Rabu, 23 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 23 Jan 2013 07:31 PM PST

Tukar Tiub


DIA LAHIR DI CHOO CHENG KAY

Posted: 23 Jan 2013 07:00 PM PST



DIA LAHIR DI JALAN CHOO CHENG KAY
neneknya sarat mengandung
lalu aku berikan tempat
untuk bersalin

ibunya  lahir ditepi bilik hotel  aku 6 tahun dahulu
ketika itu aku menginap di kepala batas
lalu aku bawa pulang ibunya ke kuala lumpur

lima tahun dulu dia lahir
mukanya macam siti nurhaliza
maka aku namakan dia siti

manja
kecil dan tidak cerewet
suka tidur di wilayah yang tinggi
ini kerana  neneknya suka tidur diatas pokok

hari sabtu yang lalu
tanpa disedari siti telah
meninggalkan rumah kami

kini telah lima hari siti menghilang
telah berkali kali aku mengeledah 
mencari dan mencari

kesedihan ini aku rakamkan
kesedihan ini aku tuliskan
agar  beban sedih ini berkurangan

ingatan ingatan aku terhadap siti
mencurah datang
aku penuh kerisauan apakah 
si siti ini mendapat makan
apakah si siti ini tidor ditempat yang panas
semua ingatan ini
menitiskan air mata



------

134,000 PENGUNDI HANTU DI SELANGOR

Posted: 23 Jan 2013 06:30 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
ada 134,000 pengundi hantu diselngor
taktik sabah telah dan sedang digunkan di selangor
jumlah 134,000 ini akan memastikan pakatan kalah
jumlah 134,000 ini akan memenangkan gerombolan

tidak ada pilihan
dari sekarang wajib dikenal pasti
siapa malaon malaon hantu ini
jika tidak ditangkap
kerajaan pakatan rakyat di selangor akan kalah

suruhan jaya pilihan raya - spr
jabatan pendaftaran negara - jpn
kementerian dalam negeri - kdn
polis di raja malaysia
semua ini adalah lembaga
yang menjadi tali barut united malays national organisation

lembaga lembaga ini
sedang berkerja untuk menipu
untuk memastikan gerombolan ketuanan melayu menang

HANYA SATU AMARAN
kalau tipu pilihanraya
kita keluar ke jalan raya


PAS jalan operasi 

kesan pemilik IC palsu

KUALA LUMPUR: PAS Selangor sedang mengadakan operasi mengesan pemilik-pemilik kad pengenalan (IC) yang diragui di negeri itu.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman  berkata, operasi tersebut dilakukan dengan pergi dari rumah ke rumah mengikut alamat di IC.

Ia berikutan pertambahan mendadak pengundi di Selangor yang mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.

TIPU PILIHANRAYA
TURUN JALAN RAYA



-----

BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM - BABI MULA TERBANG

Posted: 23 Jan 2013 05:30 PM PST



BILA  WAK SATAYAH NI JAWAB
pertanyaan dari
lebai deepak
Konsep Wasatiyyah Perlu Diteruskan Untuk Bina Negara Maju - Najib
KUALA LUMPUR: Konsep 'wasatiyyah' atau kesederhanaan yang diajar Nabi Muhammad S.A.W. perlu diteruskan bagi memastikan misi membina negara maju dan berdaya saing mampu dicapai, kata  Najib  Razak.
Dalam perutusan sempena Maulidur Rasul yang disambut esok, Najib berkata Rasullah S.A.W. adalah 'qudwah' atau contoh ikutan yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidup baginda dan konsep itu telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.
"Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... APA SUDAH JADI DENGAN GLOKAL?..... kah kah kah...
kah kah kah... GLOKAL ...GERAKAN LUNGKUP TANPA AKAL?... kah kah..
kah kah kah... APA JADI DENGAN ISLAM HADARI?.... kah akh akh...
kah kah kah... KEMANA SUDAH PERGI MENARI NARI?.... kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG ADA  WAK SATAYAH PULAK.... kah kah kah..
woit... APA YANG WAK DAN APA YANG SATAY?... kah kah kah
kah kah kah... QUDWAH NI APA  PULAK?.... kah kah kah..
kah kah kah... INI BEG BARU ROSMAH KE?... kah kah kah..
kah kah kah... QUDWAH... BEG ADA ZIP ATAS BAWAH.... kah kah kah
NOTA
bila mat mongol
cakap arab geli geli 
mak rasa kah kah kah
------

UCAPAN SELAMAT DARI TIM TUKAR TIUB

Posted: 23 Jan 2013 05:00 PM PST


TIM TUKAR TIUB
mengucapkan selamat
menyambut mauludul rasul nabi muhamad


-----

TAHU KAH ANDA SYURGA DAN NERAKA ADALAH KALIMAH HINDU?

Posted: 23 Jan 2013 06:30 AM PST



pencerahan dari pembaca
BAGAIMANA KALAU 
PENGANUT HINDU TAK BENARKAN?

Saya mendesak agar ulama PAS dan UMNO melarang orang-orang Melayu daripada menggunakan Al Quran versi Melayu kerana ia menggunakan pelbagai kalimah yang berasal daripada agama Hindu.

 Contoh-contoh: (1) Dosa 
(2) Sembahyang
 (3) Neraka 
(4) Syurga
 (5) Bidadari yang berasal daripada Vidhya Dhari dan banyak lagi. 

Sesiapa yang menggunakan kalimah-kalimah ini didalam upacara agama Islam telah murtad daripada agama Islam. Mengapakah orang-orang Melayu banyak menggunakan perkataan-perkataan agama Hindu?

 Jawabnya: PARAMESWARA - rajah (satu lagi perkataan Sanskrit) Melayu yang pertama kali datang ke Tanah Orang Asli pada tahun 1344 adalah seorang Rajah yang beragama Hindu. 
Erti Parameswara didalam bahasa sanksrit ialah Tuhan. 
Sebab itu orang Melayu daripada zaman dahulu sampai sekarang memanggil Rajah "Tuhanku" dan menyembah Rajah-Rajah ini yang mereka anggap sebagai tuhan sebagai Seri Paduka, Yang Maha Mulia, dan banyak lagi contoh lain yang membolehkan orang Melayu menjadi mushrikin. on PENGUMUAN : SILA JANGAN HINA PATIK PACAL YANG HINA

sila lihat klip ini
anggkuh
dan bodoh


-----

NAJIB KENA TIBAI OLEH PRESIDEN PALESTIN

Posted: 23 Jan 2013 05:30 AM PST



MAT MONGOL


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KESIAN MAT MONGOL... kah kah kah..

kah kah kah...NAK TUNJUK ISLAM... kah kah kah..

kah kah kah.... TAPI KENA TIBAI.... kah kah kah...

kah kah kah...USIK SANA USIK SINI... SEMUA JADI TAIK...kah kah kah..

kah lah kah.... SUWEY PUNYA BADAN...kah kah kah...

kah kah kah.... MIMPIKAN YANG SLIM... DAPAT ANAK BADAK... kah kah kah
Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib

 Daripada Ahmad Zaini Kamaruzzaman di MesirCetak
KAHERAH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi. 
Najib berkata, beliau telah memaklumkan lawatannya itu kepada pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas sebelum ke Gaza dan menjelaskannya sekali lagi kepada Menteri Wakaf Fatah dalam pertemuan di Cairo, malam tadi. 


"Mungkin ada pihak salah tafsir dan saya telah jelaskan kepada wakil Fatah ini lawatan kemanusiaan.

NAK TUNJUK ISLAM
 

Presiden Mahmoud Abbas 

kecam kunjungan Najib ke Gaza


Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.



GAZA: Di tengah kehebohan  Najib  Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.
"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.
"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.
Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan  dari  Malaysia.

-------

NAJIB PERGI LONDON - SEDIA TEMPAT TINGGAL UNTUK LARI

Posted: 23 Jan 2013 12:20 AM PST



TIPU PILIHAN RAYA 
 TURUN JALAN RAYA


PAKATAN PERTAHANKAN KEMULIAAN DAN KEBEBASAN ANGGOTA KESELAMATAN
Pakatan Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya.

Justeru, saya membantah tindakan  Najib Razak dan penipuan politik untuk perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu dipikul oleh mereka.

Skandal-skandal yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota keselamatan.

Apabila  Najib Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan negara.

Pertamanya, apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan.

Sebab itu, saya bertegas bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak ansur mengenai rasuah dan amalan kronisme dalam pembelian persenjataan negara. Keputusan dan penilaian kewajaran pembelian persenjataan perlu diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan ATM mengikut tata kelola pentadbiran kerajaan persekutuan yang berteraskan ketelusan dan amanah kepada rakyat. Saya yakin prinsip ini akan menjimatkan berbilion wang rakyat yang kemudiannya boleh diperuntukkan untuk membela kebajikan dan kemajuan anggota tentera.

Berbekalkan peruntukan yang meningkat apabila kita berjaya membanteras amalan rasuah dan kronisme, saya telah meneliti dan mencadangkan perkara-perkara berikut sebagai langkah membela kebajikan anggota-anggota tentera:

1.    Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak. Keuntungan dan perolehan LTAT wajarlah diagihkan dengan leih adil kepada anggota terbanyak, termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan;
2.    Kerajaan Pakatan Rakyat wajar meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20% daripada gaji setiap bulan (berbanding 15% sekarang). Peningkatan 5% caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera (yang berpencen dan tidak berpencen);
3.    Kerajaan Pakatan Rakyat wajar memperkenalkan Dividen Khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5% yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dividen Khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing;
4.    Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diangkat oleh Pakatan Rakyat akan dilakukan, supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat.

Kemuliaan dan kedudukan anggota tentera di mata rakyat adalah sangat penting kerana mereka adalah benteng pertahanan negara. Di bawah Pakatan Rakyat, saya yakin ATM akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
23 JANUARI 2013



Kementah beli senjata secara rasuah – Bekas Pegawai Tinggi Tentera


PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).
Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.
Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.


BIODATA RINGKAS
LT. JEN. (B)  ABD GHAFIR BIN ABD HAMID
Lt. Jen. (B) Dato' Abd Ghafir Bin Abd Hamid merupakan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2005. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai  Pegawai Pemerintah Batalion Malbat ke Namibia


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HABIS ... NAJIB TINGGAL DUA BUTIR TELOOO...kah kah kah..

kah kah kah...BERSEDIA NAK LARI BILA PAKATAN MENANG... kah kah kah..

kah kah kah...SOALAN NYA: KETIKA LARI SANGGUPKAH NAJIB MEMIKUL ROSMAH?...kah kah kah...
------

SIAPA LEBIH BERKUASA - NAJIB ATAU MADEY?

Posted: 22 Jan 2013 08:53 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
sekali pandang kelihatan
apa yang dilakukan oleh ibrahim ali
seolah-olah memberi undi kepada pakatan

sebenarnya 
 ia dan tidak

undi bukan melayu telah maksima untuk pakatan
undi china telah maksima ke pakatan
undi india  telah maksima ke pakatan
tak mungkin undi china melintas 85%
tak mungkin undi india melintas 60%

apa yang dilakukan oleh ibrahim 
apa yang dilakukan oleh madey
ialah mengepong undi melayu
jangan bocor masuk ke dalam peti undi pakatan

semua ucapan rasis madey
semua ucapan rasis ibrahim ali
ditujukan khusus untuk orang melayu
ini teknik mengepong melayu

kalau china terasa
kalau india terasa
kalau mereka marah
kalau mereka komplain
ertinya madey dan ibarahim ali berjaya!
         KOMENTAR TUKAR TIUB
jika ibrahimn ali didakwa
ertinya madey lemah
dan najib ada kuasa

jika ibrahim ali tidak didakwa
ertinya madey berkuasa
dan najib lembik

Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil


KUALA LUMPUR, 23 Jan — Presiden Pertubuhan
 Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali
seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana
kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil,
kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Lim  mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang... .











 BAI BAI NAJIB  ATAU BAI BAI KATAK PURU



----

PENGUMUAN : SILA JANGAN HINA PATIK PACAL YANG HINA

Posted: 22 Jan 2013 07:53 PM PST


CONTOH 
AKHBAR MELAYU
YANG MENYEMARAKAN
SEMANGAT  ANTI RAJA RAJA

NOTA TUKAR TIUB
adalah diberitahu kepada 
anak anak muda melayu
bahawa raja raja melayu ini
adalah ketua agama islam
untuk setiap negeri selat
dan negeri bersekutu
ini ada ditulis
dalam perlembagaan persekutuan

hendaknya orang orang melayu
hendaknya anak anak muda melayu
perlu hormat kepada kepala agama ini

janganlah gunakan facebook
janganlah gunakan blog
untuk kutuk raja melayu
untuk tibai raja raja melayu ini

tim tukar tiub cukup kecewa
dengan pelbagai gambar
tohmah dan fitnah 
yang ditujukan kepada ketua agama islam
negeri negeri melayu ini

sila hentikan kerja tak senonoh ini
kalau tak ada raja melayu
macam mana kita nak puasa
kalau tak ada raja melayu
siapa akan jadi pemegang mohor
untuk mulakan hari raya

fikirlah sikit
kah kah kah
NOTA:
ya ampoon
patik bukan saje anak anjing  yang hina
tapi patik  ini ilah anak anjing yang makan tuan
kah kah kah

PENCERAHAN DARI PARA PEMBACA


MARI MENGENAL SEJARAH

Sambungan... Salam, 1. British telah melantik seorang Melayu dpd Riau (keturnan Daeng) sebagai Temenggung di Johor Baru dgn membelakangkan Sultan Johor yg asal dan sebenar yg bertakhta di Muar. Anakanda beliau (Temenggung) telah dilantik oleh British sebagai Temenggung dan kemudian sebagai Maharaja Abu Bakar, yg memerintah Johor.

 Kemudian beliau ditabalkan oleh British sebagai Sultan Johor yg baru. Sultan Johor yg sebenar disisihkan. British telah memberi gelaran Tengku kpd Sultan dan seluruh kerabat johor.

 2. Apabila Sultan Selangor mangkat , British tabalkan menantunya, iaitu Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yg baru. Beliau bukan keturunan Raja Selangor. Sultan Samad telah membantu British untuk menjajah Selangor dan juga diberi gelaran Tengku kpd Baginda dan seluruh kerabat Selangor.

 Orang-orang Melayu di bawah pimpinan Raja Mahadi telah memberontak menentang British dan setelah 40 tahun berjuang akhirnya beliau ditawan dan dibunoh di Singapura. Dalam perang menentang on YAM AMPOOON - BERAK DALAM SPOOOON
Anonymous
on 1/22/13 
BARUA BRITISH
Tu dia... Seluruh Raja Melayu kita yang wujud pada hari ini adalah Raja-Raja yang ditabal dan dilantik oleh British dan mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan sebenar.

 Oleh kerana mereka itu adalah dilantik oleh British sudah sewajarnyalah mereka itu bertindak sebagai tali barut dan para hamba British. Renongkanlah mengenai apa yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu terhadap kita, mereka adalah para khianat bangsa dan agama kita :

 1.Sultan Pahang menentang Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tetapi membantu British untuk menjajah Pahang; 

2.Sultan Trengganu menentang Haji Abdul Rahman Limbung tetapi membantu British untuk menjajah Trengganu;

 3.Sultan Kelantan menentang Tok Janggut tetapi membantu British untuk menjajah Kelantan;

 4.Sultan Selangor menentang Raja Mahadi tetapi membantu British untuk menjajah Selangor;

 5.Sultan Pahang dan Sultan Kedah mengutuskan angkatan-angkatan perang masing-masing untuk membantu British dan Yap Ah Loy untuk menentang Raja Mahadi on YAM AMPOOON - BERAK DALAM SPOOOON
Anonymous
on 1/22/13

SEMBAH ANAK ANJING
Ampoooonn Tuhanku!!!!! Sembah "patek" ('anak anjing yg. baru celik') harap diampooonnn.. Menjunjung "Duli" ('Debu dibawah tapak kasut') tuanku... Pada zaman Rasullullah dulu adake org2 menyembah2 minta ampun nak berjumpa Baginda Rasullullah? 

