Tahniah! diucapkan buat pasangan Zakiah Anas dan suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 yang telah selamat bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Kadang-kadang memang marah...cuma segala caci maki, sumpah seranah tu terlintas sekejap ja dalam hati..kemudian hilang perlahan-lahan dibawa sang bayu.
Bukan kerana Pakteh tiada perasaan marah tetapi...itulah Pakteh...orang tua yang beruban berkepala botak ditengah yang kerjanya hanya tahu menebang buluh. Pakteh tidak pandai untuk memaki hamun...
Jadi...untuk kesekian kalinya...walaupun berhenti agak lama dari berartikel.....buah fikiran Pakteh InsyaAllah..akan lahir dari hati yang tidak memungkinkan untuk diterjemahkan dalam bahasa yang kasar.
p/s: artikel ini untuk menjawab persoalan mengapa Pakteh tak maki ja puak-puak pakatan haram pembangkang.
ya..akhirnya apa yang Pakteh fikirkan sebelum ini mula menjelma. Kerakusan Anwar untuk menduduki Putrajaya dengan segala cara menyebabkan AGAMA ISLAM tergadai secara tidak disedari.
Hari ini, rombongan tak sedar diri 300 orang yang mendakwa dianiaya, berarak menuju ke JPN. Mengapa hanya 300 orang sedangkan puak perosak keamanan ini mendakwa 300 ribu orang?. Dalam parlimen juga dikhabarkan sangat kurang jumlahnya berbanding 300 ribu.
Itu kisah lain tetapi secara halus, Anwar melalui partinya yang mewakilkan Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa telah MENGKAFIRKAN DS Najib Tun Razak dan DS Hishamuddin Tun Hussein.
Apakah ini ilmu yang diajarkan oleh pas?.
Apakah setiap umat Islam yang menikmati kemakmuran di bumi Malaysia bertuah ini boleh membiarkan puak perosak negara ini mengkafirkan semua umat Islam?.
Jika masih menyokong mereka...tunggulah natijahnya.
PrintScreen laporan Malaysiakini
Tulisan Pakteh berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh Malaysiakini dalam artikel : Isu Kerakyatan, Peserta Himpunan berarak ke JPN. Gambar tersebut secara jelas PM diberi nama Najib A/L Razak dan Hishamuddin A/L Hussein yang hanya digunakan untuk orang bukan Islam.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menyatakan pendirian parti bersabit isu pengasingan gender di Kelantan seperti yang diminta Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana perkara tersebut di luar bidang kuasa pemimpin parti itu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Karpal sepatutnya maklum bahawa hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran merupakan hak mutlak kerajaan negeri sementara parti hanya boleh memberi nasihat.
"Dia (Hadi) tidak ada kuasa untuk campur tangan begitu. Karpal sebagai ahli undang-undang dia kena tahulah, hak kerajaan dan hak parti politik.
"Apa yang melalui kerajaan, kita kena serahkan kepada kerajaan lah untuk uruskan. Ia ada peraturan dan kaedahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Karpal menerusi satu kenyataan media semalam meminta Hadi menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender membabitkan kes salon di Kota Bharu baru-baru ini dan bukannya menyerahkan isu itu kepada Exco Kelantan.
Katanya, sikap mendiamkan diri Exco Negeri dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam menunjukkan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
Menjelaskan perkara itu, Mustafa memberitahu, beliau difahamkan sudah ada penyelesaian bersabit kes terbabit.
Cuma katanya, adalah tidak kena jika Karpal meminta Hadi menyatakan pendirian parti mengenai isu itu kerana tanggungjawab berkenaan bukan urusan parti politik.
"Kalau pun presiden hendak periksa, dia akan periksa melalui kerajaan negeri. Dia tidak boleh campur tangan secara langsung tentang soal pentadbiran ini.
"Kita boleh beri pandangan kita, tetapi yang akan bertindak, yang akan berunding itu adalah pihak yang berkenaan," jelasnya lagi.
Kes salun di Kota Bharu Kelantan itu menarik perhatian ramai apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di bandar itu mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.
Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada menjadi mangsa gangguan seksual selain terjebak dalam jenayah pelacuran. - SH
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil akan memberi penjelasan dalam waktu terdekat mengenai isu menyalahgunakan pakaian istiadat pasukan keselamatan semasa majlis resepsi persandingannya dengan aktres Diana Danielle. Jurucakap syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata, kenyataan yang bakal dibuat Farid itu bagi menghuraikan segala kekeliruan dan salah faham sesetengah pihak mengenai tindakan tersebut.
"Kami menyedari mengenai pertikaian berhubung uniform yang dipakai Farid tempoh hari dan ia sebenarnya adalah satu masalah kecil," jelas wakil syarikat itu ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Farid tidak dapat memberi komen kerana dia sedang sibuk menguruskan majlis resepsi persandingan sebelah pihak lelaki di Jitra, Kedah yang berlangsung pada Rabu (hari ini).
Komen GPB
Kecil bagi pihak syarikat Farid ..tapi ia melanggar peraturan ...kita tunggu apa jawapan dia ..
Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.
Bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air.
Menurut sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang sama.
Malah khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas diundang secara rasmi oleh Tun M. Sehubungan itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.
Sumber juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.
Dua watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah bagi.
Majlis akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis.- MURAI.com-
*** SRK pun minat Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin hebat dunia hingga sampai sanggup hadir ke majlis ulangtahun negarawan ulung kita ini dengan Jet peribadi ... GPB cukup bangga sekali bagaimana orang luar melihat hebatnya pemimpin kita .. Selamat Hari Lahir ayahanda Tun Mahathir yang ke 87 tahun ..
Seorang warga emas meluahkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri apabila mendakwa ditipu dalam urusan pengambilan tanah yang didiami keluarganya sejak 70 tahun lalu di Jalan Free School, di sini.
Chew Eng Hoe, 71 berkata, perkara berkenaan disedari selepas kediaman mereka diroboh olhe Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 2009 bagi melaksanakan pembangunan awam di tanah seluas 26,133 kaki persegi itu.
Sebaliknya baru-baru ini dia mendapati bekas tapak rumahnya itu bakal dibangunkan lot banglo dalam tempoh terdekat oleh sebuah pemaju.
"Kami berasa tertipu dengan kerajaan pimpinan DAP itu. Sudahlah kami diusir di rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun lalu malah diroboh tanpa perikemanusiaan.
"Bayangkan, kami meminta mereka (MPPP) tempoh sebulan untuk berpindah termasuk kos pemindahan bernilai RM5,000 tetapi mereka langsung tidak mengendahkan permintaan kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) di Padang Tembak, Air Itam di sini. Luah Eng Hoe, disebabkan desakan pihak berkuasa terbabit mereka pada masa itu terpaksa hidup secara pindah-randah termasuk menyewa di sebuah rumah flat di sini dengan bantuan pihak gereja.
"Saya amat kesal dengan cara pentadbiran kerajaan hari ini. Walaupun ada ahli politik membantu mencari rumah tetapi kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membelinya tanpa mendapat sebarang bantuan dari kerajaan," jelasnya.
Sementara itu, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan memberitahu, kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya prihatin dengan nasib Eng Hoe dengan memberi sedikit saguhati kepada keluarga berkenaan. "Ini tidak, mereka usir dengan cara kekerasan tanpa memberi satu sen pampasan kepada warga emas itu termasuk rumah ganti yang dipohon menerusi surat bertarikh 28 Julai 2009.
"Dengan ini kami bercadang mengumpul dana bagi meringankan kos sara hidup keluarga Eng Hoe yang kini tinggal bersama dua anak dan cucunya," tambah Cheng Guan.
Beberapa pihak hari ini mempersoalkan tindakan DAP menghalang portal berita Antarapos daripada membuat liputan semasa Konvensyen Kebangsaan parti itu yang ke-16 pada 15 dan 16 Disember ini.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (PMC), Rahmad Isahak berkata tindakan tersebut adalah tidak wajar lebih-lebih lagi dengan memberikan alasan portal berita tersebut 'tidak dikenali parti'.
"Sewajarnya kalau tidak dikenali, bagilah lagi banyak peluang," katanya ketika ditemui Antarapos, di sini hari ini.
Untuk rekod, krew Antarapos kini sudah mula berkampung di Pulau Pinang sejak semalam untuk membuat liputan konvensyen tersebut.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew berkata DAP sepatutnya tidak menghalang portal berita Antarapos daripada membuat liputan kerana semua media yang berdaftar dengan Kementerian Penerangan sepatutnya diberi layanan yang sama rata dalam mendapatkan sumber berita yang tepat lagi sahih.
Chin bagaimanapun mengakui DAP sebagai sebuah parti politik berhak untuk berbuat demikian walaupun ia bertentangan dengan apa yang diperjuangkan selama ini, iaitu kebebasan media.
Chin kemudiannya menggesa DAP memberikan penjelasan secara bertulis mengapa Antarapos tidak dibenarkan membuat liputan.
"Saya rasa Antarapos patut minta penjelasan secara hitam putih apakah alasan mereka sebab disini hanya ditulis arahan parti," ujarnya.
Antarapos sebelum ini menerima emel jemputan membuat liputan majlis itu daripada Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Thing Siew Shuen.
Namun selepas Antarapos menghantar senarai nama krew yang akan terlibat sepanjang konvensyen itu berlangsung, Setiausaha DAP Pulau Pinang memaklumkan bahawa Antarapos tidak dibenarkan hadir, atas arahan parti.
Namun tidak dimaklumkan sebab secara khusus melainkan alasan 'Antarapos tidak dikenali' parti DAP.
Hakikatnya, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw sebelum ini pernah menjadi ahli panel dalam program 'Meja Bulat' terbitan Antarapos pada Oktober 2012, yang membincangkan tajuk "Perlukah majoriti 2/3 untuk memerintah negara dengan berkesan ?".
Mengulas perkara itu, Chin mencadangkan kepada Antarapos agar tetap menghantar wartawan ketika hari konvensyen itu berlangsung atas kapasiti, media yang berdaftar tidak patut dihalang daripada membuat liputan.
"Walaupun sekarang DAP halang Antarapos hadir, tapi Antarapos sebenarnya masih boleh pergi buat liputan.
"Jika mereka tetap halang, itu cerita lainlah," kata Chin.
Chin berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan sebelum ini pernah menghantar memo kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana menafikan hak beberapa organisasi media daripada membuat liputan melibatkan DAP.
"NUJ pernah beri memo pada Guan Eng bertanyakan mengapa halang wartawan buat liputan dan jika maju halang, halang semuanya.
"Ini bukan pertama kali DAP buat macam ini. Tapi ini hak dia untuk berbuat demikian, sebab dia parti,"
Antarapos adalah sebuah portal berita sah yang telah didaftarkan setahun lalu di bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Sebelum ini, Antarapos tidak pernah dihalang daripada membuat liputan pada mana-mana program anjuran sekutu Pakatan Rakyat.
Terbaru, portal berita ini membuat liputan penuh Muktamar Tahunan PAS ke-58 yang diadakan di Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Antarapos juga dibenarkan hadir semasa Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Ismail merasmikan konvensyen PKR Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berjanji untuk mengenalpasti apakah sebab Antarapos tidak dibenarkan hadir.
"Saya tidak tahu fakta sebenar. Boleh saya kenal pasti dahulu dengan pusat, sebelum bagi komen ?," ujar Anthony.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas puak-puak yang tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang yang terus melontar fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
"Kita tahu bahawa mereka ini tidak ada isu dan mereka akan mencari perkara-perkara yang boleh dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat kerana mereka mahu meraih undi," katanya yang juga Setiausaha Agung BN.
Dalam hal ini beliau menyorot insiden baru-baru ini apabila pembangkang membuat cerita kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah sedangkan kerajaan telah menyediakan program bahawa sesiapa saja yang tidak mempunyai dokumen terbabit boleh membuat laporan atau memaklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
"Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang shaja. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab," tegasnya.
Tohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor apabila buku berkaitan biografi beliau dilancarkan.
"Mereka sudah mula mecemuh dan mengata sedangkan biografi ini menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dibuat.
"Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun."
Justeru beliau mengajak rakyat agar tidak lupa bagaimana puak-puak tersebut menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan memaparkan gambar Perdana Menteri makan semeja dengannya tetapi akhirnya Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri telah mengaku bahawa ia terhasil daripada teknik superimpose .
"Mereka sanggup berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa ia adalah benar sedangkan keadaan tersebut tidak pernah berlaku. Inilah masalah yang akan mereka bangkitkan dan akan terus dilaksanakan sedemikian iaitu melemparkan fitnah terhadap kita.
"Kita lihat bagaimana tingkah mereka yang memasang bendera dimerata-rata tempat, dari tahun 2004, 2008, ketika kita masih berkerajaan di negeri-negeri tadbiran mereka sekarang pun kita tidak pernah membuat kerenah atau melempar onar namun apabila kita menaikkan bendera parti kita maka mereka turunkan bendera kita sesuka hati.
"Mereka juga memasang poster-poster yang mengajak rakyat mengundi mereka sedangkan ia bukanlah dalam musim pilihan raya pun walhal sewajarnya apa yang mahu dilakukan agar berpaksikan kepada undang-undang kerana negara kita ada perundangan dan peraturan dan jangan lakukan sebaliknya."
Tegasnya lagi, macam-macam perkara telah diheret oleh pakatan pembangkang dalam kancah politik dengan dijadikan isu sebagaimana isu Lynas dan isu AES sedangkan ia adalah untuk memastikan rakyat berubah kepada keadaan lebih baik, berdisiplin dan ikut peraturan.
"Mereka politikkan juga AES dengan pelbagai tuduhan sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan. Kerajaan membawa perubahan untuk kebaikan jadi janganlah kita guna apa yang kerajaan laksanakan sebagai bahan politik dan dijadikan sebagai satu kesempatan.
"Begitu juga keadaannya apabila kerajaan menetapkan untuk tidak membenarkan demonstrasi jalanan sebaliknya dibenarkan berkumpul atau menyuarakan pendapat ditempat-tempat tertentu tetapi pembangkang melakukan juga demonstrasi jalanan kerana mahu melihat keadaan kucar-kacir."
Ujarnya, tingkah pembangkang cuba mengikut negara-negara barat atau Timur Tengah dengan kononnya boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
"Kita ada cara, jika mahu mengambil alih kerajaan maka lakukanlah dengan pilihan raya. Tiap-tiap lima tahun kita ada pilihan raya tetapi mereka menuduh pula bahawa pilihan raya yang diadakan tidak telus."
Soalnya, jika ianya benar tidak telus bagaimana Pas boleh berkerajaan di Kelantan selama 22 tahun, bagaimana boleh ada 82 orang wakil rakyat dari pakatan pembangkang di Parlimen, bagaimana pakatan pembangkang boleh menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor?
"Kalau pilihan raya tidak telus maka sudah pastilah mereka tidak akan menang. Sekarang ini mereka buat helah lagi dengan menuding jari mengatakan bahawa mereka kalah bukan kerana rakyat tidak mahu dengan didakwanya berlaku penipuan. Yakinlah, BN tidak pernah menipu sesiapa. Yang menipu adalah mereka dan bukan kita."
Tambahnya lagi, taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat.
"Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.
"Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan undi BN akan membawa kita ke hadapan. BN telah buat pelbagai perubahan, ISA dimansuhkan, perubahan kepada badan keselamatan dan pelbagai tindakan dibuat selaras dengan kehendak rakyat. Janji BN selalu ditepati dan tidak terbawa-bawa dengan kelakuan mereka sehinggakan mereka anggap manifesto bukan lagi janji," tegasnya. – MediaUMNO
Memang biadap & melampau !! Pencacai -pencacai Anwar hari ini berdemo dengan membawa banner tertera gambar Najib dengan nama Najib A/L Razak . Ini satu lagi politik fitnah & jahat pembangkang yang mengelarkan Najib dalam nama bukan Islam .
