Selasa, 12 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 12 Mar 2013 06:09 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


NAJIB GUNA TENTERA BILA ANGGOTA POLIS KENA TEMBAK, LAMA SANGAT BERUNDING DGN PENCEROBOH APA HAL??

Posted: 11 Mar 2013 09:02 PM PDT

N37 Batu Maung

Posted: 11 Mar 2013 10:26 PM PDT

N37 Batu Maung


YB MALIK KASSIM ZIARAH PENDUDUK BUKIT GEDONG YANG SAKIT

Posted: 11 Mar 2013 02:12 AM PDT

10 Mac 2013 - Bukit Gedung YB Malik Kassim menziarahi penduduk di Bukit Gedung sebanyak 6 orang tanpa mengira partisan dan bangsa. dalam ziarah pesakit tersebut sudah beberapa kali YB Malik Kassim telah menziarahi mereka kerana sakit tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh. kesemua pesakit telah menerima bantuan daripada Pusat Urus Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ziarah pada kali ini adalah untuk meringankan penderitaan keluarga dan pesakit untuk lebih bersemangat. Kita berharap kemenangan pakatan rakyat untuk mentadbir Putrajaya akan membuka harapan baru demi masa depan yang baik.








Sekitar lawatan di Bukit Gedung



Kerajaan Negeri cat semula pangsapuri Mayang, Bayan Baru

Posted: 11 Mar 2013 01:54 AM PDT

Bayan Baru - 10 Mac 2013 Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng hari ini sudi untuk hadir dalam majlis rasmi penyerahan pengecatan semula Pangsapuri Mayang di Bandar Bayan Baru. Turut hadir bersama YB Dato Abdul Malik Abul Kassim, YB Sim Tze Tzin dan pengurus besar PDC (Penang Development Corporation) . Program ini adalah usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan suasana yang lebih baik dan lebih selamat dah sihat. Bangunan pangsapuri sekarang berwajah baru dan dilengkapi sistem keselamatan autogate kepada penduduk. 

Ketibaan YAB Lim Guan Eng


Ketibaan YB Dato Abd Malik Kassim EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Ucapan YB Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerjak bakal Calon Ahli Parlimen Bayan Baru



Seorang penduduk menghadiahkan pokok istimewa kepada YAB Lim Guan Eng

Penduduk bergambar bersama YAB berlatar belakang bangunan mereka yang telah siap di  cat

Ngamm..


Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 11 Mar 2013 09:52 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Forum Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat

Posted: 11 Mar 2013 01:15 AM PDT

Forum Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat

Semua dijemput hadir ke Forum Manifesto Rakyat. Sebarkan


SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA : WANITA BERDAYA NEGARA SEJAHTERA

Posted: 11 Mar 2013 12:27 AM PDT

Hari Wanita Sedunia disambut seluruh dunia setiap 8 Mac bagi meraikan pencapaian ekonomi, politik dan sosial wanita. Tema Hari Wanita oleh Perubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu pada tahun ini adalah "A Promise is A Promise: Time For Action To End Violence Against Women".

Di Malaysia, hampir 50% komposisi penduduk berjumlah 28 juta orang adalah terdiri daripada wanita. Pun begitu, wanita masih dianggap dan dilayan seperti warganegara kelas kedua. Diskriminasi dalam pekerjaan, tangga gaji, politik dan sosial masih berlaku di Negara yang Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Najib Tun Razak berkata tidak perlunya gerakan wanita bagi menuntut hak wanita di Malaysia. Hakikatnya, kedudukan Malaysia dalam The Global Gender Index Gap 2011, Malaysia jatuh di kedudukan ke – 97 daripada 135 negara berbanding negara Asia Tenggara lain Filipina ke – 8, Singapura ke – 57, Thailand ke – 60 dan Brunei ke – 76.