Kepada melayu2 bonggok, janganlah nak mengaku Islam kalau masih menganuti adat istiadat Hindu feudal! ~ Tun, Tan Seri, Dato Seri, Haji Dr. Sang Wijaya Sari Al Haj. on YAM AMPOOON - BERAK DALAM SPOOOON
Anonymous
on 1/22/13

FREE LOADER MAKAN FREE
Beta bertitah bahawasanya sesiapa yang menggunakan kalimah YANG MAHA MULIA untuk memanggil Free Loaders yang suka makan free telah murtad dan keluar daripada agama Islam. Beta bertitah bahawasanya sesiapa yang menggunakan kalimah Seri Paduka untuk memanggil keturunan lanun Bugis telah keluar daripada agama Islam kerana kalimah Seri Paduka sebenarnya hanya digunakan untuk TUHAN.

 Kalau tak percaya sila lihat Batu Bersurat Terengganu (muka 4) dimana gelaran Seri Paduka hanya digunakan untuk Tuhan http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu Dengan ini terbuktilah 90% rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan mengaku beragama Islam(samada ulamak UMNO atau ulamak PAS) telah murtad kerana mempertuhankan cucu cicit Rajah Gopal.

 Orang Melayu tulen zaman dahulu memanggil Tuhan degan gelaran Seri Paduka. Jadi orang Melayu zaman sekarang sudah kena tipu oleh Rajah Gopal kerana mereka sebenarnya menyembah Rajah Gopal dan bukannya Allah S.W.T. on YAM AMPOOON - BERAK DALAM SPOOOON


-----

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Jan 2013 03:49 PM PST

DIALOG RAKYAT


Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee

Posted: 23 Jan 2013 03:48 PM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).

"Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.

"Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.

"Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk 'pembonsaian' (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu 'listen'.



"Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk 'pemerkosaan' hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi.

Mereka akhirnya membebankan negara," jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena 'listen' dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.

Dr Maszlee berkata, universiti 'mandul' melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.

"Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.



"Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.

"Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja," ujarnya.

Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.

"

Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.

"Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim," katanya.

Projek Pusat Sains RM45 juta 'Sakit', DiTender Semula

Posted: 23 Jan 2013 03:44 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/pusat%20sains%20terengganu%20terbengkalai.jpgWartawan Buletin 

KUALA TERENGGANU - Pusat Sains  dan  Kreativiti Negeri Terengganu (PSKT) yang diilhamkan pada awal tahun 2006 bertujuan memajukan dan  membangunkan sebuah kawasan pembangunan  sains dan  kreativiti, dimulakan pembinaannya pada tahun 2008.

Catatan pada laman sesawang PSKT, Kompleks PSKT juga bertujuan  untuk memberi kemudahan  pembelajaran, pengetahuan, informasi, penerokaan, dan kajian khususnya   kepada  masyarakat   tempatan, dijangka siap pembinaannya pada penghujung tahun 2013.

Laporan Senarai Projek dalam Pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya negeri Terengganu pada bulan Jun tahun 2008 sebaliknya meletakkan jangkaan siap pembinaan PSKT pada bulan Februari tahun 2009.

Kos pembinaan PSKT yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah berjumlah RM31.15 juta.

Berbeza dengan kenyataan Pengarah Urusan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Dr Mohd Zaki Mohd Said dalam kenyataannya yang dipetik Bernama pada 28 Ogos tahun 2008 berkata, kos pembinaan pusat itu adalah sebanyak RM45 juta.

Manakala pada 20 Jun 2012, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri  Dr A Rahman Mokhtar selaku Pengerusi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu pula berkata, Pusat Sains baru itu dijangka dapat diguna menjelang penghujung 2014.

Kenyataan 'berbolak balik' mengenai PSKT oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu tidak dapat menyembunyikan hakikat sebenarnya, projek yang dibiayai dengan peruntukan kerajaan negeri itu adalah merupakan 'projek sakit'.

Rakyat Terengganu dijangka mengalami kerugian apabila projek yang terbengkalai terpaksa di tender semula.

Surat penamatan kontrak kepada kontraktor pembinaan PSKT telah dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato' Haji Abdul Razak Ismail Pada 30 Ogos, 2012.

Menurut surat tersebut, Kerajaan negeri mendakwa kemajuan kerja pembinaan PSKT adalah 79%, terlewat kira-kira 21% dari sasaran.

Oleh itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah mengeluarkan semula tender Cadangan Membina Dan MenyiapkanPSKT bagi menyiapkan kerja-kerja terbengkalai pada Ahad 6 Januari lalu.

Sistem Dan Pemerintahan Umno-BN Terpesong Daripada Ciri Wasotiyyah

Posted: 23 Jan 2013 03:40 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/salam%20mauludirrasul.jpgEditor BULETIN

 Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah  serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih  dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah.

Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah :

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143a.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143b.jpg

Maksudnya : "Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil," (al - Baqarah 143)
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/wasatiyaha.jpg

Maknanya : "Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah."

Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah.

Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman :
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah143a.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/albaqarah213.jpg

Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al -  Baqarah : 213)

Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ;

1-     Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam.
2-     Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat.
3-     Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek.
4-     Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya :

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/3_110.png

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110)

Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan  mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan 'wasotiyyah UMNO' dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Adun Bukit Payong
11 Rabiu'awwal 1434

Bertuah jadi umat Muhammad SAW

Posted: 23 Jan 2013 03:34 PM PST



Oleh HASAN AL-BANNA MOHAMED

SABAN tahun, menjelang Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan tersemat dalam kotak minda masing-masing dengan satu peristiwa terbesar berlaku di atas muka bumi ini. Peristiwa tersebut telah membawa keamanan sejagat buat semua makhluk, ia itu kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang tercinta.

Perutusan Baginda SAW hakikatnya telah membawa kerahmatan dan manfaat kepada semua manusia, haiwan, jin dan para malaikat.

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam".

Justeru, kita yang mengakui umat Baginda SAW mestinya sentiasa mengucapkan selawat dan salam buat Baginda SAW dengan berazam untuk menuruti setiap Sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana Bagindalah makhluk dan insan yang paling agung pernah diciptakan ALLAH SWT.

Kita percaya seyakinnya tindakan dan pertuturan yang ditunjukkan Baginda SAW pasti mendatangkan manfaat besar kepada manusia seluruhnya.

Hal ini demikian kerana setiap apa dikeluarkan daripada Nabi Muhammad SAW tidak lain dan tidak bukan merupakan wahyu ILAHI semata sebagaimana maksud Surah an-Najm, ayat 4: "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya". Namun menjadi realitinya, Sunnah Rasulullah SAW dianggap remeh dan dipandang sepi oleh segelintir umat Islam dewasa kini. Ada menganggap ia sebagai suatu perkara biasa sahaja yang dilakukan oleh seseorang manusia yang tiada bezanya dengan amalan-amalan lain. Ada yang malu meniru amalan Sunnah Baginda SAW.

Mungkin ada juga segelintir yang leka dengan kesibukan hedonisme dan materialistik duniawi sehinggakan sanggup menjadikan manusia lain sebagai idola kehidupan.

Sebagai contohnya, seseorang yang menjadikan individu tertentu yang jelas terpesong akhlak dan budi pekertinya seperti berpakaian tidak menutup aurat, bertutur dengan bahasa yang kesat, menghina sesama sendiri, suka menabur fitnah yang tidak bernoktah, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan bukan muhrim, terjebak dengan gejala negatif serta perkara memabukkan, terpengaruh dengan budaya Barat yang kuning dan hitam serta pelbagai lagi kebejatan sosial pada akhir zaman ini.

Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu menuruti apa yang diungkapkan oleh Baginda melalui hadis sahih dalam Sunan Ibnu Majah yang bermaksud: "Hendaklah kamu beramal dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin".

Menjadi persoalan sekarang, adakah kita umat akhir zaman ini mengenali susuk tubuh, tingkah-laku, perkataan, perbuatan dan sifat-sifat Baginda dengan sebaik mungkin? Adakah nanti pada hari akhirat kelak dapat kita mencari individu teristimewa, iaitu Nabi Muhammad SAW dengan mudah dan cepat?

Bagaimana kita hendak mengecamnya jika di dunia ini pun kita tidak mengambil endah dan peduli dengan Sunnah Rasulullah SAW? Mudah bagi kita untuk menghafaz lirik lagu 'Gangnam Style' daripada membasahi lidah kita dengan lafaz selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, ada yang menghina Baginda SAW melalui lukisan, tulisan, cemuhan, kata-kata nista serta yang paling menyayat hati adalah tidak mengikuti perintah ALLAH SWT dan rasul-Nya dengan sikap sambil lewa sahaja.

Justeru, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada awal tahun ini, marilah kita memperbaharui niat kita sekali lagi dengan berazam bersungguh-sungguh untuk membudayakan Sunnah dan amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Ikutan Sunnah sebegini mampu dijadikan titik tolak perubahan kepada maklum balas wasiat terakhir Baginda SAW pada saat-saat kewafatannya yang mengungkapkan lafaz: 'Ummati..Ummati..Ummati'. Sedarilah betapa kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya bukanlah terhenti setakat itu sahaja, pada hari akhirat kelak dianugerahkan syafaat Baginda untuk masuk ke syurga nanti. Oh! Alangkah beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW

Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing

Posted: 23 Jan 2013 03:31 PM PST



Oleh Beruang Hijau

Secara rasmi pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini adalah yang ke-13. Ia menjadi ke-13 kerana dikira bahawa pilihan raya umum pertama ialah pada tahun 1959, iaitu dua tahun selepas Malaya merdeka.

Tetapi tidakkah pilihan raya pertama di Malaya berlangsung pada tahun 1955? Maka dikatakanlah bahawa pada tahun itu Malaya belum merdeka. Tetapi tidakkah Malaysia belum terbentuk ketika itu? Maka pilihan raya pertama Malaysia sebenarnya berlangsung pada tahun 1964. Maka kalau dikirakan begitu, pilihan raya tahun 2013 ini adah yang ke-12.

Dalam keadaan ini, maka lebih baik disebut pilihan raya umum 2013 supaya tiada perdebatan. Dari tahun 1955 hinggalah sekarang, parti-parti yang masih masih ada ialah Umno, MCA, MIC dan PAS.

Parti-parti Sarawak dan Sabah belum ada kerana kedua-duanya belum bergabung dengan Malaya. Dua parti komponen Barisan Nasional, Parti Progresif Rakyat yang sebelumnya bernama Parti Progresif Perak (PPP) dan Gerakan Rakyat Malaysia juga belum wujud.

Sementara parti-parti Pakatan Rakyat lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga belum wujud. Namun begitu Parti Rakyat Malaya yang bergabung untuk menjadi Keadilan sudah ada.

Namun begitu, MCA, MIC dan PAS mempunyai nama berbeza kerana Malaysia belum ditubuhkan. MCA ialah Persatuan Cina Malaya, MIC Kongres India Malaya dan PAS bermula sebagai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dengan kependekannya ialah PMIP.

Tetapi pada tahun 2013, walaupun ada perubahan nama, MCA, MIC dan PAS adalah parti yang sama pada pilihan raya umum 1955. Yang sudah berubah ialah Umno.

Ini kerana Umno diharamkan pada tahun 1987. Dua parti menggantikannya iaitu Umno Baru dan Parti Semangat 46. Hanya pada tahun 1996, Parti Semangat 46 dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Umno Baru, yang menukarkan namanya untuk menjadi Umno saja.

Hakikatnya Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru. Parti ini tidak sama dengan Umno tahun 1955 yang memperoleh dokongan menyeluruh orang Melayu hingga Perikatan Umno-MCA-MIC menyapu bersih semua negeri di Malaya.

Tetapi pada pilihan raya 1957, sokongan orang Melayu telah terjejas apabila Kelantan dan Terengganu dimenangi oleh PAS.
Sebenarnya dalam pilihan raya ini, PAS berpakat dengan Parti Negara.

Sebahagian orang Melayu tidak puas hati dengan Umno. Kedudukan orang Melayu amat lemah dan banyak tolak ansur diberikan oleh Tunku kepada orang Cina. Selain itu, Islam tidak jelas diutamakan.

Terengganu yang dimenangi oleh PAS telah jatuh ke Umno apabila ada Ahli Dewan Undangan Negerinya melompat. Tidakkah beliau mengkhianati pengundi-pengundi yang memilik beliau kerana PAS. Tetapi begitulah Umno tidak menghormati pilihan rakyat dalam hal menarik ADUN parti lawannya hingga kerajaan negeri tumbang.

Terengganu adalah kes pertama kerajaan negeri beralih ke tangan Perikatan-Barisan Nasional. Hakikatnya langkah itu merupakan pengkhianatan kepada kehendak majoriti pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya dan negeri berkenaan.

Selepas Terengganu pada tahun 1959, ia terus berlaku di negeri-negeri lain pada pilihan rata kemudiannya. PAS pun boleh dikatakan tidak menghormati pengundi-pengundi yang memilihnya pada tahun 1969. Ini kerana dengan menyertai Barisan Nasional, tentunya ia melanggar kehendak rakyat yang tidak mahukan kerajaan pimpinan Umno.

Tentulah pengundi Kelantan yang memilih PAS mengehendaki parti ini yang memerintah negeri itu. Tetapi dengan penyertaannya ke dalam Barisan Nasional, Kelantan mendapati dirinya diperintah juga oleh Umno.

Sememangnya dari segi sistem demokrasi berparlimen dan undang-undang, ia adalah sah. Tetapi tidak dari segi etika. Bukan saja PAS, tetapi Gerakan dan PPP yang turut menyertai Barisan Nasional.

Pada tahun 1969, rakyat Pulau Pinang memilih Gerakan yang bererti mereka menolak MCA. Tetapi dengan penyertaan parti itu ke dalam Barisan Nasional, rakyat negeri itu mendapati mereka terus diperintah oleh Umno dan MCA juga.

Selepas tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak juga tumbang kerana ADUN-nya melompat yang tentunya kerana usaha Barisan Nasional. Malah tindakan Ibrahim Ali menentang PAS tentu mengecewakan pengundi Pasir Mas. Mereka mengundi Ibrahim kerana restu PAS.

Setiap calon pilihan raya dari apapun parti mesti menghormati pengundi. Mereka tidak wajar melompat. Sebaiknya mereka harus tunggu habis penggal jika mahu beralih parti. Atau sekurang-kurangnya meletak jawatan supaya pengundi boleh memilih wakil lain.

Sebagai contoh, penulis mengundi calon PAS sebagai ADUN bagi Gombak Setia. Beliau bukan saja menang tetapi dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Sayangnya beliau tidak mematuhi kehendak parti dan akhirnya membawa kepada pemecatannya. Tentu tindakan beliau itu merupakan bentuk sikap tidak setia kepada pengundi yang menyokong PAS.

Sememangnya ahli politik dan parti politik bermain politik untuk mendapatkan kuasa dan melaksanakan dasar-dasarnya. Tetapi mereka wajar menghormati para pengundi dalam apa jua keadaan. Inilah etika demokrasi. Dari segi Islam pula, tentulah nilai kesetiaan dijunjung tinggi.

Forum Kebebasan Akademik : 12,000 Saksi Siaran Langsung di TV Selangor

Posted: 23 Jan 2013 06:14 AM PST


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KUALA LUMPUR  : Lebih 12,000 penonton menyaksikan siaran langsung secara dalam talian Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi dipancarkan TV Selangor dari Dewan Perhimpuan Cina di sini malam tadi.

Jumlah dicatatkan adalah memberangsangkan kerana penonton selain Malaysia, adalah dari seluruh dunia seperti Brunei, Singapura, Britain, Arab Saudi, Switzerland dan yang lain.

Forum berlangsung lebih empat jam itu menampilkan panelis terdiri dari Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, Dr Maszlee Malik dan pelajar undang-undang Univerisiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani serta moderator, Muhammad Kamil Abdul Munim dari Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Forum anjuran Kumpulan Anak Muda Indipenden (Kami) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berjaya dengan lebih 200 penonton hadir menyaksikannya.