Demontrasi didalangi PKR di depan pejabat JPN ini untuk mengkritik kerajaan kononnya 300 ribu kaum India masih belum mempunyai statuas warganegara .
Utusan Malaysia mengambil langkah drastik dengan membuang artikel Zainuddin Maidin di portalnya, namun, edisi bercetak teruslah tersemat sebagai bukti bertulis.
Apa yang menarik tentang ulasan BJ Habibie berkait perkara ini ialah, " Saya dikatakan seperti itu kerana menghadiri majlis yang dianjurkan pembangkang. Sekiranya pihak kerajaan Malaysia yang menjemput dan majlis itu dibuat oleh parti pemerintah, sudah tentu tidak dikatakan seperti itu"
Kita tahu betapa sulitnya menafsir pembawaan dua pemimpin sekiblat ini kerana datangnya mereka dari negara dengan dua sistem berbeza. Maka penerimaan khalayak juga berbeza beza. Tetapi kita harus sentiasa menjunjung hubungan antara negara kerana kita tidak perlu menjadi seburuk perangai rakyat Indonesia yang selalunya bertindak dengan ukuran diplomatik terlalu singkat dalam kepala.
Kita perlu akui, kita benci untuk merasa kalah dengan serangan puak-puak seberang. Tetapi ketahuilah, dalam kebanyakan kekalahan, bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana kita yang tersilap langkah.
Mereka boleh meranap dengan sifat-sifat mereka. Tetapi kita harus terus maju dengan sifat-sifat kita yang bukan seperti cara Zam kerana dia dikenali sebagai salah satu tokoh di pihak kerajaan memerintah.
Rabu, 12/12/2012 11:20 WIB
Utusan Malaysia Blokir Link Kolom 'Menghina Habibie'
Rachmadin Ismail - detikNews
Jakarta - Tulisan mantan menteri penerangan Malaysia Zainudin Maidin tentang mantan presiden BJ Habibie di rubrik tajuk rencana harian Utusan Malaysia membuat heboh. Namun, link tulisan tersebut yang sempat mudah diakses, kini diblokir.
Saat detikcom membuka link tajuk rencana tersebut, Rabu (12/12/2012) pukul 11.15 WIB, hanya terlihat ada pesan 'broken link' di situs tersebut. Pihak Utusan Malaysia menyarankan agar para pengunjung situs memeriksa arsip berita.
Berikut isi pesannya:
Broken Link!
The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.
You may want to consider our archive on
Sebelumnya, tulisan panjang itu terbit pada Senin, 10 Desember 2012 lalu. Zainudin mengupas soal persamaan antara tokoh oposisi Anwar Ibrahim dengan mantan presiden Indonesia, BJ Habibie.
Rabu, 12/12/2012 12:49 WIB
Habibie Dihina, DPR Hari Ini Sampaikan Nota Protes kepada Malaysia
M Iqbal - detikNews
Jakarta - Pimpinan DPR menanggapi serius gelombang kecaman terhadap Malaysia menyusul penerbitan tulisan mantan menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin yang menyebut Habibie sebagai 'The Dog of Imperialism'. Hari ini pimpinan DPR akan menyampaikan nota protes tersebut ke Malaysia.
"Hari ini kita akan mengirim surat kepada Perdana Menteri Malysia dan kita minta untuk klarifikasi dan kita mengecam cara-cara seperti itu," kata wakil ketua DPR Pramono Anung di Gedung DPR, Senayan, Jakarta, Rabu (12/12/2012).
Menurutnya, hal itu sebagai tindak lanjut atas rekomendasi secara resmi pimpinan DPR dalam rapat pariputna yang memutuskan untuk berkirim surat kepada PM Malaysia.
"Kami melihat bahwa apa yang disampaikan itu sangat tidak elok apalagi bekas menteri penerangan, harusnya tahu bagaimana berkomunikasi yang baik dengan sesama tetangga," ungkapnya.
Polemik tulisan Zainuddin Maidin masih belum habis. Semakin hari semakin ramai pemimpin parti politik Indon mengecam Malaysia akibat tulisannya di Utusan Malaysia.
Mungkin Utusan Malaysia tiada lagi isu yang lebih menajamkan fikiran rakyat, mungkin tidak perlu lagi memaparkan suara-suara pembaca di mana ruangannya telah dikurangkan, kini memilih memuatkan tulisan sampah Zainuddin Maidin. Lebih malang lagi, ahli politik bodoh-bodoh di Indon menganggap ini sebagai ' suara kerajaan Malaysia' oleh kerana diterbitkan dalam akhbar 'pro-pemerintah' dan ditulis seorang ahli UMNO.
Teman tak katakan tulisan Zainuddin Maidin itu salah, dan teman tak kata pulak yang cara dia menyampaikan pendapatnya di media arus perdana pro kerajaan itu adalah betul. Menjadi tokoh wartawan belum tentu menjadi orang yang bijaksana.
Rabu, 12/12/2012 09:25 WIB
Anas: Menghina Habibie Sama Saja Menghina Indonesia
Elvan Dany Sutrisno - detikNews
Jakarta - Ketua Umum Partai Demokrat Anas Urbaningrum mengecam penyebutan 'The Dog of Imperialism' bagi mantan presiden BJ Habibie di koran Utusan Malaysia. Tak sepatutnya polemik politik di Malaysia lantas berujung penghinaan terhadap Presiden RI ke-3 tersebut.
"Menghina Presiden Habibie tidak ubahnya menghina Indonesia. Jangan karena kompetisi politik dalam negeri, lalu dilebarkan dengan menghina mantan Presiden Habibie. Sangat disesalkan," kecam Anas.
Hal ini disampaikan Anas dalam siaran pers kepada detikcom, Rabu (12/12/2012).
Menurut Anas, tak sepatutnya mantan menteri Malaysia menghina Habibie. Seharusnya pejabat negara lebih tahu sopan santun dan bagaimana menghormati negara sahabat.
"Istilah "the dog of imperalism" salah serangan "rasis" kepada mantan Presiden Habibie. Zainuddin, mantan menteri Malaysia, harus diajari sopan-santun oleh partainya (UMNO)," kecam Anas yang beberapa waktu lalu memimpin kontingen PD bertemu dengan petinggi UMNO di Malaysia.
Anas mendorong pemerintah Malaysia mengambil tindakan. Pemerintah Indonesia juga tak boleh diam saja.
"Meskipun tulisan Zainuddin adalah bukan sikap Pemerintah Malaysia, tetapi hal ini tidak boleh diabaikan oleh Pemerintah Malaysia. Pemerintah Indonesia juga tidak boleh membiarkan pelecehan kepada mantan Presiden Habibie," tegasnya.
Di rubrik RENCANA di koran Utusan Malaysia edisi Senin, 10 Desember 2012, mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin menulis dengan judul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim". Di media yang dikontrol langsung pemerintah itu, Zainuddin menggambarkan Habibie sebagai sosok egois, memualkan, serta pengkhianat bangsa.
Zainuddin mengawali tulisannya dengan mengatakan 'Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).'
Sekadar diketahui, hubungan Habibie dan Anwar cukup akrab. Anwar -- yang hendak mengikuti Pemilu Malaysia 2013 -- mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis 6 Desember 2012 lalu. Kunjungan itu sebagai balasan atas kedatangan Anwar Ibrahim di Jakarta pada 28 November 2012 untuk menghadiri 'Celebrating The Habibie Center's 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period. Anwar Ibrahim, mantan Wakil PM Malaysia, memuji Habibie dengan menyebut era Habibie yang singkat membawa perubahan besar di Indonesia.
BJ Habibie telah membaca artikel Zainuddin di koran yang merupakan corong pemerintah tersebut dan hanya tertawa saja
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pendemo pendemo pakatan pembangkang yang dibayar rm100 sorang untuk membuat kekecohan hari ini di bangunan JPN Putrajaya bertindak biadap bila merempuh pintu masuk JPN.
Tidak cukup dengan itu ada diantara pendemo yang memiliki kad pengenalan merah memaki hamun warga JPN dan bertindak kasar.
Apa bangsat mereka ni? Dah dapat kad pengenalan merah tapi masih tak berpuas hati dengan pemberian yang diberikan? inilah satu sikap bangsat yang diajar oleh puak Pakatan Pembangkang kepada golongan pendatang.
Gua rasa elok mereka yg miliki kad pengenalan merah berdemo di JPN serahkan kad pengenalan mereka dan berambus balik negara asal.
Dasar tak kenang di untung bangsat sekalian yang ada ni terutama pemimpin pakatan pembangkang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
http://yuseriyusoff.blogspot.com - Rakaman sekitar demo duduk & bantah yang bertukar menjadi tapak ceramah politik oleh parti pembangkang.
Satu lagi ialah ini strategi PKR untuk membolehkan mereka mengundi dalam PRU 13. Kalau hari ini mereka dapat IC, esok juga mereka mendaftar sebagai pengundi.
Sah PKR semakin kehilangan pengaruh terpaksa cari bukan warga negara atau penduduk tetap menyokong mereka..
Porrah,,,,perangai macam setan, tak payah bagi taraf warga negara lah...pergi balik negeri lah..
Ini lah agenda Pakatam Penghasut Pengkhianat Perosak Rakyat. Kelihatan 300 ribu orang India telah mengamat dan mengelapkan suasana di depan ibu pejabat JPN Putrajaya hari ini. Semua ini didalangi oleh peguam-peguam yang menjadi balaci Anwar dalam PKR.
Sebelum ini N. Surendran telah melakukan perkara yang sama di Perak tetapi tidak mendapat sambutan, oleh itu mereka cuba membawa perkara ini ke Putrajaya untuk menarik perhatian rakyat.
Ini adalah satu helah Anwar untuk menutup isu LGBT, isu beliau membawa Habibie dan isu Agama yang ditimbulkan oleh Nurul Izzah bulan lalu.
Ramai orang India yang berada di ladang-ladang getah tidak mempunyai kad pengenalan kerana kelahiran mereka tidak didaftarkan.
Banyak sebab perkara ini berlaku, antaranya ialah taraf warganegara ibu bapa yang datang dari India dan menetap di sini secara haram atau berkahwin dengan wanita India tempatan. Tahap pendidikan dan kesedaran yang rendah di kalangan mereka yang tidak mengambil endah tentang pendaftaran kelahiran.
Perkara lain ialah anak-anak haram yang dilahirkan bukan dari perkahwinan yang sah. Terdapat juga kes anak-anak gadis Melayu dan India Muslim wang berkahwin dengan lelaki Hindu dan bila anak dilahirkan mereka tidak berani mendaftarkan kelahiran anak mereka kerana takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa berikutan ibu kepada anak adalah beragama Islam.
Isu ini perlu ditangani secara teliti, kita tidak mahu mereka diberikan kewarganegaraan pada hal mereka atau ibu bapa mereka bukan warga negara.
Hairan kenapa PKR sebelum ini membantah taraf warganegara yang diberikan kepada rakyat Indonesia, Filipina dll. Sepatutnya PKR membantah permohonan 300 ribu orang India yang memohon kewarganegaraan ini.
KUALA LUMPUR: The equities market and economic outlook in 2013 will be positive if the Barisan Nasional continued to remain in power, says investment bank JP Morgan.
JP Morgan Securities (M) Sdn Bhd executive director of equity research Mak Hoy Kit (pic) opines that there would be "some risk" if the Opposition were to take over the Government.
He said the Barisan's Economic Transformation Programme (ETP), government infrastructure programmes and rail-related projects would kick off if the political status quo remains.
"We are now Neutral' on Malaysia because of the general election overhang. Investors will be worried if the Opposition wins. When there is uncertainty, investors typically act negatively," he said yesterday.
JP Morgan is also positive on the construction sector, and sees this as a domestic growth opportunity with some RM160bil worth of rail projects up for grabs next year.
On the oil and gas sector, with Petronas committing to some RM300bil capital expenditure over the next five years, Mak is expecting to see more contract wins and an increase in earnings of the local oil and gas players.
Mak sees the ETP creating some 452,066 jobs by 2020, per capita income growing to US$15,000 (RM45,000) from US$6,700 (RM20,000) in 2009.
It was recently reported that Eastspring Investments Bhd Chief Investment Officer (Equities) Yvonne Tan Hong Yean cautioned that foreign funds might opt to stay out of Malaysia if there was a change in government.
Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.
Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.
Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.
Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.
Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.
Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.
Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.
Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.
Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.
Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.
Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.
Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.
Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.
Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.
Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.
Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.
Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.
Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.
Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.
Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.
Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.
Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.
Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.
Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?
Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?
Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?
Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?
Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?
Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?
Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.
Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.
PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.
Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.
Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.
Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.
Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.
Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.
Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.
Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR).
Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.
Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.
Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Umpama peribahasa telur di hujung tanduk. Begitu jugalah yang boleh digambarkan terhadap nasib parti pembangkang hari ini.
Sedar dengan laluan sukar yang terpaksa ditempuh mereka untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, pembangkang kini terpaksa bermain dengan pelbagai sandiwara politik demi memancing undi rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pendekatan yang dikenali sebagai "Perang Psikologi" akan digunakan pihak pembangkang bagi memastikan masih ada di kalangan rakyat terus memberi sokongan kepada kepimpinan parti tersebut.
"Strategi pertama (pembangkang) ialah mewar-warkan bahawa mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan dan menang lebih banyak kerusi.
"Untuk strategi kedua pula, jika mereka (pembangkang) tahu bahawa mereka tidak akan menang, mereka tetap inginkan rakyat terus menyokong mereka agar pembangkang menjadi kuat," kata beliau.
Zambry berkata demikian sebagai mengulas ramalan pembangkang terhadap BN yang hanya mampu memenangi dua dari 24 buah kerusi Parlimen di Perak pada pilihan raya umum depan.
Tambah beliau lagi, strategi sama dilakukan oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) empat tahun lalu apabila berjaya merampas beberapa buah negeri.
"Strategi ini mereka gunakan di Pulau Pinang dan negeri lain dengan mengatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk memerintah dan hanya mahu jadi pembangkang," ujar Zambry yang menyatakan akhirnya rakyat terjerat dengan helah pembangkang apabila terus memberikan undi kepada mereka.
Selain dua strategi itu, pembangkang juga katanya, akan menggunakan modal kononya mereka layak diberi tempoh lima tahun memerintah negara dan sekiranya mereka gagal, rakyat berhak memilih kerajaan lain pula.
"Ini satu lagi strategi yang digunakan oleh pembangkang kerana mereka tahu dalam masa lima tahun, apa sahaja perkara boleh berlaku dan setelah banyak perkara dilaksanakan, akhirnya mereka tidak akan lepaskan (kuasa), " katanya lagi.
Tidak seperti Barisan Nasional, walaupun telah membawa kemajuan selama 55 tahun kepada rakyat Malaysia, para pemimpinnya beranggapan masih banyak perkara yang memerlukan penambahbaikan, tambah Zambry.
"Ada beberapa kelemahan-kelemahan perlu kita perbaiki kerana tidak semestinya kita sebagai sebuah kerajaan kita sempurna walaupun telah menjadi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat," jelasnya.
Now the oppositions are so desperate that they are going down to the masses…to the kampong people…trying hard to relive the Baling demonstration time when Anwar Ibrahim was put there by students who organized a demo against the government.
