Sabtu, 20 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 20 Apr 2013 09:20 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Di sebalik pencalonan Che'gu Bard.. (LM)

Posted: 20 Apr 2013 08:49 AM PDT

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. 

Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal. 

Senarai Lengkap Calon Parlimen dan DUN PRU-13 (LM)

Posted: 20 Apr 2013 06:32 AM PDT

VIDEO PENAMAAN CALON DI PERMATANG PAUH DAN LAIN TEMPAT

Posted: 20 Apr 2013 06:18 AM PDT






Malaysia 007 - LISTEN to the People! [大马007] (中文字幕/English Subtitled)

Posted: 20 Apr 2013 06:04 AM PDT


APA CERITA?

Posted: 20 Apr 2013 05:53 AM PDT

  • PAS, PKR bertembung di 7 kerusi
  • dikemaskini 6.14pm PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan enam DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.  




  • Runding telah berjalan.namun sikap sebegini dilihat bukan sahaja melemahkan semangat penyokong, malahan sudah tentulah Umno akan menang.Sebab Umno akan menang kerana pimpinan harus membuktikan persetujuan yang dicapai demi menentang Bn/Umno.

    Sementara itu ada juga ahli DAP dan PAS juga PKR yang bertanding bebas kerana perbezaan kawasan dan juga tidak terpilih.

    DAP dah pecat, Umno yang selalu dok kutuk pun pecat ahli yang bertanding bebas.PKR pecat atau ahli terus hanyut dengan angan-angan nak jadi YB...PAS bagaimana pula. kita tunggu sehari dua ni kenyataan Dato Tuan Ibrahim atau Mustaffa Ali.
     

Sia-sia Makcik Felda sokong Umno... (LM)

Posted: 19 Apr 2013 11:06 PM PDT

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana segala khidmat dan sokongan sayap wanita Umno berkenaan tidak langsung mendapat tempat di hati Rosmah, suami Najib Razak.

Dengan ketiadaan Ketua Wanita bertanding dalam PRU-13 dan kini Naib Ketua Wanita yang telah dipecat secara automatik, apakah makcik-makcik felda akan terus memberikan sokongan kepada Umno? 

Terbukti, perjuangan makcik-makcik felda kini adalah usaha yang sia-sia, di dunia mahu pun di akhirat

Seterusnya mengenai nasib Datuk kamilia...:  Sia-sia Makcik Felda sokong Umno...

Justice For All

Posted: 20 Apr 2013 09:15 PM PDT

Justice For All


Ritual Aneh Mandi Tayang Buah Dada Di Desa Semanding

Posted: 20 Apr 2013 08:56 PM PDT


Masyarakat Desa Semanding, Kecamatan Pucanglaban, Kabupaten Tulungagun, Jawa Timur mempunyai kepercayaan bahawa sebuah telaga yang berpunca daripada aliran air bawah tanah sebagai mempunyai mempunyai kuasa untuk menjadikan cantik dan awet muda kepada sesiapa yang mandi di situ.
Namun, ada larangan tidak bertulis bagi kaum perempuan yang mandi di sumber air itu yakni mereka dilarang menutup buah dada masing-masing ketika mandi.
Akibatnya, ritual mempamerkan buah dada sangat popular di situ.
Mandi sambil membuka buah dada lebih kerap dibuat pada malam Jumaat.
Tindakan itu dipercayai dibuat bagi mendapatkan restu penunggu di situ.
Mungkin penunggu di situ gila seks ke apa…tak tahulah kan.

Apa yang lebih pelik, wanita mandi bukan sahaja dengam menayang buah dada tetapi juga bercampur dengan lelaki yang bukan muhrim.
Adakah rasa kekok atau malu pada diri mereka? Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan, maka tidak ada yang merasa malu jika dilihat orang, terutama lelaki.
Ada kejadian di mana wanitanya sengaja mempamerkan buah dada masing-masing kepada lelaki yang mandi di kawasan berkenaan.
Perangai yang hampir sama dengan penunggu di sana!
Iklan Teks:

dollah yankee

Posted: 20 Apr 2013 09:05 PM PDT

dollah yankee


Saya tidak ada soalan lagi Yang Arif !

Posted: 20 Apr 2013 09:19 AM PDT

DAP lebih dikenali sebagai parti cina (walaupun ada sedikit cina dan hindu dan dll bangsa). Bila ROS kata lambang roket tak boleh guna ... cina-cina semua mengamuk "Ooo lu orang mau bikin naya sama kita orang punya parti?!". Lalu ...

di-sana ...

di-sini ..

di-sinun ..

akhirnya .. terpaksa hantar surat 'by-hand', tengah-tengah malam pulak tu. Sampai tak ada alasan nak  bagi .. mesin faks rosak! mesin faks rosak? Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Kalau macam ni punya keadaan, betul lah tu .. PR 145 kerusi

Mampusss..! Kah..Kah..Kah..

Posted: 20 Apr 2013 04:30 AM PDT

Kah..Kah..Kah.. ini lah senario paling lawak dan ini boleh dan akan jadi modal kempen untuk DAP/Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai halangan bagi DAP menyertai pilihan raya umum menggunakan lambang roket.
Dua pegawai ROS yang hadir ke Ibu Pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difaks tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.

"Adalah jelas mereka mengeluarkan surat itu setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal," kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke ketika dihubungi media.

dollah yankee -
Dikatakan yang surat itu dibuat selepas pegawai SPR tonton berita jam 8  malam.
Baru depa TAU! baru ada AKAI!

Macam-macam ada...

Posted: 20 Apr 2013 02:25 AM PDT


Khalid Samad tidak mahu sentuh tangan-tangan yang kotor. Dia telah menolak untuk berjabat tangan dengan Zul Nordin bila mangkuk hayun katak ni hulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Mukhriz Mahathir datang ke pusat penamaan calon dengan diiringi olih bapak dia .. anak Iskandar Kutty. Mukhriz jua membawa lebih kurang tiga ribu penyokong bersama-samanya. Tapi Mukhriz dan bapaknya hampir 'terkencing' bila melihat lawan nya dari PAS diiringi olih lebih kurang  tujuh ribu penyokong.

Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas menentang anak TG Nik Aziz, Nik Abduh. Manakala calon BN telah menarik diri. Kah..Kah..Kah.. yang ini memang gurkah-gurkah dah agak dahh...

UMNO telah pecat Timbalan Ketua Wanita mereka, Kamilia Ibrahim. DAP pun pecat seorang ahli mereka Janice Lee (Adun Teratai), sebab kedua-dua mereka telah bertanding sebagai calon bebas.

Di Sungai Siput, calon BN/MIC telah guna Samy Vellu sebagai pengiring beliau untuk menentang Dr.Jeyakumar dari PSM ...
A-Yo-Yo Samy... A-Yo-Yo Samy ... long time no see laaa ...

dollah yankee -
Adik ipar Syed Ali (Cheras) Syed Idrus, teringin nak jadi calon tetapi nak guna  bebas di Parlimen Padang Serai. Panggil lah gurkah-gurkah politik disini untuk buat kerja. Bila dengar harga dan belanja yang perlu dikeluarkan, terus diam terduduk! Kah..Kah..Kah.. apa? ingat boleh kerja free ka??!

Tukar Tiub

Posted: 20 Apr 2013 07:04 PM PDT

Tukar Tiub


DUA TARIKH LAHOR YANG SERAM

Posted: 20 Apr 2013 06:00 PM PDT




HARI PENAMAAN CALON
IALAH HARI LAHIR TEOH BENG HOCK

HARI KEPUTUSAN PRU13
IALAH HARI LAHIR ALTANTUYA


DARI FACE BOOK



PRU 13 YANG DIHANTUI OLEH DUA HARIJADI

Adakah ini satu kebetulan yang MENYERAMKAN ?

Ada yang mengatakan kita tidak dapat lari dari rantai karma sebab dan akibat. Kematian dua orang yang tidak berdosa ini masih belum selesai tetapi rantai karma sebab dan akibat seakan-akan kembali untuk MENHANTUI pihak-pihak yang bersalah.

Tarikh-tarikh ini bukan satu kebetulan , sesungguhnya ianya TIMBUL KEMBALI di hari-hari sebegitu penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Hari jadi Teoh Beng Hock jatuh pada 20 April bersamaan HARI PENAMAAN calon-calon Pilihan Raya dan Altantuya pula lahir pada 6 Mei bersamaan HARI KEPUTUSAN MUKTAMAD PRU 13 akan diumumkan.

Mungkinkah kebetulan sedemikian menuding jari kepada Si Dia yang telah bersalah di dalam menyebabkan kematian kedua-dua mereka?

Semoga Tuhan merahmati Beng Hock dan Altantuya agar mereka dapat bersemadi dengan tenang.



----------

INI JANJI TUKAR TIUB

Posted: 20 Apr 2013 08:00 AM PDT


JANJI TUKAR TIUB

KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau mat sabu kalah
ertinya pas tutup kedai

kalau mat sabu kalah
tukar tiub tutup kedai

kalau mat sabut kalah
hishamuddin rais
akan pindah negara


PRU13: Mampukah Pendang selamatkan kerjaya politik Mat Sabu

Cetak
PENDANG: Mampukah Pendang, antara kubu kuat PAS di Kedah, 'menyelamatkan' karier politik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang kalah dalam dua dalam pilihan raya (PRU) umum lalu.

Keputusan Timbalan Presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di Pendang dalam PRU-13 berhadapan bekas anggota Parlimen Pendang,  Othman Abdul akan ditentukan oleh lebih 63,000 pengundi pada 5 Mei ini. 
Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu kepada calon Barisan Nasional (BN), Razali Ismail pada 2008 dan sebelum itu pada 2004 beliau kalah di Kuala Kedah. 



NOTA
malam tadi 
leftenan jeneral ghafir
telah menerima maklumat
bahawa united malays national organisation
hanya boleh dapat 77 kerusi
ini maknanya mustahil
mat sabu akan kalah
keculi ada peti undi baru masuk
jam 2 pagi

--------

SEBUAH SANDIWARA DARI PASIR MAS

Posted: 20 Apr 2013 06:00 AM PDT



BEREHAT
SEBELUM MELOMPAT
Tok Pa: BN terkejut calon tarik diri untuk beri laluan kepada Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 20 April — Barisan Nasional (BN) tidak dimaklumkan mengenai keputusan calon mereka Che Johan Che Pa untuk tidak menghantar borang penamaan calon sehingga menyebabkan calon bebas, Ibrahim Ali melawan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz secara satu lawan satu di kerusi Parlimen Pasir Mas, kata  Mustapa Mohamad.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
woit...NAK TUDUH BANGANG... PERGI SEKOLAH..kah kah kah..
kah kah kah...NAK KATA PANDAI... NAMPAK BANGANG.... kah kah kah..
woit... BUAT BUAT TAK TAHU TOK HENG AKAN DI BERI LALUAN... kah kah kah..
kah kah kah... BERITA DAH KELUAR 5 HARI DULU... kah ah kah....
kah kah kah..SMS DAH BERKELIARAN.... kah kah kah...
kah kah kah,,,NAMA TOK HENG SENGAJA TAK DI SEBUT... kah kah kah..
kah kah kah...UNTUK JAGA HATI CHINA.... kah kah kah..
kah kah kah..KEMUDIAN CALON GEROMBOLAN AKAN TARIK DIRI...kah kah kah..
woit...TAK KAN BANGANG SANGAT TOK PA NI...kah kah kah..
kah ka kah,.... TAK TAHU APA YANG DI RANCANG...kah kah kah..
woit...INGAT NAJIB BERANI TAK IKUT  ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY... kah kah kah
kah kah kah...TOK PA NI NAK BUAT TEATER PULAAAAK... kah kah kah
------

BACA FAHAM DAN HEBOH KAN

Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT


INGATAN UNTUK SEMUA
mereka yang dapat kad pengenalan segera
sila jangan campur politik malaysia
siapa yang yang nak jadi ppengundi hantu
sila fikr seribu kali


 CARI  MAKAN DI MALAYSIA 
BUKAN SATU KESALAHAN
TAK ADA VISA
TAK ADA PERMIT KERJA
TAK MEMBAWA MUDARAT
TETAPI
JANGAN CAMPUR POLITIK PILIHAN RAYA


BILA KERAJAAN
BERALIH
KAMU AKAN DI DAKWA

PREMEGANG KAD PENGENALAN
PROJEK IC
WASPADA

KALI INI 
SEMUA BERSEDIA MWLAWAN
PENIPUAN

 RAKYAT MALAYSIA
ANAK SEMUA BANGSA 
TELAH MUAK
TELAH MARAH
MEREKA DITIPU DALAM PILIHAN RAYA



TIPU PILIHAN RAYA
TURUN KE JALAN RAYA


-------

BUKU HISHAMUDDIN RAIS DI LANCAR MALAM INI

Posted: 19 Apr 2013 10:52 PM PDT





PEGUMUMAN 
UNTUK SEMUA PEMINAT BUKU
buku saya pada malam ini akan dilancarkan oleh rosli ibrahim
siapa dia rosli ibrahim ini?

rosli ialah sosok yang kurang pemandangan
matanya rosak
dia hanya nampak tulisan jika
buku itu satu inci dari matanya
rosli  hanya menggunakan satu mata untuk membaca

tetapi rosli membaca
semua kitab kitab besar dalam dunia ini
rosli adalah wikipedia bergerak
tentang sejarah politik dan budaya malaysia
rosli juga mengetahui
wacana debat intelektual di indonesia

jika ada sosok yang paling banyak membaca
yang pernah menjadi kawan saya maka
dianya ialah rosli

buku saya sebelum ini juga
dilancarkan oleh rosli

yang mahu buku saya dibaca
bukan di glamourkan
saya tak suka politikus lancar buku
kerana politikus bukan membaca

saya juga tak mahu sultan atau raja atau menteri
atau penyanyi pop  lancar buku saya
jika mereka lancarkan buku saya
ini satu penghinaan terhadap buku saya

peghinaan bukan hanya terhadap buku saya
malah penghinaan terhadap semua buku
yang telah, yang sedang dan  yang akan dicetak

siapa tak suka membaca
siapa tak suka meneliti idea
lebih baik tinggalkan dunia ini
kerana tuan tuan hanya
menghabiskan oxygen
jika jika tuan tuan terkentut
udara dunia ini bertambah kotor

MALAM INI 
JAM 8:00 MALAM
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA


DARI FACE BOOK

  • UBU adalah universiti terpenting gerakan massa rakyat di Malaysia. Saya sangat berbangga kerana pernah menghadam aspirasi ini. Malam ini saya akan melancarkan buku terbaru Hishamuddin Rais; Tipu pilihanraya Rakyat Turun Ke Jalan Raya. Cool. 



SESUDAH
BUKU DILANCAR
KITA BERFORUM
------

GEROMBOLAN SUDAH HANCUR

Posted: 19 Apr 2013 10:30 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini bukti saheh
bahawa united malays national organistion
akan dikuburkan pada pru13 ini
parti ketuanan melayu ini sedang hancur
parti ini sedang ranap

bayangkan
timbalan ketua wanita
tak ADA KERUSI
bayangkan 3 ketua wanita negeri
tak ada kerusi

justeru,
jika united malays national organisation
masih menang juga lagi
maka kemenangan ini hanya dengan jalan tipu

jika tipu pilihan raya 
kita turun jalan raya

DARI FACE BOOK

Itu dia!! Nya iya urang Saratok udah ka!! Lawan Tetap Lawan!!

NOTA
semua ketua wanita termasuk kamalia
tidak diberi kerusi kerana 
mereka tidak diminati oleh rosmah
ada yang lebih slim dari rosmah
ada yang lebih cun dari rosmah
hanya yang gemok
hanya yang pendek
yang masuk senarai rosmah
kah kah kah
kah kah
kah



Tanding Bebas: Kamilia Dipecat Daripada Umno- Muhiyiddin


PAGOH: Naib Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kamilia akan menentang calon (BN),  Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada PAS.


DON PLAY PLAY
DON MAKE DONNO
------

JEMPUTAN MALAM INI

Posted: 19 Apr 2013 09:30 PM PDT




 PELANCARAN BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
semua dijemput
buar ramai
SATU JEMPUTAN

hishamuddin rais
dengan segala hormatnya
menjemput semua pembaca tukar tiub
ke malam pelancaran buku

TIPU PILIHANRAYA
TURUN
JALAN RAYA
ini bukan arab spring
ini malaysian durian

TEMPAT: universiti bangsar utama 
52c jalan kemuja bangsar utama
lrt bangsar
JAM: 8:00 malam
TARIKAH: sabtu 20 april 2013


MAKLUMAT TENTANG BUKU INI:
400 muka surat
harga 35 ringgit
boleh pesan dari hari ini
boleh didapati dari:

Kak Sham - 016-635-36-72
HaDI         - 012-664-88-73

BUKU INI DI EDAR OLEH
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

11 Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +603-7957 8342/ 8343

WAKAF
satu ringgit dari jualan buku ini
aakan diwakafkan kepada
projek DAPUR JALANAN

dapur jalanan ialah projek anak muda
dari lembah klang
memberi makanan percuma setiap petang ahad
di jalan panggung - sebelah jalan petaling



SUSUDAH PELANCARAN
KITA BERFORUM


--------

SAHEH BUKTI SPR MENIPU

Posted: 19 Apr 2013 09:00 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
tak perlu cakap banyak
tipu pilihan raya
turun jalan raya


900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui
Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

NONEDaripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi 
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.




