Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Isnin, 26 Disember 2011 at 9:54 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


Kopitiam Bang Nan

Posted: 26 Dec 2011 09:48 PM PST

Kopitiam Bang Nan


George Foreman tumbang di pusingan ke 8...

Posted: 26 Dec 2011 05:31 PM PST




UMNO selepas PRU : adakah UMNO akan jadi seperti George Foreman?

Di mana-mana kita pergi kita kedengaran orang ramai bertanya di antara satu dengan lain. Pertanyaan wajib apabila mereka bertemu ialah, bila pilihanraya akan di adakan. Saya pun selalu juga ditanya soalan itu dan saya memberikan jawapan yang standard: bila BN akan kehilangan kuasa. Maksud saya bila-bila pun boleh tetapi keputusannya ialah UMNO dan BN akan hilang kuasa. Itulah dia tarikh pilihanraya umum.

Saya yakin yang UMNO itu akan akhirnya menghadapi realiti yang masa untuk parti ini berehat sudah semakin hampir tiba. Seperti orang yang bermain gasing; sudah tiba UMNO untuk mengambil giliran untuk memusing dan orang lain pula yang memangkah mereka. UMNO sudah memangkah begitu lama, kali ini biarlah orang lain pula untuk memangkah.

Apa yang UMNO patut membuat perkiraan, di antara 56 kerusi yang mereka menangi di Semenanjung ini berapa yang mereka masih mampu untuk mengekalkannya dan di antara 13 kerusi di Sabah berapa pula jumlah kerusi yang UMNO boleh kekalkan berada dalam tangan mereka. Bagi kerusi-kerusi MCA dan Gerakan serta MIC rakyat sudah membuat keputusan lebih awal sebelum pilihanraya sebenarnya di adakan. Patah-patahkan jari, kiralah sendiri.

Sabah dan Sarawak merupakan tempat pertarungan hebat politik selepas ini. Cerita Sabah dan Sarawak menjadi 'fixed deposit' BN sudah berlalu dibawa angin yang lalu. Rakyat di kedua-dua buah negeri ini nampaknya dengan deras sedang melakukan perubahan selepas menjalani 'soul searching' sejak beberapa ketika dahulu.

Di seluruh negara samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak angin untuk membawa perubahan itu sudah mula bertiup kencang dan tidak mudah untuk mengalihkan arah tiupan angin itu. Pendeknya perubahan itu akan tetap berlaku kerana angin itu semakin hari semakin kencang tiupannya.Apabila saya memikirkan nasib UMNO dan sekutu-sekutunya, saya teringat pula kepada pertarungan tinju di antara Muhammad Ali dan George Foremen lebih dari dua dekad dahulu.

Dalam pertarungan itu George Foreman telah jatuh kalau tidak silap saya dalam pusingan yang ke-lima. Apabila Foreman kalah dan jatuh secara knock out itu, media telah membuat interview dengan Foreman. Pemberita sukan telah bertanya kepada Foreman kenapa beliau tidak bingkas bangun setelah dijatuhkan oleh Muhammad Ali, Foreman menjawab, "Saya tidak boleh bangun lagi kerana saya tidak pernah jatuh rebah"

Adakah UMNO akan menghadapi nasib seperti George Foreman? Saya tidak tahu jawapannya. Kita tengok sahaja apabila sampai waktunya. Saya bukan seorang wali atau aulia untuk memberikan jawapannya. Jika saya tahu pun jawapannya biarlah jawapan itu berada di dalam benak saya sendiri.

Tetapi saya pernah menulis dan membuat anologi yang ahli-ahli UMNO itu ibarat ayam daging peliharaan. Ayam daging jika dilepaskan di luar kandang mereka tidak boleh mencari makan sendiri dan akhirnya menjadi kurus dan mati. Ayam daging ini tidak ada kerja lain selain dari mematuk makanan siang dan malam yang diberikan oleh tuannya. Apabila sudah sampai 40 hari ayam ini menjadi gemuk dan akan di bawa dengan lori untuk disembelih dan dagingnya akan dijual di pasar-pasar di seluruh negara untuk dimasak kari dan kurma serta rendang tetapi dagingnya lembik dan cepat hancur.

Tetapi ahli-ahli PAS dan pembangkang yang lain, mereka itu ibarat ayam kampung, mampu mengutip dan mencari makan sendiri. Itulah sebabnya dagingnya mahal….sekarang ayam kampung harganya RM13 sekilo…..itu pun harga sebelum di sembelih dan di bersihkan. Ayam kampong ini tinggi nilainya.

Tunggu dan lihat sahaja samada UMNO akan menjadi seperti peninju George Foreman dan menjadi seperti ayam daging tadi.

Klip ini ditujukan kepada Khir Toyo, Warno Dogol dan Mail Kijo...Hehe!!

Posted: 25 Dec 2011 11:07 PM PST

~penarik beca

Posted: 26 Dec 2011 09:24 PM PST

~penarik beca


Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?

Posted: 26 Dec 2011 02:26 AM PST

RAKYAT MARHAEN

Posted: 26 Dec 2011 09:07 PM PST

RAKYAT MARHAEN


'Let's welcome the new Razak Baginda'

Posted: 26 Dec 2011 08:58 PM PST

Dec 27: A PAS leader has welcomed what he described as former political analyst Abdul Razak Baginda's turning over a new leaf since being freed of a murder charge in October 2008.

Writing in his column in Harakahdaily's Malay edition, veteran journalist Subky Latif said if Razak (right) was now a 'reformed person' despite his sex scandal involving murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu, Muslims should learn to accept his personal transformation.

"Had he not been a Muslim before his involvement (in Altantuya case), then upon his conversion, he would be like a newborn free from sins. This is the Islamic perspective, though I am not sure whether  that is the case in the earthly laws," wrote Subky, responding to a report that Razak had been drawing close to religion and Islamic political thought.

Subky however said being a true Muslim means Razak would now be more accountable over his alleged involvement in the controversial purchase of two French Scorpene submarines, which has been linked to corruption in the form of kickbacks as well as to Altantuya's brutal murder in 2006.
Read More / Baca Lagi >>

SLC gesa kerajaan wajibkan Lynas jalankan DEIA

Posted: 26 Dec 2011 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menggesa kerajaan mengundang Lynas supaya menjalankan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) atas Lynas Advanced Material Plant (LAMP) bagi memenuhi kriteria terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan.
SLC dalam satu kenyataan menyatakan, menurut ketetapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang dipaparkan di laman web bertarikh 20 Jun 2011, aktiviti tambahan yang memerlukan DEIA adalah "kegiatan yang melibatkan bahan radioaktif dan menghasilkan sisa radioaktif.
"Jelas bahawa sisa buangan melalui proses Penapisan dan Penulenan Air (Water Leach Purification, WLP) dari LAMP adalah sisa buangan yang beradioaktif. Fakta ini juga dikenalpasti dan diperakui oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Parlimen pada 14 Nov 2011," ujar SLC dalam kenyataan itu.
SLC mengalu-alukan pengemaskinian terbaru JAS kerana ini membuktikan kerajaan mula mengambil berat atas pengendalian dan pengurusan sisa buangan radioaktif.
Read More / Baca Lagi >>

TERAS Sedia Didik Pengundi Pilih Calon Supaya Islam Terjamin

Posted: 26 Dec 2011 08:33 PM PST

Wang Rakyat Dijoli Sakan : Selepas NFC, skandal kapal perang akan menyusul

Posted: 26 Dec 2011 08:33 PM PST

Selepas NFC, skandal kapal perang akan menyusulDalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250 milion baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.
Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.
Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Perang mulut seharusnya buka mata pemimpin PAS bawahan

Posted: 26 Dec 2011 08:31 PM PST

Episod Hasan dan Nasharuddin membelasah PAS secara terbuka harus diambil iktibar oleh kepimpinan PAS di peringkat negeri, kawasan dan cawangan.

Perang mulut bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali seharusnya membuka mata kepimpinan PAS di peringkat pertengahan dan bawahan.
Jika dakwaan Hasan dan Mustafa dijadikan rujukan maka kemungkinan Hasan, Mustafa dan Nasharuddin pernah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno ada asasnya.
Pada mulanya Mustafa berkata Hasan dan Nasharuddin pernah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno di Hotel Le Meridien pada bulan Ramadhan lalu.
Bagaimanapun Mustafa enggan mengulas lanjut berhubung maklumat pertemuan tersebut.
Selepas 48 jam, Hasan pula dalam sidang media berkata sebenarnya Mustafa yang beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya umum Mac depan?

Posted: 26 Dec 2011 08:28 PM PST

KUALA TERENGGANU, 27 Dis: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan.

"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada kebebasan untuk fitnah

Posted: 26 Dec 2011 08:26 PM PST

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar milik Umno itu bersalah memfitnah Lim Guan Eng dalam sebuah berita yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember 2010.
Mahkamah memerintahkan Utusan untuk membayar RM 250,000 kepada Guan Eng dan RM 25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Kisah ahli politik dan saman mereka terhadap akhbar, blog atau ahli politik yang lain bukanlah sesuatu perkara baru di Malaysia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyaman ramai pihak kerana mendakwa mereka memfitnah dirinya. Anwar pernah menyaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia.
Anwar juga pernah menyaman ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi.
Oleh kerana banyak saman dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kepada golongan yang memfitnah mereka, persoalan ditimbulkan oleh sesetengah pihak, apakah tindakan saman menyaman ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara?
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa ulangi tuntut Najib mansuh Auku

Posted: 26 Dec 2011 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Datuk Seri Najib Razak oleh seorang mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Menurut Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul Naim, mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan mahasiswa iaitu mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.
Read More / Baca Lagi >>

Kes babitkan hak individu jadi tumpuan 2011

Posted: 26 Dec 2011 08:21 PM PST

Badan kehakiman terus berdepan dalam menangani lebih banyak kes berhubung isu perlembagaan tahun ini terutama hak individu.
 
Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Hakim Rosnaini Saub membuat keputusan itu atas pendapat bahawa permohonan itu membabitkan pelbagai isu perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kuah ayam pun, rasa ayam juga - Lauknya biar pemimpin kita makan....baru aman negara

Posted: 26 Dec 2011 07:40 PM PST

Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.

Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.

Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah berdepan pelbagai kes perlembagaan

Posted: 26 Dec 2011 07:36 PM PST

Beberapa keputusan mengejut dicatat sepanjang tahun 2011.
REWIND 2011
Oleh Suriati Sidek Ahmad
KUALA LUMPUR: Badan kehakiman terus berdepan dalam menangani lebih banyak kes berhubung isu perlembagaan tahun ini terutama hak individu.
Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.
Mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.
Hakim Rosnaini Saub membuat keputusan itu atas pendapat bahawa permohonan itu membabitkan pelbagai isu perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

MACC probing developer for graft in Iskandar project

Posted: 26 Dec 2011 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 27 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is investigating a property development firm for graft involving a multibillion ringgit project for Johor's Iskandar Malaysia region, Utusan Malaysia reported today.
The daily said the investigation was kicked off following claims of abuse in the award of the contract for the mega project as well as several others that the company is responsible for.
It is also believed that several middlemen were responsible for securing the contract for the company.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat segera dakwaan Shahrizat - Pemuda Sabah

Posted: 26 Dec 2011 07:31 PM PST

KOTA KINABALU, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Polis dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera membersihkan kepimpinan negara daripada sebarang salah laku rasuah, korupsi dan salah guna kuasa.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengundang pelbagai andaian negatif rakyat terhadap integriti pemimpin kerajaan sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Razak Baginda sudah dekati Islam

Posted: 26 Dec 2011 07:30 PM PST

KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam.
Alhamdulillah.
Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama.
Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam.
Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya.
Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain.
Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa  gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pantun Seloka: Panglima Ludah Vs Mahasiswa

Posted: 26 Dec 2011 07:27 PM PST

Pak Saiko| paksaiko@yahoo.com   
Mahkamah dah sound Gerombolan durjana,
AUKU bercanggah Perlembagaan negara,
Pokjib dah gabra umum dipinda,
Mansuh sahaja… kan habis cerita

Read More / Baca Lagi >>

JAKIM : HUKUM HUDUD

Posted: 26 Dec 2011 07:24 PM PST

Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam

Posted: 26 Dec 2011 07:21 PM PST

SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Ust Azhar Idrus- Pinjaman PTPTN :: Kenapa Allah Cipta Malaikat

Posted: 26 Dec 2011 06:58 PM PST

Ust Azhar Idrus- Dakwah : Kepada Bukan Islam

Posted: 26 Dec 2011 06:58 PM PST

Ust Azhar Idrus- Lawa ; Cantik Tak Kekal Lama

Posted: 26 Dec 2011 06:56 PM PST

Ustaz Azhar Idrus Nov2011 -Angry Bird,Batu Karang

Posted: 26 Dec 2011 06:50 PM PST

Ust Azhar Idrus Penang-Hukum Ikut Imam Tolak Hudud

Posted: 26 Dec 2011 06:49 PM PST

Ustaz Azhar Idrus Ferrari vs kancil

Posted: 26 Dec 2011 06:47 PM PST

Ust Azhar Idrus,Ust Kazim Elias Manjoi Perak Part2

Posted: 26 Dec 2011 06:47 PM PST

Ust Azhar Idrus,Ust Kazim Elias Manjoi Perak Part1

Posted: 26 Dec 2011 06:47 PM PST

Tukar Tiub

Posted: 26 Dec 2011 07:30 PM PST

Tukar Tiub


SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL

Posted: 26 Dec 2011 06:01 PM PST




SIAPA COOL DAN SIAPA POYO



















CADANGAN PEMBACA

TT - kak nora reformis memang cool - sy bagi undi utk kak nora
By Aku Zarep on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/27/11

statement paling poyo 2011 jatuh kepada...jeng jeng jeng- "tanah melayu tak pernah dijajah" oleh prof zainal kling,
By Fahmi Ismail on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

Pendatang Baru tu ialah Kak Noraaaa!!! Reformasi!!!
By Anonymous on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

yang paling cool fahmi reza
By syj on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

ketua AMK patut pergi bersenam. tapi seluar jean dah tak cool. dah kena hijack dengan orang-orang poyo. samad said cool hisham rais dan bog tt nya? tak payah la masuk dalam list gak! memang poyo la letak nama sendiri!
By DX on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

Isham, Paling cool tahun ni bagi aku lembu kondo kak jat la...satu dalam dunia.. Apa kata warga dunia...bila negara islam totok ada lembu dok dalam kondo... Malu malu berbulu Saya yakin lembu kak jat paling cool 2011... Sekian, Abuhamzah
By Anonymous on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

prof yang paling cool prof aziz bari, yg paling x cool prof zainal kling... ahli politik yg cool mat sabu..ahli politik yg poyo zulkifli nordeng... menteri besar yg paling cool ustaz azizan,lim guan eng, MB yg paling poyo adnan yakcob, zambry kadir... blogger paling cool tukar tiub blogger paling poyo panglima penembak tepat... tokoh akdemik paling cool Dr Asri ex-mufti, tokoh akademik yg paling poyo prof datuk ramlah adam,Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak(uum).... menteri umno yg cool datuk saifuddin, menteri umno yg poyo sharizat jalil...kah kah kah
By sifu lee on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

paling cool adam adli dgn mamat ludah myspace kategori remaja org tua mesti bro nuar mat sabu nik aziz bob lokman aziz bari aunti baju kuning paling poyo abg ludah, mamt sb misal tebal topi hk, zul ngoks, jiban dan lakinya, sifoll,
By Anonymous on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

paling cool 2011 : Dato' Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa paling x cool : Mat Sabu Comm dan Anuar Ibrahim Blogger Paling Sengal : Tukar Tiub Blogger Paling Cool : Sekupangduas sbb lapor Nga Kor Meng ke SPRM..
By Anonymous on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

Ada x kategori cool hot??? haha calon2 yg jd katak lompat2 2... yg ckp air liur meleleh.... Haiwan plg cool pun jgn luper hahahahaha
By mamee on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11

cool dude 2011 1. mat sabu 2. prof aziz bari 3. tuan guru nik aziz 4. adam adli 5. tukar tiub
By mek on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO on 12/26/11


ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 26 Dec 2011 12:24 PM PST





BANGUN DAN LAWAN





PROGRAM SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA


Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM ) akan mengadakan himpunan di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)

Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Dato' Seri Najib Razak oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli , SMM mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik , bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.Mahasiswa masih menunggu segala tuntuan kebebasan mahasiswa tempoh hari.

