KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi sebelah pagi semalam kecoh seketika apabila Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng bertikam lidah dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Ketegangan bermula apabila Jabu mendakwa pembangkang sering 'menekan dan menindas' peluang penduduk luar bandar khususnya pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terlibat dalam program pembasmian kemiskinan yang dirangka kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai) berhubung perkembangan program e-Kasih di negeri ini.
"Saya mahu mengingatkan DAP yang terus 'menekan dan menindas' peluang-peluang pembasmian kemiskinan. Buang idea anda yang mementingkan diri sendiri itu," ujarnya.
Kenyataannya itu menye-babkan Wong bangkit membantah, menyebabkan kedua-duanya bertikam lidah sehingga Jabu mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Asek itu berhenti bercakap.
"Kamu diam!… diam!… diam! kamu (Bukit Asek) duduk… kamu adalah anti (pembangunan), kamu tidak bersimpati dengan nasib orang Sarawak ," ujarnya.
Keadaan tegang berlarutan hampir 10 minit menyebabkan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mencelah dan mengatakan beliau akan menangguhkan persidangan jika keadaan berlarutan.
borneopost
You are subscribed to email updates from Rajahmas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahkamah Tinggi, yang mendengar perbicaraan kes saman malu difailkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, hari ini diberitahu bahawa Lim mengeluarkan kenyataan palsu demi menganiaya dan memburukkan imej Umno.
Datuk Zainal Abidin Osman, 52, dalam pernyataan saksinya berkata artikel yang disiarkan di 'Keadilan Daily' pada 3 Julai dan 'Suara Keadilan' pada 5 Julai tahun lepas juga untuk menunjukkan Umno adalah sebuah parti yang tidak beretika dan berprinsip kerana menyokong perbuatan yang mampu menyemarakkan keganasan.
Katanya di dalam artikel itu Lim membuat kenyataan bahawa Umno terlibat di dalam penganjuran demonstrasi di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai tahun lalu dan nama Zainal Abidin turut ditulis di dalam artikel itu. Zainal Abidin, yang dinamakan sebagai plantif bagi pihak Umno Pulau Pinang, menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa Umno tidak akan terlibat dalam demonstrasi yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan awam.
Mengenai kenyataan Lim bahawa beliau turut hadir di dalam perhimpunan itu, Zainal Abidin berkata: "Jika benar perarakan itu dijana oleh Umno, sudah tentu saya sebagai Pengerusi Umno Pulau Pinang akan berada di barisan hadapan."
wajah lahanat musibat kaki fitnah ketika masuk court
Zainal Abidin turut memberitahu bahawa ahli-ahli Umno bebas dan tidak dihalang menyertai mana-mana organisasi atau persatuan seperti Persatuan Penjaja, Persatuan Seni Silat Gayung dan lain-lain. Oleh yang demikian, katanya mana-mana ahli Umno di dalam perarakan di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu tidak boleh menjadi kayu pengukur penglibatan Umno.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, adakah di dalam artikel dalam 'Suara Keadilan' itu mengandungi perkataan 'menganjurkan', Zainal Abidin berkata "Tiada.
Perkataan yang ada adalah 'penglibatan'. Zainal Abidin menegaskan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian dan tidak mengetahui berapa ramai ahli Umno yang terlibat dalam demonstrasi. Katanya kehadiran Senator Mohamad Ezam Mohd dalam demonstrasi itu tidak diketahuinya dan ia juga tidak melibatkan Umno kerana Mohamad Ezam hadir sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO).
Ditanya Jagdeep Singh adakah tindakan Mohamad Ezam berdemonstrasi membawa maksud Umno terlibat, Zainal Abidin berkata: "Jika Mohamad Ezam daripada Pulau Pinang, ya (terlibat) tetapi dia bukan, dia orang luar. Saya tidak tahu kenapa dia datang. Dia berada di situ kerana dia NGO."
Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah bersambung Isnin ini. - Bernama
Muzakarah oh muzakarah ...PAS yang petik semula isu ini dan bila UMNO kata ' ON " , tiba-tiba dia mula tarik tekan brek pulak ...nasib baik bukan handbrake ..
Siapa yang tekan ?? Bukan Hj Hadi atau Nik Aziz ....tapi seorang parasit PAS iaitu Tuan Ibrahim ..
Belum pun AJK PAS pusat bincang hal ini, Tuan Ibrahim dah warning awal-awal muzakarah hanya selepas PRU 13 dan ia bukan kerjasama politik pun ..
Punya sombong dan angkuh betul ketua penerangan PAS ini. Pemimpin dia iaitu Hj Hadi yang terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO tapi hari ini dia letak syarat wajib pulak . SIAL !
Benda yang ke arah kebaikan ada je halangan ..
ini semua kerja syaitan lahanat la sedang dok hasut supaya umat Islam tak bersatu ..
Lebih 25 wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Nibong Tebal membuat laporan polis, Jumaat, meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disiasat berhubung tawaran jawatan kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Seberang Perai Selatan Zulkifli Musa berkata siasatan itu perlu kerana tindakan Lim tersebut boleh mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Transparency International Malaysia.
Beliau ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan NGO terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.
Antara NGO berkenaan ialah Perkasa, Sekretariat Melayu Pulau Pinang dan Kelab Warisan Melayu Pulau Pinang.
Media sebelum ini melaporkan Tunku Abdul Aziz berkata beliau menganggap tindakannya keluar parti itu tepat selepas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, menawarkan jawatan kanan di sebuah agensi kerajaan negeri serta RM50,000 kepada beliau susulan peletakan jawatannya.
Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan DAP selepas beliau menerima kecaman hebat daripada pemimpin parti itu susulan kenyataan peribadinya berhubung perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas. - BERNAMA
Komen GPB
Mana rakyat tak marah ..dengan puak dia , sanggup beri RM 50 ribu duit rakyat untuk selesaikan masalah parti mereka . Macam ini ka integriti & kredbiliti seorang pemimpin ?
Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat.
Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, Pemuda Umno mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya melibatkan pilihan raya dan isu Bersih.
"Mungkin beliau (individu berkenaan) tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut.
"Saya akan mewakili Pemuda Umno dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Selasa lepas, semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, antara dua dan tiga orang muncul pada majlis itu dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.
Muhammad Khairun berkata, jentera Umno di luar negara telah mengenal pasti individu itu yang merupakan seorang warganegara Malaysia 'agak senior' dalam komuniti Malaysia di sana dan bekerja di Reading, United Kingdom.
"Kami memilih individu itu untuk berdebat kerana beliau 'the loudest' (paling lantang) dan 'the most enthusiastic' (paling bersemangat) antara mereka yang membuat kacau pada majlis itu.
"Jentera Umno di sana telah menyampaikan hasrat (berdebat) secara umum kepada individu itu dan surat rasmi akan diberikan kepadanya hari ini. Kami beri masa tujuh hari untuk beliau beri jawapan," katanya.
Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak menyahut cabaran untuk berdebat,rakyat boleh menilai sendiri 'individu penakut yang bagaimana' menyokongpergerakan Bersih itu.
Muhammad Khairun mengalu-alukan sekiranya ada wakil daripada pembangkang yang mahu menyertai debat itu, namun menegaskan individu itu perlu mewakili dirinya sendiri.
"Bila disertai pembangkang, kita ada tiga pihak jadi masa itu sudah jadi forum, tetapi jika pembangkang mahu mewakili individu itu, tidak boleh sama sekali kerana itu tindakan penakut dan berniat jahat.
"Individu itu perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dan kita beri dia platform untuk dia menjelaskan mengapa dia buat begitu," katanya.
Muhammad Khairun berkata, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang mengganggu Najib pada majlis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan kurang ajar.
"Kita bercakap mengenai Perdana Menteri Malaysia yang sedang berucap kepada audiens seluruh dunia, sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlu menghormati beliau.
"Tindakan itu menggambarkan rakyat Malaysia ini buruk budi pekerti dan tidak ada sopan santun hinggakan sanggup buat begitu kepada Perdana Menteri sendiri," katanya. -
Siapa tidak kenal Neelofa ...artis yang sering menjadi bahan cerita blogger terutama pro UMNO. Mungkin sebab beliau menyokong kerajaan , aksinya sering menjadi tumpuan .
Gambar ini merupakan gambar dari majalah In Trend keluaran Februari yang menampilkan Neelofa sebagai cover majalan berkenaa. Cute tak ??....sapa tengok mesti meleleh la ...
Bila lantik orang yang tak tahu tentang hal ehwal agama jadi YDP MAIPP & Exco Agama macam ini jadinya . Mujur lah ada NGO Melayu Islam datang menuntut dan menguruskan jenazah mengikut cara Islam .
Sebentar tadi telah diadakan sidang akhbar tergempar bertempat di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang. Isunya sangat besar yang pasti menyentak perasaan seluruh umat Islam negara ini tidak kira ideologi politik.
Isunya ialah mengenai kesangsian yang berlaku terhadap satu jenazah yang sedang berada bersama dengan keluarga beliau menjalani upacara kematian mengikut cara kaum Cina. Yang menimbulkan ketegangan dan kesangsian ialah Malik Kassim, Exco Agama Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang didakwa mengatakan bahawa jenazah itu adalah seorang Mualaf!
Tetapi yang hairannya ialah sebagai pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam, Malik Kassim didakwa lepas tangan dan membiarkan sahaja jenazah mualaf itu menjalani upacara kematian kaum cina.
Hari ini adalah hari ke-4 jenazah itu berada bersama keluarga bukan Islam beliau tetapi Malik Kassim seolah-olah tidak berbuat apa-apa untut menuntut jenazah tersebut dan dikebumikan dengan segera mengikut syarak Islam.
Ketidakefesienan Malik Kassim itu turut menimbulkan tandatanya kepada keluarga bukan Islam mualaf tersebut yang sebelum ini mahukan pengesahan sah seperti yang dikatakan oleh Malik Kassim.
MiM difahamkan bahawa keluarga itu tidak ada masaalah untuk memberi jenazah itu kepada pihak berkuasa Islam Pulau Pinang jika segala dokumen sah ditunjukkan kepada mereka.
Tetapi dek ketidak efesienan Malik Kassim, maka jenazah mualaf itu masih berada dengan keluarga beliau dalam upacara kematian kaum Cina!
MiM juga difahamkan bahawa Malik Kassim didakwa cuba lepas tangan dan mendakwa Mufti Negeri tahu tentang isu ini. Padahal, Mufti Negeri tidak tahu menahu dan berada di Brunei!
Sidang akhbar tadi mempersoalkan tindakan Malik Kassim yang tidak efesien dalam menangani isu sensitif yang boleh menyebabkan ketegangan kaum di Pulau Pinang ini. Malah, wakil yang bercakap tadi turut menuntut agar Malik Kassim dan Salleh Man meletakkan jawatan dek isu sensitif dan melibatkan umat Islam keseluruhannya.
Dalam isu ini, Malik Kassim disarankan untuk menjawab dan menyelesaikan isu dengan kadar segera. Benarkah seperti yang didakwa oleh wakil tersebut?
Dalam masa yang sama, dimanakah wakil-wakil politik yang serumah dengan Malik Kassim? Di manakah Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu lantang mempertahankan Lim Guan Eng DAP dalam isu menyogok Tunku Aziz?
Apa pun, MiM berharap agar isu sensitif ini dapat diselesaikan dengan segera. Jenazah sudah 4 hari dan janganlah kita biarkan walau sehari lagi.
Hari ini bermulanya perbicaraan kes UMNO P.Pinang menyaman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta atas dua dakwaan iaitu menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam demonstrasi ganas di negeri tersebut pada 1 Julai lalu dan menuduh UMNO Pulau Pinang terlibat dalam kebakaran yang membabitkan pejabat DAP.
Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.
Perbicaraan ini berlangsung di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta telah bermula pagi ini dan akan akan disambung semula di sebelah petang . Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman serta Naib Ketua Pemuda UMNO P.Pinang , Sdr Norman Zahalan sebagai saksi utama kes . Laporan seterusnya akan menyusul .
Dakwaan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hanya mendapat sokongan 20 peratus pengurusan tertinggi Felda adalah tidak berasas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan itu tidak disertai bukti kukuh malah kajian Boston Consulting Group (BCG) pada 18 Oktober 2011 yang dikemukakan PKR tidak mempunyai kredibiliti.
"Kalau mereka mahu dakwa, kemukakan bukti yang kukuh dan kajian terkini. Ini jelas menunjukkan pembangkang kini tiada kredibiliti untuk bercakap mengenai isu Felda.
"Mereka hanya cakap ikut suka sahaja malah tuduhan kata Felda bankrap juga tidak benar.
Saya minta supaya semua pihak usah percaya cakap pembangkang kerana mereka adalah pembohong dan hanya tahu merapu," katanya pada Sinar Harian, semalam. Ahmad berkata, pihaknya tidak berminat mengambil tindakan undang-undang terhadap semua dakwaan dikemukakan pembangkang.
"Tidak perlu ambil sebarang tindakan undang-undang kerana segala dakwaan pembangkang terhadap Felda tidak relevan. Mereka suka mereka-reka keterangan tanpa disusuli fakta betul. "Idea kerajaan untuk berkongsi kemakmuran dengan rakyat adalah unik dan menarik.
Mereka khuatir kalau orang Felda sokong Barisan Nasional (BN), sebab itu mereka cuba mengelirukan pemikiran rakyat," katanya. Ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen bahawa urus niaga FGVH kini belum kukuh dan profil tanaman pokok matang hanya menunjukkan pertumbuhan 16 peratus berbanding syarikat maju yang memiliki 78 peratus, beliau menafikannya.
"Ini bukan dari fakta yang betul. Prospektus FGVHB akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kita akan lihat semua dakwaan pembangkang itu tidak benar. "Ini semua usaha untuk memusnahkan niat baik yang dilaksanakan untuk rakyat," katanya.
Keputusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai ketua sayap pemuda itu sesuai dengan keadaan semasa yang masih memerlukan kepimpinannya. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang amat diperlukan parti ketika ini.
"Pemuda Umno kini berada dalam keadaan sangat baik bawah pimpinan Khairy di mana pelbagai cadangan yang telah dibawanya kepada kerajaan melalui usaha pemuda, antaranya Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN).
"Hasil daripada inisiatif yang dibawa beliau adalah suara pemuda bagi memenuhi kehendak rakyat negara ini," katanya kepada Sinar Harian. Minggu lalu, Khairy berkata beliau berhasrat menawarkan diri untuk memimpin Pemuda Umno bagi tempoh satu lagi penggal di mana pemilihan akan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Khairy menyatakan hasratnya melalui laman Twitter.
Khairy juga menyatakan pendirian akan cadangkan had umur ketua pemuda sehingga 40 tahun sahaja berbanding sebelum ini.
"Pendekatan dibawa Khairy berjaya menyatukan orang muda di bawah payung BN," katanya. Menurutnya, gandingan Khairy dan Naibnya, Datuk Razali Ibrahim serta seluruh Exco merupakan gandingan mantap, sekali gus Pemuda Umno mempunyai masa depan yang amat cerah dalam membantu BN terus memenangi majoriti dua pertiga dalam PRU13.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, mereka menghormati hak Khairy, bagaimanapun posisi pimpinan dalam parti banyak bergantung pada keberkesanan kita dalam mengembalikan sokongan rakyat pada Umno dalam PRU13. "Mengenai had umur, saya setuju kepada 40 tahun kerana ia beri ruang lebih ramai pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya.
Berlainan nada dengan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin yang menyarankan had umur sesuai bagi jawatan ketua pemuda adalah 45 tahun. "Ini adalah bersesuaian dengan landskap politik negara yang sukar menerima perubahan secara mendadak. Umno adalah parti lama yang mempunyai seni yang tersendiri, jadi tidak boleh tergesa-gesa," katanya.
Isu PAS diketepikan hak untuk mendapatkan jawatan YDP MAIPP senyap begitu saja,PKR melalui YB Malik Kassim masih memegang jawatan tersebut. Guan Eng ,Anwar dan Mansor Osman kelam kabut cuba menutup cerita ini kononnya ia adalah satu kesilapan.
Mereka menggangap DYMM YDP Agong budak pejabat yang boleh sesuka hati diarah itu ini.Sedangkan nama calon sebagai YDP MAIPP dicadangkan sendiri oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Malik Kassim Exco agama Islam,Beliau juga YDP MAIPP, Salleh Man Adun Permatang Pasir hanya merintih akibat dipermainkan oleh DAP dan PKR. Pisau sebenarnya berasa kasihan terhadap PAS kerana diperlakukan sebegitu oleh 2 parti chauvanis ini,apakan daya dek kerana kebodohan sendiri maka lacuran politik sebegini hanya didiamkan malu tidak mahu rakyat tahu akan kebaculan PAS.
Ini ada isu terbaru,Episod PAS diperbodohkan oleh PKR dan DAP tidak berhenti disitu saja, Pisau sedia maklum akan kekesalan Salleh Man dan PAS diperlakukan bagai budak budak oleh DAP dan PKR. Perwatakan Salleh Man seorang yang lemah lembut dan tertib turut katanya mencerminkan seorang pemimpin yang baik.
Malangnya pemimpin PAS negeri ini dipermainkan oleh PKR terutamanya Malik Kassim berulang ulang dan tidak berhenti disitu saja. Kita semua tahu Malik Kasim memegang jawatan pengerusi Halal Hub Pulau Pinang,Salleh Man juga dilantik sebagai salah seorang pengarah didalam Halal Hub Pulau Pinang. Apa yang menariknya Salleh Man hanya menjadi ahli lembaga pengarah secara percuma tanpa dibayar langsung sedangkan Malik dan juga Guan Eng sapu bersih elaun pengerusi dan penasihat Halal Hub.
Regim DAP seperti yang kita tahu langsung tidak mengamalkan CAT, Ketua Staf Halal Hub dipegang oleh kroni Malik Kassim iaitu adikkandung sendiri iaitu Rodziah Kassim. Bayangkan kroni Malik Kasim mengawal sepenuhnya Halal Hub,dalam masa yang sama Salleh Man melopong menjadi pak pacak secara percuma didalam ahli lembaga pengarah Halal Hub.
Jika benar regim DAP mengamalkan CAT kenapa kroni dan saudara memegang kepentingan GLC kerajaan negeri. Berapa elaun yang diterima Lim Guan Eng dan Malik Kasim didalam Halal Hub? Jika Salleh Man dibayar..tolong dedahkan berapa jumlah elaun beliau sebagai ahli lembaga pengarah..
Ini adalah bukti betapa PKR secara terang terangan perbodohkan PAS Pulau Pinang,Pesuruhjaya Negeri diperlakukan sebegitu rendah kastanya berbanding Zairil Khir Johari yang mendapat puluhan ribu ringgit sebulan..www.pisau.net
Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi 'monster' – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.
Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah 'knight' istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.
Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.
Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.
Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.
Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?
Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.
Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata puak ekstremis Cina dilihat memainkan peranan bagi menghalang sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir berkata, sekalipun sokongan rakyat kini semakin berpihak kepada BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, sokongan kaum Cina masih dilihat sebagai penentu kepada kejayaan BN.
"Undi kaum Melayu berpecah tiga (Umno, PAS dan PKR), undi (kaum) Cina jadi undi penentu, (berdasarkan fakta itu) puak ekstremis ini mahu kaum Cina memainkan peranan lebih besar (dalam menentukan hala tuju politik negara)," katanya di sini, hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif Univerisiti Malaysia Pahang, di sini.
Dr Mahathir berkata, majoriti kaum Cina di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang berfahaman sederhana dan bukanlah ekstremis.
Namun, beliau berkata, puak ekstremis inilah yang memainkan pelbagai isu termasuk isu sensitif yang dilihat boleh menggugat perpaduan dan kesejahteraan yang dikecapi rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Apabila puak ekstremis ini kata (sesuatu), dia (golongan sederhana) tak berani nak lawan," katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun yakin, pilihan raya umum ke-13 nanti akan lebih baik buat BN, berbanding pilihan raya umum pada 2008.
Mengulas laporan akhbar berhubung bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang didakwa cuba dirasuah sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya, Dr Mahathir berkata Tunku Abdul Aziz adalah seorang yang cukup berintegriti.
Dr Mahathir berkata, pada peringkat awal lagi beliau agak terkejut apabila Tunku Abdul Aziz menyertai DAP.
"Saya tak fikir saya ini rasis sangat. DAP kata ia bukan parti racial, tapi sebenarnya ia adalah parti kecinaan, lebih utamakan kecinaan," katanya.
"Dia (Tunku Abdul Aziz) berpegang kepada prinsip yang tinggi, saya terkejut dia masuk DAP, tak nampak signifikan bila masuk DAP, bila masuk dia dapat gambaran sebenarnya," katanya. - Bernama
RIAU (Indonesia) - Semasa lawatan ke Pulau Lingga Sumatra baru-baru ini, penulis berpeluang melihat dengan lebih dekat kesan peninggalan Kesultanan Riau-Lingga yang terletak berdekatan bandar Daik. Kesultanan Riau-Lingga - yang pada satu ketika dahulu empayar pemerintahannya menjangkau sehingga ke seberang Sumatra tenggara, kepulauan Riau dan sebahagian besar selatan Malaya - adalah sebuah empayar Melayu yang gemilang.
Minat penulis terhadap sejarah kesultanan ini adalah susulan daripada cerita mengenai Tengku Abdul Rahman Tengku Mohamed Yusoff, yang mendakwa mempunyai darah keturunan Kesultanan Riau-Lingga. Cerita mengenai Tengku Abdul Rahman terpapar dalam laman web berbahasa Melayu di Singapura, sebuah pulau yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Temasik dan adalah sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga.
Namun apa yang tinggal kini hanya artifak dan monumen peninggalan kesultanan itu terutamanya di Lingga di sini yang pernah menjadi ibukota Kesultanan Melayu Riau-Lingga. Peluang menjejakkan kaki ke bumi Lingga baru-baru ini, menemukan penulis dengan peninggalan kesultanan itu jauh di pelosok kota Daik yang juga bandar utama empayar Riau-Lingga.
Sungguh menyedihkan apabila melihat hanya beberapa runtuhan tapak, tiang serta tangga sebuah kompleks istana yang masih tinggal sebagai bukti peninggalan empayar itu, yang pernah menjalin perjanjian dengan pihak British dan Belanda. Istana itu yang dikenali sebagai Istana Damnah dibina sekitar 1860 semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamshah.
Menurut seorang petugas Dinas Kebudayaan dan Pariswata Kabupaten Lingga (Agensi Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Lingga), Lazuardy, Istana Damnah ini adalah satu daripada tiga istana yang dibina bagi tujuan urusan pemerintahan. Dua lagi istana pemerintahan ialah Istana Kenanga dan Istana Kedaton yang turut berada di sekitar Lingga di sini.
Kesultanan itu turut membina beberapa istana lain bagi tujuan tempat tinggal kerabat diraja dan istirehat, namun bilangan istana jenis itu masih belum dapat dipastikan hingga ke hari ini. "Perkataan Damnah adalah gabungan dua perkataan harian Melayu lama iaitu 'dam' bermaksud jauh dan 'nah' bermaksud betul. "Jadi nama Istana Damnah bermaksud istana yang jauh betul, sesuai dengan kedudukan istana ini yang terletak jauh lebih 20km dari bandar utama di Daik," katanya kepada Bernama.
Apa yang menarik, bandar utama Daik adalah bandar yang sama semasa pemerintahan kesultanan itu, masih kekal menjadi penjana ekonomi masyarakat Melayu di kota Daik. Menurut Lazuardy, Kompleks Istana Damnah berkelusan 100m panjang x 150m lebar itu (bentuk segi empat memanjang ke belakang) mempunyai dua bangunan utama.
Bangunan terletak di sebelah depan adalah sebuah dewan terbuka yang digunakan bagi upacara keramaian manakala di sebelah belakang pula bangunan istana utama. Lazuardy berkata bangunan istana utama itu mempunyai lima balai utama iaitu Balai Rong Seri digunakan bagi perbincangan antara Sultan dan pembesar, Balai Titah yang digunakan bagi Sultan menerima mengadap diplomat asing juga rakyat jelata. Balai Peraduan adalah tempat beradu Sultan dan Permaisuri, Balai Gambang bagi pertemuan sulit Sultan terutama melibatkan keselamatan negara dan Balai Lintang bagi tujuan mengurus kematian kerabat diraja di istana.
Beliau berkata sekitar awal 1900, Istana Damnah juga istana lain di sekitar kota Daik ditinggalkan setelah Sultan Abdul Rahman II Muadzam Syah memindahkan ibukota kesultanan itu ke Pulau Penyengat di sini yang berada di luar Lingga.
"Istana Damnah ini masih kukuh walaupun diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir, kapur dan kuning telur. Namun penduduk setempat mengambil bahan binaan istana yang terdiri daripada bahan binaan 'hi-tech' ketika itu untuk membina serta mengukuhkan rumah mereka.
"Hanya tapak, runtuhan tangga dan tiang istana itu yang tinggal tetapi apa yang menarik rumah-rumah lama di sini masih mempunyai sebahagian daripada bahan binaan Istana Damnah ini," katanya. Pada tahun 2003 kerajaan Indonesia dalam usaha memelihara peninggalan sejarah Kesultanan Melayu Riau-Lingga juga menggalakkan aktiviti pelancongan, telah membina sebuah replika Istana Damnah di sebelah runtuhan istana itu.
Menurut Lazuardy replika itu bagaimanapun tidak 100 peratus menyerupa \ rekabentuk Istana Damnah yang sebenar kerana kerajaan Indonesia tidak mempunyai pelan rekabentuk asal istana itu. "Pelan asal Istana Damnah itu dipercayai telah dibawa ke Belanda dan kita sedang mencari pelan itu bagi mengkaji rekabentuk sebenar istana itu. Bagi merekabentuk replika ini kita dapat banyak pertolongan daripada rakan kita di Melaka, Malaysia.
"Malah replika istana ini sebenarnya mempunyai campuran rekaan daripada runtuhan Istana Damnah sendiri dan rekaan istana juga rumah tradisi di Melaka yang mempunyai banyak persamaan dengan kami di sini," katanya. Paling menarik mengenai replika Istana Damnah itu di mata penulis ialah rekaan jendela istana yang mempunyai ukiran menyerupai awan larat dan replika singgahsana Kesultanan Melayu Riau-Lingga yang terletak di Balai Rong Seri.
Selain replika Istana Damnah, kerajaan Indonesia juga telah membina sebuah kawasan kolam perkelahan di sebelah istana tersebut bagi tujuan rekreasi dan sebuah muzium bagi menempatkan artifak peninggalan kesultanan Melayu itu.
Muzium yang menempatkan lebih 100 artifak peninggalan Kesultanan Melayu Riau-Lingga itu terletak kira-kira dua kilometer dari Istana Damnah. Lazuardy berkata muzium diberi nama Muzium Linggam Cahaya yang berkeluasan kira-kira 2,600 meter persegi itu secara rasminya dibuka pada Disember 2003.
"Cukup banyak bahan budaya yang diperbuat daripada bahan kuningan (tembaga) yang dibuat di sebuah kampung bernama Kampung Tembaga di Daik dan pembuatan barangan ini mula berkembang antara tahun 1832 hingga 1841.
"Antara bahan budaya jenis ini yang ada ialah pahar (tempat meletak barangan), tepak sireh, talam (dulang), keto (tempat sampah) dan bon (tempat menyimpan alat menjahit)," katanya. Selain barangan tembaga, barangan artifak seperti senjata yang terdiri daripada keris dan tombak, alat muzik tradisional, duit lama dan tembikar daripada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Riau-Lingga turut dipamerkan.
