KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI : "Wahai Mahfuz! UMNO sanggup korbankan nyawa untuk pertahankan nasib dan masa depan rakyat. Bukannya seperti parti PAS yang sanggup jadi 'tolol' kerana mahu mengikut kemahuan DAP dan PKR."
Begitulah kata-kata yang dilemparkan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang disifatkannya 'tolol' dan tidak beradab.
Ketua Penerangan PAS itu dalam portal berita freemalaysiatoday (FMT) menyebut, 'Usah Sokong Membuta Tuli Seperti Orang Mabuk Minum Todi' yang ditujukan kepada 93 Ketua UMNO Bahagian yang menyokong Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri supaya pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.
Kata Syed Ali, sebagai Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar tidak peka kepada kesusahan dan keperitan rakyat dalam berhadapan kenaikan harga barangan.
Tetapi kalau parti DAP secara terang-terang menolak hudud dan menanamkan rasa kebencian kepada orang Melayu, sebaliknya PAS menjadi tolol dan senyap.
|
Syed Ali Al Habshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras |
"Saya mahu memberitahu pemimpin PAS seperti Mahfuz bahawa tindakan saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Cheras menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sanggup mengorbankan dirinya kerana mahu mempertahankan kepentingan rakyat.
"Saya yakin dan percaya bahawa 92 Ketua UMNO Bahagian yang bersama-sama dengan Ismail Sabri bukannya menyokong membuta tuli seperti orang minum todi. Kami sokong berdasarkan kepada fakta! Mungkin pemimpin PAS seperti Mahfuz yang mabuk todi kerana tidak dapat membezakan apa matlamat perjuangan DAP berbanding UMNO?
"Sekarang ini dunia sudah tahu harga minyak sudah turun. Tentulah rasional kalau 93 Ketua UMNO Bahagian menyokong peniaga agar menurunkan harga barang. UMNO bukannya parti PAS yang dayus atau mengikut membuta tuli pendirian pemimpin DAP dalam isu memboikot peniaga Cina yang menaikkan harga barangan.
"Saya cabar Mahfuz jangan hanya nak tunjuk berani kepada UMNO dan hanya nampak kesalahan UMNO! Bila rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan sepatutnya PAS bersama-sama dengan rakyat. Bukannya mengutuk Datuk Seri Ismail Sabri yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan rakyat," katanya.
Kata Syed Ali, apa yang dilakukan oleh beliau berserta 92 Ketua UMNO Bahagian yang lain bukan kerana mahu meraih sokongan rakyat. Ini dilakukan kerana prinsip dan sebagai bukti bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang benar-benar berjuang kerana rakyat.
"Di sini saya menyeru kepada rakyat agar dapat menilai PAS sebagai sebuah parti yang hanya bersikap mementingkan diri dan tidak sanggup berkorban kerana kesusahan rakyat.
"Apa yang pemimpin PAS tahu hanyalah menangguk di air yang keruh. Bila PAS rasa dengan isu boikot peniaga Cina ini memberikan keuntungan kepada PAS maka PAS setuju. Parti itu langsung tidak memahami apa makna kesusahan dan keperitan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan," katanya.
Kami rasalah...
Mungkin si Mahfuz Bean si agen PASMA ini sudah biasa minum todi hingga tak tahu antara orang mabuk atau tidak?
Atau mungkin dia sedang kemabukan todi hingga orang lain yang tak minum todi dikatakan minum todi?
Inilah contoh akhlak seorang pemimpin yang selalu melabelkan dirinya pejuang Islam tapi kuat memfitnah dan mencaci orang lain.
|
Mahfuz dan Husam berpelukan erat seperti ada agenda terancang menjatuhkan Tuan Presiden sekarang ini. Permainan Mahfuz sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat berjaya menyiapkan kader-kader PASMA secara tersembunyi dari dalam untuk mengambil alih kepimpinan ulama dalam PAS. |
PAS suka harga barang naik dan mahal sebab disitulah modal mereka mencari keuntungan politik menghasut rakyat supaya marahkan kerajaan.
Tanpa fitnah mereka tak akan ke mana. Sedangkan Presiden dan alim ulama sendiri pun mereka boleh hina dan cerca!
Tapi dalam masa yang sama merekalah juara meminta sedekah dari jemaah dan pencacai mereka setiap kali ceramah fitnah diadakan.
Entah ke manakah perginya banyak-banyak duit tu?
Mungkinkah kerana banyak terima dana hasil jualan todi dari penganut-penganut DAP maka tersembullah perkataan todi dari mulut pemimpin agen PASMA ini?
|
Demi mengejar kuasa minum bersama pengemar todi tak jadi hal buat geng-geng PASMA |
Atau mungkin hati Mahfuz dah gelap akibat banyak makan duit hasil todi maka todi menjadi fantasinya?
Orang Islam haram minum todi kerana ia memabukkan. Tapi Mahfuz menjadikan ia bahan fitnah kepada orang Islam lain...tahukah dia hukum memfitnah?
Dulu Mahfuz antara pemimpin PAS yang lantang mengutuk BN kononnya tak nak tutup kilang Carlsberg di Shah Alam...bila dah dapat kuasa mereka biarkan pula... apa ceriter?
Dah tu kebanyakkan puak PASMA siap sokong pesta minum todi Oktober Fest lagi...
Jadi kesimpulan kami todi adalah perkara biasa buat Mr Bean ini.
Takebeer!