Sabtu, 2 Februari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Feb 2013 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


Puluhan Ribu Kaum Wanita Hadir Di Program "Himpunan Kebangkitan Wanita"Di Permatang Pauh Semalam

Posted: 01 Feb 2013 05:51 PM PST


Semasa mula-mula CTS melihat banner di atas, CTS sudah membayangkan puluhan ribu jika tidak ratusan ribu akan hadir di Permatang Pauh bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Wanita di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kehadiran tokoh-tokoh wanita terkenal dari pihak Pakatan Rakyat, sudah pasti ianya pasti menarik kaum-kaum ibu dan remaja untuk hadir ke pentas ceramah. Ini ditambah dengan promosi besar-besaran yang dilakukan sama ada kepada penduduk setempat maupun di media-media sosial.

Malangnya, sangkaan CTS meleset. Kaum-kaum wanita di kawasan Utara tanahair, terutama di Permatang Pauh langsung tidak mengendahkan perhimpunan ini. Mungkin mereka tahu tidak ada apa yang bangkit di dalam Pakatan Haram kecuali "anu" Anwar Ibrahim. Kedatangan amat mengecewakan. Kehadiran tolak campur darab bahagi termasuk kehadiran lelaki disitu adalah seramai 200-250 orang. Tidak hairanlah baru-baru ini Anwar Ibrahim kelihatan kecewa dan mengumumkan kemungkinan beliau tidak bertanding lagi di Permatang Pauh.

Apa Yang Tersirat

Posted: 02 Feb 2013 01:12 PM PST

Apa Yang Tersirat


Muka Nuar ada Nur kata Nik Aziz

Posted: 01 Feb 2013 11:10 PM PST

INILAH muka Anwar yang dikatakan mempunyai Nur menurut Nik Aziz. Muka ini konon mampu kejayaan kepada PAS meneggakkan agama islam berbanding Ustaz Nahsa, Dr Hassan Ali yang dipecat.

Selain itu, muka ini juga akan diangkat sebagai Perdana Pas bila Pakatan menang PRU-13. Hohoho.

Duke of UMNO

Posted: 02 Feb 2013 01:09 PM PST

Duke of UMNO


MY BEAUTIFUL MALAYSIA: AKU NAK TENGOK BERAPA RAMAI PEMIMPIN PAKATAN HARAM TURUN PAGI ESOK...!!!

Posted: 02 Feb 2013 10:41 AM PST


Aku dengar esok ada program My Beautiful Malaysia, sebuah program gotong-royong MEGA yang diadakan serentak di seluruh negara yang turut akan dihadiri oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, pepagi esok...

Program tu dianjurkan untuk menyemai semangat sukarelawan di kalangan beliau dan rakyat Malaysia untuk memastikan kawasan masing-masing sentiasa bersih, selesa dan sedap mata memandang...

Sebenarnya, konsep ni memang dituntut di dalam Islam dan aku yakin agama lain juga menganjurkan sikap itu...kan?


Cuma...aku nak tengok esok pagi berapa kerat puak-puak Pakatan Haram yang sanggup tinggalkan politik dan sertai program yang berpaksikan tuntutan agama ini. 

Apakah Pok Nik Ajis, Hadi Awang, Kit Siang, Guan Eng, Anwar Berahim atau Azmin Ali akan turun sebagai sukarelawan bersama rakyat bergotong-royong membersihkan kawasan sebagaimana yang dijadualkan esok pagi...

Atau depa lebih gemar berceramah politik pagi-pagi sambil menjual auta ke sana ke mari. Kesiannnn...pepagi lagi depa tabur fitnah...kan? Orang macam tu hangpa nak suruh pimpin negara? Puiii...

PANASSS..!!! MAZLAN ALIMAN PECAT DR. ROSLI SERTA MERTA..???

Posted: 02 Feb 2013 06:37 AM PST

mazlan aliman dr. rosli

Pada 21 Januari lalu, harga saham FGV buat jatuh sebanyak 2.4 peratus hinga ke paras RM4.31, pertama kali menurun melebih harga pengenalannya (IPO) yang bernilai sebanyak RM4.45 ketika mula diperkenalkan.

Maka bisinglah Mazlan Aliman mengusung "pakar ekonomi"nya, Dr. Rosli Yaakop, ke hulu dan ke hilir memburuk-burukkan saham milik peneroka Felda itu di mata rakyat. Kononnya, peneroka rugi besar dan bakal papa kedana kerana saham-saham itu.


Lebih buruk lagi, Dr. Rosli dengan "confident" meramalkan harga saham tersebut akan "terus merudum" ke paras yang lebih teruk lagi sejak tarikh tersebut, kononnya…

Sudah puas Mazlan Aliman dan "pakar ekonomi"nya, Dr Rosli Yaakop, meramal prestasi harga saham Felda Global Ventures (FGV)? Ada lagi yang nak komen tentang prestasi saham FGV? Ada sesiapa lagi yang nak kata saham itu akan terus merudum?

Nah! Hari ini 2 Februari 2013, saham FGV sedang berada di kedudukan stabil di Bursa Malaysia dengan mencatat harga RM4.59 sehingga kaunter ditutup semalam.

Dalam ertikata lain, ia meningkat sebanyak RM0.28 sejak tarikh 21 Januari lalu ketika Mazlan Aliman dan Dr Rosli membuat ramalan karut-marut mereka.

Analisis dari pakar-pakar pelaburan di Malaysia menyifatkan penurunan harga saham FGV tempohari sebagai satu tawaran "durian runtuh" atau "sale" di mana saham itu berada di bawah harga asal buat pertama kali sebelum dijangka melonjak naik kemudiaannya.

Biasalah. Saham memang kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik, tak terkecuali saham FGV.

Menariknya, saham-saham FGV milik peneroka dijamin oleh pihak Kerajaan Malaysia di mana mereka tidak perlu menanggung sebarang kerugian meskipun dari sudut kadar faedah pinjaman mereka di bank ketika membeli saham tersebut dulu.

Jadi, ketika harga saham FGV ini turun begitu, maka pakar-pakar pelaburan ini menasihatkan supaya orang ramai mengambil peluang ini dengan membeli saham tersebut dari mana-mana pihak yang ingin menjualnya.

Nak tahu kenapa? Saham-saham FGV itu sebenarnya merupakan saham-saham yang kukuh dan stabil. Malah BIMB Securities di dalam The Star baru-baru ini menjangkakan bahawa saham-saham tersebut akan naik sehingga ke paras RM5.46 sesaham!

Bukankah sesiapa yang beli saham dengan harga murah, kemudian saham itu melambung dan dijual dengan harga yang tinggi maka dia akan mengalami keuntungan? Bukankah menjadi prinsip ekonomi untuk mendapatkan keuntungan?

Jadi, nampak sangatlah pandangan pakar-pakar analisis pelaburan dan "pakar ekonomi" Mazlan Aliman itu sangat berbeza pendapat mereka. Dr. Rosli kata lain, pakar-pakar saham kata lain. Dr. Rosli kata "rugi", pakar-pakar saham kata "untung".

Pada saya, kalau saya jahil sekali pun tentang saham, saya sudah tentu akan percaya pada para penganalisis saham berbanding "pakar ekonomi" belaan PAS yang lebih bersifat "gebang politik".

Kalau peneroka Felda ikut kata Dr. Rosli dan jual semua saham FGV kerana takut harganya jatuh merudum lagi, sudah tentulah mereka rugi besar. Mereka beli dengan harga RM4.45 dan jual pada harga RM4.31, bukankah mereka rugi besar?

Sebaliknya, jika kita membeli saham FGV ketika harga jatuh pada harga RM4.31 dan kini sudah berada pada harga RM4.59 sementara menunggu untuk menjualnya pada paras harga RM5.46, sudah tentulah kita untung besar, bukan?

Inilah yang dikatakan sebagai "durian runtuh" untuk para peneroka. Cuma Mazlan Aliman dan Dr. Rosli saja yang rasa "bijak sangat" mencetus propaganda untuk menakut-nakutkan para peneroka dengan dakyah pembohongan mereka itu…

Orang seperti mereka itukah yang mahu menjadi pemimpin rakyat? Orang macam itukah yang dikatakan akan membela nasib rakyat? Sudahlah. Mereka fikir senang-senang saja mereka nak tipu para peneroka?

Mereka tak tahukah ada di kalangan peneroka yang mampu memilik Porsche Cayenne? Mazlan Aliman dan Dr. Rosli ada Porsche Cayenne? Kalau tak ada, lebih baik diam saja sebelum dimalukan dengan lebih teruk oleh para peneroka di seluruh negara…

PANASSS..!!! PAS TUKAR "KHALIFAH" JADI "TOKONG"..!!!

Posted: 02 Feb 2013 04:37 AM PST

ah beng

Seorang rakan dari Pulau Pinang baru-baru ini menghubungi saya dalam keadaan marah-marah apabila "Khalifah"nya, Lim Guan Eng mengatakan bahawa harga sebuah rumah "mampu milik" di Pulau Mutiara itu boleh didapati dengan harga "serendah" RM400,000..!

Ketika dia melepaskan geram melalui corong telefon bimbit, saya hanya mendiamkan diri dan mendengar dengan sabar leterannya kepada anak lelaki Lim Kit Siang itu sambil sekali-sekala memberi respon.

Sebenarnya, saya malas nak melayan kerenah leteran sahabat saya ini memandangkan dialah dulu yang begitu beriya-iya "melambung" Guan Eng sebagai "Khalifah Umar Abdul Aziz" di Pulau Pinang. Maklumlah, dia memang ahli PAS "totok"…


Dan kini, dia bukan lagi merungut. Malah dia maki hamun Guan Eng sepuas-puasnya dan tidak lagi menyebut tentang gelaran "Khalifah" yang diberikan kepada Setiausaha DAP itu.

Paling menarik, dia kini menggelar Guan Eng sebagai "tokong", merujuk kepada gelaran yang dikatakan telah diberikan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, atau lebih dikenali sebagai "Chot Pemuhong"…

Saya sebetulnya lebih dikenali sebagai "tempat mengadu" bagi rakan-rakan PAS memandangkan latar belakang dan sifat saya yang bersikap kritis terhadap pergerakan parti itu selama ini.

Sebelum mengakhiri perbualan kami, saya sempat berseloroh memulangkan "paku buah keras" padanya dengan menyuruh rakan saya itu "meneruskan lagi sokongannya kepada pimpinan Khalifah kesayangannya itu".

Mungkin panas dengan seloroh tersebut, rakan saya bermati-matian menegaskan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain takkan lagi mengundi DAP mahupun PKR pada PRU ke-13 nanti.

Sejauh mana kebenaran kata-katanya itu, wallahu'alam. Maklumlah, janji orang PAS ni bukannya boleh dipercaya sangat, kan?

Balik kepada isu yang mencetus kemarahan rakan saya itu, saya tertanya-tanya tentang kewajaran meletakkan harga rumah "mampu milik" itu sebanyak RM400,000. Berapa kerat sangatlah rakyat di negara ini yang mampu membeli rumah semahal itu?

Kakitangan kerajaan yang bergaji di antara RM3,000 hingga RM5,000 pun belum tentu mampu memiliki rumah semahal itu memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi di Pulau Pinang. Jadi, di mana letakkan rasional Guan Eng dalam isu ini?

Sekiranya Guan Eng mahu menetapkan harga syiling bagi rumah mampu milik, sepatutnya dia melihat kepada kemampuan rakyat dari golongan rendah dan sederhana yang hanya mampu memiliki rumah yang berharga sekitar RM100,000 hingga RM200,000 sahaja.

Membeli harga rumah bernilai RM100,000 itupun sebenarnya masih belum menjamin kestabilan kewangan seseorang itu memandangkan dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kos sara hidup seperti sewabeli kenderaan, utiliti, makan minum dan sebagainya.

Sekiranya Guan Eng meletakkan harga mampu milik itu dengan merujuk kepada kemampuan kaum Cina, memang betullah memandangkan mereka memegang lebih dari 45 peratus kek ekonomi negara dan memonopoli di dalam pelbagai sektor ekonomi sokongan yang lain.

Tapi bagi kaum bukan Cina, sudah tentu harga tersebut dilihat sangat tidak munasabah untuk dikatakan sebagai "kos mampu milik" memandangkan pendapatan mereka yang jauh lebih rendah, bukan?

Pada saya, jika Guan Eng mahu halau kaum bukan Cina dari Pulau Pinang secara tersirat sekalipun, buatlah cara lain. Dengan cara ini, nampak sangat niat busuknya nak mengusir kaum bukan Cina keluar dari Pulau Mutiara itu…

Kalau bercita-cita nak "merepublikkan" Pulau Pinang selepas PRU ke-13, berterus-terang sajalah. Senang kaum bukan Cina nak rancang tindakan mereka pada pilihanraya ini. Bukan payah sangat nak jatuhkan rejim Guan Eng di Pulau Pinang di atas kertas undi, kan?

Pangkah saja BN, baru Guan Eng tahu langit itu tinggi atau rendah, kan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! MURSYIDUL AM MENCARUT KUTUK UMAT ISLAM MELAYU..!!!

Posted: 01 Feb 2013 07:17 PM PST



Tu diaaaa...!!! Sakan sungguh dia kutuk orang Islam...maki hamun orang Melayu... baguih dok ada. Tapi "mursyidul am" ni la yang didewa-dewakan PAS. Orang ni la yang dijunjung PAS siang dan malam...

Sebagai seorang yang paling berpengalaman dalam arena politik pembangkang, Lim Kit Siang menjadi petualang besar bagi umat Islam Melayu ketika itu. Dalam peristiwa 13 Mei dulu, dia ni la yang carutkan orang Melayu...

Dan sekarang ni, dia secara tidak rasmi dilihat seolah-olah berjawatan "Mursyidul Am Pakatan Haram". Anwar dengar cakapnya, Hadi dan Pok Nik Ajis pun tunduk padanya. Bagilah ayat Al-Quran mana sekali pun, Kit Siang tetap depa junjung atas kepala...


Padan la Pok Nik Ajis halalkan mencarut, maki hamun dan caci cerca. Dia sendiri pun pernah maki orang. Mungkin dia mencontohi perangai boss dia "Mursyidul Am Pakatan Haram" tu kot? Heh!

