Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Isnin, 14 November 2011 at 1:06 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 14 Nov 2011 01:04 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Nov 2011 12:27 PM PST

PEJUANG BANGSA


Nurul Izzah jadi model & duta tak rasmi Kedai Rakyat 1 Malaysia ?

Posted: 14 Nov 2011 06:10 AM PST

Tak sangka rupa-rupanya dalam diam Nurul Izzah anak Anwar telah menjadi duta KR1M yang diilhamkan oleh Najib .    Apa kata juak-juak PAS dan PKR ??

Dikhabarkan poster pembukaan KR1M di Pantai Dalam telah tertera wajah Nurul Izzah . untuk ketahui lebih lanjut ..KLIK DISINI 

Guan Eng sekali lagi angkat bakul sendiri menipu rakyat P.Pinang

Posted: 14 Nov 2011 12:16 AM PST



"Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja enam orang Malaysia" — Lim Guan Eng
YouTube (bawah) ialah rakaman ucapannya di Pesta Budaya Zhongguo (China) anjuran jabatan pelancongan Pulau Pinang baru-baru ini.

Ianya julung kali pesta tersebut diadakan di negeri itu dan Guan Eng menjangka ia akan berkembang menjadi acara tahunan yang membanggakan.




Guan Eng mula berucap minit 1:36 berselang-seli bahasa Inggeris dan pu​tong​hua (Mandarin).
Semua yang berkaitan Pulau Pinang dia letakkan sebagai terbaik dan ternama, iaitu tempat pelancongan indah Top 10, makanan enak, amalan mesra alam serta mempunyai tenaga kerja yang kuat daya saingnya.

Seperti biasa ketua menteri itu masuk bakul angkat sendiri.

3:05 "We have the greatest drop in crime rate in Malaysia".

3:15 "We're also No.1 in terms of attracting investment into Malaysia."

4:10 虽然只有区区的百分之六的人口,
(Meskipun anak negeri Pulau Pinang hanya enam peratus daripada jumlah penduduk negara)

我们在外資方面能貢献全马来西亚的白分之三十六的外資.
(Namun dari segi pelaboran asing, kami menyumbangkan 36 peratus FDI yang masuk Malaysia)
Dalam bahasa Hokkien – "orang Pulau Pinang cukup hebat tenaga"

4:30 一个槟州人能够做六个大马人的工作.
(Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja [setanding dengan] enam orang Malaysia)

KLIK DI SINI SETERUSNYA 

Akhbar Cina akui Anwar bukan PM Pakatan ..

Posted: 13 Nov 2011 11:12 PM PST




China Press m/s C19
Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?
10 November 2011 (Khamis)

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?
Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya "siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?" apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan "semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim". Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  "selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM" sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri? persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Apa yang saya nampak di sini, bukan sahaja Chua Sui Lek seorang yang tidak tahu siapa bakal calon perdana menteri dari Pakatan Rakyat adalah Anuar Ibrahim, sekurang-kurangnya Nik Aziz, Hadi Awang dan keseluruhan Pas pun tidak tahu menahu siapa sebenarnya calon perdana menteri dari kalangan Pakatan Rakyat….


sumber : My Massa




Komen GPB 


Kalau tak tahu lagi siapa yang nak jadi PM Pakatan Rakyat jika memerintah , buat apa lagi memilih parti seperti itu . 


Kabinet Bayangan pun sehingga sekarang  tak ditunjukkan lagi , ini kan pulak siapa nak jadi  PM . Patut la Soi Lek dok ajak pengundi Cina berfikir siapa PM jika Pakatan menang . Guan Eng pulak tergagap nak jawab siapa PM Pakatan . 


Mungkin yang  tergagap itu la yang dok berangan jadi PM tapi  cuba main teka teki pulak .. 

PKR Petaling Jaya Selatan tumbang , 17 ranting bubar sertai UMNO

Posted: 13 Nov 2011 10:08 PM PST



Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubu-han dan mengetahui banyak rahsia parti.

"Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputu-san meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

"Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya. SH 


Komen GPB

Anwar & konco-konconya masih lagi  bermimpi untuk ke Putrajaya tapi ramai penyokong partinya sudah tinggalkan mereka .

Fitnah Tony Pua & Nurul Izzah burukkan KR1M tindakan desperado Pakatan

Posted: 13 Nov 2011 09:02 PM PST



 Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pembangkang yang terus-terusan mewujudkan manipulasi dengan memburuk-burukkan usaha kerajaan untuk membela nasib rakyat tanpa melihat kepada agenda peribadi atau berbaur politik.

Katanya, apabila kerajaan melaksanakan agenda mendahulukan rakyat maka tentunya pembelaan secara langsung dibuat dengan melibatkan keseluruhan masyarakat tanpa melihat kepada agenda politik sebaliknya ia berteraskan keikhlasan dan ketulusan sebagaimana pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Pembangkang tidak sewajarnya melakukan perbuatan sedemikian sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mampu mendapat keuntungan hasil daripada pelaksanaan KR1M tetapi hanya kerana keangkuhan dan keegoan dan sedar bahawa pelaksanaannya akan memberi sokongan positif kepada kerajaan maka ia dimanipulasikan," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online.

KR1M telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas keperihatinan mengenai peningkatan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah di bandar dengan berkonsepkan pasar mini dan menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran biasa.

"Sejak dari dulu lagi memang pembangkang sering tidak rasional, melakukan putar belit atas apa saja program, dasar dan pelan yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana sebenarnya mereka tidak mampu untuk melakukan perkara yang sama apatah lagi untuk membuat perancangan lebih baik demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat.


"Jika benar pakatan pembangkang berkebolehan atau mempunyai kebijaksanaan maka lakukanlah dengan cara bermaruah sebagaimana kematangan seorang pemimpin dalam berpolitik tanpa perlu membuat spekulasi atau memutarbelitkan fakta yang sebenar. Persoalannya kenapa kerajaan pembangkang tidak membuat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dilaksanakan oleh BN bagi menyaingi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan?"

Tegasnya, tentunya pakatan pembangkang tandus idea, terdesak dan tidak mampu untuk melaksanakan apa yang terbaik sebagaimana kerajaan BN laksanakan.

"Pembangkang ini hanya pandai bercakap tetapi tak tahu nak laksanakan apa yang dah dibuat. Mereka mahu memburukkan imej BN dengan cuba menggagalkan KR1M iaitu kononnya mengadakan perbandingan harga beberapa barangan serta membuat uji kaji secara klinikal."

Sebelum ini, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa telah melakukan tinjauan harga yang kononnya menunjukkan perbezaan harga yang termasuk ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Namun demikian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menafikan dan dakwaan Tony Pua adalah satu pembohongan serta cuba mengelirukan rakyat kerana perbandingan secara salah telah dilakukan kerana dibuat tanpa melihat kepada kualiti, berat, pembungkusan dan kandungan khasiatnya.

"Setelah pelbagai penipuan, propaganda dan manipulasi yang dibuat pembangkang, ini adalah antara yang terbaru hasil idea mereka untuk memburukkan imej BN di mata rakyat setelah pelbagai taktik desperado mereka sebelum ini gagal," bidasnya lagi.

Ujar beliau, rakyat tentunya bijak melakukan penilaian terhadap kepimpinan pembangkang termasuklah putar belit Tony Pua malahan sebelum ini apabila akhbar luar negara mengatakan ada tetamu kehormat negara yang berbelanja jutaan ringgit dalam mesyuarat CHOGM di Australia maka pembangkang terus membuat serangan dalam pelbagai sudut walhal apabila akhbar terbabit memohon maaf tidak pula pembangkang berbuat demikian.

"Bayangkanlah jika semasa kerajaan mengumumkan untuk pembangunan Putrajaya, KLCC, MSC dan pelbagai lagi projek mega maka macam-macam manipulasi dan putar belit pembangkang untuk menggagalkannya tetapi apabila ia menjadi realiti dan menjadi antara mercu kejayaan negara hari ini maka pembangkang beria-ia pula mahu menakluknya. Sungguh memalukan."

Tambah beliau lagi, inilah bukti pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan orang lain, menuding jari dan menyalahkan kerajaan sedangkan diri sendiri yang 'bergelumang tahi' langsung tidak dibersihkan lantaran ego dan taksub dengan kuasa, politik dan kebendaan. – MediaUMNO

PAS semakin terdesak , fitnah Siti Nurhaliza berminat parti pembangkang

Posted: 13 Nov 2011 07:39 PM PST


Kalau dah terdesak , fitnah orang lain pun  blog  hamPAS Pakata sanggup lakukan . Punya la nak tunjuk artis sokong Negara Kebajikan PAS, mereka spin  cakap artis popular Siti Nurhaliza menunjukkan  minat .

PAS nampak semakin terdesak sekali untuk menarik sokongan orang Melayu menjelang PRU 13 ini . Nampaknya pengaruh Bob Lokman belum cukup kuat lagi untuk tambahkan sokongan kepada parti hamPAS ini .




Siti Nurhaliza hari ini menafikan bahawa beliau berminat dengan politik Pas dan berbincang denagn pemimpin Pas. Menurutnya sebuah blog pro- Nizar telah memfitnah Siti Nurhaliza dengan sengaja meletakkan nama dan gambarnya seolah-olah beliau sudah masuk bidang politik dan menyokong pembangkang.

"Ingin dimaklumkan bahawa saya belum terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang politik terutamanya parti Pas dan apa yang telah dinyatakan di Blog pro- bekas Menteri Besar Perak adalah fitnah semata-mata", kata Siti Nurhaliza.

"Kemungkinan blog berkenaan ingin menarik pembaca membaca blognya tetapi janganlah memfihnah saya", kata Siti lagi.

Ini menunjukkan pakatan rakyat telah ketandusan idea dan isu sehingga sanggup memfitnah orang lain yang langsung tidak kena-mengena dengan politik Pas. SG RAPAT ONLINE

PAS & PKR terima tamparan hebat, semakin ramai ahli hardcore keluar parti

Posted: 13 Nov 2011 05:30 PM PST




Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.

"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.

"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.

Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.

Perjuangan UMNO dan BN dalam usaha untuk membela rakyat lebih meyakinkan, katanya.

Kerajaan DAP tiru Kelantan,membazir pasang bilboad Guan Eng

Posted: 13 Nov 2011 04:09 PM PST




"Kerajaan berjiwa rakyat'...ini antara billboard yang terpacak di tepi beberapa jalan utama di Pulau Pinang.

Ini mungkin sedikit sebanyak 'perubahan' yang nampak sejak kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ambil alih pemerintahan negeri itu lebih tiga tahun lalu.Cogankatanya sedap manakala gambarnya menunjukkan betapa caringnya kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.

Penanda arasnya mungkin pemberian RM100 kepada wargaemas yang pernah riuh satu ketika dulu.

Namun mengambil kira manifesto pakatan pembangkang yang janji bulan dan bintang menjelang pilihanraya umum Mac 2008... apa sangat 'jiwa rakyat' yang melimpah ruah di negeri itu.Jangan tanya orang luar yang sekali sekala ke negeri itu. Ini kerana propaganda kerajaan negeri boleh mengelirukan mereka.

Mereka yang setiap hari pejam celik di negeri itu tentu dapat membuat penilaian apa bezanya dulu dan sekarang.

Ayat kasar orang Utara yang popular 'habuk pun tarak' mungkin dapat memberi kesimpulannya.

Tolak sebelah bab politik.Guna mata dan telinga lihat sekeliling baik di bahagian pulau atau di Seberang Perai negeri itu.

Antara fakta yang kerajaan Guan Eng tidak boleh nafi ialah ia tidak membina satu unit pun rumah murah di negeri itu sejak memerintah.

Hebat sungguh 'jiwa rakyat' kerajaan negeri sampai tidak terfikir nak bina satu unit pun rumah murah.
Ada yang kata berilah peluang kerana kerajaan Guan Eng baru lebih tiga tahun memerintah.Beliau juga memerlukan tempoh lebih 50 tahun macam kerajaan Barisan Nasional dulu.

Itulah adat janji politik.

Soalnya bukankah dalam Buku Jingga mereka boleh buat macam-macam silap mata dalam tempoh 100 hari?
Jadi kita tidak boleh salahkan jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan anak jati Pulau Pinang mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak keliru.

Beliau tidak mahu ibarat perumpamaan 'lembu punya susu tapi sapi dapat nama'.

Katanya pada wartawan di Georgetown, Sabtu rakyat Pulau Pinang perlu 'buka mata' berhubung usaha berterusan kerajaan BN membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri ini diperintah oleh kerajaan pembangkang.

Menurut beliau pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan pihak lain.

"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini, kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama, atas usaha orang lain," katanya.

Faktanya di depan mata sekarang,Guan Eng pun tahu dan mereka yang pejam celik setiap hari di Pulau Pinang tahu segala yang tersergam di negeri itu adalah peninggalan dan usaha kerajaan negeri dahulu.

Sehingga takat ini secara mata kasar belum ada kelihatan sesuatu yang extra istimewa ataupun yang menusuk kalbu baik dari segi dasar dan pembangunan fisikal.

Kerajaan PR masuk ke Pulau Pinang dengan 'karpet merah'.Memang senang hidup kalau bernasib baik begitu.Sama juga halnya di negeri Selangor yang sudah maju ke depan sejak zaman pemerintahan BN lagi.

Pusing kiri ...pusing kanan.Guan Eng tidak harus berkecil hati jika ada yang gelar kerajaan negeri pimpinanya tidak lebih dari kerajaan poster dan sepanduk sahaja.Gempak lebih...habuk pun tarak. AGENDA DAILY

Rajahmas

Posted: 14 Nov 2011 11:33 AM PST

Rajahmas


Ceramah Mat Sabu kecoh oleh siapa?

Posted: 13 Nov 2011 04:58 PM PST

Gambar kononnya pemuda UMNO yang mengganggu ceramah PAS....

Ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang kecoh kononnya diganggu oleh pemuda UMNO. Hakikatnya di mana-mana pun ceramah pakatan rakyat dibuat malah di Sarawak, wujud protes dan gangguan oleh penduduk sekitar.