Anwar and those involved relived the event at a forum in Petaling Jaya, Selangor, Sunday night, expressing the need for the masses to join the move by the oppositions to topple the government.
He said uprising did not come from middle or upper class but from the masses…imagine what he was saying…THE POOR ARE THE ONES THAT WILL HELP THEM TOPPLE THE GOVERNMENT AND THE MIDDLE AND UPPER CLASS LIKE THEM WILL REAP THE BENEFIT.
That was what exactly he said which meaning, of course, was not said openly…it is like you poor people stage an uprise la because you people have the reasons and when the government is toppled, we will manage.
Anwar and the oppositions are desperate because their strategies have all along backfired one by one and they now they feel, just like the Arab spring, get the masses who are the poor, homeless, jobless and whatever less…stage the uprising.
It is easy to mobilise the poor as they can be 'pulled by the nose' like what PAS has been doing…mobilizing its members in demonstrations as they can be packed in buses, sleep in packed houses and mosques, they do not mind packed lunch and so on.
This is what Anwar and gang are thinking right now as their support and influence continue to drop at a fast rate given the aggressive projects PM Najib Tun Razak has been embarking since past two years. Transformation that see benefits going directly to the people without much rhetoric and talks…fulfilling what have been promised and giving out new unpromised programs which change the people's minds slowly but definitely.
Anwar and gang tried hard to pit former PM Tun Dr Mahathir Mohamad against Najib and Rosmah but failed and they tried pitting former IGP Musa Hassan against present present Ismail and failed too.
So they go the masses…trying to spur them to stage an uprise…which truly reflected their desperation and their 'out of touch with the reality'.
They truly do not see that the kampong folks are already 'advance' in their thinking and they are accessible to the truth through internet…and various information avenues that are giving the true pictures of the current economic and political scene in the country.
The make-believe stories from oppositions are no longer taken as the truth as kampong people can now verify with the various information avenues available.
Thus, Anwar and gang's attempt to spur the poor kampong folks to stage an uprise for them to take over Putrajaya seems very remote so long as the BN continues its programs that benefits the people.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan saman kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, akhbar milik Pas, Harakah dan akhbar milik PKR, Suara Keadilan berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tuduhan Mazlan mengatakan Felda menjual minyak mentah kepada Israel seperti yang diterbitkan oleh Harakah dan Suara Keadilan adalah tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.
Katanya, kenyataan itu juga telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa.
"Sehubungan itu, Felda menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengambil tindakan awal menyaman Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan mengenai kenyataan itu.
Pemain Harimau Malaya terpaksa berlatih dalam serba kekurangan.
Permukaan padang yang becak ganggu sesi latihan Malaysia.
Tempat duduk pemain tidak berbumbung.
BELUM pun skuad kebangsaan memulakan perlawanan aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, tuan rumah, Thailand sudah mula bermain perang psikologi apabila menyediakan kemudahan fasiliti kurang sempurna.
Bagaikan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, Thailand menempatkan latihan skuad Harimau Malaya di kawasan padang awam yang langsung tidak mempunyai bilik persalinan dan tidak menepati standard Persatuan Bola Sepak Asia (AFF).
Malah lebih menyedihkan, bukan sahaja terpaksa berteduh di bawah tempat duduk tidak berbumbung dan kelihatan daif, skuad Harimau Malaya juga terpaksa berkongsi padang dengan kanak-kanak yang menjadikan padang tersebut sebagai tempat permainan mereka.
Gagal menyembunyikan perasaan kecewanya, Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, bukan ini caranya melayan pasukan Malaysia.
"Meskipun hanya sekadar latihan, namun kami tidak boleh mengambil risiko dengan membiarkan pemain berlatih dalam keadaan padang seperti sawah padi," katanya yang sudah pun membuat aduan kepada AFF dan berharap badan induk itu melakukan sesuatu.
Sementara itu, tidak menjangka akan dilayan sedemikian rupa, pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal berkata: "Kami hanya sempat melakukan beberapa latihan hari ini. Memandangkan esok akan ada satu latihan di stadium, harap esok kita boleh buat beberapa taktikal."
Dalam perkembangan lain, S Kunanlan yang sudah pulih dari kecederaan dijangka akan turut turun bersama pemain lain dalam latihan esok sebelum bertemu dengan skuad Gajah Perang dalam pusingan penentuan di Stadium Supachalasai.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Biografi Rosmah Mansor Wadah Betul Untuk Tangkis Tohmahan – Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 11 Dis – Buku biografi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk isteri perdana menteri menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, Rosmah berhak untuk membuat pembetulan terhadap semua isu-isu negatif mengenai dirinya yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.
"Walaupun beliau adalah isteri perdana menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan," kata Dr Mahathir selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemerolehan Teknologi dan Aset bernilai RM63 juta antara Proton Holdings Bhd dan Petronas Bhd, di sini Selasa.
Pada Isnin, majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.
Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan.
KUALA LUMPUR: Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu meringankan beban ditanggung pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong dan isteri, Datin Alisah Ali yang kini hidup kesusahan.
Penolong Pengurus Kanan Baitulmal, Faridilatras Abd Rahman berkata, bahagian itu akan menjelaskan tunggakan bayaran sewa rumah, selain bantuan perubatan Alisah yang menghidap kanser paru-paru. "Kami akan meringankan beban mereka dengan bekalan susu tambahan yang disyorkan doktor, selain memastikan bantuan kewangan yang diterima dilanjutkan sehingga tahun depan.
"Baitulmal juga akan pantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa untuk pastikan bantuan itu dapat membantu pasangan terbabit," katanya yang melawat pasangan itu bersama Skuad Jejak Asnaf di Flat Sri Perak, Sentul, semalam. Harian Metro bulan lalu melaporkan keperitan hidup pelakon veteran berkenaan bersama isteri kerana tunggakan sewa rumah tidak dijelaskan di samping harga makanan tambahan Alisah terlalu tinggi yang tidak mampu ditanggung mereka. Sementara itu, Yahya berkata, dia terkilan kerana selepas Harian Metro menyiarkan artikel masalah dihadapinya, tiada langsung pihak ambil tahu mengenai kehidupan mereka. myMetro
Panglima: Pusat Zakat kena keluar cari orang susah dan kena bantu orang minta bantuan jangan berprasangka terlalu tinggi kepada mereka. Banyak kes yang panjat perjabat zakat namun ditolak permohonan mereka walhal mereka ini sangat daif. Jangan terlalu menyusahkan sehingga menimbulkan kemarahan pembayar zakat.
Jika mereka menipu hukuman Allah sudah pasti akan berlaku...jagalah amanah dan bersungguhlah membantu asnaf yang dalam kesusahan terutama fakir miskin dan muakaf serta jsnda ibu tunggal dan anak yatim. Orang berhutang juga perlu diambil berat untuk membantu melunaskan hutang mereka.
Jangan tunggu laporan akhbar baru nak ambil tindakan. Kelak orang akan mengecam perlakuan orang agensi agama yang sepatutnya menunjukkan akhlak yang mulia.
PM Hamas Bangga Bendera Malaysia Berkibar Di Palestin Bukan Bendera Pas
GAZA - Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.
"Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza," katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), di sini.
Pertemuan itu diadakan di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan lepas.
Beliau dalam ucapannya dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.
"Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rakyat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara," katanya.
Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil. - Bernama
PUTRAJAYA, 12 Disember - Pembangkang hari ini menganjurkan demonstrasi di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara bagi menunjukkan rasa protes terhadap masyarakat India yang masih belum mendapat status warganegara.
Panglima : Paling sedih Perdana Menteri Malaysia dihina oleh balaci-balaci Anwar Ibrahim ini berdasarkan gambar di atas dengan menghina agama beliau demi kempen politik...
Dengan kehadiran hanya 50 orang ternyata itulah yang mahu datang dan mungkin mampu diupah untuk meramaikan program ini.
Menunjukkan tahap sokongan berbayar yang diperolehi Pakatan yang ghairah mahu ke Putrajaya tidaklah seberapa berbanding psy war yang diwar-war merata segenap tempat termasuklah di alam maya.
Seperti tulisan saya sebelum ini yang jelas meragui kebenaran khabar bahawa Tengku Azlan keluar parti, maka alhamdulillah pagi ini jawapan yang tepat telah diperolehi dari sahabat blogger yang saya tahu mempunyai hubungan baik dengan beliau.
Justeru penafian ini diharap dapat menjelaskan kedudukan sebenar beliau sebagai orang lama UMNo yang sudah pasti tidak akan mementingkan diri untuk duniawi.
Panglima sendiri pernah bertemu beliau dalam satu pertemuan di KLGCC dengan beberapa blogger termasuk Sri Tri Buana dan dengan usia yang sudah meningkat tentunya hasrat memberi laluan adalah langkah terpuji dan patut dihormati.
Berita yang palsu dari akhbar Tamil ini perlu diperjelaskan dengan membuat desakan agar mereka meminta maaf di atas apa yang mereka putar belitkan atau mungkin juga tersalah lapor.
Paling jelas tindakan membawa berita palsu oleh puak Pas dan Pakatan menjadi bukti nawaitu mereka yang tidak jujur di dalam mencari undi dengan merelakan kaedah tidak halal digunakan dalam perjuangan yang terang-terangan songsang dari panduan Islam dan norma normal kehidupan.
Baca penjelasan blogger di bawah ini untuk kebenarannya :
Sebaik saja berita ini menjadi sensasi, ramai yang menelefon menanyakan keadaan yang sebenar. Ada sesetengah tahu saya rapat dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut. Saya menafikan kebenaran cerita ini. Namun saya tidak berniat untuk menulis tentangnya.
Akhirnya saya terjumpa sebuah blog pro BN (baca sini) yang mengutuk 'tindakkan' Ku Lan keluar parti, lantas saya buat keputusan perlu menjawap bagi pihak Ku Lan. Saya menelefon Ku Lan sebentar tadi. Beliau menerangkan kedudukan yang sebenar.
Beberapa hari lepas beliau telah ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai. Dalam temuramah itu beliau tidak menyentuh langsung soal keluar parti atau menyertai pembangkang. Apa yang beliau nyatakan bahawa beliau akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 13.
Hasrat beliau untuk bersara sudah dinyatakan sebaik beliau menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada zaman Tun Abdullah. Hingga sekarang beliau masih konsisten dengan kata-katanya.
Untuk pengetahuan pembaca, YBM Tengku Azlan sudah memaklumkan keadaan sebenar iaitu beliau masih dalam BN dan tidak pernah berhasrat keluar parti kepada Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.
Saya harap kekeliruan ini terjawap dan minta mana-mana blog pro BN lebih memberi tumpuan membongkar fitnah pembangkang dari membuat spekulasi. Sesuatu berita yang diterima perlu diselidiki dahulu sebelum kita membuat keputusan.
Bekas ahli DAP, Tan Kim Swee menolak penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teratai Jenice Lee yang kononnya tidak mengambil tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500.
Malah Tan juga mempersoalkan, jika Adun Teratai itu tidak mengambil tiket berkenaan bagaimana ahli DAP boleh hadir sebagai tetamu dan menikmati jamuan makan malam yang disediakan.
"Kalau dia (Jenice) kata tak ambil tapi ahli DAP sudah masuk duduk di 18 meja, semua sudah makan pada waktu itu," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos.
Ketika ditanya mengenai tiket-tiket itu diserahkan kepada persatuan lain, Tan bagaimanapun tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan dan hanya mahu wang perbelanjaan itu dikembalikan berikutan beliau terpaksa berhutang dengan pihak lain untuk menyelesaikan kos penganjuran konsert tersebut.
"Itu kita tak tahu sebab dah 10 bulan hal ini berlaku, saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya cuma minta RM3,800 pun dia tak mahu bayar dan terima cerita saya. Kenapa mereka ingat mereka pegawai dan wakil rakyat tak nak dengar apa saya cakap?
"Takkan saya mahu rugi sampai RM10,000, saya buat konsert satu meja RM398 dan ada 18 meja. Saya orang tua 70 tahun dan sudah mahu mati, bagi pulang duit saya sikit pun tak apa," katanya.
Tambah Tan lagi, beliau tidak gentar jika Jenice mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
"Dia nak buat apa dia buatlah, saya tak tahu sebab perkara ini dah diserahkan kepada pihak polis. Saya minta dia cakap baik-baik, dia tak layan kami. Dia ingat kami orang bodoh ke?
"Kalau dia nak saman saya, silakan saya boleh naik mahkamah. Kalau betul dia tak ambil tiket itu tak apa, saya serahkan tiket itu kepada setiausaha beliau. Tapi kita tak tahu samada dia ambil atau tidak, kita pun tak nak tahu. Kita mahu tahu wang untuk bayaran meja itu saja.
Nuar Berahim... Jadi JANTAN dan dengan suara yang lantang dan tegas istihar JIHAD dan menentang sepenuhnya ISRAEL yang membunuh dan menyiksa rakyat Palastine, Lu Tengok ler kekejaman anggota keselamatan dalam video ini terhadap rakyat palastine, keluarga yang baru sahaja rumahnya dimusnah dan dibom diseksa, memang Haram Jadah tanpa ada rasa belas kasihan sekalipun anak kecil yang dipangku atau didakap mangsa tidak lansung dihiraukan.
Lu tak pernah nak laung atau istihar Pakartun Roket perang dan akan terus memusuhi Israel? Semua pemimpin sepakat menentang segala perbuatan dan kekejaman Israel yang membunuh rakyat Palastine termasuk kanak-kanak. Sampai sekarang lu tak mau istihar? sampai sekarang belum berjawab tentang dana Yahudi yang disalurkan kepada lu, kenapa masih belum dinafikan?, kenapa tak kecam Bar Concil yang didedahkan menerima dana dari NED (yahudi), kenapa tak dinafikan serta diambil tindakan? kenapa hingga hari ini takut mengecam Yahudi? Sebab apa yang lu takut sangat bersuara pada kekejaman Israel?
Sanggup terima dana yahudi yang membunuh umat Islam?
Sekalipun menerima dana yahudi, tidak kah ada sedikit rasa simpati bila rakyat Palastine dibunuh dan diseksa dengan begitu kejam, manakah perginya perasaan lu sekalipun seperti begini terang bagaimana Israel membunuh? Bagaimanakah agaknya hati perut yang menerima dana jahanamkan Malaysia boleh terima, tidak kah ada rasa kesal dana yang diterima atas darah dan pembunuhan kejam Israel yang tidak mengira usia. tergamak sungguh demi kuasa tanpa mengira ianya datang dari yahudi yang membunuh umat seagama dengan aku, lu, anak lu dan bini lu. kenapa sehingga kini belum terjawab!
Allahuakbar!!! inilah sifat keji pemberi dana Yahudi yang sanggup diterima?
Sampai sekarang kenapa lu tak nafikan yang sebenarnya, sanggup terima dana yang datang dari mereka yang membunuh umat Islam yang lain di Palastine tak mengira samada orang tua atau pun kanak-kanak. Sampai sekarang lu membisu sebaliknya lu pulak yang sokong dengan kenyataan MENYOKONG APA YANG DILAKUKAN OLEH ISRAEL DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA MEREKA.
Kenapa susah sangat nak mengecam tindakan yang tidak berperi kemanusian membunuh rakyat Palastine, susah sangat ker nak memberi amaran sedangkan dimana-mana ratusan cermah lu bukan main berani kecam dan fitnah sebangsa lu, Malah makin berani lu tabur cerita fitnah dan caci pada sebangsa dan seagama lu, apa pasal sekarang lansung tak berani bersuara dan jadi jantan?