Tapi, orang Melayu memang cepat lupa. Sekarang ni lagi teruk, kena maki, , Islam diperlekeh dan depa kena tipu hidup-hidup pun depa sanggup asalkan Kit Siang bahagia bersama anaknya. Heh! Agaknya di mana letaknya akal puak-puak ni? Di kepala lutut kot?

LAWAK PAGI INI...DEBAT HADI VS HARUN DIN..SIAPA MENANG?

Posted: 01 Feb 2013 04:37 PM PST


Dah bertengkar la pulakkkk...

Presiden kata "YA"...Ustaz Harun Din pulak kata "NO"....

Bila kena ugut keluar parti, baru la Presiden kata "NO" jugakkk...

Tapi dia sudah kowtim dengan Pok Nik Ajisss...

Katanya, dia suruh Pok Nik pegi mengadap Karpal dan Bishop...

Katanya...semua tu semua "lakonan" jerrr...heh!

Tu diaaa...punya la PAS jaga hati DAP...

Abih tu...Hati dan aqidah umat Islam siapa yang jaga?

Macam biasa...UMNO jugak laaa...kan?

Tapi UMNO jugak la yang dituduh "kapiaqqq"..!!! Heh!

THE FLYING KICK

Posted: 02 Feb 2013 01:03 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Feb 2013 11:10 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! M Nasir buat persembahan program BN di Permatang Pauh !!

Posted: 02 Feb 2013 08:32 AM PST




Pencacai2 Anuwar confirm  angin  punya bila tahu penyanyi terkenal tanahair M Nasir menyanyi di program BN iaitu Himpunan Anak Muda 1Malaysia malam tadi .

Bukan senang woo nak bawa mai M Nasir ke bumi Permatang Pauh ...haha...tambah-tambah lagi  program anjuran UMNO Permatang Pauh pulak ..






Dari raut wajah , rambut , suara ,nama memamg hampir sama dengan penyanyi terkenak M Nasir ini  tetapi sebenarnya beliau  ialah  Lan M Nasir .   Salah seorang rakan  karib M Nasir dan pernah sertai kumpulan Apokalis .

Persembahannya di himpunan anak muda malam tadi memang tidak menghampakan 1 ribu hadiri yang hadir yang majoritinya anak muda  dengan mendendangkan lagu nyanyian M Nasir seperti Gerhana & Mantera Semerah Padi .




GPB yang hadir malam tadi rasa seperti macam berada di filem Man Laksa pulak .. ada persembahan pentas , BBQ dan  juga pelbagai barangan dijual penjaja-penjaja di situ .

Tahniah kepada penganjur program  seperti Biro Penerangan UMNO , Gerakan Belia 4B Permatang Pauh , UMNO Bahagian  yang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk berbilang kaum  sekitar Seberang Jaya dari petang tadi hingga ke malam .


Ribuan orang muda serbu Himpunan Anak Muda 1Malaysia@bnpenang

Posted: 02 Feb 2013 12:40 AM PST








Himpunan Anak Muda 1Malaysia Prmtg Pauh yang berlangsung di Sbrg Jaya yang bermula 2 ptg hingga malam ini  meriah da hingga saat ini lebih 1 ribu anak muda hadir

Pelbagai program dan aktiviti khusus untuk orang muda diadakan seperti pendaftaran BL1M , perkhidmatan percuma service motorsikal , penyampaian baucher BR1M  , pertandingan Battle of the band, aktiviti berbasikal ,penyampaian helmet 1Malaysia  dan lain-lain lagi.

Acara perasmian  akan bermula jam 5 ptg dirasmikan oleh Pengerusi BN P.Pinang  Sdr Teng Chang Yeow.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kalimah Allah : Komen berapi Hafiz Nordin kepada tokong DAP !!

Posted: 01 Feb 2013 07:00 PM PST




Isu kalimah Allah  yang dicetuskan oleh dalangnya iaitu Joseph Lim Guan Eng terus bebas tanpa dikenakan sebarang siasatan oleh pihak polis sehingga kini .

Walaupun sudah berpuluh report polis dibuat oleh umat Islam  , tapi anak kit siang ini terus kebal . Adakah Polis & KDN  takut sebab dia Ketua Menteri P.Pinang ??

Tetapi bila disebut sikit saja oleh Datuk Ibrahim Ali ,  terus didesak oleh tokong DAP ini termasuklah  bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman supaya dikenakan Akta hasutan .

Persoalannya ,   Mengapa yang dalang yang cetus isu kalimah Allah ini tak dipanggil polis seperti mana dipersoal oleh Ustaz Hafiz Nordin dalam video ceramahnya ini ?








 Kenyataan Pengerusi JATI  Dato Dr Hasan Ali 


 Saya ingin membuat sedikit ulasan terhadap gesaan mantan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman supaya segera mengambil tindakan dibawah Akta Hasutan berhubung dengan kenyataan berbentuk ugutan Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa terhadap Bible versi Melayu yang menggunakan Kalimah Allah.

 Saya menghormati pandangan mantan peguam negara tersebut tetapi mempunyai pandangan yang sikit berbeza dalam hal ini. Pertama, kenyataan Dato Ibrahim Ali hendaklah dilihat dalam konteks yang luas dan lebih dalam. Luas ertinya mencakupi 28 juta rakyat Malaysia dan 2 billion penduduk dunia beragama Islam. Sementara kedalaman impak isu ini merujuk kepada persoalan aqidah yang berhubung langsung dengan masalah ketuhanan umat Islam.

Seperti yang diketahui atas nama keagungan Allah dan kehebatan Islam manusia Muslim sanggup melakukan apa saja hatta mengorbankan nyawa mereka. Meletakkan kedua-dua luas dan dalamnya isu ini sudah tentu tidak semudah itu bagi kita untuk mencadangkan sesuatu tindakan seperti yang dicadangkan oleh Yang Arif Tan Sri Abu Talib itu.



Dato Ibrahim Ali mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Umat Islam di Malaysia pula termasuk penduduk Muslim dunia pun mempunyai sebab tersendiri untuk mengambil sesuatu tindakan atas nama kesucian Islam hingga sanggup menjadikan nyawa mereka sebagai galangannya. Bagi saya mencadangkan tindakan dibawah Akta Hasutan terhadap Dato Ibrahim Ali adalah sesuatu yang secondary sifatnya.

Yang primarynya ialah punca dan pencetus kepada isu Kalimah Allah terbaru hingga memungkinkan Dato Ibrahim Ali menyatakan bisikan keimanannya terhadap Allah dan Islam yang dicintainya. Yang primarynya juga ialah Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah yang sudah dicetak dan diedarkan termasuk kepada orang-orang Islam di negara kita.

Apakah kita boleh menutup mata kepada sumber yang menjadikan isu ini terus membara atau adakah kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin sanggup melihat agama kita diinjak-injak dan pegangan agama generasi Muslim pengganti nanti diselimuti dengan kekeliruan aqidah. Seperti yang dilaporkan, puluhan laporan polis telah dibuat ke atas Lim Guan Eng. Tetapi kenapa dan mengapa hanya Ibrahim Ali dijadikan sasaran.

 Inilah di antara persoalan yang perlu direnungkan. Mencadangkan tindakan tegas terhadap Dato Ibrahim Ali mungkin mudah tetapi mengawal anasir-anasir pencemar aqidah yang terus bertali arus, gigih, istiqamah dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang serba canggih tidak semudah seperti mengenakan tindakan kepada Dato Ibrahim Ali. Fikir-fikirlah.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
 TTDI KL
1 Februari 2013

Hot ! Puluhan ribu wanita P.Pinang bangkit sokong Anwar !!

Posted: 01 Feb 2013 05:16 PM PST


Macam ini lah punya sokongan wanita di P.Pinang kepada Anuwar , memang boleh kalah BN kali ini di negeri ini .hahaha... 

Sebelum ini jawatankuasa penganjur diketuai Mansor dah target boleh bawa 15 ribu orang untuk himpunan malam tadi .KLIK DISINI

Tapi nampaknya macam ni la kehadiran yang dianggarkan 200 orang, patut la Anuwar dok buat drama merajuk di sinar harian  kononnya tak  mau bertanding di Prmtg Pauh kali ini.

Kehadiran Mak Lampir & Bawani Listen pun gagal menarik ramai wanita untuk dengar ceramah menipu mereka ini

Nampaknya rakyat pun dah muak dan jelak dengan slogan  " Kebangkitan "...

nak bangkit apa  lagi lah agaknya  ? Bulan ini duit BR1M RM 500  dapat lagi kepada rakyat selepas duit RM100 untuk pelajar sekolah sebelum ini ..

Macam ini zalim lagi la  ?  Pi la cari negara dalam dunia ni boleh dapat kerajaan seperti ini...

***Dengar kata Anuwar tak turun singgah semalam sebab tak ramai ...



KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 02 Feb 2013 07:51 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


MADAH HARI INI

Posted: 01 Feb 2013 04:07 PM PST


Politik Harian

Posted: 02 Feb 2013 03:46 AM PST

Politik Harian


Gimik Bubar DUN, Khalid Ibrahim Mahu Tutup Kemelut

Posted: 02 Feb 2013 02:00 AM PST


Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius. Menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.

Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.

Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap 'memasang badan' sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13.

Hasrat Khalid untuk melakukan 'stunt' juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.

Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.

Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bulan pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.

Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid – Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.

Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
2 Feb 2013.

Akar Umbi Desak Guan Eng Mohon Maaf, Pemimpin PAS Berkiblatkan DAP!

Posted: 02 Feb 2013 12:00 AM PST



Akar umbi sudah bersedia! tapi malangnya pemimpin PAS adalah boneka DAP! 

72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan PKR.

Malah pendirian dan perjuangan Pemimpin PAS kini semakin diragui kerana sanggup "berkiblatkan" DAP!

Terbukti perjuangan PAS sudah mati! dimana suara pemimpin PAS dalam mendesak Guan Eng berhubung isu kalimah Allah!!

Padang Serai- Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.

Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut.

Mat Sabu Tak Bertanding PRU-13 Mah.......

Posted: 01 Feb 2013 10:00 PM PST


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mungkin tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Sumber dalaman PAS memberitahu Mohamad membuat keputusan itu mungkin kerana kecewa dengan tindakan segelintir pemimpin PAS yang dikatakan sedang berusaha menghalang beliau daripada bertanding di Kedah.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini keputusan sudah dibuat, yang mana Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang. Tetap ada pakatan dari kalangan pemimpin PAS termasuk pemimpin kanan parti yang berusaha sabotaj Mat Sabu.


Menurut sumber itu lagi, usaha menyekat Mohamad dibuat kerana tidak mahu sosok itu berada dalam Parlimen pada penggal akan datang.

Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, Mohamad bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Datuk Razali Ismail dan calon Bebas, Maimun Yusuf, seorang nenek yang dikenali dengan nama Tok Mun yang jadi calon paling tua dalam sejarah pilihan raya negara.

Razali menang dengan majoriti 628 undi manakala Maimun hilang wang pertaruhan.

Menurut sumber itu lagi, usaha mengetepikan Mohamad itu juga sebahagian daripada "projek menaikkan seorang Timbalan Presiden baru" pada pemilihan PAS yang dijangka akan dibuat sebelum hujung tahun ini.

Mohamad dikatakan mempunyai aliran pemikiran yang tidak bersesuaian dengan apa yang diinginkan oleh sesetengah pemimpin PAS.

"(Mereka) dah ada 'kuda' baru nak bagi lawan dengan Abang Mat. Yang lama dah terpelanting dari Majlis Syura Ulama, jadi kena promosi 'kuda' baru," kata sumber tersebut.

Sumber itu merujuk kepada pengguguran Nasharuddin Md. Isa daripada Majlis Syura baru-baru ini.

Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS tahun 2011 mengalahkan Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Gerakan Memecat Harun Din Bermula!

Posted: 01 Feb 2013 07:00 PM PST


Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.

Menurut sumber dalaman tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Pertembungan Pendirian Anwar Ibrahim dan Haron Din



Seperti mana yang kita ketahui hanya Haron Din yang masih belum berani dipecat oleh Anwar Ibrahim. 

Secara umumnya gerakan dari Anwarinas sudah pun bermula, hanya tunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Harun Din dengan cara terancang seperti mana yang dilakukan terhadap Hasan Ali dan Nasha. 

Walaubagaimana pun Puak Anwarinas perlu meyakinkan akar umbi PAS agar mereka boleh menerima keputusan yang bakal di umumkan. Jika tidak, akan berlakulah perpecahan yang amat serius dalam parti PAS sekaligus boleh menghancurkan parti itu. Takbirr!



PAS is Death!

Tubuhkan Unit Pembetulan Aqidah - Pengerusi MAINS

Posted: 01 Feb 2013 06:00 PM PST


Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MAINS terus memberi penekanan dan fokus di dalam mempertingkatkan syiar Islam di negeri ini.

Beliau mengumumkan cadangan MAINS mengambil Pangsapuri Sri Perdana Paroi sebagai anak angkat menginstitusikan pendidikan agama Islam kepada ibu bapa. Selain dari Pangsapuri Sri Perdana Paroi, perkara yang sama turut akan dilaksanakan di taman-taman perumahan secara berperingkat.

Hari ini di Majlis Tautan Ilmu PDM 131/N25/01 Paroi yang diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa, Paroi, beliau memaklumkan bahawa MAINS telah menubuhkan satu unit yang dipanggil Unit Pembetulan Aqidah.

Menurut beliau, unit ini dipertanggungjawabkan kepada Dato' Sheikh Mohamad Fuad Kamarudin di mana peranannya adalah memantau aktiviti dan aqidah umat Islam di negeri ini.

Penubuhan 1 unit ini kerana kerisauan terlampau banyak serangan demi serangan menyerang umat Islam, datang dari pelbagai sudut dan ruang yang mahu melihat aqidah anak-anak umat Islam terus hancur.

Katanya lagi, ini merupakan langkah proaktif yang di ambil oleh Kerajaan Negeri melalui MAINS. Kita tak mahu mengambil tindakan dan membuat perancangan setelah keadaan menjadi semakin teruk baru nak bertindak. Mencegah lebih baik dari mengubati."