Pakatan Rakyat yang menyedari bahawa peranan wanita itu amat penting dalam mencorakkan masa depan Negara, lahir dengan Agenda Wanita Malaysia. Falsafah Hormat Wanita akan menjadi tunjang kepada perlaksanaan Agenda Wanita Malaysia yang yang akan mengangkat martabat wanita sesuai dengan dasar – dasar yang mesra wanita bagi mengiktiraf peranan wanita dalam membentuk asas jati diri masyarakat Malaysia.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita 2013 buat seluruh wanita Malaysia. Saya menyeru agar wanita dapat bertindak bijak memilih sebuah Kerajaan yang mempunyai kemahuan politik untuk menghapus diskriminasi terhadap wanita, iaitu sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat yang berwibawa dan adil terhadap seluruh rakyat.

 

Wanita Berdaya Negara Sejahtera.

 

ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA KEADILAN


Anwar Ibrahim

Posted: 11 Mar 2013 08:48 PM PDT

Anwar Ibrahim


Pengerusi Pekida Perak Tengah isytihar sokongan kepada Pakatan

Posted: 11 Mar 2013 07:35 AM PDT

KeadilanDaily

Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.

"Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

"Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?" katanya.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

5 INJURED AS VIOLENT PRO-UMNO group, shouting vulgarities, threaten to burn down PKR HQ

Posted: 11 Mar 2013 07:23 AM PDT

Malaysia Chronicle

Umno-linked NGOs carried out a violent demonstration at the PKR headquarters in Tropicana, Petaling Jaya on Monday, demanding that Opposition Leader Anwar Ibrahim and vice president Tian Chua apologize and admit their alleged roles in the Lahad Datu intrusion.

The 3 NGOs were JMM or Pertunuhan Jaringan Melayu Malaysia, Waris Malaya and TIBAI.

At 5pm, shouting anti-Anwar slogans and singing the BN standard, ‘ini lah Barisan kita’, they marched from the corner coffee-shop to the PKR headquarters just a few shop-lots away.

They then demanded that Anwar come down if he was “anak jantan” (man enough) and answer their claims that he had master-minded the intrusion, for which the Najib administration has been caught badly wrong-footed and heavily criticized for being slow in responding to.

We will be back!

The group of about 50 to 60 men started by throwing dozens of eggs at the PKR building. The situation spun out of control as some of participants became emotional and started to throw hard objects including stones, sticks and a traffic cone.

Shouting vulgar language including ‘babi’ which is Malay for pig, ‘barua’ (stooge) and even ‘p***’ (female private part), the group lunged at the dozen or so PKR supporters who had stood in front of the office entrance to watch what was happening.

The attacks were repeated for several more times with the verbal abuse and vulgar language getting more and more rowdy each time. The group kept pushing towards the PKR supporters, hurting 5 of the men. One reporter was also pushed to the ground during the scuffle.

The climax was in burning the PKR flag. When that was done, the group began to march back to their starting point but barely had they walked more than a few feet when they were called back by their leaders.

Apparently not satisfied, they regrouped and punched the air with their fists, shouting more threats and vulgarities. “We will be back,” they screamed.

Police only came when the demo ended

Coincidentally or not, just as the demonstration ended, the police arrived even though there is a station just three doors away from the PKR office. There were at least 7 patrol cars that came to the scene, but the police did not appear to do much. They did not even question the leaders of the group.

At a press conference held shortly before they dispersed, JMM president Azwanddin Hamzah made it clear the motive behind their protest was make sure the public was made aware of Anwar’s alleged hand in the Lahad Datu conspiracy.

He also demanded that Tian Chua apologize for allegedly having accused Umno of masterminding the intrusion, which has so far claimed the lives of 8 policemen and more than 50 Sulu militants.

“That doesn’t matter,” Azwanddin shrugged off the question, when asked if he knew that Tian had already refuted the allegation. “Tian Chua must apologize. That is not up for negotiation.”

His words were echoed by his colleagues from Waris Malaya and TIBAI.

“If not for the police, we would have burned down the PKR building,” shouted Sheik Weshal Sheikh Ahmad, the president of Waris Malaya.

