Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Admin | | Posted On Ahad, 12 Mei 2013 at 9:31 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 12 May 2013 09:10 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Melayu cap apa yg kamu cakap ni Md Noor? (LM)

Posted: 12 May 2013 07:17 AM PDT

Tolong sikit wahai hakim pencen... majoriti Melayu pada waktu ini, tak mahu diletakkan sebakul dengan melayu cap umno yang kini telah dikuasai oleh golongan mamak, bangla, nepal dan pendatang asing.... 

melayu cap umno ni, bukan tau beza dosa dan pahala. Yang pasti, selama lebih setengah abad, kerja memecah-belahkan perpaduan Rakyat pelbagai kaum.

GoMalaysian

Posted: 12 May 2013 07:33 PM PDT

GoMalaysian


[Penting!] Hantarkan Aduan & Salah Guna PRU13

Posted: 12 May 2013 06:34 PM PDT

(Gambar) Ketibaan DSAI di Perhimpunan Blackout Ipoh

Posted: 12 May 2013 04:40 PM PDT

(Gambar) Ketibaan DSAI di Perhimpunan Blackout Ipoh

(Gambar) Ceramah Anwar Ibrahim di Ipoh!

Posted: 12 May 2013 08:33 AM PDT

(Gambar) Ceramah Anwar Ibrahim di Ipoh!

Tukar Tiub

Posted: 12 May 2013 07:05 PM PDT

Tukar Tiub


SUDAH KENA KENCING - KENA BERAK PULAK

Posted: 12 May 2013 07:00 PM PDT




INI LAH
NASIB GHANI OSMAN


Adakah Umno Johor sokong Abdul Ghani dilantik sebagai senator?


NUSAJAYA:Penolakan tersurat cadangan melantik Abdul Ghani sebagai senator dan menteri telah mengesahkan bahawa beliau mangsa perebutan kuasa di dalam Umno, terutamanya di Johor.






KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI LAH BUDAYA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION... kah kah kah..

kah kah kah...MULA MULA ... KENA KENCING.... kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN KENA PANCUNG.... mkah kah kah..

kah kah kah...LEPAS ITU KENA BERAK ATAS MUKA... kah kah kah..

woit... JADI SENATOR INI UNTUK  KENALKAN DALAM POLITIK... kah kah kah..

kah kah kah... DARI MENTERI... JADI MENTERI BERSAR... KEMUDIAN SENATOR... GILA BABI APA?.... kah kah kah..

woit...KESIAN TENGOK GHANI... BUKAN SAJE DAH JADI SELIPAR BURUK...kah kah kah..

kah kah kah...KINI JADI SELUAR DALAM KOYAK..... kah kah kah



TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru

-------

SILA IKUTI #TIPU505 - UNTUK MAKLUMAT TERKINI

Posted: 12 May 2013 06:00 PM PDT




PENGUMUMAN

sila ikuti #tipu505
untuk perkembangan terkini

Penyokong Pembangkang Penuhi Demo Di Ipoh

IPOH: Pembangkang mengadakan perhimpunan ketiga selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di sini pada Ahad


TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru



----------

TAK SANGKA IDUP LAGI MALAON INI

Posted: 12 May 2013 07:30 AM PDT




Jadikan Penyatuan Umno-PAS Agenda Berterusan - Nasharuddin

KUALA LUMPUR: Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TAK SANGKA MALAON INI IDUP LAGI.... kah kah kah..

kah kah akh... MANA LAMA MENGHILANG.... kah kah kah..

woit..JUMPA KHIR TOYO ...CABUT GIGI KE?.... kah kah kah..


TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


-------

TERUSKAN KEMPEN KE JALAN RAYA

Posted: 12 May 2013 05:08 AM PDT



RADIO BANGSAR
AKAN BUAT SIARAN LANGSUNG
UNTUK WARGA DI LUAR LEMBAH KLANG
dan
DILUAR NEGARA




13 MAY - HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan dengan kerjasama front Mahasiswa akan menganjurkan sebuah Rapat Perdana;

Tarikh: 13 May (Isnin)
Masa: 8 - 12 mlm
Venue: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH 
(Dekat Stadium Merdeka / Stesen Monorail Maharajalela)

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas adalah termasuk;

Pak Samad (Sasterawan Rakyat)
YB Nurul Izzah (Naib Presiden PKR)

YB Tian Chua (Naib Presiden PKR)
YB Sivarasa Rasiah
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat)
Dato' Thamrin Ghaffar

Haris Ibrahim (Penggerak ABU)
Maria Chin (BERSIH)
Safwan Anang (Presiden SMM)
Adam Adli (Mahasiswa)
KS Bawani (Mahasiswa)
KC Heng (front anak muda) 
Farel (Mahasiswa SAMM)

Hos: che'GuBard

Pentas sempena tarikh 13 May yang diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia, bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505! Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan 'pecah-perintah' legasi penjajah tetap diteruskan demi untuk mengekalkan kuasa. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak.

Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi.

Justeru, Pidato Perdana sempena tanggal 13 May Hari Bangsa Malaysia bertajuk "Selamatkan Demokrasi" adalah bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni di atas nama kononnya 1Malaysia.

Diharapkan sahabat pengamal media dapat memberi bantuan promosi untuk program perdana bernotis singkat ini, dan SAMM mengalukan kehadiran semua wartawan bagi membuat liputan.

Masuk adalah percuma, disaran hadirin mengenakan baju hitam (atau apa jua simbol hitam) bagi meneruskan mode perlawanan #Black505.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM



TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


--------

SATU LAGI PENIPUAN DI BUKTIKAN

Posted: 12 May 2013 01:30 AM PDT



  • Umno bukan parti rasis - Najib
  • Beliau yang juga presiden Umno berkata sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah...KAH KAH KAH..... kah kah kah...

kah kah kah..TERGOLEK DOG.... kah kah kah

-------

SATU LAGI PERCUBGAAN UNTUK TIPU BANI MELAYU

Posted: 11 May 2013 08:30 PM PDT



NOTA:
macam macam
dibuat untuk  tipu bani melayu
tapi kali ini
tak boleh tipu lagi
kah kah kah


Anwar, Kit Siang makin biadab

 Haspaizi Mohd Zain | bhnews@mediaprima.com.myCetak
Terus heret rakyat bantah keputusan PRU-13

Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang disifatkan semakin keterlaluan dan biadap apabila terus mengheret rakyat ke jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada pembangkang. 

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan,  Yahya Hamzah, berkata tindakan keterlaluan Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP itu dibimbangi mencetuskan tentangan agresif pihak tertentu yang kurang senang dengan permainan politik kotor mereka. 
Beliau berkata, jika pembangkang terus menerus menyerang kerajaan BN yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi, ia dibimbangi mencetuskan perbalahan sehingga boleh merosakkan keharmonian negara.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... ADA SATU SOALAN NAK TANYA.... kah kah kah..

kah kah kah...TIPU PILIHAN RAYA INI BIADAP ATAU TAK BIADAP?... kah kah kah...

kah kah kah... SATU LAGI....  TIPU UNDI BUKAN DEMOKRASI.... kah kah kah..

kah kah kah..SATU LAGI... DEMOKRASI IALAH  SUARA MAJORITI.... klah kah kah..

kah kah kah...MAJORIOTI 52% RAKYAT MALAYSIA TELAH UNDI PAKATAN... kah kah kah..

woit...KEPALA HOTAK BIADAP APA?..... kah kah kah


TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


-------

Kerabu Bersuara ®

Posted: 12 May 2013 03:37 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Video Ustaz Azhar Konvoi Kempen Bersama Ferrari

Posted: 12 May 2013 04:21 AM PDT



Khairy Tibai Mat Said?

Posted: 12 May 2013 04:12 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942038_378905875561902_1603834297_n.jpg

apa kata mat said?

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

Posted: 12 May 2013 03:47 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/255496_606626336024001_1807049139_n.jpg

KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

MB Kelantan Buat Perjumpaan Dengan Kakitangan Pejabat

Posted: 11 May 2013 06:24 PM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/375080_146005992256193_1948758754_n.jpg


teruskan usaha mb supaya islam dan kegemilangan kelantan berlandaskan agama.

allahuakhbar!

DIALOG RAKYAT

Posted: 12 May 2013 03:32 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Pengundi diberi kertas undi yang dipangkah – Aziz Bari

Posted: 12 May 2013 07:59 AM PDT


Oleh: Rusnizam Mahat

SABAK BERNAM : Calon KEADILAN di parlimen Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berlaku pemindahan beramai-ramai pengundi dari kawasan itu ke tempat lain, menyebabkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat pengundi yang diberi kertas undi yang sudah dipangkah, pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Ada yang mendapati nama mereka sudah dipotong dan ada orang mengundi bagi pihak mereka.

"Selain itu petugas (Pakatan Rakyat) juga ada menghalang warga Bangladesh memasuki kawasan mengundi. Tetapi petugas Umno mempertahankan mereka.

"Pada sebelah petang, petugas Umno berjaya menyeludup masuk ke dalam pusat mengundi dengan menggunakan van bercermin gelap," katanya yang mengesyaki kenderaan itu membawa masuk pengundi hantu.

Menurut Aziz, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti dan maklumat menerusi agen barong, pengundian dan pengiraan (PACABA) sebelum mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Aziz berkata, kekalahan di DUN Sungai Air Tawar dalam parlimen Sabak Bernam,  ekoran Umno menggunakan isu permohonan hak pemilikan tanah rizab yang ditolak kerajaan negeri Selangor.

Pada 22 April lepas, seramai 300 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara mendakwa mereka dipermainkan kerajaan negeri apabila menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang memberitahu permohonan berkenaan ditolak bersama sekeping cek bernilai RM500.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Aziz tewas dengan majoriti 1,644 undi kepada lawannya dari BN, Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Aziz memperolehi 14,743 undi manakala Mohd Fasiah 16,387 undi.

Khalid angkat sumpah esok?

Posted: 12 May 2013 07:51 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan "tidak ada isu", perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan sejak seminggu lalu sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terus memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara ini menjadi isu apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Kelayakan PKR mula dipersoalkan.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar mestilah dari kalangan Melayu Islam.

Maka dalam perkara ini, DAP terkecuali daripada menjawat jawatan berkenaan.

Pas pula dari awal lagi menyatakan sokongan kepada PKR iaitu penyandang sebelum ini, untuk kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor. Sokongan sama disuarakan oleh DAP.

Namun kemelut ini semakin meruncing apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR Selangor menyatakan pihaknya langsung tidak dirunding berhubung jawatan itu.

Azmin berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor harus melalui konsensus dan tidak boleh diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

Azmin mendakwa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar senarai nama Menteri Besar kepada Sultan untuk perkenan terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas sedang media Azmin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, Khalid telah dipersetujui sebagai Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, dua nama telah diangkat namun perikatan itu sepakat memilih Khalid.

MCA, Gerakan lebih kepada tutup kedai – Guan Eng

Posted: 12 May 2013 05:51 AM PDT

Lim Guan Eng

Reformasi pilihanraya yang menghormati prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai" boleh menyelamatkan demokrasi malaysia, integriti, kebebasan memilih, peluang saksama, kebajikan masyarakat dan keadilan untuk semua. Pilihan raya umum ke-13 adalah bersejarah kerana ini adalah kali pertama BN kehilangan undi popular dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti yang jelas dengan undi popular sebanyak 50.9% berbanding BN 47.4% (tidak termasuk undi rosak dan calon bebas).

BN telah menerima 51.4% undi popular dalam pilihan raya umum 2008, jatuh 4% kepada hanya 47.4% pada pilihan raya umum tahun 2013. Sebaliknya, PR yang mencatatkan 47.6% dalam pilihan raya umum 2008 dan mendapat peningkatan sebanyak 3.2% dalam undi popular kepada 50.9% pada tahun 2013.
Walau bagaimanapun, amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah satu penghinaan terhadap petunjuk penting prinsip demokrasi "satu orang, satu undi, satu nilai" oleh BN dalam 56 tahun yang lalu, lantas membenarkan BN untuk memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Bagaimana mungkin PR yang memenangi 50.9% undi popular hanya mendapat 40% daripada kerusi? PR malah memenangi 7 kerusi tambahan daripada 82 menjadi 89, tidak menghampiri bilangan 110 pun daripada 222 kerusi Parlimen.

Pelanggaran terhadap keadilan ini paling jelas kelihatan di negeri Perak, di mana PR mengalamai peningkatan undi popular sebanyak 1.4% kepada 54.7% namun masih tewas kepada BN. Dalam pilihan raya umum 2008, PR menang kuasa di Perak walaupun hanya memenangi 53.3% undi popular.

Dalam keterdesakan untuk mengelak daripada menjawab mengapa BN mempunyai Perdana Menteri minoriti dan menjawab bagaimana BN memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular, BN, terutamanya UMNO dan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek, sebaliknya telah memilih untuk mengaitkan keputusan dengan sentimen perkauman, kononnya ia sebuah tsunami Cina dan malah bertanya "Apa lagi Cina mahu?".

Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana ini bukan sebuah tsunami Cina tetapi tsunami rakyat Malaysia. Kalau pun terdapat apa-apa jurang, ia bukanlah jurang perkauman tetapi jurang antara bandar dan luar bandar kerana PR memenangi kebanyakan kerusi bandar di Malaysia. PR tidak mungkin boleh menang 51% undi popular dengan bergantung hanya pada undi Cina, yang membentuk hanya 25% daripada jumlah pengundi.

Dengan bertanya soalan provokatif, "Apa lagi Cina mahu?", UMNO dan MCA tidak menghiraukan kehendak orang Cina iaitu apa dikehendaki semua rakyat Malaysia. Tiada rasuah, tiada kronisme, nepotisme dan menamatkan penyalahgunaan kuasa. Sebuah kerajaan mesra rakyat yang mendengar keluhan rakyat, melakukan kerja kerakyatan dan memberi harapan kepada rakyat. Sebuah kerajaan yang menyediakan masa depan untuk golongan muda dan tidak mencuri masa depan dari golongan muda. Golongan muda tidak akan membenarkan BN untuk mencuri masa depan mereka dengan cara yang sama BN telah mencuri masa depan ibu bapa mereka.

BN tidak boleh mengabaikan suara dan undi 51% daripada rakyat Malaysia. DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pulang mengundi dari luar negara, menghabiskan masa yang lama beratur mengundi dan telah nekad untuk membelanjakan apa sahja demi merealisasikan cita-cita mereka untuk perubahan. Tiga kumpulan wajar mendapat pengiktirafan khusus daripada DAP.

Satu, ialah pengundi kali pertama, ada dari kalangan yang berumur 60-an yang tidak pernah peduli untuk mengundi dalam kehidupan mereka. Dua, anak muda yang mencatatkan kadar keluar mengundi tertinggi dalam sejarah Malaysia disaksikan oleh barisan-barisan panjang dalam saluran mengundi terakhir. Ketiga wanita, yang ternyata mencatat rekod bukan sahaja di tempat mengundi tetapi juga dalam ceramah menderma dengan murah hati, melaungkan sokongan mereka dan menitiskan air mata mereka untuk menyokong laungan "Ubah".

DAP mencatatkan prestasi terbaik dalam sejarah bukan sahaja dengan memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, tetapi juga mempunyai wakil rakyat dari semua kaum - Melayu, Cina, India dan wakil rakyat Kadazan pertama. Kami juga berbangga mempunyai ahli parlimen dan ADUN wanita India pertama kami. Sambil kita meraikan kemenangan ini, marilah kita terus memberi fokus kepada kerja yang perlu kita lakukan untuk rakyat.

Rakyat memerlukan reformasi pilihanraya yang mencerminkan sentimen dan kehendak pengundi. Ini adalah tugas terdekat kita, tetapi bukan satu-satunya. Isu-isu lain yang mempunyai kepentingan negara juga memerlukan perhatian.

Kerajaan alternatif

Memanangkan Pakatan Rakyat mendapat lebih banyak undi popular di seluruh negara berbanding Barisan Nasional, DAP dan Pakatan Rakyat perlu bergerak di luar peranannya sebagai pembangkang di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang kita belum memenangi kuasa. Rakyat meletakkan harapan besar kepada kita dan kita tidak boleh mengecewakan mereka.

Kita berdiri sebagai kerajaan alternatif menunggu dan bukan semata-mata sebuah parti pembangkang.
Pakatan Rakyat - Kita komited untuk menjadikan Pakatan Rakyat pilihan yang berdaya saing sebagai kerajaan menunggu di peringkat persekutuan dan di negeri-negeri yang kita belum memenangi kuasa di samping memastikan bahawa negeri-negeri yang kita tadbir menunjukkan prestasi yang baik. Kita bersedia untuk meningkatkan usaha mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan bertindak secara bersama.

