Sabtu, 31 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 31 Jan 2015 07:09 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


E-NOVEL MAHAR CINTA : COMING SOON

Posted: 30 Jan 2015 09:36 PM PST

"Selagi ia bernama kenangan, akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati yang tidak ada sempadannya"

Novel ini berkisar mengenai watak utama bernama Seri. Seri ialah seorang wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Seri merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 17 tahun bernama Sofea Nafisah.

Suatu ketika dulu, Seri pernah mempunyai seorang kawan baik bernama Yazid yang pernah sekampus dengannya sewaktu pengajian degri. Mereka berkawan baik dan banyak kenangan manis yang masih terpahat di ingatan Seri sewaktu bersama Yazid.

Mereka terpisah setelah menamatkan pengajian degri di mana Yazid telah melanjutkan pelajaran sarjananya ke luar negara dan Seri pula masih di universiti yang sama di dalam negara. Kejauhan yang sebegitu menyebabkan terbit rasa rindu dan tersulam rasa cinta di antara mereka.

Apa yang diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Sekembalinya Yazid dari luar negara, beliau telah membawa berita yang sangat mengejutkan Seri. Yazid telah memilih Syiah sebagai fahamannya.

Walaupun cinta antara mereka masih utuh, mereka memilih untuk berpisah kerana tidak mahu berlaku konflik yang lebih rumit di kemudian hari. Yazid kembali berkelana ke luar negara untuk mendalami fahaman Syiahnya.

Empat tahun berlalu, Seri kini telah berkahwin dengan Azman dan mempunyai seorang anak perempuan. Dengan tidak disangka-sangka, satu hari, Seri menerima emel dari Yazid dan Yazid memberitahu dia akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhDnya yang berkebetulan sama dengan universiti di mana Seri juga melanjutkan pelajaran PhD beliau.

Berlaku konflik dalam diri Seri kerana dia tidak pernah melupakan Yazid yang pernah melukakan hatinya tetapi dalam masa yang sama, Seri tidak pernah melupakan kenangan yang pernah tercipta bersama Yazid suatu waktu dulu.

Apakah yang akan berlaku dengan perhubungan Seri dan Yazid? Adakah Seri akan terus mengambil keputusan untuk membuang Yazid terus dari hidupnya? Atau adakah Seri akan menyambut huluran persahabatan Yazid?

Seri akhirnya memilih untuk bersikap rasional dan menerima Yazid sebagai kawan kembali. Namun konflik yang berlaku kini lebih rumit. Sukar bagi mereka untuk melupakan kenangan lama dan dalam masa yang sama mereka dihantui rasa bersalah kerana belum benar-benar mampu mengosongkan hati dari tidak menyimpan sebarang perasaan yang melebihi batas seorang kawan.

Terperangkap dalam situasi yang rumit sebegitu, akhirnya menyebabkan Seri dan Yazid mengambil keputusan untuk berpisah dan menghentikan perhubungan mereka. Mereka tidak mampu menipu diri sendiri dengan beralasan atas nama persahabatan. Mereka akhirnya memilih untuk berpisah untuk kedua kalinya. Yazid kembali ke luar negara dan sejak itu, mereka terputus hubungan sama sekali.

Selepas 13 tahun, Seri datang ke Cape Town. Seri mengambil cuti seminggu untuk berada di Cape Town.Tujuan Seri datang ke sana adalah untuk membincangkan kerjasama projek penyelidikan bersama di Universiti Cape Town(UCT).

Seri merancang untuk mengambil cuti sabatikal dan bermastautin sementara di Cape Town jika perbincangan itu berjaya.

Dengan tidak disangka-sangka, Seri terjumpa Yazid di Cape Town.

Apa mungkinkah Cape Town akan menjadi saksi dan Tanjung Harapan menyuburkan kembali harapan mereka?

Ikutilah kesudahan novel ini. Selamat membaca.

bumiyang

Posted: 31 Jan 2015 03:36 AM PST

bumiyang


GEMPAR!!! Babi Dalam Restoran Kopitiam Usaha Lenyapkan Ancaman Dalaman DAP???

Posted: 30 Jan 2015 11:12 PM PST

Teman Penjara Anwar Dikenal Pasti???

Posted: 30 Jan 2015 07:15 AM PST

APANAMA

Posted: 30 Jan 2015 11:43 PM PST

APANAMA


Antics of the naked Emperor

Posted: 30 Jan 2015 01:11 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Jan 2015 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PASMA SEMAKIN BIADAP MAHU TUKAR KEPIMPINAN ULAMA DENGAN DAP ANWARINAS

Posted: 30 Jan 2015 01:58 AM PST


Lepas puas DAP hina kepimpinan PAS di Kelantan kononnya lembab menangani masalah banjir, PASMa mengorak langkah untuk menjadi lebih berani dan kurang ajar kepada kepimpinan PAS Kelantan.

Kali ini dengan duit tokey-tokey balak, Husam cuba membawa pengaruh DAP ke Kelantan melalui program Impian Kelantan.

Program ini sama seperti misi DAP menawan Sarawak dan Sabah melalui Impian Sarawak dan Impian Sabah.

Ntah apa yang mereka impikan. Mungkin usaha meliberalkan Kelantan supaya tidak melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan PAS Kelantan selama ini.

Tapi amat pasti Impian Kelantan adalah untuk menganggu pentadbiran Menteri Besar sedia ada disamping usaha menukar kepimpinan kini supaya lebih liberal dan menurut apa jua acuan PASMa dan DAP.

Ambiga si Ratu Seksualiti Merdeka akan datang sebagai tetamu program PASMa tersebut.
Kesungguhan puak-puak PASMa menguasai kepimpinan PAS Kelantan tidak boleh berselindung lagi  menjemput Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teressa Kok dan Ambiga S sebagai tetamu utama yang wajib berada di majlis pelancaran berkenaan.

Tetapi ke mana Menteri Besar Kelantan dan Timbalannya?

Besar sungguh pangkat Husam Musa yang boleh mewakili Kelantan?

Mungkin Husam mahu mencuci 'taik dan selut' yang terpalit pada mukanya dalam isu banjir balak tempoh hari kot?

Mungkin juga ini adalah antara asakan dan percubaan DAP untuk mengulingkan kepimpinan yang sedia ada dan menggantikan dengan kepimpinan boneka di Kelantan secara perlahan-lahan?

Pemimpin-pemimpin PAS pula jangan terlalu naif melihat taburan wang-wang yang mengalir keluar dari kocek-kocek para tokey ini.

Sebabnya hudud jadi taruhan, ulama akan jadi bahan tendangan, Islam bakal jadi bahan buangan bila pengaruh DAP mula masuk meresap melalui PASMa dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan ini!


Sesungguhnya kita tak sanggup melihat hudud di Kelantan ditolak kerana PAS takutkan DAP.

Siapakah yang lebih berkuasa Allah s.w.t atau DAP?

The Unspinners

Posted: 30 Jan 2015 11:14 PM PST

The Unspinners


Kit Siang cuba tutup kewujudan komunis ala Abad 21

Posted: 30 Jan 2015 11:00 PM PST



Bekas-bekas komunis telah berkumpul semula  dalam satu persatuan bernama Persatuan Abad Ke-21 Baru-baru ini mereka telah mengedar kad ucap Tahun Baru Cina kepada ahli Persatuan Abad Ke-21 di Ayer Keroh, Melaka.

Apa yang menarik terdapat gambar paparan muda-mudi dengan logo Youth 21. Perkembangan ini memperlihatkan Persatuan Abad Ke- 21 telah berjaya merekrut Generasi 'Y' menyokong persatuan yang mirip kepada ideologi komunis.

Hal ini yang berlaku dalam masyarakat cina pasti dapat dikesan DAP. Parti tersebut banyak menyerap bekas-bekas aktivis PKM. Modus operandi dan strategi DAP pun mirip pada PKM.

Namun, Lim Kit Siang cuba menafikan kaitannya dengan komunis ...



3 kali Guan Eng naikkan surcaj air guna ALASAN SAMA!!!

Posted: 30 Jan 2015 08:09 PM PST



Perjanjian Migrasi Aset Air ditandatangani oleh kerajaan Pulau Pinang pada Jun 2011.

Dengan perjanjian ini, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sejumlah RM655 juta distrukturkan semula; di mana Perbadanan Aset Air Berhad mengambil alih hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pulau Pinang menyerahkan semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk membiayai secara "grant" Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion.

Oleh itu  jangan pula kata kerajaan pusat anak trikan negeri bawah pembangkang!!!

Sejak 1993-2008, tarif air domestik di Pulau Pinang tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia. Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu.

Sebaik DAP ambialih Penang, kerajaan negeri memperkenalkan surcaj pada kadar 24sen setiap 1,000 liter  penggunaan domestik melebihi 35,000 liter sebulan pada tahun 2010. Alasan mengenakan surcaj adalah untuk mengurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.

Pada Nov 2013, dinaikkan lagi kadar surcaj sebanyak 100 peratus; dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter. Alasan kali ini adalah surcaj awal gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang malah penggunaan per kapita terus meningkat.


Ekoran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dengan permohonan PBAPP untuk menaikkan tarif air sebanyak 20% pada April 2014. Kali ini, alasannya pula surcaj oleh PBA masih gagal mengurangkan penggunaan air domestik di Pulau Pinang.

Berapa kali ini boleh gagal???



Lantang Nurul pertahankan TNC UM ... rancangan abis eddah ke?

Posted: 30 Jan 2015 05:00 PM PST


Nurul Izzah cuba kaitkan pemecetan Prof Hamdi dari jawatan Timbalan Naib Chencellor kerana tidak menyokong UMNO.

Eh ... lupa pula dia TNC Unisel Selangor dipecat sebaik PKR ambbilalih pentadbiran Selangor, adakah kerana tak sokong PKR? Gantikan dengan TNC bermasaalah ada kes rogol yang pro PKR kan???

Entah kenapa Nurul cuba nak pertahankan TNC yang seorang ni. Dalam Malaysia, ada 66 TNC bawah Kementeriaan Pendidikan. Ada hampir 1,000 dekan yang perlantikan perlu kelulusan Kementerian.

BIla kontrak habis, bbiasalah ada yang keba berhenti. Ada yang kena sambung.

Eddah tu habis bulan April, itu ke calun pilihan? Madu madulah ye Nurul, Mak awak pun bermadu jantan!!!


Penyokong asal Anwar tinggalkannya kerana moral, Memang dia peliwat!!!

Posted: 30 Jan 2015 07:24 AM PST




Mereka lagi mengenal Anwar tapi dah tidak percaya. Anda kenalkah Anwar atau nak kena liwat macam Saiful baru nak tahu Anwar yang sebenar???



7 sebab passport Anwar patut ditahan

Posted: 30 Jan 2015 04:30 AM PST


Memetik dari blog Zulkifli Nordin:

... saya dengan ini mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;





6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.


Saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Alvin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.

Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. ....

Sepenuh di SINI.

Tambahan 7: Sudah ada sejarah di mana Anwar cuba mendapatkan perlindungan politik dari perbuatan jenayah ini dari Kedutaan Turkey semasa Saiful membuat laporan polis terhadapnya dulu.

Pakatan Rakyat dalang kontroversi baju kurong ke sekolah

Posted: 30 Jan 2015 12:30 AM PST


Belantan

Posted: 30 Jan 2015 11:03 PM PST

Belantan


Guan Eng mulut celupar?

Posted: 30 Jan 2015 10:33 PM PST


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melepaskan ge­ram hari ini dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubungi­nya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

"Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut melahirkan rasa terkejut apabila kedua-dua pemimpin terbabit gagal mengakui perkara tersebut serta menuduh mereka bersikap tidak jujur.


Jelas Mustafa, beliau tidak pernah membincangkan soal pelaksanaan pilihan raya PBT bersama Guan Eng kerana perkara itu tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang.

"Memang saya akui dia meng­hubungi saya, tetapi benda bercakap ikut suka hati ini tidak bagus bagi seorang pemimpin seperti dia.

"Dia (Guan Eng) minta supaya memberikan kenyataan positif, saya hanya menjawab insya-Allah dan tidak membantah kerana perkara itu sudah berlaku dan dibentangkan waktu itu.

"Sebenarnya saya hendak menjaga suasana harmoni dalam kalangan pakatan pembangkang, kerana waktu itu Guan Eng maklumkan dia terpaksa lakukan (pilihan raya PBT) kerana menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah masuk dalam janji DAP di Pulau Pinang, maka kita (Guan Eng) terpaksa puaskan mereka (NGO)," ujarnya.

Dalam pada itu, Mustafa yang mengakui hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana turut tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang memberitahu, Pas tidak boleh memberi persetujuan terhadap pilihan raya itu kerana bercanggah dengan dasar pakatan.

"Saya mendapat tahu berkenaan pembentangan pilihan raya PBT pada sidang DUN Pulau Pinang itu ketika wakil tunggal Pas, Datuk Salleh Man menghubungi saya.

"Ketika itu saya bertanya bila hendak dibentangkan ini, dia berkata mungkin esok (Mei 2012), jadi saya maklumkan perkara itu tidak pernah dirujuk kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

"Maka saya selaku Setiausaha Agung mengarahkannya supaya mengelak daripada menyokong atau menolak usul itu," katanya.

Ketika ditanya sama ada Pas akan meninggalkan pakatan akibat kemelut berkenaan, Mustafa berkata, isu itu masih belum berbangkit.

"Jangan cepat sangat, niat dalam hati siapa yang tahu,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Jan 2015 09:44 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Terbukti Rafizi Syok Sendiri Di Twitter

Posted: 30 Jan 2015 06:48 PM PST

Sampai Masa Anwar Juga Akan Kena Ayat Sama

Posted: 30 Jan 2015 03:24 AM PST

Perang Makin Besar, Nik Abduh Pula Hentam Guan Eng

Posted: 30 Jan 2015 12:41 AM PST

tok gajah

Posted: 30 Jan 2015 09:30 PM PST

tok gajah


Malaysia negara pertama lancar Indeks Syariah

Posted: 30 Jan 2015 06:10 PM PST

Najib (tengah) berkata, Indeks Syariah diwujudkan sebagai pengukur pencapaian negara dalam melaksanakan tuntutan syarak. - Foto TRP/ Wan Kah Hoong

KUALA LUMPUR, 30 Januari:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melancarkan Indeks Syariah, pada 10 Februari ini.

Menerusi pelancaran itu, Malaysia merupakan negara pertama yang akan menggunakan indeks berkenaan dan boleh dijadikan penanda aras dalam pelaksanaannya.

"Apabila melakukan perkara ini, Malaysia jadi negara pertama akan ada Indeks Syariah dan diharap ia boleh diterima pakai negara Islam lain.

"Kita juga berharap dengan penanda aras ini, pengisian Islam jelas apa yang telah kita lakukan dan laksanakan selama ini," katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, hari ini.

Jelasnya, Indeks Syariah ini melibatkan lapan sektor yang akan membuktikan UMNO komited untuk memartabatkan syariat Islam dalam urusan pentadbiran negara.

"Maqasid Syariah melibatkan lima perkara – agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

"Indeks ini akan melibatkan lapan sektor – pendidikan, ekonomi, infrastruktur, alam sekitar, perundangan, kesihatan, politik budaya dan sosial," jelasnya lagi.

Indeks ini akan dilaksanakan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan turut melibatkan badan-badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

Indeks ini diwujudkan sebagai pengukur pencapaian negara dalam melaksanakan tuntutan syarak.

Indeks yang komprehensif itu sedang dibangunkan, diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/30/malaysia-negara-pertama-lancar-indeks-syariah/#ixzz3QMQzevwC

Kesepakatan UMNO-PAS diperlukan -- Muhyiddin

Posted: 30 Jan 2015 06:06 PM PST


KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa untuk Umno dan Pas membentuk kesepakatan dan menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang pernah disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2009.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, kesepakatan itu amat diperlukan dalam realiti semasa tatkala Islam dikecam dan diancam dengan pelbagai tohmahan

"Ancaman ini termasuklah daripada orang Islam yang liberal dan ekstremis. Bagi keadaan di Malaysia, hanya Umno dan Pas institusi politik yang dilihat mempertahankan Islam.

"Sewajarnya untuk kedua-dua parti membentuk kesepakatan. Selain itu, ia juga amat penting kerana akan membina kekuatan bangsa Melayu sebagai peneraju pembangunan negara ini," katanya dalam sidang media, di sini, semalam. - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=241822:kesepakatan-umno-pas-diperlukan-muhyiddin&Itemid=2#ixzz3QJk7R66K
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

melayuangkat

Posted: 30 Jan 2015 03:33 PM PST

melayuangkat


Resep membuat kari telur

Posted: 30 Jan 2015 11:01 AM PST

Sinetron Alfa

Posted: 30 Jan 2015 11:00 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Jan 2015 03:17 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Budak darjah enam sembunyi dirogol

Posted: 29 Jan 2015 11:10 PM PST

SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

"Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan," katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

Bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di hospital

Posted: 29 Jan 2015 08:52 PM PST

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Jan 2015 07:07 PM PST

PAS Kawasan Miri


Banjir Besar Akibat Perparitan dan Hakisan Tanah Bukit Tanpa Kawalan

Posted: 30 Jan 2015 04:57 PM PST

Banjir Besar Melanda Miri Diluar Jangkaan

MIRI - Banjir besar berlaku di Miri pada 30 Jan 2015 merupakan suatu yang agak luar biasa. Kali ini banyak kawasan di sekitar bandaraya Miri ditenggelami air setinggi lebih kurang 2 - 3 kaki. Jalanraya menjadi sesak dengan kenderaan yang tersangkut akibat banjir.

Banyak juga kerosakan yang berlaku keatas harta benda dan juga rumah akibat banjir itu . Antara kawasan yang teruk dilanda banjir besar kali ini ialah Kampung Luak, Taman Selera Tanjung Lobang dan sekitar pusat bandaraya Miri.

Kejadian yang berlaku pada tengahari jumaat ini memang diluar jangkaan sebab jarang berlaku hujan lebat menyebabkan banjir besar melanda kawasan perumahan di Kampung Luak dan banyak kawasan lain ditenggelami air di Miri.

Di Kampung Luak penduduk kampung kesal dengan pihak pemaju perumahan yang meratakan tanah di lereng bukit tanpa kawalan sehingga menyebabkan air bertakung dan melimpah air dengan deras ke kawasan perumahan mereka.

Sebelum ini jarang berlaku banjir besar di kawasan ini tetapi disebabkan ada pihak pemaju perumahan yang tidak membuat perparitan yang sempurna menyebabkan aliran air dari atas bukit turun terlalu deras tanpa dapat dikawal menyebabkan hakisan serta tadahan air melimpah keluar tanpa kawalan keatas kawasan yang rendah.

Masalah perparitan dan juga masalah perumahan yang dibina di atas bukit tanpa kawalan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Apabila hujan lebat berlaku berpanjangan tanpa ada tadahan air menyebabkan hakisan tanah berlaku disebabkan kemusnahan pokok-pokok yang dipotong di lereng bukit menyebabkan air turun dengan cepat ke kawasan yang rendah.

Inilah antara beberapa punca berlaku banjir besar di Miri apabila tiada lagi pokok sebagai tunjang menahan air hujan dari melimpah keluar tanpa kawalan.

Kita mengesa pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas mereka yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutama di kawasan perumahan dipinggir lereng bukit yang antara salah satu punca berlakunya banjir besar di Kampung Luak.

Dalam pada itu pihak unit AMAL dari PAS juga banyak membantu penduduk kampung yang terkena banjir besar itu. Mereka datang menolong membersihkan rumah yang terkena kotoran akibat air lumpur yang masuk ke dalam rumah penduduk kampung.

Kita juga menggesa pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan dapat memberi bantuan segera keatas rumah mangsa banjir yang teruk. Mereka mengalami kerugian harta benda akibat banjir melanda kawasan perumahan mereka.

Sekali lagi kita mengesa pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini supaya kejadian banjir besar di Miri dapat dikawal dan dicegah dari berulang.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa ialah masalah perparitan dan juga
hakisan tanah di lereng bukit yang perlu diberi kawalan sepenuhnya. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dari berlarutan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Big Flood Hit Miri Beyond Expectations

MIRI - Big Flood happened in Miri on Jan 30, 2015 is a something quite extraordinary. This time there are many areas around Miri city inundated by flood water as high as 2-3 feet approximately. Roads become congested with vehicles stuck in floods.

Much damage occurring on the property and also home due to floods. Among the areas worst hit by massive flooding this time is Kampung Luak, Taman  Selera Tanjung Lobang and around Miri city centre.

The incident occurred on Friday afternoon was indeed unforeseen because are very rare heavy rains caused major flooding hit residential areas in the Kampung Luak and many other areas inundated by flood water in Miri.

The Luak Village residents upset with the developer who levelling the land on the hillside without control, causing water stagnation and overflowing water pouring into their residential area.

Before this are very rare massive floods in the area but due to there is the developers that does not  take a proper drainage causing the flow of water from the top of the hill down too fast uncontrollable causing erosion and watershed flowing out without control over the low area.

Drainage problems and housing problems built on a hill without control should be given attention by the authorities.

These are some of the causes of major floods in Miri when there are no more trees as the anchor to hold rainwater from flowing out uncontrollably.

We urge the authorities need to act decisively on those who do not comply with the rules set mainly at residential area just off the hillside that among one of the causes of major floods in Kampung Luak.

In the meantime the AMAL unit of PAS also helped villagers affected by the flood. They came to help clean the house, which is stained with dirt due to muddy water get into the residents' homes.

We also urge the government and the parties concerned can provide immediate assistance on severe flood victims home. They suffer loss of property due to flooding in their areas.

Once again we urge the authorities to take immediate action to solve this problem so that massive flood in Miri can be controlled and prevented from recurring.
Among the things that need to be addressed by the authorities is the problem of drainage and also soil erosion on hillsides should be given full control. Cooperation with authorities to resolve this problem from protracted is greatly appreciated.