KUALA LUMPUR 26 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnah beliau dalam laporan bertajuk, 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?'.
Perdana Menteri yang mengambil tindakan undang-undang tersebut atas kapasiti peribadi memberi 48 jam kepada Harakah Daily untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik semua kenyataan fitnah itu atau berdepan saman.
Beliau yang diwakili peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, menyerahkan surat tuntutan undang-undang kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakop pada pukul 3 petang di ibu pejabat lidah rasmi Pas itu di sini hari ini.
Dalam surat tuntutannya, Najib antaranya berkata, laporan fitnah disiar Harakah Daily itu boleh menyebabkan rakyat menganggap beliau sebagai pemimpin yang mempunyai moral tidak baik kerana menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.
Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan, laporan berkenaan juga berniat jahat sehingga membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk meraih kekayaan dan mengaut keuntungan.
Harakah Daily dalam laporan tersebut pada 19 Februari lalu antara lain menyiarkan:
"Dari sumber manakah keluarga pertama Malaysia memperoleh kekayaan yang begitu besar? Walhal gaji tahunan Perdana Menteri Malaysia hanya sekitar AS$100,000 setahun.
Dalam satu kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri ada dinyatakan bahawa 'Perdana Menteri ada mewarisi harta pusaka'.
"Namun, harta pusaka itu tidak mungkin bernilai terlalu besar kerana bapa beliau pun Perdana Menteri seperti beliau juga dahulu.
"Jawapan yang lebih meyakinkan ialah, kalau tidak dari sumber yang 'kotor', dari mana lagi? Wang ini dibersihkan dengan melabur dalam hartanah di Amerika. Mudah, sumber wangnya tidak dipersoalkan. Akta Penggubalan Wang Haram tidak terpakai,".
Negara jiran di utara, Thailand sedang memasuki musim kemarau yang dikatakan paling buruk sejak lebih 10 tahun. Ini bermakna, keadaan kemarau tahun lalu yang melanda Malaysia dan Thailand dikatakan tidak seburuk tahun ini.
Persiapan dibuat dengan dana lebih RM900 juta diperuntukkan oleh kerajaan negara tersebut bagi menangani masalah kemarau tahun ini yang dikatakan akan mengurangkan eksport makanan berasaskan pertanian luar musim Thailand sehingga 30%.
Sehingga hari ini, hujan masih turun di merata semenanjung di satu dua tempat dan kesan kemarau seperti tahun lalu belum terjadi apabila hujan tidak turun di seluruh semenanjung lebih dari 50 hari.
Thai government sets $240 million budget to combat drought
BANGKOK Wed Feb 18, 2015 4:57am EST
(Reuters) - Thailand's cabinet has approved a 7.8 billion baht ($240 million) budget to alleviate drought in the country and tackle "water emergencies", a government spokesman said on Wednesday.
Earlier, Prime Minister Prayuth Chan-ocha had put the budget at 5 billion baht.
Thailand is battling drought in eight of its 76 provinces. The irrigation department has warned that the country would suffer its worst drought in more than a decade this year.(Reuters) - Thailand's cabinet has approved a 7.8 billion baht ($240 million) budget to alleviate drought in the country and tackle "water emergencies", a government spokesman said on Wednesday.
Earlier, Prime Minister Prayuth Chan-ocha had put the budget at 5 billion baht.
Thailand is battling drought in eight of its 76 provinces. The irrigation department has warned that the country would suffer its worst drought in more than a decade this year.
"Today the cabinet approved a 7.8 billion baht budget to be disbursed for 1,712 projects and to be used for water emergencies," deputy government spokesman Sansern Kaewkamnerd told reporters, adding the money would come from the 2015 budget.
The funds would be used to provide mobile water tanks and to install water pumps in affected areas, Prayuth said.
According to the Office of Agricultural Economics, drought will cut the off-season crop in top exporter Thailand by more than 30 percent.
Off-season rice is grown between November and April after the main crop is harvested. It needs irrigation as there is little rain during that period in many parts of the country.
Prayuth said aid for drought-hit areas would focus on the agricultural north and northeast. Thailand will enter its hot season next month. - Reuters
Kenyataan Adenan Satem malam tadi mendapat sokongan segenap lapisan rakyat Sarawak tetapi dengan iklim yang cukup tidak sihat dan penuh kebencian terhadap Semenanjung yang dipanggil 'Malaya' .
Umum mengetahui, Malaya terpaksa dibubarkan demi memberi laluan kepada Malaysia yang ditubuhkan bersama Kalimantan Utara yang nyaris dirampas Indonesia dan Borneo Utara yang direbut Filipina. Tiada istilah merdeka sendirian ketika itu.
Tiada siapa yang menyanggah dasar-dasar imigresen Sarawak pun hari ini yang turut dijanjikan oleh kerajaan Pusat agar dipertahankan.
Tetapi Adenan Satem dilihat telah membawa arus pemikiran ekstremis di dalam Sarawak itu sendiri melihatkan reaksi-reaksi dalam Sarawak apabila rakyatnya menggunakan kesempatan kenyataan beliau untuk meluahkan kebencian, hinaan, dan menunjukkan tindak-tanduk separatis yang cukup menyerlah.
Walaupun alasannya baik, untuk mengelakkan anasir tidak baik seperti bawaan individu politik yang bertelingkah soal agama dan kaum, tetapi apa yang beliau lahirkan tidak kurang buruknya dari apa parti politik Semenanjung bawakan.
Seronokkah dia melihat media sosial dipenuhi dengan anak negerinya meluahkan kata-kata hamun dan hinaan? Sang menteri bercakap secawan, anak negeri bercakap selautan. Tegur-tegurlah rakyat sendiri jika ingin menjadi pemimpin yang baik lagi berguna. Bukan menyemarakkan perpecahan.
Ingatlah, jika tidak kerana Malaysia Berdaulat, pinggan tak retak nasi pun tak dingin.
