Beberapa hari lepas gambar ADUN DAP Balakong, Eddie Ng Tien Chee telah didedahkan di media sosial seperti gambar pertama di atas. Apabila dibuat perbandingan dengan gambar rasmi beliau yang kedua, sememangnya baju dan orangnya sama.
Apabila ADUN Balakong ini ditanya oleh NTV7 untuk mengulas mengenai gambar beliau berjudi di khalayak ramai, beliau telah memberikan alasan ala-ala seperti Bossnya, Joseph Lim Guan Eng, "banjir berlaku di Penang disebabkan hujan!" Lihatlah alasan seorang ahli politik yang hebat yang beliau berikan seperti di bawah:
"Saya belum saya masih tengah fikirkan bila gambar tu sebab saya memang langsung tak ada ingatanlah bila gambar tu ... Jadi saya I think no commentlah. No comment. I will try to recall first. See whether err err it is me or not or when was it taken or where was it taken."
Memandangkan ADUN Balakong ini terlupa atau tak ingat atau isomnia buat sementara, maka video beliau berjudi di khayalak ramai pula didedahkan kepada umum. Kita tunggu pula apa alasan beliau.
Wartawan sudah kena "kencing" dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar buat lawak Mr Bean dengan berjanji akan mendapatkan temuramah ekslusif dengan Sirul Azhar Umar, yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS berkenaan cuba menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.
Alasan yang diberikan panggilan masuk "voice mail". Mahfuz kata dengar tone tapi tak dapat. Mahfuz mendakwa beliau sudah SMS Sirul sebentar tadi dan Sirul kata ok. Apabila tidak dapat dihubungi, Mahfuz dakwa pihak berkuasa cuba "jem line" telefon. Tepat 12.15 tengah hari Mahfuz Omar berputus asa apabila tidak dapat menghubungi Sirul Azhar. Dengan wajah untuk menutup malu, Mahfuz berkata beliau dan ibu Sirul akan ke Sydney minggu depan. Another drama from PAS. Another Mr Bean Movies.
Gambar-gambar di atas adalah suasana di sebuah pusat DAP Service Centre di Selangor. Padanlah pusat-pusat perjudian di Selangor semakin pesat membangun dan semakin berkembang. Bayangkan kalau pusat servis DAP sendiri seperti Mini Macau! Tidak dapat dipastikan sama ada permainan mahjong di pusat servis DAP ini hanyalah untuk mengisi masa lapang atau ada unsur-unsur perjudian diselitkan. Slogan "Bersama Eddie Majukan Balakong" adakah bermaksud Balakong maju dengan pusat mahjong? Sejak bila pula Balakong maju? Kalau ADUN DAP kencing berdiri, pastinya macainya kencing berlari, dan Rakyat yang mengundipun kencing menari bukan?
Kalau bukan Raja dan Ratu Drama bukanlah PKR dan BERSIH namanya. Tindakan PKR (lihat di sini) dan BERSIH (lihat di sini) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghentikan enkuiri awam (local enquiry) adalah tidak berasas sama sekali dan bertujuan untuk melengah-lengahkan usaha SPR untuk melakukan persempadanan semula untuk DUN Sarawak.
PKR dan BERSIH bersandarkan kepada keputusan Hakim Yew Jen Yie dari Mahkamah Tinggi Kuching yang memberi kebenaran untuk permohonan ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How pada 17 Februari, untuk mengkaji dan membuat semakan cadangan persempadanan semula dan kepatuhan SPR kepada Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun, pihak BERSIH dan PKR tidak berhak untuk menghalang SPR untuk mengadakan enkuiri awam (local enquiry) memandangkan kedua-dua pihak BERSIH dan PKR tidak pernah mengadakan injuksi untuk menghalang SPR untuk meneruskan urusan persempadanan semula. Pihak BERSIH dan PKR hanya memohon kepada pihak Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan sahaja.
Mahkamah Tinggi Sarawak juga tidak pernah mengeluarkan arahan supaya SPR menghentikan urusan persempadanan semula. Untuk rekod, enkuiri awam (local enquiry) akan bermula hari ini. SPR melaksanakan urusan persempadanan semula di Sarawak mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan perlembagaan negara dengan penuh kebertanggugjawaban.
Kalaulah SPR tidak menjalankan amanah persempadanan semula dengan betul mengikut lunas-lunas undang-undang, kenapa tidak ada satupun bantahan daripada sekutu PKR dalam PR iaitu PAS? Pilihanraya Kecil (PRK) untuk DUN Cempaka dan Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada bila-bila masa. Oleh itu, SPR tidak ada masa untuk melayan drama yang tidak sudah-sudah daripada BERSIH dan PKR.
Gambar di atas adalah bukti keluarga mangsa MH370 dari negara China dilayan dengan baik dan sempurna di Dewan San Choon, Wisma MCA semalam. Gambar ini tidak mendapat perhatian akhbar dan portal milik pembangkang, mungkin bertujuan untuk memburukkan MCA umumnya dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, khasnya. Kelihatan di gambar mereka yang memakai topi putih dan t-shirt merah adalah kumpulan keluarga mangsa MH370 dari China.
Fakta sebenar yang berlaku semalam adalah sewaktu MCA mengetahui kehadiran mereka, MCA telah tugaskan seoarng kakitangan untuk melayan mereka. Mereka menyampaikan hasrat untuk berjumpa dengan DS Liow. Kakitangan berkenaan telah menjemput mereka masuk ke pejabat sementara DS Liow melapangkan masa untuk berjumpa dengan mereka.
Mereka enggan masuk dan menyatakan bahawa mereka tidak percayakan MAS, pihak berkuasa Malaysia dan juga MCA. Salah seoarng dari mereka turut berkata, takut nanti bila masuk ke dalam Wisma MCA, mereka 'akan tidak dapat dihubungi'. Kakitangan berkenaan sekali lagi menjemput mereka untuk masuk tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka memilih untuk berdiri di depan Wisma MCA.
Selepas Perdana Menteri meninggalkan majlis, DS Liow tidak dapat berjumpa mereka kerana mereka enggan masuk ke pejabat. DS Liow kemudiannya terpaksa bergeegas ke Melaka untuk majlis rumah terbuka di sana. Kumpulan berkenaan akhirnya masuk juga untuk makan di dalam dewan.
Bukannya kita tidak bersimpati dengan nasib keluarga mangsa MH370 dari China ini. Namun tindakan mereka sudah keterlaluan. Mereka tidak dapat menerima ketentuan takdir apatah lagi untuk berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang banyak membantu mereka. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka.
Apakah mereka mahu Kerajaan menghidupkan kembali mangsa-mangsa tragedi MH370? Mereka hendak salahkan DS Hishamuddin Tun Hussein (mantan pemangku Menteri Pengangkutan) dan DS Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) atas dasar apa? Bukan mereka berdua yang memandu pesawat MH370? Apakah tujuan mereka hendak memalukan MCA di hari baik pada Tahun Baru Cina?
Hari Ini Dalam Sejarah.. "Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong" -23/02/1950-
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.. Dua orang isteri anggota polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas Ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun Komunis Melayu.. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku 'Dialogues with Chin Peng: New Light On The Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja.. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.. Pihak komunis mengepung Balai Polis Kepong dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi.. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan 'Bren Gun' yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt. Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh Komunis agar mereka menyerah.. Satu-persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.. Sekitar pukul 05.00 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan.. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.. Sekitar pukul 07.00 pagi, pihak Komunis menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.. Dikhabarkan, ketua kumpulan Komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Sgt. Jamil sendiri.. Pada masa yang sama, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan.. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan Komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.. Pihak Komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak Komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.. 14 anggota polis termasuk Sgt. Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.. Jumlah kematian adalah 25 orang.. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.. Bantuan dari perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut, adalah dari Kampung Tui dengan memberi amaran paluan gema semasa pertempuran berlaku kepada beberapa kampung berdekatan.. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police / Pengawal Kampung - Home Guard).. Mereka diserang hendap oleh Komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong.. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas Komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong.. Pihak Komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.. Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas Komunis.. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang Komunis berjuang sehingga ketitisan darah terakhir..
(Mereka yang gugur dalam pertempuran)
#Anggota Polis -Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong).. -Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong).. -Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar.. -Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman.. -Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad.. -Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan.. -Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar.. -Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali.. -Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh.. -Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam.. -Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali.. -Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam.. -Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim.. -Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad..
#Polis Bantuan / Auxiliary Police -Insp. Kudarina Naknok.. -AP 2130 Samad bin Yatim.. -AP 1912 Sa'at.. -AP 1925 Ali bin Akob.. -AP 2127 Othman Yahya..
#Keluarga Anggota -Fatimah binti Yaaba - Isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud.. -Hassan bin Abu Bakar - Anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud.. -Saadiah - Isteri
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sudah dijangka dari awal Mr Bean Mahfuz ini menipu semua kononnya akan buat telesidang bersama Sirul Azhar . Selepas kantoi gagal hubungi , dia mendakwa Sirul dah hubunginya kembali selepas 2 jam . Macam ayat nak cover malu pulak .. Persoalannya , betul ke Mr Bean PAS ini berjaya hubungi Sirul itu di dalam tahanan Imigresen Australia ?? Sebab siapa pun boleh berlakon dengan menayangkan nama Sirul dengan message dengannya dengan menayangkan sebahagian message itu melalui Handphone . GPB setuju dengan pandangan Sdr Lokman Adam bahawa cukup la Mahfuz ini bersandiwara kerana dia memang pembohong besar !!
SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!
Oleh Lokman Adam
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwa
15 kali hubungi Sirul gagal - Mahfuz
Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul Azhar Umar gagal, telepersidangan yang sepatutnya berlangsung dari Pejabat Agung PAS bersama Datuk Mahfuz Omar ditamatkan.
Ketua Penerangan PAS itu menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.
"Saya menyatakan mengenai nombor telefon yang saya akan guna untuk menghubunginya. Dan mesej itu dijawab 'OK' olehnya," ujar Mahfuz yang amat mengharapkan telepersidangan itu dapat mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau memberitahu wartawan bahawa sidang media itu dibuat kerana isu melibatkan Sirul Azhar sangat kontroversi dan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Ini (melibatkan) pengakuan Sirul yang (sebelum ini) mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut atas arahan pihak tertentu. Sehingga kini, dia masih belum lagi memaklumkan kepada semua (supaya) kita ketahui siapa yang beri arahan (itu).
"Saya sentiasa berkomunikasi dengan Sirul, namun saya tidak mempengaruhi Sirul untuk melakukan pendedahan. Saya cuma katakan, 'nyatakan daripada hati kamu sendiri'," kata Mahfuz.
Sidang akhbar itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul. Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.
Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.
Sepanjang tempoh itu, Mahfuz diasak soalan daripada media berkaitan motif sidang akhbar, dan pengesahan integriti dan identiti individu yang beliau percaya sebagai Sirul tersebut.
Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan polis maka dia mempunyai akses kepada Internet dan juga telefon bimbit.
"Sidang media ini sebagai peluang untuk Sirul menjelaskan motif pembunuhan. Kita mahu tahu apa yang berlaku," ujar beliau.
Mahfuz seterusnya ditanyakan soalan tentang pengesahan bahawa orang yang dihubunginya itu benar-benar Sirul Azhar.
"Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul," jawab Mahfuz yang mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.
Mahfuz memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk pihaknya membuat lawatan ke Australia bagi menemui Sirul.
Nama misi untuk bertemu Sirul yang bakal disertai keluarga terdekatnya itu juga akan diumumkan.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, portal Malay Mail Online melaporkan bahawa Sirul berjaya dihubungi Mahfuz ketika kebanyakan petugas media telah pulang.
Dalam panggilan telefon itu, Sirul dikatakan 'tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat kerana menghormati perlindungan Canberra'.
PasMa dilaporkan telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat.
Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang. Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang.
Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.
Mereka ialah:-
Kelantan 1. Dato Nik Amar 2. Dato Ahmad Yaakob 3. Ust Nik Abduh 4. Ust Asri Daud 5. Ust Fadhli Saari
Terengganu 1. Ust Nik Zawawi 2. Dr Khairudin Takiri 3. Ustaz Zaharudin Mohamad 4. Ustaz Hanafi 5. Ust Mohd Nor Hamzah 6. Ust Azman Syafawi 7. Ust Kamaruzaman
Pahang 1. Ust Fadhli Ibrahim 2. Us Tuan Ibrahim Tuan Man 3. Ust Hazmi Dibok 4. Ust Rosli Jabar 5. Ust Aris Hazlan 6. Ust Mokhtar Senik 7. Ust Khairul Azmi 8. Ust Yusuf Embong 9. Ust Shahril Azman 10. Ust Nasarudin Tantawi
Wilayah 1. Ustazah Nuridah 2. Hj Mohd Nor 3. Hj Khairil 4. Dr Riduan Mohd Nor 5. Kamaruzaman Mohd 6. Dr Azhar Yaakob
Selangor 1. Ust Ahmad Dasuki 2. Ust Sallehin Mokhyi 3. Ust Kamal Saari 4. Ustazah Wan Hasrina 5. Ust Zamri Mantop 6. Ust Syed Abdul Kader 7. Ust Najmi Karim 8. Dr Zuhdi Marzuki 9. Ust Syarhan
Perak 1. Ustaz Nor Azli Musa 2. Ust Idris Ahmad 3. Hj Razman Zakaria 4. Ust Hafez Sobri Kedah 1. Ustaz Ahmad Yahya 2. Ust Fauzi
Perlis 1. Ust Hashim Jasin 2. Ust Yusaini
Pulau Pinang 1. Ust Afnan Taib Azamudin
Melaka 1. Ust Zulkifli Ismail 2. Ust Kamarudin sidek
Johor 1. Dato Dr Mahfuz Mohamad 2. Dr Daeng Sanusi
Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat.
Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat.
Hari ini Mr Bean Mahfuz yang menjadi tukang silat mewakili Anwarinas PAS menjanjikan akan diadakan telesidang khas dengan Sirul Azhar kononnya mahu mendedahkan motif dan cerita sebenar pembunuhan .
Apa pun GPB nak tunggu apakah diadakan telesidang ini atau tidak kerana bukan mudah untuk mereka mewawanca Sirul yang kini berada dalam kawalan Imigresen Australia dan perlu mendapat kelulusan .
GPB agak musykil dakwaan Mahfuz bahawa beliau boleh telefon dan email dengan Sirul . Kira hebat juga kemudahan pusat tahanan Australia ini boleh benarkan panggilan jauh dibuat dan juga email lagi . Apa pun kita tunggu berita dari tukang karut Mr Bean PAS ini ...
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.
Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.
"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.
"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakin
Kelmarin heboh gambar kereta rasmi CM DAP Lim Guan Eng dikritik teruk di media sosial kerana melangar peraturan parking iaitu di tepi pili bomba di P.Pinang .
Ini bukan perkara baru dilakukan kereta rasmi CM DAP ini dan sudah menjadi kelaziman .
Apa nak diherankan kerana ini kereta mewah CM paling berkuasa negeri ini dan tiada mana2 penguatkuasa MPPP datang untuk saman .
Tapi kalau kereta rakyat parking tak ikut peraturan dan tak bayar parking akan terus disaman walaupun ia hari cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ini .
Ini kerana Guan Eng dan keretanya kini semakin rakus berkuasa dan suara rakyat yang berani bersuara membantah hanyalah kecil sahaja . Contohnya beliau menaikan tarif air PBA , bayar bil air di pejabat pos dikenakan caj 90 sen , tinggal hotel di Penang dikenakan caj RM3 semalam dan lain-lain lagi .
Semuanya ini menekan rakyat dan hanya menguntungkan kerajaan DAP ...
PULAU PINANG 22 Feb. - Ketika penduduk negeri ini mengeluh selepas sering disaman pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan meletak kenderaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula dilihat seolah-olah kebal daripada penguatkuasaan itu.
Hari ini, kenderaan rasmi Guan Eng dengan nombor pendaftaran PG 1 yang diletakkan di luar petak letak kenderaan sekali lagi menjadi perbualan hangat pengguna media sosial khususnya dalam kalangan penduduk negeri ini.
Kenderaan jenis Mercedes-Benz S300L itu bukan sahaja dikesan diletakkan di luar petak letak kenderaan, malah di sebelah pili bomba di King Street, Georgetown di sini kira-kira pukul 11.15 pagi ini.
Lebih menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila ada yang mendakwa terdapat petak meletak kenderaan yang kosong di lokasi itu namun tidak digunakan pemandu kenderaan rasmi Ketua Menteri berkenaan.
Gambar itu yang dimuat naik dan dikongsi beberapa pengguna media sosial Facebook mengundang kritikan banyak pihak termasuk yang mengaitkannya dengan salah guna kuasa oleh Ketua Menteri.
Malah, ada yang mencadangkan mana-mana penduduk negeri ini yang pernah disaman PBT kerana kesalahan letak kenderaan memulangkan semula notis saman mereka kerana mendakwa PBT memilih bulu dalam penguatkuasaan mereka.
Ini merupakan kali kedua kenderaan rasmi Guan Eng dikesan melanggar undang-undang PBT selepas kali pertama pada November tahun lalu yang turut menjadi 'viral' di laman sosial.
Dalam kejadian itu, kenderaan sama diletakkan secara haram di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara di sini.
Malah, laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan itu turut dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.
Selepas seminggu kematian Nik Aziz, kuburnya menjadi tumpuan penyokong dan ahli Pas seluruh negara. Begitu lah hebatnya kesetiaan dan penghormatan yang diberikan kepada arwah. Satu sikap yang harus dipuji kepada orang Pas atau pun mereka yang kini berada dalam Pasma.
Dahulu dalam kes Memali yang berlaku pada 19 November 1985, kubur Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya juga menjadi tumpuan pengikut Pas seluruh negara. Kubur tersebut dilabelkan sebagai kubur syuhada yang mati syahid dan kuburnya sentiasa berbau harum dan wangi sepanjang masa.
Begitu juga dengan kubur Mat Indera yang dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan British di Taiping kerana menyerang dan membunuh 21 orang di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 jugs menjadi tumpuan ahli Pas seluruh negara.
Ianya kerana Mat Indera dikatakan sebagai pejuang Islam oleh Mat Sabu dan mempunyai karamah, Menurut calon Pas untuk Adun Selama Akmar Kamarudin menyatakan kubur Mat Indera sentiasa berbau harum dan wangi.
Kubur harum dan wangi menjadi akronim Pas yang berjaya menipu pengikutnya. Ustaz Omar Khalid orang kanan Nik Aziz mengakui beliau lah yang menyiram air mawar dan bau-bauan agar menjadi tumpuan pengikut mereka. Begitu juga dengan kubur Mat Indera, Akmar Kamarudin juga membohongi pengikutnya kononnya sentiasa harum.
Tuhan maka kaya, akhirnya pembohongan kubur Ibrahim Libya yang dikatakan syahid hanya wangi kerana siraman air mawar setiap hari oleh Omar Khalid, manakala kubur Mat Indera hanya rekaan Akmar Kamarudin yang juga merupakan menantu kepada Hadi Awang.
Setelah pembohongan Mat Sabu dan Akmar dibongkar kini kubur Mat Indera menjadi sepi dan papan tanda yang dibuat oleh Pas Kawasan Batu Wilayah Persekutuan pun sudah tiada. Mat Sabu dan Akmar sehingga ke hari ini malu besar dan tidak lagi mahu membicarakan perjuangan dan kubur tersebut..
Hari ini genap 65 tahun peristiwa serangan Mat Indera dan komunis terhadap balai polis tersebut
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pihak pembelaan berusaha keras untuk merossakkan kredibiliti IO kes liwat Jude Pereira hingga mengguna isu yang tidak ada kaitan seperti KES SUHAKAM. Namun tak berjaya kerana hakim tidak mudah dialihpandang. Mereka kata itu kes lain, ini kes lain. Kredibiliti Jude dalam es ini tidak bermasaalah.
Rupanya di sebalik cerita ada hal berlaku oleh Anwar yang kini didedah oleh Malaysia Today SINI. Jalan cerita jangan teralih pandang dengan tuduhan terhadap Tan Sri Musa hasan kerana suatu masa RPK memang amat membenci Musa Hasan. Kemarahan masih belum sejuk.
Berikut diambil keratan dari artikel tersebut:
"TS Musa then asked me quite directly whether, as the investigation Officer of Sodomy 2, there was any conspiracy in my investigation against DSAI. I was quite taken aback and I told him that he (TS Musa) was the IGP at that time and that I am sure he does not think that there was any conspiracy against DSAI in my investigations. I told him that the statements from the witnesses are evident that there is not a shred of conspiracy. TS Musa said that he was satisfied with my answer. We sat for a few more minutes and talked about other things. TS Musa seemed to be aware that I was going to Hilton to meet Sanjeev and I told him that I will be meeting Sanjeev shortly at PJ Hilton. I dropped TS Musa in his house and proceeded to Hilton PJ."
"I met Sanjeevan at the coffee house within the lobby of PJ Hilton. He was sitting at a table and looked preoccupied with some documents. As I got acquainted with him, he told me that he was assisting DSAI in the coming General Elections, and that it was going to be a sure win for PKR. He informed me that DSAI was campaigning in Ipoh at the moment. Sanjeevan was very direct. He asked me whether I would make a press statement to say that there was conspiracy in my investigations against DSAI. He told me that I would be taken care of should PKR win."
"I told Sanjeevan that I could not make such a statement, as my investigations showed no conspiracy. Then he asked me whether I can just say that there was government interference during investigations, to which I responded in the negative too. I then suggested that if they wanted me to help out in any way, at best I could say that I respected the High Court's decision to acquit DSAI and wished him well. Sanjeevan then proceeded to call DSAI with his hand phone and informed DSAI that I was there with him. He then gave the phone to me, requesting that I talk to DSAI. I just wished DSAI well for the elections and told him that I was not able to say what Sanjeevan had wanted me to say, but that I would just mention that I respected the Courts decision in his (DSAI's) case. DSAI replied that it was alright and good enough for me to say just that."
"Sanjeevan than suggested that he would write down something mild for me to say to the press in support of DSAI, and that he would call the press in the morning should I agree. He then asked me to go to a new hotel in KL Central and meet a person who would show me what he had written on my behalf, which I was to give to the press the next morning. Sanjeevan also told me that I would be well protected in the hotel and that I can stay at the hotel for the night, all on the house. Just out of curiosity I decided to go and see how far it is going to go."
"I reached the new hotel at KL Central at about 8 pm. At the lobby, I met a bearded Indian Muslim man and another person sitting at a table. I introduced myself and said that I was with Sanjeevan earlier, and that I was to see them. They told me that they were assisting DSAI in the elections. The bearded man had already drafted a letter and asked me to read it, and that if I had agreed to it, they would call the press in the morning. I was completely shocked after reading a passage of about 100 words, which said that I was the Investigation Officer and that DSAI was innocent and was charged unreasonably, with evidence fabricated against him. The passage made me look like a fool and would have thrown my integrity down the drain after all my hard work. I refused to subscribe to their request and just walked away from the hotel."
"I drove back to my house in Ipoh the very same night, regretting that I had ever met Sanjeevan and his friends, who intended to exploit me for their needs. Later on the same day, TS Musa texted me and asked me how my meeting went. When I told him what had happened, he texted me in reply saying that I did the right thing in safeguarding my integrity."
Mahfuz ni LCE / SRP pun tak pass. Dulu kerja setakat angkat beg di Lapangan Terbang Bayan Lepas. DIa tidak ada keupayaan berfikir untuk mengartikulasikan isu. Dia hanya burong kakak tua yang hinggap dijendela mentuturkan bahasa manusia dari ungkapan kata yang diajar tuannya.
Sering kali, Mahfuz akan mencabar pihak ini dan itu untuk debat atau mencabar lakukan ini dan itu. Sepatutnya orang yang menuduh yang dibebankan tanggungjawab membuktikan tuduhan dengan fakta, jalan cerita dan butiran hujah yang munasabah.
Beza IQ Mahfuz dan Mr Bean hanyalah dari segi keupayaan bercakap, namun apa yang dikeluarkan dari mulutnya hanya menggambarkan tahap IQ yang tidak jauh beza dari karakter orang dewasa yang bersikap kebudak-budakkan yang dilakuni pelakun dan komedian Rowen Atkinson.
Pembangkang timbulkan isu kononnya:
Sebelum apa-apa pun, dah memang ngarut. Lihat berikut:
Sebelum kita dengan apa yang KONONNYA ada tuduhan dari Sirul melalui Mahfuz, kita harus bertanya apa yang Sirul akan kata dan apa yang Mahfuz akan kata. Jangan Sirul tak kata apa tapi Mahpus yang lebih-lebih.
Kita juga harus bertanya kenapa Sirul tidak duduk dalam kandang saksi dan jadi saksi kes perbicaraan bagi mempertahankan dirinya??????
Kenapa dia tidak keluarkan pelbagai butir ini semua ketika perbicaraaan untuk pertahankan diri dari hukuman mati terhadapnya???
Akhbar asing sudah buat tuduhan dan adakah Sirul berupaya "connect the dot" kepada Najib, Rosmah, ADC Najib dan pegawai polis.
Logikkah bagi Sirul untuk tahu siapa orang atasan yang arah jika chain of command dalam polis hanya terbatas kepada dia hanya tahu dan dapat arahan dari orang atasannya Inspektor Azrilah. Hal Musa Safri tidak melibatkan dia melainkan jika dia ada di situ ketika Musa Safri minta bantuan kepada Azrilah.
Setakat ini, Sirul masih belum berkata apa-apa dan rancangan untuk membuat statement kepada media pada beberapa hari lepas pun dibatalkan. Kenapa tidak dilakukan padahal masa cuti raya cina adalah masa paling baik untuk viralkan sesuatu untuk perbulaan ramai?
Apa sekali yang mahu dikatakan Sirul mesti diikuti dengan laporan polis. Jika tidak ianya tidak ada releven apa sekali pun.
Lagi tidak ada kredibilii jika SIrul pilih untuk keluarkan sikit--sikit macam wayang bagi finale cerita yang sensasi. Ia akan dilihat sebagai hanya hype media dan propaganda politik saja.
Tambah lagi isu wang komisyen dan lain-lain hal berkaitan pembelian Scorpene sudah lama dibuktikan tidak ada isu dan sudah lama isu ini mati.
Isu ini hanya bangkit sebab ada pihak terpaksa tutup kes liwat anwar.
Hal ini jelas apabila bapa Altantunya ada berjumpa dengan pembangkang baru-baru ini.
Isu in panas balik bila ada pembangkang terlibat. Bagaimana Sirul punya wang untuk lari ke Australia. Siapa bayar dia?
Penglibatan pihak pembangkang tidak memberi kredibiliti dan hanya bertujuan MEMBODOHKAN KAUM UDA GEN Y yang masih hingus masa isu ini panas dahulu.
Jika Sirul dikatakan sudah beri statement dalam publication Asia Sentinel di SINI, ia hanya menunjukkan dia mengaku membunuh Altantunya!!!!!
There's nothing in the statement that a third person was implicated or involved in the murder other than Azilah. This statement is good enough to tighten the noose around his neck.
Maka Razak Baginda yang mahu dituduh membunuh pun tidak terlibat membunuh. Hanya Azrilah saja yang booleh jelaskan dia terima arahan untuk bunuh dari Razak kerana dia yang ada hubungan dengan Razak.
Sekali lagi, Sirul hanya ambil arahan dari Azilah.
Manakala FMT pula ada tulis di SINI. [21/02 22:56] Datuk Othman Talib: Sirul Azhar the ticking time bomb | Free Malaysia Today -
Sama juga, Sirul is just a subordinate officer n whatever he says will not carry much weight as he has no communication link with any of the VVIPs. Lain lah kalau Azilah yang lepaskan bom kononnya.
Jangan lupa Baik Sirul dan juga Azilah tidak jadi saksi dalam kes terhadapnya.
Tujuan mereka nak sumbang kepada membakar kemarahan ugama penganut Kristian di dalam masyarakat penuh penerimaan (bukan lagi toleran) keapda pelbagiaan ugama. Disamping itu, pelagai ugama dna laum begitu terbuka menerima adat dan amalan ugama dan kebudayaan kaum-kaum lain.
Lalu direka fitnah terhadap sistem MRSM di Sarawak. Padahal selama berpuluh tahun MRSM mengamalkan...
Malahan bekas penuntut Kristianbegitu mesra dan hargai keterbukaan MRSM sejak dari mula ia di tubuhkan pada tahun 1972 lagi.
Ia tidak jadi masaalah langsung di Sarawak
Penuntut Islam tiada pernah sensitif dengan amalan Kristian di sekolah mubaligh. Penuntut Kristian tiad amasaalah dengan amalan Islam di sekolah Islam.
Barisan pimpinan ulama Pas dan para perwakilan yang menghadiri Multaqa Ulamak SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor, semalam.
Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.
Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.
"Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.
"Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz," katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.
Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepemimpinan ulama meletak jawatan.
Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.
Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.
Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.
"Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Walau bagaimana pun, pendedahan tersebut telah dinafikan oleh pihak Azmin Ali.
SHAH ALAM – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengingatkan semua pihak berkaitan supaya tidak melayan fitnah mengatakan beliau bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London.
Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, beliau menafikannya.
"Usah terpengaruh dengan fitnah blogger.
"Kita bawa politik baru, politik nilai dan keharmonian demi rakyat," katanya.
Ditanya sama ada beliau kini berada di London, Mohamed Azmin enggan mengulas lanjut.
Cuma persoalannya, jika benar pertemuan tersebut tidak berlaku, di manakah Azmin Ali berada sekarang tatkala bosnya Anwar Ibrahim di penjara? Adakah benar Azmin Ali di London sekarang ini?
Jika benar, kesian dengan macai-macai macam Adam Adli dan Nik Nazmi yang ajak orang turun ke jalan raya tapi orang kuat Anwar sendiri boleh bersenang lenang di luar negara.
PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.
Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.
"PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan," kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.
"PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan."
Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.
Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.
PASMA telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang.
Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang. Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.
Mereka ialah:-
1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak) 2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg) 3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg) 4. Ust Nik Abduh (Kelantan) 5. Dr Khairudin Takiri (Trg) 6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg) 7. Ust Idris Ahmad (Perak) 8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr) 9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg) 10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah) 11. Ustaz Hanafi (Trg) 12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah) 13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg) 14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka) 15. Ust Mokhtar Senik (Phg) 16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah) 17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah) 18. Hj Razman Zakaria (Perak) 19. Ust Fauzi (Kedah) 20. Ust Hafez Sobri (Perak) 21. Ust Kamarudin sidek (Melaka) 22. Ust Hazmi Dibok (Pahang) 23. Ust Rosli Jabar (Pahang) 24. Ust Aris Hazlan (Pahang) 25. Ust Yusaini (Perlis) 26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor) 27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor) 28. Ust Kamal Saari (Selangor) 29. Dr Daeng Sanusi (Johor) 30. Ustazah Wan Hasrina (Sel) 31. Ustazah Nuridah (Wilayah) 32. Hj Mohd Nor (Wilayah) 33. Hj Khairil (Wilayah) 34. Ust Khairul Azmi (Pahang) 35. Ust Shahril Azman (Pahang) 36. Ust Zamri Mantop (Selangor) 37. Ust Fadhli Saari (Kelantan) 38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png) 39. Ust Yusuf Embong (Pahang) 40. Ust Nik Zawawi (Trg) 41. Dato Nik Amar (Kelantan) 42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan) 43. Ust Hashim Jasin (Perlis) 44. Ust Azman Syafawi (Trg) 45. Ust Syarhan (Selangor) 46. Ust Asri Daud (Kelantan) 47. Ust Kamaruzaman (Trg) 48. Ust Syed Abdul Kader (Sel) 49. Ust Najmi Karim (Selangor) 50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor)
Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat.
Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat. SUMBER
APABILA Menteri Pendidikan kedua, DS Idris Jusoh menyatakan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia mendapat respon kelam-kabut daripada pemimpin-pemimpin DAP. Mereka kata mereka hendak ketawa. Saya percaya ketawa mereka adalah ketawa politik, tetapi saya bimbang mereka akan ketawakan diri mereka sendiri.
Soalan pertama, adakah mereka guru, pelajar universiti atau pensyarah di IPTA? Adakah mereka terlibat dalam perkembangan dan transformasi sistem pendidikan negara? Ternyata mereka orang politik yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Dalam bidang perubatan, negara kita kini berjaya mengeluarkan lebih kurang 5,000 doktor perubatan setiap tahun (The Star). Doktor-doktor keluaran Univerviti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertebaran bukan sahaja di Singapura, Australia, Arab Saudi malah di United Kingdom.
Dalam pada itu, doktor-doktor perubatan dari luar negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Burma, Vietname malah daripada Amerika dan United Kingdom menghantar doktor-doktor mereka untuk membuat attachment kerjasama dengan univerisiti-universiti di Malaysia dengan Institut Jantung Negara (IJN).
Dalam bidang-bidang yang lain seperti sejarah, pendidikan, ekonomi dan farmasi anda boleh perhatikan di univerisiti-universiti tempatan seperti UPM, USM, UKM dan UM dipenuhi pelajar-pelajar dari luar negara. Mereka tidak akan datang jika kualiti pendidikan negara tidak bertaraf dunia. Setiap tahun, mereka (pelajar dalam dan luar negara) berlumba-lumba untuk memasuki IPTA malangnya tempat tidak mencukupi. Adakah ini bukan gambaran kepada kualiti pendidikan di negara kita?
Isu Sebenar Mereka Tidak Patriotik
Adakah pemimpin-pemimpin DAP belajar di dalam negara ketika di universiti? Rujukan saya mendapati Ong Kian Ming tidak pernah belajar di Universiti dalam negara, maka tidak hairanlah dia memiliki Patriotisme yang tipis kepada pendidikan negara?
Begitu juga Lim Lip Eng, jika dia hanya belajar di United Kingdom dan tidak pernah merasai pendidikan di Universiti dalam negara, maka tidaklah menghairankan Patriotismenya kepada pendidikan dalam negara amat tipis!
Sebab itulah sebelum kita melanjutkan pelajaran ke luar negara, kita perlu melalui persediaan-persediaan awal di Biro Tatanegara (BTN) untuk memantapkan Patriotisme kepada negara. BTN tidak melatih kita untuk taat kepada Kerajaan sebagaimana dogma segelintir pihak, tetapi BTN membuka minda kita supaya menghormati Kerajaan-Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat sendiri. Yakni menghormati Kerajaan DAP di Pulau Pinang, menghormati Kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan PKR di Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
Semasa di BTN, kita akan diperkenalkan sejarah pendidikan negara, kenegaraan dan perkembangan sosioekonomi serta isu-isu semasa. Tujuannya sangat mudah, supaya cintakasih dan Patriotisme kepada negara akan bertambah kukuh. Apabila berada di luar negara kelak, tidaklah terpengaruh kepada agenda musuh seperti komunis, IS, pengganas, lgbt dan sebagainya.
Adakah Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming pernah mengikuti perbincangan-perbincangan bersama BTN. Jika tidak pernah, maka YB Tian Chua lebih bagus daripada mereka.
Semasa saya berkhidmat dengan BTN dahulu, saya mendengar dengan teliti idea-idea YB Tian Chua mengemukakan ideanya mengenai kenegaraan semasa sesi meja bulat anjuran BTN (2010). Pada pagi itu, kenderaan Tian Chua mengalami kemalangan di Jalan Persekutuan, tetapi ianya tidak menghalang Tian Chua menghadirkan diri dalam sumbang-saran itu.
Perbezaannya, Tian Chua memahami kepentingan negara manakala Ong Kian Ming dan Lim Lip Eng hanya melihat kepentingan politik DAP sahaja.
Apabila saya melawat beberapa sekolah dan universiti di negara Amerika Syarikat ini, maka secara jujur saya perhatikan pendidikan di negara kita ada banyak kelebihan dan pembaharuan yang lebih baik.
Insha Allah saya akan terus memberikan anda berita-berita terbaik untuk negara semasa lawatan-lawatan saya seterusnya antaranya akan ke Iowa University, Harvard University di Boston dan Washington University. Oleh kerana saya tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak, ianya pasti akan mengambil masa, yang penting saya tidak akan berhenti membantu negara saya.
Inilah tanda cinta kami. Foto perkahwinan Fahmi dan Hidayah (mantan exco PERMAS, Universiti Malaya- UM)
Lepas Anwar masuk ke dalam sel penjara, barulah aman damai cinta kami. Kalau tak terpaksa demo sana sini hingga tak sempat nak uruskan perkahwinan.
Cinta kami berputik di kampus dan kemudiannya berkembang di dataran dan demo jalanan
Cinta kami adalah suci...sesuci anugerah Tuhan.
Biarpun ramai kata kami kahwin muda tak sempat nak habis belajar namun cinta kami adalah atas restu mak bapak kami. Tak perlu pun restu UMNO, Kerajaan atau Naib Canselor UM.
Lepas ni kami akan menyusun batu bata cinta dia atas mahligai air mata perjuangan suci Anwar Ibrahim.
Generasi yang lahir dari cinta suci kami ini akan menjadi reformis-reformis jalanan yang akan memerdekakan akademik dan mempercumakan PTPTN sepertimana negara-negara Eropa yang bagi pendidikan percuma pada rakyatnya.
Tak payah pergi kelas
Tak payah hadir tutorial
Tak perlu buat assignment yang lecturer bagi...
Cukup turun di jalanan berdemo atas nama demokrasi dan idealisme kemahasiswaan sudah cukup menjadi rakyat yang merdeka jiwanya...
Lepas kena gantung universiti boleh kahwin plak...sapa sponsor???....jeng jeng jeng!!!
Cinta kami ini tak ternilai harganya...kalau kerajaan tak bagi sambung belajar, kalau kerajaan tak bagi duit kami boleh sara diri sendiri ramai rakyat-rakyat yang bermurah hati menderma untuk perjuangan kami.
Sekali kami berdemo...berpuluh-puluh yang sponsor. Bukan setakat duit hinggit, duit dollar, rial, rupiah berlambak masyuk. Cukup untuk kami anak bini sekeluarga makan. Tak perlu pun nak tagih duit kerajaan...
Bukti hidup mewah Fahmi disponsor naik kapal terbang oleh pihak-pihak yang anti kerajaan. Tour Sabah selepas digantung Universiti Malaya
Cinta suci dan nikah Fahmi adalah bukti bahawa beliau bukanlah gay atau anak ikan Anwar sepertimana yang didakwa kebanyakkan orang.
Di kala Abg Non berperang dengan nyamuk yang menyucuk-nyucuk dan mengigit-gigit dalam sel penjara...Fahmi berseronok dalam kelambu bersama isteri tercinta.
Alahai...selamat pengantin baru Fahmi dan Hidayah...kayuh pelan-pelan aaa. Dah dapat barang baik jangan lupa turun demo jalanan ya...duit hutang PTPTN pulak jangan lupa bayar tau!
Hutang wajib kena bayar, jangan kata kerajaan zalim plak.
Bukti ajaran songsang Anwar pada Fahmi menyebabkan kesucian surau Bt 15 Sintok, Kedah digunakan untuk menyebarkan doktrin-doktrin songsang pada mahasiswa. Lelaki perempuan bukan Islam bercampur gaul sambil mendedahkan aurat. Tak pa keluarga mertua merestui kesongsangan ini...
Agaknya apa hadiah perkahwinan yang Abg Non dan keluarga bagi yer???
Dua wajah di atas ini dikatakan menjadi dalang utama yang mahu menjatuhkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dengan dibantu oleh PasMa. Jika di Kuala Besut, Husam Musa meletakkan Che Long sebagai calon, di Pengkalan Kubor juga calon adalah dari golongan bukan ulama.
Apakah di kerusi Chempaka juga calon yang akan dipilih oleh PAS adalah dari kalangan bukan ulama untuk gantikan tempat Nik Aziz? Video di bawah ini menjelaskan pergaduhan besar yang sedang berlaku dalam PAS hinggakan ada yang tidak sabar menunggu muktamar untuk jatuhkan Hadi Awang.
Jika tidak benar apa yang dinyatakan oleh pegawai keselamatan ini, maka beranikah Nurul Izzah dan berbelas peguam Anwar Ibrahim saman bekas pegawai keselamatan ini? Pendedahan ini amat mengejutkan sekali.
Nampaknya pergaduhan antara kem ulama dengan PasMa (proksi DAP) makin kronik hingga ayat ayat seperti yang tertera di atas sudah pun dikeluarkan secara terbuka dalam media.
ADUN DAP ketika dihubungi oleh Buletin Utama TV3 menyatakan beliau tidak pasti bilakah gambar itu diambil dan beliau juga tidak menafikan lelaki yang didakwa mirip dirinya itu bukan dirinya.
Apa yang menarik ialah ketika ditanya kepada Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP Pusat, jawapan yang diberikan adalah beliau menyerahkan keputusan itu pada jawatankuasa disiplin parti DAP untuk menentukan ADUN DAP terbabit bersalah atau tidak.
Ini bermakna Anthony Loke tidak juga menafikan lelaki yang mirip ADUN DAP itu bukanlah Eddie Ng Tien Chee, ADUN DAP Balakong.
Apa yang menarik, Bendahari PAS Selangor iaitu Yunus Hairi menyatakan tindakan ADUN DAP itu adalah tidak bermoral bagi seorang yang bergelar Yang Berhormat.
Nampaknya ADUN PAS lebih kenal siapa sebenarnya ADUN DAP yang dimaksudkan oleh blog http://stopthelies.my/ tersebut. Jika benarlah itu ADUN DAP, maka rakyat nilaikanlah sendiri, inilah cara ADUN pembangkang membalasa jasa undi kepercayaan yang sudah diberikan.
JOHOR BAHRU - Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.
Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.
Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.
Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.
Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.
Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.
Enggan memberikan kerjasama, pihak penguatkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.
Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.
Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sahaja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.
Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.
"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.
Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.
PASANGAN yang disyaki berkhalwat ditahan di Simpang Ampat.
Alor Gajah: Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dalam bilik mandi di rumah sewa di Simpang Ampat, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, perbuatan terkutuk pasangan kekasih berusia 19 dan 17 tahun itu turut disertai seorang rakan lelaki yang tinggal serumah.
Difahamkan, perbuatan jijik itu disedari penduduk taman perumahan yang memeriksa selepas terdengar bunyi aneh dari arah bilik air di belakang rumah sewa itu.
Menurut sumber, jiran mereka mengesyaki sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi pelik sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.
"Ketika meninjau luar rumah, jiran ternampak kelibat remaja perempuan dari tingkap hadapan memasuki bilik mandi bersama seorang lelaki.
"Tidak lama kemudian seorang lelaki mengetuk pintu bilik mandi itu lalu masuk menyebabkan jiran maklumkan kejadian kepada penduduk taman untuk tindakan lanjut," katanya di sini, kelmarin.
Sumber berkata, sekumpulan penduduk meminta bantuan anggota polis serta imam masjid untuk melakukan pemeriksaan.
"Beberapa minit kemudian dua lelaki dan seorang wanita membuka pintu dengan berpakaian lengkap," katanya.
Difahamkan, serbuan itu diketuai Pegawai Syarak merangkap Imam (2) Masjid Simpang Ampat Zainal Ketot bersama dua anggota polis dan ahli jawatankuasa penduduk taman perumahan berkenaan.
Sumber berkata, pasangan terbabit difahamkan bekerja di pekan Alor Gajah.
Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, mereka ditangkap kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah.
"Pasangan terbabit bersama rakannya dipercayai bersekedudukan hingga mendatangkan syak dan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka atau denda jika sabit kesalahan," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32354#sthash.nXnVN8VR.dpuf
London: Penderitaan seorang budak perempuan dicabul dan dirogol sejak berusia tujuh tahun berakhir selepas perkara itu terbongkar ketika tukang tilik yang membaca nasibnya memaklumkan kejadian itu kepada ibu saudara mangsa.
Mangsa pada mulanya menafikan selepas disoal ibu saudaranya, namun akhirnya mengakui dicabul sejak berusia tujuh tahun sebelum dirogol pada usia 12 tahun oleh lelaki warga Colombia John Aguiler-Paez, 37, yang bekerja sebagai pelayan.
Mangsa yang namanya dirahsiakan itu memberitahu Mahkamah Crown Snaresbrook perkara itu terbongkar selepas ibu saudaranya melawat tukang tilik kad tarot yang memaklumkan wanita terbabit bahawa ada orang 'menyakitinya'.
Katanya, Aguiler-Paez juga sering memberinya hadiah dan wang untuk mendiamkannya, selain mengancam mangsa akan dipenjara, dibenci dan dipanggil pelacur jika mendedahkan perkara itu.
Aguiler-Paez didapati bersalah atas 12 tuduhan cabul dan rogol. Hakim Joanna Korner menetapkan 26 Mac untuk hukuman.
Aguiler-Paez yang datang ke United Kingdom pada 2002 dipenjara enam tahun pada Disember 2013 kerana menyeludup dadah dari Amerika Selatan.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States