KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia.
"Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau.
Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.
Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan.
"Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya.
Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah.
"Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz. - Harakahdaily.
Penjelasan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali.
Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.
2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar.
Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.
3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK.
Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang. Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah.
Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.
KUALA LUMPUR: Penduduk Bukit Botak yang telah menanti selama 30 tahun, kini sudah boleh tersenyum apabila isu mereka berjaya diselesaikan kerajaan negeri Selangor.
Projek Bukit Botak yang dijangka siap dan boleh mula diduduki Mac 2013 itu membuktikan keupayaan Pakatan Rakyat menawarkan yang terbaik untuk rakyatnya.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata isu Bukit Botak yang berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat itu juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk Bukit Botak yang yakin dengan usaha kerajaan negeri dalam projek ini.
"Untuk projek ini, kita menawarkan dua pilihan untuk mereka sama ada menarik diri atau menerima tawaran ini, dan Alhamdulillah majoriti memilih untuk menerima tawaran ini, yang akhirnya menjayakan projek ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau lagi, sejak 1988 lagi - ketika bancian pertama kali dilakukan, penduduk Bukit Botak telah dijanjikan kerajaan BN untuk memiliki rumah tersebut.
Bagaimanapun, katanya masalah tersebut terus berlarutan biarpun BN memerintah Selangor sekian lama, sehingga berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat.
Sabtu ini, satu majlis penyerahan surat tawaran kepada penduduk Bukit Botak, akan diadakan yang bakal disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Filem pendek "Oley" siri kedua terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang mendapat sambutan memberangsangkan membuktikan mesej dakwah boleh disampaikan secara santai.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak semua masyarakat khususnya golongan muda boleh menerima mesej Islam dan isu semasa melalui cara yang berat seperti ceramah, seminar dan forum.
Apa yang pemuda buat ini merupakan satu usaha untuk menepati kehendak semasa dalam menyampaikan mesej Islam dalam bahasa dan pendekatan yang mudah iaitu melalui pandang, dengar dan hayati," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Oley siri kedua sudah ditonton kira-kira 20,000 dalam masa lebih kurang tiga hari sejak ia dimuat naik di Youtube.
Ia cuba menyampaikan pengertian hudud yang tepat, bukan hukuman yang dilakukan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh.
Nasrudin juga berkata, Oley 2 dimuat naik secara berperingkat-peringkat bagi mewujudkan unsur suspen.
"Sengaja kita tayangkan beberapa episod supaya orang ramai ternanti-nanti apa sambungannya.
"Contohnya dalam episod satu, ada seorang pemuda akan dikenakan hukum hudud, jadi orang nak tahu apa yang berlaku pada dia pada episod seterusnya dan Oley 2 ada tiga episod," katanya.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, kandungan Oley 2 juga dapat menerangkan kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat dan Dokumen Kebajikan PAS.
"Masyarakat nak tahu bagaimana keadaannya bila Pakatan Rakyat memerintah dan kita nak tunjukkan kepada masyarakat gambarannya walaupun bukan secara keseluruhan," katanya lagi.
Oley 2 merupakan filem pendek arahan Adam Hamid yang menyertai PAS Julai lalu.
Selain Oley 1 dan 2, DPPM juga pernah menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta" tahun lalu.
KUALA LUMPUR – Sembilan pelabur emas memfailkan saman terhadap Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wang pelaburan mereka, melebihi RM2 juta.
Daud Mohamad, 63, Sofiah Halili, 42, Fazilahtun Ahmad, 42, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Noor Asykeen Abu Bakar, 36, Noorazylawati Abu Bakar, 35, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy.
Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.
Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa telah terlibat dalam skim pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat Geneva Malaysia yang memberi jaminan ia menguntungkan.
Mereka mendakwa bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendeposit sejumlah wang untuk membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli.
Menurut mereka, Daud telah membayar sebanyak RM405,250; Sofiah RM307,755; Fazilahtun RM424,000; Izuan RM119,900; Mahmud RM60,300; Mohd Sabri RM20,100; Noor Asykeen RM20,100; Noorazylawati RM671,455 dan Noraini sebanyak RM40,000.
Dalam tuntutan itu mereka menyatakan sehingga kini plaintif masih gagal mendapatkan emas mereka dan mendakwa defendan membuat representasi palsu dengan menyatakan skim pelaburan itu adalah menurut syariah sedangkan ia adalah sebaliknya.
Mereka memohon satu perintah untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkenaan memulangkan kembali wang pelaburan mereka itu.
Turut dituntut ialah kadar faedah, kos serta relif lain.
Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili kesemua plantif memberitahu Bernama bahawa writ saman tersebut akan diserahkan kepada defendan minggu depan.
TELUK INTAN - Seorang pelajar maut selepas terjatuh dan tersepit di piring penggerak traktor di tengah sawah padi Parit 2, Sungai Rambai, Mukim Sungai Manik di sini hari ini.
Mohd Hishamudin Mohd Najiri, 14, anak ketiga daripada lima adik-beradik adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, dekat sini.
Menurut rakannya, Mohd Faiz Talib, 17, mangsa terjatuh ketika cuba memandu traktor tersebut pada kira-kira 2.30 petang.
Mohd Faiz kemudian menghubungi abangnya Razali Talib, 43, yang juga pemilik traktor itu melalui telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurut Razali, beliau terus berkejar ke tempat kejadian dan mendapati sebahagian badan sebelah kiri mangsa cedera parah akibat tersepit di piring penggerak traktor tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.
"Saya kemudiannya menghubungi polis yang datang ke tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan," katanya ketika ditemui di sini.
Jenazah Mohd Hishamudin dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. - Bernama
KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.
"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.
Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.
Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.
"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.
"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwanya menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada 60 anak-anak Kelantan yang berada di Sabah.
Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.
"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.
"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.
Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.
"UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan.
"Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.
"Di manakah moral pimpinan-pimpinan ini yang boleh 'cuci tangan' apabila graduan-graduan UniRazak lulusan ISMP tersadai tanpa peluang pekerjaan, sedangkan universiti yang dikendalikan mereka bersekongkol dengan KPT untuk menawarkan kursus perguruan meskipun mereka tahu kekosongan jawatan tidak mengizinkan pengambilan sedemikian rupa," jelas Rafizi.
Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz yang hadir sama mendesak kerajaan menyelesaikan segera berhubung pengangguran ISMP.
"Graduan ISMP ini dikatakan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UniRazak. Malah silibus ISMP UniRazak adalah sama dengan silibus ISMP di Maktab Perguruan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).
"KPT bertanggungjawab memberi kelulusan kepada UniRazak untuk tawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi jaminan pekerjaan kepada graduan ISMP UniRazak. Mengapa ditawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi pekerjaan kepada graduan kursus tersebut?" soalnya.
Beliau menuntut kerajaan memberikan peluang sama rata kepada graduan IPTS seperti mana graduan IPTA. "Perlu diberikan peluang sama rata dalam permohonan penempatan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan. Kerajaan mesti selesaikan masalah pengangguran melibatkan graduan ISMP lepasan IPTS, manakala peluang permohonan adalah sebaiknya mengikut merit," katanya.
Pada 27 April lalu, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang temuduga dan pengambilan kerja untuk graduan ISMP lepasan IPTS tidak akan dilaksanakan kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA.
KUALA LUMPUR: Himpunan sejuta rakyat akan diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari bermula 2 hingga 5 petang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), umum pengarah program, Mohamad Sabu.
Katanya, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
Saranan tersebut dinyatakan Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.
"Kita akan mohon terus pada (pentadbiran) Stadium Merdeka (untuk berhimpun) atas nama Sasterawan Negara," jelasnya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini, tanpa menamakan sasterawan tersebut.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, HKR akan menggunakan empat warna tema – kuning mewakili tuntutan Bersih, jingga bagi tuntutan peneroka Felda, hijau bagi kelestarian alam sekitar dan merah bagi tuntutan negeri-negeri bagi Royalti minyak.
"Semua organisasi, badan NGO, parti politik dan siapa yang 'marah' pada kerajaan sila hadir," kata Mohamad mengalu-alukan semua pihak menjayakan himpunan tersebut.
Ditanya jika permohonan himpunan di Stadium Merdeka ditolak, Mohamad berkata, ia tetap akan diadakan di kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais memaklumkan himpunan pada hari yang sama turut diadakan di Sabah, Sarawak termasuk luar negara.