Adenan Satem juga cukup bagus kerana mengeluarkan kenyataan bahawa ektremis agama dan politik DARI SEMENANJUNG akan tetap dihalang memasuki ke Sarawak tanpa menyedari dengan ini beliau sendiri telah melahirkan terlalu ramai ekstremis "ANTI-MALAYA" dalam pagar negeri sendiri.
Apa bezanya beliau dengan ekstremis yang dihalang masuk dan anak-anak negeri beliau yang juga kini ekstremis? Hal begini mampu memburuk dari masa ke semasa. Jika pemimpin tempatan terus menerus menempa ketidaksedaran yang menebal.
Ini adalah zaman media sosial. Pemimpin kategori 'lama' seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan mengapi-apikan dengan bermulut seperti tahun 1980an.
Mengapa tidak disebut sahaja ekstremis dari mana-mana pun belahan dunia? Mengapa menyemarakkan anti-Semenanjung di kalangan rakyatnya? Nak menyebut kata kesal pun tiada gunanya melainkan sang menteri sendiri menanganinya.
Malaya juga terlalu banyak berkorban demi Malaysia seharusnya duduk sama tinggi berdiri sama rendah dengan negeri-negeri gabungan ini dan memandangkan Adenan Satem sendiri tidak mampu menghalang mulutnya dari melahirkan lebih ramai ektremis dalam negerinya yang apakah jika ekstremis dari Sarawak ini terlepas memasuki Semenanjung, tidak pula mengundang bahaya? Sama sahaja.
Jika dahulu Kelantan dianggap negeri tebal kenegerian, setelah itu Johor. Paluan kompang untuk Sarawak buat masa ini. Oh. Sekatlah penulis dari memasuki Sarawak hanya kerana bercakap benar soal pendapat yang tidak penting pun.
Secuit petikan dari FB ASTRO Awani
Sarawak tidak akan ubah dasar imigresennya - Adenan
KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak ada rancangan untuk memansuhkan dasar dan peraturan imigresennya demi memelihara keamanan dan keharmonian pelbagai kaum di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Katanya dasar imigresen sedia ada merupakan salah satu syarat untuk Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia, dan pada masa ini, negeri berkenaan dibanjiri oleh orang luar serta menerima ancaman daripada luar.
Beliau berkata masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di negeri ini, kini hidup dalam harmoni tanpa timbul pergaduhan berkaitan agama seperti mana berlaku di Semenanjung Malaysia.
"Kita tidak mahu anasir-anasir negatif dari Semenanjung Malaysia sampai di Bumi Kenyalang, itu sebab kita tutup pintu kepada ektremis dan pelampau agama daripada memasuki negeri ini," katanya.
Adenan berkata demikian ketika muncul dalam rancangan khas 'Bersama Ketua Menteri Sarawak' di sebuah stesen televisyen tempatan malam tadi.
Temubual selama sejam itu adalah sempena ulang tahun pertama Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Adenan juga berkata bahawa kerajaan Sarawak bercadang untuk memansuhkan pembayaran tol di seluruh negeri ini.
Beliau, bagaimanapun berkata pada masa ini, kerajaan negeri masih di peringkat rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi sama ada menurunkan atau memansuhkan sama sekali bayaran tol tersebut.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga bercadang menurunkan tarif elektrik komersial dan industri di negeri ini, setelah tarif elektrik bagi pengguna domestik di Sarawak diturunkan sebelum ini.
Mengenai kegiatan pembalakan haram di Sarawak, Adenan berkata aktiviti kecurian balak di negeri ini telah berleluasa berikutan pengawasan yang kurang berkesan sebelum ini, sehingga merugikan kerajaan apabila royalti tidak dibayar, manakala hutan turut musnah.
Justeru, beliau berkata Jabatan Hutan Sarawak telah mengambil tindakan tegas dalam menangani kegiatan itu dengan melakukan serbuan setiap hari di kawasan pembalakan, selain tidak memperbaharui dan membatalkan kira-kira 600 lesen pembalakan.
Beliau berkata pengeluaran lesen pembalakan baharu turut dibekukan dan kira-kira 2,000 pegawai Jabatan Hutan negeri dan Perbadanan Hutan Sarawak diberi amaran agar tidak bersekongkol dengan sebarang bentuk kegiatan pembalakan haram.
Dalam pada itu, Adenan sekali lagi menegaskan bahawa tiada siapa berhak menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang kerana mereka sudah berada di negara ini, sehingga empat atau lima generasi.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya,amat susah sekali.
Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya.Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, "Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi."
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong atau takabur itu.
Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan.
Bisikkan di hati, "Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang."
Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Dan ingatlah selalu firman Allah:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri." (Luqman: 18)
Allah berfirman lagi:
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina." (Al Hujurat: 11)
Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit.
Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri."
Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong,hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan.
Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya.
Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: "Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu."
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya,orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama,ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi.
Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya.Kita kena lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.
Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya.
Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah.Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah.
Allah berfirman:
Maksudnya:"Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut:69)
RM00.00 25/2: Penerbit program Maharaja Lawak, Nurul Ain Mohd Noor akui pihaknya ada cadangan untuk menghantar surat jemputan untuk jadi peserta musim baru kepada Dato Mahfuz Omar ekoran permintaan tinggi di media cyber/MKINI.