Unit ini kelak akan bekerjasama dan jalan seiring dengan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di dalam tugas pemantauan. Sekiranya terdapat penangkapan umat Islam di negeri ini, mereka akan diambil tindakan seperti nasihat dan kaunseling.

Tambah beliau lagi, "Ajaran syiah misalnya telah melampau-lampau di negara ini, dan MAINS telah mengesan ianya telah menular di negeri ini dan kita tidak pandang ke belakang lagi dan akan bertindak membetulkannya.

#Fakta 7 Dalil PAS Sesat Untuk Renungan @abby_abadi112

Posted: 01 Feb 2013 08:39 AM PST


FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM
Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik

FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA
Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

"Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM
"Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

"Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri," -Hassan Ali.

FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN
Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT
Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan 'dosanya' menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA PECATWALAU PERJUANG ISLAM
"Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

"Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA PELIWAT ANWAR IBRAHIM
"Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,"


Yang Berhormat Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari 2012.

Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar. Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Dendam Tok Guru Pada Ustaz Nasha Tidak Bertepi...

Posted: 01 Feb 2013 07:00 AM PST


Sejak sambut hari jadi ke 82 dan dapat potong kek bersama Karpal Singh baru-baru ini, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya semakin garang.

Malah beliau turut menghukum menteri yang tidak beri royalti kepada Kelantan akan masuk neraka.

Nampak sangat marah beliau kepada 'menteri' berkenaan –yang dipercayai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin Mursyidul Am PAS ini ada sifat simpan dendam yang tak akan padam macam beliau berdendam kepada UMNO yang didakwanya tikam  belakang PAS di Kelantan satu masa dulu.

Kebiasaanya semua orang mengharapkan ' sinar kebijaksanaan' dari seseorang yang bergelar Tok Guru.

Namun Tok Guru ini memang lain macam...dan seolah tiada umat yang akan diampunkan kalau tidak sokong PAS dan ikut cakapnya.

Kalau setakat UMNO beliau berdendam kerana politik satu hal...tetapi Nasharuddin Mat Isa juga jadi mangsa.

Menoleh ke belakang, krisis antara Nik Aziz dan Ustaz Nasha meruncing ketika pilihanraya kecil Manik Urai di Kelantan pada Julai 2009.

Tiba-tiba keluar larangan PAS Kelantan yang dipimpin Nik Aziz tidak membenarkan Ustaz Nasha yang ketika itu masih timbalan presiden parti
turun berkempen.

Baik Nik Aziz mahupun Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masing-masing berdolak dalih mengenai larangan yang dikatakan dibuat ketika mesyuarat PAS Kelantan sewaktu PRK Maik Urai.

Bagaimanapun Ustaz Nasha turun juga berkempen sekejap sahaja atas alasan masih menerima rawatan kerana pembedahan usus.

Selepas Ustaz Nasha gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden parti, Nik Aziz semakin 'memperkecilkan' pandangannya terhadap Nasha.

Namun, ahli parlimen Bachok itu dipilih menganggotai Majlis Syura PAS.

Khabarnya, kerana tahu Menteri Besar Kelantan itu tidak sebulu dengannya, Ustaz Nasha jarang hadir mesyuarat majlis berkenaan.

Apatalah lagi ketika hubungan PAS dengan PKR dan DAP semakin intim dan timbul isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Nik Aziz mungkin tidak senang hati dengan Ustaz Nasha yang kelihatan memihak kepada bekas Exco Selangor itu.

Selain itu, pelbagai kenyataan dan kritikan Nasha mengenai hubungan PAS dengan DAP serta meminta parti itu mengkaji semula kedudukan PAS dalam pembangkang membuat Nik Aziz semakin anti Nasha.

Kemuncak rasa tidak puashati dan dendam Nik Aziz mungkin terbalas dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusinya pada 13 Januari lalu.

Perkara penting mesyuarat itu adalah memecat keanggotaan Nasha daripada majlis tersebut.

Ini sekaligus menjadikan Ustaz Nasha sebagai  ahli biasa PAS.

Ingatkan perkara itu memuaskan hati Nik Aziz tetapi rasanya dendam Tok Guru masih tidak bertepi terhadap Ustaz Nasha apabila menyatakan pengguguran  keanggotaanya daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti.

Angkuhnya Nik Aziz menyatakan, Ustaz Nasha tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.

"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz
Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di  Bachok, Khamis.

Bagaimanapun, PAS Pusat masih mengakui Ustaz Nasha masih seorang ahli biasa parti selepas pemecatan tersebut.

Hadi  berkata demikian semalam di Pokok Sena mengulas mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Musafa Ali ketika ditanya kontroversi ini dan dalam pesanan rengkas kepada Agendadaily pada Jumaat, Mustafa  mengakui Ustaz Nasha masih ahli PAS.

Jadi semakin jelas hanya Tok Guru saja buat kenyataan Ustaz Nasha bukan lagi ahli PAS siap dengan istilah sudah lafaz cerai.

Malah, katanya terpulang pada sesiapa nak ambil orang yang sudah kena cerai.

Agaknya dendam dan marah Nik Aziz pada Nasha tidak bertepi..

Mungkin lepas tengok gelagat Nik Aziz ini termasuk nak tentukan siapa masuk neraka, PAS kini bukan lagi dikenali parti Islam tetapi PAS sudah jadi Parti (Nik) Aziz Seorang.

Oleh Roslan Bian

Majlis Syura Sudah Tidak Relevan, Perlu Dibubarkan

Posted: 01 Feb 2013 06:00 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama 'Islam' yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang 'mengabaikan' Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.

Bilakah Akan Berakhirnya ‘Huru-Hara’ Akibat Kekalutan Berpolitik?

Posted: 01 Feb 2013 05:00 AM PST


LIHATLAH sepanduk di sebelah ini. Ayatnya bukan berbunyi KERANAMU MALAYSIA tetapi KERANA MU GUAN ENG HABIS ORANG ISLAM HURU HARA. Huru-hara membawa pelbagai makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mencari maksudnya. Sejauh manakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan penyebab orang Islam 'huru-hara'? Rakyat yang 'melihat, mendengar dan membaca' boleh membuat tafsiran. Sehingga kini Guan Eng terus menutup mulut manakala demonstrasi bantahan berterusan. Apakah kesudahannya? Kata-kata yang terdapat pada sepanduk itu 'dipersembahkan' oleh sekumpulan 50 penduduk termasuk penyokong Pas di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan pada Khamis lalu. Mereka membantah tindakan DAP mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Mungkin setakat itulah yang termampu diluahkan oleh kumpulan peserta demonstrasi berkenaan yang rimas dengan suasana yang berlaku.

Guan Eng ibarat 'melontar batu' ke dalam sungai yang tenang. Lontaran itu membuatkan air berkocak dan mengejutkan 'buaya'. Ada 'buaya' yang boleh terima lontaran batu itu dan ada pula yang berang kerana 'diganggu'. Ada juga buaya yang tidak peduli itu semua. Ada juga yang terpedaya umpama kisah tipu muslihat sang kancil. Buaya yang ganas tiba-tiba menjadi 'bodoh' sehingga sanggup membiarkan badan dan kepalanya dipijak bagi memenuhi hasrat kancil untuk menyeberangi sungai. Itu hikayat sang kancil yang kecil memperdayakan buaya yang ganas.

Kembali menyelak isu kalimah Allah ini, tidak dinafikan perutusan Guan Eng sempena sambutan Krismas yang lalu mencetuskan pelbagai polemik. Dalam kalangan orang Islam, ada yang secara terbuka menyokong hasrat Guan Eng itu dan ada pula yang membantah secara terbuka atau senyap-senyap. Ada pula yang seperti berada 'di atas pagar'. Cakap salah, tak cakap pun salah, macam dialog ketika Abang Ali (M.Zain) mahu 'mengusir' Kassim Selamat (P.Ramlee) daripada bawah kolong (rumah sewa) di Pulau Pinang dalam filem Ibu Mertuaku.

Lebih parah apabila dalam kalangan Pas pun 'kecoh' dengan kenyataan yang pelbagai, macam pasembor (rojak) atau ais kacang (air batu campur) dekat Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada pula yang sanggup membuat 'pusingan u'. Begitulah hanya sekadar kalimah Allah, orang Islam diuji sejauh mana keupayaan mereka untuk berfikir dan menunjukkan kepada khalayak tahap kecerdikan mereka atau sebaliknya.

Sekadar selingan, anggota DAP juga dalam keadaan 'huru-hara' kerana keputusan 'misteri' dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berikutan kesilapan dalam proses pengiraan undi. Ramai yang mendesak supaya diadakan pemilihan semula. Jumlah undi yang dikira hanya sekitar 1,823 undi dan melibatkan 63 calon. Jumlah itu lebih kecil berbanding 46,192 undi yang dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Bagan pada PRU lalu. Di seluruh negara SPR mengira lebih 500,000 kertas undi.Jumlah calon pula, di Pulau Pinang 82 di kawasan DUN dan 27 bagi Parlimen.

Bayangkan jika kesilapan itu dilakukan oleh SPR. Bukan setakat DAP yang akan 'melompat' malahan banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bangun 'membelasah' SPR, mencabar kredibiliti SPR, mencabar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan badan itu. Mungkin ada desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.

Kembali kepada topik huru-hara, sejak Guan Eng berada di Komtar (pusat pentadbiran kerajaan negeri), pelbagai peristiwa dapat disaksikan. Situasi ini juga boleh dianggap huru-hara. Di situlah, sebuah parti yang mendakwa sebagai demokratik menghalang beberapa media termasuk Utusan Malaysia daripada membuat liputan. Inilah erti kebebasan media ala DAP. Dulu ketika Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon menjadi ketua menteri, tidak kedengaran sebarang usaha untuk menyekat kebebasan media. Begitu juga hari ini jangan sesiapa di Pulau Pinang atau di luar negeri itu pandai-pandai menggunakan nama Pulau Pinang (Penang) dalam apa juga penganjuran acara. Kena minta izin kerajaan negeri umpama memohon permit daripada polis atau pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan perhimpunan atau menampal poster. Hebatnya Penang.

Jika diselak lagi dalam tempoh empat tahun lalu, Pulau Pinang mungkin menjadi negeri yang paling banyak mengadakan demonstrasi jalanan atau perarakan bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri khususnya Guan Eng. Suasana seumpama ini hampir tidak dapat dilihat semasa era Chong Eu dan Tsu Koon. Jika ada pun hanya perarakan sempena menyambut kemerdekaan, Maulidur Rasul, Cingay, kereta berhias, Hari Wesak dan Thaipusam.

Menarik juga semasa era Guan Eng ini, banyak 'hadiah pelik' yang cuba memasuki Komtar untuk dihadiahkan kepada Guan Eng. Paling banyak tentulah kek. Pelbagai jenis diterima. Ada kek bersalut krim putih di luar manakala di dalamnya berwarna hitam (simbolik pentadbiran kerajaan DAP indah khabar dari rupa); kek replika najis manusia yang diperbuat daripada polisterin dan disalut krim coklat (simbolik pentadbiran yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luar, nampak lazat tetapi tidak boleh dimakan). Guan Eng juga dihadiahkan seluar dalam wanita dan coli bercorak harimau (simbolik seorang peniaga yang mendakwa kerajaan negeri tidak adil, tidak telus kepada rakyat kerana tidak memulangkan semula tapak niaga di Komtar). Begitu juga dengan replika bengkel, tandas, jentolak dan kunci.

Sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan DAP pula, ada pihak yang menghadiahkan keranda kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik. Komtar juga digemparkan dengan penemuan beg galas berwarna merah, biru dan hitam. Beg itu ditemui di tingkat 3 Komtar. Beg berwarna biru yang dilabel LGE mengandungi seekor biawak, beg hitam dilabel NWA ditemui seekor anak babi dan merah yang dilabel MK ditemui seekor itik hitam. Penutup kepada tahun 2012, dua batu nisan dibawa naik ke Komtar, juga tanda protes terhadap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Begitulah hadiah-hadiah istimewa yang menggambarkan 'huru-hara' yang berlaku. Entah apa pula hadiah yang akan menyusul selepas ini.

-Oleh Hassan Mohd. Noor

tunku

Posted: 02 Feb 2013 03:42 AM PST

tunku


Strategy To Clash Tun M-Najib: Proves That PR Is Scared

Posted: 01 Feb 2013 08:00 AM PST

Despite of the opposition's constant attack on former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad (Tun M), they still cannot deny his strong 'aura' which haunts them.
Even though he is retired and only observes the nation's politics while providing his views, some sides somehow claimed that his opinions are orders.
Tun Mahathir is a very honest man and no one can deny that. When he felt that it was time for Tun Abdullah to retire, he stated the matter without covering anything.
Realizing that Tun M's aura could influence Malaysia's political arena, the opposition tries to change the 'aura' so that it would benefit them. That is why, as they criticize Tun M, they tried to describe that Tun M also agrees with them regarding the BN government's weaknesses and the Prime Minister himself. They are hoping that Tun M's aura will be able to influence Malaysians to also see the government's weaknesses.


So, that is how the fable saying that Tun M is working with Tan Sri Muhyiddin to bring down Dato' Seri Najib happened, like what was published by Malaysia Chronicle.
And yesterday, another story rose saying that Tun M 'ordered' Dato' Seri Najib to resign if BN fails to win big in the coming GE. Tun M's explanation on the matter where it is a regular tradition leaders would resign if they fail to achieve their target and that it has been going around since the era of Tunku Abdul Rahman where everything depends on what members want, was 'belittled' by the opposition's media. And in the same statement, Tun M did admit that Dato' Seri Najib did took BN when the coalition was weak, but the opposition somehow tried to twist his statement by saying that Najib's government is weak.


The opposition's media, especially English language ones, kept on playing this kind of stories where their target readers are the ones who are much more rational. It seems that they are really working hard on it as GE draws closer.
What really happened was that Tun M is giving his full support towards the government led by Dato' Seri Najib. he also stated that he would voluntarily help the government if there is any need for it.
And as we all know, if Tun M felt that Dato' Seri Najib do not deserve the post, then he would not hesitate to give his opinion on it instead of covering anything because that is how he is, every rakyat knew that.