"Himpunan juga akan diadakan di Sabah. Sarawak pula di Miri dan Kuching. Manakala di luar negara seperti New York, London, Hong Kong, Perth dan Melbourne.
"Kita alu-alukan kawan-kawan di seluruh dunia sama-sama terlibat untuk kebangkitan ini," jelas Hishamuddin.
Turut hadir, wakil NGO penyokong himpunan antaranya, Ishak Surin mewakili Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Wong Tack (Himpunan Hijau), Hasni Abas (Gabungan Mansuhkan PPSMI) dan Mohd Nasaie Ismail (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan).
Menerangkan isu sebaran berita direka di Sungai Petani
Salam semua teman2 dan kenalan. Saya ingin mengesahkan bahawa isu pergaduhan remaja India dgn Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda. Cumanya ianya melibatkan dua kaum.
Ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.
Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sg Petani.
Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu.
Saya amat2 berharap teman2 membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yg keadaan sudah kembali normal.
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.
Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu. Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.
Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.
Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :
1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.
2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.
3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.
Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!
Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012
- Penulis ialah AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Patutlah tak kena tangkap samseng Gombak tu.. Pemuda UMNO rupanya dia.. tengok nih!! ~ ASD
Ingat lagi insiden keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng upahan UMNO dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Gombak?
Dalam kejadian seorang petugas Pakatan Rakyat telah ditusuk dengan objek tajam oleh seorang samseng UMNO dan video kejadian tersebut telah merakamkan kelibat seorang pumuda memakai helmet menikam bahu petugas Pakatan Rakyat itu.
Namun begitu hingga kini tiada sebarang berita yang melaporkan bahawa pemuda tersebut telah diberkas oleh pihak Polis meskipun video dan lain-lain maklumat mengenai kejadian tersebut banyak dalam internet.
Ada sebab rupanya pihak Polis tidak dapat meneruskan tugas mereka.. dan ianya juga membuktikan dakwaan Tan Sri Musa Hassan iaitu ahli-ahli politik mencampuri tugas Polis ada benarnya..
Baca siapa samseng upahan UMNO itu seperti yang didedahkan oleh PemudaGombak.com.. dan korang akan tahu mengapa beliau hingga kini tidak diberkas oleh Polis...
Namanya Herry, tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia sekitar 22-23 tahun. masih budak lagi.
Pernah bertugas sebagai Polis tapi telah dipecat kerana kes rasuah dan salah laku.
Abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan.
Admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.
Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.
Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk 'Malaysia is world champion in corruption', Hindustan Times(atau baca teksnya di bawah) turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat 'pengiktirafan' oleh komuniti dan media antarabangsa di atas 'penganugerahan' tersebut.
"Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.
"Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi," kata Jui Meng dalam kenyataan.
Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.
"Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion," katanya.
Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.
"Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?" ujarnya.
Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.
"Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib," kata Jui Meng.
Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.
GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion.-keadilandaily
Aliran Wang Haram, Bukti Rasuah Era Najib Berleluasa...
Laporan aliran wang haram oleh Global Financial Integrity(GFI) 2010 yang meletakan Malaysia di tangga ke dua paling teruk membuktikan era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebani dengan rasuah.
Meskipun diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia ini diantara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.
"Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi lebih rumit.
"Oleh itu dapatan kajian GFI ini memberikan gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat," katanya.
Jelas Anwar, kegagalan Najib menguruskan ekonomi negara dibuktikan melalui jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111 peratus dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Berbanding negara lain, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyaksikan jumlah aliran keluar wang haram meingkat satu kali ganda dalam tempoh 2009 hingga 2010.
Negara lain yang dimaksudkan termasuklah China, Mexico dan Arab Saudi.
"Tempoh 2009 dan 2012 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan.
"Justeru peningkatan ini membuktikan bahawa dasar pendekatan ekonomi beliau gagal membenteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuat institusi negara untuk membudayakan tata kelola yang baik," katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar akan menulis surat kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, GFI dan semua Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk mejemput mereka menganggotai wacana membenteras aliran keluar wang haram yang dijanka diadakan dalam bulan Januari 2013.
Perbincangan di meja rundingan ini untuk mendalami masalah ini sekaligus memuktamadkan penlan tindakan membenteras aliran keluar wang haram.- selangorku
Malaysia is world champion in corruption...
Despite Malaysia's high-profile anti-corruption crusade, half of the corporate executives surveyed by a global corruption watchdog believe that competitors have obtained business in the country through bribery. Transparency International said Malaysia scored worst in the 2012.
Second on the dubious honor roll was Mexico, which was at 48%.
According to the Wall Street Journal, Japan was ranked as the world's least-corrupt place to do business, with just 2% of respondents saying they had lost out due to bribery.
Malaysia's neighbour Singapore was second-cleanest, which was at 9%.
Even Indonesia, with a long-standing reputation for corruption, fared better than more-developed Malaysia.
By comparison, 27% of respondents in China said they thought bribes had cost them business, the report said.
"It shows the attitude of private companies in Malaysia, indicating that bribery in the public sector could be systemic and in a sense institutionalized," Paul Low, president of the Malaysian chapter of Transparency International, said.- Hindustantimes
Anwar wants Bank Negara to discuss illicit outflows...
Opposition leader Anwar Ibrahim has invited Bank Negara governor Zeti Akhtar to be a panellist to discuss the massive problem of increasing illicit funds outflows from the country.
Describing the recent findings of the Global Financial Integrity (GFI) on the problem as disturbing, Anwar said he will write to Zeti today and is inviting all Pakatan Rakyat menteri besar and chief ministers to participate.
"I hope Zeti (left) will participate in the discussion with us, and Umno and BN members can also participate when we hope to have a forum next month.
"Malaysia's deputy finance minister has been describing the 2009 GFI report as a misrepresentation (claiming that) the amount is far less, and they will address the problem.
"However, the GFI has come out with a report that the illicit outflow is from US$30.41 billion in 2009 to US$64.38 billion in 2010, which is double the amount. This shows the (government's) measures and enforcement has failed," he said.
This, Anwar said, shows the failure of Prime Minister cum Finance Minister Najib Abdul Razak's administration in addressing the problem.
He further descrubed 2009 and 2010 as "critical years" as during the two years in question, Najib had ascended to power, replacing former PM Abdullah Ahmad Badawi.
"This means that Najib had miserably failed to control and manage the economy with transparency and had failed to effectively address the problem of corruption.
I am throwing an open challenge that Najib must respond. How is it you are not able to monitor the illicit transfer of funds when you claimed earlier that there is a dispute," he said.
"If we were to compare the other lower rung nations in the survey of illicit funds transfer, like China, Mexico and Saudi Arabia, besides Malaysia, our country is the only country which had seen the rise in outflow of such questionable funds, resulting it to double".
The GFI study, he said, is an important independent yardstick to measure the illicit transfer of funds as internationally, all this should have been accounted for.
Najib dismal as Finance Minister
"The placings of Malaysia at the lower end of the spectrum should be viewed seriously by all parties in Malaysia. Why have Najib or Bank Negara not responded to this disturbing findings? Who is in charge of finance and the economy?" he asked.
The opposition leader stated this shows that the problem of corruption, abuse of power, transferring of gambling, vice and criminal syndicates, transfer pricing and tax evasion have not been successfully addressed by the present government.
"The outflow, if not tackled properly, would be to the detriment of the Malaysian people here as already the country has a large amount deficit and culminating with this latest revelation in the illicit outflow of funds".
Describing Najib's economic management as dismal, Anwar (right) said Najib had failed to address several vital issues, such as the rise of prices, ample housing for the poor, the suppression of wages and rampant corruption.
"At the macro level, the budget deficit and culminating with his failure in dealing with the illicit outflow of funds resulting in it to double within a year from 2009 and 2010 are important vital issues which should be addressed.
"That is why, I have asked Najib and Umno leaders to debate on economic issues, however, he does not want to," he said.
Lax in attitude of Malaysian media
In the GFI report, it had outline three factors affecting illicit funds transfer, including issues relating to the perception of corruption, the size of the illegal economy from illegal trade such as vice, and criminal syndicates or illegal gambling without licensing and also weak enforcement by the institutions concerned.
Anwar then blasted the mainstream media in not reporting the issue.
He said that in India, the GFI 2009 report was front-paged in describing it as "the Great Indian robbery".
