49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.
Komponen tertua BN Sabah LDP bergolak dengan parahnya. Para pemimpin parti itu, walaupun bukan sebulat suara mahu menyingkirkan Presiden Parti- Datuk VK Liew, namun usaha kearah itu semakin jelas, apabila Timbalan Presidennya juga turut sama menyokong agar Liew ditandingi semasa pemilihan parti oktober ini.
Pada Selasa, Setiausaha Agung Parti itu, Datuk Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas pada kabinet Sabah dipecat kononnya tidak menjalankan keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan pada 9 Jun 2013 di mana dalam keputusan itu, jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.
Dalam persidangan beberapa bahagian parti itu, Teo dicadangkan untuk bertanding jawatan Presiden, dan ironinya beliau bersetuju menerima pencalonan itu.
Pada September 2010, kepimpinan LDP juga goncang, kerana Naib Presiden parti itu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah- Datuk Peter Pang En keluar daripada parti, ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Datuk Chin Su Phin yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman.
Nampaknya, krisis LDP kali ini, Presiden parti itu terperangkap oleh Timbalan Presidennya sendiri sekali lagi, apabila beliau menyokong Teo untuk merebut jawatan Presiden, dan beliau bersedia mempertahankan jawatan Timbalan.
Teo, dilantik oleh VKLiew pada tahun 2006, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Presiden parti menggantikan Tan Seri Chong Kah Kiat.
VKliew kehilangan sokongan apabila, beliau gagal mempertahan kerusi Parlimen Sandakan pada PRU-13 lalu, sekaligus kehilangan jawatan dalam politik.
Sebagai mantan wakil rakyat dan mantan Timbalan Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa lagi yang boleh ditawarkan kepada penyokong atau ahli parti, daripada segi "handout" projek, adalah salah satu faktor beliau mahu disingkirkan daripada kedudukan Presiden.
Berlainan dengan Datuk Teo Chee Kang, para ahli dan penyokong berharap sebagai Menteri kabinet Sabah, sekurang-kurangnya dapat membantu ahli atau penyokong mendapatkan "handout" projek, sekurang-kurangnya itulah harapan mereka.
Proses penyingkiran VKLiew, selain bertujuan mendapatkan projek, juga usaha segelintir para pemimpin parti itu mendapatkan kuasa politik.
Walaupun LDP sebuah komponen BN Sabah menghadapi krisis kepimpinan, ianya tidak akan mengganggu gugat kestabilan politik Sabah, kerana pada asasnya kekuatan komponen BN tertua itu terletak kepada kaum bumiputera. Kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu dan dimenangi seperti Dun Tanjong Kapor, Dun Merotai, Dun Karamunting, kecuali Parlimen Sandakan adalah kawasan majoriti bumiputera.
Sebenarnya VKLiew gagal membaca pendirian Timbalannya yang menjadi punca keluarnya Naib presiden parti itu Datuk Peter Pang tiga tahun lalu. Kini, Presiden parti itu terperangkap kali ke-dua, dan pada kali ini termasuk mengulingnya daripada kedudukan Presiden.
Semalam, Timbalan Presiden parti itu- bersama-sama dengan 27 AMT, mengadakan mesyuarat tergempar dan meminta mesyuarat Agong Luar Biasa parti yang dijadualkan bulan depan, kononnya untuk membincangkan krisis parti. Memandangkan jumlah yang hadir itu melebih 2/3 AMT parti, maka adalah dijangka pada Mesyuarat itu, akan diusulkan, Undi Tidak Percaya kepada Presdien.
Apakah VKLiew mampu mengatasi krisis dalam partinya? sama-sama kita tunggu.
Beberapa kesilapan teknikal telah dikesan di dalam filem kontroversi Tanda Putera. Namun ianya tidaklah sehingga mencacatkan penceritaan sejarah di dalam filem berkenaan. Ianya berlaku mungkin kurangnya kepekaan Pengarah Lokasi dari segi susun atur 'props' dan lokasi pengambaran.
1. CCTV jelas kelihatan di dinding bangunan, walaupun vespa diletakkan di situ bagi mengambarkan keadaan pada tahun 1969.
2. Kewujudan kereta Proton Iswara yang jelas kelihatan di dalam adengan di atas seharusnya disedari oleh krew-krew filem yang ada di lokasi pengambaran.
3. Dalam adengan di atas, perabot yang dipilih amat sesuai dengan filem tahun 1969. Cumanya pada masa tersebut belum ada rasanya alat pengesan asap (smoke detector) seperti di siling pada gambar di atas.
Pembangkang tak payahlah buat isu mengenai kesilapan teknikal seperti di atas. Setiap filem waima dari Hollywood sekalipun banyak membuat kesilapan remeh sebegini. Namun saya tertarik dengan komen yang dibuat oleh seorang yang berketurunan Cina yang menonton filem berkenaan hari ini.
Ini surat dari Pengarah Bahagian Perlesenan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang secara terang-terangan menyebut "... diarah supaya tidak menayangkan filem Tanda Putera ..." bertarikh semalam. Hari ini selepas menyedari kesilapan Kerajaan Negeri bahawa FINAS berkuasa untuk menarik balik lesen ke atas Golden Screen Cinema (GSC) kerana gagal menayangkan filem Melayu selama 7 hari, mengikut undang-undang, Kerajaan Negeri (baca Lim Guan Eng) telah membuat flip flop.
Kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah. Baca Malaysiakini, di sini. Lihat surat hari ini seperti di bawah. Ianya ditandatangani oleh Yang Di Pertua MPPP sendiri. Arahan siapa? Pastinya Tokong bukan?
Untuk pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, bukan setakat untuk cuba menjadi diktator sahaja yang menjadi persoalan, kegopohan dan kerakusan pihak MPPP mengeluarkan surat juga turut mengundang kesilapan. Bayangkan surat yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Perlesenan menggunakan kepala surat Bahagian Kesihatan Awam!!!
Nampak sangat perkara ini dilakukan dengan tergesa-gesa kerana terlalu marahkan filem Melayu Tanda Putera dari ditayangkan di pawagam. Sejak bilalah pula Bahagian Kesihatan Awam, MPPP mengeluarkan lesen? Lihat carta jabatan-jabatan di bawah MPPP, di sini:
Seorang cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya, ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara atau denda RP 500 juta. Sahabat Blogger RBF, mempunyai butiran yang terperinci. Baca di sini.
Ternyata Indonesia amat tegas di dalam memberi penghormatan kepada bendera di negara mereka. Malaysia pula bagaimana? Saban hari gerakan untuk menukar Jalur Gemilang, bendera Malaysia begitu rancak dijalankan. Tiada tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Mereka lepas bebas menghina tanpa takut dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Apakah Kerajaan yang ada sekarang terlalu takut mengambil tindakan untuk kekal popular?
Bagi tujuan persiapan, latihan dan raptai perarakan serta sambutan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 tahun, beberapa jalan utama sekitar Dataran Merdeka akan ditutup secara berperingkat bermula:
Tarikh: 27 Ogos 2013 sehingga 31 Ogos 2013
Masa: 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari
Jalan-jalan yang terlibat adalah:
· Jalan Travers / Jalan Damansara - Jalan Mahameru / Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) - Jalan Lembah / Jalan Perdana (Masjid Negara) - Bulatan Hishamuddin / Jalan Lembah - Jalan Tembusu / Jalan Lembah - Jalan Cenderasari / Jalan Perdana - Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman - Jalan Kinabalu / Bulatan Hishamuddin - Jalan Raja / Jalan Hishamuddin
· Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Hishamuddin - Jalan Leboh Ampang / Jalan Tun Perak - Bulatan Dato Onn / Jalan Parlimen
· Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut - Jalan Sultan Ismail / Jalan T.A Rahman - Jalan Munshi Abdullah / Jalan Dang Wangi
· Jalan Dang Wangi / Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Mahkamah Persekutuan - Jalan Tunku Abdul Rahman / Jalan Raja
Tarikh/Masa: 30 Ogos 2013 9:00 malam
Sehingga 31 Ogos 2013 12:00 tengah hari
Jalan-jalan yang terlibat adalah:
· Jalan Hishamuddin - Jalan Raja
· Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Raja
· Jalan Mahkamah Persekutuan
Sila patuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh anggota trafik bertugas. Kesesakan dijangka. Berikut adalah Kenyataan Akhbar dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD):
Terima kasih Perdana Menteri Dato Seri Najib kerana akhirnya buat statement pasal Waythamoorthy.
'Sebagai anggota pentadbiran, kena senada dan sealiran dengan anggota pentadbiran'..Itu kata Perdana Menteri Dato Seri Najib. Benar dan tepat. Mana mungkin dalam setandan pisang ada pula terselit buah rambutan atau manggis.
Cuma Jebat rasa kata-kata Perdana Menteri Dato Seri Najib tentang tindakan Waythamoorthy ini seperti ayat tergantung.
Alangkah bagusnya jika ayat Perdana Menteri Dato Seri Najib berbunyi 'Sebagai anggota pentadbiran, kena senada dan sealiran dengan anggota pentadbiran, JIKA TIDAK ELOK LETAK JAWATAN ATAU SAYA AKAN PECAT'
Agaknya, kalau Menteri Zahid Hamidi jadi nombor 1 mungkin itulah ayatnya atau mungkin orang seperti Waythamoorthy tak berani bersuara langsung!!
Apa pun, langkah terbaik daripada Perdana Menteri Dato Seri Najib. Terima kasih!!!
Saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini.
Menurut sumber, rang undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini.
Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21 ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9 ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih untuk tidak mengundi.
Nah! 21 orang ADUN BN menyokong rang undang-undang itu. Maknanya, semua ADUN BN sebulat suara menyokong enakmen "anti-syiah" itu, termasuk ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam! Begitulah kesepakatan di sebelah pihak Kerajaan BN Kedah!
Namun apa yang memusykilkan saya, mengapa sampai 9 orang ADUN PAS menolak enakmen yang bakal menyelamatkan aqidah umat Islam dari bahaya Syiah itu? Apakah mereka mahu Syiah terus berkembang di Kedah seperti di zaman mereka???
Menurut sumber, ketika rang-rang undang-undang itu diperbahas di sidang DUN tempohari, maka bangkitlah Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, bagaikan "mursyidul am buih pepsi cola", menjual ayat-ayat Al-Quran untuk meraih sokongan politik membantah kerajaan memerangi Syiah.
Dia berhujah kononnya jenayah syariah di dalam rang undang-undang itu fahamnya adalah mirip pada keperluan Hudud di dalam perlaksanaannya. Dia menolak rang undang-undang itu kononnya kerana ia tidak mengikut garis panduan hukum hudud…
Sekonyong-konyong itu, bangkitlah ADUN PAS yang paling senior di dalam dewan, Datuk Phahrolrazi. Selamba saja dia berhujah mengatakan rang undang-undang itu adalah berkaitan hukum takzir di mana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa!
Terkedu Ahmad Yahaya "ditampar" bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu di dalam dewan! Tak perlu ADUN BN tampil "ketuk" kepala Ketua Pemuda PAS Kedah, dia "diketuk" dulu oleh seniornya. Nak tunjuk pandai tak kena tempat…
Berbalik pada persoalan pokok, mengapa sayang sangat ADUN-ADUN PAS pada fahaman Syiah? Mereka bertanya di dalam dewan tentang tindakan Kerajaan BN Kedah pada golongan berfahaman songsang itu. Tapi mereka sendiri enggan menyokong kerajaan untuk bertindak?
Sebetulnya, rang undang-undang itu sudah tentu telah dikaji secara mendalam oleh pihak yang berkenaan. Sudah tentu para ulama muktabar dan Mufti telah dirujuk ketika membuat draf enakmen jenayah syariah tersebut.
Mungkin mereka sendiri sedar bahawa rang undang-undang itu benar-benar bakal memberi impak terhadap gerakan Syiah yang semakin berani menonjol diri di Kedah. Mungkin takut hilang sokongan politik, maka Ketua Pemuda PAS terpaksa berlakon "bodoh" membantah enakmen "anti-syiah" itu.
Atau, mungkin ada di kalangan ADUN PAS Kedah sendiri yang berfahaman Syiah? Biasalah. Mereka diwajibkan bertaqiyyah di khalayak umum. Apatah lagi mereka-mereka yang berada di pentas politik, bukan?
Ada juga bunyi-bunyi sumbang dari segelintir pemimpin PAS yang kononnya mahu tunjuk alim dan mengatakan bahawa Syiah itu tidak semuanya sesat serta merupakan sebuah mazhab.
Pelik betul! Setahu saya, seluruh jumhur ulama Sunnah wal Jamaah sepakat mengatakan bahawa Syiah itu bukan sebuah mazhab dan hanyalah satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Maksudnya, Syiah tidak diiktiraf sebagai mazhab!
Jadi, apa perlunya membantah rang undang-undang yang memerangi golongan yang menghina dan mengkafirkan Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar RA dan Sayyidina Uthman RA? Apakah PAS setuju supaya tiada sebarang tindakan diambil pada golongan berfahaman songsang itu?
Khabarnya PAS pejuang Islam sejati. "Pejuang" jenis apa yang menyokong Syiah diamalkan? Atau PAS sendiri bertaqiyyah, barangkali?
Kalau kita labelkan dia sebagai "bodoh", ramai pula pak-pak lebai PAS yang meroyan sakan marahkan kita mengutuk pemimpin mereka. Walhal kita bukan berniat untuk mengutuk dan hanya cuba zahirkan sifat jelas ada pada pemimpin mereka, itu saja. Salahkah?
Memang Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar, begitu terkenal dengan kekurangannya yang tidak memiliki IQ yang tinggi dan suka mempamerkan kedunguannya di media. Kita kasihan padanya dan sebab itulah kita mahu memberitahu tentang sifat bodohnya supaya dapat diubah!
Terbaru, Mahfuz buat hal lagi. Mungkin lidahnya jadi keras dan kelu jika tidak keluarkan kenyataan bodoh dalam tempoh seminggu. Baru-baru ini dia menggesa Kerajaan BN Negeri Kedah untuk membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) yang dikatakan tertunggak selama 4 bulan.
Katanya, kalau ada penyelewengan di dalam IHSB, dia mahu Kerajaan BN Kedah laporkan saja pada pihak polis. Namun begitu, dia mahu gaji kakitangan IHSB dibayar terlebih dahulu.
Sekali fikir, kononnya dialah "juara" dan "hero" kakitangan IHSB. Cuba fikir sekali lagi, saya yakin kita akan nampak Mahfuz benar-benar bodoh dalam kenyataannya itu.
Baiklah. Sebagaimana maklum, tembelang Kerajaan PAS Kedah pecah di dalam sidang DUN yang baru berakhir baru-baru ini. Bekas Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri mengaku isu KUIN dan IHSB itu adalah faktor penyebab kekalahan PAS di negeri itu.
Jadi, sudah tentulah kepincangan berlaku di dalam IPT itu, bukan? Dan hasil siasatan awal Exco Pendidikan yang baru, Datuk Tajul Urus, beliau memberitahu dewan bahawa dipercayai berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu KUIN.
Malah dia mendedahkan tentang gaji salah seorang CEO di dalam IHSB yang mencecah RM35,000 dan membawa masuk anak isterinya yang diberikan gaji yang tidak masuk akal. Itu belum lagi didedahkan kroni-kroni Pakatan Haram yang bermaharajalela dengan gaji besar di IPT itu!
Kini CEO IHSB sudah cabut lari, siapa nak ganti kerugian wang rakyat itu? Sudah tentu pihak Kerajaan BN Negeri Kedah akan menyiasat perkara berkenaan dan sekiranya mendapat bukti yang mencukupi, sudah tentulah kes itu akan dibawa ke mahkamah!
Persoalannya, tahukah Mahfuz tentang taraf sebenar IHSB? Apakah KUIN merupakan IPTA atau IPTS? Dan mengapakah Kerajaan BN Negeri Kedah enggan membayar gaji kakitangan IHSB sehingga mencecah 4 bulan? Mahfuz fikir Kerajaan BN Kedah "buta perut sepertinya?
Menteri Besar sendiri tampil memberi penjelasan di dalam sidang DUN tempohari mengatakan bahawa merujuk pada nasihat dari sudut perundangan, beliau memutuskan untuk tidak membayar gaji kakitangan IHSB itu buat masa sekarang.
Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana taraf IHSB itu merupakan syarikat swasta dan bekas Exco PAS, Amiruddin Hamzah juga mengesahkan KUIN sebagai bertaraf IPTS sebelum ini.
Persoalannya, logik akalkah sebuah kerajaan membayar gaji kakitangan sebuah syarikat swasta yang rugi sepanjang 5 tahun! ISHB pinjam duit KUIN lebih dari RM32 juta pun boleh rugi? Pandai betul PAS pilih CEO IHSB, bukan?
Jadi, sekiranya Kerajaan BN Negeri Kedah membayar gaji kakitangan IHSB sebagaimana yang didesak Mahfuz, maka tindakan tersebut dikhuatiri akan menjadi "precedent" di dalam mahkamah sekiranya kes tersebut di bawa ke pihak pengadilan nanti.
Mahfuz tahu apa itu "precedent"? "Precedent" bukan sejenis "kuih raya" dan bukan juga bermaksud "presiden" seperti yang ada di Amerika! Sila tanya pengamal perundangan tentang maksudnya. Saya malas untuk menerangkan maksudnya pada Mahfuz. Khuatir otaknya terlalu "benak" untuk faham penjelasan saya nanti!
Itulah bezanya di antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Orang berilmu sudah tentu akan berfikir panjang secara "jaamiq dan maaniq" tentang sesuatu perkara. Tapi kalau orang tidak berilmu, lihatlah Mahfuz dengan kebebalannya.
Menghairankan, ADUN-ADUN PAS tidak bangun mempertikai penjelasan Mukhriz di dalam dewan DUN. Tapi Mahfuz pula yang menyebok memperlihatkan kebodohannya mengenai isu ini. Padanlah ramai pemimpin PAS makin menyampah pada Mahfuz. Kebodohannya terpalit pada mereka!
Baru-baru ni Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu menyimpulkan supaya Kerajaan tak perlu lagi layan Dong Zhong. Dong Zhong mana? Alaaa.. Dong Zhong yang nak jadikan Malaysia ni macam Tanah Besar China tu....
Paling best, resolusi kongres tu juga menekankan supaya cuma satu sistem sekolah saja diwujudkan iaitu sekolah vernakular (satu aliran - sekolah kebangsaan). Ye laa.. Indonesia, Thailand dan Singapore pun takde sekolah jenis kebangsaan, apahal pulak Malaysia nak teruskan?
Siapa Dong Zhong ni? Kalau korang nak tahu, Dong Zhong ni asal usulnya dari Singapore. Lepas kena halau dari Singapore, depa merempat di Malaysia. Kita ni baik hati sangat...kutip "sampah" dari Singapore...
Macam-macam Dong Zhong tu mintak. Tu...sekolah jenis kebangsaaan tu diorang la yang mintak dulu. Lepas diluluskan, tengok apa hasilnya? Generasi muda Cina ada respect lagi ke kat orang Melayu dan India? Kalau kat Islam pun diorang biadap, apatah lagi kat bangsa...kan?
Lepas dapat sekolah jenis kebangsaan, depa mintak lagi macam-macam. Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar la... bantuan dan peruntukan khas la... macam-macam bro.. Semua yang depa mintak tu selalunya tebal berbaur RASIS..!!!
Depa ni sebenarnya berselindung di sebalik persatuan. Nama saja "persatuan", tapi kalau tengok apa yang depa mintak, depa desak dan depa mengada-ngada, sikap depa tu tak ubah macam DAP nak republikkan Malaysia...betul-betul macam nak jadikan Tanah Melayu ni jadi Tanah Besar China...
Jadi aku gesa Kerajaan tak payah layan lagi la Dong Zhong ni. Ni bukan pertama kali aku mintak. Dah lama dah aku sebut. Tak payah dengar la nasihat Omar Ong tu lagi sampai pegi jumpa Dong Zhong sebelum PRU ke-13 hari tu...
Ingat Dong Zhong tu sokong BN ke? Diorang nak BN tumbang di Malaysia sebab BN ni la batu penghalang untuk depa jayakan projek "republikkan Malaysia". Diorang sokong pembangkang, terutamanya DAP...!!!
Siapa Menteri Pelajaran sekarang? TS Muhyiddin, kan? Aku nak sebut sekali lagi...sekolah jenis kebangsaan perlu dihapuskan dan semua murid diserap masuk sekolah kebangsaan. No more sekolah Cina atau Tamil. Semua sekolah kebangsaan...!!!
Kenapa? Di Thailand takde orang Cina ke? Kat Indonesia takde orang Cina? Kat Singapore ada sekolah jenis kebangsaan Cina ke? Takde la brooo..!!! Jadi kenapa masyarakat Cina kat Malaysia ni perlu mengada-ngada nakkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan?
Kenapa perlu diikut kehendak orang Cina lagi kalau apa yang depa mintak tu jelas menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam masa jangka panjang? Udah-udah la manjakan diorang. Kalau nak sekolah Cina...suruh diorang hantar sekolah kat China laaa...habis sekolah balik sini..heh!
Aku tak tahu sampai bila Kementerian Pelajaran nak bagi muka kat orang Cina ni. Aku tak tahu sampai bila TS Muhyiddin ni nak berlembut dengan orang Cina yang makin naik kepala.
Kalau dengan Pak Lah dulu TS Muhyiddin berani vokal minta letak jawatan ikut jadual, kenapa takleh bertegas dan tutup semua sekolah jenis kebangsaan? Susah sangat ke nak buat sekolah satu aliran?
Aku tak tahu siapa yang luluskan sekolah jenis kebangsaan ni. Tapi tindakan tu memang tak bijak dan termakan pujuk rayu golongan bermuslihat. Satukan balik laaa.. takkan la itu pun payah? Hantar Syiekh Muzaffar pegi bulan boleh, tukar jadi sekolah satu aliran tak boleh? Pelik tuuuu..
Aku nak tergelak pulak tengok member-member TMK aku dok bergaduh sakan pasal perebutan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mula-mula dia hentam kes "Azwanbro", lepas tu blogger Azwanbro pulak hentam dia...heh!
Aku malas nak campur pasal gaduh-gaduh ni. Calon NKPemuda punya pasal, kawan-kawan bergaduh. Sampai bergaduh dalam blog? Heh! "Wayang" je lebih tuuuuu...heh!
Aku hairan. Selalunya perebutan jawatan Ketua Pemuda lebih panas berbanding Naib Ketuanya. Tapi kali ni terbalik pulak. Mungkin sebab KJ belum lagi dicabar dan NKPemuda pulak dah ada 6 orang calon yang menganggap "Saya paling layak jadi NKPemuda"...
Aku just nak tanya. KJ ni hebat ke sampai takde orang nak lawan? Ada sehebat Dato' Senu? Ada yang sehebat Datuk Harun? Ada yang sehebat Anwar Berahim? Ada yang sehebat DS Najib? Mungkin tak sehebat tu kot...tapi ada kualiti lain?
Okay... Calon Naib Ketua Pemuda UMNO 2013? Azwanbro, Lokman Adam, Jamawi, Iruan, Razlan dan Nazir. Korang pilih sapa?
Azwanbro tokoh pemuda korporat dan banyak duit. Sesuai jadi bendahari tak? Lokman Adam orang pidato Pemuda. Sesuai jadi Ketua Penerangan tak? Errr... Jamawi? Iruan dan Nazir..? Err... korang pernah dengar nama diorang tak? Razlan tu aku pernah dengar la sebab dia Assistant Tun Faisal dalam UMB...kaya dengan blogger nihhhh...heh!
Kalau ikut hati, nak je aku mintak Parpukari lawan Naib Ketua Pemuda. Tapi takut gak dia bertumbuk dengan KJ dalam meeting! Hahahahahaaaa.. Errr.. korang ada calon yang lebih sesuai tak? Kalau mintak Gomo, nanti dia tak busy jarang update blog pulak...
Anyway, blogger bukan politician bro...kan?
Cuma, kalau boleh... mana yang ada buat business tu tak payah la bertanding. Nanti MTK kata nak kejar projek pulakkkk....Kalau pernah belot pada UMNO tu agak-agak la diri tu siapa. Diludahnya Pemuda UMNO, lepas tu nak jadi pemimpin Pemuda pulak...heh!
Masalahnya kita ni orang Melayu suka dengki sikit. Pantang member naik, dah nak cantas. Cuba ikut semangat orang dulu-dulu. Depa semuanya dahulukan kawan yang lebih layak. Tengok talent dan ukur baju di badan sendiri...lepas tu baru buat keputusan...
Pada aku, kalau nak jadi ketua, biarlah kita diangkat orang. Jangan angkat diri sendiri. "Undilah saya sebagai Naib Ketua Pemuda"? Hahahahahahaaa... masuk bakul angkat sendiri ke?
Kalau nak jadi ketua, perlu pastikan diri bersih. Solat tak tinggal. Selalu puasa sunat. Kuat dan sihat tubuh badan. Kalau dan beristeri, isterinya menutup aurat. Kalau diberi rezeki lebih sebelum ni, selalu tolong orang susah...bukan tiap-tiap minggu turun Putrajaya kejar projek broooo...
Paling penting, seorang calon pemimpin Pemuda walaupun di peringkat cawangan perlu memiliki sifat dan jatidiri anak muda Melayu yang tebal dalam dirinya. Perjuangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu seumur hidup....boleh? Bukan perjuangkan poket sendiri dan hulur duit syiling kat orang...
Kalau nak bertanding, jangan la buat kerja last minit! Masa nak bertanding baru nak turun pusing satu Malaysia. Nak bertanding baru nak tunjuk muka. Bila orang tak pernah dengar nama kita, kita marah dan terasa... agak-agak la bro...
Bukannya aku cakap calon-calon NKPemuda tu tak layak. Layak semuanya...hensem, bijak dan kaya raya orangnya... Tapi...ntah laa... korang fikir sendiri laaa...kan?
Aku ni bukan apa. Selaku ahli Pemuda UMNO, aku ada hak untuk bersuara dalam menentukan saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin aku bukan Ketua Cawangan, AJK pun tidak. Ahli biasa saja...tapi aku tetap berhak suarakan di blog, kan? Freedom of speech?
Dahhhh... tak payah la gaduh-gaduh. Blogger bergaduh, orang lain yang menang. Diorang dapat jawatan tinggi, blogger dapat apa? Baik kita tumpukan pada perjuangan sebenar UMNO, kan? Udah-udah laaaaaa...heh!
Uihhh..! Semakin ganasss!!! Makin hampir tarikh daftar pencalonan, makin ganas depa berkempen! Sekarang ni, mana-mana saja aku pegi, semuanya dengar dok lobi sana-sini. Sakan dan meriah sungguh...heh!
Ada yang nak jadi Ketua Wanita, ada yang nak jadi Naib Ketua Wanita. Ada yang nak jadi Ketua Pemuda, ada yang nak jadi Naib Ketua Pemuda. Puteri pun sakan jugak! Ada yang tanding Ketua Puteri dan ada pulak yang bertanding Naib Ketua Puteri....
Perghhh.. Kalau aku nak ulas satu persatu, nanti depa marah pulak kat aku... Heh! Nak marah? Marah laaa... dah memang resam bertanding. Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi laut, kan?
Ntah la.. mungkin orang muda kot, maka aku suka ulas pasal pertandingan antara Pemuda dan Puteri. Wanita pun sikit-sikit laaa.. maklum laa.. candidate Ketua Wanita kali ni pun agak kontroversi jugak, kan? Yang nak bertanding Naib Ketua Wanita pun boleh tahan jugak tuuuu...heh!
Kali ni aku nak ulas pasal Ketua Pemuda UMNO. Errr.. takde orang ke nak lawan KJ ni? Adoiii... Lawan je la weiiiii..!!! Aku tahu korang kata KJ tu bijak, smart, kaya dan berketerampilan sebagai pemimpin.
Tu bagi korang. Tapi pada aku, KJ belum cukup syarat untuk jadi Ketua Pemuda!
Banyak bebbb! Banyakkk!!! Banyak sangat ciri-ciri yang dia tak ada. Malah ciri-ciri yang dia ada tu pun membuatkan dia tak layak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia...
Korang tahu tak? KJ tu langsung tak pernah pandang blogger? Depan korang mungkin la dia tak tunjuk, belakang korang...dia anggap kita semua ni macam sampah jerrr.. Nak tahu kenapa? Sebab dia teruk di hentam blogger di zaman Pak Lah dulu...!!!
Masa pak mertua dia jadi PM, apa yang blogger tak londeh pasal KJ? Dari isu Maya Karin, sampai la dia kena lempang dengan Pak Lah pada malam keputusan PRU ke-12! Dari cerita ECM Libra dan MV Augusta, sampai la cerita pasal budak-budak tingkat 4..!!!
Palin aku tak boleh terima, dia memang terbukti biadap pada Tun M. Setahu aku, sampai sekarang dia belum mintak maaf pada ayahanda Tun M. Orang macam tu korang nak jadikan Ketua Pemuda UMNO?
Mana ada dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO disorak sebagai "perasuah tegar" bila diisytiharkan menang? Perkara tu tak pernah terjadi di zaman Datuk Senu, Datuk Harun Idris, DS Najib mahu pun di zaman Kerismudin CKMM (Cium Keris Mintak Maaf)... memalukan betul!
Korang tak ingat dia disorak "KJ rasuah! KJ rasuah! Kj rasuah!"? Sepanjang penggal la Pemuda UMNO terjejas reputasi dek kerana KJ. Aku masih kategori Pemuda UMNO. Walaupun terpaksa akur KJ jadi Ketua Pemuda, terus terang aku kata... aku malu berketuakan KJ..!!!
Masa pemilihan UMNO yang lalu, Razali Ibrahim tu menang Naib Ketua pun pasal Mukhriz bawak nama dia. Masa tu aku memang sokong Mukhriz. Masa tu kalau aku bahasakan diri dia "bro" jer...sekarang ni Mukhriz dah jadi MB...maka aku kena la respect...panggil Dato'! Heh!
So, takkan la takde pemimpin Pemuda yang nak lawan KJ kali ni? Takut sangat ke kat KJ tu? Atau korang memang suka "perasuah" tu jadi Ketua Pemuda? Entah la broooo...
Hari ni aku nak ucapkan takziah pada seluruh umat Islam di Malaysia, kecuali di Penang. Untuk semua umat Islam di Penang, aku ucapkan tahniah kerana terbukti depa duduk di sebuah negeri yang begitu "Islamik" di bawah kepimpinan "Khalifah" Guan Eng...
Aku yakin, Guan Eng hanya memerlukan sepenggal saja lagi untuk ubah Penang jadi macam Singapore. Kalau Penang berjaya jugak dijajah DAP pada PRU ke-14, aku yakin Penang akan jadi "republik"!
Masa tu, baru korang tahu langit tinggi ke rendah. DAP dah ready dengan pelbagai alasan untuk rasionalkan tindakan depa merepublikkan Penang....Cuba tengok contoh terbaru di Penang kat bawah ni....menarik tak?
Amacam? Suka dengan iklan macam ni? Aku rasa, depa sengaja je buat iklan tu. Gila ke? Offer untuk Hari Raya Aidilfitri...siap ada gambar masjid pulak tu... Iklan apa? Iklan kedai arak... mabuk-mabuk di Aidilfitri? Memang cari pasal betul laaa....
Orang-orang Cina dulu, diorang takde berani buat macam ni. Dulu depa hormat orang Melayu Islam kat Malaysia ni. Depa jaga hati dan sensitiviti kita. Sekarang? Korang tengok sendiri la perangai depa, kan?
Aku tak kisah sangat la kalau depa tak bagi undi kat BN pada PRU ke-13 hari tu. Itu pilihan masing-masing. Tapi kalau sampai kurang ajar macam ni...korang boleh tahan ke?
Aku nak pesan pada kawan-kawan aku yang tinggal di Penang tu. Korang perlu buat sesuatu sebelum terlambat. Pastikan puak-puak biadap chauvinis ultra kiasu tu terima kesan dari tindakan korang. Jangan bertindak luar batas undang-undang sudah laaaa...boleh?
Sementara tu, kita yang tinggal di luar Penang ni perlu bersatu padu. Tak kira hang UMNO atau PAS, kita perlu pertahankan kesucian Islam dan kepentingannya di kawasan kita. Korang tak malu ke orang kafir dok gelak tengok kita bergaduh sesama sendiri semata-mata pasal "bendera parti"?
Puiiii..!!! Malu la sikit broooo... Kita perlu buktikan Islam dan umatnya punya maruah. Kalau depa cuba usik maruah Islam dan hak kita, depa perlu diambil tindakan sewajarnya...amacam? Setuju?
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana mengamalkan sikap pilih kasih apabila meminta semua pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.
Beliau menegaskan, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu bersikap rasional kerana filem berkenaan memaparkan sejarah negara selepas mencapai kemerdekaan.
"Filem Tanda Putera ini tiada kena mengena langsung dengan DAP. Kenapa Guan Eng terasa? Kenapa perasan sangat?
Tak ada kena mengena dengan beliau ataupun (Lim) Kit Siang. "Ini cerita sejarah. Kalau adapun babak-babak dalam filem itu menggunakan lesen kreatif dengan kreativiti pengarah...itu perkara biasa dalam mana-mana filem sejarah," katanya pada sidang media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.
Beliau mengulas langkah kerajaan Pulau Pinang semalam yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu supaya tidak menayangkan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi apabila beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu tiang bendera Malaysia.
Mengulas lanjut, Khairy berkata sikap DAP yang menentang penayangan filem berkenaan juga jelas tidak selaras dengan prinsip parti itu yang sebelum ini lantang memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan bersuara. "Bagi saya amat tidak munasabah sebagai parti yang kononnya menjulang demokrasi serta yang sentiasa memperjuangkan kebebasan bersuara, tetapi tiba-tiba bila ada filem yang berdasarkan kepada sejarah...mereka minta supaya tidak ditayangkan di pawagam.
"Semua rakyat harus menonton filem ini. Kalau adapun rasa marah, kita tak marah kepada mana-mana kaum. Tapi kita marah dengan pengganas komunis yang terdiri daripada kaum Cina malah Melayu pun ada...kita marah komunis, pengganas," katanya. Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein lakonan Rusdi Ramli dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman lakonan Zizan Nin berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.
Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh Jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang penayangan filem Tanda Putera di pawagam-pawagam di negeri tersebut membuktikan sikap hipokrit DAP yang sering melaungkan perjuangan kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, beliau tidak terkejut dengan tindakan DAP ini kerana sememangnya parti itu hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.
"Namun apabila ia sedikit sebanyak menyentuh sikap mereka maka inilah tindakan yang diambil.
"DAP ternyata melihat penayangan filem itu dari sudut perkauman.
"Persoalannya adakah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta pemimpin2 DAP lain sudah menonton filem tersebut sebelum membuat keputusan itu. Filem Tanda Putera mula disiarkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini. Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan mengenai filem yang ditayangkan sebelum ini menghina orang Melayu tetapi tidak dipertikaikan oleh kerajaan Pulau Pinang.
"Sebenarnya apabila DAP menganggap filem Tanda Putera berunsur perkauman, merekalah yang sebenarnya bersikap demikian.
"Filem itu ternyata memaparkan kisah sejarah perjuangan pemimpin utama negara ketika itu khususnya Tun Abdul Razak dan Tun Ismail.
"Oleh itu saya menyifatkan tindakan DAP ini lebih bermotifkan politik dan cuba menutupi sejarah sebenar negara," katanya lagi.
Sehubungan itu, ujar Ahmad Zahid, "Beliau menyeru semua pihak untuk sama-sama bangkit bagi mengecam tindakan membuta tuli Kerajaan DAP yang saya percaya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.
Zizan Nin yang melakonkan watak Tun Dr. Ismail dalam Tanda Putera turut kesal.
"Kalau orang Pulau Pinang susah sangat hendak menonton filem ini pergi sahaja ke negeri-negeri lain seperti di Kedah ataupun Perak atau datang sahaja di panggung-panggung wayang di KL (Kuala Lumpur) ini nanti biar saya dan para pelakon lain menunggu anda," komennya sewaktu dihubungi di sini.
** insyallah GPB dan kawan2 akan ke Kedah untuk menonton filem sejarah Tanda Putera ini. Lagi kuat halangan dan kerja jahat DAP ..lagi ramai rakyat akan menyokong filem ini .
Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih dikenali sebagai Shumi kecewa apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan tayangan filem tersebut di negeri itu hari ini.
Pulau Pinang satu-satunya negeri yang menghalang tayangan filem berunsur patriotik dan kenegaraan itu yang dijadualkan memulakan tayangannya di pawagam-pawagam mulai esok.
Shumi dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sesuatu yang tidak matang kerana dia belum menonton filem ini.
''Sikap prejudis meracun rasionalnya. Saya malu ada seorang yang berjawatan tinggi yang menyalahgunakan kuasanya sesuka hati dan menjadikan kami mangsanya.
''Dia sepatutnya boleh membezakan antara politik sempitnya dan industri kreatif negara serta kami sebagai karyawan dan filem ekspresi kami. Tentu dia sedar tindakan sengkek ini memang salah secara moral kan?
''Siapalah kami ini, kami hanya pembikin filem nak berhadapan dengan Ketua Menteri yang berkuasa kuku besi dan bongkak,'' katanya.
Jelas Shumi, beliau difahamkan surat arahan bagi menghalang tayangan itu telah dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Perlesenan Pulau Pinang, Azman Sirun hari ini yang mana ia berlawanan dengan kelulusan yang diberikan oleh Finas dan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang di bawah agensi kerajaan tersebut.
"Mereka telah memaklumkan kepada saya. Saya kata keputusan saya tetap sama iaitu mahu Tanda Putera ditayangkan juga di Pulau Pinang. Kalau pawagam ingkar dengan arahan itu lesen mereka boleh ditarik balik," jelasnya lagi.
Sementara itu Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pendirian Guang Eng itu sama sekali tidak profesional dan patriotik apabila jelas menunjukkan helahnya untuk menutup fakta-fakta yang diyakini mampu menggagalkan usaha bagi menghapuskan sejarah yang tidak berpihak kepada mereka.
"Persoalannya, siapa dia untuk menghalang tayangan Tanda Putera? Filem itu adalah hak milik rakyat dan adalah tidak munasabah bagi individu yang tidak pernah menonton tetapi terlalu banyak melontarkan tuduhan.
"Sekiranya Guan Eng berterusan tidak boleh menerima sejarah adalah lebih baik dia sahaja yang keluar dari negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, arahan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip keterbukaan sebenar yang diuar-uarkan pakatan rakyat.
"Saya beranggapan arahan ini adalah supaya rakyat Pulau Pinang tidak terdedah dengan cerita sebenar penyokong pembangkang pada tahun 1969 lebih-lebih lagi penyokong Melayu dalam parti itu," katanya.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim pula mempersoalkan tindakan berat sebelah Guan Eng yang menjadikan filem Tanda Putera sebagai mangsa politik.
"Apakah adil Guan Eng hanya mempertikaikan Tanda Putera? Di mana suara dia semasa negara digemparkan dengan isu filem The New Village. Ini jelas membuktikan golongan parasit bangsa dan negara telah wujud pada ketika era sebelum kemerdekaan dan saya yakin saki-bakinya masih wujud," katanya.
- Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem sejarah, Tanda Putera daripada ditayangkan di negeri tersebut disifatkan sebagai 'berfikiran sempit' dan menunjukkan 'kebodohan' individu yang membuat keputusan itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, filem tersebut sepatutnya dijadikan sebagai rujukan sejarah dan pengajaran kepada penonton.
Menurutnya, tiada kerajaan negeri yang pernah bertindak menyekat sesuatu filem daripada ditayangkan selepas filem berkenaan dibenarkan tayangannya oleh Kementerian Dalam Negeri serta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
"Ini menggambarkan mereka ingin memulakan budaya sekatan dan tapisan melebihi tahap sepatutnya.
"Apakah suatu masa nanti banyak lagi perkara lain yang akan timbul daripada soal ini.
''Ini satu perkara baharu yang perlu dilihat. Satu ketika dahulu, Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharamkan lambang-lambang 1Malaysia di negeri itu," katanya di sini hari ini.
''Saya berharap perkara ini tidak menjadi budaya baharu dan akan menjadikan alasan sekiranya ada pihak ingin menyekat kebebasan dari segi ekspresi seni, filem, lukisan, sajak, lagu sampai ke peringkat yang tidak boleh diterima akal dan sekali gus mengembang dalam fikiran rakyat di negara ini," katanya.
AIDCNews – Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia.
"Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.
"Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,"katanya kepada KiniTV.
Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog the Unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah.
Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia.
Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra.
"Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk "Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries".
"Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura.
"Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara.
"Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) 'Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak', itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.
"Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,"katanya.
Shuhaimi Baba bersuara,pawagam GSC boleh diharamkan di Malaysia.
Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Shuhaimi Baba berkata, pawagam yang menyekat tayangan filemnya tanpa persetujuan boleh ditarik lesen pawagam oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ini kerana, tambah Shuhaimi, filem itu berada bawah skim wajib tayang.
"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang.
"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," beliau dipetik sebagai berkata kepada media.
Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini akur dengan "arahan" kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem itu di kesemua panggung wayangnya di Pulau Mutiara itu.
Menurut kenyataan GSC pagi ini, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap sebagai langkah untuk menjamin keselamatan rakyat.
Tegas Perdana Menteri, pengumuman tersebut bagi memenuhi kehendak rakyat yang mengharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap kumpulan penjenayah berkenaan.
"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas dapat diambil. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh," kata Najib.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini hari ini.
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan kesemua 49 kumpulan haram dan kongsi gelap melibatkan 40,313 ahli yang bergerak aktif dalam kegiatan jenayah dadah, bunuh, peras ugut dan pergaduhan di seluruh negara.
Sementara itu Perdana Menteri menegaskan Op Cantas Khas yang dijalankan oleh pihak berkuasa sejak dua seminggu lalu bukan suatu operasi pemburuan.
"Rakyat mahu hidup dalam suasana yang bebas dari ketakutan, justeru kita perlu membenteras jenayah terutama jenayah terancang.
"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara di mana mereka dapat merasai keselamatan, ini tidak akan kita kompromi. Malahan saya meminta Polis Diraja Malaysia tindakan ini dilakukan secara berterusan," kata beliau. - UTUSAN ONLINE
PUTRAJAYA 29 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.
Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.
"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.
"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam. - UTUSAN ONLINE
Syabas KDN! Sudah tiba masanya geng kongsi gelap ini di dibenteras habis-habisan!
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.
Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:
Sesiapa nak kerja dengan kerajaan perlu hadapi interbiu. Anak Dato Nazri Tan Sri Aziz Yeop, Nedim pun perlu harungi proses yang sama untuk jadi Pegawai Khas atau bukan Pegawai Khas(?).
Ketika itu, ada Pengarah lain yang interbiu kerana tidak mahu kelihatan berat sebelah jika Nazri interbiu sendiri. Sampai-sampai saja, Nedim dijemput masuk bilik dan duduk di kerusi di hadapan Pengarah tersebut.
Pengarah itu tanya, "Awak Nedim Dato Nazri Aziz?"
Nedim angguk dan kata, "Ya Tuan."
Pengarah itu minta lihat semua kelulusan dan dokumen yang ada padanya. Nedim berikan.
Dia angguk-angguk menunjukkan puashatinya pada butiran yang dilihat. Nedim rasa yakinlah bahawa tiada halangan untuk dia kerja dengan bapanya.
"Baiklah! Melihat semua ini, tiada halangan untuk awak kerja di pejabat Menteri. Menurut surat ini, awak memohon jawatan pegawai khas. Boleh beritahu saya apa yang awak faham dari tugasan awak?" tanya Pengarah.
Nedim pun jawab, "Tugas pegawai khas selalunya tuan adalah ....."
Yakin sekali Nedim jelaskan. Maklumlah keluarga politik dan bapa serta datoknya ahli politik. Pasti ini pengetahuan am biasa untuknya.
"Rasanya peranan apa yang sesuai untuk awak?"
Nedim jelaskan dia ada cakap dengan ayahnya dan ayah ingin dia jaga hal kawasan. Jika dia ambil peranan di pejabat, ada konflik kepentingan. Turut dijelaskan, dia tak ambil gaji dari jawatan ini.
"Baiklah hal kerja dah settle. Cerita sedikit tentang latarbelakang dan minat awak."
Nedim pun cerita dan sesi interbiu dah jadi sesi borak kosong sampai tahap Pengarah mula gelarkan dirinya sebagai "uncle" pada Nedim.
Uncle pun tanya tentang gambar-gambar Nedim dengan wanita-wanita yang tersebar merata Internet. Lalu dijelaskan Nedim bahawa itu masa silamnya. Dia kini sudah berkahwin dan ada anak.
"Takpe, "uncle" pun dulu hebat juga. Banyak gelfren..." Tak mahu kalah Pengarah.
Senyum kedua-dua.
"Kalau betul engkau playboy, cerita pada uncle. Mana bahagian wanita yang paling sensitif."
"Oh tu ... Apa ni... Alah ..." Nedim terkial-kial tak ingat.
"Alahai uncle, saya tahu tapi tak ingat. Jawapannya di hujung lidah saya malam tadi ...."
The movie Tanda Putera has really put fear in DAP particularly Penang Chief Minister who is also DAP secretary-general Lim Guan Eng.
Not only that, even MCA leaders especially its youth chief Wee Ka Siong who warned that the film director Shuhami Baba should be held responsible if racial chaos occur due to screening of the movie. Both Chinese-based parties with different ideologies are against the screening of the movie and they based their opposition on racial ground.
Let us focus a little on the reason why they oppose and why race is their basis. The May 13, 1969 incident is a sad story in the history of the country and because of its historical value where every citizen should take note and remember, the movie was made by a very creative director.
He does not create the story but based his movie on actual events and of course, a little creative was put to make it more interesting and exciting but never exaggerate and adding fictions. So now, whats wrong with a movie that tells the truth? Sacred the truth will erode the public's confidence in DAP and MCA?
Are they – Guan Eng and Wee – scared of the truth? Have they been living in a make-believe world that the public do not know what really happened? They are taking the public as fools because they want to dictate which movie the public should see and which movie public should not.
Have they ever thought that the public have no other avenue to know the truth? Have they ever thought in this age of modern technology information is just at the click of the finger?
They fear the truth shows how compromising and accommodative Malays are and how greedy the subversive elements, majority the Chinese who had infiltrated the DAP and Gerakan at that time were. That's reality and similar scenario is appearing at present but not in an aggressive form and this have sent shivers to DAP and MCA – both Chinese-based parties – fear that their parties have been infiltrated by the subversive elements and they do not want public to know it.
The reality is they do not want the public to know how compromising and accommodating Malays are and who was wrong once the truth is told and shown.
The public are now analytical and smart and they do not take things on the surface and for granted and in this case, when they see the movie they will make their own analysis and conclude.
So what is there to fear unless they are on the wrong side even without any analysis.
Datuk Seri Najib Tun Razak wants his Cabinet members to be on the "same wavelength" with each other.
"We as members of the administration must be on the same wavelength, in sync with other members," he told reporters here.
He was asked about calls by several ministers, including Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, for Deputy Minister in the Prime Minister's Department P. Waythamoorthy to quit if "he is not able to value collective responsibility in the Government."
The comments came after Waythamoorthy had alleged that the five members of Gang 04 were "executed" by a police raiding team in Penang.
He had on his Facebook page remarked that based on the photographs at the shooting scene, he believed that the five were shot at close range.
"Looking at the photos, I do not think anyone in the right frame of mind would believe that there was a shootout between the police team and the suspects," he said.
Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said he would study whether the controversial film Tanda Putera could be banned from Penang cinemas.
He said local authorities issued licenses to cinema operators, and it needed to be determined if banning films was under its purview.
"Whether this power is used to ban a film is a new matter that needs to be looked at," he told reporters Wednesday. He expressed bewilderment over the Penang state government's request that its cinemas do not screen Tanda Putera.
He said this was an unprecedented move by any state government, adding that decisions to ban films were usually under the purview of the film censorship board. "Normally, banned films are those with pornographic or violent elements, or those that send a wrong kind of message to viewers," he said.
He expressed hope that the Penang state government's move would not become a new culture or reason for any party to restrict freedom of expression in the arts. "For me, only things that clearly go against the film censorship board's principles should be banned. Other things should be given space to allow criticism and debate.
"At the end of the day, viewers are the one who decide the value of the films they watch," he said. Penang Chief Minister Lim Guan Eng said earlier that his government had requested all cinema operators in the state not to screen Tanda Putera.
He claimed there were slanderous scenes that could provoke racial hatred and expressed regret that the Ministry had failed to remove some of the scenes.
State Local Government, Traffic Management and Flood Mitigation Committee chairman Chow Kon Yeow said the local councils issue licenses to all cinemas but do not have power over the content of the film.
However, in view of the sensitivity of the film, he said the Penang Municipal Council and Seberang Prai Municipal Council would issue letters to all cinemas and request them not to screen the film.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik 12 penonton.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
The Malaysian Insider
Akhbar online lidah rasmi pembangkang hari ini perli filem Tanda Putera. Laporannya hanya 12 jer hadir kat pasaraya besor Mid Valley. Perli yang paling best sekali ayat "Komuniti melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan" Apa kau hingat kakitangan kerajaan tak kerja ke hari ni? 12 orang semua komuniti melayu kakitangan kerajaan tew bukan bunyi racist ke? Persoalan aku, apa kaitan DAP dan kerajaan Pembangkang dengan komunis sehingga mereka takut sangat rakyat tonton filem tew?
Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah. Merujuk surat oleh pihak berkuasa tempatan semalam, exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, beliau sebenarnya menasihatkan dan bukan mengarahkan pengendali panggung wayang tidak menayangkan filem itu. "Surat saya kepada dua majlis (perbandaran) jelas untuk menasihatkan. Surat ini dihantar berdasarkan keputusan itu. "Ketika MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) terima surat saya dan bincangkannya, mereka rasa keputusan itu berdasarkan akta hiburan dan undang-undang kecil dan perkataan terbaik untuk digunakan adalah arahan," kata Chow dalam sidang media sama. "Bagaimanapun, apabila majlis menghantar surat itu, ia agak berbeza dariapda nasihat kerajaan negeri jadi kami minta mereka keluarkan satu lagi surat," tambahnya. Chow berkata, terpulanglah kepada pengendali pawagam untuk memutuskan sama ada mahu menayangkannya atau tidak. Dalam surat sebelumnya, MPPP berkata, lesen premis pawagam dan tempat hiburan dikeluarkan oleh MPPP dan pawagam diarah tidak menayangkan Tanda Putera kerana mengandungi babak sensitif kepada masyarakat tempatan.
"SULAT PUNYA HAL PUN KECOH KA? TAYANG JERLA TANDA PUTERA KAT PENANG. LU INGAT ITU UNDI CINA SAMA U BOLEY KULANG KA? LAGI TAMBAH ADALA.. CUMA ITU UNDI MELAYU MEMANG MAKIN KULANG SAMA U, SEBAB U RACIST PUNYA MAAA!!"
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini jelas menunjukkan sikap double standard mereka yang tidak beri ruang dan peluang kepada rakyat khususnya kaum Cina untuk menonton dan menilai filem yang diterbitkan mengenai sejarah Negara.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, tindakan ini sekaligus menunjukkan DAP takut pada baying-bayang sendiri, tidak professional dan tidak mendokong prinsip kebebasan bersuara yang mereka laung-laung selama ini.
"DAP jelas takut pada kebenaran sedangkan filem Tanda Putera adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan merupakan 'tribute' kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang membangunkan Malaysia selama ini.
Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu," ujarnya yang juga Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.
Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan parti DAP.
"DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.
Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.
Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505 untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan Raya Umum, jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan DAP untuk mempertikai SPR," tambahnya.
The selection of members of mosque committees throughout Perak is not done through the annual general meeting (AGM) as this method has major weaknesses.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said although basically all matters involving Islamic religious administration were bound by the state Islamic Religious Administration Enactment 1992, the state government always studied and sought the best method of selecting members for the mosque committees.
"Selection through an AGM poses some limitations and there is great possibility that the voters are not part of the area's congregation, so they don't know the affairs of that mosque nor do they have the expertise to administer it," he said in reply to a question from Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) at the state assembly sitting, here, Wednesday.
Zambry said most states did not use the AGM to select their mosque committees but through nominations decided by their Islamic Religious Council, whereby in Perak, for instance, the nominations were made by the penghulu, religious administrative officers and the district chieftains.
On religious teachers (guru takmir agama) who were sacked, Zambry admitted that the action was taken by the religious administrative authorities after they were found to have done wrong.
"Most of them were invited by the mosque administration to impart religious knowledge to the local community. The lectures were organised by the respective mosques, while the state government only gave the authorisation to teach, besides monitoring before taking action following complaints on problems posed by these religious teachers," he said.
Zambry said they should just be teaching religion instead of using the mosque to promote their political ideology.
"From the legal aspect, the state government cannot take action against mosques which prevent such religious teachers from teaching at the mosques, as this comes under the jurisdiction of the state Islamic Religious Council, which is chaired by the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah."
He advised all guru takmir agama in the state to carry out their responsibilities well and impart only the true teachings of Islam to the Muslim community.
"We must preserve unity, so keep politics out of the mosques. It's sad today that some mosques are not used as a place to forge unity, while in some countries, people have been massacred in mosques."
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
UPDATE-kata Datuk Thajudeen 2,796 rakyat Malaysia berdaftar dibawa balik dari Mesir dgn 49 penerbangan sejak 21 Ogos. Penerbangan terakhir malam ini 50 orang Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sidang Dun Kedah kelmarin dah meluluskan Enakmen Anti Syiah dengan 21 undi, semuanya dari Adun BN.
Seramai 9 adun menolak, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.
Kerusi pembangkang Kedah adalah seperti berikut, ( PAS-10, PKR-3 dan DAP-2 ).
Justeru, Pas telah menolak Enakmen Anti Syiah telah memberi satu persoalan bahawa kesemua adun Pas Kedah adalah penyokong kuat Syiah atau mereka bermazhab Syiah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Emas) adalah sebahagian dari wilayah Melayu Nusantara yang juga dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Ia meliputi Pulau Jawa, Pulau Sumatera, kepulauan Maluku, Ambun, Sulawesi , pulau Madura, Kepulauan Borneo dan lain-lain .
Jadi bila orang Jawa atau Bugis atau Banjar, Riau atau Minagkabau atau Acheh menjejakkan kakinya ke Tanah Melayu mereka masih berada di wilayah Gugusan Pulau-Pulau Melayunya, sebagaimana orang Kelantan, Terengganu, Johor Melaka, Kedah, Perlis Pulau Pinang, Sabah Sarawak berhijrah atau berada di Kuala Lumpur.
Mereka masih di wilayah tanah Melayunya. Terpisahnya atau terjadinya sempadan politik antara Semenanjung Tanah Melayu dan negara-negara di pesisir selatan benua Asia termasuk Indonesia adalah kerana percaturan dan permainan penjajah dari Eropah: Inggeris , Belanda, Portugis, Perancis termasuk juga Sepanyol.
Inggeris lah yang membekalkan kuli-kuli untuk berkerja di Lombong dari Tanah Besar China, yang dimanfaatkan dari rentetan Perang Candu di Canton dan juga peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh Jepun di Nanjing. Sama juga buruh untuk pekerja ladang yang diangkut oleh Inggeris dari India ke Tanah Melayu.
Inggeris lah yang menjadi pedagang tenaga kerja dan membekalkannnya kepada Belanda di Indonesia, Selain itu tidak mustahil ada yang datang secara persendirian atau berkumpulan kerana faktor sebagaimana disebutkan di atas itu.
Maka itu baca dan fahami lah sejarah, untuk mengerti makna kedaulatan bangsa dan negara. Apabila orang dari Eropah berebut menguasai negara-negara di Gugusan Pulau-Pulau Melayu, bahkan mereka juga menggelar kan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas, pasti ada rahsia besar di sebalik itu.
Jadi apabila ada orang yang memperkatakan hak kedaulatan bangsa Melayu terhadap Tanah Melayunya racistkah manusia itu. Ketika Sukarno memperolehi kemerdekaan dari Belanda, berapa ramai orang Cina yang dihantar pulang ke negara asalnya.
Tetapi ada pilihan lain sekiranya ingin tetap kekal di Indonesia mereka mesti (istilah Indonesianya HARUS) menjadi Indonesia dengan nilai-nilai Indonesia termasuklah budi pekerti, pertuturan, adab sopan dan sebagainya.
Bahkan mesti memahami dan mengenali makna Pancasila (rukun negara). Nama masing-masing juga turut ditukar menjadi nama Indonesia. Mereka tidak diganggu gugat untuk terus memiliki harta dan kekayaan yang digali dari negara tersebut.
Soalnya mereka mesti mematuhi peraturan dan tata cara kehidupan orang Indonesia. Apakah itu racist? Maka itu jangan terperanjat kalau ke Jogja, Solo , Semarang anda melihat orang Cina bertutur Jawa dalam bahasa halus (kromo).
Ini menyamai bagaimana orang Cina 'menjadi Kelantan' di negeri Kelantan. Apakah itu Racist? Pernah suatu ketika seorang wakil Indonesia Prof Budi Dharma (Cina Indonesia) terperanjat apabila saya menegur dan menyapanya dengan bahasa kromo sewaktu Pertemuan penyair/ penulis di Pangkor 3 tahun lalu.
Dia seperti tidak percaya ada orang Melayu (Malaysia) boleh bertutur bahasa kromo (bahasa 'halus' Jawa). Sejak itu hubungan kami menjadi lebih akrab.
Faktor utama yang mengakrabkan kami ialah budi pekerti selain pertuturan dan keikhlasan walau pun masing-masing berlainan bangsa dan anutan agamanya.
Bukan hanya Prof Budi Dharma, tapi ada ramai lagi penulis dan aktivis teater di Indonesia (Cina / Indonesia) menjadi akrab kerana persefahaman rasa keindahan terhadap bahasa, budi pekerti, adab sopan dan cara pertuturan.
Syukur kepada Ilahi nilai itulah yang saya warisi dari kedua ibu bapa dan juga pengasuh saya ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Dalam hubungan berkaitan racistkah saya bila saya memperkatakan hubungan Melayu dengan Tanah kedaulatannya, di samping kebarangkalian adanya anasir halus di luar lingkungan Melayu bergerak melaga-lagakan sesama Melayu untuk memudahkan agenda besarnya (menunjangi kedaulatan negara ini) akan mencapai matlamatnya ?
Memang secara umumnya semua manusia sama sahaja. Masing-masing jasadnya berasal dari tanah dan akan kembali menjadi tanah. tapi dalam keadaan tertentu kenapa dituntut DNA untuk menentukan asal keturunan dan bangsa manusianya?
Maka pernyataan Allah sebagaimana terkandung dalam Al Quran "Kami menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kenal mengenali antara satu sama lain..." adalah merujuk kepada makna berbangsa dan bernegara selain agama yang menyantuni atau mendamaikan sekiranya berlaku sebarang pergeseran antara mereka.
Hanya mereka yang angkuh dan tidak memahami kebenaran dan kehalusan agamanya sanggup dan berani mencaci, mencemuh, mengherdik, memperkecil dan memperlekeh dengan kata nista terhadap sesama saudara sebangsa dan seagamanya
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.
Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya. Artikel disiar pada 28/08/2013 - 8:33 pm oleh EDITOR
Ini adalah dapatan dari wall facebook rakan TM di Singapura, Beliau terkejut dengan fakta sejarah mengenai orang Melayu yang dikatakan berasal dari tanah Arab dan lebih menyedihkan kedatangan orang Melayu adalah terkemudian daripada kedatangan Stamford Raffles.
Menurut muzium tersebut bahawa Sejarah Singapura telah bermula dengan kedatangan kaum cina yang berlayar ke Singapura sebagai pedagang dan membuka Singapura. Ia berlaku sebelum kedatangan Raffles.
Dengan sendirinya ia melenyapkan sejarah Kesultanan Melayu Singapura, kisah Singapura di langgar todak dan kisah Sang Nila Utama, anak raja yang membuka pulau Singapura,
Perkara yang menggemparkan hari ini ialah apabila ketua Wirawati Perkasa mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Surat peletakan jawatan telah pun diserahkan kepada Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.
Berita tersebut disiarkan di laman facebook beliau kira-kira 5 jam yang lalu.
"Saya Zaira Bt Jaafar meletakkan jawatan sebagai Ketua Wirawati Perkasa Msia berkuatkuasa pada 31hb Ogos 2013, Harap Maklum.Tkasih"
Apa berita ini mempunyai kaitan dengan isu Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang dipanggil mengadap majlis tertinggi berikutan tindakan beliau mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Ketua Wirawati ada menyebut peletakan jawatan kerana mengalami masalah kesihatan, beberapa bulan lalu beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik. Kali terakhir TM bertemu beliau ialah pertengahan bulan puasa di satu majlis di Kuala Lumpur dan beliau kelihatan kurang sihat.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Superhands" Kann Trichan mendapat nama samaran kerana kebolehan luar biasa beliau menggoreng ayam hanya dengan tangan kosong.
Lelaki berusia 50 tahun dari Chiang Mai ini boleh memasukkan jarinya ke dalam minyak panas 480 darjah tanpa lepuh di tangan, dan keupayaan yang menakjubkan telah membuatkan dia jadi begitu terkenal di antarabangsa. Rakyat dari seluruh dunia datang ke "Fried Chicken Iron Hands Man" gerai makanan Kann untuk melihatnya menggunakan tangannya untuk mengaut keluar ayam dalam minyak panas. Kann Trichan "Superhands" tidak tahu mengapa dia boleh melakukan apa yang dia lakukan, tetapi dia hanya gembira kerana lebih ramai pelanggan datang ke gerai perniagaannya, setiap hari.
Kann Trichan pertama kali mengetahui kelbihannya yang luar biasa pada tujuh tahun lalu, apabila dia dengan tidak sengaja terkena minyak panas di seluruh tubuhnya. Ketika dia beriri di hadapan kuali gergasi, beliau ternampak tupai makan mangga di pokok di atas beliau. Tupai telah menyebabkan buah yang besar jatuh betul-betul di dalam minyak, menyebabkan percikan di seluruh badan Kann dan kepala. Sebuah teksi membawa dia dia pulang ke rumah dan apabila dia bangun pada keesokan harinya bersedia untuk pergi berjumpa doktor, dia melihat di dalam cermin dan hairan melihat sedikit pun tidak ada kesan lecuhan terbakar. Kulitnya sedikit pun tidak terjejas, jadi dia hanya membuat keputusan untuk kembali bekerja.
Dari situ, reputasi beliau mula berkembang, dan semua orang mahu melihat orang yang terselamat dari terkena mandi minyak panas tanpa terbakar. Trichan mula bereksperimen dan menyedari dia boleh menggunakan tangan untuk menmbalikkan kepingan ayam dalam minyak panas jadi dia memutuskan untuk menggunakannya untuk menarik pelanggan. Perniagaannya telah berkembang pesat. Tujuh tahun kemudian, Kann Trichan gerai makanan masih beroperasi di depan kolej teknikal Chang Mai, dikelilingi oleh pelancong ingin tahu yang ingin melihat tangan dicelup dalam minyak panas.
Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku-Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun rambut bayi ini masih tumbuh , gigi dan kuku. Aneh kan ..?
Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.
Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.
Pada paginya siibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.
Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.
Hingga sekarang siibu bayi tersebut masih sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Hingga kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.
SUMBER : DAIRI SHARE
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CYBERJAYA, 28 Ogos – Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh Negara menurun.
"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lim Kok Wing University di sini, hari ini.
MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.
MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.
Ops Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.
Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
Mohd Bakri berkata sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.
Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan.
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.(gambar hiasan)
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok(hari ini) oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.
Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.
Agent Orange, adalah nama bahan kimia yang dugunakan oleh Amerika sekitar tahun 1962 hingga tahun 1971 ketika menentang tentera Vietnam. Ternyata bahan kimia tersebut sangat merbahaya dan telah meninggalkan kesan dan mutasi yang amat mengerikan kepada penduduk Vietnam. Berikut 18 gambar kesan yang terjadi akibat serangan itu.
Bayi-bayi yang amat mengerikan ini dilahirkan di Iraq semakin hari semakin banyak kerana kesan bahan-bahan kimia serangan Amerika. Kebanyakkan bayi ni dilahirkan di Fullujah.
Inilah kesan mutasi daripada sisa radioaktif... Diharap semoga umat Islam disana tabah menghadapi dugaan.. Dan semoga jauh semua ini di negara kita.
Memorandum bantahan TPPA Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) daripada Mohd. Nizam Mahshar (kanan) sambil diperhatikan oleh Rizal Faris Mohidden Abd. Kader pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.
''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.
''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.
Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.
''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).
''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy diminta menyeru semua penjenayah di negara ini tanpa mengira bangsa supaya menyerahkan senjata api yang mereka miliki bagi membolehkan polis menangkap mereka tanpa menggunakan kekerasan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar secara sinis meminta bekas pemimpin Hindraf itu berbuat demikian bagi menjaga hak asasi penjenayah-penjenayah terbabit.
"Kalau timbalan menteri berkenaan boleh seru penjenayah tidak kira siapa baik yang Melayu, Cina mahupun India supaya letak senjata, esok juga kita akan pergi tangkap mereka macam biasa tanpa senjata.
"Tetapi kalau penjenayah itu tidak mendengar katanya, jangan pandai-pandai mengajar macam mana polis untuk membuat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam kali ke-4 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy dalam sebuah portal semalam yang mempertahankan pendiriannya membantah tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.
Waythamoorthy dalam laporan itu turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sebagai seorang bekas pegawai polis, beliau amat memahami getirnya situasi yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata api.
"Polis berhadapan dengan situasi mencabar dan kalau tersilap langkah boleh meragut nyawa sendiri, jadi apakah pilihan mereka apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.
"Sepatutnya sebagai pihak dalam kerajaan, timbalan menteri tidak sepatutnya mempunyai pendirian lain daripada kementerian dalam menangani jenayah, jangan sampai disalah tanggap orang di dalam kerajaan menyokong penjenayah pula," katanya.
Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis dalam mempertahan keselamatan negara dan dalam masa sama penjenayah pula menggugat dan mengancam ketenteraman negara. -Bernama
Penganalisis politik mempertikaikan keputusan DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.
Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.
"Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka. Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada kongres tahun lalu.
"Mereka juga sepatutnya mendakap peluang ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam negara ini untuk masuk bertanding," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kata Mansor, jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.
"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.
"Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara," ujarnya.
Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan bertanding semula.
Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.
Ini kerana katanya, tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS juga menyatakan hanya pemilihan semula sahaja harus dibuat.
Mengulas lanjut kesan tindakan DAP yang masih menggunakan senarai calon lama, Mansor berkata, tindakan DAP itu juga akan menimbulkan pandangan sinis daripada masyarakat.
"Kalau itu tindakan mereka yang masih mengekalkan senarai calon sama, di mana demokrasinya?
"Tindakan itu nyata akan menimbulkan pandangan negatif terhadap parti itu sendiri," jelas Mansor.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula menyifatkan tindakan DAP tersebut akan menyebabkan berlakunya kontradiksi dengan perjuangan PR.
"PR sendiri mahukan kepimpinan golongan muda dalam parti tetapi apa yang dilakukan oleh DAP ini berlawanan dengan prinsip PR sendiri.
"Dan ini jelas membuktikan bahawa DAP enggan membuat perubahan dan masih mengamalkan gaya politik lama," katanya.
Beliau selain itu menyifatkan tindakan DAP sebagai menyekat penglibatan ahli baru dalam parti.
"Kena ada penamaan semula, jangan mahu kekalkan senarai lama, bagi ruang orang lain yang mahu bertanding juga. Oleh kerana buat semula pemilihan itu buatlah penamaan (calon) yang baru juga," jelas beliau.
Anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor melahirkan rasa kecewa berhubung keputusan DAP tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.
"Saya kecewa," kata Amran Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat yang berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.
"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah keanggotaan CEC berbangsa Melayu.
"Saya kesal kerana DAP tidak mahu mengenengahkan calon baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.
"Saya berpendapat, kedudukan DAP kian goyah sekiranya parti itu berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja.
"Desas-desus makin kuat mengenai kedudukan DAP dalam PR kian tergugat," dakwanya lagi.
Tambah Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula tersebut dalam keadaan 'keterpaksaan', namun DAP sepatutnya mengambil peluang mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai calon Melayu ke CEC berbanding hanya lapan orang sebelum ini.
Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Disember lepas.
Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.
Minggu lalu, Pengerusinya, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata, DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.
Sementara itu, ujar Amran lagi, melihatkan trend keputusan sebelum ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada pemilihan lalu sebelum berlakunya pengiraan semula.
Beliau turut menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perdana Menteri menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab secara menyeluruh bagi mewujudkan suasana aman yang berkekalan untuk memastikan masa depan yang lebih baik.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang diperjuangkan selama berabad dan juga memperoleh pencapaian luar biasa adalah tidak bernilai jika tidak boleh hidup aman sesama sendiri.
Malah, beliau berkata, komuniti antarabangsa kini turut berdepan dengan cabaran terbesar iaitu usaha mewujudkan keamanan bukan hanya untuk hari ini tetapi pada setiap masa.
"Cabaran tersebut mesti dihadapi secara kolektif supaya keamanan yang dicapai berasaskan kepada persetujuan bersama dan bukannya dikuat kuasa melalui kekuasaan atau paksaan.
"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita semua bersedia menggantikan konflik dengan sesi dialog yang konstruktif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada majlis itu, Dr. Mahathir menyampaikan anugerah sepanjang hayat untuk keamanan dan kebebasan bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang diwakili oleh Zuma.
Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan anugerah pengiktirafan keamanan global sepanjang hayat kepada Dr. Mahathir bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global. (LIFE TIME CAMPAIGNER FOR GLOBAL PEACE)
Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia.
Justeru itu, Najib berkata, dunia sepatutnya mencontohi semangat dan dedikasi Dr. Mahathir dalam menentang apa jua peperangan yang tercetus di dunia pada hari ini.
"Bercakap dalam persidangan di seluruh dunia Dr. Mahathir hanya menyampaikan mesej yang ringkas tetapi padat iaitu peperangan tidak sepatutnya menjadi pilihan untuk mewujudkan keamanan.
"Anugerah ini adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr. Mahathir yang mendalam kepada perjuangan itu," katanya.
Beliau berkata, amat jarang berlaku apabila seorang pemimpin sebuah negara diangkat menjadi ikon global dalam bidang tertentu.
"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian. Mereka bukan setakat dikenali rakyat sendiri dan gelaran mereka," katanya.-UMO
Sumber gambar : Minaq Jinggo
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Portal KL Chronicle memaparkan berita bahawa seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina bakal dipenjara kerana menghina bendera Indonesia.
Malaysian Chinese faces jail term for insulting Indonesia's national flag #KLChronicle
A Malaysian is staring at the prospect of five years in jail after making an insulting remark about Indonesia's national flag recently.
According to The Jakarta Post, Broderik Chin was alleged to have said that the Indonesian flag could be replaced with his red underwear on August 16, a day before the country's Independence Day celebrations.
Chin, a general manager of a palm oil company, had allegedly made the joke after one of his employees failed to find a flag to be hoisted for the Independence Day commemoration.
Jika Indonesia boleh ambil tindakan tegas terhadap rakyat asing kerana menghina bendera negara tersebut, bagaiaman NAMEWEE yang menghina lagu NEGARAKU boleh lepas?
Bagaimana anak muda penyokong pembangkang yang mengibarkan bendera republik sampai sekarang ni tak diambil tindakan?
*Sudah tiba masanya Kerajaan bertindak tegas dengan puak-puak yang kurang ajar macam ni.
Seperti mana tagline filem ini, akhirnya TANDA PUTERA bernafas di pawagan seluruh negara.
Abaikan sahaja si gila yang mahu menyekat tayang filem ini. Mungkin kerana kebodohannya, dia tak tahu bahawa filem TANDA PUTERA termasuk dalam SKIM WAJIB TAYANG.
Wajib Tayang : Skim Wajib Tayang
Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang ) 2005 berkuatkuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usahasama untuk ditayangkan secara wajib didewan wayang gambar oleh pemamer
Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan: Selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar Walaubagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika: bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut. Jikalau bilangan penonton kurang daripada 15% pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.
Apabila kita tonton video di atas, apakah sebenarnya yang timbul dalam benak hati kita?
Marah yang teramat sehingga mahu melihat penjenayah itu dibelasah sehingga mati? Persoalannya, benarkah lelaki dalam video tersebut seorang penjenayah? Sedangkan rakaman di atas (yang dilakukan oleh seorang Cina) pun bermula setelah lelaki tersebut sedang teruk dibelasah.
Atau kita marah kerana India sedang memukul anak Melayu?!! Marah kerana kaum minoriti sedang menindas kaum majoriti? Marah kerana Hindu sedang memukul orang Islam?!!
Maka, itulah yang dirasakan oleh Hindraf dan orang India apabila ada di kalangan kaum mereka yang cedera atau mati dibelasah, ditembak oleh orang awam mahupun pihak berkuasa. Namun, apakah seorang pengawal keselamatan mempunyai KUASA untuk membelasah suspek yang tidak bersenjata dan tidak melawan?!!
Apakah perasaan kita apabila kita berada di pihak suspek? Tiada orang Melayu di situ yang boleh membela nasib kita. Boleh jadi, suspek difitnah oleh orang kafir dan dizalimi sehingga sebegitu rupa!
Jadi, di manakah HINDRAF?!! Di manakah Bar Council?!! Di manakah suara seorang Menteri di JPM dalam hal ini?!! Bukankah suspek juga layak untuk mendapatkan pembelaan?!! Apakah suspek bersenjata dan merbahaya sehingga dibelasah seperti anjing? Atau beliau dibelasah kerana agama dan jenis bangsanya?!!
Apakah DAP tidak mahu memperjuangkan nasib suspek sepertimana mereka menghabiskan jutaan RM untuk "membela" nasib Teoh Beng Hock dan Kugan? Oh ya, lupa. Arwah Sosilawati yang disembelih, dicencang dan dibakar juga tidak mendapat pembelaan yang serupa seperti Kugan dan TBH. Mungkin kerana namanya dan agamanya tidak sama dengan pemimpin agung parti tersebut.
Bukannya kami berkempen mahu membela penjenayah, namun kita kena konsisten. Jika kita mahu ISA dihapuskan untuk memastikan para peguam dapat memanipulasi kenyataan dan bukti sehingga suspek bebas, inikan pula penjenayah jalanan seperti dalam video di atas. Apakah kerana jenayahnya kecil, maka dia layak dibelasah dahulu baru dibawa ke muka pengadilan?!!
Lagi satu perkara, mana perginya geng-geng Pekida, Pertiga, Silat Lincah/Gayung semua bagai?!! Tak rasa sakit hatikah apabila tengok anak Melayu dibelasah persis anjing kurap oleh Hindu?!!
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.
Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.
Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.
"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.
"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.
"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "
Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.
"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.
Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.
"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.
"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.
Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.
Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.
BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.
"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.
Cuba fikir dan renongkan...PRU ke-14 nanti cuba buat perubahan besar untuk menang!!! Berani untuk berubah...InsyaAllah?
Datuk Seri S. Samy Vellu diminta supaya berhenti mencampuri urusan parti kerana era pemerintahan bekas Presiden MIC itu telah lama berakhir.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, tindakan Samy yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri G. Palanivel sejak akhir-akhir ini mencetuskan keadaan 'huru-hara' dalam parti.
Menurutnya, campur tangan Samy Vellu dalam hal parti juga menimbulkan tanda tanya sekiranya bermotifkan agenda tersendiri memandangkan pemilihan parti bermula bulan hadapan.
"Saya mohon supaya Samy hentikan perbuatan sia-sianya dengan mengkritik kepimpinan Palanivel. Beliau telah lama mengundur diri daripada jawatan Presiden namun kadang-kadang tindak tanduknya seperti masih menguasai parti.
"Palanivel baru sahaja mula menerajui parti tiga tahun ini manakala Samy sudah menjadi Presiden parti lebih 33 tahun. Sudah tentu Samy boleh bercakap seolah-olah beliau adalah pejuang sebenar," katanya di sini hari ini.
Ramanan mengulas kenyataan Samy Vellu dalam temu bual khas dengan sebuah portal berbahasa Inggeris Ahad lepas yang menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin lemah dan tidak banyak berjuang untuk rakyat.
Samy Vellu turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpeluk tubuh penggantinya itu dalam isu-isu membabitkan kaum India malah menuduh Palanivel seperti lupa diri.
Ramanan turut mempersoalkan sikap Samy Vellu yang sengaja cuba memburukkan Palanivel pada saat-saat akhir pemilihan parti berikutan kekecewaan beliau ekoran pemecatan anak sulungnya, Vel Paari daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan lepas.
"Sebenarnya, Samy bercakap seperti tidak waras, adakah kerana selama ini beliau sibuk berkempen untuk Datuk Seri S. Subramaniam untuk menggantikan Palanivel tidak kesampaian? Adakah juga kerana anaknya telah dipecat dari CWC?
"Walau apapun alasan Samy, kami lebih memerlukan Palanivel daripada beliau. Samy harus sedar perkara ini sebelum terlambat. Janganlah merosakkan keharmonian yang telah terbina ketika ini dalam parti," tegasnya.
Samy Vellu yang menjadi Menteri Kabinet sejak 1974, tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila sokongan kaum India terhadap parti itu merosot di sebalik pelbagai tuduhan-tuduhan terhadap parti itu di bawah teraju beliau.
Sungguhpun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Samy Vellu masih dilihat mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu khususnya dalam kalangan 4,000 pengerusi cawangan MIC yang akan mengundi dalam pemilihan parti berkenaan.
Filem 115 minit mengisahkan pengorbanan besar dua orang pemimpin Melayu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei telah tidak dibenarkan untuk ditayang di Pulau Pinang.
Adegan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja dalam filem tersebut. Keseluruhan cerita mengenalkan rakyat kepada watak sebenar Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail.
Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?
Takut kerana ada babak kencing dalam filem tersebut? Babak itu khabarnya adalah adegan semula bapa Lim Guan Eng kencing di tiang bendera rumah Dato' Harun. Namun dalam filem tersebut, orang yang melakukan watak kencing itu tiada pun pakai name tag bertulis "Lim Kit Siang".
Oleh itu, mengapa Lim Kit Siang terasa sangat? Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?
Sikap tertutup dan tidak demokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berdepan dengan fakta dari filem Tanda Putera amatlah mengecewakan. Parti yang mendakwa merekalah yang lebih demokratik rupanya takut dengan kebenaran.
Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat. Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei.
Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera.
Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik.
Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara.
Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan.
Sekali lagi Khalid Ismath buat hal, bekas pelajar UiTM Shah Alam ini telah mula mengibarkan bendera baru Republik Malaysia (dalam gambar di atas).
Dalam tulisan di Twitternya, Khalid Ismath (penyokong kuat Syiah) menyatakan niat untuk tukar cover photo kepada gambar bendera sang saka Malaya yang telah dipromosikan sebagai bendera baru republik Malaysia.
Khalid Ismath dan Wan Ji dalam satu forum mengenai Mesir pada 8 Julai 2013.
Rupanya Khalid Ismath dan Wan Ji adalah dalam kumpulan yang sama. Idea mereka sama iaitu mahu menjadikan negara ini sebuah negara republik.
Wan Ji pula mahu memansuhkan institusi beraja di negara ini (baca sini). Bukti bahawa mereka ini adalah berfikiran republik seperti Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya. Itu pun USM mahu terima lagi budak Syiah seperti ini? (baca sini).
Gelagat sebahagian penyokong BERSIH mahu tukar Jalur Gemilang dengan bendera baru.
Dalam sambutan Hari Kemerdekaan yang lepas, pihak yang sama turut menyebarkan propaganda dan melakukan beberapa aktiviti untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera yang lain (baca sini).
Pembangkang memang terbukti berniat untuk tukar Jalur Gemilang. Ini antara buktinya. Ketika Perhimpunan 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, maka syor tersebut telah dihebahkan kepada rakyat seperti dalam gambar di atas.
Jika begitu, memang benarlah tekaan Hasan Ali bahawa Anwar dan pembangkang memang berniat untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara republik (baca sini).
Bukan setakat itu sahaja, idea republik ini sudah pun dikembangkan dan diolah dalam pelbagai bentuk agar ianya menjadi satu terminologi yang biasa pada rakyat (baca sini).
Ketika rakyat Malaysia sedang mengibar Jalur Gemilang untuk meraikan kemerdekaan negara, pihak pembangkang pula menggunakan NGO dan aktivis mahasiswa yang sudah hilang kewarasan akal untuk mempromosikan bendera baru Republik Malaysia.
Di bawah ini adalah satu contoh forum awam yang dibuat untuk cuba menafikan sejarah. Malah Parti Komunis Malaya (PKM) turut sama dijemput untuk berada dalam forum berkenaan. Apa agenda sebenarnya kumpulan pembangkang ini?
Nampaknya mereka sanggup hancurkan negara semata mata untuk mendapatkan Putrajaya.
Mahukah kita melihat semua negara ini mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan Syria semata mata untuk memuaskan nafsu mereka yang gila kuasa hendak ke Putrajaya?
Undang undang masih ada. Pihak peguam negara perlu bertindak segera untuk jaga identiti negara ini. Buatlah sesuatu.
Tok memang dah ber kali2 menyatekan yang DAP tu memang haramjadah. Sekarang kite tunggu pule ape reaksi pemimpin2 dan pencacai2 PAS tentang perkare ni. Tok yakin pemimpin PAS akan kate itu tidak salah dan tidak bertentangan dengan islam.
Sekarang mereke baru berkuase sedikit di P Pinang, bayangkan apebile si haramjadah ni berjaye menguasei Puterajaye? Tok yakin mereke akan bertambah lebih berani dan aggrasif menghine dan mempersendekan islam. Banner2 seperti di atas ni pasti akan bertaburan di serate ceruk rantua negare.
Tok nak tanye sikit kepade pemimpin, penyokong dan ahli2 PAS yang telah bertungkus lumus pade PRU12 dan PRU13 yang lalu membantu DAP meneruskan kuase nye memerintah P Pianag, ape kah habuan yang awak semue perolehi? Pahale besar kerane membantu DAP terus berkuase?
Tapi Tok yakin hari ni penyokong2 dan ahli2 PAS di P Pinang sudah banyak yang sedar. Mereke sedar bahawe DAP tidak pernah mengenang dan membalas budi penyokong2 dan ahli2 PAS sebalik nye DAP telah anggap PAS sebagai anjing kurap yang tak laku setengah sen pun.
PAS telah dianjing kurap kan oleh DAP. Sepatutnye DAP melantik ADUN PAS kedalam EXCO Kerajaan Negeri nye ape bile PAS memiliki satu kerusi DUN. Sekarang DAP telah bermaharaje lele berbuat sesuke hati nye. PAS langsung tidak ade sure untuk berkate ape pun.
Pade pandangan Tok orang melayu/islam yang menyokong dan mengundi calun2 DAP, PKR dan PAS di P Pinang ni memang nye bodoh dan lebih dungu dari keldai.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.