Selain itu , himpunan besar – besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Dato' Seri Najib Razak baru – baru ini. Ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti , yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas , tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal. Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang – undang tertinggi dalam negara ini. UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara. Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara – gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

Mahasiswa sentiasa berdiri bersama-sama Adam Adli kerana kami percaya tindakannya adalah sah dan demokratik malah wajar dipuji kerana mempunyai pendirian supaya masyarakat memahami serta celik tentang isu sebenar yang melanda iaitu kegagalan pihak kerajaan sekarang dalam kebebasan berakademik serta kegagalan memansuhkan AUKU. Justeru , SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin.

KHAIRUL NAIM ,
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI).




KAMBING HITAM JADI MANGSA

Posted: 26 Dec 2011 12:11 PM PST






KAMBING HITAM JADI MANGSA





POLIS MENAHAN SEMUALA LELAKI DIKAITKAN DENGAN SKANDAL NFC - minsider

Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.
Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA MAKNA NYA INI SEMUA?.... kah kah kah

kah kah kah...MUAL MULA SPRM KATA TAK ADA KES..... kah kah kah...

kah kah kah...KES DIHULURKAN KEPADA POLIS....kah kah kah.....

kah kah kah...POLIS PUN KATA TAK ADA KES...kah kah kah..

kah kah kah... TETIBA DATUK MALAON INI KENA TIBAI DUA KALI...kah kah kah...

kah kah kah......FAHAM TAK KENAPA KENA TIBAI?..... kah kah kah..

kah kah kah...TIBAI INI SANDIWARA.... PERSEDIAAN UNTUK PILIHANRAYA.... kah kah kah...

woit...INI SAMA MACAM KES TOYO BELI TANAH..... kah kah kah...

kah kah kah...MEREKA INI MENJADI MANGSA KERANA NAJIB NAK MENANG PILIHANRAYA...kah kah kah

kah kah kah.. MALAON MALAON INI JADI KAMBING HITAM UNTUK DISEMBELEEEH...kah kah kah




ADA SIAPA KENAL MALAON INI?

Posted: 26 Dec 2011 09:18 AM PST





SIAPA MALAON TAHAN ISA INI?





500 AHLI AMK HULU KELANG SERTAI UMNO - meloya

KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... NAK KELENTONG..BUAT LAAA BETUL BETUL.... kah kah kah...

kah kah kah...500 AHLI AMK.... SIAPA PERCAYA...kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA MALAON IN?....kah kah kah..

kah kah kah...DUA KALI MASUK ISA?....kah kah kah..

kah kah kah....TAK KENAL PUN?.... kah kah kah...

kah kah kah...KENA HANTAR KEM MANA ?.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA KEM LAIN KE...SELAIAN KAMUNTING?.... kah kah kah

kah kah kah...16 KALI MASUK PENJARA?.... kah kah kah..

jkah kah kah...PENJARA MANA?...KES APA?.... kah kah kah..

woit...INI BUNYI MACAM MAT PET DENGAN KES DADAH......... kah kah kah




MINTA SURAT TAULIAH

Posted: 25 Dec 2011 10:42 PM PST




NAK PASANG PERANGKAP!







JAIP BERI NOTIS KEPADA BOB LOKMAN - meloya

KUANTAN 25 Dis. - Setelah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di negeri itu 11 Oktober lalu, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman, 47, diberi pula notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga atas kesalahan yang sama.

Bob Lokman disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat maghrib malam semalam.

Timbalan Pengarah JAIP, Mohd. Ghazali Abd. Aziz berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.



Beliau berkata, siasatan bukan sahaja melibatkan Bob Lokman tetapi turut merangkumi tindakan jawatankuasa masjid dan penganjur yang membenarkan individu tanpa tauliah menyampaikan ceramah di masjid.

"Kita nak tahu siapa yang menjemput, justeru, siasatan ini bukan ke atas Bob Lokman sahaja.

"Pada JAIP, kita mahu pihak yang diamanahkan untuk menjaga masjid menjaga tanggungjawab tersebut sebaik-baiknya. Kalau nak bawa orang luar sekalipun, minta permohonan JAIP dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Di bawah Seksyen 161 enakmen tersebut, hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

Mengenai dakwaan bahawa tindakan itu bermotifkan politik Ghazali berkata, tindakan JAIP tersebut tiada kena mengena dengan politik sebaliknya ia dibuat untuk menjaga keharmonian seluruh umat Islam.

Lagi pun, katanya, negeri ini sudah mempunyai ustaz, guru takmir dan penceramah agama yang mencukupi untuk menyampaikan kuliah agama di masjid atau surau.



JENG JENG JENG

jepun jumpa jais
jais jumpa jaik
jaik jumpa jaip
jaip jumpa jubun
jeng jeng jeng


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
hanya satu soalan:
ketika muhamad memberi ceramah di mekah dulu
siapa agaknya yang beri tauliah?
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


JANGAN LUPA 8 TUNTUTAN


D'Perbatasan

Posted: 26 Dec 2011 07:21 PM PST

D'Perbatasan


Angkatan Muda Keadilan (AMK) nafi 500 anggota keluar parti

Posted: 26 Dec 2011 06:40 PM PST

Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 42 ahli PAS masuk UMNO?

Posted: 26 Dec 2011 06:24 PM PST

Pemimpin Umno punca Melayu lemah!

Posted: 26 Dec 2011 05:55 PM PST

Enggan buka pintu bilik

Posted: 26 Dec 2011 05:46 PM PST

NFC paku terakhir keranda Umno

Posted: 26 Dec 2011 06:56 AM PST

Dari dulu hingga sekarang Umno rompak duit rakyat

Posted: 26 Dec 2011 05:59 AM PST

Bakal pengantin dicekup

Posted: 26 Dec 2011 05:40 AM PST

Tok Guru Nik Aziz pula jadi mangsa fitnah..

Posted: 26 Dec 2011 04:17 AM PST

Lagi seorang "Jantan Melayu Kawin Jantan"

Posted: 26 Dec 2011 04:13 AM PST

Menteri songlap wang zakat bayar peguam

Posted: 26 Dec 2011 02:41 AM PST

Khir Toyo, isteri masih tersenyum selepas dihukum penjara - Zuraida

Posted: 26 Dec 2011 02:31 AM PST

Kerabu Bersuara ®

Posted: 26 Dec 2011 03:49 PM PST

Kerabu Bersuara ®


AMK nafi 500 anggota keluar parti

Posted: 26 Dec 2011 06:28 AM PST

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.

Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.

"Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

"Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan," kata Jafrien.

Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

"Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional," kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.

Bersih, bebas dan mesra rakyat kunci kejayaan Pulau Pinang

Posted: 26 Dec 2011 02:51 AM PST

GEORGE TOWN, 26 DIS – Rakyat Malaysia di Pulau Pinang menyambut perayaan Krismas bersama kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan harapan pentadbiran mesra rakyat yang diamalkan dapat memastikan semua anak negeri hidup aman damai tanpa rasuah dan jenayah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, negeri pulau mutiara itu telah menikmati hasil daripada kerajaan yang bersih, bukan sahaja dibuktikan melalui pujian Ketua Audit Negara dan Transparecny International tetapi juga pelaksanaan tender terbuka dan perang melawan rasuah.

"Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan bajet kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai sejak 2008.

"Lebihan bajet ini digunakan untuk program sosial dan pemberian tunai kepada warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi dan pelajar. Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar pada 2009," katanya dalam mesej Krismas semalam.

Tambah beliau, bagi tahun depan, pendapatan minimum untuk keluarga miskin akan ditingkatkan kepada RM600 sebulan di mana kerajaan negeri akan menambah secara "top up" bagi semua keluarga yang berpendapatan kurang dari jumlah itu.

Menurutnya, usaha ini dapat membantu cita-cita kerajaan Pakatan Pulau Pinang untuk menjadi negeri pertama menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata, program pembangunan dan kemajuan sahaja tidak cukup jika tidak dilaksanakan usaha pemerintahan yang baik melalui reformasi institusi yang berasaskan kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi.

"Kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman dibenarkan di Pulau Pinang dengan usaha kerajaan negeri menyediakan Dataran Pidato yang pertama di Malaysia dan hampir setiap minggu pelbagai protes diadakan di jalan-jalan raya (yang mengkritik kerajaan negeri)," ujarnya.

Katanya, urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) telah memastikan kerajaan yang lebih sensitif kepada keperluan rakyat, mudah ditemui rakyat dan mampu menyampaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat. – Roketkini.com

Rafizi: Isu NFC tingkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan

Posted: 25 Dec 2011 10:53 PM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah satu contoh jelas penyelewengan yang dilakukan Umno- Barisan Nasional menggunakan wang rakyat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, skandal membabitkan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu bagaimanapun telah memberi peluang keemasan kepada Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
"Kami sebenarnya beruntung, NFC muncul tepat pada masanya, sebelum ini kami sentiasa berusaha membuktikan contoh penyelewengan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional.

"Tapi dengan isu ini, kami mempunyai peluang keemasan untuk meningkatkan sokongan terhadap kami. Pada kami, kes Shahrizat ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno.. rasuah, kronisma, dan politik wang," kata Rafizi.

Rafizi berkata, pemerhatian yang dijalankan setiap kali ceramah Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa pengundi, terutama di luar bandar jelas berminat mengetahui skandal itu.

"Di Kemaman (Terengganu) contohnya, kadangkala saya tidak menyebut berkenaan isu NFC ini, penduduk kecewa. Penduduk kampung terutamanya masyarakat luar bandar lebih berminat untuk memperkatakan tentang isu ini,"
"Ia merupakan isu yang berkaitan dengan mereka, isu kapal selam (Scorpene) sedikit membingungkan, tapi dengan NFC-ia melibatkan lembu-berapa banyak modal untuk menternak lembu dan bagaimana keuntungan dibuat dengan menternak lembu.

"Setiap kali kami menyebut jumlah itu, masyarakat menjadi marah," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

Kempen tolak fitnah II: Setengah juta risalah diedar

Posted: 25 Dec 2011 08:17 PM PST

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 26 Dis: KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip, risalah berkenaan sudah diedar kepada orang ramai sejak Khamis lalu di lokasi-lokasi strategik.

"Lokasi pengedaran risalah ini kita tumpukan ditempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan perhentian bas, KTM Komuter, LRT, Monorel dan mana-mana kawasan kunjungan rakyat.

"Kedai-kedai makan juga antara lokasi yang dipilih untuk mengedarkan risalah ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Penyebaran rislaah itu sebahagian usaha kepada kempen 'Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi' yang dilancarkan AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pada 28 Disember ini.

Dengan tema #bebaskanAnwar901 , ia bakal menggerakkan kempen besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari keputusan perbicaraan dibacakan, 9 Januari nanti.

Menurut Rozan, risalah penerangan itu akan dicetak dan ditambah dari semasa ke semasa jika tidak mencukupi.

"Pada mesyuarat dua hari lalu, pimpinan AMK negeri bersama sekumpulan NGO turut menyatakan persetujuan bersama menyebarkan risalah ini atas dasar memperjuang prinsip Keadilan terhadap Datuk Seri Anwar," katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut mengadakan penerangan ringkas mengenai kandungan risalah itu dalam ceramah kelompok bagi memastikan mesej sampai kepada sasaran.

"Saya sendiri memimpin penyebaran risalah di kawasan Tol dengan waktu edaran difokuskan pada awal pagi dan lewat petang dengan sasaran kepada mereka yang baru hendak pergi dan balik kerja.

"Jika adanya halangan dari Polis dan pihak tertentu ketika edaran risalah ini berlangsung, kami sudah menyediakan strategi lain untuk mengedarkannya," katanya.

Kenyataan Shahrizat dedah rasuah sebati dengan Umno

Posted: 25 Dec 2011 08:16 PM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoalkan 'siapakah pemimpin Umno yang tidak mempunyai masalah' seolah mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal dan salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Tolak BN, selamatkan wang rakyat

Posted: 25 Dec 2011 08:11 PM PST

Hakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat negara ini bersatu menolak Umno BN demi menyelamatkan wang rakyat dan harta negara dari penyelewengan.

Setiausahanya Ustaz Azhar Yahya berkata, rasuah dan penyelewengan harta negara hanya boleh dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang.

"Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang demi memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat.

"Bayangkan sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah itu digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, maka InsyAllah negara Malaysia lebih maju lagi," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Transparency International Malaysia (TI-M) bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini.

Ianya juga merupakan kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Bagi Azhar, ianya sesuatu yang memalukan lebih-lebih lagi Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC.

Kerajaan BN yang sedia ada ini pula ujarnya tidak mampu lagi menangani gejala yang semakin membarah itu walaupun cuba menggunakan pelbagai slogan menggambarkan penentangan mereka terhadap rasuah.

"Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja," katanya.

