dollah yankee Posted: 11 Aug 2013 09:32 PM PDT 'Sindrom takut' Posted: 11 Aug 2013 02:47 AM PDT Kehidupan harian gurkah-gurkah politik di'port' secara tiba-tiba bertukar dan berubah sekelip mata. Mereka sudah tidak lagi berani pergi ke Bank, dan urusan perbankan mereka kini banyak dilakukan melalui 'on-line banking'. Mereka juga sudah tidak lagi berani makan-makan diluar, terutamanya dikedai-kedai mamak yang merupakan tempat terbuka ketika hari malam. Mereka juga sudah tidak lagi berani berjalan-jalan di sekitar jalan Penang dan jalan-jalan sibuk yang lain kecuali ke komplek-komplek membeli-belah yang ada ramai orang ramai. Mereka juga sudah tidak keluar malam, dan kalau keluar pun mereka akan cuba balik ke rumah sebelum jam 9 malam. Mereka bukanlah sudah kena penyakit yang bernama sindrom ketakutan. Kah..Kah..Kah.. tetapi mereka sudah mula merasakan yang jalan-jalan didalam bandaraya ini dan Negara kita ini sudah tidak lagi selamat.Mereka sudah jadi penakut, takut kepada peragut-peragut yang sering 'berkelewar' dan mengintai mangsa-mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk 'strike'.Mereka juga takut rumah mereka akan dipecah masuk sebab rumah-rumah pegawai polis polis dan rumah pak menteri juga tak terlepas dari sasaran apa tah lagi rumah gurkah-gurkah ini. Mereka jadi takut, takut ditembak walaupun gurkah-gurkah ini bukan lah taukey-taukey besar atau 'tokan-tokan' besar tetapi mereka takut terkena tembakan dari peluru sesat yang disasarkan kepada orang lain.Tetapi Pak Menteri kita masih tetap 'cool' dan cuba memperbodohkan kita dengan 'statement' dan statistik 'gila 'mereka ...dollah yankee - Nak cari dan beli pistol lah nampak gaya... | |
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 11 Aug 2013 09:11 PM PDT Undi Pos dan Awal menangkan BN... (LM) Posted: 11 Aug 2013 07:47 PM PDT BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awalTerima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre.
| Izzah menambah-parahkan luka TunM? (LM) Posted: 10 Aug 2013 09:52 PM PDT Dalam begitu ramai tokoh, Puteri Reformasi Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai juga yang dijemput bagi melancarkan buku Pak Lah di Singapura.
Sudah semestinya Pak Lah dan para penasihat beliau mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk memilih YB Nurul Izzah melancarkan buku yang bakal merobekkan sisa-sisa usia Tun M.
| |
RAKYAT MARHAEN Posted: 11 Aug 2013 09:04 PM PDT - Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi
- Antara Indon, Mesir, Palestin...
- Kena BOM: Objek disangka lampu suluh
- Kena BOM: Siapa yang hendak dibunuh?
- Malaysia Selamat: Azab kaki dihiris lima penculik
- Malaysia Selamat: Rakyat Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan.....
- Malaysia Kita: Depa bom pula,Anwar dah 66,Pak Lah mula mengamuk,KL jadi kota Banglasia dan bayi diselamatkan dari kereta terbakar...
- Malaysia Selamat: Kenapa Senjata Api Tiba-Tiba Mudah Didapati ?
- Malaysia Selamat: Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera
- Malaysia Selamat: Industri pelancongan terjejas dengan kes tembakan selepas jerebu
- Malaysia Selamat: Mati Kena Bom Atas Kereta Abang Ipar
- Where are the guns coming from?
- Malaysia Selamat: Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup
- Protests Erupt As Egypt Set to Clear Camps
- Crackdown on Cairo protests reportedly imminent
- Police set for Cairo protests action
- Muslims celebrate Eid amid bombs, threat of violence
- Car Bombs Kill Nearly 80 In Iraq, Target Eid Festivities
- Floods leave more than dozen dead in Sudan
- Air strike kills dozens in Syria's Latakia
- Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak
- Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ?
- Syria - A close call for al-Assad?
- Air strike kills dozens in Syria's Latakia
- Children join Egypt's protests despite risks
Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi Posted: 11 Aug 2013 05:09 PM PDT Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre. Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland). Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat. Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre. Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters. Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN. Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media. Read More / Baca Lagi >> | Antara Indon, Mesir, Palestin... Posted: 11 Aug 2013 05:06 PM PDT Oleh AHMAD MUHAJIR APA akan jadi dengan krisis dan kudeta tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fatah as-Sisi terhadap pemerintahan sah Presiden Dr Moham ed Morsi? Kita tidak boleh berandai-andai dan terlalu awal membuat kesimpulan, yang pasti apa pun gerakan 'jahat' ini namanya, apakah tamarrud (pembangkang), atau tajarrud (tidak Fatah dan tidak Morsi) ataupun talibarut, yang pastinya mereka ada kaitan rapat dengan Amru Musa, bekas menteri luar Mesir, yang merupakan ejen Mossad di Mesir. Belum lagi Muhammad el Baradey, semasa dia menjawat ketua pengarah Badan Tenaga Atom Antarabangsa, ikut memusnahkan Iraq sebelum kejatuhan Saddam Hussein dengan fitnah adanya bom nuklear di bawah simpanan pemerintahan diktator itu. Apa yang pasti Dr Morsi, dijatuhkan secara batil dan tidak sah. Mereka yang menjatuhkan beralasan kerana 'dosa' Morsi terlalu banyak. Padahal 'dosa-dosanya' adalah jasa-jasa pemerintahan Morsi yang baru setahun jagung, yang sangat luar biasa: 1. Menghantarkan Mesir dalam masa setahun, ke arah persediaan bahan makanan yang mencukupi. Padahal zaman Hosni Mubarak berkuasa 31 tahun, gandum hanya boleh diproduksi sebanyak 20 peratus, sekarang baru setahun sudah mencapai 60 peratus. Dulu banyak mengimpot gandum dari Amerika, namun kini bahan makanan diimport dari negaranegara yang patut, yang lebih banyak menguntungkan rakyat, sekali gus mampu menjimat belanja negara sampai beberapa juta dolar Amerika setahun sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat. 2. Memajukan Terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia, yang Antara Indon, Mesir, Palestin... dahulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan wang AS$5.6 juta setahun, ini akan meningkat menjadi AS$100 juta setahun. 3. Menaikkan gaji kakitangan awam dan bersara kepada 200 peratus lebih, sementara harga barang boleh dipertahankan tidak boleh naik, sehingga kakitangan awam mampu hidup selesa dan lebih makmur dan sejahtera. Read More / Baca Lagi >> | Kena BOM: Objek disangka lampu suluh Posted: 11 Aug 2013 04:55 PM PDT Tumpat: "Saya meletakkan kereta ini sejak jam 9 malam tadi (kelmarin) selepas pulang daripada menghadiri kenduri kahwin rakan di Kota Bharu. Ibu mentua yang keluar rumah pada jam 4 pagi tadi (semalam) tidak nampak sebarang objek di atas bumbung kereta itu. "Bagaimanapun, pagi tadi jam 10.30 pagi, saya menyelak langsir dan ternampak satu objek di atas kereta suami," kata Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, biras Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang maut apabila objek dipercayai bahan letupan diambil di atas bumbung MPV Naza Citra meletup, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, mangsa mengambil objek di bumbung kenderaan milik abang iparnya, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah, Lans Koperal Mohd Hafiz Mohd Nawi, 29. Mangsa meninggalkan seorang balu, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, dan bayi perempuan berusia empat bulan, Dhia Raiyani Aisyfrina. Menurutnya, objek itu seperti lampu suluh dan dia segera memaklumkan kepada Dayang Idayu. "Saya bertanya kepada Dayang Idayu siapa yang tertinggal lampu suluh. Mungkin biras saya mendengar perbualan kami dan keluar mengambil objek itu. "Tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dan lihat biras saya terbaring berlumuran darah," katanya. Read More / Baca Lagi >> | Kena BOM: Siapa yang hendak dibunuh? Posted: 11 Aug 2013 04:52 PM PDT Tumpat: Siapa yang hendak dibunuh? Itu tanda tanya mengenai kejadian letupan satu objek dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra sehingga mengorbankan seorang kerani sekolah dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, semalam. Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, putus kedua-dua pergelangan tangan serta perut terburai dan meninggal dunia di tempat kejadian. MPV itu bukan milik mangsa sebaliknya milik abang iparnya yang pulang bercuti menyambut Aidilfitri di rumah mentuanya. Kejadian berlaku di pekarangan rumah mentua mangsa dan letupan menyebabkan MPV berkenaan rosak teruk, manakala sebuah kereta Perodua Alza yang diparkir bersebelahan turut rosak terkena serpihan bahan letupan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan serta motif kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sementara itu, abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, isteri mangsa melihat objek hitam di atas MPV berkenaan ketika membuka pintu rumah sebelum memaklumkan kepada mangsa. Mangsa mengambil objek itu, tetapi tiba-tiba berlaku letupan. Letupan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak dan serpihan daging mangsa turut tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selain isterinya, mangsa meninggalkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan. | Malaysia Selamat: Azab kaki dihiris lima penculik Posted: 11 Aug 2013 04:49 PM PDT Kuala Lumpur: "Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka," kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri. Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan. Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin. Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu. Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu | Malaysia Selamat: Rakyat Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan..... Posted: 11 Aug 2013 04:47 PM PDT PETALING JAYA: Perut mereka mungkin meragam kelaparan ramai rakyat Malaysia yang melepaskan makan lewat malam dan berada di alam rumah kerana bimbang terhadap keselamatan mereka. Pelajar universiti Joseph Gan, misalnya, lebih suka melepak di rumah rakan-rakan hari ini dan bukannya pergi keluar untuk minum teh tarik pada tengah malam. "Saya pernah lepak di restoran-restoran nasi kandar di Bangsar kerana suasananya tetapi kini saya dan rakan-rakan hanya berkumpul di tempat masing-masing," katanya yang berusia 22 tahun. "Tempat makan yang selalu kami kunjungi tidak lagi meriah, dan kini terlalu sunyi," katanya. Gadis-gadis, terutamanya, takut untuk keluar." Pesara K. Balan, 61, dari Batu Caves, berkata, dia hanya akan makan di luar pada lewat malam sekiranya bersama dengan sekumpulan rakan-rakan. "Saya tidak akan pergi seorang diri. Saya terlalu takut. Lihatlah beberapa kes tembakan yang dilaporkan baru-baru ini," katanya. "Jika anda lihat di gerai nasi kandar kita, hampir kebanyakannya kosong selepas pukul 9 malam." Warga Pulau Pinang, Ang Bah Nee, 30, berkata, nasi kegemarannya adalah bekas pasar Sia Boey di George Town, yang tidak lagi dibuka sehingga awal pagi. "Saya dan rakan-rakan biasanya pergi ke sana pada pukul 3 pagi selepas ke kelab, tetapi hari ini ia ditutup seawal 10.30 malam," katanya. "Kini saya di bilik tidur pada tengah malam, jadi tidak ada makan malam yang lebih berat. Selain bimbang tentang keselamatan, makan lewat juga tidak sihat," katanya. Satu tinjauan The Star di Lembah Klang mendedahkan bahawa beberapa tempat makan lewat malam popular di Kota Damansara, Kelana Jaya, SS2, Seksyen 17, Cheras, Old Klang Road dan Bangsar, mempunyai sejumlah kecil pelanggan selepas pukul 10 malam, walaupun pada malam cuti umum dan hujung minggu. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Kita: Depa bom pula,Anwar dah 66,Pak Lah mula mengamuk,KL jadi kota Banglasia dan bayi diselamatkan dari kereta terbakar... Posted: 11 Aug 2013 04:42 PM PDT Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi. Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Happy Birthday AnwarIbrahim ! semoga Allah membri kekuatan kpd anda & keluarga menempuh dugaan mendatang.didoakan terus istiqamah dalam perjuangan, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberi kemenangan dalam kes2 saman... Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Selamat: Kenapa Senjata Api Tiba-Tiba Mudah Didapati ? Posted: 11 Aug 2013 04:36 PM PDT PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini. Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api. "Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, semalam.. Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan. Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini. Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim. Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Selamat: Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera Posted: 11 Aug 2013 04:35 PM PDT Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Selamat: Industri pelancongan terjejas dengan kes tembakan selepas jerebu Posted: 11 Aug 2013 04:33 PM PDT Industri pelancongan Malaysia terjejas pada bulan Jun akibat jerebu dan bulan ini dengan kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Warga Singapura merupakan kumpulan yang memandang serius akan isu ini ekoran merekalah mencatatkan separuh daripada jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia pada tahun lalu iaitu seramai 13 juta. Pihak yang bertanggungjawab melahirkan kebimbangan dan meminta kerajaan mengambil pendekatan untuk melindungi industri pelancongan yang menyumbang RM60 bilion tahun lalu. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mewakili sebahagian daripada 3,000 operator pelancongan berkata sudah tiba masa satu langkah pencegahan diambil sebelum jenayah yang sedang berleluasa ini terus memberi impak dari bilangan pelancong yang tiba ke tanah air. Pengerusinya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata peningkatan kadar jensyah bakal memberi kesan kepada industri pelancongan namun kadar kemerosotan belum sampai ke tahap yang membimbangkan. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Selamat: Mati Kena Bom Atas Kereta Abang Ipar Posted: 11 Aug 2013 04:32 PM PDT TUMPAT – Kegembiraan kerani sekolah berkumpul di rumah mertua sempena Aidilfitri yang masuk hari keempat semalam tidak berpanjangan apabila lelaki itu maut terkena letupan bom yang diletakkan di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya di Taman Sri Periok di sini. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai mati dengan kedua-dua belah tangan putus manakala perutnya terburai. Badan mangsa terkena letupan itu ketika dia mencapai satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas kenderaan Naza Citra yang diletakkan di hadapan rumah mertuanya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas 20 minit terkena letupan tersebut. Ketika anggota unit pemusnah bom melakukan siasatan di kawasan tersebut, berlaku letupan kedua pada pukul 4.40 petang. Letupan di kawasan sama itu dipercayai berpunca daripada serpihan bahan letupan yang menyebabkan Yusrizal terbunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian mangsa ternampak satu objek di atas Naza Citra milik abang iparnya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Mangsa keluar dari rumah untuk mengambil objek tersebut.
| Where are the guns coming from? Posted: 11 Aug 2013 04:27 PM PDT DAP sec-gen Lim Guan Eng has brushed aside claims that release of EO detainees factored in the recent crime rate hike. PETALING JAYA: Despite harsh death penalty laws for possession of guns and bullets in Malaysia, the supply of guns in the hands of secret societies are so common that Malaysia appears to be like America where guns can be simply bought off retail stores, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng. "How did the guns enter Malaysia? The police must trace and stop the source that supplies such weapons," he said in a statement today Lim, who is DAP secretary general, also anounced that his party would be holding an emergency central working committee meeting tomorrow to discuss the deteriorating crime situation. In June, a foreign website called 10awesome.com listed Kuala Lumpur as the sixth most dangerous city in the world. Since July 26, there have been more than 10 public shooting incidents throughout Malaysia, some involving former Emergency Ordinance (EO) detainees. The police have claimed that the repeal of the EO had contributed to the rise of the current spate of crime. Inspector General of Police Khalid Abu Bakar yesterday also dispelled allegation that only 10% of the total police force are working on crime cases. In a tweet reply he said: "The responsibility to handle and contain crime is shouldered by all police personnel, regardless of the department. The allegations that only 10% are involved is untrue." he said. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Selamat: Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup Posted: 11 Aug 2013 04:25 PM PDT TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini. Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi. "Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu. "Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini. Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Read More / Baca Lagi >> | Protests Erupt As Egypt Set to Clear Camps Posted: 11 Aug 2013 04:22 PM PDT | Crackdown on Cairo protests reportedly imminent Posted: 11 Aug 2013 04:21 PM PDT | Police set for Cairo protests action Posted: 11 Aug 2013 04:19 PM PDT | Muslims celebrate Eid amid bombs, threat of violence Posted: 11 Aug 2013 07:59 AM PDT | Car Bombs Kill Nearly 80 In Iraq, Target Eid Festivities Posted: 11 Aug 2013 07:58 AM PDT | Floods leave more than dozen dead in Sudan Posted: 11 Aug 2013 07:57 AM PDT | Air strike kills dozens in Syria's Latakia Posted: 11 Aug 2013 07:55 AM PDT | Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak Posted: 11 Aug 2013 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru. "Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?" tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah. Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan 'sarkis'. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian. Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya? SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan Harimau Malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai. Read More / Baca Lagi >> | Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ? Posted: 11 Aug 2013 06:47 AM PDT Satu harapan baru ? Atau ia nya sekadar gimik politik baru SPR. Selepas rakyat segenap lapisan membelasahnya kecuali orang kampung yang sayang dan cinta buta dengan Umno dan Noh Omar serta MP Kulim Bandar Baru serta Lenggong sahaja, SPR adalah TERBAIK kalangan orgaanisasi pengendali pilihanraya. Yang masih menganggap sistem pilihanraya negara ini adalah yang terbaik di dunia.
Apakah motif dan tujuan Najib 1Malaysia yang beliau mahu buat. dan apakah mimpi Aziz SPR. Mungkin Umno dan MP Umno masih lagi berbangga dengan kekuatan Umno yang menang banyak kerusi Melayu dan Umno pada hakikat adalah parti tunggal kuat orang Melayu. Umno berjaya 'kecundangkan PAS' pda PRU lepas.
PRU13 yang lalu keputusannya adalah memberikan 'episod' malang bagi PAS. Malah kalangan pembangkang DAP dan PKR , parti PAS adalah parti yang 'paling merosot' jumlah kerusi yang dimenangi berbanding dengan jumlah kerusi yang ditandinginya.
Justeru, kita perlu melihat apakah 'bentuk baru sisitem SPR ' mahu perkenalkan. ia masih terlalu awaal. SPR minta bentangkan dahulu cadangannya ? SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara. Read More / Baca Lagi >> | Syria - A close call for al-Assad? Posted: 11 Aug 2013 06:41 AM PDT | Air strike kills dozens in Syria's Latakia Posted: 11 Aug 2013 06:40 AM PDT | Children join Egypt's protests despite risks Posted: 11 Aug 2013 06:40 AM PDT | |
Tukar Tiub Posted: 11 Aug 2013 07:12 PM PDT SPR MERANCANG UNTUK MENIPU LAGI Posted: 11 Aug 2013 07:00 PM PDT TERUSKAN MEMBURU MAT LANCHOW INI SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.
"Ada perkara yang sudah kita buat tetapi perkara yang serius kita sedang mengkaji lagi dengan teliti. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... PUASA DAH HABIS.... kah kah kah.. kjah lkah kah...RAYA DAH SELESAI.... kah kah kah.. kah kah kah...MAT LANCHOW INI TAHU DEMO AKAN BEMULA KEMBALI... kah kah kah.. kah kah kah... MADA LANCHOE INI BUATR BUAT BERITA INI.... UNTUK TIPU LAGI.... kah kah kah.. woit...JANGAN LUPA AJENDA UTAMA... kah kahg kah.. kah kah kah.. JANGAN BUAT BUAT LUPA.... kah kah kah.. kah kah kah...MAT LANCHOW INI DAN GENG LANCHOWNYA WAJIB DITERAJNBG KERANA MENIPU PRTU13... kah kah kah.. kah kah kah...KITA BURU SAMPAI TERSUNKUR.... kah kah kah SILA KLIK IKLAN DI BAWAH INI ---------- | MASA YANG SENTIASA BERJALAN Posted: 11 Aug 2013 06:00 PM PDT
PUASA DAH SELESAI RAYA DAH SELESAI KITA TERUSKAN CARI MAT LANCHOW INI
LUKA TERUBAT Masa memulihkan banyak luka luka. Masa juga adalah segalanya.... Apa Isham jadi nostalgik bila pulang ke kampung halaman. Sini raya rock & roll, pakai T shirt Rolling Stones, demi masa, akan kuingat bagaimana sunyi & humble nya suasana raya di sini. on DEMI MASA Publish | Delete | Spam norrland on 8/11/13
kah.kah.kah... slmt ari raya tt. . Demi masa semua tertipuuuu.... kih.kih.kih. on DEMI MASA insafdoh67 on 8/11/13
Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Melainkan ia benar benar berIMAN,Merealisasi Iman Nya kedlam Hidup nyata dengan bentuk Amal Kebaiakan,Di lanjuti dengan berpesan sesasama dengan Perkara BENAR dan BerTeguh dan tegap dengan Keyakinan nya. on DEMI MASA Anonymous on 8/11/13
TAK SEMBAHYANG Demi masa, manusia byk mengabaikan solat jmaah yg sgt dijagai Rasulullah saw wl dlm perang dn sakit berpapah krn solat lah pertama menentu tuah celaka diakhirat, insaflah semua!!
Firman Allah swt, "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(As-Sajdah 32:12) on DEMI MASA Abdul Haq on 8/11/13 SILA KLIK IKLAN DIBAWAH INI -------- | DEMI MASA Posted: 10 Aug 2013 09:00 PM PDT DEMI MASA akhirnya kau pergi akhirnya kau tinggalkan aku akhirnya aku berhadapan dengan diri aku akhirnya belum berakhir sebenarnya demi masa apakah aku tidak pernah bertanya dari kelmarin hingga ke esok dari semalam hingga ke lusa demi masa apa yang akan aku isikan demi masa lalu aku mencari lalu aku membaca lalu aku menggali lalu aku berjalan ke padang rumput yang luas lalu aku berjalan ke padang pasir yang kering lalu aku berjalan ke padang salju yang landai demi masa aku ke laut aku ke bukit aku ke kampong aku ke kota demi masa aku pun mengetuk setiap pintu aku memanjat setiap tangga aku membuka setiap tingkap aku duduk di setiap kerusi demi masa tidak juga aku temui bayangkan kau yang hilang tidak aku temui aroma kau yang kudus demi masa yang berjalan demi masa yang beredar demi masa yang membakar ingatan demi masa yang memerangkap ingatan demi masa babak babak itu datang kembali berputar sadetik demi sadetik demi masa babak babak itu terputus putus demi masa babak babak itu semakin kabur demi masa babak itu tidak berpanh berhenti berjalan tanpa noktah berlari tanpa sempadan demi masa aku bershaer ini untuk kembali mengingati kau wahai masa SILA KLIK IKLAN INI kalau tidak klik iklan ini dilihat percuma sahaja satu klik satu sen dana yangh dikumpulkan akan diwakafkan kepada projek dapur jalanan memberi makan warga kota tanpa tempat tinggal ------------- | |
Komentar Kini Posted: 11 Aug 2013 07:08 PM PDT Jumpa, lama tak jumpa Posted: 11 Aug 2013 07:05 PM PDT Lama tidak berjumpa. Apabila berjumpa, maka bamyaklah ceritanya. Macam macam cerita. Semya cerita boleh dikatalam menarik belaka.
Tetapi memang ada yang paling menarik menyentuh naluri penulis.Cerita yang menarik pada penulis itu sedih sikit berbanding dengan banyak banyak cerita.
Ceritanya berbunyi bergini: "menang pun tak guna juga memerintah" Ia ditujukan kepada parti PAS yang sangat besar harapan untuk memerintah Terengganu pada PRU 13 lalu.
Lawan penulis yang bawa cerita ini bukan calang calang kakitangan kerajaan. Beliau ini pernah jadi pengarah salah satu jabatan kerajaan Persekutuan.
Kita dengar cakap cakap pada penulis apabila lama tak jumpa pasti akan disebut itu prajudis namanya.
Bagi penulis ia bukan prajudis tetapi sutu reality kerana beliau sudah membuat penilaian tentang kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan PAS Kedah (2008-2013).
Dalam pada itu beliau menyebut Kelantan lain sikit kerana metaliti rakyatnya sangat berbeza dengan rakyat Terengganu dan Kedah.
Penulis setuju dengan pandangannya, memang semasa pas memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) terlalu banyak yang tak kena.
Kerajaan yang memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) lebih mengutamakan pandangan musuh berbanding pandangan orang PAS sendiri dalam banyak perkara.
Hal ini telah dijadikan amalan atas alasan untuk menjinakkan musuh agar memberi sokongan pada kerajaan PAS.
Rupa rupanya rencana itu tidak menjadi kerana musuh tetap menjadi musuh punca PAS Terengganu kalah teruk pada PRU (2004-2008) dan PAS Kedah kalah pada PRU 13 lepas.
Maka sesungguh semacam amat wajar dia berkata "menang pun tak guna juga memerintah". PAS Terengganu ada juga jasanya, kerana membuat undang undang jinayah syariah,
manakala PAS Kedah tak ada jasa langsung, kerana judi 4 nombor ekor dan TOTO tidak diharamkan. Bukan beliau seorang sahaja yang bercerita mengenai perkara tersebut, malahan ramai kalangan orang atasan yang menyokong PAS berkata macam itu kepada penulis.
Penulis tidak tahu mengapa boleh jadi macam itu. Mungkin terlalu percaya dengan musuh sehingga abai langsung pandangan orang sendiri.
Selepas solat Idil Fitri penulis didatangi salah seorang penyokong PAS dan berkata seorang Ahli parlimen yang menang PRU 13 melakukan kaedah yang serupa dengan kaedah wakil wakil rakyat dan ahli parlimen yang menang pada PRU 1999.
| |
DIALOG RAKYAT Posted: 11 Aug 2013 03:31 PM PDT Mahathir ada cara tersendiri bidas Pak Lah, kata Awang Selamat Posted: 11 Aug 2013 06:25 AM PDT Oleh Hasbullah Awang Chik
Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Awang Selamat melalui terbitan Mingguan Malaysia mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bekas Perdana Menteri itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan caranya tersendiri yang dijangka sinis dan lebih berbisa. Katanya, harapan untuk melihat Abdullah dan Dr Mahathir berbaik semula menjelang Aidilfitri ini tidak kesampaian kerana agenda bangsa dan agama memerlukan permuafakatan pemimpinnya. "Awang mendoakan perdebatan yang lebih sihat bakal berlaku dan tidak membawa kemudaratan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," tulis beliau hari ini. Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah dalam buku memaparkan detik-detik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" menjelaskan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan jatuh muflis. Katanya, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain sebagai contoh, beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit namun cadangan itu ditolak kerana katanya, kerajaan perlu terus berbelanja. Beliau menjelaskan Dr Mahathir mengamuk apabila beberapa projek mega seperti landasan berkembar terpaksa ditangguhkan kerana merasakan itu adalah projek angkatnya. "Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah muflis kerana pentadbiran saya sendiri telah berjaya menurunkan kadar defisit dari 5 peratus ke 3.2 peratus," katanya. Sementara itu, media melaporkan semalam Buku "Awakening, The Abdullah Years in Malaysia" bukan hasil tulisan Abdullah sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang. Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut. Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah. "Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau. "Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya. Artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu. Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi dan Liew Chin Tong dari DAP. Dalam buku itu Abdullah dilaporkan berkata Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis. Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008. Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali. - | Pembaziran kementerian, sekolah 12 murid 12 guru Posted: 11 Aug 2013 06:11 AM PDT Usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat menimba ilmu pengetahuan melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman memanglah sesuatu yang seharusnya dihargai kerana ia akhirnya akan berupaya meningkatkan kadar celik huruf serta meningkatkan taraf hidup di kalangan rakyatnya. Langkah ini lebih memberi makna terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana begitu banyak sekali sekolah-sekolah dibina di kawasan pedalaman untuk membolehkan mereka yang terpisah dengan arus pembangunan negara agar dapat sama-sama mendapat peluang menimba ilmu sebagaimana mereka yang tinggal dibandar-bandar dan akhirnya mampu lahir sebagai insan yang berpendidikan tinggi. Seiring dengan pembinaan sekolah-sekolah itu, Kementerian Pendidikan juga turut menempatkan guru-guru dari Semenanjung untuk mengejar di kedua-dua negeri tersebut. Dalam penempatan guru-guru ijazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 1 Julai lalu, daripada lebih 3,000 yang menamatkan pengajian mereka, kira-kira 1,200 orang daripada mereka ditempatkan di Sarawak saja, manakala selebihnya di Sabah dan lain-lain negeri yang didapati memerlukan penambahan tenaga pengajar. Ini dipercayai bukan saja menunjukkan iltizam kerajaan yang tinggi untuk terus membangunkan negeri Sarawak, bahkan mungkin sebagai "imbuhan balas budi" kepada negeri Sarawak yang menyumbang sebahagian besar kerusi kepada kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu. Namun, di sebalik usaha mahu memberi pendidikan kepada penduduk Sarawak melalui penempatan guru-guru ini, Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terlihat tidak cerdik dalam susun-atur penempatan guru-guru tersebut sehingga berlaku banyak sekali pembaziran tenaga guru-guru kerananya. Guru-guru lepasan IPG ini seperti sengaja mahu didera dengan menghantar mereka mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman Sarawak sedangkan keperluan tenaga pengajar berbanding dengan jumlah murid tidaklah begitu memerlukan guru tambahan lagi. Banyak guru-guru ini dihantar ke sekolah yang sebenarnya sudah mencukupi tenaga pengajarnya, malah sesetengahnya guru-guru yang sedia apa pun sudah melebihi jumlah yang sepatutnya. Lebih pelik, ada sebuah sekolah rendah di daerah Miri yang hanya mempunyai 12 orang murid tetapi jumlah gurunya juga seramai 12 orang. Dalam ertikata lain, sekolah ini sudah boleh disenaraikan dalam World Book of Records kerana mempunyai nisbah satu guru bagi satu murid. Walaupun sebelum ini, sekolah tersebut dikira sudah mempunyai jumlah guru yang mencukupi memandangkan jumlah muridnya yang terlalu sedikit kerana terletak jauh di pedalaman tetapi dalam penempatan guru-guru pada 1 Julai lalu, Kementerian Pendidikan menghantar tiga orang lagi guru lepasan IPG ke sekolah tersebut. Dengan jumlah guru seramai 12 orang untuk 12 murid, semua guru mengajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan yang cukup santai dan langsung tiada tekanan, bahkan boleh memancing ikan, menangkap burung dan melakukan lain-lain aktiviti sampingan di waktu mengajar. Dalam masa yang sama, ilmu-ilmu mengajar yang dipelajari selama menuntut di IPG juga tidak sempat dilaksanakan kerana apalah sangat yang ilmu yang perlu dicurahkan dengan murid seramai itu. Ini berikutan, dalam keadaan satu kelas hanya mempunyai seorang atau dua orang murid saja, kebanyakan guru-gurunya hanya mengajar satu atau dua jam sahaja dalam sehari. Murid-muridnya pula ada yang balik ke rumah seawal pukul 10 pagi dan jika rajin akan datang semula ke sekolah menjelang tengahari tetapi biasanya terus balik ke rumah setelah belajar selama satu atau dua jam. Guru-guru pula, tidak mampu berbuat apa-apa kerana rumah murid-murid hanya di sekeliling sekolah saja dan mereka boleh datang dan pergi sesuka hati. Persoalannya ialah kenapakah Kementerian Pendidikan meletakkan guru-guru dalam kadar yang berlebihan daripada yang sepatutnya di negeri Sarawak ini? Pernahkah pegawai-pegawainya turun padang ke sekolah-sekolah pedalaman itu? Bukankah lebih baik guru-guru tersebut diletakkan di beberapa sekolah di Semenanjung yang masih banyak kekurangan tenaga pengajar, selain setiap kelas mempunyai purata 40 orang muridnya daripada terus-menerus melakukan pembaziran, bukan saja wang ringgit tetapi juga kemahiran tenaga pengajar, dengan kekal meletakkan guru yang berlebihan di negeri Sarawak itu? Apakah ini menandakan Kementerian Pendidikan tidak cekap dalam mengatur sumber manusianya atau adakah pembaziran ini di dalam pengetahuan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan atau sebaliknya. Pernahkah juga beliau cuba mengambil tahu kedudukan guru-guru di kawasan pedalaman seperti ini? Kiranya perkara ini di dalam pengetahuan Muhyiddin dan beliau pernah berusaha memperbetulkannya, rasanya amatlah malang negara mempunyai pemimpin seperti beliau kerana perkara ini adalah suatu pembaziran yang nyata dan tidak sepatutnya berlaku. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | Hairan senjata api haram semakin banyak dalam negara Posted: 11 Aug 2013 06:04 AM PDT
KL TODAY
DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini.Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api.
"Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan.
Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini.
Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim.
Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti.
Sebagai langkah jangka panjang, Lim menggesa lebih ramai anggota polis diletakkan di jalan-jalan, yang mendakwa bahawa hanya kira-kira 9% daripada 112,583 (10,150) pegawai beruniform di Malaysia berada di Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada pasukan polis Malaysia yang diperlukan untuk memerangi jenayah.
"Perlu ada sekurang-kurangnya 56,000 anggota berpakaian seragam membuat rondaan di jalan-jalan dan bukan 10,150 anggota sekarang," katanya. | Keadaan trafik dari arah utara ke ibu negara perlahan Posted: 11 Aug 2013 05:59 AM PDT BernamaKeadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke ibu negara setakat 9 pagi ini mula perlahan, manakala di selatan pergerakan kenderaan masih lancar. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama, berkata keadaan trafik dijangka terus perlahan menjelang tengah hari kerana pertambahan bilangan kenderaan. Satu kemalangan dilapor berlaku di Km 299 dari Gopeng ke Tapah arah selatan membabitkan sebuah lori yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan pada 7.55 pagi tadi dan menyebabkan kesesakan. Namun lori itu telah dialihkan dan lorong terjejas sudah dibuka semula pada 9.35 pagi, katanya. Jurucakap itu berkata aliran trafik antara Kuala Kangsar dan Ipoh juga perlahan berikutan keadaan jalan yang licin kerana hujan. Aliran trafik dari selatan menuju ke ibu kota, terutama berhampiran Seremban-Nilai masih lancar, namun keadaan dijangka berubah menjelang tengah hari kerana peningkatan jumlah kenderaan, katanya. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata status di kesemua lebuhraya termasuk Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), masih lagi lancar dan terkawal, namun kesesakan dijangka berlaku lewat petang ini. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama | Pancuran meteor boleh dilihat dengan terang Posted: 11 Aug 2013 05:55 AM PDT Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. "Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - Bernama | Mesyuarat Umno ditunda kerana kunjungan presiden China, AS Posted: 11 Aug 2013 05:50 AM PDT Umno menganjak tarikh akhir mesyuarat cawangannya dan menetapkan tarikh baharu untuk persidangan peringkat bahagian, tiga sayap, hari penamaan calon dan pemilihan parti. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima permintaan daripada cawangan dan bahagian. Mereka mencadangkan demikian kerana mesyuarat cawangan berlangsung semasa Ramadan dan Syawal, manakala pada bulan Oktober ini yang diperuntuk bagi persidangan bahagian dan pemilihan parti, menyaksikan kunjungan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara ini, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. Tengku Adnan berkata susulan itu, pengurusan Umno bersetuju tarikh akhir mesyuarat cawangan dilanjut kepada 15 Sept daripada 31 Ogos sebelum ini, manakala persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dianjak daripada 5 kepada 19 Okt. Tarikh pendaftaran calon MT pula diubah daripada 7 kepada 28 Sept, manakala penamaan calon untuk tiga sayap akan diadakan pada 21 Sept. Persidangan tiga sayap yang dijadualkan pada 28 Sept dianjak kepada 12 Okt, kata Tengku Adnan. "Pihak pengurusan Umno sudah memaklumkan kepada anggota MT berkenaan perkara ini," katanya. Sebanyak 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian.- Bernama | Lapan penumpang cedera, bas ekspres terbalik Posted: 11 Aug 2013 05:48 AM PDT Sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah terbabas sebelum terbalik di Km 52.7 Lebuhraya Utara-Selatan hari ini. Kejadian pukul 8.15 pagi itu menyebabkan lapan penumpang cedera, kata Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Daerah Kluang ASP Azmi Suratman ketika dihubungi di Johor Bahru. Menurutnya kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba-tiba. Bas terbabit kemudian terbabas dan menggelongsor sebelum terbalik sejauh 10 meter dari jalan, katanya. Menurutnya penumpang yang cedera iaitu tiga rakyat tempatan, tiga warga Myanmar dan dua rakyat Thailand dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk mendapat rawatan, manakala penumpang lain meneruskan perjalanan menaiki bas gantian. Azmi berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan agak licin ketika kejadian kerana hujan turun sejak awal pagi. Menurutnya bas itu juga dipandu pemandu kedua yang menggantikan pemandu utama ketika berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Machap. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya memberitahu Bernama dua maut dan seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Km 26 Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam, Kulaijaya. Kedua-dua yang maut adalah lelaki dikenali Wan Seng Thim, 41 yang juga pemandu dan penumpang hadapan Yap Kok Chin, 41, manakala penumpang wanita yang cedera dikenali sebagai Chai Nyet Chiew, katanya. Kejadian berlaku jam 12.10 tengah malam semalam.- Bernama | Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Posted: 11 Aug 2013 05:43 AM PDT Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. "Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut. "Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.- Bernama | Abdul Rahman bayang tanding kerusi MT Umno Posted: 11 Aug 2013 05:34 AM PDT SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan membayangkan kemungkinan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti berkenaan Oktober ini. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung perkara itu "dalam sedikit masa lagi melalui Twitter atau Facebook". "Menawarkan diri untuk jawatan MT Umno adalah satu tanggungjawab yang amat besar, ia perlu difikirkan dan ia (keputusan) tidak boleh dibuat dengan hanya memikirkan tentang diri sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfiltri di kediamannya di Taman Kingfisher, Sulaman, dekat sini, hari ini. Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata sekiranya bertanding, beliau mahu memberikan sumbangan kepada parti dan bukan sekadar memanaskan kerusi terutama dalam senario politik yang berbeza pada ketika ini. - Bernama | Pelajar matrik, STPM gagal ke IPTA boleh ke UiTM Posted: 11 Aug 2013 05:32 AM PDT SINAR HARIAN Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar SHAH ALAM - Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Naib Canselornya Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata tawaran itu membolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat. "Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi," katanya di sini hari ini. Sahol Hamid berkata tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit. Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera. "Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0. "Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Beliau berkata kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang. Sahol Hamid berkata jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun. Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih. Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah. Beliau berkata andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri. "Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu," katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baru yang bermula September ini. - Bernama | Kes bungkusan meletup: TPM ucap takziah Posted: 11 Aug 2013 05:29 AM PDT SINAR HARIAN Muhyiddin Yassin. KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) meletup di Tumpat, Kelantan, hari ini. Muhyiddin berkata beliau amat sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri. "Kepada keluarga Allahyarham, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar dan redha dengan dugaan Allah ini," katanya dalam kenyataan di sini. Muhyiddin menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng sebelum ini berkata kejadian berlaku pada 11 pagi ketika Mohd Yusrizal cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya yang berada di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat. Menurutnya, letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Mohd Yusrizal dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi perempuan berusia empat bulan. - Bernama | Anggota tentera cedera ditembak di sempadan M’sia-Thai Posted: 10 Aug 2013 06:24 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata mangsa, Azamuddin Azizan, 26, cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu kanan, siku kanan dan kedua-dua belah lutut dalam kejadian itu. Beliau berkata ketika kejadian, Azamuddin bersama seorang lagi anggota tentera sedang membuat rondaan selepas mendapat aduan terdapat lubang di pagar sempadan. "Mangsa dan rakannya sedang membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan, sebelum berlaku tembakan dari seberang pagar. Mangsa kemudiannya terkena tembakan dari arah Thailand dipercayai menggunakan senapang patah. "Selepas melihat mangsa ditembak, rakannya membawa mangsa ke kawasan yang selamat sebelum bantuan tiba. Rakan setugas mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di sini. Ibrahim berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata suspek dipercayai melepaskan tembakan dari kawasan semak berhampiran sempadan, kira-kira 30 meter dari pintu pagar kawalan, namun bilangan suspek sukar dikenal pasti kerana keadaan yang gelap. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat tempat kejadian petang tadi, berkata kes berkenaan dipandang serius kerana membabitkan tembakan dipercayai dari arah negara jiran. Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya. "Saya juga menyeru penduduk di sempadan supaya sentiasa memaklumkan pada pihak polis kalau tahu ada perkara-perkara yang melanggar undang-undang," katanya. Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tempat kejadian diiringi Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron. – Bernama | Kadar BR1M naik tahun depan, kata Ahmad Husni - Bernama Posted: 10 Aug 2013 06:22 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.
"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.
BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.
Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.
Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. – Bernama | Lagi kereta terbabas, terjunam Posted: 10 Aug 2013 06:04 PM PDT Sebuah kereta terbabas ke dalam parit di hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam. TELOK DATOK - Gara-gara pemandunya leka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam parit di hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam. Kejadian tersebut bukan insiden pertama berlaku di kawasan itu. Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Telok Datok, Khairul Abdul Samad berkata, kemalangan sering berlaku kawasan berhampiran laluan dari arah Klang ke Banting itu. "Sebuah lagi kereta terbabas dan keadaan ini merisaukan penduduk setempat, lebih-lebih lagi di musim perayaan kerana banyak kenderaan keluar masuk. "Selalu terjadi kemalangan kerana jalan di situ lurus dan banyak kenderaan membawa kenderaan mereka dengan laju walaupun terdapat banyak simpang. "Penduduk berharap pemandu yang melalui kawasan itu dapat memandu dengan berhati-hati kerana tidak sampai tiga hari beraya sudah dua kali kenderaan terbabas di sini," katanya. | Karpal bidas Kuan Yew Posted: 10 Aug 2013 06:02 PM PDT SINAR HARIAN GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain. "Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media, di sini. Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini. "Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal. Lee menerusi buku bertajuk 'One's Man View of The World' yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia. Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau mengisytiharkan hartanya, Karpal Singh yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor mengulangi beliau tidak akan melayan gesaan daripada mereka yang tidak berkenaan. "Tidak ada masalah untuk saya isytiharkan harta. Saya akan hanya berbuat demikian apabila Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tetapkan tarikh," katanya. Karpal digesa mengisytiharkan hartanya oleh pelbagai pihak susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM50 juta kepadanya untuk merasuah hakim dan pendakwa raya. Mengenai biografi pertamanya bertajuk 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong', beliau berkata buku dengan 325 muka surat itu ditulis Tim Donoghue dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan. - Bernama | Kereta bertembung treler Posted: 10 Aug 2013 06:00 PM PDT Keadaan kereta yang terlibat dalam nahas jalan raya sehingga mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 127.2, Lebuhraya Timur-Barat, dekat Jeli. JELI - Kegembiraan empat sekeluarga pulang berhari raya di negeri ini sempena Aidilfitri berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 127.2, Lebuhraya Timur-Barat, dekat sini, semalam. Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Lans Koperal Wan Sabri Wan Mamat, 33, isterinya, Nor Roslina Omar, 34, dan anak mereka, Wan Nur Husna berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi anak pasangan itu, Wan Nurhaqimah, 4, pula cedera dan dimasukkan ke Hospital Jeli, sementara pemandu treler, Ravidran S Ramasamy, 49, tidak cedera. Nahas berlaku ketika kereta Proton Wira dinaiki keluarga itu dalam perjalanan ke Gerik, Perak dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan kepala sebuah treler tanpa muatan dari arah bertentangan. Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Gerik, Perak selepas berhari raya di rumah ibu bapa Wan Sabri di Kampung Changgal, Pasir Puteh. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheikh Azhar Sheikh Omar berkata, Wan Sabri merupakan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Kampung Lalang, dekat Gerik, Perak. "Jenazah mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut. "Polis juga lakukan ujian air kencing, ujian darah dan ujian alkohol ke atas pemandu treler terbabit," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mat Yusoff Hamat berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk keluarkan mangsa tersepit. "Kami terima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi sebelum lima anggota dikerah ke tempat kejadian. Apabila sampai, didapati pemandu (Wan Sabri) dan penumpang sebelah pemandu (Nor Roslina) tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang mengorbankan anggotanya itu. Menurutnya, pihaknya akan membantu apa yang patut bagi meringankan beban keluarga anggota berkenaan. "Kita ada sediakan bantuan bagi anggota yang hadapi kesusahan atau kemalangan. Malah kita bercadang buat kutipan derma kilat untuk bantu mangsa," katanya. | Trafik lebuh raya dijangka bertambah tengahari ini Posted: 10 Aug 2013 05:42 PM PDT SINAR HARIAN Trafik lebuh raya - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Bilangan kenderaan di lebuh raya menuju ke ibu negara, terutama dari arah utara dan selatan dijangka meningkat menjelang tengah hari ini berikutan ramai kembali semula ke ibu kota selepas pulang berhari raya di kampung masing-masing. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi, berkata keadaan itu bagaimanapun dijangka tidak menyebabkan kesesakan melampau di Lebuhraya Utara-Selatan. "Setakat 9.45 pagi tadi, keadaan trafik dari arah yang sama juga masih terkawal biarpun sebelum itu terdapat kemalangan di beberapa tempat misalnya di Km 189.7 utara dari Jawi ke Bukit Beruntung, Rawang," katanya. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di seluruh Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) lancar setakat 9.30 pagi. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama | Mangsa mercun masih trauma Posted: 10 Aug 2013 05:39 PM PDT Mohd Nor Hakim PASIR MAS - Telinga seorang kanak-kanak, Mohd Nor Hakim Mohd Nawi, 11, dari Kampung Padang Embun di sini, bagaikan sudah tidak sanggup untuk mendengar bunyi letupan mercun. Bunyi tersebut membuatkan dirinya trauma apatah lagi ia mengingatkan dia kepada peristiwa yang berlaku pada 25 Julai lalu. Hatinya bertambah sayu setiap kali melihat raut wajahnya di cermin mengenangkan kecederaan yang dialami ekoran tindakannya cuba memanaskan botol yang diisi belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup menyebabkan serpihan kaca mengenainya. Menyendiri dari orang ramai semenjak kejadian tersebut. Mohd Nor Hakim yang merupakan anak kesembilan daripada 12 adik beradik itu bertukar menjadi kanak-kanak yang pasif dan banyak menyendiri. Ibunya, Ropeah Ibrahim, 48, berkata, anaknya itu sehingga hari ini tidak berani untuk keluar dari rumah dan masanya banyak dihabiskan dengan berada di dalam bilik seorang diri. "Apabila ditanya, dia hanya menjawab malu untuk keluar kerana semua orang sudah tahu apa yang berlaku. "Lebih-lebih lagi luka yang ada di wajahnya masih belum sembuh sepenuhnya," katanya. Jika sebelum ini, Mohd Nor Hakim adalah seorang yang periang dan sering mengikuti ayahnya, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, ke masjid untuk solat terawih. Tetapi semenjak kejadian tersebut, rutin hariannya itu langsung tidak dilakukan kerana perasaan malu yang menebal pada dirinya. Tiada persiapan raya Disebabkan itu juga, Mohd Nor Hakim langsung tidak memikirkan tentang sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba. Perasaan malunya itu menyebabkan dia tidak mahu keluar untuk membeli kelengkapan Hari Raya mahupun mendapatkan baju baru. Mohd Nawi berkata, dia dan isteri berharap trauma anaknya itu tidak berpanjangan kerana setiap kali Hari Raya Mohd Nor Hakim adalah antara yang paling seronok dan akan beraya di setiap rumah jirannya bersama-sama adik beradik yang lain serta rakan-rakan untuk mengumpul duit raya sepertimana kanak-kanak lain. "Saya berharap dia dapat melakukan perkara yang sama pada kali ini dan tidak mahu melihat dia terus menyepikan diri daripada orang ramai," katanya. Dapatkan rawatan selanjutnya di hospital Selepas Hari Raya ini, Mohd Nor Hakim perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk menjalani rawatan susulan. Mohd Nawi berkata, anaknya itu perlu membuat pemeriksaan semula mata serta jahitan dan pembedahan plastik yang pernah dilakukan sebelum ini. "Kami berharap semuanya akan berjalan lancar dan wajahnya dapat dikembalikan sepertimana asal untuk mengembalikan keyakinan dirinya yang sudah hilang," katanya. Mohd Nor Hakim sebelum ini menerima 14 jahitan ekoran kecederaan yang dialami di muka, mata, badan dan kakinya. Nasihat kepada orang ramai Mohd Nawi berkata, sebagai ibu bapa yang pernah mengalami nasib sebegitu, dia berpesan kepada orang ramai agar memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak sepanjang musim perayaan ini. "Hari Raya tidak akan meriah tanpa kehadiran bunga api atau mercun tetapi apa yang penting adalah semasa anak-anak bermain benda tersebut ia seharusnya di bawah pengawasan ibu bapa ataupun orang dewasa," katanya. Menurutnya, apabila perkara tersebut berlaku kegembiraan yang cuba dicari itu bertukar menjadi kesedihan. Bagaimanapun Mohd Nawi yang bekerja sendiri itu berkata, dia dan keluarga redha dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai dugaan serta pengajaran yang perlu diambil ikhtibar oleh semua pihak. Kisah 'saintis cilik' tidak bertauliah Sebelum itu pada 25 Julai lalu, akhbar tempatan melaporkan tindakan seorang 'saintis cilik' tidak bertauliah yang cuba membuat bunga api sendiri mengundang padah apabila bahan uji kajinya itu tiba-tiba meletup mengakibatkan muka, badan dan kakinya cedera. Kejadian yang berlaku pada jam 4 petang di Kampung Padang Embun , Tendong, Pasir Mas itu berlaku apabila pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Mohd Nor Hakim Mohd Nawi, 11, cuba memanaskan botol yang diisi belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup menyebabkan serpihan kaca mengenainya. Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata, ketika kejadian, anaknya cuba melakukan 'eksperimen' menggunakan mercun bola bersama empat lagi rakannya. Katanya, mereka telah memasukkan belerang mercun itu ke dalam botol berisi pasir kononnya untuk menghasilkan bunga api. "Anak saya kemudian bertindak membakar surat khabar yang digulung untuk memanaskan bahagian atas botol manakala rakan-rakannya memerhatikan dari jauh. "Entah bagaimana botol itu tiba-tiba meletup dan berkecai menyebabkan serpihannya mengenai anak saya. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 5.30 petang," katanya ketika ditemui. | |
Biaqpila Posted: 11 Aug 2013 03:24 PM PDT SEORANG TERBUNUH BUNGKUSAN MELETUP ATAS BUMBUNG KERETA Posted: 11 Aug 2013 03:25 AM PDT Tarikh: August 11, 2013 TUMPAT - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya. "Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan. Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa. Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya. Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa. "Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya. Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian. Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama | ANGGOTA TENTERA DITEMBAK Posted: 10 Aug 2013 10:51 PM PDT Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, cedera parah selepas terkena tembakan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata mangsa, Azamuddin Azizan, 26, cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu kanan, siku kanan dan kedua-dua belah lutut dalam kejadian itu. Beliau berkata ketika kejadian, Azamuddin bersama seorang lagi anggota tentera sedang membuat rondaan selepas mendapat aduan terdapat lubang di pagar sempadan. "Mangsa dan rakannya sedang membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan, sebelum berlaku tembakan dari seberang pagar. Mangsa kemudiannya terkena tembakan dari arah Thailand dipercayai menggunakan senapang patah. "Selepas melihat mangsa ditembak, rakannya membawa mangsa ke kawasan yang selamat sebelum bantuan tiba. Rakan setugas mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di Bukit Kayu Hitam. Ibrahim berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata suspek dipercayai melepaskan tembakan dari kawasan semak berhampiran sempadan, kira-kira 30 meter dari pintu pagar kawalan, namun bilangan suspek sukar dikenal pasti kerana keadaan yang gelap. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat tempat kejadian petang tadi, berkata kes berkenaan dipandang serius kerana membabitkan tembakan dipercayai dari arah negara jiran. Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya. "Saya juga menyeru penduduk di sempadan supaya sentiasa memaklumkan pada pihak polis kalau tahu ada perkara-perkara yang melanggar undang-undang," katanya. Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tempat kejadian diiringi Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron. - Bernama Gambar Hiasan | LAWAK AHAD: AJARAN SESAT KE NI? Posted: 10 Aug 2013 06:00 PM PDT Seorang lelaki masih kesedihan kerana isterinya yang baru meninggal. Setelah selesai dimandikan, dikafankan dan solat jenazah....tiba-tiba lelaki tersebut tampil ke depan dan langkah jenazah tersebut !!! Orang yang hadir kehairanan, bahkan ada yang berbisik "dia ada ikut ajaran sesat ke ???". Apabila ditanya, kenapa dilangkah jenazah tersebut, lelaki itu menjawab...."Saya memenuhi wasiat isteri saya, dia selalu pesan kalau saya nak kawin lagi, langkah mayatnya duluuuuu...." KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
| |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 11 Aug 2013 01:06 PM PDT |
Addin Posted: 11 Aug 2013 11:28 AM PDT Zahid Hamidi Buat Onar Lagi Posted: 11 Aug 2013 06:45 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.
"Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam.
Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?"Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
"Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri," katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
The Malaysian Insider melaporkan pada hari raya pertama empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal di Chemor, Perak.Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam apabila dua suspek bermotosikal dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 266,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan."Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam.
Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?"Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
"Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri," katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
The Malaysian Insider melaporkan pada hari raya pertama empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal di Chemor, Perak.Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam apabila dua suspek bermotosikal dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.
Sementara itu, di Pulau Pinang pada jam 11.30 pagi, seorang lelaki ditembak sekurang-kurangnya 10 das tembakan oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson. Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.Sehari sebelum Hari Raya, seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.
Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu.Kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil. ~the malaysian insider
Iklan C (ii) | PAS Kelantan Bidas Prof. Agus Posted: 10 Aug 2013 08:47 PM PDT "Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) mengulas mengenai dakwaan Prof Dr Agus Yusof menyatakan kerajaan negeri tidak melakukan perubahan selepas Pilihan Raya 13 lalu.
Beliau yang membidas kenyataan Prof Dr Agus itu menyifatkan andaian yang dibuat itu hanya ditafsirkan secara semborono dan rambang. Tambah beliau sekiranya benar kerajaan negeri kering idea untuk melaksanakan perubahan bagi rakyatnya maka tidak wujudlah pengumuman Menteri Besar yang akan melaksanakan pembinaan rumah mampu milik pada bulan Mei lalu.
Menurut beliau kerajaan negeri berusaha menyiapkan rumah mampu milik ini dalam tempoh lima tahun sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PRU 13 PAS Kelantan.
"Malah baru-baru ini kerajaan negeri juga melaksanakan dasar mesra keluarga untuk menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dekat dengan ahli keluarga mereka jadi adakah dia terlepas pandang perkara begini, "katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau memberitahu projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium itu juga tidak harus dijadikan isu kerana pihak kerajaan negeri kini dalam proses memperhalusi projek tersebut.
Jelas beliau mengenai projek Lebuh Raya Rakyat itu, yang hendak diteliti sekarang ialah dari segi teknikal kerana Kerajaan Pusat juga mengistiharkan akan turut bersama bagi projek tersebut.
"Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah tuduh sebarangan," tegas beliau.
The Malaysian Insider hari ini ada menyiarkan rencana Prof Dr Agus yang mendakwa tiada keghairahan baru dalam politik Kelantan.Prof Dr Agus mempersoalkan selepas 100 hari menerajui Kelantan selepas PRU lalu tiada sebarang perubahan dilakukan kerajaan negeri cuma meneruskan dasar lama sahaja.
Malah beliau turut mempersoalkan status projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium yang dikatakan sehingga sekarang masih belum menunjukkan perkembangan pembinaannya.
Bagaimanapun melalui tulisan itu beliau tidak menafikan terdapat perubahan dari segi pengurusan kerajaan tempatan."Saya melihat pengurusan kerajaan tempatan, khususnya kebersihan bandar dan hubungan keajaan pusat-negeri adalah lebih baik dari sebelum ini.
"Semoga hubungan tidak lagi tegang dan kerajaan pusat-negeri boleh saling bekerjasama dengan menghormati prinsip persekutuan," kata beliau. ~tha malaysian insider
Iklan C (ii) | |
"BERANI KERANA BENAR!" Posted: 11 Aug 2013 11:07 AM PDT Raikan Aidilfitri dengan ikhlas bermaafan Posted: 11 Aug 2013 01:11 AM PDT Ziarah di pada Syawal adalah suatu kelaziman bagi masyarakat Islam di Malaysia. Ia tradisi yang yang uni k dan berjalan kadang-kadang lebih sebulan lamanya. Konsep ziarah untuk maksud silaturahim dan mahabbah adalah dianjurkan oleh Islam. Saudara berjauhan, sahabat handai yang sekian lama tidak dikunjungi, kenalan taulan yang sudah lama tidak berhubung akan berasa gembira ziarah itu. Apalagi kalau ziarah itu membawa ole-ole tanda ingatan seadanya akan menyebabkan ziarah itu lebih bermakna. Lebih-lebih lagi dorongan ziarah itu untuk bermaafan kerana kesilapan lalu, ketelanjuran pekerti yang ditunjukkan, kekasaran bahasa yang terucap dan dendam kerana perbezaan fahaman. Apa maknanya kita umat Islam sekiranya hati kita masih keras dan degil untuk saling memohon kemaafan dan menerima kemaafan. Apa makna kita berpuasa sepanjang Ramadan, sedangkan kita gagal mengekang nafsu amarah, jiwa bengis, prasangka melulu terhadap orang lain, tiada perasaan kasih sayang sesama Islam, sering hilang pertimbangan kerana perbezaan fahaman dan pendapat dan lebih rela bermusuh dan tidak bertegur sapa walaupun sesama anggota keluarga. Persaudaraan sebenar bermula dalam keluarga. Kalau sesama anggota keluarga perseteruan dan permusuhan terus terjadi kaedah agama yang mana satu membenarkan ini berlaku. Manusia tidak sempurna Manusia tidak sempurna. Orang lain juga ada silap salahnya seperti kita juga. Islam mengajar umatnya berjiwa besar. Seperti hebatnya Rasulullah SAW seorang yang hebat pemaafnya. Apalah kita manusia kerdil yang keras hati dan kuat dendam kesumatnya sehingga berasakan diri tidak bersalah dan salah itu hanya pada orang lain. Kesilapan dan dosa kita kepada Allah SWT boleh mohon diampun terus daripada-Nya. Silap dan dosa kita sesama manusia bagaimana. Ia memerlukan ziarah dan pertemuan, lafaz dan pelukan dan paling tidak dengan alat komunikasi supaya terucap kata-kata keramat itu iaitu kemaafan. Kalau tidak dosa yang ditanggung oleh kita dan dosa yang ditanggung oleh orang lain akan dibawa ke kubur. Rumah terbuka yang kita hadiri dan ziarah yang kita lakukan harus datang daripada hati yang ikhlas. Saudara mara di kampung yang lama tidak dikunjungi akan berasa amat bahagia sekiranya kunjungan ke teratak mereka terjadi. Sahabat taulan yang terlantar kerana uzur dan tua akan berlinangan air mata menerima ziarah kita di samping sedikit pemberian untuk mereka. Paling tidak kesunyian dan kesepian yang dialami sekian lama mati sejenak dengan ziarah yang bermakna. Bayangkan seorang ibu yang kematian suami tinggal seorang diri tidak diziarahi oleh anaknya yang merantau tertunggu-tunggu kalau-kalau hari raya yang mulia dia dikunjungi oleh anak-anak. Bayangkan anak yatim yang sudah ketiadaan ibu bapa yang tersayang berasa amat hiba kerana saudara mara yang ada tidak menziarahi mereka. Bayangkan juga orang tua di rumah perlindungan akan berasa lebih terharu kerana mempunyai anak-anak yang sudah senang tetapi tidak mempedulikan ibu ayahnya. Mereka adalah orang yang tidak bernasib yang perlu kita ziarah. Harus ada keinsafan Hanya kita harus ingat suatu perkara. Kita juga akan tua seperti mereka. Kita belum tahu nasib kita bagaimana. Apa yang berlaku kepada orang tua kita terbiar dalam kesunyian dan kesepian boleh berlaku kepada kita suatu hari nanti. Apa yang berlaku kepada anak-anak yatim boleh berlaku kepada kita juga. Harus ada keinsafan yang tinggi dan rasa yang tulus ikhlas bahawa semua kita akan kembali bertemu dengan Allah. Harta yang banyak di dunia akan tinggal. Pangkat dan darjat tidak dibawa pergi. Hadis Rasulullah SAW memberikan tiga asas hubungan antara yang pergi dengan yang tinggal. Pertama, amal jariah yang kita lakukan sepanjang hidup kita. Kedua, ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan dan ketiga ialah anak yang solih dan mendoakan kedua ibu bapanya. Melupai ibu dan ayah ketika hidupnya, tidak dipanjangkan rezeki kepada mereka walaupun kita mampu, menghina orang miskin dan daif tanpa mengambil tahu kehidupan mereka, berlagak sombong dengan harta kekayaan dan pangkat yang ada bukanlah gambaran anak yang soleh, sebaliknya pekerti anak yang toleh. Aidilfitri yang membawa makna hari kemenangan menuntut ziarah supaya keikhlasan ziarah menjadikan kita ini sedang kembali kepada fitrah. Lucutkan jiwa haiwani supaya menjadi lebih manusiawi dengan kembali semula kepada fitrah diri dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan yang penuh simpati. dan sentiasa berasakan bahawa orang lain adalah manusia juga yang mempunyai perasaan untuk dikunjungi dan diziarahi supaya kita terbimbing ke jalan yang dirahmati Allah bukan sebaliknya. Penulis ialah Sidek Baba Profesor Pendidikan di UIAM | Aidilfitri uji ketakwaan Muslim Posted: 11 Aug 2013 01:06 AM PDT Oleh AHMAD BAEI AHMAD SETELAH kita berhempas pulas bermujahadah menahan nafsu sepanjang bula n Ramadan, kini sampai masanya kita bersuka ria menyambut hari kemenangan yang dinamakan Aidilfitri. Tarikh 1 Syawal tetap menjegah kita tanpa gagal sama ada kita berpuasa atau pun tidak. Namun Aidilfitri datang secara khusus untuk meraikan umat Islam melakukan puasa sepenuhnya. Walau bagaimanapun mereka tidak melakukan puasa sepenuhnya termasuk kanak-kanak boleh turut menyambut hari kemenangan ini, malah dalam realitinya merekalah orang yang paling gembira dengan kedatangan Syawal ini. Yalah, bagi kanak-kanak mereka akan mendapat duit raya, malah sesetengahnya mendapat beratus-ratus ringgit juga. Manakala golongan yang puasanya kurang sempurna berasa gembira kerana tekanan lapar sudah berakhir dan kini boleh membalas dendam, makan sepuasnya. Selain itu, mereka boleh berhibur semahunya. Sebaliknya mereka yang mampu berpuasa dengan sebaiknya tidak sebegitu ghairah menyambutnya. Mereka selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri akan berziarah sanak saudara. Selepas itu mereka akan menyambung puasa sunat Syawal pada 2 Syawal. Barangkali mereka inilah golongan yang akan beroleh takwa. Persoalannya di mana kedudukan anda? Siapa yang layak menyambut Sememangnya orang yang berpuasa diharapkan mencapai tahap takwa seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183; "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Jadi, bagaimana dengan puasa anda, mencapai takwa atau tidak? Sudahkah anda berpuasa dengan penuh rasa iman dan takwa? Ya, mereka yang beriman dan bertakwa berpuasa bukan sekadar tidak makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang membatal puasa, tetapi turut menjaga lidah, tangan, kaki, mata dan telinga daripada melakukan dosa kecil apatah lagi besar. Selain itu mereka yang berjaya menambah pahala sunat seperti solat sunat tarawih yang sempurna, membaca al-Quran dan memberi makan orang berbuka puasa dengan seikhlasnya berpeluang menambahkan mutu Ramadannya. Ibadah ini merupakan bonus untuk menjadikan mereka bertakwa seperti yang diharapkan Allah dalam ayat di atas. Mereka yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan segala amalan sunat dalam bulan Ramadan tentu Allah melihatnya dengan penuh rahmat. Apa tidaknya, mereka ini boleh berakhlak baik dengan manusia apatah lagi dengan Allah. Mereka juga boleh berakhlak dengan haiwan dan alam sekitar. Jika inilah hasil daripada ibadah puasanya, tidak syak lagi mereka ini adalah orang yang paling layak untuk menyambut Aidilfitri. Sejarah Rasulullah dan sahabat mencatatkan bahawa mereka menyambut hari raya secara sederhana malah mereka bersedih dengan pemergian Ramadan. Oleh sebab itu mereka akan melakukan segala amalan sunat sebaik sahaja diisytiharkan sudah masuk satu Syawal. Mereka mulakan dengan takbir dan tasbih raya. Seterusnya pada siang hari diulang lagi amalan takbir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan imam. Sebelum solat subuh mereka akan mandi sunat hari raya. Dan selepas solat subuh mereka akan makan sebagai tanda tidak berpuasa lagi. Lazimnya selepas solat Aidulfitri mereka akan melakukan amalan ziarah rumah ke rumah, bermula dengan jiran terdekat dan kemudiannya menziarahi sanak saudara terdekat. Mereka rapatkan hubungan terutama silaturrahim dalam kalangan kaum keluarga. Siapa yang dihalang menyambut Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk menyambut hari raya ini. Malah orang bukan Islam juga boleh bersama-sama orang Islam meraikannya. Oleh sebab itu tidak salahlah orang yang gagal berpuasa sebagaimana yang sewajarnya, menyambut hari raya seperti orang lain. Hal ini kerana mereka adalah golongan yang berpuasa kategori orang awam. Tetapi lazimnya kita dapati mereka ini menyambut hari raya bak kata ibarat "lebih sudu dari kuah". Sambutan mereka lebih hebat daripada orang yang layak dalam kalangan golongan khawas dan khususul khawas. Mereka menyambut secara melampau dalam berhibur. Malah hiburan adalah keutamaan mereka, sedangkan amalan ziarah sudah dikesampingkan. Sepatutnya mereka dalam kategori awam ini menyambut Syawal sebagai meraikan golongan yang berjaya termasuk kanak-kanak. Mereka sepatutnya bertemu orang yang berjaya dan mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan. Tetapi bagaimana kita hendak kenal mereka yang berjaya kerana lazimnya orang yang berjaya pun tidak mahu mengaku berjaya. Maka atas semangat itu Islam menganjurkan amalan menyambut Syawal dengan mengucapkan tahniah dan doa kepada orang yang kita temui. Dengan saling mengucap tahniah yang sekali gus berdoa akan kejayaan orang lain, diharapkan kita semua beroleh kejayaan. Kalaupun tidak sampai ke tahap takwa, setidak-tidaknya kita menjadi orang yang reda dengan keputusan Allah. Pada masa yang sama, kita digalakkan bersedekah kepada anak-anak semoga dengan sumbangan ikhlas itu Allah ampun dosa kita dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Kita tidak tahu sejauh mana amalan kita diterima Allah, tetapi kalau kanak-kanak yang suci hati turut mendoakan kita tentu sedikit sebanyak ada penambahan kebaikan untuk kita. Amalan sunnah Kebanyakan umat Islam di sini telah melakukan atur cara di atas tetapi sejauh mana mereka dapat melakukannya sebagai yang dianjurkan oleh Islam. Berapa ramai umat Islam yang bangun melakukan mandi sunat Aidilfitri? Wanita yang uzur juga tidak harus ketinggalan untuk melakukan mandi sunat. Kalau begitu semua umat Islam patut melakukannya tanpa gagal. Begitu juga dengan amalan berkunjung ke tempat solat Aidilfitri, wanita yang uzur masih ada tempat dan ruang untuk sama-sama mendengar khutbah raya. Kalau semua umat Islam datang lebih awal untuk mengambil tempat yang sesuai tentulah besar ganjaran untuk mereka. Wanita uzur walaupun tidak boleh solat mereka boleh duduk di tempat khas di luar masjid untuk sama-sama mendengar khutbah hari raya. Tetapi saya tidak pasti, berapa buah masjidkah yang menyediakan tempat khas untuk wanita uzur? Atau adakah wanita uzur sendiri tidak berminat untuk mendengar khutbah, lalu tempat mereka tidak disediakan? Realitinya wanita yang uzur lebih selesa berada di dalam rumah semasa orang lain bersolat hari raya. Alangkah ruginya mereka kerana tidak mendapat nasihat yang baik pada pagi hari raya. Sebenarnya solat sunat hari raya dan khutbahnya amat besar faedahnya. Selain solat berjemaah itu mendapat pahala berlipat kali ganda, dapat pula umat Islam berkenal mesra antara satu sama lain. Ya, kadang-kadang jiran rumah pun kita tidak berpeluang bercakap, maka pada hari ini kita berpeluang berbual sambil mengucap tahniah atas kejayaan menjalankan ibadah puasa. Namun tidak dinafikan, ada umat Islam yang walaupun berkumpul ramai-ramai, mereka tidak mahu mengambil perluang berkenalan dengan rakan solat di sebelahnya. Adakah mereka malu untuk berkenalan atau mereka sombong kerana menilai orang tidak layak berkenalan dengannya. Kalau itu yang difikirkan bagaimana kita boleh berjaya dalam menempuh ujian Allah. Boleh jadi inilah tanda awal kita gagal melaksanakan ibadah puasa. Sebaiknya sewaktu bersalaman kita memperlawa mereka ke rumah anda. Inilah amalan orang soleh sejak zaman berzaman. Mereka akan berziarah jiran terdekat selain sanak saudara dengan saling mengucap tahniah kerana berjaya memenuhi ibadah puasa. Cuma dalam amalan masyarakat Melayu, kita sering ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" kepada orang yang kita temui. Semoga ucapan itu dinilai sebagai doa juga. Bagi menambah baik ucapan itu bolehlah juga kita susuli dengan ucapan;"tahniah anda berjaya beroleh takwa, tahniah anda berjaya melaksanakan puasa dengan sempurna" dan yang seumpamanya. Bagi masyarakat Arab mereka sering ucapkan ucapan yang bermaksud, "Semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik." Sebenarnya pada zaman Rasulullah ada satu ucapan yang turut dipakai, ini berdasarkan sebuah hadis daripada Wasilah bin al-Asqa' katanya, "Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya lalu aku berkata: تَÙ‚َبَّÙ„َ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ maka baginda berkata: ya تَÙ‚َبَّÙ„َ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ maksudnya: "Semoga Allah terima amalan daripada kami dan kamu juga." Amalan yang diucapkan oleh sahabat ini untuk Rasulullah adalah untuk menunjukkan adab memberi ucapan tahniah. Selain itu apabila baginda membalas dengan ucapan yang sama menunjukkan ucapan itu boleh digunakan oleh umat Islam. Berdasarkan itu ucapan sebegini masih releven diucapkan sewaktu kita berziarah ke rumah orang yang kita hormati juga kawan-kawan yang kita sayangi. Semoga amalan ini juga boleh dijadikan hiburan buat kita sepanjang berhari raya. http://baei.blogspot.com | Falsafah Aidilfitri perlu dihayati Posted: 11 Aug 2013 01:05 AM PDT OLEH WAN MARZUKI WAN RAMLI SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa tersebut. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu. Lalu Rasulullah SAW telah menyatakan kepada masyarakat Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang diraikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau disebut Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya. Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ini dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan esok adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani daripada Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Kiamat." Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhuwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih atau melampaui batas dalam menyambut apa sahaja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih-muih yang terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, telah datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki tersebut pun berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudiannya bertanya beberapa sahabat yang lain, agar sesiapa yang mempunyai baju yang baru dapat kiranya diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa sahaja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru untuk dipakai pada hari tersebut. Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa sahaja kepada orang-orang yang tidak berupaya. lWAN MARZUKI WAN RAMLI ialah Guru Pendidikan Islam di SK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas, Kelantan. | |
BRIGED MP SEGAMBUT Posted: 11 Aug 2013 09:30 AM PDT MALAM NI JANGAN LUPA TENGOK LANGIT:TENGOK CAMNE ALLAH BALING SYETAN Posted: 11 Aug 2013 07:30 AM PDT Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi."Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama, 11 Ogos 2013. | ANWAR TAK MENANG JUGA WALAU NAJIB DAN KUAN YEW TIDAK BENAR DALAM PANDANGAN TERKININYA? Posted: 11 Aug 2013 02:04 AM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemikiran Lee Kuan Yew berhubung politik berteraskan kaum dalam buku terbaru bekas perdana menteri Singapura itu, 'One Man's View of the World' merupakan pandangan "lapuk". Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula tidak menunjukkan keupayaan untuk melakukan pembaharuan ke atas Umno, kata Anwar lagi ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung politik Malaysia.
Anwar berkata, beliau melihat bahawa Lee kurang kefahaman dari segi politik berasaskan kaum dan Najib pula kurang keazaman untuk memahami sentimen rakyat Malaysia.
"Pandangan Kuan Yew sangat mewakili generasi Mahathir – ia agak lapuk. Beliau selalu melihat kepada dikotomi di antara hak dan kaum, hitam dan putih," kata Anwar.
"Sebagai contoh, beliau bercakap mengenai dasar berasaskan kaum, tetapi mempunyai sedikit pemahaman ke atas wacana yang telah berlaku sejak sedekad lalu," katanya.
Pemimpin PKR itu merujuk kepada kenyataan Lee bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia tidak memberi keuntungan kepada Malaysia.
Lee juga berkata dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.
Anwar berkata beliau melihat Lee masih terperangkap dalam zaman ketika bekas MP pembangkang tersebut menentang kerajaan Perikatan, atau ketika ketegangan politik timbul di antara Malaysia dan Singapura.
Katanya, pemikiran Lee itu "tidak relevan dalam konteks masa sekarang".
Anwar berkata, Najib pula menunjukkan bahawa perdana menteri itu "tidak mampu" membawa perubahan yang berkesan.
Najib juga memikirkan bahawa perubahan tersebut hanya akan berlaku selepas beberapa "generasi".
Najib pada minggu lalu bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'The Awakening" bahawa sukar bagi Umno untuk berubah.
Katanya, Najib nampaknya tidak sedar bahawa Malaysia telahpun merdeka sejak lebih satu abad. | |
Fakulti Siyasah Syar'iyah Posted: 11 Aug 2013 09:24 AM PDT |
Anak Sungai Derhaka Posted: 11 Aug 2013 09:05 AM PDT Video rompakan disiang hari di Johor tersebar!! Saksikan!.. err.. Zahid Hamidi nak salahkan Pakatan juga ke? Posted: 11 Aug 2013 04:46 AM PDT Sebelum korang saksikan video ropakan disiang hari ditepi jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang ini, baca dulu apa kata Zahid Hamidi mengenai jenayah yang jelas meningkat kebelakangan ini.. Seperti kebanyakkan pencacai-pencacai UMNO yang mempersalahkan Pakatan Rakyat berikutan dengan kes tembak yang berleluasa kini, Zahid Hamidi juga bertindak demikian. Menurutnya kini terdapat kira-kira kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 hasil desakan Pakatan Rakyat.. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang. Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan. "Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang? "Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan. "Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri," katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
Dalam hal pemansuhan Akta Ordinan Darurat biarpun ianya menurut Zahid adalah hasil desakan Pakatan Rakyat, namun apa yang kita perlu tahu bahawa Najib telah menafikan pemansuhan akta ini diciplaknya dari agenda Pakatan Rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat. Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan." "Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka." Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu. Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya. Malah, kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri ~ Malaysiakini Kini apabila jenayah berleluasa Zahid Hamidi tiba-tiba meletakkan puncanya kepada Pakatan Rakyat pula, sedangkan Najib telah bermati-matian mendakwa itu adalah idea beliau bukannya idea Pakatan Rakyat.. Siapa agaknya yang menasihatkan Zahid untuk menyalahkan Pakatan Rakyat pula dalam hal ini.. Bangang sungguh dia.. Berikut adalah video yang memaparkan rompakan yang berlaku disiang hari ditepi sebuah jalan yang sibuk dikatakan telah berlaku di Johor.. | Anwar Ibrahim dah 66 tahun semalam.. Posted: 10 Aug 2013 08:42 PM PDT Bertempat di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan diperkarangan rumah Pak Ya, Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti semalam 10 Ogos satu majlis serba ringkas menyambut ulangtahun ke 66 DS Anwar Ibrahim telah diadakan. Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang. Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat. Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Dan pada 5 Mei 2013 beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr. Mazlan Ismail dan dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang, Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Keadilan, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Seberang Jaya, Dr, Afif Bahardin dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin serta ADUN Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man. Majlis tersebut diuruskan oleh Wanita Cabang Permatang Pauh, tiga biji kek dengan lambang PKR, PAS dan DAP telah disediakan. KeAdilan cabang Permatang Pauh mengucapkan.. Selamat menyambut hari lahir, semoga dipermudahkan Allah dalam menempuhi perjalanan hidup ini dan berjaya membawa keadilan untuk semua rakyat Malaysia akhirnya... Lagi gambar-gambar sekitar majlis sila lihat di ( SINI ) | |
Kelab Greenboc Posted: 11 Aug 2013 01:33 AM PDT Kuan Yew Khuatir Pakatan Rakyat Jadi Inspirasi Pembangkang Di Singapura Posted: 11 Aug 2013 01:01 AM PDT Petikan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew mengenai Pakatan Rakyat dalam bukunya menunjukkan isyarat bahawa pakatan pembangkang menjadi inspirasi kepada parti-parti pembangkang di republik itu, kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. "Ia adalah satu isyarat berjaga-jaga kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) bahawa pembangkangnya sedang memerhatikan Indonesia dan Malaysia sebagai model untuk semangat demokrasi yang lebih rancak.
"Lee nampaknya membuat satu langkah berjaga-jaga di sini dengan memberikan ulasan negatif mengenai Pakatan. Beliau cuba menunjukkan bahawa mana-mana pakatan yang serupa di Singapura hanya akan dijenamakan sebagai negatif," katanya.
Dalam buku terbarunya 'One Man's View of the World', Lee melabelkan pembangkang di Malaysia sebagai "kumpulan oportunis 'ad-hoc' yang tidak ditubuhkan secara bersama-sama, dengan idea koheren yang samar-samar tetapi oleh keinginan yang sama untuk menjatuhkan kerajaan".
Rafizi berkata komen Lee itu mungkin bertujuan untuk "melakukan satu kebaikan" untuk Umno dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Mereka berkongsi matlamat yang sama dengan Lee dan PAP, iaitu untuk mempertahankan kedaulatan politik lama mereka di negara-negara masing-masing.
"Oleh itu, saya tidak terkejut Lee bimbang walaupun mempunyai had di Malaysia, yang mana ia sama dengan mereka di Singapura, Pakatan mampu menunjukkan kemajuan mendadak," katanya.
Parti pemerintah Singapura, PAP kehilangan dua kerusi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini di tengah-tengah rasa tidak puas hati yang semakin meningkat ke atas kos perumahan, kos hidup yang tinggi dan imigresen.
Parti itu juga mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya umum 2011, di mana enam anggota pembangkang telah dipilih ke Parlimen.
Kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kecil bagi daerah Punggol East Januari lepas meningkatkan wakil pembangkang kepada tujuh kerusi di Parlimen.
"PAP telah lama dapat 'membahagi dan memerintah' kumpulan pembangkang, tetapi kini kumpulan-kumpulan ini akan mengambil pengajaran dari Malaysia untuk membentuk pakatan mereka sendiri," kata Rafizi.
Ahli Parlimen Pandan ini berkata Lee telah "terkeluar daripada sentuhan" dengan senario politik tempatan, dan berkata Pakatan telah terikat dengan Perlembagaan.
"Lee juga telah memilih untuk mengabaikan Pakatan yang telah memerintah dua negeri yang paling mempunyai pelbagai kaum di Malaysia - Pulau Pinang dan Selangor - dan telah dipilih semula dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya umum lepas.
"Ini menunjukkan kita mempunyai sokongan daripada orang ramai sebagai satu gabungan yang boleh digunakan dan mengatakan bahawa kita adalah sebuah kumpulan 'ad-hoc' yang menunjukkan Lee terkeluar dan tidak selari dengan orang ramai di sini," katanya. | Buku 'Awakening' Pak Lah Ditangguh Pelancarannya Disebabkan Pempolitikan Posted: 10 Aug 2013 11:20 PM PDT Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin. James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan. "Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama. James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.
Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.
"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.
James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.
Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.
"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya. -mstar | [IKTIBAR] 'Saya Macam Kena Pukau' Posted: 10 Aug 2013 08:31 PM PDT Parit Buntar - Perayaan Aidilfitri pada tahun ini begitu bermakna buat keluarga Ahmad Awang, 75, setelah anak perempuannya yang dilaporkan hilang hampir sebulan akibat mengikut kenalan laman sosial baru-baru ini, kembali ke pangkuan keluarga. Lebih mengejutkan, remaja berkenaan, Siti Sakira Ahmad,18, mendakwa tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dibuat atas sebab dipukau.
Menurutnya, dia hanya menyedari keluarganya mencari dirinya setelah terbaca laporan media mengenai kehilangannya sebelum ini.
"Setelah terbaca berita disiarkan dalam media, saya lantas menghubungi keluarga yang sudah mencari saya semenjak hilang pada 8 Julai lalu bagi memaklumkan di mana lokasi saya berada.
"Alhamdulillah kini saya sudah pun pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka," katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Parit Abas, baru-baru ini.
Siti Sakira berkata, sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook.
Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, Siti Sakira mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit.
"Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga.
"Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta," katanya.
Siti Sakira berkata, setelah menetap di sebuah rumah, dia seterusnya dihantar lelaki berkenaan ke rumah keluarganya sebelum dijaga oleh ibu lelaki terbabit tanpa mengetahui dia sebenarnya sedang dilarikan lelaki itu.
Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit hanya menyedari Siti Sakira sebenarnya dilarikan anaknya setelah berita kehilangannya disiarkan media dan segera memaklumkan kepadanya untuk melaporkan lokasi mereka kepada keluarga.
Sementara itu, ibu Siti Sakira, Salmah Sejan, 47, ketika ditemui berasa syukur dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya.
"Saya sungguh gembira dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya Aidilfitri kali ini paling bermakna.
"Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan dan ianya diharap memberi pengajaran kepada semua remaja lain," katanya. -SH
LAPORAN SEBELUM INI
Remaja hilang selepas kerja
Belum sempat sepasang ibu bapa meraikan hari pertama anak perempuan mereka bekerja, remaja berkenaan tidak pulang ke rumah kerana dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali melalui lama sosial.
Siti Sakira Ahmad, 18 dipercayai hilang pada 8 Julai lalu, iaitu pada hari pertama dia mula bekerja di sebuah kilang di sini.
Bapanya, Ahmad Awang, 75 memaklumkan, sejak hari itu tiada sebarang berita mengenai Siti Sakira diterima oleh keluarganya sehingga ke hari ini.
Menurutnya, Siti Sakira merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik dan pada hari kejadian, dia tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam, manakala usaha untuk menghubunginya gagal kerana telefon bimbitnya ditutup.
"Kerana bimbangkan keselamatannya, saya pergi ke rumah salah seorang rakan sekerja Siti Sakira dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anak saya telah keluar dari kilang lebih awal.
"Rakan sekerja Siti Sakira turut memaklumkan bahawa dia (Siti Sakira) telah dijemput oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya ke suatu tempat tidak diketahui," katantya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Kurau, kelmarin.
Sementara itu kakak mangsa, Norizan Ahmad, 22 memaklumkan bahawa dia serta ibunya telah cuba menghubungi Siti Sakira setiap hari, namun telefon bimbitnya sentiasa tertutup.
Menurutnya, usaha tanpa jemu menghubungi Siti Sakirah akhirnya berhasil apabila adiknya membalas panggilan telefon beberapa hari selepas itu.
"Adik maklumkan dia kini berada di Tanjun Bungah, Pulau Pinang dan meminta kami masukkan wang ke dalam akaun banknya untuk membolehkan dia pulang ke rumah.
"Tetapi bila saya cadangkan untuk ambil dia di sana, dia beri pelbagai alasan sebelum talian telefonnya terputus," katanya.
Norizan berkata, sejak dari itu Siti Sakira terus mendiamkan diri sehinggalah tiga hari lalu apabila adiknya itu menghubunginya menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali.
Menurutn Norizan, daripada perbualan itu, Siti Sakira memaklumkan bahawa dia telah berada di Perlis dan talian telefon terputus secara tiba-tiba.
"Saya segera hubungi semula nombor telefon berkenaan dan ia dijawab oelh seroang lelaki. Apabila saya tanya tentang Siti Sakira, tiba-tiba lelaku itu tengking saya dan mengatakan dia tidak kenal Siti Sakira lalu meletakkan telefon.
"Kerana peristiwa itu saya bimbang adik saya mungkin sedang disembunyikan seseorang untuk tujuan tidak baik. Mungkin juga dipaksa melakukan sesuatu oleh lelaki itu. Kami buat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau kerana keluarga kami bimbangkan keselamatan adik.
"Saya minta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lokasi terkini adik saya berada untuk menghubungi talian 012-523 4872 untuk menyalurkan maklumat itu kepada kami," rayunya. -SH
| Lajnah Ulama Saudi Kutuk Penggulingan Mursi Posted: 10 Aug 2013 04:51 PM PDT Lajnah Ulama Arab Saudi secara rasmi mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mengecam kudeta tentera yang menggulingkan presiden Mesir Muhammad Mursi. Kenyataan yang ditandatangani 56 orang para ulama tersebut menyatakan, tindakan tentera yang dipimpin Panglima Militer Abdul Fattah Al Sisi merupakan tindakan jenayah yang telah melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
"Yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fattah Al-Sisi itu jelas merupakan satu pelanggaran ke atas kehendak rakyat yang telah dizahirkan di dalam pilihanraya," bunyi kenyatan para ulama tersebut, seperti disiar dari Middle East Monitor, pada Sabtu (10/8).
Menurutnya, Presiden Mursi merupakan presiden sah yang dipilih melalui pilihanraya. Penggulingannya merupakan pencabulan terhadap demokrasi dan melukai hati rakyat Mesir.
Kenyataan para ulama tersebut mendesak Pemerintahan Mesir sementara ketika ini untuk menyelenggarakan dialog bersama pihak pro Mursi. Kekerasan bukanlah jalan yang dapat memberikan penyelsaian, melainkan akan terus membawa negri Piramid itu ke kancah kehancuran politik dan ekonomi.
Lajnah Ulama Saudi itu juga mengutuk pertumpahan darah yang telah terjadi. Tercatat, sejak penggulingan Mursi pada 3 Julai 2013 lalu, lebih dari 250 orang terbunuh dalam aksi demontrasi aman. | Anggota Tentera Pula Cedera Kena Tembak Di Sempadan M’sia-Thai Posted: 10 Aug 2013 03:45 AM PDT .Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya, kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika anggota tentera yang berusia 26 tahun itu selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan. Sementara itu, berdasarkan laporan yang diterima polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak.
Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran.
Mangsa yang selesai membaiki pagar itu kemudian berjalan menuju ke motosikal sebelum kedengaran bunyi letupan tembakan yang mengenai mangsa.
Mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang.
Rakan setugas mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan. – Bernama | |
MIMPI SENJA Posted: 10 Aug 2013 11:30 PM PDT Melacurkan kanak-kanak 13 tahun - Penjual burger dicari polis Posted: 10 Aug 2013 10:47 AM PDT - Gunarajan menunjukkan gambar suspek yang diburu pada sidang media, semalam.
BUKIT BERUANG - Polis sedang memburu seorang lelaki penjual burger bagi membantu siasatan kes anti pemerdagangan orang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, suspek, Mohd Khairul Azli Isohod, 26, yang juga seorang penagih dadah sebelum ini dipercayai telah menjadikan mangsa sebagai pelacur.
Menurutnya, mangsa dijadikan bahan eksploitasi seks sembilan lelaki berusia 37 tahun itu bagi menanggung dirinya membeli dadah sejak Jun tahun lalu hingga 19 Julai 2013.
"Setiap kali dilacur di hotel murah sekitar Melaka, mangsa hanya mendapat RM20 dan bakinya akan digunakan untuk membeli dadah.
"Bagaimanapun, polis giat mengesan suspek bagi kes ini selain dia gagal hadir untuk perbicaraan kes rogol pada 24 Jun lalu juga membabitkan mangsa sama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini, semalam.
Difahamkan suspek adalah teman lelaki mangsa, beralamat terakhir di No 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai telah melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.
Bagi kes rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, suspek ditangkap 5 Disember 2012 di Ampang selepas melarikan diri bagi kes berkenaan.
Ketika ditangkap, suspek bekerja menjual burger di Ampang dan mangsa kini mendapat perlindungan di Sekolah Tunas Bakti Lereh.
Sementara itu, menurut sumber, bapa mangsa bertindak menyelamatkan mangsa yang dikurung di sebuah rumah di Bandaraya Melaka lewat bulan lalu.
Sebarang maklumat bagi membantu siasatan boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Komisioner R Kumares di talian 019-6215585 dan IbuPejabat Polis Daerah Melaka Tengah 06-2842222. | |
RAKYAT MARHAEN Posted: 10 Aug 2013 09:22 PM PDT Pulak Dah: Polis kurang antara punca kes jenayah meningkat - Zahid...!!! Posted: 10 Aug 2013 09:22 PM PDT Kekurangan jumlah anggota polis selain dari aset dan peralatan yang tidak mencukupi antara punca peningkatan jenayah berat yang tidak terkawal dinegara ini demikian menurut Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi. Memetik dalam wawancara bersama Menteri itu dari akhbar Utusan hari ini , Zahid berkata sejak kerajaan memansuhkan Akta Ordinan EO dan Akta Kediaman Terhad masih belum ada sebarang langkah yang dilakukan bagi menampung kekurangan yang dihadapi polis. "Pertamanya ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan," kata Zahid seperti yang dipetik dalam Utusan. Tambah beliau selain dari faktor kekurangan peralatan dan jumlah anggota polis yang terhad kebanyakkan kes jenayah berlaku adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam kembali membalas dendam berikutan penghapusan EO. Malah katanya kebanyakkan penjenayah yang dilepaskan dari tahanan mempunyai pengikut tegar kerana mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia PDRM daripada 2,600 orang yang dilepaskan mereka ini mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan. Read More / Baca Lagi >> | TGHA: KHUTBAH EIDULFITRI 1434H Posted: 10 Aug 2013 07:48 PM PDT | Teresa Kok: A one-woman Malaysian Book of Records Posted: 10 Aug 2013 07:46 PM PDT A depiction of Teresa Kok in various martial arts stance from a calendar printed by a DAP supporter. August 11, 2013.The 49-year-old in the gold blouse and brown slacks leans forward, pushes her gold-rimmed glasses up her nose and quotes an old Chinese saying by way of response to her many, many critics in the crushing bloodsport that is Malaysian politics. It's like "refrying fried rice", says Seputeh member of parliament Teresa Kok. "It's like they have a script and once they're done, they start at the beginning again." What she has had to live through for her political beliefs all of Malaysia knows, from detention without trial to Molotov cocktails thrown into her family home (her parents and siblings were there, but thankfully no one was hurt). Not at all what a younger Teresa expected when the eldest of four children was in her mid-20s. She really had no interest in politics then and so, yes, no enemies either. She learnt of the Democratic Action Party (DAP) only when she helped out in the 1990 general election as political secretary to Lim Kit Siang. But nearly a quarter of a century later, here she is with the biggest majority in votes in the 13th general election in May this year. In fact, the way her majority climbed with every election itself tells a story. Starting in 1999, her majority in Seputeh was first 5,200, then 12,895 – the largest winning margin among any of the MPs from her party in 2004. Four years later, it was 36,492, becoming the largest majority for any MP. This year, it was a whopping 51,552. If your salary climbed the way Teresa Kok's popularity climbs, your company could go bust. Read More / Baca Lagi >> | Mahathir ada cara tersendiri bidas Pak Lah, kata Awang Selamat Posted: 10 Aug 2013 07:42 PM PDT Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Awang Selamat melalui terbitan Mingguan Malaysia mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bekas Perdana Menteri itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan caranya tersendiri yang dijangka sinis dan lebih berbisa. Katanya, harapan untuk melihat Abdullah dan Dr Mahathir berbaik semula menjelang Aidilfitri ini tidak kesampaian kerana agenda bangsa dan agama memerlukan permuafakatan pemimpinnya. "Awang mendoakan perdebatan yang lebih sihat bakal berlaku dan tidak membawa kemudaratan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," tulis beliau hari ini. Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah dalam buku memaparkan detik-detik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" menjelaskan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan jatuh muflis. Katanya, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain sebagai contoh, beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit namun cadangan itu ditolak kerana katanya, kerajaan perlu terus berbelanja. Beliau menjelaskan Dr Mahathir mengamuk apabila beberapa projek mega seperti landasan berkembar terpaksa ditangguhkan kerana merasakan itu adalah projek angkatnya. Read More / Baca Lagi >> | Jasbir: Perancang perolehan Scorpene kata beliau bukan broker..?? Posted: 10 Aug 2013 07:41 PM PDT Anugerah kontrak Scorpene telah dibuat secara telus kepada pihak yang paling layak dari segi teknikal pada harga komersial paling kompetitif berpandukan asas rundingan, menurut perancang perolehan kapal selam. Jasbir Singh Chahl juga menegaskan kontrak antara Kerajaan Malaysia dan Perimekar Sdn Bhd bagi nilai bersamaan 115 juta Euro adalah untuk skop tugas terperinci, dan penyediaan perkhidmatan seumpama itu adalah mengikut norma-norma komersial. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bayaran itu dibuat di bawah Perjanjian Pembekal Perkhidmatan dan perjanjian berkaitan lain mengikut garis panduan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). "Oleh itu, saya berpendapat fakta-fakta dan data yang ada dan tidak dapat dipertikaikan di khalayak awam menyokong hujah bahawa keistimewaan tawaran teknikal dan komersial yang dibentangkan kepada Kerajaan Malaysia tidak langsung memerlukan sebarang perbuatan melobi, bagi mempengaruhi proses membuat keputusan," kata beliau. Jasbir berhujah bahawa harga yang dirundingkan adalah menarik, memandangkan keistimewaan Program Penyertaan Industri Malaysia dan Perdagangan Timbal balik dan Program Imbangan yang disyorkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan. Beliau mengambil perhatian harga sebuah kapal selam Kelas Scorpene hari ini, adalah dalam lingkungan RM6 bilion. "Kami membeli dua unit pada harga lebih murah berbanding harga satu unit sekarang," kata beliau. Malaysia membeli kapal selam itu pada kira-kira RM4.2 bilion. Jasbir menjelaskan bertentangan dengan fakta yang sengaja diputar belit dan percubaan yang melabelkan beliau sebagai 'broker' atau 'ejen komisen', realitinya ialah beliau bekerja dengan pegawai Thales di Malaysia selama beberapa tahun dalam projek berkaitan pertahanan. Katanya, beliau telah diminta oleh Thales menganalisis, menilai dan memajukan cadangan untuk membekal kapal selam bukan nuklear termoden, kepada Kerajaan Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | Aidilfitri yang tidak bermakna.... Posted: 10 Aug 2013 07:35 PM PDT Oleh Norlaila Othman "Kak, suami udah telefon tadi....menteri kata tiada pembebasan tahanan di Aidilfitri ini...." Sayu saya baca sms tersebut yang datangnya dari Pn Zoharna, seorang ibu anak lima yang suaminya telah lebih 20 bulan ditahan di bawah iSA dan dikurung di Kem Kamunting. Saya tak tahu nak tulis apa...akhirnya saya sms saja text berikut" Asm, GMI dah di masukkan RM1000 ke akaun anda, moga ianya dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri" "Walau wang beribu, tak sama dengan kehadiran seorang suami kepada isteri, kehadiran ayah kepada anak-anak terutama ketika seluruh umat Islam menyambut lebaran yang penuh makna ini...." Aduh....luluh perasaan ku membaca sms tersebut..... Menjelang Aidil fitri semalam, Pn Nashita Md Noor telah masukkan wang sumbangan orang ramai kepada 6 keluarga tahanan berjumlah RM1.5k setiap orang, dan 5 bekas tahanan bernilai purata RM400 setiap orang, seorang bekas tahanan yang sakit tenat serta dua orang mangsa akta SOSMA.Ada beberapa keluarga bekas tahanan yang di hubungi tidak dapat di kesan , mungkin telah menukar no telefon masing-masing. Read More / Baca Lagi >> | 'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO (preamble) Posted: 10 Aug 2013 07:31 PM PDT Oleh Aspan Alias Perihal 'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah m ula membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap Abdullah. Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir. Sesungguhnya kita wajar mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini dengan Abdullah Badawi sahaja. Tetapi isunya bukan siapa yang menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut. Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah). Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah 'meraja' selama 22 tahun di negara kita ini. Yang sangat menarik, Abdullah telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau dan memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Jika ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti, itu bukan hal bagi saya dan yang 'sebalok' dengan pandangan saya. Biarlah UMNO atau perwakilannya membahaskannya. Bagi saya, yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan pertelingkahan diantara Dr Mahathir dan Abdullah yang sangat serius seolah-olah dua orang pemimpin yang telah berputus arang sekarang ini. Bagaimana berpatah arang itu berlaku perlu diketahui umum kerana ia melibatkan ego dari satu pihak dan maruah bagi satu pihak yang lagi satu. Read More / Baca Lagi >> | Pro-Morsi sit-in protests continue in Cairo Posted: 10 Aug 2013 05:41 PM PDT | Anwar tells Umno to embrace Abdullah’s “wake-up” call Posted: 10 Aug 2013 06:41 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) today hoped that Tun Abdullah Badawi's revelations about Tun Dr Mahathir Mohamad and Umno would lead to a healthy debate in Umno on taboo subjects such as trophy projects as well as nurture a more questioning culture in the ruling party. "I think it is a healthy situation for Tun Dollah to articulate his views, in some ways defending his position against the incessant attacks particularly from Tun Mahathir. "So to allow him a forum, I think it would be a healthy situation to have healthy debate. This has been deferred to after the general election because they did not want it to affect party morale," Datuk Seri Anwar Ibrahim told reporters at a Hari Raya open house in Penang, the Malaysian Chronicle reported. But he also added: "But knowing Umno, I don't believe they will discuss substantive issues. It is still related to race, projects, pecuniary interests, benefits instead of substantive policy issues because Tun Dollah alluded to the failure to undertake reforms within Umno." Calling it a failure on Umno's part due to a lack of capacity to understand serious debate on policy issues, the Opposition Leader urged Umno members to engage in such issues. "Hopefully with the initiative taken by Tun Dollah, with his assessment it would encourage more vibrant debate and questioning of the relevance of a party with obsolete ideas, racism and religious bigotry." Read More / Baca Lagi >> | Horse-trading intensifies in Umno: Race still wide open, M'sians may get a NEW PM Posted: 10 Aug 2013 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR - During the 'Cold War' between the West, led by the US, against Russia and the Eastern Bloc countries, both so-called 'superpowers' had comparable military strength and arsenal to annihilate each other. Thus, no one party was willing to be the first to push the button. And even when the two enemies were at 'war', because their might against each other was balanced out, peace of a sort could still be maintained. Najib has upper hand but only for now In UMNO, the warring factions are always on the move because there is no balance, let alone 'check and balance'. At present party president Prime Minister Najib Razak has the upper hand. His enemies have tried to attack him from all the different directions and in different ways but failed to inflict critical damage. Initially, expectation was strong that Najib's biggest challenger would be the Muhyiddin-Zahid combo backed by former premier Mahathir Mohamad. Muhyiddin Yassin is of course the UMNO No. 2 as well as deputy prime minister, while Zahid Hamidi is the Home Minister and one of UMNO's 3 vice presidents. Other challengers touted for the UMNO top spot were veteran Gua Musang MP Tengku Razaleigh or Ku Li, the Abdullah Badawi-Khairy Jamaluddin faction and even a Daim Zainuddin-Mahathir-Muhyiddin team-up. So far, UMNO insiders are convinced only of Ku Li contesting the UMNO presidency. Regardless that he may get only one vote from the 145,000-odd delegates due to cast their ballots on October 5, they are sure Ku Li will still throw his hat into the ring as a matter of 'principle'. And as for former premier Badawi, despite his tell-all book, UMNO insiders say he should know the time is not ripe yet for his son-in-law Khairy to mount any challenge. In fact, Khairy is not likely to go for even a VP post unless the ongoing horse-trading turns sour and their faction is forced to field him or face a wipe-out. However, many speculate Badawi will back a proxy - perhaps former Malacca chief minister Ali Rustam - for the deputy presidency. Daim and Mahathir comeback? As for former finance minister Daim Zainuddin making a comeback, it's a long shot. There are no signs of welcome for this maverick politician from the grassroots. Chances are Daim and Mahathir would prefer to back Muhyiddin for the No. 1 spot. Muhyiddin will be their 'front-man' so to speak. Of course, they may have other choices but there is a talent vacuum in UMNO and there are few leaders with sufficient stature to vie for the top spot. Their chances would be enhanced if Zahid agreed to team up with Muhyiddin and go for the No. 2 spot. But it is clear Zahid - who went to do the Umrah in Mecca last week - is still undecided. While Zahid and Muhyiddin get on fine, it is not clear yet that Muhyiddin - even with the backing of Mahathir and Daim - can beat Najib. So why should Zahid risk so much, especially since lures are also being thrown out to him from the Najib camp to strike a pact with co-VPs Shafie Apdal and Hishammuddin Hussein to defend their existing positions. Muhyiddin more effective than 'spendthrift' Najib? Read More / Baca Lagi >> | Cek bunian... Posted: 10 Aug 2013 06:38 AM PDT Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara.
Kisah misteri oleh alang buana Pada hari Sabtu lepas, seramai 3,210 orang sudah baca kisah yang saya tulis, Bomoh Ekor. Saya terkejut kerana ramai yang membaca kisah benar itu. Ada yang mengatakan ia adalah cerita karut tetapi ia adalah pengalaman benar Ali dan Zaki. Minggu ini saya akan tulis pengalaman mereka tentang cek bunian. Biasanya kita tengok cek bank CIMB atau Maybank atau lain-lain bank komersial, tapi kali ini saya mahu ceritakan tentang cek bunian yang dikeluarkan oleh kerajaan bunian. Tentu pelik bagi kita mendengarnya. Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara. Malah mereka suka kalau anak gadis mereka dinikahkan dengan manusia kerana mereka mahu zuriat daripada manusia. Ali mengenali Haji Amin yang duduk di Senai, Johor. Haji Amin pernah disekat orang gila pada tahun 70an ketika mahu pergi ke masjid pada hari Jumaat. Orang gila itu berkata, tak payah pergi ke masjid, jom ikut saya. "Nak ke mana?" tanya Haji Amin. "Ikut sajalah. Pegang bahu saya dan pejamkan mata," kata orang gila itu. Haji Amin pegang bahu orang gila itu dan pejamkan mata. 10 minit kemudian bila Haji Amin celikkan mata, dia terkejut dia berada di Mekah. Rupa-rupanya tadi bukan orang gila yang menyekatnya. Dia adalah wali Allah yang membawa Haji Amin ke Mekah. "Kita solat di masjidil haram ini. Tunggu saya di pintu ini bila selesai solat nanti," pesan wali itu. Selesai solat Haji Amin tunggu wali di pintu yang dijanjikan. Maka mereka pulang semula ke tanah air sekelip mata. Haji Amin tidak cerita kepada kawan-kawannya tentang kejadian aneh ini. Sejak itu dia mempunyai kelebihan berubat orang sakit. Pelbagai penyakit yang boleh diubatinya termasuk penyakit gila. Sekembalinya dari Mekah, Haji Amin diberi kelebihan untuk berinteraksi dengan orang bunian. Haji Amin sering kali masuk ke perkampungan bunian yang terdapat di sebuah gunung di Pulai. "Zahid ini ada cek bunian, Zaki," kata Ali kepada Zaki ketika mereka bertemu dengan Zahid di sebuah restoran mamak di Kepong. "Berapa nilainya?" soal Zaki yang ingin tahu. Inilah kali pertama Zaki melihat cek bunian yang tiada tulisan. Tetapi bila kertas putih itu disuluh dengan lampu picit terdapat tulisan jawi yang menulis nilai wang itu. "RM5 juta," kata Zahid. "Banyaknya," kata Zaki terkejut. Read More / Baca Lagi >> | Anwar akan bawa isu isytihar harta ke mesyuarat Pakatan Posted: 10 Aug 2013 06:22 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan muktamad. Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata mesyuarat itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi. Katanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta mereka dan sebaliknya tidak perlu bagi mereka yang tidak memegang jawatan awam. "Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Bukit Mertajam hari ini. Beliau mengulas gesaan Karpal agar rakan pakatan PKR dan PAS mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka. Anwar berkata beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan akan turut menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut cara yang sewajarnya. Read More / Baca Lagi >> | BIRTHDAY BOY ANWAR: It's just a normal day, we fight on! Posted: 10 Aug 2013 05:51 AM PDT | Anwar's birthday speech/ Ucapan hari jadi Anwar Posted: 10 Aug 2013 05:50 AM PDT | Awakening: The Abdullah Years in Malaysia Posted: 10 Aug 2013 01:51 AM PDT Dear Malaysians, We hope that all of you are enjoying your Raya holiday and apologise for disturbing it to respond to errors in the media coverage of our edited collection, Awakening: The Abdullah Years in Malaysia. The media response to this collection was not expected. Despite our efforts to stress to the media early on that this was a serious reflective collection by scholars and practitioners, the focus has been on sensationalising parts of the book, especially former premier Tun Abdullah Badawi's interview. The media dynamic has taken on a life of its own, with nasty unjustified attacks on individuals, including some of the contributors and editors. These are not in the spirit of the season, or do they reflect the substance or the intention of the collection itself. This was a project that began several years ago, and consistent with a project involving multiple contributors, the process is a long one. This project was delayed. The sole responsibility of this delay lies with the editors, as we navigated multiple publishers, galleys and conflicting professional demands. We were never asked to delay its release, before or after any elections. The galleys were not finalised until early July this year. The book was to be released and launched after Raya, the earliest date after printing. No one asked us to delay the release of the book for any reason. Read More / Baca Lagi >> | Anggota tentera cedera ditembak di sempadan M’sia-Thai Posted: 10 Aug 2013 12:51 AM PDT Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya, kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika anggota tentera yang berusia 26 tahun itu selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan. Sementara itu, berdasarkan laporan yang diterima polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak. Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran. Mangsa yang selesai membaiki pagar itu kemudian berjalan menuju ke motosikal sebelum kedengaran bunyi letupan tembakan yang mengenai mangsa. Mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang. Rakan setugas mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan. – Bernama, | Anwar praises Pak Lah for daring to expose Dr M: Umno needs a "questioning" culture Posted: 10 Aug 2013 12:39 AM PDT | Awakening bukan tulisan Pak Lah.... Posted: 09 Aug 2013 09:21 PM PDT Oleh Sinar Harian
SHAH ALAM – Buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan hasil tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.
Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.
Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.
"Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau.
"Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Portal AntaraPos melaporkan artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.
Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi sendiri, Liew Chin Tong dan Farish Noor.
Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.
Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis. Read More / Baca Lagi >> | MANA LEBIH TERUK SEBENARNYA? MAHDEY, PAK LAH DAN NAJIB? Posted: 09 Aug 2013 09:18 PM PDT Mamak Kutty Mahdey, ramai pencacai Umporno kagum dengan kehebatan bapak kepada orang kuat Kilang arak Sun Miguel ini. Kononnya mamak kutty yang pernah hina Sunnah Nabi itu adalah pemimpin atau tokoh dunia ketiga dan ianya memang tidak pelik kerana Mahdey memang terkenal sebagai pemimpin yang tidak pernah suka kepada Islam. Takutnya Mahdey kepada Islam sampai ke kemuncaknya bila sanggup menfitnah Timbalan beliau ketika itu yang satu dunia tahu adalah tokoh Islam yang hebat yang telah memimpin ABIM iaitu DS Anwar Ibrahim. Tiada siapa boleh nafikan Anwar ketika berada di dalam kerajaan lah maka wujudnya Universiti Islam, Perbankan Islam, dasar-dasar penerapan nilai-nilai Islam di seluruh jabatan kerajaan sehinggakan murid-murid sekolah menengah yang sebelum itu ke sekolah 'bertelanjang' (tidak menutup aurat) dinasihatkan menutup aurat. Pelajar lelaki Islam memakai seluar panjang dan yang perempuan pula berbaju kurung dan bertudung. Mahdey amat takut semua ini kerana beliau sendiri tidak boleh memaksa isteri dan anak-anaknya menutup aurat. Maka Anwar pun difitnah seterusnya dipecat agar di dalam Umporno dan Kerajaan tidak akan berkembang ciri-ciri Islam ini. Pencacai-pencacai dan pengampu terus menjilat Mahdey. Bayangkan ada yang menangis dan berteriak macam orang gila sehingga tercabut tunit kasut bila Mamak Kutty ini mengacah untuk meletakkan jawatan. Hebat sungguh puak-puak ini. Sampai saat Mahdey sudah bersara pun, masih ramai lagi yang mengagung-agungkan tokoh yang menghina Sunnah Nabi ini. Pak Lah naik selepas itu, Mahdey tetap mahu tunjuk dia masih hebat dan berkuasa. Diganggunya pentadbiran Pak Lah kerana Mahdey tahu amat mudah untuk menggertak tokoh yang kuat tidor ini. Kerja Mahdey ini berhasil, dan Pak Lah cabut juga dari Kerusi PM. Maka, naik pula Najib tokoh Umporno yang isterinya juga 'bertelanjang' tanpa menutup aurat. Kerja Mahdey untuk menjauhkan Umporno dari semangat Islam berhasil kerana selepas beliau tidak seorang pun PM yang isterinya menutup aurat. Umat Melayu yang mengaku Islam di negara kita masih ramai yang berbangga memiliki PM yang isterinya 'bertelanjang'. Read More / Baca Lagi >> | Karpal gesa polis siasat segera dakwaan Anwar sogoknya RM50 juta Posted: 09 Aug 2013 09:14 PM PDT Untuk sekian lamanya, peguam Karpal Singh berdepan dengan pelbagai dakwaan namun kali ini beliau bertegas apabila didakwa menerima rasuah. Beliau pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Negeri, didakwa atas Akta Hasutan serta disiasat atas pelbagai kesalahan oleh polis. Malah beliau juga didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram dan kini dalam proses melawan perbicaraan mahkamah atas tuduhan menghasut menentang Sultan Perak dan sekiranya didapati bersalah beliau bakal hilang kerusi parlimen Bukit Gelugor. Atas semua tuduhan yang dihadapi, peguam berusia 73 tahun ini berdepan satu lagi tuduhan. Karpal menuntut pihak pendakwaraya dan juri awam supaya bertindak segera atas laporan yang dibuat oleh calon Umno Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang kalah Pilihanraya Umum lalu. Dr Mazlan mendakwa menerima lebih 6,000 surat layang yang menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi RM50 juta kepada Karpal sebagai bayaran guaman dan juga sebagai wang rasuah untuk diberikan kepada pendakwaraya dan juri. Sekurang kurangnya peguam itu mahu polis untuk melaporkan perkembangan terkini berhubung siasatan mengenai aduan yang dibuat. "Saya akan meminta perkembangan laporan status, dimana perkara ini akan ke Peguam Negara untuk tindakan lanjut diambil. "Tidak ada sebab untuk melengahkan kes ini. Saya mahu polis memberitahu apa yang berlaku, " katanya sambil menambah dia bergantung kepada peruntukan dari Prosedur Kod Jenayah untuk mengukuhkan lagi laporan yang dibuat. Beliau juga memberi polis tempoh sebulan bagi melengkapkan laporannya berhubung aduan yang difailnya. Read More / Baca Lagi >> | Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah Posted: 09 Aug 2013 09:12 PM PDT JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini. Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020. Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar. Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan. Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar. Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga 2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua. Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM. 1) Menjadikan "melawan jenayah" sebagai fungsi utama PDRMAntara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya. Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis. 2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas Read More / Baca Lagi >> | Tiada keghairahan baru dalam politik Kelantan Posted: 09 Aug 2013 09:11 PM PDT Prof Dr Agus Yusof Selepas 100 hari pilihan raya umum berlalu, saya perhatikan tidak ada keghairahan baru dalam politik Kelantan. Ini kerana kerajaan barunya sekadar meneruskan dasar lama sahaja. Kenapa begitu kering dan miskinnya idea kerajaan baru Kelantan ini? Adakah cukup sekadar menjadi kerajaan 'punch card' sahaja—masuk pejabat jam 8pagi dan balik jam 5ptg? Persoalannya, jika sekadar meneruskan dasar lama sahaja, mengapa tidak meneruskan projek Lebuh Raya Rakyat? Mengapa diam sahaja dengan projek stadium? Teruskanlah sahaja dua projek lama tersebut kerana ia membawa manfaat untuk rakyat, khususnya Projek Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan negeri perlu tahu bahawa rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur sudah tidak tahan lagi memandu kereta sehingga 15 jam untuk sampai ke Kota Bharu semata-mata kerana jalannya sesak. Projek ini nampaknya sudah macam tertangguh kerana tidak ada maklumat dan pengumuman baru mengenainya. Kontraktor utama juga sudah menarik diri kerana tidak ada jaminan daripada kerajaan negeri tentang pembayaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin katakan kepada kerajaan negeri, jika tidak ada duit untuk meneruskan projek ini, cari jalan penyelesaiannya. Sekiranya jalannya adalah dengan memohon bantuan dari kerajaan pusat, maka teruskan perundingan itu secepatnya. Yang penting projek ini perlu diteruskan dan diselesaikan. Ini kerana telah banyak kos awal pengambilan tanah dan lain-lain telah dibelanjakan dan wang rakyat pun telah dikutip. Jika sekadar meneruskan dasar lama, mengapa juga diam terus dengan projek stadium? Memang projek stadium tidak sepenting projek Lebuh Raya Rakyat, tetapi pembinaannya boleh menjana ekonomi negeri. Harga tanah berdekatan stadium akan melonjak, banyak rumah baru boleh dibina, kawasan padat di bandar boleh dikurangkan dan perniagaan baru boleh dibuka oleh rakyat. Projek pembinaan stadium ini mudah sahaja dilaksanakan jika kerajaan negeri serius mahu meneruskannya. Cuma dalam melaksanakan projek ini, kerajaan negeri dan barisan kepemimpinannya perlu kreatif dan berusaha sedikit mencari idea bagaimana mahu membina, membangun dan mengembangkannya. Satu yang saya lihat ada sedikit perubahan ialah dari segi bekalan air. Saya lihat kuantiti airnya semakin banyak, tetapi tidak kualiti airnya. Read More / Baca Lagi >> | Dr. Mahathir Tahu Rahsia Pak Lah.. Tapi Tetap Mengkritiknya Posted: 09 Aug 2013 09:02 PM PDT Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul "The Awakening" diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin. Menurut bekas Ketua Pengarang New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama. "Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk melakukan perkara demikian," kata blogger itu. Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea" dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal masalah tidur. Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya. "Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan. "Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup. | Apa muslihat Nurul Izzah lancar buku Pak Lah? Posted: 09 Aug 2013 09:00 PM PDT Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan. Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu. Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan. Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi. Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan. Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu. Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya. Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini. Read More / Baca Lagi >> | |