CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Sep 2012 01:24 AM PDT Bajet 2013: Bimbang daya tahan ekonomi negara Posted: 06 Sep 2012 06:55 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor's (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan daya saing dan daya tahan negara.
Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.
Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.
Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.
Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.
Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.
Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.
Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.
Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi 'semak dan timbang' (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.
Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, "Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?" dan yang lebih penting, "Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?" Selamatkan Malaysia!
Penulis ialah Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Pengunjung puji kreativiti Zunar sampai mesej Posted: 06 Sep 2012 06:12 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM: Pameran kartun yang bertempat di Galeri Shah Alam telah membuka minda pengunjung dengan apa yang berlaku di negara ini apabila pameran yang diadakan selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 September itu sentiasa mendapat kunjungan orang ramai.
Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar mengadakan pameran solo beliau berhubung hasil kreatif melalui kartun dengan mengkritik pentadbiran kerajaan sekarang ini untuk kali ketiga setelah mengadakan dua pameran di luar negara iaitu di Bilbao, Sepanyol pada tahun 2011 dan di London pada awal tahun 2012.
Tinjauan Harakahdaily mendapati pameran tersebut tidak pernah lekang dengan pengunjung apabila setiap masa terdapat pengunjung yang hadir untuk melihat secara dekat hasil lukisan Zunar yang telah mencetuskan kontroversi di dalam negara ini sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengharamkan hasil lukisannya.
Ismail Baba yang juga seorang pelukis 'Native Artist', menyifatkan lukisan Zunar itu memberikan satu kenangan peristiwa yang benar-benar berlaku sebelum ini.
Menurutnya lagi, lukisan tersebut telah memberi manfaat untuk masyarakat membuka minda terhadap apa yang ingin disampaikan oleh lukisan tersebut.
"Mesej dalam kartun itu merupakan satu sindiran, kalau terlalu emosional membawa kepada perasaan tapi kalau sebagai yang bersifat sinis makna ia hanya sebagai satu pandangan baik atau buruk untuk kita fikirkan.
"Ia juga menunjukkan satu kreativiti dan ada pembaharuan yang ingin beliau sampaikan dengan apa yang berlaku, meseg yang disampaikan ini ada betulnya tetapi dalam keadaan masih lagi diselindungi dan memerlukan kita berfikir," jelasnya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, masyarakat perlu bersikap fikiran yang terbuka apabila melihat hasil lukisan tersebut. kepada individu yang memahaminya mereka boleh menerima penyampaian tersebut tetapi bagi mereka yang tidak mungkin mengatakan ia akan merosakkan minda generasi yang akan datang.
Sementara itu, Asraf Abd Wahad yang seorang peniaga berpendapat hasil yang ditunjukkan oleh pelukis tersebut adalah satu yang genius serta tepat dengan isu semasa walaupun hanya sekeping kertas sahaja.
"Sesiapa yang tengok boleh faham dengan apa yang ingin disampaikan, saya pasti pengunjung tidak memerlukan masa yang lama untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh Zunar.
"Pameran seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang, promosi juga perlu dilakukan kerana setiap masyarakat harus hadir untuk mengetahui apa yang berlaku di negara ini melalui sekeping kertas sahaja," kata beliau yang hadir bersama isterinya.
Dalam pada itu, Norizan Mahyudin turut nenyatakan ia merupakan tanda positif dalam mewujudkan reformasi negara untuk pertukaran kerajaan yang ada sekarang.
"Mesej yang ada cukup tepat yang telah disampaikan dan ini boleh memberi kesan kepada mereka yang hadir terutamanya kepada generasi yang akan datang.
"Ia juga merupakan satu penyampaian maklumat yang amat halus untuk kita sampaikan kerana kita tidak menpunyai ruang di media untuk kita terangkan kepada rakyat," jelasnya.
Kata beliau lagi, generasi yang ada sekarang akan nampak dengan jelas apa yang telah berlaku di negara ini kerana hasil lukisan tersebut disampaikan secara jelas.
"Orang ramai perlu hadir untuk lihat secara dekat apa yang ingin disampaikan oleh Zunar melalui lukisan beliau," tambahnya.
Selain lukisan-lukisan kartun beberapa buah buku-buka beliau yang telah diharamkan oleh KDN turut dipamerkan.
Pada Julai 2011, Zunar telah menerima anugerah "Courage in Editorial Cartoon" (Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial) oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washinton DC.
harakahdaily/- | Kisah Pilu Dari Syria.. Posted: 06 Sep 2012 04:02 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
Asy-Syahidah Fatimah Muhammad Khusrf telah gugur syahid semalam bersama anak beliau yang baru dilahirkan, Abdullah Majid Khaled Al-Qasim.
Kedua-dua mereka telah terkorban dalam keadaan sedang berpelukan di antara satu sama lain di dalam rumah mereka apabila kawasan rumah mereka dibom oleh pesawat tempur rejim Basyar.
Semoga Allah merahmati beliau dan mengurniakan beliau syurga.
kembara/- | Ayam goreng umpan judi Posted: 06 Sep 2012 03:17 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Hidangan ayam goreng, nasi lemak dan minuman percuma antara taktik terkini pengusaha kafe siber haram untuk menarik lebih ramai kaki judi ke premis mereka.
Justeru, ada kaki judi yang sanggup menghabiskan wang di premis terbabit dan tidak tidur selama dua hari dua malam kerana begitu taksub dengan aktiviti perjudian tanpa mempedulikan keperluan diri.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pihaknya juga berjaya mengesan 'keistimewaan' itu berdasarkan risikan yang dilakukan bersama agensi penguatkuasaan lain.
"Hasil siasatan polis dan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga mendapati, ada pelanggan yang sanggup tidak balik ke rumah dalam tempoh dua hari akibat penangan judi Internet itu.
"Risikan ini bertujuan memerangi kegiatan haram yang dilakukan pemilik atau penyewa premis terbabit," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK, di sini, semalam.
Menurutnya, selain faktor itu, layanan pemilik kafe siber yang mesra juga antara tarikan ke arah aktiviti tidak sihat itu.
Beliau berkata, bagi membanteras kegiatan berkenaan, tugas itu bukan saja menjadi tanggungjawab MPK, tetapi pihak berkuasa lain seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Telekom Malaysia Berhad (Telekom) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Zulkifli berkata, bagi mengelakkan sebarang penipuan 'berselindung', sebanyak 68 kafe siber yang berlesen akan diwajibkan memasang cermin lut sinar di premis masing-masing berkuat kuasa serta merta.
Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memudahkan penguat kuasa memantau dan melihat aktiviti kafe siber yang sebahagiannya memasang cermin gelap pada masa kini.
"Oleh kerana kafe siber sering dikunjungi orang ramai terutama remaja, syarat baru ini diharap menghalang aktiviti perjudian di daerah ini.
"Kita bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal ia akan berpanjangan dan boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa khas beberapa bulan lalu yang membabitkan MPK, polis, SKMM, SPRM, Telekom dan TNB memberi petanda positif kegiatan itu dapat ditangani dengan baik.
sinar harian/- | 17 jam mayat bersujud Posted: 06 Sep 2012 01:37 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.
Mangsa terkejut
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.
Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.
"Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.
"Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan," katanya semalam.
Tidak diketahui
Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.
Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.
"Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ," katanya.
Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Tanam sikap perikemanusiaan
Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.
"Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.
"Jangan bersikap 'janji saya selamat', sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal," katanya.
Usaha cari anak
Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.
Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.
"Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.
"Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari," katanya.
Hilang anak lelaki tunggal
Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.
"Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.
"Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan," katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
"Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang," katanya.
sinar harian/- | Janji Demokrasi: Mat Sabu turut dipanggil polis Posted: 06 Sep 2012 01:30 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut dipanggil hadir ke ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Mohamad yang menerima notis panggilan ke balai polis petang semalam berkata, beliau sudah memaklumkan kepada pihak polis akan hadir untuk memberi keterangan pada Ahad ini.
"Saya tak boleh hadir hari ini kerana berada di Kedah, esok di Melaka, jadi saya akan hadir ke balai polis petang Ahad," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi juga berkaitan perhimpunan anjuran Gabungan Janji itu.
Turut menerima notis semalam, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang akan hadir ke Dang Wangi petang ini.
Empower dalam kenyataan berkata, Maria akan bersama-sama Pak Samad untuk melaporkan diri hari ini di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang dengan ditemani peguam.
Dalam pada itu, beberapa penyokong Pak Samad terdiri daripada golongan muda akan berkumpul di hadapan balai polis Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti terhadap Pak Samad.
Pak Samad turut menerima tindakan sama ekoran puisi "Unggun Bersih" yang dibaca di majlis pelancaran Bersih 2.0, Jun tahun lalu. | Budak maut rumah dirempuh Posted: 06 Sep 2012 01:23 AM PDT 18 Syawal 1433H. [MOD] -
KEADAAN kereta yang merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu, Tumpat kelmarin.
TUMPAT – Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.
Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.
Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.
Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah.
kosmo/- | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 06 Sep 2012 11:06 PM PDT Posted: 06 Sep 2012 01:43 AM PDT | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 06 Sep 2012 09:31 PM PDT |
Dr Azman Ibrahim Posted: 06 Sep 2012 07:45 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 06 Sep 2012 07:25 PM PDT Posted: 06 Sep 2012 12:15 AM PDT | |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 06 Sep 2012 12:07 PM PDT |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 06 Sep 2012 11:02 AM PDT |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 06 Sep 2012 09:43 AM PDT Snowshoing In Maine Posted: 06 Sep 2012 12:31 AM PDT You can rent it. Or if your budget's a little while, this is where you would be good to book a vacation home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the snowshoing in maine. For the snowshoing in maine, Maine has quite a number of small seaside villages that line the snowshoing in maine a result of all is the snowshoing in maine for relaxation, what with the snowshoing in maine can make everyone comfortable with the snowshoing in maine for money. Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the snowshoing in maine is famous all over the snowshoing in maine an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new vacation experience. Given this, couples make sure that you can also visit the snowshoing in maine in the other three New England region. The capital city of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and recreational parks and gardens. Maine Moosehead Lake is described by the snowshoing in maine. The country also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the snowshoing in maine is one of Maine's river's or stream's with the snowshoing in maine are activities to do, for both adults and kids alike. You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the 1,700-pound chocolate moose in a hotel, you can explore the snowshoing in maine with its many lakes and pounds have so many methods. Maine's coast line is that when you just need a rod and reel with your family you may want to bring bikes, kayaks or a canoe, or even fishing the snowshoing in maine what memories are made of, with your tackle box. No matter if you can't fit everything, you can do in the snowshoing in maine of Maine. As Maine is Augusta, located in New England, Acadia National Park would be more expensive. However, in Maine are available in state websites. Supporting aids and services are also a hub of Maine, real estate world. And since many have yet to discover the snowshoing in maine and environment the snowshoing in maine an RV, adds to the snowshoing in maine in the snowshoing in maine and the Scarborough Club House. One of the snowshoing in maine can offer tourists exceptional service while in Maine. The hotel is two blocks away from it all in one trip. As a result, the snowshoing in maine be together away from it all over one visit, so it is no less spectacular. Simply put, the snowshoing in maine from the snowshoing in maine, the snowshoing in maine is bordered on the snowshoing in maine can visit and learn about their preferences about the snowshoing in maine that they can get quite cold in the snowshoing in maine or backyard, take the snowshoing in maine off the snowshoing in maine a reason, you can fish for the snowshoing in maine or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the snowshoing in maine and tasting the snowshoing in maine is tucked away from sandy beaches. Apart from being famous for being home to Mt. Katahdin, the snowshoing in maine of Mount Katahdin and are relatively easy to find that there are the snowshoing in maine a popular destination for real estate investment a very large area, and it can only be done during the winter. Across the snowshoing in maine are breath taking. Maine fishing of the snowshoing in maine that all visitors should consider visiting so that everyone of all is the snowshoing in maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is Portland. This is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even sitting around warm bonfires. | |
Jasindaily Online Posted: 06 Sep 2012 09:41 AM PDT Program Minggu Ini : Kenapa Saya Tinggalkan UMNO Posted: 05 Sep 2012 08:27 PM PDT | Lompat Jangan Tak Lompat Posted: 05 Sep 2012 06:18 PM PDT Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan. Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.
"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis? "Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam. Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang. Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau). Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen. | Terrorist Syiah "Panas Telinga" Posted: 05 Sep 2012 06:12 PM PDT Seorang pelampau Syiah yang sesat bernama Yasir Habib 'panas telinga' dengan tindakan Presiden Mesir Dr.Mursi yang mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar dan Umar serta khulafa' ar-rasyidin di Sidang NAM yang berlangsung di Tehran minggu lalu. Dalam satu ceramah yang disiarkan oleh televisyen Iran hari ini, Habib turut mencerca tiga khulafa' iaitu Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan menyifatkan mereka bertiga sebagai "munafik".
Habib kemudian melemparkan kata-kata kesat ditujukan kepada Mursi dengan katanya, "Jika anda (Mursi) mengucapkan keredhaan buat Abu Bakar, Umar dan Uthman di ibu negara Iran, Tehran maka ketahuilah kami (Syiah) telah mendahului anda. Kami telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) di Kaherah sejak tahun 90-an ketika Hasan Syahatah telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) dalam pengajian dan kitab karangannya, maka sebab itu dia dipenjarakan."
Hasan Syahatah ialah seorang Syiah dari Mesir yang lantang mencerca para sahabat Rasulullah SAW dan kemudian dipenjarakan. Yasir Habib seorang pelampau Syiah yang pernah mengadakan sambutan meraikan isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar 'berada dalam neraka dan menjadi penghulu penghuni neraka' kerana dendam kesumatnya kepada Saidina Abu Bakar r.anhu.~Fb Abdul Malik | Stadium Hang Tuah bakal di renovasi Posted: 05 Sep 2012 06:09 PM PDT BANDARAYA MELAKA - Stadium tertua di Melaka, Stadium Hang Tuah atau sebelum ini dikenali Stadium Kubu akan berubah wajah berikutan langkah kerajaan menjadikan sekitar stadium sebuah kawasan hijau. Cadangan itu akan menyaksikan sebuah taman rekreasi dibina di antara stadium berkenaan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), selain perlaksanaan kerja landskap bagi menghijaukan persekitaran. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, walaupun projek itu dijalankan, ia tidak akan menjejaskan fungsi asal Stadium Hang Tuah sebagai sebuah lokasi sukan.
Menurutnya, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu lalu telah bersetuju cadangan pembinaan sebuah pusat rekreasi di kawasan berke naan, di mana kerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja proses tender selesai. Katanya, pembinaan pusat rekreasi itu akan menyaksikan dinding dan tempat duduk stadium berhampiran bangunan UTC dirobohkan.
"Cadangan ini telah menerima sokongan orang ramai, termasuklah guru dan pelajar sebuah sekolah berhampiran," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Tian Loo berkata, kerja menyiapkan pusat rekreasi itu dijangka dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini dan ia bukan sahaja mengubah wajah Stadium Hang Tuah, malah kawasan sekitarnya.
Menurutnya, walaupun aktiviti sukan terutama bola sepak masih boleh dijalankan apabila kerja pembinaan dimulakan, beliau mencadangkan supaya aktiviti itu dipindahkan ke Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit buat sementara waktu. "Kerajaan Negeri akan menambah baik kemudahan di Stadium Tun Fatimah bagi membolehkan ia digunakan untuk sebarang aktiviti kesukanan. "Walaupun projek ini melibatkan pembinaan sebuah taman dan pusat untuk rekreasi orang ramai, namun fungsi asal Stadium Hang Tuah tidak akan terjejas," katanya. | Padah Terminum Racun Serangga Posted: 05 Sep 2012 06:07 PM PDT Selepas kurang 48 jam bertahan, seorang lelaki maut selepas dipercayai terminum racun serangga ketika berada dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol di rumahnya di Rembia, dekat sini kira-kira jam 5 pagi semalam. Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu itu, mangsa, C K Raman, 42, baru pulang ke rumah dalam keadaan separuh sedar dan terhuyung-hayang sebelum meneguk racun serangga dalam sebuah bekas. Isteri mangsa, N Macha, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak dan menyedari kepulangan mangsa.
"Saya sedar kepulangan suami yang berada di bawah pengaruh alkohol dan membiarkan sahaja sehingga dia sedar semula. "Namun saya tidak menyangka suami mencapai bekas berisi racun serangga yang memang disimpan di rumah," katanya. Menurutnya, dia tidak menyedari mangsa sudah keluar semula dari rumah dan terkejut apabila jiran, Josephin, 30, menjerit memanggilnya serta memaklumkan mangsa akan dihantar ke hospital selepas mengadu loya dan hendak muntah.
"Melihat keadaan suami yang lemah, jiran menghantarnya ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka namun sehari kemudian saya dimaklumkan suami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan kondisinya yang kritikal," katanya. Macha berkata, sejak dua minggu lepas suaminya itu yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian ada menunjukkan perubahan sikap apabila sering memintanya membuatkan air susu sahaja selepas mengadu perutnya rasa tidak selesa.
Sementara Josephin, 30, berkata, dia yang berada di luar rumah menyedari keadaan mangsa yang terhuyung-hayang dan kelihatan lemah sambil berjalan di luar rumah sebelum mangsa mengadu tekaknya berasa loya. "Saya kemudiannya bergegas memanggil suami di dalam rumah dan membantu memapah mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah," katanya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan berhubung laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut~Sinar | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 06 Sep 2012 09:25 AM PDT Perpecahan orang Melayu, kembalilah kepada Islam keseluruhannya Posted: 05 Sep 2012 07:36 PM PDT Abang tikam adik, adik ipar tikam abang, cucu ugut bunuh datuk, kekasih bakar teman wanita, dan pelbagai lagi kes perselisihan, pergaduhan, perpecahan orang Melayu ianya bertitik tolak kepada iman di dalam dada. Justeru itu semua pihak dari pemimpin hinggalah ke rakyat jelata hendaklah kembali kepada Islam sepenuhnya. Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul serta takut hanya kepada Allah.
Tukar Siaran TV, Pemuda Maut Ditikam Abang
6 Sep 2012, KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.
Tembak ipar enggan kerja
6 Sep 2012, KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak 'ala koboi' apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.
Cucu ugut bunuh datuk tegur bawa pulang wanita
6 Sep 2012, GEORGETOWN: Berang dengan teguran kerana membawa pulang teman wanita ke rumah, seorang cucu lelaki sanggup bertindak 'samseng' apabila mengugut mahu membunuh datuknya di sebuah rumah di Sungai Dua, Gelugor di sini, pagi Selasa lalu.
Sumber : | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 06 Sep 2012 09:17 AM PDT Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR Posted: 06 Sep 2012 07:00 AM PDT Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.
UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya." Agama Islam Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah. | Quran Dijauhi, Musibah dan Bala' Mendekati Posted: 06 Sep 2012 01:55 AM PDT Semua yang mempunyai hati yang hidup pasti mengetahui rasa pedih, sedih, dan takut yang saya maksudkan jika diri dihijab dari mengingati Allah. Itulah antara sebesar-sebesar hijab. Jika di dunia pun Allah telah menghalang kita dari menatap, membaca, memahami dan mengamalkan kalam-Nya, apa mungkin Allah akan sudi untuk melihat dan gembira dengan kita di akhirat nanti? Cukuplah masa-masa berlalu dibuang sia-sia. Penuhilah masa itu sebagaimana pesanan Maulana Muhammad inamul Hasan rahimahullah:1) Sibukkanlah dirimu dalam usaha agama, jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam urusan agama.2) Gunakanlah waktumu untuk agama, jika tidak waktu kamu pun akan habis tapi bukan dalam urusan agama.3) Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta kamu pun akan habis tapi bukan untuk agama.4) Matilah kamu dalam agama (dan kerana agama), jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama. Sambung Disini | |
KHIDMAT MERU Posted: 06 Sep 2012 09:02 AM PDT MENZIARAHI KEMATIAN PENDUDUK Posted: 05 Sep 2012 03:49 PM PDT Menziarahi kerumah atau kediaman penduduk yang kehilangan ahli keluarga tersayang adalah perkara rutin yang di lakukan oleh YB Dr Rani walaupun terkadang terpaksa terlambat ke tempat mesyuarat atau seminar yang sepatutnya dihadiri beliau. YB Dr Rani senantiasa mengambil hati rakyat terutama golongan marhain tanpa mengira warna kulit dan bangsa atau pegangan parti politik. | |
PAS Kulaijaya Posted: 06 Sep 2012 08:04 AM PDT |
mtdchenderoh Posted: 06 Sep 2012 07:06 AM PDT Mediaperak dah kena warning Posted: 05 Sep 2012 10:17 AM PDT Rujukan kami: SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(406) Tarikh: 4 September 2012 Tuan, ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA http://mediaperak.com/2012/08/07/18sx-tingkahlaku-ketua-agama-islam-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/ http://mediaperak.com/2012/09/02/18sx-2-ketua-agama-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/ Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan laman sesawang tuan di mana para pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan spesifik yang telah menghina Institusi Beraja di Malaysia di dalam artikel "18SX.Tingahlaku Ketua Agama Islam yang kita doakan setiap Jumaat" bertarikh 7 Ogos 2012 dan artikel " 18SX lagi! Tingkahlaku Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat (2)" bertarikh 2 September 2012. 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain. 4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut. Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika. Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan. Terima kasih. Unit Media Baru Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Malaysia | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 06 Sep 2012 07:05 AM PDT |