Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 30 Januari 2013 at 9:10 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 30 Jan 2013 07:28 PM PST

Tukar Tiub


KALAU AGAMA HINDU TAK BENARKAN - BAGAIMANA?

Posted: 30 Jan 2013 04:30 PM PST



JALAN 
LAIN KE SYURGA
 Kalimah Syurga dan
Neraka   hak Hindu

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Syurga dan Neraka kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Agama Hindu agama asal Tanah Melayu.

Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara,  Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Hindu sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Agama Hindu  sebagai Agama  Asal Persekutuan Tanah Melayu supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

------

KERAJAAN HARAM BUAT KERJA HARAM

Posted: 30 Jan 2013 06:30 AM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
kerajaan hari ini kerajaan haram
kerajaan yang dilantik oleh undi tipu
kerajaan yang  menang pilihan raya kerana undi sabah

kerajaan sademikian
hanya ada satu jawapan
kita gulingkan

kalau tipu pilihan raya
kita turun ke jalan raya

cakap cakap tak guna
yang penting aksi

JPN arah IC, Mykid tidak dituntut dihantar ke Sabah – Mahfuz

KUALA LUMPUR 30 Jan: Belum reda isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian warga asing di Sabah, timbul pula pendedahan baru tentang arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau.
Mendedahkan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi surat yang diterimanya melalui pos.

HANTU DAPAT BORANG MENGUNDI


------

KENAPA SABAH HANYA DAPAT 5% ROYALTI MINYAK?

Posted: 30 Jan 2013 05:00 AM PST



BILA SABAH NAK TUNTUT
ROYALTI MINYAK 20%
TETIBA  KAPAL TERBANG JATUH
SIAPA  DIA  MALAON INI
Datuk haris salleh....luka yang paling dalam mangkuk ni buat ialah....menyerahkan pulau labuan kepada kera kera di pusat....apa perlu diserahkan...mangkuk in untung...cuba riki tanah mangkuk ni di labuan..dia juga yang amat bertanggungjawap membawa warga pakistan di sabah....bukan persoalan agama di sini....warga timur juga banyak di sabah dan mereka kebanyakannya kristen....

.INI BUKAN MASALAH AGAMA DALAM KES SABAH....INI MASALAH CURANG PADA RAKYAT NEGERI SABAH.....DATUK HARIS SALLEH.....PAKISTAN....MSHATHIR...INDIA KERALA...DITANAH BESAR MEREKA.MEREKA KRISIS....DI BENUA TENGGARA...MEREKA KISS KISS....mangkuk tul......ingat aku lagu folk dulu dulu...lebih kurang gini le bunyinye......SAFODA OM K.P.D......

MANGANU TANAH TOKOU.......MAMATAI TULUN DUSUN......TIPU KALING DI HARIIS................EHHH....MANGKUK NI DAH MATI LUM....KALAU BELUM....BILA MAU MATI NIIIII........?......kalau nak tahu....sumber penyakit NEGERI SABAH NI.....MANGKUK PAKISTAN NILAH PENYEBENYA....SEKARANG DAH JADI on SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN - GEROMBOLAN HANYA AKAN MENANG DENGAN TIPU UNDI



SIAPA 
MALAON INI?
-----

TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN KE JALAN RAYA

Posted: 29 Jan 2013 08:00 PM PST


ANAK MUDA BERSEDIA
PAK CIK MAK CIK BERSEDIA
ABANG KAKAK BERSEDIA
TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA

TIPU PILIHANRAYA 
TURUN KE  JALAN RAYA

Orang ramai tidak perlu takut-takut. Orang ramai dan bakal pengundi tidak perlu lagi berselindung apabila berhadapan dengan United Malays National Organisation. Bakal pengundi  juga tidak perlu meminta maaf apabila ingin mengatakan  dalam PRU13  yang akan datang ini  nanti penipuan undi  akan dijalankan.

Penipuan undi yang akan dijalankan dalam PRU13 ini nanti bukan satu tuduhan melulu.  Hari ini  secara hitam puteh saya berani menulis mengatakan bahawa United Malays National Organisation hanya akan menang dalam PRU13 ini nanti dengan cara menipu. Ini bukan propaganda kosong. Ini bukan taktik perang saikoloji. Keberanian saya berkata  -  penipuan dalam PRU13 akan dijalankan -  berasaskan apa yang telah dan  sedang berlaku di Sabah.

Bertahun-tahun lamanya orang  ramai telah mendengar  Lebai Desas bin Haji Desus bercerita  tentang Pendatang Haram diberi kad pengenalan segera untuk menjadi pengundi di Sabah.  Lebai Desas juga bercerita bagaimana 'orang-orang' yang 'buat kerja'  ini akhirnya ditangkap dibawah ISA. Mereka dipenjarakan  sebagai langkah  menutup mulut.  Lebai Desas  juga berkesah bahawa semua ini adalah racangan Mahathir Muhamad. Ada yang memanggil projek  ini ' Projek M'. Ada pula yang memanggil  ini  'Projek IC'.

Minggu lalu kesah-kesah yang selalu kita dengar  dari Lebai Desas bin Haji Desus telah menjadi kenyataan. Makhluk-makhluk yang ditangkap dibawah ISA  dahulu - telah secara terbuka membuat kenyataan untuk memberikan  bukti bahawa memang ada pemberian  kad pengenalan segera di Sabah.

Nama arwah Megat Joned muncul. Nama Aziz Shamsuddin orang kanan Mahathir Muhamad disebut. Nama Pegarah SPR Sabah juga disebut. Akhirnya dunia menyedari  apa yang selama ini diangap desas desus telah terbukti benar.  Kenyataan ini timbul dari 'pegawai kerajaan'  yang berperanan dalam rancangan jahat memberi kad pengenalan segera kepada pendatang haram.

Kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada  siasatan Suruhanjaya DiRaja (SRD) yang sedang bersidang menyiasat  kes Kad Pengenalan Segera ini. Dunia tidak terperanjat apabila dibuktikan  bahawa Mahathir Muhamad telah mengarahkan agar pendatang haram diberi kad pengenalan segera. Projek beri 'kad pengenalan segera' ini bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam piliharaya di Sabah.

Telah menjadi jelas kepada umum bahawa kuasa yang selama ini  dimiliki oleh United Malays National Organistaion ini berpunca dari penipuan undi. Semenjak beberapa tahun kebelakangan  parti Ketuanan Melayu ini  tanpa sengan-segan telah mendabik dada memashorkan ke seluruh dunia  bahawa Sabah adalah  'simpanan tetap'  untuk United Malaya National Organistion. Sekarang jelas bagaimana undi 'simpanan tetap' ini dapat dikumpulkan.

Siasatan Suruhanjaya DiRaja (SSRD Sabah)  masih belum selesai. Jawapan dari Mahathir Muhamad tidak penting. Sama ada Mahathir jadi saksi atau tidak bukan persoalan. Selesai atau belum juga  bukan persoalan.  Yang penting projek beri kad pengenalan ini wujud dan bukan lagi  cerita dongeng.

Ha. Ha. Ha. Akhirnya Mahathir katoi. Pada 9 Disember 2011 – berita  tersebar dalam media arus perdana bagaimana Mahathir dengan muka jamban  telah menafikan wujudnya kes pendatang haram  yang diberikan kad pengenalan segera. Malah Mahathir dari awal lagi telah mengatakan  yang dirinya kurang senang dengan penubuhan  SSRD. Hari ini semuanya 'terbongeng'.

Satelah  membaca berita dari Sabah ini maka saya ingin membawa  para pembaca  kembali kepada PRU11. Dalam PRU11  tahun  2004 dahulu kerajaan Pas di Terengganu telah ditumbangkan oleh United Malays National Organisation. Adalah bukan lawak  jika saya katakan dalam PRU11, di Terangganu,  jumlah semua kertas  undi yang dikira melebihi jumlah pengundi yang turun mengundi. Malah jumlah pengundi turun mengundi telah melintasi 90%. Ini satu rekod dunia.  Kali pertama jumlah pengundi  yang melintasi 90% ini hanya berlaku di Iraq dibawah Saddam. Kali kedua di Terangganu pada tahun 2004.

Awal tahun lalu pemimpin Pas – Mat Sabu dan Yb Mahfuz Omar – telah memecahkan berita kepada umum tentang  template Projek Terangganu 2004 lalu telah dan sedang berjalan di Selangor. Mat Sabu sendiri telah berkata bahawa – kerja jahat buat pengundi hantu – ini dikepali oleh Idris Jusuh. Bekas MB Terangganu ini dipilih untuk  Projek Ganu Tawan Selangor  kerana pengalaman  berjaya 'menipu undi' dalam PRU 2004.

Yb Mahfuz pula telah  mengumumkan  bagaimana pemberian kad pengenalan segera a la Sabah ini sedang  berjalan lancar dengan bantuan pegawai tertinggi dari PDRM dan JPN. Mengikut kata Yb Mahfuz mereka yang terlibat terdiri dari Datuk dan Tan Seri  dan sedang  bekerja sama-sama dengan  ketua-ketua jabatan kerajaan.  Mahfuz sendiri  tahu alamat pejabat ' special task force' yang mengedarkan kad pengenalan segera ini.

Kemudian kita juga membaca bagaimana kerjaaan Pakatan di Selangor  telah membelanjakan 5 juta ringgit untuk memereksa, mengenal pasti nama dan alamat bakal pengundi. Kerjaan Selangor telah mengarahkan para pembanci mengetuk dari pintu ke pintu diseluruh daerah di Selangor. Hasilnya telah ditemui 134,000 bakal pengundi  yang disangsikan statusnya.

Menteri Besar Selangor telah menimbulkan pekara  134,000 pengundi yang tidak diketahui jantan betina atau asal usulnya  kepada SPR. Jangan ketawa atau menangis apabila mendengar jawapan resmi SPR.

" Kalau nama mereka ada dalam senarai pengundi maka mereka boleh mengundi..." ini adalah jawapan resmi dari SPR.

Apa yang hendak saya terangkan disini ialah rancangan menipu undi dalam PRU13  yang akan datang ini bukan cerita dongeng. Fakta fakta semakin jelas menunjukkan bahawa jika United Malays National Organisation tidak menipu maka parti Ketuanan Melayu  ini pasti tidak lagi menjadi tuan. Malah  ramai pemimpin Ketuanan Melayu ini akan dihadapkan ke Mahkamah.

Untuk terus berkuasa, untuk terus selamat dan untuk terus menjadi tuan, parti  United Malays National Organisation tidak memiliki apa-apa pilihan lagi – melainkan menipu. Sokongan orang ramai terhadap parti Ketuanan Melayu ini telah merosot.  Apa sahaja 'kerja politik' yang dilakukan untuk mengembalikan  keyakinan orang telah gagal.

Paling akhir ialah pemberian 100 ringgit  untuk murid sekolah. Hadiah duit kepada murid sekolah ini ingin  digunakan untuk mengumpul sokong dari ibu bapa.  Lihat apa yang terjadi. Ibu bapa yang datang  untuk menerima hadiah telah memakai baju Bersih atau baju Himpunan  Hijau. Tidak cukup dengan ini – para gerombolan dalam Barisan Nasional juga bergaduh sesama sendiri. MCA dan MIC merasakan bahawa parti mereka telah tidak diberi peluang untuk bersama berjumpa dengan  ibu bapa di sekolah.

Melihat apa yang sedang berlaku – maka Mat Sabu sebagai Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 telah mengeluarkan satu kenyatan yang amat penting.  Timbalan Presiden Pas ini bukan lagi menyuarakan amaran dari 500,000 yang turun ke jalan raya pada Hari Kebangkitan Rakyat.  Kali ini Mat Sabu telah mengingatkan SPR  dan United Malays National Organisation agar tidak  meneruskan projek tipu mereka  saperti yang telah dijalankan di Sabah.

Jika 'projek tipu' diteruskan juga maka orang ramai sesudah mengundi akan turun ke jalan raya untuk berdemo. Apa bezanya demo 'anti-tipu'  yang akan datang dengan demo-demo yang telah pernah dijalankan?

Cukup banyak bezanya. Kalau dulu kita hanya berdemo kemudian bersurai. Kali ini jika rakyat merasakan bahawa United Malays National Organisation menang besar dengan cara tipu  maka orang akan turun  berdemo sahingga pilihan raya baru dijalankan.  Orang ramai akan menuntut lembaga SPR baru ditubuhkan. Ertinya orang ramai TIDAK mahu menerima lagi kerajaan baru yang menang dengan cara tipu. Demo yang akan datang ini adalah demo untuk membawa perubahan. Bukan lagi demo untuk beri amaran. Bukan lagi untuk tunjuk  ramai penyokong.

Bukankah tadi telah dikatakan bahawa Ketuanan Melayu ini hanya boleh menang dengan menipu?  Bukankah Ketuanan Melayu telah tidak mendapat sokongan orang ramai? Betul. Justeru tulisan ini bukan lagi tulisan akademik yang akan membicangkan pro dan kontra – saheh atau palsu – penipuan itu. Masa untuk membincangkan  cara penipuan telah selesai. Sabah telah memberikan jawapan itu.

Maka, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai apa dia tanda dan  makna demo besar akan sampai nanti. Tulisan ini untuk memberi ingatan kepada anak-anak muda bahawa demo yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden Pas itu bukan lagi tentang Bersih, bukan lagi tentang Royalti, bukan lagi tentang Felda.  Demo ini bukan tentang baju t kuning atau baju t merah. Demo yang akan datang ini ialah demo untuk menamatkan kuasa United Malays National Organisation yang selama ini berkuasa melalui penipuan  undi.Demo untuk menamatkan kuasa penipuan United Malays National Organisation ini akan melaungkan : Tipu Pilihan Raya – Turun Ke Jalan Raya(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini sila pukul
talioin 03-22-72-40-42 



---------

DUNIACACAMARBA

Posted: 30 Jan 2013 03:49 PM PST

DUNIACACAMARBA


Wow, Remaja 16 Tahun Mengaku Rela Diratah 6 Lelaki Antara 11 Malam Hingga 3.30 Petang

Posted: 30 Jan 2013 12:38 AM PST


[SH] IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.


P/s: Apa nak dikatakan lagi?


 

Wanita Perangkap Suami dengan Racun di dalam Alat Sulitnya

Posted: 29 Jan 2013 06:29 PM PST



[HM] Rio De Janeiro: Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.

Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh. 
 
Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya. - TS 
 
 
 

locengwangsa

Posted: 30 Jan 2013 03:30 PM PST

locengwangsa


PRU13 - BUBAR SELEPAS CHAP GOH MEH, PILIHAN RAYA DALAM BULAN MAC@CUTI SEKOLAH?

Posted: 30 Jan 2013 12:19 PM PST

ALHUSSEYN

Posted: 30 Jan 2013 03:22 PM PST

ALHUSSEYN


S Ambiga Ketuai Post Mortem Bebas Kematian C Sugumaran

Posted: 30 Jan 2013 12:07 AM PST

Apa? S Ambiga sebagai kedua badan post mortem ke-2 kematian C Sugumaran?

Begitulah yang telah dicadangkan oleh S Vell Pari.

Tahniah kepada S Vell Paari dan G Palanivel diatas usaha mereka atas rasa kemanusian dan sifat ketelusan mahu menegakan keadilan kepada semua tanpa mengira anutan parti.