Kerjasama di kalangan parti-parti komponen Pakatan amat cemerlang di peringkat kebangsaan dan kebanyakan negeri dengan manifesto yang sama, belanjawan alternatif bersama dan mesyuarat majlis kepimpinan negara dan negeri yang kerap, yang dikendalikan oleh pelbagai sekretariat bersama. Kita kini perlu mengambil model Pakatan ke peringkat tempatan supaya kita bergerak sebagai Pakatan di peringkat tempatan.

Jalan Tengah Malaysia - Kita mesti meningkatkan usaha untuk membina kepercayaan merentasi sempadan etnik dan bergerak di luar asas sokongan yang sedia ada untuk mendekati 'Malaysia Tengah' dengan cara yang lebih mendalam dan bermakna. Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menjadikan DAP parti pilihan untuk semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.

Dalam penglibatan kita dengan rakyat Malaysia, kita tidak boleh menerima pakai model BN yang menggunakan sentimen perkauman untuk terlibat dengan rakyat. Tidak boleh ada "racial outsourcing" dalam kerja menarik minat rakyat. Semua wakil rakyat DAP dikehendaki untuk melibatkan diri dengan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain.

DAP menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti untuk semua dan bukan anti-Melayu, anti-Bumiputra atau anti-Islam. Malah, DAP adalah yang paling multi etnik berbanding parti-parti lain di Malaysia dengan wakil-wakil yang dilantik dari kalangan orang Melayu, India, Kadazan dan Cina, dan calon-calon dari kalangan Dayak.

DAP juga mempunyai delegasi wakil rakyat termuda berbanding parti-parti lain, dan bilangan wanita tertinggi di kalangan calon-calon. Ini adalah kekuatan kita yang kita mesti terus bina untuk menjadi parti pilihan rakyat Malaysia.

Membangun Masyarakat

Jangan silap, prestasi wakil rakyat kita adalah kunci kepada pemilihan semula pada masa akan datang. Semua wakil perlu berada di barisan hadapan dalam melibatkan masyarakat dan membantu mereka apabila bantuan diperlukan.

Tetapi saya ingin memperkenalkan satu konsep baru. Walaupun MCA, Gerakan dan MIC menyediakan "perkhidmatan", kita membina komuniti. Apa yang dipanggil "perkhidmatan" yang diberikan oleh parti-parti komponen BN biasanya kerja ad hoc yang menyembunyikan kegagalan sistemik kerajaan di semua peringkat terutama kerajaan tempatan.

Sambil kita terus membantu rakyat apabila mereka berhadapan dengan kerenah birokrasi, kita mesti bergerak melampaui sekadar menyediakan penyelesaian reaktif.

Selain menjadi reaktif, adalah penting untuk menjadi proaktif dalam membina masyarakat. Pilihan raya ini melepaskan tenaga yang besar daripada orang ramai dalam perkara-perkara politik. Sekarang kita perlu terus membina berasaskan penyertaan besar rakyat dalam proses pilihan raya dan menyalurkan gerakan rakyat ke dalam meningkatkan kesejahteraan orang ramai, terutamanya di negeri-negeri yang kita bukan kerajaan.

Kita akan menamakan pejabat-pejabat kita sebagai "pusat-pusat komuniti" dan bukan sekadar "pusat khidmat". Di sinilah tempatnya di mana kita mahu melibatkan diri dengan seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin dan memberikan mereka platform untuk bekerjasama dengan orang lain demi memperbaiki keadaan persekitaran dan masyarakat mereka.

PRU13 telah mencetuskan sebuah gerakan politik di kalangan rakyat. Sebilangan besar rakyat Malaysia datang untuk menyelamatkan negara dengan menjadi agen kiraan undi, menderma, dan datang ke ceramah semasa pilihan raya. Jika disampaikan dengan betul, kita percaya bahawa mereka akan bersedia untuk mengambil bahagian dalam menanam pokok, gotong-royong, membantu masyarakat miskin dan lain-lain.

Peranan wakil rakyat kita bukan semata-mata untuk menyediakan "perkhidmatan reaktif" seperti yang ditakrifkan oleh parti-parti komponen BN. Kita berada di sini untuk membina masyarakat. Kita adalah pembina negara.

Pasca PRU13, kita membina sebuah gerakan sukarela sivik untuk menjadikan komuniti kita tempat yang lebih baik. Dengan meningkatkan kesedaran sivik dan usaha membina komuniti, kita bergerak ke arah PRU14 bersama masyarakat dan bukan hanya sebagai satu parti politik.

Di negeri-negeri di mana kita membentuk kerajaan, kita mesti terus mendengar keluh kesah rakyat dan untuk bekerja, untuk memimpin dan menjadi berani dalam membaiki dan memperbaharui institusi yang gagal.

Pendidikan Politik dan Badan Pemikir

Sekarang kita mesti mempersiapkan diri secara intelek untuk mentadbir dengan lebih baik daripada Barisan Nasional dengan idea-idea segar atau menyediakan idea-idea yang lebih baik walaupun dari bangku pembangkang.

Barisan Nasional bankrap ide-ide baru. Kita mesti membina sebuah gerakan ide-ide baru. Kita mesti melampaui paradigma lama dan bersedia untuk meneroka dan menggunakan ide yang baru.

Sebagai kerajaan alternatif, kita mesti mula melibatkan semua peringkat dan semua bahagian negara. Mendengar dan belajar daripada mereka adalah cara terbaik untuk maju ke hadapan bagi Malaysia di semua lapangan dasar.

Ini adalah penting terutamanya bagi negeri-negeri yang kita bercita-cita untuk memenangi kuasa dalam pilihan raya akan datang. Kita mesti memberi inspirasi keyakinan di kalangan rakyat bahawa kita sudah bersedia untuk memerintah, bahawa kita bukanlah klon Barisan Nasional tetapi mewakili sesuatu yang baru berbanding masa lalu yang gelap.

Semua ini memerlukan usaha jangka panjang untuk membina satu pasukan pemimpin yang berpengetahuan mengenai isu-isu urus tadbir dan dapat menyuarakannya dengan meyakinkan. Parti di semua peringkat mesti mengukuhkan pendidikan politik dan badan pemikir untuk bersedia ke arah itu.

Komunikasi

Walau bagaimana baik seorang wakil rakyat, tanpa menyampaikan ide-ide beliau secara berkesan dan mempamerkan prestasi beliau, tidak mungkin orang akan tahu.

Adalah penting untuk kita berkomunikasi secara berkesan sebagai wakil rakyat dan sebagai sebuah parti, dan diharapkan sebagai sebuah gabungan. Sebab-sebab mengapa Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dapat bertahan dengan serangan serangan ganas Barisan Nasional dalam PRU13 adalah kerana saluran komunikasi di negeri-negeri. Kerajaan Kelantan mempunyai mekanisme komunikasi rakan ke rakan yang kuat manakala Pulau Pinang dan Selangor membina saluran komunikasi kerajaan yang kuat untuk menentang pembohongan dari media Barisan Nasional.

Saya tidak mengharapkan persekitaran media untuk meningkat baik dalam penggal kedua di bawah Najib.
Tetapi sementara kita membantah terhadap layanan media yang tidak adil, kita tidak boleh berusaha setakat itu sahaja. Kita mesti membina saluran sendiri untuk mencapai audien yang lebih luas melalui media online, bahan-bahan bercetak dan penglibatan muka-ke-muka. Sebagai contoh, saya mengharapkan akhbar Roket versi Bahasa Malaysia untuk diedarkan secara tetap kepada semua pengundi-pengundi di kawasan yang kita ada wakil.

Mempertahankan Rakyat

Walaupun UMNO membalas dendam untuk kekalahan mereka dalam pilihan raya umum, terutamanya kegagalan untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen, dengan menyalahkan orang Cina; MCA dan Gerakan berperangai kebudak-budakan dengan menutup pusat-pusat khidmat mereka. Rakyat tidak akan lagi menjadi mangsa kepada ancaman tersebut. MCA dan Gerakan lebih tutup kedai dan bukan sekadar pusat-pusat khidmat mereka.

Pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli perlu berusaha lebih dengan menggantikan BN sama ada MCA atau Gerakan, dalam berkhidmat kepada rakyat di mana MCA atau Gerakan telah meninggalkan rakyat.

MCA dan Gerakan terlalu memandang rendah harapan rakyat untuk perubahan jika mereka fikir menutup pusat khidmat atau pejabat mereka sebagai membalas dendam kerana kekalahan dalam pilihan raya umum boleh menakut-nakutkan pengundi. DAP tidak menutup pejabat atau pusat khidmatnya apabila kita kalah dalam setiap pilihan raya umum sejak 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang untuk rakyat.

Semua ini dilakukan apabila UMNO menjadikan kedua-dua DAP dan masyarakat Cina sebagai penjahat kerana berani melawan dan mengundi menentang BN. Rakyat Malaysia tidak lagi bodoh dan tidak akan membenarkan BN memainkan isu-isu nasional dengan sentimen perkauman.

Sebaliknya setiap perkara perlu dibincangkan dan diputuskan berdasarkan merit tanpa berasaskan sentimen kaum tetapi berasaskan keperluan. Ini adalah anjakan paradigma baru pilihan raya umum kali ini - bahawa rakyat telah muak dan bosan dengan politik berasaskan kaum dan pelampau serta memilih dengan jelas untuk dasar-dasar mesra rakyat yang memberi perubahan kepada kehidupan rakyat biasa.

Marilah kita membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada orang-orang yang berkuasa!

LIM GUAN ENG IA LAH KETUA MENTRI, PULAU PINANG

Klon SMS: Celcom dakwa tidak terlibat

Posted: 12 May 2013 05:48 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai talian pelanggan yang didakwa digunakan untuk menyebarkan SMS berunsur perkauman.

Rohizan Ismail, Ketua Media dan Hubungan Kerajaan dalam kenyataannya berkata, Celcom tidak terlibat atau bersubahat dalam mana-mana kegiatan penyebaran sms yang boleh mencetuskan keamanan negara.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengadu telefon mereka telah diklon untuk menyebarkan sms palsu berunsur perkauman.

Ekoran itu, Salahudin menuntut Celcom memberikan penjelasan mengenainya kerana beliau menggunakan talian Celcom.

"Celcom menegaskan sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berorientasikan pelanggan, pihak kami  amat menghormati privasi pelanggan," kata Rohizan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam siasatan awal, mereka mengesyaki ada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan teknologi penyamaran (masking) dan menyebarkan SMS berunsur hasutan tersebut.

"Pihak kami akan bekerjasama dengan pelanggan bagi mengenalpasti mereka yang terlibat yang telah menyalahgunakan talian beliau kerana tindakan ini bertentangan dengan piagam pelanggan Celcom.

"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika siasatan kami mendapati ada unsur- unsur tersebut.

"Kami sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi kepentingan para pelanggan kami dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," kata kenyataan itu.Harakahdaily

Kempen anti Cina ‘Utusan’ berterusan

Posted: 12 May 2013 03:38 AM PDT


Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR— Akhbar Umno, Utusan Malaysia dilihat masih lagi meneruskan serangan terhadap komuniti Cina yang didakwa menjadi punca kepada prestasi teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Dalam artikel yang diterbitkan hari ini, akhbar Mingguan Malaysia, edisi hujung minggu Utusan Malaysia masih menyiarkan artikel berbaur menyerang komuniti Cina, apabila dalam ruangan 'Analisis Mingguan' tulisan Awang Selamat menyatakan sudah tiba masanya masyarakat Cina mengambil iktibar menyokong DAP walaupun hakikatnya mereka yang menguasai ekonomi dan antara kaum terkaya.

"Pada PRU 13 masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tenbal. Tsunami Cina lebih besar kali ini," memetik kenyataan Awang Selamat yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Awang dalam tulisannya turut mendakwa ada majikan Cina yang memaksa pekerja mereka mengundi DAP, termasuk juga tokoh kewangan Cina yang kaya raya daripada kontrak kerajaan memberi dana kepada pembangkang untuk melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang.

"Dari awal lagi masyarakat Cina sudah menetapkan arus untuk mencetuskan tsunami.

"Sesiapapun yang menyokong BN biarpun daripada kalangan tokoh Cina akan ditekan dan dimalukan," kata Anwa lagi.

Beliau turut menimbulkan persoalan dalam penyataan "apa lagi Cina mahu adalah relevan walaupun tidak disengangi?"

Sementara itu dalam tulisan Baharom Mahusim, juga disiarkan Mingguan Malaysia, berkata, antara pengajaran yang muncul dalam Pilihan Raya 2013 adalah "orang Cina bukan 'king maker' dalam politik Malaysia kerana tanpa sokongan mereka pun BN tetap memerintah negara, tetapi hubungan kaum selepas PRU 13 katanya akan memasuki suasana baru."

"Pola pengundian PRU 13 yang bersifat perkauman - yang dicerminkan oleh Tsunami Cina seharusnya mengukuhkan iltizam BN melaksanakan dasar afirmatif untuk Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak yang ketinggalan jauh dari segi ekonomi."

Zulkefli Hamzah pula berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhak menyuarakan rasa kecewa terhadap komuniti Cina kerana kerajaan telah melaksanakan banyak tuntutan mereka, namun membalasnya dengan menolak kerajaan.

"Penurunan pengundi Cina juga berlaku dalam Pilihan Raya 2008, disebabkan itu perdana menteri sedaya upaya cuba memenangi hati pegundi ini dengan memberi apa mereka minta.

"Tetapi itu tidak berlaku malah lebih buruk lagi, bayangkan kekecewaan BN khususnya perdana menteri .. Lantas beliau layak menyuarakan rasa kecewa dengan menyifatkan ianya sebagai tsunami Cina," katanya.

Beliau turut menyiarkan petikan-petikan daripada beberapa pemikir dan ahli politik politik Cina untuk memberikan jawapan terhadap tsunami Cina dalam PRU 13 kali ini.

Antaranya adalah Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Yuon yang menyatakan beliau sendiri hanya menerima 15 peratus undi Cina di Bruas, berbanding Melayu antara 70 hingga 75 peratus dan India 55 hingga 60 peratus.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huang Cheng Guan juga turut dipetik meminta masyarakat Cina kembali memikirkan jasa BN kepada mereka, yang menurutnya " apa lagi yang kerajaan tidak lakukan untuk masyarakat Cina."

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini menerima kecaman apabila dalam laman utama akhbar berbahasa Melayu itu menyiarkan tajuk kontroversi "apa lagi Cina mahu?" ekoran prestasi BN yang menurun dalam PRU 13.

Sebaliknya DAP menunjukkan peningkatan prestasi apabila majoriti pengundi Cina beralih arah kepada parti majoriti Cina itu yang juga parti kompinen dalam Pakatan Rakyat.

BN memenangi 133 daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan walaupun mempunyai jumlah undi popular yang lebih rendah berbanding PR yang memiliki 89 kerusi Parlimen.

Beri peluang Umno ketuai BN P.Pinang

Posted: 12 May 2013 03:26 AM PDT

SINAR HARIAN

Reezal Merican
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
 
KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.
  
Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata satu pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN masih relevan dan diterima baik oleh penduduk negeri ini.
  
"Pada pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada Umno kerana ini sudah masuk dua penggal (selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13) MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak oleh pengundi Cina.
  
"Jadi adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada Umno negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya di sini hari ini.
  
Beliau ditemui pemberita pada majlis jamuan meraikan petugas jentera pilihan raya BN yang membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan berkenaan.
  
"Memang secara tradisinya jawatan pengerusi BN negeri diberikan kepada Gerakan tetapi kita tidak harus terikat dengan tradisi itu...realitinya BN negeri perlu diberi suntikan semangat baharu," katanya.  - Bernama

Rakyat perlu rebut peluang SkimSel

Posted: 12 May 2013 03:24 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Rakyat perlu rebut peluang SkimSel
Amirudin mengedar risalah berhubung program kerajaan kepada orang ramai di Sungai Tua.
 
BATU CAVES - Rakyat negeri ini dinasihatkan merebut peluang perniagaan menerusi Skim Mikro Kredit Selangor ( SkimSel).

Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif membela nasib rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menerusi SkimSel.

Menurutnya, SkimSel banyak membantu peniaga mengembangkan perniagaan.

"Sebanyak RM50 juta diperuntukkan dalam usaha naik taraf hidup rakyat berpendapatan isi rumah bawah RM1,500 terutama di luar bandar," katanya ketika bertemu rakyat di Sungai Tua, baru-baru ini.

Amiruddin berkata, seramai 7,000 rakyat Selangor menyertai SkimSel dengan jumlah pinjaman modal diperuntukkan hampir RM42 juta.

"Jumlah penyertaan dijangka bertambah pada 2013 dan menyasarkan kemasukan peserta baru seramai 20,000 ribu menjelang 2015 dengan pinjaman modal sebanyak RM150 juta," katanya.

Azizan belum sedar, masih di ICU

Posted: 12 May 2013 03:22 AM PDT

GOKINA MORGANAN

Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP), sejak Khamis  lalu.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, keadaan kesihatan beliau stabil dan ada beberapa pekembangan positif seperti beliau membuka mata beberapa kali.

