Ahad, 9 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DIMENSI

Posted: 09 Dec 2012 11:47 AM PST

DIMENSI


Omegay: Twitter Ketua Menteri Rejim Komunis Penang panas hati dengan program Najib di Penang!

Posted: 08 Dec 2012 10:16 PM PST



Guan Siyal Eng suda panas hati woOOOOoohooooooOOOOO!!! >XD

Omegay: Anuwar resah Najib terus sokong perjuangan palestin! >:]

Posted: 08 Dec 2012 08:18 PM PST








PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Dec 2012 11:31 AM PST

PEJUANG BANGSA


Nak sangat pakai baju tentera ,sekarang terimalah habuannya !

Posted: 09 Dec 2012 09:20 AM PST




TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. 
Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.
sumber : Kosmo 

Najib sempoi..makan di gerai tepi jalan bersama keluarga

Posted: 09 Dec 2012 08:03 AM PST


Begitu sporting Najib dan Rosmah makan bersama anaknya Ashman hanya digerai tepi jalan je dekat Petaling Jaya siang tadi.

Mesti pencacai2 Pas dan PKR meroyan punya lihat gambar ini tambah2 lagi ada muka Rosmah. Mungkin depa ingat selama ini beliau hanya makan di restoran dan hotel mewah je.









@NajibRazak dedah penipuan pembangkang 300 ribu kaum India tiada IC

Posted: 09 Dec 2012 01:38 AM PST

Dakwaan kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah satu lagi pembohongan pembangkang untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.

Mendedahkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.

"Saya periksa tadi dan tanya sekali lagi dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengenai dakwaan itu. Confirm hanya ada 9,000 sahaja.

"Sebanyak 4,500 sudah selesai dengan kerakyatan telah diberi. 2,000 permohonan sedang diproses. Baki sudah kita bagi kad pengenalan dan sijil.

"Kita buka pendaftaran. Siapa ada masalah boleh tampil ke hadapan. Saya bagi jaminan, siapa yang layak kita bagi kelulusan terus," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 .

Pembangkang dilaporkan mendakwa terdapat 300,000 kes masyarakat India tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak mendapat status kerakyatan di negara ini.

Pembangkang turut mendakwa jika mereka mempunyai kuasa, kes tersebut akan diselesaikan dalam masa sebulan sahaja.

Najib berkata melalui angka itu bermakna pembangkang akan menyelesaikan 10,000 kes dalam masa sehari selain mencari 10,000 orang untuk tujuan memproses dan meluluskan borang mereka.

Sambil berseloroh, Najib berkata, jika benar dakwaan itu, Barisan Nasional (BN) pastinya gembira dan berbesar hati untuk memberikan pengenalan diri atau kerakyatan demi menambah peti simpanan mereka untuk pilihan raya kelak.

"You can fool some other people some other time but not all the people all the time. Don't fool the Indians forever. (Kamu boleh perbodoh sesetengah orang lain beberapa ketika lain tetapi bukan semua orang pada sepanjang masa. Jangan perbodoh masyarakat India selamanya).

"Janji kita adalah kita ceritakan kebenaran. Kita tidak bohong, merekacipta cerita. Hanya BN boleh ubah masa depan masyarakat India," katanya. - Bernama


Sambutan di Pasar Bayan Baru buat Tokong DAP berdarah hidung !!

Posted: 08 Dec 2012 07:40 PM PST


Tokong DAP pasti meroyan bila lihat sambutan hebat peniaga di Pasar Bayan Baru ini yang menyambut walkabout PM semalam yang bersarapan di sana .

Ramai peniaga memakai baju t shirt Janji Ditepati menandakan sokongan mereka terhadap PM yang hadir untuk beramah mesra  .

Tokong DAP ada ke buat lawatan ke sini sebelum ini ?? Ada la kot tapi masa nak berkempen dulu suruh undi DAP ..haha ...
















bumiyang

Posted: 09 Dec 2012 03:13 AM PST

bumiyang


Usaha Pulau Pinang "Menghalau" Orang Melayu Keluar Pulau Pinang Digagalkan Oleh Najib???

Posted: 08 Dec 2012 08:54 PM PST

Kemana Arah Tuju Pas Bila 2 TG Ini Bersara Nanti???

Posted: 08 Dec 2012 05:00 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Dec 2012 01:22 AM PST

Taipingmali (tm)


PAS Larut bergelora dalam isu calon

Posted: 08 Dec 2012 06:17 PM PST

Akmal ( kanan) Menantu Hadi Awang.


Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.

Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.

"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.

"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.

Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.

"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.

"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.

"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.

"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.

- SINAR HARIAN

20,000 unit rumah PR1MA untuk rakyat Pulau Pinang

Posted: 08 Dec 2012 05:26 PM PST

Ceramah Pas ditimpa bala

Posted: 08 Dec 2012 05:23 PM PST


Berkat doa Pas memohon bala kepada Umno


Pas Selama Perak pernah mendoakan bala pada program mini RTC  tidak lama dahulu


172 rumah orang Pas di Selama rosak kerana doa mohon bala, adakah ini juga balasan Tuhan?


Sedarlah wahai puak-puak ahzab!



Ceramah anjuran PAS pada malam 7hb Disember 2012 di Kuala Langat 


Sumber : Jas Salleh

Perak Mahu Realisasi Konsep Negeri Berteraskan Ilmu Pengetahuan.mov

Posted: 08 Dec 2012 04:14 AM PST

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......

Posted: 08 Dec 2012 04:04 AM PST


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usa
ha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya,http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

"Muhammad, mari sini" katanya.

"Kenapa?" tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

"Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia" terang Mahmood.
"Oh ye ke!" saya agak gembira mendengar berita itu.

"Tapi mereka rombongan Kristian" kata Mahmood lagi.

"Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah" kata saya.

"Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam" Mahmood Menambah.

"Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian" Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

"Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam" kata saya tenang.
"Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia" terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

"Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?"

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…"berpecah, dan ramai yang berpecah…"

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, "apa nak jadi, jadilah…"

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,"We decree and declare that Malaysia will be a "Rainbow Nation" in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here.."
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Dec 2012 11:22 PM PST

Panglima Perang Cyber


Krisis di Mesir : Mursi dijangka kerah tentera

Posted: 08 Dec 2012 03:36 PM PST


Mursi dijangka kerah tentera

KAHERAH 8 Dis. - Presiden Mesir, Mohamed Mursi dijangka mengerahkan pasukan tentera bagi membantu polis menjaga keselamatan dalam menghadapi tunjuk perasaan besar-besaran, menjelang pungutan suara untuk meluluskan Perlembagaan baharu Mesir.

Akhbar al-Ahram hari ini melaporkan, Kabinet Mesir sudah meluluskan tindakan undang-undang yang membenarkan pasukan tentera membantu 'memastikan keselamatan dan melindungi institusi negara' serta diberi kuasa untuk menahan sesiapa yang melakukan kesalahan.

Namun, laporan itu tidak menyatakan bila undang-undang tersebut akan dilaksanakan.

Sementara itu, penunjuk perasaan masih mengadakan bantahan di luar Istana Presiden, yang sebelum ini menyaksikan tujuh orang terbunuh dan 350 lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan juga kumpulan anti-kerajaan.

Pasukan tentera Mesir merupakan kuasa kedua terpenting selepas Presiden sebelum ini dan majlis tentera mengambil-alih pemerintahan buat sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mursi mengenepikan jeneral-jeneral tentera pada Ogos lalu, dua bulan selepas beliau dipilih sebagai Presiden dan pasukan tentera dilihat tidak menunjukkan minat untuk campur tangan dalam krisis terbaharu yang berlaku di negara ini ketika ini. - DPA

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Panglima :

Pengajaran dari kisah Mursi ialah belum tentu keilmuan beliau sebagai Al Hafiz mampu memberi jaminan dapat mentadbir dengan baik. Ilmu mentadbir perlu dipelajari dan belum tentu semua orang mampu menjadi pemimpin walau berpendidikan agama. 

Seorang pemerintah yang hebat dapat membawa negara ke arah diredhai Allah walau tiada ilmu agama hebat. Namun belum tentu seorang hafiz dapat menjadi pemimpin yang berkesan jika tiada ilmu mahupun pengalaman yang cukup untuk menguruskan kerajaan. 

Terkini Mursi telah sanggup menerima pinjaman IMF dan Kesatuan Euro, bukti kegagalan beliau menguruskan ekonomi sehingga meminta pinjaman along bertaraf dunia IMF tersebut.Yang ditolak oleh Malaysia semasa krisis 1998 dahulu.

Perubahan yang berlaku di Mesir rupanya membawa kemudaratan seperti di Iraq apabila Saddam dijatuhkan negara mereka semakin teruk dilanda berbagai masalah dalaman yang menghancurkan keamanan dan menyekat pembangunan yang didambakan oleh rakyat. 

Mari kita kekalkan pemerintahan yang sedia ada hari ini dan jangan benarkan perubahan yang dicanang oleh pembangkang bakal membawa kemudaratan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara kita akibat diperintah golongan rosak moral, penipu, penjenayah dan tiada ilmu memerintah sehingga menghancurkan kemakmuran yang begitu payah dibina oleh pemimpin terdahulu dari kita sebelum ini.

 
 

Sent from my iPad

UMNO Online - Zahrain Dan Aminah Bersama 347 Bekas Anggota PKR Serah Surat Mohon Sertai Semula UMNO Kepada @NajibRazak

Posted: 08 Dec 2012 03:19 PM PST

Zahrain Dan Aminah Bersama 347 Bekas Anggota PKR Serah Surat Mohon Sertai Semula UMNO Kepada Najib

GEORGE TOWN, 8 Dis – Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat UMNO  Bahagian Bayan Baru di sini.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di Negara ini.

"Sudah sampai masanya saya memilih UMNO  kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja," kata Zahrain.

"PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai UMNO  pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu member kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di  kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong UMNO  jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.


http://www.umno-online.my/?p=73655&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zahrain-dan-aminah-bersama-347-bekas-anggota-pkr-serah-surat-mohon-sertai-semula-umno-kepada-najib


Sent from my iPad

sekupangdua

Posted: 08 Dec 2012 11:17 PM PST

sekupangdua


CALON LUAR : PAS LARUT TOLAK MENANTU HADI!

Posted: 08 Dec 2012 09:54 PM PST

PAS LARUT BANTAH MENANTU HADI SEBAGAI CALON
Tak salah kot! kalau pakatan rakyat amalkan korisma maka Hadi Awang juga dah mularebut tempat dan kuasa, terkini bila hampir 1500 ahli pas larut keluar bantah serta protes bila Menantu hadi diletakan ditempat mereka, manakan tidak dema nampaknya bersungguh dari dulu untuk calon dema di larut tetiba pulak nak diletakan calon menantu hadi pulak, macamana tak marah malah dema siap ancam takkan bagi kerjasama dan tutup bilik gerakan semasa PRU 13 nanti, 

Kalau diikutkan tak ler heran sangat, kebiasaannya PR memang pakatan yang tak pentingkan demokrasi sehingga kini, al maklumlah dari ketua pembangkangnya hingga lah rakan parti semua nya tidak berdasarkan demokrasi sebaliknya penuh dengan kroni, PKR memberi tampuk utama kepada Anuar tanpa pemilihan, manakala bini sebagai presiden sementara anak pulak sebagai yb, DAP pulak dilihat lebih akrab bila bapak sebagai orang kuat dan anak pulak memerintah Pulau Pinang sekalipun orang luar kini menguasai Pulau Mutiara itu sendiri, Karpal dengan anaknya govin, begitu juga PAS bila nampaknya sindrom Menantu dan anak pulak jadi taruhan, pelik jugak takda anak menantu pun dibagi peluang ditempat yang bukan hak dema sekalipun...

ikuti siri pendedahan rakan bloggers PCT si Taiping Central (KLIK) antara kandungan pendedahan beliau ialah...

Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.
Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.
Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.
Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.
Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.
"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.
"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.
Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.
"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.
"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.
"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.
Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.
"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.
Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.
"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.
"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.
"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

The Unspinners

Posted: 08 Dec 2012 11:13 PM PST

The Unspinners


PAS terdesak terpaksa hukum bukan Islam untuk pertahankan Kelantan?

Posted: 08 Dec 2012 06:29 PM PST

Belantan

Posted: 08 Dec 2012 11:09 PM PST

Belantan


Wahai Anwar...!!! Sampai bila kamu mahu berbohong..mengaku ajelah?

Posted: 08 Dec 2012 08:22 PM PST



Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Kes Liwat I dan II Anwar Ibrahim bukanlah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan kerjaya Ketua Pembangkang itu.

Musa yang menjadi penyiasat Kes Liwat I pada tahun 1998 dan juga menjawat jawatan Ketua Polis Negara semasa Kes Liwat II menolak campur tangan politik dan menganggap kedua-dua kes ini sebagai "straight forward cases".

Memberitahu kepada portal berita Free Malaysia Today, Musa menafikan sekeras-kerasnya berlaku pemalsuan bahan bukti sepanjang beliau menyiasat dan mengarahkan siasatan kes-kes bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah Musa dalam wawancara dengan MalaysiaKini sebelum ini turut mendakwa Anwar pernah cuba untuk campur tangan dalam siasatan yang dijalankan dalam Kes Liwat I dengan mengarahkan beliau untuk melaporkan kepadanya (Anwar) setiap malam.

"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara tersebut!!!

Suara Politik
Belantan

Rakyat Selangor ditipu lagi - MB Khalid gagal kutip hasil pasir RM150j setahun?

Posted: 08 Dec 2012 03:24 AM PST



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu gagal menunaikan janji yang dibuat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2009 untuk mendapat hasil RM150 juta setahun melalui sumber pasir.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kerajaan negeri sebaliknya hanya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.