Forum kebebasan akademik berkenaan dianjurkan bagi memberi penjelasan berkenaan insiden yang membabitkan Bawani dinafikan hak untuk bersuara oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia(UUM) pada 8 Januari lalu.

Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin

Posted: 23 Jan 2013 05:12 AM PST

MSO

Puad Sarkashi perlu memperbetulkan standard dirinya sebagai anggota kabinet agar ianya tidak sampai ke tahap haprak. Banyak sudah perkara yang diutarakan Puad tidak mencapai standard beliau sebagai timbalan menteri. Isu atau topik yang diucapkan oleh Puad tidak lebih dari standard presiden Perkasa(m) saja. Patut Puad bezakan dirinya dengan presiden NGO itu kerana dia mempunyai latar belakang dan disiplin diri yang jauh lebih menarik.

Sekurang-kurang dua perkara yang Puad sentuh tetapi ia meragukan dan boleh dipersoalkan. Pertikaian beliau berhubung isu itu juga tidak meletakkan beliau seorang yang berkualiti. Jauh sekali setaraf dengan kedudukan dia sebagai seorang bergelar doktor falsafah (Phd). Barang kali ada kebenarannya juga sesetengah kawan yang mempertikaikan dari mana Puad mendapat Phd kerana tahap keilmuan yang ditunjuk tidak sampai ke peringkat itu.

Apakah ia sama dengan standard kedoktoran yang diperolehi oleh Ahmad Zahid Hamidi?


Perkara yang dicakapkan oleh Puad banyak boleh dipertikaian. Salah satunya ialah berhubung tuduhan beliau yang DAP telah mencetak kitab Injil dalam bahasa Melayu. Tuduhan itu dibuat berdasarkan apa yang beliau difahamkan. Sumber yang memberi kefahaman kepada beliau ialah Utusan Malaysia - surat khabar yang paling banyak kalah saman di dunia.

Terbaru ialah mengenai pengedaran kitab Injil di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Beliau menarik perhatian mengarah sekolah agar menyiasat dan memastikan tiada Injil diedarkan. Maklumat yang dikutip oleh Puad ialah dari sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia pula mengambil sumber daripada persatuan 'kepalabuku'.

Sebagai seorang timbalan menteri Puad sepatutnya menjaga standard dan kelas dirinya. Jangan diambil sumber-sumber yang 100 peratus karut dari Utusan Malaysia itu. Puad patut menilai sejauh mana akhbar berkenaan. Tidak bermakna ia adalah surat khabar Umno ia boleh dipercayai seratus peratus. Dan sebagai seorang akademik Puad tidak boleh 'merawa' semua isu termasuk isu-isu berkelas sampah untuk di ketengahkan.

Apakah Puad tidak mengikuti perkembangan mahkamah yang lepas satu, satu hakim menjatuhkan hukuman Utusan Malaysia sebagai bersalah atas kerana menyebarkan berita fitnah. Apakah Puad tidak peka ini?

Kita menimbulkan ini kerana bimbang Puad lama kelamaan akan jadi seperti surat khabar berkenaan. Berbohong, putar belit cerita sudah menjadi habit. Bila sudah sampai ke peringkat ini Utusan Malaysia akan jadi seperti anjing yang habit makan tahi, di mana kalau tidak dapat tahi bau pun sudah cukup. Dibimbangkan juga kerana percaya kepada akhabr itu lama-lama Puad bukan saja setakat, cakap berlapik lidah tetapi bimbang lidahnya juga akan jadi bercabang.

Kita tahu Puad menjadi banyak bercakap kerana hendak tunjukkan kepada Najib dia adalah menteri muda yang ada idea dan rajin mempertahakan Umno. Kalau idea banyak tetapi semuanya hampas dan haprak tidak ada guna pun. Sebodoh-bodoh Najib dia tidak akan menelan apa yang Puad katakan. Najib bukan plastik.

Najib juga tahu hubungan darah daging Puad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Chemistry itu tidak akan dilupakan Najib. Makanya sekuat mana Puad bercakap untuk menarik perhatian Najib agar melantik dia jadi menteri penuh, ia tidak akan mudah terjadi. Puad seperti juga Zahid Hamidi yang berada dalam senarai Najib bertandakan 'ribbon merah'.

Bila mengenang Puad saya teringat kepada kawan saya Ahmad Maslan. Puad semacam hendak berlumba dengan Mat Maslan. Hendak tunjuk dan buktikan yang dia lebih banyak bercakap dan idea walaupun ianya karut marut dan kadang-kadang dangkal. Puad dan Mat Maslan hendak jadi hero di Johor. Mereka sedang memasang angan-angan untuk melintasi Hishamuddin Hussein dan Khalid Nordin.

Seperti juga Puad demikian dengan Ahmad Maslan. Najib tidak akan mudah terpengaruh dengan percakapan mereka yang kadang-kadang lebih lawak dari puak-puak raja lawak. Najib ada kayu pengukur sendiri.

Kepada Puad dan Mat Maslan mereka boleh tiru apa yang ditunjukkan oleh Saifuddin Abdullah. Dia juga Umno tetapi bila bercakap soal negara dia letakkan Umno di tangga. Bagnya Umno bukan sepanjang masa dengannya. Dia tidak peluk Umno bersama isterinya atas katil tidak seperti Puad dan Mat Maslan. Inilah pemimpin dan orang cerdik.

Ikhlas saya sarankan baik Puad dan Mat Maslan belajarlah jadi seperti Saifuddin Abdullah. Sebenarnya harga diri anda itu lebih mahal dari harga Umno yang anda pertahankan sehingga sampai rosak reputasi anda.

Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid

Posted: 23 Jan 2013 04:57 AM PST


Aslani M,

KOTA BHARU: "Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.

"Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar).

Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.

"Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang," ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, "Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa" anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.

Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.

Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.

Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.

"Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.

"Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih," tambahnya.

Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.

"Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki," katanya lagi.

'Buku BN diberi bersama bantuan RM100'

Posted: 23 Jan 2013 04:54 AM PST



Seorang pemimpin Gerakan menafikan dakwaan bahawa buku yang diedarkannya sewaktu mengagihkan bantuan persekolahan RM100 bertujuan untuk memburukkan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan kematian setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock.

NONESetiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau memberitahu
Malaysiakini
bahawa isu itu telah diputarbelitkan oleh penyokong Pakatan untuk memburuk-burukkan dirinya.

Sebuah laman Facebook yang dikendalikan oleh penyokong Pakatan memuat-naik gambar yang menunjukkan artikel dalam bahasa Cina berjudul 'Pakatan, berhenti politikkan kes Teoh Beng Hock!'.

Ini telah diterbitkan dalam buku tersebut.

Posting dalam Facebook itu mendakwa buku dalam bahasa Cina itu telah diberikan kepada ibubapa ketika menerima wang bantuan RM100 di sebuah sekolah.

NONEPemilik lamanweb itu mengecam BN dan Lau kerana menggunakan kes kematian Teoh untuk menyerang Pakatan, dan menyeru ibubapa
supaya mengundi Pakatan Rakyat walaupun menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan BN.

Dihubungi hari ini, Lau mengakui beliau mengedarkan bukunya semasa majlis tersebut. Ia mengandungi koleksi artikel yang telah diterbitkan sebelum ini. Buku itu telah diterbitkan oleh Gerakan Mei lepas.

Beliau menjelaskan artikel yang dibangkitkan oleh warga siber itu hanyalah salah satu daripada pelbagai isu.

Banyak artikel dalam buku itu juga sangat kritikal terhadap kerajaan BN juga, tegasnya.

S'gor akan buat rayuan ketepi saman ibu tunggal

Posted: 23 Jan 2013 04:50 AM PST



 
Kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.

Abdul Khalid berkata tindakan itu dibuat berikutan beberapa faktor teknikal termasuk permohonan yang dibuat oleh kumpulan ibu tunggal berkenaan disifatkan tidak sah.

"Kita dapati ada ibu tunggal yang tidak lagi menetap di kediaman mereka di sini (Selangor)...isu itu tidak selesaikan masalah sebab mereka ini tidak lagi berkaitan dengan kita.

"Ada juga dalam rekod kita, ibu tunggal ini tidak mempunyai alamat kediaman yang betul, sebab itu kita tolak sebab kita mahu menyiasat dan kumpul maklumat yang betul-betul sahih bagi menentukan mereka ini layak atau tidak (mendapat elaun ibu tunggal)," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya untuk mengetepikan saman tersebut.

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 22 Nov tahun lepas, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman mewakili seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

Mereka menamakan kerajaan negeri yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama serta Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Mengulas mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor.

Berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat di tiga kawasan itu.

"Kita akan bekukan Capex, kecuali untuk kerja-kerja kecemasan bersandarkan pada satu matlamat iaitu menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," tambahnya.-Bernama

Populariti: Anwar makin hampiri Najib

Posted: 23 Jan 2013 04:34 AM PST


MALAYSIA KINI


 
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.

NONE

Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).

Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).
Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Tuntutan ibu tunggal: Permohonan Selangor, MB ditolak

Posted: 23 Jan 2013 04:30 AM PST

NORAWAZNI YUSOF

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu.

Tuntutan itu ialah berhubung kegagalan kerajaan negeri  dan Khalid melaksanakan janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu atas alasan permohonan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

MB: Selangor beku Capex Syabas

Posted: 23 Jan 2013 04:27 AM PST

SINAR HARIAN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Di sebalik krisis air di Lembah Klang, Kerajaan Negeri Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) Syabas atas alasan ia gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian konsesi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan meneruskan usaha untuk mengambil alih perkhidmatan industri air dari syarikat konsesi dan telah pun membuat persiapan sewajarnya sekiranya Kerajaan Pusat membenarkan pengambilalihan ini.

"Kita akan terus memantau kecekapan pengurusan Syabas dan tidak akan berdiam diri ketika Syabas gagal memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

"Justeru, keputusan kerajaan negeri membekukan Capex kecuali kerja-kerja kecemasan adalah bersandarkan pada satu matlamat iaitu menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata beliau.

Khalid berkata, setiap sen yang dibelanjakan oleh Syabas akan diterjemahkan dalam bentuk tarif yang akan dibayar oleh rakyat dalam bil bulanan mereka.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Selangor wajib mempertahankan dan mengutamakan kepentingan pengguna, nilai wang dan rakyat tidak terbeban untuk membayar tarif bagi perbelanjaan yang sia-sia.

"Penyelesaian kepada permasalahan yang ditimbulkan oleh Syabas hanya boleh dicapai di bawah model holistik yang dimulakan oleh Kerajaan Pusat sejak 2006 apabila Akta Industri Perkhidmatan Air digubal yang mana perkhidmatan air yang dulunya di bawah pengendalian kerajaan negeri sepenuhnya telah dipindahkan di bawah Senarai Bersama, Perlembagaan Malaysia.

"Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan air adalah tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan pusat bukannya diuruskan syarikat swasta yang memeras ugut kerajaan negeri,  menindas rakyat dan berorientasikan keuntungan," kata Khalid lagi.

Tambah beliau, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menyelesaikan penstrukturan semula berlandaskan perundangan walaupun Kerajaan Pusat berdegil untuk membenarkan kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air.

Video Umno 'cuci otak' budak sekolah tersebar

Posted: 23 Jan 2013 04:18 AM PST

Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Demikian ulasan blogger Anak Sungai Derhaka.

Ulasan penuh blogger berkenaan di dalam blognya http://darisungaiderhaka.blogspot.com sebagaimana di bawah.

Jika minggu lepas satu klip video yang menyerlahkan bagaimana sekumpulan Mahasiswa dari UUM telah diperbodohkan oleh sebuah NGO mesra UMNO/BN, ini pula adalah video yang memaparkan bagaimana UMNO mencuci otak pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula.

Oleh kerana kini UMNO/BN amat terdesak untuk mengekalkan kuasa, pelajar-pelajar Sekolah Menengah telah paksa mendengar ucapan politik dan dalam masa yang sama para pelajar itu diminta untuk membantu UMNO/BN agar terus kekal berkuasa.

Selain dari diminta untuk terus kekal bersama Kerajaan UMNO/BN, pelajar-pelajar yang masih belum boleh mengundi itu juga diminta untuk menyakinkan ibu-bapa mereka supaya bersama Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat..

Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah.

Saksikan!! Pidato kurang cerdik dari individu yang dipercayai wakil BTN Selangor ini. DI SINI

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

Posted: 23 Jan 2013 04:10 AM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

"Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

"Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

"Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. -HD

7 projek PRU: Pas dakwa PM tidak ikhlas


Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan.

Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu
-SH

Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan

Posted: 23 Jan 2013 04:07 AM PST


KELAB GREENBOC

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990.

"Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN. -petikan BERNAMA

Ulasan GB

Demikian temberangnya Najib konon nak selesaikan masalah air di Kelantan. Sedangkan masalah air di negerinya sendiri, Pahang, tak selesai pun.


Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil

Posted: 23 Jan 2013 03:30 AM PST

TERKINI




KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Lim (gambar) mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang tersebut boleh disalahguna untuk menutup mulut musuh politik kerajaan, akan tetapi oleh kerana kerajaan pernah menggunakan undang-undang tersebut terhadap pemimpin pembangkang, ianya perlu digunakan terhadap Ibrahim kerana kenyataannya jelas menghasut.

"Jika pertuduhan menghasut digunakan terhadap Karpal Singh, pertuduhan sama perlu digunakan terhadap Ibrahim Ali dimana sub seksyen 3(1) di bawah Akta Hasutan 1948 memperuntukkan kecenderungan menghasut adalah kecendrungan:

"(d) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati atau ketidaksetiaan dikalangan subjek Yang Di Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri atau dikalangan penghuni Malay atau mana-mana negeri;

(e) untuk mempromosi perasaan tidak baik dan permusuhan dikalangan kaum atau kelas berbeza dari populasi Malaysia.

"Walaupun Majlis menuntut Akta Hasutan dipinda, jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa diskriminasi Insiden ini dan juga kenyataan menghasut oleh seorang lagi pemimpin Perkasa terhadap Hakim dan Kehakiman mencadangkan Perkasa dibenarkan berkelakuan dengan sewenang-wenangnya," kata ketua Majlis Peguam itu dalam sebuah kenyataan.

Karpal yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Gelugor dibicarakan kerana dituduh menghasut berhubung krisis perlembagaan dalam isu Perak pada tahun 2009, dimana beliau dituduh membuat kenyataan mencabar kuasa Sultan Perak dalam membubarkan dewan undangan negeri. 
 
Beliau sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2010, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya mengarahkan beliau untuk membela diri di atas kejayaan rayuan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Orang ramai perlu diberi amaran ini berkemungkinan kesalahan jenayah," kata Lim.

Semalam, Karpal membuat laporan polis mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memulakan penyiasatan polis terhadap Ibrahim diatas kenayataannya meminta orang Islam untuk "merampas dan membakar Injil yang mempunyai kalimah 'Allah" dan perkataan Arab lain.

Aduan polis Karpal itu dibuat sebagai respon kepada komen peguam negara yang dilaporkan, pendakwa hanya akan bertindak terhadap Ibrahim jika ktab Injil mula dibakar, dan beliau tidak bimbang dengan kenyataan tersebut.

Pengerusi DAP berkata dalam laporan polis beliau merancang pergi ke mahkamah bagi memaksa Abdul Gani untuk mengambil tindakan dan "menjalankan tugas awam" jika peguam negara enggan mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa dalam tempoh dua minggu akan datang.

Perkasa berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa kenyataan Ibrahim mengenai perkara itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada Alkitab bahasa Melayu.

"Saya mengesahkan Presiden Perkasa ada sebut ayat bakar Bible tetapi beliau tidak bermaksudkan Bible dalam bahasa Inggeris yg sebenar.

"Beliau memaksudkan Bible dlm bahasa Melayu yg menggunakan perkataan Allah dan tulisan jawi," kata setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali.

