Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 13 November 2012 at 1:05 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


MASTER DEDAH

Posted: 13 Nov 2012 11:55 AM PST

MASTER DEDAH


VIDEO ZUL NORDIN BALUN NURUL IZZAH

Posted: 12 Nov 2012 05:00 PM PST


PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Nov 2012 11:40 AM PST

PEJUANG BANGSA


AWAS! Kedai runcit orang PAS print resit kempen undi !

Posted: 13 Nov 2012 10:33 AM PST



Ini lah namanya kalau dah taksub kat parti. Sampai resit perniagaan kedai runcit pun nak kempen untuk parti.

Agama Islam ada ajar ke cara berniaga seperti ini ?  PM buat KR1M pun tak print resit suruh undi BN seperti ini ..

Atas tertera transformasi kedai runcit ..maknaaya apa yang kerajaan bantu  dia sapu  ,tapi kalau parti dia sanggup kempen guna resit kedai .



Tq rakan-rakan di facebook yang share resit ini ..

Shamsol Ghau Ghau pulak didakwa masuk PAS ..

Posted: 13 Nov 2012 08:09 AM PST




Betul ke pelawak terkenal Shamsol Ghau Ghau dah masuk PAS ?? ..semua tu hanya spin auta juak-juak pencacai PAS saja .

Asal bergambar je dengan pemimpin depa seperti di atas terus dikatakan masuk PAS ..dah gila pa depa ni ...

Gambar di atas ini adalah semasa Shamsol mengerjakan ibadah haji dan bergambar pulak dengan YDP PAS Selayang . Pemimpin depa teringin bergambar dengan Shamsol ..tiba2 tuduh dia plak nak masuk PAS ...

Memang terdesak betul pencacai PAS terhadap artis supaya sertai mereka ...

JKKK tak puas hati, bantah konsert anjuran kerajaan DAP !

Posted: 13 Nov 2012 05:30 AM PST




- Satu konsert berskala besar anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendapat tajaan RM3 juta daripada sebuah syarikat arak terkenal di Batu Feringgi Sabtu lalu mengundang reaksi negatif penduduk setempat.
Ini kerana, menurut mereka, konsert yang mempromosikan jenama minuman keras itu tidak seharusnya dianjurkan di pantai milik awam kerana hanya akan menganggu keselesaan penduduk dan mengundang banyak kesan buruk.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim berkata, rata-rata penduduk kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert tersebut.

"Jarak tempat pentas konsert didirikan kurang 500 meter sahaja dari Masjid Ar-Rahman, Batu Feringgi malah di kawasan itu terdapat tiga perkampungan Melayu iaitu Kampung Mutiara, Kampung Sungai Satu dan Kampung Din Banbo.


"Jadi penduduk kampung berasa kurang selesa serta meluahkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan negeri menganjurkan konsert berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan konsert berkenaan diadakan pada hari Sabtu lepas dan berlarutan hingga awal pagi Ahad yang turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular dari Korea Selatan serta permainan jet ski dengan berkonsepkan pesta.


Jamaluddin berkata, selain tidak dimaklumkan, sikap penganjur yang membiarkan bunyi muzik yang terlalu kuat didengari dan sehingga ke pukul dua pagi amat mengecewakan mereka.

"Tiada sebarang surat pemberitahuan kepada kami oleh pihak berkuasa bagi memaklumkan penganjuran konsert ini. Kami menerima banyak aduan penduduk kampung berhubung perkara ini yang risau anak-anak mereka terpengaruh," katanya.

Seorang pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengesahkan pihaknya meluluskan lesen sementara kepada penganjur konsert berkenaan sehingga pukul 3 pagi.

Katanya, konsert itu turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri kerana merupakan sebahagian daripada aktiviti pelancongan.

Konsert berkenaan juga dipromosikan secara besar-besaran melalui laman sosial Facebook dengan penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran menerusi promosi what do you think of a massive party on the beach.

Walau bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia untuk memasuki kawasan konsert itu tidak berjaya kerana tidak mempunyai pas jemputan.

Video ahli PAS Yan balun kepimpinan PAS Kedah !!

Posted: 13 Nov 2012 04:43 AM PST




Biar lah kepimpinan PAS nak kata apa kepada mereka yang sertai program wacana di Hotel Vistana ini , tetapi hakikatnya timbul rasa tak puas hati terhadap kepimpinan sejak bersama Pakatan .



 Ikuti video di bawah ini

Nurul Izzah kini jadi beban & liabiliti besar kepada PKR !

Posted: 12 Nov 2012 09:30 PM PST




Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya  yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini. SUMBER

Betty boleh duduk di mana-mana, ini kuasa Speaker !

Posted: 12 Nov 2012 08:00 PM PST



Memalukan !!    DUN P.Pinang sudah jadi DUN anak beranak Dinasti LIM ..

Lepas ini  Guan Eng boleh heret la  bapak dia , anak , adik beradik   pulak mai di Sidang DUN , sebabnya Speaker kata kuasa dia dan  boleh tentukan tempat anak beranak Guan Eng duduk.

Kita jangan terkejut lepas ini ..Betty pun boleh duduk di depan tu sebab dia kemungkinan besar dikhabarkan bertanding di P.Pinang ..hahaha... meriah sungguh parti anak beranak ni rakus bolot kuasa !!



PULAU PINANG 12 Nov. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain menganggap tidak wujud sebarang isu berhubung kontroversi membabitkan isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan semasa persidangan DUN baru-baru ini.

 Abdul Halim berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai Speaker untuk menentukan tempat Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Laksamana, Melaka boleh duduk. "

Saya tahu bidang kuasa sebagai Speaker dan menganggap pihak yang membangkitkan hal ini sebagai tidak ada kerja. "Fungsi DUN adalah untuk membahaskan masalah rakyat dan bukannya fokus kepada benda-benda ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini

Giliran Zahid cabar Nurul Izzah saman Malaysiakini @Zahid_Hamidi

Posted: 12 Nov 2012 07:13 PM PST




Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro pembangkang, Malaysiakini yang turut melaporkan kenyataannya berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu.

 Ahmad Zahid berkata, ini berikutan portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan yang sama seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

 ''Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama.

IPOHMALAY

Posted: 13 Nov 2012 09:48 AM PST

IPOHMALAY


Amerika Syarikat Bakal Kehilangan Texas?

Posted: 13 Nov 2012 08:56 AM PST

Walaupun majoriti rakyat Puerto Rico telah memilih untuk menyertai Amerika Syarikat, gerakan memerdekakan Texas dari Amerika Syarikat yang sememangnya telah berlaku dua tahun kebelakangan ini semakin aktif.

Ia diparahkan lagi dengan kemenangan Obama minggu lalu yang membuatkan sebuah laman web yang dikendalikan Rumah Putih dibanjiri petisyen untuk memisahkan Texas dari negara tersebut.

Jumlah yang menyokong petisyen tersebut kini mencapai 70,000 dan menurut Rumah Putih, dengan jumlah 25,000 sahaja, membolehkan pertimbangan dibuat.

Tambahan pula, perlembagaan Amerika Syarikat tidak mempunyai artikel yang jelas mengenai larangan pemisahan sesebuah negeri dari negara tersebut.

Texas merupakan penjana ekonomi antara yang terbesar di Amerika Syarikat dan ke 15 terbesar di dunia. Lebih memalukan lagi, negeri ini memilih Mit Romney semasa pilihanraya Presiden minggu lalu.

Jelas terserlah maksud hati mereka, sama ada bersifat perkauman atau berkeengganan dipimpin pemimpin kulit hitam tetapi bertopengkan alasan ekonomi dan batas-batas tertentu yang dibuat kerajaan persekutuan.



Texas Secession Petition Receives Enough Signatures
For White House Response



Less than a week after Obama won another four years in the White House, an online petition calling for Texas to secede from the Union has gained enough signatures to warrant a response from the White House.  The petition is posted on the "We the People" page of the White House website, a project launched by the Obama administration that requires a member of the administration to answer any petitions that receive more than 25,000 signatures within a 30-day period.
"The US continues to suffer economic difficulties stemming from the federal government's neglect to reform domestic and foreign spending. The citizens of the US suffer from blatant abuses of their rights such as the NDAA, the TSA, etc. Given that the state of Texas maintains a balanced budget and is the 15th largest economy in the world, it is practically feasible for Texas to withdraw from the union, and to do so would protect its citizens' standard of living and re-secure their rights and liberties in accordance with the original ideas and beliefs of our founding fathers which are no longer being reflected by the federal government," reads the petition.
As of Tuesday morning, it has received more than 61,000 signatures. So far, the White House has not issued a response. Although Texas Gov. Rick Perry has made tongue-in-cheek allusions to the Lone Star State's secession in recent years, his press secretary, Catherine Frazier, said the former Republican presidential hopeful "believes in the greatness of our Union and nothing should be done to change it."
However, she also added that Perry "also shares the frustrations many Americans have with our federal government," according to the Dallas Morning News.
During a 2009 Tea Party rally, CNN reported that Perry declined to rule out a possible Texas secession from the United States if significant changes were not made to its economic policies.
"When we came into the nation in 1845, we were a republic, we were a stand-alone nation," Perry reportedly said. "And one of the deals was, we can leave anytime we want. So we're kind of thinking about that again."
Residents in more than 25 states have filed secession petitions on the White House website, but so far the Texas appeal is the only one with enough signatures for a response.
Petitions have also been filed for Alabama, Arkansas, Colorado, Florida, Georgia, Indiana, Kentucky, Louisiana, Michigan, Mississippi, Missouri, Montana, New Jersey, New York, North Carolina, North Dakota, Oregon, South Carolina and Tennessee.



Lagi Gesaan Poli-tikus Indonesia Supaya Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Dihentikan

Posted: 13 Nov 2012 05:40 AM PST

Indonesia memang terkenal dengan sampah-sampah politik yang dijadikan pemimpin walaupun kemenangan Jokowi-Ahok menguasai Jakarta menafikan keadaan itu. Terbaru,  seekor syaitan betina yang gemar menyemak mengetengahkan diri dalam apa juga isu berkaitan Malaysia, menyebut tentang desakan penggantungan hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Rieke: Hentikan Hubungan Diplomatik dengan Malaysia 
Oris Riswan Budiana - detikBandung

Bandung - Anggota Komisi IX DPR RI Rieke Diah Pitaloka mendesak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghentikan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Itu setelah terjadi dua kasus yang berdekatan jaraknya.

Kasus pertama adalah adanya iklan 'maid on sale' dengan imbalan diskon. Iklan itu menganggap TKI sebagai barang yang melecehkan harkat dan martabat bangsa Indonesia.

Kasus terbaru adalah tiga hari lalu. Seorang TKI mendapat pelecehan seksual oleh tiga polisi Malaysia.

"Saya mendesak Presiden menghentikan hubungan diplomatik dengan Malaysia karena pelanggaran HAM terhadap TKI terus terjadi di sana," ujar Rieke usai kunjungan ke Trans Corp Biro Bandung, Jalan Lombok, Selasa (13/11/2012).

Selain mendesak penghentian hubungan diplomatik dengan Malaysia, Rieke juga menawarkan opsi lain. "Kalau tidak, berlakukan kembali moratorium pengiriman TKI ke Malaysia," tegasnya.

Ia berharap, kejadian pelanggaran HAM, khususnya terhadap para TKI di Malaysia tidak lagi terjadi.

(ors/ern)



Memandangkan keluar masuk warga kedua-dua negara bagi kelangsungan hidup dan tujuan pelancongan masih tinggi, sebaiknya Rieke Diah Pitaloka diharamkan menjejakkan kakinya ke Malaysia untuk apa juga situasi, kerana sensasi yang dituai olehnya hanya membakar sentimen dan bukan baru sekali ini terjadi.

Politik Harian

Posted: 13 Nov 2012 03:38 AM PST

Politik Harian


Salah Ke Nurul Izzah Mohon Maaf Sebelum Terlambat?

Posted: 12 Nov 2012 11:28 PM PST


Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.

Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.

Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.

Truth Matters Forum bertajuk "Negara Islam: Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?" adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama."

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.

Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.

Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.

Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.

Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu, samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.

Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan.

Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.

Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya.

Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.

Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.

Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).

Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.

Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.

Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.

bumiyang

Posted: 13 Nov 2012 03:38 AM PST

bumiyang


Harimau Malaya Sedia Untuk Mengaum!!!!!!

Posted: 12 Nov 2012 07:19 PM PST

Kutipan Derma Pas Untuk Buat Markas Membawa ke Syurga???

Posted: 12 Nov 2012 04:30 PM PST

tunku

Posted: 13 Nov 2012 03:01 AM PST

tunku


Happy Deepavali 2012

Posted: 12 Nov 2012 03:30 PM PST


Government One Call Centre

Posted: 12 Nov 2012 05:36 AM PST

Najib: Objective of 1MOCC is to serve the rakyat

PUTRAJAYA: The 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), which will become the single point of contact for all public enquiries directed at government agencies, was launched Monday by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. "The principle behind 1MOCC is to achieve our objective of serving the rakyat effectively by centralising all calls to one centre, making it easier for customers. "With just one number, which operates 24/ 7 for 365 days a year, we can boast of an efficient civil service (that is) beyond one's imagination," Najib said in his opening speech at the Putrajaya Corporation complex. The number for 1MOCC is 03-8000 8000.  

tunku : this is indeed a very good initiative from the government to ensure its objective of serving the people to the highest level of satisfaction. we hope all the government agencies will cooperate and do their part effectively.

Taipingmali (tm)

Posted: 13 Nov 2012 01:41 AM PST

Taipingmali (tm)


Pengalaman Dr Hasan Ali dalam PAS

Posted: 12 Nov 2012 08:07 PM PST

20121112 Rafizi akan terus menghantui Chief Nazri

Posted: 12 Nov 2012 08:04 PM PST

PEMBANGKANG DALANG GEJALA HINA INSTITUSI RAJA MELAYU

Posted: 12 Nov 2012 04:56 AM PST

Pendakwaan juruukur bahan, Ahmad Abd Jalil atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook bukanlah satu kejutan mahupun suattu perkara baru.

Gejala menghina institusi raja-raja Melayu sudah menular di kalangan penyokong-penyokong pakatan pembangkang sejak mutakhir ini.

Mereka giat menjalankan kegiatan anti-raja melalui ruang-ruang siber yang sediada seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya.

Jika dibaca komen-komen yang menghina peribadi raja-raja dan institusi yang mereka wakili, tidak disangka kebanyakannya datang dari individu-individu Melayu yang sudah tersimpang jauh daripada nilai-nilai jati diri bangsa mereka sendiri.

Kalau sebelum munculnya Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, amat jarang sekali didengari suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.

Namun penyakit ini nampaknya berleluasa dan menjadi ikutan pendokong pembangkang setelah mereka melihat gelagat beberapa tokoh pembangkang yang begitu berani menyanggah sultan secara terbuka dan terang-terangan.

Rakyat tidak lupa episod hitam di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 apabila sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat menahan, menyerbu dan menyergah kereta rasmi Raja Di Hilir Perak dengan cara kasar.

Ini terjadi berikutan seruan sembah derhaka Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak ketika kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan akibat tindakan tiga ADUN mereka melompat meninggalkan parti masing-masing.

Perbuatan menghina Sultan Perak diteruskan pula oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap baginda di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Februari 2009.

Karpal didakwa berkata pemecatan Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikai di mahkamah.

Gejala menghina serta mempertikaikan bidang kuasa sultan juga merebak di Selangor apabila Ahli Dewan Undangan PKR kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan kerana tulisan di blognya pada 30 Disember 2010 lalu yang menyentuh sultan.

Tidak cukup dengan itu profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Aziz Bari yang pro-pembangkang menyerang institusi raja apabila mempertikakan kuasa Sultan Selangor berkaitan urusan undang undang Islam.

Aziz bari menyifatkan Sultan Selangor telah memperluaskan kuasanya dalam mengawal hal ehwal Islam berhubung pemerikasaan JAIS ke atas gereja DUMC di Damansara Utama Ogos 2011.

Sebelum kes menghina Sultan Johor membabitkan Ahmad, pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers juga ditahan polis untuk siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan baginda.

Melakui blognya, uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah bukan sahaja mengaibkan sultan malah turut membabitkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Sebelum itu juga polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" pada 22 Disember 2010 yang diburu selama empat bulan kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Menurut pihak polis akaun facebook itu diwujudkan selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010.

Penulis blog Aduka Taruna melalui blognya adukataruna.blogspot.com juga telah didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas pihak istana mengumumkan kemangkatan baginda.

Tidak serik dengan sembah derhakanya kepada Sultan Perak, Nizar pula celupar memberi komen dalam akaun twitternya yang mendakwa Sultan Johor melakukan pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1.

Kesemua kes yang disebutkan merupakan sebahagian kecil daripada banyak insiden yang tersebar luas di dalam dunia siber yang mempermain-main dan memperkecilkan institusi beraja di Malaysia.

Baca sahaja laman blog tukartiub kendalian sahabat baik Anwar Ibrahim yang bernama Hishammudin Rais yang penuh dengan kata-kata kesat dan menghina raja-raja Melayu.

Mungkin memori seorang pemuda Cina yang berasal dari Muar, Johor bernama Namawee yang menghina lagu kebangsaan Negaraku pada 2007 di youtube masih segar di minda rakyat.

Empat tahun kemudian? Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajarnya mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Pelajar yang mengguna nama Mohd Farizal dalam statusnya, didakwa mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

Jika perbuatan ini tidak dibendung segera, dikhuatiri orang bukan Melayu akan juga terangsang untuk turut serta bersama-sama penyokong-penyokong pembangkang memperlekehkan institusi raja yang sudah sebati dengan sejarah panjang dunia Melayu dan banyak berjasa dalam perkembangan Islam di rantau ini.

Di manakah letaknya nilai jati diri seorang yang bernama Melayu jika tidak mendokong dan mempertahankan institusi yang memberi pengertian sebenar dalam hidupnya?

Hanya penyokong pembangkang yang hilang pedoman dan mempunyai jiwa yang rosak sahaja yang sanggup meletakkan emosi mereka dikawal nafsu untuk melakukan penghinaan terhadap raja-raja Melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

oyabun

Posted: 12 Nov 2012 11:53 PM PST

oyabun


Hindraf boleh jumpa PM bersyarat – Ibrahim Ali?

Posted: 12 Nov 2012 11:29 PM PST



Kumpulan Hindraf boleh bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarat, tidak membuat tuntutan yang melangkaui sensitiviti Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan, perkara itu termasuk hak istimewa Bumiputera dan perkara lain yang membabitkan dasar negara.

"Perkasa mengambil pendirian positif dengan hasrat Perdana Menteri untuk berjumpa dengan pemimpin Hindraf kerana isu membabitkan kaum India juga perlu diberi perhatian.

"Tetapi mereka (Hindraf) janganlah pula buat tuntutan luar biasa nak minta langit, bulan, dan macam-macam," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.


Pemimpin Hindraf P Uthayakumar dalam responnya dilaporkan menggesa Najib segera menunaikan tuntutan yang diperjuangkan mereka sejak tahun 2007 sebelum bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno itu.

Antara tuntutan yang dikemukakan adalah peluang 10,000 tempat untuk pelajar India di Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta pemberian skim pembangunan tanah rancangan Felda dan Felcra untuk 10,000 kaum India.

Kestabilan politik

Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun optimis dengan langkah rundingan terbabit bagi mengekalkan kestabilan politik.

"Kalau kerajaan tak bertemu dengan kumpulan ini mungkin pihak lain akan menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan menggunakan isu ini.

"Daripada melihat orang-orang tertentu pergi ke jalan raya dan buat perkara tak berfaedah sehingga memburukkan imej negara maka eloklah duduk berbincang," katanya.


Ditanya tentang respon Waythamoorthy, Ibrahim berkata 'peluang keemasan' ini perlu digunakan sepenuhnya oleh kumpulan terbabit sebelum meletakkan sebarang syarat atau tuntutan.

"Perkasa memberi sokongan dan tunggu apa hasilnya. Harap ianya membawa hasil walaupun kita tahu Hindraf adalah pertubuhan haram tapi mereka tetap rakyat Malaysia, jadi sudah tentu mereka boleh membantu masyarakat India," katanya.

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata Najib kini bersedia untuk bertemu dengan Hindraf bagi membincangkan masalah berkaitan masyarakat India.

Bagaimanapun masih belum ada tarikh yang ditetapkan antara kedua-dua pihak untuk perjumpaan tersebut.

Wasabi Oyabun..

Peguam mohon perintah halang MB, PKNS pindah aset?

Posted: 12 Nov 2012 06:13 AM PST


Kamarudin Ahmad menunjukkan writ saman terhadap PKNS semasa memfailkan saman terhadap PKNS di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.

Peguam, Kamarudin Ahmad hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah deklarasi ke atas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan cadangan pemindahan lima aset perbadanan itu kepada Private Real Estate Company (PREC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman milik peguam berkenaan, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menurut Kamarudin, tindakan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan PKNS defendan kedua untuk memindahkan aset-aset perbadanan itu, jelas melanggar Perkara 13(1)(a) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

Lima aset tersebut adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di ibu negara.

``Menurut Perkara 13(1)(a) enakmen tersebut, defendan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan bagi mewujudkan syarikat dikenali sebagai PREC untuk tujuan menerima pindah milik lima aset yang dimiliki defendan kedua.

``Defendan pertama juga telah melanggar Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan dengan cara melupuskan aset-aset defendan kedua sehingga menjejaskan masa depan peniaga-peniaga Melayu dan bumiputera di seluruh Selangor,'katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin; dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon.

Mengikut writ saman tersebut, tindakan defendan pertama memindah milik aset-aset tersebut kepada PREC didakwa jelas melanggar Pindaan Enakmen PKNS 1972 yang memperuntukkan peranan defendan kedua sebagai agensi pelaksana dasar-dasar kerajaan Persekutuan.

``Tindakan pemindahmilikan aset PKNS tersebut akan merencatkan dasar-dasar kerajaan Persekutuan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara dan dasar mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

``Dasar-dasar kerajaan Persekutuan tersebut akan sukar dilaksanakan jika aset-aset PKNS dipindah milik kepada PREC kerana entiti tersebut tidak terikat dengan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi seperti terkandung dalam Enakmen PKNS,'' ujarnya.

Justeru katanya, PREC yang tidak terikat dengan enakmen tersebut, bebas untuk menjalankan apa saja bentuk perniagaan atau pelaburan yang mampu menjejaskan aset-aset PKNS tersebut.

Laporan Mingguan Malaysia 28 Oktober lalu mendedahkan satu sumber dalaman PKNS yang mendakwa kesemua aset komersial PKNS akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut didakwa sebagai 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Nov 2012 11:49 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Happy Deepavali From MyMassa!

Posted: 12 Nov 2012 04:30 PM PST



Selamat menyambut Deepavali, bagi rakyat Malaysia berugama Hindu, janganlah kamu termakan pujuk rayu dan janji Anwar Ibrahim yang sanggup menyerupai agama kamu. Semoga rakyat Malaysia berketurunan India terutamanya yang beragama Hindu menyambut Deepavali dengan penuh kesederhanaan.





Antara Iklan Deepavali yang MyMassa rasa paling sempoiii skali! terbaik la aunty give him a scold again! :)



Selamat Menyambut Deepavali!! Happy Deepavali!! Deepavali Vathukal! :)



Penyokong PKR Sanggup Sokong Pak Lah Demi Nurul Izzah.

Posted: 12 Nov 2012 06:00 AM PST

Nak tergelak MyMassa baca laporan dari Malaysiakini Soroskini.



MyMassa nak tanya, sejak bila pembangkang dengar cakap Pak Lah?

Penyokong PKR terpaksa menggunakan laporan berita dari SINGAPURA untuk mempertahankan Nurul Izzah. Adakah benar Pak Lah berkata demikian atau wartawan dari Singapura memanipulasikan artikelnya.
Berbeza dengan media arus Perdana yang merujuk kepada video ucapan Nurul Izzah. Adakah pembangkang nak cakap bahawa video Nurul Izzah ini palsu sebagaimana video skandal Anwar Ibrahim?


Begitu terdesak PKR nak pertahankan Puteri Reformasi Apostasy mereka, Izzah Joy.


Artikel Panas! Bekas Ketua Pengarah Diserang Otai Blogger?

Posted: 12 Nov 2012 03:00 AM PST

 Artikel panas dari The Unspinners :

Kenapa Jeneral yang gagal tak jawab sendiri Edmund Bon?


Seorang bekas Ketua Pengarah menghantar satu SMS dan ianya disebarkan ke sana kemari. Katanya, mana soldadu maya kita dalam menjawab isu yang ditimbulkan Edmund Bon.

Kenapa tidak jawab isu yang ditimbulkan oleh peguam hak asasi manusia muda ini?

Menurutnya, Edmund Bon sedang bangkitkam isu murtad sekali lagi. Dia persoal beberapa peruntukan dalam enakmen agama Islam Selangor yang menurutnya secara teknikal membenarkan seseorang keluar dari Islam.

Jika apa yang dipersoalkannya itu tidak dijawab oleh pihak berwajib secara spontan melalui twitter, besar ramifikasinya nanti.

Bekas KP ini mempersoalkan soldadu maya yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan Edmund Bon.

Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2012/11/kenapa-jeneral-yang-gagal-tak-jawab.html

Pembaca MyMassa boleh agak tak bekas ketua pengarah mana yang 'bijak' sangat ni?

Bukan semua isu cybertrooper kena jawab. Kalau dah tiada isu, buat apa nak jawab lagi. MyMassa yakin ramai yang tak tahu pun pasal isu yang Edmund Bon timbulkan.

MyMassa juga yakin lebih ramai tak kenal siapa Edmund Bon ni. Kalau orang yang bawak isu ni pun tak popular, buat apa nak bagi liputan percuma untuk si Edmund?

Nak ber'perang' dalam dunia siber ni pun kena ada strategi.

*Pembaca MyMassa yang tahu siapa bekas KP ni mungkin boleh berkongsi di ruang komen.

The Unspinners

Posted: 12 Nov 2012 11:42 PM PST

The Unspinners


Ranting zaiton buat Hindraf di hari Diwali

Posted: 12 Nov 2012 09:01 PM PST

Selamat Diwali kepada pembaca penganut Hindu

Posted: 12 Nov 2012 04:00 PM PST

PAS sokong Ratu Apostascy pasal kebas duit anak yatim

Posted: 12 Nov 2012 07:00 AM PST

Biar nampak rambut dan seksi, Rosmah dan Neelofa tak buat mcm Nurul

Posted: 12 Nov 2012 03:04 AM PST

Belantan

Posted: 12 Nov 2012 11:41 PM PST

Belantan


Beranikah perwakilan muktamar Pas?

Posted: 12 Nov 2012 08:38 PM PST


Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan keberanian untuk mengenegahkan beberapa isu yang kini menjejaskan imej Pas sebagai sebuah parti Islam dalam muktamar tahunan di Kota Bharu, minggu ini.

Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum muslimin

Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah

Dengan matlamat daulah Islamiah

Berkorbanlah wahai yang beriman

Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti Islam melangkah

Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan Al Quran dan Sunnah

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Itulah antara lirik lagu tema rasmi Pas 'Berjihadlah' yang harus difahami oleh perwakilan Pas sebelum mereka melangkah ke Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri muktamar tahunan parti itu selama lima hari mulai esok.

Sebelum Pas terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah untuk menawan Putrajaya, menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menggantikan UMNO, mereka juga perlu bermuhasabah untuk menentukan apakah Pas kini berada di landasan bagi merealisasikan apa yang mereka lafazkan dalam lagu tema rasmi mereka itu.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah perwakilan ke muktamar berkenaan mempunyai keberanian untuk mengetengahkan beberapa perkara atau masalah pokok yang dianggap telah mencalarkan imej Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan dianggap paling berwibawa berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Berikut penulis gariskan beberapa perkara pokok yang perlu perwakilan Pas bangkitkan jika benar mereka bercita-cita untuk melihat parti itu tidak akan menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai:

HALA TUJU - Persoalan ini adalah perkara pokok paling utama yang perlu diberi perhatian oleh perwakilan Pas jika benar mereka ingin bersorak gembira dalam pilihan raya umum nanti. Mungkin ketika di muktamar, perwakilan akan dibuaikan dengan alunan kononnya rakyat kini sudah bersama pakatan pembangkang yang turut dianggotai PKR dan DAP.


Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Himpunan Kebangkitan Rakyat akan dijadikan contoh kononnya, rakyat semakin tidak sabar untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN. Persoalannya apakah semua itu benar atau ia sekadar untuk menghilangkan keresahan berikutan semakin ramai khususnya dalam kalangan umat Islam tertanya-tanya ke arah mana perjuangan Pas sekarang.

Keadaan itu berlaku kerana sejak 2004 semakin terserlah 'kerelaan' Pas untuk mengubah dasar perjuangannya. Ketika awal-awal penubuhannya dulu, Pas bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam dan mendesak Islam dijadikan dasar negara.

Pada akhir tahun 1956, ketika mengambil alih pucuk pimpinan Pas, Dr Burhanuddin al-Helmy pernah berkata,''Dalam perjuangan kita (Pas) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci".

Persoalannya, apakah perjuangan Pas sekarang demi menegakkan perjuangan Islam yang maha suci atau hanya sekadar untuk merebut kerusi? Jika persoalan ini tidak berani dibangkitkan oleh perwakilan maka tidak usahlah berdegar-degar bercakap soal hendak menegakkan perjuangan Islam.