UMNO tidak wujud pun di Sarawak tetapi tetap berlaku juga tentangan oleh sebilangan rakyat. Lihat video ceramah PR yang berlaku di Miri, apakah ia juga didalangi UMNO? Inilah suara hati rakyat, perasaan dan pandangan sebenar oleh mereka yang berani tampil berdepan ceramah PR. Bukan diupah, disuruh atau dihasut oleh sesiapa.



Bandingkan ceramah BN dan Pakatan Rakyat kita akan dapati dua keadaan yang sangat berbeza. Ceramah BN mendesak agar rakyat bersatu padu menolak pembangkang, sementara ceramah PR mendesak supaya rakyat berpecah, menggalakkan demonstrasi dan menentang kerajaan.

Siapa sebenarnya yang membuat provokasi terhadap siapa? Jadi bila wujud protes atau gangguan seperti yang berlaku terhadap ceramah Mat Sabu di Johor baru-baru ini janganlah melenting dan melatah menyalahkan pihak lain tanpa bukti.

Sungguhka

Posted: 14 Nov 2011 09:55 AM PST

Sungguhka


Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Pula Dikritik Pembangkang.

Posted: 14 Nov 2011 12:30 AM PST

bumiyang

Posted: 14 Nov 2011 03:54 AM PST

bumiyang


Kerajaan Berjiwa Rakyaat Pulau Pinang - Apa Yang Mereka Buat Untuk Rakyaat???

Posted: 13 Nov 2011 07:33 PM PST

Isyarat Dari Istana Kelantan Supaya Rakyaat Menukar Kerajaan Negeri???

Posted: 13 Nov 2011 04:00 AM PST

Politik Harian

Posted: 14 Nov 2011 03:33 AM PST

Politik Harian


Video Seks... Anwar Ibrahim Sudah Mengaku....

Posted: 14 Nov 2011 01:29 AM PST


Maklumat terbaru yang diterima, Anwar Ibrahim telah pun mengakui kepada Haji Hadi dan Kit Siang bahawa beliau pelaku video seks yang tersebar di internet. Namun Anwar Ibrahim menyalahkan Dato Eskay kerana membuat pendedahan kepada umum.

Mengikut maklumat Anwar Ibrahim sudah berkira kira untuk mengundurkan diri dari politik setelah keputusan Kes Liwat diketahui Dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber- GAP

Berita terdahulu : Video Seks, Anwar Ibrahim Bakal Didakwa?

Video Seks, Anwar Ibrahim Bakal Didakwa?

Posted: 14 Nov 2011 12:37 AM PST

Terdahulu Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

Berita terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Isnin sahkan pihak polis sudahpun serahkan kertas siasatan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim beri maklumat palsu berhubung kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dulu kepada pihak Peguam Negara.


Namun katanya soal samaada Ketua Pembangkang itu akan didakwa atau tidak di mahkamah akan diputuskan oleh Peguam Negara.

Jawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur, menteri itu menjelaskan polis hanya menjalankan tugas mereka dalam kontek siasatan kes berkenaan.

Semasa kehangatan pendedahan video itu oleh Datuk T, Anwar telah pergi ke Balai Polis Dang Wangi membuat laporan polis menafikan beliau adalah lelaki dalam video aksi seks bersama seorang pelacur China.

Kata Hishamuddin beliau tidak tahu secara terperinci tentang kearats siasatan polis yang diserahkan kepada Peguam Negara.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,"katanya.

Anwar is Dead!!!

Nik Nazmi Gelabah, PKR Petaling Jaya Selatan Tumbang, 17 Ranting Bubar Sertai UMNO

Posted: 13 Nov 2011 11:05 PM PST


Inilah kerja pemimpin PKR di Negeri Selangor, entah apa yang Nik Nazmi sibuk sangat dengan Wardina Safiyyah ni... lain macam je nampak!!!


Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubuhan dan mengetahui banyak rahsia parti.

"Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

"Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Tabur Janji Kosong: 50 Penyokong Pas, PKR Keluar Parti

Posted: 13 Nov 2011 10:11 PM PST


Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.

"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.

"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.

Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.

Perjuangan UMNO dan BN dalam usaha untuk membela rakyat lebih meyakinkan, katanya.

Puak PR Makan Gaji Buta, Pergi Parlimen Untuk Membuta!

Posted: 13 Nov 2011 06:17 PM PST


Takkan lah ADUN PR ni sakit sama macam Ibrahim Ali kot?? Fuh kemain lena nampak bro!! BRO! Bro! BRO! rakyat undi U.... bukan untuk tido, bro!

Inilah padahnya jika rakyat tersilap pilih pemimpin. untuk menjadi pemimpin bukan sekadar mampu bersuara, tapi perlu semangat pejuang untuk membela hak orang-orang yang dipimpinnya. Itu secara ideal pemimpin rakyat. Bukan membuta dalam dewan Rakyat!!!

Hari-hari ke kena ada persidangan dalam dewan ni? Cuba cecita... ceciter sikitttt?? Kalau nak membuta balik rumah la.... Ingat hotel ke dewan tu???

Wakil rakyat buat tanggungjawab wakil rakyat. Dan tidur dalam sidang bukan sebahagian dari tanggungjawab tersebut.

Khairy Jamaluddin (KJ) : Beri Kebebasan Mahasiswa Aktif Politik!

Posted: 13 Nov 2011 09:11 AM PST


Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.

"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka," katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahad.

Khairy berkata, ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan UMNO tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.

"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan," katanya. — Bernama

Kepercayaan patut diberi kepada pelajar universiti untuk mencari keseimbangan antara masa berpolitik dan masa belajar.



Isu politik tidak semata-mata merangkumi politik parti sahaja, terdapat pelbagai isu-isu politik yang boleh disuarakan dan dibicarakan oleh pelajar sebagai golongan intelektual yang mampu menjadi pemangkin kemajuan kepada negara....

Majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik.

Sudah tiba masanya kita ubah... tinggalkan cara politik old skool.. 

Sahabat-Gunung

Posted: 14 Nov 2011 02:18 AM PST

Sahabat-Gunung


Wujud Amalan Salah Tadbir Babitkan PKPS- Shukor Idrus

Posted: 14 Nov 2011 01:36 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus mendesak Kerajaan negeri menjelaskan dakwaan wujudnya amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Desakan itu dibuat kerana mendakwa syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd. (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.

Beliau menegaskan, perbelanjaan yang membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk projek pembinaan kandang lembu tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.

Amalan itu katanya didakwa dikesan menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38 juta.

"Bagaimana sebuah anak syarikat yang telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi perniagaan. Malah, dia ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit difahamkan tidak mendapat persetujuan daripada ahlil lembaga pengarah PKPS selaku syarikat induk.

"Malah, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak kah mengetahui perkara ini. Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini. Difahamkan salah seorang ahli lembaga pengarah SOPIC yang juga Pengurus Besar PKPS itu merupakan proksi Menteri Besar dan pernah bertugas di Kumpulan Guthrie sebelum ini," katanya ketika membahaskan Bajet Selangor 2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, selain projek tersebut, amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam berjumlah RM975,130 pada 18 Mei 2011.

Jelasnya, pemberian kontrak itu turut melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction sendiri.

"Kita merasakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor ini buat tanpa melalui proses tender yang telus dan menimbulkan banyak keraguan," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor ketika bercakap kepada media di luar sidang DUN turut mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam amalan pengurusan perlombongan pasir menerusi anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco serta ADUN daripada kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Sivanesan, beliau telah memaklumkan amalan salahlaku KSSB itu kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat perlombongan pasir itu sebelum ini, bagaimanapun beliau kemudiannya dipecat tanpa alasan yang munasabah pada 9 September lalu.

Shukor Idrus Bawa Lelaki "Y" Bogelkan Kerajaan Negeri Isu KSSB

Posted: 13 Nov 2011 08:36 PM PST

Hari nie bukan sekadar bercakap dalam dewan, malah ADUN Kuang, Shukor Idrus turut membawa "Lelaki Y" berhubung isu KSSB...

Tunggu laporan lanjut selepas nie...

Gaji minimum: kerajaan negeri diskriminasi kakitangan awam

Posted: 13 Nov 2011 08:08 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Kassim hari ini sekali kali melahirkan rasa kecewa kepada Speaker DUN Selangor kerana tidak mementingkan kebebasan bersuara apabila speaker menghalangnya untuk mendapatkan penjelasan serta bertanyakan soalan tambahan berhubung persoalan gaji minima sebagaimana yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2012 Selangor pada 9 November lalu.

"Gaji minima yang dibuat oleh kerajaan negeri melalui Bajet 2012 merupakan satu diskriminasi terhadap penjawat awam dalam negeri Selangor, kakitangan awam di bawah kerajaan negeri sendiri yang saya dimaklumkan berjumlah hamper 19,000 orang.

Kenapa nak buat gaji minima kepada GLC, syarikat-syarikat yang terpilih pula tu seperti PKNS. Kita tahu PKNS merupakan sebuah GLC yang reputasinya yang cukup bagus dan ia juga mempunyai asset, sebab itu dia ada skim pelaburan, ada pemberian dividen dan sebagainya. Saya yakin di PKNS ada kakitangan yang gajinya dibawah RM1500," ujarnya kepada pemberita di Lobi DUN Selangor.

Tambahnya, kita kena lihat mengapa PKNS dipilih? Kita lihat prestasi di PKNS bukan sahaja kakitangannya menerima gaji yang tinggi tetapi juga memberikan bonus yang cukup tinggi kepada kakitangannya.

Sepatutnya GLC ini tidak perlulah kerajaan negeri nak ambil tahu untuk menetapkan gaji minima mereka. GLC ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, yang mana sudah tentulah skim perkhidmatannya adalah berbeza daripada skim perkidmatan awam negeri.

Malah GLC juga dilihat secara operasinya adalah mencari keuntungan yang membolehkan mereka membayar gaji dan bonus kakitangan secara puratanya melepasi RM1,500 sebulan. Namun, kakitangan awam negeri gaji mereka adalah rendah

"Sekiranya kerajaan negeri benar-benar memikirkan kebajikan kakitangan awam Selangor, mereka sepatutnya melaksanakan dasar gaji minima itu kepada golongan tersebut bukannya hanya kepada kakitangan GLC semata-mata.

Maka saya lihat ini satu bentuk diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri kepada kakatangan awam Selangor yang dianggarkan seramai 19,000 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Isa turut mempertikaikan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini menyatakan kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan negeri dalam pembentangan Bajet Selangor 2012 baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya hasil dan pendapatan itu dilihat tidak pula disalurkan untuk manfaat kepada seluruh kakitangan awam negeri.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan ada pertambahan pendapatan, kenapa tidak berikan dan laksanakan gaji minimum kepada kakitangan awam Selangor," soalnya lagi.

Batang Kali Bidas Khalid Gagap lagi ....

Posted: 13 Nov 2011 07:20 PM PST

Hari nie, sekali lagi Adun Batang Kali membidas Kerajaan Negeri khususnya MB Selangor...

Isu apa, akan dimaklumkan kemudian ....

Bonus dan gaji minima, layanan MB kepada kakitangan awam Selangor tidak adil

Posted: 13 Nov 2011 07:31 AM PST

Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang menyebut Selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Menteri Besar hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada empat buah anak syarikat negeri Selangor sahaja.

"Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di Selangor ? Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam Selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.

Dari segi pemberian bonus pula, MB juga memilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan Pkns yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau RM500 sahaja," ujarnya kepada dalam satu kenyataan kepada media.

GAPS turut mempersoalkan di manakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.

"Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan PKNS pada tahun ini.

GAPS juga mendesak kerajaan negeri Selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri Selangor," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

PANEH MIANG

Posted: 14 Nov 2011 01:40 AM PST

PANEH MIANG


Konvensyen Transformasi Belia

Posted: 13 Nov 2011 07:14 PM PST

Agenda Transformasi ialah subjek kebangsaan yang digamat dan dinobat di seluruh inci tanahair ini. Kerajaan BN pimpinan Haji Najib sudah melolong pasal ETP, PTP, GTP, NTP, STP (Society Transformation Plan) kalau ada?, dan yang sedang sambut Agenda Transformasi ialah Youth Transformation Plan?

Perlukan sebuah negara yang mengidam dalam gelanggang Tamadun Tinggi mengadakan Pelan Transformasi Belia? Bagaimana cabang dan ranting Pelan Transformasi Belia ini? Apakah tindakan KBS dalam Makmal Transformasi Belia yang menggaris 5 teras boleh menyumbang kepada makna dan erti Pelan Transformasi Belia?

Angin tsunami transformasi yang bertiup meletus obor kepada sebuah persidangan yang diilham atas asas-asas Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia. Andai ini suatu kenyataan, maka Negeri Sembilan ialah negeri pertama yang mengambil langkah proaktif dan serius kepada pembangunan, pengkayaan dan penmantapan institusi belia dan warga belia Negerinya.

Pak Sedaro rakamkan tahniah kepada panitia dan pemikir Konvensyen ini. Yang pasti, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah antara insan-insan yang berfikir lebih lateral, lebih analitikal, kritikal dan kritis dalam meneroka gelombang penuh onar dan merintis perjalanan survival warga belia zaman android hari ini.

Bagaimana pentingnya sebuah Konvensyen Transformasi Belia di Negeri Sembilan? Apakah ini rentetan kepad pelbagai mauduk fikir selepas Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan Pertama 2005-2010 yang gagal memberi kesan dan pulangan yang baik dek kerana Sekretariat Belia YNS yang lesu dan syok dalam kerangka cak lempong dan dondang sayang? Mungkin juga selepas ledakan-ledakan pemikiran yang lebih tajam, lebih sadis rejaman mereka dalam merungkai mauduk dan uslub Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan Kedua 2011-2016 yang perlu dilaksana menjelang 1 Januari 2012 atau Konvensyen ini sebagai Langkah Pertama yang lebih bijak daripada Langkah Seribu seterusnya?