Isu kematian C Sugumaran ini bukanlah isu politik tetapi ia adalah isu menegakan keadilan untuk rakyat.

Permohonan keluarga mangsa untuk mengadakan post mortem kali kedua sangat berasas dan keengganan polis membenarkannya  amat kejam dan zalim. Polis kini bersetuju untuk mengadakan post mortem kali kedua sebagaimana yang dituntut oleh keluarga mangsa. FMT melaporkan :

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengemukakan laporan forensik ke atas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran.

Ia juga difahamkan bahawa pihak polis telah memberi lampu hijau kepada keluarga untuk menjalankan post-mortem bebas.

Pengarah strategik MIC S Vell Paari berkata Perdana Menteri membuat panggilan selepas Presiden MIC, Datuk G Palanivel membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat Kabinet pagi ini.

 "Keadilan mesti dipastikan untuk keluarga si mati. Polis dan kementerian berkaitan mestilah telus dalam perkara ini, "tambah Vell Paari.

 Vell Paari berkata bahawa dia bercakap kepada ketua polis Selangor timbalan A Thaiveegan dan mendedahkan bahawa bedah siasat kedua dibenarkan.

Beliau menambah bahawa Pemuda MIC bersedia untuk menanggung kos post-mortem bebas itu.

"Saya akan meminta Pemuda MIC untuk menghubungi keluarga mangsa dan pemimpin PKR yang terlibat dalam kes itu untuk memutuskan pakar patologi bebas untuk menjalankan post-mortem," katanya.

 Rabu lepas, Sugumaran didakwa dipukul hingga mati oleh polis dan awam manakala digari di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Patologi Dr Mohd Azaini Ibrahim dari Hospital Serdang mendakwa bahawa Sugumaran meninggal dunia akibat serangan jantung walaupun saksi mendakwa si mati telah dipukul.

Muka Sugumaran juga berlumur dengan serbuk kunyit.

Berikutan itu, Peguam Negara telah memanggil untuk satu inkues tetapi keluarga mangsa enggan untuk menyertai, menuntut supaya satu siasatan pembunuhan dijalankan bukannya.

Pemimpin PKR dan peguam N Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, mendakwa bahawa inkues itu adalah satu cubaan untuk menutup kes itu.

Berikutan kejadian itu, Vell Paari juga mengulangi gesaan untuk pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Beliau juga mencadangkan pengerusi bersama Bersih 2.0, S Ambiga untuk memimpin badan tersebut. Sumber

Antara Nasharudin dan Pedang Allah - Khalid al-Walid

Posted: 29 Jan 2013 07:04 PM PST

Walaupun Mursyidul 'Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata, Nasharudin bebas untuk menganggotai mana-mana parti setelah dilucutkan dari keanggotaan Majlis Syura Ulama PAS, namun Nasharudin berkata, beliau akan tetap terus bersama PAS untuk memperjuangkan Islam walaupun tidak memegang apa-apa jawatan sekali pun. 

Kita mengalu-alukan pendirian Nasharudin yang menyatakan sikap dan pendiriannya untuk memperjuangkan Islam menerusi PAS. 

Ini mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan Islam di mana Umar al-Khatab pernah melucutkan Khalid al-Walid dari jawatannya sebagai ketua angkatan perangnya sewaktu sedangg mengepalai satu peperangan. 

Namun Khalid tidak berkecil hati dan meneruskan khidmat berjuang untuk Islam kerana Allah semata-mata. 

"Aku berjuang bukan kerana Omar, tetapi kerana Allah" kata Khalid al-Walid. Sebagi seorang pejuang Islam yang kental dan ikhlas, Khalid al-Walid tetap meneruskan perjuangannya bersama-sama kaum Muslimin. 

"Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab. 

Maka begitu jugalah nampaknya Nasharudin Mat Isa. Beliau tidak menampakan tanda-tanda akan meninggalkan PAS, malah mahu meneruskan perjuangannya.

Kenyataan beliau menyatakan tidak akan meninggalkan parti tersebut dan akan terus memperjuangkan Islam perlu diberikan perhatian kita semua. 

Pertama sekali, apabila beliau kata akan terus memperjuangkan Islam, maka ada dua persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada Nasha mengenai maksudnya yang sebenar. 

1. Apakah beliau bermaksud untuk memperjuangkan tuntutan Islam sebenar yang sudah 'tergelinjir' dari landasan perjuangan PAS? 

Nasha sering mendakwa bahawa PAS sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan asalnya.Dakwaan Nasha saling tak tumpah seperti mana yang biasa diucapkan oleh sahabat-sahabat baiknya – Dua Hasan , Hasan Ali dan Hasan Basri. 

2. Memperjuangkan Islam kerana PAS adalah satu-satunya wadah yang memperjuangkan Islam yang syumul? 

Kalau kerana ini, saya amat meragukan mengenai keikhlasan Nasha. Ya lah…sedangkan ada jawatan pun beliau gagal melaksanakan tanggung jawabnya, apatah lagi kalau sebagai ahli biasa.

Maklumlah , sejak menjak ini merupakan manusia paling sibuk memberikan khidmat baktinya kepada PM Najib hingga tak ada masa untuk menghadiri mesyuarat dan terpaksa ponteng tanpa sebab! 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sendiri bagi tau, Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Baca di sini di sini bayangkanlah kalau hanya sebagai ahli biasa. 

Nasha, Ko sanggupkah pasang poster atau panjat pokok / tiang telefon untuk pasang bendera macam kebanyakan ahli PAS biasa apabila menjelang PRU? Alahai …. 

Saidina Umar R.A, pernah menjelaskan kepada orang ramai yang tidak berpuas hati diatas tindakan memecat Khalid, 

 "Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik." 

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?" Tanya orang ramai.

"Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah." 

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan, Nasharudin telah melanggar beberapa peraturan badan tersebut termasuklah gagal menghadiri mesyuarat Majlis Syura. 

Sumber-sumber juga menyatakan kegagalan Nasha berperanan sebagai  Ahli Parlimen Bachuk menyebabkan  kawasan itu sudah hilang keyakinan terhadapnya dan tidak mahukan Nasha sebagai wakil mereka lagi.

Reaksi majoriti ahli terhadap perlucutan jawatan Nasha ini amat berlainan sekali. Mereka seolah-olah telah begitu lama menantikan tindakan tersebut , malah mereka rasakan tindakan tersebut masih dianggap masih terlalu lunak berbanding dengan kelaku Nasha sejak semenjak ini. 

Khalid al-Walid melaksanakan tugasnya dengan jayanya dan Rasulullah memberi nama jolokan kepadanya sebagai Saiful Islam, yakni Pedang Islam. Layakkah Nasha diberikan nama jolokan yang sama?


DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Jan 2013 03:19 PM PST

DIALOG RAKYAT


M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk

Posted: 30 Jan 2013 01:39 AM PST

MALAYSIA KINI


 
Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini dengan menduduki tangga ke-145 daripada 179 negara sejak indeks tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.

Reporters Without Borders yang mengeluarkan indeks berkenaan antara lainnya menyebut, kedudukan buruk itu antara lainnya disebabkan tindakan polis ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lalu.

Malaysia mencatat kedudukan ke-141 pada 2010 dan memperbaikinya ke tangga-122 pada 2011-2012.

Ia juga menyatakan bahawa negara Bangladesh, Libya, Kyrgyzstan, Thailand, Indonesia dan Brunei mencatat kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Singapura mencatat kedudukan ke-149 manakala Burma melangkaui 18 kedudukan selepas mengalami "perubahan dramatik" pada tahun lalu

'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'

Posted: 30 Jan 2013 01:38 AM PST



Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

Mahkamah Tinggi batal notis SPRM panggil peguam

Posted: 30 Jan 2013 01:36 AM PST



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua peguam berhubung penyiasatan kes melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).
  
Hakim Datuk Zaleha Yusof semasa membenarkan permohonan semakan kehakiman itu memutuskan notis dikeluarkan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 adalah tidak sah dan salah guna kuasa, dan notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap
Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.
  
"Saya tidak nampak sebarang logik untuk mengeluarkan notis kepada pemohon (dua peguam) bagi merekodkan kenyataan mereka, yang hanya mewakili anak guam mereka," kata Zaleha.
  
Beliau berkata ia merupakan satu perbuatan menakut-nakutkan dan cubaan mendapatkan maklumat tertentu di antara anak guam dan peguam yang mewakili mereka oleh pegawai SPRM.
  
Zaleha membenarkan tiga permohonan oleh pemohon, pertamanya bagi pembatalan notis itu, notis bertarikh 19 Mac 2012 itu diisytiharkan sebagai tidak sah dan  ketiganya pegawai SPRM tidak mempunyai kuasa untuk merekodkan kenyataan daripada peguam yang mengiringi anak guam mereka.
  
Bagaimanapun, beliau tidak membenarkan permohonan gantirugi oleh pemohon.
  
Latheefa yang juga anggota jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat dan Murnie dalam permohonan mereka menamakan SPRM, kerajaan Malaysia dan Penolong Superintendan SPRM Suziana Ali sebagai responden.
  
Mereka menyatakan notis bertarikh 19 Mac itu meminta mereka hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 23 Mac 2012 untuk membantu siasatan melibatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah tidak sah dan bercanggah dengan ketetapan Perkara 5(2), Perlembagaan Persekutuan.
  
Kedua-dua peguam mewakili bekas perunding NFC Datuk Shamsubahrin Ismail mendakwa mereka menerima notis itu pada hari yang sama (19 Mac) selepas mengiringi anak guam mereka ke pejabat SPRM untuk memberikan kenyataan berhubung kes Mohamad Salleh.
  
Gagal mematuhi notis itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Kedua-dua pemohon diwakili peguam R.Sivarasa manakala SPRM diwakili Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah.- Bernama

Isu PRU12: MB Selangor sedia berdepan saman

Posted: 30 Jan 2013 01:34 AM PST

NURULFATIHA MUAH, FOTO: FOTO SUK

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid (kanan) menyerahkan buku In Search of Knowledge kepada Marzuki, semalam.
 
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'menggalakkan' tindakan undang-undang yang bakal diambil kira-kira 50,000 warga emas di Selangor berikutan dakwaan tidak menerima caruman takaful seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Beliau menegaskan, pihaknya sedia berdepan dengan tindakan itu bagi membuktikan kebenaran berhubung isu berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.

"Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu.

"Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful).

Sebab itu saya minta pergi (perkara itu dibawa) ke mahkamah. Kalau tidak nanti mereka akan cakap di luar dan tiada bukti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Pengarah Jabatan Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin.

Kelmarin, 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.

Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo dilaporkan berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008.

Fokus PRU: Kamalanathan mahu kekal momentum di Hulu Selangor

Posted: 30 Jan 2013 01:32 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 P Kamalanathan
Kamalanathan sentiasa berdamping dengan semua golongan rakyat.
 
HULU SELANGOR – Momentum dan semangat kemenangan yang diperoleh selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, pada 2010 terus kekal hingga ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Itu keyakinan diperlihatkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika ditanya kesediaan dan persediaannya sekiranya dicalonkan pada PRU13 akan datang.

Baginya, semangat kemengangan itu tidak pernah luntur malahan terus membara sampai bila-bila.

"Tamat saja PRK, saya sudah mulakan persiapan untuk menghadapi PRU. Saya mengekalkan semangat dan momentum itu hingga ke hari ini," katanya.

Menurutnya, kebanyakan janji-janji yang diberikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada PRK lalu juga kebanyakan sudah selesai dan ada yang masih dalam proses penyelesaian.

Beliau mengambil contoh pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Buaya dan Projek Perumahan Kampung Hassan di Hulu Bernam yang masing-masing dalam proses penyelesaian.

Katanya, secara keseluruhannya tidak ada satu aspek pun yang tertinggal dan jika ada beliau mengakui terlepas pandang, namun tetap akan didekati dan diselesaikan.

Modal politik pembangkang.

Melihat kepada beban berpanjangan dialami pembeli-pembeli projek terbengkalai yang menjadi isu utama di Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan mengakui ada pihak yang menjadikan isu tersebut sebagai modal politik menjelang PRU13.

Bagi beliau, kesempatan itu sudah menjadi lumrah terutama pakatan pembangkang yang ketandusan isu.

"Sikap pembangkang, kalau ada masalah hasrat mereka bukan mahu menyelesaikan masalah tapi bagaimana boleh membesarkan masalah ini, mempolitikkan perkara ini supaya mereka dapat keuntungan politik. Kita tidak begitu.

"Kita membawa penyelesaian. Tapi apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor, berapa banyak projek perumahan di negeri ini yang mereka pulihkan sepanjang memerintah?" katanya.

Menurutnya, antara sebab rakyat memberikan kepercayaan kepada pakatan pembangkang kerana mahu melihat perubahan yang dibawa, tetapi malangnya dalam tempoh empat tahun pakatan gagal membawa sebarang perubahan.

Katanya, berbeza dengan kerajaan BN dalam tempoh lebih dua tahun selepas PRK 2010 sudah banyak perubahan dan pembangunan dibawa ke daerah ini.

Kamalanathan berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menambah baik proses penyelesaian berkaitan projek terbengkalai di mana kerajaan telah membentangkan beberapa rang undang-undang yang baru agar pembeli dapat dipertahankan berbanding
pemaju.

Menurutnya, jika selama ini pemaju sering kali terlepas apabila sesuatu projek pembangunan gagal disiapkan di mana hanya syarikat di senarai hitam sedangkan pengarahnya terlepas, tetapi sekarang kerajaan mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap
pengarah yang terlibat.

"Kerajaan memberi syarat kepada pemaju sekiranya mereka mempunyai rekod buruk maka mereka tidak boleh laksanakan projek lain dan kita juga memastikan bahawa pemaju-pemaju perumahan menepati janji kepada pembeli.

"Kita akan pertahankan kuasa pembeli. Usaha kerajaan untuk memastikan pemaju lebih bertanggungjawab, menunjukkan komitmen dan lebih serius dalam pelaksanaan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau turut menjelaskan antara usaha lain kerajaan membangunkan semula projek terbengkalai adalah dengan membawa masuk pelabur ke daerah ini.

Menurutnya, langkah itu dilakukan melalui pengembangan bidang perindustrian, mewujudkan pelung-peluang pekerjaan dan menyediakan lebih banyak ruang pendidikan.

Nilai diri, prestasi saya

Menurut Kamalanathan, segala pembangunan yang telah dibawa ke daerah ini dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini merupakan bukti pembaharuan atau transformasi yang mahu dilaksanakan kerajaan BN.

Menurutnya, untuk memastikan lebih banyak pembaharuan di bawa, beliau memerlukan tempoh lebih panjang untuk berkhidmat.

"Kita ada perancangan dan kita telah buktikan dalam masa dua tahun ini dan masa yang singkat.

"Saya dengan kerjasama 100 peratus kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membuat pembaharuan. Kita boleh buat banyak pembaharuan, berikan kita lagi kepercayaan, mandat satu lagi untuk mentadbir Hulu Selangor kerana kerajaan BN banyak
lagi perancangan untuk membangunkan Hulu Selangor," katanya.