Antara prosedur petisyen pengampunan pada Lembaga pengampunan
1. Jika pertikaikan hukuman dikenakan oleh mahkamah maka petisyen automatik Terbatal
Petisyen rayuan hendak lah mengandungi
Pengakuan salah atas kesalahan hukuman dikenakan
Insaf sedar atas kesalahan
Berjanji berubah
2. Pengampunan ke atas tempoh hukuman yang dikenakan bukan ke atas kesahihan penghakiman dan pengampunan untuk ringankan hukuman dan sabitan kesalahan kekal
3. Pengampunan bukan untuk membatalkan keputusan mahkamah dan sabitan adalah kekal bersalah
4. Jika petisyen pengampunan mengandungi unsur penipuan pembohongan Serta menyalahkan sistem kehakiman me pertikaikan keadilan mahkamah dan membuat tuduhan hakim tidak adil maka petisyen Terbatal dengan SENDIRI dan boleh dikenakan pertuduhan dibawah Kanun keseksaan iaitu Menghina mahkamah dan melakukan penipuan
5. Jika Seorang Ahli Parlimen atau adun kena hukuman melebihi 1 tahun maka dengan SENDIRI terlucut jawatan Ahli Parlimen setelah rayuan terakhir tamat di mahkamah dan tidak boleh bertanding di pilihanraya sebelum tempoh Lima tahun Dari tamat menjalani hukuman
6. Tetap dikenali sebagai banduan atau Bekas penjenayah jika pengampunan diberikan Kerana pengampunan untuk ringankan hukuman bukannya membatalkan keputusan mahkamah
Sekian
Ahmad Shuaib Ismail 25 febuari 2015
Sila baca Fasal 5 Dalam Perkara 48 dengan Perkara 48 (1) e yang jelas jawatan Ahli Parlimen gugur tidak kira pengampunan diterima atau tidak Dari tarikh jatuh hukuman terakhir pada rayuan terakhir
PENGAMPUNAN DIBERI ATAU TIDAK TETAP JAWATAN AHLI PARLIMEN GUGUR AUTOMATIK DAN PILIHANRAYA KECIL DIADAKAN
Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika— (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.
(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian. (3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)— (a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia—
(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau
(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau
(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
SILA BACA DIBAWAH JELAS PERUNTUKKAN
(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kp kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
Sungguh pelik sekiranya kita amati apakah agenda sebenarnya petisyen pengampunan diraja dikemukakan memandangkan tempoh Anwar dipenjara lebih singkat berbanding hukuman pada 1998.
Sepanjang perbicaraan kes liwat 2 ini, dunia antarabangsa telah seringkali dilibatkan secara langsung dan lebih agresif lagi berbanding kes liwat 1.
Ia boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha berterusan bagi menghakis kepercayaan antarabangsa terhadap keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan negara.
Impak kepada tindakan ini bakal mendorong campurtangan antarabangsa secara langsung/tidak langsung di bidang-bidang kerjasama strategik dan hubungan antarabangsa seperti kerjasama ekonomi, diplomatik dan sebagainya.
Mengimbas kembali krisis Menteri Besar Selangor, isu pengampunan di raja ini seolah memiliki persamaan jalan cerita di mana sewaktu krisis MB Selangor, Anwar sebagai suami memainkan peranan utama antara istana-Wan Azizah. Sebaliknya bagi isu pengampunan ini, Wan Azizah pula yang memainkan peranan utama antara istana-Anwar.
Ni pandangan saya dalam isu wan azizah minta pengampunan tu. Bagi saya, tindakan itu mempunyai beberapa strategi politik;
(1) UNTUK HALANG AZMIN JADI KETUA PEMBANGKANG. Semua org tahu bagaimana hubungan Wan Azizah dengan Azmin.Mana mungkin beliau akan benarkan.Azmin jadi ketua pembangkang.Dalam situasi politik antara Dap dan Pas, Azmin dihilang calon terbaik untuk menggantikan Anwar. Wan Azizah tidak akan benarkan itu berlaku.
(2) MELENGAH2KAN PRK Permatang Pauh.- Proses pengampunan mengambil masa seperti mana kata Speaker Dewan Rakyat PRK tersebut tidak boleh diadakan selagi proses pengampunan belum selesai.Kita tak tahu berapa lama jadi Anwar terus kekal sebagai MP dan dalam masa yang sama PRK tidak boleh dijalankan.
Wan azizah juga faham dengan majoriti pengundi permatang pauh adalah Melayu dan sebahagian besar adalah penyokong Pas, beliau tak yakin boleh menang memandangkan sentimen benci Anwarinas dalam Pas.
(3) BIMBANG HILANG KUASA DALAM PKR..wan azizah and family bergantung kpd Anwar utk survival politik mereka dalam PKR.Situasi liwat 2 dah tak sama dengan liwat 1.Sokongan rakyat kpd Anwar semakin merudum manakala kedudukan Azmin semakin kukuh apabila beliau menjadi MB. Wan Azizah tahu ancaman ini sebab itu apa cara sekalipun beliau tetap mahj pengaruh Anwar terus kekal dalam PKR.
(4) POLITIK SIMPATI..Wan Azizah hendak tanamkan dalam fikiran rakyat Anwar dianiaya. Mahkamah bersekongkol dengan kerajaan maka Agong disandarkan harapan.Berbanding pengampunan Anwar sebelum ini ia melibatkan pertolongan Pak Lah sebagai PM tapi kali ini PM tak sokong. Oleh itu proses pengampunan tersebut sengaja dilakukan bukan utk tunjuk Anwar bersalah tetapi nak kata Anwar dianiaya. Sebab itu permohonan dibuat atas nama keluarga Anwar bukan pakatan pembangkang.
Pagi tadi pada pukul 8:50 Azmin Ali kelihatan di Penjara Sg Buloh. Beliau telah berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat Anwar Ibrahim. Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selangor ini bukan lawatan rasmi tapi sebaliknya adalah untuk melawat Anwar.
Sepatutnya lawatan begini tidak boleh dilayan oleh pihak penjara kerana Azmin bukan dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan pesalah liwat bernama Anwar Ibrahim.
Mengikut prosedur penjara, lawatan ke penjara hanya bbooleh dibuat selepas 4 minggu. Famili Anwar pun tak lagi boleh melawat kerana sudah pakai kuota 4 minggu tu.
