Kementarian Dalam Negeri semalam merampas satu naskhah buku Sinema Spiritual: Dramatrugi dan Kritikan tulisan aktivis seni dan akademik Faisal Tehrani.
Rampasan dilakukan di sebuah kedai buku di Presint 16, Putrajaya, didakw untuk tujuan kajian, dipercayai berkaitan aliran pemikiran penulis buku ini.
Rampasan dilakukan oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Penerbit dalam satu kenyataan kepada SiasahDaily melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap tindakan merampas dari sebuah kedai itu, yang dibimbangi boleh mencetuskan sentimen negatif terhadap karya itu.
Menurut pihak penerbit, pihaknya boleh menyerahkan beberapa naskhah kepada pihak berkuasa sekiranya diminta dengan tujuan untuk menilai karya tersebut, yang merupakan koleksi tulisan yang pernah tersiar dalam akhbar politik mingguan Siasah.
Sinema Spiritual terbitan Unit Buku Harakah ialah antara karya terbaharu Faisal Tehrani, atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa yang kini bertugas sebagai akademik di Institut Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.
Sebuah lagi buku beliau, Perempuan Nan Bercinta diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, ITBM, menerima pelbagai reaksi daripada pembaca dan pengkritik.
Satu debat yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat pada masa ini ialah sama ada konservatif benar-benar lebih gembira berbanding golongan liberal.
Debat terbaharu dalam debat panjang kaitan pandangan politik dengan kebahagiaan ini bermula ekoran satu tulisan Arthur C Brooks, presiden badan pemikir konservatif, Institut Usaha Amerika, di akhbar New York Times pada 7 Julai lalu.
Menurutnya, sarjana di kedua-dua kelompok kiri dan kanan telah lama mendapati golongan konservatif lebih bahagia dalam hidup.
Menurutnya satu kajian Pusat Kajian Pew pada 2006 mendapati bahawa Republikan konservatif berkecenderungan lebih 68 peratus untuk berpendapat mereka "sangat bahagia" berbanding Demokrat liberal.
Banyak faktor dikemukakan, termasuk kaitan antara agama dan perkahwinan. Menurutnya, "52 peratus orang konservatif dari segi politik yang telah berkahwin (dan mempunyai anak) dan beragama merasa sangat bahagia - berbanding hanya 14 peratus mereka yang belum berkahwin, sekular, liberal dan tidak mempunyai anak."
Pandangan dikemukakan ini ialah yang terbaharu menegaskan kelebihan kehidupan konservatif di AS yang menyaksikan pertembungan sengit golongan konservatif dan liberal di segenap lapangan.
Menurutnya, "banyak kajian telah menggambarkan yang perkahwinan baik untuk anak-anak. Mereka yang tinggal bersama ibu bapa biologi lebih cemerlang di sekolah dan sedikit kemungkinan bagi mereka untuk hamil atau ditahan polis. Mereka mempunyai kadar bunuh diri yang rendah, mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan memperolehi pendapatan lebih tinggi apabila dewasa. Pada masa sama, anak-anak yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tunggal lebih cenderung berkelakuan tidak baik, mendapat penyakit dan tidak menghabiskan sekolah tinggi dan tidak bekerja."
Kajian-kajian tersebut dilakukan di AS. Kajian yang sama, sekiranya dilakukan di Malaysia, mungkin akan mencetus debat yang tidak kurang hangat berbanding yang disaksikan di negara Barat itu.
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Negeri membidas saranan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.
Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.
Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.
Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.
Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.
Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran).
Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.
Lanjutan kepada pengumuman oleh Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk "step in" dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini. http://www.blogger.com/img/blank.gif Lantaran itu, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :
Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses "step-in" Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.
*Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar (gambar kanan) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor. merdekareview
Seorang wanita Singapura yang mempunyai nafsu seks yang aktif berkata kadangkala dia akan tidur dengan empat lelaki dalam satu hari lapor Sin Chew Daily.
Wanita itu, yang dikenal pasti sebagai Connie Chew, 37, mempunyai "foursome" pada satu hari tertentu.
Penagih sex yang mengaku pernah memulakan hari dengan melayan dirinya dalam Cineplex di waktu pagi sebelum mengadakan hubungan seks dengan bekas rakan sekerja di sebelah petang.
Dia kemudian mengadakan hubungan seks dengan tiga lelaki di sebuah hotel bajet.
Chew berkata dia akan memilih lelaki di tempat hiburan malam bagi satu malam pada hujung minggu.
Beliau telah meminta bantuan daripada kaunselor, dan kini hanya mempunyai hubungan seks tiga kali seminggu.
"Saya adalah seorang dara apabila saya berkahwin pada 25. Tetapi saya bercerai dengan suami saya selepas saya mendapati bahawa dia adalah casanova, " katanya. (Gambar sebagai ilustrasi sahaja.) SUMBER
Setelah tiga kali protes dilancarkan di hadapan Kemta, tanpa mendapat apa-apa riaksi dari Menteri Dalam Negeri terhadap tuntutan pembebasan segera tahanan ISA, Gerakan mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang akan bermula pada 19 Julai ini dan tamat pada 25 Ogos 2012.
Kempen ini akan dilancarkan pada 19 Julai 2012 bersempena dengan penganjuran forum ISA: Penyeksaan Yang Sempurna yang akan diadakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan.
Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Blogger Tukar Tiub Hishamuddin Rais, Isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan Blogger, Wan Ji Wan Hussin. Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberikan perkongsian khas kepada hadirin yang hadir.
Pihak GMI akan mengeluarkan Kad Ucapan dan mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta. Kad Ucapan boleh diperolehi pada majlis forum tersebut dan juga di program-program anjuran GMI.
Seluruh rakyat Malaysia diminta untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA.
Masih terdapat 45 orang baki tahanan ISA dalam tahanan. Bebaskan mereka jika benar Kerajaan telus dalam menunaikan janji .
GMI yakin, sekiranya semua tahanan dibebaskan, lebih banyak cerita di sebalik tembok ISA akan terdedah kepada rakyat. SUMBER
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
[SH] KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, mempunyai bukti berlakunya jenayah pemerdagangan manusia terhadap Siti Norzana Nordi, 12, yang dilarikan oleh ibu tirinya ke Lampung Indonesia, Mei 2010.
Pengerusinya, Datuk Khairun Aseh berkata, maklumat ini diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh biro berkenaan.
Menurutnya, hasil siasatan itu menunjukkan bahawa Siti Norzana menjadi mangsa pemerdagangan oleh ibu tirinya yang juga warga Indonesia.
"Kanak-kanak terbabit dipercayai dijaga seorang lelaki yang telah membelinya dan dipaksa menjadi buruh kasar.
"Saya juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu menjadi hamba seks, bagaimanapun kami sedang mengumpul bukti mengenainya," katanya semalam.
Sebelum ini, Siti Norzana bersama tiga adiknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, dibawa ke kampung halaman ibu tirinya, Karsini Chaslam, 25, oleh bapa mereka Nordi Adi, 57.
Ketika berada di sana, Nordi ditipu oleh Karsini dan menjadikan anaknya sebagai mangsa ugutan bagi Nordi menyerahkan semua wang simpanannya.
Setelah memperoleh wang berkenaan, Karsini membawa empat beradik itu ke Lampung dan meninggalkan mereka di situ.
Bagaimanapun tiga adik Siti Norzana berjaya dibawa pulang pada 30 Jun lalu, hasil bantuan Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno.
Khairun berkata, pihaknya juga meminta kerjasama daripada Kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana lelaki yang didakwa menjaga Siti Norzana enggan melepaskan kanak-kanak itu.
Menurutnya, lelaki ini juga bertindak ganas terhadap dua kakitangan biro yang menemui mereka baru-baru ini.
"Kami akan menghantar nota rayuan kepada Kedutaan Indonesia hari ini (semalam), bagi menggesa pihak berkuasa dan kerajaan Indonesia campur tangan dalam isu ini.
"Saya juga sudah memaklumkan perkara ini kepada polis antarabangsa (Interpol) bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, Nordi berkata, perkara terbabit tidak mustahil berlaku ke atas anak sulungnya.
Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu yang buruk dilakukan ke atas anaknya, namun enggan mendedahkannya selagi Siti Norzana atau lebih mesra dengan panggilan Zana belum kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia.
"Saya memang ada terdetik perkara (tidak baik) berlaku ke atas Zana, kerana Nurul Safiza Fitri, (anak kedua) saya ada menceritakan beberapa perkara sekembalinya dia di sini.
"Saya tidak mahu mendedahkan perkara ini selagi Zana tidak pulang lagi kerana khuatir Zana akan diapa-apakan atau perkara yang lebih buruk mungkin berlaku. Tapi saya akan mengambil tindakan sepatutnya selepas mendapatkan kepastian apa yang berlaku dan mereka yang (menzalimi) anak saya akan diheret ke muka pengadilan," katanya.
Menurut Nordi, dia tidak sabar membawa Siti Norzana pulang dan akan berasa terkilan jika perkara tidak baik ini benar-benar berlaku.
"Kekhilafan dua tahun di sana menjerat Zana kepada sesuatu yang tidak baik," katanya kepada Sinar Harian semalam.
P/s: TM menyokong usaha Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno untuk membawa pulang Siti Norzana pulang ke tanah air. Namun dalam keghairahan tersebut, janganlah mendedahkan perkara yang boleh mengaibkan kanak-kanak itu. Misalnya dalam berita ini, Khairun Aseh ada menyebut kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi hamba seks. Jika benarpun hal itu berlaku, cukuplah hal itu diketahui oleh pihak berkuasa atau bapanya sahaja.
[HM] JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
"Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
[HM] KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin.
Malah, perompak itu turut mengambil komputer riba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri membiarkan mangsa berbogel terikat di katil.
Menurut sumber, mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sedang mengulang kaji pelajaran dalam bilik tidurnya ditingkat atas pada jam 1.30 pagi, apabila lampu bilik tiba-tiba terpadam.
"Pelik dengan keadaan itu, dia memberanikan diri keluar memeriksa suis utama di tingkat bawah dan terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke biliknya dengan mengacukan pisau pada leher.
"Mereka mengarahkan mangsa jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan atau dibunuh. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mendiamkan diri sebelum mereka mengikatnya di katil," katanya.
P/s: Berhati-hatilah kerana kenyataan bahawa jenayah di Malaysia ini semakin menurun hanyalah....
[HM] TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam.
Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda.
Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.
Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.
Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.
Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.
Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.
Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.
Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: "Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar."
Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular.
Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.
Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - DM
Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Profail:
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais
-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib
Umno dan Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia
Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah
Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. - Pencacai SeMalaysia
Balik Pulau - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.
Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.
"Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.
"Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.
"Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.
Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.
"Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.
Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.
"Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya. -SH
Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.
Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.
Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.
Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.
Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.
Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.
"Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa," katanya.-SH
GILA!!! MAKSIAT MAKIN BERLELUASA UNDANG-UNDANG MANUSIA TERBUKTI GAGAL UNTUK MEMBENDUNG KEGIATAN TIDAK BERMORAL HARI NI DISERBU ESOK ADA LAGI
Meskipun kita tahu dan sedar selama ini blogger gerombolan songkok tinggi, memang gemar menggunakan isu lucah untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.
Isu liwat terbaru ini sebenarnya direkacipta oleh Papa Gomo untuk menaikkan rangking blognya yang saban hari semakin menjunam. Kenapa Papa Gomo begitu beriya-iya menaikkan kembali rankingnya?
Masih ingat kisah seorang blogger Pro BN berusia 53 tahun yang ditumbuk mukanya oleh Papa Gomo sebelum ini? Rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger].
Blog tersebut sebelum ini mengekori rapat di belakang Papa Gomo dari segi kedudukan ranking pengunjung blog pro BN, namun kini blog beliau sudah merampas tahta nombor 1 yang selama ini dipegang oleh Papa Gomo rujuk sini [APA].
Sebab itulah Papa Gomo meroyan merekacipta fitnah baru untuk menaikkan ranking blognya. Kalau dilihat, taktik ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan oleh seorang lagi blogger pro BN sebelum ini.
Blogger itu sengaja merekacipta fitnah gambar aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS untuk menaikkan traffic rujuk sini [Aksi Seks].
Blogger itu begitu seronok sehingga tahap meroyan apabila MiLo SuaM mendedahkan fitnahnya dan secara tidak langsung mempromosikan blognya. Siap berterima kasih kepada MiLo SuaM kerana mempromosikan cerita fitnahnya [Twitter].
