Mat Sembab ni, semakin rasis. Langsung tak sebut Cina mendokong BN. Najib yang memperkenalkan istilah 'tsunami Cina' pun mengalah bila memilih 11 orang Cina (daripada 47) menerima gelaran 'Tan Sri' sebagai penghargaan atas sokongan mereka ke atas umno/BN.
Pembetulan ye Mat Sembab.. bukan sebahagian besar Melayu mendokong BN sebaliknya sebahagian yang semakin besar orang Melayu yang cerdik, telah menolak BN. Jangan dok perasan sangatlah.
Si Wan Ahmad Wan Omar ni jenis masuk peti undi, angkat diri sendiri...
Dengan bantuan dan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pelbagai media haprak tajaan Umno/BN, sokongan ahli-ahli korporat yang baru saja menerima Tan Sri pun SPR cuma mampu memperoleh 47% pengundi untuk mengundi BN... Tercapailah sangat matlamat kamu tu...
Wan Ahmad: SPR capai matlamat, jadi tak perlu letak jawatan
Penulis amat setuju polimik yang berlaku antara pemimpin PKR dengan PAS dengan pertindihan di DUN Kota Damansara.
Sememangnya ada yang tidak setuju, terutama bagi mereka yang mengamalkan politik "taksub" buta tuli yang jelas nyatakan boleh merugikan.
Yang sangat tidak bagus ada yang menpertahankan perkara perkara yang jelasnyata salah. Bukan sahaja setakat salah malah haram hukumnya.
Oleh kerana taksub mereka menyokong dan bersetuju ia dilaksanakan hatta maksiat dan kemungkaran sekali pun.
Persoalan pertindihan calon antara calon PKR dan PAS yang berlaku pada PRU 13 ini bukan perkara baru, malah ia berlaku selama sejak bekerjasama dengan Semangat 46.
Pertindihan tersebut pernah di polimikan tetapi tidak menerusi media social sepeertimana yang berlaku pada hari ini.
Polimik tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia dinggap bukan suatu dosa, malahan dosa kecil pernah dibiarkan berlaku oleh ucuk kepimpinan PAS suatu masa dahulu hingga kini.
Hari ini bukan sahaja dosa kecil dibiarkan malah dosa besar juga bukan sahaja dibiarkan, tetapi dilaksanakan dengan alasan mahu tumbangkan kerajaan yang zalim, darurat konon.
Penulis pernah dengan kata kata, "buatlah apa sahaja untuk kita ke Puterajaya". Perkataan itu keluar daripada mulut presiden PAS sendiri.
Mungkin atas inilah Khalid Samad berani mempertikaikan keputusan presiden. Atas ini jugalah Shamsul Iskandar Mat Akin berani mengatakan presiden "benak".
Pada penulis itu adalah merupakan "kafarah" untuk presiden berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan ketika berceramah atau ketika menjawab soalan orang orang media massa yang sering buat pekbagai gosip.
Oleh itu, adalah lebih baik diadakan polimik DUN Kota Damansara yang kebanyakan pendapat mengatakan jika tidak berlaku pertindihan kemenangan pasti berpihak kepada PKR (calon PSM).
Ada lojik dan ada asasnya, kerana Dr Mohd Nasir mendapat undi sebanyak 14,860. Manakala Calon PAS Ridhuan Ismail mendapat undi sebanyak 7,312 berbanding calon umno Halimaton Saadiah Borhan mendapat undi sebanyak 16,367.
Jika analisis awal kerusi DUN Kota Damansara akan di menangi calon umno mengapa buat keputusan PAS juga kena bertanding. Mengapa calon PSM atas tiket PKR undur atau mengalah.
Atau PAS kena mengalah sesuai dengan kata kata presiden buat apa sahaja untuk ke Puterajaya.
Apabila saya dibebaskan dari Kamunting tahun 2003 saya telah mengeluarkan slogan Tangkap! Tangkap Madey ! Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini. Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil dari analisa politik.
Di hari Madey meninggalkan pejabat PM , pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil Malam Menghalau Hantu Raya. Di malam itu ramai kawan-kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan Tuan OCPD dari Brickfeild.
Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitoloji Melayu ada kepercayaan dimana seseorang yang telah berjanji dengan Setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metapora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat. Justeru slogan Tangkap! Tangkap Madey! itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Megahalau Hantu Raya itu juga memang tepat.
Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisa dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: PERTAMA - penganalisaan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. KEDUA – penganalisaan politik ini dicampur adukan dengan harapan dan mimpi si penganalisa itu sendiri.
Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul dari ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan. Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang Buddhist, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.
Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa di halau. Keputusan pilihanraya tahun 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.
Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup. Eric Chia di bawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan di bawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek korek korek. Malah Hantu Raya sendiri telah di heret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Ini cukup mengerunkan Hantu Raya.
Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa di halang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali. Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strateji untuk kembali berkuasa.
Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan-tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak peranda telah menimpa orang ramai.
Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, leterik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu dari dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasa parah akibatnya.
Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporak perandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cerca merba.
Hantu Raya juga telah mengusut masaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada tahun 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk megistrate dan susuk hakim boleh dijual beli.
Untuk berkuasa kembali Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation. Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.
Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi agar mengundur.
Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.
Dari tahun 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengistiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya. Maka Najib Razak menjadi timbalannya.
Sila lihat patern siapa yang dilantik dan di yakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak Kecik, Megat dengan Penjual Kedai Video, Nazri dengan taxi-taxinya, Rafidah dengan APnya. Lagi banyak si menteri bermasalah lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.
Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau saekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.
Hantu Raya memiliki stateji berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat ditangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan di bawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.
Siapa sebenarnya yang di wakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutung.
Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukung-cukung besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukung borjuis nasional yang di ketahui umum. Mereka ini semuanya menjadi polong kaya raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.
Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi , ECM Libra, atau Syarikat Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya raya yang melimpah ruah.
Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggudam Khairy Jamaluddin, menggudam Tingkat Empat dan menggudam Kalimullah Hassan. Peggudaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriot, dasar luar negara dan dan dan…Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.
Pada akhir tahun 2008 ini kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk di tunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Mahathir Muhamad. Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa ?(TT)
Timbalan pengerusi SPR itu menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan, dan menurutnya SPR berjaya capai objektif adakan pilihan raya dan rungutan kebanyakannya bersifat teknikal sahaja
KAH KAH KAH
kah kah kah... TAK PERLU DULAK DALIK...kah kah kah..
kah kah kah... DAK MENIPU... TERBONGENG.. KANTOI..kah kah kah...
KUALA LUMPUR: Pengerusi SPR dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung dakwaan kepincangan PRU13 lalu. Lagi...
KUALA LUMPUR 7 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadang diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen supaya fungsi dan kawal selianya diubah sama seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya...
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..SEBELUM IKUT CAKAP JOHAN INI....kah kah kah..
kah kah kah... SILA TANYA KESATUAN PEKERJA DEWAN... kah kah jkah..
kah kah kah...ADA TIDAK MALAON INI TERLIBAT DALAM KES RASUAH... kah kah kah... kah kah kah...JELAS JELAS DULU.... kah kah kah.. kah kah kah..NANTI MACAM MAT PET ... JAGA GUDANG HEROIN... kah kah kah
KUALA LUMPUR 7 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadang diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen supaya fungsi dan kawal selianya diubah sama seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Johan Jaaffar berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan memandangkan SPRM merupakan salah satu badan bebas yang sentiasa menerima kecaman dan tuduhan daripada pihak tertentu.
Sehubungan itu, katanya, PPPR berpendapat sekiranya SPRM masih kekal kedudukannya seperti hari ini maka suruhanjaya itu tidak terlepas daripada persepsi berhubung isu integriti, kebebasan dan kemampuan badan tersebut.
Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.
Politik bukan agama.
Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.
Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.
BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.
Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Soo Khon kerana ekonomi.
Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.
Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.
Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.
Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyah dan tanah – adalah ekonomi.
Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.
Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.
Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.
Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.
Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.
Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.
Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.
United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.
Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.
Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.
Pas dahlu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.
Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.
Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.
Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.
Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.
Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.
Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.
Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.
Ekonomi lagi.
Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.
Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari 'kawan' dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.
Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.( TT)
--------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.
Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.
"Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.
Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.
Sehubungan itu katanya, beliau menyokong sebarang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengundang kepada malapetaka.
"Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," jelas beliau.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung beberapa pertikaian yang dibangkitkan sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Sekiranya gagal berbuat demikian, PAS tidak teragak-agak untuk menggunakan pelbagai saluran yang sah, termasuk menghadap ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan bagi memastikan satu suruhanjaya yang benar-benar berintegriti bagi menggantikan SPR yang ada.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, berkata sudah sampai masanya satu tindakan tegas terhadap SPR dilakukan memandangkan begitu banyak perkara berbangkit ketika dan selepas PRU13 lalu gagal diselesaikan secara profesional oleh SPR.
"Ini bukan masanya untuk SPR berdolak-dalik, tuding jari sini sana bagi menyalahkan segala kesilapan yang berlaku. Sebaliknya, SPR perlu bertanggungjawab bagi memastikan semua perkara membabitkan pilihan raya dilaksanakan sebaik mungkin," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, biarpun desakan untuk SPR meletakkan jawatan sudah seringkali diajukan, usaha untuk memastikan badan itu digantikan dengan badan lain yang lebih berintegriti perlu dilakukan.
Justeru, katanya PAS akan menggunakan semua saluran yang ada untuk memastikan SPR dapat dikembalikan kewibawaannya dengan peletakn jawatan secara terhormat oleh semua anggotanya.
Dalam waktu terdekat, tambah Salahudin, PAS akan mengerahkan ahlinya untuk sama-sama menyertai himpunan Black505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun akan datang.
"Selepas perhimpunan tersebut, saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa isu ini ke parlimen. Kemudiannya ia akan disusuli ke saluran-saluran lain dalam usaha memastikan SPR lebih bertanggungjawab dan tidak dijadikan alat kepentingan sesetengah pihak," tegas beliau lagi.
Pandangan tersebut turut disokong Koordinator Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang mendesak agar Pengerusi SPR dan badan itu sendiri digantikan dengan satu badan yang lebih bebs dan berintegriti.
"Kita lihat begitu banyak alasan diberikan, sejak pembubaran parlimen sehinggalah selesai PRU13. Alasan yang diberikan pula adalah mengarut. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apabila kamu gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan, adalah lebih baik meletakkan jawatan. Bukan menyalahkan pihak lain atas kesalahan yang kamu lakukan," kata beliau.
Sebelum ini, pelbagai isu dibangkitkan berhubung perjalanan PRU13, khususnya berkait dengan penggunaan dakwat yang dikatakan kekal oleh SPR.
Penggunaan dakwat itu yang digunakan untuk pertama kali di negara ini, dikatakan boleh bertahan sehingga tujuh hari, bagaimanapun telah dibuktikan banyak pihak ia boleh hilang dalam tempoh beberap jam selepas membuang undi.
SPR sebelum ini memberi alasan, perkara tersebut berlaku kerana terdapat anggota SPR yang tidak menggoncang botol dakwat tersebut dengan betul hingga menyebabkan dakwat itu tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, terdapat laporan daripada pakar kimia yang mengatakan dakwat tersebut tidak perlu digoncang.
Hari ini, terdapat pula kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam.
Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Ianya berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.
Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.
Sebelum ini Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.
Kami tidak pasti apa tujuan dan asbab, laporan berita Bernama ini dikeluarkan. Mungkin Mirzan yang merupakan anak Tun Mahathir, mantan perdana menteri malaysia keempat acapkali dilemparkan tuduhan menjalankan bisnes arak dan minyak.
Berbelit–belit, mula-mula cuba mempertahankan si empunya badan tiada apa-apa kepentingan dengan satu syarikat minyak dengan sedang meningkat naik sejak akhir-akhir ini apabila berjaya menelan Esso Malaysia. Susunan ayat pada peranggan-perenggan akhir lain pula bunyinya. Yang mana satu?
Sumber : Kosmo & Bernama
Tidak pegang saham di Malaysia, tetapi ada saham di Filipina? Mirzan dikatakan pula ada saham dengan Petron Corporation Filipina dan juga ada saham dalam San Miguel Corporation yang merupakan syarikat induk bagi Petron Malaysia. Syarikat San Miguel ini ada macam-macam lapangan perniagaan yang diterokai. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, apa perniagaan teras syarikat San Miguel?
"Arak"
Sehingga dalam pada tempoh yang singkat, Petron malaysia diberikan peranan yang cukup besar apabila mendapat kontrak membekalkan minyak kepada Malaysia Airlines (MAS) sekaligus mengenepikan secara mudah sebuah lagi syarikat multinasional yang lebih besar daripada Petron iaitu Petronas. Hebat…
Agak-agaknya jikalau namanya Mirzan Bin Abu Bakar dapat atau tidak kontrak lumayan daripada Malaysia Airlines? Mungkin……….?
"Tahniah!". Hanya dengan berbekalkan sejumlah 5,000 saham sahaja daripada 3.3 bilion saham tetapi berjaya menjadi pengarah. Hebat anak Tun Mahathir berniaga. Dalam banyak-banyak lapangan perniagaan, syarikat yang merupakan peneraju arak di Asia Tenggara dipilihnya. Tahniah sekali lagi!
Tetapi….tetapi, Mirzan Tun Mahathir tidak berseorangan, ramai juga orang Melayu kita ada kepentingan dalam syarikat judi Genting, Sport Toto. Malaysia yang kami perhatikan agak unik sistemnya, ada kepentingan dalam syarikat judi atau arak tidak mengapa. Tetapi, jangan anda sebagai rakyat biasa minum arak atau bermain judi, anda akan didenda dan dihukum sekeras-kerasnya. Apa respon balas anda pula?
GEORGETOWN - Permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai Pakatan Rakyat perlu diberi pertimbangan dengan sebaik-baiknya, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Beliau berkata sistem dua parti patut diamalkan di Malaysia dan ini hanya boleh dicapai sekiranya PSM turut menganggotai Pakatan Rakyat.
"Apabila Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar bertanding atas tiket PKR (pada PRU13) baru-baru ini, ia jelas menunjukkan bahawa PSM menganggap PKR sebagai sekutunya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Karpal juga berkata beliau tidak tahu menahu dan oleh itu terkejut dengan kenyataan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa permohonan PSM untuk menyertai Pakatan Rakyat telah ditolak.
"Saya rasa itu bukan pendirian Pakatan. Saya tidak tahu mengenainya," kata beliau.
Semalam, portal berita The Star Online melaporkan bahawa permohonan PSM untuk menyertai Pakatan Rakyat dikatakan ditolak parti komponen gabungan pembangkang itu.
Saifuddin dilaporkan berkata pakatan pembangkang telah membincangkan permohonan PSM itu sebelum PRU13 dan membuat keputusan negatif mengenainya. - Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan, menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi asid maleik (maleic acid).
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata sehingga kini, sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering dan tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.
Beliau berkata keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.
"Walau bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini.
Tapioca Starch Pearls biasanya digunakan sebagai makanan dalam minuman.
Dengan perkembangan itu, jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian itu kini berjumlah 16 produk.
Katanya kementerian memantau rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau melayari laman web kementerian. - Bernama
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menegaskan tiada kebenaran akan diberikan kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata tidak berniat menghalang pembangkang mengadakan perhimpunan tetapi lokasi tidak sesuai memandangkan padang tersebut terletak ditempat terbuka, sebaliknya menasihati pembangkang mengadakan ditempat tertutup di stadium atau lain-lain.
"Kita benarkan mereka untuk adakan perhimpunan di tempat yang tertutup, saya dimaklumkan oleh Datuk Bandar mereka juga minta memohon untuk menggunakan Padang Merbok.
"Tapi bagi saya Padang Merbok tempat terbuka... di tempat terbuka kita tidak akan beri, kerana kita tahu tentang undang-undang dan patuh," kata Tengku Adnan semasa ditemui selepas majlis bersama pelanggan di KL Sentral di sini.
Tengku Adnan kemudiaan mengecam sikap pemimpin pembangkang yang dilihatnya sebagai mengajar rakyat supaya tidak mematuhi undang-undang dengan bertindak sesuka hati walaupun perkara tersebut menyalahi undang-undang.
"Saya nak menasihatkan rakyat bahawa kita hidup dalam keadaan dimana ada 'law and order'.
Pembangkang ini nak menyemai satu keadaan kepada rakyat kita ni hidup dalam rimba, kita tak ikut hukum rimba," tegas setiausaha agung Umno itu lagi.
Tengku Adnan juga mahu pembangkang menerima kekalahan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dan memfokuskan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang telah memilih mereka.
"Kalau kamu dah kalah, mengaku hakikat kalah sajalah," katanya lagi.
Baru-baru ini PR menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut "tidak lengkap".
Menurut Khalid, penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu DBKL.
"Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap. "Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan perhimpunan," kata Khalid yang dipetik dalam MStar.
Selepas berakhir keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang PR telah mengadakan jelajah himpunan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang didakwa mereka penuh penipuan dan tidak adil, ribuan orang ramai hadir bagi memberikan sokongan dalam setiap perhimpunan yang mereka anjurkan.
Perhimpunan terbaru yang selesai diadakan adalah di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei lalu yang menyaksikan ribuan orang ramai membanjiri padang dengan memakai baju hitam sebagai tanda protes ke atas keputusan pilihan raya lalu.
Perhimpunan membantah keputusan pilihan raya PR dikenali sebagai "Black 505", ia diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.
KOMENTAR : Dalam tempoh lebih kurang tiga minggu kebelakangan ini, sebanyak tiga insiden kematian tahanan dalam lokap di laporkan pihak media.
Pada 21 Mei, N Dhamendran, 32, mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Pada 26 Mei pula, R Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati sehari selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Manakala, pada 1 Jun lalu pula, jurutera P Karuna Nithi, 42, mati dalam tahanan polis di Tampin, Negeri Sembilan.
Sementara Wakil NGO MyWatch dan Power, S Gobi Krishnan berkata antara tahun 2000 hingga 2010 statistik menunjukkan 64 orang Melayu, 30 Cina dan 28 India telah meninggal ketika dalam tahanan polis.
Dari 122 kematian yang di catatkan tersebut menunjukkan terdapat purata 12 kematian setahun atau satu kematian setiap bulan.
Namun selama ini, mungkin insiden sebegini sekadar menjadi catatan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak dipanjangkan kepada pihak media.
Atau pun media arus perdana sendiri bertindak 'mematikan' berita tersebut kerana dianggap akan memberi keaiban kepada kementerian yang selalunya di pegang oleh perdana menteri sebelum ini.
Senario ini di lihat agak berbeza apabila pembangkang yang lebih 'advance' dengan media alternatif mendapat tempat di kalangan rakyat setelah Tsunami politik 2008.
Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kes kematian seperti kes kematian Kugan yang dibongkar oleh media-media alternatif telah membuka minda dan mata rakyat berhubung tindakan salah guna kuasa pihak polis.
Lokap tempat 'belasah' pesalah?
Memandangkan insiden kematian di lokap ini semakin menjadi-jadi, orang ramai, NGO dan parti-parti politik merasa bimbang dengan jaminan keselamatan pihak Polis yang selama ini dianggap sebagai payung untuk melindungi keselamatan rakyat.
Lebih menakutkan lagi apabila persepsi rakyat yang selama ini menganggap kejadian tersebut hanya sebahagian dari plot cerita dari filem-filem barat yang mereka tonton di televisyen. Rupa-rupanya suatu 'kaedah wajib' yang dilakukan ke atas tahanan di lokap oleh pihak polis di seluruh dunia.
Walaupun secara saikologinya, persepsi ini boleh di lihat baik kerana menakutkan orang ramai dari melakukan jenayah tetapi dalam konteks realitinya tahanan lokap bukan 'berpengertian' mengurung pesalah atau mereka yang telah di putuskan bersalah atau seorang penjenayah.
Tahanan lokap adalah tempat tahanan sementara bagi membolehkan proses pendakwaan dan mengenalpasti bentuk kesalahan yang dibuat ke atas mereka yang di syaki.
Terdapat beratus-ratus tahanan di lokap dibebaskan sebelum ini kerana didapati tidak bersalah atau tersalah pendakwaan.
Tragedi kematian yang banyak di kaitkan dengan penderaan di lokap memberi gambaran yang amat buruk kepada imej pihak polis.
Malah lokap akan di anggap sebagai tempat untuk pihak polis memperoleh jalan pintas bagi mendapatkan maklumat dengan tindakan membelasah orang yang di syaki.
Ini di lihat seolah-olah pihak polis boleh bertindak sesuka hati termasuk membelakangkan keputusan yang belum lagi diputuskan oleh pihak mahkamah berhubung status tahanan di lokap.
Menyemak semula SOP
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam sidang medianya berkata, anggota polis yang didakwa terlibat sedang di siasat dan akan di gantung tugas.
Menurut Zahid lagi pihaknya juga akan menyemak semula Piawaian Prosedur Operasi (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis yang bertugas dalam menyoalsiasat tahanan.
Selama ini tidak ada maklumat atau berita yang di laporkan media berhubung tindakan yang telah diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian tahanan di lokap.
Sedangkan berdasarkan lapuran dari NGO MyWatch dan Power, dari tahun 2000 hingga 2013 lebih dari 122 kematian di catatkan. Kalau menggunakan angka purata kematian 12 tahanan setahun, sehingga Mei 2013 ini terdapat lebih kurang 150 kematian tahanan lokap sejak tahun 2000 di catatkan.
Dalam lain perkataan, apakah baru sekarang ini setelah lebih 150 kematian di catatkan, Zahid dan KDN baru menyedari untuk menyemak semula SOP dalam soalsiasat tahanan di lokap?.
IPCMC Tidak Akan di wujudkan
Penghujung Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata tidak ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Menurut Low, ini kerana sudah ada mekanisme untuk membuat aduan terhadap polis iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang merupakan sebuah badan pengawasan bebas terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang.
Badan penguatkuasa ini menurut Low juga menyiasat aduan salah laku oleh anggota polis.
Persoalannya sekarang, seandainya badan penguatkuasa ini telah lama wujud sebagaimana kenyataan Low, berapakah jumlah kes yang melibatkan lebih 150 kematian di lokap sejak tahun 2000 ini di siasat oleh badan ini?
Persoalannya juga apakah bidang kuasa penguatkuasa ini? Apakah EAIC hanya sekadar menerima aduan dan menyiasat tanpa kuasa mendakwa atau kuasa untuk mengambil tindakan?
Andai ini congak yang di buat oleh Low, EAIC tidak ubah seperti SPRM dan SPR yang akhirnya akan menyerahkan kepada kuasa pihak polis untuk menyiasat sebelum di serah kepada pihak peguam negara untuk pendakwaan.
….yang akhirnya hingga ke saat ini kes kematian Kugan dan kematian Teoh Beng Hock serta siapa dalang di sebalik kematian model Monggolia, Altantuya Shaariibu menjadi misteri yang masih tidak terjawab.
Mengapa IPCMC takut diwujudkan?
Ramai yang bertanya mengapa IPCMC atau Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis enggan ditubuhkan oleh kerajaan sedangkan cadangan penubuhan suruhanjaya ini bukan cadangan dari pihak pembangkang atau dari musuh politik kerajaan BN.
IPCMC salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.
Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abduullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.
Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat setiap kali terdapat berita tentang salah laku atau keganasan polis terhadap orang awam.
Persoalannya juga mengapa kerajaan Umno-BN begitu fobia dengan penubuhan suruhanjaya Diraja.
Sedangkan penubuhan IPCMC bertujuan menambahbaik institusi kepolisian negara bagi menjadikannya lebih di hormati dan lebih berintegriti.
Tidak di nafikan perbuatan salah laku dan tindakan diluar prosidur SOP terhadap tahanan dilakukan oleh segelintir pihak namun kesannya amat besar terhadap keyakinan rakyat kepada badan keselamatan awam tersebut.
Rakyat juga telah sekian lama menyaksikan bagaimana jabatan polis diperkuda oleh ahli-ahli politik sehingga badan tersebut terpaksa membelakangkan profesionalism perkhidmatannya.
Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan bahawa beberapa tindakan polis berhadapan dengan demontrasi jalanan sebelum ini bukan arahan dari beliau tetapi arahan dari pihak yang lebih atas dari beliau.
Apakah sebahagian plot dari kenyataan Musa Hasan tersebut merupakan antara beberapa rentetan yang menyebabkan Kabinet baru Datuk Seri Najib Razak enggan IPCMC di realisasikan?
Ini kerana ia di lihat memberi kebaikan kepada penambahabaikan kepada pihak polis tetapi tidak menambahbaik kuasa Umno-BN dalam mengekangan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan politik bertapak di bumi bertuah ini.
SHAH ALAM : Perkembangan projek Hospital Shah Alam yang telah tergendala selama setahun dan akan menelan kos lebih setengah bilion untuk disiapkan, bakal diketahui sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada 24 Jun ini.
MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad menjangkakan beliau akan melawat tapak projek itu di Seksyen 7 seteleh mendapat persetujuan daripada Jabatan Kerja Raya.
"Pihak kami telahpun hantar surat dan faks pada Februari lalu mengikut alamat dan nombor yang diberikan kontraktor utama (Gadang Engineering (M) Sdn Bhd), serta telah menerima pengesahan ianya telah sampai.
"Apapun, saya menyambut baik tawaran pihak JKR pusat dan berharap agar lawatan ini dapat diatur sebelum sidang parlimen diadakan kira-kira dua minggu lagi.
"Saya yakin tempoh masa itu sudah cukup buat pihak JKR mengatur lawatan sepertimana ditawarkan," jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu apabila dihubungi.
Semalam, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengeluarkan kenyataan tidak menerima sebarang permohonan berhubung lawatan tapak yang ingin dilakukan Khalid, namun memaklumkan bersedia untuk mengatur lawatan tersebut.
Rabu lepas, Khalid mendakwa masih menunggu jawapan daripada JKR Pusat berhubung permohonannya Februari lalu untuk melawat tapak projek.
Ujarnya, lawatan itu perlu dilakukan beliau untuk mengetahui perkembangan projek yang beberapa tahun tergendala itu.
Pada Disember tahun lalu, Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor didakwa berkata kerja-kerja struktur hospital itu 98 peratus siap namun masih perlu menunggu kerja mekanikal dan kerja elektrik.
Shaziman berkata, kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada Oktober 2013 dan hospital tersebut akan menyediakan 300 katil untuk kegunaan warga kawasan Shah Alam dan Subang.
Sebelum ini, ratusan ribu warga Shah Alam dan Subang terpaksa menuju ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang yang sudah sesak dengan warga kawsan Klang dan Banting.
Pembinaan Hospital Shah Alam pada awalnya membabitkan kos sebanyak RM 482.6 juta dan dijangka siap pada bulan April tahun lepas.
Bagaimanapun, ekoran penukaran kontraktor, hospital itu hanya dijangka siap pada Oktober tahun ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM 550.7 juta.
Jumlah tersebut adalah termasuk dengan pampasan berjumlah RM 139.9 juta yang dibayar kepada kontraktor lama.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.
Beliau berkata langkah itu difikirkan relevan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak kebelakangan ini yang mahukan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
"Lebih penting, pengenalan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah untuk menentukan mereka yang bertanding jawatan tersebut mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kota Belud hari ini.
Salleh yang juga ketua Umno bahagian Kota Belud berkata sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah mekanisme terbaik memastikan keutuhan parti sebagai tunjang pemerintahan negara ini.
Jika tidak, katanya, sembarangan orang termasuk mereka yang tidak mempunyai kredibiliti boleh menawarkan diri bertanding jawatan tersebut, dan ia tidak baik untuk parti.
"Sementara bagi jawatan-jawatan lain, termasuk naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ketua bahagian dan semua sayap parti boleh dikekalkan sistem pencalonan dan pertandingan yang sedia ada," katanya.
Ini, katanya, selaras dengan semangat pindaan perlembagaan Umno yang dibuat sebelum ini, yang memberi peluang kepada lebih ramai ahli menentukan hala tuju kepemimpinan parti.
Bekas ketua menteri itu berkata semangat pindaan perlembagaan tersebut perlu dipertahankan demi kelangsungan perjuangan Umno.
Sebelum ini, calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).
Pada 24 April 2009, Majlis Tertinggi Umno bersetuju perlembagaan parti dipinda yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan supaya ia lebih telus, terbuka dan demokratik.
Pindaan perlembagaan Umno kemudian dibuat pada perhimpunan agung tahunan Umno pada Oktober tahun yang sama.
Dalam pada itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan mengajak ahli parti semua peringkat supaya memperkukuh semangat perpaduan, demi menjadikan Umno kekal sebagai parti inklusif.
"Kekuatan ahli Umno di peringkat akar-umbi memainkan peranan besar dalam mengupayakan perjuangan dalam usaha menjadikan Umno lebih inklusif," katanya.Bernama
BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.
Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Pada asasnya, begitulah cara BN memenangi pilihan raya," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.
Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.
Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan.
"Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya.
Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi.
"Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya.
Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.- Bernama
Salah pembahagian kerusi pilihan raya sebenarnya menjadikan orang Melayu sebagai mangsa, kata felo Institut Penang, Wong Chin Huat.
Menurutnya, kerusi yang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat dijadikan lebih besar dengan kemasukan lebih ramai orang Melayu untuk mengekang sentimen anti-BN.
Namun pada masa sama, jumlah orang Melayu yang ramai dalam kerusi tersebut tetap mempunyai hanya seorang wakil rakyat berbanding dengan mereka dalam kerusi yang lebih kecil.
Perkara ini tegasanya, membuktikan bahawa persempadanan semula adalah bersifat politik, dan bukan mengambil kira faktor geografi atau perkauman.
Beliau mengambil contoh parlimen Baling dengan majoriti Melayu yang mempunyai 93,376 pengundi berbanding Alor Setar, sebuah kerusi campuran yang hanya mempunyai 69,189 pengundi.
"Ini menghukum Melayu, kerana Baling adalah kubu kuat PAS sementara BN sebelum ini tidak pernah kalah di Alor Setar sehinggalah pilihan raya baru-baru ini. Ia bersifat partisan," katanya dalam satu forum membincangkan persempadanan pilihan raya hari ini.
Beliau seterusnya memberikan contoh dewan undangan negeri Seri Serdang yang menjadi semakin besar untuk mengekang sentimen anti-BN.
Jelasnya, pada tahun 2008 BN menang dengan majoriti 45 undi tetapi tewas kepada PAS pada tahun 2013 dengan majoriti 16,251 undi.
"BN sangat tidak popular di kawasan bandar sehingga mereka tidak mampu mendapatkan sokongan yang mencukupi melainkan mereka membentuk konstituensi yang besar," katanya.
Mengulas perkara lain, Wong menegaskan sistem pilihan raya 'first past the post' sekarang tempang kerana ia membolehkan kerajaan minoriti dengan majoriti mudah 25 peratus membentuk kerajaan.
"Untuk menang, anda perlu memenangi separuh sahaja daripada kerusi (parlimen) dan anda seterusnya hanya perlu menang separuh daripada undi daripada kerusi-kerusi tersebut," katanya.
Beliau mencadangkan tiga sistem lain sebagai ganti - sistem undi alternatif seperti di Australia, sistem pengundian berkadaran seperti di Jerman dan New Zealand, dan sistem ahli campuran majoriti seperti di Jepun dan Thailand.
Sehubungan itu, katanya, Pakatan boleh memenangi PRU13 dengan mendapat 114 daripada 222 kerusi Parlimen sekiranya Malaysia menggunakan sistem pengundian berkadaran.
Katanya, sistem pengundian itu membolehkan korelasi hampir sempurna antara undi popular dan kerusi.
Katanya, jika sistem itu telah digunakan, maka PAS akan mendapat 33 kerusi, PKR 46 dan DAP 35 - dengan BN memperolehi 106 kerusi..
Parti Star dan Sarawak Workers Party juga masing-masing mampu memenangi satu kerusi.
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno hujung tahun ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perkara menjadi keutamaan sekarang adalah kukuhkan parti dan agenda transformasi.
Menurut beliau, Pemuda Umno hargai semangat pindaan Perlembagaan yang akan memperluas lagi bilangan perwakilan yang memilih jawatan tertinggi dalam parti.
"Kukuhkan Umno, akan menjadikan tunjang BN kuat dan membantu parti komponen yang menghadapi masalah. Umno perlu berada di hadapan dalam memacu hala tuju BN menjelang PRU14," katanya dalam sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.
Khairy berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang paling layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden parti.
"Justeru Pemuda Umno membuat ketetapan dan mengusulkan kedua - dua jawatan itu tidak dipertandingkan," katanya.
Menurutnya, dalam mesyuarat itu Pemuda Umno turut menolak cadangan menjadikan BN parti tunggal yang mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Katanya, sistem parti komponen dalam BN mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik di Malaysia.
"Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal. Pemuda Umno mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia ada," katanya.
GEORGETOWN - Polis mengenal pasti pemilik kereta jenisPerodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakankonkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagaiRohaizad Md Sofar.
Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama adaRohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yangmasih tersepit di dalam kenderaan itu.
"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan ituuntuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.
Mangsa bebagaimanapun lum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerjamengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.
Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang diLebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta danseorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.
Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.
Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalamkejadian itu.
Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotongsedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.
Jurucakap bomba berkata runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksadipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.
Katanya setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapatmengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakankonkrit itu.
Beliau berkata lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba,Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedangbertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu. - Bernama
KEMELUT melibatkan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan seorang pendatang baru dalam industri seni, Adam Davin, 25, memasuki episod baru, apabila Raja Azmi mengadakan sidang media kelmarin dan turut membawa bersama individu pernah ditipu Adam.
Adam kelmarin menerusi kenyataannya pada sebuah akhbar dan stesen televisyen mendakwa dia telah difitnah Raja Azmi setelah dia batalkan hasrat untuk melabur dalam filem terbaru Raja Azmi iaitu Anak Ikan.
Adam atau nama sebenarnya Davinder Singh Gurchan Singh adalah pelakon dicanang sebelum ini untuk menjayakan watak utama filem itu.
Menegaskan sidang media tersebut bukan untuk mengaibkan Adam, Raja Azmi berkata, dia amat berharap Adam berhenti daripada terus menjaja namanya dan berhenti menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
"Saya mengenali dia menerusi laman sosial Instagram. Adam yang terlebih dahulu perkenalkan diri kepada saya dan menyatakan hasrat bapanya yang ingin melabur RM500,000 dalam filem Anak Ikan. Tetapi dengan syarat dia ditawarkan watak utama.
"Ketika itu bagi saya, jika benar ada pihak mahu bantu, saya akan terima dengan baik memandangkan kini saya berstatus ibu tunggal. Sebelum ini jika saya mahu terbitkan filem, bekas suami saya (Jailani Sidek) yang akan bantu.
"Dia juga memberitahu saya, dia adalah pemilik kedai Gulatis di Wangsa Walk dan juga merupakan anak kepada pemilik gedung kain terkemuka, Jakel.
"Malah Adam juga pernah berjanji mempertemukan saya dengan bapanya bagi membincang filem itu sebanyak dua kali tetapi terbatal," jelasnya dalam satu sidang media di RK Recipe & Cafe, Taman Melawati, semalam.
Menurut Raja Azmi, bagaimanapun selepas itu, dia menyedari lelaki tersebut adalah penipu selepas dia menerima banyak maklum balas daripada pengikut di Instagramnya.
Sejak itu, beliau terus menyekat akaun Adam daripada Instagramnya malah tidak lagi menjawab panggilan telefon lelaki tersebut.
"Sudahlah dia menipu orang dan turut menjaja nama saya termasuk adakan sesi pencarian bakat untuk filem Anak Ikan tanpa pengetahuan saya. Kemudian dia kata saya fitnahnya pula.
"Ini betul-betul satu tamparan buat saya kerana seumur hidup, saya tidak pernah fitnah orang," jelasnya sebak.
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata selepas dia menulis mengenai perbuatan Davin tersebut dalam Instagram miliknya, ramai individu turut berkongsi menjadi mangsa ditipu.
"Sekarang ini, semua mangsa telah buat laporan polis, begitu juga dengan saya. Bayangkan dalam masa dua bulan, 10 orang tampil mengakui ditipu Adam. Sekarang kami harap Davin segera ditangkap kerana terdapat banyak bukti mengenai penipuannya itu," tegasnya.
Antara mangsa yang hadir ialah tertipu gara-gara urusan pembelian telefon bimbit, pemilik butik Kos Serani (butik baju yang dipinjam Adam untuk ABPBH lalu) dan wakil dari outlet Gulatis Wangsa Maju.
Dalam pada itu Raja Azmi berkata, meskipun dia berdepan kontroversi ini, perancangannya untuk menerbitkan filem Anak Ikan tetap akan diteruskan.
"Bajet keseluruhan filem ini lebih kurang RM900,000. Saya akan tetap teruskan projek filem ini. Pelakonnya terdiri daripada pelakon lama dan baru. Kita akan adakan uji bakat bagi cari pengganti Adam Davin juga untuk pelakon lain," katanya.
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penahanan semula aktivis dan seorang Ahli Parlimen pembangkang sebagai penghinaan kepada mahkamah.
Menurutnya, penahanan semula Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim menggambarkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguatkuasa.
"Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki," katanya yang dipetik di dalam kenyataan media, hari ini.
Mengikut satu laman portal berita, pada 3 Jun lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang daripada memasuki Sabah.
Dalam satu tulisan di Twitter, Kit Siang mendakwa Ketua Menteri Sabaha, Datuk Seri Musa Aman, mengarahkan namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu.
"Saya baru dimaklumkan bahawa saya dalam senarai hitam imigresen Sabah, dihalang daripada memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri Sabah," katanya.
Kit Siang juga mendakwa, turut tersenarai adalah Anwar, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Dalam pada itu, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR berkata, sekatan yang dilakukan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah, adalah penyalahgunaan kuasa.
"...Izzah seolah-olah dia penjahat dan meletakkan Kit Siang, Ambiga dan saya dalam senarai halangan masuk ke Sabah adalah satu penindasan dan salah guna kuasa," katanya.
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
TAWAU - Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.
Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.
Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.
Abdul Gani berkata pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.
"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.
Katanya kesemua kes itu, kecuali kes KPL Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan KPL Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.
Sementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, berkata setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh.
Tsai berkata permohonan Datuk N.Sivananthan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua 24 tertuduh itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 Jun ini.
Katanya tertuduh yang belum diwakili peguam pula akan diwakili peguam yang dilantik mahkamah.
Antara peguam yang dilantik mahkamah dan hadir bagi mewakili anak guam masing-masing dalam prosiding hari ini ialah Syarulnizam Salleh, YS Lo Yun Sin dan Zakaria Ahmad dengan diketuai Ram Singh. Mereka mewakili Basad H Manuel.
Ronny Cham pula mewakili Ismail Yasin manakala Abdul Gani Zelika mewakili Abd Hadi Mawan dan Atik Hussin Abu Bakar.
Turut hadir ialah Peguam Rowiena Rasid yang mewakili tertuduh, Pabblo Alie. Rowiena dilantik keluarga Pabblo. - Bernama
KUALA LUMPUR - Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini hari ini.
Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.
Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.
Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.
Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.
Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu. - Bernama
ALOR SETAR - Usul MCA tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan boleh terbatal sekiranya perwakilan parti itu mencadangkan usul baharu menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagaimanapun berkata EGM tersebut hanya boleh diadakan sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada perwakilan pusat iaitu 800 daripada 2,400 perwakilan pusat.
Sekiranya EGM tersebut tidak mendapat persetujuan satu pertiga perwakilan, sebarang usul mengenai perkara tersebut akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hujung tahun ini, katanya.
Keputusan keputusan tersebut bergantung kepada perwakilan parti membuat usul untuk membatalkan usul yang dibuat pada AGM parti itu dua tahun lepas, katanya kepada pemberita pada satu majlis jamuan malam di sebuah hotel di sini hari ini.
MCA pada AGM 2011 dan 2012 membuat resolusi bahawa parti itu akan menolak semua jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri jika prestasinya lebih teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lepas.
Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandinginya.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.
Mengenai tempoh yang agak lama tiada wakil MCA sebagai exco kerajaan negeri Kedah, Dr Chua berkata ia tidak terlalu lama hanya menunggu hingga hujung tahun ini untuk diadakan AGM.
Katanya beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mahu memberi jawatan exco kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) MCA tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak menerima apa-apa jawatan.
Ditanya sekiranya Menteri Besar Kedah melantik ADUN MCA menjadi exco, beliau berkata: "Jika ia berlaku baru you (wartawan) tanya saya balik". - Bernama
[HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, beliau menyokong sebarang perhimpunan aman yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengundang kepada malapetaka.
"Lagi pun kalau ada kekacauan yang berlaku, ia sebenarnya berpunca daripada provokasi pihak tertentu. Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan," katanya ketika ditemui Harakah di Kota Bharu.
[HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.
Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.
"Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.
Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.
Sehubungan itu katanya, beliau menyokong sebarang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengundang kepada malapetaka.
"Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," jelas beliau.
[MK] Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.
Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.
"Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.
"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.
"Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.
"Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000," katanya.
Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
[HM] Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar 'nenek kental' apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.
Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.
Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. "Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja," katanya.
Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.
ZABEDAH (kanan) bersama sebahagian anaknya mengopek kelapa.
"Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10.
[SH] BALING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.
Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.
Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.
Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.
Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.
Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.
Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.
Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.
Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) membantah keras acara Ratu Cantik Dunia yang akan diadakan pada September di Bali dan Bogor, Indonesia.
Mereka meminta agar acara itu dibatalkan kerana menggalakan pertumbuhan budaya hedonism, acara Ratu Cantik di Indonesia.
Lantaran itu, dilaporkan para peserta seramai satu ratus tiga-puluh-tujuh itu tidak akan memakai bikini.
Pihak penganjur menyatakan mereka tidak mahu menyinggung perasaan rakyat tempatan yang majoritinya ummat Islam.
Acara panas Ratu Dunia tersebut akan memakai pakaian konservatif , seperti sarong, untuk bagian busana pantai, lapor di sini
Korang cubalah agak dan gambarkan, bagaimanakah agaknya nanti para peserta itu memperagakan pakaian sarong.Korang fikir diaorang tu akan pakai dengan cara yang bersopankah?
Sudah tentu lebih sopan lagi cara pakain sarong Zambry yang diperagakannya dibawah ini …
Sepatutnya pihak pengajur Ratu Cantik Dunia ni gi menemui Rosmah dan dapatkan pandangannya kerana Rosmah ada pengalaman dalam penganjuran Busana Muslim.
Tentu korang masih ingat ketika PM Najib mengiringi Rosmah ke Festival Busana Muslim – 'Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show' yang diadakan di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos 2010 lalu yang turut di hadiri Prince Albert II, penguasa Prinsipaliti Monaco.
Mahu diadakan di Malaysia tentu tidak ada masaalah. Ramai mufti dan pejuang penegak Melayu Islam di Malaysia ni akan keluarkan fatwa untuk bekap.
Rosmah tersentak lalu terkentut dan tercirit bila delegasi Monolia itu menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya di sini
Awal-awal lagi Najib dah lari untuk menyelamatkan dirinya. Kah! Kah! Kah! Dia sudah tidak memangku lagi jawatan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia yg disandangnya sejak Kak Izat Lembu tamat tempoh senatorshipnya.
Dia seolah-olah sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku di persidangan 3 hari Sidang Kemuncak Global Wanita dimana Malaysia selaku tuan rumah.
Tapi jangan lupa, Najib adalah Menteri Pertahana ketika itu. Dia perlu jelaskan bagaimana C4 boleh mudah diakses oleh bekas anggota UTK untuk meledakan tubuh badan Altantuya yang sudah mati itu?
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
'BN menang majoriti mudah dengan hanya 20% undi PRU13'
BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.
Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaBercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
malaysiakini
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Keratan akhbar yang pernah mengampu Najib sebagai pemimpin pertama menggunakan jambatan kedua Pulau Pinang.
Dengan penuh riak, angkuh dan bangga, mereka menyatakan ini adalah "Projek Untuk Rakyat Pulau Pinang Daripada Barisan Nasional."
Sekarang ini jawapannya!!! Bukankah ini juga projek Barisan Nasional atau dah tak nak mengaku dan hendak persalahkan kerajaan Pulau Pinang??
penyapu sial
project tak iklas, banyak rasuah jadi quality kerja terok. Tengok MMR2 k.L nyaris runtuh, patut kontractor yang mananggung repair, tapi nak cover kroni kes di tutup.Sampai bila nak tipu rakyat, tapi Allah tahu, tak malu kah makan rasuah/komisen dari project project mega ini.Lepas itu bagi keluarga makan, Jadi senang dunia tapi tak dapat takwa.Wang rakyat satu gunung habis jika amalkan rasuah/komisen pada setiap project, Islam tak ajar berasuah, bermegah megah dengan project
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
penyapu sial
Mesti menyesal punyalah siapa yang jemput mereka ni datang persidangan..
so ada beza tak antara kedua duanya di atas....kalau yang di atas sekali cuma komen sahaja di facebook...tapi yang yang kedua lagi dasyat lagi penghinaan terhadap raja raja...siap dengan perbuatan terkutuk lagi....tak pulak kena dakwa...haramjadah punya UMNO-BN.,,!!!
Kita merasa kecewa dengan suasana selepas PRU13 yang cuba mengaitkan sentimen 'nakal' dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia mempunyai Perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadi pegangan kepada seluruh rakyat semenjak kita merdeka sehingga kini.
Bagi kita , apa yang sedang berlaku adalah cubaan pihak-pihak tertentu dari UMNO-BN untuk meletakkan kesalahan tersebut di bahu pihak di dalam PR..
Cubaan pihak-pihak berkenaan 'mengaitkan' kenyataan berbentuk tulisan di media sosial dengan PR dan membina persepsi bahawa PR dikaitkan dengan penghinaan tersebut amat dikesali.
Masih banyak usaha-usaha pihak tertentu 'menyamar' dengan memburukkan Institusi Raja yang sedang berleluasa.
Kita memohon pihak polis menangani isu ( walaupun tidak boleh di percayai ) itu tanpa prejudis dan segera bagi menghalang wabak tidak sihat itu menular.
Atas sifat rakyat yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita menyembah taat setia dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong
lagi kes kes penderhakaan UMNO-BN kepada raja raja yang tak kena dakwa....!!!
saja nak bagi tau supaya kita semua tak tertipu dengan taktik jijik UMNO-BN...berhari hari gembar gembur isu jambatan runtuh di negeri di tadbir pakatan rakyat....kunun projek jambatan runtuh tu projek rasuah dan kroni kerajaan pulau pinang ...supaya imej kerajaan negeri tercalar...
kita nak bagi tau kepada orang bodoh dan dungu yang sokong UMNO-BN...projek jambatan runtuh ini adalah idea kerajaan haram UMNO BN yang perasuah untuk kroni kroni makan komisen( rasuah )....
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.
Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah.
Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...
Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???
Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi. ~kacipemas
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas. Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.
"Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.
"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.
"Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.
"Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000," katanya.
Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. ~klpost
KUALA LUMPUR 8 JUN: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan kehilangan 62,286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamerkan.
Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun."Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan.
Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
"Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang (berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi Parlimen dan DUN berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.
"Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/," katanya.
"Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013," kata Azlan dalam suratnya seperti dilapor Harakah Daily.
Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). ~keadilandaily
'BN menang majoriti mudah dengan hanya 20% undi PRU13'BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.
Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. ~malaysiakini
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren, MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~ Malaysiakini
Sebenarnya aku tak percaya blogger pencacai Umno BN no. 1, yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Mungkin ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula.
Hari ni tembelang lawak Papagomo dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru.
Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.Bukan saja blog baru tapi cara penulisan pun berbeza, takdak lagi maki hamun macam blog Papagomo.
Berapa lama sangat dia boleh bertahan cara penulisan macam tu. Harap dia tak tersasul terlalu awal pasai tentu punya ada yang pantau blog dia ni.
Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la.
Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com.
Iklan C (ii)
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.
Beliau berkata langkah itu difikirkan relevan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak kebelakangan ini yang mahukan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
"Lebih penting, pengenalan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah untuk menentukan mereka yang bertanding jawatan tersebut mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kota Belud hari ini.
Salleh yang juga ketua Umno bahagian Kota Belud berkata sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah mekanisme terbaik memastikan keutuhan parti sebagai tunjang pemerintahan negara ini.
Jika tidak, katanya, sembarangan orang termasuk mereka yang tidak mempunyai kredibiliti boleh menawarkan diri bertanding jawatan tersebut, dan ia tidak baik untuk parti.
"Sementara bagi jawatan-jawatan lain, termasuk naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ketua bahagian dan semua sayap parti boleh dikekalkan sistem pencalonan dan pertandingan yang sedia ada," katanya.
Ini, katanya, selaras dengan semangat pindaan perlembagaan Umno yang dibuat sebelum ini, yang memberi peluang kepada lebih ramai ahli menentukan hala tuju kepemimpinan parti.
Bekas ketua menteri itu berkata semangat pindaan perlembagaan tersebut perlu dipertahankan demi kelangsungan perjuangan Umno.
Sebelum ini, calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).
Pada 24 April 2009, Majlis Tertinggi Umno bersetuju perlembagaan parti dipinda yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan supaya ia lebih telus, terbuka dan demokratik.
Pindaan perlembagaan Umno kemudian dibuat pada perhimpunan agung tahunan Umno pada Oktober tahun yang sama.
Dalam pada itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan mengajak ahli parti semua peringkat supaya memperkukuh semangat perpaduan, demi menjadikan Umno kekal sebagai parti inklusif.
"Kekuatan ahli Umno di peringkat akar-umbi memainkan peranan besar dalam mengupayakan perjuangan dalam usaha menjadikan Umno lebih inklusif," katanya. - Bernama
BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.
Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.
Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.
Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.
"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.
Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.
Ti berkata parti pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.
"Mereka (pembangkang) memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata," katanya.
Beliau berkata sebelum berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.
Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.
Ti berkata parti pembangkang juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.
Katanya pakatan pembangkang juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.
"Mereka menggunakan akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.
Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa mereka patut memberi undi.
Menurutnya, pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.
"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.
"Inilah yang berlaku pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka," kata pakar strategi itu.
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.
"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.
Beliau berkata strategi itu berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah.
DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.
Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.
MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.
Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.
Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".
Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan.
Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.
"Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
"Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang(berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.
"Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/," katanya.
"Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013," kata Azlan dalam suratnya.
Salinan surat Azlan itu diperolehi Harakahdaily hari ini.
Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas.
"Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu Khalid turut mengulas mengenai cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam mengendalikan tahanan yang ditempatkan di lokap ekoran terdapat tiga insiden tahanan yang mati dalam tahanan polis baru-baru ini.
Khalid berkata cadangan penambahbaikan tersebut sedang dikaji pihak polis kerana ia melibatkan beberapa faktor yang perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan.
"Kita sedang menyediakan satu pelan yang komprehensif, kita perlukan masa untuk siapkan SOP berkenaan kerana kita perlu kaji dengan sedalam-dalamnya sebelum dilakukan. InsyaAllah sebelum akhir Jun ini kita akan melaksanakannya (SOP baharu)," katanya.
Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan tahanan polis mati di lokap termasuk yang terbaru pada 1 Jun lepas apabila seorang lelaki berusia 42 tahun ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin, Negeri Sembilan. – Bernama
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren, MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~ Malaysiakini
Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam Jumaat.
Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.
Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu.
"Pada sebelah petang tadi, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya," katanya pada sidang media di sini.
Abdul Rahim berkata bagaimanapun pengecaman bagi mengenal pasti identiti mangsa akan dibuat di bilik mayat HPP dan bedah siasat dijalankan pada pukul 10.30 malam ini.
Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan beberapa maklumat yang di perolehi memaklumkan ada mangsa lain terlibat dalam kejadian runtuhan berkenaan.
"Kita tidak pasti sama ada maklumat (ada beberapa mangsa lain terlibat)yang dapat itu tepat atau tidak tetapi operasi akan diteruskan. Setakat ini hanya satu laporan polis yang kita terima kehilangan anggota keluarga iaitu dari keluarga mangsa (Tajuddin)," katanya ~ mStar
Laporan dari The Star pada pukul 11.00 malam tadi mengatakan lelaki yang terbunuh itu adalah bekas Polis, Tajudin Zainal Abidin, 45 tahun..
Gambar mangsa telah tersebar di internet.. bagaimanapun sebagai menghormati jenazah dan juga kaum keluarganya aku tak akan siarkan diblog ini.. korang carilah..
Al-fatihah buat Allahyarham... semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman...
New Sony Vaio With Haswell Processor - The latest generation Intel Haswell processors like the center to be excellent, because many laptop manufacturers who will use these processors into their products. One is Sony, at the Computex Taiwan 2013, Sony showed off two new laptops that are powered Haswell processor and carries the Windows 8 operating system.
Two new Sony laptop is still one type with the Vaio, the Sony Vaio Pro, and Sony Vaio Duo. Sony Vaio Pro which comes with a touch screen display in a choice of 11-inch and 13-inch, memory PCIe SSD drives with transfer speeds two times faster than SSD storage media type on the laptop market. And equipped with NFC capable battery that can last up to 9 hours. The battery can be extended twice with an additional battery facility.
While the Sony Vaio Duo, a laptop with a slider design concept weighs 1.3 kg, is made of carbon fiber material and can be transformed into a tablet. The screen size of 13 inches equipped with embedded stylus pen and also camera 8 MP Exmor. While the Internet connection using the LTE network and the capacity the battery can last up to 18 hours.
By combining the power of the Sony screen, digital imaging and sound technologies, and innovative design, the VAIO offers a new way for consumers to interact with their PCs, "said Pedro Lafarga SVP, Sony VAIO and Networked Products Division told Softpedia.
The circulation of rumors, Sony's latest laptops will be sold with price range starting from $ 1149 and will go on sale on June 9.
You are subscribed to email updates from Ms Blogs To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semua orang boleh bercakap dan rasa mahu bercakap mengikut naluri dan kepentingan diri masing-masing. Itulah kebebasan, dan kemahuan itu menandakan mereka hidup. Kebebasan ini bukan saja dibenarkan oleh sistem demokrasi, tetapi Islam sangat mementingkan dan adil dalam memberi hak dan kebebasan bersuara. Sebab itu Islam itu syumul.
Tuhan menyuruh kita membaca dengan seruan dalam surah Iqrak, adalah menjadi simbol kebebasan kepada kita untuk menimba ilmu seberapa banyak kemudian bercakap (sebar dan guna) ilmu berkenaan untuk kepentingan manusia dan dunia.
Pun begitu ia tetap ada batas-batasnya. Macam demokrasi juga, walaupun ia bebas tetapi tetap tertakluk kepada undang-undang dan naluri manusia. Demokrasi mengalu-alukan kebaikan dan kemuliaan. Begitu juga dengan agama, semua agama mahukan kepada kebaikan dan kemuliaan. Bahkan lebih-lebih lagi tekanan mengenainya. Sekatan atau kawalan dikenakan oleh demokrasi atau agama dengan tujuan satu, untuk kebaikan dan kemuliaan. Selain dari tujuan itu ia bukan kebenaran sebaliknya kejahatan.
Saya ingin menyinggung mengenai kebebasan bersuara dan ruang memberi pendapat yang digunakan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan supaya satu akta khas untuk menghukum mereka yang menderhaka kepada raja atau sultan digubal. Katanya walaupun sudah ada akta Hasutan 1948 yang mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang melakukan penderhakaan kepada raja atau sultan tetapi itu tidak mencukupi. Akta itu ikhaskan kepada kesalahan-kesalahan lain.
(Mungkin dalam konteks ini Mohd Noor ada tafsiran lain mengenai penderhakaan? Elok dan molek kalau beliau menghurai dan mentafsirkan bentuk penderhakaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada negara dan sesuai dengan perintah Allah itu agar rakyat tidak kabur mengenainya).
Makanya satu akta baru, Akta Derhaka perlu digubal. Saya sependapat dengan pandang balas oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang menganggap kewujudan akta derhaka itu akan memberi impak negatif kepada negara termasuk dicap sebagai ekstrem. Pandangan Rafizi boleh dianggap sebagai pandangan anak muda atau generasi baru yang melihat dunia hari ini dengan mata bukannya ilusi atau impian serta pendodoian melampau. Sudah pasti akta berkenaan menjadikan kita surut ke belakang seperti lebih 400 abad lalu.
Dahulu kala rakyat jelata begitu takut untuk berhadapan dengan raja hatta untuk menyampai sesuatu yang baik kepada baginda. Ini berlaku kerana adat-adat berhubung atau pun 'kebudayaan beraja' itu begitu tinggi yang ditafsirkan secara kolot dan feudal. Hatta untuk memberi tahu buah nangka baginda sudah masak dan kalau tidak dikait akan busuk pun begitu susah dan memerlukan peraturan dan adat istiadat ketat, mungkin kena angkat sembah.
Jangan cakaplah soal-soal yang lebih kritikal dari itu. Sejarah atau mitos lampau banyak menceritakan bagaimana raja sebagai raja melakukan apa yang diingini mengikut kehendak hati dan nalurinya. Kenapa wujud bidalan 'raja bersultan di mata dan beraja di hati'. Ini kerana raja-raja zaman dulu melakukan tindakan dan menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa yang adil dan saksama. Ia kerana raja bersandarkan kepada laporan para penasihat saja. Yang lebih malang bila ada penasihat yang berhati busuk dengki dan khianati.
Maka terjadilah hukuman dikenakan kepada mereka atau individu yang tidak benar-benar bersalah atau dalam erti kata lain tidak melakukan jenayah kepada rakyat dan negara. Manajala yang benar-benar jahat dan khianat lepas atau pun terus berlindung dalam 'genak' istana.
Saya bimbang kalau akta derhaka yang dicadangkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu dilaksanakan, kehidupan kita akan kembali ke zaman gelap dan zalim itu semula. Akta itu menyebabkan rakyat akan melihat raja atau institusi raja itu tidak akan dapat ditegur dan dikritik langsung bimbang ia ditafsirkan sebagai penderhaka. Rakyat juga dalam ketakutan dan bersifat rendah diri tanpa sebab munasabah. Rakyat akan hilang haknya sebagai hamba Allah.
Al hasilnya raja atau institusi raja akan terus menjadi raja dan kebebasan yang diperjuangkan rakyat selama ini akan berkubur.
Apa yang telah dirombak oleh Mahathir Mohamad lebih 20 tahun lalu yang mengurangkan imuniti raja-raja sesuatu yang sudah molek dan betul. Proses evolusi itu melengkapkan institusi raja dengan demokrasi (rakyat). Raja-raja juga tidak bermasalah dengan proses itu dan baginda dapat bertahkhta dengan aman dan selamatnya. Keris dan tengkolok mereka tidak lurus dan berkarat. Kedudukan dan kedaulatan raja-raja tidak pernah tercalar pun.
Jadi apakah kerana ada sedikit kebebasan bersuara menerusi media baru dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai instutusi raja maka sebuah akta hendak dibuat? Inilah yang saya nampak di Malaysia, kita akan menyelesaikan sesuatu itu dengan akta dan undang-undang tanpa memilih jalan lain. Walhal dalam kronologi kehidupan Islam, selain dari menghukum manusia untuk memberi pencerahan dan keinsafan dianjurkan melakukan metode menerusi tarbiyah, pendidikan.
Bagi saya daripada kita menggubal akta yang membawa kita ke zaman lembing dan tombak elok kita perkasakan kembali pendidikan Tata Rakyat yang pernah diamalkan sebelum ini. Pendidikan itu juga perlu diubat dengan pendekatan lebih fleksible dan autentik, bukannya dari satu arah, supaya rakyat mentaati rakyat tanpa memberi tahu falsafah dan penghuraian kenapa harus berbuat begitu. Subjek itu juga harus berani juga memberi tahu apa yang harus raja dan sultan lakukan.
Majoriti rakyat negara ini Islam dan bekas hakim itu juga Islam. Kenapa tidak mahu mengambil metodolgi Islam dalam membentuk pemikiran dan jiwa rakyat di negara ini? Apakah kita tidak yakin dengan Islam? Kalau kita tidak yakin, untuk apa kita berpegang kepadanya. Islam bukan saja untuk menjadikan kita manusia berpuasa, solat, berzakat, naik haji dan sebagainya, tetapi Islam adalah untuk dipraktikan ke dalam seluruh kehidupan kita dari masa jaga hingga ke masa tidur. Sebab Islam itu memikirkan mengenai mati dan hidup manusia.
Jadi bagi mendidikan rakyat negara ini agar tidak menderhaka kepada raja bagilah maklumat dan pendidikan Islam kepada mereka, dan jangan lupa juga raja-raja kita perlu dilengkap dengan ilmu Islam sedalam mungkin. Bahkan mereka lagi sesuai dipenuhi dengan ilmu Islam kerana raja atau sultan ada kepala agama di negara ini. Tidak ada erti kalau kepala tanpa ilmu. Kalau raja-raja kita berdiri atas takhta sebagai 'amirrumukmini' kita semua akan selamat.
Kesimpulannya jangan kita mudah menerima cadangan oleh bekas hakim berkenaan yang bagi saya sudah gelap pintu fikirnya dan apa yang beliau nampak hanya pintu penjara saja, kerana dia sebagai hakim yang mahu mengambil jalan mudah, penjara saja orang salah habis cerita. Seperkara lagi bukan semua pandangan hakim itu benar dan betul, kadang-kadang hakim juga terkhilaf. [wm.kl.10:34 am 08/06/13]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Chukai – Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah sewa mereka diserbu polis, dengan salah seorang daripadanya yang berstatus janda dicekup bersama pelanggannya dalam keadaan berbogel.
Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.
Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.
Berdasarkan rekod, polis mendapati suspek berusia 20 tahun itu baru sahaja keluar dari pusat pemulihan akhlak wanita di Negeri Sembilan.
Apabila masuk ke sebuah lagi bilik tidur, didapati janda terbabit dan pelanggannya sedang melakukan hubungan terlarang dan dalam kedua-dua bilik tidur itu turut berselerakan alat-alat yang digunakan untuk menghisap dadah.
Dipercayai kedua-dua wanita itu menetapkan syarat mana-mana lelaki yang mahu meniduri mereka perlu memberi dadah sebagai upah.
Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, selepas ujian air kencing dilakukan didapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine selain kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Suspek berusia 28 tahun dan lelaki yang berusia 37 tahun juga dipercayai pengedar dadah serta masing-masing mempunyai dua dan enam rekod kesalahan berkaitan dadah, manakala wanita yang berusia 20 tahun mempunyai tiga rekod lampu termasuk turut memiliki satu waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes terdahulu," katanya.
Sehubungan itu, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan janda terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah. Kesemua mereka dituduh di mahkamah semalam.
Pasangan itu juga turut diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman dan akan didakwa mengikut undang-undang syariah kerana bersekedudukan. -SH
Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
"Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.
"Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.
"Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan," kata Rafizi kepada TV Selangor.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.
Lima pemimpin pembangkang yang hadir dalam acara nyalaan lilin pada 22 Mei lalu untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim disiasat polis hari ini.
Mereka yang disiasat Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan empat wakil rakyat: Gobind Singh (Puchong), Tan Seng Giaw (Kepong), Ng Suee Lim (Sekinchan) dan Ronnie Liu (Pandamaran).
Ng memberitahu Malaysiakini hari ini, polis semalam menyamannya ke balai polis Kepong untuk memberikan kenyataan pada Rabu - hari yang sudah pun lepas.
"Gobind sudah menghubungi polis untuk menyusun tarikh lain untuk Gobind, Liu dan saya sendiri untuk memberikan kenyataan.
"Tan sudah memberikan kenyataannya dan Salahuddin dijadual hari ini, menurut laporan media," kata Ng.
Mereka disiasat bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
Sebelum ini pemimpin Pakatan sudah ditahan dan dituduh di mahkamah selepas menganjurkan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505'.
Gabungan Suara Rakyat 505 hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi jalanan secara aman selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
Gabungan itu turut mengkritik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan SPR di bawah kuasa parlimen yang disifatkan tidak menyeluruh malah diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.
Ia berikutan SPR masih gagal melaksanakan sepenuhnya tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, kata Pengerusi Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim.
Katanya, SPR juga dilihat seperti memuji diri sendiri setelah melaksanakan sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan PSC, sedangkan proses PRU-13 terbukti tidak profesional dan penuh muslihat.
"Selagi tuntutan itu tidak dilakukan, gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus melakukan demonstrasi jalanan secara aman sebagai bantahan terhadap kegagalan mewujudkan sebuah badan pilihan raya yang bebas.
"Rakyat beri peluang kepada SPR untuk jelaskan perkara ini tetapi kepimpinan SPR sangat mengecewakan kerana mereka tolak mentah-mentah segala dakwaan penipuan PRU yang dimaksudkan walaupun perkara itu belum diputuskan di mahkamah.
"Keyakinan orang ramai terhadap SPR kini berada di tahap paling rendah. Kita semua mesti mengecam sebarang langkah penyusunan semula SPR yang tidak menyeluruh mengikut cara sepatutnya," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, pagi tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).
Dalam pada itu, beliau bersama pimpinan NGO lain berjanji akan memberi sokongan penuh terhadap Perhimpunan 505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok dengan menggerakkan seluruh jentera semasa himpunan itu nanti.
"Kami akan bersama-sama menunjukkan semangat solidariti rakyat untuk terus menuntut perletakan jawatan SPR.
"Kami tidak akan mengingkari janji yang telah dibuat dan beralih menyalahkan pihak lain pula. Kami tidak akan lupa, tidak akan berputus asa dan menyerah kalah," katanya lagi.
Sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu-isu alam sekitar – Sahabat Alam Malaysia – menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Hidupan Liar Sabah mengumumkan hasil siasatan kematian 14 ekor gajah pigmi kira-kira enam bulan lalu.
Presiden SAM, S M Mohamed Idris berkata, kementerian dan jabatan tidak boleh menutup mata dan memekakkan telinga terhadap sebarang pelanggaran undang-undang sama ada oleh syarikat pembalakan, petani atau industri kelapa sawit.
"(Mereka) perlu memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab itu mestilah didakwa dengan segera," kata beliau dalam sepucuk surat kepada FMT hari ini.
Beberapa bulan telah berlalu dan SAM masih tertanya-tanya siapa atau apakah yang bertanggungjawab terhadap kematian 14 ekor gajah pigmi itu.
Kata S M Mohamed, amat sukar untuk memahami kenapa ia mengambil masa yang begitu lama untuk analisis itu didedahkan.
Menurutnya, analisis dari negara maju seperti Australia seharusnya mampu untuk mengeluarkan hasil tanpa kelewatan yang berpanjangan.
"Hanya selepas beberapa surat kepada pengarang dari pembaca, baharulah pendedahan dibuat oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah bahawa analisis histopatologi mengesan kehadiran keracunan kaustik," kata beliau lagi.
`Apa yang boleh didakwa'
Menurut S M Mohamed, walaupun polis Sabah telah mengambil inisiatif untuk menyiasat, adalah lebih baik jika mereka boleh memuktamadkannya.
"Mereka perlu mendedahkan apakah kes yang boleh didakwa dan apa yang tidak boleh didakwa.
"Pihak polis masih belum mengumumkan sebarang kes yang akan didakwa atau sebarang kesimpulan ke atas kertas siasatan mereka.
"Tidak terdapat bukti muktamad dari polis Sabah selain daripada petunjuk kepada kematian gajah itu," tambahnya lagi.
Kekurangan usaha penyiasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan gajah-gajah itu satu petanda yang tidak baik bagi Jabatan Hidupan Liar.
Ia juga hanya menunjukkan kelemahan urus tadbir dan sikap ini tidak meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Kerajaan mestilah telus
Menurut S M Mohamed, jika Jabatan Hidupan Liar Sabah prihatin dan benar-benar serius mengenai pemuliharaan dan perlindungan spesies hidupan liar mereka perlu bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai hasil penyiasatan dan langkah pencegahan yang diambil untuk mencegah berlakunya kematian misteri pada masa akan datang./
Kerajaan mestilah bersikap telus dan tidak mengambil mudah akan sikap kepintaran dan ingin tahu orang ramai.
Jika alasan kukuh tidak diberikan, akan tiba masanya sebelum orang ramai menyedari bahawa mereka tidak dipedulikan.
Lebih penting orang ramai mestilah diyakinkan bahawa kertas penyias atan itu perlu diumumkan kepada orang ramai, kata S M Mohamed lagi.
SAM berharap perkara ini tidak akan berhenti begitu sahaja, kata S M Mohamed lagi. -FMT
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.
"Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.
"Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia," katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.
"Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita," katanya.
Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.
"Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti."Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.
Cina hapus politik Melayu, kita nak ketawa atau menangis?
KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
"Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina," ujarnya.
Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan 'ketegangan kaum' dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu.
Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir.
"Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, beliau mempersoalkan apakah kegagalan Mahathir untuk memberikan dampak terhadap PRU13 dengan kenyataan-kenyataan perkaumannya menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan lebih rasis dan tidak masuk akal seperti kenyataan terbaru itu.
"Kita boleh ketawa melihat seorang bekas Perdana Menteri boleh mengambil tindakan yang sebegitu terdesak memandangkan mesej perkauman beliau semakin tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu," ujarnya.
Ini, katanya sehinggakan Mahathir terpaksa mengada-adakan pembohongan tentang kaum Cina di Malaysia yang hendak menghapuskan kuasa politik Melayu untuk menguasai politik Malaysia.
PETALING JAYA 7 Jun: Peguam dan keluarga mangsa keganasan polis, C Sugumar memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak agar membenarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mendiang.
Selain perdana menteri, desakan turut dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam agar membenarkan bedah siasat berkenaan dan bagi membolehkan keluarga Sugumar menguruskan mayat mendiang.Peguam N Surendran berkata, kerajaan sebelum ini menafikan hak keluarga Sugumar apabila enggan membenarkan pakar patalogi Thailand, Dr Ponthip Rojanasunand mengendalikan bedah siasat kedua.
Beliau berkata, minggu lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur memaklumkan kepada keluarga mangsa bahawa mereka juga tidak boleh menjalankan bedah siasat itu, melainkan mendapat perintah mahkamah.
"Saya yakin tuntutan seperti ini hanyalah cubaan untuk melengah-lengahkan keluarga mangsa daripada mendapat keadilan yang sewajarnya," ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Katanya tindakan itu bertentangan dengan surat yang dikeluarkan Menteri Kesihatan bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut bedah siasat kedua boleh dilaksanakan tanpa memerlukan perintah mahkamah. Hingga kini mayat Sugumar diletak di bilik mayat Hospital Serdang selama 136 hari sejak kematiannya pada 23 Januari lalu.
Justeru katanya, Najib dan kerajaan diberikan dua pilihan iaitu samada membenarkan bedah siasat berkenaan dikendalikan Dr Pornthip atau menarik balik perintah mahkamah dan membenarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau pakar dari PPUM mengendalikan bedah siasat itu.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, A Kuppusamy menegaskan sekiranya kerajaan gagal memberi kebenaran bedah siasat tersebut, keluarganya akan mengebumikan mayat tanpa mengikut upacara agama Hindu.
"Saya akan kebumikan mayat mangsa sekiranya Najib gagal mengizinkan bedah siasat dilakukan. Adakah Perdana Menteri dahagakan darah? Biarkan dia ambil darah saya," ujarnya.
Turut hadir Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas; ibu dan keluarga mangsa.Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan mati selepas dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis.Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit.
Semalam sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang telah runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam.
Laporan berserta gambar-gambar dari tempat kejadian sila lihat di SINI dan juga di SINI..
Oleh kerana projek tersebut terletak di negeri Pulau Pinang yang pentadbirannya dikuasai oleh Pakatan Rakyat, bagai dijangka macai-macai UMNO tanpa usul periksa telah menyalahkan Kerajaan Negeri.
Seorang pencacai yang merasakan dirinya bijak padahal bodoh telah meminta penjelasan mengenai insiden tersebut dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ini kerana beliau mendakwa Kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd. Telah dilantik oleh PDC yang Pengerusinya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sedikit fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu mengenai projek ini..
~ Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.
~ Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.
~ Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi.
~ Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher.
~ Tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri .
~ Kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:- 1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008; 2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009; 3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010; 4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan 5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010
~ Setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
Dan ianya adalah projek.. tengok gambar di bawah ni..
Ini jawapan Guan Eng mengenai tuduhan macai UMNO ini..
Bila ditanya sekali lagi..
Itulah.. bila dah bodoh malas nak membaca pula begitulah jadinya..
Biarpun fakta-fakta mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah berulang kali disiarkan oleh Utusan ( lihat di SINI ) yang menjadi lidah rasmi UMNO dan juga TV3 di SINI sendiri.. kebebalan mengatasi segala..
Kalau ada yang berminat nak nasihatkan macai UMNO yang bebal itu sila ke sini.. PAPAGEGE FRENZ
DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.
Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.
MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.
Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.
Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".
Lim Guan Eng yang baru saja keluar dari pejabat dan hendak pulang ke rumah awal kerana tiada apa-apa acara resmi mau pun persendirian petang itu terpaksa melupakan hasratnya selepas menerima berita runtuhnya struktur jambatan susur keluar ke Batu Maung projek jambatan kedua Pulau Pinang yang dikatakan sudah 95% siap dan boleh mula digunakan orang ramai pada September ini.
Belajar daripada pengalaman semasa rakyat Pulau Pinang menghadapi tsunami pada tahun 2004 dulu telah menyebabkan Guan Eng dengan segera mengarahkan pemandu nya melencongkan laluan kereta dan pergi ke tempat kejadian untuk mendengar dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.
Sebaik tiba ditempat kejadian beliau dengan segera mengarahkan jentera-jentera pihak-pihak yang berwajib yang berkaitan diaktifkan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang dikhuatiri ada dihempap struktur jambatan itu kerana kejadian berlaku ketika waktu puncak pekerja-pekerja kawasan industri Batu Maung bertukar shif dan sedang rancak menggunakan laluan itu untuk pulang dan masuk kerja.
Seorang gurkah politik di-'port' yang berkesempatan mengekori kereta Guan Eng dan sampai ke tempat kejadian semalam telah bercerita bagaimana Guan Eng seperti seorang pengarah operasi penyelamat memberikan arahan-arahan yang cukup bertepatan dengan keadaan suasana itu.
Dia juga tidak lupa kepada keselamatan beratus-ratus pekerja warga asing lain yang sedang bekerja dan menggunakan jambatan kedua pulau pinang ketika itu bila sahabat ini ada terdengar Guan Eng mengarahkan seseorang melalui telefon bila dia berkata tutup jambatan kedua itu untuk pekerja-pekerja pembinaan jambatan itu buat sementara jika keadaan terpaksa.
Warga Pulau Pinang ingin tabik springg kepada Guan Eng diatas keperihatinan dan tanggung jawab beliau dan kerja kerasnya dalam memastikan keselamatan rakyatnya kerana Guan Eng ada disana untuk melihat kerja-kerja mencari dan menyelamat sehingga jam 3 pagi.
dollah yankee-
pagi ini gurkah-gurkah politik sudah hantar 'by-hand' satu kad ucap terima kasih pada Guan Eng.
PETALING JAYA - PKR menyatakan akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem.
Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.
"Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut.
"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran yang berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam.
Kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi.
PETALING JAYA: Zaman Umno-Barisan Nasional (BN) memperdaya rakyat, khususnya masyarakat Cina dan India, dengan menabur fitnah bagi memburuk-burukkan PAS sudah berakhir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman. Beliau berkata, kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi. "Rakyat hari ini terutama di bandar dan pinggir bandar sudah dapat menerima kehadiran dan perjuangan PAS," kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor. Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) katanya, hampir keseluruhan anggota masyarakat Cina, sebahagian kaum India dan Melayu telah memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat di negeri Selangor. "Sebagai contoh, di Paya Jaras ini anggota masyarakat Cina telah memberi sokongan padu kepada saya sebagai wakil rakyat mereka," katanya dengan disambut sorakan meriah ketika beliau berucap di Majlis Penghargaan Wakil Rakyat malam tadi. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Aman Puri dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di KIP Industrial Park, dekat sini dengan dihadiri lebih 5,000 ahli dan penyokong, kebanyakannya anggota masyarakat Cina. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.
Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.
"Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.
Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.
KUALA LUMPUR: Rakyat kini sedang dipertonton pula dengan episod kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat kekal.
Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Ianya berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.
Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.
Sebelum ini Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.
The Mongolian delegation at the Global Summit of Women in Kuala Lumpur has urged the Malaysian government to provide answers on the mysterious death of Mongolian national Altantuya Shaariibuu in Malaysia.
Speaking to media on the sidelines of the conference, Mongolian Women's Federation (MWF) president J Erdenechimeg said that a new trial should commence to find out who is responsible for Altantuya's death.
"We are making a special request to the Women, Family and Community Development Ministry of Malaysia to act on this, and for a quick hearing to be convened," she stressed.
Flanked by about 70 from the delegation, she said that this is for the sake of Altantuya's two sons who are now growing up without their mother.
"We also hope for financial support for the two sons," she added.
According to MWF executive director Ariunna Shagdarsuren (right), the MWF had decided to bring the message on behalf of the deceased's family after meeting with Altantuya's father.
"Her father has asked us to raise this as he needs to tell his grandchildren why their mother died in Malaysia," she said.
"It has been many years, how much longer do they have to wait?"
Hopes M'sian women, mothers sympathise
She noted that the message also comes from Mongolian mothers who feel compassion for the two boys, and hopes that Malaysian women and mothers can sympathise with their plight as well.
She added that the MWF had initially wanted to submit a memorandum to the women, family and community development minister on the matter, but were unable to find an avenue to do so.
"We hope to leave it with the Mongolian Student Association in Malaysia to be forwarded to the ministry," she said.
Altantuya - who assisted in the purchase of the two Scorpene submarines - was murdered and her body blown up into pieces with explosives in Shah Alam in 2006.
She was linked to Abdul Razak Baginda, whose wife owned Perimekar, the company which acted as an agent for the purchase.
Abdul Razak, who was then Defence Minister Najib Abdul Razak's close confidante, had been acquitted for her murder.
Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan kesedihannya terhadap senario politik Melayu kini dikatakan semakin berpecah belah dan tidak mengutamakan agenda yang seharusnya diperjuangkan.
Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA.
"Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik.
"Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini," katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam.
Hsiao Leung (depan, tiga dari kiri) bersama penyokong PR membuat demonstrasi di pekarangan IPD Kota Setar, semalam.
ALOR SETAR – PKR Kedah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya yang didakwa menyifatkan pengundi Cina pada PRU13 sebagai rasis.
Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, kenyataan Mahathir adalah satu serangan yang tidak adil dan tidak rasional untuk menuduh orang Cina yang tidak menyokong BN sebagai cubaan meminggirkan orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara.
Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah amat serius yang boleh membangkitkan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu.
"Ini adalah satu kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian negara yang selama ini dikongsi oleh semua kaum di Malaysia," katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan.
Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.
"Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.
Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.
"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.
Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.
Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan lebih daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu juga memberikan keadilan kepada anggota polis, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan. Menurut Musa, IPCMC yang pernah dicadangkan pada 2005 dahulu tidak adil kepada anggota polis kerana tidak memberikan hak kepada anggota-anggota polis untuk membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan IPCMC. "Kalau penjenayah boleh buat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan terhadap mereka, mengapa polis tidak boleh kemukakan rayuan?" kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam. "IPCMC ini kena ada keadilan juga untuk pegawai polis. Yang dulu punya setiap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya IPCMC, tidak boleh buat rayuan di mahkamah," tambahnya lagi. IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong. Berikutan beberapa kejadian kematian dalam tahanan polis baru-baru ini termasuk N. Dhamendran kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontingen polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei, desakan agar kerajaan melaksanakan IPCMC kembali bergema. Apabila ditanya tentang banyaknya kejadian dalam tahanan polis baru-baru ini, Musa berkata, "Saya syak, ramai yang mati dalam lokap ni sebab ada masalah kesihatan." Kata Musa (gambar fail), bukan pertama kali pendakwaan terhadap anggota polis yang menyebabkan kematian tahanan. Sebelum ini katanya sekitar tahun 70an-80an pernah berlaku dua-tiga kes. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 8 JUN – "Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan." Demikian yang disifatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengutuk tindakan jahat Barisan Nasional (BN) yang menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas parti kerajaan minoriti itu kalah undi popular dalam PRU ke 13. Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu bahawa mesyuarat CEC pada 5 Jun lalu memberi fokus kepada serangan tanpa henti oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan penglibatan media kawalan BN terutamanya akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia terhadap DAP. "Pelbagai penipuan tentang kejanggalan dan pelanggaran undang-undang dalam Kongres Kebangsaan DAP (diwujudkan) demi membina alasan bagi mengharamkan parti DAP. "CEC DAP secara terang mencela perbuatan jahat BN yang cuba mewujudkan penipuan kononnya tidak ada notis diberikan kepada lebih 700 perwakilan sedangkan sebenarnya notis telah dihantar," ujar beliau. Guan Eng mengutuk tindakan pihak-pihak terbabit yang mempergunakan agensi kerajaan dan media yang dikawal kerajaan untuk memburuk-burukkan DAP sebagai sebahagian usaha BN untuk menang dengan taktik kotor dengan mengharamkan DAP selepas mereka kalah teruk dalam pilihan raya umum
KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
"Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina," ujarnya.
Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan 'ketegangan kaum' dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu.
Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir.
"Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Mayat seorang mangsa runtuhan yang terperangkap dalam sebuah kereta berjaya dikeluarkan - Foto Bernama
GEORGETOWN - Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.
"Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.
Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com
Malaysiakini melaporkan:
Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada perniagaan menjual pakaian.
Laporan laman Sinar Harian Online menyebut, pengendali blog berkenaan mengumumkan perkara itu di laman media sosial Twitter pada hari Isnin lalu.
"I'm done (saya sudah habis). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini.
"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. - Mkini.
Tobat lahom aku tak percaya blogger penchachai Umno BN yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Tentu punyalah aksi bangang dia ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula.
Hari ni tembelang lawak bangang dia dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru. Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.Read More / Baca Lagi >>
Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menafikan bahawa tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengheret dua aktivis ke dalam van penguatkuasanya dalam operasi Ahad lalu merupakan tindakan menangkap individu berkenaan. Jelasnya, DBKL hanya mengiringi pemuda berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan individu itu kemudiannya dibebaskan. Cuba lihat gambar ini, Apa yang anda lihat?. Ia tangkap atau iring? Apa kata anda? #sumber
Oleh Mohammad Agus Yusof Saya terganggu apabila UMNO Negeri Sembilan mencadangkan tidak perlu ada pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi parti pada bulan Oktober ini. Saya lebih terganggu lagi apabila cadangan ini disambut baik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO.
Cadangan ini pada saya menunjukkan pemimpin kanan UMNO tidak mahu berubah sedangkan ahlinya menuntut supaya demokrasi dalam parti disuburkan. Ahli UMNO mahu melihat ada pertandingan dalam parti setelah jawatan presiden tidak dipertandingkan sejak tahun 1987 lagi. Sepatutnya sama ada jawatan tertinggi parti dicabar atau tidak ditentukan oleh ahlinya, bukan oleh pemimpin kanan parti. Biar ahli yang menentukan sama ada mengekalkan barisan sekarang atau sebaliknya. Jika tidak mahu ada pertandingan, maka buat apa dipinda perlembagaan pada tahun 2009 bagi membenarkan 146,500 perwakilan UMNO daripada 161 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan pucuk pimpinan parti berbanding hanya kira-kira 2,500 perwakilan bahagian sebelum ini? Tidakkah pemimpin kanan yang bersetuju dengan cadangan UMNO Negeri Sembilan itu tahu bahawa dalam perlembagaan baru, sesiapa sahaja ahli boleh bertanding tanpa terikat lagi dengan kouta pencalonan, sebaliknya cukup dengan hanya mendaftarkan nama saja di Ibu Pejabat UMNO. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penahanan semula aktivis dan seorang Ahli Parlimen pembangkang sebagai penghinaan kepada mahkamah.
Menurutnya, penahanan semula Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim menggambarkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguatkuasa.
"Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki," katanya yang dipetik di dalam kenyataan media, hari ini.
Mengikut satu laman portal berita, pada 3 Jun lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang daripada memasuki Sabah.
Dalam satu tulisan di Twitter, Kit Siang mendakwa Ketua Menteri Sabaha, Datuk Seri Musa Aman, mengarahkan namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu.
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.
Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.
Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.
"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.
"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.
"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas. "Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 7 Jun: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat di mahkamah sedikitpun tidak menggentarkan mereka, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Malah katanya, pimpinan Pakatan, khususnya dari KEADILAN semakin bersemangat memperjuangkan hak rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini, "Pendakwaan ini sekelumitpun tidak menggoyahkan pemimpin KEADILAN. Sebagai parti reformasi, ini merupakan suatu latihan dan ujian berterusan serta proses kematangan kepada pimpinan dan anggota kita," katanya kepada Suara Keadilan. Beliau mengulas tindakan penahanan beberapa pemimpin Pakatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sejak mutakhir ini. Hari ini, lima pemimpin Pakatan yang menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim disiasat polis mengikut seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan rakyat. Mereka ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan empat Ahli Parlimen Gobind Singh (Puchong), Tan Seng Giaw (Kepong), Ng Suee Lim (Sekinchan) dan Ronnie Liu (Pandamaran). Kesemua mereka didakwa kerana hadir dalam acara nyalaan lilin pada 22 Mei lalu untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa tersebut. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat terganggu mental dan bercelaru fikiran kerana kesukaran memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, kata Datuk Mahfuz Omar.
"Apabila Dr Mahathir mendakwa himpunan-himpunan memprotes pilihan raya adalah urusan orang-orang Cina atau kerja orang-orang Cina, ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu sangat terganggu mentalnya kerana masih tidak dapat merealisasikan apa yang dia mahu, iaitu memaksa Najib berundur.
Cina hapus politik Melayu, kita nak ketawa atau menangis?
KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?
RED Bean Army (RBA) kononnya ialah kumpulan tentera siber pembangkang yang bergerak aktif untuk menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.
Kali pertama nama itu diperkenalkan adalah oleh sebuah akhbar primitif yang terkenal dengan rasis Melayu. RBA dikatakan mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota, didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.
KOMENTAR TUKAR TIUB apa maknanya berita ini ini maknanya jika kita turun ke jalan raya pasti memberi hasil kini dilihat umur 7 orang pesuruhjaya ini tidak lama jelas kementerian kesihatan tak mahu masuk campur yang perlu kita lakukan ialah turun ramai brtamai ke jalan raya pada sabtu 15 jun di dataran padang merbuk jalan parlimen
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.
Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan.
GEORGE TOWN, 7 Jun — Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor ... SELANJUTNYA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... TUKAR TIUB TEPAT DAN TEPAT.... kah kah kah..
kah kah kah... MEMANG SYARIKAT KRONI.... kah kah kah...
kah kah kah... MEMANG SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA.... mkah kah kah..
kah kah kah.... KONTREKTOR KELAS F....KETUA CAWANGAN BUKIT MERTAJAM... kah kah kah
[HM] Kuala Lumpur: Seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki Bangladesh bertindak ganas terhadap suaminya apabila membelasah lelaki itu dengan topi keledar selepas dia ditangkap basah suaminya dalam kejadian berdekatan Pasar Seni di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suami wanita terbabit cedera di muka akibat dibelasah dengan topi keledar oleh wanita berusia 38 tahun dan sudah mempunyai tiga anak itu.
Sumber polis berkata, ketika kejadian suami wanita berkenaan yang bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota sedang bekerja dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit untuk keluar bersama teman lelakinya.
Menurutnya, wanita berkenaan dan pasangannya dipercayai beberapa bulan menjalin hubungan sulit dan sering berjumpa ketika suaminya bekerja.
"Pada hari kejadian pasangan itu berjalan-jalan di Pasar Seni sebelum ke sebuah hotel bajet berdekatan tanpa sedar mereka diekori suami wanita itu.
"Suaminya mengekori pasangan itu hingga ke bilik hotel sebelum memberi kejutan kepada mereka dengan masuk ke bilik," katanya.
Katanya, akibat malu dengan tindakan isterinya, suami wanita berkenaan memarahi pasangan berkenaan menyebabkan wanita itu bertindak ganas.
Menurutnya, wanita itu tanpa belas kasihan membelasah suaminya dengan topi keledar hingga lelaki itu cedera di muka sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya.
Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.
Sebelum korang nak rogol dan bunuh orang, baca cerita ini dulu.Kalau korang masih degil dan nak buat juga, silakanlah!
Bagi mereka yang merogol dan membunuh demokrasi di negara ini patut menerima balasan macam ini! Huh! huh! baru padan muka!
Ditanam hidup-hidup ... penduduk kampung
campak suspek ke dalam kubur
Seorang yang disyaki membunuh mangsa rogolnya telah ditanam hidup-hidup dalam kubur mangsa selepas diikat oleh penduduk kampung yang marah.
Kira-kira 200 orang yang berkabung memberkas Santos Ramos di pengebumian wanita yang dia dtuduh merogol dan membunuhnya.
Mereka kemudian mengheret dia ke tempat pengebumian Leandra Arias Janco, 35 tahun, di tengah Bolivia, dan menghumbankannya ke dalam kubur itu.
Polis telah mengenal pasti Ramos 17 tahun sebagai punca dalam serangan masyarakat Quechua berhampiran perbandaran Colquechaca.
Ketua pendakwa tempatan, Jose Luis Barrios, berkata penduduk menyekat jalan, menghalang polis daripada sampai untuk menghentikan tindak balas kejam mereka.
Keadilan lynchings bukan perkara pelik di Bolivia.
Menurut laporan, Ramos telah diikat di pengebumian wanita tersebut dan sewaktu meletakan keranda wanita mangsa rogol itu, mereka telah melemparkan remaja itu ke dalam kubur terbuka, dan kubur itu ditimbuni dengan tanah.
Colquechaca adalah sebuah bandar kira-kira 5,000 penduduk yang terletak 207 kilometer tenggara modal Bolivia, La Paz.
Lynchings bukanlah perkara yang pelik di negara Amerika Selatan, dimana sistem keadilannya sering berlaku korup.Hanya beberapa hari sebelum kematian Ramos, dua pembunuh yang disyaki juga diuruskan oleh keadilan perusuh.
Seorang suspek, dituduh merompak sebuah kereta, dan kemudian membunuh pemandunya, telah dilempar batu hingga mati manakala rakan sejenayah dikatakan telah dibakar hidup-hidup.
Nota: Lynchings ni adalah balas dendam macam cerita cowboylah - hukum bunuh kepada penjenayah tanpa dibicarakan secara adil.Biasanya dgn menggantung.SUMBER
Setahu aku Ust Nasa sudah menjadi sejarah bagi PAS. Dia bukan lagi Timb Presiden bahkan juga dia telh dipecat daripada Majlis Syura PAS. So apa kaitannya kisah yang menjadi sejarah tersebut dengan pemilihan akan datang? Aku duk perati puak2 yang nak pejatuh ulama2 ni asyik duk dendang lagu UG, UG tetapi langsung tak berani nak sentuh pasal Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib. Duk momok pasal UG yang secara faktanya tidakpun sampai tahap wujud Perjanjian bertulis sebagaimana Perjanjian Sulit Anwar tu.. Atau memang geng2 PARASIT bekerja untuk memporak perandakan PAS supaya keseluruhan PAS dikuasai ANWARINAS? on Kisah pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri ...
Aku terima ulasan dari seorang pembaca seperti di atas. Biasalah, penyokong UG ini akan memberikan hujah dan alasan sedemikian. Maka sukalah aku memperjelas kekeliruan penyokong UG ini. Aku akan ulas satu persatu. Aku tidak suka jawab pakai peluru gajah bertabur merata-rata tidak kena pada sasarannya.Aku akan jawab menggunakan apa yang ada pada transkrip kenyataan Nasha itu.
1. Setahu aku Ust Nasa sudah menjadi sejarah bagi PAS. Dia bukan lagi Timb Presiden bahkan juga dia telh dipecat daripada Majlis Syura PAS. So apa kaitannya kisah yang menjadi sejarah tersebut dengan pemilihan akan datang?
Nasa tidak berputus asa.Komplot Ug tetap terus berjalan seperti yang dirancang.Kita dapat lihat, apabila Nasha ditayai dalam temubual itu :
[Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]
Nasha menjawab: 5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa! 5:57 ~ Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan … (sila rujuk semula transkrip asal itu.)
2. Aku duk perati puak2 yang nak pejatuh ulama2 ni asyik duk dendang lagu UG, UG tetapi langsung tak berani nak sentuh pasal Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib.
Siapa bilang mahu pejatuhkan ulama? Tujuan utama pendedahan dibuat adalah untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama supaya ianya dianggotai oleh mereka yang benar-benar ulama yang amilin dengan ilmunya. Mendedahkan kepincangan ulama adalah bagi tujuan tersebut, bukan membuat fitnah membabi buta, tetapi ada fakta dan hujahnya.
Majlis Syura Ulama perlu benar-benar melaksanakan amanah Allah
Kalau dilihat cerita Nasha ini, bahawa dia" hanya melaksanakan tugas sebagai ahli Majlis Syura, ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden , akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama, untuk melaksanakan ianya. (rujuk 4: 12).Tetapi kenapa hanya Nasha sahaja yang menerima akibahnya dan tersingkir dari majlis Syura Ulama tetapi yang lainnya tidak?
Bukankah itu bermakna, bahawa geng UG ini masih bersarang dalam Syura Ulama itu sendiri.Sehingga ke hari ini, tiada penafian dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadap kenyataan Nasha yang disiarkan oleh TV3 sekitar Februari 2013 lalu.
Lantaran itu saya mengulas kenyataan Nasha dalam minit-minit ke 5:57 ` …. kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba 'KITA' gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …
Nasha menjawab begitu kepada soalan yang dikemukakan kepadanya, ".... usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]
Pada saya, ungkapan 'KITA' itu menunjukan, dia bukan keseorangan tetapi ramai! Memang ramai geng UG masih berada dalam PAS.
Mengenai 'Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' itu engkau tidak mendapat fakta yang betul. Sila buat kajian dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.
Ada pun 'Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' seperti apa yang kamu katakan itu bukan merugikan PR. Yang dibincangkan adalah bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PR selama ini.
1) Bersetuju mematuhi etika berkempen oleh kedua-dua parti lawan, ruang media yang bebas tiada serangan peribadi atau kecaman di media (milik Umno).
2) PRU yang bebas dan adil.
3) Apabila kedua-dua faktor tersebut dipatuhi (1) dan (2), pihak yang menang perlu hormati dan beri transisi berlaku dalam keadaan aman, terima keputusan dengan baik, tidak ada unsur dendam dan permusuhan serta harus ada semangat untuk rekonsiliasi iaitu menenteramkan keadaan.
Apa masalahnya? Adakah perjanjian tersebut boleh memudaratkan Pakatan? Namun Najib tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut dan jauh sekali meniti diatas garis-garis yang dipersetujui. Sila baca entri di sini
Jadi jelas bahawa agenda UG ini bukanlah perkara yang telah berkubur atau a closed chapter. Hantu pocongnya masih lagi berlegar-legar di alam maya ini ....
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Daripada page AUTA pencacai amno PAPAGEGE FRENZ tuduh LGE yang bagi projek jambatan kedua Penang
Faktanya:
1. Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.
2. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.
Pesanan Allahyarham Tok Ayah Haji Musa - Ulama' Yang Tawadhuk yang telah meningal dunia baru-baru ini kepada kita semua. Dengar kisah dari beliau tentang kelebihan selawat yang menimpa ke atas seorang individu setelah mati. WAJIB DENGAR DAN KONGSI.