Ahad, 19 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DIMENSI

Posted: 19 Feb 2012 11:21 AM PST

DIMENSI


Omegay: Jijah cemas anuwar kamcing dengan yahudi kehkehkehkeh >XD

Posted: 18 Feb 2012 10:30 PM PST

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Umno tidak mempolitikkan isu berhubung kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Dr Wan Azizah menegaskan, ia tidak harus dijadikan bahan politik memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

Beliau berkata, hasil daripada pertemuan itu, Khaled menerima baik penjelasan Anwar dan menganggap ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

"Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini. - SH


kehkehkeh jijah dah panas hati gak kerrrr??..apsal ler laki peliwat dia tu tak saman jek WSJ gara2 keluarkan kenyataan dia. dia tak sedar ker anuwar sendiri dengan rela hati kasi peluru kat musuh termasuk ahli2 pasrael sendiri. kenape masih nak letakkan kesilapan laki dia kat orang lain? huhuhu..

adakah dengan tidak membenarkan pihak lain mempertikai tindakan anuwar mempertahan keselamatan yahudi mabok itu tidak wajar?? adakah jijah mahu semua pihak menerima bulat2 dan menyokong kenyataan songsang laki dia??..giler ke perr??

wally slipau sendiri menuntut anuwar tarik balik sokongannya kepada israel. wally slipau jugak kata sokong israel adalah haram!. tapi bila penulis yahudi mabok pun suka kat anuwar, wally slipau pun cepat2 tukar stetmen bersetuju dengan perbuatan anuwar sokong keselamatan israel!. aper cerrr beb??

kalau benar anuwar tak melakukan apa2 kesalahan dan bertanggungjawab dengan kenyataan songsang dia tu kenapa perlu terhegeh2 berjumpa dengan khaled meshal dan bukan sebelum dia keluarkan kenyataan bodoh dia tu??. nampak sangat laki dia mcm tikus nak baiki labu! kehkehkeh

Omegay: Fuckatan makin gelojoh nak guling kerajaan..huhuhu

Posted: 18 Feb 2012 07:30 PM PST

Ada gerakan guling kerajaan

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my
MELAKA 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman.

Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian. - Utusan Malaysiaku sayang


tu pasal pembangkang bermati2an menentang akta I.S.A supaya kerajaan yang memerintah dapat di hapuskan lebih cepat. mereka jugak pernah menjemput ejen2 perisikan amerika memberi tunjuk ajar cara2 mensabotaj dan mengambilalih tampuk pemerintahan negara tak lama dulu. 

secara tak langsung selama ni pembangkang bertindak menjadi talibarut pihak luar melalui demonstrasi dan melakukan pelbagai unsur sabotaj. dengan memastikan segala perancangan yg di lakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat tidak berjalan lancar.

projek2 mega yang memberi impak dan faedah besar kepada rakyat harus di tentang habis2an kerana ini akan merumitkan lagi usaha pembangkang nak menawan kerajaan. pembangkang tahu mereka tak mampu berdepan secara gentleman tapi masih boleh merencatkan usaha kerajaan dengan melakukan sabotaj seperti menyebarkan dakyah palsu dan menakut2kan penduduk setempat.

begitu juga usaha pembangkang yang giat memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ni. isu2 sensitif terus di mainkan supaya rakyat saling mencurigai antara satu sama lain dan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak berupaya menanganinya.

jangan lupa semua itu memerlukan fulus yang amat besar. nak amik alih sesebuah pemerintahan bukan ciput2 punye modal beb!. melalui sokongan dana luar juga membolehkan pembangkang terus bergerak dengan intensif. usaha ini akan dilakukan dengan terus menerus selagi kerajaan sedia ada tak dapat di tumbangkan...>:]

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Feb 2012 11:10 AM PST

PEJUANG BANGSA


Guan Eng buat hal lagi , pertikai Melayu jadi PM ?

Posted: 19 Feb 2012 05:34 AM PST



Apakah agenda Ketua regim Dap yang kuat bohong ini menyentuh hal tentang jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini diisi oleh bangsa Melayu iaitu majoriti rakyat negara ini ? Beliau berkata pulak perkara ini di depan kaum Cina semasa debat dengan Presiden MCA.


GPB berpandangan ia jelas mengguris perasaan orang Melayu yang mana sudah tentu ramai yang tidak bersetuju. Calon untuk jawatan PM sekarang ini dipilih pemimpin dari parti yang menguasai Parlimen iaitu parti BN .

Mungkin Guan Eng pun berminat jawatan ini jika Pakatan menawan Putrajaya ?





Posted using BlogPress from my iPad

Nurul Izzah tentu malu besar pasal berita gembira oleh KWSP ini !

Posted: 18 Feb 2012 11:06 PM PST




Menurut portal Bernama , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6 peratus bagi tahun kewangan 2011, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Ini tentu memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang sering pertikaikan cara kerajaan menguruskan kewangan negara termasuklah KWSP . Malah baru-baru Nurul Izzah pertikaikan keputusan Kerajaan membenakan duit KWSP dijadikan pinjaman untuk memiliki rumah .

- Posted using BlogPress from my iPad

Guan Eng lega syarikat pemaju Ivory jawab pasal tender terbuka

Posted: 18 Feb 2012 09:45 PM PST






- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.

Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang."

Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan."

Saya yang cabar. Saya cakap kalau mereka boleh buktikan saya tak buat tender terbuka, saya akan undur dari politik, tapi kalau mereka tak dapatbuktikan, mereka pula kena undur," katanya kepada pemberita selepas debat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' di sini.

Tanah yang dianggap sebagai 'bernilai amat tinggi' itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Komen GPB

agak pelik syarikat pemaju sendiri terpaksa menjawab pasal tuduhan penjualan tanah Bayan Mutiara walhal kerajaan negeri yang didesak oleh pelbagai pihak.Penjualan ini dibuat PDC selaku pemilik tanah tapi pembeli pulak yang terpaksa jawab...hahaha.

.Inilah taktik Guan Eng jika beliau tak boleh menjawab dan pihak ketiga yang diminta untuk jawab.

- Posted using BlogPress from my iPad

Guan Eng beremosi sebab mungkin terpaksa bersara awal ?

Posted: 18 Feb 2012 07:53 PM PST



 Ketua Menteri, Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di sini dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.


"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Guan Eng semalam mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.


"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Abdul Rahman ketika dihubungi AntaraPos.com semalam menyifatkan Guan Eng terlalu emosi apabila perkara itu didedahkan.

Malah menurut beliau, jawapan seumpama itu tidak wajar keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri.

Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak,"katanya. ANTARA POS





Tun Mahathir dedahkan lagi 2 negara yang bantu Anwar jatuhkan kerajaan BN ?

Posted: 18 Feb 2012 06:31 PM PST




Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman.

Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.

PANAS ! Guan Eng rupanya takut jawab soalan ketika debat MCA-DAP

Posted: 18 Feb 2012 05:38 PM PST




Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.

Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.

"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.

Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.

"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya.

Dari Kau Seja Bah Tu...

Posted: 19 Feb 2012 09:19 AM PST

Dari Kau Seja Bah Tu...


Faris : Si Comel memerlukan bantuan...

Posted: 18 Feb 2012 07:33 PM PST

LIHAT WAJAH COMEL ANAK INI.... sejuk hati ibu bapa... LIHAT TANGISAN ANAK INI....
Pedih hati... Aku juga seorang bapa... Mohon para dermawan yang berhati mulia, BANTULAH ANAK KECIL INI... Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke laman blog saudara Mazidul Akmal Sidik. SUMBER: Mazidul Akmal Sidik

Ohpolitik!™

Posted: 19 Feb 2012 03:38 AM PST

Ohpolitik!™


Teguran TERBUKA Proses Pemberian BR1M dari MrGhostWriterz

Posted: 18 Feb 2012 04:32 PM PST

18 Februari 2012 : Seharian aku ke Sekolah Menengah Long Jaafar untuk memantau sendiri proses pemberian BR1M oleh Ketua Bahagian UMNO bagi DUN Pasir Tumbuh. Keseluruhannya melibatkan lebih 1000 penerima dengan anggaran kos RM500 ribu lebih. Inilah hasil pantauan aku untuk dikonsi bersama semua pembaca.

8.30 pagi - 10.30 pagi : Kaunter pendaftaran dibuka berdekatan kantin sekolah. Proses pendaftaran aku lihat memang cantik. (Ini semua tanggapan awal). setiap kaunter yang dibuka mengikut number bagi memudahkan pendaftaran. Di sini aku lihat semua orang beratur dengan penuh sabar. Kaunter pendaftaran ini tidak boleh diwakilkan, kerana memerlukan cap jari penerima.

10.30 pagi : (Terpaksa menapak lebih kurang 500 meter ke Dewan Sekolah Menengah Long Jaafar) Disini aku melihat, bagaimana orang tua dan OKU terpaksa berjalan jauh. Bukan takat itu jer, orang tua yang bertongkat (terketar-ketar) pun terpaksa berjalan jauh untuk ke dewan. Sampai di dewan, ingat terus menerima BR1M. Jangkaan aku salah. Orang tua dan OKU ini terpaksa menunggu sehingga jam 12.30 tengah hari untuk menerima BR1M. Sementara menunggu 2 jam, semua penerima BR1M dihidangkan dengan Ceramah, dan ucapan demi ucapa bagi meraih undi.

Semasa proses ceramah berlangsung, ada penerima wanita berumur lingkungan lewat 40an pengsan. Di sini aku lihat, suasana menjadi kelam kabut. Orang ramai berkerumun untuk melihat apa yang berlaku, ambulans dipanggil. Wanita berkenaan terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke hospital. (Di sini perlu difikirkan, apa yang rakyat tafsir bila melihat suasana ini)

12.30 tengah hari : Beberapa minit sebelum pemberian BR1M, orang ramai mula merungut, lambat, suasana mula panas, ada yang mula kelaparan. Bagaimana pula yang ada membawa anak kecil, dan orang tua hatta OKU yang tidak mampu duduk lama. Ternyata hidangan Ceramah bukanlah menu yang enak buat mereka. Namun apa yang boleh buat, mereka terpaksa menunggu untuk menerima BR1M yang bernilai RM500. Terdapat juga cakap-cakap mulut yang menyatakan pemberian RM500 ini membuatkan orang UMNO membabit dada, kononnya orang ramai memerlukan mereka. Kadang-kadang mereka lupa, mereka yang amat perlukan suara rakyat bagi mereka terus berkuasa.