Baca juga pendedahan sahabat MiLo SuaM tentang hal ini klik sini [ASD]
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kemajuan yang dinikmati Malaysia hari ini adalah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak 55 tahun lalu telah menunaikan segala janji mereka kepada kepada rakyat.
Menurut perdana menteri itu lagi, kerajaan BN juga bertanggungjawab melakukan transformasi di negara ini daripada negara pertanian kepada negara industri, diikuti negara maju berpendapatan tinggi anjuran pentadbirannya.
"Kita maju dan berjaya kerana kerajaan telah menepati janji sepanjang pemerintahan selama 55 tahun kepada rakyat.
"Kita janji negara yang bersatu padu. Kita telah jamin transformasi negara daripada pertanian, kepada negara industri, dan kini negara maju berpendapatan tinggi," kata Najib (gambar) ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, sempena sambutan kemerdekaan ke-55.
Walaupun tema kemerdekaan tahun ini dakwa pembangkang bermotifkan politik kerana merupakan slogan kepada BN, tema "Janji Ditepati" itu menurut Najib dipilih kerana kerajaan BN yang diterajuinya telah berjaya melaksanakan segala janji yang di berikan kepada rakyat.
BN juga telah menggunakan slogan sama dalam Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) ke seluruh negara dengan memfokuskan kepada pemberian-pemberian dan bantuan yang diberikan kepada rakyat.
"Kita telah janji banyak kepada rakyat, BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), Menu Rakyat 1 Malaysia, termasuk Kedai Kain 1 Malaysia telah dilancarkan, dan banyak lagi," katanya ketika merasmikan program sempena bulan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti di Little India di Brickfields yang majoritinya dihuni masyarakat India.
Selain di Brickfields, program sama turut diadakan di dua lokasi utama kaum terbesar negara ini, iaitu di Kampung Baru untuk komuniti masyarakat Melayu, dan China Town di Jalan Petaling yang majoritinya dihuni masyarakat Cina.
"Di bawah langit 1 Malaysia ini kita perlu dasar yang ada untuk semua kaum. Kita telah buktikan perkara ini, termasuk untuk masyarakat India, kita telah tunjukkan banyak masalah masyarakat India telah ditangani.
"Kita akan teruskan perjuangan ini, dan apa yang kita dapat kesan perkara penting untuk India dan kaum lain akan diteruskan oleh kerajaan," tambah perdana menteri itu lagi.
Sejurus ucapannya, Najib turut melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kepada sambutan kemerdekaan negara
penyapu sial
Sebenarnya hanya janji janji and kebenaran di beri untuk mengorek dana negara sehingga kering kontang.
Kesian dengan PM Najib yang kehulu kehilir seorang diri dengan "Janji ditepati"nya. Rakyat semua menunggu BR1M pusingan kedua.bila nak bagi. Bagilah sbelum hari raya Aidilfitri. Kami nak beraya sakan. Saya tidak nampak dengan pemberian BR1M, kedai 1 M, dan lain2 itu negara telah maju. Negara pun dah nak bengkrap dengan rakyat yang hidup susah, boleh dikatakan negara maju................. Rakyat tidak mudah ditipu.
Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo.
Zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri.
Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda..
Bulan lalu, Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China menandatangani memorandum Persefahaman (Mou) untuk meminjam sepasang panda dari republik itu selama 10 tahun.
16 Julai lalu, akhbar melaporkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin kos lebih RM25 juta bagi menyediakan prasarana pasangan panda itu, akan membawa pulangan.
Nampak sangat kerajaan kononnya mahu mengatasi kepupusan panda sedangkan tujuan sebaliknya mengaut keuntungan yang belum pasti.
Jika kerajaan serius mewujudkan program konservasi, ia boleh dilakukan terhadap haiwan di negara ini yang semakin diancam kepupusan.
Kita ada banyak haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Sebagai contoh beruang dan harimau. Mengapa kerajaan tidak memberi dana untuk program-program sedemikian sedangkan haiwan ini berasal daripada negara kita..
penyapu sial
Yang kita dok bangga dengan panda tu buat apa? Haiwan tu kan kepunyaan negara China. Yang kita pi dok tolong bela buat apa? Apa yang kita dapat? Duit tu kalau digunakan untuk pendidikan anak-anak Malaysia kan lebih baik.
Nampaknya sudah makin hari makin hilang hala tuju kerajaan BN kita. Sudah sampai masanya kita tukar angin agar pembaziran tidak berlaku
satu kebarangkalian yang pasti otak piem nim terletak kat kepala lutut...spesis bodoh tak buleh diajar...cerdik tak buleh diikut...
lebih baik buat sekolah baru di sarawak... terutama sekolah yang dah ketinggalan dari segi infratruktur... bukan di pendalaman tetapi sekitar bandar kuching masih banyak sekolah yang daif dan tidak membangun selari dengan kemajuan pendidikan negara! SK Matang Contohnya..murid 750 orang hanya ada 11 bilik darjah bersaiz 80an! kantin seperti sebuah kedai kopi pagi..
Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram di sisi agama.Sempena bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, kita menggesa Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali bertentangan dengan Islam.
Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang melibatkan perkara yang sudah tentu haram..
Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar nama kepada Petron.
Penasihat MAS, Mahathir Mohamad dengan bantuan Perdana Menteri, Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.
Tindakan Mirzan mengabaikan kepentingan agama demi keuntungan peribadi semata-mata turut dibidas.Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah diri dengan terlibat dengan syarikat arak...
Jelas sudah tindakan Mahathir keling kutty itu yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.
Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak pernah terpadam.
Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi poket sendiri dan mengaut keuntungan Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama...
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berdasarkan bilangan manusia yang membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor hujung minggu lalu seolah-olah pusat pentadbiran negara sudah ditawan Pakatan Rakyat.
Penyertaan lebih 20,000 penyokong dan ahli PAS bersama para pemimpin Pakatan bagaikan cerminan peristiwa Dataran Tahrir di mana ratusan anak muda dan rakyat Mesir keluar untuk menggulingkan rejim zalim Presiden Hosni Mubarak.
Kalau di negeri-negeri lain hanya penyokong dan pemimpin PAS sahaja yang hadir tetapi berbeza dengan lanskap penyertaan rakyat yang mewarnai Stadium Kuala Selangor ini.
Kehadiran para pemimpin selain dari PAS seperti Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil memberi satu identiti nasional kepada suatu perjuangan melibatkan rakyat dari semua peringkat umur dan warna kulit.
Para pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.
Dan tidak ketinggalan turut hadir ialah Sheikh Ismail Abdul Hamid dari Ikwanul Muslimin yang mewakili Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi.
Sambutan yang diberikan terhadap perhimpunan ini seolah-olah menggambarkan Putrajaya sudah ditawan atau sekurang-kurangnya memberi harapan dan keyakinan bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah semakin dekat dan hampir pasti menjadi kenyataan.
Keghairahan penyokong dan pemimpin yang hadir dapat disimpulkan daripada kata-kata Mohamad Sabu di akhir ucapannya.
Beliau berkata jika pilihan raya umum kali ini tidak dijalankan secara bersih dan adil maka "kita akan bawa Dataran Tahrir ke Malaysia," sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
Kadir yang sudah bergelumang dalam parti Umno selama 56 tahun mengungkapkan kata-kata yang tidak diduga, "saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.
Sheikh Ismail ketika berucap berkata, sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi ahli PAS, sambil menyifatkan kehadiran malam tadi sebagai sesuatu yang beliau tidak duga.
Melayu yang jahat
Terdahulu, Mohamad Sabu hadir pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Presiden PAS bersama ahli Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) di Dewa MBSA, Paya Jaras Kawasan Subang.
Dalam ucapannya beliau berkata, Rasulullah saw melarang para pengikutnya (umat Islam) bercakap atau berjuang atas dasar perkauman atau asobiyyah.
"Melayu yang jahat kita mesti lawan. Umno yang menyokong puak-puaknya yang zalim dan melakukan rasuah serta kejahatan, kita mesti lawan.
"Apabila rumah (Pengerusi Bersama Bersih) Dato' S Ambiga kena 'serang' dengan mendirikan gerai daging burger dan senaman punggung, orang-orang PASlah yang mengawal rumah dan menjaga keselamatannya," ujar beliau, sambil disorak oleh para hadirin.
Pada akhir majlis, Mat Sabu menyampaikan bantuan berupa barangan makanan keperluan harian kepada golongan miskin daripada masyarakat India dan Cina yang bermastautin di sekitar Paya Jaras. -FMT
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: "BN sakit"
KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang 'sakit'.
Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.
"Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan," katanya.
Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.
"Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih," tambah beliau.
"Lawan gergasi yang lama berkuasa"
Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh 'Cina' adalah melucukan.
"Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?" ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.
"Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya."
Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.
"Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa."
DAP gadai tanah rizab Melayu?
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara.
"Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?"
Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.
"Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu.
"Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?" jelas beliau. -roketkini
Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz memukul gendang sebagai gimik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan sambil disaksikan Mustapa Mohamed. Foto: Rizal
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak boleh melupakan 'bendera parti' walau pun Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan.
Ini, katanya kerana kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat diperintah.
"Zaman dahulu, zaman tidak ada parti politik. Justeru negara atau negeri pada masa itu diperintah oleh raja-raja. Tetapi sekarang ada parti politik, maka di samping Jalur Gemilang, bendera parti 'ada juga'," kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi.
Beliau juga menggesa masyarakat tidak lupa bahawa orang pertama memerdekakan tanah air, bahkan memerdekakan manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Katanya, Nabi Muhammad s.a.w. bukan saja memerdekakan tanah air tetapi juga memerdekakan akal manusia daripada dijajah oleh keduniaan dan 'taghut'.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata Nabi Muhammad s.a.w. walau pun baginda miskin ketika itu, namun apabila baginda sampai di Madinah disambut meriah sebagai 'Perdana Menteri'.
"Dan ini satu benda yang pelik. Baginda miskin, ibu bapa tidak ada, bahkan Madinah bukan negeri dia, negeri dia di Mekah, tetapi orang menerima baginda di Madinah sebagai seorang 'Perdana Menteri', segala kata-katanya dihormati, segala perbuatannya dihormati dan tindak-tanduknya dihormati.
"Inilah benda yang kita nak buatkan di seluruh dunia termasuklah Kelantan khasnya. Mudah-mudahan rakyat Kelantan faham bahawa Islam bukan sekadar meminta negara dimerdekakan, tetapi negara dan kalbu manusia juga dimerdekakan daripada fikiran taghut dan pemikiran keduaniaan," ujarnya. -Hrkh
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak para artis dan selebriti menyertai usrah Seniman, Karyawan dan Artis (Musika) sebagai langkah untuk mereka terus istiqamah dengan penghijrahan.
PAS sentiasa memastikan setiap ahlinya akan menyertai program usrah baik di peringkat akar umbi apatah lagi di peringkat pimpinan atasan kerana usrah dilihat sebagai aktiviti pentarbiyahan.
Ketuanya Nasruddin Hassan (gambar) berkata, program usrah Musika yang dikhususkan kepada artis dan selebriti pernah diadakan sebelum ini dan pada 19 Julai ini adalah untuk kali ke-3.
Dengan adanya program seperti ini, katanya artis yang belum menyertai PAS juga melahirkan minat untuk menyertai Musika.
"Ini adalah perkembangan yang baik, kita tidak mahu artis dan selebriti yang menyertai PAS mensia-siakan penghijrahan mereka dan daripada program ini insyallah mereka akan istiqamah," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, usrah yang mungkin diadakan secara berkala itu akan turut membincangkan peranan dan penghijrahan yang mereka lakukan terhadap PAS dan masyarakat.
Di samping itu, DPPM akan bekerjasama dengan Lajnah Kebudayaan PAS Pusat untuk menganjurkan majlis dan taklimat khusus Presiden PAS kepada semua ahli baru yang bukan sahaja artis tetapi golongan penjawat awam yang menyertai PAS.
"Kita akan adakan pertemuan tertutup untuk jelaskan hala tuju, dasar dan prinsip PAS. Sekali gus mewujudkan hubungan secara tidak langsung individu dan pimpinan bersama golongan selebriti untuk pentarbiyahan secara tidak formal," katanya.
