Dalam kelam kabut negara dilanda banjir besar, tersentak juga Demang menatap foto Perdana Menteri kita bermain golf dengan Presiden Amerika, di Hawaii katanya.
Maka ramailah yang kecewa termasuk sahabat- sahabat Demang yang sebelum ini mempertahankan Najib.
Bagi Demang, kalau Najib ada di tanahair pun, bolehkah ditahannya air? Kalau dia ada pun, berapa banyak rumah yang dia boleh tolong?
Sabar, jangan marah Demang. Demang gurau sahaja. Rumah ibu bapa Demang di Pahang pun tenggelam. Walaupun kami tidak lagi mendiami rumah itu namun hati dan perasaan Demang tetap melekat di sana.
Pertemuan dengan presiden Amerika bukan boleh dibuat sesuka hati. Temujanji bukan sehari dua dan kita bukannya ada banyak pilihan. Kena sedar diri lah.
Demang percaya PM tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dilakukannya.
Pagi ini di Jengka dan kebanyakan tempat di pantai timur air sudah semakin surut.
Surut di hulu seperti biasa menjadikan kawasan hilir seperti Temerloh mula dilimpahi air. Moga orang Temerloh sabar menghadapinya.
Surut juga bermaksud kerja-kerja pembersihan akan bermula. Barangkali ia akan lebih memenatkan. Ketika air naik proses perpindahan dilakukan secara pantas dan tidak serentak namun selepas banjir semua orang ada rumah sendiri untuk dibersihkan.
Justeru bantuan daripada saudara-saudara yang kawasan mereka belum dinaiki air amat diperlukan. Kalau musim PRK kita boleh serbu ke kawasan PRK beramai-beramai sehingga menyemakkan ruang dan kepala penduduk tempatan, takkan lah di waktu begini kita nak mengelat?
Tambah-tambah yang senyum sinis ketika melihat foto Najib bermain golf. Buktikan anda memang seorang yang baik dan bukan hanya tahu mengkritik.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KEMAMAN :Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menambah beg tidur dan power bank dalam bekalan bantuan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua barangan itu perlu dimasukkan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sebahagian daripada pengurusan bencana alam seperti banjir.
"Ada dua perkara yang saya cuba di sini (Kemaman) ternyata berkesan, pertama beg tidur kerana ia lebih praktikal dan boleh menjadi tikar serta selimut dan memudahkan proses penghantaran menggunakan lori sehingga boleh memuatkan kira-kira 1,000 beg tidur dalam satu-satu masa.
Kalau kita hantar tilam sudah semestinya ia memakan ruang dan proses penghantaran juga menjadi terhad," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di kuarters polis, Bukit Mentok, di sini.
Ahmad Shabery berkata, power bank pula amat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik atau berlaku bencana alam seperti banjir.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman turut melahirkan rasa sedih kepada enam anak pasangan Allahyarham Nur Hayati Sulong, 37, dan Suhaimi Awang, 37, yang ditemui mati lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, di sini, Rabu lepas.
"Sekarang saya sedang berbincang dengan ahli keluarga mereka untuk apa jua bentuk bantuan yang akan diberi selain berbincang dengan kerajaan negeri.
"Selain itu, saya akan bawa perkara ini kepada kabinet tentang apa jua sokongan dan tanggungjawab yang boleh kita ambil bersama atas kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka," katanya selepas menziarah enam anak arwah di Taman Geliga Intan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan telah berusaha membuat persiapan yang begitu rapi untuk mengelak sebarang tragedi tetapi malangnya ia masih berlaku dan amat mendukacitakan. - BERNAMA
CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.
"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:
1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan
2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan
4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan
Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.
Akhirnya fitnah facebooker pembangkang King JASON kantoi ... tagline MENENTANG DENGAN FAKTA " patut ditukar menentang dengan bohong ...hahaha..
Post di page nya mengenai penemuan mayat kanak-kanak didawak di Kuala Krai sebenarnya adalah FITNAH dan ia sebenarnya berlaku di Indonesia .
Apabila dah kantoi bohong dan dimaki oleh pengikut pagesnya , dia meroyan marah kepada yang print screen fitnahnya .
Selain itu , terdapat juga lagi fitnah dilemparkan oleh FB macai PR iaitu Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ialah SYAITAN IBLIS yang memfitnah bantuan NGO iaitu PMIUM disekat oleh UMNO..
GPB yakin ini kerja buat RBA yang ingin memecahbelahkan penyatuan umat Islam bagi membantu mangsa banjir di Kelantan . Menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam UM jelas bagi membangkitkan kemarahan mahasiswa terhadap UMNO dan kerajaan .
Malah PMIUM sendir menafikan tuduhan fitnah FB macai PR .
Jadi , kepada rakyat Malaysia ,, jangan mudah terpedaya dengan berita -berita & gambar yang meragukan jika kita tidak tahu kesahihannya .
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara supaya pulang ke tanah air untuk membantu menangani situasi banjir pada masa ini.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi kepada semua menteri kabinet.
Najib berkata demikian kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
*** Syabas PM memberi yang mengeluarkan arahan ini .... Di mana YB KJ , DS Hishamuddin , DS Zahid Hamidi , DS Shafie Afdal , Datuk Ahmad Maslan ketika banjir ?