Meninggalkan Istana Damnah dan Muzium Linggam Cahaya, penulis terfikir sekiranya berpeluang menemui Tengku Abdul Rahman satu hari nanti, mahu sahaja penulis membisikkan ke telinga beliau bahawa legasi kesultanannya masih kekal terpelihara di Daik. Kesultanan Melayu Riau-Lingga walaupun kini hanya tinggal sebuah fakta dalam lipatan sejarah, masih terpelihara legasinya melalui artifak dan peninggalan monumen antaranya Istana Damnah yang kekal menjadi simbol legasi kesultanan Melayu itu sehingga hari ini. - Bernama
Semalam heboh di blog-blog gambar Penyampai Radio Wanita Paling Popular ,Farah Fauza yang agak seksi kerana menayangkan sikit lurah asetnya yang montok itu . Tapi sebenarnya ada yang mendakwa gambar ini dikatakan yang lama punya iaitu sekitar tahun 2007 .
Sekarang ini mana dah beliau memakai pakaian yang tak cukup kain ini lagi ..
satu perubahan yang baik oleh beliau ..Keep it Up !
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.
Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir" dalam tempoh yang diberikan. - haarkharkkkptuihh
kehkehkeh wally slipau tak tahan dengan panggilan bapak kafir tapi bleh bersikap hipokrit apabila mereka sendiri menghina ulama terdiri dari anggota majlis fatwa kebangsaan yang mewartakan fatwa bahwa perhimpunan haram itu MEMANG HARAM!..wally slipau memang suke bikin lawak!..lawak yang meletakan taraf dia setaraf abu jahal kapir lahanat!
kalau keputusan majlis fatwa pun mereka bleh hina semata2 agenda bershit gagal, tentu la bermacam2 lagi benda yang tak masuk akal akan mereka lakukan untuk memastikan kewibawaan wally slipau tak luntur!..wally slipau tak perlu ler nak melenting tak tentu pasal. tak salah pun kalau ramai yang dah menganggap wally slipau the father of kafir sebab rakyat dah bley menilaikan sendiri melalui gerak geri, perilaku dan tindakan merapunye membuktikan siape dia yang sebenarnye
wally slipau yang membiarkan dirinya menjadi father of kafir dan rakyat hanya mengesahkan jek..jadi rakyat tak salah kerana itu hak rakyat sebagai pemerhati. kalau pandangan rakyat pun tak bleh terima baik jangan jadi ulamak..macam zaid mat arip cakap..jadi pookeyymarkk lerr!! kehkehkehkeh >XD
p/s: dapat gelaran wali slipar punye ler bangga sampai lupe dunia huhuhu
KUALA TERENGGANU 18 Mei - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu.
"Kami (Pas) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan Parlimen.
"Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran Pas di Kuala Ibai dekat sini malam semalam.
Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat membantu barisan kepimpinan Pas serta pembangkang di negeri itu dalam usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya beliau menyifatkan Johor merupakan sebuah negeri yang "subur" bagi Pas dan diyakini mampu melakukan suatu perubahan selepas PRU-13.
"Saya bersedia menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan di Johor berdasarkan pengalaman yang ada," katanya.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serkat, Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 2004 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2008.
Sebelum ini, beliau turut disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) selain di Johor pada PRU-13.
Salahuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu. - BERNAMA
kehkehkeh dari kuala krai cabut lari ke johor..tentunye pengundi kuala krai dah bleh tarik nafas lege. ape taknye..diorang dah puas kene kencing dek din puduraya dan sudah pasti diorang rase lege berikutan keputusan din puduraya nak balik ke johor untuk 'menyuburkan' pengundi2 di johor plak dengan siraman air kencingnye!
din puduraya dah congak2 dengan mendakwa kehadirannya di johor akan mencerahkan peluang pasrael menawan pusat pentadbiran nusajaya. tapi rakyat johor masih terpinga2 apakah sumbangan din puduraya selama ni kat johor? kalau setakat berceramah tu pekara biase lerr. tapi kalau di tanya apakah sumbangan yang benar2 dinpuduraya dah lakukan kepada warga di johor..ZERO!!..YELEKKK!!
jadi sebelum din berpindah balik ke johor, din dah mula gebang pukul canang bahwa kepulangannya ke johor saje nak tunjuk gempak..konon2 hero dah balik!!..yerr..hero balik membawa aib dengan pelbagai skandal dari kisah ranjang di hotel puduraya, menutup perlakuan zina yang di lakukan oleh ahli pasrael sendiri sehingga jadi penyokong puak syiah!! huhuhuhu
apa pun anak jati johor dah sedia dengan hati yang terbuka akan 'kepulangan anak johor yang derhake!' kehkehkeh >:D
"Alhamdulillah." Itu reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam yang menyahut kesediaan parti itu untuk mengadakan muzakarah.
Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuan itu memang ditunggu-tunggu dan bentuk perbincangan boleh ditentukan selepas persetujuan itu dibuat.
"Terbukanya pintu hati pemimpin untuk muzakarah itu adalah perkara yang baik, soal skop perbincangan boleh ditentukan kemudian," kata beliau kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, pagi ini.
Ketika ditanya sikap segelintir ahli Pas yang menolak pertemuan ini, Nik Aziz berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan seumpama itu.
Sebaliknya beliau menegaskan bahawa pertemuan itu penting demi menyelesaikan isu-isu berbangkit. - SH
kehkehkehkeh "alhamdullilah"??...alahai canteknyee ungkapan si tua kutok tak sedar diri ni yekk...cuba tengok btol2 kronologi yang SH paparkan di bawah...
sejak dari tahun 2008 (lepas menang pru12) pasrael terutama si tua kutok tak sedar diri ni bersikap angkuh!!..sebab waktu tu pas dah besar kepale..fuckatan dah menang 5 negeri dan si tua kutok tu dapat kekal pemerintahan di kelantan..
ketika tu si tua kutok tak sedar diri dah berase gah. ego dah mula naik atas kepale sebab berjaya tawan 5 negeri walaupun selepas tu masih mendakwa kerajaan tak amal demokrasi!..nah sekarang bila dah tersepit dengan bermacam2 skandal dan salah laku dalam fuckatan terutama yang melibatkan parti ajaran sesat, diorang plak berlumba2 nak buat muzakarah dengan umno!
perlu di ingat selama ni pihak pasrael lah melalui hj hadi yang beriya2 nak adakan kerajaan perpaduan. setiap kali lebai2 pasrael mengajukan agar di adakan muzakarah dengan umno, pasti ada saje suara2 sumbang kedengaran terutama geng erdogen seperti matput dan pak mustope yang dah kene beli!!
semua ni dah tentu ada udang sebalik mee kenape tindakan pasrael yang di lihat skarang di buat dalam keadaan tergesa2!..PRU dah dekat!..bermati2an nak raih undi orang melayu yang semakin hilang dari genggaman! kehkehkehkeh..
tengok aje lah sikap si tua kutok tak sedar diri tu tentang muzakarah. baca kronologi satu persatu..kejap acuh tak acuh..kejap mengugut..kejap tak amik peduli!..sekarang mulut longkang dia dah pandai ucap 'alhamdullilah'. itu pun selepas parti paling agama paling menganjeng dah tinggal nyawe2 ikan!
apa pun kita akan di hidangkan dengan sandiwara pasrael LAGI SEKALI!..sandiwara air mata buaye terbitan PASRAEL!! kehkehkehkeh >XD
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan supaya penulis buku Islam, Irshad Manji, dikeluarkan dari Malaysia dengan segera kerana cubaan beliau "mengenengah pendirian liberal kepada masyarakat Malaysia".
Penulis yang berasal dari Kanada itu tiba di Kuala Lumpur semalam untuk mengadakan acara-acara awam di sini, namun menurut satu kenyataan, penganjurnya Borders dan University Monash membatalkan semua programnya kerana kebimbangan keselamatan serta tekanan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"PPMM mendesak kerajaan tidak membenarkan beliau meneruskan program tersebut dan meninggalkan Malaysia dengan kadar segera kerana ia boleh menjadi barah kepada pengalaman agama Islam di Malaysia," Presiden PPMM, Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar, berkata dalam satu kenyataan hari ini.
PPMM menyifatkan Manji sebagai seorang lesbian yang "seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam".
"Tulisan-tulisan Irshad Manji banyak yang mengelirukan dan tersasar dari Hukum Syarak. Malah acapkali dilihat sebagai mempertikai atau menghina agama Islam," tambahnya lagi.
Zainul Rijal juga menyeru para ulama supaya menyediakan hujah menyanggah tulisan-tulisan Irshad Manji secara ilmiah agar pembaca beliau tidak akan "terkeliru" dengan tulisan beliau dan diberi penerangan secukupnya mengenai agama Islam.
Namun, penulis buku berjudul "The Trouble With Islam Today" yang juga diharamkan secara rasmi di sini berkata beliau bertekad untuk adakan perbincangan awam di Kuala Lumpur sebelum pulang ke tanah airnya.
"Kita tahu bahawa ramai rakyat Malaysia mahu mendengar tentang pembahuruan Islam dan keberanian moral kerana Twitter saya dihujani dengan mesej-mesej yang memberi sokongan daripada rakyat Malaysia sejak saya mengumumkan ketibaan saya di KL semalam," beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbit bukunya, ZI Publications, juga sedang cuba mencari ruang awam untuk Manji membincangkan buku beliau, "Allah, Kebebasan dan Cinta", yang kini diterbitkan dalam bahasa Melayu. - themalaysiainsideanuvajiass
anuwar mesti suke punye sebab dia tak keseorangan dalam memperjuangkan akidah songsang di mesia!. baca di sini..selain ambingai sudah pasti ramai lagi ejen2 songsang anuwar sedang bergerak melaksanakan agenda liberalis anuwar. tujuan tak lain tak bukan untuk meliberalkan minda orang melayu agar sentiasa berfikiran terbuka. bukan jer buka minda tapi buka baju dan seluar. buat benda tak senonoh secara terbuka!
umat islam sedang di perangi oleh laskar2 pink anuwar. rela ker kita melihat anak2 muda terus di racuni oleh agenda sesat lagi menyesatkan? anuwar rase masih tak cukup lagi. assmin adalah contoh yang paling dekat..dia dah terpengaruh..begitu jugak lebai2 pasrael..dah ade yang pandai bagi ceramah pukul 3 pagi berdua2an dlm bilik.
ini membuatkan anuwar gumbire tak terkata..mangsa2 yang mewarisi otak bluenya terdiri dari mereka yang berpangkat. tak kurang pencacai2 yang di bawah. demi untuk mencapai agenda bluenya maka dengan dengan hanya menguasai putrajaya saje yang dapat merealisasikan hasrat yang terpendam selama ni...
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar dikatakan mempunyai kekayaan sejumlah RM4,000 juta. Sebahagian besarnya dibalun semasa menjadi Menteri Kewangan. Sedikit demi sedikit, si perut busuk ini ditelanjangkan.
Are These the Secret Details of Anwar Ibrahim's Wealth?
We have been following the saga of the "I" Files, which claims to be a documented retelling of the life and times of Datuk Seri Anwar Ibrahim. We were at first a bit sceptical of the entire proposition, but it has become a riveting read, and now our wait appears to be paying off.
In the latest installment, the author, 'Jonathan Smith,' tells the story of how Anwar created his financial empire. This is not merely a story of what we already know -- Anwar's 5-star lifestyle after leaving prison in 2004 -- but rather contains allegations and detail generally unknown in Malaysia.
The allegations in this are nothing short of explosive, though they begin slowly. Smith alleges that Anwar's original funding came from his wife's family and from the Saudis. It is with the Saudis, and Anwar's time as Finance Minister, that the story becomes gripping. Smith writes:
One name recurred again and again, one I'd not to that point seen connected to Anwar: Saleh Abdullah Kamel, one of the wealthiest men in Saudi Arabia.
Anwar was a direct recipient of a great deal of his largesse, and had been since his ABIM days. Saleh Kamel would become important again later in the I-Files, but at the time the extent of his fingerprint was already remarkable. Anwar's radical charities in other countries, his charities here – all of which of course paid him some sort of management fee – and his every project at home received some amount of Saleh Kamel's largesse.
All of this would be remarkable enough, but even then, those of us who did wetwork against the Soviets knew Al Baraka and Saleh Kamel from another source: He funded the mujahedeen in Afghanistan, or more accurately, the mujahedeen who truly believed in the Saudi vision. He funded the madrassas in Pakistan and the unreachable parts of Afghanistan that would birth the Taliban a mere handful of years later – even then, we were aware of some of the danger he posed.
Al Baraka would later be Osama bin Laden's and al Qaeda's first choice in banks, a fact that have never seemed to bother Anwar or Saleh Kamel – and certainly did not slow Anwar down from joining the board of Al Baraka on leaving prison. He even proudly boasts of it to this day.
In 1994, while Finance Minister, Anwar privatised Bank Islam (which Anwar himself had founded), selling 2.89 million shares to Joint Arab Malaysian Investment, which already controlled 5.27 million shares. JAMI's largest shareholders were Al Baraka and Saleh Kamel; Anwar's longtime associate Kamaruddin Mohd Nor, several Saudi-controlled companies, and a handful of Anwar front groups were the remaining major shareholders. JAMI saw hundreds of millions off of the deal through off-books transactions.
As Finance Minister, Anwar always made certain that Al Baraka and Saleh Kamel received their share – they, and a mysterious figure we would come to know as 'Mr Ten Per Cent.'
The relationship has always been symbiotic. Anwar has over the years taken "consulting fees" for "introducing" foreign firms to Al Baraka and other Saudi enterprises; for example, in the last decade, he took $25,000,000 from the Hong Kong firm Pearl Oriental to "solicit investments" from Al Baraka.
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyasarkan pemberian pinjaman sebanyak RM200 juta tahun ini yang melibatkan pelbagai jenis skim.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehingga ini, sebanyak RM33 juta pinjaman telah diberikan kepada usahawan-usahawan PUNB.
Pengerusi baru PUNB itu berkata, daripada jumlah RM200 juta tersebut, RM68 juta diperuntukkan kepada skim Prosper Peruncitan, RM60 juta kepada segmen borong, RM16 juta (segmen runcit berskala besar), RM10 juta (segmen usahawan siswazah/ usahawan muda) dan RM4 juta (perintis) serta RM25 juta diperuntukkan untuk membeli hartanah-hartanah bersesuaian sebelum disewakan kepada usahawan-usahawan PUNB.
Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.
Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.
Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat. Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.
Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.
Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan?
Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.
Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar?
Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.
Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya 'orang-orangnya' yang kekal di jawatan tertinggi. Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata. Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain. Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.
Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum. Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan. Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.
Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan. Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.
Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya. Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.
Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP. Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.
Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik. Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa? Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati. Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu.
Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah? Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.
Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.
Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga
Kehadiran puluhan ribu golongan muda semasa sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini jelas membuktikan bahawa parti itu masih menerima sokongan padu daripada golongan muda.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ini membuktikan bahawa tanggapan sesetengah pihak kononnya Umno tidak lagi mendapat sokongan golongan muda tidak benar sama sekali.
"Justeru kehadiran ramai golongan muda dalam perhimpiniunan jalanan di ibu kota pada 29 April lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan bahawa sokongan golongan muda kini telah beralih arah kepada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Auto anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini.
Khairy berkata golongan muda sangat selesa berada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak suara dan masalah mereka didengar dan diteliti oleh Najib.
"Kerajaan mengadakan pelbagai program dan pelbagai dasar terutama dasar pemilikan tanah, pemilikan rumah pertama, pinjaman yang kita berikan kepada mahasiswa dan juga banyak dari segi latihan, usahawan muda," katanya.
Kerajaan juga, katanya banyak memberikan pengkhususan kepada orang muda dan juga melalui dasar-dasar kerajaan BN sekarang ini seperti pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan kebebasan politik yang lebih diberikan kepada pelajar universiti dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Ini semua adalah tuntutan orang muda yang hendak lihat kepada kebebasan sivil yang lebih luas lagi contohnya orang mudalah yang paling lantang mengkritik ISA sehingga ia dimansuh dan digantikan dengan akta yang membenarkan semakan mahkamah contohnya, jadi kita lihat banyak dasar yang menjadi titik sentuh kepada orang muda," katanya lagi.
Beliau yakin dengan dasar-dasar BN yang realistik serta berpijak pada bumi nyata, majoriti anak muda akan memberi kepercayaan mereka kepada kerajaan hari ini. - Bernama
Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut.
Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti.
Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda.
Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.
Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor.
Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.
Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu.
Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.
Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009.
Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?
Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ?
Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.
Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram?
Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.
Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa.
Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.
Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.
Keputusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai ketua sayap pemuda itu sesuai dengan keadaan semasa yang masih memerlukan kepimpinannya.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang amat diperlukan parti ketika ini.
"Pemuda Umno kini berada dalam keadaan sangat baik bawah pimpinan Khairy di mana pelbagai cadangan yang telah dibawanya kepada kerajaan melalui usaha pemuda, antaranya Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN).
"Hasil daripada inisiatif yang dibawa beliau adalah suara pemuda bagi memenuhi kehendak rakyat negara ini," katanya kepada Sinar Harian.
Minggu lalu, Khairy berkata beliau berhasrat menawarkan diri untuk memimpin Pemuda Umno bagi tempoh satu lagi penggal di mana pemilihan akan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Khairy menyatakan hasratnya melalui laman Twitter.
Khairy juga menyatakan pendirian akan cadangkan had umur ketua pemuda sehingga 40 tahun sahaja berbanding sebelum ini.
"Pendekatan dibawa Khairy berjaya menyatukan orang muda di bawah payung BN," katanya.
Menurutnya, gandingan Khairy dan Naibnya, Datuk Razali Ibrahim serta seluruh Exco merupakan gandingan mantap, sekali gus Pemuda Umno mempunyai masa depan yang amat cerah dalam membantu BN terus memenangi majoriti dua pertiga dalam PRU13.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, mereka menghormati hak Khairy, bagaimanapun posisi pimpinan dalam parti banyak bergantung pada keberkesanan kita dalam mengembalikan sokongan rakyat pada Umno dalam PRU13.
"Mengenai had umur, saya setuju kepada 40 tahun kerana ia beri ruang lebih ramai pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya.
Berlainan nada dengan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin yang menyarankan had umur sesuai bagi jawatan ketua pemuda adalah 45 tahun.
"Ini adalah bersesuaian dengan landskap politik negara yang sukar menerima perubahan secara mendadak. Umno adalah parti lama yang mempunyai seni yang tersendiri, jadi tidak boleh tergesa-gesa," katanya.-Sinar Harian
Galery Gambar Perasmian Auto Forum PUNB 2012 klik di sini
Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.
Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.
"Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau.
Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani). -SH
Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbezan ideologi.
"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.
Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata, pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.
Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.
"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.
"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.
Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.
"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.
"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya. - Bernama
Buku inilah yang memperkaya Irshad Manji. Buku yang menjadi kebangaan Manji dan diharamkan di kebanyakan dunia Islam.
Quran, a reformist translation, salah satu senjata ampuh Manji untuk menyelewengkan aqidah orang Islam dan remaja Islam.
Irshad Manji, seorang refomist Islam yang mengistyiarkan dirinya Lesbian dan pro LBGT memang mendapat sokongan dan dokongan Salman Rushdi, Penulis Satanic Verse yang menghina Islam. Salman pernah menerima ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh Khomini.
Golongan wanita remaja merupakan sasaran utama Manji kerana mudah didekatinya dan mudah diselewengkan aqidah mereka. Adakah remaja ini menyedari bahawa Maji adalah pengamal Lesbian?
Remaja yang berada dalam kelompok sosial yang amat terbuka memang menjadi kegemaran Manji...
"We know that many Malaysians want to hear about Muslim reform and moral courage because my Twitter feed has received nothing but support from Malaysians since I announced my arrival in KL yesterday.".
Begitulah ungkapan Irshad Manji setelah pihak berkuasa Malaysia memberikan tekanan agar tidak membenarkan dia mengadakan ceramah di Monash University Kampus Sunway pada hari Jumaat bersamaan 18 Mei, 2012 mulai jam 1.00 hingga 2.00 petang. Masa ini adalah bertepatan waktu dengan waktu umat Islam sembanyang Fardhu Jumaat.
Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang berkomunikasi dengan Irshad melalui Twitternya. Itupun meraka yang sehaluan dan sewaktu dengannya. Misalnya:- IrshadManji@fazighazali@zaidibrahim But there are many reform minded Muslims in these countries, and they need to be encouraged. @MoralCourage2 hours ago · reply · retweet dan Seorang lagi yang menghubungi Irshad tetapi berfahaman seperti gambar berikut:-..
"I chose to be lesbian, and chose to engage in homosexual behavior. And there's nothing wrong with that choice. I'm gay and I'm Okay..." ref: http://www.facebook.com/FaziGhazali
Irshad Manji mengakui bahawa dia BUKAN Islam Liberalist, sebaliknya adalah Islam Reformist yang menyokong perkahwinan sejenis dan LBGT (Lesbian, Bisexual, Gay and Tran-sexuality). Dia berasal dari Canada dan bermustautin di New York, Amerika Syarikat. Manji dilahirkan pada tahun 1968 di Uganda. Ayahnya berasal dari Gujerat dan Ibunya berasal dari Egyp.
Irshad bertugas di Robert P. Wagner Graduate School of Public Service, New York University, USA. Dia telah mempelopori Public Leadership and Moral Courage sebagai pengisian ke atas Moral Courage Project-MCP yang telah dibangunkannya sendiri dan ditempatkan di at New York University's Robert F. Wagner Graduate School of Public Service.
Di samping itu MCP juga menjadi host kepada website yang mampu melakukan interasi dengan pelayarnya bagi melicinkan kerja-kerja penyebaran fahaman Irshad yang menyimpang dari Aqidah Islam sebenarnya.
Bersih menyokong Irshad. Ambiga memanglah sejak awal memanglah pro kepada aktiviti LBGT. Oleh itu kita tidak hairan jika selepas Bersih 3, Irshad menyusul dan mendapat dokongan peserta Bersih-3.
Kita tidak boleh menafikan bulat-bulat tentang keterdedahan negara kita Malaysia ini kepada kegiatan survertif dan ancama luar. Irshad Maji sendiri merupaka satu contoh. Kenapa agaknya Monash University di Sunway dengan kerjasama Broarder memberikannya ruang untuk bercermah dengan mudah.? Apakah hubungan mereka dengan Irshad telahpun lama terjalin atau terdapat perantara yang menjadi penyambung hubungan itu?....
Jika Irshad sendiri disedari dan dikenalpasti sebagai individu yang kontravesi terutama ke atas dunia Islam, apakah pihak penganjur sengaja mempermudah kehadiran Irshad sebagai menyemarakkan lagi kehangatan isu politik tanah air......?
Kemana suara Pemuda PAS dan Muslimah PAS? Di mana hilangnya Puteri UMNO dan Pemuda UMNO? Di mana orang-orang politik yang mahu menegakkan Islam sebagai way of life?
Jika bukan kerana tekanan JAIS dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)sudah pasti, Irshad sudah mula dapat menyuntikkan sel-sel barah terhadap amalan Islam di Negara kita. Sudah tentu dia dapat menyebarkan kitab-kitabnya yang mampu menyelewengkan aqidah anak-anak mudan kita. AWB.......
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apalah Utusan nie, kenapalah keluarkan gambar pakcik-pakcik yg telah memfailkan injuksi halang penyenaraian FGVHB, tapi depa antara yg terawal ambik durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5000.
Dah rezeki dier, biarlah ....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Di saat ini ahli UMNO masih merasai akan bahang sambutan ulangtahun UMNO yang diraikan secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11hb Mei 2012 yang lalu.
Ketua UMNO bahagian Puchong, Datuk Satim Diman berkata, kehadiran begitu ramai ahli UMNO pada majlis tersebut menggambarkan satu semangat yang luar biasa. Ada yang kata ianya mencecah 120 ribu orang dan ada pula yang kata 100 ribu.
"Kelakarnya, isu ini turut menjadi pertikaian dikalangan penyokong pakatan. Paparan gambar yang diambil sebelum majlis menjadi hujah mereka. Begitulah hebatnya sambutan ulangtahun UMNO kali ini. Mungkin sebab semua penyokong parti politik kini telah berada dalam standby mode untuk berhadapan PRU13!
Saya percaya bahawa gelombang yang ditunjukkan ini merupakan satu signal bahawa seluruh ahli UMNO berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Najib selaku Presiden dan Panglima Perang UMNO," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Selangor kepada MalaysianView.
Tambahnya, `Gelombang Merah' ini harus diterjemahkan dalam bentuk semangat juang yang tinggi seterusnya memastikan BN terus mendapat mandat 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang, malah merampas kembali beberapa buah negeri yang telah 'dipinjamkan' kepada pakatan pembangkang khususnya di Selangor ini.
"UMNO tidak ada pilihan untuk memastikan kemenangan bagi memastikan agama, bangsa dan negara ini dipertahankan dari dijajah secara halus oleh anasir asing! Telah terbukti pemimpin pakatan tidak boleh diharap untuk mempertahankan semua ini," tambahnya lagi.
Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.
Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.
Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.
Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'
Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.
Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.
Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku. Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa. Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang. Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.
Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura. Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.
Dan siapa tidak tahu hubungan 'abang-adik' PAP dengan DAP. Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana. Untuk apa? Apa agendanya? Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura? Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.
Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?
Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas. Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS. Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk 'membantu' adik-angkatnya di Kedah. Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk 'pelaburan' melalui 'kerjasama'.
Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima 'pelaburan' dan 'kerjasama' dengan Singapura?
Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap 'kebijaksanaan' pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain. Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.
Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat 'kebijaksanaan' pemimpinnya.
Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini. Jika tidak benar, katakan tidak benar. Jika benar, katakanlah kenapa.
Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan
When PAS realize that they are stuck and left behind, they begin to rekindle with issues of hudud, Islamic nation and muzakarah with UMNO. This is the usual matter that would happen when PAS is in trouble and when they receive less support. And now, not just that they are losing support, their position in Pakatan Rakyat is getting smaller and smaller by the day.
Writer would like to focus on the issue of muzakarah.
Although Nik Aziz today said, "I am prepared to have a muzakarah with anyone, including UMNO." Well, we all know that it is only meant for UMNO. He mentioned it that way just so that it would not look obvious.
Why did writer say that? Because in PAS's political scenario in Malaysia today, who would want to muzakarah with PAS? MIC, MCA and PPP? Who? Only UMNO would want to work with PAS. DAP and PKR would definitely be out of topic because their cooperation with PAS did not even went through with any muzakarah.
The question that writer has is that aren't PAS embarrassed in asking for muzakarah with UMNO considering all the bad things that they have said to UMNO especially four years back? Where is their dignity? A few days back, Hadi Awang also said the same thing, but it cannot be taken because he is not PAS's true leader, Nik Aziz is.
Now it is clear why Anwar really wanted to take over PAS in discreet. Turns out, Anwar is scared that the muzakarah might turn to reality and that Pakatan Rakyat would be way back. Obviously, when muzakarah is held, the talks on politics and balanced power for the cooperation would be applied.
This is what Anwar would like to avoid. Even how low PAS is to be compared to UMNO now, PAS still has a strong support to be compared to DAP and PKR who only depend on Chinese votes, and Malays who are unsure about issues that are being brought up.