Hanya berbaki beberapa hari saja lagi sebelum medan PRU13 dibuka dan sudah pasti masa yang ada semakin suntuk.

Ketika ditanya bagaimana untuk beliau meyakinkan rakyat dalam tempoh berbaki ini, Kamalanathan dengan nada rendah menyatakan supaya rakyat membuat perbandingan dan menilai prestasinya selama ini.

"Apabila saya pergi berceramah politik di mana-mana pun, saya akan suruh mereka (rakyat) buat perbandingan, dua tahun zaman PKR dan dua tahun zaman BN.

"(Dalam ceramah) saya tidak akan menyentuh atau mencari kesalahan mereka. Saya hanya akan tanya dalam tempoh dua tahun apa yang telah mereka lakukan," katanya.

Menurutnya, kerajaan BN juga sedang melaksanakan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, dalam cadangan membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Serendah, klinik kesihatan di Bukit Sentosa dan pembinaan dua universiti di Serendah.

Sindiket jual bayi: Polis rujuk kertas siasatan ke Pejabat Pendakwa Raya esok

Posted: 30 Jan 2013 01:24 AM PST

SINAR HARIAN

NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang telah menyiapkan kertas siasatan berhubung penahanan lapan individu termasuk doktor sebuah klinik swasta dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kes sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya esok untuk tindakan selanjutnya.

"Kertas siasatan kes itu sudah siap dan kita akan hantar esok dan kita jangka keputusan untuk mendakwa mereka pada Jumaat ini," katanya kepada pemberita selepas program Lawatan Ketua Polis Pulau Pinang ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jawi, di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata setakat ini polis menahan 36 individu, termasuk dua tangkapan baru iaitu pasangan suami isteri berumur lingkungan 50an di Bukit Mertajam serta menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun.

"Dua puluh dua daripada mereka yang ditahan sudah dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Khamis lepas, Polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang aktif di utara tanah air dengan penahanan 33 individu berumur antara 23 hingga 52 tahun.

Dalam serbuan di sebuah tempat persembunyian bayi dan kanak-kanak itu, polis menyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Polis turut menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak perempuan pada Isnin dan menahan pasangan suami isteri menjadikan jumlah tangkapan 36 orang dan bayi serta kanak-kanak yang diselamatkan 10 orang.

Lima daripada yang ditahan sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth 25 Januari lepas sementara kesemua bayi dan kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Bernama

Isu MyKid: Pas tuntut penjelasan JPN

Posted: 30 Jan 2013 01:23 AM PST

RISWANDI RAZAK

Mahfuz Omar
Mahfuz menunjukkan salinan surat Jabatan Pendaftaran Negara pada sidang media hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Pas menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Salinan surat tersebut diterima sendiri oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar seminggu lalu oleh pihak tertentu.

Mahfuz berkata, JPN perlu memberi penjelasan kerana berdasarkan maklumat surat tersebut terdapat keraguan berhubung prosedur sebenar bagaimana pelupusan kad pengenalan dibuat di negara ini.

"Perkara yang meragukan adalah arahan kepada semua pengarah bahagian, negeri dan ketua jabatan JPN daerah/daerah kecil adalah untuk menghantar kad pengenalan dan mykid ini terlebih dahulu ke Keningau, Sabah sebelum ke JPN.

"Ini kerana juruaudit JPN sedang berada di Keningau," katanya yang membacakan isi kandungan surat bertarikh 14 Disember 2012, dalam sidang media, di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Mkini paling dipercayai siswa, menurut kajian

Posted: 30 Jan 2013 01:21 AM PST



Satu kajian oleh sekumpulan ahli akademik menyebut, siswa di dua buah universiti terkemuka negara memilih portal berita Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding media lain.

Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan laman web politik paling popular dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus), Utusan Online (23.6 peratus) dan Tranungkita Online (15.7 peratus).

Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan MStar (19.7 peratus).

Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.

Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Posted: 30 Jan 2013 01:12 AM PST

Staff Berita Semasa
 
AES Malaysia Cina Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini.

Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat "menjaga keselamatan anda semua di jalanraya" dan dalam pada masa yang sama "mencari pelanggan baru mereka". Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara"
Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi? Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini siapa yang dikenakan saman AES, boleh "avoid saman" itu? Ini kerana sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
"Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai," katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.
Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu.
Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama.
"Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu.
"Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan," katanya.
Adakah statistik AES yang mengatakan boleh selamatkan 6000 nyawa setahun tidak termasuk hari perayaan?

AES Chinese New Year 2013 Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Bukankah pihak berkuasa sendiri yang mewarwarkan kempen kesedaran dengan peripentingnya kewujudan AES di Malaysia ini sehingga mampu menjaga keselamatan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya? Itu kata merekalah.

Adakah dengan penghentian operasi ini bermakna orang Cina amnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam bahaya sempena Cuti Tahun Baru Cina kali ini?

Jadi persoalannya ikhlaskah kempen kesedaran seperti ini atas nama keselamatan rakyat Malaysia di jalan raya dengan beroperasinya AES selama ini? Hakikatnya, selagi mana operasi AES ini diswastakan kepada pihak yang lebih gemar mencari keuntungan berbanding mencari jalan mengawal keselamatan pengguna jalan raya (seperti JPJ & pihak polis), tidak usahlah membuang duit untuk menjalankan kempen seperti di atas ini.

Jikalau setakat November 2012, Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. telah berjaya mengaut pulangan sehingga RM4.1 ++ juta (DI SINI BUTIRANNYA). Bagaimana pula dengan pungutan yang terkini? Apa pandangan anda pula?

ATM lancar pelan integriti banteras rasuah dan penyelewengan

Posted: 30 Jan 2013 01:09 AM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini melancarkan Pelan Integriti yang bertujuan mencegah serta membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan warga pasukan itu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin yang melancarkan pelan tersebut di Kementerian Pertahanan di sini berkata ia merupakan agenda ATM dalam membudayakan integriti ke arah memartabatkan profesionalisme, komitmen, kecemerlangan dan imej institusi ketenteraan yang berprestij di mata rakyat.

"Berlandaskan semangat Pelan Integriti Nasional (PIN), pelan tindakan ini dirancang secara komprehensif dan pragmatik serta mampu memperkasakan agenda pengurusan dan pentadbiran ATM di tahap terbaik dan cemerlang," katanya dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Antara lain, pelan itu menggariskan lima lagi strategi iaitu memantapkan keutuhan organisasi serta tadbir urus terbaik, meningkatkan kesiagaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan disiplin serta sistem pemerintahan rejimental.

"Strategi lain itu yang digariskan adalah mengukuhkan aspek-aspek kerohanian dan penghayatan nilai-nilai murni dan menambahkan kualiti hidup dan institusi kekeluargaan," katanya.- Bernama

Himpunan #KL112: Polis cari 14 saksi

Posted: 30 Jan 2013 01:08 AM PST

SINAR HARIAN

Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka.
Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka Januari lepas.
 
KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengedarkan gambar 14 saksi bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Jan lepas yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dalam perhimpunan itu.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat
oleh penganjur perhimpunan tersebut.
  
"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil segera bagi membantu pihak polis. Perbuatan membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
  
Mohmad berkata jika disabit kesalahan melanggar syarat itu, penganjur boleh dihukum denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan denda maksimum RM20,000 dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
  
Beliau berkata 14 saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Tony Lunggan di talian 014-6225262 atau 03-90516222 atau tampil di mana-mana balai polis.

Katanya, orang ramai yang mengenali 14 saksi yang gambar mereka diedarkan melalui media dan lama Facebook itu, boleh memberikan maklumat kepada polis atau memaklumkan di balai polis berhampiran.
  
Sementara itu, Mohmad berkata polis memburu enam suspek berumur 24 hingga 35 tahun berhubung kes serangan ke atas seorang lelaki di Flat Sri Johor di Cheras di sini, awal pagi semalam.
  
Katanya dalam kejadian 6.20 pagi itu, mangsa berumur 25 tahun telah diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika dia sedang menggunakan telefon awam.
  
"Siasatan awal kita mendapati suspek telah menunggu mangsa di dalam dua buah kereta sebelum bertindak menyerang mangsa. Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada dendam di antara dua kumpulan kongsi gelap," katanya.

Katanya mangsa kini dirawat di sebuah pusat perubatan kerana mengalami kecederaan parah akibat ditetak di bahagian kepala dan telinga kiri.
  
"Mangsa kini dilaporkan stabil namun terpaksa menerima 158 jahitan di bahagian kepala dan telinga," katanya.  - Bernama

MB: Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam 14 hari

Posted: 30 Jan 2013 01:03 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

"Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, dalam surat tersebut pihaknya telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.

PRU13: Agama pula jadi cagaran Umno

Posted: 29 Jan 2013 04:27 PM PST

KL TODAY
 

KUALA LUMPUR: "Sekarang Umno terpaksa mengikut rentak PAS di dalam memperjuangkan agama," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Katanya, dahulu Umno sering menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga ada cadangan supaya nama Islam pada parti PAS dibuangkan.

Jelasnya, PAS sememangnya wajib memperjuangkan Islam kerana tertera dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3 "Dasar PAS ialah Islam".


Justeru, ujarnya apabila Umno bercakap tentang Islam, ianya agak janggal seperti pepatah "cakap tidak serupa bikin".

Menurutnya, oleh kerana Umno wajib mendapat sokongan Melayu, maka pemimpin Umno terpaksa berlakon untuk menunjukkan mereka pembela agama.

Contohnya, kata beliau dalam isu kalimah Allah, Umno berlagak mempertahankan nama Allah, tetapi Umno melawan hukum Allah dan kempen mereka kepada orang Melayu, kononnya bimbang gejala murtad berlaku.

"Peliknya mana suara Umno ketika Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin, Lina Joy meninggalkan agama Islam. Umno membisu seribu bahasa.

"Mereka mendakwa mereka mempertahan nama Allah, tetapi ulama yang hendak mempertahankan ajaran Allah, Umno hendak tangkap.

"Ini yang terjadi kepada Datuk Dr Harun Din, Almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus ketika Umno berkuasa di Selangor," ujarnya.

Oleh kerana itu, menurutnya lagi, benarlah pemimpin Umno sejenis makhluk yang boleh menyerupai berbagai warna demi kepentingan politik.

Begitu juga, katanya Najib hendak menunjuk juara Palestin sedangkan semua dunia tahu kepimpinan Najib tidak mengiktiraf Hamas.


"Tetapi demi kepentingan undi Melayu, Najib pergi mengadap pemimpin Hamas.


"Apabila balik ke Malaysia, tukang juak Najib mengarahkan untuk menyambut Najib sebagai wira Palestin. Semua dilakukan demi kepentingan undi orang Melayu kepada Umno," katanya lagi.

Exco Johor Zainal Abidin cedera kemalangan

Posted: 29 Jan 2013 04:25 PM PST

Murni Moksen

MERSING - Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Adun Endau terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Jemaluang Kota Tinggi-Mersing apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kenderaan lain, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd Nor Rasid mengesahkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam  8.45 pagi.

Zainal Abidin yang mengalami kecederaan ringan di bahagian pipi dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Keldai siber wanita, lima lelaki warga Afrika ditahan tarbabit sindiket tipu e-mel

Posted: 29 Jan 2013 04:24 PM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita tempatan dan lima lelaki Afrika yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM515,095 di dua tempat di Lembah Klang pada 15 dan 16 Januari lepas.

Ketua Unit Siasatan Perisian Komputer Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman DSP Mohamad Lazim Ismail berkata wanita berumur 45 tahun itu ditahan ketika cuba mengeluarkan wang transaksi daripada akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang di bank pada pukul 3 petang 15 Januari.

"Pihak bank sebenarnya telah menghalang akaun itu daripada aktiviti pengeluaran wang kerana mengesyaki wang di dalam akaun wanita itu terlibat dalam kes penipuan dalam talian.

"Kami menemui beberapa buku bank daripada wanita itu yang dipercayai dijadikan keldai siber, jadi apa-apa bukti dan semua kesalahan yang berkaitan sindiket itu diletakkan terhadap wanita terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Susulan itu, kira-kira pukul 1 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menahan lima lelaki Afrika serta merampas beberapa komputer riba, telefon bimbit dan alat perkakasan komputer yang lain.

"Kelima-lima lelaki yang berumur 22 hingga 30 tahun itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu Negara," katanya.

Mohamad Lazim berkata kegiatan sindiket itu bermula apabila syarikat A membuat urusan perniagaan dengan syarikat B yang menjalankan perniagaan penipuan iklan di laman-laman web termasuk urusan pembayaran wang menerusi kaedah e-mel.

"E-mel yang dihantar mengandungi arahan pembayaran dan nombor-nombor akaun bank di mana bayaran yang sepatutnya dimasukkan. Namun dalam situasi ini suspek akan menggodam dan mengubah nombor akaun yang terdapat dalam e-mel yang dihantar syarikat A.

"Suspek akan memasukkan nombor akaun baharu milik suspek tanpa pengetahuan syarikat A. Apabila syarikat B menerima e-mel itu dan membuat pembayaran seperti dalam arahan e-mel tanpa menyedari nombor akaun berkenaan telah diubah oleh sindiket asing," katanya.

Beliau berkata wang yang dimasukkan dalam akaun lain itu akan diambil oleh keldai siber (wanita) dan menyerahkan kepada sindiket berkenaan.

Mohamad Lazim berkata sindiket itu berjaya ditumpaskan berikutan tindakan segera syarikat antarabangsa yang membuat laporan menerusi bank luar negara berkenaan yang menghubungi bank di Malaysia. - Bernama

Tayar letup, perkhidmatan monorel tergendala

Posted: 29 Jan 2013 04:21 PM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel di ibu negara tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.

Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.

"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat.

"Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.

Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan Bomda dan Penyelamat.

"Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorel disambung semula," katanya.

Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata, 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak. - Bernama

Peguam Negara “hanya ikut kemahuan tuannya”: Guan Eng

Posted: 29 Jan 2013 04:18 PM PST

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Sikap bermuka-muka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap Perkasa yang menyeru untuk membakar Bible dan kegagalannya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) menunjukkan Abdul Gani tidak boleh dipercayai termasuk rentetan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Gani pilih kasih dan membidas sikap Peguam Negara itu yang takut untuk bertindak terhadap pemimpin BN, kroni atau penyokong mereka.

"Contoh yang paling jelas, Abdul Gani takut mengambil tindakan terhadap Perkasa dan memberi alasan yang tidak masuk akal bahawa belum ada Bible yang dibakar, dan hanya akan bertindak setelah ada Bible yang dibakar!

"Pada masa yang sama, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak ke atas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh atas dakwaan hasutan," jelas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Bukan setakat itu, Abdul Gani juga membuktikan kegagalannya apabila gagal menyelesaikan kes kematian ngeri pengawal keselamatan, C Sugumaran dalam keadaan tangan digari," katanya.

Kematian itu, menurut Guan Eng, bukan yang pertama, malahan banyak kes kematian dalam tahanan yang dipandang sebelah mata termasuk Chang Ching Te di Subang, A Kugan dan remaja berusia 16 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

"Jaminan Abdul Gani bahawa beliau akan bertindak sekiranya ada kesalahan jenayah sekadar janji kosong yang memanifestasikan sindrom penafian kerajaan BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru, Guan Eng meminta Peguam Negara itu digugur kerana tindakannya bersifat politik dan tidak berfungsi melainkan kerana memenuhi keperluan tuannya.

"Rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai Peguam Negara yang bertanggungjawab, profesional dan tidak berat sebelah mengikut undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

"Selagi juak-juak kroni dan pimpinan BN mempunyai imuniti undang-undang, selagi itu rakyat yang tidak bersalah dihukum hanya kerana berbeza pendapat atau menentang BN dan tidak ada keadilan untuk semua," ujar Guan Eng.-Roketkini.com

Ada lagi anggota Majlis Syura Pas dilucut?

Posted: 29 Jan 2013 04:16 PM PST

JAMILAH HAMZAH

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
 
SHAH ALAM - "Saya tidak tahu, saya tak pernah bermimpi pun mengenai perkara itu." Demikian kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh kepada Sinar Harian Online berkenan laporan bahawa akan ada lagi yang akan dipecat susulan kes bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Mengikut laporan terbaru, seorang  bekas pengikut setia Pas Zainon Ismail menyatakan seorang pemimpin kanan Pas, Datuk Harun Taib dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura.

Menurut Nik Zawawi, beliau tidak pernah mengenalinya, sekali gus mempersoalkan status Zainon dalam Majlis Syura.

Beliau juga berkata pihaknya tidak mahu melayan sesuatu kenyataan yang tidak dikeluarkan oleh Majlis Syura.

"Dia (Zainon) tahu mana? Saya juga nak tanya dia itu, siapa?

"Kalau kenyataan dari dia saya memang tak mahu komen," katanya.

Dalam laporan media, Zainon turut berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas Nasharudin digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," katanya  yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adakah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dan pihaknya ingin menafikannya, Nik Zawawi berkata, beliau tidak mahu megulas lanjut.

"Maaflah saya tak mahu komen lagi," katanya lagi.

Nik Aziz dapat cicit kembar

Posted: 29 Jan 2013 04:13 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Nik Aziz - Tuan Sabariah Tuan Ishak
Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak mencium cicit sulung mereka semalam.
 
KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.

Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.

"Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

"Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.

Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.

Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.

Pakatan Rakyat perinci manifesto p’raya berasas Buku Jingga

Posted: 29 Jan 2013 04:02 PM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menawarkan manifesto pilihan raya berasaskan dasar Buku Jingga untuk menawan Putrajaya.

Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar berkata, manifesto itu akan diperinci bagi mendekatkan tawaran kepada rakyat, namun tiada perubahan membabitkan dasar Buku Jingga.

"Buku Jingga diterima ketiga-tiga komponen parti. Setakat ini tiada perubahan akan dibuat, mungkin ada perincian.

"Berhubung tawaran-tawaran yang dibuat setakat ini, kita akan masukkan dalam manifesto. Buku Jingga adalah dasar kita (Pakatan), untuk dijadikan asas bagi menentukan manifesto," jelasnya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, beberapa tawaran Pakatan yang terbaru antaranya melibatkan ketenteraan dan isu anak muda sebagai kayu ukur untuk menghasilkan manifesto.

"KEADILAN, PAS dan DAP sepakat untuk memperincikan manifesto sementara menunggu pilihan raya semakin hampir.

"Jentera parti juga akan menggunakan risalah Buku Jingga turun berkempen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai tawaran Pakatan demi hala tuju memenangi PRU 13," ujar Kumar.



Buku Jingga merupakan satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 2010.

Ia bagi menangani krisis ekonomi, kerosakan institusi negara, ketegangan masyarakat berbilang kaum, bebanan rakyat, hak rakyat yang dinodai dan gejala rasuah yang berleluasa.

Buku Jingga turut menggariskan agenda 100 hari pertama pentadbiran Pakatan sekiranya diberi peluang menerajui negara.

Antaranya merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun.

Bagi mengurangkan bebanan rakyat dihimpit pembayaran tol, Buku Jingga menyatakan langkahnya untuk menyelaras badan-badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Struktur gaji pendidik juga dirombak bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan.

Kumar berkata, pendekatan yang akan digunakan Pakatan sepanjang berkempen menuju pilihan raya juga turut dijadikan asas penting kejayaan PRU 13.

"Tawaran dan dasar Buku Jingga kunci kekuatan kita turun padang menerangkan kepada rakyat dan untuk ini, pihak penerangan ada kaedahnya.

"Contohnya, dalam isu Felda, kita akan perincikan isu perumahan anak-anak peneroka. Kita pastikan hutang peneroka dikaji semula sekurang-kurangnya untuk kurangkan hutang mereka," katanya.

"Selain itu, ia melibatkan Kadar Perahan Gred (KPG) supaya mendatangkan untung kepada peneroka," jelas Kumar.

Pemimpin Hamas temu Presiden KEADILAN Khamis ini

Posted: 29 Jan 2013 04:01 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : Dua pemimpin Hamas dijadual akan bertemu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di sini Khamis ini.

Pemimpin berkenaan adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi.



"Khamis ini saya akan bertemu wakil Hamas. Mereka kata nak buat kunjungan hormat. Datang mengucapkan 'hello' sebab mereka tahu kita (KEADILAN) punya hubungan baik (dengan Hamas)," kata Wan Azizah ketika ditemui di pejabat beliau, hari ini.

Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menyatakan harapan dan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Gaza, Palestin.

"Kita beri sokongan semampu yang boleh. Tak kira dalam apa jua yang memberi kebebasan kepada Gaza. Dengan harapan rakyat tak perlu ditindas lagi, dan Gaza sendiri tidak berpecah," kata beliau.
Umat Islam di Palestin mengalami kezaliman Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu dengan pelbagai cabaran.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Pakatan juga secara konsisten termasuk pada sidang Parlimen Disember 2012, mengutuk keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas.

Ketua Penerangan KEADILAN, Muhd Nur Manuty menyifatkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza 22 Januari lalu semata-mata mahu meraih undi orang Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum ke 13.

"Ia sekadar memberi bayangan memberi kononnya Umno bersama Palestin sedangkan selama ini mereka pasif berhubung isu Hamas.

"Najib selama ini tidak pernah mengiktiraf Hamas. Sejak zaman Mahathir Mohamad, Umno tidak mengiktiraf Hamas. Buktinya pemimpin Hamas dihalang masuk ke Persidangan Negara-negra Berkecuali (NAM) pada 2006," katanya.

Dalam kunjungan itu, Najib bertemu Ismail Haniyeh dan menawarkan bantuan dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Nurul Izzah gesa DBKL pantau projek ancam nyawa di Bukit Gasing

Posted: 29 Jan 2013 03:56 PM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju bertanggungjawab insiden tanah runtuh dan banjir lumpur yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Pasir ekoran projek pembinaan 68 unit banglo di lereng Bukit Gasing, Kampung Pantai Dalam, dekat sini.

Beliau mendedahkan sikap pasif DBKL terhadap aduan dan keluhan penduduk sekitar kawasan pembangunan ekoran wujudnya konflik kepentingan antara DBKL dan pemaju, Amona Development Sdn Bhd.

Nurul Izzah berkata, KEADILAN pernah membawa rungutan penduduk Kampung Pasir tahun lepas, namun semalam Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi respon mengecewakan dan menyalahkan penduduk.



"Datuk Bandar jawab projek berkenaan tidak boleh dibeli kerana kes itu sudah menang di mahkamah. Konon takut nanti duit rakyat pula digunakan," katanya pada sidang media di pintu masuk tapak pembinaan oleh pemaju Gasing Meridian Sdn Bhd, di sini, hari ini.

"Malah katanya lori keluar masuk menyebabkan debu lalu mereka tidak boleh membaiki kerosakan tanah.

"Kita bukan desak DBKL batalkan projek tetapi kita desak pantau dan ambil tindakan terhadap pemaju yang tidak membaik pulih kerosakan serta merta," ujar Naib Presiden KEADILAN itu.

Menurutnya, projek pembangunan yang melingkari 57 ekar itu menyebabkan berlaku kes tanah runtuh, banjir lumpur di Kampung Pasir dan Institut Pengajian Bahasa di Lembah Pantai dan Pantai Hillpark.

"Dalam projek itu, DBKL terlibat dengan pembangunan meliputi Bukit Gasing dan kawasan sekeliling.

"Kejadian tanah runtuh pula berlaku di keseluruhan kawasan bawah pengawasan DBKL sedangkan DBKL sepatutnya memantau semua projek dalam kawasannya.

"Kehadiran KEADILAN untuk memberi tekanan dan hanya boleh buat keputusan tetapi DBKL mesti segera bertindak," tegas Nurul Izzah.

Ekoran itu, beliau menggesa DBKL dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) segera menubuhkan task force dan bergabung dengan pentadbir Petaling Jaya dan kerajaan Selangor untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

"KEADILAN menerima keluhan bukan sahaja dari Bukit Gasing tapi Kampung Pasir, Pantai Hillpark dan Pantai Dalam.

"Bila pembangunan membabitkan lebih 60 ekar, di lereng bukit, DBKL digesa segera mengambil tindakan untuk mengelakkan bencana alam berlaku," katanya.

Pada 2 Oktober 2012, 108 penduduk Bukit Gasing gagal mencabar perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang meluluskan projek kontroversi di lereng bukit kawasan itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka bagi mendapat kebenaran merayu.

Tragedi 13 Mei: KEADILAN mahu SPR tarik balik ugutan ke atas rakyat

Posted: 29 Jan 2013 03:52 PM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa menarik balik kenyataan meminta rakyat tidak meraikan dan membantah di jalan raya selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan Abdul Aziz itu tidak profesional dan sengaja mahu mengugut rakyat dengan kuasa yang ada padanya.



"Tidak wajar SPR buat kenyataan seperti itu. Langsung tidak profesional. Malah beliau seperti mengulangi hujah Umno yang mengatakan demonstrasi boleh mengakibatkan tragedi 13 Mei.

"Kalau Abdul Aziz rasa bertanggungjawab, beliau mesti tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat kerana memberikan gambaran buruk kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal tindakan SPR cuba mengaitkan tragedi 13 Mei dengan keputusan pilihan raya.

"Kenapa nak ugut orang awam? Kita ada undang-undang. Mengapa SPR nak ungkit tragedi 13 Mei untuk takutkan rakyat," soal Tian.

"Sebetulnya jika SPR ini bebas, dia (Abdul Aziz) mesti minta rakyat turun menunaikan tanggungjawab mengundi dan memberi jaminan pilihan raya diadakan telus. Tapi kenapa nak diungkit 13 Mei pula," ujar Ahli Parlimen Batu itu.

Abdul Aziz juga dilaporkan meminta pihak yang menang juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR.

Menurutnya, lima kerajaan negeri bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2008 menunjukkan kononnya kebebasan SPR.

"Ini seperti SPR akan lakukan penipuan. Mana dia jaminan SPR untuk pastikan tiada penipuan dalam pilihan raya? Kerja SPR sepatutnya tolong pastikan pilihan raya berjalan telus dan bersih, bukan jadi alat politik kerajaan," tempelak Tian.

JASA salah guna kuasa, dana awam berkempen untuk UMNO/BN

Posted: 29 Jan 2013 03:49 PM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR,: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berikutan angin perubahan di rantau ini bertiup kencang termasuk kemenangan Lee Li Lan dari Parti Buruh yang mengalahkan PAP pada Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapura dengan majoriti 3,182 undi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib menjadi lebih gementar kerana sebuah agensi kerajaan menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mendapat dua pertiga majoriti pada PRU-13.

Katanya, Bernama dalam laporannya menyatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan ketika menjawab satu soalan daripada peserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor bahawa BN mampu memenangi dua pertiga pada PRU-13 jika bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan.

"Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

"Fuad yakin sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan PRU 2008, dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.

"Fuad secara peribadinya sebagai rakyat Malaysia berhak untuk percaya dan berusaha bagi memenuhi matlamat BN mendapatkan semula majorti dua pertiga pada PRU-13, tetapi bukan urusan beliau untuk mengetuai JASA yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk UMNO/BN.

"Ini adalah penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMNO /BN," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman dapat membezakan kepentingan kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi, yang menjadi sebab penting mengapa rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperhatikan dengan tegas pada tahun awal Merdeka tidak seperti tiga dekad lalu yang melampau melakukan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

Katanya, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan Perdana Menteri pada April 1959, kerana merasakan beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum 1959, ketika berdepan cabaran hebat oposisi.

"Tunku meletakkan jawatan untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai Perdana Menteri apabila mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, dan menyambung semula jawatan itu selepas Perikatan memenangi PRU 1959.

"Tindakan Tunku itu tidak dapat dibayangkan hari ini apabila ada jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu iaitu menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk UMNO/BN bagi PRU-13.

"Fuad sepatutnya dipecat daripada Ketua Pengarah JASA, kerana menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan dana awam. Selain itu, Fuad sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan dibubarkan.

"Fuad sepatutnya menyertai UMNO sebagai pegawai khas untuk mempromosikan capaian media sosial untuk UMNO/BN menjelangnya PRU-13, dan gajinya dibayar oleh dana parti, bukannya dana awam kerana itu terang-terangan merupakan matlamat parti politik," katanya.

Menurut Kit Siang, jelas Fuad dan JASA hanya sebahagian daripada penyalahgunaan jentera awam dan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin UMNO/BN. Ini satu lagi sebab mengapa perlunya UBAH pada PRU-13 untuk mengakhiri secara sistematik penyalahgunaan kuasa kerajaan dan dana awam yang semakin menjadi-jadi dan punca berleluasanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara. – Roketkini.com

Biaqpila

Posted: 30 Jan 2013 03:12 PM PST

Biaqpila


GOYANG SAMBIL MAKAN

Posted: 29 Jan 2013 08:00 PM PST

Sebuah kedai makan di Taman Bukit Sendayan, dekat sini, dikesan 'menyelitkan' karaoke dangdut berunsur ghairah sehingga awal pagi pada setiap hari bagi menarik pelanggannya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kedai makan yang terletak jauh dari penempatan penduduk ini umpama kelab malam terbuka dan 'padat' dengan pengunjung pelbagai peringkat umur.

Gambar Hiasan

Hampir setiap malam puluhan kenderaan dipakir di tepi jalan berkenaan yang menjadi lokasi warga emas dan pertengahan umur, lelaki dan perempuan melepaskan geram dengan berkaraoke sambil menari.

Terdapat pentas lengkap dengan sistem audio dan lampu ibarat berada dalam disko selain dua khemah dipasang memuatkan meja serta kerusi yang cukup untuk menampung 100 pengunjung dalam satu-satu masa.

Premis terbabit beroperasi seawal jam 5 petang sehingga jam 4 pagi, manakala waktu karaoke bermula jam 9 malam dan hanya bermodalkan RM5, pelanggan boleh menyanyi untuk tiga lagu atau satu lagu RM2.


Bagi mereka yang pertama kali datang pasti terkejut dengan suasana meriah ini dengan kebanyakan lagu dinyanyikan berirama dangdut selain irama 60-an dan moden.

Tinjauan mendapati, perlakuan pelanggan lelaki dan perempuan yang berkaraoke sambil menari di pentas terbuka agak kurang sopan di depan anak kecil selain klip video dipaparkan mengandungi aksi erotik penyanyi dangdut dari negara seberang.