"However, in Malaysia, you do not find the papers reporting this concern (with the exception of the portals) as the Indians described the outflow of US$500 billion as robbery. You only have deputy ministers saying that the amount reported was wrong and not much.
"Till today, there has not been an official response from Bank Negara or the government to address the issue".
Citing the probe on RM40 million "donation" to Sabah Umno following timber kickbacks, as an example, Anwar said this could be just the tip of the iceburg.
"The money should have gone to the state not an individual or party," said the opposition leader.
Asked whether there are ample laws to address the problems, Anwar said there already is the Anti-Money Laundering and Counter-Terrorism Financing Act 2006 in place, and the Money Services Business Act 2011 in place.
"I think it is not a question of laws but the enforcement done by these agencies to help counter the problem," he said.-m'kini
WARGA Felda Wilayah Jengka mengaminkan doa kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Temerloh membatalkan saman lapan peneroka terhadap Najib 'haramjadah' kerana mengeluarkan perkataan 'HARAMJADAH' kepada peneroka.
Selepas ini perkataan 'HARAMJADAH", boleh digunakan atau ditujukan kepada sesiapa sahaja yang kita suka kerana ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kes dibawa ke mahkamah sekalipun.
Tidak mustahil ucapan 'HARAMJADAH' sesuai dijadikan zikir harian oleh pemimpin UMNO-BN untuk mengumpat rakyat atau pemimpin Pakatan Rakyat disesebuah majlis rasmi atau keramaian. sumber
TERKINI...Dato Najib sebentar tadi menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina. Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian.
Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN. Ayuh teman-teman....perang sudah bermula. (anda boleh lihat lagi kenyataan Najib di dalam berita inggeris TV3 jam 12 malam ini)
KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan."Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.
Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu."Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.
Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme". ~kd
KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan 'biskut telinga cap Adnan' akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012".
Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012.Konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. ~kd
PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berpayung, malah berhujan bersama-sama rakyat yang hadir program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama, malam tadi.
Selepas kira-kira 30 minit berucap, hujan mulai renyai menyebabkan sebahagian hadirin gelisah lalu bangun untuk mencari tempat berteduh.
Namun, Anwar tidak berganjak dari pentas ceramah, malah menolak apabila petugas program mahu memayungi beliau.
"Tak payah. Mereka tiada payung, saya (pun) tiada payung. Saya bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Mereka basah, saya (pun) basah," katanya, tegas.
Tersentuh dengan kerendahan budi pemimpin reformasi itu, orang ramai terutama anak muda terus bersama-sama mendengar ucapan Ketua Umum KEADILAN itu.
Antara yang turut berucap dalam program anjuran Angkatan Muda KEADILAN itu ialah beberapa pemimpin parti, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Haniza Talha, Sim Tze Tzin, Shamsul Iskandar dan aktivis mahasiswa, Adam Adli. ~kd
PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).
"Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi.
Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.
"Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh?
"Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya.
Pada 21 Mac 2011, trio 'Datuk T' – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.
Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.
Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul 'diubah suai' menjadi P Ramlee. ~kd
5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.
Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut. Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.
Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.
Kini, kata mereka, kami dah tobat.
Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!
Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.
Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?
.setiap hari,,melalu tv, radio.juga surat surat khabar... sebuk para pemimpin kecik sampai ke yang paling besar,,tak ketinggalan bekas pemimpin,, mengingat kan rakyat akan jasa jasa mereka..ye rakyat memang ingat,,bukan sekadar jasa,,,juga dosa dosa mereka kepada rakyat... tiada la pencuri yang paling besar melain kan mereka inilah... merompak wang kerajaan untuk kesenangan sendiri juga kumpulan pemimpin sahaja... hanya sebilangan kecik sahaja yang dapat tempias harta kekayaan mereka...itu pun jika rajin membodek
mereka hanya nampak jasa mereka aje.. dosa mereka kepada rakyat.di tutup rapat rapat.. . pru 13 semakin hampir,,,rakyat menuntut agar segala dosa dosa mereka ini di bayar tunai
jika membina sekolah itu jasa,, dosanya ialah penyelewengan tentang harga yang tak setimpal kualiti bagunan yang di bina
jika membina masjid itu jasa dosanya ialah pembinaan replika masjid di tengah pulau tak berpenghuni>pembaziran yang nyata
jika membuat jalanraya itu jasa dosanya ialah harga yang sama boleh dibina lebih pajang lagi jalan nya
lebih banyak jasa yang war war kan>> lebih banyak dosa yang akan di lihat
lebih baik duduk diam diam
You are subscribed to email updates from otai-blues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mock Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya DUN Bota Pada 25 Disember 2012.
Dijemput semua jentera parti,ahli NGO,sukarelawan dan orang persaorangan untuk turut serta didalam aktiviti simulasi pilihanraya ini.Program akan diadakan di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan pada 25 Disember 2012.Bermula pada pukul 8.00pagi-6.00 petang.Sila hadir beramai ramai tanda sokongan anda.
Simulasi Pilihanraya atau "Mock Election" akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti yang bertanding.
Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.
Sebagai penutup kepada 'mock election' ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di Pekan Lambor Kanan.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Y.B Azmin Ali, Dr Iskandar Al Hiss ,Naib Ketua Pemuda Pas Pusat dan Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.Dijangkakan ucapan Y.B Azmin Ali akan membuat kesimpulan dan pengulungan tentang keputusan stimulasi piliharaya ini.
Mungkin kenyataan 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM sebelum PRU13 seperti yang terpapar pada poster di atas akan menjadi kenyataan..
Hari ini dilaporkan Muhyiddin telah memberikan arahan kepada Media Tunggangan UMNO, arahan ini biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu.
Ini laporannya..
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.
Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.
"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.
Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.
Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.
Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini.
Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."
Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan.
Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).
Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan.
Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu ~ Harakahdaily
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan berita pergaduhan remaja India dengan Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda.
"Cumanya ianya melibatkan dua kaum," kata Johari, ahli Majlis Tertinggi PKR, dalam kenyataannya. Menurut beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.
"Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sungai Petani. Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu," kata Johari dalam kenyataannya.
Dan berikut pula adalah temuramah dengan beberapa penduduk Sungai Petani mengenai insiden tersebut..
Menjawab tuduhan Blogger Pro UMNO yang mendakwa beliau telah merasuah Ngeh dan Nga dengan tanah seluas 10,526 ekar yang bernilai RM30 Juta..
TG Nik Aziz berkata "Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.
"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.
Manakala Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu berkata "Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah."
Diakhir kenyataannya Ngeh juga sempat mengingatkan Blogger Pro UMNO itu.. "Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,"
Kedua-dua jawapan tersebut sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Berikut pula adalah kenyataan dari Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan menjelaskan kemana sebenarnya tanah itu diberikan..
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.
Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.
Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13.
Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.
Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.
Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.
Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.
Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.
Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :
1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.
2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.
3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.
Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.
Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan.
Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012 -
AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
17 Disember lalu, sebuah Blog Pro UMNO dari utara Semenanjung telah menyiarkan beberapa dokumen yang dakwanya diterima dari seorang pemimpin DAP selepas Kongres DAP di Pulau Pinang.
Dakwanya pemimpin DAP itu memintanya agar mendedahkan siapakah Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang sebenarnya.
Dari pendedahannya itu beliau mendakwa kononnya Ngeh dan Nga terlibat dalam penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.
Tanah yang didakwa telah diberikan kepada Ngeh dan Nga itu terletak di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan dan ianya berkeluasan 10,526 ekar dengan nilai dianggarkan sekitar RM 30Juta.
Jika benar dokumen itu dibekalkan oleh pemimpin DAP yang kecewa dengan perlantikan Ngeh dan Nga itu, sepatutnya ianya disalurkan terus kepada SPRM untuk siasatan bukannya kepada Blog tersebut.
Kerana mana mungkin SPRM tidak akan menyiasat perkara yang melibatkan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya TG Nik Aziz..
Lainlah kalau tuduhan dilakukan terhadap Pemimpin UMNO/BN… bekalkan bukti setebal novel pun depa buat bodoh saja.. contohnya kes ini (baca di SINI )..
Berbalik kepada tuduhan Blog Pro UMNO itu.. berikut adalah jawapan dari TG Nik Aziz..
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.
Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.
"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.
"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.
Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.
"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.
"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya ~ Sinar
Dan berikut pula adalah kenyataan dari Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu..
IPOH - "Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.
Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.
Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.
"Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.
"Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.
"Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini," katanya pada sidang media semalam bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.
Hadir sama pada sidang media itu, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.
Sementara itu, Koo Ham berkata, penafian berkenaan sekali gus diharap dapat membantu membersihkan sekali nama Kerajaan Kelantan yang didakwa turut menganugerahkan tanah seluas 4,210 hektar.
Katanya lagi, nilai tanah yang dianggarkan bernilai hampir RM30 juta itu turut melibatkan beberapa lokasi seperti Relai serta Chiku yang berhampiran dengan Gua Musang.
"Saya harap penafian ini akan turut membersihkan nama Kerajaan Kelantan kerana tuduhan berkenaan adalah satu fitnah.
"Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat," katanya lagi ~ Sinar
Itu jawapan mereka.... yang menjadikan tuduhan Pisau.net itu sebagai satu FITNAH!!!
Aku terkedu bila baca ayat Ngeh yang ini.. "Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,"
Orang bukan Islam mengingatkan orang Islam bahawa fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh??
Malu weh!!!
Baca juga penjelasan dari SU Akhbar TG Nik Aziz tentang kemana perginya tanah itu yang sebenarnya di ( SINI )
Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.
Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO..
Ini pula adalah sebahagian laporan yang dipetik dari Facebook Mazlan Aliman..
5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.
Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.
Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.
Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.
Kini, kata mereka, kami dah tobat.
Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!
Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.
Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.
"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.
Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.
Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.
Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion.
"Hari ini kita minta secara telus - secara kompeten, akauntabel,dan telus - supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion.
"Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik.
"Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?" tanya beliau.
Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor.
akwaan kontroversi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Susilo (kanan dalam foto) menyentuh perkara itu semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.
"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur.
Perdana menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.
Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.
Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.
"Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.
Zainuddin (kanan) telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Zainuddin memanggil Habibie dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".
KUANTAN, 11 Dis - Kumpulan NGO Solidariti Hijau yang dipimpin oleh Pengerusi Green Clean World Malaysia Zulkefly Mohamad Omar(foto)telah berjaya menyerah memorandum "Krisis Air Di Pahang" kepada Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang pagi semalam. Memorandum setebal 12 mukasurat itu telah diterima oleh Setiausaha Politik MB Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi. Turut serta ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Bekas Pengerusi MRCB), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan) serta beberapa orang aktivis seperti Ustaz Yoslaidi, Huzir Sulaiman (PAS), Vijayan Velayudhan (PSM) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau). Terdahulu, kumpulan terbabit seramai lebih kurang 15 orang berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah sekitar jam 10.00 pagi sebelum bergerak ke pejabat MB yang terletak berhampiran. Difahamkan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tidak dapat melayan kumpulan terbabit kerana sedang bersidang di DUN Pahang ketika itu. Memorandum turut diserahkan kepada Ketua Pembangkang di DUN Pahang, YB Leong Ngah Ngah untuk dibahaskan pada sidang DUN. Menurut Zulkefly memorandum tersebut dihantar bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan masalah air yang semakin kritikal di negeri Pahang pada masa ini. "Rakyat Pahang hari ini menghadapi masalah bekalan air... termasuk air yang berkualiti, tercemar, kotor akibat daripada pencemaran tangan-tangan manusia sama ada dari segi sumber-sumber air yang tidak dipelihara.... dan kita melihat hari ini di Pahang sendiri juga kini menghadapi masalah air yang kritikal... Kita telah maklum di Bera.. di Pekan... di Kuantan dan Muadzam Shah.. Isu air ini tidak harus jadi masalah kepada rakyat Malaysia kerana kita merupakan negeri yang paling lembab, banyak hujan dan juga kita ada sumber bekalan air yang banyak.... Cumanya kita tidak menjaga khazanah ini kerana berlakunya pembalakan yang berleluasa dengan mengambil kawasan-kawasan tadahan air terutamanya hutan simpan.. menyebabkan krisis air berlaku", kata Zulkefly. Beliau menegaskan Soladirati Hijau merupakan salah satu NGO yang memikirkan bahawa air itu mesti dijaga untuk kelangsungan kehidupan.
Sumber air ini terjejas di seluruh negara dan mereka mahu ada satu tindakan bersepadu antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri bagi menangani isu air ini dan bukannya dijadikan isu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan negeri. "Kita tak bersetuju cara itu.. macam baru ni kita turun ke Selangor dan nampak isu air dimanipulasi untuk jatuhkan kerajaan negeri..... Kita nak supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkerjasama bukan jadikan isu air sebagai isu untuk jatuhkan mana-mana Kerajaan Negeri dengan menggunakan isu-isu yang sepatutnya diselesaikan bersama", tambah beliau lagi.Zukefly turut berpendapat bahawa isu air itu merupakan hak-hak asasi manusia yang dinyatakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Rakyat di sesebuah negara mesti mendapat air bersih (bukan tercemar) dan mana-mana rakyat kalau tak dapat air mereka boleh membuat aduan.. ini ialah hak-hak asasi manusia", katanya.Zulkefly juga berkata mereka tidak mahu institusi air dikorporatkan bagi tujuan untuk carikeuntungan semata-mata.
"Hari ni kita nampak banyakKerajaan Negeri mula mengkomersialkan (dikorporatkan) jabatan-jabatan bekalan air... atau pun perbadanan air negeri masing-masing.. Tetapi apa yang berlaku bila dikorporatkan.. bukan sistem pengurusan lebih baik.. akhirnya air menjadi masalah. Di Pahang pun menghadapi masalah walau pun telah dikorporatkan (JBA Pahang jadi PAIP, Perbadanan Air Pahang Berhad) namun isu air masih tidak selesai. Kita mahu oleh kerana air merupakan sumber utama kehidupan manusia maka ia mestilah dibekalkan kepada rakyat secara kos yang paling minima bukan mengikut tarif melampau (sekehendaknya). Sekarang tarif air tidak sama antara satu-satu negeri... ada yang terlalu tinggi hingga membebankan rakyat sebagai pengguna", tambahnya.Beliau turut menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan peruntukan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat Selangor. "Kita mahu kerajaan-kerajaan negeri yang lain supaya berperanan memberi sekurang-kurangnya 20 meter padu macam yang Selangor berikan. Sebab jumah tersebut sesuai digunakan secukupnya untuk isi rumah. Jadi kita nak air ini tidak dikomersialkan dan kita bersetuju sebagai negara Islam.. agama juga meletakkan satu dasar bahawa air ini merupakan hak rakyat dan akan diberikan kepada rakyat serta tidak boleh dikomersialkan.. kalau boleh kerajaan meberi air percuma kepada rakyat.. tapi kita tak boleh bagi percuma sebab isunya kos yang tinggi.. jadi kita beri kos yang paling minima kepada rakyat supaya mereka boleh meneruskan kehidupan.. dan kalau ada pihak yang cuba memanipulasi isu air untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan .. kita tak mahu perkara ini berlaku... kita nak supaya isu ini diselesaikan peringkat pusat dan negeri dan kita mahu peruntukan air ini diberi secukupnya bagi keselesaan hidup rakyat", tambahnya.
Zulkefly menegaskan apa yang berlaku sekarang ialah dalam belanjawan (Bajet) 2013 baru-baru ini tidak sampai beberapa bilion pun yang diperuntukkan untuk air. "Hanya beberapa juta sahaja yang diperuntukkan... jadi kalau kita benar-benar mahu mengatasi masalah air dalam negara kita... kalau kita boleh buat peruntukan RM10 bilion misalnya.. saya ingat seluruh negara boleh selesaikan masalah ini. Dalam satu jangkamasa yang pendek.. kita selesaikan.. tapi hari nii.. masalah air tidak ditangani secara baik". katanya. "Isu air ini juga ada berkaitan dengan tindakan dan kerakusan kita membawa masuk industri yang boleh mencemarkan air kita. Di Pahang ini ada isunya..ada kilang yang begitu besar iaitu Lynas yang kita semua maklum bahawa kilang ini akan mengeluarkan sisa-sianya yang mengandungi bahan radioaktif (Thorium) yang merbahaya kepada rakyat.. Dalam hal ini, tidak ada satu solution.. satu tindakan untuk menentukan dimanakah tempat nak disimpan bahan-bahan sisa ini... yang ada keputusan hari ini masih dikekalkan di Gebeng. Apa yang saya maksudkan ni..kilang Lynas juga merupakan satu kilang bukan sahaja akan menjejaskan dari segi sturktur alam sekitar kita tapi kita harus melihat sumber air yang digunakan oleh kilang ini terlalu besar (500 cubix meter sejam).. bukan sehari.. satu jam.. cuba bayangkan.. sudahah Pahang ini menghadapi masalah air yang besar kita terpaksa peruntukan air yang besar pula kepada sebuah kilang kerana ia perlukan air yang tinggi untuk memproses bahan nadir bumi. Jadi kalau berlaku krisis air ini... rakyat yang bermasalah bila ia dengan banyak dihantar ke kilang Lynas. Walau pun ada mendakwa kilang itu sediakan peluang pekerjaan tapi kami tidak nampak apa-apa manfaat kepada rakyat kerana bilangan pekerja tidak lebih dari 300 hingga 350 orang .....malah pekerja tempatan lebih kurang 150 orang sahaja.. lainnya pekerja asing. Apa yang kita lihat hari ni.. ia merupakan kilang yang rugi kepada kita .. tapi kita menerima manfaat begitu kecil dengan pengecualian cukai12 tahun.. Di samping itu juga kita tidak nampak bagaimana Kerajaan Negeri (Pahang) boleh menguruskan sisa-sisa yang akan melibatkan ribuan tahun .. jutaan tahun untuk dilupuskan seperti mana berlaku di Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah Perak dulu.. ada 80 ribu tong sisa-sisa yang masih disimpan dan perlu dihapuskan di sana. Ini satu yang agak teruklah",tambah Zulkefly lagi.
[Masalah air di negeri Pahang kini semakin meruncing sebenarnya. Jika dulu ia hanya melibatkan majoriti kawasan Felda, namun kini telah merebak ke kawasan bandar terutamanya di Kuantan sendiri. Banyak bukti ada sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi yang terpaksa ditutup sementara akibat ketiadaan air. Soalnya sekarang, apakah ia ada kaitan dengan jumlah air yang terlalu besar digunakan oleh kilang Lynas?. Jika ini keadaannya, wajar benarah rakyat menolak kilang tersebut kerana ia mengganggu keselesaan kehidupan mereka. Kini, isu ini semakin menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apakah ia dapat diselesaikan segera atau BN akan mendapat undi protes besar-besaran daripada rakyat kali ini. Isu air adalah satu masaah besar yang tidak sepatutnya menjadi isu pada zaman moden ini. Jika kerajaan mendahulukan rakyat, pasti ia sudah lama berlalu. Namun, dari bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM ternyata ia tidak cukup untuk meningkatkan kualiti air di negara ini. Rakyat yang bijak boleh fikirkansekarang!].
Jelajah Unik Entah apa yang ada di fikiran seorang wanita jepun ini yang bernama Anri Suzuki hingga ia rela disetubuhi demi membayar hutang masa lalu negaranya yaitu Jepun.Pada awalnya Anri Suzuki mengambil kajian ilmu sejarah dan dalam tesisnya yang berjudul “ The History of the Japanese Invasion into China ” mengambil huraian sejarah di abad 20 tentang kekejaman tentara Jepun di China yang paling terkenal dalam sejarah hingga tercatat sebuah tragedi yang menewaskan 300,000 rakyat China dalam pembantaian di Nanjing. Jepun yang menawan China ketika itu pada tahun 1937-1945 memang telah melakukan perbuatan yang sangat keji, bukan hanya membunuh tetapi mereka juga melakukan pemperkosaan wanita beramai-ramai.Dari pengumpulan data yang dilakukannya itulah timbul rasa simpati dalam diri Anri Suzuki, dia sangat bersimpati sekali kepada para mangsa kekejaman tentera Jepun waktu itu. Sebagai orang Jepun Suzuki merasa sangat bersalah dan berdosa sekali. Oleh kerana itu dia ingin menebus dosa dan kesalahan bangsanya yang pernah dilakukan pada rakyat China ketika ini. Lalu bagaimana upaya penebusan dosa Suzuki tersebut ?Tentu para pembaca semua sudah ada yang mengenal siapa itu Anri Suzuki ? Anri Suzuki adalah salah satu bintang film porno Jepun sekaliber Maria Ozawa alias Miyabi. Namanya juga bintang porno ya kalau berulahpun tidak jauh-jauh dari dunia Porno alias Bokep. Ketika ditanya wartawan Suzuki berucap, kerana keahliannya sebagai bintang film porno adalah memuaskan laki-laki maka dirinya menawarkan untuk menghibur para mahasiswa Cina yang berada di Jepun bahkan disetubuhi pun Suzuki rela demi menebus kesalahan bangsa Jepun di masa silam.
sinarharian KOTA BAHRU - Keadaan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki sejak berumur setahun tidak menghalang seorang pelajar mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.Anis Adilah Amlaki, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab I di sini memperoleh 7A dan 1E dalam keputusan peperiksaan yang diumum hari ini.Dia meraih A dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Geografi dan Sains, dan E untuk Kemahiran Hidup (Perdagangan) berikutan gagal mengambil kerja khusus atas faktor kesihatan.Bapa dan ibunya, Amlaki Jusoh, 41, pembantu tadbir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini dan Che Jah Noh, 40, seorang suri rumah begitu terharu serta bersyukur dengan kejayaan cemerlang anak sulung mereka.Ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Restu, Kampung Telipot di sini, Anis Adilah melahirkan penghargaan kepada ibu bapanya atas kejayaan itu."Kesusahan ibu bapa yang terpaksa mendukung saya setiap hari ke sekolah berbaloi, dan saya begitu berterima kasih atas pengorbanan mereka selama ini," kata remaja itu yang tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).Anak pertama daripada empat beradik itu menghidap penyakit lumpuh berikutan demam panas dan terpaksa didukung ketika berulang-alik ke sekolah sejak sekolah rendah."Di sekolah, saya menggunakan kerusi roda berjentera (bateri) yang disediakan pihak HRPZII, dan di rumah, saya mengesot kerana kerusi roda ditinggalkan di sekolah," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah.Menceritakan resepi kejayaannya, Anis Adilah berkata dia mengulang kaji pelajaran empat jam sehari di rumah selain mendapat tunjuk ajar guru dan ibu bapa.Sewaktu di sekolah rendah, dia mendapat 5A bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.Sementara itu, Ketua Penolong Kanan (Pentadbir) SMK Zainab I Wan Marina Wan Omar berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengenai status pelajar itu berhubung subjek Kemahiran Hidup kerana Anis Adilah sepatutnya dikecualikan daripada menduduki kerja khusus bagi pelajar OKU.Katanya dengan keputusan 7A 1E Anis Adilah, sekolah itu hanya mencatat kelulusan keseluruhan 99.54 peratus dalam peperiksaan itu. - Bernama
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semasa nak ke Makkah dulu, perkara pertama dalam senarai kami berdua ialah Suhaib. Walaupun dia dah hampir 19 tahun,tapi masih perlu banyak 'coaching' macam amana nak kendali kehidupan harian. Walaupun adik-adik saya agak rapat dengan Suhaib, tapi budak sorang ni lebih suka nak tunjuk "macho' dan buat hal sendiri.....
Bila tiba di KLIA, sudah tentu dia lah orang pertama yang ingin kami temui....maklumlah dah hampir sebulan setengah tak tengok keadaan dia....Pertama kali berjumpa....dia agak malu-malu nak peluk dan cium uminya di hadapan orang ramai.....Dia hanya memeluk bapanya saja ...Tapi bila tiba di rumah, dia asyik duduk berkepit disebelah ku saja......he he he
Jam 11 malam kami tiba di rumah...ahhhhhhh!!! Home sweet home.....rasa hilang rindu tengok kondo kami yang comel ni...Aku ke dapur , kemudian masuk ke semua bilik serta membuka semua almari....Lantainya terasa masih basah...kesan baru di mop oleh Suhaib.
Al Hamdulillah....syukur kami selamat pergi dan selamat tiba di rumah semula...Di dapur ada kari ayam yang amat ku rindui dan nasi impit yang dimasak sendiri oleh adikku Husna...Aku mengajak mereka yang datang ke KLIA untuk makan kari dan nasi impit. Ole-ole dari Makkah seperti kurma dan kekacang serta air zam-zam juga ku hidangkan untuk mereka....