Adakah pihak penjara memberi layanan isteimewa VVIP buat Anwar untuk bolehkan MB melawat? . Phak penjara perlu jawab kerana hanya minggu lepas mereka ditegur dan buat penjelasan. Baca AIDC berikut:
Anwar Tidak Dilayan Seperti Banduan Di Mahkamah
By editor-2 February 17, 2015 : 1:46 pm
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kemunculan Anwar Ibrahim yang tidak mengambarkan keadaan beliau seperti seorang banduan yang sedang menjalani hukuman di Mahkamah pagi tadi amat mengejutkan rakyat. Beliau hadir untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak penjara perlu berlaku adil terhadap semua banduan. Sebarang "double standard" yang berlaku amat dikesali memandangkan Anwar telah dijatuhkan hukuman meliwat Saiful Bukhari.
Ini bermakna Anwar merupakan seorang penjenayah. Beliau tidak sepatutnya dilayan "ala VIP" penjara pula. Adakah berlaku sebarang "rasuah" dikalangan pegawai penjara? Pihak SPRM diminta segera menjalankan siasatan.
Sebelum ini pihak Jabatan Penjara menjelaskan kononnya tiada keistimewaan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan beliau menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh. Jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu di facebook rasmi mereka.
Namun begitu, kita dikejutkan dengan penampilan yang jauh berbeza Anwar Ibrahim di mahkamah daripada dakwaan pihak Jabatan Penjara. Malahan kita dapat meihat Anwar menggenggam Telefon bimbit selain daripada mengenakan baju dengan cukup bergaya. Sepatutnya beliau memakai baju banduan sepertimana banduan yang lain.
Sebarang salahlaku pihak Jabatan Penjara dalam menangani kes Anwar akan menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu kami berharap semua pihak yang terlibat akan menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Berita selanjutnya menyusul kemudian.
AIDC
Berikut adalah jawapan pihak penjara yang dirumuskan
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial merupakan gambar beliau semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lepas, bukannya ketika di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, ketika itu Anwar masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara.
"Pemeriksaan dan kawalan pengiringan secara dekat dan ketat mendapati tiada telefon diberi atau dibawa oleh Anwar sepanjang beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
"Adalah ditegaskan bahawa tatacara pengiringan dan kawalan ke atas Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Baru-baru ini telah tersebar gambar Anwar di laman sosial yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam, untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam keadaan tidak bergari, memegang telefon bimbit dan memakai pakaian sendiri.
Semalam, Anwar sedang menjalani hukuman penjara, hadir di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah.
Mengenai pakaian, Supri berkata, setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.
"Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, Anwar memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan, manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian berwarna lain.
Apa hal pun, kini pihak penjara dalam radar dan pandangan orang ramai supaya tiada lagi melayan wayang kulit keluarga Anwar dengan tuntutan mengada-ngadanya.
Jika sebelum ini ketika PRU ke-13 yang lalu Wan Azizah dan Anwar mengajak rakyat untuk menolak KETUANAN MELAYU, tapi sekarang dengan muka selamba Wan Azizah anak beranak mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat!
Tindakan keluarga Anwar Ibrahim boleh disifatkan ibarat 'menjilat ludah sendiri' dan 'cakap tak serupa bikin'.
Anggota keluarga Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II. Mereka muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi mengemukakan permohonan itu.
Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.
"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.
"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.
"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.
"Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa jua cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini," kata Nurul Nuha dalam kenyataannya.
Pihak Istana Negara juga mengesahkan kehadiran anggota keluarga Anwar pada hari ini.
Menurut laporan Bernama, permohonan itu dikemukakan melalui petisyen mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.
Peruntukan itu memberi peluang kepada banduan untuk mengemukakan petisyen berkenaan seberapa segera selepas sabitan dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.
Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut petang ini menegaskan bahawa ia merupakan keputussan anggota keluarga itu sendiri.
"Permohonan rayuan pengampunan ini dibuat oleh ahli keluarga, bukan oleh Anwar Ibrahim atau parti," kenyataan itu dipetik.
Sekiranya Anwar tidak memohon pengampunan, kerusi Permatang Pauh yang disandangnya bakal diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
KOTA BHARU – Seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil menerima hukuman penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen.
Hukuman lelaki berusia 56 tahun diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.
Sinar Harian melaporkan, mangsa dikatakan pergi ke rumah ibu saudara untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut dilaporkan turut sama berada di dalam rumah. Ketika tidur, tertuduh mengambil kesempatan dengan merogolnya dan memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain.
Takut dengan amaran tersebut, mangsa berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa.
Mangsa kemudian hamil dan menyembunyikan kehamilannya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014 dan semua perkara in terbongkar semasa mangsa melahirkan bayi tersebut.
Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.
Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!
Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!
2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;
3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;
4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!
5. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;
6. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu meneriak slogan "Lawan Tetap Lawan". Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?
Anwar dan keluarga puaka nampaknya sengaja nak heret institusi Raja dalam kes batang keramatnya. Tentu ada games di sebalik permohonan pengampuan tersebut.
Selagi pengampunan tidak diberi oleh Lembaga Pengampuan Diraja, maka Anwar dan keluarga berasa yakin mereka tidak bersalah sebaliknya dizalimi oleh kerajaan akibat konspirasi politik.
Anwar juga yakin jawatan, gaji dan elaunnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang serta segala kemudahan akan kekal dinikmati oleh keluarganya yang sudah kaya raya itu.
Dalam masa yang sama beliau masih boleh memohon kelayakkan sebagai ahli parlimen dan boleh menuntut layanan super class sebagai VIP di sel penjara.
Sebagai VIP yang hidup mewah dan kaya raya hasil aktiviti menghuru-harakan negara mana nak tahan digigit hatta dengan seekor nyamuk dan tidur di tilam nipis. Beliau inginkan layanan dan tempat beradu bertaraf exclusive super royal suite atau sekurang-kurangnya bertaraf deluxe.
Sebagai seorang yang keras hati dan tiada sikap patriotik manakan seorang banduan sanggup nak nyanyi Lagu Negaraku setiap pagi sedangkan semasa beliau bebas dulu pun nak angkat tangan baca ikrar Rukun Negara pun susah.