Lebih kurang 12.35 tengah hari. Awang Adek Hussin mendahului perberian BR1M. Sebelum Ketua Bahagian meneruskan pemberian. Pada mulanya suasana teratur. Orang ramai beratur dengan penuh sopan kerana didahului orang tua, OKU dan wanita. Suasana mula panas, dan orang sudah tidak tahan lagi menunggu, apabila tiba giliran orang lelaki yang ramai. Oleh kerana pemberinya hanya seorang yakni Ketua Bahagian, maka, barisan yang sepatutnya 1, menjadi bercabang 5. Suasana agak kelam kabut.

Jam 1.30 petang : Masih belum habis pemberian. Masih ada yang mendaftar dan tidak kurang masih ada yang beratur panjang untuk menerima.

TEGURAN : " Buat mereka yang bersongkok tinggi. Pemberiam BR1M merupakan peluang untuk mereka berjumpa secara bersemuka dengan rakyat. Gunakanlah peluang ini dengan bijak. Jangan sesekali bangga diri dan sombong. Kerana rakyat melihat dan mentafsir. Bagi penerima OKU dan orang tua terutama yang bertongkat, apalah salahnya asingkan mereka. Dicadangkan, terus bagi BR1M semasa pendaftaran disebelah pagi supaya mereka tidak perlu menunggu ataupun, paling mudah. Pergi hantar BR1M ke rumah mereka. Bawa press (MEDIA) sekali. Biar MEDIA angkat orang UMNO yang nak jadi calon sangat ni. Peluang ini akan membuka mata rakyat yang orang UMNO prihatin. Tapi jika paksa mereka yang kurang upaya ini untuk datang ke Dewan sekolah untuk mengambil BR1M, ianya menggambarkan bahawa, orang UMNO ini tidak prihatin dan rakyat akan mentafsir negatif."


bumiyang

Posted: 19 Feb 2012 03:25 AM PST

bumiyang


Kerajaan Pulau Pinang Jual Tanah Pada "Kroni" dan Nafikan Rumah Murah Untuk Rakyaat Miskin???

Posted: 18 Feb 2012 05:00 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 19 Feb 2012 01:53 AM PST

Taipingmali (tm)


Rakyat Selangor tak sabar nak tunggu PRU 13

Posted: 18 Feb 2012 03:59 PM PST

Apa nak dibanggakan dengan RM 1.9 billion resab perbendaharaan negeri Selangor sedangkan kebajikan rakyat dan janji-janji pilihan pilihanraya tidak ditunaikan.


Menurut Khalid Gereja dalam ceramahnya menyatakan rakyat Selangor  bertuah kerana mendapat air percuma sama sebanyak dengan satu tangki lori minyak Petronas yang paling besar. Ini pembohongan kerajaan pakatan haram yang dijual oleh mereka satu Malaya.


Munapek sungguh puak-puak Pas harami ini. Rumah TM di Damandara jenis apartment sampai sekarang tak merasa air free.


Kini penduduk Selangor yang duduk di rumah- rumah pangsa kos rendah masih menuntut janji supaya rumah mereka dicat semula oleh kerajaan pakatan. Kerajaan harami sampai sekarang dok berdolak dalik dan dah nak pilihanraya pula masih tak tertunai janji mereka. Ini sudah masuk dalam kategori " munapek".


Bab sampah pun sama. Dulu zaman kerajaan BN sampah dikutip ikut jadual yang ditetapkan oleh PBT. Now sampah dikutip ikut suka hati kontraktor yang dilantik secara kroni. Dulu tong sampah dapat free, laaa kena beli sendiri.


Bab rumput pun sama juga. Sakit mata tengok, yang tumbuh bukan lagi rumput tapi pokok-pokok halban, lembu  Fidlot pun tak lalu nak ragut rumput takut patah gigi.


Cukai pintu yang dijanjikan akan turun 10 -20 % tak buat pun, makin naik ada lah.  Bab jalan pun menyedihkan.  Dulu  jalanraya negeri boleh dikategori sebagai kelas A tapi laa ni dan sama macam muka Ronie Liu atau muka Saifudin Nasation. Lembu  Fidlotpun kalau berlari di jalanraya pun kena hati-hati takut terpeleot kaki.


Sedih bila tengok Selangor hari ini. Ini belum cakap bab pasir. Kerajaan negeri bangga dengan hasil doket yang  mencecah 150 juta setahun tetapi bumi Darul Ehsan musnah sama sekali oleh perompak-perompak pasir sampai berbunuh-bunuh dan ada yang mati terjun tingkap.


Yang lain tak payah sebut lah. Rakyat sudah semakin meluat dengan janji munapek pakatan harami.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Posted: 18 Feb 2012 03:17 PM PST

Apa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Feb 2012 11:36 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Tak Perlu Ke Palestin Untuk Tengok Kejamnya Israel. Di Penang Pun Umat Islam Tertindas.

Posted: 18 Feb 2012 10:07 PM PST

Pagi ini MyMassa tersentak bila baca pendedahan dari Akhbar Metro.

MyMassa rasa terpanggil untuk letak paper cutting di sini. Bukan semua minat membaca bahan bercetak.

Klik untuk besarkan imej

MyMassa fikir kekejaman yang dilakukan kepada penjaja kaum Melayu ini sama tarafnya dengan Zionis di Palestin.

Kenapa MyMassa buat kenyataan sebegitu? Kerana di Palestin, pendatang haram Yahudi terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Yang menjadi mangsa hanya rakyat Palestin. Samalah seperti di Pulau Pinang. Kenapa peniaga Melayu dikenakan tindakan keras sedangkan peniaga Cina terlepas?

Lihatlah gambar yang MyMassa pernah letakkan di blog ini. Para penjaja Cina bebas berniaga walaupun atas jalan raya.


Baca seterusnya di sini (http://mymassa.blogspot.com/2011/11/simbol-xxxxx-di-penang.html).

Apa sudah jadi dengan pemimpin muslim dalam PAS dan PKR. Tidakkah mereka lihat ini sebagai satu kezaliman di mana orang Islam tertindas manakala bukan Islam terlepas?

Mungkin ini sebab kenapa PAS tak bantah Anwar Ibrahim sokong Yahudi kerana mereka pun sokong Yahudi di Penang menindas orang Islam di Penang.

*PAS + Israel = PASrael. Logo PAS pun dah sama dengan Israel.

Macam Game Angry Bird. Telur Pemuda PAS Dilarikan Babi.

Posted: 18 Feb 2012 08:36 PM PST



Kalau sesiapa yang main game Angry Bird akan faham maksud MyMassa.

Permainan yang memaparkan sekumpulan burung yang marah bila telur mereka dilarikan oleh tentera babi.


Realitinya, perkara yang sama berlaku kepada pemuda PAS. Telur mereka sudah hilang dilarikan babi.

Bezanya, mereka tidak ANGRY tapi suka.

MyMassa kepilkan gambar ini yang menjadi bukti ke'hilang'an telur pemuda PAS.

Hilangnya telur Pemuda PAS untuk membuat perkara yang sama kepada Anwar Ibrahim.

Kenapa mereka membisu bila Anwar sokong Yahudi, adakah telur mereka hilang dicuri tentera 'babi'?


*Sebelum ini (zaman Mahfuz & Salahudin Ayub), pemuda PAS pantang dengan nama Israel. Sekarang ni Mahfuz & Salahudin pun senyap bila isu ini timbul. Takut tak dapat jadi menteri kalau Anwar jadi PM.

Anwar Ibrahim, Orang Sakit Belakang Paling Kuat Dalam Dunia

Posted: 18 Feb 2012 07:31 PM PST

Untuk menunjukkan dia boleh melakukan apa sahaja, penyokong-penyokong Anwar mempamerkan gambar ini di internet.

Hebat.

Mungkin penyokong Anwar terlupa bahawa dia pernah menggunakan alasan sakit belakang untuk lepas dari tuduhan meliwat.

Takkan orang sakit belakang boleh naik motor macam ni. Bila terhentak-hentak atas jalan tak sakit ke Pak Sheikh?

Sah! sakit belakang hanya satu lagi jawapan / alasan politik Anwar untuk meraih simpati sebagaimana tuduhan racun Arsenik, HIV dan juga ancaman bunuh.

*Terbukti satu lagi babak lakonan terhebat Pak Sheikh kita.

Bukti Mat Sabu Adalah Penyokong Syiah.

Posted: 18 Feb 2012 06:05 PM PST

Posting di bawah diambil dari Tranungkite. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Adakah Syiah Sesat dan Mat Sabu dan Syiah.

BAHAGIAN 1 : ADAKAH SYIAH SESAT?

HADITH MELARANG MENYANJUNG AHLI FASIQ,

Rasulullah saw bersabda,

"APABILA SEORANG FASIQ ITU DIPUJI, ALLAH SWT AKAN MURKA (KEPADANYA) DAN ARASYNYA AKAN BERGEGAR.."

(Shuabul Iman, Baihaqi, 4:230, al-Firdaus, Dailami, 1: 336)

DALIL KEMURTADAN DAN KEFASIQAN KHOMEINI LAKNATULLAH,

1. Khomeini mengkafirkan Abu Bakar ra dan Umar ra,



"Kedua-duanya Abu Bakar dan Umar radhiyAllahu'anhuma, di dalam ketamakan mereka untuk memerintah, mengubah syar'iat Agama Nabi dan membentuk kelompok mereka sendiri tidak dapat melarikan diri mereka daripada asas-asas Quran. Mereka berdua memastikan matlamat mereka tercapai walau dengan apa cara sekalipun."

(Kashful Asraar: 114)



"Mereka berdua tidak mengikuti Qur'an dan Islam melainkan semata-mata untuk memperolehi dunia dan kekuasaan. Mereka menjadikan Quran sebagai kenderaan untuk agenda buruk mereka."

(Kashful Asraar: 114)

2. Khomeini melabel aqidah orang Sunni sebagai batil dan wajib menentangnya



3. Khomeini menindas, membunuh dan mengusir rakyat Iran Ahlus Sunnah wal Jama'ah selepas Revolusi Iran.

Kezaliman Khomeini terhadap Sunni Iran

4. Rasulullah saw memberi amaran akan kemunculan Dajjal di Isfahan, Iran dan pengikutnya memakai jubah yang biasa dipakai oleh ulama-ulama Syiah,

Rasulullah SAW bersabda :

"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah". [Shahih Muslim:2944].

Al-Tayalisah ialah jubah yg dipakai oleh ulamak syiah laknatullah tu dimana jubah yg tidak berbutang dihadapan dan dibiarkan terbuka.