Penduduk di Selangor termasuk di Sepang hanya melihat lori pasir keluar masuk di banyak tempat tetapi kita gagal melihat aktiviti pengangkutan pasir ini bertukar kepada sumber hasil di negeri ini.

Jumlah kutipan melalui hasil pasir tidak konsisten dengan aktiviti melombong pasir yang begitu banyak di negeri ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Sepang di Bukit Changgang, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, lebih 500 mangsa banjir sekitar Sepang menerima bantuan bernilai RM1,000 iaitu masing-masing sebanyak RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sepang itu berkata, BN Selangor mahu kerajaan negeri bersikap telus dengan mendedahkan akaun mengenai hasil pasir di negeri tersebut.

Kalau enggan mendedahkan akaun berkenaan kepada BN maka mereka sekurang-kurangnya harus melantik pihak ketiga untuk menyemak akaun tersebut.

Kerajaan negeri Selangor juga perlu mengumumkan jumlah lesen melombong pasir yang dikeluarkan supaya kita boleh membezakan lombong yang sah dengan yang haram," katanya.

Beliau menegaskan, operasi perlombongan pasir secara besar-besar di Selangor telah merosakkan ekosistem sehingga meruntuhkan benteng sungai dan mengakibatkan kawasan Sepang dilanda banjir.

Perlombongan pasir yang berleluasa termasuk di tepi sungai telah menyebabkan benteng sungai pecah dan banjir berpanjangan di Sepang.

Dakwaan kerajaan negeri bahawa benteng sungai pecah akibat aktiviti bercucuk tanam tidak masuk akal, ini menunjukkan pembangkang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kadar perlombongan pasir di Selangor, hasil pasir di negeri itu mungkin akan habis dikorek dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan apa yang diterima oleh pembeli dalam pasaran tidak selari," katanya.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 08 Dec 2012 11:07 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Ok Jom Turun Ke Bukit Jalil...

Posted: 08 Dec 2012 09:00 PM PST


Harimau Malaya Lwn Siam

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Dec 2012 11:02 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Lagu Untuk Harimau Malaya!

Posted: 08 Dec 2012 04:16 PM PST

Lagu penaik semangat untuk game malam ni.


Selamat berjuang Harimau Malaya!

Gambar dari laman web TM

*Mantap jugak lagu patriotik lama-lama dijadikan klip video untuk naikkan semangat rakyat.

RAHSIA DI SEBALIK PENENTANGAN LYNAS

Posted: 08 Dec 2012 06:38 AM PST

YB DR CHE ROSLI (PAS): SAYA SAHKAN LYNAS SELAMAT

A. LYNAS
Negara China merupakan pengeluar bahan Nadir Bumi untuk kegunaan pelbagai jenis bahan elektrik seperti Handphone, TV, Radio, Peti Sejuk, permainan kanak-kanak, pen dan sebagainya di mana negara China merupakan pengesport terbesar bahan-bahan ini. Tidaklah hairan barang-barang dari negara China murah dan tidak berkualiti.
Apabila Pelabur luar negara (Australia) tidak membuka kilang Nadir Buminya di China, maka taukeh-taukeh dari Negara China melihat Lynas di Kuantan sebagai ancaman. Puak-Puak Cina yang dahagakan Wang Ringgit dan Kuasa politik di dalam PKR dan DAP mengambil peluang ini untuk menentang Operasi Lynas di Kuantan. 
Sebenarnya,jika projek itu diberikan kepada puak-puak Cina Pkr dan DAP ini, sudah pasti mereka tutup mulut sahaja. Bukankah Lim Kit Siang dulu menyokong PTPTN tetapi hari ini dia menentang kerana kononnya PTPTN lebih banyak membantu orang Melayu dan Islam!
Walhal, lebih 10,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan khususnya kepada penduduk di sekitar Gebeng, Kuantan. 
Siapakah YB paling 'bahlul" dalam hal ini [F]. Dia terikut-ikut rentak Cina ultra-kiasu ini. Cina-Cina ini yang lebih ramai membuat protes dan demo Lynas kononnya atas alasan pencemaran dan alam sekitar, bukankah protes mereka semua itu tiada nilai pahala di sisi Allah SWT, kerana mereka tidak mengucap kalimah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah. Sedangkan YB PAS seorang Ahli dalam bidang kimia ini menyatakan proses di Lynas selamat dan tidak membahayakan. Siapa lebih Ilmiah YB Fauziah atau YB Dr Che Rosli?
Bagaimana  dengan orang-orang Islam di sekitarnya yang bekerja kerana Allah SWT. Mereka bekerja bersolat di surau di situ, menderma sebahagian gaji mereka kepada anak-anak yatim, kepada surau dan jihad fi sabilillah. YB Bahlul [F] itu tidak melihat aspek ini. Dia melihat aspek Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang menolak Islam dan Hudud. Orang Kuantan patut menghukum YB yang gila dunia ini.
Bersambung isu Air Selangor dan AES...prolognya ialah sama seperti Lynas, mereka menentang kerana ianya melibatkan orang Islam. Apakah kamu mahu mempercayai Ronnie Liu yang Kafirun itu???


PISAU.NET

Posted: 08 Dec 2012 09:13 PM PST

PISAU.NET


SPA Mahu Jadikan Perkhidmatan Awam Seperti Muzium.

Posted: 08 Dec 2012 04:30 PM PST


Bila agaknya nak beri peluang kepada orang muda naik pangkat? Katanya pentadbiran kerajaan melalui proses transformasi tapi kenapa melanjutkan usia penjawat awam yang dah terlalu lama berkhidmat. Bak kata mamu Penang.."bagi chance orang lain naik pangkat pulak la.."

Datuk Hamsa ..sebagai mamu paling besaq dalam Perkhidmatan awam patutnya menyahut cabaran PM untuk melakukan transformasi didalam perkhidmatan awam ,jika melanjutkan kontrak hingga umur mencecah 60 tahun atas sebab faktor pengalaman rasanya sampai bila pun orang muda tak akan ada pengalaman jika tidak diberi peluang.


Ramai diluar sana yang berkhidmat menantikan kenaikan pangkat beri orang lain peluang untuk meningkatkan karier mereka jangan pertahankan barang lama seperti berlaku didalam parti politik haprak pakatan yang masih menggunakan barang antik seperti Nik Aziz,Kit Siang dan Karpal yang semua orang tahu dah ketinggalan zaman dan menghampiri tarikh luput.


Pengambilan penjawat awam dijangka kurang pada 2013

PUTRAJAYA 8 Dis. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan jumlah pengambilan penjawat awam baru pada tahun ini dan tahun depan akan berkurangan berikutan penawaran opsyen untuk bersara pada umur 60
tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, pengambilan untuk 2014 bagaimanapun dijangka meningkat semula selepas kesan umur

persaraan 60 tahun dineutralkan pada tahun tersebut.
``Walaupun demikian, jumlah pengambilan penjawat awam baru pada tahun ini telah pun mencecah 40,000 orang setakat ini,'' katanya kepada pemberita selepas berucap pada Seminar Pengenalan Skil Pekerjaan Sektor Awam di sini hari ini. - UTUSAN

Pisau kata " setengah tu yang sambung kontrak sebab tak mau kehilangan keistimewaan rumah free,minyak free,elaun dan mcm mcm..sebab tu sambung kontrak ehsan dikawtim kawan kawan.."

Live TV ! Ceramah Tolak Fitnah Pakatan Oleh Fathul Bari,Kamal Saidin & Umi Hafilda

Posted: 08 Dec 2012 05:10 AM PST

Siaran langsung..!
Tarikh : 8 Disember 2012
Masa : 9:00 malam
Tempat : Bukit Palah, Melaka (Depan Masjid Al Azim)
Penceramah :
Ustaz Fathul Bari
Ustaz Kamal Saidin
Umi Hafilda 




*Sila klik refresh jika tiada paparan tv.
PANDUAN PENGGUNAAN
Untuk menonton dan mendengar siaran web ini, anda perlu memuat turun aplikasi di bawah terlebih dahulu:

Pengguna Windows : Klik Di Sini
Pengguna Mac : Klik Di Sini
Pengguna Linux: Klik Di Sini

Keperluan Komputer Minima:
Windows XP/Vista/7/Server 2003/Server 2008 atau Mac OS X 10.4+
Minima Pentium 4 2.4GHz dan 256MB RAM
Adobe Flash Player 10 (Klik di sini sekiranya anda tiada aplikasi ini atau versi lama)

Keperluan Rangkaian Minima:
Minima jalur lebar berkelajuan 150Kbps atau HSDPA
Fungsi NAT Traversal dibenarkan di Firewall rangkaian anda

Hot! Puluhan Ribu Saksi Guan Eng Berang Najib Hancurkan Bisnesnya Pagi Tadi.Gambar Tun Razak Jadi Mangsa!

Posted: 07 Dec 2012 11:05 PM PST

Sekarang ini puluhan ribu rakyat menghadiri karnival Janji Di Tepati di USM,seperti yang pisau katakan kehadiran Najib membawa histeria buat haprak pakatan.Bertambah gusar apabila broker tanah paling berjaya di Malaysia Lim Guan Eng apabila perniagaan menjual tanah dan rumah mewahnya pasti akan tergugat.



Seperti janji janji lain yang ditepati,Ds Najib mengumumkan akan membina 20ribu buah rumah malah turut berjanji untuk membina monorel untuk rakyat Pulau Pinang yang semua orang tahu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.Amat berbeza sekali dengan Guan Eng yang berjanji 4 tahun sudah sebaliknya yang siap dan boleh diduduki adalah rumah rumah murah yang dibina oleh BN.

20,000 rumah PR1MA dan monorel untuk rakyat Pulau Pinang

GEORGE TOWN 8 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini. - BERNAMA
Manakala PKR hari ini menerima tamparan hebat apabila ahli Parlimen Bayan Baru bersama 346 orang ahli PKR telah mengumumkan dan menyerahkan borang untuk menyertai parti Umno .




Seperti yang Pisau laporkan awal pagi tadi,haprak pakatan telah melakukan pelbagai sabotaj dan sedaya upaya mahu mengganggu perjalanan program Janji Di Tepati. Terkini di Tanjong Tokong lokasi ke tiga untuk siri lawatan PM telah diserang oleh haprak pakatan.Bersenjatakan cat hitam mereka telah merosakkan gambar gambar PM dan turut merosakkan gambar Tun Razak.
Inilah bahana apabila BN mengadakan program menunaikan janji kepada rakyat,anjing pakatan dikerah untuk menyerang dan membuat sabotaj untuk mengagalkan BN daripada membantu rakyat.

Pisau kata " Penduduk Tanjong Tokong sebentar tadi sibuk gantung bendera.. puluhan ribu dijangka turun .."

PenangWasabi

Posted: 08 Dec 2012 09:11 PM PST

PenangWasabi


Ahli Pas hadiah kek pahit kepada Guan Eng!

Posted: 08 Dec 2012 07:41 AM PST


Arif Ibrahim (kiri) menyampaikan kek bersalut krim putih kepada Ong See Fook di Pulau Pinang, semalam.

Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.

Ia sebagai simbolik terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat hanya indah khabar dari rupa.

Ahli Pas Tanjung, Arif Ibrahim yang menghadiahkan kek tersebut berkata, orang luar mungkin melihat negeri ini seronok untuk didiami tetapi pada hakikat rakyatnya hidup menderita.

"DAP dan sekutunya dalam pembangkang terlalu ingin mengejar Putrajaya sehinggakan rakyat seolah-olah terabai. Sepatutnya apabila sudah diberi mandat oleh rakyat, mereka harus melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dengan baik.

"Sepanjang mentadbir negeri ini, mana rumah mampu milik untuk rakyat? Guan Eng sering mencanang mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) tetapi semasa era BN dulu, mereka ada bangunkan projek perumahan rakyat (PPR) sedangkan DAP langsung tiada," katanya selepas menyerahkan kek berkenaan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Ong See Fook di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Tambah Arif, biarpun beliau bukan penyokong BN tetapi daripada pengamatan sebagai rakyat, pendekatan yang digunakan BN adalah lebih baik dalam usaha membangunkan negeri ini.

Selain itu, katanya, pelbagai isu yang timbul gagal dijelaskan oleh Guan Eng seperti Taman Manggis, Bayan Baru, rumah mampu milik, akidah generasi muda terutama orang Islam, kualiti hidup rakyat dan peluang pekerjaan.

"Sepatutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, Guan Eng menyelesaikan isu-isu berkenaan dan bukan sering mengelak.

"Guan Eng juga dilihat terlalu keras hati dan sukar untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang pernah dilakukan," katanya.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Dec 2012 09:11 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Kelantan Rugi RM700 Juta

Posted: 08 Dec 2012 07:00 PM PST


Video Ini Pasti Buat DAP Marah Marah Melihatnya

Posted: 08 Dec 2012 05:00 PM PST


Video Salah Laku Khalid Ibrahim #ReturnSgor

Posted: 08 Dec 2012 03:00 PM PST


AES Kena Cat Merah, Siapa Punya Kerja?

Posted: 08 Dec 2012 08:01 AM PST


Sebelum ini ada cadangan daripada kerajaan negeri Selangor untuk menutup kamera AES. Namun setelah mendapat nasihat undang undang, hasrat itu ditangguhkan. Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu bukan tidak tahu tentang kedudukan tanah kamera AES tersebut adalah di bawah tanah persekutuan.

Mereka tahu, tetapi apa yang mereka mahukan adalah populariti untuk menonjolkan di hati rakyat bahawa mereka ingin mansuh AES.

Pagi tadi dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah. Entah siapa yang buat, tetapi warna merah ini begitu sinonim sekarang ini dalam perbuatan perbuatan sebegitu termasuklah terhadap entiti parti politik.

Kamera AES yang terletak di kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menjadi sasaran. Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

"AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

"Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya.

Cat merah, siapa punya kerja ya?








Nurul Izzah Tak Pandai Matematik Rupanya, Ini Buktinya

Posted: 08 Dec 2012 01:11 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Dec 2012 09:08 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ZAHRAIN DAH MASUK UMNO..LAJIM MASIH MALU ALAH NAK MASUK PKR

Posted: 08 Dec 2012 07:50 PM PST

KENAPA MONYET NI GELAKKAN AHLI PAS ?

Posted: 08 Dec 2012 01:17 PM PST

Sri Tri Buana

Posted: 08 Dec 2012 07:20 PM PST

Sri Tri Buana


Mitos Melayu Malas.

Posted: 08 Dec 2012 07:40 AM PST

r b f

Posted: 08 Dec 2012 07:06 PM PST

r b f


Ular Patuk Penumpang Dalam Penerbangan

Posted: 07 Dec 2012 11:16 PM PST


Sebuah pesawat Egypt Air yang dalam penerbangan ke Kuwait terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana seekor ular yang dibawa dalam beg oleh seorang penumpang lelaki warga Jordan telah mematuk seorang penumpang pesawat berkenaan. 

An Egypt Air pilot made an emergency landing at Hurghada airport on Monday after a snake bit a Jordanian passenger who had concealed it in his luggage. 

Crew were shocked by the passenger's screams, being unaware of the snake's presence on the plane. The accident was reported to the pilot, who requested emergency permission to land in Hurghada. 

The passenger was immediately taken off the plane for medical treatment, and local authorities confiscated the snake. 

Following that, the flight continued on to Kuwait.
ahram online

melayuangkat

Posted: 08 Dec 2012 03:12 PM PST

melayuangkat


TAKUT aku dengan gaya Bahasa Orang2 Muda sekarang...

Posted: 08 Dec 2012 05:38 AM PST

Kami dulu-dulu ramai yang tidak berpeluang bersekolah tinggi2 seperti sekarang.  Kolej tak banyak, Universiti pun tidak seperti sekarang seperti cendawan tumbuh.  Kemudahan sains dan teknologi pun tidak ada seperti sekarang...Tapi kami amat hormat pada orang tua-tua.  Apa tah lagi pada pemimpin Negara jauh lagilah Sultan!

Orang Muda sekarang seperti hilang Arah.  Lihat sahaja tulisan2 mereka di alam cyber.  Mereka seolah-olah bukan orang Melayu yang kaya dengan budi dan bahasa.  Inilah KESAN tarbiyah yang amat salah. Tarbiyah asakan benci benci benci... Kesan negatif ini akan lebih buruk buat masa hadapan khasnya orang Melayu kerana mereka-mereka yang biadap dan kurang ajar  inilah yang bakal menjadi pula 'orang tua tua' pada masa itu..Main mencarut je lah alamatnya.

When Politician makes things worse.........

Posted: 07 Dec 2012 10:14 PM PST

Biarlah ruh Allahyarham tenang.......

Ajal maut ketentuan Allah di Lauh Mahfuz...

Janganlah biarkan dan beri peluang pada ahli Politik jadikan ini satu lagi 'modal' berpolitik mereka.

Mahkamah tidak buat keputusan sesuka hati...

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 08 Dec 2012 03:10 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PAS DAH TERASA SERIK LAKSANA HUKUM ISLAM!!!

Posted: 08 Dec 2012 07:18 AM PST

Tanpa dijangka, PAS akhirnya tersepit. Tersepit di antara komitmen mereka dalam mempertahankan peraturan dan undang-undang Islam yang digariskannya sendiri dengan risiko kemungkinan kehilangan sokongan pengundi cina pada PRU13 akan datang.

Tanpa dirancang dan tanpa fabrikasi mana-mana pihak, PAS secara tiba-tiba terpaksa berhadapan secara langsung dengan isu yang benar-benar mencabar kesungguhan PAS dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang Islam di Kelantan.

Isu unisex salon dan isu saman terhadap pasangan bukan Islam yang dikatakan berkhalwat, benar-benar membuatkan PAS berada di persimpangan. Lebih menyakitkan ialah 2 lelaki cina yang duduk di dalam kereta berdua-duaan sambil melihat kapalterbang landed pun turut kena saman.

Tindakan kerajaan PAS ini akan mendatangkan beberapa implikasi buruk.

Pertamanya, kemungkinan salah faham masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam sebenar akan menjadi semakin buruk.

Ke dua, akan membuktikan kepada masyarakat umum betapa peraturan Islam yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan bukanlah peraturan dan undang-undang-undang Islam sebenar. Ia adalah undang-undang Islam PAS.

Ke tiganya, pertembungan secara terbuka di antara PAS dan DAP berkemungkinan besar akan berlaku dan sukar untuk dielakkan melainkan PAS mengaku salah dan berjanji tak buat lagi.

Ke empat dan paling penting untuk ditunggu kesannya ialah, adakah tindakan PAS ini akan memberi kesan buruk samada kepada kesucian agama Islam ataupun kesucian perjuangan PAS.

Jika PAS lebih mementingkan kepentingan masa depan politiknya, maka kesucian agama Islam akan tercemar pada pandangan masyarakat bukan Islam. 

Jika PAS lebih komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kesucian Agama Islam tetap terbela, maka besar kemungkinan sokongan pengundi bukan Islam akan tergugat dalam PRU akan datang.

Sekarang kita mahu tunggu apa tindakan yang bakal diambil oleh PAS dalam kemelut yang tidak diundang ini.

Bagi mengelakkan apa yang dijunjung terjatuh, apa yang digenggam di tangan harus dibuang bagi menyelamatkan barang berharga yang dijunjung.

Sekarang kita mahu lihat, di manakah PAS akan letakkan kesucian agama Islam dan di manakah pula akan diletakkan undi bukan Islam? 

Adakah PAS akan letakkan kesucian Islam dijunjungan dan undi bukan Islam di tangan, atau pun sebaliknya?

Jika PAS letakkan Islam dijunjungan, bagaimanakah reaksi bukan Islam?

Jika PAS letakkan undi bukan Islam dijunjungan dan kesucian Islam hanya digenggaman, apa pula kata Allah? Mana nak letak muka di padang masyar kelak?

Itulah PAS, lain kali jangan sombong, jangan riak dan jangan takabbur  konon-konon memperjuangkan Islam dan orang lain selain dari PAS, khususnya UMNO semua tolak Islam. Akhirnya diduga tuhan. Allah kan dah kata, "jangan kamu sangka kamu beriman selagi belum Aku duga".

Sekarang apa macam? Darah belum pun menitis walau setitik demi Islam. Baru beberapa helai rambut saja yang dijatuhkan oleh bukan muhrim ke lantai, PAS sudah gelabah dengan tekanan pihak bukan Islam!! 

Islam apa ni? "Islamun tayyik ayyamas qau la"!! Geram punya pasal sampai tersasul cakap arab aku.

ANWAR PEMEGANG FRANCAIS PRODUK BILL GATE RUPANYA!!!

Posted: 07 Dec 2012 04:52 PM PST

Nama BJ Habibie sering dikaitkan dengan Pak Lah semasa Pak Lah menjadi TPM. Mereka berdua dikatakan mempunyai karakter kepimpinan yang hampir sama. Lembut dan lembik.

Hayat kepimpinan Habibie adalah antara tempoh yang paling pendek di Indonesia.

Diberitakan semasa ceramahnya di Unisel, beliau secara terbuka menyokong fahaman pluralisma kerana fahaman itu sesuai bagi Malaysia dan Indonesia yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan agama.

Apa maksud dan apa niat sebenar Anwar menjemput BJ Habibie ke Malaysia?

Sebelum ini Anwar pernah membawa Amien Rais. 

Sebelum ini juga Anwar, melalui Wan Azizah pernah membawa Estrada dari Filipina. 

Kenapa Anwar suka sangat beli jiwa rakyat dengan cara jual-beli orang? Anwar sangat suka menjual brand dan jenama orang lain sama seperti lagak seorang pemegang Francais atau sole ditributor suatu produk. Pendekatan perniagaan digunakan dalam politik.

Jika ada orang asing yang dikatakan berpengaruh atau berjenama, Anwarlah yang akan paling cepat mengambil kesempatan.

Anwar pernah cuba menjadikan jenama Yusof Qardawi sebagai hak miliknya. Seolah-olah dialah pemegang Francais jenama Qardawi di Malaysia.

Apabila nama Aung Sang Myanmar muncul menjadi sebutan dunia, Anwar cepat-cepat kaitkan perjuangannya sebaris dengan wanita Myanmar ini.

Bila muncul gerakan arab spring, Anwar sepantas kilat kaitkan dirinya dengan gerakan yang sedang menjatuhkan kerajaan yang ada. Konon, perjuangan mereka seiring dalam membenteras kezaliman pemerintah. Sekarang di Mesir sudah ratusan ribu rakyat keluar berdemo untuk mendesak presiden baru supaya meletak jawatan. Anwar patut segera kaitkan pula dirinya dengan gerakan tahrir yang baru ini.

Semasa dalam UMNO, dialah pengedar tunggal atau pemegang francais tunggal jenama Mahathir bin Mohamad sehingga seluruh rakyat beranggapan Mahathir terlalu sayangkan beliau. Sampaikan rakyat beranggapan Mahathir Mohamad bertindak mengenepikan Musa, Ku Li, Ghafar hanya kerana mahukan Anwar menggantikan beliau.

Semasa dalan UMNO juga, segala jenama-jenama besar seperti Bank Islam, UIAM, Pertumbuhan Ekonomi Negara yang memberansangkan dan segala yang baik-baik adalah milik tunggal dia. 

Segala jenama buruk yang berkaitan dengan rasuah, pembaziran, kroni dan penyelewengan akhirnya dianugerahkan oleh Anwar menjadi hak milik tunggal kepunyaan Mahathir Mohamad.

Main chop-chop dan twi tak twi adalah politik fahaman Anwar. Palat amek...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Dec 2012 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Berzina ketika majikan nyenyak tidur

Posted: 08 Dec 2012 10:31 AM PST

Gambar hiasan
REMBAU: Baru enam bulan diambil bekerja sebagai pembantu rumah, seorang wanita Indonesia menunjukkan belangnya apabila dipercayai menjadikan rumah majikannya di Kampung Pulau Besar , dekat sini, tempat memadu kasih bersama teman lelakinya, warga Bangladesh.

Menurut sumber, tindak tanduk wanita 40-anitu dan teman lelakinya, yang berusia 27 tahun, dicurigai penduduk kampung sebelum rahsia mereka terbongkar malam kelmarin apabila dicekup berdua-duaan di dalam bilik di rumah itu.

Katanya, dalam kejadian jam 9 malam itu, beberapa penduduka yang melalui rumah berkenaan ternampak lelaki Bangladesh itu masukke rumah dalam keadaan mencurigakan.

"Difahamkan pembantu rumah hanya tinggal berdua dengan majikannya, wanita warga emas.

"Perbuatan wanita itu mungkin tidak disedari sebelum ini kerana warga emas itu tidur selepas waktu Isyak memandangkan keadaannya yang uzur," katanya.

Menurut sumber, bimbang terjadi sesuati yang buruk, penduduk kampung menghubungi Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain polis dan anak tuan rumah yang tinggal berdekatan di rumah berdekatan.

"Sebaik tiba di rumah itu, 20 penduduk mengepunf rumah manakala imam, ketua kampung dan anak tuan rumah masuk ke dalam rumah.

"Selepas pintu dibuka mereka mendapati seorang lelaki yang hanya berkain pelekat bersembunyi di belakang almari bilik bersama seorang wanita yang lengkap berpakaian," katanya.

Menurut sumber, penduduk kampung membawa pasangan itu ke Balai Polis Rembau untuk tindakan lanjut pejabat agama Islam daerah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Metro

DAP sudah pening dengan tindakan PAS saman khalwat bukan Islam

Posted: 08 Dec 2012 07:55 AM PST

SHAH ALAM - DAP khuatir tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan 'khalwat' ke atas dua pasangan, masing-masing di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini, boleh menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, meskipun notis saman yang dikeluarkan berkaitan dengan kelakuan 'tidak senonoh', parti-parti musuh PR dan media mereka sudah mula memutarbelitkan tindakan majlis itu sebagai kes khalwat dan kononnya cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Muslim.

Ia kontroversi kedua dalam tempoh kurang sebulan ini membabitkan bukan Islam dan majlis itu.

"Jika Kerajaan Pas Kelantan gagal bertindak ke atas pihak-pihak mensabotaj dalam MPKB-BRI, yang mengeluarkan saman ke atas pasangan bukan Islam berhubung kelakuan tidak senonoh, ini secara tidak langsung akan memperlekehkan mesej PR yang menghormati kebebasan beragama dan akan menjejaskan kerjasama yang sedia wujud dalam PR," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan muka depan mengenai kontroversi terbaru ini dibawa oleh akhbar harian hari ini.

Akhbar terbabit memetik Ketua Pemuda MCA Kelantan, Gan Han Chuan berkata, pegawai MPKB-BRI bertindak keterlaluan dengan cuba mengenakan 'hukum hudud' ke atas bukan Islam.

"Ini kali pertama dalam sejarah bukan Islam diberi saman atas kesalahan khalwat," katanya.