Selepas tetamu pulang, aku dan suami mula mengemas beg-beg yang kami guna.....mata jadi cerah kerana masuk jam 12 malam ialah waktu maghrib di Makkah...jadi tidak mengantuk.Aku mengemas ruang tamu dan bilek, setengah jam kemudian, suami menghulurkan satu mug besar teh panas...memang sangat lazat rasanya...ketika itu jam menunjukkan 2.30 pagi!
Esoknya...seawal jam 10 pagi,.rumah ku di serbu oleh adik-beradik serta teman-teman rapat yang tahu kepulangan kami.......
Disamping Suhaib ,emak dan adik-beradik yang lain, orang yang ku ingin temui ialah Nashita,aktivis rakyat yang glamor ni. Masa di Makkah, dialah yang rajin ber sms dan up-date keadaan di Malaysia....
Aku sering mendoakan beliau agar sentiasa sihat dan menjadi seorang peniaga yang berjaya bersama jenama Tupperwarenya...Namun, on top of everything, dialah yang paling dekat dengan ku ketika kami sekeluarga menjadi mangsa ISA dulu......
Tiga hari pulang dari Makkah, aku di hubungi oleh Sushi, seorang kawan lama yang begitu aktif dengan NGO yang disertainya. Sushi ingin membuat satu dokumentary mengenai sktivism ku bersama GMI ketika suami ditahan di bawah ISA dulu....Dan hasil dari persetujuan itu, aku dipertemukan dengan Tay Sy seorang 'freelance' dan Hariati, seorang wartawan dari salah satu akhbar berbahasa Inggeris terkenal di Malaysia....Seronok bekerja dengan profeessional seperti mereka.....:))
Seminggu kepulangan ku dari Makkah, GMI telah menghantar beberapa orang wakil ke Tawau untuk melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada 8 keluarga ISA di sana. Sebaik saja pulang dari Tawau, mereka terus mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan kesukaran hidup yang terpaksa di lalui oleh keluarga mangsa ISA ketika ini.
Berikutnya, tanpa di sangka, aku di lantek menjadi ketua panel hakim bagi memilih NGO terbaik sepanjang tahun 2012 ini. Walaupun terlalu banyak isu rakyat , namun kami memilih beberapa isu yang benar-benar telah mengetuk hati orang ramai secara serius untuk menyertai aktiviti yang di jalankan oleh NGO tersebut.Disamping itu, kesungguhan, konsisten yang mereka lakukan juga menjadi petunjuk penting kepada pemilihan para pemenangnya. Di sertai oaleh Maria Chin, orang kuat EMPOWER dan Prakash dari KOMAS, kami sebulat suara memilih Komuniti Sarawak dan Himpunan Hijau sebagai pemenang anugerah Suaram Human Right Award tahun ini......
Kami juga tidak melepaskan peluang mengikuti perjalanan "kempen himpunan sejuta rakyat" yang di juarai oleh PR....sementara menunggu DS Anwar Ibrahim tiba, kami sempat mengedarkan kad Tahanan ISA pada orang ramai yang memasuki Dewan Civic itu............. semua aktiviti ini menambah indahnya Home Sweet Home kami....
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. kedengaran seperti malaysia sudah kembali kezaman batu bilamana yang kuat dan berkuasa boleh menghalalkan suatu dan mengharamkan suatu mengikut kehendak nafsu dan kuasa mereka saja. tahniah di ucapkan kepada polis dan mahkamah serta dewan bandaraya kuala lumpur kerana keADILan anda semua dalam menghukum yang bersesuaian dengan kehendak pemimpin Barisan Nasional yang gila kuasa. mahasiswa tahun akhir yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 1 ribu ketika occupy dataran mendesak mansuhkan PTPTN, atas alasan mengganggu penjawat awam DBKL dan Hakim Mahkamah Kanggaru Malaysia tidak benarkan rayuan walaupun DPP tiada bantahan, Peguambela cuba sedaya upaya mengusahakan permohonan penangguhan tetapi tidak pernah di layan dan kini sedang dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1 ribu terhadap mahasiswa Occupy Dataran iaitu Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu. Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada menangkap dan mengiringi aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu. Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN yang tidak adil. Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan iaitu Noor Afizal Azizan yang mungkin adalah ahli umno telah dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur Ogos lalu.
malaysia adalah negara bolehland! penjenayah di bebaskan asalkan anda ahli UMNO dan penegak kebenaran akan di penjarakan. Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! #TumbangBN Malaysia Sejahtera insyaallah! amin..
Umar iaitu Anak Muda yang Tidur Di Dataran Merdeka di Penjara 1 Bulan Kerana Boikot PTPTN
Perogol Bersiri Merogol Gadis Bawah Umur Di Bebaskan asalkan anda ahli umno.
Pengganas & Penjenayah Dari Ahli Umno Guna Senjata Kerambit Hingga Mencederaparahkan Seorang Anak Muda Di Jelajah Medeka Rakyat Di Bebaskan
Perogol yang Mengugut Akan Merogol Nurul Izzah dan Aisyah di Bebaskan hanya kerana dia ahli UMNO.
by @tiewnama - Mahasiswa berkhemah kena penjara, perogol dibebas.
Malaysia Ku Hancur Kerana Barisan Nasional kahkahkahkah
Kuala Lumpur - by @tiewnama #TumbangBN Malaysia Sejahtera #KL112
Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan... Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.
Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.
Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.
Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.
Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.
Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.
2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.
3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.
Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.
Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...
Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
by @tiewnama - tinggal sepender saja lah bloger sampah dan lucah serta fitnah dari umno dan Barisan Nasional nampaknya. kahkahkahkah
Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah
Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.
Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock.
Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU.
Sah Fb Ayahanda-ayahanda SG Petani nih PENIPU malah cuba menaikan semangat ketegangan kaum. ini lah di nama kan rasis. Bila tang India di beri nama xtreme india. geng 35 bagai, tang Melayu yang kita sendiri tak tahu apa cerita sebenar Melayu Islam. Puit! Kenapa perlu tidak adil sampai begini?
Nak gua printscreen dari para blogger dan FB UMNO? huh tak payahlah, mereka punya sembang lagi haramjadah..... Kunon2 nak ajak Melayu bersatu la sangat... Ptuih... Terrrr
Sepatutnya Pergaduhan Gengster Melayu dan Pailang India. bukan pergaduhan kaum tapi pergaduhan puak. Untuk mangsa keadaan (dalam gambar), seperti biasa, kami doakan anda akan sihat secepat mungkin. Anda berada di tempat yang salah dam pada masa yang salah.. takdir... Tonton video pengakuan orang2 SP di bawah.
Kuala Lumpur - by @tiewnama kedudukan TerNow Ranking Top10 Blog Blog Politik di Seluruh Malaysia yang di ketahui hasil dari carian di rating malaysia di website alexa.com top500
blog blog politik ini terdiri daripada haluan kanan kepada Pakatan Rakyat dan haluan kiri kanan dari Barisan Nasional, berikut senarai senarainya dan anda boleh layari dengan sejahtera lagi aman damai. Perhatian : Blog Barisan Nasional adalah Blog Lucah dan tidak sesuai untuk anak anak anda menonton atau membacanya kerana di khuatiri akan menyemai sikap keruntuhan akhlak yang sangat membinasa islam dari dalam. sekian terima kasih. 1. ameno world - 243 - Pakatan Rakyat. 2. era pasca- 328 - Pakatan Rakyat. 3. mpp - 339 - Barisan Nasional atau Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 4. anak sungai derhaka - 359 - Pakatan Rakyat. 5. pilihan anda - 465 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 6. novandri - 470 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 7. gomo - 489 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 8. kedah ke kl - 501 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 9. addin - 519 - Pakatan Rakyat. 10. greeboc - 545 - Pakatan Rakyat.
by @tiewnama - #TumbangBN Malaysia Sejahtera! kahkahkahkah
Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.
Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka.
Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!
Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.
Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang Kelantan, di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlakudi hadapan mata saya sendiri.
Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.
Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.
Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.
Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puisng pembakaran juga sudah tidak ada.
Lama saya berdiri dan memerhati disekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab, mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api. Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.
Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.
Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang mrembakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaanya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.
Selamanya peristiwa yang pernah berlaku dilokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban yang si pelakunya. [wm.kl.10:34 am 21/12/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik.
"Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak.
Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu.
"Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.
"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.
Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu. -HD
Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.
Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.
Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.
Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.
Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."
"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis.".
Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.
Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.
Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.
"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.
Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.
"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.
Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.
