today. Given such a scenario, Anwar has no choice but to earn the trust of DAP by doing anything including 'selling the Malay race and religion'.

Haron Din Is Lying To Himself

Posted: 09 Oct 2012 05:06 AM PDT

Deputy Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din recently gave a 'message' to the public to not link PAS with Anwar Ibrahim's action in launching a book written by former MP of India, Mobashar Jawed Akbar who is a liberal and all of his actions and statements that are liberal. We need to remember that Anwar also previously defended the book written by Salman Rushdie, The Satanic Verses which insults Islam and the Prophet. Anwar also thought that the actions of Muslims around the world rejecting the Innocence of Muslim film as something over-the-top. To me, if we are to read a few parts in Mobashar's book, it is not wrong for me to say that we could see the yardstick of the mind of a liberal, so Anwar's liberalism level is actually a lot higher than Mobashar who still holds onto Islam as the highest religion but at the same time still holds strong to his race, Indian. But, we not not want to debate about identity nor the understanding which Mobashar has because he has nothing to do with Malaysian politics not its rakyat. Even Harun Din's statement which rejects PAS's involvement with Anwar's actions, automatically meant that even Anwar's identity and understanding should not be used as part of the debate material because the statement itself showed how Anwar really is, understanding of a pluralist and stands on liberalism. Thus, what is left to be debated here is Harun Din's or PAS's stand in facing the subject, 'Anwar'. Harun Din said,"It's okay, that is his (Anwar) political view, if he feels that it could provide him benefit (so) that's what he did. We do not intervene with matters involving PKR. PAS is with PAS, PKR is with PKR and DAP is with DAP," and, "That is Anwar Ibrahim's politics and he does not put Islam as his baseline. So he (Anwar) is not like us. In PAS, everything is done in an Islamic manner." Perhaps Harun Din need to be reminded that Anwar Ibrahim is the man which PAS would take up as the next Prime Minister is Pakatan Rakyat wins the coming election. And he need to be reminded that if PR rules, PAS would need to accept all of Anwar's views and opinions which are liberal as same as DAP who is anti-Islam. The worse thing is that PAS would need to follow every single decision which would be made considering that Anwar would be the Prime Minister. That is how the relationship between PAS-Anwar-DAP where the dominant one gets to make the final say and the passive one would only follow. It seems like Haron Din is still in denial regarding PAS's relationship with Anwar and DAP. Either because he loves his post in PAS, or that he loves his arty, or he simply too 'big' to admit PAS's mistake for working alongside Anwar/DAP, so Haron Din had no other choice but to keep on lying to himself by saying that the relationship is there. Do know that Harun Din could keep on lying to himself or the party's supporters but he can never lie to Allah SWT that the relationship between PAS and Anwar is just like master and slave, PAS being the slave. If PR wins the next election and Anwar wants to introduce new liberal policies, PAS may be able to reject the ideas vocally but they can never debate about it in the Parliament. Because that is all they can afford to do. By then, it is up to Harun Din himself to decide whether he would still want to lie to himself where he is not involved with Anwar's decision because by then, no matter what excuse he gives to himself, everything is just too late.

Taipingmali (tm)

Posted: 10 Oct 2012 01:52 AM PDT

Taipingmali (tm)


Dr Mazlee akan sertai PKR

Posted: 09 Oct 2012 08:27 PM PDT

Pro Anwar anti dan Dr Hasan Ali

Dr mazlee malik akan umum masuk PKR dalam masa terdekat dan dipercayai bakal jadi calon parti itu untuk parlimen Muar.

Doktor falsafah dalam bidang hukum Islam bakal menjadikan Islam sebagai agama pluralisme dan islam moderate .

Takbir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa dedah agenda jahat DAP

Posted: 09 Oct 2012 08:25 PM PDT

Beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.

Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.   
                                                                            
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan Anwarinas parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.

Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.

Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

⁠Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini

Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara Kristian.

Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Veledromm Rakyat di Ipoh kena pecah

Posted: 09 Oct 2012 07:16 PM PDT


mesti kerja orang dalam
Mohon bantuan dari semua kawan2 basikal dibandaraya ipoh,utk makluman 3 buah setor MSN di Valedrom Rakyat,Ipoh telah dipecah masuk petang semalam,sebanyak 4 buah basikal track jenama 'willier',sebuah basikal jenama 'spcialised' telah hilang,3 set rim jenama 'american classic',serta banyak lagi barangan alat ganti nseperti handle,tayar,seat post,seat,fork,kerugian dianggarkan berjumlah rm 40000,kepada sesiapa yg mempunyai maklumat boleh menghubungi saya 0125537262,terima kasih.~~~Mohamad Zamzuri Shuib!!!

Mamak Pas lupa jasa Umno Bukit Gantang

Posted: 09 Oct 2012 07:08 PM PDT



Mamak dalam gambar ini dulu penyokong Umno, dia banyak dapat kontrak membekalkan makanan untuk program Umno, pemilik Malaysia Restoran di Simpang Taiping. Sekarang business down. restoran pun dah tak laku...buka pula kedai telefon , pun tak berapa laku.

Beranak di India, bila datang di Malaysia bukan main baik himpit wakil rakyat Umno sebab nak tolong dapatkan taraf penduduk tetap, nak jadi warga negara Malaysia. 

Sekarang jadi orang kuat Pas, ke hulu ke hilir bawa kereta dan van Nizar Jamaluddin. Lupa dah jasa Umno yang bagi makan anak bini dia, lupa jasa Umno yang tolong bagi kerakyatan kapada beliau, lupa bahawa anak-anak beliau mendapat pendidikan di sekolah kerajaan. 

Poorah,,,,pergi balik India lahh....

Tunku Harmy Kerabat Diraja Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2012 07:00 PM PDT



Tunku Harmy Tunku Hanan, kerabat diraja Negeri Sembilan, pasai apa jadi orang Pas? Nak jadi Yam Tuan Besar kut kalau Pakatan memerintah Putrajaya.

PAS hari ini suka layan nafsu buas

Posted: 09 Oct 2012 06:30 PM PDT

Apa salah bagi dia kelambu tutup aurat
Tok Iman Masjid Bukit Gantang (kiri) pun siot gilak dok jeling China Doll

Syoknya Sheriff Lobo( baju merah) tengok aurat wanita baju pink tuu
dosa mata

agaknya amoi tu macam china doll Bang Non kut. Layannnn
Nik Aziz kata, suara wanita adalah aurat, oleh itu wanita tak boleh berpolitik. Itu dulu, sekarang semua sudah boleh.

Muslimat Pas boleh terkinja-kinja menjerit dan menyanyi di jalan raya. Pas boleh tengok aurat wanita tanpa masalah.

Lihat ceramah Pas di atas, mereka merelakan wanita cina Dap ini berceramah depan mereka tanpa menutup aurat. Sepatutnya sediakan  kain tudung atau kelambu supaya lelaki tak dapat lihat aurat wanita tersebut.

Gambar ini diambil dari Ceramah Pas di Taman Berkat, Simpang P 59 Bukit Gantang pada 26 September lalu.

MAZA vs Abu Aqif ( ILMU)

Posted: 09 Oct 2012 07:54 AM PDT

Inilah komen pertama dan terakhir @abuaqifstudio kepada @realDrMAZA. Bukan taknak komen. Sebab dah kena blok ^__^

Beliau halalkan dan melaungkan keharusan kritik pemerintah secara terbuka. Tapi baru komen sekali dah kena blok. Sudahlah xdpt jawapan, kena blok plak tu. Bukan sahaja kena blok, siap kena fitnah lagi bahawa artikel tu kita pulak yg tulis. 

Ini baru pegang account twitter. Bayangkan kalau pegang kuasa agama dalam negara..?? Maunya saya kena sumbat masuk dlm jail agaknya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perancis Tolak Tohmahan

Posted: 09 Oct 2012 07:37 AM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Faekah Perosak Pakatan Rakyat

Posted: 09 Oct 2012 07:35 AM PDT

Parti Kian Ranap bertambah rosak kerana Faekah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karpal Tetap Mahu Saman Nasharudin

Posted: 09 Oct 2012 07:34 AM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar: Haron Din Menipu Diri Sendiri

Posted: 09 Oct 2012 07:28 AM PDT

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan 'pesanan' kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.

Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek 'Anwar' ini.

Kata Harun Din, "Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,"

dan,

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam."

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.

Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.

Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan 'penafian' (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.

Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.

Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OPEN WAR WITH PAS, ANWAR IS DESPERATE TO STRENGTHEN DAP’S TRUST

Posted: 09 Oct 2012 07:24 AM PDT

Now it is an open war between PAS and PKR, the two parties that had worked together to deprive BN of several Malay seats in the 2008 general election.

The war is expected due to the differences in their political ideologies – one is Islamic fundamentalism and the other liberal – two ingredients that cannot mix even in a cooking pot.

The fundamentalists in PAS, comprising the veterans, have been quietly defending the fort while watching closely Anwar Ibrahim's men, who have been planted to undermine the party, taking positions of authority in the party during past party elections.

Along the way, these liberals, who are supposed to steer the party struggles from fundamentalism to lslamic liberalism, knocked out several die-hards such as Datuk Hassan Ali and Nasharuddin Mat Isa.

The fundamentalists, headed by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, have been putting up with the liberals, knowing who is behind them and knowing what they are aiming for.

For sometime, they waited and watched, hoping for the liberals to have some respect towards them, have some decorum in scrambling for positions, but what they saw is 'hungry intellectuals side-stepping religious and normal Malay culture scrambling to turn take over the party' to achieve their 'master's' objective.

PAS deputy Ulamak council chief Dr Haron Din's open statement about Anwar and his ways which PAS would not follow is considered an open war…a declaration that may see the two parties parting ways soon.
Anwar would now try to tone down and console PAS leaders as he needs the party's support so much to achieve his ambition to head Putrajaya.

With only DAP support, Anwar may not even managed to win one-third of the total parliament seats to lead him to Putrajaya.
As war with PAS is inevitable, Anwar's party PKR is having problem with DAP in Penang as the DAP views PKR with distrust after knowing the minds of PKR state chief Mansor Othman in the leaked minutes of a meeting in April.

This has affected their co-operation and also created silent animosity between the Chinese and Malay members in PKR as the leaked was certainly done by a Chinese member to gain favour from DAP's Lim Guan Eng.

Thus the scenario in Penang is volatile for PKR while in Selangor, the party is facing an internal squabbles that may see no ending because the 'bad blood' started two years ago during the party election and drags until today.

Given such a scenario, Anwar has no choice but to earn the trust of DAP by doing anything including 'selling the Malay race and religion'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Parti Kian Ranap: 300 keluar parti

Posted: 09 Oct 2012 06:24 AM PDT

SEBAHAGIAN - penyokong PKR Cabang Batu Arang memegang sepanduk menyokong Barisan Nasional di Selayang, semalam.
SELAYANG 7 Okt. - Kira-kira 300 ahli Parti Kian Ranap (PKR) Cabang Batu Arang mengumumkan secara terbuka akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ekoran kegagalan pemimpin parti itu men
yelesaikan pelbagai masalah mereka.

Tindakan tersebut dibuat bagi menunjukkan kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu yang gagal menunaikan pelbagai janji sebelum menang di Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Wakil ahli PKR terlibat, David Yap Yoon Keong pula, sejak menjadi ahli PKR, tiada satu kebaikan pun telah dilakukan oleh pemimpin parti tersebut di kawasan Batu Arang.

''Saya dari dulu menyokong PKR tetapi sejak menang pilihan raya umum lalu, pemimpin parti seolah-olah lupa dengan tanggungjawab mereka.

''Sehubungan itu, hari ini saya mengumumkan akan memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang,'' katanya ketika ditemui dalam majlis menyatakan sokongan kepada BN yang turut dihadiri Naib Pengerusi MCA Bahagian Selayang, Johnson Ooi Chin Hong di sini hari ini.

Salah seorang ahli PKR terlibat, Chin Yan Tai, 43, memberitahu, dia kecewa dengan pemimpin PKR yang hanya pandai berjanji bagi meraih undi tetapi apabila sudah menang terus menghilangkan diri.

''Pilihan raya umum nanti saya tidak akan sokong lagi calon PKR kerana kecewa dengan pemimpin kerajaan negeri sekarang.

''Saya berharap BN akan meletakkan calon yang benar-benar mampu menyelesaikan beberapa masalah di sini dan bukan sekadar berjanji kosong," katanya.

Sementara itu, Johnson Ooi yang ditemui juga berasa terkejut dan bangga dengan tindakan ahli PKR Cabang Batu Arang yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada BN.

''Ini menunjukkan rakyat semakin sedar tentang pembohongan pemimpin PKR yang selama ini yang jelas tidak mampu mentadbir negeri dengan baik," katanya.

Harun Din dah balun Anwar, Hadi Awang bila lagi?

Posted: 09 Oct 2012 05:58 AM PDT

Sengih apa Anwar?
Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar di Lake Club Kuala Lumpur baru-baru ini.Sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal

Kuala Lumpur: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.

