Cucu Tok Selampit Posted: 24 Dec 2014 01:23 PM PST Kelantan Tengah Banjir, Kerajaan PAS Boleh Buat Konsert Lagi!! Posted: 24 Dec 2014 08:35 AM PST Hebat betu Kerajaan PAS Kelantan. Dikhabarkan dua hari lepas berlangsungnya Konsert BPR di Tambatan Di Raja Kota Bharu. Konsert ini kononnya untuk menarik kedatangan pelancong sempena cuti sekolah. Agak-agaklah kalau nak buat konsert pun. Kerajaan PAS Kelantan agak-agak tahu tak bahawasanya Rakyat Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang sedang bergelap dalam serba kekurangan dalam menghadapi gelombang banjir luar biasa yang sedang melanda negeri berkenaan. Berat nanang sudah kalau begini. | Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak Banjir, Selangor Masih Boleh Anjur Temasya #Selangor15 YAB @AzminAli ? Posted: 24 Dec 2014 06:55 AM PST Mungkin Temasya Selangor 15 yang bakal diadakan dari 26 hingga malam ambang tahun baru nampak molek sekiranya diadakan dua minggu atau sebulan yang lalu. Sekiranya perayaan gilang gemilang ini diadakan sehari dua lagi bersemperna sambutan ambang tahun baru, 100 hari pentadbiran MB Baru dan pelancaran Tahun Melawat Selangor, nampak seperti ada yang tidak kena.
Dalam kita bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak dan beberapa negeri lain yang dilanda banjir yang luar biasa, kita di Selangor bersuka ria dengan temasya. Malu saya Dato Menteri Besar untuk sama-sama bersukaria sedangkan saudara-sudara saya yang lain menderita. Dua hari tangan ini tidak boleh membuat posting disebabkan sebak melihat penderitaan saudara-saudara yang dilanda cubaan di gambar-gambar yang dipaparkan di media-media sosial.
Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 24 Dec 2014 11:30 AM PST MACAI PR KANTOI SEBAR CERITA FITNAH BAS BANJIR KONON DIBELI TERENGGANU #PRAY4PANTAITIMUR Posted: 24 Dec 2014 05:04 AM PST
Di ketika keadaan meruncing bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri Pantai Timur , macai-macai PR di media sosial terus menyebar berita fitnah bagi memburukkan kerajaan .
Hari ini mereka mendakwa kerajaan Terengganu diperintah BN telah membeli BAS AMPHICOACH bernilai RM6 juta dan mempersoal di mana bas terbabit ketika banjir ini .
Tanpa mengetahui cerita sebenar tentang bas ini , mereka terus menyebarkan fitnah ini . Pelbagai maki dan cacian dilemparkan kepada kerajaan Terengganu disebabkan fitnah ini .
Kebenarannya tentang status pembelian bas ini sebenarnya masih lagi diperingkat rundingan dan belum dibeli lagi !!
Jadi apa yang disebarkan oleh fan page pembangkang ini satu pembohongan dan dilihat ramai macai2 mereka percaya .
GPB sarankan kepada Astro , buat rancangan " Kalau Dah Bodoh " agar puak-puak ini boleh sertai .Ini kerana mereka terus percaya bulat-bulat segala yang tersebar tanpa memeriksa kesahihan beritai ini .
Proses pembelian dua buah bas "amphicoach" (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. "Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat. "Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas. Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara. "Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan. "Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin. Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. – Bernama, 3 April, 2014.
