Belanda memprotes negara bekas jajahannya, Indonesia, atas hukuman mati yang bakal berlangsung esok ke atas seorang warganya berketurunan Cina, atas kesalahan memiliki 2 'kilang' pil ekstasi. Turut dihukum 4 lagi warganegara asing atas beberapa kesalahan berasingan berkait dadah, dan seorang warga Indonesia.
Hukuman yang dilangsungkan serentak ini menamatkan beberapa kes yang tertangguh lebih 10 tahun perlaksanaan hukuman mati yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Ia berikutan arahan presiden baharu, Joko Widodo yang menolak pemberian pengampunan kepada pesalah hukuman mati.
Kumpulan hak asasi manusia Indonesia dan antarabangsa mula lantang menentang langkah tersebut setelah majlis hakim memutuskan pelaksanaan hukuman mati tersebut adalah wajar.
Hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad menembak.
Reaksi Belanda atas Eksekusi Mati Warganya di Nusakambangan
Liputan6.com, Amsterdam - 6 Terpidana mati akan dieksekusi Kejaksaan Agung (Kejagung) secara serentak pada Minggu 18 Januari 2015 dini hari nanti. Satu di antaranya adalah warga negara Indonesia (WNI) Rani Andriani. Sedangkan 5 lainnya adalah warga negara asing, termasuk seorang warga negara Belanda Ang Kiem Soei, terpidana mati atas kasus kepemilikan 2 pabrik ekstasi. Warga negeri kincir angin itu bakal dieksekusi di Lapas Pasir Putih, Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah.
Menanggapi eksekusi mati warga negaranya, Pemerintah Belanda menempuh sejumlah langkah untuk mencegah eksekusi mati tersebut. Salah satunya dengan menghubungi negara lain yang warganya juga dihukum mati.
"Kami berkoordinasi dengan semua pihak, baik internasional dan level otoritas tertinggi. Kami tengah berupaya mencegahnya," ujar Menteri Luar Negeri Belanda Bert Koenders, seperti dikutip dari Daily Journal, Sabtu (17/1/2015).
Dalam pemberitaan tersebut, juga dimuat bahwa Amnesti Internasional melontarkan protes atas hukuman mati di Indonesia lantaran langkah tersebut telah melanggar hak asasi manusia (HAM).
Presiden Joko Widodo atau Jokowi sebelumnya menegaskan bahwa hukuman mati terhadap para penjahat narkoba ini sebagai langkah tegas yang perlu ditempuh untuk menangani maraknya peredaran barang terlarang tersebut.
Hal serupa juga dilontarkan Jaksa Agung M Prasetyo. Dia mengatakan, pemerintahan Jokowi sudah berkomitmen secara tegas untuk memberantas gembong narkoba. Untuk itu, hukuman mati bagi warga Brasil tak bisa ditawar lagi.
Selain Ang Kiem Soei, warga asing yang segera dieksekusi, yakni terpidana mati kasus penyelundupan sabu-sabu senilai Rp 2,2 miliar asal Brasil bernama Marco Archer Cardoso Moreira, terpidana mati kasus kepemilikan 1,1 kilogram heroin asal Vietnam Tran Thi Bich Hanh atau Asien, Namaona Denis asal Malawi yang juga terlibat kasus 1 kg heroin serta Daniel Enemuo alias Diarrassouba Mamadou asal Nigeria yang divonis mati atas kasus penyelundupan 1,15 kg heroin. (Riz/Tnt)
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan, direman tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.
Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tabung yang diuruskan suspek itu adalah sebuah badan di bawah sebuah kementerian.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu dilanjutkan.
Siasatan awal mendapati, suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan, sepanjang tempoh berkenaan.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Selagi tiada apa2 peraturan Kabinet yg di langgar oleh DS Zahid Hamidi, dan apa lain yg di katakannya adalah sah/betul, dia berhak mengeluarkan surat tetsebut atas sifatnya sebagai menteri dlm negeri.