Thus, UMNO should avoid themselves from being trapped with PAS's cunning game. This muzakarah deal is just another agenda that might have bad intentions. Whatever it is, it would only provide benefit to PAS and it would only give a bit of moral advantage to BN and UMNO. What PAS really want is not to unite. What they want are benefits, it the cooperation is realized.
UMNO leaders should remember that PAS's cooperation with BN back then only showed loyalty towards PAS alone. If their demands are not fulfilled, PAS would leave in no time. They would not even care of what they have agreed upon, as long as they get what they want.
That is PAS.
Even when they are working alongside PKR and DAP, they still have the guts to suggest that they want to have a muzakarah with UMNO, is there any guarantee that history would not repeat itself if the muzakarah is realized like how it was in the 70s?
This is what writer hope that UMNO leaders would see. Lets not get trapped with this drama. We already know how the story went before it even begin.
1 Malaysia, UMNO berjasa! Kata pak cik BERSIH itu..hehe
Alalalala..pak cik BERSIH pun sapu juga ye? Hehe..duit punya pasal. Jari satu tunjuk atas. Selalunya jari yang diangkat begitu tandanya mengakui sesuatu. Dalam solat, jari telunjuk diangkat ketika baca tahiyyat sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT. Dalam kes ni tak bolehlah disamakan macam dalam tahiyyat, tapi nak bagitahunya, orang tua ni memang mengakui kebenaran bahawa Kerajaan 1Malaysia Barisan Nasional yang menguruskan Felda telah berjaya menafikan dakwaan pembangkang kononnya Felda sudah bangkrap. Terima kasih pak cik BERSIH!
Gambar di atas ialah salah satu poster yang digunakan oleh seorang calon dari kem Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan persaudaraan Islam terbesar di Mesir dan Timur tengah, yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen Mesir tidak lama lagi.
Sekali pandang, tiada apa-apa yang istimewa dengan poster ini. Tapi cuba perhatikan betul-betul. Ada satu logo berbentuk dacing yang digunakan oleh calon ini. Kenapa dacing? Kenapa tidak bulan? Soalan ini tidak perlu dijawab sebenarnya. Sengaja saya muat naik di sini untuk perkongsian bersama. Selebihnya, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Peace!
Sebelum apa-apa, mari layan video parodi di bawah :
Parodi Bangkang Dari Longkang semakin berapi. Jika sebelum ini ramai yang melatah terutamanya juak-juak pembangkang, tapi kali ini mereka pasti akan melatah lebih teruk dengan tersiarnya video berjudul Special Offer ini.
Apa tidaknya, parodi ini dengan beraninya menyinis Kerajaan PKR Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Khalid Gagap kerana tidak mampu bertindak mengatasi masalah rumah urut haram yang semakin bercambah di negeri tersebut.
Jika sebelum ini rakyat digula-gulakan dengan janji dan manifesto kononnya pembangkang boleh selesaikan masalah yang berlaku sejak zaman pemerintahan UMNO/BN itu lagi, tetapi hari ini masalah bukannya makin selesai tapi makin buruk.
Jadi tak hairanlah kalau lepas ni Selangor digelar Darul Maksiat. Mana PAS? Tak berketek* dah ke?
Glosari :
Berketek ialah istilah dalam loghat pattani yang bermaksud bersuara. Tak berketek pula bermaksud tak berani bersuara atau tak mampu berkata-kata lagi.
"Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier," ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.
Menurutnya lagi, "Peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini."
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.
Bukan main seronok orang Pas bila Dato Hj Fauzi Shaari bekas pegawai kanan polis masuk Pas.
Apa nak herankan. kaum kerabat dia pun dah lama jadi orang kuat Pas. Dia dulu kerja polis pun jiwa dia sudah Pas.
Selepas beberapa tahun bersara sekarang istihar masuk Pas, Sebenarnya ia bukan pukulan untuk Umno Larut tetapi pukulan untuk Dr Mat Nor Manuty , Ustaz Akmal Kamarudin, Nazri Din dan juga Dr Rani, semua otai Pas Larut terasa panas punggung bila Dato Fauzi masuk Pas. Takut kena tepis ketepi....
Dato Fauzi mungkin terkilan kerana selepas bersara kerajaan tak lantik dia sebagai pengerusi GLC atau tak lantik dia sebagai Duta atau Konsulat. So masuk lah jadi orang Pas dengan harapan boleh jadi wakil rakyat. hehehehe....
baca apa kata orang Pas di bawah
PENGISTIHARAN PERDANA!!! Bekas Pegawai Tertinggi PDRM sertai PAS
Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis...
Dalam satu ceramah politik oleh Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis di padang permainan Kamunting Jaya Selasa lalu, beliau dalam ceramahnya menyebut " Umno tidak membela orang Melayu". Selain Nga, ceramah yang dianjurkan oleh Pas turut menjemput Mat Sabu dan Sivakumar sebagai penceramah. Ceramah yang sarat dengan pembohongan disambut oleh laungan 'takbir' oleh penyokong Pas.
Persoalan pokok ialah hujah Nga bahawa Umno tidak membela orang Melayu , pemimpin Umno hanya menjaga kroni sahaja, rakyat menderita kerana barang naik, Umno korup dan negara akan bankrup di bawah Umno. 54 tahun rakyat ditipu oleh Umno dan Umno tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Itulah inpati dari ucapan Nga,
Orang Pas juga tidak ada bezanya dengan ideologi Dap. Pas juga terkenal dengan pembohongan bersiri sejak tahun 50an lagi manakala Dap dalam era 60an.
Pas langsung tidak berterima kasih akan usaha kerajaan pilihan rakyat yang berjaya membangunkan negara sejak merdeka. Pembangunan insan menjadi agenda utama kerajaan, dasar pendidikan negara dan dasar ekonomi baru telah berjaya mengangkat maruah orang Melayu.
Melayu berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, menghapuskan buta huruf, meningkatkan taraf kesihatan dan banyak lagi.
Anak-anak orang Pas juga berjaya dalam kehidupan mereka berkat daripada usaha yang diilhamkan oleh kerajaan tetapi segala usaha tersebut tidak dihargai malah mereka mendakwa segala bantuan yang kerajaan berikan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Wang yang diberikan oleh kerajaan juga dilabelkan sebagai wang rakyat, bukan wang Umno.
Oleh yang demikian segala usaha keras kerajaan Barisan Nasional tidak dinilai oleh Pas. Pas tetap dengan ideologi mereka, "Kerajaan bagi apa pun ambil, undi tetap Pas" . Ini lah yang menyebabkan Nga Kor Ming lebih naik minyak dalam ceramahnya.
Kalau Melayu Pas sudah tidak tahu bersyukur dan berterima kasih, maka amat mudah bagi Nga Kor Ming menuangkan minyak ke dalam api.
Nga Kor Ming pun berjaya dalam bidang pendidikan peringkat universiti adalah kerana jasa kerajaan Barisan Nasional, jika tidak dia tak merasa menjejakkan kaki ke universiti kerana beliau datang dari keluarga miskin.
Wahai orang Pas, tak malu kah bila Nga Kor Ming mengutuk bangsa Melayu, di mana letaknya maruah orang Pas bila Nga Kor Ming mengkritik pemimpin Melayu dan raja-raja Melayu?
Dalam satu ceramah sebelum ini, Nga menyatakan kepada kaum Cina di Taiping bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai sebuah negara baru yang menggunakan sistem republik dan kuasa raja-raja dihapuskan. Yang peliknya kata-kata Nga dipersetujui oleh segelintir pemuda Gerakan dan Mca, maklumat ini dimaklumkan oleh seorang di Taiping 3 minggu lepas.
Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional dan ditunjangi oleh Umno. Rakyat telah memberi mandat setiap 5 tahun sekali untuk mengurus tadbir negara ini dan BN telah berjaya melakukannya dengan baik.
Kini di bawah YAB Dato Seri Najib Tun Razak, telah mengambil satu pendekatan baru iaitu Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh itu kerajaan sanggup turun padang untuk mendapatkan maklumat yang terus dari peringkat bawah. Segala tuntutan rakyat diteliti dan hasilnya ialah kerajaan meletakkan 9 KPI yang perlu dilaksanakan segera.
Oleh itu hari ini kita dapat melihat Kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, BR1M dan pelbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat. Tidak kah itu membela rakyat?
Hanya yang dungu sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Allah sahaja yang menafikan pemberian dan bantuan kerajaan. Oleh yang demikian, tuduhan Nga Kor Ming merupakan satu tuduhan sampah yang wajar dibakul sampahkan seperti mana buku jingga yang telah di tong sampahkan oleh Dato Ahmad Maslan.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.
Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam.
Nik Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.
PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila bekas ahli PKR iaitu YB Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR dan sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008.
Antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS! Di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.
Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.
Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS terus bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.
Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.
DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.
Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.
Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.
Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke-12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.
Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.
Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.
Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
Komen tambahan dari penulis :
Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3 - Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
7 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10 - Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11 - Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14 - Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18 - Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.
Kerana itulah jika kita melihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.
Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang. Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
Posted: 16 May 2012 10:48 AM PDT
Masihkah kita ingat..! - ADUN DAP langgar pelajar Melayu! Andaikata kalau pelajar Cina..dah lama huru-hara!
Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?
Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.
Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.
Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu miskin tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.
Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang ketiaka itu masih terlantar di hospital dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR ?
Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim. Fikir-fikirkanlah...!!!
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kelmarin, dua pemimpin pembangkang membuat dua kenyataan yang berbeza. Kedua-duanya melibatkan individu bernama 'Abdul Aziz'.
Kenyataan pertama dibuat oleh Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat keputusan meninggalkan parti itu selepas dikecam hebat oleh kepimpinan DAP yang salah seorang pemimpinnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Segalanya bermula apabila Tunku Abdul Aziz enggan menyokong perhimpunan haram Bersih yang dianggap melanggar undang-undang negara serta hanya mencetuskan huru-hara. Akibat ketegasannya Tunku Abdul Aziz tidak disambung tempoh perkhidmatan sebagai Senator oleh DAP.
Ketika Tunku Abdul Aziz tegas dengan pendiriannya dan sanggup kehilangan kedudukan demi menegakkan kebenaran, kita juga dihidangkan dengan kenyataan keras oleh seorang lagi bernama Abdul Aziz iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu ternyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam. Justeru Nik Abdul Aziz menyifatkan ia satu pandangan lapuk seorang mufti.
Sebelum ini, dalam isu Bersih, Nik Abdul Aziz ternyata meletakkan kepentingan politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengatasi segala-galanya apabila Mursyidul Am Pas itu menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram menyertainya.
Malahan dalam kenyataan melalui Facebook, Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah rosak.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi bukan Bersih 3.0. Beliau turut menyifatkan jawatankuasa itu membuat keputusan hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur Bersih 3.0.
Namun cuba kita kaji apa kata Tunku Abdul Aziz mengenai Bersih pada 26 April lalu sehingga memungkinkan beliau tidak disenangi oleh kepimpinan DAP. Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau membantah perhimpunan itu kerana berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.
''Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya," kata beliau ketika itu.
Mungkin Tunku Abdul Aziz membuat bantahan tersebut kerana melihat apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu yang kesudahannya berakhir dengan kekecohan. Dan pada tahun ini penganjur sengaja mencari fasal apabila tetap ingin mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka biar pun ia sudah ada perintah mahkamah melarang mereka berbuat demikian.
Ternyata telahan Tunku Abdul Aziz menjadi kenyataan apabila perhimpunan Bersih 3.0 turut berakhir dengan kekecohan dan lebih teruk lagi ada keberanian luar biasa di kalangan penunjuk perasaan untuk merempuh sekatan polis.
Tetapi Pas termasuk Nik Abdul Aziz sengaja tidak mahu mengakui fakta ini, sebaliknya parti berkenaan bersekongkol dengan Majlis Peguam menyalahkan pihak berkuasa. Lidah rasmi Pas menunjukkan gambar kononnya polis bertindak ganas tetapi mereka tidak pula memaparkan bagaimana Unit Amal parti itu merempuh sekatan polis yang dikatakan menjadi salah satu penyebab utama perhimpunan tempoh hari menjadi ganas.
Tindakan Tunku Abdul Aziz meletakkan jawatan, sekali lagi memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya sentiasa berpegang kepada prinsip dan konsisten dalam apa juga yang dilakukan.
Tunku Abdul Aziz boleh sahaja menyokong Bersih kalau beliau mahu tempoh senatornya disambung tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana ini menyentuh soal prinsip. Tunku Abdul Aziz tidak mahu menjadi seperti pemimpin-pemimpin Pas yang sanggup menolak kebenaran semata-mata kerana perjuangan politik.
Mungkin hujah ini tidak disenangi oleh Pas dan Nik Abdul Aziz tetapi inilah kenyataannya. Walaupun banyak pihak sudah melihat bahawa perhimpunan Bersih tidak akan mendatangkan sebarang faedah apatah lagi dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bersedia berunding bagi menyelesaikan masalah namun ia tidak dipedulikan oleh Pas dan sekutunya.
Oleh itu, mereka mahu mana-mana juga pihak termasuklah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyokong perhimpunan berkenaan, kalau membuat kenyataan berbeza dengan apa yang mereka perjuangkan maka pihak-pihak berkenaan akan dituduh pak turut kerajaan.
Sebab itulah, apabila Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan mengatakan perhimpunan Bersih haram, maka melompatlah kepimpinan Pas. Pelbagai dalil dan hujah dikeluarkan oleh mereka bagi mempertahankan Bersih dan ada antaranya memperlekehkan keputusan majlis tersebut.
Sebagai contoh, seorang pelajar Malaysia di Jordan dalam satu tulisan yang disiarkan oleh blog-blog memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa dan meminta anggota majlis tersebut bersikap terbuka biar pun menerima gaji daripada kerajaan BN.
Inilah sikap pemimpin dan penyokong Pas, kalau sesuatu keputusan itu tidak menyebelahi politik mereka, maka ia ditolak bulat-bulat biar pun ia dibuat berlandaskan al-Quran dan hadis.