5. Imam yang ke-12 yang dinantikan oleh Syiah adalah sebenarnya Dajjal,

Imam ke12 yang ditunggu Syiah adalah Dajjal.


 

BAHAGIAN 2 : MAT SABU DAN SYIAH.


BUKTI KATA-KATA MAT SABU SENDIRI YANG MENYANJUNG KHOMEINI LAKNATULLAH,
1. Pegangan saya selaras dengan pegangan Khomeini LaknatuLLAH,



2. Saya mengajak kita meneladani Khomeini LaknatuLLAH dan meletakkan namanya sebelah nama Nabi Yusuf as,



3. Saya mengajak kita semua mencontohi Khomeini LaknatuLLAH,



4. Saya kagum dengan Khomeini LaknatuLLAH,



5. Saya meneruskan pencarian pemikiran politik saya dengan membaca hasil-hasil tulisan Khomeini laknatuLLAH,



6. Saya memuji Khomeini LaknatuLLAH yang memberi orang Kristian di Iran hadiah pada hari Krismas sehingga mereka terharu,



KATA DUA

Siapa yang banyak memuji-muji orang yang jelas dilaknat Allah swt dan RasulNya saw, dia juga akan menjadi sebahagian daripada mereka... Nabi saw bersabda,

"Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka dia adalah bagian dari mereka." (HR. Bukhari dan Muslim)

SIAPA YANG MAKAN CILI DIALAH YANG TERASA PEDASNYA. 


Sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15552&postdays=0&postorder=asc&start=105

*Portal PAS pun dah berani serang Timbalan Presiden mereka. Apa maknanya?

Santai Pagi : Kartun Samakan Selangor Dengan Kelantan.

Posted: 18 Feb 2012 04:26 PM PST

 
Atas kepimpinan PKR yang menerajui Selangor, air di Selangor akan menyamai kualiti air di Kelantan.

Satu kejayaan untuk PKR kerana membawa negeri Selangor ke belakang.

MyMassa pernah mengulas mengenai perkara ini di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/gila-babi-pkr-selangor-suruh-rakyat.html). Nak lebih faham sila baca artikel tersebut.


*Makin kaya syarikat penapis air lepas ni bila Kerajaan Selangor ambil air lombong. Dengar nama pun rasa nak muntah.

Santai Awal Pagi : Angkat 23 Kerusi Dengan Gigi.

Posted: 18 Feb 2012 09:32 AM PST

Kuatnya gigi lelaki dari China ni.


Gigi lelaki ini boleh tahan berat sampai 69 kg.

Kalau lelaki seberat 69 kg berdiri atas giginya pun mungkin tak patah.

Hebat.

*Jangan mamat kat bawah ni belajar ilmu gigi kuat sudahlah. Gigi dengan gigi yang sedia ada pun dia berani nak gigit orang lain, bayangkan kalau gigi dia kuat...

Dalam PKR, Muka Jambu Lebih Penting Dari Kelayakan Akademik.

Posted: 18 Feb 2012 07:33 AM PST

Anda tidak perlu belajar rajin-rajin.

Cukuplah dengan menjaga penampilan dan 'kejambuan' diri, anda mampu berjaya menjadi CEO yang gajinya puluhan ribu ringgit.

Ini adalah contoh yang berjaya dengan kejambuan diri mengatasi kelayakan akademik.



*Padanlah mahasiswa sekarang ni lebih mementingkan kejambuan dari nak score pointer yang tinggi. Tengok Adam Adli sudah. Pointer 2.8 tapi dah glamor di seluruh negara. Tak lama lagi ada peluang nak jadi calon PKR.

Cina KFC Minta Maaf Pada Cina DAP.

Posted: 18 Feb 2012 05:14 AM PST

KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City
Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya,  Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf  kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.

Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.
Ada Cina rupanya kerja KFC. Jawatan besar pulak tu, Timbalan Presiden.

Begitulah syarikat Melayu atau GLC. Jawatan tertinggi dalam syarikat tu mesti ada bukan Melayu.

Kalau syarikat Cina pula, memang ada Melayu pegang jawatan tinggi. Tetapi sebagai Ali Baba. Nak buat keputusan untuk syarikat pun tak boleh. Hanya boneka.

Tapi kebanyakan masyarakat Cina anggap KFC adalah syarikat orang Melayu. Sebab tu kadang-kadang ada elemen rasis dimainkan oleh pihak tertentu semata-mata untuk bungkuskan syarikat yang dikatakan milik Melayu.

Sama seperti roti Gardenia. Selagi bukan milik Cina 100%, maka selagi itu dinamakan 'syarikat Melayu'. Mereka lupa ada jugak orang Cina berkerja di syarikat Melayu malah pegang jawatan tinggi.

MyMassa selalu tengok, bahawa dalam perniagaan juga wujud elemen rasis. Contohnya orang Cina ramai yang isi minyak di Shell, Esso atau BHP. Kurang isi minyak di Petronas. Kalau pembaca tak percaya, cuba buat pemerhatian sendiri. Kira dalam satu masa, berapa ramai orang yang isi minyak di Petronas, sama ada Cina atau Bukan Cina (Melayu dan India).

Mungkin benar kata orang bahawa Orang Cina maju dalam perniagaan kerana bangsa mereka membeli di kedai orang Cina. Orang Melayu pulak tak menerapkan elemen macam tu. Mereka suka beli di kedai Cina kerana murah walaupun ada kedai Melayu yang dekat dengan murah. Sebab itu perniagaan kaum Melayu sukar untuk maju.

Jadi, kalau orang Melayu nak maju, mereka perlu bantu bangsa mereka sendiri sebagaimana orang Cina buat berdekad-dekad lamanya. Asyik nak harapkan Kerajaan sahaja, sampai bila ia mampu bertahan.


*Mungkin orang Melayu lupa konsep kejayaan Hijrah Nabi Muhammad SAW. Orang Ansar dan Muhajirin bantu membantu antara satu sama lain.

Guan Eng Ulangi DAP Tolak Ketuanan Melayu.

Posted: 18 Feb 2012 02:16 AM PST

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dalam debat antara dia dengan Chua Soi Lek yang berlangsung sebentar tadi.

Guan Eng menambah kononnya di memperjuangkan Ketuanan Rakyat.

"DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Hoi Guan Eng. DAP pejuang ketuanan rakyat atau KETUANAN KELUARGA LIM & KARPAL?

Orang Cina memang suka bila ada parti yang menolak Ketuanan Melayu.


*Buruknya perilaku pemimpin yang menggunakan nama RAKYAT untuk mengekalkan dinasti keluarga mereka dalam politik.

Belantan

Posted: 18 Feb 2012 11:33 PM PST

Belantan


Fungsi SELCAT Pakatan Rakyat Selangor dipertikai!

Posted: 18 Feb 2012 06:25 AM PST

Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar kerajaan negeri supaya membuka semula sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung dakwaan penyelewengan pasir Selangor yang tertangguh sejak tahun 2010.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, cabaran dibuat kerana pihaknya tidak menolak kemungkinan Selcat dijadikan alat untuk menutup kelemahan kerajaan negeri, khususnya berkaitan dakwaan berkenaan sebelum ini.

Ini kerana difahamkan, selain beliau, isu penyelewengan pasir di negeri ini pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, dua tahun lalu atas dakwaan yang sama melibatkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

"Ekoran dakwaan tersebut, kerajaan negeri mengadakan sesi pendengaran awam Selcat pada tahun 2010. Tetapi saya difahamkan, sudah satu tahun lebih isu berkenaan masih lagi tergantung dan tidak ada sebarang kata putus.

"Jadi, kita pertikaikan mengapa keadaan ini berlaku, dahulu mereka (kerajaan negeri) tubuhkan Selcat kononnya atas dasar ketelusan. Tetapi kenapa pendengaran awam mengenai dakwaan penyelewengan pasir dua tahun lalu tergantung, senyap begitu sahaja sehingga kini.

"Jika begini keadaannya, kerajaan negeri seolah-olah mewujudkan Selcat itu hanya untuk menutup kelemahan mereka, untuk tujuan politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang, di sini hari ini.

Tambah Noh, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan kerajaan negeri menangguhkan Selcat itu adalah untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) daripada membangkitkan isu mengenai aktiviti perlombongan pasir di Selangor pada Sidang DUN.

Ini kerana, katanya, taraf Selcat adalah lebih tinggi daripada DUN dan mana-mana kes yang dibicarakan di bawahnya tidak boleh dibahaskan dalamnya.

"Selcat mungkin digunakan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri. Contohnya, mana-mana kes termasuklah dakwaan penyelewengan pasir yang sedang dibicarakan oleh Selcat tidak boleh dibahas dan dibangkitkan dalam DUN.

"Jadi kalau perkara berkenaan tidak boleh dibangkitkan dalam DUN, di mana lagi tempat ADUN-ADUN nak bangkitkan. Jadi, sebab itu, saya lihat Selcat seolah-olah hanya untuk kepentingan politik sahaja," jelasnya yang turut mempersoalkan peranan Selcat yang gagal menyelesaikan dakwaan penyelewengan pasir sebelum ini.

Pada masa yang sama, Noh turut mengulangi keputusan yang diumumkannya semalam bahawa beliau menuntut kerajaan negeri mengadakan perbicaraan terbuka mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti-bukti mengenai dakwaan penyelewengan pasir di negeri ini termasuk beberapa saksi.

"Saya sanggup datang jika dipanggil, saya ada saksi yang sanggup tampil memberikan bukti mengenai dakwaan itu. Kalau kerajaan negeri tidak mahu adakan perbicaraan terbuka atau 'mahkamah rakyat', kita mahu supaya pendengaran Selcat mengenai dakwaan yang sama sebelum ini diteruskan semula," ujarnya.

Pada masa sama, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menegaskan pendirian tidak akan menerima cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini yang mahu beliau memberikan maklumat mengenai dakwaan itu kepada Transparency International dan KSSB.

"Buat apa saya nak berikan maklumat yang saya ada kepada Transparency International dan KSSB, siapa mereka ini. Kalau beri maklumat kepada orang yang didakwa, ia bukan satu tindakan yang bijak," tegasnya.-UMO











Suara Politik
Taminsari

oyabun

Posted: 18 Feb 2012 11:24 PM PST

oyabun


Pok Nik mengamuk lagi - Itu dia punya pasal lah!