----------

APA MAKNA BERITA INI

Posted: 19 Apr 2013 08:00 PM PDT



KIBARKAN KIBARKAN 
BENDERA RAKYAT
BENDERA MALAYSIA BARU

KOMENTAR TUKAR TIUB
ini membuktikan bahawa
pilihan raya ini satu mainan
dari kelas yang berkuasa

ini membuktikan bahawa
lembaga pendaftaran pertubuhan
satu jentera daulah
kini telah menjadi alat dan barua kepada
united malays national organisation

sejarah membuktikan badan ini
ditubuhkan oleh penjajah british
untuk menumpaskan gerakan rakyat
untuk menumpaskan kesatuan buruh
untuk menumpaskan kesatuan guru
kini digunakan untuk menumpaskan
gerakan rakyat untuk menumbangkan
united malays national organisation


TETAPI
pekara ini boleh ditebalikan
ini adalah kemenangan besar
untuk memperkukuh
setiakawan antara dap pkr dan pas
ini akan satu permulaan
yang kukuh untuk menggalang
kebangkitanj rayat

ini adalah perserikatan
 AMCAJA-PUTERA  yang ke 2



Peluang terbaik DAP ganti Pas
KUALA LUMPUR 19 April - Ketulenan Pas dalam memperjuangkan Islam di negara ini disifatkan tergadai sekiranya lambang parti itu digunakan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Aktivis Pas, Mohd. Khairi Awang...

Guna simbol bulan: Ahli DAP, PAS bantah

Kuala Lumpur: Keputusan PAS membenarkan DAP menggunakan simbol parti itu jika simbol roket ditolak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dikecam ahli kedua-dua parti itu. »


LAYARI STESEN PUNK
BERITA SEPANJANG MASA

----------

Kerabu Bersuara ®

Posted: 20 Apr 2013 03:39 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Chegu Bard Perlu Nyatakan Bukti Terhadap Kenyataan Ini

Posted: 20 Apr 2013 03:00 PM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400663_148634958647804_1047885021_n.png

N21 Ustaz Mohd Yusni Mat Piah

Saya berlapang dada dalam pertembungan 3 Penjuru di Sg Acheh, masing-masing calon bertanding atas arahan pimpinan parti masing-masing, namun saya amat kecewa pelbagai fitnah dan tuduhan jahat dilemparkan kepada Pemuda PAS Pulau Pinang.

Saya menuntut bukti atas tuduhan ini (seperti di gambar yang di snap dari page Calon PKR Sg Acheh). Kami di pihak PAS sejak awal dulu tidak sekalipun menyerang atau berbuat jahat kepada rakan Pakatan kami di Sg Acheh ini, namun pelbagai tuduhan dan fitnah terus dilemparkan kepada Pemuda PAS P.Pinang.

Pihak kami hanya bertindak sepertimana Islam wajibkan iaitu setiap fitnah yang dilempar kepada kita maka kita wajib menjawab dan memberi penjelasan.

Saya mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang, para pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat berasa kesal berhubung dengan perkara ini.

Jom Jadikan Sungai Acheh Suara PAS di DUN Pulau Pinang !!

Panas! Penyokong Umno Tanah Merah Di Layan Macam Binatang

Posted: 20 Apr 2013 10:29 AM PDT

Video Ribuan Rakyat Bersama Husam Musa Di Putrajaya. Allahuakhbar!

Posted: 20 Apr 2013 05:30 AM PDT





allahuakhbar!

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/544211_169804416513280_1536731201_n.jpg

Video Sekitar Penamaan Calon Parlimen Shah Alam PRU13

Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT


Video Ucapan Rafizi Selepas Selesai Penamaan Calon

Posted: 20 Apr 2013 04:28 AM PDT



allahuakhbar!

Beza Penyokong Pakatan Rakyat Dengan Penyokong Umno Bn.

Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT





Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Labuan Semasa Penamaan Calon

Posted: 20 Apr 2013 01:30 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/562489_643886738961865_439258784_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/521757_505561142814115_1589341147_n.jpg

calon pas labuan

allahuakhbar!

Live! Salahuddin Di Pusat Penamaan Calon

Posted: 20 Apr 2013 12:30 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/301997_498435500205723_1286765570_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! Kak Lah Bersama Lawan Parlimen Rantau Panjang

Posted: 20 Apr 2013 12:00 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/15196_10151638230959703_1289464090_n.jpg
http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/376135_10151638230484703_1024368162_n.jpg
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/521922_10151638224254703_80180400_n.jpg

allahuakhbar!

Live! Calon Panchor Nik Amar Di Pusat Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 11:45 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/532057_530740186972377_1050133650_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! Calon Palimen Kota Bharu Bersama Calon Adun

Posted: 19 Apr 2013 11:30 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/602138_10201110297822339_428020119_n.jpg

allahuakhbar!

Live! Pencalon Dun Wakaf Bhaaru Kelantan Panas!

Posted: 19 Apr 2013 11:15 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/407155_658007817557954_1720201335_n.jpg

antara che loh dan sedi

Allahuakhbar!

Live! Idris Jusoh Bersama Ustaz Ridhuan Di Besut

Posted: 19 Apr 2013 11:00 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/562489_643834355633770_946454207_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! Calon PKR Kuantan Bersama Keluarga Di Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 10:45 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/601752_502657053130829_1715057025_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! BN Kalah Di Pasir Mas!

Posted: 19 Apr 2013 10:30 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/61501_530731213639941_778299056_n.jpg

tumbangkan ibrahim ali!

Live! Ustaz Azizan Di Pusat Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 10:15 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/562335_547031498653013_942924548_n.jpg

Allahuakhbar!

'Saya minta maaf' - Che Johan Che Pa

Posted: 19 Apr 2013 10:14 PM PDT


PASIR MAS: Penyelaras DUN Chetok, Che Johan Che Pa yang menarik diri sebagai calon BN Parlimen Pasir Mas, meminta maaf kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat Malaysia atas tindakannya itu.

Beliau bersedia menerima hukuman tatatertib daripada parti.
Che Johan berkata demikian pada sidang media di sini.

PRU13: Kamilia dipecat daripada UMNO - TPM

Posted: 19 Apr 2013 10:13 PM PDT


PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.

Live! Himpunan Gambar Nurul Izzah Bersama Penyokong Lembah Pantai

Posted: 19 Apr 2013 10:00 PM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/602167_10151537128817418_267993544_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/375929_10151537129012418_1895878734_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/68506_10151537128867418_640349962_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/14032_10151537129202418_441661299_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/531917_10151537129467418_1225568361_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/553051_10151537130007418_1459076701_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/526481_10151537129737418_328246207_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/547227_10151537130607418_634552612_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! Penamaan Calon Ketua Pemuda PAS Kelantan

Posted: 19 Apr 2013 09:45 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/529413_624352304258814_119384811_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! TG Hj Saleh Musa Di Tempat Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 09:30 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/562444_581685881855944_1272192810_n.jpg

allahuakhbar!

Live! TG Haron Din Bersama Fathul Bari Di Pusat Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 09:15 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/602061_452261964856225_1953244654_n.jpg
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551544_452264571522631_620108073_n.jpg
Allahuakhbar!

Live! Ibrahim Ali Di Pusat Penamaan Calon

Posted: 19 Apr 2013 09:00 PM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/539632_643818135635392_1225351299_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! TG Nik Aziz Naik Hilux Bersama Penyokong Ke Pusat Penamaan

Posted: 19 Apr 2013 08:45 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/58100_561872513853763_1432234010_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/66855_561872317187116_1675239302_n.jpg

Allahuakhbar!

Live! Calon Kuala Terengganu Bersama Penyokong

Posted: 19 Apr 2013 08:30 PM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/59747_601215976563120_616146588_n.jpg

Allahuakhbar!

DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Apr 2013 03:35 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Mustapa akui terkejut Johan tak serah borang

Posted: 20 Apr 2013 08:12 AM PDT

Salmah Mat Husain & Muhd Yusri Amin,


JELI: Kegagalan calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa menyerahkan borang pencalonan pagi tadi dianggap Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, watikah telah pun diserahkan kepada Che Johan sebelum hari penamaan calon.

"Ini satu peristiwa yang mengejutkan kami dan kita perlu siasat kenapa perkara ini berlaku. Diharap siasatan dapat disegerakan. Ini adalah maruah parti dan kita mengharapkan calon parti kita bertanding," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pagi tadi.

Pada penamaan calon di Pasir Mas, Che Johan yang juga Timbalan Ketua Umno Pasir Mas biar pun datang ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, namun tidak menyerahkan borang pencalonan.

Ekoran itu pertembungan di kerusi tersebut satu lawan satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS.

Mustapa berkata, peristiwa yang berlaku itu membimbangkannya.

"Yang membimbangkan saya, kita sebuah parti yang besar BN,  tak bertanding, maka itu sebab perlu segera mengadakan pertemuan dengan Biro Politik BN untuk mengatur strategi di Parlimen Pasir Mas," ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Pasir Mas itu dianggap sebagai 'khianat' dan menipu penyokongnya sendiri.

"Ini petanda BN akan terus dipinggirkan rakyat di negeri ini. Nasihat saya kepada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

"Mereka nak undi siapa, Dato' Ibrahim bukan calon mereka, tetapi beliau bertanding atas tiket Bebas," ujarnya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad berkata, peristiwa yang berlaku tersebut begitu mengejutkan pemimpin dan penyokong Umno yang hadir pada perarakan calon.

"Kemungkinan ia bukan satu taktik Che Johan, tetapi mungkin arahan daripada pihak atasan dengan harapan Ibrahim boleh menang," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pasukan kempen bekas Ketua Umno Pasir Mas dalam kempen mereka menganggap Ibrahim adalah calon boleh menang.

"Saya lihat sendiri Che Johan hadir bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon, namun sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, hanya diisytiharkan dua calon sahaja.

"Dan saya yakin dia tidak serah borang pencalonan. Jika dia serah borang dan diisytiharkan bertanding, maka berlakulah pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan Bebas," ujarnya.

Che Johan tipu penyokong sendiri - Nik Amar

Posted: 20 Apr 2013 08:11 AM PDT

Rizal Tahir,
PENGKALAN CHEPA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri.

Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya.

Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang  akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri.

"Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

"Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas.

"Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,"ujarnya.

Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan.

"Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,"ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU.

Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu.

Polis Tahan Ketua Sekretariat Pakatan & 2 Saksi Pembikin Video Lucah

Posted: 20 Apr 2013 08:08 AM PDT


KELAB GREENBOCC
 
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan. -HD

Khalid Samad: Rakyat Pun Sudah Kenal & Boleh Nilai Lawan Saya!

Posted: 20 Apr 2013 08:01 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Penyandang kerusi parlimen P108 Shah Alam Khalid Samad (PAS) yakin pengundi di sini akan membuat pilihan terbaik dan tepat dengan memilihnya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Walaupun dikatakan bertanding di kerusi panas dan berdepan saingan sengit daripada lawannya, Datuk Zulkifli Nordin(BN), Khalid optimis pengundi bijak menilai wakil mana yang mampu membawa suara mereka.

"Saya pasti rakyat dan pengundi penggal lepas dapat menilai prinsip dan pencapaian saya selaku ahli parlimen di sini.

"Tidak perlu pula saya bercerita tentang lawan saya, saya yakin rakyat pun sudah tahu dan kenal siapa dia termasuk keperibadiannya yang ekstrimis.

"Rakyat dan pengundi Shah Alam pasti bijak membuat pilihan," tegas beliau yang ditemui sejurus selesai pengumuman calon dibuat di Pusat Penamaan Calon Parlimen Shah Alam di Dewan Besar Tanjung di sini pagi tadi.

Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kedudukan penyokong kedua parti Pakatan Rakyat (PR) dan BN yang ditempatkan secara tidak adil.

Sewaktu pengumuman calon dibacakan, Khalid dilihat membantah dan meminta agar penyokong PR ditempatkan dengan lebih dekat agar mereka dapat mendengar pengumunan dibuat, peluang sama yang dinikmati penyokong BN.

"Mereka (penyokong PR) diletakkan jauh, speaker juga diletakkan jauh daripada mereka, kemudian ada pula diletakkan lori seolah-olah menghalang pemandangan penyokong.

"Sebab itu saya minta agar kedudukan mereka diubah, dan akhirnya setelah dipersetujui mereka dapat juga ke hadapan sedikit berbanding kedudukan asal," protesnya.

Bagaimanapun, proses penamaan calon berjalan lancar dan pihak petugas keselamatan berjaya mengawal.

Pada PRU 12 lalu, Khalid memperolehi 33, 356 undi berbanding lawannya dari BN, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang cuma mendapat 24, 042 undi, menyaksikan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Lawannya pula, Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Perkasa, pada PRU lalu menang kerusi parlimen Kulim Bandar Bharu, Kedah di atas tiket PKR sebelum menjadi sebagai calon bebas.

Parlimen Shah Alam mempunyai 99, 957 senarai pengundi berdaftar dan 70 peratus daripadanya adalah Melayu.

Posted: 20 Apr 2013 07:57 AM PDT

Ahli MCA yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat, kata Dr Chua


Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR — Mana-mana ahli MCA yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat secara serta-merta, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar).

Menurut presiden MCA itu, parti tersebut tidak akan membenarkan mana-mana ahli bertanding sebagai calon bebas kerana ianya melanggar perlembagaan parti.

"MCA sejak awal lagi telah mengingatkan ahli parti bahawa sesiapa sahaja yang mensabotaj kempen pilihan raya akan dibatalkan keahliannya dan tiada rundingan dalam isu ini," kata Dr Chua dalam satu kenyataannya hari ini.

"Parti tidak akan bertolak ansur dengan ahli yang bertanding sebagai calon bebas termasuk ahli parti Yoong Tham Fook yang bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kubu Baru," tambah beliau lagi.

Beberapa kejutan dapat dilihat ketika hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini apabila beberapa pemimpin sama ada daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dipecat kerana mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas.

Beberapa nama besar daripada BN seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah dilucut jawatan apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Selain itu, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Mohd Shariff Omar juga telah dilucut jawatan apabila bertanding di Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas.

Bagi PR, dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini.

Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.

MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor.

Dalam Pilihan Raya 2013, MCA turut "meminjamkan" kerusi Parlimen mereka di Gelang Patah dan Wangsa Maju untuk ditandingi oleh rakan komponen BN mereka iaitu Umno.

Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung pada 5 Mei ini juga bakal menyaksikan sama ada MCA mampu untuk menggembalikan sokongan masyarakat Cina terhadapnya ataupun menerima risiko hilang relevansi di kalangan masyarakat kedua terbesar di Malaysia itu.

Tok Mun calon paling tua tanding PRU13

Posted: 20 Apr 2013 07:48 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA TERENGGANU— Calon paling tua di Terengganu, dan mungkin di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Pencalonan warga emas itu diterima oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Adzlan Dagang hari ini.

Kemunculan kali kedua itu menyebabkan Maimun yang mesra di panggil 'Tok Mun' menjadi tumpuan media di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini.

Penyertaan Tok Mun itu menyebabkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong dan calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta calon Bebas.

Tok Mun yang berbaju kurung coklat tiba di perkarangan Stadium Negeri seawal pukul 7 pagi dengan menaiki kereta sewa ditemani cucu angkatnya Nur Haslinda Mustafa,  31, yang menjadi pencadangnya serta seorang jiran, Timah Salleh yang menjadi penyokong.

Warga emas yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU12 juga di Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' untuk pilihan raya kali ini.

"Tok pilih simbol ini supaya hati pengundi-pengundi tok yang terkunci dapat dibuka supaya dapatlah mengundi tok untuk menang," katanya sambil memberitahu beliau  menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit.

Maimun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak  RM500 awal tahun ini.

Pada PRU 2008, Tok Mun yang menentang bekas penyandang Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. — Bernama

Gelombang Sokongan Rakyat Makin Kuat Di Selayang

Posted: 20 Apr 2013 05:20 AM PDT


Penamaan Calon Di Selayang 01

SELAYANG: Gelombang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat(PR) makin kuat di Selayang berdasarkan kecemerlangan pentadbiran dan pelbagai program yang diaturkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Calon Parlimen Selayang, William Leong(PKR) berkata, rakyat dapat merasai perbezaan ketara di bawah pentadbiran PR Selangor yang dilihat lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding Umno-BN.

"Saya yakin rakyat telah buka mata dengan satu keyakinan bahawa Kerajaan PR boleh memerintah dengan baik, jujur dan telus.

"Saya sendiri sering turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat dan sekaligus memberi satu harapan kepada rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.

Bagi calon DUN Rawang, Gan Pei Nei(PKR), beliau berharap rakyat akan memberi mandat sekali lagi kepada PR untuk mentadbir Selangor bagi meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan sejak tahun 2008.

Beliau yang kekal bertanding di kerusi DUN tersebut buat kali kedua yakin manifesto gabungan itu serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mampu memikat hati rakyat untuk terus kekal menyokong PR.

"Saya rasa rakyat melalui maklum balas yang kita terima mereka nampak ada perbezaan ketara di bawah pemerintahan PR khasnya seperti polisi air percuma, program MES dan sebagainya.

Penamaan Calon Di Selayang 02

"Kita dilihat sebagai sebuah kerajaan bebas rasuah dan terbukti bersih serta amanah di mana ia diakui oleh Ketua Audit Negara sendiri.

"Secara tidak langsung ia memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong PR," ujarnya.

Sementara itu, calon PAS DUN Taman Templer yang ditandingi Zaidy Abdul Talib berjanji akan meneruskan kecemerlangan pentadbiran PR di Selangor dengan membawa harapan rakyat yang menuntut perubahan.

Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik dengan menawarkan khidmat kepada rakyat dan menyerahkan kepada mereka untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak.

"Kami di sini akan meneruskan kecemerlangan yang dibuat oleh PR dalam tempoh lima tahun. Di Malaysia.

"Kita akan tawarkan khidmat kepada rakyat dan serahkan kepada mereka untuk memilih calon yang terbaik. Saya cukup yakin dengan kebangkitan rakyat yang percaya kepada PR," katanya.

Calon PKR DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman pula berharap rakyat akan memberi sokongan padu kepada PR yang sentiasa berusaha membela nasib rakyat.

Beliau juga berharap pilihan raya kali ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin memenangi kerusi DUN ini untuk masa depan warga Kuang kerana saya telah pantau keadaan di sana sejak tahun 2000 lagi.

"Saya akan meneruskan apa yang ingin dilaksanakan oleh PR di mana ia terbukti telah berjaya malah akan ditambah baik lagi seperti yang ditawarkan dalam manifesto PR Selangor," ujarnya.

Semua kerusi Parlimen, DUN ditandingi, kata SPR

Posted: 20 Apr 2013 05:17 AM PDT

THE MALAYSIA INSIDER

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.

Statistik calon dalam pilihan raya umum ke-13.Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online.

Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).
Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.

Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).

Khalid Ibrahim lawan BN di DUN Pelabuhan Klang

Posted: 20 Apr 2013 05:05 AM PDT

KEADILAN DAILY


PELABUHAN KLANG : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang (N46) menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon KEADILAN, Tan Sri Khalid Ibrahim menentang calon BN, Datuk Nasaruddin M Zain.

"Alhamdulillah, 2 calon sahaja telah diumumkan untuk Pelabuhan Klang - Saya dan Datuk Nasaruddin M Zain (Umno). Selamat bertanding secara berhemah kepada semua!" kata Khalid di twitter.

Pencalonan itu berlangsung di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang.

Tee Keat: Dia Bebas, saya BN

Posted: 20 Apr 2013 04:54 AM PDT



Penyandang kerusi Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, belau tidak akan berkempen untuk bekas pembantunya Allan Tan yang bertanding kerusi itu sebagai calon Bebas.

"Beliau calon bebas sementara saya dalam BN," kata bekas presiden MCA dalam sidang media hari ini.

NONEWalaupun tidak diberikan madat mempertahankan kerusi, beliau berkata sedia berkempen untuk BN jika ada yang memintanya.

Bagaimanapun beliau percaya tiada yang akan melakukannya kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak yang tidak terpilih.

BN meletakkan Gary Lim sebagai calon MCA di Pandan berdepan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Lim, Ong tidak memberikan jawapan jelas. Diminta kepastian oleh pemberita, Ong menjawab akan mempertimbangkan.

Bagaimanapun beliau berkata, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek lebih sesuai untuk tugas itu kerana beliau melihatnya sebagai calon boleh menang.

Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas

Posted: 20 Apr 2013 04:49 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.

Tanding bebas: Umno pecat Fadzil Hanafi

Posted: 20 Apr 2013 04:22 AM PDT

Bernama


 
Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
  
"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan DUN Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi DUN Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.
  
Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi DUN Alor Mengkudu.
  
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
  
Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004.

- Bernama

Najib: Surat pecat ahli BN tanding bebas Isnin ini

Posted: 20 Apr 2013 04:19 AM PDT



 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan
dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.
  
"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di Pekan hari ini.
  
Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).
   
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS).
  
Najib berkata bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.
   
Beliau berkata jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.
  
"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya. Bernama

Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan anak Nik Aziz

Posted: 20 Apr 2013 04:15 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

Najib dicabar anggota majlis pimpinan pusat PKR

Posted: 20 Apr 2013 04:10 AM PDT



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
  
Pengumuman mengenai pertandingan satu lawan satu antara Najib dengan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali pada 10.45 pagi.
  
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan pada 9.08 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976.
  
Najib yang berarak bersama kira-kira 5,000 penyokong BN yang membawa sepanduk dan bendera parti-parti komponen dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi.
  
Berbaju Melayu biru, beliau masuk ke dewan itu bersama-sama calon BN lain dan menjadi calon pertama BN yang menyerahkan borang pencalonan.
  
Calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan ialah Khairudin Mahmud bagi DUN Pulau Manis, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Aris (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).
  
Sementara itu, calon-calon pembangkang diketuai Fariz, 43, yang berasal dari Marang, Terengganu, tiba di pusat berkenaan pada 8.50 pagi diiringi kira-kira 500 penyokong yang membawa bendera dan sepanduk parti pembangkang.

Kedua-dua penyokong parti yang bertanding di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan masing-masing melaungkan slogan mereka, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.
  
Sambil berteriak 'Hidup PM, Hidup BN', penyokong BN turut menyanyikan lagu 'Barisan Kita' manakala penyokong pembangkang melaungkan takbir 'Allahu Akbar'.  
  
Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi.
  
Keadaan cuaca yang baik pagi ini serta kawalan daripada anggota polis telah memastikan pergerakan kenderaan lancar di sekitar pusat penamaan calon.
  
Najib menjadi anggota Parlimen Pekan pada 1976 selepas ayahandanya, perdana menteri kedua dan anggota Parlimen Pekan, Tun Abdul Razak Hussein meninggal
dunia.
  
Sejak itu, Najib kekal menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan kecuali semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986. Ketika itu Najib mewakili kawasan DUN Bandar Pekan.
- Bernama

Aziz Bari bertanding satu lawan satu di Sabak Bernam

Posted: 20 Apr 2013 04:08 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abdul Aziz Bari, yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama, berdepan pertandingan satu lawan satu di Parlimen
Sabak Bernam.

Abdul Aziz, yang mewakili PKR, akan berdepan bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sabak Bernam Zailani Kadir di Dewan Tun Abdul Razak di sini pagi ini selepas tempoh pencalonan tamat.

Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan secara terbuka titah peringatan Sultan Sharafuddin berhubung isu serbuan Jais di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos 2011.

Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam berlangsung aman dengan Mohd Fasiah, 57, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi, diikuti Abdul Aziz, 59, kira-kira 10 minit kemudian.

Ketika ditemui, Mohd Fasiah berkata beliau yakin BN akan mempertahankan kerusi Parlimen itu dan mampu mendapat majoriti lebih besar pada pilihan raya kali ini kerana kerja parti dilaksanakan di kawasan itu sejak lima tahun lepas.

"Sebagai setiausaha Umno dan BN Sabak Bernam kita telah lama melakukan persiapan dan kerja-kerja parti dan kita yakin akan meningkatkan lagi majoriti pada PRU-13," katanya kepada Bernama di sini.

BN melalui Datuk Abd Rahman Bakri menang dengan majoriti 1,335 bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam mengalahkan calon PKR Dr Badrul Amin Bahron pada PRU 2008.

Fasiah berkata sokongan rakyat khususnya warga guru di kawasan itu telah meningkat dengan tinggi dan Kerajaan Persekutuan yang dikuasai BN tetap prihatin dengan nasib penduduk Selangor melalui pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan awal persekolahan.

Abdul Aziz pula ketika temui berkata beliau juga yakin memenangi kerusi itu dan akan mendapat sokongan semua pihak termasuk Ketua Bahagian PKR Sabak Bernam Badrul Amin dalam kempen pilihan raya ini.

Sementara itu pertandingan satu lawan satu juga berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar melibatkan calon BN Kamarol Zaki Abdul Malik dan calon PAS Wahid Rais dan di DUN Sabak antara calon BN Abdul Halim Udin dan calon PAS Sallehen Mukhyi.

Kawasan Parlimen Sabak Bernam mempunyai 37,390 pengundi berdaftar merangkumi 30,755 pengundi Melayu, 4,693 (Cina), 1,878 (India) dan 64 (lain-lain), membabitkan dua kawasan DUN iaitu Sungai Air Tawar dan Sabak.- Bernama

DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Apr 2013 03:30 PM PDT

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Cuba Baca Pesanan AMOI CUN Ini...

Posted: 20 Apr 2013 07:48 AM PDT



TUMBANGKAN BN & UMNO!



Budak 5 Tahun Dirogol dengan Kejam

Posted: 20 Apr 2013 07:00 AM PDT


[SH] NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.

Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.

"Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.

Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.

"Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa.


[Gambar] Bukti UMNO Pinggir Wanita

Posted: 20 Apr 2013 06:00 AM PDT


[Gambar] Datuk Husam Musa SEBAK, MENITIS Air Mata...MENGAPA?

Posted: 20 Apr 2013 03:30 AM PDT

Kredit tertera pada gambar.

 Datuk Husam Musa calon PAS di P-125 Putrajaya tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata  ketika bacaan doa. Beliau ditenangkan oleh beberapa orang pengiring beliau. 

Allahuakbar!

Mengapa beliau menangis? Tonton video ini. Mungkin ada dapat meneka sebab beliau sebak dan menangis. - DCM


TUMBANGKAN BN & UMNO!!!!



[Video] Husam Hilang Wang Deposit di Putrajaya? Tonton Video Ini Dulu Tengku Adnan!

Posted: 20 Apr 2013 02:00 AM PDT



Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran untuk menentang calon daripada parti lawan.

Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu  kononnya dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di Putrajaya. 

Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya.   Namun, berdasarkan beberapa tindakannnya itu,  kehadiran Datuk Husam jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya. 



Pada hari  penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.

Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! -DCM


TUMBANGKAN BN & UMNO!



Penyokong UMNO di Putrajaya





[PANAS] Calon Lelaki BN Terima Ciuman Mesra daripada Seorang Lelaki

Posted: 20 Apr 2013 12:38 AM PDT



P/s: Kalau Anwar Ibrahim yang kena cium, TM yakin gambar dan isu ini akan dimainkan oleh media perdana sampai tamat PRU13.

Namun yang menjadi mangsa ialah katak politik yang sebelum ini hangat dibidas kerana menghina orang India dan agama Hindu.

Yang TM musykil, adakah orang yang mencium katak politik ini orang India? Sanggup dia mencium orang yang menghina kaum dan agamanya? Lagi musykil, sejak bila katak politik ini mesra aksi LGBT? Walhal dia kononnya anti-LGBT.-DCM



[PANAS] Datuk Kamilia LETAK JAWATAN dalam UMNO dan Keluar Parti

Posted: 19 Apr 2013 10:21 PM PDT



[HD] KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.



Kerana Kecewa dengan UMNO, Kamilia Tanding BEBAS di Kuala Kangsar

Posted: 19 Apr 2013 10:00 PM PDT



[HD] KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru, lapor Malaysiakini.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.



P/s: Mengikut Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang didapati bertanding sebagai calon bebas atau menyokong parti lawan akan dipecat serta-merta.  In sya Allah, KK dalam genggaman PR!

Berita sebelum ini di sini.


Seperti Dijangka, ROS dan SPR Benar DAP Guna Logo Roket

Posted: 19 Apr 2013 08:58 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Jangkaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terbukti pagi ini apabila semua calon DAP diterima untuk bertanding atas tiket parti itu.

Mereka berjaya menggunakan logo DAP walapun sebelum ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) menyatakan mereka tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali awal pagi ini berkata segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik semata-mata.

"Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan. 

"Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik," kata beliau.

Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu malapetaka kepada sistem demokrasi negara.

"Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang," tegas beliau.

Menurut calon-calon DAP, RoS telah memberikan surat rasmi kepada DAP bagi mengesahkan lambang Roket boleh digunakan.

Sehingga kini, tidak ada sebarang laporan DAP tidak boleh menggunakan logo mereka.

Kecut perut BN apabila tindakan menghalang DAP menggunakan logo mereka akan menyebabkan PR menang besar!!!


[Gambar] Azwan Ali Iringi Abangnya, Azmin Ali ke Pusat Penamaan Calon PRU13

Posted: 19 Apr 2013 06:31 PM PDT


[Gambar] Jual Agama

Posted: 19 Apr 2013 05:00 PM PDT



P/s: Padat dan nyata!





Biaqpila

Posted: 20 Apr 2013 03:24 PM PDT

Biaqpila


BN GANTUNG BANNER MAKAN DIRI

Posted: 20 Apr 2013 05:39 AM PDT

DEY MACHA!!!
TAHAP KEBODOHAN MELANTUN-LANTUN
UNDURLAH BARISAN NASIONAL
RAKYAT DIHULUKAN
KAH! KAH! KAH!


HAMPEH!!! CALON BN TARIK DIRI TAKUT KALAH

Posted: 19 Apr 2013 11:00 PM PDT

Che Johan Che Pa Tarik Diri Di Pasir Mas



Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 20 Apr 2013 01:56 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


UMNO - GAGAL BERTANDING DI SEMUA KERUSI HAKNYA

Posted: 20 Apr 2013 12:37 AM PDT

PKR DAH DAPAT SATU KERUSI PARLIMEN DI WP KL

Posted: 19 Apr 2013 04:15 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 20 Apr 2013 01:38 PM PDT

Muslimeen United


5,000 iringi calon PAS Marang

Posted: 20 Apr 2013 02:47 AM PDT

(Ustaz Hadi memberikan ucapan kepada semua yang mengiringi beliau semasa penamaan calon)


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh jentera parti agar dapat melaksanakan kerja-kerja kempen pil;ihan raya dengan baik, bersabar serta mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut menjelaskan pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya sejak tahun 1986 dan tidak ada sebarang masalah.

"Seperti biasa dan ini bukan pertama kali saya bertanding di sini (Marang)…sejak tahun 1986. Saya menyeru kepada seluruh jentera parti supaya bekerja dengan baik, sabar dan mengikut peraturan pilihan raya yang ada, Insya'Allah," ujarnya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRU13, Pejabat Daerah Marang, hari ini.

Sebelum itu, lebih para penyokong dan ahli PAS mula berkumpul di perkarangan Pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang yang dijadikan Markas Pilihan Raya Muslimat dan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang.

Perarakan calon bermula kira-kira jam 8.40 pagi dari pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang sejauh hampir satu kilometer ke pusat penamaan calon selepas calon-calon PAS menunaikan solah hajat di Masjid Kampung Kijing.

Sekitar jam 9.00 pagi, rombongan calon dan pengiringnya mula masuk ke kawasan Pusat Penamaan Calon PRU13 di Pejabat Daerah Marang.

Kesemua calon-calon PAS bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada jam9.15 pagi dan selesai pendaftarannya kira-kira 10 minit kemudian.

Pada jam 10.00 pagi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waktu penyerahan borang pencalonan tamat dan diumumkan calon-calon bertanding secara rasminya pada jam 11.00 pagi.

Keputusan pencalonan menyaksikan pertandingan satu lawan satu kecuali di N17 Alor Limbat terdapat calon bebas iaitu Encik Jaafar Jambol bekas rakan sekutu Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini bermakna, perlawanan tiga penjuru antara calon PAS, Ustaz Ariffin Deraman menentang penyandang BN, Alias Abdullah serta calon bebas, Jaafar Jambol.

P37 Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan kerusinya yang akan ditentang oleh Pengerusi Umno Bahagian Marang, Dato' Yahya Khatib Mohamad.

Pencalonan Ustaz Abdul Hadi bertanding di kerusi Parlimen Marang dicadangkan oleh Haji Ibrahim Long dan disokong oleh Embong Ngah.

Kerusi N18 Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mempertahankan kerusi tersebut yang akan ditentang oleh musuh tradisinya Zaidi Muda yang pernah bertanding tahun 2008 lalu.

Encik Muda Abdullah adalah pencadang dan Mohd Nasir Ismail pula penyokong kepada Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu.

Ustaz Abdul Hadi Awang yang juga penyandang kerusi N19 Rhu Rendang akan mempertahankannya dari pencabar calon BN, Nik Dir Nik Wan Ku.

Haji Hashim @ Ibrahim Mohamad merupakan pencadang dan Mohamad Deraman pula adalah penyokong kepada pencalonan Dato' Seri Abdul Hadi mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala, calon termuda PAS bagi kerusi N20 Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, 37, pula akan ditentang oleh calon BN, A Latif Awang.

Beliau dicadangkan oleh Hamzah Muda dan disokong oleh Mohd Faizol Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Dun Pengkalan Berangan.

Tinjauan Harakah mendapat jumlah penyokong PAS jauh lebih ramai dari penyokong Umno-BN sekaligus menggambarkan sokongan moral cukup kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Marang. -Hrkh

Rencah Berita Sekitar Hari Penamaan Calon 20 April 2013

Posted: 20 Apr 2013 02:44 AM PDT



PANASSS!!!!!!... GADIS YANG HILANG SELAMA 6 BULAN AKHIRNYA DITEMUI DITEMPAT PENAMAAN CALON OLEH BAPANYA SENDIRI BERSAMA PEMUDA BN!!!

Telah berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan kedua ibu bapanya apabila anak perempuannya baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya pemuda BN setelah beliau 6 bulan tidak dijumpai oleh keluarganya.


PRU13: Anggota polis meninggal dunia di pusat penamaan calon


MELAKA: Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim, berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.

Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.

Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16. - BERNAMA


Pecah Berita!!! 9 Biji Kereta Penyokong PR di Pecahkan Cerminnya Di Penamaan Calon Gombak!
Kuala Lumpur - by @tiewnama


Keadaan di hari penamaan calon parlimen gombak di kejutkan dengan samsengnya puak puak Barisan Nasional apabila mereka bertindak memecahkan serta merosakkan beberapa kenderaan milik penyokong pakatan rakyat.

Sudah jelas BN inginkan tercetusnya ketegangan jika mereka kalah pada pru 13 pada 5 may ini.

Puluhan ribu iringi calon PAS Putrajaya

Posted: 20 Apr 2013 02:40 AM PDT




PUTRAJAYA: Calon BN Putrajaya,  Datuk Tengku Adnan Mansor yakin, calon PAS Datuk Husam Musa akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Adnan yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini.

Adnan mengimbau kembali pilihan raya 2004 di mana calon pembangkang ketika itu hilang wang deposit.

Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.

Beliau juga bertanding di DUN Salor, Kubang Kerian Kelantan.

Sikap sombong dan cakap besar Adnan ini dipercayai akan makan tuan selepas ini. -Hrkh

PENYAPU SIAL

Posted: 20 Apr 2013 01:04 PM PDT

PENYAPU SIAL


idea tranformasi 1 malaysia ....kenapa kita kena sokong Najib...................

Posted: 20 Apr 2013 06:40 AM PDT

 

 

 

 

di tolak ke lubang taik.....!!!!

bakal terlingkup....UMNO masih berani letak calon yang pernah sabotaj parti dan kalah memanjang bertanding di PRU 13...!!!!

Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT

Tindakan Umno meletakkan calon yang pernah sabotaj parti itu bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei depan di persoalkan .

Calon BN parlimen Jempol Isa Samad pernah digantung keahlian dua tahun setengah kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno 2004.

Rakyat perlu nilai adakah pemimpin seperti ini mereka nak pilih?..Selain meletakkan calon yang pernah sabotaj kepada parti, umno juga memberi kepercayaan kepada tokoh yang pernah kalah beberapa kali dalam pilihan raya sebelum ini.
Di Kelantan antara mereka ialah Mansor Salleh di parlimen Tumpat; Mohamad Fatmi Che Salleh (Kota Baru); Awang Adek Hussin (Bachok) dan Annuar Musa (Ketereh).

Di parlimen Pendang, Barisan Nasional meletakkan naib pengerusi persatuan veteran Umno Othman Abdul.
Manakala di Selangor antara calon kitar semula ialah Rozaidah Talib di Ampang; Yap Pian Hon (Serdang) serta Dr Rahman Ismail yang akan bertanding di Gombak.

Adakah mereka tidak ada calon-calon lain selain tokoh yang sudah beberapa kali kecundang tu?Ke mana anak-anak muda Umno dan BN yang sepatutnya di ketengahkan sebagai calon..

Sangat jelas Umno hanya memilih calon yang sealiran dengan mereka iaitu yang pandai merapu  dan mengampu...!!!

bakal terlingkup.....UMNO di sabotaj lagi...kali ini Fadzil Hanafi bertanding sebagai calon Bebas...!!!

Posted: 20 Apr 2013 04:26 AM PDT

memang haramjadah sabotaj UMNO....kah kah kah

 

laaaaa...rupanya kawan gue yang tikam dari belakang..ku ingat pembangkang...kah kah kah

Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.

"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan DUN Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi DUN Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.

Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi DUN Alor Mengkudu.

"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.

Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004.

 

 

penyapu sial

 

 

baru 2 ekor yang jelas buat sabotaj...ada lagi yang akan buat sabotaj...tunggulah di PRU 13 pada 5 Mei...lagi banyak yang akan sabotaj...itu belum lagi penyokong sendiri yang akan berpaling tadah di kertas undi...he he he...selamat terlingkup.....!!!!

pakatan rakyat jadi pakatan tamak haloba .....????

Posted: 19 Apr 2013 10:54 PM PDT

Pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Labuan

 

pakatan banggang  berebut kerusi....mana toleransi anda...musuh anda akan ketawakan...padan muka...!!!!!

Pertandingan merebut kerusi Parlimen Labuan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) dicabar calon PKR dan PAS.

Tiada calon bebas mengemukakan kertas pencalonan walaupun sebelum ini heboh mengenai dua calon bebas akan bertanding.

Calon muka baharu BN, Rosman Isli yang diiringi hampir 1,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon di Kolej Matrikulasi Labuan pada 9.09 pagi dan kemudiannya menyerahkan kertas pencalonannya.

Rosman diiringi pemangku ketua Umno Labuan Datuk Yunus Kurus, yang bertindak sebagai pencadang dan naib ketua bahagiannya Datuk Bashir Alias sebagai penyokong.

Calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin tiba pada 9.07 pagi diikuti calon PAS, Hadnan Mohamad pada 9.12 pagi.

Pengumuman tiga penjuru itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya Mistirine Radin.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rosman berkata berdepan kedua-dua calon pakatan pembangkang bukan satu cabaran kepadanya tetapi beliau tidak boleh memandang ringan kedua-dua lawannya.

“Apa yang penting ialah untuk memastikan adanya kesinambungan bagi pembangunan untuk penduduk di sini. Oleh itu, kita mesti memastikan kemenangan dengan mandat yang besar daripada pengundi,” katanya.

Rosman yakin Labuan akan kekal sebagai kubu kuat BN dan menyumbang satu kerusi kepada BN.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Datuk Yussof Mahal menewaskan calon PAS Matusin Abdul Rahman dan calon bebas Lau Seng Kiat dengan majoriti 8,457 undi. 

 

Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

pakatan banggang bila berebut kerusi kerana tamak haloba dan mementingkan diri sendiri...musuh anda yang satu akan ketawakan anda...dan anda pula yang akan di campak ke lubang taik....!!!

niatkan perjuangan anda dengan betul...musuh anda sebenarnya siapa..??
masa masih ada lagi untuk mengubah fikiran...fikir2 kan lah ...jangan fikir diri sendiri aje...pikir2 kan seluruh rakyat yang mengantung harapan terhadap anda...

jangan jadi penghianat kepada harapan rakyat...!!!

satu lawan satu dengan bekas tuan yang di kencingkannya....berahim katak bakal hilang deposit.!!!

Posted: 19 Apr 2013 10:41 PM PDT

Calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan berhadapan satu lawan satu dengan Datuk Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas.

Perkara ini mengejutkan apabila calon Barisan Nasional (BN) Che Johan Che Pa yang hadir di Pusat Penamaan Calon pagi ini tidak menghantar borang pencalonannya.

Che Johan yang merupakan timbalan ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu juga dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan Ibrahim.

Calon PAS Nik Abduh juga merupakan anak lelaki kepada menteri besar sementara Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kecewa sebelum ini kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Noordin dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

“Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya,” katanya awal minggu ini.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan BN agar meletakkan Ibrahim sebagai calon dan berjanji untuk berkempen di Pasir Mas sekiranya presiden Perkasa itu terpilih.

Dr Mahathir yang juga merupakan penaung kepada Perkasa juga berkata, orang-orang seperti Ibrahim diperlukan oleh negara.

Ibrahim sebelum ini pernah mengugut mahu membakar bible berbahasa Melayu dan menjadi jaguh mempertahankan hak keistimewaan golongan Bumiputera walaupun ianya telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dan menang kerusi Parlimen Pasir Mas selepas mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991 undi.

Beliau kemudiannya menghianati  PAS dan mengumumkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

 

 

penyapu sial

 

 

katak penghianat bertemu dengan tuan lama yang di kencingkan..beliau bakal hilang deposit kali ini...siapa lagi yang tergamak dengan ikhlas nak mengerah kudrat untuk membantu memenangkannya...pasti siapa yang melihat sejarah bagaimana katak ini telah mengencingkan PAS yang telah banyak menolong memenangkan di PRU 2008 dahulu...tidak berani mengambil risiko sekali lagi...

kita nak tengok samada orang orang BN akan tolong kempen untuk katak ini atau tidak atau  hanya  beliau dengan si tua kutuk kafir lahanat mahathir yang akan terpekik terlolong berkempen untuk dia....najib sendiri pun takut nak ambil risiko terima katak ini jadi ahli UMNO.....inikalilah kasi buang ini katak ke lubang taik bersama UMNO-BN...!!!!

UMNO-BN bakal terlingkup...najib sayangi lembu...tidak calon naib ketua wanita umno bertanding PRU 13 punca datuk kamilia ibrahim sabotaj UMNO....baru padan muka UMNOPORNO...kah kah kah...!!!!

Posted: 19 Apr 2013 10:17 PM PDT

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru

Kamilia Ibrahim dua hari lalu berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap Wanita Umno sebagai calon dalam Pilihan Raya 2013. Semalam Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan ahli Umno yang bertanding bebas secara automatik keahlian mereka akan digugurkan atau dipecat.

Menurutnya, beliau tahu ada pemimpin yang kecewa kerana tidak tercalon tetapi dalam masa yang sama ramai juga pemimpin yang dengan rela undur diri untuk memberi laluan kepada muka baharu.

“Untuk mereka yang tidak tercalon, ini bukan penghujung dalam perjuangan mereka sebagai ahli politik.

“Kita ucap terima kasih kepada pengorbanan mereka selama ini dan hargai jasa yang telah mereka sumbangkan kepada rakyat dan harap mereka tidak berhenti memberi sokongan,” katanya dipetik dari agensi berita nasional Bernama.

 

 

penyapu sial

 

 

sayangi selangor bertukar sayangi lembu...kah kah kah...UMNO-BN bakal terlingkup di sabotaj oleh ahlinya sendiri yang tidak puashati tidak di calonkan untuk bertanding di PRU 13...

dah lah beliau tidak memangku jawatan menteri wanita di sebabkan najib altantuya jadi pondan telah membolot jawatan tersebut untuk rosmah punya gang...jadi calon PRU pun masih di ketepikan...inilah akibatnya setia yang melampau terhadap UMNO penghianat yang akhirnya di kencingkan...

tak payah la bertanding sebagai calon bebas...tiada masa depan...masuk pakatan rakyat dan ikhlas berjuang itu sahaja...perjuangan anda di hargai..atau ada hati nak tergolong dalam dalam geng penyamun rakyat...maka teruskan niat anda...!!!

Telok Bakong Online

Posted: 20 Apr 2013 11:58 AM PDT

Telok Bakong Online


DATO SERI ANWAR IBRAHIM TURUN PERAK LAGI...JOM KITE DATANG RAMAI RAMAI..

Posted: 20 Apr 2013 06:17 AM PDT

DATO SERI ANWAR IBRAHIM TURUN PERAK LAGI...JOM KITE DATANG RAMAI RAMAI...

Masa :            Pukul 9.00 malam,
Tarikh:             21 hb APRIL.

CERAMAH DSAI DI KG TELOK SENA LAMBOR KIRI,MOH KITE....DSAI BOOOOOOM LAGI BOTE....DEME DAH NGELUPORRR....

Berikut Adalah Jadual Penuh

21 April 2013 (Ahad)
1) 10.30 pagi – Sepagi Dengan Anwar Ibrahim
Lokasi : Pekan Kuala Kurau
2) 12.00 tghari – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pekan Bagan Serai
3) 2.30 ptg – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Kampong Anak Kurau
4) 4.00 ptg – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Kampong Baru Sauk
5) 6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar
6) 9.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Kampong Teluk Sena, Lambor Kiri
7) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Batu 9, Lekir, Sitiawan

Terkini..Hari Penamaan Calon Parlimen Parit DUN Bota Dan Belanja Meriah part 1

Posted: 19 Apr 2013 10:03 PM PDT

8.00 am - Penyokong Pakatan Rakyat dari Parti Pas dan PKR berkumpul dihadapan Masjid Seri Iskandar dengan banner banner dan sepandok menunjukkan sokongan.Dianggarkan kira kira 2500 orang telah berada ditapak ini untuk menberikan sokongan kepada calun calun PR yang bertanding.


Calun Parlimen Parit P69 ialah Ustaz Ismi bin Mat Taib( YDP PAS Parit ),seorang lulusan agama dan seorang peniaga.Calun Dun Belanja ialah Dr Najhahtussolehah bt Ahmad seorang doktor perubatan,merupakan Ketua Muslimah Pas Perak dan Parit.


Parti Keadilan Rakyat pula mengemukakan Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai calon.Beliau merupakan anak kelahiran Kg Batu 16 Lambor Kanan.Merupakan Ketua Penerangan PKR Perak dan Ketua Cabang Tambun.Beliau pernah bekerja dengan Jabatan Ugama Islam Negeri Perak sebagai pendakwah.Memiliki Sarjana Muda Sains Pendidikan Islam dari UTM, Diploma Pengajian Islam UKM dan Diploma Pengurusan Perbandingan Kolej darul Hikmah.


9.00 am -Para penyokong dan semua hadirin mula berarak menuju ketempat Penamaan Calon iaitu Pejabat Kemas Seri Iskandar.Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan zikir dan laugan takbir diselang seli dengan laungan semangat.Manakala calun Barisan Nasional berarak dari arah yang bertentangan dengan diiringi oleh para penyokong seramai lebih kurang 800 orang.Calon BN di peringkat Parlimen ialah Dato Zaim Abu Hassan,DUN Bota Dato Nasaruddin Hashim dan DUN Belanja Nizar Zakaria.


Trailer Pas..Ooops..Pick Up jer
Apa Tuuu...Katak Si Katak Lompat Rupanya..Ngape Boleh Ada Disini??..Hi..Hi


Addin

Posted: 20 Apr 2013 11:27 AM PDT

Addin


Dr. Juanda Tidak Jadi Calon, Ini Penjelasan Beliau

Posted: 20 Apr 2013 04:12 PM PDT

BEBERAPA soalan:

1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?

3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?

4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok? 

1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat. 

2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. 

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain.

3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.

4. Kejutan? Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.


Dr Juanda Jaya
Mufti Perlis



Iklan C (ii)



Mahasiswa Kena Tipu, Ingatkan Program Komuniti Tapi Jadi pencacai Umno

Posted: 20 Apr 2013 08:18 AM PDT


SINTOK, 20 April : Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) sebentar tadi telah mendedahkan pentadbiran universiti telah menyediakan enam buah bas untuk ke pusat penamaan calon. 

Namun, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum itu dimaklumkan bahawa enam buah bas itu akan menyertai sebuah program khidmat komuniti di Sungai Petani dan Ayer hitam. 

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila enam buah bas berkenaan terus ke pusat penamaan calon serta diberikan baju percuma, makanan percuma dan pelepasan kelas Ko-Kokurikulum bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional. ~king of goblok



Iklan C (ii)



Kejutan-Kejutan Hari Penamaan Calon PRU13

Posted: 20 Apr 2013 07:21 AM PDT

JOHOR BARU, 20 April — Beberapa kejutan dapat dilihat ketika hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini apabila beberapa pemimpin sama ada daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dipecat kerana mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Beberapa nama besar daripada BN seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah dilucut jawatan apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. 

Selain itu, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Mohd Shariff Omar juga telah dilucut jawatan apabila bertanding di Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas. 

Bagi PR, dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini. 

Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana. 

Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk memerintah di negara ini. 

Selain itu, bagi pilihan raya kali ini turut menyaksikan beberapa kerusi Parlimen ditandingi sehingga tujuh calon yang majoritinya adalah mereka daripada calon bebas seperti di Parlimen Kajang. 

Kejutan juga dapat dilihat apabila calon BN untuk kerusi Pasir Mas Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan sekaligus memberikan penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan pemimpin PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz. 

Datuk Seri Ong Tee Keat juga dilihat menarik diri daripada Pilihan Raya 2013, namun meletakkan bekas pembantunya Allan Tan sebagai calon bebas untuk bertanding di kerusi Pandan. 

Calon bagi kerusi i Parlimen Gelang Patah R. Rajandran yang seharusnya bertanding sebagai calon bebas menarik diri pada saat-saat akhir penamaan calon, yang mana turut memberikan pertandingan satu lawan satu antara menteri besar Johor sementara Datuk Abdul Ghani Othman menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang. 

Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih 13.3 juta pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)






Ustaz Azhar Idrus Gempur Kubur Ali Rustam

Posted: 20 Apr 2013 04:52 AM PDT


Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus akan berceramah di Kg Bukit Katil malam esok jam 8.00 malam. Program yang sepatutnya berlangsung di Taman Krubong Perdana dipindahkan ke Bukit Katil kerana ada pihak yang menghalangnya.

Program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Namun dilhat kehadiran Ustaz Azhar Idrus seolah-olah menggempur kubur Ali Rustam. Yang pasti Ustaz Azhar Idrus adalah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Dijangkakan kali ini Ali Rustam tewas kepada Ketua AMK, Shamsul Iskandar di Parlimen Bukit Katil. Ini kerana DUN Bukit Baru yang berada dalam Parlimen Bukit Katil di jangkakan aka di menangi oleh calon PAS,Dr. Khalid Kassim.

Jikalau dilihat dari keputusan PRU 2008 serta komposisi kaum dan mood rakyat yang mahukan perubahan, Parlimen Bukit Katil bakal menjadi kubur buat Ali Rustam.

Untuk ceramah UAi, seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.




Iklan C (ii)







Penyanyi Popular Tentang Noh Omar Di Tanjung Karang

Posted: 20 Apr 2013 12:05 AM PDT

Lagi ahli Umno bertanding menentang Umno!Jika di parlimen Kuala Kangsar, naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang geram tidak dapat dicalonkan atas tiket Barisan Nasional (BN), seorang lagi personaliti Umno juga bertanding bebas!

Penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang BEKAS penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman.

Keputusan mengejut Herman untuk bertanding adalah dipercayai kerana Noh agal memainkan perana sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal.Herman ketika ditemui berkata, walaupun kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno, ia tidak menjadi penghalang buatnya bertanding bagi memastikan suara penduduk tempatan didengar di parlimen.

Ini sekaligus memberi tamparan hebat terhadap peliang Noh untuk mempertahankan kerusinya kerana sudah pasti sekali lagi undi kepada BN akan terpecah dua, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di parlimen itu.Ia juga mencerahkan peluang PAS untuk merampas kerusi di kubu kuat Umno itu walaupun berdepan laluan sukar kerana jentera pilihanraya yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat.

Difahamkan Herman akan memulakan kempennya petang ini juga bagi bertemu seberapa ramai penduduk yang majoritinya berketurunan Jawa di parlimen itu.Herman ditemani penyokongnya berarak ke pusat penamaan calon di pekan Tanjong Karang dengan disaksikan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.




Iklan C (ii)




Rahsia Shafie Afdal Akhirnya Terbongkar

Posted: 19 Apr 2013 10:19 PM PDT

Keputusan Perdana Menteri untuk mencalonkan adik salah Naib Presiden UMNO, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, 'Banduan Politik' yang digantung keahlian selama satu penggal kerana politik wang menunjukkan Tranformasi Politik yang cuba dibawanya gagal diserlahkan. Amat malang bagi demokrasi di Silam kerana Najib tidak tegas dengan keputusannya untuk memilih sekurang-kurang AJK UMNO Bahagian sebagai Pra-syarat untuk dipilih sebagai calon kerana memilih Yusof yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Bahagian atau UMNO; melainkan pelobi projek dan pemburu komisyen 20 % bagi pihak abangnya untuk semua projek mega NKRA.

Walaupun ramai calon yang layak, terutama yang berada di luar bahagian setaraf dengan Yusof, seperti Haji Matusin Sunsang, Haji Yusof Serangit; atau dalam bahagian seperti Saleha Abdul Wahid; tetapi kesilapan Najib mendengar 'pujuk rayu' Yusof dan abangnya, Shafie telah menyebabkan DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam berada dalam risiko terlepas kepada pembangkang, terutama PKR.

Sekalipun lawan Yusof, Dr Hamid Awong hanyalah pendatang baru dalam politik, tetapi Pfoffesor yang mengukir nama dalam bidang penyelidikan marin di Australia dan Amerika ini mempunyai kekuatan peribadi untuk mendapatkan undi protes daripada Wanita dan golongan yang marah dengan 'Penjajahan Orang Semporna' di Lahad Datu dan Parlimen Silam sejak di zaman Tun Sakaran lagi.

Hamid hanya memerlukan sedikit undi daripada ahli UMNO yang kecewa kerana Anak Jati Lahad Datu yang 'Anti-Semporna' bertekad untuk memastikan Yusof kempunan dalam PRU-13 setelah sekian lama politik Lahad Datu di bawah ketiak pemimpin Semporna.

Entah badi apa yang menimpa Silam/Lahad Datu sehingga tidak ada anak tempatan yang layak menjadi Ahli Parlimen kerana semua Ahli Parlimen sejak merdeka adalah 'Bidan Terjun' ataupun 'Sehek' dari Semporna.

Bermula daripada Dara Lampad (bapa Ketua Wanita UMNO Semporna Hajjah Manismuka); Tun Sakaran Dandai (Semporna); Abdillah Abdul Hamid (Semporna); Datuk Railey Jeffrey (Keeling Island, Cocos); Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman (Semporna); Salleh Kalbi (Semporna) dan baru pertama kali Parlimen Silam diwakili Anak Jati Lahad Datu iaitu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Tindakan Najib memilih Yusof umpama meletakkan nila setitik ke dalam segelen susu kerana menyebabkan luka lama berdarah kembali dengan dendam kesumat; apatah lagi Yusof turut bersubahat dengan abangnya menaja pembangkang dalam Pilihanraya Kecil Batu Sapi 2010.

Walaupun video pengakuan jujur 'mangsa tipu' telah diserahkan kepada Perdana Menteri, namun Najib tetap memilih Yusof dan membuang Salleh Kalbi yang selama ini banyak menaikkan nama BN di Parlimen terutama melancarkan perang psikologi terhadap Anwar Ibrahim.

Jika punca utama Salleh Kalbi digugurkan kerana menghadiri dan berucap di Majlis SAPP; apa bezanya dengan Yusof dan abangnya Shafie kerana menaja pembangkang (bukti mencukupi ada pada beberapa orang yang dipercayai turut memiliki Videoklip mangsa).

Bagi mengelakkan BN kecundang buat pertama kali di Lahad Datu, ada baiknya Yusof mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada Anak Jati Lahad Datu seperti Ketua Wanita, Ketua Puteri atau Ketua Pemuda?

Sebagai pemimpin yang 'dibuang' daripada UMNO melalui Lembaga Disiplin dan tewas pada pemilihan UMNO 2008, Yusof seharusnya sedar diri dan berhenti bermain 'wayang' terutama mimpi lama untuk menjadi Ketua Menteri Sabah setelah abangnya gagal menumpaskan Musa Aman.

Masih ada 24 Jam dari sekarang untuk Yusof berundur secara terhormat sebelum dimalukan oleh Anak Jati UMNO yang kini berjinak dengan Dr Hamid Awong dan calon STAR, Ariffin Hamid Marican. ~sabahkini




Iklan C (ii)




Anak Sungai Derhaka

Posted: 20 Apr 2013 10:04 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Kamalia buktikan dirinya lebih berani dari kebanyakkan pemimpin lelaki UMNO..

Posted: 20 Apr 2013 12:39 AM PDT


Tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas membuktikan bahawa beliau sendiri adalah jauh lebih berani dari lain-lain pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Meskipun beliau seorang wanita namun sifat berani yang ditunjukkannya itu sebenarnya meletakkan beberapa orang pemimpin lelaki UMNO menjadi lebih wanita dari dirinya.

Beberapa orang lelaki yang menjadi pemimpin UMNO yang namanya tidak tercalon dilaporkan hanya berani menyuarakan kononnya mereka akan tetap bertanding dalam PRU13 ini biarpun sebagai calon Bebas.

Malah ada yang dilaporkan menagis teresak-esak di dalam sebuah Masjid setelah selesai solat Jumaat baru-baru ini.

Namun bila memikirkan salah laku mereka yang akan dibongkar jika mereka bertindak melawan arahan pimpinan tertinggi UMNO..

Mereka hanya mampu menggigit jari...

Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas 

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar ~ Malaysiakini

Gambar-gambar sekitar penamaan calon Parlimen Permatang Pauh sila lihat di SINI

A Mum Of Three Mohd

Posted: 20 Apr 2013 09:32 AM PDT

A Mum Of Three Mohd


Perempuan ada telor dijumpai

Posted: 20 Apr 2013 03:48 AM PDT


Jantan tak bertelor banyak terdapat dalam negara kita, tapi.... pompuan ada telor tak pernah kita dengor lagi.

Sejak negara dilanda wabak demam pilihan raya... seorang perempuan telah dijumpai dan dikesan ada telor. Hebat... bukan calang-calang pompuan. Berani dan tegas wa cakap lu... Bukan macam Najib Nazak.

Kata T-piem.... pompuan ni dipecat tapi macam mana nak pecat kalau dia siang-siang lagi udah letak jawatan. Mengarutler T-piem ni.. Orang udah letak jawatan mana boleh pecat Pak Din. Kang... kata bangang kang marah... Tapi ituler T-piem kita.

Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim hari ini bertindak menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding atas tiket bebas. Dia bertindak demikian kerana kecewa dihina jantan tak bertelor apabila dia hanya dipilih untuk jadi calon DUN jek.

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim keluar daripada semangat kesepakatan parti dengan mengemukakan pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tindakan beliau mendorong tindakan segera Umno untuk memecat keanggotaan Kamilia dalam parti secara automatik.

Pemecatan beliau diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di  Kuala Kangsar. [ Lagi di sini]

Hello... dia tak main ler DUN... DUN... Hahahhaa... lu boleh simpan ler kerusi DUN tu. Orang besor... kerusi pun kena ler glamor sikit. Ini Kamilia Ibrahim, ek... bukan Hamidah Osman, okay?? Kamilia Ibrahim ada harga diri. Hamidah Osman... wallahu'alam.

Kerana itu... Parlimen Kuala Kangsar akan menghadapi pertandigan 3 penjuru... BN, PAS dan Kamilia Ibrahim sebagai calon bebas.

Sahhh...!! Katak akan terkubur.

Posted: 19 Apr 2013 09:00 PM PDT


Kah kah kah kah.... SAH...!! Katak Pasir Mas sudah hampir pasti akan terkubur di bumi sendiri seperti yang diidam-idamkannyer.

PRU 13 ni Pasir Mas akan direbut oleh dua orang calon. Hebat yob... Satu lawan satu!! Sorang katak tua bebas dan sorang muka baru lagi muda. Hahahaha... Brahing Ali akan lawan anak Tok Guru iaitu Nik Abduh dari PAS.

Dulu si katak tua bertanding atas tiket PAS tapi sekarang atas tiket bebas. Mungkin calon proksi UMNO kot, memandangkan UMNO tak bertanding pon.

Apa-apa pun.. all the best kepada kedua-duannyer tapi doa aku adalah kepada Nik Abduh. Katak bebas boleh mampoh kena 'sembelih' oleh rakyat Pasir Mas.

Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan anak Nik Aziz

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.-Mkini

Kita terpedaya. Kita diperdaya. Hampeehhh...!!

Posted: 19 Apr 2013 07:04 PM PDT


Isu calon: Jawapan Dr Juanda

Dr Juanda Jaya 20 April 2013

 BEBERAPA soalan:
1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?
 

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi? 

3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku? 

4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok?  

1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat.  

2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu.   

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain. 

3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini. 

4. Kejutan?  Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.

Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis

Weh... Silap besor ler.

Posted: 19 Apr 2013 10:31 AM PDT



Hindraf dah berjilat balik dengan BN.  Hindraf anggap ia sebagai titik bersejarah. Fuuuhhh... Don't play-play beb. Bersejarah wa cakap lu. [Sini dan more di sini]

Najib tentu suka amat dengan perkembangan ini, sebab.... Hindraf ini sinonim dengan kaum India. Dalam keadaan BN yang tengah nazak nak mampos, dia mengharapkan sokongan kaum India untuk membantu menyambung hayat kuasanyer.

Persoalannyer, apakah kaum India akan terpengaruh dengan langkah yang diambil oleh Hindraf dan bakal memberikan undi mereka kepada BN. Hahahaha.... aku rasa silap besor ler kalau Najib beranggapan sedemikian dan silap besor juga kalau Hindraf fikir ia boleh mempengaruhi kaum India untuk menyokong Najib dan BN

Kalau dilihat secara mata kasar, banyak kaum India yang memang sudah getik akan UMNO/BN, especially golongan muda. Mereka kini bijak menilai akan layanan UMNO/BN terhadap kaum India selama 55 tahun UMNO/BN memerintah.

Di bawah UMNO/BN... rata-rata masyarakat India masih terpinggir. Jauh ketinggalan dalam arus pembangunan. Yang hidup kaya raya ialah mereka yang terlibat dalam politik negara yang menjadi sekutu kepada UMNO. Sapa..?? MIC ler, sapa lagi.

Macam jugak para pemimpin UMNO... MIC pun 2X5. Mereka lebih pentingkan tembolok serta perut mereka saja. India terbanyak... pandai-pandai lu orang ler nak hidup.

Setelah dipinggirkan selama 55 tahun UMNO memerintah, Hindraf silap besor ler kerana masih menaruh kepercayaan dan harapan pada UMNO untuk membela kaum India, terutama ketika Najib menjadi kaplanye. Alamat... harapan tinggal harapanler. Hahahaha.... pasti janji dicapati ler!!!

Mengapa baru sekarang Najib sibuk nak berbaik dengan Hindraf sedangkan dulu ia dianggap sebagai musuh??

Sebagai politkus oportunis... Najib akan grab apa saja asalkan dapat menyelamatkan 'nyawa'nyer. Pada aku, Hindraf memang bodoh ler untuk merelakan dirinya diperdaya dan diperguna sedemikian. Sepatutnya.... Hindraf all out bersama dengan musuh politik UMNO/BN untuk menguburkan lanun-lanun negara ini.

Malangnyer... Hindraf mengambil langkah terkebelakang. Hindraf... melawan arus tsunami yang bakal melanda. Well... what can I say except... lu sukak la!!

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 20 Apr 2013 09:18 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO BOLEH MEMERINTA WALAUPUN KALAH..TAK PERCAYA?

Posted: 19 Apr 2013 08:00 PM PDT

Bagi membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan raya umum 2008, PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.

NONETimbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata selepas menerima surat pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti.

"(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji," kata Steven  Choong (kanan).

"Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi ini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di Johor.

APA KABAR ROS..DAP?

Posted: 19 Apr 2013 05:00 PM PDT

DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

"Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.

Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya.

"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.
Sebelum itu,  Pengerusi DAP Karpal Singh berkata calon DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri di hari penamaan esok.

Karpal berkata, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

"Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

Askamakalikada

Posted: 20 Apr 2013 09:09 AM PDT

Askamakalikada


PR : GAGAL DLM PERSEFAHAMAN - BERSEDIALAH UTK GAGAL

Posted: 20 Apr 2013 08:42 AM PDT


Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat pendokong PR selama ini dibuai dan didodoi dengan kata-kata lunak oleh semua pemimpin tertinggi disetiap ceramah disegenap pelusuk negara menyatakan kita semua perlu bersatu untuk menumbangkan rejim BN.
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat yang selama ini percaya bahawa semua pemimpin tertinggi PR bukanlah tamakkan kuasa dan bukanlah jwatan yang dikejar tapi lebih utamakan perjuangan membebaskan rakyat dan keadilan kepada rakyat.
Namun hari ini, selepas penamaan calon, terbukti semuanya kosong.....kosong....... Pertembungan sesama sendiri di 7 tempat membuktikan pemimpin baik PAS maupun PKR mengejar jawatan, pangkat dan tamakkan kuasa.
Seluruh rakyat yang jatuh bangun bersama pemimpin ini tertipu! Impian rakyat yang menggunung dambakan kali ini PR mampu dan InsyaAllah akan ke Putrajaya hancur berkecai. Siapa yang harus di persalahkan? Apakah mereka yang bertembung ini sudah tidak menghormati arahan ketua-ketua mereka? Atau ketua-ketua mereka gagal mendisiplinkan mereka?
Samada isu ini akan diselesaikan (mengikut pemimpin tertinggi akan diselesaikan dalam masa yang terdekat) atau tidak, semua mata didunia sudah melihat kegagalan ini. Usah bicara isu yang sama juga berlaku di pihak BN tapi jika dibandingkan dengan BN mereka lebih gentleman dan gentlewoman. Mereka menentang BN semahu-mahunya tapi mereka bertanding atas tiket bebas! Malah mereka sanggup menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dikenakan hatta dibuang parti. (ada yang keluar parti pun).
Bagi PR, apa tindakan yang sama akan dikenakan keatas mereka yang bertembung ini? Jika mereka melanggar arahan sanggupkan PAS atau PKR memecat mereka? Atau sekiranya didapati ketua mereka yang mengarahkan supaya mereka terus bertanding. Sanggupkah PAS atau PKR memecat ketua yang memberi arahan?
Apapun yang akan diputuskan selepas ini, rakyat sudah jelas dapat melihat kebobrokannya. Betapa tiada persefahaman antara PKR & PAS yang kononnya dikatakan 'PAKATAN RAKYAT'.  Ianya bukan Pakatan Rakyat tapi lebih layak di panggil PAKATAN RAPUH, RAKYAT MELUAT!
Maka ini kalilah! Bersedialah untuk GAGAL ke Putrajaya!


Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 20 Apr 2013 09:03 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Kaahhh, kah kah ...! (Maaf ketawa guling-guling nih ...?)

Posted: 20 Apr 2013 07:45 AM PDT

Kaahhh, kah kah ...!
(Maaf ketawa guling-guling nih ...?)

Sorang mengada-ngada dan sorang lagi takbur ...?

Posted: 20 Apr 2013 01:01 AM PDT

Ewaaahhhh, lawa baju ...? (Edited)

Posted: 19 Apr 2013 09:21 PM PDT

Ewaaahhhh, lawa baju ...?
Fesyen baru ...?

TerNow: Pendaratan di Bulan diTangguhkan ...?

Posted: 19 Apr 2013 08:25 PM PDT

Pendaratan di Bulan diTangguhkan ...?
Alhamdulillah! Selamat ....!

Wow. TGNA sedang mohon Wathiqah ...?

Posted: 19 Apr 2013 07:40 PM PDT

Wow. TGNA sedang mohon Wathiqah ...?
Daripada Allah SWT ...!
Takbiir ...!

Wow, wow, wow. TokGuru, TokGuru ...?

Posted: 19 Apr 2013 07:01 PM PDT

Wow, wow, wow. TokGuru, TokGuru ...?
Antara penyokong TGNA ...?
Di Kota Bharu sekarang ...?

Gambar Anwar sedang berdebar-debar ...?

Posted: 19 Apr 2013 06:44 PM PDT

Gambar Anwar sedang berdebar-debar ...?
Sumber gambar ....

Gambar Istimewa: Wanita dan Anwar ...?

Posted: 19 Apr 2013 06:15 PM PDT

Wanita dan Anwar ...?
Sumber gambar ....

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 20 Apr 2013 07:58 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


PRU13; PARLIMEN HULU SELANGOR. MERIAH GILE..

Posted: 19 Apr 2013 09:38 PM PDT

Roslan SMS Corner

Posted: 20 Apr 2013 07:38 AM PDT

Roslan SMS Corner


P.162 paling istimewa (20/4/13)

Posted: 20 Apr 2013 12:14 AM PDT


Saya tidak dapat mengkategorikan mana-mana kerusi yang lebih menarik dan sewajarnya menjadi tumpuan seluruh rakyat selain kerusi parlimen P.162 Gelang Patah, Johor.
Setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak SPR sebentar tadi, P.162 bakal menyaksikan pertembungan yang paling bersejarah dalam politik Malaysia iaitu antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas MB Johor, Abdul Ghani Othman.

Apa istimewanya P.162?
P.162 mempunyai 106,772 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi menurut kaum di P.162 adalah 52% Cina, 34% Melayu, 12% India dan 2% lain-lain kaum. Pada PRU ke 12 lalu calon BN-MCA Tan Ah Eng memperolehi 33,630 undi mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa yang memperolehi 24,779 undi dengan kelebihan 8851 undi (pada PRU 2004 calon BN yang sama menang dengan majoriti 31,666 undi)

Ya apa istimewanya P.162?
Ada beberapa faktor bakal meletakkan P.162 istimewa menurut pemerhatian saya.

PERTAMA: Umno tidak pernah bertanding dikerusi bukan Melayu. Jika dijumlahkan peratusan pengundi Cina, India dan lain-lain bermakna P.162 mempunyai 66% pengundi bukan Melayu berbanding 34% Melayu. Umno TIDAK pernah bertanding dikerusi seumpama ini sejak PRU 1959.
KEDUA: Lim Kit Siang memang merupakan "hero" bagi para pengundi Cina dan kesitimewaan beliau adalah mampu bertanding dimana sahaja kerusi pilihan DAP, dan mampu mencatat kemenangan, walaupun pernah juga tewas. Pokoknya kerusi-kerusi ini lazimnya mempunyai majoriti pengundi yang besar, rata-rata melebihi 75% Cina, contohnya semasa beliau bertanding dan menang di Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjung dan terakhir Ipoh Timur. Kerusi seumpama P.162 tidak pernah dipertaruhkan buat "hero" DAP ini kecuali kini.

KETIGA: Umno tidak pernah bertanding lawan DAP sebegini sengit, orang kanannya bertempur dengan orang kanan DAP, tak pernah berlaku dalam sejarah PRU Malaysia.
KEEMPAT: Jika Kit Siang menang, bermakna DAP sudah boleh ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum sebenar kerana P.162 membuktikannya. Dan Kit Siang akan ternobat sekurang-kurangnya dalam rekod DAP sebagai "hero" sebenar-benarnya kerana berjaya menumpaskan orang kuat Umno di gelanggang BN.

KELIMA: Jika Ghani memang, bermakna Ghani adalah "giant killer" sebagaimana Kadoh Agundong satu ketika dahulu merebahkan Haris Salleh (Ketua Menteri Sabah) di Sabah. Dan ini bukan calang-calang punya "kill" kerana yang terbunuh adalah "hero" DAP.
dari Malasian Insider
KEENAM: Jika Ghani menang, awas Umno, dengan kehebatannya itu Ghani layak sahaja bertanding merebut jawatan Presiden Umno, kerana tidak pernah ada pencapaian seumpama ini oleh pemimpin kanan Umno dalam sejarah.

Senarai ini boleh dipanjangkan berjela-jela lagi bagi membuktikan keistimewaan P.162. Kerana istimewanya ia maka marilah kita mengharapkan agar keputusannya juga nanti istimewa.
Rakan saya yang terlibat dengan jentera Kit Siang di P.162 berkata Kit Siang cuba membuktikan kemampuan PR, meyainkan rakyat bahawa PR sudah bersedia dari Utara ke Selatan, sehinggakan beliau sendiri sanggup mengambil risiko bertanding di sini.

Ghani juga barangkali mahu membuktikan sesuatu.
Apa pun semoga rakyat bijak membuat keputusan 5 Mei nanti.

Hari bersejarah......(20/4/13)

Posted: 19 Apr 2013 09:06 PM PDT


Hari ini adalah hari bersejarah buat Negara, iaitu hari penamaan calon PRU ke 13. Dan pada 5 Mei nanti para pengundi berdaftar di Malaysia akan membuang undi bagi menentukan nasib dan masa depan Negara dan negeri-negeri.
Rancangan saya untuk memberi tumpuan kepada hari ini berubah apabila ia turut menjadi tanggal bersejarah buat diri saya dan keluarga. Jam 3.00 pagi tadi saya menerima panggilan bahawa ibu kesayangan saya DATIN HALIJAH ABD HAMID telah dijemput oleh Allah swt, meninggal dunia di Mekah dalam melaksanakan ibadah umrah beliau.

Kesedihan melanda seluruh keluarga dengan kematian wanita yang paling penting dalam kehidupan kami ini. Namun oemergian beliau kami sambut dengan penuh redha memandangkan beliau meninggal pada hari Jumaat di bumi yang paling suci.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke rohnya dan beliau ditempat dikalangan mereka yang soleh.

Ibu saya adalah pengundi bedaftar di Parlimen P.104 Kelana Jaya dan DUN N31 Subang Jaya Selangor. Pakatan akan kehilangan satu undi tetapi insyallah tidak hilang harapan untuk terus berkuasa di sini.

Al Fatihah

.

Posted: 20 Apr 2013 04:01 AM PDT

.


Tiada Calon Menang Tanpa Bertading Dalam PRU-13

Posted: 20 Apr 2013 03:22 AM PDT

CATATAN PUSING                                                                                                             

Tengku Razaleigh diringi ke pusat penamaan calon.
Proses penamaan calon PRU-13 di seluruh negara telah pun selesai. Kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak dipertandingkan. Tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi tanpa bertanding seperti pada pilihan raya sebelum ini.

Perkembangan ini menunjukkan UBN di dalam keadaan benar-benar diasak kiri dan kanan. Selalunya ada calon-calon UBN khasnya Umno akan di istyharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini memberi gambaran bahawa UBN tidak boleh goyang kaki dan pilihan raya ini sesuatu yang memerit dan mendebarkan. UBN benar-benar ditentang dengan penuh dendam untuk ditumbangkan.

Presiden Umno Mohd Najib Razak dan timbalannya Muhyuddin Yassin juga terpaksa mengharungi pertarungan sengit di kawasan masing-masing. Mereka diasak calon-calon PKR dan PAS. Ini menunjukkan kedua sosok itu tidak dihairakan dan dimalui sesaiapa lagi. Mencabar calon Umno hari ini bukan mubah tetapi sudah wajib. Ia menjelaskan kalau mereka popular sudah tentu mereka akan diberi laluan menang tanpa bertanding.

Razaleigh diberi ucapan tahniah selepas selesai nomination.
Walaupun tidak ada mana-mana calon menang tanpa bertanding, yang menjadi kejutan dalam pilihan raya kali ini, tetapi masih tetap ada beberapa peristiwa yang mengejutkan terutamanya di pihak UBN. Antara berita mengejutkan ialah tindakan Naib Ketua Wanita, Kamalia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas untuk merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar, Perak. Kejadian seperti ini adalah sejarah paling pahit buat Umno.

Seingat saya belum pernah sepanjang sejarah parti itu, pemimpin wanitanya yang dilihat kumpulan yang setia, jujur dan selalu bekerja kuat serta gigih kepada parti boleh bertindak melawan parti sendiri. Langkah Kamalia itu tidak syak lagi menunjukkan Umno sudah gagal untuk menjinak ahli wanitanya. Atau wanita Umno juga sudah bosan dengan parti berkenaan sehinggakan sanggup 'memakin suami' di depan ramai? Apa yang berlaku di Kuala Kangsar itu adalah gambaran bahawa wanita sudah senak dan terkedu dengan Umno.

Sehubungan itu, selepas mendaftarkan diri sebagai calon bebas, Kamalia secara gentlemen telah mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti, sebagai Naib Ketua Wanita, ahli Majlis Tertinggi dan lain-lain. Beliau juga sudah mengerti dan tahu risiko terhadap apa tindakannya itu termasuk beliau akan dipecat dari Umno. Tetapi kenapa beliau lakukan itu. Begitulah kalau marah sudah membuak.

Seorang lagi ahli Umno yang bertindak menentang parti sendiri ialah Sharif Omar, bekas timbalan menteri pertanian dan ahli parlimen Tasir Gelugor. Sharif bertanding sebagai calon bebas di kerusi pernah disandangnya selama lebih dua penggal, di Tasik Gelugur. Tindakan Sharif itu tentu memberi gambaran yang Umno Pulau Pinang belum pulih sepenuhnya dari kejutan kejatuhan Pulau Pinang kepada DAP. Tindakan Sharif itu merobekkan harapan Umno untuk merampas balik Pulau Mutiara.

Sementara itu bekas seorang Adun Umno di Alor Mengkudu Kedah, Fadzil Hanafi juga telah menikam partinya dengan bertanding atas calon bebas. Fadzil dikenali sebagai berperwatakan agama dan juga seorang bergelar ustaz. Kalau orang seperti Fadzil boleh menikam partinya sendiri, tidak tahu hendak dikatakan apa sebenarnya sudah berlaku di dalam Umno. Mungkin Umno di zaman Najib kini sudah menjadi bekas yang kohong.

Selain daripada ahli Umno yang menentang partinya sendiri dengan bertanding atas calon bebas, dua orang bekas wakil rakyat DAP Jenice Lee (Adun Teratai) dan Sim Tong Him bekas Adun (Laksamana) Selangor juga bakal dipecat oleh partinya kerana kedua-duanya bertanding atas tikit bebas. Khabarnya mereka bertindak demikian apabila nama keduanya tidak disenaraikan sebagai calon DAP di tempat mereka.

Dalam melihat tindak tanduk ahli parti 'memakan' parti sendiri ini sesuatu yang menarik dan merujakan kerana tidak ada mana-mana ahli PAS yang tidak dicalonkan berrtindak emosi dengan bertanding bebas. Walaupun tidak dinafikan ada ahli PAS yang menjadi calon parti lain tetapi ia bukan satu tindakan langsung dari mereka untuk memburukkan parti.

Tampaknya PAS dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya menjaga akhlak dan berwala kepada pimpinan. Semua pihak perlu memberi penghormatan kepada PAS di dalam soal ini. Sebuah lagi rakan Pakatan Rakyat, PKR juga tidak dapat mengelak dari menerima nasib sama dengan Umno dan DAP itu. Ada ahlinya yang tidak dicalonkan bertindak menentang parti dengan bertanding tikit bebas.

Selain dari peristiwa ahli parti bertindak bertanding atas calon bebas, kejadian seorang calon Umno, Che Johan Che Pa yang tidak hadir untuk menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas juga tidak kurang menariknya. Kejadian atau apa dilakukan oleh Johan itu pertama kali dalam sejarah Umno di Kelantan khasnnya. Perbuatan Johan itu memberi gambaran bahawa politik Umno Pasir Mas telah menerima doktrin Ibrahim Ali.

Jelas apa dilakukan Johan itu sesuatu yang dirancang. Pun begitu dari segi moralnya ia tetap salah dan memalukan Umno. Umno akan malu seumur hidupnya apabila calonnya mengaku kalah sebelum bertarung. Johan sendiri tidak layak lagi berada dalam parti berlambang keris kerana pengecut. Meskipun mungkin ada perkiraan di antara Johan dengan Inchek Ibrahim Ali disebabkan dia tidak mampu berdepan dengan calon PAS, tetapi orang ramai yang tidak tahu 'kong kalikong' itu tetap meletakkan kesalahan kepada Johan. Johan seakhir hayatnya akan diingati sebagai pengecut dan khianat amanah parti.

Atas perbuatan Johan itu bukan saja beliau dan Umno, Mustapa Mohamed selalu ketua Umno Kelantan dan orang yang mengumumkan nama Johan sebagai calon UBN di Pasir Mas juga merasa malu dan aib. Sudah tentu Mustapa menyesal tidak habis kerana memilih Johan kerana masih ada ratusan pensetia lain di Pasir Mas yang layak dan berani menjadi calon.

Justeru Umno perlu mengambil tindakan tegas kepada Johan kerana apa dilakukan itu satu kesalahan berat. Ia bukan saja memalukan Umno tetapi turut memalukan Muhyuddin Yassin dan Najib Razak sendiri. Apa yang dilakukan Johan itu seolah beliau boleh melemparkan tahi lembu suami sharizat ke muka Najib dan Muhyuiddin. Kalau Muhyuddin segera mengumumkan parti itu telah memecat Kamalia yang bertanding sebagai bebas di Kuala Kangsar, apakah tidak dengan Johan yang sengaja memberi laluan kepada Ibrahim? Johan juga patut dipecat atas kesalahan khianat dan pecah amanah.

Rasanya apa dilakukan Johan lebih jahat dan tidak bermoral dari Kamalia atau Sharif Omar. mereka mengkhinat parti dengan menunjukkan keberanian mereka, tetapi Johan mengkhianti parti dengan memberi laluan kepada musuh parti secarta direct. Semua orang Pasir Mas tahu hubungan Johan dengan Ibrahim, bahkan Ibrahim sendiri menjelaskan yang Johan adalah anak didiknya? Kalau anak didik sudah pasti perangai Johan serupa perangai Ibrahim Ali?

Itulah peristiwa sedih dan menyedukan dalam pilihan raya kali ini. Secara keseluruhannya kalau pilihan raya kali ini tidak meletus kejadian seperti tadi, lawan parti dan khianat parti, ia menjadikan proses penamaan calon PRU-13 terbaik. Sehingga kita tidak ada laporan kejadian buruk berlaku semasa proses penamaan calon.