Ini penipuan KETUM mereka di twitter
| HUDUD : DAP GESA PAS DISINGKIR KELUAR PR Posted: 24 Dec 2014 04:34 AM PST
bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS.Dan sekarang Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini.Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama."Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013."Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama," katanya.Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama."Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah," katanya.Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya. | |
bumiyang Posted: 24 Dec 2014 03:09 AM PST |
tunku Posted: 24 Dec 2014 03:03 AM PST Kit Siang threatens to quit Pakatan meetings if PAS insists on hudud Posted: 23 Dec 2014 11:06 PM PST DAP leader Lim Kit Siang has threatened to boycott Pakatan Rakyat council meetings if its coalition partner, PAS, insists on going ahead with its hudud plan in Kelantan. "If the Kelantan State Assembly special meeting to push through the implementation of hudud, which even the PAS Central Committee is unaware of, is held, I see no purpose in my attending any future Pakatan Rakyat Presidential Council meetings, and I leave it to the party to decide on its next course of action," he wrote on his blog on Wednesday. Lim said that if PAS "comes to an agreement to implement hudud at the Dec 29 Kelantan State Assembly special sitting, it will be a 'point of no return' for both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat." Lim voiced his support of PKR deputy president Azmin Ali who said "PAS should bring the issue to Pakatan's presidential council for discussion as hudud is not a common policy of the coalition." It was reported that Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob quashed rumours that the sitting has been postponed due to the critical flood situation. "We will be going ahead with the special meeting as the flood situation is under control. It is not true that the meeting has been deferred," he said. The sitting is to discuss amendments to the Syariah Criminal Code II 1993 which, if approved, would then be inserted into two private member's Bills that will be tabled in Parliament by a PAS MP. Lim argued that PAS had not raised the matter at Pakatan presidential council and by pushing for hudud in Kelantan, the party was 'renegading' on its promise to keep to Pakatan's common policy framework. According to a decision made at a Sept 28, 2011 presidential council meeting, new issues relating to hudud would only be a part of Pakatan's joint common policy framework if agreed upon by all members. While reaffirming DAP's stance against hudud, Lim argued that PAS' actions could possibly cost the coalition the Kelantan state government and the chance to seize the Federal government. "DAP leaders have agreed to disagree with PAS leaders on the issue of hudud because we believe we are on the same page to want to promote justice, freedom, democracy, good governance, incorruptibility and moderation in Malaysia," said Lim. "We believe that we are honest politicians who will not use devious and dishonest means to mislead and cheat voters to vote for PR candidates under false pretenses," he said. | |
Taipingmali (tm) Posted: 24 Dec 2014 01:41 AM PST BILA GAMBAR BERBICARA Posted: 23 Dec 2014 08:03 AM PST SIAPAKAH YANG HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN??? Adakah MPT,JKR,POLIS ATAU PENGGUNA JALAN RAYA Laluan ini baru sahaja dinaik taraf bersama dengan sebuah jambatan yang merentangi sebatang sungai dalam kawasan kamunting.Tempoh naik taraf jalan ini tidak sampai 1 tahun lagi. Inikah yang dikatakan tahap kerja dalampembinaan jalanraya di malaysia.Sebenarnya kontraktor dalam malaysia adalah yang terbaik tetapi apabila ingin dapat untung lebih, jurutera atau juruteknik dapat habuan inilah rupa atau hasil yang diperolehi oleh rakyat dimana pembinaan jalan ini menggunakan duit rakyat dimana integriti dalam proses naik taraf jalan ini. Sudah 1 minggu berlalu tapi masih belum ada pihak yang bertanggungjawab membaiki kerosakan pada jalan ini, adakah pihak berwajib perlu menunggu kecederaan jiwa berlaku dijalan ini baru mahu bertindak. | Selepas ABIM kini Jakim pula buat hal Posted: 23 Dec 2014 04:38 AM PST Kelmarin dalam program pagi TV Al-Hijrah dua penyampai program pagi telah menyelar tindakan kerajaan Mesir menahan seorang tokoh agama kontroversi yang sering dikaitkan dengan ketua pembangkang negara kita.
Jika pengacara tv tersebut menyelar kerajaan Mesir ia tidak mengejutkan kerana kita tahu dimana pendirian Mereka.
Kini Pengarah Jakim pula bersuara. Adakah beliau juga penyokong kuat Morsi dan Ikhwanul Muslimin atau Brotherhood of Islam?
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggesa Polis Antarabangsa (Interpol) menarik balik Notis Merah atau waran tangkap terhadap tokoh ulama Islam Mesir, Dr Yusuf al-Qaradawi. Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata terdapat pihak tertentu cuba mengenakan tindakan undang-undang terhadap Yusuf tanpa asas dan siasatan yang merupakan satu penganiayaan terhadap ulama.