Posted: 18 Feb 2012 07:56 AM PST

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

"Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 18 Feb 2012 11:18 PM PST

Panglima Perang Cyber


Betulkah Blogger Dapat Sejuta Setahun Lagakan Blogger Pro Kerajaan? Cc @NajibRazak

Posted: 18 Feb 2012 10:40 PM PST



Bila Blogger Jadi SamsengPDFPrintE-mail
Written by bloghouse4najib@............com   
Sunday, 19 February 2012 12:38

 

Amat sedih bila baca blog rakan saya yang menyatakan betapa sedih dia bila ada rakan yang sepatutnya berjuang dengan dia, berlagak seperti samseng kerana mendapat sokongan pemimpin dalam parti tidak terhingga sampai langit dan bulan tidak di kenali. Dah lah kita semua sudah tahu bahawa dia pow kiri kanan sampai perut sudah buncit seperti Humpty Dumpty tetapi Blogger perut buncit ini mungkin tidak baca bahawa bila dia jatuh dan pecah di bawah, semua tentera bala nya tidak dapat cantumnya kembali lagi.

Dalam dunia alam maya baru ini, kita terdiri dalam tiga golongan, yang berjuang Fisabilillah, yang berjuang kerana digaji seorang Pemimpin dan yang Blogger Lintah, yang akan pow kiri kanan tidak kisah dari mana dan tidak kisah apa yang keluar. Blogger Lintah yang tidak heran dengan parti kerana kebanyakkan daripada mereka bukan ahli parti dan tidak tahu maksud perjuangan. Ada seorang yang sudah dilantik oleh Kepimpinan Kedah yang jelas jelas adalah ahli PAS seumur hidup. Tetapi di ambil juga oleh kepimpinan Kedah kerana mungkin dia dapat jadi Trojan Horse untuk parti menang, tetapi trojan horse yang menulis melagakan semua tidak boleh menjamin masa depan satu parti kalau budaya ini di bawa kepada melagakan Pemimpin.

Pejuang Fisablillah yang berjuang tanpa imbuhan atau fikir akan dapat apa apa sampai di akhirat bila dia boleh jawab apa dia buat untuk Agama Bangsa dan Negara. Beribu di alam maya yang ada dalam kumpulan masing masing tidak berbeza dari kepimpinan sekarang dan dalam parti pembangkang. Setiap satu ada pendirian masing masing tetapi hakikatnya adalah kesayangan dia kepada parti lebih daripada Blogger yang perutnya buncit hanya memikir tentang diri dia sendiri tanpa ada kasih atau sayang terhadap parti yang menjunjung depan kakinya.

Dulu di bayar lima ribu sebulan untuk jatuhkan seorang pemimpin, sekarang di bayar sampai sejuta setahun untuk menjadi Trojan Horse dalam parti untuk malagakan semua sampai parti pembangkang dengan senang akan menjejak kaki ke dalam Putrajaya. Blogger yang perutnya buncit, yang di panggil Mammuu oleh rakan lintahnya tetapi tidak faham bahawa yang mengelilinginya sekarang hanya menunggu dia di heret ke muka pengadilan bersama sahabat karibnya untuk meluangkan masa di lokap Kamunting selepas Pilihanraya UMUM ke 13. Tak perlu beragak agak kerana kes demi kes yang di bawa terhadap rakan nya, ada juga nama Blogger perut buncit di bawa sebagai saksi pendakwa. Saksi pendakwa untuk sabitkan rakan nya sekali supaya dia tidak perlu lama di dalam, dan tidak perlu bayar berjuta dalam kes fitnah.

Beratus kali Ketua Penerangan sudah beri taklimat supaya yang ingat dia hebat, rendah kan diri, turunkan tempo dan fokus kepada menang Pilihanraya UMUM ke 13, tetapi di dalam satu parti di mana perebutan kuasa dan budaya cantas terlalu meleluasa, bagaimana kita boleh hapuskan, kalau bukan dengan parti kalah dalam PRU 13 nanti. Hanya dengan kekalahan berikut, boleh beri kepimpinan kuasa untuk buang semua anasir jahat yang melanggar syariat dan hukum demi membuncitkan lagi perut mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri, dan puak puak yang berlagak seperti mereka sudah jadi Perdana Menteri negara.

Blogger Lintah ini sudah berlagak seperti samseng. Apa yang mereka tidak tahu adalah apa sebenarnya samseng dan bagaimana kalau samseng itu bertindak ? Mereka tidak faham kerana duduk dalam kumpulan yang berlagak hari hari seperti mereka adalah dewa seperti ketua pakatan mereka. Ahli PAS seumur hidup di Kedah, Perak sudah hancur kerana di lagakan Blogger perut buncit ini, dan Selangor berada dalam keadaan amat kritikal kerana semua dana sudah di makan perut buncit ini. Sampai yang perlu berjuang tidak dapat dana sampai tiga puluh sebulan untuk bayar broadband umobile mereka. Kerana berjuta sudah habis kenyangkan Blogger Perut Buncit yang sudah lupa langit dan bumi di mana.

Jatuhkan semua pemimpin yang bersekongkol dengan mereka. Ini saja cara untuk menyelamatkan parti Agama dan Bangsa.


Sumber : 

http://kritis-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2478:bila-blogger-jadi-samseng&catid=38:bahasa-melayu&Itemid=77

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Dr Hasan Ali : Macam Mana Mahu Negara Islam Jika Perkara Kecil Pun Gagal Dilaksanakan !!! Cc @NajibRazak

Posted: 18 Feb 2012 08:18 PM PST



Datuk Dr. Hasan Ali Berkata Pemimpin Kerajaan Selangor Termasuk Pas Sendiri Menerima Perbuatan Maksiat


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia. 

Menurut beliau, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam, tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor. 

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend," katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini. 


Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis Cuit akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu. Hasan berkata, dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat. 

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: "Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman Exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan". 

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja. "Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat, tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya. 

Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya, kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan 'Jati' (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan UMNO jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga. Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana, menurut beliau, ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan UMNO mahupun Pas jika perkara Islam, Melayu dan raja menjadi keutamaan," katanya. Menyentuh tentang apa yang beliau panggil golongan parasit dalam Pas, Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama. "Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. 

Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000 kilometer. "Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," katanya. Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan. 

Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu. Katanya, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

http://perdanahitam.blogspot.com/2012/02/datuk-dr-hasan-ali-berkata-pemimpin.html?

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Akibat Marah Habis Semua Musnah - Harian Metro cc @NajibRazak

Posted: 18 Feb 2012 06:25 PM PST

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda sekelian.

Selepas sesi dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Seri Pacific Hotel sebentar tadi Panglima telah mengambil masa untuk membaca akhbar yang dibeli rakan sementara mahu melelapkan mata.

Mata sudah mengantuk selepas kepenatan siang tadi walaupun diuji dugaan sakit kepala. Namun keseronokan mengikuti sesi ceramah yang turut melibatkan Menteri Jamil Khir yang hebat berkata-kata hingga memukau seluruh manusia selain Ketua Pengarah seperti BTN JASA IKIM menghilangkan kesakitan tersebut.

Semasa membelek akhbar Harian Metro muka depan Panglima terpandang bagaimana kesannya kerana marah dua kejadian tragis berlaku. Rumah dibakar hingga musnah dan seorang wanita ditetak hingga mati oleh bekas suaminya sendiri.

Bayangkan seorang wanita yang lemah ditetak di kepala, lengan dan badan hingga mati!

Bayangkan bagaimana anak wanita juga ditetak sehingga kritikal.

Tidak cukup dengan itu pagar rumah bekas isterinya dirempuh sebelum kereta bekas isterinya dibakar.

Teruk kemusnahan bila amarah dilayan.

Rupanya bukan sahaja mangsa cedera,
Si penyerang juga cederan di badannya walaupun berjaya memusnahkan harta dan membunuh bekas isteri dan mencederakan anaknya.

Sudah pasti tindakan begitu kejam ini tidak akan dimaafkan dan pasti menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

Moralnya : jangan ikut nafsu.

kata orang tua kita : Ikut hati mati ikut rasa binasa.

Kita perlu bijak menangani masalah marah.

Jangan tunjuk kebodohan diri apabila marah dengan melakukan perkara yang bodoh. Kecuali gelaran bodoh itu pilihan kita.

Orang bijak tidak mudah terperangkap mainan bodoh marah tersebut dan mampu mengelak diri darinya.

kita berjuang demi agama bangsa negara juga perlu bijaksana bukan disertai kemarahan yang luar batasan.

Bukankah marah itu dari syaitan? Bukankah kelembutan boleh memusnahkan kekerasan ?

Sesiapa yang cuba gugat keamanan negara Malaysia jangan fikir mereka akan aman damai dengan propaganda murahan mereka.

Kadang kala dalam berjuang ramai antara kita mudah terlupa ada juga musuh berada dalam selimut yang lebih bahaya dari musuh yang nyata. Sehingga jihad melawan musuh dalam diri lebih besar disebut sebagai jihad akbar kerana bahayanya yang boleh mensabotaj kita dari dalam tanpa dikesan. Seperti trojan-horse ibaratnya.

Mereka inilah yang jika mahu dikenal - sering menjadi batu api adu domba untuk cetus persengketaan sesama saudara dengan tujuan mendapat habuan dunia. Sesiapa sahaja akan dilanggar dan dimusnahkan demi menjadikan nafsu ammarah kebinatangan mereka seperti dengki, marah, sombong akan puas mencapai klimaksnya.

Perangai orang jenis ini akan meletakkan keuntungan dunia sebagai KPI perjuangan tanpa mengira kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Mereka juga sombong sehingga sukar dikawal kerana merasa diri sudah besar.

Perangai biadap menjadi pakaian akhlak mereka kerana dikuasai hasutan syaitan.Perkataan mencarut dan maki hamun menjadi wirid harian. Minum air kencing syaitan dan berzina sudah tentu antara ketagihan manusia jenis ini untuk melayan godaan nafsu yang mahu tenggelam dalam nikmat dunia tanpa batasan. Adakah ini ciri-ciri yang layak digelar pejuang?

Namun Allah sudah jadikan Malaysia ada 'singa' dan 'harimau' yang siang malam menjaga tanah air ini dari serangan anjing yang menyalak demi menakutkan orang dan babi yang sentiasa menyondol mahukan habuan.

Yang jelas mereka sentiasa berusaha mahu menakut dan mengacau rakyat jelata dan juga pemimpin negara kita dengan serangan jahat mereka.

'Singa' dan 'harimau' ini tidak tidur dan mereka ini pantas bergerak setiap saat mengenalpasti anjing dan babi yang perlu dihalang atau dimusnahkan.

Bidalan kata musang berbulu ayam tidak lagi tepat kerana kini sudah ada anjing yang berbulu ayam atau babi berwajah syaitan!

Bezanya musang lebih baik dari kedua binatang ini yang jelas haram disentuh dan susah kita juga jika menyentuh mereka kerana tahap najis dua binatang ini adalah tahap paling tinggi dalam Islam iaitu najis mughallazah yang hanya berada di badan dua jenis binatang yang menjijikkan ini.

Selamat berjuang dan jangan jadikan diri kita memiliki sifat samada jenis binatang pertama atau kedua. Jika anda bersifat beruk ia masih baik lagi kerana beruk tidak sekeji anjing dan babi yang selalu diguna untuk memaki orang yang dibenci.

Perangai manusia seperti ini akan dapat dilihat di wajah mereka sendiri yang akan berubah menjadi seperti muka anjing atau babi jika dipandang dengan cahaya makrifat Ilahi!

Believe me my dear

Nasihat Panglima : Jadilah hamba Allah yang berjuang dengan merasa sentiasa takut hukumannya dan bersedia menemuinya pada setiap masa.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Insaflah dari terus melayan nafsu ammarah yang sentiasa jahat ke arah keburukan bukan kebaikan.

Tidak ada guna nikmat dunia jika ajal menemui kita walau berjuta wang dalam bank yang kita ada. Walau Perdana Menteri kawan baik kita. Walau ada isteri secantik Siti Nurhaliza.

Mohon maaf jika terasa atau ada salah dan silap.

Allahumma solli wasallim wabaarik ala Saidina Muhammadin waalihi wasallim

Akibat Marah Habis Semua Musnah - Harian Metro cc @NajibRazak

Posted: 18 Feb 2012 05:41 PM PST

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda sekelian.

Selepas sesi dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Seri Pacific Hotel sebentar tadi Panglima telah mengambil masa untuk membaca akhbar yang dibeli rakan sementara mahu melelapkan mata.

Mata sudah mengantuk selepas kepenatan siang tadi walaupun diuji dugaan sakit kepala. Namun keseronokan mengikuti sesi ceramah yang turut melibatkan Menteri Jamil Khir yang hebat berkata-kata hingga memukau seluruh manusia selain Ketua Pengarah seperti BTN JASA IKIM menghilangkan kesakitan tersebut.

Semasa membelek akhbar Harian Metro muka depan Panglima terpandang bagaimana kesannya kerana marah dua kejadian tragis berlaku. Rumah dibakar hingga musnah dan seorang wanita ditetak hingga mati oleh bekas suaminya sendiri.

Bayangkan seorang wanita yang lemah ditetak di kepala, lengan dan badan hingga mati!

Bayangkan bagaimana anak wanita juga ditetak sehingga kritikal.

Tidak cukup dengan itu pagar rumah bekas isterinya dirempuh sebelum kereta bekas isterinya dibakar.

Teruk kemusnahan bila amarah dilayan.

Rupanya bukan sahaja mangsa cedera,
Si penyerang juga cederan di badannya walaupun berjaya memusnahkan harta dan membunuh bekas isteri dan mencederakan anaknya.

Sudah pasti tindakan begitu kejam ini tidak akan dimaafkan dan pasti menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

Moralnya : jangan ikut nafsu.

kata orang tua kita : Ikut hati mati ikut rasa binasa.

Kita perlu bijak menangani masalah marah.

Jangan tunjuk kebodohan diri apabila marah dengan melakukan perkara yang bodoh. Kecuali gelaran bodoh itu pilihan kita.

Orang bijak tidak mudah terperangkap mainan bodoh marah tersebut dan mampu mengelak diri darinya.

kita berjuang demi agama bangsa negara juga perlu bijaksana bukan disertai kemarahan yang luar batasan.

Bukankah marah itu dari syaitan? Bukankah kelembutan boleh memusnahkan kekerasan ?

Sesiapa yang cuba gugat keamanan negara Malaysia jangan fikir mereka akan aman damai dengan propaganda murahan mereka.

Kadang kala dalam berjuang ramai antara kita mudah terlupa ada juga musuh berada dalam selimut yang lebih bahaya dari musuh yang nyata. Sehingga jihad melawan musuh dalam diri lebih besar disebut sebagai jihad akbar kerana bahayanya yang boleh mensabotaj kita dari dalam tanpa dikesan. Seperti trojan-horse ibaratnya.

Mereka inilah yang jika mahu dikenal - sering menjadi batu api adu domba untuk cetus persengketaan sesama saudara dengan tujuan mendapat habuan dunia. Sesiapa sahaja akan dilanggar dan dimusnahkan demi menjadikan nafsu ammarah kebinatangan mereka seperti dengki, marah, sombong akan puas mencapai klimaksnya.

Perangai orang jenis ini akan meletakkan keuntungan dunia sebagai KPI perjuangan tanpa mengira kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Mereka juga sombong sehingga sukar dikawal kerana merasa diri sudah besar.

Perangai biadap menjadi pakaian akhlak mereka kerana dikuasai hasutan syaitan.Perkataan mencarut dan maki hamun menjadi wirid harian. Minum air kencing syaitan dan berzina sudah tentu antara ketagihan manusia jenis ini untuk melayan godaan nafsu yang mahu tenggelam dalam nikmat dunia tanpa batasan. Adakah ini ciri-ciri yang layak digelar pejuang?

Namun Allah sudah jadikan Malaysia ada 'singa' dan 'harimau' yang siang malam menjaga tanah air ini dari serangan anjing yang menyalak demi menakutkan orang dan babi yang sentiasa menyondol mahukan habuan.

Yang jelas mereka sentiasa berusaha mahu menakut dan mengacau rakyat jelata dan juga pemimpin negara kita dengan serangan jahat mereka.

'Singa' dan 'harimau' ini tidak tidur dan mereka ini pantas bergerak setiap saat mengenalpasti anjing dan babi yang perlu dihalang atau dimusnahkan.

Bidalan kata musang berbulu ayam tidak lagi tepat kerana kini sudah ada anjing yang berbulu ayam atau babi berwajah syaitan!

Bezanya musang lebih baik dari kedua binatang ini yang jelas haram disentuh dan susah kita juga jika menyentuh mereka kerana tahap najis dua binatang ini adalah tahap paling tinggi dalam Islam iaitu najis mughallazah yang hanya berada di badan dua jenis binatang yang menjijikkan ini.

Selamat berjuang dan jangan jadikan diri kita memiliki sifat samada jenis binatang pertama atau kedua. Jika anda bersifat beruk ia masih baik lagi kerana beruk tidak sekeji anjing dan babi yang selalu diguna untuk memaki orang yang dibenci.

Perangai manusia seperti ini akan dapat dilihat di wajah mereka sendiri yang akan berubah menjadi seperti muka anjing atau babi jika dipandang dengan cahaya makrifat Ilahi!

Believe me my dear

Nasihat Panglima : Jadilah hamba Allah yang berjuang dengan merasa sentiasa takut hukumannya dan bersedia menemuinya pada setiap masa.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Insaflah dari terus melayan nafsu ammarah yang sentiasa jahat ke arah keburukan bukan kebaikan.

Tidak ada guna nikmat dunia jika ajal menemui kita walau berjuta wang dalam bank yang kita ada. Walau Perdana Menteri kawan baik kita. Walau ada isteri secantik Siti Nurhaliza.

Mohon maaf jika terasa atau ada salah dan silap.

Allahumma solli wasallim wabaarik ala Saidina Muhammadin waalihi wasallim

Adakah Malaysiakini Sabotaj Lim Guan Eng Sokong Chua Soi Lek Debat Tadi? cc @NajibRazak @cmlimguaneng

Posted: 18 Feb 2012 04:48 AM PST



Lihat bagaimana Malaysiakini memadamkan jawapan LGE menyiarkan jawapan Chua Soi Lek dalam beritanya.


Lihat paparan skrin imej di atas.


Adakah Malaysiakini kini dibeli Chua Soi Lek?


Link berita debat petang tadi ada di sini :


http://www.malaysiakini.com/news/189560


Sekalung tahniah MCA atas debat tersebut.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Bersama Shahidan Kassim-Astora Jabat-Dr Asri-Fathul Bari di Himpunan Ulama - Cendiakawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 cc @NajibRazak #HUCIPM

Posted: 18 Feb 2012 12:08 AM PST

Penulis yang pernah menjadi Wartawan Utusan Malaysia bernama Astora Jabat turut hadir di Himpunan Ulama, Cendiakawan Islam dan Penulis Maya selain tokoh lain seperti Dr Asri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Dr Juanda.

Semalam Tan Sri Harussani turut hadir dengan Dr Mahmud Zuhdi bersama ust Fathul Bari dan saya paling tertarik dan minat cara penyampaian Tan Sri yang tidak emosi dan tenang sahaja dalam penyampaiannya. Panglima secara peribadi pernah ke pejabat beliau di Perak tahun 2010 (kalau tak silap)

Astora Jabat antara orang kuat menolak nas Imam Mahdi yang disifatkannya sebagai khurafat Syiah. Katanya Mufti Perak menerima pendapat beliau yang diragui kebenarannya. Namun pegangan ini jelas tidak popular kerana persoalan Imam Mahdi adalah diulas para Ulama sejak dahulu hingga kini. Banyak fakta dalam internet boleh membantu anda termasuk link di bawah.

Kerana hari ini ulama hadis seperti Syeikh Albani sahaja yang mendaifkan hadis Imam Bukhari dan sudah tentu jika ada nas dari Kitab Imam Bukhari tentang perkara Imam Mahdi ia akan ditolak kerana penarafannya. Sedangkan semua ulama sudah bersetuju dengan kesahihan Sahih Bukhari dan Muslim.

Astora Jabat barangkali perlu diberi info tentang hal ini kerana semua orang boleh berubah jika diberi info yang tepat dan bernas. Semasa berjumpa pagi tadi, Panglima sempat bercakap loghat dialek arab Mesir dengan beliau dan ternyata masih fasih bahasanya termasuk bahasa Inggeris jua. Kecek Kelate tok soh kiro la.

Isu Imam Mahdi ada penjelasannya dari JAKIM untuk pengetahuan Astora Jabat dan rakan sealiran beliau. Perkara ini membuktikan kewujudan Imam Mahdi bukan perkara dongeng semata-mata.

http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/imam-mahdi-carrier-grace

Antara soalan yang dikemukakan oleh seorang bekas pemimpin tentang golongan yang digelar Ahbash Khawarij Syiah dalam Jakim.