Pesawat AirAsia dalam penerbangan antara Surabaya - Singapura terputus hubungan pagi Ahad 28 Desember 2014.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Keselamatan dan Standar AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, kepada media Indonesia.
Wisnu menjelaskan, pesawat dijadulkan tiba di Singapura pada 07.20 pagi (08.20 pagi waktu Malaysia).
Namun, pesawat tersebut terputus hubungan di sempadan Indonesia dan Singapura. "Sampai saat ini belum ada komunikasi," ujarnya.
Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, lima petugas kabin.
Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.
Pesawat berangkat dari Surabaya pada 06.36 waktu Indonesia. Perjalanan dari Singapura ke Surabaya mengambil masa 2 jam 20 menit.-28/12/2014
Kelmarin Pemuda UMNO P.Pinang telah menghantar barang keperluan mangsa banjir di negeri Perak menerusi konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan . Antara barangan yang dihantar ialah beras , gula , roti , air mineral , pampers , selimut & pakaian untuk keperluan mangsa banjir sekitar Kuala Kangsar .
Ia disumbangkan beberapa Ketua Umno Bahagian seperti Kepala Batas, Tanjung , Permatang Pauh , Bayan Baru , Jelutong , Nashmir Holding serta melalui individu2 .
GPB yakin usaha Pemuda UMNO Negeri merupakan parti politik yang pertama dari negeri P.Pinang mengambil inisiatif menghantar barang keperluan bagi membantu mangsa banjir .
Nak harapkan kepada kerajaan DAP ? CM Penang pun masih lagi seronok bercuti di Paris walaupun negeri kini sedang menerima hujan lebat setiap hari sejak Ahad lepas.
Kepada pakar komen untuk ajar cara menyelamat mangsa & sebar berita palsu kata ramai mati , kalau boleh turun menjadi sukarelawan adalah lebih baik seperti ini .
Pejabat YBU Perak : Lokasi pengumpulan barangan untuk mangsa banjir
Satu depresi tropika terbentuk di selatan Filipina di mana pakar menjangkakan ia akan meningkat kepada Ribut Tropika ketika menghampiri perairan Sabah , Rabu ini.
Sementara ini belum ada nama diberikan memandangkan ia belum memasuki peringkat taufan.
Menurut unjuran semasa, impak maksimum ribut tropika ini ke atas Sabah akan dirasakan pada hari Khamis dengan angin berkelajuan 60km/j.
Sebarang perubahan unjuran akan dikemaskini di blog ini memandangkan ia berpotensi untuk melemah, menguat atau berubah laluan.
Sebarang perubahan ke Barat Daya memberi kesan kepada Sandakan manakala perubahan laluan ke Barat Laut mengurangkan kesan ke atas Sabah.
Surabaya - Secercah harapan muncul. Salah satu keluarga penumpang AirAsia yang lost contact sedikit lega. Sebuah pesan dari kawannya mengabarkan jika seluruh penumpang selamat.
"Kabarnya mendarat darurat di Belitung Timur, semua selamat. Tapi kita tetap butuh kepastian," kata Intan dari Ntt keluarga Martinus Djomy.
Adiknya ke Singapura bersama istri, seorang anak dan baby sitternya. Intan yang mengaku sedang liburan ke Surabaya ini mendapat kabar itu dari kawannya melalui BBM.
Informasi itu juga telah disampaikan ke otoritas di crisis center Bandara Juanda. Tapi benarkah kabar BBM itu? Hingga kini belum ada konfirmasi dari otoritas terkait. - Detikcom.
Sebelum hilang kontak, pesawat AirAsia QZ8501 sempat meminta izin kepada menara Air Traffic Center (ATC) di Jakarta untuk bergeser ke sebelah kiri menghindari awan dan naik ke ketinggian 38 ribu kaki.
Berita-berita antarabangsa mula melaporkan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 jiwa yang telah hilang dari radar.
Pesawat yang berlepas jam 5:20 pagi (6:20 pagi waktu Malaysia) dijadualkan tiba di Changi pada jam 8:30 pagi.
Ia dipercayai hilang dari radar ketika melalui Pulau Belitung yang dilanda cuaca buruk.
Pesawat dilaporkan hilang dari radar pada pukul 6:17 pagi (7:17 pagi waktu Malaysia).
Contact with AirAsia flight QZ8501 bound for Singapore from Surabaya lost
Indonesia air traffic control lost contact with AirAsia flight QZ8501 bound for Singapore from the Indonesian city of Surabaya was lost on Sunday morning.
Passengers on board include 130 adults, 24 children and one infant. It departed at 5:20 (WIB) on Sunday, according to Indonesia media reports.
The aircraft reportedly lost contact while it was flying over Kalimantan island.
Trikora Hardjo, the general manager of Indonesia's Airport Company, Angkasa Pura II, said that they are still waiting for more information.
Air Asia flight missing - reports
Air Asia flight QZ 8501 travelling from Indonesia to Singapore has gone missing - reports
This breaking news story is being updated and more details will be published shortly. Please refresh the page for the fullest version.