Daripada capaian dan cetusan pemikir, penggerak, pendukung, pemimpin dan pemakmur Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia NSDK ini, apakah beberapa resolusi mulia dapat dirungkai dan disantuni secara tekal dan telus:

1. Tubuh secara langsung Sekretariat Belia 1 Malaysia di bawah YAB Menteri Besar seperti difahamkan wujud cadangan tersebut semasa Zakaria Nordin (Exco Belia dan Sukan masa zaman Tok Isa), kerana Sekretariat langsung di bawah awasan YAB Menteri Besar akan bertindak lebih proaktif dan objektif. Nampaknya mungkin terbubarlah Sekretariat Belia YNS.

2. Program transformasi pemimpin belia Negeri Sembilan boleh dilaksana secara berkala dan bertahap, atau sebutan paling mudah Program Pengkaderan dan Indoktrinasi Pemimpin Belia yang mana Agenda ini akan melangkaui Program Pemimpin Belia Berkaliber 5585 (KPi Shabeery Chik) dan Program Pemimpin Perdana (yang dianjurkan untuk KPi Menteri juga, kobarnya diurus oleh Bahagian Kepimpinan JBSN), juga melampaui Program Transformasi Belia di bawah MBM yang berlangsung di seluruh negara pada April-Jun 2011 lalu.

3. Program Pengkaderan dan Indoktrinasi Pemimpin Belia NSDK ini akan khusus seperti Program Kepimpinan Belia Tun Abdul Razak yang dikendali selia oleh Malaysian Institute of Management dan Kolej Kepimpinan KD Pelandok dengan penglibatan KD Panglima Hitam. Maka, barulah tsunami transformasi belia akan dirasai hingga ke pintu dapur setiap rumah rakyat dalam Negeri Sembilan.

Cukuplah, tak payah bebanyak. Biasanya ramai yang suka cilok idea tanpa beri kredit kepada pemikir pun. Namun, apa yang penting ialah Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia Negeri Sembilan ialah cokmar pemakmur dan penyantun untuk RPBNS 2.

Tahniah Setiausaha MBNS, Saudara Kahar Kamaruddin. Ingatlah pesanan Almarhum Pendeta Za'aba "Bersuluhlah dalam terang, Berpayunglah dalam siang, Berteduhlah di Pohon Merendang, Berumahlah di Tanah Terbentang, Berkaryalah di Lapang Tersayang."

Taipingmali (tm)

Posted: 14 Nov 2011 01:13 AM PST

Taipingmali (tm)


New Space Station Crew Members Launch from Kazakhstan

Posted: 13 Nov 2011 11:26 PM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: NASA News Services <nasa_subscriptions@service.govdelivery.com>
Date: Sun, 13 Nov 2011 23:29:39 -0600 (CST)
To: <woodkayu@yahoo.com>
Subject: New Space Station Crew Members Launch from Kazakhstan

New Space Station Crew Members Launch from Kazakhstan
Sat, 12 Nov 2011 23:00:00 -0600

NASA astronaut Dan Burbank and Russian cosmonauts Anton Shkaplerov and Anatoly Ivanishin launched to the International Space Station at 11:14 p.m. EST Sunday.

This e-mail update was generated automatically based on your subscriptions. Some updates may belong to more than one category, resulting in duplicate notices.

 


NASA Questions? Contact Us
STAY CONNECTED:
Visit us on YouTube Visit us on Facebook Visit us on Twitter Visit Our Blogs Visit us on Flickr Sign up for email updates  

SUBSCRIBER SERVICES:
Manage Preferences  |  Unsubscribe  |  Help

Bookmark and Share

This message has been sent by NASA Headquarters · Washington, DC 20546

Powered by GovDelivery

Mampukan kerajaan berkebajikan Pas membantu mangsa banjir?

Posted: 13 Nov 2011 11:22 PM PST

Mangsa banjir di Kedah 1988 hingga 2008 kerugian kira-kira RM177 juta, demikian menurut kajian Agensi Berkuasa Pelaksana Koridor Utara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Libya diancam perang saudara

Posted: 13 Nov 2011 11:20 PM PST

Libya berdepan ancaman perang saudara selepas dua pauk militan bertempur sejak Muammar Gadafi dibunuh dan setakat ini 13 orang terkorban.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR PJS bubar, Anwar terkucil lagi

Posted: 13 Nov 2011 10:56 PM PST

PKR Makin parah apabila Cabang PKR Petaling Jaya Selatan bubar berikutan tindakan Naib Ketua Cabangnya, Suhaimi Saari serta 10 AJK cabang dan 180 org ahli dr 17 rantingnya bertindak keluar parti. Tegas Suhaimi tindakan ini dibuat krn mrk tidak mahu lagi bersubahat utk menipu rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

50 penyokong Pas, PKR keluar parti!

Posted: 13 Nov 2011 04:56 PM PST

Umno Kuala Selangor wrote:

Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 .11.11 Parlimen dibubarkan adalah test power oleh DAP

Posted: 13 Nov 2011 03:41 PM PST

11 November 2011Jumaat  pasaran saham jatuh dan ditutup rendah pada sebelah petang ekoran khabar angin yang dimainkan oleh pembangkang bahawa parlimen akan dibubarkan

Ia merupakan satu ujian untuk menguji keberkesanan berita radio buruk mereka, nampaknya berjaya seperti mana yang dimainkan pada tahun 2006 dan 2007.

Pada tahun itu, Dap banyak memainkan propaganda dari mulut ke mulut kepada pengundi cina dengan pelbagai isu.

Salah satu isu yang dimainkan ialah sistem pendidikan yang tidak baik dan mengabaikan kaum cina. Anak cina tidak mendapat tempat dan dipinggirkan dalam kemasukan ke IPTA.  Anak cina dipinggirkan daripada menerima biasiswa JPA dan sebagainya.

Kerajaan juga menganaktirikan sekolah cina dan sekolah kebangsaan cina bakal ditutup terutama sekolah dalam kategori kurang murid. [SKM]. Satu undi MCA dan Gerakan bermakna dua undi untuk Umno.

Itulah sebahagian propaganda Dap yang berjaya dalama PRU 12 yang lalu.

Kali ini dalam PRU 13 , Dap berusaha untuk menguasai Johor, sekarang usaha memindahkan pengundi yang berlebihan di lembah kelang ke Johor sudah pun berlaku dan mereka sudah bersiap siaga untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di sana.

Ayuh Gerakan dan Mca, apakah anda ingin gigit jari lagi kali ini dan membiarkan DAP menang mudah? Jika anda menyerah kalah awal-awal lagi seperti kata presiden Gerakan eloklah angkat bendera putih.

Koh tidak yakin BN dapat menguasai semula Pulau Pinang untuk beberapa penggal lagi. Jika begitu anggapan beiau bolehlah mengundurkan diri segera.

Selamat berjaya dalam peperangan SPM hari ini

Posted: 13 Nov 2011 03:05 PM PST

Kepada mereka calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, semoga anda yakin, tenang dan bersabar. Semoga apa yang anda semua pelajari dapat membantu menghadapi peperiksaan yang getir ini.....kepada ibu bapa doakan anak-anak anda semua dalam membantu usaha mencapai kejayaan.....Amin !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

International space station melintasi bandar Taiping

Posted: 13 Nov 2011 07:28 AM PST


6.29am - 6.31am 14 November 2011
Isnin 14 November 2011 penduduk Taiping berpeluang untuk melihat ISS melintasi ruang angkasa tepat di atas bandar Taiping pada jam 6.30 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh masuk ke laman web ini [ klik ]

Isu Tanah Setinggan KTM Taiping

Posted: 13 Nov 2011 06:22 AM PST

Isu tanah KTM ini telah dipanjangkan oleh En Ismail kepada Portal Aduan Rakyat Online dan menyebabkan Perak Today turun untuk menemui mereka. Selepas ini TM akan terjah Pegawai Daerah Taiping, Gamuda MMC, Exco Perak iaitu YB Dato Mohammad Zahir dan YB Dato Rusli Hussin. Tujuaannya ialah untuk mencari kebenaran.

Arahan perpindahan dan bayaran sewa rumah dibuat zaman 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat, bukan BN

Tanah setinggan KTMB 
September 21st, 2011 | Author: admin


Kami penduduk penduduk setinggan tanah keretapi tanah melayu (KTM) yang terlibat dengan projek landasan berkembar yang berjumlah seramai 339 buah rumah dan keluarga bermula pada 2008 di arahkan mengosongkan tanah terbabit dan KTM membuat perjanjian dengan penduduk dengan mengatakan rumah mampu milik yang mana terdahulu.

Kami diberi pampasan berjumlah RM1000 untuk berpindah dan sewa rumah berjumlah RM300 selama 2 tahun sehingga rumah mampu milik di siapkan.

Tetapi setelah 2 tahun berlalu rumah yang dijanjikan tidak dapat disiapkan lagi dan ditambah setahun lagi hingga tahun 2011 bulan 6. Selepas itu kami yang seramai 339 keluarga tidak lagi di beri duit bayaran sewa umah.

Rumah mampu milik yang dijanjikan hanya tingal janji sahaja. Kami sekarang ini masih menyewa lagi. Belum ada penempatan yang tetap untuk kami seperti yang di janjikan. Kami semua telah diarah keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu lagi membayar sewa. Kemana lg kami hendak pergi dan tinggal?

Pejabat Tanah Taiping pun menipu kami. Dia berjanji untuk memberi tanah kepada kami semua. Pajabat tanah memanggil Gamuda untuk mengambuskan lombong dengan tanah-tanah yang Gamuda telah korek itu untuk kompus kembali lombong itu.

Selepas itu kami diarahkan membayar kami duit sukat sebanyak RM650.00.dan dari Taiping pergi ke Ipoh untuk membuat pembayaran tersebut dengan kenderaan sendiri. Selepas itu kami di panggil dan diugut sesiapa yang tidak membayar dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tersebut namanya akan disingkir.

Selepas tiu pajabat tanah melakukan cabut undi hanya di atas kertas. Kami yang tidak mampu bayar duit sukat sebanyak RM650.00 kerana kami penduduk miskin tidak dilayan sangat.

Selepas duit sukat selesai kami disuruh lagi membayar duit premium sebanyak RM1300.00. Kemudian diugut lagi sesiapa yang tidak menjelaskan dalam tempoh 2 bulan namanya akan disingkirkan lagi.

Mana dia janji KTM yang termaktub dalam surat akur janji. Janji KTM dengan penduduk dan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik hinnga ke hari ini tidak dilaksanakan.

Kemana kami hendak pergi lagi sekarang ini? Banyak yang duduk di rumah sewa kena halau oleh tuan rumah. Kami dah pergi kepada semua wakil rakyat Taiping sampai ke Raja Muda kami ada hantar memorandon tetapi tidak dijawab.

Kepada timbalan perdana menteri pun kami ada hantar memorandum tetapi tidak dijawab juga. Kepada Datuk Zambry menteri besar Perak juga kami hantar tetapi tiada sebarang jawapan. Hanya diam membisu. Macam mana dengan kami ini sekarang ini?

By: ismail






Kerajaan tidak lepas tangan isu sewa setinggan KTMB

IPOH 12 Mei - Kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan dalam menangani isu sewa rumah penduduk setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Larut Matang, sebaliknya mengambil inisiatif menyambung bayaran bantuan tersebut yang tamat pada Jun tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Pusat supaya bantuan sewa rumah sebanyak RM300 itu yang sepatutnya berakhir Jun ini disambung kepada setahun atau enam bulan lagi.

"Mengenai hanya 80 peratus penduduk yang mendapat tawaran bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan pula, itu tidak benar kerana bilangan yang tidak memperolehnya kurang daripada 10 peratus. Segelintir sahaja tidak melepasi saringan Pejabat Tanah kerana ada yang telah mendapat tanah lain sementara terdapat juga salah seorang daripada pasangan suami isteri yang telah memperolehnya.

"Selain itu, ada juga yang memiliki tanah tetapi menyewakan rumah kepada orang lain," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Mohammad Zahir berkata, mana-mana keluarga yang mempunyai tanah lain tetapi mempunyai bilangan anak yang ramai boleh membuat rayuan bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa tanah yang diberikan itu jauh dari kawasan bandar serta tidak selamat, beliau menafikannya dengan mengatakan ia hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki ke pasar raya Econsave, Kamunting dan hanya 10 minit ke bandar Taiping jika memandu.

Selain itu, beliau berkata, setakat ini, hanya 50 ke 60 peratus sahaja daripada kira-kira 339 penduduk terbabit yang telah melunaskan pembayaran khidmat juruukur.

"Ada pihak yang mengatakan ia terlalu mahal selain ada yang memohon untuk membuat bayaran ansuran. Namun, bagi penduduk yang tidak mampu untuk membina rumah sendiri, kita akan mendirikan rumah transit untuk mereka.

"Namun, mana-mana yang memenuhi syarat, boleh difikirkan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) atau rumah kos rendah," katanya
.
View Larger Map

Ahli Perkasa Kedah meninggal dunia : takziah

Posted: 13 Nov 2011 05:43 AM PST

Utk makluman Al Fatihah: Timbalan Pengerusi PERKASA Padang Terap, Tuan Syed Mahathir, Bekas Tokoh Guru Kedah dan Sasterawan Kedah kembali kerahmatullah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The Unspinners

Posted: 13 Nov 2011 11:45 PM PST

The Unspinners


Gempar! Mana Anwar dapat dana RM 300 juta untuk pilihanraya?

Posted: 13 Nov 2011 08:32 PM PST

Tian Chua Kantoi Burukkan UMNO dengan fakta salah!

Posted: 13 Nov 2011 06:30 PM PST

Amanah : Apa Muslihat Ku Li?

Posted: 13 Nov 2011 04:18 PM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 13 Nov 2011 11:34 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Banjir Punya Hal.. PAS Salahkan BN...

Posted: 13 Nov 2011 09:00 PM PST


Aku pun tak paham la dengan pas ni, banjir punya hal pun depa nak salahkan bn jugak, apa punya singkat la pemikiran puak-puak ni.

Kerajaan cuma bagi bagi amaran supaya berhati-hati dan negeri di utara di minta standby takut-takut banjir yang melanda di thailand merebak sehingga ke negara kita, itu pun depa kata bn cuba takut-takutkan rakyat.

Malah ada pemimpin pas yang bermulut longkang kata, memang bn mengharapkan negara ini banjir supaya boleh menutup isu-isu besar yang hangat di perkatakan sekarang ni, apa punya gila la orang pas ni.