Dalam pada itu lokasi penamaan calon menjadi tumpuan di tempat melibatkan tokoh-tokoh besar politik semua pihak. Antara lokasi yang menjadi perhatian ialah Putrajaya yang melibatkan pertandingan di antara Naib Presiden PAS, Husam Musa dengan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pasir Mas melibatkan pertandingan buat pertama kali anak Tokguru Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh turut menjadi tumpuan. Selain itu Gua Musang juga menjadi perhatian apabila penyandang kerusi Gua Musang selama sembilan kali Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mendaftarkan diri untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Kali ini Tengku Razaleigh dilawani oleh bekas ahli parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk mencatat kemenangan ke-10.

Lain-lain lokasi menjadi tumpuan ialah di Permatang Pauh yang melibatkan Anwar Ibrahim. Di sana berlaku pertandingan tiga penjuru di antara Anwar, dengan wakil UBN dan seorang wakil bebas. Jempol Negeri Sembilan juga menjadi tumpuan apabila penyanyi Aishah bertanding di situ atas lambang PAS.

Arau juga menjadi lokasi apabila Timbalan Mursyidul PAS Dr Haron Din bertanding di kerusi parlimen. Beliau berdepan dengan Shahidan Kassim dan seorang calon bebas. Dan.. untuk pengetahuan Mat Maslan saya tidak tahu di mana Hasan Akidah dan bekas timbalan presiden PAS bertanding? [wm.kl.6:18 pm 20/04/13]

labun KulupSakah...

Posted: 20 Apr 2013 03:47 AM PDT

labun KulupSakah...


Alkisah di dalam hutan: bab Menukar babi dengan babi

Posted: 19 Apr 2013 11:08 PM PDT

Ada seekor babi tua yang sering mengganas dan merosakkan kebun. Kumpulan binatang pun berpakat untuk menewaskan babi ini dengan apa cara sekali pun kerana babi ini sudah melampau. Bermesyuaratlah binatang-binatang ini memilih sama ada menghantar kancil atau seekor babi juga untuk menewaskan babi tua itu.
Babi muda berjaya meyakinkan ketua bahawa dia calon sesuai menjalankan tugas itu. Babi ini yang pengotor juga telah membodek, membelanja dan melobi supaya dia dipilih. Kancil akhirnya diketepikan walaupun ia mempunyai kebijaksanaan dan baik.
Sebahagiankecil binatang memprotes kerana babi yang akan dihantar tetap kotor seperti babi tua. Mereka mahukan kancil.
Dubuk selaku ketua berkata " kita mesti menghapuskan babi tua itu. Ini semangat kita iaitu Alif Ba Ta! Atau maksudnya Anti Babi Tua!" ini keputusan ketua. Patut akur!"
Sebahagian yang menganggap kancil lebih baik cuba bersuara tetapi dihalang binatang-binatang lain, " Jangan bimbang! Misi kita hancurkan babi tua. Ketua dah putuskan hantar babi muda kita mesti taat. Alif Ba Ta! Jika nanti babi muda pula mengganas kita lawan dia pula!"

" tapi tetap sama. Tetap kotor! Kita hancurkan babi dan gantikan dengan babi juga. Menyondol juga!"

Tetapi suara itu dipekup. Tidak dihiraukan. Mereka terus menyokong babi muda kerana ketua mereka si dubuk merestui.

"alif ba ta! Alif ba ta" laung mereka.
Kali ini lebih kuat lagi.

Malam ini

Posted: 19 Apr 2013 09:45 PM PDT

Pelancaran buku ini jam 8 malam di 52c,Jalan Kemuja, Bangsar Utama di belakang stesen keretapi Bangsar.
Datanglah! Buku setebal 400 mukasurat dan berharga RM35.
Kalau ada duit lebih, Posto! Dan Negaraku pun boleh borong sekali.

Untuk pesanan melalui pos buku Tipu Pilihanraya Turun Jalanraya sudah termasuk harga pos RM45. Masukkan duit ke akaun Maybank Raja Rohaisham 162021363678. Tunjuk bukti pembayaran di kutubkhanah112@gmail.com dan jangan lupa bagi alamat penghantaran. Boleh juga sms bukti ke 0166353672

ROS dan logo dan logo dan logo dan rosss...

Posted: 19 Apr 2013 05:13 AM PDT

Pendaftar Pertubuhan , ROS (bukan Rosmah) tidak bagi logo Roket digunakan oleh DAP menyebabkan DAP bercadang menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU 13 kali ini.
Haiiihh! Teruk betullah ROS ni...logo 1 Malaysia macam na? Boleh guna?
Permudahkanlah proses pilihanraya. Pilihanraya adalah proses yang sepatutnya mudah. Jangan buli-buli tau? Bagilah dia nak guna logo dia, apa salahnya? Kesianlah sama PSM, kenapa PR tak bagi guna logo PSM sendiri?
eh! Tersasul pulak...kekekeh!

Paparon - teringat lagu lama Sohaimi Mior Hassan - Ros! Maka aku di sini terlantar kesakitan....

Kelab Greenboc

Posted: 20 Apr 2013 01:16 AM PDT

Kelab Greenboc


Rencah Berita Sekitar Hari Penamaan Calon 20 April 2013

Posted: 20 Apr 2013 01:01 AM PDT


PANASSS!!!!!!... GADIS YANG HILANG SELAMA 6 BULAN AKHIRNYA DITEMUI DITEMPAT PENAMAAN CALON OLEH BAPANYA SENDIRI BERSAMA PEMUDA BN!!!

Telah berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan kedua ibu bapanya apabila anak perempuannya baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya pemuda BN setelah beliau 6 bulan tidak dijumpai oleh keluarganya.

PRU13: Anggota polis meninggal dunia di pusat penamaan calon


MELAKA: Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim, berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.

Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.

Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16. - BERNAMA


Pecah Berita!!! 9 Biji Kereta Penyokong PR di Pecahkan Cerminnya Di Penamaan Calon Gombak!
Kuala Lumpur - by @tiewnama


Keadaan di hari penamaan calon parlimen gombak di kejutkan dengan samsengnya puak puak Barisan Nasional apabila mereka bertindak memecahkan serta merosakkan beberapa kenderaan milik penyokong pakatan rakyat.

Sudah jelas BN inginkan tercetusnya ketegangan jika mereka kalah pada pru 13 pada 5 may ini.

Pukulan Untuk UMNO: Kamalia Ibrahim Keluar Parti, Tanding Bebas

Posted: 20 Apr 2013 12:31 AM PDT

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.




PRU13: Kamilia dipecat daripada UMNO - TPM


PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kamilia gugur serta merta selepas bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen berkenaan.

Pada sidang media selepas proses penamaan calon untuk kerusi Parlimen Pagoh di sini hari ini, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita atas tindakan Kamilia itu.

"Kamilia sebagai antara ahli senior dalam parti seharusnya lebih arif dengan segala peraturan ditetapkan parti selama ini," katanya.

Sementara itu, Kamilia dalam Facebooknya mengumumkan beliau meletakan semua jawatannya dalam UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita.
-BH


Ulasan GB

Kamalia sudah keluar dari UMNO terlebih dahulu, macamana Muhyiddin boleh kata dipecat?

Tidakkah itu menampakkan darjat "bangang" seorang Timbalan Presiden UMNO?

[BERGAMBAR] Sekitar Penamaan Calon Seluruh Negara Pagi Ini - updated

Posted: 19 Apr 2013 10:21 PM PDT


Semua parti-parti politik hari ini bergerak ke pusat-pusat penamaan calon di seluruh negara bagi mendaftarkan nama wakil mereka sebagai calon pilihan raya ke 13.

Mereka bergerak dari seluruh kawasan menuju pusat penamaan calon di 222 kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri.

Menjadi tradisi bagi PAS, mereka memulakan pergerakan dengan doa setelah bersolat munajat malam dan menjelang Subuh tadi.

Dalam pilihan raya kali ini, Pakatan Rakyat akan berusaha untuk berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

Namun dipercayai ramai calon bebas akan mengambil bahagian setelah tidak berpuashati kerana tidak terpilih sebagai calon di samping individu yang mahu mencuba nasib pribadi masing-masing.


(TG Abd Hadi Awang bergerak ke pusat penamaan calon)

Di Marang, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai cabaran PAS di sini. Beliau akan bertanding mempertahankan Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.


(Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim berdoa di perkarangan Masjid Lama Jengka sebelum bertolak ke Temerloh untuk menyerahkan borang penamaan calon)

PRU 13 ini dikira sebagai ibu kepada segala pilihan raya di negara ini kerana buat pertama kalinya BN terasa mereka boleh jatuh kali ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkumpul di Masjid Lama Jengka yang terletak bersebelahan rumahnya.

Beliau akan bergerak menuju bandar Temerloh untuk membuat penamaan calon yang akan berlaku pagi ini.


(Dr Rani bersama calon-calon Pakatan di sekitar Klang)

Di Klang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman bersama calon-calon Pakatan di bawah Parlimen Kapar berkumpul setempat sebelum berarak ke pusat penamaan calon. Bersama beliau adalah calon-calon Pakatan di Klang iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang), Teng Chan Khim dan lain-lain.

Di Putrajaya, para penyokong PAS berkumpul di Surau Al Husna Fasa 12, Presint 9 dan dijangka akan berarak 2 km ke pusat penamaan calon yang terletak di pusat kejiranan.

Sebelum bertolak, calon PAS Datuk Husam Musa dilihat solat Dhuha di surau itu.


(Ustaz Idris dan Ustaz Norazli Musa berjalan menuju pusat penamaan calon)

Di Parlimen Bukit Gantang, cabaran Pakatan Rakyat dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin yang akan bertanding di DUN Changkat Jering. Turut bersama beliau di situ adalah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang dan Ustaz Norarzli Musa yang akan bertanding di DUN Trong.

DUN Kuala Sepetang yang terletak di bawah kawasan parlimen ini akan ditandingi oleh calon DAP.


(Aishah sedia ke pusat penamaan calon)

Di Jempol, Negeri Sembilan calon PAS, Wan Aishah Wan Ariffin juga sedia untuk bergerak ke pusat penamaan calon.

Beliau bakal bertembung dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung Umno kerana rasuah.


(Datuk Fauzi Shaari bersama Nazri Din berdoa sebelum memasuki pusat penamaan calon)

Di Larut, Datuk Fauzi Shaari mengetuai cabaran PAS dan Pakatan Rakyat di situ.

Beliau akan bertanding di Parlimen Larut manakala Nazri Din (Kubu Gajah).

Di Temerloh, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di jangka akan bertembung dengan Saifudin Abdullah di peringkat Parlimen.


(Razman [tengah] mengetuai bacaan doa untuk kemenangan Pakatan di sana)

Di Parlimen Lenggong, Yang Dipertua PAS Kawasan, Razman Zakaria mengetuai cabaran PAS di sana. Beliau yang banyak memperjuangkan hak rakyat khasnya di kawasan Felda dan Felcra dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang di situ.

Di Pulai, Johor, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengetuai cabaran PAS di Parlimen berkenaan. Beliau bakal menentang Datuk Nur Jazlan Mohamad yang akan mempertahankan kerusi itu.


(Salahudin mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong)

Dengan kebangkitan pengundi Cina yang kini menggegar Johor, Salahudin dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

Di Pengkalan Chepa, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz mengetuai cabaran PAS di situ. Beliau akan bertanding di DUN Cempaka. Perarakan bermula dengan solat Dhuha di sebuah masjid dekat sini.


(Tuan Guru Nik Aziz memberikan panduan dan tazkirah sebelum mengimamkan solat)

Lebih 1,000 penyokong PAS turut serta bersama beliau solat sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Di Titiwangsa, calon PAS Zamri Asa'ad Khuzaimi diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan lebih 1,000 penyokong ke pusat penamaan calon.


(Zamri di tengah-tengah para penyokongnya menuju pusat penamaan calon)

Dengan memakai sepasang baju Melayu hijau, peguam yang pertama kali menjadi calon ini kelihatan ceria.

Beliau dijangka akan bertembung dengan calon Umno di sini.


(Pararakan yang mengiringi calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa)

Di Putrajaya, kira-kira 3000 penyokong PAS berarak mengiringi Datuk Husam Musa dari Surau Al Husna ke pusat penamaan calon.

Pusat penamaan calon berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9 yang terletak kira-kira 2 km dari surau itu.

Husam dan penyokong terlebih dahulu menunaikan solat hajat dan sunat dhuha sebelum berarak ke pusat penamaan.


Mohamad Sabu bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.


DS Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah ke pusat penamaan calon.

Di Permatang Pauh ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.

Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.

Papagomo yang kononnya ingin menentang DS Anwar Ibrahim tidak kelihatan.


Pn Hjh Kintan Man (DUN SG.Rambai), Hj Yuhaizad Abdullah (Merlimau), Rahmat Yusof (Parlimen Jasin), Ust Kamarudin Sidek (Serkam) & Azmi Khamis (Rim)

Di Politeknik Merlimau, lebih 1,000 orang ahli Pakatan Rakyat berhimpun mengiringi calon-calon DUN dan Parlimen Jasin. Perarakan bermula dari Merlimau Point. Laungan TAKBIR dan INI KALILAH, TUKAR bergema disusuli dengan selawat sepanjang perarakan menuju ke pusat penamaan calon.








Polis Tahan Ketua Sekretariat Pakatan & 2 Saksi Pembikin Video Lucah

Posted: 19 Apr 2013 06:01 PM PDT


Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan. -HD

DAP Sah Akan Guna Logo PAS, PKR Selepas RoS Hanya Senyap

Posted: 19 Apr 2013 05:10 PM PDT


DAP akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) gagal untuk menarik semula surat mereka yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan parti," kata Tony Pua hari ini.

Setiausaha Publisiti DAP itu membangkitkan, calon tidak boleh mengambil risiko menghantar surat watikah calon membenarkan mereka untuk bertanding di bawah logo Roket yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti yang tidak diiktiraf oleh RoS.

"Jika CEC kami tidak diiktiraf, bagaimana mahu keluarkan surat kebenaran kepada calon kita?" kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti tersebut. Beliau menambah RoS langsung tidak menghubungi DAP hari ini.

Pua mengatakan 53 calon parlimen dan 103 calon bagi Dewan Undangan Negeri DAP diseluruh negara yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013, dengan Hari Penamaan Calon bermula esok, menggunakan simbol PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak RoS semalam untuk menarik semula surat mereka bertarikh 17 April yang enggan untuk mengiktiraf CEC parti kerana kesilapan dalam pemilihan parti.

Datuk Abdul Rahman Othman dari RoS walau bagaimanapun dipetik berkata oleh agensi berita nasional Bernama semalam mengatakan DAP masih boleh menggunakan logo Roket dalam pilihan raya umum ke 13 kerana pendaftaran parti tersebut masih belum dibatalkan.

Abdul Rahman tidak menjawab panggilan dan kiriman pesanan ringkas dari The Malaysian Insider hari ini untuk meminta komen.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan RoS yang menghalang DAP menggunakan logo mereka untuk PRU13 kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah kerana pengundi mungkin terkeliru jika DAP dipaksa menggunakan logo bulan PAS dan logo mata PKR.

MCA telah berulang kali memberi amaran kepada pengundi Cina agar tidak menyokong Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS akan menguatkuasakan undang-undang hudud di negara ini.

Tindakan RoS itu mungkin menghancurkan peluang DAP untuk menamatkan riwayat MCA dalam PRU13 terutamanya di kubu kuat parti Cina itu di Johor dimana Lim Kit Siang akan berhadapan dengan menteri besar sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah.


DAP akan guna logo Roket, logo PAS dan PKR sebagai sandaran



Calon DAP akan menggunakan simbol Roket terlebih dahulu esok untuk hari penamaan calon akan tetapi menjadikan logo PAS di semenanjung Malaysia atau logo PKR di Malaysia Timur sebagai sandaran jika pegawai pengurus (RO) menolak borang pertama," kata setiausaha agung Lim Guan Eng malam ini.

Calon akan diberikan dua borang penamaan calon apabila hadir di 51 kerusi parlimen dan 103 kerusi negeri yang akan ditandingi oleh DAP pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Kami akan sediakan dua surat watikah dan kita akan serahkan surat DAP terlebih dahulu dan jika ditolak, surat watikah kedua dari PAS di bawah logo bulan akan digunakan," kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini merujuk kepada pertandingan di semenanjung Malaysia.

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu mengatakan keputusan tersebut dicapai kerana penyokong mahukan parti mencuba menggunakan simbol Roket.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah enggan untuk menarik semula notis yang mereka hantar kepada DAP bahawa pemilihan ahli jawatankuasa kerja (CEC) pada Disember 2012 tidak diiktiraf.

"Kedua-dua RoS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengatakan perkara ini langsung tidak menjejaskan calon kami dan boleh meneruskan untuk guna logo roket kami jadi kami akan cuba dan lihat sama ada mereka boleh memegang janji dengan menggunakan borang penamaan calon dengan logo DAP terlebih dahulu," kata Lim yang kelihatan sedih.

Calon parti hanya boleh mengetahui keputusan esok untuk melihat sama ada RO menolak borang dengan surat watikah dari DAP.

"Ini adalah pertempuran untuk hidup bagi kami kerana Barisan Nasional (BN) sedang cuba menggunakan ini untuk mengetuk DAP dengan menghalang kami menggunakan logo roket," katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah 47 tahun, parti yang sinonim dengan logo roket itu mungkin dinafikan untuk menggunakan logo mereka dalam apa yang dikatakan pilihan raya umum paling sengit.

"Pengundi kami yang tidak biasa dengan logo PAS akan keliru dan tidak akan mengundi kita jika kita terpaksa menggunakan simbol bulan," kata penyandang ahli Parlimen Bagan itu.

Beliau mengingatkan semua calon DAP untuk menyerahkan borang penamaan calon dengan surat watikah calon dari DAP dan hanya menggunakan borang sandaran dari PAS atau PKR (di Malaysia Timur) jika borang pertama ditolak.

Pada 17 April, 48 jam sebelum hari penamaan calon, DAP menerima dua surat dari RoS.

Dalam surat pertama yang diterima pada 11.45 pagi, ia memberitahu parti tentang inkuiri mengenai pemilihan CEC telah ditangguhkan pada 9 Mei.

Lima jam selepas itu, DAP menerima satu lagi surat daripada RoS mengatakan senarai CEC tidak diiktiraf.

Menyelar tindakan ini, Lim mengatakan pucuk pimpinan parti akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tentang ini dan turut akan berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka.

"Semua ahli dan penyokong sangat sedih dan marah dengan ini dan menuntut kami cuba menggunakan logo DAP dan kami akan mencuba kerana ia amat perit untuk kali pertama kami dinafikan hak menggunakan simbol parti untuk pilihan raya," katanya.

-TMI





Nik Aziz: DAP guna logo detik bersejarah dalam perjuangan PAS


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS dalam Pilihan Raya 2013 sebagai satu detik bersejarah dalam perjuangan parti Islam itu.

Hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan untuk menjadikan logo PAS sebagai sandaran di Semenanjung Malaysia jika pegawai pengurus (RO) menolak surat watikah dari calon parti tersebut.

Bagi negeri di Malaysia Timur di Sabah dan Sarawak, logo mata PKR akan digunakan oleh DAP sekiranya terpaksa.

"Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan petang ini.

Semalam pendaftar pertubuhan (RoS) menghantar satu surat kepada pucuk pimpinan DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf pemilihan CEC yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Menurut menteri besar Kelantan sementara itu, keberanian DAP untuk menggunakan logo bulan PAS untuk bertanding di kawasan Cina membuktikan tembok perkauman yang selama ini cuba ditanam oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) akhirnya berjaya dipecahkan.

"PAS dan DAP sering dilagakan oleh Umno/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin Umno menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

"Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina," tambah beliau dalam kenyataan yang disiarkan di portal Harakahdaily itu.

Nik Abdul Aziz bersimpati dengan kejadian yang menimpa DAP pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon yang akan diadakan esok.

"Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan," katanya.

Petang tadi Lim Guan Eng mengatakan calon DAP akan diberikan dua borang penamaan calon apabila hadir di pusat penamaan calon di 51 kerusi parlimen dan 103 kerusi negeri yang akan ditandingi oleh oleh parti itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Kami akan sediakan dua surat watikah dan kita akan serahkan surat DAP terlebih dahulu dan jika ditolak, surat watikah kedua dari PAS di bawah logo bulan akan digunakan," kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini merujuk kepada pertandingan di semenanjung Malaysia.

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu mengatakan keputusan tersebut dicapai kerana penyokong mahukan parti mencuba menggunakan simbol Roket.

-TMI

Kenapa Hanya DAP, Kenapa ROS Tidak Bertindak Terhadap Umno?

Posted: 19 Apr 2013 08:30 AM PDT


Mengapa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Umno tetapi bercadang untuk mengambil tindakan terhadap DAP di saat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir?

Ini kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, walaupun rakyat Malaysia telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengarahkan ROS untuk mengambil tindakan terhadap Umno tetapi kenapa hanya DAP sahaja yang disiasat.

"Pada hari Selasa lepas, petisyen telah difailkan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS untuk bertindak ke atas Umno.

"Kerana Umno sebenarnya dialah sebuah pertubuhan haram.

"Mengikut Akta Pertubuhan 1966 bila mana-mana cawangan sesebuah parti tidak berdaftar, dengan sendirinya pertubuhan itu adalah haram dan wajib bagi ROS bagi bertindak," katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Pas Putrajaya di sini hari ini.

Husam berkata demikian apabila memberi respons terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Apr yang tidak mengikhtiraf jawatankuasa eksekutif baru DAP.

Keputusan tersebut telah menjejaskan kemampuan DAP untuk mempertandingkan calon di dalam pilihanraya umum ke – 13 (PRU 13).

Sebelum ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan bahawa sebanyak 2,181 cawangan Umno di Kelantan termasuk di Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Kota Bharu adalah haram.

Menurut Badrul Hisham, melalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.

Akan tetapi Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan perwakilan daripada cawangan haram Umno (126 cawangan) dan perwakilan daripada mesyuarat haram tersebut telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu (2008).

Husam berkata, Pas mengalu-alukan jika DAP mahu menggunakan logonya pada PRU-13 dan ini secara tidak langsung melambangkan persefahaman dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita sangat mengalu-alukan, tertakluk kepada pilihan strategi DAP.

"Mereka boleh menggunakan loga Pas ataupun PKR dan ini melambangkan perpaduan di dalam Pakatan," ujarnya yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

Nampaknya PAS Sudah Menang Satu Kerusi DUN Sebelum Penamaan Calon - Aspan

Posted: 19 Apr 2013 05:30 AM PDT


Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan 'winnable'? Siapa yang menentukan mereka itu 'winnable' atau tidak 'winnable'? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang 'winnable', kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?

Seandainya perisikan untuk mencari calon yang 'winnable' itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon 'winnable' sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.

Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?

Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?

Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak 'magnanimous' sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."

Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih 'winnable' di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, "Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?"

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada 'political novice' seperti Mohammad Hasan ini.

Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.

Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu. -aspanalias

MIMPI SENJA

Posted: 19 Apr 2013 11:24 PM PDT

MIMPI SENJA


Kenyataan Umum che GuBard

Posted: 19 Apr 2013 08:29 AM PDT


chegubard bunting panjang
Kenyataan Umum
19 April 2013
Pencalonan N21 Sg Acheh
Alhamdulillah dengan rasa rendah diri dan penuh tawadduk, pada jam 11pagi semalam saya telah menerima watiqah untuk memikul amanah mewakili Pakatan Rakyat dengan menggunakan logo PKR bagi bertanding di N21 Dun Sg Acheh, P.Pinang.
Watiqah ini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR yang dianggotai oleh pimpinan teratas 3 parti komponen PR. Penghargaan dan ucapan terima kasih buat Presiden PAS, Pengerusi DAP dan Presiden PKR.
Sesuai dengan keputusan ini maka hanya ada satu calon PR akan berdepan dengan Bn. Maka hancurlah harapan Bn yang bergembira sebagai pengadu domba kebelakangan ini.
Yakin dan percaya semua jentera PR akan terus melipat ganda usaha untuk mencapai maksud murni PR dalam PRU ini. Saya dengan ini bersedia menggalas amanah besar mewakili PR selaku calon PRU di kawasan ini, merayu dokongan dan sokongan semua.
che'GuBard

[TERKINI] 2 Saksi Terbit Video LUCAH Klon DSAI Ditahan

Posted: 19 Apr 2013 06:05 AM PDT




Ini perkembangan terkini yang diterima.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, kira-kira sejam tadi.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini.

Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui.

"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya.

Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kami sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.

BN memang jahat. Tidak patut lagi dipilih oleh seluruh rakyat Malaysia

Posted: 19 Apr 2013 03:28 AM PDT


19 April 2013

BARISAN Nasional (BN) dan UMNO memang jahat, zalim dan tidak patut lagi rakyat negara ini membenarkan parti yang tidak berhati perut itu terus memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
UMNO/BN sanggup melakukan apa saja, termasuk 'membunuh', 'menipu', 'mengugut' asalkan mereka dapat terus berkuasa, memerintah negara dan terus melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.
Betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang mengundi UMNO/BN adalah haram dan tidak mendapat pahala kerana parti melakukan pengkhianat serta menghalalkan perkara 'haram' asalkan hasratnya berjaya.

Dulu PAS diharamkan menggunakan lambang bulan bintang kerana merasakan peluangnya terjejas dan kini DAP pula menjadi mangsa perbuatan jahat UMNO/BN pada saat akhir menjelang hari penamaan calon dan hari pengundi 5 Mei ini.
Jadi amatlah wajar rakyat sedar dengan penipuan dan taktik jahat UMNO/BN itu dan tindakan itu boleh menyebabkan kebencian rakyat berlipat kali ganda sekaligus membuatkan BN bakal mengalami kekalahan lebih teruk pada PRU-13 nanti.
BN memang sudah tahu akan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik kotor, termasuk menggunakan samseng untuk mengacau, menjatuhkan lambang dan bendera parti Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga sedih dan kecewa hingga menangis dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menjadi alat BN yang tidak mengiktiraf kepemimpinan baru Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Tindakan itu sekaligus menandakan DAP tidak lagi boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding pada PRU-13 ini kerana ini bermakna ROS tidak mengiktiraf Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP.
Apabila Guan Eng tidak diiktiraf bermakna tandatangannya untuk pelbagai surat menyurat tidak akan diiktiraf oleh ROS sekaligus tidak boleh menandatangani apa jua watikah, termasuk untuk calon bertanding pada PRU-13 ini.
Kit Siang juga merasakan peluangnya untuk menang menentang Menteri Besar Johor sementara, Datuk Seri Abdul Ghani Othman di Gelang Patah akan turut terjejas.
ROS yang diperalatkan BN tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian terhadap DAP yang sudah 47 tahun berjuang menghadapi detik sukar dalam politik negara tiba-tiba diperlakukan sedemikian oleh BN
Tindakan ROS dan BN itu mendapat kecaman semua rakyat negara ini dan sewajarnya BN diajar dengan kekalahan terusk pada PRU-13 nanti.
DAP juga melalui pelbagai kesukaran dalam menegakkan sebuah negara yang bersatu pelbagai kaum, adil dan demokratik yang diperjuangkan pemimpinnya termasuk Dr Chen Man Hin, Ahmad Nor, P Patto, Ibrahim Singgeh, Fadzlan Yahya, Peter Dason, Lau Dak Kee, Lim Cho Hock, V David, Karpal Singh, Datuk Chian Heng Kai, Chan Kok Kit, Dr Tan Seng Giaw, Lim Guan Eng, Tan Kok Wai dan Teresa Kok, walaupun mereka ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipenjara hingga hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, hak mengundi dan bertanding pada pilihan raya untuk tempoh yang lama," katanya dalam kenyataan media di Pusat Operasi Pakatan Rakyat Gelang Patah, hari ini.
Bukan saja DAP, PAS dan PKR juga menghadapi perkara yang sama termasuk difitnah dengan pelbagai perkara seperti video seks dan sebagainya.
Tindakan ROS yang mengikut arahan pemimpin atasan di Putrajaya, dianggap paling pengecut, tidak demokratik dan hina walaupun BN sudah memerintah negara selama 56 tahun.
Kit Siang yang juga penyandang Parlimen Ipoh Timur berkata, tindakan ROS menjejaskan peluang 53 calon DAP yang bertanding kerusi Parlimen dan 103 bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.
Kit Siang bagaimanapun mengucapkan terima kepada pemimpin PKR dan PAS, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausa Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dan Setiausa Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution kerana menyokong dan membantu DAP dalam menghadapi krisis dengan ROS itu.
"Pemimpin Pakatan Rakyat berusaha untuk mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan politik mengikut Akta Pertubuhan, lebih tiga tahun lalu, tetapi enggan mendaftarkan PR supaya semua calon PR tidak boleh menggunakan simbol yang sama.
"Saya bersetuju dengan Anwar bahawa tindakan ROS itu adalah sebahagian daripada "helah kotor" yang disusun UMNO/BN untuk menipu pada PRU-13 dengan menghalang DAP menggunakan logo Roket," tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin, calon, ahli dan penyokong DAP tidak akan lemah semangat sebaliknya meneruskan perjuangan untuk melakukan perubahan di peringkat Persekutuan pada PRU-13, walaupun terpaksa melepaskan sementara logo Roket dan menggunakan logo PKR dan PAS.
Simbol Roket sudah berdiri teguh dalam politik Malaysia sejak 47 tahun lalu untuk integriti, kejujuran, keadilan, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik dan patriotik Malaysia.
Tindakan BN itu kerana terlalu takut DAP yang bertekad mahu menawan Johor, Sabah dan Sarawak yang menjadi deposit tetap BN.
"Berikutan itu, peluang saya memenangi Gelang Patah terjejas walaupun kedudukannya 50-50 sebelum pengumuman Abdul Ghani bertanding, menjadikan kedudukan 45-55 selepas itu dan kini antara 40-60 peratus dengan pengharaman simbol roket pada PRU-13.
"Persoalannya sekarang bolehkah saya mengejar untuk mencapai kedudukan lebih 50% dalam pertandingan dengan Ghani. Bagaimanapun apa [un keputusan hanya akan dapat diketahui pada 5 Mei ini," katanya.-Roketkini.com

Ceroboh Lahad Datu : Datu Amirbahar Didakwa Lancar Perang Terhadap Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 19 Apr 2013 02:30 AM PDT




KUALA LUMPUR: Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram pada Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Datu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Datu Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kg Tanduo, Lahad Datu, antara 9 Mac dan 23 Mac lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan, dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan DPP Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Prosedur Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau dan 14 Mei ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Berikutan dakwaan terhadap Datu Amirbahar, 20 warga Filipina didakwa setakat ini manakala seorang koperal polis warga tempatan juga didakwa di Mahkamah Majistret berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini.
Kesemua warga Filipina itu didakwa berhubung pelbagai kesalahan antaranya melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.
Seorang anggota polis pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.
Kesemua kes itu juga dipindahkan di Mahkamah Tinggi Tawau. - BERNAMA

Calon DAP akan gunakan logo PAS @Semenanjung, PKR @ Sabah/Sarawak dalam PRU 13 - Karpal Singh

Posted: 19 Apr 2013 12:58 AM PDT


pakatan convention 191209 karpal with nik azizPengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.


Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 19 Apr 2013 11:02 PM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WATIKAH CALON BELUM SELAMAT LAGI?

Posted: 19 Apr 2013 12:05 AM PDT

PETANG semalam KEADILAN Pahang telah umumkan senarai nama calon Dun yang diwakili oleh parti tersebut di Negeri Pahang.  Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang Temerloh.

Hampir kesemua calon yang dipilih kelihatan memenuhi kediaman Sdr Nizam di Temerloh petang semalam.  Rata-ratanya berwajah ceria mengepit watikah calon masing-masing dan dikongsi bersama oleh para penyokong yang turut kelihatan ceria.

Difahamkan tidak semua calon yang terpilih itu direstui oleh pimpinan negeri tetapi atas dasar meletakkan disiplin parti lebih utama maka akhirnya negeri akur dengan pilihan Pusat.  Kebijaksanaan pimpinan negeri mengendalikan isu berkenaan calon-calon sebenarnya dapat mengurangkan pertelingkahan yang lebih besar sekurang-kurang tidak seperti apa yang berlaku di dalam rumahtangga umno di Pahang khususnya.  Memang ada pihak yang tidak berpuashati dan perkara ini telah kita maklum lebih awal kerana ianya perkara biasa.  Pimpinan negeri nampaknya telah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian, apatah lagi pimpinan negeri telah berusaha sedaya upaya menentukan hanya calon yang layak dan mendapat sokongan akar umbi sahaja yang terpilih.

Paling kuat terasa kesan dari pengumuman petang semalam adalah para penyokong di kawasan Muadzam Shah, Lepar, Damak dan juga Batu Talam. Lanchang juga mendapat perhatian.  

Senarai calon yang telah diumumkan anda boleh lihat di dalam blog PKR Pahang.  Tetapi hari ini dikhabarkan ada berita yang panas.  Apakah terdapat perubahan calon mahu pun perubahan kerusi?  Apa yang pasti, semua calon yang telah mendapat watikah semalam belum boleh mengadakan kenduri kesyukuran lagi sebelum pagi esok selepas hari penamaan calon.  Kita tunggu.....