MAKA BENARLAH MENERIMA DANA YAHUDI KERANA SEKARANG BUKAN KATA NAK KECAM DAN ISTIHAR JIHAD NAK ANGKAT MUKA SEKALI PUN TAK BERANI, APATAH LAGI NAK SOUND TOKEY LU... SELAGI LU TAK BANGUN BERSUARA SELAGI ITU RAKYAT AKAN PERCAYA MEMANG LU BUAT!
Kalau kita imbas balik kronologi kisahnya aljub maka sebenarnya mata lebam jugak boleh dibuat berniaga dan mencari kelebihan kuasa, malah kalau nak dibandingkan dengan mata lebam dengan apa yg dia ada sekarang memang berbaloi sungguh, terlalu banyak untung dan tak setimpal dengan lebam mata dengan apa yang dia ada sekarang...
Dengan hanya lebam mata aljub dapat terlalu banyak untung tanpa kita sedari.... antaranya
1. Sekali sebagai banduan dapat keluar penjara ( kematian arwah ibunya) tidak seperti banduan yg lain
2. Boleh dapat laluan dari tempat bininya tanpa cara demokrasi ataupun mengikut saliran sepatutnya
3. Boleh senang-senang jadi penasihat parti tanpa pemilihan ataupun dengan cara demokrasi ataupun cara undi bagi lantikan
4. Anak beranak pun pakat dapat tempat dan kuasa dek sebab pasal simpati dengan mata lebam
5. Jadi pemimpin pembangkang sekalipun dapat tempat pun dari bini tanpa atau tidak secara demokrasi, bulat-bulat serah bagi laki dan mudah benor jadi kepala kepada pakatan roket yang lansung tak payah ada pemilihan cukup sekadar kuasa besar hanya perlu buat keputusan dari anak beranak jer!
6. Dapat ronda dengan Bas Mewah siap dengan pakage body guard dekat 20 orang, PM kita pun tak macam tu
7. Dapat melaram dan tunjuk pada rakyat dengan sombong dia ada kawan yang kasi round naik jet mewah, pelik jugak aku yang beratus kali besar gaji dia sebagai punaisihat (RM 1) tak da yang nak kasi free naik jet mewah macam dia, usah katakan jet tapi pinjam motor pun belum tentu...
8. Tak payah nak jaga kebajikan serta nasib rakyat sepanjang tahun dari PRU 12 hingga PRU 13, paling penting bukan rakyat sebaliknya ceramah caci, maki dan fitnah dimerata-rata tempat, yang pentingnya dia bagi sepanjang masa bagi ceramah dan kesukaan fitnah dan caci maki...
sedara belah mana yang sedekahkan JET mewah nie?
9. Dapat jadi Ketua Pembangkang secara automatik lagi...
10. Dapat Jadi Parlimen dengan mudah tak payah nak sibuk cari tempat sekalipun lepas PRU 12
11. Dapat jadi tukar atau jadi macam-macam watak, ularmak, ketua samseng demo atas jalan, tukar-tukar mood @ bangsa bergantung kaum tempat tersebut, sekejap mengaku Cina, sekejap India dan macam-macam lagi ler, bak kata perpatah masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang kinzir hehe tak reti-reti back fire!
12. Boleh jalan merata luar negara dan sokong negara luar yang dilawati, masih ingat lagi tak I do Support what did Israel do protect their country (hehehe lebih kurang begitu ler bunyi nyer..hehehe)
13. Tak payah nak pecah kepala pikir pasal untung nasib rakyat, betui ler tu... kan dia dah kabor awal-awal parti nie kan untuk kononnya dizalimi ataupun lebih tepat lagi parti nie perjuangkan nasib mata lebam, mana ada kata nak tolong komer...
14. Dapat kuasa PUKAU bila apa saja yang disebut dema automatik akan angguk, tak kira ler dikencingnya ataupun dikelentong bulat-bulat, macam 16 september yang tak bertahun, dah nak mampos sangat bila kena suntik HIV kononnya...
15. Dapat keistimewaan sekalipun sebagai banduan dari tempat tahanan dan termasuk nak buat rawatan di German lagi...
16. Dapat penyedap pelbagai perasa tak kira ler male or female, wife or member wife, student or mr coffee boy
17. Dapat garenti selamat sekalipun negara hancur dengan peperangan akibat kemasukan kuasa asing di Malaysia
19. Dapat HALAL dalam banyak pekara yang rosakan akidah seperti membalun coffee boy, made in china, sama-sama rasa bini dan lakinya sekali
20. Dapat banyak penyokong tegar tahap bingai sebagai pencacai angguk yang taksub, percaya apa saja yang dicakap... kalau suruh tadah urine pun dema sanggup wooo...
kalau nak di kira satu persatu nie mau sampai mingu depan pun tak habis, yang maklumnya dah kalau begini punya banyak untung hanya dengan bertahan sakit seminggu dua lebam yang ada, ramai benor yang nak sangat kalau dibagi peluang, siapa sangka dengan lebam mata jer boleh jadikan popular, mewah, berkuasa dan popular... ater dema kata memang cerodik buah ler kalau dah macam nie...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim digesa membuat penjelasan bagi merungkai kekeliruan rakyat berhubung dakwaan kononnya perbicaraan pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di mahkamah Perancis ketika ini.
Presiden Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Hafiz Abdul Kadir berkata, isu itu kini menjadi tanda tanya selepas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua baru-baru ini mendakwa perbicaraan tersebut sebenarnya tidak wujud.
Tambah beliau, perkara itu bertentangan dengan dakwaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sebelum ini memperbesar-besarkan isu tersebut sekali gus mengesahkan pembohongan pertubuhan berkenaan.
"Anwar perlu telus dan berterus-terang dalam menjelaskan perkara ini serta mengapa Tian Chua membuat kenyataan sedemikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad kelmarin mendedahkan, Tian Chua telah mengesahkan pembohongan Suaram dalam sesi Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.
Menurutnya, bukti tersebut ada dinyatakan dalam hansard Parlimen bertarikh 21 November lalu.
Antara petikan hansard itu ialah, 'Saya tidak pernah sebut perbicaraan' dan 'Saya kata siasatan oleh Mahkamah Perancis'.
Dalam pada itu, Abdul Hafiz turut mendesak Anwar menjelaskan mengapa Tian Chua sebelum ini mendedahkan gambar beliau ketika berada di dalam jet peribadi menerusi laman sosial Facebooknya.
"Adakah pendedahan itu kerana kelalaian Tian Chua sendiri atau terdapat agenda tersembunyi lain?" katanya.
Tambahnya, cara politik pembangkang juga amat mengelirukan dan Anwar perlu bersuara bagi menjelaskan perkara sebenar.
"Penuntut di universiti juga tidak bersetuju dengan cara berpolitik yang berasaskan pembohongan dan fitnah. Ini merupakan amalan tidak sihat dan memalukan," katanya.
Bekas pemimpin DAP, Tan Tuan Tat menyelar sikap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang suka menyalahkan pihak lain berbanding mencari penyelesaian berhubung isu banjir di Lembah Klang.
Menurut bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek itu, Ronnie gagal menjalankan tugasnya kerana tidak berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya mengambil langkah proaktif mengurangkan kesan ekoran bencana alam itu.
Jelas beliau, kerajaan Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga gagal menunaikan janjinya menamatkan keperitan penduduk di Kota Alam Shah, Klang, Selangor akibat banjir sejak 2009.
"Saya mahu bertanya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mana perginya wang peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk Jalan Tengku Kelana dan RM5 juta untuk Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menyelesaikan masalah banjir itu.
"Inilah buktinya kerajaan cakap tidak serupa bikin dan Ronnie pula memberi pelbagai alasan termasuk tidak mendapat bantuan kewangan mencukupi daripada kerajaan Persekutuan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tan Tuan Tat (tengah) sewaktu mengadakan sidang akhbar berhubung isu banjir di Lembah Klang di Kuala Lumpur, semalam.
Ronnie dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini memberitahu, masalah banjir yang berlaku di daerah itu berpunca daripada faktor permukaan bumi yang lebih rendah daripada paras laut serta sikap manusia yang suka membuang sampah.
Selain menyalahkan pemaju yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan, Ronnie turut menuduh kritikan berpanjangan terhadap isu tersebut bermotifkan politik.
Tuan Tat berkata, sebagai pihak berkuasa negeri, Ronnie sepatutnya boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang gagal mematuhi peraturan di samping mengarahkan mereka membina tebatan banjir dalam setiap projek yang mahu dilaksanakan.
Sebaliknya, kata beliau, Ronnie lebih berminat menjalankan kerja-kerja melobi diri sendiri menjelang pemilihan parti tidak lama lagi berbanding menyelesaikan masalah rakyat.
"Pada 12 Julai lalu, penduduk tempatan telah menyerahkan memorandum bagi mendesak kerajaan negeri berbuat sesuatu, tetapi sampai hari ini mereka berdiam diri.
"Peruntukan RM1 juta juga disalurkan bagi tujuan pembinaan infrastruktur di Pandamaran, tetapi tidak banyak inisiatif dilaksanakan untuk mengatasi banjir di kawasan ini, sedangkan kos pembinaan sistem perparitan tidak melebihi RM400,000," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mana bukti? Bukankah sudah terang lagi bersuluh, yang ahli ahli PKR ini banyak suka menyebarkan fitnah-fitnah, dakyah-dakyah sesat, menimbulkan huru hara dan kekacauan. Seharusnya himpunan itu tidak diadakan, seharusnya diserahkan momerandum, bukankah sudah ada satu badan khas yang bertanggung jawab mendaftarkan kerakyatan rakyat-rakyat India berbangsa Tamil ini. Sudahkah mereka ini lupa susur galur aturcara mendaftar, mereka ini mengatakan tentang demokrasi, walhal demokrasi itu mengikut sistem, tetapi ramai puak-puak pembangkang ini tidak sadar akan kepentingan sistem, malahan apa yang dilaung-laungkan mereka ialah keganasan, kesesatan, dakyah fitnah, huru hara dan hanya kekacauan. Kalau benar berlaku demikian agaknya luka sedikit, Datuk Chua Jui Meng sudah dikatakan mati, terpijak kaki katanya dilanggar kereta. Semua ini menimbulkan provokasi, serta huru hara, seperti tempoh hari di Gombak, puak-puak ini membaling batu serta menimbulkan huru-hara, memaksa Pemuda UMNO disitu memanggil polis, walhal Pemuda UMNO ketika itu sedang mendengar ceramah jauh dari kawasan ceramah mereka. Mereka ini suka membesar-besarkan cerita, dari yang tiada jadi ada, jadi kalau dah ada, ditokok tambah, menjadi yang buruk-buruk aja berkenaan Kerajaan. Walhal pada ketika ini Chua Jui Meng sedang seronok mengangkat replika MyKad yang diletakkan wajah-wajah pemimpin sekarang, diubah Agamanya secara tidak rela. Itulah wajah sebenar mereka ini. Suka memutar belit, menipu fitnah. Tengok saja video ini dari minit 2 ke atas.
Jalan-jalanraya di sekitar Putrajaya kini dilaporkan sesak teruk kerana seramai 300,000 ribu masyarakat India yang di aniaya UMNO kini berhimpun bagi membantah kezaliman parti tersebut selama ini. Antara kekejaman UMNO yang dikenalpasti adalah kegagalan parti tersebut mengarahkan JPN untuk memberikan dokumen pengenalan diri yang sah (IC biru) kepada 300,000 ribu rakyat kaum India di negara ini.
Selain itu, masyarakat India yang berdemo ini juga menuntut agar keadilan sebagai warganegara Malaysia turut diberikan oleh UMNO kerana selama ini mereka tertindas kerana tidak mendapat peluang untuk menuntut ilmu kerana tiada sekolah tamil di negara ini yang akhirnya menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan untuk menyara hidup.
Baki 300,000 ribu yang hadir dalam perhimpunan hari ini adalah golongan yang masih lagi hidup setelah sebahagian besarnya mati kebuluran kerana tidak mampu membeli makanan dek kerana kezaliman UMNO.
Apa yang lebih menariknya adalah kehadiran bekas Menteri Kesihatan BN yang mengepalai perjuangan nasib masyarakat India yang dizalimi UMNO ini hari ini. Ini adalah sebagai tanda beliau telah bertaubat nasuha setelah berpuluh-puluh tahun bersekongkol dengan UMNO menindas masyarakat India dan memenuhkan tembolok kaumnya sendiri sahaja.
Di atas adalah merupakan bukti kukuh seorang ibu yang kehilangan anak-anaknya akibat kebuluran kerana dinafikan peluang pekerjaaan oleh Kerajaan UMNO. Suaminya juga dibunuh dengan kejam oleh orang UMNO sebelum ini dalam satu kejadian penghapusan etnik satu ketika dahulu.
Sepatutnya DS Hisyam dan DS Najib juga menyertai perhimpunan aman ini kerana hari ini terbukti bahawa kedua-dua pemimpin UMNO ini juga dinafikan hak untuk mendapat dokumen pengenalan diri yang sah! Ini juga membuktikan bahawa masyarakat India yang didukung PKR ini turut memperjuangkan nasib pemimpin Melayu lain yang senasib dengan mereka.
Di atas merupakan sebahagian daripada masyarakat India yang masih lagi tidak mendapat dokumen pengenalan diri yang sah. Memang sahlah UMNO kejam kerana bukan sahaja memberikan kepada mereka IC merah milik orang lain, bahkan saiz IC yang besar itu juga akan mendatangkan kesukaran kepada rakyat untuk menyimpannya. Patutlah rakyat semakin menyampah dengan UMNO! Ptuih!
Inilah bukti PKR Subang pimpinan R.Sivarasa cakna rakyat. Mana-mana rakyat yang masih lagi tidak memperolehi dokumen pengenalan diri yang sah, boleh berkumpul di tengah padang waktu panas terik dan menjerit-jerit. Bukannya ke kaunter JPN untuk buat permohonan.
Masalah kezaliman UMNO ini juga merentas kaum apabila pakcik Cina ini juga diberikan IC DS Najib yang oversize. Ini telah menyebabkan pak cik tersebut menghadapi masalah untuk mendapatkan dompet yang bersaiz sesuai dengan ICnya. Memang Kerajaan UMNO ini menyusahkan rakyat betul!
Sekian, laporan team MyMassa daripada lapangan yang sesak ini. Terima kasih.
Menurut sumber yang terdekat kini terdapat satu demonstrasi yang berlangsung di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Sumber turut menyatakan yang berkumpul ialah sekelompok dari warga India etnik Tamil yang berhimpun secara haram, namun aman, menuntut hak Warganegara. Mari kita lihat gambar-gambar dari sumber-sumber MyMassa
Sumber menyatakan himpunan ini dibelakangi parti Pembangkang yang sengaja mempolitikkan isu hak kewargenaraan ini. Ikuti kupasan lanjut MyMassa berkenaan hal ini.
Kita tak nak komen banyak-banyak akan usaha Rafizi yang hendak menjatuhkan semua orang, hendak menjadi hero selepas mendapat arahan DS Anwar Ibrahim untuk mentibai sesiapa sahaja.
Walaupun Penyiasat Antarabangsa (ICAC Hong Kong) berada di Sabah lebih 30 Hari untuk menyiasat tuduhan rasuah RM40 Juta kononnya diberi oleh Michael Chia kepada Musa Aman, ICAC mendapati tidak ada unsur rasuah dalam kes ini.
Ianya adalah bersifat sumbangan, Anwar sendiri menerima sumbangan yang banyak daripada individu-individu luar seperti George Soros, American Yahudi, NGO-NGO Yahudi seperti NED dan sebagainya. Majlis Peguam sendiri menyatakan tiada salahnya mana-mana kerajaan dan NGO menerima sumbangan dari mana-mana pihak.