Tanpa segan silu mereka bergelek walaupun kebanyakannya di usia senja dan lebih menjengkelkan ada pelanggan wanita yang bertudung turut menari.

Ketika ditanya, kumpulan wanita terbabit spontan menjawab mereka ibu tunggal dan tiada siapa melarang.


Didapati ramai antara mereka pelanggan tetap kerana mengenali antara satu lain, malah kehadiran wartawan buat pertama kalinya menjadi perhatian mereka.


Seorang pelanggan tetap yang mahu dikenali sebagai Nor, 50, berkata, paling kurang dalam seminggu dia berkunjung ke kedai makan itu sebanyak tiga kali.


Katanya, dia berkunjung ke situ untuk menghilangkan kebosanan selain bayaran untuk karaoke adalah murah.


"Di sini tiada bezanya dengan kelab dangdut dan saya seronok kerana ramai antara pelanggan di sini sudah menjadi kawan. "Di sini tiada jualan minuman keras, tetapi ada juga pelanggan yang minum minuman keras yang dibeli dari luar. "Pemilik premis sering mengingatkan pelanggan supaya tidak mengambil minuman keras atau dadah kerana bimbang diganggu pihak berkuasa," katanya.


Menurutnya, jika mahu menyanyi, pelanggan perlu datang awal jam 8 atau 9 malam dan jika lewat, tempahan sudah penuh dan hanya berpeluang menari.


Dia yang juga ibu tunggal berkata, malam Jumaat paling ramai pelanggan datang ke situ untuk berhibur selain malam minggu.


Katanya, ada kala pelanggan terpaksa berdiri kerana tempat duduk sudah penuh dan ketika Ramadan, premis itu beroperasi dan karaoke diadakan seperti biasa selepas Tarawih. "Tempat ini pernah diserbu jabatan agama satu ketika dulu, tetapi tiada tindakan, mungkin pemiliknya mengikut prosedur. Cuma pelanggan ditegur supaya berpakaian sopan," katanya.


Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Port Dickson ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menegah dan mengambil tindakan kerana perniagaan berkenaan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).


Sementara itu, jurucakap Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) pula berkata, pihaknya hanya mengeluarkan lesen perniagaan bagi mana-mana pusat hiburan beroperasi sehingga jam 1 pagi dan jika pemiliknya ingkar lesen perniagaan akan ditarik balik.


"Dalam kes kedai makan terbabit, pemiliknya memohon lesen jualan makanan dan hiburan. Kami akan menjalankan siasatan berkaitan dan jika terbukti berlaku perlanggaran mengikut akta tindakan akan diambil terhadap pemilik premis berkenaan," katanya.

HM


SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?

Posted: 29 Jan 2013 05:00 PM PST



SHAH ALAM, 29 JAN: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.

Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.

"Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.

"Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.

"Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar," menurut kandungan surat itu.
Menurut Chegu Bard, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.

Chegu Bard ketika mengulas isu sama berkata kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.

"STSB ini naik dengan cepat sekali, sekali dari cuma beberapa buah lori kini dikatakan sudah memiliki 80 buah lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara," ujar beliau kepada TV Selangor.

Menurut beliau dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.
"Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.

"Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh," katanya lagi.

STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.

Chegu Bard yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

selangorku

nizar-coretanku

Kerabu Bersuara ®

Posted: 30 Jan 2013 03:08 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Foto Reen Rahim (PK3) Bertudung | Pelakon Sahara

Posted: 30 Jan 2013 06:28 AM PST

Gambar Reen Rahim (PK3) - Pelakon Utama Sahara Astro Prima




Kredit Foto: Reen Rahim PK3 Fanpage

Jom Kenali Cybertrooper UMNO Alaf Baru

Posted: 30 Jan 2013 04:00 AM PST



          67070_328841063891098_443324978_nSlide1 Slide2 Slide3 Slide4 Slide5 Slide11slide10
slide7aSlide9
\ Slide6 Slide12 slide8 slide10
Slide14 Slide13

SUMBER

Gambar TG Haji Hadi Melawat Ustaz Taib MP Baling

Posted: 30 Jan 2013 01:09 AM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/374335_3707595426718_77392643_n.jpg

Ustaz Riduan Mohd Nor

Indahnya ukhuwwah

Ustaz nasa Dan Hassan Ali Bergabung Kali Ni? Kita Dapat Tahu :)

Posted: 29 Jan 2013 08:46 PM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/408562_523849640970539_1734902570_n.jpg

Faizul Abas

Prgm khas skrg ni di Masjid Negara: "Sekretariat Mendaulat Islam sbg Agama Persekutuan" Tgh mesyuarat skrg di Masjid Negara; yg hadir HasanAli, Nasha, Nakhaie, HafizNordin, IsmailMina, YusriMohd, NohGadut, AididGhazali JATI

Syaitan Dikenali Ganggu Program Jelajah Merdeka Kuala Kangsar

Posted: 29 Jan 2013 06:33 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/542510_437498679655070_519208764_n.jpg

MediaPerak

Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar di ganggu provokasi tak bermoral oleh Umno Bkt Chandan..

Masa itu juga la demer buat joget lambak...tapi mujur tiada sambutan he he he..

Cerita Islamik Tetapi... Mohon Pihak Astro Tarik Balik Drama SAHARA!

Posted: 29 Jan 2013 06:00 PM PST


Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Sesiapa yang bekerja dengan pihak Astro mohon sampaikan kepada boss atau mana-mana pihak yg bertanggungjawab supaya hentikan penyiaran drama Sahara di Astro Prima. Ini pun satu dakwah juga.

Kenapa?

Pelakon wanita berniqab tetapi boleh berpegang2 dengan lelaki lain (hero dalam cerita konon). Daripada video promo Sahara pun kita boleh menilai sejauh mana tafsiran Islamik yg ingin ditunjukkan oleh pengarah.

Tak boleh ke?

Bukan tak boleh. Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercakai matlamat sekiranya pakai niqab (berpudah) tetapi boleh dipegang pula. Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah. Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam. Mohon para pengarah di Malaysia take extra effort sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh.

Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya

Posted: 29 Jan 2013 04:06 PM PST


Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk " Jangan terus cabar, hina Islam" ( Mingguan Malaysia 27/1/2013 ).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata " kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah -olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam."

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut . Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.

Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.

Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.? Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah.s.a.w... Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" ( pembacaan politik di dalam seerah kenabian ) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku " Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings ( Abu Bakar Siraj al-Din ) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah " Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" ( Dengan namaMu Wahai Allah ). Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi ( tasamuh ) Islam dengan membenarkan kalimah "Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir .

Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir. Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut , kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.

Pernahkan dalam mana mana masa dalam fasa da'wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah? Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyengutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah ..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyengutukan Allah. Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyengutukan Allah? Jika mereka menyengutukan Allah apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak? Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar. Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah " qul" ( Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah " qul "jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa. Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis , Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?

Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang

mereka percaya tidak sama dengan kita? Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati . Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!

Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak , mengapa harus kita membuat spekulasi? Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku? Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?

Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi? Jika perkara itu dah berlaku , bukankah Negara ini ada undang undang ? Mengapa perlu nak menumpakan darah?

Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang , sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah ( toleransi ) adalah sifat agama ini?

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 30 Jan 2013 01:40 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


OH ORANG POLITIK

Posted: 29 Jan 2013 11:49 PM PST

Orang  bawah kerja untuk parti tidak mengharapkan upah. Cukup sekadar secawan teh dan roti canai sekeping.  

Orang bawah hanya mahu "sapaan", "layanan" dan "penghargaan" yang sekadarnya  sahaja. 

Jika jadi pemimpin parti, tak tau buat kerja itu, tak tau apa mahu cakap lagi.

Woooooo.

Muslimeen United

Posted: 30 Jan 2013 01:38 PM PST

Muslimeen United


Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Posted: 30 Jan 2013 01:38 AM PST


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat. -Hrkh

Polis Abaikan Jenayah Sebab Sibuk Ekori Pemimpin Pakatan – Shamsul

Posted: 30 Jan 2013 01:38 AM PST


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6.

Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi.

"Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara.

"Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya," katanya pada kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara.

"Di saat ada kelompok Cawangan Khas (SB) yang diarah mengekori jejak langkah pembangkang di seluruh negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.

"Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat," ujarnya. -KD

[ISU NASHA] Terserah Kepadanya Untuk Sertai Mana-mana Parti Selepas Ini

Posted: 29 Jan 2013 06:34 PM PST



Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. -SH



Nasha dipecat dari Majlis Syura kerana merugikan parti, kata Dr Mahfodz


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Majlis Syura menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut.

"Majlis Syura memecat beliau kerana tindak-tanduknya merugikan parti, jadi kita anggap ini adalah proses saringan untuk membaiki dalaman parti.

"Lagipun, beliau tidak hadir dalam tiga mesyuarat Majlis Syura, dan memang ada dalam perlembagaan parti mengatakan beliau boleh dipecat. Ini satu tindakan disiplin," kata Mahfodz yang dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mahfodz lagi, sokongan akar umbi tidak akan berpecah, memandangkan mereka lebih mengutamakan perjuangan parti dari perjuangan individu.

"Sejarah keluar parti ini dah banyak kali berlaku. (Datuk) Asri Muda, yang merupakan bekas Presiden parti sendiri keluar parti, begitu juga ramai lagi pemimpin PAS juga keluar parti, tetapi akar umbi masih bersama PAS kerana perjuangan parti lebih penting dari individu.

"Yang angkat dia pun orang luar, jadi saya tak nampak perpecahan dalaman parti," kata Mahfodz lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak lagi isu yang boleh diulas, kerana pemecatan Nasharuddin bukan satu isu penting bagi parti.

"Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan, Nasha ni dah tak ada benda, we move on.

"Lagipun dia dah boleh masuk mainstream media, biarlah dia, kalau dia nak masuk Umno pun tak kisah. He is gone case," kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Mustafa Ali enggan memberi komen, dengan berkata pihak eksekutif menerima keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Semalam Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharuddin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online semalam.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharuddin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah.
-TMI

Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan

Posted: 29 Jan 2013 06:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di 'rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.

Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.

Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!

AKU INGIN BEBAS

Posted: 30 Jan 2013 01:32 PM PST

AKU INGIN BEBAS


PRU13 - TARIKH MENGUNDI BERKIBLATKAN KALENDAR CINA

Posted: 30 Jan 2013 03:26 AM PST


PUTRAJAYA 30 Jan. - Penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan mengambil kira dua tarikh penting dalam kalendar masyarakat Cina iaitu sambutan Tahun Baru Cina dan Qing Ming yang disambut pada Februari dan April.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penentuan tarikh pembubaran Parlimen juga akan melibatkan persetujuan daripada semua parti komponen dalam BN. Selanjutnya...

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO

Posted: 29 Jan 2013 05:46 PM PST


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur


29hb Januari 2013


Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.
Sekian
Warga-warga Johor

sumber: H3O

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 30 Jan 2013 01:29 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


ISU ALLAH - HARUNSANI PERLU BERTERUS TERANG

Posted: 29 Jan 2013 04:09 PM PST

otaiblues

Posted: 30 Jan 2013 11:58 AM PST

otaiblues


Apa kah ia benar kerajaan melelong kewarganegaraan untuk pendatang hanya untuk kekuasaan?

Posted: 30 Jan 2013 06:13 AM PST

semakin hari semakin banyak rahsia tersingkap,semakin banyak yang di ketahui tentang penganugerahan warga negara dengan bagitu senang sekali,,

kenapa mereka sanggup melakukan ini?
Mereka ini, mengaku sayang kan negara, sayangkan bangsa dan agama,tetapi di dalam diam, mereka mengkhinati kepercayaan rakyat.mengkhianati bangsa mereka sendiri..
mereka ini lebih jahat tidak bermaruah dari kominis yang berjuang menghalau penjajah inggeris,

Jika benar la seperti yang di katakan..tiada la unkapan paling baling baik untuk digunakan melainkan celaka lah meraka sampai mati..

Demi duit, demi kekuasaan..mereka sanggup meletakkan harga diri,maruah mereka untuk di injak injak oleh pendatang ......


berita 9 malam rtm radio klasik

Posted: 30 Jan 2013 05:16 AM PST

Melalui berita rtm pukul 9 malam ini, menyatakan bahawa bn akan memenangi majoriti berdasar kan kajian dari para penuntut UM,UKM dan berberapa universiti lagi'
menurut berita itu lagi Tun najib razak adalah pemimpin paling popular dan paling layak menjadi pm malaysia sekali lagi.

Sebelum bertanding dah di sah kan menang, hebat hebat,
jika macam tu...ape lagi...segera lah bubar kan parlimen...boleh mulakan kempen PRU13..

cepat la..sebelum sokongan merudum..

lawan dulu...baru tau.

kalau hidup mu betul bahagia, kenapa malam tidor mu tak lena..tanya dato shake

Posted: 30 Jan 2013 05:08 AM PST

hidup yang tak bahagia walau wang yang berjuta adalah kerana wang yang tak bersih..





bicara orang orang yang bingong

Posted: 30 Jan 2013 04:54 AM PST

KONONnya terpengaruh dengan amanat haji hadi. seorang manusia yang mengaku pas tegar telah menunai kan solat jumaat berimam kan suara dari radio..
ini adalah kerana mamat ini tak percayakan dengan imam yang berada di kampung nya yang merupakan ahli umno.
Sia sia je umur separuh abad..hukum solat jumaat pun tak faham..
di manakah ke bingongannya?
bingong nya adalah..apakah sebenarnya yang dia ketahui bahawa imam yang suaranya keluar dari corong radio itu imam pas? semenjak dulu lagi siaran secara lansung solat jumaat itu di bawakan dari masjid negara,,mungkin pada ketika itu,yang mengimamkan solat jumaat itu adalah imam firdaus..yang sah sah ahli umno,,tak ke bingong namanya.

Sengaja cari publisiti diatas kebingongan diri sendiri..


Telok Bakong Online

Posted: 30 Jan 2013 11:12 AM PST

Telok Bakong Online


Video klip Libanglibu terbitan Roketkini.com dalam proses

Posted: 31 Jan 2013 03:44 AM PST

Setelah selesai proses rakaman untuk lagu Lembu Rakus di Kota Damansara kini proses editing video klip sedang berlangsung.Tunggu bakal di pasarkan oleh penganjur Konsert Pesta Lagu Jalanan Roketkini.com.

Libanglibu jua dalam proses menyiapkan lagu lagu terbaru.Tunggu!!

Addin

Posted: 30 Jan 2013 11:07 AM PST

Addin


Petanda Umno BN Johor Bakal KO?..

Posted: 30 Jan 2013 08:04 AM PST


Johor bangkit!! KO BN..BN KO! Pulai diwarnai bendera Pakatan Rakyat. Pemandangan di waktu petang jambatan pejalan kaki Taman Perling. Billboard Markas Besar PAS Kaw Pulai di Taman Dahlia.







~FB DPP Kawasan Pulai


Iklan C (ii)


Gambar Mesra Ustaz Nasha Bersama Hassan Ali Tersebar

Posted: 30 Jan 2013 06:23 AM PST


Program khas sekarang ini di Masjid Negara:"Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" Tengah mesyuarat sekarang di Masjid Negara;Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI... 