5 injured, “this was not a peaceful assembly”

Meanwhile, 5 of the PKR supporters have lodged police reports against the pro-Umno group. They are Tamilarason a/l Nadaysen, Azman bin Hassan, Balakumaran a/l S Subramaniam, Regoovaran a/l Paramu and Suresh Kumar a/l Ramachandran.

All five claim to have sustained injuries. One alleged he was pulled and kicked in the lower abdomen, another in the head by a brick, a third by a stone in the head and the chest, a fourth by the traffic cone.

“This was not a peaceful assembly. How can it be a peaceful assembly when they brought along eggs, they threw stones and sticks and then burned the PKR flag,” Suresh Kumar told Malaysia Chronicle as he came out from the police station.

The men also lambasted the police for their “slow-motion” response.

“We already heard they (the Umno group) were coming around 1pm. At 3pm, they were already in the coffee-shop waiting for the rest to come. There was more than enough time for the police to do something. But what did the police do? They just stood around and watched,” said Suresh.”

Trying to keep Lahad Datu fresh in the minds of the Malay voters

The Lahad Datu debacle is a political hot potato for Najib, who has been accused of trying to capitalize on the incident to stir up patriotic sentiments ahead of the 13th general election due to be called within the next few weeks.

The mainstream media especially the Umno-owned newspapers and TV stations have gone to town painting Tian Chua and Anwar as traitors.

In the days ahead, as the protesters today had promised, both Tian and Anwar are likely to face even greater pressure and demonstrations as Najib and Umno try their best to keep the memory of the Lahad Datu intrusion fresh in the minds of the Malay voters.

However, their gambit may not work.

In cyberspace, for example, most netizens have condemed Najib and Umno for what they perceive to be unscrupulous tactics, even demanding that they be sacked for gross incompetence in allowing the breach of national security to happen, and then further mishandling it until it flared up into an international incident, costing scores of lives.

Wee Choo Keong

Posted: 11 Mar 2013 06:55 PM PDT

Wee Choo Keong


8 police reports have been lodged against David Lim & Danau Kota Management

Posted: 11 Mar 2013 04:54 PM PDT

On 9-3-2013 yours truly and several owners of Danau Kota Flats held a press conference in Block C to highlight the concerns of the Danau kota Flats owners on the huge unpaid bills of TNB and Syabas totaled RM674, 009.35 owed by Danau Kota Management Service Sdn Bhd (Danau Kota Management). Mr  David Lim Kok Chu’s relationship [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 11 Mar 2013 04:40 PM PDT

BULETIN RAKYAT


SULTAN SULU HANTAR WAKIL JUMPA KERAJAAN FILIPINA BINCANG ~

Posted: 11 Mar 2013 01:53 AM PDT

Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.Menurut *Interaksyon* yang berpangkalan di Manila, pertemuan dua jam antara saudara lelaki Jamalul Kiram -- Sultan Bantilan Esmail Kiram II - dengan Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas II itu berlangsung di ibu pejabat polis kebangsaan di bandar Quezon hari ini.

AYAH SAIFUL BUKHARII MASUK PKR !!!

Posted: 10 Mar 2013 09:12 PM PDT

Ayah Saiful Bukhari sertai PKR hari ini. Semoga Allah SWT menjahanamkan UMNO dan juak-juak mereka yang mereka-reka fitnah, dan semoga Saiful Bukhari kembali ke pangkuan keluarga yang menerima hidayah Allah!

NAJIB UMUM KENAIKAN GAJI 20,000 PENJAWAT AWAM HARI INI

Posted: 10 Mar 2013 08:11 PM PDT

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum. Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Mar 2013 11:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Mar 2013 03:47 AM PDT


Ceramah Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 11 Mar 2013 03:46 AM PDT


Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah peninggalan Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)
Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)
Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)
Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Turut hadir :
Yusuf Tapar (Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau)
Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Izamri 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota)

Ceramah Jelajah DUN Paroi

Posted: 10 Mar 2013 04:28 PM PDT




Warga asing protes di N.Sembilan, adakah Anwar akan dituduh lagi?