Ulasan GB
Seperti terlalu ketara, saman RM100 juta oleh Tan Sri Robert Phang terhadap Musa Hassan sebagai usahanya untuk "membersihkan" nama menteri KDN dan KPN terhadap perbuatan salahlaku mereka.
Musa sebelum ini telah mendedahkan bahawa beberapa pegawai polis di Bukit Aman telah dipindahkan apabila tidak memberi kelulusan untuk projek pembekalan alat komunikasi mudah alih yang gagal bernilai RM1 bilion sekitar penghujung tahun 2008.
Beliau turut mendedahkan bahawa Phang menjadi juru runding di dalam projek dan bertindak sebagai orang tengah di antara pihak polis dan syarikat telekomunikasi tersebut.
Musa juga mendakwa bahawa Phang mengugut untuk memindahkan pasukan teknikal polis dalam usaha mendapatkan kelulusan dan Phang juga menawarkan dirinya sebagai penasihat tetapi tawaran itu ditolak.
Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka.!!!
Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.
Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.
"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.
Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.
"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.
Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.
"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.
"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.
Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.
Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.
"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.
Mat Sabu: Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka
KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung lebih sebulan di seluruh negara sampai ke program kemuncaknya - dirancang diadakan di Stadium Merdeka, 12 Januari ini.
Pengarah himpunan, Mohamad Sabu berkata, lebih 25 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik terlibat dalam penganjuran perhimpunan terbesar menjelang Pilihan Raya Umu ke-13 (PRU13) itu nanti.
"Semuanya bergabung berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya adil dan demokrasi berjalan serta hak rakyat dapat ditunaikan oleh sesiapa terutamanya yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan bermula jam 2 petang dan bersurai pada 5 petang.
Mengulas lanjut lokasi himpunan kali ini, Mohamad berkata, sekretariat memilih Stadium Merdeka sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah mencadangkannya ketika himpunan Bersih 2.0 lalu jika hendak berhimpun.
"Kita mohon Stadium Merdeka atas nama Datuk A.Samad Said.
"Kita tahu muatannya, kalau lebih, kita akan berada di sekitar stadium itu memenuhi bandar raya Kuala Lumpur," katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya permohonan itu tidak diluluskan, mereka akan berhimpun di sekitar stadium bersejarah itu.
"Kalau tidak ada kebenaran (pemilik stadium), kita akan berkumpul di tengah antara stadium itu dengan jalan raya," katanya.
"Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk menuntut antaranya menyokong tuntutan lapan perkara Bersih supaya pilihan raya adil dan saksama serta tuntutan yang lain seperti tuntutan royalti," katanya.
Selain itu, Mohamad mensyaratkan sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, mereka hendaklah memakai baju daripada empat warna iaitu kuning, merah, hijau dan oren.
"Segala bentuk slogan dan sebagainya akan dibuat oleh pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dan kita yakin penuh himpunan ini akan berlangsung dengan baik," katanya.
Ditanya sama ada perhimpunan kali ini melibatkan memorandum, beliau berkata, ia tidak melibatkan penyerahan memorandum, hanya berkumpul secara aman sahaja.
"Memorandum dah hantar dulu, hendak berkumpul dan mungkin ada ucapan-ucapan daripada pelbagai pihak sehingga bersurai jam 5 petang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjaga keselamatan dan menjamin keamanan pada perhimupunan itu nanti.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung sebulan lalu melibatkan beberapa negeri yang bermula di Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November lalu.
Kemudian ia diikuti di Kota Bharu (14 November), Johor (1 Disember), Kedah (7 Disember), Melaka (8 Disember), Pahang (9 Disember), Terengganu (14 Disember), Pulau Pinang (15 Disember) dan Perak (16 Disember), Perlis (17 Disember).
Antara NGO yang terlibat dalam penganjuran himpunan gergasi itu ialah Royalti, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Himpunan Hijau, Muafakat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM); Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa (Denma); Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit), 11) Gerakan Mansuh PPSMI dan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) -SH
Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram.
"Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.
"Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak," katanya.
Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.
"Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi," katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.
"MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar," katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.
Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
"Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu," katanya. – Kompas
Alor Setar: Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.
Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.
Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.
Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.
Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.
Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.
"Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta," katanya.
Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.
Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.
"Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad.-Bernama
Apabila berkata, bercakap, menulis, menaip tak guna akal fikiran, maka akan terserlahlah kebodohan. Allah itu Maha Segala-galanya .... UMNO hanya penyampainya sahaja .... 'Tak Tahu Malu' itu yang hanya boleh dikata Kita org ramai bukan kutuk kerajaan tapi kutuk UMNO. Org ramai kutuk UMNO pasal polisi yang dibuat tidak berdasarkan tuntutan Islam. Halal haram tolak tepi janji dapat duit. Yang haram itu sedikit berbanding yang halal tetapi yang haram itu yang dipilih. Terimakasih Umar Abdul Aziz Khalifah -fb
ALOR SETAR - Umno tidak gusar dengan cadangan PKR untuk meletakkan sekurang-kurangnya 35 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan PKR itu dilihat hanyalah satu pendekatan yang digunakan seoalah-olah meniru strategi Umno dalam PRU nanti.
Katanya, Bagaimanapun, Umno tidak ambil peduli dengan peniruan strategi yang digunakan pembangkang kerana yakin kemenangan akan terus berpihak kepada Umno.
"Kita tidak kisah kalau mereka nak tiru strategi kita. Umno juga ada strategi sendiri dan yakin kaedah yang kita gunakan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi baru dalam PRU13 nanti.
"Kita tidak nafikan saingan kali ini agak kuat sebab kedua-dua parti lawan meletakan calon baru dan muda.
"Tapi dengan kesungguhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya, pengundi baru terutamanya mampu memberi sokongan kepada Umno," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga dua beradik yang mati lemas akibat terjatuh ke dalam muara Sungai Kuala Kedah, semalam.
Ahmad Bashah berkata, kesungguhan Najib untuk menjaga kepentingan anak muda dilihat dapat membantu perjuangan Umno di masa depan.
"Sekarang kita sudah nampak Najib banyak memberi sumbangan dan jaga kepentingan anak-anak muda. Dulu tidak nampak, sekarang bantuan cukup banyak.
"Ini kerana anak-anak muda inilah yang bakal membangunkan negara di masa hadapan. Kalau tiada kesinambungan calon baru dan muda, macam mana negara nak terus membangun," katanya.
Terdahulu, sebuah laman sesawang melaporkan pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi PRU akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. - SH
SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.
Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.
Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.
Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.
Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini.
Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.
Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.
* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat
KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk 'Malaysia is world champion in corruption', Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat 'pengiktirafan' oleh komuniti dan media antarabangsa di atas 'penganugerahan' tersebut.
"Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.
"Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi," kata Jui Meng dalam kenyataan.
Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.
"Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion," katanya.
Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.
"Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?" ujarnya.
Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.
"Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib," kata Jui Meng.
Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.
GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion. www.keadilandaily.com/
PR kini di dalam posisi menyerang, dan ternyata Umno kini umpama jika bermain bola Umno hanya membawa bola berlegar di dalam kawasan petak Penalti mereka sahaja. Di dalam keadaan berlegar-legar di situ, kerapkali bola terlepas dan disambar oleh PR.
Malangnya, setiap kali PR sambar bola dan ditendang ke pintu gol dan masuk mencecah jaring, setiap kali itulah "Off Side" kata Pengadil. Namun, PR tidak berputus asa dan terus berada di kawasan petak Penalti Umno yang bertahan di situ. Entah beberapa kali bola terkena tangan pemain-pemain Umno tapi Pengadil buta terus tak nampak. Begitu juga, entah beberapa kali pemain dari PR disepak terajang, di tarik baju dan sebagainya di dalam kawasan Penalti mereka, Pengadil tetap buta.
Ketua Pasukan Umno, Najib sudah tidak larat untuk beri arahan kepada anak-anak buahnya. Manakan tidak, semua pemain tidak pernah bersefahaman sesama sendiri. Pemain MCA tidak lagi yakin dengan penjaga gol dari Umno malah mereka sendiri tahu Ketua Pasukan mereka, Najib bukan pandai main bola pun. Najib selalu tendang bola tersasar, sebaliknya kaki Najib terjah kaki lawan. Nasib baik Pengadil buta.