Katanya, PAS telah membuat perubahan besar mendekati golongan artis sehingga mencetuskan fenomena kemasukkan artis dalam PAS.
"Kita telah mulakan langkah awal menziarahi dan mendekati mereka, jadi inilah (Musika) yang akan menjadi jambatan menghubungkan PAS dengan artis," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) Pemuda PAS Pusat, Halim Ahmad berkata, PAS harus memainkan peranan mempergiatkan usrah di kalangan artis untuk mengelakkan mereka yang baru berhijrah ini hanyut semula dalam dunia hiburan mereka.
"Usrah perlu diberikan kepada mereka, usrah merupakan akar tunjang. Bukan sahaja artis, pimpinan PAS sendiri yang tidak usrah pun boleh hanyut," katanya.
Hari ini ramai artis dengan berani tampil secara rasmi menyertai PAS antaranya, pelakon filem Lt. Adnan Hairie Othman, penyanyi popular 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin, komposer lagu Bob Lokman, dan pengarah drama Adam Hamid dan pelawak Leman Raja Lawak. -Hrkh
SETIU – Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua dukacita apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) kini, menggunakan fitnah, tipu muslihat dan memperbodoh kan rakyat demi mahu mengekalkan kuasa.
Katanya, kerana takut kalah dalam pilihanraya umum akan datang Umno-BN telah menipu rakyat dengan mengatakan DAP akan menguasai negara sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
"dia (Umno-BN) guna tipu muslihat dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, dia kata orang Melayu akan teraniya dengan pemerintahan Pakatan Rakyat,
"dia kata apabila Pakatan rakyat menang, Perdana Menterinya (orang) Cina daripada DAP, (Umno-BN) tipu kita (rakyat) serupa tipu budak darjah tiga,"katanya.
Namun sebaliknya, rakyat sudah cerdik dan tidak mudah ditipu oleh Umno-BN kerana katanya, rakyat sudah ada banyak sumber berita media baru yang tidak terikat dengan media arus perdana.
Bekas guru besar yang juga bekas Pengerusi BN Bahagian Bachok itu berkata demikian ketka beliau berucap dalam majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Renek, Jabi dekat sini, pada Isnin 16 Julai.
Sebelum itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya keluar dari parti Gerakan pada 3 Januari lalu mendakwa Umno-BN sudah terpesong dari landasan perjuangan apabila pemimpinnya hanya mementingkan projek apabila memegang jawatan.
Katanya, jawatan menjadi 'passport' kepada pemimpin Umno-BN untuk menjadi jutawan segera dan hidup dengan kaya raya.
"Puak-puak ni sudah 'gelecoh rel' (keluar dari landasan) kerana orang Umno (BN) terlalu mementingkan projek, dia pegang jawatan dia nak projek, jawatan adalah sebagai 'passport' untuk menjadikan orag yang kaya raya,
"menyebabkan ambo (saya) tak boleh terima perjuangan puak-puak ni (Umno-BN) jadi ambo mari duduk dengan parti yang masih betul, sebab itu ambo mari tolong parti PAS,"jelasnya.
Beliau berkata, mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno-BN untuk memerintah negara selama 55 tahun, sudah tidak dianggap satu amanah dan tanggungjawab.
Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Exco kerajaan negeri Kelanta Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim. -BO
Sempena dengan kedatangan Ramadan yang bakal menjelma ,Sekali lagi buat tahun yang keEMPAT berturut-turut Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang dengan kerjasama AMK Cabang Bayan Baru serta S.A.M.M Pulau Pinang akan menganjurkan program pengagihan bubur lambok kepada penduduk sekitar kawasan Bayan Baru.
Bagi menjayakan program ini kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini dengan menyumbangkan tenaga, barang mentah ataupun wang tunai bagi yang berkemampuan.
*Salurkan sumbangan anda terus ke akaun bank kamidi AKAUN CIMB : 0718 0000 118100atas nama PertubuhanUnit Ehsan PulauPinang.
*SMSkan nama anda dan jumlah sumbangan ke no. telefon bimbit :
Sdr Aidil Fitri : 012 4304423 atau Sdr Amrin 017 5558204 atau Sdr Zulfazdli 012 5865611
Program pengagihan bubur lambok akan di adakan pada:
Tarikh: 12 Ogos / 23 Ramadhan 1433H ( Ahad )
Jam : Selepas Solat Asar
Tempat: Bersebelahan Masjid Bayan Baru
SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya ."Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : " Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air.
Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyalahkan pemimpin negara yang gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai program, termasuk dalam acara rasmi, sehingga merencatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Secara sinis, gabungan terbesar 21 persatuan penulis itu berpendapat, terdapat pemimpin mahu kelihatan Melayu hanya dengan berpakaian tradisi, tetapi gemar berbahasa Inggeris walaupun tidak betul.
"Dia (pemimpin) memikirkan bahasa asing itu hebat. Dia tahu (bahasa kebangsaan) tetapi dia tolol sedikit," kata Ketua Satu Gapena Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar sambil menggelar golongan itu "tolol bahasa".
"Misalnya, kerajaan sudah berulang kali (tetapkan) mesyuarat kerajaan dalam bahasa Melayu tetapi kami dapat maklum balas ada yang buat dalam bahasa Inggeris."
Sambil mempersoalkan patriotisme pemimpin itu, Dr Abdul Latif berkata, 'kejanggalan' itu juga dilihat dalam laporan berita di kaca televisyen berbahasa Melayu apabila pemimpin negara bercakap menggunakan bahasa Inggeris.
"Wartawan tanya dalam bahasa Melayu, dia jawab bahasa Inggeris juga. Itu pun nahunya (bahasa Inggeris) salah," katanya sambil ketawa kecil.
Malah, kata Dr Abdul Latif, mereka juga sedang mengusahakan rancangan khas di RTM untuk menyindir golongan tersebut yang menggunapakai judul sama "tolol bahasa" yang kini dalam proses penyediaan skrip.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Abdul Latif juga berkata, fenomena itu turut mendorong Gapena menubuhkan Majlis Pemantauan dan Tindakan Bahasa Kebangsaan untuk memantau penggunaan bahasa Melayu di sektor awam. Perkataan 'presint' di Putrajaya?
Majlis itu, yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan pada Oktober lalu, walaupun tiada penguatkuasaan bertujuan mengingatkan pelbagai pihak.
"Kita pun tak boleh mengenakan penguatkuasaan (bersifat) kekasaran, (kita hanya) mengingatkan supaya mereka berasa malu.
"Pemimpin yang tolol bahasa ini berubahlah, bertaubatlah. Ini negara kita ada bahasa kita, bukan bahasa asing. Gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan," katanya.
Ditanya sama ada tindakan itu bertindih dengan peranan audit bahasa yang dijalankan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Abdul Latif menberitahu, sebagai NGO mereka akan lebih mudah bersuara dan menegur.
"Kalau Dewan Bahasa, hal-hal berkaitan kerajaan, mereka tak boleh ke depan. Sebab itu mereka ada audit bahasa. Bagi kami, kami bebas (untuk menegur).
"Kalau Dewan Bahasa nak tegur PM depan-depan tak boleh, kami boleh (tegur) tetapi secara terhormat," katanya.
Ditanya tindakan kerajaan menyerap banyak istilah bahasa Inggeris secara terus ke dalam bahasa Melayu seperti perkataan "presint" di Putrajaya, Dr Latif berkata ia kini semakin berubah sedikit demi sedikit.
"Banyak lagi kerajaan buat perubahan tetapi bukan secara melulu. Misalnya Istana Kehakiman dahulu dalam bahasa Inggeris. Presint pun ada rasionalnya tetapi (perubahan) ini berperingkat-peringkat akan dilaksanakan.
"Yang penting kita hendakkan pemimpin yang cinta dan hayati bahasa kebangsaan," katanya lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini.
Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.
Jakarta masih mesra dengan Anwar walaupun Umno cuba sekat
KUALA LUMPUR — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam.
Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia – pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri.
Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden. "Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini." kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider.
Selain Anwar, turut sama dalam forum "Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara" yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008.
Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.Jurnal itu dikatakan untuk mencipta "satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia.
Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.
"Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya. "Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting." kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu.
Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998.
Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian.
Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian "Tor-tor" dan Gendang "Gordan Sambilan" dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan. ~tmi
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azzam' pelakun filem 'Bila cinta bertasbih' dan Yatt Hamzah di JKR 10 sebentar tadi.
Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam ini di Balai Islam, Lundang.
Di samping bertemu, mereka sempat solat Zohor dengan berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10.
Empat artis termasuk Mas Azam atau nama sebenarnya Khairul Azzam akan menyertai program Bicara Selebriti malam ini di Dewan Balai Islam, Lundang.
Selain Mas Azzam dan Yatt, turut serta malam ini adalah Ana Rafalli dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Program ini akan dipengerusikan oleh Amin Idris, pengacara TV Al Hijrah. ~harakahdaily
Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses 'Step-In' Kerajaan Negeri SelangorKerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.
Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.
Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.
Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.
Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.
Disediakan oleh:
Y.B TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor
KUALA LUMPUR - George Kent (M) Bhd tidak ada menerima apa-apa indikasi tentang penganugerahan kontrak penyambungan landasan transit laju ringan Ampang bernilai RM960 juta, kata pengerusinya Tan Sri Tan Kay Hock."Mari tunggu keputusan kerajaan kerana ia belum dianugerahkan lagi," katanya dipetik Bernamaselepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di sini hari ini.Sebelum ini, perkara tersebut dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek sambungan LRT laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR.Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan."Semuanya dilakukan dengan betul. Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau.
Rafizi pula berkata, beliau mengalu-alukan "kenyataan pendek" Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung anugerah kontrak projek aliran transit ringan (LRT) Ampang walaupun ia banyak menimbulkan "persoalan baru."Katanya, langkah Perdana Menteri hanya menyebut bahawa "tiada yang salah dalam proses anugerah itu" tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh PKR sebelum ini.
"Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.Konsortium George Kent termasuk China Railway Construction Corp dan Tewet GmbH, sebuah firma rundingan projek.Tender bagi projek penyambungan LRT itu ditutup pada 16 Jun tahun lepas.
Selain konsortium George Kent, pembida lain adalah konsortium Invensys-Balfour Beatty Rail-Ingress, kumpulan Posco-Sojitz-Daewoo International-Thales, Colas-CMC Engineering-Thales, Samsung-LG-Thales, SNC Lavalin-WW Engineering-Bombardier, Siemens-Scomi Engineering dan Ansaldo-Emrail-Leighton.Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2012, keuntungan sebelum cukai George Kent menyusut kepada RM26.2 juta daripada RM32.4 juta pada tempoh yang sama 2011 berikutan margin keuntungan kasar yang lebih rendah untuk produk yang dikilangkan.
Perolehan menyusut kepada RM152.2 juta daripada RM165 juta sebelum ini."Perolehan yang lebih rendah adalah berikutan permintaan yang lebih rendah bagi produk dan perkhidmatan mereka akibat kelembapan ekonomi dunia dan perolehan yang merosot daripada projek," katanya.
'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam. Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR.
Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS.
Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri.
InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri. ~harakahdaily
REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan.
Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam."Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang.
"Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan.
"Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan."Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal.
"Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. "Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang engenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti. Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali mengambilnya.
"Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan."Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin meningkat," katanya. ~sinarharian
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi esok adalah ruang bagi mencari kebenaran dan bukannya menentukan kemenangan.Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu.
"Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi."Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam.Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri.
Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali."Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan," katanya lagi.
Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. ~sinarharian
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol
Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.
Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.
Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.
Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.
Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.- Malaysiakini
Kuala Lumpur: Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet yang lain dalam isu penjualan dokumen rahsia pertahanan negara dalam kes Skandal Scorpene seolah olah menyembunyikan satu 'rahsia besar'.
Malah, seluruh anggota kabinet seolah-olah berdiam diri dan tidak mahu respons kepada isu tersebut menimbulkan persoalan yang besar.
"Jika isu ini hanya semata- mata fitnah, PM perlu menyaman media antarabangsa yang cuba mengaitkan nama beliau. Jika tidak, ia hanya menguatkan spekulasi bahawa mungkin beliau benar-benar terlibat dalam skandal paling memalukan negara ini," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kepada Harakah pada 2 Julai lalu.
Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk mendapatkan dokumen rahsia tersebut bagi tujuan kerja-kerja "kejuruteraan komersial."