SPR terima 125 permohonan undi pos luar negara sehingga pagi ini

Posted: 23 Jan 2013 03:24 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR— Sebanyak 125 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada plihan raya umum ke-13 akan datang sehingga pukul 10 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat tempoh itu, permohonan paling banyak diterima daripada rakyat Malaysia yang berada di Australia diikuti United Kingdom.

"Bagaimanapun kami dapati ada permohonan yang tidak layak mengundi secara pos iaitu mereka tidak mendaftar sebagai pemilih. Ini tidak bolehlah kerana syarat untuk mengundi pos, mereka mesti daftar sebagai pengundi," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Peraturan yang membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Jan lepas berdasarkan tiga syarat.

Syarat-syarat itu ialah mereka perlu menjadi pengundi berdaftar terlebih dahulu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing (pengundi tidak hadir) dibenar mengundi secara pos. Abdul Aziz berharap trend penghantaran borang permohonan itu akan berterusan memandangkan jumlah pengundi tidak hadir yang mengundi pos pada pilihan raya umum lepas agak mendukacitakan iaitu sekitar 2,600 sahaja.

Borang 1B iaitu Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) boleh dimuat turun daripada laman web www.spr.gov.my.

Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak. Abdul Aziz berkata SPR merancang untuk mengadakan proses undi pos di pejabat kedutaan dan bakal menjalankan latihan bersama pegawai-pegawai terlibat selewat-lewatnya awal Februari ini. 

"Mungkin kami adakan secara regional. Kami akan lantik pegawai pengurus. Ini mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan. Kami mahu pastikan proses pengundian tersusun," katanya.

Abdul Aziz turut menyeru rakyat Malaysia terlibat agar hadir sendiri ke kedutaan di negara masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Rakyat Malaysia di luar negara, sudahlah tidak dapat balik...pergilah ke kedutaan. Saya sedar ada yang duduk jauh tapi berbelanjalah sedikit.

Berkorbanlah. Bukan selalu, cuma lima tahun sekali," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata mengundi di kedutaan boleh dibantu pegawai yang dilantik dan dapat mengurangkan masalah teknikal terutama daripada aspek mengisi borang dan menanda kertas undi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak kedutaan tetap akan menghantar Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi itu kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat hadir. — Bernama

Umno melalui Mahathir gadai maruah negara

Posted: 23 Jan 2013 03:22 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini. Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu.

Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.-harakahdaily

Nizar dimalukan depan penyokong sendiri?

Posted: 23 Jan 2013 03:20 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PARIT. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.

Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.

Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.

Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter.

"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut.- UTUSAN

Saya tanding di mana arahan parti - TG Nik Aziz

Posted: 23 Jan 2013 03:19 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KOTA BHARU- Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan untuk bertanding pada setiap pilihanraya tidak boleh dibuat keputusan sendiri oleh mana-mana individu.

Sebaliknya ia adalah keputusan pucuk pimpinan parti yang menentukan siapa bertanding dan di mana seseorang itu layak bertanding.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas permintaan sekumpulan masyarakat dalam Parlimen Bachok, yang mahu beliau bertanding dalam parlimen itu.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Hari Mesra AKSB, di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, semalam.

"Kalau parti kata bertanding di kawasan A, maka A lah saya bertanding, kalau parti kata kawasan B, maka B lah saya akan bertanding," kata Menteri Besar yang kini berumur 82 tahun itu.

Namun, bagi beliau, untuk melawan Umno tidak semestinya tubuh yang sihat, tetapi pemikiran yang sihat.

Negeri selesai projek pusat

Pada masa yang sama beliau berkata, banyak projek yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Pusat diselesaikan oleh kerajaan negeri, terutama jalanraya.

Kata Tuan Guru Nik Aziz antaranya Jalan Ketereh-Melor, yang begitu sukar untuk dilalui dengan mudah kerana jalan ini tidak diturap baru, yang sepatutnya--harakahdaily

Umat Islam harus menolak ugutan Perkasa bakar Injil, kata Anwar

Posted: 23 Jan 2013 03:14 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

PETALING JAYA, — Umat Islam harus menolak ugutan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membakar kitab Injil, kerana itu perbuatan yang melampau untuk melindungi kalimah Allah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) tegas dalam melindungi kesucian agama Islam, dalam masa sama menolak sikap mempolitikkan agama dan perkauman.

"Kita boleh membantah jika Bible diedarkan kepada umat Islam, kita bersikap tegas dengan mahu mereka dibawa ke mahkamah tetapi perbuatan mengugut membakar Bible adalah melampau," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga akidah kita, dalam masa sama akhlak kita seperti membanteras rasuah dan penipuan."

Dalam sebuah perhimpunan Perkasa di Pulau Pinang, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah atau mana-mana perkataan Arab yang dikatakan khas untuk umat Islam.-themalaysianinsider.com

RCI IC: Anwar nafi terlibat, sedia beri keterangan

Posted: 22 Jan 2013 09:30 PM PST

Harakahdaily,


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah jika beliau dipanggil.

Menurut Ketua Umum PKR itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak  terlibat secara langsung dalam hal tersebut.

Beliau menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.

"Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR  di sini hari ini.

"Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung," kata Anwar.

Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu.

"Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar dalam sidang media itu.

Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali

Posted: 22 Jan 2013 09:26 PM PST

Pandangan Mohamed Hanipa Maidin,


Pemimpin utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan God.

Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan.

Dari Segi Perlembagaan

Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian.

Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Alasan Hakim adalah Artikel 11 (1) melindungi pengganut agama Kristian mengamalkan agama mereka dan termasuk dalam hak tersebut adalah kebebasan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam Bible.

Selagi mana Bible digunakan oleh pengganut Kristian di kalangan mereka, Perlembagaan menjamin hak pengganut Kristian tersebut meskipun nama Allah ada di dalam bible berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu adalah lingua franca bagi pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak sepertimana, yang dibuktikan di dalam kes Herald.

Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya mungkin bertanya bagaimana jika Bible Melayu yang menggunakan nama Allah itu disebar kepada orang Melayu. Tidakkah ini bercanggah dengan Artikel 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan?

Jawapan kepada pertanyaan itu adalah jika Bible disebar kepada orang Melayu yang beragama Islam meskipun tiada kalimah Allah di dalamnya, ia adalah dilarang di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Jadi isunya bukan isu nama Allah di dalam Bible tetapi isu penyebaran Bible. Maknanya penyebaran Bible, sama ada ada nama Allah atau tidak adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun jika Bible yang menggunakan kalimah Allah hanya digunakan sesama pengganut Kristian, Perlembagaan membenarkan perkara tersebut.

Oleh itu hujah Ibrahim Ali nak membakar Bible kerana nak jaga Perlembagaan adalah mengarut. Bagaimana nak jaga Perlembagaan jika apa yang Perlembagaan benarkan Ibrahim Ali nak bakar!!!

Dari Segi Islam


Dari segi Islam tindakan Ibrahim dan Perkasa ingin membakar Bible adalah perbuatan yang paling mengarut. Islam dan umat Islam berlepas diri dari tindakan bodoh itu.

Kita ingin beritahu bakar Bible bukan cara atau kaedah yang betul untuk membela Islam. Membakar Bible bukan ajaran Islam dan juga bukan ajaran Al-Quran. Itu ajaran Ibrahim Ali dari mazhab Perkasa acuan Umno.

Al Quran mengajar cara terbaik untuk berurusan dengan golongan ahli Kitab, Kristian dan Yahudi. Di dalam surah Al 'ankabut 29 : 46 Allah memberi panduan bagaimana untuk kita mengurus perbezaan dengan golongan Kristian.

Allah menyatakan "Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik..kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka.."

Wahai Ibrahim dan Perkasa, ini dia kaedah Islam - kaedah jidal ahsan (berdebat\ dialog dengan cara yang paling baik).

Lihatlah tafsir Imam Tabari di dalam tafsirnya tentang kalimah "kecuali dengan cara terbaik". Imam Tabari berkata ia bermaksud "al jamil bil qaul" iaitu berdebat dengan kata-kata yang manis dan indah.

Imam Al Zamakhsyari pula menafsirkan ayat tersebut antaranya iaitu menukar dari marah kepada menahan marah.

Ini metode Quran iaitu kaedah debat dan hiwar atau dialog dengan cara paling baik. Bakar bible tidak masuk dalam mana mana kategori. Bakar Bible adalah idea busuk.

* Penulis adalah seorang peguam.

Mansang ngelaban': PAS gempur Kota Samarahan

Posted: 22 Jan 2013 09:20 PM PST

Harakahdaily,



(Mansang ngelaban...jerit penyokong Pakatan Rakyat Sarawak)

KOTA SAMARAHAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menggempur Parlimen Kota Samarahan Sarawak kelmarin di dalam misinya menyampaikan mesej penerangan di samping menyalurkan maklumat terkini kepada umum.

PAS Kawasan Kota Samarahan selaku penganjur utama "Program Kebangkitan Rakyat Sarawak" itu telah berjaya mendapat perhatian dan sokongan yang jitu daripada penduduk di Samarahan.

Dua (2) program utama yang diadakan telah mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk setempat terutamanya golongan muda di kawasan tersebut iaitu Konvoi dan Ceramah "Kebangkitan Rakyat Sarawak".

Acara konvoi motorsikal yang diadakan pada sebelah petang telah menarik minat ratusan anak muda di sekitar Kota Samarahan.

Upacara pelepasan peserta konvoi dilakukan oleh Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Abang Mat) yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Penyelaras Parlimen Kota Samarahan.

(Anak muda yang menyertai konvoi)

Abang Mat yang kemudiannya juga turut menyertai konvoi tersebut telah berkunjung ke enam (6) buah kampung di sekitar Parlimen Kota Samarahan bagi mempromosikan program Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak yang akan diadakan pada sebelah malam selain mengedarkan Risalah 12 Tawaran PAS Sarawak.

Di sepanjang konvoi tersebut, penduduk sekitar turut memberi respon yang positif dengan melaungkan "Takbir", "Reformasi" dan "Tumbang BN" di samping kenderaan yang lalu-lalang juga turut membunyikan hon dan tanda ibu jari "Bagus" kepada peserta konvoi.

Kondisi ini amat ditakuti oleh BN/PBB kerana peristiwa sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya merupakan tamparan yang cukup kuat kepada BN di situ dengan kemaraan dan penerimaan rakyat kepada PAS.

Peserta konvoi pada petang itu kemudiannya berhenti berehat di masjid yang berhampiran untuk solat asar berjamaah dan seterusnya bergerak ke tapak ceramah kebangkitan rakyat.

Pada malamnya pula, Ceramah Kebangkitan Rakyat diadakan di Kampung Tanjung Bundong dengan menampilkan penceramah yang terdiri daripada Haji Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Sarawak), Arif Ameran (PKR), ADUN Padungan Wong King Wei (DAP), Ustaz Misbahul Munir Masduki (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak),  Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang, selain Abang Mat sendiri selaku Penyelaras Parlimen Kota Samarahan.

Kehadiran kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik seperti Melayu, Cina dan Iban telah menunjukkan penerimaan dan sokongan masyarakat setempat terhadap PAS.

Memetik ceramah yang disampaikan Abang Mat (gambar), "Mengikut laporan yang dibentang oleh Audit Negara, Negeri Sarawak merupakan di antara negeri yang terkaya di Malaysia, namun pada masa yang sama, rakyatnya juga tergolong di dalam lingkungan "Top 5" yang termiskin malah pernah menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia.

"Jika mengikut logik akal, sepatutnya tahap kemiskinan rakyat di Sarawak berada di tangga terbawah dalam carta, namun begitu, oleh kerana pentadbiran BN/PBB yang mengutamakan kroni maka jangan bermimpi untuk kek yang besar itu diagihkan kepada rakyat Sarawak".

Katanya lagi, rakyat Sarawak harus menikmati pelbagai kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan negeri dan persekutuan, tetapi perkara tersebut hanyalah sebagai janji retorik atau janji pilihanraya semata-mata.

Beliau juga mengajak orang ramai untuk membuat perbandingan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang mana pelbagai kemudahan dapat dinikmati oleh rakyat walaupun pendapatan negeri tersebut tidak seberapa.

Sebagai contoh kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS di Kelantan mampu untuk memberi sumbangan kepada waris si mati dari golongan warga emas, bantuan perkahwinan kepada anak muda, bantuan kepada ibu tunggal dan banyak lagi insentif.

Perkara ini tidak berlaku di Negeri Sarawak yang kaya raya ini. Malah katanya lagi, di Sarawak, keperluan asas seperti air bukannya kerajaan negeri hendak beri percuma, nak dapatkan air bersih pun merupakan satu kepayahan.

Masalah keperluan asas dan infrastruktur banyak disentuh oleh beliau dengan memberi contoh kepada bekalan air di Asajaya sewaktu lawatan beliau ke Kampung Tambirat, Asajaya pada bulan lepas.

"Paip-paip air sejak pilihanraya negeri tahun 2011, sampai sekarang masih bertaburan di tepi jalan. Dan sekarang selepas hampir dua (2) tahun, barulah projek pemasangan paip itu dijalankan.

"Inikah pencapaian diutamakan? Sedangkan keperluan air ini amat penting kerana ianya merupakan keperluan asas di dalam kehidupan kita seharian. Mungkin, paip yang dipasang tahun ini hanya akan boleh digunakan masa Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang," ujar beliaulagi.

Dalam menutup pidatonya, Abang Mat mengajak rakyat menilai prestasi Ahli Parlimen BN di Kota Samarahan yang gagal mewakili pengundinya dan gagal untuk hadir ataupun berucap di dalam parlimen untuk mengutarakan masalah di situ.

Beliau yang juga turut berucap di dalam Bahasa Iban, menyeru pengundi-pengundi di Parlimen Kota Samarahan agar berani membuat perubahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

(Membawa panji-panji PAS ke Kota Samarahan)

"Kita 'Mansang Ngelaban' (bangkit melawan) di dalam Pilihanraya umum kali ini," katanya yang diberi tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan Haji Nizar Jamaluddin yang berkongsi cerita berkenaan dengan kezaliman kerajaan BN sewaktu peristiwa rampasan kuasa di Perak.

Selain itu, beliau juga turut menceritakan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Perak walaupun hanya bagi tempoh sebelas (11) bulan sahaja iaitu di antaranya pemberian geran tanah kepada rakyat Perak yang belum memiliki tanah tanpa mengira bangsa, agama atau pahaman politik.

Orang ramai sedikitpun tidak berganjak dari mendengar ceramah yang disampaikan sejak dari mula lagi walaupun masa sudah melewati waktu tengah malam.

ALHUSSEYN

Posted: 23 Jan 2013 03:45 PM PST

ALHUSSEYN


Karpal Singh Terharu melihat gambar Kavita Kaur

Posted: 22 Jan 2013 09:34 PM PST


Orang Umno bukan main lagi marah dengan Karpal Singh. Malah ada orang-orang PAS Pulau Pinang yang geng Perpaduang pun berpendirian sama macam orang-orang Umno tersebut.

Diaorang kata Karpal Singh adalah anti Islam. Diaorang berkempen suruh orang Melayu jangan undi Karpal Singh.

Habislah Karpal kali ini sebab orang Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam dan raja-raja Melayu itu tidak akan mengundi Karpal dalam PRU-13 nanti. 


Apakah Melayu yang 15.16% itu akan lebih baik memberi undi mereka kepada Cina dari MCA?.Jangan lupa, Parlimen Bukit Gelugor adalah tempat DAP berlawan dengan MCA! Apakah kali ini Umno akan ambil tempat MCA yang pengundi Cina di situ merupakan 74.25%? Ada beranikah? Inilah perkiraan bodoh PAS perpaduang - suruh orang Melayu jangan undi Karpal Singh di lubuk kuatnya itu! Kerja bodoh sunggoh dan sia-sia!