Salah satu pasangan, berusia 30-an, dikenakan saman semasa berada dalam kereta di tepi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada waktu malam manakala pasangan yang lain, berusia 17 dan 15 tahun, berada di Taman Tengku Anis pada siang hari.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw pula berkata, kedua-dua mangsa lelaki mendakwa pegawai-pegawai yang menahan mereka meminta wang RM500 untuk menyelesaikan kes mereka.

"Dengan jelas, pegawai-pegawai majlis menyalahgunakan kuasa mereka dan tindakan segera diperlukan untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan, yang bebas dan bersih daripada amalan rasuah, dan daripada kebimbangan bahawa hak bukan Islam tidak dihormati dengan penguatkuasaan undang-undang Islam," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau sudah menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjanjikan bahawa akan berhubung dengan Kelantan dan menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya ada memberitahu Datuk Mustafa tentang keperluan melihat isu ini dengan serius bagi mengelakkan kepercayaan bersama dan kerjasama kuat dalam PR yang sedia terjalin terjejas.

"Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong agar berkomunikasi dengan kepimpinan Pas bagi mencapai penyelesaian segera dalam isu-isu berkaitan dengan dakwaan bahawa bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam," katanya lagi.

Piala AFF 2012: Filipina-Singapura seri

Posted: 08 Dec 2012 07:37 AM PST

IMPIAN pasukan Filipina membawa bekalan selesa ke perlawanan timbal balik separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2012 Rabu ini tidak kesampaian apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila sebentar tadi.

Dalam aksi penuh sengit itu, menyaksikan skuad Hans Michael Wiess tenggelam di laman sendiri.

Pasukan pelawat ternyata lebih menguasai perlawanan seawal minit pertama permainan.

Juara tiga kali, Singapura nyata beraksi garang apabila cubaan penyerang pasukan itu hampir membolosi gawang lawan pada minit ke-17, namun berjaya dikekang oleh pertahanan Filipina.

Pada minit ke-25, Singapura sekali lagi hampir menjaringkan gol menerusi Duric, tetapi pertahanan kental pasukan tuan rumah berjaya mengekang asakan pelawat.

Susulan serangan tersebut, Filipina mula melakukan asakan pada minit ke-30. Kawalan bola yang tidak kemas berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Singapura.

Pada babak kedua, Filipina mempertingkatkan usaha dalam memburu gol manakala pasukan pelawat pula banyak berkubu di kawasan sendiri mengawal asakan Filipina sehingga ke wisel penamat.

Selepas ini, Singapura akan menerima kunjungan Filipina di Stadium Jalan Besar 12 Disember ini.

Gila jawatan: Ahli PAS Larut ugut boikot PRU13

Posted: 08 Dec 2012 06:47 AM PST

SELAMA – Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat. Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.

Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.

"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.

"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.

Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.

"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.

"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.

"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.

"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.

Live Streaming Philippines vs Singapore (Semi Final) | AFF Suzuki Cup 2012 | 8 December 2012 | Frirst Leg

Posted: 08 Dec 2012 02:31 AM PST

Despite their two recent losses in friendly matches with the Philippines, Singapore national coach Radojko Avramovic said on Friday they do not intend to leave Manila without a win when the teams clash in the first leg of their AFF Suzuki Cup semi-final on Saturday at the Rizal Memorial Stadium.

"It's in our hands to let them (the Philippines) wait another two years to dream," Avramovic said at the pre-match press conference. "It's good we are in the semi-finals but our target is reaching the finals."

He added that it would be wrong for the Philippines to underestimate the Lions.

"Singapore are two-time winners of this competition (under my watch) and not an 'itsy-bitsy' team," added the 63-year-old Serbian, who took over the helm of the Lions in 2003 and steered them to titles in 2004 and 2007. Singapore also won the Asean crown in 1998.

Philippine team manager Dan Palami said in response that the Azkals were in charge of their own destiny.

"Singapore has had a good run. And with full respect to Singapore, the Philippines intends to write their own history and we will have the result that we want," he said. "We hope to get full points in this particular game.

"We know that Singapore are in familiar territory, they have been here several times already and certainly the Philippines will not be complacent in that quest, in that dream that has been elusive so far in (reaching the final)."

Watch the Live Streaming Philippines vs Singapore (Semi Final)
AFF Suzuki Cup 2012 
8 December 2012 
First Leg
(Rizal Memorial Stadium, Manila)
Link 1 | Link 2 | Link 3

Zahrain kembali ke pangkuan UMNO

Posted: 08 Dec 2012 12:10 AM PST


Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.

Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.

Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Tak ramai artis 'seberani' dan 'sebodoh' Abby Abadi

Posted: 07 Dec 2012 09:30 PM PST


KUALA LUMPUR, 7 DIS 2012: Pelakon, Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross menegaskan dia sememangnya bebas daripada terlibat dalam mana-mana parti politik sehingga ke hari ini.

Malah, Catriona Ross atau mesra dengan panggilan Cat turut menafikan bahawa bergiat aktif dalam sebuah parti pembangkang sebagai yang didawak sesetengah blog serta menganggap bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan tuduhan semata-mata.

"Sebenarnya semua itu hanyalah salah anggap. Memang mereka nampak saya hadir di majlis ceramah parti pembangkang tetapi saya hadir kerana diundang untuk menceritakan kisah penghijrahan saya sahaja.

"Jujur saya katakan saya tidak tahu pada awalnya bahawa saya terlibat dalam majlis parti pembangkang. Malah pada mula saya dipelawa untuk menghadiri ceramah itu, saya diberitahu ianya tidak melibatkan dengan mana-mana parti politik dan hanyalah majlis agama biasa.

"Namun setelah melibatkan diri di beberapa lokasi majlis ceramah yang mereka adakan, baru saya sedari saya sebenarnya berada di dalam kelompok majlis sebuah parti politik," katanya kepada murai.com.my ketika dia ditemui dalam acara Kutipan Tabung Aman Palestin siri 2 di Jalan Masjid India, baru-baru ini.

Terdahulu, sebuah blog ada menyiarkan video Cat bersama bekas pelawak, Bob Loqman di dalam majlis ceramah parti politik. Dalam video tersebut, Bob Loqman ada mengajaknya untuk menyertai parti PAS dan Cat menjawab: "InsyaAllah..."

Cat yang mula berhijrah dan berhijab pada 16 September 2010 itu memberitahu dia setakat ini masih belum berminat untuk melibatkan diri dalam parti politik dan yakin tidak akan berbuat demikian di masa akan datang.

"Saya tertarik untuk melibatkan diri dalam majlis ceramah agama itu kerana tajuk atau topik yang setiap kali dikupas amat menarik dan tidak terlintas langsung di kepala saya bahawa ianya ada melibatkan parti politik.

"Oleh itu, saya mengambil jalan selamat untuk hanya menjadi panel undangan mereka jika lokasinya di pusat-pusat pengajian tinggi yang sememangnya tidak boleh mencampur adukkan bidang politik.

"Terus-terang, saya tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik. Penghijrahan saya kerana Allah tetapi bukan untuk berpolitik," jelasnya lagi.

Cat kini terlibat dalam Kutipan Tabung Aman Palestin bersama artis Kumpulan Usrah Fitrah yang lain.

(Gambar) Uji minda: Apa warna seluar dalam gadis ini?

Posted: 07 Dec 2012 08:30 PM PST

Pelik sungguh manusia ni kan? Fesyen elok-elok, jadi dikoyak-koyak, yang panjang dikerat-kerat.

Gadis dibawah ini kami tak faham dengan fesyen apa yang dipakainya. Macam orang baru lepas eksiden dilanggar lori pun ada. Tapi tak ada pula darah meleleh, lebam sana sini...

Selamba aja memakai seluar yang dikoyak rabakkan hingga menampakkan seluar dalamnya dikhalayak ramai. Baik tak payah pakai seluar aja...
Semuanya atas nama fesyen...abah ko!

[Advertorial]

Mana Naga sebenarnya?

Maharaja Lawak Mega 2012 mempersembahkan aplikasi Mana Naga – permainan yang memberi anda peluang untuk memenangi hadiah menarik!

Permainan #ManaNaga ini mudah sahaja – Cuma perlu cari dan sentuh naga yang anda jumpa di skrin!

Keluarga Aminulrasyid mahu Jenain bersemuka...tak puas hati lagi!

Posted: 07 Dec 2012 07:01 PM PST

*Mana la polis tahu anak makcik tu tak ada lesen. Kalau dah bawak kereta macam penyamun, orang anggap penyamun la. 

Bukannya polis nak bertegur sapa dulu kot kalau dah terhoyong hayang bawa kenderaan...

Kakanya yang pinjamkan kereta tu mau kena siasat juga, pasal apa bagi pinjam kereta sedangkan tahu adiknya tak berlesen.

Terima ajalah takdir Allah...



SHAH ALAM: Ahli keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada malam kejadian.

"Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.

"Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu," kata Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.

Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.

Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap anaknya.

"Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi (mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100 peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena tembakan.

"21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak boleh terima..terlalu kecewa sangat," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.

"Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk membela diri.

"Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya walaupun dalam kes yang kecil," katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu

Piala AFF 2012: Thailand janji belasah Harimau Malaya

Posted: 07 Dec 2012 06:31 PM PST

Pasukan Thailand tiba di KLCC
Sepang: Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda yang sudah meledak tiga gol sepanjang kempen Piala Suzuki AFF, mempunyai misi besar pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Dangda, 24, dan rakan-rakannya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, berkata Thailand mahukan kemenangan selesa untuk dijadikan bekalan sebelum pertemuan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis depan.

"Saya tidak berada di sini untuk kalah, jadi saya harap untuk mendapat keputusan yang bagus bagi dibawa ke Thailand," katanya yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Thailand musim lalu dengan 24 gol.

Dangda mengakui tidak begitu mementingkan siapa yang menjaringkan gol asalkan pasukannya menang.

"Tidak kira siapa yang menjaringkan gol...yang penting pasukan kami menang.

"Bagi saya tidak tewas juga adalah keputusan yang baik. Begitu pun kami tidak boleh memandang remeh Malaysia kerana mereka adalah penyandang juara. Malaysia pasukan yang baik," katanya.

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula mengakui sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk ribuan penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Segala persiapan kami berjalan dengan baik malah tiada pemain yang mengalami kecederaan cuma selsema sebelum ini, namun nampak sudah pulih.

"Sebelum tiba di sini, kami sudah melakukan pelbagai persiapan termasuk melihat rakaman video perlawanan Malaysia menentang Singapura dan Indonesia. Pemain sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan," katanya.

'Ya, DS Anwar memang ada jumpa saya' - Dr Asri

Posted: 07 Dec 2012 06:01 PM PST

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun menegaskan beliau belum menerima perlawaan mana-mana pihak untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

"Datuk Seri Anwar sendiri jumpa saya, orang lain pun jumpa saya, saya rasa saya jumpa semua.

"Macam orang-orang lain juga hendak dekat pilihanraya, ada orang Umno jumpa, jadi bila ada orang jumpa, ada pelawaan dan seumpamanya itu, Pada saya adalah desas-desus bahawa ada yang lain juga jumpa saya bukan sahaja PKR. Apa-apa pun saya tidak ada pendirian setakat ini," tambah beliau yang ditemui selepas program Meja Bulat anjuran Antarapos semalam.

Asri berkata beliau mengganggap amalan pelbagai pihak berjumpanya dan pihak lain sebagai "biasa" dalam menghadapi pilihanraya umum.

Asri tidak lari daripada menjadi rebutan parti-parti politik malah difahamkan Umno banyak kali menawarkan tempat untuk bertanding sejak PRU12 lalu.

Difahamkan PAS juga tak terkecuali apabila Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib turut banyak kali juga menawarkan kerusi kepada Asri untuk masuk PAS.

Asri enggan mengulas hasil pertemuan beliau dengan Anwar kerana tidak suka untuk menyebut benda yang tertutup dibicarakan secara terbuka, katanya.

"Sehingga setakat ini dibuat, belum ada apa-apa keputusan, lagi seminggu atau pun sebulan masih belum tahu," katanya.

Kelmarin sumber-sumber memberitahu Antarapos bahawa Asri akan bertanding atas tiket PKR di DUN Penanti dan berkemungkinan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 jika Pakatan Rakyat kekal berkuasa di Pulau Pinang.

Kerusi itu ketika ini disandang oleh Pengerusi PKR Negeri Datuk Dr Mansor Othman.

Namun hubungan beliau dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng renggang selepas beliau menuduh Setiausaha Agong DAP itu sebagai angkuh dan ibarat "tokong" yang tidak boleh dikritik.

AP

Apa Yang Tersirat

Posted: 08 Dec 2012 01:41 PM PST

Apa Yang Tersirat


YB Zahrain Hashim kembali ke Umno

Posted: 07 Dec 2012 08:34 PM PST

Najib melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini. Lawatan itu membuka peluang BN untuk merampas negeri itu daripada DAP.

Pada PRU-12, BN menang 11 kerusi DUN sementara Pembangkang 29. Berasaskan perkiraan semasa, BN mempunyai kedudukan cerah bagi 17 DUN dan berpeluang menambah 5 kerusi yang menjadikan jumlahnya kepada 22 daripada 40 DUN yang tersedia.

Sementara itu melalui lawatan Najib ke negeri Pulau Mutiara itu, beliau dijangka menerima penyertaan MP Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim seorang wakil rakyat bebas bersama-sama lebih 300 penyokongnya.

Semasa PRU-2008 Zahrain mengalahkan calon dari BN, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,589 undi.Beliau merupakan pengkritik lantang pentadbiran ketua menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan oleh kerana tiada tindakan terhadap YAB Lim maka pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas yang tidak mesra BN.

THE FLYING KICK

Posted: 08 Dec 2012 01:37 PM PST