Yang pasti Anwar mahu menjerat leher institusi Di Raja untuk bersimpati atas kesalahan liwatnya. Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam sengaja diperangkap untuk menyetujui aksi liwat Anwar yang berkali-kali itu.
Ini tak lain tak bukan mesti idea puak-puak anti raja-raja Melayu (loyar-loyar singh-keling dan komunis cina) yang mempunyai agenda memperleceh Raja-Raja Melayu sekiranya Anwar gagal dalam rayuan pengampunan tersebut.
Lepas ni Suhakam akan campur tangan, Bersih akan menyibuk dan negara asing mula akan mengenakan tekanan...nampak sangat agenda mereka nak jatuhkan institusi Raja.
Yang 'putih- putih sepet' dan Yang 'hitam-hitam mengelip' adalah dalang perancang utama agenda menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu melalui strategi mendapatkan pengampunan Di Raja buat Anwar.
Dalam masa yang sama jika Anwar berjaya, kemungkinan lebih ramai orang-orang Melayu akan kecewa dengan keputusan tersebut dan menjauhi kerajaan pimpinan Najib.
Akibat marah dan kecewa mereka tak nak kisah dah dengan perjuangan hak-hak Melayu, persetankan perpaduan Melayu, pergi mampus dengan akidah Islam dan kalimah Allah sebab kerajaan telah dilihat lemah dan tunduk pada suara minoriti songsang.
Akhirnya mereka tak kisah nak jadi pengundi berdaftar dan boikot pilihanraya, boikot calon, boikot parti UMNO-BN. Kesannya suara Melayu yang pro kerajaan akan jadi lemah dan tidak dapat menyaingi suara puak-puak jahat dan perosak itu.
Dengan ini mudahlah puak-puak pembangkang chauvinist menguasai negara kerana berjaya mengumpulkan suara-suara bangkangan dengan memecah belahkan Melayu.
Mudahkan? Politic are games of number and tactical warfare...kata omputih.
DUA perkara bersejarah akan menjadi peristiwa penting dalam parti PAS.
Pertama, perpecahan kepada PASMA tidak dapat dielakkan lagi terutama selepas PASMA mendapat sokongan kuat daripada DAP dalam bentuk sokongan politik dan dana kewangan.
Kedua, perpaduan PAS dengan UMNO sedang berlangsung sekarang khususnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan. Kepimpinan PAS pusat dan kepimpinan Kerajaan Kelantan benar-benar Istiqamah dalam perpaduan ini. Mufti Perlis menyifatkan perkara ini sebagai ajaran Al-Quran yang sebenar.
Selepas dua kali pertemuan dengan DS Najib, saya sangat yakin Kerajaan Kelantan dengan sokongan 100% UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kanun jenayah syariah (Hudud) akan dilaksanakan seawal bulan April 2015.
Amat memalukan jika tidak dilaksanakan selepas lebih 20 tahun dicanangkan. Kerajaan Terengganu pula baru-baru ini telah melaksanakan undang-undang syariah sedikit demi sedikit tanpa perlu mencanangkannya.
*Nota: Perpaduan bukannya penyatuan. UMNO dan PAS kekal sebagai dua entiti parti yang berasingan. Saya sendiri tidak bersetuju jika salah satu parti ini dibubarkan kemudiannya bersatu dalam satu parti. Lebih baik kedua-duanya berfungsi sebagaimana asalnya, hanya perlu bersatu sahaja. Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan keliru, beliau perlu sedar akan hal ini.
Kesilapan Kesilapan-kesilapan besar pemimpin PAS sejak beberapa hari lalu merobekkan lagi hubungan kumpulan Ulama dengan kumpulan bukan Ulama.
Pertama, rakaman perbualan Mat Sabu memperkecilkan Presiden PAS menggambarkan pemikiran sebenar Mat Sabu dan kumpulannya seperti PASMA.
Kedua, kesilapan Mahfuz memanggil seluruh media kononnya akan ada perbualan dengan Sirul di ibu pejabat PAS sebenarnya bukan sahaja memalukan Mahfuz, tetapi juga mengores nama baik parti PAS.
Sepatutnya, Mahfuz tidak perlu terikut-ikut hal Sirul kerana ia urusan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia, bukannya urusan parti. Jika di Jepun, menutup malu seperti ini mereka akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan. Mahfuz kelihatan lemah dalam pentadbiran berkerajaan, mungkin kerana belum pernah menjadi Menteri.
Mahfuz patut berhati-hati kepada perkara yang tidak pasti dan tidak mencipta risiko buruk kepada parti. Seorang wakil rakyat perlu ada winsdom.
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED
Kesimpulan penting
Sebenarnya PAS sudah pernah mengalami peristiwa perpecahan besar kepada BERJASA pada tahun 1978 dahulu.
Sebagai satu-satunya parti yang dikenali berlandaskan Islam, maka sewajarnyalah PAS terus dipimpin oleh kumpulan Ulama.
PASMA adalah kumpulan serpihan sama seperti BERJASA. Begitu juga Semangat 46 dan PKR adalah serpihan kepada parti UMNO.
Barang serpihan ini biasanya tidak kekal lama kerana fokus utama mereka biasanya bukan Ummah/Jamaah tetapi individu. Jadi, biarkanlah barang serpihan ini berpisah daripada induknya. Kenapa perlu gundah-gulana!
Saya percaya majoriti ahli PAS bersama kepimpinan Ulama. Sudah pasti segelintir sahaja akan terpedaya. Dipetik darisini
Multaqa Ulama SeMalaysia II yang diadakan Ahad lepas dilihat menjadi medan kumpulan ulama PAS memperkukuhkan iltizam dan mengumpul sokongan padu anggota terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menjelang pemilihan parti pada Jun ini, kumpulan ulama yang menjadi tunjang kepimpinan PAS mahu para anggota setia kepada pemimpin parti dan dasar parti, serta patuh arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan Presiden.