Ini berikutan Anwar melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, minggu lalu.
Meremehkan Islam

Malah pemimpin pembangkang itu juga membenarkan penulis terbabit meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda perjuangan PAS.

Haron yang dipetik portal berita AntaraPos berkata, beliau kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Bukan direstui PAS

Beliau turut meminta rakyat supaya tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.
"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," katanya dipetik portal berita itu.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR malah menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara sempurna.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika mengulas perkara itu berkata, apa yang dilakukan Anwar itu bukan sesuatu yang baru malah ini bukan kali pertama Anwar tidak menghormati pandangan rakan sekutu khususnya PAS.

"Tindakan yang dilakukan Anwar itu bertujuan menjaga hati rakannya dari Barat terutama mereka yang rancak melancarkan pemikiran Islam liberal di kalangan umat Islam," katanya.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu sebegini kerana ia membabitkan prinsip dan perjuangan parti.

Sahabat-Gunung

Posted: 10 Oct 2012 01:17 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pembangkang Main Politik Bahaya, Bakar Fikiran & Bangkitkan Semangat Kenegerian

Posted: 09 Oct 2012 09:56 PM PDT


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas.

Ia adalah satu pembohongan besar malah disifatkan sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Prestasi kerajaan negeri Sabah dalam bidang ekonomi memang tidak boleh dinafikan, banyak isu-isu yang telah dapat diselesaikan, seperti isu tanah, kemiskinan dan sebagainya.  

Yang hanya mereka (pembangkang) mainkan ialah isu kemiskinan. Saya melihat statistiknya, dan saya melihat dan memberi impretasi dari sudut yang lain. Dari segi pendapatan berkapita, kita mungkin antara yang terendah kadar kemiskinan juga agak tinggi, tapi banyak kali saya dah bercakap, jika kita melihat kadar kemiskinan, kita kena melihat di mana kita bermula," ujarnya mengulas dakwaan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah.

Tambahnya, jika dulu kita bermula pada tahap 8 peratus, kemudian naik 13 peratus, maka itu pencapaian yang amat buruk, dari 8 peratus naik kepada 13 peratus.

"Tapi jika kita bermula pada tahap  40 peratus kemudian turun kepada tahap 13 peratus, itu satu pencapaian yang baik. Apatah lagi kalau di Sabah dulu sebelum kita merdeka, kadar kemiskinan sampai 70 hingga 80 peratus mengikut definasi paras kemiskinan sekarang ini. Jadi dari 70-80 peratus turun kepada 13 peratus sekarang ini, yang saya jangkakan turun pada tahun 2012, walaupun tinggi tetapi kita kena melihat di mana asas kita bermula.

Dalam masa 49 tahun kita boleh turunkan paras kemiskinan tersebut dari 70-80 peratus turun kepada 13 peratus sekarang ini, saya kira tidak ada satu pihak dalam dunia ini yang boleh menidakkan kejayaan Barisan Nasional negeri Sabah," ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah.
Tambahnya, kita kena melihat juga mengapa paras kemiskinan di Sabah lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain.  Antaranya kerana geografi. Takkanlah kita nak bina jalan yang memakan belanja sampai RM100juta untuk 20 biji buah rumah. Ini memang ada masalah dari segi geografi.

"Yang ketiga, apabila seseorang itu dikatakan miskin di luar bandar di Sabah, saya rasa kehidupan mereka itu lebih selesa dari seseorang yang 'miskin di bandar'. Kalau ada RM3-4 ribu dengan 2-3 orang anak di Kuala Lumpur, saya kira kehidupan mereka itu lebih perit berbanding orang yang tenggaharinya makan lobster, malamnya makan udang atau ikan segar.

Jadi dari segi pendapatannya, mungkin mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi,  tetapi tanah yang subur, laut yang hasil yang tinggi, saya berani bertaruh bahawa nelayan-nelayan, orang-orang kampung di Sabah, mereka mempunyai bekalan protein yang lebih baik dari orang di Kuala Lumpur.

Mereka makan lobster, mereka makan udang, mereka makan sayuran segar yang mereka tanam di tanah mereka sendiri, tapi mungkin pendapatan mereka RM700 tetapi dengan adanya tanah, dengan adanya laut, kehidupan mereka tidaklah begitu sengsara," ujarnya lagi.

Oleh itu, segala dahyah pembangkang ini bohong semata-mata kerana rakyat di akar umbi, di luar bandar memang menghargai usaha kerajaan yang memberikan subsidi, latihan dan dana. Mereka menghargainya dan mereka melihat masa depan mereka lebih terjamin di bawah BN yang lebih berpengalaman, yang mempunyai program yang sistematik.

"Salah satu senjata yang paling berkesan, senjata politik yang berkesan di Sabah tetapi juga yang paling merbahaya ialah menaikkan semangat kenegerian. Yang amat senang untuk membakar semangat apatah lagi negeri Sabah itu jauh dari semenanjung. Amat senang membakar semangat kenegerian dengan mengatakan Kuala Lumpur itu menindas, zalim dan macam-macam.

Itu senjata politik yang paling berkesan tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, pemimpin-pemimpin politik terutamanya dari parti pembangkang, mesti melihat ini sebagai satu trend yang tidak betul. Kita boleh kritik dasar.

Dasar kerajaan Persekutuan boleh dikritik. Itu bukan satu perkara yang tak masuk akal tetapi memainkan sentimen menaikkan semangat kenegerian, mengatakan ia dizalimi dan ditindas, merompak harta rakyat negeri Sabah, itu semua mainan politik yang merbahaya dan ironinya, ia hanya timbul menjelang pilihanraya. Ironinya, pejuang-pejuang ini akan timbul menjelang pilihanraya, tetapi selepas pilihanraya, mereka akan tidur selama 4 tahun," tambahnya lagi.  

Nasharuddin Bakal Dipecat Kerana Ceramah Ini ….

Posted: 09 Oct 2012 08:06 AM PDT


Mungkinkah kerana ucapan ikhlas nie yang akan menyebabkan Nasharuddin dikenakan tindakan tegas dalam masa terdekat ….

Apa yang pasti, Nasharuddin tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Bachok selepas PRU13 nie, memandangkan tempatnya bakal digantikan Nik Abduh dalam PRU13 nanti…

Mungkinkah Nasha langsung tidak dicalonkan …. Tapi aku percaya demi mengelakkan sengketa yang lebih besar, nasha tetap akan dicalonkan tetapi bukan di tempat selamat… Mungkin juga Nasha akan menentang Datuk Najib di Pekan ataupun Tan Sri Muhyiddin di Pagoh…??



Datuk Ditipu RM462,000 MD GLC - Ini Buktinya .....

Posted: 09 Oct 2012 06:15 AM PDT



Ahli perniagaan bergelar Datuk yang mendakwa ditipu dua orang adik beradik termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini mendedahkan tiga dokumen berkaitan penipuan menyebabkan dia kerugian RM462,000.



Dokumen itu ialah dua keping surat perjanjian menunjukkan dia akan mendapat hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti (4S) daripada orang kenamaan itu dengan semua urusan berkaitan diuruskan abangnya yang menjadi orang tengah, termasuk mengambil yuran pengenalan.

Satu lagi dokumen ialah bukti cek tendang sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan pada dua tarikh berbeza namun dikembalikan selepas akaun terbabit ditutup menyebabkan mangsa mula mengesyaki dia ditipu dan meminta kembali semua wangnya serta berhasrat untuk membatalkan perjanjian itu.

"Namun, lelaki itu terus menghilangkan diri dan usaha saya untuk mendapatkan adiknya yang juga pengarah urusan itu tidak dilayan biarpun sudah berkali-kali membuat temujanji dengan pembantunya di pejabat.

"Saya kesal kerana sebagai seorang peneraju syarikat automotif terkenal, dia sanggup bersekongkol dengan abangnya untuk menipu saya menyebabkan perniagaan saya merosot dan saya pula dihimpit masalah kewangan kerana sebahagian besar simpanan digunakan untuk membayar wang diminta mereka berdua," katanya.





Jangan Salahkan UMNO Jika Haron Din & Shahnon Ahmad Menempelak Anwar

Posted: 09 Oct 2012 04:45 AM PDT


Semakin hari tembelang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin koyak, satu persatu kejadian yang boleh jadi bukti kepada orang Islam terutamanya penyokong PAS untuk menilai kembali hubungan parti itu dengan Anwar, adakah hubungan ini akan menguntungkan atau sebaliknya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, jangan UMNO atau Barisan Nasional dipersalahkan atau dilihat sebagai sandiwara UMNO jika kita melihat tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din 'bantai' Anwar yang disifatkan beliau bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian Islam untuk membentuk sebuah negara.

"Syukur Alhamdulillah, jika kesedaran itu datang dari pemimpin Pas sendiri sebab kita dah sebut perkara ini dah lama, kuma kreabiliti kita diserang hebat sampai orang tidak percaya tetapi kita ada juga penyokong yang taksub yang hanya mendengar pemimpin mereka sahaja. Jadi apabila Haron Din bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pendekatan yang menguntungkan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, saya rasa bersyukur sebab perkara itu kita dah nampak lama, sejak dia di dalam UMNO pun kita dah nampak.

Cuma, jangka masa yang nak diambil untuk melihat kebenaran ini jangan lama sangat. Jadi dah sampai masa untuk pengikut dan penyokong parti Pas menilai balik kerana ini diucapkan oleh pemimpin mereka sendiri," ujarnya mengulas tindakan Haron Din yang menempelak Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tambahnya, begitu juga dengan Shahnon Ahmad yang mengatakan bahawa landasan Pas sudah jauh terpesong yang juga telah dinyataan sekian lama, hari ini jelas diterima oleh Shahnon Ahmad.

"Cuma satu harapan saya agar jangan ada sesiapa mengatakan kedua-dua tokoh ini dibayar oleh UMNO atau kedua-dua kenyataan ini adalah agenda UMNO.  Sebab, perkara itu tidak berlaku dan kita juga tidak ada masa untuk menggunakan orang dan janganlah merendahkan kreabiliti dan tahap intelektual kedua-dua pemimpin Pas tersebut.

Saya percaya ia datang dengan satu kesedaran dan pemerhatian yang cukup jitu terhadap Anwar Ibrahim dan perjuangan Pas di kala ini. Saya percaya perjuangan Pas semakin terpesong kerana pimpinan yang ada itu adalah mereka yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim," ujarnya ketika ditemui di Lobi Parlimen sebentar tadi.  

Tambahnya, Pas mempunyai kekuatan, kelebihan dari segi agama, cuma menggunakan agama dalam politik yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

"Jadi sudah sampai masanya mereka memperbaiki keadaan, bukan pasal politik tetapi pasal  kedudukan agama Islam itu sendiri, dengan kuatnya politik maka kita memperjuangkan agama Islam, begitu juga dengan meletakkan Islam di kedudukan yang betul, Insya-Allah dari segi kuasa iaitu politik, dapat kita kekalkan samaada mereka ingin bersama atau tidak, itu akan menjelaskan pendirian mereka yang sebenar.

Semakin mereka berada bersama (dalam pakatan pembangkang), saya rasa Pas akan terpecah dua, bagaimana hebat bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh Haron Din dan Shahnon Ahmad, sebenarnya ia tidak memberika sebarang faedah kepada agama kita dan kepada politik di dalam negara kita," ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, Johor. 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 09 Oct 2012 11:35 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Artikel Pembaca : Pembangkang Cuba Tololkan Rakyat Dengan Isu Tol.

Posted: 09 Oct 2012 10:00 PM PDT

Melalui 'Bajet Pakatan Rakyat 2013', puak pembangkang  menyatakan bahawa mereka akan mengarahkan (faham: memaksa) Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol. Dulu dia pernah kata nak kerah Petronas ambil alih...tak lama lagi mungkin Tabung Haji, Felda atau Khazanah pulak yang kena paksa ambil alih tol-tol semua...habih jahanam gangnam ekuiti kerajaan dan bumiputera kena gadai dek anwar kerana nak dapatkan undi dan puaskan hati puak-puak kapir harbi.tak praktikal langsung!


Umum tahu kos pembaik pulih dan penyelenggaraan lebuhraya-lebuhraya ini amatlah tinggi dan bagi perjalanan yang selamat dan menyelesakan harga tol yang dikenakan sangatlah berpatutan. Contohnya, perjalanan paling jauh mengikut Lebuhraya PLUS Utara-Selatan daripada tol Johor Bahru Causeway hinggalah ke Bukit Kayu Hitam bagi kenderaan kelas satu cajnya ialah RM108.80 bagi jarak 734KM! Jika kita ambil kira sekilometer perjalanan kita hanya membayar RM0.15 untuk perjalanan yang selamat, jalan yang lancar, keadaan jalan yang sangat memuaskan, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan disepanjang perjalanan.