IMEJ PAK TURUT - Perwakilan Pas perlu bertanya kepada barisan kepimpinan, apakah imej ini sekadar satu persepsi atau realiti. Ia memandangkan sepanjang bersahabat dengan PKR dan DAP, Pas yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama bukan lagi sebuah parti yang digeruni. Perjuangan Islam yang menjadi teras kewujudan Pas semakin ditinggalkan apabila parti itu bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan atas nama tahaluf siyasi.


Penulis akui, dalam sebuah masyarakat majmuk seperti biasa, Pas tidak boleh bersendirian dalam perjuangan politiknya tetapi janganlah sampai kerana kemaruk hendak berkuasa maka prinsip sendiri pun ditinggalkan.

Sepanjang berada dalam pakatan pembangkang, Pas dilihat telah mencemarkan imej Islamnya dan sebagai sebuah parti yang berwibawa. Walaupun sejarah perjalanan politik Pas jauh lebih hebat berbanding DAP dan PKR namun Pas dilihat sentiasa tunduk dengan kehendak politik kedua-dua parti itu.

Selain mengubah perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan dengan alasan negara berkebajikan juga adalah sebahagian pengisian dalam negara Islam, Pas juga bersedia memecat mana-mana pemimpinnya yang dilihat boleh menggugat hubungan mereka dengan PKR dan DAP.

Pas terlalu sayangkan hubungan tersebut sehinggakan ada yang melihat apa yang boleh dikorbankan harus dikorbankan hatta prinsip perjuangan sendiri sekali pun.

Jika perwakilan muktamar tidak bersetuju dengan pandangan ini, apatah lagi tersinggung dengan panggilan 'pak turut' ini, mereka perlu mendesak supaya Pas diberi peluang bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR dan DAP.

Pas perlu mendesak supaya PKR bersedia mengorbankan kerusinya untuk Pas bagi membolehkan parti itu memenangi banyak kerusi. Lagi pun apa yang hendak dirisaukan, kalau betul PKR dan DAP sudah 'bertahaluf siyasi' dengan Pas, sudah pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kemenangan Pas. Melalui cara sedemikian barulah Pas akan menjadi sebuah parti yang dominan dalam pakatan pembangkang dan bukan sekadar pak turut.

HUKUM HUDUD - Beranikah perwakilan ke muktamar untuk bertanya kepada kepimpinan mereka sejauh manakah ikhlasnya Pas memperjuangkan hukum hudud. Ia memandangkan ramai yang berpendapat hukum hudud hanya modal politik Pas menjelang pilihan raya.

Kalau benar Pas mahu melaksanakan hukum hudud maka mereka perlu tegas dan bukannya berdolak-dalik dengan memberikan seribu satu alasan. Tindakan terbaru dengan menyerang habis-habisan Presiden MCA, Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek yang dikatakan menghina hukum Islam apabila menolak hukum hudud versi Pas tidak akan mampu menutupi persepsi bahawa hukum tersebut hanya mainan politik Pas.


Kalau betullah Pas menganggap kenyataan Soi Lek suatu penghinaan kepada hukum Islam, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat dulu, kini dan selamanya menolak hukum tersebut.

Jika alasan pemimpin DAP tertentu tidak faham Islam kerana mereka bukan Islam, bagaimana pula dengan Soi Lek? Apakah kerana Soi Lek daripada BN maka itu dilihat 'lebih besar kesalahannya' berbanding pemimpin DAP yang menolak hukum hudud?

Pas tidak boleh bersikap hipokrit dalam isu hukum hudud, kalau betul mereka mahu melaksanakan hukum berkenaan apabila pembangkang memenangi pilihan raya, maka perwakilan perlu mendesak supaya ia dimasukkan dalam agenda Buku Jingga pakatan pembangkang.

Atau paling tidak pun ia dijadikan agenda utama dalam manifesto pakatan itu dalam pilihan raya umum nanti. Kalau itu tidak dilakukan, tidak payahlah perwakilan membuang masa untuk menunjukkan kononnya mereka terkilan apabila hukum hudud versi Pas dikritik oleh Soi Lek.

PENEGAK KEBENARAN ATAU PENTINGKAN KUASA - Salah satu sebab kenapakah imej Pas tercalar adalah akibat kenyataan dan tindakan mengelirukan parti itu dalam berhadapan dengan pelbagi isu. Paling ketara ialah sikap Pas yang bersedia berkompromi apa sahaja jika melibatkan pemimpin PKR dan DAP biar pun bertentangan dengan imej Pas sebagai sebuah parti Islam yang sepatutnya berpegang kepada hakikat yang benar itu benar, yang batil itu batil.


Sememangnya terdapat terlalu banyak isu yang memperlihatkan Pas sanggup menjadi 'pejuang bisu' jika ia melibatkan pakatan pembangkang. Terbaru isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Pemimpin Pas lebih selesa menuduh ia kononnya diputar belitkan oleh media pro UMNO. Walaupun isu ini menjadi perhatian orang Melayu dan umat Islam namun sekali lagi kita melihat Pas lebih meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Itulah antara persoalan yang perlu diketengahkan di muktamar tersebut kalau benar perwakilan Pas merasakan mereka masih lagi pejuang Islam, jika tidak kehadiran mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang itu bagi memerah otak mengatur strategi menghadapi pilihan raya umum sekadar untuk memperkukuhkan PKR dan memperkasakan DAP.

- SELAMAT BERMUKTAMAR -.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan



Suara berani Nurul Izzah Anwar 'makan diri'?

Posted: 12 Nov 2012 08:19 AM PST



Mungkin ramai gempar dan marah dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Ini bererti orang Melayu juga mesti bebas untuk keluar daripada Islam dan memeluk apa juga agama yang dipercayainya atau tidak berpegang kepada sebarang kepercayaan agama.

Pandangan ini mungkin dianggap luar biasa kerana secara tradisinya orang Melayu Malaysia semestinya beragama Islam berbanding dengan di Indonesia, dan kenyataan ini menandakan sedang berlakunya perkembangan pluralisme agama secara serius di kalangan umat Islam di negara ini.

Mungkin ramai generasi muda yang sependapat dengan Nurul Izzah tetapi hanya beliau yang berani menyuarakan provokasi terhadap tradisi. Beberapa penjelasan daripadanya akan menyusul kelak berikutan dengan timbulnya kemarahan orang ramai.

Pada hakikatnya paksaan agama tidak akan menyebabkan seseorang itu beriman. Biarpun dipaksakan, dimurtadkan atau disingkirkan daripada masyarakat Islam, tetapi hal ini tidak akan dapat mengubah pendirian hati atau fikiran seseorang, kecuali hanya pada lahir; pada pengucapan atau amalan-amalan yang terpaksa dilakukan mengikut normal.

Hukuman di bawah syariat Islam hanya memberi kesan dari segi untuk mencegah pertukaran agama seseorang Melayu Islam yang akan menjadikannya sebagai deviant dalam masyarakat Islam, tersingkir dan terlihat sebagai seorang yang bersalah dalam masyarakat Islam.

Tidaklah dapat dinafikan penguatkuasaan undang-undang syariah dari semasa ke semasa telah menyebabkan orang Melayu tidak menukarkan agama mereka dengan sewenang-wenang dan menyebabkan agama Islam tetap berkembang dan kuat di negara ini.

Kenyataan Nurul Izzah boleh dianggap sebagai suatu kenyataan yang berani dan dibanggakan oleh orang Islam yang liberal sepertinya yang selama ini mendiamkan diri dan tentunya menaikkan popularitinya di kalangan bukan Islam dan juga pengundinya.

Nurul Izzah walaupun berhijab tetapi telah mendedahkan dan menampilkan dirinya sebagai seorang wanita Islam yang mahu berjuang meruntuhkan tradisi beragama di negara ini. Sehingga ini belum ada seorang wanita Melayu Islam yang seberani dan senekad ini. Penampilan beraninya tentu akan menggalakkan lebih ramai wanita Islam mengikut jejaknya.

Jika Ayah Pin dan Al Arqam dianggap berbahaya, maka penampilan Nurul Izzah seorang pemimpin politik yang berpengaruh memperjuangkan pluralisme agama adalah lebih berkesan lagi, terutama kepada generasi muda Islam kerana dia telah mempunyai rangkaian perhubungan di kalangan mereka.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Isu Nurul Izzah sokong Melayu jadi murtad?

Posted: 12 Nov 2012 05:36 AM PST


Adakah anak yang dikendong ini bakal menjadi 'murtad' suatu hari nanti diatas dorongan ibunya sendiri!

KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.


Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku? Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.


Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh "dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim.

Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan "carbon copy" ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur

Suara Politik
Belantan

8 November 2012

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Nov 2012 09:21 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ANAK PUAKA ANWAR IBRAHIM.

Posted: 12 Nov 2012 05:42 PM PST

PEMIMPIN PEKAK..

Posted: 12 Nov 2012 10:22 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Nov 2012 09:19 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Pesanan Nooh Gadut Pada Nurul Izzah

Posted: 12 Nov 2012 08:35 PM PST

Bukti Malaysiakini Yang Pertama Melapor Kenyataan Nurul Izzah

Posted: 12 Nov 2012 09:06 AM PST

Pokok Tumbang, Sederet Kereta Rosak Di UKM

Posted: 12 Nov 2012 04:18 AM PST

PISAU.NET

Posted: 12 Nov 2012 09:08 PM PST

PISAU.NET


Anwarinas akan 'letupkan' Muktamar Pas

Posted: 12 Nov 2012 05:00 PM PST



Laman web Jabatan Meteorologi meramalkan Kota Bharu dibasahi hujan minggu ini - waktu sama berlansungnya Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).


Di sebalik semangat tahun baru 1434 Hijrah dan cuaca sedikit sejuk, pimpinan PAS diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatap perlu bersedia berdepan pelbagai isu yang membara bahangnya, terutama tahap persediaan parti menghadapi Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13)


Perhimpunan bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan kali ini adalah pecutan terakhir menjelang perhitungan di peti undi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan seharusnya menjadi landasan terbaik bagi jentera parti merumuskan tahap persediaan.


Bersandarkan hakikat itu, beliau yakin isu di luar lingkaran PRU-13 akan terpinggir dengan sendirinya.


"Itu semangat muktamar perwakilan PAS. Tumpuan Kita ialah bagaimana menghadapi lawan dan setiap ruang perlu dimanfaatkan ke arah meningkatkan semangat ahli. Isu lain tidak penting," katanya.


Realitinya, PAS banyak dibebani isu lain. Pertembungan kelompok tegar yang berpegang kepada kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan dengan kalangan yang dilihat beriya-iya menegakkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dilabel sebagai "Anwarinas'adalah antara bom jangka yang mungkin 'diletupkan' di Kota Bharu nanti.


Benar, kerjasama PAS-DAP-PKR mendapat restu Majlis Syura sebelum 3 parti itu membentuk pakatan pembangkang menghadapi PRU-12 empat tahun lalu.


Bagaimanapun yang meninggalkan kebimbangan pihak tertentu ialah kemungkinan PAS kehilangan Identiti sebagai parti yang menjunjung Islam, lantaran terlalu ghairah membuka ruang atas nama menjaga hati rakan.


Pada masa sama, pengaruh (jika boleh disebut begitu) Nasharuddin Mat Isa di kalangan penyokongnya tidak boleh diketepikan kerana bagi mereka, ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS itu bersuara mempertahankan prinsip perjuangan asal tanpa mengorbankan nilai walaupun atas nama kerjasama bukan ketukan tin kosong.


Diakui, masa depan PAS bukan berlegar sekitar Ahli Parlimen Bachok itu atau sesiapa pun kerana PAS sebagai organisasi sememangnya jauh lebih besar daripada mana-mana individu, seperti juga parti sahsiah lain.


Apa yang membimbangkan, menurut pandangan seorang ahli yang sudah lama mengharungi susah senang bersama PAS, parti itu kini menjadi tumpuan atas sebab yang tidak membantu perjuangannya.


"PAS menjadi bahan bualan kerana krisis dalaman, pemimpin bercanggah pandangan, orang ini ditolak, orang itu dibidas. Semua ini menampakkan seolah-olah PAS tidak lagi mempunyai ruang berbincang secara matang.


"Saya bersama PAS dah dekat 30 tahun. PAS mesti bijak membezakan perkara yang perlu ditangani dalam rumah sendiri dengan hal yang boleh dikongsi bersama rakan pembangkang. Sasaran kita ialah parti lawan, bukannya ahli sendiri.


"Ambil contoh isu Ustaz Nasharuddin. Dia nak cakap apa pun, itu pandangan dia. Tidak banyak sikit, ada betulnya. Kalau kita matang, kita terima teguran. Kalau ada yang dia sebut tu kita rasa tak kena, balas secara berhemah. Biarlah dia bercakap, kita terus buat kerja sudahlah," katanya.


Menghampiri usia 61 tahun penubuhan pada 24 November ini, PAS sepatutnya tidak lagi dikekang persoalan hala tuju perjuangan kerana angka sebesar itu wajar meletakkan laluan sahsiah parti berkenaan di landasan padu.


Walaupun sebahagian besar pemimpinya optimis dengan peluang PAS memenangi kerusi pada PRU 13, Abdul Hadi di nyata lebih berhati-hati membuat pertimbangan.


Paling utama, beliau memgigatkan semua pihak dalam PAS supaya menepis sifat "ujub' atau terlalu bangga dengan keupayaan untuk menawan Putrajaya berikutan terpengaruh dengan sokongan yang diterima.


"Jangan galak sangat. Memang kita hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub'," katanya ketika merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Terengganu, baru-baru ini.


Jatuh bangun PAS menghadapi percaturan PRU-13 bergantung kepada semangat perwakilannya dalam memperhalusi dan menterjemah mesej ucapan dasar Abdul Hadi, pada Jumaat ini.


Darjah kepanasan perbahasan perwakilan adalah isyarat bagi pucuk pimpinan ke arah menentukan langkah seterusnya. Cabarannya ialah untuk Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat bertemu di titik sama dan membawa satu suara ke pucuk pimpinan mengenai apa sebenarnya yang dimahukan demi menjamin kelansungan masa depannya.


Ketika perwakilan Muslimat terus memelihara tertib tetapi tetap tegas apabila berkongsi pandangan, perhatian parti terarah kepada perwakilan Dewan Ulama yang di harap menjadi 'kubu terakhir' mempertahankan asas perjuangan parti supaya tidak tergelincir daripada landasan gara-gara tarikan kuasa dari luar PAS itu sendiri.


Apabila tiba masanya, pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi sendiri bakal diganti oleh nakhoda baru- itu hakikat tanpa kompromiyang perlu diakui.


Jesteru laluan yang ditentukan ahli PAS hari ini bakal mencorakkan wajah dan survival PAS ke arah menerowong era pasca dua pemimpin terbilang itu.

Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama PAS

Posted: 12 Nov 2012 05:00 AM PST



Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka.  Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam.  Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.  Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim.   Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.   Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO.    Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.


Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.   Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO. 


Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.  Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini. 


Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.  Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak. 


Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.


Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip.  Kata beliau, "Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata." Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama. 


Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.   Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara. 


Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.  Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.  Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.  Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.  Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat. 


Namun, Izzah melihat murtad sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.  Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.   Oleh itu, hak asasi untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam. 



Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.  Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.


Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah.  Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama. 


Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama?  Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

Betty Berkeras Mahu Duduk Di Belakang Guan Eng

Posted: 12 Nov 2012 12:00 AM PST

Di tempat asalnya perempuan puaka ini digantung kerana menghina kemuliaan Dewan Undangan Negeri Melaka.Tugas beliau sebagai Adun di Melaka ditinggalkan terus kerana tak berapa masyuk berbanding duduk di Pulau Pinang.

Menurut sumber Pisau,pegawai kanan kerajaan yang sepatutnya duduk dikerusi itu telah diarahkan berpindah ke tempat duduk lain  apabila Betty bertegas mahu duduk ditempat itu walaupun dinasihatkan duduk dikerusi pelawat...."Husband I CM! "

Siapa yang berani tegur bini kepada tokong DAP ini? Cuba korang bandingkan pencacai haprak pakatan meroyan melihat Ds Rosmah diberi penghargaan duduk bersama pasangan pengantin Lim Chong Wei sedangkan itu hanyalah majlis resepsi perkahwinan. sebaliknya Betty Chew yang menghina kemuliaan dewan undangan negeri dibutakan mata.

Inilah masaalahnya dinegara kita kerana ketandusan pembangkang yang celik,bijak,berakal dan berakhlak.

Tempat duduk di Dewan Undangan Pulau Pinang yang diambil oleh Betty Chew adalah dikhaskan untuk pegawai kanan kerajaan negeri (sumber: NST).
PULAU PINANG 11 Nov. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain dianggap bersikap dwistandard kerana tindakan berdiam dirinya apabila isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam dewan berkenaan.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau percaya sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pihak lain melanggar peraturan DUN, sudah pasti tindakan tegas akan diambil olehnya.


Menurutnya, sikap Abdul Halim itu seolah-olah menunjukkan tindakan serta keputusannya berpandukan atas arahan orang atau pihak tertentu.


"Dia (Abdul Halim) tidak ubah seperti robot yang pergerakannya dikawal oleh orang lain.
"Adakah ini standard Speaker DUN yang ada di Pulau Pinang sekarang ini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-Utusan

 Pisau kata "sejak bila pula haprak pencacai ni pandai..."

Sri Tri Buana

Posted: 12 Nov 2012 07:23 PM PST

Sri Tri Buana


Selama Hari Deepavali.

Posted: 12 Nov 2012 05:32 PM PST

Other Perspektif

Posted: 12 Nov 2012 03:48 PM PST

Other Perspektif


PAS dan pandangan Kebebasan Agama Orang Melayu

Posted: 11 Nov 2012 07:35 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Nov 2012 03:25 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Aksi model separuh bogel bersama ular di pameran kereta

Posted: 12 Nov 2012 02:31 PM PST

Yeah..pameran auto di China selalunya akan mendapat liputan meluas terutama di Internet.

Mengapa? Ianya kerana pameran yang dilangsungkan di sana, kebanyakannya menampilkan model-model jelita yang seksi mengalahkan kehebatan kereta yang dipamerkan.

Terbaru, di Guiyang Auto Culture Festival, seorang model separuh bogel (hanya menutup puting payudaranya dengan hiasan make up) beraksi dengan seekor ular di hadapan sebuah model kereta yang dipamerkan di situ.

Kami pada mulanya agak terkejut dengan aksi wanita berkenaan, bukan kerana separuh bogel, tetapi ualr tersebut, namun setelah diteliti nama festival berkenaan, ada kemungkinan ianya relevan.

Anda pula bagaiamana?

Zakar kerap tegang, remaja ambil keputusan untuk potong kemaluannya itu!

Posted: 12 Nov 2012 07:45 AM PST

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Wilayah Fujian memotong zakarnya akibat malu kerana kerap terangsang.

Tanpa pengetahuan mengenai seksualiti, remaja berkenaan berasa amat malu dengan zakarnya yang kerap tegang apabila terangsang.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk memotong kemaluannya itu.

Ibunya yang panik dengan keadaan tersebut, membawa remaja berkenaan ke hospital selepas tragedi tersebut. Si ibu masih lagi terkejut dengan perbuatan luar biasa anaknya itu.

Namun begitu, nasib remaja berkenaan amat baik kerana selepas menjalani pembedahan, zakarnya masih lagi boleh berfungsi dengan baik.

*Macam-macam hal dalam dunia ni, itulah pentingnya pendidikan seks yang terkawal, kalau di Malaysia ni, umur 17 dah ramai yang boleh bergelar bapak! Nauzubillah..

Pelajar perempuan 'terberanak' sebelum ambil SPM

Posted: 12 Nov 2012 07:10 AM PST

Abang kepada remaja 16 tahun yang melahirkan bayi
perempuan terpaksa menunggu di luar Dewan Bersalin HSNZ
sejak pagi sebelum dibenarkan melawat adiknya tengah hari,
semalam.
MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.

Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.

Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.

"Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal," katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.

Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci.

Tiket Piala AFF Suzuki dijual mulai 23 Nov

Posted: 12 Nov 2012 06:34 AM PST

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual 23 Nov ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

FAM dalam kenyataannya berkata sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bagi perlawanan akhir, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sementara itu tiket bagi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong pada Rabu ini dan Malaysia berdepan Bangladesh pada Selasa depan di Stadium Shah Alam boleh didapati pada harga RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Tiket akan mula dijual mulai pukul 5 petang pada hari perlawanan yang kedua-dua perlawanan bermula pukul 8.45 malam. - Bernama

Pas memang tak pernah ubah perlembagaannya, tapi tak ada usaha pertahankannya...

Posted: 12 Nov 2012 05:32 AM PST

SHAH ALAM - Tidak ada satu pun matlamat atau dasar perjuangan Pas terkeluar dari landasannya, bahkan parti Islam itu sentisa komited dalam memastikan kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP membuahkan hasil pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, persepsi yang dilemparkan oleh segelintir ahlinya yang tidak berjawatan dalam parti, adalah satu "pembohongan."

"Bagi kami Pas tetap atas landasannya, Perlembagaannya tidak berubah, dasar Pas tetap Islam sepertimana dalam Perlembagaan, soal matlamat perjuangan Pas tetap termaktub dalam Perlembagaannya dan hukum-hukum yang tertinggi juga tetap sama. Tak ada perubahan.

"Masalah mereka ini ialah mereka tidak mahu memahami atau sengaja tak mahu faham beza di antara dasar dan strategi atau taktik," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Moner bertindak sebagai moderator.

Wacana berkenaan kemudiannya menggariskan 11 resolusi yang antaranya menggesa kepimpinan ulama menerajui Pas semua.

Parti itu juga tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.

Pas juga katanya, mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar Khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama Pas dengan PRK dan DAP tidak pernah menjadikan parti itu mengikut telunjuk dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Apabila seseorang ingin mencapai sesuatu matlamat, ia kena mengambilkira realiti politik dan menyusun langkah mengikut realiti politik itu untuk mencapai matlamat yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

"Bagi saya yang hadir dalam wacana itu, satu (seorang) pun bukan ulama. Untuk dia keluarkan fatwa bahawa kita sudah terkeluar daripada dasar kita sama ada dari sudut matlamat kita atau dari sudut kaedah dan strateginya, dia juga tidak mengemukakan sebarang dalil atau nas," jelas Khalid.

Tegasnya, umum harus faham dan tidak dimomok-momokkan oleh Umno-Barisan Nasional yang sering kali memberikan persepsi yang salah berhubung kerjasama parti Islam itu dengan PKR dan DAP apabila mengatakan parti itu sanggup menggadaikan prinsip Islam demi cita-cita ke Putrajaya.

"Apa yang kita lakukan tidak ada walaupun satu kita berkompromi daripada matlamat mahupun dasar kita. Kita kena faham bahawa soal kerjasama ini atas hal-hal yang kita setuju. Dalam hal yang kita tidak setuju, kita dibenarkan untuk terus mengusahakannya sendiri.

"Bukan kalau kamu hendak masuk Pakatan Rakyat, kamu kena gugurkan agenda Islamnya. Tak ada! Tetapi Pakatan Rakyat hanya akan laksanakan apa yang dipersetujui bersama tetapi apa yang tidak dipersetujui Pakatan Rakyat, Pas berhak dan bebas untuk mengusahakan atas platform Pas itu sendiri," katanya.

"Isu hudud ini kalau tidak kerana Pas, memang daripada awal tak ada orang bincang. Sistem perundangan Islam, sistem pemerintahan Islam, yang bawa ini semua Pas," tambahnya.

Nurul Izzah sebenarnya mahu berdakwah - Khalid Samad

Posted: 12 Nov 2012 04:30 AM PST

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.

Bongkar! Dato' Siti Nurhaliza jadi dalang...?

Posted: 12 Nov 2012 04:01 AM PST

Ramai sedia maklum, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, telah mengakui bahawa dia dan kekasihnya, Leuniey Natasha, 21, mula akrab tatkala pasangan ini menjadi model iklan TV minyak wangi keluaran Simply Siti.

Namun, penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin khabarnya mempunyai rahsia bagaimana Apex dan Leuniey ini mampu saling jatuh cinta. Bahkan, ada sumber yang mengatakan Siti yang sebenarnya menjadi pendorong utama untuk mereka berdua nekad mendirikan rumahtangga pada Disember ini.

Menyedari hakikat itu, portal murai.com.my cuba merisik pihak Siti untuk mengakui kebenaran maklumat ini. Bagaimanapun, Siti dikatakan telah pun mendedahkan rahsia tersebut menerusi sebuah program istimewa khusus untuk Apex dan Leuniey.

Melalui program terbitan LH Media TV itu, Siti telah pun menjelaskan segalanya dan mengakui bahawa dia lebih dahulu dapat menghidu percintaan pasangan ini. Lebih menarik lagi, Siti pun telah memberikan petua bercinta dan alam rumah tangga kepada Apex yang disifatkan sama sepertinya.

Malah, Siti juga mengatakan percintaan Apex dan Leuniey ada persamaan dengan dirinya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis sebelum berkahwin dengan Datuk K.

Apapun, murai.com.my mendapat tahu, program ini akan disiarkan pada Disember nanti sebelum Apex dan Leuniey sah menjadi suami isteri.

Dewan Ulama PAS bantai Nurul, Nik Aziz masih salahkan media...

Posted: 12 Nov 2012 12:20 AM PST

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik," katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.

Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.

Menurut akhbar New Straits Times, beliau berkata, ayat dalam al-Quran yang menyatakan "tiada paksaan dalam beragama" itu hanya terpakai ke atas orang bukan Islam.

Pandangannya itu selari dengan kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa semalam, bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai tersebut bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".

Nurul Izzah pada 3 November lalu antara lainnya dilaporkan berkata, Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

Perak PAS Wants Clarification From Nurul Izzah

Posted: 12 Nov 2012 12:15 AM PST

IPOH: Perak PAS has shied away from announcing its support for embattled PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, who is alleged to have uttered words perceived as advocating religious freedom for Muslims.

State PAS commissioner Abu Bakar Hussain said they were still waiting for a clarification over the matter from the Lembah Pantai MP before issuing a statement on it.

"We want to hear it from her first.

"We have yet to receive any statements from Nurul Izzah and we hope to get an explanation from her soon," he told journalists during a press conference on Monday.

Abu Bakar, however, believed that Nurul Izzah's words might have been manipulated by certain quarters out to tarnish her reputation.

"I don't think she meant anything like that.

"When people dislike (her), they will have different interpretation of her statement," Abu Bakar said.

"Certain quarters want to pit the Pakatan Rakyat parties against each other and to create tension between us," he added.

- By Ivan Loh / The Star

'UMNO punca Melayu-Islam berpecah belah' - PAS

Posted: 12 Nov 2012 12:01 AM PST

SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat.

Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.

Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.

"Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.

"Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

"Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam," katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.

Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.

Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.

"Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil.

"Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku," katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya.

"Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala," ujarnya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno."

"Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka.

"Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan," jelas beliau lagi.

Saya bukan 'balaci', saya hanya ikut nasihat

Posted: 11 Nov 2012 11:45 PM PST

SEBAGAI isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memikul tanggungjawab yang amat besar dan berat.

Sejak zaman reformasi 14 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia.

Ikuti wawancara dengan Presiden PKR ini bersama MAZLINDA MOHD NOR, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar MIZAN MAT TAMIN di pejabatnya baru-baru ini.

Sertai politik keputusan paling mencabar


Apakah fokus Datin Seri pada PRU13 akan datang?

Semua orang mengetahui, PRU13 amat dekat. Kita juga tahu dalam tempoh enam bulan ini, kita perlu mempergiatkan kempen-kempen seiring dengan pihak lawan dan fokus utama saya adalah mahu mendekati golongan wanita.

Saya ingin mendekati golongan wanita kerana ramai daripada golongan ini tidak berkesempatan turun mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) kerana program kita sering diadakan selepas Isyak.

Apakah pengisian dalam program Datin Seri ini nanti?

Perkara utama yang saya mahukan adalah bersemuka dan tiada jurang antara semua golongan wanita. Saya mahu semua wanita bermesra selain mahu menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu-isu yang melanda negara kita pada hari ini.

Melalui kajian kami, wanita adalah kelompok terbanyak yang tidak menerima maklumat daripada sebelah PR kerana kebanyakannya hanya mendapat maklumat daripada media arus perdana yang lebih cenderung menyokong kerajaan yang memerintah.

Mampukan PR mencapai kejayaan besar pada PRU13 nanti?


WAN AZIZAH: Untuk ramalan saya tidak berani berkata kerana kami bertanding dalam padang yang tidak sekata. Tetapi selepas gerak kerja yang dilakukan selama ini, Insya-ALLAH saya mahukan kemenangan berpihak kepada PR kerana perubahan itu sudah jelas kelihatan.

Selain itu, segala yang dilakukan kami adalah untuk masa depan negara. Selepas 55 tahun negara ini diperintah Barisan Nasional (BN), sekarang adalah masa terbaik untuk berubah bagi membawa negara ini dan rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya juga mahu rakyat menyedari perjuangan PR mahu pentadbiran negara lebih telus, kesamarataan kepada seluruh rakyat. Saya juga mahu kekayaan negara diagihkan kepada seluruh rakyat supaya semuanya mendapat manfaat daripada limpahan kekayaan negara, bukannya disekat oleh sekelompok manusia sahaja.

Jika perkara ini boleh dilakukan, nescaya rakyat kita akan berbangga dan sentiasa merasakan kitalah rakyat Malaysia.

Bagaimana pula cadangan untuk rakyat Sabah dan Sarawak?

WAN AZIZAH: Alhamdulillah kita dikurniakan dengan petroleum. Ada banyak negara tiada sumber alam yang amat berharga ini. Sebagai contoh di Sabah, negeri ini sebenarnya adalah sebuah negeri yang amat kaya dengan sumber alam, tetapi peliknya Sabah adalah negeri yang termiskin di negara kita. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Jadi sejak kemasukan dua negeri ini ke dalam Persekutuan Malaysia, adakah kesilapan pentadbiran atau kesilapan manusia?

Untuk kempen PRU13 ini, PR dilihat mencipta pelbagai poster dan ia mirip kepada parti yang bertanding di Turki, apa komen Datuk Seri?

WAN AZIZAH: Jika berkata meniru, tidak. Tetapi kami ada ceduk idea dari seluruh dunia. Jika kami merasakan ada idea yang bernas dan baik, apa salahnya kami mencuba pendekatan itu.Sebagai contoh PKR menggunakan bas dalam jelajah parti seluruh negara, itu sebenarnya adalah idea baru. Jika perkara yang dilakukan kita berjaya menarik minat lebih ramai rakyat, jadi tiada salahnya ia digunakan sebagai bahan kempen selagi ia dibenarkan oleh undang-undang.

Selain itu, kami mengambil pendekatan kempen yang berbeza daripada BN seperti kempen maki hamun dan menyerang peribadi lawan. Kami bawa kempen apakah polisi yang akan dibawa PR sekiranya ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya nanti, itu yang kita ketengahkan.

Saya pernah terfikir, contohnya seperti kereta, kenapa cermin depan besar dan cermin sisinya kecik, kerana kita mahukan masa depan, untuk belakang, kita cuma perhatikan untuk pengajaran supaya kita tidak lakukan kesalahan yang sama berulang.

Sejak akhir-akhir, terlalu banyak politik ganas dilaporkan, apakah komen Datuk Seri dalam perkara ini?

WAN AZIZAH: Sepatutnya sebagai sebuah negara demokrasi, kita semua mahukan politik yang sihat, dan bersaing dalam keadaan elok untuk sama-sama memberi sumbangan kepada negara. Sepatutnya parti-parti politik ini sudah menerima konsep berbincang, berdiskusi bagi mencari idea terbaik untuk rakyat memilih.

Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara. Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu.

Saya juga melihat politik ganas ini sebagai ujian kepada kami dan ada hikmahnya. Di bas jelajah kami, selepas pertama kali terkena cat, kami bersihkan, tetapi selepas kali kedua berlaku, kami tidak bersihkan. Kami cuma bersihkan di bahagian pemandu sahaja kerana tidak mahu halang pemanduan. Kami jadikan kesan cat ini sebagai perhiasan.

Apakah inisiatif PKR dalam menghadapi politik ganas seperti ini menjelang PRU13?

Kami akan terus menegur dan sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah melindungi pemimpin kami. Bagi kawasan-kawasan yang agak berbahaya sedikit, kami akan meminta jasa baik anggota polis dan Rela bagi membantu kami. Selain itu, kami juga sering berpesan kepada penyokong, jika ada provokasi, jangan lawan balik, biarkan sahaja kerana apa pun berlaku, kami sering didakwa yang memulakan provokasi.

Persediaan Datuk Seri menjelang PRU13?

WAN AZIZAH: Kami cuba yang terbaik, tetapi kami tetap ada pelbagai halangan. Sebagai contoh, diri saya sendiri, saya melompat dalam dunia politik tanpa persediaan langsung sebenarnya. Tetapi setelah beberapa lama dalam politik, insya-ALLAH saya sudah bersedia.

Walaupun tidak sepenuhnya, namun kami percaya boleh beri tentangan sengit kepada pihak lawan.

Ada yang berkata PKR ditubuhkan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebenarnya Anwar hanyalah satu simbol. Anwar itu adalah simbol ketidakadilan.

Apa yang diperjuangkan adalah demi rakyat dan mahukan masa depan dengan yang lebih baik. Bermula dengan badan bukan kerajaan (NGO), PKR yang bernama Keadilan pada ketika itu diubah menjadi parti politik.

Pada waktu itu, terdapat banyak parti lain yang lebih kukuh, seperti Umno dan Pas yang menaungi keseluruhan orang Melayu. Pas dengan asas-asas Islam dan Umno ada juga Islamnya tetapi lebih kepada asas keMelayuan dan ketuanannya. Selain itu ada MCA, MIC dan DAP serta parti-parti lain.

Jadi apa yang PKR buat adalah cuba gabungkan semua. Alhamdulillah PKR berjaya dan membawa perubahan landskap politik yang besar kepada negara.

Bagaimana pula dengan pemimpin asal PKR yang mula-mula sekali berjuang, tetapi pada hari ini ramai antara mereka sudah keluar dari PKR, kenapa perkara ini berlaku?

Bagi saya ia adalah soal perjuangan, dalam Pas, dalam Umno juga berlaku perkara ini. Dalam Umno contohnya Datuk Onn Jaafar, walaupun kalau kita pergi ke PWTC, kita akan lihat gambar beliau terpampang kerana pengasas Umno, namun beliau keluar dari Umno dan mewujudkan Parti Negara. Begitu juga dalam Pas, bekas Presidennya, Tan Sri Mohd Asri Muda juga keluar dari parti itu.

Oleh itu, mereka keluar ini kerana ada perbezaan-perbezaan yang berlaku dan ia adalah proses yang sering berlaku di mana-mana sahaja. Perkara yang lepas, kita kata sudah lepas.

Datuk Seri sudah tentukan akan bertanding di kerusi mana?

WAN AZIZAH: Saya hanya layak bertanding di peringkat Dun, kerana saya digantung bertanding di Parlimen untuk lima tahun kerana saya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Untuk berkata bertanding atau tidak itu, ia akan diputuskan oleh parti. Buat masa ini, saya mahu fokuskan kepada gerak kerja dan kempen parti.

Bagaimana pula dengan khabar angin yang mengatakan seorang lagi anak Datuk Seri iaitu Nurul Nuha Anwar yang akan bertanding?

WAN AZIZAH: Nuha sebenarnya telah dicalonkan oleh salah satu cabang, sebab itu timbul khabar angin ini. Namun Nuha sudah berumah tangga dan baru mempunyai anak yang kecil, jadi saya rasa Nuha akan tumpukan perhatian kepada anaknya buat masa ini.

Jika benar Nuha akan bertanding pada PRU13, membuktikan amalan nepotisme dalam PKR. Apa komen Datuk Seri?

WAN AZIZAH: Perkara ini adalah 'kalau' dan hanya satu andaian. Ia tidak benar sama sekali. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah Anwar bertanding di Parlimen Lembah Pantai adalah satu tugas yang amat sukar, kawasan itu diwakili oleh Menteri dan diketahui adalah kubu kuat Umno pada asalnya. Alhamdulillah Izzah menang. Izzah menang kerana kredibilitinya sendiri, jadi beliau memang layak.

Begitu juga dengan saya, pada pilihan raya umum tahun 2004 lalu, hanya saya seorang sahaja wakil PKR dalam Dewan Rakyat. Alhamdulillah tahun 2008 PR dapat satu loncatan besar.

Ada juga pihak yang menuduh Datuk Seri sebagai boneka Anwar. Benarkah tuduhan itu?

WAN AZIZAH: Mulut manusia akan berkata bermacam-macam. Saya juga boleh persoalkan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad? Saya sebagai presiden parti walaupun ada mendengar nasihat daripada Anwar, maka itu bukannya satu kesalahan. Anwar jelas mempunyai banyak pengalaman dalam dunia politik.

Apakah keputusan yang paling mencabar sejak Datuk Seri menyertai dunia politik?

WAN AZIZAH: Keputusan yang paling mencabar bagi saya adalah sama ada mahu bertanding ataupun tidak di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999. PKR baru wujud dan bertapak pada ketika itu. Saya bukannya orang politik, saya sekadar seorang doktor di hospital. Jadi keputusan ini amat mencabar sekali bagi saya, lagipun pada ketika itu anak-anak saya masih kecil lagi. Izzah baru 17 tahun.

Saya gigihkan juga kerana suami berada dalam penjara dan penyokong benar-benar mahukan saya memimpin parti baru ini. Ramai yang berkata jika bukan saya maka susah untuk PKR ketika itu mara ke depan, mungkin mereka melihat saya membawa nama isteri kepada Anwar Ibrahim. Selain itu rakan-rakan dalam Pas dan PRM juga memberi sokongan kepada saya. Selain Permatang Pauh, ada juga yang minta saya bertanding di Kubang Pasu tempat Dr Mahathir. Tetapi akhirnya saya memilih untuk bertanding di Permatang Pauh.

Sekarang keluarga Datuk Seri diserang lagi, bagaimana Datuk Seri menangani perkara ini?

WAN AZIZAH: Serangan ke atas keluarga saya tidak berhenti, sejak dari dulu lagi sehinggalah sekarang. Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini. Kami cuma boleh minta bantuan ALLAH dan minta kami boleh atasinya.

Pernahkah terdetik kekesalan dalam hati Datuk Seri kerana terlibat dalam politik?

WAN AZIZAH: Tidak, kerana inilah jalan yang saya dan keluarga pilih. Segalanya ada hikmah, jadi saya tidak pernah menyesal jalan yang saya pilih ini. Setiap kali saya sembahyang, saya minta supaya jangan ada sifat kesal dalam diri ini.
Kita mesti bersyukur kerana segalanya adalah ujian daripada-Nya untuk tingkatkan lagi keimanan kita. Selain itu kesabaran juga amat penting.

Jika tidak menyertai politik, apakah yang dilakukan dan kehidupan yang dimahukan Datuk Seri sekarang?