ALHUSSEYN

Posted: 26 Dec 2011 03:41 PM PST

ALHUSSEYN


Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN – V. Sivakumar

Posted: 26 Dec 2011 08:01 AM PST

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

Tetapi, kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli 'katak' untuk mereka kembali berkuasa di negeri Perak.

Tetapi rakyat Perak tidak mudah lupa. Kini mereka sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 untuk memberi satu tamparan kepada BN yang bongkak dan rakus dalam menjatuhkan kerajaan pilihan mereka.

Peristiwa-peristiwa hitam di Perak

Rakyat Perak masih ingat tentang peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di pada tahun 2009. Antara kerakusan, kezaliman dan ketamakan kuasa UMNO-BN ialah:

* Peristiwa 'lompat katak' yang menghilangkan majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Perak.

* Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang mengosongkan 3 kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

* Setiausaha Kerajaan Negeri membuat perangai dengan menghalau pimpinan Pakatan Rakyat daripada bangunan SUK Negeri Perak.

* Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dipaksa untuk meletak jawatannya walau pun beliau tidak mahu berbuat demikian kerana kaedah yang bertentangan dengan undang-undang.

* Perlantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar BN sewaktu Nizar masih sah sebagai Menteri Besar dan tidak dilakukan melalui undi tidak percaya mengikut proses undang-undang.

* Perlantikan Penasihat Undang-undang Negeri untuk mewakili Speaker di Mahkamah walau pun Speaker tidak mahu pegawai itu mewakilinya. Tujuannya adalah untuk menghalang Speaker melantik peguamnya sendiri.

* Menghalang Speaker daripada mengadakan sidang DUN untuk menyelesaikan krisis politik negeri Perak. Alasan diberi bahawa Speaker tidak ada kuasa memanggil dewan bersidang sedangkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak memberi kuasa itu kepada Speaker.

* Tidak mengakui keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan yang menggantung Zambry selama 18 bulan dan 6 orang EXCO lain selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN.

* Mengunakan ratusan polis, FRU dan samseng untuk menghalang ADUN-ADUN memasuki bangunan SUK untuk bersidang pada 3 Mac 2009.

* Peristiwa persidangan bawah pokok yang menjadi kemuncak akibat kejahatan BN menghalang Speaker menjalankan kewajipannya.

* Perbuatan memecahkan plak pokok demokrasi oleh manusia-manusia yang tidak bermoral.

* Peristiwa Persidangan 7 Mei yang memalukan Perak dan Malaysia apabila berpuluh-puluh orang anggota polis menceroboh memasuki DUN Perak untuk mengusung keluar Speaker dan menguncinya dalam sebuah bilik stor.

* Kekecohan yang berlaku dalam DUN kerana melantik Datuk Ganesan sebagai Speaker dengan cara yang jijik dan tidak sah.

* Semua keputusan-keputusan mahkamah dalam kes Menteri Besar, Speaker dan Ketua Kampung berpihak kepada BN walau pun ramai pakar Perlembagaan tidak bersetuju dengan keputusan-keputusan itu.

* Pengakuan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi baru-baru ini bahawa beliau tidak terlibat dalam melantik panel-panel hakim dalam semua kes-kes negeri Perak walau pun itu adalah keperluan mandatori mengikut peruntukan undang-undang.

* Mahkamah Tinggi sebenarnya telah membuat keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah tetapi kemudian keputusan itu diubah semula pada keesokan harinya.

* Peristiwa merampas jubah dan songkok Speaker di bangunan SUK dengan menggunakan kekerasan anggota polis.

* DUN disalahgunakan oleh BN dengan cara menutup mikrofon dan pembsar suara, tidak memberi peluang kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk berbahas, tidak menjawab soalan-soalan lisan dan bertulis, masa persidangan yang terlalu singkat, pihak media diletakkan dalam bilik galeri, tidak membenarkan rakaman audio dan video, berpuluh-puluh anggota polis mengawal persidangan dan macam-macam lagi.

* Bajet Negeri Perak diluluskan dalam 20 minit tanpa perbahasan.

* Pelbagai laporan polis dan SPRM dibuat terhadap Speaker untuk mengertak dan mengugut Speaker daripada menjalankan tugasnya .

Rakyat akan mengajar UMNO-BN

Semua peristiwa-peristiwa ini masih jernih dalam ingatan rakyat Perak. BN telah melakukan kesilapan besar dengan mengandaikan bahawa rakyat kita mudah lupa.

Oleh itu, mereka telah menggunakan SPR, SPRM, mahkamah, polis, media, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri untuk merampas kerajaan rakyat secara tidak sah.

Tetapi, rakyat Perak tidak akan memaafkan BN kerana menggunakan segala bentuk kekerasan dan taktik kotor untuk rampas satu kerajaan yang diberi kuasa oleh mereka.

Oleh yang demikian, BN haruslah bersedia untuk menerima tamparan rakyat dalam PRU13, bukan sahaja di negeri Perak, malah kesan limpahan juga akan dirasakan di peringkat persekutuan. – Roketkini.com

Penulis adalah Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Tronoh. Beliau juga adalah Speaker DUN Perak yang sah yang telah dikasari, dihina dan dimalukan oleh pimpinan UMNO-BN

Istimewanya Hasan Ali – Takbirnya 3 R

Posted: 26 Dec 2011 02:33 AM PST


Begitu mudah dan bergaya sekali bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan .

Beliau memberi alasan pelik diatas sikap keterlanjurannya itu dengan berkata,

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terpaksa menyuarakan pandangan sebahagian besar penyokong PAS tentang butir-butir teknikal - bukan dasar - mengenai negara kebajikan.

Beliau juga kelihatan masih bertegas dengan perangai Umnonya kalau kita teliti dibahagian akhir laporan Malaysiakini

Hasan menambah beliau secara peribadi lebih suka istilah "negara Islam" daripada "negara kebajikan".
Klik di sini

Namun Hasan hingga kini gagal memperincikan apakah butiran teknikal tersebut yang beliau maksudkan. Hasan perlu jelaskan apa sebenarnya perkara yang terbuku dalam sanubarinya mengenai 'Negara Kebajikan' yang ditaja oleh PAS.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibahnya.Walaupun Hasan telah memohon maaf, tetapi dia perlu menerima hukuman yang setimpal dengan keterlanjurannya itu.

Satu Malaysia melalui slot Buletin Utama TV3, telah menyaksikan Hasan Ali yang menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

Kenyataan Hasan berkenaan 'Negara Kebajikan' itu saling tidak tumpah seperti apa yang pernah dan sering disuarakan oleh Umno/BN.

Saya nak pinjam kata-kata Nasrudin Hassan at-Tantawi , "Mengada-ngada betullah Hasan Ali ini!

Hasan juga gemar dengan penggunaan istilah yang sering digunakan Umno/BN iaitu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) . Apakah itu secara kebetulan ? Inilah istimewanya Hasan Ali - bila dia bersuara, kita semua akan terdengar suara Umno? Perasan tak?

SIASAH

Posted: 26 Dec 2011 03:21 PM PST

SIASAH


Isu qazaf, Yusri jawab tuduhan Wadah

Posted: 25 Dec 2011 08:01 PM PST

Oleh YUSRI MOHAMAD

Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada Prof Datuk Dr Sidek Baba tentang kenyataan media Wadah (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) bertarikh 19 Disember 2011 tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu qazaf yang mengheret nama kami berdua.

Secara tidak langsung, kenyataan ini menggambarkan bahawa seolah-olah kami berdua terlibat dalam melakukan jenayah qazaf, tidak menghormati syarak dan melanggar hukum syarak dalam isu ini. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang berat. Saya belum sempat untuk membuat respons penuh kerana sedang bermusafir.

Saya keberatan juga untuk memberi respons tetapi jika saya berdiam sahaja nanti ada yang menyimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah yang benar tanpa menyelidik lebih lanjut.

Apabila pimpinan Wadah memilih untuk tiba-tiba membuat kenyataan secara terbuka maka terpaksalah penjelasan juga dibuat secara terbuka.

Untuk rekod, sebagai bekas pimpinan tinggi Abim, saya sudah cuba dan beberapa kali menawarkan untuk membincangkan isu ini dalam organisasi secara keluarga dan tertutup tetapi kurang sambutan terutamanya di pihak pimpinan Wadah.

Respons ringkasnya dahulu, saya berpandangan bahawa pimpinan Wadah sudah tersasar dalam memahami hukum qazaf dalam syariah Islam dalam kes Anwar-Mohd Saiful Bukhari Azlan ini.

Mereka harus mengkaji semula dan merujuk balik kepada pakar-pakar syariah yang khusus dalam bidang ini. Janganlah kasih atau benci kita terhadap mana-mana orang atau kumpulan menghalang kita bersikap objektif dan berlaku adil.

Soal utamanya, adakah kes Anwar-Saiful suatu kes tuduhan zina/liwat biasa? Atau adakah ia kes seorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa zina/liwat yang melibatkan paksaan?

Adalah jelas jika dilihat secara objektif bahawa ini bukan kes tuduhan zina/liwat daripada pihak ketiga terhadap mereka. Peguam negara hanya mewakili Saiful yg mendakwa sebagai mangsa. Jadi ini jelas bukan kes zina/liwat yang hanya boleh dibuktikan dengan empat orang saksi.

Kes ini lebih sesuai dikategorikan sebagai dakwaan rogol atau lebih tepatnya sebanding dengan kes-kes sumbang mahram atau gangguan seks oleh majikan di tempat kerja. Dalam kes-kes sebegini, beban buktinya dalam Islam tidak sama dengan dakwaan zina/liwat. Bukan empat orang saksi. Bukan. Bukan.

Kalau masih dituntut empat orang saksi ke atas seseorang yang mendakwa dirogol, atau jadi mangsa sumbang mahram ataupun gangguan seks di tempat kerja maka bayangkan akan mampukah mana-mana mangsa kes-kes tersebut mendapat pembelaan dan keadilan? Zalimlah Islam dan syariah Islam! Sukar sangatkah untuk memahami hal ini?

Maka Anwar (dan Wadah?), dalam kes Saiful, tidak boleh berselindung di sebalik hukum empat orang saksi atau di sebalik hukum qazaf. Mahkamah harus memberi peluang kepada Saiful untuk membentangkan apa-apa bukti lain yang diiktiraf syarak dalam kategori bayyinah atau qarinah kalaupun bukan saksi mata (syahadah).

Itulah intipati sikap saya dalam hal ini. Apabila balik nanti saya akan berbincang lebih lanjut dengan Cikgu Sidek tentang apakah langkah susulan yang perlu diambil. Kalau ada dan kalau mahu.

Sebenarnya saya dan saya yakin Cikgu Sidek banyak tugas dan tumpuan lain dan saya yakin sepatutnya Wadah juga banyak tugas dan tumpuan lain di gelanggang dakwah di Malaysia yang begitu luas.

Sampai bilakah dakwah Islamiyyah, umat Islam dan organisasi Islam di Malaysia hendak terlalu tertumpu, terheret dan terikat dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Saya yakin bahawa kita semua tahu bahawa Islam, dakwahnya dan umatnya adalah lebih besar dan lebih tinggi daripada mana-mana individu, organisasi atau kumpulan.

Wallahu a'lam.

Dr Yusri Mohamad ialah pengerusi Yayasan Sofa dan gabungan Persatuan-Persatuan Pembela Islam (Pembela).

Biaqpila

Posted: 26 Dec 2011 03:18 PM PST

Biaqpila


BAKAL PENGANTIN KENA CEKUP

Posted: 26 Dec 2011 04:00 AM PST



LEDANG – "Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan."

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.

"Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).

"Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain," katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.

Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

"Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini," katanya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.

"PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan" katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Siapa pula selepas Khir Toyo?

Posted: 26 Dec 2011 02:00 AM PST


KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau.

"Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi DPP Malaysia, katanya isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara, lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini.

Katanya, rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah.

Beliau menambah, pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

"Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik," ujarnya.

Katanya, kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata, DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini, tambahnya telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat yang mana pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan.

Untuk itu, ujarnya DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Katanya, kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

"Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?" tanya beliau.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Penuntut UITM Rentung

Posted: 25 Dec 2011 11:00 PM PST



KUALA LIPIS - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan jurusan Perakaunan, rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Mangsa dipercayai cuba mengawal kenderaan, tetapi gagal mengakibatkan kereta Saga BLM itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Honda yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu.

"Akibat pelanggaran itu, kereta Saga BLM mangsa terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

"Dalam pada itu, pemandu kereta jenis Honda, Mohd Zin Kasim berusaha mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, beserta dua cucu, Mohd Fahmi Dannial, 4, dan Mohd Farhan Darwiz, 10 bulan dari kereta yang mereka naiki," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Razak berkata, sejurus mereka berjaya keluar dari kereta berkenaan, kenderaan berkenaan turut terbakar.

"Walaupun pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan berjaya menyelamatkan diri, tetapi Mohd Farhan Darwiz, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat pakar forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri bagi mengenal pasti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa telah terbakar dalam kemala­ngan berkenaan.

"Pihak forensik berjaya menimbulkan nombor enjin dan casis kereta yang terbakar. Mengikut semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta berkenaan didaftarkan di atas nama Jasman Bagiman yang juga Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

"Beliau sendiri telah sampai ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat bagi urusan mengecam mayat melalui jam tangan dan sedikit dokumen yang tidak terbakar serta telah menuntut jenazah," katanya.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

Posted: 25 Dec 2011 05:00 PM PST

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.Hantu Kak Limah minta tolongMenurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri."Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.Diganggu selepas bawa balik papan"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis."Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.Imam nasihat buat solat HajatSementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
Published with Blogger-droid v1.7.4

DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Dec 2011 03:10 PM PST

DUNIACACAMARBA


Status Bertunang, Sudah Tidur Sebilik

Posted: 26 Dec 2011 06:50 AM PST


Saya petik:

[SH] LEDANG – "Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan."

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.

"Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).

"Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain," katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.

Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

"Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini," katanya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.

"PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan" katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Alat Kelamin Putus Digigit Tikus

Posted: 25 Dec 2011 04:30 PM PST


Saya  petik:
[Bernama] NEW DELHI -- Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

 "Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
  
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Sabtu lepas, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Dis lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. 



P/s: Boleh bayangkan tahap kebersihan hospital di sana?






Muslimeen United

Posted: 26 Dec 2011 01:34 PM PST

Muslimeen United


Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang?