Dalam pada itu, jawapan balas Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara.
Mengulas lanjut, Riduan berkata jawapan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis amat mengecewakan.
Katanya lagi, jawapan itu menunjukkan kerajan tidak serius menangani penyelewengan dan menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh.
Kata Riduan, Pemuda PAS kesal kerana usul mengenai isu ini ditolak oleh Dewan Rakyat bulan lalu tanpa sebarang perbahasan panjang mengenainya.
Riduan berkata dalam keadaan seluruh dunia heboh memperkatakannya malah ia mula dibicarakan di mahkamah Perancis, kerajaan Malaysia menganggap dakwaan itu kes kecil.
Lebih parah lagi kerajaan menyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, katanya.
"Tidak sepatutnya Dr Zahid menjawab dalam bentuk penafian begini lebih-lebih lagi kerana kes ini membabitkan nama pemimpin utama negara ini iaitu Perdana Menteri sendiri.
Kerajaan Malaysia sepatutnya memandang ini sebagai isu yang amat penting untuk ditangani kerana ia boleh menjejaskan kedudukan pertahanan negara.
"Menjual dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia negara adalah satu perbuatan khianat dan pelakunya mesti didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahannya," katanya.
Jika dokumen rahsia pertahanan negara juga boleh dijual beli, ini petanda buruk keselamatan negara sedang diancam dan negara berada dalam keadaan bahaya kerana terdedah dengan serangan dan manipulasi oleh musuh, katanya.
Hassan Ali tuduh Azmin Ali berkongsi Isteri.. (Video Inside)
Apa dah jadi dengan si Hassan Ali ini.. berkobar-kobar bercakap soal Islam tapi dalam masa yang sama melemparkan satu tuduhan yang amat berat dan lebih kepada fitnah buat Azmin.
Dalam satu majlis 'Ceramah Selamatkan Akidah' yang diadakan di TABIKA KEMAS, Taman Samudera, Batu Caves pada 10 Julai lalu beliau telah melemparkan tuduhan Azmin Ali telah berkongsi isteri…
Atau dalam lain ayat Azmin Ali telah membenarkan isterinya berzina dengan lelaki lain.
Oleh itu Hassan Ali menegaskan JATI tidak akan bersekongkol dengan sesiapapun dalam hal Islam terutamanya Azmin yang berkongsi Isteri…
Lantaran itu penduduk Gombak diingatkan agar jangan memilih Azmin dalam PRU yang akan datang kerana ini dikira bersyubahat..
Sebelum itu beliau juga telah memanjangkan cerita bohong yang disebarkan oleh sebuah Blog yang menyamar sebagai Pro Pakayan Rakyat iaitu 'Suarapakatanrakyat.com' iaitu kononnya DAP akan bertanding 90 Kerusi Parlimen.
Hakikatnya ianya telah dinafikan oleh Guan Eng sendiri di ( SINI )
Saksikan.. demi mencari sesuap nasi buat menyambung fitnah.. Hassan Ali meletakkan ketepi soal halal dan haram... sekaligus meletakkan dirinya sama taraf dengan Blogger UMNO yang menyebar fitnah.. contohnya sila lihat di ( SINI )
Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang saleh yang bersih hatinya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berbuat yang keji dan tidak senonoh seperti zina dan lainnya, mereka itu akan dijauhkan dari rahmat Allah di dunia dan di ahirat, dan di akhirat nanti akan ditimpakan kepada mereka azab yang amat pedih, sebagai balasan dari kejahatan yang telah diperbuat mereka.
Merekalah yang menjadi sumber dari berita yang menyakitkan hati wanita-wanita yang beriman, menyebarkan berita itu di antara orang-orang yang beriman.
Mereka telah menjadi ikutan buruk bagi orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita keji itu. Bagi mereka itu dosa atas perbuatannya dan dosa orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita bohong yang bersumber dari mereka,
sebagaimana sabda Rasulullah saw:
من سن سنة شر فأتبع عليها كان عليه وزره ومثل أوزار من اتبع غير منقوص من أوزارهم شيئا
Artinya: Barangsiapa yang mengadakan perbuatan yang buruk dan ada yang mengikutinya, maka dosa perbuatannya itu akan dipikulnya bersama dosa orang-orang yang melakukan perbuatan buruk itu tanpa dikurangi sedikitpun. (H.R. Abdullah bin Jarir)
Aku yakin Hassan Ali tentu tahu adanya ayat di atas...
"Wahai pak Berahim, anda tidak perlu mengipas Najib dengan mencadangkan sesuatu berkaitan hudud. Adalah sepatutnya sebagai seorang pemimpin anda sendiri mengkaji secara mendalam tentang perkara tersebut kerana ia wajib bagi semua muslim untuk tahu dan memahaminya. Seterusnya membantu dan berganding bahu bersama pihak yang serius ingin menegakkan hukum tersebut seperti Pas terutama sekali ketua nya Tok guru Nik Aziz.
Tetapi malangnya, anda lebih suka dilihat sebagai penentangnya walaupun berada dalam satu negeri yang sama. Anda tidak perlu ke Kuala Lumpur mencari Najib, berhijrahlah ke Pulau Melaka mendalami ilmu agama, barulah anda mampu berhujah secara ilmiah dan islamik. Hukum tentang aurat pun si Najib gagal memahami apetah lagi hudud yang lebih dalam pengisiannya. Disini teserlah bertapa merepeknya anda bersama idea goblok tersebut, hudud itu betul tapi orang yang dicari itu salah. Takkan kereta Mercedes anda rosak, anda pergi ke bengkel motor untuk membaikinya? Pasti anda cari orang yang pakar Mercedes. Begitu juga dengan hudud, ulama seperti Tok guru pasti lebih memahami dan adalah lebih baik untuk kita rujuk melaluinya. Najib tu sape? Ustaz pun bukan...
Aduh pak Berahim..! Awak jangan rasa awak hebat, hentam ulama, hentam pas, tibai anwar, untuk apa? Orang yang jahat, perompak harta negara dan kaki perempuan, awak biarkan saja. Awak ingat awak pemimpin hebat, awak kepala NGO bukan parti politik, tak gagah mana pun Perkasa awak tu. Orang Kelantan fokus pada ISLAM bukan pada bangsa melayu. Orang luar dari Kelantan pun tertarik dengan islamiknya Kelantan, sebagai contoh awak kira lah sendiri berapa ramai artis dan pemimpin DAP datang menziarah Tok guru Nik Aziz. Seekor jin pun belum tentu terpikir ingin menjenguk awak di Pasir Mas. Hudud di cipta untuk seluruh manusia di muka bumi hatta binatang pasti merasa keberkatannya. Tapi awak pejuang melayu haprak, mana reti nak bercakap soal hudud, pastu awak tarik sekali Najib yang memang bingai bab hukum hakam, untuk apa? Awak nak ganti Jamil Khir ke? Kitab-kitab yang dia belajar dulu pun semua dah hilang, sebab tu sekarang die aerguru dengan Najib. Adakah awak teringin menjadi salah seorang murid Najib? Itu dah kira buang masa la...
PERKASA tidak relevan, sekarang orang tengah bercakap perihal kebangkitan ISLAM, penghijrahan ramai artis kepada ISLAM, ekonomi ISLAM seperti dinar dirham, mana ada cerita pasal melayu. Dalam kubur tak tanya kamu ni melayu ke, Perkasa ke? Kamu ingat kamu pakai songkok kamu dikira alim? DR MURSI pakai kot dan tali leher ketika sembahyang, tak pakai kupiah, tapi saya percaya dia jauh lebih alim dari kamu. Hentikan lah kecaman kamu pada Pas. Ini bukan satu nasihat, ini arahan dari anak muda seperti saya yang pasti akan melawan kamu. Saya juga orang Kelantan, selalu ke Pasir Mas, percayalah ramai yg membenci kamu. Letak calon umur 20 lebih pun boleh kalahkan kamu yg merepek tu.
Kesimpulannya, sedarla pak Berahim sebelum terlambat, ingatlah pejuang Islam tak takut pada mati kerana tahu akan balasan syurga, pejuang Melayu pasti enggan mati kerana ingin terus hidup mengangkat nama sendiri.
Wakaka.... Hampa agak-agak la, Najib ada baca dak komen berani mati dengan ayat-ayat maut dari dua pengomen dalam FB page dia... hehe... Pa pun aku nak ucap tahniah la pada dua pengomen tersebut... korang memang terbaek lah....
Kahkahkah...
Dah makin ramai yang sedaq, kapai Umno dah nak karam... Makin ramai ahli gerombolan akan lari tinggalkan Najib...
Cuma aku kesian kat makcik2 neh ja.... Tinggai tiga orang pun masih gatai nak berlarak...
Membongkar strategi APCO di Janda Baik... 'Kaitkan semua yang buruk dengan PAS'
Oleh: Bekas CT UMNO
'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam.
Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR.
Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS.
Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri.
InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri.
KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini.
Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat.
"Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL.
Pada pertengahan April, pengeluar nadir bumi dari Australia ini telah membuat prosiding mahkamah secara berasingan terhadap portal Free Malaysia Today dan SMSL berdasarkan artikel yang berbaur fitnah, yang telah diterbitkan di portal tersebut serta laman blog, masing-masing.
Dalam permohonan injunksi, Lynas Corp mahu kedua-dua pihak yang dilarang daripada menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadap syarikat itu serta ke atas fasiliti Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Syarikat tersebut turut menuntut ganti rugi am dan kos.
Mahkamah Tinggi Malaysia pada mulanya dijadualkan untuk mendengar dalam pertengahan bulan Jun permohonan injunksi, tetapi kemudiannya berpindah hingga Julai 19 untuk memberi SMSL lebih banyak masa untuk memfailkan afidavit balasan.
Lynas Corp berkata ia terpaksa memfailkan aduan kerana beberapa tuntutan SMSL telah melintasi garisan antara perdebatan dan fitnah.
Fasiliti LAMP dibawah Lynas Corp ini sudah berada pada tahap 98 peratus siap di bawah fasa satu pembinaan.- klpos
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sudahlah puak Hadi kata Presiden Mesir yang baru tu serupa Hadi Awang, golongan ulama, Nik Abduh plak berucap tahap intelek zaman batu PAS dulu2. Adus.. makin kukuh la BN nampaknya. Atau at least BN akan kekalkan status quo.
Masa kecik2 dulu, di bawah pengaruh hasutan Ayet dan Siasa Kasturi yang melepak depan surau, gua selalu kencing orang yang tanyakan jalan. Bagi guide yang salah sebelum lari sambil gelak2.
Bila dah dewasa, untuk cari futsal Real 7 Pasir Tumboh, gua plak kena kencing. Pakai kopiah plak tu. Fatah cakap, lepas je trafik lait, seberang jalan tu futsal. Kena u turn depan. Gua tanya kat kedai runcit depan tu, pakcik tu cakap futsal kat Peringat. Hambek!
"Saing oyak kat area sini jer pakcik."
"Dok eh.. Peringat nu. Terus lagi depan."
Penyudahnya, gua sampai futsal 9 lebih. Apa yang gua tengok, apabila kerajaan Kelantan mengecilkan skop entertainment (takda disko halal, takda karaoke halal, etc), budak2 Kelantan menuju ke sukan dalam keperluan entertainment mereka. Penuh dan bersemangat! Mana2 padang / futsal / court badminton penuh.
Inilah sikit2 gambar2 yang gua sedut dari FB rakan2.
Masa gua mula2 masuk futsal Real 7 ni, gua nampak seorang lelaki mirip Cristiano Ronaldo. Nak tegur segan. Masuk lagi ke dalam, gua nampak Mesut Ozil. Ni Real 7 Futsal ke, Real Madrid Futsal ni? Ke gua sedang bermimpi? Cer lu tengok budak baju kuning tu.
Sambutan luar jangkaan dari R. Kempen kat FB jer. Yang hadir lebih 100. Tapis punya tapis, 20 pasukan. Penyudahnya gua n geng tak dapat main, balik kul 3.30 pagi. Huuu..
Kecenderungan belia Kelantan terhadap sukan. Sampai gua kena sound dengan seorang budak. Yang dia blacklist gua sambil menyepak bola tanda marah akibat gua tak pandai jadi pengadil. Kah3.. Baiklah dik. Gua takut lah. Janji lu orang sapot objektif event. Insyaallah.