Agak-agaklah kalau marah tu....raja-raja Melayu pun tidaklah marah sangat kat Karpal sampai macam tu. Kalau tak caya diaorang boleh tengok sendiri seorang ketua agama mereka begitu sopan melayani kaum kerabat Karpal Singh.

Karpal Singh tentu berasa terharu dan teruja 
melihatkan gambar Kavita Kaur ini! Sumber

DUNIACACAMARBA

Posted: 23 Jan 2013 03:34 PM PST

DUNIACACAMARBA


[Video] Sumpah ROSMAH

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST




Persoalan tentang cincin itu di sini.


Penduduk Gantung Motosikal untuk Ajar Penyamun

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST



[HM] KUALA TERENGGANU: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

 
"Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

"Bagaimanapun, mereka tidak sempat membawa bersama motosikal dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan 10 tandan pisang yang cuba dicuri," katanya.

Katanya, lima lagi penduduk kampung tiba untuk membantu, tetapi mereka terlewat.

"Kami membuat keputusan membawa motosikal ke tepi jalan utama kampung dan menggantungnya pada tiang telefon sebagai pengajaran kepada suspek atau mereka yang mempunyai niat jahat di kampung ini.

"Kami biarkan motosikal itu pada tiang bersama pisang yang dicuri sehingga polis datang," katanya yang memberitahu membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, pada jam 1.30 tangah hari semalam.

Sementara itu, pemilik kebun yang dicereboh, Mamat Dollah, 64, berkata, dia berada di warung berhampuran rumah apabila seorang rakan datang memberitahu kebunnya dimasuki pencuri.

"Saya tidak mampu ke kebun yang terletak 500 meter dari rumah kerana sakit kaki dan meminta Mohd Saudi pergi ke kebun untuk melihat apa yang berlaku.

"30 minit kemudian saya lihat penduduk membawa pulang membawa sebuah motosikal Honda EX5 bersama dua guni pisang sebelum menggantung kenderaan berkenaan pada tiang telefon," katanya.

[PANAS] Presiden Palestine KECAM Kunjungan Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 11:53 PM PST

Sumber gambar: Manjung Mari (MM).

Laporan lain boleh dibaca di sini.

Kononnya mahu jadi hero, mahu menjadi orang tengah antara Hamas dengan Fatah, kononnya....kononnya...namun akhirnya menegangkan hubungan Fatah dengan Hamas. Lagi menarik, Malaysia diminta memberikan penjelasan tentang tindakan Najib ke Gaza.

Siapa yang mencadangkan Najib ke Gaza tanpa memikirkan impak politik terhadap Hamas dan Fatah dan hubungan Malaysia dengan Palestine? Zul Kulim? Nasharuddin Mat Isa?

Aduhai, berbuihlah mulut PM kita untuk menjawab kewajaran dan tujuan dia melawat Gaza. Walaupun berita media pencacai hangat memperkatakan kunjungan Najib ke Gaza semalam, hari ini, adakah media yang sama akan menyiarkan rasa tidak puas hati Presiden Palestine pada kaca TV atau media cetak masing-masing?

 Berita terdahulu di sini.

Kemas Kini:

Respons Najib:

Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib
 
[BH] KAHERAH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi
 





Gadis Mentah Rela Diratah ‘Atuk’ Teksi

Posted: 22 Jan 2013 10:23 PM PST

 
[HM] Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila dimaklumkan rakan bahawa anak perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, sudah terlanjur beberapa kali dengan seorang lelaki berusia 64 tahun.

Sumber berkata, rakan lelaki itu mengetahui perkara itu apabila terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar mangsa kepada anak perempuannya pada 17 Januari lalu, mendakwa dia kerap melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki sejak 2011 sehingga penghujung tahun lalu.

Menurutnya, dalam SMS itu, mangsa turut mendakwa tidak bimbang mengandung apabila tubuhnya diratah lelaki berusia lebih separuh abad itu yang juga pemandu teksi selain tidak pernah menggunakan perlindungan.

"Bapa mangsa yang mendapat maklumat itu kemudian menyoal anaknya yang menafikan melakukan perbuatan berkenaan, tetapi mengakui lelaki itu hanya memegang bahagian bawah dan atas badan saja.

"Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan anaknya membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu. - myMetro 22 Jan 2013

PAS Tidak Tahu Nasharuddin Mat Isa Ikut Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 09:52 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. - foto BERNAMA

[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
 
 
 
 P/s: Kawan Nasha di Gaza, penentang tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat
 

Sehati sejiwa!

Mungkin selepas ini sehati, sejiwa, separti!

Kali ini apa pula alasan untuk "back up" bekas Timbalan Presiden Pas ini? 

 



[Video] Debat BN-PR: Dalih Zambry Enggan Debat dengan Nizar

Posted: 22 Jan 2013 04:41 PM PST




Berita terdahulu di sini.

P/s: Kalau tidak bersedia atau mungkin takut, jangan berdalih sehingga orang yang mendengar dalih itu tersengih atau ketawa berdekah-dekah!

Debat yang dianjurkan oleh PR ini bukan sahaja mahu memperkatakan isu tanah Kelantan, tetapi pelbagai isu kontroversi yang berlaku di Perak selepas BN pentadbiran negeri itu dirampas oleh BN. Bayangkan jika Zambry bersetuju mahu berdebat. Berapa banyak kelemahan dan salah laku pentadbiran BN terbongkar dan diketahui rakyat?



 


Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Jan 2013 03:32 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Rupa Jenazah Orang Tidak Solat Yang Mengerikan

Posted: 23 Jan 2013 06:32 AM PST

 http://2.bp.blogspot.com/--XeplP3CMeM/UP_duleunTI/AAAAAAAAZkw/hVU8zoL6z20/s400/jenazah-orang-tidak-solat.jpg

Kisah mengenai jenazah hamba Allah yang tidak solat ini diceritakan oleh Yusuf Mansur. Ianya berlaku ketika zaman perang teluk di Kuwait suatu ketika dahulu. Semoga perkongsian ini dapat memebri iktibar kepada kita semua.

Ketika perang teluk berlangsung, aku sedang berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa mengebumikan mayat di Kuwait yang aku mengetahuinya dari masyarakat setempat. Salah seorang daripada saudaraku menghubungiku meminta agar mengebumikan ibu mereka yang meninggal.

Kami buka lubang kemasukan dan kami turunkan dari bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami tangkap kembali sehingga aku mendengar dari retak tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga terlihat auratnya. Aku akan melangkau ke jenazah dan menutup aurat tersebut.

Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang ngeri. Matanya terbeliak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan segera memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Setelah sampai di pangsapuri, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Ia bersumpah agar aku menceritakan apa yang terjadi saat memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun ia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Ia berkata, Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz-red), ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan.

Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas suul khatimah hamba-Nya yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang berakal.

Bacaan Selawat Nabi SAW

Posted: 23 Jan 2013 06:02 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg42lTJIPs3oMccsTmuk3kOtmKOyyo7v77xNa-sRacEMYPbWGZokrGyTgPAKNN78afFzjbA5_P7o7v2V8u6lvxZkS0RDh8ow4YX8BRDzBTjB8NGKoP_V_P70kJXZ1JMo4-2VsuUWLTy2L8/s640/SelawatMaulidurRasul.png
Bacaan selawat dalam rumi :
Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika
Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori
Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori
Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini
Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori
'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati
--
Lirik selawat maulidur rasul
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Biaqpila

Posted: 23 Jan 2013 03:09 PM PST

Biaqpila


Parlimen bubar antara 17 dan 28 Feb?

Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST


SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

"Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.

"Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung," katanya.

Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.

Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.

"Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

"Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.

"Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi," katanya.

SH



PEGUAM CADANG TARIK BALIK SAMAN AES

Posted: 22 Jan 2013 06:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.

Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.

"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.

"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.

Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.

Tarik balik saman

"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.

"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.

Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.

Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.

"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.

"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.

Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.

Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

kl-today


Muslimeen United

Posted: 23 Jan 2013 01:45 PM PST

Muslimeen United


Memalukan!! Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine..

Posted: 23 Jan 2013 12:49 AM PST


Kesian kat Najib dan pencacai-pencacainya.. tak sampai 24 jam pencacai-pencacai UMNO berbangga dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Gaza..

Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA.

Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia.

Israel Nation News

Ini apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat'

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

"Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

"Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib.

100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi?

Posted: 23 Jan 2013 12:38 AM PST



Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah.

LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM, AYER KEROH, MELAKA.

PAKAIAN: KORPORAT BN

Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan.

MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. -ommakkau



Dahlah dipaksa datang, pakai baju BN pula




MELAKA: Semua kakitangan kerajaan khas guru-guru Melaka dipaksa datang ke Himpunan rakyat 1Malaysia gelombang biru negeri Melaka malam ini.

Yang lebih hebat lagi, kesemua mereka dipaksa memakai baju korporat BN yang berwarna biru.

Tujuannya untuk menunjukkan kebiruan majlis itu untuk dipanggil kemudiannya 'gelombang biru' rakyat Melaka.

Majlis itu akan diadakan mulai jam 7.45 malam ini di Kawasan Parkir Kompleks PKNM, Ayer Keroh, Melaka.

Timbalan Pedana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Menteri Melka akan bersama-sama dalam program ini.

Setiap orang diberikan satu kad jemputan dengan di bawahnya tertera ruang untuk tulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang bakal digunakan sebagai kupon cabutan bertuah.

Ekoran itu, beberapa orang guru yang menghubungi Harakahdaily bertanya, "Mengapa perlu ada paksaan dalam majlis anjuran Umno/BN?"

"Mengapa majlis para hadirin dipaksa pakai baju korporat BN?"

"Ini dinamakan sudahlah dipaksa hadir, dipaksa pula menyamar sebgai menyokong Umno dan BN pula," kata mereka.
-HD

Gambar Petanda Umno BN Bakal Berkubur PRU 13..

Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST



Cuba anda perhatikan betul-betul baju yang di pakai ali rustam, muhyiddin Addin tak perasan. Ali rustam pakai baju BN di majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan.
Gambar ni di rakamkan di smk tun hj. abdul malek, cheng. Amat terdesak umno bn, duit rakyat dikatakan duit mereka. Inilah candu pilihanraya.. bagi RM100 untuk tempoh  5 tahun. Anda cuba bahagikan ler.. berapa yang kita dapat.
Projek membodohkan rakyat menjelang pru13..
Baca berita berkaitan di sini.

Perbuatan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur amat memalukan

Posted: 22 Jan 2013 09:59 PM PST

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Dalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya.

Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan saya di sini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Persoalan:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

- Apakah Mufti Selangor tidak berasa malu dan bersalah kerana gagal menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor?

- Apakah orang yang berkelakuan sepertimana yang dilakukan olih Sharafuddin Idris Shah layak diangkat sebagai Ketua Agama Islam negeri?

Perakuan: Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab terhadap titipan dan gambar-gambar yang dipaparkan di sini kerana rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama Islam dan saya juga rasa bertanggungjawab terhadap kesucian agama junjungan saya, ISLAM. Saya merasa malu, sedih dan tercabar apabila orang yang diangkat menjadi ketua agama Islam negeri berkelakuan amat bertentangan dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.

Pada hemat saya, Sultan Sharafuddin Idris Shah seharusnya menjadikan ikon dalam membudayakan keagongan dan kesucian Islam sepertimana yang telah dilakukan olih sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Salaam Persaudaraan Islam,
Mohd Sofi Yassin

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

Posted: 22 Jan 2013 09:54 PM PST


Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

"Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

"Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

"Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. -HD



7 projek PRU: Pas dakwa PM tidak ikhlas


Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan.

Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu
-SH

NASHA Terus Cabar PAS - Iringi Najib di Gaza

Posted: 22 Jan 2013 09:52 PM PST


Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.mk

Kahkahkah! Kesian terpaksa menebalkan muka demi menunjukkan diri sebagai penyokong Islamis. Sedangkan dalam dunia sebenar mereka mengutuk HAMAS sebagai pengganas (pak turut PBB) hanya kerana HAMAS adalah satu cabang dalam IKWANUL MUSLIMIN dan berpendirian lebih keras terhadap Israel berbanding FATAH.

Yang si Nasha pulak  terus melakukan provokasi kepada PAS. Berapa ramai lagi pejuang melayu dalam PAS? yang masih memperjuangkan agar PAS bersekongkol dengan UMNO atas nama melayu.

Apa sudah jadi dengan majlis syura. Hilang kuasa?.... bincang masalah peri laku Nasha pun tak mahu. Tak mahu Nasha diambil tindakan gamaknya.

Pada pandangan gua jelas..... Ini membolehkan masyarakat memandang dan berkata  " orang kuat PAS pun sokong Najib" walau tampak remeh kepada yang tak memahami tetapi sebenarnya mampu memberi implikasi besar menjelang pilihanraya.

Sesiapa dalam majlis syura yang nak bergabung dengan umno tu sila keluar PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi duri dalam daging.

Kepada Pemimpin PAS gua beri pandangan mencabut duri dalam daging memang sakit tetapi sakitnya seketika berbanding jika duri itu dibiarkan membusukkan daging.


Bertindak sebelum terlambat.

adios

'Mansang ngelaban': PAS gempur Kota Samarahan

Posted: 22 Jan 2013 09:42 PM PST

(Mansang ngelaban...jerit penyokong Pakatan Rakyat Sarawak)

KOTA SAMARAHAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menggempur Parlimen Kota Samarahan Sarawak kelmarin di dalam misinya menyampaikan mesej penerangan di samping menyalurkan maklumat terkini kepada umum.

PAS Kawasan Kota Samarahan selaku penganjur utama "Program Kebangkitan Rakyat Sarawak" itu telah berjaya mendapat perhatian dan sokongan yang jitu daripada penduduk di Samarahan.

Dua (2) program utama yang diadakan telah mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk setempat terutamanya golongan muda di kawasan tersebut iaitu Konvoi dan Ceramah "Kebangkitan Rakyat Sarawak".

Acara konvoi motorsikal yang diadakan pada sebelah petang telah menarik minat ratusan anak muda di sekitar Kota Samarahan.
Upacara pelepasan peserta konvoi dilakukan oleh Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Abang Mat) yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Penyelaras Parlimen Kota Samarahan.

(Anak muda yang menyertai konvoi)
Abang Mat yang kemudiannya juga turut menyertai konvoi tersebut telah berkunjung ke enam (6) buah kampung di sekitar Parlimen Kota Samarahan bagi mempromosikan program Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak yang akan diadakan pada sebelah malam selain mengedarkan Risalah 12 Tawaran PAS Sarawak.

Di sepanjang konvoi tersebut, penduduk sekitar turut memberi respon yang positif dengan melaungkan "Takbir", "Reformasi" dan "Tumbang BN" di samping kenderaan yang lalu-lalang juga turut membunyikan hon dan tanda ibu jari "Bagus" kepada peserta konvoi.

Kondisi ini amat ditakuti oleh BN/PBB kerana peristiwa sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya merupakan tamparan yang cukup kuat kepada BN di situ dengan kemaraan dan penerimaan rakyat kepada PAS.

Peserta konvoi pada petang itu kemudiannya berhenti berehat di masjid yang berhampiran untuk solat asar berjamaah dan seterusnya bergerak ke tapak ceramah kebangkitan rakyat.

Pada malamnya pula, Ceramah Kebangkitan Rakyat diadakan di Kampung Tanjung Bundong dengan menampilkan penceramah yang terdiri daripada Haji Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Sarawak), Arif Ameran (PKR), ADUN Padungan Wong King Wei (DAP), Ustaz Misbahul Munir Masduki (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak),  Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang, selain Abang Mat sendiri selaku Penyelaras Parlimen Kota Samarahan.

Kehadiran kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik seperti Melayu, Cina dan Iban telah menunjukkan penerimaan dan sokongan masyarakat setempat terhadap PAS.

Memetik ceramah yang disampaikan Abang Mat (gambar), "Mengikut laporan yang dibentang oleh Audit Negara, Negeri Sarawak merupakan di antara negeri yang terkaya di Malaysia, namun pada masa yang sama, rakyatnya juga tergolong di dalam lingkungan "Top 5" yang termiskin malah pernah menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia.