Semua benda yang mereka rasa boleh di politikan mereka akan politikan, harap jangan satu hari nanti, bini depa mengandung pun depa salahkan bn juga.

Isu Lembu: Setahun PKR Tunggu Untuk Balas Dendam...

Posted: 13 Nov 2011 06:00 PM PST


Sebenarnya isu ladang feedlot milik NFC tak ada apa yang pelik pun, semuanya berjalan dengan lancar selama berberapa tahun ini, ceritanya mula meletup apabila laporan yang dikeluarkan oleh jabatan audit negara gagal memberikan secara secara teperinci kemana perginya duit 250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC.

Segala-galanya akan di jawab nanti oleh peguam yang dilantik oleh NFC dan mereka yang bercerita lebih-lebih pasal projek tu akan terima surat saman dari peguam NFC, itu pasal sekarang ni, mereka cuba alihkan isu itu dengan menembak pula kedai rakyat 1malaysia, divert isu beb dan orang yang paling susah hati ialah rafizi, dia hanya menunggu masa untuk di saman dan diheret ke mahkamah.

Semua orang tahu, pkr cukup berdendam dengan umno dalam isu lembu ni, khalid ibrahim sendiri pernah digelar lembu dan mendapat hadiah kepala lembu disatu demonstrasi di bangunan suk, ia sebagai simbol kebodohan khalid ibrahim mengurus tadbir negeri, di awal tahun lepas, malah pkr dan khalid juga terpalit dengan isu rasuah lembu korban, menggunakan duit kerajaan negeri selangor tapi sedekah lembu di wilayah persekutuan.

Dan inilah masa untuk pkr membalun umno secukup-cukupnya, setahun lebih mereka tunggu untuk membalas dendam, akhirnya mereka dapat peluang disebapkan kelalaian jabatan audit negara untuk memberikan laporan secara terperinci. maka perusahaan milik melayu yang menjadi mangsa permainan politik barua-barua cina ini.

Ongkili Sontot Ambiga...

Posted: 13 Nov 2011 01:00 AM PST


Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya. utusan online

AZLI SHUKRI

Posted: 13 Nov 2011 11:31 PM PST

AZLI SHUKRI


Tanda Awal Kematian!

Posted: 13 Nov 2011 11:12 PM PST


Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffinDalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.

Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

parti rakyat malaysia prmAdalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini.

PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak.

Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan.

prm congress meeting 160706 hassan abdul karimWalau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud.

Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR.

Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Nov 2011 11:24 PM PST

Panglima Perang Cyber


Daulat Tuanku : Titah Sultan Muhammad V Hadapan Nik Aziz : Hindari Anasir Anti-Islam, Raja-Raja dan Bahasa Melayu !!!

Posted: 13 Nov 2011 05:17 PM PST


TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V 

DI MAJLIS SINGGAHSANA PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H


DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN





Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahir rahmanir rahim.
Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang menjadi pemimpin agung ditampilkan bagi meratakan rahmat agama Islam ke seluruh alam.
Dipohonkan semoga rahmat dan kesejahteraan terus mengalir kepada setiap keluarga Baginda dan para sahabatnya dan para pengikutnya hingga ke akhir zaman.
Keberangkatan masuk Sultan Muhammad V
Alhamdulillah, beta merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya beta sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal'afiat dan sejahtera.
Beta dengan sukacitanya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerabat-kerabat diraja, menteri besar yang telah mewakili pihak kerajaan negeri dan rakyat jelata sekalian di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia sebentar tadi.
Sesungguhnya sembah ucapan dan ikrar taat setia yang dipersembahkan kepada beta sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan beta adalah suatu pernyataan jujur sebagai menjunjung institusi raja berperlembagaan dan sebagai simbolik kepada hubungan yang erat dan mendalam di antara institusi beraja dan rakyat jelata yang sentiasa kasih-mengasihi yang diwarisi turun temurun oleh rakyat beta.
Beta mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang telah menumpahkan taat setia, menunjukkan kasih sayang ke hadapan beta.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua kanan) bersalam dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Jaksa Pendamai sempena ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-42, di Istana Balai Besar. BERNAMA
Beta dengan hati yang gembira dan sukacita mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran para tetamu beta dari dalam dan luar negara. Beta mendapat maklum bahawa tetamu-tetamu beta telah memberi komitmen yang tinggi semata-mata untuk sama-sama memeriah dan menyerigemilangkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan beta yang julung kali diadakan pada tahun ini. Beta berharap semua tetamu beta berada di dalam keselesaan sepanjang berada di sini dan semoga selamat nanti dalam perjalanan kembali ke destinasi masing-masing.
Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat hidup dalam iklim negeri Kelantan yang mendapat nama jolokan "Serambi Mekah" yang rakyatnya sejak sekian lama mewujudkan jalinan perhubungan yang erat dan mesra antara institusi beraja dengan rakyat jelata.
Meskipun demikian, beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, berhati-hati, peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.
Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.
Sebagaimana kita sedia maklum, dunia terus mengalami perubahan iklim tidak menentu yang mengakibatkan
Anggota Majlis Mesyuarat Kelantan Abdul Fattah Mahmood menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Muhammad V.
pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Kesan yang paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan. Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Krisis hutang negara-negara di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan dan lembab. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara.
Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Beta berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari. Aktiviti pertanian juga perlu meneroka pendekatan yang terkini seperti pertanian agronomik. Pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini.
Menyentuh mengenai pelaburan masuk ke negeri Kelantan, beta mendapat maklum bahawa beberapa projek besar sedang dalam perancangan dan pelaksanaan yang akan mengubah landskap ekonomi negeri Kelantan seperti projek "supply base" di Tok Bali, pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu, projek pembinaan saluran paip petroleum dari Perak ke Kelantan, pelabuhan darat dan pembangunan bersepadu di Kuala Krai.
Sektor pembinaan dan pelaburan di negeri Kelantan dijangka akan mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti projek pembangunan dan pengindahan sungai di jajahan Kota Bharu dan jajahan Tumpat, projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan (central spine road) dan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.
Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.
Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara.
Sehubungan dengan itu, beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.
Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta, kerabat-kerabat diraja, menteri besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, orang-orang besar negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para alim ulama, pasukan polis dan tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan sukarelawan serta seluruh rakyat jelata negeri ini yang beta kasihi yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beta.
Sebagai mengakhiri titah ucapan beta ini, marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat pertolongan dan berada di dalam pemeliharaan serta barakah Allah yang berterusan. Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Amin ya rabbal 'alamin
Wabillahi taufik wal hidayah
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



DAULAT TUANKU !!!




DAULAT TUANKU !!!




DAULAT TUANKU !!!


PATIK MOHON KEPADA ALLAH AGAR DILANJUTKAN USIA TUANKU UNTUK MEMERINTAH KELANTAN DENGAN PENUH KEADILAN DENGAN MENDAPAT NASIHAT ULAMA HAKIKI YANG MEWARISI AKHLAK NABI DAN AMANAH DALAM MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH !!!




sumber :


http://www.utusan.com.my/

http://www.khabarkotabharu.com/

http://kebunketereh.com/


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Hasrat DAP / Pakatan Mahu Buang Penjawat Awam Ditentang Rakyat !!!

Posted: 13 Nov 2011 02:02 PM PST



Kenyataan Tony Pua dalam akhbar  Sin Chew Daily pada hari Selasa, 1 November 2011.ialah : 



kakitangan awam 2 Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Jumlahnya Selepas Pilihanraya Umum Ke 13? Jika...(CUEPACS)Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kerajaan, Kakitangan Awam Akan Dikurang Separuh Setiap Tahun Ikut Peringkat (Tony Pua Kim Wee):
'Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.' (petikan ucapan Tony Pua)

Terjemahan penuh keratan akhbar Sin Chew klik sini : http://www.kritis-online.com/


Akibat tidak tahan tekanan dan kritikan pelbagai pihak akhirnya Tony Pua mengaku kenyataan mahu buang penjawat awam hanya pandangan peribadinya bukan pendirian DAP. Jelas terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.


Yang menyakitkan hati kita ialah kenyataan Tonya Pua yang tidak bersetuju tindakan gaji kakitangan awam dinaikkan oleh Perdana Menteri walhal ia demi kebajikan rakyat agar dapat hidup dengan selesa tanpa sebarang tekanan di saat kos hidup yang tinggi terutama di bandar. 


Lihat kenyataan Tony Pua yang tersebut :



Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.

Bola tanggung yang diberi oleh DAP ternyata menguntungkan Barisan Nasional. Ibarat rezeki tergolek datang. Tugas menyedarkan penjawat awam yang tidak sedar bahaya Pakatan terutama parti rasis DAP semakin senang. Ini kerana ramai juga kakitangan awam menyokong Pakatan terutama PAS dan mereka pasti terkejut beruk apabila mendengar berita penjawat awam akan dibuang, yang tentu pasti menjadi kenyataan jika dibiarkan BN ditumbang dan Pakatan dinaikkan.


Hari ini golongan guru yang menjadi penjawat awam teramai antara 1.4 juta jumlah keseluruhan, berang dan marah dengan isu tersebut. Mereka yang menjadi tulang belakang sektor pendidikan pasti tidak menyangka masa depan mereka akan gelap jika Pakatan Haram menguasai Kerajaan.


Statistik penjawat awam mengikut pekerjaan di Malaysia di bawah :



  1. Guru – 400,000
  2. Tentera – 200,000
  3. Polis – 150,000
  4. Jururawat – 50,000
  5. Bomba – 30,000
  6. Penguatkuasa lain (JPJ,Kastam, APMM) – 70,000

Presiden CEUPACS Datuk Omar juga mengkritik kenyataan Tony Pua untuk mengurangkan kakitangan awam dengan berkata jangan jadi pemimpin jika tidak mahu bertanggungjawab memikul beban. 


Katanya : 


"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin," 



Kenyataan keras itu sangat tepat kerana Kerajaan pada hari ini tidak mengabaikan tugasnya membantu rakyat meskipun ada juga segelintir penjawat awam tidak memenuhi KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan. 


Selain itu Timbalan Presiden CEUPACS iaitu Azih Muda turut berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.


"Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan. "Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,"
Blogger Pakatan juga meluahkan nada kesal dari kenyataan Tony Pua tersebut dan sudah tentu kemarahan pelbagai pihak akan menjadikan harapan menuju Putrajaya akan kekal menjadi impian yang tidak kesampaian.


Dalam satu tinjaun melibatkan 868 responden di blog ini http://beritasemasa.com/kakitangan-awam-buang-kerja-cuepacss ternyata 71 peratus tidak setuju kakitangan awam dibuang berbanding 29 peratus tidak bersetuju dengannya. Jelas majoriti rakyat tidak dapat menerima ahli keluarga mereka yang bekerja dengan Kerajaan dibuang jika Pakatan Haram memerintah negara pada PRU akan datang.


Kini samada ke Putrajaya atau Penjara - Akhbar Cina sudah meniup serulingnya mahu Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan Anwar !!!


Baca artikel panglima tentang perkara tersebut di sini 


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/11/akhbar-cina-mahu-lim-guan-eng-persoal.html


Cina tetap Cina terutama DAP dan mereka tidak akan menerima bangsa lain menguasai mereka atau hidup senang di bawah keadilan Kerajaan sedia ada hari ini.


Jangan ubah lagi, terus kekalkan kepimpinan Perdana Menteri demi masa depan yang cerah untuk generasi kita masa akan datang.


Demi Islam, Melayu dan negara Malaysia !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Akhbar Cina Mahu Lim Guan Eng & Persoal Anwar Calon Perdana Menteri

Posted: 13 Nov 2011 07:49 AM PST

Rupa-rupanya akhbar Cina pun tidak 'berselera' dengan 'lauk' dijual Kedai Pakatan Haram bahawa bakal PM Malaysia disandang oleh Anwar Ibrahim.

Mereka nampaknya mula memukul gendang dan memainkan tarian tradisi untuk mengangkat kaum mereka sendiri sebagai Perdana Menteri di dalam artikel ini.

Sebelum ini kita tidak mengetahui isi akhbar Cina namun hari ini kita dapat membaca lubuk hati mereka yang terzahir dalam patah perkataan, siapa calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Haram menang.

DAP yang terperanjat apabila hasrat Tony Pua merancang mengecilkan saiz penjawat awam di negara ini telah tersebar walau ia disiar dalam akhbar bahasa ibunda mereka.

Semuanya kerana kita telah mendapat terjemahan yang disiar oleh blogger Mymassa selain portal Kritis-Online.com sebelumnya.

Bacalah artikel di bawah wahai saudara-saudariku dari Pas dan Pkr.

Jangan jadi bodoh sangat dengan mempercayai lakonan opera puak DAP sehingga bermati-matian menjana kemenangan untuk pertabalan PM dari puak mereka.

Bumi ini milik Raja Melayu dan kitalah yang berhak memerintah dengan adil dan saksama tanpa menindas mana mana agama dan bangsa lain sedikitpun berbanding masa depan yang pasti kelam jika puak DAP yang memusuhi Islam dan tradisi Melayu secara tidak langsung,memegang kuasa pemerintahan.

Tolonglah wahai saudara seagamaku agar kita dapat berubah kembali ke arah kebenaran tanpa diperdaya oleh hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa menyeru ke arah taman perpecahan dan pergaduhan sesama Islam.

Mohonlah kepada Allah agar kita dibuka mata hati dapat melihat kebenaran bukan kepalsuan serta menyokongnya.amin

Sekian, mohon disebarkan.


Akhbar China Press m/s C19

Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?

10 November 2011 (Khamis)

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?

Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya "siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?" apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan "semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim". Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  "selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM" sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri?

persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Sumber :

http://mymassa.blogspot.com/

Video Gol Sukan Sea : Malaysia vs Kemboja

Posted: 13 Nov 2011 02:24 AM PST

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/ThQMvpEYX_k" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Kedudukan terkini pada pukul 6.21 pm Malaysia 3 - Kemboja 1

Perlawanan kini minit 4 separuh masa kedua.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

oyabun

Posted: 13 Nov 2011 11:22 PM PST

oyabun


Tribute Wajah-Wajah Ketakutan Anwar Hadapi Kes Liwat II!