Jika situasi ini diambil kira, jelaslah Tunku Abdul Aziz jauh lebih matang berpolitik berbanding kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz. Ia memandangkan Tunku Abdul Aziz bersedia menerima risiko bagi menyatakan kebenaran tetapi Pas sentiasa sahaja berdolak-dalik dan membuat sesuatu keputusan berdasarkan perhitungan politik semata-mata.
Justeru tidak hairanlah apabila kepimpinan Pas bercakap soal hudud, tidak ada sebarang perasaan takut di kalangan pemimpin-pemimpin DAP atau PKR untuk membantah perkara tersebut. Ini kerana mereka memahami kepimpinan Pas terlalu taksub berpolitik dan tetap akan bersama dengan pakatan pembangkang biar pun apa juga berlaku.
Begitulah juga dalam isu Bersih, ketegasan Tunku Abdul Aziz dan keputusan Jawatankuasa Fatwa sudah pasti tidak akan mengugat Pas untuk terus menyokong perhimpunan haram berkenaan biar pun ia telah membawa kesan yang amat buruk kepada negara.
Pemikiran kepimpinan Pas sudah terkepung dengan politik untuk menjatuhkan kepimpinan BN melalui sasaran memenangi pilihan raya umum akan datang bersama-sama dengan PKR dan DAP.
Apa pun Tunku Abdul Aziz boleh dianggap memberi pengajaran kepada kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz supaya konsisten dalam memperjuangkan sesuatu dan perlu menjadikan apa yang berlaku kepada beliau sebagai isyarat mengenai wajah sebenar politik DAP.-UMO
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru sebentar tadi kira-kira jam 12.30 berakhir satu peristiwa bila kantin di pejabat tanah Batu Gajah kecoh bila sdr Syamuri melalak pasal hal permohonan yang tak diluluskan, tanah, doket atau pasir lombong teman tak tahu tapi Apa yang dijeritkan adalah UMNO tak guna dah 26 tahun dia jadi AHLI UMNO bla..bla bla
Pada sebelah pagi tadi memang dia dan rakan-rakan bersarapan dengan tenang dengan rakan-rakannya, difahamkan semalam juga ada dikantin dengan membawa beberapa buah fail ditangan, teman tak amik tahu sangat sebab teman ni bukan orang jual pasir atau mohon doket, jadi pada teman biorler urusan diam tapi pagi tadi dia adalagi...
Tengah teman berborak dengan sahabat teman di pejabatnya yang tak berapa jauh dari kantin, dalam jam 11.30 pagi gamaknya kumer terkejut dengan tetiba terjerit-jerit bunyinya dikantin, buat-buat tak kisah ler teman sebab memang biasa kantin ler katakan... Tertiba terdengor ler pulak HIDUP DAP... BANYAK KALI WEH! Ini rupa UMNO, tak Guna, tolong orang melayu apa? Bla...bla...bla...
Terpanggil dari melihat agak lama berlarutan hinggga nak ke pukul 12 dah kecoh nya makin kuat, teman pun pegiler tengok, rupa-rupanya si Syamuri ni tengah mengamok dan macam biasaler cukup cepat benor disebelahnya ada Nizar popular dan Siva glamour... Siap berdiri disebelah lagi... Apa lagi si syamuri ni lansung tak henti-henti bercakap macam berucap diceramah ler lagaknya KITA KENA TUKAR! SAYA KELUAR UMNO DAN MASUK DAP! HIDUP DAP, HIDUP DAP,HIDUP DAP! sambil gengam borang DAP
Disambung lak oleh Nizar ' kalau beginiler rupanya UMNO bukan saja disini diseluruh perak pun sama, mari kita tukar! ' biasaler nambahkan marak api yang sedang mara' disambut lagisi syamuri.. Kalau kita tukar bukan tanah lombong jer dapat, lombong EMAS pun kita boleh dapat... Kantin yang sunyi sepi tadi dah mula dikunjungi oleh beberapa kaum india, aji-aji yang bersongkok dan beberapa orang kuat dap dan pas, kelihatan anggota polis pun juga hadir termasuk pegawainya sekali, terdengar sebelah teman tu bebisik, macamana nizar dengan siva ni cepat benor sampai siap ada borang DAP lagi? Rakannya jawab eleh dia orang ni benda macam ni memang suka, macam semut, dua orang akak seorang melayu dan india terus belah sebab nak makan pun susah bila group PAS dan DAP yang penuh di CERAMAH KANTIN...
Akhirnya kira-kira 12.10 kumpulan syamuri ni terus keluar tinggalkan majlis termasuk nizar dan siva dan geng yang masih lagi dikantin, berkompul weh... Itu ayat akhir sebelum geng dema keluar dari kantin tersebut
Hahahaha teman kenai dengan syamuri ni, soal balak, tanah, doket pasir ni memang selalu dia sembang, tapi teman ni tak nak dengor pasal pada teman itu bukan bidang teman, lantak dema ler... Ni yang tak paham bila selalu dapat tak ler kecoh, tang ni pulak yang tak paham, tak dapat ler kot! Adaler yang dia sampai menjerit-jerit kat kantin tu... siap umum keluar UMNO dan masuk DAP, pastu lak bila mula sedar kehadiran beberapa lebai diselang selikan pulak dengan laungan allahuakbar, allahuakbar...
Senang jer bagi Teman, kalau benar lah ada parasit macam dema kata, elok ler, kalau tak betui ada jalannya selain dari kecoh macam nie, tak tahu hujung pangkal tetiba penghujung cerita masuk DAP, pikior komer ler, elok jugak kalau betui ada parasit baik jangan ada dalam UMNO, lagi pun apa yang dimarahkan soal permohonan pasior boleh sebabkan ngaku keluor UMNO, ini yang teman tak paham nie... Hehehehe gamaknya seronok dapat pasir nie tapi marah kalau tak dapat. Tak pa ler yop jual berger lagi elok yop... Bagitau teman nanti teman datang beli....hahahaha
Rumah Ambiga Dikunci Rapat, Kereta dibungkus, 4 CCTV dipasang menghala ke pintu pagar.
Itu Gajah menanti KAMBING
CCTV dipasang di sekeliling rumah Ambiga menanti KAMBING petang ini
Atas Pintu ada azimat, hati-hati kamu KAMBING
No. 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara
Kereta turut dibungkus, jangan usik nooo...ini bukan kereta polis boleh diterbalikkan
Motor pun parking ajer...
Kepada Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) yang bercadang ke rumah Ambiga petang ini, walaupun Ambiga sudah melarikan diri namun hak anda dijamin perlembagaan, meluahkan isi hati anda adalah hak asasi manusia noo...Tapi jangan ler pulak anda bayangkan kawasan dalam rumah tu kawasan Dataran Merdeka pulak yer...Nanti kang jadi naya pulak, Unit Anal baru nampak sorang tengah berjalan...sesat kot...
Sebelum ni ada pihak bengang bila Bangkang Dari Longkang (BDL) perli perusuh BERSIH.
Video terbaru BDL kali ini menyindir pihak Kerajaan pulak. Jom layan.
So, mana-mana pihak yang prejudis terhadap BDL tu, sila betulkan kembali persepsi anda.
MyMassa tengok video BDL ini seperti Jangan Ketawa yang sering menyindir tabiat masyarakat Malaysia.
Kepada yang masih tak faham maksud satira tu, rajin-rajin tengok kamus ye.
*Nak tengok blogger pembangkang berani tak nak promote BDL ni atau masih stigma dengan bahawa BDL ini UMNO punya kerja. Asal kena batang hidung, UMNO yang salah. Jawapan standard.
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum mempunyai satu ikatan yang kukuh dalam menentukan hala tuju gabungan itu.
Kenyataan itu diulas Harun berikutan tindakan Presiden DAP, Karpal Singh sebelum yang bertindak menyelar cadangan PAS mahu melaksanakan hukum Hudud jika menang dalam pilihan raya akan datang.
"Saya melihat pakatan masih belum ada satu ikatan yang kuat. Yang mana pakatan ini melantik sesiapa yang menjadi ketua," katanya. Harun kemudian menyifatkan Karpal telah melanggar perjanjian manifesto yang dicapai dalam Pakatan Rakyat selain menganggap pemimpin DAP itu tidak menghormati prinsip PAS.
"Mereka tak bersetuju tapi akhirnya akan setuju juga."
"Jika mereka faham dan lihat kebaikan-kebaikan Islam mereka akan menyokong dan bersetuju."
Justeru Harun menepis dakwaan yang menyifatkan PAS hanya sebagai "pak turut" dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, gabungan itu bergerak dengan momentum yang sama dalam usaha mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
"Belum diketepikan. Sama-sama berusaha dalam pakatan untuk menang."
PAS kebelakangan ini dihujani kritikan pelbagai pihak bersabit pendirian parti itu tentang cadangan pelaksanaan undang-undang Syariah sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negara.
Namun parti itu menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh menerusi muafakat rakyat diutamakan dan telah dipersetujui dalam penegasan bersama Buku Jingga selain meminta agar rakan parti dalam Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada pilihan raya yang bakal diumumkan bila-bila masa.
Syukur. Ada jugak puak dalam PAS yang mengakui hakikat sebenar.
Macam mana nak sepakat kalau dah lebih 4 tahun bentuk Pakatan Rakyat, tapi kabinet bayangan pun takde.
Masing-masing tunggu peluang untuk kuasai satu sama lain. Pengagihan kerusi antara parti di beberapa negeri pun tak selesai lagi.
*PAS tepis dakwaan sebagai pak turut. Kalau bukan pak turut, kenapa bila bangkit bab Hudud yang mengalahnya PAS? Takut pada DAP atau takutkan Allah SWT?
MyMassa ada dengar info sulit mengenai kedatangan Menteri Pertanian Singapura di Kedah.
Namun, maklumat yang ada pada MyMassa masih belum cukup. Apabila terbaca pendedahan PANAS dari sahabat blogger Gerakan Timur, rasa maklumat ini perlu disebarkan dengan lebih luas lagi.
Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.
Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.
Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.
Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'
Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.
Perjumpaan PKR dan DAP dengan kedutaan Singapura bukan lagi rahsia. Pada PRK Bukit Selambau, Saifuddin Nasution telah berjumpa dengan pegawai kedutaan Singapura. LGE pula sering berulang alik ke Kota Singa.
Kini PAS menyertai DAP dan PKR untuk bersahabat dengan Singapura. Menarik bukan.
*Bila PRU makin dekat, makin masyuk pihak pembangkang dengan bantuan luar negara.
Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw.
Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan dan juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Bahiki Islamil, Dewan Muslimat PAS Melaka dan juga Dewan Ulama PAS Melaka serta beberapa NGO dan wakil-wakil media yang diundang.
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 ini dirasmikan oleh Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.
Beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada wakil dewan pemuda kawasan antaranya anugerah Jundullah bagi mereka yang ditahan kerana terlibat demonstrasi I.S.A dan juga BERSIH 2.0 dan 3.0. Selain itu penyampaian hadiah kepada PASTI terbaik bagi kawasan Bukit Katil.
Kalau korang tak percaya, boleh semak sendiri di link yang diberi di atas.
Dulu MyMassa ingat sijil untuk perusuh BERSIH 2.0 ini main-main, bila PAS Melaka sendiri warwarkan kat laman web mereka, memang sah ini kerja mereka.
*Bagi PAS, merusuh adalah ibadah. Nik Aziz pun keluarkan 'fatwa' wajib sertai BERSIH. Terima kasih blogger AlogLaloq yang melaporkan isu ini terlebih dahulu.
SHAH ALAM: Dakwaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa bajet untuk menyelenggara dan membaik-pulih masjid dan surau di Selangor adalah terhad, sesuatu yang memeranjatkan, kata ketua penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus.
Katanya, sebagai menteri besar dan juga exco yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, adalah menjadi tanggungjawab Abdul Khalid menjaga kesejahteraan surau dan masjid termasuk menambahbaik infrastruktur rumah ibadat berkenaan.
"Apatah lagi dalam kita nak menyambut bulan Ramadan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Mengapa tidak boleh dikeluarkan perbelanjaan simpanan untuk menceriakan lagi masjid dan surau di Selangor.
"Persoalan kita, benarkan kerajaan negeri mempunyai simpanan yang diuar-uarkan selama ini atau ia hanyalah satu retorik menggambarkan kejayaan mentadbir kewangan negeri," katanya.
Sebelum ini, di dalam ucapannya di mana-mana majlis di negeri Selangor, Abdul Khalid mewar-warkan tentang betapa stabil dan kukuhnya kewangan negeri tersebut.
Antara yang sering dihujahkannya adalah 'kerajaan negeri ada banyak duit, jadi kita kongsi dengan rakyat' dan 'kita ada duit yang banyak, jadi tiada masalah untuk kita laksanakan pembangunan'.
Beliau juga pernah memberitahu kerajaan negeri mempunyai simpanan tunai RM1.9 bilion.
Mengulas lanjut, Shukor berkata sekiranya benar kerajaan negeri mempunyai simpanan mengapa menteri besar mengumumkan perbelanjaan terhad untuk keagamaan.
"Ini merupakan satu persoalan kita dan kalau benar ada simpanan kenapa tidak boleh dibelanjakan untuk keagamaan.
"Apa yang kita lihat hari ini pun tidak ada apa yang kerajaan negeri buat, jika kita lihat ada surau atau masjid baru dibina oleh Pakatan Rakyat sepanjang mereka memerintah?
"Di mana wang simpanan RM1.9 bilion yang dikatakan merupakan simpanan terbaik negeri Selangor yang dibuat oleh Pakatan?" soalnya.
Portal Antarpos sebelum ini melaporkan rintihan penduduk sekitar Selangor yang mahu kerajaan Pakatan Rakyat memberi perhatian sewajar kepada kemudahan surau sebagaimana dilakukan oleh kerajaan negeri sebelumnya.
Ini termasuk surau-surau yang dibina di atas tanah persendirian, di rumah pangsa yang kebanyakannya dalam keadaan usang dan terbiar. Sesetengahnya hampir roboh dan dimakan anai-anai.
Tahniah UMNO Selangor kerana berani terjah MB Selangor yang merangkap EXCO Agama Islam.
Kalau sebelum ini, selama 22 tahun PAS Kelantan perintah, selama itulah Kerajaan Negeri lepas tangan mengenai pembinaan surau dan masjid baru. Kini masalah yang sama menular di Selangor. Kebanyakan masjid atau surau baru di Selangor di bina oleh pemaju perumahan bukan Kerajaan Negeri.
Yang peliknya, Kerajaan Selangor boleh pulak taja pembinaan kuil baru dan membaik pulih kuil lama.
Bilangan masjid dan surau yang nak dirobohkan kian bertambah.
Kalau macam ni pentadbiran Kerajaan Selangor, patutlah Negeri Selangor sering diturunkan bala oleh Allah SWT seperti banjir kilat dan ribut.
*Tak guna kalau tiap-tiap solat Jumaat, doa pasal elak bala dan negeri berkebajikan kalau Kerajaan PKR Selangor sendiri yang menjemput bala dari Ilahi dan hanya mementingkan kebajikan kuil dan tokong.
Di Sabah, Sarawak & Labuan, oh ya juga Brunei Darus Salam dan Singapura, anda belia Malaysia di luar sana, atur tiket murah anda, gunakan pas pelajar anda, dapatkan tiket murah dengan cara bijaksana, barangkali pemimpin setempat anda hendak menolong, barangkali wakil rakyat di kawasan anda hendak menolong, silakan usahakan dan datanglah beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 27 Mei 2012.
Anda jangan risau, di Presint Diplomatik apa sahaja ada, Mydin, makanan Johor, Kelantan, ayam percik, ayam kampung, Secret Resepi, Pos Laju pun ada, tak perlu pergi ke Nilai 3 untuk membeli perhiasan khat dan permaidani di Presint Diplomatik semua ada. Namun jika anda mencari-cari Mee Kolok minta maaf anda boleh menaiki ERL ke KL Sentral dan dari situ boleh pergi ke Restoran Sarawak Mee Kolok di Setapak.
Kamu dari Tawau Sandakan dan Kota Kinabalu, lagu "Aku Anak Kampung" sangat popular di Putrajaya ini. Di Cheras ada Restoran bernama Bugis Cafe Restoran di kawasan parlimen YB Ong Tee Kiat. Jika susah-susah sahaja ada Persatuan Rumpun Melayu Bugis Sabah yang sangat aktif di sini.
Orang Jawa jangan risau tempe dan lada ada di semua restoran. Tempe besar Temepe kecil semua ada. Lada hijau, lada merah, lada kecil besar sederhana semua ada. Makanan jangan risau.
Mari kita raikan Hari Belia Negara 2012 yang terbesar di dunia. Malaysia Boleh. Anda Boleh. datanglah beramai-ramai. Isteri anda yang anda sayangi bawa sekali dengan anak-anak anda. Keselamatan di Putrajaya sangat baik, CCTV ada di mana-mana. Tapi awas jangan langgar Lampu Merah, jika langgar anda kenalah bayar saman. Tapi ingat juga, jika anda orang baru masuk ke Putrajaya, jika anda berada di persimpangan, perhatikan SignBoard di kiri anda, anda kena membelok ke kiri jika tiada kenderaan dari mana-mana arah walaupun Lampu Merah. Buka mata anda Lihat signboard itu...hehe
Jika benar PAS perjuangkan Islam dan konon-kononnya penyokong PAS dari bukan Islam makin ramai, persoalannya berapa ramai yang dah masuk Islam?
Itulah beza antara ikhlas berjuang untuk Islam dengan menggunakan Islam untuk perjuangan peribadi dan kuasa.
*Dari kelab penyokong PAS kini Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kalau ikut Harakah, dah berpuluh ribu jadi penyokong PAS bukan Islam. Sayangnya, mereka hanya sokong PAS atas dasar politik, bukan kerana minat dengan Islam. Itu pun salah strategi DAP untuk pecah belahkan orang Melayu.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas menyiarkan hukum baju kuning maka beberapa persoalan telah ditimbulkan, adakah tidak boleh secara mutlak baju kuning ini atau tidak ?
Pertama : larangan Nabi memakai warna kuning kunyit kerana persamaannya dengan agama lain. Ini menunjukkan larangan berdasarkan warna yang sama yang boleh mengelirukan samada Islam ini ada kaitan dengan agama tersebut atau tidak.
Maka, jangan difikirkan bahawa pakaian kuning semata-mata tetapi tengoklah pada persamaan itu punca sebenarnya.
Dalam isu Bersih 3.0 maka pakaian warna kuning bukan sahaja sama dari segi warna bahkan perbuatan berdemonstrasi juga menyamai apa yang dilakukan bukan Islam di negara lain. Justeru itu ia akan mengelirukan adakah Islam sama dengan agama lain dari segi demonstrasi atau sebaliknya.
Islam melarang umatnya melanggar undang-undang. Dalam hal ini perhimpunan Bersih 3.0 jelas melanggar undang-undang selain merosakkan keamanan dan mengganggu laluan lalu lintas.
Kedua : Warna kuning dilarang kerana kebetulan ia sama warna pakaian agama lain, maka jika ada persamaan dari segi perbuatan contoh acara Vigil sudah tentu ia lebih besar pengharamannya dari sekadar persamaan warna.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua.
DALAM BERJUANG DOA TONGGAK KEJAYAAN SERTA USAHA SEPANJANG MASA. MARILAH KITA PANJATKAN DOA DAN KEKALKAN DOA DI SETIAP KALI SELESAI BERSOLAT UNTUK MENDAPAT PETUNJUK ALLAH DAN PERTOLONGANNYA.
PRU 13 KALI INI BUKAN SEBARANG PRU TETAPI PERTEMBUNGAN ANTARA HIDUP DAN MATI PARTI KERAMAT YANG BERJASA KEPADA ALIF BA TA INI.
DAMPINGLAH ULAMA, KIKISKANLAH MAKSIAT, BANYAKKAN TAAT AGAR KITA HIDUP PENUH BERKAT DAN DINAUNGI RAHMAT.
HAYATI DOA DATUK JAMIL KHIR YANG SANGAT MENYENTUH HATI DI ATAS. SEMOGA KITA AKAN MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH TAALA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Jangan sekadar bahan pinggan mangkuk dititiberakan, sumber wang juga lebih utama diteliti agar jangan duit haram memasuki perut kita agar senang hidup dunia hingga akhirat sana...daging dari wang haram nerakalah tempatnya. Ayuh kita bertaubat sebelum terlambat tidak kira siapa dan di mana serta apa warna politik kita...
inilah yang menggembirakan kita bila umat Nabi Muhammad kembali ke tempat asal Islam dilahirkan. Menaikkan iman mencari 'permata' yang hilang dan membaharui azam menjadi hamba Tuhan...
Semoga seteruk mana dosa kita, jangan difikir putus asa kerana rahmat Allah tidak ada batas dan kasih Allah mengatasi jika dikumpulkan semua kasih sayang para ibu di dunia dulu kini dan selamanya.
Keunikan Malaysia apabila soal hidayah diterap melalui kesedaran berasaskan pendidikan bukan hukuman.
Manakala pihak bercanggah dengan sunnah akan melihat hukuman itu lebih penting dilakukan dari kaedah menanam kesedaran kepada manusia yang masih jauh dari landasan menuju Tuhan.
Kerana itu Hudud bukan pilihan utama Umno kerana kesedaran lebih utama berbanding menetapkan matlamat menjalankan hukuman hudud.
Bukan bermakna hudud ditolak namun ia perlu menunggu masa yang sesuai berdasarkan kedudukan kuasa umat Islam dan masa depan bangsanya selain faktor ekonomi, sosial yang turut diambil kira.
Semoga hari demi hari umat Islam Malaysia makin baik tahap imannya dan sekaligus akan dapat mengelakkan bala Allah dari menimpa kita semua.
Belajar agama kena berguru jangan berharap youtube sahaja. Carilah guru agama yang soleh dan bergurulah dengannya hingga akhir hayat kita.
Jom tengok Ulama terkenal dunia Habib Umar Al Hafiz di bawah
Untuk makluman Bee Ant Blues ini akan menyertai Himpunan Hari Belia Negara 2012 bersama 2 juta jangkaan peserta pada 23-27 Mei 2012 tidak lama lagi. Maka untuk maklumat lanjut sila rujuk info berikut :
Kenyataan Peguam Khairul Azam ini wajar diteliti semua pihak yang mungkin prejudis samada beliau ahli Umno kerana tindakannya menentang Majlis Peguam atau Bar Council.
Bahkan penulis terkejut beliau mengaku pernah memohon menjadi ahli Pas.
Selama ini tidak ada yang berani melawan Majlis Peguam namun apabila badan yang sepatutnya berjuang menegakkan Perlembagaan kini seperti menentang pihak menguatkuasakannya seperti polis maka melawannya adalah tindakan yang sangat tepat pada masanya.
Jika tidak kita akan dapat melihat ramai dari golongan penjenayah, perusuh, peliwat, pengkhalwat dan perosak alif ba ta akan berleluasa pekerjaan mereka tanpa dapat dihalang oleh sesiapa.
Majlis Peguam yang benar-benar bebas perlu diwujudkan demi melihat keseimbangan dan keadilan akan dapat dinikmati oleh semua rakyat.
Tahniah Khairul Azam atas tindakan anda...lawan tetap lawan.
Nik ajis ajak umno bermuzakarah...??? kahhh...kahhh...kahhh... itu tanda-tanda nik ajis dah nak mampos, orang tua kata dah buang tebiat...
Cuba korang perhati muka nik ajis tu, ada tak tanda-tanda seperti di bawah:
Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
Hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Kalau ada tanda-tanda macam tu pada nik ajis, baik korang suruh dia bertaubat dan letak jawatan sebagai mb kelantan...
Lawakan, setalah puas dia jual dan gadai agama untuk politik bodoh dia tu, setelah puas dia maki hamun umno, setelah puas dia pecah belahkan umat melayu, tetiba dia ajak muzakarah...
Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi 'monster' – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.
Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah 'knight' istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.
Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.
Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.
Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.
Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?
Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.
Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri.-Gelagat Anwar.
Pisau kata "angkuh,bongkak,penipu dan pembelit...dah lama ada gerakan jatuhkan Guan Eng dari dalam DAP..."
CARA DAP mengendali isu kritikan Naib Presidennya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap demontrasi Bersih 3.0 tidak langsung memperlihatkan semangat demokratik yang sepatutnya menjadi simbol kepada parti tersebut.
Apatah lagi nama parti tersebut bermula dengan huruf 'Demokratik'. Malangnya ia belum benar-benar demokratik.
Ini semua terjadi pada pandangan peribadi saya adalah kerana, untuk sekian lamanya, DAP adalah sebuah parti politik yang hanya asyik mengkritik sahaja.
Ia tidak ada sejarah memerintah sebuah negara mahupun negeri. Tetapi tiba-tiba selepas pilihan raya ke-12 empat tahun yang lalu, parti ini menjadi parti yang memerintah di sekurang-kurangnya sebuah negeri iaitu Pulau Pinang.
Di beberapa negeri yang lain seperti Selangor dan buat seketika, Perak, DAP turut sempat merasa perkongsian kuasa.
Untuk menjadi sebuah parti yang orang kata "walk the talk", DAP mestilah berada di kehadapan dalam memperkenalkan pembaharuan.
Lebih-lebih lagi, ia adalah parti yang ingin menjuarai demokrasi tulen dan juga politik baru.
Legitimasi kewujudan DAP dan juga rakan-rakan kongsinya yang lain dalam arena politik Malaysia seperti PAS dan PKR adalah kerana mereka mahu menawarkan sesuatu yang lain daripada kerajaan yang ada sekarang.
Mereka mahu memperkenalkan budaya politik baru. Mereka mahu menegakkan kebebasan bersuara. Mereka mahu memastikan kebebasan mengkritik.
Tetapi jika satu pandangan yang berbeza dari naib presiden pun tidak dilayan secara demokratik, maka tidak ada gunanya DAP mahu menegakkan itu semua.
Ini semua terjadi sepertimana yang saya tegaskan diawal tadi adalah kerana sejak berkurun-kurun lamanya DAP hanya tahu mengkritik sahaja.
Mereka nampaknya masih belum sedar bahawa situasi mereka sudah berubah. Mereka adalah sebuah parti yang telah pun diberi mandat untuk berkuasa dan memerintah - sekurang-kurangnya di sebuah negeri.
Maka mereka perlu harus belajar menerima kritikan pula dan bukannya asyik menjadi defensif malah menghukum seorang pemimpin yang dihormati dan berdiri atas dasar prinsip sepertimana Tunku Abdul Aziz dengan tidak menyambung tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara.
Itu bukan caranya untuk sebuah parti yang telah memerintah menunjukkan kuasa.
Sebaliknya DAP patut meraikan kepelbagaian pendapat sepertimana yang diperjuangkannya. Bukan menghukum seseorang yang bertentangan pendapatan dengan kepimpinan.
Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh DAP, bagaimanakah kami rakyat Malaysia yang juga pengundi mahu memberikan mandat dan kepercayaan kepada parti itu untuk memimpin Malaysia.
Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh DAP, seandainya mereka memperolehi kuasa, mereka tidak akan menghukum orang yang berprinsip tetapi tidak selari dengan pandangan dan aliran semasa mereka?
Apa yang telah terjadi ke atas Tunku Abdul Aziz tidak sedikit pun membantu DAP mempertahankan imejnya sebagai sebuah parti yang mahu menegakkan kebebasan bersuara malah ia kini boleh dianggap sebagai parti yang tidak meraikan kepelbagaian suara.