Dialah yg bertanggong jawab kpd parlimen memgenai soal jenayah dan keselamatan, bukan polis. Polis bertanggong jawab kpdnya. Lainlah, kalau kerajaan tarik balik surat itu, maka itu mengundang masalah. Cuma isunya betul ke? Banyak cerita ditokok tamvah Mkini dan TMI. Keluar satu statement dan mereka terus guna statement oleh undisclosed source yg direka-reka untuk nafi dan putarbelit. Awas dan dedahkan bila sedar.
JAWI dan pihak berkuasa agama ni banyak kala over.
Birokrat ni adakala menyebabkan tercetus isu interfaith dan berakhir dengan kedudukan Islam terjejas hingga dipersoalkan.
Ramai mereka ini penyokong pas tapi kelihatan alim sebab pakai kopiah dan tudung. Sebenarnya pegawai kerajaan yang lambat dan tak berkesan kerja mereka.
Dalam hal pembanhunan tanah wakaf dan kepunyaan mereka dan sijil makanan halal, mereka bukan.fikir nak bangunkan ummah pun.
Peduli saja dikasi cina. Ada yang ambil under counter.
RIYADH 17 Jan. – Kerajaan Arab Saudi semalam menunda pelaksanaan hukuman sebat terhadap seorang blogger yang dijatuhi hukuman sebat 1,000 kali kerana menghina Islam, susulan kecederaan yang dialami selepas menjalani hukuman minggu lalu masih belum pulih.
Hukuman sebatan terhadap Raef Badawi yang turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dikhalayak ramai, mendapat bantahan daripada Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia yang menggesa dia dibebaskan.
Raef disebat sebanyak 50 kali pada 9 Januari lalu, di luar sebuah masjid di Jeddah. – AFP
KUALA LUMPUR - Berikutan nahas pesawat QZ8501 yang terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, Kumpulan AirAsia kini dirundum pelbagai persepsi negatif.
Sebuah laman sesawang keselamatan penerbangan, AirlineRatings telah mengeluarkan senarai terbaru yang dikemaskini pada 6 Januari. Senarai berkenaan memetik AirAsia Indonesia dalam ketegori penerbangan antara paling berbahaya di dunia.
Walaubagaimanapun, satu lagi syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines (MAS) tidak tergolong dalam kategori tersebut waima mengalami tahun yang sukar pada 2014.
MAS mendapat lima dari tujuh bintang untuk rekod keselamatan berbanding tiga anak syarikat Kumpulan AirAsia yang diberi purata markah rendah.
AirAsia Malaysia dan AirAsia Zest Filipina menerima penarafan tiga bintang, manakala AirAsia Indonesia hanya diberikan dua daripada tujuh bintang.
Berdasarkan jumlah bintang yang diterima, Kumpulan AirAsia berada dalam kategori syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.
Tambahan pula, insiden pesawat milik AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa pada penghujung tahun lalu antara punca tahap keselamatan syarikat penerbangan tersebut diragui.
Nahas QZ8501 adalah tragedi yang melibatkan kematian pertama bagi kumpulan penerbangan yang mempunyai anak syarikat hampir di kesemua negara di Asia Tenggara.
Lima syarikat penerbangan yang menduduki senarai paling corot dengan menerima hanya satu bintang ialah Nepal Airlines (Nepal), Tara Air (Nepal), Kam Air (Afghanistan), SCAT Airlines (Kazakhstan) dan Lion Air (Indonesia).
Kesemua syarikat penerbangan terbabit telah diharamkan untuk terbang di ruang udara Kesatuan Eropah.
AirlineRatings dilancarkan pada bulan Jun 2013, hasil inisiatif bersama antara pihak berkuasa Australia Barat dan Aerospace Technical Publications International.
Sistem penarafan adalah berdasarkan kepada audit daripada badan-badan kerajaan dan industri, serta rekod kematian yang melibatkan sebuah syarikat penerbangan.
Selepas 16 tahun menjadi tuan rumah, Malaysia berdepan ancaman hilang hak penganjuran Formula Satu (F1) dan Grand Prix 2015 dari 27-29 Mac ini mungkin menjadi perlumbaan terakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pada ketika Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali kini berusaha meyakinkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk menyambung kontrak yang berakhir tahun ini, desas-desus mengatakan penganjuran F1 Malaysia sudah mempunyai persaingan.
Bagaimanapun persaingan itu dikatakan bukan datang daripada luar negara, sebaliknya daripada 'rakan sendiri' yang cuba menonjolkan perlumbaan anjuran mereka.
Razlan kini berada di London untuk bertemu Supremo F1, Bernie Ecclestone bagi membincangkan masa depan Grand Prix Malaysia.
Difahamkan pemergian Razlan mendapat restu daripada Kementerian Kewangan yang menjadi tulang belakang kepada suntikan modal penganjuran F1 di Malaysia selama ini.
Keizinan itu diberikan setelah F1 membuktikan penganjuran sukan tersebut telah banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada 1999.
Malah, Razlan sendiri pernah mengakui bahawa Grand Prix Malaysia telah memberi keuntungan kepada SIC dan juga negara dalam pelbagai bidang.
Walaupun Razlan pernah berkata, F1 merupakan sebuah acara sukan yang mewah dan mahal, tetapi beliau tidak dapat menafikan bahawa sukan permotoran tersebut telah banyak membantu perkembangan ekonomi negara.
"F1 memang diakui sebuah sukan yang mahal, tetapi sukan ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pelancongan. Malah, penganjuran di negara ini turut mempromosi nama Malaysia di pentas dunia," katanya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jika hendak dibuat perbandingan, sukan permotoran yang masih setahun jagung itu tidak layak untuk dijadikan pesaing dengan F1 yang telah bertapak kukuh di negara ini sejak berbelas-belas tahun lalu dan puluhan tahun di peringkat antarabangsa.
Malah, FI memiliki peminat tegar yang sentiasa mengikuti perkembangan sukan tersebut, sama ada mengenai jentera baharu yang digunakan pada setiap musim ataupun barisan pemandu yang sememangnya cukup popular dan glamour.
Jika benar desas-desus yang diperkatakan, maka kerajaan sebagai penganjur utama Grand Prix F1 Malaysia perlu membuat pertimbangan bijak agar pilihan yang dibuat kelak tidak merugikan mana-mana pihak sekalipun.
Tidak salah jika kedua-dua sukan permotoran itu sama-sama dianjurkan di negara ini, namun janganlah F1 yang telah cukup lama bertapak di Malaysia dijadikan galang ganti kerana langkah tersebut dilihat kurang tepat untuk SIC yang telah membuktikan kecemerlangan mereka sebagai tuan rumah.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Bukan sahaja DAP yang tolak hudud, Anwar pun turut sama dengar cakap DAP tentang hudud.
Dr Mashitah Ibrahim – Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.
Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.
Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah :
(1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu
(2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam
(3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu
(4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan
(5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.
Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.
Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP.
Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras (baca lanjut)
Seorang gadis berusia 22 tahun telah membuat laporan polis baru baru ini mendakwa beliau telah diperkosa seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ketika satu sesi uji bakat yang diadakan di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.
Gadis itu hadir ke uji bakar tersebut selepas melihat iklan yang mencari bakat baru dalam bidang pengiklanan, lakonan dan model dengan bayaran sehingga RM500 sehari di internet.
Lebih kejam lagi, pelakon lelaki yang pernah membintangi beberapa drama tempatan itu juga telah mengugut untuk menyebarkan video mangsa dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1,000 ke dalam sebuah akaun bank.
Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Di Hotel - ROTIKAYA
"Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus," menurut sumber seperti dlaporkan Harian Metro.