Posted: 13 Nov 2011 08:35 AM PST


Satu dokumentasi rentetan peristiwa bermula dari laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 hingga kes itu disebut di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008 diterbitkan khas untuk membandingkan hujahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tersebut adakah sama dengan hujahan di mahkamah pada tahun 2010 dan 2011.

Ada banyak perkara menarik berlaku selepas Mohd Saiful membuat laporan polis. Reaksi pertama Anwar adalah melarikan diri ke kedutaan asing.

Persoalannya, kenapa perlu larikan diri ?

Selepas keluar dari kedutaan asing, Anwar tampil dengan kenyataan media dengan melaungkan sekali lagi 'teori konspirasi'. Kali ini, pihak polis menjadi sasarannya. Beliau menuduh semua ini direkayasa oleh pihak polis.

Anwar dakwa juga beliau mempunyai bukti paling kukuh 'kejadian liwat' itu tidak berlaku, termasuk mendakwa beliau mempunyai bukti alibi yakni individu-individu yang boleh mengesahkan beliau tiada di tempat kejadian.

Namun begitu, apabila pihak polis memanggilnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur pada 14 Julai 2008, Anwar tidak menghadirkan diri, walaupun notis persetujuan kehadirannya telah disahkan olh peguamnya, Sankara Nair.

Persoalannya, jika ada 'bukti paling kukuh' dan alibi, kenapa takut beri keterangan kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan ?

Kenapa takut beri keterangan, hinggakan pihak polis terpaksa tahan Anwar pada 16 Julai 2008 dan dibawa ke IPK KL semata-mata untuk mendapatkan keterangan Anwar ?

Proses penahanan, merakamkan percakapan dan pemeriksaan doktor adalah prosedur biasa yang perlu dilalui oleh seorang yang dituduh sebagai suspek perogol atau peliwat.

Anwar turut mengakui kes liwat II menyebabkan dirinya dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah 'terkesan', namun dengan adanya 'bahan bukti baru' yakni salinan laporan kesihatan yang dicuri dari Hospital Pusrawi telah mengubat kerisauan mereka.

Berdasarkan 'bahan bukti baru' itu, Anwar yang ditemani Ketua Peguambelanya, Haji Sulaiman Abdullah menggesa pihak polis menghentikan siasatan dan mengugurkan kes tersebut.

Akhirnya, pada 6 Ogos 2008, pihak polis menghantar sapina kepada Anwar memberi notis kepadanya supaya hadir ke Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2008 untuk menghadapi pertuduhan liwat.

Anwar melatah lagi dengan mengadakan sidang media, mendakwa pertuduhan di mahkamah pada 7 Ogos sebagai 'konspirasi politik pihak atasan'.

Sekali lagi beliau mendakwa mempunyai bukti yang cukup termasuk alibi untuk mempertahankan dirinya. Apabila didakwa di mahkamah pada 7 Ogos, Anwar berkata kejadian liwat itu, berlaku atas 'dasar suka sama suka'.

Bertitik tolak dari sini, pihak Anwar berusaha keras untuk melengah-lengahkan kes dengan alasan-alasan yang remeh temeh. Akhirnya, Haji Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Peguambelanya dengan alasan 'sakit tenat' dan tempatnya diganti dengan Karpal Singh.

Setelah hampir dua tahun, pihak Anwar menggunakan taktik melengah-lengahkan kes, akhirnya pada Februari 2010, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari berjaya memberi keterangan di mahkamah.

Diikuti dengan pembuktian 4 orang doktor pakar Hospital kerajaan Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan terperinci ke atas mangsa, Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.

Bukti-bukti DNA dikemukakan termasuk perbandingan sampel air mani 'Lelaki Y' yang ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dengan sampel DNA dari bahan-bahan yang digunakan Anwar semasa ditahan di lokap polis pada 16 Julai 2008.

Hasil analisis mendapati, profil DNA air mani lelaki Y adalah sama dengan profil Anwar Ibrahim. Dalam hujah penggulungan untuk menutup kes pendakwaan, Karpal Singh, Ketua Peguambela Anwar mengakui kes liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Akhirnya, Anwar diperintah membela diri.

Ramai yang tertungu-tunggu apakah bahan bukti pembelaan dan siapakah alibi-alibi yang bakal dikemukakan.

Namun, semua itu tidak berlaku, selain Anwar menutup peluang untuk disoal balas dengan keterangan dari kandang tertuduh, sepanjang pembelaan itu, Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh termasuk alibi yang dijanjikan sebelum ini.

Semua kata-kata Anwar dari 1 Julai 2008 hingga 6 Ogos 2008 hanya retorik politik semata-mata…!!!

Sumber : AIDC

Wasabi Oyabun..

My Longest Yard

Posted: 13 Nov 2011 11:05 PM PST

My Longest Yard


Najwa Muhyiddin : Anak Timbalan Perdana Menteri yang berbakat

Posted: 13 Nov 2011 06:42 PM PST



Rupanya-rupanya artis yang memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Tempatan Inggeris Terbaik dalam AIM adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najwa Muhyiddin. Dia menang kerana bakatnya dalam bidang nyanyian.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 13 Nov 2011 11:04 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Lim Guan Eng. Orang Melaka Yang Sanggup Mengaku Jadi Orang Penang Demi Kuasa.

Posted: 13 Nov 2011 10:35 PM PST

Guan Eng tau hayat pentadbirannya di Penang makin pendek.

Bukan kerana DAP akan kalah tetapi Orang Penang telah mula menuntut semula kerusi CM dari pemimpin yang diimport.

Dikatakan telah ada pakatan dari pemimpin-pemimpin DAP Penang untuk menjatuhkan Guan Eng. Yang masih mempertahankannya adalah Jeff Ooi dan ADUN Tong Gas yang telah banyak makan budi Guan Eng. Sebab itulah satu persatu pemimpin DAP yang memang berasal dari Penang hendak ditumbangkan oleh Guan Eng.

Dan sebab itulah Guan Eng tak berani bubarkan DUN lebih awal. Takut dicantas tanpa persediaan. Sebelum ini pun Guan Eng yang lantik dirinya menjadi CM. Pemimpin-pemimpin DAP yang belum buat keputusan tetapi Guan Eng terlebih dahulu buat sidang media. Magiknya tak akan berulang. Jika DAP menang sekali lagi, mungkin Guan Eng akan digantikan oleh pemimpin asal Penang.

Demi kemandirian (survival) politiknya, Guan Eng terpaksa buat tindakan drastik ini. Mengaku sebagai orang Penang. Posting ini MyMassa ambil dari blog Helen Ang (http://helenang.wordpress.com/2011/11/12/sekali-lagi-guan-eng-menyindir-negeri-negeri-lain/)



Sekali lagi Guan Eng menyindir negeri-negeri lain

November 12, 2011

"Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja enam orang Malaysia" — Lim Guan Eng

YouTube (bawah) ialah rakaman ucapannya di Pesta Budaya Zhongguo (China) anjuran jabatan pelancongan Pulau Pinang baru-baru ini.

Ianya julung kali pesta tersebut diadakan di negeri itu dan Guan Eng menjangka ia akan berkembang menjadi acara tahunan yang membanggakan.

Guan Eng mula berucap minit 1:36 berselang-seli bahasa Inggeris dan pu​tong​hua (Mandarin).

Semua yang berkaitan Pulau Pinang dia letakkan sebagai terbaik dan ternama, iaitu tempat pelancongan indah Top 10, makanan enak, amalan mesra alam serta mempunyai tenaga kerja yang kuat daya saingnya.

Seperti biasa ketua menteri itu masuk bakul angkat sendiri.

3:05 "We have the greatest drop in crime rate in Malaysia".

3:15 "We're also No.1 in terms of attracting investment into Malaysia."

4:10 虽然只有区区的百分之六的人口,

(Meskipun anak negeri Pulau Pinang hanya enam peratus daripada jumlah penduduk negara)

我们在外資方面能貢献全马来西亚的白分之三十六的外資.

(Namun dari segi pelaboran asing, kami menyumbangkan 36 peratus FDI yang masuk Malaysia)

Dalam bahasa Hokkien – "orang Pulau Pinang cukup hebat tenaga"

4:30 一个槟州人能够做六个大马人的工作.

(Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja [setanding dengan] enam orang Malaysia)


Saya sudah membuat salinan video ini

Klip video ini telah dimainkan sebanyak lebih 1,600 kali tetapi mungkin tidak ramai Melayu yang menontonnya kerana hanya kata-kata aluan sahaja dalam BM.

Pemimpin-pemimpin DAP ini nampaknya ada kecenderongan untuk bercakap satu benda kepada satu audien berdasarkan bahasa pengantar yang dipakai.

*Biawak ini sanggup buat apa sahaja untuk memanjangkan hayat politiknya.

Bongok Gile Otak Pencacai PKR!

Posted: 13 Nov 2011 09:07 PM PST

Isu kehilangan kereta ketua srikandi PKR telah dilaporkan oleh beberapa blogger sebelum ini.



MyMassa bukan ingin mengulangi isu yang sama cuma nak pertontonkan betapa bongoknya pencacai pembangkang.



Memang haram betul puak-puak ni. Kereta hilang pun salahkan UMNO!

Mentaliti ni MyMassa tengok dari dulu. Masa gambar Eli Wong bogel tersebar pun salahkan UMNO. Sedangkan lelaki Muslim, boifren Eli yang sebarkan gambar tu budak PKR jugak.



Kes Anwar liwat Saiful salah UMNO. Kes Anwar tutuh amoi salah UMNO. Anwar sedap-sedap meliwat dan menutuh, UMNO pulak yang kena.

Sama macam kes kereta hilang. Dah parking tepi jalan pun salahkan UMNO sebab kereta hilang. Lain la parking dalam rumah. Dey balacai, kalau kau cerita dekat orang yang kereta kau yang parking tepi jalan dari malam sampai subuh hilang, dah pasti orang akan salahkan pemilik kereta. Tetapi sebab minah ni srikandi PKR, kebal dari dosa, bolehlah salahkan orang lain. Apa ke jadahnya!

*Kereta dalam pagar  rumah pun boleh hilang, inikan yang depan rumah. Lu pikir la sendiri.

Malaysiakini Bakal Di Saman? Tahniah Tan Sri.

Posted: 13 Nov 2011 08:05 PM PST

Patutlah sekarang ni Malaysiakini makin berhati-hati dalam buat laporan.

Rupanya ada kes mahkamah yang melibatkan media portal tersebut sedang berjalan.

MyMassa ingat Malaysiakini ni kebal sangat. Kalau Malaysian Insider telah 'dimaafkan' oleh Tan Sri Tajuddin Ramli tetapi Malaysiakini belum lagi mendapat maaf dari Tan Sri Abdul Taib Mahmud.



Bagus Tan Sri. Saman jangan tak saman.

Kes 2007 ni baru satu kes. Masa PRN Sarawak lagi berlambak fitnah Malaysiakini terhadap Tan Sri dan kepimpinan BN Sarawak.

*Patutlah baru-baru ni Malaysiakini sanggup tukar tajuk dalam isu NFC. Takut kena saman rupanya.

GEMPAR : AZIZ BARI NONTON VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM

Posted: 13 Nov 2011 06:56 PM PST

1. "Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda. "Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal? "Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu," kata Abdul Aziz Bari.

2. Bagaimana pula dengan kes Anwar Ibrahim yang asyik menangguh-menangguh kes liwatnya? Adakah Aziz Bari sudah menonton Video Seks Anwar Ibrahim? Adakah Aziz Bari menafikan pelaku di dalam Video itu ialah Anwar Ibrahim dan si Cina Doll? Aziz Bari amat takut memberi komen si Pelaku itu Anwar Ibrahim!

3. Kalau Ambiga dan Lim betul, kenapa pula Sultan Selangor salah kerana mempertahankan Kesucian agama Islam di Selangor? Apakah kesalahan Sultan Selangor mempertahankan Aqidah Umat Islam di Selangor? Kalaulah Menteri Besar Selangor Gagal dan Tidak Mampu mempertahankan Aqidah umat Islam Selangor, apakah Sultan Selangor salah dengan tindakan baginda itu?

4. Yang salah dan sangat salah apabila Aziz Bari makan gaji kerajaan kemudian memburukkan 100% kerajaan! Perkara ini budak tingkatan 1 pun sudah belajar. Inilah kesan dalaman kerana terlalu banyak makan duit Yayasan Kristian dan Yayasan Yahudi. Apa komen Aziz Bari 90% Kontrak Jual Pasir di Selangor dikuasai oleh YB Nurul Izzah dan YB Anwar Ibrahim anak-beranak?

5. Apa komen Aziz Bari apabila Majlis Perbandaran Sepang mengarahkan sebuah Kuil di sebuah taman 99% Melayu diarahkan dipindahkan ke kawasan masyarakat India, tetapi YB Ronie Liu dan YB Dr. Tidur Xavier mengarahkan YDP MPSepang jangan sentuh dan jangan pindahkan! Surat Exco Agama Negeri Selangor YB Drato' Dr. Hasan Ali yang mengarahkan MPSepang pindahkan kuil itu dibakulsampahkan! 

Wahai Aziz Bari pakar perlembagaan terhebat (kononnya), tolong komen isu no. 5 di atas?  Siapa salah Hassan Ali atau Robnnie liu/Dr. Tidur Xavier? Kalau kamu tak boleh jawab, kamu memang Profesor Kangkong!

PANAS! Karpal Menjangkakan Anwar Ibrahim Ke Penjara?

Posted: 13 Nov 2011 06:33 PM PST



Seperti biasa, Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud.

Dan seperti biasa juga, PAS tidak berani melawan Tuan Guru Karpal. Walak mereka tidak bertempat.

Malah, Karpal juga mengecam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun dikatakan Pakatan Rakyat telah menerimanya.

Yang luar biasa adalah Karpal kata Pakatan Pembangkang sudah bersetuju untuk lantik Anwar Ibrahim sebagai PM tetapi.....

Ada tapi-tapi pulak.

Karpal kata kemungkinan kes mahkamah Anwar boleh menghalang hasrat Anwar Ibrahim.

Kenapa Karpal sebagai peguam 'tunda' utama Anwar Ibrahim kata begitu?