SUARAM turut menerima dana-dana untuk aktiviti menumbangkan kerajaan Malaysia (Ng Lum Yong - Pengasas PKR)
Semasa Rafizi masih belum lahir agaknya, pada awal tahun 1970, Raja Saudi yang telah menubuhkan Yayasan Saud milik Kerajaan DiRaja Saudi sedang memberi sumbangan kepada NGO-NGO Islam di seluruh dunia. Dalam kes Malaysia, Raja Saudi bertanya kepada Tengku Razaliegh Hamzah, siapakah di Malaysia yang boleh diberikan Sumbangan.
Tengku Razaliegh termenyebut nama Anwar Ibrahim kerana kebetulan pada masa itu gerakan Islam yang agak menonjol di Malaysia ketika itu ialah ABIM. Walaupun ABIM diasaskan awal-awalnya oleh Ustaz Ismail Mina, Datuk Sanusi Junid, Allahyarhan Ustaz Fadzil Nor dan sebagainya (ketika itu Anwar sibuk mengurus Yayasan Anda selepas berpinjaman Duit dengan Ustaz Ismail Mina). Anwar Ibrahim berjaya menjadi Presiden ABIM selepas berjaya menipumenjatuhkan mereka semua itu!
Dan Dana itu pun masuklah ke poketnya dan sebab itulah Anwar boleh Berdemonstrasi di sekitar KL pada awal 1970-an membantah penggunaan Bahasa Cina di iklan-iklan dan kedai-kedai.
Bacaan Tambahan : DSP Musa Aman, telah memegang teraju CM Sabah sejak 10 tahun yang lalu (2003), satu tempoh yang hebat mengatasi allahyarham Tun Datu Mustapha, Tun Muhamad Fuad Stephen, Datuk Harris Salleh dan DSP Pairin Kitingan sendiri. Artikel ini yang kedua saya tulis mengenai DSP Musa Aman.
Sebagai seorang yang memiliki backround korporat yang berjaya khususnya semasa menerajui Yayasan Sabah, beliau berjaya mentadbir Sabah dengan hebat. Sudah banyak kritikan terhadap beliau, tetapi kejayaan Negeri Sabah sebagai Negeri Terbaik di Malaysia dalam pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri mengatasi Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur malah Kelantan membuktikan DSP Musa Aman seorang yang bekerja dan berpengalaman. Ulangan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120926/dn_15/Sabah-antara-negeri-terbaik-urus-kewangan---Ambrin
Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat bahagian beliau di Sandakan pun sudah ada pihak yang hendak menjatuhkannya. Ianya lumrah dalam politik, seperti kata YB Datuk Ghapur Salleh kepada saya bulan lalu, " itu biasalah bah tu". Maksudnya dalam politik memang ada persaingan, sokong tak menyokong dan lawan berlawan.
Cubaan menjatuhkan Musa dipopularkan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.
Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku PRK Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama Michael Chia.
Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.
Hasil daripada siasatan itu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara DSP Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.
Walaupun ICAC telah sebulan di Sabah, menyiasat setiap hari, Ketua Pemuda (PKR) masih tidak berpuashati, kononnya dia ada maklumat terkini berkenaan hal ini http://www.malaysiakini.com/news/216394. Bagi saya, ianya Sumbangan individu kepada parti, jika ianya Sumbangan, apa salahnya parti menerimanya. Sesebuah pertubuhan boleh menerima atau menolak sesuatu sumbangan, dalam kes ini UMNO Sabah menerimanya. Samalah juga dengan sumbangan-sumbangan yang diterima oleh parti PKR, PAS, DAP, SAPP, LDP, Parti Republikan dan Demokrat di Amerika, daripada pelbagai individu untuk aktiviti parti mereka. Berbezakah? Ianya sekadar Sumbangan. Apakah dia makna Sumbangan, kepada mereka yang belum faham ketibaan makna Sumbangan, sila rujuk di siniDBP makna Sumbangan.
Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat diterima oleh pihak PKR. Keadaan amat berbeza, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara yang mendakwa bahawa DS Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang.
Saya mendapat khabar DSP Musa Aman bukan hendak menjadi Ketua Menteri sepanjang hidupnya. Beliau membayangkan untuk menyerahkan terajui kepimpinan negeri kepada orang yang betul, orang yang layak dan berpengalaman. Sebagai manusia biasa, beliau juga mahu menikmati rehat yang cukup, bersama anak dan cucu, melancong dan tidak diganggu dengan kesibukan politik sepanjang malam.
Jika dilihat dari heirarki parti di peringkat negeri sudah tentulah DSP Salleh Tun Said. Satu perkara yang saya terlepas pada tahun 2009. Semasa kami berbual di Parlimen, DSP Salleh Tun Said mengajak saya ke rumah beliau di Kota Kinabalu kerana kebetulan saya akan ke KK ketika itu. Malangnya saya terus ke Ranau dan amat kecewa kerana tidak dapat singgah di rumah beliau, namun saya gembira kerana sehingga ke hari ini setiap kali saya sms DSP Salleh Tun Said beliau akan membalasnya.
TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan.
BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.
Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan 'bar korek', pada jam 11 malam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.
Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.
Menurut N. Surendran, Naib Presiden PKR, seramai 300,000 orang India di Malaysia masih belum mendapat kad pengenalan. Sehubungan dengan itu, PKR dijangka mengadakan tunjuk perasaan duduk dan bantah di JPN pada 12 Disember 2012 (esok).
Saya membuat keputusan untuk mendengar 'arahan' lelaki itu. Bukan kerana saya takut, jauh sekali berasa gentar biarpun lagaknya tidak ubah seperti pegawai penguat kuasa.
Perhatikan aksinya, cuba menghubungi rakan sekerja duduk di atas motosikal kira-kira 100 meter dari lokasi dia berdiri.
"Awak panggil sepuluh orang pun, saya tunggu di sini," ujar saya mengusiknya.
Saya tahu, pekerja pertama saya temui telah pulang ke rumah pada kira-kira jam 6.30 petang dan lelaki di atas bersama rakan setugas, bekerja untuk shif kedua sehingga tengah malam ini. Berikutan itu berlaku kekeliruan maklumat antara mereka.
Kesabaran saya masih utuh walaupun melalui pengalaman mampu menjangka, dia bukan bekerja secara sah di situ.
Malas menunggu lama, pantas saya berjalan ke arah rakannya, juga pernah saya temui sebelum ini.
"Saya cakap sama dia, sudah bayar, ini orang tunjuk samseng. Saya pun pernah cakap sama awak dahulu, kan? Jangan tunjuk samseng, ini saya punya kampung, Malaysia, saya punya negara. Awak datang dari India, permit kerja pun belum tentu ada," ujar saya kepada lelaki di atas.
"Sorry abang, dia baru kerja. Dia tidak kenal sama abang," responnya panik.
Lelaki warga asing samseng tadi mengekori saya dari belakang.
"Kenal atau tidak, itu soal lain. Saya bercakap baik-baik, saya sudah membayar wang parkir tetapi dia lagi mahu tunjuk samseng. Kalau dia kerja secara haram, saya ingat lain kali, saya tidak perlu membayar parkir kepada awak semua," balas saya.
Bolehkan kalau begitu? Setiap pemilik kenderaan tidak perlu menjelaskan bayaran parkir dan saya percaya pekerja warga asing itu tidak akan mampu mengambil tindakan. Saya amati, mereka hanya bermodalkan wajah bengis untuk mendapatkan bayaran. Apapun, andai pemilik kenderaan tidak memberikan RM3, masakan mereka berani tampil untuk membuat laporan polis kerana status dokumen mereka sebagai pengadu akan diteliti oleh pihak berkuasa.
Ops! Di manakah lelaki samseng itu ketika saya menemui rakannya?
Sebentar ...
Biar saya terangkan sedikit gambar di atas menggunakan perisian Picasa.
Lihat, riak mukanya terkulat-kulat sekaligus lenyap penampilan samseng sebelum ini. Sedang saya berbual bersama rakannya, dia kemudian menghilangkan diri.
"Awak pergi panggil dia. Saya hendak jumpa. Kalau awak tidak mahu panggil, saya boleh pergi panggil sendiri," kata saya kepada rakan sekerjanya.
Kurang dua minit, lelaki samseng itu kelihatan membonceng motosikal dan terpacak di hadapan saya. Saya memegang kepala lelaki itu tetapi tidak sampai hati untuk mengkasarinya berikutan wajah sayu dipamerkan.
"Pundek! Tadi awak samseng sangat. Sekarang apa fasal diam?," sergah saya.
Dia mendiamkan diri, tegak bak batu.
"Awak mahu duit? Ini ada dua ratus lima puluh, ambillah! Awak ingat saya tidak ada duit hendak membayar wang parkir tiga ringgit?," sambung saya lagi sambil menghulurkan wang tunai kepadanya.
Dia terus membisu.
"Sekarang, awak tanya dia dari mana di India? Umur berapa? Anak dia berapa orang?," pinta saya kepada rakannya.
"Tamil Nadu, umur 41 tahun dan ada empat orang anak," balasnya.
"Baik. Tanya dia, sebenarnya kerja di mana? Buat apa?," soal saya lagi.
"Dia Batu Caves kerja. Sekarang dua hari cuti, dia sini mari. Dia kerja potong rumput," sambil tangannya menunjuk ke kepala.
"Potong rumput atau rambut?," tanya saya.
"Rumput," katanya yakin.
Spontan rakannya menyentuh kepala dan memperkatakan sesuatu dalam bahasa Tamil.
"Potong rambutlah, itu rumput," tunjuk saya ke ruang lapang ditumbuhi rumput di tepi jalan.
"Cakap sama dia, datang ke Malaysia, jangan jadi samseng! Sekarang suruh dia balik ke Batu Caves, tidur. Dua hari lagi kerja, gunting rambut bukan kutip wang parkir. Kalau dia punya permit untuk kerja gunting rambut, dia tidak boleh kerja serupa awak," kata saya.
Saya berharap, kenyataan itu disumbatkan ke telinga lelaki di bawah oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, bukan saya, rakyat Malaysia tanpa kuasa.
MyMassa rasa pendedahan yang dibuat oleh Mazidul telah menjelaskan segalanya. Di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan, wujudnya warga asing seperti orang India dari negara India yang menyamar sebagai kaum India Malaysia. Mungkin mereka inilah yang dikatakan oleh N. Surendran sebagai 300,000 kaum India yang belum mendapat kad pengenalan. Memang ada kaum India yang masih belum mendapat kewarganegaraan tetapi jumlahnya tidak sebanyak 300,000 orang. Untuk menyelesaikan perkara ini, Kerajaan telah melancarkan kempen Mydaftar dari Februari tahun lepas sehingga Mei lalu. Jumlah yang tampil untuk menyertai kempen ini adalah seramai 14,385 orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 9,529 yang menyerahkan borang dan dalam 14 bulan, 6,590 pemohon telah diluluskan kewarganegaraan manakala selebihnya sedang diproses.
Klik untuk besarkan imej
Perhatikan individu yang didedahkan oleh Mazidul. Agak sukar untuk membezakan adakah dia kaum India Malaysia atau orang India dari India. Dari segi bahasa, lelaki ini mengetahui asas perbualan dalam bahasa Melayu (hanya asas, sebab tu RUMPUT dengan RAMBUTpun tak dapat dibezakan).
Jadi jika N. Surendran masih mahu mengadakan perhimpunan duduk dan bantah esok, harap pegawai dari Jabatan Imigresen boleh turun sekali. Nak tahu mereka ni lahir di Malaysia atau tidak, cuba tanya soalan yang mudah seperti beza RUMPUT dengan RAMBUT. Mustahil jika mereka ini lahir di Malaysia tidak tahu perkataan yang mudah seperti itu. *Itu baru nak beza perkataan RAMBUT dengan RUMPUT. Kalau suruh beza antara RAMBUT dengan JEMBUT diorang boleh beza tak?
Sumber MyMassa memaklumkan kereta ini milik seorang pemimpin tertinggi PAS tetapi didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Harap pemimpin PAS boleh buat menjelaskannya.
*Kaya betul pemimpin PAS sekarang ye. Ketua Pemuda PAS pun pakai kereta bernilai ratusan ribu ringgit. Mana pergi slogan ZUHUD yang PAS gunakan untuk serang pemimpin UMNO?
Dahulu MyMassa pernah dengar orang bercerita mengenainya. Ianya ketika Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Tun Mahathir dan mengaitkan Tun dengan amalan kronisme.
Datuk Ibrahim dan isteri.
Baru-baru ini MyMassa ada menghadiri kenduri kahwin. Persoalan yang sudah lama senyap kini timbul kembali. Ada seorang rakan yang MyMassa jumpa di kenduri kahwin bertanyakan SOALAN MAUT:
BETUL KE IOI TU BERMAKSUD IBRAHIM OIL INDUSTRY?
Tergamam MyMassa bila dengar soalan tersebut. Setahu MyMassa, IOI ni milik saudagar kaum Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia. Oleh kerana terkasima dengan soalan tersebut, MyMassa hanya mendengar celoteh rakan tersebut yang mengulas isu tersebut secara panjang lebar.
Dek kerana tak puas hati dengan penjelasan rakan yang MyMassa rasa terlalu banyak NASI TAMBAH, MyMassa cuba tanya rakan-rakan lain yang lebih mengetahui. Ada jugak MyMassa cari maklumat ini di internet kaitan Datuk Ibrahim dengan IOI.
Dari maklumat rakan-rakan dan semakan di Internet, tenyata IOI bukanlah milik bapa Anwar Ibrahim tetapi milik Tan Sri Lee Shin Cheng, orang ke-4 terkaya di Malaysia. Dan IOI juga bukanlah IBRAHIM OIL INDUSTRY seperti yang ditohmahkan oleh rakan MyMassa tetapi IOI adalah singkatan kepada Industrial Oxygen Incorporated Sdn Bhd.
Jumlah saham yang diterima oleh bapanya ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan
Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991.
Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.
Mungkin kerana itu timbulnya penambahan cerita sehingga nama IOI disangka Ibrahim Oil Industry.
MyMassa harap entri kali ini membantu membersihkan tuduhan bahawa IOI bermaksud Ibrahim Oil Industry. Namun salah guna kuasa yang Anwar lakukan dengan memberikan berjuta-juta unit saham kepada bapanya bukanlah satu tuduhan, tetapi kenyataan bahawa ketika di puncak kuasa, Anwar juga mengamalkan KRONISME.
*Bak kata pepatah, bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Portal berita PKR Keldaian Daily,Harakah kitab muktabar lidah bercabang PAS dan juga Mazlan Aliman hari ini akan disaman oleh pihak Felda kerana membuat fitnah kononnya minyak sawit dijual kepada pihak Israel.
Faktanya minyak sawit Felda dijual kepada rakyat Palestin,tetapi proksi yahudi dinegara ini telah mengsabotaj usaha Felda untuk menjual minyak sawit kepada rakyat Palestin yang semua orang tahu disekat ekonominya oleh Israel.
Mazlan Aliman yang terkenal bersumbang mahram dengan "ANAK"nya hingga melahirkan baka peneroka bebal sekarang ini begitu kuat membuat fitnah terhadap Felda.Semua ini demi kelangsungan untuk meraih undi secara murahan.
Fitnah buat haprak pakatan ibarat makan kuaci..ibarat pekena teh tarik dan roti canai.Dengan fitnah inilah haprak pakatan akan turun berdemo secara besar besaran tidak lama lagi seolah Felda menjual minyak sawitnya kepada Israel.
Tahukah anda,fitnah ini mendapat sokongan daripada Nik Aziz,Hadi dan barisan pemimpin PAS.
KUALA LUMPUR - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.
"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, beliau berkata, Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.
"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.
Isa berkata, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.
Tindakan sama turut diambil terhadap PKR yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.
"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - Bernama
Pisau kata "Lynas pun kena fitnah..takmau saman jugakkah?"
GelagatAnwar- Anwar cukup tak gembira dengan apa yang berlaku di Penang pada hujung minggu yang lepas. Selepas Najib mengadakan lawatan ke PP, Anwar mengharapkan akan ada kenyataan-kenyataan kasar dan ganas oleh Guan Eng bagi menidakkan momentum BN di PP. Setakat hari ini, lebih 36 jam selepas lawatan PM, nampaknya Ketua Menteri PP masih belum membuat sebarang kenyataan untuk memperkecilkan janji PM kepada rakyat.
Anwar berhak rasa risau kerana kedudukan PKR di PP akan terjejas teruk sekiranya momentum Najib ini tidak dikawal. Selepas kebodohan Mansor Othman mengutuk Guan Eng di dalam mesyuarat strategik parti, kedudukan PKR di PP amat terjejas. Beberapa kali Mansor ditengking oleh pengundi Cina, kerana tidak setia membantu Guan Eng dalam mengurus politik di PP. Orang DAP sendiri mula mengutuk Mansor/Anwar/PKR secara berdepan. Trend ini meresahkan Anwar.
Najib promised to present the people of Penang with 20,000 affordable housing units and a monorail service if Barisan Nasional wins the state in the next general election. He told the crowd gathered at the launch of the "Promises Fulfilled Tour" programme at Universiti Sains Malaysia (USM) on Saturday that 10,000 housing units would be built soon under the 1Malaysia People's Housing Programme (PR1MA).
The other 10,000 units would be built by government agencies such as JKP Sdn Bhd, the Penang Regional Development Authority (Perda) and Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). said Najib, who was on a day-long working visit to the state administered by the opposition Pakatan Rakyat coalition.
Anwar nak Guan Eng sampahkan janji Najib ini. Kaitkan dengan kepimpinan Tsu Koon dulu yang tak membantu orang PP dapat rumah. Namunn, setakat ini Guan Eng hanya diam diri dan tidak menjawab apa-apa. Anwar patut faham, Guan Eng sibuk mengurus nasib diri sendiri dalam DAP – apabila SUPOLnya sendiri pun kalah dalam pemilihan Pemuda.
Guan Eng mula terasa, sikap SOMBONGnya selama ini boleh jadi senjata makan tuan. Itu belum lagi janji MONOREL untuk PP.
PKR tanding 16 kerusi sebelum ini. Menang 9. Kalau menurut angka baru yang dibuat secara dalaman oleh PKR – parti hanya mampu menang 4 sahaja.
Kalau ini berlaku, terutamanya, apabila Guan Eng tidak bantu menjahanam momentum Najib, jumlah itu boleh menurun lebih banyak. Ini yang buat Anwar risau. Political base PKR di PP tidak boleh tergugat. Tapi kalau ikut apa yang berlaku sekarang, masalah besar.
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sekali lagi berjaya melakar nama dalam 'The Malaysia Book of Records' selepas berjaya menarik lebih 3 juta pengunjung sepanjang 10 hari diadakan.
Namun dalam kemeriahan dan kehebatan MAHA terselit satu kisah duka,dalam masa kerajaan Umno BN banyak memberi pengiktirafan kepada usahawantani yang berjaya namun kisah seorang usahawan ini mencerminkan sikap sebenar kerajaan Umno BN yang kononnya memperjuangkan hak dan pengiktirafan terhadap usahawan bumiputra.
Sayugia diingatkan kejayaan usahawan ini amat luar biasa daripada menjual buah hinggalah menjual minyak angin,kejayaan manis beliau sekarang ini pudar dan "masam",beliau berasakan terpinggir apabila kejayaan beliau tidak diberi pengiktirafan sebagai seorang usahawan bumiputra yang berjaya.
Zuraida,satu nama besar dalam tempoh 4 tahun menjadi kaya raya kejayaan mengumpul beberapa buah kereta mewah menjadi bukti bahawa sesiapa pun mampu menjadi kaya raya dengan sekelip mata asalkan sanggup turun dijalan raya tanpa mengira panas atau hujan.
Menurut sumber PKR,nama Zuraida sekarang ini menjadi buah mulut akibat kejayaan beliau mengumpul kekayaan sekelip mata.Sifat hasad dengki dan juga iri hati menyebabkan ketua wanita PKR ini khabarnya sudah disenarai hitam daripada menjadi calon pada PRU13 nanti.
Apa salahnya Zuraida mengumpul kekayaan berkereta mewah..:klik sini
Senyuman semanis kurma...
Pisau kata "sejak didedahkan kekayaan melampau..cik masam mendiamkan diri..kenapa?"
Zainudin Maidin – PRESIDEN Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).
Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999.
Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi Presiden sejak 20 Oktober 1999. Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.
Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).
Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara. Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib yang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu.
Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah 'dipungut' daripada ABIM.
Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.
Apakah tujuan Anwar menjemput 'pengkhianat' bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.
Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi Presiden). Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.
Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan ""aku lebih besar" dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia.
Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini pun untuk tujuan menunjukkan ""kami berdua masih besar."
Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.
Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Imigresen di Gaza memaklumkan hanya saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berada di sana ketika perang berlaku pada 18 November 2012 lalu. Saya juga dimaklumkan ramai yang sudah pulang selepas Hari Raya Aidiladha yang lepas.
Demikian kisah seorang anak muda dari Pulau Pinang yang tidak pernah menjangka keputusan dirinya untuk memasuki Gaza buat kali pertama menyebabkan beliau 'tersangkut' dalam perang yang amat dahsyat.
Beliau, Sani Araby Al-Kahery ditemui wartawan Sinar Harian dan berkongsi pengalamannya apabila melalui tiga malam yang menakutkan sepanjang berada di Gaza.
Nama lelaki berusia 28 tahun itu mula dikenali dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook ketika berkongsi rakaman videonya mengenai kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
Bukan sahaja rakan terdekat, malah namanya meniti bibir pengguna laman sosial yang dahagakan maklumat terbaru dari Gaza sehingga ceritanya di sana turut dikongsi ribuan pengguna Facebook yang lain.
Walaupun menjawat jawatan sebagai Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), beliau yang lebih mesra dengan gelaran Brother Sani itu tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Palestin sebelum ini.
Tanpa melengahkan masa, beliau terus mengambil penerbangan ke Kaherah dan kemudiannya terpaksa melalui jalan darat selama enam jam untuk ke Rafah.
Akuinya, tiada debaran pada awalnya ketika mahu ke Gaza, kerana masih tidak nampak apa yang berlaku di sana.
Namun selepas dibenarkan masuk secara sah oleh pihak tentera, bunyi bingit dan kuat dari arah langit menarik perhatiannya.
"Bunyinya memang kuat dan membingitkan, rupa-rupa itulah pesawat peninjau Israel yang berada ruang udara penduduk Palestin pada setiap masa, pesawat ini tiada pemandunya dan pada malam hari ia mampu melihat objek sebesar duit syiling sekalipun.
"Begitu dahsyatnya teknologi yang mereka gunakan untuk menghancurkan Palestin," katanya.
Pada saat menunggu ketibaan kenderaan polis untuk membawanya masuk ke hotel penginapan, Sani memilih kenderaan yang paling belakang daripada empat-empat kenderaan berkenaan.
"Sebaik saja saya masuk dalam perut kereta, mereka terus memecut ibarat dikejar sesuatu.
"Ketika dalam kereta, pemandu bertanya hairan kenapa saya memasuki Gaza pada waktu baru hendak mula perang, rupa-rupanya barulah saya sedar yang saya masuk ke Gaza pada waktu yang salah.
"Perang berlaku mulai jam 3 petang hingga ke waktu Subuh esoknya, pada saat saya masuk memang waktu yang 'cantik-cantik' saja perang mula dilancarkan.
"Saat fikiran menerawang, pada masa itu jugalah dalam jarak beberapa meter sahaja bumi Gaza dihujani bom daripada pesawat Israel.
"Kereta yang saya naiki pula berubah posisi ibarat dalam filem aksi Rambo, mula-mula kami berpecah kemudian kembali berbaris, ia kerana saya difahamkan ia adalah strategi pemandu kereta bagi mengelakkan kami dibom," katanya.
Nyawa bagai di hujung tanduk
Cerita beliau lagi, nyawanya pada saat itu ibarat nyawa di hujung tanduk gara-gara jambatan yang digunakan sebelum itu kemudiannya runtuh beberapa jam kemudian akibat dibom.
"Perasaan saya berdebar, namun dengan niat yang ikhlas saya mahu membantu penduduk Gaza sedaya yang boleh menggunakan 'senjata' saya iaitu kamera dan komputer.
"Saya tidak bekerja sebagai wartawan, namun saya gunakan media alternatif termasuk Facebook untuk menyampaikan laporan mengenai peperangan yang menimpa umat Islam di situ," katanya.
Ketika mula sampai di tempat penginapan, Sani bagaikan terkejut kerana hotel yang didiaminya terletak di antara zon perang paling hangat.
Namun perisai kebalnya hanyalah doa pada masa itu dan menganggap apa yang berlaku adalah dugaan di dunia.
Malam pertama di hotel dilalui dengan penuh debaran memandangkan pesawat peninjau Israel sentiasa berada di atas bumbung hotel seolah-olah memantau pergerakan media dan sukarelawan lain yang turut berada di hotel yang sama.
Pada waktu malam, suasana akan menjadi sunyi sepi kerana pada masa itu sebarang pergerakan yang berada di atas bumi Gaza akan ditembak hidup-hidup melalui udara oleh Israel.
"Oleh kerana itulah ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman mereka, kanak-kanak ditembak hidup-hidup ketika mereka keluar rumah pada waktu malam, malah kalau ada haiwan sekalipun ia tetap akan ditembak.
"Kerana pada teropong pesawat peninjau ia hanya nampak titik-titik pergerakan sahaja, sekiranya ada pergerakan sudah pasti ditembak, apa yang paling menyedihkan saya ialah dua wartawan dari Televisyen Al-Aqsa mati ditembak ketika keluar pada jam 4 pagi untuk membeli makanan buat rakan yang lain.
"Allahuakbar, mereka mati syahid dan bayangkan setiap malam yang dilalui oleh rakyat Palestin ibarat malam paling panjang ketika peperangan berlaku," katanya.
Ikuti sambungan siri kedua pengalaman Sani Araby pada hari esok mengenai sekatan teknologi yang dikenakan terhadap media dan juga serangan bertubi-tubi dilakukan pada malam kedua.
Akibat berasakan dirinya sudah terlalu hampir dengan maut, Sani sendiri menulis wasiat sambil mengalirkan air matanya tanda insaf.
Disebalik momokan propaganda PAS dan PR yang giat menuduh UMNO dan BN sebagai punca wujudnya kegiatan samseng dalam dunia politik, tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas untuk menasihatkan ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan menjauhi gengsterisme.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin berniat baik mahu mengekang kegiatan samseng politik namun secara tersiratnya ia menunjukkan kepada umum perintis sebenar budaya samseng politik ini dipelopori oleh PAS dan PR.
Lihat sajalah kelakuan ahli dan penyokong PAS sewaktu peristiwa berdarah Memali dulu di mana mereka berhimpun beramai-ramai dengan pedang, keris dan parang hanya untuk mencapai cita-cita negara Islam ala PAS yang akhirnya diakui oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebenarnya tidak wujud pun dalam Al-Quran.
Akibat kegelojohan sikap dan tingkap laku samseng itu berbelas orang isteri menjadi balu dan berpuluh anak kecil menjadi yatim. Malah tabung Memali yang mengumpul pungutan berjuta RM juga lesap sedangkan tujuan asal kewujudan tabung itu untuk menjaga kebajikan balu dan anak yatim tersebut.
Begitu juga semasa peristiwa berdarah Lubuk Merbau yang menyaksikan beberapa nyawa melayang gara-gara sikap keras dan kurang ajar penyokong PAS dari luar kawasan yang berlagak samseng dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang.
Jika dua peristiwa besar di atas tidak cukup untuk gambarkan kegagalan PAS dalam mentarbiah ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan berjiwa Islamik, barangkali lakonan mati hidup semula berkali-kali yang dijayakan oleh penyokong PAS sewaktu demonstrasi Bersih 2.0 boleh dijadikan sempadan pengajaran.
Atau mungkin juga kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan rempuhan hadangan polis di KLCC semasa demonstrasi Bersih 3.0 beberapa bulan dulu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.
Andainya itu belum cukup untuk membuktikan kelakuan ganas sudah sinonim dengan PAS dan PR, apa kata kita toleh semula kejadian ganas peserta Bersih 3.0 yang sengaja membaling kon dan objek keras sehingga kereta polis terbabas dan mencederakan pemandunya.
Tidak cukup dengan balingan dan kekasaran itu, peserta Bersih 3.0 yang terdiri dari penyokong PAS, DAP dan PKR serta NGO proksi mereka melompat-lompat pula di atas kenderaan polis seterusnya menterbalikkan kenderaan peronda itu. Tidakkah ini satu kelakuan ganas dan luar tabie?
Kemudian lihat pula kelakuan jelik dan kurang ajar penyokong PR semasa sambutan ambang malam merdeka tempohari yang dengan biadapnya berbogel menunjukkan punggung di khalayak ramai. Memalukan dan menjelikkan.
Lantaran itu, walaupun dengan wujudnya taklimat anti samseng yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini cukup melegakan kami rakyat Malaysia, namun diharapkan biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Cukup-cukuplah segala macam kelakuan ganas, jelik dan samseng yang sudah mendarah daging dikalangan penyokong PAS dan PR itu dipertontonkan pada khalayak ramai.
Apapun tahniahlah pada Tuan Ibrahim kerana telah menyedari sikap biadap dan samseng yang sinonim dengan penyokong PAS dan PR ini langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya mengundang pula imej buruk. Semoga Tuan Ibrahim berjaya dengan misi nasihat baiknya itu.
PAS tidak ikut keutamaan dalam percubaan mereka untuk menegakkan perjuangan Islam. Inilah masalah utama PAS.
Kalau Islam itu sebatang pokok, hukum hudud dan negara Islam adalah ibarat ranting, daun dan bunga yang membolehkan pokok itu kelihatan sempurna dan cantik.
Tapi bagaimana sebatang pokok itu boleh dicantik dan diperindahkan jika akarnya tidak mencengkam dan batangnya reput dilerek kumbang?
Kenapa PAS tidak usahakan supaya menyeru seluruh umat supaya meningkatkan pegangan (iman) kerana ia adalah akar umbi Islam? Sejauh mana PAS telah berusaha untuk mendakwahkan supaya seluruh umat ini beriman dengan sebenar-benar yakin kepada Allah? Sejauh mana tahap keimanan yang ada pada umat hari ini hingga PAS seolah-olah tidak ambil peduli soal pokok dan dasar yang menjamin kejayaan setiap umat Islam di dunia mahupun di akhirat?
Sebaliknya PAS hanya sibuk siang dan malam berfikir bagaimana mahu memastikan ranting, daun dan bunga sebatang pokok itu kelihatan cantik sahaja.
Tiada jalan pintas dalam Islam!! Bagaimana umat awal Islam melalui jalan-jalan untuk sampai ke tahap diredhai Allah, begitulah laluan yang harus diikuti oleh umat terkemudian.
Bagaimana umat awal Islam melakukan amal Islam sehingga ranting, daun dan bunga yang dihasilkan menjasi subur dan cantik, begitulah cara dan kaedahnya yang harus dilalui oleh umat terkemudian jika mereka mahu mendapatkan hasil(outcome) yang sama.
Mana ada jalan pintas, kecuali jika PAS membuat rekaan baru sebatang pokok palsu. Apa yang PAS lakukan hari ini ialah percubaan menanam pokok palsu di seluruh negara dan mengatakan kepada umat bahawa pokok yang ditanam inilah pokok asli dan benar.
Ramai umat yang tertipu disebabkan pokok palsu ciptaan PAS nampak cantik dan dihiasi dengan lampu warna-warni sebiji macam bandar city di S. Alam.
Dengan perasaan megah, sombong, riak dan takabbur PAS mendabik dada mengatakan pokok merekalah yang paling sempurna dan mencerca serta mengeji pokok yang ditanam UMNO tidak berbuah dan berdaun, walhal pada hakikatnya pokok yang ditanamnya adalah pokok palsu, berdaun dan berbuah plastik.
Siapakah yang munafik dan menipu sebenarnya?
Adakah UMNO yang berterus-terang menyatakan bahawa hukum hudud dan negara Islam belum dapat ditegakkan kerana ada amalan Ialam lain yang lebih utama yang harus didahulukan daripada pembentukan sebuah negara Islam yang syumul?
Atau PAS yang sibuk menjaja pakej lengkap sebuah negara Islam dan hudud ke seluruh negara tapi hakikatnya gambaran pakej negara dan hudud yang dinyatakan oleh PAS itu hanyalah sebatang pokok yang kelihatan sempurna pada zahirnya tapi komponennya diperbuat dari bahan simen dan plastik?
Seorang yang jahil tapi bersifat ikhlas dan jujur serta berserah kepada Allah adalah lebih baik dari seorang yang alim yang sombong, riak dan takabbur.
Pertandingan Miss Universe 2012 akan berlangsung pada Rabu, 19 Disember 2012, di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas USA.
Pada 13 Disember pula akan diadakan Preliminary Competition. Anda boleh stream secara atas talian kalau berminat untuk menontonnya.
Malaysia diwakili oleh Kimberly Legget..memang cun!
Kami kongsikan gambar-gambar peserta mengikut negara-negara masing-masing. Bermula dari Albania, Angola, Argentina, Aruba, Australia, Bahamas, Belgium, Bolivia, Botswana dan Brazil.
Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera perangkap laju (AES) didakwa merakamnya memandu melebihi had laju di lebuh raya di Wilayah Sichuan, China sambil meramas payudara penumpang wanita di sebelahnya.
Ahli perniagaan Jialin Deng telah didenda £20 kerana memandu hampir 60mph dalam zon had laju 50mph, tetapi bukan itu yang dibimbangkannya.
Beliau mendakwa imej memalukan yang telah disiarkan oleh media tempatan lalu dipaparkan dalam forum internet, adalah manipulasi digital. Dia mengancam untuk menyaman polis trafik tempatan, kerana membocorkan gambar orang awam adalah melanggar hak peribadi.
Gambar tersebut menunjukkan Deng memandu kenderaan 4WD Nissan di lebuh raya antara santai dan Shehong di Wilayah Sichuan,China. Wanita dalam gambar itu bukan isterinya tetapi seorang pelajar universiti tempatan.
Deng menegaskan dia memandu seorang diri, imej tersebut adalah palsu dan mengancam untuk menyaman Biro Trafik Mianyang. Pegawai Trafik telah berjanji untuk menyiasat kejadian itu dan berkata mereka akan mengkaji semula dasar untuk melindungi privasi orang ramai
-AP
[Advertorial]
Start 2013 with a celebration above the clouds! What's better than ushering in a brand new year amidst a glorious fireworks display, 1800m above sea level? Make New Year 2013 special by getting your party rock crew going at RW Genting! Take your pick from Cloud 9 or the All Sports Bar, and you can be sure the year will end with a bang from the fireworks display on 31 December as well. There's nowhere else to be but Resorts World Genting for the last party of the year! 2013 is gonna be awesome, let's welcome the new year at #RWGenting!
Mungkin Murai Batu adalah orang yang terakhir mengetahui tentang cinta hati penyanyi Terukir Di Bintang, Yuna. Maklum sajalah, gambar kemesraan antara Yuna dan jejaka Mat Saleh bernama Jules Schratter telah pun mendapat perhatian pihak media mahupun blog hiburan yang lain sejak kebelakangan ini.
Banyak juga gambar mereka berdua menjadi bahan tatapan ramai, meskipun setahu Murai Batu jejaka kacak tinggi lampai itu telah dilantik Yuna sebagai jurukamera peribadinya.
Lebih membuatkan Murai Batu tersenyum, apabila Jules Schratter menerusi blog miliknya, troughjuleslens.tumblr.com telah berkongsi banyak gambar menarik mengenai penyanyi popular berkenaan termasuk gambarnya bersama beberapa ahli keluarga Yuna sepanjang dia berada di negara ini.
Tidak ketinggalan juga laman sosial Instagram (troughjules) milik jejaka yang khabarnya merupakan model sambilan.
Oleh kerana tidakan itu, ramailah yang membuat spekulasi mengatakan mereka berdua hakikatnya sedang bercinta. Lebih-lebih lagi bila ada sumber yang pernah melihat mereka berdua berpimpinan tangan.
Murai Batu tidak mahu menidakkan atau menafikannya kerana sehingga hari ini Yuna masih belum pernah membuka sebarang cerita berkenaan cinta barunya terutama selepas berpisah dengan Qi Qushairi.
Bagi Murai Batu, tentunya Yuna mempunyai hak untuk berkawan atau berkasih dengan sesiapa saja. Tidak kiralah jejaka tempatan ataupun Mat Saleh. Lagipun pula dia masih solo. Apa salahnya.
Cuma harapan Murai Batu agar Yuna dapat menjaga tatasusila sebagai wanita Islam yang berhijab. Ingatlah bahawa anda itu milik masyarakat dan pastinya ke mana saja Yuna pergi pasti menjadi perhatian ramai.
Jika benar Yuna sedang bercinta dengan Jules, Murai Batu mendoakan kebahagiaan mereka dan sekiranya tidak, mudah-mudahan Yuna tk cepat melatah dengan spekulasi atau gosip yang timbul di sana sini.
Macam Murai Batu katakan tadi, anda adalah milik masyarakat. Ke mana saja anda pergi pastinya akan menjadi perhatian.
Murai
[Advertorial]
The stars are here to rock your socks off! Not only can you find arcade games, theme parks and other cool rides at Resorts World Genting, the city of entertainment lives up to its name by being home to a host of world class performers as well! From international superstars to homegrown talents, Resorts World Genting is where music, vocals and lights come alive. This December, catch Jenny Tseng, Jeff Chang, a Bee Gees Tribute and the Star Planet Music Festival all at the Arena of Stars! Which performance will you be catching at Resorts World Genting this December? Catch the best world class performances at #RWGenting! Watch Freeze 2's unforgettable performance!
Lisa Surihani menjadi salah seorang juri untuk MLM 2012
SEJAK minggu ketiga lagi, kumpulan Dadidu, Pimai dan Balas berada di tangga tiga terbawah dan kedudukan itu kekal sehingga minggu keempat yang akhirnya menjadi penamat perjuangan mereka.
Cuma di antara tiga kumpulan yang sebelum ini bagai kekontangan idea, Balas menampakkan peningkatan apabila persembahan jenaka mereka di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang bersiaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, berjaya menggeletek hati penonton.
Malangnya, Balas tersilap langkah sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan memperkatakan sesuatu berunsur 'double meaning' di akhir persembahan mereka sehingga menyebabkan gagal mendapat markah yang baik daripada juri yang dibarisi oleh Awie, Wulan, Lisa Surihani dan Najip Ali.
Mengimbas kembali kenyataan panas salah seorang anggota Balas sewaktu persembahan berbunyi: "Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk".
Situasi itu sebenarnya dijelaskan sebagai petua orang tua-tua, jika mahu ilmu senang masuk cara ("kena letak air liur atas kepala baru senang masuk") patut dilakukan.
Bagaimanapun, gara-gara kenyataan berkenaan ia membawa padah kepada Balas sehingga menyebabkan mereka tersingkir.
Awie menerusi komentarnya, berkata: "Sebagai juri saya sendiri tidak senang dengan lawak 'double meaning', lawak, tetapi bunyinya kotor di telinga. Sebelum ini pun ramai penonton sedia maklum dengan persembahan Balas yang selalu 'double meaning'. Tapi harus diingat program ini ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa."
Manakala Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, menerusi keterangan dalam sidang media yang diaturkan sesudah usai siaran MLM2012, berkata, demi menjaga kandungan program pihaknya mewujudkan sistem pemarkahan.
"Balas ada memaklumkan kepada saya mereka tidak berniat untuk mengutarakan sesuatu berbaur fitnah. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan dialog mereka tidak lengkap. Apa yang cuba dimaksudkan mereka kena letak air liur pada kepala benang baru senang masuk."
"Apapun, kesilapan sudah dilakukan dan inilah risikonya apabila membabitkan program siaran langsung. Yang terjadi tidak boleh ditarik semula. Harus diingatkan kepada peserta supaya tidak lagi menggunakan lawak 'double meaning'.
"Sebagai pihak penerbitan dan penyiar, Astro sangat mengambil kira sensitiviti masyarakat dan memastikan setiap program kita tidak menyinggung perasaan umum.
"Justeru itu, menerusi program MLM2012 kami wujudkan sistem pemarkahan di mana juri boleh mengurangkan markah bagi kumpulan yang membuat jenaka 'double meaning'.
"Saya secara peribadi berpendapat, peserta sebenarnya perlu lebih kreatif dalam mencari bahan iaitu dengan membuat kajian daripada mengambil jalan singkat dengan mengenengahkan lawak murahan. Saya berasa kagum dengan kumpulan yang tidak bergantung dengan lawak murahan tetapi menggunakan isu semasa kemudian menyuntik elemen komedi dalam persembahan.
"Saywho antara kumpulan yang mempunyai kepakaran ini dan saban minggu mereka memikat rakyat Malaysia dengan mengutarakan isu yang dekat di hati masyarakat negara ini. Bagaimanapun, untuk persembahan malam ini kumpulan R2 mengejutkan juri dan persembahan mereka mendapat pujian," katanya.
R2 bagaimanapun diumumkan lima kumpulan yang berada di tangga terbawah selain The Bandung Jokers. Pun begitu, mereka terselamat daripada penyingkiran.
Secara keseluruhan peserta kegemaran Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan, masih lagi menguasai dan mendahului pertandingan diikuti kumpulan Jambu.
Malam bertemakan 'Mengayat' yang dikendalikan pengacara Datuk AC Mizal itu, turut menampilkan persembahan kumpulan Shiro, Sabon dan Boboi, iaitu tiga daripada tujuh kumpulan yang masih meneruskan perjuangan pada minggu kelima.
Nama Lilian Tan mungkin asing bagi kita tetapi tidak di Amerika Syarikat…terutama bagi mereka yang meminati dunia bina badan.
Baru-baru ini bersama jaguh bina badan negara, Sazali Samad, Lilian mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia di Bangkok, Thailand.
Lilian, 40, bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan St. George, Pulau Pinang kembali ke tanah air tiga tahun lepas setelah berbelas tahun berada di Amerika Syarikat.
" Sebelum ini saya mewakili sukan renang di sekolah sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar negara.
" Suatu hari tu saya singgah di sebuah gimnasium kerana kebetulan ketika itu kolam renang tempat saya berlatih sedang diperbaiki.
" Bila saja saya mengangkat 'dumbell', saya dapat rasakan yang tubuh saya boleh menyesuaikan diri dengannya…sejak itu saya tidak berpaling lagi," katanya dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini.
Lilian pertama kami memasuki kejohanan bina badan di pertandingan Miss San Diego pada tahun 2001 di mana dia memenanginya pada tahun berikutnya.
Dari situ, namanya mula harum sehinggalah berjaya mendapat 'pro card' International Natural Bodybuilding Association (INBA).
Lilian kemudian terpilih mewakili Amerika Syarikat di INBA Natural Olympia 2004 di mana dia mendapat tempat ketiga.
Namun cintanya pada tanah air tidak pernah padam.
Lilian bernasib baik kerana kekasihnya yang juga salah seorang ahli bina badan negara, Terry Gallyot berjaya membantu Lilian merealisasikan hasratnya untuk mewakili Malaysia.
" Dia minta saya pulang dan mengahwininya! Jadi saya pulang ke Pulau Pinang pada bulan Julai 2009 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur beberapa bulan lalu."
Lilian dan Tan dijangka melansungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan
" Terry banyak memberikan saya tips semasa bertanding. Dia sentiasa menemani saya bila menyertai mana-mana kejohanan bina badan, dalam erti kata lain saya mendapat sokongan yang penuh darinya," kata Lilian.
Walaupun sedang bertarung dengan kesakitan akibat kecederaan di sikunya, Lilian berkata dia gembira dengan latihan yang dilaluinya.
" Seseorang ahli bina badan memerlukan masa untuk membolehkan otot mereka 'matang'. Ketika ini saya senang dengan latihan yang sama terima dan saya jangka saya boleh pergi lebih jauh beberapa tahun lagi," katanya dengan penuh keyakinan.
Lilian yang juga seorang jurulatih bebas boleh dihubungi melalui e-mel di tgrwmn1@hotmail.com.
- Mynewshub.my
[Advertorial]
They say breakfast is the most important meal of the day, and KFC has just the thing to fit the bill! Meet the KFC a.m. Multigrain. It's a wholesome breakfast with tender, juicy O.R. fillet, crispy chicken strips, fluffy golden scrambled eggs, creamy mayonnaise and fresh lettuce, all sandwiched in between a warm, wholesome multigrain bun! Start your day right with the KFC a.m. Multigrain. So wholesome; so awesome Gotta fuel up with the perfect breakfast from KFC. The new #KFCam Multigrain is awesome, it's a must-try!
Pas hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan isu empat orang bukan Islam yang ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam baru-baru ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan yang diambil oleh penguat kuasa MPKB bertepatan di bawah Undang-undang Kecil Taman MPKB 1986, dan ia bukanlah kes 'khalwat' sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
"Kes sebelum ini mungkin diberi nasihat, tapi dalam kes ini teruk sikitlah. Dicerita kepada saya secara detail tapi saya tak nak cerita lah apa yang berlaku.
"Jadi kita serah kepada (MPKB) kalau perkara ini jadi kes," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambah beliau, kes berkenaan yang beliau sendiri tidak "tergamak" untuk menceritakannya kepada media, mungkin mendorong penguatkuasa yang bertugas bertindak mahu terus menyaman kedua-dua pasangan terbabit.
"MPKB telah mengambil langkah-langkah pencegahan ini bukan sekadar saman, setiap ada kes seperti ini sama dan failkan kes, tidak (sebenarnya).
"Mereka ini juga menggunakan budi bicara dalam banyak hal pun. Nampak macam tak sopan tapi boleh nasihat, maka minta beredar. Tapi dalam kes ini lain," ujar beliau.
Kes berkenaan yang berlaku pada Oktober lalu disifatkan oleh Mustafa sebagai sengaja disensasikan untuk kepentingan politik MCA menerusi media miliknya, The Star menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Berlaku dalam DBKL ini, MCA tidak cakap apa pun, pasal bukan bawah Pas." katanya lagi.
Ekoran kes tersebut, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan Pas Kelantan segera menyelesaikan isu itu kerana ia menjejaskan mesej pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini.
Bahkan katanya, kes seumpama itu boleh merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang.
"Tidak... tidak... ini perkara yang disebut cara tak betul oleh Star, oleh MCA. Ini yang menimbulkan persepsi tak betul menimbulkan kekeliruan ini kerana MCA telah membuat kenyataan-kenyataan yang tidak tepat," ujar beliau lagi.
Malah menurut Mustafa, beliau sendiri sudah menjelaskan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong yang diarahkan oleh Guan Eng untuk berbincang mengenai isu terbabit dengannya.
Mustafa kemudian merujuk kes di bawah DBKL pada 2004 di mana mahkamah sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di taman KLCC.
Korum itu memutuskan Seksyen 8 (1) Undang-undang Kecil Taman, seksyen yang dirujuk oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menghukum sesiapa yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam adalah mengikut Perlembagaan.
Berikutan keputusan itu, dua pelajar terbabit, Ooi Kean Thong, 24, dan Siow Ai Wei, 22, perlu membela diri terhadap pertuduhan itu yang didakwa terhadap mereka di Mahkamah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur pada 2004.
"... yang bawah Pas ini mereka nak tunjukkan tak bagus. Sedangkan dulu lagi Pas perintah, yang terakhir 20 tahun ini, tak akan sebab kes ini menggambarkan itu pendirian Pas berkait dengan kebebasan orang yang bukan Islam dan sebagainya... tak sama sekali," tegas beliau lagi.
KOTA BARU: The 17-year-old teenager, who was issued a summons for allegedly giving his girlfriend a "piggy-back ride" at a public park, is upset and embarrassed following the incident.
The teenager, who spoke on condition of anonymity, said he had a tough time explaining to his mother that he was innocent and that he and his 15-year-old girlfriend did nothing indecent.
The teenager was given the summons for allegedly "piggy-backing" his girlfriend while jogging at Taman Tunku Anis at about 5.30pm on Oct 20.
"The incident was traumatic for me and my girlfriend because although I am not an expert in council by-laws, I think what I did was merely having fun with my girlfriend. It was far from an offence.
"We were just fooling around in broad daylight like any other teenager but the officer who approached us said it was improper for us to act like that in public.
"He continued giving us a lecture on morality and when I thought that we would be let off with a warning, he issued us with the summons," he said yesterday adding that he was now in Kuala Lumpur after completing his SPM examinations.
Summonses had also been issued to two non-Muslim men were for allegedly embracing each other when they were found in a car parked near the Sultan Ismail Petra Airport at midnight on Oct 31. Both have denied the allegations.
The action against the four led to an outcry by various groups which likened it to imposing the Syariah law of close proximity or "khalwat" on non-Muslims.
The teenager also claimed he had argued with the officer as it was unfair to penalise someone when a verbal warning would suffice.
"When I got home that day, I showed the summons to my mother.
"She was very upset at first but when she saw the nature of the offence written in the summons, she believed that I had done nothing wrong.
"My mother thinks I should not have been issued with the summons and that is why she has brought up the matter with lawyers to ask their opinion on the matter," he added.
He said the news about the incident spread and many assumed that he was involved in "hanky-panky business" with his girlfriend.
"All my friends wanted to know what happened in the park. But when I told them that my girlfriend was merely on my back, they did not believe me and after seeing the summons, my friends will now think twice about hanging out with their girlfriends anywhere.
"They are now afraid to even go to the park with their girlfriends," she added.
He said he had been under some stress during the SPM examinations because of the incident.
"But I believe I did okay because my conscience is clear and my family is with me," he said.
GAZA CITY - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.
Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.
"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.
Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.
Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.
Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.
Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.
"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.
Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.
Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.
Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama
IPOH – "Tiada campur tangan orang luar melainkan semuanya memang ahli Pas yang menyokong Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman, kata Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor.
Beliau berkata, tuduhan mendakwa terdapat orang luar ketika bantahan enam cawangan utama dalam Dun Selama Sabtu lalu adalah tidak benar sama sekali.
Menurutnya, kalaupun ada orang luar, mereka adalah penduduk kampung yang menyokong Mohd Dhari dan bersetuju untuk mengundi beliau.
"Ini yang kita mahu, tak kisahlah jika dia bukan ahli Pas asalkan dia beri undi untuk Pas. Saya tahu orang luar yang dimaksudkan itu tetapi mereka memang ahli Pas.
"Mereka sudah menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis di Kampung Tapah yang diadakan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, bantahan dibuat i atas kapasiti individu kerana tidak bersetuju dengan calon yang akan bertanding di kawasan ini.
"Saya tidak boleh memanggil semua ahli untuk menyokong saya kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai calon. Saya menghormati calon pilihan mereka," katanya.
Pada masa yang sama beliau turut menafikan kenyataan Ketua Pemuda Pas Larut, Nazri Din yang mendakwa program berkenaan diadakan ketika program bubur asyura.
"Program (bubur asyura) itu sebenarnya hari ini (semalam) bukan semasa sidang media itu.
Katanya, sebahagian besar yang hadir pada hari itu untuk menyokong sidang media berhubung isu tersebut.
"Saya ralat apabila beliau (Nazri) mengeluarkan kenyataan sedemikian dan saya juga kesal memandangkan beliau adalah seorang ustaz," katanya.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengubah nada dan menyalahkan pengawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) atas tindakan merobohkan tempat pemujaan Hindu di sebuah rumah bulan lalu.
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang sebelum ini mempertahankan tindakan itu, mendakwa pegawai penguatkuasa terbabit bertindak melampaui kuasa kerana mungkin mahu mensabotaj kerajaan negeri.
"Tindakan oleh pegawai penguatkuasa MPSp adalah bertentang dengan perintah kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Hal Ehwal Bukan Islam yang melarang memecahkan struktur rumah ibadat.
"Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai tertentu adalah datang dari satu pihak sahaja. Ada sebab untuk mengesyaki tindakan ini berunsur sabotaj," kata beliau dalam satu kenyataan.
Xavier mendakwa Majlis Hal Ehwal Bukan Islam Selangor yang dipengerusikan oleh exco Ronnie Liu, Teresa Kok dan beliau sendiri tidak dimaklumkan tentang tindakan tersebut.
ADUN Seri Andalas itu sebelum ini menegaskan pasukan penguatkuasa MPSp bertindak merobohkan tempat pemujaan itu pada 20 November lalu kerana pemilik rumah berkenaan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi tidak mendapatkan permit untuk mendirikannya.
Beliau mendakwa pemilik premis perlu mendapatkan permit walaupun untuk mendirikan kuil kecil di perkarangan rumah persendirian.
Sabtu lalu, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan tempat bersembahyang itu.
Mereka menuntut supaya Xavier membina semula struktur berkenaan namun desakan itu ditolak oleh beliau dan seterusnya mempertahankan tindakan MPS.
Xavier mendakwa Yang DiPertua (YDP) MPSp, Mohd Sayuthi Bakar memaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco-exco kerajaan negeri bahawa tindakan memecahkan struktur kuil di Sepang dibuat tanpa pengetahuannya (Sayuti).
Beliau berkata MPS diberi dua minggu untuk mengemukakan laporan penuh mengenai kejadian itu dan memerinci keperluan mengambil tindakan terhadap anggota penguatkuasa terbabit.
Kejadian di Taman Seroja dipercayai merupakan tindakan kali pertama penguatkuasa tempatan merobohkan tempat bersembahyang yang dibina dalam perkarangan rumah.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan sebelum ini berkata kerajaan negeri Selangor turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihan raya umum pada tahun 2008.
Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak ibadat kaum India yang ketiga dirobohkan di bawah Pakatan Rakyat.
Mohan berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR gagal memenuhi janji untuk tidak merobohkan kuil Hindu setelah lantang menuduh Barisan Nasional (BN) berbuat demikian.
Mohan berkata Xavier sepatutnya lebih berwaspada apabila menggunakan kuasa bersabit tempat-tempat ibadat.
"Dalam kes ini, ia bukan sebuah kuil tetapi hanya tempat pemuja.
Malaysian Crime Watch Group (MyWatch) yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin PKR iaitu R Sri Sanjeevan (mantan Pengerusi KITA Negeri Sembilan dan Naib Presiden Aastivaram Foundation) dan penasihat S Gobi Krishnan (Setiausaha Biro Strategi dan Polisi PKR), kedua-dua pemimpin PR. Musa Hassan yang menerima perlantikan sebasgai Penaung Mywatch mendesak Tan Sri Robert Phang memohon maaf berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang mengaitkan NGO My Watch tersebut dengan sindiket kongsi gelap.
Tan Sri Musa Hassan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Robert Phang melakukan hal demikian sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.
"Ianya merupakan kenyataan yang jahat... MyWatch dikaitkan dengan kongsi gelap kerana hanya saya berada di sini (dalam MyWatch).
"Jika dia berdendam dengan saya, dengan saya sahajalah... Jangan babitkan NGO.
"Saya beri masa tiga hari untuk beliau meminta maaf sebelum kami berunding dengan peguam dan memulakan saman undang-undang terhadap beliau," kata beliau pada sidang di Hotel Hilton semalam.
Phang sebelum ini telah menakut-nakutkan PKR kerana didakwa telah tidur dengan bekas musuh mereka, bekas IGP, TS Musa Hassan.
Musa turut mendakwa ketika beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 hingga 2010, Phang selalu berjumpa dengan beliau menawarkan diri sebagai penasihat.
Phang mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik sebagai penasihat sedangkan sebelum itu beliau merupakan penasihat kepada bekas IGP, Tun Hanif Omar.
"Saya cakap saya tidak perlukan penasihat, saya boleh fikir sendiri... Sebab itu saya tidak berapa rapat dengan dia," katanya.
Phang ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana khuatir media akan salah ertikan maksud Musa.
Sebaliknya beliau meminta Musa mengeluarkan kenyataan media secara bertulis dan beliau akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Musa.
Dalam perkembangan lain, Musa enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan bekas pengarah JSJ (Komersial), Datuk Ramli Yusuff yang mendakwa Musa telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Ketua Polis Negara.
Malah beliau mempersoal bagaimana Ramli mendapat kemewahan dan siapa yang mengarahkan beliau menggunakan platform polis untuk memburuk-burukkan Musa.
"Saya pun hendak komen juga, saya hendak tahu siapa di belakang dia sehingga dia diberikan platform di dalam polis untuk menghentam saya?
"Saya rasa dia (Ramli) patut jawab pada umum bagaimana dia dapat kemewahan atau kekayaan yang begitu banyak semasa masih lagi berada di dalam pasukan (polis)," soal beliau lagi.
Sebelum ini, pendedahan Musa berkaitan campur tangan KDN dalam penyiasatan polis telah disalah anggap oleh pihak tertentu bahawa beliau mempunyai hubungan politik dengan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Musa turut mengakui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, turut cuba mengarahkan Musa untuk mendedahkan laporan penyiasatan mengenai '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'.
Bukan Julia Perez namanya jika berita berkaitan beliau tidak terpalit kontroversi — dan, kerana itu pun selama ini di'kenali oleh rakyat Malaysia, bukan kerana kerjaya seni.
Jangan anda risau kerana pengarah terkenal Malaysia, Murali Abdullah telah pun memilih Julia Perez untuk membintangi filem terbaru beliau berjudul Sumpahan Malam Pertama.
Tajuk filem pun sudah lain macam kami baca & nyatanya Julia Perez kini berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran untuk filem bergenre komedi tersebut.
Yang kurang sedapnya, ketika berhenti rehat untuk menunggu rakaman babak filem seterusnya, Julia Perez sempat menonton sebuah drama tempatan & memberikan komen kurang enak.
"Nunggu giliran take sambil nonton sinetron Malaysia. Oh my GOD, Indonesia kita jauh maju, kita maju sekali — bangga jadi orang Indonesia," tulis beliau di akaun Twitter.
Tidak pasti drama apa yang di'tonton Julia Perez namun yang pasti beliau baru baru ini berada di USM, Pulau Pinang yang menjadi lokasi penggambaran filem Murali Abdullah itu.
Rotikaya
[Advertorial]
Psst! Wanna own the new iPhone 5? Just a swipe will do the trick! Spend a minimum of RM50 in a single receipt with a CIMB Bank credit/debit card and you'll earn an automatic entry to win one of two iPhone 5 units given out daily. If you swipe your card overseas, you're entitled to 5 entries! Hurry and sign up for a CIMB Bank credit/debit card and swipe away before 31 January 2013. Happy Swiping! Wanna win the new iPhone 5? Just swipe your CIMB Bank credit/debit card from now till 31 Jan 2013! #CIMBSwipeAway
MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas?
KUALA LUMPUR - Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.
Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.
Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.
Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.
KOTA BHARU: Hanya tinggal 18 hari saja lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apa yang pasti, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.
"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.
Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.
Internet and mobile banking is the way it's being done now. You can even reload your mobile prepaid balance, like with RHB Now!
Reload your mobile prepaid with RHB Now and you could win cool prizes such as a Club Med Bintan Island retreat for 4 persons, a year's supply of GSC movie vouchers, and more! All you have to do is reload a minimum of RM 30 for your mobile prepaid via internet/mobile, and you could be in the running to win prizes every day.
The contest ends 3 March 2013, so hurry!
#RHBNOW is giving away Starbucks cards daily and more cool prizes when you reload your mobile prepaid, find out how to win here!
PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian," katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
"Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah," ujarnya.
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian "istiadat" itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
"Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
"Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Sebuah akhbar menerusi ruangan pojok pada Ahad lalu melaporkan Farid mungkin dikenakan tindakan saman kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, dekat sini.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.
Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.
Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.
"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar," katanya.
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, Selangor.
Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
"Pakaian yang digunakan semasa "sword bearer" (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.
"Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.
"Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM," katanya.
Farid yang dihubungi mStar Online lewat petang Isnin bagi menjelaskan perkara tersebut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hidup aman tenteram juga boleh duduk dengar bangsa lain maki hamun bangsa kau sendiri dan paling penting Alhamdulillah panjang usia...dan buncit juga perut.........
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Masyarakat dunia mengakui dan menghargai kesudian Kerajaan Malaysia dalam menghulur sumbangan kewangan, hubungan diplomatik, tenaga dan bantuan kemanusiaan ke negara bergolak Palestine. Namun Kerajaan Malaysia tidak sedikitpun riak dan takbur untuk membawa bendera parti baik bendera UMNO mahupun bendera Barisan Nasional. Pemimpin Fatah dan Hamas mengetahui perkara berkenaan. Ini dibuktikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Palestine ke Perhimpunan Agong UMNO yang lepas.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram terutama daripada PAS dan PGayR sibuk hadir ke bumi Palestine dengan membawa kamera dan video untuk merekodkan beberapa juak-juak mereka yang membawa bendera parti. Orang Palestine menjadi pelik, Rakyat Gaza terpingga-pingga, Rakyat Malaysia menjadi malu dan merasa terhina. Ini perbuatan bodoh namanya.
Kehadiran merekja untuk mengahntar bantuan kemanusiaan atau untuk mempromosikan parti PAS. Apa mereka ingat Rakyat Palestine peduli pasti PAS?? Juak-juak PAS tidak berniat ikhlas di dalam hati apabila tiba di bumi Palestine. Tujuan mereka untuk mengibarkan bendera PAS dan bukannya untuk membantu Rakyat Palestine!