Pelakon lelaki itu bagaimanapun sudah diberkas polis daripada Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 10.00 malam kelmarin. Beliau kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Gadia gadis di luar sana yang memang mencari peluang untuk menjadi pelakon dan model dalam dunia penuh glamor ini perlu lebih berhati hati selepas ini. Bilik hotel petanda nombor satu ada sesuatu yang tidak kena. Saja berpesan. (rtky/m)
BUTTERWORTH - Seorang remaja berusia 18 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Butterworth petang semalam, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kekasihnya berumur 15 tahun.
Perintah dikeluarkan Majistret Hazwin Azleena Othman Kamal terhadap remaja itu semalam, sejurus remaja berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Aman, Pokok Sena, awal pagi, semalam.
Remaja berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lewat petang kelmarin, mangsa yang tinggal sekampung dengan suspek membuat laporan polis bahawa dia dirogol suspek terbabit ketika di bawa bersiar-siar di Butterworth.
Difahamkan, mereka baru menjalin hubungan awal tahun ini dan mangsa masih bersekolah di Tasek Gelugor dalam tingkatan tiga.
Perlakuan remaja terbabit dikesan ibu mangsa yang hairan selepas mendapati, anak perempuannya menangis sebaik pulang ke rumah dari bersiar dengan teman lelakinya, petang kelmarin.
Selepas disoal berulang kali, mangsa mengaku dirogol teman lelakinya itu.
Mangsa kemudiannya, dibawa ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Perbezaan pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah. Justeru, penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus mencalar maruah rakyat. Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar dilindungi melalui kedaulatan undang-undang. Pelanggaran terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin dan reman selama dua hari berikutan 'tweet' beliau menuduh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui khutbah Jumaat. Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan kerajaan berada dalam keadaan paranoia. Apa lagi yang boleh diperkatakan dengan pengerahan satu platun dengan 20 pegawai polis hanya untuk menahan seorang individu tanpa mempertimbangkan bahawa individu tersebut adalah seorang peguam hak asasi ternama? Jika tindakan zalim tersebut hanya untuk mempamerkan tekanan secara terang-terangan, ia telah berjaya membuktikan wujudnya ketidakseimbangan antara kekuasaan dan rakyat bawahan. Di mata sang penguasa zalim, kebebasan asasi sering diketepikan. 'Tweet' seseorang berupaya menjadi bisa kepada orang lain.
Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan melalui 'tweet' beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British. Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Dato' Sri Najib tidak lama selepas mengambil alih jawatan, PM Dato ‘Sri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik bahawa dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja telah beliau mengingkari janji ini, beliau telah melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi "sejata pendakwaan" demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.
Selain daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruahan kalangan mereka yang berada di bawah politik naungan. Ramai yang telah terjun ke kancah pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan.
Islam telah wujud lebih daripada 1500 tahun tanpa kalangan mereka yang menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan. Sudah pasti Islam mampu bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka. Islam mendorong toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan ketaksuban. Islam menyantuni dakwah da perdamaian, tatkala mereka menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin bersatu.
Bagi sesetengah pihak, 'tweet' Eric Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas. Dalam apa jua keadaan, JAKIM tidak sinonim dengan Islam. Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, JAKIM tidak sempurna sepenuhnya. Untuk menyatakan bahawa kritikan ke atas JAKIM harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri.
Hatta jika Paulsen tidak menyebut JAKIM melalui 'tweet' beliau, hakikatnya umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu. Namun menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras JAKIM telah beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang. Menyeru kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan JAKIM. Tetapi di saat mereka melaksanakan perkara tersebut, saya telah menjadi antara yang pertama memuji mereka keranan melakukan perkara yang benar – sebagaimana yang telah saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk mendekati dan mengenali antara satu sama lain.
Untuk melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas 'tweet' beliau merupakan satu kontradiksi. Hanya mengisytiharkan "Islam adalah agama yang paling sederhana" tidak mencukupi. Kita mesti melaksanakannya. Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan undang-undang.