Jakim tak payah lah nak menyibuk hal ehwal pentadbiran Mesir, banyak tugas dalam negara yang menanti Jakim. | |
Aspirasi Bangsa Posted: 24 Dec 2014 01:12 AM PST |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 23 Dec 2014 11:30 PM PST PAS SUDAH BERSEDIA KELUAR PAKATAN Posted: 23 Dec 2014 04:00 PM PST PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan. Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, tahaluf siyasi boleh dinilai semula sekiranya ada tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara parti komponen. "Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan. "Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), di sini, hari ini. Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan tahaluf siyasi kini 'koyak' setelah DAP berterusan menghalang pelaksanaan hudud | DR YUSUF QARADAWI DITANGKAP INTERPOL...ANWAR SENYUM, MAT SABU GUMBIRA, DAP TERLAJAK SUKA??? Posted: 23 Dec 2014 06:48 AM PST
Kecoh satu donia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia; Syeikh Yusuf Al Qaradawi ditangkap polis interpol kerana bersimpati terhadap kegiatan militan.
Hinggakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim turut sedih dengan berita waran tangkap yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol) terhadap ulama tersebut.
Katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak kerajaan, tetapi secara peribadinya, sebagai seorang Muslim, beliau sedih kerana salah seorang ulama yang paling dihormati pada era ini, mahu ditangkap Interpol.
"Saya percaya kita akan pertahankan sampai ada bukti kukuh. Bukti penglibatan Dr Yusuf dalam tindakan militan itu perlu diberitahu kepada seluruh dunia," katanya kepada pemberita hari ini.
Selain itu, Razali menambah, pengeluaran waran tangkap terhadap Dr Yusuf juga dilihat sebagai satu cubaan untuk melemahkan gerakan Islam di rantau ini.
Sementara JAKIM menerusi Ketua Pengarahnya; Datuk Othman Mustafa pula berkata penahanan Qaradawi akan mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
Komen kami...
Mungkinkah selepas ini Haji Hadi mangsa seterusnya???
Hadi Awang kan Timbalan kepada Qaradawi, juga boleh "dianggap" ekstremis kerana menyokong hudud di Kelantan terutamanya oleh puak-puak chauvinist DAP dan liberaliwat PKR.
Anwar juga banyak kawan Yahudi dan Anwar juga sejak akhir-akhir ni tak sukakan Hadi pasal isu Jijah tak dipercayai untuk jadi MB.
Silap-silap Hadi boleh kena tangkap interpol. Tak di dalam negara atau bila Hadi pergi luar negara.
Anwar dan DAP mesti ketawa besar. Paling kuat menjerit kegembiraan adalah Mat Sabu dan Khalid Ibrahim.
Muktamarkan tak lama lagi...peluang duduk kerusi nombor satu dan dua memang menjadi idaman apatah lagi sumber kewangan dari DAP melimpah ruah sekarang ni.
DAP pun dah bagi signal tak nak Hadi jadi Presiden PAS lagi.
PASMA pun sedang giat mengatur gerakan mengambil alih dan menyingkirkan ulama dalam PAS untuk digantikan dengan 'profesional-liberal moderate' boleh kawan dengan Anwarinas dan chauvinist.
Cara Yahudi dan komunis tangkap dan diamkan ketua dulu baru 'bunuh' timbalannya perlahan-perlahan. Nampaknya Timbalan kepada Qaradawi di Malaysia sedang diperhatikan oleh geng-geng Anwar ni.
Anwar akan pura-pura terkejut dan sedih dengan penangkapan ini...tak percaya kita lihat dramanya nanti...