Mujur Syam yang urut. Kalau Jean Francoise yang urut, kompom budak ni buat report polis dicabul lepas tu. Warghhhh kah3.
Ni la kelibat Cristiano Ronaldo baik dari segi skill mahupun kulitnya.
Lebih ganjaran dengan Air Bag.
Team abang2 sebenarnya banyak mengalah dengan team adik2. Team adik plak macam2 hujah nak menang time bermain. Gua plak jadi pengadil bidan terjun. Team abang2 main bola ikut peraturan. Member sendiri tak bleh pasing keeper sendiri. Team adik2 plak ikut undang2 sendiri. Nak tiup wisel kang, dah rugi masa dengar hujah pelik2. Hahaha.
Team abang2 banyak bungkus awal kerana penangan team adik2. Inilah satu2nya team abang2 yang berjaya ke separuh akhir. Kah3.
Team adik2 yang menjadi Naib Juara pada malam itu. Tahniah. Budak baju kuning tu memang berbakat.
Ni team juara. Presiden R nampak sama umur dah bila dipenuhi oleh team adik2 ni. Kah3.
Aksi wushu team abang2. Tapi keluar saingan jugak sebab gol diorang tak dikira kerana bantahan menggila team adik2. Tak ready la. Tak sentuh bola lagi la. Sebab pengadil adalah politik, maka kepentingan politik diambil kira. Kah3.
"Bey.. dio tu pengadil bola ke, pengadil wrestling?"
"Jeming Hassan tu kee.."
Malam tu baru gua tahu Hamzy bukan kaki bangku. Berbakat budak ni. Tapi kalah gak dengan team budak2. Sebab kalah bertekak. Bila Hamzy nak bertekak, Jeming pun sound... ala.. main percuma je bey.. kah3
Main bola ana tak reti. Main mesej dengan Irene, ana reti la. Puiii..
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dedulu.... ramai yang tak pernah dengar perkataan LIWAT dan ada juga yang tak tahu apa itu LIWAT. Tapi, berkat hasil usaha puak-puak UMNO, maka perkataan LIWAT dan maknanyer begitu familiar dalam kalangan masyarakat di Malaysia, tak kira ler bangsa dan peringkat usia.
LIWAT juga begitu sinomin dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim kerana fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak tak takut dosa terhadapnya.
Fuuuhh... !! Kini, berebut-rebut anak muda yang mahu mendakwa diri mereka diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sana mengaku diliwat oleh Anwar. Sini mengaku diliwat oleh Anwar. Mereka tak pilih orang lain untuk diliwat tetapi mereka pilih Anwar. Mereka tak pilih.... Najib Razak. Mereka tak pilih Muhyiddin Yassin. Mereka tak pilih Mahathir tetapi mereka pilih Anwar.
Fuuuhhyyooo....!!! Nama-nama besar lain, mereka tak sior, wa cakap lu. Begitulah terrer-nya Anwar Ibrahim hingga jadi rebutan ramai. Bukan terrer sebab hebat meliwat tetapi hebat kerana citer fitnah liwat yang dikaitkan dengannyer, menjadi bahan ketawa umum. Kalau ada yang bersedih.... sampaikanlah berita, kisah liwat yang dikaitkan dengan nama Anwar, pasti ceria semula beb!! Kah kah kah... mereka ketawa, wa cakap lu!!
Cerita liwat Anwar sudah jadi bahan lawak. Tak caya, cer baca kat sini. Sikit punyer hebat ke dialogue lawaknyer. Bisa ketawa guling-guling kita dibuatnya. Kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak.... sure johan punyer.
Kalau kita tolong buat orang yang sedang berduka nestapa, ketawa dan gumbira semula, kerana Allah Taala... boleh dapat pahala, kan??
So.... apa kata kita ramai-ramai pakat tulis status dalam FB bagi tahu satu dunia lawak yang kita diliwat oleh Anwar Ibrahim. Pasti banyak pahala kita dapat... sebab kita telah buat satu dunia ketawa dan gumbira dengan lawak kita.
Sedikit nasihat kepada yang empunya badan tukang fitnah.... kalau nak fitnah pun berpada-pada ler. Kalau tak fitnah langsung lagi baik tapi.... oleh sebab menfitnah dah menjadi darah daging awak... berpada-pada ler. Jangan giler nak jadi kaya dan jangan meroyan nak fofular jer. Tak der maknanyer.. Mampoos kalau, kau jawab ler.
Apa-apa pun, mekasih ler kerana sedikit sebanyak, kamu telah menjadikan nama Anwar Ibrahim semakin popular di persada politik negara.
SHAH ALAM, 17 Julai -- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah pertama untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau Syabas apabila ia mengambil keputusan untuk mengenepikan kuasa Syabas dalam memberikan kuasa kelulusan pembangunan kepada projek baru dan juga kilang.
Menurut MStar, Menteri Besar,Tan Sri KhalidIbrahim berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, Pengawal Air Negeri Selangor yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, mempunyai kuasa untuk mengenepikan ataupun menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh Syabas.
Kata Khalid, setakat ini Syabas telah menolak 60 permohonan daripada pekilang.
"Dalam proses untuk memperolehi kelulusan pembangunan, setiap jabatan kerajaan yang berkaitan diperlukan memberi keputusan sama ada setuju, tidak setuju atau wajar dipertimbangkan.
"Syabas akan memberi komen sama ada cadangan itu tidak disyorkan atau disyorkan. Kini kita telah mengarahkan supaya pengawal air Selangor melihat akan keputusan yang dibuat oleh Syabas kerana Syabas bukanlah pihak berkuasa terakhir yang menentukan keputusan muktamad," katanya kepada para pemberita hari ini.
Semalam Khalid telah mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Keputusan untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab Syabas itu memerlukan persetujuan daripada pusat.
Selama ini kata Khalid, kerajaan negeri telah mendelegasikan tanggungjawab dan kelulusan arahan pembangunan kepada Syabas di bawah perjanjian konsesi.
Bagaimanapun tegasnya, kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan delegasi kuasa itu ekoran perkhidmatan Syabas yang mereka dakwa sebagai tidak memuaskan.
"Kini mereka tidak dibenarkan lagi membuat keputusan akhir atau muktamad. Keputusan akhir kini akan ditentukan oleh pengawal air negeri Selangor," ujarnya lagi.
Mengenai langkah untuk mengambil alih pengurusan Syabas, Khalid berkata kerajaan negeri telahpun menulis kepada kerajaan pusat dan juga Syabas mengenai hasrat mereka itu.
Keputusan untuk mengambil alih pengurusan Syabas itu dibuat setelah syarikat konsesi air itu membuat keputusan untuk mencatu penggunaan air di Lembah Klang.
"Kami telah memerhati dan melakukan penilaian mengenai prestasi Syabas sejak enam bulan yang lalu dan kami dapati mereka bertindak tidak profesional dan cuba mencetuskan perasaan bimbang dan panik kepada masyarakat," tegas Khalid.
Dalam perkembangan yang lain, Khalid berkata pejabatnya masih belum lagi menerima surat perletakan jawatan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Latheefa Koya yang diumumkan semalam.-MalaysiaAktif
Nak tau mengapa walaupun bertukar 3 MB daripada UMNO tapi tak dapat-dapat jugak geran tanah??
Senang jer.... Sebab UMNO ni memang suka buli orang Melayu. Mereka memang suka orang Melayu ni jadi bangsa yang meminta-minta. Dengan itu bolehlah mereka tunjuk siapa yang berkuasa agar Melayu patuh pada kehendak mereka. Apa kehendak mereka??
Mandat untuk membolehkan mereka terus berkuasa. Sebab tu... bangsa Melayu di'dera' oleh mereka. Selagi Melayu terus di'dera' selagi itulah mereka boleh terus berkuasa dan bermaharajalela.
Sekarang... setelah mereka didera pulak oleh rakyat dan hilang mandat untuk kekalkan kuasa maka baru rakyat semua tahu bertapa mudah sebenarnya untuk mendapatkan geran tanah. Hendak seribu daya, tak nak kalu... seribu dalih. Siapa perintah masa ni oi...??
Hahahaha.... Pakatan Rakyat ler!! PR lah sebenarnya kerajaan yang mendahulukan rakyat. UMNO pulak hanya pandai menipu rakyat.
Dan, kini... mereka terus mencuba untuk menipu dan mendera rakyat Selangor dengan harapan rakyat akan kembali meyokong mereka. Nak terus bagi air percumalah. Pigiiraahh!! Air percuma hotak derang!! Air dicatu adalah. Celaka punyer Syabas. Main taktik kotor pulak. Dia punya angkara, lepas tu tuduh pulak kerajaan negeri tak pandai urus masalah air.
Weii.... jual balik jer lah saham Syabas kepada kerajaan negeri dan biar kerajaan negeri uruskan from A to Z, segala urusan berkaitan air dan kita tengok siapa lebih hebat mengurus air di Selangor?? Ada berani??
Pasti tak berani punyer. Kalau bagi pada kerajaan Selangor, tak dapatlah lagi si lintah darat ni nak hisap darah rakyat Selangor. Pucat lesi dan kering kecut ler si lintah ttak berdarah lagi!! Mampoos... wa cakap lu!!
Rakyat Selangor kena bijak membuat pilihan. Mau rakyat mamposs atau mahu lintah darat bernama Syabas yang mampos. Untuk mendapatkan kejayaan yang manis, kita kena merasai yang pahit dulu. Bak kata pepatah Melayu... Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ayuh rakyat Selangor. Jadi rakyat yang tahan diuji. InsyaAllah.... Syabas dapat kita seligi dan kerajaan negeri terus kita terajui.
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand. Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan. "Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung.
"Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah...tak cantik," katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.
Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. -BERNAMA
PENULIS mendapat maklumat bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan dicalonkan di parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang adiknya sendiri, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution.
Saifudin yang juga ahli parlimen Machang telah diputuskan akan bertanding di negeri asalnya, Kedah.
Pada yang tidak tahu, Saifudin pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas di Kedah pada tahun 2000 setelah menang pilihanraya kecil tahun tersebut mengalahkan calon MIC. Saifudin bagaimanapun gagal mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004, termasuk tewas di parlimen Padang Serai.
Dalam sejarah pilihanraya negara kita, adik beradik bertanding dalam pilihanraya bukanlah perkara baru. Datuk Shahril Samad (BN-Johor Bharu) dan YB Khalid Samad (PAS-Shah Alam) telah membuktikannya dalam pilihanraya umum yang lepas.
Tapi adik beradik bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen yang sama, itu adalah jarang-jarang berlaku. Mungkin dulu-dulu pernah terjadi tapi setakat dalam pengetahuan penulis, ini adalah kes yang pertama.
Motif sebenar di sebalik tindakan UMNO mencalonkan Sahlan menentang adiknya sendiri di Kulim-Bandar Baharu ini agak memeningkan kepala penulis. Dari sumber yang menyakinkan sebelum ini, Sahlan dikatakan akan bertanding tapi bukan di Kulim-Bandar Baharu sebaliknya di tempat lain, masih di Kedah juga.
Adakah UMNO cuba memecah belahkan hubungan adik beradik yang selama ini kekal baik walaupun berbeza fahaman politik? Saifudin dan Sahlan adalah tenaga penggerak kepada Persatuan Keluarga Ismail Harun Nasution yang berfungsi memastikan keturunan bapa mereka kekal utuh walau apa pun terjadi.
Selain itu, penulis melihat peluang Saifudin untuk menang agak tipis dengan Sahlan sebagai lawannya. Kulim-Bandar Bharu memang diketahui kubu kuat UMNO sejak sekian lama. Tan Sri Kadir Sheikh Fadhir saja telah menjadi ahli Parlimen kawasan tersebut selama 5 penggal sebelum berundur untuk memberi peluang kepada adiknya, Datuk Aziz Sheikh Fadhir pada 2008, tetapi tewas.
Kekalahan Aziz dikaitkan dengan rasa tidak puas hati rakyat Kulim-Bandar Bharu terhadap pentadbiran Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga merupakan satu fenomena nasional sehingga menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3, kali kedua selepas 1969.
Justeru, untuk memastikan kemenangan Saifudin, penulis suka mencadangkan agar beliau dipindahkan dari bertanding kawasan yang sama dengan Sahlan di parlimen Kulim-Bandar Baharu.