Sekiranya tol ini dimansuhkan dan diambil alih oleh badan milik kerajaan, belum tentu jalan yang diambil alih dapat diselenggarakan dengan cemerlang seperti yang ada kini.  Bukan menyusahkan tapi ingin menyenangkan, motif lebuh raya ini diswastakan serta dikonsesikan ialah untuk menjimatkan perbelanjaan negara, serta memberikan perjalanan yang lancar dan selamat bagi pengguna-pengguna lebuhraya. Malahan umum tahu selepas tamat tempoh konsesi, lebuhraya ini akan dipulangkan kepada kerajaan tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun dari perbelanjaan negara serta duit poket rakyat.

Pakatan Rakyat juga harus sedar sekiranya pemansuhan tol diwarwarkan ini dijalankan, pasti kadar pengangguran akan meningkat secara mendadak. Peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat dengan penyediaan dan penyelenggaraan lebuhraya ini amatlah banyak. Justeru jika dimansuhkan, ia umpama Pakatan Rakyat menuang pasir ke periuk nasi rakyat Malaysia!



Nuar oii…tak semua rakyat berpeluang naik jet peribadi dan bas mewah free…pencacai pungut sedekah, pemimpin gila bermewah. Lagi-lagi Nuar Berahim ni suruh syarikat kerajaan jadi kuli batak melunaskan janji-janjinya…apa duit Yahudi Soros tak cukup ka kalau tak kacau GLC?

*Artikel ini adalah kiriman pembaca MyMassa melalui e-mel.

Pembangkang Kena Libas Dengan Tun Mahathir

Posted: 09 Oct 2012 07:30 PM PDT

Tuduhan Tony Pua di Parlimen bahawa Tun Mahathir telah nyanyuk.


Semalam, Tun Mahathir telah menggunakan tuduhan yang dibuat oleh pembangkang untuk menjawab soalan berikut.


Sekurang-kurangnya Tun Mahathir sedar diri bahawa dirinya telah berusia lanjut dan memberikan peluang kepada pemimpin yang lebih muda dengan meletak jawatan.

Cuba bandingkan Tun Mahathir dengan pemimpin pembangkang.


Walaupun sudah uzur dan sering keluar masuk hospital seperti Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang, pemimpin pembangkang tetap gila kuasa untuk jadi wakil rakyat.

Jangan lupa bahawa Nik Aziz pernah berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM. Sekarang hampir 10 tahun, Nik Aziz tetap munafik pada janjinya.

Sebagai tanda terima kasih MyMassa kepada Tun M, sila tonton video di bawah.


*Mana pergi Marina Mahathir? Adakah dia tak marah 'kawan-kawannya' hina ayah kandungnya sendiri?

Santai Pagi : Elizabeth Wong Jeling Apa Tu?

Posted: 09 Oct 2012 05:00 PM PDT



*Hati-hati kepada ahli PKR yang nak rapat dengan Eli Wong. Silap-silap jadi macam Hilmi Azimin yang terpaksa merengkok dalam penjara di Indonesia atas arahan Anwar Ibrahim. Yang sedap berskandal Eli Wong, yang merana badan jantan Melayu.

Poster : Persamaan Pembangkang dan Komunis

Posted: 09 Oct 2012 10:30 AM PDT

Lawak Suara Keadilan, Macam Pernah Ku Lihat.....

Posted: 09 Oct 2012 07:30 AM PDT

Laporan dari Suara Keadilan.


Sebagai media parti yang bertaraf tabloid, MyMassa tak terkejut bila Suara Keadilan mengemukakan laporan berita dongeng seperti ini.

Cuma bila terbaca laporan berita mengenai keretapi dalam Suara Keadilan, teringat pulak MyMassa dengan berita yang hampir sama.

Gambar dari blog Double Y

Untuk makluman pembaca MyMassa keretapi laju tak memerlukan cermin sisi.

Jika benar laporan Suara Keadilan bahawa Kelantan akan bina keretapi laju, MyMassa rasa lebih baik Kerajaan Kelantan LAJUKAN DULU AIR BERSIH DALAM PAIP KE RUMAH RAKYAT negeri itu.


Kalau masalah air pun tak boleh selesai setelah memerintah 20 tahun, tak payahlah nak tipu rakyat dengan pembangunan yang lebih besar dari itu. Sampai nak mandi jenazah pun takde air.

*Fikir-fikirkan.

JIRAN MAT SABU DI SEKSYEN 19 SHAH ALAM BERKATA

Posted: 09 Oct 2012 04:30 AM PDT


Dulu kami sokong PAS ketika Dr Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Ramai tokoh dalam PAS saperti Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, YB Nasharudin Mad Isa amat disenangi ramai. Tetapi mereka sudah tidak aktif kini. 

Minat untuk terus menyokong PAS semakin hilang sudah hilang selepas Mad Sabu dilantik menjadi timbalan presiden PAS. 

Walaupun Mad Sabu tinggal di Seksyen 19 Shah Alam sudah begitu lama namun penduduk disini sering persoalkan kenapa beliau tidak kelihatan di masjid berhampiran?. 

Mad Sabu juga tidak ada hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga malah tidak kelihatan dalam majlis kendudri kendara di kawasan perumahan penduduk di Seksyen 19 Shah Alam. 

Seorang Timbalan Presiden PAS yang bercita besar menjadi pemimpin negara sewajarnya lebih mesra dengan masyarakat sekeliling rumah sendiri terlebih dahulu. 

Bila rumah Mad Sabu di baling bom pada tahun lepas tidak ada jiran yang peduli pun. 

Yang kelihatan beberapa orang pengikut PAS berkumpul dikawasan Tadika dihadapan rumahnya menjaga kawasan itu untuk beberapa malam. 

Jika beginilah sikapnya dia hanya hebat berceramah mengutuk pemimpin UMNO dan menganjur demontrasi jalanan yang mengganggu ketenteraman awam. 
MENURUT DOKTOR COCA-COLA ADA ALCOHOL

Jika Mad Sabu bertanding di Shah Alam pasti kalah. Benar seperti kata Dr Hasan Ali jangan beri undi kepada PKR, DAP dan parasit dalam PAS. 

Baca seterusnya di sini...http://mymassa.blogspot.com/2012/10/ahli-pas-rawang-pesan-sisihkan-mat-sabu.html#comment-form

Santai Petang : Kejayaan PKR Selangor.

Posted: 09 Oct 2012 01:30 AM PDT



*Memang sempoi poster dari Jejarikami ni.

oyabun

Posted: 09 Oct 2012 11:33 PM PDT

oyabun


Kerajaan Selangor aniaya rakyat - Kunci diserah, tapi tak boleh pindah?

Posted: 09 Oct 2012 06:31 AM PDT



Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.

Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.

Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.


Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.

Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.

"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.


Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.

"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.

"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.


Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.

"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.

Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 09 Oct 2012 11:29 PM PDT

Belantan


Politik orang Cina ke TANAH Melayu!

Posted: 09 Oct 2012 07:40 PM PDT

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.
Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan.

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Suara Politik
Taminsari

Noh cabar MB Selangor jawab isu air susut!

Posted: 09 Oct 2012 06:40 AM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar memberikan jawapan berhubung masalah penyusutan air di Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjong Karang yang bakal menjejaskan ribuan pesawah dan petani di kawasan Sabak Bernam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat kerana Abdul Khalid dan barisan Exconya sendiri sebelum ini 'berlagak pandai' dalam memperkatakan tentang masalah bekalan air di negeri ini seolah-olah mereka sudah berpuluh-puluh tahun memegang tampuk pentadbiran Selangor.

Sekarang berlaku masalah air di Tanjong Karang yang memberikan kesan besar kepada tanaman padi, masalahnya sama dengan tindakan kerajaan negeri cuba menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 iaitu apabila kementerian ingin melaksanakan pembinaan kolam takungan air di Sungai Haji Dorani.


Macam-macam masalah masa kita hendak memulakan projek takungan air itu sehingga kerajaan negeri mahu menyaman kementerian dengan membuat dakwaan projek itu tidak mengikut peraturan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Peringkat Parlimen Klang dan Kapar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penyusutan air semakin serius di Terusan Besar Sungai Sireh sehingga menjejaskan ribuan petani dan pesawah di sekitar Sabak Bernam. Sila lihat di sini.

Kira-kira 30,000 penduduk Kuala Selangor dan Sabak Bernam juga mungkin terjejas ekoran Loji Rawatan Air Sungai Sireh terpaksa mengurangkan pengeluaran air bersih hingga ke tahap 50 peratus sejak semalam akibat penurunan paras air terusan itu, yang menjadi sumber air mentah.

Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut sejak seminggu lalu sehingga melebihi paras kritikal.

Noh berkata, kementerian telah membuat keputusan meneruskan projek pembinaan takungan air bernilai RM220 juta tersebut demi memastikan kepentingan pesawah di kawasan barat laut Selangor tidak terjejas jika berlaku penyusutan air di terusan tersebut.

Takungan tersebut perlu bagi melepaskan air ketika berlaku masalah kekurangan air untuk disalurkan ke sawah. Kalau kita takut-takut dengan Menteri Besar, kolam tersebut tidak boleh dibuat.

Dengan pembangkang apa pun tidak boleh buat, perkara ini akan menyebabkan negara terus jadi mundur," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Kerjasama Pas dan DAP bercanggah kehendak Islam?

Posted: 09 Oct 2012 01:38 AM PDT



Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata, adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah S.A.W ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan. - BERNAMA

Suara Politik
Taminsari

Panglima Perang Cyber

Posted: 09 Oct 2012 11:28 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Edisi Sastera - Nukilan Blogger Tok Janggut : Nasib Si Ayam Laga

Posted: 09 Oct 2012 09:30 PM PDT


Aduhai nasib siayam laga. Hidupnya terkurung di bawah serkup buluh berjalin silang. Makan minumnya berjaga tiada terkurang. Dimandi, dibasuh, diurut dan dilegakan mengikut tempoh dijadualkan. Selesa hidup dan lumayan segalanya.


Latihan laga juga ikut dijadualkan. Maka selalulah dicarikan lawan yang layak mudah ditewaskan. Diacu cuba diadu laga supaya jadi licin lancar gerak silat dan ketangkasan. Bila ada lawan tersohor diwar warkan orang. Akan terjadilah ajak cabar mengundang lawan.


Hari pertarungan ditetap dijadualkan. Bong gelanggang menjadi tumpuan. Berkerumunlah orang berdatangan. Seluruh desa rioh berpestaan. Wang emas dan perak menjadi pertaruhan. Mencari untung dan keseronokan.


Siayam laga sudah dimandi, dibasuh dan diurutkan. Teras keluak dan lain lain ramuan diasahkan membasahi seluruh anggota dan badan. Siaplah siayam laga untuk pertarungan menghadapi lawan. Ditaji luka ditikam dalam mrngalir darah tidak tertahan. Namun sakitnya tidak juga menyedarkan. Kerana mabuk hanyut dikipas alak dipuja sorakkan.


Matilah siayam laga dalam gelanggang. Namun yang untung ialah para juara yang melaburkan wang dalam pertaruhan.

Maka demikiankah juga kita yang sedang mabuk dalam berebutan ??


Bagaimana Picit Telinga Boleh Sembuhkan Sakit Manusia

Posted: 09 Oct 2012 08:50 PM PDT

Berikut gambar rajah titik pada telinga yang selalu kita sapu dengan air semasa berwuduk. Rupanya mengandungi berbagai titik refleksi untuk penyakit yang dihidapi oleh manusia.

Subanallah ! Tanpa kita sedar wuduk yang kita buat kerana Allah rupanya turut menyentuh titik penting ini. Kerana itu tidak hairan manusia semakin sihat apabila semakin kuat beribadat. Sayang jika antara kita yang tidak melakukannya sekaligus dihinggapi berbagai penyakit yang merosakkan kesihatan dan mentalnya.

Selain telinga, tapak tangan dan kaki juga mengandungi titik penting untuk kesihatan.

Terima Kasih Mahfuz Sahkan Kenyataan Nasharuddin PAS 'Kejar Kuasa' Semalam

Posted: 09 Oct 2012 06:49 PM PDT


Mahfuz: 'Nasha telah cabar keputusan Majlis Syura'
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Oktober 2012
Datuk Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.


"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu.


Mat Yo dan Daudsu Nafi Pindah Ke Johor

Posted: 09 Oct 2012 03:39 AM PDT


Mat Yo dan Daudsu utamakan TRW
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
9 Oktober 2012
TEKAD untuk membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia 2012, peledak berbisa The Red Warriors (TRW), Norshahrul Idlan Talaha menepis dakwaan yang mengatakan beliau bakal berhijrah ke Johor, musim depan.

Masih terikat kontrak selama setahun dengan juara Liga Super itu, Norshahrul yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo menegaskan tumpuannya kini hanyalah kepada skuad Kijang.

"Saya masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Jadi tiada isu sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain," katanya kepada Sinar Harian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.

Sebelum ini, Mat Yo bersama dua lagi pemain Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya dilaporkan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991, Johor untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan Mat Yo mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.

Dalam masa sama, turut ditanya adakah beliau berhasrat untuk mengubah haluan, Mat Yo bagaimanapun enggan menggulas lanjut.