Segalanya mungkin tak mustahil bagi manusia bernama Anwar Ibrahim... | ANWAR DAN PKR GAGAL MALUKAN HJ HADI Posted: 23 Dec 2014 04:43 AM PST El Haraki mendedahkan isu pil kuda yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu adalah senjata yang digunakan PKR untuk merosakkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam satu carta bertajuk 'Kronologi Isu Saman Pil Kuda,' Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba memujuk ahli partinya, Mohd Shamsul Mohd Amin menarik balik saman terhadap Hadi semasa Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang, tetapi dalam masa sama masih menggambarkan Presiden PAS itu sebagai seorang bersalah melakukan fitnah. "Isu Pil Kuda telah lama dimainkan, tiba-tiba menjadi diam demi merealisasikan Langkah Kajang, namun Anwar Ibrahim gagal mengawal ahlinya daripada terus memburukkan Tuan Guru Haji Hadi "Gagal Langkah Kajang untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor memperlihatkan imej sebenar PKR yang tamak kuasa. "Akibat kecewa, dalaman PKR memburukkan PAS dan cuba menjatuhkan reputasi PAS dengan pelbagai cara, isu Pil Kuda dibuka semula sebagai senjata mensabotaj reputasi Tuan Guru Haji Hadi," kenyataan daripada carta dipetik.Menurut El Haraki, meskipun Presiden PAS berjaya memenangi kes itu di mahkamah, namun matlamat asal PKR untuk melabel Hadi sebagai 'tukang fitnah' juga berjaya melalui peguam-peguam Hadi sendiri."Peguam PAS yang dimaksudkan itu termasuklah juga Asmuni Awi dan Abang Kerdee (Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus) yang turut mengatakan ucapan Tuan Guru Haji Hadi mempunyai unsur fitnah. "Asmuni Awi dan para Peguam PAS yang lain juga masih membuat sebaran mengatakan Tuan Guru Haji Hadi tetap melakukan fitnah cumanya ianya dilindungi oleh Qualified Privilege. "Kata-kata mereka seolah-olah mereka tetap menyalahkan serta menikam reputasi Tuan Guru Haji Hadi sekalipun berjaya mengendalikan kes ini. "Dengan kata lain, menghalang serangan musuh terhadap Tuan Guru Haji Hadi, tetapi dalam diam, tangan sendiri menyerang Tuan Guru Haji Hadi. "Pendedahan ini bukan tuduhan kosong, bukti printscreen bakal didedahkan," dedah facebook pro ulama itu. | |
The Unspinners Posted: 23 Dec 2014 11:27 PM PST Pas Piss Pus mudah ditipu tudung Posted: 23 Dec 2014 09:05 PM PST | PAS Piss Pus ... Amaran tak menakutkan DAP Posted: 23 Dec 2014 08:00 PM PST | Pendirian politik PAS yang lepas, kini makan diri Posted: 23 Dec 2014 05:00 PM PST | Anwar lepas tangan! Salahkan Mesir bukan USA Posted: 23 Dec 2014 02:07 AM PST Dengan begitu licik, Anwar lepas tangan dengan menyalahkan Mesir dan serahkan tindakan pada kerajaan dan PM! Bullshit lah Anwar... Dia rapat dengan US dan baru2 ini dibela oleh US dalam hal kes liwat. Dia boleh bantu atau kutuk tindakan US tapi tidak dibuat!!!!! Dah LEPAS TANGAN tapi konon bersolidariti .... Solidariti Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Malam tadi saya sempat menelefon Sheikh Yusuf Al-Qaradawi untuk mendapatkan maklumat terkini bersabit tindakan Interpol. Dunia Islam Antarabangsa nyata sekali terkejut dengan tindakan Interpol yang mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau, atas justifikasi perkaitan beliau dengan ativisme Ikhwanul Muslimin di Mesir. Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumitpun tidak tergugat dengan intimidasi ini. Di samping beliau terharu dengan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam antarabangsa, beliau sempat meminta saya menyampaikan salam beliau buat sekalian rakyat Malaysia dan menghargai sokongan yang diberikan. Saya merakamkan perasaan dukacita dan kekesalan terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir atas tindakan ini ke atas seorang ulama' muktabar yang disanjung dunia Islam seluruhnya. Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim. Dalam masa yang sama, mewakili Pakatan Rakyat saya turut menggesa pertimbangan serius Perdana Menteri Dato' Sri Najib serta Kerajaan Malaysia amnya untuk mengambil satu pendirian serta ketetapan yang tegas untuk membantah tindakan tersebut. Jelas, tindakan ini keterlaluan malah secara sentimental turut mengesani Malaysia yang dahulunya telah menobatkan Sheikh Yusuf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabanga pada tahun 2009 serta anugerah Ijazah Kehormat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996. Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ketimbang menjadi alat sang penguasa desperado. ANWAR IBRAHIM #######
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 23 Dec 2014 11:22 PM PST Doa Elak Banjir dan Ketika Banjir - Sebarkan Posted: 23 Dec 2014 07:33 PM PST | Tanah Runtuh Lori Jatuh Gaung Laluan Gerik Jeli Posted: 23 Dec 2014 03:58 PM PST
Info diterima : Tanah runtuh laluan Jeli / Gerik, 1 km selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik....sebuah lori ayam terjun gaung... Menurut sumber berlaku jam 10 malam. | Fenomena ‘new moon’ burukkan keadaan banjir - Utusan Online Posted: 23 Dec 2014 04:25 AM PST