BEKAS Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (kanan) berbual semasa hadir pada majlis taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" oleh Sekretariat mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.





Iklan C (ii)


Selangor Bubar DUN Hujung Februari

Posted: 30 Jan 2013 03:28 AM PST

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu."Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen," katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat," jelas Khalid.Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN. ~keadilandaily




Iklan C (ii)


Ali Rustam Meroyan Lagi..

Posted: 30 Jan 2013 02:09 AM PST

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.

"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.

Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. ~bernama


Addin :

Muka tak tahu malu,sudah terpalit kes rasuah semasa pemilihan umno namun dengan selamba je masih memegang jawatan ketua menteri. Sepatutnya ali rustam sudah lama letak jaeatan, bukannya sibuk dengan hal ehwal pati lain.



Iklan C (ii)





Pelakon Popular Ini Bakal Sertai PAS?

Posted: 30 Jan 2013 12:18 AM PST


Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.

Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam.

Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut.

Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.

Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke programCeramh Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.

Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO.

Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain.

Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.

Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.

~mindarakyat


Iklan C (ii)





Ke Mana Haluan Ustaz Nasha Selepas Ini?

Posted: 29 Jan 2013 06:11 PM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan."Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas.

Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno. ~sinar harian




Iklan C (ii)





Syarikat Bumiputra Gulung Tikar Kerana Menteri Kabinet Bolot Kontrak

Posted: 29 Jan 2013 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.

Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.

Jesteru, Badrul Hisham dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini."Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB."Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.

"Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar," menurut kandungan surat itu.Menurut Badrul, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.

Mengulas isu sama, Badrul Hisham berkata, kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB."STSB ini naik dengan cepat sekali, dari cuma beberapa lori kini dikatakan sudah memiliki 80 lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara," katanya dipetik MediaSelangorku.

Menurutnya, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran."Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.

"Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh," katanya lagi.STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.Badrul Hisham yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Anak Sungai Derhaka

Posted: 30 Jan 2013 09:22 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Selangor akan bubar DUN hujung Februari

Posted: 30 Jan 2013 02:55 AM PST


Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

"Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen," katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat," jelas Khalid.

Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.


~Keadilandaily

PANAS!! Bekas Puteri UMNO sedih dirinya difitnah pemimpin UMNO.. (Video Inside)

Posted: 29 Jan 2013 10:55 PM PST


Ibu Tunggal Siti Azma Mohd Zin, 34, yang juga bekas ahli Puteri Umno dicaci dan difitnah oleh ADUN Umno Paka selepas kisah kemiskinan hidupnya yang 'tinggal dalam rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

"Sepatutnya dia (ADUN Paka) mari jumpa saya......(tapi) dia kata (tentang saya) di (program) sekolah tu, macam-macam (dia kata) orang sampaikan (kepada saya).....emak (saya) beli ikan dipasar, balik menangis kata (tentag apa yang orang cakap) tentang saya,"

"sepatutnya bila (dia) tahu, dia baca suratkhabar, dia mari tanya sendiri....betulkan benda (perkara itu)...... ni dia dengar hak orang kata......bukan saya masuk (berita0 dalam suratkhabar minta tok laki (suami),"ujar Azma dengan nada sayu.

Katanya, beliau bekerja di kedai makan untuk menyara kehidupannya tiga beranak, sehingga lewat malam dan kadangkala sehingga dinihari jam 2 pagi, bukannya melakukakn perkara yang tidak baik.

Menurutnya, sebab itu beliau membuat rumah berdindingkan papan lapis dan beratap zink umpama 'rumah kotak', agar tidak menyusahkan keluarga kehidupan ibunya, sekiranya beliau tinggal dengan keluarga.

Siti Azma berkata demikian ketika dikunjungi oleh timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, di 'rumah kotaknya' di Kampung telaga MAS Paka, dekat sini pada Selasa, 29 Januari.


Katanya, ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya di kampung tersebut telah berpisah dengan bapanya, yang masih menetap di Tanah Rancangan Felda Kerteh.

Ekoran fitnah dan cacian ADUN Paka itu, Azma mendakwa anak perempuannya yang berumur 18 tahun turut tertekan dan 'trauma' sehingga duduk didalam bilik dan tidak keluar ke mana-mana.

"tak sedih bak po (kenapa) emak balik menangis-nangis depan kita, kita pun sebak lah, anak (perempuan) saya pun jadi tekanan (tertekan)....tekanan (kepadanya sehingga) tidak pergi ke mana-mana,

"sebelum ini dia tak pergi mana pun, (cuma) pergi bekeja di kedai (makan), tolong basuh pinggan....tolong angkat air (minuman) bolehlah (upah) RM10,"jelasnya.

Menurutnya, antara fitnah yang kini sedang menjadi buah mulut orang ramai adalah tuduhan beliau terlibat dengan perbuatan maksiat, dan sering bertukar-tukar pasangan.

Beliau merasa cukup kesal dan terlalu sedih kerana, katanya, seorang wakil rakyat tidak sepatutnya menyebarkan fitnah seumpama itu dikalangan masyarakat umum.

"dah tak sedih macamana saya, patut dia bertanya khabar...... saya 9anak beranak) makan atau tidak...... (tapi) dia tak tanya..........,"kata Azma yang tak dapat menahan sebaknya.

Lihat dan Dengar Kisah Sedih Siti Azma Mohd Zin Dalam Rakaman Video Ini


Laporan penuh mengenai kisah ini sila baca di BuletinOnline

Moral of the story..

Jika bekas Puteri UMNO yang banyak menghabiskan masa memperjuangkan UMNO sendiri akhirnya menjadi mangsa fitnah pemimpin UMNO malah tidak dipedulikan hidupnya oleh pemimpin UMNO sendiri..

Macai-macai UMNO tu tak payah lebih-lebihlah nak pertahankan pemimpin UMNO dan UMNO sendiri..

Kalau bekas Puteri UMNO sendiri menjadi mangsa fitnah oleh UMNO.. maka tak hairanlah aku yang dilabel sebagai penderhaka kepada UMNO pun menjadi mangsa fitnah juga... baca di ( SINI )

UMNO buat joget lambak untuk ganggu ceramah Anwar di Kuala Kangsar... tapi tak laku..

Posted: 29 Jan 2013 07:57 PM PST


Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar diganggu provokasi yang tak bermoral oleh Umno Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..

Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program jelajah merdeka rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh Umno Kuala Kangsar.

Pesta kugiran ala joget lambak oleh Umno Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah saudara Anwar Ibrahim berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .


Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas saudara Anwar berucap.Satu provokasi yang tak bertempat dan cukup amat dikesali.

Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera bendera parti telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program jelajah merdeka rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.

Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi adalah bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan dianggar lebih kurang 2000 orang menbanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak .

Melayu,Cina serta India sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato Sri Anwar ibrahim.Tepat jam 10 malam saudara Anwar Ibrahim bergegas ke satu lagi program jelajah merdeka rakyat di Tapah.


Program diteruskan dengan penceramah jempuntan yang lain dan berkhir dengan aman dan berjaya.

Dan yang paling syok ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh Umno Parlimen Kuala Kangsar.


Sumber Berita Dari: Mediaperak

Aku pun kena fitnah?.. Ha.. ha.. ha.. malang sungguh..

Posted: 29 Jan 2013 04:30 PM PST

Semalam secara tiba-tiba ada beberapa orang sahabat bertanya kepada aku.. "Betulkah aku telah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang?"..

Terpinga-pinga juga aku mendengar soalan itu.. aku Tanya mereka "Bila aku kena tangkap tu?.. Dekat mana?.."

Selain beberapa orang sahabat tu ada juga Blogger Pro UMNO yang minta penjelasan melalui laman Twitter..

Beliau bertanya "betulke lu kantoi ngan bini orang der....aku ingat anwar aje kantoi tp macai macam kau pun ikut jejak jugak"

Oleh kerana aku tak tahu apa cerita sebenar jawab aku "Bini orang mana pulak dah.. Adoi... Fitnah tu Bro.."

Kemudian di jelaskan dari mana dia dapat berita itu "Aku baca kt blog kedahkekl "

"Bro.. Walaupun kita bermusuh dlm politik.. Aku hargai pasai hang bertanya.." jawab aku..

Bila aku cari Blog kedahkekl..

Mak aih!!! Punya lah hebat fitnah yang dia tulis tentang aku.. baca apa yang aku dah printscreen apa yang dia fitnah pasal aku ni..


Sebenarnya ramai yang tidak membaca fitnah di atas sehingga habis.. kerana sumber berita yang dinyatakan oleh admin Blog kedahkekl iaitu McTheory itu tidak ujud dalam dunia, hanya ujud dalam khayalan McTheory sahaja..

Kononnya dia menulis artikel fitnah buat aku itu kerana membalas dendam bila artikel yang aku siarkan dengan tajuk "Video cybertrooper UMNO bergaduh kerana berebut duit tersebar!!"

Artikel tersebut hingga ke saat ini telah melebihi 30,000 views.. dan terima kasih diucapkan kepada Tranungkite dan Harakahdaily yang dah meningkatkan aliran traffik ke blog ASD ini semalam..

Katanya itu adalah fitnah kononnya...

Tapi yang bodohnya dia menyerbu membabi buta.. kalau admin Blog kedahkekl iaitu McTheory baca dan klik pada link yang ada di bawah video kedua tu.. (Video-video episod seterusnya sila lihat di ( SINI )) pasti dia akan tahu siapa punya kerja..

Dan info tentang blog yang membuat pendedahan tersebut telah diberikan oleh seorang X-UMB yang malu nak mengaku dia dulu dari UMB.. sebab apa aku tak tahu..

Tapi oleh kerana kurang cerdik maka admin Blog menyerbu membabi buta.. macam babi yang buta.. ha..ha..ha..

Mungkin aku dah terpijak ekor dia.. sebab tu lah di panas semacam saja..

Dalam Facebook aku pula ada yang berkata "Saman dia Bro..."

Tapi bila aku rujuk kat seorang Lawyer yang dipercayai sebagai ahli UMNO sebab dia rapat dengan Datuk UMNO yang rapat dengan aku ni..

Kata dia "Hang tak payah buang masa hang laaa... Memang hang boleh menang kalau hang saman dia.. tapi dia tu ada duit ka nak bayar?"

"Kalau dia ada duitpun dia tak akan bayar punya... macam kawan hang yang kena dengan Rais Yatim tu.."

"Buang masa.. buang tenaga.. buang duit... lagipun hang bukan nak bertanding dalam pilihanraya ni...."

"Tak payah layan la.. "

Hmmm... betul tu.. buang masa.. buang tenaga.. buang duit.. dan aku menjawab ni pun boleh dikategorikan sebagai membuang masa..

Tapi oleh kerana aku dah janji dengan beberapa Blogger Pro UMNO di negeri ini.. aku jawab juga..

Ni buat admin Blog kedahkekl.. lain kali kalau nak fitnah letak gambar aku kononya kena serbu macam kat atas tu.. hang jangan letak gambar kereta Proton Wira.. pasai kawan-kawan aku gelak..

Hang letak gambar kereta yang kena serbu tu gambar kereta Toyota Estima.. pasal aku pakai Toyota Estima 2.4 Aeras.. (sorry takbur sikit..)

Dan lagi satu... tak payah provoke dalam Twitter aku.. pasal aku tak layan macai-macai UMNO yang aku tak kenal.. buang masa saja...

Buat yang membaca blog ASD ni.. kalau boleh jangan search Blog kedahkekl tu.. nanti naik pulak rating dia.. ha..ha..ha.. hampeh betoi blogger UMB sekorx nih...

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 30 Jan 2013 09:15 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Habiiisss, habis. Hancuusss, hancus ...?

Posted: 30 Jan 2013 04:13 AM PST

Habiiisss, habis. Hancuusss, hancus ...?
Mampus jua BN akhirnya ...?
Kiihhh, kih kih ...?

Dia dipecat kerana ada Affair ...?

Posted: 29 Jan 2013 06:43 PM PST

Dia dipecat kerana ada Affair ...?
Kiihhh, kih kih ...?

Al Ikram

Posted: 30 Jan 2013 09:10 AM PST

Al Ikram


MUKA-MUKA POYO BANGSA AMENO...

Posted: 29 Jan 2013 08:02 PM PST

KRAI Utara

Posted: 30 Jan 2013 07:44 AM PST

KRAI Utara


GILA BABI : Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol

Posted: 30 Jan 2013 04:28 AM PST

SINARHARIAN
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

Pahang Daily Online

Posted: 30 Jan 2013 07:22 AM PST

Pahang Daily Online


Tengku Abdullah: Isu Kalimah Allah Perlu Di Tangani Dengan Cermat Dan Tidak Di Bahas Secara Terbuka !

Posted: 29 Jan 2013 10:21 AM PST

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah isu kalimah Allah, yang kini menjadi polemik semasa, perlu ditangani dengan cermat dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan terbuka. Titah baginda ia perlu dibincang secara tertutup di kalangan ilmuan, ahli agama dan pemimpin politik. Baginda juga menyeru umat di negara ini supaya berdiri teguh mempertahan kalimah Allah dan kalimah lain yang telah dinyatakan tidak boleh digunakan bukan Islam sama ada di media elektronik dan cetak. "Pihak lain seharusnya mengambil perhatian serta menghormati sensitiviti agama masing-masing agar kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama tidak tergugat," titah baginda pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Palestin-Gaza di Kuantan, semalam. Baginda bertitah di negeri Pahang, larangan penggunaan, penyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media cetak atau eletronik menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengelirukan atau memesongkan akidah umat Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam No. 5 tahun 1989. "Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 juga mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan adalah wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

[Titah Tengku Mahkota Pahang ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak, agar agama Islam itu tidak terus diperkotak-katikkan oleh pihak lain. Justeru, rakyat digesa mengambil peranan penting dalam mempertahankan kesucian agama Islam agar tidak terus dijadikan permainan atau modal politik oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Petanda awal piliharaya umum ke-13 ini semakin tiba apabila isu Islam pula dijadikan senjata untuk menjatuhkan sesama umat Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenarnya seperti yang diturunkan oleh Allah SWT. Apa guna mereka melaung-laungkan untuk mempertahankan kalimah Allah, sedangka disebaliknya mereka sendiri tidak mahu tegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Mana yang lebih mulia, perjuangan nama atau hukum itu sendiri?. maka, fikir-fikirkanlah isu ini denga serius agar ia tidak melemahkan umat islam di Malaysia. Selamatkanlah agama Islam dari terus diperlakukan sedemikian rupa!.].

.

Posted: 30 Jan 2013 03:12 AM PST

.


Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut

Posted: 30 Jan 2013 02:04 AM PST

SUSUPAN PETANG                                                                                                         

Di antara pemimpin Umno yang membuat ulasan terhadap tindakan Dewan Syura Ulama PAS yang memecat seorang ahlinya yang dilantik menganggotai dewan berkenaan, iaini bekas TP PAS, (dikenalai sebagai 'orang itu' (OI) ) ulasan dari Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustamlah yang saya rasakan paling dangkal dan 'songeh' sekali.