"Belum tahu lagi, tumpuan saya sekarang hanya untuk Piala Malaysia dan juga Piala Suzuki AFF," katanya.

Dalam perkembangan lain, hanya berserah kepada rezeki, Daudsu tidak mahu isu perpindahan mengganggu tumpuannya dalam mengharungi saingan separuh akhir Piala Malaysia.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai hala tuju masa depannya, tonggak pertahahan TRW itu mengakui banyak hati yang perlu dijaga.

"Tumpuan saya hanya untuk Kelantan dan fokus bagi mencapai misi treble musim ini. Jadi, buat masa ini saya tidak fikir untuk kemana-mana lagi," katanya.

Video Bukti Hubungan Retak Mursyidul Am PAS Dengan Pesuruhanjaya PAS Melaka Didedah Blog GK

Posted: 09 Oct 2012 03:35 AM PDT




NGO Desak SPRM Siasat Isu Bas Mewah MB Selangor

Posted: 09 Oct 2012 03:28 AM PDT


NGO Desak SPRM Siasat Isu Bas Mewah MB Selangor
PUTRAJAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu bas mewah yang digunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam siri kempen pilihan raya, yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid masih berhadapan dengan proses mahkamah kerana gagal melunaskan pinjaman bank berjumlah RM67 juta dan tidak mungkin terdapat bank lain yang mahu membiayai beliau untuk membeli sebuah bas mewah berharga kira-kira RM900,000.
"Kami mengesyaki terdapat elemen-elemen penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas ini.
"Kami mencadang dan mendesak SPRM supaya menyiasat dan mendakwa kes ini seadanya," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, Selasa.


Laporan yang dibuat oleh Hamidzun bersama beberapa NGO itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Roslan Derauh.
Hamidzun berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan mengenai pembelian bas mewah tersebut sewajarnya sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).
"Kami memberi tempoh selama 30 hari untuk kes ini diselesaikan. Jika tidak, kami NGO-NGO di Selangor akan mengadakan 'lawatan sambil belajar' dengan bilangan yang sangat ramai untuk belajar dengan SPRM tentang bagaimana membuat siasatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.
Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.
Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
Menurut Hamidzun, beliau menuntut jawapan daripada Abdul Khalid berhubung isu bas mewah itu seperti yang pernah didesaknya sebelum ini.
"Pertama, apabila lori kompaktor sampah itu dibeli, kenapa tidak dibuat secara tender terbuka. Kedua, kenapa lori sampah itu dibeli daripada syarikat yang membekalkan bas itu?
"Ketiga, kenapa lori sampah ini tidak dibeli terus dengan ejen syarikat berkenaan yang mempunyai kilang di Rawang. Keempat, beliau perlu menyatakan nama bank yang menyediakan pinjaman untuk bernilai kira-kira RM900,000 untuk membeli sebuah bas," katanya.
Hamidzun menambah, tuntutan kelima ialah penjelasan Abdul Khalid yang sebelum ini menyatakan bahawa bas tersebut disewa sedangkan pemilik bas itu adalah beliau sendiri.
"Oleh itu, kami mencabar Tan Sri Khalid untuk bersikap telus dalam soal pentadbiran negeri Selangor," katanya.
Selain GAPS, empat NGO lain yang turut serta adalah Waris Malaya, 4Justice, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP).



Baca cerita sebelum ini tentang pembelian bas tersebut di sini :

Tun Mahathir : Undi PR = Undi USUS

Posted: 09 Oct 2012 02:09 AM PDT




Undi PR = Undi Suaram = Undi Soros 


panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Posted: 09 Oct 2012 12:01 AM PDT

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"#Nostalgia #Transformasi #Malaysia Kg Baru zaman dahulu"

Thanks,
The Instagram Team

The Unspinners

Posted: 09 Oct 2012 11:18 PM PDT

The Unspinners


Anwar beli Ismail Kamus untuk talian hayat?

Posted: 09 Oct 2012 08:28 PM PDT

Haron Din, Nasha dan Shahnon akan dituduh terima duit UMNO

Posted: 09 Oct 2012 05:25 PM PDT

Nasha cuit agenda negara Kristian DAP

Posted: 09 Oct 2012 08:30 AM PDT

Keluarlah PAS tu ... Tok Ali

Posted: 09 Oct 2012 06:03 AM PDT

Nak lawan Tok Ali, PAS hidang arak untuk ramai hadhir

Posted: 09 Oct 2012 02:30 AM PDT

APANAMA

Posted: 09 Oct 2012 11:05 PM PDT

APANAMA


PAS on its way OUT of PAKATAN?

Posted: 09 Oct 2012 05:00 PM PDT

Anwar Sembah TOKONG?

Posted: 09 Oct 2012 11:17 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 09 Oct 2012 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kerjasama PAS & DAP Tidak Mengikut Kehendak Islam...

Posted: 09 Oct 2012 10:00 PM PDT




GEORGE TOWN – Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS. Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama PAS dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Bila Haron Din Pun Takut Nak Tegur Anwar... Jadilah Dia Ulama Bisu.

Posted: 09 Oct 2012 07:00 PM PDT


Mungkin haron din mengambil ikhtibar tentang apa yang berlaku pada hasan ali bila dia menegur anwar ibrahim, jadi haron din pun mengambil sikap "play safe" tentang tindakan anwar menyokong penulis berpahaman libral dari india itu, cukup sekali dia di tibai teruk oleh rakan-rakan liberal dalam pakatan, dia tak mahu di jadikan sasaran lagi, baca artikel di bawah...


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan 'pesanan' kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.  

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.   

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. 

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.  Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.    

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek 'Anwar' ini.  

Kata Harun Din, "Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,"  

dan, 

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam."

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.  

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.  Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.  

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.  

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.   

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.   Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.  

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.  

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan 'penafian' (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.   Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.  

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.  

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.  

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.  Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.  

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.  

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.  Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.   Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.

KSN Tahu Ada Pegawai Tinggi Kerajaan Jadi Tali Barut Gorge Soros...

Posted: 09 Oct 2012 06:00 AM PDT



Dendam George Soros terhadap negara ini tidak pernah padam......

Sayangnya Soros terhadap Anwar tidak pernah luntur dan dengan kekayaan luar biasa serta kuasa ringgit yang beliau miliki,mampu mengumpan ringgit ini untuk ditelan oleh kakitangan kerajaan dan dalam masa yang sama menyusup agendanya bagi meruntuhkan kerajaan daripada dalam....!!

Kita tidak hairanlah bilamana kekuatan kewangan pembangkang cukup luar biasa malah pergerakan pertubuhan seperti Suaram juga cukup luar biasa dengan dana yang mereka perolehi.

Pendedahan ada pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi talibarut George Soros tidak boleh dipandang ringan oleh Ali Hamsa,Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Beliau tak boleh anggap itu sekadar khabar angin ataupun gosip semata-mata malah Ali perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dakwaan yang telah dilemparkan bagi membersihkan nama-nama pegawai yang dikaitkan.

Kita percaya tuduhan ini bukan disasarkan kepada pegawai-pegawai bawahan malah pasti ianya disasarkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha (KSU),Timbalan-Timbalan KSU, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan dalangnya pasti adalah orang yang boleh memberikan arahan yang akan diakur tanpa bantah oleh pegawai-pegawai bawahan.

Sekian lama sebelum ini pun sudah ada pihak yang meragui kesetiaan dan kebertanggungjawaban pegawai-pegawai terhadap kepimpinan PM Najib dan ada beberapa bukti yang menjuruskan bahawa sebahagian daripada mereka ini adalah talibarut asing,yang mengambil upah menjual rahsia negara,yang kaya dengan hasil menjual maklumat dalaman untuk diberikan kepada Pembangkang. sila klik sini

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 09 Oct 2012 11:02 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Fahaman Wahabi Haram Tawassul Yang Mati Oleh Fathul Bari Dibantah Pegawai JAKIM

Posted: 09 Oct 2012 09:32 PM PDT

 

- Ustaz Fathul Bari cuba menggunakan kedudukan beliau yang semakin popular untuk menyebarkan fahaman wahabi.

- Perkara ini dapat dilihat pada tulisan terbaru beliau bertajuk “Syirik dalam Ketaatan” http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/10/09/syirik-dalam-ketaatan/

- Beliau menggunakan pandangan Ulama bernama Shaykh Solih Fauzan Al Fauzan dalam artikel terbaru beliau. gambar Shaykh Soleh Fauzan

- Antara lain beliau menulis tentang empat perkara yang terjadi syirik antaranya :

Syirik pada doa; iaitu memohon kepada sesuatu selain daripada Allah SWT. Seperti pergi ke kubur dan memohon kepada (atau melalui perantaraan) orang-orang shalih, wali-wali atau Nabi yang telah meninggal dunia. Itu semua syirik. Kita memohon hanya kepada Allah SWT.

- Memohon kepada Allah melalui perantaraan orang shalih, wali atau Nabi adalah harus di sisi Islam dan dinamakan tawassul. Selagi ia bertujuan baik dan masyru’ di sisi agama.

- Perbahasan tentang perkara ini sudah lama selesai dan diulas ratusan ulama muktabar dunia intelektual Islam.

- Sumber dari JAKIM juga mengesahkan boleh bertawassul menggunakan perantara samada hidup atau mati

Rujukan anda boleh teumui pada tulisan ana (klik sambungan) ini

http://ustazmoden.wordpress.com/2012/03/29/pegawai-jakim-aizam-sanggah-fathul-bari-isu-jumhur-ulama-sepakat-syirik-tawassul-dengan-orang-mati/

Namun jika dilihat kepada apa yang diucapkan oleh Ustaz Fathul Bari di dalam video beliau seperti membenarkan tawassul dengan masih hidup sahaja. Seperti di bawah :

- Kekeliruan ini wajar diketahui umat Islam agar tidak ada kekeliruan. Dalam hal ini pencerahan Ustaz Aizam Bahagian Penyelidikan JAKIM mungkin boleh menjadi panduan yang tidak meragukan. Seperti yagn ana tulis posting  berikut -

Seterusnya apakah hukum bertawassul ?

Lihat jawapan orang lama di Bahagian Penyelidikan JAKIM Ustaz Aizam Mas'od  :

Bagi penulis sesiapa yang ingin bertawassul dengan Nabi SAW, orang saleh yang sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, maka dia berhak berbuat sedemikian tetapi dengan syarat dia tidak boleh taksub dan fanatik sehingga menyesat atau mengeluarkan orang yang menolak tawassul seperti itu daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Bagi yang menolak tawassul pula, mereka jangan semudah itu untuk menuduh orang yang bertawassul dengan Nabi SAW sebagai bid'ah kerana itu adalah pandangan jumhur mazhab yang empat.

 

sumber : http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/02/tawassul-hanya-khilaf-fiqhi-dalam-aswj.html

 

Huraian dan kupasan ilmiah berhubung topik berkenaan saudara boleh rujuk blog Mukhlis http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/34?&item_id=34&view:replies=reverse&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

 


PenangWasabi

Posted: 09 Oct 2012 09:43 PM PDT

PenangWasabi


Perjuangan PAS sudah lama berubah, yang tak berubah hanya Mahfuz The Mr.Bean sahaja?

Posted: 09 Oct 2012 07:22 AM PDT



Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi. Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon berkata, kerjasama antara Pas dan DAP seharusnya bersandarkan kepada amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW dan bukannya seperti yang berlaku kini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut memberitahu bahawa kenyataan dikeluarkan Shahnon adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau berkata, Pas mempunyai Majlis Syura untuk dijadikan rujukan dalam apa jua perkara berkaitan dengan perjuangan parti.

"Kita ada Majlis Syura, sama ada bercanggah atau tidak, kita akan merujuk Majlis Syura. Beliau juga bukan tahu perjuangan yang kita bawa," katanya lagi.

Pesanan buat Mahfuz...sampai bila nak jadi 'TIN KOSONG' buat hamPAS..!!! Setiap komen-komen atau penyataan yang di buat oleh ahli-ahli PAS akan di sifatkan sebagai pandangan peribadi.

Masalahnya sampai bila pimpinan PAS akan menghindarkan perasaan angkuh mereka lalu mendengar rintihan atau maklum balas dari rakyat. Pimpinan PAS mesti peka dan hormati semua pandangan sama ada dari ahli akar umbi PAS atau masyarakat umum Malaysia. Jikalau tidak, PAS akan hilang identiti sendiri dan akan hilang banyak sokongan rakyat Malaysia.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 09 Oct 2012 09:27 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Anwar Ibrahim Kata PAS Gila Talak

Posted: 09 Oct 2012 08:59 PM PDT

Video Ceramah Nasharuddin Mat Isa Di PWTC

Posted: 09 Oct 2012 07:00 PM PDT

Bukti PAS Lari Dari Prinsip Islam

Posted: 09 Oct 2012 06:00 PM PDT


Ini keratan Harakah Daily, apa agaknya komen Haron Din 
pada berita Harakah ini?

Video Haron Din Tempelak Anwar Ibrahim

Posted: 09 Oct 2012 04:00 PM PDT


Video Biadap Tony Pua Terhadap Tun Mahathir

Posted: 09 Oct 2012 09:41 AM PDT


Anwar Gelar Orang PAS Sebagai Bodoh

Posted: 09 Oct 2012 06:45 AM PDT

Nasharuddin Mat Isa Berceramah Di PWTC

Posted: 09 Oct 2012 01:33 AM PDT

Tidak Kenal Soros? Gambar Ini Bukti Pembangkang Menipu

Posted: 08 Oct 2012 11:00 PM PDT



PAS Akan Pecat Haron Din Kerana Kenyataan Ini?

Posted: 08 Oct 2012 09:16 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 09 Oct 2012 09:23 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


LOW CLASS : MENIPU RAKYAT UNTUK DAPAT UNDI.

Posted: 09 Oct 2012 09:13 PM PDT

NASHA SEMAKIN BERANI MENEGUR PAS.

Posted: 09 Oct 2012 05:39 AM PDT

SHIT.

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 09 Oct 2012 09:19 PM PDT

PISAU.NET


OPEN WAR WITH PAS, ANWAR IS DESPERATE TO STRENGTHEN DAP TRUST

Posted: 09 Oct 2012 06:00 PM PDT



Now it is an open war between PAS and PKR, the two parties that had worked together to deprive BN of several Malay seats in the 2008 general election.


The war is expected due to the differences in their political ideologies  one is Islamic fundamentalism and the other liberal  two ingredients that cannot mix even in a cooking pot.



The fundamentalists in PAS, comprising the veterans, have been quietly defending the fort while watching closely Anwar Ibrahim men, who have been planted to undermine the party, taking positions of authority in the party during past party elections.


Along the way, these liberals, who are supposed to steer the party struggles from fundamentalism to lslamic liberalism, knocked out several die-hards such as Datuk Hassan Ali and Nasharuddin Mat Isa.
The fundamentalists, headed by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, have been putting up with the liberals, knowing who is behind them and knowing what they are aiming for.


For sometime, they waited and watched, hoping for the liberals to have some respect towards them, have some decorum in scrambling for positions, but what they saw is hungry intellectuals side-stepping religious and normal Malay culture scrambling to turn take over the party to achieve their master objective.


PAS deputy Ulamak council chief Dr Haron Din open statement about Anwar and his ways which PAS would not follow is considered an open warÖa declaration that may see the two parties parting ways soon.


Anwar would now try to tone down and console PAS leaders as he needs the party support so much to achieve his ambition to head Putrajaya.


With only DAP support, Anwar may not even managed to win one-third of the total parliament seats to lead him to Putrajaya.


As war with PAS is inevitable, Anwar party PKR is having problem with DAP in Penang as the DAP views PKR with distrust after knowing the minds of PKR state chief Mansor Othman in the leaked minutes of a meeting in April.


This has affected their co-operation and also created silent animosity between the Chinese and Malay members in PKR as the leaked was certainly done by a Chinese member to gain favour from DAPís Lim Guan Eng.


Thus the scenario in Penang is volatile for PKR while in Selangor, the party is facing an internal squabbles that may see no ending because the ëbad bloodí started two years ago during the party election and drags until today.



Given such a scenario, Anwar has no choice but to earn the trust of DAP by doing anything including selling the Malay race and religioní.

Tanjung vs. Permatang Pauh REVISITED

Posted: 09 Oct 2012 06:00 AM PDT

GelagatAnwar-Speech by  Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for  Tanjong, Lim Kit Siang, in the Dewan Rakyat (Malaysian Parliament) on  the Royal Address debate on Monday, April 11, 1994
 

Bank Negara's forex losses in the past two years could total as high as RM30 billion, making it the biggest financial scandal in Malaysia as well as a world-class financial scandal.


There was in fact a conspiracy of disinformation and misinformation to 'cover up' the real nature, cause and magnitude of Bank Negara forex losses in the past two years which I will show in the course of my speech could  total as high as RM30 billion. It is not only the greatest financial  scandal in Malaysia, but has reached the standing to be a world-class  financial scandal!

  • In the special  DAP motion on the Bank Negara forex losses in Parliament last April, the Finance Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim strenuously denied that Bank Negara had "speculated" or "gambled" in foreign exchange.
  • Anwar said that as Finance Minister, he was "fully satisfied with the  reasons" goven by Tan Sri Jaffar Hussein for the Bank Negara's forex  losses.

However, truth cannot be concealed forever, as it would always find some way of declaring itself.

  • There are two other reasons why Anwar Ibrahim must bear personal responsibility for Bank Negara's forex losses.
  • Anwar Ibrahim said last week that he had directed Bank Negara to stop forward foreign exchange trading when he discovered its forex losses 18 months  ago. If Bank Negara had followed his instructions to stop forward forex  trading in 1992, then how could Bank Negara suffer RM5.7 billion losses  in 1993, on top of the RM10.1 billion to RM13.1 billion losses in 1992?
  • Furthermore, Anwar Ibrahim had misled Parliament last July when I questioned him  whether Bank Negara had suffered more forex losses. Anwar said that this was not true as he had been monitoring the Bank Negara's forex dealings weekly.
  • On July 19, 1993, I asked  Anwar Ibrahim a supplementary question during question time as to  whether at that date, Bank Negara's provision of Rm2.7 billion  contingent liability for forward forex trading in the 1992 Bank Negara  accounts had not only been confirmed, but even more forex losses had  been incurred.

This is Anwar's reply, from the Hansard of 19th July 1993(p. 28):
  • "Dato Seri Anwar bin Ibrahim: Tua Yang di-Pertua, dukacita saya memaklumkan  ini satu berita yang kurang baik bagi Yang Berhormat dari Tanjong.  Kerugian yang dimaksudkan itu tidak berlaku dan tidak bertambah. Yang  Berhormat mahu percaya atau tidak, tetapi saya ada maklumat yang sebenar tentang keadaan tersebut. Saya juga meneliti tiap-tiap minggu  perkembangan kerana masalah yang dihadapi sebelum ini…. Saya ingin  member jaminan kepada Yang Berhormat bagi Tanjong bahawa perkara ini  kita teliti lebih dekat dan kita lebih waspada kerana pengalaman yang  lalu."
  • If Anwar Ibrahim claims that he had directed  Bank Negara to stop forward forex trading 18 months ago, and that "there are no new trading arrangements" last year as the central bank unwound  its forward positions in the market last year (Business Times April 6,  1994), then Bank Negara should not have incurred RM5.7 billion when its  contingent liability provision for such forward forex trading in end- 1992 was RM2.7 billion.
  • Anwar's  claim that there were no new forward forex trading by Bank Negara in  1993 had been contradicted by Tan Sri Jaffar Hussein, who said in his  press conference on March 31 as well in his foreword to the 1993 Bank  Negara report:

Yang perlu kita fikir?

  • Kenapa DAP tiba-tiba sangat berminat dengan isu FOREX ini? Ada kawan-kawan yang kata, ini strategi untuk memastikan Anwar tidak mendapat rating yang baik; dan DAP dapat lebih kerusi dalam PRU yang akan datang? FOREX BNM ini memang kerja Anwar. Fast money.
  • Apakah keperluan nak bangkitkan isu ini ketika rating Anwar/PKR dikatakan melebihi DAP?
  • Kenapa Rafizi/PKR senyap dalam isu FOREX ini?
  • Ada usaha SABOTAJ sama sendiri dalam PR?
  • Kenapa TS Nor tidak berdepan dengan media dalam isu ini? Keluarlah!
  • Apakah Anwar comfortable dengan usaha DAP main isu FOREX ini?
  • Sediakah Anwar buka semula cerita lama – bagaimana ABRAR FUND juga dijadikan syarikat sandaran untuk finance politik dirinya?

Tun M : Soros using NGOs to effect regime change

Posted: 09 Oct 2012 01:30 AM PDT

WHEN I was away, Malaysiakini was busy trying to legitimise their receiving money from George Soros because I invited him to join the campaign to make war a crime.


Receiving money from Soros and an invitation to make war a crime are two different things. In no way can one justify the other.


I only wrote to Soros after he admitted that I was not wrong in my criticisms of currency trading. Some people may remember that he said I was a menace to my country. By saying that the currency control Malaysia imposed to counter the effects of currency trading was the right thing to do, he was clearly admitting that I was right and was, therefore, not a menace to my country. Obviously, I would not have anything to do with him if he had continued to regard me as a menace to my country.


My letter inviting him to join the campaign to make war a crime was prompted by his financing of the campaign to prevent president George W. Bush from winning a second term. Bush is a warmonger and is responsible for the deaths of hundreds of thousands of Iraqis and 6,000 American soldiers in the war against Iraq.


I thought Soros' opposition to Bush was because he did not like war. But he replied to my invitation to work towards making war a crime by explaining that people had been fighting wars for 7,000 years and, therefore, war is a means of settling conflicts. Malaysiakini is quite right in surmising that his answer was in the negative.


I was not surprised. Obviously, he was not against killing people in war. Nor I presume did he care for the massive destruction and sufferings caused by war.
I did meet him when he came here, but we agreed to disagree. He still maintained that currency trading is right and proper. We did not bury any hatchet. I was being civil as I am a Malaysian — and nothing more. So digging up hatchets does not arise.


According to Richard Miniter writing in Forbes, Soros is conducting his own foreign policy which may or may not be identical with US foreign policy. Soros believes he can use his money to set up governments which are pro-Soros or his ideals. Impoverishing countries and peoples matters little to him. Famously, he was quoted as saying in reply to his role in the 1997 East Asian currency crash, "As a market participant, I don't need to be concerned with the consequences of my actions".
Miniter quoted the following from Britain's New Statesman: "In 1984 (Soros) founded his first Open Society Institute in Hungary and pumped millions of dollars into opposition movements and independent media.


Ostensibly aimed at building up a 'civil society', these initiatives were designed to weaken the existing political structures and pave way for eastern Europe's eventual colonisation by global capital."


Some may remember Datuk Seri Anwar Ibrahim's fondness for "civil society" when he was in the government. He still talks about civil society now. The similarity of ideas between the two, Soros and Anwar, is significant.


Miniter went on to describe events in Georgia, where Alexander Lomaia, who went from running Soros' Open Society Georgia Foundation to become minister of education and science and later secretary of Georgia's Security Council.


Georgia's opposition Labour Party leader, Shalva Natelashvili, contends that, "Effectively, George Soros is the president of Georgia, whereas (President) Saakashvili and (Prime Minister) Zurab Zhvania are his governors. Soros' foundation nominated nine ministers of the Georgian government, and all of them were appointed". And Soros claims to be promoting democracy.


His supporters here also claim to be fighting for democracy while being led by an unelected leader who in turn appointed members of his family and cronies to various leadership posts.


Miniter quoted Ercis Kurtulus, head of Turkey's Social Transparency Movement Association as saying, "Soros carried out his will in Ukraine and Georgia by using these NGOs…"


So why is Soros financing Malaysiakini, a Malaysian non-governmental organisation. Obviously, it is in order to achieve regime change, to put his nominees as prime minister and ministers in the Malaysian government. What will such a government do if not to carry out Soros' wishes.


When inviting him to join the campaign to make war a crime, I was not talking about Malaysian politics. Certainly, I did not ask for nor did he give to the Perdana Global Peace Foundation any money. This campaign to make war a crime is for the good of all humanity — not just of Malaysia.
But he was quite unequivocally against making war a crime.


My view of Soros is that he is still a rogue currency trader and he compounds this evil by using the money to put his kind of people to rule the countries targeted by him. And Malaysia obviously is one of his targets.


Equally obvious, he regards Malaysiakini as the NGO to manipulate in order to achieve his objective.
There are of course other foreign NGOs and governments manipulating Malaysia's opposition for their interest.


A vote for the opposition, is a vote for Soros, the rogue currency trader.


It certainly will not be for Malaysia and its interests. If there are Malaysians who wish to be re-colonised it is their choice. But I believe Malaysians would not want to be stooges of foreigners – NST

French Prosecutor Confirmed Malaysian Opposition's Lies

Posted: 08 Oct 2012 11:35 PM PDT

SUARAM, an NGO which is led by Malaysian opposition and funded by Zionist and Soros has been revealed to be lying again and again in the issue of Scorpene. Despite of all that, they still refuse to admit their lies and they kept on playing with their game.



Perhaps because the fund which they are receiving is simply too much, so SUARAM a.k.a the opposition do not have any other choice but to keep on acting with hope that the government of Malaysia would finally fall.


But, with statement made by famous French prosecutor, Yves Charpenel which was released yesterday, saying that there was no trial regarding Scorpene in France and the only thing that is happening is trials made by Malaysian opposition media, is seen as the end to SUARAM's chain of lies.



Charpenel also repeated government's previous statement that what happened was that two independent 'investigative judges' has been investigating this issue since earlier this year based on complaints made by SUARAM. This is because according to the law, all complaints should be given serious attention and investigation in closed and private manner.


However, the investigative judges do not have the rights to investigate nor interrogate people from across the border without getting any permission from the country's government to respect the Mutual Legal Assistance Agreement which is held by all countries in the world.