And this is what PR is really afraid of, the fact that Tun M is giving his full support towards Dato' Seri Najib and BN. Dato' Seri Najib's aura is enough to sink Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. With the help of Tun M, how would the opposition fight against BN?
Despite of all the attempts to clash these two leaders, it seems like it is still going nowhere.
That is why, the opposition do not have to work hard just to raise support from rakyat through Tun M's aura. Seems too obvious that opposition leaders do not have great leadership to be loved by rakyat that they had to depend on their enemies.

Ohpolitik!™

Posted: 02 Feb 2013 03:22 AM PST

Ohpolitik!™


For PAS at present, losing @nasharudin is nothing compared to losing partners DAP and PKR

Posted: 01 Feb 2013 07:12 AM PST




For PAS at present, losing former deputy president Nasharuddin Mat Isa is nothing compared to losing partners DAP and PKR because both the parties could deliver them the Chinese and Indian votes.

PAS is confident of retaining the members and supporters vote when the party made a U-turn on the issue of using the word Allah…not actually knowing the grassroots and die-hards fundamentalist members are getting more frustrated.

The party leaders especially NIk Aziz Niki Mat playing to the gallery of Lim Guan Eng and Karpal Singh on the issue as well other issues that anger the hard core members who do not trust the two parties and their leaders.

Despite them (PAS hard core members) being loyal and follow whatever decisions taken, they are not as dumb as they look to be…they are smart now and know what is right and what is wrong.

Their distrust towards Anwar Ibrahim and DAP leaders began after 2009 when they saw Anwar's move from outside to take control of the party that saw many leaders aligned to the fundamentalists were voted out and replaced by Anwar's liberals.

Mohamad Sabu or Mat Sabu, a rebel rouser who is Anwar's stooge was voted in, defeating intellectual and fundamentalist Nasharuddin, paving the way for Anwar to begin his control in PAS.

Whatever councils PAS have right now are under Anwar's influence directly and indirectly, after having his men in the supreme council since 2009…the day PAS lost its defence without knowing it.

Since then, internally the fundamentalists have been trying to sustain their hold on  the party but the heavy presence of liberals aligned to Anwar is too much which saw president Abdul Hadi Awang giving in slowly to the pressure.

And Nasharuddin's expulsion was one of many Anwar's strategy to destablise PAS and make it weaker so that PKR can stand out better in the opposition pact.

What is happening in PAS now is exactly what Anwar wants…internal friction that will make the Islamic party weak and lose direction…become liberal and pluralistic.

Anwar now controls the party right up to the Syura council given the decision to expel Nasharuddin is 'out of the blues' as majority of the members of the council are fundamentalists who do not even trust Anwar.

Although the decision came as a surprise to many, even to Nasharuddin, the political world in the country knows Anwar has won in gaining control of PAS.

It is now up to PAS members, who are die-hard fundamentalists to bring back the party to its original objective before it becomes a real platform for Anwar to 'cleanse himself'.

DAP SASAR PECAHKAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU

Posted: 01 Feb 2013 07:04 AM PST




Pembangkang semakin terdesak sehingga Dap terpaksa memujuk akan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu.

Dap tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu.

Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu.

Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring.

Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan. 

Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu.

Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal.

Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka.

Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam.

Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh.

Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik.

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu.

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka.

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina.

Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal.

Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh.

Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar.

Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar.

Mungkin Tunku Zainal Al-'Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin.

Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu. 




bumiyang

Posted: 02 Feb 2013 03:17 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 02 Feb 2013 01:20 AM PST

Sahabat-Gunung


Najib Rayu Anwar Jangan Main 'Jolok-Jolok'

Posted: 02 Feb 2013 12:32 AM PST






Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini secara sinis memerli Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang yang mahu membubarkan DUN Selangor 26 Februari ini.

Bila sampai masanya, tak lama lagi, tak payah nak `jolok-jolok' saya. Tak payah nak kata bubar selepas Chap Goh Mei, ini nak jolok-jolok sahaja, nak buat apa.

Saya tahulah bila masa nak mengadap yang DiPertuan Agong, minta Parlimen dibubarkan. Masanya akan tiba, tak lama lagi. Kita sekarang ini mahu memberikan tumpuan, Bajet 2013 ini mesti kita tunaikan. Hari ini kita tengok BRIM 2.0 lebih baik dari BRIM 1.0, insya-Allah kalau ada BRIM 3.0, ia akan lebih baik dari BRIM 2.0," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, BRIM 2.0 ini lebih baik kerana mereka yang bukang dan berpendapatan kurang dari RM2000 pun dapat. Kerajaan sudah menyediakan RM3Bilion, yang sudah mendaftar sehingga hari ini berjumlah 7.3juta dan permohonan akan dilanjutkan sehingga ke hujung bulan ini.

"Kita tidak mahu ada sesiapa pun yang tercicir, kalau ditolak masih boleh merayu lagi. Inilah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional yang mahu memastikan bahawa semua layak untuk dapat BRIM, akan menerimanya.

Inilah janji kita, janji kerajaan BN merupakan yang ditepati. Bukan seperti janji palsu, janji kosong yang ditabur oleh kerajaan pakatan pembangkang, khususnya dalam memikat hati rakyat Selangor," tambahnya.

Tambahnya, komitmen dan sambutan rakyat di Ampang dan Pandan hari ini merupakan satu bentuk sokongan yang terbuka kepada BN, khususnya selepas hampir lima tahun diperintah kerajaan pakatan pembangkang.

"Tempoh lima tahun, sudah cukup untuk tempoh kita menilai, masanya sudah tiba bagi kita untuk melakukan perubahan, kita harus memastikan bumi Selangor ini harus kembali kepada pangkuan BN pada PRU13 ini," ujarnya lagi. 


Sent from Yahoo! Mail on Android

BRIM 2.0 Bukti Kerajaan BN Komited Tunaikan Janji – Najib Razak

Posted: 01 Feb 2013 11:22 PM PST





Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang.

Beliau berkata, BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat Malaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji yang telah mereka taburkan selama ini.

"Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.

Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.

Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri, tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebantar tadi.

Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju  projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.

Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya manifesto, bukan janji pada rakyat.

Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat, mesti ditunai dan dilaksanakannya," tambahnya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.  

"Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk membuatkan rakyat marah pada kerajaan.

Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu. Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya cukai pintu ini naik.

Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong," tambahnya lagi.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Ribuan Rakyat Banjiri Ampang Nak Jumpa Najib Razak

Posted: 01 Feb 2013 06:47 PM PST





Apa nak dikato.... ribuan rakyat Selangor hari nie menantikan kehadiran Datuk Najib di Dataran Taman Dagang ......

berita lanjut selepas ini 

Sent from Yahoo! Mail on Android
 

Rumah Mampu Milik Hanya Untuk Jutawan

Posted: 01 Feb 2013 07:36 AM PST


Semenjak Pulau Pinang diterajui DAP hampir 5 tahun lalu sudah banyak rungutan rakyat kedengaran berikutan urus tadbir Kerajaan Negeri yang semakin jauh dari denyut nadi khalayak bawahan khususnya dalam isu perumahan yang mampu milik.

Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.

Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.

Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.

Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.

Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.

Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.

Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.

Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.

Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.

Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)

Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.

Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.

Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.

Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Nashruddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar

Posted: 01 Feb 2013 03:57 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama �Islam� yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang �mengabaikan� Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Taipingmali (tm)

Posted: 02 Feb 2013 01:13 AM PST

Taipingmali (tm)


Parti PAS ialah port perhimpunan artis yang bermasalah

Posted: 01 Feb 2013 03:09 PM PST

Parti Aslam SeMalaya begitu teruja dengan kemasukan beramai-ramai artis tanah air ke dalam parti mereka. Jika dilihat betul-betul hampir kesemua artis-artis yang menyertai Pas adalah artis yang mempunyai masalah moral.

Mereka adalah artis yang gagal dalam kerjaya, gagal dan perkahwinan, gagal mendidik anak, gagal dalam perniagaan dan ramai yang kantoi kerana kes tangkap khalwat.


  1. Bok Lokman ( gagal dalam mendidik anak)
  2. Abby Abadi ( gagal dalam perkahwinan)
  3. Ito ( pernah ditangkap khalwat)
  4. Aishah ( gagal beberapa kali dalam perkahwinan dan mempunyai anak skandal)
  5. Haire Osman Leftenan Adnan ( pernah ditangkap khalwat)
  6. Piiere anak Khatijah Pi Mai Mai Tang Tu ( masalah kerja lawan tauke akhirnya lingkup sebuah filem)
  7. Model-model yang perasan cantik dan tak berdisiplin akhirnya insaf dan masuk Pas
  8. ada lagi ka nama-nama artis yang tertinggal
Sekarang Pas tengah kumpul anak-anak muda yang gagal dalam pengajian di universiti. Antara yang popular ialah Adam Adli, Pas usung dia sana sini dengan harapan Adam jadi ahli Pas tetapi setakat hari ini , Pas gagal menjubah dan melebai kopiah akan Adam Adli dan dia kekal imej serabai ala-ala Tukar Tiub.

Pas juga berjaya mengumpul tentera-tentera terutama mereka yang gagal dalam kehidupan selepas pencen atau berhenti tanpa pencen.

Dari pemerhatian TM, ramai tentera yang berhenti awal terlibat dengan dadah, judi dan kaki perempuan. bila duit sagu hati/pampasan habis ramai yang jadi papa kedana, tinggal atau buat bangsal ( rumah ) di tepi-tepi lombong dan sungai, menumpang diatas tanah orang. 

Ada juga yang berpangkat tinggi sikit melibatkan diri dalam perniagaan tetapi bila kaya lupa daratan, jadi kaki judi lumba kuda.  setiap kali racing ikut sampai ke Singapura.Akhirnya busines merudum dan bankrupt lalu insaf dan akhirnya menjadi ahli Pas dan 24 kritik kerajaan tak betul.

Anak-anak dara Kerabat pula, petang-petang pakai t-shirt dan seluar ketat-ketat, make up lawa-lawa, mengerbang rambut macam bintang filem meronda ke hulu-ke hilir di taman perumahan dengan motosikal sambil sebelah tangan menatap telefon. Akhirnya sok sek-sok sek dalam surau, pasal apa? Pasal anak si polan si polan gugur kan kandungan untuk kali ke dua dan ketiga.


Ramai juga bekas-bekas tentera yang hari-hari melepak di kedai kopi dan malam-malam di surau dan markas Pas, tengok wajah memang ala-ala tok alim yang warak tetapi emak ai -bila dengar dia bercakap nampak jelas perangai hapraknya, mulut macam ci.......i .

Mereka inilah yang ramai menyertai Kerabat. Sama juga lah dengan pesara polis yang akhirnya menagih simpati Anwar Ibrahim. Mereka berbuat demikian kerana semasa berkhidmat dahulu mereka kenyang kerana dijaga dan dipelihara oleh Anwar, jadi bila busines down, balik mengadap Anwar yang maha kaya dan akhirnya sebagai timbal balas, Anwar dalam sidang media akan merujuk dato ini dan dato itu untuk membela dirinya. kita sering mendengar Anwar menjual nama Dato Zin dari cawangan khas.

Akhirnya TM melihat Pas punya style ialah mereka hanya akan memancing artis baru sahaja tetapi, bila dan lama mereka juga akan ditinggal kan begitu sahaja.

Contohnya ialah Bawani, apabila meletup isu Bawani vs Sharifah Zohra, Bawani diusung oleh Pas untuk ceramah politik. Tak hadir pun tak apa janji nama Bawani ada dalam iklan dan flyers.

Berbalik kepada isu artis tadi, TM berani menyatakan bahawa ramai artis akan dilupakan oleh Pas seperti peribahasa melayu , 'habis madu sepah dibuang'. Sekarang pun sudah ada artis yang sudah dilupakan terutama yang sudah tua, Pas akan mencari artis-artis baru pula atau dalam bahasa lain 'buah muda'.

Akhirnya artis tua akan menjadi kupang tembaga dan dilupakan, akhirnya isi borang BR1M.

Nik Aziz mabuk kek hari jadi

Posted: 01 Feb 2013 01:42 PM PST

Nyanyuk 
Balik dari Pulau Pinang selepas huha-huha di sana dia buat keputusan memecat musuh utamanya. Dalam temubual di tv semasa mengulas pemecatan Ustaz Nasha, jelas kelihatan Nicky lalok dan mabuk kek sekembalinya dari Pulau Pinang.
kek yang mengandungi bahan terlarang dan haram

mana tulisan jawi?

Seronok dapat makan kek yang rak ada tanda halal.

Ikhlas ka cakap Anwar ini, atau lakonan semata-mata

Posted: 01 Feb 2013 07:22 AM PST

Strategi Lagakan Tun M-Najib: Bukti PR Ketakutan

Posted: 01 Feb 2013 02:18 AM PST

Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang 'aura' beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya. Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung. Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu 'pukul anak sindir menantu' kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari 'aura' Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar 'aura' itu agar memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan 'kelemahan' kerajaan BN dan Perdana Menteri. Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M 'menyuruh' Dato' Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini. Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah 'diperkecilkan' di dalam laporan media pembangkang. Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato' Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional. Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato' Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya.

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato' Seri Najib dan BN. Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato' Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato' Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya. Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato' Seri Najib.

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M. Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Perlu Dipecat Dari Majlis Syura

Posted: 01 Feb 2013 02:16 AM PST

Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Mampu Milik Hanya Untuk Jutawan

Posted: 01 Feb 2013 01:55 AM PST

Semenjak Pulau Pinang diterajui DAP hampir 5 tahun lalu sudah banyak rungutan rakyat kedengaran berikutan urus tadbir Kerajaan Negeri yang semakin jauh dari denyut nadi khalayak bawahan khususnya dalam isu perumahan yang mampu milik.

Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.

Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.

Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.

Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.

Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.

Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.

Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.

Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.

Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.

Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)

Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.

Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.

Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.

Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 01 Feb 2013 11:48 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Yang Di Maksudkan Ulama Tu, Anwar Ibrahim Laa...

Posted: 01 Feb 2013 10:00 PM PST

Nak pi gaza macam najib buat, takut kena marah dengan kawan-kawan dia di israel, nak tak nak dia terpaksa menipu konon ada seorang ulama di malaysia nak bagi sumbangan untuk rakyat palestin, tub-tub bila sampai malaysia, wakil aqsa syarif bawak depa tu semua ke pejabat pkr di tropicana.