WAN AZIZAH: Jika tidak dalam politik, saya mahu lakukan amal ibadat kerana saya rasakan bekalan saya ke akhirat sedikit berbanding orang-orang lain. Ya ALLAH, saya rasa amal ibadat saya belum cukup. Jika saya terus diberikan kemampuan, kesihatan dan hayat lagi, itulah yang saya mahu lakukan insya-ALLAH.

Ramai yang mengatakan PRU13 ini adalah hidup mati antara BN dan PR. Jika PR tewas, adakah pakatan tiga parti ini berterusan untuk masa akan datang?

WAN AZIZAH: Bagi saya, hidup mati PRU13 ini adalah bagi pihak BN, bukan kepada PR. kerana bagi saya politik negara kita sudah matang. Sebelum adanya PR, sudah ada pakatan sebelum ini seperti Barisan Alternatif. Kita sudah laluinya dan saya yakin PR akan terus bekerjasama
.
Dengan adanya kerjasama ini, maka kita lebih kukuh dan boleh mentadbir untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara. Kami bukannya satu pakatan yang longgar seperti dakwaan pihak lawan.

Sinar Harian

PAS tak pernah bermimpi untuk bersama UMNO

Posted: 11 Nov 2012 11:31 PM PST

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak pernah bermimpi untuk kembali semula dalam komponen parti disertai Umno pada masa akan datang, selaras dengan pendirian Pas Pusat.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, ini kerana, sejarah kerjasama antara Pas dan Umno pada masa lalu membuatkan parti Islam itu lebih berhati-hati dalam memilih rakan komponen yang mempunyai persamaan prinsip dengan mereka.

Beliau mendakwa, Umno dilihat bersifat lebih 'kemelayuan' dan kurang menitik beratkan soal agama terutama dalam kes ketirisan di kalangan pemimpinnya.

"Ahli akademik boleh beri pendapat mereka (kemukakan cadangan kerjasama Pas dan Umno diwujudkan) kerana dia hanya duduk dalam sebuah institusi (sebagai pemerhati). Tapi pemimpin dan ahli Pas yang merasai sendiri, lebih tahu apa makna perjuangan mereka.

"Ibarat orang masuk stadium, pemerhati boleh bercakap apa saja. Tapi sebagai pemain, dia sendiri yang akan rasa (perjuangan) 'go to the ground'," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malayisa (UIAM), Prof Madya Dr Yusof Muhammad supaya kerjasama Pas dan Umno diwujudkan demi Islam dan orang Melayu.

Kenyataan itu dibuat Yusof dalam Wacana Kembalikan Pas ke Landasan Asal, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), di Kuala Lumpur, seperti disiarkan Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan dakwaan dilemparkan pihak tertentu bahawa Pas bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa perkara yang dikatakan kita (Pas) tak dominan? Saya beri contoh, peruntukan bagi sekolah agama di Selangor banyak diberikan kepada sekolah agama rakyat (SAR), berbanding dengan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT)," katanya.

Mengenai dakwaan Pas bermasalah akibat pengemudi dalam parti itu sendiri, Abd Rani menegaskan perkara itu tidak berlaku kerana ahli Pas semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya golongan ulama, tabligh dan profesional.

"Bila duduk dalam Pas, kita kenalah ikut acuan (dasar dan perjuangan) Pas. Kalau tak ikut dan mendatangkan kemudaratan kepada parti, Majlis Syura akan ambil tindakan. Mereka boleh dipecat kalau cuba bawa hala tuju parti ke tempat lain," katanya.

Respon Fauziah Ghous berkenaan lawak 'kemaluan'nya oleh Zizan di ASK 2012

Posted: 11 Nov 2012 09:05 PM PST


Bagi mereka yang menonton malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu, sudah pasti anda mengetahui mengenai kata-kata Zizan Razak kepada pelakon cantik, Fouziah Gous ketika mereka berada di atas pentas bagi menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.

Kata-kata Zizan iaitu , "Makhluk apakah ini, muka cantik tapi tiada kemaluan" sesungguhnya mengejutkan rata-rata tetamu yang hadir pada malam itu memandangkan perkataan kemaluan adalah satu perkataan yang agak sensitif untuk digunakan.

Mungkin Zizan selaku seorang pelawak menganggap ia sebagai satu gurauan namun tidak bagi penonton yang mendengarnya dan menganggap ia sebagai satu gurauan yang agak kasar dan tidak patut diungkapkan apatah lagi pada majlis penganugerahan berprestij.

Apa pula komen empunya badan, Fouziah Gous mengenai isu ini? GUA berkesempatan bertemu dengan pelakon drama bersiri, 'Julia' ini ketika di majlis Post Party yang diadakan sejurus selesai majlis dan ini jawapannya.

"Saya tak nak ambil perkara ini terlalu mendalam sangat. Mungkin dia hanya melawak saja. Bagi saya, jika serius sangat pun, takut nanti orang akan bosan. Sewaktu dia cakap begitu pun, saya tak terkejut sangat dan menganggap ia sebagai satu jenaka saja," ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini.

Gua.com

Lagi satu 'das' untuk Nurul Izzah

Posted: 11 Nov 2012 06:34 PM PST

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantain Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".

Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.

"Tafsiran itu bermaksud, selagi mana sesorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tiada hak sedikitpun untuk memaksa dia memeluk Islam.

"Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan akidah, syariah dan akhlak, kita tidak ada hak untuk memilih.

"Hak kita hanya 'kami dengar dan kami taat' sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

Oleh itu, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan sekiranya tidak bermaksud bahawa kenyataannya adalah berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu Islam.

Sekiranya tidak, naib presiden PKR itu perlu menarik balik kenyataannya, kata Nasha seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Beliau turut membidas pemimpin PAS yang mempertahankan Nurul Izzah dengan hujah bahawa pemimpin berkenaan tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Nasharudin juga menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan terdapat anggota parti yang tidak selesa dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Mereka tunggu kenyataan pemimpin tertinggi sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi," katanya.
~freemalaysiakini

Nurul Izzah politikkan akidah

Posted: 11 Nov 2012 06:01 PM PST

SANDAKAN - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.

"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov. - Bernama

'Forum rahsia' akar umbi PAS cetus kontroversi

Posted: 11 Nov 2012 05:31 PM PST

SHAH ALAM – Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum semalam, yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.

Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu "fenomena biasa" menjelang pilihan raya umum.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.

"Saya tidak mahu mendedahkan punca mengapa ada sebahagian daripada peserta program itu dipecat kerana tidak mahu mendedahkan aib orang lain.

"Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mustafa menambah, "parti lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap parti lawannya."

"Sebenarnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung menunjukan mereka sudah menjadi alat Umno dan pemimpin-pemimpin dalam Pas sudah faham mengeni perkara ini," katanyalagi.

Semalam, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asaldi Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajukMerealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Monerbertindak sebagai moderator.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) turut menyampaikan ucapan pada forum sehari itu.

Norman, yang juga Setiausaha Agung Jati, memberitahu Sinar Harian Online Hasan berucap atas permintaan peserta forum.

Forum itu meluluskan 11 resolusi, yang antara lain turut menyentuh mengenai hubungan Pas dengan DAP dan PKR.

Antara perkara yang disebutkan ialah dalam sistem Tahaluf Siyasi, Pas mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Turut disebut, pemimpin Pas tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa sama menghina pimpinan sesama Islam.

Parti itu turut disarankan untuk mengkaji segera hubungannya dengan DAP dan PKR serta jika perlu mengadakan muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud.

Ketika diminta mengulas mengenai resolusi itu, Mustafa berkata, perkara-perkara yang disebutkan itu tidak timbul dan Pas masih menetapkan pendirian untuk terus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Pas akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, sekiranya mereka ingin menyampaikan cadangan itu pada Muktamar Pas yang akan berlangsung minggu depan di Kelantan, ia boleh disalurkan melalui perwakilan.

Katanya, "muktamar berhak menyampaikan apa sahaja cadangan pada muktamar nanti. Cuma saya percaya cadangan seperti itu mungkin tidak akan diterima."

'Satu tindakan yang bodoh dan melampau'

Posted: 11 Nov 2012 05:01 PM PST

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.

Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Nov 2012 02:51 PM PST

Apa Yang Tersirat


Nurul Izzah disanjung kerana memperjuangkan kebebasan beragama

Posted: 11 Nov 2012 10:25 PM PST

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
   
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.

Kenyataan di atas yang membuatkan Nurul Izzah Anwar disanjung puak-puak pembangkang, terutama yang bukan islam. Malah Nik Aziz sendiri tidak membidas kenyataan Naib Presiden PKR itu.


Sementara itu, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," kata Tun Dr Mahathir.



Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.  

yeopPERAK

Posted: 12 Nov 2012 02:41 PM PST

yeopPERAK


aku dan kamu siapakah kita

Posted: 11 Nov 2012 04:24 PM PST



Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat.Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan...Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru...


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata , " Aku turut berbahagia untukmu "

aku suka menulis,aku menulis untuk diri sendiri,untuk kepuasan hati dan untuk dikongsi pada yang sudi..aku mungkin berkias dalam untaian kata-kata..kadangkala sukar untuk kau fahami ertinya...aku menulis adalah cara bagiku untuk meluahkan rasa,melukis isi hati dan kurangkaikan kata-kata yang hanya seindah biasa...

apa yang terjadi bukan yang ku mimpikan namun aku tabahkan hati ini, tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaan ku betapa hebatnya kau di hati ini kenapa kau tak pernah fikirkan aku .

ku harap suatu hari kau kan mengerti siapa diriku disisimu ku tahu kau tak ingin begini tapi kau sanggup lakukannya. betapa hatiku hancur musnah berderaian tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaanku

MASTER DEDAH

Posted: 12 Nov 2012 02:39 PM PST

MASTER DEDAH


INI DIA WAJAH ORANG YANG TANYA SOALAN KAT NURUL IZZAH

Posted: 11 Nov 2012 11:30 PM PST


ANWAR IBRAHIM BUAT APA NI KAT NURUL IZZAH???

Posted: 11 Nov 2012 08:02 PM PST