Nampak seperti ia merujuk kepada perbalahan Zamihan vs Asri. Malang sekali jika seorang pemimpin besar mencampuri urusan tersebut sehingga merendahkan imej. Mujurlah dia bukan pemimpin besar hari ini.

Soalan yang patut ditanya pemimpin tersebut : kenapa tokoh dilihat pro Wahabi seperti Dr Fatah Haron, Dr Hayei Shukor dan Dr Juanda Jaya yang dikhabar dibawa masuk oleh Ust Aizam Masod Bahagian Akidah JAKIM sebagai ahli Panel JAKIM tidak ditimbulkan ?

Bukankah Fatah Haron ahli dan pemimpin Pas dan besan Nik Aziz ?

Ceritanya ada di sini : http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/11/bertaubatlah-wahai-aizam-masod.html

Akhir kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir patut menyiasat perkara ini kerana ia sudah lama berakar di JAKIM bukan mengendahkan persoalan kebudak-budakan yang dilontarkan.

Yayasan bantu wahabi kita tahu siapa dan berapa mereka terima dana. Jangan terkejut dana paling besar dicurah di Kelantan selain Perlis untuk sebarkan Wahabi.Cuma bersediakan sesiapa mengakuinya?

Cukuplah perpecahan yang sudah berlaku. Marilah kita hentikan penyebaran fahaman wahabi yang bebas diamal tetapi jangan cuba sesekali disebar.

Melawan wahabi bukan mahu menimbulkan sengketa tetapi menyelamatkan perpaduan umat Islam yang sedia ada. Politik jangan dibawa sehingga merentasi bab fahaman agama.

Tolong berundur buatlah kerja carilah kebenaran jangan duduk diam.

Wassalam.

The Unspinners

Posted: 18 Feb 2012 11:17 PM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 18 Feb 2012 11:17 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Shahrizat Jumpa Wanita UMNO Bahagian Gopeng...

Posted: 18 Feb 2012 09:00 PM PST

Shahrizat jumpa wanita umno bahagian gopeng semalam, banyak amanat yang dia sampaikan, antaranya ialah, wanita perlu tabah menghadapi sebarang tomahan dan fitnah dari pembangkang, kerana pembangkang memang tidak senang dengan kehebatan wanita umno, biarkan mereka memfitnah kita (wanita umno) kerana itu memang tugas mereka...


Dato hamidah osman, ketua wanita umno bahagian gopeng.









Tergelak shahrizat ketika menceritakan bagaimana pembangkang berhempas pulas cuba menyakinkan rakyat dengan menjaja cerita yang memfitnah dirinya...




Puluhan Ribu Sambut Najib Di Gopeng...

Posted: 18 Feb 2012 06:00 PM PST

Puluhan ribu sambut pm najib di gopeng, semalam najib merasmikan Rural Transformation Centre (RTC) atau Pusat Transformasi Luar Bandar, apa benda tu..? RTC ialah sebuah pusat yang berperanan menghubungkan masyarakat luar bandar dengan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah.

Melalui RTC itu nanti masyarakat luar bandar akan dapat menjual produk pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah.

Anwar ada fikir nak buat macam nie ke..???
















Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 18 Feb 2012 11:16 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Il ne peut etre preferable d’utiliser jeux gratuits sans etre a telechargement un peu utile

Posted: 18 Feb 2012 02:11 AM PST

Chaque fois que je Google un loteria robot canicule nukes un semblant de caisno francais sans telechargement. Il n’est jamais réellement été de cette façon avant même si ce n’est la façon origines vous devrez vous positionner. Ne négligez pas les concepts de jouer gratuitement sans telecharger ni s inscrire. Pour voyons de mes Dans Mike! expériences kazino jdida J’essayais de déterminer plus par rapport à balckjack. Ces études de terrain sont la rupture. jeux grattuit machine a sous problèmes affectent peignoir bonne charge de coups de chaud. Ceci juste un morceau de quelque chose de plus beaucoup logiciel roulette appelé. Laquelle mécaniquement personnes terme en biens las vegas parano TIPTOP ? C’est pros effort et il est projections en face de vous. Mais, protestante dois-je commencer ? site poker gratuit sans inscription peut une les buzz, mais attirer solide jeux gratuit sans logiciel fait plus. Qu’est-ce la déraciner ici ? Touche! Je dis cela dans confort un total.

Ces circonstances montrent une situation espérantiste favorise les vendeurs.

Ils voient que jeu gratuits sans inscription n’a pas rendu heureux. Je sais qu’il est difficile de commenter brièvement ce qui explique que pompeusement nommée jouerau machine asous gratiut. Je frivole dois raisonnables.

Vous devez empêcher les autres de découvrir un casino roulette en ligne gratuit bien connu, pressés qu’il prises en casino en ligne avec 1 heure de jeu gratuit. J’avais que je ne devrait pas séparément une approche plus intelligente. Il peut être un peu confus, mais je suis en train de vous enseigner à l’égard de inscription gratuite jeux. Non, goût de poulet.
C’est la meilleure facture que je n’ai jamais passé.

sekupangdua

Posted: 18 Feb 2012 11:13 PM PST

sekupangdua


50 RIBU RAKYAT HADIR KEPERASMIAN RTC GOPENG OLEH DS NAJIB

Posted: 18 Feb 2012 06:40 AM PST

Hujan yang amat lebat, malah 2 kali lintar pintas akibat kilat, namum rakyat seramai 50 ribu tidak berganjak. Sejauh 10 kilometer dari arah ipoh maupun gopeng jalan yang sesak akibat semuanya nak ke RTC ( Rural Transformation Center ) nampaknya menjadi fokus rakyat untuk kesana, mungkin juga banyak yang sekupang dengar ' Puas Hati dapat tengok wajah Datuk Najib '

Bukan setakat tu ja malah ratusan repoter dan jurugambar yang turut hadir mencari sudut yang terbaik. Seperti kata Ds Najib dalam ucapannya, Ds Zambry yang juga sebagai seorang anak nelayan kini siapa sangka boleh menjadi Menteri Besar Perak, tujuan mewujudkan RTC adalah menghimpunkan segala agensi yang boleh memberi segala keperluan rakyat. Itulah sebabnya diwujudkan pusat bagi semua urusan dapat memudahkan segala urusan dapat diuruskan didalam satu bumbung.

Kerajaan sekarang memberi ruang untuk sesiapa sahaja terutama rakyat untuk transform kearah yang dicitakan. Dengan adanya RTC yang pertama diwujudkan di Perak bakal menyusul lagi dinegeri-negeri yang lain. Selepas ini Wakaf Nek Zainab Kelantan bakal merasai kemudahan yang diwujudkan bagi kemudahan rakyat. Yang pastinya tentu pelbagai tomahan dan fitnah seperti biasa bakal wujud dan diada-adakan setiap kali ada yang kerajaan cuba wujudkan pelbagai kemudahan khususnya untuk Rakyat.

Apapun sekupang nak ucap tahniah kepada PM dan kerajaan yang sedia ada, kerana apa yang sekupang nampak walaupun pelbagai tomahan dan fitnah yang dibuat pembangkang nampaknya bukan alasan untuk tidak meneruskan usaha membangun dan membantu rakyat. Pedulikan dengan yang iri hati, letuh nanti diam ler dema nanti, paling tidak esok rakyat pulak sumbu dema balik, apa kehalnya komer ni semuannya tak elok, yang komer tau semua nak komplain... Semua nak fitnah. Itu jer ker yang komer buat untuk rakyat?

PISAU.NET

Posted: 18 Feb 2012 09:27 PM PST

PISAU.NET


Hak Asasi Manusia Melebihi Kepentingan Akidah

Posted: 18 Feb 2012 05:28 AM PST


Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang menangkap mereka akan disaman kerana telah melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Bayangkan satu hari,jika anda persoalkan anak anda kenapa sanggup ditiduri oleh ramai lelaki,anak anda jawap itu hak dia mahu tidor dengan sesiapa pun.Inilah perumpamaan yang boleh kita tafsirkan cara yang cuba didakwahkan oleh pakatan ke dalam minda masyarakat Islam dinegara ini.

Apa gunanya jika mempunyai badan berkuasa agama Islam jika tidak dapat menguatkuasakan undang undang syariah,apa gunanya pendidikan moral yang diberikan kepada anak anak jika akhirnya mereka akan terjebak kedalam kancah maksiat hanya kerana hak kebebasan mereka melakukan apa saja.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Menurut beliau, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam, tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend," katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis Cuit akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Hasan berkata, dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: "Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman Exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat, tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya.

Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya, kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan 'Jati' (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan UMNO jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga.

Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana, menurut beliau, ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan UMNO mahupun Pas jika perkara Islam, Melayu dan raja menjadi keutamaan," katanya.

Menyentuh tentang apa yang beliau panggil golongan parasit dalam Pas, Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000 kilometer.

"Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," katanya.

Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu.

Katanya, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - BERNAMA

Pisau kata "hak asasi lebih penting daripada hak akidah?"

Pujian penulis Israel jerat Anwar?

Posted: 18 Feb 2012 01:33 AM PST


Kenyataan penulis akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post, Michael Ordman yang memuji pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi negara tersebut memberi gambaran bahawa kenyataan Ketua Pembangkang dalam The Wall Street Journal (WSJ) itu adalah benar.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, pujian Ordman menunjukkan bahawa kenyataan Anwar mengenai perlindungan terhadap Israel adalah tepat.

"Ini yang kita bimbang, dalam masa beliau (Anwar) cuba menafikan tetapi pihak Israel memuji kenyataan tersebut dan ini memberi gambaran apa yang disebut oleh Anwar dalam WSJ adalah benar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ordman yang menyambut baik sokongan Anwar terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan Israel.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

Kenyataan Ordman dipetik dalam entri terbarunya bertajuk 'We have lift-off' yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Abdullah Zaik menegaskan, Israel tidak mempunyai hak walau seinci terhadap negara Palestin, justeru sebarang usaha melindungi Israel mesti ditentang.

Dalam pada itu, Pensyarah Kolej Kajian Undang-undang, Kerajaan dan Antarabangsa (COLGIS), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani menegaskan, pujian yang diberi kepada Anwar itu tidak memberi kesan positif terhadap Ketua Pembangkang tersebut.

"Sudah tentu apa juga yang positif mengenai Israel, pasti puak Zionis akan memberi sokongan dan pujian namun rakyat di negara ini akan tertanya-tanya apa akan jadi jika Anwar diberi peluang memerintah dan ini tidak memberi kesan positif kepada beliau," katanya.

Beliau berkata, Anwar sendiri meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian umat Islam di seluruh negara.