"Jika mengikut logik akal, sepatutnya tahap kemiskinan rakyat di Sarawak berada di tangga terbawah dalam carta, namun begitu, oleh kerana pentadbiran BN/PBB yang mengutamakan kroni maka jangan bermimpi untuk kek yang besar itu diagihkan kepada rakyat Sarawak".

Katanya lagi, rakyat Sarawak harus menikmati pelbagai kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan negeri dan persekutuan, tetapi perkara tersebut hanyalah sebagai janji retorik atau janji pilihanraya semata-mata.

Beliau juga mengajak orang ramai untuk membuat perbandingan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang mana pelbagai kemudahan dapat dinikmati oleh rakyat walaupun pendapatan negeri tersebut tidak seberapa.

Sebagai contoh kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS di Kelantan mampu untuk memberi sumbangan kepada waris si mati dari golongan warga emas, bantuan perkahwinan kepada anak muda, bantuan kepada ibu tunggal dan banyak lagi insentif.

Perkara ini tidak berlaku di Negeri Sarawak yang kaya raya ini. Malah katanya lagi, di Sarawak, keperluan asas seperti air bukannya kerajaan negeri hendak beri percuma, nak dapatkan air bersih pun merupakan satu kepayahan.

Masalah keperluan asas dan infrastruktur banyak disentuh oleh beliau dengan memberi contoh kepada bekalan air di Asajaya sewaktu lawatan beliau ke Kampung Tambirat, Asajaya pada bulan lepas.

"Paip-paip air sejak pilihanraya negeri tahun 2011, sampai sekarang masih bertaburan di tepi jalan. Dan sekarang selepas hampir dua (2) tahun, barulah projek pemasangan paip itu dijalankan.

"Inikah pencapaian diutamakan? Sedangkan keperluan air ini amat penting kerana ianya merupakan keperluan asas di dalam kehidupan kita seharian. Mungkin, paip yang dipasang tahun ini hanya akan boleh digunakan masa Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang," ujar beliaulagi.

Dalam menutup pidatonya, Abang Mat mengajak rakyat menilai prestasi Ahli Parlimen BN di Kota Samarahan yang gagal mewakili pengundinya dan gagal untuk hadir ataupun berucap di dalam parlimen untuk mengutarakan masalah di situ.

Beliau yang juga turut berucap di dalam Bahasa Iban, menyeru pengundi-pengundi di Parlimen Kota Samarahan agar berani membuat perubahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

(Membawa panji-panji PAS ke Kota Samarahan)

"Kita 'Mansang Ngelaban' (bangkit melawan) di dalam Pilihanraya umum kali ini," katanya yang diberi tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan Haji Nizar Jamaluddin yang berkongsi cerita berkenaan dengan kezaliman kerajaan BN sewaktu peristiwa rampasan kuasa di Perak.

Selain itu, beliau juga turut menceritakan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Perak walaupun hanya bagi tempoh sebelas (11) bulan sahaja iaitu di antaranya pemberian geran tanah kepada rakyat Perak yang belum memiliki tanah tanpa mengira bangsa, agama atau pahaman politik.

Orang ramai sedikitpun tidak berganjak dari mendengar ceramah yang disampaikan sejak dari mula lagi walaupun masa sudah melewati waktu tengah malam. -Hrkh

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 23 Jan 2013 01:17 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


JAGUH DI KANDANG SENDIRI

Posted: 22 Jan 2013 11:33 PM PST

Salah satu cara nasionalis Melayu nak tunjuk kuat berugama  ialah dengan menunjukkan penentangan kepada ugama lain, walaupun di luar batasan ugama Islam itu sendiri.

Kekadang sentimen yang kita tunjukkan bukan sentimen ugama tetapi sentimen bangsa.

Kristian  sekarang,  salah  pada sisi Islam. Bible pun salah pada sisi Islam sekarang. Tambahan pula, lagilah salah  kandungannya yang diversikan dalam Bahasa Melayu. Dikatakan maksud "Allah" nya sentiasa kontradik antara satu ayat dengan ayat yang lain, sehinggakan sebahagian Paderi mereka pun tak setuju dengan penggunaan nama Allah dalam bible mereka.

Tetapi menghalang golongan kristian mengedar bible berbahasa Melayu  di kalangan mereka yang bukan berugama Islam, adalah bukan satu langkah bijak. Bahasa Melayu boleh diucap dan  terdedah kepada salah  penggunaan oleh sesiapa. Tetapi mengharamkan penggunaan Bahasa Melayu adalah satu cara yang tidak tepat rasanya. Yang lebih tepat ialah kita berhujah dan mendedahkan apa yang salah oleh pihak yang menyalahgunakan itu. Ini lebih gentleman.

Yang kita perlu kawal ialah mengawal dakwah kristian di kalangan yang berugama Islan. Dan tidak kurang penting ialah bagaimana kita perlu aktif mengembangkan Islam di kalangan bukan Islam.  Jangan sekadar jadi jaguh di kandang sendiri.





BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 23 Jan 2013 01:15 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


SEJARAH & PERISTIWA DI RABIULAWAL

Posted: 23 Jan 2013 07:13 AM PST

IDRIS JALA PENGANUT KRISTIAN

Posted: 22 Jan 2013 04:14 PM PST

SULTAN - JGN PERSENDAKAN " ALLAH "

Posted: 22 Jan 2013 03:59 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 23 Jan 2013 01:04 PM PST

PENYAPU SIAL


Projek IC Khianati Rakyat & Negara....parti UMNO -BN wajar di haramkan dan pemimpinnya di hukum mati jika PR berkuasa kelak....!!!!

Posted: 23 Jan 2013 07:27 AM PST

 

Mantan Perdana Menteri, keling kutty  Mahathir Mohamad  selayaknya di gelar  “pengkhianat negara” kerana memberi taraf kewarganegaraan kepada ratusan ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah semata-mata untuk mempertahankan survival Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ia dibuktikan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap projek “IC Mahathir” yang didedahkan baru-baru ini.

Akibat tindakan itu, Sabah kini melalui beberapa fasa getir membabitkan pertembungan sosio ekonomi dan politik rakyat tempatan dan pendatang yang diberi kerakyatan secara mudah.

Kita rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO-BN itu dan  parti pemerintah itu harus bertanggungjawab terhadap ‘dosa’ silam mereka ke atas rakyat Sabah.

Kita  boleh katakan bahawa ini merupakan pengkhianatan tertinggi buat Malaysia khasnya rakyat Sabah.Bayangkan selama ini yang menentukan hala tuju, pentadbiran negeri Sabah ditentukan oleh ‘pengundi hantu’ yang dihalalkan. BN benar-benar kotor!

Akibat daripada “Projek IC Mahathir”, rakyat Sabah terutamanya di kalangan Bumiputera negeri itu ketinggalan disebabkan saingan tidak sihat yang berlaku.Mereka tertindas akibat ketamakan kuasa BN..

Isu “Projek IC” ini telah lama terbongkar sejak 1970-an di mana Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika itu pernah memberi amaran kepada rakyat Sabah mengenai isu yang kini heboh diperkatakan.

Kini kita dilaporkan dengan sejumlah 1.8 juta PATI yang mendapat kerakyatan mudah. Semua ini terbukti dengan RCI, kita boleh lihat ramai di kalangan warganegara Filipina, Indonesia, Pakistan dan India mendapat kerakyatan..

Pendedahan yang dibuat RCI baru-baru ini memang mengejutkan.Tetapi isunya kini bukan saja di Sabah. Sejak Pilihan Raya Umum 2008, peningkatan daftar pengundi di Selangor secara mendadak sebanyak 22 peratus berbanding purata 16.3 peratus di seluruh negara.

Sebanyak 31,294 pengundi dilaporkan telah dipindahkan dari kawasan Parlimen dan DUN asal mereka tanpa mereka sedari,”

Terdapat 2,000 nama di Parlimen Klang saja telah berpindah kawasan manakala 3,000 lagi nama pengundi hilang dalam daftar pemilih.

 

 

penyapu sial

 

 

"Pengkhianat" bahasa Inggerisnya "Traitor" - inilah istillah yang layak untuk Mahathir Kutty.Dia sudah mengaku jadi pengkhianat,tunggu apa lagi,buat laporan polis banyak-banyak.Kalau Tun Lim Liong Sik boleh diheret kemahkamah,tak ada sebab mengapa Tun Mahathir Kutty tak boleh diheret kemahkamah.Dia nak salahkan Tunku untuk melindung kesalahannya - Tunku beri kerakyatan sebelum Merdeka menepati laporan Suruhanjaya Reed untuk Tanah Melayu Merdeka tapi Mahathir Kutty beri kerakyatan sewenang-wenangnya untuk kekalkan kuasa UMNO/BN.2 tujuan yang amat berbeda.Kalau orang Semenanjung masih "hormatkan" Mahathir Kutty,orang Sabah boleh heret dia kemahkamah kerana sudah merosakkan Sabah.

Addin

Posted: 23 Jan 2013 11:13 AM PST

Addin


Berita Ni Pasti Menyakitkan Hati Pemimpin Umno BN..

Posted: 23 Jan 2013 03:07 PM PST

KUALA LUMPUR - Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).


Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. ~harakahdaily




Iklan C (ii)





Memalukan!! Lawatan Najib Ke Gaza Di Kecam Oleh Presiden Palestin

Posted: 23 Jan 2013 08:13 AM PST

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu."Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA."Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan  dari  Malaysia.Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini  Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam  sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang  menderita akibat  sekatan Israel.`Kita satu umat'Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital  Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. 

Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas  sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai  Malaysia.Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara  Rosmah, mengunjungi hospital  anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin."Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah."Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib. ~free malaysia today


Addin:

Kesihan sungguh, serba tidak kena apa yang di lakukan najib kebelakangan ni.



Iklan C (ii)





Meriah!! 100 Ribu Sambut Muhyiddin Di Melaka

Posted: 23 Jan 2013 03:12 AM PST


Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah.

LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM,MITC, AYER KEROH, MELAKA.

PAKAIAN: KORPORAT BN

Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan.


MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. ~omakkau



Iklan C (ii)





Akhirnya Tembelang Kementerian Pertahanan Terbongkar..

Posted: 22 Jan 2013 11:39 PM PST

PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik."Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. 

Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Gambar Petanda Umno BN Bakal Berkubur PRU 13..

Posted: 22 Jan 2013 09:32 PM PST


Cuba anda perhatikan betul-betul baju yang di pakai ali rustam, muhyiddin Addin tak perasan. Ali rustam pakai baju BN di majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan.

Gambar ni di rakamkan di smk tun hj. abdul malek, cheng. Amat terdesak umno bn, duit rakyat dikatakan duit mereka. Inilah candu pilihanraya.. bagi RM100 untuk tempoh  5 tahun. Anda cuba bahagikan ler.. berapa yang kita dapat.

Projek membodohkan rakyat menjelang pru13..

Baca berita berkaitan di sini.




Iklan C (ii)





Panas!! Sharifah Zohra Di Pulaukan Oleh Umno?

Posted: 22 Jan 2013 06:03 PM PST


Bila kisah buli, biadap, angkuh dan sombongnya tersebar luas, para pemimpinnya terus membidas beliau...Tim Menteri Pengajian Tinggi cakap beliau langsung tidak sopan dan beretika...

KJ kata dia bukannya orang dikenali dalam BN.. NGOnya sekadar nyamuk tumpang tui nama 1M'sia...Presiden KIMAA cakap dia ni jenis wanita liar tak mengaku ahli KIMMA..

Ketua Wanita KIMMA nak saman sesiapa kaitkan dirinya dengan KIMMA... terbaru Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) melalui Naib Canselornya sudah tidak izinkan beliau buat ceramah dalam premis UUM berkuatkuasa serta merta.

Begitulah nasib yang menimpa dirinya...Dihina, dinyahkan, dipinggir dan diboikot oleh sealiran politik.




Iklan C (ii)







Tuan Guru Nik Aziz Bidas Najib

Posted: 22 Jan 2013 04:50 PM PST

KOTA BHARU - Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

"Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

"Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

"Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. ~harakahdaily





Iklan C (ii)







Telok Bakong Online

Posted: 23 Jan 2013 11:07 AM PST

Telok Bakong Online


UMNO Punya Angkara!!...Kulit Mengelupas Dan Mengerutu Seperti Katak Puru ..Hanya Kerana Kami Berdarah Hijau

Posted: 22 Jan 2013 05:37 PM PST



                  Masalah air yang ditonjolkan didalam media UMNO yang dikatakan berlaku di Negeri Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti di Negeri Kelantan dan Selangor adalah didapati tidak lah begitu kritikal sebagaimana masalah air yang di hadapi di  Negeri Perak yang diperintah oleh Barisan Nasional selama 55 tahun.
               Dato Seri Nizar Jamalludin dalam ucapannya di Kg Layang Layang Kanan semalam mendedahkan bahawa permasalahan air di Perak adalah begitu teruk  disebabkan wujudnya diskriminasi pemimpin UMNO terhadap rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.Beliau berkata demikian setelah melakukan beberapa kali lawatan ke kawasan kawasan di Parlimen Bukit Gantang yang mana beliau wakili.Dalam satu tinjauannya di suatu perkampungan nelayan disana.Beliau dapati ramai penduduk menghadapi masalah kulit dimana kulit mereka didapati mengelupas dan mengerutu seperti katak puru.Dato Seri Nizar merasakan perkara ini adalah ganjil lantas bertanya kepada penduduk berkenaan mengenai masalah kulit berkenaan.Penduduk menyatakan masalah ini berpunca kerana mereka berdarah hijau mengakibatkan kampong mereka tidak diberi kemudahan elektrik dan air paip.Kerana mengunakan air hujan semenjak sebelum merdeka lagi telah menyebabkan mereka mereka yang mengunakan air hujan untuk minum,mandi dan membasuh telah menghadapi masalah kulit bekenaan.

              Beliau telah membawa perkara ini didalam Dewan Undangan Negeri,Namun jawapan yang di terima dari pimpinan UMNO adalah begitu mengecewakan.Mereka memberikan bahawa kawasan ini adalah jauh dan pulau menyebabkan kemudahan asas ini sukar untuk diadakan. Bagaimana dengan Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi?.Sebenarnya kerajaan BN hanya menjaga kepentingan rakyat yang menyokongnya sahaja dan melakukan pernindasan kepada sesiapa yang menentang.

            Dalam ucapannya beliau juga turut membuat tanyangan video mengenai sambutan aidul fitri di Putrajaya yang dimasukkan acara karaoke dan menari oleh Najib dan Rosmah.Turut ditayangkan ialah Amukan Yeop Pasior yang begitu melucukan.Cuma beberapa puluh meter dihadapan,turut diadalan suatu siri ceramah UMNO yang bertajuk "Nizar Pembohong" yang tidak mendapat sambutan.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 23 Jan 2013 09:44 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine..

Posted: 23 Jan 2013 12:06 AM PST


Kesian kat Najib dan pencacai-pencacainya.. tak sampai 24 jam pencacai-pencacai UMNO berbangga dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Gaza..

Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA.

Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia.

Israel Nation News

Ini apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat'

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

"Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

"Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib.

Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar (Video Inside)

Posted: 22 Jan 2013 08:07 PM PST


Sebelum ini Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan.

"Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini.

"Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung," katanya pada satu sidang media, di sini.

Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN.

Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun.

Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan ini adalah jawapan Zambry mengenai cabaran ini..

Al Ikram

Posted: 23 Jan 2013 09:16 AM PST

Al Ikram


TEMBELANG KEMENTERIAN PERTAHANAN TERBONGKAR ...

Posted: 22 Jan 2013 11:22 PM PST

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 23 Jan 2013 09:16 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


KITA TENTANG UMNO KARENA JAHILIYAH

Posted: 22 Jan 2013 05:22 PM PST

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.

Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.

NONE"Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum.

"Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.

"Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah".

Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda.