If you want to receive Breaking News alerts via email, or on a smartphone or tablet via the BBC News App then details on how to do so are available on this help page. You can also follow@BBCBreaking on Twitter to get the latest alerts
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Konsep Persekutuan dalan perlembagaan Malaysia menurut fahaman Pakatan Rakyat bermaksud, kerajaan negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhad, sekitar 50% sahaja, bakinya dimiliki oleh kerajaan persekutuan. Suka atau tidak, inilah yang menjadi amalan di negara ini sejak dulu lagi.
Termasuklah dalam pemahaman ini, tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir serta bencana Alam yang lain adalah terletak sepenuhnya di tangan kerajaan Persekutuan.
Bukan kerajaan negeri.
Wang untuk mangsa, bekalan makanan, perubatan dan sebagainya perlulah diuruskan oleh kerajaan Persekutuan, kalau kerajaan negeri menghulurkan bantuan, itu adalah secara sukarela, tidal diwajibkan ke atas mereka.
Kenyataan ini adalah bagi menjawab dakwaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersungguh-sungguh nak membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas, termasuk Kelantan yang dipimpin Pakatan Rakyat.
Nak diikutkan, kalau PAS di Kelantan nak lepas tangan sepenuhnya dalam hal banjir ini pun boleh, tapi seperti yang kita tahu PAS di Kelantan masih cuba membantu (walaupun tidak banyak) dengan memberikan sokongan moral kepada semua mangsa yang terlibat.
Difahamkan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mampu menyewa lebih banyak helikopter dan kapal terbang untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, tapi disebabkan kekangan dalam undang-undang yang menyebut urusan menyelamatkan mangsa banjir ini adalah kerja kerajaan persekutuan, maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pesawat AirAsia Rute Surabaya-Singapura Hilang Kontak
Fatichatun Nadhiroh - detikNews
Jakarta - Pesawat AirAsia dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura nomor penerbangan AWQ 8501 hilang kontak. Pesawat yang membawa penumpang 130 orang dewasa, 24 anak dan 1 bayi, berangkat pukul 05.20 WIB, Minggu
Pesawat tersebut diperkirakan hilang di atas Pulau Kalimantan. "Informasinya begitu, masih kita cari kebenarannya. Saya masih menunggu Pak Menhub," kata General Manager PT Angkasa Pura I Juanda, Trikora Hardjo, saat dihubungi detikcom, Minggu
Hal senada juga diungkapkan oleh Humas Angkasa Pura I Cabang Bandara Juanda Andrias Yustinian. "Iya informasinya begitu, tapi ini belum valid. Masih kita cari kebenarannya," jelas Andrias. Pihak AirAsia belum bisa dikontak terkait hal ini.
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, BAAN TAHLIL DAN YASSIN
BACAAN YASSIN DAN TAHLIL, BERSAMA RAKYAT JELATA
DS NAJIB DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA SERING SOLAT MAGHRIB DAN ASAR SELEPAS BEKERJA
DS NAJIB MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI MASJID WILAYAH, KUALA LUMPUR
DS NAJIB TABAH TENANG SABAR BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
DS NAJIB DALAM MAJLLIS SALAWAT PERDANA CINTA RASUL
DS NAJIB DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Pada tahun 2008, saya menulis mengenai DS Najib ketika saya mengunjunginya di rumah kayunya di Pekan, Pahang. Apakah yang menarik di situ, teruskan baca semula di sini.
Selepas 24 jam DS Najib kembali ke Malaysia, suasana politik negara kembali aman, tenang dan bahagia. DS Najib tidak perlu melenting, meninggi suara dan memarahi sesiapa.
YAB PM dalam facebooknya telah membuat kenyataan ini;
Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.
Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.
Saya juga telah mengumumkan 3 langkah tambahan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu;
Penambahan dana bantuan banjir sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara untuk kesemua negeri yang dilanda banjir;
pembayaran BR1M akan dipercepatkan ke pertengahan atau penghujung Januari; dan
institusi kewangan mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir.
Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan.
Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.
Mudah-mudahan inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir, dan pada masa sama kita terus dan jangan berhenti berdoa agar musibah banjir yang melanda kita kini mulai surut dan reda, Insya-Allah.
Dulu YB MB Kelantan lawat YAB Najib di Putrajaya
Kini YAB PM lawat dan bantu kesusahan YB MB Kelantan
Komen kami ...
Haa dengaq tu, kalau diisytiharkan darurat sepertimana yang dikehendaki oleh pakar-pakar siber fuckatan, tukang-tukang penghasut, penceramah serta pakar banjir segera maka ia akan menganiaya berpuluh-puluh ribu pemegang polisi insuran.
Ini termasuklah insuran kereta, insuran harta benda, insuran rumah, insuran barangan, insuran binatang peliharaan, insuran nyawa dan sebagainya.
Cuba kita semak insuran kenderaan atau rumah kita, ada pembeli insuran yang tidak diberikan perlindungan pampasan untuk keadaan darurat.
Mungkin kerana ia dianggap tidak penting atau tidak diberitahu kepada pelanggan oleh wakil-wakil insuran.
Tambahan pula syarat yang panjang lebar dan dalam bahasa undang-undang dan bahasa Inggeris menyebab ramai tak nak baca. Pakai sign jer.
Darurat ada pelbagai jenis darurat. Darurat kerana peperangan, rusuhan, banjir, gempa bumi, kecurian, serangan terroris, kebocoran radiasi dan sebagainya.