Inilah sebabnya...











Karpal tahu bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat lebih awal dari Khalid Jefri yang menulis buku 50 dalil.

Jika Anwar mengulangi dakwaan bahawa LIWAT adalah konspirasi maka siapakah dalang konspirasi tersebut kalau bukan KARPAL SINGH?

*DAP menggunakan Anwar sebagai alat untuk menarik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada mereka. Apabila mereka mempunyai pengundi Melayu yang cukup untuk buatkan mereka berkuasa, Anwar sudah tidak diperlukan lagi. Seperti biasa, habis madu sepah dibuang. Pembaca rasa kalau Anwar masih lagi dalam BN, mungkinkah DAP berjaya menguasai Pulau Pinang yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim?

Iklan BERKEBAJIKAN: Pembantu AM Pejabat di SUK Selangor diperlukan. Kelulusan UPSR sahaja.

Posted: 13 Nov 2011 05:35 PM PST


Cuba tanya mana-mana tokey cina dalam syarikat swasta, berapa gaji permulaan untuk anak Melayu yang baru bergraduat di syarikat mereka? Punyalah letih dan susah payah belajar untuk sekeping ijazah, nak dapat RM1K sebulan pun sebenarnya susah. Wajib lalui tempoh percubaan 6 bulan dengan gaji RM600-700 lagi. Betul tidak?

Manisfesto PRU lepas pun masih terkial-kial untuk ditunaikan. Datang lagi janji baru. Realistik ke janji gaji minima RM1500 ini?!!

Jadi kepada sesiapa yang memiliki kelulusan peringkat UPSR, PMR dan SPM kini bolehlah memohon pekerjaan dengan gaji permulaan standard ijazah di semua agensi/jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Untungnya.

Tony Pua Kata SUSU Melayu berpenyakit?!!

Posted: 13 Nov 2011 04:12 PM PST



Apa masalah DAP dan fuckatan dengan usaha murni BN untuk ringkankan beban hidup rakyat ini? Sampaikan guna fitnah penyakit untuk hasut orang ramai supaya jangan beli barangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dijual dengan harga berpatutan. Lagi bagus, pencacai Melayu PKR-PAS pun ramai yang duduk belakang cina kiasu ini untuk jatuhkan niat murni bangsa sendiri.

Apakah kerana KR1M itu terbukti satu usaha BN untuk memecahkan monopoli taukeh Cina yang kini berkiblatkan DAP?!!



Dalam sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yang menolak untuk menyokong BN secara terang-terangan dengan alasan tidak mahu hanya menerima apa yang disampaikan oleh Kerajaan. Kononnya bijak dan mahu adil menilai segala maklumat daripada kedua belah pihak. Namun dalam masa yang sama tidak malu untuk terus menerima segala pemberian dan kemudahan daripada Kerajaan BN tanpa membuat kira-kira langsung sama ada layak atau tidak.

Sekarang ini apa pula pendirian kita apabila seorang kafir DAP sedang giat menggagalkan usaha murni anak bangsa sendiri? Sedangkan dalam masa yang sama kita sendiri sering menyalahkan UMNO dan BN apabila harga barangan keperluan terus meningkat naik dari hari ke hari. Tidakkah terdetik di hati kita semua untuk mendesak Tony Pua mendedahkan sumber makmal mana yang mengatakan susu KR1M itu tercemar jika ianya bukan satu fitnah?

Cuba kalau pemimpin BN pula yang semberono menuduh wang RM100 untuk Kempen Jom Shopping anjuran Kerajaan Selangor itu datangnya dari hasil rumah urut dan pusat karaoke?!! Adakah reaksi kita tetap sama?

Jika suatu hari datang seorang kafir ke rumah kita memfitnah keluarga kita, apakah kita akan menerimanya dengan hati yang telus dan jiwa yang terbuka?!! Sama-samalah kita muhasabah diri.


Untungnya Jadi Warga FELDA.

Posted: 13 Nov 2011 03:05 PM PST

Kalau macam ni Kerajaan punya sayang pada warga FELDA, apa lagi alasan mereka untuk percaya kepada dakyat pembangkang.



Terima kasih kepada warga FELDA yang masih menyokong Kerajaan.



*Lepas ni warga FELDA akan dapat 'wang besar' bila penyenaraian selesai dilaksanakan di Bursa Malaysia.

Cabaran Untuk Persatuan dan Jabatan Belia.

Posted: 13 Nov 2011 02:00 PM PST

Satu kajian yang perlu diberi perhatian kepada pihak yang berkenaan.



Sememangnya kajian ini ada benarnya. Persatuan belia masih lagi dengan cara lama.

Mana-mana orang yang aktif dengan persatuan masih lagi buat program pakai baju batik sampai digelar Mat Belia.

Persatuan belia perlu lebih sempoi untuk mendekati golongan ini. Jangan buat program syok sendiri.

*Sebab masalah macam inilah persatuan-persatuan haram seperti Seksualiti Merdeka boleh masuk jarum. Mungkinkah program mereka lebih menarik?

Info MyMassa : Fakta-fakta Berkenaan Lebah.

Posted: 13 Nov 2011 10:33 AM PST

Info ini disiarkan berikutan kes penoreh getah maut disengat lebah di kebunnya.



Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Malaysia Semakin Kompetitif Di Bawah Pimpinan DS Najib!

Posted: 13 Nov 2011 08:34 AM PST



Di petik dari blog YAB PM...(http://www.1malaysia.com.my/my/blog/ease-of-doing-business-in-malaysia/)

Kemudahan Menjalankan Perniagaan Di Malaysia

Posted in Blog on Date November 12th, 2011 by Najib Razak | Comments View Comments

Setiap tahun, Bank Dunia mengadakan satu kajian pakar yang terperinci mengenai betapa mudahnya menjalankan perniagaan di negara-negara seluruh dunia. Dalam laporan kajian bagi tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini, Malaysia dilaporkan telah mengukuhkan kedudukannya pada tempat 20 teratas – suatu pencapaian yang harus diambil kira oleh mereka yang sering mengecam prestasi ekonomi negara kita.
Negara kita telah beranjak dari kedudukan nombor 23 pada tahun lepas (indeks 2011) ke nombor 18 tahun ini (indeks 2012). Sememangnya banyak lagi yang perlu kita lakukan tetapi bagi saya, prestasi ini jelas menunjukkan bahawa segala usaha dan kerja keras rakyat Malaysia selama ini untuk menjadikan negara kita lebih selesa dan maju telah berjaya menunjukkan kesan yang sangat menggalakkan.
Jika diteliti indeks Bank Dunia itu, kita akan dapat melihat bahawa kita telah mencapai kemajuan yang kukuh dalam menjadikan negara ini lebih mudah untuk memulakan perniagaan dan kita berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman kredit oleh syarikat-syarikat perniagaan. Lebih daripada itu, Bank Dunia juga telah melaporkan bahawa kita adalah antara yang teratas di dunia dalam mengekalkan kadar kos import pada tahap yang rendah – suatu yang penting memandangkan wujudnya tekanan sebenar pada kos sara hidup rakyat.

Apakah langkah kita seterusnya? Bajet yang telah saya umumkan baru-baru ini merupakan satu langkah yang diambil bagi mengukuhkan ekonomi negara kita dan menyediakan keadaan yang akan teus membuat pelabur asing melihat Malaysia sebagai hub serantau atau mungkin global.

Dari segi domestik, kita perlu membangun dan melaksanakan amalan-amalan terbaik yang dapat memastikan pertumbuhan jangka panjang. Memandangkan amalan terbaik sering dapat dipupuk melalui inovasi, pemikiran kreatif dan peningkatan produktiviti, maka inilah arah yang perlu kita ambil. Kita mesti mengamalkan cara pemikiran "luar daripada kotak" dan meneroka penyelesaian masalah yang lain daripada biasa. Kita mesti mencari cara untuk meningkatkan pengeluaran secara berterusan, memaksimumkan sumber, dan mengurangkan pembaziran, dan semua ini harus kita lakukan dengan cara yang kreatif. Inovasi dan kreativiti dapat menjana perkembangan pemimpin-pemimpin industri serta ekonomi yang kukuh dan kita mesti turut sama.

Bajet yang saya umumkan di Parlimen bulan yang lalu mensasarkan bantuan kepada para inovasi Malaysia – antaranya insentif cukai yang menarik bagi perintis dalam bidang kewangan Islam, satu bidang dimana kita sudahpun menjadi pelopor di dunia tetapi masih banyak yang boleh kita capai. Bajet itu juga menjanjikan dana tambahan yang ketara bagi pembangunan luar bandar – kerana setiap jalan dan pelabuhan yang kita bina membuka peluang-peluang perniagaan baru bagi rakyat Malaysia.

Bajet tersebut adalah berdasarkan kepada nilai-nilai 1Malaysia – bahawa pertumbuhan dan kemajuan ekonomi adalah seharusnya untuk faedah semua rakyat Malaysia. Ekonomi kita kukuh dan ini bermakna kita boleh membantu mereka yang tidak begitu kuat dan yang mengalami kesukaran dalam masyarakat kita.

Bajet saya juga melibatkan beberapa pengetatan fiskal, dengan menggunakan pertumbuhan ekonomi sebagai cara untuk merendahkan tahap pinjaman keseluruhan. Tetapi saya juga pasti bahawa kita tidak boleh menyekat pinjaman dengan terlalu ketat dan cepat kerana kita akan menghadapi risiko kejatuhan ekonomi ke tahap genangan atau kemelesetan. Ini akan bererti golongan berpendapatan rendah akan membayar kos yang paling tinggi.

Memastikan ekonomi kita sentiasa berada di landasan yang betul bermakna pengukuhan sektor swasta dan golongan usahawan diberikan lebih banyak peluang – terutamanya yang berada di kawasan luar bandar. Kita boleh melakukannya melalui dua cara.

Pertama, dengan pembaharuan yang sedang dan akan terus kita lakukan, termasuklah pengumuman saya mengenai reformasi perkhidmatan awam baru-baru ini, dan dengan membantu mereka yang ingin mencapai kejayaan. Oleh sebab itu, bantuan tambahan diberikan kepada pelajar-pelajar di pelbagai peringkat dan sektor-sektor baru dalam ekonomi perkhidmatan telah dibuka – termasuk kejuruteraan, perkhidmatan guaman dan telekomunikasi untuk pelaburan asing: usahawan Malaysia akan lebih mudah bersaing untuk mendapatkan dana pada peringkat global dan saya amat menggalakkan mereka untuk berbuat demikian.

Keduanya, kita boleh memperkukuhkan sektor swasta dengan menarik lebih banyak pelaburan asing. Pelaburan asing dapat menyokong pemodenan dan pertumbuhan serta membantu mengintegrasikan ekonomi Malaysia dengan lebih rapat dengan negara-negara maju. Ia meningkatkan persaingan dan seterusnya membantu mengekalkan harga rendah. Ia juga memacu inovasi dan meningkatkan tahap kemahiran di Malaysia serta menjadikan pekerjaan di sektor yang berhadapan dengan eksport lebih terjamin.

Sebagai rakyat Malaysia kita berkongsi tanggungjawab untuk tidak menanggung risiko dengan masa hadapan kita. Walaupun saya tidak dapat berjanji untuk menyelesaikan krisis Eurozone ataupun meredakan bencana banjir di Thailand, namun saya boleh berjanji bahawa apa yang saya mampu lakukan akan dilaksanakan dengan penuh keprihatinan agar kestabilan ekonomi kita tidak terancam.

Terima kasih YAB PM kerana memacu negara di landasan yang betul.

Sensasi : Besarnya Perut Khalid Ibrahim?

Posted: 13 Nov 2011 07:33 AM PST

Ingatkan gambar perempuan mengandung, rupa-rupanya gambar MB Selangor.



Cuba lihat susuk tubuh MB Selangor pada tahun 2008. Perbezaan yang amat ketara.

Gambar dari tepi pun tak nampak perut besar.

Bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada wakil rakyat Barisan Nasional. Kata-kata yang akan keluar dari mulut penyokong pembangkang adalah "...tu la tandanya banyak makan duit haram". Cuba kita tanya soalan yang sama kepada mereka dengan menunjukkan perut MB Selangor, apa pula jawapan mereka?

Fenomena PJK (perut jalan ke depan) yang sama juga berlaku kepada Lim Guan Eng. Bandingkan kedua-dua gambar ini.

Tahun 2008.

Duduk pun tak nampak perut.

Tahun 2011.

Berdiri pun tak boleh cover perut

Sebab itulah sampai sekarang semua poster-poster pemimpin pembangkang ketika ini menggunakan gambar lama dan mereka tidak berani menggunakan gambar semasa yang menunjukkan tubuh dan wajah mereka yang semakin menggebu.

Jika pembaca MyMassa jumpa mana-mana poster pemimpin pembangkang, perhatikan betul-betul adakah ianya gambar lama atau baru?

*Paling ketara adalah Anwar Ibrahim. Tak habis-habis nak letak gambar masa muda.

Terjemaha Akhbar Cina : Anwar Ibrahim Bukan Bakal Perdana Menteri Pakatan.

Posted: 13 Nov 2011 06:34 AM PST

Jika Anwar bukan PM bagi pakatan pembangkang, siapa agaknya yang layak? Adakah Lim Guan Eng?

Ikuti terjemahan ini...


China Press m/s C19
Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?
10 November 2011 (Khamis)

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?
Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya "siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?" apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan "semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim". Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  "selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM" sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri? persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Apa yang saya nampak di sini, bukan sahaja Chua Sui Lek seorang yang tidak tahu siapa bakal calon perdana menteri dari Pakatan Rakyat adalah Anuar Ibrahim, sekurang-kurangnya Nik Aziz, Hadi Awang dan keseluruhan Pas pun tidak tahu menahu siapa sebenarnya calon perdana menteri dari kalangan Pakatan Rakyat….



*Orang Cina pun tak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Terjemahan Akhbar Cina : DAP Benar-benar Ingin Menakluk Johor!

Posted: 13 Nov 2011 05:36 AM PST

DAP Johor benar-benar serius untuk menakluk Johor pada PRU akan datang. Jika tak dapat takluk keseluruhan negeri, dapat takluk kerusi MCA dan Gerakan pun sudah cukup bagi mereka.

