Isnin, 22 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Dec 2014 01:10 PM PST

Cucu Tok Selampit


@limkitsiang Membuang Posting Fitnah Yang Dibuatnya Semalam Ke Atas DS @tonyfernandes & DS @liowtionglai

Posted: 21 Dec 2014 11:45 PM PST



Penasihat DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, hari ini telah memadamkan posting beliau di laman sosial Twitter setelah membuat fitnah ke atas Air Asia dan menunding jari kepada Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Lim Kit Siang membuat fitnah bahawa sebuah pesawat Air Asia telah mengalihkan arah penerbangan ke Senai akibat konon berlakunya banjir di KLIA2. 

Tanpa segan silu beliau menunding jari kepada Menteri Pengangkutan dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai memalukan. Orang tua nyanyuk ini kemudiannya menarik balik fitnah beliau dan meminta maaf. Katanya, maklumat yang diberikan oleh penumpang kepadanya tidak tepat. Lencongan penerbangan daripada jadual asal menurutnya adalah disebabkan oleh cuaca yang buruk.

Inilah sifat pembangkang. Suka melompat dan membuat fitnah. Selepas fitnah di'kantoi'kan, mereka akan memadam status di laman sosial dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Damage was done. Apology not accepted! Soalan cepumas - Kenapakah Lim Kit Siang memohon maaf kepada Liew Chin Tong dan bukannya kepada DS Liow Tiong Lai?

waadat

Posted: 22 Dec 2014 01:01 PM PST

waadat


Kenduri muzik

Posted: 21 Dec 2014 05:07 PM PST

Semalam Demang menemani isteri menghadiri majlis perkahwinan di rumah bekas rakan sekelas beliau.

Seronoknya dalam majlis begitu ialah dapat bertemu rakan-rakan lama. Banyaklah kesah nak disembangkan.

Namun sudah jadi adat orang Melayu berkenduri sejak dahulu kala, tuan rumah akan pasang lagu kuat-kuat. Agaknya kalau tak kuat, tak sempurna kenduri.

Demang faham bahawa tuan rumah ingin memeriahkan majlis di samping menghebahkan pada orang ramai tetapi Demang rasa bunyi muzik yang membingitkan telinga begitu bukanlah satu-satunya cara membuat hebahan.

Tidak salah bermuzik tetapi biarlah harmoni pada telinga hadirin dan tidak sampai mengganggu. Bukankah lebih baik dialunkan muzik lembut sebagai halwa telinga. Demang cadangkan muzik instrumental.

Untuk menambah kemeriahan, jemputlah pasukan kompang atau qasidah yang membuat persembahan dalam tempoh tertentu. Kompang tak seperti corong muzik yang dipasang terus menerus sepanjang majlis berlangsung.

Atau mungkinkah tuan rumah sengaja buat begitu supaya jemputan tidak bersembang dan lekas-lekas beredar?

Kalau demikian maka hilanglah satu hikmah berkenduri iaitu bagi merapatkan silaturrohim.

Bersambung

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Dec 2014 11:24 AM PST

PEJUANG BANGSA


FITNAH TWEET KIT SIANG KEPADA AIR ASIA & KLIA2 DIBALUN TERUK DI MEDIA SOSIAL !!

Posted: 22 Dec 2014 12:45 AM PST

oleh : Dr MIM 

Lim Kit Siang, kroni tegar Lim Guan Eng DAP, kantoi menipu dan menabur fitnah di dalam twitter beliau. Veteran tua DAP itu menabur fitnah kononnya penerbangan Air Asia terpaksa berpatah ke Senai kerana banjir (ponding) di KLIA2.

Lihat printscreen di bawah : 

Pembohongan dan fitnah jijik Lim Kit Siang DAP itu bagaimana pun disedari oleh pengguna twitter dan meminta beliau supaya tidak menabur fitnah.

Setelah sedar bahawa beliau berbohong dan menabur fitnah, Lim Kit Siang DAP memadamkan tweet beliau itu. Bagaimana pun, pembohongan veteran tua DAP itu terus diperkatakan oleh pengguna-pengguna twitter. 

Kerana tidak tahan dibalun dan dihentam oleh pengguna-pengguna twitter, Lim Kit Siang DAP menulis satu lagi tweet yang menyebabkan lebih ramai penggguna twitter yang membidas beliau.

Anda baca printscreen di bawah :  


Tweet veteran tua itu,

Unbelievable - the craving for cheapskate publicity. The tweet on wrong info was deleted more than 2hours ago the circus must go on!
Kenyataan bapa Lim Guan Eng DAP itu dibidas oleh pengguna-pengguna twitter. Anda baca printscreen di bawah : 


Woi @limkitsiang its was ur idiotic mistake to tweet unverified info. So with wanna grumble now

@limkitsiang next time check yr fact first b4 blaming others


@limkitsiang you are the clown, idiot

@limkitsiang But it's YOU who created the circus. Next time, do some homework first BEFORE tweeting, idiocy goes to you & your twitter admin
Dan cuba bayangkan jika pihak yang menabur fitnah itu adalah pemimpin BN, MiM percaya ianya akan dijadikan bahan berita oleh portal-portal pro-pembangkang dan lidah rasmi DAP. Ianya akan disensasikan selama yang mungkin untuk memburuk-burukkan parti BN.

Ada portal-portal pro-pembangkang yang melaporkan fitnah jijik veteran tua DAP itu? Not likely.

Ada juga yang tweet meminta pihak KLIA2 menyaman Lim Kit Siang DAP kerana memburuk-burukkan pihak tersebut. 

Sekarang, Lim Kit Siang DAP mahu kita 'lupakan' fitnah jijik beliau itu begitu sahaja. Dan melabelkan keprihatinan pengguna-pengguna twitter sebagai 'cheapskate publicity' dan 'the circus'.

Padahal, yang cheapskate ialah bapa Lim Guan Eng DAP itu kerana menabur fitnah di dalam twitter tanpa usul periksa. Circus nya ialah Lim Kit Siang DAP kerana berbohong kepada rakyat. 


Di saat MiM menulis artikel ini, twitter Lim Kit Siang DAP terus dihujani dengan kritikan dek fitnah jijik Lim Kit Siang DAP itu. Dan they have all the rights to bidas veteran tua DAP itu.

Ini link twitter Lim Kit Siang : https://twitter.com/limkitsiang/status/546682605337206784

KHAIRUDDIN BAKAL DIAMBIL TINDAKAN UMNO P.PINANG @dzainalabidin @RRafizal @NajibRazak

Posted: 21 Dec 2014 07:43 PM PST




Badan Perhubungan UMNO negeri akan bermesyuarat awal bulan depan bagi membincangkan isu melibatkan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang lantang mengkritik pimpinan UMNO negeri itu.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, UMNO Bahagian Batu Kawan akan membawa usul berkaitan Khairuddin dalam mesyuarat itu. Menurutnya, UMNO negeri juga perlu menjalankan siasatan rapi terhadap Khairuddin sebelum mengambil sebarang tindakan atau menghukumnya berdasarkan perlembagaan parti.

"Kita akan panggil mesyuarat Januari ini untuk membincangkan isu Khairuddin dan saya percaya UMNO Bahagian Batu Kawan akan membawa usul berkaitan tindakan terhadap Khairuddin itu.

"Dalam mesyuarat itu juga kita akan bincang sebarang tindakan yang boleh diambil berdasarkan Perlembagaan UMNO kerana perkara itu perlu disiasat sedalam-dalamnya," katanya.

 Musa mengulas desakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri yang mahu pimpinan UMNO Pulau Pinang mengambil tindakan segera terhadap Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.

Khairuddin menimbulkan polemik apabila kenyataannya yang disiarkan portal pembangkang mendakwa pemimpin UMNO negeri 'tidur' serta berbeza dengan pakatan pembangkang yang begitu serius melaksanakan pelbagai gerak kerja selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Selain itu, Khairuddin juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu. -

HARIMAU MALAYA MASIH LAGI PERLUKAN SENTUHAN MAGIS DOLLAH SALLEH

Posted: 21 Dec 2014 05:23 PM PST



Kejayaan Malaysia mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, membuktikan Dollah Salleh mempunyai 'sentuhan ajaib' dalam membawa skuad negara melangkah lebih jauh.
Dollah yang mula mengambil alih 'kerusi panas' itu daripada Datuk K Rajagobal pada Julai lalu, melakar kejayaan dengan membawa skuad Harimau Malaya layak ke final walaupun banyak pihak meragui kemampuan beliau membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat.
Skuad itu yang hanya sempat berkumpul bagi sesi latihan pusat selama dua bulan, membuktikan kemampuan dengan mara ke final sebelum kalah dengan agregat 3-4 kepada juara tiga kali, Thailand.
Malaysia menang 3-2 ke atas Thailand pada aksi timbal balik malam tadi, namun gagal meraih kejuaraan kedua selepas 2010, berikutan kekalahan 0-2 pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lalu.
Untuk rekod, Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 di bawah Rajagobal menerusi agregat 4-2 ke atas Indonesia.
Kehadiran lebih 90,000 penyokong pada aksi timbal balik malam tadi wajar diberi pujian kerana mereka masih percaya dengan corak taktikal Dollah walaupun sebelum ini, beliau dikritik kerana sering membariskan beberapa pemain berusia dalam perlawanan peringkat kumpulan B yang berlangsung di Singapura dari 23 hingga 29 November lalu.
Mengimbau perjalanan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan edisi ke-10 itu, mereka bermula dengan langkah sumbang selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November lalu sebelum kalah 2-3 kepada Thailand di venue sama tiga hari kemudian.
Dollah bijak mencatur strategi dengan mempertaruhkan pemain veteran seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Mohd Radzi pada aksi terakhir menentang Singapura di Stadium Nasional Kallang, 29 November lalu yang menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir menerusi kemenangan bergaya 3-1.
Pengendali kelahiran Melaka itu sekali lagi membuktikan sentuhan beliau menjadi apabila Malaysia menundukkan Vietnam dengan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir untuk mara ke final.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-2 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan yang ditemui pemberita selepas final kedua malam tadi, menyifatkan Dollah mempunyai sentuhan berbisa dan yakin jurulatih itu mampu membimbing pasukan negara meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Sebelum kejohanan bermula, ramai pihak memandang rendah kemampuan Dollah serta pemain senior yang ada dalam skuad ini tapi akhirnya, kami buktikan kepada mereka kami berjaya ke final.
"Beri peluang kepada Dollah untuk merealisasikan harapan rakyat Malaysia bagi menaikkan mutu bola sepak negara. Apa yang Dollah buat pada perlawanan ini serta perlawanan terdahulu, kita harus hargai," kata pemain berusia 35 tahun itu yang membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni turut bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan mutu persembahan skuad Harimau Malaya walaupun diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan itu.
Beliau bagaimanapun menggesa pemain skuad Harimau Malaya supaya mengubah mentaliti dengan memberi fokus lebih jauh, iaitu beraksi di kejohanan benua Asia.
"Saya cukup bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan prestasi pemain ke tahap yang boleh dipuji namun kejayaan sebenar adalah apabila kita dijemput beraksi menentang jaguh bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan tidak kira dalam perlawanan persahabatan atau kejohanan Asia.
"Kita sepatutnya berada sebaris dengan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan bekas pemain pada era kegemilangan bola sepak negara sekitar 60-an dan 70-an," jelas bekas pengendali pasukan Perlis itu.
Piala AFF Suzuki 2016 yang dianjurkan bersama Filipina dan Myanmar, bakal menjadi medan terbaik kepada Dollah, andai dikekalkan sebagai jurulatih, bagi menebus kekecewaan skuad Harimau Malaya dan jutaan rakyat Malaysia, malam tadi.
- BERNAMA

RIDHUAN TEE

Posted: 22 Dec 2014 03:19 AM PST

RIDHUAN TEE


Tazkirah untuk orang pencen

Posted: 21 Dec 2014 04:26 PM PST



(SH22.12.14)

Khusus ditujukan kepada pesara kerajaan, sama ada bergelar atau tidak, ketika berada di atas puncak kuasa dahulu, apa yang kamu buat untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara. Adakah kamu berkhidmat dengan penuh ikhlas? Atau.... Tuhan sahaja yang tahu.  

Saya amat setuju dengan cadangan Perkasa, '25 Melayu berpengaruh ini (pesara kerajaan) atau menteri atau pemimpin parti, mengisytiharkan harta mereka. Sekadar bekerja dengan kerajaan, setinggi manapun jawatannya, malah jawatan menteri sekalipun, tidak akan menjadikan kita kaya-raya. Jika ada yang kaya-raya, bermakna adalah benda yang tidak kena. Kecualilah, asal-usul mereka memang kaya.

Ini tidak, kadangkala, bukan sahaja pesara kerajaan itu kaya, adik-beradik dan anak-beranaknya pun turut kaya. Dari mana mereka dapat duit?   

Justeru, muhasabah diri. Fikirkan kembali. Bertaubatlah jika terlanjur.  Mengapa hari ini, selepas pencen, kamu menjadi begitu lantang dan berani, tanpa terlebih dahulu membuat sedikit penelitian atau penyelidikan terhadap mereka yang bertungkus-lumus berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, sama ada pihak berkuasa kerajaan mahupun NGO-NGO berkaitan?

Bukan bermakna di penghujung usia ini kita tidak bercakap langsung. Tetapi biarlah bertempat. Pastikan tindak-tanduk kita menguntungkan Islam.

Pernahkah terfikir, tatkala mata semakin kabur, kulitpun dah kendur, gigi mula berterabur, rambut banyak gugur, makanpun dah makan bubur, dan tidak lama masuk kubur, banyak persediaan perlu dilakukan menuju ke alam akhirat.

Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah, masa muda kita redah segala-galanya, tidak kira halal haram. Bila dah tua nanti barulah bertaubat. Sebab itu, ramai yang tidak berani pergi menunaikan haji waktu muda, kerana takut tidak boleh buat dosa lagi.

Maka ditunggu sampai ke tua, agar boleh cuci dosa sebelum mati. Moga-moga masuk syurga. Itu pun ramai yang tidak insaf lagi, pergi haji dan umrah berkali-kali, balik, masih gondol lagi. Ingat, tiada jaminan bahawa balik atau mati di Mekah boleh masuk syurga.

Jika itulah tandanya, paling ramai masuk syurga nanti, adalah orang Arab, sebab rumah mereka semuanya dekat dan mengadap Kaabah. Hari-hari boleh buat umrah dan setiap tahun boleh buat haji dan juga mati di sana.
Rugilah kita menjadi umat yang jauh dari Kaabah sebab tidak dapat mati di sana, berumrah dan berhaji. Jelasnya, jauh atau dekat kita dengan Kaabah, itu bukan penentu ke syurga. Hatta, jika tidak pernah sekalipun ke Mekah, ada jaminan syurga. Yang penting, kita beriman dan tidak, semasa hidup. 

Hari ini, sepatutnya, kamu melakukan muhasabah diri. Campur tolak dosa dan pahala.

Pertama, bertaubatlah kepada Allah SWT, menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Qada semula solat telah kami pernah ditinggalkan. Dekatilah masjid dan surau.

Kedua, jika masih belum menutup aurat, pergilah kedai-kedai tudung (kopiah). Carilah yang bersesuaian untuk menutup kulit dan rambut yang semakin dimamah usia.

Jika tidak percaya kepada aurat (rambut) bagi yang wanita, mungkin jawapan agamawan sudah dijangkakan. Apa kata pergilah bertanya kepada artis-artis yang telah berhijrah. Tanyalah mereka kenapa bertudung?

Jangan jadi seperti orang kampung. Apabila makcik-makcik ditanya kenapa masih tidak pakai tudung, maka jawapannya, "makcik dah tua, pakai tudung buat apa, siapa yang nak pun" Tidak mengapalah makcik kampung. Tetapi kamu orang bijak pandai. Malangnya kepandaian kamu masih belum dapat menyedarkan kamu.

Ketiga, luang masa untuk mentelaah al-Quran, Hadis dan kitab-kitab muktabar. Jika bacaan al-Quran masih gagap dan tidak betul, pergilah belajar.

Saya amat bimbang dengan perkumpulan wanita yang mendakwa dirinya Islam, tetapi jahil dalam memahami al-Quran. Mereka bercakap banyak tentang Islam, tetapi membaca al-Quran sekadar terjemahan. Sudahlah begitu, mengaku pula diri pandai. Bukan apa, takut sesat jadinya.

Keempat, jika ada anak dan cucu, jagalah mereka dengan baik. Pastikan mereka membesar dengan iman dan Islam, berindentitikan Melayu, jika itulah bangsanya.

Saya amat bimbang generasi hari ini, lahir dari ibu bapa Melayu,tok nenek semua Melayu, tetapi sikap, perangai, tingkah laku langsung tidak serupa Melayu. Mereka kelihatan lebih barat dari barat. Maklumlah pernah jadi duta luar negara atau belajar di sana.

Kelima, Jika ditakdirkan, khidmat kamu diperlukan selepas pencen, maka kamupun dilantik memegang jawatan ini dan itu, sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, itu bukan kerana kamu terlalu bagus, sehingga menjadi kamu berlagak dan kondem orang lain.

Itu tandanya Allah masih beri kamu peluang. Maka gunakan peluang tersebut untuk menebus dosa-dosa yang lalu. Manfaatkan jawatan untuk agama, bangsa dan negara. 

Keenam, jika kamu ada mengambil duit rakyat atau duit haram semasa memegang jawatan, banyakkanlah bersedekah sebelum Allah cabut nyawa kamu. 

Jangan pandai menuding jari, orang itu ekstrim dan orang ini ekstrim. Sendiri mahu ingat. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.


Aspirasi Bangsa

Posted: 22 Dec 2014 01:25 AM PST

Aspirasi Bangsa


Infografik RCI Sabah

Posted: 21 Dec 2014 06:16 PM PST

Belantan

Posted: 21 Dec 2014 11:34 PM PST

Belantan


Jangan mengalah perangi sindiket pengemis!

Posted: 21 Dec 2014 09:03 PM PST


Setiap kali anda makan di luar, tidak kiralah di gerai tepi jalan, kafe kaki lima, kedai mamak dan restoran atau singgah di hentian rehat dan rawat, ada satu pengalaman dan pemandangan yang semua orang akan lihat dan lalui. Pengalaman didekati pengemis yang datang dalam pelbagai ragam.

Situasi yang biasa ditemukan adalah kanak-kanak yang mendakwa dari rumah anak yatim, sekolah tahfiz atau sekolah agama. Kategori ini mudah dilihat di kawasan rehat dan rawat. Itu dahulu. Sekarang ini boleh dilihat di mana-mana sahaja.

Mereka tidak meminta `sedekah' tetapi `menjual' poster, kalendar, buku, komik atau cakera padat berunsurkan agama. Jualan ini adalah untuk jualan amal dakwa kanak-kanak ini, bagi membantu mendirikan madrasah, sekolah agama, rumah anak yatim.

Sehari suntuk mereka ditinggalkan di situ. Mereka akan menghampiri setiap meja makan pengunjung. Dengan laju dan pantas disebutnya satu skrip standard yang sudah dihafal dan tidak jelas biji butirnya, sebelum menawarkan produk yang dijual. Jangan tanya lebih-lebih, mereka tidak selesa dan gelisah untuk menjawab. Dipelawa makan sekali pun mereka tidak mahu.

Pengemis dewasa pula boleh dilihat di mana-mana, sepanjang masa. Perempuan berpakaian lusuh mengendong anak kecil dengan kole plastik atau seorang lelaki tua bersongkok haji menjaja satu dokumen bersalut plastik yang tulisan di dalamnya sudah lusuh dan tidak boleh dibaca dan difahami. Ada juga lelaki kudung, bertongkat merayu bantuan kewangan untuk membeli kaki palsu. Bertahun-tahun dia menjaja cerita yang sama, jumlah wang seribu dua yang diperlukan masih juga belum mencukupi!

Apabila ditanya kenapa mengemis, kisah yang diceritakan lazimnya penuh kesedihan. Bagi yang pertama kali mendengar memang timbul belas kasihan. Siapa yang tidak tersentuh hari mendengar kisah seorang ayah disingkirkan ahli keluarga, dihalau oleh anak-anak, berkelana ke kota besar dan hidup sebatang kara sebagai pengemis.

Hati mana yang tidak meruntun melihat seorang wanita tua bercerita sedang bertarung dengan penyakit kronik bayi yang dikendongnya itu. Dia memerlukan wang bagi membiayai kos rawatan. Ada juga bercerita ditinggalkan suami. Pendek kata, ceritanya lebih kurang sama sahaja.

Satu lagi golongan yang paling biasa kita tengok ialah golongan orang kurang upaya (OKU). Mereka yang cacat penglihatan dipimpin oleh seorang lelaki atau wanita yang sihat walafiat. Tidak pasti sama ada itu suami atau isteri OKU terlibat. Sambil membawa tisu, mereka singgah dari satu meja ke satu meja. Mereka jarang bersuara atau berkata-kata kecuali ucapan `Assalamualaikum' sahaja.

Mereka menjelajah dari satu kawasan tumpuan ke satu kawasan lain. Mereka mengulangi laluan yang sama, beberapa jam selepas itu. Kalau anda tidak percaya, cuba lepak lama-lama sikit di satu-satu restoran di Bangsar atau tempat-tempat tumpuan lain. Pengemis pertama yang menghampiri meja makan anda pada pukul 8.30 malam akan muncul semula di tempat anda dua jam kemudian dan muncul sekali lagi selepas pukul 12 tengah malam!

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini muncul satu lagi kategori pengemis, dipercayai warga asing. Berdasarkan susuk badan dan wajah serta cara berpakaian, mereka bukan warga tempatan. Juga bukan orang kurang upaya. Kumpulan ini tidak mengacau restoran atau kedai makan. Mereka memilih persimpangan bertingkat, simpang berlampu isyarat serta jalan-jalan yang sibuk dengan kenderaan sebagai lokasi sasaran.

Cara mereka beroperasi tidak ubah seperti pengemis di beberapa buah negara jiran dan negara Asia Barat. Ketika kenderaan berhenti pada lampu isyarat merah, pengemis ini mula menghampiri setiap kenderaan yang ada sambil menghulurkan tangan meminta sedekah atau menjual tisu atau barang permainan kanak-kanak.

Mengemis adalah salah satu cara paling mudah mendapatkan wang dan lumayan. Aktiviti mengemis yang sedang berleluasa dengan sebebas-bebasnya sudah pasti didalangi sindiket. Ini berdasarkan kepada beberapa serbuan pihak berkuasa sebelum ini. Modus operandi mereka sangat sistematik, meliputi hampir semua bandar besar dan licik. Mereka memperalatkan orang kurang upaya, orang tua, kanak-kanak dan bayi.

Dalam satu malam sindiket menjelajah banyak kawasan, hampir seluruh ibu kota. Selagi premis kedai makan atau restoran dibuka selagi itulah mereka bergerak. Bayangkanlah kalau seorang pelanggan menghulurkan satu ringgit bagi setiap meja, berapa agaknya dapat dikumpulkan dalam satu malam. Oleh kerana pelanggan bersilih ganti di sesebuah restoran atau kedai makan, sindiket yang sama berupaya membuat kutipan pada pusingan kedua, ketiga, keempat, kelima sehingga kedai menutup perniagaan.

Pengemis warga asing yang beroperasi di tepi-tepi jalan dan simpang lampu isyarat juga dipercayai didalangi sindiket. Manalah mereka tahu hendak ke Sierramas, Meru, Klang kalau tidak dihantar sindiket. Sejak awal pagi lagi mereka sudah berada di situ.

Aktiviti mengemis kelihatan bebas beroperasi dan tidak ada halangan langsung. Lebih rancak kerana rakyat Malaysia terlalu pemurah dan baik hati. Masyarakat negara ini cepat merasa simpati tatkala didekati oleh mereka yang `kurang bernasib baik.' Mereka berasa serba salah jika tidak menghulur seringgit dua. Lebih terasa malu bila memikirkan makan beratus ringgit, seringgit pun hendak berkira.

Adakah segala wang yang diderma itu dapat kepada si pengemis atau sindiket yang mengawal mereka yang kenyang? Melihat kepada kepesatan aktiviti ini, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri lagi. Pemandangan pengemis berkeliaran di setiap ceruk kedai, restoran serta tempat tumpuan ramai menyakitkan pandangan. Pelanggan yang menikmati makan tengah hari, malam dan tengah malam pun tidak selesa. Dari satu segi, ia memberi imej yang tidak elok kepada negara.

Sindiket ini perlu dibanteras. Pihak berkuasa yang terlibat jangan sesekali mengalah dan kelihatan tewas dalam memeranginya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Dec 2014 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HUDUD : PAS AKUI ADA SIRI ' SERANGAN ' OLEH DAP

Posted: 21 Dec 2014 11:00 PM PST



Pergeseran antara Pas dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari 'ke­selesaan' lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri 'serangan' oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan Pas telah 'mengoyak' syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam Pas itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan 'kertas' tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

"Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

"Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri 'serangan' terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah ber­kenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, Haron mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berkait soal asas perjuangan.

"Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur Pas kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. Pas tidak akan meninggalkan perjuangan ini," katanya.-utusan

SELANGOR TETAP LAKSANA PROJEK TERNAK BABI

Posted: 21 Dec 2014 06:58 PM PST


Meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak, kerajaan negeri nekad untuk melaksanakan projek penternakan khinzir moden di Kuala Langat, demikian menurut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Dalam mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil.

"Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita menghormati pandangan rakyat," katanya yang ditemui di Majlis Penyampaian Hak Milik Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman Subang Permai, pagi ini.

Sambil menyifatkan projek penternakan ini bukan satu masalah yang besar, Azmin berkata kerajaan negeri akan menyediakan teknologi-teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran di kawasan itu.

"Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan.

"Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini," katanya

Projek penternakan khinzir moden memasuki fasa baharu apabila ia telah dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Ia dijangka dibina di Ladang Tumbok di Mukim Baru Laut, Kuala Langat.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam satu kenyataan berkata akan akur dengan segala keputusan kerajaan negeri untuk menjalankan projek berkenaan.

Bagaimanapun kerajaan negeri sehingga kini masih belum menetapkan mana-mana syarikat untuk dilantik menguruskan penternakan ladang khinzir moden itu.

Sebelum ini tersebar sepucuk surat jemputan Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan 'ModernPig Farming' di kawasan tersebut yang dijadualkan pada Selasa lalu.

Projek penternakan khinzir moden ini bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak,termasuk penduduk setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa.

Ini kerana kawasan berkenaan didiami ramai masyarakat Melayu, selain menjejaskan kebersihan apabila pengusaha ladang haiwan itu melepaskan sisa-sisa ternakan ke sungai dan laut berhampiran –Antarapos

KAJANG BANJIR LAGI

Posted: 21 Dec 2014 06:53 PM PST



Kurang daripada tiga bulan selepas dilanda banjir teruk, Kajang sekali lagi berdepan dengan masalah yang sama.

Tetapi banjir kali ini dikatakan lebih teruk daripada sebelumnya kerana berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial, lebih banyak kedai yang terjejas akibat banjir ini.

Banjir kali ini adalah yang ketiga dalam tahun 2014, namun masih tiada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan perkara ini apabila Kajang dilanda hujan lebat.

Sebelum ini ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

Namun sehingga kini Kajang masih lagi dilanda banjir – Antarapos


NAK HABAQ KAT HANGPA...DEPA DAH MULA PLAN NAK JATUHKAN MB MUKHRIZ DAN UMNO KEDAH.

Posted: 21 Dec 2014 05:43 PM PST


Buat orang Kedah, ni habaq mai...sejak Mukhriz jadi MB Kedah banyak pembaharuan yang dilaksanakan di negeri itu. Semua orang suka tak kira UMNO atau PAS di kampung pun suka.

Suka sebab Mukhriz ni cool dan sederhana, suka merendah diri dan ramah bergaul dengan orang ramai. Dengan orang PAS pun Mukhriz berbaik-baik.


Tapi dalam masa orang suka tu ada jugak orang tak suka. Kononnya Mukhriz ni terlalu rajin sampai menyusahkan pegawai dan kakitangan kerajaan. Semua projek perlu dipantau dan diberikan taklimat semasa.

Bagi pegawai dan kakitangan yang selama ni bermentaliti jenis makan gaji tak payah kerja kuat zaman pemerintahan sebelum ni tentu ada yang tak puas hati. Mulalah nak sabotaj sana sini.

Tambah lagi puak-puak ular dalam semak (ularmak) PASMA dok guna peluang harga getah jatuh, banjir sawah rosak teruk, puting beliung rumah banyak musnah, harga ikan mahal di musim tengkujuh ni ...bla..bla...bla untuk nak salahkan ni semua pasai UMNO perintah, banyak penyelewengan, rasuah. kroni, rosmah shopping membazir wang rakyat....nauzubillah!

Habih pak cik, mak cik, anne, aci, amoi, nyonya, apek ceruk kampung dan bendang dok kena tipu dengan temberang puak-puak pembangkang PAS, PKR dan DAP.

Paling menarik dikatakan sejak Mukhriz meneraju Kedah banyak pembangunan banyak dijalankan. Ada juga orang asai Kedah mai balik duduk Kedah semula senang cari makan berbanding kat Penang.

1,349 unit Majlis Pecah Tanah Projek PRIMA Bandar Utama Sidam Kiri telah dirasmikan oleh Perdana Menteri tak lama dulu. Pendaftaran dibuat secara on line. Rasanya orang kampung di Kedah ramai yang apply tak???...Adakah depa tu pandai guna sistem on line.???..Agaknya 'siapa' yang paling ramai dok apply sakan rumah PRIMA di kawasan tu tapi tetap tak pandai bersyukur dan ada plan lain pulak. Jangan sampai 'makan tuan' 

Mukhriz pun dah rancang nak bangunkan Kedah serata rata, nak bangunkan banyak perumahan rakyat termasuk rumah PR1MA. 

Tapi mulalah kapitalis-kapitalis pemaju perumahan (REHDA kroni DAP) buat hal nak naikkan harga rumah. Kononnya sebab kos semakin naik kena bayar itu ini. Tu tak masuk lagi kononnya harga rumah kena GST sebab segala bahan binaan kena GST...

Harga rumah kat Penang lagi mahal sampai ramai yang kerja Penang beli rumah sejauh di Kulim, Padang Serai dan Bandar Baharu...

Nak jual rumah di Kedah mahal-mahal sapa yang akan beli nanti???

Berita Harian Isnin 22 Disember 2014 ms 13 

Bila harga naik puak satu lagi akan kata ini salah UMNO. UMNO salahguna kepercayaan rakyat, tumbangkan UMNO biaq PAS memerintah tak buat apa-apa pun asalkan rakyat boleh hidup senang. 

Kami boleh janji bagi apa yang rakyat nak, kami boleh beri kamu syurga...maka undilah kami... 

Nampak sangat grand design secara halus berjemaah nak sabotaj kerajaan UMNO di Kedah. Tak tau lah kalau hangpa tak sedaq. 

Tapi orang luaq yang perati selalu keadaan di Kedah dah mula hidu plan jahat puak-puak depa ni.

Walau UMNO dan Mukhriz buat 1000 kebaikan sekalipun namun kerana 1 onar penghasut dan penyebar fitnah yang berterusan dan terancang maka 1000 kebaikan pun akan tiada gunanya.  

Email dari Mergong...

TU DIA NAK HABAI MAI RAPUSSY KANTOI LAGI....

Posted: 21 Dec 2014 10:00 AM PST


1) Rafizi sekali lagi memberi idea "bernas" mengenai langkah-langkah yang patut kerajaan ambil untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak. Beliau berkata kerajaan gagal mengurus takbir negara. Kononnya terpaksa memotong subsidi rakyat. Menurut beliau, sepatutnya kerajaan memotong subsidi korporat, bukan mengkayakan kroni. Hebatkan mamat jambu ni? Jom kita tengok.

2) Definasi kroni bagi Rafizi adalah; Mereka yang memperolehi keistimewaan oleh kerajaan tidak kira sesiapa KECUALI keistimewaan itu diperolehi oleh diri dia sendiri dan ahli keluarga dia. Apa punya mangkuk la Rafizi.

3) Isu serangan terhadap subsidi korporat ini bukan isu baru bagi Rafizi. Sejak kenaikan tarif elektrik ke kenaikan harga minyak hinggalah ke duit masuk tandas awan 50sen. Semua nak pakai subsidi korporat. Aku pun tak faham. Apa masalah Rafizi dengan IPP.

4) IPP ini diwujudkan pada tahun 1992. Pada ketika itu, negara telah dimalukan dengan kegelapan yang melanda seluruh negara selama 48 jam. Tun Mahathir yang pada ketika itu adalah PM Malaysia manakala Rafizi ketika itu, masih lagi membawa botol susu ke sekolah. Tun telah melihat keadaan itu akan berlaku dan beliau juga sangat pasti, perkara yang sama akan berulang lagi sekiranya tiada tindakan diambil ketika itu. Oleh yang demikian, Tun Mahathir mencadangkan agar sumber yg penting ini, tidak dimonopoli oleh TNB. Maka diwujudkan IPP. IPP bukanlah idea Tun tetapi Tun mengambil pendekatan yang telah diguna pakai oleh negara-negara maju di seluruh dunia. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sistem dan pemikiran juga mesti sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara maju, baru kita maju. Betul tak?

Bergelap selama 48jam, bukan saja membawa impak buruk pada imej negara, tetapi kerugian besar pada negara. Bayangkan kalau ianya berlaku untuk kali kedua? Sudah pasti pelabur-pelabur asing akan takut untuk melabur dalam negara. Kita juga yang rugi.

5) Masalah utama dalam pembentukan IPP pada ketika itu adalah meningkatnya kos operasi dan seterusnya meningkatkn tarif elektrik. Masalah kedua, tidak ada satu pun syarikat korporat yang berpengalaman mengendalikan industri penjana tenaga bebas.

Atas masalah tersebut dan demi kesejahteraan rakyat, satu perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat yang terlibat dan juga kerajaan akan memberi jaminan keuntungan serta subsidi kepada IPP yang dilantik. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tarif elektrik pada harga yg rendah.

6) Rafizi yang ketika itu baru lepas putus botol susu tiba-tiba merasakan cara ini mengutungkan "kroni-kroni" kerajaan. Woi pakcik!! Lupakah pakcik SIAPA MENTERI KEWANGAN KETIKA ITU yang menguruskan perlaksanaan IPP ini? Siapa pula TIMBALAN PM ketika itu?

Wahai Pak Rafizi,

Hang taktau ka Malakoff, yang juga salah satu company yang dilantik untuk menguruskan penjana tenaga bebas ini? Malakoff itu kroni siapa? Bukan kroni Menteri Kewangan ketika itu ka? Aku bertanya saja.

Wahai Pak Rafizi,

Siapa yang terlibat dengan perjanjian jangka panjang antara kerajaan dan syarikat-syarikat IPP? Bukankah Timbalan PM ketika itu kan?

Aku bertanya saja.

Wahai Pak Rafizi,

Syed Bukhari adalah salah satu pemilik syarikat yang menguruskan pengeluar tenaga bebas ini. Tokoh ini banyak membantu rakyat-rakyat Malaysia melalui dana-dana beliau. Rugikah rakyat jika beliau kaya? Aku bertanya saja.

Lupakah Rafizi,

PKNS juga ada 25% saham dalam syarikat Genting Sanyen yang juga salah satu generasi pertama IPP yang dilantik? Bukankah rakyat Selangor juga yang untung? Aku bertanya saja.

PERSOALAN: Siapa TIMBALAN PM & MENTERI KEWANGAN ketika itu?

7) Akibat ketagih dengan botol susu, Rafizi terlupa bahawa subsidi diberikan untuk memastikan tarif elektrik pada harga yang rendah. Kerajaan telah "mempelbagaikan" (diversify) subsidi itu kepada 3 kumpulan. Iaitu:

a) TNB
b) Power Sector (IPPs)
c) Non Power sector (industrial, commercial)

Apa kepentingannya kerajaan menpelbagaikan subsidi begitu? Aku tak mau cerita. Nanti panjang aku membebel. Fikir sendiri.

8) Selain memastikan tarif elektrik murah, dengan wujudnya IPP ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Bukannya kepada Bangla halimunan Anwar tau. Rakyat juga yang untung.

9) Satu lagi, dakwaan yang kononnya meng"kaya"kan kroni-kroni ini, biaq pi la. Cukai depa bayar juga. Berbalik juga pada rakyat.

Hang dok pi kacau subsidi korporat. Bukan ke juga merugikan rakyat secara indirect.

10) Sekiranya cadangan Rafizi yang bijak itu terlaksana, iaitu dengan memotong atau menghapuskan subsidi korporat, secara tak langsung tujuan utama diberikan subsidi berkenaan juga terhapus. Dengan kata lain, tarif elektrik akan naik berganda semata-mata untuk mengekalkan harga minyak yang sememangnya kita tahu, ianya tak menentu di pasaran dunia.

Jika krisis minyak dunia bertambah teruk, subsidi mana lagi yang Rafizi nak korek? Subsidi lubang hidung dia ka? Apa yang rakyat dapat dengan lubang hidung dia?

Bagi aku, pemotongan subsidi korporat lebih memudaratkan kepada RAKYAT berbanding pemotongan subsidi minyak.

11) Oh Pelawok-pelawok Rafizi akan berkata:

"Thailand yang tak diberikan subsidi korporat masih boleh bagi tarif elektrik murah kepada rakyat!"
Woi mangkuk, sejak bila tarif elektrik Thailand murah?Berikut adalah tarif elektrik terkini (dalam unit RM) :

- Malaysia : 33.5 sen / kWh
- Thailand : 38 sen / kWh
- Singapore : 68 sen / kWh

Rafizi, hang tertelan botol susu ka?Tak habis-habis kantoi menipu....

IS TERRORISM A MUSLIM MONOPOLY? SIRI 3

Posted: 21 Dec 2014 06:20 AM PST



IS TERRORISM A MUSLIM MONOPOLY? SIRI 2

Posted: 21 Dec 2014 06:17 AM PST






IS TERRORISM A MUSLIM MONOPOLY? SIRI 1

Posted: 21 Dec 2014 06:14 AM PST



KAJANG BANJIR...ADUN SERONOK NAIK BESKAL RAKYAT DERITA DISALAHKAN BN PULA...

Posted: 21 Dec 2014 05:14 AM PST


Tak susah menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka tidak perlu bekerja, tidak perlu tunjuk muka dan tidak pernah mengusahakan apa-apa untuk rakyat yang diwakili.

Cukup dengan menimbulkan isu-isu sensasi sambil mencantikkan isu-isu tersebut dengan perjuangan menentang rasuah, perjuangan menentang penyelewengan, perjuangan rakyat, dan sebarang ungkapan-ungkapan retorik yang lain. 

Kalau dah terdesak dan terkantoi, cukup dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana setidak-tidaknya para penyokong mereka akan segera bersorak dan berguling-guling di atas lantai kerana mendapat 'hujah' yang paling hebat bagi mereka.

Setakat tengok air banjir jer laaa...lepas tu lari pi New Zealand enjoy laki bini naik beskal.

Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarga mereka sekarang ini sedang bercuti dan makan angin di New Zealand. 

Pada masa yang sama, DUN Kajang yang diwakili oleh Wan Azizah pula terlibat dalam banjir. Permatang Pauh jangan ceritalah... memang Anwar Ibrahim tidak pernah jenguk dan peduli kecuali untuk mengatur strategi memenangkannya dari segi politik serta berceramah dan menghasut. 

Selain daripada itu, Anwar Ibrahim tidak pernah peduli sekalipun ketika dia masih dalam Kabinet 17 tahun lalu.


Banjir di Kajang yang berselang dalam tempoh yang amat dekat, telah merugikan kebanyakan perniagaan termasuklah perbankan. Namun jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Kajang, amat memalukan. Bukan sahaja tidak setaraf dengan kipas hikmat tetapi juga langsung tidak layak berbanding sarung tangan putih yang tersarung menutup parut kesan kezaliman suaminya pada tangan kanannya.

Jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah menerusi twitternya, amat menggelikan hati. Sekaligus memperlihatkan betapa bodohnya seorang bekas doktor gigi yang menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim sekaligus menyaksikan transaksi pembodohan akibat terlalu mempertahankan suaminya.

Alasan Wan Azizah yang sedang bercuti di New Zealand bersama-sama Anwar Ibrahim tentang banjir yang kerap melanda Kajang:

"Banjir di Kajang biasanya akan surut dalam tempoh setengah jam. Ia tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang kadang-kadang berhari-hari tenggelam. Banjir di pekan Kajang akibat sistem sungai dan perparitan yang dibina sejak zaman BN."

Woi nenek kipas!!!


Petrol naik dia naik beskal...air banjir naik kat kajang dia lari pi New Zealand naik beskal... 

Dah dua penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Projek, kontrak dan tender telah meragut nyawa Teoh Beng Hock, kakitangan Ean Yong Hian Wah yang kemudian cuba disabitkan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Takkan setelah kurang 3 bulan daripada 7 tahun Pakatan Rakyat ambikalih Selangor dan Pulau Pinang, masih lagi alasan menyalahkan Barisan Nasional? 

Habis tu, Pakatan jadah apa yang dibuat untuk membetulkan 'kepincangan' projek BN setelah mereka ambikalih negeri? 

Takkan setakat bina kandang babi mega sahaja dan naikkan semua cukai dan premium tanah semata-mata? Lebih daripada itu tak reti?


Secara logiknya, semua masalah melibatkan kekerapan banjir, isu-isu kutipan sampah, perparitan, perkhidmatan PBT, kejatuhan pelaburan negeri, perbelanjaan tidak terkawal, rasuah dan salahguna kuasa kerajaan tempatan, enakmen agama, keadaan jalanraya yang teruk, tidak cukup bekalan air, tidak mempunyai perumahan mampu milik yang cukup... 

KESEMUANYA ADALAH MASALAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dan majoriti 2/3 mereka.

Tak perlulah bertaichi dan menyalahkan pihak lain seperti yang dilakukan oleh Wan Azizah dalam kes banjir di Kajang!!!

http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/alasan-terbangang-wan-azizah-selaku.html

Ingat dapat YB baru ok tetapi lagi bangang dan membangangkan penduduk Kajang...ya banjir akan datang Jijah naik beskal kat Ostolia pulak, Anwar... naik beskal gym kat penjara Kajang laaa...

The Unspinners

Posted: 21 Dec 2014 11:23 PM PST

The Unspinners


YB PKR Sarawak turunkan harga minyak dunia?

Posted: 21 Dec 2014 10:30 PM PST



Kerja cytro PKR untuk tuduh cytro BN yg buat

Kebarangkalian kedua: sesama PKR nak sabotaj YB Ali Biju sebab memang betul YB Itu dapat kontrak juta2 dari Petronas.

Baca Red Bean Army mulakan gerakan di Sarawak | Dari Sematan Ke Lawas di SINI

Penyokong dan Panglima BN bukan dalam parti BN?

Posted: 21 Dec 2014 07:28 PM PST


BINTULU: Berdasarkan semangat konsensus yang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) selama ini, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) seperti tiada berpeluang untuk menyertai gabungan komponen BN Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak dan juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem menyatakan, BN sudah lama mewujudkan peraturan bahawa jika mana-mana satu parti komponen membantah kemasukan parti baru, maka parti tersebut tidak dapat diterima (ke dalam BN Sarawak).

"Tidak mungkin," katanya memberi maklum balas kepada media hari ini ketika ditanya mengenai kemungkinan UPP dan Teras diterima ke dalam BN negeri.

Baca posting Melanau Blogger dua mjnggu lepas di SINI

Apa nak jadi dengan rakan2 dan panglima BN yang bekerja untuk BN tapi kini dalam parti di luar BN?

Satu solution amat perlu...

Langkah Kajang atau Inanam, masaalah dalaman bazir wang rakyat

Posted: 21 Dec 2014 04:26 PM PST


Hudud hanya retorik politik PAS

Posted: 21 Dec 2014 07:00 AM PST


Mereka tak akan jadikan untuk terus beri harapan palsu pada penyokong. Akhirnya orang lain saja dipersalahkan.

Dulu BN, sekarang dema nak salahkan DAP.

Yg tak salah tapi tak ngaku bersalah adalah mereka sendiri

Qardawi dicari Interpol, adakah Anwar peduli?

Posted: 21 Dec 2014 03:35 AM PST

Facebook di SINI

Interpol keluar waran tangkap terhadap Al-Qaradawi

Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.

---------------

Sekarang mana Anwar yang begitu rapat dengan Amerika dan kata mahu peranan bina dialog antara dunia Islam dan barat? 

Masa kena dakwa liwat, bukan main dia menggeselkan diri dan menjaja nama Yusuf Qardhawi dengan menerbitkan surat palsu dari Syeikh itu.

Adakah dia akan membalas budi dan membela Qardawi? 

Sediakah dia gerakan sokongan untuk membela seorang dia telah perguna habis setiap kali tindak tanduk politiknya dilihat menjual maruah Islam?

Lebih 60 rakan seperjuangannya telah tibggalkannya kerana sering membelot persahabatan dan kesetiakawanan?  

Adakah pembelotan terhadap Qardawi masih tidak lagi dapat sedarkan penyokong?

Vacation in the States!

Lagi bigau dari Ambiga dan Marina adalah pencacai PR

Posted: 21 Dec 2014 12:30 AM PST


Kalau rakyat termakan lojik mereka, negara jahanam dan akhirnya baru sedar tertipu.

Semua fijanji dan dikata tak mudah untuk ditunai. Jika boleh tunai mcm air free Selangor, akibat lain jauh lebih buruk.

Lihat juga Pulau Pinang ... apa saja yg DAP kritik BN, kini mereka juga buat. Maknamya polisi BN tu betul.

Janji yg mereka tunai akhirnya menyusahkan rakyat.


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Dec 2014 09:36 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KLIMAKS POLITIK YANG DITUNGGU ! KIT SIANG CABAR TUN M BERDEBAT !

Posted: 21 Dec 2014 12:36 PM PST

Mencari Damai Abadi

Posted: 21 Dec 2014 03:12 PM PST

Mencari Damai Abadi


Emas

Posted: 21 Dec 2014 06:51 AM PST

Bismillah
Program 1 bulan 1 gram emas. Belilah gold bar 1gram sebulan sebagai simpanan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami atau layari

http://www.hartawanislam.com/kesidanggold

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 21 Dec 2014 03:05 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Punggung tiga gadis Melayu ketika final AFF Suzuki Cup jadi viral

Posted: 21 Dec 2014 03:01 PM PST

WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan tidak berjaya mengulangi kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF seperti yang dilakukan empat tahun lalu, namun diharapkan peminat tempatan akan terus setia menyokong perjuangan Harimau Malaya di masa-masa akan datang.

Namun, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang berkesempatan menonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, rupa-rupanya ada sebilangan kecil penonton yang tidak dapat melihat dengan jelas aksi pasukan negara menentang Thailand semalam.

Piala AFF – Mengapa Ramai Penyokong Yang Terpaksa Berdiri?
Seorang penonton meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan tiga orang perempuan yang berdiri di hadapan tempat duduknya tanpa rasa bersalah sepanjang perlawanan berlangsung.

Bila ditegur, wanita-wanita itu kemudian memaki pula si penegur tadi.



Hmm, tak tahulah nak kata apa, sebabnya orang Malaysia memang terkenal dengan budaya sopan-santunnya, tapi kalau dah keadaan bersesak begini, mungkin kumpulan penonton wanita ini tidak mahu melepaskan peluang melihat aksi Harimau Malaya secara live dari depan mata.

Tapi, itu bukanlah bermakna kita perlu berkurang ajar dengan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya bertimbang rasalah dengan orang lain yang turut sama membeli tiket. – MYNEWSHUB.CC

Rosyam Nor bengang, anak gadisnya diarah buka aurat

Posted: 21 Dec 2014 05:20 AM PST

Kuala Lumpur: Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi 'viral', menemui noktah petang tadi.

Ini kerana, pengurusan kedai terbabit membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Rosyam menerusi laman Facebook rasmi mereka dan Rosyam menerima permohonan maaf itu.

Pengurusan kedai berkenaan menafikan mereka mempunyai polisi tidak membenarkan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung, malah mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bekerja di situ tanpa mengira bangsa atau agama.

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan mendapati ia dilakukan salah seorang kakitangan baru mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja dan tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan terbabit.

Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi," katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.

DNA bongkar penzinaan

Posted: 20 Dec 2014 07:01 PM PST

Ras Al Khaimah: Seorang lelaki yang enggan mengiktiraf anaknya yang baru dilahirkan, disahkan bapa kandung bayi itu selepas ujian DNA mendedahkan dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Wanita itu yang berasal dari sebuah negara Arab lain, mengemukakan tindakan undang-undang terhadap teman lelakinya itu kerana enggan mengiktiraf bayi itu anaknya dan mungkir janji untuk berkahwin dengannya.

Wanita itu memberitahu mahkamah, mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun dan tinggal bersama seperti suami isteri.

Ujian DNA yang diarah oleh mahkamah mengesahkan lelaki itu bapa bayi berkenaan. Sehubungan itu, hakim mengarahkan bayi itu dibinkan dengan nama lelaki itu. - Agensi

Kondom, tisu bersepah dalan kuarters

Posted: 20 Dec 2014 06:00 PM PST

PASIR GUDANG - Perasaan ingin tahu seorang penduduk berikutan kelibat beberapa pasangan remaja yang kerap mengunjungi bangunan tinggal di Jalan Sena kawasan Sungai Buluh, di sini membawa kepada penemuan mengejutkan.

Razali Ngah, 48, berkata, bangunan bekas kuarters kerajaan yang ditinggalkan sejak lebih 15 tahun lalu itu menjadi 'port maksiat' apabila menemui banyak kondom dan tisu terpakai bertaburan di beberapa bilik bangunan lima tingkat berkenaan.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila kebanyakan perempuan yang membonceng motosikal pasangan lelaki masing-masing yang masuk ke bangunan berkenaan lengkap bertudung.

"Saya mula sedar kawasan itu menjadi tumpuan setiap hari Ahad pada waktu pagi dan petang apabila ramai pasangan yang masuk ke kawasan lima blok bangunan tinggal berkenaan.

"Perasaan ingin tahu itu membuatkan saya sendirian ke lokasi dan sangat mengejutkan apabila menemui banyak kondom dan tisu bersepah di dalam beberapa bilik bangunan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Razali berkata, dia tidak menyangka bangunan terbiar yang terkenal sebagai lokasi panas yang menyeramkan itu boleh dijadikan 'port' tidak bermoral golongan muda.

Menurutnya, ia dibimbangkan boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini sekiranya terus dibiarkan tanpa pemantauan daripada pihak bertanggungjawab.

"Saya nampak pasangan keluar masuk pada waktu siang sahaja, mungkin mereka takut nak datang pada waktu malam memandangkan kawasan ini terkenal sebagai lokasi 'keras'.

"Saya mohon pihak bertanggungjawab dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi perkara ini daripada dibiarkan berterusan kerana banyak juga botol minuman keras ditemui," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan menghubungi pihak bertanggungjawab dalam masa terdekat untuk mencari jalan penyelesaian.

"Kita akan mencari jalan penyelesaian bersama sama ada mengambil tindakan memasang pagar semula seperti dahulu atau meletak pengawal keselamatan.

"Tindakan ini boleh mengawal pasangan remaja menceroboh ke kawasan itu agar tidak berterusan dijadikan 'port maksiat'," katanya.

Pemimpin wanita DAP cabar ulama PAS berdebat

Posted: 20 Dec 2014 05:01 PM PST

GEORGETOWN - Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid hari ini mengajak pemimpin dari Majlis Syura Ulama PAS berdebat dengannya ekoran ketegasan parti Islam itu untuk melaksanakan Hudud.

Menurut Syerlena, debat bersama PAS akan menggariskan sebab mengapa membanteras rasuah lebih penting dari ingin melaksanakan hudud.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia beragama Islam, saya sesungguhnya percaya keutamaan kita seharusnya diletakkan kepada usaha membanteras rasuah dalam negara, lagipun rasuah merupakan akar segala kejahatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

"Oleh yang demikian, saya ingin melontarkan cabaran ini kembali kepada Zaharudin, biar sahaja kita berdua berdebat tentang hal ini.

"Kita sewajarnya berbincang tentang hal ini berasaskan fakta dan bukan emosi mentah mahupun sebarang bentuk ancaman, supaya seluruh Malaysia dapat memahami betapa seriusnya isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera itu menyifatkan cabaran dialog mengenai hudud yang dibuat Zaharudin terhadap Lim itu "sesuatu yang agak pelik."

"Nampaknya Zaharudin, yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai hudud," katanya.

Syerleena berkata, pendirian DAP mengenai hudud dan pelaksanaannya, seperti yang disebut penasihat parti Lim Kit Siang, sama dengan pendirian tiga Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

"Undang-undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas sebuah negara sekular, dengan Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan dan kebebasan beragama yang dijamin buat agama-agama lain."

Katanya, Zaharudin harus faham yang garis pemisah di antara negara sekular dan negara Islam di Malaysia ini seringkali diabaikan, akibatnya, kebanyakan rakyat terlupa yang Perlembagaan Persekutuan itu bersifat sekular.

"Sekular tidak bermakna DAP menentang Islam, atau apa jua agama lain. Maksud sekular ialah supaya kita dapat bertoleransi, bermesra dan menghormati semua agama. Kami percaya semua orang dilihat sama di mata undang-undang," katanya.

Syerleena mendakwa, PAS sekali lagi menunjukkan sisinya yang sebenar melalui berahinya melaksanakan hudud, walaupun jika ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan.

"Tidak kisahlah kalau Malaysia ini negara yang berbilang kaum dan berbilang budaya di mana undang-undang sedia ada dirangka para leluhur melindungi setiap seorang warganegara dengan pengadilan moral yang sebaiknya secara adil.

"Tidak kisahlah jika ini akan dengan sendirinya menjahanamkan apa yang diusahakan Pakatan Rakyat – tepikan perbezaan dan bersatu sebagai sebuah perikatan politik demi perubahan yang sangat diperlukan di negara ini.

"Tidak kisah jugalah jika hal ini akan merosakkan semangat pengundi, terutamanya saudara senegara yang bukan beragama Islam yang setulus hati mempercayai slogan 'PAS-4-All'."

Katanya, DAP ialah parti yang percaya dengan usaha mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan gender, usaha mendaulatkan kesaksamaan dan solidariti dan kepentingan mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum dengan sesama warga Malaysia dari setiap lapisan.

"Mungkin Zaharudin patut bertanya dirinya, adakah beliau menentang demokrasi, kebebasan, keadilan sosial, hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan peluang saksama?" soalnya.



-Rakyatnews

Miss World buang bikini

Posted: 20 Dec 2014 04:01 PM PST

London: Penganjur pertandingan ratu cantik Miss World mengumumkan peragaan pakaian mandi akan dibuang daripada acara itu tahun depan.

Dalam temu bual dengan majalah Elle, pengerusinya Julia Morley berkata: "Saya rasa tidak perlulah kita menayangkan wanita berjalan ke sana ke mari dengan hanya memakai bikini. Ia tidak membawa sebarang manfaat untuk peserta terbabit apatah lagi bagi kita yang menontonnya.

"Saya tidak peduli langsung saiz punggung mereka. Bukan itu yang kami cari bagi calon pemenang. Yang kami mahu lihat ialah kepintaran mereka," katanya.

Pertandingan Miss World yang pertama kali diasaskan mendiang suami Julia, Eric, bermula sebagai pertandingan khas untuk pakaian mandi dan dikenali sebagai Bikini Contest Festival.

Namun Julia yang kini berusia 70-an sekarang menganggap acara pakaian mandi sudah lapuk. Disebabkan itu, acara berkenaan tidak disiarkan di televisyen sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebaliknya diadili panel hakim secara tertutup.

"Kami tidak mahu gadis-gadis ini hanya dipandang kerana tubuh badan mereka," katanya.

Menurutnya, wawasannya adalah untuk memberi kelainan berbanding pertandingan ratu cantik lain kerana lebih mementingkan kebijaksanaan serta personaliti pesertanya berbanding sekadar kecantikan luaran.

Satu kelainan diperkenalkan adalah elemen khidmat masyarakat dikenali sebagai Beauty with a Purpose yang mewajibkan peserta melakukan projek kebajikan penting serta relevan di negara peserta.

Pemenang tahun ini, Rolene Strauss, 22, dari Afrika Selatan yang dinobatkan wanita paling cantik dunia hujung minggu lalu sememangnya membuktikan arah baru pertandingan berkenaan.

Pelajar perubatan itu amat meminati sains malah ibu bapanya masing-masing jururawat serta doktor. Dalam rakaman prapertandingan, Rolene berkata impiannya sejak kecil adalah untuk menjadi Miss South Africa, Miss World dan mempelajari perubatan. - Agensi

Apa Yang Tersirat

Posted: 21 Dec 2014 01:42 PM PST

Apa Yang Tersirat


MAHU BERKUASA: Betul Kah Melayu Terpaksa Mengemis

Posted: 21 Dec 2014 06:15 AM PST

KERAKUSAN kuasa adalah punca timbulnya pengemis politik. Pengalaman menuntut kemerdekaan, bangsa tidak menjadi pengemis. Bangsa melayu memperlihatkan kekuatan melalui kesatuan, maka pihak penjajah longgar hati untuk meneruskan penjajahan.

Demikian juga semasa mahu merebut pemerintahan, semua bersatu dengan satu visi menang dalam pilihanraya. Selepas menang, timbullah kerakusan. Pemimpin yang dahulu sepasukan, dianggap pesiang, dan harus disingkirkan, perlu dicantas.

Sabah mengalami dahulu, bagaimana cantas mencantas, bagaimana saling menjatuhkan. Akibatnya sejak tahun 1963, Sabah kerap mengubah kerajaan. Akibat perubahan itu, maka Sabah jatuh miskin.

Kini Malaya pula merasakan, bahawa akibat daripada kerakusan berkuasa, maka orang melayu yang dahulu sebagai master, kini terpaksa mengemis untuk berkuasa. Umno perlu mengemis, Pas perlu mengemis dan kini PKR perlu menjual bangsa, agama dan adat istiadat, terpaksa menerima budaya bukan norma untuk dapat kuasa.

Tun Dr Mahathir baru melihatnya sekarang. Dahulu, keadaan itu belum dirasakan, walaupun beliau tahu bahawa melayu sudah berpecah. 

Pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, dikhayalkan dengan sokongan bukan melayu. Malah beliau mendabik dada pada tahun 1999, meskipun Anwar menentang habis-habisan, namun Bn tetap mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat, atas sebab sokongan kaum lain.

Tahun 2004, Abdullah Badawi merasa megah dan angkuh kerana BN menang piliharaya dengan majoriti yang besar di Dewan Rakyat; malah belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri.


Tun Dr Mahathir mula dipulau, projek yang diluluskan semasa Perdana Menteri ke-4 itu seperti Jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura dibatalkan, Transkereta api yang menghubungkan asia dibatalkan.

Abdullah memulakan perpercahaan di zaman moden Umno berkuasa. Tun Dr Mahathir pantang dicabar, tidak kisah - kalah atau menang jadi abu. Benar juga, pada PRU-12, BN hampir kehilangan kuasa. BN hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Abdullah dipersalahkan, dan beliau terpaksa letak jawatan pada 2 April 2009. Najib mengangkat sumpah perdana menteri ke-6. Pada awalnya, Najib mendapat rating yang tinggi menurut beberapa kajian, walaupun rekod beliau semasa TPM, tiada sebarang PRK yang beliau ketuai pernah menang.

Najib secara diam-diam meminta bantuan pemikir luar, terlahirlah macam-macam slogan antaranya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Selain itu lahirlah 1MDB-pengumul harta bagi negara, melalui pemberian tanah-tanah berharga di bandar-bandar, kemudian tanah-tanah itu dijadikan jaminan bagi meminjam duit daripada consortium bank, kini pinjaman berjumlah RM40bilion. Pinjaman itu tidak termasuk dalam pinjaman negara yang mencecah RM700bilion.

Najib memperkenalkan bayaran one-off kepada kumpulan sasar melalui penjimatan subsidi minyak yang berjumlah RM4.6 bilion, sehingga tahun 2015 sejumlah RM18.4bilion diagihkan kepada kumpulan sasar, yakni Ketua Keluarga yang berpendapatan RM 4,000 ke bawah.

Tawaran kewangan kepada rakyat melalui BR1M tidak menggamit sokongan rakyat. Pada PRU-13, Bn kehilangan sokongan popular.

Gabungan berbagai parti yang ditunjangi Umno itu hanya mendapat 47 peratus yang diterjemahkan kepada 133 Kerusi Parlimen.

Sistem demokrasi negara berasaskan jumlah kerusi, yakni parti mana yang mencapai 112 kerusi lebih dahulu daripada 222 adalah pemenang pilihanraya.

Demokrasi Malaysia sama dengan demokrasi di Amerika, United Kingdom, Australia dan negara-negara Commonwealth lain.

Trend masa kini dengan berpaksikan kepada dua PRU lalu, nampaknya melayu mulai tergugat. Kelangsungan kuasa melayu di Semenanjung sangat tergantung kepada bumiputera Sabah dan Sarawak.

Atas sebab itu, pembangkang melihat, hanya melalui perbalahan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, maka mereka akan dapat menduduki Putrajaya.

Melayu penyokong Pas dan PKR di Semenanjung, menganggap melayu yang menyokong Umno adalah musuh utama. Mereka hanya menidakkan melayu Umno. Demikian juga Melayu Umno mahu menidakkan melayu Pas dan PKR.

Penyakit itu menular di Sabah dan Sarawak. Sesama kaum bumiputera saling menidakkan satu sama lain. Yang pada akhirnya, melayu, bumiputera akan menjadi pengemis.


Lihat bagaimana keadaan di Selangor, sesama melayu saling bercakaran meskipun memerintah, akhirnya DAP yang menjadi anak bulan.

waadat

Posted: 21 Dec 2014 01:20 PM PST

waadat


10 minit terakhir

Posted: 20 Dec 2014 07:25 PM PST

Demang jarang menonton bolasepak kecuali perlawanan penting seperti semalam.

Sebagaimana yang semua maklum pasukan Malaysia tewas di tangan Thailand sekali lagi.

Ramai yang berpendapat kita sepatutnya menang. Kata anakanda Demang, Thailand mempunyai rekod cemerlang pada 10 minit terakhir dalam banyak perlawanan.

Apa pentingnya 10 minit berbanding 90 minit masa yang diperuntukkan? Jika ada yang beranggapan bahawa Thailand sengaja menunggu 10 minit terakhir untuk bertindak Demang rasa idea itu mungkin silap.

Apa yang berlaku ialah Thailand telah mencuba sedaya upaya sejak awal namun Malaysia lebih pantas mendapatkan jaringan gol.

Malangnya pemain Malaysia gagal memahami hakikat perlawanan. Dalam perlawanan bola sepak kemenangan ditentukan melalui jaringan gol dalam masa yang ditentukan.

Dengan kata lain jika jaringan dibuat selepas tempoh masa tersebut maka ia tidak lagi dikira.

Kenapa pemain Malaysia gagal menggunakan kesempatan sebagai pendahulu jaringan? Bukan lama pun, cuma 10 minit.

Demang rasa kemahiran bermain mana- mana pasukan sama sahaja. Yang akan menentukan kemenangan ialah kemampuan untuk menguasai permainan. Pandai bermain dengan pandai menguasai permainan itu berbeza.

Menguasai permainan ertinya kita mampu mencorakkan permainan. Kita menguasai seluruh permainan dan membawa pihak lawan bermain dalam rentak kita.

Apabila kita sudah mendahului jaringan maka fokus kita hendaklah beralih pada faktor masa perlawanan pula.

Demang sedar pertahanan terbaik ialah dengan menyerang namun dengan memperbanyakkan serangan akan menjadikan perlawanan semakin rancak dan menaikkan semangat pihak lawan.

Kenapa pasukan Malaysia tidak cuba menjadikan baki masa yang ada itu suatu tempoh yang membosankan? Biarkan pemain lawan geram dan meradang. Dengan itu mereka akan buat lebih banyak kesilapan.

Demang rasa ramai yang tahu strategi ini. Taktik lama, kata orang. Apa hinanya taktik lama kalau ia berkesan? Ini bukan perlawanan pertunjukan. Ini pertandingan menang-kalah.

Pertanyaan Demang ialah, jika taktik memufliskan semangat pemain lawan itu bagus, kenapa tidak diberi tumpuan semasa latihan?

Cucu Tok Selampit

Posted: 21 Dec 2014 01:16 PM PST

Cucu Tok Selampit


Hamleys Malaysia Pohon Maaf - Takut Juga Hamley Dengan Castello

Posted: 20 Dec 2014 10:10 PM PST


Hamleys Malaysia akhirnya akur dengan luahan hati seorang bapa yang kebetulan seorang pelakon terkenal, Dato Rosyam Nor. Hamleys Malaysia telah mengeluarkan permintaan maaf terbuka kepada aktor Dato Rosyam Nor kerana dikatakan syarikat berkenaan bertindak rasis terhadap orang yang memakai tudung untuk memohon pekerjaaan di syarikat tersebut.

Dato Rosyam Nor yang terkenal dengan watak antagonis Castello, beberapa hari lepas melahirkan kekecewaan di media sosial Twitter beliau, apabila salah satu outlet Hamleys Malaysia di pusat membeli belah One Utama, meletakkan syarat supaya anak beliau yang sedang mencari pekerjaaan sementara menunggu keputusan SPM perlu membuka tudung untuk bekerja di situ.

Hamleys Malaysia dalam kenyataan mereka berkata di laman sosial Facebook menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah meletakkan syarat berkenaan dan tindakan tersebut disebabkan oleh salah seorang kakitangan outlet berkenaan yang tersilap memberi informasi. Syarikat berkenaan dikatakan telah mengambil tindakan diaiplin kepada kakitangan berkenaan.



Adalah diharapkan kenyataan Hamleys Malaysia dapat meredakan kemarahan masyarakat Islam dan syarikat berkenaan benar-benar ikhlas dengan kenyataan berkenaan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian yang menimpa anak Dato Rosyam kali pertama berlaku di syarikat berkenaan. Sebabnya, salah seorang pengikut (follower) Twitter Dato Rosyam menulis seperti di bawah:

Respon SPAD Kepada Isu di Bangkit PERS1M Kepada SPRM

Posted: 19 Dec 2014 06:47 PM PST

Semalam, Persatuan Transformasi Teksi 1 Malaysia (PERS1M) melalui wakil mereka telah membangkitkan beberapa isu ketidakpuasan hati para ahli mereka yang terdiri dari pemandu teksi yang mahukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Antara isu yang di kemukakan oleh PERS1M adalah berkenaan hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi akibat daripada pemandu teksi berkenaan tiada kad pemandu yang sah. Terdapat juga isu lain yang dibangkitan iaitu berkenaan perkhidmatan teksi UBER. UBER adalah langganan teksi melalui applikasi  telefon pintar atau 'smartphone' yang menjadi pesaing kepada pemandu teksi biasa.

Bagi isu berkenaan hukuman penjara yang dikatakan zalim oleh persatuan, SPAD menjelaskan bahawa segala prosedur dari memberi amaran, memberi kompaun semuanya telahpun diambil oleh Pegawai SPAD, sebelum tindakan mendakwa dilakukan di mahkamah.

Bagi isu berkenaan UBER, langkah wajar dan sepatutnya telahpun diambil oleh SPAD seperti tindakan bagi perkhidmatan tanpa permit di bawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Isu UBER ini agak sukar juga untuk memantaunya melainkan terdapat laporan dan juga maklumat dimaklumkan kepada pihak SPAD. 

Berikut adalah siaran media yang dikeluarkan oleh pihak SPAD terhadap isu yang dibangkitkan oleh PERS1M: 
PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014
KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014.
Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER.
SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan.
Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya, dengan jumlah yang paling minima iaitu RM 500.00. Setelah diberikan peringatan dan amaran yang sewajar, mereka didapati masih enggan membayar kompaun-kompaun tersebut.
Tempoh purata yang diberikan bagi menjelaskan kompaun, di dalam kes empat pemandu tersebut adalah antara 454 hingga 653 hari. Disebabkan kelewatan menjelaskan kompaun, dan atas prosedur yang seterusnya kes-kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan sejurus itu mereka telah didakwa di Mahkamah.
Dua (2) daripada pemandu teksi tersebut dikenakan denda dan penjara selama sehari. Dua (2) lagi pemandu diarah membayar denda atau masing-masing dikenakan hukuman penjara selama dua (2) dan tiga (3) bulan. Mereka memilih untuk membayar denda yang dikenakan di bawah bidangkuasa Mahkamah.
Adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya telah bertindak zalim kerana masa dan peluang yang secukupnya telah diberikan kepada pemandu-pemandu terbabit untuk mematuhi undang-undang. Hukuman dan denda yang dikenakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kebijaksanaan Mahkamah.
Operasi dan tindakan berterusan dilakukan bagi melindungi imej pemandu teksi yang berhemah dan mematuhi undang-undang. SPAD mahu memperbaiki reputasi industri teksi negara yang telah tergugat akibat tindakan segelintir pemandu teksi; ibaratkan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.'
Suruhanjaya mengalu-alukan sokongan semua pemandu teksi untuk bekerjasama di dalam menaikkan mutu perkhidmatan dan martabat industri teksi negara. Berkaitan dengan isu Uber yang dibangkitkan pula, SPAD dan JPJ membuat tindakan berterusan di bawah kesalahan perkhidmatan tanpa permit di bawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan, 1987 dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Pada September 2014, SPAD telah mengenalpasti lapan (8) syarikat yang menggunakan aplikasi UBER dengan pembabitan sejumlah 50 buah kenderaan, di mana 20 buah daripadanya tidak mempunyai permit yang sesuai. Disebabkan UBER adalah aplikasi baru di Malaysia, SPAD merasakan perlu dibuat penerangan kepada syarikat terbabit mengenai keperluan undang-undang dan syarat-syarat pengendali.
Suruhanjaya telah memberikan peringatan agar pemandu berlesen PSV, insurans dan kenderaan berdaftar yang sesuai sahaja boleh digunakan oleh UBER. Pada Oktober 2014, SPAD telah meneruskan operasi terhadap kenderaan UBER. Sehingga kini 13 kesalahan membabitkan Uber telah disiasat dan diambil tindakan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Ini melibatkan enam (6) kes gagal kemukakan Lesen Pengendali, enam (6) kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit. Di dalam siasatan terdapat beberapa lagi kenderaan yang dikesan beroperasi tanpa permit. Operasi juga tidak terhad di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja.
Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi UBER itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi. SPAD tidak akan berkompromi apabila melakukan tindakan ke atas kenderaan yang menggunakan UBER yang tidak mematuhi undang-undang dan syarat-syarat dan terma pelesenan pengendali.

SPAD Teruskan Skim Insurans Murid Sekolah 2015 Untuk Faedah Rakyat

Posted: 19 Dec 2014 07:08 AM PST


Di dalam Bajet 2013, Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah & Sarawak. 

Perlindungan maksimum sebanyak RM100,000 dengan kos premium sebanyak RM40 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan untuk tempoh dua (2) tahun.  Skim ini akan dikendali dan diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.  Takaful Malaysia telah dilantik melalui proses tender terbuka dimana semua syarikat insurans yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibenarkan mengambil bahagian.

Skim Insurans Pelajar Sekolah SPAD memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah seperti:

Kematian akibat kemalangan - RM100,000
Hilang keupayaan kekal - Sehingga RM100,000
Bayaran perubatan - RM3,000 maksimum (mengikut bil perubatan)
Manfaat hospital - RM100/sehari sehingga maksimum 30 hari
Khairat kematian - RM2,500

Ibu bapa digalakkan menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dan pada masa yang sama untuk melumpuhkan perkhidmatan bas sekolah haram di samping memastikan kebajikan pelajar terjamin sekiranya mereka menghadapi keadaan yang tidak diduga.  SPAD di dalam sidang medianya hari ini telah mengumumkan akan melanjutkan perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah untuk terus dinikmati buat tahun 2015. Berikut adalah kenyataan media penuh yang dikeluarkan oleh pihak SPAD:


FELDA Pelbagaikan Pengurusan Aset Dengan Pembelian Hotel Kedua Di London

Posted: 17 Dec 2014 07:00 AM PST


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli sebuah hotel kedua di ibu negara British untuk sejumlah £60 juta (RM329.54 juta) dalam usaha untuk mempelbagaikan aset pelaburannya. The Grand Plaza Kensington Hotel merupakan hotel empat bintang, dibeli melalui anak syarikat Felda iaitu 'Felda Investment Corporation' (FIC). Hotel berkenaan terletak di Lexham Gardens di daerah eksklusif Kensington, dimana merupakan tempat tumpuan pelancong.

"Nilai hartanah di United Kingdom sentiasa meningkat dan anda tidak akan kehilangan apabila anda melabur dalam hartanah," kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas pelancaran hotel berkenaan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai Felda dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK & Eire, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Hotel ini yang sebelum ini dikenali sebagai Park City Hotel, adalah merupakan hotel FELDA yang ke 12 dan yang pertama oleh FIC. TS Mohd Isa berkata kesan pengambilalihan Felda Grand Plaza Hotel di Bayswater bernilai £98 juta pada tahun lepas, harga pasaran hotel itu kini telah meningkat kepada nilai £130 juta. Beliau menambah, oleh kerana FIC membeli hotel ini (Grand Plaza Kensington) awal bulan ini, harganya telah meningkat daripada £4 juta kepada £5 juta. Beliau menjangkakan peratus pulangan enam peratus pada pelaburan setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil yakin pelaburan dalam sektor hospitaliti akan menghasilkan pulangan yang mampan, terutamanya melihat kepada peningkatan pelancong asing ke UK pada tahap paling tinggi iaitu 32.8 juta pelancong pada tahun lepas. The Grand Plaza Kensington Hotel terletak berhampiran Kensington High Street dan Knightsbridge, yang merupakan pusat membeli-belah yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Hotel ini mempunyai 62 bilik tetamu dan dua unit pangsapuri khidmat tiga bilik. Hotel ini turut dijangka mempunyai 'dapur Malaysia'.

Perancangan strategik FELDA dalam mempelbagaikan aset pelaburannya bukan sahaja sekadar melengkapkan rangkaian hotel FELDA di London, malah FELDA juga sebelum ini telah pun bergiat aktif dan berjaya mengambilalih syarikat pembangunan hartanah, Encorp Berhad. Adalah menjadi hasrat FELDA untuk perluaskan perniagaan mereka dengan kepelbagaian sektor terutamanya dalam pembangunan hartanah dan pembinaan dan seterusnya di antara organisasi yang mencebur dalam sektor hospitaliti dan perhotelan.