Tanpa berselindung, mereka mengakui bahawa wujud perpecahan ketara di dalam PAS pada masa ini sehingga ada cubaan menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi oleh kalangan anggota parti.
Mereka menghentam penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), satu badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS, dan diibaratkan seperti duri dalam daging yang hanya memporak-perandakan parti.
SEJARAH MUNGKIN BERULANG?
Secara tradisinya, jawatan presiden disandang oleh pemimpin di kalangan ulama. Namun, senario semasa dalaman PAS kini seolah-olah menggambarkan bahawa jawatan itu bakal digugat oleh kumpulan bukan ulama sehingga menyebabkan kumpulan ulama mulai bersuara.
Penganalisis politik berpendapat suara tegas kumpulan ulama yang mahu dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden PAS dikenakan tindakan selain mencabar PasMa menubuhkan parti sendiri, dilihat sebagai suatu usaha 'pembersihan' parti selain sebagai isyarat supaya parti itu terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama.
Melihat kembali sejarah pemilihan parti pada 2011, kumpulan ulama pernah 'disisihkan' sehingga menyaksikan dua wakil kumpulan ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (sekarang Naib Presiden) dan Nasharuddin Mat Isa (bekas timbalan presiden) gagal meraih sokongan perwakilan untuk jawatan nombor dua parti.
Nasib yang sama juga menimpa semasa pemilihan parti 2013 apabila kumpulan ulama semakin hilang pengaruhnya dalam parti apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah daripada kumpulan itu tewas kepada Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti.
Bagi jawatan naib presiden, Tuan Ibrahim yang mewakili kumpulan ulama berjaya meraih tempat pada pemilihan 2013 berbanding pemilihan 2011, tiada seorang pun wakil kumpulan ulama dipilih bagi jawatan itu.
Adakah nasib yang sama akan menimpa kumpulan ulama pada pemilihan parti kali ini?
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) yakin dengan senario semasa dan ditambah ketiadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan ekoran kes liwat bekas pembantunya akan menyaksikan kumpulan ulama PAS akan diberikan tempat semula dalam hirarki parti. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Mohd Izani berhujah senario pemilihan PAS pada 2011 selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN), banyak dipengaruhi sentimen 'menawan Putrajaya' dan keghairahan meraih seberapa banyak sokongan pengundi khususnya bukan Melayu melalui kerjasama politik PAS, DAP dan PKR.
"Sebab itu kita lihat, orang yang mampu menjalinkan hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu di kalangan pemimpin PAS adalah Mohamad Sabu. Beliau merupakan individu terbaik ketika itu untuk memainkan peranan mewakili PAS bagi meraih sokongan.
"Selain itu, sokongan bukan Melayu kepada PAS pula bertambah sehingga parti itu menaik taraf kelab penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada 2010," katanya kepada Bernama di sini.
Berbeza dengan pilihan raya umum ke-13, Mohd Izani berkata PAS mula merasai bahawa kerjasama politik bersama PKR dan DAP banyak merugikan parti dan mengubah hala tuju parti daripada matlamat asal perjuangan sehingga memaksa beberapa pemimpin kanan PAS mendesak supaya tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama rakan sekutunya dikaji semula.
"Saya berpandangan dengan apa yang dilalui PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, pemilihan parti kali ini akan memberikan semula mandat kepada kepimpinan ulama untuk memperbetulkan hala tuju parti," katanya.
PENUBUHAN PasMa
Satu perkara menarik dalam senario PAS hari ini ialah wujudnya PasMa.
PasMa yang dipimpin oleh bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptama di multaqa itu dilapor sebagai berkata penubuhan PasMa adalah satu usaha untuk merosakkan dan menghancurkan PAS serta memecah-belahkan parti.
Bagi memastikan anasir perosak ini tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan anggota PAS yang terlibat dengan PasMa.
IMPLIKASI POLITIK
Sehingga kini PasMa bergerak aktif. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota PasMa?
Mengulas persoalan itu, pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata anggota PAS yang menyertai PasMa tidak mungkin dipecat memandangkan ia boleh menimbulkan implikasi politik yang lebih buruk kepada PAS.
Mengambil contoh kes Nasharuddin yang dikecam teruk oleh parti kerana menjalin hubungan dengan UMNO, tindakan terhadap PasMa akan dilihat sebagai 'pilih kasih' jika ada anggota NGO itu dipecat daripada PAS.
"Nasharuddin masih lagi ahli PAS dan beliau tidak dipecat. Jika ini (pemecatan) berlaku kepada ahli PasMa, anggota PAS akan berasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan keputusan yang diambil parti terhadap Nasharuddin (yang tidak dipecat).
"Pada saya, ini lebih kepada soal kegagalan PAS menguruskan perbezaan pandangan dan kesempitan ruang bersuara di kalangan anggota. Kewujudan PasMa dilihat menjadi platform untuk anggota menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan parti dan sebagainya," katanya .
Implikasi Mesyuarat Rahsia PASMA-DAP
Kesimpulannya, PASMA tidak diperlukan oleh PAS. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Rahsia PASMA dengan DAP beberapa hari lalu di mana DAP berjanji memberi dana sekurang-kurangnya RM3Juta sebulan untuk menjatuhkan Presiden Hj Hadi dan mengukuhkan pakatan bersama DAP, maka PASMA sudah boleh bergerak sendiri tanpa memperdulikan PAS lagi.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 akan menerima pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat mulai 1 Mac ini apabila 188 bahagian parti itu memulakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.
Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat kali ke 61, Asmuni Awi berkata semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini.
"Mereka boleh melakukan pemilihan 24 jawatan peringkat kawasan (bahagian) dan sebaik mesyuarat selesai boleh terus mengemukakan nama calon untuk pemilihan peringkat pusat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat di sini Selasa.
Asmuni berkata tarikh akhir bagi bahagian mengemukakan pencalonan adalah pada 5 petang, 30 April dan pencalonan yang dikemukakan selepas itu tidak akan dilayan.
Beliau juga mengingatkan agar calon-calon berkempen secara sihat dan mengelak sebarang perkara yang mencemarkan kredibiliti calon lain.
"Kami benarkan berkempen secara sihat tetapi tertakhluk pada larangan yang terkandung dalam perlembagaan parti, jika ada yang didapati melanggar peraturan ini mereka terdedah kepada tindakan disiplin," katanya.
Asmuni juga mengingatkan anggota bahagian supaya menghentikan amalan pelantikan secara 'longgokan' iaitu memilih nama tanpa menentukan jawatan mereka terlebih dahulu.
"Ini berlaku setiap kali pemilihan, pilih nama secara 'lump sum' atau 'longgokan' dulu, lepas itu mesyuarat lain baru pilih siapa nak jadi YDP (Yang Dipertua), siapa nak jadi setiausaha ... ini salah, kerana ikut peraturan mesyuarat dianggap sempurna bila semua jawatan siap ditentukan dahulu," katanya.
Asmuni juga berkata tiada sebarang syarat bagi anggota PAS yang menjadi anggota mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dilarang daripada menjadi calon atau memegang sebarang jawatan dalam parti.
Pemilihan Jawatankuasa PAS diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang dijangka 1 Jun ini. SUMBER 1 Mac adalah tarikh pencalonan pemilihan jawatankuasa PAS. Tarikh yang menjadi saksi sama ada PASMA benar-benar mencabar ulama atau hanya berani cakap belakang. Kalau berdasarkan pendedahan Raja Petra, PASMA sudah mendapat modal besar untuk mencabar kepimpinan Ulama.
PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.
KUALA LUMPUR, 25 Februari: UMNO tidak akan meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar pendapat daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Menurut Najib, terdapat pelbagai faktor kukuh yang memerlukan lebih tumpuan seperti pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.
"Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini telah berbincang dan kita ambil keputusan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Chempaka.
"Kita memikirkan bahawa kita melihat kepada usaha-usaha perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan ideologi politik," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di PWTC di sini.
Jelas Najib, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK bukan perkara baru dan UMNO pernah melakukannya sebelum ini seperti di PRK Bukit Gelugor.
"PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.
"Bagaimanapun kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertanding termasuk calon bebas," katanya.
Mengulas lanjut mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata UMNO masih menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita tunggu ikut tafsiran perlembagaan.
"SPR akan menerima nasihat tafsiran tersebut dan SPR akan tentukan tarikh.
"Bila SPR tentukan tarikh, MT akan membuat keputusan kelak," ujarnya.
Perwakilan PAS menyatakan dengan tegas ada syaitan dalam jemaah PAS. Di bawah ini, Nasruddin Tantawi turut menyebut ada watak syaitan dalam PAS. Siapa sebenarnya yang berwatak seperti syaitan itu? Dahsyat sekali tuduhan yang dibuat itu.
kejadiaan bakar hidup-hidup begal motor ini menuai kecamaman dari pada pihak kepolisian,mereka yang terlibat di dalam aksi ini-membakar hidup-hidup begal motor adalah tindakan anarkis warga yang dilakukan dengan main hakim sendiri padahal negara indonesia adalah negara hukum pihak kepolisiaan akan segera mengusut tuntas para pelaku yang membakar hidup-hidup begal motor.
kepolisiaan meminta kepada seluruh warga jika terjadi hal seperti ini jangan melakukan main hakim sesuka hati serahkan kepada pihak yang berwajib karena negara kita indonesia adalah negara hukum,kejadiaan begal motor yang di panggang hidup-hidup itu merupakan pelajaran bagi kita semua karena sejahat apapun seseorang kita warga tidak bisa dan boleh main hakim sendiri. keganasan warga merupakan hal yang sangat tidak baik dan tak patut ditiru karena mereka tega membakar manusia dalam keadaan hidup-hidup seandainya hal ini terjadi pada keluarga anak,adik atau keponakan yang telah membakar begal motor sungguh kejadiaan ini sangat sadis sejahat apapun seorang manusia perlakukanlah ia layaknya seorang manusia sebab manusia tidak ada yang sempurna selalu dalam kekurangan,memiliki kesilafan dan harus dihukum melalui jalur hukum. pembakaran dalam keadaan hidup-hidup begal motor merupakan sebuah kriminalitas atau pembunuhan bukan memberikan pelajaran atau efek jera sebagai mana yang dikutip dari viva bahwa mereka akan terjerat ancaman hukuman kepada para warga yang membakar hidup hidup begal motor. kejadiaan ini terjadi di jl mesjid baiturrahim rw 03 rw 02 pada hari selasa tgl 24 feb 2015 kelurahan pondok karya kecamatan pondok aren di area tangerang selatan kejadiaan pada pukul 1 siang. berawal dari sri astiani yang menaiki sepeda motor honda beat nopol B 6878 Who yang di bonceng leh wahyu hidayat sesudah membeli makanan di ikuti oleh para begal motor dan menghadangnya dengan mengancam menggunakan samurai di tangan kemudiaan samurai para begal motor berhasil di rampas wahyu hidayat alhasil sri astiani berteriak meminta tolong dan mengundang kerumunan massa yang akhirnya begal motor terkepung oleh warga dipukuli,kemmudiaan di bakar hidup-hidup.
SELUAR dalam dan coli tergantung ditemui dalam bilik suspek.
Klang: Hobi 'terlampau' seorang duda yang gemar mencuri coli dan seluar dalam wanita akhirnya menjerat diri apabila dia ditahan sepasukan anggota polis malam kelmarin.
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumah di Taman Seri Bahagia, di sini, kira-kira jam 11 malam selepas polis menerima aduan daripada jiran suspek berhubung kejadian pecah rumah pada Khamis lalu.