Ikuti terjemahan Akhbar Cina yang dibawakan khas oleh MyMassa.


Sinchew Daily News m/s 14
6 November 2011 (Ahad)

Persediaan DAP Di Negeri Johor Untuk PRU
Menjemput Lim Kit Siang Sebagai Penasihat Strategi Khas Politik

'Speaker Dewan Undangan negeri Selangor Teng Chang Khim dijemput sebagai penasihat pengimbang  pilihan raya utara negeri Johor, beliau bertanggungjawab terhadap untuk menjaga kawasan Johor Utara, Johor Tengah dan Johor Selatan'

5hb Muar, jawtankuasa DAP negeri Johor hari ini membuat satu kenyataan, mesyuarat kali keenam majlis tersebut sebulat suara membuat keputusan, menjemput ketua parti pembangkang Lim Kit Siang menjadi penasihat Strategi khas Politik di negeri Johor pada PRU ke-13 ini, dan setiausaha DAP Lim Guan Eng sebagai penasihat sistem pilihan raya.

Selain dari itu, speaker negeri Selangor Teng Chang Khim juga dijemput untuk menerajui sistem pilihan raya DAP, beliau dipertanggungjawabkan menjaga negeri Johor zon utara, zon tengah dan zon selatan. Sebelum ini DAP pusat telah melantik Lock Siew Fook menjaga zon Johor Utara, Teo Nie Ching menjaga zon Johor Tengah dan Pang Kian Wei (terjemah Mandarin) menjaga zon Johor Selatan.

Jawatankuasa itu mengalu-alukan kehadiran Lim Kit Siang sebagai anak tumpah darah negeri Johor, seperti juga Lim Guan Eng, Teng Chang Khim, Pnag Kian Wei, Teo Nie Ching dan Lock Siew Fook, mereka akan sepenuhnya membantu DAP dalam PRU untuk memecahkan rekod menang di negeri Johor, ia menunjukkan DAP negeri Johor kini sudah bersatu padu dan punyai langkah dan rentak yang sama.

Jawatankuasa tersebut rasa kesal terhadap ada orang-orang tertentu yang cuba memecah belahkan, mengugut, menfitnah dan mengancam DAP di negeri Johor yang sabitkan pengerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau.

Jawatankuasa tersebut menegaskan, tindakan seperti itu bukan budaya poitik parti itu, parti itu menghormati hujah-hujah politik yang bukan daripada tindakan secara kekerasan, menjaga kesetabilan mencari unsur-unsur politik untuk buat perubahan.

Jawatankuasa itu menyatakan mereka sebulat suara bersatu padu, secara keseluruhan menyokong Boo Cheng Hau terus memimpin DAP negeri Johor.

Dalam satu kenyataan jawatankuasa tersebut, DAP telah beli aset berlokasi di Nusajaya bernilai 330 ribu ringgit untuk dijadikan ibu pejabat DAP negeri Johor, buat masa ini telah mengutip derma sebanyak 180 ribu ringgit untuk tujuan itu, diharap ahli-ahli parti secara agresif menyokongnya.



Sebab itulah baru-baru ini Lim Guan Eng menyatakan bahawa DAP tidak akan membubarkan DUN Penang serentak dengan harapan semua kekuatan dan aset DAP akan ditumpukan di negeri-negeri yang menjadi idaman mereka seperti Johor, Negeri Sembilan dan Perak (chinese belt).

Semoga posting MyMassa kali ini boleh bagi ALERT kepada pihak yang berkenaan.

*Belajar dari sejarah. Lihat bagaimana kejayaan DAP di Sarawak bila parti tersebut betul-betul fokus.

Gempar! Pengakuan Ikhlas Wartawan Indonesia.

Posted: 13 Nov 2011 04:33 AM PST

Inilah hakikatnya. Rupa-rupanya media Indonesia mudah dibeli.

Klik untuk besarkan imej.

Yang penting ada 'pelincir'nya ya pak. Bukan pelincir KY Jelly yang bung Nuar pakai tetapi ongkosnya atau wang yang perlu dibayar untuk memastikan laporan yang tidak tepat dilaporkan.

Tidak hairanlah satu masa dahulu propaganda PKR dimulakan dengan laporan akhbar Indonesia kemudiannya dipetik oleh Suara Keadilan. Kononnya terdapat laporan negatif terhadap isteri YAB PM. Sungguh bijak PKR kerana menggunakan ruang yang ada (kesediaan media Indonesia di sogok) untuk membuat serangan propaganda.



MyMassa juga tidak pelik jika perkara yang sama berlaku dalam kes isteri dan anak PM yang difitnah berbelanja di Australia. Modus operandi yang sama digunakan iaitu mengupah media luar atau pun memberi maklumat palsu kepada media tersebut lalu ianya tersalah lapor.

Liciknya PKR bermain jalan belakang untuk menyerang musuh mereka!

*Siapa lagi yang pakar jalan belakang kalau bukan PKR.

Dr Masitah JANJI untuk pulihkan kesongsangan seksualiti ANWAR?!!

Posted: 13 Nov 2011 03:38 AM PST


Sebelum kita cuba untuk membawa golongan GAY ini ke pangkal jalan, kita perlu memberi kesedaran kepada mereka dahulu bahawa tindakan memasukkan zakar ke dalam dubur itu satu kesalahan yang besar dan perbuatan sesat. Bukannya satu hak yang perlu diiktiraf.

Satu perkara yang perlu kita fikirkan lagi adalah bagaimana hendak membawa seorang Gay ke pangkal jalan sedangkan keluarganya sendiri dalam in-denial dan mempertahankan tindakannya ?!!

Lagi teruk kalau GAY itu juga pandai melanyak LIAN-CHAO!!!

Jika PKR Memerintah Amerika Syarikat.

Posted: 13 Nov 2011 02:33 AM PST

Santai petang.

PKR dengan konsep TOTAL CHANGE. Perubahan secara total @ REFORMASI.

Jika mereka adalah parti yang bertanding di US dan menang jawatan Presiden, inilah yang akan berlaku.





*Fikir-fikirkan.

Betul Ke Ini Yang Orang Cina Mahu?

Posted: 13 Nov 2011 02:04 AM PST

Ulasan bekas wakil rakyat BN (SUPP) dari Kuching. MyMassa petik dari Malaysiakini.


Apa orang Cina benar-benar mahu?
ULASAN Berikutan kekalahan BN pada satu pilihan raya umum lalu, akibat pengundi Cina menarik balik sokongan mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu pernah bertanya dengan berang: "Apa yang orang Cina benar-benar mahu?"

traditional chinese weddingSejak sekian lama, orang Cina sentiasa digambarkan sebagai sesuatu bangsa yang sukar diramalkan, khususnya oleh masyarakat di Barat. Di Malaysia, masyarakat Cina dilihat kurang meluahkan perasaan secara terbuka dan lazimnya, cenderung menyimpan sesuatu pandangan kepada diri sendiri.

Justeru, soalan misteri 'apa yang orang Cina mahu' kekal relevan, lebih-lebih lagi, sejurus sebelum pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya umum lalu, negara menyaksikan peralihan besar undi masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang iaitu PKR, DAP dan juga PAS.

Hari ini, semua tanda-tanda menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat masih menikmati sokongan yang signifikan dari orang-orang Cina.

NONEMemandangkan keadaan semasa dan keseimbangan kuasa yang terbahagi di kalangan orang Melayu, orang-orang Cina berada dalam kedudukan yang ganjil.

Namun bagi mereka, kedudukan unik itu akan dikekalkan supaya mereka dapat terus menjadi 'orang Cina'.

Bagi mereka identiti etnik, hak-hak budaya mereka, dan keunikan bahasa adalah penting untuk terus dipelihara, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum.

Justeru, mereka akan menggunakan kedudukan mereka dalam keseimbangan politik bagi memastikan survival budaya Cina yang berterusan.

NONETetapi bagaimanapun, kebanyakan orang Cina di Malaysia bukan cauvinis atau pelampau. Mereka agak bersedia untuk mempelajari bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa lain yang biasa digunakan di negara ini.

Aspirasi mereka adalah untuk menjadi sebahagian daripada penduduk berbilang kaum di neagar ini dengan menerima atau menggabungkan elemen-elemen dari semua budaya. Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh ke arah integrasi nasional dalam semua bidang.

Sim Kwang Yang pernah menjadi ahli parlimen Bandar Kuching, Sarawak dari 1982 hingga  1995. Beliau boleh dihubungi di sky8hornbill@gmail.com. Semua komen adalah dialu-alukan.

Apa pendapat pembaca MyMassa? Benarkah ini yang orang Cina mahukan atau lebih lagi?


*Taste blood...? Jangan lupa baca terjemahan akhbar Cina di MyMassa malam ini. Isu yang dibincangkan agak panas.

Update Malaysia Vs Kemboja : 3 - 0 (Badrol Bakhtiar min. 35 - Penalti)

Posted: 13 Nov 2011 01:43 AM PST

Gol kedua dari kapten pasukan. Malaysia dapat penalti bila Izzaq dikasari dalam petak penalti.



Tahniah.

Update Malaysia Vs Kemboja : 2 - 0 (Badrol Bakhtiar min. 35)

Posted: 13 Nov 2011 01:41 AM PST



Gol kedua dari Ketua Pasukan Malaysia.

Tangkapan tidak kemas penjaga gol Kemboja memberikan gol kepada Malaysia.

Secara keseluruhan, game petang ni agak membosankan.

Apa-apa pun, tahniah Harimau Muda.

Update Malaysia Vs Kemboja : 1 - 0 (Izzaq Faris min. 8)

Posted: 13 Nov 2011 01:12 AM PST

Seperti yang MyMassa jangka, Izzaq akan meledak petang ini.



Tahniah!

*MyMassa harap lagi banyak gol akan dijaringkan.

Selamat Berjuang Harimau Muda. Kemboja Mampu Kita 'Lauk'kan.

Posted: 12 Nov 2011 11:33 PM PST



Jangan lupa game petang ni.

Game Malaysia menentang Kemboja.

Jika perkiraan atas kertas, bukan satu yang mustahil untuk Harimau Muda menang besar. Cuma jangan terlalu berharap. Dalam perlawanan bola sepak, apa-apa pun boleh berlaku. Maklumlah, bola tu kan bulat.

Semalam MyMassa tengok game Vietnam dengan Brunei. 8 - 0 skor bila wisel penamat dibunyikan di mana Vietnam 'menapau' Brunei. First half sahaja, Vietnam dapat 6 biji gol. Dalam hati, harap-harap Malaysia pun dapat skor yang sama menentang Kemboja. Ye la. Dah lama tak tengok team Malaysia berpesta gol.

MyMassa suka tengok mamat (Izzaq) ni main. Harap boleh turun sebagai kesebelasan utama dan jaringkan gol lagi

Selamat berjaya MyMassa ucapkan kepada Harimau Muda yang akan turun dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi. Dengar cerita 3 stesen TV akan menayangkan perlawanan ini iaitu RTM, TV3 dan ASTRO. Jadi, tiada masalah untuk peminat Harimau Muda untuk menyaksikan perlawanan petang ini.



*Aauuummmmm!!!!!

Belantan

Posted: 13 Nov 2011 11:03 PM PST

Belantan


10 dalil mengapa Kelantan gagal uruskan AIR!

Posted: 13 Nov 2011 09:51 PM PST


AIR Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.

Namun sejarah konflik dalaman telah bermula sejak 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte. Ltd., dikenali sebagai Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa itu diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

Pada 1999, bermula episod baru. Kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama untuk penamatan Thames Water Pte Ltd. sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn. Bhd. sehingga kini.

Kemudian, wujud ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada akhir 2005, yang terkenal amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya pada akhir 2007 apabila beliau telah diarah meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB tersebut.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan dari PLUS sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa.

Maka pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru. Pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing.

Kecetekan pengalaman dan sifat 'yes man' kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan:

1. Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM11 juta. Untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada 2012 bagi menampung kerugian tersebut.

2. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water/NRW) yang menelan kos RM130 juta. Projek yang bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang kesan positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3. Kegagalan projek penukaran meter air kepada smart meter berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di Jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diuar-uarkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air. Namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara menyeluruh dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai enam lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna/rakyat.

8. Hutang tertunggak dianggarkan RM12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini. Mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9. Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos RM58 juta dan difahamkan kos sebenar hanyalah RM35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10. "Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027" itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100 peratus liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB.

Jadi, fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Taminsari

Bonus dan gaji minima, layanan MB kepada kakitangan awam Selangor tidak adil - Bonus kakitangan PKNS 10 bulan tahun ini!

Posted: 13 Nov 2011 06:28 AM PST


Kenyataan Media GAPS

Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyebut Selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.

MB hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 4 buah anak syarikat negeri Selangor sahaja. Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di Selangor ?

Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam Selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.

Dari segi pemberian bonus pula, MB juga pilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan PKNS yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau RM500 sahaja.

Timbul persoalan dimanakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.

GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan PKNS pada tahun ini. GAPS juga mendesak kerajaan negeri Selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri Selangor.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Suara Politik
Taminsari

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Nov 2011 10:00 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KALID GAGAP AUDIT OPERASI SYABAS.

Posted: 13 Nov 2011 09:00 PM PST

TROJAN HORSE DALAM JCORP ?

Posted: 13 Nov 2011 07:00 PM PST

HUSNI HANADZLAH KENA KENCIN (KENCING) ?

Posted: 13 Nov 2011 05:02 PM PST

SEBARKAN FAKTA VIDEO INI.

Posted: 13 Nov 2011 11:01 AM PST

SEA GAMES

Posted: 13 Nov 2011 03:01 AM PST

FAKTA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA: BLOGER PUTRA MERDEKA LIWAT TONY PUA !

Posted: 12 Nov 2011 11:22 PM PST

PISAU.NET

Posted: 13 Nov 2011 09:56 PM PST

PISAU.NET


Mufti Agama Islam atau Mufti DAP?