"Sehingga jam 2.30  petang ini, beliau masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Mohd Helmi berkata, Azizan kini dipantau rapi oleh lebih 10 doktor pakar.

"Antaranya ialah pakar jantung, pakar buah pinggang, pakar saraf dan pakar penyakit kencing manis," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga Setiausaha Politik Azizan meminta orang ramai menderma darah kepada Unit Tabung Darah HPP bagi membantu HPP menambah tabung darah hospital.

"Ini sebagai tanda penghargaan kami kepada HPP yang memberi rawatan terbaik kepada beliau.

"Pihak tabung darah (sebelah unit kecemasan) membuat persiapan khas pada Isnin ini, saya meminta orang ramai dapat menderma darah.

"Proses rawatan dan pembedahan Azizan menggunakan 11 pek darah dari tabung darah," katanya.

Azizan, 69, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dan Adun Sungai Limau dipindahkan ke HPP pada Rabu lalu dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada ibu jari pada kaki kananya sejak Isnin lalu.

Khamis lalu, Azizan selamat menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah kakinya yang terkena jangkitan kuman di HPP.

Beliau dilihat keluar selepas hampir tujuh jam berada dalam dewan pembedahan hospital berkenaan sambil diiringi ahli keluarga dan beberapa ahli Pas yang setia menanti di hospital berkenaan.

Penganalisis: Kabinet 'perdamaian kebangsaan' perlu lantik orang luar

Posted: 12 May 2013 03:21 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 disaran supaya mencari penyelesaian terbaik dalam hasratnya mengadakan perdamaian kebangsaan selepas menyaksikan parti itu ditolak masyarakat Cina.

Penganalisis politik, Profesor Dr Jayum Jawan berkata, meletakkan calon daripada parti lawan misalnya DAP ke dalam Kabinet bagi tujuan itu umpamanya, tidak sepatutnya berlaku.

"Tidak perlu sebenarnya hendak mencari penyelesai masalah daripada pihak lawan.

"Perdamaian kebangsaan yang disebut oleh perdana menteri itu tidak semestinya begitu," ujar beliau kepada Sinar Harian Online.

"Ia juga akan menyebabkan ramai yang menang dalam BN akan merasa kecewa," tambah beliau mengulas sejauh mana kemungkinan wakil Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang akan dibawa ke dalam Kabinet, selari dengan seruan perdana menteri agar diadakan 'penyatuan' selepas PRU13.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan agar DAP menyertai BN untuk memastikan perwakilan Cina dalam kerajaan.

Ia ekoran kekalahan teruk MCA dalam pilihan raya lalu yang disifatkan sudah tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Cina di negara ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang sebelum ini berkata parti itu akan menimbang perkara tersebut, kemudian memutuskan, DAP tidak akan menggantikan MCA.

"Kita menolak apa-apa kemungkinan DAP akan menggantikan MCA dalam BN. Kita buat satu parti bukan untuk kaum Cina saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.
"Tujuan kita bukan untuk gantikan peranan MCA," ujar beliau.

Jayum seterusnya mencadangkan penyelesaian bagi membentuk barisan Kabinet yang merangkumi semua kaum ini mungkin boleh dilakukan dengan memilih bukan dari kalangan ahli Parlimen berbangsa Cina sahaja.

"Mungkin kita boleh ambil dari golongan akademik, profesional atau NGO yang boleh memberi sumbangan kepada Kabinet baru," ujar beliau.

Dalam pada itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pembentukan Kabinet pusat harus mengikut prinsip asalnya.

"Dalam sistem Westminster majoriti yang akan memerintah dan menjadi menteri," ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul soal bagaimana parti lawan akan dijemput ke dalam Kabinet baru yang akan dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa juga permasalahan yang ingin diselesaikan.

"Saya rasa tidak kena kalau kita hendak letak mereka (pembangkang) dalam Kabinet bagi tujuan perpaduan.

"Malah saya menyokong tindakan MCA yang menyatakan mereka tidak mahu wakil mereka dalam Kabinet.

"MCA amal politik matang kerana mereka tahu kegagalan mereka," ujar beliau lagi.

Perak sedang teliti senarai akhir barisan exco

Posted: 12 May 2013 03:20 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
 
KUALA KANGSAR - Senarai pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, pada penggal ini akan berlaku pertambahan jumlah exco berbanding sebelum ini.
  
"Kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat mewakili semua (kaum)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah hari ini.

Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi".
 
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi Dun yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Dun Chenderiang

Teras tuntut Najib perjelas kenyataan Ahmad Said

Posted: 12 May 2013 03:17 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan tidak ada pembangunan perumahan mampu milik  disediakan di kawasan BN kalah.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bermakna Ahmad bukan menjadi MB kepada hampir 48.48% rakyat Trengganu yang telah menolak BN.

Katanya, bermakna juga Ahmad seolah-olah mengatakankan hanya separuh sahaja Trengganu yang akan dibangunkan iaitu di kawasan yang BN menang sahaja.

Malah beliau mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Ahmad dilaporkan berkata rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Inilah sikap pemimpin BN yang bebal dengan rakyat yang menolak BN. Sikap yang sama juga dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Ali Rustam apabila kalah di Parlimen Bukit Katil yang merakamkan kekesalan kepada rakyat yang menolak beliau dalam PRU13.

"Kami sangat kesal dengan sikap bebal yang jelas menunjukkan bahawa sebenarnya BNlah yang tidak boleh menerima kekalahan lalu rakyat menjadi mangsa," ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sikap mendera rakyat apabila tidak menyokong BN semacam menjadi sebati dalam pemikiran politik pemimpin BN.

Jelas sekali, katanya sikap tidak demokratik malah sangat berbau politik tidak berrtamadun ini terserlah apabila seorang MB yang baru mengangkat sumpah akan berkhidmat kepada seluruh rakyat di hadapan Sultan tiba-tiba mangatakan "pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN".

Ini, katanya bermakna lafaz sumpah perlantikan MB untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat yang terkandung dalam lafaz angkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu adalah suatu pembohongan dan pengkhianatan bukan sahaja menyalahi Perlembagaan negeri malah mengkhianati Sultan sendiri.

Menurutnya, ini adalah pengkhianatan kepada janji yang pertama dilafazkan oleh seorang MB yang merasa terancam apabila hampir separuh rakyat Terengganu yang mengundi pada PRU13 menolak BN.

"Perdana Menteri harus menjelaskan adakah ini dasar pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN," katanya.

Tambahnya, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN ini menandakan natijah dari keputusan PRU13 telah menonjolkan pendirian dendam kepada rakyat.

"Kami mendesak samada PM memperbetulkan sikap Ahmad Said ini dan mengarahkan kenyataan itu ditarik balik atau mengesahkan bahawa inilah sikap yang diamal oleh semua pemimpin BN di negeri yang ditadbir oleh BN.

"Berdalih bahawa kenyataan Ahmad Said disalahfahami dan diputar belit tidak akan menyelesaikan isu ini selagi pendirian yang jelas dari PM tidak dikeluarkan," katanya lagi.

Kes fitnah bekas Adun Gual Ipoh selesai luar mahkamah

Posted: 12 May 2013 03:13 AM PDT

Mohd Nor Yahya,


KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa hari ini telah memenangi kes saman fitnah terhadap Mohd Bakri Mustapha yang kini Adun Gual Ipoh setelah memenangi PRU13 minggu lalu.

Saman fitnah yang dibuat oleh Wan Yusoff pada tahun 2011 lalu dijadualkan dibicara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini bagaimanapun telah dipinda kepada penyelesaian secara rundingan di luar mahkamah dengan Mohd Bakri dikenakan sejumlah bayaran dan direkodkan oleh hakim.

Menurut peguam yang mewakili Wan Yusoff, Hisham Fauzi, kes yang melibatkan mereka itu adalah kerana penyebaran fitnah yang dibuat oleh Mohd Bakri ketika itu Pengarah Dun Barisan Nasional di Gual Ipoh terhadap Wan Yusoff.

Wan Yusoff yang ketika itu Adun Gual Ipoh dikatakan menjalani kehidupan yang mewah dan mempunyai sebuah kenderaan berharga ratusan ribu ringgit.

Sementara itu, Wan Yusoff ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata tindakan yang tidak beretika yang dilakukan oleh Bakri itu telah menjejaskan reputasi beliau selaku Adun Gual Ipoh ketika itu.

"Alhamdulillah, kes ini telah diselesaikan hari ini dan saya berharap Bakri tidak lagi menggunakan platform sebagai wakil rakyat yang baru di Gual Ipoh untuk menyebarkan perkara-perkara fitnah terhadap saya maupun orang lain demi untuk memenangi hati penduduk setempat,"ujar beliau.

Wan Yusoff diwakili Hisham Fauzi, Nasrul Mohamed dan Mustakim Zaki manakala Penasihat Undang-Undang Umno Malaysia, Datuk Hafarizam Harun dan Hazira Abu Hayyan hadir mewakili Mohd Bakri.

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

Posted: 12 May 2013 03:07 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

Loy Sian Tumpu Masalah Kesesakkan Petaling Jaya

Posted: 12 May 2013 03:04 AM PDT


hee loy sian hari ibu 01

PETALING JAYA: Hee Loy Sian, yang baru mendapat mandat kedua sebagai MP Petaling Jaya Selatan, berkata beliau akan menumpukan perhatian terhadap menyelesaikan masalah kesesakan yang kian membelengu penduduk bandar itu.

Beliau juga mahu menyelesaikan masalah tapak penjaja dan peniaga kecil di kawasan tersebut yang populasi penduduknya semakin padat.

"Saya ingin mencari satu tapak yang selesa dan membina pasar baru untuk memindahkan peniaga ini ke kawasan baru.

"Kita akan cuba selesaikan masalah ini termasuk memperbaiki kesesakan lalu lintas di Seksyen 17," katanya lagi apabila ditemui dalam lawatannya ke Pasar Pagi Seksyen 17, di sini hari ini.
 hee loy sian hari ibu 03

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberinya peluang untuk kekal menjadi wakil rakyat mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Loy Sian yang juga Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan PKR menyifatkan kemenangannya adalah atas dasar kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk terus mentadbir Selangor dan peluang itu tidak akan disia-siakan.

"Selepas saya menang pada 5 Mei lalu, inilah hari pertama saya turun padang untuk berterima kasih kepada pengundi kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk terus menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

hee loy sian hari ibu 02

"Saya sangat bersyukur atas respon positif penduduk dan memberi kemenangan besar kepada saya juga Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam lawatan itu, Loy Sian turut menyerahkan 1000 kuntum bunga ros kepada pengunjung sempena sambutan Hari Ibu yang akan berlangsung esok.

Pada PRU-13 yang lalu, Loy Sian memperolehi undi sebanyak 41,062 menewaskan lawannya daripada Barisan Nasional (BN), Sheah Kok Fah yang mendapat 21,846 undi. Beliau menang dengan majoriti 19,216 undi.

Polis tak lulus perhimpunan Black 505 di Ipoh malam ini

Posted: 12 May 2013 02:59 AM PDT



 
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak meluluskan permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 peringkat negeri Perak kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam.
  
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

"Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Shukri menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Medan Istana di Ipoh.
  
Beliau berkata sehingga petang semalam polis menerima 65 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah penganjuran perhimpunan itu.
  
Ini termasuk 12 Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta parti politik termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dan Ipoh Timur, Prowaris, Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM), Perak Peace, Kesatuan Anak Muda Islam (KAMI), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Belia 4B.- Bernama

Persatuan silat gelar Kit Siang 'hantu raya'

Posted: 12 May 2013 02:57 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Satu pertubuhan silat menggelarkan penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai 'hantu raya' kerana didakwa menghina perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghasut golongan Cina untuk membenci kerajaan.

Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyebut, yang dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Adiwijaya Abdullah menyifatkan demikian dengan merujuk satu lagi laporan akhbar berhubung satu ucapan Lim di Ipoh.

Menurut Mingguan Malaysia, Lim didakwa menggelar Najib sebagai "syaitan".

"Kalau dia (Lim) cakap perdana menteri kita sebagai syaitan, kita juga berani katakan dia adalah hantu raya yang paling besar sebab menghasut orang Cina untuk membenci kerajaan.

"Tiada orang Cina yang tak baik dengan kita, tetapi hasutan yang melampau telah menyebabkan mereka terpengaruh dengan DAP," kata Adiwijaya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Menurut laporan tersebut, yang memetik satu lagi laporan akhbar semalam, Lim dalam ucapan di majlis di Dewan Chin Woo itu bertanya sama ada hadirin mahu "syaitan yang dikenali" kembali menjadi perdana menteri.

Lim juga bertanya, "siapakah syaitan yang dikenali" itu, yang dijawab kemudiannya disambut dengan laungan "Najib" oleh para hadirin, menurut laporan itu lagi.

Ia merupakan rentetan daripada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu yang cuba mempopularkan satu pepatah bahasa Inggeris, dalam satu tulisan yang meminta rakyat tidak menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bagaimanapun terpaksa menjelaskan pepatah tersebut apabila Anwar memulangkan paku buah keras dengan menyatakan bahawa Mahathir "mengakui bahawa mereka adalah syaitan".

Dalam penjelasannya, Mahathir berkata pepatah pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

Kabinet Najib atau kabinet 'warlords'

Posted: 12 May 2013 02:53 AM PDT

ASPAN ALIAS


Apa yang 'unthinkable' yang Najib perlu lakukan selepas menang tipis dalam PRU 13 yang baru selesai ini? Saya bermaksud untuk Najib mengeluarkan imej kerajaan dari imej yang ada pada hari ini sebagai salah satu dari banyak pertimbangan untuk melakukan 'the unthinkable' itu.

Pertamanya, dari segi struktur kabinet lantikan beliau mesti berbeza dari yang kita lihat selama ini. Merubah penampilan kementerian kepada rakyat itu boleh memberikan imej baru kepada apa yang ingin beliau lakukan jika beliau mempunyai pemikiran yang betul dan jujur.

Keduanya, barisan kabinet lantikan beliau nanti wajar mengeluarkan mereka yang telah tercalar dengan rasuah didalam parti atau pun kerajaan. Jika masih ada ahli jemaah menteri yang masih mempunyai stigma rasuah itu bukannya membantu Najib tetapi akan menghancurkan kepimpinannya sendiri. Untuk melakukannya, Najib perlu mempunyai keberanian yang luar biasa kerana tindakan beliau untuk melakukan perubahan itu akan mendapat tentangan dari 'warlords' dalam UMNO itu sendiri.

Apa yang perlu Najib ketahui, jika terpengaruh dengan tekanan 'warlords' ini Najib sendiri akan bersara sebagai seorang bekas pemimpin negara yang dicemuh dan dinesta rakyat sampai ke mati. 'Warlords-warlords' ini tidak akan ambil peduli terhadap Najib setelah mereka mendapat kehendak mereka. Mereka-mereka ini akan mengelilingi dan menjunjung pemimpin yang baru yang menggantikan beliau itu nanti. Bukankah itu budaya lama UMNO yang tidak akan dapat dihakis lagi?


Najib tidak boleh ada 'obligation' keterlaluan dengan melantik mereka yang berimej kotor walaupun mereka itu penyokong kuat beliau kerana jika dilakukan juga maka rakyat akan memberontak lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Jika Najib serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan maka nama-nama busuk tidak boleh berada dalam kabinet beliau. Jangan pula terpaksa melantik Ali Rustam, misalnya semata-mata memberikan tempat kepada beliau kerana beliau kalah di Bukit Katil baru-baru ini. Semua orang tahu siapa beliau dalam pemilihan parti beberapa tahun dahulu.

Maksud saya jika Najib serius, beliau perlu melakukan pembaharuan secara ini kerana mereka inilah yang membuatkan UMNO tidak lagi dihormati oleh rakyat. Jika masih ada lagi nama-nama seperti ini tersenarai dalam kabinet Najib, maka itu merupakan satu petanda buruk yang akan dihadapi oleh UMNO tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah letih dengan imej rasuah UMNO ini.

Pembentukan kabinet kali ini mesti dan wajib melambangkan yang Najib serius untuk memberikan barisan kabinet yang meyakinkan rakyat. Najib mesti memenuhi 'obligation' terhadap rakyat, bukannya 'obligation' terhadap kroni atau mengambil kesempatan untuk membalas budi kepada individu yang berimej buruk yang membantu beliau dalam politik.

Pemimpin-pemimpin gantian mesti datang dari mereka yang bersih dari imej rasuah dan berpengalaman untuk melakukan pelan pembaharuan yang sebenarnya. Ini sahaja peluang yang ada kepada Najib untuk memulihkan imej beliau dari seorang yang penakut kepada yang berani dan mampu menghadapi risiko dan tekanan dari mana-mana 'warlords' di sekeliling beliau. 'Warlords-warlords' ini mungkin tidak berapa selesa tetapi di sebaliknya beliau akan disokong rakyat yang ramai.

Selalunya 'warlords-warlords' ini bukan ikhlas untuk memberikan nasihat dan pandangan. Pandangan dan nasihat mereka itu adalah untuk kepentingan mereka semata-mata dengan menggunakan pengaruh Najib itu. Segala bala dan petakanya Najib yang akan menerimanya.

Biarlah Najib ambil mereka yang mengkritik beliau asalkan sahaja mereka boleh memberikan bantuan dan sokongan kepada beliau untuk melakukan perubahan yang dicita-citakan oleh Perdana Menteri itu.

Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang

Posted: 11 May 2013 09:59 PM PDT

 


 
Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

penang black rally post-ge13 record crowd 4Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.

Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

penang black rally post-ge13 record crowd 3Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.

Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap  perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.

Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?
Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

penang black rally post-ge13 record crowd 7"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.

"Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia".

"Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

penang black rally post-ge13 record crowd 5Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari.

Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.

Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa."

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.

"Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.

"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.

Ada yang beredar jam 3 pagi
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.

"SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.

Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil.

Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian.

"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.

Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu.

UMNO Terkedu, Akhirnya Azmin Sokong Khalid Sebagai MB Selangor

Posted: 11 May 2013 09:52 PM PDT


KELAB GREENBOC

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu men'tweet' bahawa beliau mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita harus menyokong Khalid untuk kekal.

"Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif," kata Azmin dalam laman Twitternya.

Beberapa hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan negeri Selangor, Azmin berkata menteri besar yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Pada sidang media Jumaat lalu, Azmin tanpa berselindung menyalahkan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor pada Khamis tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, termasuk beliau.

Azmin turut mempertahankan diri daripada dikatakan kemaruk jawatan Menteri Besar kerana beliau telah menolak tawaran pada ketika itu bagi mengelakkan masalah perpecahan dan kestabilan dalam PKR.

Sejak beberapa hari lalu, Azmin menimbulkan banyak persoalan apabila membuat beberapa kenyataan dalam Twitter yang dilihat mengkritik kepimpinan tertinggi PKR. -mstar

Ulasan GB

Sejak timbul "krisis" diantara Azmin yang dikatakan hendak menuntut kerusi MB Selangor, pihak UMNO cukup gembira dan beberapa blogger pro-UMNO telah mengambil kesempatan di atas isu berkenaan untuk menangguk di air keruh.

Mujurlah "kematangan" Azmin mengatasi nafsunya, dan akhirnya beliau akur bahawa rakyat Selangor berkehendakkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.

Semuga Selangor terus maju dan berjaya di bawah panji-panji PAKATAN RAKYAT.

Janji: MCA lepas tangan terhadap Cina bandar

Posted: 11 May 2013 09:51 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah (gambar) menempelak sikap MCA yang menarik diri dan berlepas tangan dengan janji-janji mereka kepada orang Cina Kuala Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-13 minggu lalu.
Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina di bandar bertemu dengannya dan Adun Bandar, Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.

Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.

"Nampak gayanya MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia yang buat janji, dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia yang menyelesaikannya.

"Bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi insya Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipersetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya," jelasnya dipetik Buletin Online.

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah kedai KFC berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pada 9 Mei lalu, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mendapatkan khidmat bermula hari ini, 12 Mei.

Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu, Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas daripada Pakatan Rakyat.

Justeru, menurut beliau, orang Cina di bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau, walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.

‘Penggeli pundi-pundi’ jadi beban kepada Najib

Posted: 11 May 2013 09:48 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat.

Justeru, Najib perlu paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau.

"Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu 'menggeli pundi-pundi' beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau," tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, apabila Najib dalam masalah mereka bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri.

Bagi Aspan, mereka itu tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti.

"Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita," tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan perbelanjaan yang dilakukan secara 'ad hoc' kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk untuk menawan hati rakyat.

Tetapi keputusan tetap lebih buruk kerana keseluruhannya BN telah mendapat hanya 133 kerusi, 7 kerusi kurang dari pilihanraya yang semasa itu dianggap yang terburuk pada 2008 dahulu. Dengan keputusan yang baru ini, ia menunjukkan BN terpaksa melakukan perkara yang baru, jika mahu disebut kembali seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, iaitu melakukan perkara yang belum pernah terfikir oleh kita semua.

Memindahkan situasi politik dari situasi sekarang kepada situasi yang baru dengan jujur akan membawa rakyat kepada 'ambience' politik yang berbeza sedikit sebanyak akan membantu menenangkan pemikiran rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi dan keadaan persekitaran politik hari ini. PM Najib perlu memahami apa yang menjadi sebutan ramai yang tidak baik di bawah ini. Beliau mesti memahami semua masalah sebelum beliau berfikir untuk mencuba menyelesaikannya.

Bawalah rakyat berfikir ke persekitaran politik yang baru. Jangan lagi memaparkan peribadi yang sudah dipersoalkan oleh ramai terutamanya berhubung dengan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Tunjukkan yang Perdana Menteri sekarang benar-benar serius untuk memerangi rasuah dengan tidak memasukkan mereka yang sudah mempunyai stigma dan terbukti rasuah dari segi moralnya.

Selama ini rakyat sudah boleh meneka siapa yang akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri kerana kebiasaannya pimpinan hari ini akan hanya memberikan jawatan penting itu kepada kroni dan rakan kerana kepentingan bersama dalam perniagaan. Inilah persepsi sebenarnya yang menjadikan ramai di antara rakyat sudah membenci UMNO dan BN itu. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap pemimpin yang sukar dihilangkan.

PM Najib pada persepsi mereka, akan meletakkan terus sahabat-sahabat beliau di dalam Jemaah Menteri orang-orang yang telah terbukti melakukan rasuah politik dan telah pun diambil tindakan terhadap mereka. Tetapi rakyat beranggapan yang Najib akan meletakkan mereka kembali dalam kabinet semata-mata kerana kepentingan politik beliau.

Jika keadaan ini masih berlaku salahkan rakyat berselindung di sebalik parti-parti pembangkang dan melakukan protes secara politik yang telah pun terbukti menjahanamkan imej kerajaan itu? Lagi pun jika mereka lakukan protes politik dan berusaha menukar kerajaan yang mereka sudah tidak yakini itu merupakan hak mereka kerana menukar kerajaan itu bukannya tindakan jenayah.

Ini negara demokrasi. Tetapi apabila rakyat memberontak pihak kerajaan tanpa malu-malu memarahi parti pembangkang kerana rakyat berdiri di belakang parti-parti itu. Jangan diikuti cara Dr Mahathir kerana beliau selalu memarahi sesiapa yang menyokong pembangkang tetapi tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. Mahathir mempunyai kepercayaan yang berhak melakukan kesalahan ialah pihak BN sahaja dan tidak perlu diambil tindakan dan terus terlepas dari undang-undang. Mana boleh begitu?

Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat. Paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau. Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu 'menggeli pundi-pundi' beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau.

Apabila Najib dalam masalah mereka ini bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri. Mereka ini tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti. Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita.

Ingatlah, segala amal serta ubudiah kita ialah untuk kita mati dalam kalimah dan segala bakti kita kepada masyarakat yang untuk kita hidup dalam ketenangan semasa dalam sisa-sisa hayat kita nanti.

Berkawan dan bersahabatlah dengan mereka yang diyakini bersama kita terus-terusan sehingga hari tua kita. Itulah sebabnya Najib perlu mengenali siapa sahabat dan siapa rakan. Najib perlu ingat UMNO itu untuk membela orang ramai. Parti itu bukannya untuk menyediakan kepentingan seseorang yang mahu naik dalam parti dan akhirnya menguasai negara. UMNO itu untuk orang ramai.

Najib perlu bersahabat dan berkawan dengan rakyat bukannya bersahabat dengan mereka yang akhirnya membebankan beliau sendiri. Doa rakyat biasa yang ramai untuk beliau lebih mustajab dari doa kroni-kroni yang hampir dengan beliau kerana kepentingan peribadi mereka sahaja.

Nasrudin syor seorang hafiz setiap keluarga

Posted: 11 May 2013 09:46 PM PDT

Sekretariat Parlimen Temerloh,


TEMERLOH: Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa.

Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.

Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.

Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.

Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.

Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.

Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.

Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.

Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.

"Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan

Posted: 11 May 2013 09:39 PM PDT


KELAB GREENBOC
 
Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang'

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak 'ditendang' dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno 'tendang' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

"Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah 'ditendang', kenapa Najib tidak ditendang?" Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

"Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.

"Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya.

Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13.

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kuRang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.

Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru, dakwa Husam, Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak.

Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan 'tsunami Cina' telah berlaku pda PRU-13.

Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Husam mendakwa itu yang 'hilang' dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.

"Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia," ujarnya. -HD

Ulasan GB

Lebih setahun yang lalu, GB sudah menjangkakan bahawa Najib bakal diturunkan dengan lebih dasyat dari Pak Lah.

Petikan:

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

BN kalah di Selangor kerana merosotnya sokongan pengundi Cina

Posted: 11 May 2013 09:31 PM PDT

SINAR HARIAN

 Mohd Zin Mohamed
Mohd Zin Mohamed
 
SHAH ALAM - Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, adalah kerana merosotnya sokongan para pengundi Cina, khususnya pengundi Cina muda terhadap BN, terutamanya di kawasan bandar.
  
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata ia berlaku kesan daripada kempen negatif pembangkang yang mendakwa kononnya pilihan raya kali ini tidak bersih dan dicemari pengundi hantu warga Bangladesh.
  
Strategi BN pada PRU13 ialah mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada sekitar 60 peratus, pengundi Cina (30 peratus) dan pengundi India (60 peratus), daripada 2.04 juta pengundi berdaftar di negeri ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  

Biarpun sokongan daripada kaum Melayu di Selangor meningkat kepada antara 65 peratus dan 75 peratus di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, sasaran peningkatan sokongan pengundi Cina dan India itu tidak tercapai.
  
"Satu perkara yang amat mengejutkan kita ialah penolakan dan pengurangan sokongan daripada pengundi Cina yang amat ketara sampai hanya sekitar lima hingga 15 peratus," katanya.

Secara purata sokongan pengundi India, yang diperoleh kali ini adalah pada kadar 40 peratus sahaja dan keadaan ini menyukarkan BN untuk mengurangkan kesan kejatuhan sokongan pengundi Cina, katanya.
  
Pada PRU13, BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN, dan lima daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.
  
Katanya pembangkang telah melancarkan kempen dan dakyah yang keterlaluan termasuk melalui media siber bagi mempengaruhi pengundi Cina.
  
Kempen itu mendorong pengundi muda Cina khususnya untuk kembali ke tempat asal mereka, membawa bersama keluarga untuk mengundi pembangkang selain bersiap sedia mengawasi kemunculan pengundi hantu sebagaimana yang didakwa oleh pihak pembangkang itu, katanya.
  
"Ini sesuatu yang tidak benar dan tidak mungkin berlaku namun mereka percaya ia akan berlaku. Apa yang menjadi punca dan mencetuskan perkara ini adalah apabila mereka hilang pertimbangan dan pemikiran yang waras. Ia dibuat berdasarkan emosi dan perkara ini amat menyedihkan," katanya.

Mohd Zin juga berasa pelik apabila ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempersoalkan keputusan pilihan raya peringkat Parlimen dan mendakwa kononnya ia tidak bersih, sedangkan beliau boleh menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang.
  
Mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor, beliau berkata: "Saya berasa sedih kerana sehingga hari ini kerajaan negeri Selangor masih belum dibentuk, sekurang-kurangnya beritahulah rakyat tentang langkah seterusnya untuk mara ke hadapan dan bukannya bertelagah tentang siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor, yang kini sudah diketahui umum dan tidak bagus untuk rakyat."
  
Mengenai Ketua Pembangkang di Selangor, Mohd Zin berkata beliau telah mengarahkan kesemua 12 Adun BN untuk berbincang sesama mereka untuk memilih Ketua Pembangkang. - Bernama

Pas: SPR gagal

Posted: 11 May 2013 09:28 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

SPR gagal: Pas
Tuan Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal (kanan) dan Bendahari Perhubungan Pas Pahang, Musanif Abdul Rahman di Temerloh, semalam.
 
TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

"Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun," katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.

Tuan Ibrahim berkata, PR Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.

DUNIACACAMARBA

Posted: 12 May 2013 03:29 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Lebih 600 Ribu Rakyat Malaysia Pelbagai Usia Cari ‘Teman Ranjang’ di Laman Sosial Antarabangsa

Posted: 12 May 2013 02:30 AM PDT




[HM] Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, dikesan mendaftar dalam sebuah laman sosial antarabangsa semata-mata untuk mencari kenalan baru yang boleh dijadikan teman ranjang.

Pemantauan Metro Ahad lebih tiga bulan mendapati, mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.

Wartawan yang membuat penyiasatan dengan mendaftar sebagai ahli mendapati, lebih 564,576 lelaki dan 26,647 wanita mencari pasangan berlainan jenis sebagai teman ranjang, manakala selebihnya membabitkan kumpulan pondan, gay dan lesbian serta kumpulan individu yang berminat menyertai aktiviti seks secara berkumpulan.

Lebih teruk, ada antara mereka mengakui sudah berumah tangga tetapi mahukan layanan seks daripada pasangan yang jauh lebih muda.

Selain itu, ada ahli daripada pasangan kekasih dan pasangan berkahwin yang turut mendaftar dengan tujuan mahu bertukar-tukar pasangan serta mencari pasangan bagi aktiviti seks liar.

Pemantauan mendapati, kebanyakan individu terbabit tanpa rasa segan turut meletakkan gambar serta video bogel ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan yang diambil dan dimuat turun sendiri bagi menarik minat ahli lain.

Ada antaranya turut menggunakan kemudahan itu dengan menawarkan khidmat seks 'suka sama suka' dan secara berbayar.

Dipercayai sudah lama menjadi tumpuan, ada ahli turut menubuhkan kumpulan tertentu dalam laman sosial itu bagi memudahkan carian pasangan yang diingini, selain menjadi tempat mengemas kini maklumat, terutama membabitkan aktiviti penganjuran parti secara beramai-ramai.

Untuk menghubungi individu berkenaan juga sangat mudah berikutan sesiapa saja boleh menghantar mesej di profil individu, selain menghubungi nombor telefon bimbit ditinggalkan ahli.

Cerita LEMBU, Antara Dua Darjat

Posted: 12 May 2013 01:30 AM PDT


Penyamun Lembu Kantoi

[HM] Lenggong: Tiga 'penyamun lembu' gagal melarikan tiga haiwan milik penduduk di sini, malam kelmarin, selepas gerak-geri mereka berjaya dihidu penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Bukit Sapi, tiga penyamun itu menumbangkan tiga lembu dengan menggunakan ubat pelali di satu kawasan ladang kelapa sawit di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari penduduk yang kemudian menjalankan gerakan rondaan, membuat sekatan jalan raya dan mengepung kawasan itu.

Difahamkan, tiga penyamun itu tiba di ladang berkenaan jam 7 malam dengan sebuah kereta jenis Proton Wira sebelum dua daripada mereka menembak dan melapah lembu, sementara seorang lagi menunggu di warung kopi di Kampung Gua Badak.

Penternak lembu Mohd Latif Ali, 50, berkata, setengah jam selepas lembu ditembak, seorang penduduk memaklumkan kepadanya bahawa lembu itu milik iparnya.

"Sejurus menerima maklumat berkenaan, saya bersama beberapa penduduk lain memeriksa lembu itu sebelum memasang perangkap untuk menangkap penyamun, termasuk menghubungi Balai Polis Lenggong.

"Sebahagian penduduk sudah menunggu di sekitar lembu itu manakala yang lain membuat sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar kampung," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Zainudin Ghazali, 56, berkata, sejam selepas kejadian, seorang penduduk memaklumkan dia terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali minum di warung kopi sebelum dilihat bergegas memecut kenderaan meninggalkan warung itu, jam 8 malam.

"Bagaimanapun, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori berhampiran simpang tiga ke Kampung Bukit Sapi, menyebabkan kereta itu remuk teruk.

"Pemandunya kemudian meloloskan diri ke arah hutan berdekatan. Penduduk bersama lapan anggota polis memburu ketiga-tiga suspek sehingga jam 11.30 malam, namun gagal ditemui," katanya.

Zainudin berkata, suspek dipercayai sindiket geng curi lembu kerana sekitar jam 3 petang hari sama, mereka melarikan seekor lembu milik penduduk di Kampung Cherakoh, Raban, di sini.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.

"Kami masih memburu suspek dan percaya mereka masih ada di daerah ini," katanya.


Bagaimana dengan kes berkaitan dengan lembu di bawah ini?


Suami Orang, Isteri Orang Kantoi...

Posted: 12 May 2013 12:30 AM PDT


[SH] BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi 'memujuk' pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

"Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

"Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

"Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran kepada mereka.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

[Gambar] Selepas Kritik Secara Terbuka, Azmin Kini Nyata Sokongan kepada Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor

Posted: 11 May 2013 11:30 PM PDT

Petikan Tweet Azmin kepada KJ yang mengajaknya menyokong Tan Sri Khalid meneruskan tugasnya sebagai MB Selangor


Laporan terdahulu di sini, di sini, di sini, dan di sini.