Isu PAS diketepikan hak untuk mendapatkan jawatan YDP MAIPP senyap begitu saja,PKR melalui YB Malik Kassim masih memegang jawatan tersebut.
Guan Eng ,Anwar dan Mansor Osman kelam kabut cuba menutup cerita ini kononnya ia adalah satu kesilapan.Mereka menggangap DYMM YDP Agong budak pejabat yang boleh sesuka hati diarah itu ini.Sedangkan nama calon sebagai YDP MAIPP dicadangkan sendiri oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Malik Kassim Exco agama Islam,Beliau juga YDP MAIPP, Salleh Man Adun Permatang Pasir hanya merintih akibat dipermainkan oleh DAP dan PKR.
Pisau sebenarnya berasa kasihan terhadap PAS kerana diperlakukan sebegitu oleh 2 parti chauvanis ini,apakan daya dek kerana kebodohan sendiri maka lacuran politik sebegini hanya didiamkan malu tidak mahu rakyat tahu akan kebaculan PAS.
Ini ada isu terbaru,Episod PAS diperbodohkan oleh PKR dan DAP tidak berhenti disitu saja, Pisau sedia maklum akan kekesalan Salleh Man dan PAS diperlakukan bagai budak budak oleh DAP dan PKR. Perwatakan Salleh Man seorang yang lemah lembut dan tertib turut katanya mencerminkan seorang pemimpin yang baik.Malangnya pemimpin PAS negeri ini dipermainkan oleh PKR terutamanya Malik Kassim berulang ulang dan tidak berhenti disitu saja.
Kita semua tahu Malik Kasim memegang jawatan pengerusi Halal Hub Pulau Pinang,Salleh Man juga dilantik sebagai salah seorang pengarah didalam Halal Hub Pulau Pinang. Apa yang menariknya Salleh Man hanya menjadi ahli lembaga pengarah secara percuma tanpa dibayar langsung sedangkan Malik dan juga Guan Eng sapu bersih elaun pengerusi dan penasihat Halal Hub.
Regim DAP seperti yang kita tahu langsung tidak mengamalkan CAT, Ketua Staf Halal Hub dipegang oleh kroni Malik Kassim iaitu adikkandung sendiri iaitu Rodziah Kassim.
Bayangkan kroni Malik Kasim mengawal sepenuhnya Halal Hub,dalam masa yang sama Salleh Man melopong menjadi pak pacak secara percuma didalam ahli lembaga pengarah Halal Hub.
Jika benar regim DAP mengamalkan CAT kenapa kroni dan saudara memegang kepentingan GLC kerajaan negeri.
Berapa elaun yang diterima Lim Guan Eng dan Malik Kasim didalam Halal Hub? Jika Salleh Man dibayar..tolong dedahkan berapa jumlah elaun beliau sebagai ahli lembaga pengarah..
Ini adalah bukti betapa PKR secara terang terangan perbodohkan PAS Pulau Pinang,Pesuruhjaya Negeri diperlakukan sebegitu rendah kastanya berbanding Zairil Khir Johari yang mendapat puluhan ribu ringgit sebulan..
Blogger DAP yang dibayar sebulan 7 ribu lebih tinggi gajinya daripada Salleh Man..
Korang nilaikan sendiri berapa sen nilai seorang pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang,apatah lagi kalau mereka hanya ahli biasa....
Pisau kata " isu YDP MAIPP, PKR tetap pegang jawatan tu memandangkan PAS tidak punyai kredibiliti untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam..."
AIDCNews – 16/05/12 – Something is not right after the BERSIH 3.0 fiasco, despite numerous denials by the group's steering committee about the 'upcoming' BERSIH 4.0.
On May 15, BERSIH chairman, Datuk S. Ambiga announced that there would not be another BERSIH demonstration after the bad outing during BERSIH 3.0.
"My side has not thought about any agenda to hold Bersih 4.0 rally… I know that (the proposal of) Bersih 4.0 is supported by many quarters, including PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, PKR and other NGOs, but there is no plan about it for the time being," she said.
Her sidekick, Maria Chin Abdullah reaffirmed her statement, saying that there would not be a BERSIH 4.0.
"We have no plans to organise BERSIH 4.0 at this time, but if others want to have it, it is their right.We will not be involved and will not be held responsible should anything happen to BERSIH 4.0," said Maria, who is also a member of the BERSIH steering committee.
And yet another member of the committee, Hishamuddin Rais has come out with a similar statement.
He told the media at the Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSCH) Wednesday that at this juncture they had no plans to organise BERSIH 4.0, and this has been agreed upon by 84 other NGOs.
All the BERSIH leaders who made the statements are leaders of NGOs aligned to the PKR de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The question is why the BERSIH steering committee must be defensive and repeat the same statements again and again on different days?
Is it because Ambiga's statement as chairman holds no more clout?
Consider this – if during earlier BERSIH outing, the NGOs and PKR were more prominent, but after BERSIH 3.0 it is PAS that has come to the fore.
On May 12, PAS spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gave a signal that there would be a BERSIH 4.0.
If BERSIH 3.0 had been a sit in protest similar to The George Soro's sponsored 'Occupy Wall Street', "BERSIH 4.0 will be about 'sitting and debating", said PAS youth leader Nasruddin Hassan.
"One million people for BERSIH 4.0," said PAS deputy president Mohammad Sabu.
All the above statements pertaining to BERSIH 4.0 were made by PAS leaders, and not BERSIH or PKR as it was in the past.
Meanwhile, Anwar Ibrahim, as the leader of Pakatan Rakyat said they didn't know anything about PAS's post mortem of BERSIH 3.0…at least not until they started to clamour for BERSIH 4.0.
We can see the problems within BERSIH and the disparate ranks of the opposition parties hedging it.
Although such things are hidden, nevertheless the voices calling for BERSIH 4.0 seem to tell all…and to indicate that things have not been right with BERSIH 3.0.
So, what is really happening? Is PAS not satisfied with the way BERSIH was organised earlier, considering that it happened mostly because of PAS members, but at the end of the day the 'glory' went to Ambiga and Anwar?
Is BERSIH 3.0 now a liability due to interference from Anwar Ibrahim and Azmin Ali, making it imperative for yet another 'forceful' outing in the form of BERSIH 4.0 to cover up the mistakes?
Adun gengster tong gas Ng Wei Aik memang cukup terkenal dengan sikap kasar,samseng,pembohong,rasis dan ultrakiasu .
Adun DAP yang amat disayangi oleh khawarij PAS Pulau Pinang baru baru ini juga ditangkap berbohong kononnya di pukul polis:klik sini
Saat Ng Wei Aik mengganas dengan tong gas:klik sini
Gengster Komtar ni pernah halau peniaga dengan kata kata kesat,dia juga pernah berlagak seperti polis trafik,dia juga pernah secara kasar menghalau para peniaga melayu di Pasar Ramadhan Chowrasta.
Kali ini gengster Komtar dah jadi pegawai KDN pulak...laporan polis harus dibuat kerana bangsat ini dah menyamar ..
Seolah-olah tidak serik, wakil rakyat DAP, Ng Wei Aik sekali lagi menunjukkan sikap ala samseng terhadap warga asing.
Kali ini berlaku di sebuah dusun di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini pada Jumaat lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu didakwa menyalahgunakan kuasa terhadap pekerja asing.
Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan mengikut operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke kawasan berkenaan bagi meninjau laluan haram yang dibuat oleh pemilik dusun itu.
Bagaimanapun, Wei Aik telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menahan dua pekerja asing di situ, menyemak pasport serta permit kerja mereka.
Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, kejadian tersebut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 12 Mei lalu.-utusan
Pisau kata "Cina Penang pun meluat dengan gengster nih!"
Prof. Dr. Ariffin Omar dilantik sebagai senator menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meletak jawatan Naib Presiden DAP ekoran perbezaan pendapat dengan pemimpin DAP berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0.Ariffin yang menyertai DAP sejak tahun lalu ialah bekas Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
DAP melantik lebih ramai pemimpin Melayu bukan sekadar untuk memikat sokongan orang Melayu bahkan untuk menjadikan mereka 'kuda tunggangan' parti berkenaan.Jika dilihat sekarang ini DAP begitu giat untuk menarik sokongan orang melayu walhal dalam masa yang sama mereka sendiri tidak dapat buang daripada sikap chauvanis ultrakiasu dan rasis dalam segala tindakan mereka.
DAP merancang untuk melantik pemimpin Melayu menjadi Menteri Besar di negeri yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya membenarkan orang Melayu menjadi Menteri Besar.Ini satu lagi bukti jika DAP menguasai negeri Perak pada PRU13,PAS sudah pasti akan menggigit jari kerana peranan Nizar sebagai kaldai tunggangan akan dilucutkan digantikan Melayu DAP.
Peletakan jawatan Tunku Aziz,adalah satu tindakan yang mencerminkan keberanian bekas Naib Pengerusi DAP itu dalam menyatakan pendapat dan kebenaran.Selama beliau menjadi Naib Pengerusi DAP, beliau belajar banyak pengalaman pahit. Pada peringkat awal perjuangan DAP mungkin dianggap demokratik tetapi apabila berada di dalam parti itu beliau sedar bahawa demokratik DAP hanya pada slogan.
Ingatlah DAP hanya milik syarikat Lim dan anak anak....
Pisau kata " agaknya berapa Guan Eng bayar Ariffin tu yer?"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejak kebelakangan ni Tok peratikan semakin ramai bloggers yang pro Pakatan Rakyat sudah mule layu dan terkulai. Bukan nye ape sebabnye, mereka tu dah kehabisan modal, dah tak de modal lagi nak entam kerajaan. Dato Seri Najib dan timbalan nye telah berjaya meletak kan kedudukan ekonomi dan ke amanan negara di tahap yang sangat cemerlang.
Jika kita berfikiran waras, cube le fikir baik2 ape yang kerajaan tidak bantu rakyat? Rakyat yang dah hidup senang dan mewah tu memang le dah ramai, yang tidak bernasib baik hidup susah tu tidak pernah di lupekan dan di abaikan, mereke ni semuanye sentiasa mendapat bantuan dari kerajaan BN yang sangat perihatin tentang kehidupan rakyat nye.
Sebenar nye memang tidak pernah ujud rakyat di Malaysia yang dah mati kebuluran atau yang tinggal di bawah kolong. Memang susah nak cari rakyat yang benar2 hidup nye merempat seperti di negara2 jiran kite. Boleh di katakan bahawa kerajaan pimpinan BN sudah lame dari dulu telah mengamalkan sistem negara berkebajikan.
Begitu juge dengan cara pemerintahan nye yang sangat adil dan saksama dalam negara yang berbilang kaum. Tal kira apa agama, bangsa dan keturunan semua nye akan di bantu jikasekiran mereka memerlukan bantuan. Mereka2 ni semuanye tidak pernah di abaikan oleh kerajaan BN yang sangat adil dan saksama ni.
Sekarang dah terbukti dengan nyata bahawa bloggers dari pencacai2 Pakatan Rakyat sudah tidak ade modal lagi mau hentam kerajaan. Modal2 yang boleh mereka jadi kan isu cume perkara yang remeh temeh yang tidak ade kene mengene dengan keselesaan hidup rakyat.
Modal2 yang tinggal cume memfitnah pemimpin kerajaan BN sahaja. Malang nye rakyat sudah bijak memilih yang mane kaca dan yang mana intan. Fitnah2 yang mereka pos kan dalam blog2 mereka ni sebenaenye sudah basi dan ketinggalan zaman. Ianye sedikit pun tidak akan menjejaskan keutuhan pemimpin kerajaan BN.
Bagi bloggers2 pencacai PR yang sudah mule sedar, mereka dah mule berundur sedikit demi sedikit, ade yang up-date semimggu sekali atau sebulan sekali sahaja, ade juge yang selalu up-date dengan posting yang berbentuk 'non-political' sahaja. Paling malang ada yang dah tutup terus blog nye.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA: Actress Zahida Mohamed Rafik, who was linked to a federal minister, has denied a fresh round of allegations from her former driver.
In denying the allegations, she maintained that she never knew Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal and branded former driver Noor Azman Azemi a "liar".
"I want to know what else he will be lying about again. Of course, they are all not true.
"I can't say much, so let my lawyers handle it. Let's just wait," she said when asked about the claims in an interview.
In a press conference organised by PKR yesterday, Noor Azman, 38, claimed that his relationship with the actress was strained.
Noor Azman had claimed in a police report that Shafie and Zahida had an intimate relationship for several years and that he (Noor Azman) was paid by the minister to be the chauffeur of the actress-cum-model.
He claimed that the two would meet at hotels and the minister would pass him cash of between RM100,000 and RM200,000 to be banked into Zahida's account.
Noor Azman, who resigned as Zahida's driver on Feb 29, lodged the report to clear his name after she accused him of absconding with RM200,000.
The minister, who is married to Datin Seri Shuryani Shuaib, with whom he has six children, has said there was no truth in the report made by Noor Azman and has threatened legal action.
Zahida's lawyers have sent both Noor Azman and PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin a letter of demand claiming defamation.
Tuduh macam macam pada kerajaan. Namun bila sampai kepada pemberian durian runtuh mereka dulu yang tampil ke hadapan. Apa sudah jadi ini? Apakah Nik Aziz tidak beri cukup makan?
Emosional? Memang kenyataan itu tidak tepat dan berbentuk diversion untuk menjawab prinsip yang dipegang oleh Tunku Aziz. DAP sebenarnya yang emosional bila mahu merasuah Tunku Aziz RM50,000 sebulan untuk jawatan felo di sebuah institut supaya Tunku Aziz kekal dalam DAP.
Nampaknya, selepas BERSIH 3, ramai kumpulan atas pagar akan muncul kerana kumpulan ini adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan pakatan pembangkang membuat tindakan ganas ketika BERSIH. Ini petanda pakatan akan hilang banyak kerusi dalam PRU13 nanti.