Cuba kita perhatikan adakah kita membeli sesuatu insuran kenderaan, adakah insuran itu juga meliputi keseluruhan cermin atau hanya cermin depan saja tanpa cover cermin belakang dan sisi kiri kanan?
Ini hanya sebagai satu contoh saja. Kalau insuran yang lain pun lebih kurang sama.
Jadi YAB PM telah mendapat nasihat sebelum mengeluarkan kenyataan pasal darurat ini. Mungkin tokey-tokey syarikat insuran tak berapa gemar mendengar ini kerana kosnya mungkin melibat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit!
Tapi itulah harga yang perlu dibayar oleh kita dalam menghadapi musibah luar jangkaan ini.
Tak isytihar darurat salah, kalau isytihar darurat pun salah juga. Walaupun kerajaan Pusat tak isytiharkan darurat tapi kekuatan penuh telah digerakkan ke kawasan - kawasan bencana.
Sebenarnya Najib nak bagi rakyat dapat claim insuran, dapat ganti rugi tanpa keluar sesen pun duit nak baiki kerosakan dan kemusnahan harta benda mangsa banjir...masih nak tolak lagi???
Itupun tenaga agensi penyelamat dan penjawat awam masih tak mencukupi dan terpaksa bekerja semaksima mungkin.
Bayangkan jika DAP perintah lepas PRU 13 dulu sudah tentu penjawat awam ramai dah kena buang atau dikurangkan kononnya membazirkan wang rakyat, tetapi bila jadi masalah bencana sekelam kabut begini para penjawat awam mula ditagih kudrat mereka!
Ternyata PM kita bijak. Kadangkala berdiam diri berfikir itu lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Contoh antara syarat dan terma dalam polisi insuran harta benda yang menetapkan sebarang pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau pihak berkuasa ketika sesuatu insiden boleh menyebabkan seseorang pemegang polisi insuran kehilangan hak menuntut ganti rugi dan pampasan
Syarat tuntutan insuran juga merangkumi kerosakan dan kerugian melibatkan bencana banjir, namun ia semuanya tertakluk kepada syarat-syarat sebelumnya dan berkaitan. Pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau entiti yang sah memerintah membolehkan syarikat insuran membatalkan tuntutan pihak yang menuntut ganti rugi atau pampasan.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MELAWAT MANGSA BANJIR
SEJAK banjir fasa ke dua melanda negeri-negeri di pantai timur, berita-berita dalam bentuk wassap dan facebook bertebaran bagai halilintar.
Namun, sesuatu yang paling tragik kerana berita-berita tersebut rupa-rupanya fitnah dan tipu. Apakah tujuannya? Untuk memberi gambaran betapa buruk situasi banjir atau untuk memberi reputasi negatif kepada agensi-agensi yang sedang berkorban sepenuh tenaga mereka? Atau ada niat yang lebih buruk?
Jika itulah niatnya, ia adalah kejahatan yang tidak kena pada tempatnya.
Barangkali anda ada menerima wassap kononnya sejumlah 10 mayat bergelimpangan di Kuala Krai. Barangkali anda juga menerima wassap sejumlah 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana kekurangan oksigen. Begitu juga barangkali anda ada menerima mesej sejumlah keluarga minum air banjir, membuat susu anak daripada air banjir, tiada makanan selama lebih seminggu dan sebagainya.
Mesej-mesej tidak memberi gambaran yang sebenar, sebaliknya menambah kekeliruan, ketegangan dan keburukan kepada keluarga mangsa dan negara.
Kesannya sangat buruk seolah-olah petugas-petugas di lapangan tidak bekerja. Dalam situasi sebegini, baik mangsa banjir mahupun para petugas, mereka semua terperangkap dalam suasana banjir. Keutamaan para petugas hanyalah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memberikan kemudahan tempat tinggal yang selamat, dan memberikan makanan yang secukupnya. Sukar bagaimanapun, mereka tetap berusaha. Itulah tujuan murni para petugas.
Banjir kali ini antara yang di luar kebiasaan. Hujan turun tanpa henti, angin bertiup kencang, jumlah air melimpah, dan sebagainya. Jika perjalanan dari Destinasi A ke Destinasi B kebiasaannya hanya 10 minit tetapi semasa banjir besar ini, ianya menjadi 1 atau 2 jam kerana halangan air deras dan sebagainya. Jika lebih buruk lagi, ianya boleh jadi langsung tidak boleh didekati dalam sehari dua.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENDENGAR TAKLIMAT TERKINI
KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI
DS Najib, Perdana Menteri negara kita telah berada di lapangan banjir seminggu sebelum bermula banjir semakin buruk.
20/12/2014 - DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang.
21/12/2014 - DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.
22/12/2014 -DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"
23/12/2014 -DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur
24/12/2014 - DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir
25/12/2014 -DS Najib menghubungi TPM untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan
*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit
27/12/2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.
Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31/12/2015.
Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai!
Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam?
Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.
DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN
Oleh kerana DS Wan Azizah dan suaminya Anwar dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi viral negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi viral kerana dia bukan Perdana Menteri.
Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Hari ini, DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.
Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada DS Najib. Beliau sebenarnya membantu tetapi tidak didendang.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN DAN MENTERI-MENTERI BERBINCANG
PUTRAJAYA - Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi status berbentuk spekulatif mengenai bencana banjir tanpa berpandukan fakta daripada sumber yang sahih.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata perbuatan berkongsi atau 'forward' berita yang tidak tentu sah itu boleh mengeruhkan keadaan dan mengelirukan masyarakat.
Beliau berkata, maklumat palsu yang disebarkan pada waktu kritikal seperti sekarang bukan hanya akan menyulitkan kerja-kerja mencari dan menyelamat, malah boleh menyebabkan kekeliruan dalam operasi bantuan serta menambah rasa risau dan panik di kalangan anggota keluarga mangsa.
"Niat untuk membantu dengan menyampaikan maklumat memang baik, tetapi sebelum menyebarkan sebarang berita, tanyalah diri sendiri sama ada ia akan benar-benar membawa kebaikan atau menambah buruk keadaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Sharil berkata SKMM bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi sedang giat menjalankan usaha membaik pulih dengan menggunakan 'generator set' atau 'genset' serta kenderaan 'Cellular on Wheels' atau COW di kawasan yang tidak ditenggelami air.
Beliau turut meminta orang ramai mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri bagi membolehkan ia bertahan lebih lama untuk kegunaan jika berlaku kecemasan. - Bernama
Masa saya kecik2 dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi manda dpd pg hnga ke petang. Selagi mata tidak berwarna merah kita tidak naik ke rumah.
Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yg mengalir direct dpd Ulu Kelantan dpd Sg Lebir, Sg Galas, Sg Kemubu n Sg Kelantan AKIBAT KERAKUSAN KEPIMPINAN PAS YG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN.
Habis bukit hutan belukar dikekah ditarah n dimamah Pas kerana mahukan RMRMRM!
Sekarang jgn salahkan sesiapa . BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan n ketamakan manusia. Tk.
Berikut dari FB
Satu kajian kesan alam sekitar terhadap banjir boleh dilakukan oleh mana-mana pakar geologi, perhutanan dan pakar yang berkaitan ke atas musibah banjir yang terjadi di Kelantan sekarang. Sekiranya hasil kajian mendapati bahawa musibah banjir tersebut bukannya "berpunca" dari Tuhan, sebaliknya dari kegagalan kerajaan negeri menguruskan aktiviti pembalakan, perlombongan, pengurusan sumber air / sungai / empangan, maka adalah menjadi hak rakyat untuk mengemukakan saman gantirugi atas kehilangan harta benda dan nyawa mereka.
Tumpuan UTAMA harus diberikan kepada kawasan pembalakan seluas 10,000 ekar yang dipercayai diberikan kepada syarikat kontraktor/pemaju yang ada kaitan dengan Nga Kor Ming (DAP) dan Ngeh Koo Ham (DAP). Kedua-dua tokoh DAP Perak tersebut dipercayai tidak sealiran dengan kepimpinan Dinasti Lim Kit Siang di peringkat DAP Pusat. Rakyat Kelantan juga perlu diberikan kefahaman sebaiknya tentang hak mereka dalam perkara ini. Mereka perlu diberi kefahaman bahawa ia adalah suatu tindakan yang menepati undang-undang jika semua bukti dan hasil kajian menunjukkan wujudnya salah tadbir dan salah urus penerokaan tanah, empangan, sungai dan perparitan. Ingatlah wahai rakyat Kelantan bahawa DAP meratah hasil mahsul negeri sehingga anda menderita. Bukan salah Tuhan, tetapi tangan-tangan manusia kapitalis @ komunis yang rakus. Facebook Zamzuri
Words cannot describe the mischievous U-Turn statement by Lim Kit Siang in calling all Malaysians to "stand united" behind the Prime Minister and to fully support his disaster relief efforts.
Mischievious because only recently (while the PM is in official trip overseas) the elderly Lim Kit Siang has launched a venomous verbal attack against the PM for his "absence" while the country is facing a national and natural disaster. Perhaps this is Uncle Lim's version of "National Service" as he arrogantly boasted in his tweet. And when the PM is back in Malaysia and personally overseeing the relief efforts, Mr Lim instantly displayed "outstanding leadership traits" by his nauseas and hypocritic call for all Malaysians to stand united behind our PM! You are quick to condemn everybody that stood up against your party's socialist and secular evangelistic agendas, launching incessant attacks against anybody or any party who called for unity among the Malays and Muslims, and without shame demonises even your comrades. It is a public secret that how you loathe any signs of unity among the Malays and Muslims in this country. Yes, this is the epitome of your "outstanding leadership traits"! And Tun Dr Mahathir has correctly described you as RACIST! This offer of fig leaf of yours … are you trying very hard to divert the rakyat's attention away from the glaring absence of your son in the Malaysian soil? Where is he right now? Playing golf with the China's Vice-Premier? Or enjoying a quiet quality time with the family on mountain bikes in New Zealand? Or is he "doing national service" which other Malaysians cannot do?
There is a some rumours circulating around the web that your son is on unscheduled two days visit to Jerusalem (which Malaysians cannot do) in normal circumstances. Could you please confirm whether this rumour is correct, that your son is going to Israel? If not true, why is he conspicously absent from the country in this depressing time facing the nation? Is he also "on secret holiday"? Oh yes, the Penang State Government has allocated RM1.5 million to be released to the flood relief efforts, once your son is back from his "national service" in a foreign country, and that will only take place in at the end of the month, or perhaps extended into next month. Nobody knows except Joseph Lim Guan Eng and Allah the Almighty. And by the way, RM1.5 million is a very meagre sum compared to the whopping RM305 million just to conduct an initial feasability study of the Penang tunnel project! After this forked tongue statements, what else are you going to spew to the rakyat? Facebook Mohd Luttfi
Terima kasih kepada semua petugas dr agensi kerajaan, swasta, ngo, petugas dr parti politik, sukarelawan yg bertungkus lumus membantu saudara2 kita yg terlibat dgn banjir sekarang.
Kita yg lain bantulah dgn apa yg ada, kita adalah bersaudara.
Saya fikir apa jua pesta, konsert perayaan atau juga sambutan tahun baharu jgn diadakan dan diganti dgn solat hajat di seluruh negara. Jgn lagi di hina kalimah Allah, jgn lg dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jgn lg menghina hukum hudud, malah carilah jalan spy ummat Islam bersatu,tolak lah ajaran plural n liberalisme, jgn dibuat lg pesta minum arak pd bulan okt.n mana2 bulan sekalipun. Tegaslah dgn yg mghina Islam, mghina azan n sekolah agama. Apa salahnya perarakan maulidurrsul, berkatalah tidak kpd golongan bukan Islam yg membenarkan org bukan Islam guna kalimah Allah. Minta kpd stesen tv agar menjadi penyumbang kebangkitan akhlak yg baik bukan dgn pganjuran pgram yg bukan2. Jumaat, isytiharkan seluruh negara buat solat hajat.
Bg pemimpin politik, cukup2lah berpolitik 24jam x habis2.. bawak2 lah utk bincang elok2, xkan nak bertelingkah sampai mati?
Rakyat bawahan letih dah dgn x habis2 isu...
Buat mangsa banjir anda hebat, sbb sabar, sy pun belum tentu boleh sabar jika diuji begini.. Allahu akbar.. Doa sy sentiasa buat anda.. Ya Allah bantulah kami semua Ya Allah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara.
Sebaliknya, beliau memberitahu, aktiviti itu telah dirancang atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Jemputan itu, kata Najib, telah disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.
Najib juga menyatakan beliau sering memantau keadaan banjir di Pantai Timur dan apabila keadaan tampak bertambah buruk, beliau segera memendekkan cuti dan kembali untuk melihat sendiri keadaan tersebut.
Najib tinjau keadaan banjir di Kelantan
Dalam pada itu Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.
Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.
Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.
Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.
PM umum 3 langkah tambahan bantu mangsa banjir
PM juga mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Menurut beliau, langkah pertama ialah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.
"Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau ditemani Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa melawat mangsa dan meninjau keadaan banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. Kerana Charly Chappius, wanita Malaysia dituduh langsung tidak tahu malu. Langsung... pedih sungguh kata-kata itu.
Bagi yang kurang jelas akan mauduk omelan saya minggu ini, kisahnya adalah mengenai kenyataan seorang lelaki dari Thailand yang dilontarkan menerusi media sosial mengenai wanita Malaysia yang disifatkannya sebagai langsung tidak tahu malu.
Puncanya kerana mereka telah menunjukkan kegilaan yang melampau, yang keterlaluan amat terhadap pemain bola sepak skuad Gajah Perang, Charly Chappius.
Charly Chappius.
Ini komen lelaki itu:
"Apa yang saya tahu, Malaysia sebuah negara yang paling ramai penduduknya orang Islam dan wanita kamu memakai hijab untuk menutup rambut mereka. Saya juga difahamkan, wanita kamu juga rata-ratanya bersifat pemalu. Tetapi apa yang saya lihat di halaman (Facebook) ini, banyak sekali komen daripada wanita Malaysia yang memakai hijab yang apabila melihat komen-komen mereka, saya tertanya-tanya, di mana perasaan malu mereka? Pada saya, mereka seperti tidak tahu malu langsung. Kamu kelihatan seperti perempuan tidak bermoral yang cuba menarik perhatian lelaki. Saya kira wanita kami (Thailand) lebih bermoral berbanding kamu walaupun negara kami (Thailand) dianggap sebagai negara pelacur."
Pedih lagi menyakitkan hati, bukan?
Tetapi seperti yang saya katakan tadi, apa lagi yang kita nak kata kalau sebab musabab kenyataan senegatif itu dilontarkan susur galurnya adalah daripada sikap atau tindak-tanduk orang kita sendiri. Sebenarnya perkataan tidak bermoral yang saya gunakan itu telah sedikit dilenturkan daripada perkataan sebenar yang digunakan lelaki Thai itu, jauh lebih kesat.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa di sebalik kegagalan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki hujung minggu lalu, ada cerita yang lebih menyedihkan daripada itu.
Bukan rahsia lagi betapa ramai anak-anak gadis kita malah isteri orang yang tanpa segan silu menunjukkan betapa gediknya mereka menggilai Chappius. Malang sekali tindak-tanduk mereka itu telah membuat habis kita orang Malaysia, terutamanya wanita lain turut menanggung aib.