Gambar banjir di Kelantan
23 Disember 2014 4:47 PM KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. "Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. "Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan. "Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya. Dr. Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok. "Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya. Dr. Mohd. Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai. "Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015. "Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya. - Bernama http://m.utusan.com.my/berita/nasional/fenomena-8216-new-moon-8217-burukkan-keadaan-banjir-1.40028
Sent from my iPhone
| |
Belantan Posted: 23 Dec 2014 11:17 PM PST PT3 : Pelajar skor semua A menurun? Posted: 23 Dec 2014 09:58 AM PST Ujian bertulis Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah diperkenal Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula pada tahun ini. Namun keputusan PT3 yang dikeluarkan semalam telah menimbulkan tanda tanya selain mengejutkan banyak pihak apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan mahupun Jabatan Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri. Sehingga jam 6 petang semalam, tiada pengumuman dibuat mengenai jumlah pelajar tingkatan 3 yang mendapat keputusan semua A, pelajar terbaik keseluruhan atau sekolah cemerlang seperti yang biasa dilakukan dalam peperiksaan PMR tahun-tahun sebelumnya. Peperiksaan PT3 melibatkan sebanyak 2,608 pusat peperiksaan yang terdiri daripada 453,413 pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tinjauan pemberita di sekolah-sekolah cemerlang setiap negeri mendapati berlaku penurunan ketara bagi pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam setiap mata pelajaran berbanding PMR tahun lalu. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki, Latifah Mahfod berkata, daripada keseluruhan 178 calon yang menduduki PT3 hanya seorang pelajar yang mencapai keputusan 10A dalam semua subjek. Suara Politik Belantan | Serban Dan Jangut Bagaikan DiRentap? Posted: 23 Dec 2014 12:27 AM PST Sampai bila Pas mahu dihina dan diperlekehkan oleh rakan dalam pakatan pembangkang? Terbaharu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mempersoalkan komitmen Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Makin lama makin ketara Pas dihenyak-henyak oleh DAP. Kebelakangan ini, para pemimpin DAP secara terbuka menyerang Pas pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Putrajaya. Secara analoginya, bukan lagi sekadar serban dan janggut pemimpin Pas direntap bahkan kain juga cuba dilondehkan. Inilah musim penghinaan yang paling dahsyat ke atas Pas dalam sejarah kerjasama pakatan pembangkang. Kenapa Guan Eng terus berani menekan Pas? Jawapannya kerana beliau yakin dengan 'kesetiaan luar biasa' penasihat PKR, Anwar Ibrahim terhadap DAP selain sudah terlalu selesa dengan sokongan masyarakat Cina. Meskipun berdepan dengan asakan berterusan DAP, kita bersyukur kerana para pemimpin utama Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama tidak tunduk dalam isu hudud dan kalimah Allah. Pas sudah berani menolak Anwar dalam banyak isu kritikal berkaitan Islam. Kita yakin Pas boleh menjadi sandaran yang bermaruah. Tinggal lagi bila parti itu mahu bersikap realistik dan tidak lagi menjadi mangsa buli, apakah mahu terus menadah najis yang dihumban oleh sekutunya atas menu tahaluf siyasi? Hakikatnya akar umbi Pas dalam diam sudah lama resah dan tidak mahu parti itu terus dimalukan lagi. Jangan sampai kain -simbol maruah- terlondeh, baru melompat. Ketika itu, DAP pasti ketawa besar. Suara Politik Belantan | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 23 Dec 2014 09:42 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 23 Dec 2014 09:12 PM PST |
melayuangkat Posted: 23 Dec 2014 03:43 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 23 Dec 2014 03:24 PM PST Kisah Wanita Nyaris Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar Posted: 23 Dec 2014 03:01 PM PST | Gambar hiasan |
Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian terutama di tempat-tempat sunyi. Ada antara mereka yang dirompak, dicabul atau lebih menakutkan lagi dirogol dan dibunuh oleh si penyerang. Menerusi laman Facebook, seorang pegawai eksekutif akaun, Siti Balqis Elias berkongsi pengalaman yang cukup menakutkan apabila menjadi mangsa rompakan di kawasan letak kereta KTM Batang Benar, Nilai pada 18 Disember lalu. Bukan itu sahaja, malah dia juga dipukul dan hampir dirogol dalam keretanya sendiri oleh penjenayah tersebut. Berikut antara petikan statusnya: "Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
"Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.
"Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia.
"Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu Allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat." Cerita mangsa, dia segera menghubungi ayahnya selepas itu dan mereka bergegas membuat laporan polis di Balai Polis Nilai. Bagaimanapun, dia agak terkilan kerana kamera pengawasan pihak KTM tidak dapat menyiarkan semula rakaman kejadian. "Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam tu kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan," tulisnya lagi. ( Klik di sini untuk membaca status penuh) Dia turut meminta agar pihak pengurusan KTM Batang Benar mempertingkatkan aspek keselamatan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. Bersyukur kerana terselamat, Siti Balqis mengingatkan para wanita agar sentiasa berhati-hati ketika berada di luar. Benar kata orang, apabila sudah terlalu biasa melakukan rutin sama, kita mudah terleka dan mungkin anggap tiada perkara buruk akan menimpa. Semoga apa yang berlaku pada wanita ini dijadikan iktibar oleh semua.. -MYNEWSHUB.CC | Jaga hospital cuba liwat pesakit wanita dalam tandas Posted: 23 Dec 2014 02:01 AM PST | Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Tindakan 'gila' seorang pengawal keselamatan sebuah hospital mahu meliwat seorang pesakit wanita di dalam tandas membawa padah apabila dia ditahan polis semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek mengekori mangsa berusia 20an yang hanya berbaju T dan berkain batik ke tandas. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa sebelum suspek menerpa dan memeluknya dari belakang ketika berada di dalam tandas. "Suspek membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya sebelum menyelak kain batik mangsa untuk melakukan liwat, namun mangsa yang meronta berjaya melepaskan diri," katanya. Menurut Ab Rashid, pesakit itu memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya yang datang melawat. Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Kajang. "Polis menerima laporan jam 7.30 petang hari yang sama dan menjejaki sebelum ditahan," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 377 D, Kanun Keseksaan. Difahamkan suspek berusia 47 tahun mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes cabul seorang wanita. | Budak 10 tahun maut selepas jamah nasi goreng cina Posted: 22 Dec 2014 09:30 PM PST TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini. Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan kentang goreng. Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah. "Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah. "Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin. Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SN | Pengurus nafsu songsang cabul, raba pelakon wanita sedang tidur Posted: 22 Dec 2014 09:01 PM PST | Sekadar foto hiasan |
Sebelum ini SS tengok artis wanita ini gemar benar memuji pengurusnya di mana saja termasuk di laman sosial yang disifatkannya seorang pengurus yang cekap dan berjaya menguruskan kerjayanya dengan baik. Bagaimanapun, itu dulu kerana hubungan mereka kini ibarat berpatah arang berkerat rotan. Semuanya berpunca daripada satu peristiwa mengaibkan yang dilakukan oleh pengurus itu terhadap artis ini. Menurut sumber, rupa-rupanya pengurus wanita itu bukan saja menjaga kerjaya artisnya tetapi turut mengambil kesempatan 'mencabul' artis ini ketika sedang tidur. Itulah gosip sensasi yang begitu mengejutkan SS. Khabarnya selepas agak lama menguruskan artis ini, barulah belang sebenar pengurus ini terlihat apabila dia meraba anggota tubuh artis berkenaan. Walaupun pengurus itu wanita yang sudah berkahwin, rupa-rupanya dia berperangai songsang atau dipanggil lesbian. Artis ini baru perasan, patutlah selama ini apabila ada lelaki nak rapat dengannya, pengurus ini segera masuk campur bagi menjarakkan mereka. Bahkan dia sanggup pula mereka cerita dengan niat memburukkan semua lelaki di mata artisnya. Malah apabila ada lelaki serius nak ajak berkahwin, dia pula yang cukup sibuk menolak dan memberikan pelbagai alasan bagi pihak artis ini. Kesan daripada apa yang berlaku, artis terbabit kecewa sehinggakan pernah terfikir nak buat laporan kepada pihak berkuasa tetapi hasrat itu dibatalkan atas permintaan suami pengurusnya