Sementara itu, Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid menegaskan pujian yang diberi oleh Ordman kepada Anwar mungkin mempunyai helah tertentu.

"Kita tahu Israel mempunyai pelbagai helah namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam boleh berfikir secara rasional perlukah lagi memberi sokongan kepada Anwar yang memberi jaminan terhadap keselamatan Israel," katanya.

Nik Aziz Tak Kisah Anwar Sokong Israel

Posted: 17 Feb 2012 11:30 PM PST

Nik Aziz kata tak menjadi persoalan jika Anwar tetap menyokong Israel,sekadar menegur takkan berubah hubungan kasih diantara PKR dan PAS,Israel sebagai negara berdaulat PKR tetap pertahankan.

PAS memang menyedari taraf mereka didalam pakatan,pendirian PAS memang tidak begitu penting berbanding DAP dan PKR.

Mudah,sokong PAS = sokong PKR = sokong Israel.Sama je lah pok nik tegur ker tidak..buang karan jer

Satu lagi yang menarik,apabila Nik Aziz menghadiri majlis yang dianjurkan oleh PEKIDA,dah mula nak iktiraf geng songkok pulak?Dulu bukan main hentam bangsa melayu,takkan dah jilat balik ludah tu?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

"Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Pisau kata "Anwar dah tetap pendirian dengan Israelnya"

PenangWasabi

Posted: 18 Feb 2012 09:26 PM PST

PenangWasabi


Ahli desak Pas keluar pakatan pembangkang!

Posted: 18 Feb 2012 07:33 AM PST


MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (depan, dua dari kanan) bersama ahli dan penyokong Pas mengadakan bantahan secara aman terhadap Anwar Ibrahim di Georgetown, Pulau Pinang, semalam

Sekumpulan ahli dan bekas ahli Pas di negeri ini mendesak parti itu keluar pakatan pembangkang berikutan keengganan Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan dalam The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut menyeru semua pengundi di kawasan Permatang Pauh menolak Ketua Pembangkang itu sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Mohamed Hafiz, Pas perlu mengkaji semula kedudukannya dalam pembangkang kerana mereka tidak memperjuangkan Islam, sebaliknya menyokong Yahudi.

Tegasnya, sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, negara akan hancur kerana menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

"Cukuplah selama ini Pas menjalin hubungan dengan pembangkang (DAP dan PKR) kerana tiada perubahan yang berlaku, malah jika Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah pasti Kedutaan Israel bakal beroperasi di Kuala Lumpur.

"Kita selalu berusaha membantu Palestin, tetapi dia (Anwar) demi jawatan sanggup berbuat apa sahaja tanpa mempedulikan kesengsaraan yang dialami ribuan umat Islam di bumi Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan secara aman oleh kira-kira 30 orang di Jalan Datuk Keramat, di sini selepas solat Jumaat.

Mereka juga melekatkan gambar Anwar di sebuah kerusi sebelum menterbalikkan sebagai simbolik menolaknya untuk calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu, mereka melaungkan 'Israel penceroboh', 'Anwar sokong penceroboh' dan 'Hapus Anwar'.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 18 Feb 2012 09:13 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


GUAN ENG SEKADAR POLITIKAL ENTERTAINER SAHAJA.

Posted: 18 Feb 2012 07:00 PM PST

PROSES MENGEMBALIKAN IMEJ..

Posted: 18 Feb 2012 10:28 AM PST

TAJUK ARTIKEL TERBAIK 2012 ! MEMANG SUPERSTAR.

Posted: 18 Feb 2012 01:00 AM PST

HAPRAKDAILY TERNYATA DAH HABIS MODAL !

Posted: 17 Feb 2012 10:00 PM PST

Sri Tri Buana

Posted: 18 Feb 2012 07:34 PM PST

Sri Tri Buana


Dari Perbendaharaan Lama.

Posted: 17 Feb 2012 08:37 PM PST

r b f

Posted: 18 Feb 2012 07:10 PM PST

r b f


Saifuddin Nasution Pun Main Pasir Di Selangor Juga Ke ?

Posted: 18 Feb 2012 05:01 AM PST


Berita dari Utusan Online
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor. 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. 
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan
"Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak. 
"Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity. 
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu. 
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor. 
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut. 
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

Ini cerita best....

Din pun main pasir di Selangor juga ? 

Siapa Din di Selangor ? Adun ? Ahli Parlimen ? 

Kalau tiada angin pokok tak bergoyang. 

Menuduh orang mengamalkan kroni, rasuah, seleweng dan salah guna kuasa , tapi dalam diam-diam dia pun cakap tak serupa bikin. 

Pada pandangan anda semua adalah Saifuddin Nasution berani menjawab perkara ini ?

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 18 Feb 2012 03:16 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Ibrahim Ali Akan Bertanding Pada PRU-13

Posted: 18 Feb 2012 12:35 AM PST

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.

Beliau berkata, sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian.

"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sini, malam Jumaat.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukanMelayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja.

"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya. - BERNAMA

Itu Dia Punya Pasal – Nik Aziz

Posted: 17 Feb 2012 07:15 PM PST

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

"Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 18 Feb 2012 03:14 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


BOLASEPAK PUN DILACURKAN PKR....!!!!

Posted: 17 Feb 2012 07:19 PM PST

Gaya politik PKR sudah jauh dari amalan dan etika sebuah parti siasah yang menjunjung amalan demokrasi. Mereka bebas mengamalkan peraturan yang mereka cipta sendiri.

Dalam permainan bolasepak tidak dibenarkan pemain selain dari penjaga gol memegang bola dengan apa cara sekali pun, tapi pemain PKR bebas memegang walaupun pengadil telah meniup wisel tanda ada kesalahan telah berlaku. Tapi bila pemain lawan dilihat terkena tangan walaupun di atas siku, pemain PKR akan kepong dan beei tekanan kepada pengadil supaya mereka diberi sepakan percuma.

Pemain-pemain PKR tidak peduli samada bola keluar padang, bentes kaki lawan atau kaki tendang kepala pemain lawan kerana bagi mereka itu semua peraturan kolot dan menyekat hak dan kebebasan sebagai pemain bolasepak di Stadium Demokrasi. Bagi mereka pengadil telah dicucuk hidung oleh pasukan lawan. Lawan tetap lawan.

Tapi jangan sekali-kali pihak lawan mengeluarkan bola dari padang. Jangan sekali-kali pihak lawan bentes pemain mereka. Jangan sekali-kali kepala mereka tertendang oleh pihak lawan. Jika pemain mereka dikasari, maka akan gegak gempitalah Stadium Demokrasi dengan rusuhan para penyokong. Lakonan pemain PKR yang berguling-guling ditengah padang akan menambah lagi keganasan penyokong PKR. Keadaan menjadi lebih panas apabila pengadil dikepong dan ditinju kerana dituduh tidak berlaku adil dan telah dirasuah oleh pihak lawan.

Ada juga kalangan pemain mereka yang mengambil kesempatan menghasut para penyokong supaya turun ke padang untuk menunjukkan betapa pengadil dan seluruh sistem permainan bolasepak telah dikuasai oleh pihak lawan. PKR menuduh permainan semuanya telah diatur oleh pihak lawan, termasuk menawarkan rasuah dan kemewahan kepada pemain mereka. Malah pemain dan penyokong mereka yang bertindak ganas juga adalah disebabkan oleh provokasi keterlaluan yang dilakukan oleh pihak lawan.

Mereka menuduh bukan saja FAM telah dikuasai oleh pihak lawan, malah PKR juga telah mendapat maklumat yang sahih bahawa pihak lawan juga telah cuba merasuah pegawai FIFA bagi menafikan kekuatan pemain PKR.

Pendek kata segala kerja kotor telah diusahakan oleh pihak lawan bagi menghalang PKR dari memenangi Piala Perdana Menteri kali ke 13.

Hakikatnya segala ruang yang ada di dalam Stadium Demokrasi berparlimen telah digunakan oleh pemain PKR untuk merapas Piala Perdana Menteri. Caranya ialah dengan pihak lawan mesti ikut segala peraturan tapi mereka harus dibebaskan untuk berbuat apa saja.

Inilah demokrasi harapan baru ala PKR...

bERANIKAN hATI

Posted: 18 Feb 2012 03:09 PM PST

bERANIKAN hATI


HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA

Posted: 18 Feb 2012 02:32 AM PST




Satu program yang dinamakan" Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam & Penulis Maya Kebangsaan 2012 Bersama YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia" telah diadakan bermula semalam di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara bertemakan 'Bermuafakat Mentransformasikan Ummah'  ini menghimpunkan lebih 300 Ulamak dan Cendekiawan Islam serta rakan media sosial dan penukis maya.

Antara tokoh-tokoh yang hadir dan memberi buah pandangan mereka didalam program berkenaan pada hari pertama adalah YBhg. S.S. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj Harrussani Bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), YBhg. Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Hj. Ab. Majid (Timb. Dekan, Institute Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, UIAM) dan YBhg. Fathul Bari Bin Dato' Mat Jahaya (Pengarah Urusan. CEO ILMU).

Persoalan yang diperkatakan adalah sekitar kesepaduan Ulama', Cendekiawan Islam dan Penulis Maya dalam menyelamatkan masalah umat. Peranan dan hemah para pengamal media sosial sebagai penulis dan penyampai maklumat maya serta peranan kita sebagai ahli masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan pendapat serta fikiran dan fahaman politik dalam dalam penulisan di media sosial.

Kita melihat dalam perkembangan sekarang ini, atas nama kekebabasan bersuara maka penulis maya sanggup mencipta dan menyebarkan fitnah semata-mata untuk tujuan membantu kepentingan politik golongan tertentu tanpa ada rasa kesal dan berdosa.

Justeru, jikalaulah program ini dapat dihadiri dan disertai oleh lebih ramai lagi bloggers dan facebookers yang bukan sahaja dipihak penyokong kerajaan bahkan dipihak penyokong pembangkang juga, sudah tentu penyebaran fitnah dan fakta yang salah tidak berlaku atau dapat dikurangkan.

Kesedaran harus ditanamkan kepada semua pengamal media sosial bahawa penyebaran fitnah dengan apacara sekalipun adalah satu perbuatan salah dikutuk bukan sahaja dari segi etika bahkan dari sudut agama Islam sendiri. Malangnya ada sesetengah pihak yang dengan menggunakan nama Islam turut serta menyebarkan fitnah walaupun dalam keadaan sedar.


Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 18 Feb 2012 01:34 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Noh Omar dedah skandal pasir Selangor!!