Posted: 10 Mar 2013 04:25 PM PDT


Beberapa hari lalu berlaku rusuhan di sebuah kilang di Johor berkenaan isu gaji minima untuk pekerja asing. Kini pekerja asing di sebuah kilang di Negeri Sembilan pula mengadakan protes besar-besaran. Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan dituduh menjadi dalang terhadap tindakan tidak puas hati pekerja asing seluruh Semenanjung Malaysia selepas ini? Adakah anggota keselamatan kita mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Semenanjung Malaysia memandangkan ramai anggota keselamatan telah dikerah ke Sabah?

Warga asing protes kilang tak beri gaji minima
10 Mac 2013

NILAI – Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di kawasan perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji minima.

Difahamkan, pekerja warga asing terbabit mogok di hadapan kilang terbabit sejak awal jam 8 pagi kelmarin dan diteruskan sehingga ke hari ini (semalam).

Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberikan mereka gaji minima memandangkan sebelum ini mereka hanya memperolehi RM600 sahaja dan meminta gaji minima sebanyak RM900 dipertimbangkan.

Bagaimanapun, warga asing berkenaan mengadakan protes secara aman dan operasi kilang kain berkenaan berjalan seperti biasa yang dikendalikan oleh pekerja tempatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang berkata, tiada sebarang kes jenayah yang berlaku berikutan protes tersebut.

"Namun, polis mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini dan semuanya berada dalam keadaan terkawal," katanya.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 11 Mar 2013 11:04 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Pas Perlu Lebih Masa Nak Tunaikan Janji2 di Kelantan #TolakPR #TolakFitnah

Posted: 11 Mar 2013 05:30 PM PDT

Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.

"Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama," ujar beliau.

"Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan."

Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.

Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.

Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan. Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.

"Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat," kata Muhyuddin.

"Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat."

Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.

Diterjemahkan dari The Choice.


SP: Masa 22 tahun tak cukup lagi ke untuk menunaikan janji-janji sebelum PRU12 yang lepas? Nak masa berapa lama lagi? Janji yang lama belum tertunai dah buat janji yang baru lagi. Dah sampai masa untuk berubah. TUKAR Kelantan!!!!!

Pemuda UMNO Putrajaya Edar Risalah Tangkis Fitnah PKR #tolakPR #tolakfitnah

Posted: 11 Mar 2013 07:28 AM PDT


 


Semalam Pemuda UMNO Putrajaya bersama Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki telah mengedar beberapa risalah bagi menangkis pelbagai fitnah yang selama ini dilemparkan oleh PR (Pakatan Rosak) terhadap kerajaan.


Bertempat di kawasan Apartment Precint 5, boleh dikatakan hampir 800 buah pintu rumah telah berjaya diedarkan oleh mereka dan difahamkan selepas ini target yang lebih besar serta gerakan yang lebih agresif akan dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dalam mempastikan Putrajaya ini terus kekal di tangan Barisan Nasional (BN).




Informasi-informasi seperti ini amatlah berguna untuk rakyat khususnya dalam menangani fitnah atau apa saja kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh PR terhadap kepimpinan kerajaan.

Pemuda UMNO Putrajaya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM kerana mengekalkan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Ayuh semua penyokong BN, peperangan semakin hampir.  Tingkatkan usaha serta kuatkan kubu kita.  Kita tolak PR ini dari terus bertapak di Putrajaya.

1Malaysia......Hidup BN! 
 
 

Sepatutnya Tian Chua yang kena tetak jari tangan #opsdaulat #PeaceSabah #tolakfitnah #tolakPR

Posted: 11 Mar 2013 02:25 AM PDT

SP nak berkongsi satu kisah yang dapat dijadikan iktibar untuk kita semua terutamanya kepada pihak-pihak yang menuduh pertumpahan darah di Lahad Datu hanyalah sandiwara atau lakonan semata-mata. Kisah ini SP ambil dari blog Terengganu Today.


Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Dia ditembak,  namun dia bernasib baik kerana tembakan  itu tidak tepat kepadanya  Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…




SP: Jasa dan pengorbanan anggota keselmatan yang terkorban di Lahad Datu demi menyelamatkan tanahair tidak ternilai harganya. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada dan senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al Fatihah.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 11 Mar 2013 07:39 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS: PENGAKUAN AZLAN MENGENAI........?????

Posted: 10 Mar 2013 11:56 PM PDT


MEMANG DAH DIJANGKA..KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH BAPA SAIFUL TEMPOH HARI MERUPAKAN KENYATAAN YANG ADA AGENDA TERSENDIRI.DEMI RM,SANGGUP GADAIKAN MARUAH ANAK SENDIRI DARIPADA MEMPERTAHANKANNYA.
HARI INI..SATU SIDANG AKHBAR TELAH DIADAKAN DI PEJABAT PKR PUSAT DIMANA IANYA TELAH DIHADIRI OLEH ABDULLAH SANI,KHALID SAMAD DAN SAIFUDIN NASUTION DAN ADALAH KIRA-KIRA 30 ORANG YANG MEMENUHKAN PEJABAT ITU..
SIDANG AKHBAR HARI INI HANYA TERTUMPU KEPADA PENYERTAAN AZLAN LAZIM (bapa SAIFUL) KE DALAM PARTI PKR.
JELAS BUKAN.."GAME"YANG DIMAINKAN OLEH AZLAN DAN ANUAR..ELOKLAH TU..SAMA-SAMA BERMASALAH..
DALAM SIDANG AKHBAR TERSEBUT,AZLAN BERKATA,BELIAU TELAH MENYOKONG PARTI PKR SEJAK TAHUN 1998 LAGI DAN PADA KETIKA ITU HANYA PENYOKONG TAHAP KELAS BAWAHAN SAHAJA..DAN BILA DIAJUKAN SOALAN KENAPA BELIAU SERTAI PKR,JAWAPAN BODOH DAN BANGANG TELAH DIBERIKAN...NAK TAU..NI DIA JAWAPAN BELIAU "KERANA DASAR KEBEBASAN".NAK TERGELAK AKU DIBUATNYA..KEBEBASAN DARI SEGI APA TU AZLAN?KEBEBASAN DEPAN DAN BELAKANG KE?KEBEBASAN UNTUK MENJUAL MARUAH ANAK SENDIRI KE AZLAN?KEBEBASAN SEHUNGGA SANGGUP NAK MENJUAL ISTERI KE AZLAN?KALAU BEGITULAH MAKSUD KEBEBASAN YANG KAU BERIKAN,AKU RASA..LEBIH BAIKLAH KAU TONGGENG DAN BIARKAN ANUAR MEMASUKKAN KEBEBASAN KAT BELAKANG KAU!
SEWAKTU SIDANG AKHBAR INI DIADAKAN,BELIAU JUGA TURUT BERKATA BAHAWA BELIAU TIDAK AKAN BERSUMPAH,INI KERANA BELIAU KATA SUMPAH ADALAH SATU PERKARA YANG BIASA..ERMM..TAKUT DIMAKAN SUMPAH..KAN SENANG JAWAPAN TU..TAK PAYAH NAK CONER-CONERLAH AZLAN.BERANI KERANA BENAR..
MUNGKIN KAU TAK SEDARI KUASA ALLAH TU LEBIH DARIPADA SEGALANYA..WANG RM 1 JUTA YANG KAU PEROLEHI TU PUNNNN TAKKAN BERTAMBAH..SEKARANG BAGI KAU..LANGIT MASIH DI ATAS..SATU HARI LANGIT TU AKAN JATUH JUGA KE BAWAH.
BILA DISENTUH TENTANG HUBUNGAN AZLAN DENGAN ANAKNYA,BELIAU BERKATA BAHAWA HUBUNGAN MEREKA AMAT BAIK SEKALI..HEHEHE..BAIKLAH TU..PTHUIIIII!
JANGAN AZLAN..JANGAN..BAWA-BAWAKLAH BERTAUBAT!UMUR KAU PUN TAK TAU PANJANG KE PENDEK...