Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Khamis, 27 Disember 2012 at 1:13 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 27 Dec 2012 01:05 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Dec 2012 11:40 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Anwar bengang Guan Eng bangkit isu kalimah Allah

Posted: 27 Dec 2012 04:15 AM PST



KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, soal kalimah ALLAH yang dibangkitkan semula adalah isu sensitif.

 Menurutnya, oleh itu beliau akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera. Menurutnya, sebelum ini, kepimpinan tertinggi PR pernah membincangkan perkara ini dengan terperinci, dihadiri dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen, malah pakatan ini juga sudah mengeluarkan kenyataan bersama.

 "Bagi saya isu kalimah ALLAH ini sudah diselesaikan, namun segala perbezaan pendapat dalam PR mestilah melalui perbincangan, oleh itu saya akan panggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat. "Apa yang paling penting adalah isu ini mestilah diselesaikan dengan baik dan menjaga sensitiviti umat dan juga sensitiviti masyarakat," katanya kepada Sinar Harian di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.

 Isnin lalu, dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas, Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

 Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas, malah rakan DAP, iaitu Pas turut tidak bersetuju dengan desakan ini. 

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian rasmi Pas mengenai isu tersebut adalah terjemahan tepat bagi God dalam kitab Bible adalah Tuhan dan bukannya ALLAH.

Undang-undang je boleh ajar desakan Tokong DAP !

Posted: 26 Dec 2012 07:00 PM PST




 Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH supaya dibenarkan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Menurutnya, sehubungan itu 10 buah negeri telah pun menggubal undang-undang yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.

"Oleh sebab itu PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut. PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.

"Bagi negeri Pulau Pinang pula, PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan  oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut," katanya semalam.

Menurutnya lagi, mahkamah belum mendengar rayuan dari pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut Kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama Kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.

"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat 'status quo'.
"Kenyataan itu juga ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai aga

Salleh Man kata isu tanah kubur dah settle dibidas waris !!

Posted: 26 Dec 2012 05:34 PM PST



Senang je Salleh Man jawab sebagai YDP MAIPP  .. isu ini dah settle .  Ternyata jelas  pemimpin PAS tidak peka sensitiviti  umat Islam di P.Pinang dan lebih menjaga kepentingan kerajaan DAP & syarikat  pemaju . 

Ini yang pencacai-pencacai blog PAS kata partinya pejuang Islam ??...hahah.. Kalau kena kat kubur keluarga mereka baru depa tau marah kot ...

 Dakwaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man bahawa isu pencerobohan tanah perkuburan Islam Jalan Boundry, Ayer Itam telah selesai, dibidas Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM).

Pengerusinya, Aminah Abdullah berkata, tindakan mengarahkan pemaju menggantikan semula batu nisan yang dicabut dan menganggap isu itu selesai menunjukkan pemimpin berkenaan tidak sensitif dengan hal ehwal agama.

"Ini bukan masalah batu nisan. Kalau setakat batu nisan sesiapa pun boleh bagi, malah, saya percaya waris juga mampu untuk membelinya sendiri.

"Masalahnya pemaju telah meratakan kubur sehingga waris sendiri tidak dapat mengagak dengan tepat pusara saudara mereka. Di mana hendak dipacakkan batu nisan baharu itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



PULAU PINANG 19 Dis. - Tindakan sebuah syarikat pemaju yang dikatakan menceroboh Tanah Perkuburan Islam Jalan Boundry, Air Itam dekat sini dan mencabut beberapa tiang nisan tanpa pengetahuan waris keluarga dibantah oleh umat Islam di sini

Akibat tindakan tersebut, mereka mendakwa beberapa kubur telah 'hilang' dan batu nisannya juga dibiarkan berselerak begitu sahaja.


Seorang waris, Norsham Mohd. Amin, 54, berkata, dia terkejut apabila mendapati tiga kubur termasuk kubur datuknya telah tidak mempunyai batu nisan lagi ketika dia datang menziarahi kubur itu pagi semalam.

"Saya sangat terkejut dan sedih apabila mendapati batu nisan yang menjadi tanda kubur datuk dan dua saudara lain berselerak.

"Saya bertambah geram apabila wakil pemaju memberitahu tiada kubur di situ sedangkan tapak kubur saudara mara saya terletak di hadapan pintu pagar yang telah dimusnahkan oleh mereka dan dibina pula tembok baru untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Akibat penjelasan pemaju yang mengatakan tiada kubur di situ, kekecohan tercetus apabila bapa tiri Norsham, Ismail Ariffin, 80, tidak dapat mengawal emosi dan bertindak menampar wakil pemaju berkenaan.

Sebelum itu, beberapa penduduk kampung menghalau pekerja asing yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan tapak perkuburan tersebut yang turut menempatkan lebih 200 kubur lain.

Pemaju juga akur apabila penduduk mendesak tembok yang dibina itu diruntuhkan serta-merta.

Menurut Norsham, beliau tidak dapat memaafkan perbuatan tersebut dan bercadang menyaman pihak terlibat kerana menceroboh tapak kubur itu yang merupakan tanah wakaf.

"Sekarang bagaimana saya hendak kenal pasti kubur saudara saya. Ini bukan tapak perkuburan yang terbiar kerana sehingga hari ini masih digunakan oleh penduduk Islam kawasan ini jika hendak mengkebumikan jenazah.

"Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada keluarga anda. Saya tidak akan maafkan mereka kerana bertindak zalim terhadap orang yang telah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, wakil pemaju yang enggan dikenali berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk membangunkan projek rumah teres tiga tingkat sebanyak 12 unit dan kerja-kerja pembinaan telah bermula sejak enam bulan lalu.

DIMENSI

Posted: 27 Dec 2012 11:35 AM PST

DIMENSI


Omegay: Balak punya hal...

Posted: 26 Dec 2012 10:30 PM PST

satu hari 7 badigol meronda2 di sebuah kampung...


di sebuah warung berdekatan...









Omegay: Wally Slipau tuntut Hj Hadi kekal jadi Setan selama yang bleh!

Posted: 26 Dec 2012 08:30 PM PST

Nik Aziz minta Hadi jangan tarik balik amanat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan YATIMIN ABDULLAH 
pengarang@utusan.com.my
RANTAU PANJANG 26 Dis.- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.

"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981. - Utusan Malaysiakusayang

kehkehkeh bontot bapak kafir dah terase panas cam kene BBQ...wally slipau meminta hj hadi bertegas memegang terus amanat setan yang di buat pada 1981 supaya pengikut2 yang menjelma menjadi setan selepas amanat tersebut di reka berterusan kekal sebagai setan. ini membolehkan bapak kapir yang sedia sesat menarik seberapa ramai pengikut setan yang dah sesat sama2 menjadi ahli 'syurga' (neraka)

bapak kapir terpaksa memaksa hj hadi begitu kerana tau beliau dah lama duduk di bawah ketiak anuwar dan kumpulan erdogen serta telah banyak makan rasuah termasuk ahli keluarga beliau sendiri. selama ini beliau berselindung di sebalik fatwa untuk menakut2kan pengikut agar tidak keluar parti.

kini setelah ramai pengikut pas mula sedar dan keluar beramai2 telah membuatkan bapak kapir jadi kelam kabut sekejap!. jadi terbukti kenapa bapak kapir mahu amanat haji hadi wajib di pertahankan supaya beliau bleh merekacipta fatwa2 songsang baru untuk di sogok kepada pengikut untuk di jadikan tangkal!

dulu bleh laaa dia hari2 kencingkan pengikut...tapi skang jangan harap lerrr..huhuhuhu >XD

Omegay: Bicara Artis....

Posted: 26 Dec 2012 04:25 PM PST

Pada malam 24 Disember lalu, bertempat di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh telah berlangsungnya Majlis Bicara Artis. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Tuan Sarifuddin bin Tuan Ismail iaitu Timbalan Ketua urusan ulamak Pasir Puteh, ahli jawatankuasa pas dan beberapa orang bekas artis dan vokalis yang dikenali turut hadir sama.

1)  Zarir bin Yaacob - Ajk Pas Kawasan Pasir Puteh
2)  Tuan Mazlan Tuan Mat - Tim Pengarah MTD Gaal.
3)  Zuar - bekas vokalis kumpulan Xpdc
4)  Ismail bin Zainuddin (Mel)  -Bekas Vokalis kumpalan Wings
5)  Bob Lokman - Bekas Artis/Pelawak

kehadiran pengunjung pada malam tersebut di anggarkan lebih kurang 100 orang.

Wawancara Bicara Artis

Soalan kepada Bob Lokman: Apakah rahsia beliau berhijrah dan kenapa pilih dakwah sebagai medium kehidupan sekarang?
Jawapan:
- Saya berhijrah kerana menyedari bahwa selama ini saya berkecimpung dalam dunia artis adalah jalan yang salah
- Saya berasa insaf setelah kehilangan rakan karib dan menjadi persoalan dalam diri saya macam mana seksaan kubur sedangkan amalan kurang;
- Saya mencari guru agama untuk belajar agama dan terdengar nama Ustaz Azhar Idrus lantas mencari beliau untuk belajar dan kemudian berjumpa guru2 lain;

Soalan kepada Mel Wings: Apakah Senario hari ini islam akan bangkit di Malaysia selepas kebangkitan Islam
Jawapan:
- Fitrah manusia memang suka kepada hiburan begitu juga di zaman rasulullah dahulu
- Saya bersyukur kerana dimasa ini telah sedar walaupun usia sekarang telah menjangkau 46 tahun
- Islam di akhir zaman telah tertindas dan adakah kita semua akan selamat dengan keadaan itu
- Saya ada asas agama dan belajar dari arwah ayah yang juga bekas imam di kampung
- Selepas keluar dari kumpulan Wings saya terus mencari guru agama untuk mendalami ilmu agama

Soalan kepada Zuar XPDC: Apakah kekuatan dalam dirinya untuk mendalami ilmu agama disaat kebangkitan Islam
Jawapan:
- Saya rasa insaf setelah menemani rakan karib yang nazak dan kemudian telah mendengar satu suara misteri menyatakan hendak mengambil nyawa dan tidak lama kemudian kawan saya tadi telah meninggal dunia;
- Peristiwa tersebut menyebabkan saya insaf dan mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Xpdc dan menumpukan kepada muzik yang lebih menjurus kearah keagamaan



sketsa 1








sketsa 2






sketsa 3




sketsa 4
















IPOHMALAY

Posted: 27 Dec 2012 09:36 AM PST

IPOHMALAY


Jakarta Mahu Tiru Terowong SMART

Posted: 27 Dec 2012 06:21 AM PST

Rakyat Indonesia yang anti Malaysia 'ditampar' dengan rancangan pemerintah Jakarta yang mahu meniru pembinaan terowong ala SMART bagi mengatasi masalah banjir di kota tersebut. Menteri Kerja Raya mereka pula tanpa segan silu menyebut projek tersebut ditiru dari apa yang ada di Kuala Lumpur, Malaysia.

Namun, terowong dwi-fungsi yang bakal dibangunkan di Jakarta berdiameter 16 meter berbanding 13.2 meter yang ada di KL. Terowong yang dirancang itu juga berkepanjangan 15km berbanding SMART, 9.7km. Ia dinilai memakan belanja sebanyak RM5.7 billion berbanding SMART yang menelan belanja RM1.9 billion.

Cuma yang teman heran, seberapa efisien konsep itu untuk Jakarta yang berada antara -2 hingga 2 meter dari aras laut berbanding Kuala Lumpur yang terletak 30 meter dari aras laut. 

Komen-komen menarik mula terlihat dari kalangan pembaca. Antaranya menyebut, tidak mengapa kalau menyontek (meniru) atau menjiplak (menciplak) demi kesejahteraan bersama. Bayangkan pula jika kita meniru mereka? 

Pendek cerita, janganlah terlalu suka meludah ke langit kerana bila-bila masa sahaja akan tertimpa ke muka sendiri.

Untuk rekod, terowong dwi-fungsi SMART hanya satu-satunya yang wujud di dunia ini.


Ini Dia Konsep Terowongan Raksasa yang 'Ditiru' Jokowi

Zulfi Suhendra - detikfinance
Kamis, 27/12/2012 15:13 WIB


Jakarta - Ide membangun terowongan raksasa yang digagas Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) sebenarnya pernah digagas pada jaman Gubernur DKI Sutiyoso. Proyek ini juga dinilai meniru dari proyek terowongan serupa di Kuala Lumpur, Malaysia yang disebut Stormwater Management and Road Tunnel (SMART).

"Kita pernah bahas itu, yang kita tiru adalah Malaysia. Namun terkendala masalah teknis dan ekonomis karena mahal pada saat itu," ungkap Menteri Pekerjaan Umum (PU), Djoko Kirmanto saat ditemui di kantornya, Kamis (27/12/12).

Lalu bagaimana bentuk dan konsep SMART yang sudah beroperasi di Malaysia?

Berdasarkan data yang didapat dari roadtraffic-technology, SMART dibangun pada tahun 2003. Proyek ini merupakan proyek terowongan terpanjang di Malaysia dan menggunakan teknologi yang tinggi. Berdiameter 13,2 meter, mencakup 9,7 km terowongan untuk banjir dan 4 km dua jalur kendaraan. 

Total investasi yang dihabiskan untuk mega proyek ini ialah MYR 1,887 juta atau sekitar $ 514 juta. Tujuan utamanya dibangun terowongan ini ialah untuk mengatasi masalah banjir yang diakibatkan meluapnya Sungai Klang dan Kerayong, serta dapat mengurangi tingkat kemacetan selama jam-jam sibuk, terowongan ini hanya berlaku bagi kendaraan ringan saja.

SMART mulai beroperasi untuk kendaraan sejak 14 Mei 2007, proyek ini digagas oleh Pemerintah Malaysia. Terowongan ini mampu menampung 30.000 mobil per hari dan telah digunakan 44 kali menanggulangi banjir.

Terowongan ini dimulai dari Sungai Kampung Barembang dan berakhir di Sungai Taman Desa. Terowongan ini menanggulangi luapan air dari 2 sungai besar yang melewati pusat kota Kuala Lumpur. Kuala Lumpur diperkirakan beresiko terkena banjir besar 1 kali dalam 100 tahun sekali. Untuk sebuah kendaraan dapat menghemat waktu jika lewat terowongan ini, dari persimpangan Jalan Istana menuju Kampung Pandan hanya 4 menit, dari waktunya biasanya 15 menit.

Terowongan ini memiliki 3 sistem operasional, yakni:
  • Normal, kondisi saat tak ada badai atau hanya hujan dengan intensitas yang kecil. Jalur kendaraan dibuka dalam kondisi ini.
  • Setengah Badai, kondisi dimana sistem SMART diaktifkan dan luapan air dialihkan ke terowongan di bawah jalur kendaraan, serta kendaraan masih diperbolehkan lewat.
  • Badai, Kondisi ini adalah kondisi terparah. Jalur kendaraan ditutup.

Kontraktor dari proyek ini ialah Malaysian Mining Corporation Berhad joint venture dengan Gamuda Berhad. Gamuda mengajukan usulan Public Private Funding Initiative sebesar US$ 514 juta, dengan dana dari pemerintah sebesar US$ 342 juta dan sisanya sebesar US$ 163 dibiayai Gamuda dan partner joint-nya. 

Proyek ini kini dioperasikan oleh kedua kontraktor tersebut dengan masa konsesi selama 40 tahun. Comba Telecom pun ikut andil dalam proyek ini sebagai pemasok dan pemasang sistem antena penguat sinyal dengan kecepatan tinggi di dalam terowongan.

Seperti diketahui sebelumnya, Proyek Deep Tunnel. Itulah terobosan terbaru yang dirancang Jokowi. Terowongan berdiameter 16 meter itu akan dibangun dari MT Haryono hingga Pluit dan diprediksi memakan dana Rp 16 triliun.

"Terobosannya, terowongan. 16 meter diameternya di bawah tanah. Berakhir di Pluit, mulainya di MT Haryono," kata Jokowi.


Anak Omak

Posted: 27 Dec 2012 09:26 AM PST

Anak Omak


Kenapa KJ hitam?

Posted: 27 Dec 2012 04:47 AM PST


Sebelum kita menjawab persoalan yang lama ditimbulkan ramai ini, mari kita ikuti kisah dua rakan yang kahwin dengan dua wanita adik beradik Cina keluarga Lee.

Sorang tu India dan kita panggillah namanya Ganen.

Eh ... kawan baik KJ bernama Ganen Sarvanathan di Khazanah yang tukang lelong negara, kan?

Ini pun rupa si Ganen ....

Menurut cerita, Ganen kahwin dengan kakak yang bernama Jessica Lee.

Sorang lagi dari dua kawan ni rupa macam omputih skit dan kita panggil Jason.

Alah ... macam nama Jason Lo.

Jason kahwin dengan adik yang bernama Janet Lee.

Ganen kahwin dan dapat anak kulit hitam. Sekali lagi Jessica beranak, dapat anak cerah sedikit tapi masih hitam juga.

Jason pula asyik dapat anak-anak yang lawa kulit putih dan kemerahan-merahan. Cantik-cantik belaka.

Dia dan Janet terus tak henti-henti dapat anak yang lawa dan cantik-cantik sampai dah empat.

Ganen pulak macam berhenti dengan dua anak saja.

Satu hari Jason tanya biras dia, Ganen, "Brader ... you dengan Jessica okay ke? Tak mahu lagi anak ke?"

"Nak tapi anak aku hitam-hitam. Aku teringin juga nak dapat anak yang putih-putih dan cantik macam anak-anak kamu. Apa rahsia kamu?"

Jason pergi ke telinga Ganen dan berbisik, "Ini rahsia tau. Jangan kasi orang."

Ganen angguk setuju tak mahu kasi orang.

"Bila main, jangan masuk habis. Masuk separuh saja terutama masa pancut. Ketika pancut tu yang paling penting."

Suka Ganen dah tahu rahsianya dan malam tu terus dia cuba dengan isterinya Jessica.

Masaalahnya Ganen tak puas main masuk separuh. Maka tak dapatlah dia terpancut. Jessica tanya kenapa dan dia terangkan.

Macam mana nak dapat anak kulit putih-putih kalau tak pancut? Akhirnya dia dapat juga terpancut tapi sikit. Maklumlah tak puas.

Banyak kali dia usaha ... isteri tak mengandung juga. Main pun tak puas.

Satu malam tu sedang dia main dengan cara separuh masuk dan laju-laju, climax nak datang tapi lambat. Lalu dia terus masuk penuh.

Jessica segera menegur, "Ganen tak mahukah anak yang putih ke?"

"Ah! Hitam pun hitamlah!" GAnen pun terus terbarai dalam isterinya.

Selepas peristiwa malam itu, tiba-tiba isterinya tak datang haid dan rupanya mengandung. Lepas sembilan bulan. keluar juga anak ke 3.

Kulit hitam juga. Ganen terus give-up.


Ini jadi pertanyaan sekarang kenapa Khairy berkulit hitam?

Padahal dia belajar Oxford dan suatu ketika berlagak dan perasan macam omputih.

Ada orang kato pasal dia suka berjemur kecik-kecik.

Ah! Masa suka berjemur memanglah hitam. Orang putih kan suka berjemur. Bila berjemur dengan bikini, kulit macam sotong bakar. Lama-lama balik pucat balik.


Macam masa KJ kena berlatih berkawat. Dah tak berkawat, cerahlah balik.

Lama nak tahu. Hari ini baru dapat tahu dari Twitter KJ.

Ia bukan pasal Dato Jamaluddin orang nogori dan selalu dengar cerita pasal masuk suku. Atau pun pasal masuk separuh. Atau ada sebab-sebab lain.

Bukan bukan bukan ....


KJ hitam pasal tak makan tempe!


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 27 Dec 2012 03:46 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Musang Berjanggut 2012: Puspawangi III ke IV

Posted: 26 Dec 2012 06:03 AM PST


Antara filem lama kegemaran Husin adalah Musang Berjanggut. Ianya mengisahkan anak angkat Sultan, Nila Kencana diarahkan mencari pasangan hidup. Akhirnya dia ketemui Puspawangi yang bukan saja seorang rupawan, tapi bijaksana sekali.

Apabila dibawa pulang isterinya ke istana untuk bertemu ayahanda, ramai para pembesar dan juga Sultan jatuh hati padanya. Masing-masing membuat rancangan untuk memilikinya sendiri.

Dengan kepandaiannya mengakalkan kesemua pembesar dan Sultan dengan helah Musang Berjanggut, akhirnya dia berjaya menyelamatkan diri dari godaan mereka-mereka yang begitu berkuasa, dan membuat semua menyedari kesalahan dan meminta maaf.

Pusapawangi dan Nilam Kencana  

Itu kisah zaman dulu-dulu, tapi rupanya di zaman 2012 ada pula kisah Musang Berjanggut di negara Air Hitam Keldai Angguk dalam Nusantara Melayu.

Negara Air Hitam Kaldai Angguk teramat sangat kaya hingga Sultan dikatakan orang paling kaya dalam dunia.

Dalam dia kelihatan hebat, rupanya sering diakal dan ditipu macam Sultan dalam cerita Musang Berjanggut.

Ramai saudagar dan penasihat asing tahu bahawa banyak harta boleh diperolehi dari Sultan jika dia percaya dan suka pada seseorang itu. Lagi banyak boleh diperolehi dengan mengakal Sultan dan adik beradiknya.

Satu masa itu, adiknya sudah menyeleweng hingga berbillion pembaziran dan kerugian dari pelaburan negara. Akhirnya Negara Air Hitam Kaldai Angguk jadi bahan ketawa.


Tapi cerita ini adalah mengenai Musang Berjanggut 2012 dan berkenaan dengan wanita.

Cuma ceritanya sangat berlainan dari cerita Musang Berjanggut dalam filem P Ramlee. Tiada Puspawangi tapi banyak Puspawangi.

Padahal Permaisuri orangnya sangat baik. Orangnya taat, setia dan sabar. Sungguh rajin mengaji Quran dan beramal soleh. Begitu solehah sekali.

Namun begitu Sultan masih inginkan seorang Puspawangi.

Puspawangi I seorang anak negeri. Bekas peramugari kapalterbang. Lepas belasan tahun berkahwin, dikurniakan dua putera dan dua puteri. Putera pertama boleh menjadi Raja Muda dan menunggu selepas putera Permasuri untuk naik takhta.

Rupa-rupanya Puspawangi I ada hubungan luar rumah dan langsung dicerai. Kini Puspawangi I  duduk di Temasik.

Memanglah murka dan perlu diceraikan apabila diketahui tapi kenapa tidak dijaga isteri dengan baik dan tidak liar di luar rumah? Tak ke bangang

Sultan pun kembali dengan hanya seorang isteri, Permaisuri.


Namun nafsu syahwat tidak tertahan dan Sultan masih inginkan lagi seorang Puspawangi. Dalam jalan-jalan dinegara jiran, Sultan jatuh hati dengan seorang pembaca warkah negara Bangsa Benua.

Lalu dia atur untuk bertemu sebuah hotel di Temasik. Selepas selalu ketemu dan lama-lama dia jatuh hati dan diambil jadi Puspawangi II.

Sayangnya Sultan tidak merisik betul-betul.

Puspawangi II dah banyak dimakan tupai. Ada tupai beritahu bahawa ramai tupai-tupai lain dikalngan jiran tetangga sama-sama tebuk. Tupai-tupai yang sudah tebuk hanya senyum ketawa melihat Sultan  makan sisa mereka rakyat biasa.

Setelah berkahwin, Puspawangi II dapat seorang cahaya mata lelaki. Cuma dia tidak tahan hidup terkongkong dalam sangkar emas.

Dia seekor burung yang bebas dan selalu bermain-main dengan tupai-tupai. Akhirnya dia terlanjur dengan seekor tupai asing yang hanya drebar.

Sebaik sampai ke pengetahuan Sultan, biasalah reaksi seorang Sultan yang hanya tahu ikut emosi dan murka. Lalu terus diceraikan.

Nak salahkan Sultan pasal tak periksa pun tak boleh. Sultan dah temu di Temasik. pastilah Sultan dah risik dahulu.

Balik semula dengan hanya seorang isteri, Permaisuri yang begitu solehah.

Orang kata sekali kalah, kali kedua tak mahu lakukan lagi. Kali kedua dilakukan dan gagal tapi tetapkan lakukan kali ke tiga.

Maklumlah ... siapa berani tegur Sultan Negara Air Hitam Kaldai Angguk. perintahnya itu undang-undang. Murkanya peraturan.

Rupanya dalam diam-diam Sultan sudah jatuh hati pula dengan isteri kepada adik Memanda Bendahara negara jiran Bangsa Benua. Adik Memanda bernama Mizan Undurbaca.


Macam Pusapawangi II, Puspawangi III pengacara rancangan di media yang sama.

Semasa Puspawangi III berkahwin dengan Mizan Undurbaca, mereka begitu intim dan cantik sebagai pasangan yang begitu sayang menyangi. Dikurniakan tuhan dua orang cahaya mata.

Rupa-rupanya Puspawangi III adalah anak saudagar India Muslim yang dua anak lelaki kahwin dengan dua anak perempuan Tompel dalam cerita Ahmad Albab.

Kahwinkan anak untuk jadi pisau cukor.

Mizan Undurbaca kerja kuat sebagai pereka tapi kemahuan Puspawangi III hanya menurut arahan  ayahanda saudagar India Muslim. Apabila ada peluang lebih besar, Puspawangi III sedia bercerai dan tinggalkan anak-anak untuk Mizan Undurbaca jaga.

Perkhabaran dari angin lalu memberitahu bahawa Sultan Air Hitam Kaldai Angguk inginkan Puspawangi III.

Sultan akan salah sekali lagi. Tindakan Sultan akan memalukan Bendahara Bangsa Benua dan menjadikan hubungan dua hala susah. Lagi malu akan pandangan ramai akan perkahwinan Sultan dengan dengan janda anak tiga yang dirampas dari adik Memanda Bendahra negara jiran tetangga.

Nampaknya sebagai Sultan sudah degil dan enggan belajar dari apa yang terjadi pada Tengku Rufsi Pusingeja. Tengku berhadapan dengan keluarga bekas isteri yang pisau cukur hingga akhirnya bercerai dia dengan isteri penyanyi Bangsa Benua yang juga jadi seorang solehah.

Sultan mana boleh tegur. Dia buat kerja bangang pun, rakyat kena akur.

Baik cerita dulu atau cerita 2012, ada saja Sultan Melayu yang buat cerita sama. Lagi banyak harta lagi dia leka. Puspawangi yang diidamkan cantik dan bijaksana tapi dapat yang cantik dan durjana. Akan datang ini pula cantik dan baham sini sana.

Sultan pun perlu ditegur untuk elakkan kesilapan yang asyik berulangan dan nampaknya akan berulang. Musang Berjanggut bukan lagi buat-buat cerita tapi betul dah ada. Jalan cerita saja lain.

Wow! Menunggu cerita Puspawangi IV. Media sama negara Bangsa Benua juga?

Politik Harian

Posted: 27 Dec 2012 03:40 AM PST

Politik Harian


Skandal Tanah Ngeh-Nga Bakal Hancurkan Roket DAP!

Posted: 27 Dec 2012 02:00 AM PST


Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.

Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang pengarahnya.

Sejak isu itu meletup di dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang dilontar terhadap mereka.

Melihat tembelang mereka tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahait bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Berikutan skandal tanah itu yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar menjadi krisis paling besar baginya.

Ini kerana dap berkeyakinan untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Apapun sudah terlambat untuk menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.

Kini berlaku pergeseran amat serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.

Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.

Berlaku tuduh menuduh apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia itu.

Kenyataan Ngeh itu telah dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap itu.

Krisis terbaru ini menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas dan Dap.

Bagi Pas, parti itulah yang paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.

Bagi Dap pula, parti itulah paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.

Jika parti-parti Pakatan Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan pusat?

Krisis ini tidak akan padam atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.

Apapun penjelasan yang bakal diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Keyakinan rakyat terhadap mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Nik Aziz pula sudah panik dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Amat mudah sekali orang agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas.

Kerjasama Dap-Pas tidak akan menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.

Sepandai mana Anwar Ibrahim berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.

Skandal Tanah & Balak PAS Ulangi Kesilapan Yang Sama...

Posted: 27 Dec 2012 12:00 AM PST



48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.

Kenyataan Bebal Khalid Ibrahim, Sanggup Tunggu 100 Tahun Selesai Isu Air!

Posted: 26 Dec 2012 11:00 PM PST


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam oleh seorang pemimpin persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau (Khalid) sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu "tidak profesional" dan mengesahkan beliau mahu satu 'perang politik' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

"Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

"Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar," katanya.

Beliau berkata kekurangan bekalan air di Selangor bukan sahaja berpunca daripada permintaan pengguna biasa tetapi lebih kepada industri-industri, projek-projek perumahan yang tumbuh seperti cendawan yang mengakibatkan pertambahan jumlah penduduk dengan mendadak.

Menurut Dr George, beliau perhatikan setiap kali pihak seperti kerajaan pusat berbincang atau melaksanakan langkah-langkah mengatasi isu air di Selangor, kerajaan negeri akan membawa masuk isu-isu baru yang tidak ada kaitan dengan isu-isu asal.

Beliau berkata, kerajaan pusat sudah membuka banyak ruang kepada kerajaan Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk sedia membantu dari segi kawangan dan teknikal dan malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun setuju untuk turun padang.

Tuan Ibrahim Merengek Minta Polis Lindungi Konvoi Oren

Posted: 26 Dec 2012 10:00 PM PST


PENOLAKAN total peneroka Felda terhadap Jelajah Oren yang didalangi PAS dan Pakatan haram, benar-benar mencemaskan parti bulan itu yang semakin tersepit untuk membohongi rakyat kononnya peneroka dianiayai Felda dan perlu dibela.

Maka itu, taktik mengalihkan perhatian digunakan dengan menuduh peneroka yang membantah kehadiran Konvoi Oren ini sebagai samseng dan sebagainya, sementara budak dia cuba membunuh peneroka dengan membawa kenderaan secara melulu, langsung tidak disentuh sama sekali.

Apa punya haprak PAS ini ya. Mana pergi unit tindakan khas aka komando aka pasukan khas elit PAS, Unit Amal sehingga Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mewakilkan Mazlan Aliman dengan merengek minta bantuan polis?

Sudah hilangkah telur budak-budak ini sehingga bantuan polis diminta? Kalau tak tu dia juga yang hebat mengutuk dan menghina polis, bila dia berdepan masalah, kepada polis itu jugaklah dia merengek, nak minta dilindungilah tu.

Ini, penulis nak cakap, peneroka bantah konvoi Mazlan Aliman masuk sebab Mazlan Aliman buat bising dengan berceramah melalui pembesari suara dari dalam kenderaan. Peneroka, tahu sajalah, office hour sampai pukul 10 pagi saja, lain dari itu rehat-rehat di rumah, gurau-gurau dengan bini dan sebagainya – itu yang meriah dengan anak pinak tu.

Datang Mazlan Aliman memekak dari dalam kenderaan bawak cerita bohong pasal Felda dan hasut peneroka lawan Felda, siapa tak marah?

Depan orang bandar, Mazlan Aliman kata Felda menindas peneroka, depan peneroka, Mazlan Aliman hasut peneroka untuk menentang Felda. Apa ni? Mana satu betul? Sebetulnya satu pun tak betul sebab itu Mazlan Aliman tidak berani nak cerita Felda menindas peneroka depan peneroka sendiri pasal dia tau cerita itu tidak betul.

Banyak dahlah yang tak betul, tapi kalau dah dilaung-laung hari-hari, ternampaklah macam betul, lebih lagi bagi orang yang tidak duduk Felda dan hanya dengar apa yang Mazlan Aliman cakap.

Penulis dapat maklumat, Mazlan Aliman ini penakut terbesar. Bila berlaku kecoh-kecoh, dia duk diam dalam jip, bila dah reda baru dia keluar, itu pun duk jauh-jauh dari peneroka.

Dah banyak kali peneroka ajak Mazlan Aliman bermuzakarah dengan depa berkenaan dakwaan Felda menindas peneroka ni terutama bila konvoinya sampai, tapi Mazlan Aliman buat pekak dan hanya berminat untuk cakap satu hal saja – cakap dia.

Siapa tak angin macam itu? Dah tu masuk tempat orang, nak langgar dengan kenderaan pulak, sengaja cari nahaslah.

Sekarang Mazlan Aliman minta bantuan Tuan Ibrahim pulak untuk selesaikan masalah ini dan berbincang dengan pihak polis. Kelakar sungguh.

Sepatutnya, PAS fikirlah, kenapa peneroka tolak konvoi Oren Mazlan Aliman? Atau PAS sebetulnya sudah tahu, tapi pura-pura tak tahu? -MYKMU

Hasan Ali Minta Hadi Jelaskan Amanatnya Dan Bertaubat!

Posted: 26 Dec 2012 08:16 PM PST


Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.

Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.

Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.

"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.

Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.

Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza.

- Bernama

Hadi Awang Mengalami Tekanan Jiwa Kacau!

Posted: 26 Dec 2012 07:12 PM PST


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia. Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka. Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit. Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat. Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya. Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid. Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya. Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan. Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan 'publisiti' berlebihan terhadap isu tersebut.

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat 'publisiti yang berlebihan'. Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.

tunku

Posted: 27 Dec 2012 03:17 AM PST

tunku


DAP IS IN TROUBLE AS INTERNAL CONFLICTS TAKE SHAPE ALONG RACIAL LINE

Posted: 26 Dec 2012 01:30 PM PST

With the year ending and the general election is considered as still few months away, the oppositions are still grappling with internal conflicts and also within the alliance itself. The three parties – DAP, PAS and PKR – are not seeing each other 'eye-to-eye' in every political sense as each party go their way to gain as much influence as each can, forgetting the 'togetherness' they are supposed to forged to take over Putrajaya. 2012 is a year of 'disaster' for the three opposition parties as they see their strength and influence eroding by the day and the ruling Barisan Nasional (BN) is on the offensive. Since the past few years, the oppositions under the unregistered alliance of Pakatan Rakyat (PR) have been on the offensive picking up issues that attracted Malaysians but apparently, the issues did not stick. Just a passing fade, like games with the youngsters, seasonal and do not last long, which at present got the oppositions worried. Whatever being highlighted and raised have thus far 'climbed the popularity charts very fast and came down fast too' which had them repeating again and again, adding new 'actors' and updating with new angles. Latest is the 'ugly blood curling incidents' claiming BN 'thugs' did them in desperation and so on, plus the repeat of scorpene and Altantuya, all aiming at keeping the issues afloat and alive so that Malaysians at large continue being reminded. In reality, most of the public are fed up with the repeats, just like Astro HBOs…and the updates that the oppositions gave are always the same persons giving out the briefings and nothing new. So this year, updates of the repetitions did not attract the much interests and this worry the oppositions as their recent ceramahs have also seen dwindling number of audiences, only same faces all over the country. 2012 is not their year and this scenario is expected to get worse as all the three parties in the opposition face internal problems. DAP is facing internal squabbles with Karpal Singh now questioning every move that the party leaders make with the exception of to'kong Lim Guan Eng. Karpal's actions have antagonized many DAP leaders who, many said are presently in the quiet trying to gather enough support to at the very least keep his mouth shut. Karpal's outbursts have somewhat divide further the already split party where non-Malays are still not accepted despite the party claiming to be multi-racial. And Karpal has also antagonized the party's partners PAS in condemning them against the party's moved in including non-Muslims in the implementation of Hudud laws. Adding to their problems is the anti-Malay brand that the party carries after its recently concluded convention which saw no Malays being elected into the leadership line-up. So with the anti-Malay brand and racial 'turbulences' as a result of Karpal's explosion on issues involving the acceptance of Datukship and land deal in Kelantan, DAP may see the party split may result in the party performing just as it was before 2008 general election.

Hadi Is Dying?

Posted: 26 Dec 2012 06:30 AM PST

The issue of Hadi's message is still haunting PAS even though they had done just about everything to cover the issue. The issue might come in and out, but it does not mean that it is no longer relevant. Like what was revealed, the message has caused a lot of negative impact to rakyat, including death. Various matters has been raised to Hadi, trying to get him to take back his message, but until now, he still haven't say anything. Other than Nik Aziz's statement in harakah who tried convince people that Hadi Awang is a wise man and he knows what he's doing, only those in social networking sites try to defend the message as either true, or stale. Hadi never really felt responsible over his supporters who divorced their wives or broke their parents heart, all because they believe that those people are kafir, based on the message. Hadi Awang also seem ignorant towards the children of those who died during Memali tragedy who still believe that their parents are syuhada as they die fighting against kafir government. As for now, he is only interested to talk about the election and not religion. This is what people are thinking of Hadi's silence. However, it is not wise for us to be as arrogant as Hadi Awang. That is why we should be open to accept the probability that our perception might be wrong. That is why we should consider what people are saying in kedai kopi, saying that Hadi Awang is sick. It is rumored that not that he does not want to provide his response to the media, it is because he could not face them in his current condition. It is true, only a few days ago, he seem very healthy and strong enough to be the next Prime Minister, but out of the sudden, he is said to be very sick. Some say that he is too pressured with this message issue because he does not know the best way to handle it without jeopardizing Pakatan Rakyat's chance to head to Putrajaya. If he defends his followers belief that UMNO is kafir and the death of those during the Memali Tragedy is syahid, then he might face more divorce and issues among his own followers, which would threaten PR. If he denies that he used to say that UMNO is kafir, then he would need to face his former supporters who said that people around them are kafir. He would also need to tell the children of those who died during the Memali tragedy that their parents died just like that, their death do not mean anything to the religion. This would also bring bad impact to PAS and PR. Thus, Hadi is really stressed because he is scared that this issue might stop him from getting to be in Putrajaya. That is why we should pray for a fast recovery for him so that he could face the media and explain everything.

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 27 Dec 2012 03:04 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


REBAT RM200 Hanya Untuk Henphone 3G berharga RM500 Ke Bawah Sahaja ?? ... LOGIKKAH ?!?

Posted: 26 Dec 2012 11:13 PM PST

Aku terbaca dari sumber media pembangkang yang mempertikaikan pemberian rebat RM200 kerajaan Dato Sri Najib dalam belanjawan 2013 hanyalah kepada telefon 3G bernilai RM500 ke bawah sahaja ... Apa kata anda ? Logikkah begitu ?

Aku belum sempat study lagi bab harga henphone 3G terkini di pasaran yang bernilai RM500 ke bawah, tetapi sebagai rujukan awal kita semua , apabila aku google mencari harga henphone 3G dalam internet, aku terjumpa satu link ni : http://arib2020.blogspot.com/2011/06/buying-guide-5-smartphone-android-bawah.html   (To blogger Arib; aku mohon tumpang siarkan link blog brader ini yer & imej dari blog tuan Mr.Arib2020 TQ Bro!)

Link blogger tersebut ada memaparkan harga 5 jenis henphone 3G bawah RM500 pada waktu posting tersebut disiarkan (tak salah aku telah tersiar pada JUN 2011 dulu).

Hmmm ... pada hemat aku, ada tu memang ada henphone 3G yang boleh dapat harga di bawah RM500 sekarang ni, tetapi kalau kerajaan letakkan hadnya lagi sedikit 'tinggi' kepada nilaian maksima henphone 3G untuk layak dapat rebat tu, aku rasanya lagi BAGUS.

Setidak-tidaknya kerajaan Dato Najib letaklah maksima harga layak tu sekitar RM850 - RM1100 ke ?


Apa pendapat anda semua rakyat Malaysia khasnya belia (umur  21 tahun hingga 30 tahun & berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.) ??? Sila beri pendapat anda - tak kira anda menyokong kerajaan atau membangkangnya, silakannnn yerr ....


AloQStaQ
KHAMIS
3:13 Ptg

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Dec 2012 01:38 AM PST

Taipingmali (tm)


Dap dan Islam

Posted: 26 Dec 2012 06:12 PM PST

Isu penggunaan kalimah Allah dalam agama kristian.


"Lim Guan Eng lebih faham Islam daripada Umno, Umno ikut nafsu, tolak Islam, Umno Kebangsaan, Assobiah, Umno lebih teruk dari Dap yang tak Islam. Oleh itu Lim Guan Eng boleh pakai nama Allah dalam gereja"

Pork Nick
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP IS IN TROUBLE AS INTERNAL CONFLICTS TAKE SHAPE ALONG RACIAL LINE

Posted: 26 Dec 2012 05:43 PM PST

With the year ending and the general election is considered as still few months away, the oppositions are still grappling with internal conflicts and also within the alliance itself.
The three parties – DAP, PAS and PKR – are not seeing each other 'eye-to-eye' in every political sense as each party go their way to gain as much influence as each can, forgetting the 'togetherness' they are supposed to forged to take over Putrajaya.
2012 is a year of 'disaster' for the three opposition parties as they see their strength and influence eroding by the day and the ruling Barisan Nasional (BN) is on the offensive.

Since the past few years, the oppositions under the unregistered alliance of Pakatan Rakyat (PR) have been on the offensive picking up issues that attracted Malaysians but apparently, the issues did not stick.
Just a passing fade, like games with the youngsters, seasonal and do not last long, which at present got the oppositions worried.
Whatever being highlighted and raised have thus far 'climbed the popularity charts very fast and came down fast too' which had them repeating again and again, adding new 'actors' and updating with new angles.
Latest is the 'ugly blood curling incidents' claiming BN 'thugs' did them in desperation and so on, plus the repeat of scorpene and Altantuya, all aiming at keeping the issues afloat and alive so that Malaysians at large continue being reminded.

In reality, most of the public are fed up with the repeats, just like Astro HBOs…and the updates that the oppositions gave are always the same persons giving out the briefings and nothing new.

So this year, updates of the repetitions did not attract the much interests and this worry the oppositions as their recent ceramahs have also seen dwindling number of audiences, only same faces all over the country.

2012 is not their year and this scenario is expected to get worse as all the three parties in the opposition face internal problems.
DAP is facing internal squabbles with Karpal Singh now questioning every move that the party leaders make with the exception of to'kong Lim Guan Eng.

Karpal's actions have antagonized many DAP leaders who, many said are presently in the quiet trying to gather enough support to at the very least keep his mouth shut.
Karpal's outbursts have somewhat divide further the already split party where non-Malays are still not accepted despite the party claiming to be multi-racial.

And Karpal has also antagonized the party's partners PAS in condemning them against the party's moved in including non-Muslims in the implementation of Hudud laws.
Adding to their problems is the anti-Malay brand that the party carries after its recently concluded convention which saw no Malays being elected into the leadership line-up.
So with the anti-Malay brand and racial 'turbulences' as a result of Karpal's explosion on issues involving the acceptance of Datukship and land deal in Kelantan, DAP may see the party split may result in the party performing just as it was before 2008 general election.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amanat Hadi Awang menjelang 2013

Posted: 26 Dec 2012 04:07 PM PST

Saudara-saudara sekelian percayalah,  Kita dah lebih teruk dari UMNO, bukan kerana nama kita PAS. Kita sudah mengikut Barisan Nasional kerana kita pun nak memerintah kerajaan.  Kita pun sama kafir kerana kita pun mengekalkan perlembagaan penjajah ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah: Lim Guan Eng Timbul 'KRISTIANOFOBIA'

Posted: 26 Dec 2012 09:44 AM PST

Kalimah Allah: Lim Guan Eng Timbul 'KRISTIANOFOBIA'

Posted: 26 Dec 2012 09:44 AM PST

Kerajaan Pusat Selamatkan Cubaan Jual 2700 Hektar Tanah Di Kelantan

Posted: 26 Dec 2012 07:14 AM PST

Kesengsaraan Ketika Kependudukan Jepun - Satu Video Pendek

Posted: 26 Dec 2012 06:37 AM PST

Tun Dr Lim Keng Yaik laid to rest in national honour

Posted: 26 Dec 2012 06:30 AM PST

Kelantan Land Issue: PAS Supporters Fail To Understand Between Letter Of Support And Letter To Transfer Land

Posted: 26 Dec 2012 06:27 AM PST

The issue of Kelantan's 4,210 land which is worth almost RM30 million in locations such as Relai, Chiku District at Gua Musang which is given to Upayapadu Plantation Sdn Bhd by Nik Aziz's government is beginning to fall apart. It is said that the land is given because it involves the interest of politicians such as Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, few of the investors in the company.

The 'gift' given by PAS government to the Perak DAP leader is said so that PAS could put Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Chief Minister at the time.

Based on the search on Companies Commission of Malaysia (SSM), 40% or RM15 million of Upaya Padu Plantation Sdn Bhd is owned by Ngeh Koo Ham, and 51% or RM16 million is owned by a company known as Efektif Kirana. And 99% of the shares in Efektif Kirana is owned by Ngeh Koo Ham as well.

Thus, in a way, Upaya Padu Plantation is almost 100% owned by Ngeh Koo Ham. Ngeh also confirmed that he is the owner of the company even though previously he tried to lie deny everything.

This issue is not really that hard to understand especially when Nik Aziz's Media Secretary himself, Ahmad Fadhli Shaari confirmed that the state government had offered Upayapadu Sdn Bhd through the letter of Yayasan Islam Kelantan dated August 28, 2005.

Considering that everything is braeking up, Nik Aziz and Ngeh began to find ways to defend themselves when their 'dirty business' is exposed.

Harakah also took an important role to twist stories and to blame UMNO leaders as the backbone of the whole thing. They are saying that the land is given to Upayapadu through the approval from the central government based on the letter from Deputy Minister of Ministry of Rural and Regional Development, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, and the letter from Minister of Plantation Industries and Commodities at the time, Datuk Peter Chin Fah Kui.

It is clear that this is PAS's desperate efford in trying too twist such a simple story, so that it would be too twisted for rakyat to understand. This is because, both of the letters which is being used as PAS as their 'evidence that they are innocent' is only support letter on the project which is proposed and not the document to change land ownership to anyone. It has always been the responsibility of the central government to support projects that are seen to be able to generate state income.

However, Datuk Awang Adek nor Datuk Peter Chin have any rights or power to change the land ownership to Upaya Padu Sdn Bhd or anyone. The only one who has the power to do such thing is none other than Tok Guru Nik Aziz himself.

The thing which makes it harder for PAS and DAP is when this scandal is raised in Dewan DUN Perak by Dato' Hamidah Osman. It has been part of DAP's tradition to threat people when it comes to covering their scandal. Thus, on December 20, at 3.30pm when she was at the food court of Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming came to Dato' Hamidah and threatened her by saying,"If you reveal this, you watch out I will go after you''.

However, as usual, DAP is too arrogant to admit that they threaten anyone even though the fact is, Mohamad Tajol Rosli Ghazali and Datuk Rusnah Kassim was there during the incident.

Who knows what DAP and PAS would do after this to cover their corruption issue. Today, PAS had proven that they are willing to sacrifice 4,210 hectare of their land for the CM post. Just imagine if PR is to lead this country...who knows how much land would PAS give away for the post of Cabinet Ministers or even GLC Directors. And just imagine the kind of threats those DAP gangsters would do if they don't get what they want.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendedahan Skandal Tanah Dan Balak Pas Kelantan

Posted: 26 Dec 2012 06:24 AM PST

Himpunan Oren Untuk Sesatkan Peneroka

Posted: 26 Dec 2012 06:18 AM PST

Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.

Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.

Tapi seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik, sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai.

Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA, kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.

Untuk mencapai agenda ala zionis itu, maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA.

Kini yang terbaru pada 28 Disember 2012 nanti PAS berura-ura pula untuk melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Himpunan selepas Solat Jumaat itu dikhabarkan bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF, tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.

Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad, malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.

Kecuali, sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA, yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.

Berkaitan isu urusniaga FELDA dengan Israel pula bukannya satu isu pun kerana sememangnya tiada urusniaga sedemikian. Sebaliknya, urusniaga hanya membabitkan Malaysia dan Palestin.

Namun disebabkan Palestin tidak mempunyai pelabuhan, maka kapal-kapal Malaysia terpaksa menggunakan Perlabuhan Ashdod, Israel selepas itu bekalan minyak sawit itu dihantar pula ke Palestin untuk kegunaan rakyatnya.

Jelas sekali PAS sengaja memanipulasi fakta yang nawaitunya hanya untuk membangkitkan kemarahan ramai terhadap FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional. Dakyah sesat PAS hanya laku dikalangan penyokongnya sahaja yang sememangnya terkenal buta hati dan buta kayu sejak azali.

Sama sahaja tujuannya apabila membangkitkan soal tanah Felda Plantation, fakta diputarbelitkan untuk memberi gambaran tanah itu akan tergadai, walhal tiada isu pun yang timbul.

Akan tetapi, perihal lebih 10,000 ekar daripada tanah Ladang Rakyat yang tergadai dan kini menjadi milik pemimpin Cina cauvinis DAP Perak melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd itu fakta yang benar. Kenapa PAS tidak berminat mengadakan demo dan berhimpun menyatakan bantahan dalam isu ini? Hipokrit.

Lagipun diantara FELDA yang terbukti berjaya dibandingkan dengan kegagalan Ladang Rakyat membantu para peserta membaiki taraf hidup serta gadaian tanah melalui pajakan berpuluh tahun seluas lebih 80,000 ekar di Selatan Kelantan itulah sepatutnya menjadi fokus PAS, itu pun jika PAS benar-benar cakna dengan nasib rakyat.

Daripada PAS sibuk menyebarkan propaganda jahat dengan harapan dapat menyesatkan peneroka FELDA dan orang ramai, lebih berbaloi untuk PAS memperbetulkan kesilapan dan kelemahannya sendiri dan berhimpun membantah kecuaian Kerajaan PAS Kelantan, betul tak?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Benarkah Hadi Sakit Tenat?

Posted: 26 Dec 2012 06:13 AM PST

Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia. Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka. Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit. Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat. Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya. Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid. Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya. Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan. Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan 'publisiti' berlebihan terhadap isu tersebut.

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat 'publisiti yang berlebihan'. Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAPERA ..

Posted: 27 Dec 2012 01:28 AM PST

RAPERA ..


Ramai Sangat Nak "Pertahankan" Islam

Posted: 26 Dec 2012 08:41 PM PST

Apalah Salahnya Amanat Haji Hadi?

Posted: 26 Dec 2012 05:28 PM PST

AZLI SHUKRI

Posted: 26 Dec 2012 11:45 PM PST

AZLI SHUKRI


Kafirkah Aku? Buku Bakal "Best Seller" 2013

Posted: 26 Dec 2012 04:08 PM PST


Kenyataan Terbaru Tuan Ibrahim dedah Wajah Sebenar PAS

Posted: 26 Dec 2012 01:15 AM PST

PAS mula rasa tertekan, ragu, kelam-kabut dan panas dengan kenyataan terkini Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah yang tetap mahu digunakan oleh penganut Kristian di dalam kitab Bible mereka. PAS berpecah kepada dua kumpulan dalam menjawab permasalahan ini - golongan pertama yang diketuai Nik Aziz secara "mudah" mengizinkan nama Allah digunakan oleh penganut Kristian bagi menggantikan perkataan "God" di dalam Bible. Manakala golongan kedua pula yang diketuai oleh Harun Din secara tegas menolak kehendak Lim Guan Eng tersebut. Mungkin agaknya, PAS melihat pengaruhnya yang sejak akhir-akhir ini semakin lemah, dengan kadar segera menukar strategi melalui lidah Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim bagi menangani isu sensitif ini daripada terus memakan diri. Sekiranya dahulu PAS sangat bertegas dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian, kini nada mereka sudah mula berbeda. Mengapa ye? Inilah padahnya jika mereka "beriman" kepada Tahalul Siyasi dengan menggunakan hawa nafsu. PAS terlalu yakin dan percaya untuk menang dan martabatkan Islam di Malaysia, mereka "wajib" bekerjasama (tahalul siyasi) dengan DAP (yang tidak gemar kepada Islam itu) dan pada masa yang sama meninggalkan umat Islam yang lain - benarkan kefahaman seperti ini? Benarkan ini cara yang diajar oleh Rasulullah?

Parti yang tidak tentu hala prinsip perjuangannya seperti PAS, sudah tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. PAS sudah benar-benar terpesong daripada landasan asal perjuangan mereka. Demi kuasa dan putrajaya, PAS seolah-olah hampir "sudah beriman" dengan "Tahalul Siyasi" - kononnya Tahalul Siyasi dengan DAP la satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini! Benarkan begitu? PAS diingatkan jangan menambah rukun Iman. Islam boleh ditegak dan dimartabatkan di Malaysia tanpa memerlukan bantuan DAP! Cukuplah Allah dan Rasul menjadi pembela bagi kita semua. Wallahualam.

Berikut ialah kenyataan penuh Tuan Ibrahim: Soalnya mengapa bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan? Bukankah sebelum ini Nik Aziz yang sangat lantang dan ke hadapan dalam menangani isu kalimah Allah ini?


Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan


PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah 'Lord'.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.



Tuan Ibrahim Tuan Man


Ketua Penerangan PAS Pusat

26 Disember 2012

Panglima Perang Cyber

Posted: 26 Dec 2012 11:32 PM PST

Panglima Perang Cyber


Siri 4 - Skandal Ladang Rakyat Kelantan cc @Mustapa_Mohamed @NajibRazak #GelombangMerah #UMB

Posted: 26 Dec 2012 07:56 AM PST





Mohon disebarkan...

Siri 3 - Skandal Ladang Rakyat Kelantan cc @Mustapa_Mohamed @NajibRazak #GelombangMerah #UMB

Posted: 26 Dec 2012 05:00 AM PST







Mohon rakan maya sekelian menyebarkan bahan ini...Terima kasih

Belantan

Posted: 26 Dec 2012 11:31 PM PST

Belantan


Antara Nik Aziz dan Tok Mun?

Posted: 26 Dec 2012 02:31 AM PST



''…Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

Kata-kata ini bukanlah dilafazkan oleh sebarang orang tetapi beliau adalah seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am kepada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan diagung-agungkan oleh pengikut-pengikutnya bertaraf ulama dan tok guru.

Tetapi malangnya, insan ini tidak pernah insaf-insaf untuk berhati-hati dalam percakapan, sebaliknya hanya kerana berbeza fahaman politik, beliau bersedia bercakap apa sahaja bagi memburuk-burukkan musuh politiknya iaitu UMNO.

Demikianlah gambaran sikap dan tindak tanduk memualkan yang dipaparkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dari semasa ke semasa terus kekal dengan sikapnya menanam politik kebencian dalam kalangan penyokong Pas terhadap UMNO.

Entah apalah dosa besar UMNO kepada beliau sehinggakan setiap kali beliau bercakap tentang parti itu, seolah-olah UMNO tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ini bukanlah kali pertama Nik Abdul Aziz melakukan serangan ke atas UMNO, malah sudah acap kali Menteri Besar Kelantan itu dilihat bermulut celupar semata-mata mahu mempertahankan perjuangan politik Pas yang kini semakin bercelaru dan kelam-kabut.

Malahan kita juga boleh menganggap Nik Abdul Aziz yang kini dimamah usia dan semakin tidak lagi berkemampuan mentadbir Kelantan cuba mencari alasan bagi 'menghalalkan' langkah beliau untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, biar pun sudah berusia 81 tahun dan bergelar Yang Berhormat sejak 1969.

Nik Abdul Aziz memahami di peringkat akar umbi dalam Pas sendiri sudah ada yang tertanya-tanya kenapakah Nik Abdul Aziz masih belum mahu berundur.

Bagi mereka, mungkin satu ketika dulu ketika Pas mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, tenaga dan fikiran Nik Abdul Aziz amat diperlukan, apatah lagi dengan slogan kepimpinan bersama ulama, Nik Abdul Aziz dilihat tokoh paling sesuai untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dirampas daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.

Namun itu dulu, sekarang mereka sudah melihat sendiri bagaimana Nik Abdul Aziz dari semasa ke semasa semakin menjadi liabiliti kepada Pas. Keceluparan Nik Abdul Aziz dalam memberi ulasan dalam memperkatakan soal politik antara UMNO dan Pas semakin memburukkan imej parti itu. Apatah lagi akibat keceluparan itu, Nik Abdul Aziz sendiri tanpa disedari oleh beliau dilihat semakin menghakis imejnya sebagai tok guru dan ulama.

Sebab itulah, ketika mengulas keceluparan Nik Abdul Aziz ketika di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "Nik Aziz ini selalu dia celupar..celupar ini taulah..terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum. Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh-tokoh ulama mempertikaikan. Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri. Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata."

Kenyataan Muhyiddin itu ada benarnya kerana selama ini Nik Abdul Aziz dilihat 'begitu kebal' sekali tidak ada siapa pun yang boleh menegur beliau, kalau mahu diharapkan ulama-ulama atau pemimpin Pas sampai dunia kiamat pun mereka belum tentu akan berbuat demikian.

Sebab itulah Nik Abdul Aziz dilihat semakin angkuh dalam membuat kenyataan politik berkaitan dengan UMNO. Beliau seolah-olah tidak mahu memikirkan kesan kepada umat Islam dan orang Melayu. Beliau tidak sedar kenyataan beliau mengenai UMNO yang berkaitan dengan Islam boleh menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.

Oleh kerana beliau seorang pemimpin politik bertaraf ulama, segala kata-kata akan menjadi pegangan kepada penyokong-penyokong tegar Pas sehingga akhirnya perpecahan umat Islam akibat berbeza fahaman politik menjadi semakin buruk.

Ketika Nik Abdul Aziz menganggap selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar." Cubalah kaji perjalanan politik negara sejak merdeka. Apakah benar UMNO membawa kemungkaran? Kalau betul perkara itu sudah tentulah Malaysia tidak dilihat sebagai negara Islam contoh dan syiar Islam berkembang dengan pesat di negara ini.

Tetapi Nik Abdul Aziz tidak akan mengiktiraf perkara itu kerana bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja yang betul, Islam yang dibawa oleh Pas sahaja yang mampu membawa kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan umat.

Namun ketika Nik Abdul Aziz begitu celupar apabila suatu ketika dulu menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam plastik dan tidak boleh dibawa ke syurga, para ulama seluruh dunia memuji kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz tidak mahu mengiktiraf semua itu, bukan kerana ia tidak betul tetapi disebabkan ia memberikan kelebihan politik kepada UMNO kerana bagi pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah hanya Pas sahaja paling layak mengembangkan syiar Islam di negara ini.

Kalaulah umat Islam mahu mengharapkan kepada Pas berbuat demikian ia boleh dianggap sekadar mimpi kerana Islam hanya menjadi sandaran dan modal politik kepada parti itu. Malahan Islam yang diperjuangkan oleh Pas hanyalah slogan dan hujah-hujah bermodalkan air liur di atas pentas-pentas ceramah.

Ini memandangkan kalau ia mahu dirujuk kepada corak pimpinan Pas yang menguasai Kelantan sejak 1990, Kedah mulai pilihan raya umum 2008 dan Terengganu selama sepenggal mulai 1999, tiada banyak perkara yang dilakukan untuk melayakkan bahawa kepimpinan Pas mempunyai keupayaan yang jauh lebih hebat daripada kepimpinan UMNO.

Sebaliknya apa yang kita saksikan, Islam tidak ubah sekadar slogan dan ia terus dilaung-laungkan dengan iringan takbir untuk menunjukkan kononnya Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam. Lebih malang lagi, Pas sanggup meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum demi memastikan mereka tidak dilihat mempunyai pendirian berbeza dengan dua lagi parti sekular iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Oleh itu tidak perlulah Nik Abdul Aziz hendak terus bersikap celupar terhadap UMNO. Kalau hendak bertanding, bertanding sahajalah. Itu hak beliau dalam sebuah negara demokrasi, contohilah sikap bekas calon Bebas di Kuala Terengganu, Maimun Yusof,93 atau Tok Mun yang berhasrat bertanding dalam pilihan raya umum nanti biar pun kecewa pada tahun 2008.

Sekurang-kurangnya Tok Mun jauh lebih baik daripada Nik Abdul Aziz kerana penjaja kain dan jeruk itu mahu bertanding lagi dengan alasan mahu memperbetulkan pentadbiran negara yang didakwanya ada banyak kesilapan. Tidak mengapalah itu alasan Tok Mun, sekurang-kurangnya dia tidak menganggap ''kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

Mungkin Tok Mun bukan ustazah tetapi sekurang-kurangnya dia tidak melakukan dosa dengan mengaitkan orang lain untuk 'menghalalkan' kenapa dia perlu bertanding. Mungkin dalam soal ini Nik Abdul Aziz boleh belajar daripada Tok Mun, bagaimana hendak memberi alasan kerana kesudahannya rakyat juga yang akan menilai sama ada alasan itu boleh diterima atau tidak.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 26 Dec 2012 11:26 PM PST

sekupangdua

Posted: 26 Dec 2012 11:20 PM PST

sekupangdua


PENYEWA RUMAH (NORDIN @ PAS BATU GAJAH) DIBERI KATA DUA... SETUJU ATAUPINDAH!

Posted: 26 Dec 2012 06:04 AM PST

  bantahan penduduk kampung...
Rupanya seorang jer penduduk kp indah tempat ceramah menyokong DAP (dilembukan & di cacaikan) kepada PAS bantu sebar fitnah yg diadakan mlm ni sebelah rumah Yb Dato hamidah Osman...

tapak dirumah sewa kepunyaan Nazri Nordin (PAS) dijadikan tapak ceramah dgn tujuan bagi menyerang  Hamidah utk cai dan kesetiaan sebagai lembu dema, rumh sewa tersebut yg paling hampir dgn rumah Hamidah Osman...

Sekalipun penyewa tak setuju, nazri akan bertindak suruh keluar dan boleh bayar pampasan bila dia dikatakan menunjuk segemgam RM 50 sebagai tanda bayar penyewa tersebut selama 3 bulan jika tak setuju dijadikan toak ceramah mlm ini yg isunya bukan pun babitkan PAS TETAPI SEBENARNYA YG DIPERTIKAIKAN DAP, seperti biasa yg kita cukup maklum tokEy sebenar PAKATAN ROKET dan PAS pun mahu buktikan betapa dema ni mampu di LEMBUKAN oleh big boss besar dema

ishh dema ni betuiker Orang Islam? kebajikan yg digebang tu sebenarnya utk rakyat atau boss-boss dema? Bukan ker yg patut dema bela atau perjuangkan sepatutnya suadara separti dema iaitu PAS Chiku, Gua musang yang terpaksa menyerahkan tanah yang dema usahakan puluhan tahun kepada orang kuat DAP dengan Alasan sedekah? 

Paling bermurah tuan Guru dema sedekah 10,526 ekar tu  sekadar sedekah? nilai yg boleh jadikan 60,104 tapak rumah rakyat yang miskin tegar? ataupun dah boleh selesai isu AIR BERSIH maupun LEBUH RAYA RAKYAT  


taak setuju kehadiran orang luar.
  Menurut SRO ( sungai rapat online) lagi...

Menurut penduduk, semalam Cikgu Nazri dan beberapa orang pemimpin Pas datang mengugut penyewa rumahnya samada keluar atau membenarkan rumah tersebut dijadikan pentas ceramah. 

Penyewa tersebut yang tidak mahu gambarnya dirakamkan takut diugut berkata, "saya tiada pilihan kerana rumah ini adalah kepunyaan cikgu Nazri Nordin, saya hanya penyewa sahaja dan jika saya tidak membenarkan rumah ini di jadikan pentas ceramah pembangkang, saya akan dihalau dan Cikgu Nazri sanggup membayar kembali duit sewa selama tidga bulan kepadanya,"

Cikgu Nazri menunjukkan segenggam wang kertas RM50 kepadanya sebagai tanda beliau banyak duit dan mampu membayar balik sewa yang dibayar oleh penyewa selama 3 bulan yang lepas sebagai gantirugi menghalau penyewa pada malam ini juga.


Haji Zulkifli b. Mat Jidi, 76 pula tetap tidak bersetuju dengan pembangkang dan hati saya sudah ada pada Umno dari dulu kini dan selamanya. Saya berasal dari Lambor dana saya tahu perit jerih bagaimana orang Lambor dibawa pergi dan terus dibunuh oleh komunis begitu sahaja, tiada khabar berita hingga kini dan saya tidak merelakan anak cucu saya mengalami nasib yang sama seperti orang terdahulu 
 
 Badariah Binti Hamzah, 64 tahun, berkata beliau tidak suka pembangkang menjadikan jkampungnya sebagai tempat untuk mereka membuat hasutan, selama ini 
  
  Mustaffa bin Othman, 62 tahun, juga tidak merelakan kawasan perkarangan rumahnya dipenuhi dengan pembangkang dari luar. Ini akan menimbulkan ketidaktenteram penduduk di sini. kami selama ini bersatu padu dan sering bergotong royong bersama.  

PEMBONGKARAN TEMBERANG NIZAR LULUS KONSESI BALAK @ PERAKTODAY

Posted: 25 Dec 2012 11:55 PM PST




Beberapa pembongkaran mula diketahui,makin lama makin banyak kaitan dengan isu yang paling panas ketika ini terutama semasa sidang DUN Negeri Perak minggu lalu. Kini lagi pembongkaran tentang retetan apa yang sebenarnya berlaku, rupanya bukan setakat Hadiah yang tak seberapa oleh tuan Guru yang sekadar menghargai jasa baik rakan dengan hadiah tak seberapa hanya lebih 10 ribu  ekar jer... kalau nak dibandingkan jasanya tak terkiranya pada PAS, Lagi pun sekadar 10,526 ekar tak ler besar mana pun, kalau untuk perumahan rakyat miskin yang memerlukan tapak tanah untuk sebuah rumah suku ekar pun Kelantan hanya mengambil sikit jer, hanya kehilangan 51, 104 tapak tanah untuk rumah rakyat miskin tegar, itu kalau dibagi suku ekar setiap orang...

Hadiah tak seberapa oleh tuan guru nie bukan besor mana nilai tanah nie pun tak sebesor mana, mungkin ler boleh selesaikan masalah Air Bersih dan jalanraya jer! ini semua diakui oleh semua pengikut PAS pun. atas konsep sedekah jangan dihebohkan sebab tak ikhlas kot. Nampaknya pemimpin BN dema kata menyebabkan sedekah tak jadi ikhlas bila buat pembongkaran tentang Hadiah Tuan Guru nie. Kenapa dema tak marah tak tau ler... mungkin pasal nak ikhlas jangan dibesarkan kot? 

Ikhlas Tok Guru...

Selepas skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak terbongkar, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, hari ini mendedahkan pula salah guna kuasa yang dilakukan Ketua Pembangkang berhubung kelulusan konsesi pembalakan dalam tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.
Pada sesi penggulungan Bajet 2013, Zambry berkata, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar dengan meluluskan konsesi balak tanpa merujuk kepada mesyuarat jawatankuasa perhutanan negeri, sebaliknya terus memberi arahan permohonan diluluskan.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media sejurus sidang ditangguhkan, Zambry menegaskan, PR sering menganggap Barisan Nasional (BN) sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme.
"Tetapi beliau terlupa mereka sebenarnya lebih korup daripada BN. Bayangkan hutan simpan yang sepatutnya di rujuk ke mesyuarat jawatankuasa tidak dilaksanakan malah tidak sempat didaftar kepada Jabatan Perhutanan.

"Sebaliknya permohonan itu terus diluluskan dan lihat betapa berkuasanya Nizar ini," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, jika mengikut prosedur yang ditetapkan, sebarang permohohan perlu dihantar kepada Jabatan Perhutanan sebelum diproses dan kemudiannya diusulkan dalam mesyuarat jawatankuasa perhutanan negeri.
Pada hari kedua sidang DUN Perak, Nizar telah menuduh kerajaan BN mengamalkan korup dengan meluluskan konsesi balak seluas 606 hektar kepada tiga syarikat yang dimiliki orang yang sama.
Lokasi tanah itu terletak di Mukim Belukar Semang, Daerah Pengkalan Hulu dan kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada 30 November 2012.


Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan negeri meluluskan permohonan syarikat itu mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan, tidak seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan PR.
Beliau juga katanya, tiada halangan sekiranya Nizar ingin membuat laporan kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan konsesi yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Ditanya pemberita sama ada beliau akan membuat laporan kepada SPRM mengenai salah guna kuasa yang dilakukan Nizar, Zambry berkata:
"Belum lagi…tetapi saya telah dapat membaca fikirannya untuk menjerat BN seolah-olah kita ini jahat dan ada kroni-kroninya.
"Saya akan lihat taktik dan permainan Nizar…saya akan dedahkan nanti tetapi biarlah kita berhenti dulu setakat ini," katanya lagi. — Aktivis Pendang Jr 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Dec 2012 11:18 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gambar Lama Tun Mahathir. Biar Gambar Berbicara.

Posted: 26 Dec 2012 08:30 PM PST

Benarkah Tun Mahathir tolak Islam?

Dari dulu lagi rakyat tahu bahawa ianya hanya fitnah pembangkang untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Bagi menguatkan tuduhan, pembangkang juga sanggup menfitnah bahawa Tun Mahathir ANTI KEPADA ORANG BERJUBAH dan BERSERBAN.

Biarlah gambar ini berbicara.




*Mohon disebarkan di media sosial.

BERHATI-HATI DENGAN TEMASEK HOLDING

Posted: 26 Dec 2012 05:35 PM PST


LEE KUAN YEW: LONG AGENDA

LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY)

Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor). 

Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya.

Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu. 

Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru.

Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah...

Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun,  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira.

Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya.

Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat.

Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand?

Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura? 

Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia?
Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1.

Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia.

Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!".

Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.




Ulamak PAS tampar Guan Eng ?!

Posted: 26 Dec 2012 04:00 AM PST




PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. 


Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

"PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan…. jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.



"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi.

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

Sumber: Merdeka Online

*Dalam MyMassa amati artikel ini teringat sister Izzah bagi kebenaran untuk orang Melayu Murtad.


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Dec 2012 11:06 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Kerana Kenyataan Ini, Tuan Ibrahim Tuan Man Mungkin Akan Di Kenakan Tindakan Disiplin...

Posted: 26 Dec 2012 09:00 PM PST



PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. 

"Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam," kata TUan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. 

PAS, tegasnya, melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  

Bahkan, tambahnya, cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

"Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. 

"Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk," katanya.

Sehubungan itu, katanya, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar.

"Bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah 'Lord'.

"Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara),  tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik," katanya. 

Menurut Tuan Ibrahim, ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 26 Dec 2012 11:04 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Puis a nouveau, il ya un gros probleme aujourd’hui

Posted: 26 Dec 2012 01:56 AM PST

Je me concentrais sur casino en ligne gratuit. Pourtant, il ne s’arrêtera pas casino en ligne. J’en ai besoin maintenant. C’est pourquoi nous ne pouvons pas vivre sans réellement casino en ligne. Les amis ne se rendent pas compte que vous devez d’abord se qualifier pour casino en ligne comme si je vais avoir à prendre l’un pour l’équipe. L’écrire sur votre pad. Il ya un peu de casse-tête avec ce que. Ce sont vos amis. La sagesse collective est que l’on devrait avoir une réticence concernant casino en ligne.

Essayez de débrancher ton cerveau de casino en ligne sorte que l’affaire Zélotes ne pouvait guère être plus faibles.

Voici un bloc de construction. Il va quelque chose comme ça et je suis en secret à ce sujet pour une raison. Voyons cela en temps réel.
jeu de poker gratuit en ligne sans argent sans inscription peut être beaucoup de plaisir mais je me sens comme si j’avais été rédigée par la marine. C’est tout comme les moque de la charité noir.
Je pense que vous verrez que jeux de 500 machine à sous est égal à l’occasion. Eh bien, comme on dit, plus vous les travaux de la chance que vous obtenez. Boy Howdy! Vous avez vu ce que font les autres et vous pouvez le faire aussi. Les enfants, vous pourriez en désaccord à ce sujet.
Mon respectabilité est intacte où si vous travaillez comme moi, je vais écrire un autre casino en ligne colonne se rapportant à plus tard ce mois-ci pour que vous appréciiez.

J’ai lu que c’est une casino online car ils peuvent ajouter un casino en ligne francais pour vous.

APANAMA

Posted: 26 Dec 2012 11:04 PM PST

APANAMA


Anti-logging activists and the DAP's latest scandal

Posted: 26 Dec 2012 12:55 AM PST

PISAU.NET

Posted: 26 Dec 2012 09:36 PM PST

PISAU.NET


Lagi Kisah Lanjut Isu Bos DAP Perak Dan Tanah Kelantan

Posted: 26 Dec 2012 04:47 PM PST


AgendaDaily- Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad kepada Agendadaily pada Isnin.

Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.

Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.

"Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming  dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," katanya.

relai513

Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.

Menurut Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.

"Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK," kata beliau.

Jelasnya lagi, antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.

Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Wan Khairul mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkumungkinan sudah dimiliki.

Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.
Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.

wankhairul200Jelas, Wan Khairul (gambar), persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar.
"Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri..." katanya.

Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.

"Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini," ujarnya.

Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.

"Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,"kata Karpal.
relaipetakawasan
Sementara itu, Exco Kanan Perak Datuk Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

"Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.

"Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).

"Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini," katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas.- OLEH HELME HANAFI- 24/12/2012

Bila KAK IJAT Lebih Mulia Daripada Ngeh/Nga

Posted: 26 Dec 2012 06:39 AM PST



GelagatAnwar- Itulah ayat yang dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat strategik tempohari. Terkesan dengan 'deal balak' di antara DAP dan PAS, Anwar sangat khuatir dengan situasi di mana DAP akan kehilangan MARUAH sebagai sebuah parti yang kononnya bersih.
Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:-
'They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham' case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!'
Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar 'pressure' DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone.
Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya 'kickbacks' ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat.
Anwar bandingkan bagaimana dalam kes Shahrizat – NAMA Shahrizat tidak timbul langsung dalam syarikat. Tak ada. Apapun yang dikatakan, NFCorp tidak ada nama Shahrizat. Kalau kita, tegas Anwar, menggunakan asas yang sama – Ngeh dan Komeng patut letak jawatan dalam CEC, ataupun dikenakan tindakan disiplin 'pending investigation'.
Sekurang-kurangnya kes Ngeh/Komeng ini memberikan sedikit MARKAH untuk Anwar bercakap dengan DAP. Kalau sebelum ini DAP sangat sombong dan cocky dalam mengurus isu Mansor Othman, inilah masanya. Anwar mahu DAP ambil tindakan kepada kedua-dua YB tersebut. Noktah.

Skandal Tanah & Balak: Sejarah Berulang Kembali, PAS Mengundang Bala Kekalahan Di Kelantan

Posted: 26 Dec 2012 02:38 AM PST

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Tanah Kelantan: Penyokong PAS Tak Faham Beza Surat Sokongan dengan Surat Tukar Milik Tanah

Posted: 25 Dec 2012 11:24 PM PST

Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan 'habuan' kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai. Ia dikatakan 'habuan' kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.

Pemberian 'habuan' daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila 'urusniaga gelap' mereka terdedah.

Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh pemimpin UMNO pula sebagai punca. Kononnya, pemberian tanah tersebut telah diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Jelas, ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah, agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat. Ini kerana, kedua-dua surat yang dijadikan 'bukti tidak bersalah' oleh PAS itu hanyalah surat sokongan terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah kepada sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri.

Namun, Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua. Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok Guru Nik Aziz sendiri?

Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di dalam Dewan DUN Perak oleh Dato' Hamidah Osman. Sudah menjadi sikap samseng semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka. Justeru, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Dato' Hamidah dan menuding jari sambil mengugut "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.

Namun, seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika kejadian. Maka, terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah membesarkan lagi isu tanah ini.

Entah apa lagi percubaan DAP dan PAS untuk menutup isu korup mereka ini selepas ini. Hari ini, PAS telah membuktikan yang mereka sanggup menggadaikan 4,210 hektar tanah untuk jawatan MB. Bayangkan jika PR memerintah negara ini…entah berapa hektar lagi atau apa lagi yang akan PAS gadai untuk jawatan Menteri Kabinet ataupun Pengarah GLC serta bayangkan juga ugutan dan ancaman yang puak samseng DAP mampu lakukan jika mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Dec 2012 09:14 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Ini Bukti Mazlan Aliman Ditolak Masyarakat Felda

Posted: 26 Dec 2012 08:30 PM PST


Nik Aziz Sanggup Biarkan Pengikut PAS Terus Taksub Dengan Amanat Hadi Awang

Posted: 26 Dec 2012 06:21 PM PST



Gambar Pemuda PAS Kantoi Di Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2012 09:25 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Dec 2012 09:06 PM PST

melayuangkat

Posted: 26 Dec 2012 03:43 PM PST

melayuangkat


KERAHAN Bantu Mangsa Banjir Lebih Baik...

Posted: 26 Dec 2012 02:46 AM PST


Akrab....yang tak boleh dengan ahli UMNO je...

Posted: 26 Dec 2012 12:09 AM PST


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Dec 2012 03:23 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Bekas anggota Ruffedge dituduh rogol anak tiri

Posted: 26 Dec 2012 02:31 PM PST

AMPANG - Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

(Gambar) 'Tubuh gebuku' jadi sasaran...

Posted: 26 Dec 2012 01:31 AM PST

KUALA LUMPUR- Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.

Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik 'super imposed' bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.

"Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.

"Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama 'Jessy Srikembangan' dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit," katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.

Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil 'Jessy Srikembangan' serta 'Lisa Carino' yang menggunakan gambar wajahnya.

"Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama 'Jessy Ling Kok Diong' sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.

"Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu," katanya.

Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.

"Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.

"Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil," katanya. (Harian Metro)

Kalimah Allah: Bible wajar guna Tuhan

Posted: 26 Dec 2012 01:01 AM PST

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah 'Lord'.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama seperti kalimah Dua Shahadah dan ALLAH, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Dua beradik jadi penyegar nafsu

Posted: 26 Dec 2012 12:01 AM PST

KUANTAN - Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.

Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.

Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.

"Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap," katanya.

Bapa Kandung Leuniey didakwa tidak faham hak...?

Posted: 25 Dec 2012 08:31 PM PST

KOTA BHARU, 26 DIS 2012: Semalam, 2 akhbar utama negara iaitu Berita Harian serta Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan bapa kandung kepada Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad bahawa dia terkilan kerana tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Susulan daripada kenyataan bapa kandung Leuniey tersebut, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, yang diwawancara Murai berkata, ada baiknya perkara itu dijawab sendiri oleh ibu dan ayah yang telah membelanya selama ini.

Apapun Leuniey menjelaskan, dia menerima berita ini sebagai ujian dalam penghijrahannya dari pada seorang anak dara kepada isteri orang.

"Saya juga sifatkan ia sebagai perkara yang mudah bagi seseorang individu untuk mencari kesalahan orang lain tapi agak sulit untuk menilai kelemahan diri sendiri.

"Hakikatnya saya sudah turuti semua syarat dan proses sah untuk berkahwin. Terpulang pada masyarakat untuk menilai adakah ini jawapan sebenar apabila hajat tidak menemui jalan penghujung.

"Saya hormati dia dan hanya minta doakan perkahwnan saya berjalan lancar dan diredhai Allah S.W.T," tambah Leuniey lagi.

Sementara itu, Nazri Adnan, 43, bapa tiri kepada Leuniey berkata kenyataan yang akan diberikannya ini adalah suara hati seorang ayah yang diamanahkan Allah untuk menjaga kesucian hambaNya yang berjantinakan wanita.

"Apa yang zahir dari mulut ayah kandung Leuniey adalah hak dia sebagai wali yang sah. Saya tiada hak untuk halang. Istilah tidak dijemput sewajarnya tidak diungkit kerana sebagai wali dialah insan yang utama tahu anaknya mahu berkahwin.

"Wali adalah tuan rumah walimatul urus. Mungkin ini juga jawapan bagi persoalan mengapa Luniey berada dalam keadaan begini.

"Sebagai ketua keluarga yang diisi ahlinya oleh Leuniey, ibu serta adiknya, saya berharap pernikahan dan perkahwinan ini menuju ke puncak kebahagiaan selamanya sampai ke syurga.

"Harap pandangan dan komen saya menjawab segala persoalan berpandukan artikel yang tersiar di dada akbar semalam. Tiada niat untnk menyinggung mana-mana pihak kerana saya tahu insan dicipta untuk merancang namun segalanya ditentukan Allah SWT," kata Nazri lagi.

Pelakon lelaki ditahan kerana aksi tak senonoh

Posted: 25 Dec 2012 08:02 PM PST

Selepas seminggu ditangkap atas dakwaan memiliki dadah jenis kokain dan methamphetamine, aktor Twilight Saga, Bronson Pelletier, sekali lagi ditahan.

Kali ini kerana perilakunya tidak senonoh dan menjijikkan.

Penangkapan terbaru dilaporkan berlaku pada Isnin lalu pada kira-kira jam 2 petang di lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).

Dia ditangkap dua jam selepas polis terpaksa mengeluarkan pelakon Kanada itu dari pesawat kerana membuat kacau di atas kapal kerana dipercayai mabuk.

Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu TMZ.com selepas membawa Bronson keluar daripada pesawat, pelakon itu diarahkan untuk menunggu di terminal.

Tetapi tidak lama selepas pegawai polis beredar meninggalkannya, mereka menerima satu lagi laporan daripada pengawal yang sedang bertugas di pintu terminal tersebut.

Mereka mendakwa Bronson telah membuang air kecil di tengah-tengah terminal itu!

Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

Malah dia asyik mengomel dan berpura-pura seperti tidak bersalah sewaktu diheret pengawai polis.

Bronson dikenali selepas muncul dalam filem debutnya, 'Twilight Saga', memengang watak sebagai Jared (kumpulan Wolf Pack).

Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan memiliki jenis kokain dan methamphetamine secara haram, Bronson juga tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan dia telah diperintahkan untuk muncul kembali di mahkamah pada 17 Januari depan.

Mynewshub

Kalimah Allah: DAP disaran tutup mulut sebelum tegang

Posted: 25 Dec 2012 08:01 PM PST

SEREMBAN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disaran menutup mulut isu kalimah ALLAH kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana tegang di negara ini.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak faham tentang agama Islam dan tidak layak bercakap mengenai perkataan ALLAH.

"Mana boleh samakan nama ALLAH dengan yang lain. Kalimah ALLAH perlu dijunjung dan tidak boleh dipermainkan.

"Guan Eng tidak faham tentang agama Islam dan dia main cakap sahaja. Lebih baik Guan Eng berhenti bercakap kerana kenyataan beliau nanti akan membuatkan masyarakat keliru," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, pemimpin Pas perlu menegur tindakan Guan Eng kerana kenyataannya itu dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak harmoni dan mendatangkan kemarahan umat Islam.

"Kalau betul Pas sebuah parti memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka (pemimpin Pas) menegur Guan Eng supaya tidak mempermainkan perkataan ALLAH.

"ALLAH bukannya ayat politik tapi ayat al-Quran yang disanjung tinggi dalam Islam. Kita tidak mahu Guan Eng mudah memberi kenyataan tapi dalam masa yang sama tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan," katanya.

Hasim berkata, beliau berharap Guan Eng menghormati agama Islam sepertimana umat Islam menghormati agama lain.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng membuat gesaan itu kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Kalimah Allah: PAS terus cemuh tuntutan DAP

Posted: 25 Dec 2012 06:17 PM PST

SHAH ALAM - Pas Selangor mencemuh tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu memikirkan sensitiviti agama Islam dan agama lain di negara ini serta dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan membelakangi keputusan mahkamah dan keputusan kolektif di peringkat Pusat.

"Pemimpin perlu berhati-hati dalam setiap kenyataan dan tindakan. Jangan sesekali mendahului keputusan yang belum diputuskan mahkamah," katanya semalam.

Abdul Rani turut menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya menunggu keputusan yang bakal diputuskan mahkamah dan tidak memberikan kenyataan awal sebelum mendapat restu daripada pimpinan Pusat.

"PR bukan melibatkan satu parti sahaja. Ada banyak komponen di dalamnya, terutamanya melibatkan isu sensitif seperti ini dan ia perlukan keputusan bersama, bukannya kenyataan peribadi," katanya.

Mengulas lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau menyifatkan perkataan ALLAH boleh digantikan dengan perkataan Tuhan atau 'God' seperti di kebanyakan negara Barat.

Katanya, Pas Selangor akan menurut sahaja keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama di peringkat Pusat dalam isu gesaan Guan Eng itu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz ALLAH adalah kalimah suci yang khusus bagi bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Kalimah Allah adalah permulaan...banyak lagi yg menunggu...

Posted: 25 Dec 2012 04:31 PM PST

SHAH ALAM – Umno mengingatkan DAP agar tidak lagi mendesak kalimah ALLAH dibenar dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana dibimbangi menimbulkan ketegangan dalam negara.

Ahli Majlis Tertingginya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tuntutan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Krismas semalam boleh diragui, tidak ikhlas dan bersifat provokatif.

Menurutnya, demi kepentingan undi sesuatu kaum atau agama, tuntutan seperti itu tidak perlu kerana isu ini sensitif malah turut melibatkan mahkamah.

"Mengenali sifat Guan Eng sebagai street fighter, beliau sebenarnya gagal memahami kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tuntutan ini juga menunjukkan Guan Eng tidak faham perasaan orang Islam.

"Selamanya Guan Eng tidak ada perasaan untuk memahami hati nurani orang Melayu Islam," katanya.

Katanya, Guan Eng tidak sepatutnya merosakkan suasana Krismas dengan tuntutan yang boleh renggangkan hubungan antara agama seperti itu.

Katanya, Guan Eng perlu selesai dahulu masalah dan janji masih belum ditunai di Pulau Pinang kerana itu lebih diperlukan berbanding bangkitkan isu sensitif sebegini.

"Beliau jangan alih perhatian rakyat daripada isu seperti pemilikan tanah pembalakan dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, isu kalimah ALLAH berani dibangkitkan semula DAP kerana sikap sekutu mereka, Pas yang berdiam diri.

"DAP tidak hormati orang Islam, sebab itu tiada seorang Melayu dipilih dalam pemilihan parti mereka baru-baru ini. Sekarang mereka mahu guna nama ALLAH, lepas ini apa pula diminta?

"Rakyat perlu nilai dan buat keputusan sewajarnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan, DAP jangan berani timbulkan isu kalimah ALLAH kerana ia adalah isu lama dan sensitif.

Kalimah Allah: PAS bidas DAP...

Posted: 25 Dec 2012 04:15 PM PST

SHAH ALAM – Pas menyarankan kitab Bible hanya perlu diterjemah ke dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan asal dalam kitab agama Kristian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, oleh kerana dalam kitab Bible perkataan asal digunakan 'God', maka terjemahan tepat perkataan itu adalah Tuhan.

"Wajar perkataan Tuhan saja diguna, tidak perlu menggunakan ALLAH," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, PKR meminta perkara ini tidak lagi dijadikan isu memandangkan ia telah dijawab dan penggunaannya perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu ini telah pun dijawab Pakatan Rakyat (PR) dan kepimpinan PKR pada 2010.

LGE cuba alih isu Melayu DAP dengan Kalimah Allah

Posted: 25 Dec 2012 04:01 PM PST

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.