[Wajib Baca] Laporan Polis terhadap Penipuan PRU13, Undi DUA Kali, Dakwat Tidak Kekal

Posted: 11 May 2013 10:00 PM PDT


"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah, seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,




Anda YAKIN PRU13 Penuh dengan Penipuan? Mari TANDATANGAN Petisyen InI

Posted: 11 May 2013 09:00 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.

Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman www.change.org/GE13.

Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.

"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.

"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.



P/s: Sokongan anda AMAT BERHARGA!!!

[Video] Anwar: Penipuan PRU13 dan Persoalan Sama Ada Beliau Gagal atau Tidak

Posted: 11 May 2013 05:30 PM PDT





[SH] PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?

ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.

Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?

ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan. 

Kemenangan Dirompak 

SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...

ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?

ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?

ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar. Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?

ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?
ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?

ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.

ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik. Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.

Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.

ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.

Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa Depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?

ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?

ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.

SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?

ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?

ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?

ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?

ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak. Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbangan.


Adakah Anwar gagal?





ALHUSSEYN

Posted: 12 May 2013 03:08 PM PDT

ALHUSSEYN


Perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di Ipoh - Siap menunggu kehadiran anda!

Posted: 12 May 2013 01:19 AM PDT



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataannya berkata, "Tak perlu permit selagi perhimpunan aman ." 


Ismail menafikan bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan. Sila baca di sini
 

Tetapi Ketua polis Perak, Mohd Shukri Dahlan berkata, Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam. Baca di sini


 Walau apapun , tinjauan sekitar jam 3.00 petang tadi didapati persiapan sedang giat dilakukan di Medan Istana. 



Gerai-gerai makanan dan minuman pelbagai juadah dari luar Perak memenuhi ruang di sekitar tempat perhimpunan yang bakal diadakan malam nanti. Semua makan minum kena bayar sendiri ~ bukan percuma! Kah! Kah!

Biaqpila

Posted: 12 May 2013 03:04 PM PDT

Biaqpila


LIVE: HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT DARI MEDAN ISTANA PERAK

Posted: 12 May 2013 07:41 AM PDT

LAPORAN POLIS PASAI BOLEH UNDI DUA KALI

Posted: 12 May 2013 06:28 AM PDT

KUANTAN, 12 Mei - Kreadibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini semakin tercalar dengan tindakan seorang individu membuat laporan polis mendakwa beliau begitu mudah boleh mengundi sebanyak dua kali di dua tempat yang sama.

Laporan dibuat oleh Mohd Fafhli Khaharuddin dari Kuantan. Menurut laporan tersebut beliau membuat laporan polis mengenai daftar undi SPR yang membolehkan dia mengundi dua kali pada Hari Pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 minggu lalu.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, dan kemudiannya undi kali kedua pada jam 1.15 petang di okasi yang sama.

Saya tak mengundi kali kedua itu sebaliknya berhasrat untuk menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kreadibiliti SPR yang cukup lemah seperti dakwat kekal. Ini membolehkan saya mengundi dua kali tetapi tidak dibenarkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4", katanya.

Beliau juga ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar. Selesai mengundi buat kali pertama, beliau pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, "Saya basuh tangan menggunakan sabun mandi (jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot.

Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal. Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia.

Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza", tambahnya lagi.

Beliau kemudian mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi katanya. Beliau beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian, beliau juga mengikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal, dan penerimaan kertas undi.

Beliau berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Apapun, beliau tidak membuang undi ketika itu, tetapi membawa kertas undi dua helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis.

Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan beliau , dan mahu merujuk kepada pegawai atasan mereka mengenai apa yang berlaku. "Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya.

Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku. Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?" Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas".

Tiada kata penyelesaian", tambahnya. Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali. Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus.

Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti beliau mengundi dua kali dan dia menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan dia bawa keluar kertas undi tersebut.

Beliau cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untuk mengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. KTM masih tidak membenarkan, beliau kemudian meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambarnya, kad pengenalan, kertas undi dua helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM.

Oleh kerana tiada kata putus dari mana-mana pihak, beliau akhirnya meminta kebenaran untuk buat laporan polis. "Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah.

Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku. Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan.


Klik imej diatas untuk besarkan gambar yang dipaparkan.

Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat.

Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8.00 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi".

Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali kedua dan bagi mengelakkan saya daripada didakwa cuba untuk mempermainkan sistem pilihanraya", ujarnya. ~pahangdaily online



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

SPR DAH GHABRA???

Posted: 12 May 2013 01:00 AM PDT

DEY MACHA!!!
RELEK LA JANGAN GHABRA
KALAU TAK BUAT SALAH PASAI PA NAK TAKUT
KAH! KAH! KAH!

LU INGAT SENANG KA
MAHASISWA NAK JADI BODOH KENA HASUT?
KAH! KAH! KAH!




Timbalan Pengerusi SPR: Memorandum kepada SPR hasil hasutan

PUTRAJAYA - Memorandum yang diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada beberapa pergerakan belia dan mahasiswa semalam dibuat berdasarkan fitnah dan hasutan termasuk daripada pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab dan media sosial.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata memorandum itu jelas menunjukkan bahawa ia dibuat tanpa penyelidikan dan oleh mereka yang tidak memahami undang-undang negara.

"Inilah akibat meracuni fikiran anak-anak kita, pelajar kita di universiti-universiti, kolej-kolej, dengan pembohongan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata memorandum itu antara lain menyebut tentang kehadiran pengundi asing pada pilihan raya umum Ahad lepas, sedangkan penjelasan telah diberikan mengenai proses pendaftaran pengundi di negara ini iaitu adalah mustahil untuk warga asing mengundi.

Mengenai manipulasi dan penipuan yang didakwa dilakukan SPR termasuk mengenai pengundi hantu, beliau meminta bukti-bukti mengenainya dibawa ke mahkamah.

Wan Ahmad berkata golongan muda selalunya mempunyai sikap 'menentang' dan ingin membuat perkara yang berlainan, dan perkara itulah yang diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab.

"Saya difahamkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya (Rabu lepas), 80 peratus (yang hadir) adalah berusia 40 tahun ke bawah dan ada sebahagiannya tak sampai umur 21 tahun, tak tahu apa tapi seronok pergi stadium. Pemimpin (pakatan rakyat) ambil kesempatan cakap berapi-api kerana kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri, inilah yang berlaku di negara kita sekarang," katanya.

Wan Ahmad menegaskan apa yang dibuat SPR adalah mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara dan parti-parti politik sedia maklum mengenai undang-undang tersebut, malah banyak buku-buku penjelasan mengenainya telahpun diterbitkan.

"Anak-anak muda yang dihasut pemimpin pembangkang mungkin tak baca buku undang-undang, tapi pemimpin politik baca.

"Kalaulah pihak berwajib tidak membetulkan segala dakyah yang berlaku ini, amat malang sekali kerana Malaysia sudah berjaya dalam pelbagai bidang, kemajuan ekonomi, sosial...proses demokrasi berlandaskan undang-undang, namun pihak yang kalah mengajar rakyat tak mahu terima undang-undang akan membawa negara ke arus kehancuran," katanya.

Semalam, sekumpulan kira-kira 50 pemuda yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum kepada SPR di sini antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baharu dan pilihan raya umum diadakan semula. - Bernama

SH



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PRU 13 JADI BAHAN LAWAK DI SELURUH DUNIA

Posted: 11 May 2013 09:00 PM PDT




Dunia ketawakan keputusan pilihanraya Malaysia



Demokrasi di Malaysia adalah lawak jenaka.Pilihanraya ke-13 yang baru lalu  adalah memalukan.

Bila rakyat komplen pasal dakwat yang mudah hilang bila dibasuh dgn air sabun biasa, SPR kata sebab botol dakwat tidak di goncang...

Bila komplen pasal pengundi Bangla dan Myanmar, SPR asyik ada jawapan untuk menafikan....SPR kata mana ada tipu.Najib kata mana tipu...

alhusseyn51


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAWAK AHAD: BILIK 69

Posted: 11 May 2013 06:00 PM PDT



Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik nombor 69 ada pesakitnya.

Lalu penyambut tetamu tersebut pun memeriksa senarai bilik, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik nombor 69 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.

"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 12 May 2013 01:28 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


EXCO TERENGGAJU GAGAL SPM

Posted: 11 May 2013 05:13 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 12 May 2013 01:12 PM PDT

Muslimeen United


Terkini...Himpunan "Blackout" Medan Istana Ipoh..

Posted: 12 May 2013 06:34 AM PDT



Orang ramai semakin berpusu-pusu membanjiri Medan Istana,Pastinya meletup malam nii..

UMNO Jadi Kera Sumbang, MCA & Gerakan Tak Sertai Kabinet

Posted: 12 May 2013 06:32 AM PDT



Tsu Koon lepas jawatan 16 Mei, Soi Lek sebelum akhir tahun

SHAH ALAM - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini - perkembangan diumumkan hari ini, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow juga akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Tsu Koon di ibu negara selepas mesyuarat pusat parti tersebut pagi tadi.

Timbalan Tsu Koon, Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai jawatan sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun.

Pemilihan parti akan bermula akhir bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini.

"Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini.

Pemilihan pusat MCA akan diadakan paling awal bulan depan dan tidak lewat daripada Disember ini.

Kedua-dua Tsu Koon dan Soi Lek tidak bertanding pada PRU13 yang diadakan Ahad lalu.

Sementara itu. Tsu Koon berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada PRU13.

"Saya telah memaklumkannya (peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baru pada masa akan datang.

"Walaupun telah meletakkan jawatan, saya tetap akan memberi khidmat saya sekiranya perlu dan akan terus bersama-sama dengan parti bagi meneruskan

Berkenaan dengan penyertaan wakil parti itu dalam kerajaan pusat, Tsu Koon berkata pihaknya tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet.

Bagaimanapun, pemimpin Gerakan masih boleh memegang jawatan di peringkat negeri, katanya.

Ditanya mengenai dakwaan DAP yang menyifatkan keputusan MCA dan Gerakan tidak menyertai Kabinet sebagai tidak matang, Tsu Koon berkata: "Kami hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dun sahaja, tidak mungkin bagi kami untuk menerima sebarang jawatan dalam Kabinet kerana anggota yang mewakili kami terlalu sedikit."

Gerakan menang kerusi Parlimen Simpang Renggam (Johor) serta Dun Sidam (Kedah), Pemanis (Johor) dan Tanjong Papat di Sabah.

Gerakan bertanding 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU13.

Pada PRU 2008, parti itu menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun.


MCA tetap enggan terima jawatan dalam kerajaan

KUALA LUMPUR - MCA tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Parti akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13.

"Saya ingin menekankan bahawa keputusan itu (untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan) bukan datang daripada saya atau (timbalan presiden) Datuk Seri Liow Tiong Lai, atau mana-mana badan. Ia daripada EGM yang diluluskan sebulat suara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA hari ini.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya pada PRU13, menyebabkan ia diberi gelaran memalukan 'seven-11 party' atau parti tujuh-11.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Chua berkata keputusan drastik itu juga bagi menghormati keputusan pengundi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyedarinya.

Ditanya sama ada MCA akan mempertimbang untuk menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ditawar oleh Perdana Menteri, beliau akan menjawab soalan itu selepas Perdana Menteri membuat keputusan dan mengumumkannya.

Sementara itu, Chua menafikan khabar angin bahawa banyak pusat khidmat MCA ditutup, dan berkata anggota parti berkenaan hanya ingin berehat selepas menjalani tempoh berpolitik yang lama selain kempen pilihan raya yang sengit.

"Tidak benar pusat berkenaan sudah ditutup... Saya fikir kami memahami hala tuju kami amat jelas iaitu akan terus menjadi pusat yang berorientasikan perkhidmatan, bukan seperti DAP yang tidak mempunyai satupun pusat khidmat masyarakat," katanya.

Beliau berkata banyak pusat berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi menyesuaikan diri dengan senario politik yang baru.

"Sebagai contoh, sesetengah pusat dipanggil Pusat Khidmat Wakil Rakyat, namun kini mereka perlu menukar papan tanda kerana tidak lagi menjadi wakil rakyat.

"Rakyat harus menyoal DAP mengapa mereka tidak mempunyai pusat khidmat masyarakat. Mengapa mereka perlu bising apabila pusat khidmat MCA ditutup beberapa hari. Ini menunjukkan mereka masih memerlukan khidmat MCA," katanya.
- Bernama

Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan

Posted: 12 May 2013 06:31 AM PDT



BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai  malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505.

Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.

Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran.

Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'.

Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera  di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya
ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh.

Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi.

Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP,  Lim Guan Eng. -Hrkh

Tengok neh !! terdesak sangat nak berkuasa sanggup...

Posted: 12 May 2013 06:30 AM PDT

 
BN kalah sebab pengundi luar. pengundi luar adalah "pembunuh BN Kelate."...

 Jadi tolong lah SPR " ko buatla pengundi luar sebagai pengundi pos supaya menjimat kos belanja serta mengurangkan ketegangan .

" Ha ..ha.. ha... nampak terdesaknya Umno Kelate... Setelah berusaha selama 23 tahun serta 3 pedana menteri bertukar ganti namum Umno masih hampa untuk menawan Kelate...

 Maka mereka mencadangkan taktik yang paling bangang untuk memenangkan UMNo di kelantan iaitu undi pos untuk pengundi luar.

 BO LA WEH UmnooOOO...~~

"Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan

Posted: 12 May 2013 06:24 AM PDT



Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang'

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak 'ditendang' dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno 'tendang' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

"Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah 'ditendang', kenapa Najib tidak ditendang?" Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

"Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.

"Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya.

Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13.

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kuRang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.

Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru, dakwa Husam, Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak.

Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan 'tsunami Cina' telah berlaku pda PRU-13.

Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Husam mendakwa itu yang 'hilang' dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.

"Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia," ujarnya. -HD

AKU INGIN BEBAS

Posted: 12 May 2013 01:08 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


GAMBAR HIMPUNAN TOLAK PENIPUAN PRU13 DI IPOH

Posted: 12 May 2013 08:09 AM PDT





PENYAPU SIAL

Posted: 12 May 2013 01:02 PM PDT

PENYAPU SIAL


najib di timpa haramjadah di PRU 13 wajib di turunkan dari tahta PM lebih dasyat lagi dari Pak lah..

Posted: 11 May 2013 09:28 PM PDT

Kita  mempertikaikan kenapa PM ( Penghianat Malaysia )  Najib Razak tidak ‘ditendang’ dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Abdulah Ahmad Badawi dahulu

Dahulu pemimpin Umno ‘tendang’ i Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah ‘ditendang’, kenapa Najib tidak ditendang?..

Kita  mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Kita  bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya...

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.Itu pun di bantu dengan kerja kerja menipu dari SPR  dan pengundi hantu dari pelbagai arah samada undi 2 kali atau pun dari pengundi haram warga asing.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kurang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.Kita juga di fahamkan , Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru itu  Najib rasa tergugat, bahkan  syaitan yang di kenali Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Dari segi Perlembagaan menurut syaitan yang di kenali Mahathir bahawa Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Najib atau pun tidak.

Kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu yang sebegitu  tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Yang ‘hilang’ dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia,” 

Dulu  ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. , sunnatullah itu tidak berubah.

Addin

Posted: 12 May 2013 11:23 AM PDT

Addin


Giliran Shahrir Samad Bidas Pemimpin Umno

Posted: 12 May 2013 10:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Keputusan Pilihan Raya 2013 sebenarnya menunjukkan refleksi kawasan bandar dan luar bandar dan bukannya berdasarkan kepada pecahan kaum, kata Tan Sri Shahrir Samad dipetik laporan akhbar Cina.

Kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilihat tidak selari dengan partinya, iaitu beberapa hari selepas bekas timbalan menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, turut menepis keputusan pilihan raya baru-baru ini adalah disebabkan "tsunami Cina".

"Umno menang di 88 kerusi dalam pilihan raya kali ini yang kebanyakannya daripada kawasan pendalaman di Sabah, Kedah dan Kelantan," kata Shahrir dipetik laporan Sin Chew Daily hari ini.

"Daripada keputusan itu, selain mengatakan perpindahan pengundi Cina, ia seharusnya dinilai dari aspek berbeza, iaitu perbandingan bandar dan luar Bandar."Shahrir turut berkata kehendak komuniti Cina juga serupa seperti pengundi kumpulan lain, apabila berkata pilihan raya perkara pokoknya adalah pertandingan antara BN dan PR.

"Ada pihak mengatakan apa lagi Cina mahukan, apa yang Cina mahu sama seperti pengundi mahu, kerajaan dengan prestasi dan tata kelola yang baik."Ramai pengundi Cina memilih calon PAS tidak bermakna mereka sokong PAS nak laksana hudud, tapi kerana mereka yakin Pakatan Rakyat, kerana pilihan raya adalah masa untuk memilih antara BN ataupun PR," katanya.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah "tsunami Cina" selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.Saifuddin dalam kenyataannya juga berkata tajuk itu tidak seharusnya dikeluarkan, kerana Najib telah bercakap mengenai "pembaikan negara dalam ucapan kemenangannya".

Shahrir turut bercakap mengenai cadangan pengerusi BN untuk perkara itu, sambil menambah keutamaan harus diberikan kepada pemisahan bandar dan luar bandar."Bila bercakap soal pemulihan negara, adakah ia antara kumpulan etnik, komuniti, bandar luar bandar ataupun Malaysia Barat dan Timur? Bagaimana ia akan dilaksanakan?" katanya dipetik Sin Chew.

"Bagi saya, apa yang perlu dilakukan bukan pemulihan perkauman, namun masalah bandar luar bandar, terutamanya dengan kumpulan berpendapatan rendah sederhana di kawasan bandar terus meningkat, walaupun kumpulan berpendapatan rendah dijaga rapi, kumpulan berpendapatan sederhana tidak menerimanya, mungkin menyebabkan kumpulan ini tidak gembira.




Iklan C (ii)

 

LIVE!! Himpunan Black 505 Di Ipoh

Posted: 12 May 2013 08:35 AM PDT

IPOH 12 MEI: Program Blackout 505, 'Suara Rakyat Suara Keramat' peringkat negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam ini.

Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi di negara ini.Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam. 

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamalauddin dan ADUN Setiawan yang juga ahli parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Himpunan 'Black 505′ peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)Himpunan 'Black 505′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei. ~keadilandaily


Klik SINI untuk siaran langsung.




Iklan C (ii)

 


Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Esok

Posted: 12 May 2013 07:19 AM PDT

SHAH ALAM - Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan "tidak ada isu", perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok)," katanya kepada Sinar Harian Online.Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan sejak seminggu lalu sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terus memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara ini menjadi isu apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.Kelayakan PKR mula dipersoalkan.Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar mestilah dari kalangan Melayu Islam.Maka dalam perkara ini, DAP terkecuali daripada menjawat jawatan berkenaan.

Pas pula dari awal lagi menyatakan sokongan kepada PKR iaitu penyandang sebelum ini, untuk kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor. Sokongan sama disuarakan oleh DAP.Namun kemelut ini semakin meruncing apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR Selangor menyatakan pihaknya langsung tidak dirunding berhubung jawatan itu.

Azmin berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor harus melalui konsensus dan tidak boleh diputuskan oleh individu tertentu sahaja.Azmin mendakwa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar senarai nama Menteri Besar kepada Sultan untuk perkenan terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas sedang media Azmin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, Khalid telah dipersetujui sebagai Menteri Besar Selangor.Ujarnya, dua nama telah diangkat namun perikatan itu sepakat memilih Khalid. ~sinar harian




Iklan C (ii)

 


Mahfuz Omar Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Baru

Posted: 12 May 2013 04:00 AM PDT

PAS melantik Naib Presidennya Dato Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

 


Berita Yang Tidak Di Siarkan Di Utusan, Berita Harian Dan TV3

Posted: 12 May 2013 03:05 AM PDT

KUANTAN, 12 Mei - Kreadibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini semakin tercalar dengan tindakan seorang individu membuat laporan polis mendakwa beliau begitu mudah boleh mengundi sebanyak dua kali di dua tempat yang sama.

Laporan dibuat oleh Mohd Fafhli Khaharuddin dari Kuantan. Menurut laporan tersebut beliau membuat laporan polis mengenai daftar undi SPR yang membolehkan dia mengundi dua kali pada Hari Pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 minggu lalu. 

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, dan kemudiannya undi kali kedua pada jam 1.15 petang di okasi yang sama. 

Saya tak mengundi kali kedua itu sebaliknya berhasrat untuk menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kreadibiliti SPR yang cukup lemah seperti dakwat kekal. Ini membolehkan saya mengundi dua kali tetapi tidak dibenarkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4", katanya. 

Beliau juga ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar. Selesai mengundi buat kali pertama, beliau pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, "Saya basuh tangan menggunakan sabun mandi (jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. 

Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal. Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. 

Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza", tambahnya lagi. 

Beliau kemudian mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi katanya. Beliau beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian, beliau juga mengikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal, dan penerimaan kertas undi.

Beliau berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Apapun, beliau tidak membuang undi ketika itu, tetapi membawa kertas undi dua helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. 

Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan beliau , dan mahu merujuk kepada pegawai atasan mereka mengenai apa yang berlaku. "Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. 

Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku. Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?" Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". 

Tiada kata penyelesaian", tambahnya. Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali. Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. 

Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti beliau mengundi dua kali dan dia menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan dia bawa keluar kertas undi tersebut. 

Beliau cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untuk mengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. KTM masih tidak membenarkan, beliau kemudian meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambarnya, kad pengenalan, kertas undi dua helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. 

Oleh kerana tiada kata putus dari mana-mana pihak, beliau akhirnya meminta kebenaran untuk buat laporan polis. "Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah.


Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku. Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. 

Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. 

Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8.00 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya. 

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". 

Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali kedua dan bagi mengelakkan saya daripada didakwa cuba untuk mempermainkan sistem pilihanraya", ujarnya. ~pahangdaily online




Iklan C (ii)

 


Polis Perak Larang Sertai Himpunan Bantah Penipuan PRU13

Posted: 11 May 2013 09:47 PM PDT

Perhimpunan blackout. Yang diadakan di beberapa negeri telah pun sampai ke negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini.

Namun tak semena2 polis telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menghalang orang ramai dari menyertai perhimpunan tersebut.

Perhimpunan blackout ialah perhimpunan yang membantah tata kerja SPR yang dilihat bermasalah di beberapa kawasan pengiraan kertas undi.

Antara isu yang menjadi persoalan orang ramai ialah ;

1. Dakwat kekal yang tidak kekal.

2. Blackout walaupun sekejap tetapi menimbulkan keraguan. Lokasi manjung seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian. Meskipun saksi berkata dia tidak menjangka berlaku penipuan tetapi blackout secara tiba2 itu agak meragukan.

3. Peti undi yang lewat tiba. Terutama di kawasan yang bn di jangka kan kalah. Contoh kes di Lembah Pantai.

4. Pengiraan undi yang berulang kali. Di kawasan bn dijangkakan kalah. Yang diminta oleh pegawai SPR sendiri. Menyebabkan keputusan akhir di umumkan begitu lewat. Sehingga jam 1 pagi kita belum ketahui keputusan penuh siapa sebenarnya menang.

5. Tindak tanduk meragukan dari beberapa kakitangan SPR di beberapa lokasi berbeza.

6. Kakitangan PACA dihalang dari menjalankan tugas di beberapa tempat. Contoh lokasi di Tapah. Sebenarnya kes begini melibatkan banyak kawasan di Perak. Beberapa tempat telah dilaporkan menghalang PACA dari melakukan pemantauan. Bahkan ada kakitangan SPR yang lari dengan di bantu oleh polis samada polis bantan atau apa aku tak sure la. Ini meragukan. Nizar telah mencabar keputusan SPR dengan menfilekan petisyen.

Contoh2 di atas ialah contoh2 keraguan. Bukti sedang dikumpulkan bahkan laporan polis telah pun dibuat. Jika sesiapa yang ingin menyalurkan maklumat sila hubungi rafizi ataupun nizar ataupun bersih.

Dan perhimpunan malam neh ialah soladariti. Menunjukkan rasa protes terhadap tata kerja SPR. Ini bukan himpun lawan bn tapi himpun protes SPR.

Tolong faham.

Rujuk amaran polis di bawah neh ;




~ameno world




Iklan C (ii)

 


Pengundi Diberi Kertas Undi Yang Dipangkah – Aziz Bari

Posted: 11 May 2013 09:19 PM PDT

SABAK BERNAM 11 Mei: Calon KEADILAN di parlimen Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berlaku pemindahan beramai-ramai pengundi dari kawasan itu ke tempat lain, menyebabkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat pengundi yang diberi kertas undi yang sudah dipangkah, pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Ada yang mendapati nama mereka sudah dipotong dan ada orang mengundi bagi pihak mereka. "Selain itu petugas (Pakatan Rakyat) juga ada menghalang warga Bangladesh memasuki kawasan mengundi. Tetapi petugas Umno mempertahankan mereka.

"Pada sebelah petang, petugas Umno berjaya menyeludup masuk ke dalam pusat mengundi dengan menggunakan van bercermin gelap," katanya yang mengesyaki kenderaan itu membawa masuk pengundi hantu.

Menurut Aziz, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti dan maklumat menerusi agen barong, pengundian dan pengiraan (PACABA) sebelum mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Aziz berkata, kekalahan di DUN Sungai Air Tawar dalam parlimen Sabak Bernam, ekoran Umno menggunakan isu permohonan hak pemilikan tanah rizab yang ditolak kerajaan negeri Selangor.

Pada 22 April lepas, seramai 300 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara mendakwa mereka dipermainkan kerajaan negeri apabila menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang memberitahu permohonan berkenaan ditolak bersama sekeping cek bernilai RM500.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Aziz tewas dengan majoriti 1,644 undi kepada lawannya dari BN, Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Aziz memperolehi 14,743 undi manakala Mohd Fasiah 16,387 undi. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

 



(Gambar) Puluhan Ribu Penyokong PR Bantah Penipuan PRU13 Di Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 07:52 PM PDT



Puluhan ribu rakyat  berhimpun  di  Stadium  Batu  Kawan  Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.


Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.


Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.


Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP. ~the malaysian insider















Iklan C (ii)

 



Anak Sungai Derhaka

Posted: 12 May 2013 09:49 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Lebih 100,000 hadir tapi The Star laporkan 100 Gerai yang ada.. (Video Inside)

Posted: 12 May 2013 05:45 AM PDT


Gambar di atas ialah apa yang telah dilaporkan oleh media milik MCA iaitu The Star, seperti lain-lain media yang dikawal oleh Barisan Nasional The Star juga cuba menyorokkan fakta mengenai himpunan yang telah berlangsung semalam.

Kebanyakkan media on-line melaporkan jumlah hadirin ialah melebihi 100,000 orang tetapi menariknya The Star tidak melaporkan jumlah orang yang hadir, sebaliknya mereka melaporkan 100 gerai telah didirikan disitu..

Selepas PRU13 yang telah berlalu.. apa yang menarik sekali dalam dua perhimpunan yang telah diadakan ini.. ianya tidak lagi didominasi oleh anak-anak Melayu semata-mata.. tetapi ianya telah didominasikan oleh ana-anak Cina..

Gambar-gambar yang membuktikannya nanti aku upload..

Ini video dari MediaRakyat..

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 12 May 2013 09:47 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


BATU KAWAN PESTA BLACKOUT

Posted: 11 May 2013 07:57 PM PDT

Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

penang black rally post-ge13 record crowd 4Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.
Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

penang black rally post-ge13 record crowd 3Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.
Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin
membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap  perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.
Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?
Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

penang black rally post-ge13 record crowd 7"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya
sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.

"Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia".
"Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

penang black rally post-ge13 record crowd 5Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira
dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari.

Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.

Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa."
Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.

"Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.

"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.

Ada yang beredar jam 3 pagi
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.

"SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.

Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil.

Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian.

"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.

Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 12 May 2013 09:02 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Bakal MB-Kedah selepas PRU-14 ...?

Posted: 12 May 2013 12:38 AM PDT

Bakal MB-Kedah selepas PRU-14 ...?
Insya Allah ...!

edyesdotcom

Posted: 12 May 2013 03:37 AM PDT

edyesdotcom


Wajib Hadir dan Sebar!

Posted: 11 May 2013 10:19 PM PDT


.

Posted: 12 May 2013 03:20 AM PDT

.


Mohd Amar Harus Bijak Membuat Anologi

Posted: 11 May 2013 09:33 PM PDT

ULASAN RASA                                                                                     

Baru enam hari Tokguru Nik Aziz tiada dalam kerajaan sudah ada kenyataan yang cuba menafikan kehebatan dan keagungan Tokguru sebagai pemimpin yang menjadi 'bulan' kepada PAS Kelantan selama ini.

Mohd Amar
Kenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.

Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak cangguh dan tsemacam idak menghormati kepada Tokguru.



Dalam edah Nik Aziz baru bersara dan melepaskan jawatan kepada Ahmad Yaacob dan membolehkan beliau mengambil tempat Ahmad, seharus Mohd Amar menyebut-nyebut jasa dan budi Nik Aziz serta kelebihannya sebagai dijadikan azimat kepada ahli.

Kenapa Mohd Amar tidak mencari ayat lain untuk menafikan peranan individu? Dalam keadaan penyokong PAS bersedih atas ketiadaan Husam Musa dalam anggota kabinet Kelantan tidak seharusnya Mohd Amar mengulas demikian, mengatakan kekuatan PAS bukan kerana individu.

Walaupun beliau tidak terniat untuk memperkecilkan pengaruh Husam tetapi para penyokong Husam dan pemerhati politik akan menduga demikian. Politik penuh dengan persepsi dan juga spekulasi. Mohd Amar harus bijak bercakap dan pandai menjaga mulut.

Bukankah isu kenapa Husam tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Dewan Harian 6 Mei lalu maih hangat dan belum tuntas lagi? Daripada membuat ulasan demikian Mohd Amar patut menjelaskan apakah benar atau tidak Husam tidak dijumput pada mesyuarat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media Mohd Amar mengatakan Husam dijemput tetapi Husam tidak hadir. Husam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Sehingga kini Mohd Amar atau pihak Dewan Harian gagal memberi jawaban tuntas mengenai perkara ini. Sekiranya benar tiada jemputan kepada Husam Mohd Amar dan dewan harian perlu membuat apologik kepada Husam dan ahli PAS.

Apa salah kalau kita mengakui sesuatu kesalahan yang dibuat. Ia tidak akan dimarah malah akan dianggap sebagai mulia kerana kita gentlemen?

Umum tahu ia soal tidak jemput Husam itu soal teknik, perkara kecil tetapi dari sudut kebenaran dan keikhlasan atau praktikal sebuah parti Islam tidak wajar perkara begitu berlaku. Kalau soal-soal sekecil itu tidak dapat diurus dengan lendik macam mana soal lebih besar di hari muka mampu untuk mengurusnya. Untuk masa akan datang kerajaan negeri akan menghadapi berbagai masalah dan isu lagi yang menuntut kepada perjelasan.

Kenyataan Mohd Amar semasa majlis kesyukuran di Bahcok di rumah Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan PAS Kelantan, Fauzwi Ismail di kampung Pak Mayong di Bachok semalam sepatutnya digunakan cuba untuk menuteralisasikan isu yang berlaku ke atas Husam Musa.

Dakwa Mohd Amar lagi, ahli PAS memang diterbiyah dengan Islam dan beliau memberi contoh macam mana walaupun Asri Muda meninggal PAS tetapi PAS tidak mati, satu jawaban dan kenyataan yang tidak bijak dan relevan saat ini. Dalam saat begini beliau tidak patut memberi anologi demikian kerana ia boleh membangkitkan kemarahan yang sudah mulai mereda.

Kenyataan atau anologi Mohd Amar bersifat 'membidas" orang begitu tidak kondusif dan bukan cara untuk mendamaikan PAS. Saya hendak peringatkan Mohd Amar atau sesiapa saja yang perkecilkan pengaruh seseorang individu, ia adalah perbuatan merbahaya dan tidak baik buat PAS.

Sememangnya hakikat parti lebih perlu diutamakan oleh sesiapa, tetapi individu berpengaruh juga tidak boleh di kesampingkan. Apa lagi kalau mereka mempunyai sumbangan yang signifiken kepada parti. Semoga kenyataan dan sindiran-sindiran sebegitu tidak akan dikeluarkan lagi di masa hadapan.

Kenyatan mengajak, membujuk dan memberi pandangan positif lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan beruapa kiasan-kiasan dan sindir dalam Hikayat 1001. Politik 'bergelar' hendaklah dihentikan apabila kita sudah menjadi orang besar. [wm.kl.12:21 pm 12/05/13]

Bila Si Bangang Cuba Membuat Komen

Posted: 11 May 2013 04:11 PM PDT

MARAH PAGI                                                                                                               

Lama saya tidak melayan kerenah-kerenah otak kemetot pembaca blog saya di mana dengan kehadirannya kalau tidak sabar boleh menyebabkan saya tawar hati untuk terus berblong. Tetapi kebetulan pagi ini saya tidak ada apa-apa untuk diulas atau diperkemaskan, maka saya hendak singgung sedikit satu komen yang dihantar oleh penjenguk bernama FAIZAL FEEYCHILL (foto) yang mengupas catatan saya di bawah tajuk "Husam dan Azmin Senasib, Seirama."

Maaf saya panggil penjengok ini sebagai budak saja, (mungkin masih belum khatam dan berkelulut lagi). Saya tahu tidak sepatut saya memberi respon sebegini kerana komennya tidak berasas dan lebih kepada emosi. Membuang masa dan membazir ruang saja.