Jelas Mohd Asri, tindakan Khatib itu - yang juga ahli Badar yang berasal daripada luar Mekah - mengundang kemarahan Umar Al-Khattab yang ingin memancung kerana menganggapnya sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun Rasulullah SAW berpuas hati selepas pendengaran dibuat apabila Khatib mahu keluarganya di Mekah dilindungi daripada serangan itu, sekalipun dilihat "macam memberi kesetiaan" kepada kaum Musyrikin di kota suci itu.

Turut menjadi panelis dalam wacana itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dan pensyarah Dr Azhar Yusof. Wacana itu dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Supyan Husin.

Mengulas berhubung 'amanat' presiden PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong, di Terengganu pada 1982 itu, Mohd Asri percaya orang yang berilmu seperti Abdul Hadi tidak akan mengkafirkan individu "secara borong".

"Tetapi apa yang berlaku, salah faham ka, apa ka, (ahli) yang di bawah ni, ada yang mengkafirkan... Itu satu kesilapan. Kesilapan yang perlu diperbetulkan.

"Bukan kerana PAS menegakkan kebenaran itu salah, tapi noktah ini perlu diperbetulkan. Mungkin pimpinan tidak kata, tadi anak buah lebih lajak daripada laju. Ini satu realiti yang berlaku. Bukan semua orang PAS buat, tapi ada (segelintir) yang buat," katanya.

Menyentuh perkara berkenaan sebelum itu, Mohd Asri terkilan dengan situasi itu termasuk tidak memakan sembelihan dan bermakmumkan imam daripada Umno, apabila tiada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan jelas membetulkan keadaan itu.

"Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'.

"Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam... Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.

Mengulas berhubung pandangan Abdul Hadi tentang perlembagaan, Mohd Asri juga berpendapat sisi pandang presiden PAS itu pada 1980-an jauh berbeza dan berubah berbanding sekarang.

NONEDalam 'amanat' Abdu Hadi itu menyebut penentangan PAS terhadap Umno/BN kerana parti itu didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah dan peraturan kafir dan jahiliyah.

Dr Asri yang juga fellow Universiti Oxford berkata, Abdul Hadi mungkin mempunyai sisi pandangannya berhubung perkara tersebut pada ketika itu, berbanding kini yang dilihatnya sudah berubah.

"Sekarang mungkin PAS ada tafsiran baru. Dan saya bersetuju dengan tafsiran PAS sekarang dibanding dengan tafsiran tahun 80-an...Saya rasa tafsiran sekarang lebih menepati realiti.

"Malangnya media massa yang dikuasai Umno, dia bangkitkan tafsiran lama. Dan kadangkala dia perkara yang tak bagus. Dia kata, tahun 80-an PAS salah, kerana kafirkan Umno.

"Pada masa yang sama, dia kata, PAS kena kembali kepada perjuangan asal... Saya rasa biar dalam keadaan sekarang, dia (PAS) lebih terbuka, lebih faham realiti, dia lebih faham keadaan dan dia lebih lihat keluasan Islam," katanya.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 23 Jan 2013 09:06 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


PANAS: Presiden Abbas kutuk lawatan Najib ...?

Posted: 23 Jan 2013 04:51 AM PST

Presiden Abbas kutuk lawatan Najib ...?
Kiihhh, kih kih ...?

Kaahhh, kah kah ... Kiihhh, kih kih 02 ...?

Posted: 23 Jan 2013 04:20 AM PST

KRAI Utara

Posted: 23 Jan 2013 07:38 AM PST

KRAI Utara


Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

Posted: 22 Jan 2013 10:43 PM PST

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN.Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN.Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas."Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen."Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin.Beliau yang juga bekas menteri penerangan berkata, sepatutnya semua jabatan-jabatan kerajaan ini dibebaskan dari kerja-kerja kempen politik, paling kurang dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya.Katanya, dalam tempoh yang disebut 'countdown' pilihan raya itu, semua jabatan kerajaan perlu bersifat neutral."Tak adil, masuk rumah org kempen sebelah pihak. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pilihan raya, kerja-kerja turun ke bawah itu kena diberhentikan, kalau benar mahu pilihan raya adil dan telus," katanya lagi.Beliau turut mengakui amalan itu juga berlaku pada zamannya dalam kabinet dahulu namun katanya perubahan perlu dilakukan jika benar Najib mahu melakukan transformasi politik."Terlalu ketinggalan zaman dan tak boleh dibenarkan."Benda ini waktu saya jadi menteri pun berlaku. Tapi sekarang kata dah transformasi politik,  zaman pun sekarang dah 2013," tegasnya.Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak lepas tangan berhubung perkara itu.Katanya SPR perlu memainkan peranan berunding dan menasihati kerajaan menghentikan perkara itu.Beliau juga turut menyeru orang ramai khususnya ahli parti politik membuat laporan polis jika ada pihak yang cuba masuk ke kampung-kampung, berkempen atas nama jabatan kerajaan."Bila semua buat laporan polis sepanjang masa, saya yakin benda ini dapat dikurangkan."Ahli parti jadi mata dan telinga sesuai dengan semangat himpunan kebangkitan rakyat di ibu negara tempoh hari," katanya.

Lelaki Ini Memohon sejuta 'Like 'di Internet syarat boleh berhubungan dengan teman wanitanya

Posted: 22 Jan 2013 03:30 PM PST

OSLO - Seorang lelaki  asal Norway memohon untuk mendapatkan satu juta like atas fotonya di jejaring sosial Facebook. Ini dilakukannya agar ia boleh berhubungan seks dengan pacarnya.

Seorang pelajar SMA bernama Petter Kverneng berencana untuk berhubungan seks dengan pacarnya, Cathrine Johansen. Namun, Cathrine memberikan syarat atas keinginan Kvarneng. Demikan diberitakan New York Daily News, Selasa (22/1/2013). Cathrine, mengajukan syarat yang unik, dimana Kverneng harus mendapatkan satu juta like dalam beberapa jam setelah dia memposting foto yang bertuliskan “Chatrine mengatakan kalau saya mendapatkan 1 juta like, dia mau berhubungan seks dengan saya. Jadi aku mohon like foto ini.” Namun Kverneng khawatir keinginannya ini tidak terendus orangtua kekasihnya. Ia pun berharap orang tua Cathrine bukan pengguna Facebook.Lelaki berusia 20 tahun ini memiliki idea gila ini setelah dia berhasil mendapatkan like sebanyak 2.6 juta ketika dia memegang foto yang bertuliskan “Untuk mendapatkan seekor anjing yang lucu, saya harus dapat like dari 2.6 juta pengguna Facebook.”

Roslan SMS Corner

Posted: 23 Jan 2013 07:24 AM PST

Roslan SMS Corner


Bunyi bising dari Kuil..... (23/1/13)

Posted: 22 Jan 2013 07:41 PM PST


Menurut akhbar The Star hari ini pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menarik balik notis yang ia berikan kepada Kuil Sri Maha Mariamman di Bangi Lama, yang sebelum ini telah mengarahkan pihak kuil berkenaan agar mengurangkan bunyi yang terbit dari kuil berkenaan serta menghentikan semua aktiviti keagamaan selepas jam 6 petang.
Notis berkenaan awalnya menurut Yang Dipertua MPKj dikeluarkan ekoran aduan penduduk berdekatan.

Walaubagaimanapun hasil rundingan pihak terlibat serta pemimpin tempatan akhirnya pihak MPKj bersetuju menarik kembali notis berkenaan.
Saya percaya penarikan balik notis ini dibuat setelah semua pihak bertolak-ansur demi mengelakkan perkara ini dari merebak dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di sinilah sikap toleransi penting khasnya dalam suasana masyarakat berbilang kaum dan agama seumpama Negara kita.

Tempat-tempat ibadat termasuklah masjid, gereja , kuil, tokong dan lain-lain yang didirikan dengan kebenaran pihak berkuasa sewajarnya diberikan kebebasan menjalankan aktiviti masing-masing. Penduduk yang tinggal di kawasan ini seharusnya sedar bahawa institusi-institusi ini mengajak kepada kebaikan dan apabila semuanya baik maka masyarakat pun menjadi baik.
Suka tidak suka pasti ada pihak yang terganggu dengan bunyi yang datang dari rumah-rumah ibadat ini. Mereka yang seumpama ini terkadang lupa bahawa kita hidup dalam Negara yang majmuk, lainlah kalau kita di Kelantan atau Terengganu dimana majoriti besar masyarakatnya adalah dari satu kaum dan agama, itupun tidak pernah berlaku kemarahan dan ketidapuasan hati sehingga mengakibatkan pihak berkuasa tempatan perlu mengeluarkan notis seumpama kes ini.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama semasa menjadi ahli majlis di sebuah PBT di Selangor. Saya menerima aduan dari seorang pegawai pejabat wakil rakyat yang mendakwa menerima aduan dari seorang penduduk terhadap bunyi bising yang terbit dari corong pembesar suara sebuah masjid di kawasan saya.
Sebagai ahli majlis boleh sahaja saya memanjangkan perkara ini kepada pihak PBT untuk mengeluarkan notis. Di sinilah kewarasan serta tolak-ansur perlu diutamakan.

Saya memberi jawaban berikut kepada pegawai tadi:
Izinkan saya menerangkan sedikit kepada saudara tentang realiti politik perkara ini.

Ternyata kita sekadar menerima aduan dari seorang penduduk iaitu Puan xxx, saya sendiri menerima beberapa aduan dari penduduk Islam apabila sebuah persatuan mengadakan Hungry Ghost Festival di tapak letak kereta xxx semasa bulan Ramadhan lalu, menyanyi dan memain muzik ketika umat Islam sedang beribadat di malam bulan Ramadhan.
Perkara ini sensitif dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati.

Sebagaimana beberapa individu Muslim yang mengadu pada saya berkenaan Hungry Ghost tadi, saya menerangkan kepada mereka bahawa kita hidup dalam komuniti yang berbilang kaum dan agama. Kita perlu belajar bertolak-ansur dan menghormati satu sama lain.
Bolehlah saya menasihati pihak masjid, saya pun penasihat Masjid xxx, tetapi aduan dari seorang penduduk bagi saya tidaklah begitu besar "weightage" nya untuk kita minta pihak masjid bertindak, JK masjid belasan orang ramainya, bayangkan jika ia bocor dan disebarkan pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab akhirnya jadi bahan politik untuk serang kita.

Saya akan cuba menasihati pihak masjid tanpa membangkitkan isu aduan Puan xxx, tetapi kita juga perlu ada mekanisma untuk menangani perkara-perkara seperti ini tanpa mencetuskan sensitiviti yang hanya akan merugikan kita di masa hadapan.
Demikianlah sebahagian jawaban saya terhadap isu yang diajukan kepada saya itu.

Diharapkan semua pihak menerima realiti kepelbagaian agama dan budaya dalam Negara kita ini dengan hati yang lapang dan terbuka. Kalau kita gagal bermakna kita akan mengundang perbalahan dan sengketa yang hanya akan merugikan semua pihak.

Bilalah kan bebas Palestin (23/1/13)

Posted: 22 Jan 2013 06:25 PM PST


Tanpa mengira fahaman politik, (lawatan ini pasti dipolitikkan nanti) rakyat Malaysia pasti terharu dengan kunjungan Perdana Menteri kita ke Gaza yang mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi seluruh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Simpati terhadap perjuangan Palestin sememangnya semulajadi bagi seluruh rakyat Malaysia di sini. Kita benci dengan tindakan kejam dan ganas rejim Israel terhadap penduduk Palestin dan penjajahan mereka ke atas bumi Palestin khasnya di Baitul Muqadis. Kita mahukan rakyat Palestin diberikan kebebasan menentukan nasib mereka sendiri dan setiap inci bumi mereka diserahkan kembali kepada mereka.

Dalam kita berkeadaan demikian, rupanya sesama Palestin pun masih berbalah. Dalam keadaan Negara punah ranah dan rakyat sengsara, masih lagi tidak sekata.. Menurut The Times of Israel, yang turut dimuatkan oleh al Jazeera, Presiden Pentadbiran Palestin (yang berkuasa di Tebing Barat) mewakili PLO, Mahmoud Abbas, membantah lawatan PM Malaysia. Menurut akhbar berkenaan:
The visit prompted a bitter protest from Palestinian Authority President Mahmoud Abbas, who said it undermined his status and that of the PLO as the representative of the Palestinian people. Abbas said he was seeking "clarifications" from the Malaysian government.

Antara yang telah mengunjungi Gaza sebelum ini termasuklah Perdana Menteri Mesir,Emir Qatar, Menteri Luar Turki dan Presiden Tunisia pula pada bulan Febuari ini.
Apa pun berlaku di sana kita mendoakan yang terbaik buat rakyat Palestin dan kita mendoakan agar Masjid al Aqsa dapat kembali ke tangan umat Islam.

PENOREH GETAH

Posted: 23 Jan 2013 07:22 AM PST

PENOREH GETAH


VIDEO SAMSENG UMNO SERI STULANG JOHOR

Posted: 22 Jan 2013 10:10 AM PST







labun KulupSakah...

Posted: 23 Jan 2013 03:44 AM PST

labun KulupSakah...


Aku dan buruh asing

Posted: 22 Jan 2013 11:37 PM PST

1991 aku pernah jadi buruh. Selepas berhenti jadi mekanik aku bekerja di sebuah kilang haram di Cheras. Kilang membuat dan membekal alat saluran pendingin hawa dan laluan udara pada bangunan-bangunan yang sedang di bina. Aku memotong besi, mengerat dawai, menggerudi, mengikir keluli, zink dan macam-macam. Sesekali aku menjadi kelindan lori menghantar barang-barang ini di tapak pembinaan. Hari-hari aku pulang dengan calar-balar baru di tangan.
Selain Melayu, cina dan india teman-teman sekerja di kilang haram ini terdiri daripada pendatang Indonesia dan Myanmar.
"kau tak sesuai buat kerja ini dik." kata buruh Indonesia wanita yang menjadi ketua kepada kumpulan wanita Indonesia yang lain di bahagian mengecat keluli serta membungkus. Aku tak tahu nama-nama mereka dan dia aku panggil kakak. Ke semuanya lebih tua daripada aku. Ada seorang daripadanya yang kelihatan muda selalu memandang aku dengan mata sayu. Tak pernah bercakap hanya tersenyum.
"Muka kau lembut dan kulit kau halus macam perempuan" kata kakak itu.
Cis! Patutlah aku selalu diburu Mokhtar, gay Wangsa Maju.
Sejak itu aku berazam menyimpan misai dan janggut. Sikit pun jadilah.... Tapi hari ni ia lebat tak terkawal

(entry takde makna cuma aku tau korang rindu entry aku)

Kelab Greenboc

Posted: 23 Jan 2013 01:43 AM PST

Kelab Greenboc


Rakyat Selangor Diseru Hadir Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

Posted: 23 Jan 2013 01:42 AM PST


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Selangor hari ini menggesa seluruh rakyat Selangor hadir ke perhimpunan menolak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai syarikat mengurus air di negeri ini.

Perhimpunan yang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang itu akan diadakan selepas solat Jumaat pada 25 Januari ini.

Menurut satu kenyataan Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil, perhimpunan yang dianjurkan bersama dengan AMK Selangor itu turut mendapat kerjasama dari Pakatan Rakyat Selangor.

"Rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan Syabas yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan.

"(Dan) kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan," menurut Azhar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri menjalankan usaha untuk mengambilalih Syabas apabila syarikat konsesi itu gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna di Selangor.

Bagaimanapun usaha itu menemui jalan buntu apabila Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama kepada usaha Kerajaan Negeri.

[GAMBAR BERBICARA] 100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi?

Posted: 23 Jan 2013 12:48 AM PST


Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah.

LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM, AYER KEROH, MELAKA.

PAKAIAN: KORPORAT BN

Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan.

MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. -ommakkau


Dahlah dipaksa datang, pakai baju BN pula




MELAKA: Semua kakitangan kerajaan khas guru-guru Melaka dipaksa datang ke Himpunan rakyat 1Malaysia gelombang biru negeri Melaka malam ini.