Bagi saya, ini lebih menyedihkan daripada sekadar terlepas peluang merangkul sebuah piala. Ini melibatkan maruah agama, bangsa dan negara seluruhnya. Kita bukan sekadar kehilangan piala tetapi sudah hilang maruah!
Kerana begitu terbukanya apa yang mereka lakukan melalui media sosial, persepsi orang Thailand terhadap kita sudah berubah. Selepas ini, wanita kita mungkin tidak akan dihormati lagi sebagai golongan yang begitu menjaga maruah diri, bersifat pemalu dan mengamalkan sikap budaya yang tinggi.
Masakan tidak jika di Facebook, secara terbuka mereka bukan setakat menunjukkan kegilaan terhadap pemain midfield yang lahir daripada benih kacukan Thai - Swiss itu, malahan sampai ke tahap mengecam, memperlekeh teman wanitanya yang dikatakan tidak sepadan.
Berbagai kata-kata tidak enak yang terang-terangan menghina wanita kulit putih itu dihamburkan. Seorang daripada mereka siap mengaitkan pandangan ibunya bahawa lelaki kacak biasanya berpasangan dengan wanita yang tidak cantik. Kata-kata ini mungkin untuk mengubat hati yang begitu meluap-luap rasa cemburunya!
Sejak berlangsung perlawanan akhir pertama di Bangkok lagi, beberapa minit sahaja selepas sepak mula, bertebaran di di serata media sosial pujian kepada Chappius. Ada yang sampai menganggapnya sebagai anugerah tuhan!
Tidak pernah rasanya sepanjang hayat saya yang sudah 43 tahun ini, sampai begitu sekali wanita kita tergila-gilakan pemain bola keterlaluan seperti itu, apa lagi orang luar yang mengalahkan kita. Begitu bangga seorang gadis Melayu yang hadir ke stadium dengan jersi Harimau Malaya bergambar dalam keadaan dipeluk belakangnya oleh Chappius.
Saya sudah jauh lebih berumur untuk berasa cemburu atau tercabar dengan gelagat yang seperti itu tetapi terasa hatilah juga apabila hal ini dikaitkan dengan moral, maruah, nama baik baik ugama, bangsa dan negara.
Perasaan malu sememangnya amat penting bagi sesiapa juga, lebih-lebih lagi wanita. Kita biasa dengar pesanan orang-orang tua bahawa wanita itu nafsunya sembilan, akalnya satu. Apa yang jadi pelindung untuk dia menjaga kehormatan, maruah dan harga diri adalah perasaan malu. Kalau malu sudah dibuang, inilah jadinya.
Bukan salah hendak memuji, tetapi berpada-padalah. Pemain Harimau Malaya pun bukan tiada yang kacak. Mat Yo umpamanya, pun kacak juga. Tetapi memuji Mat Yo, haruslah dipuji isterinya juga.
Beberapa keping gambar muncul di Facebook pagi ini memperlihatkan seorang lelaki yang kelihatan begitu marah melibas parang.
Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan seorang pemandu lori, seorang lelaki bertindak ganas dengan menggunakan parang untuk menyelesaikan masalah di Desa Murni menuju ke lebuh raya Sungai Dua.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa yang lalu, pemandu kereta Perodua Alza, bernombor pendaftaran WUA3869, dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu lori (si perakam video).
Lelaki itu berhenti di tepi jalan dan kemudian mengarahkan pemandu lori berkenaan berhenti dan keluar. Namun pemandu berkenaan enggan menuruti kehendaknya yang menyebabkan lelaki terbabit membaling batu ke arah tingkap lori terbabit.
Berang dengan tindakan lelaki terbabit, pemandu lori itu keluar dan memaki hamun lelaki itu dengan kata-kata kesat.
Lelaki terbabit kemudian masuk ke dalam keretanya dan menunjukkan parang di tangan sebelum beredar pergi.
Pemandu lori dan rakannya sempat merakam kejadian berkenaan.
Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti motif sebenar kejadian yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Tambahan pula, video yang tersebar ini tidak menunjukkan keseluruhan kejadian yang sebenar.
Bagaimanapun, menurut netizen, berkemungkinan pemandu Alza marah akibat dilanggar dari belakang menyebabkan bahagian belakang keretanya kemek sedikit.
Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera.
Kejadia beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin,ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.
Menurut sumber sebelum kejadia si suami mengajak isterinya makan diluar ,namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain .
'Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh.Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam.
''Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat,katanya ketika dhubungi semalam.
Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali.
''Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanit itu cedera di mulut dan lebam dibadan .
Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadia itu di Balai Polis Setapak.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Hebat solidariti di antara pemimpin-pemimpin PR. Ketua Menteri Pulau Pinang masih tidak mahu memendekkan percutian beliau di Paris. Katanya beliau ke sana dengan menaiki keretapi Eurostar dalam Kelas Perniagaan. Hebat lakonan Tokong Lim. Dalam negeri berpura-pura naik Air Asia kelas ekonomi. Nak tunjuk zuhud kepada macai-macai.
Anwar Ibrahim pula sibuk dengan percutian keluarga di New Zealand. Macai-macai PR hanya tahu mengkritik Perdana Menteri yang bercuti. Langsung tidak menyentuh rakan sekutu pemimpin PR yang turut bercuti mewah. Tinggallah Azmin Ali di Kelantan. Itupun buat lawak bodoh. Bagi cek bantuan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantanpun kena diletakkan di dalam 'frame' dan diletak riben. Sungguh tidak ikhlas.
Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir
Putrajaya 27hb Disember
Seramai 2,100 sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara. Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kuala Kangsar di Perak, Jerantut dan Kuala Lipis di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.
"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain. Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.
"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat. Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya. Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan.
"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau. Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu. Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan. Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi.
Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan. Sesampainya di sana, beliau telah diberi taklimat berkenaan situasi banjir. Beliau dijangkakan akan membuat tinjauan ke atas Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra 2 dan mengadakan lawatan ke beberapa pusat pemindahan banjir.
Diharap macai-macai yang rindukan wajah dan kehadiran Perdana Menteri di sisi mereka tidak akan meroyan lagi. Cuma CTS nak tanya, mana Anwar Ibrahim, mana Lim Kit Siang, mana Lim Guan Eng, mana Haji Hadi. Macai-macai tidak rindu merekakah? Inilah yang dikatakan bila susah ingat Najib Razak, bila senang ingat Anwar Ibrahim. Orang yang didoakan KO KO ini jugalah yang dicari macai-macai!
Rindu lagi gambar-gambar PM Najib Razak dengan Rakyat Kelantan? Nah untuk tatapan macai-macai. Tiada 'bodyguard', tiada pengawai, tiada Menteri dan juga Timbalan Menteri sertaa AJK UMNO. Semua sibuk dengan urusan mangsa-mangsa banjir. Tak ada 'busy body' nak berkepit dengan PM. Inilah yang kita nak.
Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.
Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.
"Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, Kementerian Pertanian bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi operasi menyalurkan bantuan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.
"Sejak hari pertama banjir melanda Kelantan, Kementerian Pertanian melalui agensinya iaitu KADA telah menggerakkan jenteranya bagi menyalurkan bantuan makanan berupa beras, ayam, daging, bihun serta makanan lain kepada mangsa di pusat penempatan dan pemindahan banjir," katanya.
Ismail Sabri memberitahu, antara pusat penempatan dan pemindahan yang terlibat adalah di Pasir Mas, Kubang Kerian, Tumpat dan Rantau Panjang. Kementerian Pertanian juga katanya, akan menjadi penyelaras kepada pusat pengumpulan di negeri terlibat seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Selain itu, Pejabat Pertanian di kawasan terlibat akan dibuka setiap hari sebagai bilik gerakan untuk pemantauan bantuan.
"MADA pula akan meyalurkan bantuan segera untuk kawasan yang terlibat dengan banjir di Kedah dan Perlis. Kita juga akan menggerakkan nelayan untuk tujuan penghantaran bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir memandangkan kebanyakan kawasan yang terlibat tidak boleh dimasuki kenderaan darat," katanya lagi.
Dalam.perkemvangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, Agrobank dan TEKUN akan membuat penstrukturan semula pembayaran pinjaman kepada semua mangsa yang terlibat. Selain itu, peruntukan pasca banjir sebanyak RM50,000 turut disediakan Kementerian Pertanian untuk projek pembangunan bagi membaikpulih pulih infra akuakultur.
"Sebanyak RM20,000 pula diperuntukkan kepada penternak ruminan untuk bantuan silaj dan isirung kelapa sawit (PKC)," katanya. Pada masa yang sama, beliau memberitahu, setakat ini bekalan ikan dan sayur untuk keperluan negara masih mencukupi.
"Saya telah mengarahkan eksport untuk beberapa jenis sayur dihentikan serta merta jika keperluan negara mendesak. Import beberapa jenis sayur juga akan dibuat jika keperluan negara berkurangan," jelas beliau.
Ismail Sabri turut menegaskan, beliau telah mengarahkan eksport ikan tempatan ke luar negara dihentikan sejak Oktober lagi bagi persediaan menghadapi kekurangan bekalan akibat bencana banjir. Katanya, sumber protein itu juga akan diimport sekiranya keperluan mendesak.
"Kita sentiasa memantau bekalan sayur, ikan dan cuba pastikan tiada masalah besar dihadapi rakyat negara ini," katanya.
RUPANYA desakkan darurat Lim Kit Siang mempunyai muslihat. Kalau kerajaan umumkan darurat, maka mangsa tidak boleh menuntut insuran.
Keroskan akibat banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung, dan kini merebak ke Johor, Kedah dan Perlis bernilai ribuan juta. Hanya syarikat insuran yang boleh membantu kerajaan mengurangkan beban kerugian mangsa.
Bantuan khas RM500 juta untuk semua negeri, hanya meringankan beban para mangsa, bukannya sebagai pengganti akibat bencana alam itu.
Rupanya Kit Siang berniat jahat, apabila bertali arus mendesak Perdana Menteri mengistiharkan darurat.
PUNCA Lim Kit Siang naik angau, Najib jumpa Obama, kerana cocokan Anwar Ibrahim. Anwar berkali-kali mengaku bahawa Amerika menyokongnya dalam semua perkara termasuk sodomi II.
Apabila Obama menjemput Najib bermain golf dengannya, maka Anwar naik angin, lalu mecocok Kit Siang menyalak.
Anwar tahu, selama 5 jam bermain golf untuk 18 lubang, terlalu banyak perkara yang boleh dirunding dan diputuskan.