Hasil siasatan dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah suspek yang disyaki kerap melakukan kes pecah rumah di taman itu.
Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek membawa kepada penemuan puluhan helai pakaian dalam wanita dalam salah sebuah bilik.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berasal dari Perak itu mengaku mencuri pakaian dalam wanita itu dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32877#sthash.UJNpq4Uz.dpuf
WALAUPUN baharu sahaja pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana Evans masih lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan.
Buktinya, dia terus disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya dioles indah untuk diabadikan di majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca untuk membeli naskhah tersebut.
Baru-baru ini juga Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.
Yang menariknya, menerusi gambar yang diambil itu menampakkan sisi nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.
Mungkin Jue teruja mahu menggayakan persalinan yang unik dan lain daripada lain bagi memberikan satu kelainan buat imej dirinya agar selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak produksi majalah tersebut.
Apa-apa pun penampilan Jue dan Kaka dalam majalah itu memang vass dan hot bagi kami! – MYNEWSHUB.CC
PARAGUAY – Gambar ini yang menunjukkan seorang anggota polis `bermain-main' dengan seorang wanita bogel di sebuah balai polis, telah mencetuskan skandal besar di negara berkenaan.
Ia juga sekali gus memaksa satu siasatan besar-besaran dijalankan terhadap pasukan polis di Paraguay.
Anggota polis itu dirakamkan mengangkat bajunya hingga ke bahagian perut telah disiarkan dalam akhbar tempatan, Chronica dengan kapsyen "Saya membangkitkan perkara ini kepada umum kerana perkara seperti ini sering berlaku di balai polis dan saya sudah muak dengannya.
Gambar itu dikatakan didedahkan oleh seorang lagi anggota polis di balai berkenaan yang mahu kegiatan seumpama itu dihentikan.
"Kegiatan pelacuran, tarian bogel dan banyak lagi aktiviti buruk berlaku di balai tersebut, justeru ia perlu dihentikan,'' kata sumber gambar berkenaan.
Skandal seks itu kini terpaksa disiasat dengan anggota polis terbabit yang dirakamkan dalam gambar berkenaan menjadi fokus utama siasatan.
Dalam pada itu, jurucakap polis, Paulo Alonso berkata siasatan juga ditumpukan bagaimana kejadian itu boleh berlaku di balai polis.
"Kita juga ingin mengetahui sama ada ia merupakan satu kes sahaja atau ia merupakan sebahagian daripada corak tingkah laku,'' katanya.
Seremban: Angkara mencabul anak lelaki sendiri, seorang pengawal keselamatan dikenakan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 33 tahun selepas dia mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak lelakinya berusia lima tahun di rumah mereka di Paroi, di sini, pada 5 November lalu, kira-kira jam 9 malam.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pengadu diberitahu seorang ahli keluarga mengatakan anak lelakinya berusia lima tahun dicabul suaminya dan dia bertanyakan kanak-kanak terbabit.
Kanak-kanak itu mengaku dicabul bapanya sebanyak empat kali di dalam bilik dan bilik air rumah mereka menyebabkan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Roslina Mohamad merayu agar dikenakan hukuman paling ringan bermula dari tarikh ditangkap kerana sebelum kejadian tertuduh menanggung isteri dan tiga anaknya.
Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin yang mengendalikan kes meminta mahkamah mengambil kira betapa serius kes itu kerana tertuduh adalah bapa kepada mangsa.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 9 November tahun lalu dan dua sebatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32942#sthash.PuC7bDKa.dpuf
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 29 tahun yang mempunyai dua anak dan masih bersuami ditahan kerana 'menyeludup' lelaki ke kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, tengah malam Jumaat lalu.
Tindakan wanita itu yang disyaki berkhalwat pada jam 12.05 tengah malam itu bagaimanapun, disedari jiran berhampiran sebelum sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kediaman itu.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mendapati rumah berkenaan dalam keadaan gelap manakala pintu jeriji turut berkunci sebaik tiba untuk pemeriksaan.
"Susulan itu anggota penguat kuasa JAWI mengetuk pintu rumah itu sambil memperkenalkan diri sebagai petugas penguat kuasa.
"Selepas 10 minit, baru pintu rumah dibuka dan seorang wanita lengkap berpakaian muncul. Anggota penguat kuasa kemudiannya menunjukkan kad kuasa seterusnya meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.," katanya.
Wan Jaapar berkata, sebaik masuk ke dalam rumah terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berdiri berhampiran meja makan.
"Pemeriksaan di seluruh rumah itu kemudiannya menemui dua kanak-kanak sedang tidur di dalam bilik utama.
"Kanak-kanak berusia satu tahun dan tiga tahun itu anak kepada wanita terbabit. Hasil pemeriksaan ke atas lelaki dan wanita ini juga mendapati mereka bukan pasangan suami isteri yang sah," katanya.
Menurutnya, lelaki dan wanita itu kemudiannya dibawa ke Pejabat JAWI untuk tindakan selanjutnya dan ditahan mengikut Seksyen 27 (A) & (B) Akta 559 kerana disyaki berkhalwat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32957#sthash.dou3I2QR.dpuf
KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, semalam.
Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.
Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.
Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvana menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.
Tertuduh juvana yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana dia sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping dipercayai kerana kesalahan ugutan.
Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 6 Januari tahun depan.
Lelaki berkenaan keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara.
KOTA BHARU - Haruan makan anak. Itu perumpamaan buat seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil terima padah setelah dihukum penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.
"Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri," katanya.
Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.
Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014.
Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.
Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.
Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.
Dari kiri: Kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda melakukan siasatan terhadap dua perempuan dan seorang lelaki berperwatakan perempuan (dua, kanan).
SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.
Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.
Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.
Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.
Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.
Kawasan semak yang dipercayai sering dijadikan port pelacuran dimusnahkan penguatkuasa dalam operasi semalam.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
"Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.
"Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States