Posted: 26 Dec 2011 07:28 AM PST

BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

"Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13," katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

"Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

"Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu," ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik. -Hrkh

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 26 Dec 2011 01:32 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


RASUAH - MALAYSIA SUDAH TEROK

Posted: 25 Dec 2011 03:31 PM PST

NAK KAYA DAN MEWAH JADILAH PEMIMPIM UMNO

Posted: 25 Dec 2011 01:51 AM PST

AdukaTaruna

Posted: 26 Dec 2011 11:44 AM PST

AdukaTaruna


Falsafah gua mempolitikkan budak sekolah / bayi

Posted: 26 Dec 2011 01:01 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Dalam Islam politik sebahagian dari Islam itu sendiri. Tak boleh suku2, asing2. Banyak perkara dalam Islam perlu diperjuangkan melalui politik. Termasuk budak sekolah dan bayi.

Masalahnya, apa terjadi seandainya budak sekolah dan bayi dipergunakan pihak2 yang cemas mempertahankan kuasa dan wang ringgit? Sehingga memudaratkan kelompok itu? Kita kembali kepada asasnya. Yakni :


Acara tidak boleh diharamkan, kecuali segala SOP yang diambil, dicuba, tetap membawa lebih banyak perkara buruk dari baik.

Cadangan SOPnya :

1. Jika hak budak sekolah / bayi perlu diperjuangkan melalui politik, maka, yang hadir dalam acara politik itu secara fizikal ialah penjaganya. Menuntut hak / idea anak2 sekolahnya.

2. Jika perjuangan melalui politik itu memerlukan sehingga budak sekolah / bayi itu hadir secara fizikal, maka ianya wajib disertai oleh penjaganya. Juga secara fizikal.

3. Budak sekolah / bayi tidak boleh digunakan secara fizikal mewakili mana2 pertubuhan, tanpa kehadiran fizikal penjaganya.

4. Budak sekolah / bayi boleh memasuki perjuangan hak mereka melalui politik tanpa kehadiran fizikal diri mereka, mahupun penjaga mereka, hanya melalui medium hujah penulisan (kalau bayi bleh menulis, silalah. Medium hujah seperti temuramah / wawancara / debat / etc dianggap fizikal.

[2]
Wahyu datang melalui peristiwa. Teknologi datang melalui masalah. Masalah makanan busuk baru dapat teknologi peti sejuk. N3 gua kebanyakan muncul melalui peristiwa.

Pasal apa gua nak citer falsafah atau stand gua bab politik kanak2 / bayi? Sebab gambar yang akan gua tampal diakhir ini.

Gambar itu bukanlah termasuk dalam tajuk [1] di atas. Tapi sebab bini gua dan adik2 ipar gua ke sekolah bagi menguruskan persekolahan ipar gua yang settle PMR baru-baru ni. Gua jadi pengasuh la.

Then, keadaan mengkehendaki gua turut sama2 memberikan solidariti perjuangan rakyat di Kelantan. Maka, dengan terpaksanya, bukan atas stand politik, gua membawa anak gua tu. Sampai di sana, jumpa SB yang ambil Intelligent gua kes hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos.

Bertanya khabar, dan dia hadiah anak gua RM10 sambil menasihati gua supaya jangan babitkan anak gua, dan anak gua terlalu kecil untuk dibawa ke luar. Skang ni musim demam. Kena sayang zuriat kita. Gua faham hujah dia, dan lepak dengan dia dalam balai bersama sorang lagi SB. Tukar2 idealogi secara pro.


Pertamanya gua bawa bukan atas stand politik. Tapi atas stand takda orang nak jaga. Masa bini gua mengandung lagi Dayat ingatkan gua, satu hari nanti, Allah akan uji gua pilih antara perjuangan dengan anak bini. Bermula dengan sekecil2 seperti ini. Dia pernah berhadapan dengan tarikh BERSIH dengan keperluan anak demam. Kecil untuk orang kecil. Besar untuk orang besar berhadapan antara penjara dengan anak bini, misalnya.

Secara umurnya, memang anak gua masih kecil. Ini perbandingan anak jiran depan gua. Umur 9 bulan lebih. Berat 7kg++. Berdiri memerlukan sokongan. Anak gua 55 hari. Berat 5kg. Boleh juga berdiri dengan sokongan. Cuma time ambil gambar ni anak gua moody. Pempes penuh kot. Hahaha. Gua ada video anak gua berjalan dengan sokongan 3-4 langkah ketika umur 47 hari. Cuma untuk upload semata2 N3 ni, mcm jobo plak. Huhu..

Gua tak paksa lu setuju pun fahaman gua. Fahaman berlawanan dengan gua itu pun bermotifkan mencari yang terbaik untuk si anak2. Tapi idealogi gua, setakat ke balai polis, no prob rasanya. Lainlah kalau tempat padat. Lebih berisiko jangkitan. Wallahualam.

Video : Kelantan mohon petronas daratkan gas dan minyak Kelantan di Kelantan

Posted: 25 Dec 2011 10:01 PM PST

Sumber : http://youtu.be/omYkzDIrXmM



Bangkitlah anak muda Kelantan. Gua akan menyusup melalui medium bola sepak. Anak gua kan Mykid '03'.

Penerangan : Kita Semua Adalah ketua (Leaderless Movement) ABU

Posted: 25 Dec 2011 09:15 PM PST

Oleh : TheYellow Boutique

Wa mendapati dari respond sebelum ini, kebanyakan kita masih kurang infomasi.Jadi wa mulakan balik penerangan tentang konsep dan method ABU yang wa ingin cadangkan.

Artikel Sebelum
1stAnda Juga Mampu Menyelamatkan Negara
2ndTugas Selamatkan Negara Adalah Tentang Anda
3rdSelamatkan Lokal Anda, Barulah Terselamat Negara

Leaderless Movement adalah satu cara untuk mengatur sebilangan besar individu yang berjuang menentang musuh, biasanya kerajaan yang terlampau lama berkuasa.

Leaderless Movement diorganisasikan oleh individu bebas atau kumpulan kecil yang dipanggil sel-sel. Satu kumpulan tertentu mungkin mempunyai seorang pemimpin di dalamnya, tetapi tidak ada pemimpin yang mengarahkan lebih daripada satu kumpulan.

Organisasi konvensional, seperti kebanyakan tentera, kerajaan, parti-parti politik, dan syarikat-syarikat, mempunyai struktur yang sangat berbeza. Ia adalah struktur hierarki. Dalam organisasi konvensional, orang-orang yang melakukan kebanyakan kerja selalunya adalah orang yang berada di bawah hierarki. Pembiayaan dan arahan datang dari beberapa orang pemimpin yang berada di atas. Kerana arahan berpusat dan kawalan, organisasi konvensional boleh dimanipulasi, atau dimusnahkan, dengan hanya mempengaruhi, mengawal atau memusnahkan pemimpin di atas

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan ini dibiayai, dilatih oleh mereka sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membuat penentangan(consenseus). Keputusan mereka berdasarkan matlamat penentangan mereka yang difahami dengan baik, dan apa jua maklumat risikan yang dikumpul.

Leaderless Movement bukan pergerakan rahsia

Jika ia melakukan perkara-perkara yang tidak popular, seperti Terrorism, ia perlu merahsiakan pertubuhannya.Tetapi jika ia melakukan perkara yang popular, seperti menentang kerajaan yang menindas, maka ia tidak perlu berahsia, dan boleh mendapat pertambahan ahli dan menjadi lebih kuat dengan bertindak secara terbuka.

Revolusi Amerika sebagai "Leaderless Movement"

Leaderless Movement tidak semestinya strategi terakhir. Sebagai contoh, perjuangan penjajah menentang British semasa era revolusi Amerika mengandungi komponen Leaderless Movement dari awal.Sebagai contoh ketika ia bermula, gerakan revolusi Amerika memiliki dua jenis pergerakan contohnya:-

"Committees of Correspondence"- mengumpul dan mengedarkan maklumat risikan melalui surat kepada kumpulan-kumpulan lain dalam pergerakan. Maklumat risikan ini terdiri daripada maklumat tentang aktiviti British, termasuk undang-undang yang diluluskan di England yang memberi kesan kepada negara-negara jajahan, dan idea-idea dan berita tentang aktiviti-aktiviti pergerakan.

"Sons of Liberty" - telah menggunakan maklumat ini untuk merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan penentangan, termasuk protes dan sabotaj. Satu contoh yang terkenal ini adalah Parti Teh Boston.

Penentangan revolusi amerika meningkat dari segi saiz dan kekuatan. Akhirnya ia cukup kuat untuk menyokong komponen hierarki konvensional, termasuk tentera dengan General George Washington sebagai pemimpin.

Kelebihan "Leaderless Movement"

Kelebihan utama "Leaderless Movement" ialah sangat sukar bagi musuh untuk menggunakan kaedah COINTELPRO satu cara menyusup dan mengawal. Ia adalah lebih sukar untuk menghentikan tentangan "Leaderless Movement" daripada menghentikan tentangan organisasi konvensional dengan bilangan orang dan method yang sama. Ini adalah kerana:

Sesuatu organisasi konvensional boleh dikawal dengan mengawal beberapa orang sahaja pemimpin bahagian atas yang berkuasa memberi arahan dan mengagihkan pembiayaan.Kaedah pembunuhan, rasuah, pengugutan, dan lain-lain kaedah kawalan, boleh diaplikasikan kepada beberapa orang penting dalam organisasi konvensional lalu merasakan organisasi dari dalam.

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan individu dibiayai sendiri, terlatih sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membantu penentangan. Jadi, menghentikan "Leaderless Movement" bermakna menghentikan kebanyakan individu atau kumpulan yang boleh jadi sangat besar jumlahnya.

Kelemahan "Leaderless Movement"

"Leaderless Movement" mempunyai kelemahan. Yang utama ialah komunikasi. Ahli-ahli "Leaderless Movement" perlu untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti mereka dan aktiviti-aktiviti musuh dengan berkesan . Mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan orang ramai yang berpotensi untuk menyertai penentangan. "Leaderless Movement" modern boleh melakukan ini dengan laman web Internet, e-mel, telefon, surat pos, dan liputan oleh media berita.Namun ini tetap boleh dipatahkan dengan mudah oleh pihak berkuasa.

"No Mercy For Corruptor"
     Anonymous ABU


shalehudin

Posted: 26 Dec 2011 11:30 AM PST

shalehudin


Bangsa UMNO wajib baca artikel nih...

Posted: 26 Dec 2011 11:15 AM PST

Mestikah kita berterima kasih kepada perompak yang merompak kita?

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu 'mengenang budi' sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi. Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah 'kelompong'. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang 'kelompong' giginya.

Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya di negara ini.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang menulis email kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.

Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya ini lah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang di hina dengan tiada perinya ini.

Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. 'Attribute' dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu 'un Malay'. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.

Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai excise serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.

Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita cukai pendapatan di kutip dari semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.

Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.

Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mula lah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampai lah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.

UMNO terus memaki hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat di tinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.

Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.

Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu di berikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.

Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalty minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.

UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.

Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.

Oleh kerana salah laku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?

Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salah laku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.

Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.

Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.

Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah di upah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.

Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.

Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.

Rakyat tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat 'mengharapkan pagar, pagar makan padi'.

Bangang sangat la sesapa yang tak nampak...

Posted: 26 Dec 2011 07:00 AM PST

Pengajaran Dari Kes Khir Toyo


WALAU apa tanggapan penulis mengenai kes yang melibatkan Khir Toyo semalam, itu tidak sepatutnya menyekat semua pimpinan Pakatan Rakyat yang memegang kuasa tampuk pemerintahan kerajaan negeri untuk belajar sesuatu daripadanya.

Keputusan Hakim semalam (sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah yang lebih tinggi) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin kerajaan tidak boleh mengadakan apa-apa transaksi dengan kenalan atau yang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan yang dipimpin atau mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.

Jika mahu membeli harta sekalipun, gunalah saluran yang sah seperti melantik agen hartanah dan sebagainya serta elakkan daripada berhubung terus dengan pembeli dalam apa keadaan sekalipun.

Disamping itu, elakkan juga membeli aset yang berada dibawah nilai pasaran semasa (walaupun pembeli tidak kisah dengan perkara tersebut).

Politik tidak mengenal kawan dan lawan. Bila segala kuasa yang ada sudah hilang, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan walaupun dalam kes ini Datuk Shamsudin Diman (saksi utama pendakwa) bukanlah orang yang mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan dia dipaksa menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo dengan harga yang murah.

Sebaliknya, semua bermula bila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan kepada SPRM berkenaan nilai rumah Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. SPRM gagal menemui bukti yang mengesahkan rumah tersebut adalah seperti nilai yang dikatakan tapi menemui bukti lain yang membawa kepada perbicaraan yang berakhir semalam.

Itu juga bermaksud, memiliki rumah yang besar, seluas padang bola sekalipun tidak ada masalah kepada SPRM, asal saja proses pemilikan itu tidak ada sebarang keraguan.

Keputusan hakim dalam kes ini, meletakkan pemimpin kerajaan negeri sekarang ini sudah mencapai tahap seperti hakim yang tidak boleh mempunyai kawan melainkan dikalangan mereka sahaja. Sukar penulis nak bayangkan bagaimana ini boleh dilakukan dalam situasi sebagai pemimpin politik. Sebagai orang politik memang kita perlu bercampur dengan ramai kalau tidak semua orang.

Bagaimanapun, belum terlambat untuk semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat memeriksa kembali sebarang transaksi yang telah dibuat sepanjang dilantik memegang jawatan tersebut. Kalau ada yang serupa atau hampir sama seperti kes Khir Toyo maka belum terlambat untuk membuat pembetulan kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku dimasa depan.

Walau pun begitu, penulis masih berpendapat ada banyak alasan penghakiman Datuk Mokhtarudin Baki yang menyebabkan kes ini cacat dengan sendirinya dan hanya membuka peluang kepada proses rayuan nanti untuk menyebelahi Khir Toyo.

Itu yang dikatakan wujudnya tangan-tangan ghaib yang terlibat. Seperti mana semalam, penulis yakin keadaan ini hanya sementara bagi mengurangkan kecaman ke atas sistem kehakiman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya nanti. Khir Toyo sendiri nampaknya mengakui hal ini apabila menetapkan 9hb Januari sebagai tarikh untuk menentukan masa depannya dalam politik.

Tidakkah semua ini kelihatannya terlalu ketara pada kita?

Rambut Rosmah tak cukup kembang... kahkahkah...

Posted: 26 Dec 2011 05:00 AM PST

Deepak rakan Rosmah tinggalkan pasaran saham sebab Dr M tidak senang

Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Deepak Jaikishan yang dipopularkan oleh tuduhan 'toy boy' Rosmah Mansor telah membuat kejutan dengan menjual kepentingan beliau dalam syarikat yang ingin memasuki bidang minyak dan gas- Envair Holding Bhd.