Nak buat cam ne, dah sampai takan nak balik, kalau nak balik pun depa bukannya ada transport dan bukan tahu selok-belok jalan di malaysia nie, nak tak nak, buat kering je la...

Kesian kat depa tu, ingat datang malaysia betul-betul jumpa ulama yang nak bagi sumbangan, rupanya jumpa anwar yang berkawan dengan israel yang bunuh saudara mara depa... haiii... kesian degan rakyat palestin macam nie pun depa nak menipu...



UPM Keluarkan Report Card, Najib Lebih Cerdik Dari Anwar...

Posted: 01 Feb 2013 07:00 PM PST

Report card yang di keluarkan oleh upm menunjukan najib razak lebih layak dari segi pengalaman mentadbir negara dan akedemik...

Dari skor yang di terima oleh kedua-dua pemimpin itu, najib mendahului anwar dengan 9 berbalas 4, seumur hidup anwar, dia tak pernah jadi ahli dewan undangan negeri apatah lagi jadi exco kerajaan negeri dan menteri besar, itu sebab dia gagal dan gagal sama sekali menjadi penasihat kewangan negeri selangor, kerana dia tak tau bagai mana cara nak mentadbir negeri...

Dari segi kelayakan akedemik pulak, jauh panggang dari api, najib memiliki ijazah ekonomi perindustrian dari universiti of nottingham england, manakala anwar pula memiliki ijazah bahasa melayu dari universiti malaya, itu pun tak grad pasal dia kena tangkap isa...

Ok pengalaman politik anwar jauh tertinggal di belakang najib, najib memiliki pengalaman politik selama 37 tahun dan anwar pula hanya berpengalaman selama 18 tahun, dari segi pengalaman je kita dah boleh menilai siapa yang berkelayakan untuk mentadbir negara...

Disebabkan pengalaman anwar yang cetek dalam pentadbiran negara dan politk, maka itu dia meminta bantuan dari kuasa asing terutama rakan-rakannya di israel untuk membantunya menjadi perdana menteri...


MESTI BACA: Azhar Idrus Kata Islam & kristian Bertuhankan Allah...

Posted: 01 Feb 2013 12:00 AM PST

Hah ostad natang nie kata kristian dan Islam bertuhankan Allah, maknanya, kita umat Islam menyembah Allah yang satu dan kristian pun menyembah Allah yang sama kita sembah, nah inilah namanya pluralisme...

Asal cerita nya senang aje, seorang mamat kristian kononnya bercinta dengan sorang budak melayu beragama Islam, so di tanyalah kepada ostad natang nie, apa hukum nya dia bercinta dengan awek melayu nie dalam facebook.

Jadi ostad natang nie nak tunjuk pandai, maka terkeluarlah jawapan seperti di bawah... sepatutnya dia hanya perlu jawab "peluklah Islam agar dapat berbahagia dengan isteri tercinta"


Dah banyak kali dah aku kata, ostad natang nie jahil pasal agama, segala jawapan yang di jawab masa kuliah dia tu bukan berdasar al-quran, hadis dan sunnah, dia guna kitab google, jadi bila jawab isu agama yang melibatkan akidah maka si ostad natang nie buka kitab google kemudian akan keluarlah jawapan bingai macam nie dan ada juga yang kata, segala soalan sewaktu kuliah nya tu telah di set terlebih awal, jadi yang bertanya tu terdiri dari budak-budak fan club dia, so itu pasal dia nampak hebat boleh jawab semua soalan dengan muka selamba kambing dia tu...

The Unspinners

Posted: 01 Feb 2013 11:47 PM PST

The Unspinners


Nak dapat duit Ladang Rakyat kena indoktrinasi

Posted: 01 Feb 2013 08:37 PM PST

Hadi bisu hari 42: Hadi PM ... tutup beberapa Jabatan dan Kementeriaan

Posted: 01 Feb 2013 04:42 PM PST

Nik Aziz lebih patut dibuang dari Majlis Syura

Posted: 01 Feb 2013 01:30 AM PST

Belantan

Posted: 01 Feb 2013 11:47 PM PST

Belantan


Apa Sumbangan PAS Terhadap Negara?

Posted: 01 Feb 2013 07:52 PM PST



Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi.

Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.

Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO.

Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.


Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu di Kelantan. Kalau nak disebutkan rentetan usaha UMNO sejak 1957 bagi pembangunan Islam, jumlahnya terlalu banyak berbanding sekelumit usaha PAS.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), UMNO menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), Perkim dan Felda, antara badan yang menekankan kepentingan umat Islam di negara ini. Semasa DEB, UMNO menubuhkan universiti-universiti – UKM – untuk memberi ruang lebih luas kepada generasi Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Bank Islam, UIA, ASN. ASB, IKIM, Pusat Islam – semuanya lahir dari idea kepimpinan UMNO. Mampukah pemimpin PAS merangka program-program sebesar ini?

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri Kelantan seluas 2,000 ekar kepada syarikat bukan-Melayu dari Singapura untuk ditanam kelapa sawit perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz dengan liputan akhbar yang meluas?.


Kalau nak dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri lain yang membuka tanah berpuluh-puluh ribu ekar di Indonesia untuk tanaman kelapa sawit dengan pegangan 70 peratus kepentingan, Nik Aziz berbangga dengan kepentingan 30 peratus sedangkan syarikat asing memegang 70 peratus.

Tidak adakah syarikat-syarikat Melayu di Kelantan yang mampu membangunkan tanah kelapa sawit yang luasnya sekangkang kera itu?

Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita, khususnya di Kosovo.

PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini.

Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauh mana kejujuran politik tidak matang PAS.

Suara Politik
Belantan

Akhirnya Anwar bersuara, ambil pendirian?

Posted: 01 Feb 2013 09:51 AM PST



Seperti dijangka Anwar Ibrahim mengambil pendirian bersama dengan DAP dan Lim Guan Eng dalam isu penggunaan kalimah Allah. Pertama, Anwar tidak menghormati proses syura yang merupakan asas penting dalam sesebuah jemaah Islam. Isu yang berbangkit bukan isu biasa. Ia menyentuh mengenai perkara pokok dalam Islam iaitu akidah tauhid.

Kedua, sekian lama Anwar memimpin ABIM dulu, penulis percaya proses syura sifatnya binding atau terikat sebagai suatu keputusan yang sah dan perlu dipatuhi.

Sebagai 'tokoh' perjuangan Islam suatu ketika dulu, apakah Anwar tidak memahami proses ini sehingga berkeras mahukan Haji Hadi Awang menerima keputusan mesyuarat pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu supaya kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Anwar tentu tahu bahawa penggunaan kalimah Allah berhubung dengan Bible dan agama Kristian mempunyai implikasi akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Kalimah Allah tidak sekadar suatu istilah yang boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak kerana ia membawa makna Allah Yang Satu, sedangkan God atau My Lord dalam Bible membawa konsep Trinity iaitu Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.

Apakah bila Allah dalam Bible versi Melayu membawa maksud Allah Yang Satu dan membawa makna penyembahan Allah Yang Satu terhubung dengan patung dan salib yang diamalkan oleh orang Kristian.

Bukan maksud penulis menghina agama Kristian kerana perbezaan adalah sesuatu yang wujud dalam anutan agama. Al-Quran memberi pedoman, "kamu agama kamu dan kami agama kami." Rasulullah SAW menasihatkan supaya jangan menghina agama lain nescaya penghinaan juga boleh berlaku terhadap agama kamu.

Isu yang berbangkit ialah mengapa pihak Kristian dan Anwar berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam versi Bible bahasa Melayu sedangkan mereka tahu bahawa ia adalah isu sensitif dan boleh membawa kepada kufur dan syirik, kata Dr. Haron Din.

Datuk Harun Taib, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Tantawi berkeras supaya kalimah Allah tidak digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Karpal Singh berkeras supaya persetujuan 8 Januari dalam kalangan pimpinan utama pakatan termasuk Haji Hadi binding dan perlu dipatuhi.



Persetujuan 8 Januari itu bukan keputusan Syura. Haji Hadi khilaf membuat pendirian sebegitu sebelum merujuk kepada Majlis Syura. Lazimnya amalan sebuah jemaah politik Islam akan berpegang kepada keputusan syura sebagai sesuatu yang binding atau terikat dan perlu dipatuhi.

Khalayak menunggu kenyataan tegas Haji Hadi mengenai perkara ini setelah Anwar menyatakan pendiriannya. Kalau Haji Hadi seperti pemimpin Pas yang lain bertegas dengan keputusan Majlis Syura, Haji Hadi tidak ada pilihan lain melainkan kena terima keputusan Majlis Syura.

Kalau Haji Hadi tidak menyatakan dengan tegas dan jelas mengenai pendiriannya sebaliknya masih bertahan dengan kenyataan 8 Januari bersama dengan Anwar dan DAP - bermakna kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden Pas tidak lagi relevan. Ia menjadi tidak relevan kerana sebagai Presiden, keputusan Majlis Syura adalah binding. Mahu tidak mahu Haji Hadi kena patuh dan taat dengan keputusan itu.

Anwar masih bertegas dengan pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah atas pertimbangan politik pilihan raya. Anwar ingin segera menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pas mengambil pertimbangan syarak kerana isu kalimah Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islamiah. Apakah Pas sanggup menggadaikan prinsip syarak dan mengutamakan matlamat politik Anwar?

Kalaulah isu pokok ini Pas tidak mampu bertegas dan masih cair dengan strategi Anwar, apa makna perjuangan Islam yang sekian lama didukung oleh Pas. Takdirnya pakatan pembangkang menang kali ini (minta dijauhkan Allah) apakah agenda pokok Negara Islam dan syariah Islamiah boleh berjalan di Malaysia?

Atau Anwar ingin menggunakan Pas sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP bersama dengan Pas untuk mendapat kerusi lebih supaya dominasi politik terjadi. Akhirnya Pas dapat apa? Fikir-fikirkan lah!

Suara Politik
Belantan

Haron Din pula tunggu giliran dipecat?

Posted: 01 Feb 2013 06:59 AM PST



Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti. Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail berkata, beliau percaya tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang turut dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani berkata, Haron sebelum ini merupakan antara pemimpin Pas yang lantang mengkritik kesediaan parti itu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama-agama lain di negara ini.

"Saya yakin ada lagi. Selepas Ustaz Nasha, saya yakin sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas akan dipecat jika mempertikaikan kerjasama dengan DAP dan isu kalimah Allah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Diskusi Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia di Stadium Negeri, di sini hari ini. Menurut Zainon, beliau tidak menolak kemungkinan Haron berada dalam senarai dipecat kerana dianggap mempunyai pendirian selari dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang boleh merugikan pakatan pembangkang.


Beliau berkata, tindakan terbaharu terhadap Nasharudin itu memberi gambaran sesiapa sahaja dalam Pas sama ada pemimpin atau ahli parti tersebut tidak berhak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti. "Apabila keputusan dibuat, bagi mereka (pemimpin parti) keputusan itu betul, tepat dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kalau sesiapa pertikai, mereka juga berada dalam kedudukan tidak selamat," jelasnya.

Sementara itu : 'Saya lega digugurkan calon Pas'

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berasa lega dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon Pas bagi mempertahankan kawasan Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.


Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawabnya selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang. Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik.

''Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang diangkat menjadi calon selepas ini dan di mana sahaja mereka dicalonkan, mereka akan dapat meneruskan agenda parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam sesi taklimat dan pembentukan Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di Masjid Negara di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengesahkan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13 nanti. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Nasharudin tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi itu selepas namanya tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri.

Menjawab satu soalan, Nasharudin berkata, setakat ini berdasarkan laporan media beliau hanya dipecat sebagai ahli majlis syura dan bukannya ahli parti.

Ditanya desas-desus yang beliau akan dipecat sebagai ahli parti, beliau berkata;

''Saya tidak pasti. Semacam petunjuk saya dipecat itu ada tetapi saya tidak pasti.''

Beliau berkata, setakat hari ini surat pemecatannya secara rasmi sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas masih belum diterima.

''Saya tidak berbohong jika saya telah terima surat tersebut,'' katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan tindakan merugikan parti itu ada kaitan dengan tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

''Ada kemungkinan, sebab kenyataan terbuka ini (pemecatan sebagai ahli majlis syura ulama) dibuat selepas saya pulang dari Gaza,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 01 Feb 2013 11:34 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Avez-vous posseder la theorie de casino en ligne

Posted: 01 Feb 2013 07:37 AM PST

J’ai été trompé en pensant que je dois concéder à cette hypothèse fragile.
casino en ligne semble encore comme un objectif impossible à atteindre partout où cela représente une économie importante. casino en ligne est déjà assez difficile sans professeurs qui rend plus difficile pour vous. J’ai oublié comment nous sommes arrivés sur le sujet quand elle m’a demandé en respectant casino francais.

Ils ne feront pas un sou de moi si j’ai quelque chose à dire à ce sujet. Une pure merveille ! Si c’est le cas, pourquoi êtes-vous perdre votre temps sur casino en ligne francais ? Je suis très loin de penser que concernant casino en ligne. C’est comme une tortue sur un poteau de clôture. casino en ligne rend les bases de gents qui utilisent ce sembler de pure joie. Ce blog est un morceau spectacle en respectant casino internet. Cela peut sembler étrange, mais j’ai trouvé que casino en ligne est de loin la chose la plus facile pour la plupart des citoyens. Pourquoi ne confidents insister pour faire les choses difficiles pour eux-mêmes ? jeux de casino serait bénéfique comme un exemple de travail de casino francais. Oui, vous pouvez probablement le faire. Donc, ma grand-mère maintient en respectant casino en ligne, vieux soldats ne meurent jamais, ils ont simplement disparaître.

roulette europeenne jouer

Désolé, mais j’ai signé un non-divulgation à l’égard de casino virtuel gratuit partouche. Je ne comprends pas pourquoi je ne serais pas éluder cette aussi peu qu’il est humainement possible.
Il ya beaucoup de bonnes idées à cultiver.