Yang lebih hebat lagi, kesemua mereka dipaksa memakai baju korporat BN yang berwarna biru.

Tujuannya untuk menunjukkan kebiruan majlis itu untuk dipanggil kemudiannya 'gelombang biru' rakyat Melaka.

Majlis itu akan diadakan mulai jam 7.45 malam ini di Kawasan Parkir Kompleks PKNM, Ayer Keroh, Melaka.

Timbalan Pedana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Menteri Melka akan bersama-sama dalam program ini.

Setiap orang diberikan satu kad jemputan dengan di bawahnya tertera ruang untuk tulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang bakal digunakan sebagai kupon cabutan bertuah.

Ekoran itu, beberapa orang guru yang menghubungi Harakahdaily bertanya, "Mengapa perlu ada paksaan dalam majlis anjuran Umno/BN?"

"Mengapa majlis para hadirin dipaksa pakai baju korporat BN?"

"Ini dinamakan sudahlah dipaksa hadir, dipaksa pula menyamar sebgai menyokong Umno dan BN pula," kata mereka.
-HD

[VIDEO] Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan

Posted: 22 Jan 2013 10:03 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990.

"Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN. -petikan BERNAMA

Ulasan GB

Demikian temberangnya Najib konon nak selesaikan masalah air di Kelantan. Sedangkan masalah air di negerinya sendiri, Pahang, tak selesai pun. Jom tonton:

[VIDEO] Rakaman Samseng UMNO BN Halang Ceramah PKR

Posted: 22 Jan 2013 06:30 PM PST


Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut.

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu.

Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a


(Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b


(Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c


(Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI & ADUN SERI SETIA -KD


Samseng Umno halang ceramah, Shahrir, Khairy setuju politik ganas?


PETALING JAYA 22 Jan: Ahli Parlimen Johor Bahru dan Ketua Pemuda Umno dicabar menyatakan pendirian berhubung serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, malam 15 Januari lalu.

"Pimpinan tertinggi Umno (termasuk) Tan Seri Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin dicabar menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media di ibu pejabat parti.

Beliau sebelum itu menayangkan tiga rakaman video serangan sekumpulan lelaki berbaju Barisan Nasional terhadap rombongan KEADILAN di Flat Seri Stulang, Johor Bahru.

"Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam, berjalan ke flat dan dihalang sekumpulan lelaki berbaju Umno BN. Mereka enggan benarkan kami masuk," kata Nik Nazmi.

"Mereka turut memaki dan menghambur kata-kata kesat kepada kami. Selepas berbincang dengan polis, kami berundur untuk meredakan keadaan.

"Kami cuba masuk menerusi pintu lain tapi terus dihalang. Malah, saya turut ditendang. Apakah ini yang dikatakan pemuda Melayu dan Islam?" soal Nik Nazmi.

Menurutnya, kereta anggota KEADILAN yang mengiringinya kemek ditendang.

Turut kelihatan dalam video tersebut, beberapa kanak-kanak dan wanita. Manakala seorang lelaki dewasa rapat ke pintu kereta dan memegang cermin sambil memberi kata-kata amaran.

Justeru, satu laporan polis dibuat Nik Nazmi 16 Januari lalu di Balai Polis Majidee, Johor Bahru ditemani Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru, Tan Poh Lai bersama anggota KEADILAN Pasir Gudang, Gelang Patah dan aktivis PAS tempatan.

"Kami datang atas undangan penduduk tempatan melalui Cabang Johor Bahru. Mereka mengalu-alukan program KEADILAN kerana kawasan ini tidak pernah diadakan program Pakatan," kata Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan polis yang membantu meleraikan ejen provokasi dan mengiringi mereka keluar dari kawasan tersebut supaya lebih bersedia jika berlaku insiden sebegitu.

"Sepatutnya lebih awal. Polis tak perlu tunggu keadaan macam itu," tegas Nik Nazmi memaklumkan tidak serik turun ke Johor semula untuk meneruskan program-program penerangan.

-KD

[Dosa Di Atas Dosa] Gadis 24 Tahun Bungkus & Campak Bayi Luar Nikah

Posted: 22 Jan 2013 03:33 PM PST

Kuantan – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.– Bernama

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

Posted: 22 Jan 2013 07:36 AM PST

Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

"Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

"Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

"Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. -HD


7 projek PRU: Pas dakwa PM tidak ikhlas


Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan.

Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu
-SH

Jika SPR Masih Degil, BERSIH Mungkin Akan Adakan Himpunan Sekali Lagi

Posted: 22 Jan 2013 05:47 AM PST


Bersih fokus pantau pilihan raya, tidak menolak anjurkan satu lagi perhimpunan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari.

"Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham.

"Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan," katanya kepada pemberita disini.

Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.

"Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia," kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0.

Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI

Projek IC Khianati Rakyat & Negara, UMNO-BN Wajar Dihukum

Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST

Tidak ada perkataan yang selayaknya diberi selain "pengkhianat negara" untuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana memberi taraf kewarganegaraan kepada ratusan ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah semata-mata untuk mempertahankan survival Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ia dibuktikan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap projek "IC Mahathir" yang didedahkan baru-baru ini.

Akibat tindakan itu, Sabah kini melalui beberapa fasa getir membabitkan pertembungan sosio ekonomi dan politik rakyat tempatan dan pendatang yang diberi kerakyatan secara mudah.

Sambil menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO-BN itu, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, parti pemerintah itu harus bertanggungjawab terhadap 'dosa' silam mereka ke atas rakyat Sabah.

"Saya boleh katakan bahawa ini merupakan pengkhianatan tertinggi buat Malaysia khasnya rakyat Sabah.

"Bayangkan selama ini yang menentukan hala tuju, pentadbiran negeri Sabah ditentukan oleh 'pengundi hantu' yang dihalalkan. BN benar-benar kotor!" tegas beliau ketika ditemui semalam.

Tambahnya, akibat daripada "Projek IC Mahathir", rakyat Sabah terutamanya di kalangan Bumiputera negeri itu ketinggalan disebabkan saingan tidak sihat yang berlaku.

"Mereka tertindas akibat ketamakan kuasa BN," katanya yang juga ADUN Sri Tanjung.

Menurut Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi pula, isu "Projek IC" ini telah lama terbongkar sejak 1970-an di mana Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika itu pernah memberi amaran kepada rakyat Sabah mengenai isu yang kini heboh diperkatakan.

"Kini kita dilaporkan dengan sejumlah 1.8 juta PATI yang mendapat kerakyatan mudah. Semua ini terbukti dengan RCI, kita boleh lihat ramai di kalangan warganegara Filipina, Indonesia, Pakistan dan India mendapat kerakyatan," ujar beliau.

Dalam kenyataan yang berbeza, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, pendedahan yang dibuat RCI baru-baru ini memang mengejutkan.

"Tetapi isunya kini bukan saja di Sabah. Sejak Pilihan Raya Umum 2008, peningkatan daftar pengundi di Selangor secara mendadak sebanyak 22 peratus berbanding purata 16.3 peratus di seluruh negara.

"Sebanyak 31,294 pengundi dilaporkan telah dipindahkan dari kawasan Parlimen dan DUN asal mereka tanpa mereka sedari,"

Tambah Santiago, terdapat 2,000 nama di Parlimen Klang saja telah berpindah kawasan manakala 3,000 lagi nama pengundi hilang dalam daftar pemilih. – Roketkini

MiLo SuaM

Posted: 23 Jan 2013 01:12 AM PST

MiLo SuaM


Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang

Posted: 22 Jan 2013 04:48 AM PST

MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.



Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama  (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah.

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.



ReJaM© "Israel pun akan kecoh isu kalimah Allah jika Umno ada di sana... "

Buku Anwar Zionist disebarkan di Taman Sri Andalas Klang

Posted: 22 Jan 2013 02:44 AM PST

SEBUAH buku yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Zionist disebarkan kelmarin di Taman Sri Andalas, Klang Selangor. Buku ini tiada nama penerbit, penulis, pencetak dan lain-lain yang membolehkan pembaca mengesan identiti individu-individu yang terlibat dalam penerbitannya.



Ini namanya lempar batu sembunyi tangan, atau lebih tepat sudah berak sembunyi punggung. Kalau dakwaan di dalam buku ini adalah fakta yang benar, individu yang terlibat di dalam penerbitannya harus meletakkan identiti mereka.

Mereka tahu semua yang tertulis di dalam buku ini hanyalah rekaan untuk memburukkan Anwar Ibrahim maka mereka bersembunyi disebalik fitnah. Gua cabar individu-individu yang menyebarkan buku ini sila tampilkan diri supaya senang tindakan undang-undang boleh diambil.



ReJaM© "Ibarat menyorok dalam longgokan tahi sendiri... "

Blog-list Malaysia

Posted: 23 Jan 2013 01:06 AM PST

Blog-list Malaysia


Nasharudin Bersama Rombongan Najib Ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 07:45 PM PST

Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.


"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.


Nizar Tiada Kredbiliti Untuk Berdebat Dengan Saya

Posted: 22 Jan 2013 05:10 PM PST



Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra

Posted: 22 Jan 2013 03:42 PM PST

KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah.

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu.

Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain.


"Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa.

"Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi.

Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra.

"Kami dimaklumkan beliau tidak ada di pejabat tetapi menurut pembantunya, beliau sudi hadir memandangkan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Semasa di pejabat, kami berbincang dengan salah soerang pekerja di sana mengenai hal ini. Kehadiran kami juga adalah disebabkan surat kami dikatakan tidak diterima (faks dan emel)," katanya.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya masih tidak mendapat sebarang kenyataan berhubung ketidakhadiran Sharifah Zohra dan hanya mengetahui hal tersebut menerusi media sahaja.

"Sikap Sharifah Zohra tidak profesionalismenya sebagai anggota masyarakat.

"Kami ada gambar serta bukti surat kami diterima pihaknya walaupun insiden cop rasmi syarikat 'tiada' di pejabat. Di mana yang menunjukkan kami menceroboh?" katanya.

Sementara itu, presiden Instef, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya minta tampil memberi penjelasan.

"Kami tidak gentar. Kami tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa. Selain menceroboh, kami dituduh menggunakan alamt e-mel palsu sedangkan tidak kerana kami menggunakan alamat emel yang sah.

"Pun begitu, kami sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam kami untuk mengatur langkah jika beliau (Sharifah Zohra) terus membuat menimbulkan fitnah.

-SinarHarian


Video Samseng Umno Mengganas Di Johor

Posted: 22 Jan 2013 06:58 AM PST








IC Palsu - Umno Sudah Panas Punggung.. Anwar Bakal Diseret Sama..

Posted: 22 Jan 2013 06:06 AM PST

Salleh cabar Anwar beritahu RCI perkara sebenar

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".


"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat Kota Belud hari ini.

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya.

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

-Bernama


Pemberian IC - Semua Komponen BN Serang Mahathir

Posted: 22 Jan 2013 03:42 AM PST

Umno, MCA dan MIC serang Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.

Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.


Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.

Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.

Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.

Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.

Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.

Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16255-umno-mca-dan-mic-serang-tun-dr-mahathir?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


bumiperak

Posted: 22 Jan 2013 11:19 PM PST

bumiperak


Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan

Posted: 22 Jan 2013 05:08 PM PST

Negeri Kelantan ibarat anak dara sunti yang cantik menawan, jelingan matanya  tajam bab pisau, lenggang lenggoknya bab bidadari istana,  sesiapa memandang pasti tergila-gila lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Kerana kecantikannya yang luar biasa  maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya  dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari  datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia  50an, mulutnya  merah bab delima merkah, rambutnya  putih bagaikan kapas  dijemur,  berkata kepada  si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang. Antara  tujuh jenis hantaran itu,   sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara,  stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak.

Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana  diriwayatkan  dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza  ialah  hantaran  yang akan dipersembahkan  Sultan Mahmud Shah  adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah  itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak.

Puteri Gunung Ledang bukan sembarangan manusia, leluhurnya dari kaum bangsawan yang terhormat. Kepintaran akalnya melebihi Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang tak mahu menjadi permaisuri sultan yang sudah tua renta itu, lalu dicarinya helah  supaya sultan membatalkan hasrat memperisterikannya dengan cara yang berhemah. Hati sultan harus dijaga, jangan sampai terluka atau gila, maruah sultan harus dipelihara, jangan sampai malu.  Lalu Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat yang berat dengan harapan sultan tak sanggup menunaikannya.

"Baginda sultan perlu menyediakan  tujuh dulang hantaran,  antaranya;  jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan satu mangkuk  darah Sultan Ahmad, iaitu putra Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak.

Demi cinta yang berkobar-kobar, sang sultan  sanggup menunaikan  sepertimana dipinta, kecuali semangkok darah Sultan Ahmad, sangat sukar baginya,  mengenangkan itulah  satu-satunya putra lelaki kesayangan baginda. Akhirnya hasrat mempersuntingkan Puteri Gunung Ledang hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu.

Begitu juga dengan Kelantan, sekiranya lelaki ganteng dari  Putrajaya itu benar-benar tergila-gilakan Kelantan, tak perlu hantar tujuh dulang hantaran, memadai dengan hanya satu dulang, iaitu Umno mesti terima Islam sebagai wadah perjuangannya!.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 22 Jan 2013 11:12 PM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU DUN TERUNTUM - DAP KUANTAN JANGAN MUDAH MELATAH

Posted: 22 Jan 2013 11:20 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu artikel keluaran PDO di SINI. Artikel itu memetik perasaan tidak puas hati pimpinan DAP Kuantan kerana wujudnya FaceBook 'Dun Teruntum'.  Tidak puas hati turut digambarkan apabila FB berkenaan menyiarkan gambar Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama orang kuat PKR Kuantan, Mr Sim yang sedang berkempen dan mengibarkan bendera PKR.

Pelik juga aku.  Apa masalah dengan FB Dun Teruntum?  FB tersebut berkempen untuk Umno/Bn kah sebelum ini?  FB tersebut pernah mengistiharkan sesiapa kah sebagai calon Dun Teruntum?  Apakah apabila Sdr Bung Hatta bergambar dengan Mr Sim di dalam FB Dun Teruntum maka salah seorang daripada mereka adalah calon Dun Teruntum?  Atau, dengan adanya bendera PKR di dalam FB Dun Teruntum maka PKR lah sewajibnya menjadi calon di situ? 

DAP Kuantan jangan cepat melatah dengan hanya wujudnya FB yang mahu menentang Umno/Bn.  Jika DAP ikhlas, sepatutnya DAP juga turut wujudkan FB yang seumpama itu di Kuantan, tetapi aku tidak tahu selama ini adakah DAP pernah melakukannya.  Sebagai contoh, di Jenderak, K.Krau juga ada FB bernama PAS Jenderak, tetapi semua tahu di Dun Jenderak parti manakah yang akan bertanding di situ.  Adakah adil kita menuduh PAS ingin merampas Dun Jenderak hanya kerana wujudnya FB PAS Jenderak? Begitu juga di Temerloh, terlalu banyak FB yang diwujudkan oleh PAS, DAP dan PKR tetapi kesemuanya mahu melawan Umno/Bn, bukan untuk menunjukkan bahawa Temerloh dan beberapa kerusi di situ hak parti-parti tertentu.

DAP Kuantan mesti berfikiran positif.  DAP Kuantan mesti bersama-sama berjuang di alam maya dengan mewujudkan seberapa banyak blog atau FB untuk menentang propaganda Umno/Bn.  Tentang calon, kita serahkan kepada pimpinan tertinggi parti dan pimpinan tertinggi PR tidak akan terpengaruh hanya dengan FB.  DAP Kuantan jangan mudah melatah.  Apa yang penting apakah tujuan FB itu diwujudkan.  DAP juga boleh wujudkan FB, tiada masalah.  PAS juga boleh wujudkan FB Dun Teruntum dan belum tentu PAS akan menjadi calon di situ.  Bahkan, jika ada calon Bebas yang ingin bertanding di situ, Nah...silakan bukan FB di Teruntum.