Saifudin mungkin boleh dipertimbangkan untuk kerusi parlimen Merbuk yang akan dikosongkan oleh penyandangnya sekarang, Datuk Rashid Din.
Lagipun, calon yang diletak dalam senarai pertimbangan di kawasan tersebut sekarang oleh PKR, Zamri Yusof, tidak sehebat mana dari segi populariti dan karisma yang diperlukan untuk menang, berbanding dengan Saifudin.
Atau mungkin PKR boleh membuat pertukaran kawasan dengan Naib Presidennya, N Surendran yang dicalonkan di kerusi Parlimen Padang Serai yang pernah ditandingi Saifudin pada 2004.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi harus difahami dalam konteks yang bijak. Usah beri ruang untuk akal kita dibodohkan oleh sesiapa kerana Islam mahu umatnya bijak dalam menempuh kehidupan di dunia.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.
Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar. (di sini)
Sewaktu Pilihanraya, semua harus maklum bahawa TIADA kerajaan ketika itu. Maka tiada istilah menjatuhkan kerajaan. Pembubaran Parlimen dilaksanakan dan tiada Perdana Menteri pun ketika itu. Jika ada pihak yang boleh dinisbahkan sebagai Ulil Amri, sudah tentulah ia adalah Raja-raja Melayu, Yang DiPertuan Agong dan Suruhanjaya Pilihanraya.
Namun, seandainya "menjatuhkan kerajaan" itu dilakukan sekarang, sewaktu keamanan dan perpaduan sedang dikecapi, maka ia Haram.
Janganlah kita mudah untuk dibaghalkan dengan berita sedemikian. Fatwa itu adalah ijtihad ulama. Seandainya kamu mendengar hujah yang kamu rasakan kuat dan sohih sumbernya, maka kamu mempunyai ruang untuk mengikut fatwa yang lain. Itulah keluasan Islam. Namun dari sudut ini, Fatwa Dr. Sulaiman Saloomi adalah Fatwa yang dipersetujui ramai Ulama muktabar. Banyak juga hadith-hadith ini dinukilkan dalam kitab Riyadhus Solihin tulisan Imam Nawawi rahimahullah.
Namun, dalam hal ini, saya bersetuju dengan fatwa Dr. Sulaiman Saloomi cuma ia wajar difahami mengikut teks dan konteks semasa.
Kalau kita dengar pengumuman-pengumuman yang di buat oleh 'Bapa Pengumuman Malaysia' iaitu Najib Tun Razak, kita pasti yakin bahawa negara kita ini sebuah negara yang kaya raya..
Manakan tidak... tiada pernah kita dengar beliau membuat pengumuman meluluskan peruntukan berjumlah RM100 atau RM200.. semua pengumuman melibatkan jumlah jutaan RM..
Dan untuk memancing undi pula berbagai pakej disediakan untuk rakyat inipun bila sedar dah rakyat mula menolak UMNO dan Barisan Nasional, kalau tidak jadilah seperti tahun-tahun sebelum 2008..
Kesusahan rakyat hanya mereka sedari apabila Pilihanraya tiba.. pada masa itu terhegeh-hegehlah mereka bertanya khabar rakyat..
Berbalik kepada pengumuman-pengumuman yang telah dibuat oleh 'Bapa Pengumuman Malaysia' iaitu Najib..
Apa yang najib nak tunjukkan sebenarnya dengan pengumuman-pengumuman nya itu,? jika kita selidik kebanyakkannya hanya menguntungkan Kroni UMNO/BN sahaja contohnya Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).
Kalau nak tahu siapa yang memperolehi untung dari baucar subsidi tayar sebanyak RM520 itu sila baca di ( Cenangau )
Malangnya disebalik pengumuman-pengumuman lain yang jumlahnya ratusan juta RM itu.. pihak Sekolah nak beli kertas pun tak ada dana..
Di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.
Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.
Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.
Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.
"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.
"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu..
Sepatutnya.. Najib mengutamakan dana untuk Sekolah dalam segala hal, kerana Pelajar adalah pemimpin masa depan negara bukannya menabur duit merata-rata hanya kerana nak kekal berkuasa..
"SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.
Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :
Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
Bila ada rombakan tu.. faham-fahamlah ya.. pasti akan ada yang disepak keluar..
KENYATAAN MEDIA
18 JULAI 2012
Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses 'Step-In' Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.
Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.
Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.
Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.
Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.
Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)
Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.
Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.
Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :
Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.
Disediakan oleh:
Y.B TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Buat yang bakal disepak keluar tu.. sila hubungi Muhyiddin untuk bantuan.. itupun kalau dia nak bantulah..
Bukit Mertajam - Setelah sebuah laman Blog menyiarkan seorang Mahasiswa telah membuat laporan Polis mengatakan dirinya diliwat oleh Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, muncul seorang lagi Mahasiwa mendakwa dirinya juga diliwat oleh Ketua Pembangkang itu.
Mahasiswa berkenaanyang kini dipercayai sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang 'Bussines Study' di UBP, Bukit Mertajam telah membuat pengakuan di laman Face Book miliknya beberapa hari lalu.
Dari gambar yang tersebar dilaman-laman Face Book dan juga Blog, Mahasiswa tersebut dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pernah dilihat makan bersama Anwar Ibrahim di sebuah Restaurant tahun lalu.
Berikutan dengan pengakuannya itu, beliau telah dinasihati oleh teman yang rapat dengannya supaya menyimpan semua bukti untuk dibawa ke mahkamah.
Mahasiswa tersebut juga telah mengaku sudah tiga hari tidak buang air besar dan mandi demi untuk mengekalkan bukti.
Beliau juga telah disarankan supaya bersumpah laknat di Masjid dan menurut Mahasiswa itu beliau akan mengadakan sumpah laknat di Masjid Sentul kerana menurut beliau itu tempat yang lebih afdal.
Disamping itu atas faktor keselamatan beliau juga mohon agar disediakan jaket kalis peluru untuk tujuan bersumpah laknat tersebut.
Pengakuannya itu telah membuatkan rakan-rakannya yang pernah berada di dalam UMNO melahirkan rasa cemburu mereka terhadapnya.
Ini kerana dengan mengaku dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim populariti Mahasiswa tersebut dijangka melonjak dan perubahan drastik dari segi kewangan akan kelihatan pada dirinya.
Bagaimanapun beliau melahirkan kekesalan kerana tidak membuat pengakuan diliwat oleh Anwar Ibrahim itu sebelum ianya dilakukan oleh Saiful.
Kepada wartawan TV3 dan Utusan yang berminat untuk mewawancara Mahasiswa tersebut bolehlah tinggalkan pesanan dalam Face Book Mahasiswa tersebut di ( SINI )
UPB ialah singkatan kepada Up Town Bandar Perda..
Ha..ha..ha.. semoga dengan tersiarnya laporan ini.. Rangking Blog aku akan berjaya mengalahkan Blog GreenBoc, MiLo SuaM dan juga AmenoWorld bagi membolehkan aku menjadi Top Blogger Pro PR...
Alaaa.. macam mamat ni buatla.. nak naikkan rangking sebar cerita liwat 3.. baca pendedahan mengenainya di SINI
Sebenarnya yang mengelarkan Cyber Trooper UMNO/BN itu sebagai lembu bukanlah aku.. sebab aku ni dari sejak dilahirkan memang sangat berbudi bahasa.. ha..ha..ha.. tetapi salah seorang dari Penganjur Konvensyen Media So sial 1Malaysia sendiri..
Menurut seorang Blogger Pro UMNO gelaran yang diberikan kepada Cyber Trooper UMNO/BN itu telah dinyatakan kepadanya apabila beliau bertanya apa tujuan Konvensyen itu diadakan ketika pelancarannya oleh Najib tahun lepas di PWTC.
Dalam pelancaran tersebut berbagai hadiah telah disediakan untuk cabutan bertuah antaranya IPAD2, Blackberry Torch, Samsung Tab 10.1 daniPhone4 yang disediakan kepada peserta yang bertuah.
Baca petikan dari Blognya ini..
Jadi tak salahlah kan kalau aku kata Najib merekrut 10,000 lembu-lembu sebagai Cyber Trooper UMNO/BN?
Kalau ada Blogger atau Cyber Trooper UMNO/BN yang terbaca artikel ni.. jangan marah kat aku.. sebab aku hanya menyampaikan.. he..he..
10,000 Cyber Trooper tu Kit Siang yang kata.. baca kenyataannya di bawah ni..
Pengambilan 10 ribu Cybertrooper UMNO-BN adalah anti-nasional
Pada bulan November tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut 2,000 pengguna media sosial yang telah menghadirkan diri sebagai angkatan tentera baru pahlawan siber UMNO-Barisan Nasional.
Semenjak itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial telah diadakan di negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Seperti yang ditekankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dalam pelancaran edisi Selangor padabulan lepas, "cybertrooper" UMNO-BN haruslah "menyerang balas segala fitnah yang sedang berlaku di laman-laman sesawang".
Tambah beliau, "Jika orang ramai mahu terus 'tweet' yang 'Bersih itu bersih' orang ramai akan percaya bahawa gerakan tersebut adalah tulen. 'Tweet' balik dan katakan yang Bersih itu kotor".
Najib harus menjelaskan mengapa dana awam harus dibelanjakan untuk merekrut angkatan tentera lebih dari 10,000 'cybertrooper' UMNO-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang, tidak kiralah melalui Biro Tatanegara (BTN) atau Sekretariat 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang membayar cukai juga wajib diberi penjelasan jumlah daripada peruntukan dana awam yang telah digunakan di atas setiap satu Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sejak bulan November lalu untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN, terutama sekali yang menyamar di bawah program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia kini mula khuatir mengenai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Najib yang berusaha untuk merekrut 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN sememangnya anti-nasional dengan tidak mengendahkan objektif 1Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang beretika, harmoni dan bersepakat.
Ini jelas dapat dilihat oleh konvensyen media sosial anjuran BTN dan Sekretariat Media Sosial 1Malaysia pada hari Sabtu di mana Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Mohd Zaini Hassan telah mengesahkan lagi kewartawanan yang tidak beretika dan tidak jujur dalam memutarbelitkan fakta serta menjadikan yang palsu itu benar.
Inilah kesalahan Utusan dalam tiga tahun Najib sebagai Perdana Menteri, penyebaran perkara yang palsu sebagai fakta, samada dalam berita muka hadapan Utusan baru-baru ini yang melaporkan yang DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13 untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan untuk melantik Perdana Menteri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada kempen kejam untuk mengapikan-apikan sentimen dan syak wasangka di antara kaum, menakut-nakutkan rakyat serta dakwaan awal bahawa DAP mahu menubuhkan Malaysia di mana agama rasminya Kristian dan perlantikan Perdana Menteri beragama Kristian atau untuk menubuhkan satu Negara republik dan memansuhkan sistem raja-raja berperlembagaan.
Walaupun wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli Kc yang membuat laporan mengenai ucapan Zaini, telah dihalau daripada Konvensyen Media Sosial ( baca di SINI ), ianya disebabkan laporan yang dibuat berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Pengarang Utusan adalah secara jujur dan bertanggungjawab dan bukan diputarbelitkan.
Ini juga merupakan sebab mengapa tidak ada di antara Zaini, BTN atau Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang telah menafikan ketepatan kenyataan Zaini bahawa "Memutarbelit untuk menyerang pihak pembangkang dianggap ok" dengan contoh daripada Utusan yang "memutarbelit" untuk menyebarkan berita yang berunsur palsu dan bohong.
Saya telah berpeluang untuk mendengar rakaman ucapan Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia dan saya boleh mengesahkan bahawa apa yang telah dilaporkan oleh Ahmad Fadli Kc adalah benar dan tepat.
Dalam pada itu, Rais patut menjelaskan mengapa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia pada sesetengah masa dilihat sebagai 1Malay - yang jelas menentang objektif 1Malaysia.
Dalam Konvensyen Media Sosial Selangor pada bulan lepas, Rais telah berkata yang kaum Melayu mesti bersatu padu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk memastikan hak-hak mereka tidak dirampas oleh pihak pembangkang.
Menurut Rais, Melayu mesti "faham akan identiti mereka" dan "tahu akan hak-hak mereka".
Katanya lagi, "Sebab mengapa kita hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya umum 2008 adalah kerana Melayu telah lupa diri sendiri".