Tindakan beliau yang secara tiba-tiba itu setelah meyakinkan ramai pihak bahawa beliau mahu terlibat dengan syarikat itu untuk jangkamasa yang lama mengundang spekulasi bahawa mungkin ada orang di peringkat tertinggi UMNO yang tidak menyenangi penglibatan keluarga Najib dalam sektor minyak dan gas daripada firma petroleum negara Petronas.

"Ada desas desus mengatakan bahawa Mahathir tidak senang dengan perkembangan itu. Pertamanya, beliau tidak mahu berkongsi faedah yang diperolehi daripada Petronas dan juga, orang-orang Mahathir mengatakan bahawa beliau idak layak mendapat kontrak kerajaan daripada Petronas," seorang pengurus pelaburan daripada firma saham tempatan memberitahu Malaysia Chronicle.

Berjanji akan kekal untuk jangkamasa yang lama

Keluarga bekas-bekas PM; Mahathir dan Abdullah Badawi masing-masing terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi dengan kontrak daripada Petronas memberi hasil terbesar buat kedua-dua firma tersebut. Memandangkan indeks rasuah Malaysia sudahpun semakin teruk, kemasukkan Najib ke dalam sektor minyak dan gas melalui Deepak adalah sesuatu amat dicurigai.

Kemasukkan Deepak ke dalam sektor korporat Malaysia juga mencurigakan memandangkan ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia juga akan membawa skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan rasuah pembelian kapal selam Scorpenes ke dalam dunia korporat Malaysia. Najib, Rosmah dan Deepak yang telah dikaitkan dengan pembunuhan itu telah menepis tuduhan mengenai penglibatan mereka.

Saya telah, dengan mengumumkan kepentingan saya dalam Envair membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada perusahaan ini (minyak dan gas) dan untuk beberapa bulan lagi dengan bergabung tenaga akan mengembangkannya," beritahu Deepak kepada sidang media awal bulan ini.

"Saya berhasrat menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah syarikat ini dan pengurusan. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan berharap akan membinanya di hari-hari yang mendatang.

Menghasilkan penapis udara dan air, Envair telah pada bulan lepas memasuki sektor minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen memperoleh diesel dan produk hasil minyak dan gas yang lain.

Envair juga telah meyakinkan pelabur bahawa ia boleh membekalkan 2 juta tong minyak mentah untuk 60 bulan kepada syarikat di negera Cina, An Hong Shenzhen.

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada pengunduran Deepak juga menguburkan cita-cita ini.

Keuntungan RM 750 000 sudah memadai untuk Deepak?

Perkembangan ini telah menurunkan saham Envair, yang menjadi penurunan paling sengit mereka dalam jangkamasa lebih sebulan dengan kejatuhan lebih daripada 15 % kepada 26.5 sen pada hari Khamis. Ini merupakan hari keempat berturut-turut ia jatuh. Ia telah didagangkan kepada 39.5 sen pada awal minggu ini.

Jumlah dagangan envair juga berkurang secara signifikan menjadikan ia sukar untuk peniaga meninggalkan belian mereka tanpa mendapat kerugian. Pada minggu ini, jumlah dagangan adalah 12.5 juta saham, lebih 60% rendah daripada purata 31.44 juta saham sebelum ini.

Dokumen di Bursa Malaysia menunjukkan bahawa pada hari Rabu, Deepak telah menjual 6 juta sahamnya pada 14 Disember di pasaran terbuka. Pada hari itu, saham Envair didagangkan pada 34.5 sen dan 38 sen. Deepak tidak memberi penjelasan kepada Bursa Malaysia mengapa beliau menjual sahamnya. Ini bermaksud Deepak boleh menjana 56 % ROI (pulangan kepada pelaburan) atau minimum RM750 000.

"Untuk seseorang seperti Deepak, RM 750 000 adalah jumlah yang sedikit. Adalah mustahil beliau memasuki dunia itu, membuat bising mengenainya dan bersetuju untuk keuntungan yang begitu kecil jumlahnya." Kata pengurus pelaburan itu lagi.

Deepak telah membeli 6 juta saham pada 2 Disember untuk RM 1.32 juta atau 22 sen seunit dan mengumumkan bahawa beliau akan menambah kepentingan beliau kepada lebih 10 %.

Sememangnya beliau diketahui mempunyai harta yang banyak untuk bergaul dengan orang seperti Rosmah. Deepak mengurus sebuah kedai karpet milik keluarganya di Kuala Lumpur dan beliau juga dituduh cuba memberi rasuah RM5 juta kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes Altantuya dan Scorpenes.

Kemasukkan anak Najib Nazifuddin dalam Harvest

Menurut Business Times, Deepak bukanlan pelabur pertama yang membeli sejumlah besar saham dalam Envair dan menjualnya tidak lama selepas itu. Pada 1 November, seorang warga negara Cina, Jiang Chuan Yi telah membeli 6.75 % kepentingan dalam syarikat itu dan kemudiannya menjualnya 3 minggu selepas itu.

Usaha Deepak dalam Envair telah mendapat kritikan apabila saham-saham lemah yang lain yang berkaitan keluarga Najib- Harvest Court Industries Bhd. spekulasi bahawa Harvest dan Envair adalah semata-mata mendapatkan keuntungan peribadi atau membina dana untuk pilihanraya yang dijangka akan dilakukan Najib pada awal 2012.

Saham dalam Harvest telah naik kepada yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita yang anak Najib Nazifuddin telah memasuki lembaga pengarah firma itu. Dalam kekecohan itu, Nazifuddin telah berundur daripada Harvest tetapi berjanji bahawa beliau akan terus berpegang kepada sahamnya untuk jangkamasa lama. Sama juga seperti yang dilakukan oleh Deepak pada Envair!

Malaysia Chronicle

Ada sesapa dari bangsa UMNO boleh jawab ni...

Posted: 26 Dec 2011 03:00 AM PST

Pernahkah Pemimpin Umno Memohon Maaf Kepada Orag Melayu ?


Pada 19 November 2007, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat kenyataan akhbar (rujuk New Straits Times 20 Disember 2007) bahawa usaha sedang ditumpukan untuk meneruskan DEB bagi meningkat ekuiti bumiputera daripada 2.4% kepada 30% yang disasarkan pada tahun 2020.
Pendedahan kedudukan ekuiti bumiputera pada ketika itu amat memeranjatkan saya. Takkan selepas 50 tahun, parti UMNO sebagai peneraju kerajaan dan penggubal dasar hanya mampu pencapaian 2.4% untuk bangsa yang mendokong perjuangannya?
Saya tidak persoalkan kemampuan Dato Seri Najib yang sekarang sebagai PM Malaysia mencapai matlamat 30% itu melalui dasar-dasar transformasi, GTP, ETP, NKRA, MBE dan bermacam-macam lagi yang telah dilancarkan. Tahun 2020 adalah tahun sasaran mencapai taraf negara maju bukan tahun sasaran mencapai matlamat akhir DEB.

Tahun sasaran DEB ialah pada 1990 bukan tahun 2020.

DEB dilancarkan ayah Najib pada 1971. DEB merupakan dasar ekonomi jangka panjang pertama negara (1972-1990) yang merangkumi 4 rancangan Malaysia. Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua berakhir dalam Rancangan Malaysia Kelima. Sasaran serampang dua mata DEB:

1. Membasmi Kemiskinan tanpa mengira kaum dan,
2. Menysusn Semula Masyarakat Untuk Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi

Matlamat akhir pada tahun 1990 ialah mencapai 30% saham atau ekuiti kekayaan negara dimiliki kaum bumiputera!

Falsafah disebalik dasar yang diilham Tun Razak ialah membesarkan kek ekonomi dimana ini membolehkan penambahan saham bumiputera dilakukan tanpa perlu mengambil hak kaum-kaum bukan bumiputera dan warga asing.

Tun Razak meninggal dunia sebelum Rancangan Malaysia Kedua berakhir. Tun Hussien Onn yang menggantikannya meneruskan DEB. Hussien berundur pada penghujung Rancangan Malaysia Kedua. Tanggungjawap menentukan kejayaan DEB diteruskan Tun Mahathir untuk tempuh dua rancangan Malaysia berikutnya (RM3 dan RM4).

Ekonomi Malaysia begitu rancak semasa Tun Mahathir menjadi PM. Perindustrian berkembang dengan pesat. Kilang-kilang pembinaan menjadi penyumbang utama kepada KDNK. Malangnya tumpuan merealisasikan DEB hanya tertumpu kepada mencipta beberapa kerat Melayu menjadi bilioner.

Dr Mahathir adalah seorang pemikir Melayu yang menulis THE MALAY DILEMMA pada tahun 1970. Mahathir tahu kelemahan dan kedaifan sikap bangsa Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi. Malang sekali, 9 tahun terakhir tempuh DEB, the final thrust, tidak ditumpukan kepada soal ekonomi bumiputera sebaliknya tertumpu kepada soal mengekalkan kuasa politiknya.

Tanggungjawap ekonomi termasuk urusan bumiputera dan DEB diserah hampir sepenuhnya kepada budi bicara Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menggunakan segala kesempatan dan kemudahan daripada kerajaan untuk memperkayakan kroni dan kawan-kawannya.

DEB gagal mencapai sasaran. Kerancakan ekonomi negara seperti diharapkan tidak meleleh (trickle effect)kepada kaum bumiputera. Kemiskinan terus menghimpit rakyat, terutama kaum bumiputera dan kaum India. Dr Mahathir tidak pernah mendedahkan kenapa DEB gagal mencapai matlamatnya pada 1990.

Tun Mahathir pernah berkata bangsa Melayu "haprak" sewaktu beliau berucap kali terakhir sebagai presiden UMNO pada tahun 2003. Pada tahun sebelumnya Tun Mahathir berkata "Melayu Mudah Lupa".

Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah meminta maaf kepada orang Melayu dan kaum bumiputera diatas kegagalan DEB!

Kenapa pemimpin UMNO tidak pernah rasa bersalah diatas kegagalan mereka?

Sama-sama kita renungkan...

Menteri jaga Agama didakwa cacamarba... haha...

Posted: 26 Dec 2011 01:30 AM PST

Menteri Agama Songlap Wang Zakat

Oleh : MalaysiaTribune

KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu, lapor Malaysiakini semalam.

Jumlah itu hanya dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen – Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.

Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit.

Tak habih-habih hampa ni ngan misteri...

Posted: 26 Dec 2011 12:00 AM PST

Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa

Fathi Aris Omar
Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.

Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.

Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.

Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!

Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.

Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.

Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.

Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.

Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.

Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?

Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?

Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.

Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.

Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.

(ii)

Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'.

Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam.

Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'.

Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam.

Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti!

Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang.

PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno.

Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu.

Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam.

Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu.

Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R.

(iii)

Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan?

Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia.

Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelumUtusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan.

Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain).

Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'?

Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka?

Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai?

Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti.

Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media.

PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Posted: 25 Dec 2011 10:00 PM PST

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih 'menarik', lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.


Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

"Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini)," catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

"Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama," catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.


inimajalah.com.my

Toyo dah kena, kak Ijat tidoq tak lena... kahkahkah...

Posted: 25 Dec 2011 09:41 PM PST

Kes Khir Toyo Selesai, Giliran Siapa Pula Selepas Ini..?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?

Disediakan oleh;

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wajib tau nih...

Posted: 25 Dec 2011 07:20 PM PST

Korang Nak Tau Harta Anak Tun Det Ada Berapa Juta?

Oleh: siasahkini

"RAKYAT KENA AMBIK TAUUUUU...??? SEKIAN LAMA UMNO MENIPU KITA...????


MAHATHIR DI USIA LELAKINYA


KETURUNAN PENYAMUN NEGARA? INIKAH PEMIMPIN RAKYAT YG DI IMPIKAN KEDAH


Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Doa merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan
E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!

Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!

Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah!

Sembelih Toyo pasai nak bunuh Anwar...

Posted: 25 Dec 2011 02:30 PM PST

Khir Toyo Dikorban Untuk 'Wajarkan' Anwar Ke Penjara?

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!

Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah 'jawapan' UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu 'ringan' kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.

Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.

Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.

Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari.

Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan besok.- SPR

Addin

Posted: 26 Dec 2011 11:30 AM PST

Addin


Bongkar!! Siapakah Dato' NFC Yang Di Tahan?

Posted: 26 Dec 2011 02:00 PM PST

Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)pada malam Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa. Sebaliknya kata kenyataan itu lagi, kehadiran pegawai-pegawai SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung. "Sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SPRM ke pejabat kami dan segala kerjasama penuh telah diberikan kepada SPRM.

 "Oleh yang demikian, pada pandangan NFC, lawatan dan kedatangan kakitangan SPRM ke pejabat NFC bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan."Bagaimanapun, pihak syarikat berasa adalah tidak wajar sebarang kenyataan dikeluarkan pada masa ini kerana siasatan masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa," jelas kenyataan tersebut. Sebelum itu media massa dan pelbagai portal berita melaporkan, pegawai-pegawai SPRM telah menyerbu pejabat NFC yang terletak di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini pada tengah hari Jumaat.

Enam pegawai penguat kuasa yang berkunjung ke pejabat NFC itu adalah dari SPRM Putrajaya. Isu-isu dan kontroversi dalam NFC timbul berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada bulan Oktober, yang menyatakan bahawa NFC telah gagal untuk memenuhi sasaran penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pengurusan dana NFC.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. SPRM juga sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan kepada NFC.

Siapakah Datuk yang ditahan?

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri. Usahawan yang didakwa bergelar 'Datuk' itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP. Profil itu juga mendakwa lelaki (gambar) tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion. Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Addin :

Yang pasti Dato' NFC hanya kambing hitam.. sepatutnya di tangkap kaum keluarga Shahrizat.


Contoh Terbaik Pergerakan Gaji SBPA?

Posted: 26 Dec 2011 01:24 AM PST


Ketika pekeliling SBPA 2012 dipaparkan kepada semua 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia melalui laman web JPA, ramai yang kurang senang tatkala lampiran C SBPA tidak disertakan sekali sedangkan lampiran C SBPA yang sangat mustahak dan penting untuk diperhatikan dan diteliti. 

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu mengambil jalan yang sukar sedangkan ia boleh menjadi lebih mudah. Mudah kepada kalangan :
  • pembuat dasar & skim SBPA 2012 mahupun
  • pengguna sistem skim SBPA 2012 (terbuka kepada 1.4 juta kakitangan awam)
Tetapi lain pula jadinya sekarang ini sehingga menyebabkan ramai kakitangan awam tertanya-tanya dan pembuat dasar terpaksa mengambil jalan sukar untuk memberikan pemahaman dan penjelasan kepada semua kakitangan awam.

lampiran c sbpa Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?