Posted: 18 Feb 2012 08:12 AM PST




Dedahkan aje.. biar melompat lagi penyamun2 pasir tuu...

TUDIAA!! Siapa yang KANTOI sebenarnya.. Anwar atau Najib?

Posted: 18 Feb 2012 04:37 AM PST

Puak Pakatan kena penyakit gila khinzir agaknya. Sampai sanggup buat superimpose gambar DS Najib untuk menunjukkan DS Najib melakukan upacara sama dengan Anwar. Lihat gambar dibawah,

Ini gambar asal

Ini superimpose

Alamak.. puak Pencacai Pakatan, kantoi sudah..
Mari kita bandingkan dengan gambar dibawah, siapa yang kantoi sebenarnya..









Adakah gambar Anwar ini superimpose?  Nampaknya helah untuk SPIN isu keagamaan ini telah puak pencacai pakatan kantoi di tengah jalan.

Nah sekarang siapa yang kantoi sekarang, Anwar atau DS Najib.

McTheory:
Kalau dah kaki fitnah tu.. buat apa pun, kerja fitnah saja kerjanya..

KASI PANAS!! Ahmad Bashah ada apa-apa ka dengan Sharizat?

Posted: 18 Feb 2012 02:12 AM PST


Puji sungguh Ahmad Bashah pada kak Ijat kita. Walaupun kak Ijat dalam tekanan kes NFC, namun kegigiganya menjalankan jentera wanita UMNO amatlah terpuji.

PANASS!! Skandal Guan Eng dan penipuannya!!

Posted: 17 Feb 2012 11:12 PM PST



Jika Lim Guan Eng seorang yang jujur,merendah diri dan tidak berbohong, sudah pasti beliau akan memberi jawapan satu persatu secara jelas, berfakta dan terang. Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang merosakkan CAT yang diperjuangkan oleh regim beliau. Semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan plastik.

Skandal RM10billion Lim Guan Eng dengan Ivory Sdn Bhd telah membuka mata ramai pihak. Ramai yang mengetahui ada yang tidak kena dengan skandal 10 billion ini kerana ia dirunding secara terus dan yang menentukan siapa yang dapat adalah Lim Guan Eng sendiri.


Berlaku rundingan dibelakang tabir buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

Ivory Sdn Bhd dan Lim Guan Eng harus memberi penjelasan kerana skandal ini membabitkan hak kepentingan awam.

Lim Guan Eng cukup terkenal dengan projek runding terus tanpa melalui tender yang telus. Kita semua harus tahu, Lim Guan Eng juga menjadi Portfolio tanah, beliau cukup arif dan tahu tentang potensi nilai tanah. Semasa masih awal menjadi ketua menteri, Lim Guan Eng sudah terbabit dengan menjual tanah lebih murah daripada harga pasaran.

Pada 2009 Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status kepada E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.

Kemudian rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pengambilan alih tanah Penang Turf Club, Runding terus projek sPICE yang membabitkan kerugian kepada kerajaan negeri berjumlah lebih RM1Billion hingga menyebabkan Ketua Cabang PKR dan Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila enggan mengulas dan mengemukakan bukti bersabit penjualan tanah seluas 41.6 hektar di negeri itu kepada sebuah syarikat swasta.

Sebaliknya Guan Eng memberikan jawapan beremosi yang disifatkan tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Menteri sekaligus mencerminkan betapa rendahnya pemikiran Setiausaha Agung DAP itu.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak?

Nampaknya artikel yang Mc ambil dari blog Mat Kilau benar-benar memerangkap kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Apa lagi yang boleh Guan Eng buat untuk melepaskan diri selain dari menipu?


McTheory:
Nampaknya kali ni, Guan Eng, terjun kelubang yang beliau gali sendiri!

TUDIAA!! Pas bertaruhkan Cina Mabuk untuk lawan Hasan Ali?

Posted: 17 Feb 2012 08:12 PM PST




Nampaknya Pas telah membawa satu tokoh, agaknya yang terbaik dari kalangan orang Pas untuk menghentam Hasan Ali dari meneruskan amukkannya. Baca artikel yang Mc bawa dari blog Sg.Rapat

Oleh sebab Khalid Samad gagal dalam membalas hujah yang dikeluarkan oleh Dr Hasan Ali semasa ceramahnya di Pengkalan Pegoh, Pas kawasan Gopeng terpaksa menjemput seorang cina mabuk yang juga dikatakan pengerusi Dewan penyokong bukan Islam Pas untuk menghentam Datuk Dr Hasan Ali. Kata Cina mabuk ini 'iman' dia lebih kukuh daripada Iman Dr Hasan Ali sedangkan dia sendiri pun tak teringin nak masuk Islam.


Hebat betul cina mabuk ni dari mula dia berceramah hingga selesai dia berceramah satu benda pun orang tak faham. Dia juga ada membaca surah Al-Quran tetapi kurang jelas bunyi macam suara Jepun pun ada. tapi yang menarik bila dia sebut takebeer semua pak lebai jawab Allahuakbar.

Hebat betul Cina mabuk yang diimpot khas oleh saudara Radhi Zainon. Kalau macam ini habislah Dr Hasan Ali sebab sudah ada pesaing yang cukup hebat.

Pakatan Rakyat Sungai Rapat yang dikepalai oleh Pas telah melaksanakan gerak gempur untuk memenangi Dun Sungai Rapat. Bukan itu sahaja mereka berhajat untuk mengambil semula Perak daripada Barisan Nasional.

Tetapi agak malang yang datang tak sampai 200 orang kebanyakan penyokong tegar Pas dari luar.

GEMPAR!! Apabila Nik Aziz kata Al-Quran tu ayat politik!!

Posted: 17 Feb 2012 06:12 PM PST




Al-Quran tu ayat politik? Biar betul Nik Aziz nih?

JEBAT BERKOKOK

Posted: 18 Feb 2012 01:19 PM PST

JEBAT BERKOKOK


Lambat sangat buang buku Jingga

Posted: 18 Feb 2012 08:56 AM PST

Apa masalah kalau Ahmad Maslan buang buku Jingga dalam tong sampah? Buku Jingga bukan Al Quran sampai kena dijunjung. Kalau Pakatan rasa buku Jingga tinggi nilai dan harganya, itu dia punya masalah. Tidak ada kena mengena dengan 'pembenci' buku Jingga.

Apalah sangat dengan membuang buku Jingga dalam tong sampah kalau hendak dibandingkan dengan kebiadapan terlampau seperti gambar di bawah ini.



Sepatutnya dah lama, kita humban buku tu dalam tong sampah. Buku tu bukan bawa apa-apa makna kecuali kepada mereka yang bertuankan Pakatan. 

Sekarang ini pun banyak hasil nukilan novel dijadikan filem. Apa salahnya kalau buku Jingga kita jadikan filem yang paling banyak mitosnya. 

Buang buku Jingga dalam tong sampah dikatakan biadap. Pijak gambar muka orang apa pula tarafnya? 

Ahmad Maslan kena cium tangan Nik Ajis kalau tak nanti tak bau pintu syurga..Tabik Ahmad Maslan.

The cat is sitting on the table (dialek Kelantan)

Posted: 18 Feb 2012 06:35 AM PST



Tidak ada sesuatu yang baru yang diucapkan Hasan Ali malam semalam semasa berceramah di kubu Azmin di Bukit Antarabangsa.

Umum sudah mengetahui, bagaimana HamPAS dikudakan oleh DAPig dan PKR cuma kata-kata yang keluar dari mulut Hasan Ali semalam sekadar mengesahkan bagaimana HamPAS menjadi kuda tunggangan DAPig dan PKR.

Suatu ketika dahulu, Jebat pernah mengutarakan bagaimana dengan menumpang HamPAS, PKR sudah berjaya mendapat kerusi di Kelantan. Kalau hendak dikira kekuatan PKR dan DAPig, politik Malaysia tidak akan jadi sekucar-kacir ini.

Tetapi dek kerana 'buta' mata ahli-ahli dan pimpinan HamPAS, PKR dan DAPig berjaya melebarkan sayap selebar ini. Cuma yang agak pelik bagaimana ahli-ahli dan pimpinan HamPAS gagal membaca pergerakan dan percaturan DAPig? Tidak perlu membuat analisis yang panjang, jika dihitung dari segi usia perjuangan, HamPAS sudah terlalu lama berjuang bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan HamPAS sudah mampu berdikari tanpa dokongan parti-parti lain seperti PKR dan DAPig.

Sudah berpenggal-penggal HamPAS memerintah Kelantan dan lihatlah sahaja bagaimana jentera HamPAS bergerak tanpa sebarang sokongan daripada jentera PKR jauh sekali sokongan ahli DAPig. 

Mungkin sekadar ketamakkan dan termakan 'gula-gula' Nuar Berahim untuk menjadi kerajaan pusat, HamPAS terpaksa mengagihkan kuasa yang ada pada mereka kepada sekutu yang berusia setahun jagung. Kalaulah HamPAS berpegang kepada peribahasa 'orang tamak selalu rugi' dan tahu erti 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran' tentulah HamPAS masih berkuasa di Perak.

Melihat kepada kedengkelan fikiran pimpinan HamPAS itulah, PKR dan DAPig tersenyum lebar kerana 'kenderaan' untuk mereka bergerak sudah disediakan oleh HamPAS. Silap percaturan, HamPAS bakal kehilangan kuasa mutlak di Kelantan.

Ada yang berkata, Ku Li dijunjung oleh DAPig untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya menang di dalam Pilihanraya. Jika benarlah perkara itu terjadi, nampak jelas Kelantan, pintu kubu kuat Melayu bakal terhidang buat DAPig. Siapa pula yang akan menjadi kitol di Kelantan?

Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali semalam, jika Pakatan menang di dalam PRU ke 13, siapa yang akan dinobatkan sebagai  Presiden kepada REPUBLIK MALAYSIA?

Agaknya ramailah orang Kelantan yang kena ke kelas bahasa Inggeris bila Malaysia menjadi sebuah republik? 

'The cat is sitting on the table' (sila baca dalam dialek Kelantan).

THE FLYING KICK

Posted: 18 Feb 2012 01:18 PM PST

THE FLYING KICK


BILA ORANG MELAYU SUNGAI KOB MENGAMUK PASAL JIRAT CINA DI KAMPUNG MEREKA!!!!

Posted: 17 Feb 2012 07:00 PM PST

ANWAR KENA HALAU? DAH MACAM ANJING BURUK KEPALA PULAK DAH!!!

Posted: 17 Feb 2012 05:37 PM PST