Posted: 13 Nov 2011 05:00 PM PST


Apa sudah jadi? Dalam Buletin Mutiara terbitan regim DAP Pulau Pinang keluaran 1-15/2011

Dato Mufti Pulau Pinang dalam wawancara beliau oleh media regim DAP ,beliau menerangkan pembacaan Al-Quran sebelum subuh dilarang ,katanya ini kerana untuk menghormati tidur orang bukan Islam dalam konteks negeri Pulau Pinang yang dikuasi oleh DAP.

Datu Mufti boleh memberi alasan dengan adanya dalil dan nas mengenai bacaan Al Quran memandangkan kita semua tahu ia bertitik tolak atas aduan yang dibuat oleh beberapa Adun DAP.

Kemudian timbul pula isu qurban yang dikritik oleh MCCBCHST agar ibadah qurban tidak boleh diadakan di premis sekolah dan lokasi tertentu kononnya menyingung sensitiviti penganut agama lain. Kritikan sebegini Dato Mufti mendiamkan diri,agaknya apakah jawapan beliau?

Adakah beliau akan menentang kritikan dan desakan NGO tersebut dalam konteks negeri Pulau
Pinang? Sedangkan daging babi masih bebas dijual di jalan awam disekitar Pulau Pinang. Kenapa beliau mendiamkan diri?

Adakah sensitiviti agama yang dianuti oleh penganut lain menjadi keutamaan oleh tok Mufti?

Kemudian timbul pula isu seksualiti merdeka,Dato Mufti diam? Adakah ini kerana festival ini berada diluar konteks negeri Pulau Pinang?

Adakah seorang mufti boleh bersikap double standart kononnya bertoleransi didalam soal akidah dan agama Islam?

Pisau melihat mufti Pulau Pinang lebih mengutamakan sensitiviti Ketua Menteri Regim DAP Pulau Pinang yang kemudiannya beliau sendiri puji melangit ketua menteri berlidah biawak ini kononnya bersungguh sungguh mengamati terjermahan Al Quran didalam satu majlis baru baru ini.

Tetapi apa komen beliau apabila ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan regim Pulau Pinang tetap menghina hukum hudud Islam ?

Mufti Agama Islam atau Mufti DAP?

Pisau kata " tok mufti takkan takut DAP dari takut tuhan kot?"

Rakyat P. Pinang perlu celik

Posted: 13 Nov 2011 05:10 AM PST


PULAU PINANG 12 Nov. - Rakyat di negeri ini diminta membuka mata dan membuat penilaian secara objektif terhadap segala usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menarik pelabur ke negeri itu, meskipun ia berada di bawah pemerintahan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Kerajaan Pusat dan agensi di bawahnya telah mempromosikan Pulau Pinang di luar negara sehingga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM12.2 bilion sepanjang tahun lalu ke negeri itu.

Malangnya, kata Nor Mohamed, kejayaan itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk meraih publisiti dan pujian, sedangkan kerja keras dilakukan Kerajaan Pusat.

"Hampir keseluruhan pelaburan RM12.2 bilion yang dicatatkan itu bukan hasil usaha kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya, hasil inisiatif Kerajaan Pusat.

"Namun, akibat tidak begitu jelas mengenai usaha yang telah dilakukan itu, rakyat merasa terpegun dan telah termakan dengan 'publisiti' yang dibuat mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang).

"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini. Kita tidak mahu segelintir pihak mahu mendapat nama atas usaha orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Selain membincangkan mengenai penjanaan ekonomi Pulau Pinang, mesyuarat itu turut menyentuh tentang persiapan menghadapi musim banjir secara berkesan.

Menurut Nor Mohamed, meskipun Pulau Pinang diperintah pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mendiskriminasikan negeri itu, sebaliknya, banyak projek besar telah dijalankan di negeri berkenaan.

"Tidak dinafikan pembangkang suka publisiti, setiap minggu buat sidang akhbar tentang kejayaan mereka, sedangkan apa yang dilakukan hanya sedikit.

"Sebaliknya, Kerajaan Pusat dan agensinya termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertungkus-lumus membawa pelaburan dan promosikan Pulau Pinang," katanya.-utusan


Pisau kata " nampak sangat guan eng tu pembohong"

PenangWasabi

Posted: 13 Nov 2011 09:45 PM PST

PenangWasabi


Jangan main api! - Apakah ini amaran untuk peralihan kuasa kerajaan negeri selepas PRU ke-13 nanti!

Posted: 13 Nov 2011 07:43 AM PST

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 213 penerima diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) membawa gelaran Datuk.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam titah sulung selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad turut mengingatkan rakyat mengenai perubahan iklim dunia yang boleh mengakibatkan pemanasan global dan bencana alam, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram dan krisis hutang negara-negara Eropah yang sudah tentu memberi kesan tidak baik kepada ekonomi di banyak negara.

"Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini.

''Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik.

''Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat," titah baginda.

Menyentuh aspek pembangunan di Kelantan, baginda bertitah, sektor pembinaan dan pelaburan di negeri ini dijangka mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti pembangunan dan pengindahan sungai di Kota Bharu dan Tumpat, projek jalan Persekutuan laluan lapan dan sembilan serta pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.

"Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini," titah baginda.

Sultan Muhammad turut menarik perhatian, perlunya kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan walaupun belanjawan defisit adalah sesuatu kelaziman di kebanyakan negara.

"Beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal.

''Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar.

''Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil," titah baginda.

Penang Wasabi..

tok gajah

Posted: 13 Nov 2011 09:14 PM PST

tok gajah


Apabila melayu menaruh harapan kepada cina untuk hapuskan UMNO, cina juga menaruh harapan kepada melayu untuk hapuskan UMNO, akhirnya melayu juga yang terhapus.

Posted: 13 Nov 2011 07:33 AM PST



Tok sangat sedih mengenangkan nasib melayu dimasa akan datang. Keujudan PAS nampak jelas bertujuan untuk menghapuskan melayu. Tok tahu bahawa kebanyakan melayu sedar perkara ini. Sebenarnya melayu tidak bodoh dan mudah tertipu, Malangnya para pemimpin2 PAS inilah yang patut kita persalahkan.

Pemimpin2 PAS telah mengkhianati orang melayu/islam. Perjuangan nya untuk membela melayu/islam dalam ertikata sebenarnya sudah tidak ujud lagi. Apa yang tertanam dalam kepala hotak mereka hanya untuk merebut kuasa. Mereka sangat sedar bahawa sokongan DAP terhadap PAS itu hanya sandiwara sahaja.

PAS sanggup gadaikan agama, bangsa dan negara demi untuk mendapat seciput kuasa. Seperti yang kita lihat dalam gambar diatas - kepala dan badan singa itu ialah cina, PAS hanya ujud sebagai lidahnya sahaja. Apa yang lidah ini boleh buat?

PAS hanya ujud sebagai lidah DAP saja. Tetapi badan yang bergerak dan kepala yang mengeluarkan fikiran dan arahan ialah DAP.  Kalau itu singa tutup mulutnya pasti lidah itu tidak boleh buat apa2.  Pemimpin2 PAS memang bodoh dab bebal, jika kita masih mahu sokong mereka, bermakna kita juga akan jadi bodoh dan bebal.

Sri Tri Buana

Posted: 13 Nov 2011 07:30 PM PST

Sri Tri Buana


Anwar Tahu Dia Bukan PM Jika PR Menang.

Posted: 13 Nov 2011 04:00 PM PST

Reconnect

Posted: 12 Nov 2011 08:01 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 13 Nov 2011 03:35 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Gempar!! Pendatang Asing Memiliki Rumah Agam Mewah!?

Posted: 12 Nov 2011 05:12 PM PST


Pendatang Asing Mampu Memiliki Banglo Mewah Hasil Menyonglap Wang Rakyat?


Bila korang terbaca tajuk kat atas ni sahaja mesti korang akan salahkan BN... Tapi kali ni tuduhan korang silap, pasal pendatang asing ni bukan dari BN hatta UMNO sekalipun... Pendatang asing ini merupakan catur di dalam PKR yang kuat mengampu Anwar dan kuat juga membuat fitnah...




Dalam dok buat fitnah terhadap Sharizat, dia tak sedar bahawa cybertrooper BN sentiasa memerhatikan gerak langkahnya... Dan... Gerak langkah pendatang asing ni akhirnya berjaya membongkar satu rahsia... Rupa-rupanya pendatang asing ni kaya... Mampu memiliki sebuah rumah agam yang besar...





Mereka dok menyalak macam anjing nampak setan semasa isu NFC hangat diperkatakan... Jadi bagaimana dengan rumah agam ni? Milik siapakah? Siapakah pendatang asing itu?



Selanjutnya:

Antara dua darjat:-Saifudin kaya melata,rakyatnya miskin hina!
CILI KASI TARUK! WAHAI SAIFUDDIN NASUTION, KENAPA KAU NI JENIS DOUBLE STANDARD EK?
GEMPARRR..!!! MAHLIGAI EKSKLUSIF SAIFUDDIN MUKA BERLUBANG TERBONGKARRR..!!!

Nota: Inilah hasil Kerajaan Berkebajikan yang mana kkebajikan tembolok sendiri dijaga tetapi kebajikan rakyat tak terbela... Kerajaan Berkebajikan ini sebaiknya ditukar kepada Kerajaan Berkebanjingan... Kerana mereka dalam dok seronok songlap duit rakyat, boleh mendendangkan fitnah kepada BN dan UMNO songlap duit rakyat...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Nov 2011 03:13 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


KR1M - TONY PUAKA...MEMANG PUAKA!

Posted: 12 Nov 2011 08:06 PM PST

Tak habis-habis lagi rupanya Pakatan Haram menaburkan fitnah terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Ini semua berpunca dari sifat dengki mereka dengan apa sahaja kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Hari ini, Pakatan pembangkang mendakwa barang-barang yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah sangat mahal berbanding dengan apa yang dijual di Pasaraya lain. Bukan itu saja, Pakatan pembangkang juga mempersoalkan peruntukan wang yang diberikan kepada pengendali rangkaian Kedai Rakyat tersebut.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua mendakwa mereka sendiri telah membuat survey keatas Kedai Rakyat 1Malaysia. Tony Pua menjelaskan di Parlimen hari ini, terdapat 23 barangan keperluan KR1M yang mahal termasuklah peluntur yang dijual 60 sen lebih mahal dari harga luar.

Persoalannya, betulkah hasil survey yang dibuat oleh kedua-dua wakil pembangkang ini? Untuk pengetahuan kita bersama, terdapat 250 jenis barangan keperluan yang dijual 30 peratus lebih murah di Kedai Rakyat 1Malaysia. Barangan ini boleh dikenalpasti dengan label 1Malaysia yang tertera padanya.

Kalau beli barangan yang tak ada label tersebut, memanglah mahal berbanding dengan apa yang dikategorikan sebagai barangan 1Malaysia. Takkan itu pun Tony Pua dan Nurul Izzah tak faham?
Sedikit fakta mengenai barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia yang sempat saya singgah di Presint 2 Putrajaya, produk susu pekat hanya dijual dengan harga RM2.00 berbanding pasaraya besar lain yang menjual paling murah pun RM2.40. Begitu juga dengan Sardin yang dijual pada harga RM 1.05, Lychee dalam Tin semurah RM 1.99 dan juga beras gred 10% hancur yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran semasa.
Sebenarnya, Kedai Rakyat 1Malaysia ini merupakan idea yang paling baik untuk mengatasi kenaikan harga barangan keperluan harian. Jika hendak di layan mereka-mereka yang tak berpuas hati dengan usaha kerajaan ini, ia memang tidak pernah habis. Tambah-tambah pula dengan segala macam fitnah dari pihak pembangkang yang sememangnya irihati dengan kerajaan.

Cuba bayangkan jika pihak kerajaan tidak usahakan perkara-perkara sebegini, sudah tentu pembangkang akan menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak cekap dan juga tak mahu membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Tetapi apabila dilakukan usaha memperkenalkan barangan keperluan dengan harga murah serta berpatutan seperti Kedai Rakyat ini, ada pula suara sumbang yang menuduh kerajaan mahu melingkupkan perniagaan mereka dan juga menyediakan barangan yang tak berkualiti.
Selama inipun, ramai peniaga-peniaga diluar sana khususnya kaum cina selalu menyalahkan kerajaan dan UMNO setiap kali harga barang melambung-lambung. Sekarang ini dengan adanya Kedai Rakyat 1Malaysia, berani kah mereka yang sebelum ini lantang menyalahkan kerajaan, menurunkan harga mereka untuk bersaing dengan KR1M?

Apapun, mengapalah hendak dipertikaikan sangat Kedai Rakyat ini? Ia merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menolong rakyat supaya tak tertekan dengan kos kehidupan yang semakin tinggi. Selama ini, ada tak peniaga-peniaga cina khususnya membantu rakyat miskin terutama bangsa melayu? Cekik darah lagi ada lah..

Jadi, rakyat sebenarnya harus menyokong usaha murni yang di ideakan oleh Perdana Menteri kita ini. Bertahun-tahun barangan keperluan dikawal serta dimanipulasi harganya oleh pemborong. Kini kerajaan melakukan inisiatif untuk menghalang ini semua. Bukan kah ini sesuatu yang baik?

mykmu

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 13 Nov 2011 03:05 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Owhh...!! Ambiga Baru Faham Maksud HARAM Jadaahhhh.....!

Posted: 13 Nov 2011 04:19 AM PST

Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya.

Najwa Artis Baru Terbaik AIM 18 2011....

Posted: 12 Nov 2011 11:10 PM PST


Pendatang baru, Najwa yang tidak kurang hebatnya apabila merangkul dua anugerah pada malam tersebut. Dua anugerah itu adalah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik....

Huu huu... huuuu....!! Lawak Giler Video Clip Nih

Posted: 12 Nov 2011 07:47 PM PST


Haa haaa....!!! Lawak siot..., jom kita tengok clip video bawah nie, pelat sungguh Yb Dap yang nak belasah BN dalam dewan, thanks to Blogger MIK -

Bantan [mantan]
Lalam [dalam]
Lewan Yang Mulia [dewan yang mulia]
Sebilang tanah [sebidang tanah]
Lukacitanya [dukacitanya]
Lakwaan [dakwaan]
Berlama [bernama]
Berlombo [bernombor]
Terpelanjat [terperanjat]