PR memang sudah cukup hebat walaupun kadangkala bermain tidak cukup orang akibat dilayangkan kad merah oleh Pengadil rasuah dan buta ini. Di dalam kehebatan ini, PR juga harus berhati-hati posisi di bahagian pertahanan. Pemain pertahanan jangan leka bersembang atau tertidor melihat pemain-pemain lain bertungkus lumus melawan di kawasan Penalti Umno. Mereka harus sedar bahawa perlawanan ini diadili oleh Pengadil bangsat. Bila-bila masa sahaja tanpa pemain Umno berada di kawasan PR, Pengadil boleh beri tendangan Penalti untuk Umno hanya kerana kesalahan penonton mengejek pengadil bodoh itu.
Itulah ragam politik semasa sekarang. Kita kena bersabar tetapi jangan berlembut dengan Umno. Ulamak yang penuh dengan kelembutan dan hikmahnya akan menentang Umno cara mereka. Kita yang bukan kategori Ulamak ini, kita lawan mereka dengan cara kita. Jika mati pun, tarafnya sama juga Ulamak kita yang mati menentang kezaliman dengan kita yang bukan Ulamak mati menentang kezaliman. Apa yang penting "Nawaitu" biar betul iaitu menentang kezaliman dan rasuah Umno kerana Allah SWT.
dollah yankee - Berjuang dan menghasut untuk keadilan dan kebaikan semua pihak sejak dari tahun 1973 jadi gurkah-gurkah politik di'port' dengan ini telah bersepakat untuk menganugerahkan 'blogger paling cool' untuk tahun 2012. HIDUP TT !!! Kah..Kah..Kah..
Pilihanraya mahu tidak mahu akan sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa di Putrajaya itu.
Kalau ada pun minat terhadap kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40 peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.
Banyak dari pembaharuan yang berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak 'impossible' kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing. Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya memberikan pimpinan 'alternative' yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.
Rakyat sedang berfikir, bukannya setakat menjadi pengikut sahaja sekarang ini. Rakyat sudah mula memahami yang merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab jika berlaku perkara-perkara yang berbentuk jenayah dan keburukan moral yang dilakukan oleh pimpinan, tidak kira di pihak BN dan di pihak Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tidak lagi berfikir tentang parti atau badan-badan siasah. Bagi mereka kerajaan mana yang mereka fikirkan telah menunjukkan prestasi yang baik, kerajaan itulah pilihan mereka terutamanya bagi pengundi di atas pagar tadi.
Itulah sebabnya saya telah memaparkan yang kehendak dan selera rakyat kini telah jauh berubah kerana mereka tidak mahu lagi terikat dengan retorik dan ancaman dari pihak yang sedang berkuasa. Rakyat sekarang tahu yang mereka lah yang mempunyai hak untuk menjadi penentu kepada masa depan negara.
Kalau kita kaji dan mendengar rintihan rakyat sekarang ini, berbohong adalah satu isu moral yang amat besar kepada mereka. Rakyat tahu, sekali kita berbohong, mereka yang berbohong itu terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup bohong yang telah dilakukan mereka terdahulu dari itu. 'Once a liar, he or she will remain a liar forever'.
Politik bukan lagi perkara yang mudah untuk dikendalikan seperti dahulu. Itulah sebabnya BN sedang menghadapi fenomena dan isu berbohong itu sekarang ini. Setiap pilihanraya BN akan bercakap dan berjanji seperti yang kita dengar sekarang ini. Janji-janji BN sekarang ini adalah janji-janji yang sama seperti dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 30 tahun dahulu.
Di antara janji-janjinya ialah untuk membina kemajuan rakyat semua kaum dengan membina kekuatan dan pegangan equiti Melayu dan Bumiputra yang lebih tinggi. Janji-janji inilah yang berulang-ulang kali di buat tetapi sehingga ke hari ini, usahkan hendak mendapatkan pegangan 30 peratus equiti, hendak mendapatkan 20 peratus pun sangat susah dan masih tidak tercapai sehingga ke hari ini.
Apa yang mampu di capai oleh UMNO dan BN hanyalah mewujudkan kumpulan kecil yang eksklusif yang lazim di sebut sebagai kroni semata-mata. Mewujudkan komuniti kronism inilah yang telah membantutkan kemajuan rakyat ramai termasuk orang Melayu kerana segala peluang perniagaan yang besar-besar di kuasai oleh kroni-kroni ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan persekutuan dan negeri. Masing-masing pemimpin ada kroni masing-masing.
Justeru perjuangan UMNO khususnya telah gagal sama sekali kerana janji-janji nya untuk membentuk bumiputra yang aktif di dalam bidang 'commerce dan Industry' tidak akan tercapai selagi budaya membentuk kronism ini masih berlanjutan. Cita-cita besar Dr Mahathir dahulu untuk membina masyarakat perniagaan Melayu telah gagal kerana perlaksanaan dasar itu telah di gagalkan oleh beliau sendiri. Zaman beliau mentadbir lah mula wujudnya budaya kronism ini dan semua di antara kroni ini tidak bersusah payah untuk bersaing kerana mendapat 'favour' yang kuat dari pimpinan negara.
Maka wujud lah masyarakat Melayu yang sentiasa bersandar kepada pucuk pimpinan di setiap peringkat dan usaha untuk mewujudkan Melayu yang berdikari seperti yang Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu hanyalah merupakan retorik yang biasa kita dengar setiap pilihanraya mendatang. Malahan Mahathir dan pimpinan yang lain sendiri telah bersandarkan kepada UMNO dan kuasa untuk membina 'empire' perniagaan keluarga beliau. Itu semua rakyat tahu.
Itulah sebabnya rakyat memberikan tumpuan kepada janji-janji semua pihak termasuk dari mereka yang berdiri di atas pagar. Itulah sebabnya jika ada janji-janji parti-parti dalam Pakatan sendiri yang telah terdengar oleh rakyat, samada isu menghadapi pilihanraya atau dari segi prestasi kepimpinan maka adalah penting kepada Pakatan Rakyat untuk mempastikan janji-janji itu dipenuhi.
Jika kedapatan ada janji-janji itu hanyalah janji politik pilihanraya sahaja maka rakyat di atas pagar akan rela mengekalkan pentadbiran yang ada sahaja kerana mereka tidak mahu terperangkap dengan janji-janji dan keadaan yang sama sahaja selepas mereka merubah pemtadbiran negara.
Jika isu 'multi racialism' menjadi janji yang besar kepada Pakatan rakyat seperti PKR dan DAP, pastikan ia nampak terpapar dengan jelas kerana sesiapa sahaja yang mampu membawa sedikit perbezaan yang 'positive' dari prestasi dan rekod kepimpinan BN. Pakatan akan menjadi tumpuan untuk rakyat terutama yang duduk di atas pagar itu memberikan mandat dan sokongan mereka.
Jika keterbukaan ini wujud dalam Pakatan maka tidak syak lagi Pakatan boleh lah bersedia untuk menjadi pemimpin di Putrajaya. Jika ada tanda-tanda yang isu rasis wujud dalam penampilan kepimpinannya maka rakyat akan berfikir banyak kali sebelum melakukan perubahan. Rakyat kini dalam 'desperation' untuk mencari kepimpinan yang prakmatik dan 'real' dalam isu penyatuan kaum yang manjadi impian 'ultimate' rakyat zaman sekarang ini.
Dalam isu ini PAS nampaknya tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penampilannya di depan mata rakyat. Itu sebabnya PAS di mana-mana sedang mendapat perhatian yang kuat dari rakyat. Baik di kampung-kampung tradisi mahu pun dalam tanah rancangan Felda parti itu sedang hampir kepada menjadi parti 'alternative' yang paling 'viable' bagi orang Melayu. '
Dalam kita sedang berada di penghujung penggal ini, jangan kedapatan elemen-elemen permainan politik peribadi yang keterlaluan kerana jika ada isu-isu politik peribadi yang keterlaluan, takut-takut perubahan tidak akan dapat dilakukan.
Kini rakyat bukan memandang sesuatu perkara itu dengan mata zahir mereka semata-mata. Rakyat juga akan memandang dengan mata hati mereka kerana mata hati lah pandangan yang paling tajam dan merentasi malam yang gelap dan segala halangan yang ada merintasinya.
Itu sebab nya kita wajar yakin dengan pesanan Tuhan 'tidak ada se zahrah pun gerak, selain dari gerak aku'. Semuanya adalah af'alNya semata-mata.