Ali Rustam: Politik rendah.
Kalau Najib Razak dan Mahathir Mohamad cuba membelitkan dengan menuduhkan pemecatan 'orang itu' kerana OI mengikutnya (Najib) pergi ke Gaza agak ada juga mutunya walaupun sangkaan itu berniat jahat dan melset kerana majlis syura membuat keputusan itu lebih awal sebelum 'orang itu'  pergi ke Gaza.

Namun ulasan Ali terhadap insiden itu dengan mencabar PAS memecat orang itu sesuatu yang lucu dan memalukan serta menjatuhkan maruah dan martabat politik. Lebih dungu dan 'budak' lagi apabila beliau mengatakan Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak berani memecat 'orang itu' kerana pengaruh 'orang itu' lebih hebat dari Nik Aziz dan Abdul Hadi. Hahaha...

Saya tertanya-tanya bagaimana orang Melaka boleh menyanjungi Ketua Menteri yang gagap itu sehingga lebih 130,000 hadir ke rumah kenduri anaknya kalau itulah standard kualiti ulasan politiknya.

Ali menyifatkan PAS tidak berani memecat orang itu kerana bimbang kehilangan pengaruhnya yang banyak. Waduh...waduh waduh si Mulan....  Dengan mesen pengiraan apa Ali menghitung pengaruh orang itu. Apakah dia belajar menghitung dengan sipembakar jambatan, Rais Yatim yang membuat hitungan ke atas peserta Bersih yang jauh beribu-ribu batu pembohongan dari kebenarannya itu?
 
Untuk pengetahuan Ali kalau pengaruh orang itu besar sudah pasti dia tidak akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PAS. Pasti orang itu akan mendapat undi terbanyak dan kekal jawatan itu. Tetapi kenapa dia kalah dan mendapat undi paling rendah dari tiga orang calon? Apakah ini pun tidak dapat difikirkan? Jangan sesekali cuba memaniskan buah jadam yang sudah diketahui pahit., nanti kaki ditindih traler. Jangan...

Mungkin sebab sudah lupus sifir jugalah maka Ali sudah membuat perkiraan untuk lari bertanding di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin dia sudah menyedari pengaruh dan sokongannya sudah menurun sejak ke belakangan ini. Khabarnya dengan penyertaan anak Tun Ghafar Baba, Tamrin ke dalam PAS Umno Melaka dalam keadaan terumbang ambing. Sambutan terhadap ceramah Tamrin ribuan. Mungkin kerana itu Ali merasai yang tongkang politiknya bakal pecah maka itu dia merapu dan cuba meluruskan kegagapannya.

Beliau tidak perlu cabar Nik Aziz dan Abdul Hadi memecat orang itu, tetapi beliau kena minta orang itu keluar dari PAS. Suruh dia keluar PAS bawa bersama anak semua bini, tikar bantal, tuku dan lekalnya sekali. Ajak semuuuaaaaa penyokongya dari seluruh negara bersamanya dan menyertai Umno.

Politik waras akan mengira demikian bukannya seperti apa yang Ali fikirkan. Itu yang patut Ali lakukan dan bukan suruh PAS pecat dia. Nilai dan daya fikir politik Ali juga hanya setakat lutut saja. Apakah dia tidak faham apabila majlis syura menggugurkan kedudukan orang itu sebagai anggota syura ulama itu ia adalah simbolik kepada pemecatan. Kalau orang itu masih ada air muka, dia perlu hantar surat meninggalkan PAS kelmarin juga sebelum Ali mencabar Nik Aziz dan Abdul Hadi. Orang cerdik tidak payah dikeluarkan rotan, cukup berdeham saja dia sudah tahu dan akan melarikan diri.

Sekerdil-kerdil kucing pun kalau kita menjeling dia tahu kita benci ia akan mengelak membawa diri, sanggup tinggalkan tulang dan belulang yang sedang dikekahnya. Janganlah kita hidup ini lebih hina dari kucing kurap. Sia-sia ilmu yang kita panggung atas kepala.

Sedihnya kalau ahli politik Melayu tidak dapat berfikir mengenai perkara-perkara mudah dan 'semesek' begini. Kalau kita ada prinsip, ada maruah diri, tidak payah ahli datang membawa karak dan obor berhimpun didepan rumah kita desak kita letak jawatan baru hendak lakukan sesuatu. Bertindaklah sendiri. Berbau saja kentut orang tidak suka ke kita, kita perlu bertindak sama ada tutup hidng dengan kopiah atau pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang.

Saya pernah menasihat orang itu agar berundur diri melepaskan jawatan ahli parlimen dipegangnya apabila dia pernah 'disumpah' oleh Nik Aziz Aziz agar tidak duduk buat sampah dalam PAS. Nik Aziz pernah minta dia keluar meninggalkan PAS kerana usahanya hendak bergabung dengan Umno dengan mengharapkan akan dapat kerusi menteri. Orang itu sebenarnya tergilakan hendak menjadi menteri kabinet. Terliur sangat apabila asyik mendengar keseronokan jadi menteri dari Zahid Hamidi kerana naik kapal terbang dapat duduk first class.

Ketika ini kalau dia ada air muka, seorang yang kononnya berprinsip dan berwibawa dia perlu meletak jawatan dan keluar dari PAS. Sepatutnya selepas satu masa dia bersalam dan mencium tangan Nik Aziz dia perlu menyerahkan surat perletakan jawatan dengan terhormat tanpa prejudis. Tetapi apakah dia sanggup berbuat demikian, tidak. Mengapa, kerana RM7,000 hingga RM13,000 sebulan elaun sebagai MP siapa nak bagi. Rakyat Bachok baik.

Maka jelas orang itu tidak ada maruah dan air muka sangat kontradik sebagai seorang yang dianggap ilmuan.

Kepada Ali Rustam yang mempercayai bahawa orang itu mempunyai pengaruh besar, mintalah orang itu keluar dari PAS. Dan Ali sementara masih ada kuasa di Melaka tawarkan mana-mana kerusi untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atas keyakinan yang Ali rasakan itu insyaAllah Umno akan menang besar dengan ada pertolongan orang itu yang bersama Umno. Dan lepas menang di Melaka nanti bagilah porfolio Menteri Agama dan Wakaf kepadanya bersama sebuah jet eksekutif. [wm.kl.5:46 pm 30/01/13]

Blog-list Malaysia

Posted: 30 Jan 2013 01:47 AM PST

Blog-list Malaysia


Polis Malaysia Buat Lawak Ke Ni..?

Posted: 30 Jan 2013 01:00 AM PST

Sidang Media Berhubung Dengan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat

SUSULAN DARI PERHIMPUNAN AMAN PADA 12.1.2013, PIHAK POLIS KUALA LUMPUR TELAH MEMBUKA SIASATAN BERHUBUNG DENGAN KESALAHAN PELANGGARAN SYARAT OLEH PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (KL 112), KHUSUSNYA MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR 15 TAHUN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT. PERBUATAN MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH 15 TAHUN MENJADI SATU KESELAHAN DIBAWAH SEK. 4(2) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DAN DIBAWAH SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001. JIKA DISABIT BERSALAH KESALAHAN-KESALAHAN TERSEBUT MEMBAWA HUKUMAN BERIKUT:

I. SEK. 4(2) AKTA PERHIMPINAN AMAN 2012 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000


II. SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIH 10 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI

OLEH ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT UNTUK TAMPIL MEMBERI KETERANGAN KEPADA POLIS. GAMBAR-GAMBAR SAKSI YANG BOLEH MEMBANTU DALAM SIASATAN TELAH DIRAKAM SEMASA MEREKA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT.

DENGAN ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MENYIARKAN BEBERAPA GAMBAR SAKSI-SAKSI BERKENAAN UNTUK TAMPIL MEMBANTU DALAM SIASATAN. PIHAK POLIS JUGA MENYERU SAKSI-SAKSI YANG GAMBAR MEREKA DISIAR MENGHUBUNGI TERUS PEGAWAI PENYIASAT KES ASP TONNY LUNGGAN TEL. BIMBIT O14-6225262 ATAU PEJABAT 03- 90516222 ATAU BERHUBUNG DENGAN BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

MANA-MANA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT AKAN SAKSI-SAKSI TERSEBUT DIMINTA MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT TERSEBUT DIATAS ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

SETAKAT INI KERJASAMA ORANG AWAM DALAM SIASATAN INI AMAT MENGALAKKAN DAN PIHAK POLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH.







Seterusnya Disini

Umno Yan Sanggup Terina Nasharuddin Mat Isa

Posted: 29 Jan 2013 11:56 PM PST

Nasharuddin bakal kembali ke parlimen Yan

PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

"Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.


"Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

"Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin," kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

'Tidak berpura'

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu. Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.

"Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.

"Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok," tambahnya lagi.

Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal.

freemalaysiatoday.com/



Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku

Posted: 29 Jan 2013 10:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya.

Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud.

"Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini.

"Ahli parti jangan tinggalkan 'post'. Pastikan ikut peti undi bagi mengelakkan penipuan," katanya pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai.

Semasa pengiraan undi pada PRU-11, Dr Wan Azizah yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh mula-mula kalah dengan majoriti tipis kepada calon Umno-BN Datuk Pirdaus Ismail.

Tetapi selepas pengiraan semula dibuat, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.



'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'

Posted: 29 Jan 2013 08:02 PM PST

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.


"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

Ke mana Nasha selepas ini?

Posted: 29 Jan 2013 04:42 PM PST

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.


Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.

Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?

Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas. Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).

Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno. - SinarHarian


Alahai.. Bangsat Ni Nak Menyibuk Jugak..

Posted: 29 Jan 2013 07:48 AM PST

Zulkifli Noordin Persoal Pemecatan Nasha tanpa Bela Diri.

KUALA LUMPUR 29 Jan - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini mempersoalkan tindakan memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Menurut Zulkifli, tindakan yang dilakukan oleh parti yang 'melabelkan' diri sebagai parti Islam itu tidak bertindak sebagai parti yang Islamik.


"Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.

"Saya tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal,hak asasi serta fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakat bertamadun," katanya menerusi satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Tambah beliau yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malasysia (PERKASA), tindakan yang dilakukan oleh Pas ini bukanlah kali pertama kerana perkara yang sama dilakukan terhadap tokoh pemimpin Pas, Datuk Dr. Hasan Ali.

"Sebab itu saya mempersoalkan tindakan PAS memecat Nasharudin daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS. Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

"Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri. Ini disahkan sendiri oleh Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu pemecatan beliau melalui media," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut memberi beberapa persoalan mengenai isu pemecatan Nasharuddin.

"Satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat?

"Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunseling kepada bini orang jam 3 pagi? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa?

"Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti dan keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat serta menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak, Bisu dan Buta untuk menerima haq dan kebenaran," ujarnya.

Kahkahkah.. Hadoi.. Geli lubang telingalah bangsat oii.. Lawak gilee laa nko yob...



Tragedi 13 Mei: KEADILAN mahu SPR tarik balik ugutan ke atas rakyat

Posted: 29 Jan 2013 05:57 AM PST

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa menarik balik kenyataan meminta rakyat tidak meraikan dan membantah di jalan raya selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan Abdul Aziz itu tidak profesional dan sengaja mahu mengugut rakyat dengan kuasa yang ada padanya.


"Tidak wajar SPR buat kenyataan seperti itu. Langsung tidak profesional. Malah beliau seperti mengulangi hujah Umno yang mengatakan demonstrasi boleh mengakibatkan tragedi 13 Mei.

"Kalau Abdul Aziz rasa bertanggungjawab, beliau mesti tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat kerana memberikan gambaran buruk kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal tindakan SPR cuba mengaitkan tragedi 13 Mei dengan keputusan pilihan raya. "Kenapa nak ugut orang awam?

Kita ada undang-undang. Mengapa SPR nak ungkit tragedi 13 Mei untuk takutkan rakyat," soal Tian.

"Sebetulnya jika SPR ini bebas, dia (Abdul Aziz) mesti minta rakyat turun menunaikan tanggungjawab mengundi dan memberi jaminan pilihan raya diadakan telus.

Tapi kenapa nak diungkit 13 Mei pula," ujar Ahli Parlimen Batu itu. Abdul Aziz juga dilaporkan meminta pihak yang menang juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR.

Menurutnya, lima kerajaan negeri bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2008 menunjukkan kononnya kebebasan SPR.

"Ini seperti SPR akan lakukan penipuan. Mana dia jaminan SPR untuk pastikan tiada penipuan dalam pilihan raya?

Kerja SPR sepatutnya tolong pastikan pilihan raya berjalan telus dan bersih, bukan jadi alat politik kerajaan," tempelak Tian.~ kd

SPR: Jangan demo lepas p'raya, elak tragedi 13 Mei


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan kesemua parti agar tidak meraikan atau membuat bantahan di jalan raya selepas keputusan pilihan raya diumumkan, bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berbahasan Cina Oriental Daily yang disiarkan hari ini, Abdul Aziz berkata SPR mengambil teladan daripada tragedi tersebut dan memperkenalkan peraturan yang mengharamkan sambutan atau bantahan demikian.


Katanya, pihak lain akan turut ke jalan raya dengan jumlah yang besar sehingga menyebabkan perintah berkurung terpaksa dikeluarkan.


Abdul Aziz seterusnya menasihatkan semua parti politik agar mamatuhi peratus pilihan raya dan bekerjasama untuk memastikan kestabilan dan keamanan, tidak kira pihak mana yang menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Beliau juga mengingatkan BN dan pembangkang agar tidak menggunakan isu kaum dan agama semasa pilihan raya.


Katanya, agama adalah perkara yang dekat di hati orang ramai dan ada yang sanggup menggadai nyawa demi agama mereka.


Beliau turut meminta pihak yang menang dan juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR.


Katanya, lima kerajaan negeri bertukar selepas pilihan raya umum 2008 yang didakwanya menunjukkan kebebasan SPR.~ fmk



Najib Jangka 'Permata Rosmah' Akan Diserang Lagi..

Posted: 29 Jan 2013 03:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengatakan hari ini beliau menjangkakan pembangkang akan mengkritiknya kerana beliau mencadangkan Permata diberikan tugas untuk membantu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana melibatkan isternya.

Bercakap dalam seminar disini, perdana menteri mencadangkan Permata, yang mana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung, bekerjasama dengan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) untuk mendirikan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.


"Lupakan (fakta tentang) isteri (saya) yang terlibat. Kerja dengan Permata kerana ia adalah program untuk pendidikan awal," kata Najib dalam ucapannya semasa di seminar "Wanita Sebagai Pemandu Transformasi" disini.

"Tetapi kita tahu pembangkang akan memperkecilkannya jika Permata terlibat. Pembangkang, mereka tidak konstruktif. Mereka hanya tahu untuk memperkecilkan semua perkara."
Rosmah telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan rasuah termasuklah pertuduhan pengelibatannya sebagai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana beliau seringkali menafikannya.

Isteri perdana menteri itu juga dituduh mempunyai kekayaan luar biasa sehingga terpaksa menafikan baru-baru ini pernah membeli cincin berlian berharga RM24juta.

Pertuduhan pertama timbul pada 2011 apabila bekas ahli majlis pimpinan pusat Badrul Hisham Shaharin mendakwa beliau menerima maklumat cincin berharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin itu dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak berjaya dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah juga mendakwa beliau telah menjadi nombor sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.