"Bagi sesebuah komuniti untuk kekal berkuasa, mereka haruslah faham akan kekuatan bilangan majoriti dalam politik, di mana kata sepakat bilangan majoriti dapat menentukan sesuatu".
Tiada siapa akan berasa hairan jika Rais telah membuat kenyataan dalam mana-mana acara UMNO di mana pemimpin UMNO mendapat inspirasi daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada Perdana Menteri, dengan menolak polisi 1Malaysia, terutamanya deklarasi Muhyiddin bahawa beliau Melayu dahulu dan kemudian warga Malaysia.
Bukankah deklarasi Rais dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia amat tidak bertempat apabila beliau telah membuat deklarasi akan kesetiaannya kepada laungan Muhyiddin "Melayu dahulu, kemudian warga Malaysia" dan berpisah daripada polisi 1Malaysia?
*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Lembu-lembu rupanya yang direkrut Najib sebagai Cyber Trooper.. patutlah tak ada hasil..
Tak ada hasil itu pun bukan aku yang kata tapi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Mohd Zaini Hassan dengar di ( SINI )
Keseluruhan pendedahan oleh Blogger Pro UMNO/BN itu sila baca di ( SINI )
Akhirnya sebab PapaGomo secara tiba-tiba mengeluarkan satu artikel mengenai kononnya seorang Mahasiswa telah membuat laporan Polis beliau diliwat Anwar Ibrahim terjawab..
Meskipun beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya tetapi apabila pihak Polis mengeluarkan kenyataan bahawa Polis tidak menerima laporan seperti didakwa si PapaGomo itu, beliau mula meroyan di Twitter pula..
Menerusi Twitter miliknya dia menulis meskipun Polis sahkan tidak ada laporan liwat dibuat Mahasiswa semalam, beliau memiliki maklumat lengkap tentangnya..
Tulisnya lagi.. beliau adalah seorang yang bersikap tenang dan sabar bila ianya melibatkan bahan yang penting dan dakwanya kes Liwat 3 ini pasti akan meletup ..
Itu tulis si PapaGomo dalam Twitternya.. lihat di ( SINI )
Ada sahabat yang mengatakan beliau hanya mahu meningkatkan jumlah aliran traffik yang masuk ke Blognya kerana beliau telah berada ditempat teratas dalam senari Blog Pro UMNO hanya kerana menyiarkan video lucah..
Rafizi Ramli pula mendakwa, tindakan si PapaGomo menyebarkan fitnah itu menunjukkan UMNO berada dalam keadaan panik untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan dengan skandal-skandal rasuah membabitkan Najib .
Nampaknya pandangan sahabat dari Selatan tanah air itu yang mengatakan si PapaGomo hanya mahu meningkatkan jumlah aliran traffik lebih tepat..
Ini kerana si PapaGomo mula menyedari kedudukannya sebagai Blog yang teratas dalam carta Blog Pro BN telah mula tergugat sebenarnya..
Kedudukan Blog beliau mula dihampiri oleh sebuah Blog ProBN yang lain pada 16 Julai, lihat carta dari KLXpress di bawah..
Dari carta kedudukan atau ranking terbaru kedudukan Blog Pro BN yang dikeluarkan oleh KLXpress pada 17 Julai menunjukkan Blog APA telah berjaya menewaskan si PapaGomo..
Beliau telah dtewaskan oleh sebuah Blog yang pemiliknya telah menjadi mangsa tumbukannya… baca di ( SINI ) kisah itu.. kah..kah..kah..
Patutlah meroyan sangat.. ranking jatuh.. value pun turut jatuhlah kan? susah sikitlah nak demand.. Lagipun Raya dah dekat…
Ni pula senarai Top Blog Politik..
Senarai pada 17 Julai itu telah diambil dari Blog APA yang menjadi mangsa tumbukan si PapaGomo..
Saudara Azmi @ APA berbaju hitam
Tahniah diucapkan buat Blogger APA kerana berjaya membuktikan kepada masyarakat Malaysia, tanpa menyiarkan artikel berunsur lucah seperti PapaGomo anda berjaya berada ditempat teratas dalam carta Blog Pro BN..
KUANTAN, 18 Julai - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan(foto) diminta menjawab satu dakwaan beliau telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan peruntukan kerajaan melalui Yayasan Hawa (Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang) bagi kepentingan peribadinya, ketika beliau memegang jawatan Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Pahang dulu. Berdasarkan maklumat, Maznah telah menggunakan dana kerajaan sebanyak RM82,000 untuk kegunaan peribadi beliau pada kempen Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Maznah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muazdzam Shah dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rabidin Kasmawi dengan majoriti sebanyak 2,520 undi. Beliau mendapat 6,681 undi sementara calon PKR itu hanya mendapat 3,161 undi. Maznah yang ketika itu merupakan Exco Pahang, kemudiannya dilantik sebagai Senator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memegang portfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 9 April 2009. Pemergian Maznah ke pusat menyebabkan tiada lagi wakil Wanita UMNO Pahang dalam barisan Exco Kerajaan Negeri dan portfolio beliau diambil alih oleh Dato' Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) sehingga sekarang. Apa yang dipertikaikan rakyat ialah tindakan Maznah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengagihkan dana kerajaan menerusi Yayasan Hawa yang ketika itu (2008) berada di bawah portfolio beliau?. Berdasarkan dokumen, kejadian berlaku semasa kempen PRU-12 lalu. Pada tarikh 27 Februari 2008, cek tunai berjumlah RM42,000 telah ditunaikan dan kemudiannya telah diserahkan sebanyak RM40,000 kepada Maznah selepas mesyuarat exco. Manakala sebanyak RM2,000 lagi telah diserahkan kepada individu bernama Tuan Hj.Ismail Abu Bakar (Ketua Pembantu Tadbir di Lembaga Pembangunan Tioman) pada tarikh yang sama. Semua bayaran dibuat atas perkara "penginapan, belanja dan pelbagai". Kemudian pada 3 Mac 2008 iaitu semasa kempen PRU-12 sedang berjalan satu lagi cek Yayasan Hawa berjumlah RM37,000 telah ditunaikan. Pada tarikh itu juga, dua kali serahan wang tunai sebanyak RM7,000 telah pun dibuat kepada Tn.Hj Ismail.
Sila klik untuk besarkan imej dokumen yang dipaparkan dibawah ini
Bukti, salinan dokumen penyelewengan Maznah Mazlan guna dana kerajaan untuk berkempen pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008) yang telah lalu
Kedua-dua jumlah ini dibuat atas perkara "program rumah ke rumah dan kereta 4 X 4" bagi kegunaan Maznah berkempen ketika itu. Jumlah keseluruhan yang digunakan ialah sebanyak RM49,000 dan kemudian bakinya sebanyak RM33,000 telah diberikan kepada individu bernama Imelda yang merupakan Pembantu Khas (PA) Maznah Mazlan pada tarikh 13 Mac 2012 iaitu lima hari selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan. Penyerahan tersebut telah diperakui oleh Idros Yahya (Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang) Kesemua jumlah wang Yayasan Hawa yang digunakan ialah sebanyak RM82,000. Bukti tandatangan Imelda juga turut disertakan sebagai mengesahkan lagi adanya penyelewengan peruntukkan wang kerajaan ini.
[Kredibiliti dan ketelusan Dato' Maznah Mazlan semasa beliau menjadi Exco Pahang juga banyak dipertikaikan. Sebagai Exco pelancongan kebanyakan projek dipercayai telah diberikan kepada anak buah dan konco-konconya tidak kira dapat 'deliver' atau pun tidak. Lihat saja apa jadi dengan platfom IT pelancongan di Pahang ketika Maznah menjadi Exconya. Dengar khabar hinggakan laman web negeri pun diberikan kepada seorang pemimpin pemuda UMNO yang langsung tidak berkemampuan menyempurnakan projek tersebut. Sebaliknya ada sumber mengatakan bahawa si pemuda UMNO itu memegang nama dan alamat sebenar laman web pelancongan Pahang dan tidak mahu berganjak selagi permintaannya tidak dipenuhi ketika itu. Ini antara perkara yang membabitkan Maznah sebenarnya. Ada banyak lagi kontrak serta projekberkaitan pelancongan di negeri itu setengah masak, tidak profesional dan terbengkalai akibat tindakan Maznah memberikan kepada kontraktor tidak berwibawa yang ada hubungan rapat dengan beliau atau proksi-proksinya. Kini Maznah amat selesa menjadi Timbalan Menteri dan khabarnya beliau gemar menyimpan kereta Porsche dirumahnya. Beliau (Porsche Canyen) dan seorang anaknya yang sering berulang alik ke Kuantan kini menggunakan kereta mewah tersebut tanpa segan silu. Hidup bermewah-mewah keluarga Maznah sudah diketahui oleh umum dan menunggu masa untuk didedahkan selepas ini. Oleh itu kepada mana-mana pemimpin UMNO Pahang digesa berhenti menipu rakyat dan jangan fikir sewenang-wenangnya mereka boleh menipu serta menyelewengakan wang rakyat. Sudah tiba masanya, segala bukti-bukti akan didedahkan untuk dinilai oleh rakyat pada PRU-13 ini. Masanya sudah tiba untuk berubah!].
KUANTAN, 17 Julai - Himpunan Hijau ke Putrajaya anjuran PAS Kawasan Paya Besar di sini semalam disambut meriah dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Program yang bermula sekitar jam 6.30 itu dihadiri oleh para penyokong PAS yang berpakaian hijau termasuk Ustaz Yusof Embong (foto), Yang Di Pertua PAS Paya Besar sendiri. Pengacara Majlis, Ustaz Tarmizi Yahya mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan mereka kemudian dijamu dengan makan "gulai kawah".Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah turut diadakan di hadapan markas terbabit. Hamparan dan sejadah dibentangkan untuk memudahkan orang ramai bersolat sekitar jam 7.45 petang. Sementara itu, Mahfuz Omar pula dilihat hadir sekitar jam 7.00 petang untuk sama-sama bersolat. Pada sebelah malamnya, satu ceramah umum telah dijalankan menampilkan Ustaz Yusof Embong, Dato' Hj.Mahfuz Omar dan Datuk Ramli Buyung iaitu Naib Presiden Kanan Felcra Berhad. Datuk Ramli yang berasal dari Kg.Sempadan, Lanchang itu dipercayai telah mengisytiharkan menjadi ahli PAS seumur hidup di Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Pahang dekat Kerdau pada 1 Julai lalu. Dalam ceramah malam tadi, Mahfuz banyak menjelaskan tentang penerimaan rakyat berbagai golongan terhadap parti PAS. "Dulu, mana-mana tempat ada pondok (madrasah) dan sawah padi maka disitu ada PAS... tengok kat mana PAS kuat?. Di Kelantan, Kedah, selatan Perak, Pulau Pinang dan utara Selangor. Tapi sekarang... mana tempat yang ada sekolah dan pejabat kerajaan... maka di situ ada PAS... kalau tak percaya pergi tanya ... maknanya sekarang PAS dan diterima oleh semua .. maka itulah kita tak hairan ramai golongan profesional masuk PAS.. malah lebih mengejutkan ramai juga artis dan selebiriti kini masuk PAS... siapa sangka semua ni berlaku. dan ia tidak pernah dijangka, sebab itu UMNO semakin takut dengan PAS", kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sementara itu, dalam ceramahnya Datuk Ramli Buyung lebih banyak menceritakan tentang pengalaman sewaktu beliau berkhidmat dengan kerajaan. Beliau juga mendedahkan ramai lagi rakan seperjuangannya dalam agensi kerajaan akan menyertai parti PAS tidak lama lagi. "Saya sudah lama menyokong PAS, tapi masa tu masih berkerja dengan kerajaan. Kita kena pandai bawa diri sebab kita kerja kerajaan. Tapi secara diam-diam, hati saya memang sudah melekat dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Saya melihat UMNO BN kini bukan lagi sebuah parti yang relevan untuk membela rakyat Malaysia, Korupsi dan rasuah berlaku setiap hari bahkan amat membimbangkan", kata beliau. Sekitar dua ribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir ke ceramah malam tadi.
[Ketiadaan seorang pun pimpinan Pakatan Rakyat daripada PKR dan DAP pada majlis anjuran PAS kawasan Paya Besar semalan sungguh memusykilkan ramai pihak. Sepatutnya pimpinan pakatan rakyat yang lain datang bersama-sama memberi sokongan kepada program seperti ini. Soalnya, mana hilang Ketua Cabang PKR Paya Besar atau DAP?. Sepatutnya mereka menghantar wakil masing-masing jika pun mempunyai agenda lain pada hari tersebut. Sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan program sebegini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai kesepakatan antara sesama parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Apapun, pihak PAS juga perlu mengundang lain-lain pemimpin parti untuk bersama dalam program mereka jalankan di masa akan datang].
Selasa 17/7/2012 puak parti pencacai nampaknye terdesak dan sanggup menipu student. kisanya bermula begini. kawan2 uitm segamat diberitahu ade perlawanan netball di muor ptg ini. maka dgn semangatnye mereka satu bas dr uitm menuju ke muar ditambah pulak akn diberi elaun. sesudah smpai,alih2 yg ada sambutan jalur gemilang dan student2 ini disuruh pulak duduk di kerusi yg disediakan dari ptg td smpai la ke saat teks ini ditulis,dgr ceramah yg pasti ade elemen2 b.n itu dan ini propaaganda b.n,satu malaysia dan ntah hape2 lg yg dicanang,nyanyi lagu hrm jadah dan sebagainya. netball entah kemana dan elaun yg diberi cume rm5 utk student u sedangkan kroni2 pak menteri dpt setengah juta utk berniaga atas angin.yg hangin lg kerana merendahkan mrtabat mahasiswa dgn menipu program, yg kesian kerana mahasiswa ini ditipu hidup2 untuk memenuhkan kerusi kosong yg ade.gua mewakili kawan2 yg mengadu dkt wa ini merasa kami ini cuba dikambing biri biri dgn cubaan membasuh otak seperti ini oleh parti pencacai ini.perkara seperti ini dilihat sudah bnyak berlaku.
Diharap tuan dpt membuat kupasan artikel di merdekarview atau di mana2 kolum tentang cubaan membasuh otak/kambing biri2/lembu cucuk idung/suntik ideologi. ini dikhuatiri akan menyebabkan mahasiswa ini terus percaya bulat2 berita sajian milik pencacai seperti utusan meloya dan berita hairan tanpa usul periksa dan filter2 nya.lalu mahasiswa yg bijak pandai ini akan dibodohkan oleh berita yang tiada nilai faktanye. yg brani kerana benar ,student pengurusan maklumat uitm segamat,
TEKS BERIKUT DIEMBARGO SEHINGGA 5:30 PTG 17HB JULAI 2012
UCAPAN PENANGGUHAN SENATOR DR SYED HUSIN ALI DEWAN NEGARA 17 JULAI 2012 ALIRAN KELUAR KEWANGAN HARAM
tukar tiub siarkan pada jam 15:31
Izinkan saa membangkitkan dalam ucapan penangunguhan ini soal aliran kewangan haram, walaupun soal ini pernah ditimbulkan dalam Dewan Rakyat dan juga di luar Dewan. Sebabnya ialah jawapan yang telah diberikan kepada soalan ini masih belum memuaskan.
Pada umumnya aliran keluar wang haram melibatkan modal yang diperolehi dan dipindahkan atau digunakan secara haram dan tanpa rekod. Modal atau wang itu biasanya diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti korupsi, penyembunyian kekayaan dari cukai, untung dari perdagangan tidak halal dan kegiatan jenayah.
Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi. Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2008 jumlah wang haram yang keluar dari Malaysia adalah sebanyak $291 billion, manakala sehingga 2009 jumlahnya ialah $337 atau lebih RM1 trilion (iaitu RM1000 bilion). Jikalau pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan angka-angka ini, saya harap Menteri Kewangan membuat bantahan secara rasmi dan terbuka.
Di Malaysia pengaliran wang haram ini melonjak lebih tiga kali ganda dari $22.2 billion (RM67.7 billion) pada tahun 2000 kepada $68.2 billion (RM208 bilion) pada tahun 2008. Ini merupakan kadar lonjakan paling besar dibandingkan dengan negara-negara lain. Pada tahun 2009 jumlahnya kurang sedikit, iaitu kira-kira $47 bilion (RM145 bilion). Mengikut laporan tadi, kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.
Kebetulan, lonjakan besar yang berlaku ini ialah dalam tempoh dua tahun berikutan pilihanraya umum pada bulan Mac 2008, manakala UMNO-BN telah kehilangan majority dua-pertiga dalam Parlimen. Adakah perkara ini berlaku akibat takutnya sesetengah golongan kaya dengan keputusan pilihanraya itu? Saya harap jumlah aliran keluar bagi tahun-tahun tersebut tidak terus melonjak oleh kerana ada ketakutan sesetengah pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut akan prospek buruk UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.
Jelas bahawa jumlah sebanyak lebih daripada RM1000 bilion wang haram yang mengalir keluar dalam tempoh tahun 2000 hingga 2009 itu bukan sahaja besar bahkan serius. Ia berjumlah lebih daripada lima kali ganda Anggaran Belanjawan 2012 yang lebih kurang RM182 bilion itu. Fikirkan betapa berfaedahnya jika wang atau modal sebanyak ini boleh digunakan sebagai pelaburan dalam negara.
Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion. Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut.
Seperti yang disebut tadi, dari segi ekonomi, dan bahkan juga politik, soal aliran keluar kewangan haram ini adalah besar dan serius. Kita perlu mempunyai maklumat yang terperinci mengenainya. Seterusnya, perlu ada dasar yang tegas serta berkesan untuk membendungnya. Memang tidak mungkin kita menghapuskanya sama sekali. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita harus mengambil langkah-langkah yang rapi untuk mengawalnya. Jikalau perkara tersebut boleh dikawal, kita mungkin tidak perlu berhutang ataupun terlalu mengharapkan pelaburan asing untuk pembangunan negara dan kemajuan rakyat.
Sehubungan ini saya ingin mengemukakan beberapa soalanyang sya harap akan dijawab oleh Menteri Kewangan dengan memuaskan.
1. Berapakah jumlah pengaliran keluar wang haram bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?
2. Setakat yang diketahui, apakah golongan atau golongan-golongan yang paling banyak sekali mengalirkan keluar kewangan haram dari negara ini?
3. Setakat yang diketahui juga, ke negara atau negara-negara manakah wang haram itu paling banyak mengalir?
4. Apakah dasar kerajaan terhadap aliran keluar wang haram ini dan seterusnya apakah tindakan atau tindakan-tindakan yang telah dan boleh diambil untuk mengawal atau mengurangkannya?
5. Adakah wujud undang-undang untuk menghukum mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan pengaliran keluar wang haram itu? Apa hukumanya?
Terima kasih. Dr Syed Husin Ali
JANGAN LUPA MALAM INI
JAM 10:30 SANDIAWARA RADIO bik mama bomoh puaka sila layari radio punk rock sila layari radio counter culture sila layari radio menghasut sila layari radi bangsar utama
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk A. Samad Said yakin rakyat akan turun ke jalan raya dengan jumlah lebih ramai dari Bersih 3.0 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti hasil penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Maka sebab itu, katanya Bersih cuba mencadangkan agar semua lapan tuntutan Bersih 3.0 diterima dengan sebulat suara demi masa depan negara seiring dengan zaman kebebasan untuk rakyat bersuara.
"Itu saja jalannya," jawab beliau ringkas terhadap soalan sekiranya PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN) apakah tindakan rakyat selanjutnya yang ditanya oleh seorang peserta Program Rakyat: Ke Arah Pilihanraya Bersih yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.
Katanya, daripada lapan tuntutan Bersih 3.0 hanya satu tuntutan ditolak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu berkaitan masa kempen yang panjang kepada 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama.
Walau bagaimana pun tempoh kempen yang sebelum ini 7 hari dilanjutkan kepada 10 hari.
Namun, ujarnya cadangan yang dikemukakan oleh PSC ke Parlimen seolah-olah tidak mendapat perhatian, maka tiada jalan lain melainkan rakyat beramai-ramai turun ke padang atau jalan raya bagi menyatakan tidak setuju dengan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
8Tuntuntan dari Bersih 1-3
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Panaaaaaaaaasss!!! TPM yang duk berangan nak jd PM lps PRU13 ni mula cari pasal dengan MCA. Muhyiddin dalam mesyuarat agung Umno Bahagian Batu pada Ahad lalu didakwa telah menuduh parti komponen BN khususnya MCA dan MIC gagal memahami sentimen golongan Cina dan India. Secara sengaja beliau telah menyinggung perasaan pemimpin parti komponennya dengan menuduh MCA "tidak memahami" sentimen golongan Cina.
Muhyiddin yang menyebut parti MCA secara khusus berkata, beliau tidak faham mengapa parti itu tidak boleh "membaca" sentimen masyarakat Cina. "Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya. Muhyiddin juga berkata masyarakat Cina tidak akan menyatakan perasaan mereka dengan bebas apabila didekati BN, tetapi akan berbuat demikian melalui pihak ketiga. Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan. Muhyiddin berharap MCA dan MIC akan mencontohi perkara itu.
Maka panas la hati Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beliau bantai kenyataan TPM Muhyiddin yang dia gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan. "Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, timbalan perdana menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya. Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah. Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia. Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily.
UMNO dan MCA dah mula nak bergaduh!
Mat Sembab dah mula berbunyi..
Hj Najib Dam Dam berpeluh nak jawab kat Lebai Soi Lek
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
VIDEO YANG BUKAN SETAKAT PENYOKONG PR KETAWA TAPI PENCHACAI UMPORNO PUN AKAN TELAN AIR LIUR BEB, KAH KAH KAH !
Seperti yang gua cakap lah... video ni kalau lu orang penyokong Pakatan Rakyat (PR) tengok pasti lu orang boleh tergelak gila beb... kah kah kah... dan kalau penchacai Umporno tengok pulak pasti dia orang akan telan air liur dan teringatkan kata-kata Tun Madey "dah berpuluh tahun yang cerdik pandai tak memasuki Umporno" kah kah kah... Lu orang penchacai jangan marah gua... kalau Lu nak marah Lu marah lah Pemimpin Kesayangan Lu orang yang pernah membuat Umporno mampos pada tahun 1987... kah kah kah !.
Video ni gua jumpa semasa sedang cari cerita kat facebook... dengar bunyi tajuk nampak menarik... tapi bila dah tengok memang sah penchacai Umporno yang bagi nama kat video ni sebenarnya yang letak otak kat kepala lutut... kah kah kah... ada macam ini punya penceramah dia pergi masuk kan dalam you tube... kah kah kah... memang betul lah kata Tun Madey... kah kah kah !.
Apa yang difahamkan beliau ni bernama Datuk Profesor Kamarudin Kachar yang juga Presiden Majlis Perunding Melayu (MPM) dan ada yang kata beliau Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu... senang cerita boleh dikata NGO pro Umporno atau dalam bahasa simbolik nya Barua Umporno... kah kah kah... beliau juga mengatakan beliau seorang Persara Askar Wataniah berpangkat Kolonel.
Tapi tak ada pula gunakan nama Kolonel bersara pada awal nama beliau seperti Kolonel-Kolenel yang lain selepas bersara... mungkin sebab beliau hanya Askar Wataniah aje kot... tak ada hal lah Askar betul ke atau Askar Wataniah... yang penting perlu ada kebanggaan menjadi Askar dan bukan hanya berbangga macam bekas Kolonel ni dikala hendak mencari nama... kah kah kah !.
Seronok betul gua tergelak dengan gelagat beliau yang bunyi meneran macam orang nak melepas pun ada... macam orang mabuk todi pun ada apabila tersasul-sasul bila bercakap... siap kata pak saudara dia kebal lah apabila ditembak... tapi lepas tu mati hanya kerana ditikam... kalau dah mati ditikam kebal apanya... kah kah kah... yang pasti penchacai Umporno pasti menelan air dan ketawa terbahak-bahak walaupun tidak merelakan apa yang bekas Kolonel ni cakap... kah kah kah !.
hemmmmm..... sepatutnya umporno panggil beliau buat laporan polis dan seterusnya jadi saksi perbicaraan mat sabu di pulau pinang tempoh hari... baru lah tak akan terjadi saksi pendakwa panggil mat sabu you is my brother... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee... A B U.
Blog Mat Indera
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.