Tahukah anda terdapat insiden seorang pegawai daripada sebuah pasaraya telah meminta jadual gaji 2012 SBPA daripada kalangan kakitangan awam. Nah…inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Adakah "menyorokkan lampiran C" dengan tujuan untuk mengelakkan peniaga-peniaga mengetahui tahap kenaikan gaji kakitangan awan adalah sesuatu yang baik? Kalau tanya kami, kami tidak bersetuju jika beginilah caranya.

P1 Cuma RM19 Sebulan! 1Mbps, 2GB, Modem Percuma, Tiada Kontrak. 
Apabila disebut manipulasi & kenaikan harga barang, tidak perlu tunggu lama sehingga keluarnya pekeliling SBPA 2012. Ini kerana sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2012 yang lepas melibatkan terus sahaja kedengaran beberapa harga barang mula melambung tinggi dengan ramai peniaga ada yang mengambil kesempatan.

Sedangkan pada masa itu, tempias kenaikan gaji belum lagi diterima kakitangan awam tetapi harga barang dah mula naik. Bagi kami kurang sesuai untuk tidak menghebahkan lampiran C SBPA 2012 bagi mengelakkan harga barang dimanipulasi. Tetapi kita perlu ingat sekarang ini :
  • dunia tanpa sempadan
  • "bangkai gajah" tidak boleh ditutup lama, lambat-laun akan diketahui juga akhirnya
Bagi kami kalau sesuatu dasar hendak diperkenalkan hendaklah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dan berikan ruang yang selesa supaya semua kakitangan awam dapat membuat keputusan yang terbaik bagi kakitangan awam yang memilih skim SBPA atau kekal dengan skim SSM.

Dan…kenaikan harga barang di Malaysia boleh dikawal jika penguatkuasaan dipertingkatkan sepanjang masa dan bukannya bermusim sahaja serta  pula ada kawalan harga barang asas yang munasabah. Sifirnya mudah, jikalau puncanya itu dinaikkan, kita tidak boleh sama sekali akan berlaku kenaikan harga barang apatah lagi manipulasi dikalangan peniaga. 

Bukannya dengan cara melambatkan penghebahan lampiran C SBPA 2012 ataupun menyekat akses meklumat tangga gaji kepada umum. Bagi kami itu bukan langkah yang baik. Itu pandangan kami. Adakah benar kenaikan harga barang dapat dibendung selepas ini? Apa pandangan anda pula tindakan sebegini? ~beritasemasa


Al Ikram

Posted: 26 Dec 2011 10:08 AM PST

Al Ikram


UMNO KURANG AJAR LAGI ?

Posted: 26 Dec 2011 05:20 AM PST

HARAM BACA UTUSAN FITNAH

Posted: 26 Dec 2011 02:50 AM PST

A Mum Of Three Mohd

Posted: 26 Dec 2011 10:02 AM PST

A Mum Of Three Mohd


My Endless Love

Posted: 26 Dec 2011 08:23 AM PST

le


Tetiba terasa jiwang pulak malam-malam begini. So... di malam yang indah ini, dengarkan lagu syahdu ini. It's one of my favourite songs.

Jiwang gilerr lagu ini
beb, and I would like to dedicate this lovely song to my dear husband.... father of my three Mohamad.

Layan jer ler....

Proses Pe-NYAH-an Kendiri

Posted: 26 Dec 2011 01:42 AM PST


500 ahli AMK Hulu Kelang sertai UMNO

26/12/2011 3:08pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Yaahooo...!! Berita gumbira. Sketsa popular PRU telah sampai ke Hulu Kelang. Plot dan mesejnya sama tetapi wataknya dan bilangan pelakonnya berbeza.

Pun begitu, syabas diucapkan kepada PKR kerana beban sampah sarap dalam PKR semakin ringan kerana mereka dengan rela hati telah mencampakkan diri mereka keluar daripada parti untuk menyemak dan menyaratkan pulak UMNO yang dah nazak. Alhamdulillah...

Adios the 500 PKRians fron Hulu Kelang!! Semoga kamu semua selamat bersemadi di dalam kubur bersama UMNO.... amin.

[sumber]

Senyum ada penuh makna

Posted: 25 Dec 2011 11:00 PM PST


Eeee.... senyum sampai ke telinga. Kes Awang Adek tak jejas UMNO Kelantan, katanya.

Ha ah.... Jejas imej dia dan peluang dia nak jadi MB jer, kan..?? Kan.. ?? Kan Tok Pha??

Hok oloh.... Patutler Tok Pa senyum lebar sampai ke telinga. Tenggelam Awang Adek, timbul Mustapha Mohamed. Hoyeah... Cerah peluang untuk jadi MB Kelantan.

Aloooo..... jangan sonok sangat. Gi cermin mokomu dulu.

Ilham N3 dari status Ima sufi di wall Kerajaan Rakyat...

KENYATAAN DATO PHA MENGENAI KES AWANG ADEK TIDAK JEJAS UMNO KELANTAN.

PASIR PUTEH:Kes kemasukan wang ke dalam akaun pribadi yang dihadapi oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak akan menjejaskan kewibawaan Umno Kelantan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana Datuk Awang telah memberi kenyataan yang cukup tulus dan ikhlas.

Beliau berkata ketika diminta mengulas pengakuan Timbalan Menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa oleh beberapa blog, merupakan sumbangan untuk program sosial. Ketua Bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Mustapa berkata terserah kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan....... SATU LAGI KES YG MEMBUATKAN KERJA2 SPRM BERTAMBAH SIBUK YA.......

Taktik fitnah basi

Posted: 25 Dec 2011 09:00 PM PST


Tak habis-habis dengan fitnah. Kalau ya pun nak tawan semula Kelantan.... cari ler trik lain. Trik guna fitnah ni dah basi ler. Orang dah tak caya dah. Tak lut!! Weh... kalau nak fitnah pun, kreatif lah sikit. Ini tak... lemau ler.

Kalau otak tu dah tepu, tak leh nak pikir, kenapa tidak guna khidmat Papagomo... Kaki Fitnah No 1 1Malaysia. Kah kah kah kah kah.


Apa kebodohnyer tolak duit RM500 tu?? Itu duit rakyat oi... bukan duit UMNO!! Tapi... UMNO yang muka tak malu.... anggap duit tu macam duit mak bapak derang punyer. Kerajaan bagi.... ambik. Ambik jangan tak ambik.

Tapi, undi..... itu hak kita. Kita nak tolak derang ke.... kita nak pilih PAS@Pakatan Rakyat ke, itu kita punya hak. Derang tak boleh nak paksa-paksa kita.


Duit kerajaan, duit kita. Undi kita, hak kita!!

[Sumber:sini]

Korban Rasuah

Posted: 25 Dec 2011 07:17 PM PST


Hukuman yang dijatuhkan ke atas Khir Toyo, gara-gara rasuahnya telah menimbulkan banyak persoalan.

Ada orang kata, dia sengaja disembelih sebagai satu strategi untuk rampas semula Selangor. Maklumler rakyat Selangor memang amat marah dengan Khir Toyo yang gasak banyak duit rakyat semasa jadi MB dulu. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, banyak buruk lakunya terbongkar. Jelek.... jelek sekali.

Ada juga orang kata, hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tak adil. Hukuman 'antara dua darjat'. Satu kes samun RM20... kena 3 tahun penjara. Eh... RM 20 jek!! Tapi, Khir Toyo gasak juta-juta RM, hanya dijatuhi 1 tahun penjara jek. Tak ke giler undang-undang 1Malaysia??

Hukuman ke atas Khir Toyo ni, bukan menguntungkan UMNO tetapi membuat rakyat marhaen lagi marah. Macam mana tak marah.... Seorang rakyat yang kehidupannya susah dibelenggu kemiskinan, dihukum sampai 3 tahun penjara, sedangkan orang kaya raya macam Khir dihukum hanya kena 1 tahun saja. Ya... rakyat amat marah dengan hukuman double standard ini. Mampus UMNO dikerjakan rakyat dalam PRU13 nanti. Tunggu ler... rakyat akan ajar kamu!!

Ada juga yang kata, hukuman ke atas Khir Toyo adalah untuk menunjukkan yang Kerajaan UMNO@BN pimpinan Najib Razak benar-benar serius dalam usaha menangani dan membanteras gejala rasuah. Khir Toyo menjadi 'lembu' korban sembelihan pertama mereka. Apakah mungkin selepas ini... lembu bernama Lee Liong Sik pula yang kena sembelih?? What about Sharizat??

Don't play-play.... RM250 juta ooo. Setelah diasak oleh musuhnya dan didesak kengkawannya sendiri, maka Shahrizat yang bak cacing kepanasan itu telah bersuara... "Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?"

Aha... good question. Panas dan berdesing telinga para pemimpin UMNO mendengarnya beb!!
Kah kah kah kah.... You all kacau I... I kacau you all!! Aha.... you don't cabar-cabar me. I also know your 'problem' tau.... Itulah persepsi yang timbul ekoran pertanyaan 'maut' daripada Kak Ijat, si isteri tokeh lembu NFC kita.

Well.... well.... is that a threat?? Wallahua'lam. If it is a threat.... padan muka para pemimpin UMNO. Kecut telor semuanya!! Wa cakap lu.... depa semua tu, tak boleh pakai. Sudah busuk sampai ke usus. Sebab tu, UMNO wajib dikebumikan segera. Kalau tidak... ia akan merebakkan penyakit kepada negara dan rakyat Malaysia. Not good for the country. Bahaya... Mudharat....

So, kita tunggu dan lihat, apa akan jadi pada kes lembu Kak Ijat ni?? Berani atau tidak UMNO, melalui mahkamah mereka menjadikan Shahrizat lembu korban sembelihan mereka setelah Khir Toyo?? Dan... macam mana pulak kes rasuah komisyen kapal selam Scorpene dan yang sewaktu dengannya.... yang membabitkan nama Piem 1Malaysia ketika di Kementah??

Weh.... jangan kira nak 'sembelih' anak lembu yang bermasalah saja. Bapak lembu amacam?? Bapak lembu yang dah cukup 'umur' tu wajib disembelih dulu. Jangan biarkan ia tua dan berpenyakit. Amacam.... ada berani??

Kalau 'bapak' lembu disembelih-korbankan.... barulah nampak yang Malaysia amat bersungguh dalam usahanya untuk membanteras gejala rasuah. Satu dunia akan angkat topi, salute sama negara kita. Barulah WOW!!

Tapi... kalau setakat kenakan hukuman 1 tahun penjara atau denda kepada kes rasuah juta-juta RM si Khir Toyo.... dunia ketawa beb!! Malaysia nak banteras rasuah??

Kah kah kah kah kah.... Wakakakaka, wa cakap lu!!

Sebab tu wa cakap lu.... kalau nak bapak lembu kena sembelih-korban, kita kena ubah kerajaan. Pilih ABU dalam PRU13 nanti!! End of the story for UMNO. No UMNO.... sejahteralah negara!!

Tolong jangan perasan, ya??

Posted: 25 Dec 2011 05:00 PM PST


MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Oleh Mohd Ezli Mashut
24/12/2011

KUALA SELANGOR, 24 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor.

Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini.

Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat.

"Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara.

"Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid.Abdul

Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus.

"Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya-TVS News

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 26 Dec 2011 09:47 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Gambar ini pun sensitif ...?

Posted: 26 Dec 2011 07:05 AM PST

Gambar ini pun sensitif ...?
Macam berita juga ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?

Anak Sungai Derhaka

Posted: 26 Dec 2011 09:37 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Utusan siar berita TIPU.. AMK nafi 500 anggota keluar parti

Posted: 26 Dec 2011 06:15 AM PST



KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.


Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.

"Saya menafikan berita ini (baca di SINI ) Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

"Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan," kata Jafrien.

Akhbar dalam talian Utusan hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

"Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional," kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.

http://www.keadilandaily.com/?p=24835

Scandal Fidlot : 'Datuk' itu ditahan kerana cuba rasuah polis RM1.7 Juta rupanya..

Posted: 26 Dec 2011 05:49 AM PST

Kalau lelaki yang dikatakan 'Datuk' itu sanggup membayar sehingga RM1.7Juta untuk merasuah pihak Polis.. korang agak berapa nilai sebenar kes yang dia mahu tutup tu?

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.


Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan cubaan merasuah tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial.

Suspek sebelum itu dikehendaki untuk siasatan berhubung kes penipuan yang dilaporkan tiga minggu lalu di Cheras dan juga kes berasingan di Bercham, Ipoh.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap skandal NFC tersebut, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan ia terletak di bawah kuasa polis.

Badan berkenaan sebelum ini menyerahkan kes tersebut kepada polis yang kini menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah.

Namun demikian, SPRM turut mendedahkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Siasatan SPRM Datuk Haji Mustafar Ali untuk menyiasat penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Jumaat lalu, badan berkenaan telah melakukan serbuan terhadap pejabat NFC dan turut merampas satu unit komputer dan empat sampul surat berisi dokumen berkaitan skandal terbabit.

Berikutan siri pendedahan terhadap skandal NFC tersebut, PKR telah membuat permintaan agar SPRM menyiasat skim berkenaan yang telah disalah gunakan.

Wakil parti berkenaan telah membuat laporan polis di pejabat SPRM di Shah Alam dan menyerahkan dokumen lengkap yang didakwa bukti salah laku berkenaan.

PKR mula mengambil tindakan terhadap apabila skandal ini apabila sejumlah RM250 juta dana kerajaan telah diselewengakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, komponen Pakatan Rakyat berkenaan semakin aktif mengeluarkan bukti-bukti berkaitan skandal terbabit termasuk penggunaan dana berkenaan untuk percutian Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ke luar negara danpembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar.


The Malaysian Insider

'Mat Sabu' keluar PAS, 500 Ahli AMK sertai UMNO...

Posted: 26 Dec 2011 12:54 AM PST



Semakin galak Lidah Rasmi UMNO menyiarkan berita tentang Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat samada PAS atau PKR keluar Parti dalam seminggu dua ini..


Ini sebenarnya menandakan Pilihanraya semakin tiba kerana bila tiba saja Pilihanraya Lidah Rasmi UMNO akan mula memainkan propaganda basi ni.. macam tak ada idea lain dah..

Minggu lalu dilaporkan seramai 130 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR.. ramai tu.. tapi yang hairannya program PKR di Permatang Pauh masih lagi ramai Ahli yang hadir.. contohnya sila lihat di SINI , SINI dan SINI.

Semalam pula dilaporkan seramai 42 orang yang di ketuai oleh 'Mat Sabu' pula telah keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.. baca di bawah..

42 ahli Pas masuk UMNO di Kepala Batas

KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.

Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.

"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.

"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.

Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hari ini pula dilaporkan pula 500 AMK menyertai UMNO… tengoklah..



Untuk pengetahuan ada sumber memberitahu akan ada lagi sekurang-kurangnya dua pengistiharan keluar parti iaitu dari PKR bagi menyertai UMNO di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh lagi… kita tunggu sajalah…

TG Nik Aziz pula menjadi mangsa fitnah..

Posted: 26 Dec 2011 12:06 AM PST


Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.


Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.

Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.

Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".

Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.


Harakahdaily

PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Posted: 25 Dec 2011 07:32 PM PST

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih 'menarik', lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.


Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

"Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini)," catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

"Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama," catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.





inimajalah.com.my

Scandal Fidlot : Shahrizat mula tuding jari kesemua arah..

Posted: 25 Dec 2011 05:45 PM PST



Mungkin kerana tidak mahu berterusan dipijak oleh kawan-kawannya dalam UMNO, Shahrizat yang kelihatan mula gelabah akhirnya menuding jari kesemua arah.."Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan.


Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?

Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

"Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

"Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan." Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. "Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami." Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

"Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia)," beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

"Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. "

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau "dihalau" termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan "Global Financial Integrity" baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini "seiring dengan bebapa negara Asian." Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini," ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia Chronicle

Scandal Fidlot : 'Datuk' yang ditahan bukan keluarga Shahrizat

Posted: 25 Dec 2011 05:18 PM PST

KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Reman terhadap seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara disambung tiga hari bermula Jumaat.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata lelaki berumur 45 tahun itu pada mulanya ditahan reman dua hari lepas.

"Lelaki itu disambung reman bagi melengkapkan dan membantu siasatan kes itu di bawah Akta SPRM 2009," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

Sementara itu, pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata ahli perniagaan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan beliau atau anggota keluarganya.

Katanya, individu itu juga tidak pernah berkhidmat dengan NFC.


Nak tahu siapa lelaki dalam gambar ini? Sila baca di SINI

Senyum Tangis Sendu

Posted: 26 Dec 2011 09:35 AM PST

Senyum Tangis Sendu


Unisel Tempat Bunuh Diri

Posted: 25 Dec 2011 03:30 PM PST


Gambar hiasan

KUALA SELANGOR: Tanda tanya seorang pelajar tercium bau busuk yang disangkakan tandas asrama rosak akhirnya membongkar kepada penemuan mayat lelaki tergantung di kipas siling dipercayai bunuh diri di Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam di asrama lelaki universiti itu, pelajar lelaki berusia 19 tahun, V Rammath Naidu, ditemui tergantung di kipas siling menggunakan selimut dengan hanya memakai tuala mandi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, sebelum itu seorang pelajar yang baru melapor diri dan tinggal di bilik bersebelahan mayat berkenaan ditemui, curiga dengan bau busuk.

"Pelajar itu baru saja melapor diri pada Jumaat lalu. Pada mulanya dia tidak menghiraukan bau busuk kerana menyangka tandas asrama rosak.

"Bagaimanapun, kelmarin dia yang sudah tak tahan lagi dengan bau itu meminta bantuan rakan lain untuk menolak pintu bilik sebelahnya yang tertutup sebelum terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang sudah berbau dalam keadaan tergantung di kipas siling.

"Ketika ditemui mayat berkenaan tergantung menggunakan selimut dan hanya memakai tuala. Pelajar yang menemui mayat itu kemudian melaporkan kejadian kepada universiti itu sebelum kes dilapor kepada polis," katanya.

Mohd Asri berkata, motif kejadian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan putus cinta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelajar yang ditemui tergantung itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu kerana baru saja melapor diri pada Rabu lalu. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang bergegas dari Sungai Petani, Kedah pagi tadi (semalam) sejurus menerima berita itu.

"Setakat ini polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 untuk membantu siasatan.

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 26 Dec 2011 09:29 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


PERANG DALAMAN DAP?

Posted: 26 Dec 2011 06:30 AM PST

Pergeseran di kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang masih belum reda dan hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer menyifatkan kritikan Timbalan Setiausaha Agung parti itu P
Ramasamy terhadap parti dan pemimpin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Rayer amat kesal dengan perbuatan Ramasamy itu yang menunjukkan bahawa beliau (Ramasamy) tidak langsung menghormati kepimpinan parti seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Dr Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup) .

"Ia menggambarkan sikap angkuh beliau," katanya pada sidang media di George Town hari ini.

Sabtu lepas Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta Ramasamy meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana melanggar arahan Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu yang melarang ahli membuat kenyataan terbuka menentang pemimpin.

Rayer menafikan sekeras-kerasnya beliau ada meminta projek serta keistimewaan daripada Ramasamy walaupun namanya tidak disebut dalam dakwaan yang dibuat oleh Ramasamy sebelum ini.

- Bernama

Pembangkang bentang manifesto bulan depan

Posted: 26 Dec 2011 05:57 AM PST

Tiga parti pakatan pembangkang akan membentangkan manifesto masing-masing pada konvensyen kebangsaan ketiga mereka yang dijadual 14 Jan ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Pengerusi PKR Kedah Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata manifesto itu yang menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13 akan dibahaskan perwakilan daripada ketiga-tiga parti sekutu iaitu PKR, DAP dan PAS.

"Selesai sahaja sesi perbentangan dan perbahasan, kita akan adakan deklarasi Alor Setar untuk semua manifesto dan perbahasan yang dibuat," katanya kepada pemberita, di Alor Setar hari ini.

Katanya konvenysen sehari itu dijangka disertai 1,800 perwakilan serta 2,000 pemerhati dan jemputan khas, dan akan dirasmikan secara bersama oleh pemimpin kanan ketiga-tiga parti.

"Pada sebelah malamnya, kita akan adakan ceramah oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak," kata Wan Salleh.

Beliau juga meminta orang ramai terutamanya usahawan tempatan yang mahu berniaga sepanjang konvensyen itu agar menghubungi Md Zahir Ahmad di talian 012-4080963 atau 04-7316284 bagi mengisi lebih 100 lot niaga yang disediakan.

- Bernama

SYIAH ITU SESAT DAN MENYESATKAN

Posted: 25 Dec 2011 11:15 PM PST

on 26 Desember 2011




Hadratussyekh KH. A. Nawawi Abd. Djalil,

Pengasuh Pondok Pesantren Sidogiri, Pasuruan Jawa Timur:



SYIAH ITU SESAT DAN MENYESATKAN


Penyebaran aliran Syiah di Indonesia lumayan cepat. Pengikut Syiah diperkirakan sudah mencapai tiga juta orang. Padahal Syiah merupakan aliran yang bertentangan dengan Ahlussunnah tidak hanya dalam persoalan syariat, tapi juga akidah. Berikut wawancara Ahmad Dairobi dari Buletin Sidogiri dengan Hadratussyekh KH. A. Nawawi Abd. Djalil, Pengasuh Pondok Pesantren Sidogiri.

Baru-baru ini, konflik Sunni-Syiah sempat mencuat di Jawa Timur, terutama di Pasuruan dan Bondowoso. Sebetulnya di mana letak sesungguhnya perbedaan Sunni-Syiah itu?
Syiah itu adalah aliran yang bertentangan dengan Ahlussunnah wal Jamaah, bahkan Syiah itu lebih jauh daripada Wahabi. Perbedaan dengan Muhammadiyah  kan hanya sekedar hukum-hukum syar'i, seperti tahlil dan lain sebagainya. Tapi kalau perbedaan syiah ini sangat tajam. Hadits yang dibuat pegangan oleh Ahlussunnah tidak mereka pakai. Mereka punya Hadits sendiri. Orang Syiah tidak mau kepada Hadits-hadits dalam Shahih Bukhari, Muslim, Sunan Abi Dawud, Nasa'i, Ibnu Hibban. Dan, al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut mereka masih kurang. Al-Qur'an kata mereka lebih banyak dari itu.
Jadi, soal kitab dan rujukan saja antara Syiah dan Ahlussunnah sudah lain. Kalau Muhammadiyah atau Wahabi al-Qur'an-Haditsnya sama dengan kita. Hanya masalah pengelolaannya yang berbeda.

Secara akidah, Syiah apa tergolong ahli bid'ah atau tergolong kafir?
Kalau secara global, tidak kafir. Tapi, kalau secara perinci sepertinya sudah bukan Islam. Rasulullah menyatakan bahwa Islam itu terpecah menjadi 73 tiga golongan, dan hanya satu yang selamat. Lainnya di neraka. Yang selamat adalah golongan yang keyakinan dan kelakuannya mengikuti Rasulullah r dan para shahabat. Itulah Ahlussunnah.
Di antara golongan yang sangat tajam perbedaannya dengan Ahlussunnah adalah golongan Syiah. Mereka tidak mengakui al-Qur'an, tidak mengakui Hadits-hadits Rasulullah saw.

Jika dilihat bahwa mereka tidak mengakui keabsahan al-Qur'an yang dibaca Muslimin sekarang, apa secara fikih tidak murtad?
Kalau soal itu kan sudah maklum. Tapi, saya tidak berani menyatakan kafir begitu. Mereka masih umat Rasulullah Muhammad saw. Tapi, kalau dilihat secara tafshîl (detail dari berbagai paham mereka, red), sepertinya memang sudah di luar Islam.

Pada tahun 1984, Majelis Ulama Indonesia (MUI) hanya mengingatkan agar umat Islam waspada dan berhati-hati terhadap Syiah. Tidak menfatwakan bahwa Syiah itu sesat. Sebetulnya bagaimana langkah MUI ini?
Ya maksudnya jangan sampai ikut Syiah. Kita harus berhati-hati. Itu suatu peringatan jangan sampai ikut-ikut Syiah. Tapi, Syiah itu sebetulnya juga macam-macam. Syiah yang paling dekat (mirip) dengan Ahlussunnah adalah Syiah Zaidiyah. Al-Qur'annya sama, Haditsnya juga sama. Lah, Syiah yang masuk ke Indonesia adalah Syiah Iran, yaitu Syiah Itsna Asyariah.
Syiah Itsna Asyariah ini menyatakan bahwa setelah wafatnya Rasulullah semua shahabat murtad, kecuali beberapa orang, seperti Sayyidina Ali, Abu Dzar al-Ghifari, Miqdad bin al-Aswad, dan Salman al-Farisi. Sedangkan shahabat-shahabat andalan Rasulullah seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, menurut Syiah Itsna Asyariyah, mereka murtad semua.
Orang Syiah biasa mengucapkan laknatullah alaihi kepada para shahabat. Bahkan, ada orang Syiah yang menyebut Siti Aisyah sebagai sundel (pelacur). Kalau sampai seperti itu mereka kurang ajar terhadap para Shahabat. Padahal dalam Hadits, jelas-jelas Rasulullah saw sangat melarang sabb as-Shahâbah (memaki Shahabat).

Jadi, dari segi kegemaran mereka memaki para Shahabat, Syiah sudah sesat?
Ya, sangat sesat. Menurut saya mereka itu dhâllun mudhillun (sesat dan menyesatkan).

Lalu, bagaimana sikap kita mengahadapi Syiah ini. Apa harus diberantas?
Kalau bisa ya harus diberantas. Tapi, jangan sampai merusak. Ya ada ukurannya. Ada beberapa Habaib yang menyatakan bahwa orang-orang Syiah itu halla dzabhuhum (halal dibunuh). Kalau Sidogiri nggak. Sidogiri ikut cara Walisongo (yang tidak menggunakan kekerasan). Cara para sunan itu terbukti banyak hasilnya dalam menyebarkan Islam. Mereka tidak menggunakan kekerasan.

Salah satu pernyataan yang sering dikutip oleh orang Syiah adalah dawuh Imam Syafii: "Kalau mencintai Ahlul Bait itu dianggap Rafidhi (Syiah), maka biarlah manusia dan jin menyaksikan bahwa aku adalah orang Rafidhi". Bagaimana menurut Kiai?
Dawuh Imam Syafii itu disalahgunakan oleh mereka. Kecintaan Imam Syafii terhadap Ahlul Bait beda jauh dengan cinta Ahlul Baitnya orang-orang Syiah. Orang Syiah itu Hubbu (cinta) Ahlul Bait tapi Bughdu Ashhâhbi Rasûlillâh (membenci Shahabat-Shahabat Rasulullah saw). Sedangkan Imam Syafii mencintai Ahlul Bait dan juga mencintai para Shahabat.
Hadits-hadits Rasulullah saw yang menyuruh kita untuk meneladani Shahabat serta tidak membenci atau memaki mereka, oleh orang Syiah tidak dipakai. Sebab, kitab Hadits yang mereka pakai adalah al-Kâfi. Padahal al-Kâfi itu bukan sabda Rasulullah, tapi dawuh dari imam-imamnya orang Syiah. Itupun banyak pemalsuan.

Para imam-imam Syiah, seperti Sayyidina Hasan, Husain dan Ali Zainal Abidin,  juga sangat dihormati oleh Ahlussunnah. Apa memang benar imam-imam itu menyebarkan ajaran Syiah?
Nggak... mereka itu hanya diaku-aku menyebarkan paham Syiah. Banyak pemalsuan-pemalsuan terhadap mereka. Mereka tidak bilang begitu, tapi oleh riwayat Syiah dinyatakan bilang begitu.

Jumlah Syiah di Indonesia sekitar 1 sampa 3 juta, bagaimana cara yang baik untuk memberantas paham mereka ini  menurut Kiai?
Ya didatangi ke rumahnya. Dengan cara berdialog. Tidak usah dibikin ramai-ramai. Soalnya kalau ramai-ramai nggak ada yang hasil.

Ada yang menyatakan bahwa shalat bagi orang Syiah adalah tiga waktu bukan lima waktu. Bagaimana sebetulnya hal ini?
Iya, menurut mereka waktu shalat itu adalah pagi yaitu subuh; kemudian siang yaitu shalat dzuhur dan ashar; dan malam, yaitu shalat maghrib dan isya'. Jadi, menurut mereka shalat dzuhur bisa dikumpulkan dengan ashar, shalat maghrib bisa dikumpulkan dengan isya, meskipun tidak dalam perjalanan. Jadi, hanya tiga waktu bukan lima waktu. Ajaran ini tidak sesuai dengan penjelasan Rasulullah saw terhadap perintah shalat di dalam al-Qur'an. Rasulullah saw jelas-jelas menyatakan shalat itu lima waktu.

Salah satu perbedaan tajam Ahlussunnah dengan Syiah adalah masalah nikah mut'ah. Syiah menyatakan nikah mut'ah itu halal. Sedangkan Ahlussunnah menyatakan haram. Kenapa demikian?
Memang, nikah mut'ah itu pernah dihalalkan. Tapi, itu jelas-jelas sudah dinasakh.

Apakah Kiai  setuju jika MUI mengeluarkan fatwa bahwa Syiah itu sesat, seperti fatwa MUI untuk Ahmadiyah?
Syiah dan Ahmadiyah kan sama-sama sesat. Cuma, Ahmadiyah lebih parah lagi. Sampai menyatakan bahwa Mirza Ghulam Ahmad itu sebagai nabi. Syiah tidak sampai seperti itu. Tapi, di Syiah pun sebetulnya ada kelompok yang menyatakan bahwa malaikat Jibril salah memberi wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Kata mereka, sebetulnya Allah menyuruh menurunkan wahyu  kepada Sayyidina Ali. Cuma malaikat Jibril salah.
Kelompok Syiah yang semacam ini jelas kafir. Sebab, seperti dikatakan oleh Sayyid Muhammad al-Maliki, orang yang meyakini bahwa Allah adalah Tuhan Yang Mahaesa, tapi ia tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw, orang ini belum Islam. Soalnya rukunnya iman itu kan iman kepada Allah, para rasul, kitab suci, malaikat, hari akhir dan qadha-qadar.
Namun demikian, Syiah secara umum nggak seperti itu.

Beberapa orang  Syiah di Indonesia membantah bahwa Syiah membenci Shahabat, shalat tiga waktu dan al-Qur'annya berbeda?
Itu bagian dari taqiyyah (menyembunyikan keyakinannya jika kondisinya tidak memungkinkan). Memang, para 'kiainya' Syiah menyuruh pengikutnya untuk taqiyyah pada saat kelompok mereka masih kecil. Mereka menyuruh agar ajaran Syiah yang bertentangan dengan Ahlussunnah jangan sampai dibuka di hadapan orang lain. []

Sumber: Buletin SIDOGIRI, edisi 19/Tahun II/Jum. Tsaniyah 1428

PAS BIMBANG HENDAK PECAT HASSAN ALI?

Posted: 25 Dec 2011 04:56 PM PST

Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.
Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.
Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.
Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.
Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!
Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.
Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.
Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.
Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.
Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.
Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?
Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?
Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.
Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.
Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.
(ii)
Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'.
Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam.
Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'.
Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam.
Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti!
Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang.
PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno.
Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu.
Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam.
Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu.
Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R.
(iii)
Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan?
Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia.
Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelum Utusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan.
Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain).
Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'?
Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka?
Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai?
Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti.
Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media.

FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

KETUA PEMUDA PAS CARI JALAN MELICINKAN DIRI?

Posted: 25 Dec 2011 09:23 AM PST

Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.
Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini.
"Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!" kata kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam.
Tambahnya, setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti pelan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan syariat Allah SWT, itulah Fasa 1 projek PAS.
Beliau berkata, Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal, bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam.
Jelasnya lagi, ia adalah pengisian dan perlaksanaan, sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga ditohmah sebagai negara mullah.
"Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah)," katanya.
Katanya, ia menepati pembentukan good governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.
Menurutnya, menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS.
Justeru, ujar beliau selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Pelan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.
"Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah pengukuhan identiti.
"Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana," jelasnya

Pahang Daily Online

Posted: 26 Dec 2011 07:31 AM PST

Pahang Daily Online


Pelajar UITM Kelantan Maut Dan Rentung Akibat Kemalangan Di KM23 Jalan Lipis Benta Kelmarin!

Posted: 25 Dec 2011 11:21 PM PST

KUALA LIPIS, 26 Dis - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan jurusan Perakaunan, rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan. "Mangsa dipercayai cuba mengawal kenderaan, tetapi gagal mengakibatkan kereta Saga BLM itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Honda yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu. "Akibat pelanggaran itu, kereta Saga BLM mangsa terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri. "Dalam pada itu, pemandu kereta jenis Honda, Mohd Zin Kasim berusaha mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, beserta dua cucu, Mohd Fahmi Dannial, 4, dan Mohd Farhan Darwiz, 10 bulan dari kereta yang mereka naiki," katanya semalam. Abdul Razak berkata, sejurus mereka berjaya keluar dari kereta berkenaan, kenderaan berkenaan turut terbakar. "Walaupun pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan berjaya menyelamatkan diri, tetapi Mohd Farhan Darwiz, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. sinarpahang

Banjir Di 'Daerah Rompin' Makin Buruk, Seramai 946 Orang Mangsa Kini Di Pindahkan Setakat Ini!

Posted: 25 Dec 2011 10:06 PM PST

KUANTAN, 26 Dis - Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah. Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini. Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.


Keadaan banjir
yang menenggelamkan perkampungan di kawasan Rompin

Keadaan banjir di bandar Kuala Rompin yang telah dirakamsebelum ini

[Di Johor mangsa banjir semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi Sementara itu beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan Sarawak turut dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kg.Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu. Beberapa jalan kampung di pinggir bandar raya ini juga dilaporkan telah dinaiki air, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Manakala itu di Sandakan Sabah pula, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di sini yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam. Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata 10 mangsa terbaru daripada dua keluarga itu dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran kediaman mereka berada di kawasan hulu sungai. Hujan sekejap-sekejap serta kadang kala lebat masih berterusan dan pihak berkuasa bimbang paras air sungai meningkat tiba-tiba, katanya.Semua mangsa banjir yang babitkan 101 keluarga itu ditempatkan di Dewan Serba guna Gum Gum].

Protes Saman Parking, MPK Perlu Fahami Apakah Isu Yang Di Pertikaikan Oleh Rakyat Sebenarnya !

Posted: 25 Dec 2011 03:29 PM PST

KUANTAN, 26 Dis - Tinggal empat hari sahaja lagi himpunan Protes Rakyat Bantah Saman Parking MPK, nampaknya sokongan yang dibuat oleh sebahagian warga Kuantan menerusi kaji selidik yang dibuat di blog ini semakin meningkat. Berdasarkan statitik terbaru daripada 173 yang mengundi (10.00 pagi) ternyata 81% (140) menyokong dan mahu hadir pada himpunan itu nanti. Hanya 6% (11) membantah dan 13% (22) lagi tidak ada apa-apa masalah dengan program itu nanti. Dengan statistik online yang dibuat ini, secara jelas majoriti rakyat sebenarnya membantah sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) beberapa tahun yang lalu itu. Difahamkan, Pengerusi Penganjur, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK (Blogger Cucumatkilau) protes itu telah dipanggil oleh pihak polis Jumaat lalu, namun beliau gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana masih lagi berada di luar kawasan pada masa ini. Apapu, menerusi facebooknya, beliau secara jelas mengajak rakyat Kuantan terus bangkit mempertahankan hak mereka. Katanya, rakyat tidak harus sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dijadikan "alat" untuk melempiaskan "hawa nafsu" pihak-pihak tertentu. "Bukan kita mahu protes soal saman parking, tapi isunya ialah sistem dan sikap pegawai MPK (Penguatkuasa) yang keterlaluan dan berlagak sombong dengan orang awam. Malah ada yang bertindak keterlaluan tanpa budi bicara dan timbang rasa. Inilah yang menyebabkan rakyat bangkit membantah dan tidak mahu situasi begini berterusan. Tambahan pula pada tahun 2012 ini nanti, Sukan Malaysia (SUKMA) dijadualkan berlangsung di Kuantan. Jika senario ini tidak diubah maka lebih ramai mangsa akan teraniaya nanti", kata Shukri. "Saya mengajak semua rakyat (warga Kuantan) atau sekitarnya yang teraniya dek tindakan ini agatr dapat hadir beramai-ramai pada hari itu nanti. Kita mahu nyatakan bantahan secara aman dan saya sendiri akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada hari itu nanti bagi mewakili NGO Suara Keadilan Rakyat (People's Justice Voice. Mereka tidak perlu takut dan risau, jika tidak mahu terus teraniaya. Sila bawa bersama semua resit saman parking yang pernah diterima selama ini untuk kita kumpulkan dan serahkan semula kepada MPK. Ingat, pilihanraya semakin hampir ... jika ini keadaannya maka jangan salahkan rakyat jika mereka tolak kerajaan pada PRU-13 itu nanti", tambahnya.


Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan

Sebenarnya, masih ramai rakyat dan pihak MPK sendiri yang tidak faham kenapa protes ini diadakan. Apa yang dipersoalkan oleh rakyat bukanlah mereka tidak mahu bayar saman dan tidak mahu ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Tetapi mereka mahukan satu situasi yang adil dan selesa. "Kita mahu sistem itu ditukar. Sistem kupon (gores) sekarang ini menguntungkan MPK. Sebab, kita terpaksa gores satu jam walau pun atas urusan 10-15 minit. Jika kita ada urusan lain mungkin tiada masalah, tapi jika kita memang tiada urusan.. bukankah MPK sudah dapat duit kita dulu. Malah, jika kita gores sekali pun untuk masa sejam terkadang kita terlewat atau sibuk dengan urusan dan terlupa untuk menambah kupon baru. Akhirnya resit saman akan tertera di cermin kereta kita. Bayangkan, jika keadaan sesak ketika itu dan parkir yang disediakan pula tidak mencukupi. Akhirnya kita akan berhadapan dengan situasi tersebut. Jika dulu, sistem resit kuning digunakan jika kita letak kereta berapa jam sekali pun kita akan berada dalam situasi win-win situation di mana MPK akan letakkan jumlah resit berdasarkan jumlah jam kita berada di situ. Ini lebih adil daripada sistem sekarang. Inilah yang kita mahu ubah, kerana ramai yang tidak tahan apabila hari-hari di saman. Malah ada yang sampai disaman dua tiga kali oleh MPK pada hari yang sama. Inilah yang mengecewakan kita", kata beliau.


Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

[Antara perkara lain yang dipersoalkan ialah sikap tidak bertimbangrasa Pegawai Penguatkuasa MPK sendiri, tindakan memberi lesen kepada Attendan Parking menyaman, memberi komisyen kepada kepada pegawai yang menyaman, menyaman diluar waktu puncak dan pada hari cuti (Ahad), menyaman kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan, menyaman pada awal pagi antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi, membuat operasi saman pada hari peristiwa (Jom Heboh TV3, Expo & Karnival, Malam Raya, Hari Kemerdekaan) dan sebagainya, menyaman berkali-kali pada hari yang sama, penyediaan parkir yang tidak mencukupi dan banyak lagi. Inilah isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh rakyat. Bukan isu mereka tidak mahu bayar saman. Jika MPK boleh batalkan tindakan "kunci tayar" hanya selepas mendapat aduan daripada orang awam (politik) yang turut bermasalah dengan tindakan tersebut, maka MPK sepatutnya memikirkan juga rakyat biasa yang lain. Kita tidak kisah MPK buat operasi pada waktu pejabat (puncak) antaran jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang seperti dalam peruntukan mereka. Tetapi bila selepas waktu puncak, antara pukul 6.00 hingga 9.00 malam itulah waktu "timbang rasa" dimana mereka perlu tengok situasi kenderaan. Apakah ia menghalang lalu lintas atau sebagainya. Begitu juga selepas jam 9.00 malam hingga ke pagi, sepatutnya waktu itu ada "budi bicara" digunakan. Takkanlah rakyat yang mahu menunggu anak balik, di Terminal Bas (Makmur) yang berhenti sekitar 15 minit pun mahu di saman?. Sepatutnya berbudi bicaralah di tempat yang sepatutnya. Jangan gunakan kuasa untuk menekan rakyat. Malah, MPK difahamkan menjadikan sumber pendapatan daripada saman-saman terbabit sebagai satu strategi mengisi dana kewangan mereka setiap tahun. Inilah yang menyebabkan setiap pegawai mereka terpaksa bekerja siang malam untuk mencapai target peribadi harian dan bulanan serta tahuan MPK itu sendiri. Akibatnya mereka rela bekerja walau pun pada hari cuti am dan cuti umum bagi mengejar target terbabit. Jika isu ini tidak diselesaikan, kita khuatir MPK akan bermaharajela pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan pada bulan Julau 2012 nanti. Jika itu keadaannya, maka rakyat berhak bangkit dan protes isu ini sekarang].

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 26 Dec 2011 07:23 AM PST

Pendapat peribadi hamba.


UG PASTI AKAN BERLAKU JUGA NANTI, TENGOKLAH..

Posted: 26 Dec 2011 04:23 AM PST

KRAI Utara

Posted: 26 Dec 2011 07:06 AM PST

KRAI Utara


Oh! Tak tahan Bos...Tunang Di cekup di hotel bajet..

Posted: 26 Dec 2011 12:45 AM PST


alt
LEDANG - Sepasang kekasih yang mengikat tali pertunangan setahun telah dicekup oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang(PPADL)awal pagi semalam."Saya tidak mahu perkara ini dihebohkan,kami akan kahwin bulan depan"rintih lelaki terbabit.
Lelaki itu mendakwa,beliau hanya berada di hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya.Sementara menunggu hujan berhenti,beliau tertidur dan tidak menyangka pihak Pejabat Agama Islam memeriksa bilik ini katanya.
Selepas menerima aduan dari orang awam,Kadi daerah Ledang,Sulaiman Maidin dan beberapa pegawai Pejabat Agama Islam yang diketuai Mohd Zainal Kadiran memeriksa Hotel berkenaan.
Pasangan itu kemudianya ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai Mahram atau suami isteri,mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin keluarga masing masing.
Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - source

al-brangi

Posted: 26 Dec 2011 03:49 AM PST

al-brangi


How many christians ?

Posted: 25 Dec 2011 03:33 PM PST

By population

[edit] Christians



Largest Christian populations (as of 2007):



1. United States 234,889,159

2. Brazil 169,109,476

3. China 104,505,105

4. Mexico 103,265,846

5. Russia 100,964,426

6. Philippines 84,246,490

7. Nigeria 62,068,098

8. Congo DR 59,176,360

9. Germany 56,032,677

10. Italy 55,216,284

11. Ethiopia 47,131,322

12. United Kingdom 43,515,786

13. Ukraine 42,572,167

14. Colombia 41,938,720

15. Spain 38,021,300

16. Argentina 37,883,811

17. Poland 36,977,511

18. South Africa 35,066,269

19. France 32,496,275

20. Kenya 28,792,702

wikipedia



Answer on How many christians ?



Yes, 33% of the world is Christian.







http://www.religioustolerance.org/worldr…

What Countries Have you Been to?

Posted: 25 Dec 2011 10:34 AM PST

I've been to USA, London, Sweden, Italy, Germany, Norway, Dubai, Egypt, Saudi Arabia, Syria, Kenya, South Africa, Australia and born in Canada.



:D



BQ: Whats the BEST country you've been to? For me, it would have to be Kenya. We had a beach house and servants. And its really cheap!



Answer on What Countries Have you Been to?



China, South Korea, Vietnam, Thailand, Mexico, Argentina, Brazil, and Armenia.

BQ: Brazil. The people there are HOT and it's beautiful.