Najib, dalam mempertahankan isterinya telah berkata, pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbiran beliau dan mengatakan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sasaran.

Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini menggesa pengundi agar tidak terpengaruh dengan retorik pembangkang, mengulangi pembangkang tidak berminat untuk memainkan peranan konstruktif kerana menyerang lawatan beliau ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

"Sehinggakan perjalanan Gaza saya diperkecilkan. Mereka tidak konstruktif," kata Najib.- MI



Tiada Halangan Nasharuddin Sertai Parti Lain - Nik Aziz

Posted: 29 Jan 2013 02:06 AM PST

KOTA BHARU 29 Jan - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan bahawa dengan rela hati melepaskan dan tiada halangan untuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain.

Menurut Nik Aziz, terpulang kepada Nasharuddin untuk menyertai parti lain


"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.


MiLo SuaM

Posted: 30 Jan 2013 01:32 AM PST

MiLo SuaM


Risalah perang saraf bodoh untuk burukkan DAP disebarkan

Posted: 29 Jan 2013 04:00 PM PST

SEORANG sahabat menunjukkan sebuah risalah "perang saraf" berbentuk buku kecil untuk memburukkan DAP disebarkan di Kampung Baru semalam. Difahamkan barangkali berpuluh ribu cetakan risalah ini sudah diedarkan seluruh Kuala Lumpur.

Gua sempat belek lebih kurang seminit, untuk snap risalah ini. Apa yang gua perhatikan risalah ini dipenuhi dengan fitnah yang terang-terangan kantoi. Contohnya, risalah ini ada memetik salah satu laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk "Tiada lagi DEB".




Si pembuat risalah ini masih memasukkan laporan bertajuk "Tiada Lagi DEB" yang tersiar di Utusan Malaysia sebelum ini meskipun akhbar itu sudah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM220,000 kepada Guan Eng kerana laporan fitnah tersebut.



Laporan yang terang-terang disahkan oleh mahkamah sebagai fitnah pun boleh dimasukkan dalam risalah ini, nampak sangat si pembuat risalah ini memang nak buat fitnah.

Tambahan pula, risalah ini sama seperti risalah memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebelum ini rujuk sini ~ Anwar sembah mayat Teoh Beng Hock, di mana tiada identiti orang-orang yang terlibat menghasilkannya.

Namanya pun nak buat fitnah, mana berani nak tulis nama, kalau tulis nama takut kena saman.


ReJaM© "Baling batu sembunyi tangan, sudah berak sembunyi punggung... "

Anak syarikat Kerajaan Negeri Sembilan dikuasai kroni dan wakil rakyat Umno

Posted: 29 Jan 2013 11:46 AM PST



MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan diberi tempoh seminggu untuk mendedahkan pemilikan 49% saham syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan kepada MiLo SuaM, Ketua Penerangan Parti Islam, PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad mendakwa Negeri Roadstone Sdn Bhd, NRSB sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, PKNNS turut dikuasai oleh "orang kuat Umno dan BN".

Kenyataan itu mendakwa kehadiran orang-orang politik Umno dan BN termasuk wakil rakyat yang berselindung di belakang beberapa syarikat yang menguasai 49 peratus pegangan saham NRSB.

"51 peratus pegangan saham NRSB dimiliki oleh PKNNS manakala selebihnya sejumlah 49 peratus dikuasai oleh beberapa syarikat, seperti Pembangunan Bumi Sdn Bhd, Cekap Sejagat Sdn Bhd, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd, Nestin Sdn Bhd dan Ahmia Sdn Bhd".

Norazman menyifatkan ia sebagai satu jenayah tadbir urus yang berat apabila kepentingan individu berselindung disebalik nama agensi dan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

"Sebagai rakyat biasa saya mohon Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan untuk mendedahkan siapakah pemilik-pemilik dibelakang Negeri Roadstone Sdn Bhd sebelum pendedahan dibuat pihak kami" tambahnya lagi.

ReJaM© "Tak payah dedah pun, kita tahu Umno memang kaki sapu... "

Kelab Greenboc

Posted: 30 Jan 2013 01:25 AM PST

Kelab Greenboc


Polis Abaikan Jenayah Sebab Sibuk Ekori Pemimpin Pakatan – Shamsul

Posted: 30 Jan 2013 01:19 AM PST

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6.

Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi.

"Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara.

"Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya," katanya pada kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara.

"Di saat ada kelompok Cawangan Khas (SB) yang diarah mengekori jejak langkah pembangkang di seluruh negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.

"Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat," ujarnya. -KD

[KES ANIAYA] Bank Enggan Bayar Walaupun Wang Mustafa Hilang Dari Akaun

Posted: 29 Jan 2013 11:50 PM PST

Kuala Lipis - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

"Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

"Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan," katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

"Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

"Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu," katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

"Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya. -SH

Ulasan GB

GB merasakan pihak polis perlu jalankan siasatan ke atas bank berkenaan.

Ini kerana laporan daripada bank dan tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam.

Sedangkan En Mustafa, pemilik akaun berkenaan membuat pengeluaran pada 27 November jam 11.45 malam

Siapa "hantu" yang telah mengeluarkan wang hampir tiga jam sebelum Mustafa tiba di ATM?

Ini mengingatkan kita kes Lisa Surihani yang kehilangan wang sebanyak RM50,000 dari akaun banknya yang juga terletak di negeri yang sama. (Baca berita lampiran)

Nampak gayanya ia seperti menggunakan modus operandi yang serupa. Persoalan kini, berapa ramai lagi bakal jadi mangsa dan berapa banyak lagi jumlah wang pelanggan di bank akan hilang akibat sikap bank yang lepas tangan dan enggan bertanggungjawab, seperti didakwa oleh Mustafa di atas?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[EDISI DAJAL] Kononnya Gadis Melayu Dimurtadkan Di Gereja...

Posted: 29 Jan 2013 09:21 PM PST

Imej didajalkan oleh cyber-trooper UMNO

Gambar Asal

Akhirnya kebenaran terbongkar jua Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak.

Ada fren Omakkau memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah kiri maupun kanan dimana-mana gereja. Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.

Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.

Akan lakukan apa saja dengan hasrat hatta isu Agama keperingkat yang boleh menggugat kestabilan negara dan kenteraman awam semata-mata bertujuan mau meraih sokongan dalam PRU 13 nanti.

Etika, adab, santun, berhemah, berilmiah langsung tiada dalam kamus para gurkha siber UMNO.

Belum pernah dalam sejarah negara pencacai UMNO begitu terdesak dalam mereka cipta fitnah.

Apakah mereka ingat rakyat ini mudah termakan berita yang langsung tidak masuk akal itu?.

Adakah para gurkha siber UMNO fikir fitnahnya itu tidak akan terbongkar?.

FITNAH DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.

.

SUDAH SEBATI HINGGA KETULANG SONSOM UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK!!!!! -omakkau

[ISU NASHA] Terserah Kepadanya Untuk Sertai Mana-mana Parti Selepas Ini

Posted: 29 Jan 2013 06:28 PM PST


Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. -SH


Nasha dipecat dari Majlis Syura kerana merugikan parti, kata Dr Mahfodz


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Majlis Syura menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut.

"Majlis Syura memecat beliau kerana tindak-tanduknya merugikan parti, jadi kita anggap ini adalah proses saringan untuk membaiki dalaman parti.

"Lagipun, beliau tidak hadir dalam tiga mesyuarat Majlis Syura, dan memang ada dalam perlembagaan parti mengatakan beliau boleh dipecat. Ini satu tindakan disiplin," kata Mahfodz yang dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mahfodz lagi, sokongan akar umbi tidak akan berpecah, memandangkan mereka lebih mengutamakan perjuangan parti dari perjuangan individu.

"Sejarah keluar parti ini dah banyak kali berlaku. (Datuk) Asri Muda, yang merupakan bekas Presiden parti sendiri keluar parti, begitu juga ramai lagi pemimpin PAS juga keluar parti, tetapi akar umbi masih bersama PAS kerana perjuangan parti lebih penting dari individu.

"Yang angkat dia pun orang luar, jadi saya tak nampak perpecahan dalaman parti," kata Mahfodz lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak lagi isu yang boleh diulas, kerana pemecatan Nasharuddin bukan satu isu penting bagi parti.

"Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan, Nasha ni dah tak ada benda, we move on.

"Lagipun dia dah boleh masuk mainstream media, biarlah dia, kalau dia nak masuk Umno pun tak kisah. He is gone case," kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Mustafa Ali enggan memberi komen, dengan berkata pihak eksekutif menerima keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Semalam Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharuddin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online semalam.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharuddin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah.
-TMI

Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama

Posted: 29 Jan 2013 03:02 PM PST


Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

Gambar: Imej terbaharu Azza bersama suaminya Azlan. Foto: Twitter milik Azza

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.

"Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

"Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

"Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

"Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -mstar

[BONGKAR] Petugas JPN Terima RM1juta Benarkan Pendatang Mengundi

Posted: 29 Jan 2013 07:02 AM PST

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.

Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.

"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.

Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.

Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.

Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.

Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.

Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.

"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.

"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.

Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran.

" Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.

Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".

Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok. -TMI

SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?

Posted: 29 Jan 2013 04:44 AM PST

Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.

Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.

Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.

"Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.

"Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.

"Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar," menurut kandungan surat itu.

Menurut Chegu Bard, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.

Chegu Bard ketika mengulas isu sama berkata kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.

"STSB ini naik dengan cepat sekali, sekali dari cuma beberapa buah lori kini dikatakan sudah memiliki 80 buah lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara," ujar beliau kepada TV Selangor.

Menurut beliau dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.

"Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.

"Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh," katanya lagi.

STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.

Chegu Bard yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 29 Jan 2013 11:25 PM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KOBAT FM - SALURAN RADIO UNTUK WARGA TENTERA

Posted: 29 Jan 2013 09:07 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS



SALAH satu masalah besar yang dihadapi oleh kita di dalam PR adalah untuk mendapatkan sokongan dari warga tentera yang masih dikekalkan sebagai pengundi pos.  Bukan kerana warga tentera tidak meyakini kita, tetapi mereka amat terbatas untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu semasa di dalam negara ini.

Cuba kita tanya beberapa orang warga tentera, berapa orangkah yang tahu tentang maklumat berkaitan isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu satu tabung kebajikan yang dekat dengan mereka?  Walaupun isu ini panas sekarang, tetapi adakah mereka sedar bagaimana wang LTAT ini digunakan?  Tahukah mereka kisah yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli tentang penyelewengan wang LTAT ini?

Justeru itu, saya selaku Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) memikirkan satu kaedah bagaimana untuk mendekati golongan yang berada di dalam pagar kawalan tentera ini.  Kita tidak dibenarkan memasuki kem tentera untuk berkempen seperti pemimpin-pemimpin Umno yang bebas keluar masuk kem berkempen di atas nama program-program tertentu.  Awalnya, saya membuka blog KOBAT, kemudiannya diikuti dengan FaceBook KOBAT sebagai ikhtiar kita untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera dan juga bekas-bekas tentera.  Sambutannya amat baik sekali dan bilangan pengunjung semakin bertambah.

Namun, itu tidak mencukupi untuk kita mendekati mereka.  Di zaman IT ini, kita gunakan pula saluran yang lebih pantas untuk menyampaikan maklumat isu-isu semasa kepada mereka di samping kita boleh berhibur.  Maka, saya dengan dibantu oleh kepimpinan parti termasuk dari Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, maka kami wujudkan Stesen Radio Internet yang diberi nama 'KOBAT FM'.  Siaran radio ini boleh didengari melalui blog kami di http://kobatfm.blogspot.com  

Kewujudan radio yang bakal dilancarkan oleh Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013 di Kuantan ini nanti, InsyaAllah, bakal menjadi saluran alternatif terbaik kepada seluruh warga tentera.  Saya memohon sokongan saudara-saudara untuk bersama kami di KOBAT FM iaitu dengan cara menyertai rakan-rakan kita di FunPages 'KOBAT FM'.  (Klik SINI).

Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah dan bakal mendapat kejayaan, InsyaAllah.


PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

Posted: 29 Jan 2013 11:16 PM PST

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Bahang Perubahan Kuala Pilah

Posted: 29 Jan 2013 09:25 AM PST

1/29/13
27/11/13... Jelajah merdeka pimpinan Pakatan Rakyat bersama pimpinan utama DSAI ke N.Sembilan.

Terlalu banyak rintangan dan tekanan dari pihak UMNO/BN Kuala Pilah untuk mengagalkan Program tersebut. Alhamdulillah dgn kerjasama dgn pihak Majlis Daerah Kuala Pilah dan anggota Polis program berjalan dgn lancar sekali Ucapan Terima Kasih pada yang terlibat menjayakan program tersebut.

Pentas membahaskan Ekonomi terbuka bermula di Pusat Komersil Melang. Untuk berlaku adil dan bersifat profesional..maka PR Kuala Pilah turut menjemput wakil kerajaan pusat Timbalan Menteri Luar Bandar & Wilayah (Parlimen KP)YB Dato' Hasan Malek dan wakil exco Kerajaan Negeri Sembilan (wakil rakyat DUN Senalking) Dato'Ismail Lasim untuk berkongsi pentas membahaskan ekonomi khususnya Kuala Pilah. Sedihnya... mereka tidak ada keberanian untuk hadir bersama2 rakyat, walau pun surat2 jemputan telah dihantar dengan penuh adab dan sopan.

DULU...YB Ismail lasim di waktu alam persekolahan (KGV) pernah memenangi trofi (Engku Aziz) dalam bahas Ekonomi...tapi kini cuma berkokok di reban sendiri. DAN YB Hassan Malek pernah menjadi ketua belia Malaysia hanya berani mengugut menakutkan rakyat di program2 sukan sekolah dan pentas2 PIBG. Sepatutntya pentas yg terbuka luas yg telah disediakan disahut dengan gagah untuk dinilai rakyat akan kejujuran disamping berhemah dlm mempertabatkan ekonomi.

Kehadiran DSAI sampai ke pekarangan Dataran Melang selepas Asar bersama bas Jelajah Merdeka. Pejuang rakyat telah disambut dengan penuh kegembiraan walau pun dlm cuaca yg panas terik. Kesempatan beramah mesra secara dekat dengan ucapan motivasi memprkukuhkan jentera gerak kerja,lebih meyakinkan bahawa besar kemungkinan Kuala Pilah bakal di tawan PR.

Selepas solat magrib di Masjid Taman Anggerik. Rombongan "Jelajah Merdeka" dijamu makan malam bersama rakyat Kg Temeris. Satu lagi kubu kuat Umno BN di tembusi. Semakin tersa kebangkitan rakyat telah hampir di setiap pelusuk NS ini. Pentas utama di Felda Pasir Besar talah menyaksikan ribuan pendokong2 kebangkitan rakyat menunggu dan mendengar dengan tekun amanat pimpinan seiring dengan sambutan "Maulidul Rasul".

Penghayatan Rasulullah dalam memperjuangkan menyebarkan dakwah keadilan Islam, telah memberi impak yg cukup besar bagi rakyat untuk terus meneruskan misi ini. Setiap perjuangan dan pengorbanan itu adalah ujian Allah yg sudah mestinya ada nikmat di akhirnya. " Insyaallah"