C’est tout ce que vous devez savoir pertinent pour casino en ligne francais. Je ne peux pas être complètement perdu quand est-montre correspondance casino en ligne. Pas de panique ! Maintenant, je sais que ce n’est pas l’air fantastique, mais j’aime ça. Espérons que cet article vous aidera. J’espère que vous apprécierez ce rapport sur casino.

J’aimerais connaître votre opinion sur ce que j’ai mentionné. Obtenez plus de cela et aller de l’avant. Voici comment faire pour éviter cette situation avec casino en ligne et vous voudrez peut-être faire cela pour que vous puissiez plume votre nid.

oyabun

Posted: 01 Feb 2013 11:20 PM PST

oyabun


Panass!!! Ayah 'Projek' Anak Gadis Sendiri & Rakam Aksi?

Posted: 01 Feb 2013 09:38 AM PST



Ibarat haruan memakan anak sendiri. Sukar untuk digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.

Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.

Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

"Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 01 Feb 2013 11:11 PM PST

Panglima Perang Cyber


Nashruddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar & Nik Aziz Juga Wajib Dipecat Jika Alasan Tidak Hadir Mesyuarat | Kamaluddin's Blog

Posted: 01 Feb 2013 09:18 PM PST

Nashruddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar

majlis ulama pasMajlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama 'Islam' yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

baca lagi artikel menarik ini

http://din.huluselangor.net/?p=25943&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Penjelasan MYKMU Isu KP BTN Semalam cc @NajibRazak

Posted: 01 Feb 2013 04:02 PM PST

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

pertama sekali jutaan kesyukuran dipanjat ke hadrat Allah yang telah membantu kita selama ini di dalam menegakkan kebenaran menentang kebatilan. Khususnya terhadap pihak pembangkang yang gigih menghentam parti dan juga Agensi Kerajaan.

Semalam ada tulisan menghentam Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri tersiar di portal otai di alam siber iaitu MYKMU. Lalu satu artikel bertajuk 'Isu KP BTN Di MYKMU : Blogger Kepala Lutut Membahayakan PM @NajibRazak Bukan Menyelamatkannya' telah dihasilkan yang agak panjang dan mengambil masa lebih sejam menyiapkannya jam 1 pagi semalam..

Artikel panglima yang mengkritik pihak yang menulis isu menghentam KP BTN yang disiar di MYKMU semalam tanpa menulis nama blogger terbabit telah mendapat respon berbagai pihak termasuk yang terlibat.

Menurut pihak MYKMU artikel tersebut sepatutnya diletak di bahagian blog pilihan namun tidak berlaku seperti sepatutnya. Maka kerana itu artikel yang menghentam KP BTN Datuk Raja Arif Raja Ali sudah dipadam pihak MYKMU serta merta (lihat skrin) selepas didapati ia satu kesilapan.

Atas jasa baik pihak MYKMU maka panglima ucapkan jutaan terima kasih atas tindakan tersebut dan yakin mereka bukan yang suka membalun Agensi Kerajaan sesuka hati.

Dengan itu artikel 'blogger kepala lutut' yang ditulis reaksi kepada artikel di MYKMU juga sudah ditarik balik semalam. Demi menjernihkan keadaan.

Semoga jentera siber kita akan lebih kuat hubungan antara kita selepas ini demi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Membalun sesama sendiri boleh melemahkan kekuatan kita bukan mengukuhkannya. Kepada sesiapa yang ada alasan peribadi mahu meneruskan usaha mengkritik pihak BTN maka siapalah diri Panglima untuk menghalangnya.

Kepada sesiapa sahaja yang terasa dengan tulisan Panglima tidak kira muda atau tua, mohon jutaan kemaafan dan marilah kita memaafkan sesama kita.

Sekian, wassalam.

@CTNurhaliza11 Sudah Lengkap Berhijab - Tahniah !!!

Posted: 01 Feb 2013 01:57 AM PST

sekalung ucapan tahniah kepada penyanyi kesukaan panglima Datuk Siti Nurhaliza.

sejak 3 minggu yang lalu rasanya beliau sudah mula lengkap bertudung tanpa ada jambul lagi.

marilah kita menyuarakan kegembiraan di atas tranformasi beliau yang pasti mempunyai impak sangat besar sebagai penyanyi no 1 Malaysia.

Sekali lagi syabas dan tahniah. Semoga dikurnia zuriat sendiri tidak lama lagi, Insya Allah...






Sent from Samsung Galaxy Note

Benarkah Ali Tinju PVTM Pecat @AhmadMaslan Hentam Menteri Pertahanan @Zahid_Hamidi Mahu Sabotaj PM @NajibRazak ?

Posted: 31 Jan 2013 11:32 PM PST


Pertama sekali sudah lama cerita Ali Tinju berlegar di alam maya.

Banyak skandal sudah didedahkan yang tidak perlu dikisahkan dan terbaru katanya Datuk Ahmad Maslan juga dipecat dan Penasihat PVTM Datuk Seri Zaini juga khabarnya telah letak jawatan akibat tidak sefahaman dengan beliau.

Selain itu Datuk Seri Zahid Hamidi juga dihentam walaupun Ali Tinju pernah berjanji tidak akan menyerang lagi dalam satu pertemuan dengan beliau.

Masalah Presiden PVTM yang khabarnya hanya ada 200 lebih ahli ini wajar dijadikan iktibar semua pihak.

Masalah yang sudah jelas berlaku dan kukuh buktinya ini melalui sumber yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa Ali Tinju bukan orang yang boleh dipercayai.

Silap haribulan ia boleh menjejaskan nama baik parti Umno BN serta pemimpinnya.

Tulisan ini demi mengelakkan ramai pihak menjadi mangsa seterusnya.

Berikut tulisan DET yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengenali latar belakang Ali Tinju yang sebenar.


Ali tinju seorang bekas askar berpangkat prebet yang gagal menamatkan perkhidmatan dalam tentera, ada sumber bagi tau, si ali tinju nie hanya berkhidmat dalam tentera selama tujuh tahun sahaja dikatakan kerana tak tahan dengan latihan lasak tentera...

Ada juga sumber bagi tau, si ali tinju nie, seorang penyokong reformasi di tahun 98 dulu, kemudian menyepikan diri kerana ketika itu keadilan kalah teruk dan anwar masuk penjara, kini ali tinju kembali, dengan ngo baru iaitu PVTM (Persatuan Veteran Tentera Melayu) yang di katakan mempunyai ahli seramai 10 ribu orang...

Malangnya ada di antara bekas anggota RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) yang tidak tahu kewujudan PVTM ini, kalau betul PVTM mewakili bekas anggota RAMD, sudah tentu ahlinya tidak seramai 10 ribu orang, mungkin lebih dari itu, jadi benarlah seperti apa yang dikatakan oleh seorang bekas tentera melayu, ali jadikan PVTM tempat dia cari makan...


http://darulehsantoday.blogspot.com/2013/02/saya-prebet-1085628-mohd-ali-bin-hj.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 01 Feb 2013 11:08 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SELURUH NEGARA TUMPU MATA KE ARAH YB NASHA & DATO HARUN DIN

Posted: 01 Feb 2013 09:55 AM PST

UMAT ISLAM MENANTI KEPUTUSAN BIJAK MEREKA DEMI ISLAM

Benarkah YB Nasha akan keluar PAS dan diikuti oleh ulama-ulama PAS yang Pro Perpaduan termasuklah Presiden PAS? Siapakah yang disindir oleh Nik Aziz kononnya sedangkan Presiden PAS yang dulu (Allahyarham Dato' Asri) boleh dipecat! Kata Nik Aziz lagi, YB Nasha tidak dicalonkan! Kita sama-sama baca artikel terbaru penulis muda ini...

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan Kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keIzinanNYA jua, kita masih diberikan nafas, kesihatan,pemikiran, ibadah dan dakwah menegakkan syiar Islam, agama yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya fikir ini adalah artikel terakhir saya mengenai YB Ustaz Nasharudin, kerana sejak tahun 2008 saya telah menulis 14 artikel mengenai YB Ustaz Nasharudin, di mana di dalam hati saya, terakam sebuah perasaan yang sama, iaitu YB Ustaz Nasharudin lebih mementingkan Perpaduan Ummah berbanding perpaduan di dalam pakatan.

Baca seterusnya di jentayuabaka.blogspot.com

DALIL TUN M : NIK AZIZ SALAH GUNA ISLAM

Posted: 01 Feb 2013 02:00 AM PST

Tiadalah kerugian sedikitpun jika meluangkan masa bagi menghayati makna sebenar disebalik hujah yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini terhadap segala tuduhan yang dibuat oleh Nik Aziz dan Pas. Sungguh jelas, terang dan bersuluh...

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

Baca seterusnya di http://aloqlaloq.blogspot.com/2013/01/mesti-baca-50-dalil-tun-m-tentang-salah.html

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 01 Feb 2013 09:41 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ARTIKEL MENARIK.

Posted: 01 Feb 2013 05:51 PM PST

MASA TERBAIK UNTUK PENGUNDI TOLAK PAKATAN.

Posted: 01 Feb 2013 01:42 PM PST

HJ HADI MAT LEBONG RUPANYA KAWAN BOMOH CONGA !

Posted: 01 Feb 2013 04:31 AM PST

BLOGER DET SMASH AZHAR DERUS MEKDI DAN ALI TINJU OTAK SEWEL !

Posted: 01 Feb 2013 04:18 AM PST

ISU RCI SABAH : ANWAR GELABAH TUN M SEBUT NAMA DIA !

Posted: 31 Jan 2013 10:00 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 01 Feb 2013 09:18 PM PST

PenangWasabi

Posted: 01 Feb 2013 09:06 PM PST

PenangWasabi


Pastikan mandat lebih kukuh!

Posted: 01 Feb 2013 09:18 AM PST


Najib Tun Razak sempat menepuk mesra salah seorang penduduk yang terharu dengan keramahan beliau ketika menghadiri Mesyuarat Bersama Kepimpinan UMNO Negeri di pejabat parti itu di Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran Barisan Nasional (BN) untuk memastikan meraih mandat yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertujuan membolehkan parti itu memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, melalui mandat tersebut BN dapat melakukan pelbagai perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor tertentu dengan lebih pesat bagi mengembangkan lagi ekonomi serta meningkatkan pendapatan negara.

"Bila negara ada pelaburan besar, hasil kerajaan pun bertambah, bila hasil tambah, kita buat apa? Kita bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi bantuan untuk pelajar, bagi untuk orang muda dan pelajar universiti, itu setakat ini.

"Kita boleh buat dengan lebih hebat pada masa akan datang kalau dapat mandat yang lebih kukuh daripada rakyat, kemakmuran negara akan diberikan kepada rakyat, inilah falsafah BN.

"Kita kena bagi faham sebab pembangkang tak faham. Kita kena terus berjuang pastikan BN dapat mandat yang besar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 rakyat negeri itu yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew dan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Najib berkata, pelabur asing terus yakin untuk melabur di negara ini dan yang terbaharu Qatar Holding LLC (Qatar Holding) melabur RM2 bilion bagi membina Harrods Kuala Lumpur dan membelanja RM2.5 bilion untuk membina Four Season Place Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat, sesuatu perubahan yang dilakukan secara mendadak dan tanpa dirancang boleh mendatangkan kesan tidak baik berbanding yang sedia ada hari ini. "Saya berada di Mesir baru-baru ini, walaupun keadaan tenang semasa saya di sana, tetapi selepas itu bergolak balik.

"Saya bukan menidakkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Morsi menerima saya dengan baik, dia seorang kawan, tetapi kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal menyebabkan nilai mata wang merudum, inflasi meningkat, industri pelancongan hampir lumpuh, keadaan keselamatan pun tak terjamin, malah Medan Tahrir bergolak," katanya.

Pada majlis sama, Najib turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza dan meminta rakyat negeri itu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin dengan terus menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, Najib mahu jentera pilihan raya BN di semua peringkat melakukan gerak kerja secara lebih sistematik bagi meningkatkan lagi usaha menawan semula Kedah pada PRU-13.

Dalam pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO bahagian negeri, Perdana Menteri juga menekankan tentang pentingnya setiap pemimpin bersatu padu dan memberikan fokus kepada pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Penang Wasabi..

r b f

Posted: 01 Feb 2013 07:11 PM PST

r b f


Menjelang PRU 13: Parti Kawan Syaitan Berfatwa Lagi - Haram Undi Umno

Posted: 01 Feb 2013 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal dari PAS, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menggesa PKR meletakkan calon Islam sekiranya menentang Umno pada pilihan raya umum ke 13.

Beliau berkata jika PKR bertegas meletakkan calon bukan Islam, maka pengundi harus memilih calon Umno.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya kepada Antarapos.

Nik Mazlan mendakwa sebuah portal berita memutarbelitkan kenyatannya bersabit isu itu.

Beliau menegaskan apa yang disebutnya ialah mendesak PKR meletakkan calon Islam jika berhadapan dengan calon Umno.

Tambah Dr Nik Mazian, dalam apa jua keadaan haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya lawannya adalah calon PAS.

Merujuk kepada laporan The Mole, Nik Mazlan berkata :"Apa soalan sebenarnya kepada saya ? Soalannya adakah haram undi calon Umno, saya jawab haram kalau calon PAS lawan calon Umno sebab kita orang Islam kena pilih PAS sebab parti Islam...Islam lawan sekular, jadi Islam kena pilih PAS.

"Kalau calon Umno lawan calon PKR yang bukan beragama Islam, ia akan memberi perasaan dilema kepada pengundi Islam...kita sebagai orang Islam perlu pilih pemimpin Islam, kita perlu pegang pegangan ini," katanya kepada Antarapos.

Justeru Dr Nik Mazian mencadangkan semua parti Pakatan Rakyat agar meletakkan calon beragama Islam di kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Islam.

"...yang mana perlu dipertahankan? Ada calon PKR bukan Islam lawan calon Umno...sebab itu kalau boleh biar calon Islam lawan calon Islam dan calon bukan Islam lawan calon bukan Islam. Kita perlu buat pilihan, pilihan calon ikut majoriti pengundi di kawasan bertanding.

"Mudah...tapi kalau PAS lawan Umno, haram pilih Umno...pilih PAS sebab kita perjuang Islam," katanya.

Dr Nik Mazian yang dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.

"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.

Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.

Namun jelas beliau adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.

Bagaimanapun Dr Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, adalah wajib bagi pengundi muslim untuk mengundi PAS.

"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.

"Hanya PAS yang menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam," katanya.
 

Anda Tahu AGU ? Apa Itu AGU ? Nak Tahu Sila Masuk....

Posted: 31 Jan 2013 10:23 PM PST


KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 01 Feb 2013 03:44 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR: MEMUSUHI SAYA ADALAH KERJA SIA-SIA!!

Posted: 01 Feb 2013 08:17 AM PST

1.Saya menafikan tuduhan yang mengatakan saya terlibat dengan pemberian kewarganegaraan di Sabah. "Tiada satu minit mesyuarat pun" yang menunjukkan saya terlibat dengan task force.

2.Saya tidak kenal Deepak Singh. Saya tidak pernah bertemu dengannya, "walaupun ada video" pengakuan Deepak yang menunjukkan saya ada bertemu secara sulit dengannya.

3.Saya tidak kenal Dato Eskay, walaupun ada gambar yang menunjukkan saya begitu mesra dengannya.

4. Saya tidak ada kroni walau pun seorang sepanjang saya menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Saya tidak pernah memperkayakan sesiapa walaupun keluarga saya sendiri. Kekayaan keluarga dan orang keliling saya adalah datang dari langit secara tibs-tiba.

5. Saya tidak pernah berselingkuh dengan Isteri orang kanan saya, walaupun Isteri saya pernah mengadu hal ini kepada Tun Siti Hasmah.

6. Saya tidak pernah melakukan perkara luar tabie dengan sesiapa pun walaupun perkara ini juga pernah diadukan kepada Tun Siti Hasmah oleh isteri saya.

7. Saya tidak pernah berlaku curang dengan china doll, walaupun jelas perbuatan tersebut dirakam dan disahkan oleh pakar-pakar dunia.

8. Saya tidak pernah meliwat Saiful walau pun peguam bela saya Karpal Singh mengakui di dalam mahkamah wujudnya perbuatan suka sama suka antara saya dan Saiful.

9. Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa khususnya Najib dan Rosmah di dalam apa keadaan sekali pun, sepertimana yang dilakukan oleh musuh-musuh yang dengki terhadap saya, walaupun memang saya tidak henti-henti mengaibkan beliau di dalam setiap ceramah yang saya adakan.

10. Saya tidak pernah memfitnah Najib dan Rosmah, walaupun saya tidak henti-henti merekacipta pelbagai fitnah terhadap beliau dan isteri.

11. Saya tidak pernah berniat mahu menyaman Dato Nalla, Dato Eskay, Ummi Hafilda dan sesiapa saja yang membongkar kisah peribadi saya walaupun mereka tak henti-henti mencabar saya sipaya "saman mereka". Walau bagaimana pun, sesiapa saja yang tidak terlibat secara langsung atau tidak mengetahui secara langsung segala kisah peribadi saya, pasti akan saya saman. Lihatlah Utusan UMNO. Pantang keluar sikit saja isu peribadi tentang saya dalam media mereka, pasti pasti saya saman. Itu sajalah senjata yang saya ada.

12. Saya ingin memberi amaran dan ingatan kepada sesiapa saja yang cuba membongkar "rekod buruk" saya semasa dalam kerajaan samada rekod buruk sebagai penjawat jawatan mahupun rekod buruk peribadi, berhentilah dari membuat kerja-kerja tersebut kerana saya tidak sesekali akan mengaku, walaupun semua tuduhan tersebut benar. 

13. Waima jelas,  sayalah orang yang dimaksudkan dalam video tersebut, jangan harap saya akan mengaku.

LADANG BABI DAN UBIKAYU TERBESAR DI ASIA BAKAL DIBANGUNKAN JIKA PR MENANG!!

Posted: 01 Feb 2013 04:47 AM PST

Kerajaan campuran DAP-PKR-PAS mustahil mampu menyaingi kemampuan BN jika mereka diberi peluang menjadi kerajaan.

Gabungan mereka ibarat seperti petani yang menternak kambing dan babi serentak dan pada masa yang sama mengusahakan pula tanaman sireh dan ubi kayu di kawasan yang sama.

Sireh dan ubi kayu adalah makanan kegemaran kambing, manakala babi pula sangat suka ubi kayu. Macam manalah sireh nak hidup di kawasan ternakan kambing. Macam manalah ubi kayu nak berkembang jika di tanam di ladang babi.

Itulah gambaran terbaik yang boleh dijadikan analogi kedudukan kerajaan campuran DAP-PKR dan PAS.

PAS mahu menegakkan Islam. DAP pula menentang sama sekali pembentukan pemerintahan Islam. PKR pula semua boleh. Sireh sebat, ubi kayu pun sapu. Kambing halal, babi pun halal dan boleh di letak semangkuk.

DAP tolak sama sekali sebarang keistimewaan yang diberikan kepada kaum pribumi samada dalam soal agama Islam mahupun lain-lain keistimewaan. Pendek kata, DAP tidak mengiktiraf perlembagaan fasa 3, 11 dan fasa 153 dalam perlembagaan persekutuan yang menyentuh soal agama, bahasa dan kepentingan melayu.

PAS pula, dulu tidak mengiktiraf perlembagaan penjajah yang ada tapi kini sudah mengiktiraf kembali. Amanat Hj Hadi lapuk ditelan zaman sepertimana perjanjian Hudaibiah yang ditampal di dinding kaabah. Dulu tak makan sireh, sekarang sudah boleh makan, tapi masalahnya, sireh pula tak boleh nak hidup asyik dimakan kambing.

PKR, nak komen pun malas. PKR saling memanipulasi setiap ternakan dan tanaman yang ditanam. Anak kambing dijadikan umpan babi. Nak tangkap kambing guna umpan sireh dan pucuk ubi. Babi pula bebas menyondol semua tanaman dan ternakan lain.

PKR memanipulasi setiap isu dan setiap keadaan yang berlaku asal boleh memberi kelebihan kepada mereka. Semua isu dijadikan umpan untuk memerangkap pemikiran rakyat supaya menyokong mereka dan pada masa yang sama para penyokong mereka dijadikan "babi" untuk "menyondol" semua institusi dan undang2 serta peraturan yang ada.

Tujuannya hanya mahu menimbulkan kekeliruan dan kerosakan di dalam masyarakat. Tujuannya, apabila kerosakan sudah terjadi maka mudahlah untuk menuduh BN, dan BN harus bertanggungjawab.

Rakyat boleh pilih samada mahukan "ladang yang tersusun mengikut sektor tanaman dan jenis ternakan" yang dirancang BN atau pun "ladang integrated" ciptaan pakatan yang "mencampur-adukkan tanaman dan musuh tanaman" dan "mencampurkan ternakan haiwan mangsa dan pemangsa" di satu kadang.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 01 Feb 2013 03:17 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Britney Spears ber'shopping' selamba tanpa coli...

Posted: 01 Feb 2013 02:31 PM PST

Nampak gayanya, Britney Spears tak akan menjanda dalam tempoh masa yang lama kalau dia terus memakai pakaian sebegini!

Bintang Hollywood ini membuntangkan mata-mata pengujung supermarket semalam apabila beliau muncul dengan kemeja putih yang besar dan jarang tanpa memakai coli.

Puting payudaranya jelas menonjol dari baju yang dipakainya ketika beliau menolak troli keluar dari pasaraya di Los Angeles.

Britney juga hanya memakai seluar jeans yang amat pendek, anda perlu tunduk untuk melihatnya!

Heh!

Kreativiti Anda = LED HD TV Baru Untuk Anda??

Think you can design better than the first winners? Here's your chance to prove your artistic work and be the next top 5 winners to win exciting prizes!

Bintang berusia 31 tahun ini dilihat ditempat umum setelah baru sahaja berpisah dengan bekas tunangnya, Jason Trawick awal bulan lalu.

Bagi mengelakkan rasa tekanan dari perpisahan itu, beliau bercadang untuk menumpukan sepenuhnya kehidupannya kepada anak dan musik.

Keputusan Perlawanan Persahabatan Iraq vs Malaysia (1 Feb 2013)

Posted: 01 Feb 2013 08:24 AM PST

Perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Iraq baru sahaja tamat berlangsung tadi di Stadium Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Memang menghiburkan sungguh corak permainan kedua-dua pasukan namun pemain Malaysia nampaknya gagal menyaingi kehebatan peman-pemain Iraq.

Harimau Malaya tewas dengan keputusan mudah, 3-0 kepada Iraq hasil jaringan Alaa Abdul-Zahra dan Muhanad Abdulrahim pada minit ke-15, 38 dan 66.

Walaupun tewas mudah, diharap Datuk Rajagopal dapat mengenapasti kelemahan pasukan Malaysia dan cuba memperbaiki kelemahan yang dikesan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia bermula pada 6 Februari 2013.


Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Malaysia vs Iraq
01 Februari 2013
9.30 PM
Keputusan Penuh : 0 - 3

(Pengalaman) 'Love bite' penuh dileher kakak walaupun abang sudah lafaz cerai

Posted: 01 Feb 2013 07:01 AM PST

Saya mempunyai seorang kakak ipar yang sudah bercerai dengan suaminya. Dia diceraikan melalui kata-kata dilafazkan suaminya secara sedar, tetapi proses perceraian melalui mahkamah belum lagi dilakukan dan belum disahkan.

Namun, saya mendapat tahu suaminya sering mengunjunginya dengan alasan menjenguk anak, tapi dalam masa yang sama ingin 'bersama' dengannya.

Saya tidak pasti sama ada mereka sudah mengadakan hubungan intim (persetubuhan) atau tidak, tetapi sebelum ini saya pernah lihat mereka berpelukan, malah di leher kakak ipar saya ada kesan gigitan cinta.

Daripada apa yang kakak ipar saya ceritakan, mereka seperti sudah mengadakan hubungan intim beberapa kali selepas kejadian lafaz cerai itu sedangkan mereka tiada niat untuk rujuk kembali. Kakak ipar saya nekad untuk bercerai, tetapi dia masih mengadakan hubungan dengan suaminya.

Apakah hukumnya Dr?

Elina,

Melaka

Secara umum perceraian yang berlaku di luar Mahkamah Syariah (Pejabat Agama) hendaklah dilaporkan dalam masa tujuh hari. Mahkamah akan mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu adalah sah mengikut hukum syarak.

Apabila mahkamah berpuas hati bahawa talak adalah sah, maka ia akan membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh kakak ipar anda.

Jika hubungan suami isteri kembali intim selepas perceraian talak raj'i, rujuk boleh berlaku secara perbuatan dalam masa idah seperti perbuatan mencium dan hubungan intim. Ia dikira sebagai bersekedudukan semula dan perlu juga dilaporkan kepada mahkamah.

Dengan kata lain, perceraian perlu direkodkan terlebih dahulu dan diikuti dengan bersekedudukan semula sebagai suami isteri. Ini penting dalam penentuan bilangan talak dan rujuk.

Sekiranya isteri (kakak ipar) tidak bersetuju untuk hidup semula sebagai suami isteri atas sebab yang dibenarkan syarak, pihak mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan masalah antara kedua-duanya.

Keputusannya bergantung kepada mereka berdua sama ada ingin berbaik-baik semula sebagai suami isteri atau suami terpaksa melafazkan talak kali kedua di mahkamah.

Ini akan berlaku sekiranya kakak ipar berkeras mahu bercerai. Tindakan segera perlu diambil oleh saudari, kakak ipar atau keluarga bagi menyelesaikan persoalan ini daripada berpanjangan sehingga boleh menyebabkan masalah di masa hadapan. Ia perlu ditangani secara baik.

Dalam hal ini, keluarga terdekat boleh diminta nasihat dan pertolongan agar masalah di atas dapat diselesaikan, sekali gus rumah tangga kembali aman dan bahagia.

Metro

Lepas kutuk DS Najib, DS Anwar ubah 'nada' bila Hamas bertemunya sendiri

Posted: 01 Feb 2013 06:01 AM PST

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim hari ini mengubah nada apabila "memuji" usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan keamanan di Gaza.

Minggu lalu, Anwar membidas Najib kerana membuat lawatan ke Gaza yang dikuasai oleh pihak Hamas dan tidak mengunjungi Tebing Barat yang ditadbir oleh pihak Fatah.

Ketika itu, Anwar menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu hanya gimik politik untuk memenangi undi Melayu di Malaysia.

Hari ini selepas menerima kujungan Menteri Kabinet Hamas, Walid Amudi, Anwar berkata sokongan PKR untuk pihak yang membantu memperbaiki nasib penduduk Gaza tidak berbelah bahagi.

"Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak walaupun baru kali pertama beliau ke sana," katanya.

Lawatan Almudi ke ibu pejabat PKR hari ini menyusul selepas rombongan Perdana Menteri mengunjungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah selain meninjau tapak-tapak kemusnahan akibat rejim Zionis di Gaza.

Najib terpaksa mengakhiri lawatannya di Gaza, tanpa ke Tebing Barat kerana rejim Tel Aviv enggan memberi persetujuan untuk pesawat rombongan Malaysia menggunakan ruang udara berkenaan.

Walid berkata pihaknya amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak memberikan bantuan untuk membela umat Islam Palestin.

"Kami yakin seluruh umat Islam akan membebasan Masjid Al-Aqsa. Semoga Allah terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau turut memuji Anwar di atas perhatiannya terhadap isu Gaza.

"Anwar adalah seorang tokoh terkenal terutamanya dalam memantau begitu rapi pembinaan semula masjid di Gaza," katanya, pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan PKR.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan cek bernilai USD700 ribu kepada Walid untuk membaiki masjid Al-Aqsa dan membina semula pusat komuniti wanita di sana. Butiran penuh sumbangan itu tidak jelas.

AP

'Hadi masih ditakuk lama'

Posted: 01 Feb 2013 05:45 AM PST

SHAH ALAM - "Inilah perbezaan (Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Presiden Pas, Dauk Seri Hadi (Awang), Najib berfikiran di luar kotak, Hadi masih di takuk lama."

Demikian menurut ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berhubung isu Barisan Nasional dan Umno tidak boleh bekerjasama seperti yang dinyatakan Hadi selaku.

Menurut Puad, Hadi masih tidak matang di dalam politik dan bersikap angkuh.

Beliau berkata, politik pada masa kini mementingkan politik yang "berhati nurani" dan persamaan.

Katanya, rakyat menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan sikap mereka di dalam arena politik ini.

"...dari segi sejarah Pas dan kerajaan pernah bekerjasama.

"Hadi berada di takuk lama, dan sudah tidak relevan berbanding Najib yang lebih terbuka.

"Politik masa depan perlukan "politik hati nurani" dan persamaan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini. Karnival ini akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Menurut laporan media semalam, Pas dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan BN dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Hadi berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

"Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

"Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja," katanya.

Mengulas lanjut, Puad yang Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kerjasama DAP dan Pas juga seperti musuh di dalam selimut dengan masalah yang tidak mempunyai penyelesaian.

Beliau berkata, tindakan Hadi itu membuktikan beliau tidak lagi relevan.

"Pas bekerjasama dengan DAP, DAP menjadi musuh di dalam selimut seperti isu kalimah ALLAH," katanya

Pecat Nasa adalah tindakan 'makan diri'

Posted: 01 Feb 2013 05:01 AM PST

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menyifatkan tindakan PAS memecat Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'.

Beliau berkata, selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.

"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin PAS yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini Jumaat.

Menyentuh pendirian PAS yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata, PAS perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong PAS secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.

"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata, mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.

"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cubabezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap PAS bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya. - BERNAMA

Drama Sahara tetap ditayangkan, tetapi tiada ulangan

Posted: 01 Feb 2013 04:28 AM PST

RANGKAIAN TV berbayar, Astro bakal meneliti semula maklum balas daripada orang ramai berhubung dakwaan yang mengatakan drama terbitannya melalui saluran 105, Sahara menghina Islam.

Namun begitu, pihaknya tidak merancang untuk menghentikan penerbitan drama tersebut di mana episod terakhirnya bakal diterbitkan malam ini.

Pengurus Saluran Astro Prima Namanzee Harris, ketika dihubungi berkata, pihaknya berterima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh orang ramai.

"Kami amat berterima kasih atas maklum balas dan sedikit info, drama itu akan berakhir malam ini (semalam).

"Astro Prima juga akan mempertimbangkan maklum balas yang diberi untuk penerbitan drama akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Astro juga tidak merancang untuk mengulang tayang drama Sahara.

"Setakat ini, kami tidak ada perancangan untuk ulang tayang," katanya.

Mengulas lanjut soal kontroversi drama itu, beliau berkata, berlaku salah faham apabila video promo drama itu telah dimuat naik ke YouTube tanpa pengetahuan pihaknya.

"Video promo itu tidak menggambarkan keseluruhan cerita... drama ini penuh dengan pengisian positif dan pengajaran nilai-nilai moral," katanya.

Katanya, drama Sahara merupakan sebuah cerita di sebalik sekolah pondok yang banyak diselitkan pengajaran dan nilai-nilai.

Sebelum ini, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Artis lelaki tempatan goda isteri orang tidur dihotel

Posted: 01 Feb 2013 03:01 AM PST

Pada mulanya artis ini mahu mengajak seorang kenalan wanita yang juga berstatus isteri orang ini berniaga.

Apa jenis perniagaan, tak pula SS tahu, tetapi perniagaan yang banyak orang nak buat sekarang adalah produk kecantikan dan kesihatan gara-gara ramai yang bergelar jutawan selepas mengusahakannya.

Oleh itu SS agak yakin yang mereka nak buat produk juga kerana bolehlah artis itu jadi duta untuk produknya sendiri. Tak kisahlah apa pun yang ingin mereka niagakan, tetapi kalau nak berniaga buatlah cara betul. Wanita itu isteri orang, hormatlah sikit. Tak salah jika nak menjadi rakan kongsi.

Namun yang menjadi masalahnya, artis itu macam orang tak betul atau mungkin sengaja buat macam orang tak waras apabila dia selalu hantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kata-kata yang tak manis kepada wanita itu. Malah berani ajak isteri orang itu tidur di hotel! Masya Allah apa nak jadi ni?

Khabarnya rentetan daripada pelawaan yang sangat kurang ajar itu, suami wanita itu buat laporan polis. Siapa yang tahan jika ada orang yang memperkotak-katikkan isteri sendiri.

Jangan menggunakan status artis untuk mengaburi mata orang luar. SS tak nafikan ramai masyarakat di luar sana yang teruja apabila dapat berjumpa artis dan lagi rasa macam di awang-awangan apabila ada artis mempelawa untuk bekerjasama dalam bidang perniagaan. SS tak kata semua artis itu jahat tetapi ada yang suka ambil kesempatan di atas kepercayaan masyarakat terhadap mereka.

Ss@metro

(Video) Reaksi Perdana Menteri apabila pengacara jelita 'mengangkang tanpa seluar dalam' di depannya

Posted: 01 Feb 2013 12:45 AM PST

Sebuah stesyen TV dewasa di Serbia telah berjaya 'mengenakan' Perdana Menterinya dalam satu rancangan temubual.

Bermodalkan seorang pengacara jelita tanpa seluar dalam dan hanya memakai skirt pendek, ketua parti Sosialis, Ivica Dačić hanya mampu menelan air liur dan terkedu seketika apabila pengacara dihadapannya dengan tiba-tiba menukar kaki yang bersilang hingga kelihatan kemaluannyanya.

Video tersebut telah ditonton hampir 1.2 juta orang itu secara jelas mengadaptasikan satu babak popular yang dilakonkan dalam filem Basic Instinct oleh Sharon Stone.

Dačić pada ketika itu kelihatan tergamam sambil matanya terus memandang ke arah celahan kaki pengacara tersebut.

Aksi tersebut telah dirakamkan oleh satu rancangan Candid Camera yang diberi nama Nemoguca Misija - ataupun 'Mission Impossible'.

Ianya bermula dengan perbincangan oleh penerbit bersama krunya yang berbincang bagaimana mahu memalukan Dačić ketika beliau tiba untuk rancangan tersebut.
Ketika beliau tiba dibangunan set pengambaran itu, pengacara itu kelihatan sedang menanggalkan seluar dalamnya di dalam satu bilik yang lain.

Pengacara itu kemudiannya menyambut Perdana Menteri tersebut dengan satu ciuman sebelum duduk berhadapan dengannya sambil kaki bersilang.

Selepas bertanyakan Dačić beberapa soalan politik, pengacara itu kelihatan seperti mendengar dengan penuh kusyuk sebelum dengan sengaja menukar kakinya yang bersilang.

Mujurlah video itu telah ditapis dengan tanda 'censor', tetapi jelas kelihatan wajah terkejut dari Perdana Menteri itu apabila melihat perbuatan pengacara tersebut.

Beliau kelihatan tergagap menyusun perkataan yang mahu dikatakanya, tetapi berjaya mententeramkan perasaannya selepas itu.

Adun PAS gesa undi calon beragama Islam sahaja, tapi haram undi UMNO

Posted: 31 Jan 2013 11:31 PM PST

KOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang," katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

"Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

"Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung," ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

hrkh

Aznil dapat gelaran 'Datuk'

Posted: 31 Jan 2013 10:47 PM PST

Tahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat).

Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran 'Datuk' kepada Aznil Nawawi.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Aznil Nawawi merupakan 'Duta Sihat 1Malaysia' dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.

Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau.

Sumber : OhBulan

Kerana kontroversi Nazmi tinggalkan S.C Beira-Mar?

Posted: 31 Jan 2013 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR - Pemain muda berbakat besar yang kini beraksi bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar, Mohd. Nazmi Faiz melakukan tindakan yang mengejutkan apabila dikhabarkan mengambil keputusan pulang ke tanah air, semalam dengan mengundang seribu satu persoalan.

Biarpun mengikut sumber daripada laman web rasmi Beira-Mar yang dia akan dipinjamkan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun badan induk bola sepak negara itu menafikan yang mereka memanggil pemain berusia 19 tahun itu pulang ke sini.

Bertambah menarik, pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur dikatakan akan membuat penampilan dengan salah satu pasukan dalam saingan Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi semalam menegaskan, beliau tidak tahu menahu kepulangan Nazmi sambil menyatakan tiada sebarang perancangan lanjut dilakukan terhadap pemain itu sepanjang berada di sini.

''Terus terang saya tidak tahu yang dia mahu kembali ke sini dan pihak FAM sendiri menafikan yang kami mahu dia dipinjamkan.

''Saya sendiri baru mendapat tahu yang dia akan balik dan terkejut dengan perkembangan ini, namun pada masa sekarang, itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berada di Australia juga tidak mengetahui kepulangan Nazmi ke Malaysia selama enam bulan dan menafikan dia akan membawanya bermain bersama Harimau Muda A.

Menurut artikel daripada laman sesawang S.C Beira-Mar, pemain itu akan pulang ke tanah air dalam tempoh enam bulan ini bagi membantu pasukan negara dalam kelayakan Piala Asia 2015 setelah diminta oleh FAM.

Pun begitu, terdapat sumber mengatakan Nazmi telah dibebaskan sepenuhnya oleh Beira-Mar atas sebab belum yang belum dikenal pasti dan tidak akan kembali lagi ke Portugal selepas ini.

Apa yang pasti, jika berita itu satu kebenaran, ia pasti satu kerugian kepada Nazmi yang baharu mahu memulakan karier di Eropah dan kehilangannya membuatkan hanya Ahmad Fakri Saarani menjadi pemain tunggal negara bermain di Portugal bersama Atletico S.C.

Nazmi yang telah membuat 17 penampilan bersama pasukan Bawah 19 tahun Beira-Mar dan menjaringkan satu gol menyertai kelab yang berpangkalan dari Aveiro itu pada 21 Mei 2012 selepas menjalani sesi pemilihan di sana.

Aksinya yang cemerlang membantu pasukan Bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia 2011 selain menjadi pemain utama pada pusingan kelayakan zon Asia Sukan Olimpik 2012.

Pemergiannya ke Portugal sebelum ini mendapat liputan meluas oleh pihak media serta pujian ramai peminat bola sepak negara kerana menjadi antara pemain termuda mengembangkan karier ke bumi Eropah.

Utusan

(Gambar) Aksi-aksi Apex dan Leuniey selepas 'malam pertama'

Posted: 31 Jan 2013 07:02 PM PST

Wah...sekali lagi kami muncul dengan tajuk-tajuk yang menggoda!

Hehehe...biasalah, nak usik pengantin baru nih.

Macam biasa, pasamgan2 selebriti popular seperti mereka ini pastinya akan berkongsikan aktiviti mereka selepas sah diijabkabulkan seperti berbulan madu, makan bersama, santai bersama dan lain-lain lagi.

Untuk tidak ketinggalan, pasangan pengantin muda ini juga memuat naik aktiviti mereka selepas berkahwin. Memang comel...

Answer this survey and DIGI will donate RM1 to WWF
Here's how you can make a difference in the world today.
Click here now!

Terima surat atau tidak, pemecatan Ustaz Nasha sah kata Nik Aziz

Posted: 31 Jan 2013 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Majlis Syura Ulama Pas perlu mengkaji semula keputusan memecat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya bagi membolehkan Ahli Parlimen Bachok itu diberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Tokoh Pas yang disegani, Datuk Muslim Othman berkata, Majlis Syura Ulama perlu mengambil perhatian tentang saranan itu memandangkan Nasharudin pada masa ini tidak diberi hak sewajarnya sebagai orang yang dituduh melakukan kesalahan.

Beliau yang secara peribadi amat berdukacita dengan keputusan pemecatan tersebut menegaskan, kegagalan Nasharudin menerima surat pemecatan sehingga hari ini juga sepatutnya tidak berlaku.

''Saya dimaklumkan Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui akhbar manakala surat pemecatannya pula sehingga kini belum diterima. Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut, buktikan?

Dalam pada itu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa digugurkan secara sah walaupun mendakwa belum menerima surat perlucutan jawatan dalam Majlis Syura Ulama parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, soal tidak terima surat itu soal nombor dua kerana yang pentingnya 'lafaz cerai' sudah berlaku.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai..surat tak sampai tu soal nombor dua," katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan Nasha mempertikaikan Majlis Syura Ulama Pas, Nik Abdul Aziz berkata, hal itu tidak mendatangkan masalah kepada parti.

"Dia nak pertikai, pertikai la..saya pengerusi (yang mempengerusikannya mesyuarat), ia adalah keputusan muktamad Majlis Syura dan saya sebagai pengerusi majlis itu tetap dengan keputusan itu," katanya.

UMNO tak tahu perintah punca PAS tak sudi kerjasama

Posted: 31 Jan 2013 05:31 PM PST

ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

"Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

"Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja," katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

PRU13: Pulau Pinang dan Kelantan tidak akan ikut Selangor, PRU serentak dengan Pusat

Posted: 31 Jan 2013 05:04 PM PST

PASIR PUTEH - Kerajaan Kelantan tidak akan mengikuti langkah Selangor yang mahu membubarkan Dun sekiranya ia tidak dilakukan Kerajaan Pusat selepas sambutan Cap Goh Mei bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah menjadi hak Selangor sekiranya mahu membubarkan Dun secara berasingan, namun menegaskan ia tidak menguntungkan Pas Kelantan sekiranya mengambil langkah yang sama.

"Saya dah buat kenyataan dulu dan akan bubar Dun secara serentak ( bersama Pusat) bagi mengelak mengeluarkan perbelanjaan besar dan terlalu menjadi tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan Syarikat-syarikat Pelabur bagi Cadangan Pembangunan Kawasan Perindustrian dan Bandar Baharu Tok Bali di Tok Aman Bali Beach Resort dekat sini, semalam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Cap Gho Mei sekiranya Kerajaan Pusat tidak melakukan demikian.

Sebelum itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pembubaran Dun Pulau Pinang akan diadakan serentak dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan serentak.

Pendirian kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak sehaluan dengan cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor selepas sambutan Cap Goh Mei.

Sambutan Cap Goh Mei diadakan 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.