itu. Artis itu juga baru mendapat tahu bahawa pengurus itu juga rupa-rupanya suka menipu duit orang. SS harap apa yang berlaku jadi pengajaran kepada artis itu agar lebih berhati-hati. Sebab itu SS lihat, ada artis yang lebih selesai menguruskan kerjayanya sendiri daripada mengambil pengurus yang belum pasti latar belakangnya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18272#sthash.lo6yQPF1.dpuf | Remaja Bunuh Gadis Mengandung, Belah Perut Ambil Bayi Posted: 22 Dec 2014 07:37 PM PST TAMAULIPAS – Mexico dikejutkan dengan jenayah kejam melibatkan seorang remaja, Guadalupe Salinas Hernandez, 17, yang membunuh seorang gadis lain yang sedang sarat mengandung sebelum membelah perutnya dan mengambil bayi dalam kandungannya. Ketika kejadian, gadis itu, Nathaly Cartas Leon, 20, sedang mengandung lapan bulan. Dia berkenalan dengan Hernandez melalui Facebook. Mereka berkenalan ketika Hernandez mencari barangan bayi. Hernandez berbuat demikian kerana cemburu selepas dia menggugurkan bayinya sendiri. Selepas berbuat demikian, Hernandez menyesal dan nekad mencari bayi lain. Hernandez mendapat peluang tersebut apabila Nathaly mengunjungi rumahnya, lalu sebalik sahaja gadis itu melangkah masuk, dia terus memukul kepala mangsa dengan benda tumpul dan turut menikam mangsa beberapa kali. Hernandez kemudiannya membelah perut mangsa dan mengambil bayi berkenaan. Keluarga Nathaly membuat laporan kehilangannya namun hanya selepas Hernandez membawa bayi berkenaan yang meninggal dunia ke hospital, barulah segalanya terbongkar. Selepas siasatan mendapati bayi itu tidak meninggal dunia akibat kelahiran biasa sebaliknya lemas dalam kandungan susulan kematian ibunya, barulah perkara sebenar terdedah. Hernandez akhirnya mengaku kesalahan yang dilakukannya. Mayat Nathaly juga ditemui di rumahnya. | Bomoh ratah bayi Posted: 22 Dec 2014 07:01 PM PST | Gambar hiasan |
Masvingo (Zimbabwe): Seorang wanita berusia 90 tahun yang mengaku dirinya seorang ahli sihir ditangkap tidak lama selepas dia dan rakannya gagal melapah seorang bayi. Nenek dikenali sebagai Shoko itu ditangkap ketika memulangkan bayi berkenaan dan bercadang mencari bayi lain. Bayi pertama tidak dimakan kerana Shoko dan rakannya mendapati dia sudah mempunyai gigi. Bagaimanapun, dia ditangkap pada jam 3 pagi selepas bayi itu tidak henti menangis. Ibu kanak-kanak berkenaan, Sharai Hundi, yang kebetulan terjaga dari tidur berlari keluar kerana mendapati bayinya sedang terbaring di sebelah seorang wanita tua. "Saya tidak akan melupakan kejadian ini dan bersyukur Tuhan menyelamatkan bayi saya. "Saya terjaga sekitar jam 3 pagi kerana anak mahu minum. Kebetulan saya memeriksa tempat tidur bayi saya namun dia sudah hilang. "Seolah dalam mimpi saya mendengarnya menjerit menangis di luar rumah dan alangkah terkejut apabila melihatnya terbaring di sebelah unggun api dengan seorang wanita tua bersamanya," katanya. Menurut Sharai, dia terus mencapai bayinya dan membawa masuk ke rumah, tetapi kanak-kanak itu masih tidak henti menangis. Dia kemudian menghubungi keluarganya yang tinggal berhampiran, manakala Shoko yang malu menutup muka menggunakan bajunya menyebabkan badannya terdedah. "Dia terpaksa mengakui perbuatannya kerana penduduk kampung hampir mahu membelasahnya. Semua orang terkejut apabila dia mengaku sebenarnya nenek kebayan yang buta pada waktu siang, namun dapat melihat jelas ketika malam. "Katanya, dia mengambil anak saya kerana tiba gilirannya mendapatkan daging manusia untuk diratah bersama rakan-rakannya," katanya. Bayi itu bernasib baik kerana mereka mewajibkan semua anak yang ingin dimakan mestilah belum tumbuh gigi. Sharai berkata, suaminya Mujena yang pulang dari kerja mengarahkan Shoko pergi dari situ namun wanita berkenaan mengelilingi rumah mereka selama empat jam sehingga anak-anaknya membawa kereta sorong dan membawanya pergi. "Kami ditawarkan lima lembu sebagai pampasan oleh keluarganya namun tidak menerimanya kerana bimbang dia datang untuk menghirup darah anak kami. "Anak saya masih belum pulih kerana luka di badan dan matanya belum sembuh," kataya. Sementara itu, ketua kampung mengambil tindakan menghalau Shoko dari kampung itu. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18347#sthash.eFsvQsKb.dpuf | Kemaluan amah disula majikan 'gila' di Ampang Posted: 22 Dec 2014 06:01 PM PST | Rumah mangsa |