That is why, for SUARAM and opposition to say that the trial is going on and a few people would be given subpoenas and submarine documents in French language would be revealed as part of the evidence, showed how low the moral value among SUARAM supporters really are.


In line with attitude of Zionist and Soros, SUARAM had shown that they do not respect any government in the world including Malaysia and France. Not just that they are tarnishing the image of Malaysian government, they are even toying around with the French government.


In order to ruin Malaysian government, SUARAM pictured court of France for not being transparent for leaking investigation's information including evidences to them which they them showed to the public. SUARAM also pictured French police as an organization that is not efficient enough as they could not detect the entrance of Altantuya during the whole business transaction period.


And now, SUARAM and Malaysian opposition refuses to admit that everything is over. Instead, Anwar Ibrahim, Malaysia's Opposition Leader had brought in French lawyer, William Bourdon to provide statement on behalf of SUARAM in the issue of receiving foreign funds. Bourdon's arrival should have been paid and it sure was huge, as he is the famous lawyer who defends George Soros.
In a way, opposition's move in bringing Bourdon to assist SUARAM and Malaysian opposition only strengthen the fact that SUARAM and Malaysian opposition do not fight for human rights nor rakyat. Instead, they are on the move to implement the mission of 'regime exchange' in Malaysia for the sake of Soros and Jews by lying, with no limit.

r b f

Posted: 09 Oct 2012 07:43 PM PDT

r b f


BR1M Duit Untuk Rakyat , SR1M Kaut Duit Rakyat

Posted: 08 Oct 2012 07:30 PM PDT

Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat. 

Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu. 

Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah. 

Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).

Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia. 

Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.

Orang tak marah atau kurang marah jika mereka disaman kerana melanggar lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit atau potong garisan berkembar. Rata-rata orang yang marah adalah saman melebihi had laju. Dan saya yakin saman melebihi had laju adalah saman yang tertinggi yang dikeluarkan setiap hari oleh pihak berkuasa.

Bila bercakap melebihi had laju, bukan semua orang yang memandu 150-200km/j. Ramai yang hanya terlebih 10-20km/j sahaja. Kawasan 90km/j mungkin mereka pandu 100 atau 110km/j. Itulah saman yang paling banyak. 

Alasan yang diberikan JPJ, memandu laju boleh menyebabkan kemalangan maut. Pada saya itu alasan lama yang sesuai digunakan di zaman kita nak ke Ipoh guna Jalan Tanjung Malim. Zaman sekarang zaman lebuh raya 2-3 lorong, alasan itu sudah tidak berapa nak boleh pakai lagi. 

Sebagai contoh , Lebuh Raya Kesas adalah sebuah lebuh raya 3 lorong dari Bukit Jalil ke Klang. Logikkah had lajunya hanya 90km/j ? Sudah tentu tak logik..... 

Siapa yang boleh tahan nak pandu 90km/j dari Klang ke Bukit Jalil atau dari Bukit Jalil ke Klang dengan menggunakan lebuh raya tiga lorong dan perlu membayar RM 6.60 ?  Kalau dia nak pandu 90km/j lebih baik dia guna Lebuh Raya Persekutuan. Tol lebih murah....

Zaman sudah berubah, jangan lagi kita terikat dengan undang-undang lapuk yang di buat di zaman filem Tiga Abdul . Dulu kita tidak ada lebuh raya dan kereta-kereta zaman dulu bukan seperti zaman sekarang. Zaman sekarang lebuh raya dah tiga lorong, rata-rata kereta semuanya 'high perfomance' dan dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan. 

Tujuan saman adalah untuk mendidik dan JPJ kata memandu laju menjadi punca utama kemalangan jalan raya.


Sekarang mari saya nak tunjuk kepada anda sama ada perkara itu betul atau tidak ?

Dua hari pertama AES beroperasi secara rasmi sebanyak 3344 kesalahan jalan raya telah dirakam oleh kamera berkenaan. Iaitu pada 23 dan 24 September.

Manakala pada 4 Oktober pula Timbalan Menteri Pengakutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 63'558 kesalahan jalan raya yang dirakam melalui AES sejak 23 September.

Maknanya jumlah kesalahan yang berjaya dirakam oleh AES antara 25 September hingga 3 Oktober sebanyak 60'214

Pada 23 dan 24 September jumlah kesalahan yang dirakam 3344. Angka 3344 itu dibahagi dengan dua (2 hari) bersamaan dengan 1672 kesalahan yang dirakam sehari. 

Pada 25 hingga 3 Oktober (9 hari) jumlah kesalahan yang dirakam 60'214. Angka 60'214 dibahagi dengan sembilan hari bersamaan dengan 6690 kesalahan yang dirakam sehari. 

Ini bermakna jumlah kesalahan dalam tempoh sembilan hari naik lima kali ganda dari dua hari pertama AES mula digunakan.

Maknanya orang ramai tidak peduli dan tidak hairan dengan didikan yang cuba diajar oleh AES. Apabila orang ramai tidak peduli atau tidak hairan, maknanya kaedah yang cuba diguna pakai kerajaan gagal. 

Kalau dah gagal, tidak ada faedah lagi kerajaan nak teruskan dengan kaedah AES jika benar tujuan kerajaan nak didik pengguna jalan raya. Lainlah kiranya jika kerajaan nak cari duit melalui hasil saman. 

Kita nak tanya JPJ, daripada 63'558 kesalahan yang dilakukan, berapa banyak kemalangan atau kematian yang berlaku disebabkan oleh memandu yang melebihi had laju ? 

Lebuh Raya Persekutuan - Adakah kemalangan ini disebabkan oleh memandu melebihi had laju ? Siapa yang boleh pandu 150km/j di lebuh raya itu waktu siang ?

Kalaulah had laju yang menjadi punca kemalangan dan kematian atas jalan raya, dah tentu separuh dari 63'558 itu dah terlibat dalam kemalangan dan 1/4 dari mereka dah menemui ajal. Kalau itu berlaku maknanya betul memandu melebihi had laju adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia. Dan pada masa itu rakyat pun tak akan bising lagi JPJ nak pasang kamera celah mana sekali pun. 

Kalau dah 63'558 kesalahan dilakukan dalam masa 11 hari dan orang ramai tak hairan atau tak takut untuk melakukan kesalahan walau pun mereka tahu AES mula beroperasi, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang atau peraturan itu. 

Apabila sesuatu peraturan atau undang-undang tidak berjaya, maknanya undang-undang atau peraturan itu gagal dan pemerintah harus mencari kaedah lain. Jika pemerintah masih berdegil dan nak kekal dengan kaedah AES maka tunggulah akibatnya kelak.

Kenderaan JPJ - Pandu lebih had laju ?
Jika kerajaan benar-benar nak mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya ada lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan walaupun ia akan memakan masa yang panjang. 

Salah satunya caranya adalah dengan memasukkan satu mata pelajaran yang berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya dan diajar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Mungkin mata pelajaran itu boleh disekalikan dengan jenayah dan dadah. 

Kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya dan belakang parang kalau tiap-tiap hari diasah pasti akan tajam. Begitulah juga dengan murid-murid sekolah yang satu hari nanti akan dewasa seperti kita sekarang. 

Jika dari kecil lagi dan setiap hari mereka diajar atau diberitahu tentang pentingnya mematuhi keselamatan jalan raya, bagaimana nak banteras jenayah, bahayanya dadah dan merokok membahayakan kesihatan,  Insyallah untuk jangka masa panjang kita akan dapat sebuah masyarakat yang berdispilin.

Akhir kata semoga kerajaan dapat menyemak balik kaedah AES yang sedang dilaksanakan sekarang terutamanya kesalahan yang melibatkan pemanduan melebihi had laju. Dan dalam masa yang sama juga tolong semak kembali undang-undang pemanduan melebihi had laju agar sepadan dengan perubahan zaman.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 09 Oct 2012 03:23 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Apabila hubungan sulit boss dan setiausahanya terkantoi...

Posted: 09 Oct 2012 09:31 AM PDT

Gambar hiasan
Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya.

Pada suatu hari, selesai waktu pejabat, pasangan skandal ini terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan bermain papan jongket sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut hanya tersedar dari tidurnya pada jam 8 malam. Beliau pun kelam kabut menyarung kembali pakaiannya.

Dalam fikirannya, isterinya pasti akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang masam!

"Abang ni pergi ke mana hah? Sampai malam baru nak nampak muka?!" tanya si isteri.

"Abang tak mahu berbohong lagi, sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam," jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah...dam terpandang kasut suaminya yang kotor berlumpur itu/

"Bohonggg… ni mesti abang pergi main golf la kan?..." (special effect: bunyi cengkerik)

* Heh...anda boleh bayangkan perasaan si suami sekarang?

Artis jelita berhijab diganggu dengan bahan lucah melalui BBM

Posted: 09 Oct 2012 09:02 AM PDT

Menyentuh soal status BBM miliknya yang bengang dengan pihak tidak bertanggungjawab menghantar bahan lucah kepadanya, Fida berkata, dia sudah melalui perkara itu sejak tiga bulan lalu.

Pun begitu, selepas puas bersabar, dia masih lagi menerima gangguan itu. Akibat sudah tak mampu berhadapan tekanan yang datang maka Fida meluahkan perasaan kecewanya dalam BBM dan menghantar kepada senarai rakan.

Katanya, dia berharap sangat supaya rakan BBM miliknya lebih peka terhadap apa yang mahu dihantar mereka.

Katanya, janganlah berburu-buru menghantar apa saja bahan diterima di dalam BBM kepada orang lain. Katanya alangkah lebih bagus supaya menilai dulu kandungan yang dikirim, sebelum terus menghantar kepada orang lain.

‘Dr M nyanyuk’ remark rude, say BN MPs

Posted: 09 Oct 2012 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Several Barisan Nasional MPs criticised DAP MP Tony Pua today for calling former prime minister Dr Mahathir Mohamad a senile man.

"It's very rude and stupid of him (Pua)," said Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman.

Yesterday, an online portal reported Pua referring to Mahathir as senile for saying a vote for opposition is a vote for billionaire financial speculator, George Soros.

Pua said that Mahathir was no longer relevant in today's world and reminded that the former strongman once even sought Soros' help for Perdana Leadership Foundation.

Tajuddin said: "Pua's statement reflects on his own lack of quality and credibility as a member of parliament."

Deputy Education Minister Wee Ka Siong said that it was not proper for Pua to refer to an elder statesman like Mahathir with such comments.

"Mahathir is a senior citizen. We must show respect to him. That's our culture," said Wee.

Political greenhorn

Echoing their thoughts, Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said that Pua should remember that it was Mahathir who built Malaysia into what it is today.

"For political greenhorns like Pua, just remember that Mahathir has vast experience in running the country.

"And during his tenure, attempts were made by foreign powers to influence local policies. So Mahathir spoke from experience," said Abdul Rahman.

Pua, however, defended his remarks once again, saying the former premier's statement made no sense at all.

"Mahathir can give whatever political views he wants but when he says something completely preposterous, then there must be something completely wrong with him up there," said Pua.

FMT
 

PAS alami kecelaruan identiti dan perjuangan yang kronik

Posted: 09 Oct 2012 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - PAS masih gagal dan keliru untuk menyatakan pendirian parti sama ada memperjuangkan prinsip parti, atau terus mengikuti telunjuk parti komponen pakatan pembangkang, dalam falsafah perjuangan politik mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pendapat mereka (Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Datuk Dr Haron Din) jelas memperlihat PAS telah lari dari landasan perjuangan asas sebagai parti yang berlandaskan Ad-din itu falsafah perjuangan.

"Ini membuktikan terdapat kumpulan dalam PAS mahu kembali kepada perjuangan asal parti itu sekaligus menunjukkan hakikatnya ada kumpulan yang taksub dalam PAS dan tidak mahu terima apa yang berlaku ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sasterawan Negara Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS, bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon yang antara lain berkata apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

Ahmad Zahid turut mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan PAS dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas anggota Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Haron turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan ketua pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata situasi yang melanda senario perjuangan PAS kini membuktikan apa yang dibuat oleh pembangkang hanya untuk agenda politik masing-masing dan bukan memperjuang dasar sesebuah parti.

Dalam pada itu anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin berkata sudah tiba masanya anggota akar umbi PAS bangkit dan mendesak pimpinan parti mereka untuk mengadakan muktamar khas membincangkan situasi ini.

Jelasnya ini supaya kepimpinan pusat menyatakan pendirian mereka sama ada mahu bersekongkol dengan DAP mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kembali kepada perjuangan parti.

"Pemikiran Anwar adalah liberal, pluralism dan mengikut jumud ulamak ia sesat dan perlu dibanteras. Kalau kenyataan Timbalan Mursyidul PAS sendiri tidak diterima, kenyataan siapa lagi perlu diterima.

"Haron Din sendiri sudah membuat garisan mufarakah (garisan perpisahan) dan nyatakan pendiriannya. Ini ditambah dengan kenyataan Shahnon Ahmad...jadi pandangan-pandangan sebegini harus diambil kira," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata situasi ini akan ditentukan oleh Majlis Syura PAS supaya ia dapat dibincangkan dan mendapat kata putus sebelum boleh dijelaskan kepada anggota parti.

"Biar Majlis Syura yang tentukan prinsip dan pendirian dalam hal ini. Apa yang Majlis Syura tentukan, ahli parti terima. Kita tidak pasti itu pendirian parti atau pendirian peribadi (kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad)," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Khalid Abdul Samad pula membidas kenyataan Shahnon itu yang melabelkan perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam.

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata segala ketetapan dasar dan perjuangan parti perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS.

"Nak tahu sesuatu itu bercanggah dengan kita atau tidak, kena rujuk majlis ulama (syura). PAS ada 12 ulama, mereka adalah yang terbaik dalam kalangan anggota PAS," katanya.

"Itu pandangan peribadinya, malah semasa beliau (Shahnon) bertanding pada 1999 dulu, PAS sudah pun berada dalam barisan alternatif," katanya. - Bernama

Mahfuz bidas kenyataan Shahnon, PAS masih dilandasan yang betul

Posted: 09 Oct 2012 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon berkata, kerjasama antara Pas dan DAP seharusnya bersandarkan kepada amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW dan bukannya seperti yang berlaku kini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut memberitahu bahawa kenyataan dikeluarkan Shahnon adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau berkata, Pas mempunyai Majlis Syura untuk dijadikan rujukan dalam apa jua perkara berkaitan dengan perjuangan parti.

"Kita ada Majlis Syura, sama ada bercanggah atau tidak, kita akan merujuk Majlis Syura. Beliau juga bukan tahu perjuangan yang kita bawa," katanya lagi.


Nasharudin: Saya tunggu surat saman Karpal

Posted: 09 Oct 2012 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengulangi pendirian bersedia untuk bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap mahu menyamannya ekoran kenyataan menuduhnya anti-Islam, di mahkamah.

"Saya ulangi pendirian saya sebelum ini bahawa Karpal anti-Islam. Saya sentiasa menunggu surat saman, tapi hingga ke hari ini belum sampai.

"Saya tahu mahu laksanakan hudud di negara ini bukan senang, tetapi siapa beliau mahu menghalang pelaksanaannya?" katanya.

Ditanya sama ada Nasharudin bersedia menerima hukuman daripada Pas ekoran kenyataannya, beliau menegaskan, Islam adalah keutamaan dan soal ahli kemudian.

'Saya bukan telanjang pun, terdedah sikit jer...' - Nabila Huda

Posted: 09 Oct 2012 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf," kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

"Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah 'letusan warna blok', tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

"Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan 'tube' hitam.

"Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.


Khalid kepada Nasha, sendiri buat sendiri tanggung!

Posted: 09 Oct 2012 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan berpendirian membiarkan isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa diselesaikan oleh kedua pemimpin tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Karpal yang akan meneruskan samannya terhadap Nasharudin adalah urusan peribadi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor berkata, pihaknya tidak akan campur tangan kerana tidak pernah menyuruh ahlinya mengeluarkan kenyataan yang sesuka hati.

"Itu isu peribadai, terpulanglah Karpal nak teruskan saman ke atau tidak.

"Lagi pun, Pas tak pernah menyuruh Nasharudin mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap pemimpin lain.

"Tak bermakna kalau Karpal tak sokong hudud, bermaksud dia anti Islam," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Karpal berkata akan meneruskan prosiding fitnah terhadap Nasharudin, bergantung kepada keadaan yang dilihat sesuai.

Nasharudin sebelum ini didakwa memfitnah Karpal dengan menyatakan Karpal menentang hudud dan menentang Islam dan akan menunggu tindakan Karpal di mahkamah.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan Pas yang lain pernah berkata mereka akan menyerahkan isu itu kepada kedua pemimpin tersebut.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata memandangkan pilihan raya yang tidak lama lagi, sokongan dari rakyat tidak akan berubah.

Tambahnya, parti tidak terlibat dan Pas yakin sokongan rakyat tidak akan terjejas disebabkan perkara tersebut.

"Itu kenyataan peribadi dia (Nasharudin), jadi tak perlu semua ahli parti terlibat.

"Kami yakin, sokongan rakyat tak akan berubah walaupun kita tak masuk campur," katanya lagi

Kapal Perang US: Lawatan muhibbah tak bawa masuk DANA ASING la bodoh!

Posted: 09 Oct 2012 01:05 AM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut.

"Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik.

"Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan BN tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini.

Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada hari Ahad dan dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata menjadi dasar pertahanan negara untuk menerima kunjungan pegawai dan anggota tentera dari negara sahabat bagi mempertingkatkan diplomasi ketenteraan.

"Ini bagi menjalin hubungan yang baik antara angkatan tentera serantau dan negara ini.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerap mengadakan kunjungan muhibah ke negara luar bagi menjalin hubungan dan memperolehi pendedahan dan pengalaman baru. Kunjungan balas juga kerap diterima dari angkatan tentera negara luar," katanya.

Pada masa yang sama, tegas beliau Malaysia bersikap tidak mahu negara asing campur tangan dalam hal ehwal pertahanan negara ini.

Menurutnya kapal tersebut berpangkalan di Darwin, Australia dan Malaysia merupakan laluan kapal itu.

USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dan sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.

- Bernama

Azmin hampir berjaya 'singkirkan' Faekah...yes!

Posted: 09 Oct 2012 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai "masalah pentadbiran", Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerahkan kepada setiausaha agung untuk menguruskannya.

Menurutnya, PKR tidak mempunyai sebarang keputusan atau usul pada masa sekarang, dan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengkaji perkara tersebut.

Katanya, "tak ada isu, tak ada usul, belum ada keputusan, semua itu saya serahkan kepada parti."

"Disebabkan itu masalah pentadbiran, biarlah parti dan saya serahkan kepada setiausaha (agung) parti untuk melihat padangan-pandangan yang diberikan oleh aggota parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.

PKR lazimnya akan mengadakan mesyuarat biro politik setiap Rabu.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah dan beberapa pemimpin parti itu mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Azmin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Pas menyerahkan isu tersebut kepada PKR untuk menyelesaikannya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menyatakan isu tersebut tidak menjadi masalah kepada PKR di peringkat pusat.

PAS, PKR bercanggah mengenai lokasi RAPID

Posted: 08 Oct 2012 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS tegas dengan pendiriannya supaya Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) diteruskan di Pengerang walaupun selepas Pakatan Rakyat menang di Johor semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul sebarang masalah jika RAPID diteruskan, dengan syarat tidak menjejaskan 10 perkampungan di Pengerang.

"Kami (pembangkang) bukan menolak projek mega, tetapi setiap projek harus diteliti dengan terperinci agar nasib rakyat tidak terpinggir akibat daripada arus pembangunan.

"Johor negeri yang luas maka Petronas boleh bangunkan projek RAPID di Pengerang atau pun mana-mana tempat di situ," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Namun, kenyataan itu bercanggah dengan PKR yang mahu Rapid dipindahkan ke loji penapis sedia ada di Kerteh, Terengganu.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen dalam sidang media minggu lalu berkata kos RM60 bilion boleh dijimatkan sekiranya Petronas menggunakan lojinya di Terengganu tanpa mengorbankan penempatan penduduk Pengerang.

Mengulas menganainya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata itu hanya pendapat peribadi Wong namun mempertahankan pendiriannya itu atas 'restu' Pakatan Rakyat.

Beliau sekali lagi menyatakan kesediannya untuk berdialog dan akan menghantar surat jemputan kedua kepada Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

"Kalau enggan berdebat tak mengapa tapi dialog ini saya akan bersama beberapa pakar pembangunan hartanah, industri minyak dan gas sama-sama duduk semeja bagi membincangkankannya supaya penduduk tidak menjadi mangsa," katanya.

'Anak ayam' gebu pakai coli dicekup

Posted: 08 Oct 2012 10:47 PM PDT

MELAKA - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen negeri akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, di sini, hingga membawa kepada penahanan 16 'anak ayam' gred A, awal pagi kelmarin.

Mereka, masing-masing 12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), kira-kira jam 1.15 pagi.

Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai 'ibu ayam' berusia 52 tahun.

Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu bersembunyi di bilik gelap di tingkat enam.

"Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di situ sebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang dipercayai 'ibu ayam'.

"Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di dalam sebuah laci," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan bersama semua wanita berusia 17 hingga 52 tahun dalam serbuan berkenaan.

"Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak bermoral di tingkat enam," katanya.

Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks, semua wanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan, yang turut menempatkan sebuah disko.

"Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam," katanya.

Empat jam dirogol bergilir-gilir oleh warga Myanmar selepas diculik

Posted: 08 Oct 2012 10:15 PM PDT

Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas 'diculik' ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

"Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

"Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani," katanya.

(Gambar) Teruja mahu kahwin, Lee Chong Wei awalkan tarikh perkahwinan!

Posted: 08 Oct 2012 08:25 PM PDT

MSN Sport meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast.

Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih.

3 hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.

Nampaknya, rasa teruja Datuk Lee Chong Wei untuk berkahwin tak dapat disorokkan lagi apabila ada peminat yang perasan dengan sebuah status Facebook berbunyi, "Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?"

Wah, nampaknya, tarikh perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang sepatutnya berlangsung pada 2013 secara diam-diam telah diawalkan.

Difahamkan, antara tetamu jemputan beliau ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.
Kedua-dua pasangan ini pernah berpisah atas komitmen kerja pada tahun 2009 dan kembali bercinta semula setahun kemudian, dan sejak itu hubungan mereka menjadi semakin erat.

Bunohan Tercalon Dalam Anugerah Oscar Untuk Kategori Filem Bahasa Asing

Posted: 08 Oct 2012 08:01 PM PDT

Filem yang diterajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim, Bunohan telah dicalonkan untuk kategori Best Foreign Language Film dalam Academy Awards yang ke 85 tahun hadapan.

Bunohan yang merupakan arahan Dain Said itu tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti.

Negara jiran, Indonesia menghantar Sang Penari (The Dancer) yang diarahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu.

Semestinya kami dan rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan dan anda boleh periksa senarai penuh dilaman rasmi Oscar.

Sindrom 'tak ingat' dah jangkiti Lebai Komunis PAS

Posted: 08 Oct 2012 07:31 PM PDT

KEBELAKANGAN ini banyak betul pemimpin Pakatan haram yang mengalami sindorm tidak ingat bila disoal peguam akan kes yang mereka hadapi di Mahkamah. Antara yang terkantoi baru–baru ini ialah Mat Sabu dan Khadir Sheikh Fadzir.

Sebelum ini Azmin Ali pun mengaku tidak ingat ada mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud Khalid Ibrahim tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor kalau Pakatan haram ini menang dalam pilihanraya negeri yang bakal diadakan, sebaliknya dipindahkan ke peringkat pusat.

Sekarang pandai pulak guna alasan tidak ingat ya? Dulu bukan main hentam Mahathir dengan macam–macam hinaan dan cercaan bila mantan Perdana Menteri itu menjawab soalan diajukan Suruhanjaya Diraja berhubung video Linggam pada 2001.

Walhal, dari tarikh video tersebut dirakam Loh Gwo Burne pada 2001 sehingga kepada penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 2007, memakan masa 6 tahun. Logiklah orang seusia Mahathir disamping tempoh sepanjang itu mengaku tidak ingat. At least beliau tidak bohong.

Tapi itu pun tidak terlepas dari jadi bahan kejian dan kecaman para balaci sekelian.

Nah, sekarang Allah swt balas balik kepada pemimpin yang dulu bukan main lagi mengecam Mahathir kerana tidak ingat peristiwa yang berlaku lama dahulu. Mat Sabu sebagai contoh, tidak ingat ucapan yang dibuatnya pada 2009 yang terkandung di dalamnya frasa sama yang pernah digunakan oleh pengasas fahaman Komunis, Karl Marx.

Baru 3 tahun, Mat Sabu dah lupa. Mahathir 6 tahun, Mat Sabu dan macainya dah berkokok memperlecehkan orang tua itu.

Kita taulah Mat Sabu bukan lupa, tapi sebab peguamnya suruh cakap begitu untuk beri kelebihan kepada kesnya dalam saman ke atas Utusan, tapi yang jelas disitu Mat Sabu dah terang-terang menipu. Ini semua orang tau

Mat Sabu ambil kesempatan dengan trend semasa Mahkamah di Malaysia hari ini yang terlalu banyak beri perhatian kepada perkara-perkara teknikal, sehinggakan perkara penting yang menjurus kepada keadilan semua pihak, terlepas pandang begitu sahaja.

Tapi Mat Sabu jangan bimbang, imejnya sebagai pejuang komunis sudah kekal terpahat di hati rakyat. Nak-nak terdedah pula pertemuannya dengan pemimpin PKM, Abdullah CD di Thailand pada 2009, lagilah orang yakin bahawa Mat Sabu memang penyokong komunis.

Tak ada orang yang mahu percaya bahawa sokongan Mat Sabu pada 2011 ke atas Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong dan pertemuannya dengan Abdullah CD 2 tahun sebelum itu, tidak ada kaitan.

Sudah tentu ada kaitan, Mat Sabu saja cuba nak menafikan.

Apa pun, Mat Sabu mungkin boleh dimasukkan ke dalam buku Malaysia Guiness Book of Record sebagai seorang penganut syiah dan komunis dalam masa yang sama.

Adamyan@mykmu

Haron Din minta jangan libatkan tindakan DSAI dengan PAS

Posted: 08 Oct 2012 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Haron ketika dihubungi portal berita berkenaan turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan Ketua Pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui Pas.

''Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan politik dia.

Utusan

*Ermm..kami kurang paham la dengan kenyataan Datuk Haron Din ni, bagaiamana pula teman sekatil berkongsi impian dan mimpi tidak selari dengan perjuangan? 

Bukankan setiap tindakan dari setiap pemimpin Pakatan Rakyat mencerminkan objektif secara keseluruhan mereka?

Pelik...

Protes singgahan kapal perang US, PSM disaran desak kerajaan tutup kedutaan US di Malaysia...

Posted: 08 Oct 2012 06:31 PM PDT

Pembangkang yang ditumpang PSM ni memang bodoh tahap maksimum sungguh.

Kami pun pelik dengan kenyataan bangang dari Setiausahanya melalui Malaysiakini berkata, tindakan kerajaan membenarkan kapal perang berkuasa nuklear Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang menunjukkan hipokrasi kerajaan yang giat memburu Suaram dengan dakwaan menerima dana luar negara.

"Tindakan BN cukup hipokrit kerana di dalam negara, kerajaan BN meningkatkan usaha untuk memburu Suaram dengan pelbagai tohmahan berkenaan dengan penerimaan dana luar negara.

"Tetapi di sudut yang lain, kerajaan dengan tangan terbuka menerima lawatan mesin perang AS ke negara kita," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya PSM mengutuk sekeras-kerasnya persinggahan lima hari kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear USS George Washington bermula semalam – yang dilaporkan untuk "mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia".

"Tindakan ini hanya akan memperkukuh ketenteraan di rantau ini dan menggugat kedaulatan negara kita.

"Dengan membenarkan tentera AS memasuki kawasan laut dan tanah Malaysia, dan juga mewujudkan kerjasama ketenteraan yang rapat, hanya akan membantu memperkuat usaha imperialis yang diketuai AS untuk menguasai rantau Asia secara politik-ekonomi...," katanya.

Bodoh ke bengong, kami kurang pasti. Kapal tersebut bukannya singgah untuk letupkan mana-mana negara di rantau ni pun. SUARAM pula terima dana untuk musnahkan negara...

Kalau benarlah puak-puak bangsat ni memprotes singgahan kapal perang tersebut, mungkin selepas ini mereka mahukan pejabat kedutaan Amerika Syarikat juga ditutup di negara ini.

Malaysiakini pun satu punya bangang..berita tak berkualiti macam ni pun nak siar!

(Gambar) Nak pujuk punya pasal, wanita ini sanggup buka semua pakaiaannya!

Posted: 08 Oct 2012 06:01 PM PDT

Seorang saintis wanita berbogel ketika cuba untuk menjinakkan paus beluga di Kutub Utara yang sedangn membeku.

Natalia Avseenko, 36,  seorang ahli marin sanggup berbogel kerana percaya bahawa paus beluga tiak suka disentuh oleh bahan buatan seperti pakaian menyelam. Penyelam dari Rusia itu nekad menyelam dengan suhu air mencapai minus 1.5 darjah Celcius.

Penjinakan paus berlaku di kawasan Wilayah Murmansk di hujung utara-barat Rusia di pantai Laut Putih dekat Lingkaran Kutub Utara

Rata-rata manusia boleh mati jika dibiarkan di sub-sifar suhu air laut selama lima minit.

Namun, Natalia adalah seorang ahli yoga dan teknik meditasi yang digunakan untuk menahan nafas dan tetap di bawah air selama 10 minit 40 saat


Paus beluga terkenal kerana cara wajah mereka yang mampu menyampaikan mesej kepada manusia melalui espresi.

Isu bersekedudukan: Black mahu saman penulis gossip

Posted: 08 Oct 2012 04:34 PM PDT

DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.

Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).

Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya kepada Kosmo! bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.

"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.

"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.

Bercadang mahu menyaman penulis gosip tersebut jika dia tahu siapa gerangan individu tersebut, akui Black, sebagai seorang Islam dia masih tahu batas-batas agama dan tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk (bersekedudukan) itu.

Kata Black, dia mempunyai ibu dan bapa yang mendidiknya dengan baik. Malah, dia juga tahu hukum agama hasil pengajian menerusi sekolah agama ketika bergelar pelajar.

"Orang tengok saya sentiasa senyum dan baik, tetapi janganlah buli saya. Mungkin saya tidak ada kontroversi dan penulis tersebut sengaja menciptanya. Kalau kontroversi itu membina, saya boleh terima. Namun yang menjatuhkan (reputasi), saya tidak boleh terima," jelasnya yang sehingga kini masih terasa hati dengan penulisan penulis gosip tersebut.

Ditanya adakah dia menyesal dengan perbuatannya pergi bercuti bersama rakan-rakan, ungkap Black, sebagai individu, dia ada hak untuk bercuti dengan siapa dan ke mana sahaja. Dia tidak perlu berasa kesal kerana tidak melakukan perbuatan yang dilarang ketika bercuti.

Kaki perempuan

Mengulas mengenai hubungan cintanya, jelas Black, sejak beberapa bulan lalu dia dan kekasihnya itu sebenarnya sudah tidak bersama lagi.

"Kalau ikutkan kami akan bertunang pada Hari Raya Haji ini, tetapi nak buat macam mana sudah tidak ada jodoh," jelasnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang dirahsiakan identitinya itu sejak empat tahun yang lalu.

Masih bersedih dengan perpisahan itu, ujar Black, dia kini trauma untuk bercinta lagi.

"Buat masa ini saya masih trauma untuk bercinta lagi setelah hubungan saya dan dia yang sekian lama terjalin putus," ungkapnya.

Dikaitkan dengan isu 'kaki perempuan' dan ramai kawan wanita sebagai punca perpisahannya dengan kekasihnya itu, bidas Black, ia bukan disebabkan orang ketiga tetapi perpisahan mereka angkara kurang persefahaman.

"Muka macam saya ini boleh jadi playboy ke? Sebenarnya saya ramai kawan wanita. Mungkin bila saya keluar, mereka yang melihat kata saya sedang bercinta. Saya hanya mempunyai seorang kekasih. Hanya dia sejak dulu lagi. Namun, hubungan kami juga sudah terputus," ceritanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, kata Black, wanita tersebut harus melebihi ibunya. Ulasnya, jika ibunya dapat menjaga dirinya dengan baik, dia mahukan wanita yang dapat menjaganya lebih baik daripada ibunya sendiri.

Kosmo!

tun faisal dot com

Posted: 09 Oct 2012 01:47 PM PDT

tun faisal dot com


Faekah kena balun kaw-kaw akibat isu Khalid tidak cukup bagus jadi MB

Posted: 09 Oct 2012 03:44 AM PDT

Post Pic

Ada andaian yang isu terkini Khalid merupakan test ground untuk melihat kekuatan team Azmin dalam PKR. Keputusan terkini, nampaknya Khalid goyang... Benarkah Azmin sudah mendapat semula kekuatan? Mungkin Pas dan Dap Selangor tidak bersetuju dengan Azmin tentang kedudukan Khalid di negeri selangor.



Setiausaha Politik MB dibidas
pada 06-10-2012 02:10 Ditulis Oleh Nur Shakira Buang


SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Selangor(MPN) hari ini kecewa dengan sikap Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berhubung kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin menegaskan, Faekah sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak wajar mengenainya.

Zuraidah berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.

"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah dalam satu kenyataan kepada satu portal berita berkata, beliau menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang "tidak bijak secara politik."

Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Khalid ketika ditemui wartawan Antarapos di lobi Parlimen menyatakan beliau memahami apa yang diutarakan Azmin itu adalah pandangan peribadinya dan padanya Azmin tidak bersalah dalam konteks tersebut.

"Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor

"TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.

"Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu Zuraida berkata, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri."

Tambahnya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.

"Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.

"Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.



Harun Din - Anwar dan PKR bakal hancurkan Islam di Malaysia?

Posted: 08 Oct 2012 03:00 PM PDT

Post Pic



Islam liberal Anwar akan cetus sesalan berpanjangan

pada 08-10-2012 01:10 Ditulis Oleh Sharifudin Jamil



[ULASAN] Rumusan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai caragaya politik Anwar Ibrahim amat serius. Bagi beliau Anwar ada cara tersendiri bagi mengaut laba politik dan pendekatannya itu tidak berlandaskan Islam.

Sesungguhnya Dr Haron seorang ulama dan ahli akademik yang amat berhati-hati ketika berhujah. Justeru dalam kes Anwar ini, beliau nampaknya begitu fokus dalam pemerhatiannya.

Bagi Dr Haron, Anwar kian cenderung melandaskan pemikiran politiknya pada pemikiran Islam liberal yang dianggapnya agak memudaratkan kepentingan Islam.

"Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan," katanya.

Dr Haron berharap umat Islam di Malaysia, terutama penyokong PAS, tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR itu dengan perjuangan PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai asas membentuk sebuah negara.

Dr Haron berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang diundang oleh Anwar ke Malaysia baru-baru ini.


Pada majlis Selasa lalu itu Anwar juga bersetuju melancarkan buku tulisan Akbar berjudul Tinderbox: The Past and Future of Pakistan.

Akbar yang kini Pengarah Editorial akhbar berbahasa Inggeris terbesar jualannya di benua India  -- India Today -- mendakwa Islam adalah agama menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Dalil yang beliau gunakan ialah jika Islam boleh menyatukan umat untuk membentuk sebuah daulah atau negara Islam, sudah pasti di dunia hari ini ada 32 negara Arab yang masing-masing mendakwa negara Islam.

"Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya.

Pendirian Dr Haron ini amat jelas dan tegas. Meskipun sejarah hubungan peribadi beliau dengan Anwar sudah terjalin sekian lama, ketegasan Dr Haron mengatasi seberang sentimentaliti dengan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

Malah ketika ditanya adakah PAS bersetuju dengan fahaman syarahan Akbar tersebut, Dr Haron menambah mana-mana pihak yang amalkan fahaman sebegitu perlu mengubah persepsi mereka mengenai Islam.

"Jangan ambil begitu...yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam 
yang lengkap. Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi," katanya.

Pendirian Dr Haron ini meninggalkan banyak kesan terhadap imbangan politik  negara hari ini. Ketika negara dikatakan menuju ke arah sistem dua parti, Pakatan Rakyat yang memperhebat cabaran terhadap Barisan Nasional nampaknya masih belum muktamad platfom politik mereka.

Mungkin terbuai dengan desakan mahu memperkukuhkan persamaan pemikiran politik, PKR di bawah pimpinan Anwar semakin ghairah menjadikan isu Hak Asasi manusia sebagai wadah kerjasama politik dengan PAS dan DAP.

Keadaan ini amat bermanfaat kepada DAP yang mendapati kini lebih mudah baginya meluaskan penerimaan rakyat berfahaman liberal akan perjuangannya kerana kini diperakui oleh seorang ikon politik Melayu seperti Anwar Ibrahim.

Anwar pula nampaknya cuba memanfaatkan kerjasama dengan DAP di atas slogan hak asasi manusia ini untuk mengaut lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu bagi mengimbangi monopoli Umno terhadap undi Melayu.

Apa jua kesannya, Anwar nampaknya semakin liberal pemikiran politiknya dan mungkin ini yang mendorong Dr Haron untuk menyimpulkan Anwar lebih senang bermain dengan konsep keadilan yang universal sifatnya dan ini nampaknya menjarakkan beliau daripada pemikiran Islam yang lebih syumul.

Sikap inklusif politik Anwar mungkin mendekatkan dirinya di hati pengundi bukan Islam dan Melayu, tetapi jika dibiarkan diadun dengan pandangan "rojak" orang seperti MJ Akbar, Anwar mungkin menjadi Pak Kaduk yang "menang sorak tapi kampung tergadai".

Dr Haron sudah bersuara, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula bila lagi? Memenangi pilihan raya umum adalah satu hal yang diimpikan tetapi menggadai maruah Islam dengan "mengambil mudah" semangat dan syariah Islam, adalah satu pemikiran yang berbahaya dan akan mencetuskan penyesalan berpanjangan bagi PAS dan umat Islam di Malaysia, setidak-tidaknya.


Apa Yang Tersirat

Posted: 09 Oct 2012 01:46 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Isu Scorpene Hanya Rekaan SUARAM; Pendakwaraya Perancis

Posted: 08 Oct 2012 10:30 PM PDT

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.

Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.

"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.- Bernama