Tetapi saya tetap juga memberi respon untuk menceritakan masih ada penjengok yang berotak kemetot begini menulis mengikut rasa dan mahu membela seseorang tanpa maklumat yang kemas. Apa saya nak jelas bahawa ada keberanian yang sembrono di kalangan penjenguk blog saya.

Saya turunkan komenter si otak kemetot kelas gaban ini;

Faizal ferrychill has left a new comment on your post "Husam dan Azmin Senasib, Seirama":

dalam banyak2 aetikel dan ulasan MSO..ulasan dan teori yang dirungkaikan dalam artikel ini paling tidak senonoh dan agak keterlaluan terutama tentang Husam ytang saya rasakan sepatutnya MSO berpegang pada pendirian pada artikel MSO sebelum ini yang mana HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR disebab konspirasi terancang oleh Nik Abduh !Percayalah jika Nik Abduh tidak menggunakan kelebihan tangan ghain dan kapisiti sebgai anak kepada Tok Guru Nik Aziz pasti hal ini tidak berlaku.Org seperti Husam pasti akan ramai musuh yang tidak diduga dan menunggu waktu untuk diamkan HUSAM SEKETIKA..PERCAYALAH jika bukan kerana HUSAM yang mengawal ekonomi dan mengawal kopiah putih dari mengambil rasuah dari para pembalak,pelombong dan perompak harta kelantan..pasti RASUAH lebih menjadi2 dan akan dilihat sama dgn rejim UMNO..sudah menjadi bualan dan semakin menjadi lumrah bagii geng kopiah putih kelantan mengambil suapan dan memberi balak sesuka hati mereka namum kerana husam gejala ini masih boleh dibendung dan terkawal...OLEH itu sukacita saya mengambil pendirian tanpa HUSAM dipentadbiran kelantan adalah pemerintahan terakhir Pas di kelantan dan hasrat Nik abduh untuk menjadi MB selepas Ahmad Yaakob hanya tinggal kenangan..

Tentang Azmin,Saya sekadar menghormati kesetiaan beliu sebagai org kanan anwar sejak dari dulu tidak pada kemampuan dan sikap beliu yang 2X5 dengan Nik Abduh (gila nak jadi MB).sejak dari tahun pertama Khalid jadi MB lagi beliu memekak dan memelakukan pelbagai cara bagi menunjukkan betapa bangangnya MB selngor nih namum tidak kesampian dan banyak ditangkis dan dipatahkan oleh Faekah (org kanan Khalid/PA x silap)..apalagi semasa kes pemilihan PKR dahulu sewaktu bertembung dgn Zaid bagi jawatan Timb presiden..Dia hanya pandai berlakon tentang ketokohan dan kewibawaan sama seperti adiknya Azwan Ali dan UMMI yang gila glamor tuh..Azmin better ko diamkan adik ko dahulu dari ko nak cita dan buat sarkis dalam PKR tuh..



Penjengok ini kata tulisan saya mengenai tajuk itu tidak senonoh. Siapakah yang paling tidak senonoh? Bila masa saya ada menulis artikel dibawah tajuk yang beliau nyatakan itu HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR? dan mahu saya tetapkan pendirian dengan artikel itu. Saya rasa inilah inilah paling tidak senonoh sekali. Orang ini tidak berhati-hati dan sudah tersalah petik dan sudah tersalah orang.

Sebelum menulis fikir dan renungnya sedalam-dalam. Pastikan maklumat dan sumber anda tepat dan betul. Kalau tidak kebodohan kita akan terserlah.


Begitu juga lain kalau kalau ingin memberi pandangan atau mengkritik saya biarlah fakta itu tepat dan betul. Sepanjang tulisan saya berhubung isu Husam saya tidak memetik atau memasuk pun di mana-mana nama Nik Abduh. Saya malas untuk mengatakan penjenguk ini bengong atau 'deder' hukum sendirilah. Cuma saya nak tegaskan lain kali kalau nak buat teguran pandangan pastikan maklumat tepat dan jangan pakai pangkah sembarangan sahaja.


Saya nasihatkan kepada penjengok ini belajarlah biar dalam sikit kaedah menulis. Kalau kita masih belum cukup ilmu dan masih mentah, tulislah kritikan atau pandangan politik dalam diary atau coret di dinding rumah dulu jangan lepas kepada umum kerana buruk padahnya. Atau suruh kawan-kawan lain baca. Saya bukan marah kalau orang tidak cukup umur membaca blog saya tetapi itulah dibimbangkan mereka akan jadi mabuk menyebabkan salah tafsir buruk padahnya.


Anda mengatakan orang tidak senonoh tetapi yang lebih tidak senonoh dan meleleh hingusnya ialah anda.


Sekali lagi saya kata, saya tidak perlu layan pandangan sebigini. Tetapi kenapa saya layan juga untuk memberi pengajaran kepada yang lain juga yang berani membuat kritikan tetapi tidak tepat. Yang suka menabur perasaan dan emosi di ruang komenter blog dan bila saya tidak siarkan marahkan saya kononnya pengecut tidak adil dan sebagainya.

Bayangkan wajarkah di sinikan komenter seperti di atas itu yang tidak ada kualiti langsung. Yang kutip maklumat jalan dan bubuh dalam peti komenter blog saya. Membazir sahaja. Kalau boleh arah saya mahu mengarah orang-orang seperti ini tidak payahlah baca blog saya, kerana otak anda tidak layak nak capai apa yang saya cuba kemukakan.


Saya berharap manusia ini akan minta maaf atas ketidak-tepatan petikan sumber kerana ia menjadi fitnah yang beliau lemparkan. Kepada saya tidak perlu, tetapi kepada Nik Abduh yang beliau sebutkan itu. Buatlah kerja senonoh. Dan saya percaya Husam yang cuba hendak dibela itu juga tidak memerlukan budak-budak bangang seperti ini.  [wm.kl.6:57 am 12/05/13]

labun KulupSakah...

Posted: 12 May 2013 03:14 AM PDT

labun KulupSakah...


Lawak blackout hari Ahad

Posted: 12 May 2013 12:23 AM PDT



al-brangi

Posted: 12 May 2013 03:08 AM PDT

al-brangi


Wallpaper Band Wiki

Posted: 12 May 2013 02:58 AM PDT

http://2.bp.blogspot.com/_yCBnCOx1DIc/TNQQ0HuHF8I/AAAAAAAACno/dKZERApfb1U/s1600/4.jpg
Band Baaja Baaraat -2010 bollywood movie wallpapers and information ...




http://2.bp.blogspot.com/_5r-8lYWuFQQ/TP1tJ-aVWFI/AAAAAAAAAWY/BSVf9bE750c/s1600/image.php.jpg
Wallpapers Photo Art: Kiss Wallpapers


http://3.bp.blogspot.com/-BJ4ZHQ0T7rg/Tp-67sSLexI/AAAAAAAAHfU/tzB8lUdwTdI/s1600/Wallpaper_Serie_II_by_tool_band.png
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://2.bp.blogspot.com/_JfwgBixKYjk/TJpMRRJoMeI/AAAAAAAAAYQ/E-qoL7-7CHU/s1600/Tool_Wallpaper_by_Wiki_Ronin.jpg
all about the alt: Ilike my music on itunes FB and My space


http://2.bp.blogspot.com/-cq9YyDuK3jU/Tp-6fUdMseI/AAAAAAAAHe0/Zi00X8XI86I/s1600/Tool_Wallpaper_by_MD_Cartoonist.png
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://3.bp.blogspot.com/-WBwy6nCxHes/Tp-6-MVZ0VI/AAAAAAAAHfc/nCsH2c2BkrY/s1600/Wallpaper_Serie_IV_by_tool_band.png
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://1.bp.blogspot.com/_T5PXg2LAEAQ/TBR3deHBX8I/AAAAAAAAE5A/WyQvEvZ6B2Y/s1600/kotak-band-wallpapers.jpg
... artis wallpapers this is a picture wallpaper kotak band music desktop


http://2.bp.blogspot.com/_lEO7gRiCzvs/TL58MH4mDvI/AAAAAAAAAQU/qXZV5otYr4o/s1600/Guns_n_roses_band_wallpaper.jpg
guns n roses logo free guns n roses logo wallpaper download - Ecro!


http://3.bp.blogspot.com/-5l0tLxUgyr0/Tp-6MgC9XNI/AAAAAAAAHdk/58WzIxGCdxw/s1600/1zfnal1.jpg
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://4.bp.blogspot.com/_KkXx6fq12mU/S6nV4DncizI/AAAAAAAAbhI/4U2IdQLCptM/s1600/Sneha%2Bullal%2Blatest%2Bwallpaper%2Band%2Bpictures%2B2.jpg
Sneha Ullal Wiki


http://3.bp.blogspot.com/-I9U3RkuSyFs/TpfgNG87V9I/AAAAAAAAG1U/1mMW4gbUUuM/s1600/incubus+manila.jpg
Incubus band wallpaper ~ free wallpaper music


http://3.bp.blogspot.com/-rAFq0XcPXNc/Tp-6sN4BeJI/AAAAAAAAHfE/J-_P0bl-JaI/s1600/Tool-tool-109017_1024_768.jpg
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://4.bp.blogspot.com/-8H37PS4Wjxw/Tp-sWQ_EypI/AAAAAAAAHUc/TOT3AsEoy2I/s1600/pillar-ii_1499_1024x768.jpg
PILLAR wallpaper ~ free wallpaper music


http://4.bp.blogspot.com/-VNspSHkyf-0/Tp-6Zk3pzeI/AAAAAAAAHes/1-_bS-apg64/s1600/Tool_Lateralus_Wallpaper_by_X_ample.jpg
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://1.bp.blogspot.com/_yc5umfcucuo/tcjipozix6i/aaaaaaaacv0/pfcegphkrmc/s1600/kreator_wallpaper_band.jpg
Kreator discografia de estudio - musica descarga gratis | Música ...


http://4.bp.blogspot.com/-pfCf_4a_abM/Tg2DnHeUqPI/AAAAAAAAPWE/aTng6erNaYw/s1600/irina%2BShayk%2Bphotos%2Band%2Bwallpapers7.jpg
Labels: Irina Shayk , Irina Shayk model , photos , wiki


http://2.bp.blogspot.com/-QTH1Qxjhzdc/Tu4W5TR86xI/AAAAAAAAAak/ZOVFKHi14Ng/s1600/Super-junior-wiki.jpg
Super Junior Wiki Wallpaper Hq Kpop Wallpapers


http://4.bp.blogspot.com/-mZUtC6AF_0U/Tp-6WFd2P4I/AAAAAAAAHek/4EeK3YSWNLQ/s1600/tool-208532.jpg
TOOL band wallpaper ~ free wallpaper music


http://1.bp.blogspot.com/-eBjHcUXRsJc/TcGbMhAlUUI/AAAAAAAAARM/YgupMg7mHLU/s1600/F4.jpg
Blood+on+the+dance+floor+band+wiki


http://1.bp.blogspot.com/_tMx3I6KLw64/TNp5uGFDi5I/AAAAAAAABSw/EVvNiXpLYOA/s1600/ariel-peterpan04.jpg
Sahabat Noah (The New Peterpan Band) Official Site


http://24.media.tumblr.com/tumblr_mah2kyGTIx1rgvtfbo1_1280.jpg
black dahlia murder | Tumblr


http://24.media.tumblr.com/tumblr_m2n1nawPOX1rnclmqo1_1280.jpg
Angela Sun Wiki


http://24.media.tumblr.com/3c53bdca1304d1acbdd1cefc8de0cf09/tumblr_mf9i0yTMGy1qandoao1_1280.jpg
Love+you+so+much+poems


http://25.media.tumblr.com/tumblr_m5p16qKmTA1qa77yho4_1280.jpg
Evil Dark Gothic


http://24.media.tumblr.com/tumblr_m4f6y1d1Zo1qd9dkxo1_1280.jpg
tumblr.com-23 day snow patrol challenge |-


http://25.media.tumblr.com/tumblr_m20twijqFx1qcr6iqo1_1280.jpg
sarka | Tumblr


http://24.media.tumblr.com/tumblr_m8mc3uguFK1qhelkco1_1280.jpg
tumblr.comdylan and cole sprouse |


http://24.media.tumblr.com/tumblr_m7kefk5qNR1qdxglyo1_1280.jpg
Copyright (C) 2011-2013【マレーシア生活情報】知らなき ...


http://24.media.tumblr.com/tumblr_mccqrqY7JQ1qiflw2o1_1280.jpg
tumblr_mccqrqY7JQ1qiflw2o1_1280


Kelab Greenboc

Posted: 12 May 2013 01:01 AM PDT

Kelab Greenboc


[VIDEO] TIPU PRU: Hadiah Keranda Untuk SPR

Posted: 12 May 2013 12:34 AM PDT


Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar meletakkan jawatan segera.

Ia berhubung pelbagai dakwaan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) lepas dengan telus dan adil.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat membantah penipuan SPR akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.

"Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan semula sistem demokrasi, dengan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya melenyapkan suara kami,

"Wahai anak muda kekalahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara ini perlu diselamatkan," kata Badrul Hisham.

Desakan itu dilakukan kira-kira 50 orang daripada pelbagai NGO dan mahasiswa di hadapan Bangunan SPR di sini dengan kebanyakkan mereka memakai baju hitam simbol matinya demokrasi di negara ini. Mereka turut membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis 'PRU 13 adalah yang paling kotor' mereka turut melaungkan 'Tukar SPR' dan 'Anak Muda Mahukan Keadilan'.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira lebih 20 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang semasa ucapannya berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk Abdul Aziz memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

"Kami sebagai badan bebas dan juga pemerhati politik merasa kecewa dengan unsur – unsur penipuan yang berlaku sebab itu kita berjumpa dengan SPR untuk mendapatkan penjelasan apa sebenar yang berlaku.

"SPR tidak wajar bersikap bias, kita menolak sebarang unsur penipuan yang berlaku," kata Safwan.


UMNO Terkedu, Akhirnya Azmin Sokong Khalid Sebagai MB Selangor

Posted: 11 May 2013 11:17 PM PDT


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu men'tweet' bahawa beliau mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita harus menyokong Khalid untuk kekal.

"Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif," kata Azmin dalam laman Twitternya.

Beberapa hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan negeri Selangor, Azmin berkata menteri besar yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Pada sidang media Jumaat lalu, Azmin tanpa berselindung menyalahkan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor pada Khamis tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, termasuk beliau.

Azmin turut mempertahankan diri daripada dikatakan kemaruk jawatan Menteri Besar kerana beliau telah menolak tawaran pada ketika itu bagi mengelakkan masalah perpecahan dan kestabilan dalam PKR.

Sejak beberapa hari lalu, Azmin menimbulkan banyak persoalan apabila membuat beberapa kenyataan dalam Twitter yang dilihat mengkritik kepimpinan tertinggi PKR. -mstar

Ulasan GB

Sejak timbul "krisis" diantara Azmin yang dikatakan hendak menuntut kerusi MB Selangor, pihak UMNO cukup gembira dan beberapa blogger pro-UMNO telah mengambil kesempatan di atas isu berkenaan untuk menangguk di air keruh.

Mujurlah "kematangan" Azmin mengatasi nafsunya, dan akhirnya beliau akur bahawa rakyat Selangor berkehendakkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.

Semuga Selangor terus maju dan berjaya di bawah panji-panji PAKATAN RAKYAT.

"Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan

Posted: 11 May 2013 08:35 PM PDT


Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang'

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak 'ditendang' dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno 'tendang' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

"Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah 'ditendang', kenapa Najib tidak ditendang?" Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

"Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.

"Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya.

Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13.

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kuRang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.

Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru, dakwa Husam, Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak.

Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan 'tsunami Cina' telah berlaku pda PRU-13.

Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Husam mendakwa itu yang 'hilang' dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.

"Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia," ujarnya. -HD

Ulasan GB

Lebih setahun yang lalu, GB sudah menjangkakan bahawa Najib bakal diturunkan dengan lebih dasyat dari Pak Lah.

Petikan:

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

[VIDEO & GAMBAR] Puluhan Ribu Banjiri Stadium Batu Kawan, P.Pinang

Posted: 11 May 2013 05:30 PM PDT


Puluhan ribu rakyat berhimpun di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.

Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.

Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.

Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP.-TMI














[LIVE] Himpunan "Black 505" Di stadium Batu Kawan Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 08:31 AM PDT


Program Black 505, Tolak Penipuan PRU 13 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang malam ini boleh diikuti secara langsung melalui rangkaian internet.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap pada program yang diatur berikutan pelbagai bentuk penipuan rejim Umno BN hingga menafikan keputusan rakyat.

Turut menyampaikan pidato ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Suasana petang ini di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang Program dijadual bermula jam 8 malam ini, namun ramai penyokong Pakatan Rakyat sudah tiba di lokasi program.


MB Terengganu Mula Tekan Rakyat Yang Sokong Pakatan

Posted: 11 May 2013 05:05 AM PDT


MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama

bumiperak

Posted: 11 May 2013 11:13 PM PDT

bumiperak


Kemenangan rapuh BN di Perak

Posted: 10 May 2013 11:21 PM PDT

Zulaikha Zulkifli: BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Namun kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga  berlaku peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas yang mesra BN. Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.

Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.

Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.

Berbeza pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri  ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat, dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Di Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.

Dengan jumlah majoriti undi yang meningkat berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin

Selain pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti undi di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798 kepada 8,216), Selama (355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu Kurau (2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804), Chenderoh (1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota (2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).

Dengan peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan yang rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga mempunyai pertambahan pengundi  dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis.  

RAKYAT MARHAEN

Posted: 11 May 2013 09:45 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


Anwar, Azizah catch crowd by surprise with early arrival

Posted: 11 May 2013 04:23 PM PDT

Guan Eng in FIERY MOOD over GE13 fraud

Posted: 11 May 2013 04:22 PM PDT

Anwar: GE13 the mother of all frauds

Posted: 11 May 2013 04:22 PM PDT

Anwar Ibrahim : Ceramah Suara Rakyat Suara Keramat @ Batu Kawan Stadium

Posted: 11 May 2013 04:21 PM PDT

This country will rise up if EC gazettes w/o explaining - Sim

Posted: 11 May 2013 04:21 PM PDT

P Patto's daughter, a chip off the old block!

Posted: 11 May 2013 04:20 PM PDT

Dialog ‘Ombak Hitam’

Posted: 11 May 2013 08:36 AM PDT

Perbincangan terbuka di laman rangkaian sosial membuka ruang untuk beberapa rakan berdialog secara sihat mengenai soal agama, politik dan isu semasa.

"Apakah 'ombak hitam' akan jelas kelihatan apabila saudara-mara dan para sahabat kita yang beragama Islam rukuk, iktidal dan sujud berjemaah di hadapan-Nya pada tengah hari ini?"
Demikian saya paparkan pada ruangan status Facebook pada pagi Jumaat, 10 Mei 2013. Tentulah saya ingin tahu sama ada "semangat" yang dilahirkan menerusi "Black 505" mulai 6 Mei – dan semakin nyata menerusi perhimpunan masyarakat pelbagai kaum/agama di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei – turut menular ke masjid-masjid.
Tambahan pula, sekumpulan orang sudah merancang untuk berarak ke Pejabat SPR Putrajaya dengan berpakaian serba hitam selepas solat Jumaat. Sejak awal pagi Isnin pula, ramai pengguna Facebook – termasuk saya – meletakkan foto profil warna hitam sebagai tanda bantahan senyap (silent protest).
Berbalik kepada paparan status tadi, ia mendapat reaksi mudah menerusi "Like" daripada lebih 30 rakan serta komen bertulis daripada lima rakan. Akhirnya saya memberitahu rakan-rakan terbabit bahawa saya mahu menulis makalah berbentuk dialog (perbualan) berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh mereka.
Pemaparan semula dialog yang berlaku bukanlah bertujuan mengaibkan atau menyalahkan sesiapa tetapi berniat mewujudkan "dialog" yang sihat berkaitan isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Berikut dialog kami dengan sedikit suntingan dari segi bahasa tanpa mengubah maksud asal. Nama samaran "RN" digunakan atas permintaan individu terbabit.
Uthaya: Apakah "ombak hitam" akan jelas kelihatan apabila saudara-mara dan para sahabat kita yang beragama Islam rukuk, iktidal dan sujud berjemaah di hadapan-Nya pada tengah hari ini?
RN: Brickfeild [sic] banyak ombak hitam, bos!
Uthaya: Sila jelaskan maksud kenyataan anda; selain membetulkan ejaan nama tempat berkenaan.
RN: Saya terguris apabila anda mengaitkan situasi politik terkini dalam negara, sehingga "menceroboh" ke dalam amalan agama saya. Lantaran itu, secara spontan saya bertindak balas, menyuruh anda melihat "ombak hitam" yang boleh dilihat di tempat yang saya sebutkan di atas. Dengan itu, marilah kita sama-sama terguris.
Uthaya: Ya, saya terguris apabila anda salah eja "Brickfields".
RN: Minta maaf atas kesalahan tersebut (salah eja).
Uthaya: Maksud saudara, ramai umat Islam di Brickfields dijangka bersolat jemaah sambil memakai baju hitam pada hari ini?
Haris Hauzah: Politik dan agama sentiasa bersama; seiring.
RN: Maksud saya, di situlah (Brickfields) ada ramai kaum India. Tidak ada masalah mereka berada di mana sekali pun. Warga negara Malaysia boleh dengan bebas pergi ke mana-mana dan berkumpul di mana-mana. Saya juga menikmati Brickfeilds [sic] sebagai "Little India". Menghormati apa agama mereka. Jadi, tak perlu menyindir agama saya.
Uthaya: Menyindir?
Husna Nabila: Tiada tiada ada apa-apa yang disindirkan oleh Uthaya. Sebaik sahaja membaca status di atas, segera saya faham ia berkaitan dengan protes terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu kempen Black505. Dalam erti kata lain, status ini bermaksud, "Cuba bayangkan jika semua ahli jemaah di masjid memakai baju bewarna hitam tanda protes."
RN: Niat ke masjid mesti diperbetulkan; iaitu hanya beribadat kerana Allah! Tiada niat yang lain. Saya dan kita boleh memaafkan Uthaya kerana mungkin ada beberapa aspek dalam agama kita (Islam) yang beliau kurang arif.
Haris: Kasihanlah jikalau masjid itu ibadahnya solat sahaja. Penentangan terhadap penindasan dan kezaliman pun tidak boleh dimasjidkan. Saya sudah kata: agama, politik, sosial dan segalanya seiring, bersama.
Islam adalah "cara hidup"
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan BLACK505 di Batu Kawan, Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 08:22 AM PDT


Photo: Stadium Batu Kawan P. Pinang.
Photo: 8 15pm at Batu Kawan
Photo: 8:45pm Batu Kawan
Photo: Batu Kawan P.Pinang..8.00pm
Photo



Perhimpunan Pakatan di Pulau Pinang tarik puluhan ribu hadirin

Posted: 11 May 2013 08:01 AM PDT

GEORGE TOWN, 11 Mei — Puluhan ribu rakyat berhimpun di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.
Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.
Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.
Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP.

Dakwat kekal yang tidak kekal: Punca utama penipuan dalam PRU13?

Posted: 11 May 2013 07:54 AM PDT

Nahar Md Nor

11 MEI — PRU13 yang penuh kontroversi itu telah berlalu. Pakatan Rakyat telah menolak keputusan PRU13 kerana ia didakwa penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Manakala Bersih 2.0 serta beberapa NGO seperti Pertubuhan Ikram Malaysia telah mempersoal kesahihan keputusannya kerana sebab yang sama. Bersih 2.0 telah menubuhkan Tribunal Rakyat bagi melakukan penyiasatan terhadap penipuan dan penyelewengan ini.
Isu pilihanraya tidak adil dan tidak bebas bukanlah perkara baru. Senarai pemilih yang tidak bersih, media massa yang disalahguna oleh pemerintah, penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sementara, adalah antara perkara yang telah berlaku pada setiap pilihanraya dan berterusan dalam PRU13 yang lepas. Sebahagian besar perkara ini terkandung dalam lapan perkara yang dituntut oleh Bersih 2.0.
Salah satu tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal. Tujuan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menghalang seorang pengundi mengundi lebih dari sekali. Pengundi berganda ini boleh berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya:
1. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi pada hari mengundi kerana nama mereka juga terdapat dalam senarai utama pengundi
2. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu, samada semasa pengundian awal atau hari mengundi biasa
3. Pengundi biasa yang mengundi beberapa kali (kemungkinan di pusat mengundi berlainan) pada hari mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu
Untuk menyelesaikan perkara ini, Bersih 2.0 dan rakyat jelata telah menuntut agar dibersihkan senarai pengundi serta digunakan dakwat kekal. Malah Jawatankuasa Khas Parlimen (Penambahbaikan Pilihanraya) juga telah mengesyorkan penggunaan dakwat kekal dan telah dipersetujui oleh Parlimen dan SPR.
Yang menjadi persoalan besar sekarang ini adalah kenapakah penggunaan dakwat kekal ini tidak dilaksanakan dengan baik oleh SPR?
Saya mengatakan bahawa SPR tidak melaksanakan syor ini dengan baik kerana matlamatnya tidak tercapai. Tidak ada maknanya mencalit dakwat tersebut jika ia tidak kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Kemenangan BN yang rapuh di Perak

Posted: 11 May 2013 07:49 AM PDT

BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Namun kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga  berlaku peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas
yang mesra BN.

Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.

Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.

Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008,

lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36
Read More / Baca Lagi >>

Terkini! Keadaan Di Stadium Batu Kawan (SUARA RAKYAT 5.11 SUARA KERAMAT)

Posted: 11 May 2013 07:22 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/310034_292340660901812_1465339474_n.jpg
Masuk utusan ialah 1000 orang !!!

MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Posted: 11 May 2013 07:19 AM PDT

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
  
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
  
"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
  
"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.
  
Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.
    Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: DAP akan ambil alih jika pusat MCA, Gerakan ditutup

Posted: 11 May 2013 07:15 AM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

"Jika mereka fikir mereka boleh menakut-nakutkan rakyat dengan menutup pusat perkhidmatan mereka, inilah masanya bagi DAP  mengambil alih dari MCA dan Gerakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang politik.

"Jika mereka mahu tutup, biarkan mereka tutup. Marilah kita ganti parti BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika mereka mengatakan mereka tidak mahu berkhidmat, jangan berkhidmat lah. Kami akan berkhidmat," katanya dalam ucapan perasmian beliau di perhimpunan wakil rakyat DAP hari ini.

Beliau juga mengulangi kritikan terhadap MCA dan Gerakan - di mana beberapa pemimpin bahagian telah mengancam untuk menutup pusat perkhidmatan mereka selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 - sebagai kebudak-budakan..

Pasca PRU13: Lebih baik BN yang sertai Pakatan, kata Karpal

Posted: 11 May 2013 07:10 AM PDT


Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya akan menjadi orang pertama yang keluar jika DAP memutuskan untuk berbuat demikian dan saya pasti 100 peratus daripada anda semua bersama saya," katanya ketika berucap di majlis pertemuan wakil rakyat DAP pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu "perlu menimbang dengan berhati-hati" untuk bekerjasama dengan BN dalam isu-isu kepentingan negara bagi mengelakkan polarisasi politik negara.

"Sudah tentu, yang terbaik adalah untuk BN menyertai Pakatan Rakyat," katanya berjenaka.

Pasca PRU13: Ucapan Ahmad Said berbaur politik dendam

Posted: 11 May 2013 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adun Batuk Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi menyifatkan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berbaur politik dendam.

Sebaik selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Ahmad enegaskan mereka tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Jelas Ahmad Said, rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Mengulas perkara itu, Syed Azman begitu kecewa dengan kenyataan sedemikian daripada mulut seorang menteri besar kerana di dalam kerajaan setiap menteri besar bukan mewakili parti dan harus membela ke semua rakyatnya tidak kira parti mana sekali pun.

"Misalnya saya mewakili rakyat di Dun Batu Buruk, saya perlu mewakili seluruh penduduk saya, semua kena bagi sama rata, kena bagi pembelaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Begitu juga MB, dia (Ahmad Said) bukan mewakili MB Umno, dia adalah MB Terengganu sepatutnya berjiwa besar berikan pembelaan kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti dan agama. Ucapan Ahmad Said menyerlahkan siapa dirinya sebenar," tegas Syed Azman kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS membantah tindakan yang kontra daripada apa yang diamalkan oleh kepimpinan Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Petisyen online terhadap PRU13 Malaysia

Posted: 11 May 2013 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.

Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman www.change.org/GE13.

Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.

"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.

"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.

SAMM anjur ‘Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi’ 13 Mei di KLSCAH

Posted: 11 May 2013 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR  11 Mei : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru orang ramai untuk hadir ke 'Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi' bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Mei ini.
Program yang bermula jam 8 Malam dianjurkan dengan kerjasama fron Mahasiswa SAMM merupakan langkah pertama anak muda meraikan 13 Mei sebagai Hari Bangsa Malaysia.
SAMMPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, rapat umum perdana itu diadakan bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni.
"13 Mei diiktiraf sebagai hari penyatuan rakyat Malaysia bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505.
"Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan 'pecah-perintah' legasi penjajah diteruskan kerajaan Umno-BN. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak,
"Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat sudah berani dan bersatu melawan penafian demokrasi," kata Edy sambil menggalakkan hadirin memakai pakaian hitam bagi meneruskan momentum himpunan Black505.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Politik balas dendam bermula di Terengganu

Posted: 11 May 2013 06:54 AM PDT

Dr Azman Ibrahim,
Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.

Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!

Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.

Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan PRU13 dijangka diwarta bulan ini, SPR

Posted: 11 May 2013 06:50 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Mei — Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.
"Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet

Posted: 11 May 2013 06:49 AM PDT

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

gerakan cec meeting 110513 koh tsu koonSelepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin
Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.

Koh berkata Gerakan, seperti MCA, tidak akan mernima sebarang jawatan kabinet peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.
Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.

Beliau berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada 26 Oktober.

Selain mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.

"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.

"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya.

Pasca PRU!3: Selepas dituduh kafir harbi, DAP diajak masuk BN!

Posted: 11 May 2013 06:48 AM PDT

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Anti Rasis: Flash mob tolak perkauman 13 Mei di seluruh negara

Posted: 11 May 2013 06:47 AM PDT

flash mobKUALA LUMPUR, 11 MEI : Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia' akan mengadakan 'Flash Mob Menolak Perkauman' pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia.
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.
"Umno Barisan Nasional seolah sengaja mengapi-apikan rakyat supaya membenci kaum lain. Flash Mob ini kami cetuskan sebagai 'jawapan balas' kepada mereka
"Anak muda menolak segala bentuk provokasi jahat ini. Flash mob ini tanda penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia
"Kami alu-alukan semua kaum datang ke Flash Mob Tolak Perkauman terutama yang berada di sekitar Kuala Lumpur," katanya
Beberapa lokasi utama telah mengesahkan penyertaan mereka seperti Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan), Kelantan (Kota Bharu).
Anak muda yang berminat menganjurkan Flash Mob ditempat anda boleh meminta khidmat nasihat Haizal (017-5996955) atau rujuk laman Facebook Flash Mob Menolak Perkauman.

Pasca PRU!3: 'Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam'

Posted: 11 May 2013 06:45 AM PDT

Oleh  DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.

 Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
Read More / Baca Lagi >>

Coretan perantau Pasca-PRU13

Posted: 11 May 2013 06:43 AM PDT

Oleh Abu Ammar
Saya bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada saya untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan pengundi para pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Saya kira pilihan raya kali ini ialah yang terbaik pernah berlaku sepanjang saya celik akan politik tanah air. 


Terbaik tidak bermaksud sempurna dari segala bentuk ketidakadilan yang sememangnya manusia secara fitrahnya inginkan.

Sebagai contoh mudah dan jelas ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pilihan raya Malaysia ialah penguasaan media oleh BN.

Ketika sedang menunggu di sebuah kedai makan, saya sempat menonton berita di satu stesen TV.

Dari awal sehinggalah ke akhirnya, BN menggunakan ruang berita di TV itu untuk berkempen tanpa memberikan sedikit pun ruang bagi Pakatan Rakyat menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dicanang oleh pihak media berkenaan.

Saya kira ini merupakan satu ketidakadilan yang perlu dibaiki agar rakyat dapat menilai dengan adil dan memilih dengan bijak.

Di negara maju seperti UK, empat saya menetap buat masa ini, semua pihak diberikan ruang untuk berkempen di media TV semasa pilihan raya.

Hinggakan, tidak perlu lagi untuk parti-parti yang bertanding membazirkan duit untuk poster-poster, kain rentang, bendera-bendera dan lain-lain yang akhirnya hanya menjadi sampah.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 11 May 2013 09:13 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bila ahli parlimen Parti SPR bercakap... (LM)

Posted: 11 May 2013 09:08 AM PDT

Ahli Parlimen Parti SPR mesra-BN, Wan Ahmad Wan Omar yang menang tanpa bertanding bercakap, mengalahkan perdana menteri. Siapa yang tidak tahu, SPR adalah parti komponen BN yang ke-14.

Sekiranya SPR ini betul-betul bebas dan berkecuali, tidak perlulah mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan satu pihak. 

GoMalaysian

Posted: 11 May 2013 07:50 PM PDT

GoMalaysian


(Gambar) Karton NYT Mengenai PRU13!

Posted: 11 May 2013 07:42 PM PDT

(Gambar) Karton NYT Mengenai PRU13!

(Gambar) Live dari Himpunan PR Batu Kawan, Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 09:03 AM PDT

(Gambar) Live dari Himpunan PR Batu Kawan, Pulau Pinang

[Krisis Parti Komponen BN] Gerakan

Posted: 10 May 2013 11:07 PM PDT

Menurut laporan terbaru Surat Akhbar Cina,

 

Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon meletak jawatan sebagai Presiden Parti.