Ampang: Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu. Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis. Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu. Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi 'tolong bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya. Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun. Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani. "Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan. "Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,"katanya. Dia amat terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan cedera teruk ketika diselamatkan polis. Menurutnya, mereka menyamakan rumah didiami mangsa ibarat 'pusat penyeksaan' berikutan polis merampas sembilan jenis rotan. Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu. "Mangsa mendakwa mula didera sejak bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala. "Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras," katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik. Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil. "Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera," katanya. Sumber polis berkata, sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu. Polis turut menemui dan merampas sembilan rotan pelbagai saiz yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa. "Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa. "Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera majikan," katanya. Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan. Suspek itu sedang direman bagi membantu siasatan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18364#sthash.qjQmdN28.dpuf | Juliana Evans janji tidak akan lakukan adegan seks, berbogel Posted: 22 Dec 2014 05:01 PM PST Meskipun sudah menandatangani kontrak dengan agensi bakat pengurusan Boby Ball untuk menguruskan kerjaya seninya di Los Angeles, namun pelakon Juliana Evans meletakkan syarat ketat kepada agensi tersebut iaitu dia tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam sebarang tawaran seni yang datang kepadanya. Kata Jue, dia sedar keterbukaan masyarakat di AS dan syarat itu akan membataskan kerjayanya di sana. Bagaimanapun, Jue tidak sanggup menggadaikan maruah dan prinsip demi seni. "Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya. "Sebagai orang Malaysia dan Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya reda, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu," tuturnya. Selain syarat ketat yang diletakkan Jue yang berketurunan Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu), masalah terbesarnya di Los Angeles ialah loghat bahasa Inggerisnya yang masih terikat dengan bahasa Inggeris orang Melayu. "Walaupun saya berasal dari Asia, namun wajah saya lebih mirip kepada gadis Amerika. Kata pihak agensi saya, tawaran lakonan akan lebih kepada watak gadis Barat bukannya Asia, tetapi masalah saya sebutan bahasa Inggeris saya masih kaya dengan loghat Inggeris Melayu sedangkan mereka mahu saya bertutur seperti orang Amerika. "Oleh itu, saya harus banyak berlatih pertuturan supaya kedengaran seperti orang sana. Walaupun saya boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik dan belajar tiga tahun di sana tetapi loghat mereka sukar diikuti," katanya Pelakon berusia 25 tahun ini baru saja Setelah tamat pengajiann dan berjaya engenggam segulung ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Perfileman dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat. Kemudian dia mengikuti pula program jangka pendek di Akademi Filem New York, sebelum pulang ke Malaysia pada pertengahan November lalu. sumber : Kosmo! | Ghairah coli dan seluar dalam wanita Posted: 22 Dec 2014 04:01 PM PST Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing. Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan. Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan. Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita. Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja. Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu. "Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi. "Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18352#foto | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan