LAWAN TPPA KERANA CANGGAH NILAI ISLAM
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit RnD Lajnah Penerangan DPPM
Menentang agenda penjajahan semula (neo kolonialisasi/ al judud al- isti'mar) seumpama jembalang bernama TPPA bukan suatu perkara yang mudah, tambah-tambah ia dipacu oleh polis dunia yang cukup 'arrogant' bernama Amerika Syarikat.
Menentang TPPA menjadi lebih sukar jika perlawanan ini tidak disertakan dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar.
Bagi penulis yang mengikuti aliran juang Islam, penulis cukup optimis bahawa TPPA yang bercanggah dengan Islam mudah dicetus gelombang besar di kalangan aktivis jamaah, NGO dan ketumbukan Islam jika aspek yang bercanggah dengan Islam itu digariskan, dipopularkan dan difahamkan di kalangan aktivis.
TPPA bukan sekadar gelombang penjajahan melalui kuasa ekonomi, tetapi ia adalah pakej lengkap ideologi kapitalis yang datang bagai tsunami melalui kuasa ekonomi, politik, teknologi dan pengurusan.
Bermula hasil daripada rundingan sampingan persidangan ketua-ketua Negara APEC 2002 diMexico diantara New Zealand, Singapura danChile. Brunei menyertai rundingan pada tahun2005. Perjanjian perdagangan bebas menyeluruh dimeterai pada 2006. Sehingga2010, 10 negara bersetuju menyertai rundinganini yang secara dirasmi dipanggil TPP (Trans-Pacific Partnership). Sehingga Mac 2013, 15rundingan TPPA telah berjaya diadakan.
•TPPA bertujuan meliberisasi ekonomi negara-negara anggota melalui perdaganganhasil, penambahbaikan sistem, mengawalkekangan teknikal, harta intelek, perolehan kerajaan dan polisi persaingan.
•TPPA juga menuntut penurunan tarif antaraanggota sepenuhnya menjelang 2015. TPPA sebenarnya adalah suatu gagasan besar Asia-Pasifik yang mahu mencorak halatuju dan cabaran perdagangan antarabangsa abad ke-21.
Ideologi lawan ideologi
Menentang TPPA selalunya didominasi pemikiran sosialis dan memang kelompok pemikiran inilah yang tegar berdialektika dengan kapitalis zaman berzaman.
Apabila kelompok Islamisme sepakat menentang WTO, FTA dan kemudiannya TPPA, kelompok ini mengimport semangat daripada sosialisme dengan keadaan separa sedar bahawa Islam juga menentang neo-kolonialisasi dalam apa bentuk sekalipun.
TPPA membawa agenda neo libertarian. Penganut neo libertian menekankan peri pentingnya hak-hak individu dan kesaksamaan peluang. Mereka juga menekankan kepada perlunya kebebasan berfikir dan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, peraturan undang-undang dan ketelusan dalam sistem kerajaan. Mereka menyokong pasaran bebas tanpa campurtangan kerajaan. Lawan bagi pihak ini adalah sosialis / komunis klasik yang berhujah bahawa kerajaan perlu memastikan kesamarataan kebendaan/kekayaan dalam masyarakat. Mereka menolak liberalisme. Selepas runtuhnya tembok blok komunis / sosialis, pandangan ini semakin lemah dan berkurangan.
Hari ini aktivis pro sosialis rata-rata merujuk ALBA, (Alternatif Bolivarian bagi Amerika)sebagai alternatif kepada fahaman neo-libertian dan kapitalisme kerana sedar juga bahawa pure-marxismjuga tidak realistik untuk dilaksanakan.
Sebaliknya Islam lebih kukuh teoretikalnya daripada khazanah fiqh dan nas-nasnya dalam aspek menentang agenda liberalisme ekonomi yang membawa pekej mudharat dan mafsadah dalam negara.
Perhatikan tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan dalam bukunya Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam (terjemahan YADIM) pada muka surat 74 " Agak mustahil untuk menggerakkan penentangan terhadap serangan dengan bergantung kepada pemikiran yang diimport dan teori-teori yang dipinjam...ada sesetengah kalangan yang beranggapan penentangan terhadap idea asing boleh dilakukan dengan idea asing yang lain, umapanya komunis boleh ditentang dengan existence dan Zionis boleh ditentang denga marxisme dan sebagainya..."
Beliau juga memberi contoh bagaimana sesetengah negara Afrika dan Arab yang bergantung harapan kepada Britain untuk menghadapi Perancis yang sebenarnya menatijahkan perjanjian sulit pula diantara Britain dan Perancis pada tahun 1904 untuk dibahagikan negara Arab sesama mereka.
Kekecewaan yang sama dihadapi Tengku Muhyideen (waris Patani Darussalam) yang cuba bergantung harap kepada Britain untuk menuntut wilayah Patani daripada Siam. Sebenarnya Britain hanya memperguna beliau untuk memperkuat Force 136 sahaja, selepas habis hajat, Tengku ditipu dan negeri Patani pula terus diserahkan kepada pengaruh Siam selepas Perang Dunia Kedua.
Islam melindungi negara daripada agenda jahat TPPA
Ruang lingkup syariah dan Islam adalah menjaga kosmos negara ini daripada sebarang tindakan yang merugikan :
Agama rakyat dan warganegara (Islam)
Nyawa rakyat (tanpa mengira agama)
Akal warganegara
Maruah warganegara
Harta warganegara daripada dicabul dan dimanipulasi oleh sebarang pihak.
Inilah 5 perinsip Dharuriat dalam siasah Islam dalam hal ehwal politik dan pemerintahan.
Secara umum TPPA datang ke Malaysia untuk menyanggah 5 perinsip asas ini.
Bagi menceritakan bagaimana syariah menjaga kosmos malaysia daripada agenda neo-kolonialisasi yang berimpak besar ini, penulis memetik ilmu daripada tulisan YAB Presiden PAS Tuan Guru Abd Hadi dalam kitabnya Bagaimana Islam memerintah Negara pada Bab kelima bertajuk Perinsip-perinsip Amali dalam Negara Islam dan beberapa rujukan lain.
Kebenaran (Al Haq)
Menurut Tuan Guru Presiden, Islam menolak sebarang ideologi yang bercanggah dengan Islam. Ideologi ciptaan manusia yang bersifat gergasi hari ini pasca kejauhan Warsaw Pact 1991 adalah ideologi dunia unipolar iaitu kapitalisme dan sahabat karibnya globalisasi. Hari ini, zaman milenium, kapitalis dan globalisasi yang bergabung bukan hadi melalui pengaruh media, media sosial, bahan cetak, sebaliknya globalisasi+kapitalis ini datang melalui perjanjian, polisi politik, ekonomi secara rasmi dan terhormat bernama TPPA. TPPA yang merupakan penjelmaan semula intpati kapitalis amat bercanggah dengan kebenaran agama yang menjaga 5 perinsip asas siasah yang dinyatakan diatas.
Kata Allah;
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)
Keadilan
Kata Allah lagi ;
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Al-Nahl 16:90)
Tanpa merujuk contoh, perlu diketahui dengan TPPA, kerajaan kita mudah disaman oleh syarikat gergasi TNC/kapitalis. Hanya kerana kerajaan kita laksanakan dasar Eskpropriasiiaitu dasar undnag-undang tertentu yang dibuat untuk mengelak mudarat kepada pengguna tempatan , iklan bahaya rokok, penamatan produk tertentu yang boleh merosakkan kesihatan dan sebagainya yang dianggap memberi kerugian kepada syarikat Trans National Company (TNC), maka mereka boleh menyaman kerajaan kita. Adakah ini adil kepada generasi kita?
Adilkah kepada rakyat yang susah untuk menerima kenaikan harga ubat yang mahal selepas ubat generik disukarkan penghasilannya selepas undang-undang pemanjangan paten dan hakcipta dilaksanakan. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat yang dipaten (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.
TPPA bakal menzalimi umat Islam khususnya walaupun secara umum ia menghancurkan masa depan semua warganegara tanpa mengira agama. Namun kesan kepada umat Islam lebih parah di negara ini. Mengapa gelombang TPPA ini memberi kesan lebih besar kepada bumiputera-Islam?
Menurut Persatuan Pengguna Islam adalah kerana ;
1. Pemilikan ekuiti semasa Melayu masih rendah (19%), sedangkan diantara bukan Melayu dan pemilik asing hampir sama (40%)
2. Pemilikan syarikat Melayu Islam masih kecil (20%)
3. Jawatan tertinggi pengurusan korporat masih didominasi bukan Islam(73%).
4. Pengangguran dikalangan Melayu Islammasih terlalu tinggi (73%).
5. Tahap sosioekonomi Melayu juga adalah yang paling rendah (76%).
6. Pendapatan isi rumah Melayu cuma RM2700 berbanding Cina(RM4500) dan India (RM3400).
7. 42% perniagaan orang Melayu masih pada tahap peniaga kecil dengan kakitangan kurang 5 orang.
8. Cuma 25% syarikat dikuasai usahawan Melayu dengan peganganekuiti melebihi 51%.
Ini bukan fakta bernada perkauman/chauvinis. Ini hakikat keadaan umat Islam Malaysia selepas sekian lama diperintah BN-UMNO. TPPA juga direstui BN. Maka TPPA ini akan menyusahkan kaum Melayu Islam yang juga ramai dalam kelompok BN. Ini isunya.
Kebebasan
Kerajaan tidak bebas membuat polisi untuk kemaslahatan (kebaikan) rakyatnya. Kerajaan tidak mampu mengawal harga tanah, harga produk tertentu malah tidak mampu mengekalkan sosio budaya berteras Islam kerana lambakan budaya akan dimasukkan ke dalam negara kita atas nama perniagaan dan perdagangan.
NGO BANTAH menyatakan dengan TPPA syarikat kapitalis luar negara bakal memegang lebih 80% industri di Malaysia.
Misalnya dalam hal industri juga isu SOE (State Own Enterprise) TTPA menghakis pengaruh kerajaan terhadap saham tempatan. Mana-mana SOE dimana kerajaan punya saham didalamnya, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar secara bersendirian. Negara tidak bebas. Ia juga ancaman besar kepada pengusaha industri kecil dan sederhana. Suntikan modal banyak dalam produk tertentu akan menjadikan produk luar negara jauh lebih murah daripada tempatan. Usahawan majoritinya muslim akan terkesan dengan serangan TPPA!
Mesyuarat (Syura)
"Dan bagi Allah orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki mereka yang kami berikan kepada mereka. " (Asy-Syura: 38
Menurut Tuan Guru Presiden, budaya syura adalah suatu mekanisme membaiki dan mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat di mana polisi terhadap rakyat dibuat melalui kerelaan rakyat tambah-tambah jika impak polisi itu menggugat hak asasi rakyat, kepentingan dan masa depan ekonomi rakyat malah mampu mengancam nilai agama di kalangan rakyat seumpama TPPA.
TPPA diacu kepada rakyat dalam keadaan tiada nilai syura sesama pemipin dan rakyat. Pemimpin lebih mahu menunjukkan autokrasi mereka terhadap rakyat sendiri dalam usaha mereka berlembut dengan dunia kapitalis antarabangsa.
15 kali rundingan TPP yang telah berlangsung secara tertutup dan penuh rahsia tidakmencerminkan keikhlasan untuk membantu mencipta 'win-winsituation'.
Menurut Pengarah Eksekutif MTEM Saudara Nizam Masyar, terlalu banyak kerahsiaan disebalik perjanjian TPPA. Malah perjanjian ini sukar dicelah oleh rakyat kerana intipatinya hanya bersifat ramalan berdasarkan pengalaman negara-negara yang terlibat dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebelum ini.
Ada pengulas menggelar TPPA sebagai perjanjian paling rahsia di abad ke-21.
Malah persoalan TPPA memberi keuntungan kepada siapa kapitalis gergasi atau rakyat tempatan juga tidak mampu dijawab oleh wakil Amerika sesama ditemubual MTEM sebelum ini. Bukankah konsep perjanjian sebegini bercanggah daripada kehendak Islam?
Jaminan Islam terhadap hak mengusaha
Keusahawanan dalam Islam mencakupi bidang yang sangat luas. Aktiviti keusahawanan dikaitakan dengan syariah melalui hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hunungan sesama manusia (habluminannas). Terlalu banyak hadis yang menceritakan bagaimana Islam mengambil berat soal keusahawanan, keadilan terhadap penjual dan pembeli. Malah Islam tidak menerima konsep customer is always rightyang boleh menzalimi pihak usahawan.
Dengan TPPA, proses liberalisasi dalam perdagangan dan perlaburanberlaku, maka banyaklah organisasi yang akan menghadapi tekanan persaingan yang lebih sengit. Akibatnya akan wujud syarikat tempatan yang terpaksa ditutup kerana tewas dalam persaingan..
Jika komunisme mengehadkan hak milik mengusaha dan mengeluar, kapitalis pulamembenarkan aktivii mengusaha secara terlalu bebas sehingga persaingan zalim boleh berlaku. Islam adalah agama yang menjaga kebajikan semua lapisan rakyat baik pengusaha besar , sederhana mahupun kecil-kecilan.
Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. TPPA meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara besar terutamanya Amerika Syarikat untuk mencereboh ekonomi negara kita.
TPPA asasnya ekonomi liberal- bebas untuk mereka (TNC, kapitalis) tetapi tidak bebasnya kepada kita peniaga kecil, usahawan tempatan kerana dasar industri dan perdagangan mereka yang menentukan polisi keusahawanan tempatan. Siapa yang BEBAS? Siapa yang kononnya mendapat manfaat?
Kemuflisan syarikat perniagaan serta pengangguran yang tinggi akibat dari perdagangan bebas adalah sebenarnya hasil dari fenomena Hiper-persaingan yang sedang berlaku dalam dunia perniagaan antarabangsa. Persaingan yang terlampau sengit ini bermakna mana-mana syarikat yang tidak mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa akan berada dalam keadaan kewangan yang sukardan mungkin muflis bila-bila masa dan pada masa yang sama akan mengakibatkan mereka terpaksa membuang pekerja besar-besaran.
Islam menjaga agama dan akhlak warganegara
Kesan terakhir ialah berkaitan belia dan budaya. Globalisasi adalah dunia tanpa sempadan yang akan membawa masuk budaya luar secara tidak langsung. Namun dengan kehadiran TPPA akan melegitimasikanusaha melambak budaya asing yang sekiranya ditentang, berpotensi memberi kesan buruk kepada Kerajaan Malaysia seperti kemungkinan di saman oleh syarikat pengendalian acara yang menganjurkan konsert konsert hiburan melampau. Tanpa TPPA pun statistik anak luar nikah telah meningkat, bayangkan jika TPPA ditandantangani, maka ia lebih menakutkan. Ini jelas merupakan agenda de-Islamisasi yang tersembunyi bakal mengundang malapetaka kepada akhlak dan moral generasi muda.
Islam menjaga masa depan kedaulatan negara
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." ( an-Nisa'ayat 58)
Menurut pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa: "Mempertahankan negara adalah wajib ke atas setiap muslim." Hukum ini dinyatakan dengan jelas dalam kitab-kitab fiqh bahawa ianya sama ada fardhu kifayah atau fardhu ain bergantung kepada sejauh mana ancaman yang dihadapi oleh sesebuah negara itu.
Masa depan sebuah negara umat Islam wajib diserah kepada pihak yang dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara bukannya sekelompok elit, aristokrat, kapitalis yang hanya melihat manusia sebagai modal, sebagai komoditi yang membawa laba dan wang.
600 buah Syarikat Multinational Amerika telah menentukan rupabentuk TPPA ini dan akan menentukan bagaimana 11 negara menjalankan perniagaan. Perjanjian TPPA bagaikan menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada 600 buah syarikat ini.
Jaminan perkara asasi kepada rakyat
Penulis menyenaraikan sedikit perkara penting yang mengganggu perkara asas rakyat Malaysia selepas dipaparkan sejulah besar hujah di atas.
Harga tanah akan melambung- Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas. Hari ini haratanah dan rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi oleh spekulator tempatan. Bayangkan jika spekulator luar masuk campur?
Krisis pekerjaan - Di bawah TPPA akan berlaku peliberalan (liberalisasi) pelaburan. Oleh itu, pelabur asing akan lebih bebas untuk melabur di negara yang mempunyai tenaga buruh yang mahir dan murah seperti Malaysia. Namun apakah ia satu jaminan rakyat tempatan akan diberi peluang atau syarikat TNC akan melambakkan lagi warga asing ke negara kita?
Krisis makanan asasi - Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Dengan TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas dengan TPPA
Prof Dr Abdul Muin Salim dalam kitabnya Fiqh al-Siasah menjelaskan bahawa:"Mewujudkan suasana yang tidak stabil dalam sesebuah negara yang aman damai adalah haram. Sengaja mewujudkan suasana porak peranda seterusnya mengundang kepada mudharat kepada orang awam hukumnya adalah haram.".
Jelas TPPA yang bakal mengundang petaka terkeluar daripada kehendak syariah Islam dan umat Islam khususnya WAJIB menentang TPPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan