Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 16 November 2012 at 9:36 PTG

sumber :-
Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 16 Nov 2012 03:50 PM PST

DUNIACACAMARBA


3 Anggota Polis Didakwa di Mahkamah Atas Tuduhan Merogol Pembantu Kedai Warga Indonesia

Posted: 16 Nov 2012 12:35 AM PST

Laporan awal di sini.

[MK] Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tuduhan berniat bersama untuk merogol.

Hakim Nabishah Ibrahim membaca pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk tuduhan merogol dan Seksyen 377(c) untuk tuduhan melakukan seks luar tabii.

Ketiga-tiga anggota polis tersebut - Sin Mat Lazim, 33; Syahiran Ramli, 21;  dan Remy Anak Pana, 21 - yang ditahan selama tujuh hari yang berakhir hari ini, minta dibicarakan.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.Sejak jam 8 pagi tadi, ramai wartawan telah berkumpul di bangunan mahkamah, menunggu ketibaan suspek.

Mereka akhirnya tiba pada jam 2.15 petang, dan diiringi tiga anggota polis. Ketiga-tiganya memakai pakaian lokap berwarna oren dan menutup muka mereka dengan baju mereka.

Sebaik sahaja ternampak ketiga-tiga mereka, kumpulan jurukamera bergegas untuk merakam gambar.

Pemangku Ketua Pengarah Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah turut hadir di mahkamah. Kira-kira 30 'penyokong' dalam uniform polis dan pakaian biasa turut hadir.


Mufti Perak Sentiasa Bertaubat untuk Kesalahan yang Sama, Kesalahan yang Sengaja Dibuat?

Posted: 15 Nov 2012 05:54 PM PST


Rata-rata pembaca DCM mengetahui isu pokok sehingga mendorong Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (KDUPP), Datuk Harun Taib meminta Mufti Perak,  Tan Sri Harussani  Zakaria  bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.

Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Mufti Perak yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari tentang kebebasan beragama. Lanjut baca di sini.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," kata KDUPP selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat seperti yang dilaporkan oleh SH.

"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak.  Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.

"Kita tidak ambil berat, kita anggap biasa sahaja, saya tidak mahu bicara soal ini, tanya benda lain seperti (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) buat, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat," katanya.

Bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh KDUPP , Mufti Perak seperti yang dipetik oleh SH berkata, "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." 

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh tuan mufti di atas, pelbagai persoalan bermain di minda kita. Dalam kenyataan yang dibuat KDUPP, beliau meminta tuan mufti bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam. 

 Cuba renungkan semula persoalan-persoalan ini. Apakah kita bertaubat untuk mengulangi kesilapan yang sama walhal kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan tersebut? Apakah erti taubat apabila kita berjanji kepada Allah untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat, namun dalam masa yang sama kita mengulangi kesilapan tersebut secara sengaja? Adakah menyokong atau mempertahankan pihak yang menghina/memperlekeh  hudud dan menentang negara Islam itu sesuatu yang tidak disengajakan?
  

[Video] Ketua Pemdua Pas Isytihar Harta, Hanya Ada Simpanan RM9 Ribu dan Terima Elaun RM2800

Posted: 15 Nov 2012 05:25 PM PST



[SH] KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.




P/s: Cuba minta Khairy Jamaluddin isytihar harta! 




DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Nov 2012 03:26 PM PST

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer

Posted: 16 Nov 2012 03:24 PM PST

Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.

Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.

"RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.

"Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.

"Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.

"Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.

"Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku.

Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.

"Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.

"Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya.

Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan.

Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD

Posted: 16 Nov 2012 03:06 PM PST

Kit Siang: Anwar PM jika kuasai Putrajaya
ROSMIZA KASIM dan SAPINAH ABD GHANI
17 November 2012
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika sedang berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Muktamar Tahunan Pas Kali ke-58 sedang berlangsung di sini.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar juga berucap pada himpunan malam tadi.

Kit Siang berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Himpunan malam tadi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong.

Awal Januari lalu, PR pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Harakahdaily melaporkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi malam tadi.

Mohd Nahrawi juga  pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

"Saya dah lama nak menyertai Pas, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih Pas," katanya.

Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi

Posted: 16 Nov 2012 03:03 PM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) mendengar sesuatu diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang hari ini. - Foto Bernama 
 
PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan.

Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.

"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia.

"ALLAh menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya.

Oleh itu katanya, Pas sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat akan mengembleng usaha bersama gagasan pembangkang itu bagi memastikan agenda mentabir Putrajaya akan tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Abdul Hadi kemudiannya menggariskan empat resolusi untuk memantapkan jentera parti itu menjelang PRU13 bagi menghadapi musuh tradisi mereka, Umno-Barisan Nasional.

"Tindakan Pertama: Petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN.

Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden.

Muktamar kali ini bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, di sini, hari ini.
"Tindakan Kedua: Petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik," kata Abdul Hadi.

Ujarnya lagi, petugas Pas juga hendaklah bersedia "menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno."

Jelasnya, sikap orang muda pada hari ini amatlah berbeza dengan generasi terdahulu.

"Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, blog, SMS dan lain-lain," katanya.

Sementara tindakan keempat pula ialah memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan Pas dengan keutamaan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2008 (24 kerusi).

"... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," tambah Abdul Hadi lagi.

SPA masih tunggu laporan kes khalwat KP Kesihatan

Posted: 16 Nov 2012 02:58 PM PST

SINAR HARIAN

Tan Sri Mahmood Adam
Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian dan jabatan berkaitan.

"Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 November di Sabah) akan ada satu mesyuarat. Jadi apa bentuk 
tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat," katanya pada sidang akhbar sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini hari ini.

Kelmarin, Dr Hasan, 56 dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Mak nyah jaja tubuh dicekup

Posted: 16 Nov 2012 02:53 PM PST

AHMAD ISMADI ISMAIL

Antara mak nyah yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam.
Antara mak nyah yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam.
 
Antara mak nyah yang dicekup Jais.
Antara mak nyah yang dicekup Jais.
 
AMPANG - Sambutan Maal Hijrah 1434H dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, yang membuat rondaan pencegahan kira-kira jam 5 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, mak nyah terbabit cuba lari setelah terserempak van dinaiki pegawai penguatkuasa agama.

"Ada di antara mereka cedera ringan kerana terjatuh ketika berlari menaiki tangga sebuah rumah kedai. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 38 tahun itu berjaya dicekup," katanya.

Difahamkan, mak nyah berkenaan mengenakan bayaran serendah RM50 untuk setiap pelanggan.

Salah seorang mak nyah memberi alasan sukar mendapat pekerjaan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan sepertinya menyebabkan dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mak nyah berusia 26 tahun itu dipercayai pernah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sebelum ini.

Operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM1,000 atau 6 bulan penjara.

Dalam operasi berasingan yang turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), seramai 50 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di Bukit Langat dan Bukit Permai, di sini.

Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam.

Kesemua mereka juga wajib mengikut sesi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 25 November ini.

Jangan sandiwara, Umno-BN mesti henti hubungan dagang dengan Israel

Posted: 16 Nov 2012 02:57 AM PST

KEADILAN DAILY


Sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut.

Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan Umno-BN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palestin melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang .

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov

Posted: 16 Nov 2012 02:55 AM PST



Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia.

"Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan.



"Kita serah memorandum kepada Perdana Menteri 26 November bagi membantah pengabaian alam sekitar," katanya ketika dihubungi.

Jelas Clement, selain Himpunan Hijau, turut bersama menyertai perjalanan jauh kempen 'Langkah Hijau' itu ialah aktivis anti sianida dari Bukit Koman, aktivis alam sekitar dari Teluk Rubiah, Perak dan aktivis anti insenarator Cameron Highlands.

"Turut bersama kita ialah aktivis dari Murum dan Baram, Sarawak. Tanah mereka diambil untuk pembinaan empangan," jelas Clement.

"Semakin ramai menyokong dan sekarang pula musim cuti sekolah. Mereka yang nak ikut sama sangat digalakkan," katanya.

Kempen 'Langkah Hijau' kini memasuki hari ketiga sejak pelancarannya di Kuantan Isnin lalu. Konvoi itu kini dalam perjalanan ke Maran dari Seri Jaya.

Mereka berjalan antara jam 5 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari.



Maklumat perjalanan, lokasi hentian dan aktiviti sepanjang 14 hari kempen 'Langkah Lestari' boleh dilayari di sini.

Bung Mokhtar hadir taklimat kes rasuah Scorpene minggu depan

Posted: 16 Nov 2012 02:49 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dari Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaannya untuk hadir pada taklimat Scorpene yang dijadual diadakan di Parlimen Khamis depan.

"Tiada masalah untuk hadir mendengar taklimat. Sekiranya dijemput dan saya punya masa, apa salahnya, saya akan hadir," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Menurut Bung Mokhtar, beliau tidak meletakkan sebarang halangan dan sedia menyambut ketibaan peguam dari Perancis itu di Parlimen.

"Saya tiada sebarang halangan dan masalah untuk itu," jelasnya.

Pada 29 Oktober lalu, dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.



Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua Ahli Parlimen, termasuk dari BN hadir ke taklimat kes rasuah pembelian kapal selam itu.

Katanya, beliau tidak melihat sebarang halangan untuk peguam tersebut hadir ke Parlimen jika Umno BN tidak berniat menyekatnya.

"Halangan untuk ahli bukan parlimen mengadakan sidang media hanya di ruang sidang media di lobi Parlimen, jadi sepatutnya tiada masalah untuk taklimat dibuat di sana," katanya.

IKRAM, JKR Diminta Buat Kajian Tanah Runtuh Di Ampang

Posted: 16 Nov 2012 02:43 AM PST




AMPANG : Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan melakukan kajian terperinci mengenai runtuhan tanah di kawasan berhampiran Menara Tinjau, Bukit Ampang.

Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang ditemui ketika lawatan di tempat kejadian pagi tadi berkata, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil.

"Laporan IKRAM mungkin dapat disediakan dalam tempoh seminggu, sementara laporan JKR mungkin ambil masa lebih lagi," ujar beliau.

Sebelum ini, menurut Ronnie, menara tinjau tersebut ditutup sejak awal tahun berikutan arahan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Turut ditutup ialah sebuah restoran makanan barat yang terletak bersebelahan menara tersebut.



"Kajian dan tinjauan MPKj mendapati kawasan cerun berkenaan bahaya, tidak selamat dan hari ini terbukti benar.

"Ia satu kesilapan juga oleh Kerajaan Negeri terdahulu membenarkan pembangunan di kawasan cerun kelas keempat ini.

"Sekarang, tiada pembangunan dibenarkan Kerajaan Negeri di kawasan kelas keempat, kelas ketiga pula boleh tapi dikenakan syarat yang ketat," tegasnya.

Kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku lewat petang semalam menyebabkan Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara.

Sementara itu, Ronnie memberitahu jalan akan mula dibuka selewat-lewatnya 7 malam ini.

Beliau juga mengarahkan pihak MPKj untuk melakukan pemantauan 24 jam di kawasan kejadian.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak berhenti di kawasan kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping mengelakkan kesesakan," jelas Ronnie.

PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi

Posted: 16 Nov 2012 02:36 AM PST

Harakahdaily,

(Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar)

KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN.

Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis.

"Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan.

"Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi," tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58.

Yang pertama, kata Ahli Parlimen Marang itu,  PAS akan membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan.

"Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan," terang beliau.

Abdul Hadi turut menyatakan bahawa PAS berhasrat membetulkan perlaksanaan ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah.

Yang ketiga, PAS, katanya akan membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat.

"Keempat - menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar," kata Abdul Hadi.

Ini sekaligus, katanya akan menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan "kartel‟ yang bertindak menekan rakyat.

Tolak pemerintahan rasis Umno BN – Anwar

Posted: 16 Nov 2012 12:50 AM PST

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH : Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan sistem perkauman sempit dan jumud sehingga mengabaikan kepentingan sebenar agama.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkauman adalah sebahagian dari assabiyah yang membawa keruntuhan hubungan sesama Islam jika dijadikan landasan dalam pentadbiran negara.



"Ia tidak akan memberi keadilan dan menyimpang dari hakikat sebenar. Perjuangan adalah untuk suku masing-masing. Manakala suku lain yang turut memerlukan pembelaan tidak akan menikmati keadilan tersebut," katanya ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Taman Pauh Idaman, dekat sini semalam.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, prejudis dan rasis yang melampau telah menjadi sebahagian dari rutin pemimpin negara.

Katanya, jika amalan ini berterusan, ia mampu meruntuhkan hubungan rakyat.

Anwar berkata, sistem pemerintahan sekarang wajar diubah segera bagi menyelamatkan masyarakat menjadi mangsa kerakusan pemimpin berkuasa.



Beliau turut membidas media milik Umno BN yang tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kenyataannya berkenaan kebebasan beragama yang diputar belit.

"Kenyataan Nurul Izzah (menjelaskan) dia bersekolah di Assunta. Terdapat salib di sekolahnya ketika itu. Namun beliau tidak pernah terpengaruh dengan agama tersebut.

"Ia tetap dengan agama Islam yang menjadi pegangannya. Beliau juga begitu yakin dengan agama yang dianutinya tanpa menggugat akidah walaupun ia berada di sekolah yang mempunyai salib.

"Kenyataan ini tidak disiarkan oleh media milik Umno BN. Mereka sebaliknya memutar belitkan sebahagian dari kenyataan yang tidak lengkap untuk kepentingan politik sempit yang menjadi amalan," jelas Anwar.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abul Malik Kassim dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan.

Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida

Posted: 16 Nov 2012 12:47 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.



"Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.

"Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?" soalnya.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.

Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan.

"Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman," kata Zuraida.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur

Posted: 16 Nov 2012 12:45 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.

Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.

"Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri," katanya ketika dihubungi.

Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.

Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan.

Ekoran itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri.

"Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13," kata Rafizi.

KASE Terima Lebih 100 Aduan Saman AES

Posted: 16 Nov 2012 12:41 AM PST




 SHAH ALAM: Kaunter penerimaan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibuka Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) kini menerima lebih 100 aduan daripada pengguna jalanraya yang menjadi mangsa.

Penasihat Undang-Undang KASE, Zulhazmi Sharif berkata, kaunter yang dibuka sejak 21 November lalu menerima banyak aduan daripada pengguna jalanraya di seluruh negara yang menerima surat saman melalui kamera AES.

Katanya, beliau bersama Jawatankuasa KASE akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat bagi memberitahu tindakan seterusnya yang akan diambil bagi membantu penerima saman tersebut.

"Setakat ini kaunter aduan masih dibuka dan kita belum membuat pecahan mengikut negeri dan kita akan membuat pengumuman berkaitannya pada minggu hadapan kerana kes.

"Ini kerana tarikh paling awal ke mahkamah melibatkan penerima saman itu adalah pada 7 Disember 2012 dan kita akan mengagihkan peguam-peguam kita bagi membantu mereka," katanya kepada TVSelangor hari ini.

Sementara itu, kaunter yang dibuka dua minggu sekali bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang itu bertujuan memudahkan orang awam yang menerima saman AES mendapatkan nasihat dan khidmat peguam yang diberikan secara percuma.

"Di Selangor sendiri terdapat belasan orang yang menerima saman AES dan dimaklumkan hanya dua kawasan di Selangor yang mempunyai kamera itu iaitu di kawasan Kajang.

"Lebih mengejutkan, terdapat seorang pengguna jalanraya menerima tiga saman AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) kerana ia merupakan laluan hariannya," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menyatakan sepasukan peguam disediakan jika penerima saman AES bersetuju ke mahkamah dan perkhidmatan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (JUHAM) akan disediakan kepada mereka yang terlibat.

Senator Australia buat laporan polis terhadap BH, NST, Utusan

Posted: 16 Nov 2012 12:37 AM PST

 
Ini kerana mereka telah melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis.



PETALING JAYA: Senator Australia, Nick Xenophon hari ini hadir ke Balai Polis Travers, Kuala Lumpur membuat laporan terhadap akhbar Berita Harian (BH), News Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia kerana melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis.

Senator bebas itu yang tiba di Malaysia sejak semalam membuat laporan polis kira-kira 11 pagi tadi menyifatkan laporan terbabit sebagai palsu, tidak benar, dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang senator sehingga menimbulkan ketakutan sekiranya menjadi mangsa keadaan.

"Senator Nick mahu pihak berkuasa menyiasat kes ini di bawah undang-undang jenayah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah," kata wakil peguam Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi.
Menurut Amer, Nick kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan kes terhadap laporan polisnya pagi tadi.

Nick dijemput oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi salah satu anggota badan pemerhati luar bagi memantau Perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu.

Utusan dalam laporannya 1 Mei lalu mendakwa Nick mengecam Islam sebagai sebuah organisasi jenayah yang berselindung disebalik kepercayaan agama.

Dakwaan itu dipetik Utusan melalui satu ucapan Nick pada 17 November 2009.

Manakala NST menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bebas-Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut menyifatkan Nick sebagai peyokong kumpulan LGBT.

Namun NST kemudiannya menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf 3 Mei lalu.

Melampau batas

Walaupun pengakuan dan permohonan maaf dikemukakan NST, namun Amer menegaskan isu itu melampau batas kerana menjejaskan nama baik Nick sebagai seorang wakil rakyat.

"Nick sibuk menjalankan tugasnya di Australia. Baru sekarang berkesempatan untuk datang ke Malaysia dan membuat laporan polis walaupun artikel itu disiarkan Mei lalu," katanya.

Nick dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini bagi menghadiri sidang Parlimen Australia Isnin minggu depan.

Sementara itu, Amer berkata pihaknya akan meneruskan niat untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar berkenaan dalam masa terdekat.

Sabotaj bukan faktor utama BN kalah PRU12

Posted: 16 Nov 2012 12:35 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun
Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun
 
SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil iktibar kekalahan sebelum ini, bertitik tolak daripada kemenangan majoriti pada 2004.

Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun berkata, perolehan undi majoriti itu berdasarkan kepercayaan kepada calon untuk meneruskan agenda memartabatkan kepentingan rakyat.

Namun katanya, kemenangan selesa itu membuatkan segelintir pemimpin mula lalai dan mengabaikan kebajikan rakyat yang mengharapkan perubahan.

"Kemenangan majoriti pada PRU11 itu mengakibatkan ada calon yang menang lupa diri, sombong dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi terhadap hak rakyat.

"Senario itu menyebabkan kekalahan pada PRU12 mungkin kerana ahli parti cuba mengurangkan undi majoriti sebagai pengajaran kepada calon terbabit.

"Kekalahan tersebut sia-sia kerana kita (BN) kehilangan banyak hak dalam pentadbiran negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang menyatakan kekalahan Umno pada PRU12 kerana faktor sabotaj dalam kalangan ahli parti antara punca menjejaskan peluang BN untuk menang.

Koon Mun berkata, beliau tidak menolak faktor sabotaj antara punca kekalahan parti tetapi banyak lagi perkara  yang perlu diperhalusi melibatkan peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk memastikan kemenangan.

Perkara tersebut turut dipersetujui Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro yang berpendapat, BN perlu bangkit selepas berdepan 'tsunami' pada PRU12 dengan memfokuskan perpaduan sesama ahli parti.

"Saya yakin pilihan raya akan datang nanti, kita semua sudah bersedia. Kekalahan lalu telah mematangkan kita agar mengetepikan kepentingan peribadi untuk mengutamakan kekuatan parti dalam usaha merampas semula negeri jajahan pembangkang.

"Saya percaya usul Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kesedaran akan peranan masing-masing," katanya,

Sementara itu, Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus berkata, sekarang ini beliau yakin masalah sabotaj bukan lagi kekangan utama kerana semangat parti sudah berada di tahap tinggi menjelang pilihan raya.

"Rakyat sudah mula sedar apabila berdepan banyak keperitan sepanjang pemerintahan PR dan kita yakin Umno akan dapat merampas kembali negeri yang jatuh ke tangan PR," katanya.

Abdul Hadi: Saya puas hati dengan ‘Harakah’, ‘Harakahdaily’

Posted: 16 Nov 2012 12:32 AM PST


Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak editorial 'Harakah' distruktur semula bagi menterjemahkan aspirasi sebenar PAS. – Gambar oleh Saw Siow Feng
 
KOTA BARU – Walaupun Dewan Pemuda PAS telah mengemukakan usul untuk merombak semula struktur editorial lidah rasmi PAS, Harakah dan Harakahdaily, Presiden PAS hari ini nyata memberikan pandangan berbeza berhubung perkara itu kerana berpuas hati dengan keupayaan organ rasmi parti Islam tersebut.

"Sekarang, saya puas hati atas keupayaan mereka (Harakah, Harakahdaily).

"Kita orang Islam tiada yang sempurna, saya pun tak sempurna, orang boleh kritik saya ... cuma kita terima teguran dan nasihat daripada semua pihak," kata Abdul Hadi kepada pemberita.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika Muktamar Pemuda PAS semalam menegaskan, lidah rasmi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga turut menyiarkan berita yang memalukan apabila menjadikan isu perbalahan antara PAS dan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sebagai berita mereka.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dengan baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 semalam.

Sehubungan itu, Kamaruzzaman turut mendesak supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily, termasuk penstrukturan semula editorial akhbar berkenaan.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak editorial Harakah distruktur semula bagi menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya lagi.

Selepas usul berkenaan disokong dan diluluskan hampir 600 perwakilan, wartawan Harakah dan Harakahdaily dilihat terus meninggalkan muktamar yang ketika itu masih lagi berlangsung.

Hampir 1,000 berdemo di hadapan kedutaan AS bantah serangan Gaza

Posted: 16 Nov 2012 12:29 AM PST

 
KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantah serangan Israel ke atas Gaza, dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) dan Aqsa Syarif.

Mereka berhimpun di hadapan kedutaan AS selepas solat Jumaat, diketuai oleh timbalan presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Hatta Mohamad Shaharom.

Dr Hatta kemudiannya menghantar memorandum dan diterima oleh wakil duta AS ke Malaysia, Paul W. Jones.

"Serangan Israel ke atas Gaza adalah tidak berperikemanusiaan. Serangan ini hanyalah bertujuan mahu terus berperang dan rakyat Palestin di Gaza menderita di tangan rejim Israel.

"Kami mahu Amerika untuk tidak berat sebelah dengan terus menyokong Israel dan menjadi lebih jujur untuk menyelesaikan konflik di Palestin," menurut kenyataan bersama ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memorandum tersebut.

Mereka kemudian berdemonstrasi sambil melaungkan takbir dan dikawal oleh pihak polis di sekitar Jalan Tun Razak.

Hadi: 'Pas tidak pernah tersasar landasan'

Posted: 16 Nov 2012 12:24 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
 
PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara sinis menyindir mereka yang mendakwa parti itu sebagai tersasar dari landasannya sebagai "mereka yang tidak memahami bahasa al-Quran" ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar ke-58 parti itu hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang terus-terusan menyelar parti itu kononnya tergelincir daripada wadah perjuangan Islam hakikatnya terpengaruh dengan bahasa asing  "welfare state" yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit.

"Muktamar yang lalu kita kemukakan tema: Membangun Negara Berkebajikan. Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka, bahawa Pas sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam," kata Abdul Hadi mengundang riuh sidang hadirin di dalam Dewan.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini mengundang kontroversi apabila secara terbuka mengkritik parti Islam itu yang dilihat mendahului kuasa berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam dalam impiannya menuju ke Putrajaya.

Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata, perjuangan Pas tidak lagi menepati kehendak Islam  sejak bekerjasama dengan DAP.

Pandangan sama turut dizahirkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa Pas dikuasai oleh golongan parasit.

Kritikan-kritikan itu kemudiannya dibidas oleh Abdul Hadi sambil berkata, dalam permuafakatannya bersama Pakatan Rakyat terutama DAP, ia berlaku kerana keterbukaan parti itu yang dibarisi kepimpinan ulama yang menunjangi kerjasama baik dengan parti komponen Pakatan yang lain.

"Pas menjadi gerakan Islam terawal yang berpeluang memerintah melalui sistem demokrasi seawal 1959, kerajaan campuran 1970- an, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah 1990 dan 1999, Pakatan Rakyat 2008, di mana sikap keterbukaan para ulama Pas lah yang membuka ruang Pas melaksanakan ijtihad Tahaluf Siyasi dalam arus politik tanahair kita sehingga membolehkan Pas berhubung dan bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang terdiri dari 40% rakyat di negara kita ini," jelas Abdul Hadi.

Perpaduan yang dijalin dalam Pakatan Rakyat kata Abdul Hadi, tidak mungkin dapat dipraktikkan oleh Umno-Barisan Nasional menerusi slogan 1Malaysia.

"Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita," katanya.

"Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman. Inilah yang menjadi teras perjuangan Pas, setelah kita melihat Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit, dan terkini rasuah politik RM40 juta di Sabah, salah guna kuasa, ketidakadilan dalam masyarakat dan sebagainya," tambahnya lagi.

Bahkan menurut Abdul Hadi, "Umno juga gagal memperkasakan orang Melayu dengan Islam, selain dari gagal menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada rakyat, dengan membiarkan orang Islam dalam negara ini dicabar dan diperkotak-katikkan dengan hujah yang biadap oleh pimpinan MCA yang menjadi sekutu rapat Umno dalam Barisan Nasional."

PAS tawarkan memperbaiki ekonomi dalam usaha tarik sokongan pengundi

Posted: 16 Nov 2012 12:23 AM PST

TERKINI

Abdul Hadi berkata perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit. – Gambar oleh Saw Siow Feng
 
KOTA BARUv – PAS hari ini dilihat memberikan fokus untuk memperbaiki ekonomi dalam meneruskan perjuangan mereka membentuk negara berkebajikan seperti dilaungkan sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ucapan dasar Muktamar PAS ke-58, hari ini menegaskan hanya ekonomi dan negara berkebajikan yang berkonsep adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia pelbagai kaum.

"Perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1 Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud di negara kita.

"Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap negara berkebajikan PAS, mengatakan PAS menyeleweng dari matlamat asal.

"Anggapan salah itu adalah kerana mereka tidak memahami bahasa Al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing 'welfare state' yang mentafsir kebajikan sempit," kata Abdul Hadi sewaktu ucapan dasarnya di hadapan hampir 1,200 perwakilan dari seluruh negara.

Ketika ucapan dasarnya itu juga sewaktu Muktamar Tahunan ke-58 PAS yang bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan", Abdul Hadi turut menyentuh berkenaan struktur ekonomi negara yang menurutnya "membarahkan politik menipu dan ekonomi berpusing kekayaan".

"Hakikat inilah yang kita lihat berlaku di negara kita. Negara yang kaya dengan hasil bumi, akan muflis sekiranya terus berada di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Melaksanakan transformasi ekonomi ala BN untuk setanding dengan negara kaya Barat juga bukanlah ukuran yang rakyat inginkan, nilai ringgit yang ada pula menyusut sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi makna," tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Turut disentuh Abdul Hadi juga adalah berkenaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menurutnya terdapat banyak kekeliruan dan kecelaruan didalamnya.

Abdul Hadi dalam sidang medianya selepas ucapan dasarnya berkata isu berkaitan hudud tidak lagi berbangkit memandangkan persetujuan telah pun disepakati oleh PR.

"Hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu ... kami sudah adakan dialog sejak 1990 ... isu ini sudah selesai, kami setuju untuk tidak bersetuju."

Beliau turut menjelaskan dengan jaminan negara berkebajikan tersebut tidak akan membebankan rakyat sebaliknya golongan yang kurang berkemampuan akan ditampung melalui dana yang dikutip daripada mereka yang berada.

"Kita tidak membebankan rakyat dengan cukai, kita akan tampung dengan mereka yang berada," katanya lagi.

Antara isu lain yang disentuh veteran PAS itu adalah Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang yang mana PAS menurutnya tidak pernah menolak pembangunan.

"Kita tidak menolak projek ekonomi seperti ini, tetapi PAS menolak kezaliman di atas nama pengambil alihan tanah secara tidak adil, pemusnahan ekologi kawasan perikanan, yang seterusnya menjejaskan mata pencarian hidup rakyat sendiri.

"Projek seperti Kilang Penapisan dan Petrokimia di Pengerang, Johor sepatutnya dilaksanakan tanpa melibatkan pemindahan 25,000 penduduk yang menghuni selama puluhan tahun di 10 buah kampung tradisi, melibatkan pemindahan lebih dari 10 buah sekolah, masjid dan sebagainya," katanya.

Posted: 16 Nov 2012 12:11 AM PST

Ulama PAS tegas isu hudud

Posted by admin on November 16th, 2012
 

Kekecewaan yang dipendam oleh akar umbi PAS dalam hubungan terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat telah di nyatakan secara terbuka.Dewan Ulama menegaskan bahawa dalam menegakkan agenda hudud mereka bersedia mengeluarkan pemimpin yang "mengelirukan" ahli.

Ketua Dewan Datuk Harun Taib mengisytiharkan bahawa PAS akan berpegang teguh pada rancangannya untuk melaksanakan undang-undang hudud walaupun menerima pandangan yang bertentangan dari luar parti.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri mempunyai peranan menangani kekeliruan di kalangan ahli-ahli baru yang mana mempercayai bahawa hudud bukan satu perkara yang perlu dibincangkan dalam Pakatan.

"Ada yang keliru, mereka merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud kerana Malaysia sebuah negara berbilang kaum.

"Ini berlaku kerana ahli-ahli yang gagal memahami Tarbiyah usaha parti (memupuk dan pengukuhan)," kata Harun ketika merasmikan perhimpunan agung Dewan Ulama di sini, Khamis.

Ucapan beliau dibacakan oleh Dewan Undangan Negeri naib ketua Dr Mahfudz Mohamad.

Harun berkata memperjuangkan hudud adalah sebahagian daripada agenda parti untuk dilaksanakan di negara ini.

"Jenayah utama seperti kecurian, rompakan dan seks haram menjadi masalah yang serius mempengaruhi rakyat. hudud mesti dilaksanakan untuk menyelesaikannya, "katanya.

Kemudian, pada sidang akhbar, Harun menegaskan bahawa PAS akan memastikan bahawa hudud akan dilaksanakan jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

Menurut beliau, Pakatan telah bersetuju bahawa bukan sahaja hudud tetapi juga undang-undang Syariah akan dilaksanakan jika PAS mempunyai majoriti di Parlimen.

Harun berkata Pengerusi DAP Karpal Singh menentang hudud kerana kegagalan untuk menghadiri dialog yang dianjurkan oleh PAS.

Mengenai laporan akhbar bahawa Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria telah meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk bertaubat dalam kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama, Harun berkata bahawa Harussani perlu bertaubat untuk tidak menyokong perjuangan Islam.

Sayap Belia juga menyokong hudud dan menyandarkan sokongan kepada kepimpinan ulama dan meminta PAS untuk menunjangi kepimpinan Pakatan Rakyat.

Perwakilan Johor, Mohd Faizal Khalid mengkritik kepimpinan Belia kerana gagal untuk bercakap menentang pemimpin Pakatan yang melakukan kesalahan.

"Sayap sepatutnya menjadi sebuah kumpulan tekanan yang menyokong untuk perubahan tetapi kita tidak mendengar sebarang kritikan dari mereka menentang kerajaan Pakatan," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Nasrudin Hassan pada Muktamar, Khamis.

Perwakilan Pulau Pinang Hasbul Wizar berkata PAS harus menjadi parti dominan dalam Pakatan.

Perwakilan Selangor Sharhan Humaizi Halim berkata bahawa negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu ditadbir mengikut model Islam.

Perwakilan Pahang Fadli Ibrahim berkata, kepimpinan ulama perlu dikekalkan kerana "mereka telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya umum lalu".

Beliau berkata bahawa "kuman, ular dan racun" harus disingkirkan dari parti.

Atlet wanita rupanya lelaki

Posted: 16 Nov 2012 12:09 AM PST

KL TODAY

 

Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya.

Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu.

Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut.

Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.

Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.

"Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik.

"Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya.

Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri.

Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini.- Agensi

Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan

Posted: 16 Nov 2012 12:05 AM PST

KL TODAY
 

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti.

Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

"Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri.

"Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat," katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari.

"Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin.

"Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno," katanya lagi.

Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan.
"Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan," kata Mohsin lagi.

Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, "hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno".

Posted: 16 Nov 2012 12:03 AM PST

Ahmad dipaksa mengaku Zul Yahya

Posted by admin on November 16th, 2012
 

Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.

Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.

"Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi.

Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.

Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.

Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.

Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.

"Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya.

"Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah.

Ngapa orang marah AES?

Posted: 15 Nov 2012 08:23 PM PST

Subky Latif,


AKHIR sekali Selangor pun bersikap seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain melarang kamera AES dipacak di tanah yang dikuasainya hinggalah ada keputusan yang lain  dari Pakatan.
Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi.

Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan  di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik.

Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu  supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?

Semua  setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan semuanya, ia disapu sama oleh saudagar.

Seperti undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang  keledar yang melobi kerajaan mengadakan peraturan itu.

Sistem yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak  dulu lagi, rakyat rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan.

Cukai yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi satu penindasan.

Denda AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat. Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat.

AES samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah.

Bukan rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas.

Dalam mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2 kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya. Ia dihalalkan.

Alat itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada sekatan polis.  Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali dirakam.

Kerajaan fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat kerana mengambil duit itu dikira menindas.

Katakanlah pesalah AES itu    dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka  dipercayai oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut  dan kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju.

Apabla denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji.

ALHUSSEYN

Posted: 16 Nov 2012 03:14 PM PST

ALHUSSEYN


Ahli PAS undi calon bukan Islam Pakatan

Posted: 15 Nov 2012 07:22 PM PST

Muda Mohd. Noor | November 15, 2012

Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru. 

PETALING JAYA: Ali PAS diminta mengundi calon bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Gesaan itu dibuat  Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru.Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor membacakan teks tersebut.
.
Harun juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.

PAS katanya membenarkan ahli-ahlinya mengundi parti lain sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Beliau juga menekan kepentingan media baru kepada PAS terutama untuk tujuan dakwah.

"Youtube, blog, laman web dan media alternatif lain perlu digunakan untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak tambahnya boleh memainkan peranan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

"Tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan." tambah beliau lagi.-freemalaysiatoday

Biaqpila

Posted: 16 Nov 2012 03:08 PM PST

Biaqpila


MISTERI ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN

Posted: 16 Nov 2012 04:00 AM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.

POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

kosmo


KAMPUNG TANPA WAYAR: TM BAGAIKAN PELACUR TUA?

Posted: 16 Nov 2012 01:15 AM PST


Saudara Pengarang,

HARI demi hari berlalu, kini harapan tinggal harapan. Apa yang dijanjikan Kerajaan BN pimpinan Perdana Mneteri Najib Tun Razak tidak kunjung tiba. Begitulah hampanya penduduk Kampung Tinangol untuk menikmati perkhidmatan internet percuma yang baik dan boleh digunakan.

Kini hampir genap setahun penantian kami namun segalanya kelihatan seperti tidak ada penghujungnya kerana KTW Tinangol yang diwujudkan BN sejak awal tahun ini boleh diibaratkan seperti sampah sarap yang tidak berguna.
Walaupun di pintu masuk kampung kami ada terpampang papantanda yang bertulis Kampong Tanpa Wayar (KTW) Kampung Tinangol, namun agak menyedihkan kerana perkhidmatan ini tidak boleh digunakan seperti yang diharapkan.

Ada jiran kami mempersendakan kami kononnya KTW bermaksud 'Kampung Tahi Wogok' dan 'Kerajaan Tanpa Wawasan'.

Boleh dikatakan hampir setiap masa perkhidmatan ini tidak boleh di sambungkan dan jika berjaya disambungkan pun ia akan mengambil masa yang agak lama selepas banyak kali percubaan.

Lagi menyedihkan kerana talian selalu terputus-putus, selain itu perkhidmatannya juga terlalu lemah sehinggakan untuk membuka emel pun begitu sukar. Saya boleh ibaratkan perkhidmatan ini hanya layak untuk ditong sampahkan kerana tidak boleh digunakan dan menyusahkan rakyat berbanding jutaan ringgit wang dibazirkan.

Agak menyedih dan memalukan jika anda pernah berkunjung di KTW Tinangol kerana sebaik sahaja memasuki kampung tersebut terpampang papantanda KTW yang dimegahkan BN; tetapi untuk menikmati perkhidmatan internet orang kampung terpaksa melanggan sendiri perkhidmatan internet. Pelik dan memalukan. Itulah yang mungkin anda fikir dan itulah yang kami rasa!.

Selain itu, adalah amat menghairankan bila SKMM bertindak untuk menyekat 'Youtube' beberapa laman web lain. Mungkin kerana KTW Tinagol tidak boleh mengakses Youtube; sedangkan banyak maklumat yang berguna boleh diperolehi dari Youtube dan laman web lain.

Bukankah ini juga satu tindakan bodoh SKMM yang menganggap pengguna KTW Tinangol hanya seperti budak SPM yang perlu disekat di sana sini sedangkan Kerajaan BN yang memberi jaminan Bill of Guarantee (BoG) untuk tidak menapis internet.

Persoalannya, adakah kontraktor dan pemberi tender pemasangan KTW Tinagol (piring dan alat penerima) sudah membuat untung? Malangnya yang rugi adalah rakyat (duit untuk membina, memasang dan membeli dan membayar talian kepada telekom setiap bulan adalah duit rakyat).

Kini kontraktor sudah boleh menikmati hasil dari keuntungun dari projek ini dan rakyat membayar setiap setiap bulan untuk perkhidmatan ini tetapi tidak mendapat apa-apa. Bukankah ini bodoh namanya? Bukankah ini juga bermaksud memperbodohkan penduduk kampung Tinangol?

Di kesempatan ini juga, saya ingin menghentam TM Malaysia kerana gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampung Tinangol.

Tidak malukah TM Malaysia memberikan perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak boleh digunakan kepada penduduk kampung Tinangol? Bukankah setiap bulan mereka menerima bayaran untuk perkhidmatan ini?

Mungkin dalam hal ini, pelacur tua lebih baik dari TM Malaysia kerana mampu memuaskan pelanggan mereka dengan perkhidmatan mereka sekalipun sudah seperti selipar jepun!

Kami orang Tinangol kini tidak boleh berkata apa-apa lagi kepada ADUN dan MP kami dan Kerajaan BN dan kami hanya tidak dapat menahan sabar untuk menolak mereka dalam PRU-13.

Salam Hormat,

PENGHUNI KTW TINANGOL

sabahkini


Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan

Posted: 15 Nov 2012 11:37 PM PST




SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.


SH


Mimpi Rasulullah S.A.W

Posted: 15 Nov 2012 08:03 PM PST




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kredit to : Mohamad Asyraff

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/04/9-mimpi-nabi-muhammad-saw.html#ixzz2CM79GrHx

3 Polis dituduh rogol wanita Indonesia didakwa hari ini

Posted: 15 Nov 2012 07:24 PM PST

Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini dan mereka akan dibawa ke mahkamah Butterworth.

Ketiga-tiganya menghadapi tuduhan rogol, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika didapati bersalah.

Insiden itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 7 pagi di sebuah balai polis di Prai pada 9 November selepas mereka menahan mangsa yang berusia 25 tahun kerana didakwa gagal menunjukkan pasportnya.

Wanita tersebut kini ditempatkan di Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, sementara menunggu pulang ke negaranya dan dikatakan dalam keadaan "kesihatan yang baik".

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata penyiasat telah merekodkan kenyataan daripada 10 saksi berhubung dakwaan rogol tersebut.

MK


Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...

Posted: 15 Nov 2012 04:00 PM PST



MUKTAMAR PAS Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.

Dalam satu sidang media selepas merasmikan Muktamar DUPP di Kota Bharu hari ini, Harun turut ditanya mengenai pendirian dewan itu berhubung kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.

"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.

Didesak wartawan supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah, perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat. Saya akan jawab."

Ditanya berhubung pelaksanaan hudud sedangkan rakan gabungan Pakatan tidak bersetuju, Harun berkata Pakatan sudah bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

"Tetapi syariat Islam ia mesti dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. Jadi kalau kita majoriti dalam parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri dia menjadi undang-undang negara.

"Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tak setuju, undang-undang jalan raya, orang pun tak setuju, kerajaan laksana juga," katanya.

Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu, "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

"Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju," katanya.

MK

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 Nov 2012 01:38 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


KETUA PEMUDA PAS ADA REZAB 3 BULAN

Posted: 15 Nov 2012 10:27 PM PST

Ketua Pemuda Pas Pusat mengistiharkan ada simpanan RM 9,000.00. Kira-kira oklah tu. Jika anda  sebagai aktivis Islam  yang mempunyai  rezab sara hidup untuk 3 bulan, itu sudah  di kira ok   amat sangat. Ha ha. 

Saya kenal  Mohamad Sabu,  Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub sejak mereka belum lagi   menjadi YB. Ketika itu, mereka bukan sahaja tidak ada rezab sara hidup 3 bulan, tetapi tiada pendapatan bulanan yang dibagi oleh parti secara tetap.  Kalau dapat pun rasanya setakat tak sampai RM 1,000.00.  Sorilah jika diam-diam mereka diberi  oleh  parti lebih dari itu. Ha ha.  Selepas  mereka  jadi YB, barulah ada "syenang" sikit. Ha ha.  Tak payahlah kita belanja teh lagi.  Sekarang mereka bertiga sudah  tidak fikir  hal perut lagi kerana  paling kurang pun pencen YB sudah ada   dalam tangan.  Yang mereka perlu fikir macam mana nak jatuhkan BN sahaja!!!!   Woooo.

Bertuah juga jadi Ketua Pemuda Pas pada zaman sekarang  kerana ada gaji hulanan yang dibayar oleh parti secara tetap. Yahoo. Tetapi kata orang,  lagi bertuah jadi Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah.  Fasal itulah jawatan itu semacam monopoli untuk seorang  sahaja  sampai mati agaknya.  Belajar-belajarlah jawatan digilir kepada orang lain.  Tak syok ada orang kata "macam tak ada orang lain yang lebih layak lagi".    Wooooo.




BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 16 Nov 2012 01:35 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


APAKAH PRU 13 - TERAKHIR UNTUK UMNO

Posted: 15 Nov 2012 05:35 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 16 Nov 2012 01:04 PM PST

PENYAPU SIAL


UMNO bukan parti melayu....UMNO hanyalah parti PUKIMAK...UMNO adalah parti perompak,penyamun .perogol dan penghianat negara....!!!

Posted: 16 Nov 2012 07:10 AM PST

Adakah parti UMNO itu khusus untuk Melayu seperti namanya "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu?" dan apakah semua ahli UMNO itu Islam? Sepertimana didakwa oleh ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO?

TIDAK samasekali. Gambar di atas ini ialah Datuk John Ambrose, ketua UMNO bahagian penampang yang beragama Kristian.

Sekaligus membuktikan bahawa UMNO bukan parti Melayu jauh sekali sebuah parti Islam!

Sellain John Ambrose, ramai lagi yang menjadi ahli berdaftar UMNO itu yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai contohnya, Charern Intachat (gambar atas) Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.

Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO.

3 Polis dituduh rogol wanita Indonesia didakwa hari ini manakala 1 menteri rogol amah tidak di dakwa ada apa apa,,,,!!!

Posted: 16 Nov 2012 06:59 AM PST

polis kasta rendah yang cuba di selamatkan dari dakwaan...

menteri kasta tinggi yang mengkambing hitamkan 2 polis kasta rendah

tu dia ....kasta pilih bulu jembut....menteri di utamakan amah indon di puaskan....so x kena dakwa pun...!!!!

 

Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia  dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini dan mereka akan dibawa ke mahkamah Butterworth.

Ketiga-tiganya menghadapi tuduhan rogol, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika didapati bersalah.

Insiden itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 7 pagi di sebuah balai polis di Prai pada 9 November selepas mereka menahan mangsa yang berusia 25 tahun kerana didakwa gagal menunjukkan pasportnya.

Wanita tersebut kini ditempatkan di Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, sementara menunggu pulang ke negaranya dan dikatakan dalam keadaan "kesihatan yang baik".

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata penyiasat telah merekodkan kenyataan daripada 10 saksi berhubung dakwaan rogol tersebut

produk bangsat kerajaan BN....pelacur pondan tua pun lebih baik dari tahi minyak ( TM )

Posted: 16 Nov 2012 06:35 AM PST

HARI demi hari berlalu, kini harapan tinggal harapan. Apa yang dijanjikan Kerajaan BN pimpinan Perdana Mneteri Najib Tun Razak tidak kunjung tiba. Begitulah hampanya penduduk Kampung  untuk menikmati perkhidmatan internet percuma yang baik dan boleh digunakan.

Setelah sekian lama segalanya kelihatan seperti tidak ada penghujungnya kerana KTW  yang diwujudkan BN  ini boleh diibaratkan seperti sampah sarap yang tidak berguna.

Walaupun di pintu masuk  setiap kampung  yang terlibat ada terpampang papantanda yang bertulis Kampong Tanpa Wayar (KTW) , namun agak menyedihkan kerana perkhidmatan ini tidak boleh digunakan seperti yang diharapkan.

Nampaknya  KTW  telah menjadi 'Kampung Tahi Wogok' dan 'Kerajaan Tanpa Wawasan'

Boleh dikatakan hampir setiap masa perkhidmatan ini tidak boleh di sambungkan dan jika berjaya disambungkan pun ia akan mengambil masa yang agak lama selepas banyak kali percubaan.

Lagi menyedihkan kerana taliannya  selalu terputus-putus, selain itu perkhidmatannya juga terlalu lemah sehinggakan untuk membuka emel pun begitu sukar. Kita  boleh ibaratkan perkhidmatan ini hanya layak untuk ditong sampahkan kerana tidak boleh digunakan dan menyusahkan rakyat berbanding jutaan ringgit wang dibazirkan.

Agak menyedih dan memalukan jika anda pernah berkunjung di  mana mana  yang ada KTW kerana sebaik sahaja memasuki kampung tersebut terpampang papantanda KTW yang dimegahkan BN; tetapi untuk menikmati perkhidmatan internet orang kampung terpaksa melanggan sendiri perkhidmatan internet.

Pelik dan memalukan. Itulah yang mungkin anda fikir dan itulah yang kami rasa!.Selain itu, adalah amat menghairankan bila SKMM bertindak untuk menyekat 'Youtube' beberapa laman web lain.Oleh kerana itu  KTW tidak boleh mengakses Youtube, sedangkan banyak maklumat yang berguna boleh diperolehi dari Youtube dan laman web lain.

Bukankah ini juga satu tindakan bodoh SKMM yang menganggap pengguna KTW hanya seperti budak SPM yang perlu disekat di sana sini sedangkan Kerajaan BN yang memberi jaminan Bill of Guarantee (BoG) untuk tidak menapis internet.

Persoalannya, adakah kontraktor dan pemberi tender pemasangan KTW  (piring dan alat penerima) sudah membuat untung? Malangnya yang rugi adalah rakyat (duit untuk membina, memasang dan membeli dan membayar talian kepada telekom setiap bulan adalah duit rakyat).

Kini kontraktor sudah boleh menikmati hasil dari keuntungun dari projek ini dan rakyat membayar setiap setiap bulan untuk perkhidmatan ini tetapi tidak mendapat apa-apa. Bukankah ini bodoh namanya? Bukankah ini juga bermaksud memperbodohkan penduduk  setiap kampung yang ada KTW?

Tidak malukah TM Malaysia memberikan perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak boleh digunakan kepada para penduduk kampung KTW  ini ? Bukankah setiap bulan mereka menerima bayaran untuk perkhidmatan ini?

Mungkin dalam hal ini, pelacur pondan tua lebih baik dari TM Malaysia kerana mampu memuaskan pelanggan mereka dengan perkhidmatan mereka sekalipun sudah seperti selipar jepun!

Kita  kini tidak boleh berkata apa-apa lagi kepada ADUN dan MP  dari Kerajaan BN dan kita hanya tidak dapat menahan sabar untuk menolak mereka dalam PRU-13.

otaiblues

Posted: 16 Nov 2012 11:51 AM PST

otaiblues


Mana lebih baik, N I atau anak anak menteri..

Posted: 15 Nov 2012 10:58 PM PST

cukup sedap mulut che det sound nurul, bertaubat la..ce perati nurul tu,adalah nurul lebih baik  dari kebanyakan anakanak menteri yang ada sekarang.
Kebanyakan nya menteri bercakap tentang islam,macam bagus je,peringat rakyat,tapi,,anak isteri sendiri tak ternasihat...
Bapak cerita tentang islam, anak jadi macam setan..

Ada ke lebih baik berkawan ngan setan yang di kenali,,ape, depa tak pernah belajar ke, setan tu makhlok allah yang di lanat, ni depa nak berkawan pulak, maka sama la mereka di laknat..


shalehudin

Posted: 16 Nov 2012 11:38 AM PST

shalehudin


TERHOT: Gani Patail dan Musa Hassan di kecam depan KPN di Bukit Aman

Posted: 16 Nov 2012 08:30 AM PST

Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi

Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

Ramli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya diputuskan oleh sistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.

Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.


Tetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yang lain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.

Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya yang meragukan.

Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.

Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.


PAS punya pasal, singa pun jadi HIJAU... haha...

Posted: 16 Nov 2012 06:40 AM PST

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pas Kali Ke-58 pagi tadi, disambut dengan persembahan tarian singa di luar Pusat Tarbiah Islam Kelantan, pagi tadi. – Foto Sinar Harian


Najib kenen kat Rosmah ka kat dia neh? Haha...

Posted: 16 Nov 2012 05:40 AM PST

Najib: Rakyat Malaysia Perlu Mula Berfikir, Berhenti Merungut

KUALA LUMPUR: Mesej yang di sampaikan adalah mudah iaitu mencabar untuk berhenti merungut dan mula memikirkan jalan penyelesaian.

Tidak hanya mengadu, rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, telah digesa untuk berbincang dan mengemukakan idea-idea mereka di laman web www.challenge.my yang baru dilancarkan, pada Rabu.

Platform Genovasi Cabaran yang didorong oleh DPN Inovasi Malaysia dengan menyasarkan golongan belia adalah bertujuan memberi kuasa kepada rakyat untuk tampil dengan idea-idea kreatif untuk menyelesaikan masalah.

Cabaran pertama, Komuniti Disambung (Connected Communities), bertujuan idea mengenai bagaimana untuk membangunkan dan memeriahkan kejiranan anda dan kualiti hidup. Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan, termasuk RM100, 000 bagi idea terbaik.

Pada pelancaran laman web tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 10 idea terbaik akan menerima hadiah, dan akan mendapatkan pembiayaan untuk rancangan yang akan dibangunkan lagi.

Najib menegaskan mengenai kepentingan melibatkan dengan generasi muda untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya percaya dalam keghairahan dan tenaga mereka. Mereka mempunyai idea-idea yang hebat yang boleh menggerakkan negara ke hadapan.

"Ia adalah untuk pembangunan negara. Kita mesti membina negara Malaysia ini bersama-sama, tanpa mengira apa juga kepercayaan politik anda.

"Malaysia adalah negara kita dilahirkan, hidup dan akhirnya akan dikebumikan.

"Ini adalah negara kita dan kita mesti menjadikan Malaysia tiada tandingannya," katanya.

Tambahnya, menjana idea adalah satu bahagian penting dalam proses pembinaan negara.

"Kita mahu membina negara ini. Sebagai Perdana Menteri, saya mahu mendengar idea-idea daripada anda.

"Saya berminat tentang mengubah negara ini kerana saya mempunyai banyak harapan untuk Malaysia dan harapan mereka boleh diterjemahkan secara realiti."

Najib ketika sesi ramah mesra menzahirkan perasaan kagum dengan idea-idea yang telah dikemukakan.

"Terdapat beberapa idea-idea yang hebat yang sedang dibincangkan, idea-idea yang benar-benar boleh dilaksanakan. Ini bukan idea khayalan tetapi idea sebenar yang boleh diterjemahkan ke dalam tindakan," katanya.

Cabaran Genovasi adalah sebahagian daripada inisiatif Genovasi keseluruhan yang Najib dilancarkan pada bulan Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario berkata Cabaran Genovasi terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 14 dan ke atas, termasuk mereka yang tinggal di luar negara.

Beliau berkata permohonan untuk cabaran Komuniti Disambung terbuka dari sekarang sehingga 15 DISEMBER.

Idea-idea yang akan diadili oleh panel yang terdiri daripada pakar-pakar yang akan menyenarai pendek kira-kira 15 terbaik. Orang ramai kemudian akan mengundi dalam talian idea terbaik sebelum pemenang diumumkan.

Unit Inovasi Khas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Dr Kamal Jit Singh berkata platform Genovasi Cabaran adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk "memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan bukan hanya mengadu".- mStar


Fesyen "First Lady" di London...

Posted: 16 Nov 2012 01:34 AM PST


Panas Meletop beb...

Kahkahkah...

Gua baru tau beb, inilah cara terbaik yang digerakkan Umno untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara Islam dimata dunia...

Tahniah Umno...


PANAS! Staff FELDA akan bongkar penyelewengan

Posted: 15 Nov 2012 11:36 PM PST

Kami tunggu Parlimen bubar sahaja. Tau le nasib BN! ~ kakitangan Felda

Faizoull Ahmad

Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara!

Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri!
Saya harap Faizoull tangani segera isu pinjaman saham FGVH yang dihadapi Kakitangannya. Mereka ini sebahagian besarnya berkempen kuat agar peneroka sokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 60% dikalangan mereka tidak menjual saham mereka dengan harapan harga mencanak naik. Pengurus Felda ditawar hingga 21000 unit dengan pinjaman RM115,150. Eksekutif 6100 unit dengan pinjaman RM28,025, Non Eksekutif 3000 unit dengan pinjaman RM13883.



Anggaran kos pinjaman dengan kadar 2.5 % bagi tempoh 6 bulan. Kos ini tidak termasuk bayaran remiser, cukai dll. Sekiranya harga saham RM4.75 sudah mula rugi, bayangkan ketika saham FGVH tinggal RM4.60 sahaja!

Merana mereka, rugi dan kena bayar pinjaman yg tinggi!
Alhamdulillah, Staff Felda yang dulunya percaya bulat2 cakap Isa Samad, sudah sedar sekarang. Mereka terpedaya dengan cerita Transformasi Felda. Mereka lihat sendiri, realiti sebenar transformasi ialah Isa Samad dan Sabri Ahmad dapat 180,000 unit saham!
Ahli Lembaga Pengarah Felda, Anak2 Syarikat dan kroni2 dapat saham dan jual dalam masa singkat; beroleh laba ratus ribu!
Kalau dulu kebanyakan yang buat aduan adalah peneroka dan gen 2; kini staf2 felda pula. Seronoknya, janji mereka pada saya, kami tunggu Parlimen bubar sahaja. Tau le nasib BN!

Mazlan Aliman


Kisah Benar Nurul Izzah Sebagai Ahli Panel Forum

Posted: 15 Nov 2012 08:45 PM PST

Kisah Benar Penglibatan Nurul Izzah Sebagai Ahli Panel Forum 'NEGARA ISLAM: VERSI MANA? TANGGUNG JAWAB SIAPA?'

Kesanggupan media UMNO dan para pencacainya memfitnah Nurul Izzah berhubung dengan ucapannya di sebuah forum di Subang Jaya adalah bukti muktamad bahawa UMNO tetap UMNO. Keputusan PRU ke-12 pada 2008 di mana UMNO mengalami prestasi terburuknya tidak mampu mendatangkan perubahan kepada kejelekan keperibadian UMNO sebagai sebuah wadah politik, walaupun sedikit. Fitnah adalah 'second nature' kepada UMNO.

Usaha memfitnah Izzah adalah selari dengan strategi UMNO untuk menakutkan masyarakat Melayu terhadap kedudukan Islam dan ummat Islam sekiranya PR memerintah di peringkat Pusat. Sekiranya mereka berjaya untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa Anwar dan keluarganya adalah penganut fahaman Islam liberal dan PAS serta PR tidak mampu menghalang dan hanya ikut sahaja, maka Melayu akan mengundi UMNO walaupun sudah jelas kejelekan dan kezalimannya. Di atas sebab itu, usaha memfitnah sebegini perlu ditentang dan sesungguhnya ianya tiada lain melainkan fitnah semata-mata.

Dalam kita berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan Izzah pada hari tersebut, kita mesti mengambil kira semua yang telah berlaku pada hari berkenaan. Bukan sekadar menonjolkan satu ayat yang disebut Nurul Izzah, untuk ditafsirkan sesuka-hati seperti yang dilakukan media dan pencacai UMNO! Sebaliknya kita perlu meneliti keseluruhan daripada apa yang telah beliau nyatakan dan berusaha untuk menyampaikan.

UCAPAN SEBAGAI AHLI PANEL
Pada mulanya kita mesti memahami bahawa Izzah telah hadir sebagai ahli panel forum yang bertajuk 'Negara Islam: Versi mana? Tanggung-jawab siapa?' Forum tersebut dianjurkan di sebuah Gereja 'Full Gospel Tabernacle' di Subang Jaya dan dihadiri ramai bukan Islam. Sebagai ahli panel, Izzah telah diberi hanya lebih kurang lima minit untuk mengupas tajuk berkenaan. Izzah telah memilih untuk memetik kata-kata Syeikhul Azhar Dr Ahmed El-Tayyeb sebagai isi kandungan ucapannya dan kata-kata ini adalah berhubung keadilan dan kebebasan beragama yang dituntut Islam.

Hampir keseluruhan ucapan Izzah sebagai ahli panel adalah dari petikan kata-kata Syeikhul Azhar yang bertujuan, mengikut fahaman saya, untuk menghilangkan kekhuatiran masyarakat bukan Islam terhadap apa yang diperjuangkan Islam dalam arena politik. Matlamatnya adalah supaya ungkapan 'Negara Islam' tidak perlu dilihat sebagai ungkapan yang menggerunkan tetapi sebaliknya sesuatu yang menjamin keadilan dan kebebasan. Dalam usahanya kearah ini, persoalan kebebasan beragama, khususnya bagi bukan Islam, yang dijamin Islam ditegaskan.

Berdasarkan latar belakang seperti di atas, adalah jelas bahawa Izzah hadir sebagai 'ahli politik pendakwah' yang ingin menjelaskan kehebatan Islam kepada masyarakat bukan Islam yang selama ini dimomok-momokkan oleh UMNO dengan imej Islam sebagai sesuatu yang zalim dan mengongkong.

Hanya UMNO yang mampu memutar-belitkan usaha yang berniat murni seperti ini sehingga menjadi usaha 'menyokong murtad'!

JAWAPAN APABILA DISOAL
Setelah selesai menyampaikan ucapannya, Izzah ingin meninggalkan majlis tersebut kerana perlu hadir di majlis yang lain. Atas permintaan pengerusi maka Izzah bersetuju untuk menjawab soalan dari pihak hadirin dalam tempoh 2 minit, iaitu seminit satu soalan.

Soalan yang telah dikemukakan adalah berhubung LGBT, suasana di Mesir dan juga kebebasan beragama, khususnya "samada ianya hanya untuk bukan Melayu ataupun untuk orang Melayu juga."

Berhubung isu pertama Izzah menjawab bahawa sebagai seorang Islam beliau tidak boleh menerima amalan LGBT. Pada masa yang sama ianya mesti ditangani dengan cara yang hikmah bukan dengan kekerasan semata-mata.

Berhubung isu kedua beliau menyanjung kemenangan rakyat Mesir dan walaupun mengakui suasana bergolak di Mesir dewasa ini, beliau menganggap ianya suatu proses yang perlu dilalui selepas sahaja berlakunya perubahan tampok kepimpinan. Ia tetap dilihat sebagai sesuatu yang positif untuk jangka masa panjang bagi rakyat Mesir. Izzah menjelaskan kejayaan Ikhwanul Muslimun dan sikap kerjasama Ikhwan dengan golongan Kristian Koptik sebagai bukti keterbukaan Islam.

Jawapan Izzah berhubung soalan ketiga merupakan perkara yang ingin diputar-belit UMNO sehingga sanggup menuduh Izzah sebagai seorang yang menyokong murtad. Oleh kerana jawapan beliau berhubung isu ini ingin diputar-belit UMNO, saya ingin melakukan 'bedah siasat terperinci' terhadap apa yang dinyatakan Izzah pada pagi tersebut.

JAWAPAN BERHUBUNG KEBEBASAN BERAGAMA MASYARAKAT MELAYU
Untuk berlaku adil dan tidak bias, marilah kita rujuk kepada transkrip ucapan beliau. Saya telah meletakkan transkrip ini di blog saya beberapa hari sebelum ini dan saya perbetulkan terjemahannya di beberapa tempat berdasarkan versi Inggeris yang disertakan sekali seperti berikut :-

Question:
"When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."
Answer:
When you ask me, "there is no compulsion in religion", Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.
In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be.
So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society, will not deter you. Thank you.

Soalan:
"Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah anda bermaksud untuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Jawapan:
"Bila anda bertanya kepada saya, "tiada paksaan dalam agama" , Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut dari Al-Quran. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimana sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

Ia mesti diguna pakai secara sama sahaja (untuk Melayu dan bukan Melayu). Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk (orang) Melayu. Inilah apa yang sepatutnya.

Tetapi saya terikat, seperti kamu tahu, kepada pendapat yang diterima umum, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang anda inginkan, semestinya, adalah kualiti. Seseorang begitu yakin dengan pegangan agamanya hinggakan, seperti saya sendiri, yang bersekolah di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati, persatuan Katolik yang aktif, tidak akan menjejas (keyakinan) anda. Terima kasih."

KUPASAN JAWAPAN NURUL IZZAH
Berdasarkan terjemahan yang disediakan seperti di atas, adalah jelas bagi saya bahawa Izzah merujuk kepada prinsip yang terkandung di dalam ayat Al-Quran yang menjadi asas perbincangan Syeikhul Azhar yang dipetik beliau. Walaupun soalannya berhubung 'kebebasan beragama' namun yang difahami Izzah adalah persoalan berhubung prinsip ayat Quran berkenaan. Itulah sebabnya Izzah seolah-olah menzahirkan kehairanan terhadap soalan tersebut dengan respon:

"Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini (maksudnya prinsip dari ayat ini) hanya untuk orang bukan Melayu".

Bagi beliau, pengajaran dari semua ayat Al-Quran, termasuk yang disebut terjemahannya, adalah releven dan perlu diguna-pakai untuk semua, bukan hanya untuk golongan bukan Melayu sahaja. Dari sudut umumnya apa yang disebut Izzah adalah benar kerana Al-Quran, seluruhnya, adalah 'huda-l li-n Nas' atau hidayah untuk semua manusia. Untuk menyatakan ayat ini adalah hanya untuk bukan Islam semestinya bercanggah dengan kefahaman umum ini.

Persoalan ini terus ditekankan oleh Izzah dengan mengatakan "Ia (prinsip ayat berkenaan) mesti sama diguna pakai (untuk Melayu dan bukan Melayu). Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk (orang) Melayu. Inilah apa yang sepatutnya".

Kenyataan ini menegaskan keyakinannya bahawa setiap ayat Al-Quran itu adalah releven untuk semua dan tiada yang dikecualikan orang Melayu. Malahan seperti disebutnya, perkataan 'Melayu' tiada di dalam Al-Quran. Saya tidak tahulah sekiranya ada Melayu yang beranggapan bahawa adanya ayat yang berbunyi "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" dalam Al-Quran.

Seterusnya Izzah menyebut "Tetapi saya terikat, seperti kamu tahu, kepada pendapat yang diterima umum". Di sini Izzah mengakui bahawa berhubung tafsiran terhadap maksud dan applikasi ayat ini, dia bukan seorang mufassir atau pakar tafsir Quran. Maka dia terikat dengan tafsiran yang diterima umum oleh ulama' Islam berhubung ayat tersebut.

Dalam soal tafsiran yang diterima umum, adalah jelas bahawa ayat berkenaan menegaskan bahawa seseorang bukan Islam tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam. Sebabnya dijelaskan apabila dibaca seterusnya ayat tersebut iaitu "telah jelas kebenaran dari kesesatan..". ini bererti Islam tidak mahu seseorang bukan Islam dipaksa memeluk Islam kerana kebenaran Islam jelas terserlah dan manusia bukan Islam dikehendaki memeluk agama Islam atas sebab yakin akan kebenarannya. Bukan atas sebab dipaksa. Berdasarkan ayat ini dan tafsirannya maka adalah haram untuk seseorang Muslim memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Namun demikian, adalah juga jelas bahawa prinsip keyakinan terhadap agama Islam tidak terhad hanya kepada orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Prinsip umum ayat tersebut juga diguna-pakai untuk orang Islam yang juga semestinya yakin dengan kebenaran Islam. Prinsip inilah yang dimaksudkan Izzah sebagai yang mesti sama diguna-pakai untuk Melayu ataupun bukan Melayu.

Penerimaan prinsip ini tidak bererti bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan dan halangan untuk murtad ingin dimansuhkan. Ia hanya penegasan bahawa agama Islam menuntut keyakinan bahawa ia adalah agama Allah, samada dari orang yang baru ingin memeluk Islam atau yang sedia Islam! Amatlah malang apabila orang yang menyeru supaya ummat Islam perlu yakin akan kebenaran islam dianggap menyokong murtad! Sebenarnya persoalan murtad langsung tidak disentuh Izzah dan hanya merupakan tafsiran jahat yang dilakukan pencacai UMNO.

Saya hairan kalau masih ada yang ingin memperjuangkan 'hak' orang Melayu supaya tidak perlu yakin terhadap agama Islam. Bahawa agama adalah sesuatu yang diwarisi, seperti bangsa, dan oleh itu walaupun tidak yakin akan tetap Islam. Mungkin akan ada yang mengatakan tidak percaya pun tidak mengapa, asalkan Melayu tetap Islam!

Persoalan keyakinan ini ditegaskan oleh Nurul Izzah dalam ucapan seterusnya iaitu, "tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang anda inginkan, semestinya, adalah kualiti. Seseorang begitu yakin dengan pegangan agamanya hinggakan, seperti saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati, persatuan Katolik yang aktif, tidak akan menjejas (keyakinan) anda."

KESIMPULAN
Saya berkeyakinan bahawa sesiapa yang mempunyai hati yang bersih dari agenda jahat akan melihat ucapan Izzah sebagai sesuatu yang tiada apa-apa kesalahan. Beliau menjawab dalam masa terhad, ayat-ayatnya banyak tergantung dan oleh itu jawapan kepada soalan ketiga dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan. Namun Izzah telah menjelaskan maksud dan semangat disebalik ucapannya sebaik sahaja mendengar desas-desus putar-belit yang dilakukan pihak pemfitnah. Penjelasan beliau perlu diterima dengan baik sepertimana juga usaha beliau untuk menghilangkan ketakutan bukan Islam terhadap agama Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Mana macai Umno? Mai sini tolong fatwa sat...

Posted: 15 Nov 2012 05:33 PM PST


Mana dia tok mufti Harussani, mai tolong bagi fatwa sat...
Mana dia Pekida, Perkasa, mai tolong buat ramai sat...
Mana dia Hassan Jati, mai sini tolong check akidah sat...

Ca hangpa baca kenyataan Najib neh...
1 dunia sedang memerhatikan kita, Malaysia negara Islam - Najib Razak

JUDI OH JUDI..!!!!!!
Hasil Judi Malaysia Mencecah RM 9,317,068,054.74 (dalam 4 Tahun Sahaja)
Malaysia Bikin Pusat Judi Terbesar Di Asia Tenggara..??
Malaysia adalah Negara Islam Contoh..??
Tahniah Najib & Rosmah..!!


TERHOT: Bekas pegawai tinggi Polis jumpa Nik Aziz nak buat apa...

Posted: 15 Nov 2012 03:17 PM PST

Untuk apa bekas pegawai tinggi polis jumpa Nik Aziz ? :)

Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan.

Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur.

Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz.

Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga ini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan? Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas tetapi bagaimana pun mahu Islam sebagai teras perbincangan.

Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? - MSO


Addin

Posted: 16 Nov 2012 11:29 AM PST

Addin


Pencacai Umno Tuduh Penyokong PAS Buat Kerja Bodoh Ni.. Saksikanlah!!

Posted: 16 Nov 2012 08:32 AM PST

Percayakah anda jika dikatakan vandalisma yang dilakukan terhadap sebuah perhentian bas di Jalan Rahang, Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah.. Seremban ini adalah kerja penyokong PAS?


Malangnya jika anda mempercayainya.. ini kerana umum mengetahui bahawa selama ini vandalisma yang berbaur politik ini biasanya dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO.Contohnya baling cat ke arah bas, mengoyak poster, membakar bendera, menganggu ceramah-ceramah yang diadakan oleh pihak lawan, melastik pendengar ceramah malah cuba menumbuk penceramah ini semua dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO dengan upah RM30.Mereka melakukan semua vandalisma ini kerana merasakan diri mereka dilindungi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa sendiri atau dalam lain ayat mereka dikecualikan dari undang-undang.

Menariknya dalam hal vandalisma yang dilakukan terhadap pondok menunggu bas ini, pencacai UMNO mendakwa ianya adalah kerja-kerja penyokong PAS.Ini sebahagian dari kata-katanya..Kalau guru kencing berdiri apatah lagi murid-muridnya. Kelakuan juak-juak PAS melakukan vandalisme di sekitar Jalan Rahang, Seremban amat tidak boleh diterima akal.

Nampak gayanya perangai syaitan yang diperolehi dari rakan-rakan di dalam PGayR mula dipraktikkan. Budaya samseng dan merosakkan harta awam sudah menjadi darah daging golongan Anwarisme dan juak-juak PGayR. Perlukah juak-juak PAS menjadikannya sebagai ikutan? 

Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah..

Lihat gambar-gambar lain di SINI.


~asd



Iklan






Rupanya Sebab Ni Ketua Pemuda Umno Letak Jawatan..

Posted: 16 Nov 2012 03:50 AM PST


Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya. Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini. Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook ~ Sinar Harian





Iklan



Kenapa Bekas Pegawai Polis, Naib Canselor UiTM Bertemu Tuan Guru Nik Aziz?

Posted: 15 Nov 2012 07:24 PM PST

Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu.Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan.Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur.

Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz.Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga ini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan?

Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas tetapi bagaimana pun mahu Islam sebagai teras perbincangan.Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? ~ mso



Iklan



PERAKITE

Posted: 16 Nov 2012 11:20 AM PST

PERAKITE


Senator Australia saman Utusan Malaysia dan NST kerana fitnah

Posted: 15 Nov 2012 10:51 PM PST


Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".
Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Guna duit zakat untuk melancong..Perlis

Posted: 15 Nov 2012 10:31 PM PST

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
Cerita ni kira kes berat membabitkan pemimpin negeri Indera Kayangan yang dilapor kononnya sukahati je guna duit zakat Baitulmal Perlis.
Minta depa nafikan jika tak betul..
Dulu kisah seumpama ini juga dikatakan berlaku di Pulau Pinang.
 Namun yang ini dikatakan berlaku sehingga Mufti Perlis Dr Juanda Jaya meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis mendakwa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan berkenaan berkuatkuasa Jumaat lepas kerana salah guna pengurusan atau pentadbiran agensi berkenaan.
Dr Juanda dipercayai berbuat demikian ekoran sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.
Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata selain itu, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.
Juanda dilaporkan Sinar Harian enggan mengulas perkara itu.


Telok Bakong Online

Posted: 16 Nov 2012 11:02 AM PST

Telok Bakong Online


Faktor Faktor Panas #%#!! Penyebab Kemenangan Pakatan Rakyat Di Bota Part 3

Posted: 15 Nov 2012 11:00 PM PST

   Blogger musti Key Poh Chi...kene molot besor...lobang idong pun kene besor jugek..

Blogger Ibarat Peniup Whisel Yang Menyampaikan Maklumat
Kepada Rakyat.Mesti Tabah dan sedikit kepohh chi..hi..hi


i. Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet

              Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet juga memberikan suatu momentum kepada perkembangan pemikiran rakyat.Dengan adanya kewujudan blog dan facebook telah menyebabkan segala maklumat yang dulunya tidak tercapai oleh rakyat dapat dinikmati pada bila bila masa.


                 Perak Tengah telah melahirkan beberapa Blog.Antara blog yang terawal dan terkenal  ialah Blog SanggahTok Sagoryang telah dikendalikan oleh Dato Termizi Mohd Jam yang berasal dari Lambor Kanan .Beliau sekarang adalah Editor kepada Akhbar Harakah.Kemunculan blog ini telah berjaya memberi maklumat yang sebenar tentang perkembangan semasa politik.Blog Telok Bakong Online menyusul kemudian dan diikuti dengan Blog Pas Pasir Salak dan Botaonline.Kemunculan blog blog ini berjaya memfokuskan lagi senario politik setempat serta mempunyai pengunjung pengunjung tempatan.Tujuan penubuhan TBO ialah untuk menyalur maklumat sebaik mungkin kepada masyarakat.Oleh itu banyak berita berita adalah berkisar kepada isu isu tempatan bertujuan untuk menarik lebih banyak pengunjung daripada DUN Bota itu sendiri.Ia juga diharap memberi kelainan dan kepelbagaian berbanding blog blog yang sedia ada.Sebenarnya peranan blog adalah tersangat penting kerana ianya dapat mengantikan peranan akhbar yang rata ratanya menjadi pengampu dan pencacai Umno.


                    Namun begitu Umno tidak berdiam diri.Mereka juga menyertai perang melalui alam maya ini.Ketua ketua kampong dan JKK telah dibekalkan dengan lap top 1 Malaysia yang bertujuan untuk memperkuatkan propaganda Umno.Setiap dewan Umno (Dewan Orang Ramai) sekarang telah dilengkapi dengan kemudahan wi-fi yang bertujuan antara lain untuk membenarkan lebih ramai penyokong Umno untuk asses ke internet.Turut ditubuhkan ialah pasukan gempur alam maya yang lebih dikenali sebagai "cybertrooper" yang diupah untuk mengempur blog blog dan juga Facebook pro Pakatan Rakyat .Biasanya mereka ini cuba menyanggah dan menimbulkan kekeliruan tanpa mengunakan identiti yang sebenar.Namun secara kasarnya pihak penyokong Pakatan Rakyat lebih menguasai alam siber berbanding cybertrooper Umno.Ini boleh dibuktikan melalui undian undian yang dijalankan di media media cyber yang mana setiap undian banyak memihak kepada Pakatan Rakyat.Rating "Dislike" didalam akaun Hang Out Dato Najib Tun Razak juga membuktikan perkara tersebut.Blog blog pro Umno ini kebanyakannya tidak aktif seperti Blog PemudaUmno Parit,Blog Umno Parit.(Cuba klik link untuk menentukan kebenarannya).Udah tak ber update-update ate..umno ni koje semue main duit..tak de duit tak jalan beb. 

              Dun Bota turut terkena tempiasnya.Seperti sedia maklum, negeri Perak mempunyai paling ramai blogger dan sebahagian besarnya bernaung dibawah Media Perak.Penyatuan blogger bloger ini penting untuk rangkaian berita yang lebih effektif.Terdapat juga para blogger yang berpusat di luar negeri Perak tetapi berasal dari negeri ini seperti Yong Suka Kuning,Mom Of Three Mohd, dan sebagainya yang memberi input input yang berwarna warni.Ramainya blogger yang berpusat di negeri Perak telah mengakibatkan rakyat lebih terdedah terhadap segala kepincangan yang dilakukan oleh Umno itu.

Msinc- Aku menulis bukan kerana nama…tapi kerna kasih pada sesama insan yang diperkotak katikkan oleh partai gerombolan…

Anak Sungai Derhaka

Posted: 16 Nov 2012 09:37 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Tak cukup dengan TV3, UMNO edar risalah di Masjid pula untuk burukkan Nurul Izzah..

Posted: 16 Nov 2012 08:46 AM PST


Meskipun mereka menguasai media elektronik dan kebanyakkan media cetak ianya seolah-olah masih tidak cukup bagi UMNO dan Pencacainya untuk menyerang dan memburuk-burukkan Nurul Izzah.

Dengan menggunakan risalah yang bertajuk 'Penerangan Isu Hangat: Dakwaan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai sokong Melayu dibenarkan murtad".. sekali lagi UMNO cuba memperbodohkan Melayu yang berugama Islam.

Kali ini dengan berselindung disebalik nama sebuah NGO atau pertubuhan iaitu Jemaah Professional islami yang entah dari mana datangnya risalah diedarkan di Masjid pula.

Risalah lapan muka surat ini telah ditemui di tangga sebuah Masjid di Pantai Dalam dan dipercayai ianya juga telah diedarkan ke beberapa buah Masjid di sekitar Pantai Dalam.

Namun begitu ianya dilihat gagal untuk menarik minat ummat Islam yang menunaikan Solat Jumaat, kerana dilihat masih bertimbun seolah-olah tidak disentuh oleh jemaah.

Yang mengambilnya pula dilihat membelek-belek kemudiannya menyerahkan pula kepada parit di sekitar Masjid..

Sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas...


Terima kasih buat sahabat yang sudi mengirimkan info pasal ni...

Pencacai UMNO kata ini kerja penyokong PAS.. boleh percaya ke?

Posted: 16 Nov 2012 04:01 AM PST


Percayakah anda jika dikatakan vandalisma yang dilakukan terhadap sebuah perhentian bas di Jalan Rahang, Seremban ini adalah kerja penyokong PAS?

Malanglah jika anda mempercayainya.. ini kerana umum mengetahui bahawa selama ini vandalisma yang berbaur politik ini biasanya dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO.

Contohnya baling cat ke arah bas, mengoyak poster, membakar bendera, menganggu ceramah-ceramah yang diadakan oleh pihak lawan, melastik pendengar ceramah malah cuba menumbuk penceramah ini semua dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO dengan upah RM30.

Mereka melakukan semua vandalisma ini kerana merasakan diri mereka dilindungi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa sendiri atau dalam lain ayat mereka dikecualikan dari undang-undang.

Menariknya dalam hal vandalisma yang dilakukan terhadap pondok menunggu bas ini, pencacai UMNO mendakwa ianya adalah kerja-kerja penyokong PAS.

Ini sebahagian dari kata-katanya..
Kalau guru kencing berdiri apatah lagi murid-muridnya. Kelakuan juak-juak PAS melakukan vandalisme di sekitar Jalan Rahang, Seremban amat tidak boleh diterima akal. Nampak gayanya perangai syaitan yang diperolehi dari rakan-rakan di dalam PGayR mula dipraktikkan. Budaya samseng dan merosakkan harta awam sudah menjadi darah daging golongan Anwarisme dan juak-juak PGayR. Perlukah juak-juak PAS menjadikannya sebagai ikutan? 
Ni lagi sikit gambar dari blog pencacai UMNO tu..




Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah..

Najib tentu bangga.. Fitnah Media UMNO melangkah kepersada antarabangsa ..

Posted: 16 Nov 2012 12:02 AM PST


Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas penyiaran berita palsu mengenainya yang disifatkan sebagai "keji lagi menjijikkan".

Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.

Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.


Utusan dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di sebalik agama.


New Straits Times pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).

Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.

"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.

"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.


"Saya langsung tidak tergamak mengulangi berita (palsu) itu di sini kerana ia sangat mendukacitakan," katanya kepada pemberita di luar balai polis Travers pagi tadi.

New Straits Times memohon maaf kepada Xenophon pada 4 Mei dan menurunkan berita itu dari laman dalam talian mereka.

Bagaimanapun, Utusan yang terlebih dahulu menerbitkan berita itu daripada New Straits Times hanya berbuat demikian pada 12 Mei - 12 hari selepas berita itu tersiar.

"Saya terima hakikat bahawa permohonan maaf dibuat tetapi perkara ini melangkaui permohonan maaf berkenaan.

"Kadang-kala permohonan maaf tidak cukup dan ia tidak menafikan hak saya untuk meneruskan perkara ini.

"Perkara yang disebutkan tentang saya sangat keji dan menjijikkan dan jika ia melanggar Kanun Acara Jenayah Malaysia, maka tindakan perlu diambil.

"Saya mahu nama saya dibersihkan sepenuhnya," kata Xenophon tegas.

Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Xenophone berkata pihaknya akan membuat susulan laporan dalam masa 14 hari daripada hari ini.

"Berdasarkan undang-undang polis dikehendaki memberi maklum balas bertulis tentang sebarang laporan dalam masa 14 hari.

"Jika tiada tindakan, kita akan menulis kepada Peguam Negara," katanya. Beliau juga menggesa agar laporan itu tidak dipolitikkan mana-mana pihak demi menjaga hubungan baik kerajaan Australia dan Malaysia.

~ Malaysiakini

Ketua Pemuda UMNO Perlis letak jawatan dalam UMNO..

Posted: 15 Nov 2012 08:12 PM PST


Alasannya dia kata dia dah penat.. tapi nampak macam langkah menyelamatkan diri dari karam bersama UMNO saja ni..

Yalah.. lebih baik dia terjun dulu menyelamatkan diri dari menunggu untuk karam bersama UMNO.. jadi ahli biasa lebih baik dari jadi pemimpin..

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook ~ Sinar Harian
Pencacai UMNO bagaimana? kalau yang ada jawatanpun sanggup melepaskan.. korang yang tak ada apa tu tunggu apa lagi??

Kamera-kamera AES kesayangan UMNO kena selimut...

Posted: 15 Nov 2012 05:13 PM PST


Gambar di atas ialah gambar sebuah kamera AES di Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh, Perak yang telah di selimut.

Manakala di bawah pula ialah sebuah lagi Kamera AES yang digunakan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk merompak rakyat yang berkenderaan, juga telah di selimut.

Kamera terletak di jalan Teluk Intan - Bidor, juga di Perak.


Ianya membuktikan perancangan UMNO/BN untuk menghirup darah rakyat dengan menganiaya rakyat yang memandu kenderaan sememangnya tidak boleh diterima.

Meskipun ada Pemimpin-pemimpin UMNO/BN juga menolak perlaksanaan pemasangan kamera ini, perlu kita ketahui bahawa ianya adalah sekadar retorik semata-mata.

Ini perlu diperlihatkan kepada rakyat kononnya mereka juga bersama rakyat dalam hal ini kerana PRU13 yang bakal tiba.

Jika mereka benar-benar menolak perlaksanaan kamera AES ini, mereka sepatutnya menolaknya ketika di awal perancangan lagi dan adalah mustahil jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengetahuinya.

Berbalik kepada tindakan menyelimut Kamera AES ini, ini lebih baik dari tindakan menyembur cat sebenarnya... rehatkan ia sehingga perlaksanaan dikaji sepenuhnya...

Al Ikram

Posted: 16 Nov 2012 09:04 AM PST

Al Ikram


KETUA PEMUDA UMNO-APCO ADA BERAPA RM ?

Posted: 15 Nov 2012 03:26 PM PST

Pahang Daily Online

Posted: 16 Nov 2012 07:40 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Tiga Kali Degil Teroka Tanah Haram, MB Di Gesa Ambil Tindakan Tegas Terhadap Insiden Ini !

Posted: 09 Oct 2012 05:37 AM PDT

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa mengambil tindakan tegas terhadap isu penerokaan tanah dan hutan secara haram yang kini dilakukan secara berleluasa di negeri Pahang. Ramai pihak terkejut dengan pendedahan terbaru berkenaan isu penerokaan tanah haram secara berleluasa yang berlaku di Cameron Highlands hari ini. Apa tidaknya, isu yang pernah hangat diperkatakan dulu apabila wartawan panas TV3, Karam Singh Walia mendedahkannya kini berlaku semula di kawasan yang sama (Cameron Highlands). Sangkaan kita, dengan pendedahan oleh media arus perdana itu maka tidak ada lagi mana-mana pihak yang berani untuk melakukan perbuatan tersebut. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali. Rupanya masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kealpaan Kerajaan Negeri Pahang dan pihak berkuasa tempatan memantau perkara ini. Terbaru, penerokaan tanah secara besar-besaran berlaku lagi dan kini melibatkan kawasan hutan rizab seluas 12 hektar di kawasan Mensun Valley berhampiran Brinchang (Cameron Highlands) sejak empat bulan yang lalu. Apa yang menjadi kemusykilan kepada rakyat ialah, mana mungkin pihak berkuasa tidak tahu perkara ini?. Mana pergi Pegawai Daerah Cameron Highlands?. Apakah beliau langsung tidak mengadakan mesyuarat mingguan untuk mendapatkan maklumat tentang isu seperti ini sejak empat bulan yang lalu?. Mana pergi penguatkuasa Jabatan Hutan?. Apakah mereka semua tidur dan tidak laksanakan tanggungjawab masing-masing. Atau, mungkin juga mereka semua sudah diberikan "habuan" agar menutup mata dan mulut atas operasi haram berkenaan. Mujurlah ada rakyat yang prihatin yang membuat aduan terhadap kes ini. Jika tidak sudah pastilah pihak terbabit bermaharajalela tanpa sekatan. Difahamkan, selepas aduan dibuat oleh penduduk barulah Pejabat Daerah menjalankan serbuan dan merampas jentera berat yang digunakan termasuk jengkaut. Dipercayai juga penebangan pokok berkenaan telah menjejaskan bekalan air ke rumah penduduk setempat.
Tambah meragukan, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ahmad Daud berkata tapak terbabit telah diserbu tiga minggu lalu dan jentera berat telah dirampas. Beliau menambah: "Mereka menjalankan kerja pada waktu malam, dan kita kekurangan tenaga kerja. Mereka membersihkan tanah yang jelas jauh di dalam hutan dan apabila pegawai-pegawai kita tiba di lokasi, mereka telah tiada. " Ahmad berkata beberapa kawasan hutan berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan, sambil menambah bahawa "kita akan bertindak jika aktiviti haram dikesan pada tanah kerajaan negeri". Jika benar dirampas, kenapa ada lagi jentera yang digunakan untuk kerja-kerja berkenaan. Apakah ada "udang disebalik mee" bagi mengaburi mata rakyat dalam hal ini.  Persoalannya sekarang, mana pergi pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam memantau perkara ini. Malah agak menghairankan bila mana pemimpin setempat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Dato' Ho Yip Hap dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Devamany selama ini?. Kenyataan mudah yang dibuat oleh mereka seperti semua pihak harus bertemu dan tampil dengan strategi untuk menangani situasi ini dan pembersihan tanah berlaku secara berleluasa, tetapi tidak tahu ia menyalahi undang-undang jelas menggambarkan betapa tidak prihatinnya pemimpin terbabit sebenarnya. Mereka sepatutnya peka dengan situasi ini tanpa perlu memberi ruang kepada pihak berkenaan bertindak. Bayangkan keluasan 12 hektar itu bukankah ia boleh menjejaskan alam sekitar dan keselamatan penduduk setempat. Tidakkah mereka terfikir selama isu berkenaan memang sudah jadi fenomena biasa di Cameron Highlands.
 Mereka yang meneroka secara haram juga mungkin ada "connection" dengan pihak-pihak tertentu yang punyai kuasa agaknya. Ini kerana, selain tanah hasil yang berjaya diambil ialah pokok-pokok balak yang terdapat di lokasi terbabit. Maknanya sudah pasti ada pihak yang berkerjasama dengan pihak berkenaan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa untuk merahsiakan semua ini. Apa yang pasti mereka tentunya tahu kesalahan tetapi dek kerana mahu mengaut untung maka ia dilakukan tanpa rasa bersalah. Anehnya, pihak berkuasa mungkin tidak dapat mencari siapa dalang kepada aktiviti ini kerana usaha untuk menutup mulut pasti akan dilakukan. Inilah senario yang berlaku di negeri Pahang sejak sekian lama termasuk di kawasan hutan Chini dekat Pekan yang akan didedahkan nanti.

 [Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dalam reaksinya pula berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Cameron Highlands untuk memeriksa dakwaan tersebut. Sepatutnya MB perlu mengarahkan mereka yang dipercayai terlibat serta bersubahat didakwa bukannya menyiasat dakwaan tersebut. Jika ini keadaannya, maka rakyat sudah tidak boleh menaruk kepercayaan dan yakin lagi dengan kerajaan yang ada sekarang. Ternyata, operasi dan tindakan yang dibuat sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sebaliknya kejadian penerokaan tanah dan hutan secara haram terus berlaku di seluruh negeri Pahang. Hasil mahsul kerajaan hilang begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan dan sudah pasti ia didalangi oleh pemimpin setempat yang mempunyai kuasa sebenarnya. Rakyat perlu bijak menilai dan melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang jika tidak mahu mereka terus ditipu dengan "sandiwara" yang dilakukan oleh pihak terbabit dengan tokey-tokey besar yang sewenangnya melakukan kerja terkutuk ini. Kini, hanya rakyat yang berhak menilai dan mengambil keputusan untuk menolak sebuah kerajaan yang tidak telus, korupsi dan penuh dengan penyelewengan seperti yang ada hari ini. Ayuh, lakukanlah perubahan demi generasi yang akan datang].

Roslan SMS Corner

Posted: 16 Nov 2012 07:36 AM PST

Roslan SMS Corner


Bumi Gaza berdarah, kita buat apa?! (16/11/12)

Posted: 16 Nov 2012 04:11 AM PST


Siang tadi saya mengikuti satu posting oleh anak saudara saya yang bekerja di Putrajaya. Katanya malang teks khutbah Jumaat di masjid yang beliau hadiri tidak langsung berdoa untuk saudara kita di Palestin. Beliau menerima beberapa komen dari rakan-rakannya yang lain yang turut menyatakan begitu juga di masjid yang mereka hadiri. Dan malangnya masjid yang saya hadiri di Subang Jaya juga langsung jangankan menyentuh kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Palestin, berdoa untuk mereka pun tidak.
Begitulah keadaan kita di sini sedang terbaru menurut BBC jumlah yang syahid di Gaza sudah mencecah 21 dan serangan udara oleh jet-jet pengebom Negara Haram Israel terus berjalan sudah masuk tiga hari.

Hari ini hari Jummat, penghulu segala hari, hari yang besar dalam Islam sedang saudara seagama yang berjuang mempertahankan bumi mereka dan berusaha mahu membebaskan Masjid al Aqsa dihujani peluru dari musuh-musuh Allah, dan kita nak berdoa pun tidak peduli…….subhanallah.

Ramai sangat yang bercakap dan mendakwa berjuang untuk Islam tetapi apabila peristiwa seperti ini berlaku, banyak pula alas an diberi, banyak sangat kepentingan dunia yang didahulukan……
Anak yang syahid ini di dukung oleh PM Mesir (kiri) dan PM Palestin
(kanan) siang Jumaat tadi
Dalam dunia Islam hari ini, hari Jumaat, kita boleh lihat tiadalah yang sejujur dan seikhlas kerajaan Mesir. Presiden Morsi telah mengarahkan Perdana Menterinya Hisham Qandil untuk menyeberangi sempadan masuk ke dalam bumi bergolak Gaza bagi bertemu pimpinan Hamas untuk menyatakan sokongan padu rakyat Mesir terhadap rakyat Gaza, Palestin.

Di Gaza, dihadapan pimpinan Palestin Hisham Qandil berkata sebagaimana dipetik BBC:
Kami merasakan kesengsaraan rakyat Gaza. Palestin adalah degup jantung dunia Islam, dunia Islam tidak akan aman sekiranya jantungnya menderita.

Itulah pimpinan Islam sebenar. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kerajaan Islam Mesir untuk menjadi teraju dunia dan gerakan Islam, menyelematkan Palestin dan melenyapkan musuh-musuh Mu.
Di Gaza semasa mengunjungi hospital di sana, PM Hisham Qandil bersama PM Palestin Ismail Haniyeh mendukung mayat seorang syuhada kecil, yang syahid akibat serangan binatang Israel. Menurut BBC darah syuhada kecil itu terkena dan terpalit pada baju PM Mesir……dan kita di sini buat apa???

Sementara itu tentera kerajaan haram Israel dilaporkan sedang berkumpul di sempadan Gaza, bersedia untuk melancarkan serangan darat.
Di TV3 sewaktu posting ini dibuat sedang hebat mengumumkan berbillion wang ditabur untuk pembangunan Negara di sana-sini. Parti-parti lain sedang sibuk buat persiapan untuk menang pilihanraya. Bumi Palestin berdarah dan terus berdarah…..malangnya di sini khatib yang kerjanya baca khutbah pun langsung tidak ringan lidahnya untuk berdoa buat Palestin.

 

 

labun KulupSakah...

Posted: 16 Nov 2012 03:53 AM PST

labun KulupSakah...


ingatkah kau lagi?

Posted: 15 Nov 2012 08:06 AM PST

kawan,
ingatkah kau lagi dulu kita mengayuh basikal mencari sungai
bukan kolam renang kelab yang perlu dibayar yuran keahlian
dan kita terjun lombong tinggal sampai merah mata
saat kita mengejar bola di padang yang percuma
ketika futsal belum buka gelanggang berbayar lagi
hujan lebat pun turun, kita selitkan daun di cuping telinga agar tidak demam
petua petui kita pegang kuat
hujan lebat adalah pesta mandi manda

kawan,
ingat lagi kabus tebal waktu pagi?
kita kejar kabus di tengah padang
ia seakan hilang dan kita nampak ia berkumpul di tempat permulaan tadi
kita kejar lagi

kawan,
ingat nikmat memangkah gasing
dan menghiris benang lelayang dengan benang kaca
ya! lelayang itu kita buat sendiri
cari buluh, raut, bina rangka. ikat,
taruk plastik, buat ekor
bukan download....
bukan bukan bukan...

itu dulu
sebelum ketum didapati bersalah

.

Posted: 16 Nov 2012 03:44 AM PST

.


Pas Perlu Memiliki Banyak Ruang Media Baru

Posted: 15 Nov 2012 09:00 PM PST

ULASAN UCAPAN DASAR                                                                                                         

Ucapan dasar dan perasmian muktamar tahunan Pas ke 58 yang dibentangkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bertempat di Putik pagi ini adalah satu ucapan yang dapat memenuhi selera di saat menanti ketibaan pilihan raya umum. Ucapan setebal 28 muka surat dan mengambil masa 1 jam setengah itu menyentuh semua aspek; politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Paling bererti ialah ia mendedahkan komitmen Pas dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Ucapan kali ini juga serius dan ia penuh dengan ilmu. Bagi saya ia mantap dan bersemangat sekali. Sesiapa yang ingin mengenali Pas atau pun yang masih keliru dengan Pas terutamanya yang terhasut dengan cocokan dan politik rasis Umno elok menghanyati ucapan berkenaaan. Ucapan Abdul Hadi kali ini mempunyai banyak pencerahan dan mantik-mantik siasah.

Abdul Hadi Awang (Foto: Sinar online).
Dalam ucapan itu juga Abdul Hadi cuba menafikan tudahan liar ke atas Pas yang dibuat oleh Umno kononnya Pas sudah hilang hala tuju perjuangan asal sejak permaufakat serangan ke atas Umno dan ingin menumbangkan kerajaan BN ersama DAP dan PKR.

Pengalihan tema perjuangan Pas masa kini yang dikira sesuai dengan kehendak siasah semasa, dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan disuluh oleh Umno sebagai penyelewengan Pas dari perjuangan Islam. Perubahan tema atau slogan itu diguna pakai oleh Umno untuk mengelirukan rakyat dan merendah-rendahkan Pas. Secara berseloroh Hadi menempelak Umno dengan tuduhan itu, katanya bahawa selama ini Umno sudah iktiraf yang Pas memperjuangkan Islam sebab itu bila Pas pakai slogan Negara Berkebajikan mereka sibuk.

Beliau menafi tuduhan Umno itu dan menjelaskan Pas tetap istiqamah dengan prinsip dan dasarnya. Tidak bermakna apabila Pas mengambil tema Negara Berkebajikan, Pas telah tinggal Islam dan melupai matlamat asal penubuhannya. Menurutnya bagi mereka yang memahami erti ayat-ayat Quran tidak mudah menuduh Pas menyeleweng kerana berkebajikan itu juga merupakan tuntutan Islam dan ia menjadi iltizam Pas dan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi dalam ucapan penuh bertenaga dan serius itu Abdul Hadi menjelaskan akan komitmen dan pegangan Pas kepada dasar-dasar asalnya. Waluapun Pas sepakat dengan Pakatan Rakyat namun Pas tidak pernah lari dari dasar yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan. Pas akan tetap mempertahankan dasar Islamnya meskipun Pas bermaufkat dengan DAP dan PKR. Permaufakatan itu adalah salah satu tahalul syaisi demi Islam juga.

Beliau lantas menegaskan perjuangan Pas bersama Pakatan Rakyat akan tetap menjaga kesucian Islam, Islam tetap menjadi agama rasmi negara ini selain membenarkan agama-agama lain. Pas akan tetap menjaga bangsa Melayu, bahasa Melayu dan budayanya. Dan Pas juga tetap memelihara dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu. Ternyata tuduhan Umno Pas mengadai maruah bangsa, menyelewengkan agama dan tidak memelihara raja adalah tohmahan dan fitanh mentah semata-mnata. Makanya apa dijelaskan Abdul Hadi hendaklah dijadikan pegangan dan bukti bagi menafikan dakyah Umno.

Keseluruhan isi kandungan ucapan dasar itu perlu dihayati bukan saja oleh para perwakilan tetapi juga rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat serta mereka tidak berparti yang kini sedang membuat penilaian untuk masa depan negara . Mereka yang selama ini masih keliru atau kabur dengan prinsip perjuangan Pas boleh menjadikan ucapan dasar itu sebagai teks pencerahan dan dipegang sebagai bukti atau nash untuk diperhatikan.

Saya rasa semua orang perlu memuji ucapan Abdul Hadi kali ini yang dikira 'kemah kemih'  dan ia sangat sesuai dengan semangat pilihan raya yang ada hari ini. Saranan dan gesaan serta arahan demi arahan kepada ahli dan petugas parti di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya sesuatu yang perlu diambil perhatian. Pelaksanaan kepada setiap arahan diperincikan menentukan kemenangan Pas dan juga kemenangan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya kelak.

Dalam ulasan ringkas ini saya sedikit merasa tersentuh sampai ke hulu hati berhubung seruan Abdul Hadi terhadap penulis dan media massa Pas agar mempertingkatkan usaha untuk menangkiskan serangan musuh. Tampaknya Abdul Hadi cukup sedar dan insaf betapa pentingnya peranan media massa untuk membantu perjuangan Pas, khasnya menawan Putrajaya. Beberapa kali beliau meminta supaya media massa (Pas) mempertingkatkan usaha.

Dalam hal ini apa yang beliau boleh sebut ialah peranan Harakah cetek dan Harakahdialy. Tidak kurang dua kali beliau menyebut dua media ini. Inilah saja media yang dimiliki oleh Pas. Apabila presiden hanya berputar menyebut dua media massa ini saja sebagai rujukkan ahli Pas, tampak betapa miskinnya dan dhaif Pas dalam pemilikian media massa sebagai alat perang dan sejanta menagkis serangan lawan.

Harapan yang diletakkan oleh Abdul Hadi ke atas dua media massa itu baik dalam membantu menyebarkan dakwah Islamiyah Pas atau menangkiskan serangan musuh menerusi media massa mereka terlalu besar. Ertinya Pas sangat mengharapkan kepada media massa bagi membantu perjuangan. Pas sudah faham peranan dan fungsi media massa seperti akhbar dan internet. Namun malangnya, dan ini menyebabkan saya rasa sedih, sedar atau tidak sedar Pas hanya memiliki dua media itu saja, Harakah cetak dan Harakahdialy dan tidak pernah berusaha untuk menambah bilangan alat sebaran awam itu.

Hanya dengan memiliki dua media itu saja yang edaran dan penyebarannya terhad, ia jauh dari mencukupi untuk berdepan dengan pihak musuh yang mempunyai ratusan media massa pelbagai bentuk dan sais. Sudah parti Harakah dan Harakahdiay tidak cukup tangan untuk mengawal dan menangani itu semua tanpa ada sokongan dari media indepandet lain yang diselanggar oleh ahli parti.

Timbul kemusykilan di kepala saya, kenapa Pas tidak berusaha untuk menambahkan media massanya sendiri. Selama ini Pas hanya bergantung kepada dua media itu saja. Apakah fungsi Lanjanan Penerangan di dalam hal ini? Sepatutnya Pas sudah memiliki beberapa media massa lain lagi sebagai mendokong kepada media massa sedia ada. Di zaman ada ruang kebebasan media massa yang dibuka oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu, Pas tidak mengambil kesempatan untuk memohon permit akhbar baru sebagai tambahahan.

Dalam hal ini Pemuda Pas yang mengkritik dan mempersoalkan keberkesanan Harakah seharusnya berfikir lebih jauh dan bijak dengan memohon permit baru atau pun mewujudkan media alternatif lain sebagai menyaingi Harakah. Malangnya pemuda yang dianggap sebagai generasi berkebolehan dan lebih profesional hanya tahu mengkritik terhadap apa yang sudah ada di dalam rumah saja. Ketua pemudanya pula asyik membuat kenyataan akhbar tanpa berfikir mahu menubuhkan akhbar.

Sebenarnya untuk menguruskan sebuah akhbar sebesar Harakah bukan perkara mudah dan segampang yang difikirkan. Saya mencabar pemuda Pas yang mempunyai ramai tenaga muda dan profesional itu terbit akhbar sendiri. Dengan berbuat begitu saja baru kesulitan dan kesukaran dalam mengurus media massa ini dapat diketahui. Harakah walaupun jauh dari kesyumulan dari petak pemikiran pemuda, tetapi ahli Pas harus berterima kasih kepada mereka yang gigih dan tabah mengendalinya hari ini.

Terlupa untuk menerbit akhbar baru ini, bagi saya satu kealpaan besar bagi pandangan saya. Cadangan Abdul Hadi supaya diadakan sekretariat menguruskan kemunculan media baru' blog, twitter, web tv, dan sebagainya sesutau yang bagus dan perlu diambil tindakan segera. Sebelum ini Pas sudah mengadakan beberapa seminar berhubung perkara ini. Dan sekian banyak bloger sudah pun dikenal pasti untuk dijadikan "cyber trooper" kepada parti. Wang juga dibelanjakan, tetapi sayangnya ia nampaknya kuranng berkesan. Di manakah silapnya?

Kekosongan ini boleh dipenuhi oleh kalangan Pemuda Pas yang mempunyai pelbagai kemhiran dan mempunyai rangkaian yang luas itu. Mereka tidak seharusnya rajin memberi kuliah agama di surau di merata tempat tetapi harus ada projek atau pun blue print untuk pengembangan parti tersendiri, salah satunya memperluaskan dan memperbanyakkan saluran maklumat atau pun media massa.

Harus dicari di mana kesalahan dan kelemahan dalam perkara ini. Rasanya dengan masa masih tersisa Pas masih ada peluang untuk memperkemaskan media baru mereka dalam usaha untuk menyahut cabaran presiden itu. Harus disedari dalam dunia hari ini, di mana media dan alam siber dijadikan alat dan medan peperangan ia harus dipertingkatkan. Walaupun media baru ini cukup berkesan tetapi kalau tidak diatur dan digunakan secara sistemetik ia tidak akan berbekas.

Dan sekiranya Pas ketinggalan di dalam hal ini sedikit sebanyak ia boleh membantutkan cita-cita Pas bersama Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya. Sebab seperti kata presiden perang hari ini adalah peperangan menerusi alam siber.  [wm.kl. 12:36 t/hari 16/11/12]

Untuk Apa Bekas Pegawai Tinggi Polis Jumpa Nik Aziz?

Posted: 15 Nov 2012 05:29 AM PST

SUSUPAN MALAM                                                                                                     

Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UITM, Ibrahim Abu Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan.

Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur.

Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz.

Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga kini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan.  Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas bagaimana pun mahu perbincangan itu mestilah Islam sebagai teras perbincangan.

Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? [wm.kl.9:25 pm 15/11/12]

Era Pasca

Posted: 16 Nov 2012 03:40 AM PST

Era Pasca


Gempar!! 5 Ribu Ahli Umno PERKASA Buat Report Di Balai Polis Dang Wangi Isu Kebebasan Agama Melayu!!

Posted: 16 Nov 2012 01:42 AM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama 
seramai 5 ribu ahli perkasa malaysia hari ini jika mengikut catatan tv3 dan utusan malaysia
telah membuat laporan polis mengenai kebebasan beragama yang di ketengahkan oleh
tenaganita di balai polis dang wangi 

kehadiran yang terlalu ramai pengikut aliran mazhab perkasa di balai polis dang wangi 
telah menyebabkan kuala lumpur menjadi sesak dan padat, merekamelaungkan melayu adalah 
islam dan islam adalah melayu, selain dari melayu dan bumiputera, perkasa yang tegar kononnya
melindungi melayu tidak kira melayu islam melayu kristian sabah dan melayu bumiputera yang
tidak beragama, 

berikut adalah salinan surat report dari perkasa kepada balai polis dang wangi. 

"Saya, Irwan Fahmi Ideris no. KP : 770820085849, selaku ketua wira perkasa malaysia, 
semalam, saya terbaca dalam satu portal berita internet, 'The Malaysian Insider' di Grand 
Season Hotel, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, membuat satu laporan terhadap Irene Frenandes
(Tenaganita), 

yang dalam kenyataan beliau menekan supaya orang orang Melayu Islam diberi hak untuk
memilih agama serta mahu menghapuskan hak-hak Bumiputera (153). Saya terbaca kenyataan 
ini di dalam 'Malaysia Insider'. Tujuan saya membuat laporan ini adalah kerana ini adalah secara terang-terangan kenyataan tersurat dan tersirat yang membawa maksud hasutan yang akan
membawa negara kita huru-hara. 

Kenyataan beliau juga mempunyai niat jahat, secara tidak langsung bertujuan membawa 
kepada pemindaan Perlembagaan Persekutuan. Kami juga bimbang keselamatan terhadap Irene
Frenandes kerana mungkin ada ekstrimis agama atau bangsa Melayu tampil dan mungkin, 
akan mengganggu keselamatan beliau. 

Dengan ini saya serta kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa tindakan tegas dan 
keras diambil oleh pihak-pihak berkuasa kerana kenyataan beliau membawa mudarat 
kepada negara dalam masa terdekat dan panjang." 

untuk pengetahuan umum, siapakah yang extrem agama atau bangsa melayu di malaysia? 
tim era pasca rasa, anda pasti akan mengetahuinya. untuk melihat gambar sekitar kehadiran 
5 ribu anggota perkasa hidup melayu sama ada melayu islam kristian atau tiada agama itu. 
anda boleh lihat gambar di bawah ini.




by @tiewnama - 5 ribu anggota Perkasa hadir dalam laporan polis. kahkahkahkah

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

PANAS TERKINI : Pakai Tudung Diharamkan di IPTA dan IPTS (Selangor)

Posted: 15 Nov 2012 09:57 PM PST


Baru-baru ini satu isu hangat diperkatakan berkenaan dengan pemakaian tudung di IPTA dan IPTS telah diperdebatkan. Mengikut maklumat yang diperoleh, dikatakan Kerajaan dan Menteri berkaitan telah menghantar notis dan pekeliling ke sekolah-sekolah selain IPTA dan IPTS berikutan larangan pemakaian tudung oleh wanita di kawasan kampus Universiti dan sekolah.

Perkara ini juga telah menjadi isu panas dan menerima bantahan oleh banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan. Namun begitu, pihak Kerajaan berkeras untuk terus melaksanakan peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.

Menteri berkaitan telah mengeluarkan senarai beberapa jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh kaum wanita antaranya ialah


1) Tudung saji,
2) Tudung periuk,
3) Tudung termos
4) Tudung cat

JANGAN MARAH YERRR!!!! HEHEHEHE
PENCACAI UMNO MISTI keciwa sebab takbuley nak timbak.. kah3
Santai Jumaat.

sumber TROLL dari: Di sininya Bermula blog

Klik Show di atas..
------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Ranking Terbaru 15 November 2012 Blog Politik PR vs Blog Porno BN.

Posted: 15 Nov 2012 03:47 PM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
ranking terbaru di catat oleh tim era pasca untuk blog blog politik yang ada di malaysia, dah tim
era pasca mendapati blog blog Barisan Nasional mendahuli senarai top 20 blog blog politik kerana
lucah dan porno yang di hidangkan kepada pembaca setiap waktu dan masa

juga tidak lupa mereka mengenakan sekatan dalam komen dan juga menfitnah dengan begitu
tegar sekali, di sini tim era pasca bawakan carta ranking terbaru yang anda boleh lawati,
tetapi bagi pendapat tim era pasca, anda layari sajalah blog blog pakatan rakyat kerana informasi
di sana lebih telus, ikhlas, jujur dan tidak menyeleweng dari fakta dan kebenaran.

maaf kepada semua, tim era pasca hanya mampu mengumpul top20 saja blog politik di malaysia.
kerana tugasan kerja yang banyak dan pelbagai urusan yang perlu di lakukan dan kesuntukan
masa. dengan ini tim era pasca ingin memberitahu anda semua, 
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

top 20 blog Pakatan Rakyat vs blog lucah Barisan Nasional. tarikh 15 november 2012

1. ameno world - 231 - Pakatan Rakyat
2. mpp - 367 
3. era pasca  - 392  - Pakatan Rakyat

4. dari sungai derhaka - 447 - Pakatan Rakyat
5. papa gomo - 456 
6. pilihan anda - 490 

7. milo suam - 506  - Pakatan Rakyat
8. aku tak peduli - 551 
9. novandri - 565 

10. greenboc - 595  - Pakatan Rakyat
11. addin - 624  - Pakatan Rakyat
12.semut hitam - 652 

13. empayar pemuda - 653 
14. mymassa - 679 
15. kedah ke kl - 696 

16. medan tempur kedah - 775 
17. omakau - 844   - Pakatan Rakyat
18. panggung opera - 882 

19. parpu kari - 954 
20. jalan pulang - 971 - Pakatan Rakyat

blog yang berwarna hijau adalah blog Pakatan Rakyat, anda boleh klik pada blog blog tersebut
untuk mengetahui berita dan juga info info berguna untuk persiapan menuju putrajaya.

by @tiewnama - blog blog lucah umno memang ramai yang masuk nak tengok filem blue.
semua top blog lucah umno, politik suku, 3 suku blue. kahkahkahkah.

untuk melihat carta selebihnya, anda boleh tunggu encik Cenangau Daun Kari membuat carta
penuh blog blog politik pakatan rakyat yang wajib anda layari hari ini atau esok.. sekian.

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Gempar!! Pengisytiharan Harta Kekayaan Milik Ketua Pemuda Pas Pusat Menggemparkan Negara!!

Posted: 15 Nov 2012 08:50 AM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama 
ketua pemuda Pas pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan 
apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan pada muktamar 
dewan pemuda Pas pusat malam ini. 

berikut adalah ucapan penuh beliau mengenai pengisytiharan harta.
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, di amanah sebagai 
ketua dewan pemuda Pas malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat pemuda jalan raja 
laut, isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang, simpanan tunai rm 9,000
dalam akaun simpanan tetap. 

isteri yang bekerja sebagai guru, pendapatan gaji isteri rm 4,000, elaun saya yang diberi 
oleh dewan pemuda Pas malaysia rm 2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar 
rm 300. jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan rm 2,800, tanggungan, pinjaman
perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki 
ialah rm 530 sebulan. 

kenderaan rm 1,400 sebulan. sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki 
olehnya terpaksa di bayar rm 1,230 sebulan, itulah harta yang saya isytiharkan, yang 
saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang 
Insyaallah selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa dewan pemuda 
Pas malaysia," 

sementara itu timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing masing menjelang pilihan raya umum ke 13.

persoalan abad ini kini mula timbul, berapakah harta terpendam milik khairy jamaluddin dan
timbalannya iaitu mukriz mahathir? bagi tim era pasca, dalam kajian ringkas berdasarkan jawatan
pengarah pengarah yang mereka pegang dan beberapa afidavit yang lain.. memungkinkan
melebihi rm Billion. 1malaysia rakyat di dahulukan, pencapaian hanya untuk kroni dan kaum
keluarga saja.


by @tiewnama - berapa harta kekayaan Nazri Aziz? mahu tahu? tidak boleh! kerana ianya
merbahaya. kahkahkahkah






------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

MiLo SuaM

Posted: 16 Nov 2012 01:44 AM PST

MiLo SuaM


Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan istihar harta peribadi

Posted: 15 Nov 2012 06:18 PM PST

KETUA Dewan Pemuda Parti Islam, PAS mengambil langkah pertama mengumumkan harta peribadi miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat semalam.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut, Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang" ucap beliau memulakan pengistiharan hartanya.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-Allah selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Nasrudin turut menyebut jumlah simpanan wang miliknya di dalam bank berjumlah RM9,000 sahaja. Saksikan video di bawah.


ReJaM© "Beranikah pimpinan Umno mengistiharkan harta mereka? "

Jingga 13 desak Umno/BN hentikan hubungan dagang dengan Zionist Israel

Posted: 15 Nov 2012 08:53 AM PST

SEWAKTU seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 hijrah , seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zoinis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh .

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut , melakukan kezaliman , membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak , orang tua dan wanita .

Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan UMNOBN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam hubungan perdagangan bersama Zionis Israel , termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan UMNOBN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

JINGGA 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan , nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan UMNOBN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestine tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palastine melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif sepertimana yang pernah JINGGA 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di Westport,Pelabuhan Klang .

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan UMNOBN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent from my BlackBerry®

Kelab Greenboc

Posted: 16 Nov 2012 01:30 AM PST

Kelab Greenboc


Abby Abadi Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Posted: 15 Nov 2012 11:01 PM PST


Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

UMNO Itu Melayu Dan Melayu Itu Islam? Tidak Benar Samasekali!

Posted: 15 Nov 2012 10:14 PM PST

Adakah parti UMNO itu khusus untuk Melayu seperti namanya "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu?" dan apakah semua ahli UMNO itu Islam? Sepertimana didakwa oleh ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO?

TIDAK samasekali. Gambar diselah kiri ini ialah Datuk John Ambrose, ketua UMNO bahagian penampang yang beragama Kristian.

Sekaligus membuktikan bahawa UMNO bukan parti Melayu jauh sekali sebuah parti Islam!

Sellain John Ambrose, ramai lagi yang menjadi ahli berdaftar UMNO itu yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai contohnya, Charern Intachat (gambar kanan) Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.

Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO.

Ahli PAS Digesa Undi Calon Bukan Islam Pakatan Rakyat

Posted: 15 Nov 2012 06:45 PM PST

Ahli PAS diminta mengundi calon bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru. Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor membacakan teks tersebut.

Harun juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.

PAS katanya membenarkan ahli-ahlinya mengundi parti lain sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Beliau juga menekan kepentingan media baru kepada PAS terutama untuk tujuan dakwah.

"Youtube, blog, laman web dan media alternatif lain perlu digunakan untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak tambahnya boleh memainkan peranan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

"Tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunakan mata pena penulisan." tambah beliau lagi. -TMI

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab

Posted: 15 Nov 2012 03:53 PM PST


Kaherah – Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

"Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah," katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab. – AFP

Isk..Buang Tabiat Ke Apa Ni?

Posted: 15 Nov 2012 07:44 AM PST


Rasanya dalam banyak-banyak isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dianggap paling banyak menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilannya, kemewahan luar biasanya dan paling jelek, apabila tanpa segan silu menari di khalayak ramai, walaupun menyedari dirinya isteri seorang pemimpin tertinggi negara!

Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama dengan penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu.

Beginilah rupanya gelagat isteri pemimpin negara kununnya mengamalkan wasatiyyah yang dicanang hebat ke seluruh negara tetapi dalam masa yang sama memperlihatkan sisi hodoh yang tidak patut dicontohi rakyat yang kini makin derita dengan kenaikan harga barang menggila! -jalanpulang





AMK Lancar Kempen ‘Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat’

Posted: 15 Nov 2012 04:34 AM PST


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat' dalam usaha menyedarkan rakyat tentang penyelewengan wang yang dilakukan pemimpin Umno.

Kempen yang akan menjelajah ke seluruh negara itu dijadual bermula esok di Sabah dan menyelusuri segenap negeri itu selama lima hari.

"Kita mula di Sabah sebab negeri itu mengalami isu penyelewengan wang terbesar membabitkan RM40 juta oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini petang tadi.

Kempen tersebut dilancarkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Shamsul, seramai 70 jentera AMK termasuk 20 dari Semenanjung akan menggembeling tenaga menjayakan kempen tersebut.

"Selain ceramah, 100,000 naskhah risalah khas telah kita cetak, dan di setiap perhentian akan ada Ketua Cabang buat laporan polis berhubung penyelewengan itu," jelasnya.

"Kita harap kesedaran rakyat Sabah tentang pentingnya mereka lakukan perubahan. Dengan terjadinya kerugian wang rakyat sebegitu banyak, perlu ada kempen bersepadu agar mesej ini sampai ke peringkat akar umbi," sambung Shamsul.

Menurutnya lagi, sebuah trak Chevrolet Colorado disediakan khas sebagai simbolik kepada kempen yang dijadual akan menjelajah Sarawak dan Semenanjung selepas ini.

Terdahulu, Wan Azizah, Anwar, Shamsul dan beberapa anggota AMK bergambar bersama trak tersebut yang bertulis 'Sumpah Rakyat Tuntut Hak' dan 'Ini Kalilah Sabah'.

Wan Azizah dan Shamsul turut menaiki trak sebagai simbolik pelancaran kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat'.

Muktamar Pemuda PAS Bahas 4 Usul Termasuk AES & BERSIH 4.0

Posted: 15 Nov 2012 02:41 AM PST


Kota Bharu: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini.

Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini.

Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah.

Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily.

Usul ketiga pula berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di kemukakan Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri.

Usul tersebut mendesak agar AES ditangguhkan serta merta dan mendesak agar satu mekanisma trafik baru dibuat yang bersifat mendidik dengan kajian dan piawaian negara maju.

Bagi usul keempat pula, Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu muktamar membuat keketapan mendesak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan para pemimpin MCA lain yang terlibat menghinan Islam secara terbuka untuk membuat permohonan maaf.

Usul tersebut juga mendesak muktamar mencabar Dr Chua Soi Lek berdebat berhubung isu ini dan mendesak semua pihak tidak menggunakan agama sebagai alat menghina pihak lain.

Ianya termasuk Umno yang dilihat terus membisu biarpun rakan mereka MCA, terus menerus membuat penghinaan terhadap agama Islam.

Bagaimanapun kesemua usul-usul ini akan dibahas pada sesi muktamar petang nanti.

Dua usul tanpa bahas

Sementara itu, muktamar juga menerima dua usul tanpa bahas yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian.

Usul pertama adalah supaya Pakatan Rakyat mengutamakan seluas-luasnya aspek pendidikan khususnya agama di negeri yang dikuasai.

Justifikasinya menurut usul itu, berdasarkan Bajet 2013, tiada sebarang peruntukan khas diberikan kepada pendidikan agama seperti kepada Sekolah Agama Rakyat.

Usul kedua pula adalah mendesak seluruh organisasi PAS mempertingkat usaha dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka lebih memahami tentang Islam.

Usul tersebut turut mendesak supaya program dialog dengan orang bukan Islam diperbanyakkan dengan memanfaatkan sepenuhnya Dewan Himpunan Peyokong PAS.

Blog-list Malaysia

Posted: 16 Nov 2012 01:03 AM PST

Blog-list Malaysia


Najib Sendiri Tak Yakin Umno Mampu Tawan Selangor

Posted: 15 Nov 2012 10:00 PM PST

Ketika bercakap didepan penganut Hindu di Batu Caves Najib masih tidak yakin boleh tawan negeri Selangor PRU 13 nanti.
Yang mampu diucapkan tidak lain dan tidak bukan suatu janji jika BN memerintah Selangor Pangsapuri setinggi 29 tingkat akan dibatal.
Itulah tindakan yang pernah dilakukan oleh perdana menteri yang "amanah" dan kerajaan di amanahkan oleh rakyat memerintah Negara terhadap negeri yang diperintah pembangkang.

Menarik balik bayaran royalty minyak 5 peratus terhadap negeri Terengganu selepas PAS menang dan memerintah PRU 10 (1999-2004) tindakan yang melampau dan zalim.

Sehingga hari walaupun Najib sendiri yang buat janji akan menbayar semula royalti minyat 5 peratus kepada kerajaan Terengganu di ditadbir BN belum ditepati lagi.


Demikian juga yang dilakukan terhadap kerajaan Kelantan, sedangkan negeri Keelantan berhak mendapat bayaran royalty minyat 5 peratus.

Oleh itu, janji Najib pada orang Hindu di batu Caves tempoh hari bukan janji mustahil jika BN memerintah semula Selangor.

Tindakan jahat terhadap negeri yang diperintah pembangkang sudah menjadi amalan UMNO/BN baik siapapun yang menjadi perdana menteri.

Pada hal tindakan itu jelas dan nyata bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen dan perlembagaan Negara Malaysia.

Saol bercanggah dengan perlembagaan Negara tidak pernah diambil kira oleh para pemimpin yang menerajui Malaysia ini, asalkan tindakan tersebut oleh menyekat rakyat mengundi pembangkang.

Lebih lebih lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama memiliki perasaan" takut" dan "harapan" punca umno/BN memerintah selama 60 tahun.

Kebanyakan bijak pandai dalam Negara mengandaikan PRU 13 ini adalah merupakan tahun akhir buat umno/BN memerintah Negara ini.

Penulis tengok dalam media massa pro kerajaan umno/BN masih boleh menang dan memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang akan di adakan MAC 2013.

Akan tetapi dalam hampir seluruh laman web dinegara ini sokongan terhadap kerajaan UMNO/BN menurun dan jatuh merudum.

Maka jalan ke Putrajaya pembangkang walaupun telah disekat,nampak begitu cerah dan pasti umno/BN berputih mata miskipun sudah banyak wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi harapan kebanyakan rakyat.

Apa apa pun kita kena lihat perkembangan politik selepas perhimpunan agung umno yang bakal diadakan ujung November ini yang ada ura ura akan ditangguh atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Sesungguhnya hari ini, bacaan politik masih tidak menentu miskipun kerajaan mengadakan pelbagai inisiatif dan insentif berbentuk bantuan yang jadi harapan kebanyakan rakyat.

Najib tidak yakin boleh tawan Selangor


Umno Hantar Bekas Pegawai Polis Gertak Tok Guru Nik Aziz?

Posted: 15 Nov 2012 07:30 PM PST

Untuk apa bekas pegawai tinggi polis jumpa Nik Aziz ? :)

Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan.

Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur.


Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz.

Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga ini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan? Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas tetapi bagaimana pun mahu Islam sebagai teras perbincangan.

Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? - MSO

SETAN UMNO DAH SEMAKIN PARAH

Posted: 15 Nov 2012 05:00 PM PST

Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya

Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.


Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M. BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.

Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.

Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakunan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat Johor beberapa tahun dahulu dari takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.

Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh di cap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka dari menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang.

Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. UMNO sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama UMNO berdiam diri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong-penyokongnya sendiri.

Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka UMNO akan diperkuda oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya di serang setiap masa. Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini. BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang 'conclusive' bahawa MCAlah yang paling 'chauvinistic' dan bukannya DAP.

UMNO bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin UMNO khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana UMNO dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana UMNO hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu.

Dalam keadaan sekarang UMNO akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, 'yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran'. Makna nya saki baki sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh di harap untuk membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.

Kalau diintai dan diselidik secara terperinci UMNO sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. UMNO tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan UMNO hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Yang bekerja dalam UMNO hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah UMNO sudah mati diperingkat 'grass-root'. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk UMNO itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya.

Penyokong-penyokong UMNO tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi. UMNO sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami 'brain death'. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah UMNO sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. UMNO benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini.

UMNO sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan 'glamour' dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.

Kepada saki baki penyokong UMNO, janganlah mempertahankan UMNO itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa UMNO itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.

Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini 'celaka' orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya di adakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang 'orphanage'. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali.

Kepada UMNO dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.

Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air dalam tunggak itu boleh lah sikit-sikit.

Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin UMNO yang 'desperate' itu. Jika UMNO mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana UMNO pernah di bunuh oleh pemimpin mereka sendiri.

Bezanya kali ini UMNO akan dibunuh oleh rakyat.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ketua Pemuda Pas Hanya Ada RM9 Ribu.., Ketua Pemuda Umno Ada Berapa? Hehehe..

Posted: 15 Nov 2012 03:18 PM PST

KOTA BHARU: Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.


Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.


Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Posted: 15 Nov 2012 11:27 PM PST

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 H

Posted: 14 Nov 2012 05:00 PM PST


Asalamualaikum dan Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 Hijrah kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat. Mari lah kita berhijrah dan berubah kepada kebaikan. Jangan dipersia2kan baki umur yang semakin tinggal sedikit. Insyaallah!.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 15 Nov 2012 11:07 PM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BILA GELANGGANG DIBUKA, US NASHA LARI LUAR NEGARA

Posted: 15 Nov 2012 10:12 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS sedang berlangsung dan hampir selesai.  Muktamar adalah tempat semua perwakilan PAS membawa usul atau tempat untuk mengkritik parti yang paling efisyen.  Namun, tempat sebegini istimewa tidak menarik minat Us Nasha untuk bercakap, mungkin beliau tahu Muktamar PAS tidak sehebat jemputan media perdana kawalan Umno untuk beliau bercakap.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.  Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.
 
Undangan luar negara itu urusan resmi parti kah atau peribadi?  Jika urusan peribadi, ertinya Us Nasha meletakkan urusan peribadinya lebih tinggi dari urusan parti.  Jika alasan undangan ke luar negara itu lebih awal dibuat, ertinya Muktamar PAS kali ini baru seminggu ditetapkan?  
 
Samada Us Nasha hadir atau tidak di dalam Muktamar PAS kali ini tidak penting buat PAS, tetapi penting buat Us Nasha sendiri.  Bukankah beliau selalu mengkritik parti secara terbuka di dalam media kawalan Umno?  Bukankah beliau selalu menyebut bahawa PAS sudah lari dari perjuangan?  Jika beliau sendiri meremehkan Muktamar PAS, apakah ini bermakna Us Nasha sebenarnya tidak pernah serius untuk membetulkan PAS jika beliau rasa PAS telah tersasar dari perjuangan?
 
Dapatkah anda bayangkan, jika ada jemputan dari Najib untuk Us Nasha mengiringi PM ini ke luar negara, adakah anda rasa Us Nasha menolaknya atau memberi alasan ada tugas lain?  Rasanya Us Nasha akan berlari-lari untuk mengikuti Najib dan meninggalkan urusan yang lain.  Begitu juga, jika TV3 Suku menjemput Us Nasha untuk diwawancara khas, pastinya sepantas kilat mantan Timbalan Presiden PAS ini datang ke Seri Pentas.  Tapi ini Muktamar PAS.  Apa ada pada Muktamar PAS di dalam keadaan beliau tiada jawatan lagi? 
 
Sekarang kita kenal watak ini.  Watak yang hanya berani dan berkokok di luar gelanggang.  Bila gelanggang sebenar dibuka untuk beliau tunjukkan kehebatannya, beliau lari dan pasti akan muncul selepas ini bila gelanggang ditutup.  Adakah beliau tidak sanggup mendengar hujah-hujah perwakilan yang sudah lama menunggu untuk membelasah beliau di Muktamar kali ini?  Jika tidak berani, memang wajar beliau berhujah seorang diri di TV3 suku setaraf dengan Najib atau paling tidak seperti Zul Kulum, Ezam, Ruslan Kassim, Zahrain atau Ibrahim Alkataki. /wfauzdin.blogspot.com
 
 
 
 

VIDEO - BLOGGER/WAKIL KOBAT CERAMAH DI KAWASAN NAJIB DALAM PROGRAM JELAJAH SKANDAL SCORPENE

Posted: 14 Nov 2012 11:38 PM PST



Wakil KOBAT, Wfauzdin NS diberi kesempatan berucap rengkas sewaktu program Ceramah Jelajah Skandar Scorpene anjuran SAMM dan SUARAM di Taman Indera Sempurna, Pekan pada 10 Nov 2012 baru-baru ini.

~penarik beca

Posted: 15 Nov 2012 09:17 PM PST

~penarik beca


Siapa di Harakah Pemuda PAS meluat sangat? Jangan berhenti, itu akan torture depa!

Posted: 15 Nov 2012 09:40 AM PST